2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Chittick. W.C. 2005. Ibn ‘Arabi: Heir to the Prophets. Oneworld Press.
Fakhry. M. 2000. Encyclopedia of Islam. T.th.
Heisenberg, W. 1972. Physics and Beyond: Encounters and Conversations. Harper & Row
Publisher.
Institute Ibn ‘Arabi Society. 1977. https://ibnarabisociety.org/
Mohd. Fauzi Hamat & Mohd Khairul Naim Che Nordin. 2012. Akidah & Pembangunan Modal
Insan, Penerbit UM.
Nachmias, 1982, Research Methods in the Social Sciences. London : Edward Arnold. Nasr.
S.H. 1995. Mouhammad Man Of God. KAZI Publications, Incorporated.
Nawtika, Titian Ayu. 2020. Konsep Insan Kamil Ibn ‘Arabi Dalam Perpspektif
Transpersonalisme. UIN Raden Intan Lampung.
Russell. 2003. Data Management & Analysis Method. Editor Norman K.Denzin & Yvonna S.
Lincon.
Shahidan Radiman. 2008. Fizik dan Metafizik: Jembatan Yang Dihurai oleh Sufisme dan
Mekanik Kuantum. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Toha Abdul Baqi Sarur. 1998. Mahyuddin Ibn ᶜArabi. Maktabah al-Khanaji li at-Tiba’ah wa
Nasyr wa al- Tauzik.
91
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
RELEVANSI DAN KEBERKESANAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
MELALUI APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA DIGITAL
BAGI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH DI DAERAH
SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Siti Fairuza Binti Asmungi
SK Jenderam Hilir, Jalan Dengkil, 43800 Sepang, Selangor Darul Ehsan
[email protected]
Nidzamuddin Bin Zakaria
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan tentang pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran
Bahasa Arab Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan keberkesanan pelaksanaannya dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara digital oleh guru-guru Bahasa Arab di daerah Sepang,
Selangor khususnya di era pandemik COVID-19. Masih terdapat isu-isu berbangkit di kalangan guru-
guru dalam pelaksanaan dan komitmen mereka terhadap PBD mata pelajaran tersebut. Fokus kajian
ini tertumpu pada cabaran para guru dalam mengaplikasikan PdP secara atas talian (tidak bersemuka)
dengan murid-murid melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR). Objektif utama
kajian ini adalah mengenalpasti kaedah dan cara mudah mengurus dan mengaplikasikan PBD secara
optimum merangkumi enam Tahap Penguasaan (TP) dalam Standard Prestasi (SP) dengan lebih
praktikal dan sesuai berdasarkan penguasaan kemahiran asas Bahasa Arab iaitu; mendengar, bertutur,
membaca dan menulis melalui strategi berfokus dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH). Kajian ini berbentuk kajian perpustakaan dan lapangan bagi mengukur sejauh manakah
strategi ini mampu memberi impak positif kepada guru melalui pendekatan learning by doing secara
efektif dan optimum. Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan dan kaedah bagi penambahbaikan
kualiti dalam pelaksanaan PBD khasnya Bahasa Arab KSSR. Hasil kajian ini nanti membuktikan ia
relevan dan amat wajar diaplikasikan bagi meningkatkan kualiti PdP Bahasa Arab sekali gus
membantu melahirkan lebih ramai murid yang berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif
dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi iaitu Tahap Penguasaan 6 (TP6).
Kata kunci : Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR),
Pembelajaran Secara Digital, KSSR Bahasa Arab, Tahap Penguasaan (TP).
1. PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti dan keupayaan generasi baru
menyesuaikan diri ketika berhadapan dengan perubahan drastik dari peradaban global. Ini kerana, dunia
pendidikan adalah bersifat dinamik dan sentiasa bertindak balas atas keperluan semasa dan jangkaan
masa hadapan. Oleh itu, pakar- pakar pendidikan di seluruh dunia telah memaknakan semula konsep
dan fungsi pendidikan supaya pendidikan yang dilaksanakan adalah relevan dan signifikan terhadap
pembangunan manusia (Wiggins, 1998). Menyedari keadaan ini bermula tahun 2019, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah drastik dengan memansuhkan peperiksaan bagi
murid Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) di semua sekolah rendah, dan memperkukuhkan amalan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan
pencapaian murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru (BPK, 2019). PBD
terdiri daripada pentaksiran formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif adalah mentaksir perkembangan
sebagai pembelajaran (as learning) dan mentaksir perkembangan untuk pembelajaran (for learning)
yang dilakukan secara berterusan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).Manakala
pentaksiran sumatif ialah mentaksir perkembangan tentang pembelajaran (of learning) yang dilakukan
di akhir sesuatu unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. Oleh yang demikian, PBD akan memberi
tumpuan kepada perkembangan pelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran, bukan lagi
92
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
berorientasikan peperiksaan (KPM, 2018).
PBD adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dan ia juga salah satu komponen
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang berfokus kepada perkembangan dan kemenjadian murid
secara holistik selari dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara
berperingkat mulai tahun 2011. Pada tahun 2017, ia telah melalui fasa penambahbaikan dan semakan
semula bagi memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Menerusi penambahbaikan ini, Standard Prestasi (SP) untuk aktiviti pentaksiran telah
dimasukkan dalam dokumen kurikulum dan menjadi rujukan utama guru melaksanakan PdP serta
pentaksiran selain Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) untuk memenuhi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi memastikan murid dapat menguasai pengetahuan, kemahiran
dan nilai, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian
murid (KPM, 2018).
Mata pelajaran Bahasa Arab di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan
mata pelajaran elektif tunjang komunikasi di bawah bahasa tambahan bersama Bahasa Cina, Bahasa
Tamil dan Bahasa Iban (KPM, 2013). Ia bermatlamat melahirkan murid yang menguasai asas
kemahiran bahasa Arab dengan tumpuan kepada penguasaan kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta mampu berkomunikasi menggunakan ayat-ayat
mudah serta menunjukkan tingkah laku positif dalam pembentukan peribadi individu mithali. Oleh yang
demikian, PBD Bahasa Arab KSSR dijalankan seiring konsep pembelajaran berterusan berteraskan
perkembangan murid dalam KSSR yang dinilai secara PBD dalam kategori Pentaksiran Sekolah (KPM,
2018).
2. PERNYATAAN MASALAH
Dalam konteks kita hari ini yang berdepan dengan bahaya pandemik Covid-19 yang
membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kita lalui buat pertama kalinya dalam
sejarah iaitu pada Mac 2020 dan berterusan ke tahun 2021 sekarang ini, menyebabkan sesi
persekolahan secara bersemuka tidak lagi dapat diadakan. Ternyata Covid-19 yang mencengkam dunia
sejak awal tahun lalu menjadi asbab kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam
talian bagi sesi persekolahan. Tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri
dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) dilaksanakan secara dalam talian.
Dalam alaf baharu yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, tiada pilihan
selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian. Konteks pendidikan masa kini
memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Menyepadukan teknologi dalam rutin PdP menjadi satu kemestian yang perlu diamalkan oleh guru
(Amran, N. & Rosli, R, 2017).
Tranformasi pendidikan yang diperkenalkan dengan tujuan memastikan generasi pelapis negara
berupaya mendepani masa hadapan yang semakin mencabar dalam Revolusi Industri 4.0 memerlukan
komitmen yang tinggi kepada semua pihak yang terlibat, khasnya guru. Namun begitu, guru berdepan
dengan cabaran yang tersendiri termasuklah pelaksanaan PBD. Dapatan kajian yang lepas menunjukkan
persediaan guru membentuk perancangan pentaksiran sebelum proses PdP, kemahiran guru
menggunakan ICT sebagai medium dalam pengajaran, kemudahan perkakasan dan peralatan ICT,
penyediaan bahan dan aktiviti pentaksiran yang kurang bertepatan dengan tahap murid serta kurang
menarik menjadi cabaran utama dalam melaksanakan PBD (Kalai Selvam Arumugham, 2020).
Guru harus bijak menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dengan menggunakan bentuk
komunikasi dan aplikasi yang bersesuaian untuk mentaksir murid. Sekiranya proses PdP berlaku secara
dalam talian, PBD juga dijalankan secara dalam talian seperti yang dinyatakan dalam surat siaran
JPNS.SPB 600-2/1/8 (37) bertarikh 20 Ogos 2021 panduan pelaksanaan PBD secara dalam talian yang
telah dimuat naik dan boleh dicapai melalui laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
untuk membantu guru melaksanakan PBD semasa PdP dan PdPR. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi
meninjau relevan dan keberkesanan PBD dalam mata pelajaran Bahasa Arab KSSR secara digital yang
dilaksanakan oleh guru-guru Bahasa Arab di daerah Sepang, Selangor.
3. OBJEKTIF KAJIAN
93
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Objektif kajian ini adalah untuk memahami kepentingan, strategi dan amalan pelaksanaan pentaksiran
PBD berterusan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaraan di rumah (PdPR) dalam mata pelajaran
Bahasa Arab KSSR. Selain itu juga, mengenalpasti kaedah dan cara mudah mengurus dan
mengaplikasikan PBD secara optimum merangkumi enam Tahap Penguasaan (TP) dalam Standard
Prestasi (SP) dengan lebih praktikal dan sesuai berdasarkan penguasaan kemahiran asas Bahasa Arab
iaitu; mendengar, bertutur, membaca dan menulis melalui strategi berfokus dalam penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) kepada guru-guru Bahasa Arab dengan memanfaatkan sumber
pendidikan dan kaedah PdP secara digital dengan berkesan agar mereka mampu menangani cabaran
normal baharu pendidikan dengan berhemah dan berhikmah.
4. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan secara kajian perpustakaan dan lapangan. Kaedah pemerhatian, tinjauan,
temubual dijalankan iaitu memilih individu yang ditentukan untuk memahami isu dan objektif kajian
ini. Penyelidik telah menentukan tiga peserta kajian (PK). Dalam kajian ini PK dipilih melalui tiga
kriteria utama iaitu:
i. Penyelidik telah membuat tinjauan dan mendapat cadangan daripada Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang,
Selangor serta sokongan daripada pegawai SISC+ Bahasa, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang,
Selangor.
ii. Peserta kajian (PK) merupakan guru terlatih, mahir dan pakar dalam bidang PdP Bahasa Arab
KSSR serta ICT.
iii. Peserta kajian terlibat secara aktif dalam program-program kurikulum seperti dialog prestasi,
bengkel dan taklimat kurikulum serta aktiviti ko-akademik khasnya Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab di peringkat daerah Sepang, Selangor.
Kaedah temubual melalui aplikasi Google Meet dijalankan selari dengan pengumpulan
dokumen yang diperlukan kerana kaedah ini mempunyai potensi untuk mengeluarkan maklumat yang
kaya informasi dan menyerlah (Robson, 2011). Analisis dokumen pula dijalankan dengan merujuk
kepada dokumen peribadi guru meliputi Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Rancangan Pengajaran
Harian (RPH), instrumen pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran digital guru, eviden pentaksiran
dan Dokumen Standard Kurikukum dan Prestasi (DSKP). Pemilihan kaedah ini selari dengan objektif
kajian iaitu mengemukakan perancangan pentaksiran yang optimum dalam PdP secara digital sebagai
satu amalan terbaik (good practice) yang dilakukan oleh peserta kajian ini.
Limitasi kajian ini terhad kepada guru-guru Bahasa Arab di sekolah rendah di daerah Sepang sahaja
yang mahir dan pakar di dalam bidang PdP Bahasa Arab KSSR iaitu tiga orang peserta kajian menjadi
persampelan dalam kajian ini.
Penyelidik telah mengemukakan tiga soalan dalam sesi temubual yang dijalankan seperti dalam senarai
berikut:
1. Jelaskan pendapat anda tentang PdP Bahasa Arab KSSR?
2. Sejauh mana anda melaksanakan pentaksiran PBD dalam talian semasa PdP dan PdPR?
3. Jelaskan amalan terbaik dan ciri-ciri guru yang kompeten bagi melaksanakan pentaksiran
PBD dalam talian semasa PdPR supaya guru-guru mampu menghasilkan Standard Prestasi
murid pada Tahap Penguasaan (TP) yang terbaik?
Hasil kajian ini mengemukakan kesemua jawapan yang direkodkan berdasarkan soalan-soalan
yang telah diajukan kepada PK semasa sesi temubual, pemerhatian daripada dokumen-dokumen
rasmi kurikulum dan bahan-bahan rujukan samada bercetak atau digital.
5. HASIL KAJIAN
Hasil kajian yang dijalankan kepada tiga orang PK yang dipilih untuk menyempurnakan kajian ini
membuktikan bahawa strategi dan amalan perancangan pentaksiran sebelum proses PdP memainkan
peranan penting memastikan keberkesanan pelaksanaan PBD. Peserta kajian 1 (PK1), Ustazah
Ruzaimah merupakan guru Bahasa Arab yang berpengalaman selama 15 tahun di sekolah
kebangsaan. Beliau berkhidmat di sebuah sekolah program Sekolah Amanah di daerah Sepang.
Terkini, beliau telah terlibat secara aktif sebagai pembentang dalam Program Perkongsian Lestari
94
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Amalan Terbaik PAK21 dan KBAT 2021 dengan kolaborasi di antara JPN Selangor, Pejabat
Pendidikan Daerah Sepang dan SK KLIA, Sepang, Selangor. Selain itu, beliau telah dilantik sebagai
ketua fasilitator program Mukhayyam ‘Arabiy peringkat daerah Sepang yang telah berlangsung baru-
baru ini. Pemilihan PK 1 dalam kajian ini atas cadangan pegawai PPD kerana sesi PdP yang
sistematik dan menarik, memaksimumkan penggunaan teknologi ICT dalam pembelajaran seiring
dengan pelaksanaan PBD secara berkesan dan holistik (Faizal, 2021).
Peserta kajian 2 (PK 2) pula merupakan guru Bahasa Arab yang berpengalaman lebih 15
tahun mengajar di sekolah kebangsaan. Ustazah Norul Liza merupakan Ketua Panitia Bahasa Arab dan
terlibat secara aktif sebagai jurulatih Kalam Jamaie, Kalam Sya’bie, Kalam ‘Arabiy dan hakim bagi
pertandingan ko-akademik seperti aktiviti Pembangunan Program Adab dan Nilai (PPADNI),
fasilitator Kem Bina Juara, Mukhayyam ‘Arabiy dan sebagainya. Terkini, sekolah beliau telah
menerima kunjungan oleh sepasukan nazir dan pensyarah daripada IPG Kampus Pendidikan Islam,
Bangi, Selangor (IPIS) bagi melihat keberkesanan pelaksanaan PBD sebagai amalan terbaik yang
dilakukan oleh peserta kajian.
Peserta kajian 3 (PK 3), Ustazah Fairuz merupakan seorang Jurulatih Utama Kebangsaan
Bahasa Arab KSSR di negeri Selangor. Guru Bahasa Arab ini juga merupakan seorang pentadbir di
salah sebuah Sekolah Transformasi Pendidikan 2025 (TS25) Kohort Pertama yang diiktiraf
melaksanakan Amalan Terbaik PBD di daerah Sepang. Beliau terlibat secara langsung melaksanakan
penyebaran DSKP Bahasa Arab KSSR dan penataran amalan PBD kepada guru-guru Bahasa Arab di
negeri Selangor amnya dan daerah Sepang khasnya. Terkini, walaupun sibuk dengan tugas-tugas
pentadbiran, beliau memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh apabila dijemput meyumbang
bakti sebagai penceramah Perkongsian Amalan Terbaik PBD dalam Dialog Prestasi Sekolah-sekolah
daerah Sepang yang dihadiri oleh barisan pengetua dan guru besar, kumpulan pemimpin pertengahan
(MLT) iaitu guru-guru penolong kanan, ketua-ketua panitia dan Guru Kanan Mata pelajaran
(GKMP) di daerah Sepang secara atas talian pada bulan September baru-baru ini.
Berdasarkan pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen, penyelidik mendapati terdapat
enam strategi utama perancangan pentaksiran PBD dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Bahasa Arab KSSR yang dilakukan oleh peserta-peserta kajian.
5.1 Keperluan Guru Menguasai Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab KSSR
Dalam melaksanakan PdP dan PdPR Bahasa Arab, dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran
(DSKP) ini menjadi rujukan utama guru yang melaksanakan kurikulum ini disekolah kebangsaan
mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016;
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017).
Pelaksanaan PKP akibat penularan COVID-19 telah menyebabkan pelaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di bilik darjah tidak dapat dilaksanakan. Meskipun PdP
secara maya telah dilaksanakan sepanjang tempoh PKP, namun keberkesanan pelaksanaannya untuk
penguasaan standard dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan dalam DSKP
didapati tidak mencapai tahap optimum atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh yang
demikian, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) Semakan 2017 Bahasa Arab telah dijajarkan sesuai dengan keadaan semasa kesan
daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Coronavirus (COVID-19)
yang melanda negara.
Penjajaran kurikulum yang dilaksanakan ini bukanlah kurikulum yang baharu malahan ia
adalah berasaskan kurikulum sedia ada yang terkandung dalam DSKP KSSR (Semakan 2017)
Bahasa Arab. Kandungan DSKP tersebut telah dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan
Tambahan dan Kandungan Pelengkap. Penjajaran dilaksanakan bertujuan untuk memberi penekanan
terhadap Kandungan Asas yang perlu dikuasai oleh murid dan dilaksanakan secara bersemuka
bersama-sama murid. Manakala Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap pula berperanan
sebagai penyokong kepada keseluruhan pembelajaran murid dalam mencapai standard yang
ditetapkan. Ia boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan pembelajaran sama
ada secara bersemuka atau secara homebased-learning menggunakan medium yang bersesuaian tanpa
mengabaikan standard dalam DSKP yang ingin dicapai (KPM, 2020).
Sepanjang proses pembelajaran Bahasa Arab tumpuan kepada kemahiran asas bahasa iaitu
95
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran tersebut dinyatakan secara
spesifik dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang telah ditentukan huraiannya di
dalam DSKP atau DPK. Manakala Standard Prestasi pula memperincikan set kriteria umum yang
menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara
itu telah dikuasai oleh murid (KPM, 2018)
Guru mesti tahu apa yang dia akan ajar. Kita kena faham dulu DSKP, kena ingat nombor-nombor
dalam Standard Kandungan. Nombor 2 ini apa, nombor 3 ini apa dalam DSKP. Sebab kita nak
melihat dari segi prestasi murid tersebut atas kemahiran yang dia dah belajar dan akan dicapai
seterusnya nanti. Instrumen yang kita sediakan juga mesti mengikut aras dan kemampuan murid.
(PK1. TB1-S1)
Justeru, Ustazah Ruzaimah menjadikan DSKP dan buku teks sebagai rujukan utama sebelum beliau
menyediakan RPH dan bahan bantu mengajar (BBM). Jika guru gagal merujuk DSKP, maka aspek
yang akan diajar dan ditaksir tidak dapat dihayati dengan berkesan.
Perkara yang sama juga dilakukan oleh PK2 dan PK3, mereka berpendapat ketiga-tiga
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi (SPi) perlu dikuasai dengan baik
oleh guru sebelum membina RPT dan RPH. Berdasarkan pemerhatian dan catatan penyelidik
menunjukkan apabila guru membuat perancangan awal, memahami sepenuhnya DSKP, maka PdP
Bahasa Arab dapat disusun dengan sistematik meliputi Set Induksi, aktiviti-aktiviti yang menarik,
skrip pengajaran yang berkesan dengan penggunaan Lughatu al-Fasli yang betul. Impaknya murid-
murid akan aktif dan objektif pembelajaran serta kriteria kejayaan yang murid akan tercapai, malahan
ada yang melebihi sasaran SPi.
Pelaksanaan PBD bagi PdP Bahasa Arab KSSR juga merujuk kepada pertimbangan
professional guru untuk memberi satu nilai tahap penguasaan keseluruhan murid berdasarkan
pengalaman guru bersama murid, kebijaksanaan serta melalui perbincangan rakan sejawat seperti
PLC. Tahap penguasaan keseluruhan diberi selepas murid mempelajari kemahiran-kemahiran yang
terdapat dalam kelompok standard pembelajaran seperti Jadual 1 berikut:
Tahap Tafsiran
Penguasaan
Murid mengetahui kemahiran-kemahiran asas bahasa Arab dan bersedia untuk
1 mempraktikkannya dengan
bimbingan guru )(بارشادالمعلم
2
Murid mengetahui kemahiran-kemahiran asas bahasa Arab dan mampu untuk
mempraktikkannya secara sedar (awareness – memperolehi kemahiran
melalui sesi pembelajaran secara langsung tetapi belum mencapai
tahap konsisten). )(واعيا
3 Murid mengetahui kemahiran-kemahiran asas bahasa Arab dan mampu untuk
mempraktikkannya secara
konsisten.)(ثابتا
4 Murid mengetahui kemahiran-kemahiran asas bahasa Arab dan mampu untuk
mempraktikkannya secara konsisten dan menepati situasi (secara beradab,
mengikut
kehendak guru, arahan atau soalan).)(ثابتا ومناسبا بالمواقف
5 Murid mengetahui kemahiran-kemahiran asas bahasa Arab dan mampu untuk
mempraktikkannya secara konsisten, menepati situasi dan sukarela. ومناسبا
(ثابتا
)بالمواقف ومتطوعا
96
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
6 Murid mengetahui kemahiran-kemahiran asas bahasa Arab dan mampu untuk
mempraktikkannya secara konsisten, menepati situasi dan mithali (menjadi
contoh) )(ثابتا ومناسبا بالمواقف ومثاليا
Tegasnya, penyelidik berpendapat PBD merupakan sebahagian daripada PdP dan dijalankan
secara berterusan yang melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat
refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah
menambah baik PdP tersebut. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang
penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum.
Proses PdP adalah melibatkan aktiviti berpusatkan murid seperti yang terkandung di dalam
DSKP. Bagi Tahap 1 misalnya, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab KSSR bertumpu kepada
pengenalan huruf Hijaiyah, suku kata, perkataan dan ayat mudah, rangkai kata dan nombor. Pemilihan
tema untuk KSSR Bahasa Arab adalah berdasarkan perkara yang berkaitan dengan murid sekolah
rendah secara langsung dengan alam persekitaran mereka. Tema utama pembelajaran bahasa Arab
sekolah rendah adalah berkaitan dengan alam di rumah dan di sekolah. Tema-tema tersebut ialah;
Dunia Huruf al-Hijaiyyah, Dunia Murid di Rumah, Dunia Murid di Sekolah, Anggota Badan, Hobi
dan Cita-Cita, Nombor dan Bilangan, Warna, Bentuk dan Kedudukan, Waktu dan Masa, Makanan dan
Minuman serta Dunia Haiwan. Selain daripada itu, sub-sub tema yang berkaitan dengan keperluan
semasa seperti sains dan teknologi, keusahawanan, patriotisme serta kelestarian global turut
dijelmakan dalam tema-tema yang bersesuaian (KPM, 2017)
5.2 Menguasai maklumat awal murid dan mengikuti perkembangan murid
Aspek kedua dalam perancangan pelaksanaan PBD yang berkesan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran ialah mengetahui dan menguasai maklumat awal murid merupakan satu elemen yang
sangat penting bagi mendapatkan data perkembangan pembelajaran murid.
Bagi PK1, maklumat asas muridnya berkenaan penguasaan huruf, kemampuan menyebut dan
menyambung huruf, meneliti dan menyelidik setiap orang murid di dalam kelasnya memudahkan
beliau merancang bahan pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan. PK3 juga menegaskan ia
perlu disediakan terlebih dahulu untuk mengenalpasti dan menguasai maklumat awal pembelajaran
murid bagi menepati keperluan untuk mencapai objektif pengajaran. Perkara ini dijelaskan oleh beliau
seperti berikut:
Murid yang kita dah rekodkan merah dalam rekod pencapaian murid
misalnya, kita kenal dah dia daripada keseluruhan murid-murid dalam
kelas. Kedudukan murid yang cemerlang, sederhana dan lemah kita akan
rekodkan. Saya gunakan catatan refleksi dalam RPH dan pelantar
pembelajaran yang disediakan oleh KPM iaitu aplikasi Google
Classroom melalui DELIMa KPM untuk merekod semua perkembangan
dan maklumat awal murid.(PK3, TB1-S2)
Menurut PK2 Ustazah Norul Liza, guru hendaklah menentukan tahap penguasaan murid antara TP1
hingga TP6 berdasarkan penguasaan pembelajaran murid. Beliau menambah, pencapaian murid, tahap
penguasaan, daftar kehadiran, catatan refleksi atau secara manual, rekod pencapaian, profil murid dan
data e-pelaporan j-QAF hendaklah dirujuk dan dikenalpasti supaya guru jelas dan faham kandungan
pembelajaran yang bakal diajar dan berupaya menentukan kriteria bagi TP1 hingga TP6 murid.
Penentuan TP yang berterusan dapat membantu guru mengenalpasti perkembangan pembelajaran
murid dan mengoptimumkan potensi dan prestasi mereka.
5.3 Penyediaan Lokasi PdP dan Pentaksiran
PK3 menyatakan proses PdP lebih berkesan dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria,
selesa, peralatan yang lengkap, kondusif, penerapan elemen warna-warni, penyediaan ruang
pembelajaran mengikut ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Penggunaan teknologi dalam
97
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan.
Dapatan penyelidik berdasarkan sesi temu bual bersama PK1 dan PK2 bagi soalan 2 juga
merumuskan pelaksanaan PBD secara atas talian melalui pemerhatian, lisan, bertulis dan pentaksiran
kendiri boleh dilaksanakan menggunakan aplikasi Google Classroom, Telegram, Google Meet, MyLink
sebagai pelantar dan penyediaan lokasi PdP secara digital yang sangat praktikal untuk membantu guru
memerhati proses kerja murid. Murid juga boleh membuat rakaman video bagi menyiapkan tugasan
semasa guru memberikan maklum balas kepada berdasarkan rakaman video tadi. Memanfaatkan
penggunaan pelbagai aplikasi pembelajaran digital melalui PBD yang dilaksanakan secara terancang
mampu mempromosikan pengajaran kreatif. Perbezaan tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh murid
setiap hari menuntut guru untuk mengajar dengan strategi pengajaran yang berbeza. Strategi pengajaran
inilah yang akan mempromosikan pengajaran menjadi lebih kreatif dan membuat murid lebih seronok
untuk mengikuti setiap aktiviti kelas (Airasian, 2000).
Guru juga boleh memerhati tingkah laku murid melalui interaksi murid dengan guru atau
interaksi murid dengan murid melalui aplikasi yang bersesuaian. Oleh yang demikian, dengan
penyediaan lokasi pembelajaran secara digital dan ruang yang ceria, pelaksanaan PBD menjadi lebih
berkesan kerana ia adalah berkaitan tugas dan rangka latihan yang bersistematik yang boleh membina
ransangan yang positif (Kalai Selvam Arumugham, 2020).
5.4 Perancangan Pengajaran Yang Lengkap dan Sistematik
Rancangan Pengajaran Harian perlu disediakan terlebih dahulu sebagai indikator utama peramcangan
aktiviti pelaksanaan pengajaran dan pentaksiran. Para guru perlu merancang pengajaran sebelum PdP
bemula bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, kemas dan terancang.
Objektif PdP, kriteria kejayaan, aktiviti dan bahan bantu mengajar serta tahap penguasaan yang perlu
dicapai oleh murid dinyatakan dengan jelas.
Dalam hasil kajian ini, ketiga-tiga peserta kajian berjaya menyediakan RPH yang praktikal,
realistik dan dapat diaplikasikannya dengan baik. Ketiga-tiga peserta kajian juga menggunakan RPH
yang bertaip dan menghasilkan sendiri template RPH yang bersesuaian dengan suasana PdPR kini.
Mereka menyusun dan menunjukkan beberapa contoh RPH mengikut kreativiti masing-masing serta
memenuhi keperluan murid. Penerangan pembinaan RPH telah diterangkan oleh PK3 seperti berikut:
Apabila kita nak bina RPH, perkara pertama kena rujuk RPT, huraikan
dengan perincian daripada Kemahiran Asas (KA) atau Kemahiran
Pelengkap (KP) atau Kemahiran Tambahan (KT). Kita akan cari balik
dan semak DSKP. Kita nak tetapkan standard-standard yang
bersesuaian di dalam RPH, samada kita nak gabungkan kemahiran asas
bahasa diadun bersama konsep ansur maju KBAT dengan aktiviti yang
akan kita laksanakan. Selepas itu, bila
kita dah siap RPH, kita akan tahu nanti kandungan dan gambaran
aktiviti serta cara kita nak taksir murid secara berperingkat-peringkat
dari istima’, muhakat, qiraah, tamyiiz, tahdid,tafriq dan akhirnya intaj.
(PK3, TB1-S2)
Butiran lengkap RPH peserta kajian dinyatakan dalam Jadual 2 seperti berikut:
Bil Perkara
1 األسبوع، الوقت،) التاريخ ( اليوم، الفصل
2 معاير التعلم
3 األهداف
4 مواصفات النجاح
5 األنشطة
6 المهارات التفكير العالي
98
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
7 العناصر عبر المنهج
8 الوسائل المعينة
9 تقييم التعليم والتعلم
10 التفكير/ الخرائط الذهنية
11 STEM عناصر
12 المالحظة الذاتية
Penyelidik mendapati RPH yang dirancang dengan jelas dan sistematik dengan meletakkan SPi
iaitu tahap penguasaan murid yang mengikut keperluan dan aras murid mampu memberi impak positif
ke arah meransang pemikiran murid yang kritis dan cepat menguasai apa yang diajar.
5.5 Merancang Bahan Bantu Mengajar (BBM) Yang Berkesan Dan Fleksibel
Menurut ketiga-tiga peserta kajian, mereka sudah tahu apa yang akan diajar dan kepada kumpulan
mana sasaran ditujukan. Oleh yang demikian, mereka merancang dan menyediakan BBM yang
berfokus kepada aktiviti dan kemahiran yang akan diajar dengan memastikan BBM tersebut sesuai,
menarik, mudah diakses serta mencapai objektif PdP serta TP murid yang telah ditetapkan di dalam
RPH.
PK1 menyatakan kemudahan peralatan ICT turut membantu dan menjadi alat kepada kemudahan
dan kelancaran penyediaan BBM dalam proses PdP. Kemudahan peralatan ICT seperti komputer,
capaian Internet yang stabil serta penggunaan aplikasi interaktif secara digital memudahkan BBM
dikendalikan dengan sempurna dan mampu dilaksanakan oleh murid.
PK2 pula menegaskan BBM yang berkesan dan fleksibel dalam PdP Bahasa Arab secara digital
akan mampu mengimplementasikan pengurusan PBD menggunakan aplikasi secara atas talian dengan
baik dan guru berupaya merekodkan pelaporan PBD secara praktikal, boleh dirujuk pada bila-bila masa
dan di mana sahaja apabila diperlukan.
5.6 Semangat Positif Dan Guru Yang Kompeten Mendepani Cabaran Pendidikan Global
Dalam sesi temubual bagi pernyataan soalan tiga, hasil kajian ini juga mendapati ketiga-tiga
peserta kajian merupakan guru yang kreatif dan inovatif. Segala cabaran dan kekangan yang ditempuhi
sepanjang melaksanakan PdP serta pentaksiran memberi banyak pengaalaman, bersedia menangani
segala isu dan permasalahan yang timbul dengan tenang dan sabar. Cabaran kepada pendidik kini adalah
untuk menyediakan ruang e-pembelajaran bagi menjayakan transformasi pengalaman pembelajaran dari
persekitaran sebenar kepada persekitaran pembelajaran secara maya.
PK3 menjelaskan keterbatasan capaian internet, kemudahan peranti murid yang kurang
praktikal dan sukar untuk diakses dan tidak menyokong aplikasi yang dibina serta kerjasama daripada
ibu bapa dan penjaga yang mempunyai komitmen dengan kerjaya masing-masing menuntut usaha yang
gigih di pihak guru serta sokongan yang kuat daripada pentadbir sekolah.
Pembelajaran dan pentaksiran kini ialah guru membantu murid dan berfungsi sebagai perancang,
pengawal, pembimbing, mpendorong, pemudah cara dan penilai. Justeru, prihatinnya guru dari mula
proses penyediaan PdPR sehingga ke tahap mentaksir dan merekodkan tahap perkembangan murid
menunjukkan semangat positif dan sikap unggul guru yang kompeten bagi mendepani cabaran
pendidikan. Salah satu kesan daripada pelaksanaan PBD yang berkesan ialah guru diberi autoriti dalam
memperkembangkan kreativiti pengajaran mereka (Akhbar, & Siti Zaliha, 2002). Guru “bebas”
menyampaikan pengajaran yang pelbagai dan melaksanakan pentaksiran bergantung kepada keupayaan
klien iaitu murid-murid di kelas masing-masing.
Melalui PBD, guru juga dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) semasa
pengajaran dijalankan. Secara tidak langsung suasana pembelajaran lebih berpusatkan murid.
Hubungan antara murid dengan guru juga akan semakin rapat kerana mereka akan ada sifat ingin tahu
dan berani memberi pendapat dalam menyelesaikan permasalahan bukan rutin yang diajukan oleh guru
atau rakan sebaya mereka. Oleh yang demikian, guru dapat menyampaikan kurikulum tersembunyi iaitu
membina nilai-nilai ke arah pembentukan insan yang seimbang (Azlin, 2020). Pengaplikasian
99
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
pengajaran seperti ini penting bagi membantu murid-murid selesa dalam menerima perubahan bentuk
pembelajaran normal baharu.
6. KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, penyelidik dapat melihat bagaimana keberkesanan PBD melalui PdP Bahasa
Arab KSSR yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga peserta kajian secara digital telah dibentuk dan disusun
secara terancang merangkumi 6 strategi utama sebagai suatu amalan terbaik PdP iaitu (1) perancangan
awal menguasai DSKP dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab KSSR, (2) menguasai
maklumat awal murid dan mengikuti perkembangan murid, (3) perancangan pengajaran yang lengkap
dan sistematik, (4) penyediaan lokasi PdP dan pentaksiran, (5) merancang Bahan Bantu Mengajar
(BBM) yang berkesan dan fleksibel dan (6) semangat positif dan guru yang kompeten mendepani
cabaran pendidikan global.
Pandemik ini membangkitkan tanggungjawab untuk menjadi pemimpin kepada diri sendiri dan orang
lain; hormati pandangan dan kehidupan orang sekeliling; serta prihatin, cakna dan bersangka baik
dengan makhluk lain. Pandemik COVID-19 juga mengingatkan bahawa kita sebenarnya berada dalam
satu sistem kehidupan, satu peradaban, satu bangsa manusia yang berfungsi untuk saling melengkapi
ke arah evolusi kehidupan yang maju, hijau, madani dan lestari (Azlin, 2020).
Ketiga-tiga peserta kajian telah membuktikan bahawa mereka berjaya melaksanakan PBD dengan
berkesan dan melahirkan ramai murid yang menguasai TP6 melalui aplikasi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab KSSR secara digital menggunakan strategi yang terancang dan tersusun
serta amalan terbaik ini berupaya menambaikbaik kualiti pengajaran guru agar pentaksiran PBD
dilaksanakan secara realistik dan efektif relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
RUJUKAN
Airasian, P. W. (2000). Assessment in the Classroom: A Concise Approach. (2nd Ed.). : McGraw
Hill.
Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan. (2002). Penilaian prestasi berasaskan sekolah:
Pelaksanaan dan kesediaan guru. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan
Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Amran, N.A, & Rosli, R (2017). Teacher’s Understanding in 21st Century Skills. Prosiding
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan.
Azlin Norhaini Mansor.(2020). Pena Wanita: Tinta Pena Bernama. COVID-19: Cabaran buat
guru. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1909566
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019).Pentaksiran Bilik Darjah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kalai Selvam Arumugham. (2020), Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif
pelaksanaan bilik darjah. Asian People Jurnal, 3(1), 152-161
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. https://www.moe.gov.my/dasarmenu/pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahasa Arab Tahun 3 (Semakan 2017)
https://drive.google.com/file/d/1rqNoljGO_P1dVSUZ1LKgCnpFc6O- 8VKK/view
100
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017), Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah, Lembaga Peperiksaan Malaysia (Pertama, Vol 1). Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018), Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah, Lembaga Peperiksaan Malaysia (Pertama, Vol 1). Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020), Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Arab KSSR
Tahun 3. Putrajaya
Mohd Faizal bin Hussin, (2021). Temu bual Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit
Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Selangor
Robson, C. (2011). Real World Research-A resource for user of social research methods in applies
setting. (3rd ed) New York: John Wiley & Son Inc.
Wiggins, G.P (1998).Educative assessment: Designing assessment to inform and inprove student
performance. San Francisco, CA: Jossey-Bass
101
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI DENGAN
PENGUASAAN BENTUK HURUF JAWI BERSAMBUNG SEMASA
PANDEMIK
Siti Azimah Binti Rupilen
Sekolah Kebangsaan Keronggu Inanam, Kota Kinabalu Sabah
Malaysia Email: [email protected]
Abstrak:
Berdasarkan refleksi kendiri guru, sikap dan tingkah laku 3 orang murid Muslim Tahun 6 SK
Keronggu menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan pembelajaran Jawi. Berdasarkan
markah Ujian Mac 2021, 3 orang murid ini tidak dapat membuat padanan huruf yang dan tidak
menyambung huruf dengan betul. Punca masalah yang utama ialah kerana mereka didapati tidak
mengenal huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta tidak mahir menulis bentuk atau wajah huruf
bersambung bagi huruf tunggal Jawi. Keadaan Pandemik yang berlaku sejak bulan Mac 2020
menyebabkan murid tidak dapat mengaplikasikan penulisan Jawi dengan kerap menyebabkan
mereka semakin lupa cara untuk menulis Jawi dengan betul. Maka fokus kajian ini adalah untuk
menangani masalah tersebut dengan menggunakan intervensi latih tubi intensif dengan bantuan
Kad Pedoman POD & Papan POD inovasi daripada Puan Dalilah Desa. Kaedah ini belum pernah
digunakan kepada mereka sebelum ini. Data yang digunakan adalah daripada Ujian Mac 2021
sebagai tinjauan awal. Dapatan kajian ini adalah Ujian formatif yang menunjukkan peningkatan
markah menunjukkan murid telah memahami kemahiran yang difokuskan.
Kata Kunci/ keywords: (Padanan Jawi, Pandemik, Intervensi)
Pendahuluan
Melalui Ujian Mac 2021 lalu, pengkaji mendapati ada 3 orang murid yang tidak dapat
memberikan jawapan yang dikehendaki dalam soalan Bidang Jawi iaitu menukarkan petikan
Rumi kepada Jawi. Persamaan jawapan ketiga-tiga murid adalah semua huruf Jawi tidak
disambung. Apabila ditanya mereka mengakui bahawa mereka tidak dapat menulis huruf Jawi
kerana tidak ingat hampir 70 % huruf tunggal Jawi. Bagi pengkaji ini adalah satu masalah yang
tidak boleh dibiarkan memandangkan mereka telah berada dalam Tahun 6. Setelah diperhatikan
tingkah laku murid ini di dalam kelas, mereka menunjukkan tingkah laku kurang minat pada sesi
PDP Jawi.
Kemahiran Pedagodi guru boleh menyebabkan murid tidak berminat dengan kemahiran
Jawi. Selain itu, semasa PDPR pula, murid tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya
kepada latihan Pendidikan Islam yang diberikan terutama Jawi kerana faktor video atau
penerangan yang panjang juga menyebabkan murid tidak berminat menyelesaikan tugas
tersebut. Selain faktor masa, video atau rakaman yang panjang melibatkan penggunaan data
yang banyak.
Maka, dalam Kajian Tindakan ini pengkaji akan memfokuskan penerapan kemahiran
menulis Jawi secara intensif kepada 3 murid tadi agar mereka dapat menguasai sekurang-
kurangnya tahu bentuk 16 Huruf ( هـ، ت، س، ر، ڤ، و، ن، م، ل، ک، ف،ي
، د، ج، ب، )اdi awal, di tengah dan di akhir kalimah secara bersemuka dan secara atas talian.
Tidak mengingati padanan huruf Jawi - Rumi punca mereka tidak mampu membina perkataan Jawi
dengan betul. Manakala, tidak mengetahui bentuk huruf Jawi di awal, di tengah dan di akhir akan
membawa kepada kegagalan menyambung huruf dengan betul.
102
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:
Objektif Umum
Meningkatkan bilangan murid yang boleh menulis huruf jawi bersambung dengan
betul.
Meningkatkan minat murid terhadap bidang Jawi.
Objektif Khusus
Meningkatkan penguasaan padanan huruf Jawi tunggal kepada 90%
Meningkatkan keupayaan murid mengaplikasi kemahiran menyambung huruf Jawi
dengan betul.
Meningkatkan amalan pedagogi guru dengan menggunakan kepelbagaian kaedah
yang menyeronokkan.
Sorotan Literatur
Sorotan literatur sangat penting bagi sesebuah kajian tindakan untuk melihat kajian ini
telah dibuat atau tidak dan boleh menentukan tindakan seterusnya bagi mengatasi masalah yang
ingin difokuskan.
Faktor Penting Murid Menguasai Jawi
Misri & Mohamad Razali & Norfeeda (2009) di dalam kajian mereka yang berfokuskan .
kepada murid j-QAF Tahap 1 daripada tiga lokaliti yang berbeza iaitu di bandar, di luar bandar dan
pedalaman Sabah menyatakan bahawa lokaliti tidak menunjukkan hubungan yang signifikan
terhadap kemahiran penguasaan Jawi. Walau bagaimanapun, kajian ini menunjukkan bahawa
penguasaan kemahiran padanan Rumi – Jawi adalah rendah di kalangan murid Tahap 1. Oleh itu,
kaedah pengajaran guru adalah faktor yang sangat penting bagi meningkatkan kemampuan murid
menguasai Jawi. Hal ini adalah berdasarkan, terdapat peningkatan yang signifikan dalam
penguasaan Jawi sejak program j-QAF diperkenalkan di sekolah-sekolah yang terlibat.
Penguasaan Asas Jawi
Dalam kajian lain yang dijalankan oleh Normizan, Siti Fatimah dan Zamri (2007) pula,
menyatakan bahawa penguasaan bentuk huruf tunggal Jawi yang rendah boleh menyebabkan murid
tidak dapat membaca tulisan Jawi. Maka, guru perlu mengenalpasti huruf yang belum dikuasai oleh
murid serta merta bagi mengatasi masalah tersebut dengan intervensi yang sesuai dan berkesan
supaya mereka tidak tertinggal dalam topik-topik yang baharu pada masa hadapan. Walaupun
sasaran yang difokuskan pada kajian ini adalah murid Tahun 1 yang menjalani pemulihan tetapi ini
tetap memberikan persepsi bahawa tanggungjawab guru memperkenalkan huruf Jawi tunggal
sehingga dikuasai oleh murid sangat mempengaruhi penguasaan Jawi seorang murid.
Secara rumusannya, kajian yang sedang dijalankan ini agak berbeza dengan dua sorotan
literatur di atas. Kajian ini memfokuskan murid Tahun 6 seramai 3 orang dari kalangan murid
lelaki. Walaupun umur sasaran kajian berbeza, tapi masalah yang dikenalpasti adalah masalah yang
sama iaitu tidak menguasai Jawi dari aspek Padanan Huruf Jawi dan bentuk Huruf, lebih tepat lagi
huruf bersambung. Faktor guru kurang mahir juga antara perbezaan kajian ini dengan dua kajian di
atas. Pengkaji adalah guru interim yang baru bertugas di sekolah ini sejak bulan Oktober 2018.
Pengkaji bertugas di Sekolah Kebangsaan Keronggu sambil belajar di IPG Kampus Gaya dan
mengambil masa yang lama dalam memahami gaya belajar murid-murid di sini.
103
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Metodologi Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif yang lebih bersifat deskriptif di mana
kaedah temu bual digunakan dan pendapat responden diperlukan. Menurut Helmstadter, (1970)
menggunakan pendekatan deskriptif sering digunakan pada permasalahan yang tidak dapat dikaji
menggunakan kajian kuantitatif. Hal ini kerana, hasil kajian kualitiatif diskriptif ini lebih mudah di
aplikasikan di dalam dunia nyata berbanding hasil kajian kuantitatif (Research Methods, 1992).
Pendekatan ini digunakan untuk menghurai, memahami dan menjelaskan maksud tersurat dan
tersirat daripada data-data yang diambil supaya ia menjadi sesuatu yang bermakna. Normizan, Siti
Fatimah dan Zamri (2007) juga telah mengambil kaedah ini atas pertimbangan ia merupakan satu
kaedah berkesan dalam penyelidikan pendidikan termasuk pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Dalam Buku Manual Kajian Tidakan Edisi Ketiga (2008), Ada empat langkah yang perlu dilakukan
dalam melakukan kajian tindakan ini menurut Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart,
(1988). 4 perkara tersebut adalah:
i. Mereflek (Reflect)
ii. Merancang (Plan)
iii. Bertindak (Action); dan
iv. Memerhati (Observe).
Dalam Mereflek, pengkaji telah menjalankan tinjauan awal melalui pengumpulan data
untuk mengenalpasti punca sebenar berlakunya masalah yang menyebabkan murid tidak menguasai
padanan huruf Jawi-Rumi dengan baik. Pengumpulan data ini telah menggunakan Soalan Jawi
dalam Ujian Mac 2021 yang lalu. Sebuah soal selidik juga telah dijalankan untuk mengetahui
situasi semasa penerimaan murid terhadap pengajaran guru. Hal ini kerana besar kemungkinan
kurangnya kompentensi guru dan penguasaan kepada ikhtisas adalah punca yang utama
menyebabkan murid tidak menguasai kemahiran Jawi.
Semasa proses merancang, pengkaji telah memilih intervensi penggunaan kad Pedoman
Dalil POD hasil inovasi Munsyi Dewan Bahasa & Pustaka (Jawi), Pn Dalilah Desa. Inovasi ini
telah memenangi beberapa anugerah antaranya Naib Johan Pertandingan Inovasi KPM Sempena
Hari Guru Kebangsaan 2013 dan Penerima Anugerah Emas Pertandingan Kumpulan Kreatif &
Inovatif (KIK) Peringkat Kebangsaan 2013. Pengkaji memilih intervensi ini kerana bahan yang
dihasilkan oleh Pn Dalilah Desa bersifat visual dan mampu difahami dengan mudah. Bahan inovasi
ini juga ringan untuk dibawa ke mana-mana.
Seterusnya dalam proses bertindak, pengkaji telah menjalankan beberapa intervensi yang
iaitu penggunaan Kad Pedoman POD (Papan Operasi Dalil) dan aplikasi ‘edit photo’ di dalam
telefon Pintar. Terdapat langkah yang terpaksa diubah kerana murid tidak dapat melaksanakan
tugasan yang diberikan atas faktor motivasi dan tiada galakkan ibubapa. Tugasan yang sepatutnya
disiapkan di rumah tidak disiapkan atas alasan lupa. Pengkaji telah menetapkan bahawa murid
perlu membuat tugasan sepenuhnya di dalam kelas demi mengelakkan kejadian berulang.
Akhir sekali ialah proses memerhati. Proses ini adalah untuk melihat sama ada tindakan
atau intervensi yang digunakan membawa kepada hasil yang diingini atau tidak. Dapatan kajian
akan dikupas secara panjang lebar di dalam topik Dapatan Kajian. Dalam proses ini, refleksi
memainkan peranan sama ada kajian ini berjaya ataupun tidak.
Dapatan Kajian
Penilaian Pencapaian Murid
Berikut merupakan hasil analisis Ujian Mac 2021 dan ujian Formatif yang telah di masukkan
104
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
ke dalam Jadual 1.0 dan 2.0. Perincian Murid A Murid B Murid C
Kemahiran Kemahiran
Kemahiran Padanan Huruf Petunjuk= Belum Menguasai: BM
Sudah Menguasai: SM
Huruf BM BM BM
E-pepet,
Ha ()هـ, BM BM BM
Digraf: ‘ng’ BM SM SM
Digraf ‘ny’ BM SM BM
105
Kemahiran 3 & 4: Kaedah BM 2021 JILID 2
Suku kata terbuka & Suku pengguguran e ISBN 978 967 26508 0 5
Kata Tertutup Alif, dan E -
BM BM
pepet
Penyambungan BM SM SM
16 Huruf (68% (68%
( ، د ي، ج، ب، ا
، و، ن، م، ل، ک،ف daripada 16 daripada 16
هـ، ت، س، ر،)ڤ
huruf Jawi huruf Jawa
yang yang
difokuskan) difokuskan)
Jadual 1.0 : Penilaian Pada Ujian Mac 2021
Kemahiran Perincian Murid A Murid B Murid C
Kemahiran
Kemahiran
Huruf Petunjuk= Belum Menguasai: BM
Sudah Menguasai: SM
Padanan Huruf SM SM SM
E-pepet,
Ha ()هـ, SM SM SM
Digraf: ‘ng’ BM SM SM
Digraf ‘ny’ BM SM BM
106
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Kemahiran 3 & 4: Kaedah SM (50%), SM (90%) SM (60%)
Suku kata terbuka &
Suku Kata Tertutup pengguguran Alif,
Kaedah SM (90%) SM (90%) SM (80%)
pengguguran
E -pepet
Penyambungan 16 SM SM SM
(81%) (87.5%)
Huruf (93%)
( ، ف، د ي، ج، ب، ا
، ر، ڤ، و، ن، م، ل،ک
هـ، ت،)س
Jadual 2.0 : Penilaian Ujian Formatif
Melalui analisis Ujian Bulan Mac 2021 dan Penilaian Formatif di atas (Jadual 1.0 dan
Jadual 2.0), pengkaji mendapati kesemua murid mempunyai peningkatan pada penguasaan mereka
terhadap padanan huruf terutama huruf E-pepet & Ha serta kemahiran penyambungan 16 huruf ( ، د
، ج، ب، ا،ي
، ک، هـ ف، ت، س، ر، ڤ، و، ن، م،)ل. Paling ketara adalah pada Kemahiran Padanan huruf melibatkan
pengguguran Alif dan E-pepet. Pun begitu kadar pencapaian setiap murid berbeza berdasarkan
faktor kefahaman murid tersebut. Murid A dan Murid C sukar memahami konsep pengguguran
Alif berbanding Murid B. Tetapi dalam kemahiran Penyambungan 16 huruf yang difokuskan
Murid A menunjukkan penguasaan yang lebih tinggi daripada Murid B
dan C.
Perbincangan
Daripada hasil kajian ini, didapati terdapat peningkatan pada penguasaan Kemahiran
Padanan Huruf Tunggal mencecah 90%. Manakala Kemahiran Penyambungan Huruf juga
menunjukkan peningkatan yang signifikan berdasarkan data yang diperoleh. Maka, tercapailah
objektif yang disasarkan pada awal kajian ini. Amalan pedagogi guru juga menunjukkan perubahan
dan akan diteruskan pada pengajaran Jawi dalam sasaran murid yang lain. Jika diteliti ada beberapa
perkara yang tidak berubah pada pencapaian murid seperti Kemahiran Padanan Digraf.
Di samping itu, pengkaji telah menemui beberapa perkara yang penting untuk pengkaji
beri perhatian antaranya ialah setiap murid mempunyai gaya belajar yang berbeza. Dalam buku
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (Haliza & J. Nesamalar, 2016) ada menyatakan
bahawa guru juga boleh menjadi punca tingkah laku murid yang bermasalah jika menetapkan
jangkaan yang tinggi kepada murid dan memberikan kerja yang berlebihan dan panjang. Pengkaji
perlu baiki dari sudut perancangan pengajaran supaya impak PDP akan jadi lebih efektif dan
menyeronokkan serta memastikan kawalan kelas dapat dikekalkan. Tanpa sinergi yang padu antara
murid dan guru boleh menyebabkan hasil pengajaran yang kurang berimpak tinggi. Selain itu,
pengkaji juga mendapati murid-murid menjadi lebih bersemangat kerana mempunyai peningkatan
prestasi yang signifikan selepas menjalani aktiviti-aktiviti di dalam kajian ini.
107
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Rumusan
Dengan melaksanakan kajian tindakan ini, pengalaman pengkaji telah bertambah.
Walaupun, hasil kajian ini bukanlah sesuatu yang terlalu besar untuk dibanggakan, dan masih
terdapat banyak kekurangan untuk pengkaji perbaiki. Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa guru
perlu terus berdedikasi dalam mengajar murid walaupun terpaksa menggunakan apa sahaja cara
yang dibuktikan efektif melalui kajian-kajian yang telah dibuat untuk memastikan mereka
menguasai sesuatu kemahiran. Dalam konteks kajian ini, Kemahiran Jawi begitu penting kerana ia
juga menjadi ilmu alat Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah. Tanpa
menguasai ilmu alat ini, murid akan sukar menguasai Ulum lebih-lebih lagi jika bergantung dengan
buku teks semata-mata.
Rujukan
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2016), Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah
& Tingkah Laku- Edisi Kedua, Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Consuelo G. S, Jesus A.O, Twila G. P, Bella P. R dan Gabriel G. U, (1992), Research Methods:
Revised Edition. Manila, Philippine: Rex Book Store, Inc.E-Buku
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2008), Buku Manual Kajian Tindakan -
Edisi Ketiga, Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Misri Hj Bohari, Mohamad Razali Abu Bakar dan Noorfeeda Hj Asmawi (2009), Kajian Tindakan
Jawi: Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi dalam Kalangan Murid-murid
Tahap 1 Sekolah-sekolah Kebangsaan Program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah
KPLI (SR)-LPBS-j-QAF Ambilan Januari 2009 IPGM Kampus Keningau,
Normizan Abang, Siti Fatimah Ahmad dan Zamri Rajab (2007), Kajian Tindakan : Tahap
Penguasaan huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun 1 Kelas Pemulihan Jawi
Program j-QAF,
Dalilah Desa (2013), Inovasi Kad Pedoman POD Kaedah Dalil, Kuala Lumpur: Al-Ameen Serve
Holdings Sdn bhd.
108
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
PENDEKATAN MODUL JUS 2.0 MENGUPAYAKAN PEMIMPIN SEKOLAH
MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN SKPMg2 SECARA TERANCANG
SARIPAH BINTI GHUL HASSAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mendapat maklum balas tentang Pendekatan Modul Jalan Untuk
Sukses(JUS)2.0 dalam mengupayakan pemimpin sekolah mengurus Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia Gelombang 2(SKPMg2)secara terancang. Penumpuan pada Standard 1 dan standard 2
dalam penulisan eviden dengan betul dalam Portal Bidang Keberhasilan Utama Negara
memfokuskan Pendidikan atau lebih dikenali sebagai National Keys Result Areas(NKRA). Kajian
ini dijalankan di sekolah fokus pengkaji, iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya Kota
Kinabalu(SKPG). Guru Besar SKPG dijadikan sebagai subjek utama dalam kajian. Kaedah
penyelidikan adalah.secara campuran antara kualitatif dan kuantitatif, dimana pelbagai instrumen
digunakan untuk mengumpul data seperti soal selidik, temubual, pemerhatian dan semakan
dokumen. Seramai 10 orang telah mengambil bahagian dalam temubual dan 31 responden dalam
soal selidik. Soal selidik membekalkan data deskriftif sedangkan instrumen lain memberi input
tambahan dari kenyataan dan frasa yang diberi. Dapatan menunjukkan pendekatan Modul JUS 2.0
membantu pencapaian sasaran prestasi sekolah fokus Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
dengan peningkatkan skor SKPMg2 sebanyak 3.81 pada tahun 2020, iaitu
94.28 dalam standard 1 dan peningkatan 4.73 dalam standard 2, iaitu 94.94. Kesimpulannya,
kajian ini menunjukkan bahawa Modul JUS 2.0 telah mengupayakan pengurusan pemimpin
sekolah membudayakan kemahiran penulisan dan penyediaan eviden SKPMg2 dalam Portal NKRA
dengan baik.
Kata kunci: Modul Jalan Untuk Sukses(JUS)2.0, National Keys Result Areas (NKRA)
1.0 PENGENALAN
Setiap organisasi pendidikan adalah berbeza daripada aspek kepimpinan, iklim dan
persekitarannya. Pendekatan pembangunan organisasi dan sumber manusia menjurus kepada
pemahaman konteks organisasi diperlukan bagi merapatkan jurang antara pemimpin sekolah dan
prestasi organisasi. Menurut Abdul Ghani Abdullah (2011), asas utama kepimpinan terletak pada
kesediaan bekerjasama serta kesudian pemimpin sekolah, pengetua dan guru besar berkongsi dan
melakukan pengubahsuaian nilai-nilai kepimpinan dengan warga organisasinya.
Mengikut Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK,2016), dalam memastikan kualiti sekolah dapat
dibangunkan secara terancang, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang2(SKPMg2) yang
merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan penambahbaikan dan peningkatan kualiti
pada beberapa standard seperti aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum,
kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid
dijadikan panduan agar memanfaatkan sekolah. Taklimat pelaksanaan SKPMg2 oleh JNJK
bertarikh 15/2/2017 dan 15/11/2018 bagi tujuan mendapatkan bahan-bahan SKPMg2. Tujuan
utama SKPMg2 diperkenalkan adalah sebagai panduan bagi meningkatkan kualiti pengoperasian
sekolah dimana semua aspek penilaian SKPMg2 adalah berdasarkan perkara dan tanggungjawab
sedia ada di sekolah. Matlamat SKPMg2 ialah untuk memandu sekolah ke arah proses kerja yang
betul, pemantauan berterusan dan meningkatkan akauntabiliti. Ciri-ciri penting dalam SKPMg2
ialah format pelaksanaan baharu bagi meningkatkan keberkesanan dalam Penilaian Kendiri
109
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Sekolah(PKS), berorintesikan tindakan, menitikberatkan kualiti, penekanan kepda peranan,
pelibatan lebih menyeluruh, penggunaan sepanjang tahun dan mementingkan evidens pelaksanaan
dan pencapaian sebagai rujukan kendiri untuk peningkatan kualiti. Pasukan Pelaksana
Standard(PPS) pula dinamakan dalam standard 1 hingga standard 4 dalam memastikan penyediaan
dan penulisan eviden dibuat dengan betul dalam pemberian skor pada portal Bidang Keberhasilan
Utama Negara memfokuskan Pendidikan atau lebih dikenali sebagai National Keys Result
Areas(NKRA).
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini merujuk pada pencapaian skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 standard
1 dan standard 2 di Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya yang tidak mencapai sasaran Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Kinabalu iaitu dibawah 93 pada tahun 2019. Pengurusan SKPMg2 di dapati
belum dibudayakan dan dirancang dengan rapi di peringkat sekolah. Ia hanya berlaku apabila diminta
untuk menghantaar laporan dan pengisian eviden. Pasukan Pelaksana Standard(PPS) juga kurang
menguasai dalam membuat penilaian kendiri sekolah pada aspek-aspek yang diberi dengan baik.
Disebabkan demikian, pemberian skor dan penulisan eviden menjadi kurang tepat.
Oleh yang demikian, sebagai langkah mengupayakan kepimpinan sekolah, guru besar, dalam
membudayakan pengurusan SKPMg2 dengan terancang, pendekatan Modul Jalan Untuk Sukses
(JUS) 2.0 diterapkan. Modul JUS 2.0 dibangunkan berdasarkan keperluan dalam mengupayakan
pemimpin sekolah iaitu Pengetua dan Guru Besar(PGB) dalam membudayakan pengurusan
SKPMg2 secara terancang. Ia juga bertujuan untuk membina keyakinan diri dan jati diri yang kukuh
kepada pemimpin sekolah. Selain itu, modul ini juga bertujuan meningkatkan keupayaan pemimpin
sekolah dalam menerajui organisasi berpandukan SKPMg2 secara terancang.
2.1 TINJAUAN LITERATUR
Menurut John. S. Oakland, 1996, untuk berjaya dalam menggalakkan keberkesanan dan kecekapan,
pengurusan kualiti menyeluruh harus benar-benar diamalkan di organisasi dan ia harus bermula di
peringkat atas dan pihak pengurusan. Mereka harus seterusnya dapat menerangkannya kepada orang-
orang dibawah tanggungjawab mereka. Daripada Umar Al-Khattab, 2008, hakikat perjuangan
seorang pemimpin ialah kepayahan dan pengorbanan, mempunyai pemikiran yang cekap untuk
mencapai kejayaan pasukan.
Untuk membuat perubahan pada organisasi sekolah, matlamat dan perancangan perlulah jelas. Ini di
sokong oleh Edaris Abbu Bakri, 2008, pemimpin yang melaksanakan tugas seharian dengan
matlamat khusus yang ingin dicapai: golongan ini merupakan mereka yang berjaya membawa
perubahan pada organisasi yang dipimpinnya. Kenyataan John C.
Maxwell, 2008, “Taking people to the top is what good leaders do” & “A leader’s credibility
begins with personel success. It ends with helping others achieve personal success,
mengambarkan keupayaan pemimpin sekolah perlu bertindak untuk memastikan organisasi
yang dipimpin dibimbing dengan baik. Menurut Max Depree, 2008, “The signs of outstanding
leadership appear primarily among the followers.”
2.2 OBJEKTIF AJIAN
OBJEKTIF UMUM
Objektif kajian untuk melihat keberkesanan pendekatan Modul JUS 2.0 dalam
menggerakkan keupayaan pemimpin sekolah guru besar dalam membawa pasukan
pelaksana standard sekolah mengurus SKPMg2 dengan betul.
110
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
OBJEKTIF KHUSUS
1. Untuk memastikan pemimpin sekolah, Guru Besar dapat menyampaikan maklumat tahap
tindakan dan tahap kualiti pengurusan SKPMg2 kepada guru di sekolah dengan betul.
2. Untuk memastikan pemimpin sekolah, Guru Besar menerapkan kemahiran penulisan
eviden dengan betul kepada Pasukan Pelaksana Standard(PPS).
3. Untuk memastikan pemimpin sekolah, Guru Besar dapat menghasilkan intervensi
penambahbaikan berdasarkan isu dalam penyediaan eviden di sekolah.
2.3 PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan pernyataan di atas kajian ini akan cuba melihat tiga persoalan seperti
berikut:
1. Adakah pemimpin sekolah guru besar melakukan bimbingan tentang tahap
tindakan dan tahap kualiti pengurusan SKPMg2 kepada guru di sekolah dengan
betul?
2. Adakah pemimpin sekolah guru besar menjelaskan penulisan eviden SKPMg2
standard 1 dan 2 dengan betul kepada Pasukan Pelaksana Standard?
3. Adakah pemimpin sekolah guru besar menunjukkan kaedah yang sesuai dalam
mengatasi isu penyediaan eviden dalam SKPMg2 standard 1 & standard 2 ?
2.4 SASARAN KAJIAN
Sasaran kajian ini adalah pemimpin sekolah rendah, guru besar Sekolah Kebangsaan Pulau
Gaya(SKPG), Kota Kinabalu dan Pasukan Pelaksana Standard(PPS) yang terdiri daripada Penolong
Kanan, guru dan anggota kumpulan pelaksana(AKP) sekolah. Kajian terbatas pada SKPMg2
standard 1 dan standard 2 sahaja. Guru Besar SKPG menjadi subjek utama dan PPS menjadi
responden kajian.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif.
Rusinah Joned(2002), rekabentuk kajian kualitatif adalah bersifat holistik (menyeluruh). Ia
menggambarkan secara jelas penyelidikan yang dilakukan. Statistik deskriftif iaitu kiraan frekuensi
dan peratusan digunakan untuk menggambarkan kekerapan responsif yang diterima dan
peratusannya. Deobold(1999), menyatakan data deskriptif biasanya dikumpul dengan mentadbirkan
soal selidik. Bagi pengumpulan data secara kualitatif kaedah temubual, semakan dokumen melalui
senarai semak dan pemerhatian digunakan. Bagi mendapat perspektif Pasukan pelaksana standard
mengenai pengurusan SKPMg2, soal selidik juga digunakan. Untuk kajian ini, pengkaji
menggunakan empat bentuk instrumen kajian untuk mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh
tentang pengurusan SKPMg2 di sekolah.
Seramai 10 orang telah mengambil bahagian dalam temubual dan 31 responden dalam soal
selidik yang terdiri daripada pasukan pelaksana standard(PPS). Soal selidik membekalkan data
deskriftif sedangkan instrumen lain memberi input tambahan dari kenyataan dan frasa yang diberi.
Pelaksanaan pendekatan berlaku antara pembimbing dengan guru besr dan guru besar dengan
pasukan pelaksana standard.
111
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
3.1 PELAKSANAAN KAJIAN
Rajah 3.1 Kerangka Modul JUS 2.0
Perjumpaan 1: Perbincangan awal antara pembimbing dengan Guru Besar tentang pelaksanaan
bimbingan SKPMg2 di peringkat sekolah. Membimbing Guru Besar dalam menyatakan hasrat dan
matlamat yang hendak dicapai oleh sekolah. Memastikan Guru Besar mempunyai senarai Ahli
Jawaankuasa SKPMg2 dan Pasukan Pelaksana Standard yang sesuai berdasarkan aspek standard.
Selain daripada itu, jadual perancangan penyemakan eviden dan penulisan eviden juga di susun
dengan jelas.
Memberi bimbingan dan kefahaman kepada Guru Besar tentang pelaksanaan SKPMg2 di peringkat
sekolah. Bimbingan juga diberi dari segi tahap tindakan. tahap kualiti, penyediaan eviden dan
penulisan eviden dengan betul.
Berbincang dengan Guru Besar menetapkan masa untuk pelaksanaan bengkel bersama pasukan
pelaksana standard.
Perjumpaan 2: Guru Besar membuat pembentangan isu dan intervensi dalam bengkel kepada pasukan
pelaksana standard dengan bimbingan dan pemerhatian daripada Pegawai pembimbing. Pegawai
pembimbing bertindak sebagai fasilitator semasa bengkel berlaku. Secara berasingan, pembimbing
akan memberi maklum balas kepada Guru Besar berkaitan pembentangan yang dibuat secara
terperinci.
Perjumpaan 3: Pegawai pembimbing mengadakan penilaian dan bimbingan susulan dengan Guru
Besar dan melihat penulisan eviden yang dibuat dengan memberi fokus pada standard 1 dan 2.
Instrumen soal selidik diedarkan untuk melihat kefahaman PPS mengenai kefahaman tentang
SKPMg2 dan penulisan eviden dengan betul.
Perjumpaan 4: Refleksi dibuat dalam memastikan pembudayaan SKPMg2 berlaku di kalangan PPS
112
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
dan warga sekolah. Semakan portal SKPMg2 dalam penulisan eviden disemak melalui portal NKRA.
Perjumpaan 5: Penambahbaikan dibuat dari masa ke semasa. Rumusan keseluruhan tindakan
bersama Guru Besar dan PPS dibincangkan. Pemimpin sekolah akan meneruskan pemantauan dengan
menyediakan jadual berkala.
Sesi selesai. Bimbingan isu lain pada gelung seterusnya.
4.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian melalui semakan dokumen menunjukkan pemimpin sekolah SKPG telah mengadakan
perbincangan awal pada 3 Februari 2020 bersama pembimbing. Seterusnya bertindak mengadakan
mesyuarat dan pemurnian pembentukan jawatankuasa pada 18 Februari 2020. Disebabkan situasi
pandemik covid19, melanda negara pada awal Mac 2020, guru besar telah bertindak mengadakan
bengkel penyediaan dan penulisan eviden dengan PPS pada 30 Julai 2020 dengan pemerhatian
daripada pembimbing.
Proses pelaksanaan penyediaan eviden berlaku sepanjang tahun mengikut tarikh yang
dirancang. Intervensi penyediaan eviden dilaksana untuk membolehkan PPS memberi skor yang tepat.
Berdasarkan dapatan temubual bersama dengan penyelaras SKPMg2 sekolah, proses intervensi
dilaksanakan mengikut perancangan dengan baik. Manakala penulisan eviden dibuat dan dibincangkan
sebelum diisi dalam portal NKRA secara atas talian. Dapatan semakan dokumen juga menunjukkan
guru besar telah membuat semakan pengisian portal SKPMg2 pada 10 Disember 2020, di mana
perbincangan dan penilaian dibuat pada skor yang diberi. Penambahbaikan pada penyediaan dan
pengisian skordibuat mengikut keperluan tahap tindakan dan tahap kualiti yang sesuai.
Pada 12 Disember 2020, guru besar sekali lagi membuat perbincangan menyemak pengisian portal dan
membuat penambahbaikan eviden sokongan. Fakta ini di sokong, dengan persetujuan dari Penolong
Kanan dalam temubual yang diadakan. Ia juga bertindak selaku PPS yang terlibat dalam perbincangan
pada tarikh tersebut menyatakan “Guru Besar memang mengambil berat soal pengurusan SKPMg2 di
sekolah. Dia selalu mengingatkan PPS dan guru-guru dalam penyediaan eviden yang perlu dibuat.”
Dapatan berdasarkan soalan kaji selidik yang diberikan kepada 31 orang responden yang
terdiri daripada pasukan pelaksana standard SKPG, menunjukkan guru besar telah bertindak ke arah
pembudayaan pengurusan SKPMg2 diperingkat sekolah. Bimbingan dan penyemakan berlaku khusus
dalam penyediaan dan penulisan eviden. Pasukan Pelaksana Standard telah memberi respon pada
persoalan-persoalan ini. Setiap soalan kajian akan dibincang satu per satu. Hasil kajian akan
dibentangkan mengikut persoalan kajian pertama, kedua dan ketiga dengan menggunakan instrumen
soal selidik, temubual, semakan dokumen dan pemerhatian. Kesemua item mempunyai format
jawapan iaitu sangat tidak setuju(STS), tidak setuju(TS), setuju (S) dan sangat setuju(SS). Dapatan
kajian mengikut tahap persetujuan PPS pada setiap item dipecahkan kepada dua tahap iaitu tahap
rendah yang terdiri daripada STS, TS dan tahap tinggi terdiri daripada S dan SS.
No Kenyataan Item Persoalan Tahap Rendah Tahap Tinggi
item kajian Bil % Bil %
1 Fahami fungsi SKPMg2 3 7 22 24 77.4
2 Kuasai penulisan eviden 2 8 25.8 23 74.2
3 Tahu penyediaan eviden 3 7 22 24 77.4
4 Mendapat bimbingan tentang 1 2 6.5 29 93.6
SKPMg2
5 Kuasai aspek atandard 1 & 2 2 5 16.1 26 83.8
6 Kuasai tahap tindakan dan 1 3 9.7 28 90.3
tahap kualiti
7 Boleh membuat perkongsian 3 8 25.8 23 74.2
tentang SKPMg2
Jadual 4.1: Pengurusan SKPMg2 di sekolah mengikut bilangan dan peratus.
113
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
4.1.1 Persoalan kajian pertama: Adakah pemimpin sekolah guru besar melakukan
bimbingan tentang tahap Tindakan dan tahap Kualiti pengurusan SKPMg2 kepada guru di sekolah
dengan betul?
Dapatan kajian dari soal selidik dalam jadual 4.1 menjawab persoalan kajian pertama tentang
pemimpin sekolah guru besar melakukan bimbingan tentang pengurusan SKPMg2. Setiap item
menyatakan bilangan dan peratusan pandangan pasukan pelaksana standard dalam bimbingan yang
diterima (item 4) dan tahap Tindakan dan tahap kualiti standard 1 dan standard 2 (item 6).
Bilangan dan peratusan responden di tahap tinggi mengikut susunan item iaitu seramai 29 orang
(93.6%) pada item 4 dan seramai 28 orang (90.3%) pada item 6. Analisa ini menunjukkan peratusan
yang begitu tinggi terhadap persetujuan pasukan pelaksana standard dalam menerima bimbingan dari
pemimpin sekolah. Analisa ini menunjukkan peratusan yang begitu tinggi terhadap persetujuan
pasukan pelaksana standard dalam menguasai tahap Tindakan dan tahap kualiti yang dijelaskan oleh
pemimpin sekolah.
Kenyataan ini disokong dengan hasil temubual guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana selaku
pasukan pelaksana standard bagi standard 1 dan standard 2. Salah sorang guru kanan yang di
temubual iaitu En Harun menyatakan:
“Guru besar mewajibkan semua pasukan pelaksana standard hadir taklimat dan bengkel yang
diberikan oleh beliau sendiri. Saya lihat guru besar lebih bermotivasi selepas perbincangan dengan
puan sebagai pembimbing sekolah”. kenyataan dikukuhkan oleh Pn Rubiah yang menyatakan Guru
besar membimbing kami semua pasukan pelaksana standard dan menjelaskan tentang tahap
Tindakan dan tahap Kualiti dengan baik.
4.1.2 Persoalan kajian ke dua: Adakah pemimpin sekolah guru besar menjelaskan pengurusan
penulisan eviden SKPMg2 standard 1 dan standard 2 dengan betul?
Dapatan kajian dari soal selidik dalam jadual 4.1 menjawab persoalan kajian kedua tentang
pemimpin sekolah guru besar melakukan bimbingan tentang pengurusan SKPMg2 dalam penulisan
eviden SKPMg2 standard 1 dan standard 2. Setiap item menyatakan bilangan dan peratusan
pandangan pasukan pelaksana standard dalam menguasai penulisan eviden (item 2) dan sejauh mana
PPS menguasai aspek standard 1 dan standard 2 (item 5).
Bilangan dan peratusan responden di tahap tinggi mengikut susunan item iaitu seramai 26orang
(83.8%) pada item 5 dan seramai 23 orang (74.2%) pada item 2. Analisa ini menunjukkan peratusan
yang begitu tinggi terhadap persetujuan pasukan pelaksana standard dalam menguasai aspek
standard 1 dan standard 2 yang dijelaskan oleh pemimpin sekolah. Begitu juga dengan penguasaan
penulisan eviden standard 1 dan standard 2 semakin baik selepas mendapat bimbingan dari
pemimpin sekolah.
Kenyataan ini disokong dengan hasil temubual guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana selaku
pasukan pelaksana standard bagi standard 1 dan standard 2. Salah sorang guru yang di temubual iaitu
Puan Suraya menyatakan:
“Guru besar membimbing kami semua pasukan pelaksana standard dan menjelaskan tentang aspek
standard 1 dan standard 2 dengan baik. Dia juga memastikan kami boleh menulis eviden dengan
betul. GB semak semua eviden yang kami tulis bagi setiap aspek dalam standard 1 dan standard 2”.
4.1.3 Persoalan kajian ketiga: Adakah pemimpin sekolah guru besar menunjukkan kaedah yang
sesuai dan intervensi dalam mengatasi isu pengurusan penyediaan eviden dalam SKPMg2
114
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
dalam standard 1 dan 2?
Dapatan kajian dari soal selidik dalam jadual 4.1 menjawab persoalan kajian ketiga tentang
pemimpin sekolah guru besar melakukan bimbingan tentang pengurusan SKPMg2 dalam penyediaan
eviden SKPMg2 standard 1 dan standard 2. Setiap item menyatakan bilangan dan peratusan
pandangan pasukan pelaksana standard dalam menguasai fungsi dan peranan SKPMg2 (item 1) dan
menguasai penyediaan eviden standard 1 dan standard 2 (item 3) dan boleh membuat perkongsian
tentang SKPMg2 (item 7).
Bilangan dan peratusan responden di tahap tinggi mengikut susunan item iaitu seramai 24 orang
(74.4%) pada item 1 dan item 3, manakala seramai 23 orang (74.2%) pada item 7. Analisa ini
menunjukkan peratusan yang tinggi terhadap persetujuan pasukan pelaksana standard dalam
menguasai fungsi dan peranan SKPMg2 oleh pemimpin sekolah. Begitu juga dengan penguasaan
penyediaan eviden standard 1 dan standard 2 semakin baik selepas mendapat bimbingan dari
pemimpin sekolah. Selain pasukan pelaksana standard seramai 23 orang juga bersetuju dapat membuat
perkongsian dengan guru lain.
Kenyataan ini mendapat persetujuan dengan hasil temubual bersma guru dan anggota kumpulan
pelaksana selaku pasukan pelaksana standard bagi standard 1 dan standard
2. Salah sorang guru yang di temubual iaitu Puan Noraini menyatakan:
“Guru besar sering membimbing kami pasukan pelaksana standard dan memastikan kami memahami
dan jelas fungsi dan peranan SKPMg2 dalam mematikan kecemerlangan sekolah”.
Ia disambung oleh En Nordin, seorang anggota pelaksana kumpulan bertindak sebagai pasukan
pelaksana standard bagi standard 2 menjelaskan bahawa dia gembira apabila dilibatkan dalam
taklimat dan bengkel SKPMg2. “ saya merasa dihargai dan bertuah kerana GB masih memberi
kepercayaaan kepada kami anggota kumpulan pelaksana. Saya sendiri rasa malu kalau tidak dapat
menyumbang dalam kecemerlangan sekolah khusus dalam penyediaan eviden standard 2 dalam
SKPMg2. Saya akan buktikan kami juga memahami dengan baik SKPMg2. Sebab itu saya amat
serius dan bersungguh mendengar semasa taklimat dan bengkel yang disampaikan oleh GB sendiri”.
Pn Lucy menambah dengan kenyataan berikut, “Kali ini saya lihat GB amat yakin dalam
menerangkan fungsi dan peranan SKPMg2, saya lihat kunjungan Puan tempohari telah menyuntik
kami termasuk GB hingga dia dapat menerangkan dengan baik dan terkesan kepada kami semua,
syukurlah”.
Kesimpulannya, kajian ini mendapati guru besar sebagai pemimpin sekolah telah menunjukkan sikap
yang positif dan bersedia dibimbing. Guru besar juga tidak malu untuk bertanya sekiranya ada
perkara yang tidak difahami. Beliau kerap merujuk dan berbincang dengan pembimbing untuk
penambahbaikan program sekolah secara berterusan. Guru besar membuat azam untuk membawa
SKPG ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya.
5.0 PERBINCANGAN DAN IMPAK
Dapatan kajian membuktikan bahawa pendekatan Modul JUS 2.0 mampu mengupayakan pemimpin
sekolah dalam membudayakan pengurusan SKPMg2 secara terancang khususnya di Sekolah
Kebangsaan Pulau Gaya, Kota Kinabalu. Daripada tiga persolan kajian yang dibincangkan
mendapati guru besar berjaya memberi taklimat dan bengkel SKPMg2 dengan penuh keyakinan
kepada guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana selaku pasukan pelaksana standard. Selain
daripada itu, guru besar juga telah membimbing dan memastikan pasukan pelaksana standard
menguasai setiap tahap tindakan dan tahap kualiti pada aspek standard 1 dan standard 2 SKPMg2.
Guru besar juga telah berupaya membimbing Pasukan Pelaksana Standard sekolah ini dalam
penulisan eviden dan penyediaan eviden serta pengurusan intervensi untuk penambahbaikan
115
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
pengurusan SKPMg2. Dengan persefahaman yang wujud dan rasa tanggungjawab pada diri
pemimpin sekolah ini, dan kesediaan dibimbing guru besar berupaya meningkatkan skor pencapaian
SKPMg2 2020 khusus pada standard 1 dan standard 2.
Impak dari Modul JUS 2.0 sememangnya mengupayakan Guru Besar membimbing guruguru dan
anggota kumpulan pelaksana selaku pasukan pelaksana standard di sekolahnya ke tahap yang
berkualiti, seterusnya dapat membudayakan pelaksanaan SKPMg2 di kalangan guru di sekolah.
Pasukan pelaksana standard semakin memahami dan membudayakan pelaksanaan SKPMg2 di
peringkat sekolah. Sasaran Key Performent Indikator (KPI) sekolah yang ditentukan adalah
peningkatan peratus pencapaian dalam skor SKPMg2 pada setiap fasa.
Objektif yang ingin dicapai adalah penyediaan dan penulisan eviden dibuat dengan kemas dan
teratur mengikut standard yang ditetapkan dalam SKPMg2. Ini dapat dibuktikan melalui pencapaian
SKPMg2 dalam standard 1, meningkat dari 90.47 pada tahun 2019 ke 94.28 pada 2020. Peningkatan
ketara juga berlaku dalam standard 1.1.5 , Guru Besar sebagai peneraju aktiviti instuksional, dari
87.44% pada tahun 2019 ke 93.81% pada 2020. Peningkatan skor pada guru besar sebagai
pembimbing dalam aspek 1.2.2 standard 1 menunjukkan satu lonjakan yang sangat baik, dimana
pencapaian skor pada 2019 hanya 87.44 telah melonjak ke skor 100 pada tahun 2020. Begitu juga
lonjakan yang ketara berlaku pada guru besar sebagai pendorong dalam 1.3.2 yang mendapat skor
85.94 pada 2019 ke 100 pada 2020.
Manakala bagi standard 2, pencapaian SKPMg2 dalam standard ini, meningkat dari 90.21 pada
tahun 2019 ke 94.94 pada 2020. Peningkatan ketara juga berlaku dalam standard 2.5.2 di mana Guru
Besar sebagai pengurus peraturan sekolah, dari 81.28% pada tahun 2019 ke 93.81% pada 2020.
Peningkatan skor pada guru besar sebagai pengurus asset dalam aspek 1,2,2 standard 1 menunjukkan
satu lonjakan yang sangat baik, dimana pencapaian skor pada 2019 hanya 87.44 telah melonjak ke
skor 100 pada tahun 2020. Begitu juga lonjakan yang ketara berlaku pada guru besar sebagi
pendorong dalam 1,3,2 yang mendapat skor 85.94 pada 2019 ke 100 pada 2020.
Melalui Modul JUS 2.0 juga memberi impak kepada suasana yang selesa dan harmoni yang berjaya
diwujud dan dikekalkan secara sistematik dan terancang. Guru Besar berupaya menggerakkan
organisasinya ke arah pengurusan lebih berkualiti. Pengurusan peraturan sekolah, merancang dan
melaksanakan program peningkatan keakrabaan dengan mekanisme yang sesuai, secara tekal,
menyeluruh dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pembudayaan SKPMg2 memudahkan pihak
sekolah mengakses dokumen yang diperlukan oleh pelanggan atau murid dengan cepat. Murid
menjadi bertambah yakin pada pengurusan sekolah. Keadaan ini, menjadikan iklim dan persekitaran
suasana sekolah yang harmoni. Ini dapat dibuktikan melalui pencapaian skor SKPMg2 dalam
standard 2.5.2 pengurusan organisasi tentang iklim dari 81.28% meningkat ke 93.81%. Di samping
itu, ia juga memberi impak pada persepsi masyarakat tentang pengurusan Pendidikan yang boleh
dipercayai dan ini meningkatkan kredibiliti sistem Pendidikan itu sendiri.
6.0 RUMUSAN
Rumusan kajian menunjukkan pendekatan Modul JUS 2.0 mampu mengupayakan pemimpin sekolah
dalam membudayakan pengurusan SKPMg2 secara terancang khususnya di Sekolah Kebangsaan
Pulau Gaya, Kota Kinabalu. Pendekatan Modul JUS 2.0 dalam mengupayakan pemimpin sekolah
memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan dalam menangani sesuatu isu. Dalam perjumpaan pertama
Modul JUS 2.0, memerlukan kemahiran couching untuk membimbing secara terancang dan
berfokus. Pegawai pembimbing SIPartners+ menggunakan Kemahiran couching model GROW dan
OSKAR untuk mencungkil potensi Guru Besar.
Kemahiran dalam pengetahuan penyoalan juga diperlukan seperti penyoalan berfokuskan
penyelesaian masalah (solution fokus question) yang lebih menjurus fokus masa hadapan dan
bercorak positif. Kemahiran couching dan kemahiran penyoalan ini mampu membantu coachee atau
Guru Besar berfikiran terbuka dan berupaya menemui penyelesaian dengan bimbingan soalan-soalan
116
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
yang diajukan secara terancang. Selain daripada itu, kemahiran komunikasi amat penting dalam
melaksanakan sesi bimbingan dengan coachee atau Guru Besar. Komunikasi hendaklah jelas, padat ,
ringkas dan bersopan. Komitmen kedua belah pihak juga penting dalam menyelesaikan sesuatu isu
yang dibimbing. Oleh yang demikian, kesediaan Guru Besar untuk dibimbing memainkan peranan
pada kejayaan bimbingan. Manakala kebijaksanaan pegawai pembimbing diperlukan untuk
memastikan Guru Besar bersedia dibimbing
Pada perjumpaan ke -2, pemimpin sekolah mampu menerapkan bimbingan yang diterima dan
melaksanakannya di peringkat sekolah. Bimbingan berterusan ke perjumpaan 3,4 dan 5 dalam
penambahbaikan. Pembudayaan SKPMg2 adalah isu sekolah ini yang berjaya dibantu dengan
memgupayakan pemimpin sekolah. Penyelesaian isu di sekolah ini adalah satu kepuasan kepada
pegawai pembimbing namun ia tidak berakhir disini, kesinambungan dan bimbingan diteruskan untuk
memastikan pembudayaan SKPMg2 terus berlaku. Kesimpulannya, keseluruhan dapatan kajian
bersetuju dan membuktikan keupayaan pemimpin sekolah guru besar ada kaitan dengan pendekatan
Modul JUS 2.0. John (1999), “hampir semua model kemajuan, keberkesanan, perubahan dan kualiti
didapati bahawa jantungnya adalah kehadiran kepimpinan.” Kenyataan ini menyokong kepimpinan
sekolah guru besar dalam membawa peningkatan dalam pencapaian skor SKPMg2 di Sekolah
Kebangsaan Pulau Gaya.
RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah, 2011, Kepimpinan dan Penambaikan Sekolah: Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
Artikel Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, 2017. Pelaksanaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2(SKPMg2)
Buku Panduan Pengurusan Program SIPartner. 2012. IAB.
Dokumen SKPMg2 dari NKRA
Edaris Abu Bakri, 2008, Pengurusan Strategik Konsep dan aplikasi untuk Pendidikan: Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
John C.Maxwell, 2008, The Leadership, Handbook26 : Nelson Books.
John S. Oakland, 1996, Pengurusan Kualiti Menyeluruh, di terjemah oleh Mohammad Salmi
Mohd Sohod: DBP.
Koleksi Kajian Tindakan Majlis guru Cemerlang Negeri Sabah, 2015: JPNSabah.
Portal SKPMg2 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 2013.Kementerian Pendidikan Malaysia.
Trikuddin Hj Hassan, 2008, Umar Bin Al Khattab Pembina Empayar Islam : Jahabersa.
117
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
PERUBAHAN PRESTASI MURID DALAM MATAPELAJARAN BAHASA ARAB
TAJUK NOMBOR DAN BILANGAN MELALUI PENGGUNAAN MODUL SaWaPu
NURFAZHILLAH BINTI HJ SABIT
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, SK Kimanis Papar Sabah
[email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) Modul SaWaPu
bagi meningkatkan pencapaian murid. Kajian ini telah dijalankan di SK Kimanis, Papar. Reka bentuk
kajian kuasi eksperimen ini telah dilaksanakan terhadap 53 orang sampel murid Tahun 4. Seramai 26
orang murid telah dipilih mewakili kumpulan rawatan manakala 27 orang murid lagi mewakili
kumpulan kawalan. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dalam kumpulan rawatan telah
diberikan rawatan menggunakan BBM Modul SaWaPu manakala murid dalam kumpulan kawalan
menggunakan BBM konvensional iaitu kad imbasan. Data telah dikumpulkan melalui ujian pra dan
ujian pasca dan dianalisis dengan menggunakan ujian t dua kumpulan sampel bersandar dan ujian t
dua kumpulan sampel tidak bersandar. Ujian t dua kumpulan bersandar telah digunakan untuk
membandingkan pencapaian kumpulan rawatan bagi ujian pra dan ujian pasca dengan min markah
praujian ialah 37 peratus sementara min markah pascaujian pula ialah 95 peratus. Ujian t dua
kumpulan bersandar juga digunakan untuk membandingkan pencapaian kumpulan kawalan bagi
Praujian dan pascaujian dengan min markah praujian ialah 36 peratus sementara min markah
pascaujian pula ialah 48 peratus. Kedua-dua data ini adalah signifikan dengan nilai p < 0.000. Ujian t
dua kumpulan tidak bersandar telah digunakan untuk membandingkan pencapaian pascaujian bagi
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dengan perbezaan min kumpulan rawatan ialah 95 peratus
dan min kumpulan kawalan ialah 48 peratus. Perbezaan ini adalah signifikan dengan nilai p < 0.000.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan BBM Modul SaWaPu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran telah menyumbang kepada peningkatan pada pencapaian murid dalam topik Nombor
dan Bilangan bagi matapelajaran Bahasa Arab.
Kata kunci: Modul SaWaPu, Nombor dan Bilangan, Bahasa arab.
Pendahuluan
Pendidikan bahasa Arab di sekolah rendah di negara kita terbahagi kepada dua kategori secara
spesifik, iaitu pengajaran bahasa Arab dalam kalangan murid beragama Islam dan pengajaran bahasa
Arab dalam kalangan murid bukan Islam. Walaupun hakikatnya pendidikan bahasa Arab adalah hanya
satu iaitu matapelajaran elektif yang wajib dipelajari oleh semua murid tanpa mengira bangsa dan
agama. Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 9 (1998), pihak sekolah hendaklah menawarkan
mata pelajaran Bahasa Arab jika terdapat 15 orang atau lebih murid yang berminat mempelajarinya.
Seterusnya, Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 13 (2004), murid hendaklah memilih BAK sekiranya tidak
mengambil mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil Komunikasi. Pada 2005,
Bahagian Pembangunan Kurikulum memaklumkan pertukaran nama mata pelajaran bahasa Arab
Komunikasi (BAK) kepada mata pelajaran bahasa Arab sahaja. Sekaligus, kurikulum telah berubah
kepada kurikulum bahasa Arab yang baharu berdasarkan perubahan yang berlaku pada buku teks.
Pada tahun 2011, KSSR telah menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
membuat penambahbaikan bagi kurikulum yang sedia ada supaya pengetahuan dan kemahiran yang
relevan dengan keperluan semasa pelajar dapat dipenuhi. Bahan bantu mengajar (BBM) yang
digunakan adalah nota yang boleh didapati dalam buku teks dan latihan membilang secara hafazan.
118
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Objektif Kajian
21. Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan penggunaan Modul SaWaPu terhadap murid
semasa pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Arab tajuk Nombor dan Bilangan
dari segi pencapaian.
22. Objektif Khusus
1. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan tahap prestasi murid antara praujian dan
pascaujian bagi kumpulan rawatan.
2. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan tahap prestasi murid antara praujian dan
pascaujian bagi kumpulan kawalan.
3. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan tahap prestasi murid antara pascaujian bagi
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Hipotesis Kajian
H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min prestasi murid antara praujian dan
pascaujian bagi kumpulan rawatan.
H02: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min prestasi murid antara praujian dan
pascaujian bagi kumpulan kawalan.
H03: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min tahap prestasi murid bagi
pascaujian antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
Sorotan Literatur
23. Pendidikan Bahasa Arab
Bahasa Arab digunakan dalam KSSR telah digubal dengan menepati keperluan CEFR dengan
memberi penekanan pada standard kandungan (SK) dan standard pelajaran (SP) yang perlu diketahui
dan boleh dilakukan oleh murid. SK dan SP ini berpaksikan kemahiran bahasa dan sistem bahasa
yang disokong oleh Elemen Merentas Kurikulum (EMK). Standard ini dipersembahkan dalam
bentuk modular yang menyokong keperluan pembelajaran bahasa. Sehubungan itu, organisasi
kandungan dokumen ini meliputi kemahiran bahasa, seni mempersembahkan bahasa, tema
pembelajaran bahasa dan unsur bahasa. SK dan SP ini juga menyatakan dengan jelas kemahiran
bahasa yang perlu dikuasai dan dijadikan amalan untuk merealisasikan tahap penguasaan maksimum
murid iaitu mampu diaplikasikan dalam kehidupan. Kemahiran bahasa terdiri daripada kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kepentingan kemahiran bahasa ini adalah sebagai kayu
ukur untuk murid- murid mendalami bahasa yang dipelajari dengan lebih baik.
Namun, untuk menguasai kemahiran-kemahiran bahasa arab ini bukan sesuatu yang mudah bagi
murid-murid sekolah rendah. Walaupun SK dan SP telah digubal dengan berdasarkan tahap
kemampuan murid dan berpandukan keperluan CEFR, namun tidak bermakna ia dengan mudah
untuk disampaikan dalam pengajaran oleh guru kepada murid secara efektif dan meninggalkan
impak dalam pembelajaran murid. Melalui kajian dijalankan oleh Mohamad Syukri Abd Rahman,
Mohd Izzuddin Mohd Pisol, & Adnan Mat Ali (2017), kemahiran guru dalam berbahasa Arab,
teknik pengajaran, buku teks yang tidak menepati citarasa setempat dan persekitaran yang tidak
menggalakkan adalah diantara beberapa faktor penentu kejayaan pengajaran dan pembelajaran
bahasa Arab di sekolah.
Tugas utama seorang guru adalah sebagai pemudahcara kepada proses pembelajaran murid-
murid dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka harus
119
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
juga melaksanakan satu pengajaran yang efektif. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar disamping memikirkan keperluan pelajaran, ia
berkait rapat dengan pemilihan kaedah atau keupayaan pelajar. Oleh itu, bagi setiap pendidik atau
pakar bahasa Arab menggunakan kaedah yang berbeza antara satu sama lain. Ahmad Kilani
Mohamad (2001), menekankan empat kaedah dalam PdPc Bahasa Arab iaitu Kaedah nahu Terjemah
(al-Qawaidwal Taijamah), Kaedah Langsung (tl-Mu bas h arah), Kaedah dengar dan tutur (al-
Sam’iyyah al- Shafawiyyah) dan Kaedah Elektik (al-Intiqa’iyyah). Namun, dalam mengajar dan
mempelajari bahasa Arab guru dan murid tidak bergantung pada satu kaedah sahaja untuk meraikan
keperluan semua murid (Mohd Ismail Mustari et al., 2012). Oleh itu, PdPc perlu dilaksanakan dengan
pelbagai kaedah dan aktiviti untuk mempastikan satu objektif pembelajaran boleh dikuasai oleh
semua murid yang berbeza keperluan pembelajaran. Bahkan kaedah-kaedah sedia ada boleh
dievolusikan untuk menghasilkan kaedah yang bersesuaian berdasarkan keperluan murid kita.
Disebabkan itu, para pengajar perlu memilih dan menentukan kaedah dan aktiviti yang meninggalkan
impak dari segi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Impak PdPc yang positif adalah
penting kerana ia menyumbang ke arah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
(Normazidah, 2012).
Pemilihan kaedah, strategi dan aktiviti dalam bahasa Arab adalah sangat penting terutamanya
bagi murid-murid di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, mereka merupakan bukan penutur
jati. Berdasarkan kajian murid dalam kalangan bukan penutur jati adalah sukar untuk menguasai
kemahiran-kemahiran dalam bahasa arab seperti konsonan huruf Arab (Nik Mohd Rahimi et al.,
2010) dan tekanan suara bahasa Arab (Kaseh Abu Bakar & Muhammad Faiz Abdullah, 2018).
Berdasarkan CEFR pembelajaran bahasa perlu diaplikasikan sehingga ia mampu menjadi bahasa
komunikasi dalam kalangan murid dan digunapakai dalam kehidupan seharian. Namun, berdasarkan
kajian pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia adalah tidak menepati ciri pengajaran
komunikatif (Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Rahimi, & Mohd Ala-Uddin Othman, 2011).
Pelaksanaan PdPc bahasa Arab lebih banyak menggunakan teknik pengajaran yang memerlukan
respon terus dan ringkas seperti penggunaan teknik soal jawab dan teknik dengar tutur, teknik ini
mengakibatkan peluang dan fungsi berkomunikasi yang terhad dan terhalang.
24. Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Terdapat banyak kajian dalam dan luar negara berkaitan BBM yang berkesan dan berimpak tinggi
adalah penting dalam pembelajaran ataupun penyampaian sesuatu isi kandungan pelajaran.
Sememangnya, dipasaran terdapat banyak BBM yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga yang terlibat
dengan dunia pendidikan namun kualiti dan kesesuaian fungsi BBM tersebut belum dapat dipastikan
kerana BBM tersebut hanya dihasilkan berdasarkan nilai keusahawanan (Tomlinson, 2011). Walaupun
begitu, guru perlu menyediakan sendiri dan menggunakan BBM yang bersesuaian dengan keperluan
murid dan sukatan pelajaran. PdPc yang efektif dapat dilihat melalui sejauh mana kebolehan guru-guru
dalam menghasilkan PdPc yang interaktif.
Dapatan kajian Faizah Ja’apar (2017) menyatakan amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap
BBM adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan sesi pembelajaran dan pengajaran,
menimbulkan rangsangan keinginan murid-murid untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan
pembelajaran lebih menarik. Kajian ini dilakukan secara general kepada semua guru dan
menggunakan reka bentuk tinjauan dengan instrument soal selidik. Proses transformasi dalam bidang
pendidikan amnya telah melalui perubahan yang drastik daripada gaya PdPc secara konvensional
kepada gaya pembelajaran yang menepati keperluan pendidikan Abad 21 dengan menggunakan BBM
buku teks yang tidak menepati citarasa setempat dan persekitaran yang tidak menggalakkan adalah
diantara beberapa faktor penentu kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah.
Tugas utama seorang guru adalah sebagai pemudahcara kepada proses pembelajaran murid-
murid dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka harus
juga melaksanakan satu pengajaran yang efektif. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
120
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar disamping memikirkan keperluan pelajaran, ia
berkait rapat dengan pemilihan kaedah atau keupayaan pelajar. Oleh itu, bagi setiap pendidik atau
pakar bahasa Arab menggunakan kaedah yang berbeza antara satu sama lain. Ahmad Kilani
Mohamad (2001), menekankan empat kaedah dalam PdPc Bahasa Arab iaitu Kaedah nahu Terjemah
(al-Qawaidwal Taijamah), Kaedah Langsung (tl-Mu bas h arah), Kaedah dengar dan tutur (al-
Sam’iyyah al- Shafawiyyah) dan Kaedah Elektik (al-Intiqa’iyyah). Namun, dalam mengajar dan
mempelajari bahasa Arab guru dan murid tidak bergantung pada satu kaedah sahaja untuk meraikan
keperluan semua murid (Mohd Ismail Mustari et al., 2012). Oleh itu, PdPc perlu dilaksanakan
dengan pelbagai kaedah dan aktiviti untuk mempastikan satu objektif pembelajaran boleh dikuasai
oleh semua murid yang berbeza keperluan pembelajaran. Bahkan kaedah-kaedah sedia ada boleh
dievolusikan untuk menghasilkan kaedah yang bersesuaian berdasarkan keperluan murid kita.
Disebabkan itu, para pengajar perlu memilih dan menentukan kaedah dan aktiviti yang
meninggalkan impak dari segi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Impak PdPc yang
positif adalah penting kerana ia menyumbang ke arah mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif (Normazidah, 2012).
Pemilihan kaedah, strategi dan aktiviti dalam bahasa Arab adalah sangat penting terutamanya
bagi murid-murid di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, mereka merupakan bukan
penutur jati. Berdasarkan kajian murid dalam kalangan bukan penutur jati adalah sukar untuk
menguasai kemahiran-kemahiran dalam bahasa arab seperti konsonan huruf Arab (Nik Mohd Rahimi
et al., 2010) dan tekanan suara bahasa Arab (Kaseh Abu Bakar & Muhammad Faiz Abdullah, 2018).
Berdasarkan CEFR pembelajaran bahasa perlu diaplikasikan sehingga ia mampu menjadi bahasa
komunikasi dalam kalangan murid dan digunapakai dalam kehidupan seharian. Namun, berdasarkan
kajian pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia adalah tidak menepati ciri pengajaran
komunikatif (Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Rahimi, & Mohd Ala-Uddin Othman, 2011).
Pelaksanaan PdPc bahasa Arab lebih banyak menggunakan teknik pengajaran yang memerlukan
respon terus dan ringkas seperti penggunaan teknik soal jawab dan teknik dengar tutur, teknik ini
mengakibatkan peluang dan fungsi berkomunikasi yang terhad dan terhalang.
25. Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Terdapat banyak kajian dalam dan luar negara berkaitan BBM yang berkesan dan berimpak tinggi
adalah penting dalam pembelajaran ataupun penyampaian sesuatu isi kandungan pelajaran.
Sememangnya, dipasaran terdapat banyak BBM yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga yang terlibat
dengan dunia pendidikan namun kualiti dan kesesuaian fungsi BBM tersebut belum dapat dipastikan
kerana BBM tersebut hanya dihasilkan berdasarkan nilai keusahawanan (Tomlinson, 2011).
Walaupun begitu, guru perlu menyediakan sendiri dan menggunakan BBM yang bersesuaian dengan
keperluan murid dan sukatan pelajaran. PdPc yang efektif dapat dilihat melalui sejauh mana
kebolehan guru-guru dalam menghasilkan PdPc yang interaktif.
Dapatan kajian Faizah Ja’apar (2017) menyatakan amalan, kemahiran dan sikap guru terhadap
BBM adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan sesi pembelajaran dan pengajaran,
menimbulkan rangsangan keinginan murid-murid untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan
pembelajaran lebih menarik. Kajian ini dilakukan secara general kepada semua guru dan
menggunakan reka bentuk tinjauan dengan instrument soal selidik. Proses transformasi dalam bidang
pendidikan amnya telah melalui perubahan yang drastik daripada gaya PdPc secara konvensional
kepada gaya pembelajaran yang menepati keperluan pendidikan Abad 21 dengan menggunakan
BBM bahan bantu mengajar (BBM) yang menyeluruh amat perlu dititikberatkan dalam PdPc
disekolah (Lubis et al., 2014) kerana melalui kajian mereka mendapati guru dan murid sebaliknya
mempunyai sikap tidak berusaha yang efektif dan efiesen bersesuaian dengan kemahiran pendidikan
masa kini. Guru-guru yang kreatif dan inovatif boleh dicontohi oleh guru-guru yang lain kerana
menggunakan BBM yang sedia ada atau menghasilkan BBM yang baru untuk proses PdPc (Dan et
al., 2010).
Menurut kajian Jasmi, Ilias, Tamuri, & Mohd Hamzah (2011) menyatakan guru-guru
121
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
cemerlang (GC) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam menggunakan BBM sebagai pemudah cara
untuk guru bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid dan
peranan guru hanya 25 peratus sahaja daripada keseluruhan proses PdPc. Kajian kes ini dijalankan
dalam kalangan GC Sekolah Menengah. Namun, dapatan kajian Mohd Noh, Ilias, Husain,
Sulaiman, & Abdullah (2016) menyatakan terdapat kekangan dalam usaha guru untuk
mempelbagaikan sumber bahan untuk mendapatkan BBM seperti kekangan masa dan kekurangan
bahan rujukan sedia ada. Kajian ini melibat guru pendidikan Islam dan menggunakan reka bentuk
kualitatif. Ini menjelaskan bahawa, guru pendidikan Islam keseluruhannya mempunyai inisiatif dan
usaha untuk meningkatkan pengetahuan semasa berkenaan bahan bantu mengajar walaupun
berbeza dari segi status samada guru biasa mahu pun guru cemerlang. Namun, kajian ini hanya
menyebutkan berkenaan guru Pendidikan Islam secara khusus dan tidak menyebut guru bahasa
Arab.
Namun, kekangan masa dalam menyediaan BBM bukanlah satu-satunya masalah yang
dihadapi oleh para guru. Kenyataan ini telah dibuktikan melalui kajian Nor Aziah Binti Jema’on et
al. (2017), permasalahan yang dihadapi dalam PdPc bahasa Arab terbahagi kepada tiga tema utama
iaitu masalah pelajar, masalah guru dan masalah lain. Manakala masalah guru yang utama adalah
kurang penggunaan bahan bantu mengajar, penggunaan kaedah yang kurang sesuai serta masalah
sikap guru. Kajian ini berdasarkan kajian lima artikel daripada lima jurnal berbeza. Hal ini
dibuktikan melalui kajian Mohd Mahidi bin Musa (2011) dan Jasmi, Tamuri, & Mohd Hamzah
(2011), kekurangan sumber bahan ini juga menyebabkan pelajar kurang pendedahan dan
persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang dilaksanakan oleh sekolah. Hal ini akan
menyebabkan prestasi pelajar dalam peperiksaan akhir akan terganggu kerana kurang pendedahan
terhadap sumber BBM yang mampu menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan kritis dan kreatif
(Mwathwana et al., 2014). Kekurangan sumber ini juga menyebabkan guru tidak mampu
meluangkan masa untuk pelajar dalam PdPc kerana tidak membuat persediaan sebelum
menggunakan BBM (Mohd Faeez Ilias et al., 2016). Berdasarkan kajian-kajian tersebut
membuktikan impak besar fungsi BBM dalam mempengaruhi tahap kefahaman pelajar dan tempoh
ingatan pelajar terhadap satu-satu isi pelajaran.
Walau bagaimanapun, kurikulum yang digubal oleh kerajaan adalah sama bagi semua
murid diseluruh negara, matapelajaran Bahasa Arab tidak terlepas daripada situasi ini. Namun,
guru boleh mengolah isi kandungannya secara berbeza berdasarkan tahap keupayaan, gaya
pembelajaran dan minat kanak-kanak yang berlainan. Manakala semasa proses PdPc, aktiviti
pengajaran guru seharusnya berdasarkan kepelbagaian kanak-kanak dalam aspek keupayaan, gaya
pembelajaran dan minat. Menurut Mohammad Haafiz Ahmid et al (2018), tahap motivasi pelajar
sekolah menengah adalah rendah terhadap mata pelajaran Bahasa Arab kerana merasa kesukaran
untuk menguasai matapelajaran ini. Justeru, kajian ini menjelaskan kemungkinan aspek pengajaran
guru boleh menjadi punca perubahan kepercayaan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa
Arab. Ahmad Kilani Mohamad (2001) menyokong telah menyatakan fakta ini melalui buku
bahawa faktor meningkat atau menurunnya pencapaian murid dalam bahasa Arab membabitkan
sikap dan tindakan para pelajar, antaranya ialah kecenderungan atau minat pelajar.
Lantaran itu, para pendidik perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menghasil bahan bantu
mengajar yang dapat menjadi alat dan pendorong para pelajar agar dapat mengimplementasikan ciri
kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka. Ini kerana dalam menghasilkan suatu sesi
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang efektif dan berimpak tinggi serta bersesuaian dengan
keperluan pelajar memerlukan bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Penggunaan mengatasi
masalah-masalah yang dihadapi dalam PdPc bahasa Arab melalui pengajaran yang kreatif, inovatif
dan berkualiti agar penguasaan pelajar dalam bahasa Arab dapat ditingkatkan. Menurut kajian Mohd
Zaki Ismail, Kaseh Abu Bakar, Nik Farhan Nik Mustapha, & Nurazan M Rouyan (2016),
penggunaan strategi yang terhad dan dilaksanakan secara mendatar menuntut guru bahasa Arab
untuk mengajarkan kepada para pelajar strategi pembelajaran kosa kata yang lebih efektif. Mereka
mesti dibimbing dan dilatih untuk memilih dan menggunakan strategi pembelajaran kosa kata secara
berkesan. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Kesimpulannya, kajian ini mempunyai permasalahan
yang berbeza namun mempunyai dapatan yang sama, iaitu transformasi kaedah dan strategi PdPc
adalah kuasa mutlak seseorang guru. Guru perlu memahami kesan positif dan negatif tindakan dan
122
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
keputusan yang diambil dalam menyampaikan isi pelajaran akan memberi impak secara terus kepada
murid.
Namun tidak dinafikan, terdapat beberapa pengkaji telah menjalankan kajian untuk
menghasilkan BBM yang baik dan sesuai dengan keperluan kurikulum Bahasa Arab yang telah
ditetapkan kementerian. Kajian Mohd Shahrizal Nasir, Mohd Firdaus Yahaya, Mohd Fauzi Abdul
Hamid, & Muhammad Sabri Sahrir (2016), Laman e-pembelajaran yang dikenali sebagai EZ-
Arabic.net dibina bagi membantu para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dengan pemanfaatan
teknologi. Dapatan kajian mendapati tahap penerimaan pengguna laman EZ-Arabic.net sebagai
medium alternatif untuk mempelajari dan memahami bahasa Arab. Berdasarkan analisis yang dibuat,
respons pelajar amat positif khususnya melibatkan kandungan laman EZ-Arabic.net, persembahan
dan minat mereka untuk menggunakan laman e-pembelajaran ini dalam mempelajari bahasa Arab.
Kajian ini merupakan kajian kualitati yang melibatkan murid sekolah rendah. Oleh itu, kajian
berkenaan penghasilan BBM berkualiti dan memberikan impak didalam PdPc perlu dipergiatkan
bagi memberikan peluang dan pilihan kepada guru-guru Bahasa Arab menggunakan BBM yang telah
terbukti keberkesanannya tanpa membina BBM baharu yang memerlukan pengorbanan masa, tenaga
dan idea.
Metodologi Kajian
26. Reka Bentuk Kajian
Kajian kuasi eksperimen ini digunakan untuk menilai kesan Modul SaWaPu yang direka bentuk oleh
pengkaji. Ini kerana, responden kajian ini adalah secara tidak rawak (bebas) atas sebab beberapa faktor
seperti kos, masa dan keizinan pentadbir sekolah. Kajian ini digunakan kepada eksperimen yang
mempunyai rawatan, ukuran pengeluaran dan unit eksperimen tetapi tidak menggunakan penetapan
rawak untuk membuat perbandingan. Perbandingan dibuat bergantung kepada kumpulan tidak setara
yang berbeza antara satu sama lain daripada pelbagai aspek selain selain aspek rawatan dimana
kesannya akan diuji (Cook & Campbell 1997; Cresswell 2008; Ghazali Darusalam & Sufean Hussin
2019). Responden kajian ini adalah murid Tahun 4 di SK Kimanis, Papar Sabah untuk melaksanakan
dua jenis pendekatan pengajaran. Kumpulan rawatan diberikan olahan pengajaran, iaitu PdPc
menggunakan Modul SaWaPu. Manakala kumpulan kawalan mengamalkan corak pengajaran sedia
ada menggunakan BBM konvensional iaitu Kad Imbasan. Praujian telah diberikan kepada kedua-dua
kumpulan sebelum pengajaran dilaksanakan. Manakala ujian pasca telah dilaksanakan selepas
pengajaran Modul SaWaPu. Menurut Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2019), set item praujian
dan pascaujian hendaklah sama. Rekabentuk kajian kuasi eksperimen melalui ujian pra - pasca dua
kumpulan boleh dilihat berdasarkan rajah 1 berikut:
Kumpulan Kawalan
O XY
Kumpulan Rawatan Y
OR
Rajah 1: Rekabentuk kuasi eksperimen ujian pra - pasca dua kumpulan
Penerangan:
O=
pengujian
pra. x = tiada
Rawatan
R = Rawatan Modul SaWaPu
123
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Y = pengujian pasca
27. Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan sebuah sekolah sahaja namun melibatkan dua buah kelas tahun Empat (4) di
SK Kimanis, Papar. Justifikasi pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan jumlah n = 40 adalah
berdasarkan kepada teknik pemilihan sampel dalam kajian kuasi eksperimen, pemilihan sampel
adalah tidak rawak yang boleh diambil dari mana-mana lokasi kajian asalkan mencukupi atau
melebihi n = >30 (Cresswell, 2008).
28. Instrumen Kajian
Instrumen kajian terdiri daripada satu set soalan praujian dan satu set soalan pascaujian. Ujian
pencapaian digunakan untuk mengukur pengetahuan atau kemahiran individu dalam sesuatu
bidang atau subjek (Noraini 2010). Tujuan ujian pencapaian digunakan di sekolah adalah untuk
menilai keberkesanan pembelajaran atau pengajaran. Dalam konteks kajian ini, ujian pencapaian
yang digunakan ialah kategori ujian pencapaian yang khusus yang menilai kemahiran individu
dalam mata pelajaran yang spesifik, iaitu bahasa Arab tajuk nombor dan bilangan.
29. Prosedur Kajian
Seminggu sebelum rawatan, kesemua peserta dalam kedu-dua kumpulan diberikan praujian.
Kemudian, rawatan dijalankan kepada kedua-dua kumpulan selama empat minggu. Peserta
melaksanakan aktiviti yang dirancang dalam kedua-dua modul, sambil dipantau oleh guru dari
semasa ke semasa. Pada minggu yang ke-5, kedua-dua kumpulan diberikan pascaujian yang
disetarakan kandungannya dengan prauijian bagi mengekalkan tahap kebolehpercayaan (Lim
2007). Skor-skor daripada ujian pra dan pasca dikumpulkan dan dibandingkan bagi mengkaji
perubahan yang berlaku terhadap tahap pencapaian peserta dalam kedua-dua kumpulan sebelum
dan selepas menerima rawatan.
Dapatan Kajian
30. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan tahap prestasi murid antara praujian dan
pascaujian bagi kumpulan rawatan.
31.
Ujian t berpasangan telah digunakan untuk mengukur perbandingan pencapaian pelajar dalam
kumpulan yang menggunakan rawatan BBM Modul SaWaPu. Jadual 1 menunjukkan analisis
perbandingan pencapaian murid dalam kumpulan BBM Modul SaWaPu. Ujian T berpasangan telah
digunakan untuk membanding pencapaian praujian dan pascaujian dalam kumpulan rawatan (min
markah). Min markah untuk kumpulan Modul SaWaPu ini dalam praujian ialah 37.54 (18.636)
sementara min pascaujian pula ialah 95.08 (5.43). Peningkatan ini adalah signifikan dengan nilai p
< 0.000.
Jadual 1 Perbandingan min markah praujian dan pascaujian bagi kumpulan
rawatan
umpulan N (SP)Min caujian P
ujian (4.72)95.08 0.000
odul
t SaWaPu (19.55)37.54
26
124
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
32. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan tahap prestasi murid antara praujian dan
pascaujian bagi kumpulan kawalan.
Ujian t berpasangan telah digunakan untuk mengukur perbandingan pencapaian murid dalam
kumpulan kawalan BBM Konvesional iaitu kad imbasan. Jadual 2 menunjukkan analisis
perbandingan pencapaian pelajar dalam kumpulan kawalan. Ujian t berpasangan telah
digunakan untuk membanding pencapaian praujian dan pascaujian dalam kumpulan kawalan
(min markah). Min markah untuk kumpulan kawlaan ini dalam praujian ialah 36.15 (15.550)
sementara min pascaujian pula ialah 48.37 (4.725). Peningkatan ini adalah signifikan dengan
nilai p < 0.000.
Jadual 2 Perbandingan min markah praujian dan pascaujian bagi kumpulan
Kawalan
KumpulanK N Min
PraujianPra
PascaujianPas P
BBMM
KonvensionalKi 35.15 48.37 < 0.000<
26
125
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
33. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan tahap prestasi murid antara pascaujian
bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Ujian t tidak bersandar telah digunakan untuk mengukur perbandingan pencapaian pascaujian
murid dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Disebabkan kajian ini melibatkan dua
jenis kumpulan serta reka bentuk kajian dua kumpulan maka ujian ini sesuai digunakan untuk
mengukur perbandingan pencapaian pelajar dalam kedua-dua kumpulan. Tambahan lagi, skor
bagi setiap data adalah bertaburan normal.
Berdasarkan jadual 3, diperolehi nilai sig. (2 tailed) sebesar 0.000 < 0.05 maka dapat
disimpulkan ada perbezaan di antara PdPc menggunakan BBM Modul SaWaPu dengan PdPc
BBM konvensional. Terdapat perbezaan signifikan terhadap pencapaian pascaujian yang
terlibat dalam pembelajaran menggunakan BBM Modul SaWaPu dan pembelajaran BBM
konvensional. Min markah untuk kedua-dua kumpulan masing-masing adalah min pascaujian
bagi kumpulan rawatan ialah 95.08 (5.43) manakala min pasca ujian bagi kumpulan kawalan
pula ialah 48.37 (4.725).
Jadual 3 Perbandingan min markah ujian pra dan ujian pasca bagi dua kumpulan kajian
Kelas N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
Pascaujian Kumpulan Rawatan 26 95.08 5.433 1.065
Pascaujian Kumpulan Kawalan 27 48.37 25.854 4.886
Perbincangan
Hasil daripada rawatan yang dijalankan, kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
pencapaian mata pelajaran bahasa Arab tajuk nombor dan bilangan dengan menggunakan PdPc
BBM Modul SaWaPu. Bahkan, peningkatan tersebut adalah besar dengan perbezaan sebanyak
57.54 peratus. Kajian juga mendapati bahawa terdapat peningkatan pencapaian mata pelajaran
bahasa Arab tajuk nombor dan bilangan dengan menggunakan PdPc BBM konvensional.
Namun, peningkatan tersebut adalah kecil dengan perbezaan sebanyak 13.22 peratus.
Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab
bagi murid kumpulan rawatan menggunakan PdPc BBM Modul SaWaPu dengan adalah lebih
baik berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan pendekatan PdPc BBM
konvensional. Ini Disebabkan BBM Modul SaWaPu dibina menepati keperluan kemahiran
tersebut. Ini bersesuaian dengan saranan Nurul Haniza et.al, 2017, iaitu salah satu prinsip
pembinaan bahan adalah ketepatan. Prinsip ini bermaksud bahan-bahan pengajaran yang dibina
perlulah mampu mengungkapkan kemahiran yang ingin digariskan secara tepat. Modul
SaWaPu yang dilengkapi dengan isi pelajaran lepas, semasa dan eksplorasi kendiri kepada isi
pelajaran akan datang menyumbang kepada peningkatan prestasi yang besar. Ciri-ciri BBM
yang berimpak ini perlu dijadikan pilihan dalam pemilihan BBM satu-satu isi pelajaran.
Rumusan
Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan
menggunakan BBM Modul SaWaPu yang dijalankan berjaya meningkatkan prestasi murid
dalam tajuk Nombor dan Bilangan. Kajian ini juga merumuskan bahawa BBM yang digunakan
sesuai dengan keadaan murid akan wujudnya keinginan yang tinggi dalam kalangan murid yang
mendorong kepada peningkatan prestasi murid itu. BBM Modul SaWaPu ini mampu membantu
murid sekaligus meningkatkan pemahaman dan prestasi pelajar. Selain itu, jika ia ditambahbaik
126
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
lagi dengan kelengkapan keperluan pembelajaran secara digital, ianya dijangkakan lebih
memberikan kesan yang meluaskan secara generalisasi. Kajian mengenai kesan BBM Modul
SaWaPu yang digunakan semasa proses PdPc patut dikembangkan kepada semua peringkat
murid. Kajian menggunakan kaedah ini penting untuk menghasilkan BBM pengajaran yang
amat berkesan dan berimpak. Justeru, penyelidik berharap kajian ini dapat diteruskan pada
masa hadapan agar hasil kajian yang diperolehi lebih baik dan meyakinkan.
Rujukan
Ahmad Kilani Mohamad. (2001). Teori pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-
sekolah menengah agama di Malaysia (Issham Ismail (ed.); Pertama). UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016a). Bahasa Arab: Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Tahun 4. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016b). Bahasa Arab Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Tahun 2. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dan, O., Pendahuluan, B. A. B., Charil, S., Sarju, H. Bin, Hamzah, R. B., Udin, A. Bin,
Musnizam, M., Mustapha, J. @, Halim, A., Ya, T. R., Mohd Yusoff Dagang, Kajian, M.,
Rahman, N. A. S. A., Noor, M.
A. M., Yusof, R., Yusof, H., Khadijah Alavi, Rahim M.Sail, Lukman Abdul Mutalib,
Anwar Ahmad, Shamsul Shah Trajo, Nor Ellina Abdul Razak, … Jasmi, K. A. (UKM).
(2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian
Kes. Journal of Islamic and Arabic Education.
https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Faizah Ja’apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (Bbm) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
(P&P) Di Sekolah Menengah Kebangsaan (Smk) Daerah Pontian. Fakulti Pendidikan Dan
Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 1–48.
Lubis, M. A., Alias, Z., & Shaharuddin, H. N. (2014). Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kurikulum Bu ’ uth Al-Azhar di Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan ( SABK ). Jurnal Pendidkan Malaysia, 39(1), 51–61.
Mcleod, S. (2018). The Zone of Proximal Development and Scaffolding.
https://www.simplypsychology.org/Zone-of-Proximal-Development.html
Mohd Noh, M. A., Ilias, M. F., Husain, K., Sulaiman, M. S., & Abdullah, M. (2016). Inisiatif
dan Usaha Guru dalam Meningkatkan Pengetahuan Semasa Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar. Journal of Social Sciences and Humanities.
Mohamad Syukri Abd Rahman, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, & Adnan Mat Ali. (2017).
Pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama Integrasi
(SRAI) Selangor. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 4(2), 202–214.
Mohd Mahidi bin Musa. (2011). Pembangunan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan E-Peta
Minda Bertajuk “The Reactivity Series Of Metals And Its Applications” Untuk Kimia
Tingkatan Lima. Universiti Teknologi Malaysia.
127
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Mohd Shahrizal Nasir Mohd Firdaus Yahaya Mohd Fauzi Abdul Hamid Muhammad Sabri
Sahrir. (2016). Analisis Respons Pelajar terhadap Reka Bentuk Laman E-Pembelajaran
Bahasa Arab melalui EZ- Arabic.net untuk Pelajar Sekolah Rendah. Jurnal Sultan
Alauddin Sulaiman Shah, 3, 1–18.
Normazidah, B. M. (2012). Penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan
Guru Peringkat Sekolah Rendah: Satu Penilaian. 339.
Nik Mohd Rahimi, Harun Baharudin, Ghazali Yusri, Kamarul Shukri Mat Teh, & Mohamed
Amin Embi. (2010). Pembelajaran konsonan Arab mengikut pelat bahasa Melayu. GEMA
Online Journal of Language Studies.
Normazidah, B. M. (2012). Penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan
Guru Peringkat Sekolah Rendah: Satu Penilaian. 339.
Sidek Mohd. Noah, & Jamaludin Ahmad. (2017). Pembinaan modul: bagaimana membina
modul latihan dan modul akademik. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Tomlinson, B. (2011). Materials development in language teaching (B. Tomlinson (ed.);
second). Universiti Press, Cambridge.
Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Rahimi, & Mohd Ala-Uddin Othman. (2011). Teknik
Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA Techniques For Teaching Arabic
Speaking Skills In National Religious Secondary Schools In Malaysia. GEMA OnlineTM
Journal of Language Studies Volume 11(2) May 2011 67.
128
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
HUBUNGAN METAKOGNISI DENGAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN ISLAM
PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANTAI
BARAT UTARA SABAH.
NORASHAH BINTI KAMARUDIN
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti aras Metakognisi dan tahap pencapaian pelajar- pelajar Tingkatan
Empat yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam di Pantai Barat Utara Sabah. Ia juga
mengkaji hubungan metakognisi pelajar yang terdiri daripada lapan dimensi iaitu pengetahuan
deklaratif, pengetahuan prosedur, pengetahuan kondisional, perancangan, pemantauan, penilaian,
strategi “debugging” dan strategi pengurusan maklumat dengan pencapaian dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Data dikutip dengan
menggunakan instrumen yang diadaptasi daripada "Metacognitive Awareness Inventori" (MAI).
Kajian melibatkan 280 orang pelajar di beberapa buah daerah Pantai Barat Utara Sabah. Bagi
menentukan tahap metakognisi dan hubungannya dengan pencapaian pelajar data-data yang dikutip
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu menghuraikan ciri- ciri responden
berdasarkan kekerapan serta peratus dan statistik inferensi iaitu Korelasi Pearson. Dapatan kajian
menunjukkan metakognisi pelajar dalam lapan dimensi yang dikaji adalah tinggi. Analisis korelasi
Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara lapan dimensi dalam
metakognisi dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Berdasarkan dapatan
kajian ini, implikasi dan cadangan kajian lanjutan turut dibincangkan.
Kata kunci : Metakognisi, Pencapaian Akademik Pendidikan Islam.
PENGENALAN
Pendidikan merupakan suatu perkara yang amat dituntut oleh setiap insan. Tanpa
pendidikan hidup tidak akan sempurna. Sistem pendidikan di Malaysia yang dilalui oleh setiap
pelajar yang berada di sekolah rendah dan menengah lazimnya mengambil masa lebih kurang
selama 13 tahun di bangku persekolahan. Pelbagai pendedahan akan diberikan kepada pelajar untuk
melengkapkan diri dengan keperluan dunia dan akhirat. Sehubungan dengan itu juga, Pendidikan
Islam diajar kepada setiap pelajar muslim bertujuan untuk melengkapkan diri dengan kemahiran
membaca al-Quran dan ilmu Feqah bagi memantapkan keimanan dan amalan seseorang.
Bermulanya sejarah Pendidikan Islam seiring dengan kedatangan Islam itu sendiri (Dr.
Gamal Zakaria, 2002). Pendidikan yang berasaskan nilai-nilai Islamiah tidak hanya menghadkan
pengajaran akademik hanya semata-mata di dalam bilik darjah bahkan Pendidikan Islam dipelajari
secara berterusan sama ada secara formal dan tidak formal. Para pendidik berusaha memberikan
bimbingan dan asuhan setiap masa secara jujur dan ikhlas bertujuan menjadikan individu beriman
dan bertakwa (Kamarudin Hj.Kachar,1989).
Metakognisi merupakan ‘kognisi tentang kognisi’ atau ‘pemikiran tentang pemikiran’.
Komponen penting dalam metakognisi adalah berkaitan dengan pengetahuan tentang kognisi dan
kebolehan memantau, meregulasi dan mengawal sebarang hal ehwal kognitif (Flavell 1976).
Definisi ini mencadangkan bahawa ketika proses berfikir atau belajar berlangsung, individu itu
boleh memilih kemahiran dan strategi yang sesuai mengikut keperluan tugasan pemikiran atau
pembelajaran yang sedang dijalankan.
Istilah metakognisi pertama kali yang diperkenalkan oleh Flavell pada tahun 1976.
Metakognisi terdiri dari imbuhan “meta” dan “kognisi”. “Meta” merupakan awalan untuk kognisi
129
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
yang artinya “selepas” kognisi. Penambahan awalan “meta” pada kognisi untuk merefleksikan
idea bahawa metakognisi di ertikan sebagai kognisi tentang kognisi, pengetahuan tentang
pengetahuan atau berfikir tentang berfikir.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini secara khususnya ingin meneliti hubungan antara metakognisi dengan
pencapaian Pendidikan Islam di kalangan pelajar Tingkatan Empat. Kedua-dua konstruk ini
dipercayai saling berkaitan dan dijangkakan memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi pencapaian Pendidikan Islam di kalangan pelajar. Metakognisi merupakan ‘kognisi
tentang kognisi’ atau ‘pemikiran tentang pemikiran’. Komponen penting dalam metakognisi adalah
berkaitan dengan pengetahuan tentang kognisi dan kebolehan memantau, meregulasi dan mengawal
sebarang hal ehwal kognitif (Flavell 1976). Definisi ini mencadangkan bahawa ketika proses
berfikir atau belajar berlangsung, individu itu boleh memilih kemahiran dan strategi yang sesuai
mengikut keperluan tugasan pemikiran atau pembelajaran yang sedang dijalankan.
Proses metakognisi membantu meningkatkan pembelajaran dengan cara membimbing
pelajar atau seseorang itu berfikir, membantu seseorang itu menentukan tingkah laku yang akan
diambil apabila dia cuba memahami sesuatu keadaan menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan. Apabila seseorang pelajar itu sedar tentang apa yang difikirkan maka ianya akan dapat
merancang apa yang hendak dipelajari, memantau kemajuan pembelajaran diri serta dapat menilai
apa yang dipelajari dan dengan ini dapat membantu seseorang itu meningkatkan pencapaiannya
dalam setiap mata pelajaran yang diambil khususnya Pendidikan Islam.
PERNYATAAN MASALAH
Pencapaian pelajar yang baik dalam pembelajaran bukan hanya merupakan matlamat guru,
ibubapa bahkan menjadi harapan seluruh negara untuk melahirkan insan yang mampu membawa
negara, bukan hanya untuk bersaing di peringkat antarabangsa, tetapi juga menjaga keutuhan dan
kedaulatannya dalam abad yang penuh mencabar ini. Disamping itu juga negara mengharapkan
warganya mempunyai ilmu pendidikan yang tinggi sama ada ilmu duniawi dan ukhrawi untuk
mencapai kesejahteraan hidup.
Abdul Razak (1988) dalam kajiannya mendapati pelajar kurang berminat terhadap mata
pelajaran Pendidikan Islam. Ini menyebabkan pencapaian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di
sekolah-sekolah rendah di Malaysia adalah sederhana. Abdul Raof Dalip (1990) dalam kajiannya
menyatakan Pendidikan Islam adalah bertujuan untuk mencapai keseimbangan pertumbuhan diri
peribadi manusia yang merangkumi seluruh aspek sama ada dari segi jasmani, ilmiah, bahasa dan
ianya mendorong aspek- aspek tersebut kearah kebaikan dan pencapaian kesempurnaan hidup.
Pada peringkat awal, kajian-kajian tentang metakognisi dijalankan di kalangan pelajar
muda (Flavell, Friedrich & Hoyt 1970). Selepas diperkenalkan oleh Flavell pada tahun 1976,
metakognisi mula diberi perhatian oleh para pengkaji pada awal tahun 1980an. Seiring dengan
peralihan penekanan daripada teori tingkah laku kepada teori kognitif dalam bidang psikologi,
kajian tentang pengajaran dan pembelajaran di kolej menjadi lebih seiring dengan kajian di
peringkat sekolah. Perkembangan seterusnya menampakkan kajian tentang metakognisi juga
dijalankan di kalangan pelajar yang lebih matang.
Beberapa kajian lepas yang ditinjau telah mendokumentasikan kepentingan metakognisi
dan hubungannya dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti (Mohammed Darabie
2000). Secara keseluruhan, dapatan kajian tersebut dapat menerangkan kemungkinan kepentingan
peranan metakognisi terhadap pencapaian akademik dan mungkin merupakan salah satu cara untuk
memahami perbezaan dalam pencapaian akademik di kalangan pelajar. Bagaimanapun, sejauh
130
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
mana kebolehan metakognisi mempengaruhi pencapaian sebenar bergantung kepada pola motivasi
seseorang pelajar (Van Zile-Tamsen 1998). Ini menjelaskan kemungkinan wujudnya hubungan
antara metakognisi dalam mempengaruhi pencapaian pelajar.
Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan terhadap pencapaian dan metakognisi, maka
kajian ini secara khusus ingin mengenalpasti aras metakognisi dan aras pencapaian Pendidikan
Islam pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Barat Utara Sabah dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR). Selain itu, dilaksanakan kajian ini juga untuk menentukan aras
hubungan antara metakognisi dengan pencapaian Pendidikan Islam pelajar Tingkatan Empat
Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Barat Utara Sabah dalam Penilaian Menengah Rendah
(PMR).
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti aras metakognisi dan aras pencapaian Pendidikan Islam dalam Penilaian
Menengah Rendah (PMR) pelajar Tingkatan Empat Sekolah- sekolah Menengah
Kebangsaan Pantai Barat Utara Sabah.
ii. Menentukan aras hubungan antara metakognisi dengan pencapaian Pendidikan Islam dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR) pelajar Tingkatan Empat Sekolah- sekolah Menengah
Kebangsaan Pantai Barat Utara Sabah.
PERSOALAN KAJIAN
Sehubungan dengan objektif kajian ini dijalankan, kajian ini akan menjawab soalan- soalan kajian
berikut :
i. Apakah aras metakognisi dan aras pencapaian Pendidikan Islam dalam Penilaian
Menengah Rendah (PMR) pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah
Kebangsaan Pantai Barat Utara Sabah?
ii. Apakah aras hubungan antara metakognisi dengan pencapaian Pendidikan Islam
dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) pelajar Tingkatan Empat Sekolah
Menengah Kebangsaan Pantai Barat Utara Sabah?
TUJUAN DAN HIPOTESIS KAJIAN
Kajian ini bertujuan mengenalpasti aras metakognisi pelajar dan hubungannya dengan pencapaian
Pendidikan Islam pelajar Tingkatan Empat dalam Penilaian Menengah Rendah di Pantai Barat
Utara Sabah. Berdasarkan persoalan kajian, hipotesis dibina untuk diuji sebagai menjawab
persoalan kajian. Hipotesis tersebut ialah:
H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara metakognisi dengan pencapaian Pendidikan
Islam dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) pelajar Tingkatan Empat Sekolah
Menengah Kebangsaan Pantai Barat Utara, Sabah.
H01 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengetahuan Deklaratif dengan pencapaian
Pendidikan Islam dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) pelajar Tingkatan Empat
Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Barat Utara, Sabah.
H02 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengetahuan Prosedural dengan pencapaian
Pendidikan Islam dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) pelajar Tingkatan Empat
Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Barat Utara, Sabah.
H03 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengetahuan Kondisional dengan pencapaian
Pendidikan Islam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) pelajar Tingkatan Empat Sekolah
131
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Menengah Kebangsaan Pantai Barat Utara, Sabah.
H04 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Perancangan dengan pencapaian Pendidikan
Islam dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) pelajar Tingkatan Empat Sekolah
Menengah Kebangsaan Pantai Barat Utara, Sabah.
H05 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pemantauan dengan pencapaian Pendidikan
Islam dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) pelajar Tingkatan Empat Sekolah
Menengah Kebangsaan Pantai Barat Utara, Sabah.
H06 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Penilaian dengan pencapaian Pendidikan
Islam dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) pelajar Tingkatan Empat Sekolah
Menengah Kebangsaan Pantai Barat Utara, Sabah.
H07 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Strategi “Debugging” dengan pencapaian
Pendidikan Islam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) pelajar Tingkatan Empat Sekolah
Menengah Kebangsaan Pantai Barat Utara, Sabah.
H08 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Strategi Pengurusan Maklumat dengan
pencapaian Pendidikan Islam dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) pelajar
Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Barat Utara, Sabah.
METODOLOGI
Dalam kajian ini penyelidik menggunakan bentuk kajian kuantitatif yang melibatkan
penggunaan angka dan kekerapan (Mohd Najib, 2003). Bentuk kajian yang dibuat oleh pengkaji
adalah secara kuantitatif yang dapat mengukur kedua-dua elemen tersebut berdasarkan item soalan
dalam soal selidik. Set borang soal selidik akan diedarkan ke Sekolah-sekolah Menengah
Kebangsaan di Pantai Barat Utara Sabah. Populasi kajian adalah terdiri dari kalangan pelajar-
pelajar di sekolah-sekolah yang terdapat di Pantai Barat Utara Sabah iaitu daerah Kota Marudu,
Pitas dan Kudat. Jumlah populasi pelajar adalah lebih kurang seramai 900 orang. Bagi menentukan
saiz sampel yang dipilih, pengkaji merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan
Morgan (1970) di mana menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian.
Populasi bagi kajian ini ialah seramai 900 orang, dan sampel yang dipilih adalah seramai 280 orang
pelajar. Responden yang terlibat dalam soal selidik terdiri daripada pelajar- pelajar Tingkatan
Empat di Sekolah- sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di tiga daerah Pantai Barat Utara
Sabah iaitu daerah Kota Marudu, Kudat dan Pitas. Taburan data responden mengikut jantina adalah
seperti berikut, pelajar lelaki adalah seramai 108 orang (38.6% ) manakala bilangan pelajar
perempuan seramai 172 orang (61.4%).
Soal selidik Inventori Kesedaran Metakognisi digunakan untuk mengukur sejauh mana
pelajar menunjukkan metakognisi mereka. Ia diadaptasikan daripada Metacognitive Awareness
Inventory (MAI) yang dibina oleh Schraw dan Dennison (1994). Instrumen ini dipilih kerana
kesesuaiannya untuk mengukur metakognisi di kalangan pelajar. Di samping itu laporan tentang
kesahan dan kebolehpercayaan skor bagi skala dalam instrumen ini oleh pengkaji- pengkaji lepas
yang menggunakannya agak meyakinkan (Hammann & Steven, 1998; Symons & Reynolds, 1999;
Kincannon et al., 1999; Plants, 2000). Walau pun bentuk instrumen ini mungkin terdedah kepada
pemalsuan jawapan, tetapi bahagian pengenalan di muka depan instrumen digunakan supaya dapat
memujuk responden memberikan jawapan yang jujur.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan analisis statistik deskriptif, kajian mendapati semua lapan dimensi metakognisi iaitu
pengetahuan deklaratif, pengetahuan prosedur, pengetahuan kondisional, perancangan,
pemantauan, penilaian, strategi debugging dan strategi pengurusan maklumat pelajar adalah tinggi.
Analisis korelasi Pearson mendapati kesemua hipotesis nol adalah ditolak. Kesimpulannya, terdapat
hubungan yang signifikan 8 dimensi metakognisi dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian
menunjukkan wujud hubungan positif yang tinggi antara metakognisi pelajar dengan pencapaian
pada r =.710. Berdasarkan dimensi-dimensi metakognisi pelajar menunjukkan wujud hubungan
132
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
positif yang sederhana tinggi bagi dimensi-dimensi metakognisi ini kecuali bagi dimensi penilaian
yang mempunyai hubungan positif yang lemah iaitu r =.209 sahaja.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesedaran metakognisi mempunyai hubungan
langsung positif yang signifikan ke atas pencapaian akademik pelajar. Dapatan ini selari dengan
teori-teori metakognisi yang membincangkan tentang hubungannya dengan proses pembelajaran
pelajar. Antaranya Flavell (1979) merumuskan bahawa metakognisi memainkan peranan yang
penting dalam proses pembelajaran. Begitu juga dengan Brown (1987) yang menyatakan bahawa
pembelajaran yang aktif meregulasi dan memperbaiki tindakan mereka serta memperbaiki hasil
pembelajaran mereka. Dapatan tersebut juga selaras dengan dapatan beberapa kajian lepas
antaranya ialah dapatan kajian Romanville (1994), Mohammad Darabie (2000) dan dapatan kajian
berbentuk eksperimen iaitu kajian oleh Maqsuq (1998) dan Kincannon et al. (1999) yang
melaporkan hubungan yang positif antara metakognitif dengan pencapaian.
Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian Yahya Othman, Ghazali Mustapha, Roselan
Baki dan Shamsuddin Ahmad (2008) mengenai keberkesanan penggunaan strategi metakognisi
dalam meningkatkan prestasi pencapaian dan pemahaman ini juga dibuktikan dalam kajian
Fotovatian dan Shokrpour (2007). Hasil kajian mereka mendapati penggunaan strategi metakognisi
memberi kesan terhadap prestasi pembelajaran bacaan dan pemahaman. Prestasi pemahaman
pelajar menunjukkan peningkatan yang amat positif setelah didedahkan dengan penggunaan strategi
metakognisi (Kragler & Martin, 2009). Selain itu, Cubukcu (2008) juga mendapati bahawa aplikasi
strategi metakognisi ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar khasnya dalam memahami teks
ekspositori. Dalam kajian tersebut, pelajar yang diajarkan membaca menggunakan strategi
metakognisi dapat meningkatkan pemahaman terhadap teks ekspositori dengan lebih baik dan
efektif. Sehubungan dengan itu, jelaslah rawatan pengajaran bacaan dan pemahaman menggunakan
strategi metakognisi ini memberi kesan yang sangat baik dan dapat membantu meningkatkan
pemahaman pelajar.
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan metakognitif memainkan peranan yang penting
dalam proses pembelajaran seseorang. Keputusan kajian ini menyokong teori-teori yang
mencadangkan kepentingan metakognisi dalam proses pembelajaran. Oleh itu, peningkatan
kemahiran metakognisi patut digalakkan di kalangan pelajar bagi meningkatkan kualiti dan hasil
pembelajaran di kalangan mereka.
Beberapa implikasi kajian untuk amalan pendidikan di Malaysia perlu dipertimbangkan
setelah melihat dapatan kajian ini. Dalam kajian ini juga turut dinyatakan implikasi kajian dilihat
dari aspek pelajar, Sekolah dan Guru Pendidikan Islam serta Pembuat dan Pelaksana Dasar. Selain
itu diharap kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada pihak- pihak yang tertentu termasuklah Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat-pejabat Pendidikan
Daerah dan sekolah. Justeru, semoga kajian ini juga dapat membantu para pendidik mengenalpasti
kebolehan pelajar mereka dan merancang pengajaran yang lebih baik dengan menggunakan teknik,
kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan sesuatu kumpulan pelajar itu disamping meningkatkan
kecemerlangan khususnya dalam Pendidikan Islam disekolah luar bandar .
RUJUKAN
Ab. Rahim Selamat. (2000). Pengurusan Sekolah Bestari-Satu Pengenalan. Subang Jaya: Badan
Cemerlang Sdn. Bhd.
Abdul Raof Dalip,Ustaz, Asas-Asas Pendidikan Islam, Progressive Products Supply, Selangor
Darul Ehsan,1990.
Ahmad Mohd Salleh. 1997. Pendidikan Islam: Falsafah, pedagogi dan metodologi. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
133
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Ahmad Zabidi Abdul Razak. 2006. Ciri Iklim Sekolah Berkesa. Jurnal Pendidikan 31: 3-19.
Alexander, D. M., et al. 2003, AJ, 125, 383.
Alias Baba. 1992. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Anderson, R. C, Hiebert, E. H., Scott, J. A., & Wilkinson, I. A. G. (1985). Becoming a nation of
readers. The Report Of The Commision On Reading. Washington DC: The National
Institute Of Education. Dalam K.V. M McLain, B. E. Gridley, & D. Mclntosh (1991),
Value of a scale used to measure metacognitive reading awareness. The Journal of
Educational Research, 85(2), 81-87. Babbs, P., & Moe, A. (1983).
Anis fauziana, Identifikasi karakteristik metakognisi siswa dalam memecahkan masalahmatematika
dikelas VIII-F SMP N 1 Gresik, Skripsi.Tidak dipublikasikan (Surabaya:UNESA,2008),hal
18.
Babbs, P., & Moe, A. (1983). Metacognition: A key for independent learning from text. The
Reading Teacher, 36(4), 422-426.
Borg,W.R & Gall, M.D. 1983. Educational Research an introduction. New York: Longman.
Boulware-Gooden, R., Carreker, S., Thornhill, A. & Joshi, R. (2007). Instruction of metacognitive
strategies enhances reading comprehension and vocabulary achievement of third-grade
students. Reading Teacher. Vol. 61(1), 70-77.
Braten, I. (1990) Cognitive Strategies and Orthography (Oslo, Institute for Educational Research,
University of Oslo) (in Norwegian only).
Brown, A. L. (1980). Metacognitive development and reading. In R. J. Spiro, B. C. Bruce, & W.
F. Brewer (Eds.), Theoretical issues in reading comprehension (pp. 453–482). Hillsdale, NJ:
Erlbaum.
Brown, A.L. 1987. Metacognition, executive control, celf-regulation, and other more mysterious
mechanism. In. Weinert, F.E. & Kluwe, R.H. Eds. Metacognition, motivation and
understanding, 65-116. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates
Caliskan, M., & Sunbul, A. (2011). The effects of learning strategies instruction on metacognitive
knowledge, using metacognitive skills and academic achievement (Primary Education
Sixth Grade Turkish Course Sample). Educational Sciences: Theory and Practice, 11(1),
148-153.
Cubukcu, F. (2008). Enhancing vocabulary development and reading comprehension through
metacognitive strategies. Issues in Educational Research. Vol. 18(1), 1-11.
DeGrave, W.S., Boshuizen, H.P.A. & Schmidt, H.G. (1996). Problem Based Learning: Cognitive
and Metacognitive Processess During Problem Analysis. Instructional Science. 78(40. 279-
288.
Eilers, L. H. & Pinkley, C. (2006). Metacognitive strategies help students to comprehend all text.
Reading Improvement. Vol. 43(1), 13-29.
Desmita.(2006).Psikologi Perkembangan. Bandung : PT. Remaja Rosdakarya.
Flavell, J.H. 1976. Metacognitive aspects of problem solving. In. Resnick, L.B. Eds. The nature of
intelligence, 231-235. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.
Flavell, J.H., Friedrichs, A.G. & Hoyt, J.D. 1970. Developmental changes in memorization
processes. Cognitive Psychology 1: 324-340.
134
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Flavell, J. H. (1979). Metacognition and cognitive monitoring: A new area of cognitive-
developmental inquiry. American Psychologist, 34, 906–911.
Fortunate, I., Hecht, D., Kehr Tittle, C. and Alvarez, L., 1991. Metacognition and problem solving.
Arithmetics Teacher, 39(4), 38-40.
Fotovatian, S. & Shokrpour, N. (2007). Comparison of the efficiency of reading comprehension
strategies on Iranian University students' comprehension. Journal of College Reading and
Learning. Vol. 37(2), 47-63.
Dr.Gamal Zakaria,Dr., Ibnu Sahnun, Mutiara Pendidik Muslim, Pusat Penyelidikan dan
Pembangunan Akademik,Kolej Islam Darul Ehsan, Selangor Darul Ehsan, 2002.
Houtveen, A. M., & van de Grift, W. M. (2007). Effects of metacognitive strategy instruction and
instruction time on reading comprehension. School Effectiveness and School Improvement,
18(2), 173-190.
Imel, S., 2002. Metacognitive skills for adult learning. Diperoleh pada Ogos 16, 2003 daripada
http://ericacve.org/docs/tia00107.pdf
Jacobs, J. E., & Paris, S. G. (1987). Children's metacognition about reading: Issues in definition,
measurement and instruction. Educational Psychologist, 22, 255 - 278.
Jonassen, D.(2000). Toward a Design Theory of Problem Solving To Appear in Educational
Technologi: Research and Depelopement .[online]
http://www.coe.missouri.edu/~jonassen/PSPaper%20 final.pdf
Kamarudin Hj. Kachar, Prof. Dr., Strategi Penerapan Nilai-Nilai Islam Di Institusi Pendidikan,
Teks Publishing Sdn. Bhd. Malaysia, 1989.
Kerlinger, F.N. (1973). Foundatios of Behavioral Researc. Holt, Rinehart and Winston, New York.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Smart School Flagship Application: The Malaysian
Smart School: A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kragler, S. & Martin, L. (2009). "I tried to make it not confusing by fixing it": describing six first
graders' use of strategies to understand text. Reading Psychology. Vol. 30(6), 512- 538.
Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
135
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
MODUL PEMBANGUNAN MODAL INSAN KAMIL MENURUT IBN ‘ARABI :
SOROTAN LITERATUR
ABD RAHMAN TAJUDIN1, DR. MOHD NUR HIDAYAT HASBOLLAH HAJIMIN2
Pusat Penataran Ilmu & Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS)
[email protected], [email protected]
ABSTRAK
Pembangunan modal insan sangat dititik beratkan dalam pembinaan peradaban dunia pada masa
kini. Latar belakang kepada permasalahan ini adalah untuk mencari modul terbaik dalam
pembangunan insan. Maka objektif sorotan ini adalah untuk meneliti karya ulama’ Islam pada masa
silam secara bersepadu dan berintegrasi berkenaan pembangunan modal insan ini. Perbahasan
mengenai Insan Kamil ini didapati pada ilmuwan agung iaitu Ibn ᶜArabi. Tujuan sorotan literatur
ini dibuat adalah untuk membentuk satu kerangka teori iaitu mengenalpasti adakah aspek kepintaran
intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran fizikal dalam istilah Insan
Kamil sebagai modul terbaik dalam pembangunan modal insan. Oleh yang demikian, penyelidikan
ini merupakan sebuah kajian analisa kandungan secara deskriptif mengenai pemikiran Ibn ᶜArabi
dalam perbahasan Insan Kamil. Metodologi kajian adalah dengan cara mengumpulkan data dan
menganalisa data dalam beberapa karya tentangnya. Hasil daripada sorotan literatur ini mendapati
belum ada perbahasan khusus mengenainya dan ia mempunyai ruang kajian yang kosong untuk diisi.
Dapatan juga menyarankan agar perlu kepada kajian lanjutan untuk melahirkan satu hipotesis baru
bahawa beliau telah membincangkan Insan Kamil ini secara bersepadu. Implikasi kepada hasil
sorotan kajian ini meyarankan agar kajian dilakukan terhadap perbahasan tentang keempat-empat
kepintaran dengan lebih lanjut melalui kajian diskriptif melalui analisa kandungan terhadap kitab
beliau secara mendalam mengenai Insan Kamil ini agar boleh menjadi satu modul terbaik kepada
pihak berwajib untuk digunakan dalam pembangunan manusia masa kini.
Kata kunci : Ibn ᶜArabi, Insan Kamil, Modul, Pembangunan Insan, Modal Insan.
PENGENALAN
Pencarian aspek modul insan sangat diperlukan oleh tamadun masa kini. Pembangunan modul ini
didapati pada terminologi Insan Kamil. Insan Kamil merupakan istilah yang diberikan kepada insan
yang sempurna (Fauzi Hamat & Mohd Khairul, 2012). Insan Kamil ini merupakan insan yang
sempurna sebagai tempat lokus penampakan (madzhar) diri Tuhan paling sempurna yang meliputi
nama-nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya (al-Alawi, 2007). Allah SWT memilih manusia sebagai
makhluk yang memiliki keunggulan (tafadhul) atau ciptaan makhluk yang sempurna (ahsani
taqwim) menurut istilah al-Qur’an (al-Alawi, 2007). Pembangunan modul Insan Kamil ini sangat
diperlukan untuk dikupas dengan lebih mendalam (Fauzi Hamat & Mohd Khairul, 2012). Istilah ini
didapati muncul pada kitab-kitab pensyarah kitab Ibn ᶜArabi antaranya Al-Jili dan Al-Qunawi
(Toha, 1998). Disebabkan pembahas kitab ini merupakan murid dan pensyarah kepada Ibn
ᶜArabi, maka perlu pengkajian secara diskriptif dalam kitab Ibn ᶜArabi tersebut. Maka dengan
kajian menyeluruh beberapa karya Ibn ᶜArabi di dalam mengupas tentang Insan Kamil ini sangat
diperlukan pada masa kini. Ibn ᶜArabi antara satu-satunya ilmuwan Islam yang membicarakan
tentang Insan Kamil. Oleh yang demikian, kajian ini cuba membuat satu analisa tentang pemikiran
Ibn ᶜArabi berkenaan modul pembangunan Modal Insan Kamil dalam dunia pendidikan yang
meliputi aspek kepintaran intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran
fizikal. Beliau merupakan seorang ilmuwan Islam yang sangat prolifik dan unik kerana banyak
karyanya terhasil dalam tempoh masa yang tersangat singkat (Afifi, 1990 : 400). Kajian terbaru yang
dilakukan oleh Othman Yahya di dalam bibliografinya Historie et Classification de l’ceuvre d’Ibn
ᶜArabi mendapati lebih daripada 846 judul kitab yang dikarang oleh Ibn ᶜArabi, lantas
meletakkannya sebagai ilmuwan yang paling prolifik dalam dunia akademik (Fakhry, 2000).
136
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Hampir kebanyakan kajian berkenaan tokoh ilmuwan Islam terkini adalah berkisar tentang
pemikiran Ibn ᶜArabi di dunia timur dan barat, sehinggakan wujud institusi seperti Ibn ᶜArabi
Society semata-mata mahu mengkaji pemikiran beliau (Institute Ibn ‘Arabi Society).
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Metod kajian kualitatif hendaklah mengandungi
masalah kajian, yang mana masalah ini memerlukan persoalan-persoalan yang hendak dijawab
seperti apa, kenapa dan bagaimana (Blaike, 2004 : 40). Masalah utama kajian ini ialah apakah
sebenarnya makna dan maksud Insan Kamil menurut Ibn ᶜArabi? Apakah istilah konsep Insan
Kamil yang dibicarakan oleh Ibn ᶜArabi ini mengandungi kesepaduan daripada aspek kepintaran
intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran fizikal? Maka metod kajian ini
cuba mengenal pasti, cuba menjelaskan karakter dan cuba menerangkan sistem Insan Kamil Ibn
ᶜArabi. Maka kajian ini juga menggunakan metod secara deskriptif, iaitu mengkaji tentang
karakter Insan Kamil menurut Ibn ᶜArabi dalam pembangunan modal insan. Maka, kajian ini cuba
meneliti paten dan bentuk falsafah dan tasawufnya dalam pembangunan modal Insan yang akhirnya
dapat menjelaskan hubungannya dengan ketuhanan dalam pembinaan Tamadun. Akhirnya dapat
membentuk satu modul terbaik dalam pembangunan modal Insan Kamil kepada negara. Maka,
pendekatan yang sesuai adalah content analysis approach, iaitu meneliti-ulang tulisan Ibn ᶜArabi
dengan menyelaraskan perkaitan Insan Kamil tersebut dari aspek intelektual, emosional, spiritual
dan fizikal.
Oleh itu, metod kajian yang akan pengkaji gunakan adalah analisis kandungan secara
deskriptif yang mana melalui kaedah ini, pengkaji akan menganalisa data dan maklumat- maklumat
daripada sumber-sumber primer iaitu kitab-kitab karangan Ibn ᶜArabi terutama Futuhat al-
Makkiyyah dan Fusus al-Hikam serta kitab-kitab beliau yang lain yang menjelaskan mengenai
pemikiran dan pendapat-pendapat beliau mengenai Insan kamil ini. Selain itu, data-data sekunder
seperti jurnal, tesis, latihan ilmiah, buku, majalah dan lain-lain lagi daripada penulis-penulis lain
yang berkaitan turut pengkaji ambil untuk dijadikan rujukan.
Dalam hal analisa kandungan ini tentulah ia melibatkan proses data. Proses data ini adalah
melibatkan dua hal iaitu mengumpul data dan menganalisa data. Data akan dikumpul melalui textual
Ibn ᶜArabi yang berkaitan dengan Insan Kamil terutama dalam kitab Futuhat al-Makkiyyah dan
Fusus al-Hikam. Data akan dianalisa secara tekstual mahupun kontekstual dalam penerangan apa
sebenarnya Insan Kamil yang dimaksudkan agar dapat dibentuk modul dalam pembangunan modal
insan di negara ini.
Kaedah kualitatif yang berbentuk data mempunyai 3 bentuk iaitu data audio, data video dan
data text (Russell, 2003 : 260). Dalam kajian ini, data text akan digunakan terhadap kitab Ibn ᶜArabi.
Menurut beliau lagi, analisa data text pula samaada berbentuk text as proxy for experience atau text
as object of analysis (Russell, 2003 : 261). Text as proxy for experience pula ialah systematic
elicitation dan free-flowing text. Systematic elicitation berupa analisa free list, pile sorts, paired
comparisons, triad tests dan frame substitution. Manakala free-flowing text menganalisa tentang
perkataan dan kod. Perkataan termasuklah keyword in context, word count, semantik dan peta minda
(Russell, 2003 : 272). Manakala bentuk analisa text yang kedua iaitu text as object of analysis adalah
menganalisa tentang tulisan, struktur tatabahasa, penampilan, dan penceritaan di dalam text. Dalam
hal ini, pengkaji akan menggunakan analisa text as object of analysis yang mana teks Ibn ᶜArabi
akan dianalisa untuk meneliti berkenaan ruang-ruang modul pembangunan modal Insan Kamil yang
disentuhnya.
Manakala dalam hal menganalisa data ini pula, terdapat dua bentuk coding dalam hal data
(Nachimas, 1982 : 269). Membina Skema Coding ini melibatkan dua cara iaitu induktif dan deduktif
(Nachimas, 1982 : 270). Coding yang berbentuk deduktif ini ialah dengan cara membina beberapa
kategori yang bersesuaian daripada hukum dan prinsip yang sedia ada. Maka pengkaji akan
menggunakan kaedah deduktif ini. Ini bermakna pengkaji akan mengkategorikan dan
mengklasifikasi pemikiran Ibn ᶜArabi ini kepada modul Insan Kamil dalam pembangunan modal
137
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
insan terutama dalam aspek kependidikan. Maka dengan coding deduktif ini dapatlah dikatakan
adakah Ibn ᶜArabi membincangkan Insan Kamil secara sempurna dari aspek kepintaran
intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran fizikal.
Ada empat strategik yang patut digunakan dalam metodologi kajian iaitu induktif, deduktif,
retroduktif dan abduktif (Blaike, 2004 : 44). Dalam kajian ini, strategi yang dipakai adalah melalui
kaedah induktif, di mana data-data yang ditulis oleh Ibn ᶜArabi dianalisa secara signifikan mengikut
kesesuaian topik-topik di dalam perbahasan Insan Kamil. Kemudian hal ini diklasifikasikan dan
dikarakteriakan mengikut kesesuaian keempat-empat kepintaran tersebut. Kaedah Induktif sangat
sesuai kerana ia bermatlamatkan untuk menjelaskan apa sebenarnya karakter-karakter Modul Insan
Kamil Ibn ᶜArabi yang bersangkut paut dengan landasan al-Qur’an.
Kajian ini lebih bersifat induktif secara menyeluruh kerana ia bermula daripada perbincangan-
perbincangan topik khusus iaitu kepintaran intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual
dan kepintaran fizikal. Kemudian menjawab persoalan bagaimana pembangunan modul Insan dalam
pembangunan manusia dalam konteks Islam.
Maka kaedah induktif dan deduktif akan digunakan sekaligus dalam kajian ini. Ini bermakna
pembahagian tajuk dalam buku ini mengikut kaedah deduktif. Kaedah deduktif ini meneliti
pemikiran Ibn ᶜArabi kepada empat aspek bab iaitu aspek intelektual, aspek emosional, aspek
spiritual dan aspek fizikal. Kemudian kaedah induksi digunakan di dalam menentukan modul Insan
Kamil dalam pembangunan pendidikan negara yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunah. Ini
bermakna setelah data-data yang dikumpulkan dari kitab Ibn
ᶜArabi yang membincangkan tentang Insan Kamil, maka ia akan membentuk satu modul
pembangunan pendidikan di Malaysia.
ULASAN KEPUSTAKAAN
Sepanjang pembacaan pengkaji, rata-rata buku menceritakan bahawa Ibn ᶜArabi berkenaan
dengan kewujudan, masih belum ada tentang pembangunan modal insan dalam aspek Insan Kamil
menurut Ibn Arabi. Belum ada penulisan yang membicarakan sudut Insan Kamil yang perlu menjadi
satu modul sempurna daripada menurut Ibn ᶜArabi yang meliputi kepintaran intelektual,
kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran fizikal secara bersepadu dan tersusun.
Malah tidak ditemui langsung buku-buku yang membicarakan tentang modul terbaik dalam
pembangunan modal Insan Kamil ini secara bersistematik.
Dari bacaan pengkaji dalam Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM, terdapat satu kajian tesis
PHD oleh Ibrahim Hamed Hasan Abu Sualik bertajuk “Insan Kamil Menurut al-Jili: Kajian Akidah
Dan Kritikan Menurut al-Qur’an & al-Sunah” yang dikeluarkan pada tahun 2009 yang menyatakan
konsep Insan Kamil daripada fikrah al-Jili. Namun belum terdapat memberikan konotasi sempurna
makna Insan al-Kamil dalam pemikiran al-Jili (Abu Sualik, 2009). Maka perlu kajian lanjutan
berkenaan Insan Kamil yang bersepadu yang meliputi aspek kepintaran intelektual, kepintaran
emosional, kepintaran spiritual dan juga kepintaran fizikal. Maka dengan ini, kajian lanjutan
tersangat perlu dalam memfokuskan kepada makna Insān al-Kāmil yang meliputi keempat-empat hal
tersebut dalam fikrah Ibn ᶜArabi.
Konsep kepintaran emosional dan spiritual wujud pada pemikiran Ibn ᶜArabi dalam
perbahasan Tasawuf (Chittick, 1989). Pemikiran Ibn ᶜArabi dalam aspek epistemologi ilmu yang
menyatakan bahawa pengetahuan boleh didapati melalui penyucian hati iaitu kepintaran emosional
wujud dalam pemikirannya (Chittick, 1989). Hati mampu mengetahui sesuatu tanpa menggunakan
akal fikiran, rasional mahupun eksprimental yang selalunya dilakukan oleh ahli falsafah. Chittick
mengklasifikasikan kajiannya tentang pemikiran Ibn ᶜArabi dalam dunia metafizik yang di luar
batasan minda dan akal. Menurut Ibn ᶜArabi apabila seseorang itu sangat rapat dan dekat dengan
Tuhan, maka segalanya akan tersingkap, terbuka, dapat dirasa dan dapat dialami melalui imaginasi
dan pengalaman ekspresi (Chittick, 2005 : 80). Namun kajian ini hanya berkaitan epistemologi sahaja,
tidak ada kepintaran minda (intelektual/fizikal) dan hati (emosional/spiritual), ia juga perlu
138
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
penggabungan dalam metodologi pencarian ilmu dunia falsafah dan dunia tasawuf yang penting di
dalam dunia fizik dan metafizik.
Kajian ini perlu kerana ia adalah tafsiran semula makna yang implisit terkandung di sebalik
kata-kata beliau dalam makna Insan Kamil. Ironinya lagi dalam aspek dunia tasawuf pula yang
mengutamakan kepintaran emosional dan kepintaran spiritual, apa yang menariknya di dunia barat
kini, mereka mula meninggalkan dunia emprikal yang mengutamakan kepintaran intelektual dan
juga kepintaran fizikal beralih kepada dunia misticisme dalam pencarian ilmu. Mereka mengatakan
bahawa dunia fizik yang bersifat inderawi tidak dapat menemui kebenaran yang jitu. Dunia falsafah
yang bersifat objektif hanya mampu menerokai dunia kecil, separa dan tidak abstrak tidak seperti
pendekatan dunia agama melalui sufisme yang begitu subjektif, menyeluruh dan naturalisme
(Barbour, 1997). Maka disinilah perlunya kajian mendalam terhadap persoalan Insan Kamil Ibn
ᶜArabi untuk menjadi salah satu cara untuk mencapai ilmu metafizik yang merupakan masalah
kajian dalam penerokaan ini.
Kajian menyatakan bahawa Insan Kamil Ibn ᶜArabi hanya tertumpu kepada
kerohanian dan spiritual (Nautika, 2020). Ia merujuk kepada kepintaran spiritual sahaja. Kajian tesis
ini hanya mengklasifikasikan Insan Kamil hanya dari sudut perspektif Transpersonalisme. Ia tidak
membincangkan hal intelektual dan emosional. Maka diperlukan kajian lanjutan untuk meneliti
kepintaran intelektual dan kepintaran emosional yang terkandung di dalam makna Insan Kamil untuk
dijadikan modul terbaik dalam pembangunan manusia.
Kini, dunia barat yang maju dari aspek saintifik dan teknologinya pula mula mencari kaedah
dan pendekatan baru dalam penerokaan ilmiah dari aspek kepintaran emosional dan kepintaran
spiritual dalam dunia Tasawuf. Menurut Heisenberg, seorang pengkaji fizik tidak akan dapat
menyatakan halatuju dan kedudukan setiap zarah yang dicerap secara serentak kerana kelemahan
inderawi menggunakan kepintaran intelektual dan kepintaran fizikal yang bersifat eksprimental
(Heisenberg, 1972). Hal ini kerana disebabkan gangguan mekanisme penyukatan cahaya yang
sekaligus menunjukan zarah elektron bergerak secara yang susah ditentukan kedudukannya. Oleh
yang demikian, fenomena ini menunjukkan kegagalan dunia saintifik yang bersifat falsafah dan ia
sebenarnya memerlukan kepintaran emosional dan kepintaran spiritual dalam dunia tasawuf untuk
melengkapkan pencarian hakikat sebenar Insan Kamil. Maka dengan ini, perlulah kajian lanjutan
untuk meneliti Insan Kamil dalam fikiran Ibn ᶜArabi. Malah kini, ahli fizik barat sendiri berusaha
mencari jalur-jalur misticisme timur yang mengutamakan kepintaran emosional dan kepintaran
spiritual bagi mencari jawapan tersebut, seperti yang diusahakan oleh Gary Zukav, Frijof Capra dan
Michel Talbot.
Maka kajian berkenaan tasawuf Ibn ᶜArabi sebagai seorang ahli tasawuf yang
mementingkan alam rasa-inderawi sangat diperlukan untuk menjadi platform dalam pencarian ilmu
dan hakikat sebenar. Jauh daripada itu, kajian kepustakaan ini juga mendapati bahawa apa yang kita
cari sebenarnya terkandung di dalam diri kita. Ini bermakna alam tasawuf yang bersifat rasa-
pengalaman juga menemui apa yang ditemui oleh alam falsafah yang bersifat saintifik-inderawi.
Kesedaran kitalah (yakni perilaku fikiran kita) merupakan sebahagian daripada elemen yang
menentukan hasil ujikaji dalam fizik kuantum. Ini bermakna terserah kepada kehendak kita,
bagaimana mahu menerangkan sifat sesuatu objek yang sedang dicerap, sama ada ia bersifat zarah
atau ia bersifat gelombang (Berman, 1981).
Di antara dunia fizik dan dunia metafizik ada satu barzakh yang memisahkan (Shahidan
Radiman, 2008). Dunia fizik telah berjaya dihurai oleh ahli falsafah kerana ia berkaitan dengan
hukum inersia, jisim, jirim, supertali, membran, teori graviti, mekanik kuantum, teorem CP dan
sebagainya kerana memiliki kepintaran intelektual. Namun masih gagal diterokai oleh ahli falsafah
di dalam menyelesaikan topos theoretik, rahsia mimpi, alam rasa, telepati, teologi dan sebagainya.
Dunia metafizik yang mendasari “intuitionistik/higher order logic” telah diterokai oleh ahli-ahli sufi
dalam bahasanya yang tersendiri di alam ghaib kerana memiliki kepintaran spiritual (Shahidan
Radiman, 2008). Maka ia perlu kepada kepintaran spiritual yang memerlukan ilmu tasawuf setelah
falsafah gagal memahaminya. Ia menyarankan kajian mendalam dalam pemikiran Ibn ᶜArabi dari
139
2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
aspek Insan Kamil ini.
Makhluk paling sempurna adalah manusia kerana merupakan makrokosmos yang
mengandungi spiritual yang mendalam (Nasr, 1995). Semua makhluk meliputi unsur mineral,
tumbuh-tumbuhan, dan haiwan sebagai makhluk fizikal. Namun manusialah yang terpaling
sempurna sekali. Manusia sempurna secara kosmik-universal dan sempurna pula pada tingkat lokal-
individual adalah nabi Muhammad SAW (Nasr, 1995). Disebabkan itu manusia sempurna disebut
sebagai miniatur makhluk makrokosmos (mukhtaşar al-‘ālam) atau mikrokosmos (al-insān al-
kabir). Namun pencarian kepada Insan Kamil ini secara teomorfis dan eksistensial masih belum
ditemui dengan jelas dari aspek kepintaran intelektual, kepintaran emosional, kepintaran, spiritual
dan kepintaran fizikal.
Secara konklusinya, sepanjang kajian kepustakaan ini, pengkaji masih belum menemui satu
karya tentang Ibn ᶜArabi dalam makna Insan Kamil yang meliputi keempat aspek iaitu kepintaran
intelektual, kepintaran emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran jasmani.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada penulisan dan kajian-kajian lepas, jelas menunjukkan perlunya kajian
tentang pemikiran Ibn ᶜArabi berkenaan Insan Kamil. Setelah penelitian yang mendalam
kepada perbincangan ini akan menjurus kepada pembentukann modul terbaik dalam pembangunan
Insan Kamil ini. Oleh itu, untuk menampung segala kekurangan dan lompang- lompang tersebut,
satu kajian akan pengkaji lakukan. Ini bermakna kajian ini adalah lebih khusus dan terperinci
mengenai modul Insan Kamil Ibn ᶜArabi dari aspek kepintaran intelektual, kepintaran
emosional, kepintaran spiritual dan kepintaran jasmani agar mendapat satu modul terbaik dalam
pembangunan modul insan dalam pendidikan masa kini. Kajian ini akan cuba untuk membawa
modul terbaik dalam dunia falsafah dan tasawuf Ibn ᶜArabi agar menjadi satu sintesis terbaik
kepada pembangunan modal insan untuk mentadbir alam ini.
RUJUKAN
Abu Sualik. 2009. Insan Kamil Menurut Al-Jili : Kajian Akidah dan Kritikan Menurut Al- Quran &
Sunah. UKM Publisher.
Afifi. A.E. 1990. A History of Muslim Philosophy. T.th.
Alawi. Abbas Al-Maliki Al Hasani. 2007. Muhammad Al-Insan Al-Kamil. Al-Maktabah Al-
‘asriyyah. Syukah Abna’ Syarif al-‘Ansari.
Barbour. I.G. 1997. Religion and Science : Historical and Contemporary Issues. Harperson San
Francisco.
Berman, 1981, The Reenchantment of the World. Cornell University Press. Blaikie.
2004. Designing Social Research, hlm. MPG Book Group, UK.
Chittick. W.C. 1989. The Sufi Path of Knowledge: Ibn al-'Arabi's Metaphysics of Imagination.State
University Of New York Press.
Chittick. W.C. 2005. Ibn ‘Arabi: Heir to the Prophets. Oneworld Press. Fakhry. M.
2000. Encyclopedia of Islam. T.th.
Heisenberg, W. 1972. Physics and Beyond: Encounters and Conversations. Harper & Row Publisher.
Institute Ibn ‘Arabi Society. 1977. https://ibnarabisociety.org/
140