The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaliyana, 2020-07-16 03:16:48

Prosiding PISMP Ambilan Jun 2016 -2020

Prosiding PISMP Ambilan Jun 2016 -2020

menerima rawatan daripada guru.

Seterusnya, dapatan menunjukkan bagi kelas kawalan seramai 7 orang yang
mencapai tahap penguasaan baik semasa ujian pra, dan setelah melaksanakan ujian pasca,
jumlah tersebut meningkat kepada 17 orang yang menguasai tahap penguasaan baik tersebut.
Hal ini membawa maksud seramai 17 orang murid yang memiliki julat markah antara 10 hingga
12. Manakala, bagi kelas rawatan pula, jumlah yang mencapai tahap penguasaan baik
semasa ujian pra adalah seramai 20 orang, namun setelah menjalani rawatan, jumlah murid
berkurangan kepada 18 orang yang mencapai tahap tersebut semasa melaksanakan ujian
pasca. Hal ini bermakna, hanya 18 orang sahaja yang memiliki tahap penguasaan baik ini,
iaitu yang memiliki julat antara 10 hingga 12 kerana jumlah murid yang mencapai tahap
penguasaan cemerlang lebih meningkat selepas ujian pasca.

Tahap penguasaan bagi memuaskan pula dalam kumpulan kawalan adalah seramai
17 orang yang memperoleh tahap tersebut semasa ujian pra, namun jumlah tersebut menurun
kepada 10 orang sahaja selepas ujian pasca dijalankan. Penurunan jumlah murid yang
memiliki julat markah antara tujuh hingga sembilan tersebut, adalah membawa maksud
bahawa tahap penguasaan murid-murid lebih meningkat selepas menjalani PdP bersama guru
sebelum melaksanakan ujian pasca tersebut. Di samping itu, bagi kumpulan rawatan pula
jumlah bagi murid yang menguasai tahap penguasaan memuaskan tersebut adalah seramai
tujuh orang semasa ujian pra, namun jumlah tersebut menurun kepada tiga orang sahaja
selepas menjalankan ujian pasca. Hal ini bermakna, selepas menerima rawatan-rawatan
daripada guru yang mengajar, murid lebih menguasai kemahiran membina ayat majmuk
tersebut sehingga hanya tiga orang sahaja yang memiliki julat markah antara tujuh hingga
sembilan selepas ujian pasca tersebut. Selain itu, merujuk Jadual 4.5 tersebut, bagi kumpulan
kawalan terdapat lima orang murid atau responden yang mempunyai tahap penguasaan
kurang memuaskan tersebut bagi ujian pra, tetapi jumlah tersebut menurun kepada dua orang
sahaja selepas menjalani ujian pasca.

Berbeza bagi kumpulan rawatan hanya tiga orang yang mempunyai tahap penguasaan
kurang memuaskan semasa ujian pra, namun jumlah tersebut menjadi kosong selepas ujian
pasca. Maka tiada seorang responden pun yang memiliki julat antara empat hingga enam
selepas ujian pasca tersebut. Akhir sekali, jumlah yang memiliki pencapaian tahap minimum
bagi kelas kawalan seorang sahaja semasa ujian pra, tetapi selepas menjalani ujian pasca
jumlah tersebut menjadi kosong. Hal ini bermakna, tiada responden yang memiliki julat markah
antara satu hingga tiga. Begitu juga bagi kelas rawatan yang tidak memiliki responden yang
mempunyai tahap pencapaian minimum dalam ujian pra mahupun ujian pasca. Dapat
disimpulkan bahawa tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran membina ayat majmuk

semakin meningkat antara ujian pra dan ujian pasca, terutamanya bagi kelas rawatan yang
mempunyai tahap penguasaan yang lebih baik selepas menerima rawatan berbanding
kumpulan kelas kawalan.

RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik 5W1H dapat membantu murid
dalam penguasaan kemahiran membina ayat majmuk dalam penulisan karangan. Hal ini
kerana, melalui teknik tersebut murid-murid dapat mencetuskan lebih banyak idea dan ayat
yang lebih gramatis. Selain itu, dapatan kajian juga telah menunjukkan terdapat peningkatan
dalam peratus bilangan murid-murid yang menguasai kemahiran membina ayat majmuk dalam
penulisan karangan mereka selepas ujian pasca dijalankan. Oleh itu, berdasarkan dapatan
kajian, jelas membuktikan tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran membina ayat
majmuk semakin meningkat selepas menjalani ujian pasca, terutamanya bagi kumpulan
rawatan yang mempunyai tahap penguasaan yang lebih baik berbanding kumpulan kawalan.
Hal ini kerana, teknik 5W1H sememangnya mempengaruhi pencapaian murid-murid dalam
kumpulan rawatan dalam membina ayat majmuk. Dapatan kajian ini juga mempunyai
persamaan dengan beberapa kajian lain yang mengkaji penggunaan pelbagai teknik dalam
kemahiran membina ayat. Antaranya ialah Ismail Bin Ag Piut (2013) dalam bahasa Melayu,
Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chun (2013) dalam bahasa Inggeris, Tang Kui Hung
(2013) dalam bahasa Cina dan Khadijah Abd Rahman (2010) dalam mata pelajaran Sejarah.

Berdasarkan kajian lepas dan tinjauan literatur, misalnya kajian yang dijalankan oleh
Zahratulnadirah Ibrahim (2012), mendapati bahawa murid-murid yang telah dipilih sebagai
peserta kajian telah menunjukkan peningkatan penguasaan yang baik. Hal ini kerana, melalui
latihan-latihan yang telah dijalankan oleh pengkaji, murid telah menunjukkan prestasi yang
baik dan telah berjaya menulis ayat dengan betul dalam ujian akhir. Kesemua ayat iaitu lima
ayat yang dituliskan betul kerana murid telah mengaplikasikan rumus “WAT” dalam kelima-
lima ayat tersebut. Selain itu, kajian Kamarul Amir (2012), yang memperkenalkan Teknik
SALAK untuk membimbing murid-murid dalam membina ayat berdasarkan grafik. Pengkaji
telah menambah dengan penjanaan idea dalam teknik ini untuk membantu murid-murid tahap
2 bagi membina ayat dengan mudah dan efektif. Dapatan kajian menunjukkan hasil daripada
teknik yang diajar, responden dapat meningkatkan penulisan mereka dalam membina ayat
berdasarkan gambar dalam ujian pasca yang telah dijalankan. Namun, menurut pengkaji,
semasa ujian pos dijalankan, pengkaji mendapati bahawa hanya sebahagian murid sahaja
yang dapat menguasai kemahiran menulis berbanding selepas ujian pasca dilaksanakan.

Nurul Aisyah (2015) ada menyatakan dalam dapatan kajiannya bahawa memang rata-
rata kebanyakan murid di Malaysia ini berada dalam tahap penguasaan yang sederhana
dalam kemahiran membina ayat atau menulis karangan. Pengkaji menyatakan bahawa

perkara tersebut berlaku kerana masalah pemilihan teknik yang kurang sesuai dalam
membina karangan, pemilihan isi yang salah, pengolahan ayat yang kurang baik serta
masalah pembinaan ayat. Manakala, kajian Kamariah (2011), yang menunjukkan bahawa
kebanyakan murid hanya berada pada tahap sederhana dalam membina ayat. Melalui
dapatan kajiannya terdapat 70 peratus murid berada pada tahap sederhana tersebut. Pengkaji
juga menyatakan bahawa murid-murid berasa tidak yakin dengan kemahiran bahasa yang ada
dan menggunakan ayat-ayat yang tidak gramatis untuk mengembangkan idea. Faktor yang
menyebabkan murid-murid mendapat skor rendah juga adalah kerana murid tidak mempunyai
panduan atau teknik yang khas untuk mereka membina ayat dan membina karangan dalam
penulisan mereka.

Siti Iwana (2016) turut menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah hanya
mendapat skor ujian yang sederhana sahaja dalam menulis karangan. Dapatan kajian beliau
menunjukkan bahawa murid-murid kekurangan penggunaan ayat gramatis serta penggunaan
ayat yang mempunyai kesalahan-kesalahan umum telah menyebabkan murid-murid
mendapat skor rendah dan sederhana. Oleh itu, berdasarkan masalah-masalah daripada
dapatan kajian lepas, maka kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji ini boleh dijadikan
sebagai satu panduan mahupun menjadi tunjang kepada murid-murid dalam membina ayat
majmuk dalam kemahiran menulis daripada mengaplikasikan teknik atau kaedah yang lain.
Kesimpulannya, pengkaji telah membuktikan keberkesanan teknik 5W1H dalam tahap
penguasaan yang telah berlaku antara responden kumpulan rawatan dan responden
kumpulan kawalan dalam ujian yang telah dijalankan.

IMPLIKASI
Dapatan kajian ini telah memberi implikasi kepada pengetahuan, praktikal, teori serta
empirikal. Penggunaan teknik 5W1H dalam membina ayat majmuk bertujuan untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis terutamanya dalam ayat majmuk.
Walaupun terdapat banyak kajian berkaitan penggunaan teknik dilaksanakan dalam
kemahiran menulis, namun kebanyakan kajian tersebut hanya memfokuskan kepada
kemahiran membina ayat tunggal, membina ayat tunggal berdasarkan gambar atau grafik
sahaja. Di samping itu, kebanyakan kajian tersebut dilaksanakan dalam penulisan ayat dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.

Masih kurang kajian penggunaan teknik yang berfokuskan kepada peningkatan
kemahiran membina ayat majmuk dalam mata pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah
khususnya. Maka, kajian yang telah dilaksanakan ini telah mengisi kelompongan tersebut.
Guru juga boleh mengaplikasikan teknik 5W1H tersebut dalam membina ayat majmuk dalam
penulisan bahasa Melayu sama ada di bandar mahupun di luar bandar tanpa memerlukan
peralatan berbentuk teknologi.

Selain itu, berdasarkan Teori Kognitif dalam kajian ini, murid-murid dapat merangsang
ingatan mereka dalam proses pembelajaran dalam kemahiran membina ayat dalam penulisan
mereka. Hal ini kerana, murid-murid lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia ada
dalam proses kemahiran membina ayat yang mereka telah pelajari sebelum ini, dan setelah
itu mengaplikasikan teknik 5W1H dalam membantu mereka membina ayat majmuk yang lebih
gramatis dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Seterusnya, disebabkan masih terdapat
kekurangan dalam kajian yang mengkaji keberkesanan penggunaan teknik 5W1H dalam
membina ayat majmuk dalam penulisan karangan bahasa Melayu di Malaysia, maka kajian
yang telah dilaksanakan ini dapat mengisi kelompongan dalam aspek tersebut.

CADANGAN
Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan ini, pengkaji telah memberikan beberapa
cadangan kajian lanjutan pada masa akan datang. Antaranya ialah pihak KPM boleh
mengadakan bengkel kepada guru-guru pelatih di semua Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi
mendedahkan teknik 5W1H dalam kemahiran membina ayat. Dengan usaha tersebut,
diharapkan guru pelatih keluaran IPG dapat membantu murid-murid yang kurang menguasai
subjek bahasa Melayu, terutamanya dalam kemahiran membina ayat majmuk apabila mereka
menjalankan praktikum dan Internship di sekolah nanti. Selain itu, guru ketua panitia dan guru-
guru bahasa Melayu di semua sekolah juga boleh mengadakan mesyuarat atau sesi
perkongsian maklumat berkaitan teknik yang berkesan dalam kemahiran menulis, contohnya
penggunaan teknik 5W1H dari semasa ke semasa, terutamanya bagi guru-guru bahasa
Melayu yang mengajar tahap dua, iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Hal ini kerana, murid-murid perlu diberikan pendedahan mengenai teknik 5W1H
tersebut dalam membina ayat majmuk agar dapat membantu mereka untuk menguasai
penulisan ayat gramatis sekali gus dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam penulisan
karangan dalam Bahasa Melayu. Seterusnya, pendekatan multimetodologi atau pendekatan
gabungan (mixed method) juga boleh digunakan dalam kajian ini. Menurut Creswell (2014),
kaedah campuran atau gabungan dapat memberikan pandangan yang lebih lengkap dan
menyeluruh. Antara kepentingan kajian yang menggunakan kaedah ini, ialah seperti dalam
pelaksanaan penyelidikan secara berfasa atau membina reka bentuk berstatus interaktif yang
bersifat seimbang.

Selain itu,bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang ciri-ciri responden yang
lebih luas, satu kajian dengan responden yang merangkumi semua peringkat pelajar boleh
dilakukan. Kajian perbandingan yang melibatkan dua atau lebih sekolah yang melibatkan jenis
responden dengan bilangan yang lebih besar adalah sangat sesuai dilakukan. Hal ini mungkin
boleh menghasilkan dan mencapai kajian pada peringkat yang lebih besar yang bersepadu
dan hasilnya amat bermanfaat bagi golongan murid dan para pendidik. Seterusnya,

memandangkan kajian ini telah dijalankan dari kumpulan yang sama (homogenous) latar
belakangnya, iaitu dari sekolah pinggir bandar, maka kajian lanjut dicadangkan lebih baik
dijalankan ke atas responden yang berlainan latar belakang (heterogeneous).

Sama ada melibatkan responden dari kawasan bandar, kota raya atau kawasan
pedalaman. Hal ini sudah tentu dapat memberikan dapatan kajian yang lebih menyeluruh hasil
daripada menggunakan teknik dalam proses PdPc. Akhir sekali, pengkaji juga mencadangkan
kajian ini dijalankan dalam jangka masa yang lebih lama dan panjang. Hal ini kerana, masa
mempengaruhi keputusan hasil kajian. Sekiranya kajian dijalankan dengan tempoh masa yang
lama dan sesuai adalah sangat baik kerana ini akan membenarkan pengkaji lebih memahami
dan mengenali responden, di samping lebih lama dapat memerhatikan tindak balas responden
dalam kajian yang dilaksanakan. Hasil keputusan kajian juga pasti seperti yang diinginkan.

RUJUKAN

A. Rahman Haron et al. (2012). “Teknik ‘Salak’ Dalam Menjana Idea Membina Ayat Dengan
Cepat Dan Efektif.” Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM. Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012):
84-93.

Abdul Syukor Abdullah. (2009). “Bahasa Melayu: Cabaran dan Wawasan dalam Sistem
Pendidikan di Malaysia”. Dewan Bahasa 43(6), 482-488.

Azeem, C.M et. al. (2012). Educational Problems of Muslim Adolescents: A Study With Special
Reference To Malabar Region. Academic Research International, 2(1): 545-556.

Azizul Rahman Abdul Rahman. (2010). Guru Kreatif Pelajar Aktif dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu: Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur:
Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

Creswell, J. W. (2008). Educational research: planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research (3rd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Merrill
Prentice Hall.

Griffen Anak Encharang. (2012). Kajian Tindakan: Ayat Topik dan Ayat Huraian. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Ismail bin Ag Piut. (2013). Kaedah 5W1H: Penawar Keengganan Membaca (Reading
Reluctance). Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013. IPG Kampus Kent.

Kamariah. (2011). Meningkatkan Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam
Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa. Prosiding Seminar Penyelidikan
Pendidkan IPG Kampus Ilmu Khas.

Kamarul Amir Razaizat. (2012). Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Tekik Membina Lima
Ayat Berdasarkan Gambar Dalam Bahagian A Kertas 2, Bahasa Melayu UPSR. Jurnal
Kajian Tindakan Guru. Kuala Lumpur: IPG Kampus Bahasa Melayu.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran:
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 5.

Khadijah Abd Rahman. (2010). Sistem Pembelajaran Melengkapkan Nota Sejarah
Berpandukan Buku Teks dan Menggunakan Konsep 5W /1H. Kedah: SMK Bandar
Sungai Petani.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2008). Kupasan mutu jawapan UPSR.
http://www.moe.gov.my/lp/files/kmj/2008/UPSR/BAHASA%20MELAYU%20SK_UPSR
_2008.pdf.

Masni Mohamad Saidi & Suen Sau Chun. (2003). Kajian Meningkatkan Kebolehan Membina
Ayat Majmuk Tentang Sesuatu Topik dengan Teknik S-R 8W1H. Perak: SJK(C) Ave
Maria Convent.

Mohamad Najib. (2010). Metodologi Kajian. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Neuman. (2009). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. Baston:
Allyn dan Bacon.

Nurul Aisyah. (2015). Masalah Menulis Karangan Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4: Satu
Kajian Kes (Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan). Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan. Shah Alam: Karisma
Publication Sdn. Bhd.

Siti Iwana. (2016). Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan Sepanjang Sekurang-
Kurangnya 350 Patah Perkataan Dalam Masa Yang Ditetapkan Menggunakan Kaedah
Salin dan Jalin. Jurnal Pengajian Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tang Kui Hung. (2013). Keberkesanan Penggunaan Kaedah 5W1H Dalam Meningkatkan
Minat Murid Tahun 2 Untuk Membina Ayat Yang Bermakna Berpandukan Gambar.
OUM: Fakulti Pendidikan dan Bahasa.

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

APLIKASI TEKNIK DRAMA DALAM PENGAJARAN ASPEK SENI BAHASA

Amir Hamzah bin Aman
[email protected]

Nurhalizah binti Saupi
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aplikasi teknik drama dalam pengajaran aspek seni bahasa. Teknik
drama yang difokuskan ialah teknik dekon dan aspek seni bahasa pula iaitu puisi. Peserta kajian terdiri
daripada tiga orang murid Tahun 4 daripada sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Reka bentuk
kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan senarai semak pemerhatian, borang temu bual dan analisis hasil kerja murid sebagai
instrument kajian. Penghuraian dan rumusan data dilakukan dengan meneliti tema, subtema dan soalan
kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa teknik dekon berkesan dalam pengajaran puisi. Peserta
kajian menunjukkan lakonan yang baik melalui penghayatan, mimik muka dan kerjasama serta minat
semasa proses PdP. Kesemua peserta kajian menyatakan bahawa teknik dekon dapat membantu
mereka memahami maksud puisi yang dideklamasi semasa aplikasi teknik dekon dalam proses PdP.
Dengan adanya teknik dekon dalam pengajaran puisi, murid akan lebih fokus. Hal ini kerana, teknik
drama merupakan antara satu pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik darjah. Secara tidak
langsung murid akan memberi tumpuan dan dapat menguasai objektif yang difokuskan. Oleh itu, teknik
dekon dapat membantu guru menggunakan strategi yang berkesan bagi meningkatkan lagi kefahaman
murid tentang pengajaran puisi.

Kata kunci: Aplikasi, teknik dekon, pengajaran puisi, keberkesanan, pemahaman.

ABSTRACT

This research aims to study the application of drama techniques in teaching aspects of language arts.
The drama techniques focused on the decon techniques and the language arts aspects of poetry. The
study participants consisted of three Year 4 students from a primary school in Kuala Lumpur. The design
of this study uses qualitative approach and case study method. This study was conducted using
observation checklist, interview form and analysis of student work as a research instrument. Descriptive
and concise data is done by researching the themes, subthemes and research questions. The findings
of this study show that decon techniques are effective in teaching poetry. The study participants showed
good performances through appreciation, facial expressions and cooperation and interest during the
PdP process. All of the study participants stated that decon techniques can help them understand the
meaning of poems recited during application of decon techniques in the PdP process. With the technique
of deconstruction in the teaching of poetry, students will be more focused. This is because, drama
techniques are one of the most fun learning in the classroom. Indirectly students will focus and be able
to master the objective. Therefore, the technique can help teachers use effective strategies to enhance
student understanding of the teaching of poetry.

Keywords: Application, decon techniques, poetry teaching, effectiveness, understanding.

PENGENALAN

Kemahiran berbahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasa standard. Penguasaan

kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses PdP supaya berjalan dengan lancar.

Kemahiran bahasa yang berhubung dengan bahasa lisan melibatkan dua komponen asas iaitu

mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi.
Manakala, kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Namun
begitu, berdasarkan kajian yang ingin dilaksanakan, pengkaji lebih fokus kepada aspek seni
bahasa dalam DSKP Bahasa Melayu. Aspek seni bahasa ini boleh dihubungkaitkan dengan
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan juga
tatabahasa. Lazimnya aspek seni bahasa dilatih melalui aktiviti yang melibatkan aktiviti
kolaborasi antara murid-murid dan juga guru. Oleh itu, wujudnya pelbagai teknik pengajaran
yang bertujuan meningkatkan aspek seni bahasa murid Bahasa Melayu di sekolah rendah.
Menurut Sofiah Mohamed dan Kamarul Azmi Jasmi (2017), dengan pembelajaran yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna guru dapat memperkembangkan potensi murid secara
menyeluruh. Teknik pengajaran ini juga menggalakkan murid mengembangkan bakat,
kreativiti, dan pengetahuan sedia ada mereka bagi menjalankan aktiviti di dalam bilik darjah.
Oleh kerana pendidikan merupakan alat terpenting dalam usaha membangunkan potensi
murid seterusnya membina insan yang sempurna penggunaan unsur kecerdasan pelbagai
dalam PdP mampu mengembangkan potensi diri murid (Abdul Hafiz, Zakaria dan Ahmad
Munawar, 2012).

Di luar negara penggunaan teknik pengajaran ini dilaksanakan dalam talian iaitu
dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Kemajuan negara luar bukan
sahaja dilihat dalam bidang perindustrian, perniagaan dan sebagainya malah, telah menyerap
masuk ke dalam bidang pendidikan. Misalnya di Beijing, China para pelajar pedalaman yang
menghadiri pembelajaran akan tertumpu kepada skrin projektor yang memaparkan guru dan
rakan-rakan dari sekolah lain dan belajar dalam waktu sebenar. Pembelajaran yang
menyeronokkan akan memberi semangat kepada murid untuk belajar seperti yang dinyatakan
oleh Abbas Pour Gilakjani, Lai Mei Leong dan Narjes Banou Sabaouri (2012) yang
menyifatkan bahawa faktor yang paling utama dalam membentuk motivasi murid ialah
bersemangat untuk belajar.

Justeru, menurut Kamarudin dan Siti Hajar (2012), teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah dan digunakan
untuk mencapai sesuatu objektif PdP. Manakala Adenan Ayob dan Khairiddin (2012) pula
menyatakan bahawa teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang
benar-benar berlaku di dalam bilik darjah dan digunakan untuk mencapai sesuatu objektif PdP.
Di samping itu, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah dan pendekatan yang telah dirancang. Justeru,
pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran
murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap
pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk. Teknik

pengajaran ini sangat memberi impak kepada PdP Bahasa Melayu. Hal ini kerana, setiap
teknik mempunyai tujuannya yang tersendiri. Antara tujuan teknik pengajaran dilaksanakan
adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian murid, memberi semangat semasa
proses PdP berlangsung serta membangkitkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau
isi pengajaran yang sedang dijalankan. Seperti dalam kajian Dedek Febrian, Maimun, Irma
dan Nur Syamira (2017) membuktikan bahawa teknik pengajaran bahasa melalui aktiviti dan
kreativiti sangat membantu untuk menjadikan proses PdP lebih interaktif dan berkesan, di
samping meningkatkan motivasi murid dan menimbulkan sikap bersaing antara murid. Oleh
yang demikian, guru haruslah bijak dalam memilih teknik yang bersesuaian dengan kemahiran
yang difokuskan. Antara teknik pengajaran yang digunakan dalam Bahasa Melayu ialah teknik
drama, teknik latih tubi, teknik nyanyi dan sebagainya. Dalam kajian ini, pengkaji lebih tertarik
untuk mengkaji aplikasi teknik drama dalam pengajaran aspek seni bahasa. Hal ini kerana,
berdasarkan pemerhatian selama berpraktikum di sekolah, teknik drama terutamanya jenis
dekon kurang digunakan semasa proses PdP Bahasa Melayu lebih-lebih lagi dalam
pengajaran puisi. Oleh itu, rasa ingin tahu pengkaji lebih mendalam terhadap penggunaan
teknik drama dalam pengajaran aspek seni bahasa.

PERMASALAHAN KAJIAN
Hasil daripada kajian Ghazali, Mazlan, dan Hanifah (2013) telah menyatakan bahawa teknik
drama ini kurang digunakan dalam PdPc Bahasa Melayu di sekolah rendah. Justeru, proses
PdPc menggunakan pendekatan berpusatkan guru menyebabkan murid tidak aktif dan bosan
semasa proses PdPc. Di samping itu, menurut Chew Fong Peng dan Shashipiriya (2014)
menyatakan bahawa sikap murid yang tidak minat membaca menyebabkan teks sastera
semakin dipandang sepi. Tambahan pula, guru menggunakan kaedah tradisional dalam
pembelajaran sastera. Amalan guru yang banyak mendominasi PdPc di dalam kelas
menyebabkan para murid kurang rasa tanggungjawab untuk mencari ilmu pengetahuan
secara sendiri. Seterusnya, kajian Sri Murniati (2011) mendapati bahawa pengajaran dengan
hanya membaca buku ulasan KOMSAS menyebabkan pengajaran Bahasa Melayu lebih
dimonopoli oleh guru semata-mata. Perkara ini mengakibatkan penglibatan murid dalam
aktiviti PdP tidak aktif kerana berpusatkan guru sahaja.

Walaupun terdapat beberapa kajian mengenai teknik drama dalam PdPc tetapi masih
kurang kajian tentang teknik drama dalam pengajaran aspek seni bahasa yang akan pengkaji
laksanakan. Kajian ini lebih fokus kepada teknik dekon iaitu sebahagian daripada teknik drama
dan aspek seni bahasa pula lebih fokus kepada pengajaran puisi. Oleh itu, kajian ini
dilaksanakan untuk mengkaji pelaksanaan teknik dekon dalam pengajaran puisi dalam PdP
Bahasa Melayu sekolah rendah.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk:
1. Mengkaji keberkesanan teknik dekon dalam pembelajaran puisi
2. Mengkaji kefahaman murid tentang isi pembelajaran melalui teknik dekon

Kajian ini telah membina 2 soalan kajian seperti berikut:
1. Apakah keberkesanan teknik dekon dalam pembelajaran puisi?
2. Apakah kefahaman murid tentang isi pembelajaran melalui teknik dekon?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan kualitatif dan kaedah kajian kes. Data kualitatif berbentuk
deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati
(Kamarul Azmi Jasmi, 2012). Reka bentuk kajian pendekatan kualitatif sesuai untuk menilai
data-data yang diperolehi daripada kajian ini. Kaedah pengumpulan data ialah melalui
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian dianalisis dengan
menggunakan analisis deskriptif.

Dalam kajian ini, keberkesanan teknik dekon dalam pengajaran puisi dikaji melalui
pemerhatian dan disokong oleh data temu bual. Manakala kefahaman murid tentang isi
pengajaran dilihat melalui temu bual dan dimantapkan lagi dengan data hasil kerja murid.
Kesemua kutipan data dilakukan terhadap 3 orang peserta kajian di sebuah sekolah rendah
daerah Kuala Lumpur. Pengkaji menganalisis data pemerhatian melalui senarai semak dan
melakukan koding bagi tema yang berkaitan dengan persoalan kajian. Data temu bual
dianalisis dengan melakukan transkripsi bagi mengenal pasti keberkesanan teknik dekon dan
kefahaman murid terhadap isi pembelajaran. Manakala hasil kerja murid pula dianalisis
dengan mengumpulkan markah dalam bentuk graf bagi melihat perbandingan markah setiap
peserta kajian.

DAPATAN KAJIAN
Rumusan daripada hasil dapatan kajian dapat menjawab soalan kajian ini. Dapatan
pemerhatian menunjukkan keberkesanan teknik dekon dalam pengajaran puisi. Hal ini dapat
dibukti dengan hasil dapatan pemerhatian yang menunjukkan bahawa murid dapat melibatkan
diri secara aktif dan bekerjasama melaksanakan persembahan teknik dekon. Hasil dapatan
juga menunjukkan murid dapat melakonkan beberapa aksi atau pergerakan yang terkandung
dalam puisi semasa persembahan. Melalui pemerhatian juga murid dapat menghayati watak
dengan menggambarkan emosi melalui mimik muka semasa berlakon. Dengan ini murid lebih
fokus dengan puisi yang disampaikan kerana lebih menarik minat mereka untuk menghayati
persembahan teknik dekon yang ditunjukkan. Justeru, hasil dapatan kajian membuktikan

kefahaman murid tentang isi pembelajaran melalui teknik dekon. Hasil dapatan temu bual
menyatakan bahawa teknik dekon dapat memberi keseronokan kepada murid semasa
pengajaran puisi. Hasil dapatan juga membuktikan terdapat penghayatan puisi semasa murid
mempersembahkan teknik dekon. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa kesemua peserta
kajian memahami maksud puisi yang dideklamasi semasa persembahan teknik dekon.
Malahan, semua peserta kajian juga menyatakan bahawa teknik dekon membantu murid untuk
memahami maksud puisi iaitu melalui persembahan yang menyeronokkan. di samping itu,
hasil dapatan temu bual ini disokong dengan data analisis dokumen iaitu hasil kerja murid.
Hasil dapatan analisis dokumen menunjukkan bahawa P01 dan P03 mendapat markah
cemerlang iaitu 100% manakala P02 mendapat 80% dalam hasil kerja murid yang telah
disemak. Hal ini dapat membuktikan kefahaman murid tentang maksud puisi melalui
persembahan teknik dekon.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Cadangan tindakan susulan yang dapat dikemukakan adalah menggunakan waktu relief untuk
melaksanakan latihan teknik dekon. Tindakan yang boleh dilakukan dengan merujuk Penolong
Kanan Pentadbiran untuk persetujuan latihan teknik dekon pada masa ketiadaan guru
terutamanya yang berkaitan Bahasa Melayu. Dengan cara ini, murid tidak perlu lagi melakukan
latihan selepas waktu persekolahan. Perkara ini penting terutamanya semasa pengkaji
melakukan penyelidikan yang mempunyai masa yang singkat di sekolah berkenaan.

Seterusnya, cadangan yang dapat dilaksanakan ialah penggunaan teknik dekon dalam
kemahiran lain yang terkandung dalam DSKP Bahasa Melayu. Disebabkan dalam kajian ini
pengkaji menggunakan teknik dekon dalam aspek seni bahasa sahaja malah, guru lain boleh
menggunakan teknik dekon dalam kemahiran lain seperti membaca, menulis dan aspek
tatabahasa. Hal ini kerana, teknik dekon merupakan lakonan atau pun gerak laku badan dan
mimik muka yang mampu menarik minat murid di samping meningkatkan pemahaman murid
melalui PdP yang menyeronokkan.

Setelah pelaksanaan kajian ini, penambahbaikan yang pengkaji rasa boleh dilakukan
ke arah yang lebih baik dengan menggunakan pentas di dewan untuk mempersembahkan
persembahan teknik drama. Hal ini demikian kerana penggunaan pentas adalah lebih luas,
sesuai dan selesa jika dibandingkan dengan persembahan di dalam bilik darjah. Hal ini
menyebabkan murid boleh menggunakan tubuh sebagai instrument lakonan yang merupakan
kepentingan utama dalam lakonan di atas pentas. Jarak dan ruang pentas serta kedudukan
pelakon dengan penonton yang jauh adalah bagi memastikan segala bentuk lakonan
ditransformasikan melalui tubuh badan. Setiap pelakon haruslah mempunyai kecerdasan
kinestetik bagi mengendalikan keseluruhan tubuh badannya bagi melakonkan adegan-adegan
yang memerlukan penampilan gerak laku secara fizikal.

Dari segi penggunaan analisis hasil kerja murid pula, dicadangkan agar bilangan
soalan dalam ujian ditambah. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah peratusan bagi
setiap soalan, seterusnya mengakibatkan perbezaan jurang peratusan markah dapat
dikurangkan walaupun perbezaan jumlah jawapan yang salah adalah sedikit. Hal ini juga
secara tidak langsung menyebabkan keputusan atau dapatan kajian yang diperoleh adalah
lebih terperinci dan spesifik. Bukan itu sahaja, pengkaji juga mencadangkan agar jenis soalan
ujian boleh ditukar daripada jenis soalan menyenaraikan maksud sajak, dan soalan jawapan
pendek kepada jenis-jenis soalan yang lain seperti soalan aneka pilihan, soalan isi tempat
kosong, soalan padanan, dan lain-lain lagi untuk kajian pada masa akan datang.

RUJUKAN
Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa & Ahmad Munaw. (2012). Memperkasa Jati

Diri Melayu-Muslim Menerusi Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Akhlak. Jurnal
Hadhari Special Edition. 23–35.

Abbas Pour Gilakjani, Lai, M. L & Narjes Banou Sabaouri. (2012). A Study on the
Role of Motivation in Foreign Language Learning and Teaching. International Journal
of Modern Education and Computer Science. Vol 7, 9-16.

Adenan Ayob & Khairiddin Muhmmad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Chew, F. P & Shashipiriya Nadaraja. (2014). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir
Kreatif dan Kritis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS di Sekolah
Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 4(2), 10-24.

Dedek Febrian, Mainum Aqsha Lubis, Irma Martiny Md Yasim & Nur Syamira Abdul
Wahab.(2017). Teknik Pengajaran Bahasa Arab Interaktif di Pusat Bahasa Arab Negeri
Selangor. ASEAN Comparative Education Research Journal in Islam and Civilization
(ACER-J). Vol 1(1), 78-93.

Ghazali, Zaharuddin & Mohamad Hanifah. (2013). Teknik Drama Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu terhadap sikap dan minat murid orang asli di sekitar
negeri Pahang. Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan
Kualitatif Dalam Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1. Institusi Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim.

Kamaruddin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (2012). Pengajian Melayu III: Komunikasi
Bahasa. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Sri Murniati & Al-Mustaqeem. (2011). Reformasi Pendidikan II: Meninjau
Kesusasteraan Melayu Dalam Pembangunan Pemikiran Murid. Institut Kajian Dasar.

Sofiah Mohamed & Kamarul Azmi Jasmi. (2017). Penerapan Potensi Murid Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Prasekolah. The Malaysian Journal
of Islamic Sciences. Vol 19, 111-128.

TAHAP KESEDIAAN DAN TAHAP PENERIMAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP
PEMBELAJARAN MUDAH ALIH

Zabedah Mohammed
[email protected]

Nuriana binti Sabrin
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990, Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap Pembelajaran
Mudah Alih (PMA) melalui aspek pengetahuan dan sikap. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti
tahap penerimaan guru Bahasa Melayu terhadap PMA dalam aspek penggunaan. Reka bentuk kajian
ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kaedah tinjauan ini menggunakan
instrumen kajian, iaitu soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada 118 orang guru Bahasa Melayu
dari 10 buah sekolah kebangsaan Wilayah Persekutuan, Putrajaya. Dapatan kajian dianalisis
menggunakan bantuan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0.
Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap PMA pada tahap
sederhana. Selain itu, tahap penerimaan guru Bahasa Melayu terhadap PMA berada pada tahap tinggi.
Hal ini menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu bersedia dan menerima baik Pembelajaran Mudah Alih
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dapat menambah baik
kaedah pengajaran guru Bahasa Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, guru-
guru dan pihak berkepentingan yang lain disarankan untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan
Pembelajaran Mudah Alih dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu serta berusaha
menyebarluaskan pengaplikasian Pembelajaran Mudah Alih.
Kata kunci : Pembelajaran Mudah Alih, tahap kesediaan, tahap penerimaan, guru
Bahasa Melayu, kaedah pengajaran.

ABSTRACT
This study aims to identify the level of readiness of Teacher of Bahasa Melayu against the use of mobile
learning through knowledge and attitude. This study was also aims to identify the usage against the use
of mobile learning. This study used a survey method by using questionnaires as a research instrument.
The total of 118 Teacher of Bahasa Melayu from ten primary school in Putrajaya district were selected
as respondents in this study. The data were analysed using Statistical Packages for the Social Sciences
(SPSS) version 26.0. The findings shown that Teacher of Bahasa Melayu have a moderate high level
of readiness against mobile learning. This showns that Teacher of Bahasa Melayu ready to use mobile
learning in teaching and learning process. This study improved the approach of teaching in Malay
language among the Teacher of Bahasa Melayu. Hence, teachers and stakeholders were
recommended to improve their knowledge and the practice of mobile learning in Malay language
teaching and learning process and attempted to promulgate the use of mobile learning widely.
Keywords: Mobile Learning, readiness level, acceptance level, teacher of Bahasa
Melayu, approach of teaching

PENGENALAN

Pada hari kini kita menyaksikan banyak perubahan yang telah berlaku dalam sistem

pendidikan seiring dengan peredaran zaman. Malaysia juga berusaha untuk melakukan

transformasi dalam sistem pendidikan agar rakyat Malaysia mampu bersaing di peringkat

antarabangsa. Menurut Norfarizah dan Norzaini (2015) dan Jamal Ma’mur (2012) kehadiran

teknologi maklumat merupakan suatu anugerah dalam sistem pendidikan. Oleh itu,

perkembangan teknologi banyak mengubah cara belajar di seluruh dunia. Sistem Pendidikan

Abad ke-21 mengalih paradigma guru ke arah perubahan dalam kaedah pembelajaran
menggunakan komputer dan mengakses teknologi maklumat dan komunikasi terkini (TMK)
sebagai pendekatan alternatif. Menurut Mahamod Amin Embi dan Zamri Mahamod (2008),
pendidik yang baik bukan sahaja cekap dalam pedagogi tetapi juga tahu cara untuk
menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Husni et al. (2018)
bersetuju bahawa kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) perlu berubah bersesuaian
dengan perkembangan teknologi siber dan akses internet yang semakin maju. Oleh itu, guru
perlu lebih kreatif menggunakan TMK dalam menyampaikan kandungan pengajaran kerana
generasi kini lebih terdedah kepada teknologi dan mudah mempelajari perkara baharu
menggunakan gadget.

Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, maka lahirlah
medium pengajaran terkini, iaitu Pembelajaran Mudah Alih (PMA) atau dikenali sebagai Mobile
Learning. Menurut Mohamed Ally (2009), Mohd Paris dan Saedah Siraj (2016) Pembelajaran
Mudah Alih bermaksud penggunaan peranti tanpa wayar bagi membolehkan pembelajaran
berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Seterusnya, Brown (2005) dalam
Mahalecumy Narayanansamy dan Issham Ismail (2011) menjelaskan bahawa M-Learning
subset atau lanjutan daripada Pembelajaran Elektronik (E-Learning). Ringkasnya,
Pembelajaran Mudah Alih merujuk kepada kaedah pengajaran baharu yang membolehkan
tugas mendidik lebih mudah, cepat dan berkesan. Hal ini kerana, Pembelajaran Mudah Alih
menggunakan peranti mudah alih sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
boleh berlaku di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Ini menjadikan proses pembelajaran
semakin melangkaui ruang fizikal bilik kuliah dan bersifat lebih global. Tegasnya, Pendidikan
Abad ke-21 menuntut para guru menerokai potensi teknologi serta peralatan mudah alih untuk
menghasilkan proses pembelajaran yang lebih efektif.

PERNYATAAN MASALAH
Antara cabaran utama dalam Pendidikan Abad ke-21 ialah kaedah penyampaian dalam
pengajaran dan pembelajaran yang masih bersifat konvensional. Justeru, satu anjakan
paradigma terhadap reka bentuk dan kaedah penyampaian dalam sistem pendidikan perlu
dilaksanakan bagi memenuhi keperluan Pendidikan Abad ke-21. Menurut Mohamad Siri
Muslimin et al. (2017) kaedah penyampaian melalui syarahan masih luas diamalkan dan
kebanyakan tenaga pengajar dan masih terikat dengan penggunaan buku teks yang tebal,
papan putih dan nota-nota edaran. Tenaga pengajar masih dilihat berperanan utama sebagai
penyampai ilmu dan murid sebagai penerima ilmu yang pasif.

Mohd Zahar Kusnun dan Affero Ismail (2016) menyatakan sebahagian guru telah
sebati dengan kaedah tradisional. Syaza Hazwani dan Shaffe Mohd Daud (2012) dan
Mohammad Rusdi (2017) menjelaskan bahawa pembelajaran secara konvensional yang

sering diamalkan oleh guru menyebabkan murid menjadi pasif kerana komunikasi sehala
berlaku dalam bilik darjah. Bagi mengelakkan murid berasa bosan, Abdul Ghafar Md. Din
(2003) menyatakan bahawa penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran amat
penting. Hal ini kerana, kaedah konvensional kurang berkesan untuk dipraktikkan pada masa
ini. Menurut Mary Yap Kain Ching (2015) guru harus berani meneroka pelbagai cabang ilmu
untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berkesan.

Merujuk Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia bil. 5/2015, guru-guru abad ke-21
perlu menguasai pedagogi abad ke-21. Dalam hal ini guru perlu mempunyai kepakaran
menggunakan teknologi maklumat dan media dalam PdP, mengaplikasikan serta
menyesuaikan dengan pedagogi atau teknik pembelajaran abad ke-21. Selain itu, guru
hendaklah mempunyai kemahiran penggunaan media dan teknologi maklumat terkini dengan
memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi bagi meningkatkan kualiti PdP di bilik
darjah. Usaha-usaha berterusan ini juga dilihat selaras dengan anjakan ketujuh dalam 11
anjakan utama untuk mengubah sistem pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025), iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Oleh yang demikian, pengkaji mendapati Pembelajaran Mudah Alih
atau Mobile Learning merupakan alternatif terbaik yang menyediakan peluang kepada
generasi baru dengan aktiviti pembelajaran dan komunikasi yang lebih baik tanpa mengira
masa dan tempat. Pembelajaran Mudah Alih ditakrifkan sebagai penggunaan peranti mudah
alih sebagai medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Shaun Wilden, 2018).
Menurut Ardi dan Zaidatun (2008), Irwan Mahazir, Norazah Mohd Nordin dan Rosseni Din
(2016), pelaksanaan Pembelajaran Mudah Alih di pusat-pusat pendidikan Malaysia dikatakan
masih baru. Walaupun kajian Pembelajaran Mudah Alih telah dilaksanakan, kebanyakan
kajian yang dijalankan memfokuskan kepada pensyarah dan pelajar di institut pengajian tinggi.
Namun, masih kurang kajian yang melibatkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan tahap
penerimaan guru Bahasa Melayu terhadap Pembelajaran Mudah Alih sebagai langkah
permulaan untuk mengimplementasikan Pembelajaran Mudah Alih dalam pendidikan. Hal ini
kerana, menurut Mohd Yusof Abdullah et.al. (2008) sebarang aktiviti pendidikan bergantung
kepada sikap, kesediaan, kecekapan, pengetahuan, sokongan dan keterampilan guru. Oleh
itu, kajian berkaitan tahap kesediaan dan tahap penerimaan guru Bahasa Melayu terhadap
Pembelajaran Mudah Alih perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru
Bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kesediaan dan tahap penerimaan guru Bahasa
Melayu terhadap Pembelajaran Mudah Alih (PMA). Antara objektif utama pelaksanaan kajian

ini ialah adalah seperti yang berikut:
1. Mengenal pasti tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap Pembelajaran Mudah Alih.
2. Mengenal pasti tahap penerimaan guru Bahasa Melayu terhadap Pembelajaran Mudah

Alih.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini akan dilunaskan berdasarkan persoalan yang
berikut;
1. Apakah tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap Pembelajaran Mudah Alih?
2. Apakah tahap penerimaan guru Bahasa Melayu terhadap Pembelajaran Mudah Alih?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif deskriptif yang menggunakan reka bentuk
kajian tinjauan untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan tahap penerimaan guru Bahasa
Melayu terhadap Pembelajaran Mudah Alih (PMA). Menurut Creswell (2008) kajian tinjauan
dijalankan bertujuan untuk menilai sikap, kepercayaan, pandangan atau amalan semasa.

Dalam konteks kajian ini, persampelan ditentukan dengan menggunakan kaedah
persampelan rawak mudah untuk memilih responden. Pemilihan secara rawak bertujuan untuk
membolehkan setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk terpilih mewakili populasi
(Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan dan Bushro Ali, 2018 dan Noraini, 2010). Kajian
ini melibatkan pengumpulan data daripada 118 orang guru Bahasa Melayu di 10 buah sekolah
di Wilayah Persekutuan, Putrajaya. Saiz sampel dipilih adalah berdasarkan jadual
persampelan Krejcie dan Morgan (1970).

Kaedah yang digunakan untuk pengumpulan data adalah dengan menggunakan
instrumen soal selidik. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi dan
diubah suai daripada kajian Mohd Razali Samad (2016) dan Norrafandy Yahaya dan Ling Ning
(2011). Instrumen ini telah disahkan oleh pakar dan dan kebolehpercayaan ditentukan dengan
menggunakan indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach. Secara keseluruhannya, hasil
analisis didapati nilai alpha Cronbach ialah 0.931.

Pengkaji menggunakan satu prosedur pengumpulan data, iaitu menggunakan borang
soal selidik. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
for School Science (SPSS) versi 26 untuk mendapatkan taburan min dan sisihan piawai. Skor
min yang diperoleh untuk semua soalan dalam kajian ini ditafsirkan menggunakan cara
interpretasi dapatan statistik deskriptif yang dicadangkan oleh Mohd Paris Saleh dan Saedah
Siraj (2016) seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1
Interpretasi tahap min

Skor purata Interpretasi

1.00-2.00 Tahap rendah
2.01-3.00 Tahap sederhana rendah
3.01-4.00 Tahap sederhana tinggi
4.01-5.00 Tahap tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Kesediaan Guru Bahasa Melayu Terhadap Pembelajaran Mudah Alih

Jadual 2

Analisis item tahap Kesediaan Guru Bahasa Melayu Terhadap Pembelajaran Mudah Alih

dalam Aspek Pengetahuan

Bil Item Kesediaan Guru Bahasa Min (µ) Sisihan Tahap

Melayu terhadap PMA Piawai (SP)

1. Saya tahu maksud Pembelajaran 3.92 .873 Sederhana
Mudah Alih (Mobile Learning) tinggi

2. Saya tahu Pembelajaran Mudah Alih 3.97 .836 Sederhana
sesuai diaplikasikan dalam tinggi
pembelajaran Bahasa Melayu.

3. Saya tahu Pembelajaran Mudah Alih 4.12 .753 Tinggi
mempunyai banyak kelebihan.

4. Saya tahu Pembelajaran Mudah Alih 4.12 .818 Tinggi
merupakan kaedah baharu untuk

memudahkan proses pengajaran

dan pembelajaran.

5. Saya pernah mengikuti kursus asas 2.84 1.420 Sederhana
tentang pengaplikasian rendah
Pembelajaran Mudah Alih.

6. Saya tahu cara mengaplikasikan 4.14 .787 Tinggi
Pembelajaran Mudah Alih dalam

pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu.

Keseluruhan 3.92 .873 Sederhana

tinggi

Berdasarkan Jadual 2, min keseluruhan tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap
Pembelajaran Mudah Alih dalam aspek pengetahuan adalah sederhana tinggi, iaitu µ = 3.92.
Nilai sisihan piawainya pula menunjukkan taburan data yang agak terserak dan turut berada
pada tahap yang tinggi, iaitu SP = 0.873. Dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian
Hasmadi, Hassan and Sylviano, Abu Bakar (2019).

Tambahan lagi, dapatan ini turut disokong oleh hasil kajian Zamri dan Nor Razah
(2011) yang menyatakan bahawa guru perlu berpengetahuan dalam pelaksanaan
pengajarannya dengan memilih kaedah, teknik dan aktiviti yang sesuai dengan murid dalam
bilik darjah agar proses pengajaran dapat berjalan dengan lancar, menarik dan

menyeronokkan murid. Mengikut konteks kajian ini, guru perlulah mempunyai pengetahuan
menggunakan teknologi mudah alih supaya PMA dapat dilaksanakan dengan lancar.

Jadual 3

Tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap PMA dalam Aspek Sikap.

Bil Item Kesediaan Guru Bahasa Min (µ) Sisihan Tahap

Melayu terhadap PMA Piawai (SP)

1. Saya bersedia untuk meneroka 4.24 .688 Tinggi

teknologi mudah alih bagi

menyokong pengajaran dan

pembelajaran saya.

2. Saya bersedia menghadapi 4.11 .664 Tinggi

cabaran dalam pelaksanaan

Pembelajaran Mudah Alih.

3. Saya boleh mengaplikasikan 3.97 .795 Sederhana

strategi Pembelajaran Mudah Alih tinggi

untuk meningkatkan mutu

pengajaran.

4. Saya bersedia mengikuti kursus 3.86 .819 Sederhana

Pembelajaran Mudah Alih jika diberi tinggi
peluang.

Keseluruhan 4.04 .639 Tinggi

Berdasarkan Jadual 3, min keseluruhan tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap
Pembelajaran Mudah Alih dalam aspek sikap adalah tinggi, iaitu µ =4.04. Nilai sisihan
piawainya pula menunjukkan taburan data yang agak terserak dan turut berada pada tahap
yang tinggi, iaitu SP = 0.639.

Dapatan ini selari dengan dapatan Mohd Razali Samad (2016), iaitu guru menunjukkan
sikap yang positif untuk mengaplikasikan pembelajaran PMA. Menurut Idayati Abd Wahab
(2013) sikap guru sangat positif dalam pengajaran yang dijalankan menyebabkan mereka
lebih bertanggungjawab untuk mengajar murid dan melakukan perubahan dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Jadual 4

Tahap Penerimaan Guru Bahasa Melayu Terhadap Pembelajaran Mudah Alih dalam Aspek

Penggunaan.

Bil Item Penerimaan Guru Bahasa Min (µ) Sisihan Tahap

Melayu terhadap PMA Piawai (SP)

1. Saya menggunakan peranti mudah 4.10 .588 Tinggi

alih untuk memudahkan pengajaran

saya.

2. Saya menggunakan peranti mudah 4.22 .655 Tinggi
alih untuk menarik minat murid

semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran.

3. Saya menggunakan peranti mudah 4.26 .659 Tinggi
alih untuk menjadikan proses 3.91 .795
pengajaran dan pembelajaran 4.08 .699 Sederhana
menyeronokkan. 4.10 .684 tinggi
Tinggi
4. Saya menggunakan peranti mudah 4.11 .587 Tinggi
alih untuk menjimatkan masa.
Tinggi
5. Saya menggunakan peranti mudah
alih untuk memudahkan murid
memahami isi pembelajaran.

6. Saya menggunakan peranti mudah
alih untuk menilai tahap pencapaian
murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Keseluruhan

Berdasarkan Jadual 4, min keseluruhan tahap penerimaan Guru Bahasa Melayu terhadap
Pembelajaran Mudah Alih dalam aspek penggunaan adalah tinggi, iaitu µ = 4.11. Nilai sisihan
piawainya pula menunjukkan taburan data yang agak terserak dan turut berada pada tahap
yang tinggi, iaitu SP = 0.587.

Dapatan ini mempunyai persamaan dengan dapatan Alif Nawi dan Mohd Isa Hamzah
(2013), iaitu guru menerima dan menggunakan PMA dalam PdP. Menurut Mahzan Arshad,
penggunaan teknologi dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, meningkatkan kualiti dan
keberkesanan pengajaran guru. Rumusannya, penemuan kajian ini menunjukkan bahawa
guru-guru Bahasa Melayu di kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah bersedia serta
bersikap terbuka untuk mengaplikasikan PMA dalam PdP Bahasa Melayu. Tuntasnya, guru-
guru Bahasa Melayu pada hari ini menyambut baik saranan KPM memanfaatkan teknologi
dalam pendidikan dengan menggunakan teknologi mudah alih.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulannya, tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap Pembelajaran Mudah Alih
(PMA) berada pada tahap sederhana tinggi manakala tahap penerimaan guru Bahasa Melayu
daripada 10 buah sekolah di Wilayah Persekutuan, Putrajaya adalah tinggi. Kajian ini
memberikan implikasi yang bermakna kepada beberapa pihak serta memberi justifikasi
bahawa kajian ini memenuhi jurang penyelidikan.

Seterusnya, tumpuan perlu diberikan kepada penguasaan pengetahuan dan
kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap PMA. Guru perlu kerap mengaplikasikan PMA
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk meningkatkan kemahiran pelaksanaan PMA
semasa mengajar. Kajian ini juga dapat meningkatkan kesedaran kepada guru untuk
menggunakan kaedah PMA dalam PdP.

Selain itu, bagi mencapai tahap kesediaan dan penerimaan PMA dalam kalangan guru
Bahasa Melayu dengan berkesan, terdapat beberapa cadangan kepada pihak yang terlibat
secara langsung dalam bidang pendidikan, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah
memastikan semua guru mendapat pendedahan yang meluas dan terkini berkaitan PMA sama
ada melalui bengkel, seminar atau kursus yang bersesuaian yang dikendalikan oleh pakar
atau jurulatih utama dalam bidang ini. Penekanan terhadap kaedah pelaksanaan pengajaran
menggunakan teknologi mudah alih yang betul, kesediaan peranti mudah alih serta modul
pembelajaran perlu dititikberatkan. Pemantauan dan penyelidikan terhadap keberkesanan
PMA semasa sesi pengajaran dan pembelajaran juga perlu dilaksanakan.

Di samping itu, guru Bahasa Melayu juga digalakkan menjalankan pembelajaran
kendiri. Guru Bahasa Melayu boleh mengambil inisiatif dengan menghadiri kursus-kursus
sampingan untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan Pembelajaran Mudah Alih. Melalui
ilmu yang diperoleh, guru berupaya meningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah. Bukan
itu sahaja, guru juga boleh berkolaboratif dengan guru-guru lain di sekolah. Misalnya
mengadakan aktiviti “Sesi Perkongsian Guru” di sekolah untuk memperbaik kemahiran
mengajar guru serta mencapai pengajaran yang terancang. Guru-guru juga yang mempunyai
pengetahuan sedia ada serta mahir dalam Pembelajaran Mudah Alih boleh menjadi fasilitator
dan membimbing guru-guru lain. Dengan cara ini, guru-guru dapat berkongsi pelaksanaan
Pembelajaran Mudah Alih yang berkesan dalam bilik darjah.

Selanjutnya, pengkaji turut memberi cadangan kajian lanjutan untuk meningkatkan
kualiti pendidikan di Malaysia. Antara kajian yang boleh dipertimbangkan untuk di kaji pada
masa akan datang adalah menjalankan kajian terhadap kebolehgunaan peranti mudah alih,
kemudahan capaian internet dan kesediaan peranti mudah alih dalam kalangan guru dan
murid. Malahan kajian lanjutan yang melibatkan guru-guru Bahasa Melayu di pelbagai jenis
institusi pendidikan seperti sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, sekolah-sekolah
swasta, dan sekolah agama amat disarankan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas
mengenai faktor yang mempengaruhi penerimaan guru BM terhadap PMA. Oleh yang
demikian, pihak berkepentingan dapat merangka pendekatan lebih komprehensif untuk
menjadikan PMA sebagai strategi PdP yang berjaya.

Kajian ini melibatkan semua guru Bahasa Melayu tanpa mengira latar belakang.
Sekiranya, kajian lanjutan hendak dilakukan, pengkaji mencadangkan kajian dijalankan
berfokus kepada responden yang sememangnya tidak menggunakan PMA dalam PdP. Kajian
tersebut bagi membolehkan satu penemuan ke arah melihat faktor yang menghalang atau
masalah yang dihadapi dalam melaksanakan PMA. Kajian ini penting untuk memastikan data
berkenaan dapat menggambarkan situasi sebenar kepada sampel.

Saranan seterusnya ialah penyelidik lain boleh melaksanakan kajian dalam topik yang
sama tetapi pendekatan yang berbeza. Misalnya menjalankan kajian menggunakan

pendekatan kualitatif untuk mendalami dan mengesahkan lagi dapatan kajian ini sama ada
boleh dikekalkan atau sebaliknya. Hal ini kerana pendekatan kualitatif mengkaji kefahaman
terhadap sesuatu topik dengan lebih mendalam. Akhir sekali, saranan untuk melaksanakan
penyelidikan tentang PMA dalam kalangan guru Bahasa Melayu dengan menggunakan
pendekatan gabungan. Hal ini kerana, pendekatan ini menggabungkan pendekatan kuantitatif
dan kualitatif untuk memberikan pandangan yang lebih lengkap tentang pelaksanaan PMA
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran oleh guru Bahasa Melayu. Oleh itu, data yang
diperoleh lebih terperinci.

RUJUKAN
Abdul Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Utusan Publication dan

Distributors.

Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Bil. 5/2015.

Creswell, J.W. (2008) Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. 3rd Edition. Pearson Education Inc.

Husni Abdullah, Abd Razif Zaini, Khairatul Akmar Ab Latif, Hasanah Ihsan, Ku Fatahiyah Ku
Azizan, Wan Sakiah Wan Ngah & Naqibah Mansor. (2018, Ogos). Pendidikan Abad
ke-21 dalam Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah di Malaysia: Amalan dan
Cabaran. Kertas dibentangkan pada International Research Management dan
Innovation Conference.

Irwan Mahazir Ismail, Norazah Mohd Nordin & Rosseni Din. (2016). Pembangunan
Pembelajaran Mobile dalam Kejuruteraan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamal Ma’mur Asmani. (2012). Panduan Memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam Dunia Pendidikan. Ar-Risalah Product.

Krejcie, R.V. & Morgan. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational
Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mahalecumy Narayanansamy & Issham Ismail. (2011). Introducing Mobile Technology as a
Tool for Teaching. Malaysian Journal of Distance Education, 13(2), 9−18.

Mahamod Amin Embi & Zamri Mahamod. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu: teori dan praktis. Karisma Publications.

Mary Yap Kain Ching. (2015, Ogos 13). Guru berperanan lahir pelajar capai standard global.
Berita Harian. https://www.bharian.com.my/node/74472.

Mohamed Ally. (2009). Mobile Learning: Transforming the Delivery of Education and Training.
AU Press, Athabasca University.

Mohamed Ally & Badrul H. Khan. (2015). International Handbook of E-Learning, Volume 2.
Implementation and Case Studies. Routledge.

Mohd Paris & Saedah Siraj. (2016). Analisis Keperluan Pembangunan Model Pengajaran M-
Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah. Jurnal kurikulum dan
Pengajaran Asia Pasifik. 4(4), 13-24.

Mohamad Siri Muslimin, Norazah Mohd Nordin, Ahmad Zamri Mansor & Pajuzi Awang. (2017).
Reka Bentuk dan Pembangunan Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih bagi Keperluan
Modul Mikroekonomi. Dalam Proceedings 5th International Conference on Research
in Islamic Education and Arabic Language 2018 (ICRIALE 2018). Kolej Universiti
Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Mohd Razali Samad. (2017). Penerimaan terhadap Pembelajaran Mobil dalam Kalangan
Guru-guru Sains Sekolah Rendah di Daedah Segamat (Tesis Ijazah Sarjana
Pendidikan tidak diterbitkan, Open University Malaysia.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw Hill Education.

Norrafandy Yahaya & Ling Ning. (2011). Kesediaan Penggunaan E-Learning Di Kalangan
Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia-Satu Tinjauan. Jurnal of Educational Social
Science. 1, 121-140.

Norfarizah Mohd Bakir & Norzaini Zainal. (2015). Penerokaan Teknologi Melalui Seni Dan
Warisan Dalam Kearifan Tempatan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Syed Ardi Bin Syed Yahya Kamal & Zaidatun Tasir (2008). Pembelajaran Masa Depan –
Mobile Learning (M-Learning) di Malaysia. Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca
Ijazah 2008, 25-27 November, Universiti Teknologi Malaysia.

Syaza Hazwani & Shaffe Mohd Daud. (2012). Peranan Pusat Akses dalam Pembudayaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Dlm. Shaffe Mohd Daud dan Ahmad
Fauzi Mohd Ayob. Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan.
Universiti Putra Malaysia.

Shaun Wilden. (2018). Mobile Learning. United Kingdom. Oxford University Press.

TAHAP PENGAPLIKASIAN GOOGLE CLASSROOM DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Suhasni bin Dollah
[email protected]

Nurlidyawati binti Jasmin
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengaplikasian Google Classroom dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Kajian ini mengkaji dua aspek penting iaitu tahap pengetahuan
guru tentang kepentingan Google Classroom dan tahap pengaplikasian Google Classroom dalam PdP
Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu melalui kaedah
tinjauan. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Responden yang terlibat dalam
kajian ini ialah seramai 118 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Wilayah Persekutuan
Putrajaya. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Packages for the Social
Science (SPSS) versi 25.0. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru
Bahasa Melayu tentang kepentingan Google Classroom dalam pendidikan pada tahap tinggi dengan
skor min (µ) = 4.072 dan sisihan piawai (SP) = 0.613. Manakala, tahap pengaplikasian Google
Classroom dalam PdP pada tahap sederhana rendah dengan µ = 2.116 dan SP = 0.955. Hal ini
menunjukkan guru bersetuju dengan pelaksanaan dan peranan Google Classroom dalam pendidikan
namun kurang melaksanakannya dalam PdP.

Kata kunci: Pengaplikasian, Google Classroom, Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Melayu.

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the application of Google Classroom in teaching and learning of
Malay language. This study examines two important aspects which is the teacher's knowledges about
the importance of Google Classroom in education and the use of Google Classroom in Malay
Language’s teaching and learning. The method of this study is quantitative research which is using
survey method. The questionnaire was used as the instrument to collect the data. The sample of the
study consisted of 118 Malay’s teacher at primary school in Wilayah Persekutuan Putrajaya. Data were
analyzed descriptively by using Statistic Package For Social Sciences (SPSS) 25.0 version. The results
shown that the teacher have a high level of knowledges about the importance of Google Classroom in
education with a mean (µ) = 4.072 and standard deviation’ score (SD) = 0.613. While, the level of the
Google Classroom’s application in teaching and learning show at low medium with µ = 2.116 and SD =
0.955. The finding show that the teachers agreed with the implementation and the role of Google
Classroom in education, yet do not implement it in teaching and learning.

Keywords: Application, Google Classroom, teaching and learning, Malay Language.

PENGENALAN

Ledakan teknologi dan perkembangannya telah menyebabkan wujudnya pelbagai konsep

yang dihasilkan oleh banyak pihak dan boleh dimanfaatkan oleh warga dunia khususnya

dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana perkembangan pendidikan bersifat dinamik iaitu
sentiasa mengalami perubahan melalui perkembangan kemahiran, ilmu serta pedagogi
selaras dengan perkembangan teknologi. Kaedah penyampaian telah berubah daripada
kaedah tradisional berpusatkan guru kepada kaedah berasaskan laman Web atau secara atas
talian. Oleh itu, keperluan teknologi sebagai salah satu medium dalam pendidikan sangat
penting supaya potensi murid dapat diperkembangkan sepenuhnya. Menyedari dengan
perkembangan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan matlamat memanfaatkan
TMK dalam pengajaran guru.

KPM sentiasa menyusun program atau dasar yang mengetengahkan penggunaan
teknologi dalam pendidikan. Antaranya ialah VLE (Virtual Learning Environment)
diperkenalkan melalui cadangan yang telah dibentangkan oleh KPM pada Mesyuarat Majlis
Ekonomi Bil. 12/2011 yang bertarikh 28 Mac 2011. Kerajaan telah melaburkan berbilion ringgit
bagi melaksanakan konsep Pembelajaran Persekitaran Maya ini. Kemudian, pada 27 Jun
2019, KPM telah mengumumkan melalui satu kenyataan media tentang penamatan kontrak
1Bestari fasa dua dengan syarikat YTL dan secara tidak langsung KPM tidak lagi melanggan
VLE Frog bermula 1 Julai 2019. Sehubungan dengan itu, pelantar pembelajaran digital
ditukarkan kepada Google Classroom yang turut mempunyai konsep yang sama iaitu
pembelajaran yang berorientasikan maya. Oleh itu, guru-guru di Malaysia dicadangkan
menggunakan Google Classroom ini dalam PdP.

PERNYATAAN MASALAH

Platform pembelajaran digital melalui maya ini membuka peluang kepada guru-guru untuk
menerapkan pembelajaran yang menyeronokkan selain membantu hasrat negara dalam
memperkembangkan komuniti bertaraf global. Kenyataan ini disokong oleh Rafiza (2013) dan
Ida Norini (2013) yang menyatakan pembelajaran atas talian merupakan satu inovasi yang
berupaya mewujudkan suasana pembelajaran yang mudah dan fleksibel. Menyedari
kepentingan ini, tahap pengetahuan dan penggunaan pembelajaran maya ini perlu diteliti
dengan lebih lanjut lagi.
Ummu Salma dan Fariza (2014) mendapati bahawa guru kurang menggunakan VLE Frog
dalam PdP kerana kurangnya pengetahuan terhadap TMK di sebuah sekolah rendah di
Lembah Klang. Kini, profesion guru semakin mencabar yang memerlukan guru untuk
menyiapkan diri dengan pengetahuan terhadap TMK. Rentetan itu, pengetahuan guru
khususnya terhadap TMK sangat penting untuk guru melaksanakan pembelajaran
persekitaran maya ini dalam PdP. Oleh sebab platform digital pembelajaran yang ‘baharu’
telah diperkenalkan kepada guru, kajian terhadap isu ini sangat diperlukan untuk mengetahui

tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan dan kepentingan Google Classroom ini dalam
bidang pendidikan.

Kajian oleh Shahfiezul (2018), Azman Jais (2018) dan Lai et al. (2017) mendapati
bahawa tahap penggunaan pembelajaran persekitaran maya (VLE Frog) dalam kalangan guru
berada pada tahap sederhana. Namun begitu, masih kurang kajian tentang tahap penggunaan
Google Classroom dalam kalangan guru khususnya di sekolah rendah di Putrajaya. Setelah
VLE Frog ditamatkan, KPM telah memperkenalkan Google Classroom sebagai alternatif untuk
pelantar pembelajaran digital. Berikutan daripada perkara ini, statistik tahap pengaplikasian
pembelajaran platform terbaharu iaitu Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa
Melayu (BM) masih belum diketahui.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap kepentingan Google Classroom dalam
pendidikan.

2. Mengenal pasti tahap pengaplikasian Google Classroom dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap pengetahuan guru tentang kepentingan Google Classroom dalam
pendidikan?

2. Apakah tahap pengaplikasian Google Classroom dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan untuk
mengenal pasti tahap pengaplikasian Google Classroom dalam PdP Bahasa Melayu. Dalam
kajian ini, populasi kajian terdiri daripada 180 orang guru-guru Bahasa Melayu yang
berkhidmat di sekolah rendah kebangsaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 118
orang guru terlibat sebagai responden dalam kajian ini yang dipilih melalui kaedah
persampelan rawak mudah.

Kajian ini mengumpulkan data melalui soal selidik. Instrumen soal selidik yang
digunakan ialah hasil adaptasi dan pengubahsuaian daripada kajian Shahfiezul (2018) dan
Azman (2018). Terdapat tiga bahagian dalam instrumen ini iaitu demografi guru, konstruk
pengetahuan dan konstruk pengaplikasian. Instrumen ini telah disahkan oleh pakar dalam

bidang berkaitan dari segi konstruk, kandungan dan bahasa. Kebolehpercayaan instrumen
yang mengandungi 16 item ini ditentukan dengan menggunakan indeks kebolehpercayaan
Alpha Cronbach dengan nilai 0.915.

Kajian rintis telah dilaksanakan terhadap 30 orang guru Bahasa Melayu di empat buah
sekolah di Zon Petaling Utama Selangor. Data bagi kajian diperoleh daripada soal selidik dan
kemudiannya dianalisis perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0.
Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan atau membuat ringkasan bagi maklumat
yang diperoleh daripada sampel. Skor min yang diperoleh untuk semua soalan dalam kajian
ditafsirkan berdasarkan julat atau skala tertentu oleh Azhar Ahmad (2006) dan Ahmad
Munawar (2009) dalam Sapie et al. (2017):

Jadual 1
Julat Skor Min dan Interpretasi

Julat skor min Interpretasi
1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00
3.01 hingga 4.00 Sederhana rendah
4.01 hingga 5.00 Sederhana tinggi

Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Pengetahuan Guru tentang Kepentingan Google Classroom dalam Pendidikan

Jadual 2

Analisis Item bagi Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Kepentingan Google Classroom dalam
Pendidikan.

Bil Item Min S.P Tahap
Pengetahuan Kepentingan Google Classroom µ .690
.718 Tinggi
Kewujudan sistem pembelajaran maya Google .675
.842 Tinggi
1. Classroom bersesuaian dengan perkembangan 4.28
Tinggi
teknologi, sosial serta budaya masa kini. Sederhan

Google Classroom adalah satu sistem pembelajaran a tinggi

2. maya yang direka bagi melatih guru untuk lebih mahir 4.22

dalam bidang TMK.

Google Classroom adalah satu sistem pembelajaran

3. maya yang direka bagi melatih murid untuk 4.24

berkemahiran dalam bidang TMK.

4. Google Classroom berupaya membangunkan modal 3.97
insan dalam diri murid.

Google Classroom adalah satu sistem pembelajaran 4.16 .666 Tinggi
5. maya yang mampu meningkatkan produktiviti guru 4.19 .631 Tinggi
4.01 .882 Tinggi
dalam pendidikan.
Google Classroom adalah satu sistem pembelajaran
6. maya yang mampu meningkatkan pengetahuan
murid.
Saya menyedari bahawa Google Classroom telah
7. digunakan di sekolah-sekolah Malaysia.

8. Saya menyedari tentang kewujudan kumpulan 3.52 1.18 Sederhan
Telegram Google Classroom Training untuk para guru 2 a tinggi
berkongsi maklumat.

Keseluruhan 4.07 0.61

23

Berdasarkan jadual di atas, sebanyak enam daripada lapan item menunjukkan tahap yang
tinggi berdasarkan nilai min iaitu di antara 4.01 hingga 4.28. Hanya dua item sahaja yang
menunjukkan interpretasi nilai min pada tahap sederhana tinggi iaitu item 4 dan item 8 dengan
nilai masing-masing (M= 3.97, SP = 0.842) dan (M=3.52, SP= 1.182). Item yang mendapat
skor min paling tinggi ialah item 1. Hal ini menunjukkan guru bersetuju bahawa dasar kerajaan
memperkenalkan pelantar pembelajaran digital sesuai dengan perkembangan masa kini.

Secara keseluruhannya, skor min bagi pengetahuan tentang kepentingan Google
Classroom ialah 4.072. Manakala, nilai sisihan piawai bagi keseluruhan konstruk ini adalah
0.613. Skor min keseluruhan tersebut diinterpretasikan dan menunjukkan bahawa
pengetahuan guru tentang kepentingan Google Classroom pada tahap tinggi. Berdasarkan
analisis data tersebut, dapat dirumuskan bahawa pengetahuan guru tentang kepentingan
Google Classroom berada pada tahap tinggi. Sebahagian besar guru tahu tentang dengan
manfaat Google Classroom baik kepada murid, aktiviti PdP mahupun kepada guru itu sendiri.
Namun, dapatan min pada item 8 (konstruk pengetahuan), hanya sebahagian guru menyedari
tentang kewujudan kumpulan Telegram Google Classroom Training untuk para guru berkongsi
maklumat (min=3.52).

Oleh itu, tidak semua guru yang mengetahui bahawa mereka boleh mengikuti
kumpulan ini untuk belajar dengan lebih lanjut tentang kegunaan Google Classroom.
Kesimpulannya dapatan kajian menunjukkan guru berpandangan positif terhadap Google
Classroom yang sememangnya menarik dan memenuhi ciri pembelajaran abad ke-21.

Tahap Pengaplikasian Google Classroom dalam PdP Bahasa Melayu.

Jadual 3.
Analisis Item bagi Tahap Pengaplikasian Google Classroom dalam PdP BM

Bil Item Min S.P Tahap
Pengaplikasian µ

Saya menggunakan Google Classroom untuk 2.48 1.145 Sederhana
1. memuat turun dan memuat naik bahan dan nota 2.29 rendah
2.17
yang bersesuaian dengan pengajaran saya. 1.102 Sederhana
Saya menggunakan Google Classroom untuk 2.03 rendah
2. meletakkan pautan (hyperlink) yang berkaitan
dengan topik pengajaran. 1.95 1.065 Sederhana
Saya menggunakan Google Classroom untuk rendah
3. menghantar pesanan kepada ahli ruang kelas yang
dibina 1.025 Sederhana
Saya membina kuiz ringkas dalam Google rendah
4. Classroom bagi menilai kefahaman murid terhadap
pembelajaran.

Saya memberikan tugasan yang memerlukan .994 Rendah
5. penggunaan Google Classroom kepada murid.

Saya memberikan penilaian kepada tugasan yang 1.95 1.011 Rendah
6. dilakukan oleh murid menggunakan Google 2.00 1.046 Rendah
1.90 1.057 Rendah
Classroom. 2.116 0.955
Saya menggunakan ruang perbincangan dalam
7. Google Classroom untuk membincangkan sesuatu
topik.
Saya menggunakan Google Classroom sebagai
8. medium perkongsian ilmu dan berkongsi sumber
dengan komuniti luar.

Keseluruhan

Berdasarkan jadual 3, item 1 pada tahap sederhana rendah dengan nilai min (2.48). Namun,
sekiranya dibandingkan dengan item-item lain, nilai min bagi item ini merupakan paling tinggi.
Hal ini kerana guru lebih gemar menggunakan Google Classroom tempat simpanan bahan
kerana ruang penyimpanan secara atas talian dalam akaun domain yang diberikan oleh KPM
tidak terbatas. Secara keseluruhannya, skor min (2.116) dan nilai sisihan piawai (0.955) bagi
penggunaan Google Classroom dalam PdP. Skor min keseluruhan tersebut diinterpretasikan
dan menunjukkan bahawa pengaplikasian Google Classroom dalam PdP Bahasa Melayu
pada tahap sederhana rendah. Hal ini menunjukkan guru kurang mengaplikasikan Google
Classroom dalam PdP. Selain itu, nilai sisihan piawai tersebut turut menunjukkan bahawa set
data kajian terserak jauh sedikit daripada ukuran pusat.

Ringkasnya, kajian ini mendapati bahawa hanya sebahagian kecil guru melaksanakan

aplikasi Google Classroom dalam PdP Bahasa Melayu. Dalam erti kata lain, secara puratanya
guru jarang menggunakan Google Classroom iaitu hanya satu hingga dua kali sahaja dalam
sebulan. Hal ini bermaksud, masih kurang lagi guru yang menyahut seruan KPM untuk
menggunakan pelantar pembelajaran maya sebagai salah satu kaedah pengajaran bagi
menerapkan ciri pendidikan abad ke-21 di dalam kelas.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat membuka minda semua pihak untuk menjayakan
hasrat KPM melahirkan komuniti bertaraf global. Melalui dapatan kajian ini, KPM boleh
mengadakan atau menyemak kursus sedia kepada guru tentang cara-cara mengaplikasikan
Google Classroom dalam bidang pendidikan. Kursus atau bengkel yang diadakan ini boleh
memberikan pendedahan kepada guru-guru khususnya guru yang kurang mahir dalam bidang
teknologi. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) boleh menawarkan kursus kepada guru pelatih
di IPG. Kursus yang dianjurkan ini seharusnya mempunyai pengisian untuk meningkatkan
pengetahuan serta kemahiran Google Classroom supaya dapat diaplikasikan semasa
berkhidmat sebagai guru sebenar kelak.

Dari segi implikasi, kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada guru tentang
kebolehan dan keupayaan penggunaan aplikasi Google Classroom dalam pendidikan. Selain
itu, kajian ini berupaya membuka peluang kepada guru-guru untuk mempelajari dengan lebih
dalam lagi tentang cara pengaplikasian Google Classroom dalam PdP dan seterusnya
mempraktikkan aplikasi Google Classroom dengan lebih berkesan lagi. Dapatan kajian ini turut
menunjukkan implikasi terhadap teori iaitu tingkah laku sebenar atau penggunaan teknologi
atau aplikasi Google Classroom tidak dipengaruhi semata-mata bagi persepsi mudah guna
dalam kalangan guru.

Pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Pihak pentadbir perlu
memantau gerak kerja guru-guru untuk memastikan pelaksanaan Google Classroom dalam
PdP sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Pihak pentadbir juga perlu memastikan
kemudahan infrastruktur sentiasa dalam keadaan baik. Selain itu, pihak sekolah juga boleh
menyediakan satu pasukan guru-guru mahir sebagai fasilitator selain memberi ganjaran
kepada guru yang aktif menggunakan Google Classroom.

Seterusnya, kajian ini turut menyarankan agar guru-guru di seluruh Malaysia
melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan Telegram Google Classroom Training yang
disediakan oleh KPM. Guru-guru juga boleh mengamalkan Profesional Learning Community
(PLC) dengan rakan. Noriati et al. (2016), peranan guru adalah sebagai pentafsir, perancang
dan pelaksana bagi kurikulum serta dasar yang dibentuk oleh KPM. Ringkasnya, guru
memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat berkemahiran global.

Akhir sekali, penyelidik seterusnya boleh membuat kajian dengan lebih lanjut tentang
faktor atau kekangan yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan Google Classroom dalam
PdP. Selain itu, kajian tentang keberkesanan Google Classroom boleh dilaksanakan melalui
kaedah lain seperti kaedah kuasi eksperimental. Pengkaji seterusnya juga boleh mengenal
pasti kesan pelaksanaan Google Classroom terhadap PdP. Tegasnya, Google Classroom
masih baharu digunakan sebagai pelantar pembelajaran digital di Malaysia. Oleh itu, banyak
ruang dan peluang untuk pengkaji seterusnya melaksanakan kajian atas Google Classroom
ini.

RUJUKAN

Azman Jais. (2018). Penerimaan dan Penggunaan Inovasi Persekitaran Pembelajaran Maya
(VLE) dalam Kalangan Guru. Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Ida Norini Mahamad Tajudin. (2013). Kajian Tinjauan Mengenai Keberkesanan Penggunaan
Konsep Persekitaran Pengajaran Maya Frog (VLE FROG) di Kalangan Murid SK Haji
Mahmud Chemor, Perak. Kertas Projek Fakulti Pendidikan, Universiti Perguruan Sultan
Idris

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 12/2011 :

Perkhidmatan 1Bestarinet.. http://egov.nik.gov.pl/g/egov/MY/2014/

BestariNnet/1BESTARINET%20FOR%20EUROSAI%20CUBE.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (27 Jun 2019). Kenyataan Media: Perkhidmatan Talian
Internet di Sekolah. Diambil dari https://www.moe.gov.my/index.php
/pemberitahuan/pengumuman/4994-garis

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Ringkasan Eksekutif – Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lai Chee Sern, Noormawati Kamarudin, Rashidah Lip & Noridah Hasnan. (2017). Tahap
Penggunaan Pembelajaran Maya dalam Kalangan Guru Reka Bentuk Teknologi: Satu
Tinjauan di Sekolah Rendah Luar Bandar. Online Journal for TVET Practitioners. Vol
2, No. 2, 2017, (hlm 112-119).

Noriati Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Siri
Pendidikan Guru: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Edisi Ketiga. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Rafiza Abdul Razak. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian dalam
Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. Julai
2013, Bil. 1 Isu 3. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya

Sapie Sabilan, Harzita Ismail, Suhana Mohamed Lip, Mohamad Fuad Ishak & Siti Nga’ishah
Mohni. (2017). Penilaian Aspek Konteks dan Input Berkaitan Tahap Pencapaian
Kemahiran Bacaan Tilawah Al-Quran Berasaskan Penggunaan Kaedah Warna
Terhadap Kelancaran Sebutan Bertajwid Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Lima
Sekolah Kebangsaan Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Malaysian Online Journal of
Education. Vol. 1, No. 2 (2017), 20-31.

Shahfiezul Shahaimi. (2018). Pengaruh Faktor Persekitaran Luaran, Persekitaran Dalaman
dan Atribut Inovasi Vlefrog ke atas Tahap Penggunaan dalam Kalangan Guru. Tesis
Sarjana tlidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid. (2014). Tahap Pengetahuan Gunu Sekolah Rendah
dalam Penggunaan VLE Frog untuk Pengajaran dan Pembelajaran. The 4th
Intemational Conference on Leamer Diversity (ICELD 2014). 780-788.

KAJIAN ASPEK SEBUTAN BAHASA MELAYU MURID BUKAN PENUTUR NATIF DI

SEKOLAH KEBANGSAAN

Maria binti Tahir PhD
[email protected]

Nurul Hijanah binti Gosseli
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji masalah sebutan bahasa Melayu murid bukan penutur natif di sekolah kebangsaan.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian kes melibatkan
penyelidik sendiri untuk turun ke lapangan dan menggunakan pemerhatian, temu bual dan analisis
maklumat lain yang diperoleh seperti nota lapangan sebagai instrumen kajian. Seramai 6 orang murid
telah diambil sebagai subjek kajian, iaitu dua orang murid berbangsa Cina (C1dan C2), dua orang murid
berbangsa India (T1dan T2) dan dua orang murid berbangsa Dusun (S1dan S2). Keenam-enam subjek
kajian merupakan murid tahap dua di sekolah kebangsaan iaitu SK Bukit Bandaraya. Berdasarkan
dapatan kajian, subjek kajian menghadapi masalah-masalah untuk menyebut perkataan bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Masalah tersebut dapat dikelaskan kepada tiga tema utama iaitu dalam aspek
masalah alat artikulasi (MAA), interlingual bahasa ibunda dan bahasa asing (IBIA) dan aspek intralingual
iaitu generalisasi (G).
Kata kunci: masalah sebutan; murid bukan penutur natif

ABSTRACT

The studies examined the terms of issue of Malay pronunciations by the non-native speaker students in
Sekolah Kebangsaan. This study uses qualitative research design and case study method. The case
study involved the researcher himself going down the field and using observations, interviews and
analysis of other information obtained such as field notes as a research instrument. Six students were
taken as the subject of the study, namely two Chinese (C1 dan C2) students, two Indian (T1 dan T2)
and two Bumiputera Sabah (S1 dan S2) students. All six subjects in the study were second grade
students in the national school, SK Bukit Bandaraya. Based on the findings, the study subjects deal with
the problems to pronounce the words of Malay as a second language. These issues can be classified
into three main themes, namely, the articulation tool problem (MAA), the mother tongue and foreign
language interference (IBIA) and the intralingual aspect of generalization (G).
Keywords: pronunciations problems; non-native speaker students

PENGENALAN

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, bahasa Melayu menjadi satu subjek teras yang wajib

lulus dalam setiap peringkat persekolahan. Keadaan ini memaksa murid-murid bukan penutur

natif bahasa Melayu untuk menguasai bahasa Melayu, namun begitu pembelajaran bahasa

kedua bukanlah satu proses yang mudah (Siti Saniah, 2013). Berdasarkan Bailey (2005),

kebanyakan individu yang mempelajari sesuatu bahasa mendapati bahawa kemahiran

bertutur dalam pembelajaran bahasa adalah lebih sukar berbanding kemahiran-kemahiran

lain. Tambahan pula, penguasaan kemahiran bertutur mempengaruhi pembelajaran

kemahiran lain. Hal ini dapat dilihat apabila wujudnya kesalahan ejaan dalam penulisan murid

disebabkan ejaan dibuat mengikut cara sebutan yang dipengaruhi dialek (Nik Safiah Karim,

2003). Disebabkan itu, pentingnya guru-guru memberi dorongan dan bimbingan kepada murid
untuk cuba memperbaiki sebutan mereka dalam pertuturan bahasa Melayu.

Meskipun bahasa Melayu perlu dikuasai oleh setiap masyarakat di Malaysia, namun
bahasa tersebut bukanlah bahasa natif atau bahasa ibunda bagi keseluruhan rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah terdapat sesetengah masyarakat yang mengalami
kesukaran untuk fasih menggunakan bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat dalam kajian-kajian
yang telah dilaksanakan seperti kajian Chew Fong Peng dan Lee Tan Luck (2009), Chew Fong
Peng (2016), Norsimah Mat Awal et al. (2012), Norsyafiah (2014) dan Siti Saniah (2013).
Kajian-kajian tersebut mengkaji tentang kurangnya penguasaan bahasa Melayu pelajar bukan
penutur jati bahasa Melayu dalam aspek bertutur dan dalam penulisan.

Komunikasi melalui petuturan umumnya wujud terlebih dahulu sebelum sistem tulisan,
dan kebanyakannya individu yang boleh bercakap dan berkomunikasi belum tentu boleh
menulis, namun pembelajaran akan lebih mudah apabila individu itu boleh bertutur dan
menyebut perkataan dengan baik sebelum menguasai aspek menulis. Adalah menjadi satu
kebimbangan sekiranya kemahiran bertutur diabaikan seperti dapatan Chew dan Abdul Jalil
(2008) yang mendapati bahawa kemahiran bertutur sering diabaikan berbanding kemahiran-
kemahiran lain.

Kemahiran bertutur adalah lebih rumit berbanding kemahiran menulis, seperti
pandangan Zawawi, Ab Halim, Nik Mohd Rahimi dan Mohd Ala-uddin (2011) yang menyatakan
pembelajaran kemahiran bertutur tidak seperti kemahiran menulis kerana dalam bertutur,
seseorang itu tidak boleh menyunting pertuturannya. Disebabkan itu, sesetengah murid
cenderung untuk menyebut perkataan bahasa Melayu dalam sebutan bahasa Inggeris, dan
akan menyebabkan gangguan dalam kemahiran menulis apabila ada sesetengah murid yang
mengeja mengikut sebutan tersebut. Justeru, pentingnya menguasai aspek sebutan dalam
kemahiran bertutur.

Disebabkan kajian-kajian lepas mengenai masalah sebutan tidak banyak, seperti yang
dilaksanakan oleh Nora’azian dan Fadzilah (2018) dan selebihnya sering kali dilaksanakan
terhadap murid bukan penutur natif yang bersekolah di sekolah Jenis Kebangsaan seperti
yang dilaksanakan oleh Chew Fong Peng (2016) dan kebanyakannya juga dilaksanakan ke
atas pelajar-pelajar antarabangsa yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing di
Institut Pendidikan Tinggi seperti kajian Dayang Sufilkawany dan Wan Muna (2016), Siti
Saniah (2013) dan Siti Muslihah et. al.(2018). Maka penyelidik menjadi sangat tertarik untuk
melaksanakan kajian ini ke atas murid-murid bukan penutur natif bahasa Melayu di Sekolah
Kebangsaan SK.

Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti masalah sebutan bahasa Melayu
dalam kalangan murid bukan penutur natif bahasa Melayu di sekolah kebangsaan.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes di bawah kajian kualitatif. Berdasarkan Lee, Zakri
dan Chua (2018) kajian menggunakan kaedah kualitatif biasanya dikaitkan dengan
konstruktivisme sosial iaitu menegaskan sifat realiti yang terbentuk atau dibina secara sosial.
Hal ini bermaksud langkah-langkah atau prinsip yang digunakan dalam kajian ini memerlukan
penyelidik untuk berhubung terus dengan orang-orang yang boleh dijadikan sumber untuk
mendapatkan data. Penyelidik kajian kualitatif sering kali menggunakan metodologi yang
memberikan kebebasan dan menerima data spontan daripada responden.

Penyelidik menggunakan kaedah persampelan bertujuan atau juga dikenali sebagai
persampelan membuat keputusan. Responden dalam kajian ini dipilih mengikut kriteria-
kriteria yang ditetapkan sesuai dengan tujuan kajian dijalankan (Gay dan Airasian, 2009).
Persampelan membenarkan penyelidik untuk memilih informasi tertentu bagi membantu
penyelidik melaksanakan kajian dan memudahkan perkembangan terhadap kajian yang akan
dilaksanakan (Maxwell 1996). Penyelidik mengutamakan data pemerhatian dalam kajian ini.
Pemerhatian dilaksanakan secara berulang kali dan berpanjangan setiap kali penyelidik ke
lapangan. Pemerhatian merupakan cara pengumpulan data yang menggalakkan penyelidik
untuk memperoleh data yang lebih spontan dan tidak dijangka.

Kaedah kedua ialah kaedah temu bual. Kaedah temu bual merupakan kaedah penting
dalam melaksanakan kajian kes. Hal ini seperti yang dijelaskan oleh Syed Ismail dan Bushro
(2018), melalui kaedah ini penyelidik akan memperoleh data yang diperlukan secara terus
daripada responden atau subjek kajian. Data temu bual bagi kajian ini adalah bertujuan untuk
menyokong data utama iaitu data pemerhatian. . Disebabkan triangulasi merupakan antara
cara yang terbaik untuk mendapatkan kebolehpercayaan bagi kaedah penyelidikan kualitatif,
maka penyelidik memilih untuk melaksanakan kajian berpandukan triangulasi dalam kaedah
seperti yang dijelaskan oleh Zanaton et al. (2016), proses ini melibatkan pelaksanaan
pemerhatian dan temu bual secara berulang kali.

Oleh itu, pemerhatian telah dilaksanakan secara berulang terhadap enam orang subjek
kajian di lapangan oleh penyelidik, diikuti dengan temu bual dan catatan lapangan penyelidik.
Data dapatan dianalisis berdasarkan pendekatan teori analisis kesilapan Corder 1973 (Al-
Khresheh, 2016) yang menyatakan bahawa kesilapan adalah disebabkan punca-punca
interlingual dan intralingual, maka analisis dilaksanakan melihat kepada faktor tersebut.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 1

Analisis Kekerapan Dan Peratus Kesalahan Mengikut Tema

Kelompok Kesalahan Kekerapan Peratus (%)
MAA 13 15
IBIA 33 40
G 37 45

Jadual 1 menunjukkan kekerapan dan peratus kesalahan mengikut tema, iaitu masalah

alat artikulasi (MAA) 15 %, interlingual bahasa ibunda dan bahasa asing (IBIA) 40% dan aspek

intralingual iaitu generalisasi (G) 45%. Hal ini menunjukkan bahawa masalah sebutan paling

lazim dilakukan oleh subjek kajian ialah kesalahan disebabkan faktor G, diikuti kesalahan

berpunca daripada IBIA dan MAA. Dapatan kajian ini mendapati bahawa dua daripada enam

subjek kajian mengalami masalah alat artikulasi. Oleh itu, subjek kajian menghadapi masalah

untuk menyebut perkataan yang mengandungi huruf /r/.

Seterusnya, dapatan kajian ini juga mendapati bahawa murid bukan penutur natif di

sekolah kebangsaan masih terganggu dengan bahasa ibunda dalam mempelajari bahasa

kedua. Meskipun, subjek kajian lebih terdedah kepada persekitaran yang menggunakan

bahasa Melayu dalam pertuturan harian namun masalah sebutan disebabkan pengaruh

bahasa ibunda dan bahasa asing masih dapat dikenal pasti. Masalah disebabkan gangguan

bahasa ibunda dan bahasa asing ini dikenali sebagai interlingual. Analisis kesilapan

mengklasifikasikan kesilapan intralingual sebagai kepersisan dalam kebiasaan berbahasa

(Erdogan, 2005). Kesalahan ini paling ketara dilakukan oleh subjek kajian berbangsa Dusun

(Bumiputera Sabah), iaitu dengan menyebut huruf /f/ sebagai huruf /p/. Hal ini dapat dilihat

dalam jadual berikut:

Jadual 2

Kesalahan paling ketara dilakukan oleh subjek kajian berbangsa Dusun

Fokus Perkara Subjek Catatan Kelompok
Kajian Kesalahan
Yang
Penggantian /f/ kepada /p/ Terlibat Sarifah - saripah IBIA
S1

konsonan

S2 Sarifah - saripah IBIA

penggantian S1 kau – ko IBIA
S2 kau – ko IBIA
vokal /au/ kepada /o/ IBIA
S1 orang – urang IBIA
Penambahan /i/ S2 tolong - tulung

vokal

Subjek kajian lebih banyak menggunakan bahasa ibunda di rumah dan hanya

menggunakan bahasa Melayu di sekolah. Hal ini disokong melalui dapat temu bual yang

mendapati S1 dan S2 banyak menggunakan bahasa ibunda di rumah. Kesalahan dalam aspek

yang sama juga dilakukan oleh subjek kajian berbangsa Cina. Kesalahan sebutan dalam

aspek IBIA dapat dilihat dalam kesalahan penggantian konsonan, penggantian vokal dan

pengguguran konsonan. Hal ini kerana bahasa Cina (mandarin) memiliki persamaan dan

perbezaan dengan bahasa Melayu maka tidak banyak kesalahan yang dilakukan oleh subjek

kajian C1 dan C2.

Jadual 4

Analisis Kumulatif Dapatan Pemerhatian dan Temu Bual

Fokus Perkara Subjek Catatan Kelompok
Kajian Yang Kesalahan
Penggantian /t/ kepada /d/ Terlibat henti – hendi
konsonan /r/ C1 setiap – sediap IBIA
C2 sumber - sumbe IBIA
Pengguguran C1 diri - dii IBIA
Konsonan IBIA
C2

Dapatan ini disokong dengan dapatan temu bual yang mendapati bahawa C1 tidak
mahir menggunakan bahasa ibundanya, manakala C2 mahir menggunakan bahasa
ibundanya di rumah. Subjek kajian T1 dan T2 juga menghadapi masalah sebutan disebabkan
IBIA. Sebutan bahasa Tamil mempunyai penekanan tersendiri melalui pengulangan konsonan
secara berturutan yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat melalui kajian
Magespari (2012).

Jadual 5

Analisis Kumulatif Dapatan Pemerhatian dan Temu Bual

Fokus Perkara Subjek Catatan Kelompok
Kajian Yang Kesalahan
Penambahan /n/ Terlibat mana – manna
Konsonan T2 banyak - bannyak IBIA
IBIA

Perkataan ennudaiya dan po:kku menunjukkan penggunaan konsonan sama yang
berganding iaitu /nn/ dan /kk/. Bahasa Melayu tidak ada wujud keadaan seperti itu kecuali
setelah menerima imbuhan atau kata partikel dan hanya ada gandingan konsonan yang
berlainan dalam kata akar. Interlingual antara sebutan bahasa Tamil dan bahasa Melayu
menyebabkan T2 khususnya menyebut kata mana sebagai manna. Dapatan ini disokong
dengan dapatan temu bual yang mendapati bahawa T1 dan T2 banyak menggunakan bahasa
ibunda di rumah dan banyak menggunakan bahasa Inggeris di sekolah apabila berbual
dengan kawan-kawan.

Akhir sekali ialah dalam aspek generalisasi. Generalisasi membawa makna
kesimpulan umum mengenai sesuatu perkara berdasarkan rujukan Kamus Dewan Edisi
Keempat (Noresah, 2015). Antara kesalahan G yang lazim dilakukan oleh setiap subjek kajian
ialah sebutan perkataan bahasa Melayu yang berakhir dengan vokal /a/ disebut sebagai /e/
pepet, /i/ kepada /e/. /u/ kepada /o/, penambahan vokal /a/ dan /e/ kerana mereka terbiasa
dengan keadaan komunikasi dengan masyarakat Melayu semenanjung yang menyebabkan
mereka berasa setiap vokal /a/ perlu disebut sebagai /e/.

Jadual 6

Analisis Komulatif Dapatan Pemerhatian dan Temu Bual

Fokus Perkara Subjek Catatan Kelompok
Kajian Yang Selama - selema Kesalahan
Penggantian /e/ pepet kepada Terlibat Menjaga - menjage G
vokal /a/ T1
(atau sebaliknya) G

S2 karipap - keripap G

/e/ pepet kepada T1 menggendong -G
/e/ taling mengendong -G
(atau sebaliknya) S1 menggendong -G
mengkendong
C1 kesihatan G
kesehatan
T1 kasih - kaseh

/i/ kepada /e/ T2 cikgu – cekgu G
S2 -G
kesihatan
C1 kesehatan G
kuih - kueh

Kesalahan aspek G juga dapat dilihat dalam sebutan huruf secara melampau atau
pembunyian sebutan dengan menekan huruf seperti /k/ atau hentian glotis yang keras.
Kesalahan ini banyak dilakukan oleh subjek kajian S1 dan S2.

Jadual 7

Analisis Komulatif Dapatan Pemerhatian dan Temu Bual

Subjek

Fokus Perkara Kajian Catatan Kelompok
Yang Kesalahan

Penambahan /k/ Terlibat cakap – cakkap G
konsonan T1 cakap – cakkap G
S1 G
S2 kita - kitak

Kesalahan sebutan dalam aspek G ini sebenarnya mudah untuk diperbetulkan kerana tidak

melibatkan isu serius seperti MAA yang tidak boleh diperbaiki melalui latihan. Subjek kajian

juga tidak ada masalah dalam aspek penerimaan dan tidak ada tanggapan yang negatif dalam

mempelajari bahasa Melayu. Namun begitu disebabkan kesalahan sebutan G ini tidak ditegur

maka subjek kajian berterusan menyebut perkataan bahasa Melayu yang memiliki ciri seperti

dapatan kajian dengan cara yang salah.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kajian ini telah memaparkan variasi kesalahan dalam sebutan bahasa Melayu oleh murid-
murid bukan penutur natif di sekolah kebangsaan. Variasi ini melibatkan tiga faktor utama iaitu
masalah alat artikulasi, interlingual dan intralingual. Data hasil dapatan kajian ini menunjukkan
satu kecenderungan yang berbeza jika dibandingkan dengan kajian Chew (2016) yang
mendapati bahawa masalah sebutan murid Cina di SJKC banyak dipengaruhi oleh interlingual
atau gangguan bahasa ibunda. Manakala, hasil dapatan kajian ini menunjukkan subjek kajian
berbangsa Cina lebih cenderungan ke arah masalah sebutan disebabkan oleh generalisasi
yang melampau. Hal ini dijelaskan dalam teori behaviorisme dalam pemerolehan dan
pembelajaran bahasa yang dipengaruhi oleh keadaan persekitaran, peluang untuk
menggunakan bahasa tujuan dan latihan atau pengulangan dalam penggunaan bahasa
tujuan. Sama ada banyak menggunakan bahasa ibunda atau bahasa tujuan atau bahasa
Melayu.

Oleh itu, dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat dan panduan kepada guru
bahasa khususnya dalam merancang pedagogi, membantu murid bukan penutur natif dan
meningkat kesediaan guru untuk berhadapan dengan keperluan dalam mendepani
permasalahan dalam pembelajaran bahasa Melayu murid-murid tersebut. Hal ini kerana
berdasarkan dapatan kajian Zaliza dan Zaitul (2014) peranan tenaga pengajar sangat
mempengaruhi motivasi murid untuk mempelajari bahasa Melayu. Selain itu, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah juga dapat menggunakan hasil dapatan
kajian ini bagi mengenal pasti keperluan guru dalam menghadapi murid yang berhadapan
dengan masalah sebutan dan keperluan murid-murid tersebut ke arah membentuk murid
pelbagai bangsa untuk menguasai bahasa kebangsaan dengan cekap dan mahir dalam

pelbagai aspek khususnya sebutan. Hal ini adalah sebagai langkah membantu guru untuk
mendidik iaitu dengan menyediakan bahan yang bersesuaian bagi menggalakkan murid bukan
penutur natif untuk banyak bergaul dengan murid Melayu dan mendapat bimbingan daripada
guru. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa guru kurang memberi tumpuan terhadap
masalah sebutan murid melalui pandangan subjek kajian sendiri yang menyatakan bahawa
mereka tidak ditegur apabila tersalah sebut, menjadikan mereka terbiasa untuk menyebut
sesuatu perkataan dengan sebutan yang tidak betul.

Dalam masa yang sama kajian ini menunjukkan pengaplikasian teori analisis kesilapan
dalam sebutan murid bukan penutur natif. Lazimnya teori ini sememangnya sangat sinonim
dengan masalah dalam pemerolehan dan pembelajaran bahasa khususnya bahasa kedua.
Namun, pendekatan menggunakan analisis ini lebih tertumpu kepada aspek kesalahan dalam
penulisan dan pelajar asing seperti dalam kajian Yong dan Vijayaletchumy (2012) yang melihat
aspek penulisan pelajar asing dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan
aspek fonologi. Kajian lain lebih ke arah melihat faktor-faktor luar yang mempengaruhi
pembelajaran penutur bukan natif bahasa Melayu dalam mempelajari bahasa Melayu secara
umum seperti peranan guru, persekitaran murid, peluang penggunaan bahasa kedua dan
aspek gangguan bahasa ibunda. Namun dalam kajian ini teori diadaptasi dan digunakan
dalam menganalisis kesalahan secara terperinci aspek sebutan bahasa Melayu ke atas murid
bukan penutur natif yang mendapat banyak peluang untuk menggunakannya dalam aktiviti
seharian di sekolah.

Tuntasnya, hasil daripada pelaksanaan dan analisis dapatan kajian ini penyelidik
mendapati bahawa guru merupakan individu yang berperanan penting dalam memperbaiki
sebutan murid-murid bukan penutur natif. Guru seharusnya menggalakkan murid untuk cuba
menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan harian meskipun dalam sesetengah keadaan
murid-murid ini ditertawakan oleh rakan lain apabila melakukan kesalahan. Dapatan Chew
(2016), gurulah yang memainkan peranan untuk memulihkan keadaan dan kesalahan yang
dilakukan oleh murid itu merupakan bukti bahawa mereka sedang mencuba. Selain itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia juga kurang memberikan fokus terhadap sebutan
sebaliknya melihat dalam aspek yang besar iaitu aspek bertutur. Berdasarkan dapatan Chew
(2016) murid Cina, dan kajian Saraswathy et. al (2017) berkaitan pelajar India, mereka
menyedari kepentingan bahasa Melayu di Malaysia, dalam penulisan dan pertuturan tetapi
dalam pencapaian murid hanya dalam aspek seperti penulisan dan kefahaman sahaja yang
menunjukkan murid cemerlang tetapi dalam aspek sebutan murid masih menghadapi
masalah. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa hasil temu bual murid menyatakan
mereka tidak ditegur oleh guru apabila menyebut perkataan dengan salah semasa di dalam
bilik darjah.

Dalam masa yang sama, penyelidik juga mendapati bahawa kajian ini boleh

dilaksanakan dengan pendekatan yang berbeza. Jika mengira kelazimannya, kajian mengenai

masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh penutur bukan natif lazim dilaksanakan

menggunakan pendekatan kuantitatif, oleh itu kajian dengan pendekatan gabungan boleh

dilaksanakan bagi mendapatkan data yang lebih banyak, pelbagai dan menyeluruh khususnya

dalam melihat kesilapan dan faktor-faktor yang mempengaruhi kesilapan dalam mempelajari

bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Seterusnya, penyelidik mencadangkan kajian lanjutan

dilaksanakan dengan mengaplikasi teori analisis kontrastif. Hal ini kerana analisis kontrastif

merupakan analisis yang membuat perbandingan struktur bahasa antara bahasa pertama B1

dan bahasa kedua B2 atau B1 dan bahasa asing B3 yang diperkenalkan oleh Charles Fries

bermula tahun 1940 (Mayada Tawfik, 2015).

RUJUKAN

Bailey, K.D. (2005). Fifty Years of Systems Science: Further Reflection. System research and
Behavioural. 23:3222 – 300

Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cina
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 6, Bil, 2:10 – 22

Chew Fong Peng & Lee Tan Luck. (2009). Masalah pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan
pelajar Cina dan Melayu di Kuala Terengganu. 2nd International Conference Issues in
Language Teaching and Learning amongst Non-Native Speaker: Language
Competence and Performance.2-3 Disember, UiTM, Shah Alam.

Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman. (2008). Pengabaian Kemahiran Mendengar dan
Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di
Malaysia. Jurnal Sosiohumanika, 1(1), pp 167-192

Dayang Sulfikawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017). Pengaruh Faktor
Sosial Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Iban. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM: Vol. 7, Bil. 1

Erdogan, V. (2005). Contribution of error analysis to foreign language teaching. Mersin
University Journal of the Faculty of Education, 1(2), 261-270

Joseph A. Maxwell. (1996). Qualitative Research Design an Interactive Approach. California:
SAGE Publications

Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah & Chua Lay Nee. (2018). Penyelidikan dalam Pendidikan.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

L. R. Gay & Peter W. Airasian. (2003). Educational Research: Competencies for Analysis and
Applications, 7th Edition. United State of America: Pearson Education, Inc

Magespari Subramaniam, (2012). Pengalihan kod dalam kalangan pelajar Tamil di Universiti
Malaya / Magespari A/P Subramaniam. Tesis Sarjana tidak diterbitkan, University of
Malaya.

Mayada Tawfik Zaki, (2015). Contrastive Linguistics: Approaches and Methods.
https://www.researchgate.net/publication/280712360_Contrastive_linguistics_Approa
ches_and_methods

Mohammad Hamad Al-khresheh. (2016). A review Study of Error Analysis Theory.
International Journal of Humanities and Social Science Research, 2016, 2, 49 - 59

Nora’azian Nahar & Fadzilah Abd. Rahman. (2018). Tahap Penguasaan Kemahiran Bertutur
Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Natif. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu- JPBM: Vol. 8, Bil. 1

Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 2. Shah Alam: ‘K’ Publishing
Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2015).: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Syafiah binti Mohd Isa. (2014). Penguasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua

dalam Kalangan Pelajar Etnik Cina di Sekolah Menengah Persendirian Cina: Satu

Kajian Kes. Perpustakaan universiti Malaysia Sabah.
Saraswathy A/P Permalu, Rohaidah Kamaruddin, Paramasativam et. al. (2017). Pembelajaran

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Sekolah Tamil.
International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 5(1), 2017: 45 - 55
Siti Saniah Abu Bakar, (2013), Kekangan Pelajar Asing Dalam Menggunakan Kemahiran

Bertutur Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Vol.3, Bil. 1.
Syed Ismail Syed Musapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas penyelidikan dalam

pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.
Yong Chyn Chye & Vijayaletchumy a/p Subramaniam. (2012). Analisis Kesilapan Dalam

Pembelajaran Bahasa Melayu Oleh Pelajar Asing. GEMA Online™ Journal of Language

Studies Volume 12(2), May 2012
Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2014). Sikap dan Motivasi Pelajar

Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia – Social and Behavioral Sciences
134 (2014) 408 – 415

Zanaton, Salasiah, Tengku Intan & Mohd Noor Saper. (2016) Kualiti Ilmu Berasaskan Kesahan
dan Kebolehpercayaan Data Dalam Penyebaran Ilmu Islam: Perbincangan
Berasaskan Kajian Kualitatif. Jurnal Hadhari 8 (1) (2016) 13-30.

Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi & Mohd Ala-Uddin, (2011). Teknik
Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab di SMKA di Malaysia. GEMA Online™

Journal of Language Studies 07 Volume 11

PENGAPLIKASIKAN TEKNIK PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA

MELAYU: SATU KAJIAN KES

Zanariah Hamid PhD
[email protected]

Nurul Suhada Sjafei
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat pengaplikasian teknik permainan bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini mengkaji dua aspek penting dalam pengaplikasian teknik
permainan bahasa iaitu pengetahuan pedagogi dan isi kandungan guru dan kesan teknik permainan
bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kes
berbentuk penerokaan menggunakan pendekatan kualitatif. Data telah dikutip melalui temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Dalam kajian ini, tiga orang guru dipilih sebagai responden kajian
melalui kaedah pensampelan bertujuan di sebuah sekolah kawasan Damansara Selangor. Dapatan
soalan kajian pertama menunjukkan guru mempunyai pengetahuan pedagogi dan isi kandungan
apabila mengaplikasikan teknik permainan bahasa. Guru didapati mempunyai pengetahuan secara
mendalam mengenai permainan bahasa, cara melaksanakan permainan dalam pengajaran,
kepentingan aktiviti permainan, menguasai isi mata pelajaran Bahasa Melayu dan bijak menyesuaikan
aktiviti permainan dengan tajuk pelajaran. Sepanjang aktiviti permainan dijalankan guru memberikan
arahan yang jelas, mengulangi arahan, memberikan ganjaran dan menjadi fasilitator untuk memastikan
objektif pengajaran tercapai. Manakala dapatan soalan kajian kedua menunjukkan pengaplikasian
teknik permainan bahasa memberikan kesan positif apabila murid-murid berasa seronok, berminat,
bermotivasi dan memberikan respons dalam aktiviti yang dijalankan. Kesimpulannya, dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa pengaplikasian teknik permainan bahasa memerlukan guru menguasai
pengetahuan pedagogi dan isi kandungan untuk mencapai pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Di samping itu, teknik permainan bahasa dapat menaikkan semangat, minat dan penyertaan
murid secara menyeluruh serta mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan
dan kondusif. Guru-guru Bahasa Melayu diharap dapat mengaplikasikan teknik permainan dalam
pengajaran untuk pelbagai kemahiran bahasa selain tatabahasa kerana didik hibur berbentuk
permainan bahasa ialah kaedah pembelajaran berpusatkan murid, iaitu murid berperanan aktif dan
dapat melatih murid berdikari dalam proses pembelajaran.
Kata Kunci: Pengaplikasian teknik permainan bahasa, pengetahuan pedagogi dan isi kandungan,
kesan permainan bahasa, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

ABSTRACT

The study was conducted to see the Application of Language Game Techniques in Teaching And
Learning Of Malay Language. The study studied two important aspects in the application of language
games techniques namely knowledge pedagogical and content of teachers and the impact of language
games techniques in teaching and learning of Malay language. The design of this study is a form of
exploration case study using qualitative approach. Data was collected through interviews, observations
and document analysis. In this study, three teachers were selected as respondent of studies through
sampling method in a school area in Damansara Selangor. The finding of question first shows teachers
have knowledge of pedagogical and content when applying language game techniques. Teachers are
found to have a profound knowledge of language games, how to perform games in teaching, the
importance of game activities, mastering the contents of Malay subjects and wisely customize the game
activity with the subject title. Throughout the game activities the teachers were given clear directives,
repeating orders, rewarding and giving them a facilitator to ensure that the objectives of teaching are
achieved. While the second findings of the study, showed the application of the language games

techniques had a positive impact when pupils were fun, interested, motivated and responded in
activities. In conclusion, the findings of this study showed that the application of language games
techniques requires teachers to dominate the knowledge of pedagogical and content to achieve effective
teaching and learning. In addition, language games techniques are able to raise the spirit, interest and
participation of students as well as to create a fun and conducive teaching and learning environment.
Malay language teachers are expected to apply the game techniques in teaching for a variety of
language skills other than grammar because it has been upgraded to be language-centered learning
method, which is an active student who can train independent students in the learning process.

Keywords: Applying language games techniques, pedagogical knowledge and content, effects of
language games, teaching and learning of Malay language.

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan enam ciri guru abad ke-21 iaitu
menguasai kandungan kurikulum, mahir dan berketerampilan dalam pedagogi dan
menggunakan teknologi terkini (Ismail, Sidek dan Mahbib, 2015). Maka, pembelajaran yang
diberikan guru perlulah melaksanakan aktiviti yang menyeronokkan untuk murid-murid di
dalam di bilik darjah agar dapat menyediakan pembelajaran yang interaktif dan berkesan. Hal
ini bertepatan dengan pendapat Asrol Hassan (2012), yang menyatakan bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran melalui pelaksanaan aktiviti belajar secara bermain sebenarnya
membimbing murid-murid ke arah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Kepelbagaian teknik dalam pengajaran diperkenalkan kepada guru-guru agar dapat
menambat hati dan minat murid-murid belajar secara berterusan di dalam bilik darjah.
Sehubungan dengan itu, pendidikan dan pendekatan pengajaran perlu sesuai dengan jiwa
kanak-kanak untuk membantu ketidakupayaan mereka.

Sehubungan dengan itu, permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan
dengan kemahuan sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya iaitu merangsang kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur) murid-
murid, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan situasi pembelajaran untuk
mengikis rasa bosan dan alat sebagai pemulihan dan pengayaan. Menurut Adenan dan
Khairuddin (2012), penglibatan murid-murid dalam permainan bahasa ini memberi peluang
kepada murid-murid untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai
alat pengesanan (diagnostik).

PERMASALAHAN KAJIAN

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan yang
bersesuaian untuk digunakan. Namun, kebanyakan guru biasanya menyampaikan
pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Hal ini selari
dengan kajian Mohd Razak (2016) mendapati bahawa teknik pengajaran yang tidak
menyeronokkan menyebabkan isi pelajaran gagal dicapai. Mohd Khairuddin et al. (2014),

menyatakan guru tidak dapat menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan disebabkan itu
murid berasa bosan dengan aktiviti pengajaran yang tidak menarik. Seandainya guru tidak
menggunakan teknik yang berkesan dalam kaedah pengajaran, murid-murid akan gagal
memahami dan tidak berminat dengan mata pelajaran Bahasa Melayu.

Tambahan pula, menurut Muhamad Hafiz Bakar (2009), teknik permainan bahasa
kurang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah walaupun guru bahasa
mengakui tentang kelebihannya. Masalah ini semakin bertambah apabila proses pengajaran
dan pembelajaran tidak berkesan antaranya berpunca daripada tahap penguasaan pedagogi
dan isi kandungan yang lemah dalam kalangan guru (Howey, 1999). Oleh itu, kurangnya
pengaplikasian teknik permainan perlu dilihat dari aspek pengetahuan guru terhadap teknik
permainan tersebut. Masalah ini terlihat agak membimbangkan jika guru tidak menggunakan
teknik permainan dalam pengajaran kerana teknik permainan bersifat istimewa,
menyeronokkan dan sesuai dengan jiwa kanak-kanak.

OBJEKTIF

Kajian yang dijalankan ini berasaskan kepada beberapa objektif tertentu, antaranya:

I. Mengenal pasti pengetahuan pedagogi dan isi kandungan guru mengaplikasikan teknik
permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

II. Mengkaji kesan pengaplikasian teknik permainan bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, soalan kajian yang boleh dibentuk:
I. Apakah pengetahuan pedagogi dan isi kandungan guru mengaplikasikan teknik
permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?
II. Apakah kesan pengaplikasian teknik permainan bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu?
METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah kajian reka bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Syed
Ismail Syed Mustaap et al. (2018) menyatakan pendekatan kualitatif menjelaskan sesuatu
fenomena atau isu yang dikaji menggunakan kaedah deskripsi berdasarkan kajian lapangan
oleh pengkaji. Selain itu, kajian ini merupakan sebuah kajian kes jenis penerokaan iaitu untuk
meneroka pengaplikasian teknik permainan bahasa dalam kalangan guru bahasa Melayu
sekolah rendah.

Dalam kajian kualitatif, peserta kajian yang terlibat biasanya tidak ramai dan tidak ada
ketetapan khas bagaimana cara untuk menentukan saiz sampel yang bersesuaian dengan
setiap kajian yang dilaksanakan (Yin, 2009). Hal ini kerana, perkara penting dalam pemilihan
peserta dalam kajian kualitatif bukan terletak pada bilangan peserta kajian yang ramai tetapi
peserta dapat memberikan data mentah dan mampu menjawab semua persoalan kajian
sehingga data mencapai tahap yang tepu. Sehubungan dengan itu, kajian ini hanya
melibatkan tiga orang peserta kajian yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan
seperti yang dicadangkan oleh Mohd Awang et al (2018) dan menepati ciri-ciri yang diperlukan
dalam kajian ini iaitu peserta kajian mestilah guru bahasa Melayu, mempunyai pengalaman
mengajar Bahasa Melayu selama lima tahun dan menjadi peserta kajian secara sukarela.

Kesahan instrumen dalam kajian ini mengambil kira kredibiliti, kebolehpindaan dan
mendapat pengesahan daripada pakar bidang bahasa terhadap instrumen kajian.
Kebolehpercayaan pula melalui semakan data iaitu triangulasi data. Pengumpulan data utama
kajian ini melalui kaedah temu bual separa berstruktur dan disokong dengan data pemerhatian
dan bukti dokumen.

Menurut Merriam (2009), kaedah temu bual sangat sesuai untuk mendapatkan data
secara terperinci daripada peserta kajian dan dapat memberikan data dalam masa yang
singkat. Data temu bual dalam kajian digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada
peserta kajian tentang pengaplikasian teknik permainan dalam pengajaran guru bahasa
Melayu. Selain itu, kaedah pemerhatian pula dilakukan untuk menyokong kaedah temu bual.
Pengkaji menggunakan data senarai semak melalui pemerhatian proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh peserta kajian. Analisis dokumen juga digunakan dalam
kajian ini ialah Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan lembaran hasil kerja murid sebagai
sokongan dapatan kajian. Berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Creswell (2012),
dokumen dapat memberikan data yang sangat berguna untuk membantu penyelidik
memahami suatu fenomena secara lebih mendalam serta menjadi bukti sebenar yang boleh
dilihat, dirasa dan dipegang. Data-data yang dikumpul dan diperoleh daripada transkripsi temu
bual, pemerhatian, dokumen dan nota lapangan yang diuruskan secara sistematik serta
dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan naratif.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Penguasaan Pengetahuan Pedagogi dan Isi Kandungan Guru Mengaplikasikan Teknik
Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Hasil dapatan kajian melalui temu bual, didapati bahawa GBM 1 mempunyai pengetahuan
pedagogi dan isi kandungan apabila mengaplikasikan teknik permainan bahasa. Hal ini
dijelaskan oleh GBM 1 yang bersetuju bahawa teknik permainan bahasa ini sesuai digunakan

dalam kemahiran membaca, kemahiran menulis dan aspek tatabahasa untuk meningkatkan
pengetahuan murid sekolah rendah. Pengetahuan pedagogi dalam kajian ini berkaitan dengan
kefahaman tentang pedagogi khususnya pendekatan dan teknik pengajaran yang digunakan
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Peserta kajian iaitu GBM1 menyatakan bahawa
penggunaan teknik permainan bahasa ini dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan sekiranya guru menguasai proses pelaksanaan teknik permainan bahasa
untuk mengajar sesuatu topik berdasarkan kemahiran bahasa yang ingin disampaikan dalam
bentuk permainan.

Hasil dapatan melalui temu bual dengan GBM 2 mendapati GBM2 mengetahui jenis-
jenis permainan bahasa dan kemahiran bahasa yang sesuai digunakan. Hal ini
menggambarkan bahawa peserta kajian mendalami isi kandungan Bahasa Melayu dan
mengaitkannya dengan teknik permainan bahasa dalam proses penyampaian ilmu.
Pembelajaran bahasa juga tidak bercorak tradisional iaitu guru hanya mengajar murid
menggunakan buku teks dan menyalin nota.

GBM 3 pula melalui temu bual mendapati bahawa guru mengetahui isi kandungan
mata pelajaran Bahasa Melayu dengan meneliti sukatan dan objektif sebelum teknik
permainan digunakan sebagai kaedah pengajaran. GBM 3 turut memilih teknik permainan
bahasa kerana berpendapat teknik permainan tersebut dapat digunakan untuk memudahkan
guru merangsang murid untuk mempelajari topik yang akan diajarkan oleh guru pada hari
tersebut.

Hal ini juga disokong melalui data pemerhatian iaitu GBM 1, GBM 2 dan GBM 3
menggunakan teknik permainan bahasa seperti yang dirancang dalam Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). Ketiga-tiga peserta kajian mampu mengembangkan konsep atau
isi pelajaran dan menyesuaikannya dalam teknik permainan bahasa. Peserta kajian
mengaplikasikan teknik permainan yang mudah dalam set induksi manakala pada bahagian
perkembangan PdP aktiviti permainan yang lebih rumit akan dipilih untuk menguji murid.
Perkara ini membuktikan guru menguasai kemahiran pedagogi yang merangkumi kemahiran
pembelajaran dan inovasi serta mengubah landskap pendidikan ke arah mengutamakan
penghasilan murid.

Analisis dokumen Rancangan Pelajaran Harian (RPH) menunjukkan bahawa peserta
kajian membuat perancangan dan persediaan yang rapi dalam melaksanakan pengajaran
menggunakan teknik permainan bahasa. Jelas dilihat, guru meletakkan aktiviti permainan
pada langkah pengajaran yang tepat untuk dilaksanakan agar dapat disempurnakan dengan
baik dan teratur.

Oleh itu, berdasarkan temu bual, pemerhatian menggunakan senarai semak dan
analisis dokumen membuktikan GBM1, GBM2 dan GBM3 mempunyai pengetahuan pedagogi
dan isi kandungan apabila memilih teknik permainan bahasa sebagai kaedah dalam

pengajaran bahasa. Hal ini jelas ditunjukkan melalui pemilihan jenis permainan yang sesuai,
sebab pemilihan teknik permainan dalam pengajaran, waktu yang sesuai menggunakan teknik
permainan, serta langkah-langkah apabila menggunakan teknik permainan. Selain itu,
pengkaji dapati ketiga-tiga peserta kajian mengetahui kesesuaian teknik permainan digunakan
dalam pengajaran serta bahan yang digunakan dalam aktiviti permainan.
Kesan Pengaplikasian Teknik Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu.
Melalui temu bual pengkaji meneroka kesan pengaplikasian permainan bahasa berdasarkan
pandangan peserta kajian. GBM 1 berpendapat teknik permainan bahasa perlu dijalankan
kerana murid-murid teruja dan gembira. GBM 2 turut berpendapat murid-murid gemar jika guru
mempelbagaikan aktiviti ketika mengajar. Selain itu, teknik permainan memberikan kesan
positif apabila murid-murid dapat memberi maklum balas secara spontan. Dengan itu, guru
dapat memastikan murid-murid yang telah mencapai objektif dengan murid yang belum
mencapai objektif. GBM 3 pula berpendapat murid-murid lebih aktif, tidak mudah mengantuk
serta dapat menjawab tugasan yang diberikan dalam aktiviti permainan kerana memerlukan
kerja sama dalam kumpulan. Oleh itu, guru boleh menggunakan teknik permainan bahasa ini
untuk merangsang perhatian mereka berfikir di luar kotak dan secara tidak langsung dapat
mencungkil bakat dan potensi murid di dalam kelas.

Data pemerhatian juga menyokong data temu bual GBM 1, GBM 2 dan GBM 3
menunjukkan kebolehan mengaplikasikan teknik permainan bahasa dalam pengajaran
bahasa Melayu. Ketiga-tiga peserta kajian, dapat melibatkan murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP). Aktiviti yang dipilih oleh peserta kajian menyebabkan murid berasa
seronok, berminat serta membantu murid untuk memahami topik dengan mudah. Pengkaji
juga melaksanakan analisis dokumen terhadap latihan murid selepas guru menggunakan
teknik permainan bahasa. Selepas GBM 1,GBM2 dan GBM 3 mengajar teknik permainan
bahasa, pengkaji mengutip beberapa helaian hasil kerja murid. Dapatan menunjukkan murid
mampu menjana idea untuk menjawab setiap soalan berkaitan tajuk yang diajar pada hari
tersebut. Pada proses pemerhatian yang dijalankan. Hasil dapatan dalam proses penilaian
teknik permainan bahasa ini menunjukkan kesemua murid dapat menjawab soalan dengan
betul mengikut konteks dan memperoleh markah yang tinggi dalam lembaran latihan yang
diberikan oleh guru.

KESIMPULAN , IMPLIKASI DAN CADANGAN
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kajian ini menunjukkan tiga orang guru yang
menjadi peserta kajian mempunyai pengetahuan pedagogi dan isi kandungan. Hal ini
dibuktikan apabila ketiga-tiga orang guru yang menjadi peserta kajian mempunyai
pengetahuan mengenai teknik permainan bahasa yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran.

Secara lebih jelas, guru-guru tersebut boleh memberikan contoh permainan-permainan
bahasa yang pernah dijalankan ketika mengajar, berkemahiran untuk mengubah suai
permainan agar bersesuaian dengan tajuk yang dipelajari, memberikan arahan yang jelas
serta tahu tahap kebolehan murid-muridnya. Peserta kajian turut berpengetahuan dalam topik
yang diajar. Dapatan ini disokong melalui kajian Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee
Mustpha dan Abdul Razak Habib (2009) bahawa guru yang tidak mempunyai pengetahuan
mengenai mata pelajaran yang diajar akan menyebabkan penyampaian guru tersebut lemah
sehingga menyukarkan pemahaman pelajar. Oleh itu, kajian ini membuktikan pengetahuan
pedagogi isi kandungan (PPIK) merupakan elemen penting apabila guru memilih teknik
permainan dalam proses pengajaran Bahasa Melayu. Aspek ini ditunjukkan oleh ketiga-tiga
orang guru yang menjadi peserta kajian yang bijak mengintegrasikan pengetahuan isi
kandungan dan pedagogi.

Berdasarkan dapatan analisis data melalui temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen latihan murid didapati teknik permainan memberi kesan yang positif terhadap
pembelajaran murid. Aspek tersebut jelas diperlihatkan apabila semua murid menumpukan
perhatian dan teruja untuk belajar apabila guru mengaplikasikan teknik permainan ketika
mengajar. Dapatan kajian ini disokong melalui kajian Zakiah, Azlina dan Yeo (2012), Mohd
Razak (2016) dan Illangko (2014) yang menunjukkan bahawa murid-murid berminat untuk
mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) jika guru menyediakan set pengajaran
dan pembelajaran yang berteraskan teknik permainan bahasa. Kajian ini mendapati kanak-
kanak akan memberi tindak balas pada waktu itu juga untuk mengikuti aktiviti permainan yang
disediakan oleh guru. Secara keseluruhannya, kajian ini telah membuktikan kesan teknik
permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini kerana apabila
sesuatu mata pelajaran itu menarik, murid akan lebih bersedia dan lebih fokus untuk belajar.
Dengan adanya permainan bahasa murid-murid dapat mempelajari sesuatu topik dan
berkembang secara berperingkat daripada yang mudah kepada yang kompleks.

Seterusnya, hasil kajian ini telah memberi beberapa implikasi penting dan bermakna
kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
khususnya kepada guru-guru Bahasa Melayu sebagai pemegang amanah dalam
meningkatkan pengaplikasian teknik permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Dari aspek pengetahuan, dapatan kajian ini membuktikan pengaplikasian
teknik permainan bahasa dalam pengajaran berupaya meningkatkan penguasaan murid
terhadap tajuk yang diajar melalui cetusan kreativiti guru. Kajian ini boleh dijadikan pendorong
kepada guru yang berada di sekolah yang tidak mempunyai kelengkapan teknologi yang
canggih seperti media teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, dalam
kajian ini guru hanya menggunakan teknik permainan bahasa berdasarkan bahan sedia ada
atau bahan maujud. Seterusnya, memotivasikan guru untuk mempersiapkan diri untuk

menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran alaf baru melalui pengaplikasian teknik
permainan bahasa. Teknik permainan bahasa juga boleh digabungkan dengan teknologi
terkini. Hal ini kerana terdapat banyak aplikasi atau pelantar pembelajaran berasaskan
permainan yang boleh digunakan untuk pembelajaran bahasa. Sekiranya teknologi
digabungkan dengan pengajaran tradisional di sekolah akan memberikan kesan yang sangat
efektif (Hanus dan Fox, 2015). Dengan itu, guru dapat mengajar bahasa menggunakan
pelbagai kaedah yang berlainan.

Malahan, hasil kajian ini dapat memberi maklumat kepada KPM bagi membantu
meningkatkan pengaplikasian teknik permainan bahasa oleh guru Bahasa Melayu dalam
pengajaran dan pembelajaran. KPM melalui Bahagian Perkembangan Kurikulum perlulah
memastikan semua guru mendapat pendedahan yang lebih luas tentang teknik permainan
bahasa melalui bengkel, kursus dan inovasi yang bersesuaian agar guru dapat melaksanakan
teknik permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan selari
dengan perkembangan pendidikan serta tahap kognitif murid-murid. Kemahiran, pengetahuan
dan sikap sedia ada guru dapat ditingkatkan melalui bengkel dan kursus yang dianjurkan untuk
menjadi lebih positif dan kekal pada tahap yang tinggi. Melalui hasil kajian ini pihak KPM
berupaya merancang mekanisme yang lebih berkesan dalam memastikan guru-guru Bahasa
Melayu sentiasa dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan
kemajuan dalam teknologi pendidikan terkini. Begitu juga, teknik-teknik pengajaran yang
didatangkan dalam bentuk modul yang lengkap dan aktiviti-aktiviti yang disusun rapi sebagai
panduan kepada guru tentang teknik permainan bahasa ini.

Pengkaji akan datang disarankan untuk melakukan pembaharuan dalam kajian ini
dengan cara menggunakan pendekatan kuantitatif secara tinjauan yang melibatkan sampel
yang lebih ramai. Kajian tentang pengaplikasian teknik permainan bahasa boleh dilaksanakan
dalam kalangan guru di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah swasta, sekolah
agama dan sekolah-sekolah lain. Dengan itu, perbandingan pengaplikasian teknik permainan
bahasa di sekolah lain dapat dilihat dengan lebih jelas. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut
pastinya mempunyai persepsi yang berbeza daripada aspek persekitaran dan budaya dalam
mengamalkan teknik permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Di samping itu, kajian akan datang boleh menggunakan kaedah gabungan atau Mix method
iaitu pendekatan gabungan kuantitatif dan kualitatif. Creswell (2012) berpendapat bahawa
pengkaji akan mendapat pandangan yang lebih jelas, lengkap dan tepat daripada responden.
Kepelbagaian kaedah seperti ini memberi peluang kepada pengkaji untuk melihat persamaan
dan perbezaan maklumat yang diperoleh dalam kajian yang dijalankan.

RUJUKAN

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Siri Pendidikan Guru: Kaedah Pengajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Asrol Hasan. (2012). Fun Iqra’- Alat Bantu Mengajar Baru Di Dalam Pembelajaran Asas Al-
Qur’an Untuk Kanak-Kanak Pra Sekolah. Malaysian Education Deans’s Concil
(MEDC): Memperkasa Minda Memacu Transformasi Pendidikan, 1-14.

Creswell, J.W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. (4th Ed). Boston: Pearson Education.

Hanus, M. D. & Fox, J. (2015). Assessing the Effects of Gamification in the Classroom: A
Longitudinal Study on intrinsic Motivation, Social Comparison, Satisfaction, Effort, and
Academic Performance. Computers dan Education, 80, 152–161.

Howey, K. (1999). Designing Coherent And Effective Teacher Education Programs. Handbook
of Research on Teacher Education. Ed. K, 143-169. USA: Macmillan.

Ismail, Sidek & Mahbib. (2015). Faktor Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Abad Ke-21 bagi Pelajar Sains. Seminar Kebangsaan
Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2015 (hlm. 228-238). Johor:
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Ilangko Subramaniam. (2014). Aktiviti Permainan Bahasa, Wahana Penguasaan Kosa Kata.
Penang. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-9.

Merriam, S.B. (2009). Qualitative Research A Guide to Design and Emplementation (2nd Ed).
San Francisco: Jossey Bass.

Mohd Razak Mohd Nordin & Masitah Ahmad. (2016). Penggunaan Teknik Permainan Bahasa
dan Main Peranan dalam Kalangan Murid Orang Asli: Satu Tinjauan. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 1-14.

Mohd Awang Idris, Haslina Muhamad dan R. Zirwatul Aida R. Ibrahim. (2018). Metodologi
Penyelidikan Sains Sosial: Penerbit Universiti Malaya

Muhamad Hafiz Bakar. (2009). Keberkesanan Permainan Bahasa Dalam Mempertingkatkan
Penguasaan Kata Kerja Al-Mudari dalam Kalangan Pelajar. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Johari, Ag Yusof Ag ChuChu & Halimah Laji. (2014).
Komunikasi Guru dalam Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah
Menengah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah

Syed Ismail Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas Penyelidikan dalam
Pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.

Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha & Abdul Razak Habib (2009). Pengetahuan
Pedagogi Isi Kandungan Bagi Tajuk Pecahan Di Kalangan Guru Matematik Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34 (1):131-153.

Yin, R. K. (2009). Case Study Research: Design and Methods (4th Ed.). Thousand Oaks, CA:
Sage.


Click to View FlipBook Version