The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kik.pulada, 2022-05-19 00:23:11

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SISTEM TINJAUAN, PEMERHATIAN DAN PERISIKAN

204. Di peringkat taktikal, Sistem Tinjauan, Pemerhatian dan Perisikan adalah
semua aktiviti dilaksanakan BIS untuk memperolehi, memproses dan mengagihkan
maklumat-maklumat perisikan dan juga produk-produk perisikan. Ia berteraskan
proses menjanakan maklumat bagi mendapatkan gambaran tentang hasrat musuh dan
rupa bumi bagi seseorang komander untuk merancang, membuat persiapan dan
melaksanakan gerakan. Di peringkat taktikal, sistem ini tertumpu kepada musuh,
keadaan rupa bumi, dan cuaca. Semua subunit dan elemen tumpangan dibawah
naungan batalion hendaklah melaporkan segala maklumat perisikan yang diperolehi
melalui pelaksanaan operasi yang dijalankan. Dalam sesebuah BIS terdapat elemen-
elemen perisikan dan keselamatan seperti Seksyen Tinjau yang boleh digunakan bagi
melaksanakan tugas ini. Pegawai Memerintah juga boleh menggunakan sumber-
sumber yang ada seperti platun dan seksyen yang melaksanakan rondaan. Seksyen
Sniper boleh digunakan untuk maksud pengumpulan maklumat hanya secara
kebetulan semasa ia melaksanakan tugas utamanya untuk memusnah sasaran nilai
tinggi. Oleh kerana sesebuah batalion infantri beroperasi sebagai sebahagian dari
formasi briged dan divisyen, staf perisikan juga mesti berhubung rapat dengan staf
perisikan formasi bagi mendapatkan maklumat perisikan yang terperinci dan tepat
pada masanya. Setelah mendapat maklumat ini, Pegawai Risik Batalion
bertanggungjawab untuk menerima, menganalisa dan menyebarkan kepada elemen-
elemen batalion. Pegawai Risik juga menyediakan rancangan pengumpulan perisikan
bagi membantu Pegawai Memerintah untuk membuat keputusan yang tepat.

SISTEM MANUVER

205. Sistem manuver adalah pergerakan untuk mendapat kelebihan kedudukan
taktikal berbanding musuh dengan menggunakan pergerakan dan tembakan untuk
merapati dan mengalahkannya. Sistem ini termasuk penggunaan elemen-elemen
tempur di medan dengan gabungan bantuan tembakan langsung dan tidak langsung.
Elemen-elemen tempur yang terdapat dalam sesebuah batalion infantri
berkemampuan untuk memusnahkan musuh dan menguasai tanah secara terhad.
Kompeni Raifal adalah elemen manuver asas dalam sesebuah batalion infantri. Ia
berkemampuan untuk mendekati dan memusnahkan infantri musuh. Jika diatur gerak
dengan rancangan yang teliti, ia boleh mengatasi dan memusnahkan kenderaan armor
musuh dari jarak yang dekat. Batalion infantri adalah efisien apabila penglihatan dan
medan tembakan adalah terhad dan semasa tempur rapat.

SISTEM BANTUAN TEMBAKAN

206. Bantuan tembakan merangkumi penggunaan secara kolektif dan berkordinasi
data pemerolehan sasaran, senjata tembakan langsung, senjata tembakan tidak
langsung dan bantuan udara rapat terhadap sasaran di dalam Kawasan Tangung Jawab
(KTJ). Pegawai Memerintah mendapat bantuan tembakan dari elemen bantuan
organik kepada batalion dan juga yang diberi oleh formasi atasan bagi membantu
melaksanakan operasi. Bagi tujuan mengkordinasikan segala bantuan tembakan,

2-2
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Ketua Sel Bantuan Tembakan bertanggungjawab mengkoordinasikannya bagi pihak
Pegawai Memerintah terhadap segala bantuan tembakan yang ada dan merancang
tembakan bantuan.

SISTEM MOBILITI DAN KELANGSUNGAN HIDUP

207. Operasi Mobiliti di dalam sistem ini adalah bagi memelihara kebebasan untuk
manuver BIS. Ia turut merangkumi segala aktiviti untuk mengehadkan mobiliti
musuh atau aktiviti melawan mobiliti. Operasi kelangsungan hidup seterusnya adalah
untuk melindungi BIS dari efek senjata musuh. Subunit infantri dibawah kelolaan
Pegawai Memerintah hendaklah dilatih sebagai persediaan dan pelaksanaan aspek
mobiliti, mobiliti balas dan ketahanan. Pelaksanaan mobiliti boleh dilakukan dengan
kenderaan-kenderaan yang organik kepada batalion manakala mobiliti balas boleh
dilakukan dengan mengukuhkan lagi Platun Rintis Serang dengan menyediakan
kepakaran, peralatan dan anggota. Dengan adanya platun ini, ia dapat membantu
operasi batalion dalam pembinaan halangan, letupan dan kerja-kerja kejuruteraan
ringan.

SISTEM PERTAHANAN UDARA

208. Sistem pertahanan udara adalah penggunaan kesemua kaedah pertahanan
udara secara aktif dan pasif untuk mematahkan atau mengurangkan keberkesanan
serangan dari pesawat udara musuh atau misil mereka setelah ia dilancarkan. Sebagai
sebuah batalion infantri, ia tidak mempunyai persenjataan pertahanan udara yang
khusus atau organik padanya. Walau bagaimanapun dengan sistem persenjataan yang
ada, sebuah batalion boleh melaksanakan pertahanan udara secara pasif. BIS boleh
menggunakan persenjataan yang menembak terus bagi pertahanan mereka secara
terhad dari serangan udara.

SISTEM BANTUAN TEMPUR

209. Sistem ini merujuk kepada sokongan bantuan dan perkhidmatan yang diberi
oleh pasukan-pasukan lain bagi mengekalkan operasi BIS. Sesebuah batalion
mungkin ditugaskan beroperasi di sesuatu keadaan tanah yang sukar untuk dilalui
oleh kenderaan. Bagi mengatasi permasalahan ini sistem bantuan tempur hendaklah
berada seberapa rapat yang boleh bagi membantu penugasan batalion.

SISTEM PERINTAH DAN KAWALAN

210. Sistem perintah dan kawalan merangkumi semua tugas-tugas kolektif yang
dikaitkan dengan membantu mengaplikasikan kuasa dan arahan seseorang komander
terhadap subunit dan juga pasukan yang ditumpangkan dalam mencapai misinya.
Pegawai Memerintah mengawal segala interaksi unit di medan tempur dan
persenjataan bantuan sesuai dengan keadaan tanah dan musuh. Pegawai Memerintah
mengawal medan tempur dengan menempatkan dirinya dimana beliau dapat melihat,

2-3
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

memerintah dan mengawal pertempuran. Beliau mestilah seorang yang profesional
dan menerajui kepimpinan melalui teladan.

SISTEM OPERASI INFORMASI

211. BIS di medan tempur akan mengunakan pelbagai sistem, proses dan aliran
kerja maklumat di dalam kitaran membuat keputusan (decision cycle). Nescaya,
seseorang komander harus memberi penekanan kepada aspek operasi informasi untuk
meningkatkan kebolehan ia mengawal dan memerintah BIS di medan. Ia mesti turut
juga menentukan kebolehan sistem dan proses penjanaan keputusan pihak musuh
dicabar. Operasi Informasi adalah semua tindakan untuk meningkatkan maklumat,
proses penjanaan maklumat dan sistem maklumat pasukan sendiri dalam mencapai
sesuatu keputusan yang muktamad. Sebaliknya ia juga merangkumi aktiviti untuk
mengehadkan kapabiliti dan sistem pihak musuh. Secara konsepnya, ia melibatkan
aktiviti komander dan staf BIS untuk mempengaruhi kitaran membuat keputusan
(decision cycle) dan sistem penjanaannya serta juga kitaran dan sistem pihak musuh.
Kitaran membuat keputusan ini bersandarkan konsep OODA atau memerhati
(observe), menyesuai dan memahami (orient), membuat keputusan (decide) dan
bertindak (act).

212. Dengan itu, komander BIS haruslah dapat menggambarkan (visualise) ruang
tempur (battlespace) melebihi dari apa yang secara tradisinya dianggapkan linear iaitu
terbatas kepada kedalaman (depth) dan medan (frontage). Sebaliknya, ia haruslah
turut digambarkan sebagai merangkumi aspek fizikal, elektronik, maya (virtual) dan
psikologikal.

SEKSYEN 2

PEMERINTAHAN DAN PENGAWALAN DI MEDAN

AM

213. Keberkesanan pemerintahan dan kawalan adalah keperluan asas dalam
mengkordinasikan semua sumber yang ada bagi mencapai kejayaan di dalam
pertempuran.

214. Pegawai Memerintah perlu mempunyai kaedah dan sumber untuk memerintah
pegawai bawahannya. Beliau juga perlu mengarah serta mengawal tindakan-tindakan
dan kuasa tembakan subunit serta elemen tumpangan. Ini boleh dicapai melalui:

a. Gaya kepimpinan.

b. Komunikasi yang baik.

2-4
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Prosedur tempur yang mantap.

d. Pengurusan maklumat berdasarkan proses kitaran perisikan yang baik.

e. Penempatan lokasi markas yang sesuai, teratur serta berkesan.

f. Pentadbiran yang baik.

215. Pelaksanaan pemerintahan adalah tanggungjawab Pegawai Memerintah
sesuatu pasukan. Corak dan gaya pemerintahan beliau mestilah senang difahami dan
diramal oleh stafnya. Keadaan ini akan membantu staf-stafnya mengambil keputusan
ke atas sesuatu perkara mengikut garis panduan atau polisi yang diamalkan oleh
Pegawai Memerintah tersebut.

GAYA KEPIMPINAN

216. Pegawai Memerintah. Di peringkat batalion, keberkesanan pemerintahan
bergantung kepada Pegawai Memerintah memainkan peranannya ke atas komander
bawahan. Selain dari kepimpinannya, semua peringkat anggota hendaklah
berkeyakinan dengan keupayaan beliau. Perkara ini boleh dicapai dengan cara
kerjasama dan saling membantu di dalam melaksanakan aktiviti pasukan termasuk
latihan dan gerakan.

217. Komander Bawahan. Pegawai Memerintah hendaklah mengetahui
kemampuan komander bawahan untuk memastikan mereka boleh meneruskan
tindakan dengan daya usaha sendiri walaupun tidak dapat dihubungi. Pegawai
Memerintah hendaklah:

a. Melibatkan mereka dalam perancangan operasi.

b. Memberi mereka peluang untuk mengeluarkan buah fikiran.

c. Memastikan mereka memahami perancangan operasi.

d. Memberi mereka tanggungjawab dan selanjutnya kebebasan bertindak
dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

218. Lawatan. Lawatan ke subunit dan elemen tumpangan akan memberi ruang
kepada Pegawai Memerintah untuk merapatkan hubungan secara fizikal. Lawatan
juga akan dapat meningkatkan moral anggota dan memberi gambaran yang lebih
jelas serta mengetahui suasana di kawasan tanggungjawab subunit.

219. Lokasi Dalam Pertempuran . Sepanjang pertempuran, Pegawai Memerintah
hendaklah menempatkan dirinya di lokasi yang membolehkan beliau mengarah dan
mengawal keseluruhan batalion. Untuk mencapai tujuan ini, Pegawai Memerintah
boleh menubuhkan Markas Taktikal yang dianggotai oleh pegawai staf, jururadio dan

2-5
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

kumpulan keselamatan. Penyertaan wakil unit bantuan tempur bergantung kepada
keperluan. Sementara itu anggota lain yang tidak diperlukan akan berada di Markas
Utama Batalion.

220. Teknik Pemerintahan. Dalam masa-masa tertentu sistem perhubungan ke
subunit mungkin akan mengalami kerosakan, sama ada kerosakan fizikal atau
gangguan elektronik. Bagi mengatasi keadaan ini, Pegawai Memerintah akan
mengeluarkan perintah operasi secara terperinci. Ini adalah penting jika berlaku
kerosakan dan gangguan elektronik komunikasi di antara Pegawai Memerintah dan
komander bawahan. Dengan adanya perintah terperinci ini, komander bawahan boleh
bertindak tanpa menghubungi Pegawai Memerintah bagi meneruskan perlaksanaan
sesuatu operasi.

221. Pegawai Perhubungan. Di dalam sesuatu keadaan apabila saluran
pemerintahan biasa tidak membenarkan batalion mengadakan perhubungan terus
dengan unit, pihak berkuasa bersebelahan atau unit yang beroperasi di kawasan
berkenaan boleh membantu mewujudkan perhubungan tersebut. Justeru itu, Pegawai
Memerintah mestilah melantik seorang Pegawai Perhubungan kepada markas unit
berkenaan. Pegawai Perhubungan dilantik daripada pegawai atau PTT Kanan
batalion dan akan menubuhkan rangkaian perhubungan dalam jaringan pemerintahan
batalion. Pegawai Perhubungan hendaklah ditaklimatkan secara terperinci di atas
rancangan Pegawai Memerintah dan konsep operasi sebelum ditumpangkan. Beliau
juga hendaklah memberi maklum balas kepada kedua-dua markas di atas segala
aktiviti unit yang diawasi. Pegawai Perhubungan hendaklah berpengalaman penuh
untuk memahami dan melaksanakan operasi di peringkat unit.

KAEDAH KAWALAN DI BATALION

222. Markas Batalion. Markas Batalion dibahagikan kepada 3 komponen fungsi
iaitu Kumpulan Pemerintahan, Kumpulan Operasi dan Kumpulan Pentadbiran.

223. Kumpulan Pemerintahan. Kumpulan Pemerintahan merangkumi Pegawai
Memerintah dan Kumpulan Markas Batalion. Kumpulan Markas Batalion secara terus
akan membantu Pegawai Memerintah dalam perancangan dan membuat keputusan.
Pegawai Memerintah bersama Markas Taktikal boleh berada di hadapan untuk
mengawal peperangan. Komposisi Markas Taktikal boleh didapati di dalam Prosedur
Tetap Operasi (PROTAP). Sekiranya Markas Taktikal diatur gerakkan, Penolong
Pegawai Memerintah akan kekal di Markas Utama Batalion.

224. Staf Operasi. Staf Operasi adalah komponen yang mengawasi pelaksanaan
operasi berpandukan kepada perintah Pegawai Memerintah.

225. Pegawai Gerakan. Pegawai Gerakan Pasukan adalah bertanggungjawab
untuk menentukan perintah operasi Pegawai Memerintah dilaksanakan sebagaimana
yang telah ditetapkan. Beliau akan dibantu oleh pegawai bertugas, juru radio dan
kerani agar Markas Utama Batalion boleh bekerja secara berterusan. Di dalam jadual

2-6
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

biasa, staf Markas Utama Batalion terdiri daripada pegawai bertugas, kerani bertugas,
juru radio batalion dan juru radio Briged. Fungsi mereka secara terperinci perlu
dimasukkan ke dalam PROTAP dan kebiasaannya meliputi tugas-tugas berikut:

a. Untuk mengawasi keseluruhan operasi unit-unit.

b. Untuk mengkoordinasi aktiviti-aktiviti ronda.

c. Untuk mengemaskini rekod lokasi semua elemen yang beroperasi di
dalam kawasan batalion.

d. Untuk menyelaras dan mengawal tembakan batalion dan bantuan udara
melalui Sel Bantuan Tembakan Batalion.

e. Untuk menyampaikan maklumat kepada pihak atasan dan pasukan
sahabat.

f. Untuk merekodkan segala utusan keluar dan masuk serta perhubungan
radio.

226. Sel Bantuan Tembakan Batalion merupakan satu komponen yang penting
dalam kumpulan operasi dan berhubung rapat dengan Pos Perintah. Fungsi sel ini
adalah untuk menentukan bantuan tembakan diperolehi apabila ianya diperlukan.
Ketua Bateri adalah Ketua Sel Bantuan Tembakan Batalion dan dibantu oleh Ketua
Kompeni Bantuan serta Ketua Platun Mortar bagi menyelaras keperluan bantuan
tembakan. Sekiranya Ketua Bateri tiada, Ketua Kompeni Bantuan secara langsung
akan mengkoordinasi bantuan tembakan. Sel Bantuan Tembakan Batalion akan
mempertimbangkan kesemua permohonan bantuan tembakan bagi memastikan
keselamatan pasukan sahabat agar tidak tertembak oleh misi tembakan sendiri.

227. Kumpulan Tadbir dan Logistik. Kumpulan ini terdiri daripada staf logistik
dan staf pentadbiran batalion. Staf logistik mengandungi Pegawai Logistik dan
elemen Platun Logistik. Manakala staf pentadbiran dianggotai Ajutan, Ketua Kerani
dan Staf Pembantu.

PROSEDUR TETAP OPERASI

228. Sebahagian besar prosedur operasi dan hal pentadbiran boleh diseragamkan
sebagai Prosedur Tetap Operasi. Ia bertujuan untuk memudahkan pemerintahan dan
kawalan di samping mengurangkan maklumat yang bertindih dalam sesuatu perintah
dan arahan.

229. Adalah sukar untuk menyediakan Prosedur Tetap Operasi yang dapat
menyeragamkan keperluan semua pasukan berdasarkan faktor peranan, peralatan,
tahap latihan dan corak pemerintahan seseorang Pegawai Memerintah. Walau
bagaimanapun, batalion boleh merujuk kepada ‘Manual Peperangan Darat, Tentera

2-7
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Darat Malaysia, Bahagian 2, Infantri, Jilid 2, Pamflet No 2, Prosedur Tetap Operasi’
dalam menggubal sesuatu Prosedur Tetap Operasi (PROTAP).

SEKSYEN 3

KOMUNIKASI

AM

230. Perhubungan radio adalah keperluan terpenting di dalam sesuatu
pemerintahan. Semua pemerintah mestilah memahami kebolehan serta limitasi
komunikasi serta menggunakannya secara berkesan. Latihan yang berkesan dapat
membantu meningkatkan keberkesanan sistem komunikasi dan mengurangkan
masalah gangguan dan kerosakan perhubungan.

TANGGUNGJAWAB

231. Markas atasan akan mengada dan mengekalkan perhubungan dengan batalion.
Markas Batalion pula adalah bertanggungjawab untuk:

a. Menyedia dan mengekalkan komunikasi dengan semua subunit.

b. Mewujud dan mengekalkan komunikasi dengan unit yang beroperasi
bersebelahan atau berdekatan.

c. Mengkoordinasi komunikasi dengan pasukan bantuan dan
perkhidmatan yang ditumpangkan kepada batalion tetapi tidak membekalkan
peralatan.

232. Jaringan Kumpulan Perintah Briged dan pentadbiran akan disediakan oleh unit
Semboyan Briged. Detasmen Perhubungan Belakang Briged (Briged Rear Link)
kebiasaannya akan berada di Markas Utama Batalion. Rajah Jaringan Perhubungan
BIS adalah seperti di Kembaran A hingga B kepada bab ini.

SEKSYEN 4

PROSEDUR TEMPUR

AM

233. Pemerintah adalah bertanggungjawab untuk menentukan terup diatur gerak
dalam keadaan siap sedia. Bagi mencapai tujuan ini masa mestilah diperuntukkan
untuk tinjauan, perancangan, penyampaian perintah kepada semua peringkat serta atur

2-8

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

gerak terup dan persenjataan. Sebelum melaksanakan gerakan, semua peringkat
pemerintah dan anggota mestilah mengetahui apa yang perlu dilakukan dan apakah
bantuan yang akan diperolehi. Atur gerak mestilah dilaksanakan dalam jangka masa
yang minimum dan mesti dirancang dengan berhati-hati. Dengan cara ini pemerintah
di setiap peringkat akan dapat melaksanakan tugas secara serentak. Pelaksanaan yang
berkesan adalah melalui prosedur tempur yang mantap.

234. Tujuan prosedur tempur adalah untuk memastikan semua terup bersiap sedia
sepenuhnya dan boleh diatur gerakkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Prosedur tempur merangkumi perkara-perkara berikut:

a. Amaran awal.

b. Tinjauan yang terperinci oleh Kumpulan Tinjau (R Gp).

c. Perintah Amaran.

d. Penggunaan masa yang diperuntukkan dengan berkesan dalam
perancangan dan masa penyampaian perintah.

e. Keberkesanan pelaksanaan dan kawad atur gerak oleh subunit.

f. Persiapan serentak oleh Eselon F dan Eselon A.

URUTAN DAN KELOMPOK ATUR GERAK

235. Kelancaran dan pengawalan atur gerak pasukan boleh dicapai sekiranya setiap
anggota mengetahui apa yang perlu dilaksanakan dan siapa perlu melaksanakannya.
Urutan dan atur gerak dijelaskan mengikut kelompok yang terlibat. Sistem kelompok
ini mestilah ringkas dan boleh dilaksanakan di semua tahap dari batalion hingga ke
seksyen. Pecahan kelompok ini mestilah dijelaskan secara terperinci di dalam
Prosedur Tetap Operasi Pasukan. Pecahan kelompok adalah seperti berikut:

a. Eselon F. Eselon F merangkumi pengangkutan dan terup yang terlibat
dalam pertempuran. Pengangkutan termasuk pesawat udara, bot,
kenderaan menggunakan binatang dan manusia (porters). Di dalam
pasukan, Eselon F boleh dipecahkan kepada berikut:

(1) Kumpulan Tinjau (R Gp). Kumpulan Tinjau mengandungi
Pegawai Memerintah dan lain-lain pegawai yang diperlukan dan
dikumpulkan dengan tujuan untuk melaksanakan tinjauan dan
membuat perancangan. Ia juga mengandungi elemen komunikasi dan
elemen pelindung jika perlu.

(2) Kumpulan Perintah (O Gp). Kumpulan Perintah
mengandungi anggota Kumpulan Tinjau termasuk sesiapa juga yang

2-9
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

akan menerima dan melaksanakan perintah Pegawai Memerintah, iaitu
komander bawahan, wakil pasukan bantuan tempur dan stafnya.

(3) Kumpulan Induk . Kumpulan Induk adalah baki anggota-
anggota Eselon F yang bukannya dari Kumpulan Tinjau atau dari
Kumpulan Perintah.

b. Eselon A. Eselon A mengandungi semua kenderaan dan terup yang
siap sedia untuk membantu Eselon F.

c. Eselon B. Eselon B mengandungi semua kenderaan dan terup pasukan
yang bukan Eselon F dan Eselon A.

PERINTAH AMARAN

236. Prosedur tempur selalunya bermula selepas menerima perintah amaran
daripada Markas Briged. Tujuan perintah amaran adalah untuk menjimatkan masa
dan membolehkan aktiviti dilaksanakan serentak oleh semua peringkat dalam
pasukan.

AKTIVITI SECARA SERENTAK

237. Cara yang paling berkesan untuk menjimatkan masa ialah dengan
melaksanakan aktiviti serentak. Perintah amaran adalah kunci kepada aktiviti
serentak. Perkara yang perlu dilaksanakan dalam prosedur tempur mestilah
terkandung dalam Prosedur Tetap Operasi dan mestilah difahami oleh semua
peringkat. Perintah tetap ini akan memastikan perkara-perkara berikut:

a. Pegawai Memerintah bebas merancang operasi tanpa bebanan
mengawasi persiapan tempur di peringkat batalion.

b. Pemerintah dalam kumpulan perintah bebas daripada subunit dan
berada di lokasi penyampaian perintah dan mampu terus melaksanakan
tinjauan.

c. Pergerakan adalah teratur dan berkesan serta ketibaan terup di lokasi
baru adalah lebih teratur hasil perancangan kumpulan pendahuluan.

d. Memperuntukkan masa yang maksimum untuk persiapan terup,
persenjataan dan peralatan untuk operasi seterusnya.

PERKIRAAN MASA

238. Dalam hal ini, Pegawai Memerintah hendaklah memastikan pembahagian
masa yang betul untuk tinjauan, perancangan dan penyampaian perintah di semua

2 - 10
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

peringkat pemerintahan. Masa ini juga mestilah mengambil kira pergerakan
Kumpulan Induk serta keperluan ketua paling rendah, contohnya Ketua Seksyen
untuk melaksanakan tinjauan (sekiranya perlu) dan memberi perintah sebelum diatur
gerakkan.

TINJAUAN

239. Tinjauan yang berkesan memerlukan perancangan awal. Kajian peta dan
gambar-gambar mestilah dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat awal berhubung
dengan keadaan tanah, kemungkinan Titik Pemerhatian, laluan dan halangan. Ia
bertujuan untuk mengelakkan pergerakan yang tidak diperlukan dan pembaziran
masa. Rancangan tinjauan Pegawai Memerintah mestilah bergantung kepada faktor-
faktor berikut:

a. Jenis operasi yang akan dilaksanakan.

b. Ancaman musuh.

c. Masa yang diperuntukkan.

d. Keadaan muka bumi.

240. Semasa Pegawai Memerintah melaksanakan tinjauan, Kumpulan Perintah
akan bergerak ke Tempat Berkumpul untuk menerima perintah.

241. Tinjauan yang lebih cepat boleh dilaksanakan dengan menggunakan
helikopter dan kenderaan (jika keadaan membenarkan). Ia boleh menjimatkan masa
pergerakan ke tempat tinjauan dan ke titik pemerhatian. Dalam tinjauan udara atau
berkenderaan perkara–perkara berikut mesti diberi perhatian:

a. Adalah sukar untuk mengagak dengan tepat keadaan tinggi rendah
tanah daripada helikopter. Pada umumnya adalah lebih baik untuk mendarat di
Titik Pemerhatian yang dipilih semasa membuat penerbangan di seluruh
kawasan.

b. Keselamatan penerbangan dan pergerakan berkenderaan terutama di
kawasan yang berkemungkinan terdapat ancaman musuh.

PERINTAH AWAL

242. Pegawai Memerintah atau Ketua Kompeni mestilah memberi perintah awal
sebelum membuat tinjauan. Perintah ini akan memberi panduan kepada komander
bawahan di atas perkara-perkara yang perlu dititikberatkan semasa membuat tinjauan.
Satu rancangan umum seharusnya dirangka sebelum melaksanakan tinjauan hasil
daripada maklumat awal berkaitan tanah dan musuh atau pemeriksaan peta dan
fotografi udara.

2 - 11
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

KUMPULAN INDUK

243. Setelah batalion menerima Perintah Amaran, semua elemen dalam Kumpulan
Induk Batalion mula melaksanakan persiapan tempur bagi operasi yang akan
dilaksanakan. Persiapan tempur ini perlu dilakukan serentak ketika tinjauan dan
semasa penyampaian perintah. Ini termasuk:

a. Kumpulan Perintah bergerak atau bersedia untuk bergerak ke Tempat
Berkumpul seperti yang telah ditetapkan dalam Perintah Amaran.

b. Terup mula bergerak di bawah kawalan Penolong Pegawai
Memerintah atau Penolong Ketua Kompeni dan Penolong Ketua Platun.

d. Urusan pentadbiran diteruskan.

SEKSYEN 5

PERINTAH

TEMPAT BERKUMPUL KUMPULAN PERINTAH

244. Setelah selesai melaksanakan tinjauan, Pegawai Memerintah akan
menyampaikan perintah akhir kepada Kumpulan Perintah di tempat yang telah
dinyatakan dalam Perintah Amaran atau tempat yang lebih sesuai yang ditemui
semasa tinjauan.

245. Penetapan masa untuk berkumpul di Tempat Berkumpul bergantung kepada
masa yang diperlukan oleh Pegawai Memerintah untuk menerima perintah dari pihak
atasan, membuat tinjauan, merancang operasi, menyediakan perintah dan masa
bergerak ke Tempat Berkumpul. Walau bagaimanapun, keperluan masa ini boleh
diselaraskan seperti berikut:

a. Pelaksanaan Keputusan. Masa yang diperlukan untuk membuat
keputusan boleh dikurangkan sekiranya staf sentiasa memahami keperluan
Pegawai Memerintah. Pegawai Memerintah mesti membenarkan elemen dari
Markas Batalion untuk merangka perancangan awal bagi menghadapi
sebarang kemungkinan kontijensi. Keperluan ini sesuai dilaksanakan oleh
Penolong Pegawai Memerintah dan Pegawai Gerakan atas arahan Pegawai
Memerintah.

b. Perintah d an Arahan . Perintah dan arahan mestilah sampai kepada
subunit seberapa segera yang boleh selepas Pegawai Memerintah membuat
keputusan. Ia boleh dilaksanakan dengan segera sekiranya perintah telah
disediakan semasa proses perbincangan ke atas rancangan. Melalui latihan
sewajarnya, perkara ini menjadi tugas yang mudah untuk Pegawai Gerakan,

2 - 12

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Ajutan dan perancang-perancang lain. Seterusnya, Pegawai Memerintah
mengesahkan perintahnya. Sama ada ianya secara bertulis atau lisan, cara
pembahagian atau penyampaiannya hendaklah juga dirancang.

PENYAMPAIAN PERINTAH

246. Keberkesanan perintah boleh diuji dengan menilai sama ada semua pihak
mengetahui apa yang Pegawai Memerintah hendak lakukan, bagaimana beliau hendak
melakukannya dan peranan yang perlu dimainkan oleh semua pihak untuk
menjayakan rancangan Pegawai Memerintah. Pada kebiasaannya, perintah di
peringkat batalion adalah secara lisan. Bagi operasi yang sukar, butir-butir penting
diberi secara bertulis atau melalui tekapan.

247. Sekiranya masa terhad atau komander bawahan terlibat dengan pertempuran
secara aktif, adalah tidak sesuai bagi Pegawai Memerintah menyampaikan perintah
secara berpusat. Dalam keadaan ini Pegawai Memerintah mungkin boleh
menggunakan radio atau telefon untuk menyampaikan perintahnya.

248. Sebelum sesuatu operasi, perintah akan disampaikan oleh Pegawai
Memerintah kepada Ketua-Ketua Kompeni, yang kemudian menyampaikannya
kepada Ketua Platun atau Ketua Seksyen. Di setiap peringkat, komander bawahan
mestilah mengambil maklumat penting yang akan mempengaruhi pemerintahannya.

249. Apabila perintah telah disampaikan, semua yang terlibat mesti diberi masa
untuk menyemak tugas yang diberi dan catatan yang telah dibuat. Kumpulan
Perintah seterusnya diberi peluang mengemukakan apa-apa soalan mengikut giliran.
Sebagai pengesahan, mereka boleh diarah untuk memberi taklimat ringkas berkaitan
tugasnya.

250. Oleh kerana Perintah Lisan biasanya panjang, maka adalah wajar untuk
membuat catatan pendek ke atas perkara-perkara penting. Untuk mengelakkan dari
tertinggal perkara-perkara penting, catatan disediakan sebelum menyampaikan
perintah secara lisan.
251. Apabila tinjauan tanah tidak dapat dilakukan secara bersama oleh semua
Kumpulan Perintah, maka tinjauan berasingan mestilah diaturkan. Sekiranya
tinjauan berasingan masih tidak dapat diaturkan, sesuatu hendaklah dilakukan agar
mereka mendapat gambaran keadaan tanah yang bakal dilalui. Ini boleh dilaksanakan
dengan menggunakan peta, fotografi udara dan model.

252. Format perintah dan butir-butir penting adalah seperti di dalam Manual
Peperangan Darat, Tentera Darat Malaysia, Bahagian 1, Jilid 6, Phamplet No 2, Aid-
Memoire.

2 - 13
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PENYIMPANGAN DARI PERINTAH

253. Walau bagaimana teliti sekalipun perintah disediakan, keadaan yang tidak
dijangka mungkin berlaku dan ianya mungkin akan menjejaskan pelaksanaan sesuatu
perintah. Kemungkinan ini boleh menjadikan sesuatu perintah itu tidak sesuai dan
tidak praktikal. Dalam keadaan ini, berikut adalah prinsip-prinsip yang boleh
dijadikan panduan kepada penerima perintah sebelum mengambil tindakan:

a. Penyimpangan dari perintah rasmi adalah tidak dibenarkan sekiranya
pegawai yang memberi perintah hadir atau wujudnya masa yang mengizinkan
untuk keputusan boleh diperolehi daripada pegawai yang memberi perintah.

b. Sekiranya panduan di atas tidak dapat dilaksanakan, penyimpangan
dari perintah hanya boleh dilakukan jika komander bawahan boleh memberi
justifikasi ke atas tindakannya. Keputusannya hendaklah berdasarkan kepada
fakta yang tidak diketahui oleh Pegawai Memerintah dan yakin bahawa
tindakan beliau akan direstui oleh ketua atasan tersebut sekiranya beliau hadir
pada masa itu dan selaras dengan hasrat pegawai yang memberi perintah.

c. Sekiranya seseorang komander bawahan mendapati ada keperluan
untuk menyimpang dari perintah, beliau hendaklah memaklumkan dengan
seberapa segera kepada pihak yang memberi perintah dan pemerintah unit atau
subunit di rusuk yang berkemungkinan akan terjejas dari tindakan tersebut.

SEKSYEN 6

PERISIKAN

AM

254. Perancangan Pegawai Memerintah dibuat berdasarkan maklumat yang beliau
perolehi. Maklumat yang lengkap dan tepat akan mengukuhkan peluang kejayaan
sesuatu rancangan.

255. Sejajar dengan pengumpulan maklumat mengenai musuh, maklumat berkaitan
pasukan sendiri seperti kekuatan, kedudukan dan rancangan pasukan sendiri
hendaklah dihindarkan dari musuh. Kegagalan untuk mencapai darjah keselamatan
yang tinggi akan menjejaskan kebebasan Pegawai Memerintah untuk bertindak dan
mencapai kejutan taktikal.

KEPERLUAN

256. Maklumat mengenai musuh adalah kritikal bagi seorang komander untuk
menilai tujuan dan kebolehan musuh. Hasil penilaian ini adalah penting bagi
seseorang Pegawai Memerintah untuk merancang operasi yang akan dilaksanakan. Ia
mestilah disalurkan dengan segera kepada semua pihak yang berkenaan.

2 - 14

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

257. Pegawai Memerintah dan komander bawahan memerlukan maklumat dan
perisikan berkaitan musuh dalam aspek-aspek berikut:

a. Kedudukan, kekuatan, tujuan dan kebolehan musuh.

b. Analisa medan pertempuran, lebih-lebih lagi sekiranya gambar udara
dan peta tidak dapat diperolehi.

c. Taktik, rutin dan moral musuh.

KITARAN PERISIKAN

258. Pemprosesan maklumat kepada perisikan merangkumi empat tahap seperti
berikut:

a. Hala tuju (Direction).

b. Pengumpulan maklumat.

c. Pemprosesan maklumat termasuk evaluasi, analisa, integrasi dan
interpretasi.

d. Pengagihan perisikan.

HALA TUJU

259. Pegawai Memerintah akan mengarahkan Pegawai Risik dan anggotanya untuk
menyenaraikan maklumat berkenaan dengan musuh dan keadaan sekeliling yang
perlu dikumpulkan dan diproses untuk mendapatkan gambaran yang jelas.
Kebanyakan dari maklumat ini boleh diperolehi dari ringkasan perisikan yang
disalurkan oleh markas atasan. Sekiranya terdapat kekurangan maklumat yang
mungkin boleh menjejaskan batalion, Pegawai Memerintah boleh mengarahkan
aktiviti khusus untuk pengumpulan maklumat. Aktiviti seperti ini kebiasaannya akan
diselaraskan melalui rancangan ronda batalion.

PENGUMPULAN MAKLUMAT

260. Pengumpulan maklumat perlu disusuli dengan kesimpulan yang tepat dan
sejajar pada masanya. Sumber maklumat yang terdapat di peringkat batalion
selalunya tidak mencukupi untuk membuat penilaian yang tepat terhadap tujuan
musuh. Adalah sukar untuk menghasilkan maklumat perisikan yang lengkap di
peringkat batalion tanpa bantuan markas atasan. Justeru, Pegawai Memerintah
haruslah sentiasa berhubung dengan markas atasan untuk memperolehi maklumat
perisikan terkini. Penilaian perisikan biasanya terhasil dari analisa di peringkat
tertinggi dan disalurkan ke semua peringkat pemerintahan.

2 - 15
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

261. Selain dari penggunaan radio, perhubungan talian dan perbincangan, satu
sistem penyampaian maklumat yang bersepadu ke markas atasan perlu disediakan.
Sumber-sumber berkaitan bagi pengumpulan maklumat seterusnya adalah melalui
laporan berikut:

a. Laporan Keadaan (SITREP).

b. Laporan Pertempuran.

c. Laporan Ronda.

d. Laporan Tinjauan.

e. Pengeboman oleh mortar dan artileri musuh (SHELREP, MORTREP
BOMREP).

262. Anggota atau subunit hendaklah melaporkan dengan segera segala maklumat
yang diperolehi terutamanya maklumat tentang musuh sebagaimana berikut:

a. Pengenalan. Pengenalan awal unit musuh adalah amat penting.

b. Kecederaan. Kecederaan terhadap musuh mesti dilaporkan seberapa
segera. Laporan mestilah menjelaskan jumlah bilangan musuh yang mati,
cedera dan ditawan dalam kiraan sebenar atau anggaran.

c. Kemusnahan Kereta Tempur Berperisai (AFV) dan Senjata
Musuh. Kemusnahan senjata atau AFV musuh hendaklah dilaporkan sama
ada ianya dimusnahkan, ditawan atau rosak.

d. Aktiviti Udara Musuh. Serangan udara musuh hendaklah dilaporkan
sebagai laporan pengeboman (BOMREP).

PEMPROSESAN MAKLUMAT

263. Pemprosesan maklumat memerlukan laporan pelbagai sumber dan bentuk
(laporan dan gambar) untuk dianalisa, disusun bagi memudahkan rujukan dan
menghasilkan gambaran perisikan yang jelas. Sumber yang biasa digunakan adalah
seperti berikut:

a. Peta.

b. Rekod Operasi/Perisikan.

c. Catatan Utusan Tempur.

d. Dokumen.

264. Peta. Peta-peta berikut hendaklah dikemaskinikan:
2 - 16

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

a. Peta Tempur. Peta-peta tempur terdiri dari Peta Gerakan dan Peta
Perisikan yang mengandungi maklumat-maklumat terkini berkaitan musuh,
pasukan sendiri termasuk pasukan di rusuk, rancangan bantuan tembakan,
pengeboman dan halangan. Peta-peta dikemaskinikan di Markas Utama
Batalion termasuk pelbagai overlay yang menunjukkan butir-butir penting
yang dikemaskini dari masa ke semasa.

b. Peta Pegawai Memerintah. Peta Pegawai Memerintah adalah salinan
peta tempur yang mengandungi butir-butir penting sahaja. Peta ini digunakan
oleh Pegawai Memerintah untuk merancang sesuatu operasi.

c. Peta Tinjauan Pegawai Memerintah. Peta tinjauan Pegawai
Memerintah biasanya disediakan di dalam beg peta yang boleh dilipat atau
papan peta yang kecil. Ia kebiasaannya hanya mengandungi maklumat
berkaitan musuh kerana sekiranya ia hilang di medan pertempuran, maklumat-
maklumat berkaitan perancangan dihindarkan dari musuh.

d. Fotografi Udara atau Cantuman Gambar. Sekiranya fotografi
udara diperolehi, ia diselaraskan dengan peta gerakan dan ditanda dengan
maklumat penting.

e. Peta Ronda Utama. Peta skala besar diperlukan untuk merekodkan
laluan ronda untuk jangka masa tertentu. Ianya boleh dibuat secara overlay di
atas peta gerakan.

265. Gabungan Rekod Operasi / Perisikan (Ops/Int Log). Rekod ini
mengandungi aktiviti-aktiviti operasi dan perisikan dan ianya dikemas kini dalam dua
salinan di Markas Utama Batalion. Rekod ini merupakan urutan aktiviti terperinci
dan maklumat yang direkodkan dari semua sumber yang berhubung kait dengan
pertempuran. Sirinya bermula pada setiap tengah malam. Satu salinan akan disimpan
di dalam fail utusan tempur dan salinan kedua digunakan oleh Pegawai Risik untuk
menyediakan Laporan Perisikan.

264. Fail Utusan Tempur. Fail Utusan Tempur perlu berklip untuk menyimpan
utusan dan dokumen yang berkaitan dengan operasi yang sedang dilaksanakan. Ia
disimpan dan dikemaskinikan di Markas Utama Batalion bagi menyokong Rekod
Operasi/Perisikan.

266. Dokumen. Dokumen-dokumen berikut biasanya terdapat di Markas Utama
Batalion:

a. Buku Catatan Pegawai Risik.

b. Susun atur musuh (ORBAT), taktik, senjata dan butir-butir individu
yang penting.

c. Rekod Rondaan dan Laporan Tinjauan.

2 - 17

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

267. Penilaian sesuatu maklumat bergantung kepada kesahihan maklumat tersebut.

PENYAMPAIAN MAKLUMAT

268. Perisikan dan maklumat boleh disampaikan secara lisan atau dalam bentuk
utusan. Ianya mestilah dihantar melalui saluran selamat dalam format laporan seperti
berikut:

a. Ringkasan Perisikan (INTSUM ). Merupakan ringkasan perisikan
yang mengandungi butir-butir penting berkaitan perisikan operasi.

b. Laporan P erisikan (INTREP) . Ringkasan am keadaan musuh yang
dikeluarkan oleh Markas Divisyen. Pada kebiasaannya ia tidak dikeluarkan
oleh Markas Batalion kerana di peringkat batalion, Ringkasan Perisikan adalah
memadai.

c. Laporan Perisikan Tambahan (SUPINTREP). Ianya merupakan
ulasan secara terperinci berkaitan perkara khusus seperti persenjataan dan
taktik musuh yang berkaitan dengan operasi tertentu. Ia disebarkan untuk
memberi gambaran umum berkaitan aktiviti musuh yang tertentu.

269. Perisikan mestilah sampai kepada pengguna pada masa yang tepat dan cepat
untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Penyampaian maklumat adalah tugas
utama Sel Risik.

2 - 18
TERHAD

TE

RAJAH RANGKAIAN RADIO BATALIO

3 x KOMPENI RAIFAL

KMTPT KMTPT KMTPT KTB SEK MOR

S S S

60mm MORTAR SS

S 2 Ton KMTPM
FFR T T S PL AKK
S
S
PL MORTAR
TT
S

TTS

‘B’ ECHELON T S
T
‘A’ ECHELON T

S

TS ST AMBULAN

TS KEMBALIK 2 Ton

KMTPM

T – Frekuensi Tinggi Rangkaian Pemerintahan Utam
S – Frekuensi Sangat Tinggi Rangkaian Pemerintahan Alter
U – Frekuensi Ultra Tinggi Rangkaian Pentadbiran

T

ERHAD
MP 1.1.9A TD

KEMBARAN A KEPADA
BAB 2
ON INFANTRI STANDARD BERKENDERAAN

SEK SENJATA BERAT KOMPENI
BANTUAN
RTAR SEK MISIL

DET PGA DET MG

S SS

KPS

PL SENJATA KPS KPS

K BERAT PL RINTIS SEK TINJAU SEK SNIPER

SERANG

S TS ST ST
S

TTS

S S CO
T
T FFR
U
T
KMTP
S 2IC
ma S S REBRO
rnatif FFR

2A – 1 TS T
TERHAD
PERHUBUNGAN S SBTB
DENGAN PASUKAN T
U
RUSUK

TE

RAJAH RANGKAIAN RADIO BATALIO
3 x KOMPENI RAIFAL

KTB SEK MORTAR
SE

SS S SS

S S S PL PL AKK
TS ST ST MORTAR
60mm Mortar S
S S S S
S S S T
Ketua Sek T GPMG T T
Bantuan T
S T

S

‘A’ ECHELON T S
T T
T
S U
T
HMLC RECOVERY
ATF ATV ‘B’ ECHELON

TS TS ST

AMBULAN 2

T – Frekuensi Tinggi Main Comd Net
S – Frekuensi Sangat Tinggi Altn Comd Net
U – Frekuensi Ultra Tinggi Admin Net

ERHAD MP 1.1.9A TD

KEMBARAN B KEPADA

BAB 2
ON INFANTRI STANDARD TANPA KENDERAAN

R DET MG KOMPENI
EK MISIL DET PGA S BANTUAN

SS

PL SENJATA
BERAT

S PL RINTIS SEK TINJAU SEK SNIPER
S SERANG

T ST ST ST

T

S
T CO

S 2IC
T

REBRO SS TS ST U SBTB
2B – 2
PERHUBUNGAN
DENGAN PASUKAN

RUSUK

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 3

PERTIMBANGAN AM TAKTIKAL

SEKSYEN 1

PENGAWASAN TEMPUR

AM

301. Pengawasan tempur melibatkan aktiviti memantau secara berterusan di medan
tempur. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat mutakhir untuk operasi-
operasi taktikal dan memastikan musuh tidak dapat memasuki kawasan
tanggungjawab tanpa pengesanan awal.

302. Rancangan. Pengawasan yang berkesan hanya boleh dicapai melalui
perancangan yang rapi dan dikordinasi dengan rancangan pengawasan formasi.
Dalam rancangannya, Pegawai Memerintah mestilah menggunakan segala sumber
yang diberikan ke tahap yang maksimum. Ianya juga meliputi:

a. Kumpulan Tabir, jika diatur gerak.

b. Rondaan.

c. Pos Pemerhati.

d. Pos Pendengaran.

e. Tinjauan Udara.

f. Alat pemerhatian malam dan lain-lain alat pengawasan tempur.

303. Faktor. Di dalam membuat perkiraan mengenai keperluan pengawasan
tempur sama ada waktu malam atau siang, Pegawai Memerintah perlu
mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

a. Tugas.

b. Sumber aset yang ada.

c. Ancaman musuh.

d. Peruntukan alat pengawasan, cara perintah dan kawalan serta
perhubungan.

3-1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

e. Kawalan yang perlu diadakan terhadap penggunaan sistem aktif
terutamanya cahaya putih.

f. Bantuan pengawasan yang boleh diberikan oleh pihak atasan, pasukan
di sisi, dan unit-unit yang membantu. Ini termasuk:

(1) Integrasi dengan Pos Pemerhati Artileri, pengesan radar dan
lain-lain.

(2) Rondaan dan Pos Pemerhati.

(3) Tinjauan dan pengawasan udara.

g. Cara-cara alternatif untuk pengawasan tempur di kawasan utama.

h. Tipu helah.

i. Had dan halangan ke atas penempatan alatan pengawasan.

304. Organisasi dan Perhubungan. Pengawasan tempur di peringkat batalion
boleh dikawal melalui tiga cara seperti berikut:

a. Pengagihan. Jika kawalan diasingkan, setiap kompeni mengawal
kawasan mereka dengan menggunakan keperluan sumber aset sendiri dan
tambahan yang diperuntukkan. Kawalan dilaksanakan dengan menggunakan
perhubungan kompeni dan segala maklumat disalurkan ke Markas Batalion.

b. Pemusatan. Jika kawalan dipusatkan, Markas Batalion mengawal
pengawasan tempur dengan menubuhkan rangkaian perhubungan khusus yang
menghubungi setiap Pos Pemerhati dan kumpulan ronda.

c. Perkongsian. Jika kawalan perkongsian atau guna sama diamalkan,
Markas Batalion akan mengawal Pos Pemerhati dan kumpulan ronda yang
berada di luar kawasan kompeni. Manakala dalam kawasan kompeni pula,
ianya dikawal oleh Ketua Kompeni.

305. Pemilihan cara kawalan bergantung kepada Pegawai Memerintah
berlandaskan kepada bentuk operasi, pelaksanaan dan kedudukan peralatan.
Rangkaian perhubungan khusus hanya ditubuhkan apabila wujudnya kemungkinan
rangkaian perhubungan pemerintahan yang boleh menjadi terlalu sibuk dengan
laporan-laporan pengawasan. Kelajuan menyalurkan maklumat kepada pengguna
adalah amat mustahak yang perlu dipertimbangkan.

306. Atur Gerak. Apabila Pegawai Memerintah telah membuat perkiraan
keadaan ke atas keperluan pengawasan, beliau seterusnya membuat penempatan
sumber-sumbernya mengikut keupayaan mereka. Sumber aset peralatan di peringkat

3-2
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

batalion ada terkandung di dalam “Manual Of Land Warfare, Part one, Volume 2,
Phamplet No 7, Combat Surveillance”. Penggunaan peralatan berteknologi tinggi juga
boleh meningkatkan tahap pengawasan. Di antara peralatan tersebut ialah:

a. Thermal Imager (TI).

b. Image Intensification (II) Devices.

c. Unattended Ground Sensors (UGS).

307. Penyelarasan. Penyelarasan atau kordinasi adalah mustahak terutama di
dalam rancangan tembakan, rancangan pengawasan tempur dan rancangan rondaan.
Selain daripada mengelakkan kemalangan dan salah faham di kalangan pasukan
sendiri atau pasukan sahabat, penyelarasan ini memungkinkan pencapaian objektif
pelaksanaan di tahap yang maksimum.

PENGAWASAN BALAS

308. Boleh diandaikan bahawa musuh juga mempunyai sumber aset pengawasan
yang sama dengan pasukan sendiri. Oleh yang demikian, batalion mestilah
mengelakkan setiap kedudukan dan pergerakan pasukan sendiri dapat dikesan melalui
aktiviti pengawasan tempur musuh.

309. Doktrin pengawasan balas ada terkandung dalam “Malaysian Army Manual
Of Land Warfare, Part One, Volume 3, Phamplet No 7, Combat Surveillance”.

310. Pengawasan Balas boleh dibahagikan kepada tiga kaedah sebagaimana
berikut:

a. Penyamaran dan penyembunyian (concealment).

b. Perlindungan dari alatan pengawasan tempur musuh.

c. Tipu helah.

311. Penyamaran dan Penyembunyian. Penyamaran individu dan penyem-
bunyian senjata, kenderaan dan alatan mesti dipraktikkan sebagai amalan biasa. Ini
juga termasuk semua kaedah penyamaran am dan penyembunyian yang dapat
menghindarkan sesuatu pasukan dari dikesan musuh.

312. Penyamaran dan penyembunyian mesti dimasukkan di dalam setiap Perintah
Tetap Batalion dan ia merangkumi arahan penempatan Pos Kawalan dan eselon,
kawad letak kenderaan dan penyamaran kenderaan, senjata, Pos Pemerintah, kawalan
cahaya, bising, bunyi enjin dan sikap berhati-hati individu terhadap risiko. Kaedah
penyembunyian ini boleh membantu bagi mengelakkan dari dikesan musuh dan ini
dapat mengurangkan kemungkinan diserang musuh.

3-3
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

313. Perlindungan Dari Pengawasan Tempur Musuh . Keberkesanan alatan
pengawasan tempur musuh boleh dikurangkan melalui kaedah aktif atau pasif seperti
berikut:

a. Kaedah Aktif . Kaedah mengesan dan memusnahkan alatan musuh
ditafsirkan sebagai Kaedah Aktif. Rondaan yang agresif, serangan mengharu
(probing attack), alat pengesan dan teknik pengawasan umum akan digunakan
untuk mengesan penempatan alatan musuh dan mengenal pasti aktiviti dan
suarannya. Apabila diperoleh, musuh akan dilumpuhkan dengan kuasa
tembakan atau secara fizikal. Ada kemungkinan bom asap digunakan untuk
mengelirukan keberkesanan cahaya lampu musuh atau mengurangkan
keupayaan keberkesanan alatannya. Semua tindakan ini adalah sama penting
dengan operasi awalan dalam Operasi Ofensif dan seharusnya dirancang
dengan teratur.

b. Kaedah Pasif. Secara umumnya, Kaedah Pasif boleh dibahagikan
kepada dua; Pertama, mempertahankan penempatan dan alatan pengawasan
dari diketahui musuh. Kedua, menghindar musuh mengesan dan
memusnahkan alatan bantuan pasukan sendiri. Kedua-dua cara ini adalah
berkait dan ianya boleh dilaksanakan seperti berikut:

(1) Mengetahui secara mendalam mengenai keupayaan musuh dan
teknik pengawasannya.

(2) Mengetahui dengan mendalam mengenai ciri-ciri pengenalan
dan pemerhatian terhadap semua peralatan.

(3) Menggunakan sumber yang ada seperti keadaan tanah bagi
tujuan penyembunyian, penyamaran dan kedudukan alternatif pada
waktu siang dan waktu malam.

(4) Penempatan alat pengesan dan pemerhatian untuk mengesan
pengawasan musuh yang aktif.

(5) Menentukan kawalan yang ketat terhadap tatacara perhubungan
radio.

(6) Menentukan kawalan yang ketat terhadap penggunaan semua
alatan pengesan termasuk cahaya lampu.

314. Tipu Helah. Peralatan elektronik yang khusus untuk tujuan tipu helah tidak
ada di dalam simpanan batalion. Walau bagaimanapun, rancangan penempatan
pengawasan tempur perlu diadakan dengan menggunakan peralatan pengawasan
yang sedia ada dan atur gerak kumpulan ronda.

3-4
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PENYUARAN DI MEDAN TEMPUR

315. Prinsip-prinsip utama penyuaran di medan tempur adalah seperti berikut:

a. Sumber Dari Subunit. Semua subunit infantri dilengkapi dengan
pelbagai peralatan suaran di medan. Ianya mungkin dalam bentuk
menggunakan kaedah balingan, ditembak ke udara atau ditempatkan di atas
tanah. Alat-alat suaran ini biasanya dapat mengeluarkan sinaran cahaya
dengan diameter yang berbeza antara 100 ke 450 meter.

b. Lampu Pemancar Kereta Armor. Lampu pemancar kereta armor
berupaya menerangi sinaran cahaya lampu putih lebih kurang 1500 meter dan
sinaran cahaya infra merah menerangi sehingga 1000 meter dan kebiasaan
dilaksanakan di barisan pertahanan tengah untuk mengurangkan risiko dikesan
serta ditembak musuh.

c. Penyuaran Artileri dan Mortar. Penyuaran Artileri dan Mortar
adalah punca utama dalam kaedah suaran di medan tempur. Ianya berupaya
memberi sinaran cahaya sehingga 1000 meter keliling.

d. Peluru Penyuaran Te mbakan Kapal Laut ( NGS). Apabila Kapal
Perang Tentera Laut hadir, kelaziman ia dibekalkan dengan peluru penyuaran.

e. Penyuaran Pesawat Udara. Pesawat udara juga mempunyai suaran
yang berupaya menerangi medan tempur dengan keluasan yang agak luas.

KAWALAN

316. Penyuaran di medan tempur juga boleh memberi kesan yang buruk di sebalik
kebaikan bagi sesuatu operasi sekiranya tidak dikawal dan dikordinasi dengan baik.
Kawalan penyuaran dari artileri dan mortar dilaksanakan dari unit yang membantu
atau pemerintah markas formasi. Kawasan sinaran penyuaran yang luas yang
membabitkan beberapa pasukan sahabat membuatkan kawalan berpusat diperlukan.
Batalion atau markas formasi kebiasaannya akan mengkordinasi penggunaannya
dalam bentuk satu arahan terhad yang bergantung kepada persekitaran dan
penempatan keperluannya. Pegawai Memerintah dalam masa yang sama juga perlu
mengawal penggunaan alat penyuaran dalam bentuk rancangan penglihatan malam.
Rancangan penglihatan malam ini dibahagikan kepada peringkat-peringkat seperti
mana contoh yang dipamerkan di Jadual 1. Semua elemen yang dinyatakan di Jadual
1 tersebut mempunyai tugas yang berbeza dan rancangan ini perlu dijadikan
sebahagian dari perintah operasi batalion.

3-5
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 2

PERLINDUNGAN

AM

317. Tanggungjawab. Pemerintah di setiap peringkat unit dan subunit
bertanggungjawab sebilang masa untuk mengatur segala aspek perlindungan.
Keselamatan sesuatu batalion atau kompeni semasa rehat atau bergerak bergantung
pada perlindungan yang diadakan bagi menangkis serangan-serangan seperti:

a. Serangan darat dari arah hadapan, belakang dan rusuk, atau dari
aktiviti/kegiatan gerila yang aktif dan dari serangan ke atas talian perhubungan
dan tempat-tempat penting.

b. Serangan pesawat udara, pesawat semburan kimia dan helikopter
penggempur.

c. Tembakan tidak langsung daripada artileri, mortar atau roket.

318. PROTAP. Keperluan perlindungan yang baik bergantung kepada kawad-
kawad yang dilatih dan diketahui oleh setiap anggota serta terkandung di dalam
PROTAP Batalion. Perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam PROTAP adalah
seperti berikut:

a. Kawat-Kawat. Kawat-kawat mesti digariskan yang merangkumi
tugas-tugas pengawal, persediaan rancangan kecemasan, rancangan rondaan,
siap siaga kenderaan, penyembunyian, perlindungan atas kepala, pengawal
kenderaan semasa bergerak dan berhenti serta lain-lain kawad yang berkaitan.

b. Amaran. Amaran awal hendaklah dirancang dengan mengadakan
kumpulan rusuk, pengawal belakang, ronda, pos pemerhati dan pos
pendengaran. Kesiapsiagaan nuklear, biologi dan kimia, penempatan
peralatan pengesan dan pengawasan, tanda pengenalan pasukan sahabat dari
musuh, pemantauan atau pengawasan melalui rangkaian radio perhubungan
udara, penggunaan isyarat kecemasan seperti wisel atau siren, mestilah juga
dirancang.

c. Tindakan Semasa Serangan. Semua anggota dikehendaki
mengetahui tindakan serta merta yang perlu diambil apabila diserang melalui
udara atau darat, kawad-kawad anti serang hendap dan tindakan semasa di
medan periuk api dan kawad melepaskan tembakan.

3-6
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PENYAMARAN DAN PENYEMBUNYIAN

319. Penyamaran dan penyembunyian termasuk disiplin denai adalah amat penting
dalam perlindungan. Walau bagaimanapun, ianya mengehadkan pergerakan dan
memerlukan atur gerak secara statik bagi mencapai penyamaran dan penyembunyian
yang baik. Hanya dengan penyamaran yang baik boleh mengelakkan dari dikesan oleh
aktiviti pengawasan tempur musuh tetapi pengesanan oleh musuh masih boleh dibuat
melalui radar dan alat sinaran cahaya merah. Penyamaran dan penyembunyian tidak
boleh memberi perlindungan sepenuhnya tetapi ia dapat membantu penugasan atau
atur gerak sesebuah pasukan itu. Pegawai Memerintah mesti memerintahkan tahap
peratusan penyembunyian yang dikehendaki dan bersedia untuk diatur gerak semula
dengan segera apabila dikesan.

KUBU PERTAHANAN

320. Infantri mudah terdedah kepada tembakan musuh. Walau bagaimanapun, ini
boleh dikurangkan dengan menggali kubu pertahanan serta mengadakan perlindungan
atas kepala. Memang menjadi kebiasaan infantri menggali kubu sehingga ke
peringkat 3 mengikut keutamaan kerja dalam pertahanan.

321. Dalam operasi bergerak (Mobile Operation), masa dan keupayaan anggota
sering kali membataskan kadar penggalian kubu pertahanan yang dapat dibuat. Kubu
perlindungan tembakan yang bergantung kepada penempatan dan ruang
tembakan, boleh digali sedalam 30sm dengan mengambil masa lebih kurang 30
minit. Dua contoh masa yang perlu diambil oleh terup untuk menggali kubu
pertahanan dengan penyediaan perlindungan atas kepala dan penyamaran di tempat
tanah lembut dengan menggunakan cangkul dan penyodok serta tanpa gangguan
musuh adalah seperti berikut:

a. Kubu pertahanan untuk dua anggota – 24 jam/anggota menggali secara
berterusan.

b. Kubu 81mm mortar – 48 jam/anggota menggali secara berterusan.

322. Berlandaskan kepada keputusan perkiraan keadaan, Pegawai Memerintah akan
menggariskan keutamaan kerja untuk setiap operasi ataupun setiap peringkat operasi
tersebut. Dasar ini perlu ada di dalam perintah di mana kedudukan penempatan kubu
yang boleh dan tidak boleh digali (bergantung kepada keperluan penyamaran) dan
perintah juga perlu menyatakan tahap perlindungan yang diperlukan (bergantung
kepada masa, bentuk kubu dan jumlah tanah gali yang perlu dipindahkan). Pada
kebiasaannya, dalam perintah akan dititikberatkan kepada jangka waktu menduduki
pertahanan dan tahap pencapaian penggalian kubu seperti contohnya kubu tembakan,
kubu senjata dengan penyembunyian atas kepala, Pos Pemerintah dan kubu
kenderaan.

3-7
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

323. Maklumat terperinci pertahanan medan ada terkandung di dalam buku
“Malaysian Army Manual Of Land Warfare, Part Two, Engineer Training, Volume 2,
Phamplet No 2, Field Defences”.

PERLINDUNGAN SEMASA REHAT

324. Pergerakan sesuatu pasukan boleh berhenti akibat kelengahan pasukan di
hadapan, berehat, atau penumpuan rapat semua subunit tidak diperlukan atau tidak
sesuai. Semasa berhenti pendek (short halt) ini, setiap subunit perlulah menumpu dan
memberi perlindungan ke arah luar paksi mara, mengadakan sentri dan pos
pendengaran.

325. Pangkalan Berlabuh Batalion/Pertahanan Sementara. Jika sebaliknya,
perintah pergerakan berhenti rehat panjang dikeluarkan, sebagai contoh bermalam,
memasuki kawasan berkumpul atau pangkalan berlabuh batalion, seharusnya
mengikut tatacara berikut:

a. Kompeni Raifal hadapan ditempatkan di hadapan paksi mara.

b. Kompeni Raifal kedua ditempatkan di sebelah kiri.

c. Kompeni Raifal ketiga ditempatkan di sebelah kanan.

d. Platun dari penempatan kiri atau kanan mengambil pertahanan
belakang.

e. Setiap kompeni mengadakan pos pendengaran, sentri dan mungkin
mengadakan ronda tetap.

f. Markas Batalion, Kompeni Markas, elemen dari Kompeni Bantuan
dan sebarang elemen tumpangan akan berada di tengah tetapi keluar dari
paksi dan mengadakan sentri sendiri.

g. Sebarang kenderaan yang ada akan dilindungi dalam lingkungan
perimeter infantri.

326. Kawat ini boleh digunakan di kawasan terbuka atau tertutup. Di kawasan
terbuka kedudukan batalion agak luas dan ianya perlu mengambil kesempatan
penggunaan tanah yang ada. Penempatan batalion akan menjadi pertahanan setempat
dengan kompeni mentadbirkan secara kolektif sistem perlindungan sekeliling bagi
pertahanan aktif dan pasif. Ianya mungkin menjadi pertahanan sementara jika
kemungkinan bertempur dengan musuh adalah tinggi.

327. Kawasan Kompeni. Dalam lingkungan kawasan tanggungjawab kompeni,
Ketua Kompeni akan mengatur gerakkan platun secara taktikal dan penggalian kubu
pertahanan pun bermula. Darjah kordinasi pertahanan kompeni bergantung kepada

3-8
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

ancaman musuh dan tempoh menduduki pertahanan tersebut. Semua anggota dan
kenderaan mesti dilindungi daripada pemerhatian udara.

328. Pangkalan Berlabuh Platun . Maklumat berkaitan tindakan platun semasa
dalam pangkalan secara terperinci ada terkandung di dalam Malaysian Army Manual
Of Land Warfare, Part Two, Engineer Training, Volume 2, Phamplet No 2, Field
Defences.

PERTAHANAN UDARA

329. Am. Batalion mungkin akan menghadapi ancaman serangan udara pihak
musuh. Ancaman dari pesawat udara musuh mungkin berterusan pada waktu siang
dan semasa cuaca baik dan mungkin juga pada waktu malam. Bentuk serangan serta
jenis senjata yang digunakan mungkin mempunyai persamaan dengan pihak kita.
Ancaman termasuk serangan dari helikopter penggempur, terup para dan pesawat
pengangkut senjata kimia.

330. Kaedah-Kaedah Pertahanan Udara . Kaedah-kaedah pertahanan udara
batalion yang dilaksanakan lazimnya bergantung kepada penilaian terhadap musuh
yang berkeupayaan untuk melancarkan serangan udara secara ofensif pada sebilang
masa. Oleh yang demikian, tindakan kawad-kawad dan kaedah-kaedah
penyembunyian perlu diketahui oleh anggota dan dilatih pada sebilang masa.

331. Kaedah-kaedah kawalan pertahanan udara secara terperinci ada terkandung di
dalam “Malaysian Army Manual Of Land Warfare, Part One, Volume 2, Phamplet
No 5”. Terdapat dua kaedah pertahanan udara seperti berikut:

a. Kaedah Pertahanan Udara Pasif. Merangkumi semua kaedah
selain daripada pertahanan aktif, yang dilaksanakan bagi mengurangkan
kesan-kesan tindakan serangan udara musuh. Ini termasuk penggunaan
penyembunyian, penyamaran, berpecah (dispersion) dan membina
perlindungan.

b. Kaedah Pertahanan Udara Aktif. Kaedah-kaedah aktif termasuk
semua tindakan pertahanan yang diambil secara langsung untuk memusnahkan
atau mengurangkan keberkesanan serangan udara musuh. Kaedah-kaedah
yang digunakan ini termasuk penggunaan pesawat udara, Pertahanan Udara
Aras Rendah (PUAR), kaedah serang balas elektronik dan tembakan peluru
berpandu dari darat ke udara.

332. Kaedah Pasif. Cara terbaik untuk batalion melindungi daripada serangan
udara musuh adalah dengan menggunakan kaedah pasif. Bahayanya ialah kedudukan
akan terdedah dan kesukaran untuk mengenal pasti pesawat udara. Kaedah pasif
adalah termasuk:

a. Menggunakan penyamaran yang baik.

3-9
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Menggunakan penyamaran semula jadi atau tiruan pada sebilang masa.

c. Menggunakan cara berpecah untuk membantu penyamaran dan
mengurangkan kecederaan apabila diserang.

d. Menggunakan perlindungan semula jadi yang terlindung dan digali.

e. Menggunakan rancangan tipu helah dengan merancang menggunakan
semuan (decoys) dan kedudukan palsu.

f. Mengatur gerak semula dan menggunakan kedudukan alternatif untuk
menyerang balas musuh yang meninjau.

g. Mengatur gerak subunit di luar daripada kawasan sasaran dan mercu
tanda.

h. Mengatur gerak ke kawasan yang sukar bagi pesawat udara menyerang
atau kawasan yang ada perlindungan senjata pertahanan udara.

i. Mengawal semua pergerakan kenderaan dan anggota terutamanya pada
waktu siang.

j. Mengurangkan tanda-tanda penglihatan seperti debu atau pun asap
kenderaan.
k. Mengurangkan tanda-tanda kesan haba dengan melindungkan
kenderaan dan senjata bagi menggelakkan kesan infra-red dan thermal
detection.

l. Menggunakan cuaca gelap dan penglihatan yang sukar untuk
pergerakan dan membawa catuan.

m. Berhati-hati memilih dan penggunaan titik pendaratan helikopter
terutama membuat tugas di kawasan berdebu.

n. Disiplin menggunakan cahaya pada waktu malam semasa bergerak
ataupun berhenti rehat.

o. Menggunakan asap untuk menyamarkan sasaran apabila serangan
udara tidak dapat dielakkan.
p. Sistem amaran awal diadakan dengan mengadakan pengawal udara
pada sebilang masa, semasa bergerak atau berhenti rehat.

q. Kawad-kawad tindakan serta merta hendaklah dilaksanakan semasa
berlakunya serangan udara ataupun menerima amaran siap sedia serangan
udara.

3 - 10
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

333. Kaedah Aktif. Tembakan daripada senjata kecil boleh dipertimbangkan bagi
membantu senjata pertahanan udara yang sedia ada. Semua terup di dalam batalion
hendaklah dilatih dalam kaedah aktif ini. Latihan-latihan hendaklah meliputi
perkara-perkara berikut:

a. Perintah sistem kawalan pertahanan udara.

b. Prosedur pengawalan senjata unit.

c. Mengenal pesawat udara.

d. Menembak sasaran dengan senjata kecil seperti diterangkan di dalam
“Malaysian Army Manual of Land Warfare, Pat One, Vol 2 Phamplet No 5,
Air Defence”.

e. Penempatan senjata.

334. Sistem Amaran . Sistem amaran amat perlu digunakan dalam kedua-dua
kaedah pertahanan udara supaya terup dapat mengambil penyembunyian dan bersedia
untuk memulakan tembakan bila perlu. Pengawal udara yang telah dilatih dalam
pengawasan dan pengesanan pesawat udara musuh hendaklah diadakan pada sebilang
masa (termasuk juga semasa kenderaan bergerak). Satu sistem isyarat kecemasan
yang berkesan perlu diketahui oleh semua terup.

335. Kawalan. Kawalan senjata pertahanan udara oleh Pos Perintah Pertahanan
Udara atau Pegawai Memerintah akan dilatih seperti berikut.

a. Kawalan Berprosedur . Kawalan berprosedur terkandung di dalam
Prosedur Tetap Pasukan atau arahan dan dikeluarkan untuk mengurangkan
risiko kepada pesawat udara pasukan sahabat dengan memperuntukkan
kawasan-kawasan di mana senjata bantuan udara boleh beroperasi dan
mengadakan peraturan-peraturan melepaskan tembakan.

b. Kawalan Positif . Kawalan positif dikeluarkan oleh Markas Formasi
atau Markas Batalion dan ini adalah termasuk amaran keadaan pertahanan
udara dan perintah kawalan senjata. Di peringkat batalion, perintah
dikeluarkan melalui rangkaian perhubungan pemerintah. Pegawai
Memerintah akan mengeluarkan perintah dengan menjelaskan dasar bagi
kedua-dua kaedah ini (pasif dan aktif).

(1) Perintah kawalan senjata adalah seperti berikut:

(a) Senjata Dalam Keadaan Selamat.

(b) Senjata Siap Sedia untuk Menembak.

(c) Senjata Tidak Dalam Keadaan Bertindak.

3 - 11

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(d) Senjata Henti Menembak.

(2) Amaran keadaan pertahanan udara adalah seperti berikut:

(a) Amaran Putih. Tiada kemungkinan serangan oleh
pesawat udara musuh.

(b) Amaran Kuning. Serangan pesawat udara musuh
adalah berkemungkinan.

(c) Amaran Merah. Serangan pesawat udara musuh akan
berlaku atau dalam progres.

336. Kawalan Senjata . Pos Pemerhati Pertahanan Udara biasanya ditubuhkan
apabila unit pertahanan udara telah diletakkan di dalam bantuan. Amaran serangan
udara dan perintah kawalan senjata akan disampaikan kepada Markas Formasi dan
rangkaian pemerintah batalion. Di peringkat batalion, pengiriman amaran dan
perintah adalah tanggungjawab “BFSC”, dengan syarat ianya mestilah mempunyai
sistem perhubungan yang baik. Semua subunit hendaklah menentukan perintah
kawalan dihantar kecuali Pegawai Memerintah mengenakan batas-batas di dalam
perintahnya. Sekiranya perhubungan gagal, perintah kawalan siap sedia adalah
“Senjata Dalam Keadaan Bertindak (weapon hold)”. Semua prosedur ada terkandung
di dalam “Malaysian Army Manual Of Land Warfare, Part Two, Vol 2, Phamplet No
5, Air Defence”.

337. Perintah Tetap Pasukan (SOP). Kaedah-kaedah Pertahanan Udara akan
digariskan secara terperinci di dalam Perintah Tetap Pasukan.
PERTAHANAN NUKLEAR, BIOLOGI DAN KIMIA (NBK)

338. Am. Adalah perlu bahawa sesuatu pasukan mampu melindungi diri mereka
daripada serangan biologi dan kimia dan seterusnya mereka mampu melaksanakan
tugas dengan berkesan di dalam suasana pencemaran toksik. Sekiranya kaedah-
kaedah pertahanan yang baik dilaksanakan, ini akan memberi keraguan kepada pihak
musuh mencapai kejayaan dalam menggunakan persenjataan biologi dan kimia.

339. Keperluan Latihan. Operasi di bawah biologi atau ancaman kimia atau di
dalam suasana biologi dan kimia harus dipertimbangkan. Oleh itu adalah perlu
untuk:

a. Memahami sifat dan kesan agen biologi dan kimia.

b. Memahami implikasi taktikal sekiranya senjata ini digunakan oleh
musuh.

c. Mempunyai pengetahuan yang luas mengenai kaedah-kaedah
pertahanan terhadap agen ini.

3 - 12
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Memperlengkapkan latihan yang mantap dalam penggunaan dan
pengendalian peralatan pertahanan NBK di dalam suasana pencemaran.

340. Pelancaran. Agen-Agen NBK boleh dilancarkan melalui sistem
persenjataan permukaan tanah dan persenjataan udara.

a. Permukaan Tanah. Kebanyakan sistem persenjataan permukaan
tanah boleh digunakan untuk melancarkan agen-agen biologi dan kimia.
Sistem-sistem penghantaran ini termasuklah dengan menggunakan bom
artileri, bom mortar, roket (termasuk pelancar pelbagai laras), peluru
berpandu, periuk api dan bom tangan.

b. Udara. Agen-agen boleh dilancar melalui pesawat udara dengan
menggunakan bom, roket, tangki penyembur dan bom cluster yang
mengandungi sejumlah besar kanister dan kepingan bom kecil.

341. Penyebaran. Agen-agen NBK mungkin ditebar ke satu-satu kawasan melalui
beberapa cara:

a. Semburan cecair seperti hujan.

b. Pengewapan minyak yang begitu ringan dan nipis berterbangan di
udara.

c. Wap air seperti gas asli.

d. Unsur-unsur zarah yang halus seperti asap.

342. Keterangan mengenai agen-agen dan senarai keberkesanannya ada terkandung
di dalam “Malaysian Army Manual Of Land Warfare, Part One, Volume 5, Phamplet
No 2, Biological and Chemical Operation".

343. Kaedah-Kaedah Perlindungan. Pertahanan utama daripada serangan agen-
agen kimia tersebut terletak kepada perlindungan bagi setiap anggota di dalam
pasukan. Perkara ini haruslah menjadi perkara utama yang harus diambil kira oleh
setiap pemerintah yang beroperasi di dalam situasi NBK. Pasukan yang dilengkapkan
dengan peralatan dan terlatih dapat mengurangkan kecederaan NBK jika mereka
diberi amaran awal. Amaran awal ini mesti disampaikan secara teratur dan anggota
pasukan mestilah terlatih dalam kawad perlindungan individu dan sekiranya perlu
diadakan kaedah-kaedah perlindungan dari serangan musuh yang mungkin akan
menyusul.

344. Amaran. Amaran mengenai serangan biologi atau kimia akan diberi dalam
bentuk arahan siap siaga. Ini akan dimaklumkan oleh Markas Formasi hasil dari
keputusan penilaian perisikan. Kebiasaannya dengan arahan berdarjah serta kaedah
perlindungan yang perlu diambil, iaitu pakaian perlindungan dan peralatan yang

3 - 13
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

digunakan. Butir-butir terperinci ini perlu dimasukkan di dalam perintah tetap
sesebuah formasi dan pasukan itu sendiri.

345. Mengesan. Kehadiran agen-agen biologi dan kimia boleh dikesan dan
dikenal pasti dengan menggunakan peralatan pengesan bahan kimia yang dibekalkan.
Walaupun terdapat sistem amaran awal, serangan sebenar tidak dapat diketahui
sehinggalah satu-satu pasukan menunjukkan tanda-tanda fizikal dan mengalami
kecederaan pada anggota. Adalah amat penting untuk pengawal-pengawal
dipindahkan, isyarat-isyarat amaran awal diketahui dan anggota-anggota dilatih
dengan sempurna dalam penggunaan topeng gas.
346. Peralatan. Alat pernafasan akan melindungi seseorang anggota di dalam
terup daripada serangan agen-agen yang diketahui tetapi di dalam kes agen cecair,
ianya perlu dibersihkan segera sebelum agen-agen tersebut menembusi alat
pernafasan. Keseluruhan alat kelengkapan NBK dapat melindungi tubuh badan
anggota daripada agen cecair dalam jangka masa 24 jam.

347. PROTAP. PROTAP yang merangkumi keseluruhan operasi NBK adalah
amat mustahak untuk sesebuah pasukan.

348. Tanggungjawab Batalion. Tanggungjawab batalion dalam tatacara
pertahanan NBK ada terkandung di dalam “Malaysian Army Manual Of Land
Warfare, Part One, Volume 5, Phamplet No 1, Nuclear Operation”. Pegawai
Gerakan Batalion kebiasaannya bertanggungjawab dalam mengkordinasi pertahanan
NBK dan isyarat amaran awal.

SEKSYEN 3

KESELAMATAN DAN PENEMPATAN MARKAS BATALION

AM

349. Markas Batalion mesti mempunyai kawasan selamat bagi membolehkannya
beroperasi dari tempat tersebut secara berkesan. Pemilihan kawasan secara am bagi
Markas Batalion dilakukan oleh Pegawai Memerintah. Manakala penempatan secara
terperinci dipertanggungjawabkan kepada kumpulan tinjauan dari Markas Batalion.
Secara umumnya keperluan penempatan ini adalah seperti berikut.

a. Perlindungan. Penempatan ini mesti berupaya memberi
perlindungan secara maksimum daripada artileri, tembakan mortar dan
pengawasan musuh. Ia seharusnya mendapat perlindungan dari kompeni
raifal tetapi ada ketika mungkin perlu menyediakan perlindungan secara
sendiri.

3 - 14
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Saiz. Ia seharusnya mempunyai saiz keluasan penempatan yang
mencukupi bagi menampung semua elemen.

c. Perhubungan. Rangkaian perhubungan radio yang baik amat
diperlukan. Di mana perlu, ianya sepatutnya mempunyai rangkaian
perhubungan yang baik dengan kedudukan kompeni-kompeni atau sebaliknya.

d. Bantuan Udara . Ia seharusnya berhampiran dengan tempat titik
pendaratan atau zon pendaratan.

e. Penyamaran. Tempat pertahanan mestilah dapat memberikan
penyamaran daripada tanah dan pemerhatian udara.

f. Pemerhatian. Pos pemerhati dalam kawasan sekitar adalah sangat
diperlukan.

PERLINDUNGAN SETEMPAT

350. Kumpulan Pertahanan Setempat ditubuhkan dengan menggunakan
keanggotaan dari Markas Batalion dan juga anggota tumpangan daripada bantuan
tempur. Kelaziman dalam keadaan ini, kumpulan Platun Tambur akan digunakan
untuk memberi perlindungan setempat kepada Markas Batalion.

351. Ketua Kompeni Bantuan biasanya bertanggungjawab kepada perlindungan
setempat dengan menggunakan Pos Pemerintah Kompeni sebagai pos pertahanan
setempat. Beliau akan menempatkan dan mengkordinasikan perkara-perkara
berikut:

a. Sektor pertahanan termasuk penempatan senjata bantuan.

b. Pengawal.

c. Mana-mana tumpangan anti kereta kebal yang diberikan kepada
markas.

d. Posisi tempur bagi setiap anggota dalam markas.

e. Tindakan jika diserang dari udara.

352. Rancangan bagi mempertahankan penempatan perlu diraptaikan setelah
menduduki pangkalan. Jika boleh, latihan ini perlu diadakan secara berselang seli di
waktu siang dan malam.

3 - 15
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SUSUN ATUR

353. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menyusun
bentuk kedudukan satu Markas Batalion:

a. Susun atur yang rapi seperti pusat perhubungan seharusnya
berhampiran dengan laluan masuk.

b. Laluan masuk dan keluar, laluan yang mudah dihubungi sangat
diperlukan. Dalam masa yang sama tugas-tugas gerakan dan taktikal dalam
markas tidak terganggu.

c. Perlindungan.

d. Kawasan rehat mesti berjauhan daripada tempat kerja.

e. Ketua-ketua kumpulan bantuan tempur mesti berhampiran dengan
Pegawai Memerintah.

f. Semua kenderaan mestilah mempunyai penyamaran dan ditempatkan
di kawasan yang sesuai.

g. Kawasan Pos Rawatan Rejimen (Regimental Aid Post-RAP) mesti
ditempatkan berhampiran dengan markas.

KEUTAMAAN KERJA

354. Keutamaan kerja biasa adalah seperti berikut:

a. Keutamaan 1. Penempatan dan pekerjaan serentak bagi menyediakan
tempat-tempat penting termasuk Pos Pemerintah, Pos Rawatan Rejimen dan
kubu tempur.

b. Keutamaan 2 . Merentang talian perhubungan medan kepada suis
utama.

c. Keutamaan 3. Membina kawasan kediaman.

355. Platun Rintis Serang akan memberi pengawasan dan membantu dalam
pembinaan Pos Pemerintah dan Pos Rawatan Rejimental. Proses penyamaran
dilakukan secara berterusan dan mesti disiapkan secara serentak dengan lain-lain
pembinaan.

3 - 16
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

KAWALAN TRAFIK DAN DISIPLIN DENAI

356. Kawalan yang ketat adalah amat penting terhadap semua pergerakan bagi
menghindarkan dari dikesan terutama melalui pandangan udara. Semua kenderaan
pelawat sebaik sahaja tiba di tempat letak kenderaan mestilah dengan segera
menyamarkan kenderaan mereka.

357. Jika batalion dalam kedudukan statik, ianya mungkin memerlukan tanda-
tanda petunjuk bagi setiap lokasi untuk memudahkan pelawat-pelawat dapat
mengenali jalan sama ada pada waktu siang atau malam.

PERHUBUNGAN RADIO

358. Alat perhubungan radio bagi komponen individu dalam Markas Pos
Pemerintah haruslah ditempatkan berhampiran. Dengan ini akan memastikan
keselamatan tercapai. Jika terbukti tidak sesuai untuk mencari kawasan yang boleh
memberi penyamaran dan perhubungan yang baik, maka alat perhubungan tersebut
perlu ditempatkan di luar kawasan dengan menggunakan kemudahan alat kawalan
jauh. Kemudahan alat kawalan jauh ini kemungkinan boleh digunakan jika musuh
mempunyai keupayaan peperangan elektronik dan berupaya memberi tembakan
langsung ke atas lokasi stesen perhubungan radio. Sebagai persediaan awal,
perancangan bagi perlindungan khas mestilah dibuat bagi melindungi kawasan yang
mempunyai pencawang dan pemancar alat kawalan jauh itu dapat dihindarkan dari
pengesanan musuh.

MARKAS ALTERNATIF

359. Markas mungkin akan musnah sebahagian atau keseluruhannya dari serangan
musuh. Di peringkat batalion untuk menubuhkan markas atau markas alternatif, ianya
adalah agak sukar kerana kekurangan keanggotaan. Justeru, penyusunan atau
penyelenggaraan mestilah dibuat dengan pantas bagi menentukan kawalan. Sekiranya
Pegawai Memerintah tidak berupaya, terkorban atau markas telah musnah, perkara-
perkara alternatif yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:

a. Kecederaan Pegawai Memerintah dan Markas Tidak Musnah.
Penolong Pegawai Memerintah akan mengambil alih pemerintahan pasukan.
Jika Penolong Pegawai Memerintah tidak ada di markas pada ketika itu, maka
Pegawai Gerakan boleh dicadangkan memerintah sehingga kehadiran
Penolong Pegawai Memerintah. Ini mesti terkandung di dalam Perintah Tetap
Pasukan.

b. Pegawai Memerintah dan Markas Batalion Musnah. Penolong
Pegawai Memerintah boleh memerintah sama ada dari Eselon A atau Markas
Kompeni Raifal sehingga markas baru ditubuhkan. Sekiranya Eselon A jauh
ke belakang, Penolong Pegawai Memerintah boleh bergerak ke hadapan.

3 - 17
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Dengan demikian pemerintah sementara akan dilantik. Semua prosedur ini
mesti terkandung di dalam Perintah Tetap Pasukan.

c. Pegawai Memerintah Berjauhan Dari Markas Bila Markas
Musnah. Pegawai Memerintah akan memerintah dari Markas Kompeni
Raifal sehinggalah Markas Batalion yang baru dapat ditubuhkan semula.

3 - 18
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 4

PERGERAKAN

SEKSYEN 1

PENGENALAN

AM

401. Perlu disingkap kembali bahawa peranan infantri adalah untuk mencari dan
mendekati musuh, untuk membunuh atau menawannya. Asas kepada manuver
pasukan infantri ini adalah pergerakan. Pergerakan yang dikordinasikan dengan
kuasa tembakan bagi mendapat sesuatu kelebihan kedudukan taktikal relatif kepada
musuh adalah manuver. Teras kepada peranan BIS adalah untuk menggerakkan
pasukan infantri di kedudukan yang membawa kepada suatu keputusan yang
muktamad. Bagi merealisasikan peranan ini, BIS mempunyai kelebihan tersendiri
dari aspek pergerakan.

402. Pergerakan adalah keperluan dalam mengatur gerakan BIS. Terutamanya di
medan tempur yang moden serta berubah-ubah, kebolehan sesuatu pasukan untuk
melaksanakan penumpuan secara pantas di titik muktamad akan memberi kelebihan
taktikal kepada seseorang komander. Pada masa yang sama, peningkatan daya gerak
dan sistem komunikasi membolehkan BIS beroperasi secara berselerak bagi
melindungi pasukan dari serangan udara atau artileri musuh.

403. BIS dengan kebolehan dan peralatan sedia ada berupaya untuk bergerak secara
berkenderaan ataupun berjalan kaki secara terhad daripada segi masa dan jangkauan.
Dengan bantuan perkhidmatan daripada formasi atasan, jarak dan jangkauan BIS
boleh dipanjangkan. Pada masa yang sama, dengan adanya bantuan daya tembak
yang lebih utuh juga, kebolehan manuver BIS dapat dipertingkatkan.

JENIS DAN VARIAN KENDERAAN TAKTIKAL

404. Secara amnya BIS dibekalkan dengan kenderaan taktikal beroda seperti
berikut:

a. Motosikal.

b. Trak ¾ Ton FFR Kenderaan Pemerintahan.

c. Trak ¾ Ton GS.

d. Kenderaan Mobiliti Tinggi Tinjau.

e. Kenderaan Pembawa Senjata Platun AKK.

f. Kenderaan Pembawa Senjata Platun Senjata Berat (PGA dan MGB).

4-1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

g. Kenderaan Pembawa Mortar (termasuk trak dan treler pembawa bom).
h. Kenderaan Mobiliti Tinggi Pengangkut Trup.
i. Kenderaan Mobiliti Tinggi Pemerintah.
j. Trak 3 Ton GS Kargo.
k. Kenderaan Mobiliti Tinggi Pembawa Muatan.

SEKSYEN 2

KAPABILITI DAN LIMITASI

PERGERAKAN TAKTIKAL

405. Manual ini akan lebih menjurus kepada pergerakan dalam operasi taktikal
daripada pergerakan semasa dalam keadaan aman. Dengan adanya kenderaan yang
organik kepada BIS, Pegawai Memerintah BIS berkeupayaan untuk meningkatkan
tempo operasinya dengan menumpukan pasukannya secara pantas di medan tempur
dari kedudukan yang berselerak. Namun demikian, kenderaan beroda serta
pergerakan BIS di medan pertempuran mempunyai pertimbangan-pertimbangan
tersendiri.

406. Pergerakan Beroda. Kenderaan beroda BIS akan bergerak lebih lancar lagi
di atas jalan berturap. Namun demikian seseorang komander mesti menimbang
pergerakan tersebut dengan mengambil kira kerahsiaan operasi, dan juga keselamatan
kerana ia akan mendedahkan BIS kepada ancaman serangan udara dan kemungkinan
pergerakan BIS disalurkan ke kawasan membunuh musuh. Halangan semula jadi dan
buatan manusia juga akan memberi kesan kepada atur gerak kenderaan BIS.
Keselamatan dan kelancaran pergerakan ini boleh ditingkatkan dengan menggunakan
laluan lintang selari dan jalan-jalan sekunder. Disiplin semasa pergerakan juga adalah
penting dan PROTAP pasukan mesti digubal untuk merangkumi:

a. Penetapan kelajuan dan jarak konvoi serta susun atur kenderaan dalam
kolum dan kumpulan paket.

b. Kawat-kawat mengawal pergerakan kenderaan semasa berhenti, isi
semula PMP, ulang-bekal, menyeberang halangan, di titik naik dan turun
kenderaan, dalam kawasan mengumpul dan juga di tempat persembunyian.

c. Penyampaian maklumat dan perintah semasa dalam kenderaan melalui
isyarat medan dan radio.

d. Kawat-kawat untuk penyembunyian, penyamaran, penguraian,
prosedur bergelap kenderaan, tindak kepada artileri dan serangan udara.

4-2

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

e. Prosedur dan kawat senggaraan dan keselamatan kenderaan di medan.

407. Pergerakan Beroda Rentas Desa. Kenderaan beroda BIS boleh
melaksanakan pergerakan secara rentas desa dengan tinjauan dan persiapan awal
terhadap laluan. Tetapi kelancaran pergerakan ini bergantung kepada keadaan cuaca
dan muka bumi. Keadaan tanah rentas desa seperti di Malaysia akan menjadi terbatas
apabila dilanda cuaca buruk. Halangan-halangan buatan manusia turut melengahkan
pergerakan. Apabila masa tidak mengizinkan untuk tinjauan dan persiapan laluan,
maka pergerakan beroda ini akan menjadi terhad. Kesan cuaca kepada muka bumi dan
juga halangan akan menyebabkan pergerakan BIS tersalur dan membantutkan atur
gerak mereka di medan.

408. Pergerakan Beroda Bersama Runut. Sebagai salah satu pasukan yang akan
bertempur di dalam kumpulan tempur gabungan semua perkhidmatan, BIS akan
diintegrasikan bersama pasukan armor dan mekanis. BIS mesti boleh bekerjasama
dengan kereta kebal dan kenderaan berunut lain bagi mencapai satu-satu misi.
Permasalahan menggabungkan kedua-dua pasukan berunut dan beroda menyebabkan
Pegawai Memerintah BIS perlu menimbangkan keperluan-keperluan khusus
kenderaan beroda apabila beroperasi dengan kenderaan runut lebih-lebih lagi apabila
dalam keadaan cuaca buruk.

a. Kenderaan beroda bergerak dahulu sebelum kenderaan berunut apabila
pertempuran tidak dijangka.

b. Jika kenderaan berunut bergerak dahulu disebabkan pertempuran
dijangka, maka dua laluan selari mesti dirancangkan.

c. Kawasan Berkumpul, Tempat Persembunyian, dan Kawasan Berlabuh
turut dirancangkan dengan laluan asing bagi kenderaan beroda dan berunut
bagi jalan masuk dan keluar.

409. Keterdedahan. Kenderaan organik kepada BIS tidak memberi perlindungan
dari tembakan musuh. Ia hanya digunakan untuk membantu pergerakan BIS di
medan. Tetapi perlindungan yang mungkin dimanfaatkan oleh BIS adalah dari segi
peningkatan daya gerak dan masa BIS akan terdedah di medan tempur.
Sesungguhnya, kelancaran pergerakan mereka akan menyukarkan sistem mendaftar
sasaran musuh. Pada masa yang sama, seseorang komander mestilah menerima
secara rasional bahawa risiko kehilangan dan kecederaan Trup BIS yang diangkut
kenderaan akan berlipat ganda berbanding jika ia bergerak tanpa kenderaan:

a. Ketumbukan infantri adalah terdedah semasa ia keluar dari kenderaan
kerana mereka tertumpu dan akan mengambil masa sebelum mereka boleh
mengaturgerakkan sistem persenjataannya.

4-3
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Kenderaan mereka tidak mampu merapati kedudukan musuh kerana
tidak berperisai. Apabila mereka tidak berkenderaan, maka dengan itu adalah
sukar untuk mereka bergerak seiring dengan pasukan armor dan mekanis tanpa
mengalami kecederaan.

410. Pergerakan Dalam Pertempuran. Kenderaan BIS di medan tempur hanya
boleh digunakan sehinggalah ianya akan menjadi liabiliti kepada trup-trup yang
diangkut. Di dalam pertempuran rapat, kenderaan ini mestilah dikumpul di tempat
persembunyian dan dikawal sehinggalah menerima panggilan untuk bersatu semula
dengan trup-trup. Dengan itu, Titik Turun Kenderaan mestilah dipilih dengan
mengambilkira perkara-perkara berikut:

a. Rintangan dan halangan terhadap pergerakan kenderaan beroda.

b. Terlindung dari penglihatan dan tembakan langsung senjata musuh.

c. Masa trup-trup akan terdedah kepada tembakan musuh apabila naik
atau turun kenderaan.

411. Pergerakan Berjalan Kaki. Walaupun dengan adanya kenderaan yang
organik kepada BIS, namun ianya adalah platform untuk merapatkan infantri ke
medan tempur. Kenderaan-kenderaan BIS tidak berperisai dan hanya mampu untuk
pergerakan permulaan sebelum ia terlibat di dalam kawasan pertempuran rapat. Pada
masa yang sama, BIS juga mampu untuk bergerak dalam keadaan muka bumi yang
sukar tanpa kenderaan. Pergerakan BIS sedemikian rupa akan menjadi terhad kerana
senjata-senjata bantuan BIS akan menghadkan jangkauan pergerakannya. Di dalam
pertempuran rapat pula, BIS masih lagi akan bergantung kepada teknik-teknik asas
manuver tanpa kenderaan seperti tembak dan gerak untuk merapat dan membunuh
musuh.

SEKSYEN 3

KAWALAN PERGERAKAN

412 Pengawalan Pergerakan. Tiada perbezaan yang ketara dalam langkah-
langkah pengawalan operasi apabila BIS bergerak dengan kenderaan. Kaedah
kawalan bagi setiap fasa operasi adalah relevan walaupun beroperasi dengan
kenderaan.

413 Pengawalan Kenderaan. Pegawai Memerintah BIS melalui MK Utama
Batalion akan mengawal kenderaan BIS serta kenderaan tumpangan lain di sepanjang
gerakan. Lebih-lebih lagi apabila Kenderaan Mobiliti Tinggi Pembawa Trup
ditumpangkan kepada kompeni-kompeni, Ketua-Ketua Kompeni bertanggungjawab
mengkordinasikan rancangan operasi kompeni dengan mengambil kira keperluan-
keperluan atur gerak kenderaan tersebut dan limitasi sedia ada.

4-4

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

414 Apabila kenderaan tersebut dikosongkan oleh trup-trup maka pengawalan
kenderaan diletakkan dibawah seorang Ketua Seksyen Kenderaan. Kenderaan ini
akan mengambil kedudukan selamat di tempat persembunyian (hide) sambil
menunggu isyarat atau arahan melalui radio untuk bersatu semula dengan trup-trup
untuk gerakan seterusnya. Kenderaan tersebut mesti dikawal oleh pemandu dan
pembantunya kerana mereka akan bertanggungjawab terhadap perlindungan setempat
di tempat persembunyian mereka.

4-5
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 5

OPERASI DEFENSIF

SEKSYEN 1

PENGENALAN

AM

501. Tujuan utama operasi defensif dalam peperangan adalah untuk memusnahkan
musuh dan bukannya menguasai sesuatu kawasan. Operasi defensif merupakan
permulaan kepada tindakan ofensif dan ia bersifat sementara sahaja. Operasi ini
hendaklah bersifat agresif dan ofensif. Setiap peluang yang ada hendaklah digunakan
sepenuhnya untuk mencari, mengganggu dan membunuh musuh. Pada peringkat
awal atau dalam operasi defensif berpanjangan, tindakan yang terbaik adalah dengan
rondaan yang agresif dan penggunaan tembakan bantuan yang berkesan. Apabila
pertempuran utama bermula, operasi ini diteruskan dengan mengekalkan tembakan
defensif yang tepat dan berterusan.

TUJUAN OPERASI DEFENSIF

502. Operasi defensif dilaksanakan untuk:

a. Melemah dan mengurangkan kekuatan musuh yang lebih besar.

b. Menentang musuh di tempat yang dipilih oleh pasukan pertahanan.

c. Menghalang musuh daripada menguasai kawasan penting.

d. Mendapatkan masa untuk memilih keadaan yang lebih menguntungkan
apabila bertempur.

e. Melindungi operasi pasukan sahabat yang lain.

f. Membolehkan pasukan sahabat melaksanakan operasi ofensif di
kawasan lain.

g. Mengelakkan dari kemusnahan atau kekalahan yang tidak sepatutnya
berlaku.

JENIS-JENIS OPERASI DEFENSIF

503. Operasi defensif perlulah bersifat agresif di samping kreatif dalam mengambil
setiap peluang untuk merebut setiap inisiatif yang ada dan memecah belahkan
integrasi pihak musuh. Pengetahuan yang mantap berkaitan tanah dan penggunaan
kuasa tempur secara maksimum bersesuaian dengan keadaan tanah merupakan satu

5–1

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

kombinasi yang paling berkesan. Keadaan ini hendaklah diwujudkan untuk
mengurangkan opsyen tindakan musuh sambil mendedahkan musuh kepada tindakan
balas ofensif yang muktamad pasukan pertahanan. Jenis-jenis operasi defensif adalah
seperti berikut:

a. Manuver Defensif. Operasi ini merupakan operasi bergerak (mobile)
yang dilaksanakan apabila seseorang pemerintah tidak berhasrat untuk
melibatkan pasukannya dalam pertempuran secara muktamad. Di samping itu,
pasukan pemerintah tersebut mempunyai daya gerak yang tinggi dan ruang
serta jarak yang luas untuk membolehkan pasukannya bertempur dan
diaturgerakkan semula untuk menyerap kemaraan pasukan musuh. Manuver
defensif selalunya menjurus kepada pertahanan kawasan.

b. Pertahanan Kawasan. Pertahanan kawasan dilaksanakan untuk
memusnahkan musuh ke tahap yang membolehkan pasukan yang bertahan
memulakan operasi ofensif. BIS diatur gerak dalam operasi pertahanan
kawasan untuk menguasai sesuatu kawasan sambil berusaha untuk
mendapatkan suasana taktikal yang membenarkannya memulakan operasi
ofensif.

c, Pengunduran. Operasi ini merupakan operasi pergerakan ke belakang
dari kedudukan semasa sesuatu BIS diatur gerak ke belakang ke kedudukan
pertahanan utama. Atur gerak ini hendaklah dilaksanakan secara terancang,
terkawal dan teratur.

SEKSYEN 2

MANUVER DEFENSIF

AM

504. Manuver defensif melibatkan operasi berikut:

a. Pertahanan Melengah. Pertahanan melengah dilaksanakan apabila
seseorang pemerintah berhasrat untuk melambatkan kemaraan musuh sambil
mengakibatkan kemusnahan yang maksimum di pihak musuh di samping
mendapatkan masa yang mencukupi untuk pasukan lain melaksanakan
persiapan untuk operasi selanjutnya. Walau bagaimanapun, dalam operasi ini,
pasukan melengah perlu mengorbankan ruang kepada pihak musuh dan tidak
terlibat secara muktamad dalam sesuatu pertempuran.

b. Pertahanan Bergerak. Ia bertujuan untuk mengakibatkan kecederaan
kepada pihak musuh yang sedang mara dengan cara menyalur mereka ke arah
kedudukan-kedudukan pasukan penghalang (block) pertahanan bergerak dan
seterusnya melakukan serangan setelah kemaraan mereka terhenti.

5–2

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

505. BIS kebiasaannya menyertai operasi manuver defensif sebagai sebahagian
daripada pasukan yang lebih besar. Operasi pertahanan melengah biasanya
dilaksanakan tidak kurang daripada peringkat briged manakala operasi pertahanan
bergerak pula tidak kurang daripada peringkat divisyen. Berikutan dengan itu,
komander formasi mungkin memberikan sektor tanggungjawab kepada BIS atau
mengarahkan BIS menduduki sesuatu kedudukan tempur yang telah dipilih lebih
awal. Jika BIS diberi sektor tanggungjawab, seseorang pegawai memerintah boleh
memilih dan menetapkan kedudukan kedalaman untuk subunitnya. Kedudukan ini
perlu mempunyai medan pemerhatian dan tembakan yang baik ke arah pendekatan
yang mungkin digunakan oleh musuh. Sebaliknya, jika komander formasi telah
menetapkan kedudukan tempur untuk BIS, pegawai memerintah hanya perlu
menumpukan kepada penempatan terperinci subunit batalionnya di kedudukan tempur
yang telah ditetapkan tadi.

SEKSYEN 3

PERTAHANAN MELENGAH

AM

506. Tujuan utama sesuatu pertahanan melengah ialah untuk mengelakkan atau
menangguhkan pertempuran muktamad dengan pihak musuh agar satu keadaan
pertempuran yang lebih sesuai dan menguntungkan pihak bertahan dapat dipilih.
Daya gerak taktikal yang tinggi amat perlu dalam operasi melengah. Pasukan
pertahanan melengah juga perlu mempunyai kebebasan untuk bertindak kecuali
apabila keadaan tanah menjurus kepada pertahanan melengah yang berpanjangan dan
rusuk pasukan pertahanan melengah terpelihara dari serangan. Sumber dan aset yang
diperlukan untuk membolehkan pasukan pertahanan melengah mempunyai kebebasan
bertindak bergantung kepada komposisi pasukan musuh dan keadaan tanah. Aset
seperti Kenderaan Perisai Pembawa Anggota (KPPA), Kenderaan Mobiliti Tinggi
Pengangkut Terup (KMTPT) atau helikopter perlu diperuntukkan kepada pasukan
pertahanan melengah untuk mengerakkan mereka dari satu kedudukan pertahanan
melengah ke satu kedudukan melengah yang lain. Kedudukan pertahanan yang kukuh
perlu disediakan dan kaedah tipu helah yang biasa digunakan dalam pertahanan
kawasan juga perlu digunakan semasa operasi pertahanan melengah agar dapat
memaksa pihak musuh melakukan serangan demi mencapai tujuan mereka. Namun
begitu, ini tidak bermakna kedudukan pertahanan melengah boleh bertahan daripada
serangan skala besar musuh. Ia lebih menjurus kepada memaksa elemen hadapan
pihak musuh diatur gerak untuk menyerang atau memaksa mereka mencuba untuk
membuat gerakan pintasan rusuk yang jauh dan sekali gus mendedahkan mereka
kepada keadaan tanah yang sukar.

5–3
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PELAKSANAAN

507. Pilihan untuk melaksanakan pertahanan melengah selalunya berdasarkan
andaian bahawa musuh mempunyai daya tempur yang lebih besar. Namun begitu,
kelebihan daya tempur musuh ini tidak memadai untuk memaksa pasukan sendiri
berundur. Sesuatu formasi boleh melaksanakan pertahanan melengah dengan cara-
cara berikut:

a. Melengah melalui kedudukan berselang-seli.

b. Melengah melalui kedudukan berturut-turut.

c. Kombinasi kedua-dua kedudukan iaitu berselang-seli dan berturut-
turut.

PERTIMBANGAN ASAS UNTUK PERTAHANAN MELENGAH

508. Kejayaan sesuatu operasi pertahanan melengah bergantung kepada perkara-
perkara berikut:

a. Pengekalan semangat (morale).

b. Kawalan yang baik.

c. Kerahsiaan.

d. Keselamatan.

e. Penumpuan daya tembakan.

f. Daya gerak yang lebih unggul dan penggunaan halangan dengan cara
terbaik.

g. Rancangan yang mudah dan fleksibel.

h. Sikap orang-orang awam dan kawalan yang baik terhadap mereka.

509. Pertimbangan secara am sesuatu operasi pertahanan melengah hampir sama
dengan pertimbangan operasi pengunduran yang akan dibincangkan lebih terperinci di
Bab 7. Perbezaan yang ketara antara kedua-dua operasi ini ialah dalam pertahanan
melengah, penekanan yang lebih diberi kepada tindakan agresif untuk melumpuh atau
mengurangkan kekuatan musuh. Pasukan pertahanan melengah mencapai maksud ini
dengan menempatkan kedudukan pertahanan yang kukuh. Lantaran itu, untuk
mencapai tujuan mereka, pihak musuh terpaksa melaksanakan serangan di setiap
kedudukan pertahanan. Perbezaan antara pertahanan melengah dengan kedudukan
perantaraan yang digunakan dalam pengunduran ialah kedudukan pertahanan

5–4

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

melengah diduduki oleh pasukan yang lebih besar dengan kawasan manuver yang
lebih luas.

BIS DALAM OPERASI PERTAHANAN MELENGAH

510. Apabila sesuatu BIS melaksanakan operasi pertahanan melengah sebagai
sebahagian daripada pasukan yang lebih besar seperti briged, tugas-tugas yang
mungkin diberikan kepada BIS adalah seperti berikut:

a. Mempertahankan kedudukan pertahanan melengah formasi sama ada
satu kedudukan atau lebih. Persiapan kedudukan pertahanan melengah
perlulah sama seperti persiapan kedudukan pertahanan kawasan. Sedikit
perbezaan antara pertahanan melengah dengan pertahanan kawasan ialah,
dalam pertahanan melengah, kedalaman pertahanan dikurangkan untuk
membolehkan kawasan hadapan kedudukan pertahanan dilebarkan. BIS
biasanya diundurkan daripada kedudukan pertahanan melengahnya apabila ia
telah berjaya melengahkan musuh dalam jangka masa yang
diarahkan/ditetapkan di samping mengenakan kecederaan yang maksimum. Di
samping itu, pengunduran juga dilaksanakan agar penglibatan BIS dalam
pertempuran dengan pihak musuh tidak terlalu jauh sehingga pengunduran
menjadi sukar dan menyebabkan jumlah kecederaan yang tinggi.

b. Melaksanakan operasi ofensif yang terbatas.

c. Berperanan sebagai sebahagian daripada pasukan pelindung.

511. Dalam operasi pertahanan melengah peringkat formasi, tindakan-tindakan BIS
akan dinyatakan dalam perintah komander formasi. Walau bagaimanapun, apabila
beroperasi sebagai sebahagian daripada angkatan pelindung formasi atau beroperasi
secara bersendirian, BIS mungkin perlu melaksanakan pertahanan melengah secara
sendiri yang terbatas. Pegawai memerintah mungkin tetap diberikan jangka masa
yang tertentu untuk melengahkan musuh dengan jarak atau ruang yang terhad dan
sempadan yang telah ditentukan. Pilihan yang ada pada pegawai memerintah adalah
sama seperti komander formasi. Pilihan tersebut ialah:

a. Melengahkan musuh dengan menempatkan keseluruhan batalion
dalam kedudukan pertahanan melengah yang berturut-turut.

b. Melaksanakan pertahanan melengah secara berselang seli dengan
menempatkan sebahagian daripada batalion di satu kedudukan pertahanan
melengah, sementara yang lain menyediakan kedudukan seterusnya.

c. Melengahkan musuh secara berterusan dengan melaksanakan
pertempuran dalam pengunduran yang dikordinasikan.

5–5
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PERTAHANAN MELENGAH DARIPADA KEDUDUKAN BERTURUT-
TURUT

512. Melengahkan musuh dari kedudukan berturut-turut memerlukan penempatan
hampir keseluruhan batalion di satu atau lebih kedudukan melengah. (Lihat
Gambarajah 1 kepada bab ini). Teknik pertahanan melengah daripada kedudukan
berturut-turut adalah seperti berikut:

a. Dua kompeni akan sebilang masa mempertahankan kedudukan
pertahanan melengah pertama. Sementara itu, satu kompeni berundur ke
kedudukan pertahanan melengah yang kedua. .

b. Setelah satu kompeni yang berundur tadi berada dalam kedudukan
pertahanan melengah kedua, pada bila-bila masa yang sesuai, dua kompeni
yang bertahan di kedudukan pertahanan melengah pertama akan berundur dan
menduduki kedudukan pertahanan melengah yang kedua bersama kompeni
yang telah berundur lebih awal tadi.

c. Proses ini adalah berterusan melalui beberapa lagi kedudukan
pertahanan melengah yang telah dirancang oleh pemerintah operasi.

513. Pertimbangan untuk menduduki lebih dari satu kedudukan pertahanan
melengah secara serentak bergantung kepada:

a. Kekuatan musuh.

b. Jangka masa melengah yang ingin dicapai serta tahap kemusnahan
yang ingin ditimpakan kepada musuh.

c. Keluasan tanah yang boleh diberikan kepada musuh oleh batalion
sebelum diatur gerak ke kedudukan pertahanan utama yang baru.

d. Mengadakan kedudukan pertahanan melengah yang sesuai, di jarak
yang memadai untuk memaksa musuh diaturgerakkan di setiap kedudukan
pertahanan melengah termasuk di kedudukan pertahanan melengah utama. Di
samping itu, pemilihan kedudukan pertahanan melengah perlu membenarkan
BIS membuat lepas libat (clean break) di setiap pertempuran dengan musuh..

e. Masa yang mencukupi untuk menyiapkan kedudukan melengah.

514. Setiap kedudukan pertahanan melengah perlu mempunyai perlindungan dan
persembunyian semula jadi serta medan tembakan dan jalan pengunduran yang baik.
BIS boleh diatur gerak dengan meluaskan ruang hadapan walaupun ini mengurangkan
kedalaman pertahanan bagi mengurangkan bahaya tindakan melangkau kedudukan
melengah oleh pihak musuh. Di samping itu, ia juga untuk membolehkan

5–6
TERHAD


Click to View FlipBook Version