5. Saya tahu merancang teknik main peranan semasa 4.13 .700 Tinggi
.888 Tinggi
membina RPH Bahasa Melayu. .701 Tinggi
6. Saya tahu menerapkan teknik main peranan semasa 4.07
membina RPH bahasa Melayu.
7. Saya tahu bahawa teknik main peranan mampu 4.52
menarik minat pelajar untuk aktif dalam aktiviti PdP
Bahasa Melayu.
8. Saya akan memberi penerangan kepada murid- 4.08 .743 Tinggi
murid tentang cara, kepentingan dan tujuan
pelaksanakan teknik main peranan.
9. Saya tahu mengenal pasti kemampuan murid 4.17 .763 Tinggi
terlebih dahulu sebelum melaksanakan teknik main
peranan.
10. Saya tahu memilih peristiwa yang sesuai 3.92 .944 Sederhana
.860 tinggi
berdasarkan tema pengajaran untuk melaksanakan .410
Sederhana
teknik main peranan. tinggi
11. Saya sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu kepada 3.85 Tinggi
rakan-rakan yang lain untuk melaksanakan teknik
main peranan dalam PdP Bahasa Melayu.
Keseluruhan: 4.26
Analisis item yang nombor 1 iaitu ‘Saya memahami konsep teknik main peranan dalam PdP
dengan baik dan jelas’, min tahap pengetahuan Teknik Main Peranan bagi item tersebut ialah
(µ=4.17) manakala nilai sisihan piawai ialah SP=.642. Merujuk kepada jadual interpretasi skor
min, item ini berada pada tahap tinggi. Nilai sisihan piawai pula menunjukkan bahawa set data
sedikit terserak dan masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa
sebahagian besar guru BM memberikan jawapan ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’ dan segelintir
menjawab ‘kurang setuju’.
Item bernombor 2 pula iaitu ‘Saya telah diberikan pendedahan yang menyeluruh
tentang teknik main peranan’, min tahap pengetahuan Teknik Main Peranan bagi item tersebut
ialah (µ=3.90) iaitu berada pada tahap sederhana tinggi manakala nilai sisihan piawai ialah
SP=.969. Nilai sisihan piawai menunjukkan bahawa set data terserak dan jauh dari ukuran
pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru BM memberikan jawapan
‘setuju’, sebahagian lagi memberikan jawapan ‘sangat setuju’ dan segelintir menjawab ‘kurang
setuju’ dan ‘tidak setuju’.
Bagi Item nombor 3 iaitu ‘Saya menggunakan teknik main peranan bagi menyokong
perkembangan murid dalam PdP bahasa Melayu’, min tahap pengetahuan Teknik Main
Peranan bagi item tersebut ialah (µ=4.13) iaitu berada pada tahap tinggi. Nilai sisihan piawai
bagi item ini pula ialah SP=.769. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data
sedikit terserak namun masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa
sebahagian besar guru memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian lagi memberikan jawapan
‘sangat setuju’ dan segelintir menjawab ‘kurang setuju’.
Analisis Item nombor 4 iaitu ‘Saya menguasai kandungan kurikulum bagi membina
pengajaran menggunakan teknik main peranan dalam PdP Bahasa Melayu’ min aspek
pengetahuan bagi item tersebut berada pada tahap sederhana tinggi iaitu (µ=3.40) dan nilai
sisihan piawai SP=.694. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data sedikit
terserak namun masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa
sebahagian besar guru memberikan jawapan ‘kurang setuju’, sebahagian lagi memberikan
jawapan ‘setuju’ dan segelintir menjawab ‘sangat setuju’.
Item bernombor 5 pula iaitu ‘Saya tahu merancang teknik main peranan semasa
membina RPH Bahasa Melayu’ min aspek pengetahuan Teknik Main Peranan bagi item
tersebut ialah (µ=4.13) iaitu berada pada tahap yang tinggi dan nilai sisihan piawai ialah
SP=.700 yang menunjukkan bahawa set data sedikit terserak namun masih menghampiri
ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru memberikan
jawapan ‘setuju’, sebahagian lagi memberikan jawapan ‘sangat setuju’ dan segelintir
menjawab ‘kurang setuju’.
Bagi item bernombor 6 pula iaitu ‘Saya tahu menerapkan teknik main peranan semasa
membina RPH bahasa Melayu’ min aspek pengetahuan Teknik Main Peranan bagi item
tersebut ialah (µ=4.07) iaitu berada pada tahap yang tinggi dan nilai sisihan piawai SP=.888
menunjukkan bahawa set data sedikit terserak dan jauh dari ukuran pusat. Keadaan ini
menunjukkan bahawa sebahagian besar guru memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian lagi
memberikan jawapan ‘sangat setuju’ dan segelintir menjawab ‘kurang setuju’.
Item bernombor 7 pula iaitu ‘Saya tahu bahawa teknik main peranan mampu menarik
minat pelajar untuk aktif dalam aktiviti PdP Bahasa Melayu’ min aspek pengetahuan Teknik
Main Peranan bagi item tersebut ialah (µ=4.52) berada pada tahap yang tinggi manakala nilai
sisihan piawai SP=.701. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data sedikit
terserak namun masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa
sebahagian besar guru memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian memberikan jawapan
‘sangat setuju’ dan segelintir menjawab ‘kurang setuju’ dan ‘tidak setuju’.
Analisis Item bernombor 8 pula iaitu ‘Saya akan memberi penerangan kepada murid-
murid tentang cara, kepentingan dan tujuan pelaksanaan teknik main peranan’ min tahap
pengetahuan Teknik Main Peranan bagi item tersebut ialah (µ=4.08) berada pada tahap yang
tinggi dan nilai sisihan piawai ialah SP=.743. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan
bahawa set data sedikit terserak namun masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini
menunjukkan bahawa sebahagian besar guru memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian kecil
memberikan jawapan ‘sangat setuju’ dan segelintir menjawab ‘kurang setuju’ dan ‘tidak
setuju’.
Bagi item bernombor 9 pula iaitu ‘saya akan mengenal pasti kemampuan murid terlebih
dahulu sebelum melaksanakan teknik main peranan’ min tahap pengetahuan Teknik Main
Peranan bagi item tersebut ialah (µ=4.17) berada pada tahap yang tinggi dan nilai sisihan
piawai ialah SP=.763. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data sedikit
terserak namun masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa
sebahagian besar guru memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian lagi memberikan jawapan
‘sangat setuju’ dan segelintir menjawab ‘kurang setuju’ dan ‘tidak setuju’.
Item bernombor 10 pula iaitu ‘Saya tahu memilih peristiwa yang sesuai berdasarkan
tema pengajaran untuk melaksanakan teknik main peranan’ min tahap pengetahuan Teknik
Main Peranan bagi item tersebut ialah (µ=3.92) berada pada tahap yang sederhana tinggi
manakala nilai sisihan piawai ialah SP=.944. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan
bahawa set data terserak dan jauh dari ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa
sebahagian besar guru memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian lagi memberikan jawapan
‘sangat setuju’ dan sebahagian kecil menjawab ‘tidak setuju’ dan segelintir menjawab ‘kurang
setuju’.
Analisis Item bernombor 11 pula iaitu ‘saya sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu
kepada rakan-rakan yang lain untuk melaksanakan teknik main peranan dalam PdP Bahasa
Melayu’ min tahap pengetahuan Teknik Main Peranan bagi item tersebut ialah (µ=3.85)
berada pada tahap sederhana tinggi dan nilai sisihan piawai ialah SP=.860. Nilai sisihan piawai
tersebut menunjukkan bahawa set data terserak dan sedikit jauh dari ukuran pusat. Keadaan
ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian
lagi memberikan jawapan ‘sangat setuju’ dan ‘ kurang setuju’ dan segelintir menjawab ‘tidak
setuju’.
Jadual 2
Analisis Item Tahap Kesediaan dari Aspek Minat
Bil Item Min SP Tahap
.490 Sederhana
12. Saya bersedia melaksanakan teknik main peranan 3.87 Tinggi
dalam PdP Bahasa Melayu dengan baik. .646 Sederhana
Tinggi
13. Saya bersetuju dan menyokong pelaksanaan teknik 3.90
main peranan dalam PdP Bahasa Melayu di sekolah.
14. Saya seronok dapat menarik minat murid-murid saya
dalam PdP Bahasa Melayu dengan menggunakan 4.00 .654 Tinggi
teknik main peranan.
15. Saya berasa selesa menggunakan teknik main 3.93 .660 Sederhana
.663 Tinggi
peranan dalam PdP Bahasa Melayu. .809 Sederhana
Tinggi
16. Saya bersemangat menggunakan teknik main 3.97 Sederhana
Tinggi
peranan dalam PdP Bahasa Melayu.
17. Saya lebih gemar melaksanakan teknik main 3.43
peranan berbanding teknik bacaan dalam
meningkatkan kemahiran bertutur murid.
18. Saya teruja apabila melalui teknik main peranan ini 4.30 .730 Tinggi
murid-murid dapat bertutur secara spontan melalui
lakonan.
19. Saya berpuas hati dapat mencungkil bakat dan 4.12 .747 Tinggi
kebolehan murid semasa aktiviti main peranan
dijalankan.
20. Saya gembira dapat memantau dan membantu 3.92 .671 Sederhana
Tinggi
meningkatkan perkembangan murid dalam PdP
.688 Tinggi
bahasa Melayu melalui teknik main peranan.
21. Saya menghargai bakat dan kebolehan yang 4.08
ditunjukkan oleh murid semasa aktiviti main peranan
dilaksanakan.
22. Saya gemar memberi motivasi, pujian serta 4.00 .713 Tinggi
sokongan kepada murid semasa melaksanakan
teknik main peranan.
Keseluruhan: 3.95 .447 Sederhana
Tinggi
Berdasarkan analisis item nombor 12 iaitu ‘Saya bersedia melaksanakan teknik main peranan
dalam PdP Bahasa Melayu dengan baik’, min tahap minat Teknik Main Peranan bagi item
tersebut ialah (µ=3.87) berada pada tahap sederhana tinggi dan nilai sisihan piawai ialah
SP=.490. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data sedikit terserak dan
menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru pelatih
memberikan jawapan ‘setuju’ dan hanya sebahagian kecil memberikan jawapan ‘sangat
setuju’ dan ‘kurang setuju’.
Bagi analisis item nombor 13 iaitu ‘Saya bersetuju dan menyokong pelaksanaan teknik
main peranan dalam PdP Bahasa Melayu di sekolah’, min tahap minat Teknik Main Peranan
bagi item tersebut ialah (µ=3.90) berada pada tahap sederhana tinggi dan nilai sisihan piawai
ialah SP=.646. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data terserak namun
masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru
pelatih memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian lagi memberikan jawapan ‘sangat setuju’
dan segelintir menjawab ‘kurang setuju’.
Analisis item nombor 14 iaitu ‘Saya seronok dapat menarik minat murid-murid saya
dalam PdP Bahasa Melayu dengan menggunakan teknik main peranan’, min tahap minat
Teknik Main Peranan bagi item tersebut ialah (µ=4.00), nilai sisihan piawai SP=.654. Nilai
sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data sedikit terserak namun masih
menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru
memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian lagi memberikan jawapan ‘sangat setuju’ dan
segelintir menjawab ‘kurang setuju’.
Berdasarkan analisis item nombor 15 iaitu ‘Saya berasa selesa menggunakan teknik
main peranan dalam PdP Bahasa Melayu’ min tahap minat Teknik Main Peranan bagi item
tersebut ialah (µ=3.93) berada pada tahap sederhana tinggi dan nilai sisihan piawai ialah
SP=.660. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data terserak namun masih
menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru
memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian lagi memberikan jawapan ‘sangat setuju’ dan ‘
kurang setuju’ dan segelintir menjawab ‘tidak setuju’.
Item bernombor 16 pula iaitu ‘Saya bersemangat menggunakan teknik main peranan
dalam PdP Bahasa Melayu’ min tahap minat Teknik Main Peranan bagi item tersebut ialah
(µ=3.97) berada pada tahap sederhana tinggi dan nilai sisihan piawai ialah SP=.663. Nilai
sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data sedikit terserak namun masih
menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru
memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian lagi memberikan jawapan ‘sangat setuju’ dan
‘kurang setuju’.
Bagi item bernombor 17 pula iaitu ‘Saya lebih gemar melaksanakan teknik main
peranan berbanding teknik bacaan dalam meningkatkan kemahiran bertutur murid.’ min tahap
minat Teknik Main Peranan bagi item tersebut ialah (µ=3.43) iaitu berada pada tahap yang
sederhana tinggi dan nilai sisihan piawai SP=.809. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan
bahawa set data terserak dan sedikit jauh daripada ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan
bahawa sebahagian besar guru memberikan jawapan ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’, sebahagian
kecil memberikan jawapan ‘kurang setuju’ dan ‘tidak setuju’.
Item bernombor 18 pula iaitu ‘Saya teruja apabila melalui teknik main peranan ini
murid-murid dapat bertutur secara spontan melalui lakonan’ min tahap minat Teknik Main
Peranan bagi item tersebut ialah (µ=4.30) berada pada tahap tinggi dan nilai sisihan piawai
SP=.730. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data sedikit terserak namun
masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru
memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian memberikan jawapan ‘sangat setuju’ dan
sebahagian kecil menjawab ‘kurang setuju’.
Analisis Item bernombor 19 pula iaitu ‘Saya berpuas hati dapat mencungkil bakat dan
kebolehan murid semasa aktiviti main peranan dijalankan’ min tahap minat Teknik Main
Peranan bagi item tersebut ialah (µ=4.12) berada pada tahap yang sederhana tinggi dan nilai
sisihan piawai SP=.747. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data terserak
namun masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebahagian
besar guru memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian lagi memberikan jawapan ‘sangat
setuju’ dan ‘kurang setuju’ dan segelintir menjawab ‘tidak setuju’.
Bagi item bernombor 20 pula iaitu ‘Saya gembira dapat memantau dan membantu
meningkatkan perkembangan murid dalam PdP bahasa Melayu melalui teknik main peranan’
min tahap minat Teknik Main Peranan bagi item tersebut ialah (µ=3.92) berada pada tahap
sederhana tinggi dan nilai sisihan piawai SP=.671. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan
bahawa set data terserak namun masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan
bahawa sebahagian besar guru memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian lagi memberikan
jawapan ‘sangat setuju’ dan ‘kurang setuju’ dan segelintir menjawab ‘tidak setuju’.
Item bernombor 21 pula iaitu ‘Saya menghargai bakat dan kebolehan yang ditunjukkan
oleh murid semasa aktiviti main peranan dilaksanakan’ min tahap minat Teknik Main Peranan
bagi item tersebut ialah (µ=4.08), nilai sisihan piawai SP=.688. Nilai sisihan piawai tersebut
menunjukkan bahawa set data terserak namun masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan
ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian
kecil memberikan jawapan ‘sangat setuju’ dan ‘kurang setuju’ dan segelintir menjawab ‘tidak
setuju’.
Analisis Item bernombor 22 pula iaitu ‘Saya gemar memberi motivasi, pujian serta
sokongan kepada murid semasa melaksanakan teknik main peranan’ min tahap minat Teknik
Main Peranan bagi item tersebut ialah (µ=4.00) berada pada tahap tinggi nilai sisihan piawai
SP=.713. Nilai sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data sedikit terserak dan
sedikit jauh daripada ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru
memberikan jawapan ‘setuju’, sebahagian kecil memberikan jawapan ‘sangat setuju’ dan
‘kurang setuju’.
Jadual 3
Analisis Tahap Kesediaan Berdasarkan Pengalaman Guru Mengajar
Aspek Kajian Nilai Min SP Tahap
Sederhana
Aspek Pengetahuan 3.83 .552 Tinggi
1. Guru berpengalaman 1 – 5 tahun 4.82 .469 Tinggi
Sederhana
2. Guru Berpengalaman 6 tahun ke atas 3.89 .416 Tinggi
3.93 .462 Sederhana
Aspek Minat Tinggi
1. Guru Berpengalaman 1 – 5 tahun
2. Guru Berpengalaman 6 tahun ke atas
Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa dari aspek pengetahuan guru-guru Bahasa
Melayu yang berpengalaman mengajar lebih dari 6 tahun mempunyai kesediaan yang tinggi
berbanding dengan guru yang berpengalaman mengajar kurang dari 5 tahun. Dari aspek minat
pula, guru-guru Bahasa Melayu di Zon Cheras mempunyai tahap kesediaan pada tahap
sederhana tinggi. Oleh itu, perlu diberi perhatian terhadap tahap kesediaan dari aspek
pengetahuan bagi guru-guru yang kurang berpengalaman mengajar dan juga aspek minat
bagi semua guru-guru Bahasa Melayu agar dapat ditingkatkan. Dalam kajian ini, perkara ini
turut dibincangkan dan menjadi cadangan pengkaji dalam usaha meningkatkan tahap
kesediaan guru Bahasa Melayu melaksanakan teknik main peranan dalam PdP khususnya
dari aspek pengetahuan dan minat.
RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru Bahasa Melayu melaksanakan
teknik main peranan dari aspek pengetahuan berada pada tahap yang tinggi manakala dari
aspek minat pula berada pada tahap sederhana tinggi. Namun, didapati bahawa guru-guru
yang kurang pengalaman mengajar mempunyai tahap kesediaan dari aspek pengetahuan
yang rendah berbanding dengan guru yang telah berpengalaman. Dapatan kajian ini hampir
sama dengan beberapa kajian yang meninjau pengaplikasian kemahiran merancang dan
strategi kemahiran menulis.
Antaranya, kajian berkaitan tahap kesediaan guru termasuklah kajian M. Kaviza,
Fauziah Abdul Rahim dan Nurliyana Bukhari (2018), Nur Hawa Hanis binti Abdullah (2018)
dan Zarina Binti Abdul Rashid (2016). Dapatan kajian pertama menunjukkan bahawa tahap
kesediaan guru Bahasa Melayu yang berpengalaman lebih tinggi berbanding dengan guru
yang kurang berpengalaman. Berdasarkan dapatan kajian lalu dan tinjauan literatur, keadaan
ini disebabkan oleh kurangnya pendedahan serta kekangan-kekangan yang dihadapi dari
aspek pemilihan, kesesuaian dengan tahap kebolehan murid, masa dan perbelanjaan
diperlukan untuk melaksanakan teknik tersebut.
Teknik main peranan bukan sahaja berkesan dalam meningkatkan kemahiran bertutur
tetapi juga meningkatkan semangat, minat dan memberi keseronokan kepada murid untuk
terlibat aktif dalam PdP (Samsibar dan Wahyuddin Naro, 2018; Anna Kusnierek, 2015; Nik
Murshidah, 2014; Yee Cheng Hong dan Amir Hamzah, 2012; Azani et al, 2012). Hal ini kerana
mereka perlu mengenepikan rasa malu yang menjadi punca utama kesukaran untuk
berkomunikasi. Mereka terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran yang menghendaki
mereka untuk mendengar, menggubah dan mengingat skrip dialog, berbincang dan
seterusnya mempersembahkan peranan masing-masing (Nik Murshidah et al, 2014). Di
samping itu, murid juga diberi kebebasan untuk memperkembangkan watak yang diberi
dengan memastikan bahasa sesuai digunakan dalam situasi yang diberi. Oleh itu, guru
seharusnya mempunyai kesediaan yang baik dari aspek pengetahuan tentang teknik main
peranan agar dapat melaksanakannya dalam PdP dengan baik. Menurut Juriah Long (2010)
guru bertindak sebagai perancang dalam teknik ini. Guru merancang peranan-peranan
tertentu kepada murid sebelum mereka melakonkan peranan tersebut. Namun begitu,
beberapa kajian lepas yang dilaksanakan tentang kesediaan guru menyatakan bahawa
kesediaan guru khususnya dari aspek pengetahuan berkait rapat dengan pengalaman guru
mengajar.
Keduanya dari aspek minat kesediaan guru berada pada tahap yang sederhana tinggi
seperti yang dibincangkan dalam kajian Norhisham Shamsudin et al. (2018), Nooraini dan
Abdul Halim (2017). Dalam kajian ini perasaan guru yang suka memberikan dorongan kepada
pelajar supaya mereka lebih yakin dengan keupayaan mereka dalam proses PdP juga
mencatatkan nilai min yang tinggi. Menurut Rohaiza Akma (2014) dalam proses PdP, guru
menyedari dan memahami akan kepentingan mendorong pelajar supaya lebih berkeyakinan
dengan keupayaan sendiri dalam proses pembelajaran. Hal ini selari dengan naluri untuk
memberikan ilmu dan mendidik dalam diri seseorang guru itu sendiri, maka sudah pastilah
guru-guru sentiasa memberikan dorongan dan motivasi kepada pelajar-pelajar supaya mereka
tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri. Namun,
disebabkan faktor-faktor seperti faktor persekitaran, keadaan bilik darjah, kelakuan murid-
murid, sikap pentadbir dan lain-lain lagi yang mempengaruhi guru-guru dalam melaksanakan
sesi PdP di sekolah. Keadaan ini bertambah rumit apabila guru-guru kekurangan sumber yang
mencukupi untuk dijadikan rujukan tentang pelaksanaan ini (Norhisham Shamsudin et al.,
2018).
Implikasinya, kajian ini berupaya memberi kesedaran kepada guru tentang
kepentingan melaksanakan teknik main peranan dalam PdP Bahasa Melayu. Guru
seharusnya jelas bahawa pelaksanaan teknik main peranan dalam PdP Bahasa Melayu
penting untuk meningkatkan kemampuan murid dalam pertuturan. Oleh itu guru haruslah
mempunyai tahap kesediaan yang baik bukan sahaja dari aspek pengetahuan tetapi juga dari
aspek minat seperti yang disarankan dalam teori Model Reflektif Wallace 1991. Kajian ini
menyumbang kepada penggunaan model ini dalam bidang bahasa Melayu di Malaysia.
Jelaslah, kajian ini dapat memberi implikasi kepada pengetahuan dan teori. Sebagai
cadangan, pengkaji boleh mengkaji tentang sejauh mana pengaplikasian teknik main peranan
di kalangan guru Bahasa Melayu menggunakan pendekatan kualitatif.
Kesimpulannya, dari aspek pengetahuan kesediaan guru Bahasa Melayu berada pada
tahap yang tinggi. Namun apabila dilihat berdasarkan pengalaman guru mengajar, guru yang
berpengalaman mempunyai tahap kesediaan yang lebih tinggi berbanding guru yang
berpengalaman mengajar 5 tahun ke bawah. Dari aspek minat pula, tahap kesediaan guru
Bahasa Melayu berada pada tahap yang sederhana tinggi. Dapatan kajian ini dilihat sebagai
nilai tambah dalam bidang PdP Bahasa Melayu. Kajian lepas kebanyakannya mengkaji
tentang teknik atau kaedah PdP dalam mata pelajaran yang lain seperti Sejarah dan Sains.
Masih kurang kajian tentang teknik main peranan dalam PdP mata pelajaran Bahasa Melayu.
Lebih-lebih lagi, tinjauan tentang kesediaan guru melaksanakan teknik main peranan dalam
PdP Bahasa Melayu. Tuntasnya, guru-guru seharusnya bersedia melaksanakan teknik main
peranan dalam PdP. Berdasarkan kajian ini, guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain
disarankan untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman melaksanakan teknik main
peranan dalam PdP Bahasa Melayu serta berusaha menyebarluaskan pengaplikasian teknik
main peranan.
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
3(2), 49-63
Anna Kusnierek. (2015). Developing Studentd Speaking Skills Through Role-play. World
Scientific News. (1) 73-111.
Azani Ismail et.al (2012). Membina Kemahiran Bertutur Menerusi Lakonan Dalam Pengajaran
Bahasa Arab. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies 12(1), 325- 337.
Creswell, J. W. (2008). Educational research planning, conducting and evaluating quantitative
and qualitative research. United State Of America: Pearson Education International.
Dana Craciun. (2010). Role – Playing As a Creative Method in Science Education. Journal of
Science and Arts Year, 10(12), 175–182.
Hairun Najuwah Jamali & Awatif Abd Rahman. (2016). Membina Kemahiran Bertutur Dalam
Bahasa Arab. E-Journal of Arabic Studies dan Islamic Civilization, 3(e-ISSN: 2289-6759),
89–100.
Juriah Long. (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum standard sekolah rendah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Razak & Masitah Ahmad. (2016). Penggunaan Teknik Permainan Bahasa dan Main
Peranan dalam Kalangan Murid Orang Asli: Satu Tinjauan. Jurnal Penyelidikan Dedikasi.
Jilid 11. 161-174.
M. Kaviza, Fauziah Abdul Rahim & Nurliyana Bukhari. (2018). Tahap Kesediaan Guru guru
Sejarah Dalam Melaksanakan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
Sumber Sejarah: Satu Tinjauan di Negeri Perlis. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia
Pasifik. Bil 6. 23-31.
Nik Murshidah et.al. (2014). Keberkesanan Kaedah Main Peranan Dalam Pembelajaran
Kemahiran Lisan Arab. Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2014,
(September), 1–9.
Norhisham Shamsudin, Norazilawati Abdullah & Noraini Mohamed Noh. (2018). Kesediaan
Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP).
Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia. Vol 1. 34-45
Nooraini Abdul Rahim & Abdul Halim Abdullah. (2017). Kesediaan Guru Matematik Sekolah
Menengah Dalam Melaksanakan Proses Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke-21.
Jurnal Pendidikan Kontemporari. (1), 567-584.
Nur Hawa Hanis Abdullah & Ghazali Darusalam. (2018). Kesediaan Guru Melaksanakan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia
Pasifik 6(3), 22-31.
Rohaiza Akma Zahary. (2014). Hubungan Motivasi dengan Pencapaian Pelajar dalam Mata
Pelajaran Bahasa Melayu.Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Samsibar & Wahyuddin Naro. (2018). The Effectiveness of Role Play Method Toward Students
Motivation In English Conversation. Volume 4. 107-116.
Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. (2012). Kesan perisian cerita interaktif semasa
mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan pelajar tahun 4 di
Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49.
Yee Cheng Hong & Amir Hamzah Sharaai. (2012). Perbandingan Antara Kaedah Main
Peranan dan Penggunaan Kad Permainan Bagi Meningkatkan Pencapaian dan Minat
Murid Tahun Empat dalam Tajuk Siratan Makanan. Jurnal Pendidikan Sains. 62-76.
Zahara Aziz & Nik Azleena Nik Ismail. (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah
Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah Kepada Para Pelajar. Jurnal Pendidikan
Malaysia. (32), 119-137.
Zarina Abdul Rashid. (2016). Tahap Kesediaan Guru Dalam Aspek Pengetahuan dan
Keperluan Latihan Berfokuskan Aplikasi KBAT. Jurnal Pendidikan. (1),1-24.
PENGGUNAAN BAHAN BANTU VISUAL DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU:
KAJIAN KES
Zurihan bin Yusof
[email protected]
Natasha Sairah Mol@Abdul Rajak
[email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai
59990 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini mengkaji tiga aspek penting dalam penggunaan
bahan bantu visual khususnya bahan grafik dan gambar aspek tersebut ialah kemahiran,
pengetahuan dan pengendalian bahan dan kesan penggunaan bahan grafik dan gambar
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kes
berbentuk penerokaan menggunakan pendekatan kualitatif. Data telah dikutip melalui temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dalam kajian ini, tiga orang guru dipilih sebagai
responden kajian melalui kaedah pensampelan bertujuan di sebuah sekolah kawasan
Damansara Selangor. Dapatan soalan kajian pertama mengkaji penggunaan bahan bantu
visual dalam pdp Bahasa Melayu. Guru didapati mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
pengendalian yang baik dalam menggunakan bahan bantu visual. Manakala dapatan soalan
kajian kedua menunjukkan penggunaan bahan bantu visual dapat menarik minat murid dan
mewujudkan pembelajaran interaktif. Kesimpulannya,dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
penggunaan bahan bantu visual memerlukan pengetahuan, kemahiran dan pengendalian
yang baik untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan dan interaktif.
Kata Kunci:penggunaan bahan bantu visual, kesan penggunaan bahan bantu visual,
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
ABSTRACT
This study was conducted for the analysis of visual aids in the teaching and learning of Malay
language. This study reviewed the three important aspects in the use of visual materials
especially graphic material and photo of the aspect is the skills, knowledge and handling of
materials and the effects of using graphic materials and photographs in the teaching and
learning of Malay language. The design of this study is a form of exploration case study using
qualitative approach. Data was collected through interviews, observations and document
analysis. In this study, three teachers were selected as respondent of the study through
sampling method aimed at a school area in Damansara Selangor. The finding of questions first
examines the materials of visual help in the Malay language and teaching lesson. Teachers
are found to have good knowledge, skills and relaxation in using visual aids. . While the second
study question shows the use of visual aids can attract students ' interest and create interactive
learning. In conclusion, the findings of this study show that the use of visual help materials
requires knowledge, skills and good handling to create effective and interactive learning.
Keywords: use of visual materials, effects of use of visual aids, teaching and learning of Malay
language.
PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dilihat sebagai inisiatif dalam melahirkan
modal insan. Oleh itu, pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
sistematik seharusnya mampu mencetuskan idea kreatif dan inovatif, pengembangan potensi.
Bahan bantu mengajar merupakan satu medium yang dilihat berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar terdiri daripada pelbagai
jenis dan penggunaan bahan bantu ini dilihat sebagai saluran input yang berkesan pada para
pelajar dan memberi impak kepada kefahaman dan pencapaian mereka. Setiap pelajar
mempunyai kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain( Hamdan dan Yasin, 1991).
Perancangan pengajaran dan pembelajaran perlu disusun mengikut tahap dan kesesuaian
murid serta disokong dengan bahan bantu mengajar untuk merangsang perkembangan
potensi murid
PERMASALAHAN KAJIAN
Menurut Ahmad Madar (2008) penggunaan bahan visual adalah merupakan salah satu
strategi yang amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan proses pembelajaran. Secara
amnya, bahan visual digunakan dalam meningkatkan pemahaman murid dalam proses
pembelajaran. Secara amnya, bahan visual digunakan dalam meningkatkan pemahaman
murid dalam proses pembelajaran. Melalui beberapa kajian lepas penggunaan bahan visual
yang pelbagai dan interaktif membantu menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan
jelas. Contoh kajian lepas yang dijelaskan oleh Christopher Lu Wei Wang (2012) dalam
penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains. Kajian–
kajian ini menjelaskan bahawa penggunaan bahan visual dalam meningkatkan kefahaman
murid serta penggunaan bahan tersebut dalam kalangan guru Berdasarkan kajian lepas, Nur
Fadzilah (2010) mendapati bahawa, kebanyakan pengajaran di peringkat tertinggi di Malaysia
dijalankan secara kaedah visual dan auditori serta perbincangan di dalam kelas. Senario
tersebut menyebabkan proses PdP bersifat satu hala, iaitu hanya melibatkan komunikasi
antara pelajar dan guru. Hal yang sama turut dinyatakan oleh Zamri dan Mohd Amin Embi
(2008) yang menjelaskan bahawa, masih terdapat pendidik Bahasa Melayu yang tidak
mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk mengendalikan PdP menggunakan bahan
bantu visual khususnya grafik dan gambar.Oleh itu ,kajian ini memfokuskan penggunaan
bahan bantu visual yang digunakan dalam PdPc Bahasa Melayu serta kesannya dalam proses
pembelajaran murid
OBJEKTIF
Kajian yang dijalankan ini berasaskan kepada beberapa objektif tertentu, antaranya:
1. Mengkaji penggunaan bahan visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
2. Mengkaji kesan penggunaan bahan visual dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, soalan kajian yang boleh dibentuk:
1. Sejauh manakah penggunaan bahan visual grafik dan gambar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?
2. Sejauh manakah kesan penggunaan bahan bantu visual dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif.
Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif dalam kajian ini untuk beberapa sebab.
Pertama, kesesuaian untuk menerokai bidang yang kurang diselidiki sebelum ini dan dapat
memberi kefahaman terperinci tentang fenomena yang dikaji (Creswell, 2002). Kedua, kajian
kuantitatif mempunyai batasan iaitu, tidak dapat menyediakan perspektif yang kaya dan
terperinci. Ketiga, kajian kualitatif membantu penyelidik memahami lebih mendalam tentang
penggunaan bahan bantu visual dalam kalangan guru. Ini selaras dengan pandangan Denzin
dan Lincoln (1994)yang menyatakan bahawa kaedah lain kurang berjaya mencungkil masalah
yang rumit dan kompleks secara mendalam. Oleh hal yang demikian, kaedah ini memberi
peluang kepada penyelidik untuk mengkaji penggunaan bahan bantu visual dari aspek
kemahiran, pengetahuan dan pengendalian guru dalam penggunaan bahan bantu visual.
Kajian yang dijalankan menepati ciri-ciri kajian kualitatif yang diperincikan oleh Merriam
(1998),iaitu pertama, memberi fokus kepada memahami secara mendalam bagaimana
seorang guru menggunakan bahan bantu visual khususnya bahan gambar dan bahan grafik.
Dari sudut pemilihan sampel, pengkaji merasakan lebih sesuai menggunakan kaedah
persampelan bertujuan (purposive sampling), iaitu kelompok peserta kajian yang mewakili
populasi yang hendak dikaji dikenal pasti dan semua individu dalam kelompok tersebut diambil
kira sebagai sampel (Sabitha 2005). Pengkaji memilih kelompok lokasi sekolah SK
Damansara Utama dan golongan peserta kajian guru yang berkhidmat di SK Damasara Utana.
Kesahan instrumen dalam kajian ini mengambil kira kreadibiliti, kebolehpindaan dan
mendapat pengesahan daripada pakar bidang bahasa terhadap instrumen kajian.
Kebolehpercayaan pula melalui semakan data iaitu triangulasi data. Pengumpulan data utama
kajian ini adalah melalui kaedah temu bual separa berstruktur dan disokong dengan data
pemerhatian dan bukti dokumen.
Pengaplikasian triangulasi kaedah iaitu temubual, pemerhatian dan analisis dokumen.
Selain itu, kajian ini turut menggunakan kaedah temu bual terhadap beberapa orang
guru.Manakala kaedah pemerhatian terhadap sampel kajian dan analisis dokumen
dilaksanakan bagi menyokong data temu bual. Menurut Mohd Majid (2005), temu bual
sangat praktikal digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada populasi yang
kecil. Pemerhatian pula sesuai untuk melihat perubahan dan perkembangan tingkah laku guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran(PdanP). Pemerhatian tidak turut serta
dilakukan untuk melihat penggunaan bahan bantu visual yang digunakan oleh guru semasa
pengajaran dan pembelajaran.
.Data temu bual dalam kajian digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada
peserta kajian tentang penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran guru bahasa
Melayu. Selain itu, kaedah pemerhatian pula dilakukan untuk menyokong kaedah temu bual.
Pengkaji menggunakan data senarai semak melalui pemerhatian proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh peserta kajian. Analisis dokumen juga digunakan dalam
kajian ini iaitu lembaran hasil kerja murid sebagai sokongan dapatan kajian. Berdasarkan
pendapat yang dikemukakan oleh Creswell (2012), dokumen dapat memberikan data yang
sangat berguna untuk membantu penyelidik memahami suatu fenomena secara lebih
mendalam serta menjadi bukti sebenar yang boleh dilihat, dirasa dan dipegang. Data-data
yang dikumpul dan diperoleh daripada transkripsi temu bual, pemerhatian, dokumen dan nota
lapangan yang diuruskan secara sistematik serta dianalisis menggunakan kaedah deskriptif
dan naratif.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Penggunaan Bahan Bantu Visual dalam PdP Bahasa Melayu
Hasil dapatan kajian melalui temu bual, dapati bahawa kesemua peserta kajian mempunyai
kemahiran , pengetahuan dan pengendalian bahan seperti mana yang diperolehi dalam
dapatan temubual berikut :
i. Pengetahuan guru terhadap penggunaan bahan bantu visual.
Analisis dapatan temubual menunjukkan kesemua peserta kajian mempunyai pengetahuan
dalam penggunaan bahan bantu visual. Hal in ditunjukkan melalui dapatan tem bual berikut:
“Tahu, biasanya bahan grafik mudah” (R1TB1B1)
“Tahu, biasanya saya guna bahan grafik dan gambar dan untuk murid tahap 1”. (R2TB2B1)
“Okay, untuk pengendalian ye saya tahu perlu mudah bersesuaian dengan murid “ (R3TB3B1)
i. Kemahiran guru terhadap penggunaan bahan bantu visual
Berdasarkan analisis deskriptif temu bual, kemahiran guru terhadap penggunaan bahan bantu
visual bergantung pada kemahiran guru dalam menggunakan bahan bantu visual. Hal ini
dijelaskan dalam dapatan berikut:
Saya biasanya kalau untuk merangsang idea memang saya akan guna teknik penyoalan
berdasarkan gambar lah, dan untuk murid nampak sesuatu yang sukar dilihat(abstrak) kepada
yang lebih jelaslah. Contohnya, kalau murid tak tahu tentang kraf tangan ke atau apa apa lah
jadi melalui gambar tu, murid boleh nampak lah.
R1TB1B7 -R1TB1B8
Murid tahap 1 worksheet memang adalah tapi sebolehnya guru kalau menggunakan bahan
bergambar dan guna Lcd menarik murid lah.
R2TB2B6- R2TB2B7
Murid tahap 1 berminat dengan gambar yang besar dan warna warni
R3TB3B5
iii. Pengendalian guru terhadap penggunaan bahan bantu visual.
Dalam konteks pengendalian guru terhadap penggunaan bahan bantu visual , perkara yang
hendak dilihat ialah cara dan pengetahuan guru dalam menggunakan bahan. Hal ini
ditunjukkan melalui data temubual berikut :
Kalau saya biasa 2 -3 kali seminggu macam tu la bergantung pada keadaan dan topik yang
nak diajar.
Kriteria : pengetahuan, kemahiran, G1 G2 G3 PURATA PERATUS
penggunaan
1. Guru menggunakan bahan bantu / / / 3/3 100
visual dalam pdp bm
2. Guru menggunakan bahan di setiap / / 2/3 90
langkah pengajaran bm.
3. Bahan bantu visual memudahkan / / / 3/3 100
pengajaran guru.
4. Guru mahir dalam menggunakan / / / 3/3 100
bahan sebagai medium pengajaran.
5. Guru berjaya menarik minat murid / / / 3/3 100
dalam pdp dengan penggunaan bahan
bantu visual.
6. Guru tahu fungsi penggunaan bahan / / / 3/3 100
bantu visual semasa pengajaran.
R1TB1B18 -R1TB1B20
Mengikut topik tertentu kalau tahap 2 ,Kalau tahap 1 memang setiap minggu Worksheet tiap
kali pembelajaran
R2TB2B10
Bagi saya memang saya gunalah 4 hari pengajaran saya guna tapi tengok topik juga lah jika
bersesuaian
Hal ini juga disokong melalui data pemerhatian ketiga–tiga peserta kajian seperti berikut:
Berdasarkan dapatan kajian kumulatif berikut merujuk kepada pengetahuan,
kemahiran dan penggunaan guru dalam menggunakan bahan bantu visual dalam PdP Bahasa
Melayu. Kesemua peserta kajian telah menyediakan bahan bantu mengajar, mendalami isi
kandungan yang hendak diajar dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Ini menunjukkan
pengetahuan, kemahiran dan pengendalian guru dalam menggunakan bahan.
Merujuk dapatan kajian telah menunjukkan bahawa Penggunaan bahan visual dalam PdP
Bahasa Melayu mampu membantu pelajar untuk menarik minat murid dan merupakan salah
satu inisiatif mewujudkan pembelajaran interaktif. Menurut Ahmad Zanzali dan Daud (2010)
menyatakan bahawa penggunaan buku teks, papan hitam dan kapur tulis sahaja tidak
mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam proses PdP, bahkan guru perlu
menggunakan bahan bantu visual dalam proses PdP bagi meningkat minat pelajar
terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajarinya serta kaedah tersebut juga
merupakan pembelajaran secara interaktif terhadap pelajar. Analisis dokumen yang
dilakukan juga menunjukkan hampir kesemua peserta kajian mencapai objektif pembelajaran.
Merujuk kepada dapatan Item 1-3 menunjukkan bahawa murid seronok dan
melibatkan diri di samping memahami bahan yang digunakan guru ini bermaksud keseronokan
dalam pembelajaran berlaku melalui penggunaan bahan bantu visual yang digunakan guru.
Sekaligus memaparkan kemahiran guru dalam menggunakan bahan bantu visual Menurut
Marzuki (2005) menyatakan bahawa keseronokan pelajar untuk belajar, kemahiran atau
konsep yang mudah difahami oleh pelajar dan kesanggupan guru untuk menyampaikan
pengajaran merupakan kualiti sesuatu pengajarannya di sekolah. Menurut Witmuishwara
Ahmad (2015), antara faktor yang menyumbang ke arah sekolah berkualiti adalah proses
PdP yang berkualiti. Manakala proses PdanP pula bergantung pada faktor kualiti pengajaran
guru. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 menyatakan para guru
memainkan peranan yang utama dalam memastikan kualiti PdP bagi mata pelajaran yang
diajar berapa di tahap yang memuaskan. Pemantauan, penilaian dan penambahbaikan
menjadi elemen yang ditekankan dalam kitaran perancangan bagi memajukan sistem
pendidikan negara.
KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
Hasil dapatan kajian ini menjelaskan bahawa, untuk melaksanakan PdP Bahasa Melayu,
pemilihan bahan bantu visual yang sesuai juga amat penting. Pemilihan dan penggunaan
bahan bantu visual yang dapat menggalakkan pelajar belajar secara kendiri amat digalakkan,
terutamanya yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat. Penggunaan bahan bantu
visual dalam PdP juga dapat merangsang pelajar untuk berfikir, melihat dan berimaginasi
tentang apa yang mereka pelajari. Selain itu, pengetahuan guru terhadap perkembangan
bahan bantu visual seperti penggunaan multimedia dan internet dalam PdP juga perlu diberi
perhatian. Hal ini demikian kerana, dengan adanya pengetahuan guru terhadap penggunaan
bahan bantu visual dalam PdP dapat membantu guru bahasa Melayu. Seperti mana yang
dinyatakan oleh Dias dan Atkinson (2001), sebelum guru menerapkan penggunaan bahan
bantu visual di dalam kelas, guru tersebut perlu bersikap positif dengan meningkatkan
kemahiran diri yang ada agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar.
Perkara ini telah ditunjukkan melalui dapatan kajian ini.
Cadangan turut diberikan kepada beberapa pihak antaranya ialah KPM, sekolah dan
guru .Pihak Penggubal Kurikulum di Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya dalam
Bahagian Pembinaan Kurikulum (BPK) dan juga bahagian SPLKM di Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam menyediakan dan
menggubal sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Antaranya ialah melatih guru
melalui kursus-kursus khas dalam menyediakan guru yang mempunyai pengkhususan
bahasa Melayu untuk pengajaran bahasa Melayu. Hal ini kerana masih ramai guru-guru
bahasa Melayu bukannya pengkhususan dalam bidang bahasa Melayu semasa pengajian
mereka di peringkat ijazah. Selain itu , menyediakan platform perkongsian sumber
Selanjutnya ialah pihak ini perlu sentiasa mendapatkan maklum balas daripada guru-
guru bahasa Melayu sama ada bahan bantu yang sedia ada sesuai atau tidak dengan tahap
murid atau sebaliknya. Pihak kementerian sewajarnya mengadakan kursus pendedahan
kemahiran berbahasa secara lebih kerap kerana tidak semua guru mahir dalam kemahiran
berbahasa dalam mata pelajaran bahasa
Pihak sekolah juga berperanan dalam menyediakan platform atau sumber berkaitan
penggunaan bahan bantu visual. Kewujudan PLC seperti yang dilaksanakan sekarang
seharusnya mewujudkan topik penting atau membina topik berkaitan penggunaan bahan
bantu mengajar. Perkongsian ilmu dalam penggunaan bahan antara guru perlu diberi
penekanan dalam PLC. Hal ini dapat membantu guru–guru mengembangkan idea dalam
penggunaan bahan bantu khususnya bahan bantu visual. Pihak sekolah juga terutamanya
golongan pentadbir perlu memastikan guru–guru khususnya guru bahasa Melayu
menggunakan bahan bantu sekurang kurangnya 3 kali dalam setahun bagi setiap sesi
pengajaran.
Berikut merupakan saranan yang boleh diambil oleh para guru melalui kajian ini
terutamanya kepada guru Bahasa Melayu. Melihat kepada dapatan kajian menunjukkan
kemahiran dan pengendalian bahan dalam penggunaan bahan bantun visual bergantung
kepada guru itu sendiri. Keefisienan penggunaan bahan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada teknik dan cara pengendalian guru dalam menggunakan
bahan. Oleh itu, guru perlu meningkatkan pengetahuan dalam kemahiran dan pengendalian
bahan.
Oleh itu, guru perlulah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan
bahan bantu mengajar khususnya penggunaan bahan bantu visual. Kemahiran ini boleh
ditingkatkan melalui kursus-kursus serta idea-idea yang wujud di laman internet dan
perkongsian di beberapa laman sosial. Perkongsian bahan dalam pelbagai kemahiran di
kalangan guru dapat meningkatkan lagi penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Di samping itu, dengan menggunakan BBM yang betul,
praktikal dan berinovasi akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar-
pelajar. Proses PdP yang menggunakan BBM sangatlah memberi kesan yang positif kepada
diri pelajar.
Beberapa cadangan dikemukakan kepada pengkaji akan datang, agar kajian yang
berkaitan iaitu terbaik. Bagi kajian akan datang disarankan agar melakukan kaedah
eksperimental, seperti mewujudkan suasana persekitaran kearaban yang sebenar dan
perkaitannya dengan penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Selain
itu, pemilihan responden 3 orang daripada Sekolah Damansara Utama Selangor sebagai
subjek kajian menghasilkan satu dapatan yang terhad. Justeru itu, untuk pengkaji akan datang
disarankan agar bilangan sampel lebih besar dan populasi agak menyeluruh. Antara kajian
lain yang boleh dijalankan ialah menjalankan kajian penguasaan bagi kemahiran berbahasa
selain kemahiran menulis di peringkat rendah iaitu sekolah jenis kebangsaan. Selain itu, kajian
tinjauan bagi melihat sejauh mana kefahaman guru terhadap penggunaan bahan bantu visual
juga boleh digunapakai.
RUJUKAN
Ahmad Rizal Madar & Yahya Buntat. (2011). Keupayaan Visualisasi Pelajar Melalui Perisian
Animasi Grafik. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Creswell, J.W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. (4th ed.). Boston: Pearson Education.
Dias, L.B & Atkinson. (2001). Technology Integration: Best PracticesandWhere DoTeaches
Stand? International Electronic Journal for leadership inlearning 5(10).
http://www.ucalgary.ca/-iejll/volume5/dias.html
Hamdan, A.R. & Mohd Yasin, H. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan
Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia
Marzuki, S.C. (2005). Amalan Guru Yang Berkesan : Kajian Di Beberapa Sekolah Menengah
Di Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.
Mohd Majid Konting. (2000) Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Widad Othman & Lee Ming Fong. (2009). Peningkatan Tahap Kognitif Visualisasi Pelajar
Jurusan teknikal Melalui Latihan-latihan Visualisasi. Universiti Terbuka Malaysia.
Zaidatun Tasir & Lim Bee Yeok.( 2011). Tahap Pengetahuan, Sikap dan Masalah Penggunaan
Komputer di Kalangan Guru sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Journal of Social
Science, Volume3. Sept 2011. Page 83-103/issn: 223-733
Nur Fadzilah Othman. (2010). Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Kalangan Pelajar
Institusi Pengajian Tinggi Awam diMalaysia. (Tesis Sarjana tidak diterbitkan). Universiti
Teknologi Malaysia
Witmuishwara,M. & Ahmad, A.(2015). Pengaruh Etnik Terhadap Kualiti Pengajaran Guru Di
Bilik Darjah: Satu Kajian Perbandingan Antara Sekolah Rendah Kebangsaan dan
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Zamri Mahamod & Mohamad Amin Embi. (2008). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam
PengajaranDan Pembelajaran Bahasa Melayu: Teori Dan Praktis.Shah Alam. Karisma
Publication.
PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU PELATIH TERHADAP PETA PEMIKIRAN (I-
THINK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Hisamuddin Abdul Ghani PhD
[email protected]
Noor Rahfizah Abd Rahman
[email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai
59990 Kuala Limpur.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti sejauh manakah tahap pengetahuan dan
kesediaan guru pelatih terhadap peta pemikiran (i-Think) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Bahasa Melayu. Kajian ini juga untuk mengkaji jika terdapat hubungan di antara pengetahuan dan
kesediaan guru pelatih terhadap peta pemikiran (i-Think). Responden kajian ini terdiri daripada 140
orang guru pelatih opsyen Bahasa Melayu semester enam dan semester lapan di Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Dalam kajian ini, soal selidik digunakan
sebagai alat kajian atau instrumen untuk mengutip data. Data dikumpul menerusi soal selidik terbuka
yang terdiri daripada bahagian A, iaitu demografi, bahagian B tentang tahap pengetahuan guru pelatih
terhadap peta pemikiran (i-Think) dan bahagian C ialah tentang tahap kesediaan guru pelatih terhadap
peta pemikiran (i-Think). Keseluruhan data dianalisis menggunakan Statistical Package For Social
Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan dan kesediaan guru pelatih
terhadap peta pemikiran (i-Think) berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, hasil kajian juga mendapati
bahawa hubungan antara pengetahuan dan kesediaan guru pelatih terhadap peta pemikiran (i-Think)
mempunyai perkaitan hubungan yang positif dan kuat.
Kata Kunci: peta pemikiran (i-Think), pengetahuan, kesediaan.
ABSTRACT
The research was aims to study and identify the level of the knowledge and readiness among trainee
teachers towards the usage of the thinking map (i-Think) in the teaching and learning of Malay language.
This research is also conducted to study the relationship between the knowledge and readiness of the
trainee teachers for the thinking map (i-Think). The respondents involved 140 Malay language trainee
teachers from semester six and eight at the Malaysia Institute of Teacher Education (IPGM) around the
federal territory of Kuala Lumpur. The study uses a quantitative and observation method for research
design. In this study, a survey is used as an instrument to collect the data. The data is collected through
an open survey which consists of part A, namely demographics, part B of the knowledge level of the
trainees of the trainee to the thinking map (i-Think) and part C is about the readiness of the trainee
teachers on the thinking map (i-Think). The whole data was analyzed by using Statistical Package For
Social Science (SPSS). The result of the study found that the level of knowledge and readiness of the
trainee teachers on the thinking map (I-Think) is high level. In addition, the findings also points out that
there is a positive and strong relationship between the level of content knowledge about thinking map
(i-Think) among trainee teachers and their readiness towards it.
Keywords: thinking map (i-Think), knowledge, readiness.
PENGENALAN
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ataupun dikenali sebagai Higher Order Thinking Skills
(HOTS) di peringkat global, merupakan antara elemen penting yang perlu diterapkan dan
ditekankan khususnya dalam sistem pendidikan. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah
keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu yang baharu (Tuan Jah Tuan Yusof, 2015). Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) pada masa kini. Hal ini kerana menurut Noriati A. Rashid et al. (2017)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu elemen utama yang diperlukan
oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. Tambahan pula,
penguasaan kemahiran berfikir ini adalah sangat penting jika Malaysia ingin menjadi sebuah
negara yang maju khususnya dari aspek pendidikan seperti Finland, Jepun, Korea dan
negara-negara lain.
Namun demikian, budaya amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini masih
kurang diamalkan khususnya dalam kalangan guru dan murid di Malaysia. Perkara ini
disokong berdasarkan kajian perunding Kestrel Education UK dan 21 Century School USA
(2011) dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (2012), menyatakan bahawa Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia masih pada tahap
yang rendah. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi
Inovasi Malaysia (AIM) bekerjasama dalam menangani isu ini, bertujuan untuk melahirkan
individu yang mempunyai elemen KBAT serta mampu berkomunikasi dengan lebih efektif.
Hasil kerjasama tersebut satu program telah diperkenalkan bagi membudayakan elemen
KBAT iaitu dikenali sebagai Program i-Think (Shamsazila Sa’aban, Muhammad Faizal Abdul
Ghani dan Ghazali Darusalam, 2017). I-Think bermaksud ‘innovative thinking’ atau pemikiran
inovatif yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam
kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang kreatif, kritis dan inovatif (Fadilla dan Zamri,
2019).
Bagi memulakan usaha tersebut, pada tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah menjalankan projek rintis bagi program i-Think ini dengan memilih sepuluh
sekolah rendah dan menengah yang terletak di bandar dan luar bandar. Menurut Bahagian
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2012), program i-Think telah
memperkenalkan pendekatan pembelajaran menggunakan alat berfikir yang dikenali sebagai
peta pemikiran (i-Think). Peta pemikiran (i-Think) ini telah diperkenalkan oleh Dr David Hyerle,
yang menyokong kognitif dan pemikiran kritikal dalam kalangan murid-murid. Peta pemikiran
(i-Think) merupakan salah satu alat berfikir yang menjadi pemangkin untuk penerapan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid. Terdapat lapan jenis peta
pemikiran yang telah diperkenalkan oleh Dr David, kesemua peta pemikiran (i-Think) ini
mempunyai fungsi dan kegunaan nya yang tersendiri.
Menurut Rosnidar Mansor et. al (2015) penggunaan peta pemikiran (i-Think) dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah satu teknik pengajaran yang
diperkenalkan untuk menggalakkan murid berfikir dan lebih fokus dalam memahami tajuk yang
dipelajari (Hyerle dan Yeager, 2007). Peta pemikiran (i-Think) juga membantu murid
merangsang pemikiran secara aktif. Pendapat ini disokong Hyerle (2011) dalam Fadilla (2019),
peta pemikiran (i-Think) menggalakkan metakognisi dan perkembangan kognitif yang
berterusan untuk murid.
PERNYATAAN MASALAH
Guru di Malaysia didapati masih berada pada tahap yang lemah dari aspek pemikiran aras
tinggi. Ini disokong melalui laporan kajian keperluan oleh perunding Kestrel Education (UK)
dan 21 Century Schools (USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 mendapati bahawa
pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan pelajar di Malaysia masih rendah (Jumaliah
dan Zamri, 2016). Manakala, menurut A. Rahman, Jamaludin dan Zamri (2015), menyatakan
bahawa kebanyakan guru tidak menekankan kemahiran berfikir kepada murid-murid dalam
pengajarannya. Hal ini kerana, guru lebih mementingkan kepada usaha untuk mencapai
objektif pengajarannya dan menghabiskan sukatan pelajaran (Rohaida dan Zamri 2015).
Oleh hal yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan
“Program i-Think” sebagai satu usaha untuk membudayakan kemahiran berfikir khususnya
dalam kalangan guru dan pelajar. Salah satu alat berfikir yang digunakan dalam program i-
Think ini ialah peta pemikiran (i-Think). Peta pemikiran (i-Think) merupakan alat berfikir yang
menjadi pemangkin untuk penerapan KBAT. Oleh itu, menyedari kepentingan ini, pengkaji
ingin membuat satu kajian untuk melihat sejauh manakah pengetahuan dan kesediaan guru
pelatih terhadap peta pemikiran (i-Think) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa
Melayu sebagai satu ilmu persediaan kepada guru pelatih sebelum menjadi guru sebenar di
masa akan datang.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan ialah bertujuan untuk:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih terhadap peta pemikiran (i-Think)
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih terhadap peta pemikiran (i-Think) dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu.
3. Mengenal pasti hubungan pengetahuan dengan kesediaan guru pelatih terhadap peta
pemikiran (i-Think).
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan. Ketiga-tiga soalan
kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap pengetahuan guru pelatih terhadap peta pemikiran (i-Think) dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu.
2. Apakah tahap kesediaan guru pelatih terhadap peta pemikiran (i-Think) dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu.
3. Adakah terdapat hubungan tahap pengetahuan dengan tahap kesediaan guru pelatih
terhadap peta pemikiran (i-Think).
HIPOTESIS KAJIAN
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru pelatih
terhadap peta pemikiran (i-Think) dengan kesediaan guru pelatih terhadap peta pemikiran (i-
Think).
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Menurut
Mohd Majid Konting (2009), kajian tinjauan lebih sesuai digunakan kerana kaedah ini
menerangkan sesuatu fenomena dalam bentuk angka dan ukuran. Kajian ini menggunakan
instrumen berbentuk soal selidik sebagai alat kajian bertujuan untuk memperoleh data dalam
bentuk ukuran kuantitatif. Soal selidik telah diadaptasikan dan diubah suai oleh pengkaji
berdasarkan kajian lepas iaitu Fadilla Anak Layang (2019), berkaitan dengan kajian peta
pemikiran (i-Think). Populasi yang dipilih dalam kajian ini melibatkan guru-guru pelatih opsyen
Bahasa Melayu yang terdapat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi kawasan
sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Populasi ini terdiri daripada dua semester
berbeza iaitu semester enam dan semester lapan yang telah menjalani latihan praktikum.
Jumlah populasi dalam kajian ini adalah seramai 220 orang guru pelatih. Oleh itu sampel kajian
adalah seramai 140 orang. Pemilihan sampel ini adalah berdasarkan jadual penentu saiz
sampel kajian Krejcie dan Morgan (1970). Berdasarkan jadual saiz sampel, jika populasi
adalah seramai 220 orang, maka sampel kajian ialah 140 orang.
DAPATAN KAJIAN
TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH TERHADAP PETA PEMIKIRAN (I-THINK)
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.
Jadual 1 menunjukkan skor min bagi tahap pengetahuan guru pelatih terhadap peta pemikiran
(i-Think) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan Jadual 1, min
tertinggi bagi tahap pengetahuan guru terhadap peta pemikiran (i-Think) adalah pada item
kedua, iaitu “Saya faham tentang jenis-jenis peta pemikiran (i-Think)” dengan min 4.29 dan
sisihan piawai .673. Bagi min terendah adalah pada item kelima, iaitu “Saya tahu teknik
menyoal yang efektif dalam PdP menggunakan peta pemikiran (i-Think)” dengan min 3.76 dan
sisihan piawai .795 . Daripada dapatan yang diperoleh, tahap pengetahuan guru pelatih
terhadap peta pemikiran (i-Think) adalah berada pada tahap yang tinggi, iaitu dengan jumlah
min sebanyak 4.117 dan sisihan piawai .515. Hal ini bermakna guru pelatih opsyen Bahasa
Melayu ini mempunyai pengetahuan yang tinggi dan baik tentang peta pemikiran (i-Think).
Pengetahuan tentang peta pemikiran (i-Think) ini membantu guru mengajar Bahasa Melayu
dengan menarik, berkesan dan menyeronokkan.
Jadual 1
Analisis Item bagi Konstruk Tahap Pengetahuan terhadap Peta Pemikiran (i-Think).
Bil. Item Min Sisihan Piawai Tahap
(µ) (SP)
1. Saya faham tentang konsep peta 4.23 .616 Tinggi
pemikiran (i-Think). 4.29 Tinggi
4.00 .673 Tinggi
2. Saya faham tentang jenis-jenis peta
pemikiran (i-Think). 4.28 .730
3. Saya mengetahui fungsi dan 3.76 .658 Tinggi
kegunaan setiap peta pemikiran (i-
Think). .795 Tinggi
4. Saya tahu kepentingan menerapkan
peta pemikiran (i-Think) dalam PdP
bahasa Melayu.
5. Saya tahu teknik menyoal yang
efektif dalam PdP menggunakan
peta pemikiran (i-Think).
6. Saya tahu bahawa peta pemikiran 4.18 .681 Tinggi
(i-Think) memudahkan saya untuk
berfikir khususnya berkaitan KBAT.
7. Saya tahu menggunakan peta 4.04 .666 Tinggi
pemikiran (i-Think) dengan baik dan
betul.
8. Saya tahu memilih peta pemikiran (i- 4.16 .671 Tinggi
Think) yang sesuai dengan aktiviti
PdP bahasa Melayu di dalam kelas.
Keseluruhan 4.117 .515 Tinggi
TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH TERHADAP PETA PEMIKIRAN (I-THINK) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.
Jadual 2 menunjukkan skor min bagi tahap kesediaan guru terhadap peta pemikiran (i-Think)
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan Jadual 2, min tertinggi bagi
tahap kesediaan guru terhadap peta pemikiran (i-Think) adalah pada item kedua, iaitu “Saya
melaksanakan aktiviti PdP dengan menggunakan peta pemikiran (i-Think) dengan min 4.24
dan sisihan piawai .642. Bagi min terendah adalah pada item keempat, “Saya menyediakan
pelbagai teknik penyoalan berdasarkan peta pemikiran (i-Think) dengan min 3.81 dan sisihan
piawai .709. Daripada dapatan yang diperoleh, tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan
peta pemikiran (i-Think) adalah berada pada tahap yang tinggi, iaitu dengan jumlah min
sebanyak 3.98 dan sisihan piawai .526. Hal ini bermakna guru-guru pelatih opsyen Bahasa
Melayu yang telah menjalani latihan praktikum ini telah bersedia untuk menggunakan peta
pemikiran (i-Think) sebagai bahan bantu mengajar mereka ketika mengajar Bahasa Melayu.
Jadual 2
Analisis Item bagi Konstruk Tahap Kesediaan Terhadap Peta Pemikiran (i-Think).
Bil Item Min Sisihan Piawai Tahap
(µ) (SP) Tinggi
1. Saya merancang kaedah pengajaran yang 4.07 .607
menggalakkan kemahiran berfikir aras
tinggi dengan menggunakan peta 4.24 .642 Tinggi
pemikiran (i-Think). 4.15 .688 Tinggi
.709 Tinggi
2. Saya melaksanakan aktiviti PdP dengan 3.81 .729 Tinggi
menggunakan peta pemikiran (i-Think). .795 Tinggi
3.83
3. Saya menggalakkan murid meneroka
pelbagai maklumat semasa PdP dengan 3.81
menggunakan peta pemikiran (i-Think).
4. Saya menyediakan pelbagai teknik
penyoalan berdasarkan peta pemikiran (i-
Think).
5. Saya menyediakan soalan mengikut tahap
murid berdasarkan peta pemikiran (i-
Think).
6. Saya menyediakan soalan untuk murid
membuat refleksi berdasarkan peta
pemikiran (i-Think).
7. Saya menggalakkan murid berhujah bagi 3.89 .778 Tinggi
menggalakkan perkembangan minda 4.06 .794 Tinggi
berdasarkan peta pemikiran (i-Think). 3.98 .526 Tinggi
8. Saya membuat refleksi untuk
penambahbaikan PdP berdasarkan peta
pemikiran (i-Think).
Keseluruhan
HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU PELATIH.
Jadual 3 menunjukkan hubungan antara tahap pengetahuan dengan kesediaan guru pelatih
terhadap peta pemikiran (i-Think). Berdasarkan Jadual 3 nilai pekali korelasi bagi pasangan
pemboleh ubah pengetahuan dengan kesediaan guru pelatih adalah .643 dan paras signifikan
(p)=.000. Hal ini, membuktikan bahawa pemboleh ubah pengetahuan dengan kesediaan guru
pelatih mempunyai perkaitan korelasi positif dan kuat. Dapatan kajian menunjukkan nilai
r=.643, merujuk Cohen et al. (2011) dalam Hashiroh Hussain dan Norshuhada Shiratuddin
(2016) nilai r=.51 hingga r=.80 merupakan hubungan yang positif dan kuat. Hal ini
menunjukkan bahawa kedua-dua pembolehubah saling berhubung dan berkait antara satu
sama lain dengan mempunyai hubungan yang kuat dan positif.. Oleh itu, Ho1, iaitu tidak
terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan guru pelatih terhadap peta pemikiran (i-
Think) dengan kesediaan guru pelatih terhadap peta pemikiran (i-Think) ditolak.
Jadual 3
Hubungan antara tahap pengetahuan dengan kesediaan guru pelatih.
Pemboleh ubah r p
Pengetahuan .643** .000
Kesediaan
KESIMPULAN
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru pelatih opsyen bahasa Melayu
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap peta pemikiran (i-Think). Kesimpulannya
dapat dirumus bahawa guru pelatih berpengetahuan dan faham akan peta pemikiran (i-Think).
Hal ini terjadi disebabkan guru-guru pelatih telah diberikan pendedahan tentang peta
pemikiran (i-Think) melalui kursus-kursus yang telah dipelajari di IPG sebelum menjalani
latihan praktikum. Peta pemikiran (i-Think) diselitkan dalam pembelajaran bahasa Melayu
seperti kursus pengajaran kemahiran Bahasa Melayu dan kaedah pengajaran Bahasa Melayu.
Sebelum menjalani latihan praktikum guru-guru pelatih amat ditekankan dengan elemen
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK 21) yang perlu
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) apabila guru pelatih menjalani latihan
mengajar di sekolah. Antara elemen yang terdapat dalam KBAT dan PAK 21 penggunaan peta
pemikiran (i-Think). Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2015), peta pemikiran (i-Think) jika
digunakan dalam PdP akan membudayakan lagi kemahiran berfikir dan menjadikan PdP lebih
bermakna kerana membolehkan murid memahami kemahiran kognitif yang abstrak melalui
bentuk visual yang konkrit. Di samping itu, menurut beliau juga penggunaan peta pemikiran (i-
Think) dapat memacu transformasi pemikiran dan kecemerlangan murid yang dapat dicapai
melalui penggunaan alat berfikir lapan peta pemikiran (i-Think) oleh guru dan murid dalam
aktiviti PdP untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tambahan pula,
dengan perkembangan teknologi yang semakin maju dan canggih serta ledakan maklumat
yang hebat membolehkan guru-guru pelatih menambah pengetahuan tentang peta pemikiran
(i-Think) dengan mudah. Hal ini demikian kerana, keputusan min bagi konstruk pengetahuan
adalah tinggi menunjukkan bahawa kesemua guru pelatih dalam kajian ini mempunyai
pengetahuan yang tinggi tentang peta pemikiran (i-Think).
Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru pelatih opsyen Bahasa
Melayu mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap peta pemikiran (i-Think). Keadaan
ini menunjukkan bahawa guru pelatih bersedia menggunakan peta pemikiran (i-Think) dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini membuktikan bahawa guru pelatih
bersedia menggunakan peta pemikiran (i-Think) sekali gus menggalakkan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) dalam PdP mereka. Kewujudan peta pemikiran (i-Think) dikaitkan dengan
KBAT kerana peta pemikiran (i-Think) ini diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan daya
berfikir khususnya dalam kalangan murid. Tambahan pula, guru pelatih telah menjalani latihan
praktikum atau latihan mengajar di sekolah ini menyebabkan guru pelatih lebih bersedia
menggunakan peta pemikiran (i-Think) dalam PdP Bahasa Melayu. Malahan penerapan
elemen KBAT dan PAK 21 yang amat dititik beratkan dalam kalangan guru pelatih sebelum
menjalani latihan praktikum menambahkan lagi tahap kesediaan mereka dalam mewujudkan
PdP yang menarik dan berkesan. Di samping itu, pendedahan tentang peta pemikiran (i-Think)
yang diselitkan melalui kursus-kursus yang telah dipelajari semasa di IPG membantu dalam
meningkatkan tahap kesediaan guru pelatih. Hal ini kerana menurut pertambahan
pengetahuan dan ilmu meningkatkan lagi kesediaan seorang guru dalam melaksanakan PdP
di dalam bilik darjah.
Berdasarkan perbincangan dapat dirumuskan bahawa hasil dapatan kajian ini
menunjukkan sebahagian besar guru-guru pelatih mempunyai tahap kesediaan yang tinggi
terhadap peta pemikiran (i-Think). Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan
signifikan antara tahap pengetahuan guru pelatih terhadap peta pemikiran (i-Think) dengan
kesediaan guru pelatih terhadap peta pemikiran (i-Think). Hal ini menunjukkan bahawa
terdapat hubungan positif yang kuat antara tahap pengetahuan dengan tahap kesediaan guru
pelatih opsyen Bahasa Melayu terhadap peta pemikiran (i-Think). Maka dapat diberi
kesimpulan, bahawa tahap pengetahuan yang tinggi mampu meningkatkan tahap kesediaan
seseorang. Kenyataan ini disokong oleh Habibah dan Rahil (1990) menyatakan bahawa
pengetahuan dan pengalaman sedia ada sangat mempengaruhi kesediaan seseorang.
Tambahan pula, dalam kajian Tuan Rahayu Tuan Lasan, Mohd Aderi Che Noh dan Mohd Isa
Hamzah (2017), mereka berpendapat bahawa kesediaan seseorang boleh dipengaruhi oleh
pengetahuan sedia ada. Di samping itu, dalam kajian Zarina Abdul Rashid (2016), turut
menyatakan perkara yang sama, di mana pengetahuan menjadi faktor kesediaan seseorang
guru untuk mengajar.
CADANGAN
Dalam Anjakan Ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat memartabatkan kerjaya guru dengan
mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Oleh itu, terdapat beberapa
cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia selaku teraju utama dalam sistem
pendidikan negara. Antaranya, ialah mengetatkan lagi syarat kemasukan guru ke universiti
awam dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menawarkan program perguruan.
Hal ini bagi membolehkan hanya calon yang terbaik dan memenuhi syarat kelayakan minimum
akademik akan dipilih untuk memasuki program latihan perguruan.
Selain itu, Institut Pendidikan Guru Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan
guru-guru pelatih yang dilahirkan daripada institut ini berkualiti dan berpengetahuan. Oleh itu,
pengkaji mencadangkan agar pihak IPGM memperkasakan lagi kursus-kursus yang dapat
meningkatkan dan menekankan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
pengajaran dan pembelajaran khususnya berkaitan dengan peta pemikiran (i-Think). Hal ini
bertujuan agar guru-guru pelatih kelahiran IPGM ini menjadi bakal guru yang telah diberi
banyak pendedahan tentang KBAT terutamanya berkaitan dengan peta pemikiran (i-Think)
serta dapat meningkatkan pengetahuan dan kesediaan guru pelatih sebelum menjadi guru
yang sebenar di sekolah.
Hasil analisis pengkaji daripada kajian literatur dan kajian lepas terdapat banyak kajian
berkaitan dengan peta pemikiran (i-Think) dengan menggunakan pendekatan kuantitatif
khususnya yang menggunakan kaedah tinjauan dan kuasi eksperimen. Walau bagaimanapun,
masih terdapat ruang dan peluang kepada pengkaji lain untuk melaksanakan penyelidikan
dalam bidang yang sama. Hal ini disebabkan, menurut Ingvaldsen dan Gulla (2015) bahawa
tidak ada kajian yang sempurna kerana sentiasa ada teknik dan inovasi baharu yang dapat
dilaksanakan bagi menambah baik kajian sedia ada. Justeru, pengkaji mencadangkan kepada
kajian lanjutan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan pendekatan gabungan.
IMPLIKASI
Kajian ini berupaya memberi pengetahuan khususnya kepada guru pelatih tentang kelebihan
penggunaan peta pemikiran (i-Think) dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan peta
pemikiran (i-Think) merupakan satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru bagi
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Oleh itu, dapat dirumuskan
bahawa kajian ini berupaya mengisi kelompangan dalam aspek pengetahuan. Tambahan pula
kajian ini juga telah memberi nilai tambah kepada kajian yang melibatkan aspek pengetahuan.
Berdasarkan analisis kajian yang dijalankan, kebanyakan kajian sedia ada lebih
banyak mengkaji penggunaan peta pemikiran (i-Think) di peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah serta melibatkan responden yang terdiri daripada guru dan murid. Oleh itu
kajian ini mengisi kelompongan tersebut dalam aspek tempat kajian, sampel kajian, dan fokus
kajian iaitu pengetahuan dan kesediaan.
Di samping itu, pengaplikasian teori Reflektif Wallace dalam kajian ini dapat
menambahkan ilmu kepada pembaca berkaitan dengan teori ini. Pembaca akan mengetahui
teori ini dengan lebih terperinci melalui pembacaan daripada kajian ini. Di samping itu,
penerapan teori Reflektif Wallace dalam kajian ini dapat menjadi panduan kepada bakal guru
berkaitan dengan kesediaan. Kesediaan seseorang guru akan dipengaruhi dengan
pengetahuan yang dimilikinya sama ada diterima melalui latihan ataupun melalui pengalaman.
Hal ini selaras dengan kajian Zarina Abdul Rashid (2016), beliau menyatakan bahawa
pengetahuan menjadi faktor kesediaan seseorang guru untuk mengajar.
RUJUKAN
A. Rahman Haron, Jamaludin Badusah & Zamri Mahamod (2015). Kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam salak didik dengan elemen nyanyian dan elemen pantun. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. 5 (1): 53-60.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Membudayakan Kemahiran Berfikir.
http://www.moe.gov.my/bpk
David Hyerle & Yeager. (2007). Thinking Maps: A Language for Learning. Thinking Maps Inc
Fadilla Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap Guru
Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran
Peta Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia. 44(1): 37-44
Habibah Elias & Rahil Mahyuddin. (1990). Psikologi Pembelajaran. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hashiroh Hussain & Norshuhada Shiratuddin. (2016). Kebolehpercayaan Dan Korelasi
Elemen Multimedia Dan Antara Muka Tablet Dalam Menilai Penceritaan Digital. Asia
Pacific Journal of Educators and Education. 31: 27–45.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Program i-think Membudayakan Kemahiran
Berfikir. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement . 608-702.
Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Siri Pendidikan
Guru: Murid dan Pembelajaran. Oxford Sdn Bhd.
Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan peta pemikiran i-think dalam
meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu. 5 (2): 31-37.
Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah Hassan, Norazilawati Abdullah & Nik Azmah Nik Yussuf.
(2015). Keberkesanan Penggunaan I-Think Terhadap Pencapaian Dan Minat Murid
Dalam Tajuk Sifat Bahan, Sains Tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik
Malaysia. 5(2), 98-116.
Salina Md. Yunas & Zamri Mahamod. (2017). Tahap Kesediaan, Sikap dan Amalan Guru
Bahasa Melayu Sekolah Rendah Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran I-
Think.Wordpress. https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/89-
Salina-Md-Yunas.Pdf
Shamsazila Sa’aban, Muhammad Faizal Abdul Ghani & Ghazali Darusalam. (2017).
Pendedahan Program I-Think Di Peringkat Sekolah Mengikut Pendekatan Sekolah
Secara Menyeluruh: Satu Kajian Awal. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil. 4, Isu 2.
Tuan Jah Tuan Yusof. (2015). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Sasbadi Sdn Bhd.
Tuan Rahayu Tuan Lasan, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah. (2017). Pengetahuan,
Sikap dan Kesediaan Murid Terhadap Kemahiran Berfikir. Aras Tinggi (KBAT) dalam
Mata Pelajaran Tasawwur Islam. Tinta Artikulasi Membina Ummah: 3(1),15-28
Vishalache Balakrishnan. (2014). Aplikasi i-Think dalam Pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Wallace. Michael J. (2001). Training Foreign Language Teachers: A Reflective Approach.
Cambridge University.
Yahya Don, Azizah Sarkowi & Yaakob Daud. (2014). Pembentukan dan Peningkatan Kualiti
Guru di Malaysia. Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Zamri Mahamod. (2014). Inovasi PdanP dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan ketiga.
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zarina Abdul Rashid. (2016). Tahap Kesediaan Guru Dalam Aspek Pengetahuan Dan
Keperluan Latihan Berfokuskan Aplikasi Kbat. Tesis Sarjana tidak diterbitkan:
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
ANALISIS ITEM UJIAN KEFAHAMAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM
Yuznaili Saleh PhD
[email protected]
Norfaisya Salahudin
[email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis item soalan dalam ujian kefahaman bahasa Melayu di tiga buah
sekolah iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Aspek yang dikaji ialah mengenal pasti kekerapan aras soalan ujian kefahaman berdasarkan
Taksonomi Bloom dan mengkaji aras soalan yang digunakan dalam ujian kefahaman bahasa Melayu
pertengahan tahun di tiga buah sekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif, namun disokong
oleh data kuantitatif. Seramai dua orang guru bahasa Melayu bagi tiga buah sekolah dijadikan sampel
kajian. Ketiga-tiga buah sekolah tersebut merupakan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Data telah dikumpulkan
melalui temu bual, analisis kertas ujian kefahaman dan analisis dokumen Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
Dapatan menunjukkan aras yang paling kerap digunakan dalam ujian kefahaman bahasa Melayu di
ketiga-tiga buah sekolah adalah aras kefahaman. Dapatan kajian juga menunjukkan ketiga-tiga sekolah
menggunakan aras Taksonomi Bloom dalam ujian kefahaman bahasa Melayu kecuali aras sintesis.
Implikasi kajian ialah wajaran atau aras kesukaran yang digunakan di SK, SJKC dan SJKT adalah
berbeza-beza.
Kata Kunci: Taksonomi Bloom, Item ujian kefahaman, Aras Taksonomi Bloom, Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU), Bahasa Melayu.
ABSTRACT
This research is conducted to analyze the items in the Malay language comprehension test in three
schools, national schools, which is national schools, Chinese schools and Tamil national type schools.
Aspects studied were identifying the frequency of comprehension test questions level based on Bloom's
Taxonomy and analyzing the level of questions used in mid-year Malay comprehension test in all three
schools. This study uses qualitative design supported by quantitative data. A total of two Malay language
teacher from all three schools are taken as a sample of the study. The three schools are National School
(SK), Chinese National Type School (SJKC) and Tamil National Type School (SJKT). The data were
collected through interviews, comprehension test paper analysis and analysis of document Test
Specification Schedule (JSU). The findings indicate that the level most often used in Malay language
comprehension test in all three schools is the level of understanding. The results also showed that all
three schools uses Bloom's Taxonomy level in Malay language comprehension test except synthesis.
The implication of this study is that the weight or level of difficulty used in SK, SJKC and SJKT varies.
Keywords: Malay language comprehension, Bloom's Taxonomy, the frequency of comprehension test,
Malay language.
PENGENALAN
Setiap pengajaran dan pembelajaran pastinya akan menggunakan teknik penyoalan sama ada
secara lisan mahupun tulisan. Hal ini disokong oleh Black dan William (1998) yang
menyatakan bahawa semasa aktiviti pengajaran guru digalakkan menyoal secara lisan.
Penggunaan teknik penyoalan di dalam bilik darjah penting untuk melahirkan interaksi dua
hala antara guru dan murid. Tanpa penyoalan daripada guru ataupun murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung menunjukkan bahawa guru masih menggunakan
kaedah pengajaran tradisional yang mana hanya interaksi sehala sahaja berlaku dengan
murid.
Teknik penyoalan merupakan suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan di seluruh sekolah. Di Barat, teknik penyoalan digunakan secara meluas kerana
amat penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat dibuktikan melalui
dua pernyataan iaitu guru telah mengetahui untuk menyoal lebih daripada 300 soalan dalam
sehari (Levin dan Long, 1981) dan separuh daripada masa pengajaran mereka untuk menyoal
(Cotton, 1988). Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaslah menunjukkan bahawa guru-guru di
Barat amat mementingkan aspek penyoalan soalan dan menghabiskan banyak masa untuk
menyoal murid-murid.
Selain itu, negara jiran iaitu Indonesia misalnya, menggunakan teknik penyoalan untuk
melahirkan daya pemikiran yang kreatif. Hal ini disokong melalui pernyataan Yuli Nurul
Fauziah (2011) dalam jurnal beliau iaitu guru harus merancang pembelajaran agar dapat
membentuk murid yang bukan sahaja aktif tetapi dapat berfikir dengan lebih mendalam. Hal
ini demikian, berfikir dapat membantu murid untuk mentafsir setiap pengetahuan yang mereka
dapat. Sehubungan dengan itu, jenis soalan yang ditanya adalah soalan yang berbeza atau
soalan terbuka yang mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul (Mariati, 2006).
Di Malaysia, teknik penyoalan turut digunakan secara meluas dan boleh dikatakan
salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang wajib digunakan oleh para guru di dalam
bilik darjah. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, teknik penyoalan
merupakan salah satu teknik yang dapat membantu dalam merealisasikan falsafah tersebut.
Hal ini demikian, teknik penyoalan dapat menguji kebolehan murid serta dapat meningkatkan
kognitif dan metakognitif murid.
Walau bagaimanapun, bagi memastikan teknik penyoalan yang digunakan tersebut
berkesan, guru adalah tunjang utama dalam memastikan kuantiti soalan dan kualiti penyoalan
setaraf dengan tahap kognitif murid di samping berpotensi untuk membantu murid bagi
mencapai keupayaan kognitif optimum. Oleh yang demikian, guru yang bijak harus merancang
dengan teliti dalam pemilihan aras penyoalan dan juga kuantiti soalan yang sesuai diajukan
atau diberikan kepada murid agar dapat mencapai objektif utama guru.
PENYATAAN MASALAH
Menurut Zamri Mahamod dan Nor Razah Lim (2011), penggunaan penyoalan guru hanya
berkisar pada aras kognitif rendah atau sederhana sahaja. Secara umumnya teknik menyoal
merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru kerana hampir kesemua proses
pengajaran dan pembelajaran melibatkan teknik penyoalan. Kajian lepas banyak mengkaji
penggunaan penyoalan guru terhadap mata pelajaran lain seperti mata pelajaran Kimia dan
Pendidikan Islam. Sebagai contoh kajian oleh Arshad Jais, Noraffandy Yahaya, Nor Hasniza
Ibrahim dan Mohamed Noor Hassan (2014) yang bertajuk Pendekatan Inkuiri dan Teknik
Penyoalan Terbuka Guru: Isu dan Pelaksanaannya dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Kimia serta kajian oleh Nursafra Mohd Zhaffar, Wan Ali Akbar Wan Abdullah,
Mohd Isa Hamzah, Khadijah Abdul Razak dan Maimun Aqsha Lubis (2018) yang bertajuk
Strategi Penyoalan Guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran Berfikir Kritis. Namun, masih
kurang kajian penggunaan penyoalan guru berdasarkan Taksonomi Bloom bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti kekerapan aras soalan ujian
kefahaman berdasarkan Taksonomi Bloom dan mengkaji aras soalan ujian kefahaman
pertengahan tahun berdasarkan Taksonomi Bloom bagi tiga buah sekolah.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba mencapai dua objektif kajian seperti yang berikut:
1. Mengenal pasti kekerapan aras soalan ujian kefahaman berdasarkan Taksonomi Bloom.
2. Mengkaji aras soalan ujian kefahaman pertengahan tahun berdasarkan Taksonomi Bloom
bagi tiga buah sekolah.
Berdasarkan objektif kajian tersebut, dua soalan kajian yang selari dengan objektif kajian telah
dibentuk. Soalan kajian itu adalah seperti yang berikut:
1. Apakah kekerapan aras soalan ujian kefahaman berdasarkan Taksonomi Bloom ?
2. Apakah aras soalan ujian kefahaman pertengahan tahun berdasarkan Taksonomi Bloom
bagi tiga buah sekolah?
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, namun disokong oleh data
kuantitatif iaitu kekerapan dan menggunakan kaedah fenomenologi. Menurut Kamarul Azmi
Jasmi (2012), fenomenologi merupakan suatu ilmu yang berorientasi untuk mendapatkan
penjelasan tentang sesuatu realiti yang ada. Kajian ini mengenal pasti kekerapan aras soalan
dan aras soalan yang digunakan dalam ujian kefahaman pertengahan tahun berdasarkan
Taksonomi Bloom bagi tiga buah sekolah.
Dalam kajian ini, instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat ialah
protokol temu bual. Protokol temu bual merupakan garis panduan pengutipan data melalui
kaedah temu bual yang melibatkan interaksi bersemuka antara pengkaji dengan orang yang
ditemu bual atau informan (Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah dan Chua Lay Nee, 2018).
Sehubungan dengan itu, seramai dua orang guru bahasa Melayu bagi setiap sekolah telah
dipilih yang menjadikan seramai enam orang peserta kajian telah digunakan bagi
mengumpulkan data kajian ini. Selain itu, dokumen analisis iaitu kertas Ujian Kefahaman
bahasa Melayu tahun 4 dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) turut digunakan sebagai instrumen
dalam kajian ini. Dokumen analisis ialah sumber yang paling mudah kerana maklumat yang
diperlukan telah sedia ada (Chua Yan Piaw, 2006).
Kajian ini mempunyai kesahan dalam aspek kredibiliti, iaitu sampel yang diambil
mempunyai kredibiliti. Dalam kajian ini, sampel kajian mempunyai kredibiliti kerana telah
diperoleh daripada peserta kajian yang boleh dipercayai dan telus dalam memberi data. Selain
itu, kajian ini juga mempunyai kesahan dalam aspek kebolehpindahan kerana keupayaan
kajian ini dipindahkan ke konteks lain yang seumpamanya. Kesahan yang seterusnya ialah
kesahan dalam aspek pengesahan. Seramai dua orang pensyarah bahasa Melayu telah
dilantik untuk membuat pengesahan pakar terhadap penilaian item ujian kefahaman. Setelah
mendapat pengesahan pakar, pengiraan darjah persetujuan pakar telah dilaksanakan dengan
menggunakan analisis darjah persetujuan Cohen Kappa. Nilai darjah persetujuan pakar bagi
ketiga-tiga penilaian item ujian kefahaman bahasa Melayu adalah pada tahap yang baik.
kajian ini mempunyai kebolehpercayaan dalam triangulasi data kerana data dalam
kajian ini diambil daripada tiga sumber yang berbeza iaitu sekolah kebangsaan (SK), sekolah
rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).
Menurut Bailey (2007) dan Othman Lebar (2006), triangulasi bermaksud penggunaan pelbagai
sumber data, penyelidik, kaedah pemungutan data dan analisis.
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1
Kekerapan Aras Soalan Ujian Kefahaman Berdasarkan Taksonomi Bloom
Aras Taksonomi Bloom Jenis Aliran Sekolah Kekerapan
Pengetahuan SK 1
Kefahaman 7
Aplikasi SJKC 6
Analisis SJKT 29
Sintesis 23
Penilaian SK 22
SJKC 2
SJKT 4
8
SK 6
SJKC 8
SJKT 8
0
SK 0
SJKC 0
SJKT 4
1
SK 0
SJKC
SJKT
SK
SJKC
SJKT
Berdasarkan jadual 1, jumlah kekerapan penggunaan soalan aras pengetahuan bagi sekolah
kebangsaan (SK) ialah sebanyak satu soalan sahaja berbanding sekolah jenis kebangsaan
Cina (SJKC) iaitu mencatatkan jumlah kekerapan sebanyak tujuh soalan, manakala sekolah
jenis kebangsaan Tamil (SJKT) sebanyak enam soalan. Hal ini menunjukkan kekerapan paling
tinggi menggunakan soalan aras pengetahuan dalam ujian kefahaman bahasa Melayu ialah
SJKC, manakala SK mencatatkan kekerapan yang paling rendah menggunakan soalan aras
berkenaan.
Bagi kekerapan soalan aras kefahaman, SK mencatatkan jumlah kekerapan yang
tertinggi iaitu sebanyak 29 soalan berbanding SJKC dan SJKT. Jumlah kekerapan soalan aras
kefahaman bagi SJKC ialah 23 soalan, manakala SJKT sebanyak 22 soalan aras kefahaman.
Hasil dapatan menunjukkan SK mempunyai kekerapan yang tinggi bagi penggunaan soalan
aras kefahaman, manakala SJKT mencatatkan kekerapan yang paling rendah. Sehubungan
dengan itu, aras kefahaman merupakan aras yang paling kerap digunakan.
Kekerapan yang seterusnya ialah kekerapan bagi soalan aras aplikasi. SK
menunjukkan kekerapan soalan aras aplikasi sebanyak dua soalan lebih rendah berbanding
kekerapan di SJKC iaitu sebanyak empat soalan. Namun, dapatan kajian di SJKT
menunjukkan kekerapan soalan aras aplikasi lebih tinggi berbanding dapatan kajian di SK dan
SJKC iaitu sebanyak lapan kekerapan soalan dalam aras aplikasi. Hal ini menunjukkan SJKT
mempunyai kekerapan yang tinggi dalam penggunaan soalan aras aplikasi dan SK
menunjukkan kekerapan yang paling rendah.
Aras soalan yang keempat dalam Taksonomi Bloom adalah aras analisis. Kekerapan
penggunaan soalan aras analisis bagi SK ialah sebanyak enam soalan sahaja. Dapatan kajian
di SJKC dan SJKT menunjukkan kekerapan soalan aras analisis yang sama iaitu sebanyak
lapan soalan. Hal ini menunjukkan SJKC dan SJKT mempunyai kekerapan yang tinggi dalam
soalan aras analisis berbanding SK.
Walau bagaimanapun, aras yang kelima dalam hierarki Taksonomi Bloom iaitu aras
sintesis tidak terkandung dalam ujian kefahaman. Dalam konteks ini, ketiga-tiga sekolah iaitu
SK, SJKC dan SJKT tidak menggunakan soalan aras berkenaan dalam ujian kefahaman
bahasa Melayu pertengahan tahun. Oleh demikian, jumlah kekerapannya adalah sifar untuk
ketiga-tiga sekolah.
Aras yang terakhir ialah aras penilaian dalam Taksonomi Bloom. Aras penilaian juga
diklasifikasikan sebagai aras tinggi dan tergolong dalam soalan Kemahiran Aras Tinggi
(KBAT). Kekerapan soalan aras penilaian bagi SK ialah sebanyak empat soalan, manakala
hanya satu sahaja soalan aras penilaian yang terkandung dalam SJKC. Walau bagaimanapun,
hasil analisis ujian kefahaman di SJKT mendedahkan bahawa tidak ada satu pun soalan aras
penilaian yang terkandung dalam ujian kefahaman berkenaan.
Hasil dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga sekolah menggunakan aras Taksonomi
Bloom dalam ujian kefahaman Bahasa Melayu pertengahan tahun. Taksonomi Bloom terdiri
daripada enam aras yang bermula dari aras pengetahuan, aras kefahaman, aras aplikasi, aras
analisis, aras sintesis dan aras penilaian. Walau bagaimanapun, terdapat hanya satu aras
Taksonomi Bloom sahaja yang tidak digunakan dalam ujian kefahaman di ketiga-tiga buah
sekolah tersebut iaitu aras sintesis.
Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa tiga sekolah yang berbeza aliran di Subang
Jaya membina dan menggunakan soalan berlandaskan Taksonomi Bloom. Berdasarkan aras
dalam Taksonomi Bloom, aras kefahaman merupakan aras soalan yang paling kerap
digunakan dalam ujian kefahaman bahasa Melayu tahun 4 di ketiga-tiga buah sekolah.
Namun, ketiga-tiga buah sekolah tersebut tidak menggunakan soalan aras sintesis.
Sehubungan dengan itu, soalan aras penilaian merupakan aras kedua yang paling rendah
kekerapannya. Secara holistiknya, walaupun ketiga-tiga sekolah berkenaan menggunakan
soalan berdasarkan aras Taksonomi Bloom, namun ketiga-tiga sekolah masih menggunakan
soalan beraras rendah.
RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga sekolah kerap menggunakan soalan aras
rendah iaitu aras pengetahuan dan aras kefahaman. Dapatan kajian ini hampir sama dengan
beberapa kajian lain yang mengkaji kekerapan aras soalan berdasarkan Taksonomi Bloom.
Antaranya kajian Gopinat A/L Muthy (2013) dan Zamri Mahamod dan Nor Razah Lim (2011)
dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Terdapat juga kajian yang dilaksanakan dalam mata
pelajaran aliran sains seperti kajian Azraai Othman, Othman Talib, dan Dani Asmadi (2015)
dalam mata pelajaran Kimia Organik dan kajian Dani Asmadi Ibrahim dan Kamisah Osman
(2011) dalam mata pelajaran Kimia. Selain itu, terdapat juga kajian yang dilaksanakan dalam
mata pelajaran Matematik seperti kajian Muhammad Yusof Arshad dan Fatimah Zaharah
Seman (2011) dan mata pelajaran bahasa Arab seperti kajian Nik Mohd Rahimi, Sarizan
Sulong dan Siti Nuhajariah (2016).
Selain itu, dapatan hasil kajian yang kedua menunjukkan ketiga-tiga sekolah
menggunakan kesemua aras dalam Taksonomi Bloom kecuali aras Sintesis. Dapatan kajian
ini hampir sama dengan beberapa kajian lain yang mengkaji penggunaan aras soalan
berdasarkan Taksonomi Bloom. Antaranya kajian Muhammad Yusof Arshad dan Fatimah
Zaharah Seman (2011) dalam mata pelajaran Matematik, manakala mata pelajaran Pengajian
Profesional dalam kajian Tan Ai Lee, Ooi Soo Yuan, Anis Salwa Ahmed, Baskaran Kannan
dan Teh Hang Leng (2014). Selain itu, terdapat juga kajian yang dilaksanakan dalam mata
pelajaran bahasa Arab iaitu Nik Mohd Rahimi, Sarizan Sulong dan Siti Nuhajariah (2016).
Implikasinya, kajian ini berupaya memberi pengetahuan bahawa guru-guru di sekolah
rendah SK, SJKC, SJKT tidak mempunyai satu JSU yang standard untuk dirujuk. Tambahan
lagi, KPM tidak ada mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan wajaran atau aras kesukaran
yang perlu digunakan dalam peperiksaan atau ujian di sekolah. Di samping itu, kajian ini telah
menggunakan kesemua aspek dalam Teori Taksonomi Bloom (1956) iaitu pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian untuk memperoleh model aras Taksonomi
Bloom bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa teori
Taksonomi Bloom digunakan dalam teknik penyoalan dalam ujian atau peperiksaan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini juga berupaya mengisi kelompangan empirikal dalam aspek
lokasi kajian, tempat kajian dan sampel kajian yang digunakan. Jelaslah, kajian ini dapat
memberi implikasi kepada pengetahuan, teori, dan empirikal.
Sebagai cadangan, pengkaji boleh melaksanakan penyelidikan tentang analisis item
ujian atau peperiksaan berdasarkan Taksonomi Bloom dalam mata pelajaran lain di SK, SJKC
dan SJKT. Kajian ini juga memberi cadangan kepada guru sebagai pembinaan soalan untuk
meningkatkan penggunaan soalan aras tinggi yang berkualiti selaras dengan wajaran atau
aras kesukaran. Tambahan lagi, kajian ini juga memberikan cadangan kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk menyelaraskan wajaran atau aras kesukaran dalam JSU kerana
peperiksaan awam yang dijalankan di Malaysia juga dilaksanakan selaras di semua sekolah.
Kesimpulannya, kajian ini memperlihatkan penggunaan aras soalan berdasarkan
Taksonomi Bloom merupakan perkara yang penting dalam penggubalan item soalan ujian
atau peperiksaan dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa
item soalan dalam ujian kefahaman lebih banyak menggunakan soalan aras rendah
berbanding soalan aras tinggi. Di samping itu, aras soalan yang digunakan dalam kertas ujian
mengandungi aras-aras dalam taksonomi Bloom. Namun, tidak semua aras taksonomi Bloom
digunakan dalam kertas ujian atau peperiksaan di sekolah. Hal ini kerana, soalan-soalan yang
digunakan banyak tertumpu pada aras rendah iaitu aras pengetahuan dan aras kefahaman
sahaja berbanding aras tinggi iaitu aras sintesis dan aras penilaian.
RUJUKAN
Arshad Jais, Noraffandy Yahaya, Nor Hasniza Ibrahim dan Mohamed Noor Hassan. (2014).
Pendekatan Inkuiri dan Teknik Penyoalan Terbuka Guru: Isu dan Perlaksanaannya
dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kimia. Innovation, Issues and Challenges
for Educational Sustainability, 2, 672-684.
Azraai Othman, Othman Talib & Dani Asmadi. (2015). Analisis Dokumen Silibus Kimia Organik
Matrikulasi Berdasarkan Taksonomi Bloom. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia
Pasifik, 3(3), 1-11.
Bailey, C. A. (2007). A Guide to Qualitative Field Research (Edisi ke-2). London: Pine Forge
Press.
Benjamin S. Bloom. (1989). Taksonomi Objektif Pendidikan, Buku Pedoman 1: Domain
Kognitif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Benjamin S. Bloom, David R. Krathwohl & Bertram B. Masia. (1973). Taxonomy of Educational
Objectives Book 2 Affective Domain. London: Longman Group LTD.
Benjamin S. Bloom, David R. Krathwohl & Bertram B. Masia. (1988). Taksonomi Objektif
Pendidikan, Buku Pendoman 2: Domain Afektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Black, P. & Willam D. (1998). Inside the Black Box: Raising Standards Through Classroom
Assessment. London: School of Education, King College.
Bloom, B. S., Krathwohl, D. R. & Masia, B. B. (1964). Taxonomy of educational objectives-
book 2 affective domain. London: Longman Group Limited.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education (M) Sdn.Bhd.
Cotton, K. (1988). Monitoring student learning in the classroom. Portland, OR: Northwest
Regional Educational Laboratory.
Dani Asmadi Ibrahim & Kamisah Osman. (2011). Kemahiran berfikir aras tinggi, pengajaran
tajuk model Atom dan pencapaian objektif kursus Kimia.
https://www.researchgate.net/publication/282853878
Gopinat Muty. (2013). Aras Penyoalan dan Pemikiran dalam Proses Pembelajaran Bahasa
Melayu Murid Sekolah Rendah.
http://studentsrepo.um.edu.my/5478/1/TGC_060005.pdf.
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Penyelidikan Kualitatif dalam Sains Sosial. Kursus Penyelidikan
Kualitatif siri 1 2012 pada 28-29 Mac 2012 dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Melaka, 1-11.
Lee, K. C., Zakri Abdullah & Chua Lay Nee. (2018). Penyelidikan dalam Pendidikan. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Levin, T. & Long, R. (1981). Effective instruction. Washington, DC: Association for Supervision
and Curriculum Development.
Mariati. (2006). Pengembangan Kreativitas Siswa Melalui Pertanyaan Divergen pada Mata
Pelajaran Ilmu Pengetahuan Alam. Jurnal Pendidikan dan Kebudayaan, 63.
Muhammad Yusof Arshad & Fatimah Zaharah Seman. (2011). Analisis item soalan Matematik
Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2003, 2004, 2005 dan 2006 mengikut domain kognitif
Taksonomi Bloom. Journal of Science dan Mathematics Educational, Volume 2, 39-50.
Nik Mohd Rahimi, Sarizan Sulong & Siti Nuhajariah. (2016). Tahap Kefahaman Bahasa Arab
Mengikut Taksonomi Bacaan dalam Kalangan Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia,
41(1), 33-37.
Nursafra Mohd Zhaffar, Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Mohd Isa Hamzah, Khadijah Abdul
Razak & Maimun Aqsha Lubis. (2018). Strategi Penyoalan Guru Pendidikan Islam
dalam Pengajaran Berfikir Kritis. ASEAN Comparative Education Research Journal on
Islam and Civilization, Vol. 2(1), 72-87.
Othman Lebar. (2006). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjung
Malim, Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Suastra, I. W. (2008). Teaching Science Model For Developing Students’ Creative Thinking
Ability. Proceedings The 2nd International Seminar on Science Education. Bandung.
Tan, A. L., Ooi, S. Y., Anis Salwa Ahmed, Baskaran Kannan & Teh, H. L. (2014). Teknik
pembacaan awal, ringkasan dan penyediaan soalan sebelum tutorial untuk
meningkatkan pencapaian dan penglibatan guru pelatih. Jurnal Penyelidikan Dedikasi,
8.
Yuli Nurul Fauziah. (2011). Analisis Kemampuan Guru dalam Mengembangkan Keterampilan
Berfikir Kreatif Siswa Sekolah Dasar Kelas V pada Pembelajaran Ilmu Pengetahuan
Alam. Jurnal Pendidikan, 2, 98-106.
Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan dalam
Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1 (1), 51-65.
TAHAP PENGAPLIKASIAN ELEMEN 6C DALAM PENGAJARAN GURU
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
B. Parimala a/p Subramaniam
[email protected]
Nur Aziza Rosma binti Sudirman
[email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen 6C dalam pengajaran guru bahasa
Melayu sekolah rendah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan data dikumpul menggunakan borang
instrumen soal selidik yang mengandungi 30 item daripada enam elemen dalam pengajaran abad ke-
21 iaitu kreativiti, koperatif, komunikasi, pemikiran kritis, perwatakan dan kenegaraan. Kajian ini
melibatkan seramai 53 orang guru bahasa Melayu yang mengajar di Zon Bangsar. Data yang dikumpul
dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui perisian Statistical Package for the Social Science
(SPSS) versi 25.0. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran kekerapan, min dan sisihan piawai bagi
menganalisis dapatan kajian tahap pengaplikasian elemen 6C dalam pengajaran guru Bahasa Melayu
sekolah rendah. Secara keseluruhannya, analisis deskriptif menunjukkan tahap pengaplikasian elemen
6C dalam pengajaran guru Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi. Dapatan menunjukkan bahawa
elemen kreativiti (min=3.83), koperatif (min=3.80) dan pemikiran kritis (min=3.81) berada pada tahap
sederhana tinggi manakala elemen komunikasi (min=4.13), perwatakan (min=4.47) dan kenegaraan
(min=4.43) berada pada tahap tinggi.
Kata kunci: Elemen 6C, kreativiti, koperatif, komunikasi, perwatakan, kenegaraan, pengajaran
ABSTRACT
This research aims to identify the applying 6C elements in the process of learning Malay language. This
research is a survey and the datas were collected by using a questionnaire containing 30 items of six
elements on 21st Century includes creativity, cooperative, communication, critical thinking, character
and citizenship. This research involved 53 Malay teachers from primary schools in Bangsar Zone, Kuala
Lumpur. The datas collected were analyzed using descriptive statistics using the Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS) version 25.0. The descriptive statistics such as frequency, mean and
standard deviation was used to analyzing the applying 6C elements in the process of learning Malay
language. The findings show that the 6C elements in the Malay Language learning process are at a high
level. The findings show that the creativity element (mean=3.83), cooperative (mean=3.80) and critical
thinking (mean=3.81) were at moderate high level while communication element (mean=4.13), character
(mean=4.47) and citizenship (mean=4.43) were at high level.
Keywords: 6C elements, creativity, cooperative, communication, character, citizenship, learning
process
PENGENELAN
Malaysia merupakan negara yang sedang pesat membangun dan usaha memacu hala tuju
negara ini perlulah disokong oleh sumber manusia yang berkualiti dan progresif. Dalam hal
ini, proses pembelajaran dalam sistem pendidikan memainkan peranan yang penting dalam
mencorakkan modal insan. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa
menyemak, memantau dan mengemas kini kurikulum bagi memastikannya sentiasa relevan
dengan kehendak semasa (Ainun, Zamri dan Wan Muna Ruzanna, 2017). Kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang dipraktikkan oleh guru seharusnya setaraf dengan keperluan generasi
murid pada abad ke-21.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan
transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang
mengetengahkan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). PAK21 dilihat sebagai strategi
pengajaran yang berkesan dengan peredaran dan keperluan murid pada masa kini. Menurut
Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin (2012), sistem pendidikan Malaysia
perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis
dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi
dengan berkesan pada peringkat global. Tidak kurang pentingnya, setiap murid perlu
diterapkan dengan nilai, etika dan rasa tanggungjawab sebagai warganegara. Oleh itu,
penekanan dalam menguasai kemahiran dan keperluan tersebut haruslah bermula dengan
penerapannya dalam pengajaran.
Tidak dapat disangkal lagi, guru merupakan individu yang berperanan penting dalam
merealisasikan hasrat tersebut. Guru seharusnya mengaplikasikan keenam-enam elemen
iaitu kreativiti, koperatif, komunikasi, pemikiran kritis, perwatakan dan kenegaraan dalam
pengajaran Bahasa Melayu memandangkan mata pelajaran tersebut memperuntukkan waktu
yang lebih panjang daripada mata pelajaran lain. Sesungguhnya, usaha ini amat penting bagi
membolehkan murid berdaya saing seiring dengan milenium baru. Dalam hal ini, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan ujian rintis PAK21 pada
tahun 2014 serta pelaksanaan pada peringkat nasional pada tahun 2015 (Buletin Anjakan Bil.4
2015).
PENYATAAN MASALAH
Kemahiran abad ke-21 merupakan kemahiran yang perlu diaplikasikan dalam pelbagai situasi
selaras dengan keperluan murid untuk berdaya saing pada abad ini dan adalah lebih berkesan
jika program pembangunannya dilaksanakan semenjak dari peringkat sekolah rendah lagi.
Dalam kajian-kajian lepas (Badrul Hisham dan Mohd Nasruddin, 2016; Rohani Arbaa, Hazri
Jamil dan Mohamad Zohir Ahmad, 2017) membuktikan bahawa strategi PAK21 diperlukan
dalam mendepani trenda pendidikan pada masa kini. Kaedah yang sesuai dengan pendidikan
abad ke-21 perlu diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Husni
et al., 2018).
Hal ini demikian kerana pembudayaan amalan dan kemahiran PAK21 dapat memberi
impak kepada kejayaan seseorang pelajar khususnya dalam bidang akademik (Ainun, Zamri
dan Wan Muna Ruzanna, 2017; Eow 2017; Nur Khaizatul Fateha dan Zamri, 2016;
Muhammad Suhaimi, Mohd Yusof dan Roslee, (2014). Kenyataan ini juga disokong Siti Nurul
Jannah, Mohammad Zaki dan Suhaidah Said (2014) dalam kajiannya yang mendapati
pendekatan kemahiran koperatif PAK21 dapat memantapkan kemahiran asas bahasa murid.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa kajian-kajian yang dijalankan di Malaysia
menunjukkan keperluan mendesak terhadap pengaplikasian kemahiran PAK21 agar murid-
murid lebih berdaya saing dalam mempelajari Bahasa Melayu (Yussof, Ismail dan Sidin, 2008;
Rasul et al., 2009; Masyuniza 2015). Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi
mengisi kelompongan kajian terhadap enam elemen yang diketengahkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) iaitu kreativiti, koperatif, komunikasi,
pemikiran kritis, perwatakan dan kenegaraan.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba mencapai satu objektif kajian yang merangkumi
enam sub-objektif kajian, iaitu:
i. Mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen 6C dalam pengajaran guru BM
sekolah rendah.
- Pengaplikasian elemen kreativiti (creativity)
- Pengaplikasian elemen koperatif (cooperative)
- Pengaplikasian elemen komunikasi (communication)
- Pengaplikasian elemen pemikiran kritis (critical thinking)
- Pengaplikasian elemen perwatakan (character)
- Pengaplikasian elemen kenegaraan (citizenship)
Soalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina satu soalan kajian yang
merangkumi enam sub-soalan. Soalan kajian adalah seperti berikut:
i. Apakah tahap pengaplikasian elemen 6C dalam pengajaran guru BM sekolah rendah.
- Pengaplikasian elemen kreativiti (creativity)
- Pengaplikasian elemen koperatif (cooperative)
- Pengaplikasian elemen komunikasi (communication)
- Pengaplikasian elemen pemikiran kritis (critical thinking)
- Pengaplikasian elemen perwatakan (character)
- Pengaplikasian elemen kenegaraan (citizenship)
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian bersifat kuantitatif iaitu menggunakan kaedah tinjauan. Chua
(2011) dalam Ang Kean Hua (2016) menghuraikan kaedah tinjauan melibatkan pengumpulan
data secara terus daripada kumpulan subjek dengan menggunakan soalan kajian, iaitu soal
selidik. Creswell (2008) menyatakan bahawa strategi tinjauan bertujuan untuk menilai sikap,
kepercayaan, pandangan atau amalan semasa. Sehubungan dengan itu, pengkaji
menggunakan reka bentuk tinjauan kerana reka bentuk tersebut lebih sesuai digunakan untuk
mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen 6C dalam pengajaran guru.
Dalam kajian ini, instrumen utama yang digunakan ialah soal selidik melalui kaedah
tinjauan dan pendekatan kuantitatif. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini ditadbir agar
dapat mengukur tahap pengaplikasian elemen 6C. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik
iaitu Bahagian A berkaitan demografi responden manakala Bahagian B mengandungi 5 item
bagi setiap elemen menjadikan item keseluruhan berjumlah 30. Soal selidik yang dibina
diadaptasi berdasarkan kajian Raja Abdullah dan Daud (2018) bagi elemen kreativiti, koperatif,
komunikasi dan pemikiran kritis manakala kajian Norfadhilah Nasrudin dan Norhayati Md
Yatim (2019) bagi elemen perwatakan dan kenegaraan.
Item soal selidik yang diadaptasi berdasarkan soal selidik tersebut telah diakui
kesahannya. Dalam hal ini, pengkaji telah menjalankan kesahan muka dan kesahan
kandungan soal selidik dengan merujuk dua orang pakar Bahasa Melayu untuk kesahan
kandungan manakala seorang pakar bahasa dan instrumen untuk kesahan muka.
Kebolehpercayaan item soal selidik dianggarkan menggunakan nilai Alpha Cronbach. Dalam
hal ini, analisis data kajian rintis yang dijalankan terhadap 30 orang responden menggunakan
Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 25.0 menunjukkan nilai
kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu .980.
Populasi kajian terdiri daripada 61 orang guru Bahasa Melayu yang berkhidmat di
sekolah-sekolah Zon Bangsar. Hal ini menjadikan 53 orang guru Bahasa Melayu sebagai
responden kajian. Dalam menganalisis data kajian, pengkaji telah menggunakan statistik
deskriptif melibatkan kekerapan, nilai skor min dan sisihan piawai bagi mengukur tahap
pengaplikasian elemen 6C dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah rendah.
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1
Analisis tahap pengaplikasian elemen 6C
ELEMEN N SKOR MIN SISIHAN PIAWAI TAHAP
Kreativiti 53 3.83 .542 Sederhana Tinggi
Koperatif 53 3.80 .621 Sederhana Tinggi
Komunikasi 53 4.13 .644 Tinggi
Pemikiran Kritis 53 3.81 .697 Sederhana Tinggi
Perwatakan 53 4.47 .477 Tinggi
Kenegaraan 53 4.43 .519 Tinggi
Jadual 2
Analisis Pengaplikasian Elemen Kreativiti (Creativity)
SISIHAN PIAWAI
ITEM SKOR MIN (SP) TAHAP
Sederhana Tinggi
(µ)
Sederhana Tinggi
Saya menyampaikan input 3.77 .697
Tinggi
dengan kreatif dalam Sederhana Tinggi
pengajaran. Tinggi
Saya membina bahan 3.23 .847
pengajaran dan pembelajaran
yang kreatif.
Saya menjana idea murid 4.04 .784
dalam penyoalan
Saya menerapkan elemen 3.85 .718
kreativiti dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
Saya menggalakkan murid 4.26 .625
mengeluarkan pendapat.
Jadual 3
Analisis Pengaplikasian Elemen Koperatif (Cooperative)
SISIHAN PIAWAI
ITEM SKOR MIN (SP) TAHAP
Tinggi
(µ)
Sederhana Tinggi
Saya menggalakkan 4.23 .697 Tinggi
pengajaran dan pembelajaran Sederhana Tinggi
Sederhana Tinggi
secara berkumpulan
Saya menggalakkan aktiviti 3.38 1.09
lakonan dan simulasi
Saya menggunakan peta 4.00 .734
pemikiran untuk menjana idea
murid.
Saya menggunakan kemahiran 3.91 .714
kolaboratif dengan berkesan
Saya menggalakkan 3.49 .891
pengajaran dan pembelajaran
bercorak penyelesaian
masalah
Jadual 4
Analisis Tahap Pengaplikasian Elemen Komunikasi (Communication)
SISIHAN PIAWAI
ITEM SKOR MIN (SP) TAHAP
Tinggi
(µ)
Tinggi
Saya menggalakkan murid 4.19 .786 Tinggi
Tinggi
berkomunikasi dalam Tinggi
melaksanakan projek yang
diberi
Saya menggalakkan murid 4.09 .741
membentangkan hasil dapatan
projek yang dihasilkan
Saya menggalakkan kaedah 4.08 .703
perbincangan dalam kumpulan
Saya menggalakkan 4.06 .691
perkongsian pengetahuan
dalam pembentangan
Saya membimbing kemahiran 4.25 .677
komunikasi murid
Jadual 5
Analisis Tahap Pengaplikasian Elemen Pemikiran Kritis (Critical Thinking)
SISIHAN PIAWAI
ITEM SKOR MIN (SP) TAHAP
(µ)
Saya merancang setiap soalan 3.51 1.085 Sederhana Tinggi
yang diajukan kepada murid
Saya mengajukan soalan yang 3.91 .815 Sederhana Tinggi
menentukan sebab dan
penjelasan
Saya mengajukan soalan yang 3.87 .856 Sederhana Tinggi
menguji implikasi dan akibat
Saya membimbing murid 3.89 .800 Sederhana Tinggi
menjawab soalan pada aras
tinggi
Saya mengemukakan soalan 3.91 .741 Sederhana Tinggi
yang meneroka pandangan
murid
Jadual 6
Analisis Pengaplikasian Elemen Perwatakan (Character)
SISIHAN PIAWAI
ITEM SKOR MIN (SP) TAHAP
Tinggi
(µ) Tinggi
Saya menggalakkan murid 4.51 .576 Tinggi
Tinggi
berfikiran positif Tinggi
Saya menerapkan nilai-nilai 4.40 .660
integriti dalam proses
pengajaran.
Saya memberi motivasi kepada 4.49 .576
murid untuk kemajuan diri
Saya menggalakkan murid 4.38 .596
berfikiran terbuka dan optimis.
Saya menyarankan murid 4.60 .566
mengamalkan nilai moral
dalam kehidupan
Jadual 7
Analisis Pengaplikasian Elemen Kenegaraan (Citizenship)
ITEM SKOR MIN SISIHAN PIAWAI TAHAP
Tinggi
Saya menerapkan nilai jati diri 4.36 .591 Tinggi
dalam proses pengajaran dan Tinggi
Tinggi
pembelajaran. Tinggi
Saya menggalakkan murid 4.49 .608
bersaing secara sihat dalam
proses pengajaran dan
pembelajaran.
Saya menasihati murid supaya 4.47 .639
mempunyai daya juang yang
kental.
Saya mengaplikasikan 4.49 .576
semangat patriotisme kepada
murid-murid.
Saya mengimplementasikan 4.34 .618
aktiviti bercorak patriotisme
dalam membina negara
bangsa.
Secara keseluruhannya, elemen kreativiti, koperatif dan pemikiran kritis berada pada tahap
sederhana tinggi manakala elemen komunikasi, perwatakan dan kenegaraan berada pada
tahap tinggi. Terdapat 11 item mencatatkan skor min yang sederhana tinggi manakala 19 item
mencatatkan skor min yang tinggi. Selain itu, terdapat 2 item menunjukkan bacaan nilai sisihan
piawai tinggi yang menunjukkan konsensus atau persetujuan yang rendah daripada
responden, Ramlee Mustapha (1999).
RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru Bahasa Melayu di Zon
Bangsar mengaplikasikan elemen 6C dalam pengajaran. Dapatan kajian ini hampir sama
dengan beberapa kajian lain yang mengkaji kemahiran mahupun elemen-elemen dalam
pengajaran abad ke-21 iaitu kreativiti, koperatif, komunikasi, pemikiran kritis, perwatakan dan
kenegaraan dalam pengajaran. Antaranya termasuklah kajian Raja Abdullah dan Daud (2018),
Norfadhilah Nasrudin dan Norhayati Md Yatim (2019) dan Badrul Hisham dan Mohd
Nasruddin (2016). Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru mampu menggunakan strategi
pengajaran yang sesuai dengan keperluan murid pada masa kini.
Dalam hal ini, kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada pihak Pejabat
Pendidikan Wilayah dan guru besar di sekolah tentang keupayaan guru dalam
mengaplikasikan elemen 6C dalam pengajaran. Sesungguhnya, pengaplikasian elemen 6C
merupakan strategi pengajaran abad ke-21 yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan pada abad ini. Dalam hal ini, majoriti guru di
sekolah kerap mengaplikasikan elemen komunikasi, perwatakan dan kenegaraan dalam
pengajaran Bahasa Melayu berbanding elemen pemikiran kritis, kreativiti dan koperatif.
Kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber maklumat kepada Pejabat Pendidikan
Wilayah dan guru besar sekolah tentang pengaplikasian strategi pengajaran abad ke-21 guru
Bahasa Melayu melalui elemen 6C. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kajian ini berupaya
mengisi kelompangan dalam pengetahuan terutamanya terhadap dua elemen yang kurang
dikaji dalam kajian-kajian lepas iaitu elemen perwatakan dan kenegaraan. Secara
keseluruhannya, keenam-enam elemen yang dikaji amat penting bagi melahirkan murid yang
seimbang bukan sahaja dari segi pengetahuan malah nilai dan sahsiah diri.
Bukan itu sahaja, Model Partnership for 21st Century Skills yang menjadi asas
penyelidikan dan dapatan kajian juga membuktikan bahawa model ini amat sesuai digunakan
dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Malaysia seiring dengan
perkembangan dan keperluan murid pada masa kini. Ringkasnya, kajian ini terbukti dapat
memberi implikasi terhadap pengetahuan dan teori.
Namun demikian, terdapat cadangan yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh
Pejabat Pendidikan Wilayah dalam kajian ini iaitu mengadakan kursus mahupun bengkel
pengaplikasian elemen 6C dalam pengajaran khususnya kepada guru-guru yang telah
berkhidmat lama dalam bidang pendidikan. Hal ini penting bagi memastikan guru-guru di
sekolah kompeten dalam mengaplikasikan strategi pengajaran abad ke-21 sesuai dengan
keperluan murid pada abad ini. Dalam hal ini, pihak sekolah iaitu pentadbir dan guru besar
berperanan mengenal pasti guru-guru yang kurang kompeten dalam mengaplikasikan elemen-
elemen serta kemahiran-kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran.
Kesimpulannya, kajian yang dijalankan berupaya mengenal pasti tahap pengaplikasian
elemen 6C yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Kajian mendapati bahawa sebahagian besar guru Bahasa Melayu sekolah rendah berupaya
mengaplikasikan elemen 6C dalam proses pengajaran. Ringkasnya, kajian ini telah mengisi
kelompongan kajian sedia ada yang hanya menekankan empat daripada enam elemen
berkaitan iaitu kreativiti, koperatif, komunikasi dan pemikiran kritis. Meskipun begitu, cadangan
penambahbaikan berdasarkan dapatan kajian perlu diambil tindakan oleh pihak berwajib bagi
memaksimumkan keberkesanan elemen 6C dalam pengajaran. Hal ini amat penting bagi
menambah baik keberkesanan pengaplikasiannya dalam proses pengajaran guru Bahasa
Melayu sekolah rendah.
RUJUKAN
Ainun Rahman Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017).
Pembelajaran Abad ke-21 dan Pengaruhnya terhadap Sikap, Motivasi dan Pencapaian
Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2): 77-
88.
Ang Kean Hua. (2016). Pengenalan rangka kerja metodologi dalam kajian penyelidikan: Satu
kajian literatur. Malaysian Journal of Social Science and Humanities, 1(1), 17-24.
Badrul & Nasruddin (2015). Penilaian Kendiri Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-
21 Pensyarah IPG Kampus Ipoh. Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan IPG
Zon Sabah, 2-4 September.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Buletin Anjakan. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (4).
Creswell, J. W. (2008). Educational research planning, conducting and evaluating quantitative
research. Pearson Education International.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Masyuniza Yunos. (2015). Hubungan Sikap dan Persepsi Murid terhadap Pembelajaran
Bahasa Melayu dengan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5
(2), 22-30.
Masyuniza Yunos & Zamri Mahamod. (2013). Penyepaduan Kemahiran Abad Ke-21 dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah
Pendidikan Bahasa Melayu dan Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Kelima, 338-
352.
Muhammmad Suhaimi Taat, Mohd Yusof Abdullah & Roslee Talip. (2014). Motivasi sebagai
‘mediator’ antara proses pengajaran dan bimbingan guru dengan Pembelajaran
Terarah Kendiri (PTK) Pelajar: Satu kajian menggunakan ‘Model SEM/AMOS’. Jurnal
Sains Humanika, 2 (4): 127-132.
Nur Khaizanatul Fateha Kamaruddin & Zamri Mahamod. (2016). Sikap, motivasi dan
kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar Bahasa Melayu. Prosiding Seminar
Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Pendidikan Kesusasteraan Melayu
Kali Kelima, 373-392.
Norfadhilah Nasruddin & Norhayati Md Yatim. (2019). Penerapan Elemen 6C Pembelajaran
Abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Seminar Pedagogi dan Inovasi
Kebangsaan IPG Bahasa Melayu, 23-24 September.
Partnership for 21st Century Skills. (2011). Lebanese Public School: 20th or 21st Century
Schools? An Investigation into Teachers’ Instructional Practices. Open Journal of
Leadership, 6 (1): 1-20.
Partnership for 21st Century Skills. (5 April 2020). Framework for the 21st Century Learning.
http: //p21.org/our-
Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad ke-
21 dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail. Asian People Jurnal. 1 (1): 45-65.
Roekel, D. Van. (2 Februari 2020). Preparing for 21st Century Students for A Global Society.
http://www.nea.org/assets/docs/A-Guide-to-Four
Siti Nurul Jannah Fital, Mohamad Zaki Abdul Halim & Suhaidah Said. (2014). Pendekatan
Kolaboratif dalam Meningkatkan Keterampilan Berbahasa Pelajar: Satu Kajian
Tinjauan terhadap Pelajar IPTA. Empirical Research Papers, Malay. (2): 13.
TAHAP KEBERKESANAN TEKNIK 5W1H DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBINA AYAT MAJMUK DALAM PENULISAN KARANGAN
Zabedah Mohammed
[email protected]
Nur Fatiha Amran
[email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai
59990, Kuala Lumpur
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Teknik 5W1H dalam meningkatkan kemahiran
membina ayat majmuk dalam penulisan karangan dalam kalangan murid-murid Tahun 5. Reka bentuk
kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kuasi eksperimental. Ujian Pra dan Ujian
Pasca telah digunakan terhadap kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel bagi kajian ini
adalah terdiri daripada dua kelas bagi murid Tahun 5. Pengkaji memilih 2 kelas sebagai sampel kajian.
Sebuah kelas dijadikan kumpulan rawatan, manakala sebuah kelas lagi dijadikan sebagai kumpulan
kawalan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa tahap penguasaan murid bagi kumpulan rawatan
meningkat setelah mengaplikasikan Teknik 5W1H selepas ujian dan terdapat perbezaan skor yang
signifikan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Selain itu, kajian ini berupaya
memberikan implikasi dalam pendidikan pelajar sekolah rendah terutamanya murid Tahun 5 bagi
menambah baik penguasaan mereka dalam kemahiran menulis, iaitu ayat majmuk. Oleh itu, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah dan guru-guru disarankan menggunakan teknik 5W1H bagi
meningkatkan penguasaan murid-murid dalam membina ayat majmuk.
Kata Kunci: Teknik 5W1H, Membina Ayat, Ayat Majmuk.
ABSTRACT
The study of this study is to see the effectiveness of 5W1H technique in improving the skills of writing
the compound sentences in the written essay among the 5th Year students. The design of this study is
uses quantitative approach and experimental method. Pre-Test and Post-Test have been applied to the
treatment groups and control groups. The sample for this study consists of two classes for the 5th Year
students. The researcher choose 2 classes as a sample of the study. A class has been a experiment
group, while another class was created as a non-experiment group. The results of the study showed
that the level of student's of experiment group increased after applying the 5W1H technique after the
test and there was a significant difference in score between experiment group and non-experiment
group. In addition, this study was able to provide implications in the education of primary school students
especially 5th Year students to improve their mastery in skills of writing the compound sentences.
Therefore, the Ministry of Education Malaysia, schools and teachers are advised to use the 5W1H
technique to increase the student’s ability to build a compound sentences.
Key Words: 5W1H Technique, Writing Skills, Compound Sentences
PENGENALAN
Kemahiran berbahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan
kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya
berjalan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, merujuk kepada fokus kajian yang ingin
dilakukan, iaitu kemahiran membina ayat majmuk dalam penulisan karangan adalah termasuk
dalam komponen kemahiran menulis dalam kemahiran berbahasa ini. Kemahiran ini hanya
boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur
dan kemahiran membaca. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan
aspek teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan
penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana, penulisan meliputi proses
pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan tulisan yang baik.
Kemahiran menulis juga merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut
ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah, iaitu kurikulum lama
yang disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun 2003.
Kepentingan penulisan karangan bergambar dalam kurikulum Bahasa Melayu sebagai mata
pelajaran tersendiri, Roselan Baki (2003). Dalam kurikulum baru ini, kemahiran menulis
merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid kerana
merupakan kemahiran yang paling kompleks. Menurut Tuan Jah (2011), menulis ialah
pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan ini bertujuan untuk
menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca.
Justeru, pengajaran kemahiran menulis harus dirancang dengan teliti melalui gabung jalin
kemahiran bahasa agar murid-murid dapat menyampaikan idea dengan tepat, jelas dan
berkesan.
Kemahiran menulis juga merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi
antara kemahiran membaca dan menulis, keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran
yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Prinsip asas dalam pengajaran haruslah bergerak
daripada yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak,
daripada yang dekat kepada yang jauh dan daripada yang diketahui kepada yang belum
diketahui, (Azizul Rahman, 2010).
Oleh itu, pengkaji menggunakan satu teknik yang berkesan dalam kemahiran membina
ayat yang bertujuan melihat keberkesanan kemahiran menulis dalam kalangan murid.
Penggunaan teknik 5W1H membantu murid-murid dalam pembinaan ayat majmuk dalam
penulisan karangan mereka. Teknik 5W1H ini adalah membawa maksud kepada Who (Siapa),
What (Apa), Why (Kenapa), When (Bila), Where (Di mana) dan How (Bagaimana).
PENYATAAN MASALAH
Kebanyakan ayat yang dibina oleh murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul serta tidak gramatis. Pengolahan
ayat yang tidak menarik dengan pemilihan kosa kata yang tidak bersesuaian dengan grafik
(Lembaga Peperiksaan Malaysia – LPM 2008). Menurut A.Rahman et al. (2012) penggunaan
bahasa pasar juga terdapat dalam ayat yang dibina. Selain itu, penggunaan imbuhan, kata
sendi, kata hubung, penjodoh bilangan dan kata adjektif tidak digunakan dengan sebaik-
baiknya dalam ayat yang dibina.Setiap murid mempunyai tahap kemahiran menulis tersendiri.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran tertinggi dalam hierarki kemahiran berbahasa
bahasa Melayu. Kemahiran menulis ialah keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui, (KPM, 2014).
Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan
kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi. Salah
satu kriteria penting dalam latihan penulisan adalah mempertingkatkan kualiti ayat. Dengan
itu, kemahiran membina ayat merupakan satu komponen penting dalam kemahiran penulisan
murid-murid sekolah. Menurut Griffen Anak Encharang (2012), telah menjalankan kajian dan
beliau mendapati bahawa sebahagian daripada murid daripada kelas tersebut gagal
menghasilkan ayat topik dan ayat huraian yang tepat. Beliau juga mengatakan bahawa tidak
ada satu panduan yang betul bagi mempertingkatkan kemahiran membina ayat dan menulis
bagi murid-murid tersebut. Terdapat juga kenyataan dalam kajian lepas yang menyatakan
bahawa murid gagal membina ayat yang bermakna serta kebanyakan golongan murid ini
membina ayat yang tidak bermakna dan tidak lengkap (Tang Kui Hung, 2013).
Di samping itu, hasil daripada semakan kerja murid didapati mereka tidak mempunyai
idea untuk mengembangkan ayat walaupun berpandukan grafik. Oleh itu, kaedah pengajaran
yang menarik dan suasana pembelajaran yang kondusif serta menyeronokkan adalah amat
penting dan perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Abdul Syukor, 2009). Justeru,
teknik 5W1H telah diperkenalkan untuk membimbing murid membina ayat majmuk dalam
penulisan karangan bahasa Melayu. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti tahap
penguasaan murid-murid dalam kemahiran membina ayat majmuk tersebut melalui teknik
5W1H di sekolah rendah. Melalui teknik ini, penjanaan idea dengan teknik 5W1H dapat
membantu murid Tahun 5 membina ayat dengan lebih efektif dan gramatis, serta hal ini akan
mendorong murid-murid untuk membina ayat dengan lebih menarik lagi. Dapatan kajian ini
akan memperlihatkan kesan penggunaan Teknik 5W1H dalam pembinaan ayat majmuk dalam
penulisan karangan bahasa Melayu kepada murid-murid Tahun 5 di sekolah rendah.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Secara umumnya, tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membina ayat
majmuk dalam penulisan karangan dalam kalangan murid-murid. Berdasarkan tujuan kajian
tersebut, objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam
kemahiran membina ayat majmuk dalam penulisan karangan sebelum dan selepas ujian
dengan menggunakan teknik 5W1H. Seterusnya, bagi mengenal pasti tahap keberkesanan
teknik 5W1H dalam meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dalam penulisan
karangan dalam kalangan murid-murid di sekolah rendah. Maka, berdasarkan objektif kajian
tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Soalan kajian ialah pindahan bentuk
objektif penyelidikan kepada ayat soalan. Berikut merupakan soalan kajian ini:
i. Adakah terdapat peningkatan dalam tahap penguasaan murid dalam kemahiran
membina ayat majmuk dalam penulisan karangan sebelum dan selepas ujian
dengan menggunakan teknik 5W1H.
ii. Adakah terdapat perbezaan antara skor penggunaan teknik 5W1H dengan tidak
menggunakan teknik 5W1H dalam membina ayat majmuk dalam penulisan
karangan?
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan melaksanakan kaedah kajian
kuasi eksperimental. Menurut Azeem, C.M. et al. (2012), kuasi eksperimental ini dilakukan
dengan tujuan untuk mengumpul maklumat mengenai pemboleh ubah-pemboleh ubah dan
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah yang berkaitan dengan fenomena tanpa sebab
pemboleh ubah tersebut wujud. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan
sesuatu kaedah tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengenal pasti tahap
keberkesanan teknik 5W1H dalam meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dalam
penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 5.
Menurut Neuman (2009), kajian kuasi eksperimental biasanya digunakan oleh
penyelidik dalam bidang psikologi, sosiologi dan pendidikan. Selain itu, kajian yang
menggunakan kaedah eksperimental ini dapat menerangkan dengan lebih jelas sesuatu
fenomena yang bersabit dengan punca dan akibat dan dapat mengawal kesan pemboleh ubah
bersandar, (Mohamad Najib, 2010). Dalam kajian ini, keberkesanan penggunaan teknik 5W1H
dalam kemahiran membina ayat majmuk adalah diuji melalui ujian pra dan ujian pasca.
Pengkaji menjalankan eksperimen terhadap dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan. Kedua-dua kumpulan ini telah menjalankan ujian pra eksperimen untuk
membuktikan sama ada kebolehan atau keupayaan kedua-dua kumpulan sama atau berbeza.
Kumpulan kawalan tersebut didedahkan dengan pengajaran kaedah tradisional, iaitu
membina ayat majmuk dalam penulisan karangan tanpa ada sebarang teknik diaplikasikan,
manakala kumpulan rawatan didedahkan dengan penggunaan teknik 5W1H untuk membina
ayat majmuk.
Seterusnya, instrumen soalan ujian dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada
30 orang responden. Analisis nilai Alpha Cronbach menunjukkan .977, iaitu instrumen
mempunyai nilai ketekalan dalam item yang sangat baik dan efektif. Oleh itu, berdasarkan nilai
Alpha Cronbach bagi item tersebut, maka ujian boleh diterima dan digunakan untuk ujian pra
dan pasca untuk mengumpul data sebenar. Soalan ujian tersebut dijawab oleh 60 orang murid
di sebuah sekolah di Lembah Pantai. Akhirnya, data ujian pra dan ujian pasca dianalisis secara
deskriptif, iaitu melihat kepada min dan sisihan piawai.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan jadual di bawah, dapat dilihat tahap penguasaan bagi setiap kumpulan dalam
ujian pra dan ujian pasca yang telah dilaksanakan. Tahap penguasaan murid dalam kemahiran
membina ayat majmuk adalah meliputi lima tahap, iaitu cemerlang, baik, memuaskan, kurang
memuaskan serta pencapaian tahap minimum, berdasarkan rubrik pemarkahan yang telah
dibina. Dalam kajian ini, kumpulan kawalan adalah kumpulan yang tidak menggunakan teknik
‘5W1H’ semasa melaksanakan ujian pra, tetapi menggunakan teknik tradisional dalam ujian
pasca. Namun, bagi kumpulan rawatan pula kumpulan yang tidak menggunakan teknik ‘5W1H’
semasa ujian pra, tetapi menggunakan teknik tersebut semasa melaksanakan ujian pasca.
Jadual 1
Keputusan Ujian Pra dan Pasca Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Julat Markah Tahap Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan
13-15 Penguasaan Ujian Pra Ujian Pasca Ujian Pra Ujian Pasca
10-12
7-9 Cemerlang 01 09
4-6 7 17 20 18
Baik 17 10 73
1-3
Memuaskan 52 30
Kurang
100 0
memuaskan
Pencapaian
Tahap Minimum
Dapatan di atas menunjukkan tahap penguasaan cemerlang murid dalam kemahiran
membina ayat majmuk bagi ujian pra untuk kumpulan kawalan menunjukkan kosong atau tidak
terdapat seorang pun murid yang mencapai tahap cemerlang. Tetapi selepas menjalani ujian
pasca, terdapat seorang murid yang mencapai tahap penguasaan cemerlang dalam
kemahiran membina ayat majmuk tersebut dengan bacaan julat markah antara 13 hingga 15.
Seterusnya, bagi kumpulan rawatan pula, dapatan bagi ujian pra juga menunjukkan tidak ada
seorang murid yang mencapai tahap penguasaan cemerlang atau yang memperoleh markah
antara 13 hingga 15 tersebut. Namun begitu, selepas melaksanakan ujian pasca, terdapat 9
orang yang memperoleh tahap penguasaan cemerlang dalam ujian tersebut selepas