2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
asing lain. Murid Islam diwajibkan untuk mempelajarinya manakala murid yang bukan islam hanya
sebagai galakkan sahaja.Peruntukan masa sebanyak 3 waktu seminggu sudah pasti mengundang pelbagai
cabaran dan masalah bagi guru itu sendiri dari segi penyampaian serta penguasaan murid
memandangkan keupayaan murid berbeza-beza. Faktor persekitaran kehidupan serta latar belakang
pendidikan keluarga juga memain peranan dalam penguasaan ilmu tersebut.
Namun realitinya kebanyakan murid sekolah rendah yang baru mengenal huruf-huruf hijaiyah pasti
mengalami masalah menulis huruf dengan betul apatahlagi untuk menyambung serta mencerakinkannya.
Di sini memerlukan komitmen yang tinggi seorang guru untuk lebih berkarya supaya dapat mewujudkan
suasana pembelajaran dengan lebih kreatif malah ianya mencapai objektif pengajaran yang sebenar.
Oleh itu sistem pendidikan hari ini mengalami inovasi dan transformasi secara holistik yang melibatkan
perubahan sistem pendidikan,kualiti kepimpinan sekolah,kualiti guru,kemenjadian murid serta
pemantapan tadbir urus yang lebih efisien( Sharifah Bee,2015). Justeru itu,projek inovasi ini
dibangunkan bagi mencari jalan penyelesaian yang dihadapi oleh murid-murid berkaitan dengan
kemahiran menulis peringkat awal penulisan huruf hijaiyah dan perkataan Arab.
Untuk menangani masalah dan merapatkan jurang perbezaan pengetahuan ini guru-guru Bahasa Arab
berkerjasama membina bahan inovasi pendidikan menerusi permainan huruf menyeronokkan yang
dinamakan Lu’bah SIRA. Ianya adalah salah satu bahan inovasi yang terdapat di dalam KIT SIRA
GAMES. KIT SIRA GAMES adalah rangkuman segala inovasi matapelajaran Bahasa Arab yang ditelah
dilaksanakan di peringkat sekolah bagi meningkatkan pencapaian dan tahap penguasaan murid.
2.0 Penerangan tentang Inovasi Tajuk Inovasi : LU’BAH SIRA
Sinopsis :
Memperkenalkan bahan inovasi LU’BAH SIRA
Berpandukan Teori Integrasi Deria maka bahan bantu mengajar ini dinamakan sebagai Lu’bah
SIRA kerana proses utamanya daripada penglihatan, sentuhan dan bunyi. Ianya juga gabungan teknik
inovasi pengajaran ALGOZ SIRA dan QASIRA yang terdapat di KIT SIRA GAMES. Pemilihan nama
Lu’bah SIRA merupakan gabungan dari bahasa Arab dan Inggeris. Lu’bah bermaksud permainan dalam
bahasa Arab manakala SIRA pula adalah akronim huruf yang berasal dari bahasa Inggeris iaitu Spell It
Right Arabic. Ianya merupakan aktiviti menggeja yang telah dilaksanakan di sebuah sekolah menengah
di Negeri Sembilan. Secara umumnya aktiviti ini adalah permainan bahasa iaitu menggeja namun
diberikan kelainan iaitu selain menggeja murid boleh mencantum dan mencerakinkan huruf dalam masa
yang sama.
Permainan bahasa ini dibina hampir menyamai kaedah penggunaan kad-kad huruf
hijaiyah.Akan tetapi rekaannya menggunakan bahan kitar semula iaitu kepala dan tutup botol sebagai
bahan utama.Kertas stiker yang dicetak huruf-huruf hijaiyah dengan pelbagai warna ditampal di atas
tutup botol memberikan daya tarikan dan semangat kepada murid untuk belajar. Cara perlaksanaan
permainan ini menggunakan model pengajaran Robert Glaser dan pembelajaran sosial.Bermula dengan
persediaan mengajar guru dengan merangka objektif pembelajaran yang tepat,murid mempunyai
pengetahuan yang sedia ada merujuk pengetahuan umum tentang huruf-huruf hijaiyah,kaedah mengajar
dalam bentuk permainan dan penilaian akhir merujuk kepada hasil yang diperolehi di akhir permainan
secara pemerhatian atau bertulis.
Objektif:
Penetapan Objektif
a) Meningkatkan kemahiran menguasai huruf Hijaiyyah tunggal dengan pantas.
b) Murid dapat mengingat dan mengenal huruf yang mempunyai bentuk hampir sama.
191
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
c) Murid dapat membina kemahiran menyambung huruf secara pantas dengan menggunakan Bahan
Inovasi Lu’bah SIRA.
d) Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan bahan bantu
mengajar yang menarik dan boleh disentuh murid dalam tempoh pengajaran yang ditetapkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sasaran:
Sasaran projek ini adalah 1 kelas bagi setiap tahun 1 sehingga tahun 6 SK Darau Kota Kinabalu
Cadangan Penyelesaian:
Membina bahan inovasi bahasa Arab berpandukan teori integrasi deria yang menggunapakai teknik
ALQOZ SIRA dan QASIRA yang terdapat dalam KIT SIRA GAMES.
3.0 Latar Belakang Dan Konteks Inovasi
Penyataan Masalah:
3.1 Kaedah pemerhatian dan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran mendapati ;
a) Murid keliru dengan huruf-huruf hijahiyah Bahasa Arab yang hampir sama bentuk.
b) Murid keliru dalam menyambungkan huruf-huruf Hijaiyyah Bahasa Arab yang digabungkan.
c) Murid keliru bentuk huruf-huruf hijaiyah apabila bersambung dan berubah kedudukan.
d) Peruntukan masa 3 waktu seminggu dalam jadual Waktu Bahasa Arab menjadi kekangan utama
guru dalam menggunakan masa terhad untuk melatih murid yang ramai dalam sesebuah kelas.
4.0 Kepentingan Inovasi
Menangani Isu & Masalah
a) Masalah kurang penguasaan murid dapat diatasi dengan penggunaan Lu’bah SIRA yang boleh
dianggap sebagai alat permainan oleh murid tanpa menyedari mereka sedang melakukan latihan
bacaan menggunakan Teori Integrasi Deria.
b) Peningkatan tahap penguasaan murid dalam bacaan dan penulisan memandangkan kemahiran
membaca dan menulis 2 elemen penting dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk menentukan
Tahap Penguasaan (TP) dari semasa ke semasa.
c) Wujud bahan bantu mengajar yang baharu dalam Subjek Bahasa Arab memandangkan keperluan
mendesak penggunnaanya yang berlandaskan DSKP KSSR yang terkini.
d) Fun Learning diterapkan dalam permainan ini mampu memupuk semangat kerjasama dikalangan
murid sewaktu menjalani aktiviti ini.
4.1 Kelebihan Bahan Inovasi
a) Murid mampu belajar berbagai teknik dengan hanya menggunakan satu alat bahan bantu mengajar.
b) Penggunaan bahan inovasi ini mampu mengurangkan kebergantungan manusia dengan teknologi
digital.
c) Bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya dari bahan kitar semula yang tahan lama.
d) Murid-murid boleh membina sendiri bahan ini sendiri untuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan di
rumah.
192
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
4.2 Kelemahan Bahan Inovasi
a) Bahan ini agak berat memandangkan tutup botol yang banyak di atas mounting board.
b) Penggunaanya sesuai untuk aktiviti kumpulan kecil atau perseorangan, memandangkan tulisan
huruf-huruf yang dicetak atas sticker agak kecil mengikut saiz besar tutup botol.
c) Cara memutarkan penutup botol berlaku kesilapan dan menyebabkan murid- murid keliru semasa
menulis huruf yang sudah mereka sambung.
5.0 Huraian Inovasi: Pendekatan yang digunakan:
Kumpulan ini telah menggunakan kaedah P.D.C.A iaitu Plan, Do, Check dan Act dalam melaksanakan
projek inovasi ini. Berdasarkan pendekatan ini, maka huraian berikut akan menerangkan secara lebih
jelas pelaksanaan inovasi ini sebagai satu usaha meningkatkan kemahiran menyambung huruf Hijaiyyah
tunggal Bahasa Arab.
5.1 Plan (perancangan)
Untuk mengenal pasti projek inovasi yang sesuai, kami telah menjalankan ujian diagnostik khusus untuk
mengenal murid yang bermasalah dalam menyambung huruf Hijaiyyah tunggal dan tahap pengetahuan
murid. Antara aktiviti yang dijalanakn diperingkat ini adalah:
5.1.1 Mengenal Pasti Projek
Dengan menggunakan Ujian Diagnostik SIRA (Sila Rujuk Lampiran 1). Permasalahan yang digariskan
adalah yang dapat dikesan berpandukan hasil Ujian Diagnostik SIRA. Ini bertujuan untuk mengenal
pasti permasalahan yang wujud dikalangan murid.
5.1.2. Pemilihan Projek
Pemilihan Projek berdasarkan keputusan awal ujian diagnostik SIRA pada tahun 2018. Hasil ujian ini
menunjukkan 60% murid gagal menyambung huruf Hijaiyyah tungal dengan betul. Oleh itu kami
menggunakan teknik ALGOZ SIRA dan QASIRA untuk meningkatkan tahap kecerdasan kognitif murid
dalam meningkatkan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Arab.
5.1.3 Analisis Projek
Projek inovasi ini berdasarkan Teori Integrasi Deria kaedah yang dibangunkan oleh ahli terapi pekerjaan
California E.D.Iris. Aktiviti Integrasi Deria atau Sensory Integration Activities adalah sangat penting
bagi proses pembangunan dan pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti ini mampu memberikan motivasi
tinggi kanak- kanak untuk menguasai kemahiran sukar merusi mengatasi masalah serta minat dalam
kelas. Aktiviti integrasi deria penting untuk kanak-kanak kerana kajian telah menunjukkan bahawa
kanak-kanak belajar, berkembang, mentafsir dan memproses sejumlah besar maklumat melalui deria
mereka setiap hari.
Melalui aktiviti sentuhan melalui ini boleh menggalakkan kemahiran kognitif untuk memproses dan
mengintegrasikan input deria ke dalam cara yang terkawal dan bermakna. Hasilnya, keupayaan otak
untuk berfungsi menjadi lebih berkesan kerana menerima rangsangan daripada input deria yang berbeza.
Kemahiran kognitif yang lemah menjadi akan bertambah kukuh dan keupayaan kanak-kanak untuk
berinteraksi dengan persekitarannya menjadi lebih berkesan.
Keperluan aktiviti integrasi deria dalam meningkatkan kecerdasan kognitif murid dalam penguasaan
menyambung huruf & mencerakinkan perkataan menjadi huruf tunggal. Kemahiran kognitif adalah alat
mental yang digunakan oleh otak untuk belajar, menyesuaikan diri , memproses, mentafsir , dan fungsi
dengan betul. Apabila individu mempunyai masalah integrasi deria, masalah akar adalah kemahiran
kognitif yang lemah kerana integrasi deria menggunakan kemahiran kognitif tertentu untuk berfungsi
193
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
dengan baik. Maka aktiviti sentuhan diaplikasikan dalam bahan inovasi Lu’bah SIRA sebagai satu usaha
meningkatkan kemahiran kognitif murid dalam mengingat huruf-huruf Bahasa Arab secara total.
5.2 Do (Pelaksanaan)
5.2.1 Tempoh kajian terhadap bahan inovasi ini bermula dari Januari hingga April 2019 (SILA RUJUK
LAMPIRAN 2:CARTA GANTT PELAKSANAAN PROJEK INOVASI).
BIL PERKARA TARIKH
1 -Ujian pemerhatian, Ujian Imlak & Ujian DignostikJan 2019
(Dilaksanakan semasa PDPC guru yang mengajar kelas
masing masing)
2 Penulisan kertas konsep & kertas kerja Projek Inovasi Lu’bahJan 2019
SIRA
3 Mula menghasilkan Lu’bah SIRA Feb 2019
4 Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan Jan - Okt2019
menggunakan kaedah ALGOZ dan QASIRA
5 Mengumpul data dan mengambil tindakan ( Ujian Pra ) Feb 2019
6 Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan Feb - Okt 2019
menggunakan bahan inovasi Lu’bah SIRA
7 Penambahbaikan bahan inovasi Lu’bah SIRA April 2019
8 Mengumpul dan mengambil tindakan (Ujian Pos) Mac 2019
9 Menganalisis data April/Julai/Okt
10 Refleksi dan penilaian kajian terhadap keberkesanan bahan Okt 2019
inovasi
11 Penulisan Laporan Hasil dapatan selepas penggunaan bahan April / Julai dan
inovasi Oktober 2019
12 Pembentangan dapatan hasil penggunaan bahan inovasi kepadaNovember 2019
pihak sekolah(pemurnian laporan)
5.2.2 Bahan Yang Digunakan
a) Mountain Board
b) Penutup Botol
c) Gunting
d) Kertas Sticker
e) Kertas A4
f) Ink Printer
g) Plastic Laminate
h) Glue Gun
5.2.3 Kos Perbelanjaan
194
BIL BAHAN 2021 JILID 2
1 Mountain Board e ISBN 978 967 26508 0 5
KOS
RM10.00
2 Penutup Botol RM25.00
3 Gunting RM3.00
RM15.00
4 Kertas Sticker RM13.00
5 Kertas A4 RM25.00
6 Ink Printer RM35.00
7 Plastic Laminate
8 Hot Glue RM4.00
RM130.00
JUMLAH
5.3 Check (Penilaian/Pemantauan)
5.3.1 Ujian Pemerhatian awal
Ujian Secara Rawak
Melalui Ujian Pemerhatian Awal yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru
menyoal huruf Hijaiyyah yang boleh bersambung atau tidak boleh bersambung secara rawak bagi
menguji tahap pengetahuan dan kemahiran murid. Didapati murid gagal mengenalpasti huruf Hijaiyyah
yang boleh bersambung atau tidak boleh bersambung.
Ujian Imlak Huruf Hijaiyyah Tunggal
Guru juga melakukan Ujian Imlak (ejaan) dengan cara menyebut huruf hijahiiyah dan meminta murid
menulis di atas sehelai kertas dan meminta mereka menyambung huruf tersebut. Didapati murid
melalukan ini;
a) Menulis huruf tanpa bersambung
b) Menyambung kesemua huruf tanpa memikirkan bentuk huruf
c) Tidak menulis apa-apa di kertas
5.3.2 Ujian Dignostik
Setelah mengenal pasti masalah, satu ujian diagnostik SIRA telah dijalankan ke atas murid-murid bagi
mendapatkan jumlah murid yang berjaya menguasai dan tidak menguasai huruf bersambung dengan
betul. Ini bertujuan membentuk bahan inovasi yang sesuai dengan masalah yang mereka hadapi.
Sebelum bahan inovasi Lu’bah SIRA ini digunakan dalam sesi pembelajaran, murid diberi Ujian Pra
bagi menentukan tahap pencapaian awal mereka.
5.3.3 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra diberikan kepada 1 Kelas murid Tahun 1 sehingga Tahun 6 bagi mendapatkan data-data begi
mengesan murid-murid yang lemah.Ianya dijalanan sebelum melaksanakan intervensi murid
195
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
menggunakan bahan inovasi.
Manakala Ujian Pos pula diberikan kepada murid yang tidak menguasai semasa ujian pra bagi melihat
kemajuan atau kelemahan murid setelah menggunakan bahan inovasi .Soalan menguji tahap
pengetahuan murid adalah soalan yang sama semasa ujian pra.
Data yang diperolehi melalui Ujian Pra dan Ujian Pos yang dilakukan adalah seperti berikut:
GURU KELAS BIL. UJIAN TAHAP MENGUASAI
MURI
MARIATI 1 D MENYAMB MENGUA TIDAK
MUSLEH ASPIRAS UNG SAI MENGUASAI
I 3 HURUF
4 UJIAN PRA 17 17
UJIAN POS 10 7
NOR 2 3 UJIAN PRA 20 10
AZUANIDA REVOLUS 0
ADEK I UJIAN POS 55
AWANG 3 UJIAN PRA
3 UJIAN POS 23 10
NURUL NAJIHAH 3 UJIAN PRA 55
DEDIKAS 3 UJIAN POS 5 29
I 4 15 14
UJIAN PRA
SURIANTI 4 3 UJIAN POS 10 25
IRWAN DEDIKAS 5 UJIAN PRA 17 8
I UJIAN POS 15 18
3 7 11
NOR AIN 5 3
NORUDDIN APLIKAS
I
DAYANG 6 UNIK
SURAYA
AWANG
HIDUP
5.4 Act (Tindakan)
Tindakan seterusnya adalah membentangkan hasil kajian dan inovasi kepada pihak Panitia Bahasa Arab
dan pihak Pentadbir Sekolah sama ada inovasi Lu’bah SIRA boleh diteruskan kepada semua kelas
dengan melakukan penambahbaikan terhadap bahan yang dibina.
Cara Penggunaan Bahan Inovasi:
Langkah awal guru memaparkan beberapa gambar-gambar dan memperdengarkan sebutan perkataan
bagi setiap gambar berulang kali dan murid mengajuk. Langkah seterusnya guru memaparkan kad
perkataan dan menyebut perkataan yang sama seperti langkah pertama tadi .Melalui pengetahuan sedia
ada murid hanya perlu latih tubi menyebut dan mengulang perkataan tersebut bagi menguatkan ingatan.
Untuk proses pengembangan idea guru akan mengajar cara menggeja dengan betul seterusnya untuk
langkah pengukuhan dan guru boleh meminta murid untuk mencari huruf-huruf tertentu yang terhasil
dari perkataan yang dipelajari.Guru perlu membimbing murid memastikan terlebih dahulu huruf-huruf
196
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
yang terdapat pada perkataan dan seterusnya biarkan murid mencari huruf-huruf di mounting board
sendiri. Setelah memastikan huruf itu murid boleh memutarkan penutup botol dan mengalihkannya
penutup botol ke tempat yang disediakan khusus untuk menyambung dan memisahkan huruf. Setelah
selesai mencari huruf-huruf tersebut, guru boleh meminta murid untuk menyebutkannya hururf-huruf
yang dipilih. Pada akhir aktiviti guru boleh mengedarkan kertas latihan untuk menilai sejauhmana
pemahaman murid terhadap pembelajaran tersebut.
Aktiviti ini boleh dilaksanakan secara individu oleh murid atau pun berkumpulan. Sekiranya
dilaksanakan secara individu murid perlu mencari kesemua huruf-huruf yang ada dalam perkataan
dipelajari. Manakala sekiranya dilaksanakan permainan ini secara berkumpulan, setiap ahli kumpulan
boleh bekerjasama mencari huruf-huruf secara bergilir.Cara ini lebih disarankan kerana memberi
peluang kepada semua murid untuk mencuba dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Sekiranya
murid terlupa mereka boleh merujuk info tambahan yang menerangkan fungsi warna sticker yang ada di
atas penutup botol seperti berikut;
a) Warna biru - huruf tunggal yang boleh bersambung.
b) Warna merah - huruf yang tidak boleh bersambung di awal dan di tengah perkataan
c) Warna oren - huruf yang boleh bersambung di awal
d) Warna hijau - huruf yang boleh bersambung di tengah
e) Warna kuning - huruf yang boleh bersambung dihujung.
f) Warna putih - huruf tambahan sekiranya terdapat huruf yang berulang.
Murid yang dapat melakukan aktiviti ini akan merasa seronok dan teruja kerana diberikan peluang
dan pengalaman baru dalam pembelajaran.Berdasarkan penelitian yang dilakukan ke atas kajian-kajian
lalu, beberapa masalah yang dikenal pasti dalam pengajaran bahasa Arab adalah berpusatkan guru
(Rosni Samah,2009). Justeru itu kaedah pengajaran secara mentoring dengan menggunakan bahan ini
mampu menyelesaikan masalah pengajaran berpusatkan guru dan sekaligus dapat meningkatkan
penglibatan ramai murid dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokan.
6.0 Nilai Komersial Inovasi
6.1 Keberkesanan inovasi kepada PDPC
Merujuk kepada data Ujian Pra pada bulan Febuari menunjukkan seramai 114 orang murid tidak
menguasai kemahiran menulis dalam menyambung huruf hijaiyah. Guru bahasa Arab cuba
mengaplikasikan kaedah permainan Lu’bah SIRA dalam PDPC .Pada minggu sebelum cuti pertengahan
semester pertama Ujian Pos dilakukan dan mendapati 64 murid telah menguasai kemahiran tersebut . Ini
bermakna 56.1% murid dapat dibantu melalui penggunaan Lu’bah SIRA ini.
197
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
GURU KELAS BIL. UJIAN TAHAP MENGUASAI
MARIATI MUSLEH 1 ASPIRASI MURID
MENYAMBU MENGUASA TIDAK
17 NG HURUF
I MENGUASAI
NOR AZUANIDA 2 REVOLUSI 10 UJIAN POS 10 7
ADEK AWANG 3 DEDIKASI 10 UJIAN POS 5 5
NURUL NAJIHAH 4 DEDIKASI 29 UJIAN POS 5 5
SURIANTI IRWAN
UJIAN POS 15 14
NOR AIN NORUDDIN 5 APLIKASI 25
DAYANG SURAYA 6 UNIK UJIAN POS 17 8
AWANG HIDUP 18 7 11
UJIAN POS
Sesungguhnya usaha guru-guru bahasa Arab tidak mengecewakan dalam menghasilkan bahan inovasi ini
antaranya;
a) Mendapat sambutan baik dan sokongan padu dari pihak sekolah semasa menghasilkannya.
b) Mewujudkan suasana pembelajaran sewaktu PDPC amat harmoni,menarik dan lebih bertenaga kerana
kerjasama yang padu dari murid-murid.
c) Bahan inovasi boleh dibangunkan di rumah kerana menggunakan bahan-bahan yang di kitar semula.
d) Produk inovasi bahasa Arab diketengahkan kepada dunia luar semasa pameran pendidikan iaitu
Karnival CIP Dan Majlis Apresiasi PPD Kota Kinabalu 2019.
e) Mendapat anugerah Panita Cemerlang semasa Majlis Anugerah Cemerlang peringkat sekolah.
7.0 Penutup
Pembinaan dan penggunaan bahan inovasi ini secara tidak langsung mengubah tradisi pembelajaran murid
dari kad huruf kepada bentuk permainan atau pergerakan tangan. Bahan ini amat membantu guru
disamping bahan yang digunakan juga adalah dari sumber yang mudah diperolehi boleh menggunapakai
bahan kitar semula iaitu penutup botol.
Rujukan
Dr. Sharifah Bee (2015)Transformasi Dijana Legasi Dibina ,Koleksi Teks Ucapan 2012-2015.
Abdul Razif Zaini , Noorshamsinar Zakaria , Hasmadi Hamda, Muhammad Redzaudin Ghazali, Mohd
Rufian Ismail (2018) PENGAJARAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA: PERMASALAHAN DAN
CABARAN TEACHING OF ARABIC IN MALAYSIA: PROBLEMS AND CHALLENGES
Rosni bin Samah. 2009. Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Arab Untuk Pelajar Bukan
Penutur Jati. Cetakan Pertama. Bandar baru Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
Mohamad Ziyad bin Mukhtar & Izuddin bin Muhammed .PENGUASAAN ASAS BAHASA ARAB
DALAM KALANGAN PELAJAR PPISMP GSTT- PAI: SATU KAJIAN KES
Model Pengajaran Robert Glase,Model Behavior Pembelajaran Langsungr Dan Pembelajaran Sosial
198
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
PERMAINAN JAWI TUTUP BOTOL ( JAWI TOOL ) MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBANTANG SUKU KATA TERBUKA BAGI MURID TAHUN SATU.
DG. NORIAH BINTI AK. ARSAT
SK. KELANAHAN PAPAR SABAH
Email: [email protected]
Abstrak
Penyelidikan yang dijalankan bertujuan bagi memastikan permainan Jawi tutup botol (Jawi tool) dapat
meningkatkan kemahiran membatang suku kata terbuka bagi murid Tahun Satu. Kajian ini telah
dijalankan di Sekolah Rendah Kelanahan Papar. Responden yang terlibat terdiri daripada sepuluh orang
murid Tahun Satu Gemilang yang berada di tahap penguasaan yang lemah dalam membatang suku kata.
Responden ini menguasai huruf jawi tetapi amat sukar untuk membatang suku kata terbuka dengan baik.
Kajian yang dilakukan berfokuskan kepada kaedah permainan yang dinamakan “Jawi tutup botol”.
Terdapat tiga method yang digunakan bagi menjawab tiga persoalan kajian iaitu ujian pra dan ujian pos,
temubual dan pemerhatian. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah perbandingan dan tema.
Responden diberi aplikasi belajar sambil bermain dengan mengikuti empat kali rawatan. Setiap kali
selesai rawatan sesi penilaian akan diadakan bagi melihat prestasi pengetahuan responden. Secara
keseluruhannya, data menunjukkan responden mampu membatang suku kata terbuka dan mampu
membina perkataan mudah (kv + kv) dengan betul dan cemerlang. Diharapkan kajian ini akan dapat
memberikan maklumat berguna untuk penambahbaikan lagi kaedah pengajaran yang pelbagai sesuai
dengan tahap penguasaan murid.
Kata Kunci: permainan, membatang, suku kata, cemerlang, kaedah pengajaran.
1.0 Pendahuluan
Profesion pendidikan agak berbeza dan kompleks jika dibandingkan dengan profesion lain seperti
perubatan, perniagaan dan kejuruteraan. Dalam bidang pendidikan, tugas pengajar adalah mendidik dan
membentuk manusia yang mempunyai perbezaan sama ada dari segi kebolehan kognitif, afektif dan
psikomotor. Ini bermakna murid yang diajar oleh guru mempunyai kebolehan intelek yang berbeza,
kesediaan emosi yang pelbagai dan berbeza dari segi fizikalnya. Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti
pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang memperolehi markah 60 ke bawah, setelah
mereka dinilai dengan menduduki ujian diagnostik ketika berada di Tahun 2. Untuk itu ia patut diajar
dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran
mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna. Rasionalnya Kem Cemerlang Jawi diadakan
bertujuan untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi penguasaan Jawi murid yang masih lemah
terutama aspek mengenal, membaca dan menulis Jawi denganbaik.
Oleh itu suatu inovasi dalam pengajaran perlu digerakan segera bagi menangani permasalahan ini.
Permainan `Jawi tool` adalah kaedah yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan. Permainan ini
dilaksanakan agar semua murid mendapat peluang pembelajaran yang sama tanpa mengambil kira
keupayaan kognitif mereka. Jika murid biasa dapat meneruskan pembelajaran dalam kelas biasa, maka
murid yang lemah perlu diberi peluang dalam program pemulihan dalam bentuk kaedah permainan.
Menurut Al-Syaibani (1979, seperti dinyatakan dalam Suhaimi, 2007), berpendapat, konsep kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang baik ialah kaedah yang dapat membantu murid memperolehi ilmu
pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap serta tingkah laku, menanam minat dan nilai-nilai yang
diingini.
199
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Dalam kajian ini, permainan `Jawi tool` dijadikan sebagai modul utama dalam melaksanakan sesuatu
pengajaran. Pemilihan kaedah ini bertujuan untuk membantu murid-murid membatang suku kata
terbuka (KV) yang menjadi asas utama dalam membina perkataan yang mudah dengan betul. Tumpuan
utama diberikan kepada murid-murid yang lemah, murid yang sering lupa dan keliru dalam mengingat
huruf jawi dan menggunaan sama ada huruf Jawi konsenan atau huruf Jawi vokal dengan betul.
1. Objektif Kajian
1. Meningkatkan penguasaan dalam mengenal huruf jawi melalui kaedah permainan`Jawi tool`.
2. Meningkatkan kemahiran membatang dan membaca suku kata terbuka melalui kaedah
permainan `Jawi tool`
2. Sorotan Literatur
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam reformasi kurikulum perlu memberikan
pertimbangan seimbang dari segi akademik dan bukan akademik berpaksikan ilmu pengetahuan, teori dan
aplikasi secara kontekstual dalam kehidupan mengikut kebolehan dan keupayaan murid. Penekanan
hendaklah diberikan kepada murid dengan mempersembahkan pengajaran mengikut keupayaan dan
kebolehan mereka. Strategi ini dilakukan bagi membolehkan murid-murid dapat menguasai kemahiran
yang diajar mengikut tempoh yang ditetapkan
Permainan secara semulajadinya adalah pilihan yang paling praktikal. Ia telah menjadi sebahagian
daripada sumber pendidikan yang penting. Selain menggalakkan penglibatan murid, memupuk semangat
empati, ia juga meningkatkan minat dan sikap positif murid terhadap pelajarannya. Melalui permainan
sedikit sebanyak akan dapat membantu proses pembelajaran murid bukan sahaja dalam menguasai
pelajaran malahan dapat membuat penaakulan seperti mana yang terdapat di dalam sistem pelajaran kita
melalui Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).
Terdapat banyak kajian berkaitan dengan pengajaran guru telah dijalankan di sekolah rendah dan di
sekolah menengah di Malaysia. Pelbagai kaedah pengajaran juga telah diaplikasikan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Antara kajian yang telah dijalankan ialah kajian oleh Siti Fadzilah Binti Solkifli (2016). Beliau telah
mengkaji tentang permainan ting-ting minda meningkatkan kemahian membaca gabungan suku kata jawi
dan minat murid terhadp pelajaran Jawi. Dapatan dari hasil kajian, menunjukkan kaedah bermain dapat
memberikan keseronokan dan menyebabkan emosi mereka seimbang. Keadaan ini menyebabkan mereka
dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis (merumikan) gabungan suku kata jawi dengan baik
dan reponden mula minat dengan pelajaran Jawi.
Selain daripada itu, dalam kajian Nur Syamira, Maimun, Ramlee, Aisyah dan Dedek Febrian (2017) yang
bertajuk kefahaman al-Quran dan Jawi melalui permainan bahasa bermultimedia, menyatakan tentang
kepentingan permainan bahasa bermulitemedia ke arah meningkatkan kemampuan murid dalam
kefahaman al-Quran dan mampu membaca terjemahan tulisan Jawi. Secara keseluruhan kajian ini melihat
dari sudut kepentingan aplikasi permainan bahasa bermultimedia untuk mencapai strategi pembelajaran
yang aktif dan anjal dalam kalangan murid. Berdasarkan tinjauan tertentu didapati permainan ini dapat
memupuk minat dan motivasi murid terhadap pembelajaran Jawi dan al-Quran dengan lebih berkesan.
Banyak faktor yang menyumbang kepada keberkesanan suatu pengajaran. Proses pengajaran pula
bukanlah suatu yang bersifat statik. Guru perlu bijak mengatur strategi sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Pemilihan pendekatan, teknik dan kaedah mengajar yang sesuai dan berkesan
sangat dititikberatkan supaya objektif pengajaran yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya.
3. Metodologi Kajian
200
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Memandangkan mata pelajaran Jawi memerlukan kemahiran mengenal dan mengingat huruf- huruf
Jawi , sedangkan amalan ini amat membosankan khususnya bagi murid yang lemah. Justeru
pengkaji cuba mengetengahkan kajian ini dengan menggunakan satu kaedah yang membolehkan
mereka mengenal dan mengingati huruf-huruf Jawi dengan cara mudah tetapi berkesan. Pengkaji
berusaha untuk mengubah corak pelaziman pengajaran dan pembelajaran murid dengan cara yang
lebih menarik, di samping mampu menarik minat murid dengan memberi keseronokan sewaktu
belajar.
Untuk itu, kajian ini telah dilakukan untuk mengkaji keberksanan permainan `Jawi tool` bagi
membantu murid Tahun Satu dalam membantang dan membaca suku kata terbuka (KV) dengan
betul. Responden yang terlibat ialah sepuluh orang murid Tahun Satu Gemilang di Sekolah
Kebangsaan Kelanahan Papar yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah. Pengelasan reka
bentuk kajian ini adalah untuk menentukan kesan pembolehubah tak bersandar (permainan `Jawi
tool`) pada pembolehubah bersandar (membantu membatang suku kata terbuka). Pengelasan
rekabentuk adalah berdasarkan kepada sejauh mana sesuatu rekabentuk memberi kawalan terhadap
responden. Oleh itu, kajian ini menggunakan reka bentuk pemerhatian satu kumpulan.
Kajian ini juga menggunakan jenis kajian secara kualitatif dan kuantitatif yang berbentuk kajian
kes. Populasi kajian ialah murid Tahun Satu Gemilang Sekolah Kebangsaan Kelanahan Papar.
Kajian ditadbir ke atas satu kumpulan responden untuk mengkaji kesan olahan pembolehubah tak
bersandar. Cerapan dilakukan dengan menggunakan borang pemerhatian bagi menentukan
kedudukan subjek semasa olahan diberikan. Ujian juga dilakukan selepas olahan dengan
menggunakan borang soal selidik.
Selain itu Modul KT juga digunapakai dalam kajian ini sebagai tambahan kepada reka bentuk
kajian. Modul KT ( KURT LEWIN ) yang diaplikasikan dalam kajian
4. Dapatan Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kelanahan Papar. Responden yang terlibat terdiri daripada
murid-murid Tahun Satu Gemilang. Tahap penguasaan murid-murid tersebut berada pada tahap
kecerdasan yang lemah dan mereka yang memperolehi markah dalam ujian pra Jawi antara 10 hingga 30
markah. Kajian ini hanya tertumpu kepada sepuluh orang responden yang terdiri daripada murid-murid
Tahun Satu Gemilang. Seramai empat orang murid perempuan dan enam orang murid lelaki sebagai
responden. Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid agar mereka dapat membatang suku kata
terbuka dengan betul. Di samping mewujudkan keseronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
201
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
di dalam bilik darjah. Dapatan daripada ujian pra mendapati 10 responden yang terlibat memperolehi
markah disekitar 10 hingga 30 peratus markah. Pada fasa rawatan, responden terlibat diberi peluang
bermain sambil belajar dengan menggunakan permainan `Jawi tool`. Guru memberikan huruf vokal dan
beberapa huruf konsonan Jawi. Contoh:-
Rawatan akan diberi secara berkala, teknik ini sangat strategik sesuai dengan tahap kecerdasan murid-
murid. Pemeringkatan ini akan memberi peluang kepada murid mengalami sendiri alam pembelajaran
yang menyeronokan dan mereka akan mengambil bahagian bahagian secara aktif. Pemeringkatan isi
pembelajaran juga disesuaikan dengan tahap pengetahuan murid-murid. Pengkaji hanya memperkenalkan
suku kata yang diakhiri dengan huruf vokal alif (a), ya (i) dan wau (u) sahaja terlebih dahulu. Jika mereka
sudah menguasainya isi pembelajaran akan diteruskan lagi bagi huruf vokal ya (e) dan huruf vokal wau (o
/ w) dan huruf-huruf konsonan Jawi yang seterusnya. Sesi rawatan yang berbentuk sekaligus dan
memakan masa yang lama, adalah dikhuatiri akan membosankan murid-murid.
Ini boleh dilakukan apabila mereka sudah boleh membaca dengan betul dan aktiviti ini dijadikan
sebagai pembelajaran latih tubi. Manakala ujian pos pula akan diberikan setelah selesai sesi rawatan,
setelah dirasakan responden dapat menguasai kemahiran membatang (membaca) suku kata terbuka
dengan baik. Hasil daripada pemperosesan data didapati 8 daripada 10 orang responden dapat membatang
suku kata Jawi dengan betul. Contoh : ﺖا ﺐا ﺐي ﺐو
ﺖي ﺖو
تﻲ تو ﺒا ﺒﻲ ﺒو تا
Dapatan daripada ujian pos mendapati semua respondan telah gagal dalam ujian tersebut. Walau
bagaiamanapun setelah sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan kaedah
permainan Jawi tool, terdapat peningkatan drastik terhadap pencapaian ujian pos yang dijalankan ke
atas responden tersebut.
202
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Perbandingan data tahap penguasaan murid
Responden Ujian pra * Ujian pos 1
Markah % Markah %
(25 soalan) (25 soalan)
1 5 20 10 50
2 8 32 25 100
3 5 20 10 50
4 8 32 25 100
5 6 24 25 100
6 8 32 25 100
7 8 32 25 100
8 8 32 25 100
9 8 32 25 100
10 6 24 25 100
Jadual 1: Pencapaian reponden dalam ujian Pra dan ujian Pos
* Ujian pos tertumpu kepada soalan membatang suku kata terbuka seirama ( a – a)
Melalui pemerhatian dan soal selidik pula, pengkaji mendapati responden belajar dengan seronok,
bersemangat dan terserlah nilai-nilai yakin boleh yang tinggi di kalangan mereka.
Dengan kajian ini juga, jelas menunjukkan terdapat satu „keistimewaan‟ dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan kaedah permainan berbanding kaedah lain dengan disesuaikan umur
murid dan tahap pengetahuan mereka. Walau bagaimanapun
„keistimewaan‟ ini memerlukan perancangan yang banyak bergantung kepada daya kreativiti, imaginasi
serta usaha yang dijalankan oleh guru bahawa bermain di kalangan kanak-kanak adalah kehendak tabii
dalam diri mereka. Perlu disedari juga murid-murid datang dari pelbagai latar belakang dan sosio budaya,
suasana rumahtangga, keadaan fizikal dan kedudukan sosio ekonomi. Pengetahuan seperti ini perlu,
supaya permainan akan lebih bermanfaat dan tidak hanya mendatangkan keseronokan semata-mata.
Engkizar Bin Martias (2010) Permainan juga memberi faedah dan manfaat yang banyak, malahan dapat
mempertingkatkan pemikiran-pemikiran logik dan taakulan yang tinggi. Di samping itu ia berupaya
menyediakan pendekatan yang mampu memperkukuhkan kemahiran terutama bagi kemahiran
berkomunikasi. Ternyata melalui kaedah ini ianya mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan
sangat bertepatan jika diterapkan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Abad 21. Melalui kaedah
pembelajaran koperatif, murid digalak melibatkan diri secara aktif dan memainkan peranan secara
kolaktif bersama ahli kumpulan yang lain. Dengan ini akan dapat menyumbang ke arah pemikiran dan
pembelajaran Abad 21.
5. Perbincangan
Perbincangan dapatan kajian dalam bahagian ini selaras dengan objektif kajian, iaitu meningkatkan
kemahiran membatang(membaca) suku kata terbuka Jawi bagi murid Tahun 1 Gemilang. Dapatan data
203
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
bagi ujian pra dan ujian pos, serta melalui pemerhatian dan soal selidik yang melibatkan 10 orang murid
Tahun 1 Gemilang di SK. Kelanahan Papar menujukkan bahawa tahap kemahiran membatang suku kata
terbuka Jawi berada di tahap membanggakan.
Melalui permainan Jawi tool, iaitu belajar sambil bermain dapat meningkatkan lagi motivasi belajar bagi
responden. Jiwa kanak-kanak yang sangat sukakan permainan, secara tidak langsung dapat membentuk
dan memupuk minat untuk terus belajar dan menimbulkan siaft berani mencuba di samping memupuk
semangat setiakawan antara sesama.
Rumusan
Menurut Dr. Sidek Baba,1992 (Suhaimi Bin Muhamad, 2007) pendidikan merupakan tempat terpenting
bagi melahirkan generasi penerus hari depan negara. Sistem pendidikan negara yang ada pada hari ini
bertindak sebagai penentu, untuk melahirkan generasi akan datang, samada mereka berjaya dan maju atau
mundur. Pendidikan Islam boleh berperanan di dalam memastikan murid yang dicorak pada hari ini
cemerlang suatu masa nanti, seterusnya dapat menterjemahkan konsep negara.
Untuk itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam reformasi kurikulum amat perlu
bagi memberikan pertimbangan seimbang dari segi akademik dan bukan akademik berpaksikan ilmu
pengetahuan, teori dan aplikasi secara kontekstual dalam kehidupan mengikut kebolehan dan keupayaan
murid-murid. Penekanan hendaklah diberikan kepada murid dengan mempersembahkan pengajaran
mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Strategi ini dilakukan bagi membolehkan murid dapat
menguasai kemahiran yang diajar mengikut tempoh yang ditetapkan.
Dalam kajian ini, saya sangat berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukan oleh responden. Namun
terdapat 2 orang murid yang begitu statik pencapaiannya, setelah disoalselidik mereka ini mempunyai
masalah pembelajaran. Untuk itu pengkaji merancang untuk mengaplikasikan kaedah nyanyian (nasyid)
bagi membantu murid Tahun Satu Gemilang dalam membantu murid membatang suku kata terbuka (KV)
khususnya dalam pelajaran Jawi.
Selain itu kaedah permainan ` Jawi tool` juga boleh diaplikasikan di mana juga dan pada bila- bila masa.
Apa yang menjadi keutamaan ialah, penghasilan bahan yang cantik, menarik, mencukupi dan membantu
bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pengajaran tidak akan berkesan tanpa adanya kaedah
yang sesuai dan menarik minat murid. Kesesuaian sesuatu kaedah pula perlu diteliti supaya tidak
membebankan guru dan tidak pula membosankan murid. Oleh itu dengan adanya kepakaran dan
kehebatan guru yang memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran serta kebolehan
mengaplikasikan penggunaan bahan akan menambah minat serta menjadikan murid-murid lebih
bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran.
Hakikatnya tepuk dada tanya selera, bak kata pepatah; kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya, kalau tidak berani meredah ombak jangan berumah di tepi pantai, dan banyak lagi peribahasa
tinggalan nenek moyang yang menjadi panduan hidup kita dalam mendidik anak bangsa, generasi yang
bakal mentadbir negara di kemudian hari.
204
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Rujukan
Ahmad Mohd. Salleh (1997). Pendidikan Islam, Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran (Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah). Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd. Salleh, Mohd Farid Hafidz Ahmad (2008). Islam Agama Rabbani, Dasar Pendidikan
Islam Teras (Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah). Selangor. Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.
http:///eprints.utm.my/6575/1/SuhaimiMFP.pdf
Suhaimi Bin Hj.Muhamad (2007) Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Model Pengajaran
Simulasi Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Ijazah Sarjana Fakulti Pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia
http://engkizarquran.wordpress.com/
Engkizar Bin Martias (2010) Strategi Meningkatkan profesionalisme Guru Dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Fadzilah Binti Solkifli (2016) Permainan Ting-Ting Minda Meningkatkan Kemahiran
Membaca Gabungan Suku Kata dan Minat Murid Terhadap Pelajaran Jawi. Declaration of thesis,
Universiti Sains Islam Malaysia
Nur Syamira A.W, Maimun A,L, Ramlee M, Aisyah Sjahrony dan Dedek febrian (2017).
Kefahaman Al-Quran Dan Jawi Melalui Permainan Bahasa Bermultimedia. ASEAN Comparative
Education Research Journal on Islam and Civilition (ACER-J)
205
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
KIT FLB: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS SUKU KATA
BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3, SK BANGINGOD, LAHAD DATU
SABAH.
Hajarah Muharam
SK Bangingod, Lahad Datu.Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran membaca dan menulis suku kata bagi perkataan Bahasa Arab adalah kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh murid Tahun 3 merujuk kepada DSKP (SK) 2.2 dan 3.2. Namun, kemahiran ini adalah
sukar untuk dikuasai tanpa menguasai asas mengenal huruf dan bunyi huruf. Ia merupakan satu proses
yang sukar dan memakan masa. Kaedah asas ini adalah tidak sesuai dengan tuntutan pembelajaran kini
semasa pandemik, disebabkan masa PdPc bersemuka adalah terhad. Kajian ini bertujuan untuk
membantu murid dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis suku kata bagi perkataan Bahasa
Arab melalui penggunaan kit FLB. Kit Fun Learning Bahasa Arab membantu murid dalam proses
mudah dan cepat untuk mengenalpasti (tahdid) dan mengingat (Zikr) bahawa satu (1) baris akan
menghasilkan satu (1) bunyi dan menunjukkan satu (1) suku kata. Kit FLB dilengkapi dengan bahan
bantu belajar untuk murid berbentuk mini nota. Sampel kajian melibatkan seramai 4 orang murid tahun 3.
Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian formatif dan temubual. Manakala analisis data yang digunakan
dalam kajian ini melalui peratusan markah dan dokumen transkrip. Hasil daripada dapatan kajian,
intervensi tersebut telah menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran membaca suku kata dengan
betul dan jelas serta dapat menulis suku kata dalam perkataan,di samping meningkatkan motivasi murid
untuk belajar Bahasa Arab. Secara kesimpulan, kajian ini mampu memberi kesan kepada murid-murid
untuk mahir dalam membaca dan menulis suku kata dalam Bahasa Arab.
Kata kunci: Suku kata Bahasa Arab, membaca, menulis
1. PENDAHULUAN
Era globalisasi telah banyak membawa perubahan terhadap ekologi pembelajaran pelajar . Dalam hal ini,
mutu pendidikan berkualiti amat dituntut dalam menghadapi cabaran alaf baru, cabaran dunia siber dan
semuanya boleh dirangkumkan sebagai cabaran menghadapi dunia yang tidak menentu perkembangannya
kesan ledakan maklumat merentasi sempadan negara sebagaimana menurut Mabunga tuntutan perubahan
ini memerlukan individu yang berkualiti dan dinamis mendepani alaf baru (Mabunga, 2020). Menurut
Sandeep Krishnamurthy (2020) suasana luar biasa atau norma baharu yang berlaku ini memerlukan
tindakan yang luar dari kebiasaan(Nurbaizura & Azizan, 2020) .Lantaran itu, iklim pembelajaran masa
kini dalam norma baharu akibat pandemic covid-19 ini telah menjejaskan sedikit sebanyak kemahiran
pelajar secara tidak langsung. Oleh itu, teknik yang berkesan dan harmoni perlu difikirkan bagi mencapai
kecemerlangan pendidikan. Namun demikian, perkara membimbangkan ialah berlaku kemerosotan
kualiti pembelajaran pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar ketika mengikuti
pendidikan formal dalam kelas berdasarkan pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran Bahasa
Arab. Fenomena ini perlu ditinjau secara teliti dan mendalam bagi mencari formulasi berkesan dalam
menangani isu pengajaran dan pembelajaran pelajar di rumah (pdpr).
2. LATAR BELAKANG KAJIAN
Bahasa Arab di sekolah rendah merupakan mata pelajaran elektif yang wajib diambil oleh semua murid
di sekolah kebangsaan yang memilih sebagai mata pelajaran tambahan elektif. Oleh demikian adalah
206
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
menjadi cabaran kepada murid mempelajari Bahasa asing sebagai cabang ilmu selain Bahasa
Inggeris.Situasi ini menuntut bukan sahaja murid tetapi guru juga perlu bersedia menggunakan pelbagai
kaedah atau teknik untuk mengajar, agar murid dapat memahami serta dapat mencapai objektif
kurikulum. menyatakan bahawa murid-murid bermasalah pembelajaran memerlukan metodologi
pengajaran yang dapat menggalakkan proses interaksi dan ini bergantung kepada keupayaan serta
kebolehan guru untuk mengenal pasti cara murid itu bertingkah laku.Oleh itu, latar belakang murid saya
memerlukan bantuan khas atau formulasi tersendiri bagi menangani masalah buta huruf hijaiyah
dikalangan anak murid tahun 3.Bilangan ini mempunyai angka yang membimbangkan 8 daripada 15
murid yang masih lemah dalam mengenal huruf secara tidak langsung membawa kesan kepada
kemahiran membaca.
3. ISU DAN FOKUS KAJIAN
Berdasarkan ujian pra Bahasa Arab bulan Mac. Kelas tahun 3 didapati 60% tidak dapat membaca dan
mengenal huruf dengan baik. Hasil daripada pemerhatian, pembelajaran secara semuka pada bulan April
selama 2 minggu didapati pencapaian murid semakin lemah. Pembedahan terhadap isu kegagalan pelajar
dalam pembelajarannya, khususnya dalam membaca suku kata perlu dilakukan dengan segera. Keadaan
ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana situasi Pembelajaran dan pengajaran jarak jauh atau
pembelajaran dan pengajaran dirumah (PdPr) tidak memungkinkan guru dapat menangani masalah ini.
jika situasi ini berterusan sehingga hujung tahun ini. Apa yang menjadi kebimbangan guru apabila murid
tahun 3 akan naik ketahap 2 tahun hadapan sudah tentu tahap penguasaan kurikulum yang semakin
tinggi memerlukan murid-murid ini mahir membaca dan menulis. Jika tidak masalah ini akan berlarutan
sehingga murid tamat pembelajaran tahun 6 dan menunjukkan proses pendidikan itu akan gagal. Banyak
faktor yang perlu dipertimbangankan situasi murid di sekolah pedalaman iaitu faktor utama tidak
terdapat kemudahan internet yang baik atau tidak ada capaian internet. Terdapat ketirisan masa
sebahagian ibu bapa untuk memantau dan membimbing anak-anak belajar dirumah, situasi yang kurang
kondusif untuk belajar dirumah. Oleh itu, kajian tindakan perlu dilakukan bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca dan menulis secara langsung dengan kaedah terancang dan sistematik. Selain itu,
perlu ada satu pendekatan dan strategi yang sesuai dan pelbagai bahan pembelajaran perlu disediakan
oleh guru khususnya situasi pembelajaran norma baharu dalam konflik pandemik Covid-19. Lantaran
itu, bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis pendekatan berrfokus dengan menggunakan kit
FLB dilaksanakan dan diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan
pemantauan ibu bapa.
4. OBJEKTIF KAJIAN
a) Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan penggunaan teknik yang
sesuai, mudah, dan betul.
b) Mencapai kehendak kementerian Pendidikan melalui pencapaian DSKP kemahiran membaca suku
kata dan menulis
c) Mudah dirujuk semula (akses kendiri) oleh pelajar.
d) Menerapkan kesedaran dalam diri dan nilai terbaik antara guru, murid dan ibu bapa.
5. KUMPULAN SASARAN
Kajian melibatkan pengajaran seorang guru dan 8 orang murid. Keseluruhan kebolehan pelajar daripada
kelas ini adalah pada tahap lemah.Lazimnya, dalam kelas tahun 3 seramai 15 orang dan 8 orang pelajar
yang menghadapi masalah pembelajaran khususnya masih tidak menguasai kemahiran membaca dan
menulis dengan baik. Oleh itu, kajian tindakan dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut.
207
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian yang digunakan ialah:-
a) Pemerhatian
Sikap pelajar dilihat secara langsung di dalam kelas sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P)
bersemuka pada Mac
b) Ujian Pra
Ujian ini diberikan kepada pelajar untuk mengukur tahap pencapaian pelajar dalam membaca sebelum
pelaksanaan pendekatan berfokus.
c) Tindak Balas Dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Tindak balas pelajar dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukkan oleh guru berpandukan
contoh latihan yang disediakan dalam pendekatan berfokus.
d) Semakan Buku Latihan
Buku latihan akan disemak oleh guru dari semasa ke semasa sebagai tindakan pengayaan dan
pengukuhan penguasaan kemahiran membaca. Tindakan semakan secara langsung dapat menilai tahap
perkembangan pelajar dalam menguasai kemahiran berkenaan. Semasa semakan latihan dalam buku
aktiviti sedia ada.
e) Ujian Pos
Ujian pos diberi untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam membaca pada akhir kajian.
TEORI KAJIAN
Kajian ini menggunakan ‘Teori Pembelajaran Kognitif’ berpandukan ‘Pendekatan Berfokus’ yang
ditekankan dalam membaca. Penggunaan bahan rangsangan yang berbentuk bahan BBM berpandu
adalah berdasarkan Teori Kognitif Behaviorisme dan Teori Gestalt. Berdasarkan Teori Kognitif
Behaviorisme, manusia menyedari bahawa rangsangan akan menyebabkan gerak balas. Oleh hal
demikian, manusia sentiasa melihat rangsangan sebagai sesuatu yang perlu diberi tindakan menurut
perspektif yang sesuai berdasarkan persepsi, pengalaman, persekitaran atau apa sahaja yang berkaitan.
Hal ini bermakna, tingkah laku manusia adalah berasaskan pengetahuan atau pemikiran mereka tentang
sesuatu situasi (rangsangan) yang menyebabkan sesuatu perubahan tingkah laku akan berlaku
(Firmansyah, 2016). Oleh itu, dalam situasi kajian ini rangsangan berlaku apabila guru mengemukakan
soalan menyebabkan pelajar bertindak balas mencari jawapan berdasarkan bahan dalam modul
pendekatan berfokus sehingga mewujudan gerak balas kognitif (Rajah 1).
Rajah 1 : Teori Pembelajaran Kognitif dan Kaitan Rangsang dengan Gerak Balas
208
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Menurut Teori Gestalt pula, pembelajaran akan digerakkan oleh rangsangan yang berbentuk
‘kekaburan’ yang memerlukan penyelesaian (Bower dan Hilgard, 1983). Oleh hal demikian, manusia
akan tergerak untuk menyelesaikan ‘kekaburan’ tersebut melalui proses yang dikenali sebagai ‘celik
akal’. Lantaran, dalam proses ‘celik akal’ struktur kognitif manusia yang telah sedia tersimpan dengan
pelbagai maklumat dan pengalaman akan dikaitkan dengan masalah (rangsangan) yang perlu
diselesaikan itu. Situasi ini bermakna bahan rangsangan mempunyai peranan untuk membantu dalam
mengaktifkan proses ‘celik akal’ atau pembelajaran aktif itu sendiri. Berdasarkan konteks kajian ini,
pelajar yang masih ‘kabur’ atau lemah membaca akan mengalami proses ‘celik akal’ atau pembelajaran
aktif iaitu pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri apabila guru memberi bimbingan dan
panduan sebagai objek untuk membaca dengan baik.
Selanjutnya dalam Teori Pembelajaran Kognitif menekankan tentang cara struktur pemikiran
(kognitif), memperoleh, menyusun, menyimpan, dan menggunakan maklumat sebagai tindak balas
terhadap rangsangan. Tegasnya, teori ini memperincikan bagaimana minda atau struktur kognitif
memproses maklumat. Berdasarkan teori ini, terdapat empat komponen asas dalam struktur kognitif
manusia, iaitu pancaindera, persepsi, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang
6. PELAKSANAAN KAJIAN
7.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan awal terhadap masalah kajian berkaitan masalah pembelajaran pelajar dan seterusnya mengenal
pasti punca pelajar gagal dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis. Pemerhatian dilihat
terhadap tingkah laku pembelajaran pelajar dalam aspek sikap dan kesediaan pelajar ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam kelas. Sikap pelajar yang kurang memberi tumpuan
terhadap pengajaran guru dan budaya leka dalam pembelajaran telah dikenal pasti sebagai faktor yang
mempengaruhi kemahiran pelajar dalam membaca. Begitu juga terdapat pelajar yang membuat latihan
yang diberikan oleh guru secara sambilewa dan kurang berkualiti. Masalah yang dihadapi pelajar dalam
menguasai tahap kemahiran membaca dapat diperhatikan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di kelas.
7.1 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan latihan yang diberikan dan penyemakan latihan pelajar untuk meninjau masalah yang
menjadi punca pelajar gagal menguasai kemahiran membaca seperti yang terkandung dalam Jadual 2.
BIL. MASALAH JUMLAH (%)
1 Tidak dapat mengenal huruf 40%
2 Tidak dapat mengenalpasti suku kata 68%
3 Tidak dapat membanding beza suku kata 57%
4 Tidak ada keyakinan diri 45%
Tindakan yang Dijalankan
7.2
Berdasarkan analisis pemerhatian dan laporan semakan latihan pelajar yang dinyatakan di atas, satu
tindakan telah dijalankan. Langkah pertama yang dijalankan ialah memberi pendedahan teknik
mengenalpasti suku kata. Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dan kurang memberi tumpuan
terhadap pengajaran dan lemah dalam membaca adalah perlu diberi perhatian dalam kalangan pelajar
sasaran.
209
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
7.3 Hasil Pemerhatian dan Penilaian
Semasa sesi pembelajaran Bahasa Arab dikelas, guru telah memberikan aktiviti latihan membaca
samaada secara berfokus dan secara kelas. Latihan yang menggunakan kad Tah’zik merupakan satu
bahan rangsangan dan menarik minat pelajar. Ini disebabkan bahan maujud yang mereka gunakan boleh
digunakan secara kendiri dan berkumpulan. Selain itu, boleh digunakan untuk bermain sambil belajar di
dalam kelas khususnya, dan belajar secara kendiri dirumah apabila dirumah. Lihat langkah berfokus dan
contoh teknik yang diberikan secara ringkas di kelas dan dirumah
Pendekatan Berfokus 1: Arahan Teknik menyanyi dengan kad Mir’ah atau HiRuBa
1. Memperkenalkan lagu …nyayian mari mengenal huruf hijaiyah rumi
2. pelajar menyanyi sambil belajar. murid menulis padanan huruf hijaiyah dan rumi
3. Membuat analisis berdasarkan jumlah huruf yang telah dihafal
4. Murid menyanyi menggunakan kad sambal memahami padanan huruf rumi dan jawi
SKRIP NYANYIAN LAGU…
Mari mengenal huruf hijaiyah supaya kita bijak membaca Mari mengenal huruf hijaiyah supaya kita
bijak menulis.. Alif itu A, Ba itu B, Ta itu T, Sa itu s…. dan seterusnya…
Contoh 1 lembaran kad HiruBa
210
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Pendekatan Berfokus 2: Kembangkan Idea dengan menggunakan panduan Kit FLB yang terdiri
daripada beberapa Teknik yang digunakan.
Lihat contoh rajah 2 dibawah.
1. Memperkenalkan Langkah penggunaan teknik Tah`zik
2. Melihat contoh teknik dengan mengira potongan baris ayat
3. Labelkan huruf
4. Buat kotak di atas atau di bawah suku kata yang tersedia dalam buku aktiviti
211
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
1. JELASAN PRODUK
NOMBOR FUNGSI
1
Proses KBat berlaku murid akan menampal atau memilih beberapa
lembaran gambar kecil yang telah dipelajarai sahaja untuk dilekat dalam ruangan tersedia.
2 Murid merujuk perkataan dalam buku teks mengikut gambar yang
telah ditampal.
3 Murid cerakinkan perkataan mengikut suku kata dalam tulisan
Hijaeyah atau Arab.
4 Murid terjemahkan suku kata dalam tulisan rumi
5 Murid akan menulis dalam perkataan lengkap merujuk kepada
Teknik HiRuBa.
# untuk mempercepatkan murid hanya fokus membaca Langkah 1 dan 2 pada kebiasaannya tidak
dilaksanakan. Namun sekiranya produk ini digunakan untuk bahan interaktif dalam permainan Langkah 1
dan 2 akan dilaksanakan.
Pendekatan Berfokus 4: menggunakan kad Games Terup bagi Latihan menulis.
212
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
9. DAPATAN KAJIAN
Setelah beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan, dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran membaca terhadap pelajar tahun 3
secara keseluruhannya. Pelajar sendiri melakukan penerokaan kendiri berdasarkan panduan yang
diberikan oleh guru berdasarkan pendekatan berfokus. Kelemahan pelajar dalam mengenal dan membaca
suku kata dapat di atasi bagi pelajar yang berpotensi cemerlang. Manakala pelajar yang lemah dapat
diminimumkan kesilapan membaca dan masih berada pada aras perlu penambahbaikan. Kajian ini
dijalankan secara praktikal selama 2 minggu dengan 4 kali perjumpaan manakala pembelajaran kendiri
selama 1 minggu dengan membuat ujian pos membaca secara rakaman video.
Jadual 2: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra, Latihan dan Ujian Pos
Minggu Ujian pra/latihan Latihan Latihan Ujian pos
1 rakaman video
Buku aktiviti ms Buku aktiviti ms Buku aktiviti ms
2 26 31 34 Bukuaktiviti
3 42/43/49
Buku aktiviti ms Buku aktiviti 42 Buku aktiviti 43
38
Latihan kendiri Latihan kendiri
Latihan kendiri
Berdasarkan Jadual 2, pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah kurang menggalakkan, daripada 8
orang sampel kajian.Walaubagaimanapun apabila masuk minggu kedua bilangan sampel yang dikaji
berkurangan menjadi 4 orang sahaja. Situasi ini terjadi disebabkan masalah pelajar itu sendiri iaitu
masalah kehadiran dan komitmen dalam membuat ulangkaji. Jika dibuat analisis perbandingan dengan
merujuk kepada analisis ujian pra dengan ujian pos didapati wujud peningkatan pencapaian cemerlang 2
orang pelajar dan sebaliknya, 2 orang pelajar tahap pencapaian kepujian. Hal ini bermakna, pelaksanaan
‘Pendekatan Berfokus’ yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas memberikan kesan
baik terhadap pencapaian pelajar dalam kemahiran membaca.
10. REFLEKSI KAJIAN
10.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Langkah-langkah pengajaran yang dirancang telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Semasa
aktiviti pembelajaran berjalan, didapati keyakinan pelajar untuk membaca semakin bertambah baik.
Pelajar telah membuat penerokaan kendiri melalui bahan yang dibekalkan bersama semasa pembelajaran
(pdpr) di rumah. Namun demikian, pencapaian pelajar dalam membuat latihan menunjukkan
peningkatan. Hal ini bermakna kelemahan pelajar dalam membaca dapat diminimumkan. Semasa ujian
pos diberikan hanya 3 orang pelajar mencapai tahap lulus dan 5 orang pelajar mencapai tahap gagal. Jika
dibuat perbandingan antara ujian pra dengan ujian pos didapati ada peningkatan dari segi pencapaian pada
tahap memuaskan.
10.2 Refleksi Pengajaran Guru
213
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Setelah beberapa latihan diberikan kepada pelajar dan akhir kajian pelajar telah menunjukkan penguasaan
baik dalam kemahiran membaca. Keadaan ini memberi respon positif terhadap pembelajaran pelajar dan
ibu bapa sehingga mempunyai keyakinan diri dalam menjawab soalan dalam buku aktiviti sedia ada.
Pelajar memberi respon baik bahawa bimbingan guru dalam pendekatan membaca banyak membantu
pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam membaca. Respon positif daripada pelajar terhadap
pelaksanaan ‘Pendekatan Berfokus’ amat bermakna kepada guru dalam usaha meningkatkan
kecemerlangan pelajar dalam Bahasa Arab.
11. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan dan meningkatkan pencapaian pelajar
berkenaan dalam penulisan karangan. Walau bagaimanapun terdapat aspek lain yang perlu diberi
perhatian khususnya dalam pengajaran tatabahasa. Oleh itu, dicadangkan untuk meningkatkan
penguasaan pelajar berkenaan dalam penggunaan imbuhan dan penggunaan kata dalam ayat. Selain itu,
pelajar juga perlu menguasai kemahiran membina ayat secara gramatis bagi menghasilkan penulisan
karangan yang baik.
12. PENUTUP
Pembelajaran pelajar perlu diberi perhatian secara serius kerana boleh memberi kesan terhadap
kemahiran membaca. Seandainya pelajar mengalami masalah pembelajaran secara berterusan boleh
menjejaskan pencapaian pelajar dalam membaca dan minat dalam belajar Bahasa Arab. Guru seharusnya
peka terhadap masalah pembelajaran pelajar dan berusaha untuk mengatasinya dengan menggunakan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu Pendekatan Berfokus yang diserapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran guru dalam membaca diharap mampu meningkatkan pencapaian
pelajar dalam membaca dan seterusnya menarik minat pelajar memilih bidang aliran agama pada tahun 6
untuk melanjutkan pelajaran diperingkat menengah sebagai objektif umum yang akan dicapai dalam
kajian tindakan ini
Rujukan
Mabunga, M. (2020). Implementasi Model Pendidikan Masyarakat pada Era Globalisasi.
Mimbar Pendidikan, 5(2), 161–176. https://doi.org/10.17509/mimbardik.v5i2.28873
Nurbaizura, S., & Azizan, C. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian
melalui pendekatan Home Based Learning. Journal of Malay Language, Education and Literature,
6812, 46–57.
Firmansyah. (2016). Penerapan Teori Pembelajaran Kognitif dalam Pembelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesehatan. Jurnal Pendidikan Olahraga, 5(2), 154–164.
Abdullah Bin Yusoff, Che Rabiaah Mohamed, (2014). “ Masalah Pembelajaran: Tanda dan
Simpton Kecatatan Komunikasi Lisan Murid Pendidikan Khas”. Jurnal Bahasa Jilid 14 Bil.2
Meimon Binti Sanai, (2009). “ Celik Huruf: Lancar Baca”. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan IPGM KBL, 102-112.
Dr.Muhammad Fathurrohman, (2017).” Belajar dan Pembelajaran Moderan: Konsep Dasar,
Inovasi dan Teori Pembelajaran. Garudhawaca,Jakarta.Indonesia.
Buku Iqra’
Buku KCJ (Modul Cemerlang Jawi) Kementerian Pelajaran Malaysia.
Buku Panduan Modal j-Qaf. Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.
214
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Tajuk : Inovasi E-Jawee
[email protected]
ABSTRAK
Merujuk rekod pencapaian program j-Qaf mendapati 5 orang murid dalam kelas yang diajar gagal untuk
membaca jawi dalam tempoh yang ditetapkan. Kelakuan mereka dalam kelas semasa sesi PDPC dan di
rumah semasa PDPR seolah-olah mereka tidak berminat untuk belajar Jawi. Punca masalah yang
dikenalpasti adalah kerana mereka masih lagi gagal untuk mengenal huruf-huruf jawi tunggal yang
menjadi tambahan kepada huruf-huruf hijaiyyah yang sedia ada dengan kaedah konvensional. Oleh itu,
maka satu program yang berbentuk pengajaran yang selari dengan pen- erimaan murid dengan
mengambil kira dari sudut kemenarikan bahan, penyusunan penyampaian dan kebolehhasilan impak
yang segera. Hasil daripada diagnostik pra mendapati bahawa 5 orang murid tersebut tidak dapat
mengenal keseluruhan huruf jawi tambahan tersebut. Hasil daripada pengkajian ini maka dibangunkan
satu kaedah yang dinamakan sebagai e-Jawee. Dapatan yang terhasil setelah kaedah tersebut
diaplikasikan dalam program tersebut secara PDPC dan PDPR (Norma Baharu) dalam bulan Mac 2020
sahaja, mereka semua dapat menyebut huruf tunggal jawi tambahan dengan lancar. Dapatan Diagnostik
pos mendapati 5 orang murid ini lulus 100% dalam ujian menyebut kesemua huruf tunggal jawi
tambahan. Cadangan penambahbaikan kaedah ini ialah meneruskan pembangunan inovasi e-Jawee ini
kepada cara cepat murid untuk menguasai asas pembacaan jawi berasaskan kiasan baris dalam masa 3
hari sahaja.
Kata Kunci: Inovasi, E-Jawi
1. Refleksi PdPC yang lalu
Setiap kali saya melaksanakan PdPC Pendidikan Islam bidang jawi di kelas, masalah yang
sama sering menghantui saya dan murid-murid dalam tempoh sejam PdPC itu berlangsung. Keadaan
ini telah menyebabkan saya rasa sangat tidak selesa, rimas, mengantuk, jemu dan sebagainya. Saya
juga sentiasa melihat anak-anak murid saya yang cenderung untuk tidur dan bising di dalam kelas.
Tingkah laku mereka dilihat seperti saya juga, langsung tidak berminat dengan kaedah PdPC
Pendidikan Islam dalam bidang jawi yang saya gunakan selama ini.
Kaedah yang saya maksudkan ialah mengajar membaca jawi secara biasa tanpa menggunakan apa-
apa kaedah yang sesuai dan cepat untuk menjadikan murid pandai membaca jawi dan menulis jawi.
Selain itu, kandungan buku teks Pendidikan Islam yang sarat dengan tulisan jawi bagi saya,
jika murid-murid ini berterusan begini maka akan menghalang untuk murid-murid ini me- mahami isi
kandungannya kerana mereka tidak pandai membaca jawi. Kenyataan saya ini bukan dibuat secara
semberono, ini adalah hipotesis saya. Bahkan ia disimpulkan daripada hasil pemerhatian dan
pengalaman saya mengajar jawi dengan kaedah biasa tidak menyelesaikan masalah murid yang tidak
pandai membaca jawi.
Persekitaran sekarang juga sangat mencabar dalam melaksanakan PdPR dalam suasana PKP
pada era penularan wabak Covid-19 ini. Murid dan saya berada di rumah masing-masing,
tapi PdPR harus dijalankan dengan lancar dan berkesan dengan norma baharu. Inilah suatu perkara yang
perlu saya fikirkan bagaimana cara yang terbaik untuk mengajar dari jauh tetapi impaknya sama seperti
belajar di dalam kelas.
2. Fokus kajian
Kaedah yang ditemui dan digunapakai dalam Intervensi pada kali ini ialah kaedah e-
Hijaiyyah yang berfokuskan kepada 5 orang murid kelas 6 Jed dari Sekolah Kebangsaan Tan- jung
Aru II yang masih lemah dalam mengenal huruf tambahan jawi tunggal.
215
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
3. Tinjauan awal غخ ف
Data Diagnostik Pra:
Bi
l Nama
murid
1 MUHAMAD AFIQ BIN ALIGHT x x xxx x x
AZAT x x xxx x x
x x xxx x x
2 MUHAMMAD AIDIEL BIN x x xxx x x
NORDIN
3 MUHAMMAD SHAHRIZAN BIN
KUSDI
4 MUHAMMAD SYAWAL
x x xxx x x
5 NOOR SYAFIRRAH ROFIAH
BINTI PARSAT
4. Objektif kajian
i) Objektif umum
Objektif umum program intervensi ini adalah untuk mengenalpasti kelemahan kaedah PdPC dan
PdPR yang sedia ada dan kesannya kepada pencapaian pentaksiran PBD murid dalam subjek
Pendidikan Islam (Jawi).
ii) Objektif khusus
• Untuk mencari kaedah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah murid lambat mengenal huruf
jawi tunggal tambahan yang menjadi punca mereka lambat membaca jawi.
• Untuk mendapatkan ukuran sejauh mana keberkesanan inovasi e-Jawee dalam membantu
murid mengenal dan menyebut kesemua huruf jawi tunggal tambahan kepada 5 orang murid
yang diuji.
5. Pelaksanaan tindakan
i) Proses menganalisis data mentah
Merujuk rekod pencapaian ujian bulanan mendapati 5 orang murid dalam kelas mendapati
markah ujian mereka rendah.
ii) Diagnostik Pra
Hasil daripada diagnostik pra mendapati bahawa 5 orang murid tersebut tidak dapat membaca soalan
yang dalam tulisan jawi.
iii) Mengenalpasti masalah (Hipotesis)
Tindak tanduk mereka dalam kelas semasa sesi PdPC. Punca masalah yang dikenalpasti (Hipotesis)
adalah kerana mereka masih lagi gagal untuk membaca perkataan jawi terutama hu- ruf-huruf jawi
tunggal tambahan.
iv) Menerokai kaedah yang sesuai
Bagi menangani masalah ini, maka satu program yang menjurus kepada mengenalpasti bentuk
pengajaran yang selari dengan penerimaan murid dengan mengambil kira dari sudut kemenari- kan
216
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
bahan, penyusunan penyampaian dan kebolehhasilan impak yang segera.
v) Penemuan kaedah e-Jawee (PdPC).
Hasil daripada pengkajian ini maka terbentuklah satu kaedah yang dinamakan sebagai e-Jawee.
vi) Mengaplikasikan kaedah e-Jawee
Dalam sesi pemulihan kepada 5 orang murid yang disenarai pendek dalam 1 sesi pertemuan yang
mengambil masa 1 jam PdPC sahaja.
vii) Diagnostik Pos
Dapatan yang terhasil setelah kaedah e-Jawee yang diaplikasikan dalam program tersebut secara
PdPC dalam bulan Feb 2020, mereka semua dapat membaca huruf jawi tunggal tamba- han dengan
lancar. Hasil daripada Diagnostik pos mendapati 5 orang murid ini lulus 100% da- lam ujian dapat
mengenal dan menyebut kesemua huruf-huruf tersebut.
viii) Analisis dan laporan
Setelah dikumpulkan kesemua data diagnostik pra dan pos dan dianalisis serta dikaitkan dengan
intervensi yang telah dibuat, maka didapati bahawa hipotesis awal adalah terbukti benar bahawa cara
pengajaran secara konvensional tidak lagi relevan untuk menangani masalah murid yang lambat
mengenal dan membaca huruf jawi tunggal tambahan. Dengan menggunakan kaedah e-Jawee, ia
bukan sahaja memudahkan mereka untuk belajar jawi ke peringkat seterusnya, bahkan ia juga
memberi kesan yang mendalam kepada sikap murid, pengajaran guru-guru pendidikan Islam,
persekitaran PdPC dan PdPR serta sekolah itu sendiri, kerana inovasi ini adalah kaedah yang sangat
cepat ingat dan mudah untuk disimpan dalam ingatan.
6. Kreativiti dan Ciri-ciri inovasi:
Penciptaan inovasi ini adalah bertitik tolak kepada asas pemikiran luar kotak. Maksudnya,
jika kaedah yang digunapakai sebelum ini mengambil masa yang sangat lama untuk mencapai
objektif bahkan tidak tercapai pun ada. Maka e-Jawee adalah jalan penyelesaian terpantas, me-
langkaui pemikiran kebiasaan yang digunapakai sejak dahulu.
Pengerahan pemikiran untuk menghasilkan kaedah e-Jawee ini memerlukan kerahan idea ke
tahap maksimum. Kerana ia perlu di susun berdasarkan keperluan penerimaan yang sesuai dengan
kognitif murid yang cenderung kepada cara yang tidak kompleks untuk me- mahami ilmu yang diajar.
Kaedah ini melalui proses berulangkali bagi menemui satu kaedah yang berimpak tinggi. Ini sebab,
kaedah e-Jawee telah dibangunkan dengan mengambilkira banyak aspek bersaiz nano agar apabila
kaedah ini diaplikasikan dalam sesi PdPC dan PdPR maka ia betul-betul menyerap ke dalam minda
murid dengan mudah dalam masa yang singkat.
Aspek-aspek bersaiz nano ini tidak akan saya temui sekiranya saya tidak betul-betul me- nyelami
keperluan murid yang sebenarnya dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan digabungkan pula dengan
keperluan yang terdesak saya untuk mencari perubahan. Ia ditambah pula dengan tekanan perasaan saya
yang terlalu inginkan satu revolusi perubahan dalam sistem penyampaian saya sebagai pemegang taruh
terhadap pencapaian anak-anak didik saya dalam bidang jawi bagi Subjek Pendidikan Islam.
Rata-rata terkejut dan ada yang tidak percaya dengan hasil daripada kaedah ini yang sangat cepat
kesannya seolah-olah sekelip mata berbanding dengan kaedah lain yang makan masa bertahun-tahun
untuk memandaikan seorang murid yang lemah dalam mengenali huruf- huruf tambahan tersebut.
Maksudnya, murid yang pada asalnya tidak mengenal huru-huruf tersebut, setelah mengikuti sesi
pengajaran menggunakan inovasi ini selama sejam sahaja mampu membaca kesemua huruf-huruf
tersebut dengan mudah sekali walaupun bermula dari belakang tanpa menggunakan lagu.
Maksud aspek-aspek yang bersaiz nano ialah seperti berikut:
1– Aspek psikologi manusia.
Setelah mengenalpasti secara psikologi manusia biasa, hasil daripada pembacaan dan pengalaman
lalu, secara umumnya manusia senang mengingati gambar berbanding huruf atau nombor. Pernyataan
217
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
ini boleh dirujuk dalam portal-portal dalam senarai rujukan.
2– Aspek penggabungan visual dan huruf. Kaedah ini telah menggunakan konsep penggabungan antara
gambar dan huruf.
3– Aspek fonik yang terhasil dari gambar.
Gambar yang dipilih adalah mengambil kira sebutan sukukata pertama gambar mestilah sama
sebutannya dengan sebutan huruf jawi tambahan dan ada juga yang berdasarkan fonik yang
terhasil dari penceritaan ringkas gambar yang digabungkan dengan huruf-huruf jawi tersebut.
4– Aspek pengalaman sedia ada murid.
Selain itu gambar yang dipilih juga adalah gambar yang paling dekat dengan murid. Maksudnya murid
sudah biasa dengan gambar-gambar yang dipilih dalam kaedah e-Jawee untuk mereka senang ingat
dengan pantas dan betul makhraj.
5– Aspek cara penggabungan visual dan huruf.
Lokasi penggabungan antara gambar dan huruf juga diambil kira supaya wujud unsur penceri-
taan yang menjadi kaitan secara tuntas antara gambar dan huruf dalam fikiran murid tanpa perlu
berfikir panjang untuk menaakulnya, sekaligus menyebutnya dengan betul dan pantas. Hasilnya murid
akan dapat membaca dan mengingat dengan bukan sahaja dengan pantas bahkan mele- kat dalam
ingatan.
Kesimpulan kreativiti kaedah ini adalah ia bersifat mesra ingatan murid iaitu apabila murid
lupa sebutan huruf jawi tambahan, mereka akan terus ingat kepada gambar yang bersama dengan
huruf tersebut dan secara tuntas mereka dapat membaca huruf tersebut dengan ber- sandarkan kepada
suku kata pertama pada gambar atau fonik yang terhasil daripada penceri-
taan ringkas antara gambar dan huruf yang digabungkan. Berbanding kaedah lama, jika murid lupa
sebutan mana-mana huruf jawi, mereka langsung tiada sandaran untuk mengingatkan mereka tentang
bunyi huruf tersebut. Inilah yang menyebabkan mereka susah diajar dengan kaedah lama.
Ciri-ciri inovasi e-Jawee:
1– Mempunyai sandaran visual yang senang diingati.
2– Berasaskan kepada kemahiran mengingat menggunakan visual/gambar. 3–
Kebiasaan impaknya boleh dicapai dalam masa 1 jam sahaja.
4– Gambar-gambar yang dipilih semuanya menarik minat murid dan dekat dengan murid
berdasarkan pengalaman sedia ada murid.
5– Pembelajaran menggunakan kaedah ini tidak membosankan murid bahkan mampu menukar
tangkahlaku murid daripada tidak minat kepada minat untuk belajar membaca jawi.
c. Impak kajian
Bagi saya sendiri sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam pembangunan ino- vasi
ini. Saya dapat merasakan bahawa setelah intervensi yang saya buat ini menempa ke- jayaan, saya
dapat melihat perubahan persekitaran pembelajaran di kelas yang sangat-sangat positif. Pertama
sekali terhadap murid, boleh dikatakan hampir kesemua murid yang saya ajar dengan menggunakan
kaedah e-Jawee ini menunjukkan minat mereka terhadap pembelajaran Jawi. Sebelum ini, mereka
sangat-sangat lemau semasa mempelajari tulisan jawi.
Kesan terhadap persekitaran pembelajaran dengan kaedah ini, kelas yang dulu men- jemukan
bertukar menjadi ceria dan seolah-olah masa 1 jam berlalu dengan pantas sekali. Saya melihat murid-
murid sangat khusyuk apabila mereka belajar dengan menggunakan kaedah e- Jawee ini. Setelah
tamat sesi PdPC mereka akan bertanya, bila saya akan masuk lagi. Malahan ada yang bersedih
apabila saya ingin melangkah keluar kelas. Apabila tiba saya masuk ke kelas semula, mereka
bersorak gembira dengan kehadiran saya. Suasana ini sangat-sangat menyen- tuh hati nurani saya
218
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
sebagai seorang pendidik yang selama ini berhempas pulas mencari kaedah yang sebegini rupa.
Kaedah ini telah pun saya berkongsi dengan guru-guru yang berkolaborasi dengan saya di
dalam kelas. Guru-guru agama yang berkolaborasi semasa PdPC bersama dengan saya te- lah
menjadi saksi dan telah mengakui bahawa kaedah ini berkesan dan sangat baik untuk diguna pakai
kepada semua murid di sekolah ini.
Kaedah ini juga telah menyumbang kepada persekitaran sekolah yang cintakan ilmu
pengetahuan. Mereka diyakini akan menjadi lebih cepat untuk mempelajari kaedah e-Jawee di fasa
yang seterusnya setelah mereka menguasai kesemua huruf-huruf jawi tambahan ini.
Sebenarnya kaedah ini adalah kesinambungan daripada kaedah Inovasi e-Hijaiyyah yang
menjadi pemangkin kepada murid-murid pandai membaca al Quran dalam masa 4-5 jam sahaja
walaupun bermula dari kosong.
Setelah murid berjaya menghabiskan inovasi e-hijaiyyah dan pandai membaca al Quran,
maka mereka diajar pula kaedah e-jawee. Dengan itu, kedua-dua kaedah ini digabungkan untuk
mewujudkan satu kaedah cepat membaca jawi dalam masa yang singkat. Sebagai permulaan,
pembentangan pada kali ini hanya mengenengahkan kaedah mengingat huruf tambahan jawi
tunggal sahaja.
Hasil daripada diagnostik pos, 5 orang murid tersebut kesemuanya mencapai objektif yang di-
harapkan seperti berikut:
غخ ف
Bi Nama / // / // /
l murid / // / // /
/ // / // /
1 MUHAMAD AFIQ BIN ALIGHT / // / // /
AZAT / // / // /
2 MUHAMMAD AIDIEL BIN
NORDIN
3 MUHAMMAD SHAHRIZAN BIN
KUSDI
4 MUHAMMAD SYAWAL
5 NOOR SYAFIRRAH ROFIAH
BINTI PARSAT
Saya berdoa ke hadrat Ilahi jika saya diberikan peluang membentangkan program inter- vensi
saya ini dalam platform antarabangsa, saya akan buat yang terbaik. Semoga ia dapat di naik taraf dan
disebarluaskan ke seluruh dunia. Sebagai usaha saya untuk melengkapkannya ke fasa seterusnya dan
menaiktaraf kaedah ini, saya akan cuba untuk membangunkannya dalam bentuk program berkomputer
yang boleh dipelajari secara interaktif dan lebih menarik pada masa akan datang. In Sya Allah.
219
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
‘FINGER NUN’: SATU KAEDAH INOVASI UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN
MURID DALAM PEMAHAMAN HUKUM TAJWID NUN MATI DAN TANWIN.
Nor Azlinda Binti Abdul Aziz
Siti Aminah Binti Samsudin
Ahmad Rizal Bin Romli
SMK. Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
SMK Rancha-Rancha, Labuan.
SMK. Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
ABSTRAK
‘FINGER NUN’ merujuk kepada satu pendekatan pembelajaran Hukum Tajwid Nun Mati dan
Tanwin yang diaplikasikan dalam beberapa bentuk BBM seperti bahan grafik lakaran tangan manusia,
plastik tangan , kalender dan penanda buku. Beberapa maklumat ringkas, tepat dan jelas berkaitan
hukum Nun Mati dan Tanwin dilabelkan di atas lakaran tangan tersebut. Rasional pemilihan tangan
manusia adalah kerana bertepatan dengan bilangan hukum Nun Mati dan Tanwin iaitu; 5 hukum
merujuk kepada 5 jari manusia. Seterusnya, persembahan grafik yang berwarna warni dihasilkan agar
maklumat hukum tajwid ini mudah difahami dan dikuasai oleh murid. Penggunaan bahan cetak bergrafik
ini akan lebih efektif apabila guru dan murid memainkan peranan dalam memainkan jari jemari secara
berselang seli untuk menguasai hukum tajwid tersebut. Pada awalnya, inovasi BBM ‘FINGER NUN’ ini
dihasilkan oleh murid dengan melakarkan model tangan mereka sendiri dan melabel nota ringkas di atas
tangan tersebut. Kemudian, bahan bantu mengajar ini dimurnikan dengan penggunaan sarung tangan
plastik yang dilabel oleh murid dan disarungkan ke tangan agar dapat mengaplikasikan kaedah ‘FINGER
NUN’ secara hand mnemonics. Kemudian telah ditambah baik lagi dengan penghasilan Kalender
‘FINGER NUN’, penanda buku dan akhir sekali dalam bentuk bahan video digital (Kartun animasi
pelaksanaan ‘FINGER NUN’). Inovasi hukum tajwid ‘FINGER NUN’ ini diilhamkan atas inisiatif guru
dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam dan penambahbaikan
kaedah pembelajaran hukum tajwid secara konvensional kepada sesuatu kaedah yang lebih menarik dan
efektif. Ini bertepatan dengan kewajipan semua umat Islam mempelajari hukum tajwid bagi
memperelokkan bacaan mereka. Ciri khas inovasi BBM ini ianya ringkas, unik, istimewa, kreatif dan
mudah untuk dikuasai oleh murid. Pembelajaran yang menyeronokkan dan senang difahami serta
pengajaran berpusatkan murid dan bahan (Akses Kendiri). Kaedah menggunakan tangan dengan
menggerakkan jari jemari seolah-olah seperti senaman tangan yang menyeronokkan. Keberkesanan
penggunaan BBM sebegini turut diakui oleh Robert E.Slavin (1997), pedagogi itu adalah sebagai
penghubung di antara apa yang guru mahu pelajarnya belajar dengan pembelajaran sebenar yang
pelajarnya akan peroleh. Dalam konteks ini, guru harus lebih peka dan kreatif untuk mengaplikasikan
ilmu serta kreatif untuk mengaplikasikan ilmu pedagogi dalam pengajaran mereka agar ianya
bersesuaian dengan keadaan pembelajaran pelajar dan akhirnya dapat mencapai objektif pengajaran. Ini
bermakna guru sentiasa aktif dalam merancang strategi pengajaran al-Qur’an dengan memasukkan
elemen tajwid secara kendiri. Secara konklusinya, BBM inovasi yang dihasilkan ini memudahkan dan
memotivasikan pelajar untuk belajar dan menguasai kemahiran hukum tajwid dengan lebih baik. Justeru,
ia dapat diaplikasikan dalam pembacaan al-Qur’an umumnya dan dapat menjawab soalan SPM kertas 2
Pendidikan Islam secara khususnya.
Keywords: ( ‘FINGER NUN’, Jari jemari, Nun Mati, Tanwin, Kalender )
220
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Pendahuluan
Hukum membaca al-Quran dengan bertajwid ialah fardu ain dan wajib kepada setiap umat Islam.
Oleh yang demikian, mempelajari tajwid adalah untuk membetulkan bacaan al- Quran. Namun
mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah kerana jika ada sebahagian orang Islam yang
mempelajarinya, maka gugurlah kewajipan orang Islam lainnya untuk mempelajari ilmu tajwid. Dalam
sukatan KSSM, tajwid telah menjadi satu topik yang penting dalam BidangAl-Quran dan perlu dikuasai
oleh murid. Sebelum inovasi ini dihasilkan, guru telah membuat pemerhatian dalam aktiviti latih tubi dan
pemeriksaan kertas soalan serta soal selidik berkaitandengan Hukum Nun Sakinah dan Tanwin, pelajar
didapati sukar menguasai dan mengingat hukum tajwid secara konvensional. Oleh itu, guru mengambil
inisiatif memperkenalkan kepada murid inovasi dalam menguasai hukum tajwid Nun Sakinah dan
Tanwin yang lebih senang untuk diingati dan menyeluruh iaitu ‘FINGER NUN’ dengan menggunakan
pergerakan jari jemari tangan.
'FINGER NUN’ merujuk kepada satu pendekatan pembelajaran Hukum Tajwid Nun Mati/Sakinah
dan Tanwin yang diaplikasikan dalam beberapa bentuk BBM seperti bahan grafik lakaran tangan
manusia, plastik tangan dan Kalendar. Rasional pemilihan tangan manusia adalah kerana bertepatan
dengan bilangan hukum Nun Mati dan Tanwin iaitu; 5 hukum merujuk kepada 5 jari manusia. Inovasi
hukum tajwid ‘FINGER NUN’ ini dilhamkan atas inisiatif guru dalam meningkatkan keberkesanan
pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islamdan penambahbaikan kaedah pembelajaran hukum tajwid secara
konvensional kepada sesuatu kaedah yang lebih menarik dan efektif. Antara keistimewaan inovasi ini
ialah ianya menarik dan ringkas, pelajar boleh akses kendiri melalui latihan pengukuhan yang diberikan
atau dalam pembacaan al-Qur’an. Selain itu, penglibatan pelajar menyeluruh dengan aktiviti permainan
tangan ‘FINGER NUN’ dalam bilik darjah kerana ia dilaksanakan secara berpasangan malah ia juga
dapat melindungi masa instruksional (MMI) serta merentasi Kurikulum seperti Subjek Pendidikan
Jasmani, Seni Visual dan Matematik. Seorang guru mestilah berinovatif dalam pengajaran mereka bagi
menghasilkan pdp yang lebih menarik dan berkesan. Guru juga perlu mempunyai unsur kreatif dalam
menilai keberhasilan yang ingin dicapai. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling
bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pdp. Pembelajaran yang
dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan
inovatif pelajar.
Objektif Kajian
Objektif Umum:
• Murid dapat membaca Al-Quran dengan bertajwid
• Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Islam yang menekankan penguasaan bacaanAl-
Quran dengan betul dan fasih.
Objektif Khusus:
• Murid dapat menjawab soalan hukum tajwid SPM kertas 2 (KBSM), PT3 (KSSM)
• Menarik minat pelajar belajar hukum tajwid.
• Mempelbagaikan BBM Pendidikan Islam yang kreatif dan efektif.
Hipotesis Kajian
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu mendapati pelajar pasif dalam kelas dan berasa sukar
untuk mempelajari topik hukum tajwid. Aktiviti pengajaran juga lebih berfokus kepada guru yang
banyak membuat penerangan dan pelajar lebih mendengar. Ini menyebabkan pelajar lemah mengenal
jenis hukum tajwid dan cara bacaannya. Pendapat Eisner dan Vallance (1997) terdapat lima konsep
kurikulum yang boleh digunakan untuk memahami pendekatan, penggunaan dan kepentingan sesuatu
kurikulum iaitu:
221
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
1 Perkembangan proses kognitif
2 Kurikulum sebagai teknologi
3 Kurikulum sebagai pengalaman
4 Menstruktur masyarakat, dan
5 Akademik rasionalisme
Keberkesanan penggunaan BBM sebegini turut diakui oleh Robert E.Slavin (1997), pedagogi
itu adalah sebagai penghubung di antara apa yang guru mahu pelajarnya belajar dengan pembelajaran
sebenar yang pelajarnya akan peroleh. Dalam konteks ini , guru harus lebih peka dan kreatif untuk
mengaplikasikan ilmu serta kreatif untuk mengaplikasikan ilmu pedagogi dalam pengajaran mereka agar
ianya bersesuaian dengan keadaan pembelajaran pelajar dan akhirnya dapat mencapai objektif
pengajaran. Ini bermakna guru sentiasa aktif dalam merancang strategi pengajaran al-Qur’an dengan
memasukkan elemen tajwid secara kendiri.
Secara konklusinya, BBM inovasi yang dihasilkan ini memudahkan dan memotivasikan pelajar
untuk belajar dan menguasai kemahiran hukum tajwid dengan lebih baik. Justeru, ia dapat diaplikasikan
dalam pembacaan al-Qur’an umumnya dan dapat menjawab soalan SPM KBSM kertas 2 dan PT3
KSSM Pendidikan Islam secara khususnya.
Metodologi Kajian
Penjelasan berkaitan proses penghasilan inovasi adalah mengikut kronologi di bawah ini:
i. Guru mendapati pelajar pasif dalam kelas dan berasa sukar untuk mempelajari topik hukum
tajwid. Aktiviti pengajaran juga lebih berfokus kepada guru yang banyak membuat penerangan dan
pelajar lebih mendengar. Selain itu, kebanyakan pelajar ini bukan pelajar yang menduduki sekolah
rendah agama dan tidak mempunyai pengetahuan sedia ada berkenaan hukum tajwid Nun Sakinah dan
Tanwin dari sekolah rendah.
ii. Oleh itu, guru cuba memikirkan suatu kaedah yang mudah, kreatif, senang dan ringkas bagi
membantu pelajar untuk menguasai kemahiran hukum tajwid Nun Sakinah dan Tanwin denganbaik. Guru
telah menyediakan suatu Bahan Bantu Mengajar dalam kelas dengan penglibatan lebih kepada pelajar.
Pelajar yang lemah juga, sedikit sebanyak boleh menguasai tajuk ini dengan mudah berdasarkan
panduan yang diberikan.
iii. Istilah penggunaan tangan yang digunakan oleh guru kepada pelajar juga ada berkait rapat dengan
teori HAND MNEMONICS. Disebabkan dorongan dan permintaan pelajar terhadap aktiviti permainan
tangan ini, maka guru telah menghasilkan satu Bahan Bantu Mengajar yang dinamakan “FINGER
NUN” yang pada mulanya dengan menggunakan gambar grafik tangan pelajar sendiri dan dilukis.
Kemudian beralih kepada gambar Grafik Statik meggunakan Slaid Power Point. Seterusnya penggunaan
sarung tangan plastik digunakan sebagai aktiviti pelajar dan akhirnya BBM ‘FINGER NUN’ ditambah
baik dengan dihasilkan BBM dalam bentuk kalender dan frame ‘FINGER NUN’ yang boleh
dikomersilkan.
iv. Kronologi tercetusnya idea untuk menangani permasalahan dalam hukum tajwid di kalangan
pelajar bermula pada tahun 2012 dan 2013. Pada masa itu guru hanya menggunakan instrumen yang
mudah dan senang dipraktikkan pelajar, iaitu hanya melakarkan tangan pelajar sendiri dan melabelkan
perkara-perkara penting pada lakaran tersebut. Kemudian murid menghafal maklumat-maklumat penting
tersebut tetapi pada masa itu pengisian kandungan dalam lakaran tersebut masih lagi perlu diperbaiki
(Rujuk Lampiran 1).
v. Seterusnya pada tahun 2014, guru telah menyebar luaskan inovasi ‘FINGER NUN’ dengan
pelaksanaan Lesson Study peringkat sekolah yang dipantau oleh Pengetua SMK Bandaraya Dr. Shirley
222
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Tay Siew Ho, dikuti Ketua Bidang Vortek Puan Nety dan Ketua Bidang Kemanusiaan Cik Hamilah
Hanum dan beberapa orang guru dari panitia mata pelajaran yang lain. (Rujuk Lampiran 2)
vi. Hasil pelaksanaan, kajian dan analisis yang dilakukan oleh guru daripada tahun 2012 hingga 2014
serta respon positif yang diterima daripada pelajar telah berlaku penambahbaikan terhadap inovasi
‘FINGER NUN’ dengan mengekalkan pendekatan dan ciri yang asal. Seterusnya, di awal tahun 2015
guru telah memurnikan inovasi ‘FINGER NUN’ kepada lakaran visual grafik menggunakan ICT dan
penggunaan plastik tangan yang jernih yang membolehkanpelajar mencatat maklumat penting berkaitan
hukum tajwid Nun Mati dan Tanwin. Memandangkan masa depan inovasi ‘FINGER NUN’ ini
mempunyai potensi yang sangat besar dalam dunia pendidikan, maka guru telah menghasikan suatu
perubahan inovasi yang lebih baik dan kreatif daripada yang sebelumnya, iaitu suatu bahan maujud yang
menjadi rujukan kepada semua orang dan boleh dikomersilkan serta bersifat tahan lama. Ini terbukti di
akhir tahun 2015, guru telah menyiapkan BBM inovasi dalam bentuk kalender ‘FINGER NUN’ untuk
mengukuhkan pemahaman murid dalam bilik darjah (Lampiran 1: Gambar)
Dapatan Kajian
ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI :
Antara isu/masalah yang dapat ditangani oleh inovasi ini ialah:
i. Pelajar tidak mahir belajar hukum tajwid (Khususnya, Hukum Tajwid Nun Sakinah dan
Tanwin --- Inovasi ini telah menggalakkan dan menarik minat murid untuk mempelajari kemahiran
tajwid dengan mudah.
ii. Sukar memahami/belajar hukum tajwid --- Pelajar berasa bosan dan menganggap topik hukum
tajwid sangat susah untuk dikuasai. Justeru, dengan kaedah inovasi yang dibuat memudahkan pelajar
menguasai dan berasa seronok untuk mempelajarinya.
iii. Suasana pembelajaran pasif – Ini disebabkan ada istilah-istilah hukum tajwid yang susah
diingat. Oleh itu, dengan inovasi yang kreatif ini pelajar dapat memahami hukum tajwid dengan baik .
Situasi ini menjadikan pelajar lebih fokus dan aktif semasa pembelajaran dan pengajaran.
iv. Minat yang rendah terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya topik hukum
tajwid.- Melalui inovasi ini telah memudahkan pelajar belajar dan memahami hukum tajwid Nun
Sakinah dan Tanwin. Permainan pergerakan jari jemari tangan dengan panduan kata kunci yang diberikan
sangat menarik dan menyeronokkan. Situasi ini telah menyuntik minat mereka terhadap mata pelajaran
Pendidikan Islam yang biasanya dianggap biasa dan membosankan.
v. Kekurangan BBM Pendidikan Islam yang efektif --- Dengan inovasi ini telah mempelbagaikan
lagi BBM yang sedia ada dan melalui inovasi ini juga pengajaran guru lebih mudah dan berkesan. Malah
BBM ini mampu untuk dikuasai dan sesuai untuk semua tahap pelajar iaitu lemah, sederhana dan
cemerlang.
HURAIAN INOVASI:
* BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN INOVASI
Penggunaan Pen Pelbagai Warna yang disediakan oleh guru (Tahun 2012 dan 2013). Penggunaan
plastik sarung tangan, pen marker permanent warna warni, kertas dandakwat printer (Tahun 2014 &
2015).
Kalender, dan Model Finger Nun bersaiz A3 menggunakan kertas Mounting Board,
Clear plastik dan lakaran grafik berbentuk tangan manusia (Tahun 2015 & 2016)
- Laptop, Printer dan Kertas A4
* CARA INOVASI DIGUNAKAN
Penggunaan BBM ini bersifat mesra pengguna. Guru membimbing pelajar mengenalpasti maklumat
hukum tajwid Nun Mati/Sakinah dan Tanwin berpandukan kata kunci atau petunjuk ringkas. Permainan
menggunakan pergerakan jari jemari sehingga terbentuknya huruf Nun ini mestilah di mulai ibu jari yang
223
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
paling pendek dan diselang-seli dengan jari kelingking. Selepas itu, diikuti pula dengan pergerakan jari
telunjuk , kemudian jari manis seterusnya berakhir di jari hantu, iaitu jari ganjil di tengah-tengah jari.
Situasi ini akan berulang sama dari petunjuk pertama sehinggalah ke petunjuk yang ke empat. Murid
mengenal semua perkara penting dalam hukum tajwid Nun Mati/Sakinah dan Tanwindengan pergerakan
permainan jari jemari secara bersilang dan akhirnya membentuk ‘FINGER NUN’.
Dalam proses permainan inovasi ‘FINGER NUN’ , murid diberikan tugasan untuk memahamkan,
mengingat dan menghafaz hukum tajwid berpandukan petunjuk yang diberi.
-Pelajar menyebut & menghafaz singkatan nama jenis hukum tajwid Nun Sakinah dan Tanwin.
-Pelajar menyebut & menghafaz bilangan huruf hukum Nun Sakinah dan Tanwin.
-Pelajar menyebut & menghafaz huruf jenis hukum tajwid.
-Pelajar menyebut & menghafaz cara bacaan jenis hukum tajwid.
- Murid diminta secara berpasangan mengaplikasikan permainan kaedah ‘FINGER NUN’.
Setelah murid mahir, guru hanya memantau dan memastikan permainan pergerakan
‘FINGER NUN’ pelajar betul dan tepat. Setelah itu, guru memberi latihan yang berkaitan dan
berfokuskan soalan peperiksaan kertas 2 SPM untuk dijawab oleh pelajar. Pelajar cuba mengaplikasikan
kaedah ‘FINGER NUN’ dalam menjawab soalan. Situasi ini akan mendorong penglibatan pelajar yang
lebih aktif dan ceria dalam proses pembelajaran dalam pengajaran sekaligus mengelak rasa bosan. BBM
dan kaedah ini juga boleh digunakan dalam proses pembelajaran al-Qur’an dan sesuai untuk semua
peringkat umur.
* KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI
Murah, mudah didapati dan mesra alam.
Penggunaan Pen Pelbagai Warna yang disediakan oleh guru (tahun 2012 dan 2013) Penggunaan plastik
sarung tangan, pen marker permanent warna warni, kertas dan dakwat printer.(tahun 2014 & 2015)
Kalender, Frame dan Model Finger Nun bersaiz A3 menggunakan kertas MountingBoard, Clear plastik
dan lakaran grafik berbentuk tangan manusia.
* KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN
(BUKTI)
Inovasi ‘FINGER NUN’ yang dilaksanakan dalam pdp subjek Pendidikan Islam menunjukkan satu
perubahan positif terhadap sikap dan tumpuan murid. Mereka berasa seronok belajar mata pelajaran
Pendidikan Islam kerana pdp tidak lagi berbentuk konvensional malah sesuai dengan perkembangan
minda dan pembelajaran murid abad ke
224
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
21. Di samping itu, inovasi ini dapat menarik minat murid untuk belajar, mencungkil kemahiran
mengingat dan menambah pengetahuan mereka terhadap ilmu tajwid. Keberkesanan inovasi ini juga
telah menyuntik semangat guru untuk menambah baik inovasi yang sedia ada kepada bentuk yang lebih
efektif dan efisyen digunakan di dalam bilik darjah. Ini adalah hasil cetusan idea gabungan mantap tiga
orang guru yang menjadikan persembahan inovasi ‘FINGER NUN’ semakin diterima ramai bukan
sahaja oleh murid-murid malah pihak pentadbir dan guru-guru daripada panitia selain Panitia Pendidikan
Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui program R&D (Kajian Tindakan) peringkat sekolah dan negeri,
PLC yang dijalankan di sekolah seperti Lesson Study dan Teacher Sharing bermula tahun 2014 dan
2015. Sokongan panitia Pendidikan Islam dan bimbingan pihak pentadbir dan guru cemerlang di sekolah
juga menjadikan pelaksanaan inovasi ‘FINGER NUN’ dalam pdp semakin rancak dan tersebar luas
(Lampiran 2 & 3: Data & Gambar)
* POTENSI UNTUK DISEBAR LUASKAN KEPADA PIHAK LAIN :
Penyebar luasan inovasi ini telah dilaksanakan secara aktif sejak tahun 2015. Program PLCLesson Study
dan Teacher Sharing serta Bengkel Kajian Tindakan yang dijalankan di sekolah memberi ruang kepada
inovasi ini untuk didedahkan kepada pihak pentadbir dan guru panitia subjek selain subjek Pendidikan
Islam. Seterusnya penglibatan di peringkat luar sekolah dilaksanakan apabila guru pencetus idea inovasi
‘FINGER NUN’ iaitu Ustazah Nor Azlinda Abd Aziz bersama Guru Grafik yang juga ahli kumpulan
Encik Ahmad Rizal Romli telah menyertai pembentangan Kajian Tindakan ‘FINGER NUN’ di SM St
John Tuaran pada 27 Jun 2015. Pendedahan luar sekolah ini mengorak langkah inovasi ini untuk
didedahkan kepada umum. Seterusnya, bagi menguji keberkesanan inovasi ‘FINGER NUN’, guru telah
menggunakan inovasi ini pada kanak-kanak tadika PASTI Al-Qayyum di Taman Cerah. Hasilnya kanak-
kanak mudah mengingat dan seronok melakukan aktiviti Hand Mnemonics. Ini membuktikan inovasi
‘FINGER NUN’ dapat merentas pelbagai lapisan umur dan peringkat pendidikan serta bersifat
komersial. Seterusnya yang terkini adalah Teacher Sharing Inovasi ‘FINGER NUN’ di SMK Inanam
pada 18 Januari 2016. Sokongan panitia Pendidikan Islam dan pihak pentadbir di sekolah tersebut
menjadikan perkongsian ilmu berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya (Rujuk Lampiran 4:
Gambar).
* KETERANGAN LAIN YANG BERKAITAN
i. Potensi ‘FINGER NUN’
‘FINGER NUN’ telah bermula dengan penulisan grafik tangan pelajar sendiri berdasarkan keterangan
yang diberikan oleh guru. Guru telah memulakan pelaksanaan “FINGER NUN” ini di dalam kelas 5
Alamanda yang diajar padatahun 2012 lagi dan disebar luaskan kepada tingkatan yang lain untuk tahun
yang berikutnya. Setelah itu, ‘FINGER NUN’ telah ditambah baik dengan penghasilan gambar grafik
melalui slaid power point. Kemudian, kaedah BBMini pula telah diubah suai mengikut kesesuaian dengan
penggunaan bahan yanglebih menarik dan ringkas iaitu, penggunaan sarung tangan plastik. Terkini BBM
ini ditambah baik dalam bentuk kalender dan Frame ‘FINGER NUN’. Pada masa akan datang, guru
dalam usaha menyiapkan Modul Buku Kerja ‘FINGER NUN’ dan Video Interaktif. Kaedah BBM ini
mempunyai potensiyang besar dalam dunia Pendidikan Islam dan Pengajian al-Qur’an.
- Guru juga telah menyediakan Slaid Power Point hukum tajwid Nun Mati dan Tanwin untuk aktiviti
bersama murid dan Slaid Power Point Kajian Tindakaninovasi ‘FINGER NUN’ turut dihasilkan setelah
menyiapkan kajian berkaitaninovasi.
ii. Keistemewaan ‘FINGER NUN’
a. Menarik,unik dan ringkas
b. Melindungi masa instruksional (MMI)
c. Penglibatan pelajar menyeluruh dengan aktiviti permainantangan ‘FINGER NUN’.
d. Merentas Kurikulum seperti Subjek Pendidikan Jasmani, Fizik, SeniVisual dan Matematik.
e. Merentas pelbagai peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas dalam
225
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
menyahut lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia
f. Pembelajaran Akses Kendiri melalui latihan pengukuhan yangdiberikan atau dalam
pembacaan al-Qur’an.
Literature Review
01 Konsep GM+2L – Multiple Intelligences developed by Dr Howard Gardner
Guru yang kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif dan
psikomotor pelajar. Hal ini bersesuaian dengan konsep GM+2L, manusia mempunyai pelbagai potensi.
Guru perlu mengenalpasti potensi murid yang paling ketara yang boleh disesuaikan dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya pelbagai kemahiran perlu diterapkan oleh guru Abad ke-21,
contohnya pemikiran kreatif,pemikiran kritis, kolaborasi, perwatakan dan komunikasi.
02 Albert Einsten Approach
It is the supreme art of the teacher to aweken joy in creative expression and knowledge. Kaedah dan
pendekatan yang lebih menarik dan berkesan yang berlaku mencerminkan kreativiti guru dan sumbangan
kreatif peralatan, stail dan organisasi pembelajaran. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh
mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisyen dan kreatif.
03 Active, Fun & Thinking Classroom Via Online For Beginners
Dr.Zailah Zainudin, seorang Pensyarah IPG Raja Melewar berpendapat bahawa guru yang berkualiti
ialah guru yang mengamalkan amalan terbaik dalam pengajarannya. Guru akan sentiasa meningkatkan
kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkannya menjadi kritis dan bersedia menjalankan
kajian.
Rumusan
Secara kesimpulannya, guru inovatif akan menekuni kurikulum kreatif dengan mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan gaya imaginasi yang tinggi dalam mengenali diri pelajar. Guru yang kreatif dan
inovatif juga mempunyai ketrampilan yang tinggi dari segi personaliti dan pemikiran divergen, hasil
kreativiti dan inovasi guru akhirnya dapat mencorakkan situasi pembelajaran ceria dan berkesan.
Tuntasnya, Kaedah BBM ini telah berusaha menunjukkan potensinya dalam dunia Pendidikan Islam dan
Pengajian al-Qur’an. Pada masa akan datang, guru dalam usaha menyiapkan Modul Buku Kerja
‘FINGER NUN ’ dan Video Digital & berusaha menambah kepelbagaian BBM Hukum Tajwid selain
‘FINGER NUN ’. Diharap inovasi ini akan menjadi amalan terbaik dalam pdp Pendidikan Islam di
Malaysia. Inshaa Allah.
Rujukan/ References
Dr. Zailah Zainudin, IPG Raja Melewar Melaka, 21th Century Education & Beyond, Active, Fun &
Thinking Classroom
Surur Shihabuddin An-Nadawi.2007.Ilmu Tajwid Menurut Hafs ‘An ‘Asim Melalui
Toriq Asy-Syatibiyyah.Selangor.Kelas Bimbingan Rehal
Ghazali Darusalam.2004.Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur.Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd
Mok Soon Sang.1994. Asas Pedagogi Dalam Pengajaran Pembelajaran.Selangor.Kumpulan Budiman
Sdn Bhd
SMK Bandaraya Kota Kinabalu. 2010. Action Research Collection 2.
226
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
PENEROKAAN KAEDAH PDPR PENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN GPI DI
SEKOLAH PEDALAMAN SARAWAK
Noorfarahin binti Bali1 (Author 1)
Hafizhah binti Zulkifli 2 (Author 2)
1Email: [email protected]
2Email: [email protected]
ABSTRAK
Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah dilaksanakan apabila sekolah-sekolah mula ditutup
bagi mengekang penularan Covid-19. Pelaksanaan PdPR adalah merangkumi semua mata pelajaran
termasuk Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam (GPI) di kawasan pedalaman mengalami kesukaran
untuk melaksanakan PdPR secara sepenuhnya kerana kurangnya kemudahan seperti capaian internet.
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kaedah yang digunakan oleh GPI dalam dalam melaksanakan PdPR
di sekolah pedalaman di Julau, Sarawak. Kajian ini turut dijalankan bagi mengetahui masalah dan cabaran
yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Islam tersebut sepanjang melaksanakan PdPR Pendidikan Islam.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif reka bentuk kajian kes. Instrumen kajian yang digunakan
ialah protokol temu bual. Peserta kajian yang dipilih pula merupakan GPI yang telah berkhidmat
melebihi setahun di sekolah Pedalaman 1 (P1), Pedalaman 2 (P2) dan Pedalaman 3 (P3). Dapatan kajian
ini menunjukkan terdapat empat tema yang diperoleh hasil daripada temubual iaitu kesediaan guru,
pembelajaran tidak segerak, perkhidmatan komuniti dan peningkatan kemudahan. Implikasi kajian ini
dapat memberi manfaat kepada guru terutamanya di kawasan pedalaman berkaitan kaedah PdPR yang
boleh digunakan bagi memastikan tiada murid tercicir. Selain itu, kajian ini juga dapat memberi gambaran
kepada pihak luar berkaitan pelaksanaan PdPR di kawasan pedalaman yang tidak memiliki kemudahan
asas yang mencukupi.
Kata Kunci: sekolah pedalaman, pembelajaran tidak segerak, Pendidikan Islam, guru Pendidikan Islam,
PdPR
Pendahuluan
Pada 2 Februari 2021, KPM telah mengeluarkan surat pemakluman berhubung Manual Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah Versi 2 dan panduan pelaksanaan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran
di rumah yang bertujuan untuk memberi panduan kepada guru bagi melaksanakan PdPR secara lebih
berstruktur sekaligus membatalkan surat pemakluman Manual PdPR yang bertarikh 2 Oktober 2020.
Manual PdPR Versi 2 ini dibangunkan untuk menambahbaik manual yang telah digunakan sebelumnya
dengan mengambil kira keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah serta memenuhi prinsip
asas dalam melaksanakan PdPR.
Pelaksanaan PdPR ini bukan hanya melibatkan mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains sahaja malah melibatkan semua mata pelajaran yang diajar di sekolah
termasuk Pendidikan Islam. Pengajaran Pendidikan Islam di sekolah kawasan pedalaman adalah agak
berbeza berbanding sekolah di kawasan bandar kerana kebanyakan murid beragama Islam merupakan
golongan minoriti bukan sekadar di sekolah malahan di kawasan kampung kediaman murid itu sendiri.
Walaupun bilangan murid agak sedikit, namun disebabkan murid kurang pendedahan awal yang
sempurna berkaitan Pendidikan Islam, Guru Pendidikan Islam (GPI) perlu berusaha lebih gigih dalam
mencari kaedah pengajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan murid. Pelaksanaan PdPR
menambahkan lagi cabaran GPI untuk menyampaikan pengajaran kerana murid sudah semestinya tidak
memiliki capaian internet yang baik malah ada juga yang tidak memiliki peranti yang sesuai untuk
mengakses bahan pembelajaran menyebabkan pelaksanaan PdPR Pendidikan Islam di kawasan
pedalaman adalah sangat bergantung kepada kebolehan GPI itu sendiri untuk memastikan semua murid
terlibat dan tiada keciciran berlaku.
227
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam ada menyatakan
bahawa institusi yang memiliki sekurang-kurangnya lima orang murid Islam wajib diajar modul teras
asas Pendidikan Islam. Sekolah rendah di kawasan Julau kebanyakannya merupakan sekolah kurang
murid iaitu dengan enrolmen kurang dari 150 orang. Kebanyakan penduduknya ialah masyarakat Iban
yang beragama Kristian. Oleh itu, masyarakat yang beragama Islam merupakan golongan minoriti di
kawasan tersebut.
Terdapat 17 daripada 34 buah sekolah rendah di Julau memiliki guru Pendidikan Islam yang
ditugaskan untuk mengajar murid Islam. Dari jumlah tersebut, hanya sebuah sekolah yang memiliki
jumlah murid melebihi 10 orang manakala selebihnya memiliki jumlah murid kurang dari 10 orang.
Setiap guru Pendidikan Islam di setiap sekolah yang memiliki murid Islam hanya perlu mengajar dalam
lingkungan 3 hingga 19 orang murid sahaja.
Semasa tempoh penutupan sekolah, semua guru perlu melaksanakan PdPR mengikut kesesuaian
murid. Guru-guru di kawasan pedalaman juga perlu melaksanakan PdPR bagi membendung penularan
wabak Covid-19. Kebanyakan guru memang menggunakan buku teks sebagai sumber utama pembelajaran
dan melakukan serahan tugasan seminggu sekali atau mengikut kesesuaian murid (“PKP: Guru di
pedalaman berdepan cabaran mengajar dalam talian,” 2020). Umum mengetahui bahawa capaian internet
di kawasan pedalaman adalah agak lemah malah ada di antaranya yang langsung tidak mendapat talian
telefon biasa apatah lagi capaian internet menyebabkan sesi PdP secara atas talian langsung tidak dapat
dijalankan kerana kurangnya penglibatan murid. Berikutan itu, pembelajaran murid yang berada di
kawasan pedalaman akan terjejas ekoran kurangnya kemudahan dan akses kepada asas pembelajaran.
Guru Pendidikan Islam di kawasan Julau turut mengalami kekangan dalam melaksanakan PdPR
secara sepenuhnya semasa penutupan sekolah. GPI perlu menyediakan modul khas mengikut aras dan
kesesuaian setiap murid bagi memastikan murid dapat mencapai tahap yang dikehendaki. Berbeza
dengan sekolah di kawasan bandar, murid di kawasan pedalaman kebanyakannya membesar dalam
kawasan minoriti Islam menyebabkan mereka tiada tempat untuk bertanya berkaitan tugasan yang
diberikan memandangkan keluarga mereka juga memiliki tahap pengetahuan yang minima berkaitan
Pendidikan Islam. PdPR tetap perlu dilaksanakan walaupun pada hakikatnya, GPI dan juga guru bagi
mata pelajaran lain masih berada dalam serba kekurangan dari segi kemahiran, alatan dan rujukan kerana
belum bersedia sepenuhnya melaksanakan PdPR kerana latihan mengajar semasa pengajian
sememangnya berfokus kepada PdP secara bersemuka (Said, 2021).
Murid-murid di kawasan pedalaman tersebut juga tidak dapat mengikuti PdPR Pendidikan Islam
secara sepenuhnya kerana kebanyakan mereka memiliki akses yang terhad terutamanya yang berkaitan
dengan atas talian selain masalah sekolah daif dan kekurangan prasarana pendidikan. PdP akan menjadi
kurang berkesan sekiranya kurang mendapat penglibatan daripada murid (Mahad, Magesvaran dan
Hamzah, 2021, p. 18). Menurut Jafar et. al. (2020), faktor sosioekonomi murid mengganggu kesediaan
untuk mengikuti pembelajaran secara maya di mana murid yang memiliki latar belakang pendapatan isi
rumah yang rendah didapati kurang bersedia untuk mengikutinya. Ibu bapa tidak mampu menyediakan
peranti yang mencukupi untuk kegunaan anak-anak semasa PdPR.
Menurut Jude (2021), PdPR dirasakan tidak banyak membantu murid pedalaman dalam
pembelajaran dan murid-murid juga dikhuatiri akan lebih jauh ketinggalan. Oleh itu, permasalahan yang
dihadapi semasa pelaksanaan PdPR terutamanya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di kawasan Julau
telah menyebabkan pengkaji ingin meneroka kaedah pengajaran yang digunakan oleh GPI bagi
memastikan setiap murid mengikuti PdP yang telah dirancang tanpa berlaku keciciran sekaligus
mengoptimumkan hasil pembelajaran.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Meneroka masalah yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan PdPR
Pendidikan Islam
2. Memahami kaedah PdPR yang digunakan oleh Guru Pendidikan Islam bagi memastikan tiada
murid yang tercicir.
228
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Sorotan Literatur
1. Motivasi Pendidikan dalam Kalangan Masyarakat Pedalaman
Dalam kajian Subhi et al. (2016, p. 155) menyatakan bahawa terdapat dua jenis motivasi pendidikan iaitu
motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Kajian tersebut dijalankan untuk meneroka bentuk motivasi
pendidikan dalam pemerkasaaan komuniti orang Sungai di Paitan, Sabah. Hasil kajian mendapati bahawa
motivasi intrinsik seperti rekod kehadiran, tiada taruhan wang dan rekod kehadiran anak serta motivasi
ekstrinsik seperti beg dan alat tulis, makan dan minum, pengalaman berguru serta pengalaman bergaul
dengan orang luar perlu dijadikan sandaran bagi melaksanakan program pendidikan yang mensasarkan
golongan tersebut. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam kalangan ibubapa adalah penting
bagi memastikan mereka akan memberi penekanan kepada anak-anak mereka untuk sama-sama
mementingkan pendidikan dalam hidup.
Selain itu, gaya pembelajaran murid Islam Orang Asli dalam kajian Bakir dan Husin (2014) turut
dipengaruhi oleh motivasi. Kaedah peningkatan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan secara berkesan, berkualiti dan berterusan ini akan dapat meningkatkan pencapaian murid-
murid orang Asli ke tahap yang lebih baik. Perkara ini akan meningkatkan lagi kefahaman dan pegangan
mereka terhadap agama Islam sekaligus mampu menguatkan akidah seiring dengan pertambahan usia dan
peredaran zaman.
Pencapaian murid dalam pembelajaran dirangsang oleh kombinasi unsur dalaman dan unsur
luaran (Mamat dan Ishak, 2016, p. 37). Antara unsur-unsur tersebut ialah pengaruh ibubapa, pengaruh
sikap dan pengaruh persekitaran. Penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak akan memberikan
sumbangan yang positif terhadap pencapaian anak-anak mereka. Pengaruh sikap pula mendorong
seseorang individu untuk mempelajari pelbagai ilmu bagi meningkatkan potensi diri. Pengaruh
persekitaran yang terdiri daripada rakan-rakan, budaya komuniti dan suasana sekolah turut memberi
kesan kepada proses pembelajaran seseorang individu. Melalui hasil kajian tersebut dapat disimpulkan
bahawa pencapaian murid dalam pembelajarannya turut dipengaruhi oleh faktor lain dan bukannya
tertumpu kepada faktor guru semata-mata.
Selain aspek motivasi, pencapaian akademik murid turut dipengaruhi oleh faktor gaya
pembelajaran serta sikap dan minat semasa mengikuti proses pembelajaran. Rashid (2007) menyatakan
murid yang memiliki prestasi rendah dan murid berprestasi tinggi memiliki gaya pembelajaran yang
berbeza. Namun begitu, terdapat sebahagian murid yang tidak tahu mengaplikasikan gaya pembelajaran
yang bersesuaian sehingga mengakibatkan murid berkenaan tidak mendapat keputusan yang
memberansangkan.
2. Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam di Kawasan Pedalaman
Antara cabaran pengajaran guru Pendidikan Islam di sekolah pedalaman seperti yang telah dinyatakan
oleh Zeki, Razak dan Razak (2020, p. 15) ialah kekurangan kemudahan dan infrastruktur, bilik agama
yang kurang selesa, kurang pendedahan awal dalam kalangan murid, kurang penghayatan agama, kurang
asas kemahiran al-Quran, kekurangan bahan bantu mengajar (BBM) dan BBM kurang pelbagai. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi kebanyakannya terdiri daripada faktor luaran yang
terdiri daripada kekurangan kemudahan dan infrastruktur. Selain itu, faktor yang berpunca dari murid
seperti kurang pendedahan kepada Pendidikan Islam turut menjadi cabaran kepada pengajaran
Pendidikan Islam di kawasan pedalaman.
Menurut Jasmi et al. (2011, p. 192), Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) di kawasan luar
bandar kerap menggunakan kaedah berpusatkan guru seperti bercerita berbanding GCPI di kawasan
bandar. Selain itu, GCPI di kawasan luar bandar juga menggunakan kaedah pembelajaran dan pengajaran
yang pasif kerana kaedah brainstorming, pengurusan grafik, meramal masa depan, permainan dan
sebagainya agak jarang digunakan malah agak ketinggalan berbanding sekolah di kawasan bandar.
Perbezaan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru luar bandar dan bandar juga turut
dipengaruhi oleh kemudahan yang disediakan di sekolah. Kemudahan prasarana yang lebih baik di
kawasan bandar menyebabkan pengalaman pembelajaran di sekolah tersebut lebih kepada berpusatkan
229
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
murid kerana guru berupaya untuk menyediakan bahan pembelajaran yang mencabar tahap pemikiran
kreatif murid.
Dalam kajian Muhamad (2007), beliau mendapati bahawa guru Pendidikan Islam di kawasan luar
bandar lebih gemar menggunakan kaedah simulasi dalam pengajaran berbanding guru di kawasan bandar.
Kaedah ini memiliki elemen-elemen seperti perbincangan, aktiviti dan pelaksanaan dilakukan pada
tempat yang telah disediakan. Kaedah ini diyakini akan dapat memberikan keseronokan kepada murid
selain turut menggalakkan proses sosialisasi dan kolaborasi dalam kalangan murid kerana murid dapat
melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, proses pemindahan pengalaman akan turut
berlaku kerana wujudnya sesi sumbang saran bersama guru serta pengembangan bakat dan kreativiti
dalam kalangan murid.
3. Peranan Guru Menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran
Imam Al-Ghazali telah menggunakan istilah murshid dalam membincangkan perbahasan berkaitan
kepimpinan guru. Al-Ghazali menegaskan bahawa guru memainkan peranan penting dalam melahirkan
insan yang sempurna melalui pembinaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Guru bukan sekadar
menyampaikan pengajaran semata-mata malah membentuk adab murid yang diajar melalui proses ta’lim,
tarbiah dan riyadah. Ta’lim atau pengajaran bermaksud pengajar bebas memilih kaedah yang dirasakan
sesuai untuk digunakan. Tarbiah atau pendidikan membawa maksud guru perlu memberikan asas
kefahaman yang kukuh berkaitan sesuatu ilmu agar murid dapat mengamalkan ilmu tersebut. Riyadah
atau latihan turut dikenali sebagai tahdhib. Tahdhib bermaksud asuhan untuk bayi atau kanak-kanak
namun untuk murid, ia bermaksud bimbingan yang bertujuan untuk membentuk disiplin dalam diri
seseorang.
Konsep pembelajaran yang diperkenalkan oleh Al-Ghazali lebih tertumpu kepada pembentukan
akhlak mulia atau kesedaran moral selain turut bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Guru
bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai murni sama ada secara tersurat atau tersirat bagi
membentuk peribadi mulia dalam jiwa murid dan dalam masa yang sama turut bertindak sebagai
tauladan, pemberi semangat, pembimbing dan mengajar dengan penuh kasih sayang. Proses pembelajaran
ini juga boleh berlaku di mana sahaja dan tidak semestinya terikat di dalam bilik kelas kerana perkara
penting yang perlu ada semasa berlakunya pembelajaran ialah guru, murid dan apa yang ingin dipelajari.
Umum mengetahui bahawa akibat daripada peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia telah
menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka tidak dapat dijalankan seperti biasa. Guru
dan murid masing-masing perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan
menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan keadaan dan situasi semasa. Cabaran utama yang
dihadapi oleh guru untuk menggunakan pengajaran secara atas talian ialah tidak semua murid mampu
untuk memiliki capaian internet yang baik dan stabil. Perkara ini telah menyebabkan ramai murid
keciciran kerana tidak dapat mengikuti pembelajaran atas talian tersebut. Namun begitu, ada guru yang
memilih untuk menggunakan kaedah off-site iaitu dengan pergi ke kawasan kediaman kampung murid
terutamanya guru di kawasan pedalaman untuk mengajar murid kerana kawasan tersebut tidak memiliki
capaian internet serta kemudahan lain untuk mengikuti pembelajaran secara atas talian.
Ibrahim dan Razak (2021, p.91) menyatakan bahawa pemantauan bacaan tasmik agak sukar
untuk dilaksanakan kerana kurangnya sambutan yang diberikan oleh pihak murid. Lazimnya sesi tasmik
menggunakan kaedah talaqqi musyafahah iaitu murid duduk berhadapan dengan guru dan guru dapat
melihat gerakan bibir murid ketika memperdengarkan bacaan. Penggunaan aplikasi ‘Whatsapp’,
‘Telegram’, panggilan telefon, mesej dan sebagainya tetap tidak dapat mencapai apa yang dikehendaki
oleh guru kerana komunikasi dua hala tidak dapat dijalankan sepenuhnya malah boleh berlakunya salah
faham disebabkan oleh halangan dan kekangan yang dihadapi seperti gangguan capaian internet atau
talian telefon.
230
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif reka bentuk kajian kes. Kajian kes menggunakan banyak
kaedah dan pelbagai sumber data yang bertujuan untuk melihat kepada hubungan dan proses sesuatu
perkara berlaku (Gary, 2010). Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes
untuk memberikan penjelasan secara mendalam berkaitan kaedah PdPR yang digunakan oleh para Guru
Pendidikan Islam di kawasan Julau, Sarawak. Sampel kajian dipilih dari kalangan GPI yang telah
berkhidmat lebih daripada setahun di kawasan pedalaman 1 (P1), pedalaman 2 (P2) dan pedalaman 3 (P3)
di Julau, Sarawak. Tiga orang GPI telah dipilih untuk ditemubual bagi mendapatkan data.
Pengkaji mendapatkan maklumat yang diperlukan menggunakan kaedah temubual secara
mendalam bersama guru Pendidikan Islam dari sekolah yang terlibat. Soalan protokol temubual dibina
dalam bentuk pertanyaan terbuka dan responden bebas memberikan pendapat dan idea mereka
berdasarkan soalan yang diberi. Protokol temubual terdiri mengandungi soalan pembuka, soalan
pengenalan, soalan transisi, soalan kuci dan soalan penutup bagi memastikan perbincangan tidak meluas
kepada perkara yang tidak berkaitan dengan kajian. Temubual telah dilaksanakan dan dirakam
menggunakan aplikasi Google Meet.
Hasil temubual telah ditranskripsi dalam bentuk verbatim bagi proses penganalisisan data. Proses
pemilihan tema telah dilakukan secara manual dengan mengumpulkan semua unit yang memberi makna
mengikut kategori yang telah ditetapkan menggunakan kod-kod tertentu.untuk mendapatkan data yang
diperlukan. Proses yang sama dilakukan secara berulang sehingga mencapai tahap ketepuan data.
Dapatan Kajian
Berdasarkan objektif kajian iaitu “Meneroka masalah yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Islam dalam
melaksanakan PdPR Pendidikan Islam” dan “Memahami kaedah PdPR yang digunakan oleh Guru
Pendidikan Islam bagi memastikan tiada murid yang tercicir” pengkaji telah melaksanakan pengumpulan
data dan menganalisis data yang diperoleh secara terperinci sehingga menghasilkan tema- tema kajian
seperti yang diperincikan seperti berikut:
Kesediaan Guru
Pada peringkat awal, peserta kajian mengakui kurang bersedia selain turut merasa agak terkejut dan
merasa agak sukar untuk melaksanakan PdPR Pendidikan Islam. Hal ini adalah kerana peserta kajian
lebih memilih untuk melaksanakan pembelajaran dan pemudah cara secara bersemuka kerana lebih
mudah untuk membimbing murid secara langsung. Namun begitu, peserta kajian tetap berusaha untuk
melaksanakan PdPR dengan mengambil kira faktor keadaan murid dengan menggunakan kaedah
pengajaran yang bersesuaian. Walaupun begitu, GPI di P2 merasakan pelaksanaan PdPR merupakan
usaha baik seperti kenyataan yang berikut: “Bagi pandangan saya secara peribadilah aa kaedah PDPR
merupakan salah satu usaha yang baiklah oleh KPM untuk menjalankan aa pengajaran dan
pembelajaran agar murid aa tidak ketinggalan daripada sudut pembelajaranlah”
Pembelajaran Tidak Segerak
Masalah utama yang dihadapi oleh GPI di pedalaman dalam melaksanakan PdPR ialah kurangnya
capaian internet. Capaian internet yang ada adalah lemah sehingga menyukarkan pengajaran secara atas
talian djalankan seperti penggunaan aplikasi Zoom dan Google Meet. Oleh itu, peserta kajian hanya dapat
melaksanakan pembelajaran tidak segerak iaitu pembelajaran yang tidak berlaku pada masa yang sama.
Kenyataan berkaitan pembelajaran tidak segerak ini dapat dilihat dalam kenyataan GPI di P2
iaitu: “kalau macam Quran dengan tasmik saya akan gunakan whatapps, mereka akan buat rakaman
video baca Quran atau Iqra untuk dihantar kepada saya.” GPI di P1 turut menggunakan kaedah yang
sama dengan menjelaskan: “Yang saya buat hanyalah record video cari video yang mana-mana yang
sesuai pembelajaran hantar kepada mereka melalui WhatsApp aaa ataupun bagi mana-mana dan bagi
latihan secara aaa gambar ataupun buku aa yang bercetak pun ada kita letak kat sekolah supaya mereka
datang ambil”
231
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Selain itu, peserta kajian turut menyediakan modul tugasan merangkumi modul pembelajaran dan
soalan aktiviti untuk diambil oleh murid di sekolah seminggu sekali.
Perkhidmatan Komuniti
Dalam memastikan tiada murid yang tercicir sepanjang tempoh pelaksanaan PdPR pula, GPI di P1 akan
menghantar Whatsapp melalui group kelas atau group Pendidikan Islam. Namun sekiranya masih tidak
mendapat maklum balas daripada murid-murid tersebut, peserta kajian ini akan pergi ke rumah murid
tersebut dan berjumpa secara peribadi. GPI di P2 dan P3 turut menggunakan pendekatan yang iaitu pergi
ke rumah murid untuk menghantar modul atau berbincang berkaitan pelibatan semasa PdPR. Pihak
pentadbir turut memainkan peranan yang penting dalam mematikan tiada murid yang tercicir seperti yang
dinyatakan oleh GPI di P2: “Alhamdulillah setakat sekarang semua murid dapat mengikuti PDPR dan
tiada yang tercicir. Dan perkara ini memang diambil serius lah dipantau oleh para pentadbir sekolah”.
GPI di P3 turut menyatakan bahawa pihak pentadbir sedia maklum dengan masalah yang
dihadapi serta turut mengambil tindakan seperti dalam kenyataan berikut: “Memang pentadbir sedia
maklum la sebab bila kawasan pendalaman memang pelajar sedikit ketinggalan, maknanya pelajar dia
punya komitmen dia sedikit kuranglah dan dia punya semangat belajar dia jugak kurang. Jadi, apa yang
pentadbir buat mewar-warkan ke group PIBG”
Peningkatan Kemudahan
Untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan PdPR Pendidikan Islam di kawasan pedalaman, peserta kajian
mencadangkan supaya satu silibus atau modul khas dibina bersesuaian dengan tahap murid di kawasan
pedalaman tersebut seperti yang dinyatakan oleh GPI di P1: “Cadangan kalau boleh aa ada apani silibus
ataupun modul yang khas yang sesuai dengan murid-murid supaya kita cikgu pun dapat apani ada acara
yang khusus untuk nak mendidik mereka dengan dengan keadaan sekarang” yang selari dengan pendapat
GPI di P3 iaitu: “Cadangan saya ya, saya rasa mungkin PPD mungkin boleh buat satu inisiatif untuk
sekolah-sekolah di kawasan pedalaman ini bergabung untuk mewujudkan satu modul atau cara
memantapkan lagi PDPR di kawasan pedalaman”
Selain itu, kemudahan yang sepatutnya seperti capaian internet juga perlu disediakan agar murid-
murid di kawasan pedalaman dapat menikmati suasana pembelajaran sama seperti murid di kawasan
bandar. GPI di P2 menyatakan: “Jadi harapan sayalah kan aa agar suatu masa nanti mungkin tiga tahun
lagi ataupun lima tahun lagi ataupun insyaAllah tujuh lapan tahun lagi kemudahan- kemudahan asas
yang ada di sekolah-sekolah lain dapat jugak disalurkan di sekolah-sekolah pedalaman agar
pembelajaran dan pengajaran murid-murid di pedalaman ini kita dapat selaraskan dengan murid yang
lain.”
Perbincangan
Kajian ini menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh GPI dalam melaksanakan PdPR Pendidikan
Islam juga turut dipengaruhi oleh kesediaan guru itu sendiri. Perkara ini turut dinyatakan oleh
Kamaruddin dan Amir (2021, p.137) dalam kajian mereka yang menyatakan faktor kesediaan guru turut
memberi pengaruh dalam mendepani norma baharu. Apabila seseorang guru itu kurang bersedia untuk
melaksanakan kaedah pengajaran yang baru, mereka akan berasa agak berat dan terpaksa kerana belum
meneroka dengan sebaiknya pelaksanaan yang bersesuaian dengan kaedah pengajaran tersebut.
Umumnya, guru di pedalaman lebih gemar menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru dan
murid kerana kurangnya kemudahan teknologi untuk mempelbagaikan medium pengajaran seperti yang
telah dinyatakan oleh Zeki, Razak dan Razak (2020, p. 15); Jasmi et al. (2011); Muhamad (2007) serta
Arfan dan Ag. Kiflee (2018, p. 130). Oleh itu, apabila PdPR mula dilaksanakan, guru-guru di pedalaman
perlu mencari kaedah yang bersesuaian tanpa melibatkan penggunaan capaian internet memandangkan
murid-murid tidak memiliki akses yang mencukupi bagi mengikuti PdPR secara atas talian.
232
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Kesinambungan daripada masalah tersebut telah menyebabkan kebanyakan guru di kawasan pedalaman
telah menggunakan kaedah pembelajaran tidak segerak iaitu pembelajaran yang tidak memerlukan murid
dan guru berada pada masa yang sama. Kaedah ini lebih sesuai dilaksanakan di kawasan pedalaman
kerana murid yang mempunyai sumber rujukan yang terhad dan capaian internet yang lemah masih boleh
melakukan tugasan dengan merujuk buku teks dan modul yang disediakan oleh guru.
Selain itu, usaha untuk membendung murid tercicir perlu melibatkan kerjasama semua ahli sekolah
seperti pihak pentadbir, guru-guru, murid dan juga ibubapa. Bakir dan Husin (2014); Mamat dan Ishak,
(2016, p. 37) dan Rashid (2007) peningkatan motivasi murid dalam pembelajaran turut dipengaruhi oleh
persekitaran terutamanya dorongan daripada ibubapa dan guru serta pemilihan gaya pembelajaran yang
bersesuaian. Pihak sekolah yang prihatin akan berusaha untuk memastikan murid- muridnya menerima
pembelajaran yang sepatutnya dengan mengambil inisiatif tertentu contohnya seperti yang telah
dilakukan oleh peserta kajian iaitu dengan menghantar sendiri tugasan ke rumah- rumah murid.
Hubungan baik antara pihak sekolah dan ibubapa semestinya akan dapat melahirkan kerjasama yang
padu dalam mewujudkan komuniti yang bersama-sama membentuk generasi yang cemerlang untuk masa
hadapan. Selain itu, kemudahan asas yang mencukupi juga perlu disediakan bagi mengoptimumkan lagi
pengalaman belajar murid-murid terutamanya di kawasan pedalaman. Arsat dan Yunus (2011) dan Razali
(2013) menyatakan bahawa kemudahan yang mencukupi akan dapat menjamin guru-guru memberi
komitmen yang terbaik selain meningkatkan fokus murid terhadap pembelajaran kerana wujudnya
suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif.
Rumusan
Hasil kajian ini akan dapat digunakan oleh pihak yang berkaitan untuk melihat usaha yang dilakukan oleh
GPI yang bertugas di pedalaman bagi memastikan tiada murid yang tercicir semasa PdPR dilaksanakan.
Mata pelajaran Pendidikan Islam sering dianggap tidak penting berbanding mata pelajaran teras yang lain
namun jika dihayati sebaiknya, mata pelajaran Pendidikan Islam adalah sangat penting dalam usaha
membentuk murid yang berperibadi mulia dan memiliki akhlak yang baik. Selain itu, kajian ini juga akan
dapat digunakan oleh pengkaji akan datang mencari kaedah PdP yang lebih sesuai untuk digunakan di
kawasan pedalaman, bukan hanya tertumpu kepada mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja malahan mata
pelajaran lain. Kaedah yang digunakan oleh peserta kajian juga boleh digunakan oleh guru lain sebagai
panduan dalam mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran demi PdP yang lebih menarik.
Rujukan/ References
Arfan, N. F., & Ag Kiflee @ Dzulkifli, D. N. (2018). Kepimpinan Pengajaran, Sekolah Berkesan
dan Peradaban Organisasi di Pedalaman Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 3(2), 127 - 136. https://doi.org/https://doi.org/10.47405/mjssh.v3i2.90
Arsat, M. B., & Yunus, M. B. M. (2011). Satu Kajian Cabaran Guru Di Sekolah Pedalaman
Daerah Muar. Johor.
Bakir, M. Y., & Husin, M. R. (2014). Motivasi dan Gaya Belajar Pendidikan Islam dalam
Kalangan Murid Orang Asli. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 8.
Gary, T. (2011). How to do your case study. A Guide for Students and Researchers.
Ibrahim, S. A., & Razak, K. A. (2021). Pandemik Covid-19: Cabaran dan Impak Dalam
Pendidikan Islam dan Pembelajaran Murid [Covid-19 Pandemic: Challenges and Impact in Islamic
Education and Student Learning]. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and
Education, 1(1), 89-94.
233
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
KESAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP ADAB MURIDMENURUT
PERSPEKTIF GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM DI MELAKA
Nur Aisyah Abdul Razak1
Hafizhah binti Zulkifli 2
Email: [email protected]
Email: [email protected]
Abstrak:
Semua Sekolah Rendah Agama JAIM di negeri Melaka juga tidak terkecuali melaksanakan kaedah
pembelajaran atas talian dalam memastikan setiap murid tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika
berdepan dengan krisis wabak Covid-19. Walaubagaimanapun, pelbagai isuyang timbul berkaitan dengan
adab murid ketika sesi pembelajaran berlangsung. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
meneroka kesan pembelajaran atas talian terhadap adab murid menurut perspektif guru-guru Sekolah
Rendah Agama JAIM di Melaka. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual secara
atas talian terhadap guru-guru Sekolah Rendah Agama JAIM di Melaka. Hasil kajian didapati melalui
analisis dokumen sebelum dan selepas intervensi dijalankan dan disokong oleh data temu bual. Data
dianalisis secara kualitatif untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian daripada temu bual
menunjukkan terdapat empat tema iaitu pertamanya pengajaran segerak, kedua masalah teknikal, ketiga
persiapan rapi dan keempat penerapan akhlak yang mulia. Implikasi kajian ini memberikan kesan
terhadap kepelbagaian kaedah pengajaran guru dalam melaksanakan pembelajaran atas talian dan
kesediaan murid dan ibu bapa dalam menjayakan sesi pembelajaran atas talian serta memberikan impak
yang positif dan bermanfaat terhadap muriddan guru.
Kata kunci: Kesan pembelajaran atas talian, wabak Covid-19, adab murid
PENGENALAN
Pada penghujung bulan Januari 2020, Malaysia telah mencatatkan kes pertama Covid-19 membabitkan3
warga China yang memasuki negara Malaysia melalui Johor dari Singapura. Sebagai akibatnya,
penularan wabak Covid-19 ini telah merebak dengan begitu cepat ke seluruh tanah air sehingga setiap
negeri di Malaysia telah mencatatkan kes positif Covid-19 bermula 16 Mac 2020. Bagi mengekang
penularan wabak Covid-19 secara terus berlaku, Perdana Menteri Malaysia telah memutuskan untuk
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi seluruh negara selama 14 hari bermula 18 Mac
sehingga 31 Mac 2020. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah salah satu tindakan
pencegahan penularan bagi memutuskan rangkaian Covid-19 terhadap individu yang positif daripada
menjangkiti individu yang lain. Impak besar daripada pandemik Covid-19 bukan sahaja merencatkan
sektor ekonomi malah membabitkan sektor sosial, pelancongan, dan pengangkutan.
Bagi sekolah-sekolah yang berada di bawah kerajaan negeri seperti Sekolah Rendah Agama JAIM di
Melaka juga tidak terkecuali melaksanakan sesi pembelajaran atas talian. Kesemua Sekolah Rendah
Agama JAIM di Melaka melaksanakan kaedah pembelajaran baru ini bagi memastikan murid-murid
tidak ketinggalan dalam pelajaran. Justeru itu, guru-guru di Sekolah Rendah Agama JAIM ini juga
sedang berhadapan dengan pelbagai masalah apabila pembelajaran dalam talian dilaksanakan
terutamanya berkaitan adab murid ketika pembelajaran dalam talian berlangsung. Oleh yang demikian,
kajian ini bertujuan untuk meneroka kesan pembelajaran atas talian terhadap adab murid menurut
perspektif guru-guru Sekolah Rendah Agama di Melaka. Antara persoalan kajian yang juga akan dikaji
adalah berkaitan masalah dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah yang
timbul semasa sesi pembelajaran atas talian.
234
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
OBJEKTIF KAJIAN
1. Meneroka kesan pembelajaran atas talian terhadap adab murid.
2. Mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid sepanjang sesi pembelajaran atas talian
dijalankan.
3. Mencadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan sesi pembelajaran
atas talian berjalan dengan lancar.
SOROTAN LITERATUR
Kesan Pembelajaran atas Talian
Pembelajaran atas talian telah mula digunakan secara meluas di negara kita semenjak negara dilanda
wabak pandemik Covid-19. Pembelajaran atas talian ini adalah satu cara pendidikan secara maya tanpa
perlu menghadirkan diri ke kelas bagi mengekang penyebaran virus covid 19 secara meluas dalam
kalangan warga pendidik, murid dan pelajar. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19, kaedah
pembelajaran atas talian telah menjadi suatu keperluan dikebanyakan universiti tempatan baik awam
mahupun swasta termasuk sekolah-sekolah di Malaysia yang juga tiada pilihan lain selain menggunakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan
dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan.
Terdapat pelbagai jenis platform pembelajaran digital yang berpotensi dan mempunyai banyak ruang
untuk dieksplorasi seperti Blackboard, Edmodo, Google Classroom dan ClassDojo. Melalui platform
yang tersedia, kaedah hybrid pengajaran dan pembelajaran boleh disediakan melalui kaedah sistem
pengurusan pembelajaran seperti Docebo, Udemy, Skillshare, WizIQ, Adobe Captivative Prime, dan
SAP Litmos. Bagi memastikan kaedah pembelajaran atas talian yang berkesan, terdapat beberapa faktor
yang perlu diambil kira seperti pembinaan kawalan persekitaran, kepentingan interaksi secara interaktif,
latihan yang efektif dan berkesan, akses capaian teknologi yang maksimum, tahap piawaian yang
standard, jaminan kualiti sumber yang tidak terhad, penentangan terhadap perubahan semasa dan
teknologi, permasalahan berkaitan harta intelektual dan hak cipta serta sokongan institusi pendidikan
yang menjalankan kaedah pembelajaran atas talian.
Menurut Rossafri dan Shabariah (2011), kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan medium
maya ini dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar. Berdasarkan kajian tersebut, sepatutnya
tidak wujud masalah yang besar kepada pelajar dari segi kemahiran untuk menggunakan platform
pembelajaran maya ini. Internet kini telah menjadi kaedah yang paling mudah dan digemari oleh
golongan pelajar dan pensyarah untuk digunakan bagi menyampaikan ilmu dan mencari pelbagai
maklumat berkaitan pendidikan khususnya tentang pembelajaran seperti mencari nota-nota rujukan
tambahan, soalan-soalan tahun lepas, berkongsi pandangan dan bertanya pendapat tentang sesuatu
tugasan ataupun latihan menerusi ruangan sosial di Internet (Arthur & Brafi 2013).
Menurut Jenal (2017) dengan kemunculan pelbagai teknologi ICT telah mewujudkan pelbagai medium
komunikasi yang membolehkan maklumat-maklumat dapat disalurkan dengan lebih pantas dan
menjadikan proses pembelajaran berkesan. Manakala kajian yang dilaksanakan oleh Yusof & Tahir
(2017) yang melihat kepentingan dan keperluan penggunaan teknologi media semasa dalam
pembelajaran merumuskan perkembangan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah
membantu pendidik dan pelajar dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih
berkesan.
235
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Seterusnya kajian Zahiah dan Abdul (2010) menyatakan medium PdP secara atas talian memberi banyak
manfaat khususnya kepada pelajar yang pendiam dan pemalu. Ini kerana mereka boleh melibatkan diri
dalam perbincangan maya tanpa perlu rasa malu untuk mengeluarkan pendapat seterusnya boleh
menjadikan mereka lebih aktif dalam forum tersebut.Walaubagaimanapun pelbagai cabaran dihadapi
oleh semasa sesi pembelajaran atas talian dijalankan. Antara cabaran utama dalam menjalankan kaedah
PdP atas talian ialah capaian internet. Menurut kajian Ting (2007), kekurangan kemudahan internet
menjadi masalah utama dalam kalangan pelajar. Selain itu, kajian mendapati terdapat empat halangan
utama semasa sesi pembelajaran atas talian di mana halangan teknologikal mencatatkan min yang
tertinggi. Ini menunjukkan tidak semua pelajar mempunyai capaian internet yang baik apabila berada di
kampung halaman masing-masing dan seterusnya menyukarkan mereka untuk menghantar tugasan
melalui medium-medium seperti disenaraikan dalam kajian ini.
Sementara itu, kajian oleh Ahmad et.al (2014) menyatakan penggunaan telefon pintar (smart phone) oleh
semua golongan pada masa kini membolehkan PdP dijalankan di mana sahaja dengan syarat mempunyai
capaian internet yang baik. Justeru, aktiviti PdP akan lebih menarik dan menyeronokkan sekiranya
dijalankan atas talian.Komitmen para guru dan pensyarah seharusnya tidak dipersoalkan. Tahap kualiti
seseorang guru dan pensyarah sangat bergantung kepada tahap motivasi guru dan pensyarah itu sendiri
(Dana, 2013). Rata-rata guru mahupun pensyarah mula mengambil langkah proaktif dengan membina
akaun aplikasi berkaitan pendidikan secara atas talian seperti Google Classroom (GC), Zoom, Kahoot,
Youtube, Google Meet dan sebagainya serta memberi panduan kepada para pelajar untuk menyertai
aplikasi yang disebut di atas.
Adab Murid Ketika Sesi Pembelajaran atas Talian
Adab dari sudut istilah merujuk kepada makna kebaikan akhlak, sikap, sifat dan perilaku sama ada padadiri
individu atau hubungannya dengan individu yang lain. Jelaslah di sini bahawa konsep adab merangkumi
semua aspek tingkah laku manusia yang berasaskan kepada nilai pada etika, moral, budi bicara, budi
pekerti, kesopanan dan kehalusan. Adab murid dengan guru amatlah penting dalam pendidikan di sisi
Islam. Murid yang beradab dengan guru adalah murid yang patuh kepada guru dalampembelajarannya. Ini
diikuti dengan cabaran untuk memastikan murid dapat memberikan tumpuan agar mereka mampu
memahami setiap ilmu yang disampaikan oleh guru (Azlin Norhaini Mansor, 2020).
Selain itu, Walaupun pembelajaran dilakukan secara maya, murid disarankan untuk tetap menjaga
penampilan diri sama seperti ketika pembelajaran bersemuka dijalankan. Perlu diingat bahawa
pembelajaran dalam talian berbentuk segerak adalah pembelajaran yang berlaku secara ‘real time’. Kelas
yang dijalankan lazimnya melibatkan penglibatan ramai orang dan ia berkemungkinan dirakam. Imej
murid pula boleh dilihat dengan jelas oleh guru dan rakan-rakan yang lain menerusi paparan di skrin.
Menyertai kelas dalam keadaan kusut masai serta mengenakan pakaian yang tidak sesuai adalah antara
perkarayang perlu dielakkan oleh murid (Nur Farah Syahirah Nazim & Abdul Muhsien Sulaiman, 2021).
Adab seorang penuntut ilmu juga perlu berusaha untuk menyebarkan ilmu yang diperolehnya. Dalam
situasi pembelajaran secara dalam talian ini, sudah pasti ada dalam kalangan pelajar yang berdepan
dengan masalah untuk mengikuti kelas sepenuhnya. Kebiasaannya masalah berlaku melibatkan kekangan
untuk mendapatkan akses internet yang terbaik bagi melancarkan proses pembelajaran dalamtalian. Maka
inilah peluang yang terbuka untuk pelajar menyuburkan sikap saling bantu-membantu antara satu sama
lain (Abu Abdillah, 2001).
METODOLOGI KAJIAN
Artikel ini menggunakan reka bentuk kaedah kajian kes dengan melibatkan analisis dokumen sebelum
236
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
dan selepas intervensi dijalankan dan disokong oleh data temu bual. Oleh itu, reka bentuk kajian
bertepatan dengan objektif kajian dalam meneroka kesan pembelajaran atas talian terhadap adab murid
menurut perspektif guru-guru Sekolah Rendah Agama JAIM di sekitar Melaka. Kajian kualitatif ini juga
kebiasaannya menggunakan persoalan seperti, bagaimana, apa, dan mengapa selain melibatkan
penakulan induktif bagi memahami situasi tertentu termasuk sejarah dan pengalaman individu amat
sesuai untuk mendapatkan gambaran yang jelas berkaitan kajian yang dijalankan (Trochim 2006).
Oleh kerana kebanyakkan kajian berkaitan pembelajaran atas talian menggunakan kaedah kualitatif,
maka, artikel ini diharapkan dapat menimbulkan gambaran yang jelas berkaitan adab murid semasa
pembelajaran atas talian menurut perspektif guru. Pengumpulan data melalui temu bual mendalam dan
analisis bukti dokumen menjadi tunjang kepada kajian ini. Justeru itu, dua kaedah pengumpulan data
diharapkan dapat menyumbang data secara lebih tepat dan mendalam. Prosedur kajian dapat dijelaskan
secara berperingkat-peringkat dari kelulusan cadangan tajuk kajian sehingga analisis data dibuat. Setelah
cadangan kajian ini dipersetujui oleh penyelia, pengkaji telah merangka draf kajian ini dengan mula
membina objektif dan persoalan kajian. Setelah itu, pengkaji membina instrument kajian iaitu protokol
temu bual kepada beberapa orang guru Sekolah Rendah Agama JAIM di Melaka serta menyiapkan bab 2
dan 3 kajian ini. Dalam kajian ini alat penyelidikan yang digunakan adalah kaedah temu bual soal untuk
kajian kualitatif. Dalam kajian ini pengumpulan data melalui dua peringkat. Pertama, temu bual di mana
responden ditemu bual untuk menilai orang yang ditemubual melalui jawapan kepada soalan yang
dikemukakan serta tindak balas yang diberikan seperti riak wajah dan bahasa badan semasa sesi
temubual. Soalan temu bual ini dibina oleh pengkaji sendiri daripada hasil perbincangan dengan penyelia
Dalam peringkat kedua, Bagi menguatkan lagi data yang sedia ada, pengkaji menggunakan kaedah
analisis dokumen menggunakan dokumen-dokumen berkaitan sebagai sumber maklumat (data).
Kebiasaannya, pengkaji menggunakan kaedah perpustakaan. yang dapat membekalkan maklumat yang
kaya dan boleh menambah kebolehpercayaan kepada penyelidikan yang dijalankan (Suseela, 2001).
Masa yang lama diperlukan oleh pengkaji untuk mengkaji yang tersurat dan menyelongkar yang tersirat
berdasarkan temubual dengan subjek kajian yang berkaitan jika sekiranya ada. Kaedah ini memerlukan
pengkaji fokus dan teliti dengan analisis yang dilakukan. Maklumat berkaitan instrumen kajian
merupakan satu komponen yang amat penting dalam merancang kaedah kajian. Ini bertujuan memastikan
data yang dikumpul boleh dan sah digunakan. Kajian ini menggunakan kaedah protokol temu bual dan
analisis dokumen. Rekod data berbentuk rakaman video bertindak sebagai satu cara untuk mengesahkan
dan menyokong data yang didapati daripada pemerhatian dan catatan kajian (Marohaini 2001). Rakaman
video dalam kajian ini bukan sahaja membantu memperlengkapkan pemerhatian tetapi juga memberi
idea dan pemahaman yang lebih mendalam untuk pengkaji bertindakapabila membuat pemerhatian yang
seterusnya.
DAPATAN KAJIAN
Objektif 1: Kesan pembelajaran atas talian terhadap adab murid
Guru Sekolah Rendah Agama JAIM di Melaka didapati menyatakan rasa ketidakpuashatian mereka
terhadap penglibatan dan kehadiran murid ketika sesi pembelajaran atas talian berlangsung. Ketiga-tiga
guru menyatakan bahawa sesi pembelajaran dan pengajaran secara segerak ini menimbulkan pelbagai
perasaan negatif. Sebagaimana berikut:
“tapi saya rasa macam mengajar dengan batu.. sebab bila minta bukak kamera semua tak bukak kamera..
rasa macam tak seronokla.. “(G1)
“Permulaannya rasa takut.. takut sebab mungkin apa yang kita cuba sampaikan tu mereka tak
faham..”(G2)
“tapi saya tak rasa objektif saya tak tercapai saya rasa tak puas..”(G3)
237
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Objektif 2: Masalah yang dihadapi oleh murid sepanjang sesi pembelajaran atas talian dijalankan.
Guru mendapati sebahagian murid menghadapi pelbagai masalah sepanjang sesi pembelajaran atas talian
berlangsung. Jaringan internet adalah masalah yang paling kerap dinyatakan dalam sesi temu bualtersebut
selain adab murid terhadap guru ketika sesi pembelajaran atas talian berlangsung. Sebagaimanaberikut:
“bila saya tahu kemampuan pelajar saya aa tak semua mampu mempunyai jaringan internet..”(G2)
“Google meet biasanya kita menggunakan internetkan jadi salah satu capaian internet yang rendah pada
guru atau murid..” (G3)
“tapi saya rasa macam mengajar dengan batu..sebab bila minta bukak kamera semua tak bukak
kamera..”(G1)
Objektif 3: Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan sesi pembelajaran atas talian
berjalan dengan lancar.
Kesemua guru mencadangkan pelbagai langkah yang boleh dipraktikkan dalam memastikan sesi
pembelajaran atas talian berjalan dengan lancar supaya setiap murid mengikut dan tidak ketinggalan
dalam sesi pembelajaran dan pengajaran guru. Guru juga mengamalkan penerapan nilai dan akhlak
sebelum, semasa dan akhir sesi pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru menekankan keperluan
pendekatan pengajaran yang terbaik dan kreatif agar dapat menarik minat murid menyertai secara aktif
dalam semasa sesi pembelajaran atas talian berlangsung. Guru juga menyatakan bahawa penglibatan
murid bergantung kepada kesediaan murid itu sendiri.
“saya akan on google meet tu 10 minit awal..jadi diaorang dah tahu kul 9 tu memang da . contohla kul 9
pagi tu saya da on okay kul 9 tu mesti da ada separuhla daripada maksudnya da 50% kedatangan tu. Bila
da ada tu kita bukalah dengan bacaan doa apa semua aa sebagaimana di sekolah dan diorang masukdengan
beri salam..”(G1)
“sekarang apa yang kita boleh buat ikut sahaja silibus dan jalankan tugas..semua atas kehendak
sendiri..”(G1)
“sepatutnya dari segi persediaan pelajar sebelum pdpr bermula okay bagi saya sebagai pelajar tak
semestinya pelajar bergantung kepada bahan yang diberikan oleh guru sahaja dengan dunia teknologi dan
zaman moden sekarang pelajar dah boleh mencari bahan yang lain supaya menjadi bahan tambahansemasa
pdpr berlangsung.yang ketiga, menjaga penampilan diri.dari segi penampilan diri ni, terdapa pelajar yang
mana ketika pdpr berjalan tidak memakai pakaian kemas.dan seterusnya gangguan bunyi dan
sepatatutnya berada dipersekitraan yang sunyi ok seterusnya berkomunikasi yang baik ketika pdpr
berlangsung contoh pastikan mikrofon dalam keadaan yang baik dan pelajar diminta memberikan respon
yang positif..”(G2)
“Kita perlu perbaiki sistem interaksi antara guru dan pelajar dalam kelas onlines upaya pelajar boleh
minat dan berusaha mengikuti kelas online.seterusnya kita boleh juga peranan media khususnya akhbar
dan televisyen contonya televisyen boleh dicapai dalam semua kategori silibus setiap tahap pelajar.tiada
masalah dari segi akhbar pula boleh mencetak modul dan lembaran sebagai sisipan pelajar dan rujukan
tambahan kepada pelajar..”(G2)
“Sebelum sesi pembelajaran saya akan ingatkan murid untuk masuk lebih awal 15 minit dan bersedia
dengan buku yang berkaitan untuk belajar kemudian bila masuk google meet saya akan beri salam
kemudian membaca doa sebelum dan selepas kelas dan ingatkan murid untuk menghormati guru dan
minta murid membuka kamera agar ade interaksi antara murid dan guru..”(G3)
“Rasanya guru perlu pelbagaikan teknik pengajaran supaya murid tidak bosan. Maksudnya guru tahu
teknik pedagogi lah..”(G3)
PERBINCANGAN
Kesan Pembelajaran atas Talian
Hasil dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa terdapat empat tema berkaitan dengan kesan
pembelajaran atas talian terhadap adab murid menurut perspektif guru Sekolah Rendah Agama JAIM di
Melaka iaitu tema pengajaran segerak, masalah teknikal, persiapan rapi dan penerapan akhlak yang
238
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
mulia. Tema yang pertama adalah tema pengajaran segerak yang menjadi salah satu trend pembelajaran
atas talian pada masa kini. Hal ini kerana, usaha pihak kerajaan bagi memastikan sesi pembelajaran tetap
berlangsung ketika mendepani krisis wabak Covid-19. Oleh yang demikian, para guru telah
menyesuaikan pelbagai platform dalam melaksanakan sesi pembelajaran atas talian dan kebanyakkannya
menjalankan pengajaran secara segerak. Pelaksanaan pembelajaran atas talian secarasegerak telah dilihat
sebagai keperluan masa kini ketika pandemik melanda negara (Che Azizan, 2020). Artikel ini selari
dengan penulisan artikel oleh (Mohd Amin & Mohamad Nasri, 2021) yang menunjukkan bahawa
pembelajaran atas talian adalah dikira sebagai sebuah alternatif terbaik sama adadijalankan secara segerak
atau tak segerak. Hal ini kerana, kepesatan dan perlambakan teknologi pada masa kini telah menjadikan
pembelajaran atas talian sebagai medium yang mudah dan fleksibel.
Tema kedua adalah masalah teknikal seperti sikap murid ketika sesi pembelajaran atas talian dijalankan.
Murid memperlihatkan tingkah laku yang kurang sopan seperti tidak membuka kamera, kurangmemberi
respon dan tidak menyertai sesi pembelajaran atas talian dijalankan. Perkara seperti ini tidak seharusnya
berlaku kerana menunjukkan sikap murid yang tidak lagi menghormati dan menghargai usaha para guru
(Sulaiman, 2021). Selain itu, masalah berkaitan dengan capaian internet yang rendah merencatkan sesi
pembelajaran atas talian berlangsung. Tambahan pula, terdapat segelintir murid yangterpaksa berkongsi
peranti dan kurang mahir mengendalikan peranti menyukarkan kelancaran sesi pembelajaran atas talian.
Apabila masalah ini dikemukakan maka dapatlah kita mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dan
seterusnya memikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.
Adab Murid Ketika Sesi Pembelajaran atas Talian
Ketiga, tema persiapan yang rapi perlu diteliti dalam menjayakan sesi pembelajaran atas talian ini. Para
murid dan guru juga digalakkan menggunakan kesempatan yang ada dengan menggunakan peranti dan
internet secara berhemah dengan sentiasa bersedia dengan kelas dan juga bahan rujukan yang boleh
dicari di laman web sedia ada. Bagi murid, mereka harus mengekalkan disiplin dalam diri agar dapat
memberikan komitmen yang baik ketika sesi pembelajaran atas talian berlaku. Manakala bagi guru,
mereka perlu mengambil berat berkaitan dengan permasalahan murid ketika sesi pembelajaran atas talian
berlangsung, mengatur gaya bekerja dari bekerja dalam kuliah kepada bekerja dari rumah serta
persediaan kepelbagaian kaedah dan teknik pembelajaran atas talian supaya penyampaian ilmu itu
sampai kepada murid secara mudah dan difahami (Muniroh Hamat, 2020).
Tema yang keempat memperlihatkan usaha para guru dalam menerapkan nilai adab menuntut ilmu
dengan mengamalkan semua adab menuntut ilmu sepertimana ketika sesi pembelajaran secara
bersemuka. Hal ini kerana, adab menuntut ilmu masih relevan diamalkan walaupun secara atas talian.
Tambahan pula, penerapan adab menuntut ilmu ini telah dititikberatkan dari zaman Rasulullah dengan
menekankan kepentingan adab dan akhlak terlebih dahulu sebelum ilmu pengetahuan (ADAN, 2021).
Sesungguhnya, seperti yang kita sedia maklum murid telah pun didedahkan dengan adab menuntut ilmu
semasa sesi pembelajaran secara bersemuka. Meskipun murid telah maklum dan sesi pembelajaran
berlangsung secara bersemuka masih juga terdapat murid yang tidak mengamalkan adab menuntut ilmu
tersebut. Penerapan adab menuntut ilmu ini adalah bagi memperoleh keberkatan dan ilmu yang
bermanfaat buat murid-murid.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penulisan artikel ini bertujuan meneroka kesan pembelajaran atas talian terhadap adab
murid menurut perspektif guru di Sekolah Rendah Agama JAIM di negeri Melaka dengan
memperlihatkan pelbagai usaha para guru menjalankan sesi pembelajaran secara atas talian mengikut
kesesuaian dan kesedian murid bagi memastikan semua murid tidak tercicir dalam pelajaran. Selain itu,
meneroka masalah yang dihadapi oleh murid sepanjang sesi pembelajaran atas talian dijalankan. Melalui
permasalahan ini didapati kebanyakkan murid menghadapi masalah yang sama seperti persediaan
239
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
sebelum, semasa dan selepas sesi pembelajaran, capaian internet, ketiadaan peranti dan pengetahuan
tentang pengendalian peranti. Artikel ini juga mengemukakan cadangan yang boleh dijalankan untuk
memastikan sesi pembelajaran atas talian berjalan dengan lancar dengan menerapkannilai adab menuntut
ilmu seperti sesi pembelajaran secara bersemuka supaya keberkatan dalam menuntut ilmu itu terus kekal
dalam diri setiap murid. Namun begitu, setiap usaha dan langkah yang dijalankan memerlukan komitmen
daripada semua pihak termasuk guru, murid dan ibu bapa dari sudutkesediaan emosi, fizikal, persekitaran
dan sebagainya. Hal ini kerana, dengan segala komitmen dan sokongan yang diberikan sedikit sebanyak
dapat menjayakan sesi pembelajaran atas talian semasa pandemik berlaku.
RUJUKAN
Abu Abdillah. (2001). Maratib Toalab al-ilmi wa Turuq Taslihi. Mesir: Dar Adhwa’as-salaf.
Adan, N. K. (2021). Tanggungjawab Menjaga Adab Menuntut Ilmu Semasa. International Conference
On Syariah & Law2021(ICONSYAL 2021)-Online Conference, (pp. 215-226). selangor.
Ahmad Zaki Miruddin, Dr. Ahmed Thalal Hassan, Ahmad Abdul Rahman, Nor Abdul Rahman& Mohd
Shahriman Abu Bakar (2014). Penggunaan Aplikasi Atas Talian Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Ketiga: Pengenalan Kepada Quizlet.Com. Prosiding Seminar Antarabangsa
Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014).
Arthur, C. & Brafi, P.O. (2013). Internet use among students in tertiary institutions in the Sunyani
Municipality, Ghana. Library Philosophy and Practice (e-journal). Paper 859.
Azlin Norhaini Mansor. (2020). COVID-19: Cabaran Buat Guru. Diambil dari
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1909566
Che Azizan, S. N. (2020). Che APandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui
pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik COVID-
19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 46-57
Creswell,J.W. (1994). Research Design:Qualitative & Quantitative Approuches T Thousand
Oaks,CA:Sage.
Dana J. P. (2013). Effective teaching and motivation: application of self-determination theory.
Journal of Chemical Information and Modeling, 3(2), 31–37
Free Malaysia Today. (2020). Guru sukar laksana pembelajaran secara ‘online’ ketika PKP.
Jenal, M. Z. (2017). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Sistem Rangkaian Media Sosial Telegram
Sebagai Alat Pembelajaran Modul Matematik: Satu Tinjauan Kes Di Kolej Komuniti Kuala
Langat. In eProceedings iCompEx17 Academic Paper.
Kerlinger, F.N. & Lee, H.B. (2000). Foundations of Behavioural Research. 4th Edition. Holt, NY:
Harcourt College Publishers.
240