The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kik.pulada, 2022-05-19 00:23:11

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

TERHAD

MP 1.1.9A TD

penggunaan semua senjata yang ada untuk menimpakan kecederaan kepada musuh
dalam jangka masa yang terbatas.

515. Penarikan keluar BIS daripada pertempuran dengan musuh dan pergerakan di
antara setiap kedudukan pertahanan termasuk pergerakan eselon pentadbiran akan
dilaksanakan seperti mana operasi pengunduran. Elemen-elemen tertentu perlu diatur
gerak sebagai elemen keselamatan dan untuk membuat tinjauan di kawasan belakang
kedudukan pertahanan.. Tindakan pantas dan tahap latihan yang tinggi adalah perlu
untuk meraih kejayaan dalam operasi ini.

PERTAHANAN MELENGAH DARIPADA KEDUDUKAN BERSELANG-
SELI

516. Untuk mengadakan pertahanan melengah dari kedudukan berselang-seli, BIS
perlulah mengadakan dua kumpulan yang akan menduduki kedudukan pertahanan
melengah pertama dan kedua. Dengan kekuatan yang berkekurangan di setiap
kedudukan pertahanan, sudah tentulah ruang hadapan batalion menjadi lebih terbatas.
Justeru, teknik ini sesuai diaplikasikan apabila rusuk pasukan pertahanan agak
selamat dan juga dalam keadaan kemaraan musuh terbatas di kawasan yang
mempunyai ruang hadapan yang sempit seperti kawasan pergunungan dan kawasan
hutan/belukar atau tumbuh-tumbuhan yang rapat. Setelah mencapai tujuan
penempatannya, pasukan yang menduduki kedudukan pertahanan melengah yang
pertama akan berundur ke kedudukan pertahanan melengah ketiga atau terus ke
kedudukan pertahanan melengah utama. Manuver ini diulangi seberapa kerap yang
perlu dalam kerangka masa yang diperuntukkan bagi operasi melengah ini. (Lihat
Gambarajah 2 kepada bab ini ).

517. Dalam melaksanakan operasi ini, pembahagian kuasa pemerintahan akan
berlaku. Pegawai memerintah mungkin memerintah pasukan di kedudukan pertama
dan mengarahkan pegawai bawahannya untuk meninjau dan menyediakan kedudukan
pertahanan melengah yang kedua. Beliau mungkin boleh mengambil alih
pemerintahan kedudukan pertahanan melengah yang kedua apabila kedudukan
pertama dikosongkan atau beliau boleh melepaskan tanggungjawab pemerintahan
kepada pegawai bawahannya sementara beliau terus memerintah kedudukan
pertahanan melengah seterusnya.

518. Dalam pertahanan melengah dengan kedudukan berselang seli, penempatan
senjata bantuan akan dikordinasikan oleh pegawai memerintah:

a. Senjata Anti Armor. Penempatan senjata anti armor boleh
diselerakkan bersama-sama dengan lokaliti-lokaliti kompeni. Selanjutnya
senjata-senjata ini diundurkan bersama-sama dengan kompeni di mana ia
diatur gerakkan. Jika wujud ancaman armor, pegawai memerintah boleh
menarik sebahagian daripada senjata ini untuk diaturgerakkan semula bagi
menghadapi ancaman tersebut.

5–7
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Mesingan Berat . Mesingan berat merupakan senjata utama batalion
yang berkeupayaan untuk memberi kuasa tembakan automatik jarak jauh dan
sederhana. Ia boleh ditempatkan bersama-sama dengan lokaliti kompeni dan
hendaklah saling membantu di setiap kedudukan pertahanan melengah.
Dengan cara ini juga, ia dapat melaksanakan tugas sekunder iaitu membantu
senjata bantuan yang lain. Kordinasi dan atur gerak Mesingan Berat adalah
sama seperti susunan senjata anti armor. Ianya dikawal oleh pegawai
memerintah yang melaksanakan manuver ini.

GABUNGAN PERTAHANAN MELEN GAH DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH BERSELANG SELI DAN BERTURUT-TURUT

519. Pegawai memerintah boleh membuat perkiraan untuk menggabungkan
kombinasi antara pertahanan melengah berturut-turut dan berselang seli dalam satu-
satu operasi pertahanan melengah. Semasa menggunakan kombinasi ini, penempatan
senjata bantuan boleh dilaksanakan seperti yang diterangkan di para 518. Kaedah lain
yang boleh di praktikkan adalah dengan mengekalkan dua kompeni sebilang masa di
satu-satu kedudukan pertahanan melengah (Lihat Gambarajah 3 ). Prosedur untuk
melaksanakan teknik ini adalah seperti berikut:

a. Dua kompeni akan kekal mempertahankan kedudukan pertahanan
melengah yang pertama sementara satu kompeni berundur ke kedudukan
pertahanan yang kedua.

b. Dua kompeni di kedudukan pertama akan berundur pada masa yang
sesuai dan daripada dua kompeni ini, satu kompeni akan menduduki
kedudukan pertahanan melengah yang kedua bersama-sama kompeni yang
berundur lebih awal tadi manakala satu kompeni lagi akan berundur ke
kedudukan pertahanan melengah yang ketiga.

c. Proses ini adalah berterusan sehingga matlamat gerakan tercapai .

PERTAHANAN MELENGAH SECARA BERTERUSAN

520. Pertahanan melengah secara berterusan boleh dicapai dengan adanya kordinasi
pengunduran oleh setiap subunit dari satu lokasi taktikal ke satu lokasi di belakang
dengan dibantu oleh tembakan bantuan yang maksimum. Pengunduran ini dibantu dan
dilindungi oleh subunit yang lain. Tindakan ofensif yang terbatas dari kompeni atau
platun boleh diambil sama ada untuk mengambil kesempatan daripada peluang yang
terbuka untuk menimpakan kecederaan yang maksimum kepada pihak musuh atau
menarik keluar subunit yang terlibat agak jauh dalam pertempuran dengan pihak
musuh.

521. Bagi menentukan kejayaan melengah yang berterusan, pasukan pertahanan
melengah perlulah mempunyai kelebihan seperti berikut:

5–8
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

a. Daya gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan musuh.
Penggunaan pesawat udara, KPPA atau KMTPT.

b. Keadaan tanah yang memberikan medan tembakan yang baik dan juga
jalan pengunduran yang terlindung.

c. Bantuan tembakan yang berkesan daripada artileri dan jika perlu dari
kereta kebal dan Bantuan Rapat Udara.

d. Kawalan yang efisien terhadap kompeni.

BANTUAN TEMPUR DALAM PERTAHANAN MELENGAH

522. Dalam melaksanakan pertahanan melengah, pasukan yang melaksanakan tugas
tersebut amat penting mempunyai daya gerak yang tinggi. Dalam negara tropika
yang mempunyai hutan dan tumbuhan yang padat, penggunaan armor mungkin agak
terhad. Oleh yang demikian, atur gerak amor adalah difikirkan perlu dengan dibantu
oleh infantri. Penugasan armor dalam pertahanan melengah hampir sama seperti
dengan penugasan dalam pertahanan kawasan. Tambahan daripada itu, elemen armor
juga boleh di atur gerakkan untuk membantu dalam penarikan keluar pasukan
pertahanan melengah yang terlibat dalam pertempuran dengan pihak musuh. Amor
juga boleh ditugaskan untuk mengawal laluan sempit jalan-jalan pengunduran
pasukan melengah dan memusnahkan musuh yang telah mara terlalu jauh ke hadapan
daripada pasukan besarnya. Kekenyalan dalam mengatur gerak sumber-sumber armor
ini dapat mengeliru dan memusnahkan musuh. Perancangan yang rapi serta
pengetahuan tentang tanah merupakan asas penting dalam mengatur gerak elemen
ini.

523. Bagi menentukan penarikan keluar pasukan pertahanan melengah yang terlibat
dalam pertempuran dengan pihak musuh dan mencapai lepas libat, pasukan artileri
boleh memainkan peranan yang penting untuk memberi tembakan tubi yang
berterusan ke arah musuh. Dengan kehadiran Pegawai Pemerhatian Hadapan (PPH)
bersama BIS akan memudahkan lagi pasukan artileri memberi tembakan yang padu
untuk memaksa musuh mencari perlindungan serta memberi tekanan dan
melambatkan kemaraan musuh.

524. Penugasan Jurutera dalam pertahanan melengah adalah hampir sama seperti
dalam pertahanan kawasan dan pengunduran. Di samping itu, keutamaan perlu diberi
untuk menugaskan Jurutera untuk menghalang musuh daripada membuat pergerakan
memintas pasukan pertahanan melengah sama ada semasa peringkat pertahanan atau
semasa pengunduran. Melambatkan kemaraan atau penyusulan (follow up) musuh
terhadap pasukan pertahanan melengah dan sentiasa peka untuk membuka laluan
semasa berundur pasukan pertahanan melengah merupakan tugas penting pasukan
jurutera. Perancangan yang teliti dalam penggunaan periuk api, merosakkan laluan
termasuk menebang pokok adalah tugas yang boleh dilakukan. Selain menyiapkan

5–9
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

halangan-halangan ini, jurutera juga harus merancang dalam membantu pasukan yang
mengambil kedudukan alternatif berikutnya.

PENTADBIRAN DI MEDAN PERTAHANAN MELENGAH

525. Aspek-aspek pentadbiran berikut hendaklah dipertimbangkan dalam
pertahanan melengah:

a. Kawalan. Pergerakan Eselon A mungkin boleh dikawal oleh Markas
KSB atau POSTAH batalion supaya mereka tidak terlalu jauh di hadapan dan
terlibat dengan pertempuran.

b. Pergerakan Dengan Udara. Pergerakan dengan udara terutamanya
helikopter hendaklah dipertimbangkan jika keadaan kawasan hadapan
membenarkan penggunaannya.

c. Ulang Bekal . Kumpulan yang terlibat di dalam pertahanan melengah
haruslah mempunyai kemampuan ulang bekalnya sendiri. Longgokan bekalan
haruslah dielakkan dan ulang bekal di kedudukan pertahanan melengah
haruslah dalam bentuk stok di atas kenderaan.

d. Penyampaian Maklumat . Aliran kejadian yang pantas dan keadaan
yang tidak menentu dalam pertahanan melengah memberi kesan terhadap
pengaturan ulang bekal. Justeru, adalah mustahak bagi eselon A sentiasa
mengikuti perkembangan terkini situasi pertempuran.

e. Kawalan Trafik dan Laluan. Kawalan trafik dan laluan yang
berkesan adalah mustahak. Untuk mengelakkan kesesakan rangkaian batalion,
rangkaian kawalan trafik yang berasingan hendaklah ditubuhkan dengan
menyediakan rangkaian perhubungannya dengan pasukan pertahanan
melengah.

5 – 10
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Gambarajah 1: Pertahanan Melengah dari Kedudukan
Berturut-Turut

5 – 11
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Gambarajah 2: Pertahanan Melengah dari Kedudukan
Berselang Seli

5 – 12
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 4

PERTAHANAN BERGERAK

AM

526. Jarang sekali pasukan yang lebih kecil dari divisyen ditugaskan untuk
melaksanakan pertahanan bergerak. Pasukan ini perlu mempunyai daya gerak yang
tinggi, sama ada infantri mekanis atau elemen infantri yang di bawa oleh KMTPT
atau KPPA dan dengan dibantu oleh kereta kebal.

527. Pemerintah kumpulan yang akan melaksanakan pertahanan bergerak perlu
diperuntukkan satu kawasan yang membolehkan beliau bertindak dengan ruang
hadapan yang luas dan kedalaman yang bersesuaian. Keadaan muka bumi di mana
pertahanan bergerak akan dilaksanakan perlu sesuai untuk kumpulan armor membuat
manuver. Semasa merancang pertahanan bergerak, pemerintah perlu memilih
kawasan membunuh yang baik berdasarkan kepada kawasan tanah yang boleh
dipertahankan secara taktikal dan halangan-halangan yang merentangi jalan-jalan
yang mungkin dilalui musuh.

PERTIMBANGAN ASAS

528. Pertimbangan Asas yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

a. Musuh.

b. Pemilihan Tanah.

c. Masa dan Jarak.

529. Musuh.

a. Penilaian yang tepat terhadap kekuatan musuh yang merangkumi
jumlah dan keupayaan daya gerak aset manuvernya, perisikan tentang
keupayaan bertindak dan pendekatannya adalah perkara penting dalam
membuat penilaian dan keputusan untuk melaksanakan pertahanan bergerak.
Sekiranya pertahanan bergerak perlu diadakan, maka ianya haruslah memberi
impak yang berkesan terhadap musuh. Segala tipu helah serta penempatan
halangan-halangan harus dirancang dan dilaksanakan. Segala perancangan
dibuat haruslah tidak memberi pilihan kepada musuh untuk bertindak dan
memaksa mereka ke arah kawasan membunuh yang dipilih serta dapat
membunuh mereka secara maksimum.

b. Dalam pertahanan bergerak, mengeksploitasi kelemahan serta
kekurangan musuh adalah dititikberatkan. Dengan memperolehi perisikan
yang berterusan tentang kekurangan musuh serta mengeksploitasi keadaan
termasuk jarak dan masa, kawasan membunuh dan halangan-halangan akan
dapat meningkatkan peluang kejayaan. Pertahanan bergerak dilaksanakan
dengan cara menyalurkan musuh ke kawasan membunuh, menyekat kemaraan

5 – 13
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

mereka dengan menggunakan pasukan penghalang dan seterusnya menyerang
musuh yang telah terhenti.

530. Pemilihan Tanah.

a. Pemilihan tanah yang dibuat hendaklah mengurangkan keberkesanan
penggunaan kuasa tembakan musuh. Keluasan kawasan yang dipilih harus
membenarkan ruang untuk pasukan sendiri melakukan manuver dan secara
langsung menyalur musuh ke kawasan yang boleh membunuh mereka.
Dalam pertahanan bergerak, pemilihan Tanah Penting (Vital Ground) adalah
sama seperti dalam pemilihan pertahanan kawasan. Oleh kerana pertahanan
bergerak ini melibatkan manuver, pilihan kawasan membunuh haruslah diberi
penekanan. Kawasan membunuh perlu dipilih berdasarkan kepada terdapatnya
kedudukan yang sesuai untuk dipertahankan dan halangan yang ada di
sekeliling pendekatan mara musuh.

b. Dalam kawasan yang mempunyai hutan atau tumbuhan yang padat,
adalah lebih berkesan untuk menggabungkan pasukan infantri dan armor
melaksanakan pertahanan bergerak terhadap musuh yang mempunyai
kelebihan armor. Namun begitu, pergerakan pasukan infantri dari satu titik
atau dari satu kedudukan ke satu kedudukan yang lain seperti pengunduran,
perlu menggunakan kenderaan.

531. Masa dan Jarak. Masa merupakan perkara penting dalam menyiapkan
pertahanan bergerak. Masa yang cukup harus diberi untuk penyediaan kedudukan
pertahanan serta raptai bagi menghadapi musuh yang datang. Semasa pertempuran,
masa yang cukup harus diberi kepada terup untuk bergerak dan mengambil
kedudukan pertahanan yang baru. Dengan adanya masa rehat dan ulang bekal yang
baik, akan membolehkan pasukan meningkatkan semangat sifat juang yang
berterusan.

PELAKSANAAN PERTAHANAN BERGERAK

532. BIS boleh dijadikan sebahagian daripada kumpulan-kumpulan berikut jika
terlibat di dalam operasi pertahanan bergerak:

a. Kumpulan Pelindung.

b. Kumpulan Penghalang.

c. Kumpulan Bergerak.

533. Kumpulan Pelindung. Kumpulan Pelindung dalam pertahanan bergerak
bertujuan untuk mencederakan musuh seberapa banyak yang boleh tanpa terlibat
dalam sesuatu pertempuran secara muktamad. Batalion mungkin dilibatkan sebagai
sebahagian daripada kumpulan pelindung jika ianya diperuntukkan sumber-sumber
daya gerak yang lebih tinggi daripada musuh. Jika ianya sebagai sebahagian
daripada kumpulan pelindung, batalion perlulah:

5 – 14
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

a. Mengesan dan melaporkan pendekatan laluan musuh.

b. Melambatkan dan mengucar-ngacirkan kemaraannya.

c. Menghalang kumpulan musuh dari mengesan dengan tepat kedudukan
elemen yang lain seberapa lama yang mampu.

d. Menyalur musuh ke dalam kawasan membunuh.

534. Kumpulan Penghalang. Tugas utama kumpulan penghalang adalah untuk
menahan kemaraan musuh sehingga kumpulan pelindung dapat bertindak. Sekiranya
musuh mara dengan menggunakan ruang hadapan yang luas dan meliputi banyak
laluan, kemungkinan terdapat beberapa luang terbuka di antara elemen-elemen
kumpulan penghalang. Pemerhatian ke atas ruang hadapan adalah penting dan
rondaan adalah perlu untuk mengintip dan mengawasi luang-luang yang terbuka.
Pemerintah kumpulan penghalang perlu diberikan satu kawasan untuk manuver bagi
membolehkan beliau menggunakan pasukannya untuk menghalang kemaraan musuh.
Dalam pertahanan bergerak, batalion boleh ditugaskan sebagai kumpulan penghalang.
Atur gerak ini sama seperti mana pertahanan kawasan. Bila keadaan medan
pertempuran semakin sengit, batalion ini mungkin diundurkan dan diatur gerak
semula ke kedudukan pertahanan yang lain yang telah ditentukan terlebih dahulu.
Tiga tugas utama kumpulan penghalang adalah:

a. Memaksa musuh membuat atur gerak.

b. Menyalurkan musuh ke satu kawasan yang sesuai untuk diserang oleh
kumpulan bergerak.

c. Mengakibatkan kecederaan maksimum kepada musuh dari kedudukan
penghalang.

535. Kumpulan Bergerak. Kumpulan Bergerak adalah merupakan elemen penentu
di dalam pertahanan bergerak. Misi utama kumpulan bergerak ialah untuk
memusnahkan musuh. Kumpulan ini biasanya mempunyai kekuatan tempur yang
besar dan diberikan kelebihan dari segi kekuatan armor. Kumpulan mekanis adalah
merupakan kumpulan bergerak yang paling sesuai. Walau bagaimanapun, batalion
infantri yang menggunakan KPPA dan dibantu oleh kereta kebal boleh juga
digunakan sebagai Kumpulan Bergerak. Kumpulan bergerak ini akan digunakan
apabila kumpulan penghalang telah berjaya memaksa musuh berhenti dan membuat
atur gerak. Pemerintah keseluruhan pasukan ini akan bertanggungjawab untuk
memberikan arahan bila serangan boleh dilancarkan.

BANTUAN TEMPUR DALAM PERTAHANAN BERGERAK

536. Kejayaan di dalam sesuatu peperangan adalah tertakluk kepada kebolehan
seseorang pemimpin mengekalkan kelebihan kuasa tempur. Kuasa tempur adalah
jumlah keseluruhan keupayaan setiap komponen tempur yang bertindak secara
bersama. Dalam pertahanan bergerak ini, bantuan tempur merupakan satu aset
penting untuk menentukan kejayaan.

5 – 15

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

537. Pertimbangan asas dalam penugasan armor dalam pertahanan bergerak
haruslah dirancang dengan teliti bagi memastikan tugasnya dapat dilaksanakan
dengan efektif. Perhubungan rapat antara armor dengan infantri sewaktu pertahanan
bergerak adalah sangat mustahak. Perhubungan ini merupakan faktor utama kejayaan
sesuatu operasi dan hanya boleh diperolehi melalui tahap kerjasama yang rapat dan
teknik komunikasi yang berkesan.

538. Penggabungan tembakan dan manuver adalah mustahak untuk menentukan
kejayaan pertahanan bergerak. Pembahagian secara menyeluruh semua unsur-unsur
artileri dengan menempatkan unit-unit artileri dalam bantuan langsung, dalam bantuan
dan atas panggilan utama yang di fikir perlu oleh pemerintah sewaktu pertahanan
bergerak akan membantu lagi menghasilkan kejayaan.

539. Kejayaan jurutera membantu penyenggaraan daya gerak di samping
menghalang kebebasan musuh untuk bergerak akan memberi kesan positif kepada
operasi ini. Segala kerja yang dilaksanakan haruslah ditumpukan untuk menarik atau
memaksa musuh ke kawasan membunuh yang dirancang.

PENTADBIRAN DI MEDAN

540. Dalam pertahanan bergerak, bantuan pentadbiran hendaklah dirancang dengan
teliti dan cukup fleksibel untuk membolehkan sebarang perubahan. Sesebuah batalion
yang terlibat di dalam operasi seperti ini mungkin perlu memegang jumlah stok
bekalan tempur yang lebih banyak daripada biasa dan menggunakan sumber-sumber
tempatan jika boleh. Ada ketikanya stok-stok ini perlu ditempatkan terlebih awal di
kedudukan yang telah dirancang, tetapi ia tidak seharusnya membebankan batalion
untuk melaksanakan operasi.

5 – 16
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 6

PERTAHANAN KAWASAN

SEKSYEN 1

PENGENALAN

601. Sesebuah batalion tidak mungkin diatur gerakkan dalam pertahanan kawasan
kecuali sebagai sebahagian dari pertahanan formasi yang lebih besar, iaitu Divisyen
atau Briged. Pertahanan kawasan dilaksanakan untuk mendapatkan dominasi taktikal
dan seterusnya melemahkan kekuatan musuh supaya operasi ofensif dapat diteruskan.

602. Kawasan membunuh utama akan dipilih oleh pemerintah formasi sebagai asas
penyelarasan kepada rancangan perang formasi. Ia biasanya adalah berdasarkan
halangan semula jadi seperti lurah yang sempit dan curam atau sesuatu kawasan yang
susah laluannya dan akan diperbaiki sebagai halangan oleh Jurutera Medan dan/atau
Platun Rintis Serang. Halangan ini mestilah dapat menyalurkan musuh ke kawasan
membunuh atau memaksanya berkumpul semasa melintasi halangan dan menjadi
sasaran yang baik kepada pasukan bertahan.

603. Musuh akan cuba menumpukan kekuatan anggota dan kuasa tembakan yang
secukupnya untuk menembusi kedudukan pertahanan seberapa dalam yang boleh
melalui ruang hadapan yang sempit. Hanya dengan berbuat demikian musuh dapat
mengasingkan kedudukan pertahanan lawannya di antara satu dengan yang lain,
seterusnya menyusup ke kedudukan ini, serta mengepung dari semua sudut dan
menyerang seberapa banyak kedudukan dengan serentak. Tindakan ini dapat
menghalang kumpulan simpanan dari bergerak bebas dan seterusnya melaksanakan
tindakan serang balas dan tindak balas penembusan. Untuk menyekat serangan ini,
pemerintah yang bertahan mestilah bergantung ke atas keupayaan setiap kedudukan
pertahanannya dengan mempertingkatkan kekuatan tembakan masing-masing ke
tahap yang maksimum serta dibantu sepenuhnya oleh kekuatan tembakan bantuan
yang ada. Selalunya penembusan oleh musuh di antara kedudukan pertahanan tidak
dapat dielakkan. Pasukan bertahan mestilah bertempur habis-habisan dan berazam
untuk mengharu dan memusnahkan musuh dalam semua keadaan dengan seberapa
daya yang boleh walaupun sebahagian daripada kedudukan pertahanan tersebut telah
ditawan, dimusnahkan atau dikepung oleh musuh.

SEKSYEN 2
PERTIMBANGAN ASAS
605. Walaupun terdapat tujuan tertentu untuk melaksanakan pertahanan kawasan
tetapi tujuan utamanya mestilah untuk memusnahkan musuh dengan semaksimum

6-1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

yang boleh. Pegawai memerintah akan diberi tugas dan sektor tanggungjawab di
mana batalion diatur gerakkan dengan menggunakan sebaik mungkin keadaan tanah
secara taktikal. Pegawai memerintah pula akan memperuntukkan sektor
tanggungjawab kepada setiap Ketua Kompeni bagi menempatkan kompeni masing-
masing. Dalam menyediakan rancangan pertahanan masing-masing, Pemerintah di
setiap peringkat mestilah melaksanakannya berpandukan pertimbangan asas seperti
berikut:

a. Penggunaan tanah.

b. Saling membantu.

c. Pertahanan keliling.

d. Kedalaman.

e. Fleksibiliti.

f. Pemusatan Kuasa Tembakan.

g. Penyelarasan rancangan tembakan.

h. Keselamatan.

i. Rancangan Tempur.

PENGGUNAAN TANAH

606. Rupa Bumi Penting. Dalam mana-mana kawasan yang diperuntukkan untuk
dipertahankan oleh batalion terdapat suatu kawasan rupa bumi yang memberikan
kelebihan kepada sebarang kumpulan tempur yang mendudukinya, kawasan seperti
ini dipanggil Rupa bumi Penting. Batalion selalunya ingin bertahan di sini.

607. Tanah Penting . Selalunya ada sebidang tanah di dalam satu-satu kawasan
rupa bumi penting yang boleh dipertimbangkan sebagai tanah penting. Tanah penting
merupakan tanah di kawasan tanggungjawab batalion yang jika diperolehi oleh
musuh, akan memberi gangguan serius terhadap kejayaan untuk mempertahankan
kawasan tersebut. Tanah penting mestilah dihalang daripada ditawan oleh musuh dan
batalion selalunya bertahan di atasnya. Tanah penting mungkin sama ada tanah yang
dikuasai, persimpangan penting atau bandar penting.

608. Tanah penting formasi akan dipilih oleh pemerintah formasi. Sebahagian atau
keseluruhan tanah penting atau rupa bumi penting formasi mungkin termasuk di
dalam kawasan tanggungjawab batalion. Pegawai memerintah akan menempatkan
batalionnya untuk mempertahankan tanah penting di dalam sempadan dan tugas yang
telah ditetapkan oleh pemerintah formasi. Beliau juga akan menempatkan

6-2

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

batalionnya untuk melindungi tanah pentingnya dan semua arah pendekatan ke tanah
penting formasi tersebut.

609. Pemerhatian dan Medan Tembakan. Batalion mestilah diatur gerakkan
untuk menentukan keseluruhan kuasa tembakan senjatanya boleh digunakan
terhadap musuh di dalam keadaan yang paling sesuai. Tanah yang memberikan
pemerhatian dan medan tembakan yang baik adalah tanah yang membenarkan
gangguan yang maksimum terhadap serangan musuh dengan membolehkan pasukan
bertahan melepaskan tembakan kepada musuh di jarak yang paling berkesan. Di
kawasan terhad, di mana pemerhatian dan medan tembakan adalah terbatas,
penekanan hendaklah diberikan kepada rondaan untuk mendapatkan maklumat awal
terhadap musuh bagi membolehkan panggilan Tembakan Defensif dilakukan di jarak
berkesan yang maksimum. Selalunya medan hadapan dan kedalaman kedudukan
pertahanan di kawasan terhad perlu dikurangkan dan kadangkalanya medan tembakan
perlu dibina dan dibersihkan

610. Penyembunyian. Setiap usaha hendaklah diambil untuk menyembunyikan
kedudukan pertahanan. Penyembunyian adalah perlindungan dari pemerhatian dan
pengintipan musuh. Penyembunyian boleh diperolehi secara semula jadi dari
tumbuh-tumbuhan di sekeliling atau secara buatan dengan penggunaan penyamaran.
Langkah-langkah aktif seperti rondaan agresif boleh membantu menghalang musuh
dari mendapatkan maklumat berkenaan kedudukan pertahanan. Penyembunyian yang
berkesan adalah salah satu cara untuk memperolehi kejutan dan menyukarkan musuh
mengesan sasaran. Di kawasan terbuka, menduduki lereng sebelah belakang sesuatu
bukit atau tanah tinggi akan membantu penyembunyian. Di kawasan terhad,
penyembunyian tidaklah menjadi masalah yang besar.

611. Penggunaan Maksimum Halangan. BIS hendaklah diaturgerakkan supaya
dapat memaksimum keberkesanan sesuatu halangan yang ada di dalam kawasan
tanggungjawabnya. Keupayaan sesuatu halangan semula jadi untuk menyalur dan
menggendalakan musuh perlu digunakan sepenuhnya.. Penggunaan halangan dengan
baik dapat menghalang kelancaran serangan musuh dan kesepaduan (cohesion)
taktiknya serta mendedahkan mereka kepada tembakan pertahanan dalam jangka
masa yang lebih lama. Keberkesanan halangan semula jadi dapat dipertingkatkan
dengan cara memperkuatkannya dengan halangan buatan manusia. Penggunaan
sepenuhnya kedua-dua halangan semula jadi dan buatan manusia merupakan cara
yang paling berkesan untuk mengimbangi musuh yang mempunyai kekuatan tempur
yang lebih besar. Setiap halangan hendaklah boleh diperhatikan dan tembakan yang
ditenang boleh dilepaskan bagi menghalang sebarang cubaan musuh untuk meninjau
atau mengganggunya pada sebilang masa sama ada siang atau malam.

SALING MEMBANTU

612. Semua unit dan unit kecil dianggap saling membantu jika musuh tidak boleh
menyerang sesuatu unit tanpa gangguan atau penglibatan dari unit yang lain. Untuk
mencapai tujuan ini, tembakan dari satu unit perlulah meliputi bahagian hadapan unit

6-3

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

di rusuknya. Selalunya keadaan ini tidak boleh diperolehi kerana rupa bentuk bumi
dan keluasan medan hadapan yang perlu dipertahankan. Namun begitu, seboleh-
bolehnya, kompeni-kompeni raifal dalam batalion tersebut berupaya melindungi
kawasan hadapan, rusuk dan belakang kompeni-kompeni yang bersebelahan
dengannya dengan menggunakan tembakan senjata kecil dan senjata anti-armor.
Sekiranya halangan atau keadaan tanah tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya
tembakan bersilang anti-armor dan mesingan hendaklah diaturkan. Sebarang luang
di antara unit- unit hendaklah dilindungi oleh kedudukan kedalaman dan sentiasa
diawasi supaya tembakan artileri dan mortar boleh dilakukan apabila perlu.

PERTAHANAN KELILING

613. Musuh selalunya akan menyerang kedudukan pertahanan dari sudut yang
mereka anggap paling lemah. Justeru, pegawai memerintah perlu merangka
pertahanannya untuk mematahkan serangan musuh dari sebarang sudut atau
pendekatan. Lagi baik tahap saling membantu sesuatu pertahanan maka lagi
kuranglah keperluan untuk menangkis serangan musuh dari segenap penjuru. Namun
begitu, semasa kecemasan setiap seksyen, platun dan kompeni hendaklah sentiasa
bersedia untuk bertempur dari mana-mana arah, walaupun pada lazimnya mereka
dikehendaki menumpukan kepada pendekatan yang paling mungkin digunakan oleh
musuh terhadap kedudukan mereka. Rondaan dan pos pemerhati hendaklah digunakan
untuk mempertingkatkan lagi keupayaan pertahanan keliling terutamanya di kawasan
terhad di waktu malam dan dalam keadaan penglihatan yang kurang jelas.

KEDALAMAN

614. Kedalaman ialah kesan kumulatif daripada semua langkah-langkah pertahanan
yang dilaksanakan oleh batalion. Kedudukan pertahanan mestilah diatur secara
kedalaman agar penyerang yang berjaya menembusi batas hadapan kedudukan
pertahanan, kejayaan tersebut dapat dikekang apabila terpaksa berhadapan dengan
kedudukan pertahanan seterusnya.

615. Kedalaman sesuatu pertahanan kawasan diperolehi melalui kebolehan
sesaorang pemerintah menyusun atur pasukannya dan mengaplikasikan daya
tembakan dengan cekap. Pertahanan bermula seberapa jauh ke hadapan yang boleh
supaya kekuatan musuh dapat dilemahkan secara progresif sehingga mereka tidak
berupaya mengalahkan kita apabila sampai di kedudukan pertahanan utama.

616. Musuh akan ditembak apabila menghampiri kedudukan pertahanan batalion
dengan artileri dan mortar yang membantu kumpulan ronda tempur atau rondaan tetap
batalion. Kedalaman boleh juga diperolehi dengan menyelaraskan rancangan
tembakan defensif termasuk tembakan daripada artileri, mortar, kereta kebal dan
senjata bantuan yang organik kepada batalion dan juga halangan-halangan.

6-4
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

617. Walaupun serangan musuh akan mula ditentang jauh di kawasan hadapan
kedudukan pertahanan utama batalion, dengan keazaman yang tinggi dan kekuatan
yang diperlukan serta kesediaan mengorbankan sejumlah kecederaan, musuh
selalunya akan berjaya merapati unit yang di hadapan dan kemungkinan juga berjaya
membuat sedikit penembusan. Oleh itu, susun atur kedudukan pertahanan mestilah
dibuat untuk menghalang musuh daripada mengeksploitasikan penembusan tersebut.
Ini boleh dilakukan dengan mengatur kedudukan-kedudukan pertahanan secara
kedalaman. Kedudukan-kedudukan pertahanan ini pula harus mempunyai halangan-
halangan mereka sendiri serta bantuan tembakan tidak langsung untuk membantutkan
dan mengehadkan penembusan. Susun atur secara kedalaman akan memaksa musuh
melakukan serangan secara berfasa dan akan memperlahankan momentumnya.
Apabila penembusan itu berjaya disekat oleh kedudukan kedalaman, pasukan musuh
yang melakukan penembusan ini boleh dimusnahkan dengan kombinasi kuasa
tembakan dan manuver.

618. Pemerintah di semua peringkat selalunya dipertanggungjawabkan dengan
medan hadapan yang lebih luas daripada apa yang ia ingin pertahankan. Oleh itu,
adalah penting sesaorang pemerintah tidak dipengaruhi oleh kemahuan untuk
mengorbankan kedalaman bagi memenuhkan kawasan hadapan yang luas tadi.
Adalah lebih baik diadakan luang-luang yang boleh dilindungi dengan pemerhatian
dan tembakan.

FLEKSIBILITI

619. Pegawai memerintah hendaklah sentiasa bersedia untuk bertindak terhadap
sesuatu yang di luar jangkaannya dan juga mengeksploitasi peluang baik yang timbul.
Fleksibiliti boleh diperolehi dengan menggunakan halangan dan penggunaan
sepenuhnya artileri, mortar, senjata-senjata anti-armor dan mesingan untuk
membantunya membendung sesuatu penembusan. Peluang untuk sesaorang
pemerintah mengumpulkan kembali subunit semasa pertempuran sedang berlaku bagi
membantu menentang penembusan adalah amat tipis.

620. Fleksibiliti boleh juga diperolehi dengan mengadakan kedudukan alternatif
untuk waktu siang dan malam. Kedudukan alternatif membolehkan penempatan
anggota di lereng hadapan kedudukan pertahanan, terutamanya dalam keadaan
penglihatan yang kabur dan sekali gus dapat menghalang penyusupan.

PEMUSATAN KUASA TEMBAK

621. Sel Bantuan Tembakan Batalion (SBTB). Kaedah utama untuk

mematahkan serangan musuh adalah dengan menumpukan secara pantas tembakan

daripada artileri, mortar dan senjata tembakan langsung terhadap mereka. Atas sebab

ini, kawalan tembakan artileri akan dipusatkan di Briged atau Divisyen. Ia bagi

membolehkan tumpuan tembakan yang lebih besar diberikan kepada sasaran-sasaran

utama. Walaupun begitu, ini juga bermakna pegawai memerintah tidak akan

mendapat bantuan tembakan daripada bateri bantuan langsung pada sebilang masa.

6-5
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Oleh itu penekanan yang lebih hendaklah diberikan kepada penggunaan platun mortar
dan senjata-senjata bantuan kompeni yang berada di bawah kawalan langsung
pegawai memerintah melalui SBTB. Pemusatan kawalan sumber-sumber bantuan
tembakan ini, membolehkan pegawai memerintah menumpukan kuasa tembakan yang
sesuai di saat yang genting serta tepat pada masanya.

622. Komunikasi. Pemusatan kawalan kuasa tembakan tidak mungkin dicapai
tanpa komunikasi yang baik di kawasan kedudukan pertahanan. Satu sistem
komunikasi radio yang boleh dipercayai dan dibantu oleh perhubungan talian adalah
penting. Melainkan jika ditanam, perhubungan talian adalah terdedah kepada bahaya
dari tembakan artileri, mortar atau kenderaan-kenderaan berunut. Rancangan
komunikasi hendaklah juga mengambil kira keupayaan peperangan elektronik (EW)
musuh.

PENYELARASAN RANCANGAN TEMBAKAN

623. Penyelarasan rancangan tembakan secara terperinci yang melibatkan artileri,
bantuan udara rapat, kereta kebal dan senjata-senjata bantuan, boleh membantu
mematahkan serbuan musuh. Rancangan ini mestilah menentukan kuasa tembakan
setiap senjata dimaksimumkan. Penyelarasan hendaklah dibuat di semua peringkat
pemerintahan dan dengan semua unit dan subunit dan unit-unit rusuk.

624. Rancangan Tembakan Defensif mestilah menentukan supaya musuh ditembak
secara berterusan di semua tahap serangannya dari masa tinjauan hinggalah ke
serbuan akhir. Ia juga haruslah merangkumi bantuan tembakan semasa fasa serangan
balas dan tindak balas penembusan. Dengan dibantu oleh ketua Bateri dan ketua
platun mortar, pegawai pemerintah akan memilih titik-titik tembakan defensif bagi
melindungi semua arah pendekatan ke kedudukan batalion. Tugas ini termasuklah
tembakan defensif untuk mortar, senjata anti-armor, mesingan tugas habisan. Bagi
tembakan artileri, kordinasi dan kata putus bantuan tembakan akan dibuat oleh
Markas Briged.

KESELAMATAN

625. Pemerintah di semua peringkat mestilah menghalang musuh daripada
melakukan kejutan taktikal kepada pasukannya. Di peringkat briged, kumpulan tabir
biasanya akan diaturgerakkan. Untuk menjamin keselamatan batalion, pegawai
memerintah perlulah menghantar kumpulan ronda ke kawasan hadapan kedudukan
pertahanan khususnya kawasan pendekatan yang mungkin digunakan musuh untuk
menyerang batalion. Di samping itu, rondaan juga perlu dihantar ke kawasan rusuk
dan jika perlu di kawasan belakang kedudukan pertahanan. Langkah-langkah ini
merupakan sebahagian dari rancangan keselamatan batalion untuk memberi amaran
seawal mungkin tentang serangan musuh, melambatkan dan menghalang pihak musuh
mendapatkan maklumat. Penggunaan pengawasan dari udara dan peralatan
pengawasan hendaklah di gabungkan ke dalam rancangan keselamatan. Di kawasan
rapat, keselamatan adalah merupakan masalah yang besar dan memerlukan program

6-6

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

ronda yang lebih agresif. Pasukan yang bertahan hendaklah mengambil setiap
langkah untuk mengekalkan kontak dengan musuh dan mengganggu persediaannya
untuk menyerang.

RANCANGAN PERTEMPURAN

626. Penilaian keadaan oleh pegawai memerintah bukan sahaja merangkumi
rancangan amnya tetapi juga rancangan terperinci pelaksanaan pertahanan yang juga
meliputi rancangan-rancangan kecil selanjutnya seperti rancangan anti-amor,
rancangan serang balas dan lain-lain. Kunci utama rancangannya adalah untuk
menjelaskan di mana dan bagaimana hendak memusnahkan musuh kerana ini akan
menjadi faktor penentu kepada penempatan senjata-senjata agar dapat digunakan
dengan lebih berkesan. Pegawai memerintah mestilah mengimbangi guna tenaga
untuk elemen keselamatannya dengan keperluan anggota-anggota di kedudukan
pertahanan. Pelbagai tugas yang perlu dilakukan untuk membina kedudukan
pertahanan menjadikannya penting bagi pegawai memerintah mempertimbangkan
dengan sebaik-baiknya semua keperluan tugas dan tidak melibatkan anggotanya
secara berlebihan.

627. Rancangan pegawai memerintah mestilah cukup fleksibel untuk membolehkan
beliau bertindak terhadap sebarang keadaan yang di luar jangkaan, di samping
mengekalkan inisiatif dan memaksa pertempuran berlaku sejajar dengan rancangan
pertahanannya.

SEKSYEN 3

SUSUN BENTUK PERTAHANAN

628. Di peringkat formasi, kumpulan pelindung dan tabir selalunya diaturgerakkan
untuk melindungi dan memberi masa untuk persiapan penempatan kedudukan
pertahanan. Walau bagaimanapun, semasa mempersiapkan kedudukan pertahanan,
semua pemerintah mestilah mengambil langkah keselamatan masing-masing untuk
menghadapi sebarang jenis serangan. Langkah ini diambil sama ada tabir atau
pelindung diaturgerakkan ataupun tidak.

PASUKAN PELINDUNG

629. Pasukan pelindung akan diaturkan dan diperintah oleh formasi atasan. Ia
selalunya terdiri daripada kumpulan tempur gabungan yang mempunyai daya mobiliti
dan kuasa tembakan yang padu. Dengan itu pasukan tersebut berupaya bergerak
bebas dan boleh memutus tempur (disenggage) dengan segera. Tugas utamanya
adalah untuk melambatkan kemaraan musuh. Batalion boleh diaturgerakkan sebagai
sebahagian dari kumpulan pelindung divisyen.

6-7

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

TABIR

630. Kumpulan Tabir Briged selalunya terdiri daripada elemen-elemen kedalaman
supaya tidak mengganggu penyediaan kedudukan pertahanan utama. Kumpulan ini
diletakkan terus di bawah perintah markas briged dan menggunakan rangkaian
pemerintahan briged walaupun elemen pasukannya disediakan oleh batalion-batalion
briged tersebut.

631. Kumpulan Tabir ditempatkan untuk:

a. Menghindar musuh daripada memerhatikan atau meninjau kedudukan
pertahanan.

b. Memberi maklumat mengenai aktiviti musuh di kawasan hadapan
kedudukan pertahanan utama.

c. Membantu pasukan pelindung lepas libat dengan mengadakan
pangkalan tetap. Pasukan pelindung akan berundur melalui pangkalan tetap
tersebut.

d. Melambatkan musuh dengan memaksanya diaturgerakkan.

632. Semua kumpulan tabir hendaklah diperuntukkan dengan bantuan tembakan
tidak langsung. Ada ketikanya Briged tidak dapat mengadakan kumpulan tabir
ataupun kumpulan itu tidak berupaya memberikan perlindungan keselamatan
sepenuhnya di hadapan dan/atau di rusuk. Dalam keadaan ini, batalion mungkin
ditugaskan oleh markas briged untuk mengadakan kumpulan ronda sebagai ganti
kepada kumpulan tabir atau sebagai langkah keselamatan tambahan kepada kumpulan
tabir. Kumpulan ronda ini selalunya akan diberi penugasan dan diselaraskan di
peringkat Briged seperti mana kumpulan tabir.
633. Secara hakikinya keselamatan batalion adalah tanggungjawab pegawai
memerintah. Justeru, pegawai memerintah mungkin merasakan adalah perlu untuk
mengadakan kumpulan ronda sendiri demi keselamatan batalion walaupun di
peringkat formasi, kumpulan keselamatan telah diadakan. Kumpulan keselamatan
batalion ditugaskan dan diselaraskan oleh Markas Batalion.

634. Perhubungan di antara kumpulan pelindung, tabir dan kumpulan keselamatan
di bawah kawalan briged dan elemen keselamatan batalion diterangkan di
Gambarajah 4 kepada bab ini.

KEDUDUKAN PERTAHANAN UTAMA

635. Dalam keadaan peperangan yang serba moden ini, adalah tidak mungkin dan
tidak perlu mengekalkan satu garisan pertahanan secara berterusan. Pasukan
penyerang biasanya menumpukan kuasa tembakan yang sangat besar di ruang
hadapan yang sempit akan berjaya melaksanakan penembusan. Semasa Perintah

6-8

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

komander formasi, pegawai memerintah akan dimaklumkan mengenai perkara-
perkara seperti tanah penting Briged, perkumpulan, tugas batalion dan kawasan
tanggungjawabnya termasuk batas hadapan kawasan tempur (FEBA) dan sempadan
batalionnya. Pegawai memerintah juga akan diberitahu kemungkinan tujuan musuh,
arah dan masa serangan utama yang dijangkakan dan jangkaan kekuatan armor,
artileri dan bantuan udara musuh.

636. Semasa membuat rancangan batalion, pegawai memerintah akan menentukan
kedudukan tanah yang difikirkan penting untuk membolehkan batalion
mempertahankan kawasan tersebut. Beliau juga akan menetapkan sempadan di antara
unit kecilnya. Tanah yang difikirkan penting tadi, mesti dihindarkan dari musuh dan
merupakan asas kepada susun atur pertahanan batalion.

637. Jika tanah penting itu telah dipilih dengan betul, pihak musuh perlulah terlebih
dahulu menawan tanah tersebut demi mencapai tujuannya. Sesuatu kumpulan tertentu
akan ditugaskan oleh Panglima Briged untuk menyerang balas dan menawan kembali
tanah penting tersebut jika ia diancam atau mungkin ditawan oleh musuh. Jika musuh
telah berjaya menawan tanah penting ini, batalion tidak mungkin mempunyai
kekuatan yang cukup untuk menawannya kembali tanpa sebarang bantuan dari
sumber lain.

638. Pegawai memerintah akan mengkaji pendekatan-pendekatan ke sektornya
untuk waktu siang dan malam dan menentukan kedudukan tanah yang mana dapat
menguasai pendekatan –pendekatan tersebut. Beliau kemudiannya akan menentukan
kawasan yang terbaik untuk mempertahankan tanah penting batalion.

6-9
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Tabir Briged dari Zon 1-
elemen C yang dikawal Briged
oleh Markas Briged

Elemen keselamatan dari Zon 2-
A/B yang dikawal oleh Perantaraan
mereka tetapi perlu
kelulusan Briged untuk atur Zon 3-
gerak Batalion

Elemen Keselamatan
yang dikawal oleh
batalion

AB

C

CATATAN X

1. Zon B riged. Kawasan operasi Tabir. Segala aktiviti termasuk rondaan daripada batalion

perlu mendapat kelulusan dari markas formasi.

2. Zon Pera ntaraan. Aktiviti akan dikeluarkan oleh markas formasi. Kawasan biasanya

dibahagikan kepada sektor dan rancangan aktiviti batalion perlu kelulusan markas formasi.

3. Zon Keselamatan Batalion . Kawasan di bawah kawalan batalion sepenuhnya. Aktiviti

rondaan,pos pendengaran, sentri, pos pemerhatian dan lain-lain adalah dirancang sepenuhnya

oleh batalion.

Gambarajah 4: Zon Keselamatan Dalam Pertahanan

PERANCANGAN PERTAHANAN

639. Perintah Amaran. Bergantung pada keadaan, setelah menerima perintah,
pegawai memerintah akan mengeluarkan perintah amaran kepada semua Ketua
Kompeni. Perintah ini termasuklah tugas dan kawasan tanggungjawab batalion,
sebarang perintah pergerakan batalion termasuk masa terawal yang mungkin untuk
bergerak, masa dan tempat bertemu (RV) untuk menerima perintahnya. Beliau
hendaklah juga memberi gambaran tugas dan kawasan tanggungjawab kompeni yang
mungkin dipilih berdasarkan tinjauan peta Ini membolehkan ketua-ketua kompeni
membuat tinjauan awal, menjimatkan masa dan memudahkan mereka memahami
dengan sepenuhnya perintah pegawai memerintah kelak.

6 - 10
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

640. Urutan Kejadian. Di peringkat batalion tujuan penempatan adalah untuk
menempatkan anggota dan memulakan penggalian kubu secepat mungkin. Perintah
mestilah hanya merangkumi maklumat yang bersangkut paut dengan penempatan
segera unit, perintah pentadbiran boleh diberikan kemudian. Urutan kejadian adalah
seperti berikut:

a. Perintah amaran briged dikeluarkan.

b. Perintah amaran batalion dikeluarkan.

c. Pegawai memerintah menghadiri perintah awal briged.

d. Perkiraan keadaan peta oleh pegawai memerintah untuk membuat
rancangan tinjauannya.

e. Perintah awal (jika diberikan) berdasarkan peta atau maklumat lanjutan
yang diberikan dalam perintah amaran.

f. Tinjauan, perkiraan keadaan dan rancangan pegawai memerintah.

g. Pegawai memerintah memberikan perintah ringkas yang cukup untuk
menempatkan anggotanya ke kawasan pertahanan, mengesahkan atau
membuat sebarang perubahan kepada perintah awalnya.

h. Pegawai memerintah membuat penyelarasan dengan kompeni di atas
tanah.

i. Mesyuarat penyelarasan oleh Pegawai memerintah dengan kumpulan
perintahnya jika perlu.

j. Pegawai memerintah menghadiri mesyuarat penyelarasan briged dan
menerima perintah akhir.

k. Perintah akhir batalion jika perlu.

641. Faktor Perkiraan Keadaan. Semasa membuat perkiraan keadaan untuk
pertahanan, pertimbangan tambahan berkaitan faktor asas yang perlu diambil
perhatian adalah:

a. Keupayaan dan hasrat musuh termasuklah sebarang ancaman dari
udara.

b. Tanah, terutamanya pendekatan yang mungkin diambil oleh musuh.

c. Keperluan kedudukan alternatif.

6 - 11
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Tanah-tanah yang boleh mengawasi pendekatan-pendekatan yang
mungkin digunakan oleh musuh.

e. Penempatan anggota dan tembakan mengikut keadaan tanah.

f. Keperluan untuk mengawal luang-luang di antara tiap-tiap kedudukan
terutamanya apabila ruang hadapan batalion terlalu luas.

g. Komunikasi.

h. Rancangan pengawasan dan polisi rondaan.

i. Halangan-halangan

j. Rancangan tembakan, termasuklah rancangan anti-armor.

642. Musuh. Kekuatan, komposisi, taktik dan hasrat musuh akan mempengaruhi
setiap aspek operasi ini. Semua ini hendaklah dinilai dengan mendalam dan
implikasinya diambil kira sepenuhnya di sepanjang proses perancangan..

643. Dalam keadaan penguasaan udara yang memihak kepada musuh,
penyembunyian dari pandangan udara sangatlah penting. Ini termasuklah disiplin
denai dan penyamaran kepada markas, kenderaan, kedudukan senjata dan stor. Dalam
keadaan ini, aktiviti pertahanan pada waktu siang adalah terhad.

644. Musuh akan menggunakan pelbagai tipu helah untuk mendapatkan maklumat
berkenaan kedudukan unit kecil, garis tetap tembakan mesingan dan lokasi tembakan
defensif. Tipu helah ini termasuklah serangan mengacah untuk mendapatkan
maklumat (probing attack), demonstrasi dan penggunaan pelarian perang. Kawalan
disiplin tembakan yang ketat dan tegas adalah sangat perlu untuk menghalang musuh
dari mendapatkan maklumat ini.

645. Tanah Penting. Peranan yang perlu dimainkan oleh batalion semasa
mempertahankan tanah penting Briged akan mempengaruhi pegawai pemerintah
semasa membuat perkiraan keadaannya. Tambahan dari itu, beliau akan memilih
tanah penting untuk pertahanan batalionnya. Faktor utama yang mempengaruhi
pilihan ini adalah misi dan perkiraannya terhadap hasrat dan keupayaan musuh yang
boleh mengancam kawasan batalionnya.

646. Pendekatan. Pegawai memerintah perlulah mempertimbangkan pendekatan
sama ada waktu siang atau malam yang mungkin digunakan oleh musuh ke arah
tanah penting batalion. Beliau juga perlu mempertimbangkan kawasan yang mungkin
digunakan oleh musuh sebagai tempat berkumpul, tempat atur bentuk, keluasan
kawasan untuk menampung kumpulan penyerbu musuh, kesesuaiannya untuk
penggunaan armor dan sebarang halangan yang wujud.

6 - 12
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

647. Kedudukan Alternatif. Kedudukan alternatif dirancangkan untuk:

a. Memperdayakan tinjauan musuh dari darat dan udara.

b. Untuk pendudukan di waktu siang dan malam. Apabila pandangan
agak terhad, contohnya di waktu malam, adalah penting untuk menduduki
lereng hadapan bukit atau bahagian hadapan tempat tinggi kerana ia terlalu
terbuka untuk diduduki pada waktu siang. Tindakan berjaga-jaga hendaklah
diambil untuk menghalang musuh dari menduduki tempat yang di kosongkan
ini. Penggalian kubu di kedudukan alternatif akan menambahkan lagi beban
kepada anggota dan mungkin terhad kerana kekurangan masa dan sumber.
Pembinaan kedudukan alternatif juga hendaklah di tahap minimum dan tidak
boleh digali sehingga kubu tembakan utama dan halangan selesai dibina.

c. Untuk tugas-tugas sekunder, seperti tindak balas penembusan dan
kadangkalanya untuk membolehkan pertahanan keliling dicapai.

648. Tanah yang Menguasai Pendekatan Musuh. Setelah menetapkan
pendekatan yang mungkin digunakan oleh musuh, pegawai memerintah akan
memilih tanah yang boleh menguasai pendekatan musuh. Tanah tersebut mestilah
membolehkan tembakan yang berkesan dilepaskan terhadap pasukan penyerang
musuh. Berdasarkan pemilihan tanah ini, struktur asas susun atur pertahanannya akan
dirangka.

649. Kaitan Antara Anggota dan Tembakan Kepada Keadaan Tanah . Setelah
menetapkan kedudukan tanah yang boleh menguasai pendekatan musuh, pegawai
memerintah akan mengaturkan kedudukan anggota, termasuklah kawasan rondaan,
penempatan senjata anti-armor, pemilihan pos pemerhatian dan lokasi-lokasi
tembakan defensif mortar dan artileri. Batalion hendaklah diaturgerakkan di mana
keseluruhan kuasa tembakan senjata dapat ditujukan ke arah musuh. Tanah yang
memberikan pemerhatian dan medan tembakan yang baik boleh menggugat serangan
musuh di tahap yang maksimum. Penggugatan ini tercapai kerana pasukan bertahan
boleh melepaskan tembakan berkesan di jarak yang maksimum. Di kawasan terhad
seperti hutan, di mana pemerhatian dan medan tembakan adalah terhad, penekanan
hendaklah diberikan kepada rondaan untuk mendapatkan maklumat awal musuh dan
selanjutnya membolehkan tembakan defensif dibuat terhadap musuh pada jarak
berkesan yang maksimum. Jika pertahanan perlu dilakukan di kawasan terhad, ruang
hadapan dan kedalaman kedudukan pertahanan biasanya perlu di kurangkan dan
medan tembakan perlu dibina dan dibersihkan. Dalam proses penilaian anggota
kepada tanah pula, pegawai memerintah perlulah menggunakan keupayaan satu
platun sebagai asas kepada penilaian tersebut dan Ketua Kompeni pula haruslah
menggunakan keupayaan satu seksyen raifal. Selanjutnya, pemerintah selalunya akan
memilih kedudukan untuk platun atau seksyen yang perlu diduduki. Lazimnya
pemilihan tersebut akan melebihi daripada jumlah platun atau seksyen yang ada.
Kombinasi kedudukan platun atau seksyen yang telah dipilih tadi kemudiannya akan
digabungkan sebagai kedudukan pertahanan kompeni atau platun. Daripada beberapa

6 - 13

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

kombinasi kedudukan kompeni atau platun yang telah dikenal pasti, hanya kombinasi
kedudukan yang sesuai dipertahankan sahaja yang akan dipilih. Tugas dan kawasan
tanggungjawab kompeni kemudiannya diperuntukkan atau bagi ketua kompeni, tugas
dan tanggungjawab platun diperuntukkan. Jika disebabkan oleh kekurangan anggota
maka sesetengah daripada kedudukan platun atau seksyen tidak dapat diduduki.,
masalah ini hendaklah diatasi dengan melakukan rondaan di kedudukan tersebut atau
dengan meletakkan periuk api, dawai/kawat, tembakan defensif atau dengan membuat
pelarasan kepada lokaliti atau pos yang selebihnya.

650. Kawalan Luang . Di kawasan terbuka, di mana terdapat banyak luang yang
luas di antara kedudukan kompeni atau semasa pemerhatian yang terhad, contohnya di
waktu malam, rondaan dan alat pengawasan hendaklah digunakan untuk mengawasi
luang-luang ini agar dapat menghalang penyusupan musuh., gangguan ke atas
halangan atau peninjauan ke atas kedudukan pertahanan. Semua kumpulan ronda
mestilah mempunyai alat komunikasi yang selengkapnya agar pegawai memerintah
mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti musuh dan bagi membolehkan
tembakan pertahanan yang berkesan dilakukan. Rondaan di luang terbuka di antara
kedudukan kompeni-kompeni hadapan selalunya diaturkan oleh kompeni tersebut.
Kompeni-kompeni di belakang pula biasanya mengadakan rondaan di luang antara
kedudukan mereka dan juga dengan kompeni yang di hadapan.

651. Komunikasi. Semasa membuat perancangan sistem komunikasi, faktor
berikut hendaklah dipertimbangkan:

a. Penggunaan komunikasi talian yang maksimum di kawasan
pertahanan untuk mengekalkan komunikasi jika berlaku ‘jamming’.

b. Pegawai memerintah selalunya menetapkan keutamaan bagi
pemasangan talian komunikasi, termasuk talian tambahan untuk Pos
Pemerhati dan POSTAH. Batalion hanya mempunyai kapasiti talian yang
terhad.

c. Alat radio hendaklah diletakkan di dalam kubu atau POSTAH dan
sedia untuk digunakan secara galasan pada sebilang masa.

d. Stok peralatan semboyan simpanan hendaklah dikekalkan.

e. Rancangan komunikasi untuk serang balas hendaklah dirangka dan
diedarkan.

652. Rancangan Pengawasan. Rancangan pengawasan diperlukan untuk
pengawasan berterusan di waktu siang dan malam di sektor tanggungjawab batalion.
Rancangan ini khususnya hendaklah mengawasi semua pendekatan dan halangan
dengan menggunakan segala sumber yang ada. Ini termasuklah rondaan keselamatan,
ronda tinjau, pos pemerhati, rondaan-rondaan lain, tinjauan udara dan alat bantuan

6 - 14
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

pandang malam. Rancangan ini termasuklah polisi pegawai memerintah di atas
penggunaan cahaya dan alat-alat elektronik.

653. Polisi Rondaan . Tujuan polisi rondaan adalah untuk menguasai kawasan di
antara pasukan sendiri dan pasukan musuh.

a. Sebelum Libat Tempur (Contact). Rondaan tempur mungkin belum
diperlukan di hadapan kedudukan pertahanan utama semasa kumpulan tabir
formasi masih lagi beroperasi di tempatnya. Namun begitu, keselamatan di
penempatan batalion boleh diperolehi dengan mengaturkan sentri dan pos
pendengaran. Di waktu malam, adalah perlu untuk mengaturkan rondaan
tetap dan serang hendap sebagai langkah keselamatan tambahan. Penggunaan
anggota yang telah bekerja keras di siang hari menyediakan kedudukan
pertahanan utama bagi tugas ini hendaklah dielakkan.

b. Selepas Libat Tempur. Kumpulan ronda adalah diperlukan untuk
mengawasi tanah mati dan halangan. Jumlah ronda tempur yang dihantar
keluar oleh batalion boleh berubah-ubah; dua atau tiga kumpulan untuk setiap
malam adalah sesuai jika pertahanan dilaksanakan dalam jangka masa yang
berterusan.

654. Semasa mengeluarkan rancangannya, pegawai memerintah akan
menggariskan rancangan am program ronda. Pegawai Pengatur Ronda (patrol
master) akan menentukan kekuatan, kawasan rondaan dan kompeni yang akan
mengadakan rondaan tersebut. Kedudukan semua kumpulan ronda dan pos
pendengaran di dalam kawasan batalion hendaklah direkodkan dengan tepat di markas
batalion dan dimaklumkan dalam rancangan ronda. Bagi kawasan di mana
pemerhatian adalah sukar, kumpulan ronda hendaklah diaturkan supaya mereka dapat
mengawasi kawasan tersebut dan memanggil tembakan defensif dengan secepat
mungkin.

655. Di kawasan terbuka, di mana terdapat banyak ruang di antara kompeni, atau
apabila pemerhatian menjadi sukar, seperti di waktu malam, kumpulan ronda
hendaklah dihantar ke kawasan ini untuk menghalang musuh melakukan penyusupan,
mengganggu halangan dan meninjau kedudukan pertahanan. Kumpulan ronda
mestilah dilengkapi dengan alat komunikasi yang boleh dipercayai untuk
menyampaikan maklumat-maklumat kepada POSTAH tentang aktiviti musuh agar
dan menentukan penggunaan tembakan defensif yang berkesan.

656. Halangan. Halangan semula jadi hendaklah digunakan sepenuhnya
terutamanya jika musuh mempunyai kekuatan armor. Dalam keadaan ini, halangan
semula jadi hendaklah ditingkatkan dan halangan tiruan dibina mengikut keperluan.
Pembinaan halangan akan memakan masa dan tenaga dan boleh menyebabkan
keupayaan bergerak kumpulan bertahan menjadi terhad terutamanya semasa serang
balas.

6 - 15
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

657. Perancangan adalah perlu untuk menyelaraskan penggunaan terbaik semua
halangan di dalam sektor batalion dan unit di rusuk. Rancangan ini perlu berdasarkan
binaan gabungan medan periuk api, kawat dan halangan semula jadi. Walau
bagaimanapun, perhatian perlu diberi agar penggunaan halangan ini tidak
menyebabkan kedudukan pertahanan terkeluar dari tanah penting atau menyebabkan
penyerakan kedudukan pertahanan yang tidak sesuai.

658. Periuk Api. Terdapat 4 jenis medan periuk api yang boleh digunakan.
Medan periuk api ini adalah:

a. Taktikal.

b. Pelindung (protective).

c. Tumpuan (point).

d. Palsu (phoney).

659. Operasi membina medan periuk api diterangkan secara terperinci di dalam
Manual Peperangan Darat, Tentera Darat Malaysia, Bahagian Dua, Jurutera, Jilid 2,
Kejuruteraan Medan (Semua Perkhidmatan), Pamflet No 5, Peperangan Periuk Api.

660. Adalah menjadi tanggungjawab batalion untuk:

a. Menentukan kedudukan dan membina medan periuk api pelindung
untuk melindungi kedudukan kompeni. Medan periuk api ini ditanam oleh
kompeni di bawah penyeliaan Platun Rintis Serang.

b. Menentukan supaya medan periuk api tidak ditanam dengan cara yang
boleh mengehadkan pergerakan senjata anti armor di antara kedudukan
menembak, mengehadkan penyediaan pasukan serang balas dan kumpulan
tindak balas penembusan ataupun mendedahkan corak kedudukan pertahanan.

961. Jika medan periuk api digunakan untuk melambatkan musuh ke tahap yang
maksimum, perhatian perlu diberikan untuk menyamarkannya dari pandangan
termasuklah pandangan dari udara agar kejutan dapat dicapai. Semua periuk api yang
ditanam hendaklah direkodkan dengan betul. Polisi penempatan dan merekod medan
periuk api akan ditentukan oleh markas taktikal tertinggi.

662. Kawat. Kegunaan utama halangan kawat adalah untuk mengganggu dan
mengkucarkacirkan serbuan infantri musuh. Dengan memperlahankan serbuan
mereka, keseluruhan kuasa tembakan dapat ditujukan kepada musuh. Pegawai
memerintah akan memperuntukkan kawat yang ada kepada kompeni-kompeni
mengikut keutamaan dan memberikan Ketua Kompeni tugas untuk memasang
halangan tersebut.

6 - 16
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

663. Ketua Kompeni akan menempatkan kedudukan halangan dan menggunakan
anggota kompeninya untuk membina halangan tersebut. Pembinaan ini haruslah
dibuat dengan berhati-hati supaya tidak memberi petunjuk mengenai sempadan luar
kedudukan pertahanan. Jika tidak disamarkan, halangan kawat boleh mendedahkan
kedudukan hadapan pertahanan terutamanya dari pandangan udara. Halangan ini
hendaklah dibina dengan kedalaman yang secukupnya supaya penembusan dengan
menggunakan tembakan torpedo ‘bangalore’ menjadi sukar dan jaraknya mestilah
cukup jauh untuk menghalang musuh daripada menggunakan bom tangan ke arah
kubu-kubu yang di hadapan. Walaupun sesuatu halangan kawat yang dibina dengan
baik merupakan komponen berkesan rancangan pertahanan tetapi tenaga manusia
yang digunakan untuk membawa dan membinanya adalah besar.

664. Butir-butir halangan kawat dan cara-cara membinanya diterangkan dengan
terperinci di dalam Manual Peperangan Darat, Tentera Darat Malaysia, Bahagian
Dua, Jurutera, Jilid 3, Pamflet No 2, Pertahanan Medan.

RANCANGAN TEMBAKAN

665. Rancangan Tembakan Tidak Langsung. Rancangan Tembakan Defensif
(DF) adalah untuk mengganggu dan memusnahkan musuh dengan tembakan langsung
atau tidak langsung mulai dari peringkat tinjauan hinggalah ke serbuan akhir. Sebagai
tambahan, sebarang serang balas atau penembusan balas haruslah dibantu oleh
rancangan tembakan. Rancangan tembakan hendaklah diselaraskan dan melibatkan
artileri, kereta kebal, mortar, senjata anti-armor, mesingan dan bantuan udara rapat
jika ada. Rancangan ini hendaklah memasukkan juga rancangan awal tembakan
penyuaran.

666. Rancangan tembakan pegawai memerintah adalah berdasar kepada tembakan
defensif yang dicadangkan oleh Ketua Kompeni dan setelah rundingan dengan Ketua
Bateri dan Ketua Platun Mortar. Jumlah Tembakan Defensif selalunya berubah-ubah
mengikut keperluan yang dikemukakan oleh Ketua Kompeni tetapi selalunya tidak
melebihi enam dan lapan penugasan bagi tiap-tiap bateri artileri dan platun mortar.
Setiap unit tembakan akan diperuntukkan satu tugas Tembakan Perlindungan Akhir
(FPF). Pegawai memerintah juga mungkin akan mencadangkan beberapa tembakan
defensif kedalaman. Akhirnya kesemua ini akan diputuskan dan diselaraskan oleh
pemerintah formasi.

667. Penugasan tembakan defensif juga akan diperuntukkan kepada senjata
bantuan. Penugasan tembakan langsung bertujuan untuk mematahkan serbuan musuh
dan dikordinasikan dengan tembakan tidak langsung.

668. Rancangan Anti-Armor . Semua sumber anti-armor hendaklah diselaraskan
dengan sebaik-baiknya. Pendekatan, halangan, medan periuk api, luang dan rusuk
hendaklah dilindungi sepenuhnya dan lengkok tembakan hendaklah diberikan
bersesuaian dengan ciri-ciri senjata anti-armor tersebut. Pertahanan anti-armor adalah
berdasarkan kepada:

6 - 17

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

a. Rancangan anti-armor formasi bertujuan untuk menyalurkan serangan
armor musuh ke dalam kawasan membunuh amor. Faktor yang
mempengaruhi susun atur senjata anti-armor ialah penyembunyian,
kedalaman, saling membantu dan pertahanan keliling.

b. Selalunya sumber anti armor diperuntukkan kepada batalion sebagai
tambahan kepada elemen anti armor Kompeni Bantuan. Pertahanan anti-
armor diselaraskan oleh pegawai memerintah supaya rancangan anti armor
batalion selaras dengan keseluruhan rancangan formasi yang juga selari
dengan keseluruhan susun atur pertahanan batalion.

669. Serangan oleh kereta kebal, KPA dan kereta perisai lain merupakan ancaman
kepada operasi batalion dan subunitnya sama ada semasa operasi bergerak ataupun di
kedudukan pertahanan. Dalam keadaan serangan kereta kebal dijangkakan sebagai
ancaman utama, pelaksanaan operasi pertahanan keseluruhannya mungkin
berdasarkan kepada operasi anti-armor. Misalnya, susun atur kedudukan pertahanan
batalion mungkin berpandukan kepada kerangka pertahanan anti armor.

670. Operasi anti-armor yang dilaksanakan oleh infantri yang berdasarkan kepada
kombinasi penggunaan tanah dan senjata adalah seperti berikut:.

a. Penggunaan Tanah. Ini termasuklah penggunaan halangan-halangan
untuk menghalang dan menyalurkan pergerakan musuh, penggunaan tanah
mati untuk penyembunyian, sebagai contoh pergerakan senjata anti-kereta
kebal untuk mendapatkan kedudukan terlindung (defilade) atau menggunakan
lereng belakang kedudukan pertahanan untuk perlindungan dari tembakan
jarak jauh kereta kebal musuh.

b. Penggunaan Senjata. Batalion mempunyai sumber persenjataan
senjata jarak dekat dan sederhana. Prinsip penting dalam penggunaan senjata
anti-armor ialah mereka mesti disembunyikan dan dilindungi hinggalah masa
ia diperlukan. Apabila saja digunakan sahaja, keselamatannya sangatlah
bergantung kepada kedudukan atau jalan pengundurannya yang terlindung
daripada tembakan balas musuh, penggunaan kedudukan-kedudukan alternatif
dan daya geraknya. Senjata ini hendaklah saling membantu antara satu sama
lain untuk memberi perlindungan kepada senjata anti kereta kebal yang lain
dan melindungi pergerakan. Akhir sekali, semua senjata ini hendaklah
dikordinasikan dengan sebaik-baiknya supaya tugas yang diberikan kepada
sesuatu senjata sesuai dengan ciri-ciri senjata tersebut.

671. Senjata Anti-Armor Jarak Dekat (SRAAW). Senjata ini mempunyai
keupayaan amat terhad dan direka untuk memberi perlindungan rapat bagi platun dan
seksyen. Adalah penting senjata anti-armor jarak dekat kompeni diselaraskan dengan
kompeni lain dan senjata anti-kereta kebal batalion. Lengkok tembakan serta tugas
hendaklah diberikan termasuk penyuaran. Penyelarasan ini adalah merupakan
tanggungjawab Ketua Kompeni.

6 - 18

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

672. Rondaan. Ronda tempur mungkin dilengkapi dengan peralatan untuk
menentang kereta kebal menggunakan senjata anti-armor yang terdapat dalam platun,
periuk api dan lain-lain. Kumpulan ronda ini sangatlah penting terutamanya di waktu
malam dan di kawasan terhad. Walaupun penggunaan kumpulan pemburu dan
penyerang hendap kereta kebal yang minimum, ia tetap berpotensi untuk
memberhentikan pergerakan kereta kebal musuh atau menyebabkannya mereka
bergerak secara ragu-ragu dan berhati-hati dan ini memberikan masa dan
mendedahkan mereka sebagai sasaran yang lebih mudah. Pemikiran yang agresif dan
positif adalah prasyarat kepada kumpulan pemburu kereta kebal yang berjaya
Keyakinan akan bertambah apabila dalam keadaan yang memihak kepada pasukan
infantri, kelemahan kereta kebal telah dapat dikenal pasti.

673. Kereta Kebal. Peranan utama kereta kebal dalam pertahanan adalah untuk
memusnahkan armor musuh. Sebagai tambahan, kereta kebal boleh membantu
kumpulan-kumpulan serang balas dan penembusan balas.

SEKSYEN 4

PELAKSANAAN PERTAHANAN

674. Setelah semua anggotanya berada di kedudukan pertahanan secara fizikal
barulah pegawai memerintah boleh menyelaraskan susun atur pertahanannya.
Penyelarasan ini memerlukan pegawai memerintah sendiri memeriksa dan
menentukan:

a. Kedudukan batalion keseluruhannya (termasuklah penempatan senjata
bantuan) dan penyelarasan susun atur anti armor, kedudukan mesingan dan
sumber pengawasan.

b. Tugas artileri dan mortar (termasuk, jika mungkin tembakan pelarasan
masing-masing).

c. Halangan (dan pelindungannya).

d. Pengaturan pentadbiran.

e. Komunikasi.

675. Sebaik sahaja pertahanan diduduki, semua perintah untuk keselamatan,
pertahanan dari udara dan pertahanan daripada serangan kimia, pergerakan,
penyamaran dan penyembunyian hendaklah dikuatkuasakan sepenuhnya. Pemerintah
di semua peringkat hendaklah menentukan bahawa rancangan pertahanan
keseluruhannya dan pertahanan kedudukan masing-masing, di fahami dengan
sepenuhnya oleh semua peringkat. Dengan mengetahui kekuatan tembakan yang ada

6 - 19

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

di kedudukan unitnya demi mematahkan serangan musuh, barulah seseorang anggota
itu mempunyai keyakinan penuh ke atas kemampuannya untuk mempertahankan
kedudukan tersebut dengan berjaya.

PERINGKAT-PERINGKAT

676. Pelaksanaan pertahanan dibahagikan dalam tiga peringkat:

a. Peringkat Persediaan. Apabila musuh mula menghampiri kedudukan
pertahanan utama dan membuat persediaan untuk menyerang.

b. Peringkat Serbuan. Apabila musuh mula mencuba untuk menembusi
kedudukan pertahanan utama.

c. Peringkat Serangan Balas. Jika dan bila serbuan musuh telah
beroleh sedikit kejayaan tetapi telah dapat dibendung.

PERINGKAT PERSEDIAAN

677. Pembinaan Pertahanan . Semasa peringkat persediaan, batalion hendaklah
menyiapkan pembinaan pertahanan asasnya dan terus memperbaiki pertahanan
tersebut selagi masa mengizinkan. Dalam masa yang sama, kawalan terhadap zon
keselamatan hendaklah ditubuhkan dan dikekalkan.

678. Perkiraan keadaan pegawai memerintah terhadap ancaman musuh, jenis tanah,
masa, peralatan bantuan menggali dan sumber yang ada akan menjurus kepada
pengeluaran perintah yang berhubung perkara berikut:

a. Keutamaan kerja.

b. Jenis kedudukan yang diperlukan dan perkembangan selanjutnya.

c. Penggunaan sumber dan peralatan menggali.

d. Masa untuk menyiapkan kedudukan pertahanan.

679. Sebelum tugas-tugas dimulakan, rondaan keselamatan, alat pengawasan dan
Pos Pemerhatian dan sentri hendaklah dihantar keluar untuk memberi amaran awal
bagi mengekalkan keselamatan kedudukan tersebut. Langkah-langkah keselamatan
dipertingkatkan lagi dengan:

a. Rondaan aktif.

b. Perintah berkaitan pergerakan, penyamaran dan penyembunyian
dikeluarkan dengan segera dan dikuatkuasakan.

6 - 20
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Pergerakan di kedudukan pertahanan utama dikurangkan ke tahap
minimum.

d. Menggunakan perhubungan talian selain daripada radio.

680. Aktiviti yang agresif oleh kumpulan tabir dan ronda tempur boleh
mengganggu persediaan musuh dan merendahkan moralnya. Jika musuh diganggu
berterusan semasa tahap ini, sebahagian daripada kekuatannya akan dapat
dikurangkan sebelum ia boleh melancarkan sesuatu serangan.

681. Pegawai Risik hendaklah mengumpul dan mendapatkan semua maklumat dari
berbagai sumber termasuk perkara berikut:

a. Pengawasan Medan Perang. Sistem pengawasan hendaklah
diwujudkan. Anggota yang mengendalikan Pos Pemerhati hendaklah faham
bahawa sesuatu perkara walaupun kecil boleh dijadikan asas kepada
maklumat yang berguna berkaitan penempatan musuh dan tujuannya. Lain-
lain agensi pengumpul maklumat seperti kumpulan serang hendap juga
hendaklah diselaraskan. Di samping itu, perisikan boleh didapati daripada
markas atasan.

b. Rondaan. Polisi rondaan akan ditetapkan oleh pegawai memerintah.
Rondaan hendaklah dibuat di waktu siang dan malam. Rondaan mungkin
dalam bentuk ronda tinjau untuk mendapatkan maklumat atau ronda tempur
untuk menguasai Kawasan Tidak Bermilik (No Man’s Land) atau sebagai
tindak balas aktiviti rondaan musuh dan menawan musuh.

c. Laporan Tembakan Artileri . Tembakan artileri musuh bukan sahaja
membantu mengenal pasti kedudukan bateri tersebut tetapi dapat juga
memberi bayangan tujuannya. Laporan tembakan artileri dan mortar musuh
adalah penting.

d. Tinjauan Udara. Maklumat berkaitan aktiviti musuh di kawasan
belakang akan diperolehi dari formasi atasan hasil dari pandangan, fotografi
atau penerbangan tinjauan taktikal.

e. Bantuan Peperangan Elektronik (EW). Unit-unit semboyan
mungkin melaksanakan pemintasan elektronik bagi mengesan kedudukan
markas musuh dan mengembangkan susunan perang (ORBAT) elektronik.

682. Adalah mustahak bagi semua maklumat yang diperolehi dan pentafsiran
maknanya dimajukan segera kepada pegawai memerintah dan juga ke markas briged.
Maklumat ini hendaklah juga disebarkan kepada keseluruhan batalion.

6 - 21
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

683. Kedudukan di Waktu Siang dan Malam. Setengah daripada kedudukan
pertahanan mungkin terlalu terdedah jika diduduki secara tetap. Oleh itu, perlulah
diadakan kedudukan alternatif untuk waktu siang dan malam.

684. Penggantian. Pemerintah di semua peringkat perlulah sentiasa memahami
tekanan yang dihadapi oleh anggota yang menduduki bahagian hadapan kedudukan
pertahanan terutamanya di waktu malam yang sentiasa terdedah kepada tembakan
artileri yang berpanjangan di samping terlibat dengan rondaan yang intensif. Program
penggantian yang seimbang sangatlah diperlukan.

PERINGKAT SERBUAN

685. Musuh mungkin menyerbu di waktu siang atau malam. Mereka mungkin
menyerang dengan berbagai cara, termasuklah secara senyap, menggunakan asap,
menggunakan agen-agen biologi dan kimia, dan/atau didahului dengan tembakan
persediaan. Walau apapun kaedahnya atau aktiviti pendahuluannya, Pos Pemerhati,
kumpulan ronda dan peralatan amaran awal perlulah dapat mengesan hasrat musuh.
Serangan ini kemudiannya boleh dipatahkan dengan menggunakan semua kaedah dan
sumber yang ada pada kumpulan bertahan.

686. Kawalan dan disiplin tembakan termasuk suaran sangatlah penting untuk
mencapai keberkesanan yang maksimum dari tembakan gangguan atau persediaan
musuh.

687. Anggota tidak dibenarkan meninggalkan kedudukan masing-masing semasa
serangan kecuali:

a. Apabila diperintah bergerak ke kedudukan alternatif.

b. Apabila diperintah membuat serang balas tempatan.

c. Jika perlu menentang musuh secara tempur rapat.

688. Walaupun musuh berjaya melepasi beberapa lokaliti dan menembusi
kedudukan pertahanan, dengan adanya ciri pertahanan keliling, kedudukan yang lain
hendaklah terus bertempur.

689. Tindak Balas Penembusan. Pegawai memerintah hendaklah membendung
penembusan musuh ke dalam kawasan batalionnya. Langkah penembusan balas
adalah seperti berikut:

a. Menggunakan tembakan defensif, terutamanya tembakan mortar dan
artileri.

b. Tembakan dari kedudukan kedalaman.

6 - 22
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Halangan yang ditempatkan secara kedalaman.

d. Apabila telah dapat dipastikan arah serangan utama musuh, subunit
kedalaman diatur gerakkan ke kedudukan penembusan balas yang telah
disedia atur terlebih dahulu.

e. Penggunaan kumpulan yang telah ditetapkan untuk tugas serang balas
atau penembusan balas yang dirancang. Kumpulan ini selalunya dikawal oleh
Panglima Briged.

690. Biasanya pegawai memerintah tidak mempunyai sumber untuk melancarkan
serangan balas yang dirancang. Membendung penembusan musuh boleh
dilaksanakan oleh seksyen, platun atau kompeni dan juga untuk menahan serta
menghentikan sebarang elemen musuh yang telah memasuki kedudukan pertahanan.
Walaupun dalam keadaan tertentu penembusan musuh antara kedudukan-kedudukan
kompeni boleh diterima namun penembusan ke dalam kedudukan kompeni itu
sendiri tidak boleh dibiarkan kerana ia bukan sahaja memberi kelebihan kepada
musuh untuk menggunakan kubu-kubu pasukan pertahanan malah ia juga untuk
mengelakkan daripada terpaksa bertempur dari kubu ke kubu.

PERINGKAT SERANG BALAS

691. Serangan balas merupakan bahagian penting dalam sesuatu pertahanan dan
boleh dikira sebagai tindakan spontan untuk mengambil peluang daripada keadaan
yang terbuka atau juga sebagai serangan yang dirancang. Pertimbangan yang biasa
digunakan untuk serangan boleh digunakan untuk serang balas. Tanggungjawab
untuk menyerang balas selalunya diberikan kepada kumpulan simpanan yang telah
ditentukan. Rancangan serang balas diperkembangkan sebagai sebahagian daripada
rancangan pertahanan. Rancangan ini dibuat untuk:

a. Mengeksploitasi kelemahan yang ada pada serangan musuh.

b. Memusnahkan musuh yang telah menyusup masuk atau menembusi
kedudukan pertahanan.

c. Menawan kembali tanah yang ditawan musuh.

692. Terdapat dua jenis serang balas, iaitu:

a. Tempatan. Serangan balas ini diatur dan dilancarkan oleh pemerintah
tempatan untuk memusnahkan musuh yang telah menembusi kedudukannya.
Serang balas ini mungkin diraptaikan atau tidak. Serangan ini mungkin
dilancarkan semasa peringkat serbuan musuh untuk mengambil kesempatan
daripada peluang yang terbuka.

6 - 23
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Dirancang. Ia merupakan serangan balas dirancang, di selaras dan
dilancarkan oleh ketua formasi atasan.

693. Dalam keadaan di mana penembusan kedudukan pertahanan oleh kumpulan
utama musuh seperti batalion, serangan balas dirancang adalah merupakan pilihan
yang ada untuk menawan kembali tanah yang telah ditembusi. Walaupun begitu, ini
tidak termasuk serangan kecil penembusan musuh yang mana tindakan serangan balas
tempatan boleh dan perlu dilaksanakan.

694. Serangan balas dirancang tidak boleh dilancarkan sehingga serangan musuh
telah dapat dibendung oleh kedudukan kedalaman atau oleh langkah penembusan
balas yang lain dan keadaan telah distabilkan. Saat paling baik untuk serang balas
dilancarkan ialah semasa peringkat awal musuh memperkukuhkan kedudukan yang
ditawan dan sedang membuat penyusunan semula.

SERANGAN BALAS TEMPATAN

695. Di peringkat kompeni, serang balas tempatan ialah tindak balas spontan oleh
pemerintah rendah untuk memusnahkan musuh yang telah menembusi kedudukannya.
Walau bagaimanapun, selalunya tindakan ini adalah hasil daripada penilaian
keperluan yang telah dibuat oleh Ketua Platun atau Ketua Kompeni untuk
menghadapi keadaan tertentu, justeru, ia telah dirancang, diraptai terlebih dahulu.
Serangan balas tempatan ini yang melibatkan pergerakan anggota tidak boleh
dilancarkan jika terdapat bahaya bahawa tindakan tersebut menyebabkan pertahanan
kompeni bertambah lemah dan tidak boleh dipertahankan.

696. Serangan balas tempatan adalah sebahagian daripada bentuk sifat agresif
untuk mempertahankan kedudukan seksyen, platun atau kompeni agar sebarang
penembusan musuh dapat dibendung atau dipatahkan. Terdapat beberapa keadaan
yang berlaku di kawasan hadapan di mana serangan musuh boleh dihentikan atau
dibendung di tanah yang tidak perlu diduduki tetapi dapat dikawal dengan tembakan.
Dalam keadaan ini serangan balas tidak diperlukan atau diingini kerana musuh dapat
diusir dari kawasan tersebut dengan hanya mempertingkatkan tembakan daripada
senjata tembakan langsung atau tidak langsung.

697. Ketua Kompeni perlulah merancang dan meraptaikan seberapa kerap yang
boleh serangan balas tempatan dalam masa yang ada setelah menyelesaikan kerja-
kerja pertahanan menurut keutamaan kerja yang telah ditetapkan. Serangan balas ini
hendaklah dirancangkan menggunakan hanya sumber-sumber sendiri yang ada dan
sebarang bantuan tambahan adalah dianggap sebagai bonus.

SERANGAN BALAS DIRANCANG

698. Walaupun batalion selalunya tidak boleh melaksanakan serangan balas
dirancang peringkat batalion, pegawai memerintah masih perlu merancang tugas ini di
dalam kawasan pertahanannya. Pegawai memerintah perlu mengenal pasti

6 - 24

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

kedudukan-kedudukan yang jika ditawan musuh akan menggagalkan pertahanan
keseluruhan batalionnya dan selanjutnya memaklumkan kepada komander formasi.
Berdasarkan kepada sokongan ini, Panglima Briged akan memutuskan kawasan
tertentu untuk tugas serangan balas dirancang dan menetapkan keutamaan kepada
kawasan-kawasan tersebut. Rancangan terperinci serang balas kemudiannya akan
disediakan bagi setiap kawasan yang telah dikenal pasti tadi.

699. Panglima Briged akan menentukan rancangan am dan tugas ketua kumpulan
serangan balas. Ketua serang balas pula akan membuat rancangan terperinci.
Rancangan ini akan digabungkan dengan rancangan pertahanan batalion dan
dikordinasikan di peringkat briged. Sesebuah batalion boleh diberi tugas serangan
balas dirancang di kawasan formasi.

6100. Perancangan untuk serangan balas dirancang hendaklah termasuk:

a. Tinjauan terperinci.

b. Objektif.

c. Menanda dan penunjuk jika perlu.

(1) Tempat Atur Bentuk.

(2) Garisan Pelepasan.

(3) Laluan.

(4) Ruang di antara halangan kawat dan medan periuk api.

d. Bantuan tembakan.

e. Atur Semula.

f. Nama samaran dan isyarat.

g. Pengaturan pemerintahan.

h. Raptai.

6101. Adalah penting raptai dibuat oleh kumpulan serangan balas bersama-sama
dengan kumpulan yang bertahan di kawasan objektif serang balas. Mereka hendaklah
menduduki kedudukan yang mungkin mereka gunakan semasa serangan balas
dilaksanakan. Kumpulan bertahan perlu juga mengetahui laluan yang dilalui dan cara
serang balas yang akan dilakukan oleh Kumpulan Serang Balas supaya mereka dapat
membantu dengan tembakan. Raptai perlulah dibuat pada waktu siang dan malam.

6 - 25
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

6102. Masa yang digunakan untuk perancangan, raptai dan menggali kedudukan
untuk serangan balas selalunya akan menghadkan kumpulan serangan balas kepada
hanya beberapa tugas serangan balas sahaja.

6103. Kumpulan simpanan infantri dan armor di peringkat briged akan ditempatkan
dan disediakan selaras dengan rancangan tembakan yang telah disusun untuk serangan
balas di kawasan pertahanan briged.

6104. Aspek-aspek berikut memerlukan pertimbangan tambahan dalam perancangan
serangan balas:

a. Pendekatan Merusuk. Pertimbangan perlulah diberikan untuk
menggunakan pendekatan ini. Walaupun terdapat beberapa risiko seperti
kemungkinan hilangnya kelebihan keselamatan tetapi pendekatan ini
memberikan juga beberapa kebaikan seperti berikut:

(1) Boleh menyerang musuh di bahagian paling lemah dan di
tempat yang paling tidak dijangkakannya.

(2) Boleh mengelakkan tembakan tidak langsung musuh yang
dirancang.

(3) Tidak melibatkan laluan barisan (passage of lines).

(4) Tidak menghalang tembakan bantuan daripada unit yang masih
berada dalam kedudukan pertahanan.

(5) Mungkin beroleh kejutan dan seterusnya berupaya
meningkatkan keselamatan.

b. Penggantian Kumpulan Serangan Balas. Kedudukan pertahanan
yang telah ditawan semula daripada musuh melalui serangan balas, tidak patut
ditinggalkan begitu sahaja setelah serangan balas berjaya dilaksanakan.
Kumpulan Serangan Balas mungkin sebahagian besarnya terdiri dari
kumpulan Armor tidak sesuai untuk tugas mempertahankan kedudukan ini.
Mereka mungkin juga diperlukan untuk tugas-tugas lain. Oleh itu penggantian
perlulah dilakukan dan pelaksanaannya banyak bergantung kepada tindak
balas musuh dan konsep operasi pemerintah. Pertimbangan perlulah diberikan
kepada perkara berikut:

(1) Mempertahankan kedudukan yang ditawan semula daripada
musuh dengan menggunakan saki baki anggota unit di kedudukan
tersebut dan anggota-anggota subunit yang kedudukan mereka
ditawan musuh yang masih layak untuk bertempur.

6 - 26
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(2) Menggantikan kumpulan serangan balas dengan kumpulan
simpanan.

(3) Penempatan semula unit atau subunit dari kawasan yang kurang
terancam.

SERANGAN BALAS MALAM DIRANCANG

6105. Ekoran daripada serangan musuh yang berjaya, kemungkinan perlu untuk
melancarkan serangan balas dirancang di waktu malam. Walaupun serangan balas
dirangka dengan perancangan yang terperinci dan diraptaikan, aspek berikut mesti
dipertimbangkan semasa membuat perancangan terakhir untuk serangan balas di
waktu malam:

a. Maklumat berkenaan musuh yang diperolehi mungkin tidak lengkap.

b. Penyuaran mungkin diperlukan.

c. Disebabkan kekurangan maklumat, pemerintah mungkin terpaksa
melibatkan keseluruhan pasukan simpanannya untuk menentukan kejayaan
tercapai.

d. Pengesanan sasaran dan kawalan tembakan senjata tidak langsung akan
menjadi lebih sukar. Justeru, bantuan tembakan akan lebih banyak bergantung
kepada senjata tembakan langsung.

e. Bantuan udara ofensif tidak boleh digunakan dengan sepenuhnya.

f. Pergerakan laluan barisan (passage of line) di waktu malam boleh
menimbulkan masalah kerana menghalang penggunaan senjata tembakan
langsung.

SEKSYEN 5

PERTAHANAN DI LERENG BELAKANG

6106. Penggunaan tanah yang betul dan kepentingan penyembunyian telahpun
dibincangkan sebagai pertimbangan asas sesuatu pertahanan. Penyembunyian dan
perlindungan daripada tembakan senjata kereta kebal dan artileri adalah sangat
penting bagi pasukan infantri. Ini bermakna, apabila diaturgerakkan di kedudukan
lereng hadapan sesuatu bukit, adalah penting bagi sesebuah pasukan infantri
diaturgerakkan dalam kedudukan tersembunyi dan mempunyai medan tembakan yang
baik serta terlindung daripada pendekatan-pendekatan pihak musuh. Apabila
keadaan rupa bumi tidak membenarkan kedudukan pertahanan di lereng hadapan

6 - 27

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

sesuatu bukit disembunyikan, maka pertahanan dilereng belakang hendaklah
dipertimbangkan

6107. Pertahanan lereng belakang adalah atur gerak pertahanan yang menduduki
lereng belakang sesuatu bukit yang terlindung daripada pemerhatian dan tembakan
terus musuh. Kedudukan pertahanan berkenaan terselindung daripada pemerhatian
dan tembakan terus musuh oleh puncak bukit tersebut. Lihat Gambarajah 5 dalam
bab ini. Pertahanan di lereng belakang yang berjaya bergantung kepada kejayaan
pasukan bertahan menghindarkan puncak bukit tersebut yang juga mungkin
merupakan tanah penting bagi musuh daripada ditawan atau dikuasai oleh musuh.
Penawanan atau penguasaan puncak bukit tersebut walau bagaimanapun tidak
seharusnya secara automatik menyebabkan gangguan yang serius terhadap pertahanan
keseluruhan kawasan tersebut. Malah, lokaliti-lokaliti pertahanan seharusnya diatur
gerak agar memaksa pasukan musuh meneruskan serbuannya walaupun telah sampai
ke puncak bukit. Begitu juga, penawanan puncak bukit oleh pasukan penyerang
tidak memberikan kelebihan taktikal seperti mana yang diharapkannya. Malah,
pasukan penyerang mendapati bahawa ia terdedah di kawasan membunuh dan masih
perlu menghadapi pertempuran utama.

6108. Dalam pertahanan lereng belakang, anggota yang berada di lereng hadapan, di
puncak bukit dan dilereng belakang sewajarnya dilindungi oleh tembakan merusuk
pasukan sendiri yang berada di sisinya dan tembakan tidak langsung artileri dan
mortar. Lokaliti pertahanan di lereng belakang pula sewajarnya dilindungi oleh
medan periuk api dan halangan-halangan lain. Percubaan untuk membersihkan
halangan ini oleh pihak musuh akan mengambil masa yang panjang serta
mendedahkan musuh kepada kegagalan.

6109. Apabila momentum serangan musuh dapat dihentikan dan anggota-
anggotanya dapat dikurangkan ke jumlah yang sewajarnya (manageable proportions),
pasukan serangan balas yang padu hendaklah disediakan untuk menolak keluar
pasukan musuh daripada kawasan puncak bukit dan lereng hadapan. Pasukan
pertahanan lereng belakang selalunya akan mencapai kejayaan jika ia mempunyai
kekuatan tempur yang mencukupi untuk menghentikan kemaraan musuh. Selanjutnya
dapat memberikan tembakan langsung daripada rusuk dan hadapan serta dibantu oleh
tembakan tidak langsung yang padu sehinggakan pasukan musuh yang berada di
puncak bukit dan lereng hadapan tidak berupaya menangkis tembakan-tembakan
tersebut.

6110. Sangat jarang bagi sesebuah batalion melaksanakan pertahanan lereng
belakang dengan meletakkan kesemua anggotanya di kawasan hadapan. Ada kalanya,
untuk mendapatkan kelebihan taktikal, sebahagian elemen daripada batalion tersebut
diaturgerakkan ke kawasan lereng belakang. Pegawai memerintah memilih untuk
mengatur-gerakkan elemen batalionnya di lereng belakang dalam keadaan berikut:

a. Apabila kedudukan pertahanan di lereng hadapan tidak dapat bertahan
daripada tembakan langsung musuh.

6 - 28

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Apabila kedudukan lereng hadapan telah ditawan musuh.

c. Apabila muka bumi di kawasan lereng belakang memberikan medan
tembakan yang lebih baik daripada kawasan di lereng hadapan.

d. Apabila penguasaan lereng hadapan menjadi tidak penting untuk
maksud pemerhatian.

e. Apabila perlu untuk mengelakkan keadaan yang terlalu berbahaya
apabila menduduki kedudukan pertahanan di lereng hadapan dan untuk
mengelakkan kecelaruan kerana menduduki kawasan pertahanan yang terlalu
hampir dengan pasukan sisi.

f. Untuk memberikan kejutan kepada musuh dan memperdayakannya
mengenai lokaliti subunit.

KELEBIHAN

6111. Kelebihan pertahanan lereng belakang adalah seperti berikut:

a. Kedudukan pertahanan dapat terlindung daripada pemerhatian musuh.
b. Senjata tembakan langsung musuh tidak dapat digunakan dengan
berkesan.

c. Memperdayakan musuh mengenai kedudukan dan lokasi subunit serta
senjata bantuan.

d. Tembakan tidak langsung musuh menjadi kurang berkesan kerana
tidak dapat membuat pemerhatian yang baik.

e. Pasukan bertahan dapat melakukan kejutan.

f. Kebebasan bergerak di lokaliti pertahanan kerana pemerhatian musuh
dapat dihindarkan

KEKURANGAN

6112. Kekurangan pertahanan lereng belakang ialah:

a. Walaupun pemerhatian musuh terbatas, keupayaan pemerhatian
pasukan bertahan juga terbatas terutamanya untuk melindungi secara berkesan
medan periuk api dan halangan yang berada di hadapan.

b. Jarak berkesan senjata tembakan langsung pasukan bertahan menjadi
terbatas kerana halangan puncak bukit.

6 - 29
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Pasukan musuh mungkin menguasai puncak bukit dan selanjutnya
melancarkan serangan dalam keadaan menuruni bukit manakala pergerakan
serangan balas terpaksa mendaki bukit.

SUSUN ATUR

6113. Susun atur pertahanan lereng belakang adalah seperti berikut:

a. Pertimbangan untuk pertahanan di lereng belakang adalah sama seperti
pertimbangan untuk pertahanan kawasan. Aspek penting pertahanan lereng
belakang yang perlu diambil kira ialah medan tembakan yang baik dari
kedudukan pertahanan hingga ke puncak bukit. Tembakan langsung perlu
meliputi kawasan antara batas depan kawasan tempur hingga ke puncak bukit.
Faktor lain yang mempengaruhi susun atur pertahanan lereng belakang ialah
perlindungan dan penyembunyian serta lokasi halangan.

b. Batas hadapan kedudukan pertahanan perlulah cukup jauh dari puncak
bukit untuk membolehkan pasukan bertahan melepaskan tembakan langsung
yang ditenang apabila musuh menyerbu dari puncak bukit. Tembakan yang
berkesan mestilah boleh dibuat ke kawasan di sekitar puncak bukit dan juga ke
kawasan lereng hadapan tanah tinggi yang berhampiran.

c. Pertahanan lereng belakang akan lebih berkesan jika tembakan
merusuk daripada unit bersebelahan dapat dilakukan ke kawasan lereng
hadapan kedudukan pertahanan lereng belakang.

d. Elemen keselamatan perlu ditempatkan di kawasan lereng hadapan
untuk melambatkan kemaraan musuh serta mengkucar-kacirkan serangan
mereka. Di samping itu, ia akan mengelirukan musuh mengenai kedudukan
sebenar lokaliti pertahanan. Apabila elemen keselamatan ini diundurkan,
adalah penting pemerhatian ditumpukan ke arah puncak bukit.

e. Kumpulan keselamatan dan pemerhati perlu diaturgerakkan di puncak
bukit atau di lereng hadapan untuk memerhatikan kawasan hadapan.
Kumpulan ini yang selalunya diambil daripada platun kedalaman perlu juga
merangkumi Pegawai Pemerhati Hadapan (PPH) dan Kontroler Tembakan
Bergerak (KTB). Jumlah dan komposisi kumpulan keselamatan ini perlu
ditingkatkan pada waktu malam untuk mengelakkan musuh membuat
penyusupan atau serangan mengejut.

6114. Faktor-faktor untuk dipertimbangkan dalam menempatkan senjata bantuan
yang organik kepada batalion dan bantuan dari unit luar secara amnya adalah hampir
sama seperti penempatan pertahanan kawasan. Faktor tersebut seperti berikut:

a. Mesingan ditempatkan di mana ia boleh menembak dengan berkesan
terhadap musuh apabila mereka mula menuruni puncak bukit.

6 - 30

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Dalam pertahanan lereng belakang, senjata anti armor mungkin lebih
berkesan jika ditempatkan di kedudukan kedalaman iaitu di lereng
bertentangan (counter slope). Lihat gambarajah dalam bab ini.

c. Platun kedalaman sesuatu lokaliti kompeni boleh diletakkan di lereng
bertentangan untuk membolehkan platun tersebut menumpukan tembakan di
kawasan membunuh.

d. Tembakan Akhir Defensif (TAD) daripada senjata tembakan tidak
langsung selalunya didaftarkan di kawasan puncak bukit untuk menghindarkan
musuh menguasai kawasan tersebut. Jikalau Batas Depan Kawasan Tempur
sesuatu pertahanan adalah jauh dari garis puncak bukit, adalah lebih baik jika
TAD artileri dan mortar ditempatkan hampir kepada BDKT. Dalam hal ini,
sasaran didaftarkan di kedua-dua kawasan lereng hadapan dan lereng
belakang. Ia bertujuan untuk mengekalkan tembakan tidak langsung ke arah
musuh sepanjang kemaraan mereka sehinggalah mereka memasuki kawasan
sasaran TAD.

PELAKSANAAN

6115. Pelaksanaan pertahanan lereng belakang adalah hampir serupa dengan
pertahanan kawasan.

a. Kumpulan keselamatan dan pemerhati yang ditempatkan di kawasan
puncak bukit memberi amaran awal tentang kemaraan musuh. Kumpulan ini
selanjutnya akan cuba melambatkan kemaraan musuh sambil menimpakan
kecederaan dengan senjata jarak jauh tembakan langsung dan tidak langsung.
Pemerhatian dan tembakan terhadap musuh dari kedudukan puncak bukit akan
dikekalkan selama mungkin untuk mengganggu dan menghalang musuh
daripada berkumpul untuk melakukan serangan.

b. Senjata tembakan langsung yang ditempatkan di lereng yang
bertentangan (counter slope) akan hanya menembak apabila sasaran muncul di
puncak bukit. Selanjutnya apabila musuh menuruni puncak tersebut TAD
akan dilakukan.

c. Jika musuh berjaya menguasai kawasan puncak bukit atau menembusi
lokaliti pertahanan, serangan balas perlu dilancarkan untuk menolak kemaraan
musuh dan menawan kembali kawasan puncak bukit. Serangan balas atau
penembusan balas perlu dilakukan sebelum musuh menyusun semula
pasukannya.

d. Untuk meningkatkan pemerhatian kawasan hadapan pertahanan
termasuk lereng hadapan semasa dalam keadaan pandangan yang terbatas, alat
suaran, infra merah dan alat bantuan pandang malam hendaklah digunakan
sepenuhnya.

6 - 31

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

e. Senjata bantuan automatik yang ditempatkan bersama-sama kumpulan
keselamatan hendaklah diundurkan lebih awal untuk membolehkan mereka
menduduki kedudukan menembak utama mereka sebelum musuh tiba di
kawasan puncak bukit.

Gambarajah 5: Pertahanan Lereng Belakang

SEKSYEN 6
KOMPENI BANTUAN DALAM PERTAHANAN KAWASAN
6116. Kompeni Bantuan memainkan peranan penting dalam pertahanan kawasan
batalion. Aset-aset yang diperuntukkan dalam organisasi BIS membolehkannya
melaksanakan operasi dengan lebih efektif. Setiap platun pakar dalam Kompeni
Bantuan mempunyai peranan tertentu untuk membantu batalion secara
keseluruhannya di kawasan pertahanan baik dari segi daya tembakan, perhubungan
atau tugas-tugas rutin pertahanan.

6117. Platun-platun pakar dalam Kompeni Bantuan yang memainkan peranan
penting di dalam pertahanan kawasan adalah seperti berikut:

a. Platun Mortar.

b. Platun Anti Kereta Kebal.

c. Platun Senjata Berat.

d. Platun Semboyan.

e. Platun Rintis Serang.

f. Seksyen Sniper.

6 - 32

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

g. Seksyen Tinjau.

PLATUN MORTAR

6118. Dalam pertahanan, Platun Mortar ditempatkan untuk memberikan bantuan-
bantuan tembakan seberapa jauh ke hadapan yang boleh. Oleh itu, elemen-elemen
platun ini mungkin terpaksa ditempatkan untuk tujuan-tujuan tertentu di kedudukan
alternatif, termasuklah di hadapan kedudukan pertahanan utama.

6119. Tugas. Tugas-tugas Platun Mortar di dalam pertahanan adalah:

a. Membantu dalam rancangan tembakan defensif dengan:

(1) Mengadakan bantuan tembakan kepada kumpulan keselamatan
batalion.

(2) Menembak kawasan-kawasan yang sukar ditembak oleh artileri
atau tembakan senjata kecil.

(3) Menembak sasaran-sasaran tembakan defensif (DF) dan
tembakan pelindungan akhir (FPF) seperti yang ditetapkan oleh
pegawai memerintah bagi platun ini.

b. Membantu Serangan Balas dan penembusan balas. Semasa serangan
balas tempatan, mortar boleh digunakan untuk membantu serangan ini dan
mengkucar-kacirkan musuh semasa melaksanakan atur semula.

c. Mengadakan tembakan mengharu.

d. Mengadakan bantuan tembakan untuk kumpulan-kumpulan ronda.

e. Mengadakan penyuaran medan pertempuran.

6120. Penempatan. Mortar boleh ditempatkan dalam kedudukan tapak menembak
platun atau seksyen, bergantung kepada ancaman tembakan balas musuh tetapi jika
boleh, kawalannya hendaklah dipusatkan di bawah kelolaan Ketua Platun Mortar. Pos
Memerhati hendaklah ditempatkan tetapi seorang KTB harus dijadikan simpanan
untuk memenuhi keperluan serta-merta atau mengiringi kumpulan ronda.

6121. Pemerintahan dan Kawalan. Pemerintahan dan kawalan keseluruhan
Platun Mortar harus di letak di bawah pemerintahan Ketua Platunnya. Namun begitu,
ada masanya platun ini terpaksa dipecahkan untuk beroperasi dalam kekuatan
seksyen. Bila keadaan ini berlaku pemerintahan dan kawalan adalah di bawah Ketua
Seksyen yang berkenaan tetapi masih diawasi oleh Ketua Platun. Dalam keadaan yang
sama, berkemungkinan keseluruhan pemerintahan dan kawalan Platun Mortar ini akan
diawasi oleh Markas Batalion, jika pegawai memerintah berpendapat bahawa
penugasan platun ini harus diawasi pada sebilang masa.

6 - 33

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

6122. Untuk menyelaraskan tembakan bantuan, Sel Bantuan Tembakan Batalion
(SBTB) yang lazimnya diketuai oleh Ketua Bateri Artileri yang diletakkan di bawah
bantuan langsung kepada batalion atau Ketua Platun Mortar akan ditubuhkan. Sel ini
berperanan untuk menyelaraskan bantuan tembakan tidak langsung artileri dan mortar
dan menasihati pegawai memerintah mengenai penggunaan terbaik aset tembakan
tidak langsung. Pegawai memerintah akan menggariskan rancangan kasar tembakan
tidak langsung dan sel ini bertanggungjawab untuk memperincikan rancangan
tersebut.

6123. Sebagai langkah kawalan, kubu-kubu hendaklah digali secepat mungkin. Jika
keadaan semula jadi tanah tidak membenarkannya, pertimbangan hendaklah dibuat
untuk membina benteng di atas tanah. Kedudukan-kedudukan palsu tidak perlu digali
melainkan penyembunyian tidak dapat dilakukan, kerana ini boleh menarik perhatian
musuh ke arahnya. Tindakan ini perlu dilaksanakan terutamanya di hutan tropika atau
tumbuhan sekunder.

6124. Tembakan mengharu tidak boleh ditembak dari kedudukan tapak utama.
Tembakan balas mortar musuh mungkin memerlukan penempatan yang sentiasa
berselerak, kedudukan alternatif seksyen atau menduduki kedudukan yang digali
dengan pelindung atas kepala bagi anggota dan peluru. Penerangan berkenaan dengan
cadangan kubu mortar boleh didapati di dalam Manual Peperangan Darat, Tentera
Darat Malaysia, Bahagian Dua, Infantri, Jilid 4 Pamflet No. 2, Mortar 81 mm, Taktik
Mortar.

6125. Mortar boleh menembak pada waktu malam atau dalam keadaan berkabus ke
sasaran-sasaran yang belum didaftarkan terlebih dahulu jika tembakan ramal telah
dirancang dengan menggunakan peta atau gambar udara yang mempunyai garisan
grid. Kaedah ini memerlukan peta-peta yang terkini dan pembacaan yang tepat.
Tembakan pelindungan akhir dan tembakan defensif biasa yang telah didaftarkan
pada siang hari boleh ditembak pada waktu malam.

PLATUN ANTI KERETA KEBAL

6126. Dalam pertahanan kawasan, Platun Anti Kereta Kebal ditempatkan untuk
memusnahkan kereta kebal dan armor musuh di hadapan atau berhampiran dengan
kedudukan pertahanan. Platun Anti Kereta Kebal juga boleh ditugaskan untuk
memusnahkan kereta kebal musuh di dalam kawasan utama pertahanan.

6127. Tugas. Tugas-tugas Platun Anti Kereta Kebal di dalam pertahanan adalah:

a. Memusnahkan kereta kebal musuh di hadapan atau berhampiran
kedudukan utama pertahanan.

b. Melaksanakan operasi mencari dan memusnahkan kereta kebal musuh
di dalam kawasan utama pertahanan.

6 - 34
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Membantu Kumpulan Serang Balas dan penembusan balas Batalion
yang mungkin akan menghadapi ancaman kereta kebal musuh.

h. Memusnahkan armor musuh di kedudukan pertahanan.

f. Membantu kompeni-kompeni raifal di dalam rancangan anti kereta
kebal masing-masing.

6128. Penempatan. Penempatan Platun Anti Kereta Kebal BIS selalunya
merupakan kerangka kepada rancangan anti kereta kebal Briged, walaupun
kadangkala kereta kebal dan/atau aset-aset anti armor jarak jauh diperuntukkan
kepada BIS. Justeru, adalah biasa bagi sesebuah batalion diberi tugas oleh formasi
atasan untuk memusnahkan armor musuh.

6129. Pegawai memerintah akan mengambil kira sebarang tugas anti kereta kebal
Briged semasa merangka rancangan pertahanannya dan akan menugaskan Platun Anti
Kereta Kebal mengikut keperluan ini. Penempatan Platun ataupun sebahagian
daripada Seksyen Misil mungkin memerlukan perlindungan dari kompeni-kompeni
raifal, yang mana keperluan ini harus dikordinasikan oleh POSTAH Batalion.
Perlindungan boleh juga diperolehi dengan penyediaan penyamaran yang berkesan
dan penggunaan kedudukan-kedudukan alternatif.

6130. Penempatan senjata anti kereta kebal terutamanya di hadapan kawasan
pertahanan perlulah diselaraskan dengan tembakan bantuan tidak langsung bagi
membantu kumpulan tersebut memutus libat. Kordinasi juga perlu dilaksanakan bagi
jalan-jalan pengunduran kumpulan anti armor terutamanya melalui luang-luang
halangan.

6131. Pemerintahan dan Kawalan. Pemerintahan dan kawalan Platun Anti
Kereta Kebal selalunya kekal dengan POSTAH Batalion melainkan ketika platun
atau elemen dari platun anti kereta kebal diletakkan di bawah perintah tabir formasi
atau membantu kumpulan keselamatan batalion. Segala penugasan dan tumpangan
akan diselaraskan dan dikordinasikan di POSTAH agar Pegawai Memerintah sentiasa
dapat mengawasi penugasan platun tersebut. Sistem komunikasi yang berkesan juga
akan disediakan supaya perhubungan daripada POSTAH hingga ke seksyen dan
detasmen dapat dilaksanakan.

PLATUN SENJATA BERAT

6132. Dalam pertahanan kawasan, Platun Senjata Berat selalunya akan diagihkan/
ditumpangkan kepada kompeni-kompeni raifal untuk memberi bantuan tembakan. Di
dalam kedudukan pertahanan setiap (ataupun sebahagian sahaja) kompeni elemen-
elemen Platun Senjata Berat (Detasmen PGA dan Detasmen MGB) akan
ditumpangkan untuk memperkukuhkan kedudukan keselamatan kompeni tersebut.
Kebiasaannya, elemen-elemen ini akan diberikan kepada kompeni hadapan bertujuan
untuk menguasai kawasan membunuh di hadapan. Walau bagaimana pun, elemen-

6 - 35

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

elemen Platun Senjata Berat boleh diagihkan kepada kompeni kedalaman sekiranya
keadaan memerlukannya.

6133. Tugas. Tugas-tugas Platun Senjata Berat dalam pertahanan adalah:

a. Memberi bantuan tembakan defensif di dalam kawasan yang
dipertanggungjawabkan termasuk kawasan membunuh unit yang berada
dirusuk.

b. Melindungi luang antara batalion dengan batalion bersebelahan dan
kompeni-kompeni dalam batalion tersebut. Juga melindungi halangan yang
terkeluar dari jarak tembakan berkesan senjata lain.

c. Saling membantu antara kompeni-kompeni dan subunit yang berada di
dalam kedudukan pertahanan.

d. Melaksanakan tembakan mengharu.

e. Menghapuskan elemen infantri musuh di jarak yang paling jauh dari
kedudukan pertahanan.

f. Memberi tembakan perlindungan dan bantuan semasa serang balas dan
penembusan balas dilakukan.

g. Melaksanakan tugas pertahanan udara tahap sangat rendah dan
menangkis pesawat udara rotor.

h. Melaksanakan tembakan untuk membantu rondaan.

i. Melaksanakan tugas menghindar (interdiction) jika keadaan
membenarkan.

6134. Penempatan. Penempatan Platun Senjata Berat ini akan dilakukan oleh
Pegawai Memerintah sendiri untuk menentukan penggunaan yang paling efektif bagi
keseluruhan pertahanan batalion. Beliau juga akan mengambil kira sebarang tugas
bantuan tembakan yang diperlukan oleh unit-unit sebelah, dalam memenuhi
rancangan keseluruhan Briged.

6135. Jika tugas tembakan mengharu diberikan kepada senjata berat, tembakan tidak
boleh dibuat dari tapak tembak untuk tugas tembakan defensif. Kedudukan
menembak yang lain perlu disediakan. Ini untuk mengelakkan kedudukan senjata
dikesan oleh musuh di peringkat awal pertahanan.

6136. Penempatan elemen-elemen Platun Senjata Berat akan diselaraskan dengan
rancangan pertahanan keseluruhan batalion. Keseluruhan platun atau sebahagian
daripadanya mungkin memerlukan perlindungan dari kompeni-kompeni raifal yang
ditumpangkannya. Oleh itu penempatan elemen-elemen platun harus dirancangkan

6 - 36

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

dengan teliti agar keselamatannya sentiasa terjamin. Perlindungan boleh juga
diperolehi dengan penyediaan penyamaran yang berkesan.

6137. Platun senjata berat merupakan aset penting batalion untuk memusnahkan
pasukan infantri musuh. Justeru, kedudukan alternatif sangat penting disediakan untuk
senjata –senjata ini. Kedudukan-kedudukan alternatif disediakan untuk tugas utama
dan tugas sekunder. Bagi mengelakkan senjata ini menjadi sasaran utama musuh,
teknik tembak dan gerak dari beberapa kedudukan alternatif perlu dirancang.
Pemerintah juga boleh merancang kedudukan senjata ini ditempatkan di kawasan
hadapan garisan puncak tanah tinggi (sky line) agar senjata boleh bergerak ke
kedudukan alternatif menggunakan perlindungan lereng belakang kedudukan
pertahanan. Tembakan senjata berat perlu dilaras, didaftar dan direkodkan daripada
kedudukan utama, kedudukan alternatif dan kedudukan sekunder.

6138. Pemerintahan dan Kawalan. Pemerintahan dan kawalan Platun Senjata
Berat boleh dipusatkan di bawah kawalan ketua platunnya. Walau bagaimana pun
apabila sebahagian daripada elemen platun ini ditumpangkan kepada kompeni-
kompeni raifal, adalah wajar segala pemerintahan dan kawalan diagihkan kepada
kompeni tersebut. Namun begitu, Ketua Platun Senjata Berat boleh mengawasi
subunit beliau dan memberi nasihat sewajarnya kepada kompeni-kompeni berkenaan.

PLATUN SEMBOYAN

6139. Dalam pertahanan kawasan, Platun Semboyan memainkan peranan utama
bagi memastikan perhubungan diberi kepada setiap lapisan unit/subunit. Ini
dilaksanakan dengan cara penggunaan radio kepunyaan batalion ataupun menerusi
talian. Walau apa pun cara yang digunakan, yang penting adalah perhubungan dijamin
pada sebilang masa pertahanan dilaksanakan.

6140. Tugas. Tugas-tugas Platun Semboyan di dalam pertahanan adalah:

a. Menentukan perhubungan radio dan talian disediakan untuk setiap
unit/subunit dalam semua lokaliti pertahanan.

b. Menentukan perhubungan radio dan talian (jika perlu) disediakan di
antara batalion infantri dan pasukan-pasukan bantuan yang lain.

c. Menentukan perhubungan diadakan untuk tugas-tugas khas seperti
rondaan, serang hendap, pos pemerhati, dan lain-lain tugas.

d. Memastikan keselamatan dan disiplin berkomunikasi dipelihara
sebilang masa.

e. Menentukan keselamatan talian daripada tembakan persediaan senjata
musuh. Justeru, talian perlu ditanam.

6 - 37
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

6141. Penempatan. Penempatan Platun Semboyan dalam pertahanan adalah
mengikut kompeni-kompeni yang ia ditumpangkan. Elemen Semboyan yang
ditumpangkan kepada setiap kompeni/ platun/seksyen/detasmen akan ditempatkan
bersama-sama anggota raifal yang lain dalam subunit tersebut. Bagi POSTAH
Batalion, elemen Platun Semboyan akan ditempatkan bersama elemen lain dalam
Markas Batalion.

6142. Walaupun radio merupakan cara utama untuk berkomunikasi dalam
pertahanan, talian hendaklah digunakan sepenuhnya. Talian boleh digunakan
seberapa jauh yang mungkin kerana ia lebih selamat. Pegawai memerintah selalunya
menentukan keutamaannya termasuklah talian tambahan untuk Pos Pemerhati dan
POSTAH kerana batalion mempunyai keupayaan yang terhad. Penggunaan talian
hendaklah dipertingkatkan untuk menentukan:

a. Terdapat litar talian alternatif untuk semua unit kecil dan kumpulan
bantuan (terutamanya talian utama hendaklah dibuat pendua, jika boleh di
laluan yang berasingan).

b. Jika boleh semua talian hendaklah ditanam ataupun ditutupi serta titik-
titik untuk menguji talian disediakan (testing points).

c. Jika boleh, talian hendaklah dipasang sebelum kompeni-kompeni
menduduki lokaliti masing-masing. Apabila telah dipasang, detasmen talian
hendaklah meninggalkan talian kendur lebih kurang 300 m di tiap-tiap lokaliti
kompeni supaya Ketua Kompeni dapat menempatkan Markasnya tanpa
memanggil detasmen ini kembali.

d. Bila talian dipasang serentak dengan pendudukan, penunjuk jalan
(guide) untuk detasmen talian hendaklah melapor ke pusat semboyan dan
selanjutnya dibawa ke lokaliti kompeni.

6143. Pemerintahan dan Kawalan. Sebaik-baiknya pemerintahan dan kawalan
Platun Semboyan terletak dengan Ketua Platunnya. Walau bagaimanapun
memandangkan sebahagian besar daripada elemen platun ini ditumpangkan ke
kompeni-kompeni raifal, adalah wajar untuk elemen tersebut diperintah/dikawal oleh
kompeni masing-masing. Namun begitu, Ketua Platun Semboyan boleh mengawasi
elemen-elemen daripada POSTAH Batalion sebilang waktu bagi memastikan
pengendalian perhubungan dalam kawasan pertahanan terjamin.

6144. Semua stesen radio hendaklah berada di dalam kubu dan bersedia untuk
beroperasi. Stesen Kawalan Hadapan hendaklah sentiasa berjaga dengar, manakala
rancangan berkomunikasi untuk serangan balas hendaklah disusun dan dikeluarkan.

6 - 38
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PLATUN RINTIS SERANG

6145. Di dalam pertahanan kawasan, Platun Rintis Serang memainkan peranan
penting bagi melaksanakan projek-projek pembinaan kubu-kubu dan halangan-
halangan di dalam kawasan pertahanan. Platun Rintis Serang ini boleh juga digunakan
untuk membersihkan halangan dan memasang periuk api di lokaliti pertahanan.

6146. Tugas. Tugas-tugas Platun Rintis Serang di dalam pertahanan termasuk
perkara-perkara berikut:

a. Membina atau membantu di dalam pembinaan halangan-halangan.

b. Menyelia pembinaan POSTAH dan Pos Perubatan Rejimen.

c. Pemusnahan tempur (assault demolition).

d. Menyelenggarakan rekod-rekod medan periuk api.

e. Membina zon-zon pendaratan dan pengguguran.

6147. Anggota Rintis Serang tidak boleh digunakan untuk tugas-tugas yang boleh
dilakukan oleh anggota raifal. Mereka hendaklah digunakan untuk menyelia dan
memberi nasihat sementara anggota raifal digunakan untuk membuat kerja-kerja am.

6148. Penempatan. Di dalam perancangan tugas-tugas Rintis Serang, pegawai
memerintah akan menyelaraskan kerja-kerja platun ini dengan kerja-kerja subunit
yang lain dalam batalion, dan juga dengan elemen-elemen Jurutera yang
ditumpangkan. Segala penugasan diteliti oleh pegawai memerintah atau staf beliau
demi memastikan semua kerja-kerja diselaraskan bagi keseluruhan batalion.
6149. Pemerintahan dan Kawalan. Platun ini boleh bekerja dengan lebih berkesan
di bawah kawalan Ketua Platunnya. Walau bagaimanapun, seksyen-seksyen boleh
diletakkan di bawah perintah kompeni-kompeni raifal untuk sesuatu operasi yang
tertentu atau untuk melaksanakan tugas-tugas kepakaran. Setengah daripada masa
perancangan untuk tugas Rintis Serang boleh didapati di dalam Manual
Peperangan Darat, Tentera Darat Malaysia. Bahagian Satu, Jilid 6, Pamflet No. 2,
Aide-Memoire.

6150. Pegawai memerintah selalunya mengekalkan kawalan terus ke atas platun ini.
Justeru itu, penempatan platun ini semasa pertahanan adalah bersama Markas Utama
Batalion di POSTAH.

6151. Anggota Rintis Serang dilengkapkan dan dilatih untuk bertempur seperti
platun raifal dan mereka berupaya menyelamatkan kawasan. Walau bagaimanapun,
platun ini mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan kedua-
dua tugas kejuruteraan biasa untuk memperkukuh pertahanan batalion dan membina
kedudukan pertahanan sendiri.

6 - 39

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN SNIPER

6152. Dalam pertahanan, Seksyen Sniper boleh diatur gerak untuk mengharu
persediaan musuh dan selanjutnya menembak ke sasaran-sasaran terpilih seperti
komander-komander, dan pemegang jawatan penting.. Mereka berupaya untuk
menimbulkan ketakutan kepada musuh dan menyebabkan musuh lebih berhati-hati
dan sekali gus memperlahankan gerak tindak mereka. Kejayaan Seksyen Sniper
adalah apabila mereka berjaya mempengaruhi tindakan dan keputusan yang dibuat
oleh musuh kerana suasana tidak selamat yang mereka wujudkan.

6153. Tugas. Tugas-tugas kumpulan sniper dalam pertahanan kawasan ialah:

a. Membunuh komander dan pemegang jawatan penting di semua fasa
pertahanan termasuk krew senjata.

b. Melindungi halangan-halangan yang tidak dapat dilindungi oleh
senjata kecil kerana halangan tersebut terkeluar daripada jarak berkesan
tembakan senjata kecil.

c. Sebagai agensi pengumpul maklumat perisikan melalui pemerhatian
daripada kedudukan persembunyian mereka.

d. Memusnahkan peralatan penting musuh di semua fasa pertahanan.

e. Membuat panggilan tembakan artileri daripada kedudukan
persembunyian mereka.

f. Melaksanakan tugas tembak curi balas (counter sniper).

6154. Penempatan. Anggota sniper biasanya ditugas secara berpasangan. Di
peringkat persiapan pertahanan, mereka boleh ditumpangkan kepada pasukan
pelindung divisyen, tabir briged dan kumpulan keselamatan batalion. Namun begitu,
beberapa faktor perlu diambil kira dalam menempatkan kumpulan sniper dengan
kumpulan keselamatan yang biasanya beroperasi secara bergerak. Faktor-faktor ini
termasuklah kumpulan sniper beroperasi secara senyap, mengelakkan daripada
dikesan dan membuat pemerhatian yang memakan masa sebelum menembak ke
sasaran. Mereka juga melaksanakan tugas lazimnya daripada kedudukan statik.
Justeru, kumpulan sniper selalunya ditumpangkan kepada kumpulan keselamatan
bertujuan untuk memanjangkan jangkauan kawasan sasaran mereka. Walaupun
begitu, kumpulan keselamatan mestilah bersedia memberi perlindungan semasa
kumpulan sniper menyediakan kedudukan pemerhatian/menembak dan membantu
pengunduran kumpulan sniper terutamanya untuk memutus libat jikalau kehadiran
mereka telah diketahui.

6 - 40
TERHAD


Click to View FlipBook Version