The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kik.pulada, 2022-05-19 00:23:11

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

TERHAD

MP 1.1.9A TD

6155. Di peringkat serbuan, kumpulan sniper boleh ditugaskan untuk menembak
sasaran-sasaran terpilih seperti komander pasukan musuh. Tugas ini hanya dapat
dilaksanakan oleh seksyen sniper dengan berkesan jika kedudukan menembak mereka
tidak tertakluk kepada tembakan langsung atau tidak langsung musuh. Justeru,
pemilihan kedudukan menembak kumpulan sniper sangat penting untuk
memaksimakan potensi fungsi mereka. Lazimnya kumpulan sniper diasingkan
daripada anggota raifal yang lain yang biasanya terdedah kepada tembakan persediaan
dan tembakan perlindungan musuh dalam sesuatu serangan. Dalam keadaan tertentu,
kedudukan menembak kumpulan sniper adalah di luar garis luar kedudukan
pertahanan (perimeter) sama ada di rusuk atau di belakang. Seperti kedudukan
senjata penting yang lain, kumpulan sniper perlu menyediakan kedudukan alternatif
untuk membolehkan mereka terus berfungsi jika kedudukan utama telah dikesan oleh
musuh,

6156. Pemerintahan dan Kawalan. Sniper merupakan aset penting yang
mempunyai keunikannya sendiri. Oleh itu, pegawai memerintah selalunya mengawal
atur gerak dan penugasan Seksyen Sniper. Jika ditumpangkan kepada kumpulan
keselamatan batalion, pegawai memerintah perlu menyenaraikan tugas mengikut
keutamaan kepada Seksyen Sniper. Ketua Kumpulan Keselamatan Batalion perlu
memberi perlindungan keselamatan kepada Seksyen Sniper dan merancang untuk
membantu Kumpulan sniper jika mereka menghadapi masalah untuk mengundurkan
diri.

6157. Sistem perhubungan yang boleh dipercayai perlu diperuntukkan kepada
Seksyen Sniper kerana kerap berlaku perubahan keutamaan sasaran terutamanya
apabila timbul sasaran yang tidak dijangkakan.

SEKSYEN TINJAU

6158. Seksyen Tinjau adalah aset pegawai memerintah untuk mendapatkan
maklumat perisikan mengenai serangan musuh. Dalam pertahanan, seksyen tinjau
perlu diatur gerak seawal mungkin untuk mengumpulkan bukan sahaja maklumat
mengenai musuh malahan juga maklumat mengenai keadaan tanah untuk membuat
penilaian jangkaan terhadap tanah-tanah yang mungkin digunakan oleh musuh.
Maklumat ini kelak dapat digunakan oleh pegawai memerintah untuk melengkapkan
rancangan pertahanannya seperti lokasi-lokasi DF, penembusan balas dan serangan
balas. Di samping itu, maklumat ini amat berguna kepada staf operasi batalion dalam
merangka rancangan keselamatan batalion yang merangkumi juga rancangan untuk
menghindar pengumpulan maklumat oleh musuh.

6159. Oleh sebab aset untuk melaksanakan tinjauan adalah terhad, pengumpulan
maklumat perisikan perlu dirancang dengan rapi, mempunyai hala tuju yang jelas dan
maklumat yang dikehendaki disenaraikan mengikut keutamaan. Biasanya, di
peringkat pertahanan kawasan, maklumat mengenai musuh telah banyak diperolehi
melalui operasi pasukan pelindung, tabir briged atau operasi melengah yang
dilaksanakan oleh batalion lain. Oleh itu, maklumat secara am mengenai musuh

6 - 41

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

seperti hasrat, kelengkapan, keupayaan armor dan lain-lainnya akan dikeluarkan oleh
markas formasi. Lanjutan daripada laporan ini, batalion pada kebiasaannya
memerlukan maklumat perisikan yang berbentuk kegunaan segera khusus bagi
menghadapi serangan musuh. Dengan itu juga, atur gerak seksyen tinjau adalah untuk
mengesahkan maklumat yang telah diterima, melengkapkan maklumat yang sedia ada
untuk menambahjelaskan lagi jangkaan terhadap tindakan musuh dan untuk
memperolehi maklumat baru.

6160. Tugas. Tugas seksyen tinjau batalion dalam operasi pertahanan kawasan
ialah:

a. Mendapatkan maklumat perisikan mengenai musuh seperti aset armor,
persenjataan, pengangkutan dan maklumat-maklumat lain.

b. Memerhatikan musuh serta aktiviti persiapan tempur yang mereka
lakukan.

c. Menduduki tempat persembunyian untuk memerhatikan pendekatan
yang mungkin digunakan musuh.

d. Mendapatkan maklumat mengenai keadaan tanah yang mungkin
digunakan oleh musuh..

e. Mendapatkan atau mengesahkan maklumat mengenai tanah yang
sesuai digunakan oleh pasukan sendiri untuk kegunaan di masa hadapan
seperti jalan pengunduran dan jalan pintas untuk memburu musuh.

f. Memanggil atau mengarah tembakan artileri bagi mengharu musuh.

6161. Penempatan. Di peringkat persediaan, penempatan Seksyen Tinjau adalah
bertujuan untuk mengharu dan mendapatkan maklumat mengenai aset dan persiapan
musuh sebelum mereka melakukan serangan. Di samping itu, maklumat mengenai
keadaan tanah yang mungkin digunakan musuh harus juga diperolehi. Dalam
mendapatkan maklumat mengenai tanah, Pegawai Risik perlu memberi panduan yang
jelas kepada Ketua Tim Peninjau mengenai ciri-ciri keadaan tanah yang mungkin
digunakan musuh berdasarkan penilaian dan tinjauan peta. Bantuan tembakan dan
kordinasi dengan kumpulan ronda tempur perlu dilakukan bagi membantu kumpulan
ronda tinjau berundur dalam keadaan kehadiran mereka telah diketahui.

6162. Di peringkat serbuan, tim-tim tinjau boleh ditempatkan di lokasi-lokasi
persembunyian untuk memerhatikan pendekatan yang mungkin digunakan musuh.
Mereka selanjutnya menyalurkan maklumat mengenai pendekatan armor dan infantri
musuh. Melalui maklumat yang mereka salurkan, serangan utama, serangan sekunder
atau tipu helah musuh dapat dikenal pasti. Dalam penempatan sebegini, kerahsiaan
amat penting bagi mengelakkan kumpulan tinjau daripada dikesan oleh musuh. Oleh
itu, persediaan rapi kedudukan persembunyian mereka termasuk kedudukan alternatif

6 - 42

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

perlu dilakukan. Pengunduran Tim Tinjau perlu dirancang dengan teliti dalam situasi
musuh mencapai kejayaan dalam serangan mereka. Di sebaliknya, jika serangan
musuh berjaya dipatahkan, Kumpulan Tinjau perlu memperolehi maklumat sama ada
musuh berundur atau melakukan persiapan untuk membuat serangan baru.

6163. Walaupun terdapat sedikit persamaan tugas antara Seksyen Tinjau dan
Seksyen Sniper daripada aspek menyalurkan maklumat perisikan, penempatan mereka
perlulah di kawasan yang berbeza. Ini untuk mengelakkan kedudukan persembunyian
Tim Tinjau dikesan oleh musuh apabila Tim Sniper mula melakukan tembakan.
Dalam banyak keadaan Tim Sniper akan meninggalkan lokasi persembunyian mereka
setelah berjaya menghapuskan sasaran yang diarahkan sedangkan Tim Peninjau
seharusnya kekal di lokasi persembunyian mereka untuk terus menyalurkan maklumat
mengenai perkembangan aktiviti musuh.

6164. Kawalan dan Pemerin tahan. Lazimnya Seksyen Tinjau diletakkan terus di
bawah kawalan POSTAH. Penugasan dan atur gerak mereka hanya dilakukan setelah
mendapat kelulusan pegawai memerintah. Kordinasi bantuan tembakan jika perlu,
jalan pengunduran dan pemakluman mengenai kehadiran mereka kepada kumpulan-
kumpulan lain perlu dilakukan oleh POSTAH. POSTAH juga perlu memantau
pergerakan pengunduran mereka terutamanya apabila diburu musuh. Dalam keadaan
tertentu jalan pengunduran mereka memasuki kawasan tanggungjawab unit
bersebelahan.

SEKSYEN 7

BANTUAN TEMPUR DI DALAM PERTAHANAN KAWASAN

ARMOR

6165. Penugasan. Jika unit-unit armor/mekanise diperuntukkan kepada formasi
dalam pertahanan, mereka kebiasaannya dibentuk sebagai kumpulan utama kepada
pasukan pelindung formasi. Pasukan ini selalunya mengandungi elemen-elemen
Rejimen Peninjau, kereta kebal dan infantri yang dibawa di dalam KPPA. Elemen
armor yang lebih kecil boleh juga dibentuk sebagai sebahagian kepada kumpulan tabir
formasi. Setelah pasukan pelindung diundurkan, armor akan diberikan tugas-tugas
yang lain.

6166. Selalunya seseorang pemerintah ingin mengekalkan keupayaan menempatkan
semula elemen-elemen armor dari satu kawasan ke kawasan yang lain untuk tugas
serang balas atau menangkis penembusan dan tidak mengehadkan aset armor tersebut
kepada tugas-tugas pertahanan sahaja. Namun begitu, musuh akan menggunakan
kekuatan armornya untuk menembusi kawasan pertahanan dengan tindakan mengejut
daripada kereta kebal dan pasukan infantri berkenderaan. Oleh itu sebahagian
daripada kereta kebal dan elemen skuadron anti-armor mungkin diperuntukkan

6 - 43

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

kepada kawasan-kawasan pertahanan infantri, sebagai sebahagian daripada
rancangan anti armor Divisyen dan Briged.

6167. Walaupun pemerintah-pemerintah formasi mungkin memperuntukkan elemen
armor untuk pertahanan anti armor dalam pertahanan, namun peruntukan armor di
lokasi pertahanan batalion atau kompeni infantri hanyalah bantuan secara “ dalam
lokasi ” Ini bermakna infantri mestilah memberikan tempat dan perlindungan kepada
armor tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan tembakan. Walau
bagaimana pun, pada jangka panjangnya penempatan armor ini akan menguntungkan
kumpulan infantri itu sendiri. Pilihan lain yang ada ialah dengan menempatkan armor
` dalam bantuan’ atau ‘di bawah perintah’, tetapi untuk pertahanan kawasan elemen
armor sebaik-baiknya dikawal di peringkat yang paling tinggi.

6168. Penempatan. Tujuan utama penempatan kereta kebal untuk tugas anti-armor
dalam pertahanan ialah melaksanakan pemusnahan jarak jauh armor musuh dengan
menggunakan kelebihan tanah bagi mengelakkan daripada pemusnahan. Sebaik-
baiknya kereta kebal hendaklah mempunyai beberapa kedudukan menembak untuk
membolehkannya menembak di sektor utama dan kemungkinan di sektor sekunder.
Jalan-jalan ke semua kedudukan menembak ini perlulah dilindungi dan
disembunyikan. Kereta kebal juga boleh menggunakan kedudukan persembunyian
atau lereng belakang tanah tinggi. Dalam keadaan ini, kereta kebal hendaklah terus
disembunyikan sehinggalah pertempuran hampir terjadi atau apabila kereta kebal
tersebut akan memulakan tembakan.

6169. Kereta kebal boleh juga ditempatkan untuk tugas statik pertahanan. Peluru
105 mm nya adalah sangat berkesan seperti juga meriam sederhana. Namun begitu,
penempatan kedudukan kereta kebal boleh mengganggu penempatan kubu-kubu
anggota infantri terutamanya bunyi bising dan gegaran letupan tembakan meriam
kereta kebal boleh menyebabkan ketidakupayaan anggota infantri malahan di jarak
yang dekat boleh menyebabkan kecederaan atau kematian. Masalah guguran bertabur
‘sabot’ dan kelopak daripada peluru ‘Armor Piercing Discarding Sabot (APDS)’ atau
‘Armor Piercing Fin Stablized Discarding Sabot (APFSDS)’ hendaklah juga
dipertimbangkan.

6170. Penggunaan tempat persembunyian adalah paling sesuai jika kereta kebal
tidak boleh diselindungi dalam kedudukan utamanya. Jika kedudukan hadapannya
boleh diselindungi, ia adalah lebih baik kerana dapat meningkatkan keselamatan.
Selalunya sebuah kereta kebal pengawal ditempatkan di hadapan terutamanya di
waktu malam supaya alat-alat pandang malamnya dapat digunakan sepenuhnya
sejajar dengan rancangan pemerhatian malam batalion. Jika tempat persembunyian
digunakan, jalan-jalan keluar masuk dari tempat persembunyian ke kedudukan
menembak akan direkodkan dan di tanda oleh pemerintah armor. Bagi menggunakan
kelebihan tanah dengan sebaiknya dan menambahkan tahap pelindungannya,
kedudukan kereta kebal boleh juga digali sedalam kedudukan ‘hull down’. Dalam
kedudukan ini, jalan-jalan pengunduran hendaklah dipertimbangkan.

6 - 44
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

6171. Pertimbangan hendaklah juga diberikan kepada penempatan kenderaan tempur
berperisai. Keperluan-keperluannya adalah sama dengan kereta kebal tetapi kesan
bunyi dan gegaran tembakan terhadap anggota infantri mungkin berkurangan.
Walaupun demikian, pertimbangan hendaklah dibuat terhadap kawasan bahaya
semburan belakang dari senjata anti-armor jarak jauh.

6172. Penempatan KPPA di bahagian hadapan kedudukan pertahanan mempunyai
risiko kerana kemungkinan ia dapat dimusnahkan oleh tembakan persediaan dan
tembakan perlindungan artileri musuh. Ruang yang diperlukan oleh satu unit kecil
KPPA yang bersamaan dengan unit kecil infantri adalah jauh lebih besar, contohnya,
tidak lebih daripada satu seksyen KPPA sahaja yang boleh ditempatkan di kedudukan
pertahanan kompeni infantri. Masalah ini akan bertambah jika kereta kebal
ditempatkan di lokasi yang sama. Walaupun KPPA amat berguna untuk tugas-tugas
menangkis penembusan dan tugas-tugas pertahanan kedalaman seperti melindungi
laluan tembakan pesawat udara. Keperluan masa untuk tenaga manusia dan jentera
menggali kedudukan KPPA lebih berfaedah jika digunakan untuk membina halangan-
halangan yang lain di dalam kedudukan pertahanan.

6173. Pemerintahan, Kawalan dan Pentadbiran. Pemerintahan, kawalan dan
pentadbiran bagi pasukan armor dalam pertahanan terletak kepada pemerintahan yang
paling tinggi pada masa tersebut. Walaupun pasukan ini akan ditempatkan `dalam
lokasi’ dengan sebuah batalion infantri, namun semua urusan penugasan dan kawalan
adalah disalurkan dan/atau diterima daripada pemerintahan yang paling tinggi (seperti
Komander Divisyen atau Briged). Namun begitu bagi urusan pentadbiran seperti
keperluan sajian, air, minyak, peluru dan sebagainya, akan diuruskan bersama-sama
unit ‘setempat’ bagi memudahkan pergerakan dalam kawasan pertahanan. Elemen-
elemen bantuan logistik kepada pasukan armor ini akan bekerjasama dengan elemen
batalion infantri untuk mengatasi segala keperluan logistik.

6174. Keperluan-Keperluan Armor. Armor memerlukan perkara-perkara berikut
dari unit-unit infantri apabila berada bersama di dalam kawasan pertahanan:

a. Perlindungan Rapat Infantri. Unit kecil infantri perlu menduduki
kawasan-kawasan atau pendekatan ke arah kedudukan menembak kenderaan.
Sebahagian kumpulan keselamatannya infantri pula perlu mengawal
pendekatan-pendekatan yang mungkin digunakan oleh musuh untuk
melakukan penyusupan. Semasa menempatkan anggota infantri berhampiran
kedudukan menembak kereta kebal, pertimbangan hendaklah diberikan kepada
kawasan bahaya semburan laras.

b. Perlindungan Anti-Armor Jarak Dekat. Senjata anti-armor jarak
dekat (SRAAW) infantri boleh memberi perlindungan kepada armor pasukan
sendiri daripada tembakan armor musuh. Perlindungan ini meliputi kawasan
yang mungkin terselindung daripada pandangan armor pasukan sendiri kerana
berada di dalam kedudukan pertahanan.

6 - 45
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Mengetahui Susunan Pertahanan Infantri. Anggota unit armor
mestilah mengetahui kedudukan-kedudukan kubu pertahanan infantri,
halangan dawai dan medan periuk api (termasuklah luang) dan sebarang
kedudukan kumpulan keselamatan serta halangan-halangan semula jadi.
Anggota armor perlu menyertai kumpulan ronda tinjau infantri untuk
mengenal pasti pendekatan-pendekatan yang mungkin digunakan oleh armor
musuh. Di samping itu juga untuk meninjau tempat penyeberangan halangan
seperti sungai, lembah curam dan lain-lain lagi.

d. Kedudukan-kedudukan Menembak yang Mencukupi . Tujuan unit
armor ditempatkan di bahagian hadapan kawasan pertahanan adalah untuk
membantu mengalahkan armor musuh yang mengancam keutuhan pertahanan.
Kereta kebal adalah senjata yang paling berkesan bagi peranan memusnahkan
armor musuh. Dengan itu, kereta kebal perlu mendapat medan tembakan yang
terbaik daripada beberapa posisi menembak. Bagi memenuhi keperluan ini,
anggota infantri perlu mengubah kedudukan masing-masing. Keperluan ini
perlu diambil kira daripada peringkat awal lagi dalam proses penyusunan
kedudukan pertahanan Briged dan batalion. Dengan ini juga, kawasan
pertahanan akan menjadi lebih besar yang akan menyebabkan saling
membantu di antara elemen-elemen infantri menjadi masalah di waktu malam.
Justeru itu, kedudukan alternatif di waktu siang dan malam mungkin
diperlukan.

e. Tempat Persembunyian. Pemerintah infantri mestilah

memperuntukkan kawasan yang membenarkan tempat persembunyian untuk

kereta kebal. Kawasan yang dipilih perlulah boleh memberikan perlindungan

daripada tembakan armor musuh atau sekurang-kurangnya penyembunyian

dari pandangan musuh seperti di lereng belakang.

f. Jalan-Jalan. Unit Infantri perlu memberi laluan jalan-jalan yang telah
ditetapkan untuk membolehkan kenderaan tempur berperisai bergerak dengan
pantas dari tempat bersembunyi ke kedudukan menembak dan di antara
kedudukan-kedudukan menembak. Jalan-jalan ini perlulah di tanda,
terutamanya untuk operasi di waktu malam.

g. Ulang Bekal. Untuk mengelakkan tempat bersembunyi diketahui
musuh, kereta-kereta kebal mungkin berkehendakkan pembaikan dan ulang

bekal dilakukan jauh di belakang.

6175. Keperluan-Keperluan Infantri. Infantri memerlukan perkara-perkara
berikut dari unit-unit armor yang ada di dalam kawasan pertahanan:

a. Pegawai Kor Armor hendaklah hadir semasa proses perancangan
pertahanan. Mereka perlu menyertai kumpulan tinjau melaksanakan tinjauan
dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbincangan perancangan

6 - 46
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

pertahanan. Mereka juga perlu hadir semasa penyelarasan susun atur
kedudukan pertahanan sebaik sahaja kawasan diduduki.

b. Unit-unit armor perlu mengelak daripada menjejaskan rutin pertahanan
infantri. Senyap radio, disiplin bunyi bising, disiplin denai, disiplin cahaya
dan penyamaran adalah perkara-perkara yang boleh mengancam kedudukan
infantri. Unit amor seboleh-bolehnya mematuhi keperluan ini.

c. Jika keadaan membenarkan, bantuan penglihatan malam kereta kebal
boleh di gabungkan dalam rancangan pengawasan infantri.

ARTILERI

6176. Penugasan. Dalam pertahanan kawasan, adalah luar biasa untuk tidak
memusatkan pemerintahan artileri. Pemerintahan selalunya dikekalkan di peringkat
divisyen supaya tembakan maksimum artileri dapat ditumpukan ke sasaran-sasaran
yang berkemungkinan besar merupakan pendekatan musuh. Bantuan akan diberikan
oleh semua unit-unit artileri divisyen yang berada di dalam jarak menembak kecuali
yang terlibat dengan tugas lain.

6177. Penempatan. Penempatan unit-unit artileri dalam pertahanan adalah di
peringkat tertinggi sekali, misalnya di peringkat divisyen penempatan adalah seperti
terkandung di dalam rancangan bantuan artileri divisyen. Segala penempatan
unit/subunit artileri adalah berpandukan kepada rancangan ini.

6178. Pemerintahan, Kawalan dan Pentadbiran. Kawalan tembakan artileri boleh
dibahagikan kepada formasi-formasi bawahan dengan menempatkan rejimen artileri
dalam bantuan langsung kepada Briged-Briged dan bateri-bateri rejimen tersebut pula
ditempatkan dalam bantuan langsung kepada unit-unit.

6179. Pada peringkat permulaannya sebahagian daripada artileri yang ada mungkin
ditempatkan ke hadapan untuk membantu kumpulan pelindung divisyen dan
kumpulan tabir Briged. Di peringkat persediaan, sebahagian dari artileri akan
ditempatkan berhampiran dengan batasan hadapan kawasan tempur untuk
memberikan perlindungan tembakan tambahan di hadapan dan kedalaman untuk
mengganggu persediaan awal musuh.

6180. Di mana mungkin, kedudukan-kedudukan artileri hendaklah ditempatkan
supaya mendapat perlindungan dari lokaliti-lokaliti infantri. Walaupun keselamatan
setempat adalah tanggungjawab artileri namun bantuan daripada infantri mungkin
juga diperlukan.

6181. Tembakan Defensif. Tujuan tembakan defensif adalah untuk

mengkucarkacirkan persediaan musuh untuk menyerang atau menyerang balas dan

mematahkan serbuannya. Tembakan defensif boleh menyebabkan kecederaan kepada

anggota dan kerosakan peralatan musuh.

6 - 47
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

6182. Tembakan Balas Persediaan. Tujuan tembakan balas persediaan adalah
untuk mengganggu persediaan musuh untuk menyerang atau menyerang balas dan
mencederakan kumpulan simpanannya semasa serbuan. Musuh hendaklah
dimusnahkan dengan tumpuan tembakan yang maksimum di peringkat seawal yang
mungkin dan tembakan sedemikian hendaklah dikekalkan. Pertempuran defensif
hendaklah dimulakan dari jarak yang seberapa jauh yang boleh. Tembakan ini
digunakan dari kawasan berkumpul ke tempat mengatur bentuk, markas-markas dan
kumpulan simpanan serta laluan-laluannya. Rancangan tembakan balas persediaan
yang berjaya ialah tembakan yang mengganggu persediaan musuh sehingga
membantutkan pelancaran serangan musuh. Sasaran dipilih, biasanya di peringkat
Briged atau lebih tinggi lagi, atas pendekatan-pendekatan ke arah kedudukan
pertahanan yang mungkin digunakan oleh musuh.

6183. Tembakan Defensif Rapat. Tujuan tembakan defensif rapat adalah untuk
mematahkan serangan musuh dengan menembaknya semasa ia sedang mengatur
bentuk untuk menyerbu. Seterusnya tembakan ini diubah untuk meneruskan
tembakan sehinggalah musuh dipaksa menghentikan serangannya. Semasa memilih
penugasan tembakan defensif rapat, faktor-faktor berikut sangatlah perlu
diperhatikan:

a. Pendekatan-pendekatan musuh yang mungkin.

b. Kedudukan-kedudukan di tanah di mana musuh mungkin akan dikesan
untuk kali pertama semasa menyerang.

c. Kemungkinan tempat mengatur bentuk musuh.

d. Menggunakan penugasan tembakan defensif sebagai tanda panduan
untuk pembetulan tembakan selanjutnya.

6184. Tembakan Pelindungan Akhir (TPA). Penugasan tembakan defensif rapat
yang melindungi pendekatan musuh paling mungkin akan dijadikan sebagai tembakan
TPA. Unit-unit artileri yang ditugaskan kepada sasaran-sasaran ini akan mengekalkan
hala laras meriam masing-masing ke arah sasaran TPA untuk memberikan tindakan
serta merta kecuali jika digunakan untuk tugas-tugas lain. Perkara-perkara berikut
perlulah diingatkan:

a. Hanya satu tugas TPA boleh diberikan kepada setiap unit tembakan.

b. Jumlah penugasan TPA di kawasan hadapan unit atau formasi adalah
bergantung kepada jumlah unit artileri yang diletakkan di bawah bantuan terus
atau pada panggilan keutamaan.

6185. Perancangan Tembakan Defensif . Pegawai memerintah, atas nasihat Ketua
Bateri dan Ketua Platun mortarnya memilih tugas-tugas TPA dan tembakan defensif.
Beliau juga boleh mencadangkan tugas-tugas tembakan balas persediaan. Ketua

6 - 48

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Bateri memperuntukkan nombor-nombor sasaran dan menghantarnya bersama-sama
dengan pengelompokan atau batasan jika ada kepada baterinya dan juga kepada
pemerintah rejimennya.

6186. Markas Briged akan menyelaraskan rancangan-rancangan tembakan defensif
batalion untuk memenuhi keperluan batalion tersebut.

6187. Memandangkan unit-unit artileri ditempatkan di pemerintahan yang tertinggi,
segala urusan pentadbiran dikelolakan dan diselaraskan dengan formasi berkenaan.
Segala keperluan logistik meliputi peluru, minyak, air, sajian dan sebagainya
dikordinasikan oleh artileri divisyen untuk di hantar terus ke unit-unit (push-forward
system).

JURUTERA

6188. Penugasan. Peranan utama jurutera ialah untuk membantu

menyelenggarakan dan meningkatkan daya gerak di samping menghalang kebebasan

bergerak musuh. Dalam pertahanan khasnya, sumber-sumber jurutera selalunya tidak

mencukupi untuk melaksanakan semua tugas-tugas yang diperlukan secara serentak.

6189. Sesebuah batalion infantri mestilah berupaya melaksanakan keperluan tugas-
tugas kejuruteraan tempatan sendiri seperti menggali POSTAH, menanam periuk api
pelindung dan merentang halangan-halangan dawai. Tugas utama jurutera dalam
pertahanan adalah untuk mengadakan unsur kedalaman dan meningkatkan kekuatan
pertahanan kompeni-kompeni infantri. Biasanya mereka memerlukan perlindungan
dan tenaga kerja daripada infantri. Tugas-tugas jurutera termasuklah:

a. Menanam periuk api dan memusnahkan atau merosakkan laluan
pendekatan-pendekatan ke kedudukan pertahanan.

b. Membina dan memperbaiki halangan-halangan di bahagian hadapan,
rusuk dan belakang kedudukan. Tugas-tugas ini perlulah diselaraskan dengan
rancangan-rancangan anti-amor dan tembakan defensif.

c. Sebahagian dari tenaga jurutera hendaklah diperuntukkan kepada
kedudukan pertahanan utama untuk membersihkan jalan-jalan pergerakan ke
kedudukan alternatif dan tugas-tugas serang balas yang dijangkakan, membina
tempat atau titik pendaratan, serta membina dan menyamarkan kedudukan-
kedudukan palsu untuk penipuan.

6190. Pemerintahan, Kawalan dan Pentadbiran. Dalam pertahanan,

pemerintahan, kawalan dan pentadbiran bagi unit-unit jurutera yang ditumpangkan

kepada batalion infantri adalah di bawah pegawai memerintah. Walaupun rancangan

keseluruhan kerja-kerja kejuruteraan diselaraskan di formasi atasan, segala kerja-

kerja untuk batalion dipertanggungjawabkan kepada pegawai memerintah dan elemen

jurutera di letak di bawah perintah beliau. Semua keperluan bantuan dan pentadbiran

6 - 49
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

diselaraskan oleh Markas Batalion untuk memudahkan beban kerja untuk anggota-
anggota pakar ini.

SEKSYEN 8

PASUKAN BANTUAN DI DALAM PERTAHANAN

6191. BIS mungkin menduduki kedudukan pertahanan sama ada untuk jangka masa
yang pendek atau berpanjangan sebelum memulakan operasi mara atau berundur.
Kerja-kerja pentadbiran harian yang perlu dilaksanakan oleh batalion agak besar.
Tambahan pula, apabila serangan bermula, saluran perhubungan batalion akan
terganggu atau dipintas. Justeru, batalion perlulah mempunyai bekalan tempur yang
mencukupi untuk jangka masa yang difikirkan perlu dalam menghadapi serangan
musuh.

6192. Di samping beban untuk senggaraan harian, batalion juga perlu menguruskan
stor pertahanan termasuk halangan dan bahan letupan. Kenderaan barisan kedua atau
ketiga mungkin diperlukan untuk tugas tersebut.

6193. Faktor penting yang mempengaruhi operasi pertahanan ialah keperluan untuk
mengekalkan penyembunyian untuk menyukarkan pengesanan sasaran oleh pihak
musuh. Oleh itu, adalah penting kerja-kerja pentadbiran seperti pergerakan kenderaan
tidak menjejaskan aspek keselamatan ini terutamanya dalam menempatkan tempat
bekalan (dumps). Jumlah pergerakan kenderaan untuk tujuan pentadbiran akan
memberi petunjuk kepada musuh terhadap operasi yang akan kita laksanakan. Atas
sebab ini, sejumlah besar kerja-kerja pentadbiran perlu dilakukan di waktu malam jika
keadaan membenarkan. Walau bagaimanapun ini akan menambah lagi batasan
terhadap sumber pentadbiran.

6194. Operasi pertahanan selalunya akan mengakibatkan penurunan semangat juang,
terutamanya apabila melibatkan operasi yang berpanjangan. Kepincangan pentadbiran
akan memburukkan lagi keadaan ini. Aspek ini perlu diberi perhatian oleh semua
komander dan staf.

6195. BIS mungkin akan diberi perlindungan daripada serangan udara oleh sistem
pertahanan udara formasi. Namun untuk mengekalkan kebebasan pergerakan untuk
operasi dan bantuan logistik, batalion perlu mengambil langkah-langkah aktif dan
pasif pertahanan udaranya sendiri. Apabila ujud ancaman serangan udara, pergerakan
taktikal dan pentadbiran di waktu siang perlu minimakan. Sebahagian besar
pergerakan dilakukan di waktu malam dan ketika penglihatan adalah terhad.

6196. Persiapan Pentadbiran . Persiapan pentadbiran pertahanan perlu dilakukan
seawal mungkin dan tidak semestinya menunggu sehingga rancangan terperinci
operasi dirangka. Persiapan ini khususnya kepada arahan pergerakan alat-alat stor

6 - 50

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

pertahanan ke kawasan hadapan dan penempatan stok bekalan kombat ke kawasan
hadapan. Jumlah stok bekalan simpanan yang perlu disimpan di kedudukan batalion
akan ditetapkan oleh komander formasi.

6197. Sebahagian besar keperluan pentadbiran (tidak termasuk alat stor pertahanan
termasuk alat letupan dan periuk api) adalah bom dan peluru. Bom mortar perlu
ditempatkan di kedudukan plat alas (base plate) atau kawasan yang berhampiran.
Semasa kerja-kerja mengumpul stok bom ini dilaksanakan, penggunaan bom tersebut
perlu dihadkan agar jumlah pegangan bom seperti yang diarahkan dapat dikumpulkan
dalam masa yang ditetapkan.

6198. Pada ketika keperluan pentadbiran sedang memuncak, kenderaan pegangan
batalion perlu di pusatkan agar penggunaan maksimum dapat diselaraskan. Apabila
keperluan pentadbiran sampai ketahap rutin, kawalan penggunaan kenderaan mungkin
boleh dikembalikan kepada kompeni-kompeni. Kenderaan-kenderaan pengangkut
anggota perlu diurus agar tidak menjejaskan penyembunyian lokasi pertahanan
batalion.

6199. Ulang Bekal. Sistem ulang bekal yang sedia ada akan dipraktikkan selagi
keadaan taktikal membenarkan. Hanya apabila sistem ulang bekal biasa tidak dapat
dilaksanakan maka stok di tempat bekalan (dump) boleh digunakan.

6200. Ketika aktiviti pertempuran pertahanan agak kendur, segala usaha hendaklah
dilakukan untuk memenuhkan kembali pegangan stok di tempat bekalan (dump) yang
telah digunakan atau telah musnah. Walau bagaimanapun keperluan ini bergantung
kepada keputusan pertempuran.

6201. Unit Logistik. Unit-unit logistik yang terlibat di dalam operasi pertahanan ini
ditempatkan bersama-sama formasi atasan seperti di Kawasan Senggaraan Briged
atau di Kawasan Senggaraan Divisyen. Bagi unit-unit infantri segala elemen logistik
ditempatkan di Eselon A dan Eselon B, yang mana keperluan logistik dan pentadbiran
harian dilaksanakan secara ‘push-forward’.

6 - 51
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 7

PENGUNDURAN

SEKSYEN 1

PENGENALAN

AM

701. Pengunduran boleh dilaksanakan secara dirancang atau serta-merta akibat
perubahan terhadap situasi taktikal semasa. Walau bagaimanapun pertimbangan asas
pengunduran tetap tidak berbeza kecuali masa untuk perancangan dan prosedur
tempur sahaja yang berubah.

702. Pengunduran mungkin dilaksanakan oleh sebab-sebab seperti berikut:

a. Hasil dari kekalahan setempat.

b. Untuk mengelakkan pertempuran dalam keadaan operasi dan logistik
yang tidak sesuai.

c. Untuk bergerak seiring dengan pergerakan pasukan sahabat.

d. Untuk mengheret musuh ke dalam keadaan dan situasi yang tidak
sesuai baginya.

e. Untuk memperolehi masa.

703. Walau apa pun sebab pengunduran dilaksanakan, setiap peluang yang ada
hendaklah digunakan untuk mengharu, melemahkan dan memaksima kecederaan serta
kerosakan terhadap pihak musuh dan peralatannya. Tindakan-tindakan ofensif akan
memaksa musuh bergerak dengan lebih berhati-hati dan menaikkan semangat anggota
yang sedang berundur.

TUJUAN

704. Tujuan pengunduran adalah untuk memutus tempur (disenggage) daripada
musuh dengan cara berundur ke kedudukan pertahanan baru dengan kasualti dan
gangguan yang minima.

7-1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 2

PERTIMBANGAN ASAS

705. Kejayaan dalam pengunduran bergantung kepada perkara-perkara berikut:
a. Mudah dan fleksibel.

b. Kejutan.

c. Keselamatan.

d. Lepas Libat.

e. Tindakan ofensif.

f. Pengekalan moral.

706. Mudah dan Fleksibel . Pengunduran di tahap batalion adalah suatu operasi
yang sukar kerana ia melibatkan pergerakan anggota dan material ke bahagian
belakang dengan menggunakan laluan yang terhad. Keadaan tanah yang asing dan
kurang diketahui oleh anggota akan turut menyukarkan pergerakan ini lebih-lebih lagi
apabila ia dilaksanakan dalam keadaan tertekan. Perancangan yang mudah akan
mengurangkan kesukaran pergerakan ini. Ia dicapai melalui:

a. Perintah yang jelas di semua peringkat.

b. Langkah-langkah kawalan yang baik.

c. Masa yang realistik.

d. Susunan pentadbiran yang baik.

707. Dalam pengunduran, seseorang pegawai memerintah akan menghadapi perkara-
perkara luar jangkaan termasuk cuaca buruk. Dengan itu, masa-masa penting dalam
perancangan pengunduran yang terlalu ketat mesti dielakkan untuk mengekalkan
fleksibiliti.

708. Pengawalan yang baik di semua peringkat adalah perlu dalam pengunduran.
Perancangan yang mudah serta fleksibel, komunikasi yang baik, dan penggunaan titik
pemeriksaan dan temu akan membantu komander untuk mengawal pasukan sewaktu
pergerakan pengunduran anggota dan material.

709. Perintah pengunduran mestilah sampai ke komander bawahan secepat
mungkin untuk memberi masa yang maksimum untuk mereka melaksanakan
perancangan di peringkat subunit. Perintah pengunduran mestilah mengambil kira
perkara berikut:

7-2

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

a. Kumpulan Tinjauan Belakang. Seseorang komander pada
kebiasaannya akan cuba untuk berada di bahagian hadapan bersama-sama
dengan terup untuk senang mengawal pertempuran. Maka Penolong Pegawai
Memerintah serta penolong-penolong komander bawahan, dari peringkat
batalion hingga platun, dan termasuk pasukan tumpangan dalam bantuan
kepada batalion tersebut akan melaksanakan tinjauan kepada kedudukan
pertahanan utama yang baru (New Main Defensive Position).

b. Titik Temu. Titik Temu mestilah dipilih untuk pasukan dan subunit
bagi memberi peluang kepada pegawai memerintah dan komander bawahan
untuk mendapat kembali kawalan terhadap kumpulan dibawah perintah
mereka. Titik Temu ini adalah tempat hentian taktikal dan dengan itu
mestilah dapat memberi perlindungan sementara kepada pasukan tersebut.
Tempat Temu dan laluannya mestilah dicadangkan oleh markas atasan dan
diselamatkan sebelum digunakan. Lokasi ini juga boleh digunakan sebagai
tempat naik kenderaan di peringkat batalion dan subunit mengikut kesesuaian
taktikal dan hasrat komander.

c. Titik Pemeriksaan. Titik pemeriksaan akan ditubuhkan di lokasi
yang senang dikenali dalam laluan ke Titik Temu. Tujuan mengadakan Titik
Pemeriksaan adalah untuk memberi peluang kepada komander untuk
memantau serta mengumpul maklumat tentang kemajuan pengunduran
batalion dan subunitnya. Subunit tidak akan berhenti di Titik Pemeriksaan.

d. Penyampaian Maklumat yang Pantas. Dalam pengunduran,
maklumat mestilah sampai kepada pengetahuan komander pasukan berundur
secepat yang mungkin untuk membolehkan satu-satu keputusan dibuat dengan
maklumat yang terkini.

e. Subunit Melaksanakan Pergerakan Dalam Kumpulan. Di dalam
perancangan pengunduran, pasukan mestilah memberi peluang kepada
subunit untuk bergerak di dalam kumpulan mereka. Di peringkat awal
pengunduran, pergerakan sedemikian rupa mungkin sukar tetapi segala usaha
perlu diambil untuk mengumpul balik subunit seawal-awal yang boleh.

f. Pengawalan Secara Pusat. Di dalam pengunduran, pengawalan
secara berpusat, tanpa menjejaskan kebebasan komander bawahan, adalah
perlu terutamanya apabila ia dilaksanakan secara berkenderaan.

g. Pengawalan Trafik . Aturan sistem kawalan trafik yang efisien dan
komprehensif adalah perlu dalam pengunduran. Semua stor dan kenderaan
tidak penting mestilah digerakkan ke bahagian belakang di peringkat awal
bergantung kepada perancangan komander. Lebih-lebih lagi dengan
mengambil-kira kenderaan BIS, pengawalan trafik terhadap laluan dan titik-
titik kritikal akan memberi impak kepada keberkesanan pengunduran.

7-3
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

710. Kejutan. Musuh, secara amnya, boleh mengetahui bahawa pasukan BIS akan
melaksanakan pengunduran. Tetapi, komander boleh mengambil beberapa langkah
untuk merahsiakan masa sebenar pengunduran dan dengan itu mencapai kejutan.
Langkah-langkah yang membolehkan seseorang komander mengekalkan kerahsiaan
dan seterusnya mencapai kejutan adalah seperti berikut:

a. Meneruskan rutin dan aktiviti biasa medan sehingga ke masa untuk
berundur.

b. Elakkan peningkatan atau pengurangan penggunaan radio; memberi
perhatian kepada aspek keselamatan operasi dan kaedah-kaedah penghantaran
perutusan semboyan secara selamat

c. Memaklum komander bawahan tentang segala maklumat terperinci
yang diperlukan untuk perancangan mereka seawal yang boleh. (Contohnya:
Perintah Amaran);

d. Semua pergerakan kenderaan mestilah dilaksanakan di waktu malam
khususnya bagi pengangkutan anggota pentadbiran, kenderaan pengangkut
bekalan, kumpulan simpanan dan kumpulan tinjauan belakang.

e. Rancangan tembakan mengharu bagi melindungi pergerakan kereta
kebal dan kenderaan lain; Namun demikian, tembakan ini seharusnya tidak
mengkompromikan aktiviti rutin pasukan yang akan berundur.

711. Keselamatan. Musuh boleh mengganggu pengunduran BIS hasil dari
penembusan, penyusupan, lingkaran, tembakan artileri dan serangan udara serta
aktiviti insurgen. Sasaran musuh mungkin melibatkan jambatan, laluan-laluan sempit,
jalan-jalan dan pusat komunikasi.

712. Perlindungan bagi pasukan dalam pengunduran mestilah dirancang walaupun
elemen keselamatan divisyen diaturgerakkan di barisan hadapan. Peringkat
pergerakan ke belakang sebelum tibanya ke kedudukan perantaraan ataupun sebelum
kedudukan pasukan pelindung di hadapan pertahanan utama yang baru adalah masa
yang paling kritikal. Keselamatan dari kumpulan penyusup, serangan udara dan trup
payung terjun musuh akan sentiasa menjadi ancaman.

713. Untuk menyukarkan kebolehan musuh untuk mengesan pengunduran dan bagi
mengelakkan penembusan kedudukan batalion, seseorang komander mestilah
mengekalkan barisan hadapan yang utuh (intact front) selama yang mungkin. Aktiviti
rondaan di barisan hadapan dan di antara kedudukan kompeni-kompeni mestilah
diteruskan lebih-lebih lagi bila kumpulan rondaan musuh masih aktif. Titik Temu
kompeni mestilah dijarakkan supaya batalion dapat mengekalkan tahap atur gerak
yang tinggi dalam kawasan tanggungjawab dan tidak akan tertumpu sebelum Titik
Temu Batalion.

7-4
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

714. Keselamatan rusuk batalion dalam pengunduran mungkin disediakan oleh
pengawal rusuk dan boleh diaturgerakkan melalui helikopter jika ditumpangkan. Jika
kereta kebal dan KPPA ditumpangkan, kumpulan simpanan bergerak boleh
ditubuhkan untuk bertindak terhadap musuh yang berjaya mengelak kumpulan
pengawal rusuk.

715. Lepas Libat. Pasukan musuh akan cuba mengekalkan kontak dengan
kumpulan induk BIS dalam pengunduran dengan tekanan dari hadapan dan juga
melalui tindakan lingkaran dari bahagian rusuk. Jikalau musuh berjaya, pengawalan
pasukan dalam pengunduran akan menjadi sukar dan pasukan juga akan kesuntukan
masa untuk menduduki dan mengkordinasi pertahanan di kedudukan baru secara
berkesan. Oleh yang demikian, pasukan boleh mengaturgerakkan kumpulan
pengawal belakang dan rusuk untuk mengurangkan tekanan terhadap kumpulan induk
dalam pergerakan ke belakang.

716. Untuk mengelakkan dari kekalahan secara menyeluruh dalam pertempuran
semasa pengunduran, pasukan BIS boleh berundur melalui beberapa pengkalan tetap.
Jarak di antara pengkalan-pengkalan ini akan bergantung kepada keadaan tanah dan
tindakan musuh. Perancangan yang rapi adalah perlu untuk menghadapi situasi-
situasi yang memungkinkan kontak dengan kumpulan ronda musuh atau kumpulan
lingkaran mereka sepanjang laluan pengunduran.

717. Bagi mencapai lepas libat, BIS perlu bergerak ke bahagian belakang sepantas
yang boleh dengan menggunakan kenderaan atau berjalan kaki. Pada masa yang
sama, ia mesti menyekat daya gerak musuh dalam pengejaran dengan mengenakan
perlengahan dan memaksa mereka untuk lebih berhati-hati dalam atur gerak. Daya
gerak musuh boleh dikurangkan dengan mengambil tindakan penghindaran laluan dan
penggunaan periuk api. Perancangan ini selalunya dirancang dan diarahkan oleh
markas atasan.

718. Penggunaan maksima halangan, semula jadi dan buatan manusia, boleh
memberi manusia kepada BIS dalam pengunduran khususnya bagi persiapan di
kedudukan pertahanan utama yang baru. Berpandukan perancangan formasi atasan,
BIS akan merancang penggunaan halangan dengan sumbernya sendiri.

719. Tindakan Ofensif. Tindakan ofensif dalam pengunduran akan memaksa
musuh untuk bergerak dengan berhati-hati dan pada masa yang sama meningkatkan
semangat pasukan yang sedang berundur. Di peringkat BIS, pergerakan musuh boleh
diperlahankan dengan penggunaan teknik-teknik seperti berikut:

a. Rondaan agresif.

b. Serang balas secara terhad jikalau musuh terlalu yakin dan pasukan
mampu untuk menanggung risikonya.

c. Artileri dan mortar.

7-5

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Serang hendap oleh kumpulan belakang dan sniper.

e. Letupan dan tindakan penghindaran laluan

f. Serangan udara.

720. Pengekalan Semangat (Morale). Pengunduran mungkin diakibatkan oleh
kekalahan dan dengan itu ia akan menyebabkan tekanan yang lebih kepada semangat
terup jika dibandingkan dengan operasi lain. Perkara ini boleh ditangani dengan
tahap disiplin yang tinggi, dan juga rangsangan oleh komander di semua peringkat.
Pengekalan semangat boleh dicapai dengan:

a. Maklumat yang boleh dipercayai tentang apa yang berlaku harus
disampaikan kepada semua peringkat setelah pengunduran dilaksanakan untuk
menghentikan khabar-khabar angin yang boleh menjatuhkan semangat.

b. Susunan pentadbiran yang baik bagi menyediakan makanan, ulang-
bekal peluru dan letupan, dan seterusnya evakuasi anggota-anggota tercedera.

c. Melatih operasi pengunduran dalam latihan pasukan supaya apabila ia
perlu dilaksanakan dalam peperangan ia akan menjadi suatu perkara biasa.

d. Tindakan ofensif di mana boleh untuk mengharu, melemahkan dan
untuk menimpa kecederaan kepada musuh.

721. Penduduk Tempatan. Walaupun perkara ini bukan suatu pertimbangan asas,
sikap dan pandangan penduduk tempatan adalah faktor penting dalam operasi
pengunduran. Sikap penduduk tempatan yang tidak memihak kepada pasukan yang
berundur dalam laluannya akan mengganggu operasi ini dengan tindakan sabotaj dan
khianat. Terup-terup perlu sedar perkara ini dan arahan yang terang dan jelas diberi
supaya mereka boleh mengambil tindakan yang perlu jika berlaku gangguan semasa
pengunduran. Di sebalik itu, penduduk tempatan yang memihak kepada pasukan
yang sedang berundur akan cuba turut berundur bersama terup-terup. Jikalau tidak
diambil kira dalam perancangan pengunduran, tindakan mereka akan menghalang dan
menjerutkan laluan pengunduran. Perancangan khusus bagi menangani situasi ini
hendaklah dimaklum kepada semua terup. Tindakan berjaga-jaga juga mestilah
diambil untuk mengelakkan musuh atau penduduk yang tidak memihak kepada
pasukan berundur dari mengganggu penduduk yang lain.

722. Pengawalan pelarian perang boleh menjadi suatu masalah besar. Suatu sistem
kawalan selalunya akan digunakan oleh markas lebih tinggi dalam mengawal
pergerakan mereka di puncanya. Pelarian perang akan di:

a. Dihalakan dari jalan-jalan dan laluan-laluan pengunduran kepada
tempat singgah sementara sehingga situasi operasi membenarkan pergerakan
mereka.

7-6

TERHAD

TERHAD MP 1.1.9A TD
b. Dilencongkan ke laluan lain jika ada.

SEKSYEN 3

PENGUNDURAN DI DALAM KAWASAN TERBUKA DAN TERHAD PADA
WAKTU MALAM DAN SIANG

PENGUNDURAN DI KAWASAN TERBUKA

723. Waktu Siang. Di kawasan terbuka, penarikan keluar anggota hadapan pada
waktu siang sangatlah sukar. Musuh mungkin dapat mengesan masa pengunduran
yang tepat dan akan menembak dengan tembakan yang ditenang atau tembakan
mengharu kepada terup yang berundur. Musuh juga mungkin menggunakan serangan
udara. Musuh akan berusaha untuk menjejak pengunduran ini dan mengekalkan
tekanan terhadap terup di hadapan atau ia boleh juga melakukan tindakan ini dengan
pergerakan tindakan rusuk. Bagi mengatasi tindakan ini, pegawai memerintah
mestilah bersedia untuk:

a Menggunakan jalan-jalan yang terlindung atau tembakan asap untuk
menyamarkan atau melindungi pergerakan bagi mengurangkan keberkesanan
tembakan musuh.

b. Menggunakan kuasa tembakan padu dari semua sumber artileri, armor
dan infantri yang ada untuk mengatasi tembakan musuh dan menghalangnya
dari membuat penjejakkan rapat.

c. Mengundurkan terup hadapan dahulu melalui pangkalan-pangkalan
tetap yang disediakan oleh platun-platun atau kompeni-kompeni di belakang.

d. Mengadakan pelindung rusuk.

724. Waktu Malam. Di kawasan terbuka pada waktu malam, selalunya kompeni-
kompeni belakang diundurkan dahulu. Tujuannya adalah untuk menghalang musuh
mengetahui masa pengunduran yang tepat sehinggalah ia terlalu lewat untuk musuh
membuat tindakan penyusulan. Bahagian medan hadapan yang utuh dan aktiviti-
aktiviti rutin, terutamanya rondaan-rondaan dan tembakan mengharu, dikekalkan
sebagai tindakan berjaga-jaga yang penting. Kekuatan yang tinggal di kedudukan
pertahanan mestilah cukup kuat untuk mempertahankannya sehinggalah masa yang
ditetapkan. Ia mestilah mempertunjukkan yang kedudukan tersebut masih
dipertahankan. Mengundurkan kompeni belakang dahulu dapat memberikan
kelebihan dari segi kemudahan gerakan dan kawalan. Ia juga merupakan prosedur
yang selalu digunakan di waktu malam. Walau bagaimanapun, jika ditafsirkan
bahawa tindakan musuh boleh membawa kepada serangan semasa atau sebelum masa
penghindaran maka adalah tidak wajar jika dirancang kesemua kompeni belakang

7-7

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

diundurkan dahulu. Terdapat risiko bahawa musuh akan dapat mencapai penembusan,
dan sudah tentulah, anggota terakhir yang berundur akan dipaksa bertempur secara
berterusan tanpa sebarang bantuan hinggalah mereka berjaya melintasi kedudukan
pangkalan tetap.

PENGUNDURAN DI KAWASAN TERTUTUP

725. Waktu Siang. Di kawasan tertutup, pengejaran secara pantas sangatlah sukar,
pemerhatian musuh mungkin terhad dan sebarang cubaan tindakan pelingkaran di
rusuk selalunya lambat dan meletihkan. Terup yang melakukan pengunduran mudah
untuk melengahkan pergerakan musuh dengan mengadakan beberapa siri serang
hendap. Penglihatan yang terhad memudahkan kita menipu musuh berkenaan
kekuatan pertahanan yang sebenar. Walau bagaimanapun, kawasan tertutup juga
memudahkan musuh melancarkan serangan mengejut dari kedudukan yang dekat dan
ia disukarkan lagi kerana di medan tembakan yang terhad. Oleh yang demikian, lepas
libat sukar diperolehi.

726. Apabila terdapat risiko serangan musuh semasa ataupun sebelum masa
pencegahan, maka akan menjadi sukar untuk komander membuat keputusan sama ada
kompeni-kompeni di belakang diundurkan dahulu. Pada masa yang sama adalah juga
sukar untuk menentukan sama ada kesemuanya atau sebahagian kompeni-kompeni
perlu ditinggalkan untuk membantu kompeni-kompeni yang berada di hadapan
mencapai lepas libat. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan adalah seperti
berikut:

a. Tahap kekuatan kuasa tembakan dan keanggotaan yang tinggi organik
kepada kompeni raifal. Bersama dengan atur gerak kompeni-kompeni, faktor
ini boleh menentukan sama ada:

(1) Penembusan ke kawasan batalion boleh dihalang oleh
kompeni-kompeni hadapan untuk jangka masa yang diperlukan.

(2) Kompeni-kompeni hadapan berupaya untuk keluar dari
kedudukan masing-masing tanpa bantuan dari kompeni-kompeni
belakang, dengan menggunakan kekuatan tempurnya untuk mencapai
lepas libat.

b. Sama ada kompeni-kompeni belakang boleh ditempatkan di
kedudukan di mana mereka boleh melindungi pengunduran elemen-elemen
hadapan tersebut dan sama ada kawalan boleh dikekalkan di keseluruhan
manuver ini jika musuh terlalu menekan kompeni-kompeni hadapan semasa
pengunduran. Walaupun pengunduran kompeni-kompeni belakang pada
waktu siang di kawasan terhad adalah lebih baik tetapi kemungkinan tindakan
ini tidak kukuh dari segi taktikal.

7-8
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

727. Waktu Malam. Walaupun pengunduran di waktu malam boleh dilaksanakan
di kawasan terhad, kawalan adalah sukar dan hendaklah di elakkan jika boleh. Jika
pengunduran pada waktu malam tidak dapat di elakkan lagi, tinjauan terperinci oleh
semua peringkat pemerintah, sehingga ke peringkat ketua seksyen hendaklah
dilaksanakan.

SEKSYEN 4
PERANCANGAN PENGUNDURAN
RANCANGAN AWAL
728. Peringkat Perancangan. Semasa merancang untuk berundur, pegawai
memerintah akan mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

a. Perintah diberikan oleh komander atasan.

b. Jarak di antara kedudukan sekarang dengan kedudukan pertahanan
yang baru serta masa yang diperlukan untuk tinjauan dan menyediakan
kedudukan baru tersebut.

c. Keperluan kedudukan-kedudukan pertengahan.

d. Keadaan muka bumi di antara kedudukan sekarang dengan kedudukan
baru dan bagaimana menggunakannya secara berkesan.

e. Keadaan cuaca, keadaan tanah, kadar serta jangka masa kegelapan.

f. Kekuatan musuh, atur gerak, jangka masa tindak balas dan tujuannya.

g. Imbangan daya gerak kedua-dua angkatan.

h. Situasi udara.

i. Situasi logistik.

729. Di dalam perancangan terperinci sesuatu pengunduran, aspek-aspek berikut
hendaklah diteliti dengan mendalam:

a. Masa Pengunduran. Bagaimana baik sesuatu perancangan
pengunduran, gerakan ini mungkin gagal jika keputusan untuk berundur tidak
dibuat tepat pada masanya. Walaupun terdapat beberapa faktor seperti
tindakan musuh di rusuk atau pertambahan kekuatan musuh di mana

7-9

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

pemerintah tidak berupaya mengawalnya, beliau masih perlu menetapkan
masa yang tepat untuk berundur.

b. Persediaan Kedudukan Pertahanan yang Baru. Kumpulan-
kumpulan tinjau dari semua kompeni mestilah dihantar ke belakang dan diberi
masa yang cukup untuk menentukan kedudukan baru tersebut disiapkan.
Anggota yang secukupnya hendaklah ditugaskan bagi membuat persediaan
yang perlu untuk menerima dan mengaturgerak anggota yang berundur.
Artileri mungkin perlu menyediakan dan menduduki kedudukan-kedudukan
sementara di mana mereka boleh menembak musuh di peringkat awal tempur
tanpa mendedahkan kedudukan sebenar di mana pertempuran defensif utama
akan bertempur.

c. Halangan. Suatu rancangan hendaklah dibentuk dan diberitahu
kepada semua kompeni dengan secepat mungkin supaya ketua-ketua kompeni
mengetahui:

(1) Jalan-jalan pengunduran yang ada supaya mereka boleh
membuat tinjauan dan menandainya jika perlu.

(2) Penglibatan kumpulan pengawal pemusnahan.

(3) Tahap kawalan untuk meletupkan pemusnahan simpanan.

(4) Sebarang keperluan komunikasi khas untuk kawalan dan
laporan berkenaan kemajuan pergerakan melalui tempat-tempat
pemusnahan.

d. Anggota dan Kenderaan yang Tidak Diperlukan. Anggota,
kenderaan dan peralatan yang tidak diperlukan di kawasan pertahanan
hendaklah dihantar ke belakang sebelum anggota tempur mula berundur.
Pergerakan ini tidak harus mengancam keselamatan.

e. Masa. Urutan dan masa pengunduran unit-unit hadapan memerlukan
perancangan yang teliti. Masa yang realistik hanya boleh dibuat berpandukan
pengetahuan tentang musuh, tanah dan pengetahuan mendalam mengenai
cara-cara unit mengendalikan pengunduran. Masa adalah kritikal:

(1) Empat masa yang mustahak adalah:

(a) Masa di mana kedudukan mesti dihindarkan. Masa ini
ditetapkan oleh markas formasi dan memerlukan anggota yang
secukupnya untuk menangkis serangan musuh ke atas
kedudukan pertahanan sehinggalah ke masa tersebut.

7 - 10
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(b) Masa di mana tidak ada sebarang pergerakan ke
belakang kecuali kumpulan tinjau belakang. Ini merupakan
masa terawal di mana kenderaan dan peralatan yang tidak
diperlukan boleh dihantar ke belakang dan penarikan sedikit
demi sedikit elemen-elemen tempur boleh dimulakan.
Pergerakan-pergerakan ini tidak boleh dimulakan sehinggalah
ancaman serangan musuh telah berlalu. Jika musuh tidak
mempunyai masa yang cukup untuk mengatur gerak serangan
sehingga ke lokasi hadapan pertahanan, sebelum masa
penghindaran, kemungkinan pengunduran ini tidak akan
menghadapi sebarang gangguan yang besar.

(c) Masa kedudukan pertahanan dikosongkan.

(d) Masa di mana semua anggota mesti melintasi
Garis Kordinasi Bantuan Tembakan, yang mana ianya akan
membenarkan pemerintah markas atasan bertindak
menggunakan tembakan artileri dan bantuan udara di hadapan
garisan tersebut.

f. Kawalan. Rancangan hendaklah dibuat bagi mengikuti perkembangan
pengunduran untuk membolehkan sebarang masalah diselesaikan. Titik
berkumpul bertemu dan laluan ke belakang mestilah diberitahu dengan
terperinci dan pegawai-pegawai hendaklah di tempatkan di tempat-tempat
yang mungkin menimbulkan masalah di sepanjang jalan pengunduran.

g. Simpanan. Satu kumpulan simpanan mestilah di dalam keadaan
bersiap sedia untuk menangkis penembusan atau menyerang balas kedudukan-
kedudukan yang ditawan oleh musuh sebelum tiba masanya.

h. Pertahanan Udara. Tugas-tugas unit pertahanan udara mungkin
termasuk mempertahankan kedudukan pertahanan hadapan, laluan-laluan
sempit dan pemusnahan simpanan penting di sepanjang jalan pengunduran.
Keputusan awal mestilah dibuat mengikut keutamaan untuk memberi masa
untuk melaksanakan tinjauan dan persediaan kedudukan menembak.

i. Komunikasi. Senyap radio dan elektronik boleh dikenakan ke atas
kedudukan perantaraan dan pertahanan yang baru untuk mengelak lokasi
tersebut di kesan oleh musuh. Jika boleh talian komunikasi hendaklah
digunakan di kedudukan-kedudukan ini. Sekiranya musuh telah sedar
kedudukan pertahanan yang baru kemungkinan ia akan menggunakan
peperangan elektronik untuk menambahkan masalah kawalan dan
mewujudkan keadaan tidak menentu.

7 - 11
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

j. Perdayaan. Sebelum pengunduran dimulakan, perancangan
hendaklah dibuat bagi menentukan pergerakan di jalan, rondaan dan tembakan
artileri berada di tahap yang biasa. Ini adalah sebahagian dari rancangan
perdayaan.

k. Pemancaran Elektronik . Musuh boleh mendapatkan maklumat yang
berguna dengan mengkaji susunan dan penggunaan radio dan alat-alat bantuan
elektronik seperti radio, radar atau inframerah dan juga sebarang perubahan
dari corak atur geraknya. Di dalam pengunduran, adalah perlu untuk
mempertimbangkan senyap radio sebelum pengunduran dimulakan sebagai
salah satu daripada rancangan perdayaan.

TINJAUAN BELAKANG

730. Kumpulan Tinjau Belakang batalion dihantar ke kedudukan pertahanan utama
yang baru untuk menyusun kedudukan pertahanan dan menunjuk jalan masuk kepada
terup apabila mereka sampai. Komposisi anggota dan kenderaan di terangkan di
dalam PROTAP unit.

731. Tertakluk kepada keadaan, termasuk keperluan batalion di dalam pertahanan,
kumpulan tinjauan belakang mungkin ditambah keanggotaannya untuk membolehkan
persediaan awal pertahanan dibuat di kedudukan pertahanan baru dan kemudiannya
bertindak sebagai penunjuk jalan.

732. Tinjauan Laluan dan Tempat Berkumpul. Komander formasi akan
menentukan laluan-laluan pengunduran dan tempat berkumpul untuk tiap-tiap
batalion. Setelah mendapat maklumat ini, pegawai memerintah akan memilih tempat
menaiki kenderaan batalion (jika diperlukan). Sebagai penyelarasan dan untuk
menentukan keselamatan, pegawai memerintah akan memilih tempat berkumpul,
laluan-laluan dan masa untuk setiap kompeni bergerak ke tempat berkumpul batalion.

733. Kompeni-kompeni dikehendaki mengadakan kumpulan tinjauan masing-
masing untuk meninjau laluan-laluan ke tempat berkumpul kompeni dan batalion.
Untuk pengunduran di waktu malam, tinjauan siang dan malam adalah lebih baik.
Kumpulan-kumpulan ini kemudiannya akan bertindak sebagai penunjuk jalan semasa
pengunduran.

TEMPAT TEMU BATALION

734. Tempat Temu berasingan dipilih untuk batalion dan setiap unit kecil untuk
membolehkan pemerintah berkenaan mendapatkan semula kawalan ke atas
keseluruhan unit mereka. Tempat berkumpul batalion hendaklah mempunyai ciri-ciri
berikut:

a. Suatu kawasan di mana musuh belum lagi menembakinya dengan
artileri dan kemungkinan belum didaftarkan lagi.

b. Di luar jarak tembakan senjata-senjata londaran rendah dan mortar.
7 - 12

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Satu kawasan yang luas dan mampu diduduki setiap unit kecil untuk
digunakan sebagai tempat berkumpul.

d. Mudah masuk dari hadapan dan belakang.

e. Satu kawasan yang memerlukan keanggotaan yang minimum untuk
mempertahankannya.

f. Kawasan yang sesuai bagi pergerakan kenderaan untuk batalion yang
akan menaiki kenderaan.

g. Tersembunyi dari pemerhatian udara dan darat.

h. Di atas laluan pengunduran.

735. Perkara-perkara berikut hendaklah juga diambil kira:

a. Pertahanan. Biasanya kompeni yang sampai dahulu ke tempat
berkumpul akan dipertanggungjawabkan untuk melindunginya. Tinjauan awal
oleh wakil kompeni akan membantu mempercepatkan atur gerak ini.

b. Kawalan. Seorang pegawai akan mengawal pergerakan masuk dan
keluar dari tempat berkumpul. Beliau akan menubuhkan markas kawalannya
di jalan masuk ke tempat ini. Beliau juga memerlukan penunjuk jalan untuk
mengarahkan subunit ke lokasi ke kedudukan mereka dan kemudiannya ke
tempat menaiki kenderaan. Komander bawahan dan anggotanya yang
memberi perlindungan di tempat berkumpul boleh dipertanggungjawabkan
dengan tugas ini. Dengan itu, tinjauan kawasan pada waktu siang perlu
dilaksanakan.

TEMPAT PEMERIKSAAN BATALION

736. Tempat pemeriksaan batalion adalah suatu tempat di sepanjang laluan
pengunduran di mana kompeni-kompeni akan menumpu dalam perjalanan ke tempat
berkumpul batalion. Tempat ini mestilah mudah dikenali tetapi bukanlah sasaran yang
nyata tembakan musuh. Ia selalunya dikendalikan oleh seorang pegawai yang sentiasa
menyampaikan maklumat perkembangan pengunduran kepada pegawai memerintah
dan pegawai yang mengawal tempat berkumpul batalion. Anggota tidak berhenti di
tempat ini. Mungkin lebih dari satu tempat pemeriksaan batalion diperlukan jika
lebih dari satu jalan pengunduran digunakan.

737. Komunikasi mestilah diadakan di antara tempat berkumpul batalion, titik
pemeriksaan batalion dan pos pemerintah dengan radio atau talian.

7 - 13
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

TEMPAT TEMU KOMPENI

738. Tempat bertemu kompeni mestilah merupakan tempat yang mudah dikenali,
selalunya di belakang platun kedalaman di dalam paksi pengunduran dan berada di
kawasan terlindung dari tembakan dan pemerhatian musuh. KSM selalunya
mengawal tempat bertemu kompeni dan platun yang sampai dahulu akan
mempertahankannya.

739. Setelah semua anggota kompeni berkumpul di tempat bertemu ini, semua
platun akan melapor kepada Ketua Kompeni dan seterusnya bergerak ke tempat
pemeriksaan dan tempat bertemu batalion.

740. Tempat pemeriksaan kompeni hanya perlu jika kawalan menjadi sukar kerana
keadaan tanah, tembakan musuh, atau laluan dari kedudukan platun ke tempat
bertemu kompeni adalah sukar. Kompeni-kompeni pendalaman atau simpanan jarang
sekali memerlukan tempat pemeriksaan.

741. Gambarajah 6 di dalam bab ini menunjukkan organisasi tempat pemeriksaan,
tempat bertemu dan kawasan menaiki kenderaan yang berkaitan dengan lokaliti-
lokaliti kompeni dan jalan-jalan pengunduran. Susunan ini hanyalah merupakan
gambarajah rujukan sahaja.

KUMPULAN BELAKANG

742. Kemungkinan juga suatu kumpulan perlu ditubuhkan bagi melaksanakan
tugas-tugas khas dalam pengunduran. Kumpulan ini dipanggil kumpulan belakang.
Tugas-tugas mereka ialah:

a. Menutup ruang medan periuk api setelah kumpulan ronda terakhir
berundur.

b. Meletupkan pemusnahan setelah terup berundur.

c. Mengadakan rondaan-rondaan tetap di pendekatan-pendekatan yang
terdedah.

743. Kumpulan belakang bergantung kepada tembakan pelindungan dan kelajuan
serta manuver untuk berundur. Pengunduran kumpulan ini biasanya diselaraskan oleh
batalion dan mungkin mengikut jalan dan masa yang berlainan dari kumpulan-
kumpulan lain dalam batalion.

URUTAN PENGUNDURAN

744. Sebelum memberikan perintahnya, pegawai memerintah perlu:

a. Mengeluarkan perintah amaran.

7 - 14

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Menentukan sebarang perubahan kepada komposisi kumpulan tinjau
belakang, memilih tempat bertemu dan masa untuk mereka berkumpul dan
menyediakan kenderaan bagi pergerakan mereka.

c. Membuat persiapan untuk kenderaan batalion dikumpulkan jika perlu
di bawah kelolaan pegawai kenderaan.

d. Memilih laluan-laluan ke tempat bertemu batalion dan kompeni dari
tempat -tempat pemeriksaan dan tempat bertemu.

e. Menentukan tugas dan komposisi kumpulan belakang.

f. Menilai kedudukan-kedudukan pangkalan tetap yang mana diperlukan.

g. Menetapkan:

(1) Urutan pengunduran kompeni-kompeni.

(2) Masa lokaliti-lokaliti belakang boleh memulakan pengunduran.

(3) Masa lokaliti-lokaliti hadapan boleh memulakan penarikan
sedikit demi sedikit.

745. Perintah amaran mestilah mengandungi tugas batalion, masa terkawal
pergerakan boleh dimulakan, masa dan tempat bertemu untuk menerima perintah dan
jika boleh, masa-masa penting dan rancangan kasar pergerakan kumpulan tinjau
belakang.

746. Urutan pengunduran bergantung kepada keadaan taktikal. Urutan biasa adalah
seperti berikut:

a. Semua kenderaan, peralatan dan anggota yang tidak diperlukan
dikeluarkan
dari kawasan hadapan sebaik sahaja selepas masa pergerakan ke belakang
dibenarkan.

b. Penarikan sedikit demi sedikit dimulakan mengikut rancangan batalion
yang telah diatur.

c. Semua terup yang tinggal, kecuali kumpulan belakang, berundur pada
masa pencegahan.

d. Kumpulan belakang berundur berpandukan perintah yang telah
ditetapkan.

7 - 15
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 5

PELAKSANAAN PENGUNDURAN

LEPAS LIBAT

747. Aktiviti-aktiviti biasa mestilah dikekalkan sehinggalah ke saat-saat akhir yang
mungkin. Jika musuh telah sedar akan pengunduran dan memulakan serangan,
kompeni-kompeni hadapan atau jikalau keadaan terlalu mendesak keseluruhan
batalion terpaksa bertindak memutuskan pertempuran dengan kaedah tembak dan
gerak.

748. Pegawai memerintah selalunya berada di Pos Pemerintahan sehingga selepas
masa penghindaran supaya boleh menerima laporan-laporan kemajuan pengunduran
dari tempat pemeriksaan batalion dan sentiasa bersedia mengawal batalion jika
berlaku sebarang gangguan musuh. Selepas masa ini beliau hendaklah bergerak
secepat mungkin ke tempat bertemu batalion.

749. Semua Ketua Kompeni memeriksa lokaliti masing-masing sebelum bergerak
dan kemudiannya berundur bersama-sama dengan platun terakhir mereka. Mereka
mestilah sentiasa mempunyai perhubungan radio dengan platun-platun dan tempat
bertemu kompeni masing-masing. Apabila sampai ke tempat bertemu kompeni,
mereka akan diberi laporan berkenaan keadaan setiap platun.

PERGERAKAN KE BELAKANG

750. Setelah berkumpul di tempat bertemu, tiap-tiap kompeni bergerak ke belakang
sebagai satu subunit, menggunakan formasi seperti di dalam mara. Terup tertentu
mungkin diarahkan sebagai pelindung di rusuk dan di belakang. Semua anggota yang
tercedera dibawa dengan pengusung sehingga ke Pos Perubatan Rejimen yang
selalunya berada di tempat bertemu batalion. Pemindahan kecederaan hendaklah
dibuat dengan segera supaya mereka tidak terlibat semula dengan pertempuran.

751. Masa yang digunakan di tempat bertemu hendaklah seberapa singkat yang
boleh. Kompeni-kompeni menaiki kenderaan atau mula berjalan kaki ke belakang
sebaik sahaja sampai di sini. Kompeni yang terakhir adalah bertanggungjawab
sebagai pelindung belakang kepada kolum batalion yang berundur.

752. Apabila sampai sahaja di tempat kedudukan baru, batalion akan bertemu
dengan penunjuk jalan dari kumpulan tinjau belakang yang akan menunjukkan tiap-
tiap kompeni ke kawasan berpecah masing-masing yang berhampiran dengan lokaliti
baru kompeni. Dari sini penunjuk jalan dari platun dan markas kompeni mengambil
alih tugas dan menunjukkan anggota masing-masing ke kedudukan baru mereka.
Batalion kemudiannya ditempatkan untuk pertahanan kawasan.

7 - 16
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

RANCANGAN PENGAWASAN

753. Di dalam pengunduran di waktu siang, peralatan pengawasan akan
dikeluarkan dahulu bersama-sama dengan kenderaan dan peralatan yang tidak
diperlukan. Peralatan ini hendaklah dihantar ke kedudukan baru. Jika boleh, masa
hendaklah diperuntukkan untuk penempatan semula peralatan ini di waktu siang.

754. Di waktu malam atau di dalam keadaan yang kabur, peralatan pengawasan
hendaklah dikekalkan di tempatnya untuk selama yang boleh. ‘Image Intensifiers’
sangat berguna untuk pandu arah dan pengenalan. Masa yang cukup hendaklah
diberikan untuk pengeluaran peralatan pukal. Kabel mungkin terpaksa ditinggalkan.
Radar di lokasi kedalaman boleh digunakan untuk mengawasi kawasan hadapan
apabila anggota telah meninggalkan tempat ini.

755. Untuk menentukan kerahsiaan yang maksimum, langkah-langkah penangkisan
pengawasan hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Pegawai memerintah mestilah
memberikan perintah yang jelas berkenaan penggunaan cahaya putih dan semua
peralatan aktif termasuk inframerah semasa pergerakan kenderaan dan anggota.

POLISI RONDAAN

756. Aktiviti rondaan biasa hendaklah diteruskan di keseluruhan operasi ini.
Kumpulan ronda tambahan mungkin diperlukan untuk mengawasi ruang-ruang,
melaksanakan serang hendap atau membuat piket di laluan-laluan pengunduran.

757. Sebaik-baiknya kumpulan ronda tempur haruslah kembali sebelum masa
pencegahan. Walau bagaimanapun mereka patut diberikan tempat bertemu jika
berlaku kelewatan. Walau apa sebab sekalipun pengunduran tidak boleh
ditangguhkan kerana menunggu kumpulan ronda ini balik.

BATALION SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI FORMASI DALAM
PENGUNDURAN

758. Apabila pengunduran di peringkat formasi dilaksanakan, Pemerintah Formasi
akan mengatur gerakkan unit-unit kepada tiga kelompok utama iaitu Kumpulan
Induk, Kumpulan Pelindung dan Kumpulan Kedudukan Pertengahan. Kumpulan
Pelindung akan dianggotai oleh elemen-elemen yang mempunyai daya tembakan bagi
membolehkan formasi tersebut mencapai lepas libat semasa pengunduran
dilaksanakan.

759. Apabila batalion menjadi sebahagian dari formasi besar yang melaksanakan
pengunduran ia mungkin diperlukan untuk melakukan penugasan-penugasan seperti
berikut:

a. Menduduki kedudukan perantaraan.

7 - 17

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Mengadakan elemen-elemen keselamatan.

c. Mengadakan pengawal rusuk.

760. Menduduki Kedudukan Perantaraan. Batalion mungkin perlu menduduki
keseluruhan atau sebahagian dari kedudukan perantaraan sebagai sebahagian dari
rancangan pengunduran formasi. Kedudukan pertahanan hendaklah ditubuhkan dan
pertahanan dilaksanakan seperti mana pertahanan kawasan tetapi perlulah dibuat
beberapa pengubahsuaian pada tekniknya. Batalion selalunya mengawal pertahanan
hadapan yang lebih luas dari pertengahan kawasan biasa. Seterusnya kompeni-
kompeni mungkin akan dipertanggungjawabkan mengawal pertahanan hadapan yang
lebih luas dan penekanan kepada penggunaan maksimum senjata-senjata jarak jauh.
Dalam keadaan ini, batalion mungkin terpaksa menanggung risiko mengurangkan
kedalaman batalion dan kompeni.

761. Mengadakan Elemen-Elemen Keselamatan. Batalion mungkin perlu
mengadakan sebahagian dari kumpulan pelindung atau tabir di pendekatan-
pendekatan musuh yang munasabah ke:

a. Kedudukan perantaraan.

b. Kedudukan pertahanan baru.

762. Tugas batalion di dalam penugasan ini adalah untuk melambatkan kemaraan
musuh secara maksimum, dengan memberikan amaran awal di atas tujuan dan
pergerakannya serta mempertingkatkan keselamatan kumpulan induk.

763. Semasa melaksanakan tugas sebagai kumpulan pelindung atau tabir, batalion
perlulah diperuntukkan dengan daya gerak taktikal seelok-eloknya kereta pengangkut
perisai. Artileri dan kereta kebal akan membantu di dalam operasi ini sehingga
selesai.

764. Jika batalion ditempatkan di atas laluan pengunduran formasi, ia juga akan
bertanggungjawab untuk melindungi pengunduran tersebut sebaik sahaja elemen-
elemen belakang kumpulan induk telah melintasi kedudukannya.

765. Pengaturgerakkan Pengaw al Rusuk. Jika kumpulan induk diancam oleh
serangan musuh dari satu atau kedua-dua bahagian rusuk semasa pengunduran,
kumpulan pengawal rusuk mungkin perlu ditempatkan sebagai tambahan kepada
kumpulan pelindung dan tabir untuk menghalang gangguan musuh. Sebahagian atau
keseluruhan batalion mungkin diperlukan bagi penugasan ini.

766. Pengawal akan ditempatkan di pendekatan-pendekatan musuh yang mungkin
dari rusuk sehingga ke tempat-tempat yang kritikal di sepanjang laluan dan laluan ke
kedudukan perantaraan. Mereka mungkin diperlukan menduduki sesuatu tempat atau
membuat piket di laluan-laluan di sepanjang rusuk yang terdedah.

7 - 18

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

767. Pergerakan pengawal rusuk, kumpulan induk dan kumpulan pelindung
mestilah dikordinasi dengan terperinci. Masa-masa pergerakan untuk kumpulan yang
beroperasi secara sendirian selalunya ditentukan oleh markas yang mengawal
pengunduran sementara batalion yang akan melaksanakan tugas piket hanya boleh
bergerak mengikut arahan operasi atau masa yang telah ditetapkan.

768. Pengawal rusuk memerlukan daya gerak, bantuan tembakan dari artileri dan
mortar dan juga mungkin memerlukan senjata anti armor.

SEKSYEN 6

KOMPENI BANTUAN DALAM PENGUNDURAN

PLATUN MORTAR

769. Tugas. Tugas-tugas utama Platun Mortar di dalam pengunduran ialah:

a. Memberi bantuan kepada kumpulan ronda.

b. Melambatkan musuh dengan tembakan dan memaksanya untuk
mengaturgerak.

c. Membantu di dalam rancangan tembakan defensif.

d. Melindungi pengunduran terakhir hingga ke had bantuan yang dapat
diberikan tertakluk kepada keupayaan daya gerak detasmen mortar berbanding
dengan pergerakan anggota yang di bantunya.

e. Menjadi sebahagian dari pengawal belakang, ia mungkin digunakan
untuk membantu serangan balas atau membantu mempertahankan kedudukan
pertengahan, tetapi had bantuan yang dapat diberikan tertakluk kepada daya
gerak detasemennya.

770. Penempatan. Mortar mungkin akan terus berada di kedudukannya sehingga
kumpulan belakang telah berundur. KTB kekal bersama-sama dengan kompeni di
keseluruhan operasi ini. Stok bom mortar dan lebihan dari keperluan yang
dijangkakan untuk melindungi pengunduran di gerakan awal ke belakang. Untuk
menentukan pengunduran dapat dilindungi, seksyen-seksyen mortar perlu bergerak
secara ‘lompat katak’ ke belakang.

771. Pemerintahan dan Kawalan. Sel Bantuan Tembakan Batalion akan
mengkordinasikan atur gerak platun mortar, khususnya gariskan mortar, supaya ia
dapat menyokong rancangan pegawai memerintah di sepanjang laluan pengunduran.
KTB akan di letakkan bersama-sama kompeni untuk mengawal tembakan mortar.

7 - 19

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Apabila batalion mempertahankan ruang hadapan yang luas, atau apabila komunikasi
sisi di antara kompeni-kompeni menjadi sukar seksyen mortar boleh diletakkan di
bawah perintah kompeni-kompeni raifal.

PLATUN ANTI KERETA KEBAL

772. Tugas. Apabila terdapat ancaman armor musuh yang ketara, senjata anti
armor hendaklah dikekalkan selama yang mungkin bagi mengekalkan keutuhan
pertahanan. Walau bagaimanapun sama ada senjata-senjata anti armor perlu
dikekalkan atau tidak, ianya perlu diselaraskan dengan rancangan keseluruhan anti
armor.

773. Platun Anti Kereta Kebal juga dapat memberi pengawasan waktu malam yang
efektif dengan adanya penggambar terma. Ia dapat membantu dalam rancangan
pengawasan BIS dan akan memberi amaran awal tentang pergerakan musuh dalam
keadaan cuaca buruk atau gelap selain memusnah kereta kebal musuh.

774. Penempatan. Di dalam pertahanan, senjata-senjata anti armor diaturgerakkan
di dalam kawasan batalion bersama-sama dengan lokaliti-lokaliti kompeni. Ia akan
diaturgerakkan untuk mengukuhkan rancangan Anti Kereta Kebal Pasukan.
Berpandukan kepada ancaman kereta kebal di dalam kawasan pertahanan, Platun Anti
Kereta Kebal mungkin juga ditempatkan di satu kawasan di bawah kawalan batalion.
Mengikut kebiasaan, senjata-senjata ini diundurkan bersama-sama dengan kompeni di
mana ia ditempatkan atau dalam satu kumpulan mengikut rancangan batalion.

775. Di waktu malam atau kawasan rapat adalah lebih sesuai Platun Anti Kereta
Kebal diundurkan dahulu kerana penempatan semula mereka akan mengambil masa
dan lengkok pandangannya melalui penggambar terma terhad. Sementara
pengunduran waktu siang dan dalam keadaan tanah yang terbuka, Platun Anti Kereta
Kebal boleh diundurkan selewat yang mungkin bagi membantu infantri mendapat
lepas libat kerana ia mempunyai daya gerak tersendiri. Namun demikian, jika wujud
ancaman armor di laluan-laluan pengunduran, pegawai memerintah mungkin
mengundurkan sebahagian dari senjata anti armor batalion untuk memberikan bantuan
anti armor kepada tempat bertemu atau tempat menaiki kenderaan.

776. Pemerintahan dan Kawalan. Platun AKK boleh diceraikan kepada kompeni-
kompeni untuk mengukuhkan kedudukan pertahanan mereka dan juga untuk
memusnahkan kereta kebal semasa pergerakan ke belakang. Ia juga boleh
diaturgerakkan, secara bersendirian untuk melaksanakan rancangan anti kereta kebal
pasukan jika pegawai memerintah memilih berbuat demikian. Namun demikian, atur
gerak mereka akan dikordinasikan MK Utama Batalion untuk melancarkan
pergerakan dan atur gerak mereka semasa pengunduran dan di kawasan pertahanan
baru.

7 - 20
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PLATUN SENJATA BERAT

778. Tugas. Selain dari memberi bantuan tembakan langsung, platun senjata berat
boleh juga digunakan untuk melakukan serang hendap atau melindungi rusuk
kumpulan pengunduran. Ianya juga boleh digunakan bagi memberi bantuan
tembakan kepada kedudukan pertahanan perantaraan dan tempat bertemu/naik
kenderaan batalion.

777. Penempatan. Pengunduran platun senjata berat boleh dilakukan sama ada
secara satu kumpulan atau bersama dengan kompeni-kompeni di mana ia
ditempatkan. Senjata platun ini efektif dalam memecah formasi serangan musuh di
jarak yang jauh. Ia turut boleh memberi tembakan anti pesawat secara terhad dalam
pertahanan. Apabila ancaman infantri musuh agak ketara adalah lebih sesuai untuk
platun senjata berat ini dikekalkan selama yang boleh bagi membantu infantri
mencapai lepas libat.

779. Di dalam pengunduran waktu malam dan dalam keadaan tanah yang rapat,
adalah lebih sesuai untuk platun senjata berat diundurkan dahulu kerana lengkok
tembakannya yang terhad. Sementara pengunduran waktu siang dan dalam keadaan
tanah yang terbuka, platun senjata berat boleh diundurkan selewat yang mungkin bagi
membantu infantri terutama apabila ancaman infantri musuh agak ketara.

780. Pemerintahan dan Kawalan. Kawalan platun senjata berat boleh dipusatkan
ataupun ditumpangkan kepada kompeni-kompeni berpandukan kepada ancaman
musuh dan keadaan tanah. Jika ia diatur gerak secara berpusat maka ketua platunnya
akan bertanggungjawab secara sepenuhnya untuk penempatan mereka serta atur gerak
seterusnya didalam pengunduran.

PLATUN SEMBOYAN

78 Tugas. Komunikasi-komunikasi berikut diperlukan dalam pengunduran:

a. Komunikasi biasa di kawasan yang ditetapkan.

b. Komunikasi tambahan untuk kawalan di titik pemeriksaan dan tempat
bertemu semasa pengunduran.

c. Komunikasi talian hendaklah disediakan secepat mungkin di
kedudukan pertahanan baru.

d. Komunikasi kepada unit-unit di rusuk dan pasukan bantuan tempur.

782. Penempatan. Penempatan Platun Semboyan dalam pengunduran adalah
mengikut kompeni-kompeni yang ia ditumpangkan. Bagi Markas Utama Batalion,
elemen Platun Semboyan akan ditempatkan bersama elemen lain dalam Markas
Batalion untuk menentukan komunikasi yang berterusan.

7 - 21

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

783. Pemerintahan dan Kawalan. Pemerintahan dan kawalan platun ini adalah
secara berpusat. Sistem komunikasi pasukan akan lebih efektif jika dikawal-selia oleh
Markas Utama Batalion di bawah Pegawai Semboyan Rejimen (PSR). PSR akan
menumpangkan anggotanya ke kompeni-kompeni untuk menentukan pegawai
memerintah dan komander-komander bawahannya boleh berkomunikasi.

784. Langkah-langkah kawalan seperti senyap radio boleh dikuatkuasakan oleh
markas atasan atau pasukan. Ini memerlukan tambahan kepada talian dan litar yang
telah wujud. Jika senyap radio tidak dikuatkuasakan, set-set tambahan mungkin
diperlukan untuk kawalan, walau bagaimanapun di mana mungkin perhubungan yang
sedia wujud haruslah digunakan. Contohnya, jika Ketua Kompeni Bantuan
ditempatkan di titik pemeriksaan batalion, set dan nama panggilan biasanya
hendaklah digunakan.

785. Rancangan semboyan hendaklah juga termasuk komunikasi dengan unit-unit
di rusuk. Jika senyap radio dikuatkuasakan, PSR mestilah:

a. Berhubung dengan Ketua Skuadron Semboyan Briged berkenaan
dengan komunikasi talian yang ada dan bersedia membantuinya jika perlu.
Biasanya talian yang ada di kedudukan lama dan sebarang talian yang
dipasang untuk pengunduran akan ditinggalkan.

b. Gunakan sepenuhnya pihak-pihak penghantaran utusan yang lain.

786. PSR atau wakilnya hendaklah menyertai kumpulan tinjau belakang ke
kedudukan baru untuk merancang dan memasang komunikasi talian dan menubuhkan
Pusat Komunikasi (PUSKOM) baru. Detasmen talian dan PUSKOM hendaklah
mengikutinya bersama.

PLATUN RINTIS SERANG

787. Tugas. Kemungkinan tugas-tugas Platun Rintis Serang di kawasan hadapan
adalah:

a. Menutup ruang di medan periuk api dan pertahanan periuk api.

b. Menanam jerangkap samar.

c. Membina halangan jalan.
d. Pemusnahan tergesa.

788. Sebahagian dari anggota rintis serang mungkin perlu dihantar ke kedudukan
baru untuk membantu membina POSTAH batalion dan Pusat Perubatan Rejimen serta
melaksanakan tugas-tugas pertahanan yang lain.

7 - 22
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

789. Penempatan. Platun rintis serang akan diaturgerakkan untuk melaksanakan
rancangan mobiliti dan melawan mobiliti pasukan dalam pengunduran. Usaha
mereka ini akan menjadi lebih berkesan jika pasukan dibantu oleh elemen jutra.
Kerja-kerja kejuruteraan medan platun ini hendaklah dikawal oleh Markas Utama
Batalion lebih-lebih lagi apabila masa semakin suntuk. Markas Utama Batalion juga
mesti menetapkan keutamaan kerja bagi platun ini.

790. Pemerintahan dan Kawalan. Dalam pengunduran, platun ini boleh membantu
elemen jutra dalam tugas-tugas mereka di peringkat pasukan untuk menyokong
rancangan pegawai memerintah. secara berpusat Mereka juga boleh ditumpangkan
kepada kompeni-kompeni untuk mengukuhkan kedudukan mereka serta membantu
dalam aspek mobiliti dan melawan mobiliti dalam pergerakan ke belakang. Walau
bagaimanapun penyelarasan secara berpusat adalah perlu untuk menentukan mereka
diaturgerakkan secara efektif dan berkesan.

SEKSYEN SNIPER

791. Tugas. Seksyen Sniper bertugas untuk memberi bantuan tembakan tepat
kepada sasaran-sasaran penting. Dalam pengunduran mereka boleh ditugaskan untuk
menduduki kedudukan sama ada di barisan hadapan atau sepanjang laluan
pengunduran batalion untuk meneutralis sasaran-sasaran penting atau mengharu
musuh.

792. Pada masa yang sama mereka turut menjadi mata dan telinga pegawai
memerintah dalam menyampaikan maklumat tentang pengunduran batalion dan
aktiviti musuh di lokasi mereka. Dengan itu, atur gerak seksyen sniper ini patut
diambil kira dalam rancangan pengawasan medan batalion.

793. Penempatan. Walaupun mereka beroperasi secara kumpulan kecil, seksyen
ini perlu diberi masa dan arahan khas yang terperinci tentang masa dan lokasi untuk
disusun-semula. Di dalam mengaturgerakkan mereka, komander mesti menentukan
mereka mempunyai daya gerak yang membolehkan mereka diletakkan di lokasi-
lokasi tertentu dan juga apabila sampai masanya ditarik keluar tanpa menjejaskan
keselamatan.

794. Pemerintahan dan Kawalan. Pegawai Memerintah melalui Markas Utama
Batalion akan mengaturgerakkan seksyen sniper di dalam kawasan tanggungjawab
dengan memberikan mereka kawasan tersendiri atau zon di mana mereka boleh
melaksanakan tugas mereka dengan lebih efektif tanpa dikompromikan ataupun atau
sebaliknya bersama-sama kompeni raifal. Mereka turut boleh diundurkan secara
bersendirian melalui laluan tersendiri mereka ataupun bersama-sama kompeni-
kompeni. Pegawai memerintah akan menetapkan keutamaan sasaran bagi seksyen ini
dalam menyokong rancangan pengunduran pasukan.

7 - 23
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN TINJAU

795. Tugas. Seksyen tinjau boleh diaturgerakkan ke barisan hadapan untuk
memberi amaran awal pergerakan musuh. Tugas mereka mungkin mencegah elemen
tinjau musuh (tinjau balas) dari mendapat maklumat tentang kedudukan pertahanan
dan juga tujuan pengunduran.

796. Mereka juga boleh diaturgerakkan untuk menduduki titik-titik pemerhatian di
barisan hadapan batalion dalam melaksanakan tugas pengawasan medan tempur.
Tugas pengawasan mereka ini juga boleh diperkukuhkan dengan atur gerak radar
medan dan juga alat-alat bantuan pengawasan seperti penggambar terma dan alat
pandang malam.

797. Penempatan. Dalam pengunduran, seksyen tinjau boleh berundur secara
persendirian ataupun di undur bersama-sama kumpulan belakang. Dalam pergerakan
ke belakang juga mereka boleh bertindak untuk memberi maklumat tentang
perkembangan pengunduran batalion dan turut mengawasi barisan hadapan, rusuk dan
tempat-tempat kritikal untuk aktiviti musuh.

798 Pemerintahan dan Kawalan. Seksyen tinjau diatur gerak oleh pegawai
memerintah melalui Markas Utama Batalion dan selalunya dikawal secara berpusat.
Pergerakan mereka di dalam kawasan tanggungjawab pasukan atau melalui pasukan
sahabat akan dikordinasikan untuk mengelakkan salah-faham.

SEKSYEN 7

BANTUAN TEMPUR DALAM PENGUNDURAN

ARMOR

799. Tugas. Apabila terdapat ancaman armor musuh yang agak ketara, salah satu
pertimbangan taktikal yang utama adalah untuk mengekalkan keutuhan pertahanan
anti armor sehinggalah masa pencegahan terutamanya pada waktu malam. Tindakan
ini boleh dicapai dengan:

a. Armor. Di waktu malam meriam armor adalah merupakan unsur
pertahanan anti-armor yang paling berkesan. Armor mungkin perlu
menetap di kedudukannya untuk seberapa lama yang boleh, bukan
sahaja untuk pertahanan anti armor tetapi membantu di dalam
pelaksanaan pengunduran bertempur. Walau bagaimanapun,
pergerakan armor boleh menimbulkan masalah kepada keselamatan
kerana bunyinya yang bising dan mudah dikesan oleh alat-alat
pengawasan musuh. Pergerakannya boleh menyebabkan musuh

7 - 24

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

memulakan aktivitinya walaupun ini mengambil masa dan
kemungkinan kedudukan telah ditinggalkan.

b. Senjata-Senjata Anti Armor. Sama ada senjata-senjata anti armor
kekal di tempatnya atau tidak adalah bergantung kepada ancaman dan masa
pengunduran kereta kebal. Jika kereta kebal diundurkan dahulu, senjata-
senjata anti armor hendaklah dikekalkan di tempatnya sehingga ke saat yang
terakhir. Jika tindakan ini dilakukan stok peluru perlu diadakan di
kedudukan-kedudukan alternatif dan sekunder untuk mengurangkan bebanan
logistik.

7100. Penempatan.

a. Waktu Malam. Di dalam pengunduran waktu malam atau di kawasan
rapat, adalah lebih sesuai jika armor diundurkan dahulu kerana daya gerak dan
pandangannya adalah terhad. Armor boleh ditugaskan di kedudukan atau di
antara kedudukan-kedudukan perantaraan di belakang untuk melambatkan
penjejakkan musuh dan boleh juga digunakan untuk perlindungan rusuk.

b. Waktu Siang. Di dalam pengunduran waktu siang atau di kawasan
terbuka, kekuatan tembakan dan pergerakan merentas desa armor boleh
membantu infantri membuat lepas libat. Jika pengunduran berpusat di atas
jalan atau denai, beberapa kenderaan tempur berperisai yang bergerak
bersama-sama dengan kolum yang berundur sangatlah berguna untuk
mengatasi sebarang halangan jalan yang dibuat merentang jalan pengunduran
tersebut.

7102. Jika semua anggota menaiki kenderaan, pengekalan kejutan dengan armor
berundur kemudian, bukanlah merupakan faktor yang perlu dipertimbangkan
melainkan perlindungan secukupnya dari tembakan artileri atau mortar boleh
diadakan untuk melindungi bunyi bising pergerakan ini. Cara yang paling berkesan
untuk mendapatkan lepas libat ialah dengan kereta kebal dan infantri di dalam
kenderaan perisai anggota bergerak serentak. Walau bagaimanapun, perbezaan-
perbezaan berikut mungkin berlaku:

a. Pada Waktu Siang. Armor berundur kemudian melainkan ancaman
musuh kebanyakannya dari infantri dan di kawasan rapat.

b. Pada Waktu Malam.

(1) Jika ancaman musuh kebanyakannya infantri, armor
diundurkan dahulu, terutamanya di kawasan rapat.

(2) Jika ancaman utamanya ialah dari armor, armor diundurkan
kemudian.

7 - 25
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

7103. Semasa pengunduran armor/infantri, perkara-perkara berikut hendaklah
dipertimbangkan:

a. Laluan berasingan yang terlindung dari pandangan musuh hendaklah
dipilih untuk armor dan infantri yang berjalan kaki.

b. Pada waktu malam, armor berundur secara bersendirian ke tempat
bertemu terup dan kemudiannya bergerak sebagai satu terup ke tempat
bertemu skuadron.

c. Di waktu siang, armor mengambil tempat untuk melindungi
pengunduran armor dan infantri yang berada di hadapan. Armor hadapan
berundur melepasi armor yang membantuinya dan seterusnya, mengambil
kedudukan di belakang untuk melindungi kereta tersebut untuk berundur.
Pergerakan ‘lompat katak’ ini diteruskan sehingga pertempuran dapat
diputuskan dan semua armor bergerak ke kawasan baru mereka.

7104. Apabila armor bergerak di waktu malam, ia akan terdedah kepada kumpulan
pemburu armor dan alat-alat pengawasan musuh. Tindakan-tindakan berikut boleh
mengurangkan keberkesanan alat-alat tersebut:

a. Penggunaan alat-alat bantuan memandu malam yang aktif dan
penggunaan lampu hanya dibenarkan apabila kelajuan lebih penting dari
keselamatan, jalan-jalan pengunduran didapati terlindung dari pandangan
musuh serta musuh diketahui tidak mempunyai alat inframerah.

b. Pengunduran pada mulanya dari kedudukan terbuka hendaklah dibuat
perlahan-lahan menggunakan gear rendah dengan putaran enjin yang
minimum.

c. Asap setempat atau asap dari tembakan senjata utama mungkin
digunakan untuk melindungi pergerakan jika musuh diketahui memerhati
kedudukan ini.
d. Tembakan suaran yang betul dan tepat boleh mengganggu setengah-
setengah peralatan pengawasan musuh.

7105. Kenderaan Perisai Pengangkut Anggota. Kenderaan ini mempunyai
beberapa kebaikan dan keburukan di dalam pengunduran.

a. Kebaikan.

(1) Kecederaan pada anggota dari tembakan senjata-senjata kecil,
mortar dan artileri boleh dikurangkan semasa pergerakan.

7 - 26
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(2) Di dalam sesuatu keadaan, musuh boleh dibiarkan
menghampiri dengan lebih dekat lagi sebelum pengunduran perlu
dilaksanakan.

(3) Komunikasi radio yang ada boleh menentukan tahap kawalan
yang lebih tinggi.

(4) Pergerakan ke kedudukan baru akan lebih mudah dan pantas.

b. Keburukan.

(1) Pergerakan di kawasan rapat perlu dibuat mengikut jalan atau
denai yang mana boleh di kesan.

(2) Bunyi jentera, terutamanya di waktu malam, boleh mengancam
keselamatan pergerakan.

7106. Pemerintahan dan Kawalan. Pasukan Armor adalah aset yang paling
berharga dan hanya akan ditumpangkan bagi penugasan yang kritikal. Dengan itu,
pemerintahan, kawalan dan pentadbiran bagi pasukan armor dalam pengunduran
terletak kepada pemerintahan yang paling tinggi. Pasukan armor boleh ditempatkan
`dalam lokasi’ dengan sebuah batalion infantri dalam sektor pengundurannya, namun
demikian semua urusan penugasan dan kawalan adalah disalurkan dan/atau diterima
daripada komander formasi. Pasukan infantri mestilah mengkordinasi kedudukan
mereka ini supaya rancangan pengunduran mengambilkira atur gerak pasukan armor.
Jikalau pasukan armor diletakkan dalam bantuan kepada pasukan infantri, maka
pegawai memerintah diberi tanggungjawab untuk mengaturgerak pasukan armor
dalam menyokong rancangan pengundurannya..

ARTILERI

7107. Tugas. Rancangan tembakan mestilah dibuat untuk melindungi pengunduran
dan memenuhi misi tembakan setelah kedudukan lama dikosongkan dan sepanjang
laluan pengunduran. Sebagai tambahan kepada rancangan tembakan defensif biasa,
perkara-perkara berikut perlulah diadakan:

a. Tambahan penugasan tembakan defensif untuk melindungi kawasan
kedalaman dari Batas Depan Kawasan Tempur (FEBA) ke tempat menaiki
kenderaan.

b. Asap untuk melindungi pengunduran anggota hadapan termasuk
kumpulan ronda, dan untuk mengurangkan keberkesanan peralatan
pengawasan musuh.

7 - 27
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Sasaran-sasaran ‘atas panggilan’ di sepanjang laluan-laluan yang
mungkin digunakan oleh musuh untuk mara dan untuk membantu kumpulan-
kumpulan ronda.

d. Tembakan mengharu untuk menipu musuh bagi melindungi bunyi
bising pergerakan kenderaan dan untuk memperlahankan kemaraan musuh.

e. Tembakan perlindungan apabila perlu untuk serang balas di sebarang
peringkat pengunduran.

7108. Penempatan. Di dalam pengunduran, musuh mungkin mempunyai kelebihan
kekuatan udara. Dengan itu, artileri mungkin terpaksa digerakkan pada waktu malam.
Cara pengunduran adalah sama dengan cara yang digunakan untuk mara. Jika boleh,
jumlah maksimum meriam artileri mestilah sentiasa ada untuk membantu
pengunduran. Kedudukan di mana artileri di tempatkan selepas pengunduran perlulah
seberapa jauh yang mungkin supaya laluan bekalan peluru dapat di pendekkan dan
mengurangkan pergerakan.

7109. Pengunduran infantri dan artileri hendaklah diselaraskan dengan terperinci
supaya:

a. Artileri tidak berundur terlalu jauh sehingga di luar jarak untuk
memberi bantuan tembakan.

b. Kadar pengunduran anggota hadapan tidak terlalu cepat sehinggakan
artileri terlibat secara langsung dengan pertempuran di barisan hadapan.

7110. Persediaan kedudukan baru artileri hendaklah disiapkan secepat mungkin.

7111. Ketua Bateri dan Pegawai Pemerhati Hadapan selalunya kekal bersama-sama
dengan batalion semasa pengunduran. Tinjauan untuk Pos Pemerhati dan nasihat di
atas rancangan tembakan di kedudukan baru, pada peringkat permulaannya akan
menjadi tanggungjawab Kapten Bateri.

7112. Pemerintahan, Kawalan dan Pentadbiran. Kawalan tembakan artileri boleh
dibahagikan kepada formasi-formasi bawahan dengan menempatkan rejimen artileri
dalam bantuan langsung kepada Briged-Briged dan bateri-bateri rejimen tersebut pula
ditempatkan dalam bantuan langsung kepada unit-unit.

JURUTERA

7113. Tugas. Tugas utama Jurutera di dalam pengunduran adalah untuk
melambatkan musuh. Tugas-tugas utamanya adalah seperti berikut:

7 - 28
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

a. Menentukan Laluan Pengunduran Boleh Digunakan. Ini bermakna
penempatan peralatan di tempat-tempat yang dipilih untuk memulihkan
laluan-laluan atau membuat lencongan. Jika sebahagian batalion diundurkan
dengan udara, usaha jurutera kemudiannya adalah untuk menentukan titik
mendarat dan landasan pendaratan sentiasa dibuka.

b. Menghalang Musuh. Ini termasuklah menanam periuk api,
melubangkan jalan-jalan, menumbangkan pokok-pokok dan memusnahkan
jambatan-jambatan. Tugas-tugas ini memerlukan koordinasi terperinci dan
rancangan taktikal serta bantuan kumpulan pelindung infantri terutamanya
untuk penugasan pemusnahan simpanan.

c. Operasi Mencegah. Operasi ini dibentuk untuk mencegah musuh
menggunakan peralatan, stor dan kemudahan-kemudahan yang ditinggalkan
semasa pengunduran.

d. Bekerja Di Kedudukan Pertahanan Baru dan Kedudukan
Pertengahan. Tugas-tugas ini adalah sama dengan tugas dalam pertahanan.

7114. Penempatan. Selain dari penugasan membantu pengawal belakang batalion
dalam pengunduran, kumpulan induk batalion akan hanya menerima bantuan terus
yang sedikit sahaja dari formasi atasan. Bantuan juretera ini akan yang selalunya
mengandungi trup jurutera yang kecil, mereka ini juga akan ditugaskan untuk
membantu infantri bekerja di lokaliti-lokaliti pertahanan yang baru.

7115. Musuh akan menumpukan usaha-usaha untuk menutup setiap jalan
pengunduran yang ada. Dari itu usaha utama jurutera adalah diperlukan untuk
menentukan jalan-jalan ini boleh dilalui. Ini termasuklah keperluan mengadakan
jambatan-jambatan alternatif di tempat-tempat penyeberangan sungai yang terbuka.
Ini akan menambahkan lagi jumlah tugas-tugas pemusnahan yang perlu dilaksanakan.

7116. Pemusnahan kemudahan-kemudahan seperti jalan keretapi, lapangan terbang,
loji-loji air dan kuasa mungkin secara langsung tidak melibatkan kadar kemaraan
musuh tetapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar pegangan bekalan dan
material kekuatan untuk serangan di akhir kemaraan. Pemusnahan awalan pula
hendaklah tidak memudaratkan kejutan.

7117. Pemerintahan, Kawalan dan Pentadbiran. Dalam pengunduran,
pemerintahan, kawalan dan pentadbiran bagi unit-unit jurutera yang ditumpangkan
kepada batalion infantri adalah di bawah pegawai memerintah dan semua keperluan
bantuan dan pentadbiran diselaraskan oleh Markas Utama Batalion untuk
memudahkan beban kerja untuk anggota-anggota pakar ini.

7 - 29
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 8

BANTUAN UDARA

BANTUAN UDARA TAKTIKAL

7118. Bantuan udara selalunya terhad dalam pengunduran. Walau bagaimanapun
keperluan bantuan udara taktikal adalah penting dalam menentukan sejauh mana
kemaraan musuh dapat dilambatkan. Pihak musuh tidak akan mementingkan
pertahanan udara sekiranya kuasa udara berpihak kepada mereka. Sekiranya ini
berlaku musuh kemungkinan melakukan tembakan pencegahan pesawat udara (air
interdiction) yang boleh mengganggu pergerakan pengunduran serta persiapan di
kawasan kedalaman. Ini akan menghadkan pengunduran yang hanya boleh
dilaksanakan di waktu malam.
7119. Helikopter. Helikopter dilengkapi senjata boleh digunakan untuk
melambatkan kemaraan musuh dan membantu untuk melepaskan kumpulan
pengunduran dari terlibat bertempur berhadapan dengan musuh. Helikopter pembawa
terup pula boleh mempercepatkan operasi dilaksanakan. Tugas-tugas yang boleh
dilaksanakan adalah:

a. Mengadakan kemudahan untuk kawalan dan pemerintahan serta
komunikasi.

b. Mengangkut kumpuan pengawal pemusnahan dan kumpulan peletup
pemusnahan.

c. Menggerakkan kumpulan simpanan.

d. Mengangkut terup, stor pertahanan serta peluru dan bahan letupan.

e. Membawa kumpulan tinjauan.

f. Menaburkan periuk api.

g. Pemindahan kecederaan.

h. Diaturgerakkan sebagai sebahagian dari kumpulan anti armor.

7120. Senjata Penangkis Kapal Terbang. Berkemungkinan besar senjata
penangkis kapal terbang yang organik kepada pasukan tidak mencukupi untuk
melindungi keseluruhan operasi pengunduran. Oleh itu keutamaan tugas dan
penempatannya hendaklah diperkirakan dengan terperinci. Kemungkinan tugas-tugas
senjata penangkis kapal terbang adalah sebagai pertahanan di posisi laluan yang
sempit (forward position defiles) dan tempat pemusnahan simpanan yang penting di
laluan pengunduran.

7 - 30
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 9

PENTADBIRAN

7121. Rancangan logistik untuk pengunduran mestilah menentukan supaya
kumpulan yang berundur diperuntukkan setiap keperluan dan tiada bahan yang
berguna, terutamanya bekalan tempur, jatuh ke tangan musuh. Elemen-elemen
logistik yang tidak diperlukan untuk penyelenggaraan tempur hendaklah diundurkan
sebaik sahaja rancangan Pegawai Pemerintah membenarkan. Jika masa dan keadaan
udara membenarkan, program penimbunan dan penempatan semula stok ke
kedudukan pertahanan baru dan/atau di kedudukan-kedudukan pertengahan hendaklah
dilakukan. Pengurangan stok hadapan untuk mengurangkan pergerakan bahan ke
belakang hendaklah juga dipertimbangkan.

MASALAH-MASALAH PENTADBIRAN

7122. Penyelenggaraan harian untuk pengunduran hendaklah kekal dan diteruskan
seperti mana diperlukan. Walau bagaimanapun keadaan ini tidaklah begitu sukar
kerana batalion selalunya berundur mengikut laluan perhubungannya (line of
communication) dan diberi amaran dan masa untuk pelaksanaannya. Dari itu
kedudukan-kedudukan pengunduran selalunya boleh diperlengkapkan terlebih dahulu.

7123. Sebaiknya mungkin terdapat keperluan segera untuk menggerakkan stok yang
berlebihan dari kawasan unit, dan dengan itu sudah tentu terdapat keperluan untuk
pengangkutan anggota dan pelbagai tugas bersangkutan dengan pergerakan ini.

7124. Keadaan udara selalunya tidak menyebelahi kumpulan berundur. Akibat dari
terdedah kepada ancaman udara membolehkan musuh melancarkan serangan udara
atau lintas udara. Oleh yang demikian keperluan pergerakan di hadkan ke kawasan-
kawasan yang mempunyai perlindungan yang baik atau dilakukan di waktu malam.
Ini juga akan mengehadkan pasukan sahabat dari melakukan tindakan ofensif udara
dan bantuan pengangkutan udara. Apabila jalan adalah terhad atau melindungi
penglihatan ianya menjadi kritikal kepada serangan udara musuh.

7125. Bila keadaan udara memihak kepada kita, penggunaan maksimum bantuan
udara ofensif dan pengangkutan hendaklah dibuat. Walaupun keadaan nya tidak
sesuai, adalah penting tinjauan udara, pemindahan kecederaan dan pergerakan
anggota secara taktikal diteruskan di tahap yang paling maksimum.

PERSEDIAAN PENTADBIRAN

7126. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

a. Melengkapkan stok di kedudukan-kedudukan belakang.

b. Penarikan awal kenderaan dan anggota-anggota untuk pentadbiran.

7 - 31

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Pemindahan stok yang tidak boleh digunakan sebelum atau semasa
pengunduran.

7127. Penolong Pegawai Memerintah memerlukan maklumat awal dari staf-staf
operasi berhubung dengan kawasan-kawasan yang akan dipertahankan, jumlah
anggota yang terlibat dan jangka masa tugas di kedua-dua kedudukan sekarang dan
belakang. Anggota Eselon A kemudiannya bolehlah meninjau kawasan-kawasan
pentadbiran dan merancang untuk melengkapkan stok di kedudukan-kedudukan
terdekat dengan mengambil kira jumlah stok yang berlebihan di tempat sekarang.

7128. Keperluan-keperluan utama yang memerlukan longgokan adalah stor-stor
pertahanan (termasuk periuk api dan bahan-bahan letupan), bekalan tempur dan stor
perubatan tambahan. Sebahagian dari PMP dan bahan api udara mungkin diperlukan,
tetapi kebanyakan penggunaannya adalah semasa pergerakan pengunduran. Bom
artileri dan mortar hendaklah ditimbunkan berhampiran atau di kedudukan artileri dan
tapak menembak yang dicadangkan. Tempat peluru dan kawasan-kawasan
pentadbiran hendaklah ditentukan terlebih dahulu dan dilengkapkan dengan stor-stor
yang diperlukan.

7129. Stok-stok yang berlebihan serta semua anggota dan kenderaan pentadbiran
yang tidak diperlukan untuk operasi selanjutnya di tempat lama hendaklah digerakkan
ke belakang terutamanya kenderaan-kenderaan unit. Stok peluru, PMP dan rangsum
yang mencukupi hendaklah ditinggalkan di kedudukan pertahanan lama supaya
pengunduran dapat dilaksanakan dengan berjaya.

PENGISIAN SEMULA

7130. Salah satu prinsip operasi pengunduran ialah menentukan lepas libat
kumpulan induk tercapai. Dari itu, persediaan pentadbiran hendaklah menentukan
supaya penokokan tidak diperlukan semasa pelaksanaan pengunduran mula dilakukan
kecuali pergerakan itu terlalu jauh.

7131. Unit-unit hendak dilengkapi dengan rangsum yang mencukupi tetapi stok
PMP dan peluru hendaklah sentiasa disediakan di hadapan sekiranya lepas libat tidak
boleh dilaksanakan seperti mana yang dikehendaki. Stok yang sama hendaklah juga
ditempatkan sebelum pengunduran untuk kumpulan pelindung, tabir dan pengawal
rusuk.

7132. Penokokan biasa diperlukan di tempat-tempat pertengahan. Tempat selerakan
yang bergerak (mobile DP) adalah sesuai jika tindakan melambatkan yang ingin
dikenakan adalah dalam jangka masa pendek. Sekiranya penempatan dijangkakan
akan berpanjangan, sebahagian dari stor yang diperlukan hendaklah dibuat longgokan
di atas tanah.

7 - 32
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PEMINDAHAN KECEDERAAN

7133. Rangkaian pemindahan biasa hendaklah berfungsi untuk seberapa lama yang
boleh. Cuaca dan aktiviti udara musuh mungkin menghalang penggunaan helikopter.

7134. Kumpulan-kumpulan taktikal yang berkemungkinan terlibat di dalam
pertempuran semasa pengunduran selalunya memerlukan peruntukan anggota
perubatan tambahan. Sebaik sahaja rangkaian pemindahan biasa diberhentikan,
detasmen ini (mungkin berdasarkan kepada seksyen rawatan dan pemindahan
ambulans medan) mengambil alih tugas pengendalian kecederaan sehinggalah
anggota yang cedera dipindahkan. Jika terdapat bahaya laluan perhubungan mungkin
diputuskan di belakang kedudukan baru dan pertengahan unit-unit perubatan yang
ditempatkan di sini mungkin perlu ditambah dengan elemen-elemen perubatan lain
dan sesuatu hendaklah dibuat untuk mengadakan pemindahan udara.

PEMBAIKAN DAN PEMULIHAN

7135. Fungsi utama KJLJ semasa pengunduran adalah untuk menentukan laluan
pengunduran tidak dihalang oleh kenderaan-kenderaan yang rosak. Detasmen
pembaikan dan pemulihan mungkin perlu ditempatkan di laluan-laluan yang
genting/sempit. Tindakan yang perlu dibuat ialah menarik kenderaan yang rosak
keluar dari laluan ini dan membaikinya untuk membolehkannya meneruskan
pengunduran atau dimusnahkan sahaja.

7136. Pasukan pembaikan dan pemulihan lain akan diperlukan juga di tempat-tempat
berhenti yang telah dipilih di sepanjang laluan dan bergabung dengan organisasi
kawalan trafik.

7137. Penarikan keluar kenderaan yang rosak tidak boleh dilakukan semasa
pengunduran sebenar kerana tindakan ini akan menyebabkan kesesakan jalan-jalan
laluan dan mengurangkan tim-tim pembaikan. Apabila masa telah tiba untuk setiap
detasmen pembaikan dan pemulihan ini berundur, mereka boleh membawa seberapa
banyak sumber yang boleh asalkan tidak melambatkan pengunduran mereka dan
menyebabkan kesesakan. Pilihan lain yang ada hanyalah pemusnahan setempat.
Perintah yang jelas hendaklah diberikan bersabit dengan perkara ini.

LALUAN DAN KAWALAN TRAFIK

7138. Tinjauan laluan ke belakang hendaklah dibuat dengan terperinci dan tepat
pada masanya. Jumlah dan keupayaan laluan ini mungkin terhad dan perancangan
laluan alternatif dan laluan lencongan (by pass) perlulah dibuat kerana laluan-laluan
yang ada mungkin juga terputus. Pilihan lain yang ada ialah mengadakan landasan
pendaratan untuk pemindahan udara.

7139. Kawalan trafik membolehkan semua laluan digunakan dengan sepenuhnya dan
mengurangkan keadaan kelam kabut jika laluan ini dipotong atau dihalang. Selain
dari menentukan pergerakan berjalan mengikut perancangan. Organisasi kawalan

7 - 33

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

trafik mestilah juga menentukan laluan ini tidak dihalang dan tidak sesak. Untuk
tujuan ini mereka perlulah mempunyai sumber-sumber jurutera dan kembalik di
bawah arahannya serta mempunyai sistem komunikasi yang secukupnya.

7140. Kawalan trafik yang tegas adalah sangat mustahak di dalam pengunduran.
Organisasi kawalan trafik diperlukan dan tanggungjawab kawalan trafik ini boleh
diberikan kepada sebarang markas yang ada.

7141. Kawalan pelarian perang hendaklah diadakan supaya mereka tidak
mengganggu atau mengehadkan pergerakan taktikal anggota. Ini menjuruskan kepada
keperluan untuk mengadakan suatu laluan yang tertentu untuk mereka.

7 - 34
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Kumpulan Belakang

Tempat Tempat Temu
Pemeriksaan Komp Belakang
Komp
Tempat
Tempat Temu Pemeriksaan
Komp Komp

Tempat Temu
Komp

Tempat Pemeriksaan
Bn

Tempat Temu Bn

Tempat Naik Kenderaan
Bn

Nota:

1. Gambarajah ini berdasarkan kepada penggunaan satu laluan utama. Jika dua
batalion menggunakan laluan ini, titik pemeriksaan, tempat bertemu dan tempat naik
kenderaan batalion akan dipenduakan. Kemungkinan keperluan titik pemeriksaan
batalion terakhir digunakan, misalnya, di mana laluan pengunduran dua batalion
bercantum.

Gambarajah 6: Organisasi Skematik untuk Pengunduran
Sebuah Batalion Infantri

7 - 35

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 8

OPERASI OFENSIF

SEKSYEN 1

PENGENALAN

AM

801. Secara amnya, BIS mampu melaksanakan Operasi Ofensif seperti merapati
dan seterusnya memusnahkan musuh. Melalui kombinasi daya gerak, kuasa
tembakan, komunikasi dan perlindungan yang lebih baik, BIS mempunyai peluang
yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam gerakan ofensif. Oleh itu, keupayaan
sesebuah BIS untuk bergerak dalam masa yang singkat, pantas,serta kuasa tembakan
yang tinggi merupakan kriteria penting dalam melaksanakan gerakan ofensif.
Manakala dalam konteks Operasi Bersama, kordinasi daripada aspek perintah dan
kawalan, perisikan, perhubungan dan sebagainya perlu diberi tumpuan khusus.

TUJUAN

802. Matlamat asas Operasi Ofensif adalah untuk memusnahkan musuh dengan
menggunakan kaedah serangan. Walau bagaimanapun, sebelum tahap terakhir ini
dapat dicapai, ianya mestilah melalui beberapa gerakan ofensif yang lain, yang
mempunyai matlamat jangka masa pendek seperti berikut:

a. Mencari dan mengadakan kontak dengan musuh untuk memastikan
lokasi, jangkauan, kekuatan dan kelemahan pertahanan musuh.

b. Memusnahkan pasukan musuh.

c. Menawan atau menguasai tanah.

d. Mendapatkan maklumat mengenai musuh.

e. Mengalihkan tumpuan musuh kepada kawasan lain.

f. Menghalang musuh daripada mendapatkan bekalan seperti
mengganggu saluran komunikasi atau pengkalan bekalannya.

803. Operasi Ofensif bertujuan untuk memaksa musuh membuat sesuatu keputusan
yang sukar. Hasil dari sesuatu operasi ofensif perlu dieksploitasi bagi mencapai
kejayaan berterusan di samping mengurangkan kesempatan untuk musuh bertindak
balas. Oleh itu, pasukan yang berada pada tahap ofensif perlu memusatkan kekuatan
dan mengambil risiko yang boleh mengurangkan kuasa tempur sedia ada. Demi untuk
mengekalkan atau merebut inisiatif.

8-1

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

804. Sekiranya terdapat tanda-tanda musuh akan bertindak balas, kaedah operasi
ofensif secara “raid” boleh digunakan bagi mengharukan hasrat musuh. Secara
relatif ‘raid’ adalah kaedah terbaik untuk memusnahkan instalasi atau fasilitas penting
musuh. Dalam apa juga operasi, kejayaan pada umumnya diperolehi dari tindakan-
tindakan ofensif. Walaupun sesuatu pasukan itu berada di dalam keadaan defensif,
seseorang komander harus mampu menguasai dan mencari inisiatif bagi menentukan
kemenangan sesuatu pertempuran. Seseorang komander harus memusatkan kekuatan
tempur yang ada pada masa dan kesempatan yang kritikal bagi memusnahkan
keupayaan musuh untuk bertindak.

SEKSYEN 2
JENIS-JENIS OPERASI OFENSIF
805. Jenis-jenis Operasi Ofensif adalah seperti berikut:
a. Manuver Ofensif.

(1) Perlingkaran (Envelopment).
(2) Penembusan (Penetration).
(3) Penyusupan (Infiltration).
b. Mara.
(1) Mara untuk Bertempur.
(2) Mara dalam Bertempur

c. Serangan.

(1) Serangan Serta-Merta.
(2) Serangan Terancang.

d. Pengejaran.
e. Menyeberangi Halangan.
806. Operasi ofensif dan defensif pada dasarnya perlu dilaksanakan sebagai satu
operasi yang melengkapi antara satu sama lain. Jika sesuatu pasukan melaksanakan
operasi ofensif, elemen-elemen lain boleh melaksanakan operasi defensif bagi
melindungi atau menghindarkan musuh mendapat laluan ke kawasan-kawasan

8-2
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

penting. Justeru itu, operasi ofensif adalah sebahagian daripada operasi defensif dan
sebaliknya.

SEKSYEN 3

MANUVER OFENSIF

PENGENALAN

807. BIS mampu melaksanakan sebarang manuver ofensif sama ada pelingkaran,
penembusan dan penyusupan sejajar dengan struktur organisasi yang dimilikinya.
Secara amnya, manuver ofensif menekankan kepada keupayaan untuk menggerakkan
kekuatan tempur pada jarak yang jauh dengan mobiliti yang tinggi. Teras operasi ini
adalah penyelarasan dari aspek gerakan dan kawalan dalam masa sebenar dan ini
seterusnya memerlukan perisikan yang tepat.

TUJUAN

808. Tujuan manuver ofensif adalah untuk:

a. Mengelakkan pertahanan di kawasan yang tidak sesuai.

b. Memaksa musuh bertempur di kawasan yang tidak sesuai untuknya.

c. Mewujudkan peluang-peluang untuk meningkatkan keberkesanan
tembakan penyerang dan melemahkan musuh.

d. Mendekati dan memusnahkan musuh dengan serbuan.

e. Memaksa atau menarik musuh ke kawasan yang sesuai untuk
dimusnahkan dengan tembakan.

809. BIS mampu melaksanakan manuver ofensif sebagai sebahagian dari elemen
manuver formasi. Di dalam melaksanakan manuver ini, Pemerintah Formasi mungkin
meletakkan BIS di tempat-tempat yang bersesuaian untuk melaksanakan serangan.
Perkiraan keadaan Pemerintah Formasi akan menentukan sama ada serangan akan
dilaksanakan dari hadapan, belakang atau rusuk, melalui darat, udara, laut atau ketiga-
tiganya sekali. Bentuk manuver di dalam melaksanakan operasi ini akan ditentukan
oleh perkara-perkara berikut.

a. Misi.

b. Ciri-ciri kawasan operasi.

8-3

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Kedudukan musuh.

d. Kekuatan tempur musuh.

e. Keadaan tanah, cuaca dan halangan.

f. Masa yang ada.

g. Kedudukan pasukan sendiri.

h. Keupayaan mengekalkan serangan.

i. Situasi musuh.

809. Kejayaan operasi ini banyak bergantung kepada perisikan yang tepat dan
terkini berhubung operasi musuh, lokasi, keupayaan dan penilaian ke atas tujuan
musuh. Penilaian keadaan tanah yang merangkumi jalan-jalan pendekatan, objektif
serta lain-lain kawasan berhampiran juga diperlukan oleh seorang komander untuk
mengekalkan kepantasan operasi yang dilaksanakan. Maklumat-maklumat ini boleh
diperolehi dari sumber dan kaedah semasa serta melalui proses persiapan perisikan
medan tempur yang berterusan.

SEKSYEN 4

BENTUK MANUVER OFENSIF

810. Tiga bentuk manuver ofensif adalah seperti berikut:
a. Perlingkaran (Envelopment).
b. Penembusan (Penetration).
c. Penyusupan (Infiltration).

811. Bentuk manuver sesuatu operasi pada asasnya dipengaruhi oleh kekuatan daya
gerak dan keadaan tanah. Selain dari itu, masa, arah dan kerahsiaan juga akan
mempengaruhi kelancaran manuver yang akan dilaksanakan.

MANUVER PERLINGKARAN

812. BIS boleh melaksanakan manuver perlingkaran formasi sementara kumpulan
tempur lain melaksanakan serangan utama atau kedua. Serangan batalion mungkin
melibatkan perlingkaran terhad melalui pergerakan ke rusuk atau belakang kedudukan
musuh untuk sampai ke tanah penting. Pada masa yang sama elemen-elemen lain
formasi melaksanakan operasi manuver ofensif. BIS berupaya melaksanakan

8-4

TERHAD


Click to View FlipBook Version