The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kik.pulada, 2022-05-19 00:23:11

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

TERHAD

MP 1.1.9A TD

JURUTERA

1085. Peranan Jurutera adalah untuk membantu pasukan penyerang mengekal daya
gerak dan sebaliknya mengurangkan daya gerak musuh. Tugas Jurutera dalam
serangan adalah seperti berikut.

a. Serangan Serta Merta. Pasukan Jurutera kemungkinan tidak
digunakan semasa serangan dalam keadaan pertahanan musuh yang disiapkan
secara terburu-buru. Tetapi elemen ini boleh digerakkan semasa atur semula
bagi membuka laluan kenderaan, membersihkan tempat pendaratan helikopter
dan medan periuk api jika diperlukan.

b. Serangan Dirancang. Semasa serangan dirancang, tugas Jurutera
adalah seperti berikut:

(1) Peringkat Persediaan.

(a) Membaiki, membina dan menyenggarakan laluan bagi
memudahkan pergerakan kenderaan dan stor serta peralatan
sebelum serangan dan semasa peringkat atur semula.

(b) Melaksanakan tinjauan ke atas kedudukan pertahanan
musuh terutamanya halangan-halangan yang ada.

(c) Melaksanakan tipu helah iaitu dengan membina jalan dan
peralatan untuk mengelirukan musuh.

(2) Peringkat Serangan.

(a) Membersihkan segala halangan yang dibina oleh
musuh.

(b) Membina rakit dan jambatan-jambatan bagi
menyeberangi sungai.

(c) Memusnahkan kubu-kubu pertahanan musuh yang kuat
dengan cara letupan.

(d) Membaiki dan mengukuhkan pertahanan termasuk
medan periuk api semasa atur semula.

(e) Membina tempat pendaratan dan zon pengguguran.

1086. Penugasan Jurutera semasa serangan memerlukan rancangan yang teliti. Ciri-
ciri penugasan pasukan Jurutera adalah seperti berikut:

10 - 29
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

a. Status Pemerintahan. Biasanya unit-unit Jurutera tidak diletakkan di
bawah perintah batalion infantri yang ditumpangkan. Ini adalah kerana elemen
ini mungkin digunakan oleh pihak atasan untuk tugas yang lebih penting.

b. Kekuatan Anggota Keanggotaan Jurutera yang minimum
memerlukan keutamaan tugas yang betul disamping anggota bantuan dari unit
infantri. Platun Rintis Serang boleh merancang untuk bekerjasama dengan
elemen Jurutera untuk sesuatu tugas.

c. Perhubungan. Oleh kerana pasukan Jurutera akan ditugaskan di
kedudukan yang berlainan, perhubungan adalah mustahak. Perhubungan juga
perlu bagi menyalurkan maklumat kepada pihak tertentu dengan cepat dan
seterusnya membolehkan pasukan Jurutera boleh merancang dan
melaksanakan tugas berkaitan.

d. Stor Peralatan Segala stor dan peralatan Jurutera biasanya akan
digerakkan ke lokasi hadapan supaya tugas-tugas boleh dijalankan dengan
serentak, cepat dan berkesan.

ARTILERI

1087. Peranan Artileri di dalam serangan adalah untuk meneutraliskan musuh ke
sesuatu peringkat yang mengizinkan pasukan sendiri untuk menyerang dan menawan
objektif dengan kecederaan yang minimum. Bantuan Artileri secara langsung
merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi rancangan taktikal. Contohnya,
jumlah sasaran yang boleh ditembak serentak mungkin akan membataskan pemilihan
objektif untuk tiap tahap serangan.

1088. Penugasan Artileri Medan Memberi bantuan tembakan semasa serangan
adalah tugas utama Artileri Medan. Bantuan tembakan ini akan diselaraskan oleh
Pusat Koordinasi Tembakan Bantuan (FSCC) dan ia bergantung kepada rancangan
tembakan Pegawai Memerintah. Antara tembakan yang boleh diberikan oleh elemen
Artileri adalah:

a. Tembakan Persiapan. Tembakan ini dilaksanakan sebelum serangan
dimulakan dengan tujuan melemahkan pertahanan musuh. Tembakan ini tidak
mungkin melemahkan semangat musuh kecuali jika ia dibedil bertalu-talu
dengan peluru yang banyak. Tembakan ini sudah tentu menghilangkan prinsip
kejutan dan perlu dipertimbangkan dengan sebaiknya dalam rancangan
serangan

b. Tembakan Perlindungan Tujuan tembakan ini adalah untuk
neutraliskan tembakan dari senjata tembakan langsung yang bakal
mengganggu kemaraan pasukan penyerang. Tembakan ini akan menyebabkan
musuh tidak berpeluang bertindak mengikut rancangan taktikalnya. Tembakan
ini juga harus dirancang dengan teliti dan lazimnya meliputi perkara berikut:

10 - 30

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(1) Jadual rancangan tembakan.

(2) Tembakan atas panggilan.

(3) Sasaran luar jangkaan.

c. Tembakan Pertahanan Tembakan ini adalah untuk melindungi
pasukan penyerang sewaktu atur semula dari sebarang serang balas musuh.

d. Tembakan Balas Bateri Tujuan tembakan ini ialah untuk
memusnahkan senjata-senjata tidak langsung musuh seperti artileri dan
mortar.

e. Tembakan Suaran Ia digunakan bagi membantu menerangi medan
pertempuran di waktu malam.

f. Tembakan Asap Ia boleh digunakan untuk menghalang musuh
daripada membuat pemerhatian, melindungi pergerakan pasukan penyerang
dan tipu helah. Keberkesanan tembakan ini adalah bergantung kepada
keadaan cuaca.

g. Tembakan Penanda. Tembakan ini menggunakan peluru asap warna
bagi menunjukkan sasaran terutamanya kepada pesawat udara. Ia juga boleh
digunakan untuk menandakan pertukaran tahap serangan.

1089. Penugasan Artileri Pertahanan Udara (PU) Tugas utama Artileri PU
adalah untuk melindungi jalan-jalan yang digunakan oleh pasukan penyerang dari
ancaman pesawat udara musuh dan ini dirancang di peringkat atasan. Di antara tugas-
tugas yang dapat dilakukannya ialah:

a. Memberi perlindungan kepada laluan dan jalan-jalan mustahak.

b. Menghindari tinjauan rapat pesawat udara musuh.

c. Memberi perlindungan kepada tempat-tempat yang baru ditawan dari
serangan udara musuh.

1090. Peringkat Persiapan.

a. Pengumpulan maklumat berkenaan senjata tidak langsung musuh.

b. Persiapan rancangan tembakan.

c. Pelarasan dan pendaftaran sasaran.

d. Kerja-kerja kajian medan tempur

10 - 31

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

e. Rancangan tipu helah.

1091. Peringkat Serangan Semasa serangan, artileri akan memberi tembakan
persiapan dan perlindungan. Pindaan kepada rancangan tembakan seterusnya adalah
relatif kepada tindakan musuh dan perubahan keperluan taktikal. PPH yang
mengiringi kumpulan penyerang lazimnya memanggil misi tembakan terhadap
sasaran muncul dan atas panggilan.

1092. Peringkat Eksploitasi. Artileri akan bersiap sedia untuk membantu sebarang
keperluan eksploitasi. Tembakan juga boleh diberikan dilakukan ke atas sasaran atas
panggilan untuk mematahkan pengunduran musuh.

SEKSYEN 8

PENTADBIRAN DALAM SERANGAN

1093. Keperluan pentadbiran untuk sesuatu serangan perlu dirancang sejajar dengan
keperluan taktikal Markas Atasan. Bagi sesuatu serangan serta merta, aspek
pentadbiran tidaklah begitu terperinci berbanding serangan dirancang. Walau
bagaimanapun, persiapan pentadbiran yang lengkap dan sempurna perlu bagi
menjayakan sesuatu serangan. Ia bergantung kepada perancangan yang teliti di
peringkat batalion dan seharusnya merangkumi perkara berikut:

a. Persiapan untuk serangan.

b. Pentadbiran atur semula.

c. Pentadbiran kecemasan.

1094. Persiapan untuk Serangan Pentadbiran logistik hendaklah meliputi
perkara-perkara berikut:

a. Bekalan Tempur.

(1) Pengagihan semua keperluan tempur kepada setiap trup yang
terlibat dalam serangan termasuk stok simpanan.

(2) Bagi pasukan tumpangan, pengagihan keperluan lain adalah
atas permintaan dan ini harus dimaklumkan terlebih awal.

b. Perubatan.

(1) Menubuhkan Pusat Rawatan Rejimen yang strategik dan
bekalan ubat yang cukup.

10 - 32

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(2) Rancangan pemindahan yang teliti merangkumi penggunaan
helikopter, jika perlu.

(4) Pemeriksaan tetap ke atas bekalan perubatan setiap unit
penyerang.

c. Peralatan. Keperluan bagi sebarang peralatan tambahan khas seperti
alat pengusung medan, pemotong wayar, peralatan perhubungan dan alat
pengenalan trup.

1095. Pentadbiran Atur Semula. Terdapat empat aspek utama di dalam
pengendalian pentadbiran semasa atur semula iaitu:

a. Ulang Bekal. Bagi membolehkan bantuan sedia digunakan semasa
atur semula, ia hendaklah digerakkan mengikut Eselon-Eselon F dan B dengan
menggunakan kenderaan darat mahupun pesawat udara.

b. Pergerakan Baki Eselon F ke Hadapan. Perancangan dan persiapan
atur gerak ke hadapan semasa atur semula merangkumi pembersihan laluan
dan keperluan tempat berpecah yang baru.

c. Pemindahan Kecederaan. RAP perlulah digerakkan terus ke hadapan
semasa atur semula dan rancangan laluan disediakan bagi mengendali anggota
yang cedera sepanjang pergerakan ini. Perancangan ini perlu merangkumi.

(1) Penggunaan RAP unit yang lain semasa proses pergerakan ke
hadapan.

(2) Bantuan daripada ambulans medan dan jika perlu RAP kedua
boleh ditubuhkan semasa pergerakan ke RAP sebenar.

1096. Pentadbiran Kecemasan Ini meliputi keperluan logistik seperti peluru,
minyak kenderaan, catuan, perubatan dan juga anggota tambahan mengikut keperluan
semasa.

10 - 33
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 11

MENYEBERANG HALANGAN

SEKSYEN 1

PENGENALAN

AM

1101. Di medan pertempuran, mengekalkan kebebasan untuk manuver bagi
seseorang Pegawai Memerintah adalah kriteria utama untuk memperolehi dan
menguasai kelebihan taktikal pertempuran. Sebarang limitasi kepada keupayaan
manuver boleh menyebabkan sesuatu rancangan menjadi tergendala dan memberi
kelebihan taktikal kepada pihak musuh. Oleh itu, musuh akan cuba mengehadkan
daya manuver lawannya dengan menggunakan halangan.

SEKSYEN 2
JENIS-JENIS HALANGAN
1102. Terdapat dua jenis halangan yang mana kedua-duanya boleh digabungkan
dalam rancangan halangan musuh:
a. Halangan semula jadi.
b. Halangan buatan.
1103. Halangan Semula Jadi . Kedudukan dan ciri-ciri halangan semula jadi secara
langsung boleh mempengaruhi aturgerak sesuatu pasukan. Ini termasuk:
a. Lereng curam.
b. Cerun.
c. Jurang dan lurah.
d. Sungai serta anak sungai.
e. Paya.
f. Hutan dan belukar.
g. Kawasan terbina.

11 - 1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1104. Halangan Buatan. Halangan buatan akan digunakan sebagai tambahan
untuk memperkukuhkan halangan semula jadi. Ia boleh juga digunakan di kawasan
yang tidak terdapat halangan semula jadi. Halangan-halangan ini termasuklah:

a. Medan periuk api.

b. Kawat berduri.

c. Lubang bongkah (crater), longkang dan `abatis’.

d. Jerangkap samar.

e. Runtuhan.

f. Kawasan kontaminasi.

g. Bongkah konkrit (dragon’s teeth).

h. Sebarang gabungan di antara halangan-halangan di atas. Gabungan
medan periuk api dan kawat adalah yang paling biasa dibuat.

1105. Pembinaan halangan buatan memerlukan banyak tenaga kerja, masa dan
material. Bagi mengurangkan penglibatan ini, musuh biasanya akan cuba
menggabungkan penempatan halangan dengan menggunakan halangan semula jadi
yang boleh diperkukuhkan. Untuk mempertingkatkan keberkesanan dan menyukarkan
penembusan, halangan-halangan musuh yang menjadi sebahagian daripada
Pertahanannya akan dilindungi dengan pemerhatian dan tembakan.

1106. Pertimbangan asas menyeberang halangan adalah sama bagi menghadapi
semua jenis halangan tanpa mengira kekuatan Pertahanan musuh atau cara
penembusan yang digunakan. Teknik berlainan berdasarkan pertimbangan asas yang
sama mungkin diperlukan bagi menyeberangi tiap-tiap halangan.

KAEDAH

1107. Seseorang pemerintah mungkin bernasib baik jika dapat menyelamatkan
sesuatu ruang terbuka ataupun menawan tempat menyeberang halangan dengan
sepenuhnya. Jika tidak, beliau hanya mempunyai tiga pilihan seperti berikut:

a. Melaksanakan penyeberangan dengan bertempur (encounter crossing).

b. Bertindak melintasi melalui rusuk (outflank) atau melenconginya.

c. Melaksanakan penembusan yang dirancang atau operasi melintasi
halangan.

11 - 2
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1108. Sebelum mengambil sesuatu tindakan, pemerintah perlulah membuat
perkiraan berhubung kelebihan setiap pilihan ini. Bagi melaksanakan penyeberangan
dengan bertempur, beliau mesti mengambilkira kesan halangan, menganggarkan
kecederaan dan kelebihan yang mungkin diperolehi semasa Serangan tersebut. Jika
Serangan melalui rusuk atau melencongi sesuatu halangan, kemungkinan pasukan
sendiri akan disalurkan ke kawasan membunuh yang telah dipilih oleh musuh. Oleh
itu, penembusan yang dirancang dan operasi melintasi halangan memerlukan
pertimbangan yang khusus. Tindakan ini mungkin mengambil masa yang panjang dan
memerlukan tenaga yang banyak kerana halangan-halangan ini selalunya diperhatikan
dan dilindungi oleh tembakan musuh.

SEKSYEN 3
PEMBERSIHAN HALANGAN BUATAN
AM
1109. Pembersihan halangan (breaching) adalah istilah yang merujuk kepada teknik
membuka ruang melalui halangan-halangan buatan. Sebarang halangan semula jadi
yang sedia ada akan diperkukuhkan dengan halangan-halangan buatan sementara
halangan buatan selalunya akan dibina di kawasan yang tidak mempunyai halangan
semula jadi. Sehubungan itu, pemerintah pasukan penyerang terpaksa melaksanakan
operasi pembersihan halangan sebelum dapat memusnahkan musuh.

PERTIMBANGAN ASAS
1110. Sebelum membuat keputusan untuk membersih halangan, seseorang
pemerintah perlu menimbangkan perkara-perkara berikut:

a. Tinjauan.

b. Perancangan.

c. Perintah dan kawalan.

d. Masa.

e. Rancangan tembakan.

f. Kawalan trafik.

g. Perhubungan.

h. Perlindungan.

11 - 3

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1111. Tinjauan. Dalam merancang pembersihan halangan, tinjauan terperinci
perlu dilaksanakan. anggota Jurutera boleh membantu mendapatkan maklumat-
maklumat ini. Kumpulan ronda perlu bergerak di dalam atau berhampiran kawasan
musuh. Bagi memperolehi kepantasan dan keselamatan, kumpulan ronda ini perlu
dibentuk dalam kumpulan yang kecil.

1112. Perancangan. Musuh akan cuba menggunakan halangan-halangan bagi
menguatkan Pertahanan dan menyukarkan penyerang menyerbu. Apabila menyerang
melalui halangan, pembersihan sebenar dan melintasi halangan hendaklah dianggap
sebagai salah satu fasa Serangan. Tujuan operasi pembersihan ialah untuk membersih
seberapa banyak lorong yang mungkin. Sebaik-baiknya lorong hendaklah dibersihkan
untuk setiap seksyen raifal.

1113. Apabila gambaran tepat berkaitan Pertahanan musuh telah diperolehi, operasi
pembersihan halangan hendaklah dirancangkan. Rancangan tembakan hendaklah
diatur untuk melumpuhkan Tembakan Perlindungan musuh yang diarahkan ke lorong-
lorong atau ruang-ruang yang dirancangkan. Rancangan ini juga sangatlah penting
semasa pergerakan selanjutnya melalui medan periuk api kerana anggota dan
kenderaan yang bergerak mara akan melalui lorong-lorong tersebut.

1114. Pertimbangan-pertimbangan lain dalam perancangan operasi pembersihan
halangan adalah seperti berikut:

a. Dalam operasi pembersihan halangan utama, sesebuah BIS mungkin
dilibatkan sepenuhnya untuk membantu pasukan Jurutera. Ini termasuk
menawan tapak penyeberangan halangan di bahagian musuh. Sebaik sahaja
operasi ini berjaya, batalion tersebut biasanya tidak dijadikan sebahagian
Kumpulan Penyerang tetapi sebaliknya simpanan atau digunakan untuk
membantu dalam kawalan trafik.

b. Dalam operasi pembersihan halangan kecil, tindakan ini hanyalah
dianggap sebagai tambahan kepada peringkat permulaan Serangan. Tindakan
ini tidak boleh dijadikan sebagai penentu kepada keseluruhan rangka
rancangan Serangan.

c. Apabila batalion terlibat dalam operasi pembersihan halangan yang
besar, sumbernya hanya mampu membenarkan cubaan ke atas dua lorong
sahaja bagi setiap platun. Jika sumber yang ada mencukupi, tambahan lebih
kurang 50% daripada lorong yang diperlukan hendaklah dibuat supaya dapat
memberikan kekenyalan jika serbuan permulaan gagal dilancarkan.

1115. Perintah dan Kawalan. Tidak ada peraturan tertentu yang ditetapkan untuk
penubuhan struktur pemerintahan. Dalam operasi pembersihan halangan batalion,
kompeni-kompeni penyerang mungkin diberi tanggungjawab melaksanakan
pembersihan permulaan. Jika batalion terlibat sebagai sebahagian daripada operasi
yang lebih besar, struktur pemerintahan mungkin menjadi lebih rumit. Pemerintahan

11 - 4

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Kumpulan Pembersihan halangan adalah bertanggungjawab kepada pemerintah
keseluruhan operasi. Bagi membantu kawalan, elemen-elemen penyerang mungkin
perlu mengadakan Pegawai Perhubungan kepada elemen-elemen pembersihan
tersebut.

1116. Masa. Masa untuk menyerang dalam pembersihan halangan sangatlah
penting. Keupayaan musuh menembak dengan berkesan terhadap pasukan penyerang
mengurangkan lagi peluang untuk berjaya. Walaupun demikian, peluang ini boleh
ditingkatkan dengan melaksanakan operasi pembersihan halangan pada waktu malam
atau menggunakan asap. Tembakan Perlindungan ke atas kedudukan musuh juga
boleh mengurangkan pemerhatian musuh. Kawalan operasi pembersihan halangan
pada waktu malam adalah lebih sukar dan rumit serta memerlukan masa yang panjang
untuk melaksanakannya.

a. Serangan permulaan hendaklah dilaksanakan pada waktu malam atau
dengan dilindungi asap agar dapat melumpuhkan atau sekurang-kurangnya
mengurangkan keberkesanan tembakan perlindungan musuh.

b. Jika serangan permulaan dilancarkan pada waktu malam, masa
perlulah diselaraskan agar operasi pembersihan selanjutnya dapat memberi
peluang kepada semua kenderaan Eselon F yang membantu serangan dapat
bersama-sama berada di tapak penyeberangan sebelum waktu subuh. Masa
inilah yang mungkin digunakan oleh musuh untuk melaksanakan serangan
balas.

c. Pembersihan halangan di waktu siang lebih mudah dilaksanakan tetapi
pelaksanaannya hendaklah dilindungi oleh asap atau tembakan perlindungan
yang efektif.

1117. Rancangan Tembakan. Ketepatan dalam rancangan tembakan adalah penting
kerana musuh boleh mengekalkan keupayaan menembak ke atas halangan dan operasi
pembersihan halangan akan terjejas. Prinsip-prinsip dan pertimbangan untuk
rancangan tembakan adalah sama seperti melaksanakan serangan.

1118. Kawalan Trafik. Kawalan trafik mestilah dirancang dengan teliti.
Walaupun batalion mempunyai kenderaan, faktor-faktor yang diterangkan dalam
Manual Peperangan Darat, Tentera Darat Malaysia, Bahagian 1, Jilid 1, Pamflet No 4,
Taktik Formasi hendaklah dipertimbangkan.

1119. Perhubungan. Perhubungan dalam batalion adalah mencukupi untuk operasi
pembersihan halangan. Jika boleh, komunikasi talian hendaklah digunakan bagi
mengekalkan kerahsiaan. Prosedur percakapan radio dan kerahsiaan hendaklah
dipertingkatkan.

11 - 5
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1120. Perlindungan. Pemerintah hendaklah menimbangkan langkah-langkah untuk
melindungi kumpulan yang melaksanakan operasi pembersihan. Perlindungan boleh
disediakan kepada pasukan penyerang semasa menawan objektif tertentu atau dengan
mengadakan pengawal khusus yang akan mengawal halangan yang ada.

TUGAS DAN TINDAKAN

1121. Tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dalam operasi pembersihan halangan
adalah seperti berikut:

a. Menyelamatkan tapak penyeberangan sebagaimana diperlukan,
termasuk pembersihan halangan di peringkat awal.

b. Melindungi Kumpulan Pembersihan oleh kumpulan keselamatan di
tapak penyeberangan atau Kumpulan Pelindung khas yang ditetapkan.

c. Serbuan oleh kumpulan yang ditetapkan.

d. Melebarkan pembersihan halangan dan menyelenggarakan lorong-
lorong penyeberangan.

e. Mengawal pergerakan semasa melalui halangan-halangan.

URUTAN OPERASI PEMBERSIHAN

1122. Urutan seperti berikut boleh digunakan dalam pembersihan halangan:

a. Penempatan. Kumpulan Pelindung hendaklah ditempatkan di lokasi
yang boleh memberi perlindungan kepada anggota Jurutera atau Rintis Serang
yang akan membuat pembersihan. Ini adalah perlu kerana semasa aktiviti
pembersihan dilaksanakan, kumpulan pembersihan halangan dan peralatan
adalah terdedah kepada tembakan musuh.

b. Pembersihan Halangan. Pembersihan halangan oleh anggota Rintis
Serang atau Jurutera akan diikuti oleh anggota infantri yang akan melalui
lorong-lorong yang disediakan. Pembentukan formasi serangan hanya akan
berlaku selepas melintasi halangan-halangan ini.

c. Tapak Penyeberangan Perantaraan (Intermediate Bridgehead).
Kumpulan penyerang kemudiannya menubuhkan tapak penyeberangan
perantaraan di bahagian hujung halangan atau di atas objektif bagi
menghalang musuh daripada menembak secara langsung ke atas halangan–
halangan dan kumpulan seterusnya.

11 - 6
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Peningkatan Kekuatan (Build-Up). Pembersihan lorong-lorong lebih
luas oleh anggota Rintis Serang dan Jurutera perlu bermula secepat mungkin.
Kenderaan tempur berperisai (AFV) dan Eselon F hendaklah melintasi
halangan-halangan ini dengan cepat untuk membantu anggota infantri yang
berada di tapak penyeberangan perantaraan.

e. Serbuan Perantaraan (Intermediate Assault) . Kumpulan Penyerang
utama kemudiannya bergerak melalui kedudukan tapak penyeberangan
perantaraan dan seterusnya menyerbu kedudukan musuh. Kenderaan-
kenderaan bantuan yang selebihnya akan mengikut dari belakang.

CARA-CARA PEMBERSIHAN HALANGAN

1123. Cara-cara pembersihan halangan adalah seperti berikut:

a. Pembersihan Secara Senyap Lorong-lorong halangan dibersihkan
dengan menggunakan peralatan tangan. Pembersihan cara ini sukar untuk
dikesan oleh musuh tetapi memerlukan masa yang panjang dan tenaga kerja
yang banyak.

b. Pembersihan Menggunakan Letupan Lorong-lorong dibersihkan
dengan menggunakan peralatan letupan.

c. Pembersihan Jentera Lorong-lorong dibersihkan dengan
menggunakan jentera.

1124. Cara pembersihan halangan yang digunakan untuk tugas tertentu bergantung
kepada keadaan tanah, jenis halangan dan tahap tentangan daripada musuh yang
dijangkakan.

SEKSYEN 4

KOMPENI BANTUAN DALAM MENYEBERANG HALANGAN

PLATUN MORTAR

1125. Tugas. Platun Mortar boleh menyediakan bantuan Tembakan Tidak
Langsung kepada Kumpulan Pelindung, Kumpulan Pembersihan, Kumpulan
Penyerang ataupun ke atas objektif yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, ianya
harus dikoordinasikan melalui rancangan tembakan di peringkat batalion.

11 - 7
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1126. Penempatan. Penempatan KTB haruslah mampu mengawal tembakan
mortar dan dapat menembak sasaran-sasaran terluang sepanjang operasi menyeberang
halangan. Dalam pada itu, kedudukan mortar haruslah dalam jarak maksimum untuk
menembak objektif yang ditentukan.

1127. Perintah dan Kawalan. Pegawai Memerintah harus mengawal secara terus
platun ini bagi mendapatkan kesan yang dikehendaki secara maksimum. Sekiranya
terdapat bantuan tembakan tidak langsung yang lain, ia hendaklah dikoordinasikan
secara berpusat oleh Markas Batalion.

PLATUN RINTIS SERANG

1128. Tugas. Platun Rintis Serang boleh diberikan tugas untuk membersihkan
lorong-lorong halangan bagi memberi laluan kepada anggota infantri untuk melintasi
halangan tersebut. Anggota platun ini adalah terlatih menggunakan hampir
keseluruhan peralatan pembersihan halangan yang ada di pasukan. Pemilihan
peralatan ini bergantung kepada cara operasi pembersihan dilaksanakan sama ada
secara senyap atau sebaliknya.

1129. Penempatan. Platun ini boleh ditempatkan bersama-sama dengan anggota
Jurutera semasa melaksanakan pembersihan. Dalam pada itu, platun ini juga boleh
membantu dalam memusnahkan tempat-tempat kebal musuh. Bantuan seperti ini
selalunya diperlukan di kawasan terhad di mana terdapat limitasi ke atas pasukan
bantuan tempur yang lain.

1130. Perintah dan Kawalan. Semasa melaksanakan pembersihan, platun ini
boleh diletakkan di bawah kawalan Kumpulan Pembersihan atau dikawal terus oleh
Pegawai Memerintah.

PLATUN ANTI KERETA KEBAL

1131. Tugas. Platun AKK akan digerakkan ke hadapan berhampiran kawasan
halangan untuk memberi perlindungan kepada Kumpulan Pembersihan dan
memusnahkan kereta kebal musuh yang mungkin mengganggu operasi menyeberang
halangan.

1132. Penempatan. Platun ini boleh bertindak sebagai sebahagian daripada
Kumpulan Pelindung atau berfungsi sebagai anti armor musuh. Ini dapat dilakukan
melalui penempatan armor di lokasi yang bersesuaian untuk memaksimumkan daya
tembak, mobiliti dan perlindungan.

1133. Perintah dan Kawalan. Platun ini boleh digerakkan secara bersendirian
ataupun bersama-sama dengan kereta kebal. Keutamaan sasaran adalah terhadap
ancaman armor musuh yang mungkin mengganggu operasi menyeberang halangan
dengan memberi perlindungan kepada kumpulan lain melintasi halangan.

11 - 8
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PLATUN SENJATA BERAT

1134. Tugas. Tugas platun ini adalah untuk menyediakan tembakan perlindungan
kepada Kumpulan Pembersihan dan juga memusnahkan lokasi-lokasi musuh. Platun
ini juga boleh ditugaskan untuk menangkis serang balas musuh semasa menyeberangi
halangan.

1135. Penempatan. Platun ini boleh ditempatkan bersama-sama Kumpulan
Pelindung atau digerakkan secara bersendirian. Lokasi platun ini semasa operasi
menyeberang halangan haruslah mampu menyediakan tembakan bantuan yang
berterusan.

1136. Perintah dan Kawalan. Semasa operasi menyeberang halangan, platun ini
boleh dikawal terus pegawai memerintah ataupun oleh ketua Kumpulan Pelindung.
Dalam keadaan tertentu, platun ini boleh diletakkan dibawah Kumpulan Penyerang
atau mana-mana kumpulan yang bersesuaian.

SEKSYEN TINJAU

1137. Tugas. Seksyen Tinjau boleh ditugaskan untuk mencari dan mengesahkan
tapak menyeberang yang bersesuaian untuk operasi selanjutnya. Seksyen ini juga
boleh memberi amaran awal berkenaan reaksi musuh terhadap operasi menyeberang
halangan dan menyampaikan maklumat-maklumat penting berhubung operasi yang
hendak dijalankan.

1138. Penempatan. Seksyen ini seharusnya digerakkan secara bersendirian dalam
jangka masa yang tidak menentu bagi memberi lebih kebebasan dan kekenyalan
didalam merancang penempatan yang bersesuaian.

1139. Perintah dan Kawalan. Walaupun diaturgerak secara berasingan, seksyen
ini seharusnya dikawal secara terus oleh Pegawai Memerintah. Ini bagi
membolehkan seksyen ini digerakkan secara optimum dalam jangka masa yang
singkat.

SEKSYEN SNIPER

1140. Tugas. Seksyen Sniper boleh melakukan beberapa tugas yang boleh
mendatangkan kesan yang jelas terhadap pasukan yang menyeberang halangan. Ini
adalah kerana seksyen ini memiliki ketepatan tembakan, sukar dikesan di samping
anggotanya memiliki daya tahan yang tinggi.

1041. Penempatan. Seksyen ini seharusnya digerakkan secara bersendirian dan
terus menghampiri sasaran yang telah ditetapkan. Tatacara aturgerak atau kemasukan
ke kawasan objektif haruslah dirancang dengan sebaiknya. Untuk memperolehi kesan
yang optima, penempatan seksyen ini haruslah mengambilkira ciri-ciri ketahanan
fizikal dan ketepatan tembakan yang boleh disediakan oleh seksyen ini.

11 - 9

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1042. Perintah dan Kawalan. Seksyen ini harus dikawal dan diperintah secara
terus oleh Pegawai Memerintah. Ini adalah kerana Pegawai Memerintah seharusnya
memiliki perancangan tersendiri terhadap seksyen ini. Kejayaan operasi Seksyen
Sniper dalam sesuatu tugas yang diberikan haruslah dieksploitasi dengan seberapa
segera oleh Pegawai Memerintah bagi membantu perancangan beliau seterusnya.

SEKSYEN 5

BANTUAN TEMPUR DALAM MENYEBERANG HALANGAN

1143. Operasi pembersihan halangan kebiasaannya melibatkan kerja-kerja yang
perlahan dan terancang di kawasan yang selalunya dikuasai oleh kedudukan-
kedudukan musuh. Bantuan daripada pasukan bantuan tempur diperlukan secara
maksimum sepanjang operasi ini. Jenis-jenis bantuan yang diperlukan adalah seperti
berikut:

a. Tembakan Perlindungan dan Tembakan Sangga Bateri (CBF) oleh
Artileri untuk melemahkan kekuatan tembakan musuh.

b. Bantuan tembakan langsung armor semasa operasi pembersihan
halangan. Armor dan senjata anti armor mestilah digerakkan ke hadapan
secepat mungkin untuk membantu infantri menghadapi sebarang serangan
balas musuh.

c. Melaksanakan operasi pembersihan terancang oleh Jurutera.

SEKSYEN 6

PEMBERSIHAN MEDAN PERIUK API

1144. Pertimbangan asas untuk operasi pembersihan medan periuk api adalah sama
seperti halangan-halangan buatan lain. Kejayaan dalam operasi ini bergantung
sepenuhnya kepada maklumat lengkap yang mencakupi perkara-perkara berikut:

a. Batasan hadapan, panjang dan lebar medan periuk api.

b. Jenis periuk api, wujudnya suar jerat, alat-alat pemusnah anggota dan
peralatan pencegah angkat (anti- lifting).

c. Kepadatan (density) medan periuk api.

11 - 10
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Kesesuaian tanah untuk kenderaan tempur berperisai dan kenderaan
beroda.

e. Kedudukan, pendekatan-pendekatan, jalan-jalan keluar, ruang-ruang
dan kawasan bebas periuk api.

f. Kedudukan musuh yang melindungi medan periuk api.

g. Maklumat kedudukan halangan-halangan kawat duri, anti armor dan
halangan-halangan lain yang ditempatkan bersama dengan medan periuk api.

1145. Maklumat tersebut boleh diperolehi daripada kajian peta, foto udara dan
laporan dari ejen-ejen, orang awam, tawanan-tawanan perang serta pengetahuan
tentang keupayaan musuh. Maklumat seperti ini selalunya cepat berubah dan perlulah
disahkan dari semasa ke semasa. Maklumat terperinci berhubung medan periuk api
hanya boleh diperolehi atau disahkan dengan tinjauan rapat. Walau bagaimanapun,
perkara-perkara berikut boleh memberikan maklumat yang amat berguna:

a. Anggota dan kenderaan yang mendapat kemalangan disebabkan periuk
api semasa meronda.

b. Bunyi bising dan bukti-bukti lain yang menunjukkan aktiviti musuh
memasang periuk api.

c. Jalan-jalan laluan yang digunakan oleh kumpulan ronda musuh.

d. Kewujudan atau kemalangan ke atas binatang ternakan.

e. Tanda-tanda yang menunjukkan medan periuk api termasuklah tanda-
tanda amaran, pagar dan kesan tanah yang telah digali.

PERALATAN

1146. Peralatan-peralatan berikut yang ada pada batalion boleh digunakan untuk
pembersihan medan periuk api:

a. `Prodder’. Setiap anggota mestilah dilatih menggunakan `prodder’
kerana pembersihan medan periuk api menggunakan alat ini akan memakan

masa yang lama dan berbahaya.

b. Pengesan Periuk Api (Mine Detector). Setiap batalion

diperuntukkan dengan alat pengesan ini dan selalunya digunakan oleh anggota

Rintis Serang. Alat pengesan yang ada sekarang sesuai digunakan untuk

mengesan periuk api jenis logam yang tertanam tetapi tidak berkesan kepada

periuk api jenis bukan logam. Disebabkan limitasi ini, alat ini lebih sesuai

digunakan bersama-sama `prodder’.

11 - 11
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. `Projected Line Charges’ Oleh kerana penembusan halangan
menggunakan `prodder’ bukan lagi dianggap sebagai teknik sesuai dalam
Serangan, maka pembersihan halangan menggunakan letupan `Projected Line
Charges’ seperti `Baby Viper’ dan `Giant Viper’ mungkin digunakan. `Baby
Viper’ digunakan untuk membersihkan lorong pejalan kaki dan boleh
membersihkan semua jenis periuk api pemusnah anggota kecuali jenis tahan
ledakan (blast proof). Letupan ini boleh membuka lorong seluas 0.25m
hingga 0.3m dan sepanjang 180m (jarak perancangan 140m). `Giant Viper’
pula digunakan untuk membersih lorong bagi kenderaan dan kereta kebal.
Jenis ini berupaya melumpuhkan periuk api jenis ledakan pemusnah kereta
kebal termasuk semua jenis periuk api pemusnah anggota. Ia boleh membuka
lorong seluas 7.3m dan sepanjang 230m (jarak perancangan 180 m). Walau
bagaimanapun, penggunaan `Projected Line Charges’ terhad di kawasan
terhad.

d. `Bangalore Torpedo’ `Bangalore Torpedo’ adalah cas yang
disediakan untuk tujuan pembersihan halangan kawat. Ia mengandungi empat
bahagian batang paip keluli ringan yang berukuran lilit 38mm dan panjangnya
1.8m serta diisi dengan bahan letupan kuat (HE). `Bangalore Torpedo’ boleh
membuka ruang pada halangan kawat lebih kurang 3m lebar, tertakluk pada
jarak dan jenis piket utama yang digunakan. `Bangalore Torpedo’ boleh
digunakan untuk memusnahkan periuk api pemusnah anggota walaupun
terdapat kemungkinan berlaku letupan secara tidak sengaja semasa ianya
diletupkan. `Bangalore Torpedo’ akan dikendalikan oleh Platun Rintis Serang
dan anggota Jurutera.

1147. Tembakan bantuan artileri ke atas medan periuk api tidak boleh menghasilkan
lorong selamat. Hasil dari tembakan ini boleh menyebabkan periuk api menjadi terlalu
sensitif untuk dipegang dan serpihan bom boleh menyebabkan pengesanan menjadi
sukar.

CARA-CARA PEMBERSIHAN MEDAN PERIUK API

1148. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk pembersihan medan periuk
api. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk keadaan tanah, jenis periuk
api dan darjah tentangan musuh yang dijangkakan . Cara-cara berikut boleh
digunakan:

a. Medan Periuk Api Pemusnah Anggota.

(1) Pembersihan fizikal menggunakan pengesan periuk api dan
`prodder’. Cara ini boleh digunakan untuk penembusan halangan
senyap oleh anggota Jurutera atau Infantri.

11 - 12
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(2) Penembusan letupan menggunakan `bangalore torpedo’ atau
`projected line charges’ seperti `baby viper’. Cara ini digunakan
apabila pembersihan halangan senyap tidak dapat dilaksanakan.

b. Medan Periuk Api Pemusnah Kereta Kebal Atau Campuran
Pada peringkat batalion, pembersihan medan periuk api pemusnah kereta
kebal dihadkan kepada penggunaan `prodder’ atau pengesan periuk api.
Dengan dilindungi oleh kegelapan, pembersihan halangan ini boleh
dilaksanakan secara senyap. Perlaksanaan pada waktu siang, memerlukan
bantuan rapat dari keseluruhan elemen bantuan tempur yang ada termasuklah
armor, artileri dan udara.

1149. Sumber-sumber pembersihan halangan yang ada pada batalion hanyalah
mencukupi untuk membersih medan periuk api pengganggu (nuisance) atau medan
periuk api terhad. Bantuan Jurutera di perlukan untuk membersihkan lorong untuk
laluan kenderaan. Apabila Kumpulan Penyerang infantri melintasi medan periuk api
pemusnah kereta kebal tanpa melakukan pembersihan halangan, pergerakan ke
hadapan oleh kenderaan-kenderaan Eselon F adalah terhad. Helikopter jika ada,
bolehlah digunakan untuk mengangkut senjata-senjata bantuan dan stor-stor ke
hadapan.

1150. Jika pembersihan medan periuk api di hadapan kedudukan pertahanan musuh
yang kuat dilaksanakan dengan cara mekanikal, elemen-elemen infantri mestilah
membantu operasi ini. Ini dilakukan dengan melindungi Kumpulan Pembersihan
medan periuk api dengan melumpuhkan kedudukan-kedudukan musuh yang dapat
menembak ke arah Kumpulan-Kumpulan Pembersihan halangan.

LORONG-LORONG

1151. Perancangan mestilah dibuat untuk menentukan jumlah lorong yang
secukupnya dibersihkan untuk menyeberang halangan medan periuk api. Operasi
pembersihan halangan menggunakan `prodder’ atau alat pengesan periuk api untuk
membersihkan lorong-lorong bagi anggota penyerang infantri dilaksanakan oleh
anggota Rintis Serang yang diperuntukkan kepada kompeni-kompeni penyerang
tersebut. Pembesaran lorong-lorong untuk kenderaan Eselon F bergerak melintasinya
selalunya dilaksanakan oleh anggota Jurutera.

11 - 13
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 7

MENYEBERANG SUNGAI

AM

1152. Sungai boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada rancangan halangan yang
penting di mana ia boleh:

a. Memperlahankan Kumpulan Penyerang dan menyalurkan mereka
berkumpul di tempat penyeberangan. Ini mungkin memaksa pasukan
penyerang membawa peralatan berat ke hadapan dan dengan itu ianya akan
menjadi sasaran yang baik kepada kumpulan yang bertahan.

b. Memisahkan pasukan penyerang yang kecil dari mendapat bantuan dan
dengan ini menyebabkan mereka mudah dimusnahkan oleh musuh.

1153. Batalion selalunya tidak melakukan penyeberangan sungai secara menggempur.
Penyeberangan ini bergantung kepada tentangan musuh, arus, lebar dan kedalaman
sungai. Jika boleh Pegawai Memerintah akan cuba mengelakkan penyeberangan
sungai secara menggempur dengan melencong dan menyeberang di tempat yang tidak
dipertahankan oleh musuh:

a. Menawan Tempat Penyeberangan Di mana mungkin, penawanan
tempat penyeberangan mestilah menjadi tumpuan utama seseorang
pemerintah. Cara yang paling berkesan untuk mencapai tujuan ini adalah mara
dengan pantas atau menyeberang di lokasi yang tidak dijangka oleh musuh.

b. Penyeberangan Bertempur Jika tempat penyeberangan yang wujud
belum lagi ditawan dengan sempurna, penyeberangan pantas hendaklah
dilaksanakan sebelum musuh berpeluang menyusun pertahanan yang kuat di
kawasan penyeberangan. Tindakan ini boleh dilaksanakan dengan peralatan
yang di ubahsuai atau peralatan tempur yang ada.

c. Serangan Dirancang . Serangan Dirancang memerlukan penggunaan
peralatan khas yang banyak. Darjah perancangan dan persediaan yang
diperlukan untuk tujuan ini selalunya di luar keupayaan batalion.

1154. Oleh kerana kebanyakan halangan air tidak boleh dilencongi, penyeberangan
terpaksa dilaksanakan. Pelaksanaan ini boleh dilakukan dalam dua keadaan iaitu
dengan tentangan musuh atau tanpa tentangan. Jika penyeberangan secara
menggempur, semua kompeni akan mengharungi air dan menghadapi tembakan
musuh. Oleh itu, adalah sangat mustahak penyeberangan sebenar tidak diketahui oleh
musuh sehingga ke saat akhir di mana tembakan tidak langsung dan asap digunakan
sepenuhnya. Anggota Infantri akan digunakan untuk menyeberang halangan dan
menyelamatkan tempat penyeberangan. Apabila menyeberang tanpa tentangan

11 - 14

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

musuh, anggota Infantri perlu digunakan untuk menyelamatkan tebing sungai sebelah
musuh sebelum kenderaan berperisai menyeberang.

TUJUAN

1155. Tujuan awal penyeberangan sungai adalah untuk menubuhkan tapak
penyeberangan perantaraan di tebing seberang dan kemudian mengembangkannya
menjadi tapak penyeberangan. Tapak penyeberangan mestilah:

a. Dapat memberikan perlindungan kepada pasukan yang menyeberang
untuk operasi selanjutnya.

b. Cukup besar untuk memberi ruang kepada penempatan pasukan di
seberang sungai sebelum bergerak keluar dari tapak penyeberangan.

PERTIMBANGAN TAKTIKAL

1156. Masalah Pertahanan. Masalah-masalah yang disebabkan oleh tebing sungai
yang dipertahankan mungkin berubah-ubah. Dua masalah utama yang dihadapi oleh
Kumpulan Pertahanan ialah:

a. Kesukaran untuk melindungi kerja-kerja pertahanan di tebing sungai
daripada pemerhatian dan tinjauan. Biasanya tanah di kawasan ini adalah
berpaya dan tidak sesuai untuk pertahanan medan.

b. Untuk dijadikan halangan yang berkesan, sesuatu sungai mestilah
dilindungi oleh tembakan langsung atau tembakan tidak langsung. Seseorang
pemerintah yang bertahan perlulah menetapkan sama ada ingin
mempertahankan tebing sungai tersebut atau menumpukan kekuatan utamanya
di suatu tempat yang tertentu, di sepanjang sungai dengan Kumpulan
Simpanan yang kecil. Jika pihak bertahan memilih cara pertama, pihak
penyerang mungkin mudah menyelamatkan tapak penyeberangan tetapi
menghadapi kesukaran mempertahankannya dari serangan balas musuh. Jika
cara kedua pula dipilih, tugas menyelamatkan tapak penyeberangan awal akan
menjadi sukar tetapi kemungkinan besar musuh tidak berupaya melancarkan
serang balas.

1157. Masalah yang Dihadapi oleh Penyerang. Pihak penyerang mestilah
membersihkan dan menyelamatkan tebing sungai sebelum tinjauan terperinci untuk
operasi ini boleh dilaksanakan. Penyerang boleh memilih tempat penyeberangan
sebenar tetapi terpaksa menghadapi masalah utama iaitu melumpuhkan kekuatan
musuh supaya tapak penyeberangan boleh diselamatkan. Tembakan tidak langsung
perlulah digunakan sepenuhnya dan sangat penting untuk mengurangkan keupayaan
musuh menembak dan memerhati ke arah tempat penyeberangan. Kepantasan
pelaksanaan operasi ini perlu untuk mengurangkan tumpuan musuh. Teknik tipu helah

11 - 15
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

bagi mengelirukan musuh boleh membantu pasukan penyerang mengekalkan
kerahsiaan operasi ini sehinggalah ke saat akhir.

TEKNIK PENYEBERANGAN

1158. Penyeberangan tempur boleh dilakukan dengan:

a. Cara ubah suai.

b. Rakit.

c. Perahu tempur atau jambatan.

d. KPPA Amfibi.

e. Helikopter.

1159. Apabila batalion diperuntukkan peralatan tempur, adalah penting:

a. Ia diperiksa oleh Jurutera atau anggota Rintis Serang yang terlatih
sebelum digunakan.

b. Ia mencukupi untuk operasi yang dirancang dan termasuk simpanan.

c. Peraturan yang jelas dibuat untuk penghantaran dan mempunyai masa
untuk raptai.

1160. Anggota-anggota boleh mendapatkan inisiatif bagi menjimatkan masa dengan
mengharungi sungai atau menggunakan sebarang bantuan yang ada untuk
menyeberang termasuklah alat ubah suai dan peralatan semula jadi seperti balak dan
sebagainya. Anggota yang menyeberang menggunakan bantuan ini hendaklah diberi
perlindungan bantuan tembakan maksimum. Elemen- elemen pembantu mestilah
menyeberang rapat di belakang Kumpulan Penyerang Infantri.

PERTIMBANGAN ASAS

1161. Keperluan asas untuk Kumpulan Penyerang dalam operasi penyeberangan
adalah seperti berikut:

a. Rancangan terperinci untuk setiap subunit yang perlu menyeberang
sungai atau mempertahankan tebing sendiri.

b. Perintah dan taklimat yang jelas berdasarkan perancangan dan
perisikan yang tepat.

c. Mudah.

11 - 16

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Kejutan.

e. Kepantasan dan keazaman dalam perlaksanaan.

f. Eksploitasi kejayaan dengan pantas.

1162. Operasi ini selalunya dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti berikut:

a. Tinjauan.

b. Penilaian dan perancangan.

c. Perancangan dan perintah yang terperinci

d. Persediaan anggota dan peralatan penyeberangan termasuk raptai.

e. Mara menuju ke sungai.

f. Serangan

g. Menubuhkan tapak penyeberangan.
TINJAUAN DAN PERANCANGAN
1163. Maklumat. Tempat yang sesuai untuk menyeberang, tempat berkumpul,
kedudukan meriam dan membina peralatan perlulah dikenal pasti. Selain daripada
maklumat-maklumat di atas, perkara-perkara berikut juga diperlukan:

a. Kedudukan dan Pertahanan musuh.

b. Maklumat berkenaan sungai seperti lebar, dalam, arus, jenis dasar
sungai, tebing dan beting pasir.

c. Halangan sampingan seperti parit dan pagar.

d. Pendekatan ke tempat masuk ke dalam air dan jalan-jalan laluan keluar
dari air untuk kenderaan beroda.

e. Tempat-tempat penyeberangan bagi perahu, rakit dan amfibi.

f. Tempat mendarat.
1164. Sumber-Sumber Maklumat . Maklumat boleh diperolehi daripada rondaan,
Pos Pemerhati, peta, tinjauan udara, foto udara, tawanan perang dan orang pelarian.
Anggota Jurutera selalunya boleh memberi maklumat lengkap berkenaan sungai di
mana ia boleh diperiksa atau dipastikan melalui rondaan. Rondaan campuran

11 - 17

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

melibatkan infantri dan armor atau infantri dan jurutera selalunya diperlukan.
Perhatian mestilah diberikan supaya kedudukan tempat penyeberangan tidak diketahui
musuh. Untuk tujuan ini, tinjauan di sepanjang tebing sungai selalunya dikawal oleh
briged dan aktiviti-aktiviti rondaan diadakan di sepanjang ruang hadapan sebagai
rancangan tipu helah.

1165. Pemilihan Tempat Penyeberangan Tempat-tempat penyeberangan batalion
mungkin dihadkan oleh rancangan briged. Pemilihan tempat penyeberangan oleh
Pegawai Memerintah juga bergantung kepada keluasan tapak penyeberangan dan
faktor gangguan tembakan senjata kecil musuh dan had pandangannya.

1166. Ruang Hadapan Ruang hadapan unit tidak banyak berbeza daripada
serangan yang lain. Batalion perlulah menggunakan seberapa banyak tempat
penyeberangan yang mungkin selaras dengan kemudahan penyeberangan yang ada.

1167. Pemilihan Jam H. Pegawai Memerintah mungkin mempunyai pilihan yang
terhad untuk menentukan Jam H berdasarkan kepada rancangan briged. Anggota
infantri akan terdedah kepada bahaya semasa menyeberangi dan berhenti di tebing
semasa menunggu senjata-senjata bantuan dan kereta perisai menyeberang. Ini
menjadikan operasi penyeberangan waktu siang merbahaya. Sebaik-baiknya Jam H
adalah semasa atau selepas waktu senja supaya waktu siang digunakan sepenuhnya
untuk persediaan dan waktu gelap digunakan untuk memperkukuhkan tapak
penyeberangan. Sistem perhubungan yang baik dan kawalan yang rapi dan teratur
sangatlah mustahak dalam operasi ini.

OBJEKTIF

1168. Tapak Penyeberangan Kejayaan penyeberangan bertempur bergantung
sepenuhnya kepada keupayaan seseorang pemerintah mengaturgerakan kekuatan
tempurnya, terutama sekali aset anti armor dan pertahanan udara, di tebing seberang
dengan seberapa pantas yang mungkin untuk menentang sebarang serangan balas
musuh dan gangguan terhadap tempat penyeberangan.

1169. Hanya dalam beberapa keadaan tertentu sahaja Kumpulan Penyerang boleh
terus bertindak secara ofensif selepas menyeberangi sungai. Selalunya Kumpulan
Penyerang terpaksa berhenti untuk mengumpulkan imbangan kekuatan di tebing
seberang sebelum dapat bertindak secara ofensif. Pengumpulan kekuatan ini
memakan masa dan memerlukan ruang yang luas.

1170. Pemilihan Objektif. Terdapat dua keperluan dalam pemilihan objektif,
pertama ialah untuk menyelamatkan objektif perantaraan yang merangkumi kawasan
di tebing sendiri yang membolehkan pengumpulan dan pembinaan peralatan
penyeberangan tanpa sebarang gangguan. Kedua ialah untuk menyelamatkan kawasan
yang lebih luas di mana berpecah tindak (break out) dapat dilancarkan. Jika boleh
semua anggota mestilah meraptaikan keseluruhan operasi ini pada waktu siang dan
malam.

11 - 18

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

MARA KE SUNGAI

1171. Organisasi pergerakan ini diterangkan dalam Gambarajah 1 di Kembaran A.
Adalah tidak perlu ditunjukkan setiap tempat atau kawasan di dalam gambar rajah ini.
Sebaik-baiknya tempat menurunkan perahu dan Tempat Atur Bentuk disatukan.

PERLAKSANAAN PENYEBERANGAN

1172. Urutan. Urutan asas penyeberangan sungai secara menggempur adalah:

a. Pasukan infantri menyeberang menggunakan perahu, KPPA amfibi
atau helikopter dengan anggota membawa seberapa banyak peluru dan
senjata-senjata anti armor yang mungkin.

b. Menyelamatkan tebing seberang dan objektif perantaraan untuk
membolehkan operasi jambatan atau rakit dimulakan.

c. Kenderaan amfibi yang lain mengharungi sungai jika cara ini dapat
mengurangkan masa dan jika keadaan arus membenarkan.

d. Membuka jambatan rakit untuk membolehkan kenderaan-kenderaan
lain serta kereta perisai menyeberang ke tapak penyeberangan.

e. Menubuhkan pertahanan tapak penyeberangan yang teratur untuk
menangkis serangan balas.

f. Berkumpul dan kemudiannya berpecah tindak. Penggunaan helikopter
untuk membantu mempercepatkan berpecah tindak perlu dipertimbangkan.

PERINTAH DAN KAWALAN

1173. Semua pergerakan peralatan menyeberang, anggota, kereta kebal dan
kenderaan lain melalui Kawasan Berkumpul, melintasi sungai dan ke Kawasan
Berpecah di tebing seberang mestilah dikawal dengan rapi. Ini akan menentukan
semua sumber digunakan sebaik-baiknya dan membolehkan pemerintah bertindak
pantas terhadap sesuatu kemungkinan yang tidak dijangkakan.

1174. Keperluan asas untuk kawalan adalah:

a. Rancangan mudah dan perintah yang jelas.

b. Organisasi kawalan trafik.

c. Organisasi Kumpulan Tebing sungai (bank group).

11 - 19
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1175. Kawasan Penyeberangan Di peringkat awal serangan, tanggungjawab
kawalan trafik di seberang sungai pada setiap tempat penyeberangan adalah terletak
kepada pemerintah di tempat tersebut. Sebaik sahaja Kumpulan Penyerang
menyeberang, pemerintah ini tidak lagi bertanggungjawab terhadap tempat tersebut
kerana beliau perlu menumpukan perhatian kepada serangan akhir untuk
menyelamatkan kawasan tapak penyeberangan. Oleh itu, pemerintah tempat
penyeberangan kedua perlulah dilantik untuk mengambil alih tanggungjawab ini pada
masa yang sesuai.

1176. Kawalan Trafik Jika batalion terlibat dengan penyeberangan sungai di
peringkat formasi, organisasi kawalan trafik yang lengkap akan dibentuk oleh markas
terkanan yang terlibat di dalam operasi ini. Kawalan trafik di peringkat batalion
dipertanggungjawabkan kepada Polis Rejimen di mana mereka akan berhubung
secara langsung dengan detasmen Polis Tentera.

1177. KPPA amfibi akan berenang menyeberangi sungai dengan muatannya yang
maksimum. Penggunaannya sebagai pengangkut semasa menyeberangi halangan air
mungkin terhad oleh sebab tempat masuk dan keluar yang tidak sesuai dan sekiranya
arus sungai melebihi daripada 4 knot.

KUMPULAN TEBING (BANK GROUP)

1178. Penyeberangan yang berjalan lancar dan teratur bergantung kepada
keberkesanan perintah dan kawalan terhadap anggota dan kenderaan antara Kawasan
Berkumpul hingga ke Kawasan Berpecah di tebing seberang. Dalam operasi besar-
besaran, tugas ini selalunya dilaksanakan oleh Kumpulan Tebing yang ditubuhkan
oleh Markas Formasi yang tertinggi. Organisasi yang serupa didalam batalion boleh
dilakukan dengan menugaskan kompeni untuk:

a. Menanda, mengawal dan melindungi jalan-jalan laluan ke tempat
penyeberangan.

b. Mengadakan anggota pengangkut seperti yang di perlukan.

c. Membuat longgokan (dumping) peralatan-peralatan khas seberapa jauh
ke hadapan yang mungkin untuk dipungut oleh kompeni-kompeni penyerang
dalam pergerakan mereka ke Tempat Atur Bentuk.

d. Mengadakan bantuan tembakan tambahan.

e. Mengendalikan tempat-tempat kawalan trafik bersama Polis Rejimen.

1179. Tidak ada organisasi yang ditetapkan untuk Kumpulan Tebing. Markasnya
perlulah kecil dan mempunyai komunikasi yang secukupnya. Kumpulan ini
hendaklah dibentuk dari salah satu subunit dan jika boleh dari elemen yang tidak

11 - 20
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

diperlukan segera untuk tugas penyeberangan. Pemerintah mungkin perlu
mengadakan wakilnya bersama dengan alat komunikasi di tempat-tempat berikut:

a. Kawasan Berkumpul.

b. Tempat-tempat penyeberangan.

c. Pos trafik yang terdekat.

d. Markas Formasi.

SERANGAN

1180. Kumpulan Penyerang dibentuk dalam urutan yang berturut-turut (waves) di
kawasan berkumpul batalion. Batalion selalunya menyerang serentak dalam bentuk
eselon di mana organisasi subunit dikekalkan.

1181. Di peringkat permulaan, kompeni-kompeni menyerang menggunakan senjata-
senjata yang boleh dibawa ke seberang. Mereka dibantu dengan tembakan langsung
dan tembakan tidak langsung yang maksimum dari tebing terdekat.

1182. Adalah mustahak di peringkat permulaan serangan, bantuan tembakan yang
maksimum diberi untuk melumpuhkan setiap kedudukan musuh yang berupaya
mengganggu operasi penyeberangan. Untuk mencapai tujuan ini, setiap senjata yang
ada perlulah memberikan tembakan perlindungan kepada unit-unit penyerang.
Kenderaan-kenderaan berperisai sangatlah berguna di peringkat ini kerana daya gerak
dan keupayaannya memberi bantuan tembakan sehingga unit penyerang melintasi
garisan sungai.

1183. Pegawai Memerintah selalunya memerintah operasi ini dari tebing yang
terdekat. Sebaik sahaja kompeni penyerang kedua menyeberangi sungai, beliau
mestilah menggerakkan Markas Taktikalnya ke seberang. Penolong Ketua Kompeni
hendaklah menyelia semua persediaan di tebing terdekat untuk kompeni masing-
masing dengan dibantu oleh Penunjuk Jalan. Penunjuk Jalan akan memandu anggota
dari tempat atur bentuk ke tempat menyeberang, jika kedudukan kedua-dua tempat ini
agak jauh. Jika pandangan kuarang baik di tebing seberang, penunjuk jalan mungkin
diperlukan untuk memandu anggota turun ke tempat menyeberang. KSM yang
menyeberang bersama-sama markas kompeni dan platun pertama, selalunya
mengawal tugas ini di tebing seberang.

1184. Bantuan Tembakan. Bantuan tembakan adalah sama seperti serangan biasa
tetapi perkara-perkara berikut perlulah ditekankan.

a. Jika serangan secara senyap dilakukan, bantuan tembakan mestilah
diletakkan atas panggilan.

11 - 21
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Senjata tembakan langsung adalah berguna untuk:

(1) Perlindungan rusuk.

(2) ‘Shooting in’ anggota penyerang dengan menembak dari
tempat yang mudah dilihat.

(3) Melumpuhkan pertahanan musuh terutamanya yang rapat
dengan tebing seberang.

c. Tembakan peluru pengesan (tracer) mesingan merupakan bantuan yang
baik untuk mengekalkan arahan tujuan.

d. Kekuatan tembakan daripada anggota di tebing terdekat hendaklah
digunakan sepenuhnya terutama senjata-senjata anti armor dan senjata berat
yang boleh memberikan perlindungan di rusuk untuk pendaratan awal jika di
perlukan.

MENUBUHKAN TAPAK PENYEBERANGAN (BRIDGEHEAD)

1185. Bagi membolehkan pembinaan rakit dan tapak jambatan, pasukan infantri
penyerang perlulah terlebih dahulu menyelamatkan kawasan tanah dari mana musuh
boleh menembak tempat-tempat tersebut dengan tembakan senjata kecil. Tapak
penyeberangan tidak selamat sehinggalah suatu kekuatan secukupnya, termasuk
senjata-senjata bantuan dihantar ke seberang untuk membolehkan batalion menangkis
sebarang serangan balas musuh.

1186. Semasa mempertimbangkan tapak bertahan di tebing seberang, Pegawai
Memerintah mempunyai alternatif seperti berikut:

a. Menggunakan kompeni penyerang menyelamatkan tempat
penyeberangan dengan penembusan yang terhad di tebing seberang. Dalam
masa yang sama, tembakan bantuan mestilah menghalang sebarang gangguan
daripada musuh. Objektif-objektif tertentu perlu diselamatkan untuk
perlindungan kepada rakit dan tapak-tapak jambatan berat.

b. Menggunakan kompeni-kompeni penyerang untuk menyelamatkan
tempat-tempat penyeberangan dan kemudiannya menyelamatkan objektif-
objektif di kedalaman. Kompeni-kompeni kedalaman kemudiannya membuat
pembersihan (mop-up) dan menyelamatkan tempat penyeberangan.

1187. Tapak penyeberangan perantaraan mestilah diselamatkan dengan segera.
Usaha ini dipengaruhi oleh:

11 - 22
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

a. Kekuatan penempatan musuh, kepantasan di mana ia boleh
melancarkan serangan balas, darjah kejutan yang boleh dicapai dan
keberkesanan yang mungkin diperolehi daripada tembakan bantuan pasukan
sendiri.

b. Tanah yang menguasai kawasan penyeberangan.

e. Pemerhatian.

d. Kelajuan penyeberangan halangan yang dirancang dan keluasan ruang
hadapan Serangan.

PEMBERSIHAN (MOPPING – UP)

1188. Pembersihan hendaklah dilakukan oleh anggota hadapan dan tidak sepatutnya
diserahkan kepada kompeni-kompeni kedalaman. Musuh yang dilencongi akan terus
menentang dan boleh menghalang pergerakan kompeni-kompeni simpanan dan
elemen belakang kompeni penyerang. Kelewatan yang disebabkan oleh pembersihan
setelah kawasan tanah diselamatkan patutlah diterima.

1189. Seperti serangan yang lain, keutamaan yang tinggi hendaklah diberikan
kepada ketibaan awal pasukan bantuan tempur dan senjata-senjata ke tapak
penyeberangan. Kereta perisai mestilah menyeberang sebaik sahaja berpeluang
berbuat demikian untuk membolehkannya membantu pasukan infantri.

1190. Pergerakan senjata-senjata bantuan ke seberang sungai juga bergantung
kepada kesediaan helikopter atau kepantasan anggota Rintis Serang dan Jurutera
menyiapkan rakit dan tapak-tapak jambatan. Keutamaan pergerakan senjata-senjata
kecil dan stor-stor ke seberang sungai hendaklah ditetapkan dan dikawal rapi
sepanjang operasi ini.

1191. Di peringkat batalion, pergerakan kenderaan menyeberangi sungai hendaklah
dikawal. Jika perlu, rancangan pergerakan kenderaan hendaklah dibuatkan di tebing
seberang dan penyediaannya diberikan kepada Kompeni Bantuan. Jumlah kenderaan
yang dikumpulkan di tempat menunggu kenderaan hendaklah dihadkan bagi
mengelakkan sebarang kemalangan daripada tembakan tidak langsung musuh.

PENTADBIRAN

1192. Di peringkat permulaan penyeberangan secara menggempur, kelewatan
menghantar bekalan ke tebing seberang mungkin dialami. Oleh itu, anggota
penyerang mestilah membawa stok simpanan keperluan semasa mereka dengan
secukupnya.

11 - 23
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

KEMBARAN A KEPADA
BAB 11

ORGANISASI PERGERAKAN MENYEBERANG SUNGAI

Tempat
Menyeberang

Tempat berkumpul dan
Garis Mula

Tapak pelancaran
Menyeberang atau Feri

Kawasan persiapan Akhir
(Peringkat persiapan akhir
sebelum pemasangan dan
pelancaran akhir di air)

Kawasan Berkumpul Sementara Tempat Pemeriksaan
(Kenderaan mungkin perlu
menunggu di sini sebelum
bergerak ke hadapan selepas
berkumpul di kawasan l
berkumpul awal

Kawasan Berkumpul Awal Tempat Menurunkan Bot (Bot Tempur
(Tempat di mana pontum diturunkan dan dibawa ke hadapan
dipasang sebagai peralatan oleh anggota. Hendaklah dibawa
menyeberang dan masih ke hadapan sejauh mana yang boleh -
berada di dalam kenderaan tempat yang sesuai ialah di tempat
berkumpul
Kawasan Menunggu
(Kenderaan mungkin perlu Kawasan Berkumpul Bn
menunggu di sini sebelum
arahan bergerak ke kawasan Petunjuk
berkumpul awal diberi Alatan Menyeberang
Alatan Serangan
Tempat Mengatur
Penyeberangan Bn

Kenderaan

Gambarajah 12 - Organisasi Pergerakan Menyeberang Sungai

11A – 1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 12

LALUAN BARISAN

SEKSYEN 1

PENGENALAN

AM

1201. Laluan Barisan adalah situasi dimana sesebuah batalion atau subunitnya
memasuki dan melepasi kawasan pasukan lain untuk sampai ke satu lokasi yang telah
ditetapkan atau dengan tujuan tertentu. Keadaan ini boleh melibatkan pergerakan ke
hadapan atau ke belakang pasukan sahabat dan ianya boleh terjadi dalam operasi
defensif mahupun ofensif. Contoh-contoh keadaan ini adalah:

a. Melaksanakan serangan melalui sesuatu kawasan pertahanan pasukan
sahabat.

b. Pergerakan melalui sesebuah objektif yang telah diselamatkan dalam
serangan pelbagai fasa.

c. Pengunduran melalui lokasi-lokasi pertahanan melengah.

1202. Situasi ini boleh menimbulkan masalah seperti berikut:

a. Masa untuk memindahkan tanggungjawab semasa kepada pasukan
lain.

b. Kordinasi kawalan bantuan tembakan.

c. Pergerakan dan panduan untuk melalui kawasan halangan sesuatu
kedudukan pertahanan.

d. Kawalan pemusnahan (demolition).

e. Kawalan lalu lintas bila terdapat lebih dari satu pasukan menggunakan
laluan yang sama.

f. Kordinasi rancangan taktikal.

12 – 1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 2

KORDINASI

1203. Perkara berikut harus dikordinasikan dengan sebaik-baiknya:

a. Pertukaran Maklumat Perisikan dan Rancangan Taktikal Ini
memerlukan seseorang pegawai memerintah atau Penolongnya dan Pegawai
Gerak melakukan lawatan ke pasukan yang hendak dilalui. Pegawai
Perhubungan kedua-dua pasukan yang terlibat juga harus diadakan.

b. Rancangan Tinjauan Pegawai Memerintah harus merancang dan
melaksanakan tinjauan ke kawasan yang hendak dilalui bagi mendapatkan
kepastian dan persetujuan pasukan yang hendak dilalui.

c. Keselamatan Semasa Laluan Barisan Pasukan yang akan
melakukan Laluan Barisan harus mengetahui susun atur atau aplikasi
pertahanan pasukan yang hendak dilalui.

d. Pemilihan Kawasan Laluan Barisan dan Penunjuk Jalan
Sekiranya tiada arahan khas dari Markas Atasan, perkara yang berkaitan
dengan laluan barisan harus dipersetujui di antara pasukan terbabit semasa
tinjauan dilakukan. Ini termasuklah pemilihan jalan-jalan yang akan
digunakan dan perlantikan penunjuk jalan khususnya untuk pergerakan waktu
malam.

e. Tembakan Perlindungan dan Bantuan Taktikal dari Pasukan
yang akan Dilalui Ketua Bateri harus mengetahui sasaran-sasaran artileri
dan mortar pasukan yang hendak dilalui. Sementara itu, pegawai memerintah
harus mengetahui rancangan anti armor dan atur gerak senjata bantuan yang
lain oleh pasukan terlibat. Untuk pergerakan waktu siang, aspek tipu helah
boleh diaplikasi dengan menggunakan tabir asap, rondaan agresif, tembakan
mengharu dari artileri dan mortar.

f. Bantuan Pentadbiran dari Pasukan yang akan Dilalui Ini
termasuklah:

(1) Bantuan pengurusan kecederaan, pembaikan kenderaan,
bantuan tempur dan bekalan air.

(2) Pemindahan tahanan perang.

(3) Kawalan terhadap orang awam.

12 – 2
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

g. Perhubungan dengan Pasukan Rusuk Sebagai tambahan kepada
perhubungan radio, perlantikan Pegawai Perhubungan boleh dipertimbangkan
untuk tujuan ini.

h. Kawalan P erhubungan Radio Didalam menghadapi ancaman
elektronik, perhubungan radio harus diminimumkan dan seboleh-bolehnya
tahap penggunaan radio dikekalkan seperti biasa. Sebagai tambahan, Pegawai
Perhubungan akan mengawal rangkaian radio kedua-dua pasukan terbabit dan
pertukaran Arahan Operasi Radio harus dilakukan.

SEKSYEN 3

JALAN-JALAN DAN KEUTAMAAN PENGGUNAANNYA

1204. Seboleh-bolehnya, jalan yang hendak dilalui mestilah tidak diduduki oleh
pasukan sahabat dan jika keadaan mengizinkan, pergerakan melalui rusuk boleh
dipertimbangkan. Sementara dalam pertahanan kawasan, selalunya terdapat ruang
yang tidak diduduki yang boleh digunakan untuk proses laluan barisan ini.

1205. Pasukan yang hendak melakukan laluan barisan haruslah diberi keutamaan
menggunakan jalan-jalan yang ada di dalam kawasan pertahanan. Kawalan lalu
lintas adalah tanggungjawab khusus pasukan yang akan dilalui dan jika perlu, bantuan
boleh diperolehi dari pasukan yang akan melakukan laluan barisan.

STATUS PEMERINTAHAN

1206. Status pemerintahan di dalam pasukan yang terlibat dengan laluan barisan
hendaklah diterangkan dengan jelas. Semasa serangan, pegawai memerintah pasukan
penyerang selalunya bertanggungjawab ke atas kawasan yang telah dipersetujui
sebaik sahaja unit atau subunit penyerang melintasi garisan berlepas. Pegawai
Memerintah pasukan yang dilalui mengekalkan tanggungjawab ke atas kawasan
penempatan pasukannya.

1207. Dalam laluan barisan semasa pengunduran, Pegawai Memerintah pasukan
yang melaksanakan laluan barisan hendaklah mengekalkan tanggungjawab ke atas
pasukannya pada sebilang masa. Masa dimana Pegawai Memerintah pasukan yang
dilalui menerima tanggungjawab terhadap sesuatu kawasan mestilah ditetapkan dan
selalunya ini dihubungkaitkan dengan masa dimana pasukan yang melaksanakan
laluan barisan melintasi sesuatu garisan yang telah dipersetujui.

12 – 3
TERHAD

TERHAD MP 1.1.9A TD
Garisan berlepas (LD)

1 Gerak Kawasan baru
pasukan
2 XX menumpang
3
4 X

5 Pasukan yang
X
X bertapak

XX Pasukan
6 menumpang
gerak
7
Gambarajah 13 – Langkah-Langkah Kawalan Laluan Barisan

1. Kawasan Berpecah untuk Kawasan Baru bagi Pasukan Menumpang Gerak.
2. Ruang-Ruang Melalui Hadapan.
3. Laluan.
4. Tempat Temu (RV) untuk Bertemu Penunjuk Jalan.
5. Tempat Kawalan.
6. Kawasan berkumpul untuk Pasukan yang Menumpang Gerak.
7. Markas Atau Pegawai Perhubungan.
8. Kawasan Pelabuhan Belakang.

12 – 4
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 13

PENGGANTIAN PETUGAS

SEKSYEN 1

PENGENALAN

AM

1301. Penggantian petugas adalah suatu operasi yang sering dilakukan dimana
seluruh atau sebahagian batalion ditukarganti dengan pasukan pengganti.
Tanggungjawab pasukan yang ditukar ganti dipindah ke pasukan pengganti yang akan
meneruskan gerakan.

1302. Kedua-dua pasukan pengganti dan pasukan diganti adalah terdedah kepada
serangan semasa gerakan ini. Terdapat ramai terup di barisan hadapan yang sedang
dalam pergerakan dan dengan itu pemerintahan dan kawalan adalah sukar apabila
musuh menyerang dalam masa penggantian. Justeru, penggantian petugas sepatutnya
dilaksanakan dalam masa yang kurang aktiviti.

TUJUAN

1303. Tujuan penggantian petugas adalah untuk menyerah tanggungjawab kawasan
pertahanan daripada satu pasukan kepada pasukan yang lain dalam masa yang sama
mengekalkan keutuhan keseluruhan pertahanan.

1304. Penggantian petugas kebiasaannya dilaksanakan dalam operasi pertahanan dan
kemungkinan dilakukan dalam mana-mana keadaan seperti berikut:

a. Apabila pasukan sedia ada berada di dalam keadaan keletihan atau
kekuatan yang berkurangan dan perlu diganti.

b. Apabila terup yang khusus untuk sesuatu tugas atau peranan perlu
digantikan oleh terup yang mahir dalam peranan yang berlainan.

c. Pertukaran terup secara rutin.

SEKSYEN 2
PERTIMBANGAN ASAS
1305. Penggantian mestilah dilaksanakan berpandukan kepada pertimbangan asas
berikut:

13 - 1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

a. Kerahsiaan. Jika musuh menyerang atau artileri menembak semasa
dalam penggantian petugas maka kecederaan akan meningkat. Penggantian
mestilah disembunyikan selama yang mungkin. Arahan senyap radio yang
dipatuhi sepenuhnya dan diambil mudah adalah penyebab utama kepada
kebocoran kerahsiaan.

b. Kelajuan. Penggantian mesti dilaksanakan dalam masa yang paling
singkat sesuai dengan usaha pengawalan bunyi dan pengawalan keseluruhan
batalion. Ia akan bergantung kepada:

(1) Sama ada penggantian dilaksanakan pada waktu malam atau
siang.

(2) Tahap pengawasan musuh terhadap kedudukan pertahanan dan
laluan.

(3) Lokasi titik naik/turun kenderaan dan faktor pergerakan lain.
Pada waktu malam, tujuan utama penggantian adalah untuk
menyembunyikan aktiviti tersebut supaya batalion boleh terus
bertempur apabila matahari terbit. Dengan itu batalion yang diganti
akan dapat dielakkan dari pengawasan terus pihak musuh.

c. Senyap. Dalam keadaan tertentu, keperluan senyap dalam gerakan ini
lebih utama dari keperluan kepantasan semasa melaksanakan operasi
pengganti. Dengan itu, tidak ada kompromi dalam aspek kesenyapan di setiap
peringkat pemerintahan dan kawalan.

d. Kawalan. Walaupun kerahsiaan, kepantasan dan kesenyapan adalah
pertimbangan utama dalam gerakan ini, tetapi kawalan yang mantap
merupakan faktor penentu kepada kejayaannya. Ia untuk mengelakkan dari
berlakunya sesuatu perkara yang di luar jangkaan. Susunan penunjuk jalan,
titik pemeriksaan, laluan yang di tanda, pergerakan berjalan kaki dan
berkenderaan dan tindakan kenderaan eselon F adalah kaedah pengawalan
dalam operasi penggantian.

SEKSYEN 3
PERANCANGAN PENGGANTIAN
PERINTAH AMARAN
1306. Perintah amaran mestilah diterima tidak lewat dari 48 jam sebelum
penggantian dilakukan untuk membolehkan masa yang secukupnya untuk
melaksanakan perancangan yang terperinci. Apabila Pegawai Memerintah menerima

13 - 2

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

perintah amaran, beliau akan menyampaikan semua maklumat yang ada kepada
kumpulan perintah dan memilih kumpulan pendahuluan. Pegawai Memerintah dan
kumpulan pendahuluan akan berhubung dengan kumpulan sejawatan mereka secepat
mungkin dan juga meninjau kawasan baru.

PERTUKARAN RANCANGAN DAN PEGAWAI PERHUBUNGAN

1307. Pegawai Memerintah yang mengganti dan staf mestilah ditaklimatkan dan
betul-betul mengenali susun atur pertahanan, rancangan tembakan, halangan,
rancangan serang balas dan polisi ronda pasukan yang akan ditukar ganti. Ia boleh
dibantu dengan pasukan pengganti menghantar kehadapan kumpulan pendahuluan
dan pasukan diganti meninggalkan pegawai perhubungan untuk jangkamasa tertentu.
Jumlah anggota kumpulan ini akan bergantung kepada situasi. Pegawai Perhubungan
akan selalunya bersama setiap markas sehingga ke peringkat subunit. Pegawai
Memerintah dan staf pasukan pengganti mestilah ditaklimatkan tentang musuh dan
aktivitinya.

1308. Kedua-dua pegawai memerintah mestilah saling mempersetujui rancangan
terperinci penggantian. Dengan andaian kedua-dua unit adalah dari organisasi yang
sama, pertimbangan yang lebih terperinci mesti diberikan kepada kekuatan relatif, dan
seterusnya saiz dan susun atur pos dan lokaliti-lokaliti. Mereka akan memutuskan
perkara-perkara berikut:

a. Susunan melaksanakan penggantian. Selalunya, kompeni hadapan akan
digantikan dahulu sebelum kompeni belakang.

b. Bila pemerintahan bertukar. Ia akan berlaku apabila dua atau lebih
kompeni melaporkan penggantian telah dilaksanakan. Pemerintahan bertukar
di peringkat kompeni apabila dua atau lebih platun melaporkan penggantian
telah selesai.

c. Menjalinkan perhubungan dengan pasukan rusuk.

d. Lokasi dan penandaan tempat turun kenderaan dan titik pemeriksaan.

e. Polisi pengambil alih stor dan senjata

f. Isyarat menandakan penggantian telah selesai.

1309. Pegawai memerintah akan mengeluarkan rancangan kasar sebelum kumpulan
pendahuluan melaksanakan tinjauan dan perancangannya. Perintah seterusnya
diberikan sebelum penggantian dimulakan dan perbincangan koordinasi akhir akan
dilaksanakan setelah penggantian selesai. Perintah penggantian mestilah
mengandungi sebanyak mana maklumat dan butir-butir terperinci tentang operasi
yang dijalankan.

13 - 3
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PERSIAPAN TERUP

1310. Setelah menerima perintah Pegawai Memerintah, semua ahli kumpulan
pendahuluan akan ditaklimatkan tentang keperluan maklumat yang diperlukan di
peringkat mereka. Kumpulan induk seterusnya akan meneruskan persiapan tempur.
Ketua-ketua yang bersama kumpulan induk akan taklimatkan terup mereka tentang:

a. Tugas mereka.

b. Jangkaan tentang keadaan cuaca dan cahaya.

c. Keperluan senyap dalam pergerakan

d. Butir-butir terperinci tentang tindakan jikalau diserang semasa dalam
operasi penggantian.

e. Menerima dan sedar bahawa bunyi-bunyi pertempuran malam adalah
suatu yang biasa. (Contohnya: tembakan artileri kemungkinannya tidak
ditujukan kepada mereka).

f. Kata jodoh dan isyarat cahaya yang akan memberi kesan kepada
pergerakan ke barisan hadapan.

KUMPULAN PENDAHULUAN

1311. Komposisi kumpulan pendahuluan akan bergantung kepada:

a. Jika pasukan pengganti:

(1) Dalam pertempuran dengan musuh dan seterusnya hanya
dipindah ke sektor yang lain.

(2) Dalam simpanan dan mungkin dipanggil dalam notis yang
pendek untuk sesuatu penugasan.

(3) Dalam kawasan rehat.

b. Jika pergerakan adalah sesuai pada waktu siang dan jumlah anggota
yang diluluskan Pegawai Memerintah pasukan diganti untuk bergerak ke
hadapan.

1312. Batalion akan berada di dalam kedudukan dan siap untuk bertempur dengan
lebih cepat jika semua peringkat pemerintah dapat melihat kawasan di waktu siang
dan berbincang tentang susun atur penempatan dengan kumpulan sejawatan mereka.

13 - 4
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1313. Komposisi kumpulan pendahuluan mestilah dimasukkan ke dalam PROTAP
pasukan.

1314. Jika masa mengizinkan Ketua Kompeni dan Platun hendaklah balik dan
memberi taklimat kepada anggota-anggota mereka. Selepas taklimat mereka
hendaklah pulang ke penempatan baru dan berada di situ untuk memantau situasi
sehingga penggantian telah selesai.

1315. Anggota kumpulan pendahuluan akan berada dengan kumpulan sejawatan
mereka di pertahanan baru dan mengumpul sebanyak mana maklumat tentang musuh
dan kedudukan tersebut.

KUMPULAN POSTAH

1316. Pegawai Memerintah dan kumpulan POSTAH memerlukan maklumat tentang
semua perkara penting kawasan tersebut khususnya:

a. Topografi, termasuk tanah mati di atas laluan ke kawasan baru.
b. Musuh, susun atur, kekuatan dan kebiasaannya dan juga:

(1) Rondaan.
(2) Medan periuk api.
(3) Tindakbalas mereka terhadap tembakan atau pergerakan
(4) Situasi udara.
c. Pasukan sendiri:
(1) Susun atur kawasan batalion.
(2) Penempatan pasukan rusuk.
(3) Rancangan tembakan.
(4) Rancangan serang balas dan penembusan balas
(5) Situasi udara
(6) Semua maklumat tentang halangan dan luang-luang
diantaranya, kedudukan medan periuk api, aktiviti rondaan, pos
pemerhati, komunikasi, pihak awam, evakuasi kasualti, rancangan
pentadbiran dan laluan.

1317. Tambahan kepada maklumat yang disenaraikan diatas, Pegawai Risik pasukan
akan mendapatkan maklumat tentang:

a. Tekapan berkenaan musuh, penempatan terup sendiri, medan periuk
api, halangan kawat, rancangan tembakan, tembakan defensif dan garisan tetap
musuh.

13 - 5

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Laporan dari rondaan dan pos pemerhati.

c. Tekapan dan laporan tembakan artileri dan pengeboman.

d. Data operasi dan perisikan, peta tempur, peta ronda dan lain-lain peta
khas dan gambar udara.

e. Letak sedia (Setting) kod dan kata jodoh.

1318. Pegawai Gerak akan menyesuaikan dirinya dengan susun atur pertahanan
Markas Utama Batalion. Dibawah pengawasan SMR pasukan, sel Polis Rejimen akan
membiasakan dengan kawalan trafik dalam kawasan tersebut.

1319. Platun Semboyan akan memperolehi semua maklumat berkaitan dengan
rancangan komunikasi termasuk had-had teknikal yang sedia ada. Peralatan-peralatan
semboyan akan diambil alih atau perlu ditukarkan.

1320. Kumpulan Pos Rawatan Rejimen (RAP) mengambil alih stor perubatan dan
sesuaikan dengan rancangan evakuasi kasualti, susunan perubatan dan kebersihan
medan.

KOMPENI RAIFAL

1321. Ketua Kompeni dan Ketua Platun atau wakil mereka, dengan penunjuk jalan,
akan berhubung dengan kumpulan sejawatan mereka dan mendapat maklumat tentang
perkara berikut:

a. Topografi termasuk tanah mati.
b. Kebiasaan musuh, sniper, rondaan, lokasi medan periuk api, halangan
kawat dan tembakan artileri.

c. Tugas-tugas, lokasi markas kompeni dan platun, jumlah anggota di
setiap pos, kubu-kubu tambahan dan kumpulan-kumpulan penggali yang
diperlukan, halangan, alat-alat amaran, pos pendengaran dan butir-butir
terperinci semboyan.

d. Penempatan pasukan rusuk.

e. Penugasan tembakan defensif dan kaedah panggilan tembakan artileri,
kad jarak dan lakaran-lakaran.

f. Butir-butir berkenaan serang balas dan penembusan balas.

g. Kedudukan alternatif.

h. Laluan kumpulan ronda dan medan periuk api.

13 - 6

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

i. Stor pertahanan dan peluru yang akan diambil alih.
j. Pengaturan untuk penghantaran makanan dan kebersihan medan.
k. Evakuasi kasualti dan lokasi pos rawatan.
l. Disiplin denai.
m. Kata jodoh, letak sedia kod, isyarat cahaya dan maknanya.
KOMPENI BANTUAN
1322. Platun-platun kompeni bantuan memerlukan maklumat tentang perkara-
perkara berikut:
a. Penempatan musuh dan kebiasaannya.
b. Penempatan terup sendiri termasuk pos pemerhati.
c. Tugas-tugas terperinci dengan arahan khas yang mempengaruhi senjata
mereka.
d. Titik rujukan.
e. Pengaturan perkara tadbir.

SEKSYEN 4

PELAKSANAAN

PROSEDUR PENGGANTI

1323. Prosedur pengganti boleh ditentukan oleh markas yang mengarahkan
pengganti. Untuk menentukan keutuhan pertahanan sepanjang penggantian, operasi
ini akan dilaksanakan mengikut peringkat, iaitu dari belakang ke hadapan atau
hadapan ke belakang.

1324. Faktor yang mempengaruhi urutan ini adalah:

a. Tugas seterusnya pasukan setelah menggantikan formasi atau pasukan.

b. Kekuatan dan kecekapan formasi atau pasukan di dalam kedudukan.

13 - 7
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Kapabiliti musuh untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap
operasi penggantian.
d. Keadaan bentuk muka bumi.
e. Keperluan untuk mengubah corak penggantian khususnya bagi operasi
yang berpanjangan.
f. Saiz dan sifat kedua-dua pasukan yang terlibat dengan penggantian.
KAWALAN
1325. Pengaturan kawalan yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut:
a. Sistem titik kawalan.
b. Penandaan laluan dan penunjuk jalan.
c. Komunikasi.
d. Keselamatan.
e. Perlindungan semasa penggantian.
f. Peralihan pemerintahan.
g. Pertukaran peralatan.
SISTEM TITIK KAWALAN
1326. Pengaturan bersama diantara pasukan pengganti dan pasukan diganti untuk
mengawal pergerakan-pergerakan mereka. Kordinasi ini perlu untuk perkara berikut:
a. Laluan yang digunakan dan keutamaannya.
b. Tanggungjawab mengawal trafik.
c. Lokasi titik turun kenderaan.
d. Penyediaan penunjuk jalan untuk subunit pasukan pengganti.
e. Penggunaan bersama kenderaan.
1327. Titik kawalan yang mesti ditubuhkan adalah:
a. Titik turun kenderaan.

13 - 8
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Titik Pemeriksaan Batalion.

c. Titik Pemeriksaan Kompeni.

e. Titik Bertemu Platun.

PENEMPATAN KUMPULAN
1328. Penggantian dilaksanakan menggunakan dua kumpulan iaitu pasukan
pengganti dan pasukan yang diganti.

1329. Pasukan Pengganti Tindakan pasukan pengganti merangkumi:

a. Penempatan kumpulan pendahuluan ke kawasan tanggungjawab.

b. Tinjauan akhir ke atas jalan laluan ke kawasan tanggungjawab.

c. Pengesahan aturan serah menyerah tugas dengan pasukan yang diganti.

d. Pertukaran kepada rancangan penggantian lanjutan kepada perubahan
kepada keadaan semasa pihak musuh.

e. Pergerakan kumpulan induk dari tempat berkumpul ke titik turun
kenderaan atau tempat pendaratan di mana mereka akan bertemu dengan
penunjuk jalan.

f. Kumpulan induk bertemu dengan elemen kumpulan pendahuluan yang
akan membawa kumpulan induk ke kedudukan pertahanan.

g. Menduduki kawasan pertahanan dengan mengambil alih semua stor
dan peralatan di kawasan tanggungjawab.

1330. Pasukan yang Diganti Tindakan pasukan yang diganti merangkumi:

a. Penempatan kumpulan tinjauan belakang ke kawasan tanggungjawab
yang baru.

b. Memberi taklimat kepada kumpulan pendahuluan dari pasukan
pengganti.

c. Memberi nasihat kepada pasukan pengganti tentang sebarang
perubahan kepada keadaan musuh.

d. Membantu elemen hadapan pasukan pengganti dari titik turun
kenderaan untuk bertemu dengan kumpulan pendahuluan mereka.

13 - 9
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

e. Menyerahkan tanggungjawab operasi dan peralatan serta stor kepada
pasukan pengganti.

f. Pengunduran melalui tempat bertemu ke titik menaiki kenderaan.

g. Bergerak ke tempat berkumpul atau kawasan baru untuk tugas yang
lain.

h. Mengadakan kumpulan simpanan sehingga serah menyerah pemerintah
dilakukan.

PERINTAH DAN KAWALAN

1331. Pertukaran Pemerintahan Pemerintah pasukan yang diganti adalah
bertanggungjawab terhadap pertahanan sektornya sehingga proses penyerahan
pemerintahan selesai. Masa penyerahan pemerintahan ditetapkan oleh pemerintah
kedua-dua pasukan berpandukan kepada arahan pemerintah atasan yang
bertanggungjawab. Setelah pertukaran pemerintahan, pemerintah pasukan pengganti
akan mengambil alih pemerintahan ke atas semua elemen pasukan yang diganti yang
masih belum menyelesaikan proses penggantian. Pertukaran pemerintahan
kebiasaannya berlaku apabila dua atau lebih subunit, termasuk yang di hadapan telah
diganti.

1332. Penyelarasan. Perintah dan kawalan dapat dimudahkan dengan
penyelarasan oleh semua ketua yang terlibat. Ini boleh dicapai dengan pemusatan pos
pemerintahan. Penggantian Petugas boleh dilakukan dengan sama ada subunit yang di
hadapan atau subunit yang di belakang diganti dahulu. Susunan penggantian
bergantung kepada kekuatan pasukan yang diganti. Sekiranya subunit yang di
hadapan telah mengalami kekurangan keanggotaan, subunit tersebut hendaklah
diganti dahulu. Sebaiknya, penggantian petugas hendaklah dilakukan dengan
menggantikan subunit di belakang untuk memudahkan pergerakan dan pentadbiran,
kawalan lalu lintas, koordinasi bantuan tembakan, kemudahan rangkaian
perhubungan, keselamatan dan rancangan halangan memerlukan koordinasi yang
rapat di antara semua peringkat pemerintahan yang terlibat.

1333. Perhubungan. Untuk melindungi kehadiran pasukan pengganti dari
diketahui musuh, rancangan perhubungan mestilah dimasukkan di dalam rancangan
tipu helah. Rancangan perhubungan juga patut mengandungi semua maklumat yang
melibatkan keperluan kedua-dua pasukan. Sistem perhubungan yang tidak serasi
hendaklah diatasi dengan menggunakan tim pegawai perhubungan. Penggantian
Petugas hendaklah dilakukan dengan menggunakan frekuensi pemerintahan pasukan
yang diganti di semua peringkat dan penyatuan perhubungan hendaklah dikekalkan.
Jika boleh sistem perhubungan tidak diubah di sepanjang operasi penggantian petugas
dijalankan.

13 - 10
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1334. Perhubungan Awal. Kerjasama yang rapat diperlukan di semua peringkat
terutama di peringkat awal di antara terup yang diganti dan pengganti. Pertukaran
pegawai perhubungan hendaklah dibuat untuk mengaturkan pertukaran
tanggungjawab. Mereka akan berada bersama pasukan pengganti sehingga mereka
mahir dengan keadaan semasa.

SEKSYEN 5

KOMPENI BANTUAN DALAM PENGGANTIAN PETUGAS

1335. Platun Mortar . Bagi menentukan bantuan mortar yang berterusan semasa
penggantian, sebahagian daripada sasaran mortar hendaklah didaftarkan untuk
memastikan ketepatannya sebaik sahaja selepas penggantian dilaksanakan.
Pendaftaran keseluruhan sasaran hendaklah dielakkan supaya perlaksanaan operasi
penggantian ini tidak diketahui. Di dalam keadaan tertentu, senjata-senjata mortar
boleh digantikan secara berperingkat-peringkat dalam satu atau dua hari sebelum
dan/atau semasa penggantian utama. Prosedur ini membolehkan pendaftaran dibuat
tanpa menimbulkan sebarang syak di pihak musuh. Bom mortar yang disimpan
hendaklah diserahkan kepada Platun Mortar pasukan pengganti.

1336. Platun Anti Kereta Kebal. Untuk mengekalkan bantuan Platun Anti Kereta
Kebal semasa penggantian, kedudukan dan sasaran yang telah didaftarkan hendaklah
diserahkan kepada platun pengganti. Penggantian platun ini hendaklah dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat dalam masa yang difikirkan sesuai. Kedudukan-
kedudukan strategik hendaklah dikawal sebilang masa dengan menempatkan anggota
dan senjata. Taktik Platun Anti Kereta Kebal ialah untuk mencegah armor musuh
daripada mengancam kumpulan yang membuat penggantian dan untuk memberi
perlindungan anti armor kepada kedudukan-kedudukan sementara.

1337. Platun Senjata Berat Platun Senjata Berat dari pasukan pengganti
hendaklah mengambil kedudukan Platun Senjata Berat pasukan yang diganti terlebih
dahulu. Penggantian perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan
sasaran-sasaran penting didaftarkan untuk menentukan penggantian dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Penempatan anggota dan senjata hendaklah
dikekalkan di kedudukan yang strategik.

1338. Platun Semboyan. Semua maklumat-maklumat berkaitan perhubungan dan
stor-stor yang hendak diserahkan perlu diperolehi daripada pasukan pengganti. Masa
yang sukar untuk berkomunikasi dan kedudukan talian telefon medan juga perlu
diketahui.

1339. Platun Rintis Serang Semua rajah halangan dan periuk api yang telah
didaftarkan hendaklah diserahkan kepada pasukan pengganti. Ini membolehkan
pasukan pengganti memperbaiki dan mengemas kini kedudukan pertahanan. Lorong

13 - 11

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

yang selamat hendaklah ditandakan dalam rajah untuk memudahkan pasukan
pengganti melintasi halangan-halangan dan medan periuk api.

1340. Seksyen Tinjau. Rancangan rondaan yang telah dilaksanakan oleh pasukan
yang diganti hendaklah diserahkan kepada pasukan pengganti. Ini membolehkan
Seksyen Tinjau pasukan pengganti mengetahui kawasan-kawasan yang telah di ronda.
Maklumat-maklumat topografi tentang kedudukan musuh hendaklah juga diserahkan,
rondaan hendaklah dilaksanakan seberapa cepat yang boleh bagi mengelakkan musuh
memperolehi maklumat-maklumat berkaitan dengan kedudukan pasukan pengganti.

1341. Seksyen Sniper. Kedudukan strategik yang telah dikenal pasti oleh pasukan
yang diganti hendaklah dimaklumkan kepada pasukan pengganti. Semua sasaran dan
laluan hendaklah didaftarkan untuk memudahkan pasukan pengganti membuat
perancangan seterusnya.

SEKSYEN 6

BANTUAN TEMPUR DALAM PENGGANTIAN PETUGAS

1342. Bantuan Tembakan. Pasukan yang diganti akan sentiasa memberi bantuan
tembakan kepada pasukan pengganti, sekiranya penggantian bertujuan untuk
meneruskan serangan, aset-aset bantuan tembakan dari kedua-dua pasukan, terutama
artileri, hendaklah mengekalkan bantuan. Pasukan bantuan tembakan kebiasaannya
tidak diganti di masa yang sama dengan pasukan bantuan tempur yang lain.

1343. Artileri. Cara unit artileri diganti mesti dinyatakan secara jelas. Artileri
pasukan pengganti tidak sepatutnya menduduki kawasan yang telah dikesan oleh
pihak musuh atau kawasan yang telah diduduki oleh artileri pasukan yang diganti.
Keberkesanan rancangan tipu helah boleh ditingkatkan dan pengesanan oleh musuh
boleh dielakkan sekiranya artileri pasukan pengganti menduduki kawasan yang
berhampiran dengan kedudukan artileri pasukan yang diganti. Artileri pasukan
pengganti kemudiannya menyatukan rancangan tembakannya dengan rancangan
artileri pasukan yang diganti. Lazimnya artileri pasukan yang diganti akan kekal di
kedudukannya sehingga operasi penggantian diselesaikan. Pegawai perhubungan dan
pegawai pemerhati hadapan daripada pasukan pengganti mestilah berada di
kedudukan seawal mungkin untuk memahirkan dengan rancangan artileri yang
merangkumi:

a. Status pemerintahan.

b. Tugas taktikal dan tanggungjawab.

c. Logistik.

13 - 12
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Senarai Sasaran.

e. Langkah koordinasi bantuan tembakan.

f. Skim pemerhatian.

g. Ke siapsiagaan meriam.

1344. Udara. Kelebihan kuasa udara tempatan (Local Air Superiority) akan
mengurangkan keterdedahan pasukan semasa penggantian petugas dijalankan.

1345. Helikopter. Helikopter mungkin diperlukan untuk menjimatkan masa
pergerakan pegawai perhubungan dan kumpulan tinjau.

1346. Peperangan Elektronik Aset peperangan elektronik akan membantu
rancangan tipu helah dan memberi maklumat mengenai kedudukan musuh secara
berterusan.

1347. Jurutera. Jurutera diperlukan untuk membantu pasukan pengganti.
Penyerahan halangan-halangan kepada pasukan pengganti adalah satu tugas yang
utama. Reka bentuk dan bahan-bahan halangan adalah berbeza, pasukan jurutera dari
kedua-dua pasukan hendaklah diberi masa dan notis yang cukup untuk melaksanakan
serah menyerah. Maklumat-maklumat yang perlu di serah termasuklah:

a. Rancangan halangan dan dokumen yang berkaitan.

b. Data dan maklumat kejuruteraan.

c. Rancangan penyeberangan.

d. Lain-lain rancangan dan kubu pertahanan.

1348. Pertahanan Udara Keutamaan pertahanan udara mestilah dinyatakan
dengan jelas. Penumpuan beberapa pasukan semasa operasi penggantian akan
menjadikan mereka lebih terdedah kepada serangan udara musuh. Oleh itu, sumber-
sumber pertahanan udara tambahan adalah diperlukan. Dua tugas utama unit
pertahanan udara adalah untuk membantu penggantian di kawasan hadapan dan
meningkatkan perlindungan di jalan laluan utama operasi penggantian.

13 - 13
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 7

PENTADBIRAN DALAM PENGGANTIAN PETUGAS

1349. Semasa operasi penggantian, pasukan yang diganti perlu memberi bantuan
seperti pemindahan kecederaan, baik pulih kenderaan, minyak dan peluru. Pemerintah
atasan boleh mengarahkan pasukan yang diganti untuk menyerahkan semua stok yang
tidak diperlukan kepada pasukan pengganti sekiranya stok itu tidak digunakan untuk
tugas selanjutnya. Pasukan bantuan tempur akan dikeluarkan awal dan peralatannya
akan diserahkan kepada pasukan pengganti.

13 - 14
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 14

OPERASI-OPERASI LAIN

SEKSYEN 1

OPERASI DI KAWASAN TERBINA

AM

1401. Operasi di kawasan terbina meliputi semua tindakan ketenteraan yang
dirancang dan dilaksanakan di kawasan di mana pembinaan manusia memberi kesan
ke atas opsyen-opsyen taktikal yang terbuka kepada seseorang pemerintah. Operasi
ini dilaksanakan untuk mengeksploitasi kelebihan-kelebihan strategik atau kawalan ke
atas sesuatu kawasan terbina. Operasi ini akan memberi atau menafikan kelebihan-
kelebihan kepada musuh.

1402. Kawasan terbina mempengaruhi penempatan terup, penggunaan senjata,
perolehan sasaran, dan manuver. Ia meningkatkan penyamaran dan penyembunyian
tetapi merupakan halangan kepada manuver. Oleh itu, pasukan yang bertahan patut
mengeksploitasi kelebihan-kelebihan ini dengan menyatukan kawasan terbina dalam
skim pertahanannya bagi melengah, menghalang atau menyalurkan musuh ke
kawasan membunuh yang telah dipilih. Dalam masa yang sama, kawasan terbina
patut dielakkan oleh pasukan penyerang kecuali apabila kelebihan taktikal boleh
diperolehi daripada penawanan atau pengawalannya.

1403. Operasi di kawasan terbina adalah berbentuk tiga dimensi. Di samping
pertempuran di jalanan, ia juga melibatkan kawasan di sebelah atas bangunan,
kawasan terbuka dan sistem bawah tanah. Justeru, pasukan infantri memainkan
peranan yang berat dalam operasi ini dengan dibantu oleh pasukan-pasukan yang lain.

1404. Kawasan terbina tidak mengubah doktrin taktikal asas tetapi menyulitkan
penggunaannya. Operasi di kawasan ini memerlukan perancangan yang teliti, dan
pemerintah-pemerintah patut memahami kesan kawasan terbina ke atas keupayaan
dan senjata mereka.

1405. Panduan keseluruhan diterangkan di dalam ‘Manual of Land Warfare, Part
One, The Conduct of Operations, Volume 2, Pamphlet No 9, ‘Operation In Built Up
Areas’.

14 - 1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 2

OPERASI UNIT KECIL

AM

1406. Operasi unit kecil adalah satu gerakan ofensif secara tidak konvensional untuk
meningkatkan keberkesanan gerakan konvensional. Operasi ini melibatkan atur gerak
unit-unit kecil di zon perhubungan musuh bagi melaksanakan tugas seperti sabotaj,
serbuan, demolisi dan sebagainya dengan menggunakan taktik-taktik tidak
konvensional. Tujuan utama operasi unit kecil adalah untuk melemah dan
mengurangkan keupayaan ofensif musuh dan kuasa tempurnya. Unit-unit kecil akan
mengharu dan mengenakan kecederaan yang maksimum tanpa melibatkan diri dalam
pertempuran penentu (decisive battle).

1407. Operasi unit kecil adalah bercirikan tindakan ofensif. Serangan dilancarkan
dengan menggunakan kejutan diikuti oleh pemisahan (disengagement) mengejut dan
pengunduran yang pantas. Kejayaan operasi unit kecil bergantung kepada daya gerak
serta kecekalan dan bukan kepada jumlah kekuatan anggota. Kekuatan sesuatu
operasi unit kecil lazimnya tidak melebihi satu platun, yang menggunakan
penyembunyian, penyamaran dan kerahsiaan (stealth) serta mengeksploitasi kelebihan
yang disediakan oleh kegelapan, cuaca buruk dan keadaan tanah untuk
keberkesanannya.

1408. Penggunaan unit kecil untuk menyerang kedudukan yang terdedah di belakang
barisan musuh dan menggugat kawasan belakangnya boleh menyumbang kepada
kejayaan sesuatu gerakan konvensional. Oleh itu, pemerintah-pemerintah patut
mengambil peluang daripada keupayaan batalion infantri untuk melancarkan operasi
unit kecil ke atas sasaran musuh yang bernilai tinggi dalam semua fasa peperangan.

1409. Panduan operasi unit kecil keseluruhannya diterangkan di dalam Manual
Peperangan Darat, Bahagian 1, Jilid 2, Pamflet No 10, Operasi Unit Kecil.

SEKSYEN 3

OPERASI PERCANTUMAN
/,1. 83 23(5$7,21

AM

1410. Operasi percantuman adalah suatu operasi melibatkan pertemuan dan
penyatuan pasukan-pasukan sahabat angkatan darat. Batalion boleh terlibat sebagai
sebahagian dari pasukan/formasi yang lebih besar atau bercantum dengan kumpulan
di dalam kelompoknya sendiri. Operasi percantuman biasanya dilakukan di dalam

14 - 2

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

kawasan kawalan musuh. Ianya bergantung penuh kepada kawalan, rancangan yang
terperinci, koordinasi yang menyeluruh dan kerahsiaan.

TUJUAN

1411. Operasi Percantuman di laksanakan untuk menggabungkan dua atau lebih
pasukan sahabat bagi mencapai perkara-perkara berikut:

a. Melengkapkan kepungan (encirclement) ke atas sesebuah pasukan
musuh.

b. Membantu pemecahan keluar (breakout) pasukan sahabat yang
dikepung musuh.

c. Menyertai pasukan sahabat yang beroperasi di bahagian belakang
kawasan musuh dalam serangan.

JENIS-JENIS PERCANTUMAN

1412. Biar apa pun tujuan percantuman, Operasi Percantuman wujud dalam salah
satu daripada bentuk berikut:

a. Percantuman satu pasukan bergerak dengan satu pasukan yang tetap.

b. Percantuman dua pasukan yang bergerak.

PERCANTUMAN P ASUKAN YANG BE RGERAK DE NGAN PASUK AN
YANG TETAP

1413. Percantuman di antara pasukan yang bergerak dengan pasukan yang tetap
memerlukan koordinasi yang terperinci terutama apabila pasukan yang tetap berada di
bawah gangguan dan tekanan pihak musuh. Pasukan yang bergerak perlu
mengorientasikan pergerakannya kepada kedudukan pertahanan pasukan yang tetap
dan sentiasa memaklumkan perkembangan pergerakannya kepada pasukan yang tetap
dari masa ke semasa. Setiap anggota yang terlibat mestilah mengetahui dengan
terperinci rancangan percantuman serta prosedur dan isyarat pengenalan yang
dipersetujui. Pasukan yang tetap akan membantu di dalam proses percantuman
dengan menanda dan menyelamatkan titik penggabungan yang dipilih, mewujudkan
lorong pada medan periuk api, mengalih atau membersihkan halangan yang
menghalang laluan, mengadakan penunjuk jalan dan menyediakan tempat berkumpul
sekiranya perlu.

PERCANTUMAN DUA PASUKAN BERGERAK

1414. Percantuman antara dua pasukan yang bergerak adalah sukar dan memerlukan
perancangan yang lebih teliti, koordinasi yang menyeluruh serta kekenyalan.

14 - 3

TERHAD


Click to View FlipBook Version