SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
dapat diteruskan meskipun pelajar tidak dapat hadir ke sekolah. Setiap murid wajar
mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi
kehidupan masa hadapan.
PERMASALAHAN KAJIAN
Bagi memenuhi keperluan pendidikan pelajar ini maka Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR) adalah pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang dilaksanakan di
rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian diperkenalkan
menggantikan PdP yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru
sains, saya mula membiasakan diri dengan perisian yang dicadangkan bagi
melaksanakan PdPR seperti Google Clasroom dan Google Meet.
Selari dengan ini, pelajar-pelajar saya turut diperkenalkan dengan cara pdp yang akan
dilaksanakan dalam norma baharu ini. Pada peringkat awal pelaksananaan PdPR,
iaitu pada ketika PKP 1.0 dilaksanakan, pelajar-pelajar memberikan perhatian yang
baik. Mereka hadir dalam setiap Google Meet dan menyiapkan tugasan yang
diberikan dalam masa yang ditetapkan. Namun begitu, apabila tiba kepada
gelombang ketiga pandemik Covid 19 ini, saya dapati tumpuan pelajar dan kehadiran
mereka dalam Google Meet semakin berkurangan. Perkara ini berlaku bukan sahaja
dalam kelas PdPR yang saya kendalikan, namun turut berlaku dalam kelas PdPR
guru-guru yang lain.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Saya mengesan banyak ruang penambahbaikan untuk pengajaran saya. Ada
beberapa perkara yang berlegar di fikiran saya. Bagaimana untuk menjadikan kelas
saya terus diminati oleh pelajar-pelajar. Menyorot situasi PdPR yang berlaku ketika
ini, saya sedar bahawa saya mengajar generasi Z. Generasi ini dikenali juga dengan
generasi internet atau Igeneration. Saya merasakan bahawa generasi ini semestinya
tidak boleh memberikan fokus yang lama dalam pdp jika hanya diminta menerima
input daripada guru sahaja. Sehubungan ini, saya terfikir untuk menukar pendekatan
PdPR dengan memberi peluang kepada pelajar menggunakan kreativiti mereka
sendiri untuk menunjukkan bahawa mereka faham berkaitan tajuk yang dipelajari.
Selain itu, penggunaan pelbagai sumber pendidikan secara menyeluruh serta
241
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
pengintegrasian dengan pendekatan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menarik dan berkesan (Mohd Azli dan Abdul Latif, 2013).
OBJEKTIF
Terdapat dua perkara utama yang menjadi perhatian saya dalam usaha memastikan
pelajar saya terus mengikuti PdPR yang dilaksanakan secara dalam talian ini.
Pertama ialah menarik perhatian pelajar agar sentiasa hadir ke kelas secara maya ini.
Kedua dapat menyiapkan tugasan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) yang
diberikan dalam masa yang ditetapkan.
KAEDAH KAJIAN
Kajian ini merupakan pengalaman saya ketika mengajar mata pelajaran sains pada
musim pandemik Covid 19, PKP 3.0. Bagi menggalakkan pelajar aktif berkolaboratif,
berkomunikasi , berfikir secara kritikal, dan kritis maka saya bercadang
melaksanakan PBL yang berpusatkan pelajar. Selain dapat meningkatkan tahap
kemahiran belajar, pelajar juga belajar cara untuk menyelesaikan isu yang diberikan.
Pada akhir pembelajaran ini, pelajar diminta menghasilkan video secara berkumpulan
berdasarkan isi kandungan kurikulum yang mereka pelajari. Semua kemahiran yang
saya cuba terapkan ini diharap dapat memperkukuh motivasi individu dan kumpulan
dan seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai rasa tanggungjawab dan
berkeyakinan tinggi. Apabila sifat yang baik ini dapat dipupuk secara tidak langsung
maka keseronokan belajar akan muncul dan turut mempengaruhi kehadiran dan
tumpuan terhadap PdP dalam kelas. Data yang dikumpulkan untuk mencapai objektif
kajian ini adalah melalui aplikasi WhatsApp dengan pelajar dan ketua kumpulan yang
dilantik.
FASA REFLEKSI
Rekod kehadiran GM semakin merunsingkan. Pada awal pandemik covid 19 hampir
semua pelajar mengikuti PdPR secara GM. Tidak pasti di mana silapnya; adakah
bebanan berada di hadapan laptop selama beberapa jam menjadikan pelajar bosan
242
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
atau cara pengajaran guru turut mempengaruhi minat dan kehadiran pelajar.
Berdasarkan kajian oleh Mohamad Aziz Shah et al.,( 2012 ), bahan bantu mengajar
dan gaya pengajaran guru adalah antara dua faktor yang cenderung membuatkan
pelajar hilang tumpuan dalam kelas terutama dalam kalangan pelajar sekolah
menengah. Sehubungan ini, saya merasakan satu ubahsuaian cara pengajaran perlu
dilakukan. Kemahiran Igeneration ini perlu saya gerakkan.
Saya adalah guru Sains Tingkatan 4. Tema seterusnya dalam PdPR saya ialah
Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup. Dalam tema ini pelajar akan belajar
berkaitan teknologi hijau dalam melestarikan alam. Saya merasakan tema ini adalah
dekat dengan persekitaran hidup pelajar. Isu yang dibincangkan adalah isu
sosiosaintifik. Isu sosiosaintifik adalah masalah terbuka yang merupakan isu sosial
kontroversi yang boleh dikaitkan dengan sains dan menekankan aplikasi moral dan
saintifik kepada situasi dunia sebenar. Isu ini timbul disebabkan oleh aktiviti yang
dilakukan oleh manusia. Kesan aktiviti-aktiviti ini menyebabkan fenomena perubahan
iklim akibat pembebasan gas rumah hijau. Kesan rumah hijau ini pula mengakibatkan
kemarau, banjir kilat, peningkatan suhu bumi, ribut taufan dan kemusnahan
biodiversiti.
FASA PERANCANGAN
Saya mula merancang untuk mengadakan aktiviti penyediaan video secara
berkumpulan. Program Based Learning (PBL) dipilih bagi merealisasikan rancangan
ini. PBL ini dianggap sebagai salah satu amalan pengajaran yang berkesan yang
boleh diterapkan dalam bidang kurikulum (Monica dan Zamri, 2020) dan tahap
penerimaan pelajar terhadap pembelajaran yang menggunakan pendekatan PBL
adalah positif (Mohd Azli dan Abdul Latif, 2013). Selain itu, aktiviti PBL juga
merupakan aktiviti PdP yang disukai dan menyeronokkan bagi para pelajar (Mohd.
Aderi et al., 2018). Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berkehendak agar memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani maka PBL difikirkan sesuai untuk diimplemenkan dalam
situasi pembelajaran PdPr ini.
243
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
FASA TINDAKAN
Setiap kumpulan dianggotai oleh tiga hingga empat orang pelajar. Setiap kumpulan
dikehendaki berbincang berkaitan isu sosiosaintifik dalam sektor yang dipilih, faktor
yang menyumbang kepada isu sosiosintifik yang dipilih, dan aplikasi Teknologi Hijau
bagi menyelesaikan masalah isu sosiosaintiik tersebut. Pembahagian tugas untuk
penghasilan video isu sosiosaintifik ini bermula pada 16 Mac 2021. Semua arahan
dan kumpulan ini diberikan kepada pelajar melalui aplikasi WhatsApp seperti berikut :
(Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 3):
Rajah 1: Pembahagian Kumpulan Rajah 2: Pembahagian kumpulan
244
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Rajah 3: Pembahagian kumpulan dan arahan tugasan
Beberapa langkah saya lakukan dalam memastikan pelajar dapat melaksanakan
projek penyediaan video ini. Langkah pertama adalah melantik ketua pasukan bagi
membimbing ahli kumpulan masing-masing. Ketua kumpulan seterusnya
menubuhkan WhatsApp kumpulan masing-masing, membuat pemilihan tajuk, serta
membuat pembahagian tugas. Melalui langkah pertama ini, secara tidak langsung
saya dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar dalam kumpulan
masing-masing.
Pada masa yang sama, saya terus memantau setiap kumpulan melalui komunikasi
whatsapp dengan ketua kumpulan (Rajah 4, Rajah 5 dan Rajah 6).
245
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Rajah 4: Arahan kepada Ketua Kumpulan Rajah 5: Arahan kepada Ketua
Kumpulan
Saya juga terus mengingatkan ketua kumpulan agar memantau tugasan yang
dibahagikan kepada ahli kumpulan.
Rajah 6: Arahan kepada Ketua Kumpulan
246
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
FASA PEMERHATIAN
Tempoh menyiapkan projek diberikan selama sepuluh hari bermula dari 17 hingga 27
Mac 2021. Ketika mereka sibuk dengan tugasan yang diamanahkan, saya terus
memantau kehadiran pelajar-pelajar dalam kelas GM saya. Saya dapati kehadiran
mereka dalam GM amat memberangsangkan. Mereka terus berada dalam GM saya
sehingga tamat masa PdPR. Kehadiran dalam GM kembali memberangsangkan.
Berdasarkan analisis kehadiran yang dilakukan, didapati kehadiran pelajar adalah
sangat baik terutama ketika proses pelaksanaan projek ini. Situasi ini dibuktikan
melalui perbandingan analisis kehadiran yang saya lakukan sebelum pelaksanaan
PBL, semasa melaksanakan PBL dan selepas pelaksanaan PBL seperti yang
ditunjukkan dalam jadual berikut:
Jadual 1: Kehadiran PDPR 4 Alkhawarizmi - Bulan Februari (Sebelum PBL)
BI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31
L NAMA PELAJAR I SRK J S A I SRK J S A I SRK J S A I SRK J SA I SR
1 MOHAMAD FIRDAUS B AMRAM /
2 MOHAMMAD IDRIS B ISMAIL
MUHAMMAD ARHAM SYAHMI B
3 MASRO
4 MUHAMMAD HARIZ B ABU BAKAR
5 AMIRAH LIYANA BT MOHD RUSLI /
6 ATIKAH BAHIAH BT ROZALI
7 NAZRATUL AINI BT MOHD DALI KELAS BERSEMUKA // /
8 NOR HIDAYAH BT MUHAMMAD ///
9 NORA ZULAIKA BT ISMAIL /
10 NUR AFIFAH BT ABDULLAH /// /
11 NUR AIN ARINA BT MOHD SHAUFI ///
12 NUR ALISA FATIN BT ABDULLAH
13 NUR ANIS IDZLYN BT MOHD IZANI /// /
14 NUR NATASHA BT MOHD RASDI /
15 SITI FATIMAH BT MOHAMAD // /
16 UMMI TUNIESYA BT MAT YAMAN /// /
W NUR AIRIN NASUHA MOHD
17 IZZUDDIN /// /
18 WAN NUR BALQIS SAFIRA WAN ROSLI
19 WAN NUR SYAFIRA BT WAN MUDA /// /
JUMLAH 11 7 9 8
Jadual 2: Kehadiran PDPR 4 Alkhawarizmi - Bulan Mac (Semasa PBL)
247
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
BI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
I SRK J S A I SRK J S A I SRK J S A I SRK J SA I S
L NAMA PELAJAR
1 MOHAMAD FIRDAUS B AMRAM / /// /
2 MOHAMMAD IDRIS B ISMAIL / // / /// /
MUHAMMAD ARHAM SYAHMI B
3 MASRO / // / /// /
4 MUHAMMAD HARIZ B ABU BAKAR / / // /
5 AMIRAH LIYANA BT MOHD RUSLI // // /// /
6 ATIKAH BAHIAH BT ROZALI / /// /
7 NAZRATUL AINI BT MOHD DALI / / // //
8 NOR HIDAYAH BT MUHAMMAD /// //// //// //// /
9 NORA ZULAIKA BT ISMAIL / // /// /
10 NUR AFIFAH BT ABDULLAH /// //// //// /// /
11 NUR AIN ARINA BT MOHD SHAUFI / /// /
12 NUR ALISA FATIN BT ABDULLAH //
13 NUR ANIS IDZLYN BT MOHD IZANI // //// / // //// /
14 NUR NATASHA BT MOHD RASDI // /// / /// /
15 SITI FATIMAH BT MOHAMAD / // / /// /
16 UMMI TUNIESYA BT MAT YAMAN // // / // /// /
W NUR AIRIN NASUHA MOHD
17 IZZUDDIN // /// //// //// /
18 WAN NUR BALQIS SAFIRA WAN ROSLI // //
19 WAN NUR SYAFIRA BT WAN MUDA / //// / // /// /
JUMLAH 3 10 5 8 14 9 7 11 4 6 16 13 16 17 16 19
Jadual 3: Kehadiran PDPR 4 Alkhawarizmi - Bulan April (Selepas PBL)
BI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
L NAMA PELAJAR 4 K J S A I S R K J S A I S R K J S A I S R K J S A I S R K J
1 MOHAMAD FIRDAUS B AMRAM //// ////
2 MOHAMMAD IDRIS B ISMAIL //// ////
MUHAMMAD ARHAM SYAHMI B
3 MASRO //// ///
4 MUHAMMAD HARIZ B ABU BAKAR //// ////
5 AMIRAH LIYANA BT MOHD RUSLI // / /
6 ATIKAH BAHIAH BT ROZALI // / ///
7 NAZRATUL AINI BT MOHD DALI //// ////
8 NOR HIDAYAH BT MUHAMMAD //// ////
9 NORA ZULAIKA BT ISMAIL KELAS BERSEMUKA 4/4-15/4/2021 //// //
10 NUR AFIFAH BT ABDULLAH /// ////
11 NUR AIN ARINA BT MOHD SHAUFI //// ///
12 NUR ALISA FATIN BT ABDULLAH
13 NUR ANIS IDZLYN BT MOHD IZANI //// ////
14 NUR NATASHA BT MOHD RASDI //// / //
15 SITI FATIMAH BT MOHAMAD //// ////
16 UMMI TUNIESYA BT MAT YAMAN //// ////
W NUR AIRIN NASUHA MOHD
17 IZZUDDIN // / ////
18 WAN NUR BALQIS SAFIRA WAN ROSLI
19 WAN NUR SYAFIRA BT WAN MUDA //// ////
JUMLAH 16 17 14 17 16 15 15 13
Hasil perbincangan yang dijalankan oleh setiap kumpulan mereka berjaya memilih
aplikasi video yang sesuai dengan kemahiran ahli kumpulan masing-masing. Mereka
berjaya menggabungkan idea setiap ahli dan seterusnya menghasilkan video pendek
mengikut masa yang diperuntukkan. Mereka terus menunjukkan kehadiran yang baik
ketika aktiviti pembentangan video kumpulan diadakan (Rajah 7,Rajah 8, Rajah 9).
Situasi ini amat mengujakan saya apabila pelajar-pelajar turut menunjukkan minat
bertanya soalan dan menyumbang idea bagi menambahbaik hasil video kumpulan
lain. PBL yang dijalankan dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam
248
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
pembelajaran dan pelajar menunjukkan minat
yang tinggi kepada tugasan projek kerana
aktiviti yang dijalankan sangat menyeronokkan
dan menguji kemahiran berfikir mereka (
Monica & Zamri , 2020).
Rajah 7:
Penghantaran video melalui aplikasi whatsapp
249
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Rajah 8:
Penghantaran video melalui aplikasi whatsapp
Rajah 9:
Penghantaran video melalui aplikasi whatsapp
PERBINCANGAN
Kaedah PBL yang saya pilih untuk menarik minat pelajar dalam PdPR dan seterusnya
kekal hadir dalam kelas saya didapati sangat berjaya. Selain dapat menyiapkan
tugasan yang diberikan, pelajar menunjukkan sikap yang sangat positif dalam
perbincangan, perkongsian idea, dan agihan tugas kumpulan. Pendapat yang
menyatakan bahawa PBL memberikan impak yang besar terhadap kefahaman pelajar
dan membantu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seperti yang dinyatakan oleh Mohd. Aderi et al., (2018) adalah selari dengan dapatan
kajian saya. Tidak dinafikan bahawa PBL memerlukan guru merancang PdP dengan
teliti dan jelas. Perancangan PdP yang baik akan membantu peranan guru sebagai
fasilitator menjadi lebih mudah. Guru perlu menyediakan persekitaran yang positif
untuk pembelajaran, memperjelas objektif pembelajaran kepada pelajar, menyusun
dan membolehkan sumber pembelajaran diperolehi oleh pelajar, memperseimbang di
antara komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran dan akhir sekali berkongsi
perasaan dan pemikiran dengan pelajar tanpa mendominasi mereka (Mohd. Aderi et
al.,2018). Pelajar-pelajar saya didapati aktif dalam PdP apabila tugasan ini diberikan.
Ini kerana pelaksanaan PdP memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif
di dalam pembelajaran, mempelajari kemahiran inter dan intrapersonal dan lebih
250
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
bebas menyiapkan tugas walau masih terikat dengan skop dan masa yang ditetapkan
(Nitce dan Mai Shihah, 2013). PBL yang saya berikan kepada pelajar dapat membawa
mereka keluar daripada PdP konvensional yang selalu dilaksanakan. Ini kerana PBL
memberikan peluang kepada pelajar mendalami ilmu yang dipelajari di samping
mengaplikasikan ilmu berasaskan teknologi komputer yang mereka ketahui. Pelajar
tidak kira jantina didapati mempunyai tahap penerimaan terhadap pembelajaran yang
menggunakan pendekatan PBL dan teknologi komputer dengan positif (Mohd. Azli
dan Abdul Latif, 2013) di samping turut menambah baik pencapaian akademik pelajar
(Mario et al., 2018).
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, bahan bantu mengajar merupakan faktor yang harus saya beri
perhatian ketika melaksanakan PdPR. Situasi ini turut mengambil kira kecenderungan
dan kemahiran pelajar kepada teknologi internet yang berkembang pesat ketika ini.
Selain perlu mengajar berpandukan kurikulum sedia ada, gaya pengajaran guru,
pengaruh rakan sebaya dan persekitaran pembelajaran pelajar adalah faktor yang
mempengaruhi tumpuan pelajar dalam kelas sewaktu PdPR dijalankan. Guru perlu
bijak menangani masalah ini dan memastikan alternatif pembelajaran norma baharu
ini terlaksana dengan jayanya.
251
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
RUJUKAN:
Mario Alberto De La Puente, Heydey Selena Robles, Luceby Guzman Acuna dan
Martha Delgado. (2018). The effectiveness of Project-based Learning Methodology In
an external commetce course: A preliminary Analysis for the Colombian Caribbean
Region. Journal of Economics and Economic Education Research. Vol: 19 Issue:2
Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip, Fauziah Binti Mohd Sa’ad, Norhidayah Binti
Jaapar , Khairiyah Binti Mohd Ali, Najwa Hananie Binti Athdzar, Wan Norhasniah Binti
Wan Abd Rashid. 2012. Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang
tumpuan pelajar sekolah menengah di dalam kelas: Suatu kajian kualitatif . Diakses
pada 1 Ogos 2021. http://digilib.unimed.ac.id/4781/1/Fulltext.pdf
Mohd Aderi Che Noh, Normurni binti Mohamad, Adibah Hasanah binti Abd Halim dan
Absha Atiah Abu Bakar. (2018). Perlaksanaan kaedah pembelajaran berasaskan
rojek dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah fiqh. JQSS – Journal of Quran
Sunnah Education and Special Needs Vol. 2 (2) December 2018, no. ISSN 2590-3799
Mohd Azli Bin Yeop dan Abdul Latif Haji Gapor. (2013). Kesan pendekatan
pembelajaran berasaskan projek berteraskan teknologi terhadap pencapaian dan
penerimaan pelajar. Diakses pada 1 Ogos 2021.
https://www.researchgate.net/publication/304503776
Monica Laina Tonge dan Zamri Mahamod. 2020. Kesan Pembelajaran Berasaskan
Projek terhadap Kemahiran Menulis Karangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal
Pendidikan Malaysia . 45(1)(2020): 12-20
Nitce Isa Medina Machmudi Isa dan Mai Shihah Hj Abdullah. 2013. Pembelajaran
Berasaskan Projek: Takrifan, Teori dan Perbandingannya dengan Pembelajaran
Berasaskan Masalah. Current Research in Malaysia Vol.2, No.1, January 2013: 181-
194
252
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
TEKNIK iTOS: MENINGKATKAN KEHADIRAN AHLI KELAB BOLA TAMPAR
MENENGAH RENDAH SECARA DALAM TALIAN
Halimatonor binti Sabran
([email protected])
Zaimah binti Mohamad
([email protected])
Rossheta binti Abd Rahman
([email protected])
Martita Kee
([email protected])
Fatimah binti Mustaffa
([email protected])
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kehadiran ahli Kelab Bola Tampar
menengah rendah secara dalam talian menggunakan teknik iTOS. Aktiviti kokurikulum
bola tampar ini tetap penting walaupun dilaksanakan secara dalam talian, bagi
memberikan pendedahan permainan bola tampar kepada ahli kelab, seterusnya
membantu melahirkan atlet yang kompeten. Kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dan instrumen utama digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini
adalah kaji selidik Sampel kajian terdiri daripada 95 ahli yang telah mendaftar dalam
Kelab Bola Tampar sesi petang tahun 2021. Analisis awal menunjukkan kehadiran
semakin merosot daripada minggu pertama, 51% ke minggu ke-lima, terdapat 25%
yang hadir. Terdapat sedikit peningkatan, iaitu 34% kehadiran pada minggu ke-enam.
Pelaksanaan dan kajian keberkesanan teknik iTOS disasarkan dalam enam (6) kali
perjumpaan seterusnya. Hasil daripada pelaksanaan iTOS, didapati kehadiran ahli
Kelab Bola Tampar meningkat ke 52% pada minggu ke-tujuh dan terus meningkat
menjadi 69% pada minggu ke-lapan. Ini membuktikan teknik iTOS berjaya
meningkatkan kehadiran ahli kelab pada aktiviti kokurikulum secara dalam talian.
Hasil daripada kajian ini boleh diguna pakai pada unit-unit kokurikulum yang lain untuk
meningkatkan kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum dan secara tidak langsung
ini dapat mencapai KPi pada kehadiran yang ditetapkan oleh sekolah.
Kata Kunci: Ahli Kelab Bola Tampar, Teknik iTOS, Kehadiran Ahli
PENGENALAN
Kehadiran kokurikulum adalah diwajibkan pada setiap murid merujuk pada SPI
1/1986, KP(BS)8951/Jld.11/(41) pada 15 Januari 1986. Penyertaan murid dalam
253
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kokurikulum Kebangsaan 1997) (Akta Pendidikan 1996 - Seksyen 18 dan 30). Aktiviti
kokurikulum adalah penting dalam membantu melengkapkan dan memperkukuh
proses pembelajaran di dalam bilik darjah serta pembentukan modal insan secara
menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Pelaksanaan aktiviti
kokurikulum ini juga selari dengan Dasar 1M1S (SPI Bil. 16/2010) yang menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan 1996, Akta 550)
yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Selain itu juga, penilaian atau pentaksiran PAJSK
(Mesyuarat Jemaah menteri 4 Mei 2005) menetapkan syarat merit 10 peratus markah
kokurikulum diwajibkan semula dalam pengambilan pelajar ke IPTA. Penilaian
kegiatan kokurikulum ini akan menyemarakkan lagi dan akan merangsang murid-
murid untuk bergiat dengan lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid
mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh markah kerana penilaian yang
dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke
institusi pengajian tinggi awam, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti
kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.
Pada tahun 2020, kerajaan telah memperkenalkan PdPR secara dalam talian bagi
mengekang penularan wabak Covid 19 dan terkesan dengan pandemik yang
melanda, aktiviti kokurikulum juga perlu dilaksanakan secara dalam talian. Oleh itu,
beberapa isu telah timbul seperti kehadiran murid merosot (Mustaffa, 2021 KPM
2020), peranti atau gajet yang digunakan oleh murid (KPM, 2020) dan juga kemahiran
ICT yang mengekang dalam proses pembelajaran dalam talian (KPM, 2020). Selaras
dengan perkembangan ini, Che Rusuli M.S. (2021) mengusulkan komitmen luar biasa
diperlukan oleh pelajar dan tenaga pengajar dalam memastikan PdPR termasuk
aktiviti kokurikulum dalam talian tetap dijalankan. Abdullah, A.H & Marion. Z (2021)
turut senada dengan pernyataan Che Rusuli M.S. dengan menyatakan bahawa guru
perlu kreatif dalam mencari kaedah penilaian dan pentaksiran alternatif murid selaras
dengan Pembelajaran Abad ke-21 yang berteraskan elemen kolaborasi, kreativiti,
komunikasi, pemikiran kritikal dan nilai.
254
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Melalui perbincangan para pengkaji dan penyelia, kami bercadang untuk memberikan
token kepada ahli kelab yang berjaya mencapai kehadiran maksimum. Token yang
akan diberikan berupa e-sijil penyertaan dan e-sijil kehadiran terbaik. Token ini
sebagai bahan untuk meningkatkan motivasi ahli agar dapat mencapai kehadiran
maksimum. Sistem token ini dijalankan secara bersepadu melalui pemantauan
“Google Form” dan diberi nama Integrated Token System (iTOS).
PERNYATAAN MASALAH
Kelab Bola Tampar SMK Taman SEA baru pertama kali ditubuhkan untuk murid-murid
sesi petang 2021. Pendaftaran untuk keahlian telah mendapat sambutan yang begitu
menggalakkan walaupun berstatus kelab baharu. Kehadiran dalam perjumpaan
aktiviti kokurikulum adalah penting untuk murid, kerana pentaksiran tidak akan dapat
dilakukan jika murid tidak menyertai perjumpaan aktiviti. Selain itu, ketidakhadiran ini
juga akan menjejaskan markah PAJSK. Berdasarkan analisis awal graf kehadiran
perjumpaan dari sesi pertama sehingga sesi ke-5 didapati kadar peratus kehadiran
murid dalam perjumpaan semakin menurun dan hanya meningkat sedikit pada
perjumpaan sesi ke-6 kerana kempen Larian Maya SMK Taman SEA 2021. Para
pengkaji cuba menyelidiki punca dan mencari solusi isu ini. Dalam diagnosis awal,
para pengkaji dapati alasan murid tidak hadir antaranya bangun lewat, gajet atau
peranti yang digunakan dan ada ahli yang mempunyai kelas tuisyen dengan pihak
luar pada waktu perjumpaan kelab.
Jadual 1: Data diagnosis awal kehadiran murid bagi aktiviti Kelab Bola Tampar
Perjumpaan Kehadiran Peratus (%)
1 56 59
2 44 46
3 39 41
4 25 26
5 20 21
255
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Rajah 1: Graf data kehadiran murid bagi akitviti Kelab Bola Tampar
Kajian ini perlu bagi mengenal pasti teknik iTOS dapat meningkatkan kehadiran ahli
kelab Bola Tampar secara Maya. Aktiviti kokurikulum perlu dilaksanakan walaupun
pelajar dan jurulatih/penasihat tidak perlu bertemu secara bersemuka tetapi hanya
melalui medium maya.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut:
Meningkatkan jumlah kehadiran ahli Kelab Bola Tampar dengan menggunakan teknik
iTOS.
2. Menilai keberkesanan teknik iTOS dalam meningkatkan kehadiran ahli Kelab Bola
Tampar dalam enam (6) kali perjumpaan sepanjang tempoh implementasi kajian.
PERSOALAN KAJIAN
Bagi mencapai tujuan kajian, dua persoalan kajian telah dibina oleh pengkaji iaitu:
1. Adakah teknik iTOS berkesan dalam meningkatkan kehadiran ahli Kelab Bola
Tampar sehingga 75% daripada jumlah penuh keahlian?
2. Mampukah teknik iTOS membantu meningkatkan kehadiran ahli Kelab Bola
Tampar
dalam enam (6) kali perjumpaan sepanjang tempoh implementasi kajian?
256
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang
melibatkan ahli Kelab Bola Tampar dalam talian sebagai mod pembelajaran. Kajian
ini melibatkan 95 (sampel bertujuan) murid perempuan (51) dan lelaki (44) dalam
tahun 2021.
Jadual 2: Pemilihan Saiz Sampel Dicadangkan Linacre (1999)
Nilai Saiz sampel bagi Kaliberasi item Peratus
minimum kebanyakan tujuan stabil Keyakinan
saiz sampel 30 +- 1 logit 95 %
16 – 36 50 +- 1 logit 99 %
27 – 61 100 +- ½ logit 95 %
150 +- ½ logit 99 %
64 - 144
108 - 243
Oleh sebab jumlah responden dalam kajian ini hanyalah 95 orang ahli, maka
keseluruhan populasi responden ini dijadikan sebagai sampel kajian. Jika dirujuk
dalam jadual 2, pemilihan saiz sampel menurut Model Rasch, jumlah 95 orang
responden dibolehkan untuk dijadikan sebagai saiz sampel dalam kajian dengan
peratus keyakinan 95%. Instrumen dalam kajian ini menggunakan borang soal selidik
dalam talian dengan aplikasi google form. Data diperolehi dan dianalisis dengan
menggunakan perisian winsteps menggunakan model Rasch. Instrumen ini
menggunakan skala likert lima mata, selain itu instrumen ini juga mempunyai nilai
kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) 0.95 (sangat baik) dan mempunyai ketekalan
dalaman melebihi 0.70. Ini menunjukkan instrumen kajian ini sesuai digunakan.
Jadual 3: Skala lima mata yang digunakan dalam borang soal selidik
Kenyataan / Skor Min Peringkat Skala
Tahap rendah Sangat tidak setuju 1
1.0 – 2.33 Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Tahap sederhana Setuju 4
2.34 – 3.67 Sangat setuju 5
Tahap tinggi
3.68 – 5.00
257
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Jadual 3 di atas menunjukkan skor min pandangan ahli terhadap aktiviti kokurikulum
bola tampar dalam talian. Skala lima mata yang digunakan dalam borang soal selidik
kajian ini diadaptasikan daripada Creswell 2014.
DAPATAN KAJIAN
Adakah teknik iTOS berkesan dalam meningkatkan kehadiran ahli Kelab Bola Tampar
sehingga 75% daripada jumlah penuh keahlian?
Jadual 4: Keseluruhan Konstruk
Bil Item Peratus Min Tahap
Sederhana
1. Pelaksanaan dalam talian 38 2.96 Sederhana
Sederhana
2. Kesesuaian masa 46 3.18 Sederhana
Sederhana
3. Penyertaan murid 38 3.09 Sederhana
4. Aktiviti yang dijalankan 38 3.18
5. Penyampaian guru 38 3.30
6. Kehadiran murid 46 3.12
Mampukah teknik iTOS membantu meningkatkan kehadiran ahli Kelab Bola Tampar
dalam enam (6) kali perjumpaan sepanjang tempoh implementasi kajian?
258
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Tanpa iTOS Dengan
iTOS
Rajah 2: Graf kehadirah ahli Kelab Bola Tampar
Dapatan yang diperolehi adalah hasil daripada langkah tindakan yang dilaksanakan
pada fasa pelaksanaan Integrated Token System (iTOS) dalam aktiviti kokurikulum
Kelab Bola Tampar menengah rendah secara dalam talian, meningkatkan kehadiran
ahli untuk sesi perjumpaan seterusnya. Didapati kehadiran ahli meningkat kepada
52% pada perjumpaan ke-7, dan meningkat lagi menjadi 69% pada perjumpaan ke-
8.
PERBINCANGAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik iTOS berjaya meningkatkan kehadiran ahli
Kelab Bola Tampar menengah rendah secara dalam talian pada perjumpaan ke-7 dan
meningkat pada perjumpaan ke-8. Perbezaan kehadiran agak ketara jika
dibandingkan pada perjumpaan kali pertama hingga ke-6 secara majoriti bawah 50%
kehadiran ahli. Hal ini menunjukkan bahawa murid berminat untuk hadir dalam aktiviti
kelab. Hasil kajian ini dikukuhkan lagi dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh
Adibatul Husni binti Abdul Rahim (2011) yang mendapati bahawa pelaksanaan sistem
token ekonomi meningkatkan kehadiran murid pendidikan khas ke sekolah. Hal ini
selari dengan pendapat Shapiro & Goldberg (1986), dan Anna Klimas & T.F
McLauhglin, (2007), yang menyatakan keberkesanan kajian lalu telah menunjukkan
259
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
bahawa penggunaan kaedah token ekonomi berkesan untuk meningkatkan tingkah
laku positif murid. Hasil dapatan yang sama melalui kajian yang dijalankan oleh Noor
Hayati (2000), menyatakan bahawa sepanjang kajiannya, sistem token juga dapat
mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik bagi murid Pemulihan.
Keadaan ini menunjukkan bahawa saranan oleh KPM yang mewajibkan penyertaan
murid dalam kegiatan kokurikulum sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku
Pengurusan Kokurikulum KPM (2009) melalui Perkara 5.1 SPI Bil 1/1985 belum
diberikan perhatian secara serius oleh murid sedangkan kepentingan murid menyertai
kegiatan kokurikulum tidak dapat dinafikan. Menurut Rahman (2008), antara kesan
penglibatan murid dalam kokurikulum ialah murid boleh memiliki kemahiran
berkomunikasi yang berkesan di samping mampu menyumbang idea dan buah fikiran
semasa menjalankan aktiviti kokurikulum. Murid juga boleh mengasah dan
mengembangkan bakat serta potensi diri sendiri. Ab. Halim (2004) turut menyatakan
bahawa murid dapat membina semangat kekitaan, berani dan yakin diri serta tegas
melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Pernyataan ini telah dibuktikan berasas
melalui kajian oleh Darling et. al (2005) yang mendapati bahawa murid yang menyertai
kegiatan kokurikulum mempunyai nilai yang lebih tinggi, aspirasi dan pencapaian
akademik yang lebih tinggi berbanding pelajar yang tidak terlibat dalam sebarang
aktiviti kokurikulum. Kajian oleh Blomfield dan Barber (2010) turut menyatakan
bahawa penyertaan murid dalam kokurikulum memberikan kesan positif terhadap
prestasi akademik yang lebih tinggi dan mempunyai aspirasi universiti.
Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik iTOS berjaya meningkatkan kehadiran
ahli Kelab Bola Tampar menengah rendah secara dalam talian meningkat dengan
jayanya. Kajian ini juga menjelaskan teknik iTOS amat sesuai dijalankan dalam
mengambil kira penglibatan pelajar dalam kehadiran perjumpaan aktiviti kokurikulum
secara dalam talian. Walau bagaimanapun, kekurangan dapat dilihat daripada aspek
kemahiran murid dalam gelanggang kerana murid tidak didedahkan secara praktikal
permainan bola tampar dan murid hanya mahir dalam teori sahaja. Walaupun
demikian, penting buat guru penasihat untuk melakukan penilaian setiap kali selepas
perjumpaan secara maya bagi memastikan setiap murid dikenal pasti keupayaan dan
kebolehan mereka semasa melaksanakan perjumpaan secara dalam talian. Ini dapat
260
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
dirumuskan bahawa teknik iTOS merupakan faktor penting dalam membantu pihak
pentadbir dan guru di sekolah, pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan
Pelajaran Negeri dan seterusnya pihak tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam menjayakan perjumpaan aktiviti kokurikulum secara dalam talian.
KESIMPULAN
Dapat dirumuskan teknik iTOS berjaya meningkatkan kehadiran ahli kelab pada
aktiviti kokurikulum secara dalam talian. Hasil daripada kajian ini boleh diguna pakai
pada unit-unit kokurikulum yang lain untuk meningkatkan kehadiran murid dalam
aktiviti kokurikulum secara tidak langsung ini akan dapat mencapai KPi pada
kehadiran yang ditetapkan oleh sekolah.
261
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
RUJUKAN
Adibatul Husni Binti Abdul Rahim (2011) Pelaksanaan Sistem Token Ekonomi
Kehadiran Murid Pendidikan Khas Ke Sekolah
Abdullah, A. H., & Marion, Z. (2021, January 24). Guru Perlu Kreatif Taksir Murid
Dalam Norma Baharu. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/779528/guru-perlu-kreatif-
taksir-murid-dalam-norma-baharu
Adzman, T. (2020, November 8). Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Di Rumah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
https://www.moe.gov.my/pekeliling/3833-surat-pemakluman-pelaksanaan-
pengajaran-dan-pembelajaran-di-rumah-pdpr-9-nov-2020/file
Che Rusuli, M. S. (2021, April 24). PdPR tuntut komitmen luar biasa pelajar, tenaga
pengajar. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/04/810159/pdpr-tuntut-
komitmen-luar-biasa-pelajar-tenaga-pengajar
Gantt, H.L. (1910). "Work, Wages and Profit". Engineering Magazine. New York.;
republished as Work, Wages and Profits. Easton, Pennsylvania: Hive Publishing
Company. 1974. ISBN 0-87960-048-9
Hackenberg, T. (2009). Token Reinforcement: A Review and Analysis. Journal of the
Experimental Analysis of Behaviour 91: 257-286
Hasan, M. F., Abdul Kadir, S., & Asimiran, S. (2013, September 4). Hubungan
Persekitaran Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di
Sekolah Menengah. www.ukm.my.
https://www.ukm.my/jurfpend/JPM%2038(2)2013/1mohdfadli.pdf
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020, May 3). Soalan Lazim (Faq) Berkaitan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (Pkpb) Kementerian Pendidikan Malaysia.
Covid19Malaysia.https://covid19.moh.gov.my/faqsop/faqkpb/1.%20FAQ%20KPM%2
0(PKPB_3%20Mei%202020).pdf
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021, January 15). Soalan Lazim (Faq) Berkaitan
Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun
2021 Di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (Pkpb) Dan Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (Pkpp). Covid-19 Malaysia https://covid-
19.moh.gov.my/faqsop/faqkpb/soalan_Lazim_Berkaitan_Berkaitan_Pengoperasian_I
nstitusi_Pendidikan.pdf
262
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020, August 26). Garis Panduan Pelaksanaan
Aktiviti Sukan dan Kokurikulum. https://www.moe.gov.my/pekeliling/3653-garis-
panduan-pelaksanaan-aktiviti-sukan-dan-kokurikulum/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021, February 9). Garis Panduan Pengurusan
Dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0.
https://www.moe.gov.my/pekeliling/4109-garis-panduan-pengurusan-dan-
pengoperasian-sekolah-dalam-norma-baharu-2-0/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat
Kelab Sukan Sekolah (Sukan Bola tampar Sekolah Menengah).
https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/dasar/1233-sukan-bola-
tampar-sekolah-menengah/file
Kitwood, T. (1997) Dementia Reconsidered: The Person Comes First. Open University
Press.
Majlis Keselamatan Negara. (2021, March 12). SOP Pembukaan Sekolah Dipatuhi.
Laman Web MKN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/03/12/sop-pembukaan-
sekolah-dipatuhi/
Mohamad Jan, N. (2021, February 5). Kegiatan kokurikulum sekolah sepi Dan
terpinggir, Dr Nurhidaya tampil beri pandangan bernas. Homepage Intro - GPS
Bestari. https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/kegiatan-kokurikulum-sekolah-
sepi-dan-terpinggir-dr-nurhidaya-tampil-beri-pandangan-bernas-1.937984
Majlis Keselamatan Negara. (2021, March 12). SOP Pembukaan Sekolah Dipatuhi.
Laman Web MKN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/03/12/sop-pembukaan-
sekolah-dipatuhi/
Mat Som, R. (2021, April 5). Surat Makluman Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 2021.
SK KAMPUNG TUNKU. https://sites.google.com/skkt.edu.my/school/kokurikulum-
skkt-2021/aktiviti-kokurikulum
Mohamad Jan, N. (2021, February 5). Kegiatan kokurikulum sekolah sepi Dan
terpinggir, Dr Nurhidaya tampil beri pandangan bernas. Homepage Intro - GPS
Bestari. https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/kegiatan-kokurikulum-sekolah-
sepi-dan-terpinggir-dr-nurhidaya-tampil-beri-pandangan-bernas-1.937984
Noor Hayati Mustaffa (2000). Menguji Keberkesanan Token Dalam Mempengaruhi
Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Bagi Pelajar Pemulihan Di Sk Padang Besar
Utara Perlis. Bangi : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 24-30
Shapiro & Goldberg. (1986), Anna Klimas & T.F., McLaughin. (2007). The Effects of
A Token Economy System to Improve Social and Academic Behavior with A Rural
Primary Aged Child with Disabilities. Diperolehi Januari 12, 2012. Daripada
www.internationalsped.com/.../9Klimas%20McLaughlin%20%token%20economy.
263
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
PENGGUNAAN FLMB MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TINGKATAN 5 DALAM
MENENTUKAN PANJANG FOKUS KANTA CEMBUNG YANG BERLAINAN
KETEBALAN
Ramzi Bin Hj Naaim
([email protected])
SMKA TUN PERAK
ABSTRAK
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu pengajaran mempunyai
peranan yang penting dalam mencapai matlamat pendidikan. Kajian yang dijalankan
ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam menentukan panjang fokus
bagi kanta cembung yang berlainan ketebalan. Seramai 22 orang murid tingkatan 5
Ibnu Khaldun terlibat dalam kajian ini. Pengkaji memilih kaedah pemerhatian
berstruktur, analisis dokumen, temu bual berstruktur, soal selidik serta ujian pra dan
ujian pos sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan ujian pra menunjukkan bahawa
seramai 8 orang murid gagal menguasai kemahiran untuk menentukan panjang fokus
bagi kanta cembung dan 7 orang murid gagal menguasai cara menjawab soalan
hipotesis dengan betul. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan yang
signifikan terhadap penguasaan murid-murid dalam menentukan panjang fokus dan
menjawab soalan hipotesis dengan betul serta memperolehi min aras tinggi 4.90
dalam skor tahap kepuasan pelanggan. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan
bahan bantu mengajar FLMB dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran
saintifik secara abstrak kepada konkrit bagi menentukan panjang fokus kanta
cembung yang berlainan ketebalan. Inovasi ini mengimplementasikan strategi
pembelajaran berpusatkan murid serta mengaplikasikan teknik mengingat dalam
memahami sesuatu konsep sains.
Kata Kunci: titik fokus, kanta cembung, gambar rajah sinar, panjang fokus, konkrit
PENGENALAN
Sains merupakan satu mata pelajaran teras di sekolah menengah. Matlamat
kurikulum Sains sekolah menengah ialah untuk mengembangkan minat dan kreativiti
murid melalui pengalaman harian dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains,
kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Dalam abad ke-21, teknologi akan
berubah menjadi bidang yang berasaskan sains kerana perkembangan teknologi akan
hampir sepenuhnya bergantung kepada perkembangan pengetahuan sains (Poh,
2007). Maka, ia adalah penting bagi kita sebagai seorang guru untuk menyediakan
suasana pembelajaran yang bermakna supaya merangsangkan minat dan mental
264
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
murid terhadap mata pelajaran sains. Pengalaman mengajar mata pelajaran sains
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sejak tahun 2010 memberi banyak cabaran pahit dan
manis kepada pengkaji. Perubahan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang telah disemak semula dan dinamakan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) akan dilaksanakan dan pastinya terdapat perubahan atau
penambahbaikan. Sepanjang tempoh masa ini, saya sering memikirkan pendekatan-
pendekatan terkini yang dapat digunakan di dalam bilik darjah untuk meningkatkan
kefahaman murid-murid saya dan seterusnya dapat menimbulkan minat mereka
dalam mempelajari mata pelajaran Sains serta mendapat keputusan yang cemerlang
dalam SPM. Subtopik 7.1 iaitu Pembentukan Imej oleh Kanta adalah merupakan satu
sub topik yang lazimnya memberi kesukaran kepada pengkaji untuk mengajar dan
memahamkan murid-murid. Malahan subtopik ini sering dianggap sukar oleh murid-
murid (Rohana Mohd Atan & Shaharom Nordin, 2008). Hal ini menggambarkan
bahawa tahap kefahaman murid-murid adalah sangat lemah dan mereka cenderung
kepada kefahaman yang bercanggah dengan konsep sains (Abu Bakar Abdullah,
2013).
Berdasarkan pengalaman masalah yang serius dihadapi oleh murid-murid adalah
tentang subtopik kanta yang melibatkan kanta cembung dan kanta cekung. Terdapat
tiga masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid, iaitu melukis gambar rajah sinar,
menentukan panjang fokus bagi ketebalan kanta cembung yang berbeza dan
membuat hipotesis. Bagi kanta cembung yang berlainan ketebalan terdapat tiga
situasi yang memerlukan mereka untuk menyelesaikannya. Situasi-situasinya adalah
seperti berikut:
i. Kanta cembung tebal mempunyai panjang fokus, f yang pendek
ii. Kanta cembung nipis mempunyai panjang fokus, f yang panjang
iii. Membuat hipotesis dan kesimpulan
Berdasarkan kepada situasi-situasi yang dinyatakan, terdapat tiga masalah utama
yang dikenal pasti iaitu:
i. Melukis gambar rajah sinar dengan betul
Ii. Menentukan panjang fokus bagi ketebalan kanta cembung yang berbeza
Iii. Menyatakan hipotesis
265
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Ketika mengajar subtopik ini saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk
memahamkan murid-murid melukis gambar rajah sinar, menentukan panjang fokus
bagi ketebalan kanta cembung yang berbeza dan membuat hipotesis. Saya
mendapati segelintir murid-murid didapati sukar untuk melukis gambar rajah sinar
mengikut langkah-langkah yang telah diajar. Kecelaruan semakin bertambah apabila
mereka diminta pula untuk mengukur dan menentukan panjang fokus serta jarak imej
yang dihasilkan oleh kanta cembung.
PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini memfokuskan kepada tiga permasalahan murid, iaitu untuk melukis gambar
rajah sinar dengan betul , menentukan panjang fokus bagi ketebalan kanta cembung
yang berbeza dan menyatakan hipotesis. Permasalahan ini merupakan masalah
utama yang wujud dalam kalangan murid-murid pengkaji. Pengkaji merasakan satu
model kit atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang baru dan terkini serta mempunyai
nilai pembelajaran abad ke-21 perlu dihasilkan bagi membantu murid-murid pengkaji
mengatasi masalah yang mereka hadapi. Model kit yang lama adalah tidak sesuai lagi
digunakan. Jika tidak ditangani segera, pengkaji merasakan masalah ini akan
memberi kesan yang negatif terhadap diri mereka.
Mereka akan menganggap mata pelajaran sains adalah sesuatu yang sukar dipelajari,
membosankan, memeningkan kepala serta mereka akan hilang minat untuk
mempelajari mata pelajaran sains. Sedangkan sains adalah perkara yang berlaku di
sekeliling mereka dan murid-murid tidak dapat mengaplikasikan konsep dan
kemahiran dalam menentukan titik fokus bagi kanta cembung yang berlainan
ketebalan dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut:
266
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid-murid tingkatan 5 yang mengambil
mata pelajaran sains teras tentang konsep untuk menentukan dan mengukur ttitik
fokus bagi kanta cembung yang berlainan ketebalan.
Objektif Khusus
i. Murid-murid dapat menguasai dengan jelas kemahiran mengukur dan menentukan
panjang fokus kanta cembung yang berbeza ketebalan dengan menggunakan
Focal Length Mobile Board (FLMB).
ii. Murid-murid dapat memahami dengan jelas cara melukis gambar rajah sinar apabila
cahaya memasuki kanta cembung yang berlainan ketebalan dengan menggunakan
Focal Length Mobile Board (FLMB).
iii. Murid-murid dapat memahami dengan jelas cara menjawab dengan betul soalan
hipotesis dan definisi secara operasi dengan menggunakan Focal Length Mobile
Board (FLMB).
PERSOALAN KAJIAN
Walaupun saya telah mengajar topik ini melalui kaedah eksperimen dengan bahan
radas yang ada di makmal iaitu bahan radas ini ada yang berfungsi dan ada yang
rosak tetapi murid-murid belum dapat menguasai sepenuhnya. Saya juga telah
mengambil inisiatif menggunakan animasi komputer sewaktu mengajar subtopik ini
tetapi pengkaji masih tidak dapat memberi kefahaman yang menyeluruh kepada
murid-murid. Ketidakfahaman yang berlaku bukan hanya menyebabkan mereka
bosan mempelajari subtopik ini bahkan menjejaskan pencapaian mereka dalam
peperiksaan. Saya juga kerap melakukan pembacaan buku-buku rujukan dan
membuat carian maya di internet bagi mencari jalan penyelesaian terbaik mangatasi
masalah ini. Namun, semua usaha yang dilakukan menemui jalan buntu. Saya berasa
tertekan dengan senario yang wujud ini. Saya yakin sekiranya tidak dapat
mewujudkan suasana PdPc yang menarik serta menghasilkan alat bantu mengajar
yang terbaik untuk murid-murid saya dalam subtopik ini, maka banyak masalah lain
akan timbul kerana murid berkemungkinan tidak berminat untuk belajar. Saya perlu
membuat sesuatu supaya masalah ini tidak berterusan iaitu ia akan memberi kesan
267
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
pada jangka masa panjang bukan sahaja kepada murid-murid malah juga kepada
saya.
Berdasarkan masalah yang dihadapi, bermula pada tarikh 2 November 2019 saya
mula memikirkan suatu kaedah yang bersifat kreatif dan inovatif untuk memudahkan
dan merangsang kefahaman dan minat murid selain memastikan mereka dapat
menguasai konsep sains itu dengan baik dalam mempelajari subtopik pembentukan
imej oleh kanta. Menurut Ikhsan dan Norilla (2005), sumber dan bahan pengajaran
merujuk kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu digunakan
oleh guru bagi menggerakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna.
Setelah melalui beberapa siri percubaan, maka saya telah berjaya menghasilkan satu
inovasi yang diberi nama FOCAL LENGTH MOBILE BOARD (FLMB) sebagai satu
langkah membantu murid-murid saya meningkatkan kefahaman yang lebih baik dalam
aspek melukis gambar rajah sinar serta dapat mengukur dan menentukan jarak imej
serta panjang fokus yang dihasilkan oleh kanta cembung dan memudahkan untuk
menyatakan hipotesis. FOCAL LENGTH MOBILE BOARD (FLMB) dapat
menginovasikan konsep sains, iaitu abstrak kepada konkrit sesuai dengan zaman
sekarang bagi menghasilkan pengajaran dan pemudahcaraan yang efisien, seronok
dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi khususnya bagi topik Cahaya dan
Optik. Menurut Tamuri dan Yusoff (2010), penggunaan alat bantu mengajar yang
sesuai dengan tahap kognitif pelajar dapat memudahkan pembelajaran kendiri
berdasarkan keperluan pembelajaran mereka.
METODOLOGI KAJIAN
Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengkaji di dalam bilik darjah dan
menyelesaikan masalah yang berlaku sepanjang pengajaran lalu, beberapa tindakan
telah diambil untuk menambah baik amalan sebelum ini. Kumpulan sasaran terdiri
daripada 22 orang murid tingkatan 5 Ibnu Khaldun SMKA Tun Perak 2020 yang terdiri
daripada 15 orang murid perempuan dan 5 orang murid lelaki yang mengambil mata
pelajaran Sains Teras. Pelaksanaan kajian ini adalah seperti berikut:
268
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Tinjauan Masalah
Dalam proses mengumpul data pada peringkat awal, pengkaji telah melakukan
tinjauan melalui tiga pendekatan, iaitu analisis dokumen, pemerhatian berstruktur dan
temu bual berstruktur.
Analisis Dokumen
Pengkaji telah memeriksa buku Latihan dan buku praktikal 22 orang murid tingkatan
5 Ibnu Khaldun dalam subtopik Penghasilan Imej oleh Kanta. Tujuan langkah ini
adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam menentukan
hasil pemerhatian daripada eksperimen yang diberi.
Pemerhatian Berstruktur
Pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian.
Temu bual Berstruktur
Pengkaji telah menjalankan temu bual berstruktur bersama 22 orang murid-murid
tingkatan 5 Ibnu Khaldun untuk mengenal pasti masalah-masalah yang mereka
hadapi di dalam subtopik Penghasilan Imej oleh Kanta terutamanya yang melibatkan
cara melukis gambar rajah sinar bagi kanta cembung yang berlainan ketebalan dan
mengukur panjang fokus yang terhasil.
ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Analisis Dokumen
Berdasarkan kepada analisis dokumen yang telah dibuat, pengkaji
mendapati bahawa:
i. 8 daripada 22 orang murid tidak dapat memahami cara melukis
gambar rajah sinar dan menentukan panjang fokus dengan betul
269
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
ii. 7 daripada 22 orang murid tidak dapat menguasai dalam
menyatakan hipotesis dan mendefinisi secara operasi dengan
betul
Analisis Pemerhatian Berstruktur
Pemerhatian pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mendapati 8
daripada 22 orang murid-murid tingkatan 4 Ibnu Khaldun kelihatan gelisah, bertanya
sesama sendiri dan seolah-olah berputus asa dalam mempelajari subtopik
Penghasilan Imej oleh kanta terutamanya apabila melibatkan kemahiran untuk
melukis gambar rajah sinar bagi kanta cembung yang berlainan ketebalan. Didapati
juga sebanyak 7 daripada 22 orang murid menunjukkan bahasa tubuh seolah-olah
mereka tidak mahu mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan.
Analisis Temu bual Berstruktur
Berdasarkan temu bual ke atas 22 orang murid tingkatan 5 Ibnu Khaldun didapati
bahawa:
i. 8 daripada 22 orang murid mengatakan bahawa mereka tidak
tahu cara melukis gambar rajah sinar dan menentukan panjang
fokus dengan betul.
ii. 7 dari 22 orang murid pula mengatakan bahawa mereka tidak
memahami dan menguasai dalam menyatakan hipotesis dan
mendefinisi secara operasi dengan betul.
Tindakan Yang dijalankan
Berdasarkan analisis tinjauan masalah yang dilakukan, timbul satu kesedaran
kepada pengkaji bahawa satu anjakan paradigma perlu dilakukan bagi mengatasi
masalah ini. Kesimpulan kepada analisis di atas memberi gambaran besar kepada
pengkaji bahawa isu utama yang perlu diatasi oleh pengkaji adalah permasalahan
murid dalam memahami dan menguasai kemahiran melukis gambar rajah sinar
dengan betul dan menentukan panjang fokus bagi ketebalan kanta cembung yang
berbeza serta menyatakan hipotesis dan mendefinisi secara operasi dengan betul.
270
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Oleh itu, pengkaji telah mencipta satu alat bantu mengajar yang diberi nama The
Focal Length Mobile Board (FLMB).
DAPATAN KAJIAN
Ujian Pra dan Pos
Setelah analisis dokumen mengesahkan kewujudan kelemahan murid dalam
masalah yang dikaji, ujian pra dilaksanakan untuk menilai tahap penguasaan murid
dalam masalah tersebut. Ujian pos pula dijalankan selepas proses intervensi
dijalankan. Soalan yang sama digunakan bertujuan untuk menilai keberkesanan
pendekatan yang diambil untuk meningkatkan penguasaan murid.
Jadual 1: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
UJIAN PRA UJIAN POS
Menentukan Melukis
Panjang Fokus G/Rajah Menyatakan Menentukan Melukis Menyatakan
Hipotesis
Nama Sinar Panjang G/Rajah Hipotesis
Murid /x x
Murid x Fokus Sinar
xx x
1L x ///
Murid 0x x
x ///
2L xx /
Murid x ///
/0 /
3L x ///
Murid xx /
x ///
4L xx
Murid ///
//
5L ///
Murid xx
///
6P xx
Murid ///
xx
7P /x/
Murid x/
///
8P
Murid / /x
9P
Murid
10 P
Murid
11 P
Murid
12 P
271
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Murid / xx /x/
13 P x /x ///
Murid 0 0x ///
14 P / x/ ///
Murid x xx ///
15 P x /0 ///
Murid x xx ///
16 P x xx / /x
Murid x /x ///
17 P / x/ ///
Murid
18 P
Murid
19 P
Murid
20 P
Murid
21 P
Murid
22 P
Berdasarkan Jadual 1 dan analisis ujian Pra didapati semasa ujian pra dilaksanakan
kesemua 14 orang murid gagal memberi jawapan yang betul bagi menentukan panjang
fokus manakala sebanyak 15 orang murid juga gagal menjawab dengan betul bagi
kemahiran melukis gambar rajah sinar dan 16 orang gagal dalam menyatakan hipotesis.
ANALISIS DATA UJIAN PRA
18 UJIAN PRA 16
16 14 15
14
Bilangan Murid
12
10
86 5 5
6
42 2 1
2
0
Menentukan panjang Melukis gambar rajah Menyatakan hipotesis
fokus sinar
Soalan Ujian
Betul Salah Tidak Menjawab
272
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
ANALISIS DATA UJIAN POS
22 UJIAN POS
22
20 20
20
18
Bilangan Murid 16
14
12
10
8
6
4 2 2
0 0
2 00
0
Menentukan panjang Melukis gambar rajah Menyatakan Hipotesis
sinar Soalan Ujian
fokus Betul Salah Tidak Menjawab
Selepas intervensi FLMB dijalankan, didapati kesemua 22 orang murid telah dapat
menjawab dengan betul bagi menentukan dan mengukur Panjang fokus dan 2 orang
murid sahaja ( murid 10 dan murid 13) gagal dalam melukis gambar rajah sinar
manakala 2 orang murid pula( murid 12 dan murid 20) gagal dalam menjawab dengan
betul bagi menyatakan hipotesis . Empat orang murid tersebut diberikan intervensi
secara bersemuka (face to face) sebagai pengukuhan dan pengayaan. Pada
keseluruhannya, semua responden telah menunjukkan peningkatan dalam
penguasaan masalah yang dikaji.
SOAL SELIDIK
Berdasarkan Jadual 3, hasil analisis soal selidik tahap kepuasan pelanggan (murid)
dengan memperoleh min aras tinggi iaitu 4.90, (skor min antara 3.68 – 5.00
menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi) dan ini membuktikan bahawa inovasi
FLMB memberi kesan positif terhadap proses pembelajaran dan pengajaran
khususnya dalam meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid-murid dalam
topik ini.
Dapatan yang diperolehi ini adalah selaras dengan hasrat guru untuk mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran konsepkan Hands On Activity, PAK 21,
Pembelajaran Kooperatif serta strategi pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestetik
(VAK) yang berpusatkan murid. Secara keseluruhannya analisis berdasarkan soal
selidik yang diberikan kepada 22 orang murid Tingkatan 5 Ibnu Khaldun dapat dirujuk
menerusi skor min bagi setiap item di bawah:
273
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Jadual 3: Hasil Soal Selidik
BIL ITEM NILAI MIN
1 FLMB meningkatkan kefahaman saya dalam topik Cahaya, 4.95
Warna dan Penglihatan 4.86
4.94
2 FLMB meningkatkan motivasi saya untuk belajar topik 4.89
Cahaya dan Optik 4.88
3 Saya seronok menggunakan FLMB 4.90
4.90
4 FLMB meningkatkan kefahaman saya melukis gambar
rajah sinar kanta cembung
FLMB meningkatkan kefahaman saya mengukur dan
5 menentukan panjang fokus dan jarak imej yang dihasilkan
oleh kanta cembung yang berbeza ketebalannya.
FLMB sesuai dijadikan alat bantu mengajar dalam subtopik
6 Penghasilan Imej oleh kanta
Min Keseluruhan
PERBINCANGAN
Sepanjang kajian ini dijalankan banyak pengalaman yang telah pengkaji lalui terutama
semasa pengajaran dan pembelajaran. Selepas kajian pengkaji dapat melihat
perubahan yang besar pada murid-murid antaranya:
i. Perubahan pada Pembelajaran Murid
Setelah kajian ini berakhir, murid-murid didapati bersemangat, seronok,
teruja, gembira dan lebih berkeyakinan dalam mempelajari topik
penghasilan imej oleh kanta cembung yang berbeza ketebalannya
sebab pengkaji teringat sewaktu menjalankan Aktiviti 1, pengkaji
terdengar beberapa orang murid telah mengatakan “Ehh …barulah aku
faham topik ni senang rupanya ” dan sewaktu sesi temu bual dijalankan
murid-murid mencadangkan kepada pengkaji supaya FLMB dapat
dikongsikan dengan rakan-rakan mereka dari sekolah lain.
274
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Secara keseluruhannya, berdasarkan dapatan kajian ujian pos kesemua
22 orang murid dapat menguasai dan menjawab dengan betul bagi
menentukan dan mengukur Panjang fokus dan 2 orang murid sahaja
gagal dalam melukis gambar rajah sinar manakala 2 orang murid pula
gagal dalam menjawab dengan betul bagi menyatakan hipotesis . Empat
orang murid tersebut diberikan intervensi secara bersemuka (face to
face) sebagai pengukuhan dan pengayaan. Pada keseluruhannya,
semua responden telah menunjukkan peningkatan dalam penguasaan
masalah yang dikaji.
ii. Perubahan Pada Diri Pengkaji
Pengkaji berasa lebih bersemangat dan teruja kerana alat bantu
mengajar ini telah dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan
penguasaan murid-murid dalam menentukan panjang fokus kanta
cembung yang berbeza ketebalannya dengan baik. Jika murid-murid
dapat memahami sesuatu pelajaran dengan baik, perasaan gembira
akan wujud dalam diri mereka. Oleh itu, pembelajaran pada topik lain
juga akan menjadi mudah. Selain itu, murid-murid pula telah berada di
dalam mood positif. Mereka telah boleh menerima sains sebagai satu
subjek yang boleh dipelajari dengan mudah. Jika sikap positif ini
berterusan di dalam diri mereka, sudah pasti mereka dapat belajar sains
dengan cemerlang. Perhubungan antara pelajar dan pengkaji juga telah
menjadi lebih akrab dan mereka telah memberikan kepercayaan kepada
pengkaji untuk membantu mereka meningkatkan kefahaman dan
penguasaan dalam memahami konsep Penghasilan imej oleh kanta.
Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran telah menjadi lebih mudah.
Pengkaji juga telah menyahut cadangan murid-murid supaya FLMB
ditambah baik dengan menggunakan akrilik yang tahan lama dan dapat
dikongsikan dengan rakan-rakan mereka daripada sekolah lain. Justeru
itu, pada tarikh 21.2.2021, pengkaji telah membuat perkongsian awal
secara PLC dengan rakan sejawat dan di dalam kelas rakan sejawat
tingkatan 4 Al-Ghazali di SMKA Tun Perak, Jasin,Melaka.
275
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, inovasi FLMB memberi impak yang positif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu murid-murid tidak berasa bosan semasa mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran kerana inovasi ini berkonsepkan Hands On
Activity, PAK 21,Pembelajaran Berasaskan STEM, Penerapan KBAT, Pembelajaran
Kooperatif yang berpusatkan murid serta menerapkan elemen Visual, Auditori dan
Kinestetik (VAK). Murid-murid berjaya dalam meningkatkan kemahiran proses sains
dan kemahiran manipulatif serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian. Inovasi ini sesuai digunakan oleh semua murid aliran sains tulen dan sains
teras di sekolah menengah, pelajar-pelajar matrikulasi serta pelajar-pelajar universiti.
Inovasi ini jelas terbukti memberikan impak yang besar kepada murid-murid dengan
purata min aras tinggi iaitu 4.90 dan akan memberi keyakinan dan memudahkan guru-
guru mengajar subtopik Penghasilan imej oleh kanta dengan lebih efektif. Hal ini
terbukti apabila temu bual yang dilakukan ke atas seorang guru fizik dan dua orang
guru sains menunjukkan respon yang positif. Akhirnya, ia sesuai digunakan sebagai
set induksi, latihan pengukuhan dan kesimpulan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
RUJUKAN
Aziz Nordin & Lin, H.L. (2011). Hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains
dengan penguasaan konsep asas sains pelajar tingkatan empat. Journal of Science
& Mathematics Educational, 2, 89-101.
Chin Yoon Poh (2009) Penyelidikan Dalam Pendidikan. Cerdik Publication Sdn Bhd,
Selangor.
Chuen Gan Fie. (2015). Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Program
Matrikulasi Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2014.Putrajaya: Bahagian
Matrikulasi
Norzainariah Bt. Abu Hassan. 2004. “Kebolehgunaan Kit Pengajaran Dan
Pembelajaran Bagi Meningkatkan Prestasi Pelajar: Satu Tinjauan Di Kuittho”
Yee, M. T. M. (2012). Kesan Penggunaan Aktiviti “HANDS - ON” Dalam Proses
Pembelajaran Sains Tahun Empat. In Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL (pp.
180–194).
276
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
PENGGABUNGJALINAN KAEDAH KMR PRESTEMSI (Pengintegrasian Reka Bentuk
Pendidikan STEM Secara Inkuri) DALAM SUBJEK REKA BENTUK & TEKNOLOGI
KELAS 4 AMAL DI SK DATO KRAMAT
Mazleezah binti Abdul Muthalib
([email protected])
Sk Dato’ Kramat, Pulau Pinang
ABSTRAK
Tujuan kajian tindakan ini dijalankan bertujuan memperkenalkan kaedah
penggabungjalinan KMR PRESTEMSI bagi pelajar tahun 4 Amal di SK Dato Kramat.
Kaedah ini sesuai untuk membantu para pelajar mempelajari topik Reka Bentuk
melalui projek, penyelesaian masalah dan unsur STEM. Kajian ini telah dijalankan
bemula 03 Ogos hingga 08 September 2020. Tinjauan awal sewaktu PKP (PDPR)
telah dijalankan dan di samping ujian pra dan soal selidik. Hasil tinjauan menunjukkan
bahawa para pelajar tidak berminat dengan kaedah berorientasikan peperiksaan dan
membuat latihan semata – mata. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah
KMR PRESTEMSI, iaitu pelajar akan diberikan dengan suatu projek, mereka perlu
menggunakan pelbagai teknik penyoalan STEM. Hasil daripada kajian tindakan ini,
kaedah ini berjaya menarik minat murid untuk meneroka sesuatu reka bentuk dengan
idea mereka sendiri.
REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU
Saya berpengalaman mengajar subjek Kemahiran Hidup selama 19 tahun (mulai 2014
subjek Kemahiran Hidup dimansuhkan dan digantikan dengan Reka Bentuk &
Teknologi). Pada tahun 2020, saya mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Dato
Kramat. Sejak mula mengajar RBT (semakan 2017), saya mendapati banyak
perbezaan dengan silibus RBT yang lama. Ini kerana dalam silibus baru ada topik –
topik yang berkaitan dengan STEM.
Saya diberi kepercayaan mengajar kelas Tahun 4 Amal, dan mereka merupakan
pelajar perintis RBT (Semakan 2017). Sewaktu mula mengajar kelas ini, saya
mendapati pelajar, kurang memberikan tumpuan ketika di dalam kelas. Walaupun
saya telah mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran termasuk elemen –
elemen PAK21, namun pelajar tidak berminat untuk mengikut pelajaran di dalam
kelas. Setelah hampir dua bulan mengajar, negara dikejutkan dengan kes Covid 19,
maka berlakulah satu perubahan drastik dalam Sistem Pendidikan Malaysia dimana
277
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
semua sekolah di arah tutup mulai 18 Mac 2020. Maka KPM telah mengeluarkan
arahan dan garis panduan PdPR ( Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah). Ia
merupakan satu kejutan bagi saya, kerana belum bersedia dan kurang pengetahuan
dalam bidang ICT. Pada awal PKP, saya hanya berkongsi video dari ‘youtube’ untuk
pelajar menonton dan menjawab latihan yang diberi secara atas talian. Didapati hanya
7 hingga 10 orang daripada 32 orang pelajar sahaja yang menghantar latihan secara
atas talian. Ia berterusan sehingga bulan april. Dalam tempoh masa itu juga, saya
mulai menyertai beberapa webinar yang membantu guru untuk mempelajari pelbagai
aplikasi online yang terdapat di internet. Mulai pertengahan bulan april sehingga Mei,
saya menggunakan kaedah “Google Meet”, dimana penglibatan murid hanya 8 ke 10
orang sahaja yang menyertainya.
Walaupun saya telah mempraktikan pelbagai teknik - teknik pengajaran termasuk
menggunakan elemen-elemen PAK21 sepanjang pdpr, namun mengecewakan.
Antara kekangan yang dihadapi ialah : -
a) Kebanyakan ibubapa pelajar bekerja sebagai “barisan hadapan” (frontliner),
pelajar ditinggalkan di kampung bersama datuk dan nenek,
b) Tiada capaian internet yang kukuh,
c) Ibubapa yang bekerja, pelajar bergantung sepenuhnya pada telefon bimbit
ibubapanya,
d) Tiada peranti,
e) Kurang fokus semasa pdpr
Oleh itu, saya telah melaksanakan refleksi kendiri untuk mengenal pasti masalah yang
mungkin berpunca daripada kelemahan saya sendiri seperti:
i) Selama ini saya sekadar mengajar tanpa memahami kehendak dan
keperluan pelajar
ii) Saya juga telah beranggapan bahawa pelajar - pelajar saya telah faham
apa yang telah saya ajar semasa pdpr kerana tiada pelajar yang bertanya
soalan.
Berdasarkan semua pemerhatian ini, sangkaan saya meleset kerana pelajar - pelajar
kurang berminat dengan sesi pembelajaran pdpr dan didapati prestasi pelajar juga
278
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
semakin merudum. Pelajar juga tidak menyiapkan latihan dan tugasan yang diberikan
tepat pada masa yang ditetapkan. Berdasarkan dari masalah itu, saya sedar bahawa
saya perlu melakukan sesuatu supaya masalah ini tidak berlanjutan memandangkan
para pelajar saya akan dinilai tahap penguasaan mereka dalam Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD).
Sebelum pengaplikasian KMR PRESTEMSI, saya melaksanakan pengajaran dan
pemudahcaraan dengan menggunakan kaedah konvensional. Dari segi pedagogi
pula, aktiviti yang dilakukan lebih bertumpu kepada keperluan peperiksaan dan
mengutamakan aktiviti latihan dan soal jawab. Pelajar juga didapati terlibat dengan
aktiviti berkumpulan namun terikat dengan arahan yang disediakan oleh saya. Pelajar
akan bergantung sepenuhnya kepada saya untuk mencapai objektif pengajaran dan
pemudahcaraan.
Di samping itu, saya ada menggunakan bantuan teknologi dan multimedia seperti LCD
dan laptop, namun kaedah pengajaran lebih berfokus kepada kaedah ‘chalk and talk’
untuk memberi penerangan kepada pelajar. Aktiviti latihan yang dilaksanakan juga
bersifat sehala dan kurang interaktif, bahkan lebih kepada latih tubi semata-mata.
Temubual dengan pelajar mendapati, mereka kurang teruja untuk belajar dan
adakalanya tertekan dengan latihan ataupun kerja rumah yang diberikan oleh saya.
Hal ini menyebabkan saya mengubah pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan
dengan cuba membiasakan pelajar dengan kaedah KMR PRESTEMSI. Berbekalkan
pengalaman saya selama 17 tahun mengajar di sekolah terdahulu, Sekolah
Kebangsaan Mutiara Perdana, sebagai sekolah TS25 , kohot 2, serta Penyelaras
KMR STEM serta ahli aktif guru STEM, saya mengaplikasikan kaedah pembelajaran
Kemahiran Mereka Bentuk (KMR) PRESTEMSI.
Kaedah KMR PRESTEMSI ini saya integrasikan dalam topik Reka Bentuk Bertema.
Kaedah ini saya mula laksanakan, setelah pelajar kembali ke sekolah pada bulan Julai
2020 setelah bercuti panjang daripada COVID 19. Pendekatan KMR PRESTEMSI
yang berasaskan projek ini sebenarnya membolehkan para pelajar meneroka sendiri
dengan lebih mendalam mengenai topik yang dipelajari sewaktu pengajaran dan
pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Ini selaras dengan Bahagian Pembangunan
279
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Kurikulum, inkuri STEM merujuk kepada pendekatan yang merangsang sifat ingin
tahu dalam diri pelajar sehingga membawa naluri ingin menyiasat bagi mencari
jawapan atau penyelesaian sesuatu persoalan. Selain itu, ia menjurus kepada
pembelajaran berasaskan masalah, dimana pelajar dapat menyelesaikan masalah
dengan keupayaan mereka sendiri dan berpusatkan murid. Ia juga merupakan satu
pendekatan yang berasaskan kepada alternatif dan sesuai diaplikasikan untuk semua
subjek yang ada dalam pendidikan (Gulbahar & Tinmaz 2006). Di samping itu,
pembelajaran KMR PRESTEMSI ini juga dianggap sebagai satu kaedah yang dapat
menggalakkan pembelajaran bermakna dan memupuk kemahiran kognitif aras yang
lebih tinggi dalam kalangan murid (Marx et al. 1997). Pendekatan pengajaran ini turut
dicadangkan penggunaannya dengan tujuan pelajar boleh menguasai satu-satu topik
pembelajaran dengan lebih baik. (Siti Zabidah 2006).
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan KMR PRESTEMSI dalam subjek
RBT di bawah topik 2.2 Reka Bentuk Bertema . KMR PRESTEMSI merujuk kepada
pengajaran yang berpusatkan pelajar dan pembelajaran kendiri melalui pengalaman
pelajar itu sendiri dalam melaksanakan KMR PERSTEMSI. Kaedah ini dapat dilihat
dapat membina kemahiran 4C dalam persekitaran pembelajaran bilik darjah iaitu
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif dan kreativiti pelajar. Kemahiran 4C ini
membolehkan pelajar untuk mencari maklumat dan menyelesaikan projek yang
diberikan oleh guru. Sehubungan dengan itu, KMR PERSTEMSI telah diperkenalkan
kepada pelajar tahun 4 Amal untuk menjana kreativiti dan meneroka sendiri projek
yang mereka jalankan. Antara Langkah – langkahnya ialah: -
280
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
MENDAPATKAN TOPIK PENYIASATAN KAJIAN
RBT - (2:2 REKA BENTUK BERTEMA)
PROJEK RAK SERBA GUNA
MEMBUAT PERANCANGAN AKTIVITI
(SUMBANGSARAN SECARA INUKIRI DAN UNSUR STEM)
MEMBUAT TAKWIM AKTIVITI
PENGGABUNGJALINAN SUBJEK
MINGGU 1 – EDARKAN BAHAN/ SUMBANGSARAN
MINGGU 2 – MEMASANG BAHAN (RBT)
MINGGU 3 – MENDEKORASI BAHAN (PSV/STEM)
MINGGU 4 – MEMPERKENALKAN KEFUNGSIAN PRODUK (BM)
MINGGU 5 – SIMULASI/ UJIKAJI
MEMBUAT PENILAIAN
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am
Tujuan kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar
dalam menghasilkan keseronokan dalam pembelajaran berasaskan KMR bagi tajuk
Reka Bentuk dalam Subjek Reka Bentuk & Teknologi. Bagi murid Tahun 4 Amal.
Disamping itu, bagi mengupas sejauhmana keberkesanan pembelajaran KMR
PRESTEMSI dalam memudahkan pengajaran dan pemudahcaraan sewaktu di dalam
bilik darjah. Selain itu, objektif kaijan adalah menerapkan unsur KMR dan STEM di
dalam proses pdpc. Ia juga selaras dengan hasrat KPM , membudayakan unsur STEM
di dalam kelas.
Objektif khusus
i) Sekurang-kurangnya 80% daripada pelajar dapat menghasilkan projek
berasaskan unsur KMR dan STEM
ii) Peningkatan minat pelajar sekurang-kurangnya 80% hasil temubual dan soal-
selidik yang dijalankan.
281
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
KUMPULAN SASARAN
Para pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah dari kelas 4 Amal seramai 32 orang.
CADANGAN TINDAKAN
Tinjauan Awal
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian,
Latihan semasa pdpr dijalankan serta praujian.
Pemerhatian
Sebelum kajian dijalankan, didapati ada pelajar kurang berminat dengan kaedah
“chalk and talk” dan kaedah pembelajaran berasaskan berpusatkan guru. Selain itu,
pelajar kebiasaannya tidak menyiapkan latihan yang diberi dan hanya mengharapkan
jawapan dari guru sahaja.
Praujian
Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman mereka terhadap topik Reka Bentuk Bertema. Praujian tersebut terdiri
daripada 20 soalan objektif yang berkaitan dengan topik Reka Bentuk. Item ujian ini
merupakan item yang diambil dari soalan latih tubi untuk melihat kefahaman murid
dalam menguasai tajuk reka bentuk berdasarkan teori sahaja. Hasil analisis praujian
menunjukkan hampir 30% murid mencapai tahap E, dan 40% mencapai tahap C dan
D serta hanya 25% murid mencapai tahap B manakala hanya 5% mencapai tahap
cemerlang iaitu A.
Soal Selidik
Borang soal selidik telah dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul
data kajian. Soal selidik ini mengandungi 12 soalan yang terdiri daripada 3 bahagian
berikut : - Jumlah soalan Bahagian A (Pengajaran dan pemudahcaraan berpusatkan
murid 4 soalan), Bahagian B (Pembelajaran kolaboratif 4 soalan), Bahagian C
(Pembelajaran kendiri 4 soalan). Bahagian-bahagian dalam borang soal selidik ini
telah dikumpul semula untuk dianalisis. Instrumen ini digunakan kerana ia dapat
menghasilkan data yang lebih tepat tanpa pembiasan kerana data dibuat oleh pihak
pertama iaitu kumpulan murid itu sendiri.
282
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran,
didapati :
i. Pelajar kurang memberikan kerjasama semasa menjawab soalan
perbincangan kumpulan. Terdapat beberapa ahli yang pasif dan
mengharapkan rakan mereka untuk membentang hasil perbincangan
mereka.
ii. Pelajar juga banyak bergantung dan bertanya soalan kepada guru
mengenai tugasan yang diberikan. Mereka tidak yakin dengan jawapan
yang mereka di dalam soalan latih tubi. Mereka juga dikesan banyak
bergantung dengan buku teks semasa menjawab soalan latih tubi ini.
iii. Hasil latih tubi yang diberikan juga menggambarkan murid kurang
menguasai kandungan pelajaran dan tidak dapat menjawab soalan
dengan betul.
Analisis Praujian
Hasil analisis praujian menunjukkan hampir 28.2% murid mencapai tahap E, 50%
mencapai tahap D, 15.6% murid mencapai tahap C, manakala tahap A dan B masing
masing menyumbang 3.1%
Gred Markah Pencapaian
Murid
A 85 – 100
B 70 – 79 Bil %
C 60 - 69 1 3.1
D 50 - 59 1 3.1
E 40 – 49 5 15.6
16 50
9 28.2
JUMLAH 32 100
283
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Analisis Soal Selidik
Analisis awal mendapati kebanyakan pelajar memilih jawapan ‘tidak’ untuk ketiga-tiga
bahagian ini. Pelajar menunjukkan respon yang negatif terhadap pembelajaran
kaedah konvensional dan menyatakan bahawa ianya tidak banyak memberi ruang
untuk pelajar mengembangkan potensi dan peluang mereka dalam pembelajaran.
Intervensi / Rawatan yang dijalankan
Selepas pelajar menjalani praujian, rawatan telah dijalankan dengan menggunakan
kaedah KMR PRESTEMSI iaitu murid diberikan arahan berkaitan cara menghasilkan
projek bagi topik berkenaan. Objektif projek ini adalah untuk memudahkan pelajar
menjana idea bagi menghasilkan reka bentuk produk yang menarik. Selain itu, projek
ini juga membolehkan pelajar sekurang – kurangnya mencapai Tahap 5 dalam PBD.
Projek ini merupakan satu projek KMR PRESTEMSI yang telah dirancang oleh guru
bagi pelajar mencari sendiri maklumat berkaitan dengan perkembangan dari segi reka
bentuk dan seterusnya menghasilkan projek KMR yang menarik dan membentangkan
kefungsian projek KMR dengan penghasilan video ataupun pamplet.
PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam 5 minggu sesi pembelajaran. Dalam
pdpc yang dijalankan, topik yang diajar menggunakan kaedah KMR PRESTEMSI
dengan menghasilkan KMR berdasarkan permasalahan yang diberikan. Ia perlu
dihasilkan secara individu demi keselamatan pelajar (SOP) kerana kita belum bebas
lagi dari wabak Covid 19. Guru akan bertindak sebagai fasilitator dan meminta setiap
pelajar mencari maklumat melalui internet, buku atau mana – mana sumber yang
boleh membantu mereka menyiapkan KMR. Dalam kajian ini, pelajar telah menjalani
praujian dan pascaujian untuk menguji kefahaman mereka mengenai topik asas Reka
Bentuk Bertema. Selepas pascaujian, pelajar diminta untuk mengisi semula borang
soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang projek KMR. Tujuan
borang soal selidik ini diedarkan kepada pelajar supaya mereka lebih bebas untuk
memberi maklumbalas mereka terhadap projek KMR yang mereka lakukan.
Berdasarkan pemerhatian, penggunaan projek KMR ini berjaya membantu murid
meningkatkan penguasaan kandungan pelajaran di dalam subtopik mata pelajaran
RBT di samping pelajar berkebolehan membentangkan kefungsian projek mereka
284
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
melalui video yang menarik disamping dapat membina keyakinan diri pelajar. Kaedah
KMR PRESTEMSI telah menukarkan kaedah pengajaran daripada berpusatkan guru
kepada berpusatkan pelajar. Kajian ini mendapati pelajar telah melakukan
perbincangan secara kumpulan (secara alam maya) tanpa banyak bergantung
dengan guru dan mereka membuat rujukan di internet atau daripada pelbagai sumber.
Kajian ini juga mendapati pelajar menunjukkan minat yang tinggi semasa
menghasilkan projek. Kawalan kelas juga didapati baik kerana pelajar lebih
menumpukan perhatian dalam menghasilkan dan menyelesaikan projek KMR. Hal ini
menunjukkan projek KMR ini dapat memupuk minat belajar yang tinggi dalam
kalangan mereka itu sendiri. Semasa pembentangan dalam video pula, pelajar lebih
berkeyakinan dan boleh berbicara secara spontan berkaitan kefungsian produk yang
mereka hasilkan.
REFLEKSI KAJIAN
Pencapaian pelajar dalam pascaujian menunjukkan peningkatan yang agak ketara.
Kebolehan pelajar dalam menghasilkan projek ini dapat meningkatkan prestasi dan
pemahaman murid berkaitan KMR projek dari segi lakaran sehingga menghasilkan
video pembentangan yang begitu menarik.
PENCAPAIAN PENCAPAIAN
GRED Markah PELAJAR - PELAJAR -
A 85 – 100 SEBELUM SELEPAS
B 70 – 79
C 60 - 69 Bil % Bil %
D 50 - 59
E 40 – 49 1 3.1 14 43.8
JUMLAH 1 3.1 9 28.1
5 15.6 7 21.8
16 50 2 6.3
9 28.2 0 0
32 100 32 100
Penggunaan kaedah ini telah menunjukkan kesan yang positif terhadap keputusan
ujian mereka. Selepas mereka melaksanakan projek model ini, jumlah pelajar yang
mendapat 80% telah meningkat daripada 1 orang kepada 14 orang. Pengelompokan
pelajar yang berada di tahap sederhana juga menunjukkan impak yang positif apabila
285
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
25 murid yang mendapat markah 40 - 59% telah berkurang kepada 2 pelajar sahaja.
Rumusan analisis ini telah menunjukkan mereka telah menguasai dan faham dengan
topik ini.
Item 1 SEBELUM KMR SELEPAS KMR
Item 2 YA TIDAK YA TIDAK
Item 3 29 3 32 0
Item 4 1 32 28 4
Item 5 1 31 24 8
Item 6 8 24 23 9
Item 7 12 12 22 10
Item 8 7 25 26 6
Item 9 9 23 22 10
Item 10 25 7 324 8
Item 11 8 24 26 6
Item 12 10 22 24 8
29 3 27 5
31 1 29 3
Kajian ini mendapati pelajar telah memberikan respon yang positif terhadap
penggunaan projek KMR kepada diri mereka. Analisis mendapati, kebanyakan pelajar
telah memilih jawapan ‘ya’ yang mencerminkan mereka cukup selesa dan suka
terhadap perlaksanaan projek KMR ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan KMR PRESTEMSI ini telah
membantu menarik perhatian pelajar dan menggalakkan mereka untuk melibatkan diri
dalam aktiviti KMR ini. Projek ini juga banyak membantu pelajar meningkatkan
keyakinan diri semasa pembentangan serta dapat meningkatkan kefahaman mereka
terhadap topik yang dipelajari. Kajian juga mendapati KMR ini telah menggalakkan
pelajar berfikir lebih kreatif menghasilkan projek mereka sendiri. Pengkaji mendapati
pelajar telah menggunakan bahan – bahan sampingan terpakai untuk menghasilkan
projek mereka sendiri.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Secara keseluruhannya, kajian tindakan yang dijalankan ini mendatangkan kesan
yang positif terhadap pelajar kelas lain. Walaupun terdapat peningkatan dalam
prestasi pelajar, namun masih ada 9 orang murid yang masih berada di tahap yang
286
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
sederhana. Oleh itu, kajian ini mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk
kajian yang seterusnya. Cadangan tersebut adalah seperti berikut :
1. KMR PRESTEMSI ini memerlukan lebih banyak masa untuk menghasilkan model
projek reka bentuk rak serba guna.
2. Projek ini juga boleh diintegrasikan dengan pelbagai subjek kerana proses
penyediaan melibatkan semua subjek.
3. Menjadi harapan saya agar pada masa hadapan kaedah KMR PRESTEMSI dapat
diintegrasikan dalam bidang Kokurikulum.
4. Para pelajar juga dalam memahami kepentingan STEM dalam kehidupan sekarang.
Semoga hasil kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pdpc lebih
menarik dan berkesan.
287
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
FAKTOR-FAKTOR STRES MURID TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI RUMAH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 3.0
Norlia Harun
([email protected])
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat
ABSTRAK
Fokus kajian ini adalah untuk menganalisis punca-punca dan tahap stres murid-murid
terhadap Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) 3.0 di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Sampel
kajian ini melibatkan seramai 255 orang murid lelaki dan perempuan Tingkatan 1
hingga 5. Data kajian diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada
responden kajian. Data kajian juga diproses dengan menggunakan perisian SPSS
version 25.0 (Statistical Package for Social Sciences). Analisis statistik deskriptif
dibuat untuk mengenal pasti faktor utama yang menyebabkan stres dalam kalangan
murid-murid SBP. Ujian-t turut dijalankan bagi melihat perbezaan yang signifikan
antara tahap stres murid mengikut jantina. Secara keseluruhannya, dapatan
menunjukkan bahawa tahap stres murid SBP terhadap PdPR semasa PKP 3.0 adalah
sederhana manakala tiada perbezaan yang ketara antara tahap stres murid mengikut
jantina. Kesimpulannya, murid-murid di sekolah ini masih mampu lagi mengawal stres
mereka. Namun begitu, pihak sekolah juga perlu mengambil perhatian yang lebih
kepada faktor-faktor yang dilihat menjadi antara penyebab utama stres dalam
kalangan murid. Perhatian daripada pihak sekolah serta ibu bapa sangat perlu dalam
memastikan murid-murid sentiasa mempunyai kesejahteraan dan kesihatan mental
yang baik ke arah melahirkan modal insan cemerlang di masa hadapan.
Kata Kunci: Stres, Faktor Stres, Murid SBP, PdPR, PKP 3.0.
PENDAHULUAN
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan stres adalah keadaan resah, cemas dan
tegang akibat tekanan mental atau fizikal. Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan
Malaysia pula menyatakan stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi
dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi. Hans
Salye (Salye, 1993) menegaskan bahawa stres adalah perubahan fizikal atau mental
pada diri seseorang yang berlaku akibat tekanan atau paksaan. Fariza (2005) pula
menyatakan bahawa tekanan adalah keadaan seseorang yang dalam keadaan
tertekan perasaannya akibat peristiwa, pengalaman atau beban tugas yang di luar
288
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
kemampuan mereka. Stres juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk
kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.
Terdapat pelbagai faktor atau punca yang boleh dikaitkan dengan tahap stres
seseorang individu. Kebiasaannya, punca utama stres seringkali dikaitkan dengan
masalah dalam kehidupan harian seperti masalah peribadi, masalah persekitaran dan
lain-lain (I’zzatul Fadzilah, Nurul Azuwa dan Norhayati, 2019). Pencetus stres
(stressor) terbahagi kepada dua iaitu faktor luaran yang terdiri daripada persekitaran
fizikal, sosial, peristiwa penting dan organisasi serta faktor dalaman yang terdiri
daripada personaliti, pemikiran negatif dan biologikal (KKM, 2011). Isu stres dalam
kalangan remaja bukan sahaja berpunca daripada faktor pembelajaran. Terdapat
juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi tahap stres remaja antaranya seperti faktor
keluarga, rakan-rakan, guru-guru mahupun persekitaran. Isu stres dalam kalangan
remaja perlu diberikan perhatian segera kerana stres yang tidak terkawal mampu
menyebabkan masalah kesihatan mental yang lebih serius seperti neurosis, psikosis
dan kecelaruan personaliti (Mohd Nasir, 2012: Portal KKM).
Pada awal tahun 2020, negara kita telah dilanda wabak Covid 19. Pelbagai sektor
mula terjejas termasuklah sektor pendidikan. Bermula pada pertengahan tahun 2020,
PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) secara dalam talian telah
diperkenalkan bagi menggantikan PdPc (Pengajaran dan Pemudahcaraan) secara
bersemuka. Sehingga kini, pelaksanaan PdPR masih diteruskan memandangkan
situasi wabak Covid 19 masih lagi menular dan kes kian serius. Hampir dua tahun
para guru dan murid di seluruh negara ini menjalani PdPR secara dalam talian dengan
mengaplikasikan pelbagai kaedah PdPR sama ada secara dalam talian (online),
selain dalam talian (offline) dan offsite (selain daripada online dan offline).
Para guru, murid-murid serta ibu bapa terpaksa segera mengadaptasi diri dengan
kaedah pembelajaran PdPR. Guru-guru berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
dengan menggunakan pelbagai kaedah, aplikasi dan pendekatan bagi mempermudah
serta menarik minat murid untuk belajar dan mengikuti PdPR manakala murid-murid
pula terpaksa menyesuaikan diri dengan pembelajaran dari rumah secara dalam
talian. Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan penting di rumah dalam
289
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
memastikan anak-anak dapat mengikuti PdPR di samping ibu bapa menjalankan
tugas masing-masing.
Lantaran itu, pelbagai isu timbul kesan pelaksanaan PdPR seperti isu keciciran murid,
murid tidak mempunyai peranti dan masalah capaian internet (Berita Harian, Jun
2021). Kesemua masalah ini boleh menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan
atau stres, bukan sahaja kepada guru dan ibu bapa malahan kepada murid-murid.
Berita Kosmo pada 9 Julai 2021 melaporkan bahawa rata-rata murid meluahkan rasa
tertekan selain merindui suasana Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka
selepas gagal mengikuti PdPR dengan berkesan. Sehubungan itu, kajian ini
dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap stres murid-murid terhadap PdPR
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di salah sebuah SBP serta
membincangkan kaedah atau tindakan yang boleh diambil bagi membantu murid-
murid mendepani cabaran PdPR sepanjang PKP pandemik Covid 19.
PERNYATAAN MASALAH
Masalah stres dalam kalangan murid di sekolah telah banyak dibincangkan secara
ilmiah di pelbagai peringkat. Antara punca atau faktor stres yang seringkali dialami
oleh murid sekolah adalah faktor pembelajaran (Fariza, 2005). Rahil, Zaidatol dan
Noran Fauziah (2001) telah menjalankan kajian bagi mengenal pasti tahap stres dan
kerisauan murid dalam mempelajari subjek Kemahiran Hidup di sekolah. Hasil kajian
ini mendapati antara punca murid stres adalah rasa bersalah kerana gagal mencapai
apa yang dijangkakan serta rasa gelisah menunggu keputusan peperiksaan. Selain
itu, mereka juga stres kerana perasaan kecewa, letih dari fizikal dan mental, kerap
lupa serta perasaan tertekan kerana harapan yang dikenakan ke atas mereka amat
tinggi. Tambahan lagi, murid-murid juga mengalami kerisauan akibat
ketidaktenteraman emosi kerana persekitaran rumah yang bising, tidak cukup masa,
tidak boleh menumpukan perhatian, lemah, tidak cukup tidur, kabur serta tidak dapat
menguasai mata pelajaran.
Berdasarkan dapatan kajian lepas iaitu sebelum pandemik Covid 19 melanda negara
ini, murid-murid di sekolah turut didapati mengalami stres dan kebimbangan terhadap
pembelajaran. Ketika itu, murid-murid masih lagi boleh ke sekolah, berjumpa guru-
290