The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kik.pulada, 2022-05-19 00:23:11

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

TERHAD

MP 1.1.9A TD

manuver ini kerana ia mempunyai daya gerak dan kuasa tembakan yang boleh
melindungi keselamatan di bahagian rusuk.

813. Lihat Gambarajah 7 bagi deskripsi Manuver Pelingkaran.

MANUVER PENEMBUSAN

814. Penembusan biasanya dilaksanakan serentak semasa serbuan ke atas kedudukan
utama musuh khususnya pada titik pertahanan yang lemah. Tujuan manuver ini
adalah untuk melemahkan susun atur pertahanan musuh. Ia memerlukan penumpuan
kekuatan, kuasa tembakan dan kepantasan.
815. Lihat Gambarajah 8 bagi deskripsi Manuver Penembusan.

MANUVER PENYUSUPAN

816. BIS juga berupaya melakukan manuver penyusupan untuk mendapatkan
maklumat atau sebelum melancarkan serbuan untuk mencapai kejutan. Walau
bagaimanapun, selalunya BIS akan ditugaskan untuk membuat manuver penyusupan
ke kedudukan musuh sebagai sebahagian dari operasi di peringkat formasi.

817. Lihat Gambarajah 9 bagi deskripsi Manuver Penyusupan.

Gambarajah 7 Manuver Ofensif – Pelingkaran

8-5
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Pelingkaran Rapat

Serangan Sekunder Pelingkaran

Serangan Sekunder Pelingkaran Luas Pelingkaran

Serangan Sekunder

Serangan Alternatif Pelingkaran Berganda
Pelingkaran

Gambarajah 7A: Manuver Ofensif - Pelingkaran

8-6
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Gambarajah 8: Manuver Ofensif - Penembusan

8-7
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Gambarajah 9: Manuver Ofensif - Penyusupan

8-8
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 9

MARA

SEKSYEN 1

PENGENALAN

901. Mara adalah salah satu daripada operasi ofensif untuk menghampiri dan
bertempur dengan musuh dalam keadaan yang memihak kepada pasukan yang mara.

TUJUAN

902. Tujuan mara adalah untuk:

a. Memusnahkan musuh.

b. Memaksa musuh berundur.

c. Menguasai tanah yang penting dari segi taktikal.

d. Memperolehi dan mengekalkan inisiatif.

e. Memperdayakan musuh.

JENIS-JENIS MARA

903. Terdapat dua jenis mara iaitu:

a. Mara untuk Bertempur. Di dalam mara untuk bertempur, penekanan
diberi kepada tinjauan meluas untuk mengesan kedudukan-kedudukan musuh
dan menentukan kekuatannya. Kumpulan induk mara tidak melibatkan diri
tetapi bersedia untuk bertindak. Tindakan pantas mungkin perlu untuk
mendahului tindakan musuh. Artileri dan mortar hendaklah ditempatkan
untuk memberikan tembakan optimum yang berterusan hinggalah ke jarak
maksimum.

b. Mara dalam Bertempur. Mara dalam bertempur bertujuan untuk
mengekalkan tekanan terhadap musuh, mengharunya secara berterusan dan
menghalangnya dari berundur dan mendapat inisiatif baru. Ini boleh
diperolehi dengan tindakan yang pantas, kejutan dan keselamatan. Untuk
mengekalkan inisiatif dan momentum, adalah lebih baik jika kemaraan dibuat
di ruang hadapan yang luas dengan pasukan yang seimbang dan memastikan
bahawa kumpulan simpanan yang sesuai disediakan untuk memberi tekanan di
tempat-tempat yang dijangka paling berkesan.

9-1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 2

PERTIMBANGAN ASAS

904. Sesebuah BIS mungkin mara secara persendirian (contohnya, sebagai
Pengawal Rusuk kepada formasi yang lebih besar, atau melalui jalan yang tidak
penting) atau sebagai sebahagian dari komposisi mara yang lebih besar. Dalam mana-
mana keadaan, pegawai memerintah hendaklah meneliti aspek-aspek berikut semasa
membuat perancangan untuk mara.

a. Perolehan Maklumat.

b. Bantuan Udara.

c. Keselamatan.

d. Laluan.

PEROLEHAN MAKLUMAT

905. Perolehan maklumat dan penyebaran perisikan yang pantas, sebelum dan
semasa mara adalah sangat penting. Perkiraan awal mengenai musuh, keadaan tanah,
masa dan kesempatan mestilah berdasarkan kepada maklumat-maklumat tepat supaya
hasil dari rancangan mara akan merangkumi semua keadaan yang dijangka
sehinggalah ke objektif yang terakhir. Semasa mara, kesinambungan pengaliran
maklumat yang tepat membolehkan pegawai memerintah mengesahkan atau
mengubahsuai rancangannya dan merebut peluang-peluang yang ada supaya dapat
mengekalkan inisiatif. Maklumat-maklumat perlu adalah seperti berikut:

a. Keadaan medan dan cuaca.

b. Kekuatan, kedudukan dan moral musuh.

c. Penduduk awam.

d. Sumber-sumber tempatan.

BANTUAN UDARA

906. Bantuan udara akan memainkan peranan yang penting di dalam perancangan
awal pegawai memerintah. Di dalam keadaan udara yang memihak kepada pasukan
yang mara, pesawat udara boleh digunakan untuk mengesan dan menyerang musuh
yang sedang berundur. Ulang bekal melalui udara mungkin juga diperlukan semasa
mara dan dari itu penawanan padang terbang dan zon pendaratan hendaklah juga
dipertimbangkan semasa membuat perancangan.

9-2
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

907. Ketiadaan bantuan udara akan melambatkan pergerakan mara sama ada siang
ataupun malam dan ini pasti merugikan pasukan mara. Walaupun mara boleh
dilaksanakan tanpa kekuatan udara yang relatif bagi mencapai kejutan taktik, pegawai
memerintah mestilah menimbangkan risiko-risiko serangan udara musuh pada setiap
masa. Di dalam operasi bersendirian, pegawai memerintah mestilah menilai
keupayaan pasukannya untuk mara pada waktu malam sebagai penghindar kepada
kekuatan udara musuh.

KESELAMATAN

908. Bagi menjamin keselamatan semasa mara, pegawai memerintah harus
menempatkan elemen-elemen keselamatan di hadapan, rusuk dan belakang. Saiz,
komposisi dan kedudukan elemen-elemen ini bergantung kepada:

a. Maklumat berkenaan musuh, termasuklah kekuatan ancaman yang
mungkin ada di rusuk atau belakang.

b. Tahap risiko yang boleh diterima.

c. Masa yang diperlukan untuk kumpulan induk bertindak terhadap
sesuatu ancaman dan jika elemen diserang tidak berupaya menghadapi musuh.

d. Keadaan muka bumi.

e. Trup yang ada untuk tugas ini dan daya gerak yang dimilikinya.

f. Jarak mara.

LALUAN

909. Pegawai memerintah hendaklah cuba mara melalui kawasan hadapan seberapa
luas yang boleh selagi Ia tidak bertentangan dengan perintah formasi atasan.
Tindakan ini akan memberi peluang untuk memintas atau melingkari musuh yang
dihadapi di samping mengelakkan musuh menggunakan taktik yang serupa. Jumlah
jalan-jalan laluan yang digunakan akan bergantung kepada:

a. Tugas kumpulan mara.

b. Kapasiti jalan.

c. Kemudahan landasan terbang, kawasan pendaratan, kedudukan tempat
meriam dan logistik.

d. Keselamatan.

e. Komposisi dan saiz pasukan mara.

9-3

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

910. Dalam beberapa keadaan, pasukan yang sedang mara mungkin perlu bergerak
menggunakan satu jalan sahaja. Pada situasi ini, kawalan oleh pemerintah bawahan
amatlah penting kerana susun gerak batalion sukar dikawal dan terdedah kepada
serangan udara musuh. Penggunaan dua atau lebih jalan mara akan meningkatkan
lagi kekenyalan taktikal dan bantuan logistik. Jalan-jalan mara ini perlulah
berdekatan supaya bantuan tembakan antara satu sama lain dapat diberikan dengan
berkesan. Beberapa jalan di sisi yang baik haruslah ada bagi membenarkan
pergerakan merentas desa dan penempatan semula yang cepat.

911. Jika terdapat lebih dari satu jalan, kumpulan mara boleh ditempatkan:

a. Sama banyak di antara jalan-jalan laluan yang ada.

b. Elemen utama mengikut satu laluan dan elemen-elemen sekunder yang
secukupnya mengikut laluan-laluan lain.

c. Keseluruhan batalion bergerak menggunakan satu laluan sahaja.
Pergerakan pengawal rusuk di laluan yang berasingan tidak boleh dianggap
sebagai menggunakan laluan tambahan di dalam mara.

912. Faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan semasa memilih jalan mara
adalah:

a. Kapasiti jalan-jalan mara tersebut.

b. Lokasi sesuai untuk landasan terbang atau tempat pendaratan.

c. Keselamatan.

d. Panjang deretan mara.

e. Tugas-tugas pasukan yang sedang mara.

SEKSYEN 3
PELAKSANAAN MARA
913. Untuk tujuan perancangan, pemerintah perlulah memutuskan perkara-perkara
berikut:
a. Langkah-langkah kawalan.
b. komposisi dan susunan pergerakan.

9-4
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Tugas-tugas kumpulan mara.

LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

914. Sebagai langkah kawalan, pegawai memerintah boleh mempertimbangkan
perkara-perkara berikut dalam rancangan gerak maranya.

a. Paksi Mara. Ia merupakan garisan atau jalan yang ditetapkan untuk
sesuatu gerak mara. Setiap pengelompokkan mara seharusnya menggunakan
paksi yang telah dirancangkan bagi memudahkan aspek kawalan.

b. Garis Tengah. Jalan laluan yang digunakan oleh Markas Formasi atau
batalion semasa mara.

c. Batas (Bound). Batas ialah kedudukan yang ada nilai atau
kepentingan taktikal di sepanjang paksi mara. Formasi atau unit tidak
semestinya berhenti, menawan atau mempertahankannya melainkan
diperintahkan untuk berbuat demikian.

d. Jalan Selamat. Ini merujuk kepada jalan yang bebas dari ancaman
musuh secara fizikal dan Ia harus ditetapkan di dalam perintah. Keselamatan
jalan laluan ini hendaklah dikekalkan sehinggalah tanggungjawab ini
diserahkan kepada formasi atau elemen lain.

e. Garis Lapor. Garis lapor tidak mempunyai kepentingan taktikal,
mudah dikenali, diberi nama samaran dan Ia diadakan bagi memudahkan
semua unit kecil melaporkan perkembangan mara. Unit selalunya tidak
berhenti di garisan ini.

f. Kawasan Pangkalan (Harbour Area). Ia adalah sebarang kawasan di
mana sesuatu unit boleh merehatkan diri untuk jangka masa yang singkat.
Formasi, unit kecil selain dari yang mengetuai mara, atau unit utama selalunya
bergerak ke hadapan dari satu kawasan pengkalan ke satu pengkalan yang lain
sebaik sahaja jalan mara telah selamat.

KOMPOSISI DAN SUSUNAN PERGERAKAN

915. Komposisi asas mara adalah seperti berikut

a. Pasukan Pelindung.

b. Pengawal Mara.

c. Kumpulan Induk.

d. Elemen Keselamatan.

9-5

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

916. Pengawal Mara. Pengawal Mara hendaklah sentiasa diatur gerak tanpa
mengira sama ada kumpulan pelindung digerakkan atau tidak. Tugas utamanya adalah
membersihkan paksi mara dari semua ancaman kecil musuh. Ia boleh terdiri daripada
Pengawal Hadapan dan Pengawal Utama.

917. Kumpulan Induk Batalion. Kumpulan ini mengandungi sebahagian besar
elemen-elemen tempur batalion. Kumpulan ini bergerak mengikut Pengawal Mara
dan mengawal perkembangan sesuatu gerak mara. Kumpulan ini perlu berada pada
jarak yang mana Ia boleh membantu Pengawal Mara dengan pantas dan mudah.
Sekiranya kumpulan ini perlu berhenti dengan apa tujuan sekalipun, Ia hendaklah
terlindung dari pemerhatian musuh melalui mana-mana dimensi. Perhatian mestilah
diambil untuk menentukan musuh tidak menceroboh di antara bahagian belakang
Pengawal Mara dan bahagian hadapan Kumpulan Induk. Pengganti Pengawal Mara
dibentuk dari kumpulan induk dan pertukaran Pengawal Mara dilakukan berdasarkan
perancangan awal ataupun keadaan semasa.

918. Pengawal Rusuk. Pemerintah pasukan mara adalah bertanggungjawab di atas
perlindungan rusuknya. Kewujudan Pengawal Rusuk adalah bagi memberi amaran
awal, menghalang Kumpulan Pemerhati Artileri dan Mortar serta tembakan senjata
kecil musuh ke atas Kumpulan Induk. Semasa merancang kemaraan batalion,
pegawai memerintah mestilah menilai di mana dan bila perlindungan pengawal rusuk
diperlukan. Faktor-faktor yang ada hubungannya ialah kelajuan mara, ancaman
musuh yang mungkin dan muka bumi termasuk keadaan sekeliling jalan mara.

919. Pengawal Belakang. Ia melindungi kumpulan induk dari serangan mengejut
melalui belakang dengan memberi amaran awal dan mengambil tindakan awal
terhadap sebarang ancaman musuh. Pengawal Belakang selalunya berkekuatan satu
platun dan dibantu oleh tembakan mortar dan artileri. Pengawal Belakang juga
merupakan penyambung di antara batalion dengan angkatan lain di belakang.

920. Penerangan lanjut di atas tugas-tugas dan komposisi mara formasi boleh
didapati dari Manual Peperangan Tentera Darat Malaysia, Bahagian Satu, Jilid 1
Pamflet No 4, Taktik Formasi.

TUGAS BATALION DALAM MARA

921. Sebagai Sebahagian dari Formasi Mara. BIS boleh melaksanakan mara
sebagai sebahagian dari briged atau divisyen. Dalam keadaan ini, tugas-tugas yang
diberikan adalah seperti berikut:

a. Pasukan Pelindung atau mengadakan elemen-elemen untuk tugas ini.

b. Pengawal Mara.

c. Pengawal Rusuk atau mengadakan elemen-elemen untuk tugas ini.

9-6
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Sebahagian dari Kumpulan Induk.

e. Pengawal Belakang.

922. Lihat Gambarajah 10 untuk deskripsi batalion sebagai Pengawal Mara.

923. Mara Secara Persendirian. Mungkin terdapat keadaan di mana batalion
diberikan tugas untuk mara secara bebas atau bersendirian. Dalam operasi sebegini,
batalion tersebut mungkin diperuntukkan satu atau lebih jalan mara. Walau terdapat
berapa jalan yang digunakan, kekuatan batalion mestilah seimbang supaya momentum
dapat dikekalkan. Dalam pada itu, Kumpulan Simpanan juga harus mempunyai daya
gerak yang sama seperti elemen-elemen mara yang lain. Pegawai memerintah tidak
perlu bertindak secara bersungguh-sungguh terhadap sebarang tindakan musuh yang
hanya mengganggu momentum menuju objektif akhir.

924. Penentuan jalan dan komposisi mara adalah berdasarkan perkara berikut:

a. Kedudukan objektif.

b. Kekuatan dan sifat musuh yang mungkin dihadapi.

c. Jarak dan darjah pergerakan di antara jalan mara dan adanya jalan
alternatif.

d. Darjah kebebasan yang diberikan kepada pasukan yang mengikut jalan
alternatif.

925. Selalunya pegawai memerintah hanya mempunyai satu kompeni sebagai
simpanan jika beliau menggunakan lebih dari satu jalan mara. Kekuatan simpanan ini
akan dipengaruhi oleh darjah kebebasan bergerak di antara jalan-jalan mara. Dengan
menggunakan satu jalan sahaja, penumpuan maksimum boleh dikekalkan. Apabila
pergerakan mara secara persendirian, batalion selalunya tidak mempunyai sumber
yang mencukupi untuk mengadakan kumpulan pelindung. Walau bagaimanapun, jika
terdapat Terup Peninjau atau Helikopter Pemerhati Ringan, elemen ini boleh
ditugaskan sebagai Kumpulan Pelindung. Di dalam keadaan tertentu, kumpulan-
kumpulan ronda jarak jauh yang terlatih turut berupaya melaksanakan tugas ini.

926. Lihat Gambarajah 11 bagi deskripsi komposisi batalion dalam gerak mara.

927. Kenderaan. BIS memiliki kenderaan yang boleh memberi perlindungan yang
baik, komunikasi yang berkesan, keupayaan merentas desa yang baik dan tembakan
mesingan sederhana dan berat yang banyak. Oleh itu, kelebihan ini harus
dioptimumkan bagi menghadapi ancaman musuh dalam gerak mara. Walau
bagaimanapun, faktor ini perlu diseimbangkan dengan penyamaran yang baik bagi
mengurangkan serangan udara dan darat oleh musuh. Jika keadaan tidak
membenarkan pergerakan berterusan dengan kenderaan, penggunaan helikopter juga

9-7

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

harus dipertimbangkan khususnya bagi mempercepatkan pengumpulan anggota untuk
serangan atau merentasi sesuatu halangan.

928. Objektif di dalam mara selalunya mengandungi nilai taktikal yang tinggi, di
mana jika ditawan ia akan mengganggu kedudukan-kedudukan musuh selebihnya dan
boleh dijadikan pengkalan tetap untuk meneruskan operasi lain. Oleh itu, adalah
penting bagi sesebuah pasukan yang mara mampu untuk mempertahankan objektif
yang telah ditawan termasuk kawasan persekitarannya. Di sinilah fungsi yang
dimainkan oleh kenderaan amat penting dalam membantu menguasai sesuatu
kawasan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAKSANAAN MARA

929. Faktor-faktor berikut akan mempengaruhi cara pelaksanaan mara oleh
pegawai memerintah:

a. Darjah pembersihan yang dikehendaki.

b. Kelajuan mara.

c. Tindakan apabila menghadapi tentangan.

930. Darjah Pembersihan. Darjah pembersihan paksi mara akan dipengaruhi oleh
penilaian pegawai memerintah terhadap kemungkinan tentangan musuh dan keadaan
muka bumi. Pembersihan ini selalunya akan melibatkan bahu paksi hingga ke jarak di
mana musuh boleh menggunakan tembakan senjata kecil. Jaraknya akan berubah-
ubah mengikut keadaan muka bumi dan darjah penglihatan.

931. Kelajuan Mara . Setiap usaha hendaklah diambil untuk mematuhi kelajuan
mara yang dirancang. Walau sebaik mana sekalipun rancangan dibuat, kadar kelajuan
pergerakan ini akan berubah-ubah disebabkan halangan-halangan yang tidak diduga,
aktiviti-aktiviti musuh atau keadaan cuaca. Tindak balas pantas dan berkesan
terhadap keadaan yang berubah-ubah ini serta inisiatif di semua peringkat pemerintah
sangatlah perlu. Darjah pembersihan hendaklah dipertimbangkan semasa merancang
kadar kelajuan mara.

932. Tindakan Dalam Menghadapi Tentangan Musuh. Apabila bertempur,
pemerintah Pengawal Mara mestilah berusaha menghapuskan tentangan musuh
supaya mara dapat diteruskan secepat mungkin. Kejayaan sesuatu pertempuran
bergantung kepada kecepatan dan ketepatan pengumpulan maklumat berkenaan
kekuatan dan kedudukan musuh. Kepantasan dan keazaman dalam menggunakan
daya tembak dan gerak juga menyumbang ke arah memusnahkan musuh dengan
cepat.

9-8
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

933. Pegawai memerintah seharusnya berada di hadapan supaya dapat
mempengaruhi sesuatu pertempuran dengan cepat. Dengan memerhatikan keadaan
tanah dan tindakan-tindakan oleh pengawal mara, beliau boleh menentukan sama ada:

a. Mengarahkan pengawal hadapan meneruskan tugasnya.

b. Mengatur semula.

c. Menempatkan seluruh atau sebahagian dari kumpulan induk untuk
sesuatu tindakan utama.

d. Mengarahkan pengganti pengawal mara meneruskan mara sementara
pengawal mara yang sedang bertempur terus menghadapi musuhnya dengan
apa cara sekalipun.

934. Pemerintah di semua peringkat mestilah sentiasa menyampaikan maklumat
keadaan semasa kepada Pemerintah Atasan masing-masing. Ini membolehkan
Pemerintah Atasan mengambil keputusan yang terbaik bila menghadapi sesuatu
keadaan. Untuk mendapatkan perseimbangan ini, pemerintah semua peringkat
perlulah membuat penilaian dan keputusan yang baik supaya maklumat yang tepat
dapat dimanfaatkan sebaiknya. Pemerintah Atasan tidak harus memanggil
pemerintah-pemerintah bawahannya ke belakang sebaliknya mereka hendaklah ke
hadapan untuk menemui mereka.

935. Pemerintah hendaklah cepat mengeksploitasi kejayaan di dalam sesuatu
serangan semasa mara. Pergerakan mara hendaklah diteruskan sebagai urutan kepada
sesuatu serangan. Biasanya ini boleh dicapai dengan menempatkan Pengawal Mara
baru yang boleh meneruskan mara sebaik sahaja kelebihan taktikal diperolehi.
Keputusan tepat yang diambil oleh Pemerintah Atasan adalah penting bagi
mengekalkan momentum mara dan memberi tekanan berterusan terhadap musuh

936. Dasar Melangkau. Melangkau semasa mara bagi mengelakkan musuh
mungkin perlu untuk mengekalkan momentum mara. Kadangkala musuh boleh
diasingkan dan diuruskan oleh pasukan lain di belakang. Polisi ini hendaklah
dikeluarkan oleh Pemerintah Atasan yang akan menentukan jalan mara yang perlu
dilangkau dan sesuatu tentangan itu boleh dilepasi atau sebaliknya. Adalah lebih
berfaedah menyerang sesuatu kedudukan musuh sebaik sahaja ia di kesan kerana
selalunya musuh tidak akan mempertahankan sesuatu kedudukannya. Dengan
tertawannya kedudukan ini, tekanan terhadap musuh akan bertambah dan ini pastinya
meningkatkan kelajuan mara.

9-9
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 4

MARA DI WAKTU MALAM

937. Sebelum membuat keputusan untuk mara pada waktu malam, pegawai
memerintah perlulah mempertimbangkan dengan sewajarnya aspek-aspek berikut:

a. Maklumat yang ada berkenaan penempatan musuh.

b. Kadar penglihatan dan perbandingan keupayaan pengawasan di antara
musuh dan pasukan sendiri.

c. Muka bumi, cuaca dan keadaan jalan yang akan digunakan.

d. Keadaan pasukannya, keperluan rehat dan senggaraan.

e. Keperluan langkah-langkah kawalan tembakan dan bantuan pandu
arah.

f. Penggunaan dan kawalan alat bantuan tempur malam.

938. Anggota infantri boleh bergerak mara di kawasan terhad pada waktu malam
tetapi akan menghadapi berbagai masalah yang serius dan ini memerlukan latihan
individu dan kelompok yang tinggi. Mara pada waktu malam di kawasan terhad
selalunya sangat perlahan. Faktor-faktor utama yang mengehadkannya adalah
kekurangan penglihatan dan maklumat serta masalah-masalah pergerakan dan
kawalan.

939. Pada waktu malam, elemen-elemen tinjau perlulah ditempatkan jauh ke
hadapan. Elemen ini selalunya merupakan kumpulan-kumpulan ronda tempur.
Walaupun kumpulan-kumpulan ronda ini telah membersihkan jalan mara, terdapat
juga kemungkinan musuh menyusup di belakang mereka dan membuat serang
hendap. Jika Pengawal Mara bertempur dengan tentangan musuh, masa yang ada
mungkin tidak mencukupi untuk mengumpulkan maklumat bagi melancarkan
serangan pada malam tersebut.

SEKSYEN 5

KOMPENI BANTUAN DALAM MARA

940. Setiap peringkat pemerintah adalah bertanggungjawab menentukan bantuan
yang sewajarnya diperolehi dalam gerak mara. Ini adalah faktor penting untuk
meningkatkan keupayaan tempur apabila berhadapan dengan siri tentangan musuh
dan halangan. Oleh itu setiap bantuan yang ada mestilah diagih dan dirancang dengan

9 - 10

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

sempurna. Disinilah peranan Ketua Kompeni Bantuan dan Pegawai Memerintah amat
penting dalam merancang pengagihan dan penempatan senjata bantuan dalam
pasukan

PLATUN MORTAR

941. KTB dari platun mortar hendaklah diperuntukkan kepada Pengawal Mara dan
pengawal-pengawal di rusuk dan di belakang. Di dalam mara platun mortar hanya
berupaya membawa sejumlah peluru yang terhad dan ulang bekal mungkin susah
dilaksanakan. Dari itu, penempatan platun mortar hendaklah dirancangkan dan
dikawal dengan sebaik-baiknya. Disebabkan jarak tembakan yang terhad, sekurang-
kurangnya satu unit tembakan mortar diperlukan sebilang masa untuk membantu
pengawal mara. Sebaik-baiknya dua unit tembakan mortar hendaklah bersedia untuk
bertindak pada setiap masa.

PLATUN ANTI KERETA KEBAL

942. Tugas. Platun ini berperanan utama untuk memusnahkan semua jenis kereta
kebal ringan atau berat. Dengan sistem peluru berpandu dan tempoh penerbangan
misil yang singkat, Ia dapat mengurangkan risiko tindak balas musuh. Ia juga boleh
digunakan di dalam pertempuran di waktu malam dalam keadaan penglihatan yang
kurang jelas seperti kabus.

943. Atur Gerak. Sekurang-kurangnya satu seksyen anti armor akan diatur gerak
untuk membantu Pengawal Mara dari sebarang ancaman armor musuh. Ini boleh
membantu senjata anti armor jenis ringan yang sedia ada di dalam setiap seksyen
raifal. Seksyen anti armor boleh diatur gerak secara berasingan tetapi biasanya
dikawal secara pusat. Dalam keadaan tertentu, platun ini boleh disatukan untuk tugas-
tugas khusus. Seksyen AKK boleh ditugaskan berasingan tetapi tidak sesuai jika ia
diaturgerakkan sebagai ditasmen kerana keperluan taktikal memerlukan senjata ini
diaturgerak secara berpasangan.

944. Pemerintahan dan Kawalan. Platun atau seksyen anti armor wajar
diletakkan di bawah perintah di mana Ia ditumpangkan. Jika lebih dari dua seksyen
diatur gerakkan, kawalan terletak di atas ketua Platun Anti Kereta Kebal.

PLATUN SENJATA BERAT

945. Tugas. Senjata ini berupaya melumpuh dan memusnahkan kenderaan ringan,
kubu-kubu, senjata bantuan, mencederakan dan membunuh musuh. Ia boleh di gerak
secara galas, atas kenderaan, atas bot atau kapal peronda dan juga atas kereta perisai
mengikut kesesuaian operasi.

946. Penempatan. Dengan keupayaan dan kuasa tembakan yang tinggi, senjata ini
adalah sesuai untuk ditempatkan sama ada bersama pengawal mara, pengawal rusuk

9 - 11
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

dan kumpulan utama. Ia berupaya melindungi kumpulan dari sebarang serangan
mengejut.

947. Pemerintahan dan Kawalan. Bagi memudahkan sebarang penugasan dan
atur gerak, seksyen atau ditasmen senjata ini wajar diletakkan di bawah perintah di
mana Ia ditumpangkan. Tetapi tanggungjawab atur gerak taktikal masih kekal sebagai
tanggungjawab Ketua Platun.

PLATUN SEMBOYAN

948. Tugas. Menyediakan operator dan peralatan bagi mewujudkan perhubungan
di antara Markas Batalion dengan Kompeni Raifal dan Kompeni Bantuan serta
elemen berkaitan. Di samping itu ia juga mengkordinasikan perhubungan di antara
elemen bantuan dan pasukan-pasukan lain. Platun semboyan turut bertanggungjawab
untuk menyediakan perhubungan ke formasi atasan sekiranya kemudahan ini tidak
disediakan oleh Skuadron Semboyan Briged.

949. Penempatan. Platun Semboyan akan menempatkan setiap operator bagi
Platun, Kompeni dan Markas Batalion serta juga perhubungan untuk elemen dalam
Kompeni Bantuan seperti Mortar, Platun Anti Kereta Kebal dan Platun Senjata Berat.

950. Pemerintahan dan Kawalan. Anggota Platun Semboyan akan diletakkan di
bawah perintah Kompeni/Platun di mana Ia ditumpangkan.

PLATUN RINTIS SERANG

951. Platun Rintis Serang adalah lebih berkesan jika ditugaskan sebagai satu platun.
Anggota tinjau platun ini boleh ditempatkan bersama Pengawal Mara untuk memberi
amaran awal berkenaan tugas-tugas rintis serang atau kejuruteraan kecil. Manakala
anggota platun selebihnya hendaklah ditempatkan bersama-sama dengan Kumpulan
Induk. Ini membolehkan Platun Rintis Serang terus melaksanakan tugasnya
termasuk:

a. Membina denai-denai sementara untuk kenderaan.

b. Membersihkan halangan-halangan jalan, periuk api dan sebagainya.

c. Menyediakan penyeberangan halangan dengan sebarang sumber yang
ada.

d. Membina zon-zon pengguguran, tempat-tempat dan landasan-landasan
pendaratan.

9 - 12
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN TINJAU

952. Seksyen Tinjau merupakan salah satu aset pegawai memerintah yang boleh
digerakkan untuk mendapatkan maklumat tentang musuh. Atur gerak seksyen ini
memerlukan perancangan yang berasingan dan teliti. Seksyen ini boleh digerakkan
seawal mungkin bagi membolehkannya mengumpul maklumat tentang musuh,
keadaan tanah dan perkara-perkara taktikal yang lain. Seterusnya maklumat
berkenaan akan dihantar ke Markas Batalion untuk membantu aspek perancangan dan
perlaksanaan mara. Seksyen ini boleh melaksanakan tugasnya secara bersendirian
dan dalam jangka waktu yang maksima. Semasa batalion sedang mara, seksyen ini
seharusnya mampu membekalkan maklumat berkenaan yang dikehendaki oleh
pegawai memerintah. Di antara tugas yang boleh dilakukan oleh seksyen ini dalam
mara adalah seperti berikut:

a. Mendapatkan maklumat perisikan mengenai musuh, pasukan bantuan
dan logistik serta maklumat lain yang memiliki nilai taktikal.

b. Mengawasi pergerakan dan atur gerak musuh yang boleh menjejaskan
kelancaran gerak mara batalion.

c. Meneliti keadaan tanah atau jalan yang akan digunakan oleh batalion
untuk mara dan mencari jalan-jalan alternatif jika perlu.

d. Menyalurkan maklumat terkini dan mengawasi perubahan keadaan
taktikal yang mungkin menjejaskan perancangan awal mara batalion.

e. Menjalankan tugas-tugas tinjauan rutin dan bekerjasama dengan agensi
perisikan yang lain.

953. Penempatan. Pada peringkat persiapan mara, seksyen ini boleh digerakkan
seawal mungkin bagi memantau kesahihan maklumat sedia ada dan mengawasi
maklumat semasa. Seksyen ini boleh digerakkan di sepanjang paksi mara sehingga
ke objektif akhir mara. Seksyen ini juga boleh mengawasi kawasan bahu mara
sehingga ke garisan yang tidak boleh mempengaruhi gerak mara batalion.
Penempatan seksyen ini di belakang garisan musuh adalah juga bersesuaian jika
keadaan atau kelebihan taktikal boleh diperolehi.

954. Perintah dan Kawalan. Seksyen ini seharusnya diletakkan dibawah kawalan
Markas Batalion. Ini bagi memudahkan pegawai memerintah melaksanakan
perancangan dan perlaksanaan gerak mara batalion. Sekiranya seksyen ini diperlukan
oleh Markas Atasan untuk tujuan tertentu. Ia hendaklah dikawal oleh markas terbabit.
Keadaan ini boleh berlaku sekiranya Markas Atasan memilih untuk melakukan
tinjauan secara berpusat atau meliputi kawasan gerak mara yang luas atau jauh.

9 - 13
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN SNIPER

955. Semasa mara, Seksyen Sniper boleh melakukan beberapa tugas yang boleh
mendatangkan kesan yang jelas terhadap pasukan mara dan juga pasukan musuh yang
berundur. Ini adalah kerana seksyen ini memiliki ketepatan tembakan, sukar dikesan
dan anggota yang memiliki daya tahan yang tinggi. Dengan ciri-ciri sedemikian,
seksyen ini berkeupayaan melaksanakan tugas-tugas berikut:

a. Memilih komander dan pemerintah rendah yang lain sebagai sasaran
tepat.

b. Menjadikan sasaran nilai tinggi seperti kenderaan pemerintah,
kenderaan pembawa minyak, stor peluru, stesen perhubungan sebagai sasaran
pilihan.

c. Memaklumkan maklumat terkini tentang musuh dan keadaan taktikal
semasa kepada markas batalion.

d. Melaksanakan tugas tembak curi balas atau counter-sniper.

956. Penempatan. Seksyen ini seharusnya digerakkan secara bersendirian dan
terus menghampiri sasaran yang telah ditetapkan. Tatacara atur gerak atau kemasukan
ke kawasan objektif haruslah difikirkan sebaiknya disamping menimbangkan ciri-ciri
seksyen ini yang dilatih khas untuk menghadapi keadaan yang memerlukan ketahanan
fizikal dan mental yang tinggi. Untuk tujuan kawalan, seksyen ini boleh diberi sesuatu
sektor atau kawasan untuk beroperasi bagi mengelakkan pertindihan tugas dan
sebagainya.

957. Perintah dan Kawalan. Seksyen ini harus dikawal dan diperintah secara
terus oleh pegawai memerintah. Ini adalah kerana pegawai memerintah seharusnya
memiliki perancangan tersendiri terhadap seksyen ini. Kejayaan operasi Seksyen
Sniper dalam sesuatu tugas yang diberikan haruslah dieksploitasi dengan seberapa
segera oleh pegawai memerintah bagi membantu perancangan beliau seterusnya.
Penugasan seksyen ini dengan kumpulan pendahuluan yang lain perlu
dipertimbangkan dengan rapi agar Ia tidak mewujudkan pembaziran aset ini.

SEKSYEN 6

BANTUAN TEMPUR DALAM MARA

ARMOR

958. Selalunya Kereta Kebal dan KPPA akan bekerjasama dengan pasukan infantri
di dalam mara sebagai kumpulan tempur gabungan (combined arms team)
terutamanya di kawasan terbuka. Adalah perlu elemen ini dikekalkan sebagai satu

9 - 14

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

entiti bagi mendapatkan kesan tindakan yang maksimum. Batalion yang
berkenderaan dan dibantu oleh armor akan menjadi lebih kuat dan berupaya
menangani ancaman musuh di sepanjang mara. Elemen-elemen dari Rejimen Armor
boleh ditempatkan sebagai sebahagian Pengawal Mara atau Pengawal Rusuk.

ARTILERI

959. Bantuan tembakan artileri mestilah diadakan pada setiap masa. Bantuan
artileri jarak sederhana boleh diperuntukkan sebagai tambahan kepada Artileri Medan.
Di dalam mara, bateri-bateri artileri boleh bergerak secara ‘lompat katak’ (leap frog)
atau membuat peningkatan (step up ) tertakluk kepada kelajuan mara. Mereka
mungkin juga terpaksa terus bergerak dan membuat prosedur tindakan segera (crash
action) setiap kali tembakan diperlukan. Tindakan ini akan menyebabkan tembakan
yang tertangguh dan tindakan segera Platun Mortar adalah perlu untuk memenuhi
masa yang tertangguh ini. Kumpulan Pegawai Pemerhati Hadapan boleh digerakkan
bersama Pengawal Mara.

JURUTERA

960. Peranan utama jurutera adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan kelajuan
mara mara. Ini memerlukan semua jalan mara dibuka dan disenggarakan. Amaran
awal dan tinjauan adalah perlu di peringkat awal bantuan jurutera. Perisikan jurutera
sangatlah berharga kepada Pemerintah Atasan dan Pegawai Stafnya. Di peringkat
batalion, bantuan jurutera selalunya terhad kepada kumpulan-kumpulan tinjauan dan
Trup Jurutera.

961. Tugas-tugas yang boleh dilaksanakan oleh Jurutera adalah:

a. Meninjau jalan-jalan mara dan anggota tinjau jurutera boleh bersama
dengan Pengawal Mara.

b. Membuka jalan-jalan laluan untuk mara dengan:

(1) Membersihkan medan periuk api, mengganggu, memusnahkan
halangan-halangan dan menutup lubang.

(2) Memperkukuhkan jambatan-jambatan, pembetung dan
memperluaskan denai-denai.

(3) Membaik pulih jurang-jurang yang kering dan basah.

c. Mematikan bahan letupan musuh.

d. Memperbaiki dan membina tempat-tempat atau landasan-landasan
pendaratan untuk membantu di dalam ulang bekal dan pemindahan
kecederaan.

9 - 15

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

SEKSYEN 7

PENTADBIRAN DALAM MARA

962. Bekalan Tempur. Pasukan mara perlulah membawa bekalan tempur
maksimum tanpa mengurangkan daya gerak taktikal. Ulang bekal boleh dilakukan
melalui penubuhan Tempat Penghantaran (DP) yang ditubuhkan di belakang Eselon
A. Pengagihan ini dibuat mengikut dasar harian. Ulang bekal untuk kompeni-
kompeni adalah mengikut rancangan taktikal pegawai memerintah. Dalam keadaan
tertentu, ulang bekal boleh dilakukan secara sistem bekalan hadapan dan selalunya di
buat selepas waktu senja. Jika pasukan terpaksa mara tanpa kenderaan, hanya bekalan
tempur yang perlu dibawa mengikut kemampuan anggota dan keperluan semasa.
Tumpuan khas hendaklah diberikan kepada cara-cara membawa peluru dan bahan
letupan yang lain. Penghantaran bekalan melalui udara boleh membantu atau
menggantikan bekalan yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan di darat.

963. Eselon A. Eselon A selalunya tidak mengubah kedudukannya lebih dari
sekali dalam sehari. Walau bagaimanapun ia perlulah bersedia untuk bergerak ke
hadapan apabila diperlukan. Jadual di antara tiap-tiap pergerakan Eselon A akan
ditetapkan oleh jarak mara, masa untuk agensi-agensi pembekalan berpatah balik dan
kemungkinan ancaman musuh. Apabila keadaan perjalanan menjadi sukar,
pergerakan Eselon A akan menjadi lebih susah dan perlahan dari Kumpulan Mara.
Dalam keadaan ini, penempatan Eselon A mungkin diubah dengan lebih kerap
mengikut kesesuaian taktikal.

964. Perlindungan. Kumpulan-kumpulan pentadbiran adalah bertanggungjawab
untuk menyediakan pelindungan tempatan sendiri. Kumpulan-kumpulan
perlindungan khas mungkin diperlukan semasa mereka membuat tugas-tugas yang
menggunakan tenaga kerja yang ramai seperti pergerakan dan pengendalian Tempat
Pengagihan, zon-zon pendaratan atau pengguguran.

965. Pemindahan Kecederaan. Dalam mara, perhatian khusus perlu diberikan
kepada cara-cara pengendalian dan pemindahan kecederaan. Pemindahan udara
adalah dianggap sebagai kaedah terbaik mengendalikan kes-kes kecederaan.
Peraturan khas juga perlulah dibuat untuk mengeluarkan kenderaan-kenderaan yang
rosak. Penempatan elemen-elemen Platun Bantuan Teknik di hadapan dapat
mengurangkan kelewatan dan mengelakkan kesesakan di sepanjang jalan mara.

9 - 16
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Kump
Pelindung

Pengawal Pengawal
Rusuk Rusuk

Pengawal Pengawal
Hadapan Mara

Pengawal
Utama

Kump
Induk

Pengawal
Belakang

Nota:

1. Rajah menunjukkan batalion bertindak sebagai Pengawal Mara untuk
kemaraan Bgd. Batalion ini menyediakan Pengawal Hadapan dan Pengawal Utama
untuk gerak mara.

2. Sebahagian dari elemen Bgd bertindak sebagai kumpulan utama dan
menyediakan kekuatan untuk pengawal rusuk dan belakang. Bgd boleh juga
menyediakan kumpulan pelindung walaupun tugas ini sepatutnya disediakan oleh
Divisyen.

Gambarajah 10: Batalion Sebagai Pengawal Mara

9 - 17
TERHAD

Pengawal TERHAD MP 1.1.9A TD
Hadapan Arah
KTB Mara
Ketua Komp
Artileri (PPH) Pengawal
Elemen Tinjau Mara Bn
Jutra
Pengawal
AKK Rusuk
PSB
Mor

Peg Mem, Armor (LO)
Ket Bti, Peg Jutra
Elemen Tinujau
Artileri

Kump Induk
Bn

Baki MK Bn

AKK

PSB

Pengawal
Belakang

Gambarajah 11: Pengelompokkan Batalion Di Dalam Gerak Mara

9 - 18
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 10

SERANGAN

SEKSYEN 1

PENGENALAN

AM

1001. Tujuan serangan adalah untuk menghampiri dan memusnahkan atau menawan
sesuatu kedudukan musuh. Tindakan ini dilaksanakan dengan gabungan kuasa
tembakan dan manuver. Ini ditambah dengan unsur kejutan yang boleh memberi
inisiatif dan keselamatan kepada pasukan penyerang. Pemerintah pasukan penyerang
biasanya mempunyai kelebihan untuk memilih tempat, cara dan masa untuk
bertempur. Tujuan sesuatu serangan mestilah dinyatakan dengan jelas dan
dieksploitasi sepenuhnya. Beliau mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk
berjaya dan setiap tindakan yang diambil kerana ini boleh meyakinkan pemerintah-
pemerintah bawahannya.

1002. Sebelum sesuatu serangan dilancarkan, segala maklumat tentang musuh perlu
diperolehi termasuklah perkara berikut:

a. Kekuatan musuh.

b. Saiz dan bilangan objektif.

c. Senjata bantuan musuh.

d. Keadaan tanah.

e. Tujuan musuh.

SEKSYEN 2

JENIS SERANGAN

1003. Terdapat dua jenis serangan iaitu:

a. Serangan Serta Merta. Mengambil peluang di atas keadaan musuh
yang tidak bersedia dan mengeksploitasi kelebihan taktikal.

10 - 1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Serangan Dirancang. Dilakukan terhadap sesuatu Pertahanan musuh
yang kukuh, melibatkan perancangan terperinci dan penyelarasan sumber yang
ada.

1004. Dalam serangan serta merta, persediaan dan tahap kawalan adalah kurang
berbanding serangan dirancang. Masa untuk tinjauan dan raptai adalah cukup terhad
kerana serangan ini memerlukan kepantasan dan tindakan agresif. Sebaik sahaja
serangan dilancarkan, ia hendaklah dilakukan dengan menggunakan kekuatan yang
maksima bagi mencapai hasil terbaik dari serangan tersebut.

1005. Serangan dirancang memerlukan tinjauan yang rapi, perancangan yang
terperinci dan penyelarasan semua aset berkaitan. Untuk itu, seseorang pemerintah
perlulah berusaha untuk menguasai kawasan dengan mengadakan rondaan aktif dan
langkah-langkah agresif yang lain bagi mempertingkatkan pengumpulan maklumat
tentang musuh serta mengekalkan inisiatif pasukan penyerang.

SEKSYEN 3

PERTIMBANGAN ASAS

1006. Semasa merancang sesuatu serangan, perkara berikut mestilah
dipertimbangkan:

a. Kejutan. Bagi mencapai kejutan, setiap pemerintah perlu
mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

(1) Pergerakan yang terlindung dari kawasan berkumpul ke tempat
atur bentuk.

(2) Aplikasi tipu helah melalui manuver, serangan sekunder dan
bantuan tembakan tidak langsung.

(3) Pengekalan keselamatan melalui rondaan, senyap radio dan
disiplin medan.

(4) Pemilihan masa serangan.

(5) Kepantasan.

b. Penumpuan. Penumpuan aset tempur dalam serangan harus
dipertimbangkan secara relatif dengan tujuan musuh, tahap pertahanan dan
reaksi musuh semasa bertempur. Tipu helah, kejutan dan daya gerak dapat
membantu meningkatkan darjah penumpuan ini.

10 - 2

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Penembusan. Sesuatu serangan seharusnya mempunyai kedalaman
dan mensasarkan kawasan hadapan musuh yang kecil (narrow front).
Dengan itu, musuh yang dihadapi secara relatifnya adalah lebih lemah yang
memudahkan pasukan penyerang mengekalkan momentum dan daya tempur.
Serangan awal seharusnya dilakukan bagi memberi laluan kepada fasa
seterusnya. Trup simpanan juga boleh memainkan peranan bagi membantu
penembusan khususnya terhadap objektif kedalaman dan juga trup simpanan
musuh. Pasukan penyerang mestilah mempunyai kelebihan kuasa tembakan,
manuver dan keanggotaan yang secukupnya bagi melaksanakan sesuatu
penembusan.

d. Kuasa Tembakan. Rancangan tembakan mestilah melibatkan semua
aset langsung dan tidak langsung yang ada pada batalion. Ia seharusnya
mampu membantu sesuatu serangan berdasarkan rancangan taktikal Pegawai
Memerintah. Rancangan tembakan juga harus merangkumi Tembakan
Defensif (DF) untuk membantu mempertahankan objektif yang telah ditawan.
Rancangan tembakan juga harus mengadakan unit tembakan simpanan untuk
menembak sasaran-sasaran peluang atau tugas-tugas yang ditetapkan oleh
markas atasan.

e. Pengkalan Tetap . Serangan seharusnya dilancarkan dari pangkalan
tetap yang selamat khususnya dari ancaman tembakan tidak langsung musuh.
Sekiranya kejutan dan keselamatan ingin dikekalkan dalam sesuatu serangan,
pangkalan ini boleh digunakan sebagai tempat letak kenderaan. Pengkalan
tetap boleh ditubuhkan oleh pasukan yang dahulu sampai di kawasan yang
dikenal pasti sebagai pangkalan tetap ataupun satu kumpulan khusus
ditugaskan untuk tujuan ini.

f. Keselamatan Tempat Atur Bentuk dan Garis Berlepas. Tempat
Atur Bentuk dan Garis Berlepas mestilah diselamatkan supaya serangan tidak
akan terjejas. Operasi awal atau berasingan mungkin perlu untuk
menyelamatkan tempat atur bentuk dan garis berlepas.

g. Keselamatan Rusuk. Keselamatan rusuk perlu dipastikan agar
serangan tidak terdedah kepada gerakan balas musuh yang tidak diduga. Ini
boleh dilakukan dengan menempatkan trup pelindung rusuk, helikopter
pemerhati ringan ataupun bantuan tembakan. Disamping itu, kepantasan
sesuatu serangan juga penting bagi mengurangkan kemungkinan musuh
bertindak balas dari arah rusuk.

h. Mengekalkan Momentum. Momentum serangan hendaklah
dikekalkan supaya inisiatif sentiasa dalam pegangan. Perkara ini boleh
dilaksanakan dengan adanya komposisi yang betul untuk setiap fasa serangan,
jumlah trup yang mencukupi dan unit tembakan simpanan yang boleh
membantu sebarang pengubahsuaian perlaksanaan serangan. Kejayaan awal

10 - 3
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

sesuatu serangan perlu dieksploitasi dan atur semula yang pantas boleh
membantu mengekalkan momentum.

i. Mengekalkan Inisiatif. Sekiranya inisiatif untuk sesuatu tindakan
dalam serangan diperolehi, ia haruslah dikekalkan. Ini perlu bagi menjamin
tindakan seterusnya akan menjadi lebih mudah dan memihak kepada pasukan
penyerang. Sekiranya inisiatif ini tidak dikekalkan ia pasti menjejaskan
serangan dan mungkin mengakibatkan kecederaan yang banyak. Pemerintah
setiap kumpulan mestilah berada di hadapan atau kedudukan di mana mereka
boleh memerhatikan perlaksanaan pertempuran supaya dapat bertindak balas
dengan pantas mengikut perubahan keadaan.

j. Atur Semula Yang Pantas . Sebaik sahaja sesuatu objektif ditawan, ia
hendaklah mampu dipertahankan. Ini dapat dilakukan dengan menempatkan
senjata-senjata bantuan dengan pantas bagi mendapatkan kelebihan taktikal
terhadap sebarang usaha musuh mendapatkan semula objektif tersebut. Peluru
dan stor-stor lain dihantar segera dan kecederaan serta tawanan perang
dikumpul dan dipindahkan. Kepantasan penyusunan semula sangatlah penting
untuk mengekalkan momentum serangan.

k. Simpanan Musuh. Musuh selalunya mempunyai kumpulan

simpanan yang boleh dilibatkan untuk menangkis serangan utama atau

penembusan ke kawasan pertahanannya. Musuh seharusnya dipaksa untuk

menggerakkan pasukan ini seberapa awal yang boleh agar bagi mengurangkan

tentangan dan inisiatifnya. Keadaan ini akan memberi lebih kebebasan kepada

pasukan penyerang untuk bergerak dan bertindak secara agresif. Sebahagian

kuasa tembakan hendaklah disimpan dan bersedia digunakan untuk menembak

simpanan musuh sebaik sahaja kehadiran mereka disahkan.

SEKSYEN 4
PERLAKSANAAN
1007. Serangan boleh dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut:
a. Peringkat Persediaan.
b. Peringkat Serbuan.
c. Peringkat Eksploitasi.
d. Peringkat Atur Semula.

10 - 4
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PERINGKAT PERSEDIAAN

1008. Sebahagian dari persediaan serangan boleh dimulakan sebaik sahaja menerima
perintah amaran. Walau bagaimanapun, persediaan terperinci hanya boleh dilakukan
setelah menerima perintah dari MK Formasi yang sepatutnya menetapkan tugas-tugas
sesebuah batalion. Antara kandungan perintah MK Formasi adalah:

a. Komposisi serangan termasuk bantuan tembakan.

b. Objektif, tugas-tugas penyusunan semula dan had eksploitasi.

c. Sempadan untuk setiap pasukan yang terlibat dalam serangan.

d. Masa-masa yang penting.

1009. Apabila batalion menyerang sebagai sebahagian dari serangan formasi,
perkara-perkara tambahan berikut selalunya dimasukkan:

a. Kedudukan tempat atur bentuk dan garis berlepas serta jalan-jalan
laluan ke tempat-tempat tersebut.

b. Maklumat rancangan tembakan formasi.

c. Kadar kelajuan pergerakan berkenderaan.

d. Maklumat berkenaan raptai.

1010. Perintah Amaran. Pegawai Memerintah akan mengeluarkan Perintah
Amaran dan seterusnya komander-komander bawahan akan menurunkannya kepada
Kumpulan Perintah masing-masing. Dengan cara sedemikian semua anggota akan
menerima amaran tersebut dan boleh memulakan persediaan awal untuk serangan.

1011. Rancangan Tempur. Sebelum merancang sesuatu serangan, Pegawai
Memerintah perlu mendapatkan sebanyak maklumat yang boleh khususnya berkenaan
susun atur pertahanan musuh. Dalam pada itu. MK Formasi juga akan merancang
untuk mengumpul maklumat dan menyalurkannya kepada Pegawai Memerintah untuk
dipertimbangkan sebelum menetapkan rancangan serangannya. Untuk serangan serta
merta, perancangan mungkin dibuat berdasarkan penilaian tempur Pegawai
Memerintah. Manakala dalam serangan dirancang, penilaian terperinci terhadap
semua maklumat yang ada termasuk maklumat dari MK Formasi turut diambil kira.
Ini juga boleh dilakukan melalui tinjauan Pegawai Memerintah bersama Kumpulan
Tinjaunya berdasarkan masa dan keadaan taktikal yang ada.

1012. Tinjauan. Setelah Perintah Amaran dikeluarkan, Pegawai Memerintah akan
membuat penilaian peta, gambar udara dan seterusnya merancang tinjauan ke atas
objektif. Peruntukan masa untuk tinjauan perlu dipertimbangkan sewajarnya bagi

10 - 5
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

menentukan masa untuk aktiviti tidak terjejas. Jika arahan-arahan yang secukupnya
dapat diberikan dalam Perintah Amaran batalion, kumpulan tinjauan kompeni boleh
melaksanakan tinjauan awal mereka secara serentak. Setiap ketua Kumpulan Tinjau
haruslah tahu perkara yang hendak ditinjau agar masa tinjauan dapat dimanfaatkan
dengan sebaiknya. Dalam serangan dirancang batalion, keseluruhan rancangan
tinjauan dibuat oleh Pegawai Memerintah.

1013. Rancangan tinjauan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang maksimum
di dalam jangka masa yang minimum. Dari itu perhatian harus ditumpukan di dalam
merancang jalan-jalan yang akan digunakan dan masa yang ada untuk setiap tugas
tinjauan. Tinjauan yang rapi selalunya dapat mengenal pasti pendekatan terbaik ke
arah objektif, khususnya dari aspek perlindungan dan kejutan. Didalam serangan serta
merta, maklumat taktikal boleh diperolehi dari kumpulan yang bertembung dengan
musuh. Jika kumpulan ronda digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi
persediaan serangan, pertahanan musuh mungkin perlu diganggu untuk memaksanya
bertindak balas dengan melepaskan tembakan.

1014. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa merancang sesuatu
serangan adalah seperti berikut:

a. Musuh. Penilaian maklumat perisikan berkenaan musuh perlulah
sentiasa dikaji. Penilaian ini mestilah menggambarkan aturgerak semasa
musuh dan meramalkan kemungkinan tujuannya.

b. Tanah. Ini termasuklah maklumat berkenaan jalan, pendekatan,
halangan, perlindungan, jarak dan sebagainya.

c. Cuaca. Keadaan cuaca boleh mempengaruhi rancangan serangan
khususnya keupayaan meninjau dan mungkin juga keupayaan
mengeksploitasi kelemahan musuh. Cuaca yang tidak menentu juga boleh
menjejaskan operasi bantuan udara dan penggunaan bom asap.

d. Penguasaan Ruang Udara. Penguasaan ruang udara setempat
haruslah dipertimbangkan dengan sewajarnya semasa serangan kerana ia
mampu mempengaruhi sebahagian besar kejayaan dalam sesuatu serangan.

e. Objektif. Objektif batalion selalunya ditentukan oleh pemerintah
formasi. Pegawai Memerintah seterusnya akan membahagikan objektif
batalion ini kepada beberapa objektif unit kecil. Objektif-objektif ini mestilah
mudah dikenali dan diterangkan dengan jelas di dalam perintah serangan.
Sebelum menentukan objektif-objektif, perkara-perkara berikut hendaklah
dipertimbangkan:

(1) Kepentingan taktikal objektif tersebut kepada penyerang dan
musuh bagi tujuan operasi selanjutnya.

10 - 6
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(2) Serangan haruslah dalam lingkungan kekuatan tempur yang ada
dan berdasarkan maklumat terkini berkenaan musuh.

(3) Keadaan tanah mestilah membolehkan pasukan penyerang
menyusun semula dan berupaya menangkis serangan balas musuh.

(4) Bantuan tembakan yang ada mestilah mencukupi untuk
membantu keseluruhan serangan.

(5) Tempat menyeberang halangan yang ada haruslah dirancang.

(6) Sebarang usaha membuat tempat menyeberang halangan oleh
Jurutera atau Rintis Serang hendaklah seimbang dengan keperluan
taktikal.

f. Masa. Pemilihan masa serangan adalah tertakluk kepada:

(1) Arahan dari pemerintah atasan.

(2) Operasi formasi-formasi di rusuk.

(3) Masa yang diperlukan untuk tinjauan dan atur gerak.

(4) Perjalanan dan jarak ke objektif.

(5) Keadaan cuaca.

(6) Kesediaan dan jenis bantuan tembakan yang ada.

(7) Masa yang diperlukan untuk persediaan taktikal, menyeberangi
halangan atau membersihkannya.

g. Komposisi dan Pembahagian Trup Kepada Tugas. Pegawai
Memerintah haruslah menentukan komposisi dan kekuatan trup yang perlu
untuk menawan dan mempertahankan sesuatu objektif. Dalam perkara ini,
Pegawai Memerintah haruslah mempertimbangkan:

(1) Keluasan objektif, ruang hadapan dan lokasi kedalamannya.

(2) Tahap pertahanan termasuk tentangan yang mungkin diberikan
oleh pihak musuh.

(3) Keperluan elemen armor untuk membantu serangan dan
mempertahankan objektif dari serangan balas.

10 - 7
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(4) Keperluan senjata-senjata pemusnah kereta kebal di objektif
dan kemungkinan serang balas kereta kebal musuh.

(5) Pendekatan ke objektif dan tempat turun anggota infantri
sekiranya KPPA digunakan dalam serbuan.

(6) Bantuan Jurutera dan Rintis Serang yang diperlukan oleh
pasukan penyerang untuk menyeberangi halangan di antara garis
berlepas (LD) dan objektif, penggunaan bahan letupan atau
menyediakan jalan laluan untuk kenderaan-kenderaan Eselon F ke
objektif.

(7) Bantuan tembakan untuk melindungi pergerakan ke objektif
dan mempertahankannya.

(8) Simpanan untuk setiap fasa serangan.

h. Paksi. Trup penyerang hendaklah bergerak selari dengan paksi ke
objektif. Di kawasan terhad atau pada waktu malam, paksi mungkin
menggunakan arah kompas. Setelah paksi dikenalpasti, objektif, tugas-tugas
trup dan sempadan-sempadan haruslah juga ditetapkan.

i. Sempadan. Sempadan-sempadan digunakan untuk menetapkan
kawasan-kawasan tanggungjawab dan had pergerakan unit-unit kecil. Sebaik-
baiknya, sempadan ini hendaklah mudah dikenali dan penerangan jelas kepada
trup penyerang berkenaan kawasan tanggungjawab masing-masing harus
dilakukan.

j. Fasa-Fasa. Fasa-fasa di dalam serangan adalah tertakluk kepada
jumlah objektif yang dipilih, trup yang ada dan tahap kesediaan bantuan
tembakan. Penggunaan fasa serangan harus diadakan apabila sumber
kekuatan tempur yang ada terpaksa dibahagikan mengikut keperluan taktikal
semasa. Rancangan yang mempunyai banyak fasa akan merumitkan
perlaksanaan serangan, menyebabkan banyak hentian dan mungkin
memperlahankan momentum. Ini akan memberikan peluang kepada musuh
untuk berkumpul semula dan seterusnya menyerang balas.

k. Kawasan Berkumpul. Kawasan ini mestilah diselamatkan,

tersembunyi dan bebas dari tembakan artileri dan mortar musuh. Dalam

serangan serta merta, kawasan berkumpul mungkin tidak diperlukan kerana

trup akan terus bergerak dari kedudukan mereka ke Tempat Atur Bentuk

(FUP). Prosedur-prosedur tempur berikut boleh dilakukan di kawasan

berkumpul:

(1) Memeriksa senjata dan peralatan.

10 - 8
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(2) Memeriksa alat-alat komunikasi.

(3) Perhubungan dan bergabung dengan pasukan-pasukan
pembantu.

(4) Menyediakan rangsum, peluru dan air tambahan.

(5) Memeriksa muatan kenderaan-kenderaan Eselon F.

l. Tempat Atur Bentuk (FUP). FUP mestilah:

(1) Selamat dari tembakan langsung musuh. Bagi tujuan ini,
kumpulan pendahuluan atau kumpulan ronda boleh digerakkan dahulu
ke tempat ini.

(2) Terlindung dari tembakan langsung dan pemerhatian musuh.

(3) Cukup luas untuk penempatan anggota yang mendudukinya.

(4) Mempunyai pendekatan yang terlindung.

(5) Seberapa dekat yang boleh dengan objektif tetapi terlindung
dari perhatian atau ditembak oleh senjata kecil musuh.

m. Garis Berlepas (LD). LD adalah merupakan tempat di mana trup
penyerang melintas pada Jam H dan ia juga perlu diselamatkan dari tindakan
langsung musuh. Batas hadapan FUP selalunya dijadikan garis berlepas
terutamanya untuk fasa-fasa serangan seterusnya.

n. Pergerakan. Kelajuan pergerakan perlu diselaraskan dengan
keupayaan manuver dan rancangan tembakan. Kelajuan juga bergantung
kepada perkembangan serangan pada setiap fasa. Harus dipertimbangkan
bahawa terdapat perbezaan kelajuan pergerakan di antara pergerakan ke
objektif dengan pertempuran melalui objektif. Pasukan penyerang mestilah
bergerak seberapa pantas yang boleh apabila melalui kawasan yang terdedah
kepada tembakan. Kadar kelajuan pergerakan bergantung kepada:

(1) Keadaan tanah.

(2) Kekuatan pertahanan musuh termasuk halangan-halangan.

(3) Keberkesanan rancangan tembakan.

(4) Kekuatan dan daya gerak pasukan penyerang.

(5) Sama ada serangan dilancarkan pada waktu siang atau malam.

10 - 9

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

o. Rancangan Tembakan. Pegawai Memerintah mestilah mendapat
nasihat dari pemerintah-pemerintah tembakan bantuan di dalam merangka
rancangan tembakan untuk sesuatu serangan. Ia meliputi penyelarasan semua
sumber tembakan yang ada (artileri, mortar, mesingan, armor dan pesawat
udara) yang ada bagi membantu serangan. Amaran yang secukupnya
hendaklah diberikan kepada aset-aset yang terlibat khususnya dalam fasa
serangan yang memerlukan perubahan taktikal. Semasa serangan, jenis
tembakan yang boleh diadakan adalah tembakan-tembakan persediaan,
perlindungan dan pertahanan.

(1) Tembakan Persediaan. Tembakan persediaan adalah untuk
melemahkan tentangan musuh, mengakibatkan kecederaan, memusnah
pertahanan dan keseluruhannya untuk melemahkan moral musuh.
Jangka masa dan kekuatan tembakan persediaan ini bergantung kepada
keupayaan bekalan peluru dan kadar kejutan yang dikehendaki.

(2) Tembakan Perlindungan. Tembakan perlindungan adalah
untuk melindungi pergerakan trup penyerang ke objektif,
melumpuhkan seberapa banyak kedudukan musuh dan pos-pos
pemerhati yang boleh mengganggu pergerakan ini. Tembakan ini juga
merangkumi tempoh pertempuran melintasi objektif, penyusunan
semula dan eksploitasi.

(3) Tembakan Pertahanan. Tembakan pertahanan diperuntukkan
untuk membantu trup mempertahan kawasan tanah yang telah ditawan.

p. Bantuan Udara. Pegawai Memerintah perlu menimbang sama ada
bantuan udara boleh membantu kejayaan rancangan serangan atau sebaliknya.
Bantuan udara rapat (CAIRS) dan tinjauan udara perlu diberi penumpuan
sewajarnya. Dalam serangan dirancang, permintaan bantuan udara harus
disalurkan secepat mungkin untuk memberikan masa yang maksimum bagi
persiapan yang berkaitan. Cuaca mungkin mengganggu bantuan udara di
dalam sesuatu peperangan. Dari itu keputusan mestilah diambil sama ada:

(1) Serangan perlu diteruskan mengikut perancangan tanpa
mengira keadaan cuaca. Jika keadaan ini berlaku, dua rancangan
tembakan perlulah dibuat iaitu pertama, kedua-dua bantuan darat dan
udara digabungkan sepenuhnya atau hanya bergantung kepada senjata-
senjata bantuan darat sahaja.

(2) Serangan boleh ditangguhkan sehingga keadaan cuaca sesuai
untuk membolehkan bantuan udara digunakan. Pengawal udara
hadapan (FAC) mungkin diperuntukkan kepada batalion untuk
membantu memenuhi keperluan ini.

10 - 10
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

q. Eksploitasi. Eksploitasi adalah mengambil peluang dari kejayaan
serangan dengan mengekalkan inisiatif dan keadaan musuh yang tidak stabil.
Rancangan eksploitasi hendaklah dimasukkan dalam perintah serangan dan ia
bergantung kepada:

(1) Kekuatan dan kedudukan-kedudukan musuh di luar objektif,
keadaan muka bumi dan kemungkinan tindakan musuh selepas
Serangan.

(2) Had eksploitasi selalunya ditetapkan oleh MK Formasi.

(3) Keupayaan pasukan penyerang.

(4) Keselamatan Objektif. Walaupun setiap peluang untuk
eksploitasi yang berkesan perlu diambil, Pegawai Memerintah tidak
boleh mengabaikan pertahanan objektif yang telah ditawan.
Keutamaan tugas-tugas eksploitasi adalah:

(a) Membersihkan saki baki kumpulan kecil musuh.

(b) Mengadakan keselamatan setempat.

(c) Mengganggu persediaan serang balas musuh.

(d) Mengekalkan tekanan terhadap musuh dan menawan
sebarang tanah taktikal penting untuk operasi seterusnya.

r. Atur Semula. Atur semula mestilah bermula tanpa sebarang
kelewatan untuk:

(1) Mempertahankan tanah yang ditawan.

(2) Menyediakan pangkalan tetap di mana pertempuran dengan
musuh dapat dikekalkan.

(3) Mewujudkan kawalan ke atas kawasan hadapan.

s. Aturan Pentadbiran. Aturan pentadbiran yang diperlukan untuk
serangan termasuk.

(1) Perubahan kedudukan dan komposisi Eselon A untuk
memastikan ulangbekal sebaik sahaja atur semula dilakukan.

(2) Rancangan pemindahan kecederaan (CASEVAC) termasuk
kedudukan-kedudukan Pos Perubatan Rejimen (RAP), Pos Perubatan
Kompeni dan sebarang unit atau anggota perubatan yang diletakkan di
bawah perintah atau di dalam bantuan.

10 - 11

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(3) Kedudukan sebarang detasmen perkhidmatan di bawah perintah
atau di dalam bantuan.

(4) Pengendalian dan tempat pengumpulan tawanan perang.

1015. Kawalan. Untuk mencapai tujuan serangan, Pegawai Memerintah mestilah
berupaya mempengaruhi secara langsung pertempuran batalionnya. Oleh itu, beliau
mestilah mendapatkan maklumat semasa yang tepat di atas perkembangan serangan
dan mengekalkan keupayaannya meminda rancangan semasa serangan, jika perlu.
Kawalan boleh dicapai dengan komunikasi yang baik dan pemerhatian terus ke atas
perkembangan serangan.

1016. Jika pemerhatian adalah baik, Pegawai Memerintah dan MK Taktikalnya
boleh menubuhkan Pos Pemerhati. Ia mesti selamat, terlindung dan sesuai untuk
komunikasi radio yang baik. Dalam serangan yang melebihi satu fasa, adalah lebih
baik Pegawai Memerintah meningkatkan kawalan secara peribadi dengan bergerak ke
objektif perantaraan sebaik sahaja objektif pertama ditawan. Musuh juga mungkin
mengganggu komunikasi radio semasa serangan dilaksanakan dan perkara ini perlu
difikirkan oleh Pegawai Memerintah. Jika perlu rancangan penggunaan komunikasi
talian di dalam serangan hendaklah dipertimbangkan.

1017. Perintah. Perintah Pegawai Memerintah selalunya diberikan secara lisan
untuk serangan serta merta sekiranya batalion bergerak dengan kenderaan. Perintah
selalunya diberikan melalui radio. Untuk serangan dirancang, perintah lisan perlu dan
diikuti dengan pengesahan adalah lebih sesuai.

1018. Format untuk perintah boleh didapati dalam Manual Peperangan Darat,
Tentera Darat Malaysia Bahagian I jilid 6. Phamflet No 1. Tugas-tugas Staf dan
Manual Staf Angkatan Tentera Jilid II (Armed Forces Staf Manual Volume II).

1019. Taklimat. Jika masa dan keadaan taktikal mengizinkan, Pegawai Memerintah
atau komander-komander bawahan boleh memberi taklimat terus kepada trup yang
terlibat di dalam operasi. Perkara ini selalunya dilakukan di kawasan berkumpul.

1020. Raptai. Trup diberi taklimat dan jika masa mengizinkan, raptai boleh dibuat
terutamanya tentang peranan-peranan yang akan mereka lakukan di dalam serangan.
Raptai seboleh-bolehnya dilakukan di kawasan tanah dan keadaan yang hampir serupa
dengan keadaan serangan. Aktiviti ini boleh dilakukan di kawasan berkumpul dan
inisiatif setiap pemerintah adalah penting untuk mengadakannya.

1021. Rancangan Akhir. Setelah mempertimbangkan keperluan-keperluan
serangan, Pegawai Memerintah akan menetapkan rancangan amnya termasuk
peruntukan dan penyelarasan tembakan bantuan. Rancangan am Pegawai
Memerintah meliputi perkara-perkara berikut:

a. Objektif.

10 - 12

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Komposisi dan peruntukan trup kepada tugas-tugas.

c. Paksi.

d. Sempadan-sempadan.

e. Fasa-fasa.

f. Kawasan berkumpul

g. Tempat atur bentuk.

h. Garis berlepas.

i. Kelajuan pergerakan.

j. Masa.

k. Rancangan tembakan, termasuk bantuan udara.

l. Penyusunan semula dan eksploitasi.

m. Aturan pentadbiran.

n. Kawalan dan komunikasi.

1022. Bergerak ke Tempat Atur Bentuk. Jalan dan semua masa pergerakan dari
kawasan berkumpul ke tempat atur bentuk hendaklah diterangkan di dalam perintah.
Sebolehnya-bolehnya, jalan khas diperuntukkan kepada kereta kebal, kenderaan lain
dan trup berjalan kaki. Jalan-jalan ini mungkin perlu ditanda dengan penunjuk jalan
untuk membantu pergerakan ke tempat atur bentuk dan kawasan sekitarnya. Ia
hendaklah juga terlindung dari pemerhatian musuh dan terhalang dari tembakan
senjata kecil. Jika perkara ini tidak dapat dilakukan, sesuatu tindakan mestilah
diambil untuk menghalang pemerhatian musuh ke atas trup yang sedang bergerak ke
tempat atur bentuk ini.

1023. Di peringkat batalion, pergerakan ke tempat atur bentuk boleh diletakkan di
bawah perintah Penolong Pegawai Memerintah dan Penolong Ketua Kompeni di
peringkat Kompeni. Perkara ini adalah biasa terutamanya dalam serangan serta merta
kerana tinjauan mungkin masih dijalankan semasa trup membuat penempatan untuk
menyerang. Atur cara pergerakan kumpulan induk hendaklah disusun supaya tidak
berlaku kelam kabut di tempat atur bentuk dan unit-unit kecil tidak bergerak melepasi
satu sama lain.

10 - 13
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1024. Tindakan di Tempat Atur Bentuk . Sebaik sahaja batalion berada di tempat
atur bentuk, trup dan semua pasukan bantuan tempur hendaklah mengambil
kedudukan dalam formasi serangan dengan pantas dan senyap. Pemerintah-
pemerintah akan bertemu dengan kumpulan masing-masing dan membuat persediaan
untuk pemeriksaan akhir. Semua pemerintah adalah bertanggungjawab menempatkan
trupnya dan menjarakkan mereka dengan mengambil kira pasukan-pasukan tempur
lain. Ketua-ketua Platun dan Seksyen haruslah menunjukkan kepada anggota
masing-masing garis berlepas, arah serangan dan perkara-perkara lain yang berkaitan
dengan serangan.

1025. Apa-apa tanda yang menunjukkan sesuatu kawasan digunakan oleh trup
penyerang sebagai tempat atur bentuk akan menyebabkan ia ditembak dengan
tembakan langsung musuh. Dari itu trup penyerang hendaklah berada di tempat ini
dalam jangka masa yang minimum. Tindakan ini biasanya berlaku apabila trup
penyerang diangkut dengan KPPA.

1026. Pergerakan ke Objektif. Garis berlepas selalunya berada di pinggir hadapan
tempat atur bentuk. Jika garis berlepas berasingan dipilih, trup penyerang hendaklah
bergerak ke hadapan dari tempat atur bentuk dalam formasi serangan. Besar
kemungkinan pasukan penyerang ini tidak berhenti di garis berlepas yang
dimaksudkan.

PERINGKAT SERBUAN

1027. Trup hadapan melintasi garis berlepas pada Jam H dan bergerak ke arah
objektif. Pemerintah infantri di semua peringkat hendaklah:

a. Berusaha mengekalkan kadar kelajuan pergerakan supaya trup
penyerang sentiasa rapat dengan tembakan bantuan.

b. Menentukan arah serangan yang betul dikekalkan.

c. Sentiasa berhubung dengan trup di rusuk.

d. Menentukan jarak dan formasi serangan yang betul dikekalkan.

e. Menghantar maklumat perkembangan serangan.

f. Menentukan sempadan serangan masing-masing.

1028. Platun-platun belakang kompeni mestilah ditempatkan dalam kedudukan di
mana mereka tidak terlibat dengan pertempuran di hadapan tetapi berupaya dikawal
dan boleh digerakkan ke hadapan dengan pantas.

1029. Bertempur Menembusi Objektif . Pertempuran menembusi objektif bermula
apabila anggota infantri yang berjalan kaki ditembak oleh tindakan senjata kecil dari
objektif. Trup penyerang menggempur ke hadapan menggunakan senjata masing-

10 - 14

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

masing dengan dibantu oleh armor dan senjata bantuan. Sebaik sahaja anggota
penyerang ditembak oleh musuh mereka mestilah menggunakan tembak dan gerak
untuk peringkat akhir dalam serangan ini. Senjata-senjata bantuan batalion dan
artileri akan memberikan tembakan bantuan seberapa rapat yang mungkin kepada
pasukan penyerang.

1030. Serangan mestilah diteruskan sehingga objektif akhir ditawan. Di peringkat
seterusnya, iaitu semasa pasukan penyerang sedang bertempur menembusi objektif,
beberapa tentangan perlulah dijangkakan dari kedudukan-kedudukan musuh yang
tidak dilumpuhkan oleh tembakan bantuan. Untuk menghadapi sasaran-sasaran yang
tidak dijangkakan ini, trup hadapan boleh memanggil tembakan bantuan artileri atau
mortar melalui Pegawai Pemerhati Hadapan atau Kontroler Tembakan Bergerak.
Semua pemerintah mestilah mempamerkan daya kepimpinan mereka dan mampu
membuat jangkaan bila dan di mana kumpulan simpanan digerakkan serta tembakan
dari elemen-elemen bantuan diperlukan.

1031. Jika jarak di antara garis berlepas ke objektif agak jauh, Pegawai Memerintah
perlulah menimbangkan keperluan untuk:

a. Menempatkan kompeni penyerang di kedudukan di mana mereka
boleh digerakkan ke hadapan dengan pantas tetapi cukup jauh di belakang
untuk membenarkan manuver ke rusuk, jika perlu.

b. Mengelakkan kemungkinan tembakan defensif musuh sebaik sahaja
serangan telah diketahui. Selalunya tempat atur bentuk fasa pertama tidak
digunakan lagi bagi serangan selanjutnya.

1032. Jika salah satu kompeni menghadapi tentangan hebat dan tidak boleh
bergerak, Pegawai Memerintah mestilah mengubahsuai rancangannya tanpa meminda
tujuan asalnya. Pendekatan berikut boleh dipertimbangkan:

a. Memberikan bantuan tembakan tambahan kepada kompeni tersebut.

b. Menggerakkan kompeni lain untuk membantu dan ia boleh datang dari
arah yang lain.

c. Bertahan pada kedudukan semasa dan mempertingkatkan tekanan ke
atas musuh dengan kaedah yang bersesuaian.

1033. Sekiranya kompeni kedalaman tidak ditugaskan untuk membersihkan objektif,
kompeni penyerang adalah bertanggungjawab membersihkan objektif masing-masing
sebaik sahaja ia ditawan. Semua pemerintah mestilah sentiasa menyampaikan
maklumat ke pihak atasan berkenaan perkembangan serangannya kerana dengan
maklumat-maklumat ini pemerintah atasan boleh melancarkan rancangan-rancangan
selanjutnya. Mereka mestilah melaporkan:

10 - 15
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

a. Ketibaan trup hadapan ke atas objektif.

b. Apabila objektif telah diselamatkan.

c. Tindakan musuh.

1034. Tindakan Kumpulan Penyerang. Apabila platun hadapan tidak dapat
meneruskan serbuan, komander bawahan boleh membantunya dengan tembakan
tambahan dari artileri, mortar dan kereta kebal. Komander bawahan selalunya
mempunyai sama ada PPH (FOO) atau KTB (MFC) untuk membolehkannya
mendapatkan tembakan tidak langsung. Jika tembakan ini tidak mencukupi, komander
bawahan haruslah melibatkan sebahagian atau keseluruhan lebihan kompeninya untuk
serangan.

1035. Sebarang perubahan rancangan serangan hendaklah dibuat pada tahap
minimum kerana ia mungkin turut mempengaruhi rancangan MK Formasi.
Perubahan rancangan manuver harus terhad kepada sempadan-sempadan kompeni,
kedudukan-kedudukan platun yang sedang bertempur dan penempatan-penempatan
musuh. Menggerakkan trup baru melalui elemen serangan yang telah hilang
momentumnya adalah tidak sesuai kerana pendekatan ini akan menyukarkan
serangan. Penggunaan pendekatan yang lain harus difikirkan bagi membolehkan
penyerang asal membantu penyerang baru dan terus mengekalkan tekanan terhadap
musuh. Setiap pemerintah perlu bertindak secara agresif untuk menaikkan semangat
anggotanya supaya terus merapati dan membunuh musuh.

PERINGKAT EKSPLOITASI

1036. Ia adalah peringkat serangan di mana sesuatu kejayaan yang diperolehi akan
dieskploitasi bagi meneruskan dominasi ke atas sesuatu lokasi yang telah ditawan. Ini
membolehkan pasukan penyerang mengekalkan inisiatif dan seterusnya menghalang
musuh dari bertindak balas dengan apa cara sekalipun. Pemerintah di semua
peringkat mestilah bersedia mengambil sebarang peluang untuk mengeksploitasi
keadaan apabila musuh berada dalam keadaan tidak seimbang. Tujuan eksploitasi dan
mengekalkannya mestilah ditanam kukuh di dalam pemikiran pasukan penyerang.

1037. Had Eksploitasi . MK Formasi akan menetapkan had eksploitasi sesebuah
batalion jika ia sebahagian dari serangan formasi. Sebaliknya, jika batalion beroperasi
secara bersendirian Pegawai Memerintah akan menentukan had-had eksploitasi untuk
batalion dan kompeni-kompeninya. Selalunya batalion hanya berupaya mengadakan
tidak lebih dari satu kompeni sahaja untuk eksploitasi dan had eksploitasi itu boleh
melebihi had objektif kompeni.

1038. Pelaksanaan eksploitasi batalion adalah bergantung besar kepada kejayaan
serangan. Jika pertahanan musuh lebih kukuh dari yang dijangkakan, kumpulan yang
dirancang untuk eksploitasi mungkin terpaksa dilibatkan di dalam serangan terlebih
dahulu. Eksploitasi secara maksimum boleh dilaksanakan jika pertahanan musuh

10 - 16

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

dapat ditewaskan. Dalam keadaan ini, eksploitasi boleh dilaksanakan dalam bentuk
serangan serta merta kompeni ke atas satu atau lebih objektif. Dalam peringkat ini,
penempatan senjata bantuan perlu diselaraskan dan dirancang dengan teliti untuk
mendapatkan keberkesanannya.

PERINGKAT ATUR SEMULA

1039. Sebaik sahaja objektif ditawan, atur semula harus dimulakan oleh pasukan
penyerang sama ada pasukan infantri atau armor. Mereka harus mampu
mempertahankan lokasi tersebut dan seterusnya menjadikannya sebagai pangkalan
tetap untuk operasi seterusnya. Pada ketika ini, adalah penting bagi menempatkan
senjata-senjata bantuan batalion secara pantas dan mampu menguasai kawasan
hadapan masing-masing. Atur semula ini juga seharusnya dibantu oleh tugas
tembakan defensif artileri dan mortar.

1040. Sebaik objektif ditawan, tindakan-tindakan berikut hendaklah dilaksanakan:

a. Pemerintah di semua peringkat menyelaraskan susunan pertahanan
masing-masing.

b. Trup mula memperkukuhkan kedudukan yang telah ditetapkan.

c. Pemerintah-pemerintah membuat pembetulan dan menyelaraskan
rancangan tembakan.

d. Rondaan, sentri, pos-pos pendengaran dan pemerhati diaktifkan.

e. Senjata-senjata bantuan termasuk mortar dan senjata-senjata anti armor
digerakkan ke hadapan dengan seberapa cepat yang mungkin.

f. Stor-stor pertahanan termasuk peluru, digerakkan ke hadapan mengikut
susunan yang diperlukan.

g. Anggota yang cedera dikumpul dan dipindahkan.

h. Tawanan-tawanan perang dikeluarkan.

1041. Kumpulan tinjauan, kumpulan mesingan, senjata-senjata anti armor dan
mortar hendaklah memulakan kerja-kerja pengukuhan pertahanan mereka dengan
segera. Dalam pada itu, bekalan tempur dan keperluan logistik harus dibawa ke
hadapan seperti mana yang telah dirancangkan. Penggunaan helikopter boleh
mempercepatkan pelaksanaan aktiviti ini. Komander-komander bawahan hendaklah
menentukan tugas-tugas terperinci sebelum senjata-senjata ini sampai. Senjata-senjata
anti armor misalnya, hendaklah diberikan kawasan tanggungjawab semasa atur
semula. Apabila sampai ke objektif senjata-senjata ini di tempatkan secara terperinci
untuk melindungi pendekatan yang mungkin digunakan oleh musuh. Pegawai

10 - 17

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Pemerhati dan kumpulannya juga perlu memilih kedudukan yang baik untuk
memerhati kawasan yang telah di peruntukkan kepada batalion.

1042. Tindakan Pegawai Memerintah. Sebaik sahaja Pegawai Memerintah
bersama-sama MK Taktikalnya tiba di objektif yang telah ditawan, beliau boleh
melaksanakan tinjauan segera dan menentukan sebarang perubahan atau mengesahkan
perintah-perintah terdahulu untuk melancarkan fasa-fasa selanjutnya atau atur semula.
Sebaik sahaja objektif batalion diselamatkan, Pegawai Memerintah mestilah segera:

a. Menubuhkan kawalan setempat.

b. Menentukan kedudukan markasnya supaya boleh diperkukuhkan.

c. Membuat pembetulan-pembetulan yang perlu kepada rancangan atur
semula termasuk penyelarasan di antara penempatan-penempatan pertahanan,
pengubahsuaian tugas-tugas tembakan defensif artileri dan mortar,
menempatkan senjata-senjata bantuan dan melepaskan unit-unit armor jika
unit-unit ini hanya ditugaskan untuk serangan sahaja.

d. Menilai dan jika perlu mengubahsuai rancangan eksploitasi.

e. Membuat rancangan halangan bagi menyesuaikan keadaan pertahanan
yang baru.

1043. Atur Semula Akhir. Atur semula akhir boleh dilakukan jika keadaan sedia
ada tidak bersesuaian dengan keperluan taktikal. Ini termasuklah penempatan senjata
bantuan pada lokasi yang lebih mendatangkan penguasaan taktikal. Kelebihan yang
diperolehi semasa fasa eksploitasi juga boleh digunakan sebagai panduan untuk atur
semula akhir. Kesesakan di lokasi pertahanan hendaklah dielakkan bagi
mengurangkan keberkesanan tembakan artileri dan mortar musuh.

SEKSYEN 5
SERANGAN MALAM
AM
1044. Serangan malam mungkin diutamakan dari serangan siang untuk:
a. Menggunakan sepenuhnya kebaikan keadaan taktikal semasa yang
mana mungkin tidak akan wujud pada waktu siang.
b. Mencapai kejutan yang lebih.
c. Mengurangkan keberkesanan tembakan dan serangan udara musuh.

10 - 18
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Mengurangkan kemungkinan serangan balas armor musuh sebelum
atur semula diselesaikan.

e. Mengekalkan momentum.

1045. Peringkat-peringkat dan pelaksanaan serangan malam adalah sama seperti
operasi serangan siang. Walau bagaimanapun beberapa faktor memerlukan perhatian
khas:

a. Rancangan yang Mudah. Rancangan yang mudah akan membantu
kawalan yang mana ia lebih sukar pada waktu malam.

b. Maklumat dan Tinjauan yang Sebaik Mungkin. Tinjauan terperinci
pada waktu siang dan malam hendaklah dilaksanakan sebelum serangan.

c. Persediaan Terperinci . Untuk menentukan trup sampai ke objektif
dan berada pada kedudukan yang betul, persediaan dan raptai perlu
dilaksanakan dengan sebaiknya.

1046. Cara-Cara Serangan Malam. Terdapat dua jenis serangan malam.

a. Serangan senyap.

b. Serangan bising.

1047. Serangan Senyap. Serangan senyap selalunya dilancarkan untuk
menambahkan kejutan taktikal. Pada mulanya, ia dilancarkan secara senyap dan
bertukar menjadi bising apabila kejutan taktik telah hilang. Dari itu, rancangan
tembakan perlulah diatur dan bersedia untuk dilaksanakan serta-merta apabila
diperlukan. Bantuan tembakan tidak langsung hanya untuk mendaftarkan sasaran
dan memulakan tembakan sekiranya kejutan telah dilampaui. Serangan malam
selalunya memerlukan keadaan berikut:

a. Trup mestilah terlatih dan berpengalaman di dalam operasi malam.

b. Keadaan adalah sesuai untuk pergerakan senyap dan keadaan cuaca
boleh melindungi aktiviti-aktiviti pasukan menyerang.

c. Serangan dilancarkan di lokasi yang mana musuh tidak aktif dan dalam
masa yang sama kumpulan- kumpulan ronda pasukan sahabat mestilah
menguasai kawasan medan tempur.

d. Keadaan sekeliling mestilah kabur dan alat-alat pemerhatian malam
(NVD) musuh kurang berkesan.

e. Ketiadaan medan periuk api pemusnah anggota harus dipastikan.

10 - 19

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

f. Alat bantuan penglihatan malam dibekalkan.

1048. Serangan Bising . Serangan bising menggunakan keseluruhan bantuan yang
ada dari permulaan serangan. Cara ini dipilih apabila terdapat sedikit sahaja kejutan
yang diperolehi.

PERINGKAT-PERINGKAT PERSEDIAAN

1049. Peringkat persediaan untuk serangan malam adalah sama dengan peringkat
serangan siang. Walau bagaimanapun, faktor-faktor khas seperti berikut hendaklah
dipertimbangkan di dalam perancangan:

a. Serangan malam melebihi satu fasa adalah sukar dilaksanakan.

b. Objektif perlulah dihadkan kerana kesukaran pemerhatian. Bantuan
artileri, mortar dan kereta kebal adalah terhad serta kurang berkesan.

c. Susun atur serangan tertakluk kepada kekuatan musuh, kekuatan
tembakan perlindungan, kecerahan cahaya tiruan, kepastian objektif, muka
bumi dan keperluan alat-alat bantuan operasi malam.

d. Kelajuan pergerakan waktu malam relatif kepada muka bumi dan tahap
penglibatan. Had eksploitasi menjadi lebih dekat bagi mengurangkan
ancaman balas musuh yang mengambil kesempatan dari kegelapan malam.

e. Sempadan-sempadan yang ditetapkan haruslah mudah dikenali.
Manakala paksi boleh berpandukan pada:

(1) Penggunaan kompas.

(2) Menggunakan keadaan semulajadi atau tiruan seperti bukit,
lembah, anak sungai, denai dan sebagainya.
(3) Cahaya dan suaran.

g. Jarak yang akan dilalui mestilah ditentukan agar tidak melepasi
objektif.

g. Pemilihan laluan adalah tertakluk kepada:

(1) Masa yang ditetapkan di mana pasukan penyerang perlu tiba di
objektif.

(2) Masa yang terbaik untuk trup penyerang tiba ke objektif.

(3) Kelajuan pergerakan.

10 - 20
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(4) Tabiat rondaan musuh.

(5) Penglihatan (waktu subuh dan senja)

(6) Penggunaan suaran.

h. Di dalam melancarkan serangan malam, penanda arah dari tempat
berkumpul ke tempat atur bentuk dan garis berlepas adalah mustahak. Tugas
ini boleh diberi kepada Seksyen Tinjau dengan dibantu oleh anggota dari
kompeni-kompeni penyerang.

1050. Kereta kebal sebaik-baiknya digunakan mengikut paksi yang berlainan dari
infantri yang berjalan kaki bagi memudahkan mereka bergerak ke objektif masing-
masing mengikut masa sasaran yang telah ditetapkan. Hanya perubahan yang sedikit
sahaja boleh dibuat kepada rancangan tembakan semasa serangan.

1051. Penglihatan Di Medan Pertempuran . Sebahagian dari medan pertempuran
perlu diterangi dengan menggunakan cahaya suaran jika ia mewujudkan kelebihan
taktikal. Bagaimanapun, ia haruslah dikawal secara berpusat bagi mengelakkan ia
mendedahkan pasukan penyerang kepada tembakan musuh. Penggunaan cahaya
suaran juga boleh:

a. Mempertingkatkan penglihatan trup penyerang.

b. Membantu mengekalkan arah.

c. Menambah keberkesanan tembakan langsung dan tembakan tidak
langsung.

d. Menjejaskan keupayaan peralatan bantuan pandangan malam musuh
dengan cahaya inframerah.

1052. Peralatan pandangan malam sangat berguna bagi melancarkan serangan
malam tetapi penggunanya harus berhati-hati kerana cahaya inframerah yang aktif
boleh menghilangkan kejutan. Penggunaan utama alat pandangan malam adalah untuk
membantu:

a. Pandu arah trup penyerang.

b. Penyusunan semula di objektif, mengesan dan menentang serang balas
musuh.

c. Pergerakan ke hadapan elemen-elemen serangan berikutnya.

d. Penugasan senjata-senjata bantuan.

10 - 21
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

e. Penggunaan kenderaan.

1053. Rancangan Tembakan. Rancangan tembakan serangan malam tidak banyak
berbeza dengan rancangan tembakan serangan siang kecuali kesukaran dari segi
pemerhatian. Sasaran selalunya ditembak mengikut masa yang telah ditetapkan.
Kesan bantuan tembakan mungkin berkurangan disebabkan pandangan yang terhad.
Jika Serangan Senyap dilakukan, rancangan tembakan mestilah mudah diubahsuai
sebaik sahaja aspek kejutan tamat. Bantuan tembakan ini hanya boleh dipanggil oleh
pemerintah pasukan penyerang. Serangan malam mungkin menyebabkan trup
penyerang tidak dapat mengetahui kedudukan mereka dengan tepat. Situasi ini harus
dipertimbangkan didalam memberi bantuan tembakan.

1054. Sama ada serangan bising atau senyap, rancangan tembakan mestilah
disediakan untuk melindungi kedua-dua peringkat sasaran dan atur semula. Tembakan
selalunya diselaraskan dengan masa yang masa-masa serangan yang telah ditentukan.
Walau bagaimanapun, sebahagian tembakan boleh juga dibuat atas panggilan.

1055. Kawalan. Kawalan serangan malam bergantung kepada komunikasi radio
yang cekap dan pandu arah yang tepat. Kumpulan-kumpulan pandu arah dan pengira
langkah untuk setiap unit kecil merupakan bantuan tambahan kepada pengawalan.
Sebarang perubahan kepada arah pergerakan hendaklah cuba dielakkan. Pegawai
Memerintah dan komander-komander bawahan bergerak mengikut paksi yang
dikenalpasti supaya mereka sentiasa dapat dikesan. Walaupun demikian, kadang-kala
Pegawai Memerintah boleh mengawal serangan dengan lebih berkesan dari markas
yang statik.

1056. Tindakan Di Kawasan Berkumpul. Tindakan di kawasan berkumpul adalah
sama seperti serangan siang. Penunjuk arah mestilah diadakan untuk membawa
anggota-anggota menyerang ke tempat atur bentuk dan persediaan hendaklah diatur
untuk menerima dan memandu mereka ke kedudukan masing-masing. Jika boleh
tempat atur bentuk hendaklah ditanda sehingga ke peringkat seksyen. Bagi tujuan ini,
sesebuah pasukan perlu menjalankan raptai pada waktu malam khususnya di kawasan
tanah yang seakan-akan serupa.

1057. Peringkat Serbuan . Pergerakan ke objektif memerlukan perancangan yang
terperinci dan kawalan yang rapi supaya anggota penyerang dapat mengekalkan arah,
kelajuan pergerakan dan susun atur serangan. Bertempur melalui objektif dan
membersihkannya sukar dilaksanakan pada waktu malam. Semua anggota mestilah
terlatih melaksanakan tembakan dan manuver melalui objektif dalam keadaan
sebegini. Jika perlu, kumpulan pembersihan boleh ditugaskan membersih objektif
pada waktu subuh sebelum aktiviti lain bermula.

1058. Peringkat Eksploitasi . Di peringkat batalion, eksploitasi serangan malam
adalah terhad. Eksploitasi selalunya memerlukan manuver mudah dan bantuan
tembakan yang secukupnya. Adalah diperakui bahawa peringkat ini sukar dan
bahaya dilakukan semasa serangan malam.

10 - 22

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1059. Peringkat Atur Semula. Tidak ada sebarang perbezaan asas di antara
penyusunan semula waktu siang dan malam. Pandangan yang kabur dan kesukaran
untuk pembersihan menambahkan lagi keperluan perkara-perkara berikut:

a. Rancangan penyusunan semula yang terperinci.

b. Trup penyerang boleh melakukan atur semula di tempat mereka
berhenti.

c. Darjah perlindungan keliling yang tinggi di dalam kawasan atur
semula.

d. Menyelaraskan pertahanan dengan segera dan senjata bantuan dibawa
ke hadapan termasuk elemen armor jika perlu.

e. Mempersiapkan tembakan atas panggilan.

f. Penunjuk jalan dan pengawal Eselon F bergerak ke hadapan.

g. Pergerakan anggota dan kenderaan perlu dikawal dengan rapi.

h. Kajian semula yang rapi ke atas semua kedudukan dan tugas sebaik
sahaja adanya cahaya.

SEKSYEN 6

KOMPENI BANTUAN DALAM SERANGAN

AM

1060. Tugas-tugas Kompeni Bantuan dalam serangan adalah untuk memberi bantuan
tembakan langsung dan tembakan tidak langsung, memusnahkan kereta kebal,
menyediakan rangkaian perhubungan yang berkesan dan melaksanakan tugas-tugas
kejuruteraan kecil bagi membolehkan batalion melancarkan serangan dengan
berkesan.

PLATUN MORTAR

1061. Tugas. Platun mortar adalah bertanggungjawab untuk:

a. Memberi bantuan tembakan persediaan, perlindungan dan pertahanan
berpandukan rancangan tembakan batalion.

10 - 23
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Bekerjasama rapat dengan bateri artileri bagi menyediakan
perlindungan dan ruang yang cukup kepada trup penyerang agar mereka dapat
melaksanakan Serangan dengan lebih berkesan.

c. Memperuntukkan KTB kepada semua kompeni serbuan.

d. Mengaktifkan Sel Penyelarasan Bantuan Tembakan bersama elemen
artileri bagi menyelaras dan mengawasi semua misi tembakan.

1062. Atur Gerak. Tembakan perlindungan mortar yang diperuntukkan kepada
kompeni-kompeni penyerang haruslah diselaraskan dengan rancangan taktikal
batalion. Oleh kerana penempatan semula mortar semasa serangan tidak begitu
sesuai, maka kedudukannya hendaklah ditempatkan ke hadapan mungkin untuk
membolehkan bantuan tembakan defensif diberikan semasa atur semula. Jika
serangan merangkumi jarak yang jauh dan tidak ada pilihan lain melainkan
penempatan semula Seksyen Mortar, ia hendaklah digerakkan ke hadapan dengan
cara ‘lompat katak’ supaya bantuan tembakan mortar sentiasa dapat disediakan.
Mortar juga hendaklah digerakkan ke hadapan dengan cepat semasa atur semula.

1063. Perintah dan Kawalan. Platun mortar akan mengkordinasikan bersama Sel
Bantuan Tembakan Batalion yang biasanya bersama Pos Perintah Batalion dalam
usaha mengawal tembakan secara berpusat. Pengagihan unit tembakan mortar hanya
boleh dilakukan jika benar-benar perlu. Jika Seksyen Mortar diletakkan di bawah
perintah kompeni serangan, seksyen-seksyen tersebut akan kekal dalam panggilan
kompeni tersebut dan tidak boleh digunakan untuk misi-misi tembakan lain sehingga
selesai serangan.

PLATUN ANTI KERETA KEBAL

1064. Tugas. Di dalam serangan, Platun AKK adalah bertanggungjawab untuk
memusnahkan kereta kebal musuh. Tugas ini boleh dilaksanakan dengan senjata yang
diletakkan di atas kenderaan atau dibawa oleh anggota semasa serbuan.

1065. Aturgerak. Bantuan tembakan platun ini boleh diadakan di sepanjang
serangan dari lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Platun ini juga boleh digerakkan
untuk melindungi rusuk Serangan dari ancaman kereta kebal musuh. Semasa atur
semula, platun ini boleh digerakkan ke hadapan sebagai sebahagian daripada pasukan
eksploitasi.

1066. Perintah dan Kawalan. Aturgerak platun ini hendaklah dikawal secara
berpusat di Pos Perintah Batalion. Pengagihan pemerintahan pusat platun hanya boleh
dilakukan jika benar-benar perlu. Jika detasmen AKK diletakkan di bawah perintah
kompeni serangan, detasmen tersebut akan kekal di dalam kawalan kompeni tersebut
dan tidak boleh digunakan untuk tugas-tugas lain sehingga selesai serangan.

10 - 24
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PLATUN SENJATA BERAT

1067. Tugas. 7ugas platun ini adalah untuk memberi tembakan bantuan langsung
terutamanya ke atas kedudukan yang kukuh, kenderaan dan kereta perisai musuh.
Platun ini boleh juga diaturkan sebagai pasukan simpanan atau sebahagian dari
pasukan eksploitasi.

1068. Aturgerak. Detasmen dari platun ini boleh diaturgerakkan secara
berasingan atau bergerak bersama kompeni serangan untuk memberi tembakan
pelindungan yang efektif. Tugas tersebut boleh dilaksanakan sama ada menggunakan
kenderaan atau senjata bersama kaki tiga yang dibawa oleh anggota semasa serbuan.
Penempatan detasmen bergantung kepada rancangan taktikal yang terperinci bagi
menghasilkan aturgerak yang berkesan.

1069. Perintah dan Kawalan. Aturgerak platun ini hendaklah secara berpusat di
Pos Perintah Batalion. Pengagihan platun hanya boleh dilakukan jika benar-benar
perlu. Jika detasmen diletakkan di bawah pusat platun kompeni serangan, detasmen
tersebut akan kekal di dalam pemerintahan kompeni tersebut dan tidak boleh
digunakan untuk sebarang tugas-tugas lain sehingga selesai serangan.

PLATUN SEMBOYAN

1070. Tugas. Tanggungjawab Platun Semboyan adalah untuk:

a. Menubuhkan perhubungan radio di antara Pos Perintah Batalion,
kompeni serangan hingga ke tahap seksyen dan Kompeni Bantuan hingga ke
tahap detasmen.

b. Menyelaras perhubungan dengan pasukan bantuan dan unit-unit lain.

c. Menilai keupayaan Peperangan Elektronik musuh dan menyediakan
langkah-langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan oleh anggota.

1071. Aturgerak. Platun Semboyan hendaklah menentukan pengagihan alat
perhubungan dilaksanakan hingga ke tahap seksyen bagi kompeni serangan, manakala
bagi Kompeni Bantuan hingga ke tahap detasmen. Jururadio Semboyan hendaklah
diagihkan hingga ke tahap platun. Langkah-langkah berkesan hendaklah
dilaksanakan untuk mengatasi gangguan perhubungan ekoran tindakan musuh atau
keadaan muka bumi yang tidak sesuai. Pegawai Semboyan hendaklah meneliti
rancangan taktikal serangan dengan terperinci supaya penempatan operator dan alat
perhubungan dapat diatur dengan sempurna. Jika komunikasi talian diperlukan
sebagai komunikasi utama, anggota Semboyan boleh menguruskannya sebaik sahaja
objektif dapat ditawan. Frekuensi, Nama Panggilan dan kedudukan stesen radio
pasukan bantuan hendaklah dimaklumkan kepada semua trup agar dapat digunakan
semasa kecemasan.

10 - 25
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1072. Perintah dan Kawalan. Semua operator hendaklah diletakkan di bawah
perintah kompeni dan ia dikawal di MK Batalion.

PLATUN RINTIS SERANG

1073. Tugas. Platun Rintis Serang adalah tanggungjawab untuk:

a. Meninjau dan menanda medan periuk api.

b. Menggunakan alat-alat pemusnah tempur kecil seperti ‘banglore
torpedo’.

c. Pemusnahan dan pemindahan halangan.

d. Pembersihan jalan-jalan untuk kenderaan.

e. Memusnahkan struktur pertahanan pihak musuh jika perlu.

h. Membaiki dan menyelenggarakan jalan-jalan laluan.

1074. Aturgerak. Seksyen Rintis Serang boleh ditempatkan ke hadapan bagi
membantu kompeni serangan. Maklumat mengenai halangan musuh seperti dawai
atau medan periuk api hendaklah dianalisakan dengan terperinci agar ia dapat
dimusnahkan dengan pantas semasa serbuan. Pengagihan peralatan kepada seksyen
ini harus dibuat dengan teliti agar tidak membebankan mereka ataupun kompeni
serangan. Platun ini juga hendaklah sentiasa bersedia membantu pihak Jurutera dalam
tugas-tugas kejuruteraan medan yang lain.

1075. Perintah dan Kawalan. Platun boleh diletakkan di bawah perintah kompeni
serangan untuk memusnahkan sebarang halangan dengan lebih cepat dan berkesan.
Semasa atur semula, platun boleh digerakkan secara berpusat dan pengagihan tugas
hendaklah dilaksanakan menerusi Pos Perintah Batalion.

SEKSYEN TINJAU

1076. Tugas. Seksyen ini merupakan salah satu aset terpenting dalam fasa serangan.
Kemampuan seksyen ini melaksanakan tugas tinjauan dan seterusnya menghantar
maklumat ke MK Batalion banyak mempengaruhi aspek perancangan serangan.
Seksyen ini harus mampu melaksanakan tinjauan rapat ke kedudukan musuh bagi
mendapatkan maklumat terperinci mengenai susun atur pertahanan musuh, sistem
persenjataan, elemen bantuan dan aspek taktikal yang lain. Di antara tugas-tugas yang
boleh dilaksanakan oleh seksyen ini adalah seperti berikut:

a. Mengesan kedudukan musuh termasuk lokasi senjata bantuan dan
elemen yang lain.

10 - 26
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Mengawasi aktiviti dan rutin musuh sebelum, semasa dan selepas
serangan.

c. Menilai jalan-jalan yang mungkin digunakan oleh musuh untuk
berundur.

d. Meneliti siri lokasi pertahanan musuh seterusnya sehingga ke lokasi
utama.

e. Memanggil bantuan tembakan mengikut kesesuaian keadaan.

1077. Penempatan. Seksyen ini boleh diaturgerak secara bersendirian ataupun
bersama trup tinjau armor. Di dalam melaksanakan tugas-tugas tinjauan ke kedudukan
musuh, seksyen ini harus diberi kebebasan dalam segala aspek agar dapat
menjalankan tugas dengan mudah dan berkesan. Dengan itu, seksyen ini boleh
menempatkan diri pada kedudukan yang boleh mengawasi aktiviti musuh, jalan undur
dan lokasi pertahanan musuh seterusnya. Di dalam kesemua tahap serangan,
penempatan seksyen ini seharusnya menumpukan tugas-tugas tinjauan dan
pengumpulan maklumat penting.

1078. Perintah dan Kawalan. MK Batalion seharusnya mempunyai kawalan penuh
ke atas seksyen ini walaupun ia digerakkan ke sesuatu kawasan yang diduduki oleh
subunit lain. Ini adalah kerana maklumat yang diperolehi oleh seksyen ini adalah
perlu dihantar ke MK Batalion secepat mungkin. Dalam keadaan ini, sistem
perhubungan yang berkesan adalah penting bagi membolehkan sebarang maklumat
atau arahan semasa dapat disalurkan dengan segera.

SEKSYEN SNIPER

1079. Tugas. Semasa serangan, Seksyen Sniper boleh melakukan beberapa tugas
yang boleh mendatangkan kesan yang jelas terhadap pasukan penyerang dan juga
pasukan musuh yang bertahan. Ini adalah kerana seksyen ini memiliki ketepatan
tembakan, sukar dikesan dan anggota yang memiliki daya tahan yang tinggi. Dengan
ciri-ciri sedemikian, seksyen ini berkeupayaan melaksanakan tugas-tugas berikut:

a. Memilih komander dan pemerintah rendah yang lain sebagai sasaran
tepat.

b. Menjadikan sasaran nilai tinggi seperti kenderaan pemerintah,
kenderaan pembawa minyak, stor peluru dan stesen perhubungan sebagai
sasaran pilihan.

c. Memaklumkan maklumat terkini tentang musuh dan keadaan taktikal
semasa kepada MK Batalion.

d. Melaksanakan tugas tembak curi balas atau ‘counter-sniper’.

10 - 27

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1080. Penempatan. Seksyen ini seharusnya digerakkan secara bersendirian dan
terus menghampiri sasaran yang telah ditetapkan. Tatacara aturgerak atau kemasukan
ke kawasan objektif haruslah difikirkan sebaiknya di samping menimbangkan ciri-ciri
seksyen ini yang dilatih khas untuk menghadapi keadaan yang memerlukan ketahanan
fizikal dan mental yang tinggi. Untuk tujuan kawalan, seksyen ini boleh diberi
sesuatu sektor atau kawasan untuk beroperasi bagi mengelakkan pertindihan tugas dan
sebagainya.

1081. Perintah dan Kawalan. Seksyen ini harus dikawal dan diperintah secara
terus oleh Pegawai Memerintah. Ini adalah kerana Pegawai Memerintah seharusnya
memiliki perancangan tersendiri terhadap seksyen ini. Kejayaan operasi Seksyen
Sniper dalam sesuatu tugas yang diberikan haruslah dieksploitasi dengan seberapa
segera oleh Pegawai Memerintah bagi membantu perancangan beliau seterusnya.
Penugasan seksyen ini dengan Kumpulan Pendahuluan yang lain perlu
dipertimbangkan dengan rapi agar ia tidak mewujudkan pembaziran aset ini.

SEKSYEN 7

BANTUAN TEMPUR DALAM SERANGAN

ARMOR

1082. Tugas. Armor adalah satu pasukan tempur yang penting dalam serangan dan
lazimnya beroperasi sebagai satu entiti bagi mencapai kesan kejutan serta kuasa
tembakan yang maksimum. Dalam mengurangkan ancaman senjata anti armor
musuh, elemen ini seharusnya beroperasi bersama dengan pasukan infantri.

1083. Penempatan. Penempatan elemen armor dalam serangan adalah:

a. Menguasai tanah-tanah penting dan kawasan sekitarnya.

b. Menangkis serang balas musuh.

c. Memberi bantuan tembakan.

d. Melaksanakan tugas eksploitasi yang agresif.

e. Sebagai simpanan.

1084. Pemerintahan, Kawalan dan Pentadbiran. Pemerintahan, kawalan dan
pentadbiran bagi pasukan armor dalam serangan biasanya pada status dalam bantuan.
Oleh itu, sebarang urusan bantuan logistik dan pentadbiran adalah masih dalam
perancangan pemerintah elemen armor. Walau bagaimanapun, elemen-elemen
bantuan logistik kepada pasukan armor ini akan bekerjasama dengan elemen batalion
infantri untuk mengatasi segala keperluan logistik.

10 - 28

TERHAD


Click to View FlipBook Version