2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
KIT B – KAWA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYUSUN AYAT BAHASA ARAB
ALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 MALIKI
NURUL ASHILAH BINTI ROSLAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, 88857 Kota Kinabalu, Sabah. Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan kerana sebagai guru dan pemudahcara, saya perlu mengamalkan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi membantu pelajar menguasai kemahiran menulis ayat
dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Melalui tinjauan awal, saya mendapati terdapat pelajar tingkatan 2
Maliki yang masih tidak dapat menyusun ayat dengan betul. Kelemahan ini amat membimbangkan
kerana soalan menyusun ayat adalah soalan yang kerap ditanya dalam kertas peperiksaan. Tinjauan awal
telah dilaksanakan melalui Ujian Formatif April 2021 untuk mengenalpasti pelajar yang belum mahir
menyusun ayat. Berdasarkan analisis Ujian Formatif, saya dapati bahawa 6 orang daripada 29 pelajar
yang mengambil ujian ini belum mahir dengan penyusunan ayat. Demi memenuhi tuntutan Pembelajaran
Abad Ke - 21, saya sedar bahawa pembelajaran yang melibatkan penglibatan pelajar yang aktif adalah
lebih bermakna dan berkesan. Oleh yang demikian, saya telah menggunakan “Kit B-Kawa” untuk
membantu pelajar mengatasi masalah ini. ‘B- Kawa’ ialah akronim kepada Bitokoh Al-Kawalib yang
bermaksud ‘Kad Templat’. Kajian ini melibatkan seorang guru dan seramai 6 orang pelajar yang secara
individu akan menggunakan ‘Kit B- Kawa’ ini selama tiga puluh minit sepanjang PdPR. Dalam tempoh
satu minggu, pelajar berkenaan juga dibekalkan empat soalan untuk dijawab menggunakan “Kit B-
Kawa”. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar lebih seronok
untuk mempelajari teknik menyusun ayat Bahasa Arab kerana ia mudah untuk difahami dan
diaplikasikan.
Kata kunci : Kit B-Kawa, Bahasa Arab, Teknik menyusun, Kemahiran menulis
ABSTRACT
This study was implemented because as a teacher and facilitator, I need to practice appropriate teaching
and learning techniques to help students improve their writing skills in Arabic Language. Through an
initial survey, I found that there were form 2 students of Maliki who were still unable to compose simple
sentences correctly. This weakness is very worrying because the questions of sentence composing is a
question that is frequently asked in examination papers. A preliminary survey was conducted through the
Formative Test in April 2021 to identify the students who are unable to composing a sentences. Based
on the analysis of the Formative Test, I found that 6 of the 29 students who took this test are still not
have enough writing skills. In order to fulfill the demands of 21th century learning skills, I am aware that
learning process that involves by active student is more meaningful and effective. Therefore, I have
created the “B-Kawa Kit” to help students overcome the writing skills problem. “B-Kawa” is an
acronym for Bitokoh Al-Kawalib which means ‘Template Card’. This study involved by a teacher and 6
students who will individually use this “Kit B-Kawa” for thirty minutes during PdPR. Within one week,
the students were also provided with four questions to be answered using the “B-Kawa Kit”. Post test
results have shown an improvement in student performances. Students have more fun to learn the
technique of composing arabic sentences because it is easy to understand and apply.
241
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Keywords : B-Kawa Kit, Arabic Language, Composing techniques, Writing skills
PENDAHULUAN
Kajian ini ditumpukan kepada usaha untuk membantu pelajar yang tidak berminat dengan Bahasa Arab
agar mencapai markah yang lebih baik dan meningkatkan kemahiran mereka menulis ayat dalam Bahasa
Arab melalui teknik menyusun ayat. Hasil daripada analisis item, di dapati pelajar tidak dapat menyusun
ayat disebabkan mereka tidak berminat dan tidak mengingati maksud perkataan kerana kurang
pengetahuan kosa kata Bahasa Arab. Kemahiran menyusun ayat adalah asas kepada kemahiran menulis
ayat. Oleh itu, menjadi kewajiban kepada pelajar yang ingin menguasai Bahasa Arab untuk mengingati
kosa kata dengan banyak. Keupayaan menguasai kosa kata yang banyak dapat membantu pelajar
menguasai kemahiran Bahasa Arab khususnya kemahiran menulis (Firdaus Yahaya, Shahrizal Nasir,
Hayyi Omar, Zulazhan Halim & Essmat Nasr Sweedan, 2014)
Jesteru itu, satu inovasi telah dihasilkan dan dinamakan sebagai “Kit B-Kawa”. “B-Kawa” merupakan
satu pendekatan menggunakan satu kit pembelajaran yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam
sesi PdP. “Kit B-Kawa” adalah bahan bantu mengajar yang menumpukan kepada penyusunan ayat
melalui kaedah baris dan tanda huruf walaupun pelajar masih lagi belum menguasai kosa kata Bahasa
Arab. Penghasilan “Kit B-Kawa” adalah usaha untuk membantu pelajar yang belum menguasai Bahasa
Arab untuk mencapai markah yang lebih baik dalam pentaksiran Bahasa Arab. Penggunaan “Kit B-
Kawa” dapat menjadikan sesi PdP lebih menyeronokkan kerana dengan bantuan kit ini pelajar dapat
menjawab soalan menyusun ayat dengan betul dan akhirnya membantu mereka menulis dan membina
ayat dengan baik.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar menyusun ayat dalam kalangan pelajar
tingkatan 2 Maliki samaada semasa PdPC atau PdPR disamping membantu mereka mencapai markah
yang lebih baik dalam pentaksiran Bahasa Arab.
Objektif Khusus
i. Membimbing pelajar supaya dapat menjawab soalan menyusun ayat menggunaan “Kit B- yang
Kawa”
ii. Memastikan pelajar dapat menjawab soalan menyusun ayat dengan teknik
diperkenalkan melalui “Kit B-Kawa” tanpa merujuk kit.
SOROTAN LITERATUR
Bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar di SMKA dan SABK.
Isu kelemahan dalam penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang baharu. Bagi
menguasai Bahasa Arab, pelajar perlu memiliki minat untuk mempelajari Bahasa Arab dan pelajar juga
diwajibkan untuk menguasai empat kemahiran iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis,
242
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
kemahiran mendengar dan kemahiran bercakap. Hal ini menunjukkan proses penguasaan Bahasa Arab
bukanlah perkara yang mudah. Empat kemahiran ini saling berkaitan antara satu sama lain sehingga
ianya menjadi aspek utama dalam menguasai bahasa (Mohamad Ziyad & Izuddin, 2011). Bagi
menguasai keempat-empat kemahiran pelajar perlulah mempunyai kosa kata yang mencukupi.
Setelah menilai tahap kemahiran pelajar melalui beberapa ujian, kebanyakkan pelajar mengalami
masalah dibahagian penulisan ayat. Menurut Azman Che Mat & Goh Ying Soon (2010) punca utama
masalah dalam menguasai Bahasa Arab di kalangan pelajar adalah masalah kurang penguasaan
nahu/tatabahasa. Selain kurang penguasaan nahu/tatabahasa, tahap penguasaan kosa kata juga belum
berada di tahap yang memuaskan (Azman Che Mat & Goh Ying Soon, 2010). Kekurangan kosa kata
akan menyukarkan pelajar untuk menyampaikan maklumat melalui penulisan serta mereka tidak akan
memahami maksud ayat yang perlu disusun semasa di dalam pentaksiran. Pengetahuan kota kata yang
banyak sangat mempengaruhi proses penguasaan kemahiran menulis (Mohd Firdaus Yahaya et al.,
2014). Kosa kata yang terhad akan menyukarkan pelajar untuk menghasilkan penulisan yang mantap. Ini
kerana, hasil sesuatu penulisan adalah bergantung kepada pemilihan dan penggunaan kosa kata yang
tepat. Faktor kelemahan pelajar menguasai Bahasa Arab adalah kerana tidak mampu berfikir dalam
Bahasa Arab, tidak mampu mengolah perkataan dan gaya bahasa, lemah dalam penggunaan
nahu/tatabahasa dan penguasaan kosa kata yang terhad (Norfazirah Zakaria, Abd Rauf Hassan & Farhan
Mustapha, 2019). Kemahiran menulis adalah kemahiran yang paling penting dalam menguasai Bahasa
Arab kerana tanpa kemahiran menulis pelajar dianggap masih belum menguasai Bahasa Arab (Zahri
Abdul Karim & Haron Husaini, t.t).
Bagi meningkatkan kemahiran menulis di kalangan pelajar, mereka seharusnya berusaha untuk
menambah dan mengingati kosa kata. Akan tetapi, usaha itu tidak dapat dilaksanakan oleh semua pelajar
disebabkan ada di kalangan mereka yang tidak berminat untuk mempelajari Bahasa Arab. Isu pelajar
tidak berminat mempelajari Bahasa Arab menjadi faktor yang menyebabkan mereka kekurangan kosa
kata dan gagal menguasai Bahasa Arab.
Kajian yang lepas telah menjadi asas kepada penghasilan “Kit B-Kawa” yang bertujuan untuk membantu
pelajar yang belum menguasai kosa kata Bahasa Arab agar mendapat markah yang lebih baik dalam
pentaksiran Bahasa Arab dengan menjawab soalan bahagian menyusun ayat dengan baik walaupun
masih lagi kekurangan kos kata dan masih kurang penguasaan nahu/tatabahasa. “Kit B- Kawa” ini juga
akan memberi penumpuan kepada asas penulisan melalui teknik menyusun ayat berdasarkan baris dan
tanda huruf. “Kit B-Kawa” ini perlu diuji bagi mengukur tahap keberkesanannya dalam membantu
pelajar menguasai kemahiran menulis dan menyusun ayata Bahasa Arab.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dijalankan untuk mengukur tahap keberkesanan “Kit B-
Kawa”. Kajian ini telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Kota
Kinabalu Sabah dan melibatkan satu orang guru bersama 6 orang pelajar dari kelas 2 Maliki. Pelajar ini
dipilih berdasarkan hasil daripada analisis item yang dibuat selepas mereka menduduki Ujian Formatif di
sekolah.
Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 penggunaan
“Kit B-Kawa”. Kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. Sebelum memulakan kajian ini,
data awal berkaitan pelajar telah diambil berdasarkan ujian formatif sekolah. Data telah menunjukkan
mereka mencapai 0 – 4 markah daripada 10 markah.
Selepas itu, 6 pelajar ini menduduki Ujian Pra untuk menguji tahap penguasaan sukatan mata pelajaran.
Soalan yang dikeluarkan melibatkan bab 1 hingga bab 6 sukatan pelajaran Tingkatan 2. Keputusan Ujian
Pra menunjukkan mereka tidak mencapai markah minima yang ditetapkan iaitu 7 markah daripada 10
markah.
Setelah data diterima, pelajar diperkenalkan dengan “Kit B-Kawa”. Pelajar telah diterangkan cara untuk
menggunakan “Kit B-Kawa”. Mereka menggunakan inovasi “Kit B-Kawa” selama 3 hari dalam tempoh
1 minggu PdPR dengan bimbingan guru. Ujian Pos 1 dijalankan selepas pelajar menggunakan inovasi
243
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
“Kit B-Kawa” selama satu minggu. Data menunjukkan 3 orang pelajar mendapat markah cemerlang dan
3 orang pelajar mendapat markah baik.
Pada minggu berikutnya pelajar telah membuat latih tubi kendiri tanpa bimbingan guru dengan
menggunakan “Kit B-Kawa” selama 15 minit setiap kali PdPR dalam tempoh 1 minggu . Dan
pencapaian untuk Ujian Pos 2 menunjukkan peningkatan dengan 5 pelajar mendapat markah cemerlang
dan 1 pelajar mendapat markah baik.
Rajah 1 menunjukkan carta alir pelaksanaan kajian.
Pemilihan Pelajar (Minggu 1)
Ujian Pra (Minggu 1)
Penggunaan Kit B-KAWA (Minggu 2) ( selepas Ujian Pra)
Ujian Pos 1 (Minggu 3)
(1 minggu selepas penggunaan Kit B-Kawa)
Analisis Data (Minggu 3)
Latihan Pengukuhan dengan Kit B-KAWA
(Minggu 4 ) ( selepas Ujian Pos 1)
Ujian Pos 2 (Minggu 4)
Analisis Data (Minggu 4)
Rajah 1 : Carta alir pelaksanaan kajian
DAPATAN KAJIAN
Seramai 6 pelajar dari kelas Tingkatan 2 Maliki di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun
Ahmadshah telah diperkenalkan dengan “Kit B-Kawa” bagi membantu mereka menguasai kemahiran
menyusun ayat serta mencapai markah yang lebih baik dalam pentaksiran Bahasa Arab. Berdasarkan
data awal sebelum kajian ini dijalankan, pelajar tidak berkeyakinan untuk menyusun ayat dan tidak dapat
memberikan jawapan yang betul di bahagian soalan menyusun ayat. Perkara ini terjadi disebabkan
mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi dan menjadi punca mereka tidak memahami
maksud perkataan yang perlu disusun. Dan selepas kajian penggunaan “Kit B-Kawa” dijalankan pelajar
didapati lebih berkeyakinan untuk menyusun ayat dan dapat memberikan jawapan yang betul di
244
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
bahagian soalan menyusun ayat walaupun masih lagi tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi.
Sebelum kajian ini dijalankan, 6 pelajar sasaran ini hanya memperoleh 0 - 4 markah. Setelah kajian
penggunaan “Kit B-Kawa” semasa PdPR dijalankan, data mendapati terdapat peningkatan positif dalam
pencapaian pelajar. Pelajar telah diuji sebanyak 2 kali melalui Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2. Setelah
mempelajari teknik menyusun ayat dengan “Kit B-Kawa”. Data pencapaian markah bagi Ujian Pos 1
menunjukkan 2 pelajar berjaya mendapat markah penuh sebanyak 10 markah dan 3 pelajar mencapai
markah baik iaitu 6 markah. Data pencapaian pada Ujian Pos 2 pula menunjukkan 5 pelajar memperoleh
7 hingga 10 markah dan terdapat satu orang pelajar yang mendapat dibawah markah minima iaitu 5
markah, namun masih ada peningkatan berbanding ujian sebelum “Kit B- Kawa” diperkenalkan. Hasil
temu bual, pelajar tersebut mengalami sedikit kekeliruan teknik menyusun semasa Ujian Pos 2
dijalankan.
Jadual 1 menunjukkan perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2
penggunaan “Kit B-Kawa”.
Pelajar Markah Pelajar ( 10 markah )
Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
Pelajar 1 0 10 7
Pelajar 2 4 8 8
Pelajar 3 3 6 8
Pelajar 4 4 6 8
Pelajar 5 4 6 7
Pelajar 6 2 10 5
Jadual 1 : Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
PERBINCANGAN
Kajian menunjukkan pelajar yang tidak berminat dengan mata pelajaran Bahasa Arab akan mengalami
masalah kekurangan kosa kata Bahasa Arab dan akan menjadi punca pelajar ini tidak menguasai
kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam mempelajari Bahasa Arab terutamanya kemahiran
menulis. Selain itu, kekurangan kosa kata juga menyebabkan mereka sukar untuk mendapat markah
yang baik kerana tidak memahami maksud perkataan yang perlu disusun dan ditulis.
Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar-pelajar mencapai markah yang lebih baik dalam
pentaksiran Bahasa Arab. Walaupun tidak berminat dengan mata pelajaran Bahasa Arab dan tidak
mempunyai kosa kata Bahasa Arab yang mencukupi serta masih belum menguasai kemahiran
nahu/tatabahasa, namun dengan penggunaan “Kit B-Kawa” pelajar hanya perlu mengingati teknik
menyusun ayat melalui baris dan tanda huruf dengan bantuan “Kit B-Kawa”.
Berdasarkan hasil dapatan data, telah terbukti bahawa dengan penggunaan “Kit B-Kawa” mereka dapat
menjawab soalan menyusun ayat dengan baik setelah mempelajari teknik penyusunan ayat yang
diperkenalkan melalui “Kit B-Kawa”. Data juga telah menunjukkan peningkatan yang positif terhadap
markah 6 pelajar yang terlibat dengan kajian ini. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar “Kit B-
Kawa” sangat wajar diteruskan dan diperkenalkan kepada pelajar dari kelas lain yang masih belum
mencapai tahap penguasaan kosa kata yang memuaskan.
“Kit B-Kawa” ini sangat mudah untuk diingati, difahami dan diaplikasikan semasa PdPR. Dengan
kemahiran dan teknik yang dipelajari dari “Kit B-Kawa” ini telah membuatkan 6 pelajar ini berasa
245
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
gembira untuk mempelajari Bahasa Arab serta menarik minat mereka untuk terus berusaha menguasai
kosa kata Bahasa Arab.
RUMUSAN
Sebagai rumusan, hasil daripada kajian ini menunjukkan penggunaan bahan bantu mengajar “Kit B-
Kawa” dapat menbantu pelajar mencapai markah yang lebih baik dalam pentaksiran sekolah melalui
soalan menyusun ayat walaupun pada hakikatnya mereka masih belum menguasai kemahiran-
kemahiran yang diperlukan. “Kit B-Kawa” juga dapat membantu pelajar menulis dan menyusun ayat
dengan lebih baik melalui teknik baris dan tanda huruf yang diperkenalkan dalam kit ini.
Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan peningkatan yang baik.
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa “Kit B-Kawa” telah membantu pelajar meningkatkan
keyakinan diri dalam mempelajari Bahasa Arab serta menarik minat mereka untuk mempelajari Bahasa
Arab. Sepanjang kajian ini, pelajar telah didapati menunjukkan perubahan yang positif dari aspek
pembelajaran dan penyusunan ayat. Ini membuktikan penggunaan “Kit B-Kawa” dapat membantu pelajar
menguasai teknik menyusun dan menulis ayat.
RUJUKAN
Azman Che Mat & Goh Ying Soon (2010). Situasi Pembelajaran Bahasa Asing di Institut Pengajian
Tinggi : Perbandingan Antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis. Dlm
https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/article
Firdaus Yahaya, Shahrizal Nasir, Hayyi Omar, Zulazhan Halim & Essmat Nasr Sweedan (2014).
Kemahiran Menulis dalam Bahasa Arab menerusi aktiviti ‘Jawlah Lughawiyyah’. Dlm.
https://www.researchgate.net/publication/263656194 Diakses pada 5 Oktober 2021.
Norfazirah Zakaria, Abd Rauf Hassan & Farhan Mustapha (2019). Penguasaan Penulisan Karangan
Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Melayu melalui Penggunaan Imitasi. Dlm.
https://jurnal.plm.org.my/wp-content/uploads/2019/12/2.
Zahri Abdul Karim & Haron Husaini (t.t). Tahap Penguasaan Penulisan Karangan Bahasa Arab dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Agama Menengah.
Ziyad Mukhtar & Izuddin Muhammed (2011). Penguasaan Asas Bahasa Arab dalam kalangan pelajar
PPISMPU GSTT-PAI : SATU KAJIAN KES. Dlm. https://www.academia.edu/8003852. Diakses
pada 9 Oktober 2021.
Adnan Ishak (2014). Bahasa Arab PT3. : Kelantan Penerbit Abu Sakeena Enterprise.
Mansor Hasin (2017). Buku Teks Bahasa Arab KSSM Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Penerbit Al- Ameen
Source Holdings Sdn. Bhd.
Nurul Nazihah Mad Som (2017). Buku Teks Bahasa Arab KSSM Tingkatan 1. Kuala Lumpur : Penerbit
Telaga Biru Sdn. Bhd.
246
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASAARAB
MENGGUNAKAN KAEDAH ‘PENUNJUK ABU’ BAGI MURID TAHUN 6 BESTARI, SK
MOOK KINARUT, PAPAR, SABAH
Nurul Farhanah binti Malai Ali
SK Mook Kinarut, Papar, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran membaca merupakan asas kepada pemerolehan maklumat. Namun, perkara tersebut tidak
dapat direalisasikan sekiranya asas membaca iaitu menyebut baris bunyi perkataan dalam Bahasa Arab
tidak dikuasai. Tinjauan awal telah mengenal pasti bahawa 5 orang murid Tahun 6 Bestari gagal dalam
ujian bacaan (tasmik) akibat masalah tersebut. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menangani isu
menyebut baris bunyi perkataan Bahasa Arab dengan memperkenalkan satu kaedah baru yang dikenali
sebagai ‘Penunjuk ABU’. Penunjuk ABU ialah penunjuk arah dan bunyi. Penunjuk dan perkataan
Bahasa Arab akan dipamerkan dan murid menyebut baris bunyi mengikut arah penunjuk tersebut. Ujian
pos yang dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian bacaan berbanding sebelumnya.
Pemerhatian juga menunjukkan kaedah ini membantu murid membunyikan perkataan dengan betul.
Dapatan kajian soal selidik memperoleh min 4.00 iaitu tahap tinggi bagi aspek minat dan kesesuaian
kaedah. Temu bual dengan murid juga merumuskan mereka setuju bahawa Penunjuk ABU memudahkan
mereka menyebut perkataan Bahasa Arab. Implikasinya, Penunjuk ABU memberi pengetahuan baharu
kepada guru dari aspek keperluan pembelajaran murid yang mempunyai pelbagai aras kebolehan dan
membantu menambah baik amalan di dalam kelas.
Kata Kunci: Tasmik, Penunjuk ABU, baris bunyi
Pendahuluan
SK Mook Kinarut merupakan sebuah sekolah luar bandar iaitu perkampungan Mook yang terletak di
Daerah Papar. Tahap pencapaian Bahasa Arab di sekolah ini adalah pada tahap minimum. Mata
pelajaran Bahasa Arab juga seringkali dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dan khas untuk
murid yang beragama Islam sahaja. Oleh yang demikian, guru perlu lebih kreatif dalam membangunkan
intervensi yang bersesuaian dengan potensi murid dalam mempelajari Bahasa Arab dalam usaha
meningkatkan tahap profesionalisme secara berterusan. Bagi tujuan meningkatkan pencapaian murid
dalam pembelajaran Bahasa Arab, pelaksanaan kajian tindakan adalah penting untuk memperbaiki
amalan dalam pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. Seseorang guru Bahasa Arab
sekolah rendah akan menjadi lebih efektif sekiranya mereka mengkaji amalan dalam tugasan hakiki
mereka bagi membolehkan mereka mentafsir dan mereka bentuk pembelajaran Bahasa Arab yang
memenuhi kehendak yang terkandung silibus.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
1. Membangunkan pendekatan dan kaedah pengajaran yang menarik minat murid mempelajari
Bahasa Arab.
2. Meningkatkan kemahiran murid membaca perkataan Bahasa Arab yang difokuskan dengan betul.
Hipotesis Kajian
247
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Pembelajaran secara PdPR semasa pandemik COVID-19 memberikan implikasi yang besar dalam
pembelajaran Bahasa Arab di kelas saya. Saya dapati 5 daripada 17 orang murid saya dari kelas 6
Bestari menghadapi masalah dan kurang mahir untuk menyebut dan membunyikan baris huruf setiap
perkataan Bahasa Arab yang difokuskan dengan betul. Mereka menunjukkan sikap kurang bermotivasi di
mana mereka tidak melibatkan diri secara aktif semasa proses PdPc dan PdPR berlangsung. Ada juga
dalam kalangan murid yang tidak fokus serta tidak memberi tumpuan dan banyak berkhayal semasa
pengajaran guru baik di dalam kelas mahupun waktu PdPR. Selain itu, murid yang lemah ini tidak
menyiapkan dan menghantar tugasan yang diberi kerana tidak tahu membaca dalam tulisan jawi.
Adakalanya saya dapati, Bahan Bantu Mengajar yang saya gunakan kurang menarik perhatian mereka.
Berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah, saya dapati bahawa murid kurang bermotivasi dan tahap
penguasaan mereka dalam kemahiran sebutan adalah rendah, seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1: Pemerhatian semasa tasmik sebutan murid. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, saya akan
menghadapi kesukaran untuk mengajar maudhu’ atau tajuk lain yang lebih kompleks dan murid juga
akan menghadapi kesukaran untuk mengikuti pembelajaran yang memerlukan kemahiran asas iaitu
menyebut (nuthqu).
Sorotan Literatur
Berdasarkan kepada isu yang diperhatikan dalam bilik darjah, saya telah merujuk kepada kepentingan
kemahiran menyebut dan membaca dalam Bahasa Arab dan aplikasi kaedah/intervensi menggunakan
alat bantuan mengajar dalam kelas Bahasa Arab.
Kemahiran Membaca dan Pendidikan Bahasa Arab
Proses membaca menurut To’imah (1989) ialah suatu proses pengecaman, pemahaman, kritikan dan
tindak balas yang merupakan suatu aktiviti akal fikiran yang memerlukan penglibatan setiap aspek
personaliti setiap pembaca. Sehubungan itu, kepentingan penguasaan kemahiran ini telah menjadikan
kefahaman bacaan sebagai satu aspek pelajaran yang wajib bagi pelajaran Bahasa Arab di semua
peringkat pengajian. Menurut Maimun (2007) pengajaran membaca adalah satu kemahiran penerimaandi
mana pelajar menerima teks dan memecahkan makna-maknanya. Ini kerana, dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, kemahiran membaca ini merupakan kemahiran yang penting disamping kemahiran
mendengar, bertutur dan menulis. Sekiranya murid tidak mahir menyebut dan membaca, secara
kesimpulannya murid juga tidak boleh menulis perkataan dan menjawab soalan bertulis semasa
peperiksaan. Kemahiran membaca memainkan peranan sangat penting dalam Bahasa Arab. Selain
daripadamemahami konsep Nahu dalam Bahasa Arab, murid perlu tahu cara membaca ayat panjang dan
248
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
berangkai dengan jelas. Pendidikan Bahasa Arab KSSR berfokus kepada penguasaan pengetahuan dan
pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses yang dipelajari (BPK
2017).
Salah satu konsep utama yang perlu dikuasai oleh murid Tahun 6 ialah menyebut dan membaca
perkataan dan ayat yang difokuskan dalam tema setiap tajuk yang dipelajari. Oleh yang demikian, saya
sebagai guru Bahasa Arab perlu menggalakkan kemahiran menyebut dan membaca dalam kelas dengan
melaksanakan aktiviti secara eksplisit. Murid yang berjaya dalam Bahasa Arab adalah murid yang
memahami Bahasa Arab serta mampu memanipulasi dan mengaplikasikan makna Bahasa Arab dalam
bentuk simbol, imej dan perkataan.
Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pendidikan Bahasa Arab
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang berkesan akan berlaku sekiranya guru berjaya membuat
murid memahami konsep abstrak menggunakan bahan yang nyata (eksplisit) iaitu dengan menggunakan
bahan bantu mengajar. Dalam mata pelajaran Bahasa Arab khususnya, bahan bantu mengajar
memainkan peranan yang penting ke arah memahami konsep dan isi kandungan pelajaran selain
daripada bertujuan untuk menarik minat murid (Haron, Diyak, Izuddin & Shafiq 2018). Penggunaan
bahan bantu mengajar akan merangsang pemikiran dan menambah baik persekitaran pembelajaran dalam
bilik darjah di mana penggunakan bahan tersebut akan menggantikan persekitaran bilik darjah yang
monotonous. Dalam situasi sedemikian, murid akan dilatih untuk mengembangkan dan meningkatkan
kefahaman kendiri dalam bidang yang dipelajari dan mereka akan lebih berjaya dalam persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan.
Penggunaan bahan maujud seperti parking lot dalam pembelajaran Bahasa Arab membolehkan
murid lebih mudah memberi respons kepada guru semasa sesi PdP. terdapat perbezan yang signifikan
antara kumpulan pelajar yang didedahkan dengan BBM dengan kumpulan pelajar yang tidak didedahkan
dengan BBM (Nik Mohamad Rahimi & Kamarulzaman 2006). Penggunaan alat bantu mengajar lebih
banyak menyebabkan murid terlibat secara aktif semasa pembelajaran berlangsung. Berdasarkan kepada
literatur ini, saya menggunakan tanda arah yang saya namakan PENUNJUK ABU bagi mengukuhkan
pembelajaran murid dalam topik atau maudhu’ yang saya ajar. Penggunaan tanda arah dalam
pembelajaran Bahasa Arab membolehkan guru membuat pentaksiran formatif secara langsung semasa
PdP bagi menilai tahap penguasaan murid.
Metodologi Kajian
Kajian ini adalah kajian tindakan yang mengikuti langkah yang sistematik iaitu: pemerhatian (isu),
refleksi, perancangan, tindakan, pemerhatian semula dan refleksi semula. Kajian ini melibatkan urutan
langkah berikut:
a) Mengenalpasti isu
b) Membuat pemerhatian (I)
c) Refleksi berdasarkan ikuiri kendiri (I)
d) Membuat perancangan
i. Intervensi: Kaedah arah dan bunyi menggunakan sample PENUNJUK ABU
ii. Indikator /petunjuk kejayaan intervensi:
- Penilaian prestasi melalui kerja rumah dan ujian tasmik.
- Penilaian prestasi melalui ujian bacaan. Kurang kesilapan dan markah tahappenguasaan PBD TP 3
e) Melaksanakan tindakan
- Dilaksanakan dalam bilik darjah mengikut norma baharu (penjarakan sosial) selama 3 waktu
mengajar.
f) Membuat pemerhatian semula (II)
g) Membuat refleksi semula (II)
Responden terdiri daripada 5 orang murid kelas Tahun 6 Bestari.
249
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Dapatan Kajian
Berdasarkan isu yang diperhatikan, saya telah membina inkuiri kendiri dan catatan dapatan refleksi
seperti yang dinyatakan di Jadual 1.
Jadual 1: Refleksi Berdasarkan Pemerhatian Isu dan Inkuiri Kendiri
INKUIRI KENDIRI REFLEKSI
Apakah latar belakang Murid - murid ini terdiri daripada murid yang mempunyai tahap
murid ini? pencapaian yang agak lemah dalam subjek Bahasa Arab dan subjek teras
yang lain (murid kelas pemulihan/protim).
Apakah tahap kebolehan Murid perlu menguasai pengetahuan asas mendengar, menyebut dan
asas yang perlu murid membaca perkataan atau ayat dengan baik.
kuasai sebelum
mempelajari kemahiran
menulis perkataan dan
ayat Bahasa Arab?
Mengapa murid kurang • Murid tidak menguasai kemahiran membaca dari peringkat awal
mahir, tidak fokus dantidak Tahap 1 dengan baik.
menghantar tugasan? • Murid keliru dengan bentuk tulisan jawi yang agak sukar dibaca.
Mengapa murid masihtidak Mungkin saya menggunakan Bahan Bantu Mengajar recycle (guna
berminat dengansubjek semula), tiada pembaharuan dan tiada penambahbaikan.
Bahasa Arabsedangkan
saya sudah menggunakan
Bahan
Bantu Mengajar?
Mengapa murid tidak Terlalu lama berada di rumah semasa PdPR (cuti disebabkan pandemik
bersemangat dan kurang Covid 19) sebelum ini dan banyak terdedah kepada gajet semata-mata.
bermotivasi untuk belajar?
Mengapa saya tidak Kaedah pengajaran saya yang tidak menarik iaitu Chalk and talk sahaja
berjaya menarik minat dan saya hanya tekankan kepada penerangan melalui contoh dari buku
murid? teks sahaja.
Apa yang saya perlu bu•at Saya perlu menghasilkan atau menggunakan BBM yang bersifat maujud
untuk menarik minat dan murid aplikasi sendiri melalui bahan tersebut bagi memudahkan
murid?
murid untuk belajar dan fahami sesuatu kemahiran.
• Saya perlu peka dengan persekitaran murid di mana setiap murid
inginkan ‘suasana yang baharu’ dalam pengajaran di dalam kelas.
Mengapa murid tidak • Murid berasa takut dan bimbang untuk menjawab soalan yang diberi
melibatkan diri secara aktif oleh saya kerana mereka risau akan memberi jawapan yang salah dan
semasa belajar?
mereka tiada keyakinan diri.
• Arabic phobia dalam kalangan murid.
Apa yang saya perlu buat Saya perlu bijak merancang serta menjalankan aktiviti yang menarik
untuk murid melibatkan bersama murid di dalam kelas walaupun masih berada dalam keadaan
diri secara aktif? penjarakan fizikal.
Mengapa hal ini terjadi? • Murid tidak bersedia untuk menghadapi pembelajaran pada hari
tersebut. Contohnya, murid mempunyai masalah peribadi, masalah
kesihatan, masalah dengan kawan dan lain-lain.
• Saya kurang prihatin dengan keperluan murid dalam kelas dan saya
sendiri tidak dapat memberi perhatian terhadap semua murid.
250
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Berdasarkan refleksi, saya membuat perancangan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid.
Saya memperkenalkan kaedah Penunjuk ABU (Rajah 3) untuk membantu murid-murid meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca. Penunjuk ABU ialah penunjuk arah dan bunyi. Sample ini dijalankan
semasa murid membaca huruf atau perkataan yang difokuskan dalam setiap tema atau tajuk (maudhu’).
Penunjuk ABU memberi peluang kepada murid menyelesaikan bacaan mereka sekaligus menggalakkan
penglibatan mereka di dalam kelas. Tidak kira tahap penguasaan murid, mereka akan dapat membaca
perkataan yang diberi sesuai dengan objektif pembelajaran.
Rajah 3: Tanda arah PENUNJUK ABU
Pelaksanaan Aktiviti :
Pada aktiviti ini, murid diberikan bahan atau sample Penunjuk ABU yang telah dicipta oleh saya.
Sample ini dibuat bertujuan untuk memberi kefahaman kepada murid cara bacaan yang betul. Sample ini
digunakan semasa PDP berlangsung atau semasa murid membuat latihan kendiri. Sample ini
mengandungi 4 arah dan 4 gerakan bibir. Arah ke atas untuk bacaan baris atas (merah jambu tua), arahke
bawah untuk bacaan baris bawah (merah jambu muda), arah ke kanan untuk bacaan baris depan (kuning)
dan arah ke kiri untuk bacaan baris mati (oren). Murid menyebut bunyi huruf mengikut gerak bibir
seperti dalam sample. Untuk bacaan baris dua di atas, baris dua di bawah dan baris dua di depan, murid
hanya tambahkan huruf ‘n’ contoh :˝ ( اa + n = an)
Pemerhatian Aktiviti :
Murid-murid didapati berminat dan teruja dengan Penunjuk ABU kerana ianya sangat mudah digunakan
dan difahami dengan jelas dan ktiviti berjalan dengan lancar. Pada awalnya, murid agak susah untuk
memahami cara penggunaan Penunjuk ABU ini dan sukar membaca dengan betul tetapi proses
penerangan dan pembetulan dilakukan secara berterusan sehingga murid dapat membaca mengikut tanda
arah dari sample dengan betul. Murid juga lebih fokus semasa guru mengajar. Saya juga dapati murid
bekerjasama dan lebih berinteraksi antara satu sama lain. Mereka juga mendengar arahan saya sebagai
guru dan menyiapkan tugasan. Paling penting, murid lebih bersemangat dan yakin diri.
Refleksi: Murid-murid dapat memahami dan berjaya menyelesaikan soalan yang diberikan dengan betul
melalui ujian bacaan (tasmik) dan soal jawab. Didapati murid lebih jelas untuk membaca perkataan.
Murid juga tealah menyatakan perasaan mereka tentang bahan yang digunakan melalui parking lot dan
temu bual guru bersama murid. Berikut adalah dapatan berdasarkan kepada objektif kajian.
Penilaian Pencapaian Murid
Pencapaian murid-murid dinilai berdasarkan kepada dua ujian yang telah dijalankan iaitu Ujian Pra dan
Ujian Pos. Kedua-kedua ujian ini telah dijalankan ke atas responden yang sama. Kaedah ujian ini
digunakan bagi menilai tahap pemahaman, penguasaan dan kemahiran murid. Ujian Pra digunakan
untuk mendapatkan data yang menunjukkan kelemahan murid mengenai tajuk yang dikaji. Ujian Pos
251
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
pula bertujuan melihat kemajuan dan kelemahan selepas menjalankan intervensi dan melihat
keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan.
Satu set soalan yang sama untuk Ujian Pos dan Ujian Pra telah digunakan. Kedua-dua ujian
menggunakan instrumen yang sama. Terdapat peningkatan pencapaian murid yang ketara dalam
memahami dan menguasai kemahiran membaca perkataan selepas intervensi dilaksanakan.
RESPONDEN
& KALIMAH
MURID A X X XXXX
MURID B X X XXXX
MURID C X X XXXX
MURID D X X XXXX
MURID E X X XXXX
Jadual 1 : Ujian Pra Tasmik Bacaan
RESPONDEN
& KALIMAH
MURID A X / / /X/
MURID B / / ////
MURID C / / ////
MURID D / / ////
MURID E / X // / /
Jadual 2 : Ujian Pos Tasmik Bacaan
UJIAN UJIAN
PRA POS
BOLEH BACA TIDAK BOLEH BOLEH BACA TIDAK BOLEH
BACA BACA
Jadual 3: Carta pai tahap penguasaan murid semasa ujian pra dan selepas ujian pos
252
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
BACAAN MURID SEBELUM BACAAN MURID SELEPAS
INTERVENSI INTERVENSI
10 10
5
5
0 TP 2 TP 3 0 TP 3
TP 2
Jadual 4: Tahap penguasaan bacaan bagi 5 orang murid 6 Bestari sebelum dan selepas intervensi
Perbincangan
Berikut adalah perbincangan mengenai dapatan kajian berdasarkan kepada objektif kajian.
Objektif 1: 1. Membangunkan pendekatan dan kaedah pengajaran yang menarik murid
mempelajari Bahasa Arab.
Saya dapati bahawa penggunaan Penunjuk ABU membolehkan murid menguasai kemahiran asas
membaca menggunakan tanda arah tersebut, sekaligus dapat menulis perkataan serta ayat berangkai
dengan baik yang mana kemahiran menulis ini merupakan kemahiran yang keempat dan terakhir sekali
yang wajib dikuasai oleh murid. Membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan
kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Penunjuk
ABU yang saya hasilkan ini adalah untuk membantu menarik minat murid terhadap Bahasa Arab dan
meningkatkan kemahiran asas membaca di samping menghilangkan rasa bosan terhadap teknik latihan
pengulangan atau latih tubi yang diperlukan untuk murid-murid menguasai kemahiran membaca dengan
betul. Dalam situasi bilik darjah sedemikian, pembelajaran adalah lebih menyeronokkan dan akan
meningkatkan kefahaman dalam bidang yang dipelajari.
Aktiviti melalui Penunjuk ABU ini juga dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri murid
apabila mereka sendiri yang membaca dan menjawab tugasan oleh guru secara individu atau
berkumpulan yang lebih menyeronokkan dan mencabar. Saya juga mengamalkan pelaksanaan langkah-
langkah intervensi konsep pengajaran dari mudah ke sukar. Murid-murid didedahkan dengan kemahiran
asas mengenal dan membunyikan huruf serta perkataan terlebih dahulu dan murid lebih faham dan
secara tidak langsung dapat mengukuhkan kefahaman dan ingatan bagi kemahiran membaca perkataan.
Lima orang murid dari kelas 6 Bestari ini tentunya memerlukan sesuatu bahan bantu mengajar yang
dapat menarik minat mereka untuk terus menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Penggunaan bahan
bantu mengajar yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat mereka malah dapat meningkatkan
penguasaan dalam kemahiran asas iaitu membaca dengan baik. Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian
tindakan, murid menunjukkan minat kesesuaian kaedah dalam menggunakan Penunjuk ABU yang
diperkenalkan kepada mereka.
Murid-murid ini juga kelihatan teruja untuk belajar sambil bermain menggunakan Penunjuk
ABU. Murid-murid lebih berminat dan bersemangat terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Penerapan
peneguhan positif seperti pujian dan kata-kata galakan membantu saya meyakinkan murid untuk
menyempurnakan lembaran kerja. Melalui cara ini, murid lebih fokus dan cuba menyempurnakan
lembaran kerja sebaik mungkin. Pengalaman menghasilkan sendiri Penunjuk ABU merupakan perkara
paling berharga bagi saya. Saya menjadi lebih yakin dengan pendekatan belajar sambil bermain dengan
menggunakan kaedah Penunjuk ABU. Melalui pendekatan ini, murid-murid menunjukkan perubahan
positif terutamanya semasa sesi PdPc. Penggunaan Kamus juga sebagai latihan pengukuhan bagi setiap
253
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
kemahiran asas membaca merupakan satu pendekatan pentaksiran formatif yang saya gunakan. Kamus
ini dapat menilai tahap penguasaan murid dalam membaca perkataan. Penggunaan kamus ini sebagai
bahan sokongan alat pentaksiran formatif dapat menilai tahap penguasaan murid secara langsung semasa
PdP dilaksanakan (NA Basharuddin 2015). Ianya telah meningkatkan lagi tahap profesionalisme saya
dalam pendidikan Bahasa Arab.
Objektif 2: Meningkatkan kemahiran murid membaca perkataan Bahasa Arab yang difokuskan
dengan betul
Berdasarkan kepada kajian tindakan yang telah dilaksanakan, saya mendapati sikap murid-
murid terhadap Bahasa Arab pada peringkat awal telah berubah berbanding sebelumnya. Prestasi yang
memberangsangkan yang ditunjukkan oleh responden adalah di luar jangkaan saya. Murid-murid
berupaya menulis perkataan hasil dari kejayaan membaca perkataan menggunakan Penunjuk ABU yang
saya hasilkan dengan baik. Ini menunjukkan mereka sudah mahir dan berkeyakinan untuk menulis
perkataan dan menulis ayat berangkai sekaligus dapat menyelesaikan masalah mereka tidak menghantar
tugasan dan tidak menjawab soalan bertulis sebelum kajian tindakan ini dijalankan.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan menggunakan prinsip pengajaran dari mudah ke sukar.
Penilaian dibuat selepas pelaksanaan bahan bantu mengajar Penunjuk ABU untuk menjawab latihan-
latihan pengukuhan seperti ujian tasmik dan didapati kebanyakan murid telah menunjukkan peningkatan
pemahaman bagi kemahiran membaca perkataan dan ayat dengan betul. Oleh yang demikian,
penggunaan bahasa dan simbol dalam mengkomunikasikan idea Bahasa Arab perlu menjadi keutamaan
dalam kurikulum Bahasa Arab. Ini adalah kerana, murid yang berjaya dalam Bahasa Arab adalah murid
yang memahami Bahasa Arab serta mampu memanipulasi dan mengaplikasikan makna Bahasa Arab
dalam bentuk simbol, imej dan perkataan.
Rumusan
Berdasarkan kepada kajian tindakan ini, pembelajaran Bahasa Arab akan lebih bermakna sekiranya kita
sebagai guru berjaya menarik minat dan keyakinan mereka mempelajari Bahasa Arab dalam suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Guru perlu lebih kreatif menjayakan PdP mengikut keperluan murid
dan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk membuatkan mereka meminati pembelajaran Bahasa
Arab bagi memenuhi aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025 iaitu kemahiran berfikir dan
berpengetahuan. Saya akan terus mendapatkan kaedah yang bersesuaian dengan topik yang diajar dan
meningkatkan tahap profesionalisme saya dengan mencari bahan yang boleh menimbulkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dalam bilik darjah sama ada secara bersemuka ataupun secara PdPR.
Rujukan
Ahmad Fared Mohd Din, Mohammad Seman (2019). Meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Arab
melalui strategi penguasaan sebutan (SPS) Segmental dan Suprasegmental Online
Journal Of Language, Communication and Humanities, 2019.
Muhammad Haron Husaini, Diyak Ulrahman Mat Saad Mohd Izzuddin Mohd Pisol & Ahmad Shafiq
Mat Razali, Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab,
Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 6, No. 2,
December 2018: 71- 83
Nik Mohd Rahimi & Kamarulzaman Abdul Ghani. 2008. Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar
dan Hubunganya dengan pencapaian Kemahiran Mendengar Bahasa Arab. Jurnal Teknologi:
, 49(E) Dis. 2008: 141–154. UTM
Nurul Aminah Basharuddin, Hasnah Mohamad (2015). Kamus dan peranannya dalam meningkatkan
minat kanak-kanak mempelajari bahasa International Journal of the Malay World and
Civilisation, 2015: 79-89
254
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
KAEDAH BEEP-TERIMA-SEMAK (BTS) DALAM MELAKSANAKAN PDPR PENDIDIKAN
ISLAM TAHAP SATU
Nurul Jannah binti Masran1
1Sekolah Kebangsaan Tamu Darat, Kota Belud Sabah
1Email: [email protected]
ABSTRAK:
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) merupakan satu medium yang baik untuk
guru mengaplikasikan Revolusi Industri 4.0 dalam pengajaran. Walau bagaimana pun, isu capaian
internet dan peranti elektronik yang terhad menjadi kekangan kepada guru untuk melaksanakan PdPR
dengan berkesan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penglibatan murid
dalam PdPR bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap
keberkesanan kaedah BTS dalam pelaksanaan PdPR Pendidikan Islam. Kajian ini dijalankan di salah
sebuah sekolah rendah di daerah Kota Belud, Sabah yang melibatkan 22 orang peserta kajian yang terdiri
daripada murid-murid tahap 1. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan model Kurt
Lewin (1946) yang mengemukakan empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.
Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik, manakala instrumen kajian
yang digunakan untuk pengumpulan data adalah borang senarai semak, lembaran kerja dan catatan
refleksi pengajaran. Sehubungan dengan itu, diharapkan hasil dapatan kajian ini dapat membantu guru
mengurangkan isu murid tercicir ketika PdPR serta mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah BTS
dalam pelaksanaan PdPR Pendidikan Islam. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dan
rujukan para pengkaji yang lain berdasarkan cadangan penambahbaikan yang dilakukan selepas kajian ini
dijalankan.
Kata Kunci: Kaedah BTS, Meningkatkan, PdPR, Pendidikan Islam
Pendahuluan
Penularan wabak Covid-19 yang semakin tinggi di peringkat global sangat menggemparkan seluruh
dunia. Negara kita juga turut menerima kesan akibat penularan wabak ini termasuklah institusi
pendidikan. Sehubungan dengan itu, dalam usaha menangani virus ini maka Kementerian Pendidikan
telah membuat keputusan untuk melaksanakan penutupan semua institusi pendidikan di semua peringkat
bermula dari Prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT awam mahupun swasta untuk
memastikan risiko jangkitan dan penularan di tahap yang rendah dalam kalangan warga pendidik dan
murid-murid. Justeru, Kementerian Pendidikan telah mendatangkan satu alternatif pembelajaran yang
boleh diguna pakai seiring dengan norma baharu iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
bertujuan untuk membantu para guru melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan di rumah demi
memastikan setiap murid tidak tercicir dan berpeluang untuk mendapatkan akses pendidikan di saat
semua pihak sedang berganding bahu bergelut menangani isu pandemik Covid-19 ini.
PdPR ialah satu kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan yang dilaksanakan di rumah atau pusat
komuniti dan dimana-mana lokasi yang bersesuaian. Pelaksanaan PdPR ini bersifat fleksibel di mana
guru bebas memilih sama ada pengajaran dalam talian, luar talian dan gabungan. PdPR hanya boleh
dilaksanakan sekiranya berlaku satu situasi yang serius seperti bencana atau wabak yang memberi kesan
kepada ketidak-hadiran murid ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu. Walau bagaimana pun,
berdasarkan pemerhatian awal pengkaji mendapati bahawa capaian internet dan peranti elektronik yang
terhad di kalangan murid-murid sekolah telah menjadikan pelaksanaan PdPR berada di tahap yang tidak
memuaskan. Sehubungan dengan itu, hal ini membuatkan pengkaji mengkaji permasalahan ini seterusnya
memilih masalah tersebut sebagai tajuk kajian tindakan yang bakal dijalankan.
255
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Objektif Kajian
i. Meningkatkan penglibatan murid di dalam aktiviti pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Rumah (PdPR) Pendidikan Islam.
ii. Mengenal pasti keberkesanan kaedah Beep-Terima-Semak (BTS) dalam meningkatkan
penglibatan murid di dalam aktiviti pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)
Pendidikan Islam.
Sorotan Literatur
Capaian internet merupakan salah satu faktor utama yang membawa kepada keberkesanan Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Hal yang demikian kerana tanpa capaian internet pelaksanaan
PdPR tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh malah guru perlu menggunakan kaedah alternatif
seperti penyediaan bahan dan modul sebagai sandaran (Kasim, 2020). Sepanjang pelaksanaan PdPR
bermula pada tahun 2020, pelbagai aplikasi dan bahan digital telah dibangunkan untuk memastikan para
guru dan murid dapat menikmati suasana pembelajaran secara atas talian dengan lebih berkesan dan
menarik.
Namun begitu tidak dinafikan, masih ramai murid tidak dapat mengikuti pembelajaran secara
atas talian disebabkan capaian internet yang kurang memuaskan khususnya mereka yang tinggal di
kawasan luar bandar. Tidak cukup dengan itu, golongan murid yang kurang berkemampuan turut merasai
tempiasnya kerana mereka terpaksa memperuntukkan sejumlah wang untuk mendapatkan data internet
bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara atas talian (Yahaya, 2020).
Selain daripada itu, golongan ibu bapa yang bekerja turut mempengaruhi kadar keberkesanan
pelaksanaan PdPR ini lebih-lebih lagi murid yang hanya menggunakan peranti elektronik ibu bapa untuk
mengikuti PdPR dan mengakses bahan pembelajaran. Maka sudah tentu perkara ini akan menjadi satu
beban kepada ibu bapa dan menyebabkan mereka tidak berupaya untuk mengikuti PdPR secara
berterusan.
Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 22 orang murid tahun 1, 2 dan 3 di sebuah sekolah kebangsaan iaitu SK Tamu
Darat Kota Belud sebagai peserta kajian. Kesemua 22 orang murid yang menjadi peserta kajian ini terdiri
daripada 9 orang murid perempuan dan 13 orang murid lelaki. Kesemua peserta kajian yang dipilih
mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu tidak melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti PdPR yang
telah dijalankan.
Masalah yang Ditangani
Sebelum kaedah Beep-Terima-Semak digunakan, antara masalah yang dihadapi ialah:
i. Maklum balas murid yang pasif ketika aktiviti dijalankan
ii. Ibu bapa tidak dapat memberikan kerjasama yang baik disebabkan kekangan masa dan tuntutan
kerja hakiki.
iii. Guru tidak dapat mencapai objektif pembelajaran kerana sebilangan besar murid tidak
mengikuti aktiviti PdPR yang dijalankan.
Setelah pengkaji menggunakan kaedah Beeep-Terima-Semak, antara masalah yang dapat diatasi ialah:
256
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
i. Murid berupaya memberikan maklum balas berkaitan dengan aktiviti pembelajaran
ii. Meningkatkan kadar interaksi guru dan ibu bapa berkaitan dengan prestasi murid-murid melalui
perbincangan secara maya menggunakan aplikasi whatsapp melalui soal jawab dan rakan kumpulan
melalui aktiviti perbincangan
iii. Guru dapat mencapai objektif pembelajaran kerana sebahagian murid telah mengikuti aktiviti
PdPR yang dijalankan.
Metodologi Kajian
a. Pemerhatian
Pengkaji menyediakan borang senarai semak untuk memerhati tindak balas peserta kajian ketika
menggunakan kaedah Beep-Terima-Semak (BTS) dalam melaksanakan aktiviti PdPR. Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan pemerhatian berstruktur iaitu pengkaji merekod maklumat berdasarkan borang
senarai semak kerana ianya lebih mudah dianalisis dan dapat dijalankan tanpa bantuan pihak yang lain.
b. Analisis Dokumen
Pengkaji berpandukan instrumen rekod kehadiran dan tugasan murid bagi kaedah analisis dokumen.
Berdasarkan rekod kehadiran murid, pengkaji akan mengenal pasti kekerapan murid melibatkan diri
dalam setiap aktiviti PdPR yang dijalankan manakala melalui tugasan murid pula, pengkaji akan
mengenal pasti murid yang menghantar tugasan yang telah diberikan dalam tempoh waktu yang telah
ditetapkan.
c. Soal Selidik
Metodologi ini melibatkan soal selidik yang dijalankan pengkaji ke atas murid sebagai peserta kajian bagi
melihat keberkesanan kaedah Beep-Terima-Semak (BTS) dalam mengalakkan mereka melibatkan diri
dalam setiap aktiviti PdPR yang dijalankan. Selain itu juga, pengkaji turut meminta ibu bapa untuk
memberikan maklum balas mereka berkaitan kaedah Beep-Terima-Semak (BTS) dalam memudahkan
mereka menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti PdPR kepada anak-anak mereka. Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan soal selidik terbuka di mana soalan yang diajukan memberikan kebebasan kepada
responden untuk mengemukakan pendapat berkaitan dengan pelaksanaan kaedah Beep-Terima-Semak
(BTS).
Kaedah Beep-Terima-Semak (BTS)
Guru akan memberikan arahan kepada murid untuk mengakses bahan pembelajaran kepada murid
samada menerusi medium you-tube atau pun facebook. Kaedah pengajaran ini digunakan berikutan
masalah capaian talian yang kurang memuaskan dihadapi oleh murid-murid selain daripada kekurangan
peranti elektrik di rumah. Selain itu kaedah ini digunakan disebabkan pengetahuan ibu bapa yang terhad
mengenai teknologi masa kini.
Seterusnya, murid-murid yang sudah mengakses bahan pembelajaran perlu menghantar mesej
ringkas kepada guru iaitu BEEP! secara peribadi sebagai isyarat mereka sudah pun mempelajari dan
memahami topik pembelajaran yang telah disediakan seterusnya bersedia untuk menjawab latihan
pengukuhan. Teknik BEEP! ini juga diguna-pakai guru untuk merekodkan kehadiran murid-murid.
Secara automatik, murid yang tidak menghantar isyarat BEEP! kepada akan dikira sebagai tidak hadir
dalam aktiviti PdPR yang sedang dijalankan.
257
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Secara asasnya, idea isyarat BEEP! ini diperoleh apabila pengkaji menjalankan urusan jual beli
secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee. Selepas membuat permintaan, pihak penjual akan
memberikan tracking number kepada pembeli untuk memudahkan setiap pelanggan menjejaki barangan
pembelian mereka. Untuk mendapatkan barang tersebut, pelanggan akan menunggu pesanan ringkas
yang dihantar oleh mana-mana kurier penghantar dan bersedia untuk menerima barang pembelian.
Justeru, pengkaji berpendapat bahawa ketika pesanan ringkas yang dihantar oleh kurier penghantar
sepanjang proses penghantaran barang sedang berjalan telah memberikan unsur kejutan kepada pengkaji
kerana ternanti-nanti barang yang dipesan tiba di rumah kediaman. Mohd Izham (2007) menjelaskan
bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam pembelajaran dan pemudahcaraan berupaya untuk
menarik minat murid mengikuti pembelajaran dan pemudahcaraan dengan seronok dan tidak berasa
jemu. Maka inilah yang memberikan idea kepada pengkaji menggunakan isyarat BEEP! sebagai elemen
utama dalam kaedah Beep-Terima-Semak (BTS) ini.
Isyarat BEEP! ini juga dapat membantu guru mengenal pasti murid yang melibatkan diri secara
langsung atau pun sebaliknya ketika aktiviti pembelajaran sedang dijalankan kerana sudah pasti murid
perlu melaksanakan dan menghantar tugasan kepada guru dan untuk mendapatkan tugasan tersebut,
murid perlu menghantar BEEP! kepada guru.
Dapatan Kajian
Berdasarkan kajian rintis yang sedang dijalankan pengkaji, pengkaji dapat melihat perubahan yang positif
dalam aktiviti PdPR yang telah dijalankan. Walau pun masih ada segelintir murid yang masih tidak
melibatkan diri dalam aktiviti PdPR yang dijalankan, namun sebahagian besar daripadanya telah berjaya
melibatkan diri dalam setiap aktiviti sedikit demi sedikit. Murid dapat melibatkan diri dengan
aktiviti PdPR yang dijalankan walaupun bukan secara real time. Kaedah Beep-Terima-Semak (BTS) ini
bersifat fleksibel iaitu murid boleh mengikuti pembelajaran mengikut kesesuaian mereka. Mereka boleh
menggunakan peranti elektronik ibu bapa sebaik sahaja mereka selesai bekerja. Secara tidak langsung ibu
bapa boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya mereka sebelum meluangkan masa
bersama anak-anak untuk PdPR. Melalui kaedah BTS ini, ibu bapa tidak perlu mengajar anak-anak di
rumah kerana pengkaji menyediakan rakaman pengajaran berkaitan topik pembelajaran dan bimbingan
untuk pelaksanaan tugasan yang diberikan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa hanya berperanan sebagai
pengantara untuk murid menghantar tugasan.
Bukan itu sahaja, pengkaji juga dapat membina hubungan yang positif bersama ibu bapa kerana
pengkaji dan ibu bapa berpeluang untuk melakukan perbincangan bersama ibu bapa mengenai prestasi
anak-anak mereka sepanjang aktiviti PdPR dijalankan. Melalui perbincangan ini, pengkaji dapat
mengenal pasti masalah yang dihadapi ibu bapa dalam melaksanakan PdPR bersama anak-anak mereka.
Justeru, pengkaji dapat mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pada kaedah BTS seterusnya dapat
membuat penambah-baikan kaedah mengikut keperluan murid secara individu.
Impak Pelaksanaan Kaedah Beep-Terima-Semak (BTS):
Rumusan Keberkesanan Pengajaran Guru:
1. Pengurangan kos operasi
2. Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
3. Membolehkan para guru mengajar dengan lebih kreatif dan berkesan.
4.. Memudahkan guru untuk menjalankan proses penilaian dan pentaksiran Rumusan Keberkesanan
Pembelajaran Murid:
1. Akses murid dalam mempelajari Pendidikan Islam tidak terbatas
2. Murid dapat menjalankan pembelajaran secara atas talian pada bila-bila masa sahaja.
3. Murid tidak berasa bosan ketika menjalani proses pembelajaran di rumah.
4.. Murid boleh melakukan perbincangan bersama guru pada bila-bila masa sahaja.
258
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Rumusan
Melihat kepada hasil yang positif dalam pelaksanaan intervensi yang telah dilaksanakan
menerusi kaedah Beep-Terima-Semak (BTS) dalam kajian rintis, maka pengkaji melihat kaedah ini
mampu untuk memberikan impak yang baik kepada perkembangan murid-murid dalam proses
pembelajaran mereka walau pun secara di luar talian.
Kaedah Beep-Terima-Semak juga memberikan kesedaran kepada pengkaji bahawa seseorang
guru perlu kreatif dan berminda terbuka dalam membina rancangan pengajaran yang berkesan dan bahan
bantu mengajar yang menarik (Normazidah, 2012). Ketika penggunaan kaedah Beep-Terima- Semak
(BTS), didapati lebih ramai murid yang melibatkan diri dalam aktiviti PdPR yang dijalankan. Situasi ini
sangat berbeza dengan kelas sebelumnya yang mana guru hanya menerima beberapa orang murid yang
sama setiap kali aktiviti PdPR. Perkara ini memberikan keyakinan bahawa kaedah BTS juga mampu
memberikan kesan yang positif dalam membantu guru melaksanakan PdPR dengan lebih berkesan dan
efektif walau pun buka secar atas talian secara menyeluruh.
Penghasilan kaedah ini juga memberikan banyak input kepada guru terutamanya berkaitan
penggunaan kaedah dan strategi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud
pemilihan kaedah, strategi dan bahan bantu mengajar yang berkesan mampu menarik minat murid untuk
ikut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini (Baharin, Othman & Syed Mohd
Syafeq, 2007) kerana motivasi dalam diri murid tidak hadir secara sendiri tanpa disokong oleh kaedah
pengajaran guru yang kreatif dan efektif (Ahmad, 1997).
Selain daripada itu, hasil daripada kajian ini juga menunjukkan bahawa pelaksanaan PdPR boleh
dilaksanakan dengan lebih berkesan walau pun tidak menggunakan kaedah atas talian secara menyeluruh
sekiranya guru dapat memberikan alternatif dan kaedah lain bersesuaian dengan keperluan murid-murid.
Rujukan
Ahmad Mohd Salleh. (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor & Haliza Jaafar. (2007).
Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan kemahiran Belajar Pelajar Universiti di Fakulti Pendidikan, UTM
Johor. Kajian Penyelidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Kasim, R. (2020). Tiada internet, Pelajar Bina Khemah Atas Bukit. Sinar Harian Berhad
Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains dalam Penggunaan
Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, 46 (E): 45-60.
Normazidah Mahmood. (2012). Penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Guru
Peringkat Sekolah Rendah: Satu penilaian. Universiti Malaya.
Yahaya, M., Azman, A., Mohamad Yusof, M., Kamarul Bahrin, F., & Md Akhir, N. (2020).
Halangan masyarakat dalam sistem penyampaian program pendidikan: Satu Kajian Kes di Baling, Kedah.
KHIDMAT SOSIAL, Journal of Social Work and Social Service, 1(2).
259
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
KAEDAH BIG FINGER DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BACAAN AL-QURAN
SABARINA BT YUSOF
[email protected]
ABSTRAK
Tujuan utama kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
menyebut dan membunyikan tanda baris. Tinjauan awal yang dibuat mendapati bahawa kebanyakkan
murid tidak dapat membunyikan tanda baris dengan betul. Adakalanya murid ini keliru dalam menyebut
tanda baris FATHAH,KASROH DAN DOMMAH. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor
dalaman dan luaran murid itu sendiri. Justeru itu murid di tahun 4 Cemerlang telah dipilih sebagai
responden utama dalam kajian saya ini. Bagi mengurangkan masalah ini,saya telah mengambil langkah
pengumpulan maklumat melalui latihan dalam kelas,ujian pra dan ujian pos. Secara keselurahannya, saya
mendapati responden berjaya membaca dan membezakan tanda baris dengan betul dan lancar.
Kata Kunci: Big Finger, Kemahiran Bacaan, Al-Quran.
1.0 PENDAHULUAN
Menguasai al-Quran dari aspek tilawah,kefahaman dan hafalan merupakan satu tuntutan dalam Islam. Al-
quran merupakan setinggi anugerah yang Allah kurniakan kepada manusia dan al-Quran juga adalah
suatu mukjizat abadi yang membuktikan kebenaran dan kekuatan pengaruhnya(Maimunah
Ismail,1995:2), Isi kandungannya yang mencakupi semua aspek kehidupan yang bersifat sejagat dan
panduan dalam menjalani kehidupan dunia dan akhirat ( Mohd kamal Hassan,1988) Oleh itu umat islam
dituntut supaya belajar dan mengajar al-Quran, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan
mengajarkannya.” (HR.Bukhari,Muslim dan At Tarmizi)
Penguasaan bacaan Al-Quran disekolah amat penting kerana kemahiran asas ini akan berlanjutan
sehingga ke sekolah menengah. Oleh itu penekanan kepada kemahiran tersebut merupakan satu usaha
kearah pembentukan insan kamil. Segala usaha dari aspek kurikulum pengajaran dan pembelajaran adalah
berlandaskan kepada falsafah Pendidikan Islam yang berpaksikan al-Quran.
2.0. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Berdasarkan pengalaman saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya Tilawah. Biasanya
selepas sesi Talaqqi Musyfahah,saya menyemak bacaan murid seorang demi seorang dan adakan soal
jawab membezakan bunyi bacaan. Saya mendapati kebanyakan murid tidak dapat menjawab dengan tepat
dan betul dan masih tidak dapat membezakan bunyi bacaan.Ini meyebabkan perbincangan tidak lancar
dan bacaan tidak boleh di teruskan.
Situasi ini amat membimbangkan saya,kerana ini melibatkan perkara penting dalam bacaan al-Quran.
Murid-murid yang saya ajar ini adalah terdiri daripada murid yang tidak boleh membaca al-Quran.
Kebanyakkan mereka ini tinggal di pesisiran pantai,oleh itu amalan dan penghayatan isi mata pelajaran
Pendidikan Islam hanya tertumpu di sekolah dan tidak di lanjutkan di rumah,malahan di kalangan ibu
bapa mereka ramai yang tidak pandai membaca al-Quran.Oleh itu saya dan rakan –rakan guru Pendidikan
Islam di sekolah ini bertanggungjawab memberi pendedahan dan membina asas yang kukuh dalam
pegangan hidup beragama serta memberi panduan agar mereka mahir dalam bacaan al-Quran.
Langkah terus diambil untuk mendekati kumpulan sasaran tersebut. Mereka sangat lemah dalam
membezakan bunyi baris Fathah,dommoh dan Kasrah. Dari sinilah saya mula terfikir bagaimana saya
harus mengatasi masalah murid tidak mengenal tanda bacaan. Permasalahan ini sangat membimbangkan
260
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
saya kerana saya harus memastikan bacaan murid saya betul dan mereka dapat mengamalkan hingga ke
akhir hayat. Saya telah mendapat idea yang ringkas iaitu hanya menggunakan kaedah BIG Finger iaitu
kaedah ibu jari
Secara ringkasnya permasalahn yang dihadapai ialah :
• Murid keliru tanda bacaan dommoh,kasrah dan fathah
• Murid tidak menyebut dengan betul tanda-tanda bacaan
• Murid tidak dapat membezakan bunyi tanda bacaan
3.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini meninjau permasalahan 10 orang murid tahun 4 cemerlang. Mereka tidak pandai membaca al-
Quran,keadaan ini amat merisaukan saya kerana banyak kesalahan dari segi menyebut tanda bacaan
Fathah,Kasrah dan Dommah. Berdasarkan pemerhatian ketika tasmik murid tidak dapat membaca dengan
betul. Apabila disoal tanda baris murid tidak dapat menjawab kerana tidak mengenal kedudukan dan
bunyi baris.
Oleh itu kajian saya lebih fokuskan kepada fungsi tanda baris,seterusnya akan dibahagikan kepada 3
kumpulan tanda baris (Fathah,Kasrah Dan Dommah) dan saya menggunakan kaedah BIG FINGER untuk
murid membahagikan 3 bacaan. Dengan kajian ini inshaallah dapat membantu murid membaca al-Quran
dengan lancar betul dan fasih dan seterusnya tercapailah khatam al-Quran diperingkat sekolah.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Objektif Umum
Objektif kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam bacaan al-Quran
4.2 Objektif Khusus
Secara khususnya melalui kajian ini murid dapat :
• Memahami fungsi tanda baris
• Membezakan bunyi tanda bacaan
• Mengingati tanda bacaan dengan kaedah Big Finger
• Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkkan
• Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru
5.0 KUMPULAN SASARAN
Sasaran saya adalah 10 orang murid tahun 4 cemerlang yang terdiri dari 5 lelaki dan 5 perempuan. Murid
tersebut adalah murid yang lemah dalam bacaan al-Quran dan masih membaca iqra 1 hingga 3. Namun
mereka ini sangat lemah dalam menyebut tanda baris dan tidak dapat membezakan tanda baris
6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN
6.1 Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini tinjauan masalah adalah berdasarkan pemerhatian,temubual dan ujian
bertulis (ujian Pra)
• Pemerhatian
Saya dapati banyak kesalahan dalam bacaan mereka.Apabila murid membaca secara berkumpulan saya
tidak mengesan kesalahan tersebut tetapi apabila murid membaca secara individu ramai yang tidak
membaca dengan betul. Begitu juga soal jawab tanda baris hanya segelintir saja yang membaca dengan
betul dan yang terdiam kerana tidak dapat membaca tanda baris. Ini menyebabkan sesi bacaan al-Quran
ketika pengajaran dan pembelajaran kurang lancar.
• Temubual
Ketika sesi perbincangan saya dapati murid mengenal huruf hujaiyyah tetapi apabila diletakkan tanda
baris murid tidak boleh menyebut tanda bacaan fathah,kasrah dan dommah
• Ujian Tasmik (Ujian Pra)
261
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Saya membuat ujian tasmik kepada murid-murid yang saya kesan tidak dapat mengenal tanda bacaan dan
menyebut dengan betul. Potongan ayat al-Quran saya jadikan ujian tasmik dan murid diminta membaca
ayat-ayat tersebut.
6.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH
• Pemerhatian
Di mulai dengan sesi Talaqqi Musyafahah,saya akan membaca dan murid ikut bacaan guru. Seterusnya
saya meminta murid membaca secara kumpulan dan individu. Saya dapati tiada kesalahan ketika
membaca secara kumpulan. Akan tetapi kesalahn ini dapat dikesan apabila murid membaca secara
individu.Dari sini saya melihat murid tidak dapat membaca dan diam. Murid tidak dapat membezakan
bunyi tanda baris.
• Temubual
Saya mengajukan soalan kepada murid “Kenapa kamu tidak dapat membaca tanda baris dengan betul”
antara jawapan yang diberikan adalah :
1 Keliru dalam menyebut tanda baris 10 orang
2. Tidak mahir dengan tanda baris yang dibagi 10 orang
3. Tidak boleh membezakan tanda baris 10 orang
• Ujian Tasmik(Ujian Pra)
Saya adakan ujian tasmik dengan meminta murid membaca potongan ayat-ayat al-Quran. Dalam 10
markah saya akan memotong 1 markah setiap kali ada kesalahan dalam bacaan.
Hasilnya didapati ramai yang membuat kesalahan dalam bacaan dan hanya 3 orang sahaja yang mendapat
markah paling tinggi seperti jadual berikut :
Analisa markah ujian Pra
Murid Markah
Murid 1 4
Murid 2 4
Murid 3 4
Murid 4 3
Murid 5 3
Murid 6 3
Murid 6 3
Murid 7 3
Murid 8 2
Murid 9 2
Murid 10 2
262
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Graf menunjukkan markah yang diperolehi oleh 10 orang murid
6.3 TINDAKAN YANG TELAH DIJALANKAN
Aktiviti 1 : Mengenal
Penilaian pra yang telah dijalankan amat mengecewakan. Oleh itu saya memulakan langkah yang terbaik
untuk memperbaiki keadaan ini.
Langkah 1
Saya menerangkan fungsi tanda baris sebagai asas dalam bacaan al-Quran iaitu tanda Fathah,Kasroh dan
Dommoh. Untuk memastikan murid faham,saya meminta murid untuk membaca tanda baris yang dibagi.
Langkah 2
Saya memperkenalkan tanda baris yang mesti diketahui iaitu tanda fathah,kasroh dan Dommah. Murid
mengikut sebutan saya dengan sebutan yang betul. Saya membuat latih tubi dan menyoal semula seorang
demi seorang sehingga saya pastikan murid dapat mengenal dan meyebut tanda baris dengan betul.
Aktiviti 2 : Membezakan
Tanda baris mempunyai cara bacaan yang berbeza-beza. Apabila murid dapat membezakan bacaan tanda
baris fathah,kasroh dan dommah
Langkah 1
Saya telah memperdengarkan bacaan potongan ayat-ayat al-quran. Paparan ayat al-Quran ditunjukkan
kepada murid,saya menyuruh mereka mendengar sambil menyebut tanda baris.
Langkah 2
Setelah murid didedahkan dengan cara bacaan potongan ayat-ayat al-Quran. Murid mengikut bacaan guru
dengan betul. Saya memilih potongan ayat dan murid mengikut secara individu dan kumpulan. Dari sini
murid dapat membezakan bacaan mengikut tanda baris setiap kali dibagi potongan ayat.
Aktiviti 3: Mengingati kaedah Big Finger
Inilah kaedah yang saya cipta kepada murid-murid saya yang lemah dalam membaca al-Quran. 3 asas ini
mesti difahami dan diingati agar bacaan al-Quran dapat diamalkan dengan baik.
Langkah 1
Saya meletakkan jari ditengah bibir dan membunyikan potongan ayat yang berada di tengah bibir. Saya
memastikan murid dapat menyebut potongan ayat dengan tanda baris yang betul. Cuma ada murid keliru
dalam membunyikan tanda bacaan mengikut gerak jari dan bibir
263
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Langkah 2
Saya meletakkan jari ditengah bibir dalam keadaan bibir sedikit terbuka dan menampakkan gigi dan saya
membunyikan potongan ayat tersebut berdasarkan gerak jari dan bibir. Saya memastikan murid dapat
menyebut potongan ayat dengan betul
Langkah 3
Saya meletakkan jari ditengah bibir dalam keadaan bibir muncung kedepan dan saya membunyikan
potongan ayat tersebut berdasarkan gerak jari dan bibir. Saya memastikan murid dapat menyebut
potongan ayat dengan betul
Ujian Pos
Setelah menggunakan keadah yang saya ciptakan untuk murid-murid saya. Sekali lagi ujian bertulis
dijalankan. Kali ini saya sangat berharap mereka dapat membezakan tanda baris. Saya keluarkan
beberapa potongan ayat al-Quran.Objektif dalam ujian pos kali ini ialah untuk memastikan mereka dapat
membezakan bacaan dengan menggunakan tanda yang betul.
6.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Pelaksanaan Aktiviti 1: Mengenal
Setelah saya menerangkan kedudukan tanda baris,baru lah murid tahu memberi contoh dan menyebut
potongan ayat dengan tanda baris yang betul. Saya menerangkan tanda baris iaitu tanda baris atas atau
fathah ( ) baris bawah atau kasrah ( ) dan baris depan atau dommoh ( ). Berikut adalah
contoh potongan ayat yang mempunyai tanda baris tersebut.
Bacaan Baris Fathah
تﺖ تر تئ تة تﺖ لة
تو ضﻲ لة وت كة تذ
حخ فك ته ىة وتة وىه
لص سع لرن وخﺖ ووب ووه
رزق فتﻲ زيه يﺖ يذي تىة
264
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Bacaan Baris Kasrah
اي تﻲ تﻲ جﻲ ثﻲ
تيذي تيثي سيسﻲ ليذي ويىي
تيتي ليفﻲ ييس تصير لذير
فﻲ خثير سميع فﻲ وي
Bacaan Baris Dommah كوكو سودو ضوف دودو
لرئ
توتو تون عود مون دون
وعذ تون
لرون مووي ر ٌوا كون
لول ورسولً جىودي أليمو
Dan saya melatih murid dalam melancarkan bacaan dan tanda baris. Jika sebelum ini mereka keliru dalam
menyebut tanda baris dan kali ini mereka menyebutnya dengan fasih dan saya meminta murid menyebut
secara individu dan kumpulan.
Pemerhatian
Dengan cara memberi latihan pada murid dengan menyebut tanda bacaan dapatlah saya pastikan murid
saya betul-betul faham dalam menyebut tanda baris dengan betul
Refleksi
Dengan fahaman yang mereka terima,murid dapat membaca potongan ayat dengan mudah dan mereka
bertambah minat untuk membaca al-Quran.
Pelaksanaan Aktiviti 2: Membezakan
Saya telah memperdengarkan bacaan potongan ayat-ayat al-quran. Paparan ayat al-Quran ditunjukkan
kepada murid,saya menyuruh mereka mendengar sambil menyebut tanda baris.
Di sini saya mengajak murid berbincang mengenai cara nak menyebut tanda baris dan dalam
perbincangan ini saya memberikan contoh potongan ayat dalam bentuk kad huruf dan murid membaca
tanda baris dengan betul. Murid sama-sama ikut bacaan saya yang dinamakan Talaqqi Musyfahah
Pemerhatian
Ketika saya mempraktikkan tanda bacaan baris murid begitu seronok dan bersemangat untuk belajar al-
Quran.
Refleksi
Semoga mereka dapat membaca al-Quran dengan menyebut tanda baris dengan betul.
Pelaksanaan Aktiviti 3 : Mengingati kaedah Big Finger
Setelah melaksanakan aktiviti pertama dan kedua,murid faham cara bacaan yang betul mengikut tanda
baris. Saya melangkah kepada aktiviti seterusnya dengan memperkenalkan kaedah big finger yang
memudahkan murid saya memahami dan membezakan bacaan melalui tanda baris. Berikut adalah
gerakan bibir dan ibu jari yang digunakan dalam aktiviti ketiga.
Dengan menggunakan formula ini murid lebih faham dan dapat membezakan tanda bacaan. Setiap
kedudukan tanda baris ini telah ada dalam imaginasi murid yang digambarkan dalam setiap gerakan bibir.
Mereka juga senang mengingati kedudukan tanda baris fathah, kasrah dan dommah.
265
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Pemerhatian
Kesan dari ini murid senang untuk mengingat cara bacaan mengikut kedudukan baris, kerana mereka
hanya perlu memahami peranan gerakan bibir dan jari.
Refleksi
Hasil dari permainan ini seramai 8 orang lancar dalam membezakan bunyi tanda baris. Cuma saya 2
orang yang masih lagi tidak lancar dalam bacaan melalui tanda baris
Ujian Pos
Saya memastikan murid betul-betul dapat menguasai kaedah yang saya sampaikan kepada mereka,sekali
lagi ujian bertulis dijalankan keatas murid-murid ini.Kali ini saya sangat berharap mereka dapat membaca
potongan ayat dengan betul.Saya telah mengedarkan beberapa potongan ayat al-Quran dan murid
membaca ayat dengan tanda baris yang betul.
Saya amat berpuas hati dengan ujian kali kedua ini kerana murid sudah faham dan dapat membaca ayat
al-Quran dengan betul. Kebanyakkan mereka dapat mengecam melalui gerakan bibir.Saya masih lagi
mengekalkan 10 markah.
Dan hasilnya seperti berikut :
Murid Markah
Murid 1 10
Murid 2 10
Murid 3 10
Murid 4 10
Murid 5 10
Murid 6 10
Murid 7 10
Murid 8 9
Murid 9 9
Murid 10 9
Keputusan Ujian Pos Dan Pra
266
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
7.0 REFLEKSI KAJIAN
7.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Big Finger berjalan dengan lancar. Sesi soal
jawab dan perbincangan ketika membaca potongan ayat mendapat sambutan daripada murid-murid
berbanding sebelum mereka memahami kaedah ini.
Ketika sesi soal jawab tanda baris,saya membaca ayat tertentu dan meminta murid memberitahu apakah
kedudukan tanda baris tersebut. Dan ketika murid membaca potongan ayat tersebut,saya membuka
peluang kepada kawan-kawan yang menyoal dan aktiviti ini berulang-ulang kepada setiap orang murid.
Aktiviti ini mendapat sambutan yang menyeronokkan daripada murid berbanding sebelum ini.
7.2 Refleksi Pelajar
Murid telah menguasai kaedah Big Finger dan mereka boleh menyoal kawan-kawan dan menjawab
soalan dengan betul.Sesi soal jawab berlaku dengan meriah. Masing-masing berebut untuk memberi
soalan ketika salah seorang dari mereka membaca potongan ayat. Ini membuktikan mereka dapat
membezakan tanda bacaan dan membaca dengan betul.
7.3 Refleksi Guru
Alhamdulillah,saya amat bersyukur dengan pencapaian murid-murid saya yang sebelum ini langsung
tidak dapat membaca potongan ayat al-Quran. Kini mereka dapat memahami fungsi dan bunyi tanda baris
apabila membaca ayat al-Quran. Lebih menarik lagi apabila membaca potongan ayat mereka
merujuk kepada gambar gerakan bibir dan jari untuk memulakan bacaan. Saya berharap mereka dapat
membaca dengan betul dan fasih.
8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Untuk kajian seterusnya saya mencadangkan untuk murid yang lemah dalam bacaan al-Quran dan tidak
267
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
membezakan bunyi baris agar menggunakan kaedah ini.
Saya juga mencadangkan supaya kaedah ini diambil oleh guru-guru lain untuk diterapkan kepada murid-
murid yang lemah dalam bacaan al-Quran agar mereka mahir dalam bacaan al-Quran dan mengamalkan
dalam kehidupan mereka.
Rujukan
Al-Quran al- Karim
Daftar Ejaan Rumi,1994,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4),Pendidikan Islam Kearah Kemanusiaan Sejagat,Fakulti
Pendidikan,UKM Bangi.
Buku Iqra 1-6,Ustaz Haji As ad Hummam,Darul Fikir Kuala Lumpur.
Maimunah Bt Ismail,1995,Kemahiran Membaca Al-Quran Dikalangan Pelajar Tingkatan Satu,Kajian
Kes,Fakulti Pendidikan,Universiti Malaya.
268
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
KAD KBAT HOLISTIK PERKAITAN : MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM
APLIKASI TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT KSSM SPM PENDIDIKAN SYARIAH
ISLAMIAH DENGAN TERATUR DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4 SYAFIE
Shaharoom Binti Hashim
SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu, Sabah
Email : [email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bagi mengatasi kelemahan murid dalam aplikasi teknik menjawab soalan KBAT
subjek Pendidikan Syariah Islamiah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 4.untuk mendapat markah
penuh soalan KBAT holistic perkaitan. Soalan-soalan KBAT seringkali dianggap sukar oleh murid-
murid disebabkan soalan ini mempunyai stimulus yang mengelirukan pelajar. Seramai 5 orang murid
dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan
murid dalam aplikasi Teknik menjawab bagi soalan KBAT holistic perkaitan. Tinjauan awal terhadap
ujian murid mendapati murid tidak mendapat markah maksima iaitu 6 markah dan sering keliru cara
penyusunan isi jawapan untuk memperolehi markah penuh. . Stimulus-stimulus yang diberi dalam
soalan KBAT Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 agak mengelirukan murid- murid untuk
merangka isi jawapan menepati kehendak soalan yang betul dan teratur. Untuk mengatasi masalah ini,
saya melaksanakan Kad KBAT HOLISTIK PERKAITAN untuk membantu murid-murid merangka dan
menulis jawapan dengan betul dan teratur. Seterusnya murid dikehendaki menulis jawapan
berpandukan kepada kad KBAT HOLISTIK PERKAITAN. Murid dilihat lebih berminat dan fokus untuk
mengaplikasi Teknik jawab kerana ianya lebih sistematik, mudah faham dan jawapan lebih tersusun.
Seterusnya, penguasaan terhadap teknik menjawab telah dapat ditingkatkan.
Kata Kunci : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) , Holistik , Perkaitan , Stimulus , Kad
PENDAHULUAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar
berteraskan konsep keseimbangan dari segi jasmani , emosi , rohani dan intelek ( JERI ).Bagi
merealisasikan matlamat ini , peranan guru mendidik para pelajar meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran sangat dititik beratkan terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).Proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dengan baik dapat mempengaruhi gaya pembelajaran
para pelajar untuk memastikan pelaksanaan PdP dalam kelas dapat diikuti dengan berkesan.Menurut
Dienes ( Ruseffendi, 1992 :125-127 ) pembelajaran sebaik-baiknya dikembangkan menjadi satu
pembelajaran yang menarik untuk meningkatkan minat dan kefahaman murid selain dapat menguasai
konsep yang ingin disampaikan.Menurut Fryland ( 1994 ) dalam Omardin ( 1999 ) , minat yang timbul
dalam setiap diri murid akan mempengaruhi proses pembelajaran.Ini bermakna proses pengajaran akan
berjalan lancar sekiranya murid berminat dengan mata pelajaran dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan.Hal ini seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
subjek tersebut.Maka, minat untuk belajar dan kemahiran yang diperolehi adalah berkait rapat dengan
prestasi yang dicapai oleh seseorang murid.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am
Kajian ini dijalankan dengan tujuan murid dapat menentukan susunan isi jawapan bagi soalan KBAT
269
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Holistik Perkaitan dengan betul dan teratur agar memperolehi markah maksima memenuhi peruntukan
markah yang diberi.
Objektif Khusus
i. Murid dapat menentukan isu bagi stimulus KBAT Holistik Perkaitan.
ii. Murid dapat menyusun isi jawapan KBAT Holistik Perkaitan berdasarkan pemahaman isu pada
stimulus yang diberi dalam soalan.
iii. Murid dapat aplikasi susunan jawapan yang betul dan teratur agar menepati skor jawapan penuh
terhadap soalan KBAT Holistik Perkaitan.
HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian ini ditetapkan , persoalan kajian diformulasikan seperti berikut :
1. Adakah murid yang dapat menentukan susunan isi jawapan bagi soalan KBAT Holistik Perkaitan
dengan betul dan teratur akan memperolehi markah maksima memenuhi peruntukan markah yang diberi.
2. Adakah penguasaan aplikasi teknik jawab melalui penggunaan kad KBAT Holistik Perkaitan
dapat meningkatkan peratus pencapaian prestasi cemerlang murid bagi subjek Pendidikan Syariah
Islamiah Tingkatan 4.
SOROTAN LITERATUR
Menurut Simah Mamat ( 2008 )Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam,
kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran
yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa
sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.
Atan Long ( 1982 )membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran ,
alat pandangan dan alat pandang dengar.
Heinich ( 2002 ) alat bantu mengajar juga dapat ditakrifkan sebagai audio visual dan bahan-bahan yang
berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran yang mana juga dikenali
sebagai sebahagian daripada media pengajaran
Hanapiah Sudin ( 1979 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980 ) mengkelaskan alat bantu mengajar kepada dua
iaitu software dan hardware.
Secara keseluruhan, kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan BBM dapat menarik minat dan
meningkatkan pemahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Oleh yang demikian ,
inisiatif saya untuk menggunakan Kad KBAT adalah selari dengan kaedah pengkaji terdahulu untuk
meningkatkan pemahaman , penguasaan pelajar dalam meningkatkan prestasi murid dalam akademik. .
METODOLOGI KAJIAN
✓ Tinjauan Masalah (Mengutip data):
1) Langkah 1 – Memeriksa kertas ujian bulanan
2) Langkah 2 – Membuat semakan bersama-sama pelajar
3) Langkah 3 – Membuat pemerhatian.
✓ Analisis Tinjauan Masalah
Langkah 1 :
270
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
a) Tidak terdapat murid yang memperoleh markah penuh iaitu 6 markah.
Langkah 2 :
a) Sebahagian murid keliru teknik jawab KBAT Holistik Perkaitan.
b) Terdapat ruang jawapan tidak diisi oleh murid.
Langkah 3 :
a) Murid menyatakan stimulus KBAT Holistik terlalu banyak menimbulkan kekeliruan mereka.
b) murid menunjukkan sikap tidak yakin dan risau terhadap soalan KBAT Holistik Perkaitan.
✓ Tindakan Yang Dijalankan
Bagi meningkatkan penguasaan murid dalam menjawab soalan KBAT Holistik Perkaitan dengan betul
dan teratur, saya telah merancang empat aktiviti kepada murid-murid sasaran saya. Aktiviti-aktiviti
tersebut:
Set Induksi (Gambar)
1) Saya telah menunjukkan sekeping kad KBAT Holistik Perkaitan
2) Saya bersoal jawab bersama murid akan penggunaan kad tersebut.
3) Saya memberikan kad KBAT Holistik Perkaitan kepada murid-murid.
4) Saya menjelaskan kepada murid-murid cara pengisian kad tersebut.
Aktiviti 1 ( Sebut dan Kenalpasti Isu )
1) Murid-murid mendengar cara mengenalpasti isu stimulus KBAT daripada saya terlebih dahulu
2) Saya meminta murid-murid secara individu menyebut isu yang terdapat dalam stimulus dengan
teratur dan tulis isu di ruang yang disediakan dalam kad KBAT.
3) Aktiviti ini merupakan aktiviti individu.
Aktiviti 2 ( Tentu dan Jawab)
1) Aktiviti ini merupakan aktiviti menulis. Murid-murid diberi satu Kad KBAT Holistik Perkaitan
yang kosong dan yang berwarna dan satu set soalan KBAT Holistik Perkaitan.
2) Murid mengisi kad tersebut dengan menentukan isu berdasarkan stimulus yang diberi dalam set
soalan
3) Murid dikehendaki mengisi dan menyusun jawapan dengan mengikut kata kunci jawapan yang
telah disediakan dalam kad KBAT Holistik Perkaitan.
4) Murid diberi tempoh masa untuk menjawab set soalan KBAT Holistik Perkaitan.
Aktiviti 3 ( Menyemak Jawapan )
1) Guru menyemak kertas jawapan .
2) Saya meminta setiap murid membetulkan jawapan rakan mereka jika terdapat kesalahan.
Rumusan
Murid-murid menyatakan isu terhadap stimulus yang terdapat dalam set soalan dan menyusun jawapan
mengikut kata kunci yang terdapat dalam ruang berwarna dalam Kad KBAT tersebut.
Aktiviti – aktiviti di atas telah berlangsung selama dua minggu dan ianya juga merupakan proses
pengulangan iaitu kemahiran mengingat itu perlu dikuasai oleh murid. Sepertimana menurut Simah Binti
Mamat (2008) bahawa mengikut teori behaviorisme, proses pengulangan iaitu mengulang kemahiran
bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan dan rutin. Ini kerana kecekapan akan dikuasai jika sering
berlatih.Aktiviti pengulangan ini adalah sama dan penting diterapkan untuk mengukuhkan ingatan
terhadap susunan jawapan KBAT Holistik Perkaitan yang betul dan teratur.
Akhirnya pada minggu ke empat saya membuat ujian bulanan kepada murid- murid. Murid-
murid menulis jawapan bagi set soalan yang diberikan dengan berpandukan kaedah Kad KBAT Holistik
271
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Perkaitan. Penilaian melalui pemerhatian dan menyemak jawapan dijalankan oleh saya sendiri.
DAPATAN KAJIAN
Penilaian pencapaian murid adalah seperti berikut:
Jadual 1 : Keputusan Ujian pra (Tanpa Kad KBAT Holistik Perkaitan)
Markah Penuh Markah
diperolehi
M1 6 3
M2 6 3
M3 6 3
M4 6 3
M5 6 4
Jadual 2 : Keputusan Ujian pasca (Menggunakan Kad KBAT Holistik Perkaitan)
Markah Penuh Markah
diperolehi
M1 6 6
M2 6 6
M3 6 6
M4 6 6
M5 6 6
Ujian telah dilaksanakan dan saya mendapati perubahan begitu ketara berlaku iaitu dengan
menggunakan kad KBAT Holistik Perkaitan, murid dapat menentukan isu bagi stimulus yang diberikan
dalam set soalan KBAT. Sedangkan dalam ujian pra, tidak terdapat seorang murid pun yang
memperolehi markah penuh dalam menentukan isu stimulus dan menulis jawapan mengikut susunan
dengan tepat dan teratur. Ujian pasca telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik kerana murid
telah dapat menguasai Teknik jawapan betul dan teratur dengan menggunakan kaedah Kad KBAT
Holistiik Perkaitan.
Dalam aktiviti pembelajaran seterusnya, menunjukkan perkembangan positif dalam menjawab
soalan KBAT Holistik Perkaitan. Perubahan-perubahan ini berlaku kerana murid telah menguasai dan
dapat aplikasi teknik menjawab yang betul dan teratur.
Pemerhatian saya terhadap murid juga mendapati bahawa murid dapat menjawab latihan soalan
KBAT dengan betul menggunakan Kad KBAT Holistik Perkaitan.
272
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
RUMUSAN
Secara keseluruhannya banyak perubahan yang dilalui oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Syariah Islamiah. Rumusannya adalah seperti berikut:
a. Semua murid telah memahami cara menggunakan Kad KBAT Holistik Perkaitan dengan betul dan
teratur mengikut kata kunci dalam kotak berwarna.
b. Murid dapat menentukan isu dari stimulus set soalan KBAT dengan tepat.
c. Murid telah dapat mengaplikasikan penggunaan Kad KBAT Holistik Perkaitan setiap kali menjawab
soalan KBAT Holistik.
d. Pengajaran dan pembelajaran isu semasa berkaitan dengan hukum syarak dapat dijalankan dengan
mudah dan diikuti dengan penuh minat oleh setiap murid.
KAD KBAT HOLISTIK PERKAITAN
Stimulus 1 :
SELARI dengan Stimulus 2 iaitu :
Isi
Huraian
Dalil
Huraian Dalil
Kesimpulan ringkas
Kesimpulan lengkap
RUJUKAN
Simah Binti Mamat (2008), Teori Pembelajaran Tingkah laku (Behaviorisme) Dan Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar Dalam Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, blogspot.com
Atan Long (1991), Pelbagai Kaedah Mengajar.Penerbit Fajar Bakti.
Noraidah Binti Ibrahim (2020),Pendidikan Syariah Islamiah (5228) Soalan Latihan Topikal.Penerbit
Imtiyaz Ilmi.
Ahmad Irdha Bin Mokhtar , Mohd.Nazir Bin Ilyas dan Hasrin Hakim Bin Sulong (2019),Pendidikan
Syariah Islamiah Tingkatan 4.Penerbit Telaga Biru
273
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
AKTIVITI PERMAINAN ‘FLASHCARD’ MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGINGAT
HURUF MAD: HUKUM NUN MATI DAN TANWIN
Siti Nasuha binti Singki¹
Abdul Fattah bin Hamden²
1Email: [email protected]
2Email: [email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan tajwid dalam kalangan peserta yang
mengikuti “Kursus Asas Tajwid Bersiri (KATB)” di bawah anjuran Kursus Pembelajaran Islam
Sepanjang Hayat (PISH). Pelaksanaan kajian tindakan ini juga adalah bagi mengatasi masalah murid
yang tidak dapat mengingat dan membezakan huruf mad dengan betul apabila bertemu dengan hukum
nun mati dan tanwin. Oleh itu, perancangan tindakan yang difokuskan ialah dengan menggunakan satu
transformasi kaedah pengajaran bagi kelas tajwid yang dicadangkan. Reka bentuk kajian ini adalah
berbentuk kuasi eksperimen yang terdiri daripada 2 kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan. Kumpulan eksperimen terdiri daripada 15 orang peserta kursus PISH menerusi ujian pra,
manakala kumpulan kawalan adalah 8 orang pelajar yang mendapat markah terendah dalam ujian pra
tersebut. Kajian ini dijalankan kepada semua peserta kursus PISH yang terdiri daripada murid-murid
sekolah menengah berumur dalam lingkungan 13 hingga 15 tahun. Menerusi kajian ini satu kaedah yang
dicadangkan ialah pengajaran beraktiviti menggunakan permainan flashcard. Aktiviti pengajaran
berasaskan aktiviti permainan ‘flashcard’ ini diaplikasi dalam PdP pada bulan kedua sesi pengajaran.
Setelah kaedah pengajaran beraktiviti itu dilaksanakan, barulah murid membuat ujian pos. Data yang
dikumpul juga dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian positif dalam kalangan peserta kajian
setelah menggunakan kaedah pengajaran permainan flashcard. Keputusan ujian mendapati prestasi dan
kefahaman pelajar dalam penguasaan hukum nun mati dan tanwin adalah pada tahap yang
memberangsangkan dan terdapat peningkatan berbanding pra ujian. Malahan, pelajar lebih seronok dan
berminat untuk belajar hukum tajwid dengan menggunakan kaedah yang dilaksanakan. Bagi menjalankan
kajian lanjutan, saya mencadangkan kaedah pengajaran permainan flashcard diperkenalkan dalam
pengajaran hukum- hukum tajwid yang lain mengikut subtopik hukum tajwid yang dipelajari.
Kata Kunci: - mengingat, permainan, flashcard, hukum tajwid, PISH
1.0 Pendahuluan
Pada masa kini, dunia telah beralih daripada revolusi industri 1.0 kepada revolusi industri 4.0 yang
menekankan matlamat untuk meningkatkan hubungan, interaksi, penyebaran maklumat dan
pembangunan sistem digital serta teknologi (Aida & Norhayati, 2018). Sememangnya perkara ini telah
memberi impak yang besar terhadap semua sektor termasuklah sistem pendidikan dunia. Pendidikan di
Malaysia misalnya tidak terkecuali daripada mengalami perubahan drastik yang menekankan Pendidikan
Abad ke 21 dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pembelajaran. Era Pendidikan yang
dipengaruhi oleh Revolusi Industri 4.0 ini dikenali sebagai Pendidikan 4.0. Menurut Fatin Izzati dan
Farah Hanan (2021), dalam konteks Pendidikan 4.0, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam
menggunakan sumber dan media yang ada untuk menghasilkan satu proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan. Ini kerana secara tidak langsung murid dapat berinteraksi dengan
bahan, guru dan murid antara satu sama lain sekaligus meningkatkan penguasaan murid dalam pelbagai
aspek. Bahkan ianya juga mampu meningkatkan keupayaan berfikir murid jika dibandingkan dengan
274
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
kaedah pengajaran yang lapuk seperti “chalk and talk” yang hanya memaksa murid untuk menghafal
dan mengingat semata-mata. Oleh itu, strategi pengajaran yang kreatif perlu diberi penekanan oleh
semua guru semasa PdPc dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan murid dari aspek koginitif,
afektif dan psikomotor di samping kegigihan menyahut cabaran revolusi industri 4.0 dalam dunia
pendidikan. Justeru itu, artikel ini adalah bertujuan bagi memperincikan kajian tindakan yang telah
dilakukan setelah mengenal pasti beberapa masalah yang berlaku dalam sesi pengajaran danpembelajaran
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH).
2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Masa Lalu
Satu program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) telah dilaksanakan dengan mewujudkan satu
kelas iaitu “Kursus Asas Tajwid Bersiri (KATB)” bagi membantu mengajar mata pelajaran Pendidikan
Islam yang mempunyai skop pembelajarannya yang luas. KATB ini diadakan kerana permintaan yang
tinggi daripada komuniti masyarakat di sekitar Betong, Sarawak terhadap kelas ini. Hal ini adalah kerana
majoriti daripada ibu bapa mengadu bahawa anak-anak mereka sangat lemah dari sudut pencapaian
akademik termasuklah penguasaan ilmu tajwid ketika membaca al-Quran. Namun begitu, mereka
berpotensi untuk menguasai pembelajaran dengan baik berdasarkan pemerhatian terhadap penumpuan
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas selama 4 minggu sesi awal pembelajaran.
Walau bagaimanapun, saya menyedari apabila memasuki sesi seterusnya iaitu apabila saya cuba
mengaplikasikan beberapa surah dan meminta pelajar untuk mengenal pasti huruf mad bagi hukum nun
mati dan tanwin, murid-murid ini dilihat kurang yakin untuk memberi jawapan yang tepat. Hal ini
dibuktikan dengan keluhan sebahagian daripada mereka yang meminta saya untuk mengajar semula
huruf mad bagi hukum nun mati dan tanwin tersebut. Manakala di pihak saya pula, saya perlu
meneruskan pengajaran tajwid ini berdasarkan modul pengajaran yang telah saya rancang.
Saya telah memulakan PdP sekali dalam seminggu selama 4 minggu berturut-turut iaitu dengan
menjelaskan berkaitan asas ilmu tajwid yang terdiri daripada makhraj huruf, kenali huruf mad serta
hukum nun mati dan tanwin. Namun demikian, apabila memasuki bulan kedua sesi PdP, saya mula
mencuba untuk memaparkan carta surah al- An’am ayat 1 hingga 6 di hadapan kelas dan membaca satu
demi satu ayat diikuti oleh murid secara beramai- ramai sehingga selesai. Kemudian, saya memilih
secara rawak beberapa murid di samping murid lain menyemak bacaan rakan mereka. Gambaran awal
daripada hasil bacaan tersebut ialah saya mendapati hanya sebahagian sahaja murid dapat menguasai
sebutan bacaan bertajwid nun mati dan tanwin dengan betul, manakala sebahagian lagi membaca dengan
sebutan tajwid yang salah. Memandangkan PdP lepas saya telah menjelaskan berkaitan hukum- hukum
tajwid nun mati dan tanwin, rancangan pengajaran saya seterusnya adalah meminta murid untukmengenal
pasti beberapa hukum tajwid pada carta surah yang telah saya sediakan. Kemudian, saya bersoal jawab
bersama pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat pada carta surah tersebut. Hasil daripada soal jawab
tersebut, dapat saya simpulkan bahawa sebahagian daripada murid tidak dapat menjawab dengan tepat
dan belum menguasai hukum tajwid nun mati dan tanwin. Selain itu, murid tidak dapat mengingat huruf-
huruf mad izhar halqi, ikhfak haqiqi, iqlab, idgham bila ghunnah dan idgham maal ghunnah yang
menyebabkan kesalahan pada bacaan dan sebutan kerana masih keliru terhadap cara bacaan dengung dan
tanpa dengung.
Pemerhatian saya dikukuhkan lagi menerusi semakan terhadap buku latihan tajwid murid. Menerusi
buku latihan tersebut, saya mendapati bahawa sebahagian daripada murid tidak dapat mengenal pasti dan
membezakan dengan tepat hukum tajwid nun mati dan tanwin. Prihatin terhadap permasalahan ini, saya
membuat satu ujian pra untuk keseluruhan murid seramai 15 orang secara bertulis. Berdasarkan ujian pra
tersebut, saya dapat mengumpul rekod dengan lebih terperinci melalui pemarkahan yang dinilai.
Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk membantu murid menguasai hukum nun mati dan tanwin
dengan memulakan kaedah pengajaran beraktiviti menggunakan permainan flashcard di samping untuk
memudahkan murid mengingat ilmu tajwid ini.
275
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
3.0 Fokus kajian
Hasil daripada pemerhatian semasa sesi PdP, saya mendapati murid tidak mempunyai masalah dengan
sebutan makhraj huruf hijaiyyah, namun sebutan bacaan yang salah dari sudut dengung dan tanpa
dengung adalah hasil daripada kekeliruan murid yang tidak dapat mengingati dan membezakan huruf-
huruf mad nun mati dan tanwin. Hal ini dibuktikan dengan lebih terperinci menerusi ujian pra.
Berdasarkan ujian tersebut, didapati seramai 8 orang murid tidak dapat menjawab dengan betul dan
mendapat markah yang rendah iaitu dalam lingkungan 30% - 60%. Punca kelemahan murid dalam
menguasai hukum tajwid ialah kerana,
1. Tidak dapat mengingat huruf mad bagi hukum nun mati dan tanwin.
2. Tidak dapat membezakan huruf mad yang terdapat dalam hukum nun mati dan tanwin.
Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada meningkatkan penguasaan mengingat dan membezakan hukum
nun mati dan tanwin dengan menggunakan kaedah yang telah ditransformasikan bagi menarik minat
murid dalam pengajaran dan pembelajaran tajwid.
4.0 Objektif Kajian
Berikut merupakan objektif bagi kajian tindakan ini:
i. Membantu murid mengingat huruf- huruf mad di dalam hukum nun mati dan tanwin dengan
mudah melalui kaedah permainan flashcard.
ii. Meningkatkan penguasaan dalam membezakan huruf- huruf mad di dalam hukum nun mati
dan dengan betul melalui kaedah permainan flashcard.
iii. Mengenal pasti huruf mad yang bertemu dengan tajwid nun mati dan tanwin dengan sebutan
yang tepat melalui kaedah permainan flashcard.
5.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan peserta kursus PISH iaitu seramai 15 orang dimana majoritinya berada dalam
lingkungan umur 13 tahun sehingga 15 tahun. Namun demikian, hanya 8 orang daripada peserta tersebut
akan dijadikan sebagai kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini. Pemilihan kumpulan tersebut adalah
berdasarkan penilaian markah yang terendah semasa sesi ujian pra.
6.0 Pelaksanaan Kajian
Pelaksanaan kajian ini memfokuskan kepada beberapa perbincangan iaitu tinjauan masalahberbentuk
pemerhatian dan analisis dokumen.
6.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah- langkah seterusnya di ambil, tinjauan awal terhadap masalah yang dikenal pasti
dilaksanakan untuk mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang permasalahan ini.
Tinjauan yang dilakukan dianalisis bagi mengutip maklumat dan data seperti berikut:
6.1.1 Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses
PdP di dalam kelas iaitu melalui bacaan surah pilihan yang dibaca secara talaqqi musyafahah dan respon
pelajar semasa sesi soal jawab berkenaan hukum nun mati dan tanwin. Pemerhatian ini juga adalah
menerusi semakan terhadap buku latihan tajwid murid.
Setiap kali waktu PdP diadakan, salah satu aktiviti wajib yang akan saya jalankan adalah meminta murid
membaca surah tertentu secara talaqqi musyafahah. Isi surah tersebut saya paparkan di carta ayat dan
adakalanya saya menggunakan video. Kemudian, saya gariskan hukum- hukum tajwid yang akan
dipelajari oleh murid. Menerusi kajian yang telah difokuskan ini, saya juga menggunakan cara
pengajaran yang sama seperti mana sebelum ini. Hasil pemerhatian mendapati hanya beberapa orang
276
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
murid sahaja yang boleh menguasai hukum nun mati dan tanwin dengan baik. Manakala sebahagian
yang lain tidak mahir dalam mengaplikasikan hukum tajwid nun mati dan tanwin apabila bertemu
dengan huruf mad selepasnya.
Hal ini menyebabkan murid salah dalam penyebutan bacaan dengan mendengungkan dan tidak
mendengungkan bacaan yang sepatutnya kerana tidak mengingat huruf- huruf mad yang terdapat di
dalam izhar halqi, ikhfa’ hakiki, iqlab, idghram maal ghunnah dan idghram bila ghunnah. Selepas
saya menerangkan satu persatu hukum tajwid, murid hanya dapat mengingat dalam jangka waktu
yang pendek. Apabila saya menukarkan carta ayat kepada surah lain, murid juga dilihat sukar dan lambat
untuk mengenal pasti hukum mad yang tepat apabila disoal. Malahan, apabila ditanya, majoriti
daripada murid akan merujuk nota terlebih dahulu untuk mengenal pasti huruf mad yang bertemu
dengan nun mati dan tanwin. Berikut merupakan analisis data bagi anggaran awal tahap penguasaan nun
mati dan tanwin semasa sesi PdP:
Jadual 1: Data Anggaran Awal Tahap Penguasaan Nun Mati dan Tanwin Semasa Sesi
Pengajaran dan Pembelajaran
BIL Isu/ Masalah Penguasaan Tajwid Nun Mati Bilangan Pelajar yang Peratus
danTanwin Tidak Dapat Menguasai an (%)
Pelajaran Tajwid 60/100
Pelajar tidak dapat mengingat huruf- huruf mad 9/15 60/100
1 (Izhar Halqi, Ikhfak Haqiqi, Iqlab, Idgham Bila 40/100
Ghunnah, Idgham Maal Ghunnah) selepas nun mati
dan tanwin dengan tepat
Pelajar tidak dapat mengenal pasti hukum mad (Izhar 9/15
2 Halqi, Ikhfak Haqiqi, Iqlab, Idgham Bila Ghunnah,
Idgham Maal Ghunnah) selepas nun
mati dan tanwin dengan betul
Pelajar tidak dapat membezakan hukum mad dengan 6/15
3 cara bacaan (dengung/ tidak dengung) dengan baik
6.1.2 Analisis Dokumen
Guru membuat analisis tentang penguasaan murid menerusi kaedah yang digunakan langkah demi
langkah. Oleh itu, saya juga telah membuat pembacaan lebih mendalam berkaitan penggunaan aktiviti
permainan flashcard agar dapat membantu murid mengingati hukum tajwid nun mati dan tanwin dengan
baik. Perancangan aktiviti yang teratur perlu dilakukan untuk menjayakan objektif yang ingin dicapai
bagi kajian ini. Justeru, analisis dokumen dibuat bagi membuat perbandingan markah berdasarkan
kepada kekerapan aktiviti dan ujian pra dan post yang dijalankan. Penjelasan yang lebih terperinci
adalah seperti berikut:
i. Ujian Pra
Bagi mengenal pasti secara lebih terperinci murid yang lemah dalam menguasai hukum nun mati dan
tanwin, saya mengedar kertas ujian pra bertulis untuk dijawab oleh murid. Edaran tersebut diberikan
kepada semua murid di dalam kelas iaitu seramai 15 orang. Soalan bagi ujian ini berbentuk objektif.
Hasil daripada ujian tersebut, saya telah memilih 8 orang murid yang mendapat markah terendah
untuk dijadikan sebagai responden kajian.
ii. Ujian post
Ujian post akan diberikan kepada 8 orang responden kajian selepas kaedah pengajaran beraktiviti
menggunakan permainan flashcard selesai dilaksanakan. Ujian ini dilaksanakan bertujuan untuk
mengenal pasti hasil pencapaian murid setelah melalui kaedah PdP flashcard tersebut selama 3 bulan.
277
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Berikut merupakan analisis bagi ujian Pra kelas PISH bagi pembelajaran hukum tajwid nun mati dan
tanwin:
1. Jadual 2: Analisis Ujian Pra Kelas PISH bagi hukum tajwid nun mati dan tanwin
Gred Julat Bil Peratusan (%)
A+ 90-100 00
A 80-89 2 13
A- 70-79 3 20
B+ 65-69 2 13
B 60-64 00
C+ 55-59 4 27
C 50-54 2 13
D 45-49 2 13
E 40-44 00
G 00
TH 0-39 --
Tidak
Menerusi analisis tersebut, saya memilih 8 orang murid yang mendapat markah terendah dalam ujian pra
untuk dijadikan sampel kajian iaitu seramai 4 orang mendapat gred C+, 2 orang mendapat gred C, dan 2
orang mendapat gred D sepertimana yang telah di boldkan di dalam jadual 2.
7.0 Pelaksanaan Tindakan
Menurut Siti dan Ani (2018) kaedah pengajaran menggunakan flashcard merupakan antara kaedah
terbaik yang boleh digunakan ketika PdP dan mampu meningkatkan tahap mengingat murid terhadap
sesuatu maklumat. Flashcard adalah sekumpulan kad yang mengandungi maklumat seperti gambar,
perkataan atau nombor sama ada ianya dicetak atau dilukis (Emily et al, 2013). Sehubungan dengan itu,
Kaedah pengajaran beraktiviti menggunakan permainan flashcard yang ditransformasikan dalam sesi
pengajaran ini adalah bertujuan membantu murid meningkatkan penguasaan mereka mengingat,
membezakan dan menyebut dengan betul bacaan hukum tajwid nun mati dan tanwin. Berikut
merupakan pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang:
7.1 Kaedah Pengajaran beraktiviti menggunakan permainan flashcard
1. Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan pendekatan dua dalam satu iaitu
belajar dan bermain dalam satu masa.
2. Permainan flashcard ini akan dijalankan secara kuiz untuk menjawab persoalan guru
mengenai huruf- huruf mad dalam hukum nun mati dan tanwin.
3. Selepas melaksanakan aktiviti ini, semakan akan dibuat dan diberikan markah bagi setiap
kumpulan. Kemudian, guru akan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid.
4. Menerusi aktiviti ini, murid akan dapat mengenal pasti dengan lebih jelas huruf- huruf mad
dan meningkatkan kemahiran mengingat murid.
278
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Rajah 1: Contoh Permainan Flash Card
Aktiviti berbentuk permainan flashcard ini dijalankan setiap kali waktu PdP berlangsung iaitu
mengambil masa selama 15 minit hingga 20 minit. Sebelum melaksanakan permainan ini, saya terlebih
dahulu memperdengarkan bacaan surah al- An’am ayat 1- 17 daripada Imam Misyari menerusitayangan
video. Kemudian, saya meminta seorang murid untuk membacakan semula ayat tersebut sambil diikuti
murid-murid yang lain. Selesai membaca, saya bersoal jawab secara ringkas terlebih dahulu berkenaan
dengan hukum tajwid yang terdapat di dalam surah tersebut. Aktiviti membaca dan penerangan ini
dijalankan selama 10 minit. Jadual 3 merupakan langkah dan penerangan kaedah pengajaran
menggunakan permainan flashcard:
Jadual 3: Langkah Kaedah Pengajaran Permainan Flashcard
Langkah Penerangan
Langkah 1
1) Guru meletakkan 3 model permainan flashcard di dalam kumpulan murid.
2) Guru menerangkan cara bermain flashcard kepada murid.
3) Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk bermain flashcard dalam bentuk kuiz.
4) Permainan dimulakan dengan meneka nombor akronim 1-20 iaitu jumlah huruf mad
dalam hukum nun mati dan tanwin yang terdapat pada flashcard (induksi).
5) Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk tampil ke hadapan untuk
mengambil 5 kad arahan yang mengandungi perkataan (izhar halqi, ikhfak hakiki, iqlab,
idgham bila ghunnah dan idgham maal ghunnah).
6) Berdasarkan kad arahan yang dipilih, murid akan menentukan jawapan pada flashcard
kumpulan masing- masing. Jawapan yang ditentukan hasil perbincangan dalam kumpulan
masing- masing.
Langkah 2 1) Permainan diteruskan dengan bermain flashcard huruf hijaiyyah.
2) Ketua kumpulan akan bertindak sebagai fasilitator yang akan mengeluarkan mana-
Langkah 3 mana kad arahan kepada setiap kumpulan.
Langkah 4 3) Apabila kad arahan dikeluarkan, setiap kumpulan perlu bekerjasama untuk
menyelesaikan arahan tersebut dengan memilih jawapan pada flashcard dan dilekatkan pada
kertas jawapan yang disediakan.
4) Setiap pusingan kad arahan tersebut, wakil setiap kumpulan akan membentangkan
jawapan masing- masing untuk guru mengutip markah.
5) Setiap arahan hendaklah dijawab oleh wakil yang berlainan bagi setiap kumpulan.
6) Jawapan yang betul akan diberikan 4 markah bagi setiap huruf, manakala jawapan salah
mendapat 0 markah bagi setiap huruf.
7) Permainan diteruskan sehingga selesai 5 kad arahan dipaparkan.
Jumlah markah 92% + Bonus Kerjasama Kumpulan 8% = 100%
1) Guru bertindak memberi penerangan semula dan memberi jawapan yang betul bagi 5
soalan yang terdapat pada kad arahan.
1) Markah dikira. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi mendapat hadiah.
8.0 Hasil Kajian
Hasil kajian tindakan ini dapat dilihat dari keputusan penilaian pencapaian murid menerusi analisis
pemerhatian dan analisis dokumen bagi ujian pra dan post.
279
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
8.1 Penilaian Pencapaian Murid
Penilaian pencapaian murid ini dikenal pasti melalui dua analisis yang telah dibuat seperti berikut:
8.1.1 Hasil Analisis Pemerhatian bagi Aktiviti Permainan Flashcard
Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati murid memberi respon yang positif dan mula menunjukkan
minat untuk terus mempelajari topik ini. Murid-murid saling memberi pendapat dan bersungguh-
sungguh dalam meneka jawapan menggunakan permainan flashcard untuk memastikan kumpulan
masing- masing menjawab dengan betul. Menerusi permainan ini, saya secara tidak langsung dapat
menilai peningkatan kefahaman dan ingatan mereka terhadap huruf- huruf tajwidyang berkaitan dengan
hukum tajwid nun mati dan tanwin menerusi markah kuiz dari minggu ke minggu yang dikumpulkan
dalam data. Di akhir pembelajaran menggunakan permainan flashcard tersebut, guru membetulkan
jawapan yang salah satu per satu bagi setiap kumpulan dan memberi penerangan semula sebagai
pengukuhan supaya pelajar dapat mengingat semula tentang bilangan dan jenis huruf mad yang
terdapat dalam hukum nun mati dan tanwin.
2. Jadual 4: Data Penilaian Markah Tajwid Flashcard
Minggu Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3
1 48 48 52
2 56 52 56
3 72 72 74
4 80 84 88
Menerusi jadual pemarkahan yang direkodkan dalam jadual 4, saya mendapati bahawa terdapat
peningkatan pemarkahan yang diperoleh oleh pelajar mengikut kumpulan masing- masing dari minggu
1 sehinggalah minggu ke- 4. Saya berpendapat bahawa pendekatan belajar tajwid dengan menggunakan
permainan ini lebih menarik minat dan menarik perhatian murid secara keseluruhannya. Semasa aktiviti
ini dijalankan, murid juga memberi kerjasama yang baik dan semua ahli kumpulan terlibat untuk
menjawab persoalan tajwid yang dikemukakan. Selain itu, permainan ini jelas menunjukkan murid
mula mengenali hukum tajwid dan mengingati sedikit demi sedikit huruf- huruf mad kerana sering
mengulang- ulang sebutan setiap kali dibetulkan oleh guru jawapan yang sebenar. Perhatian penuh yang
diberikan oleh murid serba sedikit memudahkan mereka untuk mengingat dan mengenal serta
membezakan dengan mudah huruf- huruf mad dalam hukum nun mati dan tanwin. Suasana yang ceria
dan amalan berdaya saing tersebut amat menggembirakan saya.
8.1.2 Hasil Analisis Ujian Pra dan Post bagi Aktiviti Permainan Flashcard
Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos mendapati terdapat perbezaan terhadap pencapaian
mereka sebelum dan selepas melaksanakan aktiviti yang dicadangkan untuk membantu pelajar dalam
mengenal, mengingat dan membezakan huruf – huruf mad dalam hukum nun mati dan tanwin. Hasil
dapatan kajian mendapati terdapat peningkatan tahap penguasaan tajwid pelajar dalam ujian pos.
Jadual 5: Jadual Analisis dokumen (Ujian Pra)
Gred Julat Markah Bil murid Peratusan (%)
A+ 90-100 - -
A 80-89 - -
A- 70-79 - -
B+ 65-69 - -
B 60-64 - -
C+ 55-59 4 50
280
C 50-54 2 2021 JILID 2
D 45-49 2 e ISBN 978 967 26508 0 5
E 40-44 - 25
G 0-39 - 25
-
Jadual 6: Jadual Analisis dokumen (Ujian Post) -
Gred Julat Markah Bil murid Peratusan (%)
A+ 90-100 1 12.5
37.5
A 80-89 3 25
A- 70-79 2 25
B+ 65-69 2 -
B 60-64 - -
C+ 55-59 - -
C 50-54 - -
D 45-49 - -
E 40-44 - -
G 0-39 -
Rajah 2: Ujian Pra dan Post
Carta bar yang dipaparkan menunjukkan peningkatan ketara terhadap penguasaaan murid dalam ilmu
hukum tajwid asas berkaitan nun mati dan tanwin. Selain itu, saya juga mendapati murid memberi
respon yang baik dan aktif semasa sesi PdP KATB ini. Hal ini berdasarkan pemerhatian saya semasa
melaksanakan aktiviti yang dirancang menggunakan kaedah permainan flashcard. Ianya memberi
impak yang memberangsangkan antara pihak guru dan murid. Oleh hal yang demikian, kaedah
pengajaran menerusi pembaharuan atau transformasi dalam pengajaran adalah sangat penting dan
perlu dilaksanakan oleh setiap pendidik agar dapat menghasilkan PdP yang menarik, efektif serta
berkualiti di samping menyampaikan ilmu agama yang dalam dihayati oleh setiap individu.
281
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
9.0 Cadangan dan Kesimpulan
Saya akan mengekalkan kaedah pengajaran menggunakan permainan flashcard ini ke dalam sesi kursus
mahupun program atau kelas yang berkaitan dengan pembelajaran tajwid diadakan. Setelah saya
mengesan dan meneliti bahawa melalui kaedah pengajaran beraktiviti atau permainan flashcard yang
dijalankan tersebut, murid dilihat lebih berminat untuk belajar, aktif semasa pembelajaran dan yang
pastinya dapat membantu mereka mengingat serta memahami dengan mudah tentang hukum- hukum
tajwid yang dipelajari. Keberkesanan kaedah ini juga dibuktikan dalam kajian Husni (2019) yang
mendapati penggunaan flashcard mampu meningkatkan kemahiran mengingat sekaligus memantapkan
kosa kota bahasa inggeris dalam kalangan murid.
Saya juga mencadangkan agar beberapa kaedah pengajaran lain dapat dibangunkan bagi dijadikan
sebagai garis panduan kepada para pendidik, guru, dan tenaga pengajar dari semasa ke semasa, di
samping pemilihan pelbagai aktiviti atau permainan juga dilihat akan dapat menarik minat murid
untuk mempelajari dan memahami sesuatu pelajaran dengan mudah dan cepat. Oleh itu, beberapa
garis panduan mahupun langkah-langkah bagi pemilihan aktiviti yang sesuai turut digalakkan untuk
dibangunkan satu modul atau garis panduan bagi rujukan kepada para pendidik. Pada masa yang
sama, saya berharap guru- guru Pendidikan Islam, pensyarah dan tenaga pengajar yang mempunyai
kelayakan, pengetahuan serta pengalaman dalam bidang ilmu tajwid, boleh menyumbangkan idea untuk
menambahbaik setiap pelaksanaan aktiviti atau modul tajwid yang dibangunkan agar lebih menarik dan
efektif. Cadangan ini adalah sebagai satu langkah awal untuk memberi pendedahan dan nota ringkas
kepada murid mahupun masyarakat yang ingin mempelajari atau mengukuhkan lagi ilmu tajwid dalam
diri. Seperti mana yang kita tahu, pendidikan ilmu tajwid sangat luas, dan setiap ilmu yang dipelajari
akan lebih mudah untuk difahami jika asas ilmu tajwid dikukuhkan terlebih dahulu. Kesimpulannya,
keputusan ujian pra dan pos serta aktiviti- aktiviti yang mendapat respon positif daripada responden
kajian dapat menyelesaikan masalah penguasaan murid yang lemah terhadap hukum tajwid secara
umumnya. Malahan, guru juga dapat melihat potensimurid yang sememangnya boleh dipertingkatkan
selain membuka minda guru untuk membuat satu transformasi dalam pengajaran agar lebih efektif dan
berkesan dalam PdP.
Rujukan
Siti Ngarofah & Ani Sumarni. (2018). Teaching Vocabulary Using Flashcard to Young Learner.
Professional
Journal of English Education. 1(6), 775-782.
Emily P., T. F. McLaughlin, Jennifer N., Mary E. (2013). The Effects of Direct Instruction Flashcards
with Math Racetrack with Addition Facts for an Elementary School Students with ADHD.
International Journal of Basicand Applied Science. 2(1), 124.
Husni Andalas. (2019). The Use of Flashcard Teaching Strategy to Increase Students’ English
Vocabulary Mastery (A Classroom Action Research at the Fifth Grade Students of SDN 024
Bengkulu Utara in Academic Year 2017/2018). Thesis, English Letters Study Program, Islamic
Education and Tadris Faculty IAINBengkulu.
Aida, A. S., & Norhayati, H. (2018). Industrial Revolution 4.0 and Education. International Journal of
AcademicResearch in Business and Social Sciences, 8(9), 315-319.
Fatin Izati, M. T., & Farah Hanan, A. B. (2021). Pendidikan Digital Era RI 4.0 dalam Pendidikan Islam.
International Conference on Syariah & Law, 436-451.
282
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
PERLAKSANAAN KEPIMPINAN TURNAROUND DALAM MEMPERKASAKAN
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM ERA PANDEMIK DI SEKOLAH
RENDAH DAERAH PITAS
Mohd Hazilye bin Sakimin @ Adat Razal bin Miasin
Musirin bin Mosin
Abstrak
Kepimpinan merupakan aspek yang terpenting dalam sesebuah organisasi dan jabatan yang mampu
mencetuskan perubahan dan kemajuan dalam meningkatkan kredibiliti serta kewibawaan seseorang
pemimpin di samping memberikan impak terhadap orang yang dipimpin. Berdasarkan kepada situasi
pandemik ini, aspek kepimpinan merupakan perkara yang mustahak dalam memastikan kelancaran aktiviti
pengurusan dan kurikulum di sekolah agar terus berjalan dengan lancar dan berkesan. Justeru, kajian ini
akan mengkaji perlaksanaan kepimpinan turnaround dalam memperkasakan profesionalisme guru
pendidikan dalam era pandemik. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang
mana ia menggunakan lima orang informan daripada guru-guru Pendidikan Islam di sekolah rendah
daerah Pitas. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa konsep perlaksanaan kepimpinan
turnaround yang disesuaikan dengan situasi era norma baharu. Seterusnya, hasil kajian ini juga mendapati
terdapatnya kesan positif perlaksanaan kepimpinan turnaround dalam meningkatkan profesionalisme guru
Pendidikan Islam semasa era pandemik. Implikasi kajian ini dapat dijadikan perintis kepada usaha-usaha
yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dalam merangka polisi dan pembangunan berkenaan strategi memperkasakan profesionalisme
guru dalam mencapai matlamat pencapaian dan kemajuan sistem pendidikan di sekolah.
Kata Kunci : Kepimpinan Turnaround, Guru Pendidikan Islam, Era Pandemik
Pengenalan
Kepimpinan merupakan aspek yang terpenting dalam sesebuah organisasi dan jabatan, ia mencetuskan
perubahan dan kemajuan dalam meningkatkan kredibiliti dan kewibawaan seseorang pemimpin dan sudah
tentunya memberikan kesan kepada orang yang dipimpin (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Berdasarkan kepada situasi pandemik ini, aspek kepimpinan merupakan perkara yang mustahak dalam
memastikan kelancaran aktiviti pengurusan dan kurikulum di sekolah agar terus berjalan dengan lancar
dan jayanya (Kementerian Pendidikan Tinggi, 2015).
Dalam era norma baharu istilah dan nama pandemik sememangnya sudah sinonim disebutkan
hampir kesemua aktiviti dalam sektor ekonomi swasta dan kerajaan dijalankan secara atas talian
termasuklah bidang pendidikan. Menurut Chickering, A.W., Dalton, J.C., and Stamm, L., (2006), dalam
usaha memikirkan secara lanjut berkenaan dengan masa depan pendidikan pastinya terdapat pelbagai
perubahan dan penstrukturan yang perlu dilakukan dalam memastikan matlamat ini dapat dicapai dengan
sebaiknya. Justeru, aspek kepimpinan seseorang pengetua itu dalam sistem pendidikan amat penting
dalam memastikan kelangsungan aktiviti kurikulum dan kokurikulum berjalan dengan lancar (Sullivan,
W. and Rosin, M., 2008).
Permasalahan kajian
Ironinya, terdapat banyak kajian lepas yang telah dilaksanakan berkenaan dengan perlaksanaan
kepimpinan turnaround. Namun, situasi pasca pandemik pada ketika ini menyaksikan beberapa perubahan
kondisi yang sehinggakan ini kajian berkenaan kepimpinan dan perlaksanaan kepimpinan turnaoround
pada masa dahulu tidak lagi begitu relevans untuk digunakan pada hari ini (Stoll, L., and K. Myers, eds.,
1998). Menerusi perlaksanaan kepimpinan turnoround ini, ia tidak lagi melibatkan penstukturan dalam
aspek perjawatan guru iaitu tidak melibatkan pertukaran guru dalam melakukan tugasan hakiki (Fullan,
283
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
M., 2004). Namun dalam perlaksanaan kepimpinan Turnaround ini hanya melibatkan proses
pensttukturan semula tugas-tugas guru dalam kalangan guru pendidikan agar dapat melaksanakan
tanggungjawab mereka secara sistematik dan berkesan (Fullan, M., A. Bertani, and J. Quinn., 2004).
Pada dasarnya, kajian ini bertujuan untuk meneroka kesan perlaksanaan kepimpinan Turnaround
dalam memperkasakan sistem pendidikan dalam era pandemik. Ini kerana, era pandemik ini merupakan
satu cabaran dalam dunia pendidikan terkini yang mana ia memerlukan perlaksanaan kepimpinan
pendidikan yang lebih bersifat “advance” iaitu lebih unggul daripada sistem pendidikan pada masa kini.
Maka dengan itu, kajian ini dapat dianggap sebagai sebuah kajian yang relevan untuk dilakukan dalam
mendepani cabaran pendidikan pada masa kini. Sehubungan itu, kajian ini merupakan penyelidikan yang
signifikan untuk dilakukan berdasarkan keperluan semasa dalam pendidikan. Ia adalah penting dalam
sistem pendidikan yang memerlukan perubahan dalam memastikan kecekapan serta kesediaan para guru
pendidikan Islam di sekolah untuk menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan dengan cara
yang lebih berkesan.
Objektif Kajian
i) Konsep perlaksanaan kepimpinan Turnaround dalam era pandemik terhadap guru Pendidikan Islam
di sekolah rendah di daerah Pitas.
ii) Kesan positif perlaksanaan kepimpinan Turnaround terhadap profesionalisme guru Pendidikan
Islam disekolah rendah di daerah Pitas.
Persoalan kajian
i) Bagaimanakah konsep perlaksanaan kepimpinan Turnaround dalam era pandemik terhadap guru
Pendidikan Islam di sekolah rendah di daerah Pitas.
ii) Apakah kesan positif perlaksanaan kepimpinan turnaround terhadap guru Pendidikan Islam di
sekolah rendah di daerah Pitas.
Skop kajian
Kajian ini pada dasarnya hanya dilakukan untuk meneliti kesan perlaksanaan kepimpinan Turnaround
guru besar terhadap guru-guru di sekolah rendah. Kajian ini tidak menerapkan kepimpinan yang lain bagi
seseorang guru besar. Pemilihan kepimpinan Turnaround ini amat bersesuaian dengan perlaksanaan sistem
pendidikan dalam era pasca pandemik yang sedang berlaku pada masa kini memandangkan ia dapat
memberikan peluang dan ruang kepada para guru memperbaharui sistem pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
Metodologi kajian
Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian secara kualitatif dengan menggunakan kaedah pensampelan
bertujuan iaitu dengan memilih 5 orang guru Pendidikan Islam di sekolah rendah sebagai peserta kajian.
Justifikasi pemilihan 5 orang guru Pendidikan Islam adalah untuk meneroka dimensi dan perspektif yang
lebih mendalam perlaksanaan kepimpinan Turnaround ini terhadap guru Pendidikan Islam.
Perlaksanaan kajian ini dilakukan di sekolah rendah di daerah Pitas, Sabah. Pemilihan sekolah
rendah di daerah pitas adalah kerana sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di daerah pedalaman.
Sehubungan itu, ia dapat memberikan gambaran, senario dan fenomena perlaksanaan kepimpinan
turnaround dengan lebih mendalam dan terperinci. Selain itu, kebanyakan penerapan dan perlaksanaan
sistem pendidikan dilakukan di kawasan bandar sementara kawasan luar bandar kurang mendapat
tumpuan. Justeru, kajian ini dapat dianggap sebagai wajar untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi semasa era
pasca pandemik ini.
284
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Analisis kajian dilakukan secara manual menerusi analisis deskriptif temu bual yang
diklasifikasikan kepada beberapa tema. Maklumat temubual kemudiannya akan dihuraikan secara lebih
mendalam dan disokong oleh data pemerhatian yang telah dilakukan oleh penyelidik.
Sorotan kajian
Kajian berkenaan kepimpinan Turnaround banyak dikaji oleh para penyelidik di luar negara sebagaimana
dalam kajian Stark, M. (1998), Elmore, R. F., and D. Burney (1999) dan Liessa Stamm (2009). Hasil
kajian mereka mendapati terdapat kesan positif perlaksanaan kepimpinan Turnaround yang banyak
membantu dalam perkembangan organisasi dan perlaksanaan sistem pendidikan di sekolah. Namun
demikian, tumpuan kajian ini dilakukan sebelum berlakunya pandemik yang melanda dunia. Manakala
dalam era pandemik ini, belum ada kajian yang mengetengahkan perlaksanaan kepimpinan Turnaround di
sekolah. Tambahan pula, sebelum ini amat kurang kajian di Malaysia yang menekankan tentang
penerapan kepimpinan Turnaoround di sekolah.
Berdasarkan kajian terdahulu, penyelidik mendapati bahawa kepimpinan Turnaround amat signifikan
untuk dibangunkan memandangkan kajian berkaitan kesan kepimpinan guru besar secara mendalam
belum pernah dilakukan di sekolah rendah di kawasan pedalaman. Selain itu, kajian berkenaan
kepimpinan Turnaround belum pernah lagi dikaji oleh mana- mana pengkaji dalam era norma baharu.
Maka dengan itu, kajian ini amat relevan dan signifikan untuk dibangunkan sebagai satu korpus ilmu
baharu.
Dapatan dan Perbincangan
Hasil kajian ini mendapati terdapat beberapa konsep perlaksanaan kepimpinan Turnaround yang
disesuaikan dengan situasi era norma baharu. Konsep perlaksanaan kajian ini adalah berdasarkan kepada
senario dan situasi semasa yang berlaku dalam era pandemik. Oleh yang demikian, konsep penerapan
kepimpinan Turnaround yang menerapkan kepimpinan dalam era norma baharu iaitu dilakukan secara atas
talian menerusi beberapa perlaksanaan iaitu pengurusan kurikulum, persediaan dan kesediaan terhadap
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kemajuan guru.
Pengurusan kurikulum
Bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian, kepimpinan turnaround dilakukan oleh guru
besar akan memberikan peluang kepada para guru menggunakan kreativiti dan daya upaya mereka untuk
melaksanakan sistem pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid. Ini dilakukan bagi memberikan
peluang kepada para guru untuk merintis semula sistem pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
untuk dilakukan di dalam kelas atau rumah.
Persediaan dan kesediaan terhadap pengajaran dan pembelajaran
Dalam aspek yang lainnya, guru diberikan peluang secara terbuka untuk membentuk persediaan dalam diri
mereka yang mana dalam mendepani cabaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran dalam era
pandemik ini. Persediaan dan kesediaan terhadap pengajaran dan pembelajaran ini dilakukan dengan
memberikan keyakinan dan kepercayaan penuh kepada guru yang melaksanakan tanggungjawab tersebut
agar kemajuan dan pencapaian secara holistik dapat berlaku. Ia dilakukan agar guru tidak terikat dengan
keadaan dan kekangan yang berlaku.
Pengurusan kemajuan guru
285
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Dalam aspek pengurusan kemajuan guru, ia dilakukan dengan menekankan pengurusan sistem
penjadualan kerja baharu bagi guru, pemantapan sistem organisasi, penambahbaikan dan penyesuaian
pengurusan perubahan mengikut era norma baharu, pemerkasaan strategi dan pengurusan dalaman.
Kesemua perkara ini diselaraskan mengikut keadaan, situasi dan perkembangan dalam era pasca pandemik
ini. Memandangkan para guru telah pun mempunyai pengalaman sejak tahun 2019 sehingga 2021, maka
ia dapat dijadikan sebagai pengalaman dan pengetahuan kepada mereka untuk mencari jalan dalam
menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri mereka mengikut keadaan semasa.
Kesan positif perlaksanaan kepimpinan turnaround dalam meningkatkan profesionalisme guru pendidikan
Islam dalam era pandemik
Kesan perlaksanaan kepimpinan Turnaround guru besar dalam era norma baharu ini amat wajar untuk
dilaksanakan. Ini kerana peranannya yang begitu signifikan dalam membantu kemajuan dan pencapaian di
sekolah. Antara peranan tersebut adalah seperti berikut :
Memberikan dorongan dan semangat kepada para guru dalam menghadapi cabaran Pendidikan dalam era
norma baharu. Perlaksanaan kepimpinan Turnaround dalam kalangan guru dapat membantu guru-guru
Pendidikan Islam dalam mendepani cabaran pendidikan para era norma baharu. Ini kerana, strategi yang
digunakan oleh guru besar ini dengan menerapkan kepimpinan Turnaround akan membantu dalam
memberikan ilmu pengetahuan dan penyelesaian masalah secara sistematik untuk membantu para guru
Pendidikan Islam.
Meningkatkan keyakinan dan motivasi guru dalam menjalankan tugas Penerapan kepimpinan Turnaound
ini dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi guru dalam menjalankan tugas dan amanah yang
diberikan kepada mereka. Dorongan dan saranan daripada guru besar menjadi sumber kekuatan untuk
mereka berusaha dan terus berikhtiar demi mempertingkatkan mutu dan kualiti kerja mereka dari semasa
kesemasa.
Memberikan peluang dan ruang kepada para guru memperbaiki dan meningkatkan prestasi mereka
Penerapan kepimpinan Turnaround ini akan dapat memberikan ruang dan peluang kepada para guru untuk
memperbaiki dan meningkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa. Ini kerana kedudukan hakiki
mereka dalam menjalankan tugas dikekalkan dan strategi serta matlamat distrukturkan semula.
Meningkatkan profesionalisme guru Pendidikan Islam
Profesionalisme guru Pendidikan Islam dapat ditingkatkan dalam era pandemic dengan menerapkan
kepimpinan Turnaround oleh guru di sekolah. Ini kerana guru sedia ada yang berkhidmat dapat
menggunakan semua pengalaman dan ilmu yang telah mereka lalui dan pelajari semasa menjalankan
tugas. Usaha tersebut perlu dikembangkan dari semasa ke semasa dan seterusnya disesuaikan dengan
situasi era norma baharu. Pengalaman yang mereka lalui dapat dijadikan pelajaran kepada diri mereka
untuk mengembangkan ilmu pengetahuan mereka secara lebih mendalam dan berkesan. Keadaan ini sudah
tentunya akan dapat membantu mereka dalam meningkatkan keupayaan dan kemampuan mereka dalam
mendepani apapun tanggungjawab dan cabaran dalam dunia dalam era baharu ini. Oleh itu, ia
memberikan peluang kepada para guru dalam meningkatkan profesionalisme mereka secara lebih efisen.
286
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati adanya kewajaran kajian ini dalam berperanan untuk
menyelesaikan isu dan permasalahan yang berlaku pada masa kini terutamanya dalam era norma baharu.
Sememangnya, dalam dunia pendidikan pada masa kini memerlukan penerapan sistem kepimpinan
berkesan dalam membantu meningkatkan mutu, kualiti dan pencapaian dalam sistem pendidikan. Justeru,
dapatlah dikatakan perlaksanaan kepimpinan Turnaround ini dapat dijadikan sebagai perintis untuk para
guru besar menggunakan dan menerapkan kepimpinan ini di sekolah dalam usaha untuk memastikan
kelangsungan kecemerlangan dalam sistem Pendidikan di sekolah sekaligus meningkatkan
profesionalisme guru Pendidikan Islam. Implikasi kajian ini dapat dijadikan perintis kepada usaha-usaha
yang dilakukan oleh pihak PPD dan juga pihak KPM dalam merangka polisi dan pembangunan berkenaan
strategi memperkasakan profesionalisme guru pendidikan Islam dalam mencapai matlamat pencapaian
dan kemajuan dalam sistem pendidikan di sekolah.
RUJUKAN
Chickering, A.W., Dalton, J.C., and Stamm, L. (2006). Encouraging authenticity and spirituality in higher
education. San Francisco, CA: Jossey-Bass
Elmore, R. F., and D. Burney. 1999. Investing in teacher learning: Staff development and instructional
improvement. InTeaching as a learning profession: Handbook of policy and practice, ed. L.
Darling-Hammond and G. Sykes, 263–91. SanFrancisco: Jossey- Bass.
Fullan, M. 2004. Leadership and sustainability: System thinkers in action. Thousand Oaks, CA: Corwin
Press. Fullan, M. forthcoming. Beyond turnaround leadership. San Francisco, CA:
Jossey-Bass.
Fullan, M., A. Bertani, and J. Quinn. 2004. New lessons for districtwide reform. Educational Leadership
61(7): 42–46.Hargreaves, A., and D. Fink. in press. Sustainable leadership. San Francisco: Jossey-
Bass.
Kementerian Pendidikan Tinggi. (2015). Dasar e-Pembelajaran Negara 2.0. Dasar E- Pembelajaran
Negara 2.0, 53.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan_Pembangunan_Pendidikan_Malaysia 2013-2025. www.
moe. gov. my.
Liessa Stamm (2009) Turnaround leadership for higher education. Journal of College and Character
VOLUME X, NO 6, September 2009.. Doi: 10.2202/1940-1939.1687
Stark, M. 1998. No slow fixes either: How failing schools in England are being restored to health. In No
quick fixes: Perspectives on schools in difficulty, ed. L. Stoll and K. Myers, 34–44. London:
Falmer Press.
287
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
THE IMPLEMENTATION OF HIGHER-ORDER THINKING SKILLS (HOTS) AMONG THE
ISLAMIC EDUCATION TEACHERS IN SANDAKAN DIVISION’S SECONDARY SCHOOLS IN
THE TEACHING AND FACILITATING
HAZIERA BINTI MASHOR
ABSTRACT
This research examines Sandakan Division secondary schools’ Islamic Education teachers’ level of
understanding, knowledge, and implementation of HOTS in teaching and facilitating and exploring their
level of evaluation on HOTS in their teaching and facilitating Islamic Education. A total of 106 teachers
voluntarily participated and provided complete data sets. Teachers were recruited based on voluntary
participation using census research and analysis of the whole population of volunteers (N = n = 106). A
23-item-5- point Likert Scales Google Form questionnaire was distributed through online social media
applications and PPDs. The results imply that Islamic Education teachers acknowledge the effectiveness of
HOTS in learning Islamic Education for secondary school students. Teachers need to first understand the
concept of HOTS before implementing it in students’ learning and facilitating process. Even so, the
understanding of HOTS is indirectlyrelated to its implementation to students.
Keywords: High Order Thinking Skills (HOTS), Islamic Education, secondary schools
1.0 INTRODUCTION
The 21st-century world expected very high demand for creative thinkers and critical problem solvers
(Beers, 2011). Fatin Nabilah et al. (2020) added that necessary thinking skills help students solve
problems, while creative thinking skills help them generate fresh and authentic ideas and prod them to
think differently and from new perspectives. Malaysia government actions through MOE in obligating
Islamic Education or Moral Education subjects for its students from primary to secondary schools
reflected their incessant attention on and by incorporating HOTS in both revised curriculum; Primary
School Standard Curriculum (PSSC/ KSSR) and Secondary School Standard Curriculum (SSSC/ KSSM)
(MOE, 2013).
Islam encourages a culture of thinking among human beings to avoid a culture of arguing without
facts. MOE emphasises HOTS in all subjects in schools, including Islamic Education. Implementation of
HOTS in secondary schools in each subject is significant to improve the intellectuals of students.
According to Mohd Aderi Che Noh, Mohd Talhah Ajmain & Engku Zarihan (2017), changes within the
school level would not achieve success if the teachers’ knowledge and preparations are still frail. It is
referring to a component within the curriculum of education which is known as HOTS. However, HOTS
primarily focused on Mathematics, Science and English. The latest Malaysian students result in the
international assessments which are, the Programme for International Student Assessment (PISA) and the
study of Trends in International Mathematics and Science Education (TIMMS), are alarming (Fatin Aliah
Phang et al., 2020; UCLES, 2017; OECD, 2019).
The main element in enforcing HOTS to students are the teachers. Teachers’ responsibility is to
ensure that the aim of Islamic Education would be accomplished. Their knowledge of HOTS will
influence the implementation of skills during teaching and learning sessions. HOTS exercises and
workshops should be given to the teachers to enhance their quality in teaching and learning, which will
impact the students’ learning (Mohd Aderi Che Noh, Mohd Talhah Ajmain & Engku Zarihan, 2017).
Thus, it cannot be denied if there are misunderstandings to teachers when applying HOTS to students if
they do not have the skills to apply HOTS in teaching. Teachers are still comfortable using the old method
of teacher- centred teaching. Therefore, the present study intends to examine the implementation of HOTS
in teaching and learning Islamic Education subjects to students in secondary schools.
288
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Little is known about implementing HOTS in teaching and learning Islamic Education in
secondary schools, and none were done, particularly in Sabah state and especially in the Sandakan
division. However, many quantitative studies are conducted to examine issues related to HOTS, whether in
primary, secondary, or special schools. Most studies are also more focused on other core subjects such as
language, mathematics, and science. In addition, the survey of the implementation of HOTS provides an
overview of this study related to the relationship between curriculum, teaching and learning and
assessment.
Gaining an understanding and knowing the level of implementation of HOTS in the teaching and
learning of Islamic Education from teachers’ perspectives can positively impact the success of students
and schools. Curriculum standards documents that outline content standards and appropriate learning
standards emphasise students’ ability to apply, analyse, evaluate, and create their learning activities
(MOE, 2013, p. 4). To face real situations in life, teachers need to challenge students to solve a problem in
life to overcome and compare the differences of each thing in their lives.
Referring to the concept of HOTS highlighted by MOE, teachers need to understand the
implementation of HOTS in schools. To produce HOTS students, teachers first need to understand HOTS
and its concept and apply it in facing education in this era. According to Muhammad Talhah, Ahmad
Zabidi, Khadijah, Abdul Basit, & Ahmad Marzuki (2019), education related to daily practices, lifestyles,
and good behaviour changes is the Islamic Education field. It is one great challenge for the Islamic
Education teachers to implement HOTS in teaching and learning, which required a clear understanding
and skills preparation to develop HOTS because it contains the high cognitive aspect of students and how
to obtain solutions for daily real-life problems of the students that relate to Islamic Education.
Nor Hasnida, Norfishah, Norwaliza, & Nor Aizal Akmal (2017) show that teachers widely use
low thinking strategies. High cognitive skills strategies are not popular among teachers. Teachers who
teach Islamic Education subjects should be aware of their weakness in implementing high cognitive skills
teaching strategies on HOTS while teaching. They should strive to improve their methods and techniques.
Teachers need to plan cognitive activities for students as opposed to the use of only textbooks. Besides
that, the researcher also reviewed a study about the implementation of HOTS at the Islamic Studies
College–level. According to Norfadelah & Ahmad Tijani (2015), several researchers claim that college-
level Islamic Studies courses provide rich and frequent opportunities to develop higher thinking skills, yet
Islamic Studies lecturers often fail to challenge students to develop thinking abilities. What can be
concluded is that there are still implementations that lead to the concepts of remembering and memorising.
Students are assigned statically to memorise exam questions and not as a basis for developing higher
thinking skills.
Based on the overall description of the study conducted by Mohd Ashraf, Muhammad Talhah,
Aminuddin & Ahmad Marzuki (2020) shows that the teaching approach to thinking needs to be applied to
achieve Islamic education. Islamic Education teachers need to be prepared and master several aspects of
the concept of thinking skills, including Islamic- centered thinking skills, to apply HOTS in teaching and
learning. The level of attitude of Islamic Education teachers in the implementation of HOTS is at a
moderately high level (Muhammah Talhah & Ahmad Marzuki, 2020, p. 78). It can be concluded that the
motivation of a teacher will affect the implementation of HOTS to students.
The implementation of HOTS also poses significant challenges to teachers in rural schools. Lack
of infrastructure facilities leads to limited HOTS implementation. According to Mohd Zaidi Ahmad
Zabidi & Rafiza (2020), Islamic Education teachers in rural schools face difficulties integrating HOTS
effectively. The problems and challenges in implementing HOTS should be acknowledged and developed
thoroughly. By identifying the issues, implementing HOTS in the classroom teaching would be much
easier and thus improve the students’ achievement. A teacher also plays an essential role as a source and
an activator behind implementing HOTS in the school (Mohd Aderi Che Noh, Mohd Talhah Ajmain, &
Engku Zarihan Engku Abdul Rahman, 2017, p. 9).
In general, HOTS is very important in education for every level of students. This idea encourages
289
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
students to improve their ability to think critically. Most authors highlighted concepts of the importance of
implementing HOTS to the students to complete and achieve MOE aspirations. Hence, this research aims
to examine Sandakan Division secondary schools’ Islamic Education teachers’ level of understanding,
knowledge, and implementation of HOTS in teaching and facilitating and exploring their level of
evaluation on HOTS in their teaching and facilitating Islamic Education.
2.0 METHOD
2.1 Research Design and Participants
This research carried out a quantitative research design as it is convenient to collect data from a fairly
large scale of respondents. In this cross-sectional research, N = 106, the population under study where a
population of volunteered Islamic Education secondary school teachers in the Sandakan Division, Sabah
participated and provided complete data sets. This research did not use sampling strategies but census
research and analysis of the whole population of volunteers. Thus, in this research, N = n = 106.
2.2 Instruments and Data Gathering Procedure
A 23-item-questionnaire consists of five sections introducing Part A as the demographic background, the
level of teachers’ understanding about HOTS in Part B, the level of teachers’ procedural knowledge of
HOTS in Part C and, the levels of teachers’ skill in the implementation of HOTS in teaching, and their
evaluation of HOTS as Part D and Part E respectively. The 5-point Likert Scales has been introduced to
measure the teachers’ level of understanding and their skills in implementing HOTS in their teaching and
facilitating with the ascending response choices “very poor”, “poor”, “fair”, “good” and “excellent”. The
instrument was developed using Google Form (GF) and distributed to all Islamic Education teachers
within the Sandakan Division secondary schools through District Education Offices (PPDs) officers and
online social media platforms such as Telegram, WhatsApp and Facebook applications.
The instrument was adopted and adapted from Syazana and Zamri (2018), which in their research,
measuring the perception of Malay Language teachers towards the implementation of HOTS in teaching
and learning.
2.3 Statistical Analyses
For further data processing, the researchers analysed the data using Statistical Package for the Social
Science Version 26 (SPSS V26) with parametric statistical procedures and assumption of a normal
distribution data. The internal consistency of the newly created scale of 3-point Likert Scale with the
ascending response choices “very poor”, “fair”, and “excellent” for all four constructs was sufficient with
= 0.946 for the level of understanding of secondary school Islam Education teachers about HOTS in
teaching and facilitating, = 0.951 for the level of procedural knowledge of secondary school Islam
Education teachers about HOTS in teaching and facilitating, = 0.937 for the level of implementation of
HOTS in teaching and facilitating Islamic Education and, = 0.794 for the level of teachers’ evaluation of
HOTS in teaching and facilitating Islamic Education.
3.0 RESULTS
3.1 Demographic Information of The Research Participants
The questionnaires were distributed to the Islamic Education teachers in secondary schools within the
Sandakan Division using GF. A total of 106 completed questionnaires were collected in four weeks by
sharing the GF online link and distributed to the teachers concerned. The respondent’s background is
based on the respondents’ answers in the questionnaire forms shown in Table 3.1.
Table 3.1 Frequency and Percentage Demographic Distribution of Respondents
Criteria Group Frequency Percentage
(n) (%)
290