The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kik.pulada, 2022-05-19 00:23:11

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

TERHAD
TERHAD

MMP 1P.1.91A.1TD.9A TD

BATALION INFANTRI
STANDARD (BIS)
(SEMENTARA)
2005

i
TERHAD

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

The information given in this manual is not to be communicated
either directly or indirectly, to the Press or to any person
not authorized to receive it

BATALION INFANTRI STANDARD
(BIS)

(SEMENTARA)
2005

i
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SYARAT-SYARAT EDARAN

1. Manual ini mengandungi maklumat yang berdarjah.

2. Ia mestilah dilindungi di bawah peraturan standard keselamatan yang dikuatkuasa
oleh kerajaan bagi maklumat yang mempunyai darjah yang sama.

3. Ia tidak boleh diberi kepada negara lain tanpa kebenaran bertulis Kementerian
Pertahanan.

4. Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada tujuan ketenteraan.

5. Ia tidak boleh didedahkan kepada organisasi bukan berbentuk keselamatan
melainkan diberi kebenaran oleh Kementerian Pertahanan.

ii
TERHAD

TERHAD MP 1.1.9A TD
KATA-KATA ALUAN

Manual Batalion Infantri Standard (BIS) akan menjadi rujukan kepada
Batalion-Batalion Infantri Standard apabila ia diterbitkan. Ia menerangkan keupayaan
dan limitasi BIS dalam gerakan konvensional sama ada beroperasi secara bersendirian
mahupun semasa gerakan sebagai sebahagian daripada elemen formasi. Turut
diperincikan dalam manual ini adalah panduan untuk menggabungkan gerakan BIS
dengan elemen-elemen bantuan tempur yang lain dalam merancangkan operasi secara
gabungan perkhidmatan (Combined Arms) bagi mencapai sinergi dan integrasi dalam
mengaplikasikan kekuatan tempur (Combat Power).

Secara konsepnya, manual ini hanya menggariskan taktik-taktik asas, prinsip-
prinsip atur gerak dan penempatan BIS sebagai sandaran kepada operasi BIS dan
tidak sekali-kali digunakan untuk mengikat inisiatif Pegawai Memerintah dan
komander-komander bawahan dalam mengejar kemenangan di medan pertempuran.
Manual ini hendaklah disemak dan diperbaiki dari masa ke semasa bagi menentukan
peranan dan tugas BIS adalah bersesuaian dengan keadaan semasa.

MARKAS TENTERA DARAT
KEMENTERIAN PERTAHANAN

DIKELUARKAN ATAS ARAHAN SAYA

DATO’ SRI ABDUL AZIZ BIN HJ ZAINAL
Jeneral
Panglima Tentera Darat

iii
TERHAD

TERHAD MP 1.1.9A TD

PRAKATA

Batalion Infantri Standard (BIS) telah ditubuhkan pada tahun 1998 hasil
transformasi TD kepada sebuah angkatan yang lebih kredibel dan moden. Namun
demikian, BIS masih mewarisi tradisi-tradisi murni seperti semangat juang yang tinggi
dari batalion-batalion infantri TD sebelumnya. Transformasi BIS adalah berasaskan
kemajuan teknologi serta peningkatan doktrin tempur TD.

Pembangunan BIS berfokus kepada peningkatan daya gerak (mobility) dan
daya tembak (firepower) daripada sekecil-kecil elemen tempur BIS iaitu sebuah
seksyen sehinggalah ke peringkat batalion. Pengstrukturan semula batalion-batalion
infantri kepada BIS turut melibatkan penubuhan platun-platun bantuan seperti Platun
Senjata Berat, Platun Anti Kereta Kebal, Seksyen Tinjau dan Seksyen Sniper. Dengan
adanya peningkatan aset-aset ini, Pegawai Memerintah BIS mempunyai pelbagai
opsyen untuk merapati serta memusnahkan musuh untuk mencapai kemenangan di
medan pertempuran. Justeru itu, panduan yang komprehensif diperlukan bagi
membolehkan seseorang Pegawai Memerintah memaksimumkan potensi kuasa tempur
yang ada dengan kaedah aplikasi yang betul.

Manual ini menyediakan konsep asas taktik, prinsip-prinsip atur gerak dan
penempatan BIS sebagai batalion yang beroperasi secara bersendirian dan juga sebagai
sebuah elemen dalam formasi dalam kerangka peperangan konvensional. Pada masa
yang sama, ia turut menekankan integrasi bersama pasukan bantuan tempur yang lain.
Pelaksanaan gerakan secara integrasi dan bersepadu adalah diharap akan menghasilkan
tindakan bersinergi dalam mengaplikasikan kekuatan tempur.

Susun atur manual ini menyediakan maklumat asas berkaitan peranan, tugas,
ciri-ciri, limitasi, taktik-taktik operasi BIS serta aspek pemerintahan dan kawalan BIS
mahupun pentadbirannya di medan. Manual ini harus digunakan sebagai panduan
tanpa mengehadkan inisiatif Pegawai Memerintah dan komander bawahannya dalam
melaksanakan gerakan.

iv
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SIJIL PINDAAN

1. Segala syor untuk pindaan ke atas manual ini, MP 1.1.9A TD hendaklah
dikemukakan kepada:

Panglima
Markas Latihan Tentera Darat
Kem Imphal
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

2. Satu salinan syor untuk pindaan juga perlu di kemukakan kepada:

Kolonel Doktrin
Bahagian Pembangunan Doktrin
Markas Latihan Tentera Darat
Kem Imphal
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Senarai Pindaan DiPinda Oleh Catatan
(e)
Perenggan Tarikh Nama Tandatangan

(a) (b) (c) (d)

v
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

GLOSARI

AKK - Anti Kereta Kebal
APDS Armor Piercing Discarding Sabot
APFSDS Armor Piercing Fin Stabilized Discarding Sabot
BIS
BDKT - Batalion Infantri Standard
DF
EW - Batas Depan Kawasan Tempur
FPF - Defensive Fire
II - Early Warning
KJLJ - Final Protective Fire
KMTPT - Image Intensification
KMTP - Kor Jurutera Lektrik dan Jentera
KMTPM
KPPA - Kenderaan Mobiliti Tinggi Pengangkut Trup
KSB
KTB - Kenderaan Mobiliti Tinggi Pemerintahan
KTJ
MGB - Kenderaan Mobiliti Tinggi Pembawa Muatan
NGS
NBK - Kenderaan Perisai Pengangkut Anggota
OODA
ORBAT - Kawasan Senggaraan Briged
PGA
PPH - Kontroler Tembakan Bergerak
PSR
POSTAH - Kawasan Tanggung Jawab
PUAR
PROTAP - Mesingan Berat
PUSKOM - Naval Gun Support
TAD - Nuklear, Biologi dan Kimia
TPA - Observe, Orient, Decide and Act
SB - Order of Battle
SBTB - Pelancar Grenad Automatik
SRAAW
TI - Pegawai Pemerhati Hadapan
UGS
- Pegawai Semboyan Rejimen

- Pos Pemerintahan

- Pertahanan Udara Aras Rendah

- Prosedur Tetap Operasi

- Pusat Komunikasi

- Tembakan Akhir Defensif

- Tembakan Pelindungan Akhir

- Senjata Berat

- Sel Bantuan Tembakan Batalion
- Short Range Anti-ArmourWeapon
- Thermal Imager
- Unattended Ground Sensors

vi
TERHAD

Manual Tentera Darat TERHAD
MP 1.1.9A TD
MP 1.1.9A TD
Markas
Pemerintahan Latihan TD No:
KUALA LUMPUR, Okt 2005

BATALION INFANTRI STANDARD (BIS) Muka Surat

KANDUNGAN ii
iii
Perenggan iv
v
Syarat-Syarat Edaran vi
Kata-Kata Aluan viii
Prakata xv
Sijil Pindaan
Glosari
Kandungan
Rujukan

BAB 1
ORGANISASI BATALION INFANTRI

Seksyen 101 1-1
106 1-3
1. Battalion Infantri Standard (BIS)
2. Fugsi Batalion 1A-1
1B-1
Kembaran 1C-1
1D-1
A. Organisasi Batalion Infantri Standard
B. Sistem Persenjataan Batalion Infantri

Standard
C. Kenderaan Batalion Infantri Standard
D. Sistem Komunikasi Batalion Infantri

Standard

vii
TERHAD

TERHAD

BAB 2 MP 1.1.9A TD
PEMERINTAHAN DAN KAWALAN
2-1
Seksyen 201 2-4
213 2-8
1. Sistem Operasi Ruang Tempur 230 2-8
2. Pemerintahan danPengawalan di Medan 233 2-12
3. Komunikasi 244 2-14
4. Prosedur Tempur 254
5. Perintah 2A-1
6. Perisikan 2B-1

Kembaran 3-1
3-6
A. Rajah Rangkaian Radio Batalion Infantri 3-14
Standard Berkenderaan

B. Rajah Rangkaian Radio Batalion Infantri
Standard Tanpa Berkenderaan

BAB 3

PERTIMBANGAN AM TAKTIKAL

Seksyen

1. Pengawasan Tempur 301
2. Perlindungan 317
3. Keselamatan dan Penempatan Markas 349

Batalion

BAB 4 401 4-1
PERGERAKAN 405 4-2
412 4-4
Seksyen

1. Pengenalan
2. Kapabiliti dan Limitasi
3. Kawalan Pergerakan

viii
TERHAD

TERHAD

BAB 5 MP 1.1.9A TD
OPERASI DEFENSIF
5-1
Seksyen 501 5-2
504 5-3
1. Pengenalan 506 5-13
2. Manuver Defensif 526
3. Pertahanan Melengah
4. Pertahanan Bergerak

BAB 6

PERTAHANAN KAWASAN

Seksyen

1. Pengenalan 601 6-1
2. Pertimbangan Asas 605 6-1
3. Susun Bentuk Pertahanan 628 6-7
4. Pelaksanaan Pertahanan 674 6-19
5. Pertahanan Di Lereng Belakang 6106 6-27
6. Kompeni Bantuan Dalam Pertahanan 6116 6-32

Kawasan 6165 6-43
7. Bantuan Tempur Di Dalam Pertahanan
6191 6-50
Kawasan
8. Pasukan Bantuan Di Dalam Pertahanan

BAB 7
PENGUNDURAN

Seksyen

1. Pengenalan 701 7-1
2. Pertimbangan Asas 705 7-2
3. Pengunduran Di Dalam Kawasan Terbuka 723 7-7

dan Terhad Pada Waktu Malam dan Siang 728 7-9
4. Perancangan Pengunduran 747 7-16
5. Pelaksanaan Pengunduran 769 7-19
6. Kompeni Bantuan Dalam Pengunduran

ix
TERHAD

TERHAD 799 MP 1.1.9A TD
7118
7. Bantuan Tempur Dalam Pengunduran 7121 7-24
8. Bantuan Udara 7-30
9. Pentadbiran 7-31

BAB 8

OPERASI OFENSIF

Seksyen

1. Pengenalan 801 8-1
2. Jenis-Jenis Operasi Ofensif 805 8-2
3. Manuver Ofensif 807 8-3
4. Bentuk Manuver Ofensif 810 8-4

BAB 9

MARA

Seksyen

1. Pengenalan 901 9-1
2. Pertimbangan Asas 904 9-2
3. Pelaksanaan Mara 913 9-4
4. Mara Di Waktu Malam 937 9-10
5. Kompeni Bantuan Dalam Mara 940 9-10
6. Bantuan Tempur Dalam Mara 958 9-14
7. Pentadbiran Dalam Mara 962 9-16

Seksyen BAB 10 1001 10-1
SERANGAN 1003 10-1
1. Pengenalan 1006 10-2
2. Jenis Serangan x 1007 10-4
3. Pertimbangan Asas TERHAD 1044 10-18
4. Perlaksanaan
5. Serangan Malam

TERHAD 1060 MP 1.1.9A TD
1082
6. Kompeni Bantuan Dalam Serangan 1093 10-23
7. Bantuan Tempur Dalam Serangan 10-28
8. Pentadbiran Dalam Serangan 10-32

BAB 11

MENYEBERANG HALANGAN

Seksyen

1. Pengenalan 1101 11-1
2. Jenis-Jenis Halangan 1102 11-1
3. Pembersihan Halangan Buatan 1109 11-3
4. Kompemi Bantuan Dalam Menyeberang 1125 11-7

Halangan 1143 11-10
5. Bantuan Tempur Dalam Menyeberang
1144 11-10
Halangan 1152 11-14
6. Pembersihan Medan Periuk Api
7. Menyeberang Sungai 11A-1

Kembaran

A. Organisasi Pergerakan Menyeberang Sungai

BAB 12

LALUAN BARISAN

Seksyen

1. Pengenalan 1201 12-1
2. Kordinasi 1203 12-2
3. Jalan-Jalan dan Keutamaan Penggunaannya 1204 12-3

xi
TERHAD

TERHAD

BAB 13 MP 1.1.9A TD

PENGGANTIAN PETUGAS 13-1
13-1
Seksyen 13-2
13-7
1. Pengenalan 1301 13-11
2. Pertimbangan Asas 1305 13-12
3. Perancangan Penggantian 1306 13-14
4. Pelaksanaan 1323
5. Kompeni Bantuan Dalam Penggantian 1335

Petugas 1342
6. Bantuan Tempur Dalam Penggantian
1349
Petugas
7. Pentadbiran Dalam Penggantian Petugas

BAB 14

OPERASI-OPERASI LAIN

Seksyen

1. Operasi Di Kawasan Terbina 1401 14-1
2. Operasi Unit Kecil 1406 14-2
3. Operasi Percantuman 1410 14-2

BAB 15

PENTADBIRAN DI MEDAN

Seksyen

1. Pengenalan 1501 15-1
2. Logistik 1522
3. Ulang Bekal Melalui Udara 1550 15-7
4. Perkhidmatan Anggota 1558 15-12
15-13

xii
TERHAD

TERHAD MP 1.1.9A TD

RUJUKAN T 3149 A
T 3222
Siri Manual Peperangan Darat Tentera Darat Malaysia: T 3407
T 3114 A
1. Operasi Unit Kecil T 3141 A
2. Taktik Mortar T 3107
3. Pertahanan Medan T 3116 A
4. Air Defence T 3120
5. Aid-Memoire T 3228 A
6. Field Defences and Mine Warfare T 3230
7. Operations In Built Up Areas’ T 3133
8. Anti-Armour Operations T 3138 A
9. The Infantry Battalion (Provisional) T 3137 A
10. The Infantry Battalion Basic Tactics (Provisional) MD 3.3 TD
11. Combat Surveillance M 1 TD
12. Biological and Chemical Operations
13. Nuclear Operations
14. Operations, Formation Tactics (Provisional) 2002
15. The Army Doctrine

Rujukan Lain:

Australian Army, The Infantry Battalion (All Corps) 1984.

xiii
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 1

ORGANISASI BATALION INFANTRI

SEKSYEN 1

BATALION INFANTRI STANDARD (BIS)

AM
101. Pada amnya batalion infantri merupakan elemen tempur yang utama di dalam
Tentera Darat. Ia adalah tunggak kepada kekuatan tempur sebuah briged infantri dan
berupaya untuk bertempur sebagai elemen utama dalam sebuah kumpulan gabungan
tempur yang mungkin terdiri dari elemen-elemen lain dari pasukan bantuan tempur
dan bantuan perkhidmatan. Jikalau keadaan memerlukan juga, BIS boleh beroperasi
secara bersendirian untuk sesuatu jangkamasa terhad. Secara umumnya, BIS adalah
pasukan infantri yang kenyal dan distrukturkan untuk melaksanakan pelbagai misi.

ORGANISASI

102. Carta organisasi BIS adalah seperti di Kembaran A kepada bab ini. Ia
mengandungi:

a. Markas Batalion.

b. 1 x Kompeni Markas.

c. 1 x Kompeni Bantuan.

d. 3 x Kompeni Raifal.

PERANAN

103. Peranan batalion infantri ialah untuk mencari dan mendekati musuh, untuk
membunuh atau menawannya, menawan dan menduduki kawasan serta menangkis
serangan pada waktu siang dan malam, tanpa mengira musim, cuaca atau keadaan
tanah.

TUGAS

104. Tugas yang boleh dilaksanakan oleh BIS adalah:

a. Memusnah dan menawan musuh.

b. Menawan dan menduduki kawasan untuk satu jangka masa tertentu.

c. Menyediakan pangkalan tetap untuk elemen lain divisyen.

1-1

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Sebagai sebahagian dari kumpulan mara.

e. Melaksanakan lain-lain operasi selain dari peperangan (Operations
Other Than War).

CIRI-CIRI BATALION INFANTRI

105. Ciri-ciri batalion infantri adalah seperti berikut:

a. Daya Gerak. BIS berupaya untuk bergerak dalam semua jenis keadaan
tanah di negara ini sama ada dengan menaiki kenderaan atau berjalan kaki.
BIS dilengkapi dengan kenderaan yang organik kepada organisasinya yang
membolehkannya diatur gerak dengan pantas dan lebih hampir ke kawasan di
mana ia akan melaksanakan tindakan-tindakan operasi. Kenderaan beroda
mobiliti tinggi yang dimiliki oleh BIS menawarkan keupayaan merentas desa
yang agak baik dan berpotensi untuk ditingkatkan dengan adanya bantuan
Rintis Serang dan Jutra. Kenderaan ini juga direka bentuk agar boleh diangkut
melalui udara dengan pesawat udara milik TUDM dan diangkut melalui jalan
laut menggunakan kapal-kapal TLDM yang sedia ada. Ketika bergerak
dengan berjalan kaki, BIS menghadapi sedikit limitasi kerana senjata berat
BIS seperti Mesingan Berat terpaksa diturunkan daripada kenderaannya yang
sekaligus memperlahankan pergerakan dan memendekkan jarak bergerak BIS.

b. Daya Tembak. BIS boleh melakukan tembakan langsung dan tidak
langsung untuk memusnahkan sama ada keanggotaan, persenjataan dan
peralatan musuh. Daya tembak BIS adalah berasaskan satu seksyen. Bagi
platun-platun Kompeni Bantuan, walaupun daya tembak terkecilnya adalah
sebuah tim, namun atas keperluan taktikal, tim tersebut diatur gerak selalunya
secara berpasangan. Efesiensi daya tembak sesebuah kompeni raifal boleh
dipertingkatkan dengan adanya kombinasi daya tembak daripada kompeni
bantuan yang mengandungi Platun Mortar bagi memberikan tembakan tidak
langsung londaran tinggi, Platun Anti Armor bagi memusnahkan armor
musuh, Platun Senjata Berat bagi memusnahkan anggota dan kenderaan tidak
berperisai musuh.

c. Operasi Secara Bersendirian. Organisasi BIS disusun untuk
membolehkannya beroperasi secara bersendirian untuk jangka masa yang
terhad. Selain daripada kompeni-kompeni raifal, kompeni bantuan
membolehkan BIS menghadapi ancaman musuh yang terdiri daripada pasukan
infantri dan armor. Namun begitu, keupayaan anti armor BIS agak terhad dan
memerlukan pasukan tempur daripada luar bagi menghadapi pasukan armor
yang besar. Selain daripada itu, Platun Mortar, Semboyan dan Rintis Serang
boleh membantu dalam meningkatkan lagi keupayaan beroperasi secara
bersendirian. Bagi operasi berpanjangan secara bersendirian, BIS memerlukan
bantuan tempur dan logistik yang sewajarnya.

1-2
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Pengawasan Tempur. Batalion Infantri berupaya untuk mengawasi
medan pertempuran secara terhad. Pengawasan tempur BIS terhad di
Kawasan Pertempuran Dekat (Close Battle Area) melainkan elemen Seksyen
Tinjau yang terlatih untuk mendapatkan maklumat dan melaksanakan
pengawasan tempur di kawasan melebihi had ini. Walau bagaimanapun,
pengawasan ini dapat dipertingkatkan dengan adanya bantuan alat-alat
pengawasan elektronik seperti Radar Pengawasan Rupa Bumi (Ground
Surveillance Radar).

e. Komunikasi. Batalion Infantri mampu menyediakan rangkaian
perhubungan secara bersendirian. Ini dapat dilaksanakan dengan adanya
peralatan komunikasi yang organik sama ada manpack ataupun dipasang pada
kenderaan.

f. Keterdedahan. Batalion Infantri adalah terdedah kepada serangan
dalam pelbagai variasi termasuk serangan nuklear, kimia dan biologi.
Kenderaan dan peralatan lain turut terdedah kepada ancaman musuh
terutamanya serangan udara dan tembakan tidak langsung.

g. Pentadbiran. Batalion Infantri mempunyai keupayaan yang terhad
dalam membawa bekalan tempurnya dan bahan-bahan pakai habis. Ia
memerlukan sistem bekalan dan sistem pemindahan yang cepat dan berkesan
dalam operasi yang berterusan.

SEKSYEN 2

FUNGSI BATALION

MARKAS BATALION

106. Peranan. Markas Batalion berperanan mengawal dan mentadbir batalion
termasuk pasukan bantuan tempur dan perkhidmatan yang ditumpangkan kepadanya.
Organisasi sesebuah Markas Batalion adalah seperti di Lampiran 1 kepada
Kembaran A.

107. Fungsi kumpulan-kumpulan di dalam organisasi Markas Batalion adalah
seperti berikut:

a. Kumpulan Perintah. Terdiri dari ketua-ketua kompeni dan pegawai
staf batalion yang berkaitan untuk merangka dan melaksanakan sesuatu
operasi.

b. Kumpulan Gerakan . Diketuai oleh Pegawai Gerakan Pasukan dan
terdiri dari kumpulan-kumpulan kecil seperti berikut:

1-3

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(1) Kumpulan Pos Perintah (POSTAH). Kumpulan ini
bertanggungjawab untuk menggerakkan Pos Perintah Batalion.

(2) Sel Bantuan Tembakan Batalion (SBTB). Mengkordinasi
semua bantuan tembakan yang terdapat di dalam batalion.

(3) Sel Perisikan . Sel ini bertanggungjawab untuk mendapatkan
dan menyampaikan maklumat berdasarkan proses kitaran perisikan.

c. Kumpulan Tadbir. Kumpulan ini mengawal dan menguruskan
semua aspek pentadbiran dalam batalion.

108. Tumpangan. Wakil dari pasukan bantuan tempur dan bantuan perkhidmatan
sama ada kumpulan perintahnya atau pegawai perhubungan akan ditempatkan di
Markas Batalion untuk memberi nasihat kepada Pegawai Memerintah dalam
mengatur gerakkan pasukan bantuan. Pegawai perhubungan lain dari pasukan sahabat,
pihak berkuasa awam atau lain-lain perkhidmatan juga mungkin akan ditumpangkan
di Markas Batalion. Di dalam keadaan tertentu, Markas Batalion mungkin
memerlukan elemen tambahan sebagai pelindung.

KOMPENI MARKAS

109. Peranan. Peranan Kompeni Markas adalah untuk menyedia dan
mengkordinasi bantuan logistik dan perkhidmatan kepada anggota.

110. Organisasi Kompeni Markas adalah seperti di Lampiran 2 kepada
Kembaran A kepada bab ini dan ia terdiri daripada:

a. Markas Kompeni.

b. Platun Logistik.

c. Platun Kenderaan.

d. Platun Tambur/Brass Band.

111. Selain daripada platun-platun di atas, kompeni ini juga mempunyai anggota-
anggota tumpangan seperti berikut:

a. Seksyen Gaji.

b. Sel JLJ.

c. Sel Sajian.

d. Sel Pendidikan.

1-4
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

e. Sel Kesihatan.

f. Sel Awam.

g. Sel KAGAT.

112. Bila batalion diatur gerakkan, markas kepada kompeni ini akan bertindak
sebagai Eselon A di mana Ketua Kompeni Markas bertanggungjawab memerintah
dan mentadbirkan eselon tersebut.

PLATUN LOGISTIK

113. Peranan. Peranan Platun Logistik adalah untuk menyedia dan memberi
bantuan logistik serta merta yang diperlukan bagi meneruskan batalion berfungsi.

114. Organisasi terperinci Platun Logistik adalah seperti di Lampiran 2 kepada
Kembaran A kepada bab ini.

115. Platun Logistik ditempatkan bersama Eselon A. Pegawai Logistik
bertanggungjawab kepada Ketua Kompeni Markas.

PLATUN KENDERAAN

116. Peranan. Menyediakan pengangkutan dalam membantu operasi batalion dan
menyelenggarakan kenderaan-kenderaan batalion.

117. Platun Kenderaan mempunyai satu Markas Platun dan tiga Seksyen. Ianya
diperintah oleh Pegawai Kenderaan Berjentera. Organisasi Platun Kenderaan seperti
Lampiran 2 kepada Kembaran A kepada bab ini.

PLATUN TAMBOR

118. Peranan. Menyediakan anggota pengusung dan membantu dalam aspek
membina dan mengawal keselamatan Pos Perintah atau Markas Utama Pasukan.
Organisasi Platun Tambor seperti Lampiran 2 kepada Kembaran A kepada bab ini.

KOMPENI BANTUAN

119. Peranan. Peranan Kompeni Bantuan adalah untuk menyediakan Bantuan
Tembakan Rapat (Close Fire Support) serta juga tugas-tugas menyokong pelaksanaan
gerakan batalion semasa pertempuran.

120. Kompeni Bantuan mengandungi elemen-elemen berikut:

a. Markas Kompeni.

1-5
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Platun Anti Kereta Kebal (AKK).

c. Platun Senjata Berat (SB).

d. Platun Mortar.

e. Platun Rintis Serang.

f. Platun Semboyan.

g. Seksyen Tinjau.

e. Seksyen Sniper.

121. Organisasi terperinci Kompeni Bantuan adalah seperti di Lampiran 3 kepada
Kembaran A kepada bab ini.

122. Markas Kompeni Bantuan. Dalam operasi, Markas Kompeni Bantuan akan
membantu Eselon A bersama-sama Kompeni Markas bagi menguruskan hal-hal
pentadbiran platun-platun bantuan. Walau bagaimanapun, Ketua Kompeni Bantuan
akan berada bersama Markas Taktikal Batalion bagi membantu dan menasihati
Pegawai Memerintah dalam mengawal selia atur gerak platun-platun bantuan.

PLATUN ANTI KERETA KEBAL (AKK)

123. Peranan. Peranan utama Platun AKK adalah untuk memusnah kenderaan
armor terutamanya kereta kebal musuh pada skala terhad.

124. Platun ini mempunyai tiga seksyen misil. Tiap-tiap seksyen mempunyai 2
detasmen yang dilengkapi dengan misil jarak sederhana di atas kenderaan (mounted)
dan sebuah Kenderaan Pembawa Senjata bagi setiap detasmen. Tiap-tiap seksyen
boleh diatur gerakkan secara berasingan tetapi kebiasaannya dikawal secara berpusat.
Dalam keadaan tertentu platun mungkin akan melaksanakan satu tugas sahaja. Tiap-
tiap seksyen juga dilengkapi dengan alat perhubungan (radio set). Organisasi
terperinci adalah sebagaimana di Lampiran 3 kepada Kembaran A kepada bab ini.

PLATUN SENJATA BERAT (SB)

125. Peranan. Peranan Platun SB ialah menyediakan bantuan tembakan terus
(direct fire support) kepada batalion.

126. Platun ini mempunyai tiga seksyen senjata berat. Tiap-tiap seksyen
mempunyai tiga detasmen yang mana dua detasmen dilengkapi dengan senjata PGA
(Pelancar Grenad Automatik) bagi setiap detasmen, manakala satu detasmen
dilengkapi dengan Mesingan Berat (MGB) 12.7mm. Semua senjata diletakkan atas
kenderaan (mounted) dan setiap detasmen dilengkapi dengan alat perhubungan (radio

1-6
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

set). Platun boleh diatur gerakan sebagai satu unit tembak (one fire unit) atau secara
berasingan iaitu tiga unit tembak mengikut pecahan seksyen. Organisasi terperinci
ialah sebagaimana di Lampiran 3 kepada Kembaran A kepada bab ini.

PLATUN MORTAR

127. Peranan. Peranan Platun Mortar ialah untuk memberi bantuan tembakan tidak
langsung (indirect fire support) kepada batalion.

128. Platun ini mengandungi Markas Platun dan tiga seksyen mortar. Tiap-tiap
seksyen mempunyai dua detasmen yang mana tiap-tiap detasmen dilengkapi dengan
satu laras mortar 81mm dan Kenderaan Pembawa Mortar (KPM - Mortar Carrier).
Organisasi terperinci di Lampiran 3 kepada Kembaran A kepada bab ini.

129. Markas Platun. Dalam operasi, Markas Platun dibahagikan kepada 3
kumpulan yang berfungsi sebagaimana berikut:

a. Kumpulan Sel Bantuan Tembakan Batalion (SBTB) . Kumpulan ini
diletakkan di Sel Bantuan Tembakan Batalion yang biasanya bersama Pos
Pemerintah (POSTAH) batalion. Ia bertanggungjawab untuk memerintah dan
mengawal platun dan juga membantu dalam pengawalan dan penyelarasan
bantuan tembakan tidak langsung batalion.

b. Kumpulan Pos Pemerintah Platun. Kumpulan POSTAH Platun
mengawal garisan mortar. Jika seksyen-seksyen mortar ditempatkan
berasingan, POSTAH Platun akan ditempatkan bersama seksyen yang
berupaya mengekalkan komunikasi dengan seksyen-seksyen lain dan Sel
Bantuan Tembakan Batalion.

c. Kumpulan Pemerhati. Kumpulan pemerhati mengandungi tiga
koperal sebagai Kontroler Tembakan Bergerak (KTB). Tugas KTB ialah untuk
memanggil dan membuat pelarasan tembakan sebagaimana yang diminta oleh
ketua subunit yang diberi bantuan. KTB mungkin juga diperlukan untuk
merangka rancangan tembakan untuk subunit tersebut.

130. Seksyen Mortar. Tiap-tiap seksyen mengandungi dua detasmen di mana tiap-
tiap satu mempunyai satu laras mortar. Satu seksyen boleh dimuatkan dalam satu
kenderaan pembawa mortar atau dua buah kereta pengangkut perisai jenis sederhana.
Laras mortar juga boleh digalas tetapi anggota tambahan diperlukan untuk membawa
peluru.

PLATUN SEMBOYAN

131. Peranan. Peranan Platun Semboyan ialah untuk menyediakan rangkaian
perhubungan batalion dan menyelaras perhubungan dengan pasukan bantuan dan unit-
unit lain yang beroperasi bersama-sama batalion ini.

1-7
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

132. Organisasi. Platun ini mengandungi Markas Platun, Seksyen Komunikasi
dan Seksyen Radio. Seksyen Komunikasi mempunyai Pusat Komunikasi (PUSKOM),
Saifer dan talian. Organisasi terperinci di Lampiran 3 kepada Kembaran A kepada
bab ini.

PLATUN RINTIS SERANG

133. Peranan. Peranan Platun Rintis Serang ialah melaksanakan semua tugas
kejuruteraan kecil bagi membantu batalion mengekalkan pergerakan dan menyekat
pergerakan musuh.

134. Platun Rintis Serang mengandungi sebuah markas dan tiga seksyen. Ia juga
menyerupai Platun Raifal dan ia boleh ditugaskan bagi melaksanakan tugas Platun
Raifal apabila tidak terlibat dengan tugas pakarnya. Organisasi terperinci ditunjukkan
di Lampiran 3 kepada Kembaran A kepada bab ini.

SEKSYEN TINJAU

135. Peranan. Peranan Seksyen Tinjau adalah untuk memperoleh maklumat
mengenai musuh dengan melaksanakan tinjauan rapat di dalam kumpulan kecil.

136. Kumpulan ini mengandungi dua Seksyen Tinjau. Organisasi terperinci di
Lampiran 3 kepada Kembaran A kepada bab ini.

SEKSYEN SNIPER

137. Peranan. Peranan Seksyen Sniper ialah untuk menembak sasaran tumpuan
(point target) dari satu jarak di luar kemampuan raifal biasa.

138. Kumpulan ini mengandungi dua Seksyen Sniper yang boleh dipecahkan
kepada dua tim. Organisasi terperinci di Lampiran 3 kepada Kembaran A kepada
bab ini.

KOMPENI RAIFAL

139. Peranan. Peranan Kompeni Raifal adalah sama sebagaimana sebuah Batalion
Infantri. Walau bagaimanapun, Kompeni Raifal tidak mempunyai keupayaan seperti
mana batalion untuk diatur gerak. Namun begitu, dengan adanya bantuan kuasa
tembakan dari batalion, ianya boleh membantu Kompeni Raifal melaksanakan sesuatu
tugas.

140. Kompeni Raifal mempunyai elemen-elemen seperti berikut:

a. Markas Kompeni.

b. 3 x Platun Raifal.

1-8
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. 1 x Seksyen Bantuan.

141. Organisasi terperinci Kompeni Raifal seperti di Lampiran 4 kepada
Kembaran A kepada bab ini.

142. Tugas. Sesebuah Kompeni Raifal berkeupayaan untuk melaksanakan tugas
seperti berikut:

a. Menawan dan menguasai tanah.

b. Memusnah serta menawan musuh dengan tembak dan gerak.

c. Menyediakan pangkalan sementara kepada elemen-elemen lain
batalion.

d. Rondaan.

e. Menyediakan perlindungan kepada batalion semasa dalam gerak mara
dan pengunduran.

f. Menyediakan pasukan untuk menjalankan gerakan dalam jangka masa
pendek bagi sesuatu tugas khas.

g. Melaksanakan operasi selain dari peperangan.

1-9
TERHAD

TERH

ORGANISASI BATALIO

MK

KOMP KO
MARKAS BAN

PL LOG PL KEND PL TAMBOR TUMPANGAN AWAM

PL AKK PL SB PL MOR PL RINSER PL

1A
TER

HAD MP 1.1.9A TD

ON INFANTRI STANDARD KEMBARAN A KEPADA
BAB 1
K BN

OMP KOMP
NTUAN RAIFAL

L SEM PL SEK
RAIFAL BANTUAN

SEK SEK
TINJAU SNIPER

A–1
RHAD

TER

ORGANISASI MA

MK

Peg Memerintah
Pen Peg Memerin
Peg Gerakan
Ajutan
SMR
Ordeli

SEL SEL RISIK SEL
URUSTADBIR
SSjn RP
Ketua Kerani PW II Peg Risik Kapt Sjn RP
Sjn Urustadbir Sjn SSjn Risik SSjn Anggota RP
Kerani Dok Kpl Kpl Risik Kpl
Kerani LKpl Anggota Risik LKpl
Odeli Pos LKpl

1A1
TERH

RHAD MP 1.1.9A TD

LAMPIRAN 1 KEPADA
KEMBARAN A KEPADA
BAB 1

ARKAS BATALION

K BN

ntah Lt Kol
Mej
Mej
Kapt
PW I
Pbt

L RP SEL LATIH SEL KAGAT

SSjn KSMJ PW I Peg Agama Kapt
Sjn JL Jasmani Sjn
Kpl Kerani LKpl Pem Agama Kanan SSjn
Jasmani LKpl
Pem Agama Kanan (W) Sjn

Pem Agama Kpl

Pen Agama Rendah LKpl

Kerani LKpl

1–1
HAD

TERH

ORGANISASI KOM

PL LOGISTIK PL KEND MK

Peg Logistik Mej/Kapt/Sab (Ceraian 1) Ketua Komp
KMSR 1 PW II KSM
KMSR II PW II KMSK
Sjn Tadbir Sjn Penjaga Stor A
Kerani Kpl Penjaga Stor S
Tukang Kayu Kpl Pekerja Stor S
Tukang Kayu - LKpl Ordeli

TA

(Ce

WISMA

PERWIRA BINTARA PERTANDA

SSjn Wisma SSjn Sjn Wisma Sjn Kpl Wisma Kpl
Sjn Wisma Sjn Kpl Wisma Kpl

1A2 – 1
TERHAD

HAD

MPENI MARKAS MP 1.1.9A TD
LAMPIRAN 2 KEPADA
KOMP KEMBARAN A KEPADA
BAB 1
Am Mej
Senjata PW II AWAM
Senjata PW II
LKpl J/Rawat (U8)
LKpl Pem Perubatan (U8)
Pbt J/Rawat Desa (U12)
Pbt Pem Am Rendah (N13)
Pem K/hatan Awam (U14)
PL TUMPANGAN PTR (Pengawas Kem) (N11)
AMBOR PT (O) (N9)
(Ceraian 1)
eraian 1)

STOR

CATUAN AM GUDANG
PELURU
Penjaga Stor Kpl Penjaga Stor Kpl
Penjaga Stor Kpl
Penjaga Stor LKpl
Penjaga Stor Pbt

D

TER

ORGANISASI PL KENDERAAN,

KOM

KOM

PL PL
KENDERAAN TAMBOR

Peg Kend - Kapt Drum Mejar - PW II
Pen Peg Kend - SSjn
Kerani - Kpl K
PMP - Kpl
Pmd - LKpl Peg P
Sjn Pe
Ordel

MEKANIK SEKSYEN 2 3
1
SEKSYEN 23
1
Ketua Sek/Pmd - Sjn
Pen Ketua Sek/Pmd - Kpl
Pmd - Pbt

Ketua - SSjn/Sjn
Pemuzik - Kpl/LKpl

1A2 -1 –
TERHA

RHAD MP 1.1.9A TD

PL TAMBOR DAN TUMPANGAN CERAIAN 1 KEPADA
LAMPIRAN 2 KEPADA
MP MK KEMBARAN A KEPADA
MP MK BAB 1

TUMPANGAN

KESIHATAN AJAR JLJ

Perubatan - Mej/Kapt JL Kanan Pelajaran - SSjn
erubatan - Sjn JL Pelajaran - Kpl
i Kesihatan - Kpl/LKpl

SAJIAN

34 GAJI Ketua Sel - SSjn
Pen Ketua Sel - Kpl
Peg Gaji - Kapt Tukang Masak - LKpl
Sjn Gaji - Sjn Anggota - Pbt

Ordeli Kpl Gaji - Kpl/LKpl/Pbt

MEKANIK AMRA

Ketua Mek - SSjn Sjn Amra - SSjn
Pen Mek - Sjn Amra - Kpl/LKpl
Mek - Kpl
–1 J/Letrik - LKpl/Kfn
AD - Kpl
- LKpl/Kfn

TERH

ORGANISASI KO

KO
BANT

MK K

Ketua Komp
Pen Ketua Komp
KSM
KMSK
Penjaga Stor Am
Kerani
Penjaga Stor Senj
Pekerja Stor Senja

PL ANTI PL MORTAR P
KERETA SEMB
KEBAL (Ceraian 1)
(Cera
(Ceraian 1)

PL SENJATA PL RINTIS
BERAT SERANG

(Ceraian 1) (Ceraian 1)

1A3 –
TERH

HAD MP 1.1.9A TD

OMPENI BANTUAN LAMPIRAN 3 KEPADA
KEMBARAN A KEPADA
OMP BAB 1
TUAN

KOMP

- Mej
- Kapt
- PW II
- PW II/SSjn
- Kpl
-LKpl
jata - Kpl
ata - LKpl

PL SEK TINJAU SEK SNIPER
BOYAN
Ketua Sek - Sjn Ketua – Sjn
aian 1) Pen Ketua Sek - Kpl
Tinjau - LKpl
–1 Anggota - Pbt
HAD
TIM

Ketua Tim - Kpl
Penembak - LKpl

TERH

ORGANISASI PL ANTI KERETA KEBA
PL RINTIS SERANG D

KO
BANT

MK K

PL ANTI PL SENJATA PL MO
BERAT
KERETA Ketua Pl
Pen Ketua Pl
KEBAL J/Radio

Ketua Pl - Kapt Ketua Pl - Kapt
Pen Ketua Pl - SSjn Pen Ketua Pl - SSjn

SEK MISIL SEK SEK MO

Ketua Sek - Sjn

Ketua Sek - Sjn Ketua Sek
Kontroller Tem
Bergerak (KTB
Pen Ketua Sek

DET D

Ketua Det/ - Kpl DET PGA DET MG Ketua Det
Penembak - LKpl Krew
Pengisi Peluru - LKpl/Pbt Krew/Pmd
Pmd/Krew
1A3
Ketua Det/ - Kpl Ketua Det/ - Kpl TE
Penembak - LKpl Penembak - LKpl
Pengisi Peluru - LKpl/Pbt Pengisi Peluru - LKpl/Pbt
Pmd/Krew Pmd/Krew

HAD MP 1.1.9A TD

AL, PL SENJATA BERAT, PL MORTAR, CERAIAN 1 KEPADA
DAN PL SEMBOYAN LAMPIRAN 3 KEPADA
KEMBARAN A KEPADA
OMP BAB 1
TUAN

KOMP

ORTAR PL RINTIS PL
SERANG SEMBOYAN
- Kapt
- SSjn Ketua Pl - Kapt Ketua Pl - Kapt
- Kpl Pen Ketua Pl - SSjn Pen Ketua Pl - SSjn
Pengecas Bateri - LKpl
Penjaga Setor - LKpl

ORTAR SEK RINTIS SEK SEK RADIO
SERANG KOMUNIKASI

- Sjn Ketua Sek - Sjn Ketua Sek Semb - Sjn
- Kpl Pen Ketua Sek - Kpl J/Radio - Kpl
- Anggota - LKpl - LKpl
- Kpl
mbakan
B)
k

DET PUSAT SAIFER TALIAN
KOMUNIKASI

Ketua Sek - Kpl J/Saifer - Kpl Ketua Talian - Kpl
Anggota Sek - LKpl Anggota Talian - LKpl
- Kpl
- LKpl/Pbt
- LKpl/Pbt

3-1–1
ERHAD

PL RAIFAL TERH

Ketua Pl - Sab ORGANISASI KO

Pen Ketua Pl - SSjn KO
RAI
SEK - Sjn Pen
- Kpl Ketua Komp
Ketua Sek - LKpl/Pbt Pen Ket Komp
Ketua Sek KSM
Ang Repal KMSK
Penjaga Stor A
Penjaga Stor S
Pekerja Stor S
Ordeli

K
K
K

1A4 – 1
TERHAD

HAD

OMPENI RAIFAL MP 1.1.9A TD

LAMPIRAN 4 KEPADA
KEMBARAN A KEPADA
BAB 1

OMP
IFAL

p - Mej
- Kapt
Am - PW II
Senjata - PW II /SSjn
Senjata - LKpl
- LKpl
- Pbt
- LKpl

SEK

BANTUAN

Ketua Sek - SSjn

MORTAR DET GPMG
60 MM

Ketua Mortar - Kpl Ketua Det/Penembak - Kpl
Krew/Pmd - LKpl
Krew - Pbt Pengisi Peluru - LKpl

T

PENYATA SISTEM PERSENJATA

JENIS SENJATA RAIFAL TEMPUR STYER AUG 5.56 mm
LMG 5.56 mm
PISTOL STANDARD 9 mm
PISTOL SIGNAL 1.5 in
SMG SILENCER 9 mm

JUMLAH SENJATA 630 27 14 9 5

NOTA:
MGL-MULTIPLE SHOT GRENADE LAUNCHER
ATGM (MR)-ANTI TANK GUIDED MISSILE (MEDIUM RANGE)

1
T

27 9 3 3 3 27 6 54 6 6 9 6 SHOTGUN AAN BATALION INFANTRI STANDARD TERHAD
MGKA 7.62 mm
1A5 - 1 SNIPER RIFEL 7.62 mm LAMPIRAN 5 KEPADA MP 1.1.9A TD
TERHAD MGB 12.7 mm KEMBARAN A
SNIPER RIFLE 12.7 mm KEPADA BAB 1
MGL 40 mm
PGA 40 mm
RPG-7
CARL GUSTAV 84 mm
ATGM (MR)
MORTAR 60 mm
MORTAR 81 mm

T
PENYATA KENDERAAN BA

JENIS KENDERAAN MOTOSIKA 250CC SCRAMBLER
TRAK KARGO ¾ TON 4 x 4 FFR
TRAK KARGO ¾ TON 4 x 4
TRAK 3 TON 4 x 4

JUMLAH KENDERAAN 4 6 10 8

NOTA:
ATGM (MR)-ANTI TANK GUIDED MISSILE (MEDIUM RANGE)
KPS-KENDERAAN PENGANGKUT SENJATA
KMT-KENDERAAN MOBILITI TINGGI
KMTP- KENDERAAN MOBILITI TINGGI PEMERINTAH
KMTK- KENDERAAN MOBILITI TINGGI VARIAN KEMBALIK
KMTPM-KENDERAAN MOBILITI TINGGI PEMBAWA MUATAN
KMTPT- KENDERAAN MOBILITI TINGGI VARIAN PENGANGKUT TRUP

1
T

6 6 6 3 4 3 2 4 18 2 TRAK 2 TON PEMBAWA MORTAR TERHAD
KPS-ATGM (MR) ATALION INFANTRI STANDARD
1A6 - 1 KPS-PGA 40 mm
TERHAD KPS-MGB 12.7 mm MP 1.1.9A TD
KMT (PLATUN TINKAU)
KMTP LAMPIRAN 6 KEPADA
KMT K KEMBARAN A
KMTPM KEPADA BAB 1
KMTPT
AMBULAN 2 TON

T
PENYATA SISTEM KOMUNIKA

JENIS RADIO fT MANPACK
(TRA 921/ TRA 931/PRM 4021B/TRC 340/TRC
3500-3)
FST MANPACK
(PRC 77/PRM 4700A/TRC 9200-3)
FST CETION SET
(TRC 531/TRC 971)
FUT
(TRM 924/URC 200)

JUMLAH RADIO 44 16 53 4

NOTA:

FT-FREKUENSI TINGGI (HF)
FST-FREKUENSI SANGAT TINGGI (VHF)
FUT-FREKUENSI ULTRA TINGGI (UHF)

1
T

FT KENDERAANTERHAD
(TRC 3500) MP 1.1.9A TD
FST KENDERAAN
(TRC 9200) LAMPIRAN 7 KEPADA
LOCATOR BEACON KEMBARAN A
KEPADA BAB 1
AS BATALION INFANTRI STANDARD

664

1A7 - 1
TERHAD

T
SISTEM PERSENJATAAN B

JENIS SENJATA RAIFAL TEMPUR STYER AUG 5.56 mm
LMG 5.56 mm
PISTOL STANDARD 9 mm
PISTOL SIGNAL 1.5 in
SMG SILENCER 9 mm

JUMLAH SENJATA 630 27 14 9 5

NOTA:
MGL-MULTIPLE SHOT GRENADE LAUNCHER
ATGM (MR)-ANTI TANK GUIDED MISSILE (MEDIUM RANGE)

T

27 9 3 3 3 27 6 54 6 6 9 6 SHOTGUN BATALION INFANTRI STANDARD TERHAD
MGKA 7.62 mm
1B - 1 SNIPER RIFEL 7.62 mm KEMBARAN B KEPADA MP 1.1.9A TD
TERHAD MGB 12.7 mm BAB 1
SNIPER RIFLE 12.7 mm
MGL 40 mm
PGA 40 mm
RPG-7
CARL GUSTAV 84 mm
ATGM (MR)
MORTAR 60 mm
MORTAR 81 mm

T

KENDERAAN BATAL

JENIS KENDERAAN MOTOSIKAL 250CC SCRAMBLER
TRAK KARGO ¾ TON 4 x 4 FFR
TRAK KARGO ¾ TON 4 x 4
TRAK 3 TON 4 x 4

JUMLAH KENDERAAN 4 6 10 8

NOTA:
ATGM (MR)-ANTI TANK GUIDED MISSILE (MEDIUM RANGE)
KPS-KENDERAAN PENGANGKUT SENJATA
KMT-KENDERAAN MOBILITI TINGGI
KMTP- KENDERAAN MOBILITI TINGGI PEMERINTAH
KMTK- KENDERAAN MOBILITI TINGGI VARIAN KEMBALIK
KMTPM-KENDERAAN MOBILITI TINGGI PEMBAWA MUATAN
KMTPT- KENDERAAN MOBILITI TINGGI VARIAN PENGANGKUT TRUP

T

6 6 6 3 4 3 2 4 18 2 TRAK 2 TON PEMBAWA MORTAR TERHAD
KPS-ATGM (MR) LION INFANTRI STANDARD
1C - 1 KPS-PGA 40 mm
TERHAD KPS-MGB 12.7 mm MP 1.1.9A TD
KMT (PLATUN TINJAU)
KMTP KEMBARAN C KEPADA
KMTK BAB 1
KMTPM
KMTPT
AMBULANS 2 TON

T
SISTEM KOMUNIK

JENIS RADIO FT MANPACK
(TRA 921/ TRA 931/PRM 4021B/TRC 340/TRC
3500-3)
FST MANPACK
(PRC 77/PRM 4700A/TRC 9200-3)
FST CETION SET
(TRC 531/TRC 971)

JUMLAH RADIO 44 16 53

NOTA:

FT-FREKUENSI TINGGI (HF)
FST-FREKUENSI SANGAT TINGGI (VHF)
FUT-FREKUENSI ULTRA TINGGI (UHF)

T

TERHAD

MP 1.1.9A TD

KEMBARAN D KEPADA
BAB 1

KAS BATALION INFANTRI STANDARD

FUT
(TRM 924/URC 200)
FT KENDERAAN
(TRC 3500)
FST KENDERAAN
(TRC 9200)
LOCATOR BEACON

4664

1D - 1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 2

PEMERINTAHAN DAN KAWALAN

SEKSYEN 1

SISTEM OPERASI RUANG TEMPUR
(BATTLESPACE OPERATING SYSTEM)

AM

201. Sistem Operasi Medan Tempur adalah kaedah fizikal dimana Pegawai
Memerintah akan mencapai misinya. Ia merupakan suatu kaedah bagi TDM untuk
memberi pengertian kepada aktiviti-aktiviti pasukan di medan tempur yang kritikal.
Dengan menggunakan kaedah ini, komander dan staf dapat menilai dan memantau
fasa perancangan, persiapan dan pelaksanaan gerakan dalam subset terperinci fungsi-
fungsi batalion di medan tempur secara tersendiri serta keberkesanan keupayaan satu-
satu pasukan dalam menyatukan fungsi-fungsi ini secara bersepadu. Di peringkat
taktikal, seseorang komander dikehendaki mengintegrasi dan mengkordinasi fungsi-
fungsi ini untuk menyatumasakan efek tempur berpandukan kepada masa dan ruang.
Sistem ini hendaklah diintegrasikan bagi mendokong rancangan operasi Pegawai
Memerintah. Pengawalan dan Pemerintahan yang mantap akan menentukan kesemua
sistem operasi medan tempur ini diintegrasikan dengan efektif untuk mencapai
sesuatu gerakan yang bersepadu dan bersinergi.

202. Sistem Operasi Medan Tempur terbahagi kepada 7 iaitu:

a. Sistem Tinjauan, Pemerhatian, dan Perisikan.

b. Sistem Manuver.

c. Sistem Bantuan Tembakan.

d. Sistem Pertahanan Udara.

e. Sistem Mobiliti dan Kelangsungan Hidup.

f. Sistem Bantuan Perkhidmatan.

g. Sistem Pemerintahan dan Pengawalan.

h. Sistem Operasi Informasi.

203. Fungsi setiap sistem operasi memerlukan semua elemen dalam batalion
dikordinasikan. Setiap staf dalam batalion mestilah menentukan tugas dan
tanggungjawab diintegrasikan dengan keseluruhan rancangan gerakan batalion.
Setiap pegawai staf batalion dan tumpangan (Pegawai Gerakan, Pegawai Risik, Ketua
Bateri, Ketua Trup Jutra, dan lain-lain) adalah bertanggungjawab untuk
mengintegrasikan sistem operasi medan tempur bersesuaian dengan keadaan medan.
Sistem operasi medan tempur ini hendaklah digunapakai dalam perancangan sesuatu
operasi tetapi bukan sebagai rangka dalam pelaksanaan dan perintah operasi.

2-1

TERHAD


Click to View FlipBook Version