4. Saya mahir menggunakan kata kerja KBAT 3.11 .634 Sederhana
(mencipta) dalam kurikulum 3.33 .665 Sederhana
5. Saya mahir menggunakan kemahiran untuk
merancang pelaksanaan KBAT dalam PdP.
6. Saya mahir menggunakan kemahiran untuk 3.31 .659 Sederhana
menyediakan rancangan pengajaran berasaskan
KBAT.
7. Saya mahir menyediakan bahan bantu mengajar 3.28 .665 Sederhana
berasaskan KBAT.
8. Saya mahir menggunakan strategi konstruktivisme 3.13 .695 Sederhana
dalam PdP
9. Saya mahir menggunakan strategi pembelajaran 3.23 .631 Sederhana
berasaskan kontekstual dalam PdP
10. Saya mahir menggunakan strategi pembelajaran 3.18 .676 Sederhana
berasaskan projek dalam PdP.
11. Saya mahir menggunakan strategi pembelajaran 3.08 .679 Sederhana
berasaskan inkuiri.
12. Saya mahir menggunakan strategi pembelajaran 3.13 .650 Sederhana
kajian masa depan.
13. Saya mahir menggunakan peta i-THINK dalam 3.53 .601 Tinggi
PdP.
14. Saya mahir menggunakan peta minda dalam PdP. 3.57 .579 Tinggi
15. Saya mahir menggunakan bentuk grafik dalam 3.58 .559 Tinggi
PdP. 3.43 .615 Sederhana
3.30 .749 Sederhana
16. Saya mahir menggunakan teknik penyoalan dalam
PdP. 0.506 Sederhana
17. Saya mahir membina item KBAT dalam
pentaksiran.
Jumlah 3.27
Berdasarkan analisis item, min bagi tahap kemahiran guru dalam mengaplikasikan empat
tahap KBAT dalam PdP berada pada tahap sederhana. Hal ini boleh dilihat berdasarkan item
1 hingga 4 iaitu min item berada di antara 3.11 hingga 3.22. Seterusnya, berdasarkan analisis
item 5 dan 6, iaitu item berkaitan dengan kemahiran guru dalam merancang dan menyediakan
RPH PdP berasaskan KBAT berada pada tahap juga berada pada tahap sederhana dengan
min sebanyak 3.33 dan 3.31. Di samping itu, analisis item 7 yang berkaitan dengan kemahiran
guru menyediakan BBM juga berada pada tahap sederhana dengan min sebanyak 3.28. Untuk
kemahiran melaksanakan strategi pengajaran berasaskan KBAT juga berada pada tahap
sederhana, iaitu di antara min 3.08 hingga 3.23. Bagi
item 13 hingga 15 pula, iaitu item yang berkaitan dengan kemahiran guru untuk
mengaplikasikan BBM dalam PdP berada pada tahap tinggi iaitu dengan skor min di antara
3.58 hingga 3.53. Seterusnya, item 16 yang melibatkan kemahiran guru menggunakan teknik
penyoalan pula berada pada tahap sederhana dengan min sebanyak 3.48. Item 17 yang
berkaitan dengan kemahiran guru membina item KBAT pula mendapat skor min sebanyak
3.30. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran guru dalam membina item KBAT berada pada
tahap sederhana. Berdasarkan analisis item secara keseluruhan, tahap kemahiran guru dalam
melaksanakan PdP berasaskan KBAT berada pada tahap sederhana dengan skor min
sebanyak 3.27. Sisihan piawai bagi konstruk ini menunjukkan bahawa data sedikit terserak
namun masih mendekati pusat ukuran.
Jadual 3
Analisis item tahap sikap guru dalam pelaksanaan KBAT
Bil Item Min SP Tahap
3.47 .544 Sederhana
1. Saya menggalakkan pelajar menaakul bagi
menggalakkan perkembangan minda 3.60 .556 Tinggi
2. Saya menyediakan aktiviti yang dapat mendorong
pelajar meneroka idea baru melalui pembacaan
3. Saya memberikan peluang kepada pelajar memberi 3.55 .618 Tinggi
pendapat semasa PdP.
4. Saya menggabungjalinkan isi kandungan pelajaran 3.67 .494 Tinggi
dengan KBAT
5. Saya menyediakan bahan bantu belajar yang 3.53 .544 Tinggi
membolehkan pelajar membuat penjelasan,
penilaian dan menjana idea baru.
6. Saya menggunakan TMK bagi merangsang minat 3.34 .599 Sederhana
pelajar mencari maklumat.
7. Saya mengendalikan PdP yang menggalakkan 3.34 .684 Sederhana
pelajar membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
melalui pemerhatian dan data yang diperoleh.
8. Saya menggalakkan pelajar menggunakan 3.37 .571 Sederhana
perkataan baru dengan merujuk kamus atas talian.
9. Saya kerap memberikan latihan yang mampu 3.32 .725 Sederhana
menjana dan menghasilkan idea pelajar. 3.45 .563 Sederhana
10. Saya membimbing murid untuk membuat
rasionalisasi berkaitan sesuatu topik berdasarkan
penyelesaian masalah.
Jumlah 3.45 0.466 Sederhana
Analisis bagi item 1, 2 dan 3 menggambarkan bahawa sikap guru dalam menggalakkan
kemahiran berfikir berada pada tahap yang baik iaitu dengan min sebanyak 3.47, 3.60 dan
3.55. Sikap guru dalam menggabungjalinkan KBAT dalam PdP berada pada tahap tinggi
dengan min sebanyak 3.67 pada item 4. Seterusnya, sikap guru dalam menyediakan BBM
yang menggalakkan kemahiran berfikir murid berada pada tahap baik. Hal ini boleh dilihat
berdasarkan item 5 dan 6. Masing-masing item ini mendapat min sebanyak 3.53 dan 3.34.
Secara keseluruhannya, konstruk ini mempunyai 4 item pada tahap tinggi dan 6 item pada
tahap sederhana. Min bagi keseluruhan konstruk ialah 3.45 dan sisihan piawai pula ialah
0.466. Min ini menunjukkan bahawa tahap sikap guru terhadap pelaksanaan PdP berasaskan
KBAT berada pada tahap yang sederhana. Sisihan piawai pula menunjukkan bahawa set data
adalah terserak sedikit kepada pusat ukuran.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Secara dasarnya, kajian ini telah berjaya menjawab semua soalan kajian. Berdasarkan
dapatan kajian, tahap sikap, pengetahuan dan kemahiran guru dalam pelaksanaan KBAT
berada pada tahap sederhana. Dalam kajian ini, item berkaitan dengan pengetahuan dan
kemahiran guru mengaplikasikan strategi pengajaran berasaskan KBAT berada mendapat
skor min paling rendah. Hal ini menunjukkan bahawa, guru-guru masih perlu memperbaiki
tahap pengetahuan dan kemahiran berkaitan pelaksanaan KBAT dalam PdP. Malahan dalam
dapatan kajian ini juga menunjukkan pengetahuan dan kemahiran guru berkaitan aspek
pedagogi memperoleh min paling rendah. Hal ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan
dan amalan pedagogi berasaskan KBAT dalam kalangan guru masih kurang. Hal ini kerana
guru tidak mendapat pendedahan tentang pedagogi KBAT dan kurang mengamalkan
pedagogi berasaskan KBAT (Nor Hasmaliza, 2016). Namun, dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi
berkaitan dengan BBM. Hal ini kerana, guru kerap menggunakan BBM ditambah pula dengan
sokongan pihak pentadbir sekolah yang menyediakan BBM untuk digunakan PdP. Kesannya,
kemahiran dan pengetahuan mereka tentang kesesuaian dan pelaksanaannya dalam PdP
dapat ditingkatkan. Hasil dapatan kajian ini selaras dengan hasil dapatan kajian Hasnah dan
Jamaluddin (2017) yang menyatakan bahawa tahap sikap, pengetahuan dan kemahiran guru
dalam pelaksanaan KBAT berada pada tahap sederhana. Menurut Hasnah dan Jamaluddin
(2017) majoriti guru masih tidak jelas tentang kaedah menerapkan unsur kemahiran berfikir
dalam PdP walaupun dalam kalangan mereka telah pun mendapat pendedahan secara formal.
Dapatan kajian ini juga selaras dengan dapatan kajian Zaidir dan Kamisah (2017) yang
menyatakan bahawa guru kurang pengetahuan tentang cara untuk mengembangkan
kemahiran berfikir murid.
Tambahan pula, walaupun guru mempunyai kesedaran tentang kepentingan KBAT
namun mereka tidak mengetahui secara terperinci tentang KBAT dari segi pelaksanaan serta
perancangannya (Sharifah Nor, 2012). Hal ini kerana, pengajaran mereka tidak berlandaskan
dokumen yang disediakan oleh KPM (Sharifah Nor, 2012). Implikasi kajian ini ialah guru perlu
mengaplikasikan model TPACK dalam pengajaran iaitu pembelajaran yang berkualiti dan
berkesan. Dari segi pelaksanaan KBAT pula, guru perlu merancang pengajaran mengikut aras
Taksonomi Bloom. Gabungan antara dua model ini dapat membantu guru untuk
melaksanakan pengajaran KBAT dengan berkesan. Selain itu, guru juga boleh menggunakan
teknik penyoalan.
Kajian ini mencadangkan supaya guru-guru diberi pendedahan dan latihan berkaitan
dengan dengan pedagogi, konsep dan perancangan pelaksanaan KBAT dalam PdP,
penggunaan BBM dan sebagainya yang dapat membantu guru untuk melaksanakan
pengajaran dengan lebih berkesan. Di samping itu juga, kajian ini menyarankan agar guru
mengintegrasikan TMK dalam pengajaran untuk membantu untuk meningkatkan kefahaman
murid. Hal ini kerana, penggunaan TMK akan membantu guru untuk menyampaikan
pengajaran dengan lebih baik. Selain itu, kajian ini juga mencadangkan agar guru
menggunakan teknik penyoalan yang mengikut aras kesukaran dalam Taksonomi Bloom
dengan lebih kerap untuk menjana kemahiran berfikir murid. Soalan guru juga lebih kepada
soalan bentuk terbuka untuk memberi peluang kepada murid untuk memberikan pendapat
atau idea mengenai sesuatu perkara. Selain itu, kajian ini juga menggalakkan guru untuk
mengamalkan pembelajaran berpusatkan murid seperti inkuiri, penyelesaian masalah
berstruktur, projek, konstruktivisme, kontekstual dan kajian masa depan merupakan teras
dalam pembelajaran (Brodie dan Irving, 2007).
Kajian lanjutan yang dicadangkan adalah berkaitan dengan keberkesanan
penggunaan TMK dalam penulisan karangan murid dengan menggunakan pendekatan
kualitatif. Hal ini kerana kajian tentang penggunaan TMK dalam pengajaran karangan masih
kurang. Pengkaji boleh menggunakan kaedah triangulasi untuk memungut data. Selain itu,
kajian ini juga mencadangkan kajian tentang tahap amalan pelaksanaan pedagogi abad ke-
21 dalam pengajaran KBAT dan cabaran yang dihadapi oleh guru. Hal ini kerana, kebanyakan
kajian tentang pedagogi yang dijalankan bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan sahaja.
Oleh itu, kajian yang akan dijalankan boleh melihat kekerapan guru dalam melaksanakan
strategi pengajaran abad ke-21.
RUJUKAN
Bond, T., & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the
human sciences. Routledge.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Lembaga Peperiksaan.
Salandanan Gloria G. (2009) Teacher Education (QC, KATHA Publishing Co., Inc.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2012). Program i-THINK membudayakan kemahiran
berfikir. Putrajaya; Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hasnah Isnon & Jamaludin Badushah, (2017). Kompetensi Guru Bahasa Melayu Dalam
Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 56-65.
Merta Dhewa, K., Rosidin, U., Abdurrahman, A., & Suyatna, A. (2017). The development of
Higher Order Thinking Skill (Hots) instrument assessment in physics study. IOSR
Journal of Research dan Method in Education (IOSR-JRME), 7(1), 26-32.
Krathwohl. D.R (2002). A revision of Bloom’s Taxonomy: An overview. Theory Into Practice,
41, 212-218.
Brodie, P., & Irving, K. (2007). Assessment in work‐based learning: investigating a pedagogical
approach to enhance student learning. Assessment dan Evaluation in Higher
Education, 32(1), 11-19.
Chung, L. L., Leng, C. H., & Peng, C. F. (2017). Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu
Tingkatan Empat Dalam Penulisan Karangan Dari Aspek Kemahiran Berfikir Secara
Kritis Dan Kreatif Serta Pembelajaran Kolaboratif. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 4(1), 1-12.
Norfariza Mohd Radzi & Nur Fadhillah binti Muzammil. Tahap Kompetensi Guru Dalam
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Sekolah Kebangsaan Daerah Sepang,
Selangor. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 6(4): 12-28.
Mohamad Nurul Azmi Mat Nor, Nurzatulshima Kamarudin, Umi Kalthom Abdul Manaf &Mohd
Hazwan Mohd Puad, Pascarella dan Terenzini, (2005). Penerapan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dalam Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah
Rendah. International Journal of Education and Training (1- 7 (2017).
Nooriza Kassim & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. Jurnal Pendidikan
Matematik, 3(1), 1–12.
Rosnani Hashim & Suhailah Hussein. 2003. The Teaching of Thinking In Malaysia. Kuala
Lumpur: International Islamic University Malaysia.
Mohd Nazri Hassana, Ramlee Mustaphab, Nik Azimah Nik Yusuffa, Rosnidar Mansor. (2017).
Pembangunan modul kemahiran berfikir aras tinggi di dalam mata pelajaran sains
sekolah rendah: analisis keperluan guru. Sains Humanika, 9(1-5).
Mahyuddin N. S, (2017). Merancang pernyataan masalah. Fakultas Ilmu Komputer dan
Teknologi Informasi. Universiti Sumatera Utara.
TAHAP PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU
Sharifah Hanim binti Syed Akbar
[email protected]
Hazel Elev Baritus
[email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian
tinjauan ini menggunakan satu instrumen kajian iaitu soal selidik. Dalam kajian ini, sampel yang terlibat
merupakan 59 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah yang mengajar di Sentul, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan min dan sisihan piawai.
Berdasarkan dapatan kajian, persepsi guru Bahasa Melayu tentang penerapan nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah sederhana tinggi. Manakala, tahap penerapan
nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada tahap sederhana tinggi dan guru
hanya menghadapi sedikit masalah untuk menerapkan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran.
Implikasinya kajian ini adalah diharapkan dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia serta
membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan tidak terpengaruh kepada
perkara-perkara negatif. Kajian ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang
mementingkan kemenjadian murid dari segi akademik dan sahsiah.
Kata kunci: Nilai murni, Pengajaran dan Pembelajaran, Guru Bahasa Melayu
ABSTRACT
This research was conducted to investigate the application level of moral values in the teaching and
learning of Malay language teachers. This research was designed using quantitative approach dan
survey method. The research instrument used was a set of questionnaire. This research was
participated by 59 of primary Malay Language teachers in Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
The results are analyzed using mean and standard derivation. Results showed that the teachers’
perception on application of moral values in teaching and learning process is medium high and the level
of teacher’ s in applying the moral values are also medium high and they are having a little problems to
apply the language games. The implication of this study is produce noble human beings as well as
forming society that adhere to religious teachings dan is unaffected to negative things. This study in line
with the goals of the National Education Philosophy that emphasizes student identity in terms of
academic and personality.
Keywords: Moral Values, teaching and Learning, Malay Language Teachers
PENGENALAN
Pendidikan perlu mengambil peranan yang penting dalam membina nilai-nilai yang positif
kepada masyarakat ke arah menuju sebuah negara yang maju dan moden. Tanpa penerapan
elemen nilai-nilai murni ke arah pembangunan insan yang seimbang dari segi akademik dan
akhlak, manusia akan menjadi huru hara.
Pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan manusia yang dapat meneruskan
kehidupan, namun matlamatnya adalah lebih daripada itu, iaitu dengan melahirkan insan yang
seimbang antara jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Proses pendidikan yang
melibatkan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kebiasaannya
dilakukan secara formal dan di dalam bilik darjah. Proses ini juga akan melibatkan dua pihak
iaitu pengajar dan pelajar. Oleh yang demikian, proses pengajaran perlu dirancang terlebih
dahulu oleh pengajar secara sistematik dengan menggunakan kaedah-kaedah dan teknik
yang bersesuaian mengikut kepada suasana dan situasi yang sesuai bagi mencipta proses
pembelajaran. Selain itu, kurikulum pendidikan berperanan sebagai satu mekanisme bagi
menanamkan sifat-sifat nilai-nilai murni, akhlak, dan tingkah laku yang baik.
Menurut Omar (2008), pendidikan nilai sangat penting bagi membanteras gejala dan
masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, penerapan
nilai-nilai murni ini perlu dipupuk kepada pelajar sejak dari alam persekolahan lagi. Jelas di
sini bahawa aspek keseimbangan dalam pendidikan perlu diambil berat dengan penerapan
nilai-nilai murni bagi melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang mulia. Seperti yang
dinyatakan oleh Hashim (2000), penerapan nilai murni tidak terhad kepada mata pelajaran
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sahaja,
malah perlu diterapkan melalui semua mata pelajaran yang diajar termasuk melalui aktiviti
harian dan kegiatan kokurikulum. Hal ini menunjukkan bahawa penerapan nilai-nilai murni
kepada pelajar perlu ditekankan di dalam setiap subjek kurikulum Malaysia.
Selain itu, gejala sosial juga merupakan satu fenomena urbanisasi dan kejutan budaya
yang melanda remaja dan belia terutamanya para pelajar. Seterusnya sekiranya krisis ini
gagal untuk diatasi ia akan menjadi kekeliruan dalam pendidikan di kalangan remaja. Malahan
jika tidak dibendung dan diatasi boleh menyebabkan gejala sosial bertambah parah. Nilai-nilai
murni merangkumi aspek tingkah laku yang baik, peradaban dan tatasusila seseorang individu
dalam hubungan sesama manusia, alam sekitar, dan Tuhan.
PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan kajian Permasalahan dan Cabaran Guru dalam Membentuk Nilai Pelajar Di
Sekolah Menengah, Mohamad Khairi Othman, et. Al (2017), kes salah laku yang sering
berlaku bersangkutan dengan kegagalan dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan
remaja terutamanya pelajar sekolah. Oleh itu, penekanan kepada persoalan nilai-nilai murni
dalam sistem pendidikan Malaysia perlu diberi perhatian yang serius. Pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
memberi penekanan agar guru melaksanakan pendekatan penerapan nilai merentas
kurikulum dalam pengajaran bagi mencapai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.
Dalam mengejar arus kemodenan teknologi dan juga pencapaian akademik pelajar di
dalam pendidikan, aspek nilai di dalam masyarakat tidak harus dipinggirkan. Berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, difahamkan bahawa pendidikan itu suatu usaha yang
berterusan dan juga merupakan suatu usaha bagi melahirkan masyarakat yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai
kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.
Menurut Mok Soon Sang (2003) tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad
kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi
pembentukan sahsiah murid-murid. Hal ini bermaksud guru mempunyai akauntabiliti terhadap
taraf pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid yang diajarnya. Guru harus
memastikan murid-murid ini berkembang dengan seimbang dari segi JERIS. Menurut Abdul
Rahim (2001), kurikulum yang ada di Malaysia disemak semula mengikut tempoh tertentu bagi
meningkatkan kemampuan sistem pendidikan bagi melahirkan generasi yang menepati dasar
negara. Hal ini bermaksud bahawa Kementerian Pendidikan memandang berat akan hal ini
dan haruslah menjadi satu amanah kepada para guru.
Dewasa kini kita sering terbaca mengenai masalah sosial di kalangan pelajar. Kes buli
samseng, vandalisme dan lain-lain lagi amat mendukacitakan dan memalukan. Malah kita
lebih dikejutkan lagi di mana mereka telah terlibat dengan jenayah yang lebih besar seperti
membunuh, merakam video lucah, dan penagihan dadah. Lebih banyak isu yang timbul maka
lebih ramai yang mempersoalkan tentang peranan guru di sekolah. Bagi memartabatkan
bidang profesion perguruan maka guru seharusnya mengambil inisiatif bagi membendung
masalah sosial ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai tiga objektif berikut:
1. Mengenal pasti persepsi guru tentang pelaksanaan penerapan nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti tahap penerapan nilai murni guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
3. Mengenal masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan penerapan nilai murni
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan kajian. Ketiga-tiga
soalan kajian adalah seperti yang berikut:
1. Apakah persepsi guru tentang pelaksanaan penerapan nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu?
2. Apakah tahap penerapan nilai murni guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu?
3. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan penerapan nilai murni
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?
METODOLOGI KAJIAN
Penggunaan Instrumen kajian adalah penting bagi memperoleh maklumat yang diperlukan
oleh pengkaji dalam menjawab persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah
bergantung kepada keperluan kajian yang dijalankan. Justeru, dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan beberapa instrumen yang dirasakan sesuai dan menepati kehendak, objektif
dan soalan kajian iaitu borang soal selidik. Instrumen kajian ini diadaptasi daripada kajian
Azharul Nizam Zahari (2009) yang menjalankan kajian ‘Konsep Pendidikan Bersepadu Serta
Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah’. Borang soal
selidik mengandungi empat bahagian utama.
Borang soal selidik telah mendapat kesahan muka dan kandungan daripada tiga orang
pensyarah pakar bidang dan seorang pensyarah pakar metodologi. Instrumen soal selidik ini
telah diuji ke atas 30 orang guru Bahasa Melayu di Daerah Petaling Perdana melalui kajian
rintis. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 34 item yang dibahagikan
kepada empat bahagian. Bahagian A ialah profil responden yang bagi mendapatkan maklumat
seperti jantina, umur, dan pengalaman mengajar. Bahagian B mengandungi 10 item soalan
tentang persepsi guru terhadap penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu manakala Bahagian C mengandungi 10 item yang meninjau tahap penerapan
nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahagian D pula
mengandungi 10 item untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh guru untuk menerapkan
nilai murni. Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi konstruk persepsi guru tentang pelaksanaan penerapan nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah .897 manakala konstruk tahap penerapan
nilai murni guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah .765 dan konstruk
masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan penerapan nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah .727. Nilai kebolehpercayaan tersebut
menunjukkan tahap yang baik maka soal selidik ini boleh digunakan untuk mengumpul data
sebenar.
Oleh itu, seramai 59 orang guru bahasa Melayu telah menjawab soal selidik ini
daripada sekolah rendah kebangsaan dalam Zon Sentul di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Dapatan kajian telah dianalisis berdasarkan statistik deskriptif, iaitu min, dan sisihan
piawai.
Tafsiran min telah diadaptasi daripada Jamil et al. (2014) dan ditunjukkan dalam Jadual
1.
Jadual 1 Interpretasi
Rendah
Interpretasi Skor Min Sederhana Rendah
Sederhana Tinggi
Selang Skala Min Tinggi
1.00 – 2.00
2.01 – 3.00
3.01 – 4.00
4.01 – 5.00
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu berkaitan persepsi, tahap
kemahiran guru dan masalah yang dihadapi dalam permainan bahasa.
Jadual 2
Analisis Item Persepsi Guru tentang pelaksanaan penerapan nilai murni dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Item Min SP
1. Penerapan nilai murni menyumbang dalam melahirkan pelajar yang 3.66 0.51
cemerlang. 3.56 0.62
2. Sistem pendidikan akan lebih sempurna jika penggabungjalinan antara 3.69 0.50
penerapan nilai murni dan Bahasa Melayu.
3. Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) 3.44 0.65
memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri murid yang 3.25 0.80
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial ( JERIS). 3.47 0.56
4. Masalah gejala sosial dapat diatasi melalui penerapan nilai murni 2.98 0.86
dalam PdP. 3.58 0.53
5. Subjek Bahasa Melayu lebih sempurna jika disepadukan dengan
penerapan nilai murni.
6. Penerapan nilai murni dalam PdP Bahasa Melayu melahirkan murid
yang beretika.
7. Penerapan nilai murni menjadikan aktiviti pengajaran Bahasa Melayu
lebih menarik.
8. Penerapan nilai murni dalam PdP Bahasa Melayu akan membentuk
nilai-nilai yang positif dalam diri murid.
9. Penerapan nilai murni dalam PdP membantu murid untuk memahami 2.58 1.22
kandungan yang diajar dengan mudah. 3.44 0.59
10. Penerapan nilai murni dalam PdP memberikan kesan positif kepada 3.36 0.54
pencapaian akademik murid.
Min keseluruhan
Dapatan berdasarkan Jadual 2 menunjukkan min persepsi guru tentang penerapan
nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah 3.36 yang menunjukkan
responden mempunyai persepsi yang sederhana tinggi terhadap penerapan nilai murni. Nilai
sisihan piawai (SP) ialah 0.54 menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini menghampiri
ukuran pusat. Min paling tinggi iaitu 4.49.
Jadual 3
Analisis Item Tahap Penerapan Nilai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Item Min SP
3.14 .706
1. Saya menerapkan nilai murni dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran.
2. Saya menjelaskan nilai murni dalam tajuk yang diajar ketika proses 3.05 .705
pengajaran dan pembelajaran.
3. Sebelum memulakan pengajaran Bahasa Melayu, saya menggalakkan 2.63 .908
pelajar membacakan doa.
4. Saya memastikan murid sentiasa berpakaian kemas sepanjang proses 3.34 .545
pengajaran dan pembelajaran.
5. Saya membuat kesimpulan pada akhir pengajaran dengan nilai murni. 3.14 .955
6. Saya sentiasa melaksanakan aktiviti kumpulan untuk menggalakkan 3.34 .512
kerjasama antara murid.
7. Saya mewajibkan murid hadir ke kelas tepat pada waktunya. 3.46 .502
8. Saya memberikan teguran serta-merta terhadap tingkah laku yang tidak 3.49 .537
baik dilakukan oleh murid.
9. Saya memberi tugasan yang tertentu kepada pelajar bagi menggalakkan 3.34 .576
sikap bertanggungjawab dalam satu-satu tugasan.
10. Saya tidak pilih kasih dalam proses pengajaran. 3.73 .485
Jumlah min keseluruhan 3.26 .476
Berdasarkan Jadual 3, min bagi konstruk ini ialah 3.26 yang menunjukkan guru-guru
sekolah rendah di zon Sentul berada pada tahap sederhana tinggi dalam menerapkan nilai
murni dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Nilai sisihan piawai .476. Item 3
menunjukkan nilai min yang rendah dalam konstruk ini, iaitu 2.63, hal ini bermakna majoriti
responden tidak memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan membaca doa.
Jadual 4
Analisis Item Masalah Penerapan Nilai Murni dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Min SP
.851
1. Kekangan masa menyebabkan saya tidak dapat menerapkan nilai- 3.00 .953
nilai murni dalam PdP Bahasa Melayu. 2.46 .950
2. Tajuk dalam Bahasa Melayu sukar untuk melaksanakan penerapan 2.83 1.023
nilai murni. 2.46 .812
3. Nilai murni kurang dititik beratkan kerana lebih fokus pada isi 2.41 .887
pelajaran. .832
4. Bilangan murid yang ramai membuatkan saya sukar untuk .831
menerapkan nilai-nilai murni. .788
5. Nilai murni sukar untuk diselitkan dalam penyampaian isi pelajaran. .703
.658
6. Buku mengenai penerapan nilai murni dalam Bahasa Melayu di 2.73
sekolah sukar didapati. 2.12
7. Nilai murni sukar diterapkan dalam aktiviti.
8. Saya sukar untuk menentukan teknik pengajaran yang sesuai bagi 2.39
penerapan nilai murni. 2.00
9. Saya tidak memahami kepentingan penerapan nilai murni dalam 2.24
pengajaran dan pembelajaran. 2.46
10. Saya tidak tahu penilaian yang sesuai untuk menentukan sama ada
penerapan nilai murni berjaya atau gagal.
Jumlah keseluruhan min
Berdasarkan Jadual 4, secara keseluruhannya, min bagi konstruk masalah yang
dihadapi oleh guru dalam menerapkan nilai murni ialah 2.46 iaitu pada tahap sederhana
rendah. Nilai sisihan piawai .658. Nilai min paling tinggi ialah 3.00 bagi item 1 yang
menunjukkan kekangan masa menyebabkan guru tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Min paling rendah pula ialah 2.00 yang
menunjukkan guru tidak mempunyai masalah dengan memahami kepentingan penerapan nilai
murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru
Bahasa Melayu di sekolah di zon Sentul mempunyai persepsi yang sederhana tinggi terhadap
penerapan nilai murni. Kajian ini juga mendapati guru-guru tersebut menerapkan nilai murni
pada tahap sederhana tinggi dan tidak mempunyai banyak masalah menerapkannya.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Dapatan kajian ini menunjukkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan kajian
mempunyai persepsi sederhana tinggi terhadap penerapan nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut menyatakan
hal yang sama. Antaranya, kajian Nurhasni (2010) menunjukkan guru-guru PJK mempunyai
persepsi yang positif tentang kepentingan penerapan nilai murni dalam pengajaran. Hasil
dapatan kajian yang telah dikemukakan jelas menunjukkan bahawa persepsi tentang
penerapan nilai murni dalam pengajaran banyak membantu dalam pembentukan pelajar ke
arah yang lebih baik.
Selain itu, kajian ini turut disokong oleh dapatan kajian-kajian lain seperti kajian Wan
Hasmat Wan Mamat (2002) yang juga menyatakan persepsi yang positif dan penerapan nilai
murni penting dalam menuju Wawasan 2020 serta amat perlu dilaksanakan demi mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walaupun rata-rata guru menyedari perkara ini,
namun apa yang dilihat daripada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan dalam aspek
amalan guru dalam bilik darjah menunjukkan guru kurang melaksanakan penerapan nilai
murni dalam sesi pengajaran mereka (Wan Hasmah, 2002). Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa guru-guru bersetuju bahawa penerapan nilai-nilai murni wajar dilaksanakan dalam
pengajaran matematik bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi JERIS. Hal ini juga
dapat membina masyarakat yang bertamadun tinggi dan harmonis.
Implikasinya kajian ini adalah diharapkan dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia
serta membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan tidak
terpengaruh kepada perkara-perkara negatif. Kajian ini selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara yang mementingkan kemenjadian murid dari segi akademik dan sahsiah.
Sebagai cadangan, sistem pendidikan harus dikaji semula bagi membolehkan murid tidak
hanya bergantung kepada kejayaan akademik semata-mata. Hal ini kerana sistem yang hanya
berorientasikan peperiksaan hanya akan menyebabkan guru mengejar untuk menghabiskan
topik dan mengabaikan pembentukan sahsiah. Guru-guru juga perlu lebih didedahkan dengan
penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran ini supaya membolehkan mereka memahami
dengan lebih jelas lagi konsep pendidikan bersepadu dan dapat melaksanakan penerapan
nilai-nilai murni dengan lebih terancang dan berkesan lagi.
Seharusnya semua pihak yang terlibat iaitu dari pihak pentadbiran hingga ke pihak
pelaksana memandang serius akan hal ini kerana penting bagi melahirkan murid yang
dikehendaki selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya dapat
mengurangkan gejala negatif di negara kita hari ini. Guru-guru selaku pelaksana kurikulum
haruslah tegas di dalam melaksanakan kurikulum dan menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Guru-guru haruslah menunjukkan sahsiah yang baik agar dapat dicontohi murid-
murid. Sokongan dan kerjasama dari semua pihak amat diperlukan terutama dari pihak
pentadbir supaya pelaksanaan penerapan nilai murni bagi melahirkan murid yang tidak hanya
bersandarkan akademik semata tetapi mempunyai sahsiah yang elok. Hasil dapatan kajian
ini juga mendapati masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki seperti kekangan masa.
Pihak yang bertanggungjawab boleh mengadakan seminar ataupun bengkel bagi guru supaya
dapat memantapkan lagi pemahaman guru tentang melaksanakan penerapan nilai-nilai murni
di dalam pengajaran. Hal ini bagi memastikan bahawa matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial tercapai dengan jayanya.
RUJUKAN
Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi
perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan
Distributors Sdn. Bhd.
Azharul Nizam. (2009). Konsep Pendidikan Bersepadu Serta Penerapan NIlai Murni dalam
Pengajaran Matematik Menengah Rendah. Kertas projek Ijazah Sarjana Muda tidak
terbit. Universiti Teknologi Malaysia.
Hashim S. (2003). Pedagogi: Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Shah Alam.
PTS Publications dan Distributors Sdn Bhd.
Jamil Abd Baser, Nurul Syahada Mohd Suhaimi, Hisyamuddin Othman, Azman Hassan, Mohd
Bekri Rahim & Mohd Faizal Amin Nur Yunus. (2014). Standard Guru Malaysia dalam
Program Persediaan Guru Reka bentuk dan Teknologi. Online Journal for TVET
Practioners.
Nurhasni Mohd Noor. (2010). Pelaksanaan Penerapan Nilai Murni dalam Pengajaran Dari
Perspektif Guru-Guru PJK/Olahraga: Satu Kajian Kualitatif Di Sekolah Kebangsaan
Cyberjaya. Tesis sarjana tidak terbit. Unversiti Malaya.
Mohamad Khairi Othman, Mohd Zailani, Alis Puteh, & Nurfasihah Roslan. (2017).
Permasalahan dan Cabaran Guru dalam Membentuk Nilai Murni Di Sekolah
Menengah. Jurnal Sultan Alaudin Sulaiman Shah Special Issue.
Mok Soon Sang. (2003). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Wan Hasmah Wan Mamat. (2002). A qualitative investigation on the teaching of
values education in Malaysian schools: Expectations and realities. Jurnal
Pendidikan, Jilid 22, 137-154.
KEBERKESANAN KONSEP P.A.D.I DALAM PENULISAN KARANGAN NARATIF
BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA
Vijayaletcmy a/p Muniyandy
[email protected]
Hoe Wei Qi
[email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Konsep P.A.D.I. terhadap
tahap penguasaan kemahiran menulis karangan naratif Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun
5 di sekolah rendah. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dan kaedah kuasi
eksperimen. Sampel kajian ini melibatkan 56 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah
kebangsaan, di daerah Cheras. 28 orang murid tahun 5 kelas A dipilih sebagai kumpulan kawalan
manakala 28 orang murid tahun 5 kelas B dipilih sebagai kumpulan rawatan. Ujian menulis karangan
naratif telah digunakan sebagai instrumen bagi ujian pra dan ujian pasca dalam kajian ini. Dapatan
analisis menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian penguasaan
kemahiran menulis karangan naratif murid kumpulan kawalan (t= -2.413, df=54, p=0.017) dan kumpulan
rawatan (t= -7.095, df=42.975, p=0.018) dalam ujian pasca. Dapatan menunjukkan nilai min ujian pasca
kumpulan rawatan (17.82) adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan (14.43). Dapatan
ini membuktikan bahawa Konsep P.A.D.I berupaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
menulis karangan naratif murid. Maka, dapat disimpulkan bahawa kajian ini memberi implikasi kepada
guru bahawa Konsep P.A.D.I lebih berkesan untuk membantu mund menguasai kemahiran menulis
karangan naratif dan meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran ini berbanding dengan
pendekatan tradisional.
Kata kunci: Konsep P.A.D.I, kemahiran menulis, karangan naratif, kuasi eksperimen, Bahasa Melayu
ABSTRACT
This research was conducted to investigate the effectiveness of P.A.D.I Concept on command in writting
skills among Year 5 pupils. Researcher used quantitative method and quasi-experimental as a research
design to carry out this research. A total of 56 Year 5 students in a primary school, in Cheras. The pupils
involved were divided equally into two groups as the research respondent in this research. Both
controlled and treatment group were made up of 28 pupils from class A and class B respectively. A
writting narative test were used as research instrument during pre-test and post-test in this research.
Analysis results has shown the significant differences on pupils' level of command in writting skills for
the controlled group (t= -2.413, df=54, p=0.017) and treatment group in the post-test (t= -7.095,
df=42.975, p=0.018). The results shown mean value for treatment group is (17.82) in the post-test, which
is higher than mean value of controlled group (14.43). The results has clearly shows P.A.D.I Concept is
able to increase the level of command in writting skills among treatment group. Hence, this show that
P.A.D.I Concept is more effective than tradisional approach to enhance students command in writting
skills of narrative essay.
Key words: P.A.D.I Concept, writting skill, narative essay, quasi-experimental, Malay Language
PENGENALAN
Arus globalisasi dan modenisasi pada zaman kini telah menimbulkan berbagai-bagai cabaran
terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terutamanya pengajaran
kemahiran menulis (Rozita dan Abdul Rasid, 2012). Pengajaran mata pelajaran bahasa
Melayu mewajibkan penguasaan empat komponen kemahiran, iaitu kemahiran mendengar
dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Nik Safiah (2004), kemahiran
menulis merupakan kemahiran yang sukar diajarkan dan dikuasai oleh murid kerana penulisan
melibatkan tahap literasi yang paling kompleks dan memerlukan proses kognisi yang tinggi.
Bukan itu sahaja, Fadzilah dan Norazlina (2015) berpendapat bahawa menghasilkan
penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Dalam sesebuah karangan, komponen
yang perlu diutamakan ialah tujuan karangan dihasilkan, pemilihan kata, dan penyusunan
perenggan, tajuk, dan kesatuan ayat.
Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia melaporkan bahawa
masalah aspek isi, teknik mengarang dan bahasa sering menjadi kelemahan murid dalam
penulisan karangan. Rohani et al. (2011), guru-guru mendapati bahawa secara keseluruhan
murid-murid amat cenderung untuk memilih karangan berbentuk naratif kerana menganggap
karangan jenis ini lebih mudah jika dibandingkan dengan bentuk karangan yang lain. Namun
begitu, hasil karangan murid didapati agak lemah kerana kurang menarik dari segi jalan cerita
dan bahasanya. Setelah dikaji, hasil karangan murid didapati menggunakan gaya penulisan
menceritakan semula, tanpa penggunaan dialog, frasa-frasa berbunga dan murid sering
menggunakan urutan plot yang kurang menarik. Selanjutnya, konsep P.A.D.I. merupakan
akronim untuk Perasaan (P), Aksi (A), Dialog (D) dan Idea (I) yang diperkenalkan untuk
membantu murid menyusun isi dengan teratur dan sistematik dalam penghasilan sesebuah
karangan naratif.
PERNYATAAN MASALAH
Kajian Rohani et. al. (2011) menunjukkan bahawa kebanyakan murid didapati gemar memilih
untuk menjawab soalan karangan naratif, tetapi hasil karangan mereka kurang baik dan tidak
menarik. Bukan itu sahaja, Che Zanariah dan Fadzilah (2011) berpendapat bahawa murid
yang menghadapi masalah untuk memulakan proses menulis karangan apabila kekurangan
idea dan menjadikan karangan yang ditulis tidak bermutu. Kekurangan ini menyebabkan isi
karangan berulangan di antara perenggan, tidak tersusun dan tidak berkaitan dengan
kehendak soalan. Nurul Aisyah et al. (2016), kelemahan pelajar dalam menghasilkan sesuatu
penulisan berdasarkan tiga faktor, iaitu isi, bahasa dan tulisan. Hal ini demikian kerana
kebanyakan guru lebih selesa menerangkan isi-isi karangan serta menyediakan rangka idea
kepada pelajar mereka sehingga menyebabkan pelajar terlalu selesa dan kurang inisiatif untuk
berfikir mencari idea bagi memantapkan penulisan mereka (Noor Habsah dan Yahya, 2018).
Walau bagaimanapun, satu kaedah yang dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik
(Rohani, et al. 2011) yang dinamakan Konsep P.A.D.I telah membantu masalah penulisan
karangan naratif di peringkat sekolah menengah. Rohani et.al. (2011), konsep P.A.D.I.
merupakan akronim untuk Perasaan (P), Aksi (A), Dialog (D) dan Idea (I). Dalam kajian ini,
konsep P.A.D.I digunakan bertujuan untuk membantu murid ketika mengarang dan menulis
karangan jenis naratif. Melalui konsep P.A.D.I ini, karangan jenis naratif yang dihasilkan oleh
murid akan lebih menarik dan lebih baik dari segi penulisan idea dan mutu bahasa. Dengan
mengenalkan konsep PADI ini diharapkan dapat membantu pelajar menggunakan konsep
yang telah dipelajari secara sedar ketika mengarang dan menulis karangan jenis naratif. Oleh
itu, kajian ini pula akan melihat keberkesanan penggunaan konsep P.A.D.I. di sekolah rendah.
OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini mempunyai dua objektif, iaitu:
1. Mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis karangan naratif
sebelum dan selepas ujian.
2. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan Konsep P.A.D.I. dalam meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran menulis karangan naratif.
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian, iaitu:
1. Apakah tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis karangan naratif sebelum dan
selepas ujian?
2. Apakah keberkesanan penggunaan Konsep P.A.D.I dalam penulisan karangan naratif?
HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan soalan kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga hipotesis kajian. Ketiga-tiga
hipotesis kajian adalah seperti yang berikut:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca dalam kumpulan kawalan.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca dalam kumpulan rawatan.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor ujian kemahiran menulis
karangan naratif menggunakan tindakan konvensional dengan skor ujian kemahiran menulis
karangan naratif dengan menggunakan konsep P.A.D.I.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah kuasi eksperimen.
Sampel kajian ini melibatkan 56 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah berdasarkan
penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Instrumen kajian yang digunakan ialah
soalan ujian pra dan ujian pasca. Rubrik juga disediakan untuk memberi markah kepada
soalan ujian. Rancangan Pelajaran Harian (RPH) juga disediakan bagi proses intervensi
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Menurut Lee et al. (2018), kesahan sesuatu instrumen kajian merujuk sejauh mana
instrumen tersebut mengukur data yang sepatutnya diukur. Bagi memastikan kesahan
kandungan, soalan ujian telah dibina dan digubal oleh pakar bahasa dan pakar dalam bidang
penyelidikan. Instrumen ini telah disahkan oleh seorang pakar dalam penyelidikan dan dua
orang pakar dari aspek bahasa. Rubrik pemarkahan bagi soalan ujian dan RPH juga telah
disemak dan digubal oleh pakar-pakar. Kemudian, satu kajian rintis dilaksanakan bagi
memastikan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.
Soalan ujian digunakan untuk menguji kebolehpercayaan melalui kajian rintis kepada
30 orang responden. Kajian rintis dijalankan di sekolah lain, di daerah yang lain. Data-data
yang dikumpul dianalisis secara manual untuk memperoleh nilai Indeks Kesukaran (IK) dan
Indeks Diskriminasi (ID). Nilai IK bagi ujian pra ialah 0.522 manakala nilai bagi ujian pasca
ialah 0.538. Nilai yang diperoleh menunjukkan soalan ujian yang digunakan merupakan item
yang diterima. Nilai ID bagi ujian pra pula ialah 0.476 manakala nilai bagi ujian pasca ialah
0.420. Nilai yang diperoleh menunjukkan item yang digunakan dapat membezakan tahap
pencapaian murid yang tinggi dan rendah. Hal ini bermaksud item yang digunakan boleh
diterima. Nilai tersebut menilai kebolehpercayaan sama ada tinggi ataupun rendah. Mohamed
Najib (2012), analisis nilai Alpha Cronbach menunjukkan .944 iaitu soalan ujian boleh diterima
dan digunakan untuk mengumpul data sebenar. Ini bermaksud nilai ini mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi untuk digunakan.
Soalan ujian pra dan pasca dijawab oleh 56 orang murid di sekolah A. Setelah mereka
menjawab soalan pra, kumpulan rawatan diajar tentang kemahiran menulis karangan naratif
dengan Konsep P.A.D.I manakala kumpulan kawalan diajar dengan pendekatan tradisional.
Setelah proses intervensi dijalankan, kedua-dua kumpulan menjawab soalan ujian pasca.
Data-data yang diperoleh dikira dengan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
25.0. Analisis statistik deskriptif dibuat untuk mendapatkan keputusan kekerapan, peratus, min
dan sisihan piawai. Di samping itu, analisis statistik inferens ujian-t juga digunakan untuk
menjawab soalan kajian dan menguji hipotesis bagi membandingkan min skor tahap
penguasaan dua kumpulan responden.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan dapatan kajian bagi menjawab soalan dan hipoesis kajian.
Soalan 1: Apakah tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis karangan naratif
sebelum dan selepas ujian?
Jadual 1
Keputusan Kekerapan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Julat Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan
Markah
Tahap Penguasaan Ujian Pra Ujian Ujian Pra Ujian
21-25 Cemerlang Pasca Pasca
55 28
16-20 Baik 8 9 10 13
11-15 6 5 77
6-10 Memuaskan 5 4 60
1-5 4 5 30
Kurang Memuaskan
Belum Mencapai Tahap
Penguasaan Minimum
Tahap penguasaan murid dalam penulisan karangan naratif (Bahagian C dalam kertas
Penulisan Bahasa Melayu) mengandungi lima tahap, iaitu Cemerlang, Baik, Memuaskan,
Kurang memuaskan dan Belum mencapai tahap penguasaan minimum berdasarkan rubrik
pemarkahan kertas Penulisan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Jadual ini menunjukkan kekerapan bagi tahap cemerlang dalam kumpulan rawatan
meningkat daripada 2 murid kepada 8 murid. Kekerapan bagi tahap kurang memuaskan dan
belum mencapai tahap penguasaan minimum dalam kumpulan rawatan adalah berkurang
menjadi sifar. Manakala, kekerapan bagi tahap cemerlang dalam kumpulan kawalan tidak
mempunyai perbezaan. Kekerapan bagi belum mencapai tahap penguasaan minimum masih
mempunyai 5 orang.
Secara keseluruhannya, jadual ini menunjukkan tahap penguasaan bagi kumpulan
rawatan lebih baik daripada kumpulan kawalan.
Soalan 2: Apakah keberkesanan penggunaan Konsep P.A.D.I dalam penulisan karangan
naratif?
Jadual 2
Peratus Ujian Pasca Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Tahap Pencapaian Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan
Cemerlang Ujian Pasca Peratus (%) Ujian Pasca Peratus (%)
Baik 5 19 8 27
Memuaskan 9 35 13 45
Kurang Memuaskan 5 19 7 28
Belum Mencapai Tahap 4 15 0 0
Penguasaan Minimum
5 12 00
Dalam jadual ini menunjukkan bilangan murid yang mencapai tahap cemerlang dalam
kumpulan kawalan adalah sebanyak 5 orang (19%) manakala kumpulan rawatan mempunyai
8 orang murid (27%). Hal ini bermakna bilangan murid dalam kumpulan rawatan bagi ujian pra
dan ujian pasca telah berlaku peningkatan bilangan murid, iaitu daripada 2 orang murid (8%)
menjadi kepada 8 orang murid (27%). Ujian pasca dalam kumpulan kawalan menunjukkan
terdapat 5 orang murid (12%) yang belum mencapai tahap penguasaan minimum manakala
tiada orang daripada kumpulan rawatan yang belum mencapai tahap penguasaan minimum.
Kesimpulannya, dapatan ini membuktikan bahawa terdapat peningkatan markah dan
tahap penguasaan bagi kumpulan rawatan setelah menggunakan Konsep P.A.D.I dalam
kemahiran menulis karangan naratif.
Ho1: Tidak terdapat perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca dalam kumpulan
kawalan
Jadual 3
Ujian-t (dua sampel berpasangan) antara ujian pra dan ujian pasca dalam kumpulan kawalan
Kumpulan Jenis Ujian N Min (μ) Sisihan Piawai (σ) Sig. (2-tailed)
Kumpulan Ujian Pra 28 13.57 5.891 0.023
Kawalan Ujian Pasca 14.43 6.309
Berdasarkan kepada jadual, nilai signifikan (2-tailed) yang diperoleh adalah 0.023. Nilai data
ini membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca
dalam kumpulan kawalan. Jika nilai p < 0.05, ini bermaksud wujud perbezaan yang bermakna.
Maka, hipotesis nul yang pertama ditolak, kerana nilai p lebih kecil daripada 0.05, bermakna
wujud perbezaan min yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca dalam kumpulan
kawalan.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca dalam kumpulan
rawatan
Jadual 4
Ujian-t (dua sampel berpasangan) antara ujian pra dan ujian pasca dalam kumpulan rawatan
Kumpulan Jenis Ujian N Min (μ) Sisihan Piawai (σ) Sig. (2-tailed)
0.000
Kumpulan Ujian Pra 28 13.61 5.245
Rawatan Ujian Pasca 17.82 3.611
Berdasarkan kepada jadual, nilai signifikan (2-tailed) yang diperoleh adalah 0.000. Nilai data
ini membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca
dalam kumpulan rawatan. Hal ini demikian kerana jika nilai p < 0.05, ini bermaksud wujud
perbezaan yang bermakna. Maka, hipotesis nul yang kedua juga ditolak, kerana nilai p lebih
kecil daripada 0.05, bermakna wujud perbezaan min yang signifikan antara ujian pra dan ujian
pasca dalam kumpulan kawalan.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor ujian kemahiran menulis
karangan naratif menggunakan tindakan konvensional dengan skor ujian kemahiran
menulis karangan naratif dengan menggunakan konsep P.A.D.I.
Jadual 5
Perbezaan Min yang signifikan antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Kumpulan Min (μ) Sisihan Piawai (σ) Nilai-t df Sig. (2-tailed)
Kawalan 14.43 6.309 -2.413 54 0.017
Rawatan 17.82 3.611 -7.095 42.975 0.018
Hasil dapatan kajian telah mendapati min bagi kumpulan kawalan adalah 14.43 (t= -2.413,
df=54, p=0.017) manakala min bagi kumpulan rawatan adalah 17.82 (t= -7.095, df=42.975,
p=0.018). Jadual ini juga menunjukkan bahawa kedua-dua nilai signifikan (2-tailed) adalah
lebih kecil daripada 0.05. Sekiranya nilai p < 0.05, ini bermaksud wujud perbezaan yang
bermakna. Jadi, hipotesis nul yang ketiga ditolak.
Terdapat beberapa kajian yang membuktikan sesuatu teknik diperlukan dalam
penulisan karangan. Kajian Asifa et al. (2017) menggunakan model PWIM (Picture Word
Inductive Model) untuk meningkatkan keterampilan menulis karangan naratif. Dengan ada
model ini, murid didapati dapat meningkatkan kualiti penulisan dan memupuk minat dalam
kemahiran menulis karangan narasi. Kajian Ghazali (2012) juga menggunakan teknik
mnemonik memberi kesan yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran karangan naratif.
Penerapan teknik mnemonik melalui pembelajaran pengadunan menggalakkan pelajar lebih
aktif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran mengarang karangan naratif. Oleh itu,
kajian-kajian tersebut membuktikan bahawa teknik-teknik yang diwujudkan memang
membantu murid dalam menulis karangan.
Maka, dapat diberi kesimpulan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara
statistik di dalam nilai min pemboleh ubah bagi Konsep P.A.D.I dalam kumpulan rawatan.
Secara ringkasnya, semua hasil dapatan menunjukkan bahawa Konsep P.A.D.I berkesan
untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis karangan naratif. Dapatan
kajian ini mengukuhkan dapatan kajian Rohani et.al (2011) kerana hasil karangan murid lebih
berkualiti. Karangan naratif yang dihasilkan murid didapati lebih menarik dari segi idea dan
mutu bahasa yang digunakan bertambah baik dan bermutu.
IMPLIKASI, CADANGAN DAN KESIMPULAN
Kajian ini memberi beberapa implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam
kemahiran menulis karangan naratif. Noel (2009) berpendapat bahawa implikasi ialah sesuatu
yang telah dihasilkan dengan adanya proses perumusan ilmu. Terdapat banyak implikasi yang
mampu memberi sumbangan kepada pengetahuan, praktikal, teori dan empirikal.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Konsep P.A.D.I memberi manfaat kepada
guru untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan naratif murid. Dari
implikasi pengetahuan, kaedah ini juga menyediakan ruang kepada guru-guru untuk
membantu murid menguasai kemahiran menulis karangan dengan mudah. Selain itu, bagi
implikasi praktikal guru yang tercari-cari pendekatan bagi membantu murid-murid tidak boleh
menulis karangan naratif dengan baik boleh mempraktikkan Konsep P.A.D.I kerana telah
terbukti berkesan. Kemahiran menulis karangan naratif murid dapat ditingkatkan kerana guru
menggunakan teknik yang memberangsangkan dan menyeronokkan.
Bukan itu sahaja, kajian ini telah memberi implikasi teori. Teori yang digunakan dalam
kajian ini, Teori Rangkaian Motor Pembelajaran Levine (2003) dapat membantu murid untuk
meningkatkan kemahiran menulis karangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teori ini
berupaya membolehkan murid mempunyai tahap pencapaian yang baik dalam penulisan
karangan. Dari implikasi empirikal, kajian ini mengisi kelompangan kepada para penyelidik
untuk kajian-kajian literature.
Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan kepada
beberapa pihak. Antara cadangannya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ialah
mengadakan kursus atau bengkel kepada guru pelatih di semua Institut Pendidikan Guru (IPG)
untuk mendedahkan Konsep P.A.D.I yang boleh diajarkan dalam sesi pengajaran di dalam
bilik darjah. Cadangan seterusnya kepada pihak sekolah. Antaranya adalah ketua panitia dan
guru Bahasa Melayu di semua sekolah seluruh Malaysia boleh mengadakan mesyuarat atau
sesi perkongsian maklumat berkaitan cara pengaplikasian Konsep P.A.D.I dalam penulisan
karangan naratif kepada murid tahap dua.
Seterusnya, pengkaji juga mencadangkan beberapa sasaran kajian lanjutan. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kuasi eksperimen. Pendekatan dan kaedah
yang digunakan dalam kajian ini tidak mampu digeneralisasikan kepada semua penyelidik.
Oleh hal yang demikian, kajian lanjutan yang seterusnya boleh dijalankan dengan
menggunakan pendekatan kualitatif dan pendekatan gabungan untuk memperoleh data yang
lebih menyeluruh.
Kesimpulannya, guru perlu bersedia untuk mengajar Konsep P.A.D.I dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan naratif. Berdasarkan cadangan-
cadangan kajian yang diberikan, diharapkan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan
naratif dalam kalangan murid dapat dipertingkatkan lagi dan para murid akan terus dapat
menghasilkan karya yang bermutu serta mencapai prestasi yang cemerlang dalam subjek
Bahasa Melayu.
RUJUKAN
Alias Ismail (2006). Soalan bantu lulus bahasa Melayu PMR. Pelita Bahasa, 18 (6): 11-13.
Asifa Miftahul Gina, Prana Dwija Iswara & Asep Kurnia Jayadinata. (2017). Meningkatkan
keterampilan menulis karangan narasi melalui model pwim (picture word
inductive model) siswa kelas iv b sd negeri ketib kecamatan sumedang utara
kabupaten sumedang. Jurnal Pena Ilmiah. Vol. 2(1), 141-150.
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abdul Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu. Vol. 1, Bil. 1: 67-87.
Fadzilah Abd Rahman & Norazlina Mohd Kiram. (2015). Bahasa Melayu sebagai bahasa
negara bangsa: kepentingan melaksanakan ujian kecekapan bahasa Melayu. Jurnal
Mahawangsa. 2(1): 15-28.
Ghazali Mohamed Ibrahim. (2012). Penerapan teknik mnemonik dalam penulisan
karangan naratif melalui pembelajaran pengadunan. Academy of Singapore
Teachers.https://academyofsingaporeteachers.moe.edu.sg/docs/librariesprovider6/re
giol-conferences/1-
Krejcie R.V. & Morgan D.W. (1970). Determining sample size for research. Educational and
phychological measurement. 30, 607-610.
Lee, K.C., Zakri Abdullah & Chua, L.N. (2018). Penyelidikan dalam pendidikan. Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Levine M, M.D. (2003). The myth of laziness. Simon dan Schuster Paperbacks.
Mohamed Najib Abdul Ghafar. (2012). Panduan asas pentaksiran. Fakulti Pendidikan UTM.
Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noel, T.W. (2009). The impact of knowledge resourcea on new venture performance.
Journal of Small Business Management, 47 (1), 1-22.
Noor Habsah Ali & Yahya Othman. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 8, Bil. 1: 33- 41.
Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016). Faktor-
faktor yang mempengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu pelajar sekolah
menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 6, Bil. 2: 1-9.
Rohani Ismail, Faridah Taib, Rose Ghani, Mastura Ahmad & Suhaila Abdul Rauf. (2011).
Konsep PADI dalam penulisan karangan naratif. Scribd.
https://www.scribd.com/document/374531315/45-Rohani-Ismail-Konsep-PADI-Dalam-
Penulisan-Karangan-Naratif
Rozita Radhiah & Abdul Rasid Jamian. (2012). Amalan pengajaran karangan guru
cemerlang di dalam bilik darjah: kajian satu kes pelbagai lokasi. Asia Pacific
Journal of Educators and Education. Vol. 27: 52 – 68.
HUBUNGAN PENGALAMAN MENGAJAR DENGAN TAHAP KEMAHIRAN
PELAKSANAAN PENILAIAN FORMATIF GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Yuznaili Saleh PhD
[email protected]
Janeffer binti Jimtin
[email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan pengalaman mengajar dengan tahap kemahiran guru
bahasa Melayu sekolah rendah dalam pelaksanaan penilaian formatif. Kajian ini merupakan kajian
tinjauan dan data dikumpul melalui borang instrumen soal selidik yang mengandungi 23 item untuk
mengukur tahap kemahiran guru bahasa Melayu sekolah rendah dalam pelaksanaan penilaian formatif.
Seramai 59 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di Wilayah Persekutuan Labuan terlibat dalam
kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi
menggunakan perisisan Statistical Package for the Social Sciencies (SPSS) versi 25.0. Statistik
deskriptif melibatkan pengukuran min, sisihan piawai bagi menganalisis dapatan kajian tahap
kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam pelaksanaan penilaian formatif. Sementara,
statistik inferensi, iaitu pekali korelasi digunakan untuk mengukur dapatan kajian hubungan pengalaman
mengajar dengan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam pelaksanaan penilaian
sekolah. Secara keseluruhan, analisis statistik deskriptif menunjukkan tahap kemahiran guru bahasa
Melayu sekolah rendah dalam pelaksanaan penilaian formatif berada pada tahap yang tinggi (µ=4.20).
Walau bagaimanapun, pekali korelasi menunjukkan hubungan negatif lemah, -.004 antara pengalaman
mengajar dengan tahap kemahiran guru bahasa Melayu sekolah rendah. Dapatan kajian ini adalah tidak
dijangka kerana berbeza dengan dapatan kajian lepas.
Kata kunci: Penilaian formatif, kemahiran guru Bahasa Melayu, pengalaman mengajar
ABSTRACT
This study aims to identify the relationship between teaching experience with the skill level of the primary
school Malay language teachers in the implementation of formative assessment. This study is a survey
and the datas were collected by using questionnaire containing 23 items to measure the skill level of the
primary school Malay language teachers in the implementation of formative assessment. A total of 59
teachers who are teaching in the Federal Territory of Labuan participated in this study. The datas
collected were analyzed using descriptive statistics and inference statistics using the Statistical Package
for the Social Sciences (SPSS) version 25.0. Descriptive statistics involves the measurement of the
mean, standard deviation to analyze skill levels Malay primary school teachers in the implementation of
formative assessment. Meanwhile, statistical inference, namely the correlation coefficient was used to
measure the findings relations with the skill level of experience teaching Malay language teacher primary
schools in implementing school evaluation. Overall, the descriptive statistical analysis showed the skill
level of the primary school Malay language teachers in the implementation of formative assessment is
at a high level (μ = 4.20). However, the correlation coefficient shows a weak negative relationship (-
.004) between teaching experience with the skill level of the Malay language teachers in primary
schools. The findings of this study are unanticipated because they differ from the previous findings.
Keywords: Formative assessment, Malay language skills of primary school teachers, teaching
experience
PENGENALAN
Dalam konteks perkembangan pendidikan, Malaysia telah melalui beberapa peringkat
perubahan sejak negara mencapai kemerdekaan. Hal ini demikian kerana sebelum
kedatangan British di Tanah Melayu, dasar pendidikan ketika itu tidak mempunyai sistem yang
khusus (Mohd Salleh, 2002). Dalam hal ini, pendidikan dalam negara dimulakan dengan
sistem pendidikan pondok dan madrasah diikuti kemunculan sekolah-sekolah vernakular
sehinggalah wujudnya sistem pendidikan kebangsaan. Dalam hal ini, sistem pendidikan
negara mencapai titik perubahan dan mula berkembang maju dengan penguatkuasaan Akta
Pelajaran 1961. Malah, akta tersebut masih diguna pakai sehingga kini.
Bertitik tolak daripada pelaksanaan akta tersebut, beberapa perubahan dapat dilihat
dalam sistem pendidikan kebangsaan terutamanya apabila kerajaan memperkenalkan
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran atau Laporan
Kabinet. Antara perubahan penting yang berlaku ekoran daripada laporan tersebut,
diperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 atau (KBSR)
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Mohd Salleh, 2002). Namun demikian, sistem
pendidikan negara pada masa tersebut dikatakan tidak mampu untuk memenuhi keperluan
semasa dan modal insan yang diidam-idamkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Hal ini demikian kerana sistem pendidikan negara dianggap sebagai terlalu
berorientasikan peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang baik (Yusuf dan Mohd
Musa, 2011).
Terbaru, kerajaan telah melaksanakan transformasi pendidikan dengan melaksanakan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Perubahan dalam sistem pendidikan negara
telah menghasilkan satu bentuk format pentaksiran baharu iaitu Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). Suzana dan Jamil (2015) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang
mula diperkenalkan untuk peringkat darjah satu pada tahun 2011 telah mengguna pakai
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mentaksir pembelajaran murid. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah merupakan suatu proses mengumpul data murid serta
perkembangannya oleh guru secara berterusan sama ada dari penilaian formatif atau sumatif
dan juga aktiviti yang melibatkan pembentukan sahsiah individu (Noor Azizah, 2013).
Menurut Tuan Jah (2015) terdapat empat komponen dalam Pentaksiran Berasaskan
Sekolah iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Psikometri dan
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. Pentaksiran Sekolah (PS) dilaksanakan
oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013)
Pentaksiran Sekolah boleh dilaksanakan secara pentaksiran formatif iaitu pada akhir
pembelajaran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran sumatif,
dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.
PERNYATAAN MASALAH
Perubahan dalam sistem pendidikan negara memberikan cabaran baharu kepada guru dalam
pelaksanaannya. Hal ini demikian kerana perubahan dasar dalam sistem pendidikan berlaku
secara tergesa-gesa. Keadaan ini tidak memberi peluang kepada guru untuk bersedia dalam
pelaksanaannya. Suzana dan Jamil (2015) perubahan amalan pentaksiran sumatif yang
memberi fokus utama terhadap ujian dan peperiksaan kepada amalan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah yang mementingkan pentaksiran formatif telah menimbulkan banyak
rungutan dalam kalangan guru. Kajian secara ‘online’ yang dilakukan Lembaga Peperiksaan
mendapati 90 peratus guru Tahun 1, 2 dan 3 serta 83 peratus guru tingkatan 1, tidak jelas
tentang konsep pentaksiran (Fakri et al. 2016).
Namun demikian, Kajian Aniza dan Zamri (2015) menunjukkan kemahiran guru dalam
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di sekolah menengah berada pada tahap
yang tinggi. Oleh itu, kajian ini akan meninjau tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam
pelaksanaan penilaian formatif di sekolah rendah. Malah, kajian ini juga akan meninjau
hubungan antara pengalaman mengajar dengan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu
sekolah rendah dalam Pelaksanaan Penilaian Formatif. Hal ini demikian kerana kajian Ana
Hafizan (2012) dan kajian Norazilawati et al., (2015) menunjukkan tidak terdapat hubungan
antara pengalaman mengajar dengan kemahiran guru dalam melaksanakan penilaian.
OBJEKTIF, SOALAN DAN HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut,kajian ini cuba mencapai dua objektif, iaitu:
1. Mengenal pasti tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam melaksanakan PBS, iaitu
penilaian formatif.
2. Mengkaji hubungan pengalaman mengajar dengan tahap kemahiran pelaksanaan
penilaian formatif.
Soalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Soalan kajian
adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan penilaian
formatif?
2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan
tahap kemahiran pelaksanaan penilaian formatif guru bahasa Melayu sekolah rendah?
Hipotesis Kajian
Berdasarkan soalan kajian tersebut, kajian ini telah membina satu hipotesis kajian, iaitu:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan
tahap kemahiran pelaksanaan penilaian formatif guru Bahasa Melayu sekolah rendah.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian bersifat kuantitatif, iaitu menggunakan kaedah tinjauan. Chua
(2011) dalam Ang Kean Hua (2016) menghuraikan kaedah tinjauan melibatkan pengumpulan
data secara terus daripada kumpulan subjek dengan menggunakan soalan kajian, iaitu soal
selidik melalui lisan atau kertas-pensel. Sulaiman (2005) berpendapat strategi tinjauan
menekankan data yang lengkap, tuntas dan meliputi tajuk pengkajian yang diputuskan.
Sehubungan dengan itu, pengkaji menggunakan reka bentuk ini kerana reka bentuk ini lebih
sesuai digunakan berbanding dengan reka bentuk kajian yang lain seperti temu bual,
pemerhatian dan sebagainya.
Dalam kajian ini, instrumen utama yang digunakan adalah soal selidik dengan
menggunakan kaedah tinjauan dan pendekatan kuantitatif. Hal ini demikian kerana soal selidik
yang digunakan dalam kajian ini akan memberikan gambaran mengenai kemahiran guru
Bahasa Melayu sekolah rendah dalam pelaksanaan penilaian formatif. Soal selidik yang
digunakan dalam kajian ini mengandungi 23 item yang dibahagikan kepada dua bahagian,
iaitu Bahagian A, demografi dan Bahagian B mengandungi 18 soalan yang terdiri daripada
item-item yang berkaitan dengan kemahiran guru dalam melaksanakan penilaian formatif.
Soal selidik yang dibina telah diadaptasi berdasarkan kajian Aniza dan Mohamed Zamri
(2015).
Item soal selidik dibina dan diadaptasi berdasarkan soal selidik yang telah diakui
kesahannya. Hal ini demikian kerana item soal selidik dalam kajian ini diadaptasi daripada
kajian Aniza dan Mohamed Zamri (2015) yang telah diuji kesahan konstruk dan kesahan
kandungannya. Walaupun demikian, pengkaji tetap menjalankan kesahan muka dan kesahan
kandungan terhadap soal selidik. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah merujuk dua orang
pakar Bahasa Melayu untuk kesahan kandungan, seorang pakar bahasa untuk kesahan muka
dan seorang pakar instrumen untuk kesahan muka yang bertugas di Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu.
Dalam konteks kajian ini, kebolehpercayaan item soal selidik dianggarkan
menggunakan nilai Alpha Cronbach. Dalam hal ini, analisis data berdasarkan ujian rintis telah
dilakukan untuk mendapatkan nilai alpha Cronbach. Dalam proses ujian rintis, sebanyak 30
soal selidik telah diisi dan dikembalikan, diproses dan dianalisis datanya menggunakan
‘Statistical Pakage for Social Science (SPSS) Version 25.0. Didapati instrumen soal selidik
tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu .872. Populasi kajian terdiri daripada
70 orang guru-guru Bahasa Melayu yang berkhidmat di 15 buah sekolah rendah kebangsaan
di Wilayah Persekutuan Labuan.
Akhir sekali, analisis statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis profil responden,
tahap kemahiran pelaksanaan penilaian formatif guru bahasa Melayu sekolah rendah.
Penganalisisan tahap kemahiran pelaksanaan penilaian formatif guru bahasa Melayu
menggunakan analisis deskriptif melibatkan nilai skor min, sisihan piawai serta varians.
Analisis hubungan antara pengalaman mengajar dengan tahap kemahiran pelaksanaan
penilaian formatif guru bahasa Melayu sekolah rendah menggunakan analisis statitistik
inferensi.
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1
Analisis item bagi alat kajian tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan
penilaian formatif
Bil. Item Min Sisihan Tahap
µ piawai
1 Saya mempelbagaikan kaedah dan
instrumen yang bersesuaian ketika 4.61 .526 Tinggi
mentaksir murid.
2 Instrumen yang dibina untuk
pentaksiran bersesuaian dengan 4.53 .568 Tinggi
pernyataan eviden yang hendak
ditaksir.
3 Saya akan menetapkan objektif
pentaksiran yang hendak diuji 4.58 .532 Tinggi
semasa membina instrumen
pentaksiran.
4 Saya akan merujuk Dokumen
Standard Prestasi setiap kali 4.69 .464 Tinggi
melaksanakan pentaksiran.
5 Saya melaksanakan pentaksiran
secara berterusan semasa 4.42 .770 Tinggi
pengajaran dan pembelajaran
dijalankan di dalam bilik darjah.
6 Saya memberikan skor dengan
meletakkan band (1-6) kepada setiap 4.44 .501 Tinggi
murid yang telah melepasi eviden
bagi setiap band.
7 Saya menggunakan kaedah
pemerhatian, penyoalan secara lisan,
latihan bertulis, persembahan, 4.49 .537 Tinggi
pembentangan dan hasil kerja
berkumpulan semasa mentaksir
murid.
8 Saya menilai hasil kerja murid dengan
merujuk deskriptor dan eviden yang 4.61 .526 Tinggi
dinyatakan dalam Dokumen Standard
Prestasi.
9 Saya menyediakan skema
pemarkahan bagi setiap intrumen 4.25 .604 Tinggi
yang dibina untuk membuat penilaian
semasa mentaksir murid.
10 Saya memastikan murid-murid
ditaksir sama rata berdasarkan aras 4.41 .561 Tinggi
kemahiran masing-masing dengan
menggunakan pelbagai kaedah
pentaksiran.
11 Saya memberikan pujian/ motivasi/
gred terhadap hasil kerja murid sama 4.53 .817 Tinggi
ada secara individu ataupun 1.189 Rendah
1.252 Sederhana
berkumpulan. .537 Tinggi
.561 Tinggi
12 Saya tidak memberitahu murid secara .588 Tinggi
.598 Tinggi
individu cara untuk membetulkan 2.00 .592 Tinggi
kesalahan yang dikesan melalui
latihan yang dibuat oleh mereka.
13 Saya tidak memberitahu murid secara
lisan bentuk kesilapan yang telah 2.14
dikesan melalui latihan mereka.
14 Saya memberikan bimbingan dan
nasihat kepada murid terhadap 4.49
prestasi pencapaian mereka setiap
kali selepas ditaksir.
15 Saya merekodkan prestasi setiap
murid dalam folio untuk rujukan guru, 4.41
penyelaras, murid dan ibu bapa.
16 Saya merekod dan melaporkan
prestasi setiap murid dalam Sistem 4.39
Pengurusan PBS.
17 Saya melaporkan dan merekodkan
pencapaian setiap murid berdasarkan 4.51
pelaporan formatif dan pelaporan
sumatif.
18 Saya mahir untuk merekodkan dan
melaporkan setiap keputusan murid- 4.17
murid sama ada secara atas talian
atau di dalam folio.
Secara keseluruhannya, enam belas item mempunyai tahap yang tinggi, satu item mempunyai
tahap sederhana dan satu item mempunyai tahap rendah. Min keseluruhan Tahap Kemahiran
Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Penilaian Formatif (µ=4.20). Nilai sisihan piawai
SP=.377. Stufflebeam (1971) dalam Azmil dan Ab. Halim (2012) min ini membuktikan guru-
guru Bahasa Melayu sekolah rendah yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Rendah
Kebangsaan, Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam
pelaksanaan Penilaian Formatif.
Jadual 2
Hubungan antara pengalaman mengajar dengan tahap kemahiran pelaksanaan guru Bahasa
Melayu sekolah rendah
Pemboleh ubah rp
Pengalaman mengajar
kemahiran pelaksanaan -.004 .977
penilaian formatif
Berdasarkan Jadual pekali korelasi bagi pasangan pemboleh ubah pengalaman
mengajar dengan tahap kemahiran pelaksanaan penilaian formatif guru bahasa Melayu
sekolah rendah rendah, iaitu antara -.004 hingga 1.00, nilai Pearson Correlation (r) =-.004,
dan paras signifikan(p)=.977. Hal ini membuktikan bahawa pemboleh ubah pengalaman
mengajar dengan tahap kemahiran pelaksanaan penilaian formatif guru bahasa melayu
sekolah rendah mempunyai perkaitan korelasi negatif -0.04 dan nilai varian bagi pemboleh
ubah ialah 0.0016% ((.004 x -.004) x 100). Oleh yang demikian, dapatan kajian menunjukkan
nilai r=-.004, Cohen (2011) nilai r=0 hingga r=-0.25 merupakan hubungan negatif yang rendah
antara pengalaman mengajar dengan tahap kemahiran pelaksanaan penilaian formatif guru
Bahasa Melayu sekolah rendah.
Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
negatif yang rendah antara pengalaman mengajar dengan tahap kemahiran guru Bahasa
Melayu sekolah rendah dalam pelaksanaan penilaian formatif dengan nilai r (59) = -.004, p<1
Hal ini menunjukkan hubungan yang negatif dengan tahap rendah berdasarkan jadual skala
interpretasi nilai korelasi oleh Cohen (2011). Keadaan ini menunjukkan bahawa guru Bahasa
Melayu yang kurang pengalaman mengajar lebih mahir melaksanakan penilaian formatif.
Ringkasnya,hipotesis nul Ho1 adalah tidak benar dan ditolak.
RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru Bahasa Melayu menguasai
pelaksanaan penilaian formatif. Dapatan kajian ini hampir sama dengan beberapa kajian lain
yang mengkaji kemahiran guru dalam melaksanakan penilaian dalam pelbagai bidang
bahasa. Antaranya, kajian Siti Anisha et al. (2014), Aniza dan Zamri (2015), Norsyuhadah
(2013) dan Ahmad Zaidi dan Mohd Isha (2018), Syed Kamaruzzaman et al. (2018). Malah,
dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang sangat lemah
antara pengalaman mengajar dengan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah rendah
dalam pelaksanaan penilaian formatif. Dapatan kajian ini berbeza daripada kajian lepas.
Hal ini bermakna guru Bahasa Melayu yang kurang pengalaman mengajar lebih mahir
melaksanakan penilaian formatif. Hal ini demikian kerana guru-guru baharu mendapat
pendedahan berkaitan penilaian formatif semasa mereka berada di institusi pengajian. Dalam
hal ini, mereka telah dilatih berkaitan penilaian formatif kerana terdapat perubahan dasar
pentaksiran dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 2011 secara berperingkat.
Manakala guru yang berpengalaman yang telah terbiasa dengan sistem pendidikan yang
berorientasikan peperiksaan dan menganggap penilaian formatif sebagai sesuatu yang
baharu yang perlu dipelajari bagi membolehkan mereka mengamalkan sistem penilaian ini
dengan lebih baik.
Kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah
dan guru besar di sekolah tentang keupayaan guru dalam melaksanakan penilaian formatif.
Pelaksanaan penilaian formatif merupakan satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam hal ini,
didapati kemahiran guru bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan penilaian
formatif adalah tinggi. Namun, dapatan kajian ini juga menunjukkan guru yang kurang
pengalaman lebih kompeten dalam melaksanakan penilaian formatif. Dapatan kajian ini
adalah tidak dijangka kerana berbeza dengan dapatan-dapatan kajian lepas.
Kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber maklumat kepada Pejabat Pendidikan
Daerah dan guru besar sekolah tentang kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah rendah
dalam amalan pelaksanaan penilaian formatif. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kajian ini
berupaya mengisi kelompangan dalam aspek pengetahuan. Tambahan, Model CIPP menjadi
asas penilaian, dapatan kajian menjelaskan dimensi proses menjadi penyumbang utama
kepada pelaksanaan penilaian formatif. Penggunaan model CIPP dalam kajian ini dibuktikan
sesuai untuk digunakan oleh guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Malaysia.
Jelaslah, kajian ini dapat memberi implikasi kepada pengetahuan dan teori. Sebagai
cadangan, Pejabat Pendidikan Daerah perlu mengambil perhatian serius terhadap perkara
ini dengan mengambil tindakan segera, iaitu dengan mengadakan kursus pelaksanaan
penilaian formatif kepada guru yang telah lama berkhidmat bagi memastikan guru itu
kompeten dalam melaksanakan penilaian formatif. Oleh itu pihak sekolah khususnya
pentadbir, iaitu guru besar disarankan untuk mengenal pasti guru yang kurang kompeten
dalam melaksanakan penilaian formatif.
Ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa sebahagian besar guru Bahasa Melayu
sekolah rendah menguasai kemahiran dalam pelaksanaan penilaian formatif. Kajian ini juga
telah memberi nilai tambah kepada kajian kemahiran guru dalam pelaksanaan penilaian
khususnya penilaian formatif kerana kebanyakan kajian sedia ada lebih banyak mengkaji
kemahiran guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dalam pada itu,
didapati juga masih kurang kajian kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam
pelaksanaan penilaian formatif. Malah, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru yang
kurang pengalaman lebih mahir dalam melaksanakan penilaian formatif. Oleh itu, kajian ini
juga telah mencadangkan penambahbaikan kepada pihak berwajib bagi mengatasi
kelemahan yang wujud berdasarkan dapatan kajian. Hal ini adalah bertujuan untuk menambah
baik amalan pelaksanaan penilaian formatif dalam kalangan guru Bahasa Melayu.
RUJUKAN
Ahmad Zaidi Hussin & Mohd Isha Awang. (2018). Kemahiran pentaksiran formatif dalam
kalangan guru- guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Journal of Islamic and
Human Advanced Researched, 8(2), 1-13.
Ana Hafizan Daud. (2012). Pelaksanaan penilaian bilik darjah dalam kalangan Guru
Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru. Ijazah Sarjana Tidak Diterbitkan, Universiti
Teknologi Malaysia.
Ang Kean Hua. (2016). Pengenalan rangka kerja metodologi dalam kajian penyelidikan: Satu
kajian literatur. Malaysian Journal Of Social Science and Humanities, 1(1), 17-24.
Aniza Ahmad & Zamri Mohamod. (2015). Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah
menengah dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah berdasarkan
jantina, opsyen dan tempat mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1), 18-29.
Azmil Hashim & Ab. Halim Tamuri. (2012). Persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran
Tahfiz Al-Quran di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 4(2), 1-10.
Cohen, L., Manion, L., & Marrison, K. (2011). Research methods in education. New York, USA:
Routledge Taylor dan Francis Group.
Fakri Abdul Khalil & Mohd Isha Awang. (2016). Isu kesediaan guru dalam amalan
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Journal of Science, Mathematics and
Technology (EDUCATUM)- journal of Social Science, 2, 1-7.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Mohd Salleh Lebar. (2002). Perancangan pendidikan peringkat sekolah dan ipt. Kuala Lumpur:
Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd.
Noor Azizah Jawal. (2013). Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di sekolah rendah
kawasan Durian Tunggal, Melaka. Latihan Ilmiah tidak diterbitkan., Universiti Teknologi
Malaysia.
Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh, Rosnidar Mansor, Abdul Talib Mohamed
Hashim & Wong Kung Teck. (2015). Penilaian Pentaksiran Beraaskan Sekolah (PBS)
dalam kalangan guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 5(1).
Norsyuhadah Maskan. (2013). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi
mata pelajaran Sains di sekolah kebangsaan Daerah Pontian Johor. Tesis, Universiti
Tun Hussien Onn Malaysia.
Siti Anisha Samsudin, Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif & Abdul Halim Abdullah. (2014).
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah menerusi pandangan guru.
Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik.
Sulaiman Masri. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan:Esei, proposal dan
tesis. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Suzana Abd Mutalib & Jamil Ahmad. (2012). Penggunaan teknik pentaksiran formatif dalam
subjek Bahasa Melayu darjah satu: Kajian kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
2(1), 17-30.
Syed Kamaruzaman Syed Ali, Faizul Mat Som & Norkhalid Salimin. (2018). Pelaksanaan
penilaian dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah.
International Journal Of Education, Physchology and Counseling, 3(13), 10-17.
Tuan Jah Tuan Yusof. (2015). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.
Yusof Boon & Mohd Musa Shaharuddin. (2011). Kepemimpinan guru besar dalam
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Daerah
Kota Tinggi, Johor.
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENCATAT MAKLUMAT BERDASARKAN
GAMBAR, AUDIO DAN TEKS
Mastura binti Mohamed Berawi
[email protected]
Lim Wan Gee
[email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
ABSTRAK
Kemahiran mencatat maklumat merupakan satu elemen yang penting dalam Modul Menulis bahasa
Melayu. Murid-murid perlu menguasai kemahiran ini bukan sahaja untuk mencapai kejayaan pada masa
hadapan tetapi juga menguasai kemahiran ini untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian. Kemahiran
mencatat maklumat memerlukan sesuatu bahan agar murid-murid boleh mencatat maklumat yang
mempunyai kaitan dengan bahan yang dilihat, didengar ataupun dibaca. Oleh hal yang demikian, kajian
ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran mencatat maklumat berdasarkan teks,
gambar dan audio dalam kalangan murid sekolah rendah. Responden kajian terdiri daripada 36 orang
murid Tahun 3 sekolah kebangsaan di Subang Jaya, Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan ujian bertulis mencatat maklumat menggunakan
tiga bahan yang berlainan iaitu gambar, teks dan audio untuk satu tajuk yang sama. Sehubungan
dengan itu, dapatan kajian menunjukkan murid mencapai tahap tinggi dengan menggunakan gambar
(min=8.81, SP=1.653), diikuti oleh penggunaan teks dalam kemahiran mencatat maklumat (min=7.42,
SP=3.093) seterusnya tahap penguasaan murid dalam ujian mencatat maklumat berdasarkan audio
adalah rendah (min=6.67, SP=3.260). Kesimpulannya, tahap penguasaan murid dalam mencatat
maklumat adalah tinggi jika menggunakan gambar, tahap penguasaan sederhana menggunakan teks
dan tahap rendah jika menggunakan audio. Oleh itu, pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai
dalam mengajar kemahiran mencatat maklumat adalah sangat penting untuk memastikan murid-murid
dapat menguasai kemahiran ini dengan lebih mudah.
Kata kunci: penguasaan, kemahiran mencatat maklumat, gambar, teks, audio, murid tahun tiga
ABSTRACT
Notes- taking skill is a element in Writing Module for Malay Language. Students have to master this skill
not only to achieve success in future but also the application of this skill in their daily life. Students need
some materials to help them in notes taking skill. Therefore, this study was conducted to identify the
level of mastery in notes taking skill by using pictures, text and audio among year three students in
Subang Jaya, Selangor. A total of 36 students selected for this study. This research uses a taking notes
test using pictures, text and audio with same topic to collect the information. The results show that taking
noted at highest level by using pictures (mean = 8.81, standard deviation = 1.653) followed by test using
text (mean = 7.42 , standard deviation = 3.093) and test by using audio at lowest level (mean = 6.67 ,
standard deviation = 3.260). In conclusion the mastery level of notes taking skill are highest when using
pictures, follow by text and audio. The materials used ara very important to teach abput the notes taking
skills to make sure students can learn this skill in the easiest way.
Keywords: master, notes- taking skill, pictures, text, audio
PENGENALAN
Pendekatan modular merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Pendekatan modular merujuk kepada kedua-
dua standard kandungan dan standard pembelajaran yang disusun dalam bentuk bahagian-
bahagian yang diasingkan dalam bentuk modul, iaitu Modul Dengar Tutur, Modul Membaca,
Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa (Bahagian Pembangunan
Kurikulum, 2013).
Berdasarkan pandangan Abdul Rashid (2011), keupayaan menulis merupakan suatu
kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Awang Sariyan (2009) pula berpendapat
bahawa komunikasi tulisan memainkan peranan yang amat mustahak, dalam komuniti yang
bertamadun tinggi berbanding dengan komunikasi lisan. Pencapaian dan kebolehan yang
tinggi dalam kemahiran mencatat maklumat pasti dapat meningkatkan penguasaan
pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. Kejayaan dan
keberkesanan pembelajaran tidak hanya bergantung kepada kekuatan individu menghafal
atau mengingati fakta sebaliknya memerlukan kemahiran individu menggunakan serta
memanipulasi kemahiran belajar yang ada. Kemahiran belajar yang baik merupakan aset
kepada pelajar dalam usaha mencapai kepakaran dalam sesuatu bidang pengkhususan dan
seterusnya menjulang kejayaan yang cemerlang (Azikiwe, 1998).
Penguasaan murid dalam aspek menulis bukan sahaja dapat meningkatkan mutu
penulisan tetapi juga mampu membantu murid-murid mendapatkan maklumat dengan cara
tersendiri misalnya mencatat maklumat dan membuat nota dengan cara menulis isi-isi penting
berdasarkan bahan yang didengar dan dibaca (Mahzan Arshad, 2008). Kemahiran mencatat
maklumat juga berkait rapat dengan strategi pembelajaran atau cara pembelajaran murid-
murid kerana mereka perlu membuat nota untuk pembelajaran kendiri. Oleh itu, kemahiran
mencatat maklumat atau membuat nota perlu dikuasai oleh murid agar berlakunya
pembelajaran berkesan jika dapat mencatat maklumat dengan betul dan tepat. Zamri (2015)
berpendapat bahawa strategi pembelajaran yang sesuai mempunyai hubungan dengan
pencapaian murid dalam peperiksaan.
PENYATAAN MASALAH
Kemahiran mencatat maklumat merupakan salah satu kemahiran yang terletak di bawah
Modul Kemahiran Menulis dalam DSKP Bahasa Melayu sekolah rendah. Berdasarkan
maklumat dalam DSKP Bahasa Melayu, penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui
situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik. Mencatat maklumat atau
menulis nota merupakan aktiviti yang sangat penting kepada pelajar terutamanya mereka
yang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi. Kemahiran mencatat yang efektif
penting dalam proses pembelajaran di universiti kerana kuliah yang disampaikan oleh
pensyarah merupakan sumber maklumat paling utama bagi para pelajar (Baharin et al, 2007).
Walau bagaimanapun, kajian Abdul Rasid Jamian (2011) yang bertajuk Permasalahan
kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar
menunjukkan bahawa murid lemah dan tidak berminat dengan kemahiran mencari maklumat.
Masalah ini boleh disokong dengan pendapat Yahya Othman dan Suzanawaty (2014) bahawa
murid kurang mempunyai inisiatif untuk mencari jawapan atau maklumat kerana semuanya
telah diberikan oleh guru. Ini merupakan antara sebab yang menyebabkan murid tidak dapat
mencatat maklumat dengan baik dan berkesan. Dapatan kajian Hasbah dan Yahya (2018)
pula telah menunjukkan pelajar Melanau lebih suka menulis dan mencatat isi-isi penting
terlebih dahulu sebelum memulakan penulisan. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya
disampaikan dengan penggunaan bahan yang berlainan dan sesuai mengikut kecerdasan
murid-murid.
Penggunaan bahan rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting
untuk membantu murid menulis ayat dengan betul. Kajian Che Zanariah dan Fadzilah (2011)
menunjukkan kebanyakan murid tidak memahami bahan rangsangan yang digunakan semasa
latihan atau semasa peperiksaan. Mereka turut mencadangkan guru-guru perlu bersikap
positif terhadap kemahiran menulis dan melaksanakan kemahiran menulis dengan strategi
yang lebih berkesan. Selain itu, guru-guru juga patut berusaha menyelesaikan masalah-
masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis melalui
pengajaran yang kreatif dan berkualiti agar penguasaan murid dalam kemahiran tersebut
dapat ditingkatkan. Penggunaan bahan yang sesuai dapat membantu murid untuk menulis
sesuatu dengan lebih baik atau memudahkan pemahaman mereka tentang apa yang perlu
ditulis. Oleh itu, pengkaji ingin melaksanakan kajian ini untuk mengkaji tahap penguasaan
maklumat dalam kalangan murid sekolah rendah.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini cuba mencapai tiga objektif seperti yang berikut:
i. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran mencatat maklumat berdasarkan
gambar.
ii. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran mencatat maklumat berdasarkan teks.
iii. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran mencatat maklumat berdasarkan
audio.
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian, kajian ini telah membina tiga soalan seperti yang berikut:
i. Apakah tahap penguasaan kemahiran mencatat maklumat berdasarkan
gambar?
ii. Apakah tahap penguasaan kemahiran mencatat maklumat berdasarkan teks?
iii. Apakah tahap penguasaan kemahiran mencatat maklumat berdasarkan
audio?
METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini ialah pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Babbie
(2001) berpendapat bahawa kaedah tinjauan yang digunakan dapat memberikan gambaran
yang tepat berkaitan nilai, tingkah laku dan kepercayaan komuniti Data kajian dikumpul dan
dianalisis dengan menggunakan Statistik Berbantukan Komputer atau Statical Package for the
Social Sciences For Windows Version 26.0. Hasil kajian pula dijelaskan dalam bentuk
deskriptif iaitu menggunakan min dan sisihan piawai. Dalam kajian ini, populasi kajian ini terdiri
daripada murid-murid Tahun 3 di sebuah sekolah rendah di Subang Jaya, Selangor. Sampel
murid Tahun 3 yang dipilih seramai 36 orang. Jumlah ini ditentukan berdasarkan saiz sampel
yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970) iaitu untuk populasi seramai 40 orang,
disarankan bahawa saiz minimum sampel seramai 36 orang.
Pengkaji memilih satu instrumen untuk digunakan dalam kajian ini iaitu ujian
pencapaian. Instrumen ini digunakan kerana sesuai untuk mengkaji penguasaan kemahiran
mencatat maklumat murid-murid berdasarkan tiga bahan iaitu gambar, teks dan audio.
Selepas ujian pencapaian dilaksanakan, maka guru akan mengetahui bahan yang menjadi
pilihan utama oleh murid-murid untuk menjalankan aktiviti mencatat maklumat. Pengkaji
memilih ujian pencapaian kerana menurut Azizah Omar (2012) ujian penting untuk
memperolehi maklumat kuantitatif dan bertujuan untuk menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Ujian pencapaian yang dibina terdiri daripada 3 bahagian yang menggunakan
satu tajuk yang sama. Setiap bahagian akan dijalankan pada hari yang berlainan kerana
murid-murid perlu mencatat maklumat berdasarkan 3 bahan iaitu gambar, teks dan audio.
Setiap bahagian akan dijalankan pada hari yang berlainan kerana murid-murid perlu mencatat
maklumat berdasarkan 3 bahan iaitu gambar, teks dan audio.
Dalam kajian ini, soalan ujian pencapaian telah mendapat tiga pengesahan daripada
tiga orang pakar. Pakar pertama mempunyai kepakaran dalam bidang bahasa Melayu iaitu
pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Pakar kedua pula ialah seorang pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mendengar audio yang dirakam supaya
sesuai digunakan untuk menjalankan ujian ini. Pakar ketiga pula ialah seorang pensyarah dari
Jabatan Penyelidikan dan Rekayasa yang pakar dalam bidang kaedah penyelidikan. Secara
kesimpulannya, ketiga-tiga pakar ini telah memperaku bahawa item ujian pencapaian yang
dibina mampu mengukur aspek kandungan seperti yang ditetapkan dalam objektif kajian ini.
Kajian rintis juga telah dijalankan dan pekali kebolehpercayaan menunjukkan 0.60 ke atas
bermaksud item soalan ujian dianggap mencukupi dan boleh digunakan dalam penyelidikan.
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini melibatkan 36 orang murid yang terdiri daripada latar belakang yang berlainan
seperti jantina dan bangsa. Jumlah responden kajian ini seramai 36 orang. Responden terdiri
daripada 20 orang lelaki atau 44.4% dan 16 orang perempuan atau 55.6%. Kaum dalam kajian
ini pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu Melayu, India dan lain-lain. Jumlah responden
tertinggi ialah murid kaum Melayu iaitu seramai 27 orang atau 75%. Kaum kedua tinggi dalam
kajian ini pula ialah kaum India yang terdiri daripada 7 orang atau 19.4% manakala kaum yang
dikategori dalam kumpulan lain-lain pula mempunyai 2 orang atau 5.6% daripada jumlah
keseluruhan responden kajian.
Tahap penguasaan kemahiran mencatat maklumat berdasarkan gambar
Dalam ujian ini, murid yang mendapat markah 1-2 berada pada tahap 1, iaitu tahap lemah,
markah 3-4 dalam tahap 2, iaitu tahap kurang memuaskan, markah 5-6 pada tahap 3, iaitu
tahap memuaskan, tahap 4, iaitu baik yang mendapat markah 7-8 dan markah 9-10 pada
tahap 5, iaitu cemerlang.
Tahap penguasaan berdasarkan gambar
19.44%
11.11%
69.44%
memuaskan baik cemerlang
Rajah 1: Peratus tahap penguasaan mencatat maklumat berdasarkan gambar
Rajah 1 di atas menunjukkan peratus tahap penguasaan mencatat maklumat berdasarkan
gambar. Terdapat lima tahap yang dikenal pasti dalam ujian mencatat maklumat iaitu tahap 1
mewakili pencapaian lemah, tahap 2 mewakili pencapaian kurang memuaskan, tahap 3
memuaskan, tahap 4 baik dan tahap 5 mewakili pencapaian cemerlang. Tahap lemah dan
kurang memuaskan tidak ditunjukkan kerana tidak mempunyai murid pada pencapaian tahap
tersebut atau mendapat 1-4 markah. Murid yang mencapai tahap memuaskan ialah 7 orang
atau 19.44%, pencapaian tahap baik mempunyai 4 orang iaitu sebanyak 11.11% dan
pencapaian tahap cemerlang adalah seramai 25 orang atau 69.44%. Tahap penguasaan
mencatat maklumat berdasarkan gambar dapat dirumuskan tahap cemerlang mendapat
peratus paling tinggi, diikuti tahap baik dan seterusnya tahap memuaskan.
Tahap penguasaan kemahiran mencatat maklumat berdasarkan teks
Tahap penguasaan berdasarkan teks
44.40% 19.40%
2.80%
5.60%
27.80%
lemah kurang memuaskan memuaskan baik cemerlang
Rajah 2: Peratus tahap penguasaan mencatat maklumat berdasarkan teks
Rajah 2 di atas menunjukkan peratus tahap penguasaan mencatat maklumat berdasarkan
teks. Tahap cemerlang mempunyai peratus paling tinggi iaitu 44.4% atau seramai 19 orang
mendapat markah 9 dan 10. Lapan murid telah mencapai tahap baik iaitu mendapat 7 dan 8
markah dengan peratus sebanyak 27.8%. Peratus ketiga tinggi dalam ujian mencatat
maklumat ialah 19.4% iaitu seramai dua orang mendapat 5 dan 6 markah dalam ujian.
Seorang sahaja murid yang mendapat tahap kurang memuaskan iaitu 2.8% dan seterusnya 7
murid mendapat 1-2 markah atau berada di tahap lemah iaitu 19.4% dalam ujian ini.
Kesimpulan yang boleh dibuat melalui peratus tahap penguasaan mencatat maklumat
berdasarkan teks ialah tahap cemerlang mendapat peratus yang paling tinggi, diikuti tahap
baik, tahap lemah, tahap memuaskan dan seterusnya tahap kurang memuaskan mendapat
peratus yang paling rendah.
Tahap penguasaan kemahiran mencatat maklumat berdasarkan audio
Tahap penguasaan berdasarkan audio
38.90% 19.40%
8.30%
13.90%
19.40%
lemah kurang memuaskan memuaskan baik cemerlang
Rajah 3: Peratus tahap penguasaan mencatat maklumat berdasarkan audio
Rajah 3 di atas menunjukkan peratus tahap penguasaan mencatat maklumat berdasarkan
teks. Murid yang berada pada tahap lemah ialah 19.4% iaitu empat murid mendapat 1 markah
dan tiga murid mendapat 2 markah. Seterusnya seorang mendapat 3 markah dan dua orang
mendapat 4 markah iaitu keseluruhan mempunyai 3 murid dalam tahap kurang memuaskan
iaitu 8.3%. Bagi tahap memuaskan pula, murid yang terdapat dalam tahap ini adalah seramai
lima orang atau 13.9% iaitu dua orang mendapat 5 markah dan tiga orang mendapat markah
6. Tujuh orang murid berada pada tahap baik iaitu seorang mendapat 7 markah dan enam
orang mendapat 8 markah atau dengan peratus 19.4%. Murid yang mencapai tahap
cemerlang pula seramai empat belas orang atau sebanyak 38.9% iaitu seramai empat murid
mendapat 9 markah dan sepuluh orang murid mendapat 10 markah. Kesimpulan yang boleh
dibuat daripada peratus tahap penguasaan mencatat maklumat berdasarkan audio ialah
kebanyakan murid berada pada tahap cemerlang, diikuti oleh tahap baik dan lemah yang
mempunyai peratus yang sama iaitu 19.4%, seterusnya ialah tahap memuaskan diikuti tahap
kurang memuaskan yang mempunyai peratus paling rendah iaitu 8.3%.
PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran mencatat maklumat
menggunakan gambar adalah tinggi, diikuti mencatat maklumat menggunakan teks
seterusnya tahap penguasaan audio dalam ujian mencatat maklumat adalah rendah.
Penguasaan kemahiran mencatat maklumat adalah penting bukan sahaja merupakan satu
elemen yang perlu dikuasai oleh murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu, tetapi juga
sebagai gaya pembelajaran yang selalu digunakan oleh murid-murid dalam mencatat nota dan
maklumat penting. Kajian yang dijalankan oleh Baharin et al (2007) menunjukkan bahawa
pelajar menggunakan kemahiran mengambil dan menulis nota terutamanya seperti menulis
nota ringkas dan penting semasa membaca menggunakan perkataan singkatan,
menggariskan isi atau ayat penting, berkongsi nota rakan sekelas untuk mengulang kaji dan
memberi tumpuan untuk mencari isi atau maklumat penting.
Dapatan kajian Wong (2017) juga menunjukkan penggunaan gambar visual dapat
meningkatkan pemahaman dan seterusnya pencapaian tiga orang murid kajian saya dalam
tajuk “Penyerapan” bagi mata pelajaran Sains Tahun Tiga. Kajian oleh Wan Hanim Nadrah
(2015) juga menunjukkan bahawa pembelajaran visual berkesan kerana kaedah visual lebih
memberi kefahaman kepada pelajar. Perkara ini dapat dilaksanakan kerana kaedah
pembelajaran visual lebih menarik minat pelajar untuk turut serta dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Kedua-dua hasil dapatan ini selari dengan hasil dapatan yang pengkaji
perolehi iaitu penggunaan gambar adalah berkesan dalam mengajar sesuatu tajuk seperti
kemahiran mencatat maklumat.
Implikasi kajian ini ialah guru dapat menyediakan bahan yang sesuai dengan
kemahiran yang akan diajar. Pengetahuan tentang penggunaan bahan yang sesuai dengan
tahap murid sangat penting kerana setiap murid mempunyai kecerdasan pelbagai yang
berlainan. Oleh itu, bahan yang senang dan mudah difahami sangat penting bagi memastikan
murid-murid dapat menguasai kemahiran mencatat maklumat dengan lebih berkesan.
Kemahiran mencatat maklumat penting kerana akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian
seperti mencatat nota semasa membuat ulang kaji, mencatat digunakan untuk menulis
maklumat penting yang disampaikan semasa perhimpunan sekolah atau mencatat semasa
melawat ke mana-mana tempat untuk menambah ilmu pengetahuan. Penggunaan bahan
yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting seperti yang dinyatakan dalam
Teori Behaviorisme bahawa penggunaan bahan rangsangan yang betul dapat mengubah
perubahan tingkah laku.
Beberapa cadangan telah diberi kepada beberapa pihak seperti Kementerian
Pendidikan Malaysia, guru dan lain-lain. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) boleh
menggubal kurikulum yang memberi panduan kepada guru-guru untuk menghasilkan bahan
pembelajaran yang sesuai dengan tajuk pelajaran ataupun kemahiran-kemahiran yang akan
diajar seperti kemahiran mencatat maklumat. Kementerian Pendidikan Malaysia juga
dicadangkan untuk menganjurkan kursus dari semasa ke semasa untuk memanggil guru
sekolah bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang pedagogi terkini atau yang
berkaitan dengan penyediaan bahan bantu yang sesuai untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, Institut Pendidikan Guru Malaysia juga dicadangkan untuk memberi taklimat
kepada pensyarah dari setiap kampus yang akan mengajar kursus tersebut agar mereka
mempunyai gambaran awal tentang apa yang akan dan patut diajar. Guru besar pula perlu
berbincang dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah untuk mencari dana supaya
dapat menyediakan kemudahan-kemudahan di sekolah seperti mesin cetak, pembesar suara
dan lain-lain yang menjadi bahan wajib ada oleh semua guru. Dapatan kajian ini boleh
dijadikan panduan oleh guru-guru agar tidak menyediakan bahan yang sukar difahami atau
tidak diminati oleh murid-murid. Hal ini kerana pemilihan dan penggunaan bahan yang betul
dan sesuai dapat memudahkan murid-murid untuk mempelajari sesuatu ilmu baharu dan
sesuatu isi pelajaran itu sebagai ingatan jangka panjang jika bahan yang digunakan berjaya
menarik minat dan perhatian mereka.
RUMUSAN
Berdasarkan perbincangan dapat dirumuskan bahawa kajian ini dapat memberikan manfaat
kepada guru bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga memberi faedah kepada semua murid
agar memilih bahan yang sesuai semasa mempelajari kemahiran mencatat maklumat agar
dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran mencatat maklumat yang
merupakan elemen penting di dalam Modul Menulis dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) bahasa Melayu sekolah rendah. Dengan menguasai bahan yang sesuai
digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran mencatat maklumat, guru
dapat merancang pengajaran dengan lebih sistematik dan sesuai dengan kemahiran yang
akan diajar. Tambahan pula, guru-guru boleh merancang pengajaran dengan lebih berkesan
berdasarkan kemampuan murid yang berbeza-beza dalam kemahiran mencatat. Oxford
(1990) menyatakan guru yang dapat mengajar bahasa Melayu dengan baik akan
mempengaruhi murid belajar bahasa dengan baik. Murid akan menggunakan bahan
pembelajaran seperti mana yang digunakan oleh guru mereka di dalam bilik darjah. Akhir kata,
kajian ini dapat memberi peluang kepada murid untuk mempelajari kemahiran mencatat
maklumat dan meningkatkan tahap penguasaan murid dalam bidang tersebut.
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2001). Pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Masalah
dalam kalangan pelajar bukan Melayu. Jurnal Bahasa 1(1), 1-18
Azizah Omar. (2012). Examining the validity and reliability of e-lifestyles scale in the
Malaysian context: Preliminary results. http://www.ictom2012.uum.edu.my/
Awang Sariyan. (2009). Tertib Mengarang: Asas Retorik untuk Pelajar dan Pendidik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azikiwe, U. (1998). Study approaches of university students. WCCI Region II Forum. Vol.
2, Lagos. 106-114
Babbie, E. (2001). The Practice of Social Research. 9th Edition. Belmont: Wadsworth
Thomson.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baharin, Othman, Syed Mohd Shafeq & Haliza. (2007). Kepelbagaian gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar universiti di fakulti pendidikan, UTM
Johor. http://eprints.utm.my/id/eprint/3680/1/71881.pdf
Che Zanariah & Fadzilah. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(1), 67-87.
Hasbah & Yahya. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu 8(1), 33-41
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu: strategi perancangan dan
pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd
Oxford, R.L. (1990). Language learning strategies: what every teacher should know. New
York: Cambridge University Press.
Wan Hanim Nadrah. (2015). Kesan kaedah pembelajaran visual dalam usaha
meningkatkan kefahaman pelajar bagi subjek Matematik.
https://www.researchgate.net/publication/320442491_
Wong. (2017). Penggunaan gambar visual Dan hànyŭ pīnyīn dalam pengajaran Sains
TahunTiga di Kuching
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2017/SN/WONG%20HUNG%
20MEE/ARTIKEL.pdf
Yahya Othman & Suzanawaty. (2014). Keupayaan menguasai kemahiran menulis
melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di
sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 4(1) 19-29
Zamri. (2015). Pelaksanaan aktiviti pembelajaran berasaskan masalah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, Pendidikan dan
Sastera Melayu 6(1), 98-117
KEBERKESANAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN ALGORITMA DALAM PEMBINAAN
AYAT BERDASARKAN GRAFIK MURID TAHUN 4
Maniyamin bin Ibrahim
[email protected]
Lim Wan Shi
[email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji keberkesanan penggunaan kemahiran algoritma dalam kemahiran membina ayat
berdasarkan grafik murid Tahun 4. Reka bentuk ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah
kuasi-eksperimen. Kajian kuasi-eksperimen telah menggunakan empat instrumen kajian, iaitu
rancangan pelajaran harian (RPH), Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), ujian pra dan ujian pos serta rubrik.
Dalam kajian ini, sampel yang terlibat merupakan 40 orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah rendah
sekitar Petaling Perdana, Kuala Lumpur. Kajian ini mendapati bahawa murid kumpulan rawatan
memperoleh tahap pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan murid kumpulan kawalan dalam
ujian pos selepas kaedah pembelajaran kemahiran algoritma diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membina ayat berdasarkan grafik Bahasa Melayu. Implikasinya, kajian ini
dapat menambah baik Model Pemikiran Komputasional serta Model Hayes dan Flower di samping
memperbaiki penyelidikan berkaitan kemahiran algoritma dalam kemahiran menulis. Oleh itu, guru-guru
dan pihak berkepentingan yang lain disarankan untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan
penggunaan kemahiran algoritma dalam meningkatkan tahap kemahiran membina ayat berdasarkan
grafik serta berusaha menyebarluaskan penggunaan kemahiran algoritma.
Kata Kunci: Kemahiran algoritma, kuantitatif, kuasi-eksperimen, kemahiran membina ayat berdasarkan
grafik, murid Tahun 4
ABSTRACT
This research investigates the effectiveness of application of algorithm skills in writing skills based on
graphic among Year 4 pupils. The design of this study uses quantitative approaches and quasi-
experiment methodology. This quasi-experiment study uses four research instruments which are lesson
plan, table of specifications, pre-test, post-test and marking scheme. In this study, the sample involved
40 Year 4 pupils in a primary school around Petaling Perdana, Kuala Lumpur. Based on the findings,
pupils in treatment group achieve the higher level of achievement as compared to pupils in the control
group in the post-test after the algorithm skills had been applied in the study of writing skills based on
graphic in Malay language. The implication of this study is to improve the Computational Thinking Model
and the Hayes and Flower Model as well as research on algorithm skills. Therefore, teachers and other
stakeholders are encouraged to improve the knowledge and practice of applying algorithm skills in
enhancing the level of writing skills based on graphic and striving to disseminate the application of
algorithm skills.
Keywords: Algorithm skills, quantitative, quasi-experiment, writing skills based on graphic, Year 4 pupils
PENGENALAN
Selari dengan perkembangan arus globalisasi sekarang, terdapat enam aspirasi murid yang
perlu dicapai menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), iaitu
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti nasional,
pengetahuan dan kemahiran berfikir yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Dalam kajian ini lebih memfokuskan kepada
kemahiran berfikir kerana kemahiran ini amat penting untuk mengatasi cabaran pada abad ke-
21 ini. Murid yang memiliki kemahiran itu mampu berfikir dengan kritis, kreatif, inovatif, mampu
menangani masalah yang kompleks kemudian membuat keputusan secara beretika.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pemikiran
Komputasional dalam bidang pendidikan dan pelaksanaannya bermula pada tahun 2017 untuk
melahirkan murid yang berkebolehan menyelesaikan masalah yang semakin mencabar pada
era digital dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017).
Pemikiran Komputasional (Computational Thinking) ialah kemahiran yang digunakan
untuk memahami sesuatu perkara dengan sistematik dan logik. Kemahiran ini mampu
membantu murid memahami masalah sebenar dan merancang langkah-langkah penyelesaian
masalah secara tersusun dan logik (Rodrigues, Andrade dan Campos, 2016). Walau
bagaimanapun, pendedahan kemahiran Pemikiran Komputasional masih berada pada tahap
yang rendah di Malaysia. Murid didapati kurang didedahkan kepada kemahiran Pemikiran
Komputasional. Berdasarkan Siti Hadijah (2017), 69.8% responden murid kurang faham
tentang kemahiran Pemikiran Komputasional dalam PdP di sekolah. Perkara ini disebabkan
kemahiran Pemikiran Komputasional baru sahaja diintegrasikan secara merentasi kurikulum
di Malaysia mulai tahun 2017. Murid juga kekurangan pendedahan pengetahuan dan
kemahiran asas Pemikiran Komputasional daripada guru dan sumber bacaan. Kesannya, guru
masih menerapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang konvensional di dalam bilik
darjah manakala murid menghadapi cabaran semasa menyelesaikan masalah dalam tugasan
mahupun pentaksiran (Mohd Razak dan Masitah, 2015).
Dalam Modul Kemahiran Menulis Bahasa Melayu (KPM, 2018), kemahiran menulis
bermula dengan peringkat pramenulis, diikuti oleh peringkat mekanis dan diakhiri dengan
peringkat pelahiran. Murid dilatih untuk membuat draf sebagai panduan membina ayat. Kajian-
kajian lepas juga membuktikan bahawa murid-murid sekolah rendah lemah dalam kemahiran
membina ayat yang gramatis kerana tidak dapat berfikir secara logik dan kritis semasa
memberikan idea-idea untuk menyelesaikan masalah ataupun tugasan (Nurliza Abdullah,
2016). Kajian Gopinat (2013) dan kajian Lim (2019) menunjukkan bahawa murid kurang
berfikir secara aras tinggi semasa mengemukakan pendapat dalam soalan-soalan bertulis
peperiksaan Bahasa Melayu. Oleh itu, murid harus merancang berdasarkan kehendak soalan
dan tersusun dalam draf tersebut sebelum membina ayat dan menulis karangan secara
terancang. Sehubungan dengan itu, murid perlulah menguasai kemahiran algoritma yang
menekankan prinsip menyelesaikan masalah secara sistematik dan logik supaya mampu
meningkatkan kemahiran membina ayat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan
membentuk pemikiran yang kreatif serta kritis yang boleh bersaing dalam dunia pekerjaan di
persada global yang sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM, 2012;
Bocconi, et. al, 2016).
Tegasnya, kajian berkaitan keberkesanan penggunaan kemahiran algoritma perlu
dilaksanakan untuk memberi maklumat primer kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam usaha meningkatkan pengaplikasian kemahiran algoritma dalam pendidikan. Selain itu,
kajian ini juga mampu mengisi kelompongan dalam kajian berkaitan keberkesanan kemahiran
algoritma dalam subjek aliran sastera sebagai tunjang utama khususnya dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Hal ini kerana kebanyakan kajian berkaitan penggunaan kemahiran algoritma
dalam pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan dalam mata pelajaran aliran Sains dan
Matematik (Site Hadijah, 2017; Wong dan Kamisah, 2018).
PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan penelitian awal pada murid-murid sekolah rendah didapati bahawa sebahagian
besar daripada mereka gagal menghasilkan penulisan yang gramatis dalam membina ayat
tunggal dengan betul (Dunstan, 2019). Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (2018), kebanyakan murid yang menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak mampu membina ayat dengan menggunakan
tatabahasa yang betul. Murid tidak dapat menulis ayat yang betul seperti tidak menggunakan
huruf besar dan noktah dalam ayat tersebut. Murid-murid juga mengalami masalah
pengolahan ayat yang tidak menarik dan pemilihan kosa kata yang tidak bersesuaian dengan
grafik (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2008). Menurut Noor Zila dan Vijayaletchumy (2013),
murid Melayu tidak menghadapi masalah menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan
seharian. Namun, mereka telah mengalami masalah semasa perlu membina ayat yang
gramatis dan formal pada situasi rasmi. Tambahan lagi, hasil penulisan murid dalam Bahagian
A Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) masih menunjukkan pertautan idea yang kurang
memuaskan. Kemahiran membina ayat murid berada pada tahap memuaskan berdasarkan
Laporan Kupasan Mutu Jawapan Bahasa Melayu Penulisan (Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2017).
Menurut A. Rahman Haron (2012), penggunaan bahasa pasar juga sentiasa diterapkan
dalam ayat yang dibina oleh sebahagian besar murid. Bukan itu sahaja, mereka juga lemah
dalam menggunakan imbuhan, kata sendi nama, kata adjektif dan tanda baca dengan betul
untuk membina ayat yang gramatis. Sehubungan dengan itu, kemahiran berfikir secara kritis
dan perancangan awal merupakan elemen-elemen yang amat penting dalam membantu murid
menjana idea semasa membina ayat (Abdullah Yusoff, 1993). Isu pengaplikasian kemahiran
Pemikiran Komputasional juga ditinjau dalam bidang Bahasa Melayu. Kajian menunjukkan
bahawa murid kurang berfikir secara aras tinggi semasa mengemukakan pendapat dalam
soalan-soalan bertulis peperiksaan Bahasa Melayu (Gopinat, 2013; Lim, 2019). Kekangan ini
sebenarnya dapat diatasi dengan kepelbagaian kaedah pengajaran guru. Sehubungan
dengan itu, murid perlulah didedahkan pengajaran Pemikiran Komputasional dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu untuk mendorong mereka berfikir secara berstruktur dan sistematik
seterusnya merancang satu penyelesaian masalah bagi sesuatu soalan khususnya dalam
kemahiran membina ayat. Pernyataan masalah yang dinyatakan mendorong penyelidik untuk
menjalankan kajian ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif khusus telah ditetapkan. Antaranya adalah
seperti berikut:
1. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan min skor ujian pra bagi kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan.
2. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan min skor ujian pos bagi kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan.
3. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan min skor ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan kawalan.
4. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan min skor ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan rawatan.
SOALAN KAJIAN
Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, pengkaji akan menganalisis persoalan-persoalan
yang disenaraikan di bawah ini:
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian pra bagi kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian pos bagi kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan kawalan?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan rawatan?
HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan soalan kajian tersebut, kajian ini telah membina empat hipotesis kajian.
Keempat-empat hipotesis kajian adalah seperti berikut:
Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian pra bagi kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian pos bagi kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan.
Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan kawalan.
Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan rawatan.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian kuasi-
eksperimen. Menurut Chua (2011), kaedah kuasi-eksperimen digunakan dengan tujuan
mengumpul maklumat mengenai pemboleh ubah dan mengukur pemboleh ubah yang
berkaitan dengan sesuatu fenomena. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk
mengenal pasti keberkesanan kemahiran algoritma dalam kemahiran membina ayat
berdasarkan grafik murid Tahun 4 secara kuantitatif. Populasi kajian terdiri daripada 40 orang
murid Tahun 4 di sekolah daerah Petaling Perdana. Kaedah persampelan yang digunakan
dalam kajian ini ialah persampelan bertujuan dan persampelan rawak berkelompok.
Persampelan bertujuan digunakan kerana kajian berfokus kepada murid-murid Tahun 4.
Dalam kajian ini, instrumen yang telah digunakan ialah ujian pra dan ujian pos yang
berbentuk peperiksaan penulisan Bahasa Melayu Bahagian A, RPH serta rubrik pemarkahan
Bahagian A. Instrumen telah disahkan oleh pakar bidang, pakar metodologi, pakar konstruk
dan guru sekolah. Kesahan sesuatu instrumen kajian merujuk sejauh mana instrumen tersebut
mengukur data yang sepatutnya diukur (Kamarul Azmi, 2012). Setelah itu, satu kajian rintis
telah dijalankan bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Instrumen
ujian yang telah disemak dan disahkan dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 40
orang murid Tahun 4 di sekolah daerah Petaling Jaya.
Data-data yang didapati telah dianalisis secara manual untuk mendapatkan nilai Indeks
Kesukaran (IK) dan nilai Indeks Diskriminasi (ID) untuk menilai kebolehpercayaan instrumen.
Kebolehpercayaan sesuatu ujian sangat berhubung kait dengan diskriminasi item. Hal ini
demikian kerana ujian yang kebolehpercayaannya tinggi haruslah mengandungi indeks
diskriminasi yang positif dan tinggi (Bond dan Fox, 2015). Setelah menganalisis item ujian
yang dijalankan, didapati bahawa indeks kesukaran item ujian ialah 0.63 manakala indeks
diskriminasi item ialah 0.62. Maka, boleh dirumuskan bahawa soalan ujian ini merupakan item
yang sesuai untuk digunakan dalam kajian sebenar kerana soalan tersebut berada pada tahap
sederhana. Berdasarkan nilai ID yang diperoleh, soalan ujian yang digunakan adalah item
yang baik kerana dapat membezakan murid yang berkemampuan rendah dan murid yang
berkemampuan tinggi. Bukan itu sahaja, kebolehpercayaan soalan ujian ini telah diukur
dengan menggunakan Ujian Statistik Cronbach Alpha dalam perisian Statistical Pakage for
Social Science (SPSS) versi 25. Analisis nilai Cronbach Alpha menunjukkan .965, iaitu
instrumen boleh diterima dan digunakan untuk mengumpul data sebenar.
Selepas itu, soalan ujian pra telah dijawab oleh 40 orang murid Tahun 4 di sekolah
daerah Petaling Perdana. Kedua-dua kumpulan diajar tentang kemahiran membina ayat
berdasarkan grafik dengan kaedah pembelajaran yang berbeza. Sebagai analoginya, murid
rawatan diajar dengan menggunakan kemahiran algoritma manakala kumpulan kawalan diajar
dengan menggunakan kaedah pembelajaran tanpa kemahiran algoritma dalam pengajaran
dan pembelajaran. Setelah empat kali proses rawatan dijalankan, kedua-dua kumpulan
diberikan ujian pos. Data-data tersebut dimasukkan ke dalam SPSS versi 25.0 untuk
dianalisis. Statistik deskriptif telah digunakan untuk memperoleh kekerapan, peratusan, min
dan sisihan piawai. Oleh itu, statistik inferensi seperti Ujian-T juga digunakan menguji hipotesis
kajian tentang perbezaan pencapaian murid berdasarkan kaedah pembelajaran yang telah
digunakan.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dalam bahagian ini, penyelidik akan membincangkan tentang dapatan kajian bagi menjawab
soalan-soalan kajian.
Jadual 1
Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pra bagi Murid Kumpulan Kawalan dan Murid Kumpulan
Rawatan
Kumpulan Min Sisihan Piawai
Kawalan 5.60 1.095
Rawatan 4.75 1.803
Jadual 2
Ujian-T Sampel Bebas (Skor Ujian Pra bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan)
Levene’s Test for T-test for Equality of Means
Equality of Variances
Skor Equal variances t df Sig. (2-Tailed)
ujian pra assumed Sig. 1.802 38 .079
Equal variances .079
not assumed
1.802 31.347 .081