The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaliyana, 2020-07-16 03:16:48

Prosiding PISMP Ambilan Jun 2016 -2020

Prosiding PISMP Ambilan Jun 2016 -2020

PROSIDING
SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

PERGURUAN AMBILAN JUN 2016
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS BAHASA MELAYU
14-17 April 2020

Anjuran
Jabatan Pengajian Melayu

Sidang Penyunting
Dr. Shamsul Aizuwani bin Nawi

Dr. Roslina binti Suratnu

eISBN: 978-967-2265-13-9

@ Hak Cipta Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Semua hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam bentuk atau dengan sebarang alat juga
pun. Sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,
Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

PENGARAH
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-
Nya pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2016 Major Bahasa Melayu
IPG Kampus Bahasa Melayu berjaya melaksanakan Seminar Penyelidikan Pendidikan tahun
2020 secara dalam talian. Pelaksanaan seminar dalam talian ini merupakan julung-julung
kalinya kerana negara kita telah dilanda wabak Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 telah membataskan pergerakan pelajar. Tahniah
diucapkan!

Penghasilan kertas projek penyelidikan dalam pendidikan merupakan keperluan utama bagi
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Ia sebagai satu wadah untuk membentuk
warga pendidik mencintai budaya menyelidik dan menambah baik mutu pendidikan. Saya
sangat menyokong usaha ini untuk dijadikan agenda utama dalam bidang pendidikan agar
dapat menghasilkan penemuan-penemuan baharu sama ada dari aspek teknik atau bahan
bantu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ia juga selaras dengan hasrat dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025. Hasil penyelidikan dalam
pendidikan ini diharap dapat memantapkan lagi mutu pendidikan di negara ini. Saya amat
kagum dengan kejayaan para pelajar dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti.

Hasil dapatan seminar ini akan diterbitkan secara e-prosiding dan akan dipautkan ke laman
web IPGKBM supaya hasil penyelidikan dapat dikongsi bersama-sama warga IPGKBM dan
pihak luar. Selain itu, penerbitan e-prosiding juga sebagai wadah hasil keintelektualan dalam
dunia pendidikan masa kini dan masa hadapan. Perkongsian dalam seminar ini diharap dapat
memberikan input yang berguna kepada semua warga pendidik terutamanya warga IPGKBM
bagi mereaslisasikan kecemerlangan sistem pendidikan negara berpandukan Pendidikan
Abad ke-21. Saya yakin sistem pendidikan negara akan bertambah kukuh melalui amalan
penyelidikan yang berterusan dan berkesan.

Akhir kata, ucapan terima kasih dan tahniah ditujukan kepada Timbalan Pengarah IPGKBM,
Jabatan Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Penyelidikan dan
Rekayasa Penemuan, Jabatan Pengajian Pendidikan, Penyelaras Seminar Penyelidikan
Pendidikan, pensyarah-pensyarah penyelia, urus setia e-prosiding dan semua yang terlibat
dalam menjayakan seminar pada kali ini. Semoga usaha ini berpanjangan dan mendapat
keberkatan daripada Ilahi.

Sekian, wassalam.

HJH. NOR ASILAH BINTI OSMAN B.C.K
Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu.

SEMURNI BICARA MERUNGKAI KATA

KETUA JABATAN
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Rasa syukur dan pujian dizahirkan kehadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya
maka e-prosiding ini dapat diterbitkan. Ucapan tahniah dan terima kasih dirakamkan kepada
pensyarah yang mengambil inisiatif mengusahakan penerbitan secara maya ini. Syabas juga
diucapkan kepada pelajar PISMP Major Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 atas penghasilan
e-prosiding ini yang menghimpunkan dapatan daripada penyelidikan bagi kursus Penyelidikan
dalam Pendidikan (BMMB3173). Penerbitan ini juga melambangkan penghargaan pihak
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu atas kesungguhan pelajar dalam
melengkapkan penyelidikan mereka.

e-prosiding ini merupakan medan perkongsian dan penyebaran ilmu yang diperoleh menerusi
penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh pelajar semester 8. Terangkum kandungannya
pelbagai tema yang merangkaikan aneka spektrum ilmu khususnya berkaitan dengan bidang
pendidikan Bahasa Melayu. Justeru, ilmu yang dikongsikan bukan sahaja menggambarkan
keupayaan pelajar dalam mengaplikasikan ilmu teori dan praktis yang ditimba sepanjang
pengajian malahan boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak sama ada untuk dijadikan rujukan
atau panduan. Dokumentasi ini juga memberi ruang kepada semua pihak untuk menyelami isu
dan permasalahan dalam pendidikan Bahasa Melayu.

Penyelidikan merupakan wahana perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam dunia
pendidikan kini. Penerokaan ilmu baharu dan penemuan hasil kajian yang diperoleh secara
saintifik mampu menyerlahkan realiti sesuatu situasi dan membantu dalam menyelesaikan
pelbagai permasalahan. Penyelidikan juga merupakan tunjang pembangunan. Justeru, ilmu
yang diperoleh perlu disebarluaskan agar mendatangkan impak positif terhadap
perkembangan dunia pendidikan sejajar dengan anjakan kelapan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu transformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian pendidikan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah penyelia yang telah membimbing pelajar
dalam menyempurnakan penyelidikan mereka. Syabas juga kepada semua pensyarah dan
pelajar atas sumbangan serta kerjasama yang diberikan sehingga e-prosiding ini berjaya
diterbitkan. Semoga e-prosiding ini dijadikan rujukan dan landasan dalam merungkai, merinci
dan menyelesaiakan permalasahan dalam pendidikan Bahasa Melayu.

Terima kasih.

ZABEDAH BINTI MOHAMMED
Ketua
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur

SEJAMBAK KATA

PENYELARAS
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam Sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2016 Major Bahasa Melayu telah berjaya
melaksanakan Seminar Penyelidikan Pendidikan Tahun 2020 secara dalam talian berikutan
Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula 18 Mac 2020. Syabas dan tahniah
diucapkan.

Pelaksanaan seminar ini membolehkan para pelajar membentangkan hasil kajian yang telah
dilaksanakan berdasarkan RMK kursus BMMB3173, Penyelidikan dalam Pendidikan-Kertas
Projek. Kejayaan para pelajar menyiapkan tugasan ini dalam persekitaran yang mencabar
benar-benar mengagumkan dan sekali gus menunjukkan kualiti yang tinggi sebagai bakal
guru, malah sangat menepati tema sambutan Hari Guru bagi tahun 2020 iaitu ‘BERGURU
DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU’.

Saya amat berharap penerbitan e-prosiding ini berupaya menjadi naskhah rujukan kepada
pelajar dan penyelidik lain untuk menjana kelestarian pengajaran dan pembelajaran
mendepani abad ke-21. Perkongsian dalam seminar ini diharap dapat menyumbang kepada
kelestarian budaya penyelidikan oleh warga IPGKBM bagi mencapai tahap pendidikan
bertaraf global dalam kebitaraan latihan keguruan, pendidikan bahasa, sastera dan budaya
Melayu.

Akhir kata sekalung tahniah kepada semua pelajar PISMP Semester 8 selaku pembentang
dalam seminar ini dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar dalam talian
pada kali ini.
Sekian, terima kasih.

Dr. Shamsul Aizuwani bin Nawi
Penyelaras Seminar Penyelidikan Pendidikan
IPG Kampus Bahasa Melayu

KANDUNGAN

1. TAHAP KEMAHIRAN GURU BAHASA MELAYU DALAM 7

MENGAPLIKASIKAN PERMAINAN BAHASA

Roslina binti Suratnu PhD

Aifaa Nur Athirah binti Ahmad Suhaimi

2. KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM 21

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

KARANGAN FAKTA BAHASA MELAYU

Mohd Haidi bin Mohd Kasran PhD

Chong Li Min

3. MASALAH KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA MELAYU DALAM 34

KALANGAN GURU BAHASA MELAYU BUKAN PENUTUR NATIF

Suhasni bin Dollah

Chrisshilla Tikmin

4. TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PELAKSANAAN KBAT DALAM 45

KALANGAN GURU BAHASA MELAYU

Rozeha binti Harun

Debby binti Stanis

5. TAHAP PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN DAN 55

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Sharifah Hanim binti Syed Akbar

Hazel Elev Baritus

6. KEBERKESANAN KONSEP P.A.D.I DALAM PENULISAN KARANGAN 64

NARATIF BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA

Vijayaletcmy a/p Muniyandy

Hoe Wei Qi

7. HUBUNGAN PENGALAMAN MENGAJAR DENGAN TAHAP KEMAHIRAN 71

PELAKSANAAN PENILAIAN FORMATIF GURU BAHASA MELAYU

SEKOLAH RENDAH

Yuznaili Saleh PhD

Janeffer binti Jimtin

8. TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENCATAT MAKLUMAT 81

BERDASARKAN GAMBAR, AUDIO DAN TEKS

Mastura binti Mohamed Berawi

Lim Wan Gee

9. KEBERKESANAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN ALGORITMA DALAM 92

PEMBINAAN AYAT BERDASARKAN GRAFIK MURID TAHUN 4

Maniyamin bin Ibrahim

Lim Wan Shi

10. KESAN PEGGUNAAN PETA MINDA DALAM PENGAJARAN DAN 108

PEMBELAJARAN KATA TUGAS BAHASA MELAYU

Badrul Hisham bin Ghazali

Muhamad Azim bin Azlan

11. KEBERKESANAN PENGAJARAN EKSPLISIT DALAM PENGUASAAN 117

AYAT AKTIF TRANSITIF BAHASA Melayu

Azman bin Rahmat PhD

Salim Abdullah

12. TAHAP MOTIVASI GURU BAHASA MELAYU DALAM MENGGUNAKAN 132

ALAT DAN SUMBER DIGITAL

Zurihan bin Yusoff

Siti Fatimah binti Anong Adini

13. HUBUNGAN PENGETAHUAN DENGAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN 141

ALAT DAN SUMBER DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA

Mastura binti Mohamed Berawi

Tan Con Ni

14. ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PENULISAN AYAT MAJMUK 151

MURID MELAYU DAN BUKAN MELAYU TAHAP DUA: SATU KAJIAN KES

Shamsul Aizuwani Nawi PhD

Tee Hui Fen

15. KEBERKESANAN KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN 163

PEMBELAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU

Izani bin Ibrahim PhD

Yok Wei Liang

16. PENGGUNAAN PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DALAM 175

PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Rozeha binti Harun

Ahmad Affiq Mohd Yusof

17. TAHAP KESEDIAAN DAN TAHAP PENGGUNAAN APLIKASI KAHOOT 191

DALAM PDP BAHASA MELAYU MURID TAHUN 5

Celinea Lasan PhD

Linda Rajun

18. KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU MELAKSANAKAN TEKNIK MAIN 198

PERANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

MELAYU

Celinea Lasan PhD

Marshel Peterus

19. PENGGUNAAN BAHAN BANTU VISUAL DALAM PENGAJARAN BAHASA 209

MELAYU: KAJIAN KES

Zurihan bin Yusof

Natasha Sairah Mol@Abdul Rajak

20. PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU PELATIH TERHADAP PETA 218

PEMIKIRAN (I-THINK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU

Hisamuddin Abdul Ghani PhD

Noor Rahfizah Abd Rahman

21. ANALISIS ITEM UJIAN KEFAHAMAN BERDASARKAN TAKSONOMI 230

BLOOM

Yuznaili Saleh PhD

Norfaisya Salahudin

22. TAHAP PENGAPLIKASIAN ELEMEN 6C DALAM PENGAJARAN GURU 238

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

B. Parimala a/p Subramaniam

Nur Aziza Rosma binti Sudirman

23 TAHAP KEBERKESANAN TEKNIK 5W1H DALAM MENINGKATKAN 246

KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK DALAM PENULISAN KARANGAN

Zabedah Mohammed

Nur Fatiha Amran

24 APLIKASI TEKNIK DRAMA DALAM PENGAJARAN ASPEK SENI BAHASA 257

Amir Hamzah bin Aman

Nurhalizah binti Saupi

25 TAHAP KESEDIAAN DAN TAHAP PENERIMAAN GURU BAHASA MELAYU 263

TERHADAP PEMBELAJARAN MUDAH ALIH

Zabedah Mohammed

Nuriana binti Sabrin

26 TAHAP PENGAPLIKASIAN GOOGLE CLASSROOM DALAM PENGAJARAN 273

DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Suhasni bin Dollah

Nurlidyawati binti Jasmin

27 MASALAH SEBUTAN BAHASA MELAYU MURID BUKAN PENUTUR NATIF 280

DI SEKOLAH KEBANGSAAN

Maria binti Tahir PhD

Nurul Hijanah binti Gosseli

18 PENGAPLIKASIKAN TEKNIK PERMAINAN BAHASA DALAM 293

PENGAJARAN BAHASA MELAYU: SATU KAJIAN KES

Zanariah Hamid PhD

Nurul Suhada Sjafei

29 KESAN PEMBELAJARAN MASTERI TERHADAP PENGUASAAN 302

KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU MURID TAHUN SATU

Mohd Afifi bin Baharudin Setambah PhD

Tewo Lei Jie

30 PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM 312

KALANGAN MURID CINA SEKOLAH WAWASAN BERDASARKAN

KEMAHIRAN BAHASA DAN SIKAP

Shamsul Aizuwani Nawi PhD

Wee Kee Quan

31 PENGGUNAAN KOSA KATA DALAM BINA AYAT MURID TAHUN 3: SATU 325

KAJIAN KES

Mohd Haidi bin Mohd Kasran PhD

Wong Vui Shin

TAHAP KEMAHIRAN GURU BAHASA MELAYU DALAM MENGAPLIKASIKAN
PERMAINAN BAHASA

Roslina binti Suratnu PhD
[email protected]

Aifaa Nur Athirah binti Ahmad Suhaimi
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji persepsi dan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam
mengaplikasikan permainan bahasa. Kajian ini juga mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru
dalam menjalankan PdP permainan bahasa. Reka bentuk kajian adalah kaedah penyelidikan tinjauan
menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 34 item. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang
guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Kota Raja, Petaling Perdana, Selangor. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan statistik deskriptif, melibatkan analisis skor min dan sisihan piawai. Hasil
dapatan menemukan persepsi guru terhadap permainan bahasa berada pada tahap yang tinggi (skor
min 4.39). Namun, tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan permainan bahasa
berada pada tahap sederhana tinggi (skor min 3.91). Antara masalah guru dalam mengaplikasikan
permainan bahasa ialah jenis permainan yang terhad, bahan rujukan sukar didapati, bilangan murid,
ruang kelas, perkakasan makmal komputer dan talian Internet. Justeru, guru-guru disarankan untuk
meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogi terutama dalam pengaplikasikan permainan bahasa. Pihak
berkepentingan juga perlu membantu guru untuk mengatasi masalah yang berlaku.

Kata kunci: permainan bahasa, tahap kemahiran guru, guru Bahasa Melayu

ABSTRACT

This study aims to identify the Malay Language teachers’ perspective and skills in applying language
games. The study also identify the problems faced by these teachers in conducting a language games
lesson. This survey study used a set of 34 items questionnaire. The sample comprised of 80 Malay
Language teachers of primary schools teaching in Kota Raja, Petaling Perdana, Selangor. Collected
data was analyzed in descriptive form of mean and standard deviation. Findings shows that the teachers’
perception level on language games are high (mean 4.39). However, their skills in applying language
games were highly moderate (mean 3.91). Among the problems that had been faced by the teachers
are the availability of suitable games, lack of references, number of students, spaces, computer lab’s
equipment and Internet connection. Therefore, teachers are advised to increase their knowledge and
pedagogy skills especially in applying the language games. The stakeholders should also take part in
assisting the teachers to overcome the stated problems.

Keywords: language games, teacher’s skill

PENGENALAN

Pembentukan sebuah negara yang maju dan berdaya saing memerlukan komitmen yang

bersepadu dalam pelbagai bidang, bukan tertumpu kepada bidang ekonomi semata-mata.

Bahkan, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara dipengaruhi oleh sistem

pendidikannya. Hal ini demikian kerana kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada

ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat (KPM, 2013).

Bagi mencapai hasrat tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil
pendekatan yang baik dengan merangka satu pelan tindakan bagi memacu pendidikan alaf
baharu di Malaysia yang dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Tindakan ini diambil dengan meletakkan tiga objektif khusus iaitu memahami
prestasi dan cabaran sistem pendidikan Malaysia, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas
dan menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif (KPM, 2013).

Seiring dengan perubahan itu, kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan dalam
bilik darjah juga perlu berlandaskan pembelajaran abad ke-21. Sebelum ini, Abdul Aziz (2007)
menjelaskan teknik pengajaran konvensional secara syarahan yang berpandukan nota masih
menjadi amalan guru. Hal ini menyebabkan penyampaian isi pelajaran menjadi tidak menarik
dan mengganggu tumpuan murid seterusnya menjejaskan pencapaian murid dalam
pembelajarannya. Keadaan ini berbeza dengan amalan pembelajaran abad ke-21 yang
memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid manakala guru
hanya sebagai pemudah cara sahaja. Dalam hal ini, proses pembelajaran berlaku melalui
penglibatan aktif murid dalam setiap aktiviti yang diselia oleh guru dalam bilik darjah. Antara
aktiviti yang menepati kehendak pembelajaran abad ke-21 ialah perbincangan, aktiviti
berkumpulan, lakonan, simulasi dan permainan.

Dalam kajian ini, perbincangan akan lebih menjurus kepada aktiviti permainan bahasa
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Jones (2014)
menjelaskan tiada gunanya melihat kepada kelebihan permainan bahasa sekiranya tidak
mengambil kira pelaksanaannya yang sebenar. Jenis-jenis permainan bahasa pula
merangkumi skop yang sangat luas bermula daripada jenis permainan yang paling mudah
kepada jenis permainan yang lebih rumit. Tempoh masa untuk setiap permainan juga berbeza-
beza bergantung kepada tugasan dan objektif yang hendak dicapai. Permainan yang ringkas
adalah seperti silang kata, cari kata dan anagram. Permainan yang lebih kompleks pula adalah
seperti sahibba dan permainan video.

Selain itu, permainan bahasa juga boleh dibezakan dengan melihat kepada perbezaan
platform dan persekitaran permainan seperti permainan realiti dan permainan digital.
Permainan realiti lebih kepada penggunaan bahan permainan maujud, dapat disentuh dan
digunakan serta melibatkan penggunaan ruang. Permainan digital pula merujuk kepada
permainan yang dimainkan menggunakan komputer sama ada dimainkan secara atas talian
atau tidak.

Di samping itu, permainan bahasa juga boleh dikategorikan kepada permainan
komersial dan permainan pendidikan (Jones, 2014). Perbezaan antara kedua-dua permainan

ini adalah pada objektif yang hendak dicapai. Permainan komersial lebih bertujuan untuk
mendidik secara santai tanpa menitik beratkan kandungan kurikulum manakala permainan
pendidikan yang diaplikasikan dalam bilik darjah hendaklah memenuhi dan dapat mencapai
standard pembelajaran yang terkandung dalam kurikulum.

PENYATAAN MASALAH

Adenan dan Khairuddin (2012) menjelaskan bahawa isi pelajaran bahasa Melayu dapat
disampaikan dengan berkesan apabila guru merancang dan menentukan teknik pengajaran
dengan baik. Dalam hal ini, guru mempunyai pelbagai pilihan strategi, pendekatan, teknik dan
kaedah yang dapat membantu murid mencapai objektif pembelajaran. Satu daripada
pendekatan tersebut ialah pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning) yang
dapat membantu murid menumpukan perhatian terhadap isi pelajaran yang disampaikan
(Mahmoud dan Tanni, 2014).

Walau bagaimanapun, kajian oleh Sharifah Nor dan Aliza (2012) mendapati bahawa
guru kurang mahir menggunakan teknik permainan untuk perkembangan bahasa dan literasi
murid walaupun mempunyai persepsi yang baik terhadap pelaksanaannya. Begitu juga
Watson dan Yang (2016) dalam kajian mereka merumuskan bahawa pembelajaran
berasaskan permainan masih kurang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
disebabkan faktor kewangan, penggunaan teknologi, dan kawalan kelas.

Sungguhpun demikian, Hsu dan Chiou (2019) dalam kajiannya telah mendapati
bahawa 85.6% guru praperkhidmatan mempunyai persepsi positif terhadap pengaplikasian
permainan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana dapat membantu murid
mendapat keputusan yang lebih baik serta melatih kemahiran berfikir. Namun, hanya 62.4%
guru sahaja yang berkebolehan dan bersetuju untuk melaksanakan permainan dalam
pengajaran Antara kekangan yang dikenal pasti sebagai penghalang kepada pelaksanaan
permainan ini ialah kekurangan kemudahan teknologi dan kurang mendapat persetujuan ibu
bapa.

Terdapat juga kajian lepas berkaitan pelaksanaan teknik permainan dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu namun lebih tertumpu kepada keberkesanan
permainan tertentu dalam menyampaikan isi pelajaran dan meningkatkan motivasi murid.

Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau persepsi dan tahap kemahiran guru
dalam mengaplikasikan permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu di sekolah rendah.

Kajian ini juga meninjau masalah yang dihadapi oleh guru ketika melaksanakan permainan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai tiga objektif berikut:
1. Mengenal pasti persepsi guru Bahasa Melayu tentang permainan bahasa.
2. Mengenal pasti tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan
permainan bahasa.
3. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan permainan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan kajian. Ketiga-tiga
soalan kajian adalah seperti yang berikut:

1. Apakah persepsi guru Bahasa Melayu tentang permainan bahasa?
2. Apakah tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan permainan

bahasa?
3. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan permainan dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan.
Babbie (2001) dan Neuman (2011), berpendapat kaedah tinjauan yang digunakan dapat
memberikan gambaran yang tepat berkaitan nilai, tingkah laku dan kepercayaan komuniti.
Kaedah ini digunakan kerana dapat menerangkan keadaan semasa yang merupakan satu
situasi seperti mana yang ternyata berlaku di sekolah sebagai subjek kajian, mengambil data
dalam satu masa tertentu serta dapat memberi penjelasan yang menyeluruh dan tepat tentang
sesuatu persoalan yang dikaji (Leedy dan Ormrod, 2001). Sehubungan dengan itu, kajian ini
mengenal pasti tahap kemahiran guru dalam mengaplikasikan permainan bahasa secara
kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik.

Dalam kajian ini, tahap kemahiran guru dalam mengaplikasikan permainan bahasa
ditinjau melalui soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan
maklumat dalam kajian ini Hal ini demikian kerana soal selidik lebih praktikal dan berkesan
untuk digunakan dalam populasi yang besar, bahkan ia sesuai digunakan bagi mengukur
faktor-faktor yang terbatas skopnya (Fraenkel, Wallen dan Hyun, 2015).

Soal selidik yang digunakan telah dibina sendiri dan disahkan oleh pakar bidang dan
metodologi. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 34 item yang
dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A ialah profil responden yang bagi
mendapatkan maklumat seperti lokasi sekolah, jantina, pengalaman mengajar dan
pengkhususan. Bahagian B mengandungi 10 item soalan tentang persepsi guru terhadap
kelebihan permainan bahasa manakala Bahagian C mengandungi 10 item yang meninjau
tahap kemahiran guru dalam mengaplikasikan permainan bahasa. Bahagian D pula
mengandungi 10 item untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh guru untuk
mengaplikasikan permainan bahasa.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.9 yang bermaksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi.
Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 80 orang guru di lapan buah sekolah dalam kawasan
Kota Raja, Petaling Perdana. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu
melihat kepada skor min dan sisihan piawai.

Tafsiran skor min telah diadaptasi daripada Jamil et al. (2014) dan ditunjukkan dalam
Jadual 1. Selang skala skor min dikekalkan tetapi tafsiran bagi setiap konstruk diubah suai
menggunakan istilah yang lebih sesuai agar dapat menyampaikan tafsiran yang tepat dan
difahami.

Jadual 1

Interpretasi Skor min

Selang Skala Skor min Interpretasi
Rendah
1.00 – 2.00 Sederhana Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana Tinggi
3.01 – 4.00 Tinggi
4.01 – 5.00

Dalam kajian ini, tahap persepsi, kemahiran guru dan masalah dikategorikan kepada
empat tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.00 menunjukkan tahap yang rendah, skor min 2.01
hingga 3.00 menunjukkan tahap sederhana rendah manakala skor min 3.01 hingga 4.00
menunjukkan tahap sederhana tinggi. Skor min 4.01 – 5.00 pula menunjukkan tahap persepsi,
kemahiran dan masalah yang tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu berkaitan persepsi guru, tahap
kemahiran guru dan masalah yang dihadapi dalam permainan bahasa.

Jadual 2

Analisis Item Persepsi Guru Bahasa Melayu terhadap Kelebihan Permainan Bahasa

Skor Tahap

Bil Item min SP

µ

1. Teknik permainan bahasa sesuai diaplikasikan dalam 4.49 0.60 Tinggi
PdP Bahasa Melayu.

2. Teknik permainan bahasa dapat meningkatkan 4.49 0.60 Tinggi
penglibatan murid dalam PdP Bahasa Melayu.

3. Teknik permainan bahasa dapat memupuk nilai 4.51 0.57 Tinggi
kerjasama dalam diri murid.

4. Teknik permainan bahasa dapat meningkatkan 4.39 0.65 Tinggi
kemahiran lisan murid.

5. Teknik permainan bahasa dapat meningkatkan 4.45 0.61 Tinggi
kemahiran membaca murid.

6. Teknik permainan bahasa dapat meningkatkan 4.27 0.69 Tinggi
kemahiran menulis murid.

7. Teknik permainan bahasa membolehkan murid 4.39 0.67 Tinggi
menguasai tatabahasa dengan berkesan.

8. Teknik permainan bahasa memudahkan guru untuk 4.37 0.56 Tinggi
menyampaikan isi pelajaran.

Teknik permainan bahasa membolehkan guru Tinggi

9. mendapat maklum balas untuk penambahbaikan 4.26 0.67

PdP akan datang.

10. Teknik permainan bahasa membolehkan guru 4.27 0.67 Tinggi
menilai pencapaian murid dengan berkesan.

Skor Min Keseluruhan 4.39 0.55 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 2 menunjukkan skor min persepsi guru Bahasa Melayu
terhadap kelebihan permainan bahasa secara keseluruhan ialah 4.39 yang menunjukkan
responden mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap kelebihan permainan bahasa. Nilai
sisihan piawai (SP) ialah 0.55 menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini menghampiri
ukuran pusat. Skor min paling tinggi iaitu 4.49 bagi item 1 dan 2 menunjukkan responden
sangat bersetuju dengan kesesuaian permainan bahasa dalam PdP Bahasa Melayu dan
kelebihannya dalam meningkatkan penglibatan murid. Skor min paling rendah pula ialah 4.26
iaitu berkenaan maklum balas yang boleh diperoleh daripada pengaplikasian permainan
bahasa.

Jadual 3

Analisis Item Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu dalam Pengaplikasian Permainan
Bahasa

Skor

Bil Item min SP Tahap
0.76
µ 0.75 Sederhana
0.78 Tinggi
1. Saya mahir memilih permainan bahasa yang sesuai 3.90 0.74
dengan objektif pelajaran. 0.80 Sederhana
0.70 Tinggi
2. Saya mahir menyesuaikan permainan bahasa 3.88 0.74
dengan isi pelajaran Bahasa Melayu. 0.67 Sederhana
0.65 Tinggi
3. Saya mahir mencipta permainan bahasa yang 3.64 0.67
baharu untuk mencapai objektif pengajaran. 0.64 Sederhana
Tinggi
Saya mahir menggunakan semula permainan
Sederhana
4. bahasa yang telah sedia ada dalam PdP Bahasa 3.64 Tinggi

Melayu. Sederhana
Tinggi
5. Saya mahir mengubah suai permainan bahasa sedia 3.96
ada agar menepati objektif pengajaran. Sederhana
Tinggi
6. Saya mahir memberi arahan kepada murid semasa 3.80
mengaplikasikan teknik permainan bahasa. Sederhana
Tinggi
7. Saya mahir mengawal tingkah laku murid semasa 3.99
melaksanakan permainan bahasa. Sederhana
Tinggi
8. Saya mahir menilai pencapaian murid secara individu 3.96
melalui permainan bahasa. Sederhana
Tinggi
9. Saya mahir memberi ganjaran kepada murid yang 3.95
berjaya dalam permainan bahasa. Sederhana
Tinggi
Saya mahir menggunakan masa yang diperuntukkan

10. untuk menjalankan permainan bahasa dalam PdP 3.95

Bahasa Melayu.

Skor Min Keseluruhan 3.91

Berdasarkan Jadual 3, skor min bagi konstruk ini ialah 3.91 yang menunjukkan guru-
guru sekolah rendah di Kota Raja memiliki kemahiran yang sederhana tinggi dalam
mengaplikasikan permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Nilai sisihan piawai 0.64 menunjukkan set data bagi konstruk ini sedikit terserak daripada
ukuran pusat. Skor min paling tinggi ialah 3.99 iaitu bagi item 7 yang menunjukkan guru boleh
mengawal tingkah laku murid semasa melaksanakan permainan bahasa. Skor min paling
rendah pula ialah 3.64 bagi item 3 dan 4 yang berkaitan dengan penciptaan permainan baharu
dan penggunaan semula permainan sedia ada dalam PdP Bahasa Melayu.

Jadual 4

Analisis Item Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu dalam Pengaplikasian Permainan

Bahasa

Bil Item Skor min SP Tahap
µ

1. Jenis permainan bahasa yang sesuai dengan 3.26 1.00 Sederhana
isi pelajaran Bahasa Melayu sangat terhad. Tinggi

2. Isi pelajaran Bahasa Melayu tidak sesuai 2.45 1.04 Sederhana
disampaikan melalui teknik permainan Rendah

bahasa.

3. Bahan rujukan tentang permainan bahasa 3.26 1.05 Sederhana
sukar didapati. 2.76 Tinggi
3.72
4. Murid kurang bersedia untuk melibatkan diri 2.86 1.13 Sederhana
dalam permainan bahasa. 3.85 Rendah
3.61
5. Bilangan murid di dalam sesebuah kelas 1.12 Sederhana
terlalu ramai untuk aktiviti permainan bahasa. 3.49 Tinggi

6. Pencapaian murid sukar dinilai melalui teknik 2.30 1.11 Sederhana
permainan bahasa. 3.16 Rendah

7. Ruang kelas yang terhad menghalang murid 1.07 Sederhana
bergerak dalam aktiviti permainan bahasa. Tinggi

Perkakasan di makmal komputer sekolah Sederhana
Tinggi
8. tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti 1.07

permainan bahasa digital.

Talian Internet di sekolah tidak dapat Sederhana
Tinggi
9. menampung keperluan untuk menjalankan 1.19

aktiviti permainan bahasa atas talian.

Pihak pentadbir tidak menggalakkan saya Sederhana
Rendah
10. untuk menggunakan teknik permainan 1.06
0.83 Sederhana
bahasa dalam PdP Bahasa Melayu. Tinggi

Skor Min Keseluruhan

Berdasarkan Jadual 4, secara keseluruhannya, skor min bagi konstruk masalah yang
dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan permainan bahasa ialah 3.16 iaitu pada tahap
sederhana tinggi. Nilai sisihan piawai 0.83 menunjukkan set data agak terserak daripada
ukuran pusat. Nilai skor min paling tinggi ialah 3.85 bagi item 7 yang menunjukkan guru
mempunyai masalah dengan ruang kelas yang terhad. Masalah lain yang dihadapi
termasuklah item 5 iaitu bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas (skor min
3.72) dan item 8 iaitu kekurangan perkakasan di makmal komputer (skor min 3.61). Guru juga
menghadapi masalah berkaitan talian Internet, jenis permainan yang sesuai dan kekurangan
bahan rujukan.

Skor min paling rendah pula ialah 2.30 yang menunjukkan guru tidak mempunyai
masalah dengan pentadbir yang tidak menggalakkan pengaplikasian permainan bahasa
dalam PdP Bahasa Melayu. Item yang turut menunjukkan tahap masalah sederhana rendah
ialah item 2 berkaitan menyesuaikan isi pelajaran dengan permainan bahasa. Selain itu, item
4 tentang kesediaan murid dan item 6 tentang penilaian murid juga pada tahap masalah
sederhana rendah.

Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di lapan buah
sekolah di Kota Raja, Petaling Perdana mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap
permainan bahasa. Kajian ini juga mendapati guru-guru tersebut mempunyai kemahiran
mengaplikasikan permainan bahasa pada tahap sederhana tinggi dan menghadapi beberapa
masalah dalam mengaplikasikannya. Dalam kajian ini, masalah ini turut dibincangkan dan

menjadi cadangan pengkaji dalam usaha meningkatkan tahap kemahiran guru dalam
mengaplikasikan permainan bahasa.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan kajian
mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap kelebihan permainan bahasa. Dapatan kajian
ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut menyatakan hal yang sama.

Antaranya, kajian Kadarag (2015) menunjukkan guru mempunyai persepsi yang
sangat positif terhadap pengaplikasian permainan di dalam pembelajaran. Selain itu, kajian ini
turut disokong oleh dapatan Hsu dan Chiou (2019) yang mendapati guru mempunyai persepsi
yang baik terhadap penggunaan permainan digital dalam bilik darjah. Dalam kajian tersebut
juga menyatakan guru mempunyai persepsi bahawa permainan boleh integrasikan kepada
semua mata pelajaran selari dengan dapatan kajian ini yang memfokuskan kepada mata
pelajaran Bahasa Melayu.

Sebelum itu, kajian Asnadi et al., (2018) juga telah membuktikan perkara yang sama
iaitu guru mempunyai persepsi yang baik terhadap permainan bahasa. Hal ini demikian kerana
permainan interaktif yang digunakan dalam kajian ini bersesuaian dengan objektif
pembelajaran. Dalam kajian tersebut juga guru bersetuju bahawa permainan dapat
meningkatkan motivasi dan prestasi murid dalam pelajaran. Murid juga mempunyai persepsi
yang positif terhadap pembelajaran yang mengaplikasikan permainan. Kesemua aspek ini
selari dengan dapatan kajian ini yang turut menyenaraikan kelebihan permainan bahasa untuk
meninjau persepsi guru terhadap teknik ini.

Dapatan kajian ini tentang persepsi positif guru terhadap kelebihan permainan bahasa
turut disokong oleh kajian Ebrahimi dan Zamanian (2014) yang menyatakan permainan
bahasa dapat meningkatkan penguasaan kosa kata murid. Sementara itu, Badea (2015) juga
menyatakan bahawa permainan bahasa dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dan
tatabahasa murid.

Dapatan kajian ini memperlihatkan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam
mengaplikasikan permainan bahasa berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan yang sama
dapat dilihat dalam beberapa kajian lepas seperti Hsu dan Chiou (2019) yang menjalankan
kajian terhadap guru praperkhidmatan. Hasil kajian tersebut mendapati guru praperkhidmatan
ingin melaksanakan permainan digital dalam PdP tetapi kurang kemahiran untuk
menggunakannya. Hasil kajian tersebut juga mendapati terdapat guru yang tidak tahu
menggunakan permainan digital dalam PdP.

Kajian Asnadi et al. (2018) juga menyatakan permainan bukan hanya sekadar bahan
bantu mengajar atau elemen keseronokan bahkan berfungsi untuk mencapai objektif
pelajaran. Dapatan tersebut selari dengan dapatan kajian ini yang juga melihat kepada
kemahiran guru dalam mengaplikasikan permainan bahasa dalam PdP Bahasa Melayu.

Dapatan kajian ini menunjukkan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dalam
kawasan kajian menghadapi beberapa masalah dalam mengaplikasikan permainan bahasa.
Masalah-masalah tersebut ialah jenis permainan bahasa yang terhad, sukar mendapatkan
bahan rujukan, bilangan murid dan ruang kelas, perkakasan dan talian internet untuk
permainan dalam talian. Dapatan ini disokong dengan kajian daripada Watson dan Yang
(2016) yang menyenaraikan antara faktor yang menghalang pengaplikasian permainan dalam
PdP ialah keberkesanan permainan, penggunaan teknologi dan kesukaran untuk memperoleh
permainan yang sesuai.

Kajian juga mendapati guru tidak menghadapi masalah dengan kurikulum, kesediaan
murid, penilaian pencapaian dan halangan pentadbir semasa mengaplikasikan permainan
bahasa. Hal ini berbeza dengan kajian Watson dan Yang (2016) yang menyenaraikan sistem
pendidikan sebagai satu daripada masalah yang dihadapi oleh para guru dalam
mengaplikasikan permainan bahasa. Dapatan kajian ini juga berbeza dengan dapatan kajian
Hsu dan Chiou yang menyatakan ibu bapa tidak menerima pelaksanaan permainan dalam
sesi PdP. Kajian tersebut juga mendapati guru-guru mempunyai kerisauan tentang
penerimaan rakan sekerja terhadap pengaplikasian permainan bahasa.

Implikasinya, kajian ini berupaya membolehkan guru-guru Bahasa Melayu membuat
refleksi terhadap teknik pengajaran menggunakan permainan bahasa. Tambahan pula, kajian
ini memberi fokus kepada kemahiran guru Bahasa Melayu dan masalah dalam
mengaplikasikan permainan bahasa yang dapat mengisi kelompongan kajian-kajian lepas
yang berkaitan keberkesanan permainan bahasa semata-mata. Di samping itu, kajian yang
menganalisis kemahiran guru dalam mengaplikasikan permainan bahasa juga sangat kurang
dihasilkan. Kebanyakan kajian tinjauan yang menggunakan sampel guru hanya mengkaji
tentang persepsi guru terhadap sesuatu permainan seperti kajian Trevathan et al. (2016) dan
Asnadi et al. (2018). Sehubungan dengan itu, kajian ini telah mengisi kelompongan tersebut
dengan mengkaji dengan lebih lanjut tentang kemahiran yang dimiliki oleh guru dalam
mengaplikasikan permainan bahasa.

Sebagai cadangan kajian lanjutan, pengkaji boleh mengkaji sama ada wujud faktor-
faktor yang mempengaruhi tahap kemahiran guru dalam mengaplikasikan permainan bahasa
seperti pengalaman mengajar, pengkhususan, jantina, pengalaman mengikuti kursus, lokasi

dan budaya sekolah.melalui kajian korelasi.

Kesimpulannya, persepsi guru terhadap permainan bahasa berada di tahap yang
sangat baik manakala tahap kemahiran merancang berdasarkan kehendak soalan berada
pada tahap sederhana. Guru juga menghadapi beberapa masalah untuk mengaplikasikan
permainan bahasa. Dapatan kajian ini dilihat sebagai nilai tambah dalam bidang pedagogi
teknik pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana kajian-kajian lepas lebih melihat
keberkesanan permainan bahasa berbanding kemahiran guru. Tambahan pula, masih kurang
kajian tentang kemahiran guru mengaplikasikan permainan bahasa khusus dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Tuntasnya, guru-guru seharusnya bersedia dalam melaksanakan
permainan bahasa di dalam PdP merentasi kurikulum. Berdasarkan dapatan kajian ini, guru-
guru dan pihak berkepentingan yang lain disarankan untuk meningkatkan kemahiran guru
dalam melaksanakan permainan bahasa.

RUJUKAN

Abdul Aziz Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Edisi keempat.
Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributors Sdn. Bhd.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran bahasa Melayu. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Asnadi, I.W.S.W., Ratskor miningsih N.M., Myartawan I.P.N.W. (2018). Primary teachers' and
students' perception on the use of ICT-based interactive game in English language
teaching. Jurnal Pendidikan Indonesia, 7(1), 10-18.

Babbie, E. (2001). Thepractice of social research. United States, Wadsworth/Thomson
Learning.

Badea, M. (2015). English classes and effectiveness of games in higher education. Journal
Plus Education, 12(2), 81-88.

Ebrahimi, F., & Zamanian, M. (2014). Practical game: Implementing practical game on Iranian
early EFL learners. International Journal of English and Education, 3(2), 115-131.

Fraenkel, J. R., Wallen, N. E., & Hyun, H. H. (2015). The nature of research. How to design
and evaluate research in education, 1-26.

Hsu, T. & Chiou, G. (2019). Pre-service Teachers’ Perceptions of Digital Game-Supported
Learning. Journal of Educational Multimedia and Hypermedia, 287-305.

Jamil Abd Baser, Nurul Syahada Mohd Suhaimi, Hisyamuddin Othman, Azman Hassan, Mohd
Bekri Rahim dan Mohd Faizal Askor min Nur Yunus. (2014). Standard guru Malaysia
dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi. Online Journal for TVET
Practioners, 2(2).

Jones, R. G. (2014). Games in language learning: opportunities and challenges. Language
Leraning dan Technology, 18(2), 9-19.

Karadag, R. (2015). Pre-Service teachers’ perceptions on game based learning scenarios in
primary reading and writing instruction courses. Educational Sciences: Theory dan
Practice, 15(1).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Leedy, P. D., & Ormrod, J. E. (2001). Practical research: Planning and design . New Jersey:
Prentice-Hall.

Mahmoud, A. A., & Tanni, Z. A. . (2014). Using Games to Promote Students ’ Motivation
towards Learning English. Journal for Educational dan Psychological Research dan
Studies, 11-33.

Rozaiman Makmun. (2015). Teknologi, pedagogi dan pengetahuan kandungan guru dalam
pengajaran Kesusasteraan Melayu. Tesis Doktor Falsafah. (Tidak Diterbitkan). Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2012). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan
literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-15.

Trevathan, M., Peters, M., Willis, J. & Sansing, L. (2016). Serious games classroom
implementation: Teacher perspectives and student learning outcomes. Dalam Society
for Information Technology dan Teacher Education International Conference (pp. 624-
631). Association for the Advancement of Computing in Education (AACE).

Watson, W. & Yang, S. (2016). Games in Schools: Teachers’ Perceptions of Barriers to Game-
based Learning. Journal of Interactive Learning Research, 153-170.

KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN FAKTA BAHASA MELAYU

Mohd Haidi bin Mohd Kasran PhD
[email protected]

Chong Li Min
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis karangan fakta Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dan reka bentuk kuasi-eksperimen. Instrumen kajian ini ialah ujian pra, ujian pos, Rancangan
Pelajaran Harian (RPH) dan rubrik pemarkahan karangan. Responden kajian ini terdiri daripada 32
orang murid Tahun 6 dari salah sebuah Sekolah Kebangsaan di Kuala Lumpur. Kajian ini mendapati
bahawa murid kumpulan rawatan memperoleh tahap pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan
murid kumpulan kawalan dalam ujian pos selepas kaedah pembelajaran koperatif telah diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan fakta Bahasa Melayu.
Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif lebih sesuai
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan fakta untuk
meningkatkan tahap kemahiran menulis karangan fakta. Implikasinya kajian ini telah berupaya memberi
sumbangan kepada pengetahuan, praktikal dan teori. Kajian ini dapat mengisi kelompangan
penyelidikan berkaitan kaedah pembelajaran koperatif dalam kemahiran menulis karangan fakta. Oleh
sebab itu, guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain disarankan untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran pengaplikasian kaedah pembelajaran koperatif dalam meningkatkan tahap kemahiran
menulis karangan fakta serta berusaha menyebarluas pengaplikasian kaedah pembelajaran koperatif.

Kata Kunci: kaedah pembelajaran koperatif, kuasi-eksperimen, kemahiran menulis, karangan fakta,
Bahasa Melayu

ABSTRACT

This research investigates the effectiveness of cooperative learning that has been introduced in the
study of the skills of writing the facts essay for Malay language.The research design that been used in
quantitative method and quasi-experimental design. The instrument that has been used in this research
is pre-test, post-test, lesson plan and marking scheme of the essay. Respondents of this research
involved 32 students of Year 6 from one of the primary school at Kuala Lumpur. This research found out
that the students in treatment group achieve the higher level of achievement as compared to students
in the control group in the postal exam after the cooperative learning had been applied in the study of
the skills of writing the facts essay. As a conclusion, this research can contribute to the knowledge,
practical and theory. This study can fill in the gaps of research on cooperative learning methods in writing
facts essay skills. Hence, teachers and important parties are recommended to enhance their knowledge
and skills in introducing the cooperative learning method with the purpose to increase the level of
proficiency in writing the facts essay and out an effort to spread the use of this cooperative learning.

Keywords: cooperative learning, quasi-experimental, writing skills, facts essay, Malay language

PENGENALAN

Pada abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat menitikberatkan keterlibatan

murid dalam proses pembelajaran supaya dapat membentuk murid yang dapat mendepani
cabaran abad ke-21. Perkara ini dapat dibuktikan dengan terhasilnya Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang
memperkenalkan pembelajaran berpusatkan murid atau dikenali sebagai student-centered-
learning (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Sehubungan dengan itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah bekerjasama dengan pihak swasta untuk melaksanakan Program
Sekolah Amanah yang menekankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21 dan PdP
yang berteraskan kaedah pembelajaran koperatif untuk melahirkan murid yang
berketerampilan dari segi akademik serta kepimpinan untuk memenuhi aspirasi pengajaran
dan pembelajaran abad ke-21 (Aimi Hafizah, 2017). Kaedah pembelajaran koperatif
merupakan suatu kaedah yang dapat menggalakkan penglibatan murid dalam proses
pembelajaran. Bukan itu sahaja, kaedah pembelajaran koperatif dapat memupuk semangat
berpasukan, menjalinkan hubungan kemesraan antara rakan dalam kumpulan,
menyelesaikan masalah pembelajaran dengan lebih efektif, memahami pembelajaran dengan
lebih mudah dan memberi impak yang positif kepada diri murid (Wan Hasmah dan Nur
Munirah, 2013).

Nurul Aisyah, Zamri dan Nor Azwa (2016) berpendapat bahawa penulisan ialah
wahana penting untuk berkomunikasi kerana setiap individu boleh melahirkan perasaannya,
iaitu kegembiraan, kemarahan atau kesedihan dan mengemukakan idea yang tersendiri
melalui proses menulis. Penulisan karangan ialah satu bentuk penulisan yang memerlukan
kreativiti seseorang untuk menunjukkan fakta dan pandangan tokoh berkenaan yang
menampilkan keilmiahan penulisan (Mohd Izzuddin et al., 2018). Menurut Tuan Azlyna (2013),
kepentingan kemahiran menulis juga dapat diteliti kerana hampir semua kertas peperiksaan
di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang
memerlukan jawapan dalam bentuk ayat yang panjang lebar (Noor Habsah dan Yahya, 2018).
Maka, murid yang tidak menguasai kemahiran menulis secara langsung menghadapi masalah
besar dalam peperiksaan.

Oleh itu, dalam PdP, guru Bahasa Melayu khususnya turut berperanan penting dalam
memilih kaedah pembelajaran koperatif yang sesuai untuk membantu murid-murid menguasai
kemahiran menulis karangan dengan baik. Hal ini demikian kerana melalui pembelajaran
koperatif, murid boleh berkongsi idea bersama rakan dalam kumpulan dan secara langsung
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan (Nor
Hasliza, 2012). Begitu juga, perbincangan dalam kumpulan juga memberikan peluang kepada
murid-murid untuk membincangkan teknik penggunaan bahasa yang indah dalam karangan,
mengambil strategi penulisan yang sesuai daripada murid-murid lain serta menyedarkan murid
tentang kelemahan masing-masing (Roselan, 2003).

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif
dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan fakta Bahasa Melayu
sekolah rendah. Hal ini demikian kerana kebanyakan kajian berkaitan pembelajaran koperatif
dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan hanya dijalankan di
sekolah menengah. Misalnya, kajian Salina (2014) dan kajian Rozita, Latifah dan Fadzilah
(2017).

PERNYATAAN MASALAH
Pernyataan masalah kajian ini ialah kelemahan murid dalam menghasilkan sesuatu penulisan
disebabkan tiga faktor, iaitu isi, bahasa dan tulisan (Nurul Aisyah et al., 2016). Kelemahan
yang dilihat dari aspek isi ialah kekurangan isi dan pengulangan isi yang hampir sama dalam
karangan (Mohd Nazri, 2014; Nurul Aisyah, Zamri dan Nor Azwa (2016). Kenyataan tersebut
menepati dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Nadzrah, Norsimah dan Nor Hashimah
(2011), mereka mendapati bahawa masalah utama murid dalam penulisan karangan ialah
murid tidak dapat menghasilkan idea yang matang selaras dengan usia. Bukan itu sahaja,
kajian Nor Hashimah dan Adriana Santa (2016) telah mengatakan bahawa kesalahan yang
sering kali dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu ialah kekeliruan
penggunaan imbuhan, kesalahan kosa kata, kesalahan penggunaan kata ganti nama diri dan
juga kesalahan penggunaan kata sendi nama. Seterusnya, pernyataan masalah yang ketiga
ialah murid kurang menguasai kemahiran menulis karangan disebabkan guru masih
mengekalkan kaedah pengajaran konvensional untuk mengajar murid menulis karangan (Noor
Habsah dan Yahya, 2018). Pembelajaran konvensional tidak dapat meningkatkan kemahiran
kreatif dan kritis dalam kalangan murid kerana pedagogi konvensional lebih memfokuskan
kepada pembelajaran secara hafalan untuk mencapai keputusan yang positif dalam
peperiksaan (Siti Faridah dan Hartini, 2018). Bukan itu sahaja, berdasarkan kajian Che
Zanariah dan Fadzilah (2011), pencapaian murid dalam karangan masih kurang memuaskan
disebabkan sikap murid yang kurang berminat dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan
karangan. Pernyataan masalah yang dinyatakan seperti di atas mendorong penyelidik untuk
menjalankan kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif khusus telah dihasilkan. Antaranya adalah
seperti berikut:

1. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan skor min ujian pra bagi kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan.

2. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan skor min ujian pos bagi kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan.

3. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan skor min ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan kawalan.

4. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan skor min ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan rawatan.

SOALAN KAJIAN
Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, pengkaji akan menganalisis persoalan-persoalan
yang disenaraikan di bawah ini:

1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra bagi kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pos bagi kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan kawalan?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan rawatan?

HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan soalan kajian tersebut, kajian ini telah membina empat hipotesis kajian.
Keempat-empat hipotesis kajian adalah seperti berikut:

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra bagi kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan.

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pos bagi kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan kawalan.

Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra dan ujian pos ;bagi
kumpulan rawatan.

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian kuasi-
eksperimen. Menurut Juppri (2014), kaedah kuasi-eksperimen selalu digunakan dalam kajian
tentang keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran, program atau modul. Sehubungan
dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah pembelajaran
koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan fakta Bahasa

Melayu secara kuantitatif. Sampel kajian ini terdiri daripada 32 orang murid Tahun 6 di sebuah
Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kuala Lumpur. Kaedah persampelan yang digunakan
dalam kajian ini ialah persampelan bertujuan dan persampelan rawak berkelompok.
Persampelan bertujuan digunakan kerana kajian saya berfokus kepada murid-murid Tahun 6.
Namun demikian, murid-murid Tahun 6 terdiri daripada pelbagai kebolehan dalam kemahiran
menulis karangan fakta. Oleh itu, saya telah menggunakan persampelan rawak berkelompok
untuk memilih dua buah kelas Tahun 6 sebagai responden kajian.

Dalam kajian ini, instrumen yang telah digunakan ialah ujian pra dan ujian pos yang
berbentuk esei, RPH serta rubrik pemarkahan karangan. Instrumen ini disahkan oleh pakar
bidang dan metodologi. Kesahan sesuatu instrumen kajian merujuk sejauh mana instrumen
tersebut mengukur data yang sepatutnya diukur (Lee, Zakri, dan Chua, 2018). Instrumen-
instrumen tersebut telah disemak dan disahkan oleh seorang pensyarah pakar dalam bidang
penyelidikan untuk memastikan kesahan konstruk. Begitu juga, instrumen-instrumen tersebut
juga disemak dan disahkan oleh tiga orang pensyarah bahasa bagi memastikan kandungan
dan struktur bahasa yang digunakan adalah tepat. Setelah itu, kajian rintis telah dijalankan
bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Instrumen ujian berbentuk
esei dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis. Sampel kajian rintis terdiri daripada 32 orang
murid Tahun 6 di sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Petaling Jaya.

Data-data yang diperoleh telah dianalisis secara manual untuk mendapatkan nilai
Indeks Kesukaran (IK) dan nilai Indeks Diskriminasi (ID) untuk menilai kebolehpercayaan
instrumen. Kebolehpercayaan sesuatu ujian sangat berhubung kait dengan diskriminasi item.
Hal ini demikian kerana ujian yang kebolehpercayaannya tinggi haruslah mengandungi indeks
diskriminasi yang positif dan tinggi (Abu Bakar dan Bhasah, 2008). Setelah menganalisis item
ujian yang dijalankan, didapati bahawa indeks kesukaran item ujian ialah 0.46 manakala
indeks diskriminasi item ialah 0.41. Dengan itu, boleh dikatakan bahawa soalan ujian ini
merupakan item yang sesuai untuk digunakan dalam kajian sebenar kerana soalan tersebut
berada pada tahap sederhana senang. Berdasarkan indeks diskriminasi yang diperoleh,
soalan ujian yang digunakan ialah item yang sangat baik kerana dapat membezakan murid
yang berkeupayaan dan murid yang berkeupayaan tinggi. Bukan itu sahaja, kebolehpercayaan
soalan ujian berbentuk esei ini telah diukur dengan menggunakan Ujian Statistik Cronbach’s
Alpha dalam perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Analisis nilai Alfa
Kronbach menunjukkan .890 iaitu instrumen boleh diterima dan digunakan untuk mengumpul
data sebenar.

Selepas itu, soalan ujian pra telah dijawab oleh sampel kajian yang terdiri daripada 32
orang murid Tahun 6. Selepas itu, kedua-dua kumpulan diajar tentang kemahiran menulis

karangan fakta dengan kaedah pembelajaran yang berbeza. Sebagai analoginya, murid
rawatan diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif manakala kumpulan
kawalan diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran konvensional dalam pengajaran
dan pembelajaran kemahiran menulis karangan fakta. Setelah empat kali pengajaran dan
pembelajaran konvensional atau proses rawatan dijalankan, kedua-dua kumpulan diberikan
ujian pasca. Data-data tersebut dimasukkan ke dalam SPSS versi 25 untuk dianalisis. Statistik
deskriptif telah digunakan untuk memperoleh kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.
Begitu juga, statistik inferensi seperti Ujian-T juga digunakan menguji hipotesis kajian tentang
perbezaan pencapaian murid berdasarkan kaedah pembelajaran yang telah digunakan (Nik
Zarini dan Salmiza, 2012).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dalam bahagian ini, penyelidik akan membincangkan tentang dapatan kajian bagi menjawab
soalan-soalan kajian.
Jadual 1:
Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pra bagi Murid Kumpulan Kawalan dan Murid Kumpulan
Rawatan

Kumpulan Min Sisihan Piawai
Kumpulan Kawalan 10.06 4.008
Kumpulan Rawatan 9.13 3.828

Jadual 2:

Ujian-T Sampel Bebas (Skor Ujian Pra bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan)

Levene’s Test for Equality of T-test for Equality of Means
Variances
Skor Equal variances Sig. t df Sig. (2-Tailed)
ujia 0.938 0.677 30 0.504
n
pra assumed

Equal variances not 0.677 29.937 0.504

assumed

Jadual 1 dan Jadual 2 merupakan dapatan bagi soalan kajian yang pertama. Dapatan
bagi soalan kajian pertama menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid kumpulan kawalan
dan murid kumpulan rawatan dalam penulisan karangan fakta adalah hampir sama. Taburan
skor markah prestasi penulisan karangan fakta bagi kesemua murid dalam kumpulan kawalan
dan rawatan adalah hampir sama ketika ujian pra dijalankan. Nilai purata skor ujian pra bagi
kumpulan kawalan sebanyak 10.06 manakala nilai purata skor ujian pra bagi kumpulan
rawatan sebanyak 9.13. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian murid bagi murid
kumpulan adalah lebih tinggi berbanding dengan murid rawatan. Dalam konteks yang lain,
keputusan Ujian-T (t=0.677, df=30, p>0.05) telah menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan skor min ujian pra bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Hipotesis nul pertama diterima.

Jadual 3:

Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Kawalan dan Murid Kumpulan
Rawatan

Kumpulan Min Sisihan Piawai
Kumpulan Kawalan 12.38 2.729
Kumpulan Rawatan 14.56 2.394

Jadual 4:

Ujian-T Sampel Bebas (Skor Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan)

Levene’s Test for T-test for Equality of Means
Equality of
Variances
Skor ujian Equal variances Sig. t df Sig. (2-Tailed)
pos assumed 0.472 -2.410 30 0.022
Equal variances not
assumed -2.410 29.497 0.022

Jadual 3 dan Jadual 4 merupakan dapatan bagi soalan kajian yang kedua. Dapatan
bagi soalan kajian kedua menunjukkan bahawa tahap penguasaan penulisan karangan fakta
bagi murid rawatan yang diajar kemahiran menulis karangan fakta dengan menggunakan
kaedah pembelajaran koperatif adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan yang hanya
diajar kemahiran menulis karangan fakta menggunakan kaedah pembelajaran konvensional.
Berdasarkan analisis min, nilai purata skor ujian pos kumpulan rawatan lebih tinggi jika
berbanding dengan nilai purata skor ujian pos kumpulan kawalan. Nilai purata skor ujian pos
kumpulan rawatan ialah 14.46 manakala nilai purata skor ujian pos kumpulan kawalan ialah
12.38. Keputusan analisis Ujian-T bagi ujian pos kedua-dua kumpulan (t=-2.410, df=30,
p<0.05) telah menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan skor min ujian pos
bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Hipotesis nul kedua ditolak. Dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa pengajaran karangan fakta dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif lebih berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan murid dalam
penulisan karangan fakta.

Jadual 5:

Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Kawalan

Jenis Ujian Min Sisihan Piawai
Kumpulan Ujian Pra (Sebelum guna kaedah konvensional) 10.06 4.008
Kawalan Ujian Pos (Selepas guna kaedah konvensional) 12.38 2.729

Jadual 6:
Ujian-T Sampel Padanan (Skor Ujian Pra dan Skor Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan)

Kumpulan Skor ujian pra-Skor ujian pos t df Sig. (2-Tailed)
Kawalan -2.769 15 0.014

Jadual 5 dan Jadual 6 merupakan dapatan bagi soalan kajian yang ketiga. Dapatan
bagi soalan kajian ketiga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang tidak begitu ketara
dalam skor ujian pos selepas murid kumpulan kawalan diajar kemahiran menulis karangan
fakta dengan menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Nilai purata skor ujian pos
kumpulan kawalan adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan skor ujian pra kumpulan
kawalan. Hal ini dibuktikan dengan perbezaan min antara skor ujian pra dan ujian pos iaitu
sebanyak -2.313. Dari perspektif yang lain, keputusan statistik Ujian-T menunjukkan
perbezaan yang signifikan (t= -2.769, df=15, p<0.05). Hal ini menunjukkan bahawa kaedah
pembelajaran tradisional dapat mempengaruhi tahap pencapaian murid kumpulan kawalan
dalam penulisan karangan fakta kerana terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra
dan ujian pos bagi kumpulan kawalan. Hipotesis nul ketiga ditolak.

Jadual 7:
Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Rawatan

Jenis Ujian Min Sisihan Piawai
Kumpulan Ujian Pra (Sebelum intervensi pembelajaran koperatif) 9.13 3.828
Rawatan Ujian Pos (Selepas intervensi pembelajaran koperatif) 14.56 2.394

Jadual 8:
Ujian-T Sampel Padanan (Skor Ujian Pra dan Skor Ujian Pos bagi Kumpulan Rawatan)

Kumpulan Rawatan Skor ujian pra- Skor ujian pos t df Sig. (2-Tailed)
-6.620 15 0.000

Seterusnya, dapatan bagi soalan kajian keempat membuktikan bahawa kaedah
pembelajaran koperatif lebih berkesan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap
penulisan karangan fakta. Hal ini demikian kerana nilai purata skor ujian pos penulisan
karangan fakta bagi murid kumpulan rawatan lebih tinggi jika dibandingkan dengan nilai purata
skor ujian pra. Terdapat perbezaan nilai purata yang tinggi iaitu sebanyak -5.438 antara skor
ujian pra dan skor ujian pos bagi kumpulan rawatan. Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa
terdapat peningkatan yang sangat ketara dalam skor ujian pos selepas murid kumpulan
rawatan menjalani intervensi dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam
penulisan karangan fakta. Keputusan statistik Ujian-T menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan (t= -6.620, df=15, p<0.05). Justeru, hipotesis nul yang menyatakan

bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan rawatan berjaya ditolak.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan rumusan dapatan bagi soalan-soalan kajian
dengan mengaitkan dapatan kajian lepas yang dijalankan oleh beberapa penyelidik. Dapatan
dalam kajian ini telah membuktikan bahawa tahap pencapaian murid kumpulan kawalan dalam
ujian penulisan karangan fakta adalah lebih tinggi berbanding dengan murid kumpulan
rawatan sebelum pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan fakta yang
mengaplikasikan kaedah pembelajaran konvensional dan kaedah pembelajaran koperatif
dilaksanakan. Bukan itu sahaja, berdasarkan dapatan bagi soalan kajian kedua hingga soalan
kajian keempat, boleh dirumuskan bahawa kaedah pembelajaran koperatif lebih mampu
meningkatkan tahap pencapaian murid dalam penulisan karangan fakta jika berbanding
dengan kaedah pembelajaran tradisional. Hal ini demikian kerana terdapat peningkatan
markah murid yang sangat ketara dalam penulisan karangan fakta selepas kaedah
pembelajaran koperatif diaplikasikan dalam PdP kemahiran menulis karangan fakta. Perkara
ini boleh dibuktikan dengan perbezaan nilai purata antara skor ujian pra dengan skor ujian pos
bagi kumpulan rawatan iaitu sebanyak -5.438. Perbezaan nilai purata tersebut lebih tinggi
berbanding dengan perbezaan nilai purata antara skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan
kawalan iaitu sebanyak -2.313.

Dapatan kajian tersebut selaras dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Salina (2014)
dengan tajuk “Keberkesanan Kaedah Koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
Karangan Bahasa Melayu Tingkatan Empat” dan hasil kajian Siti Salwa (2017) dengan tajuk
“Kesan Aktiviti Meja Bulat “Round Table” dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar
Tingkatan 4”. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa kaedah koperatif lebih berkesan
untuk meningkatkan tahap pencapaian murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.
Berdasarkan dapatan kajian Salina (2014), penggunaan kaedah konvensional dalam PdP
kurang berkesan dalam meningkatkan hasil penulisan esei murid. Kaedah pembelajaran
koperatif dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam penulisan karangan fakta
kerana murid akan dapat mencetuskan lebih banyak idea melalui perbincangan dalam
kumpulan.

Implikasi kajian ialah hujah yang menunjukkan sesuatu kajian telah menambah nilai
kajian sedia ada yang berkemungkinan dapat memberi kepentingan nasional (Dissanayake,
2013). Terdapat tiga jenis implikasi kajian yang dibincangkan dalam bahagian ini iaitu implikasi
pengetahuan, implikasi praktikal dan implikasi teori bagi memberi justifikasi jurang
penyelidikan dan berupaya memberi sumbangan kepada pengetahuan, praktikal dan juga
teori. Kleickman et al. (2013) menyatakan bahawa pengetahuan guru mengenai kandungan

pedagogi sangat mempengaruhi keberkesanan PdP di dalam kelas. Kajian ini bukan sahaja
dapat mendedahkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah tentang keberkesanan kaedah
pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan
fakta malah dapat memberi pengetahuan tentang cara mengaplikasikan kaedah pembelajaran
koperatif dalam PdP kemahiran menulis karangan fakta kepada guru. Kaedah pembelajaran
koperatif perlu diaplikasikan oleh guru bagi membantu murid yang lemah dalam menghasilkan
karangan fakta.

Kajian ini telah memberi implikasi dari aspek praktikal. Menurut Bornman (2013),
implikasi praktikal merupakan keupayaan sesuatu kajian menambahbaikan amalan sedia ada
kepada amalan yang lebih berkesan. Guru boleh mengimplimentasikan kaedah tersebut
dalam kalangan murid sekolah rendah atau sekolah menengah yang tidak dapat menguasai
penulisan karangan fakta. Hal ini demikian kerana kaedah ini sesuai untuk semua peringkat
umur persekolahan (Nurulhuda, 2014). Selain itu, guru boleh mengaplikasikan kaedah
pembelajaran koperatif dalam penulisan karangan fakta di mana-mana sahaja sama ada di
bandar ataupun di luar bandar tanpa mengambil kira kemudahan teknologi di sekolah tersebut
kerana kemudahan teknologi hanya sebagai pelengkap kepada PdP koperatif. Kajian ini boleh
dilaksanakan dalam kalangan murid yang memiliki pelbagai tahap pencapaian dalam
penulisan karangan fakta. Hal ini demikian kerana menurut Nor Hasliza (2012), kaedah
pembelajaran koperatif ialah suatu strategi pengajaran iaitu murid-murid saling membantu
antara satu sama lain untuk memastikan ahli kumpulan menguasai isi pelajaran.

Kajian ini juga boleh memberi implikasi dari aspek teori. Kajian kuasi-eksperimen
berkaitan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
penulisan karangan yang menggabungkan teori dan model masih kurang dilaksanakan di
negara ini. Contohnya, kajian Salina (2014) yang menggunakan Teori Kognitif Gagne.
Tambahan pula, terdapat kajian yang berkaitan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif
dalam pengajaran dan pembelajaran karangan yang tidak menggunakan teori dan model iaitu
kajian Yusfaiza dan Mohd Isha (2012) dan kajian Hashilah dan Suria (2008). Walaupun
terdapat kajian berkaitan yang menggabungkan teori dan model, tetapi kajian tersebut
dijalankan dalam bidang lain. Misalnya, kajian Lee (2009) yang menggabungkan Teori
Pembelajaran Koperatif dan Model Lewin dijalankan dalam bidang Bahasa Cina. Bukan itu
sahaja, terdapat kajian berkaitan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam
penulisan karangan telah dijalankan di peringkat sekolah menengah. Sebagai contoh, kajian
Siti Salwa (2017) yang menggabungkan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dengan Model
Konstruktivisme 5E telah dijalankan di peringkat sekolah menengah. Oleh itu, kajian ini dapat
mengisi kelompangan tersebut kerana kajian ini telah menggabungkan Teori Konstruktivisme
Sosial Lev Vygotsky dan Model Pembelajaran Koperatif untuk mengenal pasti keberkesanan

kaedah pembelajaran koperatif dalam penulisan karangan fakta Bahasa Melayu sekolah
rendah.

Justeru, pengkaji juga menyenaraikan beberapa cadangan kepada beberapa pihak lain
untuk meningkatkan pengaplikasian kaedah pembelajaran koperatif dalam kalangan guru.
Antara cadangannya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah pemberian
kursus intensif mengenai kaedah pembelajaran koperatif kepada guru-guru Bahasa Melayu di
sekolah rendah. Cadangan seterusnya kepada pihak sekolah. Antara cadangannya ialah
pihak pentadbir haruslah memantau perkembangan PdP guru Bahasa Melayu di dalam kelas
berkaitan pengaplikasian kaedah pembelajaran koperatif ketika mengajar penulisan karangan
fakta kepada murid. Bukan itu sahaja, guru Bahasa Melayu juga disarankan supaya sentiasa
mewujudkan perkongsian pintar dengan guru yang mahir mengaplikasikan kaedah
pembelajaran koperatif dalam PdP Bahasa Melayu bagi meningkatkan kualiti pengajaran
(Noriati, Boon dan Wong, 2010).

Akhirnya, pengkaji juga mencadangkan beberapa sasaran kajian lanjut. Kajian tentang
keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam PdP kemahiran menulis karangan fakta
ini dilaksanakan dengan jayanya di sebuah sekolah yang terletak di Kuala Lumpur dan hanya
melibatkan 32 orang murid Tahun 6. Oleh itu, masih terdapat ruang dan peluang kepada
pengkaji lain untuk melaksanakan penyelidikan dalam topik yang sama. Sehubungan dengan
itu, pengkaji mensyorkan agar penyelidik yang ingin melaksanakan kajian berkaitan
pembelajaran koperatif perlu harus menggunakan sampel yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang, iaitu murid di bandar dan murid di luar bandar. Penyelidik kajian lanjutan juga
dicadangkan melaksanakan kajian yang berkaitan dalam kalangan pelajar institusi pengajian
tinggi kerana pelajar-pelajar tersebut juga masih melakukan kesilapan dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu. Tambahan pula, penyelidik boleh mengkaji keberkesanan kaedah
pembelajaran koperatif terhadap penulisan karangan fakta dalam kalangan murid berbilang
kaum (Siti Salwa, 2017).

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar. (2008). Penaksiran dalam pendidikan dan Sains
Sosial. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Aimi Hafizah Fadzilah. (2017). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif
berasaskan abad ke-21: Satu tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan
Nanas (Tesis Master tidak diterbitkan). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Bornman, L. (2013). What is societal impact of research and how can it be assessed? A
literature survey. Journal of the America Society for Information Science and Technology,
3(2), 218-232. https://bit.ly/2XehMFa

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd. Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1
(1), 67-87.

Dissanayake, D. (2013). Research, Research Gap and the Research Problem - Munich
Personal RePEc Archive. Mpra.ub.uni-muenchen.de., daripada

https://mpra.ub.uni-muenchen.de/47519/.

Hashilah Abd Rahman & Suria Baba. (2008). Keberkesanan pendekatan pembelajaran
koperatif dalam aktiviti menulis karangan Bahasa Melayu Tahun 5. Jurnal

Semarak Bahasa, 1(1), 79-90.

Juppri Bacotang. (2014). Pelaksanaan kajian kuasi-eksperimen untuk mengenal pasti tahap
kemahiran literasi awal kanak-kanak taska. Paper presented at International
Language Conference (ILC) 2014. https://bit.ly/3dROCBo

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kleickmann, T., Richter, D., Kunter, M., Elsner, J., Besser, M., Krauss, S. dan Baumert,
(2013). Teachers’ content knowledge and pedagogical content knowledge: The role
of structural differences in teacher education. Journal of Teacher Education, 64
(1), 90-106. https://bit.ly/2x6efxS

Lee, K. C., Zakri Abdullah & Chua, L. N. (2018). Penyelidikan dalam pendidikan. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lee, S. F. S. (2009). Teknik Round Robin dan Round Table dalam proses penulisan
karangan bagi mata pelajaran Bahasa Cina Tahun Empat. Kertas dibentangkan
dalam Seminar Penyelidikan IPGM KBL (pp. 121-134). Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang.

Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Julia Madzalan, Nurul Syuhaida Aman Muhammad Syakir
Sulaiman. (2018). Kemahiran menulis tugasan akademik: satu sorotan kajian.
Paper presented at 5th International Research Management dan Innovation
Conference (pp. 1-11). Putrajaya: Palm Garden Hotel.

Mohd Nazri Mash Tuki. (2014). Karangan tahap 1 Tahun 1, 2, 3. Selangor: Cerdik
Publication Sdn. Bhd.

Nadzrah Abu Bakar, Norsimah Mat Awal & Nor Hashimah Jalaluddin. (2011). Investigating
Malay language writing proficiency level among upper secondary school students.

Journal of Language Studies, pada 13 Mac 2019,
http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/55/49.

Nik Zarini Nik Kar & Salmiza Saleh. (2012). Kesan pendekatan inkuiri penemuan
terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kimia. Asia Pacific Journal of
Educators and Education, 27(1), 159-174.
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/32508/10.pdf.

Noor Habsah Ali &Yahya Othman. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 33-41., http://journalarticle.ukm.my/11834/1/164-
317-1-SM.pdf.

Nor Hashimah Jalaluddin & Adriana Santa Anak Tinggom. (2016). Pencampuran kod
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar Cina: Analisis pragmatik
JurnalBahasa,16(1)74http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/4318

7/4_Percampuran_Kod.p df

Nor Hasliza Mohamed. (2012). Penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif di
Sekolah Menengah Vokasional, Tesis Master Tidak Diterbitkan. Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y. dan Wong, K. W. (2010). Asas kepimpinan dan
perkembangan profesional guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016).
Faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar
sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 1-9.
http://journalarticle.ukm.my/10189/1/112-220-1-SM.pdf.

Nurulhuda Ngasiman. (2014). Kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Tesis Master Tidak Diterbitkan
http://eprints.uthm.edu.my/5358/

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Rozita Radhiah Said, Latifah Mohd Shariff & Fadzilah Abd Rahman. (2017). Pembelajaran
koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu menengah atas. International
Journal of Education and Training, 3(2), 1-12. https://bit.ly/2JFreZV.

Salina. (2014). Keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
karangan Bahasa Melayu Tingkatan Empat.Tesis Master tidak terbit.
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52171/1/FPP%202014%205 1RR.pdf.

Siti Faridah Shafii & Hartini Jaafar. (2018). Kesan pelaksanaan pembelajaran berasaskan
masalah terhadap pemikiran kritis pelajar Tingkatan Empat dalam mata pelajaran
Prinsip Perakaunan. Management Research Journal, 8(1),175-
187.http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/14 65/1057.

Siti Salwa Abd Hamid. (2017). Kesan aktiviti Meja Bulat “Round Table” dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu pelajar Tingkatan 4 (Tesis Master tidak terbit).
http://anyflip.com/wfsi/irzm/basic.

Tuan Azlyna Tuan Yusoff. (2013). Kesediaan guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan

pentaksiran berasaskan sekolah (Tesis Master tidak terbit). Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Wan Hasmah Wan Mamat & Nur Munirah Teoh Abdullah. (2013). Pembelajaran
koperatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusfaiza Yusuff & Mohd Ishah Awang. (2012). Aplikasi pembelajaran Jigsaw II dalam

pengajaran penulisan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 62-

70. http://spaj.ukm.my/jpbm/in dex.php/jpbm/article/view/49/49

KAJIAN ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN
GURU BAHASA MELAYU BUKAN PENUTUR NATIF

Suhasni bin Dollah
[email protected]

Chrisshilla Tikmin
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu
dalam kalangan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif. Kajian ini melibatkan tiga orang
guru Bahasa Melayu bukan penutur natif sebagai peserta kajian. Kajian ini dilaksanakan
dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian untuk mengutip data. Dapatan
kajian seterusnya akan dihuraikan secara naratif berpandukan kajian lepas yang berkaitan
dengan masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian menunjukkan guru
Bahasa Melayu bukan penutur natif mengalami masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu
terutamanya dalam aspek sebutan dan kelancaran bertutur bahasa Melayu. Guru Bahasa
Melayu bukan penutur natif juga didapati bertutur menggunakan intonasi yang kurang tepat.
Usaha untuk melahirkan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif mahir bertutur dalam
bahasa Melayu perlu diambil berat dan dipergiatkan. Guru Bahasa Melayu bukan penutur natif
perlu berusaha mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian untuk
melahirkan guru Bahasa Melayu yang berketrampilan dalam berbahasa.

Kata kunci: Masalah, kemahiran bertutur, bukan penutur natif

ABSTRACT

This research was conducted to identify the problem of speaking skills in Malay among the
Malay language teachers that is not a native speaker of Malay language. This study involves
three Malay language teachers that a not native speakers of Malay. This study was conducted
with an interview and observation methods to collect data. The findings will be described in a
narrative based on previous studies that relate with the problems of Malay language speaking
skills. The results shows that an indicated problems in their speaking skills, especially in terms
of pronunciation and their fluency of speaking in Malay. The efforts to make a Malay language
teacher among the not a native speakers should be taken seriously and intensified. Malay
language in their life to become the teachers that are competent in Malay language.

Keywords: Problems, speaking skills, not a native speaker

PENGENALAN

Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah adalah

bergantung kepada tiga elemen penting iaitu guru, murid dan bahan. Guru-guru hendaklah

kreatif, berdaya usaha dan berinovasi dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia

khususnya. Sementara murid pula perlu berusaha dan berminat untuk belajar dan bahan yang

digunakan juga hendaklah sesuai seterusnya boleh mendorong ke arah keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, tenaga penggerak mestilah datang dari
guru itu sendiri. Justeru, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
guru Bahasa Melayu bukan penutur natif, iaitu guru berbangsa Cina, guru berbangsa Dusun
dan guru berbangsa Melanau yang secara umumnya perlu diambil berat dan mencari kaedah
yang sesuai untuk menangani masalah yang berkaitan dengan pertuturan.

PERNYATAAN MASALAH
Sekolah dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu mempunyai tanggungjawab besar bagi
memastikan semua murid berkemampuan menguasai kemahiran bertutur bahasa Melayu
seawal tahap satu di sekolah rendah. Hal ini selaras dengan matlamat kerajaan menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar utama negara (Laporan
Jawatankuasa Pelajaran, 1956). Penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu amat berkait
rapat dengan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Dengan hal demikian, guru Bahasa Melayu khususnya guru Bahasa
Melayu bukan penutur natif perlu memantapkan penguasaan kemahiran bertutur bahasa
Melayu agar masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan
penutur natif dapat ditangani dengan berkesan. Walaupun begitu, terdapat pernyataan
masalah dalam kajian ini bahawa kemahiran bertutur murid bukan penutur natif menggunakan
bahasa Melayu di Malaysia adalah lemah dan kurang memuaskan (Nora’Azian dan Fadzilah,
2018). Selain itu, terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa aspek kekurangan
penguasaan kosa kata merupakan faktor utama menyebabkan murid tidak dapat bertutur
dalam bahasa Melayu dengan baik seterusnya menghalang proses komunikasi (Azman dan
Goh, 2010). Ashinida (2012) menyatakan bahawa penutur bukan Melayu berasa kecewa,
kurang keyakinan, takut dan malu ditertawakan oleh rakan sekelas sekiranya berlaku
kesilapan dalam bahasa tersebut. Tambahan pula, dapatan kajian lepas yang berkenaan
dengan masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan bukan penutur natif
adalah lemah.

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam
kalangan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba mencapai objektif-objektif seperti yang berikut:
1. Mengenal pasti masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa

Melayu bukan penutur natif.

2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kemahiran bertutur bahasa
Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, soalan kajian adalah seperti yang berikut:
1. Apakah masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu

bukan penutur natif?
2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu

dalam kalangan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif?

BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada tiga orang guru Bahasa Melayu bukan penutur natif sahaja, iaitu
guru berbangsa Cina, guru berbangsa Dusun dan guru berbangsa Melanau. Pemilihan guru
Bahasa Melayu bukan penutur dipengaruhi faktor mereka menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua dalam pertuturan mereka khususnya dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Kajian ini
telah memilih penelitian lapangan yang akan menggunakan dua kaedah pengumpulan data,
iaitu temu bual berstruktur dan pemerhatian. Pengumpulan data tersebut akan mengumpulkan
data berbentuk kualitatif lalu dianalisis berdasarkan tema-tema yang telah ditetapkan. Tiga
orang guru Bahasa Melayu bukan penutur telah dipilih sebagai peserta kajian dalam kajian ini.
Data akan dikumpul melalui temu bual dan pemerhatian dengan kebenaran guru dan
pengesahan pakar metodologi, bidang dan bahasa.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa
Melayu bukan penutur natif dibuat berdasarkan temu bual berstruktur dan pemerhatian.
Dapatan kajian terhadap masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru
Bahasa Melayu bukan penutur natif dapat dikemukakan mengikut komponen-komponen
berikut:

K1: Sebutan
Data pemerhatian menunjukkan bahawa G01, G02 dan G03 mempunyai masalah dalam
sebutan ketika bertutur bahasa Melayu. G01 sukar menyebut perkataan yang mempunyai
huruf ‘l’ dan huruf ‘r’. Hal ini disokong berdasarkan data temu bual yang menunjukkan G01

sukar menyebut perkataan yang mengandungi huruf ‘l’ dan huruf ‘r’, dan menyebabkan takut
diejek oleh kawan-kawan seterusnya malu bertutur menggunakan bahasa Melayu dalam
pertuturan seharian. Seterusnya, G02 menyebut perkataan dengan sebutan baku. Hal ini
demikian, menyebabkan murid sukar memahami pertuturan G02 kerana bahasa pertuturan
dipengaruhi oleh loghat bahasa ibunda iaitu loghat bahasa Dusun. Selain itu, data
pemerhatian menunjukkan G03 mempunyai masalah dari segi sebutan huruf ‘r’. Perkara ini
disokong dalam data temu bual yang menunjukkan peserta kajian G03 mengalami masalah
menyebut perkataan yang mempunyai huruf ‘r’ adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa
dialek iaitu bahasa Sarawak. Dalam kajian ini menunjukkan bahawa masalah sebutan yang
dialami oleh peserta kajian G01, G02 dan G03 meninggalkan kesan yang kurang baik terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, sebutan yang tidak
tepat akan menyebabkan penerima maklumat, iaitu murid sukar untuk memahami maklumat
yang disampaikan oleh guru.

K2: Intonasi
Data pemerhatian menunjukkan G01, G02 dan G03 mengalami masalah dalam aspek intonasi
semasa bertutur bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Peserta kajian bertutur menggunakan
intonasi yang kurang tepat. Pengkaji mendapati peserta kajian G01, G02 dan G03
menggunakan nada yang tidak tepat semasa memberi penerangan kepada murid-murid. Hal
ini menyebabkan murid-murid mengalami masalah kekeliruan semasa menyiapkan tugasan
yang diberikan. Data temu bual juga menyokong perkara yang sama, iaitu peserta kajian G01
dan G02 menggunakan nada suara yang terlalu laju dan sangat tinggi ketika bertutur dengan
ahli keluarga dan rakan-rakan yang sama bangsa. Peserta kajian G03 juga bertutur
menggunakan intonasi yang tidak tepat. Data temu bual menunjukkan G03 bertutur
menggunakan nada yang mendatar. Guru Bahasa Melayu perlu menguasai aspek intonasi
dengan lebih baik agar maklumat yang disampaikan kepada murid-murid jelas dan dapat
difahami dengan baik.

K3: Laras Bahasa
Dapatan data pemerhatian menunjukkan bahawa peserta kajian G01, G02 dan G03
mengalami masalah dalam aspek laras bahasa. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga
peserta kajian kurang menggunakan perbendaharaan kata semasa bertutur. Masalah ini boleh
memberi impak yang negatif terhadap perkembangan pemerolehan bahasa murid-murid.
Penggunaan perbendaharaan kata yang sedikit disebabkan oleh tiada pendedahan awal
dalam kalangan ahli keluarga. Oleh yang demikian, peserta kajian mempunyai masalah
berinteraksi dengan orang-orang di sekelilingnya. Hal ini menyebabkan, murid-murid kurang
mendapat penerapan ilmu dalam aspek bahasa. Masalah yang dihadapi ini perlu diberikan

lebih perhatian agar murid-murid dapat melengkapkan diri mereka dengan penggunaan
perbendaharaan kata yang luas dan pelbagai dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu,
guru bahasa Melayu terutamanya peserta kajian G01, G02 dan G03 perlu berusaha dari
semasa ke semasa dalam usaha melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran lisan iaitu
bertutur.

K5: Kelancaran bertutur Bahasa Melayu
Data pemerhatian dalam komponen kelancaran bertutur bahasa Melayu menunjukkan peserta
kajian G01, G02 dan G03 mengalami masalah semasa memberi penerangan di dalam bilik
darjah. Masalah bertutur peserta kajian G01 dipengaruhi oleh dialek bahasa Cina yang terlalu
pekat. Masalah kelancaran bertutur bahasa Melayu peserta kajian G02 dipengaruhi oleh
loghat Dusun. Manakala, masalah kelancaran bertutur bahasa Melayu peserta kajian G03
dipengaruhi oleh bahasa dialek Sarawak. Ketiga-tiga peserta kajian bertutur menggunakan
ayat yang kurang tepat ketika mengajar di dalam bilik darjah. Hal ini menyebabkan
penguasaan kemahiran bertutur peserta kajian G01, G02 dan G03 berada pada tahap yang
sederhana. Berdasarkan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji terhadap peserta kajian
G01, peserta G01 mengatakan bahawa beliau lebih gemar menggunakan bahasa Cina
semasa berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang berbangsa Cina. Secara
tidak langsung, situasi tersebut telah menyebabkan peserta kajian G01 sukar untuk bertutur
menggunakan bahasa Melayu yang betul. Hal ini dipengaruhi oleh faktor diri sendiri peserta
kajian G01 itu tidak dapat menguasai kemahiran bertutur bahasa Melayu dengan baik.

K6: Persekitaran di sekolah
Faktor persekitaran di sekolah telah mendorong kepada peningkatan masalah penguasaan
kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru bukan penutur natif. Tambahan lagi,
peserta kajian G01 yang berbangsa Cina dan kerap bertutur menggunakan bahasa Cina
dengan rakan-rakan sejawat yang berbangsa Cina akan menyebabkan peserta kajian G01
sukar untuk menguasai kemahiran bertutur bahasa Melayu dengan baik. Dapat dilihat juga
bahawa peserta kajian G01 kurang menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian.
Hal ini jika dibiarkan berterusan akan meninggalkan kesan yang tidak baik terhadap diri
peserta kajian G01, terutamanya dalam bidang tugas yang dipikul pada masa ini iaitu guru
Bahasa Melayu.

K7: Ibu bapa
Berdasarkan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji terhadap peserta kajian G03 mengenai
faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan
guru Bahasa Melayu bukan penutur natif, pengkaji mendapat maklumat bahawa faktor ibu

bapa menggunakan bahasa ibunda di rumah mempengaruhi masalah kemahiran bertutur
bahasa Melayu peserta kajian G03. Hal ini telah dijelaskan oleh peserta kajian G03 yang
mengatakan bahawa ibu bapa hanya menggunakan bahasa ibunda ketika bertutur dengan
anak-anak di rumah. Faktor ibu bapa menggunakan bahasa ibunda di rumah ini telah
menyebabkan peserta kajian G03 tidak berpeluang menggunakan bahasa Melayu standard di
rumah. Tambahan pula, disebabkan bukan situasi yang formal maka peserta kajian G03 dan
keluarga hanya menggunakan bahasa yang selesa digunakan dan difahami iaitu bahasa
Sarawak.

K8: Keyakinan diri
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor keyakinan diri turut mempengaruhi masalah
kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif.
Peserta kajian G01 mengatakan semasa temu bual dijalankan, bahawa keyakinan diri yang
rendah untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu menyebabkan peserta kajian G01 kurang
bertutur menggunakan bahasa Melayu, kecuali mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di
dalam bilik darjah. Kesukaran menyebut perkataan yang mengandungi huruf ‘l’ dan huruf ‘r’,
takut diejek oleh kawan-kawan dan malu bertutur menggunakan bahasa Melayu telah
bersarang dalam buah fikiran peserta kajian G01. Situasi tersebut akan memberi kesan yang
amat besar tehadap usaha peserta kajian G01 menguasai kemahiran bertutur bahasa Melayu
dengan baik.

K9: Pertuturan seharian bersama rakan-rakan menggunakan loghat bahasa ibunda
Berdasarkan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji terhadap peserta kajian G02 mengenai
faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan
guru Bahasa Melayu bukan penutur natif, pengkaji mendapat maklumat bahawa faktor rakan-
rakan mempengaruhi masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu peserta kajian G02. Hal ini
telah dijelaskan oleh peserta kajian G02 yang mengatakan bahawa masalah bertutur bahasa
Melayu yang dihadapi adalah berpunca daripada pertuturan seharian bersama rakan-rakan
yang menggunakan loghat bahasa ibunda iaitu loghat bahasa Dusun. Peserta kajian G02 lebih
kerap menggunakan loghat bahasa Dusun berbanding menggunakan bahasa Melayu dalam
pertuturannya. Keadaan sedemikian telah menyebabkan penguasaan kemahiran bertutur
bahasa Melayu peserta kajian G02 kurang memuaskan.

K10: Keluarga dan persekitaran tempat tinggal
Dapatan temu bual juga menunjukkan faktor keluarga dan persekitaran tempat tinggal juga
mempengaruhi masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru bahasa

Melayu bukan penutur natif. Hal ini disebabkan, peserta kajian G02 tinggal bersama dengan
ahli keluarga dan bahasa pertuturan seharian tidak menggunakan bahasa Melayu, sebaliknya
menggunakan bahasa loghat Dusun. Masalah ini boleh menyebabkan peserta kajian G02
sukar meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu. Persekitaran tempat
tinggal yang terdiri daripada penghuni yang sama negeri, iaitu negeri Sabah turut menjadi
penyumbang kepada masalah penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu peserta kajian
G02. Selain bertutur bahasa Melayu di sekolah iaitu semasa mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu, peserta kajian G02 juga harus mengamalkan sikap mencintai bahasa Melayu dengan
cara kerap bertutur menggunakan bahasa Melayu ketika berada luar dari kawasan sekolah,
khususnya ketika berada di rumah.

K11: Bahasa Melayu ini hanya digunakan semasa mengajar sahaja
Faktor bahasa Melayu ini hanya digunakan semasa mengajar sahaja juga mempengaruhi
masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu peserta kajian G03. Hal ini disebabkan
penggunaan bahasa Melayu yang terhad dalam pertuturan peserta kajian G03 dan
menyebabkan penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu juga lemah. Tambahan pula,
jika peserta kajian G03 bertemu dengan orang yang sama negeri dengannya iaitu orang
Sarawak, mereka lebih selesa menggunakan bahasa dialek Sarawak berbanding dengan
menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan mereka. Oleh itu, penggunaan bahasa
Melayu yang terhad dalam pertuturan seharian telah menyebabkan peserta kajian G03
mengalami masalah dalam pertuturan bahasa Melayu semasa mengajar di dalam bilik darjah.

K12: Kemahiran bersosial
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa faktor kemahiran bersosial juga mempengaruhi
masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu bukan
penutur natif iaitu peserta kajian G03. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, peserta kajian
G03 mengatakan bahawa kemahiran bersosial amat penting dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu dengan baik. Pengalaman yang lebih selesa
bergaul dengan rakan-rakan yang sama negeri tidak membantu peserta kajian G03
menguasai kemahiran bertutur bahasa Melayu yang baik. Sebaliknya, apabila usia semakin
meningkat dan banyak terlibat dengan urusan rasmi luar sekolah, peserta kajian G03 telah
mula bergaul dengan rakan-rakan baru dengan menggunakan bahasa rasmi kerja iaitu bahasa
Melayu dan kesan positif yang dapat dilihat ialah berlaku peningkatan penguasaan kemahiran
bertutur bahasa Melayu dan kosa kata peserta kajian G03 semakin berkembang luas. Dengan
hal demikian, peserta kajian G03 berpendapat bahawa aspek kemahiran bersosial amat
mempengaruhi kemahiran bertutur bahasa Melayu khususnya bagi guru bahasa Melayu
bukan penutur natif.

K13: Tumpuan minat dalam industri hiburan
Dapatan data temu bual juga menunjukkan bahawa faktor tumpuan minat dalam industri
hiburan juga mempengaruhi masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru
Bahasa Melayu bukan penutur natif. Faktor tumpuan minat dalam industri hiburan merupakan
dapatan baru yang diperoleh oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini. Dapat dilihat pada
masa kini kebanyakan anak-anak muda dan orang dewasa mempunyai minat yang tinggi
terhadap industri hiburan daripada negara-negara luar sama seperti minat peserta kajian G03.
Peserta kajian G03 kurang berminat menonton rancangan hiburan Melayu, sebaliknya
menonton drama Korea dan mendengar stesen radio dalam bahasa Inggeris dan membaca
berita dalam bahasa Inggeris. Peserta kajian G03 lebih mahir bertutur dalam bahasa Inggeris
berbanding bahasa Melayu. Maka, amat jelas bahawa tumpuan minat dalam industri hiburan
memberi pengaruh yang besar dalam masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu peserta
kajian G03.

CADANGAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN
CADANGAN

Memandangkan kajian ini melibatkan sampel yang terhad atau kecil iaitu melibatkan sebuah
sekolah sahaja, maka pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan berkaitan masalah
kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif
dilaksanakan dengan lebih luas. Dalam erti kata lain, kajian lanjutan boleh dilaksanakan
dengan melibatkan beberapa buah sekolah. Hal ini penting bagi mendapatkan gambaran yang
lebih jelas tentang masalah penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan
guru Bahasa Melayu bukan penutur natif.

Selain itu, kajian lanjutan juga boleh dilaksanakan dalam bentuk kajian tindakan. Kajian
tindakan ini membolehkan pengkaji merangka strategi untuk mengatasi masalah penguasaan
kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif.
Penguasaan yang lemah dari aspek intonasi bertutur terutamanya bagi ayat yang melibatkan
jeda (tanda koma) dan ayat seruan juga boleh dilaksanakan. Hal ini wajar dilaksanakan untuk
meningkatkan kelancaran kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa
Melayu bukan penutur natif.

Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berasaskan pendekatan kualitatif. Oleh
sebab itu, peserta kajian tidak ramai. Sehubungan dengan itu, pengkaji juga mencadangkan
agar kajian lanjutan dilaksanakan dengan pendekatan kuantitatif. Pendekatan kuantitatif ini
membenarkan pengkaji untuk mengkaji lebih ramai guru Bahasa Melayu bukan penutur natif.
Melalui pendekatan ini, pengkaji juga dapat mengutip data tentang jumlah guru Bahasa
Melayu bukan penutur natif yang tidak atau mempunyai masalah kemahiran bertutur bahasa

Melayu.

IMPLIKASI
Masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu yang difokuskan pula ialah sebutan, intonasi,
laras bahasa dan kelancaran bertutur bahasa Melayu. Masalah kemahiran bertutur bahasa
Melayu tersebut merupakan sebahagian daripada masalah kemahiran bertutur yang kerap
muncul dalam pertuturan Bahasa Melayu. Susulan daripada itu, dapatan kajian ini sudah tentu
akan membawa implikasi terhadap beberapa pihak terutamanya yang berada di sekolah. Oleh
hal demikian, pihak berkaitan perlu bertindak supaya objektif kemahiran mendengar dan
bertutur dalam Dokumen Standard dan Pentaksiran (DSKP) dapat dicapai dengan jayanya.

Dapatan kajian ini menunjukkan kemahiran bertutur guru Bahasa Melayu bukan
penutur natif adalah baik dan memuaskan. Walau bagaimanapun, terdapat dapatan kajian
yang jelas menunjukkan penguasaan yang lemah terhadap kemahiran bertutur bahasa Melayu
dalam kalangan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif. Kelemahan yang dihadapi oleh
peserta kajian akan memberi impak yang negatif terhadap penerimaan maklumat murid. Bagi
mengatasi masalah tersebut daripada berlaku, murid boleh berbincang dengan rakan-rakan
yang lain berkaitan dengan masalah yang dihadapi iaitu tidak memahami penerangan guru.
Dengan kaedah yang digunakan, murid dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik
dan tidak ketinggalan maklumat. Murid boleh menggunakan inisiatif lain jika berhadapan
dengan masalah sepanjang proses pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah.

Selain itu, penguasaan terhadap kemahiran bertutur bahasa Melayu juga perlu diberi
perhatian dengan menekankan sebutan dan intonasi semasa bertutur. Guru bahasa Melayu
perlu sentiasa fokus terhadap setiap masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu yang
digunakan dalam pertuturan harian terutamanya semasa mengajar di dalam bilik darjah.
Masalah kemahiran bertutur bahasa Melayu seperti sebutan, intonasi, laras bahasa dan
kelancaran bertutur bahasa Melayu amatlah penting dikuasai oleh setiap guru Bahasa Melayu
kerana keempat-empat aspek tersebut boleh mempengaruhi kemahiran bertutur guru Bahasa
Melayu ketika bertutur. Pertuturan yang tidak menepati intonasi juga boleh mengakibatkan
maklumat sebenar yang ingin disampaikan tidak kesampaian kepada pendengar atau
penerima maklumat (Khairul, 2017). Dalam menguasai kemahiran bertutur bahasa Melayu
dengan berkesan, guru Bahasa Melayu bukan penutur natif digalakkan bergaul dengan guru
penutur natif. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dan
kelancaran bertutur guru Bahasa Melayu bukan penutur natif dalam kehidupan seharian.

Dalam masa yang sama, pihak sekolah juga digalakkan untuk mengadakan pelbagai
pertandingan khususnya kepada guru Bahasa Melayu bukan penutur natif. Contohnya,
pertandingan bercerita, pidato, mendeklamasikan sajak dan sebagainya. Ketika sesi
perhimpunan pagi hari sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran misalnya, guru

yang terpilih boleh mempersembahkan persembahan di hadapan peserta perhimpunan.
Melalui pertandingan tersebut, guru akan berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan
persembahan yang baik terutama dalam aspek kelancaran bertutur bahasa Melayu. Hal ini
kerana, guru merupakan suri teladan yang akan menjadi contoh terbaik kepada murid, dan
untuk menjadikan kenyataan tersebut benar maka guru perlu berusaha untuk membuat
persembahan yang terbaik terutamanya dalam aspek bertutur. Pada masa yang sama, murid
juga mendapat ilmu pengetahuan yang baharu hasil daripada persembahan pidato, bercerita
dan mendeklamasikan sajak yang dipersembahkan.

Tambahan pula, pihak kementerian melalui pihak Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)
melaksanakan pemantauan berkala di sekolah untuk menguji kemahiran bertutur bahasa
Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif melalui aktiviti lisan dan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkara ini wajar kerana bertutur
bahasa Melayu bukan sahaja dilihat dari sudut ketepatan maklumat tetapi memerlukan
kelancaran atau kejelasan sebutan dan memerlukan intonasi yang betul. Intonasi yang betul
pula akan diujarkan dengan kehadiran dan penguasaan (memahami, mengetahui) kemahiran
bertutur yang baik. Pemantauan yang dilaksanakan ini sekali gus bagi memastikan wujudnya
kerjasama yang berkesan dengan pihak sekolah dalam merangka program atau bengkel yang
bersesuaian untuk memantapkan penguasaan kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam
kalangan guru khususnya guru Bahasa Melayu bukan penutur natif.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti masalah
kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif.
Dapatan kajian menunjukkan wujudnya kelemahan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan
guru Bahasa Melayu bukan penutur natif terutamanya dari aspek sebutan, intonasi, laras
bahasa dan kelancaran bertutur bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kajian ini
menunjukkan kemahiran bertutur bahasa Melayu dalam kalangan guru Bahasa Melayu bukan
penutur natif masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, kajian
ini diharapkan dapat membantu pelbagai pihak yang berkaitan pendidikan agar
penambahbaikan terhadap kecekapan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif menguasai
kemahiran bertutur bahasa Melayu dapat ditingkatkan pada masa akan datang. Hal ini amat
penting bagi memantapkan keupayaan guru Bahasa Melayu bukan penutur natif untuk bertutur
menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan seperti yang digariskan dalam modul
kemahiran mendengar dan bertutur Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Azman Che Mat & Goh Ying Soon. (2010). situasi pembelajaran bahasa asing di
institut pengajian tinggi: Perbandingan antara bahasa Arab, bahasa Mandarin dan

bahasa Perancis. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2(2), 9-
21.

Chew Fong Peng. (2016). Masalah pembelajaran bahasa melayu dalam kalangan murid
Cina sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.

Fraenkel, J. R, & Wallen, N. E. (2007). How to design and evaluate research in education.
McGraw-Hill.

Hua, A. K. (2016). Pengenalan rangka kerja metodologi dalam kajian penyelidikan: Suatu

kajian literatur. Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities, 1(1), 17 – 24.

Khairul Nizam Mohamed Zuki. (2017). Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua dalam kalangan murid berbangsa Bajau. International Journal of Humanities

and Social Science Invention, 6(10), 1-11.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia:
Perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 3: 61-84.

Nora’ Azian Nahar & Fadzilah Abd. Rahman. (2018). Tahap penguasaan kemahiran
bertutur bahasa melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 74-83.

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw-Hill Education (M).

Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial.Pearson Prentice Hall.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas Penyelidikan
dalam Pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.

TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PELAKSANAAN KBAT DALAM KALANGAN
GURU BAHASA MELAYU

Rozeha binti Harun
[email protected]

Debby binti Stanis
[email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian in mengkaji tentang tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu dalam
pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini menggunakan satu instrumen iaitu soal selidik.
Responden kajian ini melibatkan 52 orang guru Bahasa Melayu di 4 buah sekolah rendah sekitar Zon
Bangsar, Kuala Lumpur. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS) Versi 25 untuk mendapatkan peratus dan min. Berdasarkan dapatan kajian, tahap
pengetahuan dalam pelaksanaan KBAT guru berada pada tahap sederhana dengan skor min sebanyak
3.45. Tahap kemahiran guru dalam pelaksanaan KBAT juga berada pada tahap sederhana iaitu dengan
skor min sebanyak 3.27. Seterusnya, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap sikap guru
terhadap pelaksanaan KBAT juga berada pada tahap sederhana iaitu dengan skor min sebanyak 3.45.
Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru berada pada tahap sederhana.
Implikasi kajian ini ialah guru perlu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam
pelaksanaan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, pengetahuan guru, kemahiran guru, sikap guru

Abstract
The objective of this research was to identify the level of knowledge, skills and attitude of Malay
Language teachers in the implementation of the Higher Order Thinking Skills (HOTS). The instrument
used was a set of questionnaire, which was distributed to 52 Malay Language teacher in four primary
school around Bangsar area. Gathered data were analyzed used Statistical Package for Social Science
(SPSS) Version 25 to obtain the percentage and mean. Findings from research indicated that, the level
of teacher’s knowledge in the implementation of HOTS was on average with a mean score of 3.45. The
teacher's skill level is also at a moderate level of 3.27. Furthermore, the findings of this study also
indicate that the level of teacher attitude towards the implementation of HOTS is also at a moderate
level of 3.45. Finally, the research suggest that teachers need to enhance their knowledge, skills and
attitudes in implementing HOTS in Teaching and Learning.
Keyword: High Order Thinking Skills (HOTS), teacher’s knowledge, teacher’s skills, teacher’s attitude

PENGENALAN

Pada tahun 2009 dan 2012, Malaysia telah menyertai Programe International Student

Assesment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMMS).

Berdasarkan kedudukan dan skor yang diperoleh, terdapat banyak lagi penambahbaikan yang

perlu dilakukan agar tahap pendidikan Malaysia berada setaraf dengan negara maju. Faktor

utama yang menyebabkan kepada prestasi tersebut ialah format soalan PISA. Format soalan

PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi

dengan kehidupan sebenar sedangkan peperiksaan awam negara lebih ringkas dan

berdasarkan rajah serta jadual. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid di negara kita lebih

banyak menghafal jawapan daripada memahami soalan (Lai Lee, Chin Hai dan Chew Fong,
2017). KBAT merupakan salah satu komponen utama dalam Kemahiran Berfikir secara Kreatif
dan Kritis (KBKK).

Secara umumnya, KBAT merupakan kebolehan murid untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). KBAT juga dirujuk sebagai proses operasi
intelektual yang abstrak yang diklasifikasikan kepada pemikiran inferensi, pemikiran kritis,
pemikiran kritikal dan juga gabungan kemahiran berfikir seperti penyelesaian masalah dan
membuat keputusan (Salandanan, 2009). KBAT menuntut seseorang untuk menggunakan
pengetahuan atau maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah yang baharu
(Heong et. al, 2011 dalam Merta, Undang, Abdurrahman dan Agus, 2017). Di samping itu,
KBAT juga dirujuk sebagai proses operasi intelektual yang abstrak yang diklasifikasikan
kepada pemikiran inferensi, pemikiran kritis, pemikiran kritikal dan juga gabungan kemahiran
berfikir seperti penyelesaian masalah dan membuat keputusan (Salandanan, 2009).

Taksonomi Bloom merupakan model yang digunakan sebagai panduan yang
digunakan untuk pelaksanaan KBAT. Model ini terdiri daripada dua edisi iaitu edisi asal dan
edisi semakan. KBAT biasanya merujuk kepada empat tahap tertinggi dalam Taksonomi
Bloom edisi semakan Anderson dan krathwhol (2001) iaitu mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta. aplikasi, penilaian dan mencipta untuk membuat penyelesaian masalah.
KBAT dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan secara menyeluruh dan sistematik
yang mengandungi tiga elemen utama iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran dan empat
elemen sokongan iaitu kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014). Bagi mewujudkan pengajaran yang berkesan,
guru perlu mengintegrasikan tiga aspek iaitu pengetahuan, pedagogi dan teknologi (Koehler
dan Mishra, 2013). Konsep ini diperkenalkan dalam model TPACK. Justeru, guru perlu
memasukkan ketiga-tiga elemen tersebut dalam pengajaran KBAT. Pedagogi yang berkesan
pula penting untuk menggalakkan KBKK dalam kalangan murid.

PERNYATAAN MASALAH
Pernyataan masalah merupakan ungkapan tentang kepentingan tentang kajian dan kalimat
yang akan dibuktikan sebagai benar atau salah (Mahyuddin, 2017). Justeru, pernyataan
masalah dalam kajian ini ialah tahap sikap, pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan KBAT
dalam kalangan guru masih kurang. Kenyataan ini disokong dalam dapatan kajian oleh
Norfariza dan Nur Fadhillah (2018) dan Hasnah dan Jamaluddin (2017) yang menyatakan
bahawa tahap kompetensi guru dalam pelaksanaan KBAT masih perlu ditingkatkan. Selaras
dengan kenyataan ini, Rosnani dan Suhailah (2003) menyatakan bahawa kesediaan guru dari

aspek pengetahuan dan kemahiran perlu ditingkatkan agar mereka dapat mengaplikasikan
KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Selain itu, Nazri, Ramlee dan Rosnidar (2017) dalam kajian mereka mendakwa
bahawa guru masih kurang pengetahuan tentang kemahiran berfikir, penerapan serta
pengaplikasiannya dalam PdP. Kajian tersebut juga menunjukkan sikap guru yang kurang
memberikan komitmen untuk melaksanakan pengajaran KBAT. Seterusnya, pengetahuan
guru tentang konsep KBAT masih rendah menyebabkan mereka tidak dapat membina soalan
aras tinggi yang meliputi unsur aplikasi, analisis, menilai dan mencipta dengan baik (Kassim
dan Zakaria, 2015). Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat pengetahuan dan kemahiran
pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba mencapai tiga objektif. Ketiga-tiga objektif
adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru-guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

2. Mengenal pasti tahap kemahiran guru-guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

3. Mengenal pasti tahap sikap guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan KBAT.

Mengenal pasti sikap guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan kepada penyataan masalah, terdapat beberapa persoalan yang difokuskan
dalam kajian ini iaitu:

1. Apakah tahap pengetahuan guru-guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi?

2. Apakah tahap kemahiran guru-guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi?

3. Apakah tahap sikap guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru BM dalam
pelaksanaan KBAT. Reka bentuk yang digunakan ialah pendekatan kuantitatif dan kaedah
tinjauan. Responden kajian ini terdiri daripada 52 orang guru BM di empat buah sekolah di

Zon Bangsar, Kuala Lumpur dan kaedah persampelan yang digunakan ialah kaedah rawak
mudah. Seterusnya, instrumen soal selidik dalam kajian ini diadaptasi daripada kajian
Norfariza dan Nur Fadhillah (2018). Instrumen ini mendapat kesahan kandungan, kesahan
kebolehpercayaan instrumen soal selidik, satu kajian rintis yang melibatkan 30 orang
responden telah dijalankan. Kebolehpercayaan ini diukur dengan menggunakan Statistical
Package for Social Science (SPSS) Versi 25. Analisis nilai Alpha Cronbach yang diperoleh
adalah sebanyak .977. Berdasarkan model pengukuran Rasch, skor nilai Alpha Cronbach
yang boleh diterima adalah 0.71-0.99 seperti yang diterangkan oleh (Bond dan Fox 2015).
Oleh itu, instrumen soal selidik ini boleh diterima dan digunakan untuk mendapatkan data
sebenar. Skala pengukuran item yang digunakan ialah skala likert 4 mata oleh Razuwan
(2012).

DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, penyelidik akan membincangkan tentang hasil dapatan kajian bagi
menjawab soalan kajian dan seterusnya mencapai objektif kajian. Terdapat objektif
pelaksanaan kajian ini iaitu mengenal pasti tahap pengetahuan guru BM dalam pelaksanaan
KBAT, iaitu mengenal pasti tahap kemahiran guru BM dalam pelaksanaan KBAT dan iaitu
mengenal pasti tahap sikap guru BM dalam pelaksanaan KBAT.

Jadual 1

Analisis item tahap pengetahuan guru dalam pelaksanaan KBAT

Bil Item Min SP Tahap
Sederhana
1. Saya tahu prinsip Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 3.47 .544 Tinggi
.511 Sederhana
(KBAT) Tinggi
Tinggi
2. Saya tahu konsep KBAT. 3.61 Tinggi
Tinggi
3. Saya tahu aras kognitif dalam Kemahiran 3.39 .592 Sederhana
Berfikir Aras Rendah (KBAR). 3.51 .636 Sederhana
Sederhana
4. Saya tahu aras kognitif dalam KBAT. Sederhana

5. Saya tahu empat tahap KBAT dalam Dokumen 3.56 .616
.562
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). .556
.574
6. Saya tahu merancang pelaksanaan KBAT 3.55 .641
.554
dalam PdP. .568

7. Saya tahu menyediakan Rancangan Pengajaran 3.59

Harian (RPH) yang menerapkan unsur KBAT.

8. Saya tahu menyediakan Bahan Bantu Mengajar 3.32

(BBM) berasaskan KBAT.

9. Saya tahu melaksanakan strategi 3.26

konstruktivisme dalam PdP berunsurkan KBAT.

10. Saya tahu melaksanakan strategi pembelajaran 3.23

kontekstual dalam PdP berunsurkan KBAT.

11. Saya tahu melaksanakan strategi pembelajaran 3.22

berasaskan projek dalam PdP berunsurkan

KBAT.

12. Saya tahu melaksanakan strategi pembelajaran 3.12 .568 Sederhana

berasaskan inkuiri dalam PdP berunsurkan .563 Sederhana

KBAT. .545 Tinggi
.547 Tinggi
13. Saya tahu melaksanakan strategi pembelajaran 3.29 .554 Tinggi
.514 Tinggi
kajian masa depan dalam PdP berunsurkan .543 Tinggi
.632 Sederhana
KBAT.
0.40 Sederhana
14. Saya tahu penggunaan peta i-THINK dalam 3.65

PdP.

15. Saya tahu penggunaan peta minda dalam PdP. 3.63

16. Saya tahu penggunaan bentuk grafik dalam 3.60

PdP.

17. Saya tahu penggunaan teknik penyoalan dalam 3.68

PdP.

18. Saya tahu ciri-ciri umum soalan KBAT. 3.54

19. Saya tahu membina item KBAT dalam 3.43
pentaksiran.

Min Keseluruhan 3.45
(T)

Berdasarkan analisis data min, item yang berkaitan dengan pengetahuan asas guru tentang
KBAT, iaitu item 1 hingga 5 berada pada tahap baik dengan skor min di antara 3.39 hingga
3.61. Seterusnya, item 6 dan 7 yang berkaitan dengan pengetahuan guru untuk merancang
PdP berada pada tahap tinggi dengan skor min sebanyak 3.55 dan 3.59. Manakala,
pengetahuan guru dalam menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam pengajaran
KBAT berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.32. Selain itu, item 9 hingga 13 yang
berkaitan dengan pengetahuan guru tentang strategi pengajaran berasaskan KBAT berada
pada tahap sederhana. Min bagi item-item tersebut berada di antara 3.26 hingga 3.29. Di
samping itu, analisis min tentang pengetahuan guru menggunakan BBM menunjukkan
bahawa pengetahuan guru menggunakan BBM berada pada tahap tinggi dengan skor min di
antara 3.60 hingga 3.68. Pengetahuan guru tentang item KBAT juga berada pada tahap baik
dengan skor min di antara 3.43 dan 3.54. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan guru
berada pada tahap sederhana dengan min sebanyak 3.45.

Jadual 2

Analisis item tahap kemahiran guru dalam pelaksanaan KBAT

Bil Item Min SP Tahap
.564 Sederhana
1. Saya mahir menggunakan kata kerja KBAT 3.17
(aplikasi) dalam kurikulum. .623 Sederhana
.613 Sederhana
2. Saya mahir menggunakan kata kerja KBAT 3.22

(analisis) dalam Kurikulum

3. Saya mahir menggunakan kata kerja KBAT 3.19

(menilai) dalam kurikulum


Click to View FlipBook Version