The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kik.pulada, 2022-05-19 00:23:11

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

MP 1.1.9A TD Batalion Inf Standard

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Kebiasaannya ia dilakukan untuk melengkapkan kepungan ke atas pasukan musuh.
Titik percantuman utama dan alternatif dipilih di atas sempadan di mana kedua-dua
pasukan dijangka bertemu (converge). Semakin hampir kedua-dua pasukan sesama
mereka, kemungkinan untuk bertempur sesama sendiri adalah tinggi. Elemen hadapan
kedua-dua pasukan mestilah berhubung rapat secara berterusan di dalam rangkaian
radio yang ditetapkan. Kawalan yang positif mestilah dikordinasikan bagi
memastikan mereka tidak menembak sesama sendiri dan musuh tidak boleh
melepaskan diri melalui ruang di antara kedua-dua pasukan.

PERTIMBANGAN ASAS

1415. Sesebuah batalion infantri mungkin perlu bercantum secara bersendiri (di
dalam kelompok batalion itu sendiri) atau diarahkan bercantum dengan batalion lain
sebagai sebahagian daripada atur gerak formasi yang lebih besar. Dalam apa keadaan
sekalipun, Pegawai Memerintah perlulah mempertimbangkan secara mendalam
perkara-perkara berikut semasa membuat perancangan:

a. Perolehan maklumat.

b. Bantuan udara.

c. Kerahsiaan.

d. Mengekalkan momentum.

e. Keadaan muka bumi dan cuaca.

f. Koordinasi terperinci.

g. Jalan laluan.

1416. Perolehan Maklu mat. Perolehan maklumat sebelum dan semasa operasi
adalah sangat penting. Perkiraan awal keadaan tanah, musuh, masa dan ruang
mestilah berdasarkan kepada maklumat-maklumat tepat dari semua sumber yang ada
supaya hasil dari rancangan am dapat merangkumi semua keadaan yang dijangka.
Kesinambungan pengaliran maklumat yang tepat membolehkan Pegawai Memerintah
mengesahkan atau mengubahsuai rancangannya atau merebut peluang-peluang yang
timbul tepat pada masanya supaya dapat digunakan dengan berfaedah dan seterusnya
mengekalkan inisiatif. Maklumat-maklumat adalah diperlukan berkenaan:

a. Topografi, terutamanya jalan-jalan laluan dan halangan-halangan.

b. Kekuatan, penempatan dan pergerakan musuh.

c. Penduduk awam.

14 - 4
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Sumber-sumber tempatan.

1417. Bantuan Udara Bantuan udara akan memainkan peranan yang penting
dalam perancangan awal pemerintah. Di dalam keadaan cuaca yang memihak,
pesawat udara boleh membantu melumpuhkan angkatan darat musuh yang cuba
mengganggu pergerakan untuk bercantum. Ulang bekal melalui udara mungkin juga
diperlukan jika jarak terlalu jauh. Sehubungan itu, penawanan padang terbang yang
bersesuaian dan zon pendaratan pengguguran hendaklah juga dipertimbangkan.

1418. Kerahsiaan. Musuh akan berusaha dengan seberapa daya untuk mengganggu
dan menggagalkan rancangan pasukan yang akan menentangnya. Segala maklumat
yang diperolehi akan memberi gambaran tentang perancangan pasukan. Ini akan
membolehkan musuh mengatur rancangan bagi menggagalkan percantuman, dan
mengakibatkan pasukan yang akan bercantum menghadapi risiko yang tinggi dari segi
kecederaan dan kelewatan untuk bercantum.

1419. Mengekalkan Momentum Batalion mestilah sentiasa bersedia untuk
meneruskan kemaraan di waktu siang dan malam selagi ada keupayaan fizikal
anggota yang terlibat. Pegawai Memerintah dan pemerintah-pemerintah di semua
peringkat hendaklah berada di hadapan untuk membolehkan mereka membuat
keputusan di masa yang tepat. Ini akan menentukan momentum dapat dikekalkan.
Faktor-faktor kritikal yang perlu untuk mengekalkan momentum adalah:

a. Arahan yang Jelas Pegawai Memerintah mestilah memberi misi
yang jelas kepada pemerintah bawahannya. Perintah awalnya hendaklah juga
termasuk maklumat berkenaan sempadan-sempadan dan langkah-langkah
kawalan yang kritikal. Selepas itu beliau hendaklah menurunkan kuasa
kepada pemerintah-pemerintah bawahannya supaya mereka dapat bertindak
terhadap sebarang kemungkinan di atas inisiatif sendiri.

b. Pengelompokan yang Sesuai . Pasukan seimbang (balance grouping)
adalah pembahagian aset mengikut kumpulan/kelompok yang membolehkan
Pegawai Memerintah memperolehi kekenyalan yang maksimum.
Pengelompokan awal mestilah menentukan supaya:

(1) Elemen-elemen tinjau boleh melindungi ruang hadapan yang
diperlukan dan dapat memberikan amaran yang secukupnya terhadap
aktiviti-aktiviti musuh dan juga maklumat rupa bumi yang betul.

(2) Elemen-elemen hadapan mempunyai pengelompokan yang
betul untuk menghadapi tentangan yang dijangkakan.

(3) Bantuan tembakan sentiasa ada dengan meletakan pemerhati-
pemerhati di hadapan.

14 - 5
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(4) Kumpulan yang lain, termasuk simpanan, dikumpulkan di
dalam keadaan di mana elemen-elemen boleh dilibatkan tanpa
sebarang kelewatan atau masalah.

c. Tindakan Agresif Percantuman perlu dilakukan dengan seberapa
pantas yang mungkin. Oleh itu, semua yang terlibat perlu bertindak dengan
agresif di dalam menghadapi segala halangan dan ancaman musuh. Untuk ini,
setiap individu perlulah mengetahui akan tugas masing-masing dalam operasi
percantuman. Sekiranya terdapat masa yang mengizinkan, raptai hendaklah
dilakukan bagi peringkat-peringkat penting seperti peringkat mewujudkan
perhubungan dan melalui medan periuk api atau laluan barisan.

d. Pentadbiran. Rancangan pentadbiran diperlukan untuk mengekalkan
momentum dan perlaksanaan operasi seterusnya. Ia hendaklah mudah dan
kenyal bagi diubah suai mengikut sebarang perubahan yang mungkin.

1420. Muka Bumi dan Cuaca. Keadaan muka bumi dan cuaca menguasai kelajuan
dan cara pengendalian pergerakan. Pengelompokan dan susunan pergerakan
hendaklah sesuai untuk menghadapi keadaan ini. Musuh akan menggunakan dengan
berkesan keadaan muka bumi bagi menggagalkan percantuman. Kedudukan-
kedudukan musuh yang ditempatkan dengan baik dan strategik boleh melambatkan
pergerakan dengan hanya menggunakan bilangan yang kecil sahaja.

1421. Koordinasi Terperinci. Percantuman memerlukan koordinasi yang terperinci
merangkumi tempat, masa, tanda-tanda dan isyarat-isyarat pengenalan, perhubungan
radio serta rancangan tembakan. Tanpa koordinasi yang teliti dan terperinci,
kemungkinan untuk pihak-pihak yang akan bercantum bertempur sesama sendiri
adalah tinggi. Koordinasi perlu dirancang dan diselaraskan dari peringkat yang
tertinggi hinggalah ke peringkat yang paling bawah.

1422. Jalan Laluan. Pemilihan jalan laluan adalah satu faktor yang amat penting di
dalam operasi percantuman. Pemilihan jalan laluan ini akan memberi kesan yang
besar kepada kejayaan operasi tersebut di mana faktor-faktor kedudukan dan kekuatan
musuh serta keadaan muka bumi mempunyai pengaruh yang tinggi. Faktor-faktor lain
yang perlu dipertimbangkan semasa memilih jalan laluan adalah seperti berikut:

a. Keupayaan jalan-jalan laluan tersebut.

b. Adanya kawasan-kawasan sesuai untuk landasan terbang atau tempat
pendaratan.

c. Keselamatan.

d. Perlindungan dan penyamaran.

e. Pemerhatian.

14 - 6

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

PERANCANGAN

1423. Operasi percantuman memerlukan koordinasi dan perancangan yang teliti dari
aspek pergerakan, rancangan tembakan, langkah-langkah pengawalan dan isyarat-
isyarat pengenalan. Sekiranya dapat dilakukan, adalah lebih baik diadakan pertukaran
Pegawai Perhubungan sebelum operasi dilaksanakan. Markas atasan yang
mengarahkan percantuman perlu mewujudkan hubungan pemerintah (command
relationship). Bergantung kepada utusan selepas percantuman, salah satu pasukan
yang lain atau kedua-duanya kekal dibawah kawalan markas atasan yang
mengarahkan percantuman.

a. Misi. Misi utama pasukan yang diarahkan untuk bercantum ialah
untuk tiba di titik percantuman dengan selamat tanpa mengalami sebarang
pengurangan anggota dan peralatan dengan seberapa pantas yang boleh.
Percantuman boleh merupai mara untuk bertempur. Bagaimanapun, pasukan
yang akan bercantum perlulah melepasi (bypass) atau menyusupi musuh dan
halangan yang dihadapi semasa pergerakan untuk bercantum. Kumpulan
percantuman perlulah mengelak dari terlibat dalam pertempuran penentu
(decisive battle) dengan musuh.

b. Keperluan Maklumat . Maklumat terperinci berkenaan musuh akan
membantu dalam perancangan dan pemilihan laluan ke titik percantuman.
Maklumat tentang kedudukan musuh dan kekuatannya dapat digunakan untuk
mengeksploitasi ruang yang ada. Maklumat berkenaan keupayaan pergerakan
musuh dapat membantu pemerintah merangka rancangan atur gerak pasukan
yang hendak dicantumkan. Aset udara boleh membantu mempercepat
percantuman serta mengurangkan perbezaan keupayaan untuk bergerak.

c. Pemilihan Kawasan. Kawasan percantuman utama dan alternatif
perlu dikenal pasti dan ditetapkan. Kawasan ini mestilah mudah dikenal pasti
pada waktu malam dan siang, mempunyai perlindungan dan penyamaran dan
boleh dipertahankan untuk satu jangka masa yang pendek serta menawarkan
jalan masuk dan keluar.

d. Jalan Laluan (Routes) Jalan laluan ke objektif perlulah dirancang
melalui tanah yang kurang berkemungkinan untuk digunakan oleh musuh
tetapi mestilah tidak melambatkan pergerakan pasukan yang akan bercantum.
Semua percantuman memerlukan pemilihan jalan laluan dengan teliti bagi
mengelakkan kemungkinan pasukan sahabat bertempur semasa sendiri.

e. Organisasi. Batalion diatur seperti mana pengelompokan mara untuk
bertempur dengan elemen keselamatan di bahagian hadapan, rusuk dan
belakang untuk memberi amaran awal tentang ancaman kepada kumpulan
induk. Pasukan percantuman akan mengaturkan elemen seminimum yang
perlu bagi menghadapi musuh agar kekuatan yang ada dapat dioptimumkan
kepada tujuan percantuman.

14 - 7

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

f. Pergerakan. Pasukan-pasukan yang terlibat dengan percantuman perlu
bertukar rancangan pergerakan masing-masing bagi memastikan keberkesanan
gerakan operasi. Sebarang pertukaran perlu dikordinasikan semula antara
kedua-dua pihak. Rancangan bantuan tembakan mestilah juga dikordinasikan
di antara kedua pasukan dan langkah-langkah pengawalan diwujudkan.

g. Logistik. Batalion mungkin tidak berkeupayaan untuk mengadakan
kenderaan bagi ulang bekal dalam membantu operasi percantuman jika ianya
meliputi satu jarak yang jauh. Bantuan udara adalah satu cara untuk ulang
bekal selain daripada bantuan tambahan kenderaan.

1424. Perhubungan. Rancangan perhubungan perlulah menetapkan rangkaian
radio yang akan digunakan oleh kedua-dua pasukan. Ia perlulah menyatakan prosedur
pengenalan diri siang dan malam bagi rancangan utama dan alternatif.

1425. Pengenalan. Pemerintah perlulah merancang dan merangka satu pengenalan
yang difahami oleh kedua pihak bagi mengelakkan pasukan sahabat dari bertempur
sesama sendiri. Kaedah ini boleh mengambil kira penggunaan tanda yang jelas
seperti toha, panel, bendera, tanda pada kenderaan, asap, cahaya inframerah, cahaya
yang berbagai bentuk/warna atau penggunaan isyarat tangan. Walaupun kurang
dipraktikkan, penggunaan isyarat bunyi juga boleh dipertimbangkan terutama apabila
keupayaan penglihatan terbatas.

1426. Rancangan Kontijensi Tindakan selepas percantuman perlu
dipertimbangkan sebelum operasi dijalankan. Rancangan alternatif juga perlu
ditimbangkan bagi mengatasi masalah yang berkemungkinan timbul yang mungkin
menyebabkan pasukan terlibat tidak dapat tiba di titik percantuman pada masa yang
ditetapkan atau sekiranya kawasan percantuman memperlihatkan kehadiran musuh
yang mungkin menghalang percantuman. Rancangan kontijensi harus mengambil
kira tembakan bantuan udara dan ulang bekal melalui udara. Selain dari itu,
rancangan kontijensi harus mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

a. Musuh menyerang sebelum percantuman.

b. Musuh menyerang semasa percantuman.

c. Musuh menyerang sebaik sahaja selepas percantuman.

d. Masa untuk berada dititik percantuman.

e. Tindakan yang perlu sekiranya ada elemen yang tidak sampai ke titik
percantuman.

14 - 8
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1427. Koordinasi Rancangan Manuver. Semua elemen yang terlibat dalam operasi
percantuman perlu membuat perancangan dan koordinasi yang teliti bagi
mengelakkan pertempuran sesama sendiri. Berikut adalah beberapa perkara yang
perlu dipertimbangkan:

a. Paksi Mara. Markas atasan mengawal arah gerak mara dan objektif
semua unit yang bergerak. Batalion akan diberi kawasan tanggungjawab dan
pemerintah perlu merancang paksi maranya dan bertindak hanya di dalam
kawasan yang diberi. Ini membolehkan pemusatan kawalan dan
membolehkan unit memberi tumpuan kepada pergerakan menuju ke titik
percantuman.

b. Garis Lapor . Bagi mengawal pergerakan pasukan dan mengekalkan
kawalan ke atas operasi, pergerakan perlulah dirancang dengan pelaksanaan
pergerakan dibahagi kepada peringkat-peringkat. Garis lapor diletakkan pada
setiap peringkat bagi membolehkan kawalan dan mengelakkan pertembungan.

c. Garisan Had Tembakan. Garisan had tembakan akan membantu
memastikan unit yang terlibat tidak menembak satu sama lain dengan senjata
tembakan langsung atau tidak langsung. Satu teknik ialah dengan menjadikan
garis lapor berikutnya sebagai garisan had tembakan dan diubah seterusnya
mengikut perkembangan mara.

d Titik Pemeriksaan. Titik pemeriksaan boleh digunakan untuk
mengawal pergerakan dan juga sebagai tempat pemerhatian.

e. Titik Percantuman Utama dan Alternatif Bagi memastikan
pasukan-pasukan bercantum tanpa bertempur antara satu sama lain, titik-titik
percantuman dipilih di kedudukan-kedudukan di paksi mara pasukan yang
terbabit. Titik-titik percantuman ini mestilah mudah dan sedia dikenali oleh
kedua-dua pasukan yang akan bercantum. Titik-titik alternatif juga perlu
dipilih bagi menghadapi kemungkinan gangguan musuh yang boleh
menyebabkan percantuman terpaksa dilakukan di tempat lain.

PELAKSANAAN

1428. Percantuman Dua Pasukan yang Bergerak. Operasi penggabungan bermula
apabila pasukan-pasukan yang terlibat bergerak menuju ke titik percantuman.
Pasukan akan melapur setiap kali melepasi garis lapor, titik pemeriksaan dan kaedah
kawalan lain yang digunakan. Apabila telah hampir ke titik percantuman, setiap
pasukan berhenti di titik berkumpul percantuman. Pemilihan titik berkumpul ini
bergantung kepada keadaan tanah, ancaman musuh, pemerhatian serta perlindungan
dan penyamaran. Setelah itu, pasukan akan menghantar satu kumpulan kecil untuk
menubuhkan perhubungan dengan pasukan yang menunggu dan selebihnya
menunggu di titik berkumpul.

14 - 9
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1429. Tim Perhubungan tersebut akan kemudiannya bergerak ke titik percantuman
selepas taklimat berkenaan tugas ahli tim. Tim tersebut akan menuju terus ke titik
percantuman dan apabila tiba, tim akan membuat pemerhatian. Jika tim tersebut yang
tiba dahulu daripada tim pasukan yang kedua, ianya perlu membuat pembersihan
kawasan sekitar yang berhampiran dan menanda titik percantuman tersebut
menggunakan tanda yang telah dipersetujui. Kemudian tim tersebut menempatkan
diri di tempat yang mempunyai perlindungan dan penyamaran untuk membuat
pemerhatian ke atas titik percantuman.

1430. Unit yang kedua juga akan membuat prosedur yang sama dan apabila tim
perhubungannya tiba di titik percantuman dan melihat tanda yang diletakkan, mereka
akan menghantar isyarat pengenalan dari jauh. Jika isyarat tersebut betul, tim yang
terdahulu akan membalas isyarat tersebut dengan isyarat balas yang ditetapkan.
Isyarat pengenalan dari jauh ini perlu diadakan lebih dari satu bagi memastikan
keselamatan. Setelah itu, tim pertama akan bergerak menghampiri titik percantuman
dan di jarak yang selamat menghantar isyarat pengenalan jarak dekat dan tim kedua
membalasnya. Kedua tim kemudiannya bertemu dan membuat aturan untuk
percantuman kumpulan-kumpulan induk iaitu dengan membawa salah satu pasukan
ke titik percantuman pasukan yang lain atau meneruskan misi dari kedudukan yang
sedia ada.

PERCANTUMAN PASUKAN YANG BERGERAK DENGAN PASUKAN
YANG TETAP

1431. Pasukan yang tetap akan membuat persiapan di titik percantuman,
merangkumi tugas penandaan, pembersihan dan memastikan keselamatan kawasan
tersebut. Di samping itu, tim perhubungan yang bertindak sebagai pemandu arah
akan turut menyediakan laluan selamat bagi pasukan yang bergerak untuk memasuki
kawasan pertahanan pasukan yang tetap merangkumi laluan medan periuk api dan
segala halangan lain yang ada. Prosedur merapati titik percantuman dan mewujudkan
perhubungan adalah sama seperti percantuman dua pasukan yang bergerak.
Sekiranya keadaan tidak mengizinkan disebabkan ancaman musuh, pasukan yang
tetap boleh memandu arah pasukan yang bergerak melalui radio. Sekiranya ini
dilakukan, titik percantuman mungkin terpaksa diadakan berhampiran kawasan
pertahanan. Seterusnya kedua-dua pasukan akan bercantum di kawasan yang
ditetapkan oleh pasukan yang menerima dan bersedia untuk perlaksanaan misi
seterusnya.

14 - 10
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

BAB 15

PENTADBIRAN DI MEDAN

SEKSYEN 1

PENGENALAN

AM

1501. Pentadbiran di medan merujuk kepada pengurusan semua hal logistik dan
anggota di dalam keadaan peperangan. Perancangan dan tindakan pentadbiran
yang baik adalah selaras dengan pemerintahan dan kawalan yang efisien.
Peruntukan logistik yang tepat pada masanya akan meningkatkan kekuatan tempur
dan pergerakan, sementara bantuan keanggotaan yang efisien pula membolehkan
peningkatan moral yang tinggi.

1502. Pegawai Gerakan, Ajutan dan Pegawai Logistik hendaklah sentiasa
memahami perancangan masa hadapan pegawai memerintah dan mestilah melibatkan
diri dalam perancangan awal. Rancangan pentadbiran yang selalunya bergantung
kepada agensi-agensi luar akan mengambil masa yang lebih panjang untuk
dilaksanakan jika dibandingkan dengan rancangan operasi.

1503. Keperluan pentadbiran BIS telah bertambah disebabkan penambahan aset-aset
di mana elemen-elemen logistik hendaklah memainkan peranan yang penting dalam
melicinkan sistem pentadbiran.

ORGANISASI PENTADBIRAN

1504. Organisasi pentadbiran dipecahkan kepada kelompok-kelompok berikut:

a. Eselon F. Anggota yang menyelaraskan pentadbiran di Eselon F terdiri
daripada Penolong Pegawai Memerintah, Penolong Ketua Kompeni, Sarjan
Mejar Rejimen, Sarjan Mejar Kompeni dan Penolong Ketua Platun. Peranan
mereka adalah menyelaraskan permintaan bantuan pentadbiran.

b. Eselon A . Eselon A adalah kelompok tadbir yang besar di dalam
batalion. Eselon ini bertanggungjawab untuk menyelenggarakan aspek
pentadbiran dan logistik batalion di medan. Kompeni Markas
bertanggungjawab menubuhkan Markas Eselon A. Keanggotaan adalah seperti
berikut:

(1) Ketua Kompeni Markas.

(2) Pegawai Logistik.

15 - 1
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

(3) Penolong Ketua Kompeni Bantuan.

(4) Pegawai Kenderaan.

(5) Kuartermaster Sarjan Kompeni (KMSK) dan elemen-elemen
tadbir kompeni.

(6) Anggota tumpangan.

c. Eselon B . Fungsi keseluruhan Eselon B adalah aspek pentadbiran.
Eselon ini adalah kecil dan mengandungi kenderaan, anggota dan stor yang
tidak diperlukan di Eselon F dan A. Eselon B bertindak memenuhi keperluan
rutin yang diperlukan oleh batalion dan memberi bantuan kepada kedua-dua
eselon hadapan melalui perhubungan dengan depot bantuan logistik. Eselon B
juga membantu menyalurkan penambahan ke hadapan untuk Eselon A.
Kuartermaster Sarjan Rejimen (KMSR) akan menyelaraskan semua keperluan
logistik melalui eselon ini.

KOMUNIKASI

1505. Radio. Eselon A diletakkan di dalam rangkaian tadbir batalion dan
merupakan stesen kawalan rangkaian tadbir. Sumber komunikasi yang cukup
hendaklah diperuntukkan kepada semua sel untuk tugas ini.

1506. Eselon A hanya berupaya berhubung secara terus dengan Eselon B jika Eselon
B berada di dalam lingkungan rangkaian tadbir batalion. Walau bagaimanapun,
kebiasaannya utusan dari Eselon A ke Eselon B akan disalurkan melalui Rangkaian
Tadbir Briged atau dengan tangan (by hand). Detasmen Skuadron Semboyan Briged
selalunya ditempatkan di Eselon A atau POSTAH Batalion di Eselon F. Detasmen ini
mengendalikan rangkaian tadbir Briged.

1507. Talian. Di Eselon A, talian akan direntangkan atas arahan Ketua Kompeni
Markas. Rangkaian talian adalah mengikut Peraturan Tetap Operasi (SOP) Batalion.

TANGGUNGJAWAB

1508. Anggota-anggota berikut pada keseluruhannya bertanggungjawab dalam
menguruskan pentadbiran di medan.

a. Penolong Pegawai Memerintah.

b. Ketua Kompeni Markas.

c. Kuartermaster.

d. Penolong Ketua Kompeni Raifal.

15 - 2

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

e. Penolong Ketua Kompeni Bantuan.

f. Sarjan Mejar Rejimen.

g. Kuartermaster Sarjan Rejimen (KMSR).

h. Kuartermaster Sarjan Kompeni (KMSK).
1509. Penolong Pegawai Memerintah Bertanggungjawab terhadap tugas-tugas
seperti berikut:

a. Menyelaras semua aspek pentadbiran di medan.

b. Menyelaras keanggotaan pasukan.

c. Menasihati pegawai memerintah dalam semua aspek pentadbiran dan
perancangan tugas pentadbiran masa hadapan pegawai memerintah.

d. Menentukan bantuan pentadbiran yang betul dan menasihati pegawai
memerintah terhadap sebarang had yang mungkin dikenakan kerana
kekurangan sumber pentadbiran.

e. Bersedia mengambil alih tugas pegawai memerintah dalam semua
keadaan.

1510. Ketua Kompeni Markas. Bertanggungjawab terhadap tugas-tugas seperti
berikut:

a. Menyediakan perintah pentadbiran yang bersesuaian dari segi taktikal
dan logistik.

b. Memastikan segala sumber logistik dihantar ke kompeni-kompeni.

c. Bertanggungjawab ke atas segala keperluan penyelenggaraan.

d. Berhubung rapat dengan Eselon B bagi penambahan atau penggantian
stok.

e. Bertanggungjawab ke atas senggaraan harian batalion.

f. Penempatan, kawalan dan pertahanan Eselon A.

g. Memajukan semua permohonan keperluan logistik ke Staf Logistik
Briged di KSB.

h. Menasihatkan Briged berhubung dengan kuantiti bekalan tempur dan
air yang diperlukan untuk bekalan semula harian.

15 - 3

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

i. Pengurusan penghantaran tenaga bantuan.

1511. Kuartermaster. Bertanggungjawab terhadap tugas-tugas seperti berikut:

a. Menyelenggarakan kelengkapan pakaian, peralatan dan keperluan
logistik di medan.

b. Membantu Ketua Kompeni Markas di Eselon A.

c. Penyelenggaraan harian batalion merangkumi:

(1) Rangsum.

(2) Kelengkapan pakaian dan peralatan.

(3) Menguruskan penambahan dan permintaan peluru/ senjata.

1512. Penolong Ketua Kompeni Raif al. Bertanggungjawab di atas tugas seperti
berikut:

a. Menyelaraskan semua aspek pentadbiran kompeni di medan.

b. Menyelaras keanggotaan Kompeni Raifal.

c. Menasihati Ketua Kompeni dalam semua aspek pentadbiran dan
perancangan tugas pentadbiran masa hadapan..

d. Menentukan bantuan pentadbiran yang betul dan menasihati Ketua
Kompeni terhadap sebarang had yang mungkin dikenakan kerana kekurangan
sumber pentadbiran.

e. Bersedia mengambil alih tugas Ketua Kompeni dalam semua keadaan.

1513. Penolong Ketua Kompeni Bantuan . Bertanggungjawab atas tugas-tugas
seperti berikut:

a. Menyelaras semua aspek pentadbiran Kompeni Bantuan di medan.

b. Menyelaras keanggotaan Kompeni Bantuan.

c. Menasihati Ketua Kompeni Bantuan dalam semua aspek pentadbiran
dan perancangan tugas pentadbiran masa hadapan.

d. Menentukan bantuan pentadbiran yang betul dan menasihatkan Ketua
Kompeni terhadap sebarang had yang mungkin dikenakan kerana kekurangan
sumber pentadbiran.

15 - 4
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

e. Bersedia mengambil alih tugas Ketua Kompeni dalam semua keadaan.
f. Bekalan semula kompeni.
g. Senggaraan peralatan dan kelengkapan kompeni.
1514. Sarjan Mejar Rejimen Bertanggungjawab terhadap tugas-tugas seperti
berikut:
a. Mengemas kini kekuatan anggota, senjata, peluru dan bahan letupan.
b. Menguruskan tawanan perang.
c. Menguruskan pertukaran anggota yang cedera.
d. Menguruskan kecederaan/kematian.
1515. Kuartermaster Sarjan Rejimen Bertanggungjawab terhadap tugas-tugas
seperti berikut:
a. Menyelaras penempatan anggota di Eselon B.
b. Menyalurkan dan menyatukan permintaan dari Eselon A seperti

berikut:
(1) Peluru.
(2) Senjata.
(3) PMP.
(4) Air.
(5) Keanggotaan.
(6) Pakaian dan kelengkapan peralatan.
(7) Dobi.
(8) Alat ‘webbing’.
1516. Kuartermaster Sarjan Kompeni . Bertanggungjawab terhadap tugas-tugas
seperti berikut:
a. Senggaraan, penggantian/pertukaran kelengkapan kompeni.

15 - 5
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Penghantaran air, catuan dan lain-lain bekalan termasuk peluru barisan
hadapan di bawah arahan Ketua Kompeni Markas.

ESELON A

1517. Tugas-tugas Eselon A adalah seperti berikut:

a. Mengadakan keperluan logistik dan senggaraan harian untuk batalion
dan memerlukan penyimpanan stok batalion.

b. Memohon penggantian stok yang telah digunakan oleh Eselon F.

c. Pentadbiran rutin harian.

d. Penarikan dan pembaikan kenderaan dan peralatan unit yang mampu
dilaksanakan oleh tumpangan JLJ.

e. Merancang dan menyusun sistem penggantian terus ke Kompeni
Bantuan sekiranya operasi berasingan.

f. Mengambil dan menghantar tawanan perang ke Eselon B.

1518. Komposisi dan fungsi terperinci Eselon A berbeza di antara operasi
disebabkan pengaruh faktor-faktor seperti jenis operasi, muka bumi, keadaan cuaca
dan aktiviti musuh. Misalnya komposisi berbeza apabila peluru dapat dibekalkan
semula melalui udara terus ke kompeni-kompeni atau apabila terdapat ancaman udara
atau keadaan muka bumi akan memberi kesan terhadap penugasan kenderaan di
dalam Eselon F.

1519. Sebagai tambahan kepada Kompeni Markas dan elemen tadbir dari Kompeni
Raifal, elemen-elemen berikut juga boleh dimasukkan:

a. Anggota tadbir dari pasukan-pasukan lain.

b. Unit-unit bantuan perkhidmatan.

1520. Kebiasaannya lokasi Eselon A adalah di belakang Eselon F dan memenuhi
faktor-faktor berikut:

a. Mempunyai laluan perhubungan yang baik di antara kedudukan
batalion dan KSB.

b. Eselon A ini sesuai juga ditempatkan di kawasan yang boleh
mendapatkan perlindungan dari batalion itu sendiri atau dari penempatan
pasukan-pasukan lain. Misalnya satu batalion kedalaman.

15 - 6
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

c. Tempat yang dipilih haruslah terlindung daripada pandangan udara.

d. Tempat itu juga hendaklah di luar dari jarak tembakan mortar dan jika
boleh dari tembakan artileri medan musuh.

1521. Semua elemen Eselon A ini hendaklah diperuntukkan kawasan masing-
masing. Kawasan ini diatur susun supaya dapat memberi pertahanan keseluruhan
yang maksimum dengan setiap elemen dipertanggungjawabkan untuk
mempertahankan kawasan-kawasan yang tertentu. Setiap elemen mempunyai senjata
yang sesuai untuk tugas ini. Kedudukan dan tugas biasa Eselon A hendaklah
diterangkan di dalam peraturan Tetap Operasi Batalion.

SEKSYEN 2

LOGISTIK

SISTEM ULANG BEKAL

1522. Sistem ulang bekal ini adalah berdasarkan senggaraan harian bekalan tempur.
Peruntukan komoditi lain adalah berdasarkan permintaan, sama ada atas dasar rutin
atau keutamaan walaupun kecil bilangannya. Ulang bekal semula bekalan tempur
hendaklah dilakukan pada dasar harian untuk menentukan pegangan barisan pertama
berada di tahap paling tinggi. Di samping itu ia dapat mengurangkan permintaan tidak
tetap yang mungkin tidak dapat dipenuhi berasaskan kepada keupayaan pengangkutan
batalion dan barisan kedua.

1523. Eselon A hendaklah sentiasa berkeupayaan memberi bantuan berterusan
semasa pertempuran. Seboleh-bolehnya di tempat yang paling hadapan bagi memberi
bantuan dengan cepat dan semua proses permintaan hendaklah melalui Eselon A.

1524. Ketua Eselon A hendaklah menempatkan dirinya di lokasi yang paling sesuai
untuk memerintah dan mengawal Eselon A. Ada kalanya beliau terpaksa berada
bersama Eselon F di Markas Batalion tetapi kebiasaannya lokasi yang paling sesuai
ialah bersama Eselon A.

SENGGARAAN HARIAN

1525. Bekalan tempur mengandungi peluru, rangsum, PMP, air dan bekalan
keperluan lain dihantar secara pukal ke Tempat Hantaran (DP) yang ditubuhkan sama
ada di belakang Eselon A atau di Kawasan Senggaraan Briged. Tempat Hantaran
biasanya dibuka antara jangka masa yang terhad dan Eselon A hendaklah mematuhi
masa yang telah ditetapkan untuk sebarang pengambilan. Di Tempat Hantaran ini
ianya boleh juga memegang semua jenis peluru yang diperlukan oleh BIS. Walaupun
demikian jika Tempat Hantaran ditutup, peluru boleh diperolehi secara terus dari

15 - 7

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

Tempat Peluru (AP) yang telah ditetapkan. Pengagihan ke hadapan dari Eselon A
adalah tanggungjawab KMSK atau seseorang yang dilantik bagi mengendalikannya.
Pergerakan ke Eselon F adalah dikawal oleh Pegawai Kenderaan.

1526. Eselon A mengadakan kenderaan, petunjuk jalan dan kumpulan pelindung
untuk menghantar bekalan tempur ke hadapan kepada semua subunit. Semua
pergerakan ke hadapan Eselon A hendaklah mendapat kebenaran daripada POSTAH
Batalion yang mencadangkan masa yang sesuai untuk pergerakan logistik ke Eselon
F. Kebenaran untuk pergerakan dalam KSB kebiasaannya dipohon dari Markas KSB.

1527. Jika keadaan membenarkan, pengangkutan barisan kedua dan ketiga
hendaklah digunakan untuk mengangkut stor-stor dan keperluan logistik terus ke
Eselon F bagi mempercepatkan penghantaran dan mengelakkan dari kerja berulang.
Misalnya keperluan peluru yang banyak untuk platun mortar boleh dihantar terus ke
tapak mortar dan stor pertahanan selalunya dihantar terus ke kedudukan pertahanan.
Dalam keadaan tertentu batalion juga boleh membuat bekalan semula secara
demikian . Dalam semua keadaan untuk penghantaran, kebenaran hendaklah
diperolehi dari POSTAH Batalion terlebih dahulu sebelum pergerakan dilaksanakan.

1528. Batalion mungkin diperuntukkan bantuan udara untuk perlaksanaan bekalan
semula. Kawalan pergerakan pesawat udara untuk bekalan semula akan dikendalikan
oleh POSTAH Batalion. Pesawat udara boleh digunakan untuk:

a. Menghantar barang ke Eselon A.

b. Menghantar barang terus ke unit-unit kecil Eselon F.

c. Penghantaran terus ke Eselon A di mana pengagihan menggunakan
pesawat udara yang lain.

1529. Rangsum Pembekalan semula rangsum adalah berdasarkan kepada anggaran
kekuatan unit tujuh hari ke hadapan dengan mengambil kira kecederaan dan
penambahan anggota. Setiap anggota pula perlu membawa rangsum tambahan. Selain
dari itu:

a. Batalion juga selalunya menyimpan rangsum tambahan di Eselon A
tertakluk kepada jenis operasi yang sedang dilaksanakan dan keupayaan
terhadap kemudahan bekalan semula.

b. Dalam keadaan tertentu, anggota dibekalkan tambahan rangsum untuk
tempoh selama tujuh hari.

1530. Di dalam operasi ofensif, rangsum tempur mungkin dibekalkan kepada
anggota secara persendirian. Di dalam operasi defensif terutama apabila batalion
berada di kedudukan pertahanan statik atau kawasan pangkalan, memasak boleh
dilakukan secara berpusat (centralized) yang disediakan di Eselon A dan
penghantaran dibuat mengikut jadual masa yang ditetapkan.

15 - 8

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1531. PMP. Pengurusan pengambilan adalah tanggungjawab Pegawai Kenderaan
di mana penambahan PMP di Eselon F dilakukan oleh KMSK semasa bekalan
semula harian.

1532. Peluru. Permintaan peluru oleh Eselon F atau Eselon A di buat secara bertulis
atau secara lisan bagi memenuhi pegangan barisan pertama.

1533. Peluru Barisan Pertama termasuk peluru yang dipegang bersama simpanan
batalion. Simpanan batalion (peluru yang tidak dibawa bersama senjata) boleh
disimpan sebahagiannya di atas kenderaan kompeni dan sebahagian lagi di atas
kenderaan Eselon A. Sebahagian peluru simpanan yang dipegang oleh kompeni
boleh berubah mengikut keadaan operasi yang dijangkakan dan keupayaan
membawanya oleh kompeni-kompeni. Semasa pertahanan, kesemua peluru barisan
pertama boleh diperuntukkan kepada semua unit kecil dan peluru simpanan tambahan
ditempatkan di atas kenderaan.

1534. Unit-unit Ordnans mengeluarkan peluru dari Tempat Peluru (AP). Mereka
biasanya:

a. Memegang semua jenis peluru yang diperlukan oleh batalion.

b. Ditempatkan di kawasan yang senang dihubungi oleh pengangkutan
batalion.

c. Dibuka pada masa-masa yang ditetapkan.

d. Boleh memberikan perkhidmatan kepada lebih dari satu batalion.

1535. Apabila penggunaan peluru dijangka meningkat terutamanya di dalam situasi
serangan atau pertahanan, penghantaran boleh dibuat secara terus ke tempat tapak
menembak oleh kenderaan barisan kedua.

1536. Penolong Pegawai Memerintah dan SMR akan mengawal selia ulang bekal
peluru di dalam batalion manakala Eselon A menguruskan ulang bekal peluru dari
Tempat Peluru.

1537. Air. Bergantung kepada operasi dan bentuk muka bumi di mana batalion
beroperasi, keperluan air mungkin akan diperuntukkan atau batalion itu sendiri
dipertanggungjawabkan mencari bekalan airnya. Jika air tidak diperolehi di tempat
tersebut, bekalan air akan diedarkan bersama bekalan tempur melalui Tempat
Hantaran. Sekiranya boleh diperolehi dari sumber setempat, ia hendaklah dibersihkan
dari kuman dengan menggunakan tablet yang dibekalkan kepada setiap anggota. Jika
tempat air batalion telah ditubuhkan dan bekalan semula dalam batalion dibuat
menggunakan bekas air, perhatian hendaklah diambil untuk menentukan anggota
membersihkan air tersebut sebelum digunakan.

15 - 9
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1538. Jika terdapat tempat air yang diuruskan oleh unit jurutera, airnya telah pun
dibersihkan oleh jurutera di tempat tersebut. Staf Briged akan menentukan masa
pengambilan oleh pengangkutan unit. Jika pengambilan secara pukal, Eselon A akan
mengisikan ke dalam bekas air untuk diedarkan oleh KMSK bersama penghantaran
senggaraan harian.

STOK

1539. Stok simpanan terhad rangsum, PMP, air, senjata, pakaian, peralatan dan
sebahagian dari peluru barisan pertama batalion disimpan di Eselon A. Semuanya
akan ditambah sebaik sahaja digunakan.

STOR ORDNANS

1540. Pesanan stor dari Eselon A atau B akan berubah mengikut keperluan barangan
dan jenis permohonan yang memerlukan tindakan segera. Pesanan boleh
merangkumi:

a. Pesanan pukal untuk pakaian dan stor am.

b. Pesanan untuk stor terkawal.

c. Pesanan untuk penggantian kenderaan.

d. Pesanan segera stor operasi.

1541. Pengeluaran biasa stor dibuat oleh Kumpulan Ordnans Medan (KOM). Stor-
stor ini dipecahkan kepada lot-lot unit kecil di Eselon A oleh Platun Logistik dan
diberikan kepada kompeni-kompeni melalui KMSK.

1542. Permintaan Biasa. Barangan keperluan segera yang bukan operasi hendaklah
dimohon sebagai Permintaan Senggaraan (MAINTDEM). Permintaan ini selalunya
tidak dibuat melalui radio tetapi dihantar ke Eselon F dengan tangan atau disalurkan
melalui wakil Eselon A yang bergerak ke hadapan semasa penghantaran senggaraan
harian. Barangan permintaan biasa ini diperolehi dari Eselon A, unit- unit bantuan
perkhidmatan, KSB atau KMSR di Eselon B. Barangan ini biasanya dihantar ke
hadapan bersama laluan senggaraan harian seperti dalam peraturan sistem bekalan.
Sebahagian besar barangan ini boleh diperolehi dari KOM yang ditempatkan di
belakang atau bersama KSB.

1543. Permintaan Utama Barangan senggaraan utama hendaklah dimohon
melalui radio di rangkaian tadbir sebagai permintaan senggaraan utama, misalnya pek
baru untuk anggota. Perolehan barangan sama seperti permintaan senggaraan tetapi
diutamakan dari permintaan biasa. Penghantaran ke hadapan dilakukan segera setelah
barangan senggaraan diperolehi dengan menggunakan sebarang sumber pergerakan ke
hadapan.

15 - 10
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1544. Permintaan Operasi (OPDEM) Barangan yang diperlukan segera untuk
meneruskan sesuatu operasi dimohon melalui rangkaian perintah batalion sebagai
permintaan operasi, misalnya mesingan gantian. Barangan ini diperolehi sebagai
perkara yang penting dan diberi keutamaan dari permintaan yang lain. Barangan ini
dihantar ke hadapan dengan segera sebaik sahaja diperolehi dengan sebarang sumber
pengangkutan yang ada.

STOR PERTAHANAN

1545. Stor pertahanan termasuklah barangan seperti dawai/kawat, besi piket (iron
picket), kayu dan guni pasir. Keperluan batalion untuk kuantiti yang kecil diambil
dari Skuadron Jurutera Medan. Keperluan besar stor pertahanan untuk sesuatu projek
pertahanan boleh:

a. Dihantar ke kawasan pertahanan batalion oleh kenderaan barisan
pertama, kedua atau ketiga, atau

b. Dihantar ke tempat longgokan stor di mana pengangkutan batalion
boleh mengangkutnya dan dikawal selia oleh staf Jurutera.

PEMBAIKAN DAN PEMULIHAN

1546. Pembaikan. Pembaikan di unit untuk kenderaan dan senjata dilaksanakan
oleh tumpangan JLJ yang berada di Eselon A. Peralatan yang tidak boleh digunakan
lagi dikeluarkan dari Eselon F dan penggantian adalah dari simpanan batalion atau
dari sistem bekalan melalui prosedur permintaan senggaraan /permintaan senggaraan
utama/permintaan operasi. Pembaikan dilaksanakan oleh tumpangan JLJ jika
berkemampuan dan berada di dalam jangka masa putaran pembaikan batalion.
Peralatan yang telah dibaiki kemudiannya ditempatkan dalam simpanan batalion atau
dikembalikan kepada Eselon F. Jika peralatan itu tidak boleh dibaiki di peringkat
batalion ianya akan diproses melalui sistem pembaikan ke tahap di mana ia boleh
dibaiki.

1547. Selain dari tumpangan JLJ, woksyop medan juga memainkan peranan penting
dalam memberi bantuan pembaikan kepada batalion.

1548. Sekiranya pembaikan adalah di luar keupayaan sumber-sumber unit, Woksyop
JLJ boleh menempatkan Kumpulan Pembaikan Depan (FRT) kepada Eselon F untuk
melaksanakan tugas pembaikan.

1549. Penarikan. Batalion adalah bertanggungjawab sekiranya boleh untuk
mengeluarkan peralatan yang rosak ke tempat di mana ia boleh dibaiki oleh
tumpangan JLJ. Jika tidak, peralatan ini hendaklah dilindungi dari ancaman musuh
dan kedudukannya dilaporkan supaya dapat dikeluarkan oleh kemudahan penarikan
barisan kedua. Peralatan gantian diminta melalui prosedur permintaan
senggaraan/permintaan utama/permintaan operasi sekiranya penarikan atau

15 - 11
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

pembaikan mungkin mengambil masa yang lama dan boleh menjejaskan rancangan
operasi.

SEKSYEN 3

ULANG BEKAL MELALUI UDARA

1550. Ulang bekal melalui udara adalah merupakan penambahan bantuan kepada
unit-unit dengan pendaratan atau pengguguran stor dari pesawat udara. Ia boleh
menggantikan atau menambahkan mana-mana bahagian sistem ulang bekal darat di
peringkat unit atau formasi. Semasa operasi tertentu, sistem ini juga boleh digunakan
untuk ulang bekal sesuatu unit kecil atau kumpulan ronda.

1551. Ulang bekal melalui udara termasuk:

a. Ulang bekal batalion apabila perhubungan darat terputus atau tidak
wujud, atau ulang bekal kumpulan ronda jarak jauh atau kompeni yang
beroperasi secara bersendirian.

b. Ulang bekal melalui udara yang dimohon bertujuan penghantaran stor
dengan serta merta pada masa atau di tempat yang kritikal.

1552. Ulang bekal melalui udara kepada unit-unit bergantung kepada:

a. Keadaan ruang udara.

b. Adanya pesawat udara dan Tempat Mendarat (LP).

c. Keadaan cuaca.

d. Keperluan atau keutamaan operasi.

e. Adanya Zon Pengguguran atau tempat mendarat. Zon Pengguguran
dan tempat mendarat yang sesuai hendaklah dipertimbangkan apabila
memilih lokasi Eselon A.

ULANG BEKAL YANG DIRANCANG

1553. Apabila ulang bekal melalui udara digunakan sebagai prosedur standard ulang
bekal batalion, permintaan untuk rangsum, peralatan, peluru dan stor-stor lain
hendaklah dimajukan melalui saluran biasa. Markas Eselon A akan diberitahu
tentang:

a. Sejauh mana barangan tersebut akan dihantar.

15 - 12

TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Masa ketibaan pesawat udara.
c. Jumlah pesawat udara yang digunakan.

1554. Sekiranya pesawat udara digunakan di Eselon A, Markas Eselon A hendaklah
menentukan muatan sepenuhnya ulang bekal untuk subunit di hadapan. Sebelum
pesawat dibenarkan berlepas, Markas Eselon A mestilah mendapatkan kebenaran dari
POSTAH Batalion.

1555. Zon Pengguguran atau tempat mendarat hendaklah dibina berhampiran dengan
kawasan eselon untuk memudahkan penugasan. Disebabkan keupayaan muatan yang
kecil bagi helikopter dan kesukaran mendapatkan tempat mendarat, kebanyakan
pengangkutan ulang bekal yang berat digugurkan dengan payung terjun. Sesetengah
daripada jenis stor boleh juga digugurkan secara guguran bebas (free drop).

1556. Ulang bekal melalui udara untuk kumpulan ronda jarak jauh atau kompeni
yang beroperasi secara bersendirian dimasukkan dalam rancangan operasi.
Permohonan dimajukan seperti ulang bekal biasa. Kemungkinan bilangan anggota
yang kecil terlibat dalam rondaan jarak jauh, pembinaan Zon Pengguguran adalah
sukar. Kawasan semula jadi yang bersesuaian yang kurang memerlukan persiapan
rapi hendaklah dipilih.

ULANG BEKAL MELALUI UDARA ATAS PERMINTAAN

1557. Semasa operasi, keperluan ulang bekal stor yang mustahak mungkin timbul.
Permintaan sedemikian hendaklah dihantar melalui utusan kepada Markas Eselon A
yang akan menguruskan penambahan dan permohonan bekalan melalui udara seperti
biasa. Penerangan lanjut format utusan boleh didapati dari Manual Peperangan Darat,
Tentera Darat Malaysia, Bahagian 1, Jilid 6, Pamflet No. 1 – Tugas Turus dan
perlulah dimasukkan ke dalam Peraturan Tetap Operasi Batalion.

SEKSYEN 4
PERKHIDMATAN ANGGOTA
1558. Perkhidmatan anggota yang dipertanggungjawabkan atau diperuntukkan
kepada BIS semasa operasi termasuk:
a. Perubatan, pergigian dan psikologi.
b. Kebajikan rohaniah.
c. Gaji.

15 - 13
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

d. Kebajikan.

e. Perkhidmatan pos.

f. Tenaga bantuan.

g. Polis Tentera.

h. Pengebumian.

i. Tawanan perang.

PERUBATAN

1559. Kesihatan. Kesihatan fizikal dan mental seseorang soldadu akan menentukan
sifat-sifat kecenderungan, keazaman dan keupayaannya untuk berperang. Kesihatan
bergantung kepada:

a. Keadaan kehidupan anggota-anggota di medan adalah menjadi
tanggungjawab ketuanya yang perlu menentukan keadaan sebaik mungkin
bersesuaian dengan keadaan taktikal dan geografi yang wujud.

b. Pencegahan penyakit berjangkit dari merebak dengan mematuhi
disiplin medan, kebersihan atau kesihatan yang baik. Sebarang penyakit yang
dihadapi perlulah dibendung dengan tindakan pencegahan segera.

1560. Pertolongan Cemas Apabila seorang soldadu tercedera, pertolongan
hendaklah diberikan dengan segera oleh temannya, atau jika dalam pertempuran
beliau hendaklah merawat dirinya sendiri dengan seupaya yang boleh. Di dalam BIS
semua anggota mestilah berpengetahuan dan berkebolehan memberikan pertolongan
cemas asas seperti:

a. Menentukan saluran pernafasan tidak tersekat dan prosedur
melepaskan pernafasan yang tersekat.

b. Pemulihan pernafasan (pernafasan dari mulut ke mulut).

c. Pemulihan dengan mengurut di luar jantung.

d. Pengendalian anggota cedera yang pengsan (menentukan saluran
pernafasan tidak tersekat dan pesakit diletakkan di dalam kedudukan ¾
baring).

e. Memberhentikan pendarahan dan membalut luka (gunakan pembalut
medan anggota tersebut), dengan menekan pembuluh darah (pressure point)
dan tahu akan risiko penggunaan tourniquet.

15 - 14
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

f. Merawat kecederaan terbakar.

g. Membuat tuas (splint) pada kaki/tangan yang patah.

h. Menggunakan alat pemulihan pernafasan.

j. Memberikan pertolongan cemas kecederaan akibat bahan kimia dan
penggunaan autoinjectort.

1561. Menanda Kecederaan Perang . Apabila terdapat kecederaan, pertolongan
cemas hendaklah diberikan dengan segera. Kemungkinan anggota yang cedera tidak
boleh digerakkan ke belakang atau dikeluarkan dari kawasan pertempuran. Oleh itu
perlulah anggota tersebut ditinggalkan dan diletakkan di tempat yang terlindung dari
tembakan langsung musuh dan di luar kawasan laluan kenderaan. Jika tidak dapat
dilaksanakan, kedudukan hendaklah di tanda supaya anggota pengusung boleh
mengesannya dan kenderaan dapat mengelakkannya. Semasa atur semula atau apabila
keadaan medan pertempuran kembali tenang, pengusung atau kenderaan hendaklah
dihantar untuk mengeluarkan anggota yang cedera ke pos rawatan yang berdekatan.

1562. Pos Rawatan Kompeni (CAP) Pos Rawatan Kompeni hendaklah
berhampiran dengan Markas Kompeni Raifal dan merupakan tempat yang terlindung
supaya odeli perubatan dapat membuat rawatan kecemasan kepada pesakit sebelum
dikeluarkan ke Pos Rawatan Rejimen.

1563. Pos Rawatan Rejimen (RAP). Pos Rawatan Rejimen selalunya ditempatkan
di dalam kawasan Markas Batalion yang ditetapkan oleh Pegawai Gerakan. Pegawai
Perubatan Rejimen bertanggungjawab menentukan penubuhannya dengan terperinci.
Platun Rintis Serang selalunya membantu menyelia pembinaannya. Selain dari
kedudukan statik, Pos Rawatan Rejimen boleh juga merupakan pengelompokan
usungan yang diletakkan di tempat yang terselamat dari tembakan langsung musuh.

1564. Di Pos Rawatan Rejimen, Pegawai Perubatan akan mendiagnosis dan
menanda anggota yang cedera, memberi rawatan serta merta dan mengambil tindakan
pemindahan seterusnya seperti mana yang dikehendaki oleh staf Briged. Pos Rawatan
Rejimen selalunya dianggotai oleh:

a. Pegawai Perubatan Rejimen.

b. Odeli perubatan kecuali yang ditumpangkan ke kompeni-kompeni.

c. Pengusung kecuali yang diberikan kepada kompeni-kompeni.

d. Anggota KKAT dari seksyen rawatan ambulans medan yang mungkin
ditumpangkan untuk penambahan anggota perubatan pada waktu kritikal.

15 - 15
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1565. Pesakit akan diberikan klasifikasi klinikal atau keutamaan pergerakan
pemindahan kecederaan. Penerangan sepenuhnya boleh didapati di dalam Manual
Peperangan Darat, Tentera Darat Malaysia, Bahagian 1, Jilid 6, Pamflet No. 2, Aide-
Memoire dan hendaklah juga diterangkan di dalam Peraturan Tetap Operasi Batalion.

1566. Pergigian. Semua anggota hendaklah bebas dari penyakit gigi sebelum
dimasukkan ke kawasan operasi. Anggota yang menghidap penyakit gigi di dalam
operasi selalunya dirawat di Unit Pergigian Divisyen atau Detasmen Pergigian
Ambulans Medan. Kebiasaannya mereka tidak dikeluarkan dari kawasan operasi.
Detasmen Pergigian yang bertugas di KSB boleh juga ditugaskan membantu batalion
di masa kecemasan.

1567. Psikologi. Anggota yang menghadapi masalah psikologi hendaklah
dikeluarkan melalui pemindahan kecederaan ke tempat di mana beliau boleh
diberikan rawatan pemulihan. Perkhidmatan perubatan akan membantu anggota
tersebut dalam proses pemulihan dan jenis penugasan seterusnya. Di atas nasihat
Pegawai Perubatan Rejimen, pegawai memerintah boleh mengarahkan anggota yang
menghadapi tekanan perang (battle stress) ditempatkan di Pos Rawatan Rejimen atau
kawasan yang sesuai di Eselon A supaya mereka boleh dipulihkan sebelum mereka
dihantar balik ke medan pertempuran.

1568. Peralatan Persendirian. Senjata yang dikendalikan berpasangan atau
peralatan khas hendaklah kekal bersama batalion walaupun berlaku kecederaan
kepada anggota pengendali atau yang bertanggungjawab terhadapnya. Senjata
persendirian anggota yang cedera hendaklah kekal bersamanya semasa pemindahan
sehingga tiba di hospital medan. Peluru diasingkan dari anggota yang cedera sebelum
keluar dari kawasan batalion dan selalunya di Pos Rawatan Rejimen. Jika beliau
perlu keluar lebih jauh ke belakang dari hospital medan, senjatanya hendaklah
dipulangkan kepada unit Ordnans untuk pemberian semula (reissue). Jika beliau
boleh meneruskan tugas selepas rawatan, senjatanya hendaklah disimpan di hospital
sehingga beliau sihat untuk kembali bertugas. Peralatan persendirian hendaklah kekal
bersama anggota tersebut pada sebilang masa.

1569. Kebajikan Rohaniah. Sifat ketabahan hati bagi seseorang tentera berpunca
dari unsur-unsur keagamaan yang menggabungkan manusia dan sumbangan mereka
terhadap matlamat organisasi di mana mereka berada. Seseorang ketua yang
memahami hasrat kemanusiaan ini sentiasa memberi bantuan sepenuhnya kepada
anggota KAGAT dalam pelaksanaan tugasnya. Sebagai tambahan kepada tugas-tugas
keagamaan, anggota KAGAT juga bertanggungjawab di dalam kerja-kerja
peningkatan moral seperti membantu dan menasihati anggota di dalam aspek
kerohanian, hal-hal persendirian dan masalah kekeluargaan. Perkara- perkara yang
berunsurkan keagamaan yang lebih mendalam dan di luar kemampuan anggota
KAGAT, pegawai memerintah hendaklah merujukkan perkara ini kepada Markas
Briged untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.

15 - 16
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1570. Gaji. Walaupun seseorang anggota tidak banyak berbelanja di medan, beliau
perlu mendapatkan wang yang secukupnya untuk perbelanjaan persendirian. Perkara
yang paling kritikal ialah berkenaan pembayaran segera elaun dan kiriman wang
kepada tanggungan mereka. Oleh sebab perkara peruntukan dan elaun sering kali
menjadi bahan pertanyaan dan kerani gaji jarang berada di barisan hadapan, semua
pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkenaan prosedur
semasa untuk memberikan nasihat di atas perkara ini.

1571. Kebajikan. Walaupun terdapat pelbagai kesukaran di medan pertempuran,
setiap Pegawai tetap bertanggungjawab terhadap kebajikan anggotanya pada sebilang
masa.

1572. Maklumat. Maklumat yang boleh dipercayai dan terbaru berkenaan
perkembangan di medan pertempuran adalah merupakan faktor yang penting kepada
kebajikan anggota. Maklumat ini boleh disampaikan dengan:

a. Taklimat yang kerap berkenaan keadaan peperangan.

b. Penyebaran bahan berita.

c. Penyampaian segera surat-surat.

d. Penyebaran surat khabar.

1573. Kemudahan. Untuk membantu anggota yang tidak terlibat di dalam
pertempuran atau pekerjaan berat, kemudahan-kemudahan asas hendaklah disediakan
untuk memenuhi masa lapang. Kemudahan-kemudahan ini termasuklah buku bacaan,
majalah, surat khabar, filem, bahan-bahan hiburan, alat-alat tulis dan peralatan sukan.
Kemudahan ini selalunya terdapat di bahagian belakang dan usaha hendaklah dibuat
untuk menghantar anggota-anggota secara berperingkat untuk berehat dan berekreasi.

1574. Pertubuhan Sukarela . Terdapat beberapa pertubuhan sukarela yang boleh
memberi perkhidmatan kepada anggota di medan atau di institusi perubatan. Mereka
hendaklah diberikan bantuan jika boleh, tetapi tidak dibenarkan masuk ke barisan
hadapan tanpa kebenaran.

1575. Kantin. Kantin selalunya tidak diadakan di Eselon F walaupun terdapat
sistem penghantaran ke hadapan. Barangan selalu didapati dari Eselon A dan B dan
dihantar kepada anggota di hadapan semasa pergerakan senggaraan harian.

1576. Perkhidmatan Pos . Divisyen selalunya mengadakan sistem perkhidmatan
pos dari Kawasan Senggaraan Divisyen (KSD) ke KSB dan terus kepada unit-unit di
medan. Surat menyurat daripada dan kepada anggota di dalam operasi disalurkan
melalui sistem senggaraan harian. Surat yang masuk dihantar terus kepada Eselon A
dan B untuk penghantaran selanjutnya.

15 - 17
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

1577. Tenaga Bantuan. Tenaga bantuan selalunya datang dari unit yang memegang
anggota tenaga bantuan. Mereka ditugaskan untuk penyesuaian iklim, mengekalkan
kecerdasan jasmani, melaras senjata persendirian, penyesuaian dengan peralatan khas
peperangan dan melaksanakan tugas buruh dan keselamatan di kawasan belakang.
Hasil daripada kekuatan harian dan kecederaan yang dimajukan oleh Eselon B, tenaga
bantuan dihantar kepada batalion berdasarkan kepada kepakaran masing-masing.

1578. Tenaga bantuan hendaklah melapor di Eselon B dan dihantar ke Eselon A di
bawah urusan batalion. Apabila sampai di Eselon A, ketua Eselon A
bertanggungjawab atas penerimaan mereka. Urusan penerimaan termasuklah:

a. Pemeriksaan pakaian dan peralatan persendirian.

b. Taklimat mengenai operasi yang sedang berlangsung.

c. Pemeriksaan kesihatan.

d. Peluang untuk melaksanakan tugas-tugas persendirian.

1579. Polis Tentera. Polis Tentera selalunya tidak ditempatkan bersama batalion.
Walaupun demikian, mereka boleh mengadakan detasmen untuk kawalan trafik,
penyiasatan jenayah dan kemudahan pengawalan dan latihan pemulihan anggota
tentera. Mereka juga boleh mengadakan pengiring untuk pergerakan tawanan perang.

1580. Pengebumian. Pengebumian yang sempurna adalah penting untuk
mengekalkan moral batalion. Anggota yang terkorban hendaklah dikebumikan dengan
penuh penghormatan sesuai dengan tuntutan agama masing-masing tanpa sebarang
kelewatan. Semasa pertempuran mungkin terdapat banyak pengebumian kecemasan
dilakukan kerana kesuntukan masa dan pengangkutan mayat ke barisan belakang
tidak dapat dilakukan. Perhatian hendaklah diambil untuk menentukan kubur-kubur
ditandakan dan direkod sejajar dengan perintah pentadbiran semasa supaya
penempatan semula atau pemindahan dapat dilakukan. Arahan khas perlulah
dikeluarkan oleh formasi di dalam sesuatu medan perang.

TAWANAN PERANG

1581. Setelah ditawan, tawanan perang hendaklah dilucutkan senjatanya. Pegawai,
PTT dan LLP diasingkan, diperiksa dan dikawal. Jangan benarkan mereka bercakap-
cakap dan jangan berikan sebarang kemudahan kecuali bantuan perubatan yang perlu
sahaja. Tawanan yang cedera dan memerlukan rawatan hospital hendaklah
dikeluarkan melalui sistem pemindahan kecederaan. Alat-alat berikut hendaklah
dirampas dan diserahkan kepada Pegawai Logistik untuk dihantar kepada unit
Ordnans yang berkenaan.

a. Senjata dan peluru.

15 - 18
TERHAD

TERHAD

MP 1.1.9A TD

b. Kompas.

c. Teropong kembar.

1582. Tawanan mungkin disoal siasat oleh anggota sel perisikan untuk mendapatkan
maklumat yang berfaedah kepada batalion dan menentukan kategori tawanan tersebut.
Dokumen-dokumen yang mungkin berfaedah untuk staf operasi hendaklah diambil
dan ditandakan untuk tujuan soal siasat termasuklah:

a. Peta dan dokumen rasmi.

b. Dokumen persendirian.

c. Gambar-gambar.

d. Material keselamatan komunikasi.

1583. Peralatan musuh yang ditawan, terutamanya peralatan komunikasi yang agak
ganjil atau jenis baru, hendaklah dikendalikan seperti dokumen penting yang lain.
Jika ia terlalu berat untuk dibawa, kedudukan dan rupa bentuknya hendaklah
diberitahu kepada sel perisikan.

1584. Anggota Polis Rejimen (RP) dan anggota tambahan dari batalion mungkin
diperlukan untuk mengiring dan mengawal tawanan. Kurungan tawanan perang perlu
dibina di kawasan Markas Batalion untuk penempatan mereka sebelum dikeluarkan
ke Markas Briged. Cara pengurusan terhadap tawanan perang perlu dinyatakan di
dalam Peraturan Tetap Operasi Batalion.

15 - 19
TERHAD


Click to View FlipBook Version