The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ajkabstrak2021, 2021-12-03 19:49:29

IBIEAC 2021 JILID2

IBIEAC 2021 JILID2

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Mohd. Fauzi Hamat & Mohd Khairul Naim Che Nordin. 2012. Akidah & Pembangunan Modal
Insan, Penerbit UM.
Nachmias, 1982, Research Methods in the Social Sciences. London : Edward Arnold. Nasr. S.H.
1995. Mouhammad Man Of God. KAZI Publications, Incorporated.
Nawtika, Titian Ayu. 2020. Konsep Insan Kamil Ibn ‘Arabi Dalam Perpspektif Transpersonalisme.
UIN Raden Intan Lampung.
Russell. 2003. Data Management & Analysis Method. Editor Norman K.Denzin & Yvonna S. Lincon.
Shahidan Radiman. 2008. Fizik dan Metafizik: Jembatan Yang Dihurai oleh Sufisme dan Mekanik
Kuantum. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Toha Abdul Baqi Sarur. 1998. Mahyuddin Ibn ᶜArabi. Maktabah al-Khanaji li at-Tiba’ah wa Nasyr wa
al- Tauzik

141

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
TAHAP KESEDIAAN DALAM PDPR GURU DAN HUBUNGANNYA
DENGAN MOTIVASI PELAJAR

Aishah Binti Mohd Zain1
Harun Bin Baharudin 2

1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

1Email:[email protected]
2Email: [email protected]

Abstrak : Pendidikan merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kepakaran
yang khusus secara mendalam dalam memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Pada masa kini
ledakan kaedah pembelajaran telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malauysia (KPM).
Bertepatan dengan itu, penularan virus COVID-19 telah melanda ke seluruh negara termasuk
Malaysia, ia telah menyebabkan banyak sektor tergendala dan terpaksa mengambil langkah lain
dalam meneruskan pekerjaan itu. Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan supaya sekolah
melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajara secara atas talian iaitu Pengajaran dan
Pembelajaran dari Rumah (PdPR). Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan dalam PdPR
guru bahasa Arab dan hubungannya dengan motivasi pelajar. Metodologi kajian ini berbentuk
kuantitatif dengan edaran soal selidik kepada 80 orang guru bahasa Arab yang mengajar di Sekolah
Menengah Ugama (S.M.U) daerah Pasir Mas, Kelantan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan
perisian IBM SPSS versi 20 dengan merujuk kepada min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai.
Hasil dan dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru bahasa Arab berada pada tahap tinggi
dengan min= 3.84 dan sisihan piawai= 1.23. Manakala motivasi pelajar dalam menghadapi PdPR
berada pada tahap sederhana dengan nilai min= 2.73 dan sisihan piawai= 1.17. Manakala, nilai pekali
korelasi di antara hubungan itu adalah kuat dengan nilai keseluruhan iaitu = 0.479. Kajian ini diharap
dapat membantu pihak sekolah, guru dan Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian
Bahasa Arab dalam menambah baik usaha atau program yang menyediakan kursus berbentuk
kemahiran, pengetahuan serta pelaksanaan tugas dengan lebih cemerlang.

Kata Kunci: : Covid-19; Kesediaan Dalam PdPR; Pengajaran dan Pembelajaran PdPR; Guru Bahasa
Arab; Hubungan Dengan Motivasi Pelajar.

Pendahuluan

Kementerian Malaysia khususnya kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah
dengan menggalakkan pembelajaran dari rumah atau dinamakan dengan Pengajaran dan
Pembelajaran dari Rumah (PdPR). Perlaksanaan ini dilakukakan bagi memastikan para guru dan
murid tidak ketinggalan daripada mengikuti kelas yang telah diadakan pada sebelum ini.

Pembelajaran ini juga diistilahkan dengan pembelajaran tidak bersemuka yang menggunakan
medium lain sebagai wadah pembelajaran. Wabak pandemik covid-19 telah mengakibatkan kegiatan
pembelajaran fizikal tidak dapat dilaksanakan, oleh itu pembelajaran yang boleh menggantikan
pembelajaran di kelas adalah dengan cara belajar atas talian. Pembelajaran secara online mestilah
mempunyai kemudahan pembelajaran yang dapat disampaikan kepada muridmurid dengan berkesan,
contohnya smartphone, laptop ataupun komputer (Handarini & Siti Sri Wulandari, 2020). Penerimaan
murid dalam memahami pembelajaran secara atas talian memerlukan pengorbanan guru dalam
mevariasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya ia boleh menarik minat pelajar untuk
mengikuti sepanjang kelas berlangsung.

142

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Kesediaan amalan, kemahiran dan sikap guru amatlah penting dalam kelancaran aktiviti P&P, malah
ia juga diperlukan bagi menjayakan objektif pembelajaran yang berkesan dan berkualiti (Noorazman
Abd Samad et al. 2018). Terdapat banyak cara dalam melaksanakan pembelajaran secara atas talian
contohnya perbincangan, projek, penyelesaian masalah, inkuiri penemuan, seminar, simulasi dan
forum (Zamri, 2014) dan (Esah, 2004) dalam kajian (Fenny Lau Yeo Feng et al. 2021). Selain itu,
semasa pembelajaran PdPR, peranan guru dalam memilih kaedah haruslah yang paling sesuai dan
efektif terhadap murid-murid bagi memastikan keberkesanan yang optimum semasa PdP dijalankan.
Tambahan juga, pembelajaran secara maya atau dikenali dengan PdPR yang berlangsung sepanjang
hari telah memberi kebosanan kepada murid-murid kerana ia tidak disertai dengan aktiviti luar (Irma
Mahad et al. 2021). Oleh sebab itu, KPM telah pun mengarahkan terhadap guru-guru supaya
mevariasikan dalam penyediaan bahan bantu mengajar termasulah dalam menjadikan corak
pembelajaran yang menarik semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung supaya dapat menarik
minat sekaligus memotivasikan murid untuk mempelajarinya. Selain itu, bentuk kerja rumah yang
boleh praktikkan antaranya kuiz dalam talian, gambar lembaran kerja yang telah dilengkapkan,
projek mini dan sebagainya.

Oleh itu, pembelajaran secara atas talian atau Pembelajaran di Rumah (PdPr) memerlukan motivasi
dan kesediaan yang tinggi daripada dua belah pihak baik para guru mahupun murid-murid dalam
memastikan kelancaran pembelajaran berlaku.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan terhadap guru bahasa Arab semasa
menggunakan PdPR sepanjang tempoh PKP COVID-19. Sehubungan itu, pengkaji ingin mengenal
pasti tahap motivasi murid ketika menghadapi PdPR. Seterusnya, pengkaji ingin mengenal pasti
antara hubungan tahap kesediaan PdPR guru berhubung dengan motivasi pelajar.

Sorotan Literatur/ Literature Review

Tahap Kesediaan Guru Bahasa Arab Dalam PdPR

Kesediaan guru merupakan peranan penting dalam usaha perlaksanaan dasar pendidikan negara yang
berkesan ke arah melahirkan modal insan yang tahap kelas pertama yang berada pada prestasi yang
tinggi dan seiring dengan negara maju. Malahan juga, kesediaan guru perlu sentiasa dijalankan untuk
menjamin sistem pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dari semasa ke semasa.
Kesediaan merangkumi aspek emosi, pemikiran dan fizikal seseorang dalam melaksanakan sesuatu
perkara.
Pengajaran yang mempunyai kesediaan yang rapi dapat membantu guru menarik minat pelajar
mereka semasa proses PdP berlangsung. Guru boleh memanfaatkan pembelajaran atas talian dengan
penggunaan teknologi multiemdia, kelas virtual, kelas online animasi, video, e-mel, zoom dan video
streaming online. Pembelajaran atas talian dikira sebagai suatu pembelajaran yang dilaksanakan
dengan sokongan jaringan internet atau komputer yang boleh berhubung dengan meluas secara
global. Dengan penciptaan alat teknologi sangat memberi maanfat dan kebaikan kepada para guru
dan murid bagi melangsungkan pembelajaran mereka sekaligus menambahkan kemahiran celik IT
terhadap mereka (kuntarto, 2017), Minanti Tirta Yanti et al. (2020) dan Henry Aditia Rigianti (2020).

Pembelajaran online adalah pembelajaran konvesional yang diadaptasi dengan menggunakan format
digital yang menjadikan internet sebagai alat penyambungan (Imania, 2019). Malahan, pembelajaran
online juga dianggap sebagai bahan pengajaran di antara guru dan murid pada masa pandemik yang
telah menimpa kita semua.

143

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Tahap Motivasi Murid dalam menghadapi PDPR
Pandemik merupakan satu penularan yang telah berlaku pada seluruh negara termasuklah negara
malaysia. Virus ini telah ditemui pada tahun 2019, Penularan ini merupakan penyakit jangkit
berjangkit yang mana boleh menyebabkan sistem pernafasan seseorang itu terganggu. Disebabkan
penyakit ini semua sekolah ditangguhkan bagi mengurangi penularan ini berlaku. Malah, ia juga
dikira sebagai cabaran yang terpaksa para pelajar dan guru hadapi semasa penularan ini berlaku.
Namun, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa pelajar diharuskan
meneruskan persekolahan dan pembelajaran secara alam maya atau dinamakan PdPR. Selain itu,
dengan amalan norma baharu sedikit sebanyak telah mengubah cara atau kaedah pembelajaran pada
sebelum ini. Malah, penularan pandemik covid-19 ini telah menyebabkan guru dan murid berasa
bimbang terhadap pencapaian akademik pelajar pada masa akan datang. Oleh itu, dalam kajian ini
pengkaji telah mengenalpasti apakah tahap persediaan daripada pihak guru dalam menghadapi PdPR
dan hubungannya dengan motivasi pelajar terutamanya pembelajaran bagi subjek bahasa Arab.
Menurut Oktafia Ika Handarini & Siti Sri Wulandari (2020), mengatakan semangat belajar datangnya
daripada pelajar itu sendiri, mereka mestilah pandai berdikari dalam memahami sesuatu pembelajaran
yang disampaikan oleh guru mereka. Selain itu, dalam pembelajaran kaedah baharu ini seseorang
pelajar itu haruslah mahir dan mengetahui tentang kepakaran penggunaan teknologi supaya kegiatan
pembelajaran dapat diteruskan dengan lancar dan berkualiti. Malah, alatan teknologi itulah yang
dapat memudahkan dan alat hubungan untuk pembelajaran mereka dengan gurunya.

Tambahan juga, menjadi seorang yang bergelar murid tidak lari daripada aktiviti pembelajaran.
Murid sinonim dengan pembelajaran di bawah pengaruh guru. Pendidikan yang berkualiti dan
cemerlang dalam setiap sudut kukiriklum atau kokurikukum adalah menjadi objektif utama bagi
melahirkan generasi alaf bahara yang boleh menangani cabara-cabaran abad ke-21 (Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, KPM 2013). Oleh itu, pembelajaran yang bersistem
persekolahan mempunyai objektif dan rancangan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Tambahan
juga, memperolehi semua kemahiran dalam pembelajaran sama ada kemahiran berkomunikasi,
kemahiran sains dan teknologi, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersona,
kemahiran membaca, mengira dan menulis. Kesemua memerlukan peningkatan dari semasa ke
semasa bagi melihat sejauh mana pelajar itu memperolehi maklumat atau ilmu yang telah dipelajari.
Kemahiran abad ke-21 telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi
mendapatkan kualiti pelajar berkebolehan dalam semua aspek kemahiran kepada semua mata
pelajaran di sekolah. Tambahan juga, melalui pengaruh pembelajaran abad ke-21 rata-rata pihak
sekolah mengatakan bahawa terdapat impak yang sangat positif terhadap sikap, motivasi, dan
peningkatan pencapaian para pelajar.

Sistem pembelajaran online yang diarahkan oleh pihak kementerian pendidikan memberi impak
positif terhadap pelajar. Oleh sebab itu, mereka merasakan pembelajaran sedemikian memudahkan
mereka faham sekaligus tidak ketinggalan walaupun pandemik covid-19 melanda. Selain itu, sistem
pembelajaran online turut menjadikan penarik minat terhadap pelajar dalam mempelajari subjek
harian. Tambahan pula, dalam kajian Nurul Astuty Yensy (2020), turut menyokong pembelajaran
jarak jauh atau online learning sangat sesuai dilakukan saat pandemik covid-19 menimpa terhadap
pelajar khusunya. Aplikasi whatsApp merupakan perantara pembelajaran diteruskan. Dengan adanya
aplikasi

WhatsApp mampu memenuhi keperluan dan berkepentingan kepada masyarakat dalam
berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu Dalam menghadapi penularan wabak covid-19
kementerian pendidikan telah mengambil langkah yang sesuai terhadap pelajar agar pembelajaran
dapat diteruskan seperti sedia kala pada masa sekarang dan akan datang. Oleh itu, para guru juga
disarankan agar berkebolehan dalam menggunakan teknologi sebagai alat pemberi maklumat
terhadap pelajar-pelajar mereka. Pembelajaran melalui virtual sangat diperlukan semasa pandemik

144

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
covid-19 melanda. Selain itu, guru juga harus menyiapkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
melalui pengajaran virtual learning, kerana ia memudahkan pelajar memperolehi maklumat dengan
cepat. Dalam pada itu, pembelajaran melalui online bukan bermakna pembelajaran fizikal tidak
diperlukan, tetapi penggabungan antara dua diterapkan kaedah tersebut perlu. Virtual learning telah
mendapati berlaku peningkatan terhadap kualiti hasil pembelajaran malah kaedah tersebut boleh
meningkatkan pembelajaran secara efektif dan efisien. Keutamaan semasa melakukan pembelajaran
online juga perlu melihat dari segi penyediaan bahan bahan pengajaran, capaian internet, jadual, alat
teknologi yang akan digunakan serta tempat dan langkah-langkah belajar yang akan dilaksanakan
dalam mencapai objektif pembelajaran (Denok Sunarsi et al. 2020).

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan. Kajian kuatitatif ini terdiri daripada
deskriptif dan ujian korelasi. Reka bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang dijalankan
bagi memperoleh nilai min, kekerapan dan peratusan.

Sampel Kajian
Sebanyak 10 buah sekolah menengah ugama (SMU) di negeri kelantan dijadikan lokasi kajian. SMU
tersebut dibahagikan kepada dua kategori SMU kategori luar bandar dan SMU kategori luar bandar.
Manakala, jumlah guru Bahasa Arab di 10 buah SMU tersebut ialah 80 orang. Edaran soal selidik
yang diedarkan semasa PdPR dilaksanakan akibat PKP pada Julai 2020. Soal selidik diedarkan secara
Google Form kepada 80 orang guru yang mengajar bahasa Arab. Jadual 1 menunjukkan senarai
sekolah dan jumlah guru Bahasa Arab yang terlibat dalam kajian ini.

Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Set kaji selidik yang diedarkan
merupakan soal selidik yang diadaptasi daripada kajian Ain Nur Atika Agus (2021) dan diubah serta
ditambah baik kandungannya supaya bersesuaian dengan matlamat kajian ini. Borang soal selidik
kajian ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, dan bahagian C. Bagi
bahagian A soalan berbentuk demografi, ia memerlukan jantina, umur, kaum, opsyen, bidang
pengkhususan, taraf pendidikan, pengalaman mengajar, kategori sekolah dan tingkatan yang diajar.
Bahagian B: Tahap kesediaan menggunakan PdPR dengan 9 item. Bahagaian C: Penilaian
pembelajaran bahasa Arab menggunakan PdPR dengan motivasi pelajar dengan 11 item.
Keseluruhannya, terdapat 20 item yang terkandung dalam kaji selidik bagi mengukur tahap kesediaan
guru Bahasa Arab hubungannya dengan motivasi pelajar sepanjang PdPR. Dalam set soal selidik ini,
pengkaji telah menggunkan skala likert yang terdiri daripada lima skala. Menurut Zuriani Hanim &
Mahaliza Manzor (2019), mengatakan skala lima likert diguna pakai adalah supaya memudahkan
pengkaji mengenal pasti pendapat dan penilaian responden terhadap item yang mereka rasakan sesuai
dengan keadaan responden.

Kajian Rintis dan Kebolehpercayaan Item

Kajian rintis telah dijalankan terhadap 20 orang guru yang tidak terlibat dalam kajian sebenar.
Subjek kajian ini dipilih kerana mempunyai sifat dan ciri-ciri yang sama dengan kajian sebenar, iaitu
guru yang mengajar Bahasa Arab di sekolah menengah ugama yang terletak di kawasan bandar dan
luar bandar yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sepanjang tempoh
COVID-19. Kajian rintis ini dilaksanakan juga bagi memperolehi kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen dan seterusnya memastikan soal selidik dibina bersesuaian dan bertepatan dengan
persoalan dan objektif kajian sebelum ia digunakan dalam kajian sebenar.

Bagi menilai kebolehpercayaan item soal selidik, nilai pekali Cronbach Alpha telah dikira
berdasarkan kajian rintis yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap 80 orang guru bahasa Areab
yang terlibat melalui aplikasi Google Form bagi mencapai objektif kajian. Nilai pekali

145

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi keseluruhan 20 item soal selidik ialah 0.982. Lim (2007)
menyatakan niali pekali kebolehpercayaan lebih daripada 0.80 boleh dianggap sebagai baik dan
mempunyai tahap kebolehpercayaan yang sangat tinggi.

Analisis Data

Data akan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan menggunakan Statistical Package for the

Social Sciences (SPSS) versi 22. Bagi mengukur nilai min, kekerapan dan peratusan tahap kesediaan

dalam PdPR guru bahasa Arab dan hubungannya dengan motivasi pelajar. Kesemua dapatan

kemudiannya akan diklasifikasikan ke dalam bentuk jadual. Tahap kesediaan dan tahap motivasi

murid dalam menghadapi PdPR diukur berdasarkan skala Likert 1 hingga 5 iaitu 1= Sangat Tidak

Setuju, 2= Tidak Setuju, 3= Kurang Setuju, 4=Setuju dan 5=Sangat Setuju. Tahap interpretasi min
dirujuk oleh Mohd Majid (2005), iaitu tahap rendah (min 1.00-2.36), tahap sederhana (min 2.37 –
3.36) dan tahap tinggi (min 3.67 – 5.00).

Dapatan Kajian

Analisis Profil Responden

Taburan sampel kajian terdiri daripada 20 guru bahasa Arab yang mengajar di Sekolah Menengah
Arab daerah Pasir Mas. Analisis latar belakang responden melibatkan demografi seperti jantina,
umur, kaum, opsyen, bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar.Rumusan demografi responden
adalah seperti yang tertera pada jadual 2:

Jadual 1: Demografi responden kajian

Perincian Item Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki 32 40% Perempuan 48 60%

Umur 25 – 30 tahun 31 32 28 40%
– 40 tahun 20 35%
Opsyen 41 – 50 tahun 25%
Bidang Guru opsyen 48 60%
Pengkhususan Guru bukan opsyen 32 40%
Bahasa Arab 52 65%
Pengalaman Linguistik 4 5%
Mengajar Kesusateraan Arab 18 22.5%
Lain-lain bidang 6 7.5%
Kurang 3 tahun 40 50%
4-10 tahun 28 35%
11-15 tahun 16- 84 10%
20 tahun 5%

Responden kajian adalah terdiri daripada 8 orang guru lelaki dengan peratusan (40%) dan 12 orang

(60%) guru perempuan. Lingkungan umur pula menunjukkan seramai 8 orang (40%) yang berumur
2530 tahun, 7 orang (35%) yang berumur 31-40 tahun dan 5 orang (25%) yang berumur 41-50 tahun.
Manakala kaum pula 20 (100%) adalah guru berbangsa melayu. Bilangan opsyen di sekolah tersebut
adalah 12 orang (25%) dan guru bukan opsyen mewakili 8 orang (40%) sahaja. Bagi bidang
pengkhususan, didapati 9 orang (45%) bidang bahasa Arab, 6 orang (30%) mewakili bidang

146

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
linguistik dan 5 orang (25%) bidang kesusateraan bahasa Arab. Manakala dari aspek pengalaman
mengajar, 10 orang (50%) guru yang telah mengajar kurang 3 tahun, 7 orang (35%) mengajar 4-10
tahun, 2 orang (10%) mengajar selama 11-15 tahun dan 1 orang (5%) yang guru mengajar 16-20
tahun. Rumusan daripada data demografi yang diperoleh mendapati semua guru berbangsa melayu
lebih ramai terlibar dalam kajian ini.

Analisis Deskriptif

Bahagian ini menjawab objektif dan persoalan kajian iaitu apakah tahap kesediaan guru bahasa Arab
dan tahap motivasi murid dalam mengahadapi PdPR. Laporan dapatan dipaparkan dalam bentuk min,
sisihan piawai dan interpretasi.

Berdasarkan jadual 2, hasil analisis mendapati tahap kesediaan guru bahasa Arab dalam PdPR
terhadap motivasi pelajar berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan =3.84 dan sisihan
piawai= 1.23. Guru bahasa Arab bersetuju bahawa Menyediakan bahan bantu mengajar yang cukup
semasa pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) berlangsung dengan catatan min tertinggi =
3.86 dan sisihan piawai = 1.23.

Namun begitu, satu item dalam konstruk tahap kesediaan guru bahasa Arab dalam PdPR mendapat
nilai min 3.81 dan sisihan piawai 1.23. Walaubagaimanapun, iainya tidak menunjukkan perbezaan
yang ketara dan masih mempunyai nilai interpretasi dan nilai min yang tinggi bagi tahap kesediaan
guru dalam PdPR.

Jadual 2: Tahap Kesediaan Guru bahasa Arab dalam PdPR.

Bil Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai Tinggi
1 Memahami dengan jelas kaedah PdPR yang 3.81
telah diperkenalkan oleh KPM 1.23

2 Menyediakan aktiviti pembelajaran yang 3.84 1.22 Tinggi

bersesuaian untuk murid dengan menggunakan

kaedah pengajaran dan pembelajaran dari

rumah (PdPR)

3 Menerangkan kepentingan (PdPR) kepada 3.83 1.23 Tinggi
murid dan ibu bapa 1.23 Tinggi

4 Menyediakan bahan bantu mengajar yang 3.86 1.26 Tinggi
cukup semasa pengajaran dan pembelajaran
dari rumah (PdPR) berlangsung 1.25 Tinggi
1.26 Tinggi
5 Mengenal pasti keperluan pelbagai aras tahap 3.84
kemampuan murid-murid semasa
pembelajaran dari rumah

6 Menentukan keperluan untuk menjayakan 3.85
pembelajaran melalui pelaksanaan PdPR

7 Menulis dan mendokumentasikan Rancangan 3.84
Pengajaran Harian (RPH) sebagai persediaan
untuk melaksanakan PdPR

8 Melaksanakan PdPR mengikut kesesuaian 3.85 1.25 Tinggi
persekitaran bagi meningkatkan penguasaan
murid dalam mata pelajaran Bahasa Arab

147

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

9 Memantau proses pelaksanaan pembelajaran 3.84 1.26 Tinggi

secara berterusan dalam PdPR untuk melihat

perkembangan murid dalam

mata pelajaran Bahasa Arab

Min keseluruhan 3.84 1.23

Manakala Jadual 3 merujuk kepada analisa tahap motivasi murid dalam menghadapi PdPR. Min
keseluruhan bagi konstruk tahap motivasi murid dalam menghadapi PdPR adalah sederhana iaitu 2.73
dan sisihan piawai 1.17. Namun begitu, guru bahasa Arab mendapati apabila murid menunjukkan
mereka mengikuti kelas PdPR dan memperolehi maklum balas yang positif daripada murid mereka
apabila masing-masing nilai min yang tinggi dicatatkan iaitu 3.03 dan sisihan piawai 1.18. Ini
menunjukkan tahap motivasi adalah sederhana, akan tetapi mereka mempunyai harapan dan
semangat untuk terus mengikuti kelas secara PdPR.

Jadual 3: Analisa Tahap Motivasi Murid dalam menghadapi PdPR

Bil Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai
1 Saya mendapati ramai pelajar menghantar
kerja rumah pada setiap minggu 3.01 1.18 Sederhana

2 Saya mendapati ramai pelajar mengikuti kelas 3.03 1.18 Sederhana
PdPR 1.17 Sederhana
1.18 Sederhana
3 Saya mendapati ramai pelajar memahami 3.00 1.20 Sederhana
pembelajaran subjek bahasa Arab
1.21 Sederhana
4 Saya memperolehi maklum balas yang positif 3.03 1.20 Sederhana
daripada murid-murid saya

5 Saya mendapati pelajar-pelajar saya 3.01
bersemangat apabila kelas bahasa Arab
dimulakan

6 Saya yakin pelajar-pelajar saya lebih fokus 3.00
belajar bahasa Arab secara atas talian

7 Saya melihat kebanyakan murid-murid seronok 3.01
belajar bahasa Arab secara dalamtalian

8 Saya mendapati murid-murid lebih pandai 3.00 1.21 Sederhana
dalam subjek bahasa Arab apabila belajar 1.20 Sederhana
secara atas talian 1.21 Sederhana
1.17 Sederhana
9 Saya percaya murid-murid lebih bermotivasi 3.00
belajar bahasa Arab walaupun tiada peranti
yang sesuai

10 Saya mendapati murid-murid boleh belajar 3.00
lama subjek bahasa Arab berbanding dengan
mata pelajaran lain

11 Saya mendapati ramai pelajar memperolehi 3.00
markah yang cemerlang walaupu menghadapi
capaian internet

148

Min keseluruhan 2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

2.73 1.17

Berdasarkan jadual 4 dibawah menunjukkan nilai pekali korelasi 0.479 menunjukkan tahap korelasi
di antara kedua-dua pemboleh ubah secara keseluruhan adalah tahap sederhana tinggi Cohen (1988).
Varian r2 = 0.229 pula menunjukkan 22.9% daripada keseluruhan motivasi murid disebabkan
kesediaan guru bahasa Arab mereka. Manakala 77.1% mungin disebabkan oleh kekurangan
kesediaan guru dan motivasi murid. Keputusan ini menjelaskan bahawa guru-guru mempunyai
hubungan yang baik dengan tahap motivasi pelajar dalam menghadapi PdPR, di mana pertaliannya
adalah kuat dengan r = 0.479

Jadual 4: Korelasi di antara keseluruhan Tahap Kesediaan Guru bahasa Arab dalam PdPR dengan
Motivasi Pelajar

Hubungan antara pemboleh ubah r r2 Sig.
0.479 0.229 0.000
Tahap Kesediaan Guru bahasa Arab – Tahap
Motivasi
Murid

dalam PdPR

*Signifikan pada aras 0.01

Perbincangan

Hasil dapatan kajian dianalisis secara terperinci bagi mengenal pasti sejauh mana tahap kesediaan
dalam PdPR guru bahasa Arab dan hubungannya dengan motivasi pelajar. Berdasarkan jadual
analisis korelasi data mendapati tahap kesediaan guru hubungan dengan motivasi pelajar adalah
berada pada tahap tinggi. Dapatan ini menunjukkan terdapat persamaan dengan dapatan kajian Ain
Nur Atika Agus (2021) yang dilakukan terhadap guru-guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan
pendekatan pengajaran dalam PdPR bahawa guru-guru tersebut bersedia untuk melaksanakan
pelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran dalam PdPR bagi melahirkan generasi yang berilmu.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa guru-guru Sekolah Menengah Ugama daerah Pasir Mas
mempunyai kesediaan yang rapi terhadap pengajaran dan pembelajaran dari rumah. Item yang
menunjukkan guru-guru bersedia dalam menentukan keperluan untuk menjayakan pembelajaran
melalui pelaksanaan PdPR mencatatkan nilai min yang tinggi. Item tertinggi dengan min =3.86 bagi
item menyediakan bahan bantu mengajar yang cukup semasa pengajaran dan pembelajaran dari
rumah (PdPR) berlangsung.

Bagaimanapun, dapatan kajian ini berbeza dengan kajian Ain Nur Atika Agus (2021) yang mendapati
tahap kesediaan guru-guru bahasa Melayu terhadapa pembelajaran dan pengajaran dari rumah berada
pada tahap sederhana. Kajian beliau juga mendapati ramai guru tidak bersedia untuk menulis dan
mendokumentasikan RPH apabila kaedah pembelajaran ditukar kepada kaedah pembelaharan dari
rumah. Bagitu juga kajian Mohd Izham & Noraini (2007) yang berkisar mengenai tahap kesediaan
guru dalam pembelajaran dan pengajaran secara atas talian mempunyai tahap yang sederhana oleh
sebab guru tersebut kurang berpengatahuan dan kemahiran dalam mengaplikasikan penggunaan yang
berasaskan teknologi. Guru lebih bersedia apabila pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka
sahaja, mereka beranggapan mempelajari secara fizikal adalah lebih berkesan untuk memahamkan
tentang pelajaran kepada anak murid mereka.

149

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Tahap motivasi murid dalam menghadapi PdPR, hasil dapatan bagi konstruk tahap motivasi murid
Sekolah Menengah Ugama daerah Pasir Mas menunjukkan tahap sederhana. Namun, guru-guru
menzahirkan bahawa ramai pelajar menghantar kerja rumah pada setiap minggu, pelajar-pelajar
bersemangat apabila kelas bahasa Arab dimulakan dan kebanyakan murid-murid seronok belajar
bahasa Arab secara dalam talian .Ini dapat dibuktikan ketiga-tiga konstruk mendapat catatan min
yang tinggi iaitu 3.03 dan sisihan piawai =1.20. Manakala, kajian mendapati murid- memperolehi
maklum balas yang positif terhadap perlaksanaan PdPR oleh guru mereka dengan catatan min
tertinggi iaitu =3.03 dan sisihan piawai =1.18.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan dapatan kajian oleh Nur Ain Atika Agus (2020) bahawa guru-
guru samaada guru berpengalaman atau novis sentiasa bersedia melaksanakann pembelajaran
walaupun perlbagai cara ia dilakukan terhadap murid tidak kira proses PdP berlaku di dalam kelas
atau melalui PdPR. Aniza & Zamri (2015) menyatakan pembelajaran haruslah diteruskan bagi
melahirkan insan yang lebih baik pada masa hadapan.

Walaupun segelintir guru tidak mempunyai kesediaan yang rapi dalam PdPR, kebanyakan guru
bahasa Arab mempunyai perancangan yang tersusun bagi meneruskan kaedah pembelajaran yang
akan dilaksanakan. Ini selari dengan dapatan kajian Dr. Nurharani Selamat et.al (2019) bahawa guru-
guru di Malaysia kebanyakan mempunyai amalan PdP yang berpusatkan murid semata yang
dilaksanakan di dalam kelas. Malahan menurut mengatakan kaedah pembelajaran didalam kelas
mempunyai cara yang berkesan terhadap pemrolehan ilmu terhadap pelajar lebihlebih lagi apabila ia
disusun secara teratur, contohnya menyediakan nota untuk pembelajaran, sentiasa menarik minat
pelajar dengan pelbagai cara dan cara penyampaian semasa didalam kelas.

Keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh subjek bahasa Arab yang melibatkan bahasa asing yang
merangkumi topik nahu, soraf dan balaghah yang memerlukan guru untuk berada didalam kelas
menggunakan kaedah bersemuka ketika pembelajaran. Namun, menurut Maimun Asha Lubis et. al
(2017) mengatakan guru-guru bersedia mengajar menggunakan alat teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kepelbagaian kemudahan telah disediakan dan diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diambil
perhatian oleh semua guru dalam meneruskan pembelajaran tersebut. Malahan, kepelbagaian alat
hubungan untuk berkomunikasi dengan murid dilihat lebih berkesan dan cemerlang berbanding
dengan pembelajaran didalam kelas oleh sebab guru lebih banyak memperolehi bahan bantu
mengajar melalui penggunaan teknologi, contohnya guru boleh mempamerkan video-video berkaitan
topik pembelajaran atau kuiz secara atas talian. Ini menunjukkan kaedah PdPR mempunyai banyak
manfaat untuk digunakan oleh guru dan murid bagi memastikan pembelajaran dapat diteruskan
seperti sediakala.

Selain itu, tahap motivasi murid juga bergantung kepada bagaimana kesediaan guru mereka dalam
melaksanakan kelas secara PdPR. Bersesuaian denga kajian ini, pengkaji mendapati tahap kesediaan
guru hubungan dengan motivasi pelajar adalah tahap sederhana tinggi Davies (1971), ini
menunjukkan kedua-dua pemboleh ubah mempunyai hubungan yang postitif namun perlu diambil
kira tahap kesediaan guru yang secukupnya agar pelajar sentiasa termotivasi walaupun pembelajaran
hanya di atas talian.

Rumusan

Kesimpulannya, transformasi pendidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
mempunyai matlamat bagi melengkapkan guru dan murid dengan pelbagai kemahiran baharu bagi
menangani cabaran abad ke-21. Selain itu, ia juga dilaksanakan bagi melihat dan melahirkan generasi
baharu yang mempunyai pengetahuan tinggi, berfikiran kreatif, kritis, inovasi, berkepimpinan dan
mampu berkomunikasi dengan lebih berkesan. Oleh sebab itu, guru mempunyai peranan yang

150

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
penting dalam melengkapkan keperluan murid dengan pelbagai cara seiring dengan kemahiran yang
diperlukan dalam abad ke-21. Selain itu, guru juga perlu sentiasa bersedia dalam menguasai
kemahiran dalam pelbagai bidang berkaitan demi menjamin kelangsungan PdP yang dilaksanakan
walaupun dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan dalam PdPR guru bahasa Arab dan
hubungannya dengan motivasi pelajar adalah hubungan yang baik dan nilai hubungan yang tinggi.
Kekangan dari aspek keadaan pelajar, bimbingan ibu bapa dan capaian internet haruslah diambil
perhatian bagi meningkatkan lagi kelancaran pembelajaran secara atas talian. Diharapkan hasil kajian
ini dapat memberi gambaran mengenai sejauh mana tahap kesediaan guru dalam PdPR hubungannya
dengan motivasi pelajar.

Kewujudan kaedah pembelajaran baharu yang telah dilaksankan bukanlah dilaksankan selamanya.
Bahkan, pembelajaran secara atas talian khususnya multimedia boleh menjadi antara salah satu BBM
yang dapat membantu memudahkan urusan guru di samping menarik minat murid dengan variasi
teks, grafik dan uji minda secara interaktif agar minda mereka lebih berkembang dan kreatif. Justeru,
pengkaji berharap guru sentiasa bersedia dalam memastikan semangat anak murid tidak luntur akibat
penerimaan pembelajaran baharu dan menjadikan ia sebagai norma baharu meskipun masih dalam
perintah kawalan pergerakan.

Rujukan

Aliza Ali & Zamri Mahamod. (2015). Analisis keperluan terhadap pengguna sasaran modul
pendekatan berasaskan bermain bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa kanak-
kanak prasekolah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(1).

Azizi Yahaya & Zainuddin Abu Bakar. (2010). Bab 2 Teori-teori Perkembangan. Psikologi

Pendidikan.

Azmil Hasbin & Ab.Halim Tamuri. (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Tahfiz
alQuran di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 4(2).

Denok Sunarsi, Hadion Wijoyo & Fikron Al Choir. (2020). Implementasi Pembelajaran Online
Dalam Masa Pandemik Covid 19. Prosiding seminar nasional 2020 “Penguatan Pendidikan
Karakter Pada Era Merdeka Belajar.

Dindin Jamaluddin et al. (2020). Pembelajaran Daring Masa Pandemik Covid-19 Pada Calon Guru:
Hambatan, Solusi Dan Proyeksi. Digital Library Uin Sunan Gunung Djati.
http://digilib.uinsgd.ac.id/id/eprint/30518.

Fauzia Turohmah. (2020). Media pembelajaran Word Wall dalam meningkatkan kemampuan
mengingat kosa kata bahasa Arab. Jurnal Pendidikan Luar Sekolah, 14(1).

Henry Aditia Rigianti. (2020). Kendala Pembelajaran Daring Guru Sekolah Dasar Di Kabupaten
Banjarnegara. Elementary School Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Ke-SD-an, 7(2).

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2009). Sifat Dan Peranan Keperibadian Guru Cemerlang
Pendidikan Islam (Gcpi) Dan Hubungannya Dengan Motivasi Pelajar. Jurnal Teknologi, 51,
57-71.

Maimun Aqsha Lubis. (2003). Satu Perbandingan Kesan Tiga Kaedah Pengajaran Bahasa Arab
Terhadap Pencapaian Kemahiran Bahasa di Pusat Matrikulasi Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

151

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Minanti Tirta Yanti, Eko Kuntarto, Agung Rimba Kurniawan. (2020). Pemanfaatan Portal Rumah
Belajar Kemendikbud Sebagai Model Pembelajaran Daring Di Sekolah Dasar. ADI WIDYA:
Jurnal Pendidikan Dasar, 5(1).

Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow Tze Wei. (2017). Kesahan Dan Kebolehpercayaan
Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Geometri Tingkatan Satu. Malaysian Journal of
Learning and Instruction, 14(1), 211-265.

Mohd Izham & Noraini. (2007). Tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan teknologi maklumat
berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal teknologi, 46(E).

Noorazman Abd Samad, et al. (2018). Online Journal for TVET

Practitioners. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4808.
Noorzan Mohd Noor. (2010). Writing Research and Thesis Proposal: Guidelines and Examples.

UPENA UITM.

Nurul Astuty Yensy. (2020). Efektifitas Pembelajaran Statistika Matematika melalui Media
Whatsapp Group Ditinjau dari Hasil Belajar Mahasiswa (Masa Pandemik Covid 19). Jurnal
Pendidikan Matematika Raflesia, 5(2).

Oktafia Ika Handarini & Siti Sri Wulandari. (2020). Pembelajaran Daring Sebagai Upaya Study From
Home (SFH) Selama Pandemi Covid 19. Jurnal Pendidikan Administrasi Perkantoran
(JPAP),

8(3).

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons. Sdn. Bhd.

Wakid & Achmad. (2019). Implementasi Metode Hiwār Pada Pembelajaran Bahasa Arab Dalam
Meningkatkan Keterampilan Berbahasa (Studi Kasus di Pondok Pesantren Darut Taqwa
Bulusan Tembalang Semarang). Masters thesis, Universitas Islam Sultan Agung.

Zuriani Hanim Zaini & Mahaliza Manzor. (2019). Persepsi guru prasekolah kebangsaan terhadap
program pembangunan profesional guru. Southeast Asia Early Childhood Journal, 8(1).

152

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
UNSUR KECINDAN DALAM PENGAJARAN VERSI PdPR

MAHANI BINTI M GHANI; MARIATI BINTI M GHANI

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau; SK Kaingaran Ranau

ABSTRAK

Kajian ini cuba untuk meninjau dan menganalisis kepentingan unsur-unsur kecindan dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah sepanjang tempoh pandemik covid-19.
Unsur kecindan yang ingin diutarakan adalah aplikasi permainan atas talian yang bertujuan
untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah. Seramai 48 orang
pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang terlibat langsung dalam
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) merupakan responden kepada kajian ini. Kajian
dilakukan dalam bentuk pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Hasil keputusan mendapati
bahawa unsur kecindan versi pengajaran dan pembelajaran di rumah ini sangat penting dalam
meningkatkan minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji turut
mendapati bahawa responden kajian dapat meningkatkan kemahiran ICT setelah membina dan
mengenalpasti aplikasi-aplikasi yang sesuai dijadikan sebagai unsur kecindan dalam pengajaran
mereka.

Kata kunci : Kecindan, pengajaran pembelajaran di rumah (PdPR)

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan mendorong minat murid untuk mengetahui
dan menguasai sesuatu mata pelajaran. Guru memainkan peranan yang sangat besar dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan agar isi pelajaran dapat difahami oleh
murid secara keseluruhannya. Keupayaan guru dalam menarik minat murid untuk memberi
perhatian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor
antaranya unsur atau gaya pengajaran guru, bahan bantu yang digunakan di samping teknik
pengajaran yang digunakan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah sedaya upaya memberi garis panduan
kepada golongan pelaksana pendidikan khususnya guru-guru agar mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dengan demikian, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah
dipertanggungjawabkan untuk memastikan standard kualiti di sekolah dan institusi pelajaran
tercapai melalui penggunaan instrumen SKPM. Instrumen ini diguna pakai bagi menaksir
keupayaan dan potensi pentadbir sekolah menyelia guru dalam melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran, mengurus sumber dan mengasuh kemenjadian setiap murid.

Berdasarkan kepada instrumen pemastian standard SKPM 1 Jemaah Nazir Sekolah
(2004) dalam Elemen 9: Pengajaran dan Pembelajaran, Item 9.13: Perwatakan Guru, standard ini
telah menyatakan kepentingan amalan kecindan dalam kalangan guru sekolah. Elemen 9.13(a)
(vi) tentang sumbangan guru terhadap suasana pembelajaran yang kondusif. Standard ini
menegaskan bahawa guru perlu mewujudkan suasana riang yang merangsang pembelajaran.
Suasana riang adalah merujuk kepada amalan kecindan guru semasa melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

153

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Walaubagaimanapun, sesi pengajaran dan pembelajaran kini telah menghadapi
perubahan yang sangat besar rentetan dunia menghadapi wabak Covid-19 sejak tahun 2019.
Situasi pengajaran dan pembelajaran telah berubah daripada segi penyampaian, pelaksanaan dan
juga sistem yang banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat. Golongan pelaksana pendidikan
terutamanya guru-guru telah menggunakan medium penyampaian pengajaran dan pembelajaran
yang lebih luas dan terbuka iaitu Pengajaran Dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR) sama ada
secara atas talian ataupun luar talian.

Perubahan ini mendorong guru-guru menggunakan pelbagai teknik untuk mengekalkan
minat belajar murid di samping menjadikan pengajaran dan pembelajaran kekal menyeronokkan.
Sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah menuntut daya kreativiti tinggi seseorang guru.
Teknik penyampaian pengajaran guru mestilah mempunyai daya tarikan menarik kepada murid.
Oleh itu, unsur-unsur kecindan terkini semasa pengajaran dan
pembelajaran adalah wajar untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran dari rumah
sebagaimana dalam bilik darjah.

Pernyataan Masalah

Sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di dalam bilik darjah mewujudkan situasi
pembelajaran menarik apabila guru menerapkan unsur-unsur kecindan. Unsur-unsur jenaka atau
kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat murid selain mewujudkan
hubungan baik antara guru dan murid. Suasana riang dan menyeronokkan mengelakkan rasa
bosan kepada satu-satu mata pelajaran.

Namun, umum telah mengetahui bahawa situasi ini telah berubah semenjak Kerajaan
Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang bermula dari 18 Mac
hingga 31 Mac 2020 bagi PKP Fasa 1, PKP Fasa 2 bermula dari 1 hingga 14 April 2020,
dilanjutkan ke PKP Fasa 3 bermula dari 15 hingga 28 April dan seterusnya PKP Fasa 4 bermula
dari 29 April hingga 12 Mei (Majlis Keselamatan Negara). Sepanjang tempoh PKP yang masih
lagi berkuatkuasa ketika ini, pelbagai sektor telah ditutup bagi mengekang penularan virus
Covid-19. Penutupan ini merangkumi perkhidmatan pendidikan di mana semua institusi
berkaitan pendidikan perlu beroperasi dengan kaedah berbeza bagi memastikan matlamat dan
agenda pendidikan dapat dilestarikan.

Institusi pendidikan mula untuk melaksanakan pembelajaran dan latihan secara dalam
talian, pengurusan dan pentadbiran juga kebanyakannya dilakukan dari rumah, pengubahsuaian
modul pembelajaran mengikut kesesuaian perubahan penyampaian dan banyak lagi. Perubahan
yang mendadak memerlukan pemimpin pendidikan menghadapi normal baharu dan menangani
perubahan yang berlaku secara berkesan dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan
dapat dilestarikan dalam tempoh PKP.

Budaya bekerja sepanjang tempoh PKP telah berubah di mana bekerja dari rumah telah
menjadi normal baharu. Situasi ini menuntut kecekapan melaksanakan tugas secara jarak jauh,
kesediaan fasiliti dan peralatan yang sesuai, pengurusan masa, dan integriti setiap individu.
Kesannya, beberapa fungsi yang ada dalam apa jua pentadbiran termasuk sistem pendidikan yang
biasa atau tradisional telah menjadi tidak relevan atau sesuai dengan kehidupan realiti
masyarakat sesebuah negara pada masa ini.

Dalam dunia pendidikan, sesi pengajaran dan pembelajaran yang lazimnya dilaksanakan
secara bersemuka di sekolah tidak dapat dijalankan menyebabkan warga pendidik perlu berubah
ke arah pengaplikasian teknologi sebagai pendekatan terkini. Dengan demikian, kaedah
pengajaran dan pembelajaran dari rumah menjadi pendekatan yang terbaik dalam meneruskan
pendidikan ketika ini. Kesediaan guru, ibubapa dan pelajar mengikuti kaedah pengajaran ini
mendorong kelansungan pendidikan era pandemik ini.

154

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

Tujuan kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti unsur kecindan yang diterapkan semasa pengajaran
dan pembelajaran dari rumah. Objektif kajian ini adalah untuk;

1. Mengenalpasti unsur kecindan yang diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran dari
rumah.

2. Mengenalpasti bagaimana unsur kecindan diterapkan oleh guru-guru pelatih semasa
pengajaran dan pembelajaran dari rumah.

Persoalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa soalan kajian berikut;

1. Adakah terdapat unsur kecindan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah?

2. Bagaimanakah guru-guru pelatih menerapkan unsur kecindan dalam pengajaran dan
pembelajaran dari rumah?

TINJAUAN LITERATUR

Perkataan kata akar kecindan berasal daripada bahasa Minangkabau. Jenaka atau kecindan
ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang manusia, objek, situasi atau perkataan untuk
mencetuskan perasaan gembira atau terhibur (Shaffe Mohd Daud et al, 2011). Penerapan unsur
kecindan atau jenaka dalam sesuatu situasi akan menyebabkan seseorang tersenyum atau ketawa
(Desberg et al,1981) kerana kelucuan yang ditunjukkan oleh seseorang yang lain.
Walaubagaimanapun, penerapan unsur-unsur kecindan haruslah bersesuaian dengan sesuatu
keadaan supaya ianya tidak mengganggu emosi audiens yang terlibat.

Suasana yang wujud hasil daripada kecindan dikatakan dapat mengurangkan situasi tegang
dengan segera. Dengan demikian, suasana menjadi lebih mesra dan guru dapat menyampaikan
topik pelajaran dengan mudah. Keadaan ini membantu mewujudkan hubungan baik antara guru–
murid yang sememangnya penting dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Menurut
penyelidikan yang dijalankan oleh Barry & King (1990), guru harus menunjukkan sifat baik hati,
adil dan ramah mesra kerana murid memerlukan kawan selain seorang guru, terutamanya bagi
sesetengah murid yang tidak mempunyai ramai kawan dan terpencil.

Maklum balas murid terhadap kajian yang dijalankan oleh Willard (2006) mengesahkan
bahawa guru yang mengamalkan jenaka dapat membantu proses pembelajaran murid. Jenaka
dikatakan dapat memperbaiki sikap murid terhadap mata pelajaran, mengurangkan kebimbangan,
tekanan, ketegangan dan kebosanan. Amalan ini juga dapat meningkatkan kefahaman, ingatan,
minat dan pelaksanaan tugasan; meningkatkan motivasi untuk belajar dan kepuasan belajar serta
menggalakkan kreativiti dan pemikiran secara divergent. Perkara yang sama juga telah
dinyatakan oleh James (2001). Beliau menjelaskan bahawa jenaka boleh meningkatkan perhatian
dan keseronokan belajar, membantu mengekalkan ingatan. Guru yang mengamalkannya boleh
dianggap sebagai mempunyai salah satu daripada ciri guru yang berkesan.

Wan Nur Hasymy(2014) berpendapat bahawa seorang guru perlu mengamalkan unsur
kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran agar interaksi antara guru dan murid berjalan
lancar di samping merangsang pengajaran dan pembelajaran lebih seronak dan mudah diingat.
Kenyataan ini turut disokong oleh Mohd Rosmadi & Hafizhah (2020) iaitu keseronokkan murid
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran adalah penting sebagai satu pengalaman
menyeronokkan di dalam kelas yang akan membentuk emosi yang stabil. Murid akan berasa
mesra dan yakin terhadap guru yang mengajar selain mendorong murid untuk terus berusaha
mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

155

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

Berdasarkan kepada kajian Tay Meng Guat (2015), beliau berpendapat bahawa guru
perlu sedar tentang kepentingan unsur pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran untuk
melahirkan hubungan baik dengan murid-murid mereka. Murid-murid adalah audiens paling
penting yang wajib diutamakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pernyataan ini
turut disokong oleh Cyrene & Minah (2019) yang menyatakan bahawa unsur jenaka perlu
dirancang agar dapat merangsang minat dan perasaan pelajar untuk terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, penerapan unsur kecindan dilihat dapat membantu dalam mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Penyampaian guru yang tidak terlalu tegas, terdapat
unsur lucu dalam pengajaran, hubungan mesra guru-murid dan keprihatinan guru memahami
emosi murid pasti memberi kelancaran dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata
pelajaran.

Penggunaan jenaka dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh menghasilkan faedah
adalah tertakluk kepada batasan iaitu singkat dan boleh dilakukan dalam beberapa minit dan guru
seharusnya menggunakannya secara terkawal. Unsur kecindan seharusnya sesuatu yang
menggelikan hati, ianya mengurangkan ketegangan dan menimbulkan keselesaan dalam bilik
darjah. Selain daripada itu, unsur kecindan tersebut adalah secara umum kepada semua
sosiobudaya yakni tidak menyentuh isu-isu sensitif mana-mana individu, agama, bangsa dan
kaum seluruhnya.

Oleh itu, penerapan unsur kecindan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
memerlukan perancangan dan kebolehan seseorang guru. Guru perlu memiliki kebolehan
melaksanakan jenaka secara spontan mahupun dirancang. Pelbagai bahan yang boleh digunakan
dalam memasukkan unsur-unsur kecindan pada masa kini. Jenaka yang digunakan pula, perlulah
dipilih dengan berhati-hati agar ianya tidak mendatangkan masalah kepada murid. Jenaka yang
digunakan adalah pendek dan dengan cara yang betul bagi membolehkan murid berfikir dan
berinteraksi. Selain itu, guru menerapkan jenaka atau kecindan sebagai satu peluang pengajaran
apatah lagi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah ketika ini.

METODOLOGI

Reka Bentuk

Kajian ini adalah merupakan kajian kualitatif dan menggunakan kaedah kajian tinjauan bagi
mendapatkan maklum balas guru pelatih terhadap penggunaan unsur kecindan dalam pengajaran
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Persampelan

Persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan dalam kajian ini kerana sampel yang
dipilih adalah dalam kalangan pelajar institut pendidikan guru yang terdiri daripada pelajar
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Mereka ini juga sedang bertugas di
beberapa sekolah sekitar Sabah. Maklum balas yang diberikan merupakan pengalaman mereka
sepanjang menjalankan PdPR dalam tempoh pandemik covid-19.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang dibina
menggunakan google form. Soal selidik yang diberikan adalah soalan subjektif yang meminta
responden memberikan sebarang pendapat berdasarkan pengalaman mereka. Soal selidik adalah
berdasarkan kepada objektif kajian bagi menjawab persoalan kajian.

Tatacara kajian

Soalan soal selidik diedarkan kepada responden melalui aplikasi whatsapp dan telegram kerana
tempoh pelaksanaan kajian masih dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Pengkaji

156

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
memberi peluang kepada responden untuk menjawab soalan dalam tempoh sehari dan kemudian
dikembalikan semula melalui aplikasi whatsapp dan telegram juga.

Analisis Data

Data yang diperoleh melalui google form dianalisis secara deskriptif. Setiap jawapan yang
diberikan diulas dan dihuraikan kepada beberapa topik berdasarkan kepada objektif kajian.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada maklumbalas responden daripada google form yang disediakan, pengkaji
dapat menyimpulkan bahawa pengajaran yang dilaksanakan terdapat unsur kecindan yang
diselitkan dan terdapat beberapa unsur kecindan baharu yang bersesuaian dengan pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR).

ITEM CONTOH-CONTOH UNSUR UNSUR KECINDAN
KECINDAN VERSI PdPR

UNSUR ⚫ Aplikasi online seperti games ⚫ Aplikasi interaktif atau
KECINDAN multimedia interaktif
DALAM ⚫ Mengaitkan dengan topik - quizizz
PENGAJARAN - wordwall
pembelajaran secara lisan atau melalui - mentimeter
- padlet
media

⚫ Memasukkan video-video yang
menarik dan menghiburkan.

⚫ Semasa pdpr saya boleh bercerita
dengan diserta unsur kecindan dalam

157

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

pengajaran. Unsur kecindan juga dapat
diaplikasi dalam tugasan di aplikasi
wordwall, quizizz dan lain-lain. Dengan
membuat tugasan yang menceriakan
murid-murid.

⚫ Tayangkan video yang berunsur
jenaka dalam kelas. Pastikan ianya
mempunyai kaitan dengan isi
kandungan pelajaran

⚫ Gaya muka yang lucu atau percakapan
yang jenaka

⚫ Ketika bercerita berkenaan sesuatu
kisah atau melalui tayangan video
animasi sesuatu tajuk.

⚫ Menggunakan penceritaan berkaitan
suasana murid dengan memasukkan
elemen cerita atau analogi rekaan yang
bersifat kelakar atau jenaka.

⚫ berkomunikasi dengan murid dengan
jenaka yang bermakna tanpa
memalukan murid

⚫ Saya akan selangkan dengan video
pendek yang berunsur jenaka

⚫ Melaksanakan bersesuaian dengan
situasi tajuk, tahap umur murid dan
tidak berlebihan.

⚫ Membuat memek muka gembira
semasa mereka masuk ke dalam kelas
online

Jadual 1 : Contoh maklumbalas yang diberikan oleh responden

Kepentingan unsur kecindan dalam pengajaran

Unsur kecindan sangat penting diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
ianya bukan sahaja mampu menarik minat murid untuk terlibat sama dalam pengajaran malah
ianya juga dapat memberikan maklum balas tentang kehadiran mereka dalam PdPR yang
dijalankan.

Selain itu, responden juga menyatakan bahawa mereka sering memasukkan unsur- unsur
kecindan dalam pengajaran mereka. Meskipun pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara
atas talian, unsur-unsur kecindan masih boleh digunakan sama ada melalui verbal atau melalui
aplikasi interaktif. Hal ini kerana unsur kecindan dapat meningkatkan interaksi antara guru
dengan murid dan sesama murid dalam proses pengajaran tersebut.

158

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

Unsur kecindan versi PdPR

Sepanjang tempoh pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pelbagai inisiatif
para guru untuk meningkatkan kehadiran murid belajar secara atas talian. Dalam kajian ini, unsur
kecindan boleh diklasifikasikan sebagai bahan atau alikasi yang mampu menarik minat murid
untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran. Justeru, unsur kecindan tersebut adalah aplikasi-
aplikasi interaktif yang boleh diakses oleh murid.

Keseluruhan aplikasi interaktif ini boleh digunakan oleh guru untuk menguji, menilai
atau menimbulkan keseronokkan murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan
kepada maklum balas responden, mereka telah menggunakan aplikasi-aplikasi interaktif dalam
pengajaran mereka.

Aplikasi interaktif dalam PdPR

Aplikasi-aplikasi interaktif mampu menarik perhatian para pelajar untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran di rumah (PdPR) kerana ianya adalah aplikasi atas talian yang meminta murid
untuk terlibat sama secara langsung. Aplikasi ini akan dibuat secara ‘hands on’ oleh murid untuk
memberikan jawapan atau maklum balas terhadap soalan atau aktiviti yang diberikan oleh guru.
Aplikasi interaktif ini termasuklah quizizz, wordwall, padlet, mentimeter, slido dan banyak lagi.
Aplikasi-aplikasi ini mampu menarik minat murid kerana ianya dalam pelbagai bentuk dengan
rangsangan warna dan bunyi yang pelbagai.

Keseluruhan responden menyatakan bahawa mereka pernah menggunakan aplikasi
interaktif ini dalam pengajaran mereka. Mereka berpendapat bahawa aplikasi-aplikasi ini bukan
sahaja menyeronokkan murid tetapi juga mampu melahirkan murid yang celik IT. Di samping
itu, guru juga semakin kreatif untuk membina dan menghasilkan bahan-bahan interaktif
sepanjang PdPR dijalankan.

PERBINCANGAN

Unsur kecindan dalam pengajaran versi PdPR bukan sahaja mampu memberi rangsangan kepada
murid untuk mengikuti pengajaran atas talian secara aktif, malah ianya juga memberi peluang
kepada para guru untuk meningkatkan kemahiran ICT demi pelaksanaan PdPR yang lebih
berkesan dan menarik. Situasi pandemik yang telah berlarutan hampir 2 tahun memaksa para
guru untuk lebih kreatif dan yakin dalam menggunakan perisian atas talian yang semakin
berkembang.

Meskipun demikian, pro dan kontra terhadap perkembangan ini sememangnya wujud
kerana bagi murid dan guru yang mempunyai capaian internet yang baik akan dapat
menggunakan sepenuhnya perisian interaktif yang ada. Namun bagi mereka yang sukar untuk
melayari internet maka aplikasi-aplikasi sebegini hanya menjadi ilusi yang sukar diterjemahkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

RUMUSAN

Berdasarkan kepada penemuan penyelidik pendidikan dalam bidang ini sehingga kini, adalah
benar untuk dirumuskan bahawa kecindan boleh mewujudkan suasana yang membantu
pembelajaran, meningkatkan perhatian dan keseronokan belajar, merangsang murid untuk
terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran berfikir dalam
kalangan murid. Selain itu, guru juga dilihat semakin kreatif dalam menghasilkan bahan- bahan
pengajaran untuk dikongsi dengan para pelajar.

159

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Unsur kecindan versi PdPR ini adalah berbentuk aplikasi interaktif yang lebih kreatif,
mudah diakses, kepelbagaian paparan dan audio yang menarik minat murid. Guru-guru pada
masa kini seharusnya mengoptimumkan penggunaan pelantar rangkaian internet yang telah
disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melaksanakan dan menjayakan
PdPR. Hal ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kementerian
dalam memastikan PdPR dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Rujukan

Barry, K., & King, L. (1990). Beginning teaching – A developmental text for effective teaching.
New South Wales: Social Science Press.

Cyrene Riman Junis & Minah Sintian (2019). Unsur Jenaka Dalam Pengajaran Bahasa
Kadazandusun : Satu Pengenalan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Desberg, P., & Others, A. (1981). The effect of humor on retention of lecture material. (ERIC
Document Reproduction Series No. ED223118). Frymier, A. B., Wanzer, M. B., &
Wojtaszczyk, A. M.

Mohd Rosmadi Mohd Salleh & Hafizhah Zulkifli (2020). Penggunaan Didik Hibur Dalam
Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan. Attarbawiy : Malaysian Online Journal of
Education Vol.4, No.2 (2020), 1-16

Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah dan Mokhtar Nawawi
(2011). Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Murid. Asia
Pasific Journal of Educators and Education, Vol. 26, No.1, 125-144, 2011

Tay Meng Guat (2015). Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12

Wan Nur Hasymy Bin Wan Mansor(2014), Penerapan Unsur Kecindan Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Reka Bentuk Teknologi, Tesis.

Willard, M. (2006). Humor in the hands of seasoned montessorians. Montessori Life: A Publication of
the American Montessori Society, 18(2) 50–53 2006. (ERIC Document Reproduction Series
No. EJ742481)

160

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PEDAGOGI
PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN ENAM TOPI PEMIKIRAN

Rosliza Binti Mohamad1
1Pengajian Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan, UKM

1Email: [email protected]

Mohd Isa Hamzah2
Fakulti Pendidikan, UKM
2Email: [email protected]

Abstrak:

Penggunaan Enam Topi Pemikiran merupakan salah satu teknik pembelajaran abad ke-21 yang
sangat berkesan dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Sistem pendidikan pada alaf ini
sangat menuntut komitmen daripada semua guru dalam usaha melahirkan murid yang mempunyai
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Berdasarkan kajian-kajian lepas, kompetensi guru berkaitan
konsep KBAT sangat mempengaruhi kemanjadian murid. Kecemerlangan sesuatu mata pelajaran
tidak akan dicapai seandainya guru masih mengajar menggunakan kaedah tradisional dan tidak
menekankan aspek kemahiran berfikir pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap
pelaksanaan KBAT dalam pedagogi Pendidikan Islam menggunakan teknik Enam Topi Pemikiran
dalam kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif berbentuk tinjauan untuk mendapatkan data daripada 30 orang guru Pendidikan Islam
dari tiga buah sekolah rendah dalam daerah Tumpat, Kelantan. Instrumen soal selidik digunakan
untuk mengukur konstruk tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap GPI terhadap pelaksanaan
KBAT menggunakan Enam Topi Pemikiran berpandukan lima skala Likert. Data dianalisis secara
deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Statistics versi
26. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan GPI menggunakan Enam Topi Pemikiran
sebagai alat berfikir dalam PdPc berada pada tahap tinggi. Manakala tahap kemahiran dan sikap GPI
dalam menggunakan Enam Topi Pemikiran pula berada pada tahap sederhana tinggi. Implikasi
kajian ini terhadap penggunaan Enam Topi Pemikiran dalam PdPc Pendidikan Islam dapat menarik
minat dan meningkatkan prestasi pelajar.

Kata Kunci: Enam Topi Pemikiran; PdPc; KBAT

Pendahuluan

Kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada enam aspirasi murid yang diperlukan untuk
bersaing pada peringkat antarabangsa. Seiring dengan era globalisasi, kurikulum pendidikan negara
telah mengalami transformasi (Hussein Ahmad & Mohammed Sani, 2016) dengan menekankan
konsep KBAT bagi menentukan kemenjadian murid yang mempunyai pemikiran kritis dan kreatif
(Fadilla, 2019) selari dengan pendidikan abad ke-21 (PAK21) (Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani
Hussin, 2017; Abdul Halim et al., 2017; Ainun Rahmah et al., 2017). Dalam konteks Pendidikan
Islam pula, kemampuan generasi muda membuat keputusan dengan menganalisis dan menilai
implikasi dalam kehidupan sangat ditekankan melalui pembentukan jati diri agama. Kementerian
Pendidikan Malaysia (2013) telah menyarankan pelbagai kaedah pengajaran untuk diaplikasi dalam
bidang pendidikan masa kini. Bagi kurikulum Pendidikan Islam yang digubal dengan
pengaplikasian elemen KBAT, ia ditulis dengan terperinci dalam dokumen rasmi kurikulum iaitu
Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi Pendidikan Islam (DSKP) bagi Tahun 1 hingga Tahun
6. Setiap elemen KBAT yang diterapkan adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Islam bagi membina asas akidah Islamiah yang kukuh dalam diri murid (Mohd Syaubari & Ahmad
Yunus, 2017).

161

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Pengaplikasian KBAT dalam PdPc dapat mengubah pedagogi Pendidikan Islam menjadi
lebih seronok dan menarik kerana KBAT mendorong murid berfikir secara menyeluruh dalam
setiap bidang. Walaubagaimanapun, masih ramai guru yang mengajar cara lama dan tidak
mendorong murid berfikir ke arah KBAT (Saemah & Zamri, 2016). Sebagai alternatif daripada
KPM, enam alat berfikir KBAT telah diperkenalkan untuk meningkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Salah satu daripadanya ialah Enam Topi Pemikiran.
Menurut Hazlin & Zamri (2016), kaedah pengajaran yang diaplikasikan di dalam kelas sangat
memberi kesan terhadap proses pemikiran murid serta dapat menentukan tahap pencapaian mereka.
Disebabkan itu, banyak kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji mengenai pelaksanaan KBAT
(Ali, Ahmad & Sitam, 2015; Fadila, Mahamod & Mohammad, 2016), terutama bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam. Selain itu, ada juga kajian mengenai KBAT menggunakan alat pemikiran seperti
peta i-Think dan kaedah Enam Topi Pemikiran. Hasil pembacaan pengkaji, kajian terhadap kaedah
Enam Topi Pemikiran hanya dijalankan dalam kalangan guru Bahasa Melayu sahaja. Belum ada
pengkaji yang membuat kajian mengenai pelaksanaan KBAT menggunakan kaedah Enam Topi
Pemikiran dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Oleh itu, pengkaji membuat keputusan untuk
menjalankan kajian ini bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru
Pendidikan Islam sekolah rendah terhadap pelaksanaan KBAT menggunakan Enam Topi Pemikiran.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap GPI
dalam melaksanakan KBAT menggunakan kaedah Enam Topi Pemikiran. Secara khusus, objektif
kajian ini adalah untuk:

1. mengenal pasti tahap pengetahuan GPI dalam melaksanakan KBAT menggunakan kaedah
Enam Topi Pemikiran

2. mengenal pasti tahap kemahiran GPI dalam melaksanakan KBAT menggunakan kaedah
Enam Topi Pemikiran

3. mengenal pasti tahap sikap GPI dalam melaksanakan KBAT menggunakan kaedah Enam
Topi Pemikiran

Sorotan Literatur

Perubahan zaman telah membawa transformasi dan cabaran terhadap profesion keguruan dari
pelbagai sudut. Sebelum ini guru berperanan sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid,
namun telah berubah kepada pemudahcara dalam PdPc yang bertindak sebagai agen perubahan dan
sumber maklumat kepada murid. Kajian Nur Athirah Ariffin & Faridah Yunus (2017) menyatakan
bahawa ramai pelajar yang berfikiran aras tinggi dihasilkan oleh seorang guru. Oleh itu, seseorang
guru mestilah berfikiran kreatif dan inovatif bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
berkesan, menarik dan menyeronokkan sebagai pelengkap kepada pendidikan yang diperlukan oleh
murid (Mohd Zaidi et al., 2017; Mohd Zaidi, 2016) bagi membolehkan murid berfikir dengan bijak
semasa membuat keputusan dan penaakulan serta kreatif dan inovatif bertepatan dengan kehendak
PAK21.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

KBAT dalam taksonomi Bloom merangkumi peringkat menganalisis, penilaian dan penciptaan
(Sagala & Andriani, 2019) dan merupakan aras tertinggi dalam hierarki proses kognitif untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan, mengaitkan ilmu dengan pengetahuan sedia ada serta
menyampaikan atau menyelesaikan masalah dalam apa jua keadaan (Rajendran, 2017). KBAT
didefinisikan sebagai membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi serta berupaya mencipta sesuatu. Dalam melaksanakan PdPc yang berkesan,
elemen KBAT yang digunakan hendaklah sama dengan aras pengetahuan murid kerana KBAT
memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan murid. Prestasi teruk Malaysia dalam

162

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
kajian TIMS dan PISA menunjukkan bahawa pelajar di Malaysia lemah dalam KBAT bergantung
kepada kecekapan guru profesional (Isnon & Badusah, 2017). Oleh kerana itu, teknik mengajar
menggunakan Enam Topi Pemikiran merupakan salah satu usaha dalam membantu guru mengubah
mentaliti dan amalan lama. Teknik ini mampu menghasilkan situasi pembelajaran yang menarik dan
berkualiti (Nurhafizah et al., 2015).

Banyak kajian telah dijalankan tentang KBAT dalam kalangan guru. Antara dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru masih berada pada tahap rendah
(Nurliyana, 2015; Tarmizi 2016). Manakala kajian Norasmahani et al. (2015) mendapati tahap
pelaksanaan pengajaran KBAT adalah sederhana. Menurut kajian Talhah Ajmain et al. (2019)
masalah yang paling utama dalam KBAT adalah kekurangan penyediaan PdPc kerana faktor
pengetahuan dan kemahiran guru. Dapatan tersebut disokong dengan kajian Nooriza & Effandi
(2015) yang mendapati persiapan guru dalam melaksanakan ilmu KBAT adalah kurang. Namun,
satu kajian yang dijalankan oleh Nor Hasmaliza & Zamri (2015) terhadap persepsi guru Bahasa
Melayu ke atas pelaksanaan KBAT, mereka mendapati bahawa guru-guru Bahasa Melayu
memberikan respon yang positif.

Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran (Six Thinking Hats)

Pelaksanaan Enam Topi Pemikiran di sekolah bertujuan untuk menggalakkan dan membiasakan
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Kaedah ini dipelopori oleh seorang pemikir dan penulis
hebat dari Barat iaitu Edward de Bono (1991). Kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran dianalogi
kepada topi yang berwarna putih, merah, hitam, kuning, hijau dan biru. Topi putih melambangkan
pemikiran biasa dan mementingkan fakta; topi merah melambangkan pemikiran emosional; topi
hitam melambangkan pemikiran negatif; topi kuning melambangkan pemikiran positif; topi hijau
melambangkan pemikiran kreatif; dan topi biru yang melambangkan pemikiran kawalan.

Menurut Dominic & Zamri (2021) kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran di negara kita
masih berada di paras rendah. Terdapat beberapa kajian sahaja yang meninjau tahap penggunaan
Enam Topi Pemikiran dalam kalangan guru. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Mohd
Qhairil & Zamri (2018) tentang penggunaan Enam Topi Pemikiran di kawasan bandar iaitu di
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur mendapati tahap pengetahuan dan amalan guru berada pada
tahap yang tinggi. Manakala kajian luar negara banyak tertumpu kepada keberkesanan Enam Topi
Pemikiran dalam kalangan pelajar universiti (Indramini, 2018; Umi & Edwin, 2017). Kajian Charles
Kivunja (2015) pula memfokuskan kepada penggunaan Enam Topi Pemikiran Edward De Bono
dalam mengajar kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pedagogi Pendidikan Islam

Pedagogi adalah aspek penting dalam pengajaran yang merangkumi pelbagai, kaedah,strategi dan
teknik yang digunakan untuk mengajar. Keberkesanan pedagogi Pendidikan Islam berkait rapat
dengan Falsafah Pendidikan Islam yang muncul sejak zaman Rasulullah S.A.W. Pendekatan
pedagogi Ibn Khaldun menjadi kayu ukur perkaitan di antara pedagogi dan Falsafah Pendidikan
Islam. Lima pendekatan yang ditekankan oleh Ibnu Khaldun ialah, pertama pendekatan bertahap
dan pengulangan. Pengajaran guru mestilah bertahap dan teratur dengan dimulakan idea utama dan
diikuti idea sokongan (Mohd Syaubari, 2018). Bagi pendekatan kedua ialah penggunaan bahan
sumber. Kajian Masturi Irham et al. (2015) menyatakan bahan yang digunakan dalam PdPc dapat
merangsang murid berfikir dan mengaitkannya dengan kehidupan sebenar. Pendekatan ketiga pula
ialah pendekatan lawatan. Untuk mendapatkan ilmu yang berguna, pembelajaran secara kajian
lapangan dan bersemuka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan (Masturi Irham et al., 2015).
Pendekatan seterusnya ialah pendekatan penyampaian yang bersesuaian dengan tahap murid.
Menurut Masturi Irham et al. (2015) permulaan pembelajaran mestilah menarik dan tidak
membebankan murid agar mereka seronok dan berminat untuk belajar. Pendekatan yang kelima
atau yang terakhir ialah pendekatan penguasaan bahasa. Penggunaan bahasa yang senang difahami

163

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
akan memudahkan komunikasi di antara murid dan guru.
Menurut Mohd Aderi (2015), amalan pedagogi yang perlu ditekankan mestilah melalui
proses pembelajaran kendiri dan penemuan secara inkuiri. Guru juga mestilah kreatif dan inovatif
dalam pengajaran dan amalan pedagogi agar lebih menarik dan efektif serta berpusatkan murid dan
bahan untuk mencapai objektif pengajaran (Tamuri, & Nor, 2015; Abidin & Osman, 2017).
Keseimbangan pencapaian dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum dapat dicapai melalui
pembelajaran, pemerhatian, disiplin, pengalaman dan kebolehan murid (Abu Muhammad Iqbal,
2015). Anida et al. (2018) juga dalam kajiannya ada menjelaskan guru mestilah bersungguh-
sungguh dalam meningkatkan kebolehan kemahiran berfikir agar dapat menyampaikan PdPc yang
berkesan.

Pengetahuan Guru tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Peaksanakan KBAT tanpa pengetahuan akan menimbulkan dalam diri seseorang guru (Talhah &
Aderi, 2016). Penemuan kajian mendapati guru melaksanakan KBAT yang berbeza antara satu
sama lain (Amir et al., 2016). Ini membuktikan bahawa guru tidak faham tentang taksonomi yang
diaplikasikan dalam PdPc. Beberapa kajian menyimpulkan bahawa pengetahuan guru tentang
KBAT masih berada di tahap sederhana walaupun telah lama diperkenalkan (Hasmaliza Hassan,
2016; Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah, 2016; Sivapakkiam et al., 2016). Berbeza dengan
dapatan kajian Ainol Madziah (2015) yang menunjukkan bahawa pengetahuan GPI tentang KBAT
masih di tahap rendah. Beberapa kajian mendapati bahawa kesediaan guru dalam aspek
pelaksanaan dan pengetahuan mengenai KBAT juga masih kurang (Nooriza & Effandi, 2015;
Puteh et al. 2016; Yunus et al. 2018). Ia juga bertepatan dengan kajian Nor Hasmaliza & Zamri
(2016) bahawa masih ada dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang tidak dapat mengintegrasikan
KBAT dalam PdPc.

Kemahiran Guru dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Pelaksanaan KBAT semasa menjalankan PdPc masih sederhana dan tidak ada komunikasi yang
aktif berlaku antara murid dan guru di dalam kelas (Nurliyana, 2015). Ramai dalam kalangan guru
menghadapi masalah dari segi kefahaman, kemahiran dan kesediaan mereka untuk memberi input
dan kemahiran PdPc yang diperlukan dalam PAK21. Ini menunjukkan guru kurang menguasai
kemahiran KBAT sejak dari awal. Malahan segelintir guru menyifatkan kepelbagaian kemahiran
KBAT yang disarankan oleh kementerian adalah terlalu berat untuk diterima oleh guru (Norafidah
& Juliana 2015). Berbeza dengan dapatan kajian Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah (2016) yang
menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru dalam pelaksanaan KBAT berada pada aras yang
tinggi. Nurzarina & Roslinda (2017) dalam kajiannya telah menyatakan bahawa penglibatan dan
bimbingan guru dalam pengintegrasian teknologi di dalam kelas amat diperlukan. Pengintegrasian
ini bukan hanya untuk melahirkan pelajar yang mampu mengaplikasikan segala kecanggihan ICT,
malahan dapat berfikir secara kritis dan kreatif, berdaya saing, berakhlak mulia dan interpersonal
yang tinggi (Zamri, 2015). Senada dengan kajian Aflaha & Aderi (2016), keberkesanan PdPc
bergantung kepada kemampuan guru mengaplikasikan kemahiran mengajar yang berkesan untuk
memudahkan aktiviti pembelajaran.

Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Sikap guru terhadap pelaksanaan KBAT masih membimbangkan kerana masih terdapat guru yang
bersikap sambil lewa dalam PdPc berunsurkan KBAT. Ada dalam kalangan guru yang merasakan
bahawa KBAT amat susah untuk diikuti dengan kepelbagaian kemahiran yang diterapkan oleh
kementerian (Norafidah & Juliana, 2015). Menurut kajian Saipolbarin Ramli et al. (2019) bahawa
terdapat sebilangan guru yang masih mengamalkan pengajaran berpusatkan guru dan tidak
memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan KBAT di dalam tugasan mereka. Sikap
guru yang tidak membenarkan pelajar berbincang dan berfikir akan memberi kesan yang tidak baik

164

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
terhadap pembentukan pelajar. Kajian Nurliyana (2015) pula menyatakan punca pelajar tidak
aktif adalah

disebabkan guru tidak membuat persiapan awal tentang KBAT dalam proses PdPc. Sebilangan
besar guru tidak dapat menyediakan bahan dengan alasan kekangan masa.

Kegagalan guru menggunakan pemikiran KBAT menunjukkan guru tidak berdaya untuk
mempraktikkan kemahiran berfikir dalam pengajaran dengan cekap dan keliru mengenai KBAT
sehingga melakukan kesilapan dan tidak yakin terhadap definisi KBAT (Khan, Noh & Hussein,
2016; Omar & Ismail, 2018). Manakala dapatan kajian Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah (2016)
berbeza dengan dapatan kajian lain kerana dapatannya menunjukkan bahawa sikap guru-guru
Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT berada pada tahap tinggi.

Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian ini merupakan jenis kuantitatif secara tinjauan berbentuk deskriptif yang
menggunakan borang soal selidik (Google Forms). Satu set soal selidik digunakan untuk tujuan
pengumpulan data. Kaedah tinjauan yang dijalankan adalah untuk melihat tahap pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan dalam pelaksanaan KBAT
menggunakan enam topi pemikiran. Kajian ini dijalankan di daerah Tumpat, Kelantan yang
melibatkan guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah. Sebanyak tiga buah sekolah rendah yang
menjadi populasi dalam kajian ini yang dikategorikan bandar. Sampel kajian yang digunakan dalam
kajian ini pula seramai 30 orang.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang telah dibentuk dan diubah suai oleh
pengkaji berdasarkan kajian-kajian lepas iaitu Hazlin (2016) dan Fadilla (2019). Soal selidik kajian
mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A demografi responden, bahagian B untuk mengukur
aspek pengetahuan, bahagian C aspek kemahiran dan bahagian D aspek berkaitan sikap guru dalam
melaksanakan KBAT menggunakan kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran
Pendidikan Islam. Jawapan soal selidik berdasarkan skala Likert lima mata, iaitu 1= Sangat Tidak
Setuju; 2= Tidak Setuju; 3= Kurang Setuju; 4= Setuju; dan 5= Sangat Setuju. Data kajian ini
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0.
Analisis statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk
mendapat maklumat yang tepat bagi objektif kajian. Skor min diukur berdasarkan Jadual 1.1
pengukuran skor min dan interpretasi oleh Nunnally & Bernstein (1994) berdasarkan kepada empat
tahap pengukuran skor min. Interpretasi skor min digunakan untuk menentukan tahap bagi setiap
konstruk.

Jadual 1.1: Jadual Interpretasi Skor Min (Nunnally & Bernstein, 1994)

Bil Nilai Skor Min Interpretasi Skor Min

1 1.00 – 2.00 Rendah

2 2.01 – 3.00 Sederhana Rendah

3 3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
4 4.01 – 5.00
Tinggi

Sumber: Psychometric Theory, 3rd edn, 1994(Nunnally & Bernstein, 1994)

Dapatan Kajian

Analisis Bahagian A: Demografi Responden

Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah dari tiga buah
sekolah di daerah Tumpat, Kelantan. Latar belakang responden dibezakan mengikut jantina dan
menghadiri kursus KBAT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta perempuan 23 orang
(76.7%) lebih ramai berbanding peserta lelaki seramai 7 orang (23.3%). Kebanyakan peserta kajian
juga telah menghadiri kursus KBAT iaitu seramai 21 orang (70%) dan 9 orang (30%) tidak
mengikuti kursus. Jadual 1.2 menunjukkan profil demografi responden berdasarkan analisis

165

deskriptif mengikut kekerapan dan peratus. 2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Jadual 1.2: Analisis Demografi Responden Kajian
Peratus (%)
Ciri Demografi Kategori Kekerapan 23.3
76.7
Jantina Lelaki 7 23 70.0
21 30.0
Perempuan

Hadir Kursus KBAT Ya

Tidak 9

Analisis Bahagian B: Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan KBAT
Menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran

Jadual 1.3 menunjukkan analisis deskriptif tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam dalam
pelaksanaan KBAT menggunakan kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran. Tahap pengetahuan
guru Pendidikan Islam secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi dengan nilai min 4.286 dan
sisihan piawai 0.493. Manakala tujuh item pengetahuan guru yang dijawab oleh responden
menunjukkan nilai min tinggi bagi setiap item. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa guru
Pendidikan Islam di daerah Tumpat menguasai KBAT dan melaksanakannya dalam PdPc dengan
menggunakan kemahiran berfikir menggunakan Enam Topi Pemikiran.

Jadual 1.3: Analisis Deskriptif Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan

KBAT Menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran

Konstruk Nilai Min Sisihan piawai Interpretasi

Pengetahuan GPI 4.286 0.493 Tinggi

Analisis Bahagian C: Tahap Kemahiran Guru Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan KBAT
Menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran

Jadual 1.4 menunjukkan analisis deskriptif tahap kemahiran guru Pendidikan Islam dalam
pelaksanaan KBAT menggunakan kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran. Tahap kemahiran
guru Pendidikan Islam secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min
3.991 dan sisihan piawai 0.542. Nilai min bagi tujuh item kemahiran guru menunjukkan hanya tiga
item mencapai nilai min tinggi dan empat item mencatat nilai min sederhana tinggi. Ini
menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam daerah Tumpat mempunyai kemahiran semasa
melaksanakan KBAT menggunakan Enam Topi Pemikiran. Walaubagaimanapun, pendedahan
konsep KBAT dan cara pelaksanaan yang lebih praktikal perlu dilakukan dengan lebih giat lagi
dalam kalangan GPI untuk mencapai tahap tinggi.

Jadual 1.4: Analisis Deskriptif Tahap Kemahiran Guru Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan
KBAT Menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran

Konstruk Nilai Min Sisihan piawai Interpretasi
Kemahiran GPI 3.991 0.542 Sederhana Tinggi

Analisis Bahagian D: Tahap Sikap Guru Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan KBAT
Menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran

Jadual 1.5 menunjukkan hasil analisis deskriptif tentang tahap sikap guru Pendidikan Islam semasa
melaksanaan KBAT dengan menggunakan kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran. Tahap sikap
guru Pendidikan Islam secara keseluruhannya juga berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai
min 3.833 dan sisihan piawai 0.525. Nilai min bagi tujuh item sikap guru menunjukkan hanya dua
item mencapai nilai min tinggi manakala lima item lagi mencatat nilai min sederhana tinggi. Ini
menjelaskan bahawa sikap guru Pendidikan Islam daerah Tumpat adalah positif terhadap

166

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
penggunaan kemahiran berfikir menggunakan Enam Topi Pemikiran dalam PdPc Pendidikan
Islam. Walaubagaimanapun, semua pihak samada KPM, JPN, PPD dan pentadbir sekolah harus
memainkan peranan dalam memastikan pembelajaran berasaskan KBAT dapat dilaksanakan
dengan jayanya samada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Pihak-pihak berkenaan
hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tahu permasalahan yang dihadapi oleh
para guru dalam melaksanakan KBAT. Dengan ini, secara tidak langsung ia dapat menarik minat
guru dan berusaha untuk mengamalkan KBAT dalam PdPc masing-masing.

Jadual 1.5: Analisis Deskriptif Tahap Sikap Guru Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan KBAT
Menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran

Konstruk Nilai Min Sisihan piawai Interpretasi
Sikap GPI 3.833 0.525 Sederhana Tinggi

Perbincangan

Merujuk kepada dapatan analisis statistik deskriptif yang telah dijalankan, tahap pengetahuan
penggunaan Enam Topi Pemikiran dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah daerah
Tumpat mencatat nilai min 4.286 dan sisihan piawai 0.493. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa
tahap pengetahuan guru berada pada tahap tinggi. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa
faktor guru menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), seminar dan kursus berkaitan KBAT
memberi kesan terhadap tahap pengetahuan GPI (Abdullah et al., 2017) mengenai kemahiran
berfikir Enam Topi Pemikiran. Dapatan kajian Siti Zaleha (2015) juga menunjukkan pengetahuan
guru berada pada tahap yang tinggi dan selari dengan analisis dapatan kajian ini. Seorang guru
yang hebat pasti melengkapkan dirinya dengan ilmu dan pengetahuan bagi setiap mata pelajaran
yang hendak diajar serta menguasai kaedah yang akan digunakan dalam PdPc.
Walaubagaimanapun, menurut kajian yang dijalankan oleh Puteh et al. (2016) dan Yunus et al.
(2018), masih ada guru yang tidak mempunyai pengetahuan tentang konsep KBAT serta tidak
mengamalkannya dalam PdPc.

Analisis kajian ini juga mendapati bahawa tahap kemahiran penggunaan Enam Topi
Kemahiran dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah berada pada tahap sederhana
tinggi dengan nilai min 3.991 dan sisihan piawai 0.542. Menurut kajian Aniza & Zamri (2015),
seseorang guru perlu menguasai kemahiran berfikir aras tinggi untuk diaplikasi dalam PdPc kerana
guru bertanggungjawab untuk mendidik dan membentuk murid menjadi insan yang cemerlang dan
berfikiran kritis selari dengan kehendak sistem pendidikan sekarang yang menekankan pendidikan
seperti KBAT dan PAK21. Selain itu, Nurul Nabihah (2015) dalam kajiannya menyatakan bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk grafik dan bergambar dapat merangsang idea,
menguatkan ingatan serta mudah difahami oleh murid. Oleh itu, guru harus meningkatkan
kemahiran dalam pelaksanaan KBAT dan mempelbagaikan kaedah serta teknik pengajaran
berasaskan KBAT bagi merangsang pemikiran kritis dan mewujudkan pembelajaran aktif dalam
kalangan murid.

Seterusnya hasil analisis kajian juga mendapati tahap sikap GPI terhadap penggunaan
Enam Topi Pemikiran turut berada pada tahap sederhana tinggi yang mencatat nilai min 3.833 dan
sisihan piawai 0.525. Dapatan kajian ini berbeza dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Hasnah &
Jamaludin (2017), yang mendapati sikap guru terhadap KBAT mencapai tahap tinggi. Penerapan
kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran guru amat digalakkan bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik lagi efektif. Guru yang sentiasa berfikiran positif
akan mendatangkan kesan yang baik terhadap prestasi dan penglibatan murid. Kenyataan ini
disokong oleh Norhaya (2015) yang mendapati sikap positif guru terhadap penggunaan kaedah atau
teknik pengajaran mempunyai kaitan dengan tahap sikap dan kemahiran guru. Justeru, penerapan
elemen KBAT menggunakan alat berfikir seperti Enam Topi Pemikiran dalam kalangan GPI akan
meningglkan kesan yang bermakna dalam diri setiap murid kerana setiap jawapan yang diberikan
adalah betul dan diterima dengan alasan yang tersendiri.

167

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

Rumusan

Secara keseluruhannya, dapatan analisis deskriptif menunjukkan nilai min keseluruhan bagi tiga
konstruk yang diuji iaitu tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam sekolah
rendah terhadap pelaksanaan KBAT menggunakan kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran
berada

pada tahap tinggi dengan nilai min 4.037 dan sisihan piawai 0.458. Ini membuktikan bahawa guru
mulai sedar tentang kepentingan pelaksanaan KBAT dalam pedagogi Pendidikan Islam.
Transformasi pendidikan pada masa kini telah mendorong para guru mempersiapkan diri dengan
norma baharu sistem pendidikan untuk mendepani cabaran globalisasi dan setanding dengan negara
maju yang lain. Guru harus mengorak langkah dan membuat perubahan dalam penyampaian PdPc
supaya tahap kognitif murid dapat dibina dan dikembangkan selari dengan FPK dan asas-asas
Pendidikan Islam. Kepelbagaian tahap kebolehan dan pencapaian dalam kalangan murid boleh
diatasi oleh guru yang berpengetahuan dan berkemahiran melalui kaedah pengajaran KBAT dan
PAK21 yang sesuai dan menarik. Penggunaan Enam Topi Pemikiran amat sesuai digunakan dalam
PdPc guru kerana setiap jawapan yang berbeza daripada murid akan diperbincangkan di dalam kelas
mengikut kategori jawapan yang diberi tanpa menolaknya. Walaupun pelaksanaan kemahiran
berfikir Enam Topi Pemikiran memerlukan masa yang panjang, tetapi hasilnya sangat
membanggakan kerana murid menjadi lebih berani dan yakin serta lebih memotivasikan mereka
untuk sentiasa memberikan pendapat dalam setiap sesi pembelajaran.

Agama Islam sangat menggalakkan umatnya berani bersuara dalam menegakkan kebenaran
demi kesucian Islam agar tidak dipandang lemah oleh agama lain. Justeru, kemahiran berfikir
Enam Topi Pemikiran ini harus diperkenalkan di sekolah rendah lagi dan diaplikasikan oleh setiap
guru dalam PdPc terutamanya mata pelajaran Pendidikan Islam bagi melahirkan murid yang
berfikiran aras tinggi dan mempunyai keyakinan diri semasa perbincangan dijalankan. Dengan itu,
pembelajaran menjadi lebih berkesan dan murid dapat menguasai isi pelajaran dengan lebih mudah.
Maka, penggunaan Enam Topi Pemikiran dalam proses PdPc pada masa kini adalah sangat relevan
dan bertepatan dengan aspirasi negara. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini dapat membantu
pihak-pihak berkenaan dalam usaha menyemarakkan lagi penggunaan alat berfikir seperti Enam
Topi Pemikiran serta alat pemikiran KBAT yang lain dalam kalangan guru Pendidikan Islam demi
memantapkan pelaksanaan KBAT secara menyeluruh. Dapatan kajian ini juga boleh digunakan
sebagai rujukan untuk penambahbaikan bagi percambahan idea dalam kalangan murid melalui
penggunaan Enam Topi Pemikiran dalam PdPc Pendidikan Islam di masa akan datang.

Rujukan

Ab. Halim Tamuri dan Nur Hanani. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dalam kepelbagaian budaya:
Harapan dan cabaran. Kertas Kerja Ucaputama Seminar Pedagogi Antarabangsa ke-8
(PEDA8) anjuran IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur, Universitas Pendidikan Indonesia,
Bandung dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor di Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur pada 19 September 2017.

Abdul Halim, Dayana Farzeeha, Mahani Mokhtar dan Umar Haiyat. (2017). Mathematics teachers’
level of knowledge and practise on the implimentation of higher order thinking skills
(HOTS). Eurasia Journal of Mathemathics, Science and Technology Education, 13(1), 3-
17

Abdullah, A. H., Mokhtar, M., Halim, N. D. A, D. F., Tahir, L. M., & Kohar, U. H. A. (2017).
Mathematic teachers' level of knowledge and practice on implementation of higher order
thinking skills (HOTS). Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology
Education, 13(1), 3-17.

168

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Abidin, M. Z. Z., & Osman, K. (2017). Tahap pengetahuan, pemahaman, kemahiran dan
pelaksaanaan guru sains terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Journal of
Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 1(1), 97–113.

Abu Muhammad Iqbal. (2015). Pemikiran Pendidikan Islam gagasan-gagasan besar para ilmuwan
muslim. Jogjakarta: Pustaka Pelajar

Aflaha Aziz & Aderi Che Noh. (2016). Pendekatan pengajaran Al-Ghazali dalam Pendidikan Islam.
Seminar Wacana Pendidikan Islam.

Ainol Madziah. (2015). Aspek penilaian dan pentaksiran bagi KBAT & Kemahiran Insaniah.
Seminar, Muzakarah Pakar: Pembentangan Kajian Keberkesanan Pendidikan Islam. IKIM.

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017).
Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian
Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77-88

Ali, M. F., Ahmad, A. R., & Sitam, M. I. S. (2015). Pengetahuan kompetensi ke arah peningkatan
aplikasi kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru Sejarah. In Proceeding 7th
International Seminar on Regional Education 2007.

Amir Khan, Aderi Che Noh & Tarmimi Hussein. (2016). Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
dalam pengajaran Pendidikan Islam. Prosiding, Wacana pendidikan Islam siri ke-11

Anida et al. (2018). Pengamalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pedagogi Bahasa
Melayu berdasarkan pengukuran CORT (Cognitive Research Trust). Journal of Global
Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 4(11), 134-150.

Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah
menengah dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina,
opsyen dan tempat mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1), 18-29.

Charles Kivunja. (2015). Using De Bono’s six thinking hats model to teach critical thinking and
problems solving skills essential for success in the 21st century economy. Journal of
Creative Education, 6, 380-391.

De Bono, E. (1991). Teacher Thinking (5th ed.). London: Tample Smith Ltd.

Dominic Henry & Zamri Mahamod. (2021). Hubungan antara tahap kompetensi, kesediaan dan
sikap guru dalam menggunakan kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran dalam
pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 46-56

Fadilla Layang. (2019). Tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah
rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-Think. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 44(1), 37-44.

Fadila, N., Mahamod, Z., & Mohammad, W. M. R. W. (2016). Competencies, attitudes, and
application of web 2.0 as a teaching aids among Malay Language primary school teachers).
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 52-58.

Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah. (2017). Kompetensi dan cabaran guru dalam penerapan
pemikiran aras tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding seminar
pascasiswazah pendidikan Bahasa Melayu & pendidikan kesusasteraan Melayu. Fakulti
Pendidikan, UKM.

Hasmaliza Hasan. (2016). Persepsi guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan terhadap
penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Tesis
Sarjana. UKM.

Hazlin Mohamat. (2016). Tahap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan peta i-think dalam
kalangan guru Bahasa Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hazlin Mohamat & Zamri Mahamod. (2016). Tahap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan
peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Prosiding Seminar
Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Kali Kelima 2016,
hlm. 179-194.

Hussein Ahmad dan Mohammed Sani (2016). Transformasi Pendidikan Nasional antara aspirasi

169

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
dan anjakan. Dalam Transformasi Pendidikan Nasional Antara Aspirasi dan Anjakan.
Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.
Indramini. (2018). Peningkatan keterampilan menulis paragraf argumentasi dengan metode topi
pemikiran (Six Thinking Hats) pada siswa kelas X Sma Guppi Samata. Konfiks: Jurnal
Bahasa Dan Sastra Indonesia, 5(1): 53-58.
Isnon, H., & Badusah, J. (2017). Malay Language teacher competency to implementation higher
order thinking skill in teaching and learning). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 56-
65
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Khan, A., Noh, A. C., & Hussein, T. (2016). Amalan kemahiran berfikir aras tinggi dalam

pengajaran pendidikan Islam. Prosiding, Wacana Pendidikan Islam Siri ke-11, Universiti
Kebangsaan Malaysia 2016.

Masturi Irham, Malik Supar & Abidun Zuhri. (2015). Terj. Mukaddimah Ibnu Khaldun. Jakarta:
Pustaka al-Kautsar

Mohd Aderi Che Noh. (2015). Pengajaran & pembelajaran tilawah al-Quran sekolah menengah di
Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Qhairil Anwar Azhar & Zamri Mahamod. (2018), Tahap perbezaan pengetahuan, sikap dan
amalan mengggunakan Enam Topi Pemikiran berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam
kalangan guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
8(2), 13-24.

Mohd Syaubari Bin Othman. (2018). Kepentingan pelaksanaan pedagogi Pendidikan Islam melalui
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dapat memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan
Islam. Jurnal ‘Ulwan, Jilid 1, 58-69

Mohd Syaubari Othman, Ahmad Amir Khan bin Ahmad @ Mohammed dan Ahmad Yunus bin
Kassim. (2017). Konsep makalah Ibn Khaldun dalam konteks pengajaran yang menerapkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary
Issues, 12-15

Mohd Zaidi Mohd Zeki. (2016). Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam di sekolah pedalaman.
disertasi sarjana. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd Zaidi Mohd Zeki, Nurulaini Moshidi dan Samsul Bin Juwait. (2017). Teori malakah dan
tadrij dalam amalan pengajaran guru Pendidikan Islam di sekolah pedalaman. Kertas kerja
dibentang semasa Seminar Isu-Isu Pendidikan Kebangsaan di Kolej Universiti Islam
Selangor, Selangor pada 3 Mei.

Norafidah Noralidin Jabayan & Juliana Osong. (2015). Meningkatkan tahap Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia melalui komuniti

pembelajaran profesional (KPP). Proceeding, 6th Pedagogy International Seminar 6(1): 1-412.
Norasmahani Nor, Sofiah Suhaimi, Syamira Abdul Wahab, Khushairi Che Ismail, Aderi Che Noh,

Khadijah Abdul Razak. (2015). Pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam Sekolah Menengah: Satu tinjauan di Putrajaya, Proceeding: 7th International

Seminar on Regional Education,
Norhaya Isa. (2015). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru pendidikan Islam

sekolah rendah terhadap pendekatan didik hibur. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod. (2016). Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi
terhadap pengajaran guru Bahasa Melayu daerah Kuala Terengganu. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 6 (2), 78-90.
Nooriza Kassim & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik: Analisis keperluan guru. Prosiding Seminar
Education Graduate Regional Conference (EGRC 2015).
Nur Athirah Ariffin dan Faridah Yunus. (2017). Kesedıaan guru prasekolah dalam melaksanakan

170

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Simposium Pendidikan diPeribadikan:
Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
Nunnally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric Theory, 3rd edn, 1994. McGraw-Hill, New York,
3, 701
Nurhafizah Zaidi, Roslinda Rosli, & Mohamed Yusoff Mohd Nor. (2015). Aplikasi Peta Pemikiran
i- THINK Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. World Academic and
Research Congres 2015.
Nurliyana Abd Halim. (2015). Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar tehadap Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dalam pembelajaran pemahaman bacaan. Tesis. UKM.
Nurul Nabihah Ishak. (2015). Teknik visual ikon dalam pengajaran kemahiran menulis ayat mudah
murid pemulihan khas. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nurzarina Amran dan Roslinda Rosli. (2017). Kefahaman guru tentang kemahiran abad ke-21.
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Komunikasi.
Omar, N. B., & Ismail, M. B. (2018). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran berfokuskan kepelbagaian budaya murid sekolah rendah (KSSR). 5th
International Conference on Research in Islamic Education and Arabic Language 2018.
Puteh, S. N., Ghazali, N. A., Tamyis, M. M., & Ali, A. (2016). Keprihatinan guru Bahasa Melayu
dalam melaksanakan kemahiran secara kritis dan kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
2(2), 19- 31.
Rajendran N. S. (2017). Pengajaran dan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi teori & amalan.

Tanjung Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Saemah Rahman & Zamri Mahamod. (2016). Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sagala, P. N., & Andriani, A. (2019). Development of higher-order thinking skills (HOTS)
questions of probability theory subject based on Bloom’s Taxonomy. Journal of Physics:
Conference Series. 1188 (1)

Siti Zaleha Mohd Nor. 2015. Pelaksanaan konsep 5P (penggabungjalinan, penyerapan, penggayaan,
pemulihan dan penilaian) dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Tesis Sarjana Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sivapakkiam, R., Fadzilah, A. R., Habsah, I., Umi, K. A. M., & Rozita, R. S. (2016). Teachers’
levels of knowledge and interest on Higher Order Thinking Skills (HOTS) according to the
field taught and category of schools. Journal of Modern Education Review, 6(9), 611-621.

Talhah Ajmain & Aderi Che Noh. (2016). Kefahaman ilmu dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
mampu melahirkan murid yang mengajar. Prosiding, Wacana pendidikan Islam siri ke-11

Talhah Ajmain, A. Rahman, Siti Nur Hadis,Mahpuz, Asma Nurul ‘Aqilah and Hehsan, Aminudin
and Che Noh, Mohd. Aderi (2019) Predisposition of Islamic education teacher in
implementing teaching of higher order thingking skills (KBAT) at the State of Selangor.
International Journal of Business, Economics and Law, 18 (6), 52-60.

Tamuri, A. H., & Nor, S. M. (2015). Prinsip pembelajaran aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan, 3(2), 28–42.

171

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
KAD FAMUN (MEMBANTU MENGINGAT DAN MENYEBUT BUNYI HURUF
BERBARIS MENGGUNAKAN GERAKAN MULUT)

Sarinah@ Sharie Binti Sabli
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

[email protected]

Abstrak

Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertujuan untuk membantu murid mengingat dan
menyebut bunyi huruf hijahiyah berbaris menggunakan gerakan mulut dengan betul.Walaupun
murid berada di tahun 6 ,masih terdapat kekeliruan dan tidak menguasai sebutan bunyi huruf
dengan betul dan baik.Kekeliruan ini berlaku semasa murid hendak menyebut bunyi huruf berbaris
dengan betul.Inovasi ini juga membantu murid menyebut bunyi huruf berbaris dengan
cepat.Sebelum inovasi ini dihasilkan murid tidak boleh mengingat huruf hijahiyah dengan betul
dan tidak boleh menyebut bunyi huruf dengan betul mengikut baris.Berdasarkan analisis,majoriti
murid tersebut berada di Iqra 3 yang sepatutnya tidak lagi mempunyai masalah menyebut dan
mengingat bunyi huruf berbaris.Bermula daripada isu tersebut,maka terhasilnya bahan inovasi ini
dan saya mengambil inisiatif untuk menggunakannya di dalam kelas matapelajaran Khatam Al-
Quran tahap 2 dan tahap 1 sebagai bahan bantu mengajar serta kelas tasmik.Setelah menggunakan
bahan ini ,beberapa isu serta masalah dapat ditangani seperti murid-murid yang lemah mengingat
dan menyebut bunyi huruf hijahiyah berbaris dapat menyebut dengan cepat dan betul dalam tempoh
30 minit.Bahan ini juga dapat membantu murid-murid yang masih di tahap Iqra 1,2 dan 3.Bahan
inovasi ini juga dapat meningkatkan kualiti bacaan Iqra.

Kata Kunci: mengingat,menyebut,Huruf Hijahiyah berbaris

1.0 Pengenalan

Inovasi ini bertujuan untuk membantu murid mengingat dan menyebut bunyi huruf hijahiyah
berbaris mengunakan gerakan mulut dengan betul.Walaupun murid berada di tahun 6 masih
terdapat kekeliruan dan tidak menguasai sebutan bunyi huruf dengan baik. Kekeliruan berlaku
semasa hendak menyebut bunyi huruf berbaris dengan betul.Inovasi ini juga membantu murid
menyebut huruf berbaris dengan cepat. Objektif Inovasi a) Murid dapat mengenal huruf hijahiyah
dengan betul dan tepat. b) Dapat membantu murid menyebut huruf hijahiyah berbaris dengan tepat.
c) Mengubah amalan pembelajaran dan pengajaran guru agar lebih menarik dan berkesan.

2.0 Penerangan Tentang Inovasi/Pembangunan Produk/Reka Bentuk/Proses

Pada bulan Mac tahun 2018,saya telah melakukan secara rawak kepada kelas tahun 6 yang diajar
melalui matapelajaran Al-Quran iaitu menyebut huruf hijahiyah berbaris atas.Dalam pemerhatian
saya sebilangan murid tahun 6 masih belum menguasai bunyi huruf berbaris dengan betul dan tepat.
Amat menyedihkan apabila murid yang diuji adalah dari kalangan murid tahun 6 dan mereka ini
kebanyakannya masih berada di Iqra 1,2, dan 3.Setelah menganalisis masalah tersebut tercetus idea
untuk menghasilkan bahan untuk memudahkan murid mengingat dan menyebut bunyi huruf
berbaris. Bahan inovasi yang saya hasilkan ini dinamakan “ KAD FAMUN” (kaedah mengingat
bunyi huruf berbaris menggunakan perkataan dan gerakan mulut).Bahan inovasi ini mengunakan
pergerakan mulut melalui grafik yang memudahkan murid mengingat pergerakan cara menyebut
bunyi huruf berbaris .Dengan penggunaan bahan ini murid dapat mengingat dan menyebut bunyi
huruf berbaris dengan cepat dan betul. Bermula daripada isu tersebut,maka terhasilnya bahan
inovasi ini dan saya mengambil inisiatif untuk menggunakannya di dalam kelas matapelajaran
Khatam Al-Quran tahap 2 sebagai bahanbantu belajar serta kelas tasmik.

172

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

3.0 Latar Belakang Dan Konteks Inovasi/Pembangunan Produk/Reka Bentuk/Proses

Kedudukan sebelum inovasi dijalankan a) Murid tidak boleh mengingat huruf hijahiyah dengan betul.
b) Murid tidak boleh menyebut bunyi huruf dengan betul mengikut baris. Berdasarkan analisis
majoriti murid tersebut berada di Iqra 3 yang sepatutnya tidak lagi mempunyai masalah menyebut dan
mengingat bunyi huruf berbaris. Disebabkan itu, guru membuat inovasi ini bagi menarik minat murid
dalam matapelajaran Al-Quran khususnya kelas tasmik agar ianya benar- benar dihayati ,difahami
dan mudah diaplikasi.

4.0 Kepentingan Inovasi/Produk/Reka Bentuk/Proses Kepada Bidang Pendidikan

Setelah mengunakan bahan inovasi ini, beberapa isu serta masalah dapat ditangani seperti: 1)
Mengenal dan mengingat huruf hijahiyah berbaris. Dengan penggunaan bahan inovasi ini,murid-
murid yang lemah mengingat dan menyebut huruf hijahiyah dapat menyebut dengan cepat dan betul
dalam tempoh 30 minit.Bahan inovasi ini juga dapat membantu murid-murid yang masih di tahap
Iqra 1,2,dan 3. 2) Menguasai Iqra 1,2,dan 3 dengan cepat. Murid-murid tasmik dapat menguasai
Iqra 1,2,dan 3 dengan sebutan yang betul.Contoh huruf hijahiyah berbaris atas ,bawah dan depan. 3)
Meningkatkan kualiti bacaan Iqra. Pada pengajaran dan pembelajaran kelas tasmik terdapat
peningkatan kualiti sebutan huruf yang betul.Murid-murid mempunyai keyakinan dalam menyebut
huruf hijahiyah berbaris menggunakan kad latih tubi “KAD FAMUN”.Peningkatan bacaan ini dapat
dikaitkan dengan kualiti bacaan murid-murid pada penilaian e-pelaporan j-QAF.

5.0 Sumbangan Inovasi/Produk/Reka Bentuk/Proses Kepada Bidang Pendidikan Dan Komuniti
Kad Famun ini telah digunakan oleh Sk Bantayan Tamparuli di dalam Program GEQAQ pada tahun
ini bagi membantu murid yang masih Iqra 1,2 dan 3. Kad Famun ini juga akan disebar luaskan ke
sekolah Sk Inanam Dua di dalam Program Perkongsian Ilmu Kad Famun dalam pengajaran Al-
Quran di kalangan Guru Pendidikan Islam.

6.0 Nilai Komersial Inovasi/Produk/Reka Bentuk/Proses Kepada Bidang Pendidikan

Masa Murid dapat menguasai huruf hijahiyah berbaris lebih cepat dan tepat dalam tempoh 30
minitp dan peningkatan keberkesanan pdp. Berdasarkan analisis, 11 orang murid yang mengikuti
ujian ini mengalami peningkatan dari segi bacaan Iqra.Kepuasan murid dan guru.Murid mudah
mengingat dan menyebut bunyi huruf berbaris dengan menggunakan gerakan mulut.Murid rasa
seronok dengan kaedah ini. Guru mudah memahamkan murid bunyi- bunyi huruf dengan cepat.
Bagi menghasilkan bahan inovasi ini,ianya tidak memerlukan kos yang tinggi kerana bahan asasnya
diperbuat daripada kertas serta plastik liminating.Penerangan kos bagi bahan-bahan inovasi ini
adalah seperti berikut:

173

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

Perkongsian Kad Famun Dengan Sekolah
Kebangsaan Bantayan Tuaran

174

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
KEPIMPINAN TEKNOLOGI GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PDPDAN
PENGURUSAN PANITIA

Norhidayah Bte Ramlie
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kepimpinan teknologi Guru Pendidikan Islam (GPI)
dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan pengurusan panitia di sekolah-sekolah rendah
daerah Kudat. Kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan skor min variabel kajian
berdasarkan jantina, tempoh perkhidmatan dan lokasi sekolah. Selain itu, tujuan kajian
dilaksanakan untuk mengenal pasti hubungan antara kepimpinan teknologi GPI dalam PdP dengan
kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia. Kajian berbentuk tinjauan yang
menggunakan pendekatan kuantitatif sepenuhnya ini mengaplikasikan pensampelan berkluster dan
rawak mudah bagi mendapatkan sampel. Instrumen kajian terbatas kepada borang soal selidik
menggunakan skala Likert 5 Mata yang ditadbir ke atas 94 orang GPI kemudian dianalisis
menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 27.0. Teori Kepimpinan Teknologi kajian ini
mengadaptasi salah satu elemen daripada Model Flanagan dan Jacobsen (2003) serta NETS-T
(2008). Dapatan awal kajian rintis dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian-t, ANOVA
sehala dan korelasiPearson. Analisis deskriptif menunjukkan GPI daerah Kudat secara majoritinya
hanya menggunakan kepimpinan teknologi dalam PdP sebanyak 3-4 kali dalam setahun (sekali
sekala) pada tahap sederhana dengan skor min 3.11 (SP=0.496) manakala tahap kepimpinan
teknologi GPI dalam pengurusan panitia adalah pada tahap tinggi dengan skor min keseluruhan
4.04 (SP=0.433). Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
kepimpinan teknologi GPI dalam PdP dan pengurusan panitia berdasarkan jantina, tempoh
perkhidmatan dan lokasi sekolah. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara kepimpinan teknologi GPI dalam PdP dengan kepimpinan
teknologi GPI dalam pengurusan panitia.

Kata kunci: Kepimpinan Teknologi, Guru Pendidikan Islam, PdP, Pengurusan Panitia, data rintis

Pendahuluan

Perkembangan dunia yang melibatkan Revolusi Industri 4.0 dilihat sebagai satu cabaran bagi
warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk terus melonjakkan transfomasi pendidikan
di negara ini. Demi perjuangan dalam memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia, KPM telah
mengambil langkah memperkenalkan pelbagai program baharu seperti Pembelajaran Abad ke 21
(PAK21), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), program Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional (TVET) dan banyak lagi. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, kemahiran
teknologi memainkan peranan utama dalam mengintegrasikan pendidikan agar bergerak seiring
dengan era globalisasi masa ini. Kepimpinan teknologi penting untuk dikuasai bukan sahaja dalam
kalangan pentadbir sekolah, malahan guru-guru mata pelajaran yang menjadi tonggak utama
sebagai pelaksana dasar kerajaan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

175

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

Objektif Kajian

1. Mengukur tahap kepimpinan teknologi GPI dalam PdP di sekolah rendah daerah Kudat.
2. Mengukur tahap kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia di sekolah rendah

daerah Kudat.
3. Mengenal pasti perbezaan skor min kepimpinan teknologi GPI dalam PdP berdasarkan

jantina.
4. Mengenal pasti perbezaan skor min kepimpinan teknologi GPI dalam PdP berdasarkan

tempoh perkhimatan.
5. Mengenal pasti perbezaan skor min kepimpinan teknologi GPI dalam PdP berdasarkan

lokasi sekolah.
6. Mengenal pasti perbezaan skor min kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia

berdasarkan jantina.
7. Mengenal pasti perbezaan skor min kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia

berdasarkan tempoh perkhimatan.
8. Mengenal pasti perbezaan skor min kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia

berdasarkan lokasi sekolah.
9. Mengenal pasti hubungan antara kepimpinan teknologi GPI dalam PdP dengan kepimpinan

teknologi GPI dalam pengurusan panitia.

Hipotesis Kajian

Hipotesis-hipotesis kajian adalah berbentuk hipotesis nol (Ho) iaitu:

Ho11 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan teknologi yang digunakan oleh GPI
dalam PdP di sekolah rendah berdasarkan jantina.

Ho12 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan teknologi yang digunakan oleh GPI
dalam PdP di sekolah rendah berdasarkan tempoh perkhidmatan.

Ho13 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan teknologi yang digunakan oleh GPI
dalam PdP di sekolah rendah berdasarkan lokasi sekolah.

Ho21 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan teknologi yang digunakan oleh GPI
dalam pengurusan panitia di sekolah rendah berdasarkan jantina.

Ho22 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan teknologi yang digunakan oleh GPI
dalam pengurusan panitia di sekolah rendah berdasarkan tempoh perkhidmatan.

Ho23 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan teknologi yang digunakan oleh GPI
dalam pengurusan panitia di sekolah rendah berdasarkan lokasi sekolah.

Ho3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan teknologi GPI dalam PdP
dengan kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia

Sorotan Literatur

176

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

Kepimpinan Teknologi

Dalam konteks pendidikan, amalan kepimpinan teknologi telah mendapat perhatian yang semakin
meningkat dalam dunia pendidikan. Anderson dan Dexter (2005) telah memberikan konsep
kepimpinan teknologi sebagai keputusan, dasar dan tindakan yang dibuat oleh organisasi untuk
memudahkan penggunaan ICT secara efektif di sekolah. Secara umumnya, kepimpinan ini adalah
gabungan daripada strategi, teknik dan taktik kepimpinan seorang pemimpin tetapi tumpuan khusus
adalah kepada teknologi dengan memberi penekanan kepada peralatan untuk mengakses internet
menggunakan tekologi terkini (Judith, 2010; Roslee dan Tisebio, 2020). Kepimpinan teknologi
terbentuk apabila terdapat keperluan kepada pengurusan yang lebih cekap dalam bidang ICT (Mohd
Norakmar et al., 2019). Kepimpinan teknologi mendapat persetujuan umum berkeupayaan memberi
pelbagai kesan positif kepada guru besar, guru, pelajar dan sekolah (Wong& Khadijah, 2017). Noraini,
Hamidon dan Mohd Izham (2015) menyatakan terdapat lima peranan pemimpin teknologi yang
berkesan; (1) mempunyai ilmu pengetahuan tentang teknologi; (2) mempunyai visi yang jelas; (3)
mengamalkan pengurusan kepimpinan top down dan bottom up untuk memastikan penguasaan dan
penggunaan teknologi secara menyeluruh oleh guru dan warga sekolah; (4) meningkatkan kemahiran
ICT guru-guru dan warga sekolah dengan mengadakan latihan profesional secara berterusan; (5)
menggunakan peluang komuniti setempat dan PIBG bagi mendapatkan sumbangan untuk
memantapkan prasarana teknologi di sekolah.

Kepimpinan Teknologi dalam PdP

Walaupun pelbagai usaha dalam mengintegrasi pendidikan di Malaysia, kajian KPM dan World Bank
(2012) dalam Sufean (2014) menunjukkan aplikasi 1BestariNet kurang digunakan dalam proses PdP
di sekolah-sekolah. Pelaksanaan VLE telah memasuki fasa seterusnya apabila Frog VLE telah
digantikan dengan Google Classroom (Hapini et al., 2020). Namun, proses perubahantersebut belum
mampu mengurangkan cabaran dalam melaksanakan inisiatif ICT di peringkat sekolah. Penggunaan
ICT di sekolah masih di tahap yang rendah (Nor Zaira et al., 2016) baik dari segi kualiti mahupun
kuantiti. Perkara ini disokong oleh kajian Siti Aminah dan Fazlindah (2018) apabila mereka
menyatakan bahawa terdapat banyak kajian yang menunjukkan kelebihan penggunaan BBM
berasaskan teknologi dalam PdP, namun tahap penggunaan ICT dan multimedia masih di paras
sederhana. Pembelajaran abad ke-21 memberi penekanan kepada komunikasi, kolaborasi, kritikal dan
kreativiti namun sehingga kini, masih ramai guru pelatih yang mengamalkan pembelajaran
berpusatkan guru (Abdull Sukor et al., 2016). Menurut Sofiah, Kamarul dan Muhammad (2016),
kepimpinan GPI ialah sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam proses PdP di bilik darjah seperti
kasih sayang, ikhlas, nasihat, berhikmah dalam usaha menegur kesilapan, pengajaran bertahap dan
beramal dengan ilmu. Dengan itu, apabila dihimpunkan amalan kepimpinan GPI tersebut bersama
kepimpinan teknologi dalam PdP, ia mampu memberi impak yang signifikan kepada sekolah, murid
bahkan kepada GPI itu sendiri.

Menurut Hasnuddin, Norfaizuryana dan Nor Azzarahton (2015), penggunaan ICT dilihat dapat
mempelbagaikan aktiviti semasa pembelajaran serta meningkatkan kemahiran pemahaman murid di
dalam PdP Pendidikan Islam, namun penggunaan ICT dalam meningkatkan kefahaman murid di
dalam mata pelajaran tersebut bukanlah menjadi pilihan GPI. Kepimpinan teknologi GPI dalam PdP
sangat dituntut kerana pedagogi pengajaran Pendidikan Islam kini dilihat begitu terasing dan
terpisah daripada mata pelajaran yang lain, sempit serta tiada kepentingannya untuk disepadukan
dalam mata pelajaran yang lain (Zetty Nurzuliana et al., 2018). Sejak tahun 2008, Standards
Teknologi Instruksional telah dikaji semula oleh National Educational Technology Standards for
Teachers atau NETS-T (2008) yang dikemukakan oleh International Society for Technology in

177

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Education – ISTE (2002) dan mengemukakan 5 standard pengajaran guru dalam zaman digital atau
pendidikan abad ke-21. Lima komponen tersebut adalah; (1) memudah dan merangsang pembelajaran
dan kreativiti pelajar; (2) merekabentuk dan membina pengalaman pembelajaran zaman digital dan
pentaksiran; (3) menjadi model pembelajaran dan pembangunan karya zaman digital; (4)
mempromosi dan menjadi model warga digital yang bertanggungjawab dan; (5) melibatkan diri dalam
perkembangan profesional dan kepimpinan.

Kepimpinan Teknologi dalam Pengurusan Panitia
Jika diselusuri kajian-kajian lepas, seringkali kepimpinan teknologi hanya merujuk kepada sosok
tubuh seorang pengetua atau guru besar sahaja (Wong & Khadijah, 2017; Judith, 2010). Hakikatnya,
kepimpinan institusi pendidikan turut melibatkan pemimpin pertengahan (Harris & Jones, 2017) yang
ketika ini dilihat amat penting dalam menjayakan perubahan yang dihasratkan oleh KPM.
Kepimpinan di sekolah akan diperkukuh dengan pengagihan kepimpinan kepada pemimpin
pertengahan iaitu penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia dan seterusnya melantik pemimpin
pertengahan ini sebagai pemimpin instruksional kepada semua guru di sekolah masing-masing
(Fazleen & Siti, 2018). Sehubungan dengan itu, penelitian skop kepimpinan pemimpin pertengahan
juga perlu diberi perhatian sewajarnya. Kajian ini berfokuskan kepada kepimpinan teknologi GPI
termasuk ketua panitia dalam PdP dan pengurusan panitia. Kepimpinan teknologi menjadi salah satu
faktor penting dalam memahami kejayaan perubahan sesebuah organisasi (Tai Mei Kin et al., 2017).
Selain faktor penggunaan ICT dalam PdP, kepimpinan teknologi dalam pengurusan panitia boleh
dianggap sebagai faktor penting yang mempengaruhi kejayaan integrasi teknologi dalam
meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Walaupun terdapat kajian
lepas berkaitan penggunaan ICT guru dalam PdP Pendidikan Islam (Rafiuddin Afkari et al., 2013;
Hasnuddin et al., 2015; Maimun et al., 2017;Nur Syamira et al., 2017), namun kepimpinan teknologi
dalam pengurusan panitia sangat kurang. Pengurusan panitia seharusnya bergerak seiring dengan
amalan PdP berasaskan teknologi agar GPI dilihat tidak terkebelakang dengan kemahiran ICT.
Pengurusan panitia, kualiti pengajaran guru dan komitmen kerja guru merupakan antara tiga elemen
penting yang dilihat mempunyai hubungan dengan keberkesanan PdP di sekolah (Latifah et al.,
2019).

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan iaitu mengedar borang soal
selidik kepada GPI sekolah-sekolah rendah di sekitar daerah Kudat. Item-item soal selidik diadaptasi
dan diubahsuai daripada kajian lalu kemudian disemak semula oleh seorang pakar dalam bidang ini.
Soal selidik telah menjalani proses kesahan dan kebolehpercayaan untuk memastikan item-item kajian
boleh mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kepimpinan GPI dalam PdP diukur menggunakan
beberapa item daripada Dimensi Smart Pedagogy dan Dimensi DigitalAge Learning Experiences and
Assessments daripada kajian Leong, Chua dan Sathiamoorthy (2016), manakala Kepimpinan GPI
dalam pengurusan panitia diukur menggunakan beberapa itemdaripada kajian Som (2016). Daripada 20
soalan, 4 item digugurkan kerana memiliki faktor muatan di bawah 0.40 iaitu masing-masing 2 item
soalan daripada setiap variabel. Kesemua 16 item menunjukkan nilai kebolehpercayaan (Cronbach’s
Alpha) melebihi 0.60 iaitu 0.835.

Penyelidik menggunakan teknik pensampelan berkluster (berkelompok) untuk ciri sampel yang
homogen atau sama mengikut jenis sekolah iaitu GPI yang berkhidmat di sekolah rendah kebangsaan
(SK) sahaja tanpa melibatkan GPI dari sekolah jenis kebangsaan (SJK). Manakala teknik
pensampelan rawak mudah diperlukan untuk memilih sampel daripada lapan zon utama di daerah
tersebut iaitu Zon Bandar 1, Zon Bandar 2, Zon Tamalang, Zon Sikuati, Zon Parapat, Zon Tinangol,
Zon Matunggong dan Zon Banggi supaya setiap individu dalam zon masing-masing mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih. Jumlah sampel kajian adalah (N=94) berbanding jumlah asalnya

178

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
(N=100) kerana terdapat 6 responden yang menunjukkan data terpencil (outliers) berdasarkan ujian
kenormalan data. Data dianalisis secara deskriptif, ujian-t, ANOVA sehala dan korelasi Pearson
menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 27.0.
Dapatan Kajian
Analisis Deskriptif Demografi Responden
Berdasarkan analisis deskriptif yang dijalankan terhadap variabel jantina, didapati sebanyak 36 orang
(36%) adalah guru lelaki, manakala selebihnya iaitu 64 orang (64%) adalah guru perempuan yang
merupakan majoriti dalam kajian ini. Dari segi tempoh perkhidmatan, sebanyak 24 orang (24%)
adalah dari kumpulan guru yang telah berkhidmat selama 1 hingga 5 tahun. Responden yang
berkhidmat dalam tempoh 6 hingga 10 tahun adalah 56 orang (56%). Kumpulan inimerupakan jumlah
yang tertinggi dalam kategori berbanding kumpulan lain. Kumpulan respondenyang telah berkhidmat
selama 11 hingga 15 tahun adalah 16 orang (16%), manakala kumpulan yang terendah adalah dalam
kategori 16 tahun ke atas iaitu 4 orang (4%). Variabel lokasi sekolah pula dikategorikan kepada
bandar, luar bandar dan pedalaman. Sekolah-sekolah rendah kebangsaan di daerah Kudat hanya
terbahagi kepada kawasan luar bandar dan pedalaman sahaja iaitu masing-masing mempunyai 44
orang (44%) dan 56 orang (56%). Taburan responden mengikut jantina, tempoh perkhidmatan dan
lokasi sekolah ditunjukkan dalam Jadual 1.

Analisis Deskriptif bagi Variabel Kajian
Berdasarkan Jadual 2, dapatan menunjukkan bahawa GPI di daerah Kudat secara majoritinya hanya
menggunakan kepimpinan teknologi dalam PdP sebanyak 3-4 kali dalam setahun (sekali sekala) pada
tahap sederhana dengan skor min keseluruhan 3.11 (SP=0.496).

179

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

Berdasarkan Jadual 3, dapatan menunjukkan bahawa GPI secara majoritinya menggunakan
kepimpinan teknologi dalam pengurusan panitia sebanyak 2-3 kali dalam satu semester (kerap kali)
iaitu pada tahap tinggi dengan skor min keseluruhan 4.04 (SP=0.433).

180

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

181

Analisis Ujian-t 2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

Perbezaan Skor Min Kepimpinan Teknologi GPI dalam PdP Berdasarkan Jantina

Ho11: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan teknologi yang digunakan oleh GPIdalam
PdP di sekolah rendah berdasarkan jantina.

Keputusan ujian ditunjukkan dalam Jadual 4 yang memaparkan hasil analisis Ujian-t Sampel Bebas
perbandingan skor min responden lelaki dan perempuan. Bagi sampel kajian ini (N=94), terbukti
bahawa terdapat perbezaan skor min yang kecil (M=0.117) terhadap kepimpinan teknologi GPI dalam
PdP. Analisis menunjukkan min responden lelaki (M=3.261, SP=0.325, N=34) lebih tinggi
berbanding min perempuan (M=3.144, SP=0.412, N=60). Nilai min yang lebih tinggi bagi kumpulan
responden lelaki menunjukkan persepsi mereka lebih tinggi terhadap amalan kepimpinan teknologi
GPI dalam PdP. Berdasarkan Jadual 4.11, keputusan ujian-t yang diperoleh adalah tidak signifikan
(t=1.428, df=92, p>0.05). Oleh itu, Hipotesis Nul 11 (Ho11) gagal ditolak. Justeru, dapatan ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bagi variabel kepimpinan teknologi GPI dalam PdP
antara guru lelaki dan perempuan.

Perbezaan Skor Min Kepimpinan Teknologi GPI dalam Pengurusan Panitia Berdasarkan Jantina

Ho21: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan teknologi yang digunakan oleh GPIdalam
pengurusan panitia di sekolah rendah berdasarkan jantina.

Keputusan ujian ditunjukkan dalam Jadual 5 yang memaparkan hasil analisis Ujian-t Sampel Bebas
perbandingan skor min responden lelaki dan perempuan. Bagi sampel kajian ini (N=94), terbukti
bahawa terdapat perbezaan skor min yang kecil (M=0.011) terhadap kepimpinan teknologi GPI dalam
pengurusan panitia. Analisis menunjukkan min responden lelaki (M=4.088, SP=0.411, N=34) lebih
tinggi berbanding min perempuan (M=4.077, SP=0.385, N=60). Nilai min yang lebih tinggi bagi
kumpulan responden lelaki menunjukkan persepsi mereka lebih tinggi terhadap amalan kepimpinan
teknologi GPI dalam pengurusan panitia. Berdasarkan Jadual 4.12, keputusan ujian-t yang diperoleh
adalah tidak signifikan (t=0.132, df=92, p>0.05). Oleh itu, Hipotesis Nul 21 (Ho21) gagal ditolak.
Justeru, dapatan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bagi variabel kepimpinan
teknologi GPI dalam pengurusan panitia antara guru lelaki dan perempuan.

182

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

0.053 0.132 92 0.896

Analisis ANOVA Sehala

Perbezaan Skor Min Kepimpinan Teknologi GPI dalam PdP Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan

Ho12: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan teknologi yang digunakan oleh GPIdalam
PdP di sekolah rendah berdasarkan tempoh perkhidmatan.

Keputusan analisis ANOVA Sehala yang ditunjukkan pada Jadual 6 membuat perbandingan skor min
kepimpinan teknologi GPI dalam PdP berdasarkan tempoh perkhidmatan. Berdasarkan nilai statistik
yang diperoleh, kepimpinan teknologi GPI dalam PdP berdasarkan tempoh perkhidmatan mengajar
didapati tidak signifikan, F (df=3, 90)=0.486, p>0.05. Keputusan ini menunjukkan Hipotesis Nul 12
(Ho12) gagal ditolak. Justeru, dapatan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam
kepimpinan teknologi GPI dalam PdP berdasarkan tempoh perkhidmatan.

Perbezaan Skor Min Kepimpinan Teknologi GPI dalam PdP Berdasarkan Lokasi Sekolah

Ho13: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan teknologi yang digunakan oleh GPIdalam
PdP di sekolah rendah berdasarkan lokasi sekolah.

Keputusan analisis ANOVA Sehala yang ditunjukkan pada Jadual 7 membuat perbandingan skormin
kepimpinan teknologi GPI dalam PdP berdasarkan lokasi sekolah. Berdasarkan nilai statistik yang
diperoleh, kepimpinan teknologi GPI dalam PdP berdasarkan lokasi sekolah didapati tidak signifikan,
F (df=1, 92) =0.019, p>0.05. Keputusan ini menunjukkan Hipotesis Nul 13 (Ho13) gagal

183

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

ditolak. Justeru, dapatan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam kepimpinan
teknologi GPI dalam PdP berdasarkan lokasi sekolah.

Perbezaan Skor Min Kepimpinan Teknologi GPI dalam Pengurusan Panitia Berdasarkan
Tempoh Perkhidmatan

Ho22: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan teknologi yang digunakan oleh GPIdalam
pengurusan panitia di sekolah rendah berdasarkan tempoh perkhidmatan.

Keputusan analisis ANOVA Sehala yang ditunjukkan pada Jadual 8 membuat perbandingan skormin
kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia berdasarkan tempoh perkhidmatan. Berdasarkan
nilai statistik yang diperoleh, kepimpinan teknologi GPI berdasarkan tempoh perkhidmatan mengajar
didapati tidak signifikan, F (df=3, 90) =0.605, p>0.05. Keputusan ini menunjukkan Hipotesis Nul 22
(Ho22) gagal ditolak. Justeru, dapatan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam
kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia berdasarkantempoh perkhidmatan.

Jadual 8: Analisis ANOVA Sehala Kepimpinan Teknologi GPI dalam PdP Berdasarkan Tempoh
Perkhidmatan

Variabel Ss df MS F Sig
0.605 0.613
Pengurusa Antara Kumpulan 0.284 3 0.095
nPanitia Dalam Kumpulan 90 0.156
Jumlah Keseluruhan 14.051 93
14.335

*Signifikan pada tahap p<0.05 (2-Hujung)

Perbezaan Skor Min Kepimpinan Teknologi GPI dalam Pengurusan Panitia Berdasarkan
Lokasi Sekolah

Ho23: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan teknologi yang digunakan oleh GPIdalam
pengurusan panitia di sekolah rendah berdasarkan lokasi sekolah.

184

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Keputusan analisis ANOVA Sehala yang ditunjukkan pada Jadual 9 membuat perbandingan skormin
kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia berdasarkan lokasi sekolah. Berdasarkan nilai
statistik yang diperoleh, kepimpinan teknologi GPI berdasarkan lokasi sekolah didapati tidak
signifikan, F (df=1, 92) =0.126, p>0.05. Keputusan ini menunjukkan Hipotesis Nul 23 (Ho23) gagal
ditolak. Justeru, dapatan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam kepimpinan
teknologi GPI dalam pengurusan panitia berdasarkan lokasi sekolah.

Jadual 9: Analisis ANOVA Sehala Kepimpinan Teknologi GPI dalam PdP Berdasarkan Lokasi
Sekolah

Variabel Ss df MS F Sig
0.126 0.723
Pengurusa Antara Kumpulan 0.020 1 0.020
nPanitia Dalam Kumpulan 14.315 92 0.156
Jumlah Keseluruhan 14.335 83

*Signifikan pada tahap p<0.05 (2-Hujung)

Analisis Korelasi Pearson

Hubungan Kepimpinan Teknologi GPI dalam PdP dengan Kepimpinan Teknologi GPI
dalam Pengurusan Panitia

Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan teknologi GPI dalam PdP
dengan kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia

Keputusan nilai koefisien ujian korelasi Pearson bagi jumlah sampel kajian (N=94) seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 10 membuktikan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
kepimpinan teknologi GPI dalam PdP (r=0.218, p>0.01) dengan kepimpinan teknologi GPI dalam
pengurusan panitia. Memandangkan dapatan menunjukkan hubungan yang tidak signifikan antara
variabel kajian, maka Hipotesis Nul 3 (Ho3) gagal ditolak. Justeru, dapatan kajian menunjukkan
bahawa tidak terdapat hubungan antara variabel kepimpinan teknologi GPI dalam PdP dengan
variabel kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia.

Jadual 10: Analisis Korelasi Pearson di antara Kepimpinan Teknologi GPI dalam PdP dengan
Kepimpinan Teknologi GPI dalam Pengurusan Panitia

Variabel Korelasi Pearson PdP
Pengurusan Panitia p (Sig) 0.218*

.035

N 94
**Signifikan pada Tahap p<0.01 (2-Hujung)

185

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

Perbincangan

Dapatan kajian menujukkan perbezaan jantina tidak mempengaruhi kepimpinan teknologi GPI dalam
PdP dan pengurusan panitia. Ia berlawanan dengan kajian Leong et al., (2016), Banoglu (2011) dan
Waxman et al., (2013) yang menyatakan kepimpinan teknologi dipengaruhi oleh jantina sama ada dari
sudut peramal penting, keberkesanan pemimpin dan kefahaman pemimpin dalam memahami fungsi
teknologi di sekolah. Dalam hal ini, pandangan Noraini et al., (2015) yang menunjukkan bahawa
demografi jantina tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepimpinan teknologi terbukti
bertepatan melalui dapatan kajian ini. Hasil analisis data juga mendapati kepimpinan teknologi GPI
dalam PdP dan pengurusan panitia tidak dipengaruhi oleh perbezaan tempoh perkhidmatan dan lokasi
sekolah. Dapatan ini selaras dengan Noraini et al., (2015), tetapi bertentangan dapatan Mohd
Norakmar et., al (2020) serta Faridah dan Mohd Izham (2017) yang menyatakan terdapat perbezaan
kepimpinan teknologi berdasarkan lokasi sekolah. Dari sudut tempoh perkhidmatan, dapatan kajian
tidak selari dengan dapatan kajian Noraini et al.,(2015) yang menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap kepimpinan teknologi di sekolah berdasarkan tempoh perkhidmatan dalam skor
min. Dapatan ujian Korelasi Pearson menunjukkan pula menunjukkan tidak terdapat hubungan antara
variabel kepimpinan teknologi GPI dalam PdP dengan variabel kepimpinan teknologi GPI dalam
pengurusan panitia. Ini bermakna dapat diandaikan kepimpinan GPI dalam PdP mempunyai perkaitan
dengan kepimpinan GPI dalam pengurusan panitia tetapi perkaitan tersebut adalah rendah dan tidak
signifikan.

Faktor demografi seperti lokasi sekolah merupakan salah satu faktor yang memberi kesan terhadap
kepimpinan teknologi GPI dalam PdP dari sudut kekurangan pelbagai kemudahan jika dibandingkan
dengan sekolah yang berada di kawasan bandar. Dapatan ini selaras dengan kajian Khlaif (2018) yang
menyatakan situasi tersebut berkaitan dengan kualiti perkhidmatan yang mudah diperoleh termasuk
penyediaan akses internet dan penyelenggaraan ICT. Penyelidik beranggapan bahawa terdapat
perbezaan kepimpinan teknologi GPI antara lokasi sekolah bandar dan luar bandar termasuk
pedalaman. Namun tidak pula memberi perbezaan terhadap dua lokasi sekolah-sekolah kajian iaitu
luar bandar dan pedalaman, masing-masing disebabkan keseragaman kebanyakan infrastruktur.
Kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia yang dibincangkan pula dilihat efektif untuk
diaplikasikan. Hal ini disebabkan pengurusan panitia digerakkan oleh guru-guru yang
berpengetahuan, berpengalaman dan berkemahiran dalam teknologi walaupun mereka ditempatkan di
kawasan luar bandar dan pedalaman. Berlawanan dengan kepimpinan teknologi GPI dalam PdP,
situasinya berbeza apabila melibatkan murid dan prasarana ICT yang tidak memberansangkan. Seperti
yang disebut dalam kajian Mohd Zaidi, Ahmad Zabidi dan Rafiza (2020), keadaan sekolah pedalaman
yang tidak kondusif menjadikan pengajaran guru kurang bersesuaian untuk menggunakan teknologi
kerana kurangnya kemudahanyang membantu dalam proses tersebut.

Rumusan

Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur tahap kepimpinan teknologi GPI dalam PdP, tahap
kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia serta hubungan secara langsung dan tidak
langsung antara kedua variabel tersebut. Kepimpinan teknologi GPI dalam PdP dan pengurusan
panitia tidak menunjukkan perbezaan terhadap demografi jantina, tempoh perkhidmatan dan lokasi
sekolah. Keputusan kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan antara kepimpinan teknologi GPI
dalam PdP dan kepimpinan teknologi GPI dalam pengurusan panitia. Amalan kepimpinan teknologi
telah mendapat perhatian yang semakin meningkat dalam dunia pendidikan. Telah banyak kajian yang

186

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
dilakukan sama ada di dalam mahupun di luar negara yang membuktikan keberkesanan penggunaan
ICT dalam PdP namun kepimpinan teknologi dalam pengurusan panitia sangat kurang. Pengurusan
panitia seharusnya bergerak seiring dengan amalan PdP berasaskan teknologi agar GPI dilihat tidak
terkebelakang dengan kemahiran ICT. Pengurusan panitia, kualitipengajaran guru dan komitmen kerja
guru merupakan antara tiga elemen penting yang dilihat mempunyai hubungan dengan keberkesanan
PdP di sekolah (Latifah et al., 2019). Walaupun kajian ini mendapati tahap kepimpinan teknologi GPI
dalam pengurusan panitia berada pada tahapyang baik, namun dari sudut penggunaannya dalam bilik
darjah masih kurang. Perkara ini seharusnya tidak menjadi kekangan kepada GPI untuk
mengaplikasikan pendidikan berunsurkan teknologi walaupun sekolah terletak di kawasan luar bandar
dan pedalaman. Para guru harus sedar bahawa sekiranya PdP tradisional merupakan satu-satunya
mekanisme pembelajaran, ia akan mempengaruhi kualiti pendidikan dan kemampuan pelajar untuk
berketerampilan dan kreatif (Muhie et al., 2020).

Justeru GPI merupakan watak utama sebagai individu dan agen yang terlibat secara langsung dengan
kepimpinan teknologi dalam PdP dan pengurusan panitia mempunyai peranan besar untuk menjamin
keberkesanannya. GPI sewajarnya mengambil kesempatan menerusi teknologi untuk mendapatkan
pendedahan mengenai PdP dan pengurusan panitia dengan melayari internet untuk menyertai webinar,
latihan profesional guru atas talian dan seumpamanya untuk meningkatkan kompetensi seorang guru.
Lantaran kemunculan COVID-19, ia menuntut para guru untuk lebih kreatif, kritis dan inovatif dalam
menyalurkan maklumat kepada murid secara atas talian. Namun,pendidikan atas talian yang menjadi
platform alternatif yang disarankan kementerian menjadi buktipendidikan berkualiti yang berteraskan
adil, saksama dan inklusif sukar dicapai sekiranya masih wujud jurang ekonomi antara murid bandar
dan luar bandar khususnya dari aspek jaringan internet dan perkakasan teknologi. Ringkasnya, guru
perlu sanggup berkorban apa sahaja demi membimbing dan mendidik murid-murid di sekolah. Betapa
baik sistem pendidikan yang disusunmencakupi kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran sekalipun,
sekiranya agen yang bertanggungjawab tidak berkemampuan dan berpotensi, tentulah matlamat
kejayaan yang digariskan sukar untuk dicapai. Pada masa yang sama, perlu ada penggembelengan
tenaga dan kerjasama dari semua pihak bermula dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
JabatanPendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak pentadbir sekolah agar
kepimpinan teknologi dapat dilaksanakan dengan baik dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang dari aspek akademik dan juga sahsiah. Tidak terkecuali sokongan dan kerjasama ibu bapa
sebagai ‘pembantu guru’ di rumah juga perlu ditonjolkan demi menyahut usaha murni seorang guru
dalam merealisasikan matlamat utama bidang pendidikan di negara ini untukmenjamin kemenjadian
anak bangsa di masa akan datang.

Rujukan

Abdull Sukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof & Mohd Isha Awang. 2016.
Amalan Pedagogi Berpusatkan Pelajar dan Masalah yang dihadapi Guru-guru Pelatih
Program Pensiswazahan Guru untuk Mengamalkan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Semasa
Praktikum. Proceeding of ICECRS (International Seminar on Generating Knowledge
Through Research), 1, 238-252.

Anderson, R.E & Dexter, S. 2005. School Technology Leadership: An Empirical Investigation of
Prevalence and Effect. Educational Administration Quarterly Journal, 40(1), 49-82.

187

2021 JILID 2

e ISBN 978 967 26508 0 5
Banoglu, K. 2011. School principals’ technology leadership competency and technology

coordinatorship. Educational Sciences-Theory and Practice, 11(1), 208–213.

Faridah Juraime & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2017. Kepimpinan Teknologi Pengetua dan
Hubungannya dengan Prestasi Akademik Sekolah di Malaysia. International Journal of
Education, Psychology and Counseling, 2(5), 215-230.

Fazleen Mohamad & Siti Noor Ismail. 2018. Kepimpinan Strategik dan Hubungannya dengan Kualiti
Pengajaran Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan (JuPiDi), 5(2), 14-25.

Hapini Awang, Zahurin Mat Aji, Wan Rozaini Sheik Osman, Erwani Kamaruddin, Abdulrazak F.
Shahatha Al-Mashhadani & Shakiroh Khamis. 2020. Cabaran dalam Melaksanakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Analisis Kes Persekitaran Pembelajaran Maya- Frog
Serta Strategi untuk Melestarikan Penggunaan Google Classroom dalam Kalangan Guru.
Journal of Educational Research and Indigenous Studies, 1 (1). 1-18.

Harris, A., & Jones, M. 2017. Middle Leaders Matter: Reflections, Recognition and Renaissance.
Journal of School Leadership and Management, 37(3), 213–216.

Hasnuddin Ab Rahman, Norfaizuryana Zainal & Nor Azzarahton Ab Karim. 2015. Keberkesanan
Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam bagi Sekolah
Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur. Proceeding of IC-ITS (International Conferenceon
Information Technology & Society) 2015, 238-252.

ISTE - International Society for Technology in Education. 2002. National Educational Technology

Standards for Teachers (NETS-T, 2008). Dipetik dari

https://people.umass.edu/pelliott/reflections/netst.html.

Judith E. Grey-Bowen. 2010. A Study of Technology Leadership among Elementary Public School
Principals in Miami Dade County. (Kertas Projek) St. Thomas University. (Tesis Doktor
Falsafah).

Khlaif, Zuheir. 2018. Factors Influencing Teachers’ Attitudes Toward Mobile Technology Integration
in K-12. Technology, Knowledge, and Learning. Springer Science+Business Media
Dordrecht 2017, 23. 161-175.

Latifah Ayang, Mohd Khairuddin Abdullah @ Jerry & Asmiaty Amat. 2019. Pengurusan Panitia, Kualiti
Pengajaran dan Komitmen Kerja Guru Terhadap Pencapaian Bahasa Melayu di Negeri Sabah.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(6), 161-169

Leong, M. W., Chua, Y. P., & Sathiamoorthy, K. 2016. Relationship between Principal Technology
Leadership Practices and Teacher ICT Competency. Malaysian Online Journal of
Educational Technology, 4(3), 13–36.

Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan dan Mohd Isa Hamzah. 2017. Tahap
Pengetahuan dan Kesediaan Guru-Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Selangor
Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Asean Comparative
Education Research Journal on Islam and Civilization (Acer-J), 1(1), 1-13.

188

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5
Mohd Norakmar Omar, Siti Noor Ismail & Abd Latif Kasim. 2019. Hubungan Kepimpinan Teknologi
Pengetua dan Efikasi Kendiri Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 6(14), 1- 21.
Mohd Norakmar Omar, Siti Noor Ismail & Abd Latif Kasim. 2020. Karakter KepimpinanTeknologi
Pengetua dalam Pengintegrasian ICT di Sekolah Menengah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan,
7(1), 28-46.
Mohd Zaidi Mohd Zeki, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Rafiza Abd Razak. 2020. Cabaran Pengajaran
Guru Pendidikan Islam di Sekolah Pedalaman: Bersediakah dalam Melaksanakan Kbat?.
JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 8(1), 11-24.
Muhie, Y. A., Tesfay, C. H., & Tamirat, B. W. 2020. Enablers, Difficulties and Features to Implement
E-Learning Technology in Conventional Higher Education: Case Study and Prototype
Implication. Journal of Software Engineering and Applications, 13(10), 219- 244.
Noraini Abdullah, Hamidon Khalid & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2015. Amalan Kepimpinan
Teknologi Pengetua dalam Pengintegrasian ICT di Sekolah Menengah Kebangsaan di
Malaysia. Proceeding of the 3rd Global Summit on Education (GSE). 9-10 Mac 2015. 684-694.
Nor Zaira Razali, Zolkefli Bahador & Mohd Kasri Saidon. 2016. Faktor-Faktor yang mempengaruhi
Penggunaan VLE Frog dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah. Proceeding of
ICECRS. 1, 1023-1032.
Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha Lubis, Ramlee Mustapha, Aisyah Sjahrony, Dedek
Febrian. 2017. Kefahaman Al-Quran dan Jawi Melalui Permainan Bahasa Bermultimedia.
Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (Acer-J), 1(1),41-
53.
Rafiuddin Afkari Abdul Fattah., Md Akbal Abdullah, Halimi M. Khalid, Shakila Ahmad Ddin,
Khaeruddin & Siti Marfuah. 2013. Aplikasi Teknologi di dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Subjek Pengajian Islam Berasaskan Masalah (PBL). Suatu Perkongsian,
Analisa dan Aspek Cabaran Semasa di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Roslee Talip & Tisebio Anak Tiop. 2020. Kesan Komitmen Organisasi Pendidikan sebagai Moderator
ke atas Hubungan Kepimpinan Teknologi Pengetua dalam Pengurusan Kurikulum dengan
Efikasi Kendiri Guru. Malaysian Journal of Social Sciences andHumanities (MJSSH), 5(3),
30-46.

Siti Aminah Sallehin & Fazlinda Ab Halim. 2018. Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Zon
Benut. Online Journal for TVET Practitioners.

Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi & Muhammad Azhar Zailani. 2016. Akhlak Guru dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Akademika, Journal of Southeast Asia Social
Sciences and Humanities. 86(2), 31-42.

Som Shariff. 2016. Kepimpinan Teknologi: Amalan ICT dan Keberkesanan Pengurusan Sekolah.
(Kertas Projek) Universiti Utara Malaysia. (Tidak diterbitkan) (Tesis Doktor Falsafah).

189

2021 JILID 2
e ISBN 978 967 26508 0 5

Tajuk: Lu’bah SIRA

Dayang Suraya Binti Awang Hidup
[email protected]

Mariati Binti Musleh

[email protected]

Surianti Binti Irwan
[email protected]

Nor Ain Binti Norodin
[email protected]
Nor Azuanida Binti Adek Awang
[email protected]
Nurul Najihah Binti Mamat
[email protected]

Abstrak

Inovasi ini dicetuskan melalui kajian yang telah dijalankan dalam menangani masalah kemahiran
menulis (Maharat Katabah) peringkat awal matapelajaran Bahasa Arab sekolah rendah. Kebanyakan
murid-murid akan menulis perkataan melalui apa yang mereka lihat tanpa mengambil kira cara menulis
huruf atau perkataan bahasa Arab dengan betul . Malahan sikap dan tingkah laku murid juga
menunjukkan kekeliruan semasa menulis menyambung atau memisahkan huruf memandangkan terdapat
beberapa huruf yang mempunyai bentuk yang hampir sama. Justeru itu ujian dignostik Jawi
dilaksanakan di salah sebuah sekolah di Daerah Kota Kinabalu di mana responden yang terlibat seramai
199 orang murid terdiri dari tahun 1 sehingga tahun 6 .Pengesanan melalui ujian ini mendapati hanya
25% mampu menyambung huruf- huruf dengan baik. Berpandukan keputusan ujian tersebut kumpulan
pengkaji membuat kesimpulan bahawa murid-murid tersebut juga menghadapi masalah yang sama
dalam matapelajaran Bahasa Arab.Intervensi penggunaan bahan bantu mengajar iaitu kad huruf
digunakan bagi membantu serta menyelesaikan masalah ini namun teknik tersebut agak konservatif dan
murid kurang menunjukkan minat. Oleh itu kaedah penggunaan kad-kad huruf diolah semula dengan
mengintergrasikan konsep penggunaannya ke dalam bentuk permainan yang lebih menarik sebagai
inovasi pendidikan.Penghasilan produk inovasi ini menggunakan bahan yang terpakai atau kitar semula
sebagai bahan utama mampu dihasilkan oleh sesiapa sahaja yang inginkan kelainan dan keseronokan
dalam belajar.

Kata Kunci: menulis, inovasi, keseronokan,Bahasa Arab

1.0 Pendahuluan

Program j-QAF yang diperkenalkan semenjak tahun 2005 ke dunia pendidikan secara tidak langsung
telah menggubah senario pendidikan sekolah rendah di negara ini.Ianya bertujuan bagi
memperkukuhkan lagi sistem pendidikan kebangsaan khususnya bidang Pendidikan Islam dengan
menekankan empat kemahiran agama yang perlu dikuasai oleh semua murid Islam iaitu j(Jawi),
Q(Quran), Arab (Bahasa Arab) dan F(Fardhu Ain) .

Bidang jawi,quran dan fardhu ain sudah tersedia dalam pembelajaran Pendidikan Islam sebelum ini,
berbeza dengan bahasa Arab ianya agak unik kerana dilaksanakan seperti mempelajari bahasa-bahasa

190


Click to View FlipBook Version