The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaliyana, 2020-07-16 03:16:48

Prosiding PISMP Ambilan Jun 2016 -2020

Prosiding PISMP Ambilan Jun 2016 -2020

ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PENULISAN AYAT MAJMUK MURID MELAYU
DAN BUKAN MELAYU TAHAP DUA: SATU KAJIAN KES

Shamsul Aizuwani Nawi PhD
[email protected]

Tee Hui Fen
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Banyak kajian menunjukkan bahawa murid bukan penutur natif sering melakukan kesalahan dalam
penulisan ayat majmuk. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti kesilapan penggunaan aspek
ayat majmuk dalam karangan Bahasa Melayu murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua di sekolah
rendah. Pendekatan gabungan dan kaedah kajian kes digunakan dalam kajian ini. Instrumen yang
digunakan ialah ujian karangan. Sampel yang terlibat seramai 60 orang murid iaitu 30 orang murid
Melayu dan 30 orang murid bukan Melayu tahap dua di sebuah sekolah di zon Bangsar/Pudu. Kaedah
persampelan yang digunakan ialah keadah persampelan bertujuan. Berdasarkan dapatan kajian,
kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk yang dikaji ialah kesilapan penggunaan imbuhan, kata
hubung, frasa nama, frasa kerja, frasa sendi nama, frasa adjektif, ejaan, huruf besar dan huruf kecil.
Melalui dapatan kajian, sebanyak 472 kesilapan aspek ayat majmuk telah dilakukan oleh peserta kajian.
Daripada jumlah tersebut, kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk gabungan yang dilakukan 33.4%
Sementara itu, kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk pancangan sebanyak 27%. Kesilapan aspek
ayat majmuk campuran ialah 39.6%. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid bukan Melayu
lebih kerap melakukan kesilapan berbanding dengan murid Melayu. Oleh itu, bimbingan oleh guru-guru
dan pihak berkepentingan yang berterusan diperlukan bagi meningkatkan kemahiran penulisan ayat
majmuk Bahasa Melayu dalam kalangan murid Melayu serta bukan Melayu.
Kain Kunci: Kesilapan bahasa, ayat majmuk, ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan, ayat
majmuk campuran

ABSTRACT
Studies show that non-native pupils often make mistakes in writing compound sentences. Hence, this
study was conducted to identify the errors regarding the use of compound sentences in essay writing of
level two pupils including the Malay and the non-Malay in elementary school. Besides, this study aims
to identify the frequency of the errors regarding compound sentences between the Malay and non-Malay
participants. Mixed-methods research design was used in this case study. The instrument used to collect
data for the study was essay writing. The usage errors were based on essay writing by 60 students
which consisted of 30 people Malay pupils and 30 non-Malays pupils. The participants of this study
involved the Malay and non-Malay pupils in Level Two in an elementary school located in Bangsar/Pudu,
Kuala Lumpur area. Purposive sampling was used in the study. Based on the study, the aspects in the
use of compound sentences included conjoined, embedded complex and combined compound
sentences which consisted of affix, conjunction, noun phrase, verb phrase, prepositional phrase,
adjective phrase, spelling, uppercase and lowercase letter usage mistake. The findings show that a total
of 472 errors in the compound sentences were done by participants. The errors of the conjoined
compound sentences done by participants are 33.4%, meanwhile, the errors of embedded complex
sentences are 27% and the errors of combined compound sentences are 39.6%. The researcher also
found that non-Malay participants are likely to make mistakes compared to Malay participants.
Therefore, guidance by teachers and other stakeholders would be required to upgrade the writing skills
of compound sentences among the Malay and non-Malay pupils.
Keywords: Language errors, compound sentence, conjoined compound sentence, embedded complex
sentence, combined compound sentence

PENGENALAN
Penguasaan ayat majmuk yang lemah dalam karangan menjadikan karangan murid tidak
kemas dan sukar menambat hati pembaca disebabkan penggunaan tatabahasa yang kurang
tepat (Nornajmah et al., 2007). Ayat majmuk terdiri daripada tiga jenis iaitu, ayat majmuk
gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Ayat majmuk gabungan
terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau
mencantumkan ayat tersebut dengan menggunakan kata hubung dan, tetapi, atau, sambil,
dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan mengandungi tiga jenis iaitu ayat majmuk
pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan
keterangan yang menggunakan kata hubung seperti yang, untuk dan bahawa. Ayat majmuk
campuran pula merupakan ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni
deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Menurut Zaharani dan Teressa (2010), aspek
tatabahasa yang meliputi pengimbuhan, pilihan kata dan ejaan penting dalam pembentukan
ayat bahasa Melayu yang betul. Penggunaan aspek-aspek tersebut yang betul dan sesuai
membolehkan pembentukan ayat majmuk yang betul.

Berdasarkan kajian lepas yang telah dilakukan oleh para pengkaji, murid-murid masih
tidak menguasai kemahiran menulis ayat majmuk dengan baik. Menurut Wan Roszzaimah
(2009), penguasaan ayat majmuk dalam kalangan murid masih terdapat pada tahap
sederhana. Hal ini juga dilihat dalam kajian Arpah (2009) yang menunjukkan murid lebih kerap
menggunakan kata hubung dan berbanding dengan kata hubung yang lain dalam penulisan
karangan. Kesilapan-kesilapan dalam ayat majmuk telah menyebabkan ayat-ayat majmuk
yang dihasilkan tidak lengkap menjejaskan markah dalam penulisan (Arina dan Zuber, 2013).
Berdasarkan kajian-kajian lepas, murid masih tidak menguasai kemahiran menulis ayat
majmuk dan lazimnya melakukan kesilapan dari segi penggunaan kata hubung yang tepat
dalam ayat majmuk. Hal ini demikian kerana kemahiran dalam penulisan ayat majmuk menjadi
satu daripada keperluan kepada pembentukan sebuah karangan yang baik. Penggunaan ayat
majmuk menjadi satu daripada jenis ayat yang memainkan peranan yang penting bagi
menyampaikan idea kepada para pembaca. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran
menulis dengan baik dan meminimumkan kesilapan-kesilapan dalam ayat majmuk.

Oleh itu, aspek tatabahasa menjadi elemen yang penting dalam penulisan ayat
majmuk murid. Murid yang memiliki kemahiran menulis ayat majmuk dengan betul pasti akan
menguasai bahasa Melayu dengan baik. Kemahiran berbahasa Melayu yang baik sudah pasti
akan memenuhi aspirasi PPPM 2013-2025.

PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan analisis keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu UPSR pada tahun 2019,

peratusan murid yang mendapat A dalam Bahasa Melayu (BM) Penulisan bagi SK terdiri
daripada 29.4% murid iaitu lebih tinggi daripada murid SJK seramai 25.4%. Seterusnya, bagi
peratusan murid tidak lulus (E) juga dapat dilihat dengan jelas perbezaannya iaitu penulisan
murid SK 4.7% dan murid SJK pula ialah 12.6%. Melalui analisis keputusan ini, didapati
kebanyakan murid masih belum menguasai kemahiran menulis dengan baik. Ayat majmuk
merupakan kriteria penting dalam penulisan karangan (Zaliza, 2017). Kesilapan yang
dilakukan oleh murid dalam penulisan ayat majmuk akan menyebabkan markah penulisan
terjejas. Oleh itu, pengkaji ingin mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan aspek ayat
majmuk yang sering dihadapi oleh murid di samping melihat perbandingan kekerapan
kesilapan ayat majmuk dalam kalangan murid Melayu dan bukan Melayu.

Murid bukan penutur natif sering melakukan kesalahan dalam penulisan ayat majmuk
(Arina dan Mohd. Zuber, 2013). Aspek kesalahan ayat majmuk yang sering dilakukan secara
keseluruhan terdiri daripada ketidakjelasan struktur ayat, penggunaan kata hubung yang tidak
tepat, penggunaan kata kerja yang tidak tepat, ejaan, ortografi, penggunaan kata saduran dan
pemilihan kosa kata yang kurang tepat. Kegagalan murid menguasai kemahiran menulis akan
menyebabkan pembelajaran mereka terganggu. Kesalahan-kesalahan ini telah menyebabkan
ayat-ayat majmuk yang dihasilkan tidak lengkap dan sukar untuk difahami oleh pembaca dan
menjejaskan markah dalam penulisan. Kesalahan penggunaan bahasa sering kali dilakukan
oleh murid-murid Cina dalam penulisan karangan (Alhaadi dan Zaitul Azma, 2018). Selain itu,
kajian Wan Roszzaimah (2009) terhadap 80 orang pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan di Sekolah menengah Kebangsaan Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang
menunjukkan bahawa tahap pencapaian murid dalam penggunaan ayat majmuk masih berada
di tahap sederhana. Hasil kajian Nurul Arina (2018) turut menyatakan bahawa penguasaan
ayat majmuk dalam kalangan murid adalah sangat lemah dan masih tidak mencapai tahap
cemerlang terutamanya dari segi struktur ayat.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kesilapan aspek
penggunaan ayat majmuk dalam kalangan murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua di
sekolah rendah dengan mengaplikasikan Teori Analisis Kesilapan Bahasa Corder (1981). Hal
ini demikian kerana kajian perbandingan kesilapan ayat majmuk antara murid Melayu dan
bukan Melayu tahap dua masih kurang dilaksanakan di negara ini.

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu
dalam kalangan murid Melayu dan bukan Murid tahap dua di sekolah rendah.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba mencapai objektif-objektif seperti yang berikut:
1. Mengenal pasti kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk gabungan dalam karangan

Bahasa Melayu murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua.
2. Mengenal pasti kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk pancangan dalam karangan

Bahasa Melayu murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua.
3. Mengenal pasti kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk campuran dalam karangan

Bahasa Melayu murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua.
4. Mengenal pasti kekerapan jenis kesilapan ayat majmuk Bahasa Melayu antara murid

Melayu dan bukan Melayu tahap dua.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina soalan-soalan kajian. Soalan
kajian adalah seperti yang berikut:
1. Apakah kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk gabungan dalam karangan Bahasa

Melayu murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua?
2. Apakah kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk pancangan dalam karangan Bahasa

Melayu murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua?
3. Apakah kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk campuran dalam karangan Bahasa

Melayu murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua?
4. Apakah kekerapan jenis kesilapan ayat majmuk Bahasa Melayu antara murid Melayu dan

bukan Melayu tahap dua?
METODOLOGI

Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kajian kes berasaskan pendekatan gabungan
iaitu kualitatif dan kuantitatif. Data kajian dikumpul menggunakan instrumen ujian penulisan
Bahagian C. Seramai 60 orang murid peserta kajian yang terdiri daripada 30 orang murid
Melayu dan 30 orang murid bukan Melayu bagi mengenal pasti kesilapan penggunaan aspek
ayat majmuk bahasa Melayu dalam kalangan murid Melayu dan bukan Murid tahap dua di
sekolah rendah. Kebolehpercayaan soalan ujian penulisan ini telah diukur menggunakan ujian
statistik Cronbach’s Aplha dengan nilai kebolehpercayaan .826. Bagi menjawab soalan-soalan
kajian, penganalisisan data dijalankan secara kuantitatif menggunakan statistik deskriptif iaitu
dalam bentuk peratusan dan frekuensi manakala pendekatan pengekodan digunakan dalam
analisis serta interpretasi data kualitatif sebagai penganalisisan data kualitatif.

DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan dapatan kajian bagi menjawab keempat-empat soalan kajian.

Keempat-empat dapatan bagi soalan kajian ditunjukkan seperti yang berikut:

Rajah 1. Peratusan kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk gabungan murid Melayu dan
bukan Melayu

Rajah 1 menunjukkan peratusan kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk gabungan murid

Melayu dan bukan Melayu. Bagi murid Melayu, jenis kesilapan yang tertinggi ialah kesilapan

penggunaan imbuhan dengan peratusan 3.8% dan kesilapan tertinggi murid bukan Melayu

ialah kesilapan penggunaan ejaan sebanyak 34.8%. Selain itu, terdapat dua jenis kesilapan

yang mempunyai peratusan sama yang dilakukan oleh murid bukan Melayu iaitu kesilapan

penggunaan imbuhan dan kesilapan penggunaan frasa kerja dengan peratusan sebanyak

6.3%. Murid Melayu pula telah melakukan tiga jenis kesilapan mempunyai peratusan yang

sama termasuk kesilapan penggunaan kata hubung, kesilapan penggunaan frasa kerja dan

kesilapan penggunaan frasa adjektif iaitu sebanyak 2.5%.

Jadual 1

Contoh kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk gabungan murid Melayu dan murid bukan

Melayu

Murid Ayat Pembetulan

MM9 Terdapat pelbagai jenis buah-buahan Terdapat pelbagai jenis buah tempatan

tempatan di sana seperti durian, di sana seperti durian, mangga, langsat

mangga, langsat dan sebagainya. dan sebagainya.

MBM25 Pada waktu tengahhari, saya dan Pada waktu tengah hari, saya dan
sepupu saya pergi memancing di tasik. sepupu saya pergi memancing ikan di

tasik.

Jadual 1 menunjukkan contoh kesilapan penggunaan ayat majmuk gabungan murid Melayu
(MM) dan bukan Melayu (MBM) tahap dua. Berdasarkan Jadual 1, MM9 melakukan kesilapan
penggunaan frasa adjektif. Penggunaan "pelbagai jenis buah-buahan tempatan" telah
menunjukkan unsur lewah dalam penulisan. Menurut Kamus Dewan (2005), pelbagai
bermaksud beberapa jenis. Penggunaan yang tepat ialah pelbagai atau banyak jenis buah
tempatan, namun begitu masih banyak yang menggunakan pelbagai jenis atau banyak jenis
buah-buahan tempatan. Penggunaan frasa ini menunjukkan penggunaan bahasa yang lewah

atau pembaziran dalam penulisan. Oleh itu, “pelbagai jenis buah tempatan” atau “banyak jenis
buah tempatan” ialah penggunaan frasa adjektif yang paling tepat.

MBM25 melakukan kesilapan ejaan dan frasa kerja. Penggunaan "tengahhari" yang
membawa makna waktu antara pukul 12:00 tengah hari sehingga 1:59 tengah hari perlu
dijarakkan menjadi dua perkataan iaitu "tengah hari". Bagi kesilapan penggunaan frasa kerja,
"memancing" merupakan kata kerja transitif yang memerlukan objek. Objek yang mengikuti
kata kerja itu pula mestilah frasa nama iaitu "ikan". Oleh itu, "memancing ikan" ialah frasa kerja
yang tepat.

Rajah 2. Peratusan kekerapan kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk
pancangan

Berdasarkan Rajah 2 analisis terhadap karangan murid, kesilapan penggunaan aspek ayat

majmuk gabungan dalam karangan murid tahap dua telah dikenal pasti. Jenis kesilapan

penggunaan aspek ayat majmuk pancangan yang paling tinggi bagi murid Melayu pula ialah

kesilapan penggunaan frasa kerja iaitu 16.5% manakala murid bukan Melayu ialah kesilapan

penggunaan ejaan dan kesilapan huruf besar dan huruf kecil yang juga sebanyak 16.5%.

Sementara itu, murid Melayu tidak melakukan kesilapan penggunaan frasa sendi nama (0%)

dan kesilapan penggunaan frasa adjektif (0%) yang merupakan peratusan kesilapan yang

terendah bagi jenis kesilapan aspek ayat majmuk pancangan. Murid bukan Melayu pula telah

melakukan kesilapan penggunaan frasa sendi nama sebanyak 2.4% manakala kesilapan

penggunaan frasa adjektif ialah 0.8%.

Jadual 2

Contoh kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk pancangan murid Melayu dan bukan

Melayu

Murid Ayat Pembetulan

MM20 Selepas itu, kami memberi ikan kepada Selepas itu, kami memberikan ikan

nenek untuk dijadikan masakan malam. kepada nenek untuk dijadikan sebagai

masakan malam.

MBM27 Pada cuti Sekolah yang lalu, kami Pada cuti sekolah yang lalu, kami

Sekeluarga telah pulang ke kampung. sekeluarga telah pulang ke kampung.

Jadual 2 menunjukkan peratusan kekerapan kesilapan penggunaan aspek ayat

majmuk pancangan yang dilakukan oleh murid Melayu dan murid bukan Melayu tahap dua.
MM20 melakukan kesilapan penggunaan frasa kerja dan kesilapan penggunaan frasa sendi
nama. Penggunaan "memberi" membawa makna menyebabkan seseorang menerima
sesuatu. Penggunaan "memberikan" merujuk kepada penyerahan sesuatu kepada seseorang.
Dalam konteks ayat MM20, "memberikan" ialah penggunaan yang tepat kerana mereka
menyerahkan ikan yang dipancing kepada nenek. Bagi kesilapan penggunaan frasa sendi
nama, ayat aktif bagi ayat MM20 ialah "Nenek menjadikan ikan sebagai masakan malam."
Penggunaan frasa sendi nama yang paling tepat ialah "dijadikan sebagai masakan malam".
Hal ini demikian kerana "sebagai masakan malam" ialah frasa sendi nama yang berfungsi
sebagai penerang kata nama ikan. Apabila dipasifkan, "Ikan dijadikan (oleh nenek) sebagai
masakan malam."

MBM27 pula melakukan kesilapan huruf besar dan huruf kecil iaitu dari segi
penggunaan huruf besar di tengah ayat. "Sekolah" dan "Sekeluarga" perlu dibetulkan menjadi
"sekolah" dan "sekeluarga" dan ayat yang betul ialah "Pada cuti sekolah yang lalu, kami
sekeluarga telah pulang ke kampung."

Rajah 3. Peratusan kekerapan kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk campuran
Berdasarkan rajah 3, kesilapan yang tertinggi bagi murid Melayu dan murid bukan Melayu

ialah kesilapan penggunaan ejaan. Murid bukan Melayu melakukan kesilapan penggunaan

ejaan sebanyak 23% manakala murid Melayu melakukan kesilapan sebanyak 11.2%.

Kesilapan penggunaan huruf besar dan huruf kecil mempunyai perbezaan yang amat ketara

antara murid Melayu dan murid bukan Melayu iaitu 14.4% telah dilakukan oleh murid bukan

Melayu dan sebanyak 1.6% kesilapan telah dilakukan oleh murid Melayu dalam kesilapan

penggunaan aspek ayat majmuk campuran murid tahap dua.

Jadual 3

Contoh kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk campuran murid Melayu dan bukan Melayu

Murid Ayat Pembetulan

MM5 Kemudian, kami bersalam dengan datuk lalu Kemudian, kami bersalam dengan datuk

memasukkan rumahnya. lalu memasuki rumahnya.

MBM13 Apabila kami sampai ke kampung, kami Apabila kami sampai di kampung, kami

berasa sangat gembira kerana kami dapat berasa sangat gembira kerana kami

berjumpa dengan atuk. dapat berjumpa dengan datuk.

Berdasarkan Jadual 3, MM5 melakukan kesilapan penggunaan imbuhan. Penggunaan

imbuhan meN-...-kan dan meN-...-i membawa makna yang berbeza. Menurut Kamus Dewan

(2005), "memasukkan" membawa makna membawa atau membiarkan masuk; menyuruh

masuk atau menyuruh menyertai sesuatu pertubuhan manakala "memasuki" bermakna masuk

ke dalam sesuatu. Dalam ayat MM5, penggunaan "memasuki" lebih tepat kerana ayat ini

menunjukkan mereka masuk ke dalam rumah datuknya.

Selain itu, MBM13 melakukan kesilapan penggunaan frasa sendi nama dan ejaan.

Berdasarkan ayat MBM13 "sampai ke kampung", kata sendi "ke" menunjukkan bahawa

seseorang sedang menuju ke sesuatu tempat. Dalam konteks ayat MBM13, penggunaan kata

sendi "ke" kurang sesuai kerana mereka telah tiba di destinasi iaitu kampung. Oleh itu, "sampai

di kampung" ialah penggunaan frasa sendi nama yang tepat. Kesilapan penggunaan ejaan

dalam ayat MBM13 ialah penggunaan ejaan "datok" yang kurang tepat dan ejaan yang betul

ialah "datuk".

Jadual 4

Kekerapan kesilapan keseluruhan aspek ayat majmuk Bahasa Melayu

Aspek ayat Murid Melayu Murid bukan Melayu
majmuk
Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan Jumlah
(%) (%) 158
127
Aspek ayat 29 6.1 129 27.3 187
majmuk gabungan 472

Aspek ayat

majmuk 55 11.7 72 15.3

pancangan

Aspek ayat 74 15.7 113 23.9
majmuk campuran

Jumlah 158 33.5 314 66.5

Jadual 4 menunjukkan kekerapan kesilapan keseluruhan aspek ayat majmuk Bahasa
Melayu dalam karangan murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua. Jumlah keseluruhan
kekerapan kesilapan murid Melayu lebih rendah daripada murid bukan Melayu. Sebanyak 314
kesilapan (66.5%) bagi aspek ayat majmuk telah dikenal pasti dalam penulisan karangan
murid bukan Melayu manakala murid Melayu telah melakukan jumlah kekerapan sebanyak
158 kesilapan (33.5%). Jumlah keseluruhan kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk
gabungan murid Melayu dan bukan Melayu ialah 158 kesilapan.

Kekerapan kesilapan aspek ayat majmuk gabungan bagi murid bukan Melayu
sebanyak 100 jumlah kesilapan lebih tinggi daripada murid Melayu yang melakukan 29
kesilapan (6.1%). Kekerapan aspek ayat majmuk pancangan yang dilakukan oleh murid bukan
Melayu ialah 72 kesilapan iaitu 15.3% manakala murid Melayu melakukan kesilapan sebanyak
55 kesilapan (11.7%) dengan perbezaan sebanyak 39 kesilapan penggunaan aspek ayat

majmuk pancangan. Oleh itu, sebanyak 127 kesilapan merupakan jumlah keseluruhan
kesilapan aspek ayat majmuk pancangan.

Bagi aspek kesilapan ayat majmuk campuran, sebanyak 39 kesilapan perbezaan
antara murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua. Jumlah keseluruhan kesilapan
penggunaan aspek ayat majmuk campuran sebanyak 158 kesilapan. Murid bukan Melayu
telah melakukan sebanyak 113 kesilapan (23.9%) dan murid Melayu ialah 74 kesilapan
(15.7%).

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mendapati tahap penguasaan ayat majmuk dalam
kalangan peserta kajian berada pada tahap sederhana. Namun, murid Melayu mempunyai
penguasaan yang lebih baik daripada murid bukan Melayu. Murid didapati kurang mampu
membentuk ayat majmuk yang lengkap disebabkan kesilapan penggunaan aspek ayat
majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Hal ini jelas dikenal
pasti menerusi hasil karangan bahasa Melayu murid dari segi kesilapan penggunaan aspek
ayat majmuk dalam kalangan murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua. Tambahan pula,
kajian ini menunjukkan bahawa murid mengalami masalah dalam menulis ayat majmuk
Bahasa Melayu yang lengkap. Buktinya, dapatan kajian menunjukkan murid Melayu kerap
melakukan kesilapan dalam penggunaan imbuhan manakala murid bukan Melayu melakukan
kesilapan penggunaan ejaan. Murid yang kurang berupaya dalam menggunakan aspek-aspek
ayat majmuk menjejaskan pembentukan ayat majmuk gabungan yang lengkap.

Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kekerapan kesilapan ayat
majmuk dalam kalangan murid bukan Melayu lebih tinggi daripada murid Melayu. Murid
Melayu lebih mahir dalam menghasilkan ayat majmuk berbanding murid bukan Melayu.
Berdasarkan analisis yang dilaksanakan, murid Melayu menguasai ketiga-tiga aspek ayat
majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran dengan baik
berbanding dengan murid bukan Melayu. Namun secara keseluruhan, murid-murid berupaya
menghasilkan sebuah karangan yang lengkap iaitu, mengandungi pendahuluan, isi dan
penutup berdasarkan kehendak soalan.

Di samping itu, perbincangan meliputi implikasi kajian sebagai hujah kepada sesuatu
kajian yang telah menambah nilai kajian yang sedia ada. Sehubungan dengan itu, kajian ini
penting bagi membuktikan kemampuan untuk merapatkan jurang penyelidikan. Perbincangan
ini menunjukkan kajian ini mampu memberi sumbangan kepada pengetahuan, praktikal dan
teori. Kajian ini memberi implikasi dari aspek pengetahuan, kajian ini mampu memberi
pengetahuan yang jelas kepada para guru tentang jenis kesilapan ayat majmuk yang
dilakukan oleh murid dalam karangan Bahasa Melayu. Menurut Hazlina, Normaliza dan

Roslina (2013), pengetahuan dalam penganalisisan kesilapan bahasa merupakan teknik yang
memainkan peranan yang penting bagi mengukur kemajuan bahasa murid dalam sesuatu
bahasa dengan melakukan cacatan dan melakukan pengelasan kesalahan yang dilakukan
oleh individu atau kumpulan. Kesilapan bahasa yang didapati boleh dijadikan panduan kepada
guru dalam penulisan ayat majmuk dalam kalangan murid di sekolah supaya menjadikan
panduan keperluan murid dalam proses guru merancang pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sama ada bagi murid penutur natif atau bukan penutur natif. Pengetahuan
berkaitan kesilapan yang dilakukan oleh murid berupaya meningkatkan kemahiran pengajaran
kemahiran menulis ayat majmuk Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, Bomman (2013) menyatakan bahawa implikasi praktikal merupakan
kebolehan sesuatu kajian menambah baik amalan yang sedia ada kepada amalan yang lebih
berkesan. Dapatan kajian ini dapat memberikan kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk
dalam penulisan karangan. Dengan kata lain, dapatan kajian ini mampu mendorong para guru
supaya mempraktikkan analisis kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk dalam karangan
Bahasa Melayu berlandaskan Teori Analisis Bahasa Corder (1981). Justeru, guru boleh
menggunakan analisis kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk sebagai suatu usaha dalam
mengenal pasti kesilapan dan kelemahan dalam kalangan murid. Perancangan pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan kesilapan dan kelemahan yang dihadapi oleh murid dapat
diselesaikan dengan penyesuaian dari segi aktiviti dan strategi pengajaran guru.

Bagi implikasi teori, kajian ini menggunakan Teori Analisis Kesilapan Bahasa Corder
(1981). Teori ini bertujuan mengkaji kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk yang sering
dilakukan dalam karangan murid tahap dua. Kajian seperti Alhaadi dan Zaitul Azma (2018)
telah dilaksanakan menggunakan Teori Analisis Kesilapan Bahasa Corder (1981). Teori ini
digunakan dalam kajian mereka dalam bidang morfologi. Kajian Arina dan Mohd. Zuber (2013)
turut mengkaji kesilapan struktur ayat majmuk dalam kalangan pelajar asing. Namun begitu,
masih kurang kajian yang menggunakan Teori Analisis Kesilapan Bahasa Corder dalam
bidang ayat majmuk terhadap murid tempatan. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengkaji
kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk Bahasa Melayu dalam karangan murid tahap dua
menggunakan Teori Analisis Kesilapan Bahasa Corder (1981). Di samping itu, kajian
menggunakan Teori Analisis Kesilapan Bahasa Corder yang mengenal pasti kesilapan
penggunaan aspek ayat majmuk Bahasa Melayu di Malaysia mampu memenuhi kelompongan
dari segi teori dan membuka peluang kepada penyelidikan kepada para penyelidik dalam
bidang bahasa Melayu.

Pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan berdasarkan dapatan kajian
dengan tujuan menambah baik sistem pendidikan di Malaysia khususnya berkaitan dengan
kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk dalam karangan Bahasa Melayu. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) boleh meningkatkan bilangan guru-guru Bahasa Melayu yang

terlatih. Kursus-kursus tentang Bahasa Melayu perlu disediakan dari semasa ke semasa agar
guru sentiasa dikemas kini dengan perkembangan bahasa. KPM juga boleh mengambil
inisiatif dengan menjemput guru-guru pakar dalam bidang Bahasa Melayu sama ada pakar
dalam bidang sintaksis, morfologi, fonologi dan semantik untuk berkongsi ilmu dan
pengalaman kursusnya tentang kesilapan yang lazim dilakukan dalam Bahasa Melayu.

Selain itu, pihak sekolah boleh menyediakan sudut dan papan maklumat berkaitan
aspek kesilapan ayat majmuk. Guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu kesilapan penggunaan
aspek ayat majmuk. Guru harus sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu bagi meningkatkan
mutu pengajaran, iaitu melalui pembacaan, penyelidikan dan menghadiri seminar serta
kursus-kursus yang berkaitan dengan kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk. Inisiatif ini
selaras dengan Norismayati, Anida dan Mohd. Rashid (2013) yang menyatakan bahawa guru
Bahasa Melayu perlu sentiasa melengkapkan diri dengan aspek-aspek ilmu pengetahuan
sebagai persediaan awal bagi meningkatkan mutu pengajaran seperti memperkayakan diri
dengan kemahiran atau meningkatkan strategi meningkatkan ilmu pengetahuan seperti
memperkasakan ilmu berkaitan bidang pengajaran.

Cadangan kajian lanjutan boleh dilaksanakan dalam bentuk kajian tindakan. Hal ini
demikian kerana kajian tindakan membolehkan pengkaji merangka strategi bagi menangani
masalah kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk. Pengkaji juga boleh melaksanakan kajian
lanjutan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Pendekatan kuantitatif membolehkan
pengkaji untuk melaksanakan kajian terhadap responden yang terdiri daripada pelbagai
sekolah. Di samping itu, pendekatan multimetodologi atau pendekatan gabungan (mixed
method) juga boleh dijadikan cadangan kajian lanjutan. Penggabungan pendekatan kuantitatif
dan kualitatif digunakan dalam pendekatan ini. Hal ini demikian kerana Creswell (2014)
menyatakan bahawa pendekatan gabungan ini mampu memberikan pandangan yang lebih
holistik dan lengkap. Hasil kajian juga dapat saling menyokong dapatan kajian agar sahih dan
boleh dipercayai.

RUMUSAN
Berdasarkan dapatan kajian dan perbincangan, dapatlah disimpulkan bahawa murid sering
kali melakukan kesilapan dalam aspek penggunaan ayat majmuk. Kesilapan penggunaan
aspek ayat majmuk dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid Melayu dan bukan
Melayu tahap dua berada pada tahap sederhana. Murid Melayu menguasai penulisan ayat
majmuk dengan lebih baik berbanding dengan murid bukan Melayu. Guru perlu mengenal
pasti jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid dan menyediakan langkah pengajaran yang
sesuai berdasarkan tahap murid. Justeru, diharapkan cadangan kajian yang diberikan dapat
meningkatkan lagi tahap penguasaan penulisan ayat majmuk dalam kalangan murid.

RUJUKAN

Alhaadi Ismail & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018). Analisis kesalahan dalam penulisan
pelajar bahasa kedua dari aspek morfologi. Jurnal Linguistik, 22(1), 24-31.

Arina Johari & Mohd Zuber Ismail. (2013). Analisis kesalahan umum struktur ayat majmuk
pelajar asing. Proceeding of ILCC 2013 (371-394). International Islamic University
Malaysia.

Arpah Abdul Rashid. (2009). Penguasaan struktur ayat majmuk bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar sekolah menengah di Singapura (Tesis Doktor Falsafah tidak
diterbitkan). Universiti Putra Malaysia.

Bomman, T. (2013). Methodology: Using dictation in English language teaching. British Journal
of Education Technology, 44(6), 978-150.

Corder, S. P. (1981). Error analysis and interlanguage. Oxford University Press.

Creswell, J. W. (2014). Research design (4th ed.). Saga Publications Ltd.

Hazlina Abdul Halim., Normaliza Abdul Rahim & Roslina Mamat. (2013). Kesilapan
pengurangan pemerolehan gender gramatikal bahasa Perancis. Malaysian Journal of
Learning and Instruction, 10, 157-178.

Kamus Dewan. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norismayati Aida Idris., Anida Sarudin & Mohd. Rashid Md. Idris. (2013). Amalan guru dan
penguasaan aspek ilmu linguistik dalam kalangan guru bahasa Melayu di Perak. Jurnal
Bahasa dan Sastera Melayu, 4, 116-142.

Nornajmah Najmuddin., Kathiresan, D., Khairiah Rahmat & Alit Rahmat. (2007). Teks dan
rujukan lengkap Bahasa Melayu. Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Nurul Azrina Mahmud. (2018). Penguasaan ayat majmuk dalam kalangan pelajar tingkatan
enam: kajian kes di sekolah menengah kebangsaan badak, bachok, kelantan (Tesis
Master tidak diterbitkan). Universiti Malaya.

Roszzaimah Zakaria. (2009). Analisis penggunaan ayat majmuk dalam penulisan karangan
deskriptif pelajar tingkatan satu (Tesis Master tidak diterbitkan). Universiti Malaya.

Zaharani Ahmad & Terassa Jabar. (2010). Tahap penguasaan bahasa Melayu remaja
Malaysia: Analisis aspek tatabahasa. Jurnal Linguistik, 10, 48-62.

Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu dalam penulisan
karangan pelajar. LPS Interntional Journal, 4(1), 23-35.

KEBERKESANAN KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU

Izani bin Ibrahim PhD
[email protected]

Yok Wei Liang
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji keberkesanan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dan reka
bentuk kuasi-eksperimen. Instrumen kajian yang digunakan ialah soalan ujian pra, soalan ujian pos,
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) pemahaman bahasa Melayu dan Rancangan Pelajaran Harian.
Responden kajian ini merupakan 32 orang murid Tahun 6 yang berada di salah sebuah sekolah rendah,
Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan murid kumpulan rawatan mendapat tahap pencapaian
yang lebih baik daripada murid kumpulan kawalan dalam ujian pos selepas kaedah pembelajaran
kecerdasan pelbagai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu.
Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai amat
berkesan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu. Kajian
ini mampu mengisi kelompangan dari aspek pengetahuan, praktikal dan teori. Oleh sebab itu, guru
dicadangkan untuk mengaplikasikan kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai dalam meningkatkan
tahap penguasaan murid terhadap tatabahasa Bahasa Melayu.

Kata Kunci: kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai, kuasi-eksperimen, tatabahasa, bahasa
Melayu

ABSTRACT

This research investigates the effectiveness of multiple intelligences learning methods in teaching and
learning of Malay grammar.The design of this study applied quantitative method and quasi-experimental
design. The instrument that has been used in this research is pre-test, post-test, lesson plan and table
of test specifications. The respondents of this research involved 32 students of Year 6 from one of the
primary school at Kuala Lumpur. This research showed that the students from treatment group
performed better than the students in the control group in the post-test after the multiple intelligences
learning methods used in the teaching and learning of Malay grammar. As a conclusion, this study
shows that multiple intelligences learning method is very effective to be applied in the teaching and
learning of Malay grammar. This study is able to fill the gap in aspects of knowledge, practical and
theory. Hence, teachers are recommended to apply multiple intelligences learning methods to improve
the level of student mastery of Malay grammar.

Keywords: multiple intelligences learning methods, quasi-experimental, Malay grammar

PENGENALAN

Di Malaysia, Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar (Tuan Jah, 2011). Selain

itu, Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa teras yang diajarkan pada peringkat rendah

dan menengah. Dengan ini, murid dikehendaki menguasai Bahasa Melayu berdasarkan lima

modul yang utama, iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis,

Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Tiga
modul utama berdasarkan empat kemahiran, iaitu Kemahiran Mendengar, Kemahiran
Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis manakala Modul Seni Bahasa dan
Modul Tatabahasa memberi sokongan kepada modul-modul tersebut untuk mengukuhkan
kecekapan berbahasa murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014).

Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran
tatabahasa. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran, tatabahasa merujuk
aspek morfologi dan sintaksis yang harus dikuasai oleh murid (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2014). Aspek ini harus diajarkan dengan menggunakan pengajaran yang terancang
dan teknik yang menarik supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan
betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis.

Dari perspektif yang lain, kepentingan menguasai kemahiran aspek tatabahasa tidak
dapat dinafikan kerana penguasaan aspek tatabahasa dapat meningkatkan keupayaan murid
dalam menghasilkan penulisan yang kreatif dan berkualiti (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2014). Selain itu, pembelajaran tatabahasa juga dapat membantu murid menggunakan
bahasa yang betul dan tepat. Oleh itu, kepentingan penguasaan aspek tatabahasa memang
tidak perlu dinafikan lagi.

Walau bagaimanapun, kajian lepas menunjukkan bahawa murid sekolah rendah masih
menghadapi masalah dalam penguasaan aspek tatabahasa. Hal ini disebabkan oleh beberapa
faktor dan faktor utama iaitu setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza. Oleh itu,
pendekatan konvensional dikatakan tidak lagi berkesan untuk membantu murid menguasai
aspek tatabahasa (Chew, 2011). Dari perspektif yang lain, teori kecerdasan pelbagai
dikatakan amat berkesan dalam membantu meningkatkan pembelajaran murid sekolah
rendah yang mempunyai keupayaan dan kecerdasan yang berbeza. Oleh hal yang demikian,
kajian ini akan mengkaji tentang keberkesanan kecerdasan pelbagai dalam pembelajaran
tatabahasa Bahasa Melayu.

PENYATAAN MASALAH
Pembelajaran tatabahasa, khususnya dalam menguasai kata adjektif adalah amat sukar bagi
murid-murid sekolah rendah (Chellamal, 2005; Caroline, 2010; Athirahshazana, 2011;
Mohamad Khair, Noraini dan Zubaidah, 2012; Nor Aqidah, 2013; Pauline, 2014; Noranita,
2015). Berdasarkan kajian Mohd Hafizuddin bin Abdul Razak dan Lee Pahik Gaik (2011),
mendapati bahawa murid mengalami masalah dalam tatabahasa Bahasa Melayu khususnya
dalam bahagian kata adjektif. Hal ini selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Norizan dan
Mohammad Shamsuddin (2012), iaitu masalah murid dalam penguasaan kata adjektif semakin

menonjol dalam kalangan murid Tahun 6. Misalnya, murid tidak menunjukkan minat semasa
mengikuti pembelajaran berkaitan kata adjektif dan tidak dapat mengenal pasti kata adjektif
dalam petikan dengan tepat. Selain itu, murid juga tidak dapat menggunakan kata adjektif
dalam ayat yang dibina dengan betul. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya telah
melakukan usaha untuk mencari teori pembelajaran yang sesuai bagi meningkatkan
pembelajaran murid terhadap tatabahasa. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mazlan,
Mazlina, Mohd Kosnin dan Azlina (2010), penerapan kecerdasan pelbagai dalam
pembelajaran dapat menarik minat murid untuk mempelajari tatabahasa Bahasa Inggeris.
Oleh itu, kajian yang saya lakukan adalah untuk mengenal pasti keberkesanan kecerdasan
pelbagai dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) tatabahasa Bahasa Melayu murid
Tahun 6. Tidak banyak kajian yang dijalankan untuk melihat hubungan antara kecerdasan
pelbagai dengan penguasaan kemahiran tatabahasa murid dalam bahasa Melayu. Kajian oleh
Mazlina (2010) melihat hubungan kecerdasan pelbagai dengan pembelajaran tatabahasa
bahasa Inggeris. Justeru, amat penting kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
keberkesanan kecerdasan pelbagai dalam pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini cuba mencapai empat objektif. keempat-empat objektif adalah seperti yang berikut:

1. Mengenal pasti perbezaan skor min ujian pra kata adjektif antara kumpulan kawalan
dengan kumpulan rawatan.

2. Mengenal pasti perbezaan skor min ujian pos kata adjektif antara kumpulan kawalan
dengan kumpulan rawatan.

3. Mengenal pasti perbezaan skor min ujian pra dan ujian pos kata adjektif bagi kumpulan
kawalan.

4. Mengenal pasti perbezaan skor min ujian pra dan ujian pos kata adjektif bagi kumpulan
rawatan.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut. Kajian ini telah membina empat soalan kajian. Keempat-
empat soalan kajian adalah seperti yang berikut:

1. Adakah terdapat perbezaan skor min ujian pra kata adjektif antara kumpulan kawalan
dengan kumpulan rawatan?
2. Adakah terdapat perbezaan skor min ujian pos kata adjektif antara kumpulan kawalan
dengan kumpulan rawatan?
3. Adakah terdapat perbezaan skor min ujian pra dan ujian pos kata adjektif bagi kumpulan
kawalan?

4. Adakah terdapat perbezaan skor min ujian pra dan ujian pos kata adjektif bagi kumpulan
rawatan?

HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan soalan kajian tersebut, kajian ini telah membina empat hipotesis kajian.
Keempat-empat hipotesis kajian adalah seperti berikut:
Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra antara kumpulan kawalan
dengan kumpulan rawatan.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pos antara kumpulan kawalan
dengan kumpulan rawatan.
Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan
kawalan.
Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan
rawatan.

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah eksperimen kuasi.
Pendekatan kuantitatif diaplikasikan dalam kajian ini kerana instrumen yang digunakan dalam
kajian ini menyediakan data dalam bentuk nombor dan dapat menunjukkan maklumat secara
menyeluruh. Dari perspektif yang lain, kajian ini menggunakan kaedah eksperimen kuasi
kerana hendak mengenal pasti keberkesanan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa. Kaedah eksperimen kuasi dikatakan lebih sesuai untuk digunakan
dalam kajian ini. Hal ini dibuktikan dengan pendapat Juppri (2014), iaitu kaedah eksperimen
kuasi juga selalu digunakan dalam kajian untuk menguji keberkesanan dan tahap sesuatu
kaedah pengajaran. Dalam kajian ini, jenis reka bentuk kuasi-eksperimen yang digunakan
ialah reka bentuk ujian pra dan pasca. Tuntasnya, kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan
dalam kajian ini disebabkan kaedah ini dapat menerangkan sesuatu fenomena dalam bentuk
ukuran atau angka dan sangat sesuai untuk ditadbirkan dalam kajian ini yang menyediakan
data dalam bentuk nombor (Juppri, 2014).

Dalam kajian ini, instrumen kajian yang digunakan ialah soalan ujian pra, soalan ujian
pos, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) pemahaman bahasa Melayu dan Rancangan Pelajaran
Harian. Instrumen tersebut telah disahkan oleh pakar yang berkaitan. Kesahan merujuk
kepada kesesuaian interpretasi atau kegunaan keputusan pentaksiran sesuatu prosedur
pentaksiran bagi sekumpulan individu (Boon, Lee dan Lawrence , 2017). Kesahan dapat
terbahagi kepada tiga, iaitu kesahan bahasa, kesahan kandungan dan kesahan konstruk.
Instrumen-instrumen tersebut telah disemak dan disahkan oleh tiga orang pensyarah bagi

memastikan kandungan, struktur bahasa, dan konstruk yang digunakan adalah tepat. Dari
perspektif yang lain, kajian rintis juga perlu dilakukan untuk melihat tahap kesahannya.
Instrumen ujian berbentuk objektif dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 32 orang
murid Tahun 6 di salah sebuah Sekolah Kebangsaan, Kuala Lumpur.

Dari perspektif yang lain, hasil kajian rintis, iaitu soalan objektif pemahaman kata
adjektif juga telah dilakukan analisis bagi mendapatkan nilai Indeks Kesukaran (IK) dan Indeks
Diskriminasi (ID). Melalui ID dan IK yang diperolehi, kita dapat mengetahui item yang dibuat
sesuai untuk digunakan ataupun tidak. Contohnya, ID dan IK dapat memastikan kita untuk
membuat item yang sesuai iaitu, tidak terlalu sukar dan mudah. Setelah menganalisis item
ujian yang dijalankan, didapati bahawa indeks kesukaran item-item ujian terletak di antara 0.21
hingga 0.80 manakala indeks diskriminasi item terletak di antara 0.41 hingga 1.00. Dengan
itu, boleh dikatakan bahawa item-item ujian yang dibina sesuai untuk digunakan dalam kajian
sebenar. Berdasarkan Indeks Diskriminasi yang diperoleh, soalan ujian yang dibina
merupakan item yang baik kerana dapat membezakan antara murid yang berpencapaian
tinggi dengan murid yang berpencapaian rendah. Bukan itu sahaja, kebolehpercayaan soalan
ujian berbentuk objektif ini juga telah diuji dengan menggunakan Ujian Statistik Cronbach’s
Alpha dalam perisian Statistical Pakage for Social Science (SPSS) versi 25. Analisis nilai Alpha
Cronbach menunjukkan .802. Hal ini menunjukkan item-item yang dibina boleh diterima dan
digunakan dalam kajian.

Soalan ujian pra telah dijawab oleh 32 orang murid Tahun 6. Seminggu sebelum
rawatan, semua peserta, iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dijelaskan langkah
untuk menjalankan ujian pra. Seterusnya, murid kumpulan kawalan dan rawatan
melaksanakan ujian pra. Ujian pra dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman murid
terhadap penguasaan kata adjektif. Kemudian, kumpulan rawatan menjalankan kaedah
pembelajaran kecerdasan pelbagai manakala kumpulan kawalan hanya menjalankan aktiviti
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) melalui kaedah pembelajaran konvensional.
Selepas itu, kedua-dua kumpulan diberikan ujian pos yang disetarakan kandungannya dengan
ujian pra bagi mengekalkan tahap kebolehpercayaan. Data ujian tersebut dimasukkan ke
dalam SPSS versi 25 untuk dianalisis. Penganalisisan data melibatkan dua jenis, iaitu Statistik
Deskriptif dan Statistik Inferensi. Statistik deskriptif menggunakan kekerapan, min, sisihan
piawai dan peratus bagi menjelaskan sampel kajian manakala statistik inferensi menggunakan
Ujian-t bagi menguji hipotesis kajian tentang perbezaan pencapaian murid berdasarkan
kaedah yang digunakan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini akan membincangkan tentang dapatan kajian bagi menjawab soalan-soalan
kajian.

Jadual 1

Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pra bagi Murid Kumpulan Kawalan dan Murid Kumpulan Rawatan

Kumpulan Min Sisihan Piawai
Kumpulan Kawalan 54.38 19.99
Kumpulan Rawatan 50.63 16.112

Jadual 2:

Ujian-t Sampel Bebas (Skor Ujian Pra bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan)

Levene’s Test for T-test for Equality of Means

Equality of Variances

Sig. t df Sig. (2-Tailed)

Skor ujian Equal variances 0.202 0.584 30 0.563

pra assumed

Equal variances 0.584 28.705 0.564

not assumed

Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan dapatan bagi soalan kajian yang pertama.
Dapatan bagi soalan kajian pertama menunjukkan skor min kumpulan kawalan adalah lebih

tinggi daripada skor min kumpulan rawatan. Hal ini menjelaskan bahawa murid kumpulan
kawalan mempunyai penguasaan tatabahasa yang lebih baik jika berbanding dengan murid
kumpulan rawatan. Dari perspektif yang lain, Berdasarkan jadual 2, hasil nilai Sig p= 0.202
adalah lebih besar daripada nilai α=0.05. Dengan ini, hipotesis pertama merupakan hipotesis
nul kerana probability Ujian Levene lebih daripada 0.05 (Ramlee, Nordin dan Hariri, 2011).

Selain itu, Ujian-t sampel bebas dua belah (2-Tailed) bagi skor ujian pra merupakan 0.563.
Oleh itu, nilai tersebut jauh lebih tinggi daripada nilai α=0.05 menunjukkan bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra bagi kedua-dua kumpulan

tersebut.

Jadual 3
Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Kawalan dan Murid Kumpulan Rawatan

Kumpulan Min Sisihan Piawai

Kumpulan Kawalan 60.63 18.062

Kumpulan Rawatan 78.13 17.595 Ujian-t
Jadual 4:

Sampel Bebas (Skor Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan)

Levene’s Test for T-test for Equality of Means

Equality of

Variances

Sig. t df Sig. (2-Tailed)

Skor Equal variances 0.925 -2.776 30 0.009
ujian assumed
pos -2.776 29.979 0.009
Equal variances
not assumed

Jadual 3 dan Jadual 4 merupakan dapatan bagi soalan kajian yang kedua. Dapatan
bagi soalan kajian kedua menunjukkan skor untuk kumpulan kawalan ialah 60.63 manakala
skor untuk kumpulan rawatan ialah 78.13. Dengan ini, jelasnya bahawa skor bagi kumpulan
rawatan adalah lebih tinggi daripada skor kumpulan kawalan. Hal ini menunjukkan bahawa
kumpulan rawatan mencapai peningkatan yang lebih baik daripada kumpulan kawalan. Dari
perspektif yang lain, berdasarkan Jadual 4, nilai (p) Sig. (2-Tailed) equal variances assumed
ialah 0.009, iaitu nilai yang rendah daripada nilai α=0.05. Oleh itu, hasil ini menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pos bagi kedua-dua kumpulan
tersebut.

Jadual 5
Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Kawalan

Kumpulan Jenis Ujian Min Sisihan Piawai
Kawalan Ujian Pra (Sebelum intervensi tradisional) 54.38 19.990
Ujian Pos (Selepas intervensi tradisional) 60.63 18.062

Jadual 6
Ujian-t Sampel Padanan (Skor Ujian Pra dan Skor Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan)

Kumpulan Kawalan Skor ujian pra-Skor ujian pos t df Sig. (2-Tailed)
-4.038 15 0.001

Jadual 5 dan Jadual 6 merupakan dapatan bagi soalan kajian yang ketiga. Dapatan
bagi soalan kajian ketiga menunjukkan bahawa kumpulan kawalan mendapat purata skor
sebanyak 54.38 bagi ujian pra. Bagi ujian pos, kumpulan kawalan mendapat skor sebanyak
60.63. Dengan ini, jelasnya bahawa skor ujian pos kumpulan kawalan adalah lebih tinggi
sekiranya berbanding dengan skor ujian pra kumpulan kawalan. Dari perspektif yang lain,
perbezaan min antara skor ujian pra dan ujian pos adalah sebanyak - 6.250. Oleh itu, hal ini
jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang kurang jelas dalam skor ujian pos
selepas murid kumpulan kawalan menjalani kaedah pembelajaran tradisional selama sebulan.
Dari perspektif yang lain, berdasarkan jadual 6, hasil dapatan Ujian-t menunjukkan perbezaan
yang signifikan (t= -4.038, df=15, p<0.05). Nilai p=0.001 adalah lebih rendah dari α=0.05, maka
terdapat perbezaan antara skor ujian pra dengan skor ujian pos bagi kumpulan kawalan.

Jadual 7
Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Rawatan

Kumpulan Jenis Ujian Min Sisihan Piawai
Rawatan Ujian Pra (Sebelum intervensi pembelajaran 50.63 16.112
koperatif)
Ujian Pos (Selepas intervensi pembelajaran 78.13 17.595
koperatif)

Jadual 8
Ujian-t Sampel Padanan (Skor Ujian Pra dan Skor Ujian Pos bagi Kumpulan Rawatan)

t df Sig. (2-Tailed)

Kumpulan Rawatan Skor ujian pra- Skor ujian pos -27.5 15 0.000

Jadual 7 dan Jadual 8 merupakan dapatan bagi soalan kajian yang keempat.
Berdasarkan jadual 7, dapatan skor ujian pra adalah sebanyak 50.63 manakala skor ujian pos
bagi kumpulan rawatan ialah 78.13. Dengan ini, skor ujian pos adalah lebih tinggi daripada
skor ujian pra. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan nilai skor yang ketara, iaitu
sebanyak -27.5 antara skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan rawatan. Dari perspektif
yang lain, Berdasarkan jadual 8, hasil dapatan Ujian-t menunjukkan perbezaan yang signifikan
(t= -27.5, df=15, p<0.05). Nilai p=0.000 adalah rendah dari nilai α=0.05. Oleh itu, hal ini
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan rawatan. Dengan kata lain, hasil dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah
pembelajaran kecerdasan pelbagai berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid dalam
pembelajaran kata adjektif kerana terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian
pra dan ujian pos bagi kumpulan rawatan.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan rumusan dapatan bagi soalan-soalan kajian
dengan mengaitkan dapatan kajian-kajian lepas. Dapatan dalam kajian ini telah menunjukkan
bahawa tahap pencapaian murid kumpulan kawalan dalam ujian objektif pemahaman
tatabahasa adalah lebih tinggi berbanding dengan murid kumpulan rawatan sebelum
pengajaran dan pembelajaran selama sebulan dilaksanakan. Bukan itu sahaja, berdasarkan
dapatan bagi soalan kajian kedua hingga soalan kajian keempat, boleh disimpulkan bahawa
kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai lebih berupaya meningkatkan tahap pencapaian
murid dalam pembelajaran tatabahasa jika berbanding dengan kaedah pembelajaran
konvensional. Hal ini demikian kerana terdapat peningkatan markah murid yang sangat tinggi
dalam ujian objektif tatabahasa selepas kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini boleh dibuktikan dengan
perbezaan nilai purata antara skor ujian pra dengan skor ujian pos bagi kumpulan rawatan
iaitu sebanyak -27.5. Perbezaan nilai purata tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan
perbezaan nilai purata antara skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan iaitu
sebanyak -4.038.

Hasil dapatan kajian hampir sama dengan beberapa kajian yang berkaitan
keberkesanan kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai dalam pembelajaran tatabahasa.
Antara kajian yang berkaitan keberkesanan kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai dalam
pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu ialah kajian bertajuk “Penggunaan powerpoint dapat
meningkatkan kemahiran kata adjektif bagi murid-murid bermasalah pendengaran tahun 4”
yang dijalankan oleh Mohammad Syazwan dan Haslina (2011). Berdasarkan kajian tersebut,

kecerdasan visual ruang seperti penggunaan powerpoint dan gambar telah banyak membantu
murid menguasai pembelajaran kata adjektif. Dengan kata lain, kajian tersebut menyatakan
bahawa pengaplikasian kaedah kecerdasan visual ruang dapat meningkatkan pencapaian
murid. Dengan ini, keberkesanan kecerdasan pelbagai dalam pembelajaran memang tidak
perlu dinafikan lagi.

Dari perspektif yang lain, terdapat tiga jenis implikasi kajian yang dibincangkan dalam
bahagian ini iaitu implikasi pengetahuan, implikasi praktikal dan implikasi teori bagi memberi
justifikasi jurang penyelidikan. Dari aspek implikasi pengetahuan, Hasil kajian ini menunjukkan
bahawa kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai mampu memenuhi keperluan sebahagian
besar murid dan meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran kata adjektif. Oleh itu,
kajian yang dilakukan ini memberi galakkan dan dorongan kepada guru untuk menggunakan
kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai dalam membantu murid menguasai aspek
tatabahasa. Dengan ini, guru dapat mempersiapkan diri dan mempunyai pengetahuan yang
lebih tinggi untuk menggunakan kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai. Pengetahuan
tentang cara menggunakan kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai dapat membantu guru
melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dengan lebih berkesan. Bukan itu
sahaja, kajian yang dilakukan tersebut juga dapat meningkatkan kemahiran guru untuk
mengaplikasikan kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.

Kajian ini juga telah memberi implikasi dari aspek praktikal. Implikasi praktikal merujuk
kepada keupayaan sesuatu kajian melakukan penambahbaikan terhadap amalan sedia ada
kepada amalan yang lebih berkesan (Bornman, 2013). Hasil kajian menunjukkan bahawa
kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai amat berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu. Oleh itu, guru yang menghadapi masalah dalam
mengajar tatabahasa bahasa Melayu boleh menggunakan kaedah pembelajaran kecerdasan
pelbagai dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Guru boleh mengaplikasikan
kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai di mana-mana tempat tidak mengira sekolah
rendah mahupun sekolah menengah. Hal ini demikian kerana kaedah ini sesuai diaplikasikan
untuk murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kajian berkaitan keberkesanan
pembelajaran kecerdasan pelbagai telah dilaksanakan dalam kalangan murid sekolah rendah
dan pelajar sekolah menengah dan telah membuktikan kaedah pembelajaran kecerdasan
pelbagai dapat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan dari aspek tatabahasa
bahasa Melayu. Selain itu, kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai sesuai digunakan untuk
semua murid. Hal ini demikian kerana setiap individu memiliki kecerdasan yang berbeza
(Choong, 2011). Oleh itu, guru dapat merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan kecerdasan murid bagi memenuhi keperluan kecerdasan murid yang berbeza.

Dari kaca mata yang lain, kajian ini juga boleh memberi implikasi dari aspek teori.
Terdapat lima model yang dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dalam
mengaplikasikan teori pembelajaran kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antara model tersebut ialah model sisipan, model jaringan, model jalinan,
model perkongsian, dan model kesepaduan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Kebanyakan pengkaji lepas yang mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran kecerdasan
pelbagai menggunakan model jaringan dalam kajian. Misalnya, model yang digunakan oleh
kajian Mazlan et al. (2010) ialah model jaringan. Di samping itu, kajian Chew Fong Peng
(2011), kajian Hamidah (2012), dan kajian Noor Baizura (2015) juga menggunakan model
jaringan dalam mengaplikasikan teori pembelajaran kecerdasan pelbagai. Dari perspektif yang
lain, kajian ini menggunakan model sisipan dalam mengaplikasikan kecerdasan pelbagai. Hal
ini demikian kerana kajian ini hanya memilih satu kecerdasan untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran, iaitu kecerdasan visual ruang dalam pembelajaran kata
adjektif. Tidak banyak kajian yang menggunakan model sisipan dalam mengaplikasikan teori
kecerdasan pelbagai dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Oleh itu, kajian ini
mampu mengisi kelompangan tersebut.

Pengkaji juga menyenaraikan beberapa cadangan kepada beberapa pihak untuk
meningkatkan pengaplikasian kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai dalam kalangan
guru. Antara cadangannya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah
memberikan kursus kepada guru di Malaysia kerana kebanyakan guru masih tidak mengetahui
cara melaksanakan kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc). Dari perspektif yang lain, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
juga boleh memberi panduan kepada guru di Malaysia untuk membina modul kaedah
pembelajaran kecerdasan pelbagai. Dengan ini, modul yang dibina dapat dijadikan panduan
oleh guru di Malaysia dalam mengaplikasikan kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai
dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Akhirnya, pengkaji memberi cadangan kajian lanjutan kepada penyelidik lain. Antara
cadangan kajian lanjutan kepada penyelidik lain ialah menambahkan dan mempelbagaikan
bilangan item atau soalan dalam ujian. Dari perspektif yang lain, cadangan kajian lanjutan
ialah penyelidik boleh mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai
dalam kalangan murid yang berbilang bangsa, iaitu murid Cina, murid Melayu, kaum peribumi,
dan murid India. Hal ini demikian kerana sampel kajian ini hanya tertumpu kepada murid
Melayu. Oleh itu, penggunaan sampel kajian yang pelbagai bangsa dapat melengkapkan
kajian ini. Dengan kata lain, penggunaan responden yang pelbagai bangsa dapat melihat
keberkesanan kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai dalam kalangan kaum Cina dan
India. Dari kaca mata yang lain, cadangan kajian lanjutan yang seterusnya ialah menjalankan

kajian ini ke peringkat yang lebih tinggi kerana kajian lepas yang berkaitan keberkesanan

kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar di sekolah menengah

mahupun institusi pengajian tinggi amat terhad. Oleh itu, kajian ini dicadangkan untuk

dilaksanakan pada peringkat yang lebih tinggi.

RUJUKAN

Athirahshazana binti Zakaria. (2011). Aplikasi kaedah nyanyian dalam meningkatkan
pemahaman kata adjektif murid tahun 4. Prosiding Seminar penyelidikan Tindakan
Bahasa Melayu (sekolah rendah) program Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Melayu
Pendidikan Rendah) ambilan Januari 2011 (pp. 126 – 131). Perak: Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh.

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran dalam
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Bornman, L. (2013). What is societal impact of research and how can it be assessed? A
literature survey. Journal of the America Society for Information Science and
Technology, 3(2), 218-232. Diperoleh daripada https://www. researchgate.net/
publication/260356989_What_is_social_impact_of_research_and_how_can_it be
assessed_A_literature_survey.

Caroline Anak Galin. (2010). Kesan Jiqsaw dalam pengajaran dan pembelajaran kata
adjektif bahasa Melayu melalui cara permainan bahasa. Buku koleksi artikel
penyelidikan tindakan, Seminar Penyelidikan Tahun 2005, Kuala Lumpur:Institut
Pendidikan Bahasa Antarabangsa.

Chellamal Bagavathy. (2005). Mengatasi kelemahan murid menguasai aspek tatabahasa
dalam bahasa Melayu melalui cara permainan bahasa. Buku koleksi artikel
penyelidikan tindakan, Seminar Penyelidikan Tahun 2005, Kuala Lumpur:Institut
Pendidikan Bahasa Antarabangsa.

Chew Fong Peng. (2011). Pendekatan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran Komsas dalam Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 22:111-136.
http://jice.um.edu.my/index.php/JPM/article /view/9653

Choong Lean Keow. (2011). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.

Hamidah binti Mohamed. (2012). Kecerdasan pelbagai dalam mata pelajaran kemahiran
hidup. (Tesis Sarjana Muda tidak diterbitkan) Universiti Tun Hussien Onn Malaysia,
Batu Pahat, Johor. http://eprints.uthm.edu.my/4220/1/HAMIDAH _BINTI_
MOHAMED.pdf

Juppri bin Bacotang. (2014). Pelaksanaan kajian kuasi-eksperimen untuk mengenal pasti
tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak taska. International Language Conference
(ILC),120.https://www.researchgate.net/publication/305722329_Pelaksanaan_Kajian_
KuasiEksperimen_untuk_mengenal_Pasti_Tahap_Kemahiran_Literasi_Awal_Kanak-
kanak _Taska

Mazlan, Mazlina, Mohd Kosnin & Azlina (2010) Aplikasi Kaedah Pengajaran Kecerdasan
Pelbagai Dalam Pengajaran Tatabahasa Bahasa Inggeris. Tesis master tidak
diterbitkan, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Khair Johari, Noraini Abdullah Hee & Zubaidah Zainal Abidin. (2012).

Meningkatkan penguasaan penggunaan kata adjektif melalui pembelajaran

berasaskan pengalaman. Seminar Bahasa Melayu 2012.

https://docplayer.info/72933453-Meningkatkan-penguasaan-penggunaan-kata-

adjektif-melalui-pembelajaran berdasarkan-pengalaman.html

Mohammad Syazwan bin Jamaluddin & Haslina binti Jaafar. (2011). Penggunaan

powerpoint dapat meningkatkan kemahiran kata adjektif bagi murid-murid bermasalah

pendengaran tahun 4. Seminar penyelidikan Tindakan Pelajar PISMP Ambilan Januari
2008, Kuala Lumpur: Institut Perguruan Kampus ilmu Khas (pp. 205 – 215).

Mohd Hafizuddin Abdul Razak & Lee Phaik Gaik. (2011). Keberkesanan bahan

multimedia interaktif dalam meningkatkan kefahaman penggunaan kata adjektif murid

bermasalah pendengaran Tahun 3 sayang. Seminar penyelidikan Tindakan Pelajar

PISMP Ambilan Januari 2008, Kuala Lumpur:Institut Perguruan Kampus ilmu Khas (pp.
326 – 330).

Nor Aqidah Abu Bakar. (2013). Aplikasi teknik “War Kad-Persif bagi meningkatkan

penguasaan kata adjektif sifatan dan perasaan bagi tahun empat ceria di Sekolah

Kebangsaan Tronoh. Prosiding Seminar penyelidikan Tindakan Bahasa Melayu

Ambilan Januari 2010 Tahun 2013: Penyelidik Pemangkin Kreativiti Pendidik : 24-26
September 2013, Perak: Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. (pp. 149 – 153).

Noor Baizura, Mohd. Ali Samsudin & Noor Hasyimah. (2015). Pembelajaran topik dunia
melalui deria kita menerusi pendekatan kecerdasan pelbagai. Jurnal Pemikir
Pendidikan, 6:67-80. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/ index.php/jurnal-pemikir
pendidik an/article/view/341

Noranita Elias (2015). Aplikasi teknik “DIBUR” untuk meningkatkan penguasaan kata

adjektif bahasa Melayu tahun 4. Prosiding Seminar penyelidikan Tindakan 2015

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Institut Pendidikan Guru Berkualiti Abad ke-21
10 Oktober 2015 Bahasa Melayu PPG Ambilan Februari 2012 (pp. 44 – 48). Perak:

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Norizan binti Abu Sepian & Mohammad Shamsuddin bin Jamiran. (2012). Meningkatkan

penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid tahun 5. Prosiding Seminar

penyelidikan Tindakan program Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian ambilan Januari
2009: Penyelidikan Tindakan asas Inovasi Profesionalisme Keguruan 30 September –
Oktober 2012 di Dewan Utama,Kota Bahru: MGU Firdaus Hotel (pp. 23 – 28).

Pauline Unyang Kajan. (2014). Teknik Nyagratu membantu murid tahun dua mengenal

pasti kata adjektif pancaindera dalam petikan. Prosiding Seminar penyelidikan Tahun

2014: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (PISMP Bahasa Mrlayu Ambilan

Januari 2011): Penyelidkan Tindakan Perintis Inovasi dalam Pendidikan, 1 hingga 2
Oktober 2014, Grand Continental Hotel, Kuching, Sarawak (pp. 205 – 215).

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ramlee Ismail, Nordin Yunus & Hariri Kamis. (2011). Analisis data dan pentafsirann
dengan menggunakan SPSS. Kuala Lumpur: Titisan Ilham Sdn. Bhd.

PENGGUNAAN PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DALAM PENGAJARAN GURU
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Rozeha Harun
[email protected]

Ahmad Affiq Mohd Yusof
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Inovasi dalam Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) semakin berkembang pesat sehingga
munculnya pelantar pembelajaran digital dan digunakan secara meluas dalam pembelajaran abad ke-
21. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah
rendah terhadap pelantar pembelajaran digital. Aspek lain yang turut dikaji adalah faktor-faktor luaran
yang menghalang penggunaan pelantar pembelajaran digital dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan yang
menggunakan set soal selidik yang dibina berasaskan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Sampel
kajian adalah terdiri daripada 120 orang guru Bahasa Melayu dari 10 buah sekolah kebangsaan di
Wilayah Persekutuan Putrajaya yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Analisis
deskriptif peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai serta analisis inferensi yang melibatkan ujian
ANOVA satu hala digunakan bagi melaporkan dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan penggunaan
pelantar pembelajaran digital dalam kalangan guru Bahasa Melayu berada pada tahap yang rendah
namun guru-guru tersebut mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan pelantar pembelajaran
digital. Majoriti faktor luaran yang dikaji menghalang penggunaan pelantar pembelajaran digital
menunjukkan min yang sederhana kecuali bagi faktor masa, faktor kemudahan, faktor pembiayaan dan
faktor sokongan ibu bapa berada pada min yang tinggi. Berdasarkan analisis ANOVA satu hala, kajian
ini turut mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan pelantar
pembelajaran digital dengan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu. Implikasi kajian ini
mencadangkan supaya pelaksanaan inovasi pelantar pembelajaran digital ini diteruskan namun perlu
usaha penambahbaikan supaya guru dapat meningkatkan tahap penggunaan inovasi tersebut sebagai
medium utama pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: Pelantar pembelajaran digital, Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE), tahap penggunaan,
sikap, faktor-faktor luaran, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

ABSTRACT

Innovation in Virtual Learning Environment (VLE) is growing rapidly as digital learning platform emerges
and widely used in the 21st century learning. This study aims to identify the use of digital learning
platform and attitudes among the Malay Language teachers in the primary school. Other aspects that
were studied are the external factors that become the challenges on the use of digital learning platform
in teaching and learning. This is a quantitative research as it is a survey design that used a set of
questionnaire based on the Technology Acceptance Model (TAM). 120 Malay Language teachers from
10 primary schools in Wilayah Persekutuan Putrajaya were chosen as sample based on simple random
sampling technique. Descriptive analysis was used to analyse the percentage, frequency, mean and
standard deviation and the inference analysis involves one-way ANOVA test. Findings show that the
use of digital learning platform among Malay Language teacher is low but the teachers have positive
attitudes toward the use of digital learning platform. The main external factors that has become the
challenges in using digital learning platform show moderate mean however time, facilities, funding and

parents’ support factor have the high mean. Based on the one-way ANOVA test analysis, this study
has null significant difference between the use of digital learning platforms and the teaching experience.
This study’s result aspires in the innovation in digital learning platform but there is need for improvement
so that the teachers can improve the innovation as the main medium in teaching and learning Malay
Language.

Keywords: Digital learning platform, Virtual Learning Environment (VLE), level of use, attitude, external
factors, teaching and learning Malay Language

PENGENALAN

Berdasarkan anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2012) mempunyai aspirasi untuk
memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam meningkatkan kualiti
pendidikan di Malaysia. Bagi mencapai aspirasi tersebut, para pendidik khususnya guru
Bahasa Melayu perlu bersedia menempuhi cabaran Revolusi Industri 4.0 dalam mendigitalkan
dunia pendidikan sebagai usaha meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam
kalangan murid. Para guru berperanan sebagai agen perubahan dalam membudayakan
pedagogi terkini yang lebih berfokus kepada persekitaran pembelajaran maya (VLE).
Penggunaan inovasi VLE merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Bahasa Melayu berasaskan TMK dan Internet yang boleh diguna pakai oleh guru-guru Bahasa
Melayu. Budaya mengintegrasikan elemen TMK pada setiap kesempatan dalam proses
pengajaran di bilik darjah mampu mempengaruhi minat dan keupayaan para guru untuk
mengubah amalan P&P sedia ada serta membawa amalan itu ke peringkat yang lebih
berkualiti.

Kelebihan inovasi VLE yang boleh dimanfaatkan dalam bidang pendidikan adalah dengan
kewujudan pelantar pembelajaran digital atau Digital Learning Platform (DLP). DLP adalah
satu sistem berasaskan web yang menyerupai dunia pendidikan sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dalam persekitaran maya. DLP juga
merupakan satu inovasi yang baharu dalam perisian, fungsian serta aplikasi Internet. Aplikasi
ini adalah satu bentuk transformasi daripada web berbentuk statik kepada web yang lebih
dinamik serta fleksibel. Aplikasi DLP merupakan teknologi baharu dalam dunia TMK ekoran
daripada transformasi dunia global. Jika sebelum ini masyarakat hanya menggunakan web
untuk mendapatkan maklumat semata-mata, tetapi dengan kewujudan DLP, komunikasi
manusia menjadi lebih luas, menyeluruh, pantas dan dijalankan secara dua hala. Dengan
kelebihan ini, pelantar pembelajaran seperti Frog VLE, Google Classroom dan Microsoft
Education mula diperkenalkan di sekolah-sekolah sebagai salah satu strategi PAK21.
Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi terkini seperti DLP yang semakin meluas

membolehkan guru dan murid berkongsi maklumat dan informasi berkaitan sesuatu topik
pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan.

PERNYATAAN MASALAH

Pelantar pembelajaran digital (DLP) merupakan satu pendekatan pembelajaran dalam talian
yang bersesuaian dengan sistem pendidikan kini yang amat mementingkan persekitaran
pembelajaran maya di dalam bilik darjah selari dengan Revolusi Digital. Selain itu,
penggunaan DLP ini dapat menarik minat murid untuk meningkatkan penguasaan dalam
Bahasa Melayu. Namun begitu, kajian mengenai pelantar pembelajaran digital dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu belum dijalankan secara meluas. Dalam
keghairahan KPM memperkenalkan DLP sebagai medium utama dalam P&P, Laporan Ketua
Audit Negara (2018) Siri 1 telah menjelaskan bahawa tahap penggunaan Inovasi VLE masih
tidak menyeluruh berdasarkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan penggunaan
pelantar Frog VLE yang rendah. Hal ini kerana terdapat beberapa kekangan yang memungkin
sebab guru tidak menerapkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digital dan
internet.

Perkara ini turut diutarakan dalam kajian Syarifah Puteh dan Kamarul Azman (2011) yang
menyatakan bahawa antara kekangan utama yang dihadapi oleh para guru dalam
penggunaan teknologi digital ialah guru kurang mahir menggunakan TMK disebabkan
kurangnya pendedahan tersebut melalui kursus, bengkel dan latihan, serta kurangnya
kemudahan TMK di sekolah. Hal ini disokong oleh Johari dan Siti Norazlina (2011) dalam
kajiannya mendapati tahap kemahiran guru dalam menggunakan TMK masih rendah dan para
guru lebih cenderung menggunakan TMK hanya terhad kepada penggunaan peribadi sahaja
dan bukan tujuan P&P. Kekangan ini akan mempengaruhi sikap guru dan tahap penggunaan
TMK dalam pengajaran guru di dalam bilik darjah. Kajian Vespanathan Supramaniyam (2014)
pula mendapati antara halangan penggunaan TMK dalam P&P guru adalah disebabkan faktor
masa, faktor sikap, faktor latihan dan faktor kemudahan.

Impak daripada kekangan-kekangan tersebut, hasil dapatan kajian-kajian lepas telah
menunjukkan tahap penerimaan dan penggunaan TMK belum mencapai tahap yang
memuaskan. Kajian Suzlina Baharuddin (2015) mendapati bahawa tahap penggunaan e-
Pembelajaran berasaskan Web 2.0 dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah menengah
berada pada tahap yang rendah, serta hasil kajian Shafiezul Shahaimi (2018) turut
menunjukkan tahap penggunaan aplikasi widget yang terdapat di dalam pelantar Frog VLE
berada pada tahap yang rendah. Begitu juga, kajian Azman Jais (2018) yang telah
membuktikan bahawa tahap penerimaan dan penggunaan inovasi VLE dalam kalangan guru

masih berada pada tahap sederhana dengan purata penggunaannya antara tiga hingga empat
kali dalam sebulan.

Tambahan pula, sejak Julai 2019 yang lepas pelantar Frog VLE bukan lagi pelantar
pembelajaran digital rasmi KPM kerana kontrak pelantar tersebut telah ditamatkan atas isu-
isu yang dihadapi oleh pihak KPM dan hal ini menyebabkan ramai guru mula tidak
menggunakannya lagi. Kekurangan dalam beberapa aspek yang diukur dalam kajian-kajian
lepas telah memberi kesan kepada dapatan yang kurang menyeluruh. Disebabkan itu
berdasarkan kepada kajian sedia ada berkaitan inovasi VLE ini, belum ada lagi kajian yang
menggunakan aplikasi DLP selain Frog VLE sebagai penilaian pengukuran kepada tahap
kekerapan penggunaan DLP dalam kalangan guru. Sehubungan itu, kajian terhadap tahap
penggunaan dan sikap guru terhadap pelantar pembelajaran digital alternatif masih relevan
untuk dilaksanakan. Hal ini supaya pengkaji boleh melihat sejauh mana tahap penggunaan
dan sikap guru terhadap pelantar pembelajaran digital ini selepas sahaja program Frog VLE
ditamatkan di seluruh sekolah di Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini berasaskan kepada beberapa objektif tertentu, antaranya:

1. Menentukan tahap penggunaan pelantar pembelajaran digital dalam kalangan guru
Bahasa Melayu.

2. Menentukan tahap sikap guru terhadap penggunaan pelantar pembelajaran digital
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

3. Mengenal pasti faktor-faktor luaran yang menghalang penggunaan pelantar
pembelajaran digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

4. Mengenal pasti perbezaan tahap penggunaan pelantar pembelajaran digital dengan
pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, soalan kajian yang boleh dibentuk ialah:

1. Apakah tahap penggunaan pelantar pembelajaran digital dalam kalangan guru Bahasa
Melayu?

2. Apakah tahap sikap guru terhadap penggunaan pelantar pembelajaran digital dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

3. Apakah faktor-faktor luaran yang menghalang penggunaan pelantar pembelajaran
digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan pelantar
pembelajaran digital dengan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu?

HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan soalan kajian keempat, kajian ini telah membina satu hipotesis kajian iaitu:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan pelantar
pembelajaran digital dengan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu.

METOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Reka bentuk kajian ini berbentuk tinjauan
menggunakan set soal selidik untuk mengumpul data. Kajian tinjauan ini digunakan untuk
mengenal pasti tahap penggunaan dan sikap guru terhadap penggunaan pelantar
pembelajaran digital (DLP) dalam pengajaran Bahasa Melayu. Faktor-faktor luaran yang
menghalang penggunaan DLP turut dikenal pasti menggunakan kaedah yang sama.

Dalam kajian yang dijalankan ini, populasi dan sampel ditentukan berpandukan jadual
penentu saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) dengan ralat lima peratus atau aras keyakinan
kajian sebanyak 95 peratus. Berdasarkan jadual penentu saiz sampel tersebut, jumlah saiz
sampel minimum yang diperlukan bagi populasi 170 orang adalah seramai 118 orang guru.
Oleh itu, responden sebenar yang digunakan dalam kajian ini pula adalah seramai 120 orang
guru Bahasa Melayu dari 10 buah sekolah kebangsaan yang terdapat di Wilayah Persekutuan
Putrajaya yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada satu set soal selidik
yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama ialah Bahagian A iaitu soalan-
soalan yang berkaitan dengan demografi responden. Bahagian B terbahagi kepada dua iaitu
tahap penggunaan pelantar pembelajaran digital dan tahap pengetahuan atau penggunaan
terhadap 16 buah aplikasi DLP. Bahagian C berkaitan tahap sikap guru dan Bahagian D
mengandungi soalan-soalan berkaitan faktor-faktor luaran yang menghalang penggunaan
pelantar pembelajaran digital dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kesemua item telah diuji
rintis untuk memperolehi kebolehpercayaan.

Tahap kesahan dan kebolehpercayaan item telah diuji menggunakan pekali Alpha
Cronbach. Nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah manakala nilai alpha 0.7 ke
atas dianggap baik. Hasil analisis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi
keseluruhan data kajian ini adalah tinggi iaitu 0.848. Oleh itu, pernyataan item boleh diterima
pakai dalam kalangan sampel kajian sebenar. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik

deskriptif dan inferensi dengan bantuan perisian Statistical Package for the Social Science
(SPSS) versi 26.0. Analisis deskriptif bertujuan mendapatkan data kekerapan, peratus, min
dan sisihan piawai bagi mengukur tahap penggunaan, tahap sikap serta faktor-faktor luaran
yang menghalang penggunaan pelantar pembelajaran digital dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Bacaan skor min bagi konstruk tahap penggunaan dan faktor-faktor luaran adalah
berpandukan interpretasi daripada Azman Jais (2018) sebagaimana yang dikemukakan dalam
Jadual 1 dan Jadual 2.

Jadual 1
Interpretasi skor min bagi tahap penggunaan pelantar pembelajaran digital

Skor Min Tahap Interpretasi Skor Min
1.00 - 2.33
Rendah Jarang-jarang menggunakan DLP dalam P&P
2.34 - 3.66
(kurang dua kali sebulan)
3.67 - 5.00
Sederhana Kadang-kadang menggunakan DLP dalam P&P

(antara tiga hingga empat kali sebulan)

Tinggi Kerap menggunakan DLP dalam P&P

(lebih daripada empat kali sebulan)

Sumber: Azman Jais (2018)

Jadual 2

Interpretasi skor min bagi faktor-faktor luaran yang menghalang penggunaan pelantar
pembelajaran digital

Skor Min Tahap Interpretasi Skor Min
1.00 - 2.33
2.34 - 3.66 Rendah Tidak menghalang penggunaan DLP dalam PdP
3.67 - 5.00
Sederhana Kurang menghalang penggunaan DLP dalam PdP

Tinggi Memberi kesan negatif terhadap penggunaan DLP

dalam PdP

Sumber: Azman Jais (2018)

Seterusnya, bacaan skor min bagi konstruk tahap sikap guru terhadap penggunaan pelantar
pembelajaran digital adalah berpandukan interpretasi yang dikemukakan oleh Noraini
Mohamad (2012) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 3
Interpretasi skor min bagi tahap sikap guru

Skor Min Tahap Interpretasi Skor Min
1.00 - 2.33
2.34 - 3.66 Negatif Menolak penggunaan pelantar pembelajaran digital
Kurang Pasti Mempunyai sikap berbelah bagi untuk menerima atau menolak
3.67 - 5.00
Positif penggunaan pelantar pembelajaran digital
Menerima penggunaan pelantar pembelajaran digital

Sumber: Noraini Mohamad (2012)

Akhir sekali, analisis inferensi dalam kajian ini bertujuan untuk mendapatkan perbandingan
min bagi menjawab soalan kajian berkaitan perbezaan tahap penggunaan dengan
pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu. Justeru, ujian ANOVA satu hala telah digunakan
untuk menguji perbezaan tersebut.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Penggunaan Pelantar Pembelajaran Digital dalam Pengajaran Guru
Bahasa Melayu

Jadual 4 menunjukkan skor min bagi kekerapan penggunaan pelantar pembelajaran digital
dalam pengajaran guru Bahasa Melayu dengan merujuk kepada skala pengukuran mengikut
Azman Jais (2018). Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian menunjukkan item yang mempunyai
min paling tinggi ialah item 6 iaitu “Saya menggunakan pelantar pembelajaran digital melalui
kuiz bagi menilai kefahaman murid di akhir pembelajaran” dengan min (µ=3.15), sisihan piawai
(SP=1.142) dan berada pada tahap yang sederhana. Seterusnya, bagi min yang terendah pula
adalah pada item 8 iaitu “Saya menggunakan pelantar pembelajaran digital semasa
menggantikan guru yang tiada” dengan min (µ=1.92) dan sisihan piawai (SP=0.967) pada
tahap yang rendah.

Secara keseluruhannya, skor min dan sisihan piawai bagi kekerapan penggunaan
pelantar pembelajaran digital dalam pengajaran guru Bahasa Melayu ialah (µ=2.30) dan
(SP=0.975) dengan skor interpretasi keseluruhan pada tahap rendah. Ini menunjukkan
penggunaan pelantar pembelajaran digital yang diperkenalkan di sekolah hanya jarang-jarang
sahaja digunakan oleh guru, yakni purata penggunaan antara satu hingga dua kali dalam
sebulan. Dengan ini menjelaskan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di WP Putrajaya lebih
banyak menggunakan kaedah pengajaran konvensional. Guru-guru ini tidak mengambil
langkah alternatif lain untuk menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelantar
pembelajaran digital. Oleh itu, setiap item dalam konstruk ini perlu diberikan lebih perhatian
agar tahap penggunaan pelantar pembelajaran digital dapat ditingkatkan.

Jadual 4

Min dan sisihan piawai kekerapan penggunaan pelantar pembelajaran digital dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu

Bil. Item Min SP Interpretasi

1 Saya menggunakan pelantar pembelajaran digital 2.15 1.018 Rendah

sepenuhnya dalam P&P.

2 Saya menggunakan pelantar pembelajaran digital dalam 2.70 1.164 Sederhana

penyediaan bahan bantu mengajar.

3 Saya menggunakan perbincangan (forum) dalam 2.25 1.015 Rendah
pelantar pembelajaran digital untuk membincangkan
sesuatu topik. 2.18 1.113 Rendah

4 Saya menggunakan pelantar pembelajaran digital untuk 2.29 1.056 Rendah
merancang aktiviti pemulihan.
3.15 1.412 Sederhana
5 Saya menggunakan pelantar pembelajaran digital untuk
merancang aktiviti pengayaan. 2.29 1.184 Rendah
1.92 0.967 Rendah
6 Saya menggunakan pelantar pembelajaran digital 1.98 0.991 Rendah
melalui kuiz bagi menilai kefahaman murid di akhir 2.30 0.975 Rendah
pembelajaran.

7 Saya menggunakan pelantar pembelajaran digital untuk
tajuk yang sukar difahami.

8 Saya menggunakan pelantar pembelajaran digital
semasa menggantikan guru yang tiada.

9 Saya menggunakan pelantar pembelajaran digital untuk
memberikan tugasan murid di rumah.

Keseluruhan

Bagi menyokong dapatan kajian ini, terdapat 16 buah aplikasi pelantar pembelajaran
digital yang disenaraikan untuk mengenal pasti aplikasi DLP yang paling banyak digunakan
selain platform Frog VLE dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Jadual 5 menunjukkan aplikasi
DLP yang mempunyai skor min paling tinggi ialah Google Classroom iaitu µ=2.68, SP=0.565
dan satu-satunya aplikasi pada tahap sederhana. Ini menunjukkan majoriti guru sudah tahu
tentang kewujudan aplikasi Google Classroom dan paling banyak digunakan dalam P&P. Hal
ini kerana Google Classroom merupakan opsyen pelantar pembelajaran alternatif yang
dicadangkan oleh KPM selepas Frog VLE tidak lagi diperkenalkan kepada guru-guru.
Daripada 16 buah aplikasi yang disenaraikan, terdapat dua aplikasi yang memperolehi skor
min paling rendah iaitu Otus dan Kiddom dengan min µ=1.12 dan sisihan piawai SP=0.322.
Oleh itu, dapat dilihat bahawa kewujudan kedua-dua aplikasi ini tidak disedari dalam kalangan
guru-guru Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa guru-guru Bahasa Melayu
mempunyai tahap penggunaan dan pengetahuan aplikasi pelantar pembelajaran digital yang
agak rendah. Dengan ini menunjukkan bahawa guru-guru ini kurang pengetahuan tentang
aplikasi pelantar pembelajaran digital selain yang dicadangkan oleh KPM. Jumlah skor min
bagi tahap ini ialah (µ=1.42) dan nilai sisihan piawai ialah (SP=0.367). Walau bagaimanapun,
aplikasi Google Classroom masih mendapat tempat dalam kalangan guru Bahasa Melayu di
WP Putrajaya semasa menggunakan pelantar pembelajaran digital walaupun penggunaannya
pada tahap sederhana. Sehubungan itu, guru-guru perlu banyak lagi meneroka pelbagai
aplikasi pelantar pembelajaran digital yang sesuai digunakan dalam P&P Bahasa Melayu.

Jadual 5

Min dan sisihan piawai tahap penggunaan dan pengetahuan aplikasi pelantar pembelajaran
digital

Bil. Item Min SP Interpretasi
1 Google Classroom
2 Schoology 2.68 0.565 Sederhana
3 Padlet
4 Plickers 1.60 0.715 Rendah
5 Microsoft 365
6 Microsoft Education 1.54 0.766 Rendah
7 Apple Classroom
8 Edmodo 1.50 0.674 Rendah
9 G-Suite
10 Socrative 1.48 0.698 Rendah
11 Moodle
12 Blackboard Learn 1.47 0.647 Rendah
13 Seesaw
14 Nearpod 1.39 0.523 Rendah
15 Otus
16 Kiddom 1.38 0.609 Rendah
Keseluruhan
1.37 0.517 Rendah

1.32 0.580 Rendah

1.30 0.495 Rendah

1.23 0.514 Rendah

1.15 0.423 Rendah

1.13 0.347 Rendah

1.12 0.322 Rendah

1.12 0.322 Rendah

1.42 0.367 Rendah

Tahap Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Penggunaan Pelantar
Pembelajaran Digital

Jadual 6 menunjukkan skor min bagi tahap sikap guru terhadap penggunaan pelantar
pembelajaran digital dengan merujuk kepada skala pengukuran mengikut Noraini Mohamad
(2012). Berdasarkan Jadual 6, julat min sikap terhadap penggunaan pelantar pembelajaran
digital adalah antara (µ=3.23) dan (µ=4.28) iaitu pada tahap positif. Terdapat tujuh daripada
sembilan item menunjukkan guru bersikap positif terhadap penggunaan pelantar
pembelajaran digital. Ini bermakna hanya dua item sahaja mendapati guru menunjukkan sikap
kurang pasti terhadap penggunaan pelantar pembelajaran digital dalam P&P iaitu item 8
“Pelantar pembelajaran digital dapat menggantikan buku teks di dalam bilik darjah” dan item
9 “Kemudahan dan fungsi yang ada dalam pelantar pembelajaran digital sesuai digunakan
untuk semua kemahiran Bahasa Melayu”.

Berdasarkan dapatan bagi item 8, jelaslah bahawa guru-guru Bahasa Melayu masih
bergantung dengan bantuan buku teks dalam sesi P&P. Hal ini kerana guru-guru ini kurang
yakin dengan keupayaan pelantar pembelajaran digital untuk mengambil alih peranan dan
fungsi bantuan buku teks di dalam bilik darjah. Bagi item 9 pula, dapatan ini menjelaskan
bahawa guru-guru kurang pasti sekiranya kesemua kemahiran dalam Bahasa Melayu sesuai
diajar dengan kemudahan yang terdapat dalam DLP. Hal ini kerana para guru mempunyai
kesukaran untuk mengajar murid-murid yang lemah terutamanya dalam aspek kemahiran

menulis karangan dengan bantuan DLP. Tambahan pula, latihan pemulihan bagi murid-murid
yang lemah memerlukan bahan yang lebih autentik.

Secara keseluruhannya, guru-guru Bahasa Melayu mempunyai sikap yang positif
terhadap penggunaan pelantar pembelajaran digital dalam P&P. Jumlah skor min bagi tahap
ini ialah (µ=3.84) dan nilai sisihan piawai ialah (SP=0.884). Ini menunjukkan bahawa guru-
guru berupaya menerima DLP sebagai salah satu medium pengajaran Bahasa Melayu.
Dapatan ini turut menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu ini amat yakin DLP ini dapat
memberikan kelebihan dalam membantu meningkatkan kualiti proses P&P mereka di sekolah.

Jadual 6

Min dan sisihan piawai tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan pelantar
pembelajaran digital

Bil. Item Min SP Interpretasi
1 Pelantar pembelajaran digital menyediakan ruang kepada
guru dan murid untuk berkongsi maklumat dan pendapat 4.28 0.698 Positif
tetapi mestilah digunakan dengan berhemah dan cara yang
betul. 4.07 0.753 Positif
2 Pelantar pembelajaran digital sangat baik untuk digunakan 3.82 0.809 Positif
sebagai alat perhubungan antara guru dengan murid. 3.90 0.782 Positif
3 Pelantar pembelajaran digital amat mudah dipelajari dan 3.85 0.763 Positif
saya berminat untuk mempelajari teknologi yang baharu. 3.98 0.739 Positif
4 Pengajaran Bahasa Melayu dengan bantuan pelantar
pembelajaran digital akan meningkatkan prestasi murid. 3.91 0.733 Positif
5 Pelantar pembelajaran digital amat membantu sesi
pengajaran saya. 3.60 0.911 Kurang Pasti
6 Pelantar pembelajaran digital merupakan bahan pengajaran 3.23 1.051 Kurang Pasti
dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan di
dalam bilik darjah. 3.84 0.544 Positif
7 Pelantar pembelajaran digital yang diperkenalkan kepada
saya dapat membaiki cara pengajaran saya serta
meningkatkan keupayaan murid untuk belajar berfikir.
8 Pelantar pembelajaran digital dapat menggantikan buku teks
di dalam bilik darjah.
9 Kemudahan dan fungsi yang ada dalam pelantar
pembelajaran digital sesuai digunakan untuk semua
kemahiran Bahasa Melayu.
Keseluruhan

Faktor-faktor Luaran yang Menghalang Penggunaan Pelantar Pembelajaran Digital
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Berdasarkan Jadual 7, julat min faktor-faktor luaran yang menghalang penggunaan pelantar
pembelajaran digital adalah antara (µ=2.50) dan (µ=4.28). Terdapat sebanyak enam daripada
10 item mempunyai nilai min pada tahap yang sederhana. Sementara empat item lagi
mendapat nilai min pada tahap yang tinggi iaitu item 1 (faktor masa), item 3 (faktor
kemudahan), item 4 (faktor pembiayaan) dan item 8 (faktor sokongan ibu bapa). Ini

menunjukkan keempat-empat item ini adalah faktor-faktor luaran yang menjadi kekangan
utama terhadap penggunaan pelantar pembelajaran digital dalam kalangan guru Bahasa
Melayu.

Merujuk item 1 “Masa tidak mencukupi” menunjukkan faktor luaran dari aspek masa
memberi kesan negatif terhadap penggunaan pelantar pembelajaran digital dalam kalangan
guru Bahasa Melayu. Hal ini berpunca daripada pelbagai komitmen yang dipegang oleh guru-
guru di sekolah menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan masa untuk mengakses
pelantar pembelajaran digital. Bagi item 3 pula “Kemudahan TMK di sekolah saya tidak
mencukupi” menunjukkan bahawa masih banyak sekolah yang tidak mempunyai kemudahan
TMK yang mencukupi untuk digunakan oleh warga sekolah. Jelaslah, aspek kelengkapan
infrakstruktur TMK ini merupakan faktor luaran yang amat mempengaruhi penggunaan
pelantar pembelajaran digital dalam kalangan guru-guru.

Sementara itu, item 4 “KPM tidak memberi peruntukan kewangan untuk membaik pulih
peralatan TMK yang digunakan untuk pelantar pembelajaran digital di sekolah” mencatatkan
skor min paling tinggi dengan nilai (µ=4.13) dan (SP=0.966). Ini menunjukkan bahawa faktor
luaran ini sangat mempengaruhi penggunaan DLP dalam kalangan guru Bahasa Melayu
berbanding faktor-faktor luaran yang lain. Hal ini kerana kemudahan TMK yang disediakan
oleh KPM seperti komputer riba, chromebook, troli dan projektor LCD sekiranya tidak
diselenggara akan menjejaskan penggunaan TMK dalam P&P. Seterusnya, item 8 iaitu “Ibu
bapa tidak mendorong anak-anak menggunakan pelantar pembelajaran digital”
memungkinkan bahawa golongan ibu bapa ini kurang mendapat pendedahan berkaitan
pelantar pembelajaran digital. Ini akan menyebabkan ibu bapa kurang mahir untuk mengakses
platform digital apatah lagi untuk menggalakkan anak-anak mereka menggunakannya di
rumah.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan faktor-faktor luaran yang
menghalang penggunaan pelantar pembelajaran digital dalam kalangan guru Bahasa Melayu
berada pada tahap sederhana. Jumlah skor min bagi tahap ini ialah (µ=3.31) dan nilai sisihan
piawai ialah (SP=0.631). Walau bagaimanapun, terdapat empat item menjadi faktor
penyumbang paling tinggi nilai min. Empat item tersebut merujuk kepada faktor masa, faktor
kemudahan, faktor pembiayaan dan faktor sokongan ibu bapa. Oleh itu, keempat-empat faktor
ini perlulah diberikan perhatian agar dapat diatasi dengan baik supaya tahap penggunaan
pelantar pembelajaran digital dalam kalangan guru dapat ditingkatkan.

Jadual 7

Min dan sisihan piawai faktor-faktor luaran yang menghalang penggunaan pelantar
pembelajaran digital

Bil. Item Min SP Interpretasi
1 Masa yang tidak mencukupi. 3.72
2 Guru tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam 3.22 1.139 Tinggi
TMK. 3.78
3 Kemudahan TMK di sekolah saya tidak mencukupi. 4.13 1.168 Sederhana
4 KPM tidak memberi peruntukan kewangan untuk membaik
pulih peralatan TMK yang digunakan untuk pelantar 3.30 1.175 Tinggi
pembelajaran digital di sekolah saya. 0.966 Tinggi
5 Saya tidak mendapat latihan, kursus dalaman dan bengkel 2.50
berkaitan pelantar pembelajaran digital daripada KPM/ BTP/ 1.227 Sederhana
PKG atau pihak sekolah. 2.59
6 Saya tidak mendapat sokongan daripada pihak pentabiran 1.004 Sederhana
sekolah untuk menjalankan sebarang aktiviti pembelajaran 3.67
digital di sekolah. 3.02 1.041 Sederhana
7 Saya tidak mendapat kerjasama daripada rakan sekerja 3.23
apabila saya menjalankan sebarang aktiviti pembelajaran 1.007 Tinggi
digital di sekolah. 3.31
8 Ibu bapa tidak mendorong anak-anak menggunakan pelantar 0.889 Sederhana
pembelajaran digital.
9 Murid-murid tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran 1.080 Sederhana
TMK.
10 Murid-murid tidak memberikan kerjasama dalam aktiviti 0.631 Sederhana
pembelajaran digital yang saya kendalikan sama ada di bilik
darjah atau di luar bilik darjah.
Keseluruhan

Perbezaan Tahap Penggunaan Pelantar Pembelajaran Digital dengan
Pengalaman Mengajar Guru Bahasa Melayu

Berdasarkan Jadual 8, skor min menunjukkan guru yang mempunyai pengalaman mengajar 3
tahun ke bawah memiliki tahap penggunaan pelantar pembelajaran digital yang tertinggi
(min=2.40, SP=1.118), diikuti oleh guru yang mempunyai pengalaman mengajar antara 4
hingga 9 tahun (min=2.23, SP=1.020) dan guru yang mempunyai pengalaman mengajar 15
tahun ke atas (min=2.22, SP=0.917). Manakala guru yang mempunyai pengalaman mengajar
antara 10 hingga 14 tahun memiliki tahap penggunaan DLP yang paling rendah berbanding
dengan kumpulan lain (min=2.10, sisihan piawai=0.932).

Walau bagaimanapun, keputusan analisis Anova Satu Hala mendapati tiada perbezaan
skor min tahap penggunaan pelantar pembelajaran digital berdasarkan pengalaman mengajar
guru dengan nilai F=0.416 dan tahap signifikan p=0.742. Hasil menunjukkan aras signifikan
0.742 adalah lebih besar daripada nilai signifikan pada 0.05 (p>0.05). Keputusan ini
menunjukkan hipotesis kajian diterima, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
tahap penggunaan pelantar pembelajaran digital dengan pengalaman mengajar guru Bahasa
Melayu. Hal ini memberi gambaran bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai tahap

penggunaan DLP yang hampir sama dan tidak mempunyai perbezaan berdasarkan tempoh
pengalaman mengajar mereka.

Jadual 8

Keputusan ujian ANOVA satu hala bagi perbezaan tahap penggunaan pelantar pembelajaran
digital dengan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu

Pengalaman Mengajar N Min SP Darjah Nilai F Sig.

3 tahun ke bawah (novis) Kebebasan (p)
4 hingga 9 tahun (cekap)
10 hingga 14 tahun (mahir) (df)
15 tahun ke atas (pakar)
21 2.40 1.118
Jumlah
25 2.23 1.020
Antara kumpulan
Dalam kumpulan 39 2.10 0.932
*p>0.05
35 2.22 0.917

120 2.22 0.973

3 0.416 0.742*
116

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kajian ini menunjukkan tahap penggunaan
pelantar pembelajaran digital dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan
Wilayah Persekutuan Putrajaya berada pada tahap rendah. Di samping itu, turut didapati juga
tiada perbezaan yang signifikan tahap penggunaan tersebut berdasarkan pengalaman
mengajar guru. Namun, kajian ini juga masih menunjukkan guru-guru ini dapat menerima
penggunaan DLP dalam pengajaran mereka kerana para guru mempunyai sikap yang positif
terhadap pelantar pembelajaran digital. Tahap penggunaan DLP yang rendah ini mungkin
disebabkan kekangan daripada faktor-faktor luaran yang dikaji, iaitu faktor masa, faktor
pembiayaan, faktor kemudahan dan faktor sokongan ibu bapa.

Secara keseluruhannya, dapatan mengenai tahap penggunaan DLP yang rendah ini telah
menyokong kajian-kajian lepas seperti kajian Ummu Salma Mohiddin dan Fariza Khalid
(2014), Shahfiezul Shahaimi (2018) dan Freda Mit Senin (2019) yang turut mendapati
penggunaan pelantar Frog VLE dalam kalangan guru pada tahap yang rendah. Selain itu, hasil
kajian ini telah memberi beberapa implikasi penting dan bermakna kepada pihak
berkepentingan seperti KPM dan khususnya kepada guru-guru Bahasa Melayu sebagai
pemegang taruh dalam meningkatkan penggunaan pelantar pembelajaran digital dalam P&P
secara berterusan. Dengan itu, hasil kajian dapat memberikan justifikasi bahawa kajian ini
telah memberi nilai tambah kepada kajian-kajian sedia ada dan berupaya merapatkan jurang
antara penyelidikan.

Dari aspek pengetahuan, kajian ini berupaya memberi pengetahuan yang jelas kepada
guru tentang aplikasi dan kelebihan pelantar pembelajaran digital itu sendiri. Kajian ini telah
menyenaraikan sebanyak 16 buah aplikasi DLP yang mungkin digunakan oleh guru dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Walaupun dapatan kajian mendapati Google Classroom paling
banyak digunakan dalam kalangan guru, secara tidak langsung kajian ini memberi
pengetahuan kepada guru tentang pelbagai pilihan aplikasi DLP yang boleh diterokai oleh
mereka. Antaranya ialah Apple Classroom, Schoology, Microsoft Education, Edmodo dan
sebagainya. Dengan itu, guru berupaya memahami fungsi-fungsi yang terdapat pada setiap
aplikasi untuk digunakan dalam pengajaran mereka. Pengetahuan ini sangat penting untuk
menyedarkan para guru supaya tidak terlalu bergantung kepada platform yang disediakan oleh
KPM, di samping merangsang motivasi guru untuk menggunakan DLP secara rela dan bukan
disebabkan arahan KPM semata-mata. Dengan itu, guru boleh mempelbagaikan kaedah,
teknik dan bahan pengajaran yang berkesan dengan berbantukan DLP untuk meningkatkan
penglibatan murid dalam pembelajaran secara maya.

Malahan, hasil kajian ini dapat memberi maklumat secara deskriptif kepada KPM
mengenai cabaran yang dilalui oleh guru sekolah rendah di Putrajaya yang menyebabkan
tahap penggunaan DLP masih rendah hingga hari ini. Jika dilihat semula perbandingan
dapatan kajian ini dengan kajian-kajian lepas dalam beberapa tahun kebelakangan ini, faktor-
faktor yang mempengaruhi guru untuk menggunakan DLP ini masih disebabkan masalah yang
sama iaitu masalah kemudahan infrakstruktur yang sangat berkait rapat dengan peranan pihak
KPM itu sendiri. KPM perlu menyedari bahawa hakikatnya kemudahan sedia ada tidak dapat
menampung penggunaannya kepada semua guru di setiap sekolah dan perkara ini masih
menjadi cabaran kepada setiap guru. Dengan hasil kajian ini pihak KPM berupaya merancang
mekanisme yang lebih berkesan untuk menangani masalah tersebut supaya usaha para guru
dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran maya di bilik darjah dapat berjalan dengan
lancar.

Sebagai cadangan kepada kajian lanjutan, pengkaji akan datang disarankan untuk
melakukan pembaharuan dalam kajian ini dengan cara menggunakan pendekatan
multimetodologi iaitu gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Hal ini disebabkan belum
ada kajian menggunakan pendekatan campuran (mix method) bagi menentukan tahap
penerimaan dan penggunaan DLP ini dalam kalangan guru. Dengan pendekatan ini, Creswell
(2014) berpendapat bahawa pengkaji akan mendapat pandangan yang lebih jelas, lengkap
dan tepat daripada responden. Kepelbagaian kaedah seperti ini memberi peluang kepada
pengkaji untuk melihat persamaan dan perbezaan maklumat yang diperolehi dalam kajian
yang dijalankan. Di samping itu, kajian akan datang boleh mengkaji guru-guru Bahasa Melayu
yang terdapat di semua jenis sekolah termasuklah SK, SJKC dan SJKT sebagai sampel kajian.

Dengan itu, perbandingan pelaksanaan DLP di tiga jenis sekolah ini dapat dilihat dengan lebih

jelas. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut pastinya mempunyai perbezaan persekitaran dan

budaya dalam mengamalkan DLP dalam P&P.

RUJUKAN

Azman Jais. (2018). Penerimaan dan Penggunaan Inovasi Persekitaran Pembelajaran
Maya (VLE) dalam Kalangan Guru. (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Creswell, J.W. (2014). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. Prentice Hall.

Freda Mit Senin (2018). Persepsi Guru Novis terhadap Penggunaan Frog VLE Berbantukan
Frog Appliance dalam PdPc. (Tesis Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan). Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Johari Hassan dan Siti Norazlina Kamisan. (2011). Halangan terhadap Penggunaan Komputer
Dan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Kalangan Guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan Luar Bandar Di Daerah Kulai Jaya, Johor. (Tesis Sarjana
Pendidikan tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2015. Percetakan Nasional Berhad.

Laporan Ketua Audit Negara. (2018) Siri 1. Kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia
Perkhidmatan 1BestariNet. Kementerian Kewangan Malaysia.

Nor’Ain Nanyan. (2019). Penerimaan e-Pembelajaran Web 2.0 dalam Kalangan Kolej
Universiti Swasta. (Tesis Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Noraini Mohamad Noh. (2012). Kesediaan Penerimaan Inovasi Eduwebtv dalam Kalangan
Guru Perpustakaan Media di Sekolah-sekolah Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Norhiza Fadila, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2016). Kompetensi,
Sikap dan Penggunaan Aplikasi Web 2.0 sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan
Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 6 (2): 52-58.

Shahfiezul Shahaimi. (2018). Pengaruh Faktor Persekitaran Luaran, Persekitaran Dalaman
dan Atribut Inovasi VLEFROG ke Atas Tahap Penggunaan dalam Kalangan Guru. (Tesis
Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid
Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 36 (1): 25-34.

Suzlina Hilwani Baharuddin. (2015). Tahap Penggunaan Web 2.0 dalam Kalangan Guru
Bahasa Melayu. (Tesis Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid. (2014). Tahap Pengetahuan Guru Sekolah Rendah
dalam Penggunaan VLE FROG untuk Pengajaran dan Pembelajaran. The 4th
International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014).

Vespanathan Supramaniyam. (2014). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah
Luar Bandar Negeri Johor. (Tesis Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan). Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.

Zahri Ramlan. (2017). Reka Bentuk Modul Latihan Perkembangan Profesional dalam
Persekitaran Pembelajaran Maya. (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Universiti
Malaya.

TAHAP KESEDIAAN DAN TAHAP PENGGUNAAN APLIKASI KAHOOT DALAM PDP
BAHASA MELAYU MURID TAHUN 5

Celinea Lasan PhD
[email protected]

Linda Rajun
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan dan tahap penggunaan aplikasi Kahoot dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu Murid Tahun 5. Model yang digunakan
dalam kajian ini ialah Model Penerimaan Teknologi (TAM) (1989) dan Model ADDIE. Kajian ini
merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 108
orang murid Darjah 5 di sebuah sekolah Zon Bangsar. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik.
Data yang diperoleh dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan SPSS bagi mendapatkan
kekerapan dan peratusan. Berdasarkan dapatan kajian, PdP yang menggunakan aplikasi Kahoot telah
berjaya mewujudkan pembelajaran interaktif yang berpusatkan murid secara aktif yang melibatkan
hubungan antara pemikiran aktif murid dengan isi kandungan pelajaran. Kahoot merupakan media
pembelajaran interaktif berbentuk soalan kuiz dalam talian dengan aturan masa menjawab soalan yang
telah ditetapkan mendorong murid untuk memberikan tumpuan sepenuhnya semasa PdP sekali gus
menjadikan murid terlibat aktif dalam kelas. Suasana ini menjadikan PdP lebih menarik kerana
wujudnya persaingan antara murid untuk mendapat skor paling tinggi, lebih-lebih lagi apabila murid
dapat melihat paparan skor masing-masing pada skrin projektor di akhir setiap soalan. Hasil soal selidik,
murid menyatakan bahawa penggunaan aplikasi Kahoot sebagai aktiviti pengukuhan memberi impak
yang positif dan mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada murid berkaitan isi kandungan pelajaran
yang telah diajarkan pada waktu tersebut. Hasilnya, penggunaan aplikasi Kahoot yang berbentuk kuiz
dalam talian ini didapati berjaya meningkatkan prestasi markah penilaian pentaksiran ujian murid sejajar
dengan matlamat pembelajaran abad ke-21.
Kata kunci: Kahoot, pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Melayu

ABSTRACT
This study evaluates the level of readiness and the usage of Kahoot application among grades 5
students on teaching and learning of the Malay Language. This study use Technology Acceptance
Model (TAM) and ADDIE Model. Quantitative approach that is the survey method was used in this study
involving 108 students in grades 5 from Bangsar Zone school. Questionnaire was used as a medium to
collect data from the students. The data obtained were analyzed statistically descriptive using SPSS to
calculate the frequency and percentage. Based on the data, it indicates that the use of Kahoot
application in teaching and learning was able to create an interactive student-centered learning that
involves the interaction between student’s active thinking and content of lessons. Kahoot is an
interactive learning medium online-based quiz with predetermined time to answer a question that can
encourage students to actively participate and focus during the learning session. This situation makes
teaching and learning more interesting as the students compete with each other to get the highest score
as they saw their score projected on screen at the end of each question. From the questionnaire,
students stated that Kahoot positively affected them and has strengthened their knowledge related to
the lesson at that time. As a result, quiz-based Kahoot application has successfully improved their
performance in student achievement assessment, which is, align with the learning goal of 21st century.
Key words: Kahoot, teaching and learning, Malay Language

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Yang merupakan hala tuju pendidikan Malaysia dari

prasekolah hingga lepasan menengah. Terdapat 11 anjakan transformasi yang diperkenalkan
oleh KPM melalui pelancaran PPPM 2013-2025 termasuklah anjakan ketujuh iaitu,
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Anjakan ini
menggalakkan penggunaan ICT secara maksimum bagi pembelajaran jarak jauh dan
menambahkan bahan media guru terbaik dalam menyampaikan subjek teras melalui
perkongsian kandungan dalam talian. Oleh itu, KPM menggalakkan guru-guru untuk
menggunakan medium ICT dalam menyampaikan ilmu kepada murid bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di Malaysia. Abdul Rasid, Nurul Nadiah dan Shamsudin (2016) juga
menyokong penggunaan TMK adalah antara kaedah pengajaran yang dapat menarik minat
murid untuk belajar, sekali gus meningkatkan pencapaian murid.

Pelaksanaan ICT dalam pendidikan bermula pada tahun 1997 semasa pelancaran
Aplikasi Perdana Sekolah Bestari oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia
ketika itu (Nur Amnina, 2017). ICT dilihat berpotensi menjadi medium PdP yang dapat
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Maka dengan itu, guru telah diamanahkan
untuk mengajar dan menggunakan ICT sebagai medium pengajaran yang berkesan. Azhar
(2015) menyatakan bahawa guru memberi impak yang sangat besar dalam keberkesanan
sesebuah organisasi. Maka dengan itu, guru cemerlang sangat diperlukan dalam menentukan
kemenjadian modal insan kerana guru cemerlang sudah tentu memiliki pengetahuan yang luas
tentang kurikulum pengajaran dan kaedah yang sesuai digunakan untuk penyampaian ilmu
tersebut (Kamarul Azmi dan Ab. Halim, 2007).

Pada era globalisasi ini, ICT bukan lagi perkara yang asing kepada masyarakat di
seluruh dunia. Malahan, gajet seperti telefon pintar, komputer riba dan aplikasi-aplikasi atas
talian menjadi keperluan bagi setiap individu. Dalam bidang pendidikan khususnya, ICT
menjadi medium penting untuk mencari maklumat tambahan, pembelajaran jarak jauh,
pembelajaran dalam talian dan banyak lagi. Dalam PdP Bahasa Melayu di sekolah rendah
khususnya, penggunaan ICT seperti aplikasi Kahoot, Google Classroom dan banyak lagi
menjadi penyuntik semangat kepada murid untuk belajar. Selain itu, murid akan bermotivasi
menjawab soalan apabila melibatkan penggunaan ICT.

Walau bagaimanapun, Harlina, Zubaidah dan Ainee (2017); dan Jemima, Melor dan
Jamaluddin (2017) mendapati bahawa masih ada guru yang menggunakan teknik pengajaran
tradisional berbentuk syarahan menyebabkan murid tidak dapat menumpukan perhatian
kepada sesi pembelajaran. Selain itu, kajian Muhammad Saiful, Shahrizal dan Muhammad
Luqman (2019) menyatakan bahawa tempoh pembelajaran yang panjang menyebabkan
kebosanan kepada pelajar dan penggunaan aplikasi Kahoot berjaya mengatasi masalah
tersebut. Hal ini kerana pengajaran berbentuk syarahan agak membosankan lebih-lebih lagi
apabila penyampai menggunakan nada suara yang sama. Hasrat KPM untuk meningkatkan
kualiti pendidikan dengan memanfaatkan ICT sukar dicapai jika guru-guru tidak menguasai

kemahiran ICT. Hasil kajian Iwamoto, Hargis, dan Vuong (2017) mendapati bahawa
pembelajaran menggunakan Kahoot berjaya memperbaiki skor peperiksaan murid. Wajarlah
guru menggunakan aplikasi Kahoot dalam PdP, khususnya Bahasa Melayu untuk
meningkatkan skor murid sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan.

Carolyn dan Julia (2017) menyatakan bahawa 100% pelajar bersetuju bahawa
penggunaan aplikasi Kahoot menjadikan kelas lebih interaktif dan menarik. Sejajar dengan
itu, Singer (2016) turut menyatakan bahawa kira-kira 20 juta pengguna aplikasi Kahoot setakat
Mei 2016. Keadaan ini menunjukkan keberkesanan penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP
yang berjaya menarik perhatian pengajar dan pelajar untuk menggunakannya dalam PdP.
Kapuler (2015) juga menyenaraikan Kahoot sebagai satu daripada 100 aplikasi dalam talian
yang digunakan di dalam kelas dan berada pada nombor 36 dalam senarai aplikasi yang
dikatakan berkesan untuk mengajar dan menilai pelajar di dalam kelas. Sementara itu, Nailul
dan Zaleha (2017) menyatakan bahawa penggunaan aplikasi Kahoot berjaya memupuk
budaya belajar di samping memperkasakan pengajaran abad ke-21.

Kajian-kajian di atas menyatakan pengajaran tradisional berbentuk syarahan
membosankan dan tidak dapat menarik minat murid untuk belajar. Namun demikian,
penggunaan aplikasi Kahoot di dalam kelas memberikan impak positif kepada prestasi murid.
Hal ini kerana aplikasi Kahoot menyediakan ciri-ciri pembelajaran yang santai dan berbentuk
permainan. Ciri-ciri ini berjaya menarik perhatian murid untuk belajar. Walau bagaimanapun,
masih kurang kajian tentang tahap kesediaan dan penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP
Bahasa Melayu murid Tahun Lima. Tegasnya, kajian kajian tentang tahap kesediaan dan
penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP Bahasa Melayu murid Tahun Lima perlu dilaksanakan
untuk memberi maklumat kepada KPM dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di
Malaysia.

Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan penggunaan
aplikasi Kahoot dalam PdP Bahasa Melayu murid Tahun 5, dan mengenal pasti tahap
penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP Bahasa Melayu murid Tahun 5. Soalan kajian ini
“1.Apakah tahap kesediaan terhadap penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP Bahasa Melayu
murid Tahun 5?” dan “Apakah tahap penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP Bahasa Melayu
murid Tahun 5?”

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Babbie
(2001) dan Neuman (2011), berpendapat kaedah tinjauan yang digunakan dapat memberikan
gambaran yang tepat berkaitan nilai, tingkah laku dan kepercayaan komuniti. Kaedah ini
digunakan kerana ia dapat menerangkan keadaan semasa yang merupakan satu situasi
seperti mana yang ternyata berlaku di sekolah sebagai subjek kajian, mengambil data dalam
satu masa tertentu serta ia dapat memberi penjelasan yang menyeluruh dan tepat tentang

sesuatu persoalan yang dikaji (Leedy dan Ormrod, 2001). Briggs, Coleman dan Morrison

(2012) menjelaskan bahawa kajian tinjauan merupakan salah satu cara yang mudah untuk

mengumpul data, mudah untuk menggeneralisasikan dapatan dan tidak boleh dipersoalkan

nilainya kerana kajian yang dilakukan menggunakan persekitaran yang sebenar. Justeru

pengkaji menggunakan reka bentuk ini kerana ia lebih sesuai berbanding dengan reka bentuk

kajian yang lain seperti temu bual, pemerhatian dan sebagainya.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1

Analisis Item Nombor 1 hingga 10

Bil Item Min SP Tahap
Sederhana Tinggi
1. Saya ada komputer riba di rumah. 3.60 1.713
Tinggi
2. Saya ada telefon bimbit di rumah. 4.50 1.089 Tinggi
Tinggi
3. Saya ada capaian internet di rumah. 4.28 1.331 Tinggi
Tinggi
4. Saya tahu menggunakan komputer riba. 4.29 1.128 Sederhana Tinggi
Tinggi
5. Saya tahu menggunakan telefon bimbit. 4.68 .884
Tinggi
6. Saya tahu menggunakan internet. 4.58 .887
Tinggi
7. Saya tahu kewujudan aplikasi Kahoot. 3.90 1.401

8. Saya tahu menggunakan aplikasi Kahoot. 4.27 1.212

9. Saya tahu penggunaan aplikasi Kahoot 4.19 1.241
memerlukan capaian internet.

10. Saya pernah menggunakan aplikasi Kahoot 4.69 .779
semasa belajar di sekolah.

Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid di sebuah sekolah di Zon

Bangsar bersedia menggunakan aplikasi Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu pada tahap tinggi. Sebahagian besar murid memiliki peranti untuk mengakses

permainan aplikasi Kahoot dan menguasai kemahiran menggunakan peranti tersebut untuk

meneroka pembelajaran alam maya. Namun demikian, item nombor 1 dan 7 perlu diberikan

perhatian. Jika dibandingkan, min bagi item nombor 1 dan 7 lebih rendah berbanding item lain.

Perbezaan ini disebabkan oleh latar belakang keluarga murid.

Jadual 2 Min SP Tahap
Analisis Item Nombor 11 hingga 20 4.84 .583 Tinggi

Bil Item

11. Saya seronok belajar menggunakan Kahoot.

12. Saya suka belajar Bahasa Melayu menggunakan 4.65 .740 Tinggi
Kahoot. .953 Tinggi
.826 Tinggi
13. Saya cepat mengingat apabila belajar 4.37 .712 Tinggi
menggunakan Kahoot. .740 Tinggi
.756 Tinggi
14. Saya cepat faham apabila belajar menggunakan 4.47 .996 Tinggi
Kahoot. 1.085 Sederhana

15. Saya tidak mengantuk apabila belajar 4.75
menggunakan Kahoot.

16. Saya suka belajar apabila guru menggunakan 4.78
Kahoot.

17. Saya tidak sabar belajar Bahasa Melayu 4.77
menggunakan Kahoot.

18. Saya mudah menjawab soalan apabila belajar 4.42
menggunakan Kahoot.

19. Saya mendapat markah yang tinggi apabila 3.96

menjawab soalan menggunakan Kahoot. .721 Tinggi
20. Saya dapat belajar bersama rakan apabila 4.72 Tinggi

menggunakan Kahoot.

Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid di sebuah sekolah Zon
Bangsar menggunakan aplikasi Kahoot dalam PdP berada pada tahap tinggi. Murid suka
menggunakan aplikasi Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Namun,
item nombor 19 perlu diberi perhatian. Jika dibandingkan, skor min item nombor 19 lebih
rendah berbanding item 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 20. Perbezaan tahap ini disebabkan
oleh pengalaman dan pengetahuan sedia ada pada seseorang individu.

RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan tahap penggunaan aplikasi
Kahoot dalam PdP Bahasa Melayu murid Tahun 5 berada pada tahap tinggi. Hal ini
dipengaruhi oleh latar belakang murid dan kepuasan yang diperoleh melalui penggunaan
aplikasi Kahoot. Pemilikan peranti mudah alih mempengaruhi peningkatan tahap kesediaan
murid dalam mengaplikasikan Kahoot dalam PdP Bahasa Melayu. Selain itu, Muhd Al-Aarifin
dan Jamilah (2017) menyatakan bahawa Kahoot merupakan satu aplikasi yang memuatkan
kuiz berbentuk permainan dan interaktif yang memberikan motivasi kepada murid untuk
terlibat aktif dalam pembelajaran. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan pencapaian dan
penguasaan murid terhadap kandungan yang diajarkan oleh guru.

Kajian berkaitan kesediaan penggunaan aplikasi Kahoot masih sedikit dan dapatan
kajian ini hampir sama dengan kajian lepas yang pernah dijalankan oleh Muhammad Saiful,
Shahrizal dan Muhammad Luqman (2019) dalam bahasa Arab. Kajian ini telah mengkaji
kesediaan pelajar terhadap penggunaan aplikasi Kahoot dalam pembelajaran bahasa Arab.
Masih sedikit kajian berkaitan kesediaan penggunaan aplikasi Kahoot dijalankan. Oleh itu,
kajian ini lebih berfokus kepada tahap kesediaan terhadap penggunaan aplikasi Kahoot dalam
PdP Bahasa Melayu murid Tahun 5. Dapatan kajian ini dapat menyebarluaskan lagi konteks
penggunaan aplikasi Kahoot dalam sistem pendidikan.

Sementara itu, kajian berkaitan penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP pernah
dijalankan oleh Rosmawati dan Juhari (2015); Jemima, Melor dan Jamaluddian (2017) dalam
bahasa Inggeris. Manakala, Muhammad Saiful, Shahrizal dan Muhammad Luqman (2019)
dalam bahasa Arab, Nurul Ain, Razzatul dan Norazila (2018) dalam Modul Prinsip Perakaunan
dan Sains dalam kalangan pelajar kolej, Ismail dan Mohammad (2017) dalam Perubatan,
Harlina Ishak (2017) dalam Pengajaran Abad ke-21. Namun, masih belum ada yang meninjau
penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP bahasa Melyu. Maka dengan itu, kajian ini dapat
mengisi kelompongan dalam kajian berkaitan penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP.

Implikasinya, kajian ini berupaya memberi pengetahuan yang jelas kepada guru

tentang penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP dan mendorong para guru supaya

mempraktikkan penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP berlandaskan Model ADDIE. Bukan

itu sahaja, kajian ini sebenarnya membuka peluang penyelidikan Model Penerimaan Teknologi

dalam bidang Bahasa Melayu. Sebagai cadangan, pengkaji boleh mengkaji keberkesanan

penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP Bahasa Melayu menggunakan pendekatan kualitatif

ataupun gabungan.

Kesimpulannya, tahap kesediaan dan tahap penggunaan aplikasi Kahoot dalam PdP

Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini dilihat sebagai nilai tambah dalam

bidang bahasa Melayu. Hal ini kerana kajian lepas banyak dijalankan ke atas bahasa asing

dan mata pelajaran lain. Tinjauan ini memberi impak kepada pengajaran Bahasa Melayu.

Tuntasnya, guru harus membekalkan diri dengan pelbagai kemahiran termasuk kemahiran

teknologi agar dapat melaksanakan PdP berbantukan TMK. Berdasarkan dapatan kajian ini,

guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain disarankan untuk meningkatkan pengetahuan,

kemahiran dan amalan pengaplikasian TMK dalam meningkatkan kualiti pendidikan murid.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2016) Pengaplikasian teknik
didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 41 (1), 39-45.

Azhar Wahid. (2015). Kesepaduan Pendidikan Modal Insan Dalam Organisasi Pendidikan.
Jurnal Peradaban Melayu 10, 33-41.

Babbie, E. (2001). The practice of social research (9th Ed.). Belmont: Wadsworth.
Briggs, A. R. J., Coleman, M. & Morrison, M. (2012). Research Methods in Educational

Leadership dan Management. California: SAGE Publications Ltd.
Carolyn, M. Plump & Julia LaRosa. (2017). Uding Kahoot in the classroom to create

engagement and active learning: A game-based technology solution for e-learning
novices. Jurnal SAGE, 1 – 8.
Harlina Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad. (2017). Pembelajaran Interaktif Berasaskan
Aplikasi Kahoot dalam Pengajaran Abad Ke-21. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau
Ke-VIII 2017.
Iwamoto, D. H., Hargis, J., Taitano, E. J. & Vuong, K. (2017). Analyzing the Efficacy of the
Testing Effect Using Kahoot™ On Student Performance. Turkish Online Journal of
Distance Education. https://bit.ly/2QHRPtN
Jemima Tivaraju, Melor Md Yunus & Jamaluddin Badusah. (2017). Learning English is Fun via
Kahoot: Students’ Atitude, Motivation and Perception. https://bit.ly/39K0wdY
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Guru Cemerlang dalam Sekolah Berkesan.
Seminar Pendidikan Kebangsaan Hala tuju dan Masa Depan Pendidikan Negara di
Auditorium Pendidikan Fakulti Universiti Malaya pada 22-23 Ogos 2007.
Leedy, P. & Ormrod, J. (2001) Practical Research: Planning and Design (7th Edition).
California: Merrill Prentice Hall and SAGE Publications.
Muhd Al-Aarifin smail & Jamilah Mohammad. (2017). Kahoot: A Promising Tool for Formative
Assessment in Medical Education. Education in Medicine Journal, 9(2), 19–26.
Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Shahrizal Mahpol & Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd
Saad. (2019). Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi Kahoot! dalam
Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal of Language, Communication, and Humanities 2(2),
35 – 50.
Nailul Azmi Ismail & Zaleha Ahmad. (2017). Keberkesanan Penggunaan Quizlet dan Kahoot

it dalam Memperkasakan pengajaran guru dan memperkaya pembelajaran murid.
Proceeding of the 5th Global Summit on Education 2017.
Neuman, W. L. (2011). Social research methods, qualitative and quantitative approaches (3rd
ed.). Boston: Allyn and Bacon.
Nur Amnina Binti Abdullah, 2017). Program Pelaksanaan Digital Competency Standards
(DCS) 2017 Bersama SK Lawang.
http://kglawang.pimaxis.my/aktiviti/2017/DCS2017.html
Nurul Ain Binti Azmi, Razzatul Iza Zurita Binti Rasalli & Norazila Binti Aniah. (2018).
Penggunaan Aplikasi Kahoot Dalam Pembelajaran Modul Teori Di Kolej Komuniti Ledang
Johor. International Conference on Education, Islamic Studies dan Social Sciences
Research (Iceisr 2018).
Singer, N. (2016). Kahoot App Bring Urgency of a Quiz Show to the Classroom. The New York
Times.

KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU MELAKSANAKAN TEKNIK MAIN

PERANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Celinea Lasan PhD
[email protected]

Marshel Peterus
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji tahap kesediaan guru Bahasa Melayu Melaksanakan Teknik Main Peranan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini menggunakan satu instrumen kajian iaitu soal
selidik. Dalam kajian ini, sampel yang terlibat merupakan 60 orang guru Bahasa Melayu di 4 buah
sekolah rendah sekitar Cheras, Kuala Lumpur. Berdasarkan dapatan kajian, tahap kesediaan guru yang
berpengalaman mengajar dari aspek pengetahuan berada pada tahap yang tinggi manakala guru yang
kurang berpengalaman mengajar berada pada tahap yang sederhana tinggi. Namun begitu, dari aspek
minat tahap kesediaan guru yang berpengalaman ataupun guru yang kurang berpengalaman berada
pada tahap sederhana tinggi. Implikasinya kajian ini dapat mengisi kelompongan berkaitan teknik main
peranan dalam PdP Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain
disarankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam dan meningkatkan kesedaran
tentang kepentingan teknik main peranan dalam PdP dan berusaha menyebarluaskan pelaksanaan
teknik main peranan dalam PdP.

Kata kunci: teknik main peranan, kesediaan guru

PENGENALAN

Arus pembangunan globalisasi menuntut sistem pendidikan agar lebih dinamik dan sentiasa
peka pada keperluan murid. Sehubungan dengan itu, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berhasrat untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi JERIS agar mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan
berilmu. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2011 telah mencadangkan
penyerapan pendekatan didik hibur dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Teknik main peranan merupakan salah satu teknik didik hibur dalam bilik darjah. Tujuan
kerajaan memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah adalah untuk
merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pendekatan teknik main peranan dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih
mudah dihayati dan difahami oleh murid. Teknik main peranan merupakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid kerana terkandung unsur
kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. Teknik main
peranan juga satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat
santai dan berhibur. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran
masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Dalam hal ini, guru perlu merancang pengajaran
dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

Berdasarkan inisiatif kementerian ini, guru Bahasa Melayu khususnya berperanan

penting dalam melaksanakan teknik main peranan dalam PdP. Menurut Juriah Long (2010)
dan Azani et. al (2012) teknik main peranan dianggap sebagai teknik yang amat berkesan
dalam kaedah komunikatif khususnya dalam bahagian aktiviti komunikatif. Dalam teknik ini
murid-murid perlu membayangkan keadaan sosial yang sebenarnya terlebih dahulu sebelum
dapat berinteraksi dalam situasi-situasi tersebut. Selain itu, dalam teknik ini guru bertindak
sebagai perancang aktiviti-aktiviti bahasa yang dapat melibatkan murid-murid berlatih untuk
berinteraksi dalam situasi sosial yang berlaku seharian di luar bilik darjah. Guru juga boleh
memberi peranan-peranan tertentu kepada beberapa orang murid dan meminta mereka
melakonkan peranan tersebut secara spontan. Dalam teknik main peranan, murid-murid
mempunyai kebebasan untuk memilih bahasa yang hendak digunakan dalam situasi yang
diberi oleh guru. Di samping itu, murid juga diberi kebebasan untuk memperkembangkan
watak yang diberi dengan memastikan bahasa sesuai digunakan dalam situasi yang diberi.

Yahya (2012) berpendapat bahawa dalam konteks pengajaran bahawa pembelajaran
menyeronokkan menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada murid. Pengajaran
Bahasa Melayu tidak boleh hanya menekankan kepada penguasaan isi kandungan semata-
mata. Namun, perlu diajar dalam suasana yang selesa dan menyeronokkan. Hasilnya, murid
akan berasa tidak selesa apabila guru bahasa yang berupaya mengajarkan tatabahasa
dengan baik, tetapi dalam keadaan yang membosankan. Abdul Rasid (2013) menyatakan
bahawa guru perlu kreatif melaksanakan teknik pembelajaran yang menyeronokkan dalam
bilik darjah secara terancang agar murid tidak kelihatan kurang berminat atau bosan dalam
sesi PdP. Oleh itu, adalah wajar guru menggunakan unsur tersebut setiap kali pengajaran
walaupun dalam waktu yang singkat sama ada pada permulaan pengajaran ataupun dalam
langkah-langkah pengajaran yang seterusnya.

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilaksanakan di luar dan di dalam negara
tentang keberkesanan teknik main peranan dalam PdP membuktikan bahawa teknik main
peranan merupakan satu teknik yang pengajaran yang berkesan dalam membantu murid
dalam kemahiran bertutur dan juga meningkatkan murid untuk aktif dalam PdP. Antara kajian
luar negara ialah kajian Anna Kusnierek (2015) iaitu berkaitan dengan penggunaan teknik
main peranan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris pelajar, kajian
Dana Craciun (2010) iaitu kajian tentang Penggunaan Teknik Main Peranan Sebagai Kaedah
Kreatif dalam Mata Pelajaran Sains dan juga kajian Samsibar dan Wahyuddin Naro (2018)
berkaitan dengan keberkesanan teknik main peranan terhadap motivasi pelajar bertutur
Bahasa Inggeris. Antara kajian dalam negara pula ialah kajian Mohd Razak dan Masitah
Ahmad (2016) iaitu kajian tinjauan tentang Penggunaan Teknik Main Peranan dalam Kalangan
Murid Orang Asli, seterusnya kajian Nik Murshidah (2014) dan kajian Hairun Najuwah (2016)
dilaksanakan terhadap kemahiran bertutur dalam bahasa Arab di kalangan pelajar universiti
dan juga kajian Yee Cheng Hong dan Amir Hamzah Sharaai (2012) mengkaji keberkesanan
teknik main peranan dalam meningkatkan pencapaian murid-murid dalam tajuk siratan
makanan.

Oleh itu, guru-guru harus mempunyai kesediaan yang baik agar dapat melaksanakan
teknik main peranan dalam PdP dengan baik. Nur Hawa Hanis (2018) menyatakan bahawa
kesediaan dalam konteks guru bermaksud kesanggupan seorang guru memikul
tanggungjawab yang meliputi aspek-aspek seperti pengetahuan, minat, sikap dan kemahiran.
Zahara Aziz dan Nik Azleena (2007) dalam kajian mereka tentang kesediaan guru Sejarah
menyatakan bahawa para guru Sejarah sendiri hendaklah bersedia dengan mempunyai
pemahaman dan pengetahuan mengenai kemahiran pemikiran sejarah untuk dilaksanakan
dalam pengajaran mereka agar konsep kemahiran pemikiran sejarah difahami sebagai satu
corak dan proses pembelajaran Sejarah yang merangsang pemikiran pelajar melalui aktiviti-
aktiviti pembelajaran aktif yang melibatkan proses mencari bukti, membuat pertimbangan dan
rasionalisasi, interpretasi dan imaginasi dengan bimbingan daripada guru khususnya.

Namun begitu, menurut Mohd Razak dan Masitah Ahmad (2016) terdapat sebilangan

guru yang masih kurang memahami akan konsep, fungsi dan peranan teknik main peranan.
Ada di antara mereka beranggapan bahawa teknik permainan bahasa dan main peranan
memerlukan peruntukan masa yang banyak dan menyebabkan suasana bilik darjah yang
bising dan tidak terkawal. Dalam kalangan guru juga ada yang masih kurang sedar akan
kepentingan teknik main peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurangnya
kesedaran ini menyebabkan ramai pendidik yang masih memilih pelbagai teknik lain yang lebih
berpusat kepada pendidik seperti teknik “chalk and talk” dan hanya menggunakan buku teks
atau buku kerja sahaja. Ada juga pendidik yang masih kurang sedar bahawa teknik main
peranan berupaya membantu mempertingkatkan pembelajaran pelajar kerana teknik tersebut
berlandaskan kepada konsep pendidikan berpusat pelajar dan menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran menyeronokkan. Simpulnya masih terdapat guru-guru yang masih belum
begitu bersedia menggunakan teknik main peranan secara lebih meluas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesediaan guru Bahasa Melayu
dari aspek pengetahuan dan minat melaksanakan teknik main peranan dalam PdP Bahasa
Melayu dan soalan kajian ini “Apakah tahap kesediaan guru Bahasa Melayu dari aspek
pengetahuan dan aspek minat melaksanakan teknik main peranan dalam PdP Bahasa
Melayu?”.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian
tinjauan dijalankan bertujuan untuk menilai sikap, kepercayaan, pandangan atau amalan
semasa (Creswell, 2008). Hasil dapatan kajian tinjauan dapat memberikan gambaran secara
keseluruhan tentang sesuatu isu semasa atau dikenal sebagai generalisasi. Sehubungan
dengan itu, kajian ini mengenal pasti tahap kesediaan guru Bahasa Melayu melaksanakan
teknik main peranan dalam PdP Bahasa Melayu secara kuantitatif.

Dalam kajian ini, tahap kesediaan guru Bahasa Melayu melaksanakan teknik main
peranan ditinjau melalui soal selidik. Soal selidik dalam kajian ini dibangunkan sendiri oleh
pengkaji berdasarkan beberapa bacaan literatur serta perbincangan dengan pensyarah
pembimbing. Instrumen ini disahkan oleh pakar bidang dan metodologi. Kemudian, instrumen
soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang responden. Analisis nilai
Alpha Cronbach menunjukkan .943 iaitu instrumen boleh diterima dan digunakan untuk
mengumpul data sebenar. Soal selidik dijawab oleh 60 orang guru Bahasa Melayu di 4 buah
sekolah di Zon Cheras. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu melihat
kepada min dan sisihan piawai.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1

Analisis Item Tahap Kesediaan dari Aspek Pengetahuan

Bil Item Min SP Tahap
.642 Tinggi
1. Saya memahami konsep teknik main peranan dalam 4.17
.969 Sederhana
PdP dengan baik dan jelas. tinggi
.769 Tinggi
2. Saya telah diberikan pendedahan yang menyeluruh 3.90

tentang teknik main peranan.

3. Saya menggunakan teknik main peranan bagi 4.13

menyokong perkembangan murid dalam PdP bahasa

Melayu.

4. Saya menguasai kandungan kurikulum bagi 3.40 .694 Sederhana
tinggi
membina pengajaran menggunakan teknik main

peranan dalam PdP Bahasa Melayu.


Click to View FlipBook Version