The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaliyana, 2020-07-16 03:16:48

Prosiding PISMP Ambilan Jun 2016 -2020

Prosiding PISMP Ambilan Jun 2016 -2020

Jadual 1 dan Jadual 2 merupakan dapatan bagi soalan kajian yang pertama. Dapatan
bagi soalan kajian pertama menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid kumpulan kawalan
dan murid kumpulan rawatan dalam pembinaan ayat berdasarkan grafik adalah hampir sama.
Nilai purata skor ujian pra bagi kumpulan kawalan sebanyak 5.60 manakala nilai purata skor
ujian pra bagi kumpulan rawatan sebanyak 4.75. Hal ini menunjukkan bahawa tahap
pencapaian murid bagi murid kumpulan kawalan lebih tinggi berbanding dengan murid
rawatan. Dalam konteks yang lain, keputusan Ujian-T (t=1.802, df=38, p>0.05) telah
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian pra bagi
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Hipotesis nul yang pertama diterima.

Jadual 3

Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Kawalan dan Murid Kumpulan
Rawatan

Kumpulan Min Sisihan Piawai
Kawalan 6.05 1.234
Rawatan 8.00 1.717

Jadual 4

Ujian-T Sampel Bebas (Skor Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan)

Levene’s Test for T-test for Equality of Means
Equality of Variances
t df Sig. (2-
Sig. -4.124 Tailed)

Skor ujian Equal variances .030 38 .000
pos assumed
Equal variances
not assumed -4.124 34.502 .000

Jadual 3 dan Jadual 4 merupakan dapatan bagi soalan kajian yang kedua. Dapatan
bagi soalan kajian kedua menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran membina ayat
berdasarkan grafik bagi murid rawatan yang diajar dengan menggunakan kemahiran algoritma
lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan yang hanya diajar dengan menggunakan kaedah
pembelajaran konvensional. Berdasarkan analisis min, nilai purata skor ujian pos kumpulan
rawatan lebih tinggi jika berbanding dengan nilai purata skor ujian pos kumpulan kawalan. Nilai
purata skor ujian pos kumpulan rawatan ialah 8.00 manakala nilai purata skor ujian pos
kumpulan kawalan ialah 6.05. Keputusan analisis Ujian-T bagi ujian pos kedua-dua kumpulan
(t=-4.124, df=38, p<0.05) telah menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan
min skor ujian pos bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Hipotesis nul yang kedua
berjaya ditolak. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran yang menggunakan

kemahiran algoritma di dalam bilik darjah berkesan untuk meningkatkan tahap penguasaan
kemahiran membina ayat berdasarkan grafik dalam kalangan murid.

Jadual 5

Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Kawalan

Kumpulan Kawalan Jenis Ujian Min Sisihan Piawai
Ujian Pra 5.60 1.095
Ujian Pos 6.05 1.234

Jadual 6
Ujian-T Sampel Padanan (Skor Ujian Pra dan Skor Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan)

Kumpulan Jenis Skor Ujian t df Sig. (2-Tailed)
Kawalan
Skor ujian pra - Skor ujian pos -1.528 19 .143

Jadual 5 dan Jadual 6 merupakan dapatan bagi soalan kajian yang ketiga. Dapatan
bagi soalan kajian ketiga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang tidak begitu ketara
dalam skor ujian pos selepas murid kumpulan kawalan diajar kemahiran membina ayat
berdasarkan grafik dengan menggunakan kaedah pembelajaran konvensional. Nilai purata
skor ujian pos kumpulan kawalan lebih tinggi jika dibandingkan dengan skor ujian pra
kumpulan kawalan. Hal ini dibuktikan dengan perbezaan min antara skor ujian pra dan ujian
pos, iaitu nilai 0.45. Dari perspektif yang lain, keputusan statistik Ujian-T telah menunjukkan
perbezaan yang signifikan (t=-1.528, df=19, p>0.05). Hal ini menunjukkan bahawa kaedah
pembelajaran konvensional tidak dapat mempengaruhi tahap pencapaian murid kumpulan
kawalan dalam pembinaan ayat berdasarkan grafik kerana tidak terdapat perbezaan yang
signifikan min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan. Hipotesis nul yang ketiga
gagal ditolak.

Jadual 7

Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Rawatan

Kumpulan Rawatan Jenis Ujian Min Sisihan Piawai
Ujian Pra 4.75 1.803
Jadual 8 Ujian Pos 8.00 1.717

Ujian-T Sampel Padanan (Skor Ujian Pra dan Skor Ujian Pos bagi Kumpulan Rawatan)

Kumpulan Jenis Skor Ujian t df Sig. (2-
Rawatan Skor ujian pra - Skor ujian pos -10.596 19 Tailed)

.000

Seterusnya, dapatan bagi soalan kajian keempat membuktikan bahawa penggunaan

kemahiran algoritma lebih berkesan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap
pembinaan ayat berdasarkan grafik. Hal ini demikian kerana purata skor ujian pos bagi murid
kumpulan rawatan lebih tinggi jika berbanding dengan nilai purata skor ujian pra. Terdapat
perbezaan nilai purata yang tinggi, iaitu sebanyak 3.25 antara skor ujian pra dan skor ujian
pos bagi kumpulan rawatan. Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa terdapat peningkatan yang
sangat ketara dalam skor ujian pos selepas murid kumpulan rawatan menjalani intervensi
dengan menggunakan kemahiran algoritma dalam kemahiran membina ayat berdasarkan
grafik. Keputusan statistik Ujian-T menunjukkan perbezaan yang signifikan (t=-10.596, df=19,
p<0.05). Justeru, hipotesis nul yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan min skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan rawatan berjaya ditolak.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan rumusan dapatan bagi soalan-soalan kajian
dengan mengaitkan dapatan kajian lepas yang dijalankan oleh beberapa penyelidik. Dapatan
dalam kajian ini telah membuktikan bahawa tahap pencapaian murid kumpulan kawalan dalam
ujian pembinaan ayat berdasarkan grafik adalah lebih tinggi berbanding dengan murid
kumpulan rawatan sebelum pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan kaedah
pembelajaran konvensional dan kemahiran algoritma dilaksanakan. Walau bagaimanapun,
berdasarkan dapatan bagi soalan kajian kedua hingga soalan kajian keempat, boleh
dirumuskan bahawa penggunaan kemahiran algoritma mampu meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam pembinaan ayat berdasarkan grafik jika berbanding dengan kaedah
pembelajaran konvensional. Hal ini demikian kerana terdapat peningkatan markah murid yang
sangat ketara dalam ujian pos selepas kemahiran algoritma diaplikasikan dalam PdP bagi
murid kumpulan rawatan. Perkara ini boleh dibuktikan dengan perbezaan nilai purata antara
skor ujian pra dengan skor ujian pos bagi kumpulan rawatan, iaitu sebanyak 3.25. Perbezaan
nilai purata tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan perbezaan nilai purata antara skor
ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan yang sebanyak 0.45.

Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan pengaplikasian kemahiran algoritma
termasuklah kajian Siti Sakinah, et. al (2017) dalam topik pengaturcaraan, kajian Site Hadijah
(2017) dalam subjek Sains, kajian Norliza Abdullah (2018) dalam subjek Matematik serta
kajian Wong dan Kamisah (2018) dalam pendidikan STEM. Keempat-empat kajian telah
mengkaji penggunaan kemahiran algoritma dalam subjek aliran Sains sebagai tunjang utama
dalam kajian mereka. Tegasnya, prestasi akademik murid mempunyai perkembangan yang
ketara selepas menggunakan kemahiran algoritma dalam proses pengajaran. Hal ini
sedemikian kerana pendidik dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkualiti dan bersistematik kerana kemahiran algoritma mengutamakan teknik langkah demi
langkah untuk menyelesaikan sesuatu dalam kehidupan. Murid bersedia dan mampu

menerapkan pemikiran tersebut secara menyeluruh dalam sesi pembelajaran mereka selepas
menerima pendedahan yang lengkap kepada Pemikiran Komputasional.

Implikasi kajian ialah hujah yang menunjukkan sesuatu kajian telah menambah nilai
kajian sedia ada yang berkemungkinan dapat memberi kepentingan nasional (Rohaida Yusop,
2015). Terdapat tiga jenis implikasi kajian yang dibincangkan dalam bahagian ini, iaitu
implikasi pengetahuan, implikasi praktikal dan implikasi teori bagi memberi justifikasi jurang
penyelidikan dan berupaya memberi sumbangan kepada pengetahuan, praktikal dan juga
teori. Roselan (2003) menyatakan bahawa pengetahuan guru mengenai kandungan pedagogi
sangat mempengaruhi keberkesanan PdP di dalam kelas. Kajian ini bukan sahaja dapat
mendedahkan guru bahasa Melayu sekolah rendah tentang keberkesanan kemahiran
algoritma dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat malah dapat
memberi pengetahuan tentang cara menggunakan kemahiran algoritma dalam PdP. Oleh itu,
kemahiran algoritma dan kemahiran Pemikiran Komputasional yang lain perlu diaplikasikan
oleh guru bagi membantu murid yang lemah dalam menyelesaikan tugasan secara logik dan
langkah demi langkah.

Kajian ini telah memberi implikasi dari aspek praktikal. Guru boleh
mengimplimentasikan kemahiran tersebut dalam kalangan murid sekolah rendah atau sekolah
menengah yang tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat dan kemahiran yang lain.
Hal ini demikian kerana kemahiran ini sesuai untuk semua peringkat umur persekolahan
(Lockwood dan Mooney, 2017). Selain itu, guru juga boleh menggunakan kemahiran algoritma
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di mana-mana sahaja sama ada di bandar
ataupun di luar bandar tanpa mengambil kira kemudahan teknologi di sekolah kerana
kemudahan teknologi hanya sebagai pelengkap kepada PdP kemahiran Pemikiran
Komputasional. Kajian ini boleh dilaksanakan dalam kalangan murid yang mempunyai
pelbagai tahap pencapaian dalam kemahiran membina ayat dan juga kemahiran yang lain
seperti kemahiran membaca, mendengar dan bertutur.

Kajian ini juga boleh memberi implikasi dari aspek teori. Kajian ini menggunakan dua
model, iaitu Model Pemikiran Komputasional dan Model Hayes dan Flower (1980). Antaranya,
terdapat kajian lepas luar negara seperti Snapp dan Neumann (2015), Yadav, et.al. (2016)
serta Chen dan Huang (2017) yang mengkaji Model Pemikiran Komputasional dalam bidang
Sains dan Matematik. Namun, kajian bahasa yang lepas masih kurang menggabungkan
kedua-dua model ini. Dapatan kajian telah menunjukkan elemen kemahiran algoritma dalam
Model Pemikiran Komputasional berkait rapat dengan kemahiran membina ayat dalam Model
Hayes dan Flower (1980). Pentingnya dapatan ini kerana mampu membuktikan keberkaitan
Model Pemikiran Komputasional dengan Model Hayes dan Flower (1980) terutamanya dalam
bidang kemahiran membina ayat bahasa Melayu. Tegasnya, penggunaan kedua-dua model

ini sebenarnya membuka peluang kepada penyelidikan kemahiran Pemikiran Komputasional
dalam bidang bahasa Melayu. Kesannya, kajian ini mampu mengisi kelompongan dari segi
teori.

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji telah menyenaraikan beberapa cadangan
kepada beberapa pihak untuk meningkatkan penggunaan kemahiran algoritma dalam
kalangan guru. Antara cadangannya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
mengadakan kursus-kursus atau bengkel kepada guru pelatih di semua Institut Pendidikan
Guru (IPG) untuk mendedahkan kaedah pelaksanaan kemahiran algoritma dan kemahiran
Pemikiran Komputasional yang lain dalam proses PdP. Cadangan seterusnya kepada pihak
sekolah. Antara cadangannya adalah pihak pentadbir haruslah memantau perkembangan
PdP guru bahasa Melayu di dalam kelas berkaitan penggunaan kemahiran algoritma ketika
mengajar kemahiran membina ayat ataupun karangan kepada murid. Bukan itu sahaja, guru
bahasa Melayu juga disarankan supaya sentiasa mewujudkan perkongsian pintar dengan guru
yang mahir mengaplikasikan kemahiran algoritma dalam PdP bahasa Melayu bagi
meningkatkan kualiti pengajaran.

Pengkaji juga mencadangkan beberapa sasaran kajian lanjutan. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kuasi-eksperimen. Pendekatan dan kaedah
yang digunakan dalam kajian ini tidak mampu digeneralisasikan kepada semua penyelidik.
Oleh itu, kajian lanjutan yang seterusnya boleh dijalankan dengan menggunakan pendekatan
kualitatif dan pendekatan gabungan untuk memperoleh data yang lebih menyeluruh.

Kesimpulannya, dapatan kajian ini dilihat sebagai nilai tambah dalam bidang
kemahiran menulis bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Hal ini kerana kajian-kajian lepas
banyak dijalankan ke atas bahasa asing. Malah, masih kurang kajian pengaplikasian
kemahiran merancang dijalankan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Tuntasnya,
guru-guru seharusnya bersedia melaksanakan kemahiran algoritma di dalam PdP merentasi
kurikulum. Berdasarkan dapatan kajian ini, guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain
disarankan untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan pengaplikasian kemahiran
algoritma dalam meningkatkan tahap kemahiran menulis serta berusaha menyebarluaskan
pengaplikasian kemahiran algoritma.

RUJUKAN
A. Rahman Haron. (2012). Teknik ‘Salak’ dalam menjana idea membina ayat dengan cepat

dan efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 84-93.

Abdullah Yusoff. (1993). Kesalahan struktur ayat dalam kalangan pelajar. Jurnal Dewan
Bahasa, 3(2), 34-44.

Bocconi, S., Chioccariello, A., Dettori, G., Ferrari, A. & Engelhardt, K. (2016). Developing
computational thinking in compulsory education – Implication for policy and practice.
Joint Research Centre.

Bond, T. G. & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in the
human sciences. Lawrence Erlbaum Associates Inc.

Chen, P. & Huang, R. H. (2017). A framework computational thinking curriculum for K-12 with
design thinking by app inventor. Journal Communication, 1, 94-95.

Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan tindakan buku 3. McGraw Hill Sdn.
Bhd.

Dunstan Geraman. (2019). Penggunaan teknik SALAK dalam membina ayat tunggal
berdasaran grafik. (Laporan projek yang tidak diterbitkan). Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai.

Gopinat Muthy. (2013). Aras penyoalan dan pemikiran dalam proses pembelajaran Bahasa
Melayu murid sekolah rendah. Universiti Malaya.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif.
Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan
negara 2013-2025. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Laporan tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Pelan strategik interim 2011-2020. Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2008). Laporan pencapaian Ujian Peperiksaan Sekolah
Rendah dalam penulisan Bahasa Melayu. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2017). Laporan kupasan mutu jawapan Bahasa Melayu
penulisan SJK. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lim. M. W. (2019). Pengaplikasian kemahiran algoritma dalam kemahiran menulis murid
tahun 5. (Laporan projek yang tidak diterbitkan). Institut Pendidikan Guru

Kampus Bahasa Melayu.

Mohd Razak Mohd Nordin & Masitah Ahmad. (2015). Penggunaan teknik permainan bahasa
dan main peranan dalam kalangan murid orang asli: Satu tinjauan. (Laporan projek
yang tidak diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Noor Zila & Vijayaletchumy Subramaniam. (2013). Proceedings from international conference

on languages, linguistic and society: Information field in Malay unilingual dictionary.
University Malaysia Sabah.

Norliza Abdullah. (2018). Penggunaan latih tubi dengan menggunakan gambar bagi
meningkatkan pencapaian dan kebolehan murid tahun lima membina ayat bahasa
Inggeris. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rodrigues, R. S., Andrade, W. L. & Campos, L. M. R. S. (2016). Can computational thinking
help me?. Penerbit Alfabeta.

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan peta pemikiran (i-think) dalam
meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid Tahun 6. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 31-37.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Site Hadijah. (2017). Keberkesanan peta pemikiran untuk meningkatkan kemahiran berfikir
aras tinggi dalam subjek Sains. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Siti Sakinah Mohd Yusof, Mazni Kohlit, Faizah Maarof & Amal Zunnairah Abu Bakar. (2017).
Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif dalam pengajaran dan
pembelajaran asas pengaturcaraan. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 15, 1-17.

Snapp, R. & Neumann, M. (2015). An amazing algoritma. Journal of Mathematics Teaching,
20(9), 540-547.

Wong, W. S. & Kamisah Osman. (2018). Pembelajaran berasaskan permainan dalam
pendidikan STEM dan penguasaan kemahiran abad ke-21. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Yadav, A., Hong, H. & Stephenson, C. (2016). Computational thinking for all: Pedagogical
approaches to embedding 21st century problem solving in K-12 classrooms. Journal
Tech Trends, 60(16), 565-568.

KESAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KATA TUGAS BAHASA MELAYU

Badrul Hisham bin Ghazali
[email protected]

Muhamad Azim bin Azlan
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji kesan peta minda terhadap pengajaran
dan pembelajaran kata tugas dalam meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa Bahasa
Melayu. Reka bentuk kajian ini mengaplikasikan kaedah kuasi eksperimental dengan
membahagikan dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan yang diajar secara konvensional dan
kumpulan rawatan yang mengaplikasikan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan seramai enam puluh murid Tahun
5 berpencapaian sederhana di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Cheras, Kuala
Lumpur. Selain itu, penyelidikan ini juga membantu menambah baik amalan keguruan dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu. Data dikumpulkan dengan menggunakan item ujian soalan
yang dibina khas bagi menguji tahap penguasaan kata tugas murid tahun 5. Data dianalisis
dengan menggunakan SPSS versi 26. Hasil kajian dianalisis menggunakan ujian-t
berpasangan dan ujian-t bebas untuk melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian murid
kumpulan rawatan dengan murid kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Dapatan kajian ini
membuktikan bahawa penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran kata
tugas meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap kata tugas. Amalan professional saya
sebagai guru Bahasa Melayu juga ditingkatkan melalui penggunaan peta minda.

Kata Kunci: Peta Minda, pengajaran dan pembelajaran, Kata Tugas

ABSRACT
This study was conducted to examine the effects of mind mapping for teaching and learning
function words in increasing the level of mastery of Malay grammar. The method of this
research applied the quasi-experimental method by dividing it into two groups namely the
conventional taught control group and the treatment group applying the mind map to teaching
and learning. This study uses a quantitative method involving sixty-five Year 5 students at one
of the national schools in Cheras district, Kuala Lumpur. In addition, this research also helps
to improve the practice of teaching in Malay Language. The data were collected using specially
designed questionnaire items to test the level of mastery of the 5th graders. Data were
analyzed using SPSS version 26. The results of the study were analyzed using paired t-tests
and independent t-tests to see if there were significant differences between pre- and post-test
for control and treatment groups. Results show that there is a significant difference between
the mean achievement of the treatment group and the control group pupil in the post-test. This
research prove that the use of mind maps in teaching and learning the task increases students'
mastery of the task. My professional practice as a teacher of Malay is also enhanced through
the use of mind maps.

Keywords: Mind map, teaching and learning, Function Words

PENGENALAN
Peta minda adalah satu alat fikir yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu
murid mengorganisasikan maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis, ingat
kembali dan juga menghasilkan idea-idea baru dengan mudah. Dalam perkataan lain,
mengingat informasi maklumat melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan
lebih cepat. (Bletsas, 2011).

Penggunaan peta minda dapat menyeimbangkan kedua-dua belah hemisfera otak dan
tidak mementingkan mana-mana satu hemisfera otak sahaja. Menurut Tony Buzan (2003),
semua kanak-kanak suka benda-benda berwarna-warni dan suka melukis. Melukis peta minda
merupakan satu aktiviti yang seronok untuk kanak-kanak. Apabila kanak-kanak gemar melukis
peta minda, otak mereka juga akan berasa suka terhadap peta minda juga. Hasil segera yang
boleh didapati daya ingatan kanak-kanak semakin bertambah baik. Keberkesanan peta minda
dapat dipertingkatkan dan diperkaya dengan warna, gambar, kod dan dimensi untuk
menambah elemen-elemen kreativiti sendiri. Penggunaan dan penambahan elemen-elemen
individu dalam peta minda dapat membantu perkembangan kreativiti, memori dan khususnya
peringatan maklumat seseorang.

PERNYATAAN MASALAH
Pelajar biasanya menghadapi masalah untuk mengingat jenis dan fungsi kata tugas kerana
jumlah kata ini yang paling banyak didapati dalam senarai golongan kata yang lain. Ahmad
Shahril (1996) menyatakan sebanyak 80% murid tahun enam di sekolah rendah di bandar
Klang melakukan kesalahan penggunaan Bahasa Melayu melalui ujian tatabahasa. Hal ini
telah menyebabkan minat belajar murid semakin merosot terutamanya murid yang berprestasi
rendah dalam bidang akademik. Suhaida (2002) menyatakan sekarang ini, pendekatan yang
sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru dan buku teks, yang
sama ada dibekalkan oleh guru mahupun buku-buku latihan yang banyak terdapat dalam
pasaran. Selain daripada itu, sikap guru yang biasanya menggunakan catatan nota baris demi
baris, muka surat demi muka surat (catatan bentuk linear) pada akhir pengajaran sebagai
pengukuhan pengajaran didapati cenderung menjadikan pelajar berasa bosan dan melupakan
isi pengajaran. Catatan bentuk linear hanya menggunakan satu warna sahaja (biasanya warna
hitam) menyebabkan pelajar berasa bosan dengan nota yang panjang lebar dan pelajar hanya
mempelajari sebahagian kecil dari fakta yang mereka belajar. Selain daripada itu, pelajar juga
tidak berminat untuk mengulang kaji dengan catatan nota bentuk linear yang mereka buat.

OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif-objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap penggunaan kata tugas
sebelum dan selepas ujian.

2. Mengenal pasti kesan penggunaan Peta Minda terhadap tahap penguasaan murid
dalam pengajaran Kata Tugas Bahasa Melayu.
SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan kajian. Kedua-dua
soalan kajian adalah seperti berikut:

1. Adakah terdapat perbezaan skor ujian pra bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan?

2. Adakah terdapat perbezaan skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra dan skor ujian
pasca bagi rawatan?
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka Konseptual kajian adalah merujuk rajah 1 yang bertujuan untuk mengkaji kesan
penggunaan Peta Minda dalam pengajaran dan pembelajaran Kata tugas.

Pemboleh Ubah Proses Pemboleh Ubah
Bebas Bersandar

• Murid tahun 5. • Kesan • Kesan
• 30 orang murid penggunaan penggunaan
sahaja yang Peta Minda Peta Minda
dipilih secara dalam dalam
rawak. Terdiri pengajaran dan pengajaran dan
daripda dua pembelajaran pembelajaran
kelas iaitu Kata tugas. Kata tugas.
kumpulan (Toeri
rawatan dan Konstruktivisme
kumpulan ).
kawalan.

Rajah 1 : Kerangka Konsep: Kesan penggunaan Peta Minda dalam pengajaran dan
pembelajaran Kata tugas.

Kerangka konseptual tersebut menunjukkan penggunaan Peta Minda dalam
membantu murid-murid tahun 5 dalam memahami Kata Tugas. Di samping itu, pengkaji juga
ingin melihat kesan penggunaan Peta Minda dalam mengenali fungsi Kata Tugas berdasarkan
dapatan kajian. Menerusi kerangka konseptual tersebut, pengkaji menggunakan murid tahun
5 yang terdiri daripada dua buah kelas iaitu satu kelas akan dijadikan kumpulan kawalan,

manakala satu kelas lagi akan dijadikan sebagai kumpulan rawatan. Pengkaji akan melakukan
ujian Pra dan ujian Pasca terhadap murid tahun 5.

Menerusi ujian Pra dan Pasca yang dijalankan murid yang terdiri daripada kumpulan
kawalan menjawab soalan bertulis untuk memilih jawapan yang betul menggunakan Kata
Tugas yang sesuai tanpa menggunakan Peta Minda dalam pengajaran dan pembelajaran
Kata tugas bagi kedua-dua ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Manakala murid yang terdiri
daripada kumpulan rawatan tidak menggunakan Peta Minda ketika ujian Pra dilaksanakan.
Tetapi bagi ujian Pasca, murid yang terdiri daripada kumpulan rawatan akan menggunakan
Peta Minda. Hal ini demikian kerana pengkaji ingin melihat kesan Peta Minda sebelum dan
selepas kedua-dua ujian dilaksanakan dan melihat adakah terdapat perbezaan min yang
signifikan antara kumpulan eksperimen dan kawalan dalam penggunaan Peta Minda dalam
pengajaran dan pembelajaran Kata tugas.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif bagi melihat kesan penggunaan peta minda
melalui penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran kata tugas terhadap
pencapaian pelajar-pelajar tatabahasa Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian yang digunakan
ialah kuasi eksperimen yang diadaptasi daripada Sidek Mohd Noah (2002), iaitu ujian pra dan
ujian pasca kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen seperti yang ditunjukkan dalam
jadual 1.

Jadual 1:

Reka bentuk ujian pra dan pasca kumpulan murid tahun lima

Kumpulan Ujian Pra Rawatan Ujian Pasca

Rawatan T1 X T2

Kawalan T1 T2

Sumber: Reka bentuk kumpulan kawalan, ujian pra, ujian pasca (Sidek Mohd Noah, 2002)

Sampel kajian adalah terdiri daripada 60 orang murid Tahun Lima berpencapaian sederhana
di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Cheras. Murid-murid dibahagikan kepada dua
kumpulan, iaitu seramai 30 orang pelajar mewakili kumpulan rawatan dan selebihnya 30 orang
pelajar sebagai kumpulan kawalan. Sekolah tersebut dipilih berdasarkan empat kriteria yang
digariskan oleh Jorgensen (1989), iaitu pertama, sekolah ini terletak dalam zon yang sama
dengan sekolah kajian rintis dilaksanakan. Selain itu, sistem pentadbiran sekolah,
perancangan akademik dan kokurikulum sekolah lebih kurang sama. Oleh yang demikian,
pengkaji berasa selesa dan yakin untuk menjalankan kajian di sekolah ini.

Kedua, lokasi sekolah ini dengan sekolah kajian rintis dilaksanakan berdekatan. Jarak
keduanya adalah lebih kurang 1 kilometer dan ini amat memudahkan pengkaji menjalankan

penyelidikan dan mengambil bahagian dalam penyelidikan. Ketiga, kesanggupan dan
kesediaan guru besar, penolong guru besar dan guru kanan akademik serta guru-guru yang
terlibat dalam kajian ini memberi kebenaran dan kerjasama yang konsisten semasa
menjalankan kajian di sekolah tersebut.

Akhir sekali ialah ketersediaan sumber-sumber dan peluang untuk menggunakannya.
Sekolah tersebut menyediakan sebuah ruang multimedia khas bagi pengkaji menjalankan
kajian kepada kumpulan rawatan sepanjang kajian dijalankan. Di samping itu, bilik multimedia
ini juga sangat sesuai bagi menjalankan kajian kerana bilik multimedia di sekolah tersebut
mempunyai layar putif, pemancar LCD dan dilengkapi dengan papan putih interaktif serta
talian internet.
POPULASI DAN SAMPEL

Jadual 1.1

Demografi Responden Kajian Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan.

BIL. BUTIRAN KUMPULAN KAWALAN KUMPULAN RAWATAN

1. Perempuan 20 18

2. Lelaki 10 12

3. Bangsa Melayu : 30 Melayu : 17

Cina: 0 Cina: 0

India: 0 India: 3

Lain-lain: 0 Lain-lain: 0

Populasi kajian ialah murid-murid dari tahun lima di salah sebuah sekolah kebangsaan di
daerah Cheras, Kuala Lumpur. Menurut Chua (2011), persampelan bertujuan adalah
pemilihan responden dengan tujuan untuk mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki
dalam menjawab persoalan kajian. Bagi menjalankan kajian ini yang berbentuk eksperimen,
dua buah kelas yang setara dipilih. Satu kelas yang terdiri daripada 30 orang pelajar diajar
dengan menggunakan kaedah konvensional dan satu kelas lagi yang terdiri daripada 30 orang
pelajar diajar dengan menggunakan peta minda.

INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini menggunakan tiga instrumen, iaitu rancangan pelajaran harian, peta minda, dan
Ujian Kata Tugas. Huraian bagi kesemua instrumen kajian adalah seperti yang berikut:
I. Rancangan pelajaran harian (RPH)
Dalam kajian ini, lapan set RPH disediakan untuk melaksanakan setiap pengajaran kata
tugas, iaitu empat set RPH bagi kumpulan rawatan dan empat set RPH bagi kumpulan
kawalan. Persediaan mengajar ini digunakan ketika melaksanakan. Sebelum menjalankan
kajian, pengkaji telah merujuk kepada tiga orang pensyarah Bahasa Melayu bagi memastikan

kesahan muka rancangan persediaan mengajar tersebut. Menurut kesemua pensyarah
Bahasa Melayu tersebut, kesemua RPH yang disediakan merupakan persediaan mengajar
yang lengkap, mempunyai objektif yang jelas dan sangat sesuai untuk digunakan di dalam
kajian ini. Menurut mereka lagi tajuk-tajuk yang dipilih bagi empat sesi proses pengajaran juga
didapati sesuai diajarkan kepada murid-murid Tahun Lima. Kesemua bahan ini dibina
berpandukan senarai pengajaran aspek tatabahasa berkaitan kata tugas yang terdapat dalam
buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran.
II. Peta Minda
Peta minda digunakan sebagai bahan utama terdapat dalam setiap sesi pengajaran yang
dilaksanakan terhadap kumpulan rawatan. Peta minda ini memberi gambaran penuh grafik
terhadap senarai kata tugas yang terdapat dalam pengajaran tatabahasa. Kata tugas ini
merangkumi kata bilangan (lima jenis bersama dua contoh setiap satu), kata hubung (dua
jenis), kata arah (tiga belas senarai kata), kata bantu (dua jenis dan setiap jenis mempunyai
contoh perkataan), kata pembenar (tiga contoh) dan kata nafi (dua contoh). Kesemua ini telah
diambil untuk dimasukkan ke dalam peta minda setelah buku teks Bahasa Malaysia Tahun
Lima dianalisis.
III. Ujian soalan pra dan pasca

Dalam ujian ini, sampel kajian diminta untuk menjawab lapan soalan berkenaan kata
tugas iaitu tiga soalan pilihan jawaban, tiga soalan isi tempat kosong dan dua soalan bina ayat
menggunakan kata tugas yang telah diberikan. Penilaian adalah berdasarkan kepada jumlah
jawapan yang betul, satu soalan satu markah. Jumlah markah yang diperuntukkan dalam
bahagian ini adalah sebanyak 8 markah penuh. Jumlah markah keseluruhan dalam ujian ini
akan diambil sebagai pencapaian pelajar dalam penguasaan kata tugas. Ujian pra dan pasca
diberikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

KAJIAN RINTIS
Kajian rintis ini telah dijalankan pada bulan September 2019. Seramai 30 orang murid telah
dipilih secara rawak daripada kelas 5 selain dari 2 kumpulan yang terlibat untuk kajian rintis
ini. Murid-murid tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjawab soalan
ujian pra seramai 15 murid dan ujian pasca seramai 15 murid untuk mengukur kesahan dan
kebolehpercayaan kajian ini.

Murid yang dipilih tidak mengambil kira latar belakang, jantina dan agama. Murid-murid
tersebut telah dibahagikan mengikut tahap kognitif murid tersebut untuk mengukur indeks
tahap kesukaran dan indeks diskriminasi bagi kajian rintis yang dijalankan. Hal ini juga untuk
mengukur kesahan dan kebolehpercayaan seperti yang dinyatakan untuk kajian ini.

Berdasarkan hasil dapatan kajian rintis, merujuk semula perkara yang dinyatakan
dalam kebolehpercayaan, 2 item soalan digugurkan kerana pertama soalan terlalu mudah dan
aras indeks diskriminasi berada pada tahap tidak baik.

ANALISIS DATA
Data-data kajian ini dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package Social
Science atau SPSS versi 26. Analisis deskriptif min kekerapan telah digunakan bagi melihat
taburan skor pencapaian dalam penulisan karangan yang diperoleh oleh kumpulan
eksperimen dan kawalan. Statistik inferensi pula digunakan bagi menghuraikan dapatan
kajian. Ujian-t sampel berpasangan dan ujian-t sampel bebas digunakan untuk
membandingkan min-min pencapaian kumpulan rawatan dan kawalan dalam ujian pra dan
pasca.
Soalan kajian 1: Adakah terdapat perbezaan skor ujian pra bagi kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan?

Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa min pencapaian ujian pra yang diperoleh oleh
kumpulan rawatan ialah 1.80 dengan sisihan piawai (SP) 1.126. Manakala min pencapaian
ujian pra murid kumpulan kawalan ialah 1.43 dengan SP = 0.679. Perbezaan min antara murid
kumpulan rawatan dan murid kumpulan kawalan dalam ujian pra hanyalah sebanyak .37.

Jadual 2

Ujian-t bagi min, sisihan piawai dan perbezaan pencapaian keseluruhan ujian pra antara murid

kumpulan rawatan dengan murid kumpulan kawalan

Kumpulan N Min Sisihan Piawai Nilai-t Aras Signifikan

(SP) (t) (p)

Rawatan 30 1.80 1.126 -1.527 0.132

Kawalan 30 1.43 0.679

Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min
pencapaian kumpulan rawatan dan kawalan, p> .05. Ini bermakna dari segi statistik murid-
murid dalam kedua-dua kumpulan mempunyai pencapaian yang hampir sama sebelum
mereka diberi rawatan.
Soalan kajian 2: Adakah terdapat perbezaan skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan?

Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa min pencapaian ujian pasca yang diperoleh
oleh kumpulan rawatan ialah 3.00 dengan sisihan piawai (SP) 0.871. Manakala min
pencapaian ujian pasca murid kumpulan kawalan ialah 1.90 dengan SP = 0.607. Perbezaan
min antara murid kumpulan rawatan dan murid kumpulan kawalan dalam ujian pra hanyalah
sebanyak 1.1.

Jadual 3

Ujian-t bagi min, sisihan piawai dan perbezaan pencapaian keseluruhan ujian pasca antara murid

kumpulan rawatan dengan murid kumpulan kawalan

Kumpulan N Min Sisihan Piawai Nilai-t Aras Signifikan

(SP) (t) (p)

Rawatan 30 3.00 0.871 -5.674 0.00

Kawalan 30 1.90 0.607

Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min

pencapaian kumpulan rawatan dan kawalan, p> .05. Ini bermakna terdapat perbezaan skor

ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Skor ujian pasca kumpulan

rawatan melebihi skor ujian pasca kumpulan kawalan.

Soalan kajian 3: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra dan skor
ujian pasca bagi rawatan?
Berdasarkan Jadual 4, nilai signifikan menunjukkan jumlah yang berada bawah dari p< 0.05.

Jadual 4:

Ujian-t bagi min, sisihan piawai dan perbezaan pencapaian keseluruhan ujian pasca antara murid

kumpulan rawatan dengan murid kumpulan kawalan

Kumpulan N Min Sisihan Piawai Nilai-t Aras Signifikan

(SP) (t) (p)

Rawatan 30 3.00 0.871 -5.674 0.00

Kawalan 30 1.90 0.607

Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian
kumpulan rawatan dan kawalan, p> .05. Dengan menggunakan peta minda dalam pengajaran
dan pembelajaran kata tugas, peta minda memberi kesan kepada peningkatan penguasaan
terhadap kata tugas bagi kumpulan rawatan.

KESIMPULAN
Kajian ini dilaksanakan bagi melihat kesan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan
pembelajaran kata tugas. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan bahawa pencapaian
murid-murid kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding dengan murid-murid kumpulan
kawalan. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah sesuai digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah di samping dapat membantu murid melaksanakan proses
pembelajaran kata tugas dengan lebih teratur dan terancang. Kajian ini memberikan satu
implikasi yang jelas terhadap pembelajaran yang lebih aktif dan mendorong murid untuk
berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

RUJUKAN.
Bletsas, F. (2011). The Importance of Mind Maps. http://my-mind-maps.com

Buzan, T. (2003). Mind maps for kids. London: Thorsons

Sidek Mohd Noah (2002). Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis.
Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Suhaida Abdul Kadir. (2002). Perbandingan Pembelejaran Koperatif dan Tradisional
Terhadap prestasi, Atribusi Pencapaian, Konsep kendiri Akademik dan Hubungan
Sosial Dalam Pendidikan Perakaunan. Fakulti Pendidikan UPM.

Joegensen, D.L. (1989). Participant Observation: A methodology for human studies.
Applied social research method series, vol. 15. California: Sage.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1.
Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

KEBERKESANAN PENGAJARAN EKSPLISIT DALAM PENGUASAAN AYAT AKTIF TRANSITIF
BAHASA MELAYU

Azman bin Rahmat PhD
[email protected]

Salim Abdullah
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pengajaran eksplisit dalam penguasaan ayat aktif
transitif bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini mengaplikasikan kaedah kuasi eksperimen dengan
membahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan yang menggunakan pengajaran implisit
dan kumpulan eksperimen yang mengaplikasikan pengajaran eksplisit. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif yang melibatkan seramai enam puluh orang murid Tahun 5 berpencapaian sederhana di
sebuah sekolah kerajaan di Cheras, Kuala Lumpur. Instrumen yang diguna untuk kajian ini ialah RPH
(Rancangan Pelajaran Harian) pengajaran eksplisit dan ujian objektif ayat aktif transitif bahasa Melayu.
Selanjutnya, data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, kekerapan, sisihan piawai
dan statistik inferens iaitu ujian-t tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan antara min pencapaian pelajar kumpulan eksperimen dengan pelajar
kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Dapatan juga membuktikan bahawa pendekatan pengajaran
eksplisit dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara keseluruhan malah dalam penguasaan ayat
aktif transitif bahasa Melayu. Kajian ini memberikan satu implikasi yang jelas terhadap pembelajaran
yang lebih menyeronokkan dan mendorong pelibatan aktif murid di samping menambah corak
pengajaran dalam pengajaran tatabahasa Melayu yang lebih sistematik dan menarik.

Kata Kunci : Pengajaran Eksplisit, Tahap Penguasaan Ayat Aktif Transitif, Bahasa Melayu.

ABSTRACT

This study was conducted to examine the effectiveness of explicit teaching in teaching Bahasa Melayu
transitive active sentence. The research design used in this study was quasi experiment by dividing the
two groups; control group which the respondents were taught using implicit teaching and the
experimental group that applied the explicit teaching strategy. It is a quantitative research which involved
sixty Year 5 pupils with intermediate achievement from a government school in Cheras, Kuala Lumpur.
Lesson plan on explicit teaching and objective questions were used as instrument for this study. Data
was analysed using descriptive analysis; mean, frequency, standard deviation and inferences statistic
which is independent sample t-test. The results show the significance difference on the pupil’s
achievement between the experimental group and control group in their post-test. Besides, it also shows
the implementation of explicit teaching strategy help to improve pupils’ achievement in mastery the
transitive active sentences. The findings reveal the implication of fun learning and pupil’s active
participation besides the systematic and interesting teaching and learning strategy of grammar.

Key Word : Explicit Teaching, Transitive Active Sentence, Bahasa Melayu.

PENGENALAN

Aspek tatabahasa ini selalu menjadi perkara yang susah untuk difahami murid dan sukar untuk

diajar guru. Perkara ini disebabkan guru hanya mementingkan isi bahan pengajaran, namun

tidak strategi pengajaran yang sesuai untuk menyampaikan isi bahan pelajaran secara

berkesan (Ika Puji Widjayanti dan Diana Setiyawati, 2009). Kesannya, amalan guru dalam
mengajar tatabahasa juga turut berubah. Dalam perkara ini, guru bukan sahaja perlu
memastikan murid boleh menguasai unsur morfologi seperti golongan kata, bentuk kata,
struktur kata dan kata majmuk. Namun, guru harus menerapkan pengaplikasian sintaksis yang
akan menentukan hukum bagaimana perkataan dalam sesuatu ayat itu boleh disusun (Nik
Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood, 2015).

Oleh itu, Sulaiman Masri, Mashudi Bahari, dan Juliliyana Mohd Junid (2007) dan
Abdullah Hassan (2008) menyatakan kemahiran membina ayat sangat penting dikuasai.
Terutamanya, ayat aktif kerana sering digunakan untuk menulis karangan bahasa Melayu
(Ganda Sari Chokri dan Rafidah Abdul Razak, 2012). Namun, hasil dapatan kajian Hasnah
Hassan dan Noreen Mahmood, (2016) menunjukkan bahawa sebanyak 100% murid gagal
menulis karangan dengan baik kerana penguasaan ayat aktif yang lemah dalam penulisan.
Dalam hal ini, murid sering keliru dan salah berkaitan penggunaan kata kerja transitif yang
memerlukan pelengkap dan objek bagi membina ayat aktif yang betul.

Sehubungan dengan itu, Abdul Rashid Jamian, Shamsudin Othman, dan Nur Farah
Athirah Khuzaini, (2014) berpandangan bahawa masalah penguasaan ayat aktif dalam
kalangan murid berpunca daripada strategi pengajaran guru yang bersifat implisit. Hal ini
demikian, guru yang mengajar hanya menggunakan bahan buku teks semata-mata tanpa ada
unsur penggunaan bahan bantu belajar yang konkrit bagi membina kefahaman murid dengan
jelas. Maka, bagi mengatasi masalah ini Mohamad Zareen Mohamed Shariff dan Milahwati
Hussain, (2013) mencadangkan bahawa pengajaran tatabahasa perlulah dilakukan secara
eksplisit bagi membolehkan murid-murid berupaya memahami cara menulis ayat aktif yang
menggunakan kata kerja transitif dengan berkesan.

Dalam konteks negara kita, trend pengajaran atau istilahnya pedagogi sering berubah
mengikut zaman. Maka, teknik pengajaran tradisional yang seiring diamalkan oleh guru sudah
tidak lagi dipandang relevan pada masa kini. Namun, dari aspek pengajaran tatabahasa trend
pengajaran terbaharu bukanlah ukuran mengukur nilai keberkesannya. Oleh itu, masih ramai
guru yang mengajar binaan ayat menggunakan teknik latih tubi seperti kebanyakan
pengajaran guru di Malaysia kerana mengganggap teknik digunakan tersebut paling berkesan.
Maka muncullah satu idea baharu yang cuba mengetengahkan cara mengajar eksplisit yang
relevan dan berkesan untuk diajarkan guru dan dipelajari murid di sekolah.

Pengajaran eksplisit merupakan sebuah model pengajaran yang digunakan dalam
bidang pedagogi pendidikan untuk memindahkan maklumat atau ilmu terhadap pembelajaran
murid dengan jelas dan konkrit (Amirul Asri Hussin dan Qamarul Azhar Ahmad Kamil, 2017).
Secara khususnya pengajaran eksplisit ini merujuk pada strategi pengajaran secara sedar
(Nor Hidayah Md Khanapiah, 2016) yang menggabungkan pendekatan induktif dan
pendekatan deduktif dalam proses langkah pengajaran seorang guru (Dwiyani Pratiwi et al.,

2007). Umumnya, pengajaran eksplisit ini melibatkan lima peringkat iaitu peringkat
pengenalan, peringkat penerangan, peringkat modelling, peringkat latihan dan peringkat
penutup.

PENYATAAN MASALAH
Pengajaran eksplisit dalam aspek tatabahasa dapat memperkenalkan asas tatabahasa
kepada murid pada tahap awal, iaitu peringkat aras rendah (Amirul Asri Hussin dan Qamarul
Azhar Ahmad Kamil, 2017). Namun kajian pengajaran eksplisit ini jarang dilakukan. Kajian
yang ada hanya tertumpu pada mata pelajaran bukan bahasa Melayu seperti kajian Abd.
Razak Habib, Abd. Rashid Johar, Lilia Halim, dan T. Subahan Mohd. Meerah, (2001) yang
bertujuan untuk mentaksir (PPK) pengetahuan, pedagogi, kandungan bagi guru opsyen bukan
fizik setelah menjalani kursus dengan kaedah pengajaran eksplisit bagi topik pengajaran fizik.
Sementara itu, kajian Nor Hidayah Md Khanapiah, (2016), berkaitan pengajaran eksplisit
dalam kalangan murid berkeperluan khas pekak bagi mengajar imbuhan kata kerja dengan
betul. Berdasarkan kajian tersebut, jelas bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan
pengajaran eksplisit khususnya dalam penguasaan ayat aktif transitif bagi bahasa Melayu
belum pernah dilakukan.

Di luar negara kajian berkaitan pengajaran eksplisit banyak tertumpu pada bahasa
kedua. Misalnya, kajian Dwiyani Pratiwi, Anita Triastuti, (2007) yang mengenal pasti tahap
keberkesanan pengajaran eksplisit bagi pembelajaran bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris
dalam mempelajari tatabahasa Inggeris melalui tajuk kajiannya Pemetaan Strategi Belajar
Tata Bahasa Inggris (English Grammar Learning Strategies) Mahasiswa Program Studi
Pendidikan Bahasa Inggris. Sunji Yuniariti (2013), pula melaksanakan kajian yang bertujuan
untuk menguji keefektifan strategi pengajaran eksplisit dalam pengajaran membaca
pemahaman pada siswa kelas VII SMP N3 Gombong.

Malah kajian berkaitan aspek tatabahasa untuk menulis ragam ayat aktif transitif belum
meluas di Malaysia. Kajian yang banyak dilakukan ialah berkaitan ragam ayat pasif yang
menggunakan kata ganti diri nama pertama, kedua dan ketiga (Hasnah Hassan dan Noreen
Mahmood, 2016; Kartini Abd Wahab, 2013; Kasdan, Nor Suhaila, dan Mohd. Syamril Aklmar,
2015; Shahida A. Hamid; Kartini Abd. Wahab; Sa’adiah Ma’alip, 2017; Siti Baidura Kasiran
dan Nurul Jamilah Rosly, 2004; Syed Nurlakla Syed Abdullah, 2015). Justeru, kajian ini penting
untuk menjadi perintis serta memberi sumbangan kepada pengayaan ilmu pengetahuan dalam
bidang pendidikan bahasa Melayu di negara kita.

Berdasarkan sorotan kajian lampau yang disenaraikan, jelaslah bahawa kajian
berkaitan pengajaran eksplisit dalam penguasaan ayat aktif transitif bahasa Melayu tidak ada
di peringkat lokal dan juga global. Pengkaji berpendapat hal ini terjadi mungkin disebabkan
tiada pihak yang menyedari dan melihat penguasaan ayat aktif transitif penting untuk diajarkan

secara eksplisit oleh guru dalam subjek bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, pengkaji
tertarik untuk melaksanakan kajian berkaitan keberkesanan pengajaran eksplisit dalam
penguasaan ayat aktif transitf. Dalam hal ini, Mohamad Zareen Mohamed Shariff dan
Milahwati Hussain, (2013), berpendapat bahawa pengajaran tatabahasa yang mempraktiskan
pendekatan secara eksplisit mampu meningkatkan penguasaan murid terhadap unit
pengajaran yang diajarkan. Tambahan lagi, kajian ini akan dapat mengisi ruang dan
menyumbangkan idea baharu untuk bahasa Melayu, supaya dapat menjadi rujukan guru
dalam aspek pengajaran bahasa.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba mencapai dua objektif. Kedua – dua objektif
adalah seperti yang berikut :
1. Mengenal pasti tahap penguasaan ayat aktif transitif bagi murid tahun 5.
2. Mengenal pasti tahap keberkesanan pengajaran eksplisit dalam penguasaan ayat aktif

transitif.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini cuba mencapai dua soalan. Kedua – dua soalan
adalah seperti yang berikut :
1. Apakah tahap penguasaan ayat aktif transitif bagi murid tahun 5 ?
2. Adakah pengajaran eksplisit berkesan dalam meningkatkan penguasaan ayat aktif transitif ?

HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan soalan kajian tersebut, kajian ini cuba membuktikan tiga hipotesis. Ketiga-tiga
hipotesis adalah seperti yang berikut :
Ho.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pra bagi kumpulan
kawalan dengan kumpulan rawatan.
Ho.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pasca bagi kumpulan
kawalan dengan kumpulan rawatan.
Ho.3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian ayat aktif transitif
menggunakan pengajaran implisit dengan min skor ujian ayat aktif transitif menggunakan
pengajaran eksplisit.

METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif bagi menilai keberkesanan pengajaran
eksplisit terhadap pencapaian murid dalam penguasaan ayat aktif transitif bahasa Melayu.

Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kuasi eksperimen yang menggunakan bentuk iaitu
ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Reka bentuk ini kerana
ia sesuai apabila melibatkan kajian tentang keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran,
modul atau program dalam pelbagai situasi yang tidak dapat menggunakan reka bentuk
eksperimen tulen terutamanya dalam situasi sebenar di sekolah seperti dalam kajian ini
(Bhasah Abu Bakar dan Yuslina Mohamed, 2000; Mulyadi, 2018).

Sampel Kajian
Sampel dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah, iaitu secara kuasi-eksperimen.
Berdasarkan pendapat Chua (2006) beliau menyatakan rawak bermaksud setiap unit dalam
populasi mempunyai peluang sama rata untuk terpilih sebagai sampel kajian. Kajian ini
menggunakan persampelan murid tahun 5 kerana murid tahun 5 telah mempelajari standard
pembelajaran bahagian binaan ayat aktif transitif dalam bahasa Melayu. Hal ini memudahkan
pengkaji untuk mengenal pasti tahap penguasaan ayat aktif dan keberkesanan pengajaran
eksplisit yang diuji.

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan dua instrumen kajian iaitu RPH (Rancangan Pelajaran Harian)
pengajaran eksplisit dan Ujian Pencapaian Ayat Aktif Transitif. Huraian bagi kesemua
instrumen adalah seperti yang berikut :
a. RPH (Rancangan Pelajaran Harian) Pengajaran Eksplisit.
RPH (Rancangan Pelajaran Harian) yang dibina juga telah diberikan kepada pakar pedagogi
untuk disemak dari aspek langkah pengajaran yang dirancang. RPH yang disediakan ini
mempunyai empat set. Setiap set RPH yang dirancang adalah menggunakan model
pengajaran eksplisit yang dicadangkan oleh Mohamad Zareen Mohamed Shariff dan Milahwati
Hussain (2013) yang melibatkan lima peringkat iaitu peringkat pengenalan, peringkat
penerangan, peringkat modelling, peringkat latihan dan peringkat penutup.
b. Ujian Pencapaian Ayat Aktif Transitif Bahasa Melayu (Pra-Pasca).
Item ujian ini terdiri daripada 20 soalan objektif. Item soalan objektif ini terdiri empat bahagian
jenis ayat aktif transitif. Item ujian yang sudah dibina ini kemudiannya telah diserahkan kepada
pakar untuk disemak item ujian dari aspek kesahan kandungan dan kesahan bahasa. Kesahan
ini penting bagi membolehkan instrumen kajian yang dibina dapat digunakan untuk
mengumpul data bagi ujian pencapaian.Di samping itu, JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) juga
dibina untuk menggelakkan kecuaian seperti menulis soalan tanpa perancangan yang
menyebabkan sebahagian konstruk sahaja wujud dalam item soalan.

Tujuan JSU ini untuk membantu dalam pembinaan item bagi instrumen ujian
pencapaian ayat aktif transitif iaitu ujian pra ayat aktif transitif dan ujian pasca ayat aktif

transitif. Perincian JSU ini terdiri daripada konstruk, pemboleh ubah, penyoalan, trait, item dan
skala. Tambahan pula, JSU dirangka dengan mengambil kira konstruk, pemboleh ubah dan
cara penyoalan bagi menghuraikan item dan rubrik. Kesemua langkah ini dipandu serta
disokong oleh literatur yang bersesuaian. Oleh itu, JSU dapat meningkatkan lagi kesahan
kandungan dan kesahan item dalam item yang dibina.

Analisis Data
Data-data kajian ini dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan The Statistical Package
For The Social Science atau SPSS versi 25.0 dan perisian Microsoft Excel 2019. Dalam kajian
ini, SPSS akan menganalisis data secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif adalah
untuk mencari min, kekerapan dan sisihan piawai untuk melihat taburan pencapaian dalam
ujian ayat aktif transitif bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Statistik inferensi pula digunakan
bagi menghuraikan dapatan kajian melalui ujian-t tidak bersandar dengan membandingkan
min-min pencapaian kumpulan rawatan dan kawalan dalam ujian pra dan pasca. Selain itu,
SPSS juga digunakan untuk mencari nilai kenormalan bagi taburan data ujian pra-pasca dan
nilai Kuders-Richardson 20 bagi mengetahui nilai kebolehpercayaan Ujian Pencapaian Ayat
Aktif Transitif yang dibina.

Kajian Rintis
Seramai 30 orang murid daripada sebuah sekolah kebangsaan di daerah USJ 12 , iaitu murid
tahun 5 terlibat dalam kajian rintis ini. Tujuan kajian rintis ini dilaksanakan adalah untuk
menguji instrumen kajian yang telah mendapat kesahan tiga orang pakar. Berdasarkan hasil
kajian rintis, indeks kesukaran bagi 20 item objektif menunjukkan tahap sederhana, iaitu dalam
julat 0.4 hingga 0.6. Indeks diskriminasi pula bagi keseluruhan 20 item objektif menunjukkan
tahap diskriminasi yang tinggi, iaitu melebihi jumlah 0.5. Manakala, nilai pekali
kebolehpercayaan yang diperoleh secara keseluruhan ialah 0.952 K-R20.

Oleh itu, nilai pekali kebolehpercayaan yang diperoleh dalam data rintis
memperlihatkan bahawa item ujian pencapaian ayat aktif yang dibina oleh pengkaji
mempunyai kestabilan dan ketekalan dalaman yang sangat baik untuk diuji kepada murid.
Mohamed et al. (2017) menyatakan nilai K-R20 yang lebih daripada 0.60 adalah sangat baik
untuk digunakan. Makanya,keputusan yang diperoleh pengkaji daripada indeks kesukaran,
indeks diskriminasi dan K-R20 merumuskan bahawa item ujian pencapaian ayat aktif yang
dihasilkan boleh diguna pakai untuk kajian ini.

DAPATAN KAJIAN
Analisis Data Ujian Kenormalan
Analisis ini dilaksanakan untuk menguji keseluruhan data item ujian yang diperolehi adalah
bertabur secara taburan normal atau tidak. Bagi mendapatkan keputusan untuk analisa ini,
ujian kenormalan (p=normality test) dilakukan pada keseluruhan data ujian pra dan ujian pasca
untuk kumpulan rawatan dan kawalan dengan menggunakan perisian SPSS 25. Jadual 1, di
bawah menunjukkan hasil keputusan ujian kenormalan bagi skor markah ujian yang diperoleh.
Jadual 1.

Ujian Kenormalan

Ujian Kenormalan Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan
Pra Pasca Pra Pasca

Kolmogorov- Statistik .115 .172 .142 .176
Smirnova df 30 30 30 30
Sig. .200 .023 .126 .019
Shapiro-Wilk .960 .936 .949 .944
Statistik 30 30 30 30
df .311 .073 .155 .120
Sig.

Dalam Jadual , analisis data ujian pra dan ujian pasca dalam bentuk statistik bagi ujian
kenormalan dengan menggunakan perisian SPSS. Menurut, Nor Aishah, Abdul Rahman, Che
Rohani, dan Teh (2011), ujian kenormalan yang baik apabila aras singnifikan lebih besar
daripada (p>0.05). Sehubungan dengan itu, data yang diperoleh pengkaji dalam ujian pra dan
ujian pasca kumpulan rawatan dan kawalan menunjukkan (p=.200), (p=.023), (p=.126),
(p=.019) bagi ujian Kolmogorov-Smirnov dan bagi ujian Shapiro-Wilk pula aras signifikannya
menunjukkan (p=.311), (p=.073), (p=.155) dan (p=.120). Oleh hal demikian, data yang
diperoleh dalam kajian mempunyai taburan yang normal kerana aras signifikan yang diperoleh
menunjukkan (p>0.05) dalam ujian Kolmogorov-Smirnov dan ujian Shapiro-Wilk.Oleh itu,
pengkaji boleh melangkah ke proses seterusnya untuk menggunakan statistik parametrik iaitu
ujian independent sample t-test bagi menguji hipotesis kajian yang dibina.

Analisis Deskriptif Ujian Pra Dan Pasca
Bahagian ini akan menghuraikan analisis deskriptif dengan min, sisihan piawai dan kekerapan
terhadap ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan bagi
menguji keberkesanan dan menilai tahap penguasaan ayat aktif transitif bahasa Melayu murid
tahun 5. Jadual 2, di bawah menunjukkan keputusan analisis nilai min dan sisihan piawai bagi
kumpulan kawalan dan rawatan.

Jadual 2.

Analisis Nilai Min dan Sisihan Piawai Bagi Kumpulan Kawalan dan Rawatan

Kumpulan N Ujian Min (µ) Sisihan Piawai (σ)

Kumpulan Rawatan 30 Pra 51.50 17.673
Pasca 73.67 13.578

Kumpulan Kawalan 30 Pra 48.17 13.550
Pasca 51.33 11.442

Jadual 2, menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi ujian pra dan pasca untuk

kumpulan rawatan dan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan nilai min skor ujian bagi

kumpulan rawatan untuk pra (µ=51.50) lebih rendah daripada pasca (µ=73.67). Nilai sisihan
piawai bagi kumpulan rawatan pula menunjukkan ujian pra (σ=17.673) lebih tinggi daripada
pasca (σ=13.578). Perkara ini bermaksud serakan data bagi skor ujian pasca terkelompok

menghampiri nilai min, tetapi serakan data bagi ujian pra pula terkelompok menjauhi nilai min

untuk kumpulan rawatan. Keadaan ini menggambarkan pencapaian ujian pasca ialah

homogen kerana tidak ada perbezaan ketara antara markah calon, berbanding pencapaian

ujian pra yang heterogen iaitu terdapat perbezaan ketara antara markah calon.

Seterusnya, keputusan analisis bagi kumpulan kawalan pula menunjukkan nilai min

skor ujian pra rendah (µ=48.17) dan ujian pasca tinggi (µ=51.33). Manakala, nilai sisihan
piawai bagi ujian pra (σ=13.550) lebih tinggi daripada ujian pasca (σ=11.442) dalam kumpulan

kawalan. Situasi ini bermaksud, serakan data bagi ujian pasca terkelompok menghampiri nilai

min, tetapi serakan data bagi ujian pra pula terkelompok menjauhi nilai min bagi kumpulan

kawalan. Oleh itu, dapat difahami bahawa pencapaian ujian pasca ialah homogen kerana tidak

ada perbezaan ketara antara markah calon, berbanding pencapaian ujian pra iaitu heterogen

kerana terdapat perbezaan yang ketara antara markah calon.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya jika dibandingkan antara kedua-dua

kumpulan, didapati bahawa kumpulan rawatan lebih baik. Hal ini demikian, berdasarkan jadual

2, nilai min skor ujian kumpulan rawatan lebih tinggi iaitu pra (µ=51.50) dan pasca (µ=73.67),

berbanding nilai min skor ujian kumpulan kawalan iaitu pra (µ=48.17) dan pasca (µ=51.33).

Keadaan ini menggambarkan bahawa peningkatan purata markah kumpulan rawatan

(µ=22.17) lebih tinggi bagi setiap calon murid berbanding kumpulan kawalan yang meningkat

hanya sebanyak (µ=3.16) bagi setiap calon murid. Seterusnya, Jadual 3 pula menunjukkan

tahap penguasaan tahap penguasaan ayat transitif kumpulan kawalan dengan rawatan dalam

menilai keberkesanan kaedah pengajaran eksplisit yang digunakan dalam kajian ini.

Jadual 3.

Perbezaan Tahap Pencapaian Ujian Pra dan Pasca Kumpulan Rawatan Dan Kawalan

Ujian Pra Ujian Pasca

Tahap Kekerapan Peratus (%) Kekerapan Peratus

Kumpulan Rawatan

Cemerlang (80% - 100%) 4 13.3% 13 43.3%

Sederhana (40% - 79%) 19 63.3% 17 56.7%

Lemah (0% - 39%) 7 23.3% 0 0%

Kumpulan Kawalan

Cemerlang (80% - 100%) 0 0% 0 0%

Sederhana (40% - 79%) 22 73.3% 26 86.7%

Lemah (0% - 39%) 8 26.7% 4 13.3%

Jumlah N = 60 N=60

Jadual 3, menunjukkan tahap pencapaian ujian pra untuk kumpulan rawatan dan

kawalan. Bilangan yang mencapai tahap cemerlang dalam kumpulan rawatan ialah seramai 4

orang (13.3%), sederhana seramai 19 orang (63.3%) dan lemah seramai 7 orang (23.3%).

Bagi kumpulan kawalan bilangan murid yang mencapai tahap sederhana ialah seramai 22

orang (73.3%) dan lemah seramai 8 orang (26.7%). Namun, tiada seorang pun mendapat

tahap cemerlang bagi kumpulan kawalan. Hal ini menunjukkan pencapaian awal atau pra bagi

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan cenderung kepada tahap sederhana bagi setiap

kumpulan ujian pencapaian ayat aktif transitif bahasa Melayu. Perkara ini menggambarkan

bahawa pengetahuan murid berkaitan dengan ayat aktif transitif bahasa Melayu berada pada

tahap yang sama.

Manakala, tahap prestasi lemah pula lebih tinggi dalam kumpulan rawatan dengan

jumlah kekerapan 17 orang berbanding kumpulan kawalan yang hanya 8 orang sahaja. Nilai

kekerapan ini secara keseluruhannya menjelaskan bahawa pencapaian murid dalam tahap

penguasaan ayat aktif transitif bahasa Melayu berada pada tahap yang sederhana bagi

kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.Dapatan skor ujian pra ini juga menunjukkan

bahawa kumpulan murid yang dipilih antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sesuai

sebagai peserta kajian. Dapatan ini penting kepada pengkaji sendiri untuk menilai

keseimbangan tahap penguasaan ayat aktif transitif bagi kumpulan murid yang terlibat dalam

kajian. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pengaruh faktor-faktor luaran seperti motivasi,

jantina, kecerdasan pelbagai dan umur terhadap kesan pengajaran eksplisit pada ujian pasca

yang boleh menyebabkan data kajian diragui.

Selanjutnya, bagi ujian pasca kumpulan rawatan bilangan murid yang mencapai tahap

sederhana 17 orang (56.7%) dan tahap cemerlang seramai 13 orang (43.3%). Tetapi tidak

terdapat seorang pun murid yang mempunyai tahap prestasi lemah. Manakala, bagi kumpulan

kawalan pula bilangan pelajar yang mencapai prestasi tahap sederhana ialah seramai 26

orang (86.7%) dan tahap lemah seramai 4 orang (13.3%). Namun, tiada seorang pun juga

dalam kumpulan kawalan yang mencapai prestasi tahap cemerlang dalam ujian pasca sama

seperti ujian pra. Oleh itu, berdasarkan Jadual 6 secara keseluruhannya ujian pasca kumpulan

kawalan menunjukkan peningkatan tahap cemerlang yang tinggi dengan jumlah 9 orang
berbanding sifar dalam kumpulan kawalan. Manakala, tahap prestasi lemah bagi kumpulan
rawatan jauh lebih baik dengan jumlah sifar berbanding kumpulan kawalan dengan bilangan
murid 4 orang dalam ujian pasca. Akan tetapi, bagi prestasi tahap sederhana ujian, kumpulan
kawalan lebih tinggi dengan jumlah 26 orang berbanding 17 orang dalam kumpulan rawatan
untuk ujian pasca. Meskipun demikian, jika dibandingkan secara keseluruhan kumpulan
rawatan lebih mempunyai prestasi yang tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Maka,
melalui analisis data ujian pra dan pasca ayat aktif transitif jelaslah bahawa pendekatan
pengajaran eksplisit lebih berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan ayat aktif transitif
murid tahun 5 berbanding kaedah pengajaran implisit.

Analisis Inferens (Pengujian Hipotesis)
Analisis ujian-t sampel tidak bersandar telah digunakan untuk menguji hipotesis yang dibina
oleh pengkaji. Oleh itu, untuk mengetahui hipotesis nul itu diterima atau ditolak, maka nilai
signifikan (2-tailed) menjadi sandaran kepada pengkaji untuk menentukannya. Sekiranya, nilai
signifikan (2-tailed) lebih besar daripada 0.05, maka hipotesis nul diterima. Namun,
seandainya nilai signifikan (2-tailed) lebih kecil daripada 0.05, maka hipotesis nul ditolak.
a. Hipotesis Pertama

Ho.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pra bagi kumpulan
kawalan dengan kumpulan rawatan.

Jadual 4.

Ujian-T Sampel Tidak Bersandar antara Min Pra Rawatan dengan Kawalan

Ujian Pra Kumpulan N Min Sisihan Signifikan (2-tailed)
Piawai 0.416
Kumpulan Rawatan 30 51.50
Kumpulan Kawalan 30 51.33 17.673
11.442

Jadual 4, menunjukkan ujian-t bagi menguji perbezaan pemboleh ubah min skor ujian
pra kumpulan rawatan dengan min skor ujian kumpulan kawalan. Berdasarkan Jadual 4.
menunjukkan bahawa nilai signifikan (2-tailed) yang diperoleh ialah 0.416. Data ini
menerangkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pra bagi
kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Hal ini disebabkan nilai signifikan (2-tailed)
lebih besar daripada 0.05. Oleh itu, hipotesis nul diterima.
b. Hipotesis Kedua

Ho.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pasca bagi kumpulan
kawalan dengan kumpulan rawatan.

Jadual 5.

Ujian-T Sampel Tidak Bersandar antara Min Pasca Rawatan dengan Kawalan

Kumpulan N Min Sisihan Piawai Signifikan (2-tailed)

Ujian Pasca Kumpulan Rawatan 30 73.67 13.578 0.000
Kumpulan Kawalan 30 51.33 11.442

Jadual 5. menunjukkan ujian-t bagi menguji perbezaan pemboleh ubah min skor ujian
pasca kumpulan rawatan dan min skor ujian pasca kumpulan kawalan. Berdasarkan Jadual 5,
pengkaji mendapati bahawa nilai signifikan (2-tailed) adalah 0.000. Data ini menerangkan
bahawa ada perbezaan antara min skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan dengan kumpulan
rawatan. Hal ini demikian, nilai signifikan (2-tailed) yang diperoleh lebih kecil daripada 0.05.
Oleh itu, hipotesis nul ditolak.
c. Hipotesis Ketiga

Ho.3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian ayat aktif transitif
menggunakan pengajaran implisit dengan min skor ujian ayat aktif transitif menggunakan
pengajaran eksplisit.

Jadual 6.

Ujian-T Sampel Tidak Bersandar antara Min Skor Ujian menggunakan Pengajaran Implisit

dengan Pengajaran Eksplisit.

Pendekatan N Min Sisihan Piawai Signifikan (2-tailed)

Pengajaran Implisit 30 73.67 13.578 0.000
Pengajaran Eksplisit 30 51.33 11.442

Jadual 6, menunjukkan ujian-t bagi menguji perbezaan pemboleh ubah min skor ujian
ayat aktif transitif menggunakan tindakan konvensional dengan min skor ujian ayat aktif
transitif menggunakan pengajaran eksplisit. Berdasarkan Jadual 6., pengkaji mendapati
bahawa nilai signifikan (2-tailed) adalah 0.000. Dapatan ini menerangkan bahawa ada
perbezaan antara min skor ujian ayat aktif transitif antara pengajaran implisit dengan
pengajaran eksplisit. Hal ini demikian, nilai signifikan (2-tailed) yang diperoleh lebih kecil
daripada 0.05. Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Tahap penguasaan ayat aktif transitif bahasa Melayu murid tahun 5 dalam kajian ini dijawab
melalui persoalan pertama dengan pembuktian hipotesis nul yang pertama dan hipotesis nul
yang kedua dalam analisis data ujian pra-pasca. Ujian pra menunjukkan tiada terdapat
perbezaan yang signifikan antara min skor kumpulan rawatan dan kawalan. Keputusan ini
menggambarkan bahawa pada permulaan, murid kumpulan rawatan dan kawalan mempunyai
kebolehan yang sama dalam penguasaan ayat aktif transitif bahasa Melayu. Manakala,

keputusan ujian pasca pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor
kumpulan rawatan dan kawalan. Hal ini demikian, ujian pasca kumpulan rawatan menunjukkan
skor ujian yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Perbezaan dua kelompok
ini menerangkan bahawa pada peringkat akhir, kumpulan rawatan mempunyai tahap
penguasaan yang lebih baik berbanding kumpulan kawalan.

Keputusan data kajian ujian pra dan pasca ini hampir sama dengan beberapa kajian
lain yang menggunakan pengajaran eksplisit dalam bahasa Inggeris. Antaranya, kajian
pengajaran eksplisit dalam bahasa Inggeris oleh Williams (2013), Iwai (2016) dan Atar (2018)
yang menunjukkan pada pra calon kumpulan kawalan dan rawatan mempunyai tahap
kebolehan yang sama dalam bahasa Inggeris. Namun setelah ujian pasca, dapatan
menunjukkan murid kumpulan rawatan mempunyai prestasi lebih baik berbanding kawalan
dalam kajian mereka dengan menggunakan pengajaran eksplisit, tetapi tahap penguasaannya
bukanlah ayat aktif transitif. Manakala, dalam bahasa Melayu terdapat satu kajian daripada
Hasnah Hassan dan Noreen Mahmood (2016) di Singapura yang menunjukkan keputusan
tahap penguasaan murid dalam imbuhan kata kerja pasif pada ujian pra setara bagi kumpulan
rawatan dan kawalan. Namun, setelah ujian pasca tahap penguasaan bagi murid kumpulan
rawatan lebih cemerlang berbanding kawalan. Walau bagaimanapun, kaedah yang digunakan
bukanlah pengajaran eksplisit serta tahap yang diukur bukanlah ayat aktif transitif bahasa
Melayu, namun hanya kata kerja pasif.

Seterusnya, daripada analisis data yang telah dilaksanakan membuktikan bahawa
kaedah pengajaran eksplisit sangat berkesan dalam membantu meningkatkan tahap
penguasaan ayat aktif transitif bahasa Melayu tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang
Utara. Pembuktian ini jelas melalui pengujian hipotesis nul yang kedua dan ketiga , iaitu
terdapat peningkatan min skor ujian pasca dalam kalangan murid rawatan yang menggunakan
kaedah pengajaran eksplisit, berbanding kumpulan kawalan yang menggunakan pengajaran
implisit. Walaupun min pencapaian dalam kumpulan kawalan juga meningkat, iaitu daripada
48.17 kepada 51.33 tetapi peningkatannya agak rendah dan perbezaan min didapati tidak
signifikan selepas diuji menggunakan ujian-t. Namun, peningkatan min dalam kumpulan
kawalan, iaitu daripada 51.50 kepada 73.67 dan selepas diuji menggunakan ujian-t didapati
perbezaan min ini adalah signifikan. Oleh itu, kaedah pengajaran eksplisit dapat membantu
murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara untuk menguasai kemahiran ayat
aktif transitif bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Jelaslah di sini bahawa penggunaan
pendekatan pengajaran eksplisit ini amat memberangsangkan serta dapat menjadi pemangkin
kepada peningkatan pencapaian bahasa Melayu.

Hasil keputusan kajian ini menunjukkan kaedah pengajaran eksplisit sememangnya
sesuai digunakan guru untuk mengajar seperti yang dikemukakan oleh pengkaji lain dalam
kajian lepas (Amirul Asri Hussin dan Qamarul Azhar Ahmad Kamil, 2017; Asiyah Sheik

Mohamed Ismail dan Khaziah Yem, 2017; Ghazali Mohamed Ibrahim, 2018; Haris Md.Jadi,
1991; Hasmidar Hassan dan Jafizah Jaafar, 2016; Melati Hallel dan Noor Aisyah Buang, 2017;
Mohamad, 2017; Mohamad Zareen Mohamed Shariff dan Milahwati Hussain, 2013; Mohamed
Izzat Mohamed Sarip, 2016; Nor Hidayah Md Khanapiah, 2016; Sunji Yuniarti, 2013; Syed
Nurlakla Syed Abdullah, 2015). Tambahan lagi, kaedah ini telah diuji untuk melihat tahap
penguasaan ayat aktif transitif bahasa, yang sebelum ini belum pernah ada kaedah
pengajaran eksplisit ini dikaji terhadap bidang ini. Justeru itu, pengkaji melihat dapatan kajian
ini sangat berpotensi luas menjadi sumber rujukan kepada pihak KPM dan guru di sekolah
untuk merancang serta mengelola pengajaran yang menerapkan kaedah eksplisit ini dalam
proses PdP.

Implikasinya, kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada guru tentang
keberkesanan pengajaran eksplisit dalam penguasaan ayat aktif transitif bahasa Melayu.
Penggunaan kaedah pengajaran eksplisit merupakan satu aspek yang perlu dititikberatkan
oleh guru bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini
demikian, dapatan kajian ini menunjukkan kaedah pengajaran eksplisit telah meningkatkan
tahap penguasaan ayat aktif transitif dalam kalangan murid tahun 5 di SK Seri Bintang Utara.
Kajian ini juga boleh dijadikan pendorong bagi guru yang berada di sekolah yang tidak tahu
kaedah pengajaran yang berkesan dalam mengajar tatabahasa kepada murid terutamanya
bagi murid yang lemah. Sehingga, memotivasikan guru untuk mempersiapkan diri untuk
menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan bagi memajukan
potensi murid di sekolah. Pengetahuan tentang keberkesanan kaedah pengajaran dalam
meningkatkan tahap penguasaan ayat aktif transitif bahasa Melayu memang tidak dapat
dinafikan lagi.

Ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa keberkesanan pengajaran eksplisit jelas
terbukti serta banyak kepentingan dapatan kajian ini kepada pihak KPM, sekolah dan guru.
Oleh itu, seharusnya sumber dapatan kajian ini dimanfaatkan oleh pihak pemegang taruh
dalam pendidikan untuk memajukan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu khususnya
di arena pendidikan. Diharapkan juga guru-guru dapat merujuk kajian ini bagi merancang
strategi pengajaran eksplisit yang berkesan untuk proses pengajaran dan pembelajaran ketika
mengajar di kelas. Malah diharapkan kajian ini juga dapat menyumbang dalam bidang
penyelidikan bagi menambah mutu serta nilai kajian dalam bidang pendidikan di Malaysia.

RUJUKAN

Amirul Asri Hussin, & Qamarul Azhar Ahmad Kamil. (2017). Penggunaan Teknik Penyoalan
dalam Pengajaran Imbuhan melalui Kajian Pengajaran. Seminar Bahasa Melayu (534–
541).

Asiyah Sheik Mohamed Ismail, & Khaziah Yem. (2017). Pengajaran dan Pembelajaran
Imbuhan ‘Ber-’ melalui Aplikasi ‘Nearpod.’ Seminar Bahasa Melayu, (349–358).

Atar (2018). Should We Teach Pronunciation Explicitly In L2 / EFL Classrooms ? To Cite This
Article : Should We Teach Pronunciation Explicitly In L2 / EFL Classrooms ? International
Journal Of Contemporary Educational Research, (95–102).

Bhasah Abu Bakar, & Yuslina Mohamed. (2000). EAP3072 Metodologi Penyelidikan. Majlis
Penerbitan Ilmiah Malaysia. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Dwiyani Pratiwi et al. (2007). Pemataan Strategi Belajar Tata Bahasa Inggris. Pendidikan
Bahasa Inggris FBS UNY.

Ghazali Mohamed Ibrahim. (2018). Meningkatkan Kemahiran Membaca Teks Naratif melalui
Kaedah Berfikir Secara Bersistem. Seminar Bahasa Melayu, 161–174.

Haris Md. Jadi (1991). Reformasi Kurikulum Di Malaysia : Satu Pandangan Ke Atas Proses
Perancangan, Pembinaan dan Perlaksanaanya. Pendidik dan Pendidikan, 11, 1–15.

Hasmidar Hassan, & Jafizah Jaafar. (2016). Pengintepretasian Peribahasa dan Hubungannya
dengan Kemahiran Berfikir: Analisi berdasarkan Teori Rlevans. Jurnal Bahasa, 16(1), 94–
119.

Hasnah Hassan, & Noreen Mahmood. (2016). Penggunaan Petak dalam Memperkasakan
Imbuhan Pelajar. Seminar Bahasa Melayu (Pp. 421–428).

Ika Puji Widjayanti, & Diana Setiyawati. (2009). Memori Implisit dan Memori Eksplisit pada
Penderita Diabetes Mellitus dan Non Diabetes Mellitus. Jurnal Psikologi, II(2), 1127–
1140.

Iwai (2016). The Effect of Explicit Instruction on Strategic Reading in A Literacy Methods
Course. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 28(1), (110–
118).

Melati Hallel, & Noor Aisyah Buang. (2017). Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan
melalui Pengajaran Secara Eksplisit. In Seminar Bahasa Melayu (475–482). Singapura.

Mohamad (2017). Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Menulis. Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna, (301–311).

Mohamad Zareen Mohamed Shariff, & Milahwati Hussain (2013). Konsep Kata Kerja Transitif
dan Tak Transitif Secara Eksplisit dalam Pembelajaran Murid-Murid Darjah 3. In Seminar
Bahasa Melayu (207–216). Singapura.

Mohamed Izzat Mohamed Sarip. (2016). Penggunaan Perisian Plickers dalam Pembelajaran
ICT. Seminar Bahasa Melayu, (411–420).

Mohamed et.al (2017). Pembinaan dan Penilaian Instrumen Ujian Aptitud Kemasukan ke
Institut Pengajian Tinggi Malaysia (Development and Evaluation of An Aptitute Test for

Bachelor Degree Entrance in Malaysian Institution of Higher Learning). UPSI, (16–27).

Mulyadi (2018). Penelitian Kuantitatif dan Kualitatif serta Pemikiran Dasar
Menggabungkannya. Jurnal Studi Komunikasi Dan Media, 15(1), 128.

Nor Hidayah Md Khanapiah. (2016). Analisis Penggunaan Imbuhan Kata Kerja dalam
Penulisan Murid Pekak. Tesis Sarjana tidak diterbitkan . Universiti Malaya.

Nor Aishah, Abdul Rahman, Che Rohani, Sin Yin, T. (2011). Sensitivity of Normality Tests to
Non-Normal Data. University Sains Malaysia, 40(6), 637–641.

Shahida A. Hamid; Kartini Abd. Wahab; Sa’adiah Ma’alip. (2017). Kesinambungan Linguistik
Melayu. Jurnal Melayu, 16(2), 256–261.

Sunji Yuniarti (2013). Keefektifan Strategi Pengajaran Eksplisit dalam Pembelajaran Membaca
Pemahaman Siswa Kelas Vii SMP Negeri 3 Gombong. Universitas Negeri Yogyakarta.

Syed Nurlakla Syed Abdullah (2015). Analisis Makna Implisit dan Eksplisit dalam
Penterjemahan Buku “Rihlah Ibnu Battutah” ke Bahasa Melayu. Universiti Malaya.

Williams, K. (2013). A Case for Explicit Grammar Instruction in English as Second/Foreign
Language Classrooms. Academic Leadership Journal in Student Research, 1, 7.

TAHAP MOTIVASI GURU BAHASA MELAYU DALAM MENGGUNAKAN ALAT DAN
SUMBER DIGITAL

Zurihan bin Yusoff
[email protected]

Siti Fatimah binti Anong Adini
[email protected]/[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi guru Bahasa Melayu dalam menggunakan alat
dan sumber digital. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian
tinjauan. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen borang soal selidik yang mengandungi 28 item.
Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 76 orang guru Bahasa Melayu daripada 14
buah sekolah rendah (Gred A) di Daerah Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini
mendapati tahap motivasi guru Bahasa Melayu adalah pada tahap tinggi manakala masalah dalam
penggunaan alat dan sumber digital pula sederhana. Masalah-masalah tersebut ialah guru kurang
mahir menggunakan alat dan sumber digital, kesukaran mengawal kelas, bebanan kerja, kekangan
masa, kemudahan komputer terhad, tidak berfungsi dengan baik dan kurang kondusif serta masalah
capaian Internet yang perlahan. Hasil dapatan ujian korelasi pula menunjukkan bahawa terdapat
hubungan negatif yang lemah antara tahap motivasi guru Bahasa Melayu dengan masalah dalam
menggunakan alat dan sumber digital.

Kata kunci: Tahap motivasi, alat dan sumber digital, Guru Bahasa Melayu

ABSTRACT

This study has focused on to identify the level of motivation among Malay Language teachers in using
digital tools and resources. The design used in this study is a quantitative approach and survey
methodology. The survey was conducted using a questionnaire consist of 28 items. The respondents
were 76 Malay Language teachers from 14 primary schools (Grade A) in Sentul, Kuala Lumpur. This
result shows that Malay Language teachers motivation is at a high level while the problems of integrating
digital tools and resources are at the manageable state. The identified problems are the poor use of
digital tools and resources, incompetent classroom management, the workload, time constraints, limited
computer facilities, not well functioning and not conducive as well as poor Internet access. The result of
correlation analysis shows that there is a weak negative correlation between the level of motivation of
Malay Language teachers and the problems in using digital tools and resources.

Keywords: Level of motivation, digital tools and resources, Malay Language teachers

PENGENALAN

Revolusi teknologi telah mengubah landskap dalam bidang pendidikan di Malaysia khususnya

dalam pedagogi abad ke-21 yang menekankan kepentingan terhadap kelancaran maklumat,

media dan teknologi (Abdul Halim, 2019). Sehubungan dengan itu, perubahan ini memberikan

cabaran yang besar terhadap profesion keguruan dalam memanfaatkan penggunaan

Information and Communications Technology (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di

negara kita (KPM, 2013). Guru sebagai pelaksana pendidikan perlu bersedia untuk mengubah

gaya pengajaran agar seiring dan sesuai dengan pembelajaran abad ke-21. Maka dalam hal
ini, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar
Sabran menyarankan agar menggunakan pedagogi dan kaedah pembelajaran yang berbeza
mengikut keperluan pelajar masa kini selaras dengan proses perubahan yang berlaku. Malah
beliau juga turut menyifatkan kaedah pengajaran satu hala iaitu guru mengajar di hadapan
kelas manakala pelajar menghafal dan 'memuntahkan' kembali maklumat di dalam
peperiksaan dianggap sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan (Wafa, 2018). Oleh itu,
dalam konteks ini, alat dan sumber digital menjadi komponen yang penting untuk digunakan
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran bermakna. Hal
ini demikian kerana penggunaan alat dan sumber digital berupaya menggalakkan penglibatan
pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran (Fullan dan Langworthy, 2014).

PERNYATAAN MASALAH

Amalan pedagogi di sekolah perlulah bersifat dinamik seiring dengan pedagogi abad ke-21
yang menekankan kepentingan penggunaan teknologi pada masa kini. Dalam hal ini, guru
perlu mengintegrasi dan membudayakan penggunaan alat dan sumber digital dalam
pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Anjakan Transformasi Ketujuh dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang menegaskan manfaat ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah (KPM, 2013).

Namun demikian, hasil dapatan kajian Johari dan Siti Norazlina (2010) menunjukkan
bahawa tahap kemahiran para guru terhadap penggunaan komputer dan ICT masih berada
pada tahap sederhana. Para guru juga lebih cenderung menggunakan komputer dan ICT
terhad kepada penggunaan peribadi sahaja bukannya untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Sikap juga mempengaruhi guru dalam menggunakan alat dan sumber digital.
Hal ini demikian kerana kajian Melvina dan Jamaludin (2010) mendapati bahawa guru-guru
didapati bersikap kurang pasti terhadap penggunaan ICT untuk digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Selain itu, terdapat kekangan terhadap penggunaan alat dan sumber digital di sekolah
kerana wujud masalah seperti beban tugas guru yang semakin tinggi mengakibatkan guru
kurang bermotivasi dalam di dalam kelas (Norashid dan Hamzah, 2014), masalah kekurangan
kemahiran ICT, jaringan internet yang lambat, kemudahan ICT dan sokongan teknikal pihak
sekolah yang rendah dan kekurangan masa (Talirkodi, 2016). Oleh itu, isu-isu tersebut
mendorong pengkaji untuk mengenal pasti tahap motivasi guru bahasa Melayu dalam
menggunakan alat dan sumber digital di sekolah rendah.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba mencapai tiga objektif. Ketiga-tiga adalah seperti
berikut:

1. Untuk mengenal pasti tahap motivasi Guru-guru Bahasa Melayu di SK dengan
penggunaan alat dan sumber digital demi memantapkan pengajaran dan
pembelajaran.

2. Untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru-guru Bahasa Melayu
di SK dalam penggunaan alat dan sumber digital demi memantapkan pengajaran dan
pembelajaran.

3. Mengukur hubungan antara tahap motivasi guru dengan masalah penggunaan alat dan
sumber digital.
SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan kajian. Ketiga-tiga
soalan kajian adalah seperti yang berikut:

1. Apakah tahap motivasi Guru-guru Bahasa Melayu di SK dengan penggunaan alat dan
sumber digital demi memantapkan pengajaran dan pembelajaran?

2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru-guru Bahasa Melayu di SK dalam
penggunaan alat dan sumber digital demi memantapkan pengajaran dan
pembelajaran?

3. Apakah hubungan antara tahap motivasi guru dengan masalah penggunaan alat dan
sumber digital?
HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan soalan kajian tersebut, kajian ini telah membina satu hipotesis kajian seperti yang
berikut:

Ho1: Terdapat hubungan yang negatif dan didapati signifikan antara tahap motivasi
guru Bahasa Melayu di SK dengan masalah dalam menggunakan alat dan sumber digital.

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan.
Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada guru Bahasa Melayu yang mengajar di
sekolah kebangsaan (Gred A) dalam Zon Sentul di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
berjumlah 96 orang guru. Daripada jumlah populasi tersebut, pengkaji telah memilih seramai
76 orang guru sebagai sampel kajian. Jumlah tersebut ditentukan berdasarkan kepada Jadual
Sampel Kajian, Krejcie dan Morgan (1970) dalam Arsaythamby dan Arumugam (2013) yang
berpadanan dengan saiz populasi, iaitu jumlah populasi 95 orang guru maka bilangan sampel

kajian hendaklah berjumlah 76 orang.

Instrumen yang digunakan ialah soal selidik untuk mengumpul data. Instrumen soal
selidik telah diadaptasi daripada Talirkodi (2016) setelah mendapat kebenaran untuk
menggunakan borang soal selidik tersebut. Borang soal selidik telah mendapat kesahan muka
dan kandungan daripada tiga orang pensyarah pakar bidang dan seorang pensyarah pakar
metodologi. Instrumen soal selidik ini telah diuji ke atas 30 orang guru Bahasa Melayu di
Daerah Petaling Perdana melalui kajian rintis. Kajian rintis ini dijalankan bagi mendapatkan
kebolehpercayaan instrumen (Melvina dan Jamaludin, 2010) dan amat penting dilakukan
dalam kajian tinjauan (Mohd. Najib, 2003). Selanjutnya, data kajian rintis dianalisis
menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 25 untuk mendapatkan
nilai Alpha Cronbach bagi kebolehpercayaan soal selidik. Nilai Alpha Cronbach bagi konstruk
tahap motivasi Guru Bahasa Melayu ialah .953 manakala konstruk masalah dalam
menggunakan alat dan sumber digital ialah .929. Nilai kebolehpercayaan tersebut
menunjukkan tahap amat baik dengan berdasarkan (Lim, 2007), iaitu 0.90 atau lebih maka
soal selidik ini boleh digunakan untuk mengumpul data sebenar.

Oleh itu, seramai 76 orang guru bahasa Melayu telah menjawab soal selidik ini
daripada 14 buah sekolah rendah kebangsaan (Gred A) dalam Zon Sentul di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Dapatan kajian telah dianalisis berdasarkan statistik deskriptif,
iaitu min, dan sisihan piawai manakala analisis statistik inferensi digunakan untuk
mendapatkan nilai pekali korelasi bagi mengukur hubungan tahap motivasi guru Bahasa
Melayu dalam menggunakan alat dan sumber digital.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1
Analisis item tahap motivasi guru bahasa Melayu dalam menggunakan alat dan sumber
digital.

Bil. Item Min Sisihan Tahap
(µ) Piawai
1 Saya yakin menggunakan alat dan sumber digital dalam Tinggi
PdP. (SP) Tinggi
4.24 .608 Tinggi
2 Saya menggunakan alat dan sumber digital secara Tinggi
optimum. 3.84 .713 Tinggi
Tinggi
3 Saya sedar kepentingan penggunaan alat dan sumber 4.37 .562
digital dalam PdP.
3.95 .781
4 Saya berminat untuk menghadiri kursus alat dan sumber
digital. 4.24 .630

5 Saya berminat untuk menggunakan alat dan sumber 4.37 .562
digital dalam PdP.

6 Saya berminat untuk menggunakan alat dan sumber
digital kerana dapat menarik minat murid.

7 Saya berminat untuk menggunakan alat dan sumber 4.20 .611 Tinggi
.626 Tinggi
digital dalam PdP kerana lebih sistematik. .629 Tinggi

8 Saya berminat untuk menggunakan alat dan sumber 4.36 .633 Tinggi
.474 Tinggi
digital kerana dapat mempelbagaikan bahan PdP.

9 Saya berminat untuk menggunakan alat dan sumber 4.37

digital kerana dapat mewujudkan suasana pembelajaran

yang menyeronokkan.

10 Saya berminat untuk menggunakan alat dan sumber 4.30

digital kerana dapat membangunkan profesional saya.

Min keseluruhan 4.22

Berdasarkan Jadual 1 Analisis item tahap motivasi guru bahasa Melayu dalam
menggunakan alat dan sumber digital menunjukkan nilai min bagi konstruk tahap motivasi
guru Bahasa Melayu ialah 4.22, ini bermakna majoriti responden mempunyai tahap motivasi
yang tinggi manakala nilai sisihan piawai ialah .474, iaitu set data terserak menghampiri ukuran
pusat. Ringkasnya, guru-guru Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan (Gred A), Daerah
Sentul, Wilayah Kuala Lumpur mempunyai tahap motivasi yang tinggi dalam menggunakan
alat dan sumber digital.

Jadual 2
Analisis item masalah guru bahasa Melayu dalam menggunakan alat dan sumber digital

Bil. Item Min Sisihan Tahap
(µ) Piawai Sederhana
(SP)
1 Saya kurang mahir menggunakan alat dan 2.43 1.147
sumber digital. 2.46
2.39 1.160 Sederhana
2 Saya kurang mahir mengendalikan penggunaan
alat dan sumber digital di dalam bilik darjah. 2.46 1.144 Sederhana

3 Saya kurang mahir menggunakan alat dan 2.49 1.064 Sederhana
sumber digital yang sesuai untuk digunakan
dalam PdP. 2.03 1.149 Sederhana
2.62
4 Saya kurang mahir menggabungkan alat dan 2.70 .953 Rendah
sumber digital untuk membina bahan bantu 2.86 1.233 Sederhana
mengajar. 2.70 1.276 Sederhana
1.230 Sederhana
5 Saya mengambil masa yang lama ketika 2.82 1.233 Sederhana
menggunakan alat dan sumber digital dalam
PdP. 1.230 Sederhana

6 Saya sukar mengawal kelas ketika menggunakan
alat dan sumber digital.

7 Saya sukar menggunakan alat dan sumber digital
dalam PdP kerana bebanan kerja.

8 Saya sukar menggunakan alat dan sumber digital
kerana kekangan masa.

9 Saya sukar menggunakan alat dan sumber digital
kerana bilangan komputer yang terhad.

10 Saya sukar menggunakan alat dan sumber digital
kerana kemudahan komputer di sekolah tidak
berfungsi dengan baik.

11 Saya sukar menggunakan alat dan sumber digital
kerana capaian Internet perlahan.

12 Saya sukar menggunakan alat dan sumber digital 2.43 1.087 Sederhana
kerana makmal komputer di sekolah kurang 2.53 .912 Sederhana
kondusif.
Min keseluruhan

Berdasarkan Jadual 2 Analisis item masalah guru bahasa Melayu dalam menggunakan
alat dan sumber digital membuktikan bahawa nilai min keseluruhan konstruk masalah dalam
menggunakan alat dan sumber digital ialah 2.53, iaitu pada tahap sederhana manakala nilai
sisihan piawai ialah .912 menunjukkan set data terserak sedikit daripada ukuran pusat. Item 6
menunjukkan nilai min yang rendah dalam konstruk ini, iaitu 2.03, hal ini bermakna majoriti
responden bersetuju bahawa sukar mengawal kelas ketika menggunakan alat dan sumber
digital menjadi masalah utama kepada mereka. Ringkasnya, Guru-guru Bahasa Melayu di
sekolah kebangsaan (Gred A), Daerah Sentul, Wilayah Kuala Lumpur juga mengalami
masalah-masalah lain seperti kurang mahir menggunakan alat dan sumber digital, sukar
mengawal bilik darjah, bebanan kerja, kekangan masa, kurang kemudahan komputer di
sekolah dan masalah capaian Internet dalam menggunakan alat dan sumber digital.

Jadual 3

Analisis korelasi terhadap hubungan antara tahap motivasi guru bahasa melayu dengan
penggunaan alat dan sumber digital

Pemboleh ubah Pekali Paras
korelasi (r) signifikan
Tahap motivasi guru Bahasa Melayu
Masalah dalam menggunakan alat dan sumber -.165 (p)
digital .155

Berdasarkan Jadual 3 Analisis korelasi terhadap hubungan antara tahap motivasi guru
bahasa Melayu dengan penggunaan alat dan sumber digital pekali korelasi bagi pasangan
pemboleh ubah tahap motivasi guru Bahasa Melayu dengan masalah dalam menggunakan
alat dan sumber digital adalah kecil di antara -.165 hingga 0.30, iaitu nilai korelasi Pearson (r)
= -.165 dan paras signifikan = .155. Hal ini membuktikan bahawa pemboleh ubah tahap
motivasi guru Bahasa Melayu dengan masalah dalam menggunakan alat dan sumber digital
mempunyai perkaitan korelasi negatif .165. Dapatan kajian menunjukkan nilai r = -.165,
merujuk Hinkle, Wiersma dan Jurs (1998) nilai r= ±0.01 hingga r= ±0.30, merupakan hubungan
yang negatif yang lemah antara tahap motivasi guru Bahasa Melayu dengan masalah dalam
menggunakan alat dan sumber digital. Hipotesis kajian diterima.

RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah
kebangsaan (Gred A) di Daerah Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai
tahap motivasi yang tinggi dalam menggunakan alat dan sumber digital. Dapatan ini turut
disokong dengan kajian Talirkodi (2016) namun demikian berbeza pula dengan dapatan kajian
Schulz, Reichert dan Isabwe (2015), iaitu tahap motivasi guru meningkat sekiranya mereka
boleh melihat sendiri perkembangan murid melalui pembentukan hubungan sosial berbanding
penggunaan ICT yang mengehadkan PdP bersemuka.

Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa guru-guru bahasa Melayu mengalami
masalah-masalah lain seperti kurang mahir menggunakan alat dan sumber digital, sukar
mengawal bilik darjah, bebanan kerja, kekangan masa, kurang kemudahan komputer di
sekolah dan masalah capaian Internet dalam menggunakan alat dan sumber digital. Hasil
dapatan ini bertepatan dengan kajian yang telah dijalankan oleh (Johari dan Siti Norazlina,
2010, Norashid dan Hamzah, 2014, Talirkodi, 2016). Hasil dapatan juga membuktikan bahawa
terdapat hubungan negatif yang lemah antara tahap motivasi guru bahasa Melayu dengan
penggunaan alat dan sumber digital. Hal ini jelas menggambarkan bahawa semakin banyak
masalah yang dialami oleh guru bahasa Melayu maka semakin menurut tahap motivasi
mereka untuk menggunakan alat dan sumber digital dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Implikasi kajian ini membantu pihak pentadbir sekolah dan guru untuk menangani
masalah-masalah penggunaan alat dan sumber digital di sekolah masing-masing. Hal ini
demikian kerana masalah-masalah yang dihadapi oleh guru mempengaruhi motivasi guru
untuk menggunakan alat dan sumber digital dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam
kajian ini, pengkaji mencadangkan agar pentadbir sekolah misalnya Guru Besar mengenal
pasti guru yang perlu mengikuti kursus atau bengkel kemahiran komputer yang boleh
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru bahasa Melayu dalam menggunakan alat
dan sumber digital. Selain itu, pentadbir sekolah juga perlu peka dan merancang tindakan
yang sepatutnya untuk menyediakan fasiliti yang berfungsi, mencukupi dan kondusif untuk
bagi penggunaan alat dan sumber digital di sekolah. Malah, untuk mengatasi masalah sukar
mengawal bilik darjah maka guru-guru juga perlu tahu mengurus dan menggunakan alat dan
sumber digital yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan majoriti guru Bahasa Melayu
mempunyai motivasi yang tinggi. Didapati juga segelintir guru Bahasa Melayu mempunyai
masalah dalam menggunakan alat dan sumber digital. Berdasarkan analisis korelasi didapati
semakin guru bermasalah dalam penggunaan alat dan sumber digital semakin kurang motivasi
guru untuk menggunakan alat dan sumber digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini juga membantu menambah kekurangan kajian-kajian lepas terhadap motivasi guru

dalam penggunaan alat dan sumber digital di sekolah rendah kebangsaan. Walau
bagaimanapun, kajian ini hanya dilaksanakan dalam populasi guru Bahasa Melayu di bandar
justeru disyorkan agar kajian lanjutan diluaskan lagi ke seluruh negara terutamanya di
kawasan luar bandar atau pedalaman dengan penglibatan saiz sampel yang lebih besar. Oleh
itu, pentadbir sekolah dan guru perlulah peka untuk menangani masalah supaya penggunaan
alat dan sumber digital dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

RUJUKAN

Abdul Halim Abdullah. (2019). Generasi digital perlu pedagogi abad ke-21. Berita Harian:
shorturl.at/eryIY.

Arsaythamby Veloo & Arumugam Raman. (2013). Kaedah analisis dan interprestasi data.
UUM Press.

Fullan, M. & Langworthy, M. . (2014). A Rich Seam: How pedagogies find Deep Learning.
Pearson.

Johari Hassan & Siti Norazlina Kamisan. (2010, November 19). Halangan terhadap
penggunaan komputer dan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar di Daerah Kulai Jaya,
Johor. pp. 1-10.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan kuantitatif dan kualitatif.
McGraw-Hill.

Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran di sekolah-
sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 59-65.

Norashid Othman & Hamzah Md. Omar. (2014). Beban tugas dan motivasi pengajaran guru
di Sekolah Menengah Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan, 35-75.

Shulz, M., Isabwe, G. M. & Reichert, F. (2015). Investigating teachers motivation to use ICT
tools in Higher Education. Internet Technologies and Aplications (ITA), 62-67.

Talirkodi A/P Vinathan. (2016). Hubungan Motivasi Guru dengan Penggunaan ICT dalam
Pengajaran di SJK (T) Daerah Kuala Muda Yan. International Seminar on Generating
Knowledge Through Research, (pp. 1043-1054). Kedah.

Wafa Aula. (2018, Mac 27). Suka atau tidak, guru perlu ubah gaya pengajaran mereka.
Astroawani: shorturl.at/hvwB6.

HUBUNGAN PENGETAHUAN DENGAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN ALAT DAN
SUMBER DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Mastura binti Mohamed Berawi
[email protected]

Tan Con Ni
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan pengetahuan dengan kemahiran penggunaan alat dan
sumber digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Instrumen kajian ini ialah soal selidik yang
mengandungi 26 item. Responden kajian ini terdiri daripada 59 orang guru bahasa Melayu di sekolah
rendah daerah Klang. Data yang dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik
inferensi menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 25. Statistik
deskriptif melibatkan pengukuran min dan sisihan piawai untuk menganalisis dapatan kajian tahap
pengetahuan dengan tahap kemahiran penggunaan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu.
Sehubungan dengan itu, statistik inferensi, iaitu pekali korelasi digunakan untuk mengukur dapatan
kajian hubungan pengetahuan dengan kemahiran penggunaan alat dan sumber digital dalam PdP
bahasa Melayu. Kesimpulannya, analisis statistik deskriptif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan
dan tahap kemahiran menggunakan alat dan sumber digital adalah sederhana. Statistik inferensi, iaitu
pekali korelasi menunjukkan hubungan yang positif dan sangat kuat, r=.894 antara tahap pengetahuan
dengan tahap kemahiran penggunaan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu. Oleh itu, guru
disarankan untuk menimba pengetahuan dan kemahiran penggunaan alat dan sumber digital supaya
dapat meningkatkan kualiti PdP bahasa Melayu.

Kata Kunci: tahap pengetahuan, tahap kemahiran, alat dan sumber digital

ABSTRACT

This study aimed to identify the relationship between the knowledge with the skill using the digital tools
and resources in the process of teaching and learning Malay Language. This research was designed
using the quantitative and survey method. The research instrument used was a set of questionnaire that
consists of 26 items. This research was participated by 59 of primary Malay Language teachers in Klang.
The data collected were analyzed using descriptive statistics and inference statistics by using the
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 25. Descriptive statistics involves the
measurement of mean and standard deviation to analyze the level of knowledge and the level of skills
of using the digital tools and resources in the process of teaching and learning Malay Language.
Meanwhile, the inference statistics which is named by correlation coefficient was used to find the
relationship between the knowledge with the skill using the digital tools and resources in the process of
teaching and learning Malay Language. As overall, the descriptive statistical analysis showed that the
level of knowledge and the level of skills of using the digital tools and resources in the process of
teaching and learning Malay Language are at the moderate level. The inference statistical analysis,
correlation coefficient showed the positive and very strong relationship (r=.894) between the knowledge
with the skill using the digital tools and resources in the process of teaching and learning Malay
Language. Therefore, teachers are advised to increase their knowledge and skills of using the digital
tools and resources to improve the quality of teaching and learning in Malay Language.

Keywords: level of knowledge, level of skill, digital tools and resources

PENGENALAN
Kebelakangan ini, revolusi industri 4.0 atau dikenali dengan istilah industri 4.0 sedang
diperkenalkan sebagai istilah yang popular untuk menggambarkan trend terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan automasi yang sedang meningkat hampir di semua
sektor industri (Oesterreich dan Teuteberg, 2016). Revolusi industri merupakan elemen yang
menolong dalam perkembangan serta kemajuan sesebuah negara moden. Zhou, Liu dan
Zhou (2015) turut menyatakan bahawa revolusi industri keempat adalah revolusi perindustrian
baharu yang akan mempunyai pengaruh besar terhadap industri antarabangsa. Justeru,
revolusi industri keempat ini akan menjadi fenomena dan kesannya ke atas seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Malaysia merupakan negara pertama yang merangka elemen
cabaran industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Hal
ini dapat dilihat melalui anjakan ketujuh, iaitu memanfaatkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2012). Bagi memperluas penggunaan TMK di sekolah, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) mensasarkan semua Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dilengkapkan dengan kemudahan, peralatan dan
perisian yang lengkap, serta guru dan kakitangan mendapat latihan yang mencukupi.

Sebagai persediaan untuk berhadapan dengan dunia yang celik dengan alat teknologi
ini, penggunaan bahan yang berasaskan alat dan sumber digital amat digalakkan dalam
proses PdP. Proses PdP dapat ditingkatkan kualitinya dan dipelbagaikan melalui alat dan
sumber digital yang digunakan seperti komputer dan perisian. Pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran yang digunakan oleh guru belum dapat menjamin berlakunya proses PdP yang
berkesan. Namun, pembelajaran yang berkesan akan berlaku dengan memilih pendekatan,
kaedah, teknik pengajaran dan juga penggunaan bahan yang berasaskan alat dan sumber
digital. Penggunaan bahan ini dianggap dan diakui sebagai pemangkin dalam proses PdP
(Johari dan Fazliana, 2011).

Lanjutan daripada huraian di atas, guru-guru bahasa dituntut berkebolehan dalam
bidang sains dan teknologi, berinovasi, bijak mengadaptasi kemudahan teknologi yang sedia
ada serta sensitif terhadap keperluan pengajaran dengan menggunakan pelbagai jenis alat
dan sumber digital. Guru bahasa Melayu tidak dikecualikan. Penggunaan alat dan sumber
digital dalam pengajaran yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian
murid dan mampu membantu perkembangan kemahiran mengingat, penyelesaian masalah
dan bahasa (Ihmedieh, 2010; Zaranis, Kalogiannakis dan Papadakis, 2013). Bukan itu sahaja,
penggunaan ini juga dapat menarik serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi
murid dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendek kata, proses PdP
dapat mencapai objektif secara maksimum pada akhir sesi pengajaran berikutan penggunaan
alat dan sumber digital secara efektif.

PERNYATAAN MASALAH
Creswell (2014) mendefinisikan pernyataan masalah sebagai tulang belakang bagi
melaksanakan sesuatu penyelidikan. Kajian Norfarizah dan Mohd Zazril (2017) menyatakan
bahawa kebanyakan guru yang mengajarkan mata pelajaran Sains tidak pernah
menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) di dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran, tetapi
menggunakan buku teks sahaja. Kajian ini disokong oleh pendapat Siti Zubaidah dan Abdul
Razak (2015), iaitu sebahagian guru suka menggunakan kaedah membaca buku teks dalam
pengajaran menyebabkan murid kurang berminat untuk belajar.

Kajian Koc dan Bakir (2010) mendapati bahawa 39 peratus guru mempunyai
pengetahuan yang kurang tentang penggunaan komputer dalam proses PdP. Hasil kajian ini
turut disokong oleh Norhiza, Zamri dan Wan Muna Ruzanna (2016) yang menyatakan bahawa
kebanyakan guru tidak menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran di sekolah. Kajian
Rosnaini dan Mohd Arif (2010) turut menyatakan bahawa pengetahuan TMK oleh majoriti guru
berada pada tahap yang sederhana. Tambahan pula, dapatan kajian Maimun Aqsha et al.,
(2011) terhadap guru turut mendapati bahawa pengetahuan awal mereka terhadap
penggunaan TMK masih kurang mendalam.

Dari segi kemahiran penggunaan pula, kajian Sandra, Abu Bakar dan Norlidah (2013)
menunjukkan 67% guru tidak memiliki kemahiran yang meyakinkan dalam bidang TMK. Hasil
kajian Zailawati Husin dan Fariza Khalid (2014) serta Sritharr (2016) menunjukkan guru
mempunyai tahap kemahiran yang sederhana mahir dalam penggunaan TMK. Kajian Nor
Zaira, Zolkefli dan Mohd Kasri (2016) mendapati bahawa wujudnya hubungan yang signifikan
antara kemahiran dengan tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru. Hal ini bermaksud
jika guru tidak memiliki kemahiran menguruskan bahan dan alat TMK, maka akan
menyukarkan mereka untuk menggunakannya dalam PdP.

Berdasarkan pernyataan masalah di atas, jelaslah menunjukkan bahawa kajian
mengenai tahap pengetahuan dengan tahap kemahiran penggunaan alat dan sumber digital
dalam kalangan guru perlu dijalankan. Oleh itu, kajian ini melihat secara khusus kepada tahap
pengetahuan guru menggunakan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu, tahap
kemahiran guru menggunakan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu serta
hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap kemahiran penggunaan alat dan sumber
digital dalam PdP bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif khusus telah dihasilkan. Antara objektifnya
adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru menggunakan alat dan sumber digital dalam
PdP bahasa Melayu.

2. Mengenal pasti tahap kemahiran guru menggunakan alat dan sumber digital dalam
PdP bahasa Melayu.

3. Mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan dengan tahap kemahiran guru
menggunakan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu.
SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, soalan kajian ini adalah seperti yang berikut:
1. Apakah tahap pengetahuan guru menggunakan alat dan sumber digital dalam PdP
bahasa Melayu?
2. Apakah tahap kemahiran guru menggunakan alat dan sumber digital dalam PdP
bahasa Melayu?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan tahap
kemahiran guru menggunakan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu?

HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina hipotesis kajian seperti yang
berikut:
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan tahap
kemahiran guru menggunakan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu.

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kajian
tinjauan merupakan kaedah mendapatkan maklumat dan menggunakan soalan yang sama
untuk setiap orang dalam bilangan yang besar iaitu populasi (Chua, 2012). Pengkaji telah
memilih seramai 59 orang responden sebagai sampel kajian berdasarkan penentuan saiz
sampel Krejie dan Morgan (1970) yang telah menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan
dengan saiz populasi kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik.
Pengkaji telah menggunakan skala Likert empat mata untuk mengumpul data daripada
responden.

Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh mana instrumen berkenaan dapat
mengukur aspek yang diperlukan (Mohd Majid, 1990). Bagi memastikan kesahan kandungan,
instrumen kajian yang dibina telah diberikan kepada pensyarah yang mempunyai bidang pakar
yang berbeza. Setelah menerima pandangan daripada pakar, beberapa item telah diperbaiki
dari segi struktur ayat dan kesesuaian dengan konstruk instrumen kajian. Kemudian, satu
kajian rintis telah dilaksanakan bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen yang
digunakan. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diukur dengan menggunakan nilai Ujian
Statistik Alpha Cronbach dalam perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS)
version 25. Nilai Alpha Cronbach bagi instrumen soal selidik ini ialah .954. Berdasarkan

pendekatan model pengukuran Rasch, nilai Alpha Cronbach yang boleh diterima
kebolehpercayaannya adalah antara 0.71-0.99 seperti yang diterangkan oleh Bond dan Fox
(2015).

Pada masa yang sama, statistik deskriptif digunakan untuk memperoleh min dan
sisihan piawai. Interpretasi skor min bagi kajian ini menggunakan sumber daripada Riduwan
(2012). Pemeringkatan skor min adalah seperti kurang kaitan (1.00-1.50), rendah (1.51-2.50),
sederhana (2.51-3.50), dan tinggi (3.51-4.00). Bagi interpretasi nilai sisihan piawai pula
menggunakan sumber daripada Ramlee (2002). Pemeringkatan nilai sisihan piawai adalah
seperti sangat rendah (0.00-0.25), rendah (0.26-0.50), sederhana (0.51-0.75), tinggi (0.76-
1.00) dan sangat tinggi (>1.01).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dalam bahagian ini, pengkaji menganalisis tentang dapatan kajian yang bagi menjawab

soalan kajian. Pengkaji menggunakan jadual untuk menjelaskan dapatan kajian.

Jadual 1:
Tahap pengetahuan guru menggunakan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu

Bil Item Min (μ) Sisihan Tahap
Piawai Sederhana
1. Pengetahuan dalam penggunaan projektor. 3.27 Sederhana
2. Pengetahuan dalam penggunaan komputer. 3.31 .639 Sederhana
3. Pengetahuan dalam penggunaan internet. 3.32 .500 Sederhana
4. Pengetahuan dalam penggunaan video. 3.20 .507 Sederhana
5. Pengetahuan dalam menyediakan bahan 3.08 .581 Sederhana
3.14 .501
berasaskan alat dan sumber digital. .507 Sederhana
6. Pengetahuan dalam menggunakan bahan 3.29
.559 Sederhana
berasaskan alat dan sumber digital selaras 3.24
dengan objektif pengajaran. .567 Sederhana
7. Pengetahuan tentang penggunaan bahan 3.24
berasaskan alat dan sumber digital dapat .536 Sederhana
menarik minat murid untuk belajar. 3.25
8. Pengetahuan tentang penggunaan bahan .544 Sederhana
berasaskan alat dan sumber digital dapat 3.13
menjadikan pengajaran lebih efektif. .499
9. Pengetahuan tentang penggunaan bahan
berasaskan alat dan sumber digital dapat
menjadikan pengajaran lebih kreatif.
10. Pengetahuan tentang penggunaan bahan
berasaskan alat dan sumber digital dapat
menjadikan pengajaran lebih cekap.

Keseluruhan

Secara keseluruhannya, semua item dalam konstruk pertama ini adalah pada tahap
sederhana. Min keseluruhan bagi konstruk ini ialah (μ=3.13) dan sisihan piawai SP=.499. Min
ini membuktikan bahawa guru-guru mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana terhadap
penggunaan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu di Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina daerah Klang. Sisihan piawai pula menunjukkan set data tertumpu kepada

pusat ukuran.

Jadual 2:
Tahap kemahiran guru menggunakan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu

Bil Item Min (μ) Sisihan Tahap
Piawai Sederhana
1. Kemahiran mencari maklumat tambahan 3.19 Sederhana
3.14 .508 Sederhana
pengajaran daripada laman web pendidikan. 3.19 .540 Sederhana
3.07 Sederhana
2. Kemahiran mencari bahan pengajaran 3.00 .541 Sederhana
3.08 Sederhana
berasaskan alat dan sumber digital yang 3.12 .612 Sederhana
3.12 Sederhana
sesuai untuk PdP. 3.08 .587 Sederhana
3.29 Sederhana
3. Kemahiran menyediakan bahan berasaskan 3.23 .566

alat dan sumber digital mengikut objektif .618

pengajaran. .560

4. Kemahiran menghasilkan bahan .566
.645
menggunakan alat dan sumber digital .457

mengikut objektif pengajaran.

5. Kemahiran mempelbagaikan bahan

berasaskan alat dan sumber digital dalam

PdP.

6. Kemahiran menggunakan bahan berasaskan

alat dan sumber digital dalam PdP bahasa

Melayu.

7. Kemahiran menggunakan bahan berasaskan

alat dan sumber digital sebagai set induksi

PdP bahasa Melayu.

8. Kemahiran menggunakan bahan berasaskan

alat dan sumber digital dalam langkah

pengajaran.

9. Kemahiran menggunakan bahan berasaskan

alat dan sumber digital sebagai penutup PdP.

10. Kemahiran menggunakan power point dalam

PdP bahasa Melayu.

Keseluruhan

Sebagai keseluruhannya, semua item dalam konstruk kedua ini berada pada tahap
sederhana. Min keseluruhan ialah 3.23 dan sisihan piawai pula .457. Selaras dengan
kenyataan ini, min keseluruhan ini membuktikan bahawa tahap kemahiran guru menggunakan
alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu sederhana di Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina daerah Klang. Sisihan piawai pula menunjukkan set data terserak tetapi
menghampiri pusat ukuran.

Jadual 3:
Hubungan antara tahap pengetahuan dengan tahap kemahiran

Pemboleh Ubah r p
Tahap Pengetahuan .894 .000

Tahap Kemahiran

Berdasarkan Jadual 3 pekali korelasi bagi pasangan pemboleh ubah tahap
pengetahuan dengan tahap kemahiran adalah besar, iaitu di antara .894 hingga 1.00 di mana
nilai Pearson Correlstion (r) = .894** dan paras signifikan (p) =. 000. Hal ini membuktikan

bahawa pemboleh ubah tahap pengetahuan dengan tahap kemahiran guru mempunyai
perkaitan korelasi positif .894 dan nilai varian bagi pemboleh ubah ialah 79.9% ((.894 x .894)
x 100). Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan nilai r=.894, merujuk Sarwono (2006) nilai r=.76
hingga r=.99 merupakan hubungan yang positif yang sangat kuat antara tahap pengetahuan
dengan tahap kemahiran.

Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan,
iaitu hubungan yang positif dan sangat kuat antara tahap pengetahuan dengan tahap
kemahiran guru menggunakan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu dengan nilai
r (59) = .894, p = 0. Hal ini menunjukkan hubungan yang positif dengan tahap yang sangat
kuat berdasarkan jadual skala interpretasi nilai korelasi oleh Sarwono (2006). Pendek kata,
hipotesis nul Ho1 adalah tidak benar dan ditolak.

RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan dapatan setiap soalan kajian dalam penyelidikan dan
merumuskannya untuk memberi justifikasi bahawa setiap objektif kajian telah dipenuhi dan
soalan kajian telah dijawab. Dapatan bagi soalan kajian pertama bercanggah dengan
beberapa dapatan kajian lain yang mengkaji tentang penggunaan alat dan sumber digital
dalam kalangan guru di sekolah. Antaranya ialah kajian Nur Qistina dan Hazman (2010), kajian
Mohd Anuar dan Ahmad (2011), kajian Siti Mardziah (2013) serta kajian Namiha dan Suziyani
(2019). Keempat-empat dapatan kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan TMK dalam
kalangan guru adalah tinggi. Kajian Nur Qistina dan Hazman (2010) dijalankan di sekolah
kebangsaan zon Pantai Remis Beruas. Kajian Mohd Anuar dan Ahmad (2011) dijalankan di
sekolah rendah zon Paloh Kluang terhadap guru penyelaras TMK. Kajian Siti Mardziah (2013)
pula dijalankan di sekolah menengah agama manakala kajian Namiha dan Suziyani (2019)
dijalankan di prasekolah daerah Mukah, Dalat dan Daro di bahagian Mukah, Sarawak.

Dapatan bagi soalan kajian kedua hampir sama dengan kajian yang dijalankan oleh
Renuka dan Siti Hawa (2013) yang menyatakan bahawa tahap kemahiran guru mata pelajaran
Sejarah menggunakan sumber digital adalah sederhana. Responden kajian ini ialah guru yang
mengajar bahasa Melayu manakala responden kajian Renuka dan Siti Hawa (2013) ialah guru
Sejarah. Oleh itu, kajian ini dapat mengisi kelompangan tersebut dan perkara ini akan
dibincangkan dengan lebih lanjut dalam implikasi kajian.

Dapatan bagi soalan kajian ketiga juga hampir sama dengan kajian lepas yang
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan tahap
kemahiran guru menggunakan alat dan sumber digital dalam PdP. Antaranya kajian Mohd
Anuar dan Ahmad (2011) serta kajian Namiha dan Suziyani (2019). Kedua-dua kajian ini
menunjukkan hubungan yang positif dan kuat antara tahap pengetahuan dengan tahap
kemahiran guru menggunakan TMK. Perbezaan antara kedua-dua kajian lepas dengan kajian

ini adalah tahap pengetahuan dengan tahap kemahiran guru menggunakan alat dan sumber
digital adalah tinggi. Namun, dapatan kajian ini pula menunjukkan tahap pengetahuan dengan
tahap kemahiran penggunaan alat dan sumber digital adalah sederhana.

Implikasi kajian ini bertujuan memberi justifikasi bahawa kajian ini memenuhi jurang
penyelidikan dan berupaya memberi sumbangan kepada pengetahuan dan praktikal. Kajian
ini dapat memberi pengetahuan kepada guru tentang kemampuan menggunakan alat dan
sumber digital dalam PdP bahasa Melayu. Pengetahuan tentang keberkesanan penggunaan
alat dan sumber digital juga dapat meningkatkan kemahiran guru semasa menggunakan
teknologi terkini dalam PdP. Guru boleh mempraktikkan teknik mengajar dengan
menggunakan pelbagai jenis alat dan sumber digital kepada murid. Kajian ini juga dapat
memberi kesedaran kepada guru bahawa penggunaan alat dan sumber digital yang sesuai
dapat memudahkan pengajaran guru serta dapat meningkatkan kualiti PdP.

Bukan itu sahaja, kajian ini turut memberi cadangan kepada beberapa pihak.
Antaranya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia harus menyediakan satu program latihan
menyeluruh kepada guru yang mengambil kira proses penggunaan alat dan sumber digital
dari masa ke masa. Kursus yang berterusan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
guru dalam menggunakan alat dan sumber digital. Seterusnya, cadangan kepada pihak
sekolah pula adalah sentiasa memastikan kemudahan alat dan sumber digital adalah dalam
keadaan yang baik dan boleh digunakan.

Di samping itu, pengkaji juga memberi cadangan kepada guru sekolah. Guru yang lebih
kerap menggunakan alat dan sumber digital akan menjadi lebih mahir dalam mengendalikan
sesuatu bahan dengan bijak. Apabila guru menggunakan alat dan sumber digital yang sesuai
dengan objektif pengajarannya, maka guru dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih
mudah dan PdP tersebut juga akan menjadi lebih berkesan.

Lebih-lebih lagi, beberapa cadangan kajian lanjut juga dikemukakan oleh pengkaji.
Kajian seperti ini boleh dijalankan untuk guru yang mengajar mata pelajaran Matematik, Sains,
Sejarah, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan sebagainya. Kajian-kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti tahap pengetahuan dengan tahap kemahiran penggunaan alat dan sumber
digital dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran lain. Bukan itu sahaja, kajian jenis
ini juga dapat buat dalam bentuk perbandingan, contohnya guru Sains dengan guru bahasa
Melayu.

Kesimpulannya, penggunaan alat dan sumber digital merupakan bahan yang penting
dalam proses PdP. Kajian ini telah membuktikan bahawa tahap pengetahuan dengan tahap
kemahiran penggunaan alat dan sumber digital dalam kalangan guru bahasa Melayu adalah
berada pada tahap sederhana. Oleh hal yang demikian, semoga bukti ini dapat memberi
motivasi dan galakkan kepada semua pihak untuk meningkatkan tahap pengetahuan dengan
tahap kemahiran penggunaan alat dan sumber digital dalam kalangan guru.

RUJUKAN

Bond,T.G. & Fox,C.M. (2015). Applying the rasch model fundamental measurement in the
human Sciences. Routledge.

Chua,Y.P. (2012). Kaedah dan statistik penyelidikan: asas statistik penyelidikan analisis data
skala ordinal dan skala norminal. Mc Graw Hill Education.

Creswell,J.W. (2014). Research design: qualitative, quantitative and mixed methods
approaches. Sage.

Ihmedieh,F. (2010). The role of computer technology in teaching reading and writing: early
childhood teachers’ beliefs and practices. Journal of Research in Childhood

Education, 24, 60-79.

Johari Hassan & Fazliana Rashida. (2011). Penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di kalangan pendidik fakulti pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor. Journal of Technical, Vocational dan Engineering

Education, 4, 22-37.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pendidikan di Malaysia. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Koc,M. & Bakir,N. (2010). A needs assessment survey to investigate pre-service teachers'
knowledge, experiences and perceptions about preparation to using educational
technologies. Turkish Online Journal of Educational Technology, 9(1), 13-22.

Krejie,R.V. & Morgan,D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30(1), 607-610.

Maimun Aqsha Lubis, Abdullah Awang Lampoh, Melor Md. Yunus, Shah Nazim Shahar,
Noriah Mohd Ishak & Tajul Arifin Muhamad. (2011). The use of ICT in teaching islamic
subjects in Brunei Darussalam. International Journal of Education and Information
Technologies, 5(1), 79-87.

Mohd Anuar Abdul Rahman & Ahmad Kamari. (2011). Pengetahuan, kemahiran dan sikap

guru penyelaras ICT di sekolah-sekolah rendah zon Paloh, Kluang. Universiti

Teknologi Malaysia Institutional Repository.

http://eprints.utm.my/id/eprint/11857/1/Pengetahuan.pdf

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Namiha Yahaya & Suziyani Mohamed. (2019). Tahap pengetahuan dan kemahiran guru
prasekolah dalam mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di
bilik darjah. E-prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan
2019, 54-66.

Norfarizah Mohd Bakhir & Mohd Zazril Ikhmal Zamri. (2017). Penggunaan bahan bantu
mengajar berasaskan papan pelbagai sentuh untuk pembelajaran Sains tahun tiga.
Malaysian Journal of Creative Media, Design and Technology, 1(6), 1-6.

Norhiza Fadila, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2016). Kompetensi,
kemahiran dan penggunaan aplikasi web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam
kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
6(2), 52-58.

Nor Zaira Razali, Zolkefli Bahador & Mohd Kasri Saidon. (2016). Faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan Vle Frog dalam kalangan guru di sekolah rendah.
Proceeding of ICECRS, 1, 1023-1032.

Nur Qistina Abdullah & Hazman Ali. (2010). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia
Institutional Repository. https://core.ac.uk/download/pdf/11785893.pdf

Oesterreich,T.D. & Teuteberg,F. (2016). Understanding the implications of digitisation and
automation in the context of Industry 4.0: a triangulation approach and elements of a
research agenda for the construction industry. Computers in Industry, 83, 121-
139.

Ramlee Mustapha & Ramziah Husin. (2002). Perancangan pendidikan untuk pembangunan
sumber manusia dalam era globalisasi dan k-ekonomi. Jurnal Teknologi, 37(12), 47-
56.

Renuka Ramakrishnan & Siti Hawa Abdullah. (2013). Penggunaan sumber digital Sejarah
dalam kalangan guru Sejarah. Academia Edu. https://www.academia.edu

Riduwan. (2012). Skala pengukuran variable-variable: penelitian. Bandung.

Rosnaini Mahmud & Mohd Arif Ismail. (2010). Impact of training and experience in using ICT
on in-service teachers’ basic ICT literacy. Malaysian Journal of Educational

Technology, 10(2), 5-10.

Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin & Norlidah Alias. (2013). Penggunaan ICT merentas
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (PSPK): tinjauan di prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Pasifik, 1(4).

Sarwono, Jonathan. (2006). Metode penelitian kuantitatif dan kualitatif. Graha Ilmu.

Siti Mardziah Aziz. (2013). Kesediaan guru sekolah menengah agama terhadap penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran.
Masters Thesis. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Siti Zubaidah Che Mohd Noor & Abdul Razak Ahmad (2016). Kreativiti guru dalam
meningkatkan kefahaman dan penghayatan Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sritharr Jahanadan. (2016). Literasi penggunaan komputer dalam kalangan guru-guru
Matematik Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil daerah Hulu Selangor. E-proceeding of
the Social Sciences Research, 198-208.

Zailawati Husin & Fariza Khalid. (2014). Kekangan terhadap penggunaan teknologi maklumat

dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kalangan

guru sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pengajaran Sumber dan

Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan, 74-82.

Zaranis,N., Kalogiannakis,M. & Papadakis,S. (2013). Using mobile devices for teaching
realistic mathematics in kindergarten education. Creative Education, 4, 1-10.

Zhou,K., Liu,T., & Zhou,L. (2015). Industry 4.0: towards future industrial opportunities and

challenges. 2015 12th International Conference on Fuzzy Systems and Knowledge
Discovery, 2147–2152.


Click to View FlipBook Version