sahaja, kehidupan Alias bertambah rumit apabila Cikgu
Sunan iaitu Cikgu Matematiknya telah menyebabkan
Alias cedera kerana telinganya terlanggar bucu meja
apabila dimarahi dan ditengking olehnya. Akibat
perbuatannya itu, Alias menderita kerana telinganya
bengkak dan bernanah serta berbau busuk dan Alias
mula tidak datang ke sekolah kerana malu pada rakan-
rakannya. Alias juga mengalami kesulitan apabila beruk
kesayangannya telah menghilangkan diri sebanyak dua
kali. Alias dan Chot selalu mengambil upah memetic
kelapa di kebun Pak Din untuk mendapatkan upah
supaya Alias dapat membeli barang dapur serta
menyara hidup bersama ibunya dan Chot. Alias dan
Chot juga seringkali diusik oleh Budin, Kamal, dan Talib
iaitu pemud di kampungnya semasa memetik kelapa.
Tidak cukup dengan itu, Chot juga dituduh mencerobohi
kebun Miah dan menghancurkan setandan pisang.akan
tetapi, bukan Chot yang melakukan perkara tersebut.
Untungnya pada waktu itu, Pak Din yang merupakan
ayah kepada sahabatnya membantunya menyelesaikan
masalah dengan berjanji untuk membayar ganti rugi
tersebut. Nasib Alias berubah apabila Cikgu Sunan
berasa bertanggungjawab atas perbuatannya yang
menyebabkan Alias tidak hadir ke sekolah lalu meminta
bantuan Som untuk menemukan Alias dirumahnya.
Kehadiran Cikgu Sunan ke rumah Alias adalah untuk
menanyakan mengapa dia tidak ke sekolah tetapi Chot
yang berada di atas poko merasa tidak senang dengan
kehadiran Cikgu Sunan. Ketika Alias sedang berjalan
menuju pulang sambal membawa dua biji buah kelapa
bersalaman dengan Cikgu Sunan, Cikgu Sunan ingin
melihat keadaan telinga Alias yang bengkak dan
bernanah itu. Ketika sedang melihat telinga Alias, Chot
yang berada di atas pokok meronta-ronta sehingga
rantainya putus lalu Chot menerkam dan menggigit
lengan Cikgu Sunan. Alias cuba meleraikan gigitan Chot
tetapi gagal. Lalu, Alias mengambil lembingnya lalu
merodok perut Chot sehingga menyebabkan Chot
terkulai dan mati. Alias berasa amat sedih kerana beruk
yang selama ini membantunya mencari rezeki telah mati
dan dia tidak dapat ke sekolah lagi. Tetapi, Cikgu Sunan
telah berjanji untuk menanggung segala kos
persekolahan hingga ke universiti. Alias kemudiannya
menguburkan Chot di sebelah pokok langsat dan
mencacakkan papa yang tertulis “Tunggu aku di pintu
university, Chot”. Esoknya, Alias bersekolah semula.
441
6. Manfaat/ - Dari novel ini dapat kita pelajari bahawa sebagai
pengajaran sorang manusia kita bukan sahaja perlu memiliki sifat
yang kasih sayang dan keprihatinan kepada sesame manusia,
diperoleh malahan kepada binatang juga kita perlu merasakan
daripada perasaan tersebut kerana dengan adanya nilai kasih
buku yang sayang terhadap binatang akan dapat mengurangkan
dibaca: penderaan dan juga perburuan haram ke atas binatang.
- Dari novel ini juga kita dapat belajar untuk
7. Nama: mempunyai sikap rasional dengan pelbagai situasi untuk
memastikan kita tidak bersikap terburu-buru dalam
melakukan sesuatu tindakan atau dalam mengambil
sesuatu keputusan terutama sekali sebagai seorang
guru seperti Cikgu Sunan, kita hendaklah memeriksa
latar belakang dan keadaan murid-murid.
Kita hendaklah mempunyai semangat kemasyarakatan
terutama dala kehidupan berjiran sama ada dalam
kawasan perumahan atau kampung. Contohnya,
penduduk di Kampung Dingin sentiasa menolong Alias
dan Ibunya yang serba kekurangan.
Nur Athriya Binti Azha
442
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR IZZAH ’ATITAH BT
HUDALLAH
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: Kerna Syurga Bukan Percuma
2. Pengarang: Najmi Fetih
3. Tahun 2016
diterbitkan:
Tarbiah Sentap
4. Diterbitkan
oleh: Buku ini menceritakan sebuah kisah penghijrahan
seorang lelaki yang bernama Khairul Rafeeq atau digelar
5. Sinopsis Khai. Kisah hijrahnya ini bukannya satu perkara yang
Buku Yang mudah baginya kerana pelbagai ujian yang perlu
Dibaca: dihadapi lebih-lebih lagi kematian dua orang insan yang
menjadi tulang belakangnya iaitu emaknya dan juga
abangnya. Kedua-dua insan inilah yang sentiasa
memberi semangat kepadanya untuk terus berubah
daripada sikapnya seorang yang degil dan menyimpan
dendam terhadap ayahnya yang mana baginya
kehadiran ayahnya membawa kesusahan dan bebanan
lebih-lebih lagi kepada maknya. Penghijrahan Khai ini
juga telah didorong oleh seorang lelaki yang dipanggil
sebagai abang surau. Kehadiran abang surau ini seolah-
seolah memberi sinar yang baru kepadanya setelah
kematian abangnya kerana dia merasakan seolah abang
surau itu arwah abang kandungnya kerana memiliki
perwatakan yang lebih kurang sama. Ketika mana Khai
hampir-hampir berputus asa dalam berhijrah namun,
abang suraulah yang sentiasa ada di belakangnya untuk
443
memberikan semangat untuk terus berubah.
Kisah penghijrahan ini walaupun pada awanya
merupakan satu perkara yang sangat perit dengan satu
demi satu ujian yang datang namun apabila dia
menemui hikmah disebalik ujian tersebut, akhirnya dia
menemui kemanisan sebuah penghijrahan.
6. Manfaat/ 1. Walaupun hidayah itu milik Allah, namun kita
pengajaran sendiri perlu berusaha untuk mencari bukannya hanya
yang menanti.
diperoleh
daripada 2. Kita tidak seharusnya menyimpan dendam
buku yang terhadap seseorang sebaliknya belajarlah untuk
dibaca: memaafkan.
7. Nama: 3. Jangan pernah menilai masa silam seseorang itu
kerana kita tidak akan tahu yang akan kehidupannya
yang akan datang.
4. Jangan pernah menyalahkan takdir Allah
sebaliknya hadapilah dengan hati yang terbuka dan lihat
dengan penuh hikmah.
Hargailah setiap insan yang pernah hadir dalam hidup
kita
Nur Izzah ‘Atirah binti Hudallah
444
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NURAQILA WAJIHAH BT
NORHARIMAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: 10 Sahabat Syurga
2. Pengarang:
Othman Ramli
3. Tahun 2011
diterbitkan: SARJANA MEDIA SDN BHD
4. Diterbitkan
oleh:
5. Sinopsis Buku terbitan Sarjana Media Sdn Bhd ini telah
Buku Yang mendedahkan kepada pembaca mengenai kisah 10
Dibaca: sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW.
Penulis telah menceritakan dengan terperinci kisah
sahabat Baginda SAW yang dijamin syurga tersebut dari
awal memeluk Islam hingga ke nafas terakhir mereka.
Antara kisah sahabat-sahabat yang telah diceritakan
oleh penulis ialah :
• Kisah Abu Bakar yang merupakan sahabat yang
paling setia bersama baginda seumur hidupnya
mempertahankan Islam dan membantu baginda SAW.
• Pengajaran daripada kisah Umar al-Khattab yang
awalnya menentang Islam tetapi diberi hidayah dan
beliau mengabdikan seumur hidupnya untuk berjihad
bersama Rasulullah hingga dilabel sebagai seorang
pemimpin tegas yang berjiwa rakyat dan digelar sebagai
al-Faruq,Abu Hafs Umar bin Khattab
• Kisah Uthman bin Affan yang merupakan suami
kepada dua puteri Nabi dan orang terawal memeluk
445
6. Manfaat/ Islam. Beliau tidak ragu-ragu untuk memeluk Islam
pengajaran kerana beliau sangat mempercayai Rasulullah SAW
yang sehingga akhir hayatnya melakukan pengorbanan buat
diperoleh perjuangan Islam
daripada • Kisah dari 7 lagi sahabat lain yang dijanikan
buku yang syurga yang boleh dijadikan teladan buat pembaca
dibaca: kerana penuh dengan kisah pengorbanan dan
perjuangan mereka dalam Islam. Peristiwa yang hebat
telah diceritakan untuk pembaca menelusuri kejadian
yang berlaku dalam sahabat-sahabat berjihad untuk
Islam.
Penulis menekankan kecintaan 10 sahabat tersebut
kepada perjuangan,jihad,pengorbanan dan kesetiaan
kepada Rasulullah SAW dan agama mereka yang harus
diteladani oleh para pembaca.
Antara pengajaran dari buku ini ialah:
• Kita harus bersyukur kerana telah dilahirkan
beragama Islam,hidup dengan aman dan diajarkan Islam
sejak dari kecil bukan seperti yang dilalui oleh sahabat
Rasulullah yang mengharungi pelbagai ujian sewaktu
memeluk Islam untuk menentang para arab jahiliyyah
• Kita mestilah berjuang mempertahankan agama
kita dengan berani seperti sahabat baginda SAW yang
tidak gentar untuk mati demi memperjuangkan Islam
• Sebagai seorang muslim,kita perlu bersikap
pemurah dan sanggup membelanjakan harta di jalan
Allah seperti yang dilakukan oleh sahabat Baginda yang
tidak lokek menghabiskan wang untuk
memperkembangkan dan memajukan Islam serta
membantu saudara Islam yang lain
7. Nama: Wajihah
446
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NURIZZATI HUSNA BT ALIAS
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: Don’t Worry! : Allah Lebih Tahu Yang Terbaik
2. Pengarang:
Miftahul Asror Malik
3. Tahun 2021
diterbitkan:
PUTEH PRESS
4. Diterbitkan
oleh: Buku ini mendedahkan kepada pembaca tentang konsep
bersangka baik terhadap Allah. Misalnya, Allah menguji
5. Sinopsis hambaNya bukan kerana Dia pilih kasih, tetapi bertujuan
Buku Yang untuk mengangkat darjat seseorang. Allah menyayangi
Dibaca: setiap hambaNya yang bertaqwa dan mahu mereka
sentiasa dekat dengan sang penciptanya. Penulis turut
mengupas berkaitan persamaan antara nasib dan qadar.
Nasib yang baik dan buruk adalah ketetapan Allah,
namun usaha manusia mampu menentukan nasibnya
yang akan datang. Penulis juga ada menyertakan akibat
buruk jika manusia mempercayai ramalan nasib
daripada tukang tilik. Antaranya:
• Solat tidak diterima selama 40 hari
• Dianggap kufur kepada Al-Quran
Selain itu, penulis turut menghuraikan tentang konsep
rezeki. Allah mengurniakan rezeki kepada manusia
bergantung kepada seberapa banyak usaha yang
dilakukan oleh manusia itu sendiri. Maka sesiapa yang
berkerja dengan bersungguh-sungguh pasti memperoleh
rezeki yang melimpah ruah daripada Sang Pemberi
Rezeki.
447
6. Manfaat/ Mengenai soal jodoh pula, penulis menekankan konsep
pengajaran bersangka baik sekiranya jodoh datang lambat. Mungkin
yang seseorang itu perlu lebih banyak bermuhasabah diri dan
diperoleh memperbaiki ibadahnya agar lebih dekat dengan Allah.
daripada Antara nasihat berkaitan konsep bersangka baik
buku yang terhadap Allah yang diperoleh daripada buku ini ialah:
dibaca: • Tidak mengeluh dengan kehidupan yang serba
kekurangan kerana Allah telah menjanjikan bahawa Dia
7. Nama: akan menambahkan nikmat sekiranya hambaNya
bersyukur terhadap setiap nikmat yang telah dikurniakan
• Menerima segala ketentuan Allah dan
bermuhasabah diri kerana ramai yang lagi orang yang
lebih susah dan tidak bernasib baik seperti kita
• Berusaha bersungguh-sungguh, bekerja keras
dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang
melimpah ruah
• Tidak mudah berputus asa jika menghadapi
kegagalan
• Berusaha mencari kekayaan agar ianya dapat
digunakan untuk berbakti kepada ummah seperti
membantu orang lain, bersedekah, menyantuni fakir
miskin dan juga anak-anak yatim
• Sentiasalah bersyukur kerana sekiranya manusia
mengingkari nikmat Allah, maka dia akan menarik
kembali nikmat yang telah diberikan
• Berusaha memperbaiki diri setiap masa kerana
Allah pasti akan mengurniakan jodoh yang terbaik
kepada orang yang baik
• Apa yang kita lakukan pada hari ini menentukan
masa depan kita sama ada bahagia ataupun sengsara.
Oleh itu, rajinlah berusaha melakukan yang terbaik!
• Doa yang lambat dikabulkan bukan bermakna
Allah tidak sayang kepada hambaNya, sebaliknya Dia
menunda doa hambaNya untuk dikabulkan pada waktu
yang tepat
Sentiasa meminta doa daripada sesiapa sahaja yang
kita temui kerana kita tidak pernah tahu bahawa
mungkin ada dalam kalangan orang yang mendoakan
kita itu ada yang doaNya diterima oleh Allah
Nurizzati Husna Binti Alias
448
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NURUL SYAZWINA BT
MAHATHIR
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: Ramadan Terbaik! Pecutan Ibadah Maksimum
2. Pengarang:
N. Hasanah
3. Tahun 2015
diterbitkan:
4. Diterbitkan Telaga Biru Sdn. Bhd.
oleh:
Buku ini menceritakan mengenai keindahan Bulan
5. Sinopsis Ramadhan. Di dalam buku ini, penulis telah
Buku Yang membahagikan isi kandungan buku kepada tiga
Dibaca: bahagian iaitu persiapan sebelum bulan Ramadhan,
fasa ketika menyambut bulan Ramadhan serta fasa
berpisah dengan bulan Ramadhan. Penulis juga
menerangkan pelbagai saranan dan nasihat supaya
ibadah puasa yang dilakukan oleh seseorang itu
membawa makna dan penuh dengan penghayatan.
Antaranya:
• Muhasabah ibadah puasa yang dilakukan pada
tahun lalu
• Melatih diri untuk mula berpuasa sebelum bulan
Ramadhan seperti puasa sunat pada bulan Syaaban.
Penulis juga dapat memberikan kesedaran kepada
pembaca buku ini supaya sentiasa bermuhasabah
mengenai ibadah yang dilakukan sama ada pada bulan
Ramadhan atau pada bulan Islam yang lain.
449
6. Manfaat/ Antara pengetahuan yang saya peroleh daripada buku
pengajaran ini ialah:
yang • Kita perlu mempunyai mindset yang baik
diperoleh mengenai sesuatu perkara sebelum perkara tersebut
daripada tiba. Sebagai contohnya, mempunyai mindset untuk
buku yang menyambut bulan yang paling mulia iaitu bulan
dibaca: Ramadhan. Dengan cara itu, seseorang itu mampu
menyediakan perancangan yang hebat dan berkualiti
7. Nama: untuk menyambut bulan Ramadhan.
• Seorang individu hendaklah sentiasa mempunyai
keinginan berubah ke arah yang lebih baik dari hari ke
hari walaupun perbuatan tersebut kelihatan kecil kerana
hasilnya seseorang individu itu akan berterusan
melakukan kebaikan.
• Ketua keluarga hendaklah menggalakkan ahli
keluarganya dalam berbuat perkara kebaikan.
• Orang yang berilmu dapat memandu seseorang
individu itu supaya melakukan perbuatan yang mulia dan
membawa kebaikan. Hal ini menunjukkan bahawa ilmu
sangat penting dalam kehidupan.
• Penulis juga telah menulis mengenai beberapa
kekeliruan yang sering berlaku dalam bulan Ramadhan
dan kesilapan umat Islam sewaktu menyambut Hari
Raya Aidilfitri.
Umat Islam hendaklah sentiasa bersemangat dalam
beribadat terutamanya pada 10 malam terakhir
Ramadhan kerana malam lailatulqadar terdapat pada 10
malam terakhir.
Nurul Syazwina Mahathir
450
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : QURRATUL LIYANA BT
AMRAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
The Magic of Thinking Big: Berfikir dan Berjiwa Besar
1. Tajuk Buku:
David J. Schwartz
2. Pengarang:
2013
3. Tahun
diterbitkan: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
4. Diterbitkan Buku ini memberikan pendedahan kepada pembaca
oleh: tentang perkongsian konsep asas, prinsip ilmu dan
rahsia di sebalik kejayaan untuk mendapatkan sesuatu
5. Sinopsis yang diidamkan dalam hidup. Penulis turut berkongsi
Buku Yang tentang pengalaman berharga beliau dalam mencapai
Dibaca: kejayaannya sebagai seorang profesor dan pakar
motivasi dalam bidang kepimpinan di sebuah syarikat
perundingan. Beberapa langkah mudah untuk mencapai
kejayaan telah disusun oleh penulis sebagai faedah
untuk pembaca, antaranya:
• Kita Yakin, Kita Berjaya
• Pulihkan Diri Kita daripada Penyakit Alasan
• Bina Keyakinan, Hapuskan Rasa Takut
• Cara Berfikir dan Berjiwa Besar
• Cara Mengubah Kegagalan Menjadi Kejayaan
Penulis memfokuskan tentang kaedah berfikir dan
bercita-cita secara kreatif agar seseorang individu yang
ingin berjaya dapat mengubah pemikirannya untuk
berfikir seperti pemimpin, dan menguruskan hasil
451
6. Manfaat/ pemikirannya ke arah yang positif dalam mencapai
pengajaran sesuatu kejayaan dengan matlamat yang betul.
yang Antara cara-cara mengaplikasikan prinsip berfikir dan
diperoleh berjiwa besar yang diperoleh daripada buku ini ialah:
daripada • Lancarkan diri kita ke arah kejayaan dengan
buku yang membina kekuatan keyakinan dan meyakini kebolehan
dibaca: diri.
• Hapuskan keraguan dan kesan negatifnya.
• Lindungi diri kita daripada suka memberi alasan
kerana ia adalah penyakit yang menyebabkan
kegagalan.
• Rangsang minda bagi menjana fikiran positif.
• Berfikir besar dengan membayangkan perkara
yang mampu dilakukan pada masa hadapan.
• Manfaatkan kreativiti bagi meningkatkan
rangsangan minda dan mencari cara baru yang lebih
baik untuk melakukan sesuatu.
• Ketepikan rasa hampa dan kecewa dengan
melihat hikmah di sebalik segala perkara.
• Pastikan kita tahu matlamat kita dengan jelas
supaya dapat berazam untuk merealisasikan idea-idea.
7. Nama: Qurratu Liyana Amran
452
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : SAFIYAH BT MD SAAD
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: MAKSIAT AKHIR ZAMAN
ADNIN ROSLAN
2. Pengarang:
2020
3. Tahun
diterbitkan: SENTAP PRESS SDN BHD
4. Diterbitkan Orang beriman, melihat dosa ibarat gunung yang
oleh: menhempap. Manakala orang munafik, melihat dosa
ibarat lalat yang menghinggap. Akhir zaman ini, makin
5. Sinopsis hari, umat seolah – olah berlumba ke neraka. Dosa dan
Buku Yang maksiat kini dianggap kebenaran, kebanggan dan
Dibaca: lambing kemodenan, manakala pahala dianggap satu
kebatilan dan kemunduran. Pelaku maksiat disanjung
dan dipuji, orang beriman dihina dan dikeji. MAKSIAT
AKHIR ZAMAN, menceritakan tentang segala macam
dosa dan kerosakan yang sedang menular dan dianggap
normal oleh masyarakat, samada dari sudut aqidah,
politik, ekonomi, hiburan, akhlak dan social. Juga,
dikogsi juga solusi bagi menghadapi segala macam jenis
maksiat yang seolah telah menjadi darah daging dan
budaya masyarakat kini. Hari ini, ramai orang keliru
mana satu dosa mana satu pahala, apa itu haq, apa itu
batil. Akhir zaman, dosa dianggap pahala, pahala
dianggap dosa , tembok iman mula runtuh, menunggu
hadirnya DAJJAL.
453
6. Manfaat/ Buku Maksiat Akhir Zaman tidak dapat dinafikan lagi
pengajaran merupakan satu buku agama yang sangat berguna
yang terhadap masyarakat yang beragama Islam. Antara
diperoleh pengajaran yang diperoleh buku ini, iaitu umat Islam kini
daripada imannya sungguh terancam kerana ramai yang masih
buku yang lagi tidak keruan dalam menentukan perbuatan yang
dibaca: halal dan haram. Yang halal dianggap haram manakala
yang haram dianggap halal. Akibatnya, perbuatan haram
7. Nama: tersebut telah berlaku dalam kalangan umat Islam
secara berleluasa. Misalnya, couple kini merupakan satu
kemestian dalam kalangan remaja dan apabila
seseorang itu tidak terlibat dalam perbuatan couple dia
akan ditertawai dan dikatakan tidak laku oleh
persekitarannya. Justeru itulah salah satu punca kenapa
ramai anak muda terlibat dalam perbuatan haram
tersebut. Oleh itu, sewajarnya buku ini dibaca oleh orang
ramai terutama golongan yang lemah imannya agar
mereka sedari kesilapan yang mereka lakukan tanpa
sedar dan bahkan perbuatan tersebut menjauhkan
mereka dari mendapat redho Ilahi.
safiyah
454
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : SITI NORFASIHAH BT
MARZUKI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: Kau Sembah Apa? Berdialog dengan non-muslim
2. Pengarang: Ahmad Iqram Mohammad Noor
3. Tahun 2016
diterbitkan:
Puteh Press
4. Diterbitkan
oleh: Buku ini mengandungi 9 bab iaitu bermula dengan
bab pertama pengertian agama, kemudian diikuti
5. Sinopsis dengan bab kedua agama-agama di Malaysia, bab
Buku Yang ketiga agama Islam, bab keempat agama buddha, bab
Dibaca: kelima agama tao, bab keenam agama kristian, bab
ketujuh agama hindu, bab kelapan agama sikh dan bab
yang terakhir ialah ancaman agama di Malaysia.
Buku ini membincangkan mengenai beberapa agama
yang terdapat di Malaysia sesuai dengan tajuknya iaitu
‘Kau Sembah Apa? Berdialog dengan non-muslim’.
Pada permulaan bab penulis menceritakan perihal
pengertian agama sebagai contoh apa kaitan agama
dan manusia. Pada bab kedua penulis menceritakan
mengenai peranan dakwah. Sebagai contoh, endekatan
atau method yang digunakan untuk berdakwah dan
mengaitkannya dengan dakwah di negara Malaysia.
Agama pertama yang dibincangkan adalah agama
islam. Di dalam buku ini telah diceritakan mengenai
sejarah ringkas nabi Muhammad S.A.W. Kemudian
diceritakan juga mengenai kitab teragung iaitu al-Quran
455
6. Manfaat/ yang menjadi panduan untuk seluruh umat manusia.
pengajaran Penulis juga mengetengahkan kewajipan umat islam,
yang islam di tanah melayu isu-isu isu umat islam, agama
diperoleh samawi serta salah faham muslim terhadap islam.
daripada Seterusnya, agama buddha. Penulis memulakan dengan
buku yang pengenalan mengenai sejarah ringkas Sidharta
dibaca: Gautama Buddha sehingga pengakhiran hidupnya.
Kemudian ada juga diceritakan mengenai konsep
ketuhanan dan falsafah agama Buddha, kitab suci
mereka, sejarah Buddha ke Tanah Melayu,
perkembangan dan perbezaan mazhab Buddha serta isu
perihal agama buddha di Malaysia. Ada disertakan juga
bersama beberapa gambar yang berwarna supaya dapat
dapat memberi gambaran visual kepada pembaca
seperti gambar-gambar tokong-tokong, gambar sami-
sami serta gambar penulis sedang menemu ramah
mereka. Selain itu ada juga dibincangkan mengenai
agama Tao, Kristian dan Sikh. Seperti mana pada bab
dalam agama islam dan agama Buddha, penulis juga
menceritakan mengenai sejarah setiap agama sehingga
munculnya agama tersebut di Malaysia, kitab yang
digunakan dalam agama mereka dan bagaimana
mereka mengamalkan kepercayaan mereka.Turut
disertakan juga isu-isu yang dikaitkan dengan setiap
agama tersebut sebagai contoh isu holy water, isu
kalimah Allah, isu salib di gereja, isu memotong rambut
pelajar sikh dan banyak lagi. Penulis mengakhiri
penulisan bukunya dengan membuat kesimpulan umum
dan mengulas mengenai jalan terbaik bagi mengatasi
kemelut yang tercetus membabitkan agama. Salah satu
idea yang diketengahkan penulis adalah dengan jalan
berdialog. Bersama itu juga penulis mengemukakan
bersama hujah-hujahnya bagi memberi kefahaman
mendalam kepada para pembaca.
Antara manfaat yang diperoleh daripada buku ini ialah
kita dapar belajar beberapa jenis agama wujud di dunia
khususnya di Malaysia dan perbezaan setiap agama ini.
Buku ini juga dapat membuka minda kita untuk melihat
agama dari sudut pandang atau perspektif yang lebih
berilmu. Pengetahuan mengenai kepelbagaian agama
yang wujud ini dapat dijadikan panduan untuk kita
terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat
kelak.
7. Nama: Siti Norfasihah Mahirah binti Marzuki
456
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : WAN MUHAMAMD NAZRIN B
WAN MUHAMMAD NAJIB
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku:
Koleksi Cerota-cerita Hang Nadim (Hang Nadim
Bercakap Benar)
2. Pengarang: Haslinda Mohd Iderus
3. Tahun 2010
diterbitkan:
Ladybug Publishing And Distribution
4. Diterbitkan
oleh: Buku ini menceritakan tentang seorang budak yang
bernama Hang Nadim yang bercadang untuk menjadi
5. Sinopsis seorang saudagar yang terkenal dengan pergi belajar
Buku Yang berniaga di Tanjung Putri. Pada awalnya ibu bapanya
Dibaca: tidak membenarkannya kerana risau akan keselamatan
Hang Nadim dan mereka tidak mahu berpisah dengan
anak mereka. Namun setelah melihat kesungguhan
anak mereka itu, mereka pun membenarkannya dengan
syarat Hang Nadim hanya bercakap benar walau apa
pun terjadi.Hang Nadim dengan berbekalkan lima keping
emas dan bekalan makanan terus memulakan perjalan
ke Tanjung Putri bersama beberapa orang penduduk
kampung yang ingin mengubah nasib mereka di sana.
Setelah penat berjalan mereka pun berhenti rehat di
suatu kawasan namun tiba-tiba muncul sekumpulan
perompak yang merampas semua barang penduduk
kampung itu kecuali barang kepunyaan Hang Nadim.
Mereka bertanya kepada Hang Nadim tentang barang
457
6. Manfaat/ yang dimilikinya. Hang Nadim dengan tenang dan jujur
pengajaran berkata bahawa dia mempunyai sedikit makanan dan
yang lima keping emas. Perompak itu bertanya di manakah
diperoleh Hang Nadim meletakkan barangnya dan Hang Nadim
daripada menjawab di dalam saku seluarnya. Perompak itu
buku yang menganggap bahawa Hang Nadim hanya bergurau dan
dibaca: meninggalkannya. Perompak itu lalu menenemui ketua
mereka dan menjelaskan apa yang berlaku.Ketua
7. Nama: perompak itu tidak berpuas hati dengan tindakan
mereka. Lalu ketua perompak itu terus menemui Hang
Nadim dan bertanya soalan yang sama. Hang Nadim
tetap bercakap benar dengan mengatakan barang
tersebut berada di dalam saku seluarnya. Ketua
perompak itu memeriksa sakunya dan menemui
makanan dan lima keping emas itu.Ketua perompak itu
pun bertanya kepada Hang Nadim bahawa mengapakah
Hang Nadim bercakap benar sedangkan dia boleh
menipu perompak itu. Hang Nadim pun menjawab
bahawa ibunya telah berpesan agar sentiasa bercakap
benar walau apapun yang terjadi. Ketua perompak itu
pun berasa terharu dan berasa menyesal atas
perbuatannya lalu memulangkan semua barang yang
ditelah dirampas
• Kita hendaklah sentiasa bercakap benar walau
apapun yang terjadi kerana terdapat banyak kebaikan
sekiranya kita bercakap benar
• Kita juga hendaklah sentiasa tenang dalam apa
jua keadaan untuk membuatkan semua orang yang
terdekat berasa gembira dan selesa
• Antara contoh pantun nasihat yang boleh diambil
ialah
Anak ayam turun sembilan,
Hilang seekor menjadi lapan,
Berkata benar menjadi amalan,
Perselisihan faham dapat dijauhkan.
WAN MUHAMMAD NAZRIN
458
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AINUL MARDHIYAH BT
AZMAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: Sukses Berkat Doa Ibu
2. Pengarang:
Aang Abdul Qohar
3. Tahun 2009
diterbitkan: IdealMahira
4. Diterbitkan
oleh:
5. Sinopsis Buku itu mengisahkan tentang kisah perjalanan
Buku Yang pengarang bernama Aang Abdul Qohar. Beliau
Dibaca: merupakan seorang penulis buku yang sangat pemalu
dan susah untuk berbicara dengan orang lain. Beliau
juga sering diejek oleh kawan-kawannya kerana tidak
dapat menyebut huruf R dengan sempurna atau lebih
tepat lagi pelat R. Namun, dia tetap bersemangat untuk
meneruskan perjalanan hidupnya apabila ibunya sering
memberikan semangat dan nasihat kepadanya iaitu
suatu hari nanti dia akan boleh menjadi orang yang
hebat dan disanjungi oleh orang ramai. Sejak di bangku
sekolah lagi, beliau juga sudah dipercayai oleh orang
ramai untuk menyampaikan khutbah Jumaat di
kampungnya.
Sewaktu beliau kuliah pula, beliau pernah
menggantikan pengetua atau para penolong kanan
untuk menjadi khatib di atas permintaan mereka sendiri.
Disini beliau percaya bahawa itulah bukti doa daripada
seorang ibu yang dirasakan oleh pengarang sehingga
459
beliau sendiri meluahkannya ke dalam buku ini agar
dapat dibaca oleh orang ramai. Beliau juga sering
menulis buku-buku lain yang bertemakan Islamik.
Antaranya buku yang bertajuk “Jangan Takut, Allah
Bersama Kita”. Beliau juga seorang yang prihatin
terhadap keadaan yang berlaku di zaman sekarang yang
memperlakukan ibu sesuka hati mereka padalah ibu
adalah orang yang sangat penting dalam kehidupan
seseorang. Dari kegelisahan inilah, wujudnya buku kecil
ini.
Di dalam buku ini juga, telah dikupas beberapa aspek-
aspek doa oleh pengarang terutamanya pengaruh doa
ibu terhadap kejayaan anaknya, bagaimana doa seorang
ibu mudah dimakbulkan, bagaimana hubungan emosi
dan semangat yang dibina antara ibu dan anak sehingga
dapat memberikan tenaga tertentu hingga termakbul
doanya. Buku ini juga mengandungi cerita-cerita
kedahsyatan doa seorang ibu sebagai bukti dan penguat
keyakinan bahawa kita sangat memerlukan doa seorang
ibu dalam hidup.
Bukan itu sahaja, buku ini mengupas tentang
keistimewaan seorang ibu. Menjadi seorang ibu
merupakan hadiah yang terbesar dalam hidup seorang
perempuan. Menjadi seorang ibu juga merupakan
proses penyempurnaan Ilahi. Hal ini kerana, menjadi
seorang ibu memerlukan perjuangan yang tidak sedikit
dan tidak boleh dianggap perkara biasa. Perjuangan ini
tidak akan dapat dibalas dengan harta benda tetapi
dengan sebuah perhormatan dan pengabdian. Ibu juga
melewati semua perjuangan yang dihadapi dengan cinta
dan penuh kasih sayang.
Pada dasarnya, ibu dan anak mempunyai ikatan yang
kuat. Ikatan itulah yang menjadikan mereka sangat
dekat. Ia bukanlah secara fizikal, tetapi secara emosi
dan spiritual. Kedekatan ini jugalah yang menjadi modal
utama penyemangat seseorang dalam sesebuah
kejayaan dan menjadi salah satu modal dalam
makbulnya sebuah doa. Oleh itu, dalam doa seorang ibu
itu adanya mukjizat yang menentukan kejayaan dalam
kehidupan anak-anaknya.
Selain itu, buku ini juga menggunakan bahasa yang
mudah difahami. Oleh itu, ia sesuai untk dibaca oleh
semua golongan tidak mengira umur dan pangkat. Buku
ini juga dapat membuka pemikiran dan pandangan kita
tentang doa seorang ibu, menyedarkan kita betapa
pentingnya mengasihi dan menyayangi ibu. Ia juga
memberi pesan serta nasihat yang berguna supaya kita
460
sentiasa berbakti kepada orang selama mereka masih
ada.
6. Manfaat/ 1) Kita dapat memahami betapa mulianya seorang
pengajaran ibu yang hidup dengan penuh kasih sayang tanpa
yang mengharapkan sebarang balasan dari anaknya.
diperoleh
daripada 2) Kita juga dapat mengenal erti perjuangan hidup
buku yang seorang ibu yang ingin melihat anak-anaknya berjaya.
dibaca:
3) Kita dapat mengetahui bahawa doa seorang ibu
tiada hijab dan ia penentu kepada kejayaan seseorang
anaknya.
7. Nama: AINUL MARDHIYYAH BINTI AZMAN
461
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AMIR ASRAF B ABD GHANI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: AMBIVALEN
2. Pengarang:
THE FAIZ IBRAHIM
3. Tahun 2017
diterbitkan:
4. Diterbitkan THE BOOKU
oleh:
Buku ambivalen ini adalah menkisahkan mengenai
5. Sinopsis seorang lelaki yang mempunyai dua perwatakan yang
Buku Yang amat berbeza antara satu sama lain iaitu "MPD"
Dibaca: (Multiple Personality Disorder). Perwatakan pertama
adalah merupakan sifat asli dan sebenar yang mana
adalah perwatakan yang sangat baik budi bahasa, patuh
kepada ibu bapa serta taat kepada perintah tuhan.
Manakala perwatakan yang kedua adalah sangat
berlawanan dan tidak serupa sama sekali kerana
perwatakannya adalah lelaki yang tidak baik, hidup
dalam keadaan liar serta melanggar perintah Allah SWT.
Akan tetapi dua perwatakan ini tidak boleh muncul
dalam satu masa yang sama. Jika perwatakan yang
dibawa oleh lelaki itu adalah lelaki yang baik ketika itu,
perwatakan yang kedua itu dapat berbisik kedalam otak
lelaki itu untuk menyalahkan diri sendiri atas perkara
yang telah lama berlalu, ia juga akan menghasut untuk
meninggalkan perkara yang baik serta melakukan
perkara yang bertentangan dengan ajaran islam. Hal ini
adalah kerana dia mahu lelaki ini meninggalkan
perwatakan yang baik dan hidup dengan perwatakan
462
yang lainnya itu iaitu yang memilih jalan kehidupan yang
liar.
Seterusnya, cerita dalam buku ini yang paling saya
minati adalah ketika watak utama iaitu Hafiz yang
berpindah ke sekolah yang lebih tersohor dan maju. Dia
telah berjumpa dengan seorang perempuan yang
bernama Mia dan mereka saling bekerjasama dan saling
bantu membantu dalam pelajaran. Hafiz yang agak
lemah dalam pelajaran telah dibantu oleh Mia yang
merupakan salah seorang pelajar yang memperolehi
keputusan kecemerlang di sekolahnya itu. Setelah
semakin lama mereka belajar bersama, keputusan
peperiksaan Hafiz telah melonjak naik berbanding
keputusan peperiksaannya yang dulu semasa awal
kemasukan di sekolah barunya itu. Hal ini telah
menjadikan Hafiz terkenal di sekolah barunya
terutamanya dalam kalangan gadis dan ada juga
sebilangan kecil pelajar yang mempunyai hasad dengki
terhadap Hafiz.
6. Manfaat/ Di dalam buku ini juga terdapat banyak manfaat yang
pengajaran dapat diperoleh iaitu usaha Hafiz dalam menimba ilmu
yang pengetahuan sehingga dia berjaya. Selain itu, Hafiz ada
diperoleh juga menunjukkan mengenai kepentingan mematuhi
daripada perintah Allah SWT iaitu apabila dia taat kepada ibunya.
buku yang
dibaca:
Amirasraf.
7. Nama:
463
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AMIRAH ALMAHFUZAH BT
ROZAIMI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: Impian Jalanan
2. Pengarang:
Teme Abdullah
3. Tahun 2018
diterbitkan:
4. Diterbitkan Iman Publication Sdn Bhd
oleh:
Buku Impian Jalanan ini mengisahkan tentang
5. Sinopsis keazaman serta kecekalan Iskandar yang mana sejak
Buku Yang kecil lagi bercita-cita untuk menjadi arkitek sekaligus
Dibaca: menjadi pelukis. Iskandar sejak kecil lagi menghadapi
pelbagai rintangan dan ejekan rakan-rakannya dan
seawal 4 tahun lagi, dia disahkan mengalami
astigmatisme. Sewaktu sekolah rendah juga, Iskandar
dikatogorikan pelajar yang gugup lambat membaca dan
menyebabkan dia selalu diejek oleh rakan-rakannya.
Namun atas usaha-usaha Iskandar, membuatkan ramai
kagum dalam berusaha untuk mencapai cita-citanya dan
apa yang dia hajati.
Iskandar seorang budak yang sangat bijak dalam
mengatur strategi. Hal ini dapat dibuktikan dengan
usaha yang dilakukan oleh Iskandar dalam sebuah
pertandingan mewarna peringkat daerah sewaktu
sekolah rendah. Tambahan pula, Iskandar sangat
berbakat dalam melukis sejak kecil lagi. Hal ini
membuatkan ramai kagum atas bakat yang dimiliki
464
6. Manfaat/ termasuklah guru-guru dan rakan-rakannya.
pengajaran Iskandar juga seorang yang berdikari dan berdiri di atas
yang kaki sendiri yang mana dia menggunakan masa
diperoleh sebaiknya untuk melatih dirinya memantapkan skill
daripada melukis dan mewarnanya. Hal ini kerana dia sedar
buku yang bahawa, ibu bapanya tidak mampu untuk menghantar ke
dibaca: kelas tambahan mewarna dan melukis. Dari semasa ke
semasa, skill melukisnya semakin mantap dan menarik
perhatian ramai. Yang mengejutkan lagi, Iskandar sejak
sekolah rendah lagi menghasilkan kerja sampingan iaitu
menjual lukisannya sambal belajar. Dia tidak pernah
mengenal erti putus asa dalam hidupnya kerana gagal
sekali bukan bermakna gagal buat selamanya.
Dalam buku ini juga mengajarkan kita tentang kesabaran
dan usaha merupakan kunci kejayaan seseorang itu,
seperti Iskandar bersabar dan berusaha untuk mencapai
cita-citanya walaupun pelbagai rintangan dan cabaran
yang perlu dia hadapi. Bukan itu sahaja, apabila melihat
dari sudut didikan awal kanak-kanak, ibu Iskandar
mendidik dan menasihati dan menyokong Iskandar
dalam pelbagai sudut. Hal ini bermaksud, didikan dan
kasih sayang oleh ibu bapa sangat penting dan ia
mempengaruhi sikap dan tingkah laku seorang anak.
Jika baik didikannya, maka hasilnya baik, jika
sebaliknya, maka sebaliknya jugalah hasilnya.
7. Nama: Amirah Almahfuzah Binti Rozaimi
465
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : HANIS SAJIDAH BT CHE
SHAMON@CHE SHAH ONN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: SERUNAI MAUT
2. Pengarang:
LEENA SYIHA
3. Tahun 2020
diterbitkan: (buku ini adalah dari Aplikasi Wattpad)
4. Diterbitkan
oleh:
5. Sinopsis Kisah serunai maut ini adalah tentang misieri satu pulau
Buku Yang bernama Pulau Jengka yang mana mempunyai satu
Dibaca: pantang larang iaitu penduduk di situ atau pelawat yang
datang tidak boleh membuka lampu selepas pukul 6.00
petang. Penduduk Pulau ini percaya bahawa Pulau
tersebut mempunyai ‘penjaga’ yang mana apabila ada
cahaya lampu yang dipasang pada waktu malam akan
menimbulkan kemarahan ‘penjaga’ tersebut seterusnya
akan berbunyi satu bunyi yang menyedihkan dari
serunai dan sesiapa yang mendengar bunyi ini akan
mati dan jasadnya akan lenyap tanpa jejak. Penduduk
pulau berpegang kepada kepercayaan Khurafat ini
walau mereka sendiri tidak menyaksikannya sendiri.
Cerita serunai maut ini bermula apabila seluruh dunia
gempar dengan kematian beramai-ramai du sebuah feri
mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa
yang tahu apa sebab dan punca kematian tersebut.
Pihak polis dan Jabatan penyiasatan berkampung di Feri
tersebut untuk menyiasat punca kematian itu. Pasukan
466
penyiasat yang diketuai oleh Henry dan Iman merasakan
mustahil apa yang dilihat apabila sampai tiba di tempat
kejadian kerana apa yang dilihat mereka adalah mayat-
mayat manusia seramai 249 bergelimpangan dalam
keadaan hangus terbakar namun tiada langsungkesan
kebakaran. Hal ini menjadikan kes ini satu misteri.
Apabila ditanya kepada saksi iaitu penduduk pulau
tersebut hanya satu jawapan yang diberi oleh mereka
iaitu angkara serunai maut. Namun begitu, tiada yang
percaya akan hal tersebut kerana itu adalah perkara
yang tidak logiak dan tidak masuk akal. Semakin Henry
dan Iman cuba menolak dakwaan penduduk pulau
berkaitan serunai maut semakin sama kejadian yang
berlaku dengan apa yang disampaikan oleh penduduk
kampung. Buktinya, selepas 2 hari berkampung di feri
tersebut Henry mendapat panggilan daripada bahagian
forensic bahawa semua mayat yang dibawa sebanyak
249 mayat lesap tanpa jejak malahan tidak
meninggalkan sedikit pun debu atau habuk.
Bermula dari sini lah Henry dan Iman dalam menolak
kenyataan penduduk pulau yang khurafat itu sedikit
sebanyak terpaksa percaya. Waktu itu lah Henry
menyedari bahawa penduduk Pulau Jengka itu tidak
beragama. Misi penyiasatan diteruskan selama
berminggu-minggu namun semuanya menemui jalan
buntu dan menyebabkan pihak atasan telah membuat
keputusan untuk membawa pulang feri tersebut. Dengan
ketiadaan feri tersebut di lokasi kejadian mennyukarkan
lagi Henry dan Iman untuk menemui jawapan dari segala
misteri serunai maut yang diperkata. Oleh itu, Henry
memutuskan untuk terus tetap di Pulau tersebut dan
mengajak seseorang yang merupakan bekas ahli
penyiasat lelaki yang mempunyai kemahiran yang
sangat handal dan bijak serta sangat alim dan warak
dan seseorang yang dimaksudkan ialah protagonis kisah
Serunai Maut ini iaitu Iman Falah.
Falah, Henry dan Iman menetapkan tujuan utama
mereka meneruskan penyiasatan ini adalah untuk
merungkai misteri serunai maut yang dipercayai oleh
penduduk Pulau berdekad tahun lamanya dan yang
paling utama ialah untuk menyelamatkan Aqidah
penduduk Pulau Jengka dari Khurafat yang dipercayai.
Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina
satu masjid di pulau tersebut. walaupun mendapat
cacian dan kejian dari penduduk kampung namun
mereka bernasib baik kerana ketua Kampung yang
digelar tok penghulu menyambut mereka dengan baik
467
6. Manfaat/ dan sudi membantu mereka. Semakin lama mereka di
pengajaran situ semakin menjadi-jadi kejadian aneh yang berlaku.
yang Falah menyedari ada makhluk yang tidak berpuas hati
diperoleh dengan kedatangan mereka. Makhluk tersebut sentiasa
daripada mencari ruang untuk menumpaskan Falah dan 2 lagi
buku yang pasukannya namun ketakwaan dan keyakinan Falah
dibaca: yang teguh kepada Allah menggagalkan cubaan syaitan
tersebut.
7. Nama: Konflik kisah ini bermula apabila makhluk yang sentiasa
menggangu Falah itu bersikap semakin agresif iaitu
dengan telah membunuh cucu Tok penghulu yang
berumur 4 tahun yang mana merupakan insan pertama
di pulau tersebut yang bersyahadah kepada Allah
melalui ajaran Falah mengakibatkan seluruh penduduk
Pulau mengamuk termasuklah Tok penghulu menyuruh
mereka untuk beredar secepat yang mungkin. Namun
begitu Falah tidak putus asa dan merayu kepada Tok
Penghulu. Akhirnya, Tok Penghulu telah mengemukakan
satu rahsia besar iaitu tentang Mona yang berkaitan
rapat dengan serunai maut yang selama ini disimpan
erat. Bermula dari sini perjalanan Falah untuk
memerangi Mona bermula dan pelbagai cabaran misteri
dihadapi. Walau bagaimanapun cabaran terbesar yang
dihadapi mereka ialah ujian keimanan dan keyakinan
yang jitu kepada Allah Taala.
-Sebagai seorang Muslim perlulah mempunyai kekuatan
iman yang kukuh.
-Carilah ilmu dan sentiasa mengejar ilmu terutama ilmu
Akhirat supaya kita mempunyai jati diri yang teguh.
-Walupun seberat mana ujian jangan pernah berhenti
berharap dari Rahmat Allah.
-Keyakinan yang tinggi dan tawakal sepenuhnya kepada
Allah akan memberi kekuatan yang luar biasa kepada
seseorang muslim.
-Jangan sesekali Syirik Kepada Allah dengan meminta
dan menerima bantuan dari Syaitan dan Jin.
HANIS SAJIDAH BINTI CHE SHAMOM @ CHE SHAM
ONN
468
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMAD SHAHRULNIZAN B
JAMIL
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku:
2. Pengarang: SOAL JAWAB FIQH IBADAH: PUASA , HAJI ,KORBAN
&AKIKAH
Ustaz Mohd Hanapiah Haji Hussin
3. Tahun 2020
diterbitkan:
4. Diterbitkan IKON SYABAB
oleh:
5. Sinopsis Persoalan agama yang merangkumi ibadah puasa, haji
Buku Yang korban dan akikah dikumpulkan dalam satu buku.
Dibaca: Jawapan-jawapan yang terkumpul ini dijawab menurut
pandangan mazhab Syafii sesuai dengan mazhab yang
diamalkan di negara Malaysia.
Semua jawapan yang terkumpul dalam ini disertakan
sandaran daripada dalil-dalil syarak ataupun petikan
daripada kitab-kitab fiqh muktabar khususnya kitab fiqh
mazhab Syafii.
Antara ibadah yang dikumpulkan persoalannya adalah
ibadah puasa, haji korban dan akikah dikumpulkan
dalam satu buku.
469
6. Manfaat/ Begitu banyak persoalan yang ditimbulkan dalam buku
pengajaran ini berkisar tentang persoalan-persoalan yang dihadapi
yang dalam melaksanakan ibadah dalam keshidupan
diperoleh seharian. Manfaat yang saya perolehi dalam buku ini
daripada adalah saya dapat merujuk kembali hokum-hukum yang
buku yang tidak jelas tentang ibadah puasa, haji, korban dan akikah
dibaca: dengan lebih yakin.
Selain itu, buku ini mempunyai rujukan -rujukan
daripada sumber yang sohih. Seorang ahli ibadah yang
tekun tapi tanpa ilmu syariah jauh lebih rendah
derajatnya dari amalan seorang yang mengerti syariah
meski tidak terlalu banyak. Sebab ibadah yang banyak
bila tidak diiringi dengan ilmu yang benar, bisa jadi
malah berdosa. Sebab tidak tertutup kemungkinan dia
malah melakukan bid`ah atau hal-hal yang justru
terlarang.
Mempejari Islam adalah kewajiban pertama setiap
muslim yang sudah aqil baligh. Ilmu-ilmu ke-Islaman
yang utama adalah bagaimana mengetahui MAU-nya
Allah SWT terhadap diri kita. Dan itu adalah ilmu syariah.
Allah SWT berfirman :
“Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan
kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia
berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi
penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah.”
Akan tetapi : “Hendaklah kamu menjadi orang-orang
rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan
disebabkan kamu tetap mempelajarinya”.” (QS. Ali Imran
: 79)
Sebaliknya, meski ibadah seseorang itu tidak terlalu
banyak, namun bila dikerjakan sesuai dengan petunjuk
Rasulullah SAW yang benar, tentu nilainya sangat tinggi
di sisi Rasulullah SAW. Betapa rugi dan menyesal
seseorang yang merasa sudah beramal banyak tapi di
akhirat tidak mendapat nilai apa-apa di sisi Allah SWT.
Sebab apa yang diamalkannya ternyata tidak diajarkan
oleh Nabi SAW.
7. Nama:
MUHAMAD SHAHRULNIZAM BIN JAMIL
470
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD ADAM HAIKAL B
MOHD NAZIM
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku:
2. Pengarang: BERDIALOG DENGAN ALLAH (Dengan Lafaz La Ilaha
Illallah, Aku Mencintai Allah)
Khairul Ghazali
3. Tahun 2017
diterbitkan:
4. Diterbitkan Mustread.sdn.bhd
oleh:
5. Sinopsis Sinopsisnya ialah penulis ingin mendedahkan kepada
Buku Yang pembaca tentang bahawa mencintai dan berdialog
Dibaca: dengan Allah mempunyai makna dan falsafah yang luas.
Ia tidak dapat dihuraikan hanya dengan sebuah buku
atau beberapa jam syarahan, kerana mencintai Allah
beerti mencintai sesuatu yang hakiki. Apa yang telah
dikupas oleh penulis ialah berkaitan tentang apa itu
konsep “Bercinta dengan Allah” seperti cinta yang
sebenar-benar hakiki, bagaimana untuk “Berdialog
dengan Allah” dan macam-macam lagi. Buku ini lebih
berfokuskan kepada hubungan manusia dengan Allah
iaitu membincangkan bagaimana untuk mewujudkan
hubungan yang sebenar-sebenar “hubungan” dengan
Allah. Banyak peranan qalbu dan hati yang dinyatakan
oleh penulis dalam buku ini bagi menjaga hubungan
dengan Allah.
Penulis menyentuh hal-hal ini disebabkan isu manusia
471
zaman sekarang yang meremehkan hubungan mereka
dengan Allah iaitu Sang Pencipta mereka sendiri. Tetapi
rugi, sedangkan Allahlah yang berhak disembah,
dihormati dan disanjungi namun sikap tidak endah
manusia sendiri untuk berhubungan rapat dengan Allah.
Apa motif yang ingin disampaikan oleh penulis dalam
buku ini adalah mengajak dan menyedarkan masyarakat
untuk sentiasa tidak putus hubungan dengan Allah dan
sentiasa rapatkan hubungan dengannya. Sesuai dengan
tajuk buku ini sendiri iaitu “Berdialog dengan Allah”. Satu
nasihat yang dapat dipetik daripada penulis iaitu “Orang
yang sombong tanpa Batasan dengan kesenangan
dunia pada saat kematiannya, seperti seseorang
memenuhi perutnya dengan makanan yang lazat tetapi
memuntahkannya”.
6. Manfaat/ Manfaat yang dapat diperolehi daripada buku yang
pengajaran dibaca ini ialah antaranya :-
yang
diperoleh • Dapat kenal apa itu sebenarnya konsep bercinta
daripada dengan Allah, iaitu cinta hakiki yang bagaimana,
buku yang martabat cinta dan lain-lain lagi.
dibaca: • Dapat juga faham bagaimana untuk “berdialog
dengan Allah” seperti bentuk-bentuk dialog, jenis dan
7. Nama: lain lagi.
• Dapat sedarkan diri bahawa betapa pentingnya
untuk pastikan tidak renggang hubungan manusia
dengan Allah.
• Dapat ketahui banyak peranan qalbu dan hati
untuk berdialog dengan Allah melalui pelbagai amalan
seperti solat dengan hati yang khusyu’.
Dapat memahami maksud di sebalik nasihat Nabi
Muhammad S.A.W iaitu “ Jalan ke Syurga Dikelilingi
dengan Kepayahan, Jalan ke Neraka pula Dikelilingi
dengan Nafsu dan Syahwat”.
ADAM HAIKAL
472
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD DANIAL B ASHRI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
Sultan Muhammad al-Fateh – Penakluk Konstantinopel
1. Tajuk Buku:
Abdul Latip Talib
2. Pengarang:
2008
3. Tahun
diterbitkan: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
4. Diterbitkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Kota
oleh: Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin
yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan
5. Sinopsis pasukan yang berada di bawah pimpinannya adalah
Buku Yang sebaik-baik pasukan.” (H.R Ahmad bin Hambal). Usaha
Dibaca: Kerajaan Islam untuk untuk menakluki Kota
Konstantinopel sebenarnya telah diusahakan sejak
zaman Saidina Ali, Muawiyah bin Abu Sufian, Sultan
Sulaiman, Harun al-Rasyid, Sultan Biyazid namun usaha
tersebut menemui kegagalan sehinggalah ia akhirnya
berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada
awal tahun 857 Hijrah. Sultan Muhammad Al-Fateh
dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianopolis
yang terletak di sempadan Turki dan Bulgaria. Baginda
menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah
selama 30 tahun. Baginda menerima pendidikan yang
menyeluruh dan bersepadu seperti keagamaan, ilmu
peperangan, akademik serta ilmu pemerintahan.
Baginda merupakan seorang yang sangat merendah diri
dan berjiwa rakyat. Selepas 2 tahun menaiki takhta,
baginda mengkaji pelan Kota Konstantinopel setiap
473
6. Manfaat/ malam untuk mengenal pasti kelemahan. Baginda juga
pengajaran turut mengenal pasti kegagalan-kegagalan usaha yang
yang dilakukan sebelum ini untuk membina strategi yang lebih
diperoleh baik. Baginda juga membawa para ulama dan pakar
daripada motivasi bersama mereka untuk memberi semangat
buku yang kepada tentera-tenteranya. Setelah semua persiapan
dibaca: lengkap dirancang, baginda menghantar utusan kepada
Raja Byzantine supaya menyerah namun beliau enggan
menyerah menyebabkan kota tersebut telah dikepung
oleh tentera-tentera Sultan Muhammmad Al-Fateh.
Tepat pada 19 April 1453, tentera-tentera memulakan
serangan dengan melepaskan peluru meriam sehingga
menyebabkan dinding-dinding luar rosak. Tentera
Byzantine mendapat bantuan daripada pihak Rome
namun ia tidak berjaya untuk melawan tentera-tentera
Islam. Kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh
mengerahkan 72 buah kapal perang tentera Uthmaniyah
di perairan Teluk Golden Horn telah menyebabkan
semua kapal tentera Byzantine musnah diserang.
Selama 53 hari mereka mengepung kota tersebut telah
menimbulkan rasa bosan dan ada antara mereka hilang
keyakinan terhadap usaha tersebut. Oleh hal yang
demikian, Sultan Muhammad Al-Fateh berucap untuk
menaikkan semangat tentera-tenteranya. Setelah itu,
tentera-tentera Islam kembali bersemangat dan terus
menyerang barisan pertahanan pihak lawan dan
hasilnya pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel telah
berjaya ditawan oleh Islam. Sultan Al-Fateh dengan
penuh tawadhuknya melakukan sujud syukur di atas
kejayaan menakluk kota tersebut. Baginda mendapat
gelaran ’Al-Fateh’ kerana berjaya menakluk Kota
Konstantinopel daripada pihak musuh.
• Perlu mengambil iktibar daripada kisah atau
kegagalan yang lepas untuk penambahbaikan masa
hadapan.
• Yakin dan teguh pendirian terhadap Allah SWT
dan Islam walaupun terpaksa berjuang sehingga syahid.
• Berserah kepada Allah SWT setelah berusaha
sebaik mungkin dan jangan mudah berputus asa.
7. Nama: Muhammad Danial Bin Ashri
474
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD HASIF B
MOHAMED NASIR
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: 40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur
2. Pengarang:
Mustafar Mohd Suki
3. Tahun 2016
diterbitkan: PTS PUBLISHING HOUSE SDN BHD
4. Diterbitkan
oleh:
5. Sinopsis Buku ini mengandungi 40 kisah yang masyhur akan
Buku Yang tetapi ianya palsu yang disandarkan pada agama
Dibaca: Islam.Di dalam buku ini juga memberitahu kepada
pembaca berkenaan dengan dua bahagian. Iaitu yang
pertama memberitahu atau menceritakan tentang
pengenalan atau takrif bagi hadith Maudhu’ ataupun
lebih dikenali sebagai hadis palsu, Israiliyyat dari segi
sejarahnya dan pembahagiannya dan juga kesan kedua-
dua perkara ini terhadap masyarakat Islam di Malaysia
ini. Selain itu, bagi bahagian yang kedua pula
menceritakan berkenaan 40 kisah tersebut. Kisah-kisah
ini merupakan kisah yang amat popular bagi masyarakat
kita dan ianya juga dianggap kisah yang sahih ataupun
benar. Jadi, pengarang atau penulis meletakkan
sumber-sumber bagi kisah-kisah ini dan juga
menyatakan kebenaran akan kisah ini. Antara salah satu
contoh kisah yang ada ialah kisah ucapan terakhir Nabi
Muhammad SAW sebelum baginda wafat iaitu ucapan
‘Ummati’. Penulis menyatakan kepalsuan kisah ini dan
475
6. Manfaat/ meletakkan sumber-sumbernya.
pengajaran Manfaat yang diperolehi melalui pembacaan buku ini
yang ialah saya dapat mengetahui kisah-kisah yang sering
diperoleh didengar akan tetapi ianya palsu. Apabila saya
daripada mengetahuinya, saya boleh menghentikan penyebaran
buku yang kisah-kisah ini daripada didengar oleh orang lain. Selain
dibaca: itu, manfaat yang lain ialah buku ini dapat menunjukkan
kepada saya bahawasanya untuk mempercayai sesuatu
cerita, saya perlu mengkaji sumbernya dahulu. Ini
bertujuan supaya saya yakin bagi sesebuah cerita itu
benar atau tidak. Akhir sekali, melalui pembacaan ini,
saya dapat menambah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
agama saya iaitu agama Islam.
HASIF
7. Nama:
476
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD IZZ IKHWAN B
MOHD JEFRI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PELUKIS JALANAN
2. Pengarang:
TEME ABDULLAH
3. Tahun 2016
diterbitkan:
IMAN PUBLICATION
4. Diterbitkan
oleh: Buku ini menceritakan mengenai perjalan kisah hidup
penulis yang pada awalnya bercita-cita ingin menjadi
5. Sinopsis seorang arkitek. Penulis merupakan seorang pelajar
Buku Yang yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil
Dibaca: Pelajaran Malaysia (SPM). Dia juga telah Berjaya
menjalani temuduga biasiswa dengan lancer dan
menerima biasiswa dalam bidang yang diminati. Dia juga
berpeluang untuk pelajaran ke luar negara. Tetapi,
penulis atau lebih dikenali sebagai teme seakan-akan
memperolehi ‘kesedaran’ di pertengahan jalan yang
menyebabkan minat belajar hilang. Dia berasa sedar
bahawa tidak ada guna belajar mengenai perkara yang
tiada kaitan dengan masa depannya. Baginya, semua
pelajaran itu membuang masa dan tenaganya sahaja
dan membantutkan kerja-kerja dakwah. Maka dia
memilih jalan yang lain. Dia mula menulis blog yang
berunsur islamik dan blog itu mendapat sambutan yang
hangat membuatkan teme lebih semangat meneruskan
cita-citanya. Teme akan menghabiskan masa hujung
minggu dengan mempelajari ilmu agama secara tidak
477
6. Manfaat/ formal dan bercadang ingin mendapatkan ijazah dalam
pengajaran bidang fiqh. Teme juga menggunakan bakat yang dimiliki
yang dalam bidang seni untuk berniaga. Melalui perniagaan
diperoleh itu, dia berjaya memperoleh keuntungan yang agak
daripada lumayan. Setelah berlalu beberapa bulan, Teme mulai
buku yang sedar mengenai pelajaran. Dia terus berusaha
dibaca: bersungguh-sungguh untuk menghadapai ujian dan
Berjaya mendapat 11 daripada 15 mata. Tetapi markah
itu kurang 1 daripada yang telah dijanjikan oleh penaja.
Setelah berfikir Panjang, Teme memberitahu ibunya
bahawa dia ingin melanjutkan kerjaya dalam bidang
perniagaan iaitu bidang seni. Kemudian Teme telah
melanjutkan pelajaran ke UK menggunakan duit hasil
daripada perniagaannya sebelum ini.
Pengajaran yang dapat saya perolehi dari buku ini
adalah walaupun kita mempunyai perancangan yang
baik, tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baik
perancangan. Seperti Teme yang merancang ingin
menjadi arkitek, tetapi Allah menetapkan perkara yang
lebih baik daripada perancangannya.
7. Nama: IZZ
478
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD LUQMAN HAKIM
B MD ANISHAK
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
Salahuddin Al-Ayyubi
1. Tajuk Buku: Abdul Latif Talib
2011
2. Pengarang:
3. Tahun
diterbitkan:
4. Diterbitkan PTS Litera Utama Sdn Bhd
oleh:
Sebuah perjuangan seorang pahlawan islam dalam
5. Sinopsis mengembalikan kedaulatan Jerusalem kepada umat
Buku Yang Islam.Beliau Salahuddin Al-Ayubi telah menempuh
Dibaca: pelbagai dugaan untuk menumbangkan tentera salib
yang sentiasa melakukan kekejaman terhadap umat
islam.Bermula daripada seorang rakyat biasa yang
mempunyai semangat juang dan jihad yang tinggi
sehingga berjaya menjadi khalifah yang adil lagikan
disayangi oleh rakyatnya.Meskipun begitu sifatnya yang
zuhud dan sentiasa merendah diri membuatkan ramai
orang tertarik untuk berada di bawah kedaulatan
kerajaan Islam yang diipimpin oleh Khalifah Salahuddin
Al-Ayubi
479
6. Manfaat/ Sentiasa bersifat rendah diri meskipun berada di atas
pengajaran daripada orang lain.Sentiasa mengutamakan perintah
yang tuhan dan mengikuti jejak rasulullah yang semestinya
diperoleh akan membawa kejayaan kepada diri.Semangat setia
daripada kawan perlu dipupuk didalam diri agar tidak membawa
buku yang kepada permusuhan yang sia-sia sesama umat Islam.
dibaca:
Muhammad Luqman Hakim Bin Md Anishak
7. Nama:
480
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NOORHAFUZA BT DALA
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
Jendela Menghadap Jalan
1. Tajuk Buku: Ruhaini Matdarin
2009
2. Pengarang:
3. Tahun
diterbitkan:
4. Diterbitkan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
oleh:
Novel ini megisarkan tentang kisah peribadi Lili yang
5. Sinopsis menempuh pelbagai cabaran dan rintangan dalam
Buku Yang kehidupanya. Kisah ini bermula apabila Lili terpaksa
Dibaca: mengikut kehendak ibunya untuk bercuti di kampung
ibunya di Dungun.
Walaupun itu bukan kehendaknya tetapi Lili tetap akur
dengan perintah ibu bapanya. Dia pulang ke kampung
menaiki Bas ekspres. Pada ketika itu, dia bertemu
dengan seorang perempuan berbangsa India, Geetha
yang sedang duduk di sebelahnya.
Sejujurnya, Lili amat menyukai suasana kampung
neneknya.
Hal ini kerana, suasana yang aman dan damai. Tetapi,
Lili berasa pelik dengan reka bentuk perumahan di
sekitar kampung tersebut kerana kedudukan jendela
mereka menghadap jalan.
Dalam pertemuan itu, Lili terserempak dengan neneknya
yang sedang berada di sawah padi. Lili menyerahkan
sejumlah wang kiriman daripada ibunya. Dalam masa
yang sama, Lili mengharapkan bahawa datuknya akan
menceritakan tentang fungsi reka bentuk rumah tersebut
481
tetapi datuknya menceritakan tentang khasiat-khasiat
herba-herba. Lalu, nenek mengajak Lili untuk pergi ke
kedai runcit Puan Letchumi.
Puan Lectchumi mempunyai seorang anak perempuan
iaitu Gheeta. Setelah lili pulang dari kedai runcit. Lili
mendapati bahawa ada beberapa orang mengunjungi
rumah datuknya lalu Lili terserempak dengan seorang
lelaki yang pernah berjumpa di stesen bas iaitu Danel.
Danel ingin berjumpa datuk kerana ingin menghentikan
proses rawatan tradisional yang dilakukan oleh ayahnya
kerana baginya rawatan moden lebih berkesan
berbanding rawatan tradisional. Tetapi, Datuk teguh
dengan pendiriannya tentang kelebihan rawatan
tradisional.
Pada esok paginya, beberapa orang kampung
mengunjungi rumah datuknya.Tujuan mereka ke rumah
datuk adalah untuk menyelesaikan isu kubah yang
berlaku dalam kampung datuknya. Mereka berbincang
tentang perancangan untuk membina masjid atau
merobohkan sahaja.
Mereka bertelagah tentang isu kubah tersebut. Suatu
hari, Lili diculik oleh sekumpulan lelaki dan dsorokkan di
Pondok usang.
Tetapi pada malamnya, Danel datang untuk
menyelamatkan Lili daripada diculik. Rupa-rupanya,
anak Che Jah yang telah menyorokkan Lili di tempat
tersebut. Secara dasarnya, rumahtangga Che Jah
mengalami masalah kerana suaminya, seman
merupakan kaki judi manakala kedua-dua anak lelakinya
sering dipukul dan tidak berpeluang untuk bersekolah.
Oleh hal yang demikian, Lili bekerjasama dengan Kak
Mimah yang merupakan pesakit datuknya untuk
menyelesaikan masalah rumahtangga mereka.
Akhirnya, anak-anaknya diberi peluang untuk bersekolah
dan masalah Che Jah dapat diselesaikan dengan baik.
Akhirnya tamatlah cuti sekolah bagi Lili. Tibalah masa
untuknya pulang ke rumah di Kuala Lumpur.
Ibunya berasa hairan kerana anaknya tidak merungut
sewaktu berada di kampung.
Secara umumnya, ibunya tidak begitu rapat dengan
datuknya tetapi berkat keberadaan Lili, hubungan antara
mereka semakin pulih.
Lili mencatat seluruh peristiwa yang berlaku semasa
berada di kampung dan menjadikanya sebagai
kenangan yang manis.
482
6. Manfaat/ Lili berasa lega seluruh masalah yang berlaku di dalam
pengajaran Kampung Sentosa. Dia merasa ingin pulang ke
yang kampung datuknya semula.
diperoleh
daripada ……Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dengan orang
buku yang lain
dibaca:
7. Nama: NOORHAFUZA BINTI DALA
483
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR AMIRAH HUSNA BT
ROSLAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: MAKSIAT AKHIR ZAMAN
2. Pengarang:
ADNIN ROSLAN
3. Tahun 2020
diterbitkan:
4. Diterbitkan Sentap Press Sdn. Bhd.
oleh:
5. Sinopsis Buku Maksiat Akhir Zaman ini menceritakan kisah
Buku Yang segala macam dosa dan kerosakan yang sedang
Dibaca: menular serta dianggap sebagai normalisasi dalam
masyarakat umat Islam kini sama ada dari segi akidah,
politil, ekonomi, hiburan, akhlak dan sosial. Tambahan
lagi, pada akhir zaman ini, dosa dianggap pahala,
manakala pahala pula dianggap dosa sepertimana
tembok iman mula runtuh, menunggu hadirnya dajjal.
Sepertimana dikatakan oleh Adi bin Hatim (sahabat
Rasulullah SAW) : “Benda buruk di zaman kami adalah
benda baik di zaman kamu. Dan benda buruk di zaman
kami akan menjadi benda baik di zaman akan datang”.
Selain itu, paling saya terkesan dari buku ini adalah
mengenai sikap umat islam akhir zaman yang
menganggap solat adalah suatu perkara yang tidak
wajib dan sering diremehkan terutama dari segi
pensyariatannya. Meskipun kebanyakan antara mereka
sudah mengetahui bahawa maksiat yang paling besar
484
6. Manfaat/ dan paling banyak dilakukan di zaman kini selepas syirik
pengajaran adalah meninggalkan solat yang mana itulah punca
yang kepada pelbagai kebinasaan dan kerosakan. Seperti
diperoleh yang digariskan di dalam kitab ini terdapat 2 golongan
daripada yang meninggalkan solat. Pertamanya, orang itu tidaklah
buku yang beriman dengan kewajipan solat ( baginya solat adalah
dibaca: tidak diwajibkan ) maka orang seperti ini sudah terkeluar
dari Islam. Golongan kedua adalah dia meninggalkan
solat bukanlah kerana menafikan kewajipan solat,
namun kerana malas. Bagi golongan kedua ini
kedudukannya disisi agama adalah berdasarkan kepada
2 pendapat iaitu berdosa besar atau jatuh kafir. Oleh itu,
perkara solat ini adalah bukan suatu perkara yang
remeh bahkan sunggup besar amalannya disisi Allah,
namun kebanyakan manusia masih ingkar terhadap
perintah Allah.
Di dalam kitab ini juga disertakan solusi atau cara
penyelesaian dalam menghadapi segala macam jenis
maksiat yang seolah-olah telahpun menjadi darah
daging dan budaya dalam kalangan masyarakat kini.
Pengajarannya ialah kita sebagai seorang hamba Allah
yang penuh rasa tanggungjawab dan amanah
terhadapNya perlulah sentiasa menjaga ketakwaan dan
keimanan daripada terjebak kepada maksiat akhir
zaman.
7. Nama: NUR AMIRAH HUSNA BINTI ROSLAN
485
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR IYAZI AFRINA BT MOHD
PISOL
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: AKU BUKAN NABI
2. Pengarang:
AIMAN BANNA NURIDHZUAN
3. Tahun 2017
diterbitkan:
4. Diterbitkan AQADA INTERNATIONAL SDN. BHD.
oleh:
5. Sinopsis Hanya disebabkan satu Jahiliah. Seluruh takdir hidupnya
Buku Yang dirasakan berubah. Dia hilang segala-galanya kehidupan
Dibaca: termasuk harapan untuk mengejar semula cinta dan
redhaNya. Semuanya seakan tiada lagi bermakna. Hatta
dirasakan gerbang syurga juga sudah semakin tertutup
buatnya. Dia nestapa. Sangkanya, dengan memilih jalan
ini. Hidupnya akan menjadi lebih baik. Tetapi lain pula
terjadi. Dia malah semakin jauh dari Tuhan dan Istidraj
terus menutup sinar dalam hatinya tanpa ia sedari.
Kurnia Allah terus dinikmati tanpa rasa syukur di hati.
Masa terus bergulir, Namun dia tetap tidak mampu
mengembalikan fokusnya terhadap pelajaran. Dia
semakin buntu. Saban hari dia semakin jauh
ketinggalan. Hampir tiada satu pun ilmu melekat dalam
kepala. Padahal dia seorang tahfiz Al-Quran. Sepatutnya
tahfiz Al-Quran punya kelebihan untuk mengingat dan
memahami dengan mudah. Tapi dia pula sebaliknya.
486
6. Manfaat/ Mungkin sudah hilang keberkatan dalam menuntut ilmu
pengajaran gara-gara telah membelakangi ibunya dalam membuat
yang keputusan. Mungkin juga Allah tidak redha dengan
diperoleh kelana ini. Sempat dia mencongak-congak demi
daripada membuat sebuah kesimpulan berdasarkan andaian. Tapi
buku yang ada benarnya juga, bukankah redha Allah terletak pada
dibaca: redha kedua ibu bapa. Dan andai saja kedua orang
tuanya tidak meredhai kelananya di bumi Mesir ini. Maka
7. Nama: semuanya hanyalah sia-sia belaka. Tiada untungnya dia
kesini andai tidak mendapatkan restu dari ibu dan
ayahnya secepat mungkin. Baru seminggu dia disini.
Namun dirasakan seperti sudah terlalu lama dia
meninggalkan kedua orang tuanya. Hatta, sampai
sekarang pun dia tidak pernah menghubungi mereka.
Maka waktu terus berjalan sehinggalah takdir
memperlihatkan keagungan dan kekuasaanNya. Dia pun
rebah sejurus sekadar akan seluruh khilaf dalam
pilihannya selama ini. Lalu, bersama harapan yang
semakin pupus, dia pun bangkit untuk mengejar cinta
dan redha Allah. Namun masih tertanya-tanya, apakah
taubat ini, Allah terima? Atau dia memang selayaknya
dicampak terus ke dalam neraka buat selama-lamanya
Begitu banyak persoalan yang ditimbulkan dalam buku
ini berkaitan tentang kehidupan seorang remaja yang
lalai dan leka dengan kewajipan Allah dan terlalu
mengejar kemewahan dunia. Sudah terang lagi
bersuluh, kita sebagai hambaNya yang terlalu sibuk
mengejar dunia sehingga lupa kewajipan kepada Allah
akan dimurkai Allah dan tidak mendapat rahmatNya.
Namun demikian, kita sebagai manusia biasa memang
bukan mudah untuk mencontohi dan akhlak Nabi
Muhammad SAW, akan tetapi kita harus berpegang
bahawa Allah akan mudahkan setiap urusan baik kita.
Oleh itu, kita perlu mempraktikkan sifat dan sikap terpuji
Nabi Muhammad sejak kecil kerana itulah yang
sebaiknya.
NUR IYAZI AFRINA
487
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR ALYA FATNIN BT MOHD
MAWARDZI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKSM
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PI 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: SEMUSIM DI BARZAKH
2. Pengarang:
HADI FAYYADH
3. Tahun 2016
diterbitkan:
4. Diterbitkan IQES TIJARAH TRADING
oleh:
Semusim di Barzakh merupakan sebuah novel islamik
5. Sinopsis karya Hadi Fayyadh yang berdasarkan kisah benar
Buku Yang namun dirahsiakan watak dan tempat berlaku yang
Dibaca: sebenar. Fayyadh adalah seorang lelaki yang kuat
bersosial dan berasal dari Kuala Lumpur. Dia belajar di
Terengganu dan tidak mendedahkan identitinya sebagai
seorang yang kuat bersosial daripada rakan-rakannya di
sana bahkan dia juga meminati seorang gadis muslimah
yang bernama Humairah. Fayyad sentiasa menunjuk-
nunjuk kebaikan yang dibuatnya di media sosial untuk
meraih pujian manusia. Hari berganti hari, mereka
semua telah tamat pengajian dan masing-masing
mempunyai kerjaya. Suatu hari mereka mengadakan
perjumpaan di Terengganu namun kelibat Humaira tidak
kelihatan menjadi tanda tanya kepada Fayyadh dan
mereka mengatakan Humaira bunuh diri beberapa tahun
yang lepas. Fayyadh berasa tidak senang hati dan
segera pulang ke resort
Setibanya di resort, Fayyadh diganggu oleh satu
488
makhluk yang menyerupai seorang wanita yang tidak
berwajah serta bayi yang kudung. Fayyadh dikejar oleh
makhluk tersebut sehingga koma selama 3 bulan akibat
pendarahan di kepala ketika berlari menyelamatkan diri
sehinnga terjatuh tangga. Sewaktu koma, Fayyadh
seolah-olah mengembara ke alam barzakh. Fayyadh
meilhat dirinya sendiri mati, ditangisi oleh ahli keluarga
serta sahabatnya bahkan ada juga yang gembira atas
kematiannya. Fayyadh menyaksikan jenazahnya
diuruskan dari mandi, dikafankan sehinggalah selesai
bacaan talkin ke atasnya.
Pelbagai seksaan demi seksaan yang dialami oleh
Fayyadh sehinggalah dia merintih dan merayu untuk
diberikan peluang agar dapat hidup semula dan menjadi
insan yang mentaati perintah Allah s.w.t. Sementara itu
juga, Fayyadh dapat menyaksikan seksaan orang lain
sehingga timbul pelbagai soalan mengenai apakah dosa
mereka, apakah yang telah mereka lakukan sehingga
diseksa sedemikian. Bukan itu sahaja, ada pula yang
datang kepada Fayyadh untuk menuntut dosa-dosa
yang telah dilakukan bersama ketika hidup dahulu.
Terdapat juga seorang hamba yang mengaku sebagai
Nabi Isa dan ingin menyesatkan Fayyadh dengan
mempengaruhinya untuk melalui satu jambatan menuju
ke agama kristian yang diyakini syurga. Fayyadh hampir
tertipu kerana seksaan keatas dirinya tidak dapat
ditanggung lagi dan ingin segera memasuki syurga
tetapi dia juga tidak akan sesekali mensyirikkan Allah
dengan tipu helah syaitan ini.
Setelah sedar dari koma, Fayyadh segera mencari
jawapan siapakah perempuan yang tidak mempunyai
wajah dan bayi kudung yang mengejarnya dari alam
nyata sehinggalah ke alam barzakh bahkan sering
bermimpi pula tentangnya setelah sedar dari koma.
Ternyata makhluk yang menyerupai seorang perempuan
dan bayi tersebut mempunyai kaitan dengan gadis yang
diminatinya, Humaira. Sewaktu Humaira masih hidup,
dia telah dirosakkan oleh seorang lelaki sehingga
mengandung. Perkara tersebut membuatkan Humaira
berasa tertekan dan menganggap Allah s.w.t telah
menzalimi dirinya. Setelah kejadian tersebut,
perwatakannya berubah menjadi seorang yang tidak
tahu ilmu agama. Dia meninggalkan solat serta
melakukan perkara mensyirikkan Allah s.w.t dan
akhirnya dia membunuh diri.
489
6. Manfaat/ Pengajaran yang dapat diperolehi melalui novel islamik
pengajaran ini ialah sentiasa ikhlas dalam melakukan kebaikan.
yang Keikhlasan adalah tunjang yang terbesar dalam
diperoleh beribadah. Seandainya kita melakukannya hanya kerana
daripada ingin diberi balasan yang baik sahaja tanpa kita sanggup
buku yang berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang
dibaca: telah disediakan oleh Allah s.w.t serta tidak mahu belajar
redha, kita sebenarnya tergolong dalam golongan yang
7. Nama: tidak bersyukur.
NURUL ALYA FATNIN BINTI MOHD MAWARDZI
490