The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Semua pembentang dalam Seminar Penyelidikan SKInterclass 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sholehah091268, 2022-07-01 01:40:23

ePROSIDING SKInterclass2022 Jilid 01

Semua pembentang dalam Seminar Penyelidikan SKInterclass 2021

Keywords: Research

Jilid 1

E-PROSIDING
(Jilid 1)

S KEMINAR EBANGSAAN
P IENYELIDIKAN DAN NTERVENSI
A T B DMALAN ERBAIK ILIK ARJAH
(SKInterclass2021)

Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
IPG Kampus Perempuan Melayu
2021

Cetakan Pertama 2021
e ISBN 978 - 967 - 25545 - 9 - 2

©Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Semua hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian dalam buku ini
dalam apa-apa jua bentuk dan cara, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanikal, rakaman, dan
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit dan penulis.

Diterbitkan oleh :
IPG Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
Tel : 06-2824827
Faks : 06-2818467

ii

JAWATANKUASA E-PROSIDING
SEMINAR KEBANGSAAN

PENYELIDIKAN DAN INTERVENSI
AMALAN TERBAIK BILIK DARJAH

TAHUN 2021

Penasihat I

Dr. Faridah binti Yakob
Pengarah

IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Penasihat II

Datin Dr. Norshidah binti Abu Husin
Timbalan Pengarah

IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Pengerusi

Dr. Mohd. Nasri bin Abdullah
Ketua Jabatan

Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi

Ketua Editor/Penyelaras

Dr. Sholehah binti Ismail
Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi

Editor Bahasa

Anuar bin Mohd. Len
Ketua Jabatan Bahasa Melayu

Editor

Dr. Mohammad Syakerul Haniz bin Mohammad Sabri
Dr. Shahrir Affandi bin Daud @ Mohamed
Dr. Zalela binti Abdul Aziz
Dr. Fatimah binti Mustaffa
Dr. Nurwaina binti Rasit
Dr. Noryani binti Md. Yusof
Dr. Norsiah binti Bahari
Dr. Mahani binti Ismail
Norazmira binti Muhammad
Hadi Mohd Nasarudin bin Ali
Azhar bin Abdullah
Mohd Khairul bin Ismail

iii

KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya,
E-Prosiding Seminar Penyelidikan dan Intervensi Amalan Terbaik Bilik Darjah (SKInterclass
2021), telah berjaya disempurnakan oleh Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu.

Sebagai Ketua Editor, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menyumbang kepakaran bagi E-Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Intervensi
Amalan Terbaik Bilik Darjah ini. Semua yang terlibat dapat mempelajari dan mengembangkan
lagi ilmu pengetahuan berkaitan ilmu penyelidikan dan e-penerbitan. Pengalaman yang
diperoleh ini akan dijadikan sebagai kenangan dan inspirasi untuk masa hadapan. Lipatan
sejarah mengungkap warna-warni kejayaan pastinya telah mengundang pelbagai cabaran dan
dugaan. Namun, semangat kekitaan dan rasa tanggungjawab, tidak kami peduli apa jua
cabaran yang menghalang sehinggalah terhasilnya e-prosiding ini. Benar kata pepatah,
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang. Berbekalkan
semangat inilah, e-prosiding seminar penyelidikan dapat disempurnakan dan sampai kepada
para pembaca.

Sebagai ketua editor E-Prosiding Penyelidikan dan Intervensi Amalan Terbaik Bilik Darjah,
ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam penghasilan e-
prosiding ini. Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang
sebaliknya itu datang dari kelemahan kami sendiri sebagai manusia biasa. Semoga dengan
penghasilan e-prosiding ini dapat memberi sumbangan ilmu dalam dunia penyelidikan.
Semoga semua warga pendidik akan dapat manfaatkannya bagi menjulang kecemerlangan
dalam bidang pendidikan.

Sekian, terima kasih.

Dr. SHOLEHAH BINTI ISMAIL
Ketua Editor
E-Prosiding,
Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Intervensi Amalan Terbaik Bilik Darjah
(SKInterclass2021)

iv

ISI KANDUNGAN

Bil Artikel Halaman

1 KESEDIAAN GURU MATEMATIK TERHADAP PENGAJARAN 1
DALAM TALIAN DI SEKOLAH RENDAH

Dr. Norhasliza Abdullah ([email protected])
Wan Haspinah Wan Hussin ([email protected])

Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

2 PENDEKATAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM 17
KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Irni Ismail

SK Taman Molek, PPD Pasir Gudang, Johor

3 DADU BIMATE TJI 4.0: PENGUKUHAN PENGUASAAN 36
MURID DALAM MENGIRA PERIMETER, LUAS DAN ISI PADU

Norazlin Mohd Rusdin ([email protected])
SK Seri Mutiara, Ipoh, Perak

4 APLIKASI GENIUS HOUR DALAM PELAKSANAAN 56
KURIKULUM BUDAYA JEPUN

Ang Chooi Kean ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

5 KEBERKESANAN MODEL SELAN OSNI DALAM 66
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SECARA
BERISYARAT BAHASA MELAYU MURID
KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN

Nur Aiman Izahar ([email protected])
Dr. Kama Shaffeei ([email protected])
Universiti Pendidikan Sultan Idris

6 PERSEPSI PELAJAR DIPLOMA KOLEJ FELCRA TERHADAP 80
PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN

Noraifaa Muhamad Zaki ([email protected])
Dr. Tajul Rosli Shuib ([email protected])

Dr. Kama Shaffeei ([email protected])
Universiti Pendidikan Sultan Idris

7 TAHAP KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN GURU 106
PENDIDIKAN KHAS DALAM AMALAN INTERVENSI BAGI 124
MURID BERKEPERLUAN KHAS
Nadia Abdul Rahim ([email protected]) 139
Dr Kama Shaffeei ([email protected]) 160
Universiti Pendidikan Sultan Idris 171

8 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF JAWI
DENGAN MENGGUNAKAN SMART ALPHABET JAHIAR
(JAHIAR)
¹ Muhammad ‘Aizat Anwar Apandi ([email protected])
² Nurul Hidayah Abd Rashid ([email protected])

¹SK Perempuan Durian Daun
Jalan Durian Daun 75400 Melaka

²SK Batu Berendam
Batu Berendam, 75350 Melaka

9 KESAN PERMAINAN VIDEO KEPADA PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK TADIKA

Nik Nor Effa Ziana Hazli ([email protected])
Dr. Kama Shaffeei ([email protected])
Dr. Seah Siok Peh ([email protected])

Universiti Pendidikan Sultan Idris

10 PENGLIBATAN IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN
AKADEMIK MURID INKLUSIF DI SEBUAH SEKOLAH
DAERAH HULU SELANGOR
Nur Dalila Khozari ([email protected])
Dr. Kama Shaffeei ([email protected])

Universiti Pendidikan Sultan Idris

11 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN
KERJA DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
Komathy a/p Selvaraj ([email protected])
Dr. Kama Shaffeei ([email protected])

Universiti Pendidikan Sultan Idris

12 CABARAN IBU BAPA DALAM MENINGKATKAN 187
KEMAHIRAN MEMBACA KANAK-KANAK ENAM TAHUN 210
KETIKA SITUASI PANDEMIK COVID 19
Wan Nur Diyana Fajrina Wan Deris ([email protected])
Dr. Kama Shaffeei ([email protected])

Universiti Pendidikan Sultan Idris

13 PENGGUNAAN PERISIAN CANVA SEBAGAI MEDIUM
TARIKAN PdPR MATA PELAJARAN BAHASA ARAB
SEKOLAH RENDAH

Muhammad Fikri Norddin
Sekolah Kebangsaan Sri Labis
Jalan Muar, Labis, 85300, Labis, Johor

14 MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR BIOLOGI KOLEJ 224
MATRIKULASI SELANGOR DALAM SUB-TOPIK ‘IMMUNE
RESPONSE’ MENGGUNAKAN ‘IRES CARD GAME’

Rudziah Umar ([email protected])
Siti Nadira Nordin ([email protected])
Aniza Abu Bakar ([email protected])

Kolej Matrikulasi Selangor, Banting, Malaysia

15 ISU SOSIOSAINTIFIK: KAEDAH PBL BANTU TAMBAH BAIK 240
PDPR DALAM ERA PANDEMIK

Rosida Yusoff ([email protected])
Dr. Fauziah Yahya ([email protected])

SMK Pak Badol,16400, Melor, Kota Bharu, Kelantan
IPG, Kampus Perempuan Melayu

16 TEKNIK iTOS: MENINGKATKAN KEHADIRAN AHLI KELAB 253
BOLA TAMPAR MENENGAH RENDAH SECARA DALAM
TALIAN

Halimatonor Sabran ([email protected])
Zaimah Mohamad ([email protected])

Rossheta Abd Rahman ([email protected])
Martita Kee ([email protected])

Fatimah Mustaffa ([email protected])

17 PENGGUNAAN FLMB MENINGKATKAN PENGUASAAN 264
MURID TINGKATAN 5 DALAM MENENTUKAN PANJANG

FOKUS KANTA CEMBUNG YANG BERLAINAN KETEBALAN

Ramzi Hj Naaim ([email protected])

SMKA Tun Perak

18 PENGGABUNGJALINAN KAEDAH KMR PRESTEMSI 277
(Pengintegrasian Reka Bentuk Pendidikan STEM Secara 300
Inkuri) DALAM SUBJEK REKA BENTUK & TEKNOLOGI
KELAS 4 AMAL DI SK DATO KRAMAT

Mazleezah Abdul Muthalib ([email protected])
Sk Dato’ Kramat, Pulau Pinang

19 ASPEK EKSTRINSIK DALAM NOVEL DAERAH ZENI
KARYA A. SAMAD SAID

Anuar Mohd Len
Bong Koi Sin
Juhana Baba

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

20 PERSEPSI SISWA GURU IPG KAMPUS PULAU PINANG 306
TERHADAP PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Mohd Azolman Zulkufl, ([email protected])
Dr. Mohd Zaki Ismail, ([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP)

ARTIKEL PENUH

SKInterclass2021

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

KESEDIAAN GURU MATEMATIK TERHADAP PENGAJARAN DALAM TALIAN DI
SEKOLAH RENDAH

Dr. Norhasliza binti Abdullah
([email protected])
Wan Haspinah binti Wan Hussin
([email protected])

Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

ABSTRAK

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
merupakan suatu pengalaman pertama yang agak mencabar bagi yang tidak pernah
mengajar dalam talian. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian guru-guru Matematik. Alat ukuran
yang digunakan iaitu Online Learning Readiness Scale (OLRS) oleh Hung et al.
(2010) ditadbir ke atas 100 orang guru Matematik daripada 20 buah sekolah rendah.
Berdasarkan analisis deskriptif, didapati kesediaan guru (efikasi kendiri terhadap
teknologi, pengajaran kendiri, kawalan guru, motivasi guru dan efikasi kendiri
komunikasi guru) berada pada tahap sederhana manakala hasil analisis korelasi
menunjukkan terdapat hubungan yang positif signifikan di antara pembolehubah
Dimensi Kesediaan Guru dengan Pengajaran Guru dalam Talian. Nilai pekali pearson,
r adalah 0.847 manakala nilai p ialah 0.000, iaitu lebih kecil daripada 0.05 (r = 0.865,
p < .05). Begitu juga dapatan antara setiap dimensi Kesedian Guru, iaitu Efikasi
Kendiri Terhadap Teknologi (r = 0.695, p < .05), Kawalan Guru (r = 0.786, p < .05),
Motivasi Guru (r = 0.785, p < .05) dan komunikasi Guru (r = 0.755, p < .05)
menunjukkan wujud hubungan yang signifikan. Oleh itu, tinjauan ringkas ini dijadikan
sebagai panduan untuk meninjau tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PdP
secara dalam talian terutamanya dalam norma baharu ini.

Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT), Kesediaan Guru,
Efikasi Kendiri Tehadap Teknologi, Motivasi, Kawalan, Komunikasi

PENDAHULUAN
Pada awal tahun 2020, seluruh dunia telah dilanda dengan Pandemik COVID-19 yang
juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus. Pada
pertengahan Disember 2019, bandar raya Wuhan, Hubei, China, telah mula
mengesan kewujudan penyakit tersebut. Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) telah mengiktiraf penyakit ini sebagai pandemik kerana penyakit ini

1

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

merupakan penularan sesebuah wabak penyakit yang baru di seluruh dunia (Anjorin,
2020). Di Malaysia, juga tidak terkecuali daripada penularan penyakit ini. Penularan
wabak penyakit ini bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi malah juga kepada
sistem pendidikan khususnya di sekolah rendah di Malaysia. Pandemik COVID-19 ini
turut memberi kesan terhadap struktur pembelajaran dan pengajaran. Institusi
pendidikan tinggi termasuk sekolah juga diarah untuk tutup dan kaedah PdP secara
langsung atau bersemuka telah ditukar kepada PdP secara dalam talian secara
sepenuhnya. Akibatnya proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka
yang telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi secara terpaksa dihentikan dalam
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaran wabak Covid-19 ke seluruh dunia memberi kesan terhadap sektor ekonomi,
kewangan, sosial dan pendidikan. Dalam konteks pendidikan, sehinga Mac 2020
aktiviti pembelajaran secara formal yang melibatkan hampir 600 juta pelajar di seluruh
dunia terjejas akibat arahan penutupan institusi-institusi pendidikan sama ada di
peringkat sekolah mahu pun institusi pengajian tinggi (Goyal 2020). Dalam situasi
pandemik, guru-guru di sekolah dilatih untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian (Abidah et al. 2020). Impak Covid 19 terhadap
pendidikan menyebabkan berlakunya transformasi penggunaan platform digital
secara meluas (Kandri 2020; Strielkowski 2020) seperti pelaksanaan seminar dalam
talian, penggunaan buku digital, analisis data dalam talian dan interaksi maya.
Gonzalez et al. (2020) berpandangan bahawa situasi pandemik Covid 19 memberi
impak positif dalam konteks penyuburan penggunaan pembelajaran secara dalam
talian. Keadaan yang mendesak menyebabkan guru dan murid bertungkus lumus
berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dalam aspek penggunaan alatan digital
serta aplikasi pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) supaya proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dijalankan dengan berkesan.

PERNYATAAN MASALAH
Aktiviti PdPDT memerlukan guru dan pelajar saling berhubungan melalui sistem
elektronik seperti internet, televisyen, radio dan seumpamanya. Pengajar boleh
menjalankan aktiviti pengajaran secara segerak (synchronously) atau secara tidak

2

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

segerak (asynchronously). Meskipun sebahagian guru dan pelajar pernah
menggunakan aplikasi-aplikasi pembelajaran secara dalam talian, tetapi masih
terdapat cabaran besar dalam pelaksanaannya (Kanuka & Anderson 2007; Rana,
Rajiv & Lal, 2014).

Dalam usaha untuk memastikan semua murid tidak ketinggalan dalam mengikuti
pembelajaran, warga guru mula menggunakan opsyen untuk menjalankan kelas
secara dalam talian. Pelbagai kegusaran yang timbul apabila ingin
melaksanakan kaedah pembelajaran secara dalam talian ini. Ada murid yang tidak
mempunyai gajet atau telefon pintar peribadi, ada yang tidak mempunyai cukup data
internet dan ada pula yang tidak mempunyai capaian internet langsung. Ini selari
dengan Manzoor (2020) berpandangan berbeza dengan menganggap pembelajaran
secara dalam talian tidak memberi keadilan kepada golongan tertentu seperti pelajar
berkeperluan khas serta pelajar daripada golongan susah yang tiada akses kepada
pembelajaran secara dalam talian.

Bagi guru pula, wujud kesangsian platform mana yang sesuai untuk
menjalankan pembelajaran secara dalam talian dan kebanyakannya menggunakan
kaedah cuba jaya, iaitu menggunakan mana-mana platform dan lihat kepada
kesesuaian. Walau bagaimanapun, situasi norma baharu menjadi “push factor”
kepada masyarakat terutama golongan pendidik untuk meningkatkan pengetahuan
mereka dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian. Namun, sebahagian
sekolah mengambil pendekatan meneruskan aktiviti pembelajaran pelajar melalui
platform pembelajaran dalam talian yang bersesuaian. Kaedah pengajaran secara
dalam talian ini mencabar keupayaan guru untuk melaksanakannya (Bibi Noraini
Mohd Yusuf & Jihan Ahmad 2020). Pembelajaran dalam talian merujuk kepada aktiviti
yang melibatkan pengajar dan pelajar menggunakan apa-apa sahaja platform dalam
talian bagi melaksanakan proses pembelajaran (Awang, Wan Rozaini, & Zahurin
2019; Sun et al., 2008).

Kajian Jung, Kudo, dan Choi (2012) menjelaskan bahawa guru yang melalui proses
pengajaran secara dalam talian menghadapi masalah berkaitan aspek psikologi
seperti kebimbangan dan emosi. Di sini tahap motivasi guru perlu berada pada tahap

3

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

yang positif. Hal ini terjadi kerana pelajar mempunyai keinginan yang tinggi terhadap
pembelajaran tetapi halangan-halangan yang terjadi semasa proses pembelajaran
dalam talian seperti talian internet yang lemah, masalah peranti yang digunakan atau
masa pembelajaran membantutkan proses pembelajaran mereka. Keadaan ini
menimbukan rasa tertekan dalam diri guru yang bersemangat untuk meneruskan
pengajaran, namun kestabilan motivasi dan kawalan guru menjadi isu yang besar
(Hung et al., 2010). Pemilihan platform bersesuaian amat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya lag atau screen
freeze yang boleh mengganggu tumpuan pelajar sekiranya kelas dalam talian
dilakukan secara bersemuka.

Persoalan timbul juga tahap kesediaan guru dalam pengendalian pengajaran ini dapat
diselarikan dan memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Akan tetapi, guru
semestinya akan menghadapi isu dan cabaran ketika menjalankan PdPDT ini. Isu dan
cabaran utama yang dihadapi oleh guru semasa mengendalikan PdPDT adalah guru
tidak mempunyai kemudahan yang lengkap, memerlukan kursus dan latihan e-
pembelajaran bagi memantapkan pelaksanaan PdPDT manakala isu dan cabaran
utama yang dihadapi oleh pelajar pula adalah mereka memerlukan data internet yang
tinggi kerana data sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan PdPDT
untuk semua subjek. Bagi pelajar yang tinggal di kawasan yang di luar liputan internet
juga akan mengalami kesukaran untuk mengikuti kelas PdPDT sepenuhnya. Namun
dalam situasi ini, guru perlu menyakinkan pelajar agar PdPDT dapat dijalankan seperti
ia berlaku pada kelas biasa.

Oleh itu, berdasarkan masalah yang berlaku dalam konteks pembelajaran dalam
talian, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang jelas berkenaan aspek
pembelajaran dalam talian dengan kesediaan guru dalam situasi norma baharu.
Faktor utama dilihat menjadi cabaran besar kepada kesediaan guru bagi menjalankan
pembelajaran secara dalam talian, iaitu efikasi kendiri guru terhadap kemudahan
teknologi, kesedaran dan motivasi diri guru dan pengendalian pengajaran. Jadi adalah
satu keperluan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru-guru di sekolah
terhadap kesediaan PdPDT.

4

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

OBJEKTIF KAJIAN
Dua objektif kajian untuk kajian ini iaitu;
1. Mengenal pasti tahap dimensi kesediaan guru-guru Matematik sekolah rendah

dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian guru-guru Matematik.
2. Menentukan hubungan yang signifikan antara dimensi kesediaan guru-guru

Matematik sekolah rendah terhadap pengajaran dalam talian.

SOALAN KAJIAN
Dua soalan kajian dibina untuk kajian ini iaitu;
1. Apakah tahap kesediaan guru-guru Matematik sekolah rendah dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam talian guru-guru Matematik sekolah rendah?
2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan dimensi kesediaan guru-guru
Matematik sekolah rendah terhadap pengajaran dalam talian?

HIPOTESIS KAJIAN
H1. Tidak terdapat hubungan signifikan antara dimensi kesediaan guru-guru
Matematik (Kesediaan Guru, Efikasi Kendiri Tehadap Teknologi, Motivasi, Kawalan,
Komunikasi) sekolah rendah terhadap pengajaran dalam talian.

METODOLOGI
Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif secara tinjauan yang menggunakan
soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data. Kajian ini telah dijalankan ke
atas guru-guru yang mengajar Matematik sahaja daripada 20 buah sekolah rendah di
sekitar bandar Besut, Terengganu sahaja. Responden dipilih dengan kaedah
persampelan rawak mudah. Sampel kajian adalah seramai 100 orang daripada 130
orang. Mengikut Krejcie and Morgan (1970) bagi populasi 130 orang, sampel kajian
yang sepatutnya 97 orang. Maka lebihan sampel mengambil kira jangkaan soal selidik
yang tidak lengkap, maka saiz responden dibesarkan kepada 100 orang guru (Kamil,
2002). Maklumat guru yang terlibat dikumpul melalui penggunaan instrumen
berbentuk soal selidik. Soal selidik diedar secara dalam talian dengan menggunakan
Google Form (Link adalah seperti berikut: https://forms.gle/r4xk8pyFYRa4q4hx8

5

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Perincian profil demografi memberikan gambaran secara jelas sampel yang terlibat

dalam kajian seperti Jadual 1.

Jadual 1: Taburan Responden Mengikut Faktor Demografi Guru

Profil Demografi Bilangan Guru Peratus (%)

Jantina

Lelaki 26 26

Perempuan 74 74

Umur

30 tahun ke bawah 6 6

31 hingga 40 tahun 22 22

41 hingga 50 tahun 51 51

51hingga 60 tahun 21 21

Agama

Islam 293 83.7

Kristian 7 2.0

Buddha 45 12.9

Hindu 5 1.4

Bangsa

Melayu 88 88

Cina 12 12

Pengalaman Mengajar

Kurang 10 tahun 24 24

11 hingga 15 tahun 22 22

16 hingga 20 tahun 21 21

Lebih 21 tahun 33 33

Taraf Pendidikan

Diploma Perguruan/Sijil 13 13

Ijazah Sarjana Muda 84 84

Sarjana 3 3

Gred Jawatan

DG 41/42 47 47

DG 44 48 48

DG 48 5 5

6

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Data kajian ini daripada soal selidik yang diedarkan. Kesediaan guru diukur
menggunakan Online Learning Readiness Scale (OLRS) oleh Hung et al. (2010) yang
telah diterjemah oleh pengkaji. OLRS mengandungi 18 item positif dengan nilai indeks
kebolehpercayaan alfa Cronbach ialah >0.8. OLRS menggunakan skala Likert 1
hingga 5 dengan angka 1 mewakili pilihan jawapan sangat tidak setuju sementara
angka 5 mewakili pilihan jawapan sangat setuju.

Bagi memastikan terjemahan instrumen tersebut membawa maksud yang sama

dengan soal selidik asal dalam bahasa Inggeris, pengkaji menggunakan teknik back

to back translation seperti yang dicadangkan oleh Brislian, Lonner & Thorndike (1973).

Semua penterjemah yang dilantik untuk kesahan terjemahan telah dipilih berdasarkan

ciri-ciri yang disarankan oleh Hambleton et al. (1992), terdiri daripada pakar-pakar

yang cekap dalam kedua-dua bahasa, biasa dengan istilah-istilah yang digunakan

dalam bidang dan mahir dalam pembangunan item ujian manakala kebolehpercayaan

instrumen merujuk kepada konsistensi atau ketekalan dalaman yang dimiliki oleh

instrumen yang digunakan dalam sesebuah kajian (Creswell, 2009). Nilai
pekali Alpha Cronbach (α) terdiri daripada 0 hingga 1. Nilai koefisien yang semakin

hampir dengan 1 menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi sesuatu instrumen
kajian itu. Nilai α yang dipersetujui oleh kebanyakan pengkaji adalah sekurang-
kurangnya 0.70. Bagaimanapun, nilai α boleh direndahkan sehingga 0.60 bagi

kajian berbentuk tinjauan (Hair et al., 2018). Dalam kajian ini, pengkaji menetapkan
aras nilai koefisien Alpha Cronbach (α) yang melebihi 0.6 sahaja yang boleh diterima.
Nilai koefisien Alpha Cronbach (α) kajian dipaparkan pada Jadual 2.

Jadual 2: Kebolehpercayaan Pemboleh Ubah

Kesediaan Guru Alpa Cronbach

Pengajaran 0.945

Dimensi

Kesediaan Guru 0.970

Efikasi Kendiri Terhadap Teknologi 0.898

Kawalan Guru (dalam konteks dalam talian) 0.892

Motivasi Guru (dalam konteks dalam talian) 0.930

Komunikasi Guru 0.917

7

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Dari segi analisis data, kajian ini dianalisis secara statisitk deskriptif digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang taburan demografi iaitu jantina, umur, agama,
bangsa, tempoh pengalaman mengajar, taraf pendidikan tertinggi dan gred jawatan.
Dapatan data dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan, peratusan, min
dan sisihan piawai. Kaedah ini digunakan untuk menjawab soalan kajian pertama.
Menurut Briggs dan Coleman (2007), min adalah pengukuran yang baik untuk
menentukan pemusatan markah dengan tepat. Satu garis panduan bagi skor min
telah ditetapkan bagi menentukan kesedian guru dalam PdPDT dalam kajian ini.
Jadual 3 merupakan garis panduan menentukan tahap dimensi kesediaan guru. Min
dibahagikan kepada tiga tahap berdasarkan interprestasi skor min yang dicadangkan
oleh Noraini (2010).

Skor Min Jadual 3: Garis panduan Skor Min
1.00 hingga 2.40 Tahap
2.41 hingga 3.80 Rendah
3.81 hingga 5.00 Sederhana
Tinggi
(Sumber: Noraini, 2010)

Statistik inferensi pula digunakan untuk membuat generalisasi keputusan kajian yang
diperoleh daripada sampel kajian kepada populasi kajian (Chua, 2006). Dapatan data
dianalisis dengan menggunakan ujian-t bagi menjawab soalan kedua.

DAPATAN KAJIAN
Keputusan analisis deskriptif bagi soalan kajian pertama menunjukkan bahawa semua
dimensi kesediaan guru berada pada tahap sederhana. Dapatan analisis deskriptif ini
diperinci dalam Jadual 4.

8

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jadual 4: Tahap Dimensi Kesediaan Guru

Dimensi Kesediaan Guru Julat Min f Min dan Sisihan Piawai
% Tahap

Keseluruhan

1.00 - 2.40 10 10

(Rendah) m=3.66

Efikasi Kendiri Terhadap 2.41 - 3.80 40 40 sp=0.874 Sederhana

Teknologi (Sederhana)

3.81 - 5.00 50 50

(Tinggi)

1.00 - 2.40 24 24

(Rendah) m = 3.21

Kawalan Guru (dalam 2.41 - 3.80 43 43 sp = 0.915 Sederhana

konteks dalam talian) (Sederhana)

3.81 - 5.00 33 33

(Tinggi)

1.00 - 2.40 14 14

(Rendah) m = 3.56

Motivasi Guru (dalam 2.41 - 3.80 42 42 sp = 0.937 Sederhana

konteks dalam talian) (Sederhana)

3.81 - 5.00 44 44

(Tinggi)

1.00 - 2.40 26 26

(Rendah) m = 3.21

Efikasi Kendiri Komunikasi 2.41 - 3.80 39 39 sp = 0.953 Sederhana

dalam talian (Sederhana)

3.81 - 5.00 35 35

(Tinggi)

Kesediaan Guru m = 3.42 Sederhana

sp = 0.825

Perkaitan dan Hubungan Dimensi Kesediaan Guru Terhadap Pengajaran Guru
Secara Dalam Talian

9

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Hubungan antara pemboleh ubah bersandar, iaitu Pengajaran Guru Secara Dalam
Talian dan pemboleh ubah tidak bersandar iaitu Dimensi Kesediaan Guru dapat
diperolehi melalui penggunaan teknik Korelasi Pearson seperti dalam Jadual 5.
Hubungan antara pemboleh ubah ini telah diuji dengan mengambil kira kekuatan
hubungan yang berpandukan kepada Skala Kekuatan Hubungan oleh Cohen, Manion
dan Marrison (2011) seperti ditunjukkan Jadual 5.

Jadual 5: Kekuatan Hubungan Mengikut Nilai Pekali Korelasi

Saiz Pekali Korelasi (r) Kekuatan Korelasi

± .81 hingga 1.00 Sangat Kuat

± .51 hingga .80 Kuat

± .31 hingga .50 Sederhana

± .21 hingga .30 Lemah

± .01 hingga .20 Sangat Lemah

adual 6 menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara ketiga-tiga pemboleh ubah
dengan nilai signifikan, p < .05 iaitu terdapat korelasi yang kuat dan positif antara
Penceritaan Digital dan Multimedia dengan nilai signifikan, p = .000 dan nilai pekali, r
= 0.703.

Hasil hipotesis ini jelas membuktikan bahawa terdapat hubungan yang positif
signifikan di antara pembolehubah Dimensi Kesediaan Guru dengan Pengajaran Guru
Dalam Talian. Nilai pekali pearson, r adalah 0.847 manakala nilai p ialah 0.000, iaitu
lebih kecil dari 0.05 (r = 0.865, p < .05). Ini bermakna terdapat perkaitan di antara
Dimensi Kesediaan Guru dengan Pengajaran Guru Dalam Talian. Perkara ini
sememangnya berlaku di dalam diri guru, setiap guru bersedia dalam pengajaran dan
pembelajaran yang akan dijalankan walaupun pelbagai medium pelantar yang
digunakan dalam usaha memberi ilmu kepada pelajar.

10

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jadual 6 :Pekali Korelasi Dimensi Kesediaan Guru dengan Pengajaran Guru
Secara Dalam Talian

Pemboleh ubah Pengajaran Guru Nilai p

Dalam Talian (r)

Kesediaan Guru (Keseluruhan) .847** .000

Efikasi Kendiri Terhadap Teknologi .695** .000

Kawalan Guru (dalam konteks dalam talian) .786** .000

Motivasi Guru (dalam konteks dalam talian) .785** .000

Komunikasi Guru .755** .000

** Korelasi signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed)

Begitu juga dapatan antara setiap dimensi Kesedian Guru, iaitu Efikasi Kendiri
Terhadap Teknologi (r = 0.695, p < .05), Kawalan Guru (r = 0.786, p < .05), Motivasi
Guru (r = 0.785, p < .05) dan komunikasi Guru (r = 0.755, p < .05) menunjukkan
terdapat hubungan signifikan dengan Pengajaran Guru Secara Dalam Talian. Oleh
itu, hipotesis ditolak. Keseluruhannya, nilai pekali korelasi yang hampir kepada +1.00
menunjukkan korelasi positif yang kuat.

PERBINCANGAN
Berdasarkan julat min yang telah ditetapkan didapati bahawa skor min bagi semua
dimensi kesediaan guru berada pada tahap sederhana. Penemuan kajian
membuktikan bahawa kesediaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
talian menunjukkan guru perlu melengkapi diri dengan kebolehan menggunakan
teknologi, ilmu pengajaran dan efikasi kendiri (Hung et al, 2010). Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa guru yang mempunyai efikasi kendiri terhadap teknologi
merasa yakin dalam melaksanakan pengajaran, iaitu guru mahir dalam pengendalian
Microsoft Office (MS Word, MS Excel, dan MS PowerPoint. Kemahiran ini boleh
diaplikasikan semasa PdPDT. Di samping itu juga, guru yakin menggunakan sumber
internet dan pencarian maklumat untuk pengajaran dalam talian.

11

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Seterusnya, dari segi pengajaran guru semasa dalam talian, guru perlu menetapkan
objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pengajaran dalam talian
yang dijalankan. Ini penting kepada pelajar kerana ada sebahagian pelajar yang boleh
terima PdPDT dan segelintir pelajar yang tidak boleh menerima PdPDT. Bagi pelajar
yang celik menggunakan teknologi, mereka boleh mengikut kelas secara PdPDT
tetapi ini tidak menunjukkan bahawa mereka berminat dengan kelas tersebut (Wei
Boon Quah, 2020). Hasil dapatan ini disokong oleh kajian Hashim, Mohd Nasri, dan
Mustafa (2016) yang menyatakan bahawa cabaran daripada aspek kekangan semasa
pengendalian PdPDT dilihat sebagai cabaran utama dalam melaksanakan PdPDT.
Namun, guru perlu bersedia untuk mendapatkan bantuan rakan guru ketika kelas
berlangsung dan pengurusan masa juga penting.

Tugas guru bukan hanya sekadar memberi bimbingan pengajaran secara berterusan,
malah guru juga perlu sentiasa memberi komitmen dan sentiasa bersedia dalam
PdPDT ini terutamanya dalam menghadapi norma pembelajaran baharu. Kesediaan
guru dari segi kawalan sangat penting agar PdPDT berjalan dengan lancar. Guru juga
perlu bersedia mengulangi bahan pengajaran dalam talian berdasarkan keperluan jika
pelajar tidak dapat menghadiri kelas tersebut (Hung et al, 2010). Menurut Mohd et al.
(2019) turut menyatakan bahawa kesediaan pelajar dalam proses PdPDT adalah
pada kadar yang agak tinggi. Oleh itu, sebaik mungkin guru tidak terganggu semasa
pelaksanaan pengajaran dalam talian dan aktiviti dengan pelajar dapat dijalankan.

Pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah memberi kesan kepada
proses PdP iaitu pembelajaran dalam talian sudah menjadi suatu kemestian dan
bukannya pilihan. Pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan terutamanya hal yang
melibatkan pelajar. Guru perlu bersedia mental dan fizikal, lebih terbuka untuk
menerima pengajaran norma baharu ini. Guru juga berusaha untuk menambahkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran PdPDT serta juga perlu menetapkan kaedah PdP
yang bersesuaian jika terdapat pelajar yang mempunyai masalah. Pelbagai medium
boleh dijalankan oleh guru dalam penyampaian pengajaran seperti Google Meet,
rakaman video pengajaran melalui WhatsApp, Telegram atau Google Classroom (Siti
Balqis Mahlan, Muniroh Hamat, 2020).

12

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Oleh itu, kesedian guru dari segi Efikasi Kendiri Terhadap Teknologi, Kawalan Guru,
Motivasi Guru dan Komunikasi Guru menunjukkan mempunyai kaitan dengan
pengajaran guru. Guru bersedia dengan pelbagai medium yang digunakan agar
komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan berkesan. Keyakinan guru dalam
PdPDT sangat penting yang membawa kepada pemahaman pelajar. Pelbagai ilmu
yang perlu dimantapkan oleh guru itu sendiri, misalnya bagaimana hendak
menghantar atau muat naik bahan pengajaran semasa perbincangan dalam talian.
Guru juga perlu bijak membahagi masa memandangkan situasi pelajar itu sendiri yang
berada di rumah yang berkemungkinan adanya gangguan urusan peribadi daripada
ahli keluarga masing-masing. Oleh itu, guru perlu sentisa bersedia sama ada dari segi
fizikal dan mental dalam usaha menabur ilmu kepada pelajarnya.

Tambahan lagi, beberapa aspek perlu diperhalusi dan disemak semula agar lebih
mantap dan memberikan manfaat kepada guru. Aspek pertama adalah PdPDT dalam
tempoh yang singkat akan memberi ruang kepada guru membuat penambahbaikan
pada masa akan datang jika situasi sedemikian berlaku. Aspek kedua pula daripada
aspek pihak pengurusan seperti pemilihan memilih jenis media interaktif atau
peralatan teknologi dan media yang bersesuaian dengan PdPDT. Dengan ini
dicadangkan guru memilih dan menggunakan satu medium yang sesuai dalam
melaksanakan pengajaran seperti WhatsApp, Telegram, Google Meet, Goole
Classroom, Microsoft Teams dan Zoom. Guru juga perlu menetapkan kaedah yang
bersesuaian dengan situasi guru dan pelajar itu sendiri. Oleh itu, guru perlu
memanfaatkan kemajuan teknologi untuk keperluan PdPDT akan datang.

KESIMPULAN
Apabila berlakunya krisis COVID-19 dan PKP dikuatkuasakan, pengajaran dalam
talian menjadi suatu kaedah utama dalam proses PdP. Guru perlu bersedia dari segi
infrastruktur teknologi maklumat dan harus memperkukuh ilmu berkaitan teknologi
maklumat. Hal ini bukan sahaja penting untuk guru, malah pelajar juga harus
melengkapkan diri dengan ilmu teknologi maklumat. Majoriti guru telah bersedia
dalam pembelajaran secara talian. Namun, bagi guru yang belum bersedia, pihak
berkaitan mengambil kira masalah ini secara serius agar PdP dapat diteruskan

13

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

dengan baik. Guru juga perlu menerapkan sikap positif terutamanya semasa PdPDT.
Pelbagai aplikasi yang tersedia boleh diguna pakai oleh guru dalam memantapkan
PdP secara talian. Guru perlu memanfaatkan kemajuan teknologi untuk keperluan
pembelajaran dan bukannya leka dan lalai dengan arus teknologi. Diharap dengan
kajian tinjauan ini, dapat menjadi panduan kepada tahap kesediaan PdP dalam talian
khususnya untuk kegunaan seterusnya atau pada masa akan datang. Walau
bagaimanapun, penyelidik dicadangkan untuk membuat tinjauan lanjut guru dari segi
kesedian guru dalam PdPDT bagi menetapkan kaedah dan strategi yang lebih sesuai
mengikut situasi pelajar dan jenis mata pelajaran yang diajar.

RUJUKAN:

Anjorin, A. A. (2020). The Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) Pandemic: A
Review And An Update On Cases In Africa. Asian Pacific Journal Of Tropical
Medicine, 13(4), 1-5.

Awang, Hapini, Sheik Osman Wan Rozaini, And Mat Aji Zahurin. (2019). Model To
Evaluate Virtual Learning Environment Among Malaysian Teachers. International
Journal Of Innovative Technology And Exploring Engineering, 8 (5S).

Bibi Noraini Mohd Yusuf, And Jihan Ahmad. 2020. Are We Prepared Enough? A Case
Study Of Challenges In Online Learning In A Private Higher Learning Institution During
The Covid-19 Outbreaks. Advances In Social Sciences Research Journal, 7(5),205–
12.

Briggs, A. & Coleman, M. (2007). Research Methods In Educational Leadership And
Management. London: Sage Publication Inc.

Brislin, R. W., Lonner, W., & Thorndike, R. M. (1973).Cross-Cultural Research
Methods. New York: John Wiley & Sons.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan. Mc Craw Hill Sdn Bhd.

Cohen, L., Manion, L., & Marrison, K. (2011). Research methods in education (7th
ed.). New York, USA: Routledge Taylor & Francis Group.

Gonzalez, T., M. A. De La Rubia, K. P. Hincz, M. Comas-Lopez, L. Subirats, S. Fort,
And G. M. Sacha. (2020). Influence Of COVID-19 Confinement In Students
Performance In Higher Education. Arxiv Preprint Arxiv 2004.09545.

14

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Goyal, S. (2020). Impact Of Coronavirus On Education In India.

Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative And Mixed
Methods Approaches. USA: Sage Publivation Inc.

Hambleton, R.K., Swaminathan, H., & Roger, J.H. (1992). Fundamental Of Item
Response Theory. Newbury Park, CA: Sage.

Hair, J.F., Black, W.C., Babin, B.J., & Anderson, R.E. (2018). Multivariate Data
Analysis. 7 Ed. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall.

Hashim, H., Mohd Nasri, S. M., & Mustafa, Z. (2016). Cabaran Yang Dihadapi Oleh
Guru Dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya FROG Di Bilik Darjah.
Asia Pacific Journal Of Educators And Education, 31, 115–129.

Hung, A. L, Chou, A., Chen, A & Own, B. (2010). Learner Readiness For Online
Learning: Scale Development And Student Perceptions. Computers & Education,
55,1080–1090

Jaka Wijaya Kusuma & Hamidah. (2020). Perbandingan Hasil Belajar Matematika
Dengan Penggunaan Platform Whatsapp Group Dan Webinar Zoom Dalam
Pembelajaran Jarak Jauh Pada Masa Pandemik Covid-19. Jurnal Ilmiah Pendidikan
Matematika, 5(1), 97-106.

Jung, Insung, Masayuki Kudo, And Sook Kyoung Choi. (2012). Stress In Japanese
Learners Engaged In Online Collaborative Learning In English. British Journal Of
Educational Technology, 43(6),1016–29.

Kandri, Salah-Eddine. (2020). How COVID-19 Is Driving A Long-Overdue Revolution
In Education. World Economic Forum. Retrieved
(Https://Www.Weforum.Org/Agenda/2020/05/How-Covid-19-Is-Sparking-A
Revolution-In-Higher-Education/)

Kanuka, Heather, And Terry Anderson. 2007. Ethical Issues In Qualitative E-Learning
Research. International Journal Of Qualitative Method,s 6(2), 1–14.

Manzoor, A. (2020). Online Teaching And Challenges Of COVID-19 For Inclusion Of
Persons With Disabilities In Higher Education.

Martina Napratilora, Hendro Lisa & Indra Bangsawan. (2020). Using Whatsapp As A
Learning Media In Teaching Reading. MITRA PGMI. Jurnal Kependidikan MI, 6(2),
116-125.

Mohd. Fairuz Jafar, Hapini Awnag & Mat Rahmi Yusof. (2020). Kesedian
Pembelajkaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid 19. Seminar Darulaman, 404-
411.

15

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Mohd. Izham Mohd. Hamzah & Noraini Attan, 2007). Ahap Kesediaan Guru Sains
Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi, 46(1)
Mohd Zulhasnan Mat, Fadli Bacho & Sharifuddin Rapin. (2019). Kesediaan Pelajar
dalam Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Kolej Komuniti Tawau,
Sabah. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, 3(1), 103-111.
Nazaruddin Abdul Hadi, Mahizer Hamzah Dan Norkumalasari Othman (2020)
Pengesahan Instrumen Kesediaan Guru Dan Kesediaan Teknologi Terhadap
Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Guru Reka Bentuk Teknologi Sekolah
Menengah: Analisis Faktor Penerokaan (EFA). Journal Of ICT In Education (JICTIE),
7(2), 27-38.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mcgraw Hill
(Malaysia) Sdn Bhd.
Rana, Hemant, Rajiv Rajiv, And Manohar Lal. 2014. E-Learning: Issues And
Challenges. International Journal Of Computer Applications, 97(5), 20–24.
Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran dan Pembelajaran dalam
Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. SIG : E-Learning@CS.
Strielkowski, Wadim. (2020). COVID-19 Pandemic And The Digital Revolution In
Academia And Higher Education.
Sun, Pei Chen, Ray J. Tsai, Glenn Finger, Yueh Yang Chen, And Dowming Yeh. 2008.
“What Drives A Successful E-Learning? An Empirical Investigation Of The Critical
Factors Influencing Learner Satisfaction.” Computers And Education, 50(4),183–202.
Wei Boon Quah, 2020 Pandemik Covid-19 : Mempercepatkan Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian (PDPDT) di Kolej Komuniti: Isu &
Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pensyarah Dan Pelajar. TVET Think Big V4.
Xiang, Yu Tao, Yuan Yang, Wen Li, Ling Zhang, Qinge Zhang, Teris Cheung, And
Chee H. Ng. 2020. Timely Mental Health Care For The 2019 Novel Coronavirus
Outbreak Is Urgently Needed. The Lancet Psychiatry, 7(3), 228–29.

16

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

PENDEKATAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM
KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Irni Ismail

SK Taman Molek, PPD Pasir Gudang, Johor

ABSTRAK
Pemikiran komputasional adalah salah satu cabang ilmu baharu yang semakin meluas
diterokai dalam pendidikan di seluruh dunia. Dalam kaedah pemikiran komputasional
ini, pengaturcaraan adalah dianggap sebagai kaedah penyampaian yang sesuai dan
standard. Bahasa pengaturcaraan berasaskan blok seperti Scratch dan mBlock serta
bahasa pengatucaraan berasaskan bahasa logik seperti Arduino dan Phyton telah
diperkenalkan. Dalam kajian ini, pengkhususan terhadap satu program berkaitan
penerapan pemikiran komputasional diperkenalkan kepada murid sekolah rendah.
Kaedah kajian kes secara kualitatif digunakan terhadap dua orang responden yang
terdiri daripada murid sekolah rendah Tahap Dua. Kaedah temu bual separa
berstruktur digunakan untuk mendapatkan data tentang kesan pendekatan yang
digunakan terhadap murid. Hasil dapatan mendapati tujuh jenis kemahiran dalam
pembelajaran abad ke-21 dapat diterapkan iaitu pemikiran kritikal dalam
menyelesaikan masalah, pemikiran kritis, kolaboratif bersama rakan, kreatif,
kemahiran komunikasi, kemahiran kendiri dan keterbukaan dalam pemikiran. Kajian
ini membuktikan bahawa penerapan pemikiran komputasional dalam pengajaran
dapat meningkatkan kualiti murid secara umumnya. Hasil kajian ini diharapkan
menjadi menyumbang kepada kajian-kajian lain seperti aspek guru, pengurusan dan
penggubal kurikulum.

Kata kunci: My Yourth Robotic, pemikiran komputasional, murid sekolah rendah

PENGENALAN
Pemikiran Komputasional merupakan elemen baharu yang perlu diterapkan kepada
murid di Malaysia selaras dengan penerapan kemahiran abad ke-21 ke arah
memenuhi keperluan Revolusi Perindustrian 4.0. Menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia (2019), pemikiran komputasional ini dijangkakan akan dilihat merupakan
salah satu elemen pekerjaan yang diperlukan dalam Revolusi Perindustrian 4.0. Oleh
yang demikian, menerapkan murid dengan kemahiran abad ke-21 dalam setiap aspek
pengajaran sangat diperlukan buat masa kini. Seperti disebutkan sebelum ini,
penerapan elemen kemahiran murid sangat diperlukan kerana memenuhi Revolusi

17

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Industrial 4.0 yang bukan sahaja memberi kesan daripada sudut ekonomi tetapi juga
pendidikan. Sebagai contoh, laporan daripada World Economic Forum (2016) telah
menggariskan sepuluh kemahiran yang perlu ada bagi memenuhi kehendak Revolusi
Industri 4.0. Sepuluh kemahiran tersebut adalah penyelesaian masalah kompleks,
pemikiran kritikal, kreatif, pengurusan manusia, kerjasama dengan orang lain,
kecerdasan emosi, penilaian dan kemahiran membuat keputusan, orientasi
perkhidmatan, rundingan dan kelenturan kognitif. Tambahan, laporan daripada World
Economic Forum (2020) menjelaskan, pada tahun 2025 jangkaan pertindanaan
pekerjaan antara manusia dan mesin adalah sebanyak 85 juta pekerjaan dan 97 juta
peranan baru muncul dan lebih disesuaikan dengan pembahagian kerja baru antara
manusia, mesin manakala menurut Fayer et al., (2017) 7 daripada 10 pekerjaan yang
berkepentingan tinggi adalah melibatkan komputer dan pengaturcaraan.

Selaras dengan kepentingan tersebut, menjadi satu keperluan bagi Kementerian
Pendidikan Malaysia menerapkan pengetahuan dan kemahiran pada peringkat awal
bagi membantu murid menjadi sumber tenaga yang kompeten pada masa hadapan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif
dengan mengintegrasikan pemikiran komputasional ke dalam silibus pendidikan
Malaysia pada tahun 2017 melalui mata pelajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dengan memperkenalkan asas pemikiran komputasional iaitu elemen
psedokod dan algoritma dan diteruskan dengan mata pelajaran Rekabentuk dan
Teknologi pada tahun 2020 bagi murid tahun 4 dan pada tahun 2021 untuk murid
tahun 5 yang mengaplikasikan bahasa pengaturcaraan berasaskan blok seperti
Scratch dan MBlock manakala di peringkat sekolah menengah pula bermula pada
2017 dalam mata pelajaran asas sains komputer dan sains komputer.

PERNYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini, pemikiran komputasional adalah merujuk kepada bagaimana murid
menyusun atur masalah menggunakan asas sains komputer yang merujuk kepada
penerapan pembelajaran menggunakan psedokod, penggunaan perisian bahasa
pengaturcaraan berasaskan blok dan peralatan-peralatan seperti LED, penggera,
servo motor, ultrasonic sensor, dan elemen pemasangan elektrik serta penggunaan

18

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

mikro pengawal iaitu Arduino. Oleh kerana pemikiran komputasional merupakan satu
bidang yang sangat penting untuk diterapkan kepada murid, adalah perlu untuk
meneroka sama ada pelaksanaan aktiviti pemikiran komputasional di dalam kelas
mempunyai kesan yang signifikan terhadap murid terutama kemahiran abad ke-21
yang perlu diterapkan kepada murid. Namun, sejauh manakah penerapan pemikiran
komputasional ini dapat menghasilkan murid seperti yang dihasratkan? Justeru, kajian
ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penerapan pemikiran komputasional yang
dilakukan secara berstruktur dengan kemahiran yang diperolehi oleh murid.

Persoalan kajian yang menjadi panduan kepada kajian ini adalah seperti berikut:
Apakah kesan (jika ada) terhadap murid semasa mengadaptasi penerapan pemikiran
komputasional?

SOROTAN LITERATUR
Pemikiran komputasional merupakan elemen barharu dalam pendidikan di Malaysia.
Pemikiran komputasional adalah merujuk kepada proses merumuskan masalah,
mencari jalan keluar untuk masalah tersebut dan menjelaskan cara penyelesaiannya
(Wong, 2006). Daripada perspektif pedagogi dikatakan terdapat kajian menunjukkan
pendekatan pemikiran komputasional dapat meningkatkan pemikiran murid dalam
matematik dan sains (Wilensky et al., 2014). Rusno Mohd Kusnan et. al. (2020)
melalui kajian secara sorotan literatur bersistematik mendapati terdapat beberapa
jenis aktiviti yang melibatkan pemikiran komputasional di Malaysia iaitu aktiviti
pengaturcaraan (programming), aktiviti robotik, LED (light emitting diode), gamifikasi,
kad bergambar haiwan, modul pengajaran, amalan pembelajaran dan pengajaran.
Menurut beliau lagi, kebanyakan aktiviti pemikiran komputasional melibatkan
pengaturcaraan seperti Scratch, Phyton, Flash Action Script, Java, dan Web.

Pemikiran komputasional mula diperkenal kepada kanak-kanak di peringkat global
adalah pada tahun 1983 dengan memperkenalkan komputer dan pengaturcaraannya
menggunakan Logo (ibid), bahasa pengaturcaraan pendidikan dan diikuti dengan
Microworlds EX (Zhang, 2019) dan akhirmya berkembang dengan Scratch dan Alice
dan sebagainya. Scratch dan MBlock merupakan perisian yang dirancang dari awal

19

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

hingga bantu anak-anak untuk bermula di kawasan ini, daripada usia empat tahun ke
atas manakala terdapat perisian yang lebih kompleks seperti Python and JavaScript
yang menekankan murid yamg lebih mahir dalam pengokodan. Penggunaan aplikasi
yang sesuai adalah diperlukan dalam membantu murid lebih memahami pemikiran
komputasional ini selaras dengan apa yang disarankan oleh Papert (1996) yang
menyatakan ` program latih tubi dan praktik, yang dirancang untuk memperkukuhkan
pengetahuan yang telah dipelajari sebelumnya (Yuan Tran, 2018)

Halil Ibrahim Haseski (2018) menyatakan kebanyakan pemikiran komputasional ini
melihat menjurus kepada konteks penyelesaian masalah, teknologi dan pemikiran dan
penerapan individu, spesifikasi operasi dan kualiti umum kurang diketengahkan.
Dalam pemikiran komputasional, konsep penyelesaian masalah sistematik,
pengabstrakan, analisis masalah dinyatakan lebih banyak, sementara mengatur
sumber dan langkah-langkah operasi dan pemindahan penyelesaian adalah
fenomena yang paling tidak dinyatakan. Azlin Rosdi et. al (2018) menyatakan guru
pelatih tidak pernah mendapat pendedahan awal berkaitan kemahiran pemikiran
komputasional, pengetahuan yang sedikit dan terdapat salah faham kemahiran
pemikiran komputasional dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi,
komputer, penyelesaian masalah serta sistem pengurusan pembelajaran.

REKA BENTUK KAJIAN
Bagi menjawab persoalan kajian ini, kaedah kajian kes secara kualitatif digunakan
terhadap dua orang responden digunakan untuk melihat jika terdapat perubahan pada
murid . Kaedah kajian kes merupakan satu kaedah terbaik yang boleh digunakan
untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Ini kerana, kaedah ini dipilih sama ada
disebabkan oleh luas geografi yang kecil atau limitasi dalam bilangan individu sebagai
subjek kajian (Zaidah Zainal, 2007). Temu bual digunakan sebagai cara untuk
mendapatkan data. Kaedah kajian kes ini dilihat sebagai satu kaedah terbaik bagi
menggambarkan bagaimana pendekatan pemikiran komputasional boleh menjadi
instrumen atau alat untuk penerapan kemahiran abad ke-21.

20

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Terdapat beberapa fasa yang dijalankan untuk kajian ini. Fasa pertama kajian adalah
dengan menyelaraskan pengajaran dengan satu modul pembelajaran. Dalam modul
tersebut murid akan diperkenalkan dengan elemen-elemen komputasional yang selari
dengan kandungan kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Fasa kedua adalah melibatkan bagaimana penerapan komputasional
memberi impak kepada murid dengan memberikan murid pengalaman secara teori
dan praktikal. Dalam fasa ini, nota lapangan daripada penyelidik dari segi pemerhatian
tentang responden digunakan untuk melihat perkembangan setiap kali pengajaran
dan temu bual bersama responden dilakukan. Dalam pemerhatian yang
menggunakan kaedah nota lapangan, terdapat dua informasi spesifik yang perlu
diketengahkan; konteks dan data (Yeter, I. H. et. al., 2019). Untuk merekod konteks,
tarikh, objektif pengajaran, alatan pengajaran secara spesifik dan informasi kelas
direkodkan manakala data adalah merujuk kepada apa yang berlaku di dalam kelas,
masa dan peristiwa yang spesifik direkodkan beserta dengan kod tambahan yang
diselaraskan.

Kod tambahan merujuk kepada peristiwa-peristiwa berulang yang berlaku di dalam
kelas. Dalam fasa ini juga responden akan menjalani temu bual bagi mendapatkan
data tentang kesan-kesan penerapan yang dijalankan. Soalan temu bual ada secara
semi struktur bagi membolehkan responden dapat menjelaskan pengalaman
berdasarkan proses yang dijalankan. Kaedah analisis tematik digunakan. Untuk
kedua-dua kaedah tersebut, tematik yang digunakan daripada pemerhatian dan temu
bual adalah sama bagi mendapatkan ketepuan data yang diingini. Kaedah analisis
data adalah menggunakan Braun and Clarke (2006). Rajah 1 menunjukkan cara
bagaimana analisis data secara tematik digunakan

21

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

1.Mengumpul dan menyorot data kajian

2.Menyaring data
Memilih dan mengasingkan data yang tidak releven

3.Transkripsi dan organisasi data
Membaca transkripsi untuk mendapatkan tema

4.Pelaziman data
Membaca data berulang kali

5.Mencari tema
Tema yang dicari berdasarkan

manual KPM dan WEB

6.Menggabung atau menghubungkan tema

7.Menghalusi pengkategorian tema

8. Menulis laporan

Rajah 1: Pengurusan Tematik berdasarkan Braun and Clarke (2006)

Kaedah pengajaran adalah menggunakan kaedah Voogt et al. (2017) iaitu beliau
mencadangkan pengajaran adalah secara tersusun dengan memperkenalkan
pengenalan kepada konsep yang akan dipelajari, membuat satu pengajaran daripada
asas kepada yang lebih sukar tahapnya, memberi latihan kepada murid iaitu murid
mempraktiskan pengajaran yang diperkenalkan dan menggunakan kaedah secara
berkolaborasi dengan rakan. Populasi kajian adalah terdiri daripada kumpulan kecil
yang terdiri daripada sepuluh pelajar yang terdiri daripada umur 11 dan 12 tahun yang
tidak mempunyai pengalaman dalam penerapan komputasi sama ada mengikuti kelas
anjuran luar atau mengikuti mana-mana aktiviti yang membabitkan inovasi. Ini kerana

22

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

dalam tempoh menangani Pandemik Covid-19, penyelidik berpendapat pengajaran
dalam kumpulan kecil adalah yang terbaik untuk dilaksanakan.

Namun, responden untuk kajian ini terdiri daripada dua orang murid yang diambil
secara rawak. Setiap kumpulan diagihkan kepada dua orang dalam sekumpulan.
Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan projek secara berkolaborasi. Kelas diajar
oleh seorang guru yang mempunyai pengalaman dalam pengajaran secara
komputasi dan telah mendapat sijil kompetensi yang diperolehi daripada pihak
konsultasi swasta. Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar yang diambil
secara rawak yang terdiri daripada seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar
perempuan. Dalam fasa ini juga responden akan menjalani temu bual bagi
mendapatkan data tentang kesan-kesan penerapan yang dijalankan. Soalan temu
bual ada secara semi struktur bagi membolehkan responden dapat menjelaskan
pengalaman mereka berdasarkan proses yang dijalankan.

MODUL PENGAJARAN
Penerapan pemikiran komputasional perlu dimulakan dengan menyusun program
dengan teratur bagi memberi kesan atau impak yang diharapkan. Setiap tajuk akan
diberikan satu projek ringkas sebagai pelengkap kefahaman murid mengaplikasikan
pengetahuan yang diperolehi. Berikut merupakan ringkasan rancangan pengajaran
sepanjang program ini dijalankan.

Minggu Objektif pengajaran Projek pelengkap
1 Memperkenalkan Kit Arduino U23C beserta Membuat penyambungan
fungsinya. elektrik
2 dan 3 Memperkenalkan algoritma untuk kawalan.
Memperkenalkan gelung litar, kekutuban Membina lampu tidur
dan konduktiviti.
Memperkenalkan digital output
Kawalan LED, Siren, Blinking Light
Running light
Mood Light
Sound Active light

23

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

4-5 Mempelajari servo motor Membina permainan mudah
Mempelajari digital motor, variable dan
6-7 conditional statement Membina moisture tester
8 Mempelajari Input Analog Praktikal ultrasonic sensor
9-10 Mempelajari ultrasonic sensor Permainan mudah webcam
Mempelajari sensing movement dengan
11-12 webcam Membina pong Game
Mempelajari variables dan interaksi dalam
sprites

Latihan adalah selama tiga jam selama 12 minggu pengajaran. Setiap pengajaran
memerlukan latihan “hands on” yang melibatkan penulisan algoritma, penggunaan
mikro pengawal serta pendawaian dan penyambungan elektrik jika diperlukan. Murid
juga diminta untuk menerangkan projek yang dilaksanakan secara ringkas. Cabaran
untuk program ini adalah dengan memperkenalkan konsep mudah tetapi memberi
cabaran terutama penerapan pemikiran aras tinggi untuk menyiapkan hasil yang
diharapkan kepada murid.

DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kes. Analisis yang dilakukan
adalah melibatkan pemerhatian secara lapangan dan temu bual terhadap responden.
Dapatan dan analisis adalah seperti berikut:

i- Pemerhatian lapangan
Data diambil melalui pemerhatian lapangan penyelidik terhadap responden sepanjang
kelas dijalankan. Tingkah laku responden merujuk kepada peristiwa-peristiwa
menarik yang dilakukan oleh responden semasa aktiviti dijalankan dan ulasan
penyelidik adalah merujuk kepada kemahiran abad ke-21 yang dapat dilakukan
semasa responden menunjukkan tingkah laku. Dapatan kajian mendapati bahawa
terdapat perubahan yang positif terhadap responden yang dapat diperhatikan selepas
mereka menjalani program tersebut. Rumusan daripada pemerhatian lapangan
adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:

24

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Aktiviti 1

Objektif pengajaran: Projek Pelengkap: Membuat
Memperkenalkan Kit Arduino U23C beserta penyambungan elektrik
fungsinya.
-Memperkenalkan algoritma untuk kawalan
-Memperkenalkan gelung litar, kekutuban
dan konduktiviti

Responden R1 R2

jarang bercakap dan -mendominasi kumpulan
mengeluarkan pendapat -ikut manual tanpa tanya soalan, diam
-ikut manual dan takut-takut
untuk bertanya jika tidak faham
-takut untuk menggunakan

peralatan elektronik

Ulasan Tiada ciri-ciri kemahiran alaf Tiada ciri-ciri kemahiran alaf 21 yang

Penyelidik 21 yang terlalu menonjol terlalu menonjol

Aktiviti 2

Objektif pengajaran: Projek Pelengkap: Membina lampu
Memperkenalkan digital output
Kawalan LED, Siren, Blinking tidur
Running light, Mood Light Light,

Tingkahlaku R1 R2

Responden -takut menggendalikan -cekap membuat pemasangan
-mendominasi pendapat berbanding
peralatan elektrik termasuk pasangan
-menunjukkan minat dalam coding
LED -tidak takut membuat salah

-risau tentang salah

pemasangan menyebabkan

cikgu dan pasangan marah

-menunjukkan minat

membuat coding bersama

pasangan secara

berkolaboratif

25

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Ulasan kolaboratif bersama rakan keterbukaan dalam pemikiran

Penyelidik

Aktiviti 3

Objektif pengajaran: Projek Pelengkap: Membina
Mempelajari servo motor permainan mudah menggunakan
Mempelajari digital motor, variable dan servo

conditional statement

Responden R1 R2

-mencuba untuk membuat -mencuba jaya membuat coding
pemasangan sendiri,
-bertukar peranan menjadi -menunjukkan minat dalam coding
ketua dengan pasangan
-bertanya pasangan jika -beransur maju menerima pendapat
terdapat kemusykilan
-yakin untuk membuat coding pasangan
bersama pasangan
-membuat beberapa jenis coding dan

mempersembahkan pada guru

-tidak teragak-agak untuk mencuba

walaupun salah

-boleh menyatakan tentang

pemasangan dan aktiviti yang

dilakukan dengan yakin

Ulasan kolaboratif bersama rakan, pemikiran kritikal dalam

Penyelidik kemahiran komunikasi, menyelesaikan masalah,

kemahiran kendiri pemikiran kritis,

kolaboratif bersama rakan, kreatif

Aktiviti 4

Objektif pengajaran: Projek Pelengkap: Membina moisture
Mempelajari Input Analog tester

Responden R1 R2

-sudah mahir menggunakan -sangat yakin dengan coding
coding
-tidak teragak-agak mencuba -boleh menjana coding dengan sendiri
pelbagai coding dan
membuat interpretasi awal -beransur maju menerima pendapat
kenapa coding tidak berjaya
rakan sepasangan

-yakin untuk memberitahu

permasalahan dan cara pemasangan

-yakin menjawab soalan yang

diutarakan guru

26

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

-yakin untuk memberitahu -yakin membantu rakan daripada
permasalahan dan cara kumpulan lain
pemasangan
-yakin menjawab soalan
yang diutarakan guru tetapi
kadang-kala teragak-agak

Ulasan pemikiran kritikal dalam pemikiran kritikal dalam

Penyelidik menyelesaikan masalah, menyelesaikan masalah,

kemahiran komunikasi, pemikiran kritis,

kemahiran kendiri kreatif,

keterbukaan dalam kemahiran komunikasi,

pemikiran kemahiran kendiri

Aktiviti 5

Objektif pengajaran: Projek Pelengkap: Praktikal ultrasonic
Mempelajari ultrasonic sensor sensor

Responden R1 R2

-mencuba mencari idea -mencuba mencari idea dalam

dengan rakan dari internet. internet bersama rakan
-sangat cekap membuat -beransur maju menerima pendapat
coding apabila yakin rakan sepasangan
-boleh berinterksi dengan -cekap membuat coding sendiri
-membuat rujukan sendiri di rumah

rakan dan menerima

pendapat rakan dengan baik

daripada kumpulan berbeza

-boleh membuat

penyampaian idea dengan

baik

Ulasan pemikiran kritikal dalam pemikiran kritikal dalam

Penyelidik menyelesaikan masalah, menyelesaikan masalah,

pemikiran kritis, kreatif, pemikiran kritis,

kolobratif bersama rakan kolaboratif bersama rakan, kreatif,

27

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

kemahiran komunikasi, kemahiran kendiri dan keterbukaan

kemahiran kendiri dalam pemikiran

keterbukaan dalam

pemikiran

Aktiviti 6

Objektif pengajaran: Projek Pelengkap: Permainan mudah

Mempelajari sensing movement dengan webcam

webcam

Responden R1 R2

-sangat cekap membuat -membuat beberapa sprites tanpa
diminta, edit dan bina sendiri
coding -banyak membuat rujukan dirumah
-boleh menjawab soalan yang
-cekap membuat ditanyakan dengan baik

pemasangan

-rajin membuat rujukan

sendiri

-boleh membuat

persembahan dan boleh

menjawab soalan yang

ditanyakan dengan baik

Boleh memberi idea tentang

dialog dalam penyampaian

Ulasan pemikiran kritikal dalam pemikiran kritikal dalam

Penyelidik menyelesaikan masalah, menyelesaikan masalah,

pemikiran kritis, pemikiran kritis,

kolaboratif bersama rakan, kreatif,

kemahiran komunikasi, kemahiran komunikasi,

kemahiran kendiri dan kemahiran kendiri

keterbukaan dalam

pemikiran

Aktiviti 7

Objektif pengajaran: Projek Pelengkap: Membina pong

Mempelajari variables dan interaksi dalam Game

sprites

28

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Responden R1 R2

-sangat kreatif dalam -lebih berminat kepada pemasangan
membina permainan dengan berbanding membuat permainan yang
menginovasi idea yang ada input Cuma nampak dalam laptop
kepada idea sendiri bukan secara maujud.
-dapat menyatakan pendapat -boleh membina permainan dengan
baik

sendiri dengan baik

-susunan ayat dalam

membuat penyampaian

sangat baik.

-mempunyai bakat dalam

bercakap secara spontan

Ulasan pemikiran kritikal dalam pemikiran kritikal dalam

Penyelidik menyelesaikan masalah, menyelesaikan masalah, pemikiran

pemikiran kritis, kritis,

kreatif, kreatif,

kemahiran komunikasi, kemahiran komunikasi,

kemahiran kendiri, kolaborasi kemahiran kendiri

bersama rakan keterbukaan dalam pemikiran, ,

keterbukaan dalam kolaborasi bersama rakan

pemikiran

Rumusan yang dapat disimpulkan kekerapan berdasarkan jenis kemahiran abad ke-
21 daripada catatan pemerhatian lapangan adalah seperti pada Jadual 2. Seperti
yang diketahui, setiap aktiviti yang diberikan kepada responden adalah tidak
semestinya menunjukkan keberhasilan untuk semua kemahiran yang ada pada setiap
aktiviti yang dilakukan dan kajian ini menunjukkan populariti setiap kemahiran.
Kemahiran yang paling kerap ditonjolkan oleh murid adalah kemahiran kendiri dan
pemikiran kritikal dalam menyelesaikan masalah.

29

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jenis Responden 1 f Responden 2 fJ

kemahiran A A A A A A A AAAAAAA

abad ke-21 1 2 3 4 5 6 7 1234567

pemikiran ****4 * * * * * 59

kritikal

dalam

menyelesaik

an masalah

pemikiran ***3 * * * * * 58

kritis

kolaboratif ** ***5 * * * 38

bersama

rakan

kreatif, **2 * * * * * 57

kemahiran *****5 * * * 38

komunikasi

kemahiran *****5 * * * * 49

kendiri

keterbukaan ****4 * * * 37

dalam

pemikiran

Petujuk: A1-A7: Aktiviti 1 sehingga aktiviti 7, f; kekerapan, J; Jumlah kekerapan R1
dan R2

ii- Dapatan dan analisis temu bual:
Melalui kaedah temu bual terhadap responden, analisis termatik telah dilakukan dan
mendapati terdapat tujuh jenis kemahiran dalam pembelajaran abad ke-21 dapat
diserap oleh responden hasil daripada penerapan kemahiran pemikiran
komputasional ini. Tujuh jenis kemahiran tersebut adalah pemikiran kritikal dalam
menyelesaikan masalah, pemikiran kritis, kolaboratif bersama rakan, kreatif,
kemahiran komunikasi, kemahiran kendiri dan keterbukaan dalam pemikiran.

A: Pemikiran kritikal dalam menyelesaikan masalah. Melalui penerapan yang
dijalankan murid mendapati mereka terpaksa membuat berulang kali pengaturcaraan
supaya dapat berfungsi seperti yang diinginkan.
R1: Saya sentiasa berfikir tentang bagaimana mahu menyelesaikan masalah yang
timbul. Kadang-kadang penyelesaiannya mudah tetapi saya kena ulang dan uji
supaya saya faham di mana silapnya. Saya juga sentiasa berfikir cara penyelesaian
jika terdapat masalah sepanjang proses membuat projek saya.

30

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

R2: Saya rasa saya berani membuat coding dan yakin boleh berjaya walaupun
melakukan kesilapan banyak kali saya lakukan. Saya akan sentiasa berfikir
bagaimana mahu membetulkan masalah jika tidak seperti yang dikehendaki terlebih
dahulu sebelum meminta bantuan guru. Saya rasa lama-kelamaan saya boleh
mengenal pasti punca masalah jika hasil projek tidak sama seperti yang ada dan saya
rasa saya boleh mengenal pasti bagaimana koding boleh berfungsi.

B: Pemikiran kritis. Praktis untuk mendapatkan keputusan terbaik. Pengekodan
mempromosikan pemikiran secara berbeza dengan mendekati masalah daripada
pelbagai sudut dan dengan itu menghasilkan seberapa banyak penyelesaian yang
mungkin. Pengulangan ini semasa proses pembuatan kod membolehkan murid
mempraktikkan kemahiran berfikir kritis mereka dalam setiap sesi kelas.
R1: walaupun ada peberangan dalam buku, tetapi tidak semestinya saya perlu ikut
semuanya. Saya boleh ubah mengikut keselesaan saya. Contohnya, semasa mahu
memilih tempat penyambungan pada Arduino, saya boleh memilih nombor yang saya
mahu dan masukkan koding baru mengikut aturan yang saya sudah buat.
R2: semasa saya membuat aktiviti ini, saya akan cuba berfikir banyak kali. Jika tidak
A, mungkin B ataupun C. Kadang-kadang saya buat nampak sukar tetapi rupanya ada
yang lebih mudah bila saya tengok cikgu terangkan penyelesaian lain.

C: Kolaboratif bersama rakan. Penguasaan kemahiran yang diperlukan semasa
menyiapkan projek pelengkap memerlukan bentuk pengajaran kolaboratif.
Persekitaran kolaboratif yang bukan sahaja membantu mereka mempelajari
kemahiran bekerjasama tetapi juga meningkatkan pembelajaran mereka
R2: Saya pada permulaan tidak seronok kerana perlu digabungkan dengan lelaki, rasa
kurang selesa. Namun, program ini menetapkan kerja perlu dalam kumpulan (berdua)
untuk bekerja. Pasangan saya pula selalu dengar sahaja apa saya beritahu, seperti
saya seorang yang perlu memikir dan dia cuma ikut. Tetapi lama-kelamaan, ia
berubah. Kami perlu berbincang. Lama-kelamaan, saya rasa dia lebih pandai
daripada saya dan banyak pula dia perbaiki kesalahan dan lebih cekap daripada saya
terutama berkaitan MBlock.
R1: Bila dalam kumpulan, saya suka membiarkan rakan saya yang membuat
pendawaian elektrik kerana saya takut tetapi rakan saya mengajar saya supaya berani

31

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

mencuba. Saya rasa lebih berani untuk melakukan sesuatu berkenaan dengan
peralatan elektrik dan saya juga suka membuat perbincangan dengan kawan saya.
R2: Rakan saya banyak memberi idea tentang peralatan yang digunakan tetapi saya
juga memberi idea sama. Sebagai contoh, dalam projek Blinking Light saya memberi
peluang rakan saya memilih bagaimana LED perlu menyala tetapi saya memilih
bagaimana bunyi yang dihasilkan untuk LED tersebut. Cikgu juga ada minta saya
membantu kumpulan lain.

D. Kreatif. Berfikiran kreatif merujuk kepada mempunyai kebolehan mencipta,

menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu yang baru.

R1: Sebelum ini, saya merasakan membina sesuatu itu sukar seperti membina loceng

penggera keselamatan, tetapi saya tidak jangka saya boleh membina jika diberi

peluang. Saya sentiasa berfikir boleh membina sesuatu yang mungkin berguna untuk

diri sendiri dan masyarakat dan mungkin suatu hari saya boleh membina robot yang

boleh menjadikan kerja manusia lebih mudah,

R2:Saya banyak belajar tentang koding komputer dan pemprograman dan saya

belajar bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai. Semasa menyiapkan projek,

saya akan sentiasa memikirkan bagaimana mahu membuat sesuatu dengan baik.

Cikgu juga mengajar saya membuat peralatan daripada benda yang terbuang. Saya

fikir, saya boleh bina sesuatu yang bagus seperti alat penyiram yang menggunakan

tenaga solar.

E. Komunikasi. Berkomunikasi iaitu maklumat dan bertukar pendapat dengan orang
lain. Murid tidak kekok serta mampu membiasakan diri bercakap dengan individu lain,
dapat menyampaikan secara berkesan.
R2: Saya belajar menjadi seorang yang yakin dan tidak putus asa, saya suka
membuat perbincangan dengan kawan, saya menerima pendapat kawan walaupun
saya yakin saya betul tetapi tidak salah mencuba pendapat kawan saya. Saya rasa
lebih berani untuk membuat projek bersama kawan.

32

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

F: Kemahiran kendiri. Mempersiapkan diri kepada pengetahuan asas sebelum
masuk kelas.
R1: saya banyak mengulang kaji sendiri bagi mencari jawapan jika terdapat masalah,
saya merasakan kegagalan membuat sesuatu adalah biasa dan saya tidak perlu takut
untuk gagal, saya tidak takut menggunakan mBlock walaupun dalam bahasa inggeris.
R2: saya banyak membuat sendiri coding termasuklah yang sudah dipelajari
menggunakan laptop kakak saya. Yang belum belajar pun saya cuba-cuba juga
walaupun tak berapa berjaya tapi saya ulang bila masuk kelas.

G: Pemikiran terbuka. Dalam pengekodan, ini adalah senario yang agak biasa
kerana terdapat banyak jawapan yang betul dalam proses pembuatan pengekodan.
Sebagai contoh, setiap laman web, animasi, atau permainan akan berbeda daripada
yang lain bergantung pada estetika reka bentuk pengguna, fungsi, dan teknologi yang
ada. Kebolehubahan ini mendedahkan murid kepada kenyataan bahawa seseorang
mesti terbuka terhadap idea baru dan tetap fleksibel. Ini seterusnya membuka jalan
untuk peningkatan berterusan.

R1: Sebelum saya mula ikuti, saya takut membuat silap. Tidak tahu tentang
bagaimana mahu membina alatan sendiri yang boleh digunakan setiap hari. Tidak
pernah membuat sebarang projek selain yang diajar guru dalam kelas yang
melibatkan penggunaan elektrik walaupun saya belajar tajuk elektrik. Tidak tahu
banyak benda boleh dicipta menggunakan kreativiti, takut menggunakan computer.
Saya agak takut untuk melakukan sesuatu yang berkenaan dengan alatan elektrik.
Saya banyak belajar tentang koding komputer dan pemprograman. Saya belajar
menggunakan komputer. Saya belajar bagaimana menggunakan peralatan yang
sesuai. Saya belajar menjadi seorang yang yakin dan tidak putus asa.
R2: Takut membuat silap. Tidak tahu tentang bagaimana mahu membina alatan
sendiri yang boleh digunakan setiap hari. Rasa gementar untuk membuat projek.
Sekarang, saya lebih yakin membuat pembentangan. Yakin boleh membuat
sambungan wayar elektrik bagi membina alatan. Saya tidak jemu mengulangi
membuat robotik walaupun ia gagal sehingga saya berjaya.

33

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

PERBINCANGAN

Bagi menjawab soalan kajian yang telah diketengahkan sebelum ini “Apakah kesan
(jika ada) terhadap murid semasa mengadaptasi penerapan pemikiran
komputasional?” Analisis kajian mendapati terdapat pembuktian bahawa terdapat
kesan yang positif dapat diterapkan kepada murid sepanjang proses pembelajaran
yang disokong daripada dapatan penyelidik secara pemerhatian dan temu bual
bersama murid sendiri. Tujuh kemahiran yang diperoleh adalah ciri-ciri menurut KPM
dan berdasarkan WEB (2016). Hasil analisis mendapati tujuh ciri dapat diterapkan
kepada murid. Pemikiran komputasional terbukti memberi satu impak dalam
menghasilkan murid yang berkemahiran abad ke-21. Kajian ini membuktikan bahawa
penerapan awal pemikiran komputasional dapat meningkatkan minat murid dalam
mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya. Ia selaras dengan pendapat
Masfingatin & Maharani (2019) yang menyatakan kemahiran komputasional sangat
penting kepada penerapan kemahiran abad ke-21 murid kerana dalam proses
tersebut, penerapan penyelesaian masalah bukan sahaja memberi tumpuan terhadap
masalah tetapi juga memberi tumpuan terhadap bagaimana mahu menyelesaikan
masalah tersebut. Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, pendidikan adalah
penting dalam memastikan Malaysia mampu menyumbang tenaga kerja pada masa
hadapan dalam mendepani cabaran Revolusi Industri. (Chong et al., 2019), adalah
penting pendekatan ini diterapkan lebih awal bagi membina asas penyelesaian
masalah dan kemahiran berfikir aras tinggi yang lebih sistematik (Falloon, 2016) dan
meningkatkan keupayaan murid belajar sepanjang hayat (Sanford & Naidu, 2016).

Oleh kerana kajian ini hanya menumpukan tentang penghasilan secara kajian kes,
diharap ia dapat menjadi titik tolak kepada penghasilan kajian penyelidikan yang lebih
luas bukan sahaja pada murid, tetapi guru dan kurikulum itu sendiri. Kajian ini cuma
melihat kepada kesan kepada kemahiran abad ke-21 tetapi tidak melihat kepada
spesifik kemahiran yang perlu diterokai dalam pemikiran komutasional seperti model
dan rangka pemikiran komputasional. Penyelidikan di bidang ini harus menyiasat
amalan pengajaran yang dapat menyokong penerapan sama ada daripada sudut
epistemologikal guru dan murid atau daripada sudut pedagogi, kandungan dan
pengetahuan guru.

34

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

RUJUKAN:

Azlin Rosdi, Anida Idrus dan Salmiah Md Salleh3. Kemahiran pemikiran komputasional
dalam kalangan guru pelatih IPG Jurnal Penyelidikan Teknokrat II (Volume 20,
Disember 2018, Pages 126 to 139)
Falloon, G. W. (2016). An analysis of young students’ thinking when completing basic
coding tasks using Scratch

Jnr. on the iPad. Journal of Computer Assisted Learning, 32, 576-593Furber S (2012)
Shut down or restart? The way forward for computing in UK schools. Technical report,
The Royal Society, London.

Masfingatin, T., & Maharani, S. (2019). Computational Thinking : Students On Proving
Geometry Theorem. International Journal of Scientific & Technology Research, 8(09),
2216–2223.

Papert, S., & Harel, I. (1996). Situating constructionism. Constructionism, 36(2), 1-11.

Wing, J. (2014). Computational thinking benefits society. 40th Anniversary Blog of
Social Issues in Computing, 2014.

World Economic Forum (2016). The Future of Jobs Report 2020. Innovating in the
Digital Economy. World Economic Forum and INSEAD, Geneva.

World Economic Forum (2016). Insight Report The Global Information Technology
Report 2016 Innovating in the Digital Economy. World Economic Forum and INSEAD,
Geneva.

Yeter, I. H., & Rynearson, A. M., & Ehsan, H., & Rehmat, A. P., & Dasgupta, A., &
Fagundes, B., & Menekse, M., & Cardella, M. E. (2019, June), Design and
Implementation of Data Collection in a Large-Scale, Multi-Year Pre-College
Engineering Study: A Retrospective Paper presented at 2019 ASEE Annual
Conference & Exposition , Tampa, Florida. 10.18260/1-2—32596

Yuan Tran (2018). Computational Thinking Equity in Elementary Classrooms: What
Third-Grade Students Know and Can Do Journal of Educational Computing Research
Volume 57, Issue 1, March 2019, Pages 3-31

Zaharin, N. L., Sharif, S., & Mariappan, M. (2018). Computational Thinking: A Strategy
for Developing Problem Solving Skills and Higher Order Thinking Skills (HOTS).
International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(10),
1265–1278

Zaidah Zainal (2007). Case study as a research method. Jurnal Kemanusiaan bil.9,
Jun 2007

Zhang, L.C., & Nouri, J. (2019). A systematic review of learning computational thinking
through Scratch in K-9. Computers & Education, 141, 103607.

35

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

DADU BIMATE TJI 4.0: PENGUKUHAN PENGUASAAN MURID DALAM MENGIRA
PERIMETER, LUAS DAN ISI PADU

Norazlin Mohd Rusdin
([email protected])

SK Seri Mutiara, Ipoh, Perak

Abstrak
Menguasai kemahiran mengira perimeter, luas dan isi padu adalah penting dalam
pembelajaran matematik Tahap 2 sekolah rendah. Selain itu, kemahiran ini juga
berguna dalam pembelajaran matematik di peringkat lebih tinggi dan juga dalam mata
pelajaran sains. Dadu BiMate TJI 4.0 dihasilkan sebagai bahan pembelajaran dalam
bentuk permainan board yang menepati minat dan keperluan murid. Kajian penilaian
kesahan Dadu BiMate TJI 4.0 telah dijalankan melibatkan 3 orang pakar dalam bidang
pendidikan matematik sekolah rendah. Kajian kebolehgunaan Dadu BiMate TJI 4.0
pula telah dijalankan melibatkan 50 murid Tahun 6. Dapatan penilaian kesahan
mendapati Dadu BiMate TJI 4.0 mencatatkan nilai peratus yang tinggi bagi setiap
aspek yang dinilai. Sementara itu, analisis ujian-t berpasangan menunjukkan
peningkatan yang signifikan pada ujian pos bagi ketiga-tiga bahagian iaitu perimeter,
luas dan isi padu. Dapatan soal selidik pula menunjukkan persetujuan pada tahap
sangat tinggi daripada responden berkaitan peningkatan minat dan motivasi terhadap
pembelajaran matematik.melalui penggunaan dadu BiMate TJI 4.0.

Kata kunci: permainan dam, perimeter, luas, isi padu, dadu bimate

PENDAHULUAN
Nilai permainan berasaskan pendidikan diterima baik oleh kebanyakan orang
termasuk murid. Peribahasa masyarakat Cina purba ada berkata, "Beritahu saya,
saya akan lupa. Tunjukkan saya, saya akan ingat. Libatkan saya, saya akan faham."
masih releven hingga sekarang. Pembelajaran berasaskan permainan bersifat
berpusatkan murid (Tsai, Liu, Chang & Chen, 2021) dan menjadikan murid peserta
aktif dalam bilik darjah (Sara, Nasser & Mehdi, 2016). Permainan boleh mengukuhkan
pengetahuan dan merapatkan jurang antara apa yang dipelajari dengan mewujudkan
persekitaran yang dinamik, menarik dan menyeronokkan (Dziob, 2020). Malah,
permainan merupakan strategi pengajaran yang mantap serta mampu mencabar dan
memotivasikan murid agar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka (Akl et
al., 2013).

36

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Penggunaan permainan berasaskan pendidikan merupakan strategi pengajaran yang
diterima umum (Jimenez-Silva, White-Taylor & Gomez, 2010). Permainan dam (board
game) adalah salah satu permainan berasaskan pendidikan yang memberi peluang
kepada murid untuk melibatkan diri dan menjadikan aktiviti dalam bilik darjah bersifat
lebih autentik (Tate, 2008).

Menurut Moursund (2016), murid belajar daripada permainan dan meningkatkan
kefahaman mereka terhadap isi pelajaran. Manfaat daripada permainan berasaskan
pendidikan adalah seperti dalam senarai berikut:

● Permainan berasaskan pendidikan menggalakkan interaksi sosial dan
kumpulan kecil.

● Permainan berasaskan pendidikan boleh menjadi sebahagian daripada budaya
dan sejarah sesuatu komuniti mahupun keluarga.

● Permainan berasaskan pendidikan bertindak sebagai medium yang
mendorong komunikasi, kolaborasi dan intruksi rakan sebaya.

● Belajar bagaimana membantu murid lain dalam sesuatu permainan baharu
(dengan kesedaran terhadap peranan murid belajar dan mengajar dalam
kehidupan sebenar).

Seterusnya, daripada sudut pendidikan matematik, permainan dam menjadikan
pemikiran secara matematik kurang membebankan, menarik dan menyeronokkan
(Moscovich, 2001). Permainan dam dalam matematik perlu dibangunkan dengan
sasaran untuk menyampaikan konsep-konsep yang perlu dikuasai oleh murid. Pada
masa yang sama, permainan dam perlu dirancang agar menyediakan asas yang
kukuh untuk pembelajaran matematik (Norazlin, 2018).

Domain afektif seperti kepercayaan, keyakinan, emosi, motivasi, minat dan sikap perlu
diterapkan dalam pembelajaran ruang (Manivannan, 2017). Motivasi mempengaruhi
pencapaian murid dalam pembelajaran geometri (Prieto, Juanena & Star, 2014).
Strategi pengajaran tertentu yang dapat meningkatkan minat murid terhadap geometri
perlu dibangunkan (Manivannan, 2017; McAndrew, Morris & Fennel, 2017).
Permainan dam memberikan impak positif terhadap motivasi dan interaksi sosial

37

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

dalam kalangan murid (Banfield & Wikerson, 2014). Selain itu permainan dam juga
mampu menghidupkan peranan murid dalam pembelajaran (Kevin, 2018).

Manfaat lain daripada permainan dam matematik ialah murid dapat meluangkan lebih
masa pada subjek matematik, menghubungkaitkan kemahiran-kemahiran dalam
matematik setta membolehkan murid mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari.

SA Numeracy Chair (2010) telah menyenaraikan ciri-ciri permainan dam matematik
yang terdiri daripada

● Memberi cabaran
● Bermain berasaskan satu set peraturan
● Mempunyai tempat penamat
● Berlandaskan objektif kognitif dalam matematik yang bersifat spesifik

PERNYATAAN MASALAH
Usaha mengukuhkan penguasaan konsep dan kemahiran dalam matematik perlu
dilakukan seawal ketika murid belajar di peringkat sekolah rendah. Ini disebabkan
pencapaian murid dalam matematik bergantung pada sejauh mana mereka
menguasai konsep dan kemahiran berkenaan. Selama berdekad-dekad, hasil
penilaian, kajian dan penyelidikan melaporkan pencapaian murid yang kurang
memberangsangkan dalam matematik (Knight, 2003).
Kaedah menghafal merupakan amalan yang digunakan secara meluas dalam kelas
matematik. Walau bagaimanapun, cuba mengingat semula rumus yang telah dihafal
semata-mata tidak membantu memperkukuh konsep berkaitan ruang yang diperlukan
untuk menyelesaikan soalan berbentuk masalah. Apabila cuba menyelesaikan
masalah, murid sering keliru dalam menentukan nilai-nilai berangka dan operasi yang
perlu digunakan dalam pengiraan bagi mendapat jawapan yang tepat. Ini bermaksud
murid perlu diberi peluang secukupnya untuk mengaplikasikan rumus yang telah
dihafal.

Selain daripada itu, kaedah hafalan tidak memberi peluang kepada murid untuk
terlibat dalam proses kemahiran berfikir bagi topik yang dipelajari (Mohd Nizam Faizal

38

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Lee & Leow, 2017). Malah, murid-murid cenderung melupai maklumat-maklumat yang
dihafal, keliru bahkan tidak berupaya mengaplikasikan maklumat tersebut apabila
diberi masalah dalam situasi atau konteks yang berbeza (Mohd Nizam Faizal Lee &
Leow, 2017). Terdapat murid yang masih lemah dalam menguasai konsep perimeter,
luas dan isi padu bongkah. Mereka tidak dapat mengaitkan antara nilai panjang sisi-
sisi dalam pengiraan perimeter serta hubungan antara nilai panjang dan lebar dalam
pengiraan luas. Selain itu, murid juga tidak memahami perkaitan antara lebar, panjang
dan tinggi dalam pengiraan isi padu bongkah. Akibatnya, murid berhadapan dengan
kesukaran dalam pembelajaran matematik umumnya dan topik ruang khususnya.
Saifulnizan (2019) mendapati murid-murid Tahun 5 yang diajar berhadapan masalah
dalam menguasai konsep berkaitan isi padu kubus dan kuboid. Kaedah hafalan rumus
isi padu semata-mata tidak membantu murid memahami konsep sebenar kubus dan
kuboid.

Konsep segi tiga dan segi empat yang telah dipelajari di sekolah rendah terus menjadi
isu dalam pembelajaran matematik walaupun setelah murid berada di sekolah
menengah. Banyak murid Tingkatan 1 berhadapan masalah dalam pengiraan
perimeter dan luas (Machaba, 2016; Ab Razak & Nor Asmah, 2011; Barrett, et, al.,
2006). Secara lebih lanjut, murid tidak mampu menterjemah soalan berbentuk rajah
malah tidak dapat menentukan unit yang betul bagi pengiraan yang dilakukan (Mohd
Faizal Nizam Lee & Leow, 2017).

TINJAUAN LITERATUR
Permainan dalam pendidikan turut merangkumi permainan dam yang direka cipta
untuk tujuan pembelajaran. Terdapat banyak kajian daripada kalangan dalam bidang
pendidikan yang mengetengahkan aktiviti berasaskan permainan dam yang
diadaptasi daripada permainan dam popular yang biasa dimainkan dalam keluarga
mahupun masyarakat sejak berdekad lamanya. Permainan berasaskan pendidikan
mempunyai objektif pembelajaran yang jelas serta dibangunkan untuk menyokong
pembelajaran bagi mata pelajaran tertentu, biasanya Bahasa Inggeris, matematik dan
sains (Sara, Nasser & Mehdi, 2016).

39

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Sara et al. (2016) menghasilkan permainan dam berkonsepkan kitar semula dan
pengasingan bahan buangan serta melibatkan peserta kajian terdiri daripada murid
berumur tujuh hingga 12 tahun. Dapatan kajian mereka melaporkan bahawa
permainan dam berupaya meningkatkan pengetahuan dan efikasi kendiri malah
mempengaruhi perubahan pada penguasaan hasil pembejalaran.

Dziob (2020) pula menjalankan kajian dengan menjadikan permainan dam sebagai
satu kaedah baharu pentaksiran pembelajaran murid. Hasilnya, murid menunjukkan
sikap yang positif berhubung kaedah pentaksiran ini kerana mampu mengurangkan
kebimbingan terhadap ujian serta berupaya meningkatkan motivasi dalam
pembelajaran. Evan (2005) telah menghasilkan sebuah modul permainan dam
matematik yang bertajuk “Making Math More Fun”. Sementara itu, Jimenez-Silva,
White-Taylor dan Gomez (2010) telah melaporkan suatu projek membangunkan
permainan matematik dengan tujuan untuk memotivasikan murid dalam pembelajaran
konsep-konsep matematik. Tambahan pula, pendekatan pembelajaran berteraskan
permainan mampu memberi peluang kepada murid untuk melihat matematik dari
perspektif berbeza yang positif.

Permainan dam matematik membolehkan pembelajaran berlaku dalam persekitaran
yang tidak tegang serta menyokong pemupukan tingkah laku positif dan penghargaan
kendiri yang lebih tinggi (Badham, 2010). Malah, permainan dam mampu
mengembangkan banyak idea dan kemahiran matematik yang berbeza dalam
kalangan murid. Permainan dam komersil seperti dam ular dan tangga boleh
diadaptasi dalam pelbagai bentuk inovasi bagi membangunkan kemahiran matematik
(Badham, 2010)

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan bersandarkan pada objektif berikut:

i. Mereka bentuk dan membangunkan Dadu BiMate TJI 4.0 bagi topik perimeter,
luas dan isi padu bongkah.

ii. Mengenal pasti sekiranya terdapat peningkatan yang signifikan pada

40


Click to View FlipBook Version