The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaliyana, 2020-07-16 03:16:48

Prosiding PISMP Ambilan Jun 2016 -2020

Prosiding PISMP Ambilan Jun 2016 -2020

KESAN PEMBELAJARAN MASTERI TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN
MEMBACA BAHASA MELAYU MURID TAHUN SATU

Mohd Afifi bin Baharudin Setambah PhD
[email protected]

Tewo Lei Jie
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menguji kesan pembelajaran masteri terhadap penguasaan kemahiran
membaca bahasa Melayu murid Tahun 1 di sekolah rendah. Pengkaji telah menggunakan reka
bentuk kajian kuantitatif dan kaedah kuasi eksperimen. Sampel kajian ini melibatkan 66 orang
murid Tahun 1 di sebuah sekolah rendah. 33 orang sampel murid kelas 1A dipilih sebagai
kumpulan kawalan manakala 33 orang sampel murid kelas 1B dipilih sebagai kumpulan rawatan.
Ujian lisan kemahiran membaca telah digunakan sebagai instrumen ujian pra dan pasca dalam
kajian ini. Dapatan analisis menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi
pencapaian penguasaan kemahiran membaca murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
dalam ujian pasca (z=-5.755, p=0.00). Dapatan menunjukkan nilai min ujian pasca kumpulan
rawatan (μ=5) adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan (μ=3). Dapatan ini
membuktikan bahawa pendekatan pembelajaran masteri berupaya meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca murid kumpulan rawatan. Oleh itu, kajian ini memberi implikasi kepada guru
bahawa pembelajaran masteri lebih berkesan untuk membantu murid menguasai kemahiran
membaca dan meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran ini berbanding dengan
pendekatan konvensional .

Kata Kunci: pendekatan pembelajaran masteri, kemahiran membaca, kuasi eksperimen, bahasa
Melayu

ABSTRACT
This research was conducted to investigate the impact of mastery learning approach on pupils’
level of command in reading skills among Year 1 pupils. Researcher used quantitative method and
quasi-experimental as a research design to carry out this research. A total of 66 Year 1 students
in a primary school were in a primary school were involved as sample and divided equally into 2
groups as the samples in this research. Both controlled and treatment group were made up of 33
pupils from class 1A and class 1B respectively. An oral reading test were used as research
instrument during pre-test and post-test in this research. Analysis results has shown the significant
differences on on pupils’ level of command in reading skills for the controlled group and treatment
group in the post-test (z=-5.755, p=0.00). The results shown mean value for treatment group is 5
in the post-test, which is higher than mean value of controlled group, 3. The results has clearly
shows mastery learning approach is able to increase the level of command in reading skills among
treatment group. Hence, this shows that mastery learning is more effective than conventional
approach to enhance students command in reading skills.

Keywords: mastery learning approach, reading skills, quasi-experiment, Malay language

PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bahasa Malaysia menitikberatkan empat
kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca serta
kemahiran menulis. Kemahiran membaca merupakan satu daripada kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh semua murid. Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul (Bahagian Pembangunan
Kurikulum, 2015).

Murid yang ketinggalan dalam penguasaan kemahiran membaca akan mempengaruhi
penguasaan dan pemerolehan bahasa. Proses membaca melibatkan dua faktor, iaitu
pemahaman dan penulisan yang melambangkan interpretasi idea (Hasnalee dan Zulkifley,
2011). Fenomena defisit akademik dalam kalangan murid sekolah akan berlaku dan
berlanjutan ke peringkat seterusnya sekiranya murid gagal menguasai kemahiran asas
membaca pada peringkat awal persekolahan (Mohd Khairuddin dan Halimah, 2014).
Keupayaan membaca tidak hanya bergantung semata-mata kepada faktor dalaman murid
sahaja namun turut dipengaruhi oleh faktor lain seperti keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdanP) guru.

Strategi pengajaran membaca yang kurang berkesan akan menyebabkan murid gagal
menguasai kemahiran membaca dengan baik dan ini memberi kesan jangka panjang kepada
mereka (Jamila, Mohd Hanafi dan Rosadah, 2012). Bagi membantu murid yang belum
menguasai pembelajaran, pembelajaran masteri telah diperkenalkan oleh Bloom (1971).
Dalam proses pembelajaran masteri, guru harus memastikan semua murid dapat menguasai
perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran sebelum beralih ke unit
pembelajaran yang seterusnya. Kajian ini dibangunkan kerana pengkaji mendapati bahawa
kajian tentang kesan pendekatan pembelajaran masteri terhadap penguasaan kemahiran
membaca masih kurang di negara kita.

PERMASALAHAN KAJIAN
Literasi bacaan telah menjadi domain utama yang diukur pada tahun 2009 dan tahun 2018
dalam Laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA). Malaysia mencapai skor
purata 415 mata dalam literasi bacaan PISA 2018 berbanding dengan purata skor Pertubuhan
Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu 487 mata seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.

Pencapaian Literasi Bacaan: Perbandingan dengan Purata OECD

600 497 487 BACAAN
494 398 415 PURATA OECD

500
400

414
300
200

100 PISA 2012 PISA 2018

0
PISA 2009

Rajah 1: Pencapaian Literasi Bacaan: Perbandingan dengan Purata OECD
Dalam hal ini, Laporan PISA 2018 mencatatkan bahawa 75% murid lelaki dan 80% murid
perempuan dalam kalangan murid di Malaysia menghadapi cabaran dalam membaca seperti
terpaksa membaca sesuatu teks berulang kali sebelum dapat memahami dengan sepenuhnya
(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2019). Maka, situasi ini
menggambarkan bahawa masih terdapat ramai kanak-kanak yang tidak membaca kemahiran
membaca yang asas.

Masalah kegagalan menguasai kemahiran membaca pada peringkat awal di sekolah
rendah akan berlanjutan sehingga ke sekolah menengah. Pernyataan ini disokong oleh Puteri
Roslina et. al. (2017) yang menjelaskan bahawa sistem pendidikan di Malaysia mengamalkan
sistem naik darjah secara automatik berdasarkan umur kronologi bukannya umur mental. Hal
ini menyebabkan murid dapat meneruskan pelajaran ke tahap seterusnya tanpa sekatan
walaupun segelintir dalam kalangan mereka masih belum menguasai kemahiran membaca
pada tahap minimum. Proses membaca melibatkan beberapa kemahiran yang lain, iaitu
kemahiran mengenal dan membezakan bentuk-bentuk huruf, kemahiran mengingat,
menyebut bunyi-bunyi lambang huruf dan menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi huruf
untuk membentuk perkataan (Sharipah Amalhayaty, 2015).

Kegagalan murid menguasai kemahiran membaca juga berpunca daripada
pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
murid. Abdull Sukor dan Kalaidevi (2012) mendapati bahawa murid-murid tidak
berkesempatan untuk menguasai sesuatu unit pembelajaran terlebih dahulu sebelum beralih
kepada unit pembelajaran yang baru menjadi antara faktor yang menyumbang kepada
masalah penguasaan kemahiran membaca. Situasi pengajaran dan pembelajaran yang
menekankan kesegeraan telah menyebabkan murid-murid tidak mampu untuk menguasai
sesuatu unit pembelajaran dalam masa yang singkat (Nurul Haniza et. al., 2018).

Kajian pendekatan pembelajaran masteri ini masih kurang dikaji terhadap kemahiran
membaca dalam bidang bahasa Melayu (Bautisa, 2012; Subadrah dan Sakunthala, 2014;
Mohd Hasril dan Fathin Liyana, 2015; Ishtiaq dan Qaiser, 2016; Ejodamendan Agbonghale,

2018; Pankaj, 2019). Justeru, pengkaji telah menjalankan kajian untuk menguji kesan
pendekatan ini terhadap penguasaan bacaan murid dalam bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif kajian seperti yang berikut:

1. Menguji kesan pembelajaran masteri terhadap penguasaan kemahiran membaca
bahasa Melayu murid Tahun 1.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina soalan kajian seperti yang
berikut:

1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara min ujian pra kemahiran membaca
antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian pasca kemahiran membaca
antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian pra dan ujian pasca bagi
kumpulan kawalan?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian pra dan ujian pasca bagi
kumpulan rawatan?

HIPOTESIS KAJIAN
Ho₁ :Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min ujian pra antara

kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
Ho₂ :Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian pasca antara

kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
Ho₃ : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian pra dan ujian pasca

bagi kumpulan kawalan.
Ho₄ : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian pra dan ujian pasca

bagi kumpulan rawatan.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif dan menggunakan kaedah kuasi
eksperimen. 66 orang sampel kajian murid dipilih daripada 80 responden mengikut Krejcie dan
Morgan (1970) melalui kaedah persampelan rawak mudah. Instrumen ujian lisan membaca
telah digunakan sebagai instrumen utama dalam ujian pra dan ujian pasca untuk mengumpul
data kajian.

Ujian pra lisan membaca telah dijalankan bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan sebelum menjalan intervensi. Proses intervensi dijalankan pada minggu kedua hingga
minggu keempat oleh guru bahasa Melayu bagi kedua-dua kelas tersebut dengan
menggunakan rancangan pelajaran harian yang disediakan oleh pengkaji selama 60 minit,
iaitu murid kelas 1A adalah diajar dengan menggunakan kaedah konvensional manakala
pendekatan pembelajaran masteri digunakan dalam PdanP kemahiran membaca bagi murid
kelas 1B. iaitu kumpulan rawatan.

Semua data yang diperoleh daripada ujian lisan membaca adalah berbentuk kuantitatif.
Semua data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 25.0. Dapatan analisis kajian rintis mendapati bahawa nilai
kebolehpercayaan instrumen Alpha Cronbach adalah 0.98, iaitu sangat baik dan efektif seperti
yang dicadangkan oleh Bond dan Fox (2015). Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif
dan inferensi menggunakan ujian Mann-Whitney U-test. Nilai min diinterpretasi menggunakan
skor tahap penguasaan kemahiran membaca Kementerian Pendidikan Malaysia (2018) yang
mengandungi 6 skala.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian bagi setiap soalan akan dihuraikan dan dibincangkan seperti yang berikut:

Soalan 1: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara min ujian pra kemahiran

membaca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?

Sebelum menjalankan sesi intervensi, kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan telah

diberikan ujian pra kemahiran membaca.

Jadual 1

Perbezaan Penguasaan Kemahiran Membaca Antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan

Rawatan dalam Ujian Pra

Ujian Kumpulan N Nilai Min Sisihan Piawai Nilai-z P

(SP)

Pra Kawalan 33 3 1.162 -0.318 0.75

Rawatan 33 2 1.051

Merujuk kepada Jadual 1, min pencapaian keseluruhan penguasaan kemahiran membaca
murid kumpulan kawalan ialah 3 dan SP bernilai 1.162, sementara min pencapaian
keseluruhan penguasaan kemahiran membaca bagi murid kumpulan rawatan ialah 2 dan SP
1.051. Merujuk kepada skor tahap penguasaan kemahiran membaca, nilai min 3 berada pada
tahap memadai manakala nilai min 2 berada pada tahap terbatas. Perbezaan nilai min
pencapaian keseluruhan penguasaan kemahiran membaca bagi kedua-dua kumpulan
kawalan dan rawatan tidak jauh berbeza (1 tahap ).

Dapatan analisis ujian Mann-Whitney U-test menunjukkan bahawa tidak terdapat

perbezaan yang signifikan bagi pencapaian keseluruhan penguasaan kemahiran membaca
murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan (z=-0.318, p=0.75). Menurut Phakiti (2014),
nilai signifikan (p) yang kurang daripada 0.05 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dalam statistik yang diperoleh. Nilai p yang diperoleh antara ujian pra kumpulan
kawalan dan kawalan tidak signifikan pada aras 0.05, iaitu 0.75>0.05. Oleh itu, hipotesis nol
Ho₁ diterima kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min ujian pra antara
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Maka, dapat disimpulkan bahawa penguasaan
kemahiran membaca antara kedua-dua kumpulan ini adalah sama sebelum menjalankan
intervensi.

Soalan 2: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian pasca kemahiran
membaca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?
Ujian pasca yang mengandungi soalan setara telah diberikan kepada kedua-dua murid
kumpulan kawalan dan rawatan selepas tiga kali proses intervensi dijalankan.
Jadual 2

Perbezaan Penguasaan Kemahiran Membaca Antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan

Rawatan dalam Ujian Pasca

Ujian Kumpulan N Nilai Min Sisihan Piawai Nilai-z P

(SP)

Pra Kawalan 33 3 1.163 -5.755 0.00
1.047
Rawatan 33 5

Berdasarkan Jadual 2, min pencapaian keseluruhan penguasaan kemahiran membaca yang
diperoleh murid kumpulan kawalan ialah 3 dan SP bernilai 1.163. Bagi kumpulan rawatan pula,
min pencapaian keseluruhan penguasaan kemahiran membaca yang diperoleh dalam ujian
pasca ialah 5 dan SP 1.047. Nilai min 3 dalam skor tahap penguasaan kemahiran membaca
berada pada tahap memadai manakala nilai min 5 berada pada tahap cekap.

Dapatan analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi
pencapaian keseluruhan penguasaan kemahiran membaca murid kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan dalam ujian pasca (z=-5.755, p=0.00). Hal ini demikian kerana nilai p yang
diperoleh antara ujian pasca kumpulan kawalan dan kawalan adalah signifikan pada aras 0.05,
iaitu 0.00<0.05. Ini menunjukkan bahawa min penguasaan kemahiran membaca murid
kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan.

Oleh itu, hipotesis nol Ho2 ditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan antara
min ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Maka, dapat disimpulkan
bahawa peningkatan perbezaan ini menunjukkan pendekatan masteri yang digunakan dalam
intervensi kumpulan rawatan lebih memberi kesan kepada penguasaan kemahiran membaca
murid berbanding dengan pendekatan konvensional yang diaplikasikan dalam intervensi

kumpulan kawalan.

Soalan 3: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian pasca kemahiran
membaca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?
Kumpulan kawalan dalam kajian ini menggunakan pendekatan konvensional dalam aktiviti
PdanP kemahiran membaca.
Jadual 3

Perbandingan Penguasaan Kemahiran Membaca Kumpulan Kawalan dalam Ujian Pra dan

Ujian Pasca

Kumpulan Ujian N Nilai Min Sisihan Piawai Nilai-z P

(SP)

Kawalan Pra 33 3 1.162 -1.604 0.11
Pasca 33 3 1.163

Dapatan analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
perbandingan antara penguasaan kemahiran membaca murid kumpulan kawalan dalam ujian
pra dan ujian pasca. Ini menunjukkan bahawa tidak berlaku peningkatan yang signifikan antara
kedua-dua ujian selepas intervensi menggunakan pendekatan konvensional diberikan (z=-
1.604, p=0.11). Hal ini kerana nilai p yang diperoleh dalam ujian tidak signifikan pada aras
0.05, iaitu 0.11>0.05.

Hal ini juga dapat dilihat menerusi perbezaan min antara kedua-dua ujian kumpulan ini
ialah 0. Merujuk kepada skor tahap penguasaan kemahiran membaca, nilai min 3 penguasaan
kemahiran membaca berada pada tahap memadai. Perbandingan ini menunjukkan bahawa
tidak terdapat peningkatan yang signifikan dalam penguasaan kemahiran membaca murid
kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pasca. Oleh itu, hipotesis nol Ho3 diterima kerana
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan
kawalan. Maka, dapat disimpulkan bahawa pendekatan konvensional yang diaplikasikan
dalam aktiviti PdanP kemahiran membaca murid kumpulan kawalan tidak memberi kesan dan
kurang membantu murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca.

Soalan 4: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian pra dan ujian pasca
bagi kumpulan rawatan?
Kumpulan rawatan dalam kajian ini menggunakan pendekatan pembelajaran masteri dalam
aktiviti PdanP kemahiran membaca.

Jadual 4

Perbandingan Penguasaan Kemahiran Membaca Kumpulan Rawatan dalam Ujian Pra dan

Ujian Pasca

Kumpulan Ujian N Nilai Min Sisihan Piawai Nilai-z P

(SP)

Rawatan Pra 33 2 1.051 -5.015 0.00
Pasca 33 5 1.047

Merujuk kepada Jadual 4, keputusan ujian Mann-Whitney U-test bagi analisis perbandingan
skor ujian pra dan ujian pasca kumpulan rawatan menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan dalam antara penguasaan kemahiran membaca murid kumpulan kawalan dalam
kedua-dua ujian tersebut. Hal ini kerana nilai p yang diperoleh adalah signifikan pada aras
0.05, iaitu 0.00<0.05. Ini menunjukkan bahawa berlaku peningkatan yang signifikan antara
kedua-dua ujian selepas rawatan diberikan menggunakan pembelajaran masteri (z=-5.015,
p=0.00).

Merujuk kepada skor tahap penguasaan kemahiran membaca, nilai min 2 penguasaan
kemahiran membaca berada pada tahap terbatas manakala nilai min 5 berada pada tahap
cekap. Maka, ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan dalam
penguasaan kemahiran membaca murid kumpulan rawatan dalam ujian pra dan pasca, iaitu
daripada tahap terbatas kepada tahap cekap. Oleh itu, hipotesis nol Ho4 ditolak kerana
terdapat perbezaan yang signifikan antara min ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan
rawatan. Maka, dapat disimpulkan bahawa pendekatan pembelajaran masteri yang
diaplikasikan dalam aktiviti PdanP kemahiran membaca murid kumpulan rawatan berkesan
terhadap penguasaan kemahiran membaca.

Kesemua dapatan kajian telah menjawab soalan-soalan kajian yang dikemukakan.
Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa pendekatan pembelajaran masteri berkesan
terhadap penguasaan kemahiran membaca murid berbanding dengan pendekatan
konvensional. Murid-murid juga didapati telah menunjukkan pemahaman yang baik terhadap
kemahiran-kemahiran asas membaca yang diajar dengan menggunakan pembelajaran
masteri. Hasil dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Abdull Shukor dan Kalaidevi
(2012) yang dijalankan untuk mengenal pasti kesan pendekatan masteri terhadap pencapaian
dalam kemahiran membaca murid pemulihan di sekolah rendah. Hasil kajian mendapati
bahawa keseluruhan pencapaian murid dalam kemahiran membaca telah meningkat setelah
proses PdanP masteri dijalankan. Dapatan kajian ini juga relevan dengan kajian Subadrah dan
Sakunthala (2014) yang mengkaji tentang penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam
mata pelajaran Pengajian Am mampu meningkatkan pencapaian dan minat pelajar kumpulan
rawatan secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan yang diajar dengan
menggunakan kaedah konvensional.

IMPLIKASI DAN CADANGAN
Kajian ini memberi beberapa implikasi terhadap PdP dalam kemahiran membaca. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran masteri memberi manfaat kepada
guru untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid. Pendekatan ini juga
menyediakan ruang kepada para guru untuk membantu murid menguasai isi pelajaran secara
konsisten melalui bimbingan dan tunjuk ajar secara peribadi. Lapan domain dalam Teori
Pemprosesan Maklumat Gagne (1985) memberi impak yang lebih signifikan yang berupaya
meningkatkan perkembangan kognitif murid melalui pembelajaran yang berkesan. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa kesemua dimensi dalam teori ini berupaya mengukur
keberkesanan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu murid Tahun 1 dalam
konteks kajian di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, guru yang tercari-cari pendekatan bagi membantu murid-
murid tidak boleh membaca atau menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran
membaca boleh mempraktikkan pendekatan pembelajaran masteri kerana telah terbukti
berkesan. Guru dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar menguasai kemahiran
membaca dan merangsangkan minat membaca murid dengan menggunakan pelbagai teknik
yang memberangsangkan dan menyeronokkan. Kajian ini juga berupaya mengisi
kelompangan empirikal dalam aspek sampel kajian, kaedah kajian dan juga fokus kajian, iaitu
dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan bagi
menjayakan pelaksanaan PdP kemahiran membaca bahasa Melayu dengan lebih berkesan.
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Kurikulum seharusnya
menggubal semula modul pelaksanaan pembelajaran masteri dalam PdP yang diterbitkan
pada tahun 2001 selaras dengan transformasi kurikulum dengan menerapkan cara
melaksanakan pendekatan pembelajaran masteri menggunakan elemen pembelajaran abad
ke-21 (PAK-21). Ini dapat dijadikan panduan dan membimbing guru untuk mewujudkan PdP
yang berkesan dengan pelaksanaannya secara berperingkat dari mudah ke sukar sebelum
berpindah ke peringkat seterusnya. Dalam usaha ini, guru juga perlu membuat perancangan
pengajaran yang rapi supaya waktu pengajaran mencukupi. Hal ini demikian kerana
pembelajaran ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi untuk murid menguasai
sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.

Sehubungan dengan itu, masih terdapat banyak ruang dan peluang kepada pengkaji-
pengkaji lain untuk melaksanakan bidang kajian ini dengan menggunakan pembelajaran
masteri. Pengkaji digalakkan menggunakan pendekatan gabungan pendekatan kuatitatif dan
kualitatif seperti yang dilaksanakan dalam kajian Tukur (2018) pada masa akan datang. Kajian
pendekatan pembelajaran masteri dalam mata pelajaran bahasa Melayu dilaksanakan dengan
lebih lengkap kerana data yang diperoleh secara kuantitatif dan kualitatif saling melengkapi

untuk menghasilkan triangulasi data. Kebanyakan kajian-kajian lepas yang mengkaji kesan
pembelajaran masteri dijalankan menggunakan sampel-sampel dalam kalangan murid
sekolah menengah dan murid sekolah rendah. Oleh itu, disarankan agar pada masa akan
datang pengkaji menggunakan sampel dalam kalangan murid sekolah rendah yang belajar di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan juga murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) kerana murid-murid di sekolah jenis kebangsaan juga menggunakan kurikulum bahasa
Melayu yang sama dengan sekolah kebangsaan.

KESIMPULAN
Secara keseluruhan, kajian ini memberi kefahaman tentang kesan pembelajaran masteri
terhadap penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 1.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan pendekatan pembelajaran masteri sangat berkesan
untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dan meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca mereka. Murid-murid juga telah menunjukkan pemahaman yang baik
terhadap kemahiran-kemahiran membaca yang diajar menggunakan pendekatan ini. Oleh itu,
guru-guru bahasa Melayu amat digalakkan menggunakan pendekatan ini untuk mengajar
murid membaca dengan berkesan dan membantu murid-murid yang tidak boleh membaca.
Berdasarkan cadangan-cadangan yang diberikan, diharapkan penguasaan kemahiran
membaca murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu dapat dipertingkatkan lagi.

RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari. (2012). Kesan pendekatan pembelajaran masteri terhadap pencapaian
kemahiran membaca bahasa Melayu murid pemulihan sekolah rendah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 94-105.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah bahasa
Melayu sekolah kebangsaan: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 1.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2019). Kad laporan pencapaian
Malaysia dalam PISA 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bloom, B. S. (1971). Mastery learning. Dalam J. H. Block (Ed.), Mastery learning: theory
and practice. (pp 3-10). Rinehart dan Winston.

Gagne,R. (1985). Conditions of learning. Rinehart and Winston, Inc.

Hasnalee Tubah & Zulkifley Hamid. (2011). Pengaruh demografi terhadap kemahiran
membaca dan memahami dalam kalangan murid-murid LINUS. Jurnal Melayu, (6), 29-
47.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan penggunaan Kerangka Standard Bahasa
Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Krejcie, R. & Morgan, D. (1970). Determining sample size for research activities. Educational
And Psychological Measurement, 30, 607-610.

Mohd Khairuddin Abdullah dan Halimah Laji. (2014). Kepemimpinan pengajaran dan sikap
guru bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(4), 48-58.

Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahib & Nur Azimah Mohd. Bukhari. (2018).
Pembelajaran bahasa kanak-kanak pemulihan khas: siri ilmiah APM-ITBM. Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.

Phakiti,A. (2014). Experimental research methods in language learning. Boomsbury
Academic.

Puteri Roslina Abdul Wahid, Nurul Haniza Samsudin & Nur Azimah Mohd Bukhari. (2017).
Pembangunan kit asas membaca bagi kanak-kanak lembam. Mahawangsa, 4(1), 131-
146.

Sharipah Amalhayaty Syed Ahmad. (2015). Penggunaan kaedah fonik dalam pengajaran
kemahiran bacaan awal kanak-kanak prasekolah. (Tesis Ijazah Sarjana Tidak
Diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Tukur Madu Yemi. (2018). Mastery learning approach (mla): its effects on the students
mathematics academic achievement. European Journal of Alternative Education
Studies, 3(1), 77-88.

PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM
KALANGAN MURID CINA SEKOLAH WAWASAN BERDASARKAN KEMAHIRAN

BAHASA DAN SIKAP

Shamsul Aizuwani Nawi PhD
[email protected]

Wee Kee Quan
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian tentang penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah
rendah sama ada SK, SJKC mahupun SJKT masih kurang dijalankan, apatah lagi kajian yang
melibatkan sekolah wawasan yang terdiri daripada ketiga-tiga jenis aliran sekolah. Justeru, kajian ini
mengkaji penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina di sekolah
wawasan berdasarkan kemahiran bahasa dan sikap. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif
dalam reka bentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini menggunakan satu instrumen kajian iaitu soal
selidik. Dalam kajian ini, persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih 113 orang murid Cina
Tahun 5 yang bersekolah di SJKC Tun Tan Cheng Lock, Sekolah Wawasan sebagai sampel kajian.
Berdasarkan dapatan kajian, penggunaan strategi kemahiran bahasa dalam kalangan murid Cina di
sekolah wawasan secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Strategi kemahiran
mendengar (μ = 3.34) merupakan strategi yang paling banyak dan kerap digunakan oleh murid Cina di
sekolah wawasan yang diikuti dengan strategi kemahiran menulis (μ = 3.29), strategi kemahiran
membaca (μ = 3.08) dan strategi kemahiran bertutur (μ = 2.73). Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa tahap sikap murid Cina di sekolah wawasan terhadap pembelajaran bahasa Melayu adalah
sederhana (μ = 3.29). Implikasi kajian ini dapat mengisi kelompongan kajian penggunaan strategi
pembelajaran bahasa Melayu khususnya berdasarkan kemahiran bahasa dan sikap serta Model
Strategi Pembelajaran Bahasa Zamri (2004). Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu disarankan untuk
menggalakkan penggunaan strategi kemahiran bahasa dalam pembelajaran bahasa Melayu supaya
dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina di sekolah wawasan.

Kata kunci: strategi pembelajaran, bahasa Melayu, murid Cina, sekolah wawasan, kemahiran bahasa

ABSTRACT

The studies on the use of Malay language learning strategies among students in primary schools either
SK, SJKC nor SJKT are still not much conducted, and even more studies involving the vision school
which consists of three types of school streams. Hence, this study was studied the use of Malay
language learning strategies among Chinese students at the vision school based on language skills and
attitudes. This study was used quantitative research with the questionnaire methodology. The study was
used as a survey instrument. In this study, random sampling was used to select 113 Chinese students
in standard 5 who were schooled at SJKC Tun Tan Cheng Lock, Vision School as sample. Based on
the findings of study, the use of Malay language learning strategies based on language skills among
Chinese students at the vision school were at a moderate level. The listening skills strategy (µ = 3.34)
is the most frequent and often used strategy by Chinese students at the vision school followed by the
writing skills strategy (µ = 3.29), reading skills strategy (µ = 3.08) and speaking skills strategy (µ = 2.73).
The findings also showed that the level of Chinese students’ attitude at the vision school of the Malay
language study was moderate (µ = 3.29). The implications of this study were filled in the study of the
usage of Malay language learning strategy especially based on language skills and attitude and Model
of the Language Learning Strategy Zamri (2004). Therefore, Malay language teachers are encouraged
to implement the use of Malay language learning strategies to enhance the proficiency in Malay
language among Chinese students at the vision school.

Keywords: learning strategies, Malay language, Chinese students, vision school, language skills

PENGENALAN
Sistem pendidikan sekolah rendah di Malaysia terdiri daripada tiga jenis aliran iaitu Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT). Bahasa pengantar di SK ialah bahasa Melayu manakala SJKC dan SJKT ialah
bahasa ibunda masing-masing iaitu bahasa Cina dan bahasa Tamil. Namun begitu, bahasa
Melayu dijadikan bahasa wajib di semua sekolah rendah seperti yang dinyatakan dalam
Penyata Razak 1956. Namun demikian, penguasaan bahasa pertama dan kedua sangat
berbeza. Penguasaan bahasa pertama diperoleh melalui proses semula jadi yang melibatkan
keadaan mental berada pada situasi yang tidak sedar dan tidak terancang manakala
penguasaan bahasa kedua pula diperoleh dalam bentuk pembelajaran bahasa baharu yang
dirancang dengan proses yang sengaja sifatnya (Tay dan Wong, 2016). Oleh hal yang
demikian, strategi pembelajaran bahasa ialah tindakan yang dapat digunakan oleh murid untuk
memudahkan pemerolehan, penyimpanan, pengingatan semula dan penggunaan maklumat
sehingga menjadikan pembelajaran lebih mudah, lebih cepat, lebih menyeronokkan, lebih
kendiri, lebih efektif dan lebih senang dipindahkan ke suasana yang baharu (Zamri, 2015).
Sharala, Zamri, Jamaludin, Nik Mohd Rahimi dan Mohamed Amin (2014) turut menyatakan
bahawa kebanyakan pengkaji pembelajaran bahasa kedua berpendapat bahawa strategi
menjadi elemen yang penting dalam pembelajaran bahasa kedua mahupun bahasa asing. Hal
ini demikian kerana strategi pembelajaran bahasa ialah strategi yang melibatkan prosedur
mental dan komunikatif untuk mempelajari dan menggunakan bahasa dalam kerangka
mempertingkatkan pencapaian dan penguasaan bahasa sasaran. Strategi pembelajaran
bahasa bukan sahaja dapat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan dalam bahasa
sasaran, malah dapat membentuk murid yang berdikari untuk mempelajari bahasa tanpa
bantuan daripada guru. Oleh itu, satu kajian tentang strategi pembelajaran bahasa yang
digunakan oleh murid Cina dijalankan oleh pengkaji di sekolah wawasan untuk memperoleh
maklumat supaya memberikan manfaat kepada murid bukan Melayu khususnya murid Cina
dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan lebih mudah dan
berkesan.

PERNYATAAN MASALAH
Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi
bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis
kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, 2017). Walau bagaimanapun, bahasa Melayu hendaklah dipelajari sebagai

mata pelajaran wajib di sekolah jenis kebangsaan. Namun begitu, permasalahan murid bukan
Melayu khususnya murid Cina dalam penguasaan bahasa Melayu masih berada pada tahap
yang tinggi.

Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu khususnya murid
Cina didapati bahawa berada pada tahap yang kurang memuaskan (Chew, 2016).
Kemerosotan pencapaian murid bukan Melayu dalam peperiksaan mata pelajaran Bahasa
Melayu semakin membimbangkan seperti yang dinyatakan oleh Zulkifley (1996) bahawa murid
bukan Melayu sukar memperoleh keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan mata
pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, strategi pembelajaran bahasa merupakan cara yang dapat
dipraktikkan oleh murid bukan Melayu untuk menguasai bahasa Melayu dengan berkesan.
Kebanyakan pengkaji bahasa sama ada di dalam mahupun di luar negara seperti Wharton
(2000), Nakanoko (2004), Holt (2005), Gahungu (2007), Noor Zuhidayah dan Siti Saniah
(2015) serta Nur Syafina (2018) membuktikan bahawa penggunaan strategi pembelajaran
bahasa dapat menjadikan murid lebih cemerlang dalam mata pelajaran bahasa yang dipelajari
sama ada sebagai bahasa pertama, bahasa kedua mahupun bahasa asing.

Setiap murid mempunyai tahap penguasaan bahasa yang berbeza dalam
pembelajaran bahasa Melayu. Pemilihan strategi pembelajaran bahasa yang sesuai memang
memberikan kelebihan kepada murid untuk menguasai sesuatu bahasa (Zamri, Nik Mohd
Rahimi, Mohamed Amin, Jamaludin dan Sharala, 2014). Oleh itu, strategi pembelajaran
bahasa yang sesuai penting untuk dikenal pasti oleh setiap murid supaya dapat meningkatkan
tahap penguasaan bahasa Melayu masing-masing. Kajian dalam penyelidikan bahasa Melayu
seperti Supian (2003), Zamri (2004) dan Mohamad Yazid (2017) turut mendapati bahawa
murid cemerlang lebih banyak menggunakan strategi pembelajaran bahasa berbanding murid
lemah semasa mempelajari bahasa Melayu sama ada di dalam kelas, di luar kelas mahupun
ketika menghadapi peperiksaan.

Penggunaan strategi pembelajaran bahasa amat penting untuk membantu murid
bukan Melayu dalam pembelajaran bahasa Melayu dengan lebih baik. Namun begitu, murid
bukan Melayu khususnya murid Cina masih didapati lemah dalam penguasaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Hal ini disebabkan oleh kajian tentang penggunaan strategi
pembelajaran bahasa dalam kalangan murid bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu
masih kurang dijalankan (Zamri, Kamiliah dan Wan Muna, 2016). Berdasarkan kajian lepas
dalam strategi pembelajaran bahasa, pengkaji memang mendapati bahawa kajian tentang
penggunaan strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan murid di sekolah rendah sama
ada SK, SJKC mahupun SJKT masih kurang dijalankan, apatah lagi kajian yang melibatkan
sekolah wawasan yang terdiri daripada ketiga-tiga jenis aliran sekolah. Justeru, kajian ini

bertujuan untuk mengkaji penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan
murid Cina di sekolah wawasan berdasarkan kemahiran bahasa dan sikap.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara spesifiknya, kajian ini dapat mencapai lima objektif kajian seperti yang berikut:

1. Mengenal pasti strategi kemahiran mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu
yang digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan.

2. Mengenal pasti strategi kemahiran bertutur dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan.

3. Mengenal pasti strategi kemahiran membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu
yang digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan.

4. Mengenal pasti strategi kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan.

5. Mengenal pasti tahap sikap murid Cina di sekolah wawasan terhadap pembelajaran
bahasa Melayu.

Berdasarkan objektif kajian, kajian ini membina lima soalan kajian seperti yang berikut:
1. Apakah strategi kemahiran mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan?
2. Apakah strategi kemahiran bertutur dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan?
3. Apakah strategi kemahiran membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan?
4. Apakah strategi kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan?
5. Apakah tahap sikap murid Cina di sekolah wawasan terhadap pembelajaran bahasa
Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam reka bentuk kajian tinjauan. Hal ini
demikian kerana kajian tinjauan dapat mengumpul data berhubung dengan fenomena yang
tidak dapat diperhatikan oleh pengkaji secara langsung (Chua, 2011). Dalam kajian ini,
persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih 113 orang murid Cina Tahun 5 yang
bersekolah di SJKC Tun Tan Cheng Lock, Sekolah Wawasan sebagai sampel kajian. Kajian
tinjauan ini menggunakan satu instrumen kajian iaitu soal selidik yang diadaptasikan daripada
inventori kajian yang disediakan oleh Zamri, Kamiliah dan Wan Muna (2016). Instrumen kajian
ini disahkan oleh pakar bidang dan pakar bahasa serta diuji melalui kajian rintis yang ditadbir
kepada 40 orang responden. Analisis nilai Cronbach Alpha menunjukkan 0.944 iaitu instrumen

kajian ini boleh terus digunakan untuk mengumpul data dalam kajian sebenar.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Instrumen soal selidik dalam kajian ini dijawab oleh 113 orang murid Cina Tahun 5 yang
bersekolah di SJKC Tun Tan Cheng Lock, Sekolah Wawasan. Data yang dikumpul telah
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang terdiri daripada min dan sisihan piawai
untuk menentukan strategi pembelajaran bahasa Melayu yang digunakan oleh murid Cina di
sekolah wawasan berdasarkan kemahiran bahasa dan sikap.

Jadual 1 menunjukkan dapatan setiap item strategi kemahiran mendengar dalam
pembelajaran bahasa Melayu. Tahap penggunaan strategi kemahiran mendengar dalam
pembelajaran bahasa Melayu dikategorikan kepada tiga tahap berdasarkan interpretasi skor
min yang dicadangkan oleh Jamil (2002).

Jadual 1

Analisis Item Strategi Kemahiran Mendengar dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil. Item μ sp Tahap
DG1 Saya mendengar dengan teliti 3.93 0.764 Tinggi
DG2 semasa guru mengajar di dalam 3.74 0.853 Tinggi
kelas
DG3 Saya memberikan perhatian khusus 2.90 1.281 Sederhana
DG4 kepada aspek bahasa tertentu seperti 3.83 0.823 Tinggi
DG5 cara guru menyebut bunyi sesuatu 2.63 1.151 Sederhana
DG6 perkataan 3.13 1.098 Sederhana
DG7 Saya mendengar rakan berbangsa 3.20 1.054 Sederhana
DG8 Melayu bertutur 3.19 1.051 Sederhana
DG9 Saya menumpu sepenuh perhatian 3.18 1.241 Sederhana
DG10 semasa guru mengajar di dalam 3.65 1.052 Tinggi
kelas 3.34 0.528 Sederhana
Saya mendengar radio dalam bahasa
Melayu
Saya meminta rakan mengulangi
perkataan bahasa Melayu yang baru
didengar
Saya cuba untuk memahami apa-apa
yang didengar tanpa mencari maksud
dalam kamus
Saya mendengar dengan teliti
pengumuman bahasa Melayu di
sekolah
Saya meminta penjelasan guru jika
tidak memahami pada kali pertama
saya mendengarnya
Saya memahami apa-apa yang
didengar dengan merujuk kamus
Keseluruhan

Berdasarkan jadual 1, semua item strategi kemahiran mendengar dalam pembelajaran bahasa

Melayu yang digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan berada pada tahap tinggi dan
sederhana. Item yang mempunyai nilai min paling tinggi ialah item DG1 “Saya mendengar
dengan teliti semasa guru mengajar di dalam kelas” (μ = 3.93 dan sp = 0.764). Dapatan ini
menunjukkan bahawa murid Cina paling banyak dan kerap menggunakan strategi mendengar
dengan teliti semasa guru mengajar di dalam kelas. Item yang mempunyai nilai min paling
rendah ialah item DG5 “Saya mendengar radio dalam bahasa Melayu” (μ = 2.63 dan sp =
1.151). Hal ini menunjukkan bahawa murid Cina paling kurang dan jarang menggunakan
strategi mendengar radio dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu bukan bahasa
pertuturan harian murid Cina.

Jadual 2 menunjukkan dapatan setiap item strategi kemahiran bertutur dalam
pembelajaran bahasa Melayu. Tahap penggunaan strategi kemahiran bertutur dalam
pembelajaran bahasa Melayu dikategorikan kepada tiga tahap berdasarkan interpretasi skor
min yang dicadangkan oleh Jamil (2002).

Jadual 2

Analisis Item Strategi Kemahiran Bertutur dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil. Item μ sp Tahap
TT1 Saya bertutur dengan guru dalam 3.06 1.304 Sederhana
TT2 bahasa Melayu 2.70 1.288 Sederhana
TT3 Saya bertutur dengan rakan 2.38 1.167 Sederhana
berbangsa Melayu
TT4 Saya bertanyakan soalan sebagai 2.90 1.217 Sederhana
TT5 satu cara untuk turut serta dalam 2.39 1.064 Sederhana
TT6 perbualan bahasa Melayu 2.53 1.119 Sederhana
Saya bertutur menggunakan bahasa
TT7 Melayu formal 2.16 1.130 Rendah
Saya memulakan perbualan dalam
TT8 bahasa Melayu sekerap mungkin 2.42 1.201 Sederhana
TT9 Saya berlatih bertutur bahasa Melayu 3.19 1.279 Sederhana
menggunakan perkataan baharu
TT10 untuk membina keyakinan diri 3.57 1.253 Sederhana
Saya menggalakkan orang lain 2.73 0.749 Sederhana
membetulkan kesilapan dalam
percakapan bahasa Melayu saya
Saya cuba topik yang baharu dalam
pertuturan bahasa Melayu
Saya merancang terlebih dahulu apa-
apa yang hendak saya tuturkan
dalam bahasa Melayu
Saya meminta bantuan daripada
rakan sekelas
Keseluruhan

Berdasarkan jadual 2, semua item strategi kemahiran bertutur dalam pembelajaran bahasa
Melayu yang digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan berada pada tahap sederhana

dan rendah. Item yang mempunyai nilai min paling tinggi ialah item TT10 “Saya meminta
bantuan daripada rakan sekelas” (μ = 3.57 dan sp = 1.253). Dapatan ini menunjukkan bahawa
murid Cina paling banyak dan kerap menggunakan strategi meminta bantuan daripada rakan
sekelas. Item yang mempunyai nilai min paling rendah ialah item TT7 “Saya menggalakkan
orang lain membetulkan kesilapan dalam percakapan bahasa Melayu saya” (μ = 2.16 dan sp
= 1.130). Hal ini menunjukkan bahawa murid Cina paling kurang dan jarang menggunakan
strategi menggalakkan orang lain membetulkan kesilapan dalam percakapan bahasa Melayu
kerana mereka kurang bertutur dalam bahasa Melayu.

Jadual 3 menunjukkan dapatan setiap item strategi kemahiran membaca dalam
pembelajaran bahasa Melayu. Tahap penggunaan strategi kemahiran membaca dalam
pembelajaran bahasa Melayu dikategorikan kepada tiga tahap berdasarkan interpretasi skor
min yang dicadangkan oleh Jamil (2002).

Jadual 3

Analisis Item Strategi Kemahiran Membaca dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil. Item μ sp Tahap
BC1 3.10 1.165 Sederhana
Saya membaca semula teks bahasa
BC2 3.04 1.187 Sederhana
Melayu untuk meningkatkan
BC3 3.33 1.145 Sederhana
BC4 pemahaman 2.81 1.016 Sederhana
BC5 3.21 1.235 Sederhana
BC6 Saya membaca teks bahasa Melayu 3.30 1.322 Sederhana
BC7 3.00 1.188 Sederhana
BC8 sekali imbas sebelum membaca 2.82 1.120 Sederhana

BC9 dengan teliti 2.65 1.093 Sederhana

BC10 Saya membaca dialog perbualan 3.53 1.203 Sederhana
3.08 0.680 Sederhana
dalam bahasa Melayu

Saya membaca sebanyak mungkin

buku dalam bahasa Melayu

Saya mencari bahan bacaan bahasa

Melayu yang mudah difahami

Saya membuat latihan membaca

bahasa Melayu berulang kali

Saya membuat catatan semasa

membaca teks bahasa Melayu

Saya menyemak kefahaman saya

terhadap bahan bacaan bahasa

Melayu yang dibaca

Saya membuat rumusan

berdasarkan bahan bahasa Melayu

yang dibaca

Saya meneka maksud teks bahasa

Melayu tanpa merujuk kamus

Keseluruhan

Berdasarkan jadual 3, semua item strategi kemahiran membaca dalam pembelajaran bahasa
Melayu yang digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan berada pada tahap sederhana.
Item yang mempunyai nilai min paling tinggi ialah item BC10 “Saya meneka maksud teks

bahasa Melayu tanpa merujuk kamus” (μ = 3.53 dan sp = 1.203). Dapatan ini menunjukkan
bahawa murid Cina paling banyak dan kerap menggunakan strategi meneka maksud teks
bahasa Melayu tanpa merujuk kamus. Item yang mempunyai nilai min paling rendah ialah item
BC9 “Saya membuat rumusan berdasarkan bahan bahasa Melayu yang dibaca” (μ = 2.65 dan
sp = 1.093). Hal ini menunjukkan bahawa murid Cina paling kurang dan jarang menggunakan
strategi membuat rumusan berdasarkan bahan bahasa Melayu yang dibaca kerana mereka
kurang berminat membaca bahan bacaan bahasa Melayu.

Jadual 4 menunjukkan dapatan setiap item strategi kemahiran menulis dalam
pembelajaran bahasa Melayu. Tahap penggunaan strategi kemahiran menulis dalam
pembelajaran bahasa Melayu dikategorikan kepada tiga tahap berdasarkan interpretasi skor
min yang dicadangkan oleh Jamil (2002).

Jadual 4

Analisis Item Strategi Kemahiran Menulis dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil. Item μ sp Tahap
TL1 Saya berlatih menulis perkataan 3.03 1.206 Sederhana
TL2 baharu dalam bahasa Melayu 3.58 1.092 Sederhana
TL3 Saya menulis perkataan bahasa 3.61 1.213 Sederhana
Melayu yang mudah difahami
TL4 Saya menulis makna jika 3.23 1.195 Sederhana
memperoleh kosa kata baharu dalam
TL5 bahasa Melayu 3.18 1.234 Sederhana
TL6 Saya menyemak apa-apa yang telah 2.10 1.094 Rendah
TL7 saya tulis sebelum sambung menulis 3.50 1.111 Sederhana
dalam bahasa Melayu
TL8 Saya menulis nota dalam bahasa 3.32 1.304 Sederhana
Melayu
TL9 Saya menunjukkan hasil tulisan 4.24 1.029 Tinggi
kepada rakan berbangsa Melayu
TL10 Saya menyemak perkataan bahasa 3.12 1.328 Sederhana
Melayu yang ditulis untuk diperbaiki
isi kandungan 3.29 0.648 Sederhana
Saya merancang cara menulis
karangan bahasa Melayu dengan
menulis rangka karangan terlebih
dahulu
Saya menggunakan kamus untuk
mencari perkataan dalam bahasa
Melayu
Saya cuba menulis pelbagai jenis
teks bahasa Melayu (contohnya nota
peribadi, mesej dan surat)
Keseluruhan

Berdasarkan jadual 4, taburan item strategi kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa
Melayu yang digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan berada pada tahap tinggi,
sederhana dan rendah. Item yang mempunyai nilai min paling tinggi ialah item TL9 “Saya

menggunakan kamus untuk mencari perkataan dalam bahasa Melayu” (μ = 4.24 dan sp =
1.029). Dapatan ini menunjukkan bahawa murid Cina paling banyak dan kerap menggunakan
strategi menggunakan kamus untuk mencari perkataan dalam bahasa Melayu. Item yang
mempunyai nilai min paling rendah ialah item TL6 “Saya menunjukkan hasil tulisan kepada
rakan berbangsa Melayu” (μ = 2.10 dan sp = 1.094). Hal ini menunjukkan bahawa murid Cina
paling kurang dan jarang menggunakan strategi menunjukkan hasil tulisan kepada rakan
berbangsa Melayu kerana sekolah wawasan hanya di satu kompleks sekolah yang sama
tetapi bangunan bilik darjah setiap sekolah yang berbeza.

Jadual 5 menunjukkan dapatan setiap item sikap murid terhadap pembelajaran bahasa
Melayu. Tahap sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu dikategorikan kepada tiga
tahap berdasarkan interpretasi skor min yang dicadangkan oleh Jamil (2002).

Jadual 5

Analisis Item Sikap Murid terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil. Item μ sp Tahap
SM1 Saya suka belajar bahasa Melayu 3.43 1.335 Sederhana
SM2 Saya berasa mata pelajaran 3.09 1.265 Sederhana
Bahasa Melayu senang untuk
SM3 dipelajari 3.02 1.094 Sederhana
SM4 Saya tiada masalah dalam 3.52 1.415 Sederhana
pembelajaran bahasa Melayu
SM5 Saya belajar bahasa Melayu 3.41 1.437 Sederhana
kerana mata pelajaran yang 3.29 1.309 Sederhana
diwajibkan
Saya belajar bahasa Melayu
kerana ingin lulus peperiksaan

Keseluruhan

Berdasarkan jadual 5, semua item sikap murid Cina di sekolah wawasan terhadap
pembelajaran bahasa Melayu berada pada tahap sederhana. Item yang mempunyai nilai min
paling tinggi ialah item SM4 “Saya belajar bahasa Melayu kerana mata pelajaran yang
diwajibkan” (μ = 3.52 dan sp = 1.415). Dapatan ini menunjukkan bahawa murid Cina
mempelajari bahasa Melayu kerana mata pelajaran yang diwajibkan di sekolah. Item yang
mempunyai nilai min paling rendah ialah item SM3 “Saya tiada masalah dalam pembelajaran
bahasa Melayu” (μ = 3.02 dan sp = 1.094). Hal ini menunjukkan bahawa murid Cina
menghadapi masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu.

Dapatan kajian ini membuktikan bahawa strategi kemahiran bahasa dalam
pembelajaran bahasa Melayu yang digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan dan tahap
sikap murid Cina di sekolah wawasan terhadap pembelajaran bahasa Melayu secara

keseluruhannya berada pada tahap sederhana.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Dapatan kajian yang pertama bagi analisis item strategi kemahiran mendengar dalam
pembelajaran bahasa Melayu menunjukkan bahawa penggunaan strategi kemahiran
mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di sekolah wawasan berada pada
tahap sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini mendapati bahawa strategi
kemahiran mendengar merupakan strategi yang paling banyak dan kerap digunakan oleh
murid Cina di sekolah wawasan. Dapatan kajian ini berbeza dengan kajian yang dijalankan
oleh Zamri et al. (2014) terhadap pelajar warganegara asing dan Zamri, Kamiliah dan Wan
Muna (2016) terhadap murid kaum Cina yang mendapati bahawa strategi kemahiran bertutur
paling banyak digunakan dalam pembelajaran bahasa Melayu.

Dapat kajian yang kedua bagi analisis item strategi kemahiran bertutur dalam
pembelajaran bahasa Melayu menunjukkan bahawa penggunaan strategi kemahiran bertutur
dalam pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di sekolah wawasan berada pada tahap
sederhana. Dapatan kajian ini mendapati bahawa strategi kemahiran bertutur merupakan
strategi yang paling kurang dan jarang digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan.
Dapatan kajian ini secara tidak langsung menyokong kajian yang dijalankan oleh Chew dan
Lee (2009) yang mendapati bahawa murid Cina di SJKC gagal untuk menguasai sebutan
bahasa Melayu dengan baik.

Dapatan kajian yang ketiga bagi analisis item strategi kemahiran membaca dalam
pembelajaran bahasa Melayu menunjukkan bahawa penggunaan strategi kemahiran
membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di sekolah wawasan berada pada
tahap sederhana. Strategi kemahiran bertutur didapati bahawa merupakan strategi yang
kurang dan jarang digunakan oleh murid Cina di sekolah wawasan selepas strategi kemahiran
bertutur. Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Chew (2016) yang
mendapati bahawa murid Cina di SJKC yang kurang membaca bahan bacaan bahasa Melayu
menyebabkan mereka menghadapi masalah sebutan dan ejaan dalam bahasa Melayu.

Dapatan kajian yang keempat bagi analisis item strategi kemahiran menulis dalam
pembelajaran bahasa Melayu menunjukkan bahawa penggunaan strategi kemahiran menulis
dalam pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di sekolah wawasan berada pada tahap
sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini mendapati bahawa strategi kemahiran
menulis merupakan strategi yang banyak dan kerap digunakan oleh murid Cina di sekolah
wawasan selepas strategi kemahiran bertutur. Dapatan kajian ini menyamai kajian Zamri et al.
(2014) dan Zamri, Kamiliah dan Wan Muna (2016) yang mendapati bahawa strategi kemahiran
menulis menjadi pilihan pelajar warganegara asing dan murid kaum Cina dalam pembelajaran

bahasa Melayu sebagai bahasa asing mahupun bahasa kedua.

Dapatan kajian yang kelima bagi analisis item sikap murid terhadap pembelajaran
bahasa Melayu menunjukkan bahawa tahap sikap murid Cina di sekolah wawasan terhadap
pembelajaran bahasa Melayu berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa murid Cina di sekolah wawasan masih mempunyai kesedaran terhadap pembelajaran
bahasa Melayu penting untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah. Oleh hal yang
demikian, murid Cina tidak berminat untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi sekadar lulus dalam peperiksaan sahaja. Dapatan kajian
ini selari dengan dapatan kajian Zamri (2004) dan Zamri, Kamiliah dan Wan Muna (2016).

Implikasinya, kajian ini dapat meningkatkan pengetahuan guru tentang strategi
kemahiran bahasa dalam pembelajaran bahasa Melayu yang digunakan oleh murid Cina di
sekolah wawasan dan tahap sikap murid Cina di sekolah wawasan terhadap pembelajaran
bahasa Melayu. Guru seharusnya mempraktikkan strategi kemahiran bahasa yang menjadi
pilihan dalam pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di sekolah wawasan. Hal ini demikian
kerana penggunaan strategi kemahiran bahasa dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
bersesuaian dengan murid Cina menjadikan pengajaran guru lebih lancar dan berkesan.
Tambahan pula, kajian ini menjadi permulaan dalam kajian yang meninjau strategi kemahiran
bahasa yang menjadi pilihan murid Cina di sekolah wawasan dengan menggunakan Model
Strategi Pembelajaran Bahasa Zamri (2004) yang diadaptasi untuk menjurus kepada
kemahiran bahasa dan disokong oleh sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu.
Sebagai cadangan kajian lanjutan, pengkaji disarankan untuk menjalankan kajian tinjauan
mahupun kajian kes untuk mendalami hubungan penggunaan strategi pembelajaran bahasa
Melayu berdasarkan kemahiran bahasa dan sikap.

Kesimpulannya, penggunaan strategi kemahiran bahasa dalam kalangan murid Cina
di sekolah wawasan dan tahap sikap murid Cina di sekolah wawasan terhadap pembelajaran
bahasa Melayu berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini dianggap sebagai nilai
tambah dalam bidang strategi pembelajaran bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana
kebanyakan kajian lepas mengkaji hubungan penggunaan strategi pembelajaran bahasa
Melayu dengan faktor-faktor tertentu. Malah, kajian yang mengkaji penggunaan strategi
pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan kemahiran bahasa masih kurang dijalankan di
sekolah rendah apatah lagi sekolah wawasan. Tinjauan penggunaan strategi pembelajaran
bahasa Melayu berdasarkan kemahiran bahasa dapat memberikan impak kepada murid untuk
memilih strategi kemahiran bahasa yang sesuai dalam pembelajaran bahasa Melayu.

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2017). Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Chew, F. P. (2016). Masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina
sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.

Chew, F. P. & Lee, T. L. (2009). Masalah pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar
Cina dan Melayu di Kuala Terengganu. Proceeding of 2nd International Conference
Issues in Language Teaching and Learning amongst Non-Native Speaker: Language
Competence and Performance, Shah Alam. pp. 609-626

Gahungu, O. N. (2007). The relationships among strategy use, self-efficacy and language
ability in foreign language learners. (Unpublished doctoral dissertation). Northern
Arizona University, United States.

Holt, K. (2005). English proficiency of Chinese students and strategies of language learning.
(Unpublished doctoral dissertation). University of Kansas, United States.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu
penilaian. (Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.

Mohamad Yazib Mohamad. (2017). Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran bahasa
Melayu dalam kalangan murid cemerlang etnik Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 7(1), 85-92.

Nakanoko, K. (2004). Oral proficiency and language learning strategies: A preliminary effort to
find learner internal factors that enhance oral profeciency of second language learners.
(Unpublished doctoral dissertation). University of Tennessee, United States.

Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli & Siti Saniah Abu Bakar. (2015). Perbezaan penggunaan
strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman berdasarkan
jantina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1), 61-70.

Nur Syafina Mohd Sabri. (2018). Strategi pembelajaran bahasa pelajar prasiswazah pengajian
bahasa Melayu di Prince of Songkhla University, Pattani berdasarkan jantina, tahun
pengajian dan tahap pencapaian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 1-12.

Sharala Subramaniam, Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah, Nik Mohd Rahimi & Mohamed
Amin. (2014). Penggunaan dan kekerapan strategi pembelajaran bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar warganegara asing. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2),
25-35.

Supian Mohd Noor. (2003). Strategi pemerolehan ayat satu dasar. (Tesis doktor falsafah yang
tidak diterbitkan). Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Tay, M. G. & Wong, S. H. (2016). Minat pelajar bukan penutur natif terhadap pembelajaran
bahasa Melayu: Satu kajian kes. Jurnal Penyelidikan IPGK BL, 13, 53-63.

Wharton, G. (2000). Language learning strategy use of bilingual foreign language learners in
Singapura. Language Learning, 50, 203-243.

Zamri Mahamod. (2004). Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
Melayu sekolah menengah. (Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Zamri Mahamod. (2015). Strategi pembelajaran inventori cara belajar bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi &
Sharala Subramaniam. (2014). Penggunaan dan kekerapan strategi pembelajaran
bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 4(2), 25-35.

Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2016).
Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina
berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1),
38-51.

Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi, Jamaludin Badusah &
Sharala Subramaniam. (2014). Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred. Jurnal
Personalia Pelajar, 17, 75-81.

Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa, konsep, fungsi dan penguasaannya oleh penutur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

PENGGUNAAN KOSA KATA DALAM BINA AYAT MURID TAHUN 3: SATU KAJIAN KES

Mohd Haidi bin Mohd Kasran PhD
[email protected]

Wong Vui Shin
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji penggunaan kosa kata dalam bina ayat murid Tahun 3. Reka bentuk kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian kes ini menggunakan tiga instrumen
kajian iaitu analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Kajian ini melibatkan tiga orang murid Tahun
3 di sebuah sekolah rendah sekitar Cheras, Kuala Lumpur. Berdasarkan dapatan kajian, tahap
penggunaan kosa kata dalam bina ayat berada pada tahap yang terhad. Guru dan rakan menjadi
sumber rujukan utama murid untuk memperoleh kosa kata ketika menghadapi masalah semasa
membina ayat. Implikasinya kajian ini dapat mengisi kelompongan Model Needham Lima Fasa serta
penyelidikan berkaitan penguasaan kosa kata dalam bina ayat. Justeru, guru-guru dan pihak
berkepentingan yang lain perlu memastikan murid menguasai kosa kata agar mereka mahir
menggunakan kosa kata yang sesuai mengikut konteks semasa membina ayat.
Kata kunci: penggunaan, kosa kata, bina ayat, tahun 3, sekolah rendah

ABSTRACT

This study examines the use of vocabulary in Year 3 student sentence. The research design of this
study uses qualitative research and case study research. This case study uses three research
instruments include document analysis, interviews and observations. This study involved three samples
from Year 3 students at a primary school in Cheras, Kuala Lumpur. Based on the findings of the study,
the level of vocabulary usage in sentence constructions is quite limited. Teachers and friends are the
main source of reference for students to get vocabulary when they are having trouble developing
sentences. The implications of this study are to fill in the Needham Five-Phase Model as well as research
on vocabulary mastery in sentence construction. Therefore, teachers and other stakeholders need to
ensure that students master the vocabulary so that they can master the vocabulary appropriate to the
context when developing sentences.
Keywords: use,vocabulary, construct sentence, primary 3, primary school

PENGENALAN

Matlamat KSSR Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan

keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,

perhubungan sosial dan urusan harian (KPM, 2015). Bagi mencapai penguasaan bahasa pada

tahap yang maksimum, guru hendaklah memberikan penekanan yang sama rata terhadap

keempat-empat kemahiran berbahasa. Kemahiran menulis merangkumi proses mengumpul

dan menyusun data, menjeniskan, membandingkan dan menyimpulkan idea, memilih kata-

kata atau ayat yang paling sesuai untuk menyampaikan serta menyusun pernyataan itu dalam

suatu keseluruhan yang bermakna (Ibrahim,1992). Menurut Siti Aishah (2019) menulis adalah

proses untuk menyampaikan buah fikiran atau idea kepada khalayak melalui media tulisan.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid mengeluarkan idea melalui pelbagai

jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah

dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca, dan ejaan yang betul serta

tulisan yang jelas (DSKP, 2018).
Menurut Noorazman Mahat (2009), hampir semua kertas peperiksaan di negara ini

memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan jawapan yang panjang lebar dalam
bentuk ayat. Oleh itu murid perlu menguasai kemahiran menulis semasa zaman persekolahan
agar tidak tercicir dalam pembelajaran. Menurut Abdul Razak dan Muhd Saiful (2011), guru
terkilan kerana murid tidak mementingkan penggunaan kosa kata yang betul sehingga
menyebabkan kehilangan markah. Selain itu, murid tidak mengambil berat kesalahan kecil
yang mampu menyebabkan mereka kehilangan markah dalam peperiksaan. Permasalahan
yang timbul dalam situasi pembelajaran bahasa murid ialah murid kurang kesedaran dalam
memahami penggunaan teknik yang mampu mendorong penguasaan bahasa (Oxford, 1990).
Menurut Irma et al. (2017), murid bergantung sepenuhnya kepada bantuan guru dan rakan
untuk menguasai kosa kata dalam pembelajaran. Kajian juga menunjukkan murid kurang
berusaha untuk tidak bergantung dengan pihak lain dalam pembelajaran kosa kata. Justeru,
kajian ini perlu dilaksanakan untuk melihat sejauh mana penguasaan kosa kata dan strategi
yang digunakan oleh mereka untuk memperoleh kosa kata baharu.

Terdapat dua objektif dalam kajian ini. Pertama, adalah untuk mengenal pasti
penggunaan kosa kata dalam bina ayat murid Tahun 3 dan soalan kajian “sejauh mana tahap
penggunaan kosa kata semasa murid membina ayat?”. Kedua, mengenal pasti cara yang
digunakan oleh murid untuk memperkayakan penguasaan kosa kata dan soalan kajian ini
“apakah cara yang digunakan oleh murid untuk memperkayakan penguasaan kosa kata?”.

METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian kes
dijalankan untuk mempelajari seseorang individu yang mengalami suatu kes tertentu secara
intensif (Khairuddin et al., 2016). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan kosa
kata dalam membina ayat terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dan mengenalpasti cara
yang digunakan oleh murid untuk memperkayakan kosa kata. Penyelidik menggunakan
kaedah persampelan bertujuan iaitu memilih murid yang sederhana. Kajian ini menggunakan
jumlah sampel yang sedikit iaitu hanya melibatkan tiga orang peserta kajian sahaja.

Kaedah pengutipan data yang digunakan adalah analisis dokumen disokong dengan
kaedah temu bual dan pemerhatian. Dalam kajian ini, latihan dan lembaran kerja bina ayat
dijadikan data analisis dokumen kerana murid tidak perlu bersedia apa-apa atau mengulang
kaji sehari sebelum seperti peperiksaan. Murid juga dapat menjawab dengan selesa dan
tenang kerana mereka mengetahui bahawa lembaran kerja ini tidak akan menjejaskan
markah. Kaedah temu bual separa berstruktur digunakan agar dapat meneroka idea atau
persepsi murid dengan mudah tanpa terikat dengan soalan yang dibina. Soalan temu bual
yang dibina dijadikan panduan utama ketika temu bual berlangsung. Soalan temu bual

digunakan sepanjang temu bual agar temu bual dilaksanakan lebih fokus dan tidak terpesong
pada perkara yang ingin dikaji. Kaedah pemerhatian turut serta diaplikasikan dalam proses
pengumpulan data. Aspek yang hendak dikaji disenaraikan sebelum kaedah pemerhatian
dilaksanakan. Dalam pemerhatian turut serta, senarai semak turut digunakan untuk mencatat
hasil pemerhatian.

Kesahan instrumen kajian juga mendapat pengesahan dari pakar bidang.
Kebolehpercayaan dalam penyelidikan kualitatif berkait rapat dengan kebolehsandaran dan
ketekalan keputusan atau hasil daripada data yang dikumpul (Othman, 2007). Justeru,
transkripsi kutipan data melalui pemerhatian dan temu bual turut disediakan untuk
meningkatkan kebolehpercayaan kajian ini. Akhir sekali data-data yang diperolehi melalui
ketiga-tiga kaedah tersebut dianalisis secara deskriptif.

DAPATAN KAJIAN
TAHAP PENGGUNAAN KOSA KATA SEMASA MURID MEMBINA AYAT
Hasil dapatan kajian mendapati PK 1 hanya menguasai kosa kata yang terhad sahaja. PK 1
hanya menggunakan kosa kata yang diberi oleh gurunya semasa membina ayat. Selain itu,
PK 1 juga tidak berkemampuan untuk mengeja kosa kata dengan ejaan yang betul,
menunjukkan PK1 mengetahui kewujudan kosa kata itu tetapi hanya mampu mengujarkan dan
tidak dapat mengejanya. Melalui temu bual bersama PK 1, hal ini berkait rapat dengan latar
belakang PK1 yang berasal dari keluarga bukan penutur asli bahasa Melayu. Bahasa Tamil
dijadikan bahasa pertuturan utama dalam komunikasi seharian. Justeru PK 1 mempunyai
perbendaharaan kosa kata yang terhad kerana PK 1 jarang didedahkan dengan kosa kata
baharu di persekitarannya.
Seterusnya, berdasarkan dapatan kajian melalui kaedah analisis dokumen
menunjukkan PK 2 juga mempunyai penggunaan kosa kata yang terhad sahaja. Terdapat
gandingan imbuhan yang tidak betul pada perkataan. Walau bagaimanapun, PK 2
menunjukkan kesungguhan untuk cuba menerangkan situasi yang ingin disampaikan apabila
PK 2 tidak mempunyai kosa kata yang sesuai boleh digunakan untuk menyampaikan ideanya.
Latar belakang PK 2 sedikit sebanyak mempengaruhi penguasaan kosa kata PK 2, walaupun
PK 2 berbangsa Melayu, namun, ahli keluarganya akan menggunakan bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu dalam pertuturan seharian. Situasi ini sedikit sebanyak mempengaruhi PK2
tidak dapat menguasai kosa kata dengan baik atas faktor persekitaran.
Di samping itu, dapatan kajian melalui kaedah analisis dokumen turut menunjukkan
tahap penggunaan kosa kata yang terhad pada PK 3. Bahasa pertuturan harian memberi
impak yang signifikan dalam bina ayat PK 3. PK 3 akan mempraktikkan susunan ayat semasa
pertuturan harian untuk membina ayat. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan PK 3
menghadapi masalah untuk memahami dan mentafsir tingkah laku watak yang terdapat dalam

gambar rajah, situasi ini menyebabkan PK 3 membina ayat yang tidak betul dari aspek logik.
Justeru, keadaan ini akan menyebabkan pembaca tidak dapat memahami ayat yang dibina
oleh PK 3 kerana PK 3 tidak dapat menyampaikan ideanya secara berkesan melalui ayatnya.

CARA YANG DIGUNAKAN OLEH MURID UNTUK MEMPERKAYAKAN PENGUASAAN
KOSA KATA

Hasil dapatan kajian melalui kaedah temu bual mendapati PK 1 kurang didedahkan dengan
bahan bacaan bahasa Melayu di rumah, PK 1 lebih cenderung membaca buku berbahasa
Inggeris daripada buku bahasa Melayu. Hasil temu bual mendapati PK 1 juga akan
menggariskan perkataan yang tidak difahami. Guru merupakan rujukan utamanya apabila
berada kelas, kamus Bahasa Melayu Kamus Dewan dijadikan tempat mencari maksud
perkataan apabila berada di rumah. Selain itu, pelantar carian Google juga digunakan sebagai
langkah alternatif untuk memperoleh definisi dan cara penggunaan kosa kata dalam masa
yang singkat dan cepat. PK 1 juga mengambil langkah untuk menghafal kosa kata yang baru
dipelajari supaya dapat mevariasikan penggunaan kosa kata dalam tugasan bina ayat.
Namun, sekiranya PK 1 menghadapi masalah untuk memperoleh kosa kata yang sesuai
semasa membina ayat, PK 1 akan mendapatkan bantuan dari guru dan rakannya yang ada di
dalam kelas.

Seterusnya, hasil dapatan kajian melalui kaedah temu bual mendapati PK 2
memperoleh kosa kata baharu melalui carian di laman sesawang. Sekiranya jumpa kosa kata
yang tidak faham, PK 2 akan menggunakan kamus yang terdapat di perpustakaan kerana PK
2 tidak mempunyai kamus bahasa Melayu di rumah. Ketika PK 2 menghadapi masalah
memperoleh kosa kata semasa membina ayat, PK 2 memilih untuk mendapatkan bantuan dari
rakannya. Setelah mendapat bantuan kosa kata dari rakannya maka PK 2 dapat membina
ayat sendiri. Selain itu, PK 2 tidak akan menghafal kosa kata yang baru dipelajari kerana PK
2 tidak mengetahui cara yang lebih efektif untuk mengingat kosa kata baharu. Hal ini kerana
dia akan memperoleh kosa kata melalui perkara-perkara yang ada di sekelilingnya. Oleh itu,
PK 2 tidak akan memaksa dirinya untuk menghafal kosa kata baharu yang baru dipelajari.

Di samping itu, hasil dapatan kajian melalui kaedah temu bual mendapati PK 3
memperoleh kosa kata baharu melalui tontonan rancang televisyen, kartun dan buku cerita
bergenre cerita hantu. Apabila terjumpa dengan kosa kata PK 3 juga akan mencari tafsiran
perkataan melalui kamus kerana PK 3 telah menguasai cara menggunakan kamus. PK 3 juga
akan meminta bantuan rakan sekiranya menghadapi masalah untuk memperoleh kosa kata
semasa membina ayat. PK 3 juga akan mengingat kosa kata yang pernah dipelajari supaya
boleh menggunakan kosa kata baharu dalam tugasan penulisan pada masa depan.

Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian mempunyai tahap
penggunaan kosa kata yang terhad semasa membina ayat. Antara faktor yang menyebabkan
mereka mempunyai tahap penggunaan yang terhad adalah pengaruh bahasa pertuturan di

rumah, kurang didedahkan dengan bahan bacaan bahasa Melayu, tidak mempunyai inisiatif
dan motivasi yang tinggi untuk mempelajari kosa kata baharu serta salah mentafsir tingkah
laku watak yang ditunjukkan dalam gambar. Sehubungan dengan itu, cara mereka
memperoleh kosa kata baharu adalah melalui bacaan buku, guru, rakan dan tontonan
televisyen.

RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian mendapati murid menggunakan kosa kata yang terhad semasa membina ayat.
Penguasaan kosa kata yang terhad menyebabkan murid menghadapi masalah menggunakan
kosa kata yang betul. Tambahan lagi, faktor latar belakang keluarga yang tidak menggunakan
bahasa Melayu sepenuhnya dalam pertuturan seharian menyebabkan murid hanya mampu
mengujarkan perkataan tetapi tidak dapat mengeja kosa kata dengan betul. Bahan bacaan
murid yang tidak luas menyebabkan mereka kurang didedahkan dengan kosa kata baharu
yang memudahkan mereka mempraktikkan dalam penulisan.

Antara kajian lain yang mengkaji penggunaan kosa kata termasuklah kajian Irfan
(2015) dilaksanakan di Turki dan mengkaji pembelajaran kosa kata bahasa Inggeris melalui
bina ayat. Kajian Di Zou (2016) dilaksanakan di Hong Kong bagi mengkaji pembelajaran kosa
kata bahasa Inggeris melalui latihan isi tempat kosong. Kajian Shah Balkesh dan Aliza (2017)
dijalankan di Malaysia mengkaji pembelajaran kosa kata bahasa Inggeris melalui teknik
bacaan kongsi. Kajian Nicholas (2019) mengkaji pembelajaran kosa kata Sains melalui ayat.
Hasil dapatan kajian yang disenaraikan membuktikan bahawa penggunaan kosa kata yang
betul penting untuk menyampaikan fikiran secara berkesan.

Dapatan kajian yang kedua hampir sama dengan beberapa kajian lain yang mengkaji
cara pemerolehan kosa kata. Antara kajian tentang cara pemerolehan kosa kata bagi bahasa
Melayu dan bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris ialah kajian Ambikapathi, Tay dan Shanthi
(2015), Nurul Huda (2012), Irma et.al (2017) dan Bei Zhang (2011). Hasil dapatan kajian
Ambikapathi, Tay dan Shanthi (2015), Nurul Huda (2012) bertepatan dengan hasil kajian ini
iaitu murid bergantung sepenuhnya dengan buku teks dan buku aktiviti untuk memperolehi
kosa kata baharu. Manakala hasil dapatan kajian Irma et al. (2017) dan Bei Zhang (2011) juga
menunjukkan guru dan rakan menjadi sumber rujukan utama bagi murid yang tidak menguasai
kosa kata bahasa Arab dan bahasa Inggeris turut bertepatan dengan hasil dapatan kajian ini.

Dapatan kajian Nurul Huda (2012) dan Irma et al. (2017) juga bertepatan dengan hasil
dapatan kajian ini yang menunjukkan murid yang mempunyai motivasi yang rendah dalam
pembelajaran akan kurang berusaha untuk bergantung kepada orang lain. Manakala dapatan
kajian Bei Zhang (2011) menunjukkan murid yang dapat menguasai kosa kata mempunyai
ciri-ciri seperti perangai yang positif, mempunyai minat, mendengar dan membaca bahan,
belajar kosa kata melalui ayat, guna kamus dwibahasa baca buku ketika ada masa luang dan
belajar mengeja ejaan. Hasil dapatan kajian yang disenaraikan setiap murid mempunyai

strategi pembelajaran yang berbeza dan murid perlu mempunyai inisiatif untuk bergantung diri
sendiri semasa belajar kosa kata.

Implikasinya, kajian ini berupaya memberi pengetahuan jelas kepada guru. Menurut
Ismail et al. (2013), guru merupakan agen pembentukan murid agar mereka menjadi lebih
kreatif dan kritis dalam pemikiran dan guru juga merupakan insan yang dapat mempengaruhi
pencapaian murid (Mohd Abdillah et al., 2014). Murid perlu dipupuk sentiasa berusaha sendiri
memperoleh kosa kata baharu kerana faktor kendiri banyak menyumbang kepada
penguasaan pembelajaran murid (Ismail et al., 2013). Penguasaan kosa kata amat penting
untuk seseorang individu menguasai kemahiran berbahasa khususnya kemahiran menulis.
Seseorang individu perlu menguasai kosa kata bahasa tersebut terlebih dahulu sebelum
seseorang murid dapat menguasai kemahiran menulis. Penggunaan kosa kata yang tidak
mengikut konteks mengakibatkan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh murid tidak
berkesan kepada pembaca. Murid perlu sentiasa fokus dan berusaha ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam menguasai kemahiran menggunakan kosa
kata secara berkesan.

Kesimpulannya, penggunaan kosa kata dalam murid Tahun 3 berada di tahap yang
rendah. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai nilai tambah dalam bidang penggunaan
kosa kata khususnya membina ayat dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana kebanyakan kajian
sedia ada lebih banyak mengkaji bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Namun, masih kurang kajian penggunaan kosa kata dijalankan dalam bahasa Melayu.
Tuntasnya, guru yang mempunyai murid yang lemah dalam penggunaan kosa kata hendaklah
sentiasa mengamalkan pendekatan pengajaran kosa kata yang berkesan. Hal ini kerana
kaedah ini dapat membantu murid menggunakan kosa kata yang pelbagai dan berjaya
menyampaikan makna dengan tepat. Menurut Sigleton (1999) murid tidak akan menguasai
kosa kata atau mana-mana elemen yang berhubungan dengannya selagi mereka tidak
dikehendaki untuk mempelajari. Justeru, guru perlu sentiasa memberikan bimbingan kepada
murid yang lemah dalam penggunaan kosa kata supaya murid dapat menyampaikan fikiran
mereka dengan mudah, tepat dan jelas melalui penulisan mereka.

RUJUKAN

Ab. Razak Ab. Karim Muhammad & Saiful Haq Bin Hussin. (2011). Tahap Penguasaan Bahasa

Melayu Pelajar di Islamic Sant/Tham Foundation School (ISFS). Jurnal

Pengajian Melayu, Jilid 22, 2011, 18-44.

Ambikapathi Shanmugam, Tay Meng Guat & Shanthi V. Nadarajan (2015). Analisis
Penggunaan Kosa Kata Bahasa Melayu Tahun 3 dengan Perisian Range. Jurnal
Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12. Samarahan: IPG KBL.

Bei Zhang. (2011). A Study Of The Vocabulary Learning Strategies Used By Chinese Students.
English IV, D-essay in English Didactics Kristianstad University. http://www.diva-
portal.org/smash/get/diva2:438944/fulltext01

Di Zou. (2016). Vocabulary Acquisition Through Cloze Exercises, Sentence-Writing And
Composition-Writing: Extending The Evaluation Component Of The Involvement Load
Hypothesis. Vol. 21, Issue 1, 2017. https://doi.org/10.1177%2F1362168816652418

Irma Martiny Md Yassim, Maimun Aqsha Lubis, Zaid Arafat & Aisyah Sjahrony. (2017).
Penggunaan Teknik Pembelajaran Aspek Kosa Kata Bahasa Arab dalam Kalangan
Murid. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization:
Volume 1(1) Januari 2017, 14-24.
http://spaj.ukm.my/acerj/index.php/acerj/article/download/4/14.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof & Zaridah Ramli. (2016). Penyelidikan dalam Pendidikan
Bahasa Melayu.Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Nicholas C. Block. (2019). Evaluating The Efficacy Of Using Sentence Frames For Learning
New Vocabulary In Science. Journal of Research in Science Teaching Volume 57
Issue 3. https://doi.org/10.1002/tea.21602

Nurul Huda Chedo. (2012). Penguasaan Kosa Kata Asas Bahasa Melayu di dalam Kalangan
Murid Tahun 1 di Sekolah Siam Ban Khorlogaway, Narathiwat. Tesis Sarjana Muda
tidak diterbitkan. Universiti Malaya.

Othman Lebar. (2007). Penyelidikan Kualitatif : Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjung
Malim. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Oxford, R.L. (1990). Language Learning Strategies: What Every Teacher Should Know.
Boston.

Shah Balkesh Mohd Supar & Aliza Alias. (2017). Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris
Murid Prasekolah Melalui Teknik Bacaan Kongsi (Shared Reading).Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 847-852.

Subadrah Nair & Malar A/P Muthiah. Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 21–

41, 2005


Click to View FlipBook Version