SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
guru, menjalani PdPc secara bersemuka, menjalankan aktiviti-aktiviti yang aktif di
sekolah serta dapat berjumpa rakan-rakan untuk berkomunikasi sosial tetapi mereka
didapati turut mengalami stres terhadap pembelajaran. Justeru, bagaimanakah
agaknya tahap stres murid-murid yang terpaksa mengikuti PdPR ketika pandemik
Covid 19 ini? Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap stres
murid-murid ketika menjalani PdPR di salah sebuah SBP serta membincangkan
alternatif yang sesuai bagi mengatasi masalah stres murid terhadap PdPR.
OBJEKTIF KAJIAN
Tinjauan terhadap tahap stres murid-murid di sekolah ketika pandemik Covid 19
adalah sangat perlu bagi mengetahui tahap kesediaan mental murid untuk terus
belajar khususnya melalui kaedah pembelajaran PdPR. Oleh itu, objektif kajian ini
dijalankan adalah untuk:
1. mengenal pasti tahap stres terhadap PdPR dalam kalangan murid-murid
SBP.
2. mengenal pasti faktor-faktor penyebab stres terhadap PdPR dalam
kalangan murid-murid SBP.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai beberapa persoalan penting seperti:
1. Bagaimanakah tahap stres murid-murid SBP terhadap PdPR?
2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid SBP mengalami
stres semasa PdPR?
3. Adakah terdapat perbezaan tahap stres antara murid lelaki dan
perempuan?
METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif dengan kaedah tinjauan menggunakan soal
selidik selaras dengan tujuan kajian (Chua, 2011) untuk mengenal pasti tahap stres
291
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
murid-murid SBP terhadap PdPR. Sampel kajian ini dipilih secara rawak mudah iaitu
seramai 255 orang murid lelaki dan perempuan daripada salah sebuah SBP di Johor.
Soal selidik stres murid terhadap PdPR untuk kajian ini dibina sendiri oleh pengkaji.
Soal selidik ini mempunyai 14 item merangkumi faktor kemudahan PdPR iaitu peranti,
data dan talian internet, faktor persekitaran iaitu keluarga dan ruang belajar serta
faktor diri iaitu fokus dan kefahaman belajar yang mempunyai lima pilihan jawapan,
iaitu tidak pernah, jarang-jarang, kadang-kadang, kerap kali dan amat kerap.
Pemeringkatan tahap stres dikategorikan kepada tahap tinggi (skor 46-70), sederhana
(skor 23-45) dan rendah (skor 1-22).
Jadual 1: Tahap Stres Murid
Tahap Stres Skor
Tinggi 46-70
Sederhana 24-45
Rendah 1-23
Oleh kerana soal selidik ini dibina sendiri oleh pengkaji, maka satu ujian rintis telah
dijalankan sebelum ini melibatkan 10 orang murid yang mempunyai latar belakang
yang sama. Hasil ujian rintis mendapati bahawa soal selidik ini mempunyai nilai pekali
kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.76 bagi keseluruhan item stres. Menurut Mohd
Majid (1990), nilai pekali kebolehpercayaan alat ukur (soal selidik) yang melebihi 0.60
boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif
menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min skor bagi tahap stres manakala
kaedah inferensi perbezaan digunakan untuk mengenal pasti perbezaan tahap stres
antara murid lelaki dan perempuan. Kesemua data yang diperolehi dianalisis
menggunakan Statistical Package for Sosial Science (SPSS) Version 25.
292
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
DAPATAN KAJIAN
Persoalan Kajian 1
Bagaimanakah tahap stres murid-murid SBP terhadap PdPR?
Jadual 2: Analisis Tahap Stres
Tahap Stres Kekerapan Peratus
23.14
Tinggi 59 69
7.84
Sederhana 176 100
Rendah 20
Jumlah 255
Jadual 2 menunjukkan bahawa seramai 69% responden mempunyai tahap stres yang
sederhana manakala seramai 23.14% responden mempunyai tahap stres yang tinggi
dan 7.84% mempunyai tahap stres rendah. Peningkatan daripada aspek
penyesuaian diri dan pengalaman terhadap pelaksanaan PdPR bagi tahun yang
kedua serta pengetahuan mengurus stres berkemungkinan membantu tahap stres
sederhana dalam kalangan responden.
Persoalan Kajian 2
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid SBP mengalami stres semasa
PdPR?
Jadual 3: Analisis Faktor Stres Murid Terhadap PdPR
BIL ITEM Tidak Jarang Kadang- Kerap Amat Min Sisihan
Pernah - Kadang Kali Kerap Piawai
Jarang
Peratus
1 Saya risau
untuk
belajar pdpr
kerana tidak
mempunyai 47.5 28.6 16.1 7.1 0.8 1.8 0.99
gajet/peranti 5
yang baik.
(peranti/gaje
t seperti
ipad, itab,
telefon
293
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
bimbit, 10.3 17.8 29.6 24.1 18.2 3.2 1.23
laptop atau 19.3 27.2 23.6 2
desktop). 32.2 23.1 17.3
26.3 26.3 21.6 20.9 9.1 2.7 1.24
2 Saya rimas 32.9 23.1 21.2 3
belajar pdpr
terlalu lama 14.5 12.9 2.5 1.40
menggunak 3
an
gajet/peranti 13.3 12.5 2.6 1.34
. 0
3 Saya 12.9 9.8 2.4 1.33
tertekan 4
ketika
belajar pdpr
kerana
talian
internet di
rumah saya
kurang
memuaskan
.
4 Saya kurang
selesa
ketika
belajar pdpr
kerana tidak
mempunyai
ruang/sudut
belajar yang
khusus di
rumah.
5 Saya risau
kerana tidak
dapat fokus
belajar pdpr
disebabkan
terganggu
oleh adik-
beradik di
rumah.
6 Saya
tertekan
apabila
diminta oleh
ibu
bapa/penjag
a untuk
membantu
mereka
294
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
ketika 6.7 14.5 30.2 24.3 24.3 3.4 1.20
sedang 7.1 18 29.4 5
pdpr. 17.6 24.3 31.8
7 Saya sukar 11.4 20.1 35.8 23.9 21.6 3.3 1.20
memberikan 51.8 22.7 15.7 5
tumpuan
kepada 16.5 9.8 2.7 1.21
pembelajara 6
n ketika
pdpr. 15.4 17.3 3.0 1.23
8 Saya 7
tertekan
kerana 6.7 3.1 1.8 1.10
sukar untuk 7
memahami
apa yang
diajarkan
oleh guru
semasa
pdpr.
9 Saya
gembira
belajar pdpr
walaupun
berjauhan
daripada
rakan-rakan
yang lain.
10 Saya
tertekan
ketika pdpr
kerana tidak
dapat
bersua
muka
dengan
guru.
11 Saya
kecewa
kerana
kurang
mendapat
sokongan
ibu
bapa/penjag
a untuk
menjalani
pdpr.
295
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
12 Saya bosan 12.6 18.5 26.4 17.7 24.8 3.2 1.34
belajar pdpr. 13.4 18.5 31.1 4
13 Saya terasa 56.9 18.9 14.5 15.7 21.3 3.1 1.31
susah untuk 3
menguruska
n masa 6.3 5.5 1.8 1.20
belajar 7
sendiri di
rumah
ketika pdpr.
14 Saya berasa
putus asa
untuk
belajar pdpr
kerana
menghadapi
masalah
kewangan
untuk
membeli
data
internet.
Jadual 3 menunjukkan kekerapan yang diakui oleh responden bagi faktor-faktor stres
terhadap PdPR. Faktor stres yang mencatatkan min tertinggi iaitu 3.45 dengan 24.3%
mengakui amat kerap dan kerap berasa sukar untuk memberikan tumpuan kepada
pembelajaran (soalan no. 7). Faktor stres kedua tertinggi dengan nilai min 3.35 dan
seramai 29.4% responden mengakui kadang-kadang, 23.9% kerap kali serta 21.6%
amat kerap mengalami kesukaran untuk memahami pengajaran guru secara PdPR
(soalan no.8). Seterusnya, min ketiga tertinggi iaitu 3.24 adalah bagi faktor bosan
ketika PdPR (soalan no. 12) dengan 26.4% kadang-kadang bosan, 17.7% kerap
bosan dan 24.8% amat kerap berasa bosan ketika PdPR. Nilai min keempat tertinggi
iaitu 3.22 dengan sebanyak 29.6% kadang-kadang, 24.1% kerap dan 18.2% amat
kerap berasa rimas menggunakan peranti untuk PdPR dalam tempoh yang lama
(soalan no. 2). Nilai min kelima tertinggi iaitu 3.13 dengan sebanyak 31.1% kadang-
kadang, 15.7% kerap kali dan 21.3% amat kerap berasa sukar untuk menguruskan
masa PdPR (no. soalan 13). Seterusnya, nilai min 3.07 dan sebanyak 35.8% kadang-
kadang, 15.4% kerap kali serta 17.3% amat kerap tertekan kerana tidak dapat bersua
muka dengan guru ketika PdPR (soalan no. 10). Seterusnya, faktor berjauhan
daripada rakan-rakan semasa PdPR mencatatkan nilai min 2.76 dengan 31.8%
296
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
kadang-kadang gembira dan 24.3% jarang-jarang gembira. Bagi faktor talian internet
pula mencatatkan nilai min 2.73 dengan 27.2% jarang-jarang dan 23.6% kadang-
kadang tertekan dengan keadaan talian internet yang kurang memuaskan manakala
faktor gangguan adik beradik di rumah pula mencatatkan nilai min 2.60 dengan 26.3%
jarang-jarang dan 26.3% tidak pernah diganggu oleh adik beradik ketika PdPR. Dari
segi ruang untuk PdPR pula mencatatkan nilai min 2.53 dengan 32.2% tidak pernah
dan 23.1% jarang-jarang menghadapi masalah ruang pembelajaran untuk PdPR.
Faktor seterusnya iaitu faktor diminta membantu ibu bapa mencatatkan nilai min 2.44
dengan 32.9% tidak pernah dan 23.1% jarang-jarang diminta untuk membantu ibu
bapa ketika PdPR.
Terakhir, faktor kewangan untuk membeli data internet mencatatkan nilai min 1.87
dengan 56.9% mengakui tidak pernah menghadapi masalah untuk membeli data
internet. Faktor sokongan ibu bapa pula mencatatkan nilai min 1.87 dengan 51.8%
tidak pernah menghadapi masalah sokongan ibu bapa untuk mengikuti PdPR
manakala faktor gajet atau peranti yang baik untuk PdPR pula mencatatkan min 1.85
dengan 47.5% tidak pernah menghadapi masalah berkaitan peranti/gajet untuk
mengikuti PdPR.
Persoalan Kajian 3
Adakah terdapat perbezaan tahap stres antara murid lelaki dan perempuan?
Jadual 4: Dapatan ujian-t untuk perbezaan skor min ujian-t stres
murid mengikut jantina
Kumpulan Lelaki Perempuan Nilai -t Nilai p
Statistik Min Sisihan Min Sisihan
Piawai 2.66 Piawai
0.71 1.9 0.404
2.84 0.67
*Signifikan pada aras p<0.05
Berdasarkan Jadual 4, keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan (t=1.9, df=253, p pada aras 0.404 >0.05) antara skor min murid stres
mengikut jantina Lelaki (M=2.84, SP= 0.67, p>0.05) dan perempuan (M=2.66,
SP=0.71, p>0.05).
297
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa murid-murid SBP
Tingkatan 1 hingga 5 mempunyai tahap stres yang sederhana terhadap pembelajaran
secara PdPR semasa PKP 3.0. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara murid lelaki dan murid perempuan bagi tahap stres terhadap PdPR. Antara
faktor stres yang paling mempengaruhi murid semasa PdPR adalah sukar untuk fokus
terhadap pengajaran guru secara PdPR, sukar untuk memahami pengajaran guru
secara PdPR, bosan ketika PdPR, rimas kerana menggunakan gajet/peranti untuk
PdPR dalam tempoh yang lama serta sukar untuk menguruskan masa untuk belajar
sendiri di rumah serta PdPR. Dapatan kajian ini selari dengan Fariza (2005) yang
menyatakan bahawa stres murid kebiasaannya berpunca daripada faktor
pembelajaran. Hasil kajian ini turut selari dengan dapatan kajian Rahil, Zaidatol dan
Noran Fauziah (2001) yang menunjukkan bahawa murid-murid sekolah seringkali
mengalami stres akibat kerisauan kerana takut berpencapaian rendah dalam
akademik serta gagal menguasai mata pelajaran disebabkan faktor persekitaran
belajar, sukar memberi tumpuan dan sebagainya. Selain itu, hasil kajian Kesihatan
dan Morbiditi kebangsaan ke-3 pada tahun 2006 (dalam Rosli et. al, 2020)
menunjukkan semakin ramai remaja yang menderita masalah kesihatan mental
dengan mendapati bahawa 14.4 peratus daripada responden kajian adalah remaja
berumur 16 hingga 19 tahun.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa murid-murid SBP
Tingkatan 1 hingga 5 masih lagi mampu mengawal stres untuk berdepan dengan
PdPR semasa PKP berlangsung. Namun begitu, pihak sekolah khususnya guru
bimbingan dan kaunseling serta guru-guru subjek serta pihak pentadbiran sekolah
perlu sentiasa cakna dan peka dengan tahap stres dan kesihatan mental murid pada
setiap masa terutama ketika PdPR semasa PKP. Ibu bapa turut memainkan peranan
penting dalam memastikan anak-anak mereka mempunyai kesejahteraan mental
yang baik terutama ketika PdPR. Perhatian, bantuan dan kasih sayang daripada ibu
bapa dan guru-guru dapat membantu anak-anak ini meneruskan pembelajaran dan
kehidupan dengan lebih sempurna ke arah pencapaian cemerlang dalam pelbagai
298
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
aspek terutamanya mental, emosi, kerohanian dan fizikal selari dengan aspirasi
pendidikan negara.
RUJUKAN:
Chua Yan Piaw (2011). Kaedah Penyelidikan (Buku 1). Mc Graw Hill Education
Fariza Md Sham (2005). Tekanan Emosi Remaja. View of Pendekatan Psikologi
Dakwah dalam Menangani Masalah Tekanan Emosi Remaja : Fokus kepada Memberi
Perhatian dan Kasih Sayang (ukm.my)
I’zzatul Fadzilah Adam, Nurul Azuwa Md Muhayadin dan Norhayati Yusof (2019).
Analisis Faktor Penyebab Stres Dalam Kalangan Pelajar Diploma Geomatik Politeknik
Tuanku Sultanah Bahiyah. Jurnal Dunia Pendidikan. [S.l.], v. 1, n. 3, p. 13-23, feb.
2020. ISSN 2682-826X. Available at:
<http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/8306>. Date accessed: 07
Aug. 2021.
Kementerian Kesihatan Malaysia (2011). Panduan Menangani Stres. 8 Ogos 2021:
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Me
ntal/6_Panduan_Menangani_Stres.pdf
Mohd Nasir Abd Kadir (20 April 2012). Penyakit Mental. 8 Ogos 2021: Penyakit Mental
- PORTAL MyHEALTH
Mohd Nazri Abd Rahman (19 Jun 2021). Perbaiki Pelaksanaan PdPR 2.0 Atasi Isu
Keciciran Pelajar. 8 Ogos 2021: Perbaiki pelaksanaan PdPR 2.0 atasi isu keciciran
pelajar (bharian.com.my)
Mohd Ridzauddin Roslan (9 Julai 2021). Pelajar mula 'koyak' tidak tahan PdPR. 8
Ogos 2021: Pelajar mula 'koyak' tidak tahan PdPR - Kosmo Digital
Mohd. Majid Konting, (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Rahil Mahyuddin, Zaidatol Akmaliah Loppe Pihie dan Noran Fauziah Yaacob (2001).
Tahap Tekanan Akademik Dan Kerisauan Pelajar Mempelajari Komponen Teras
Kemahiran Hidup. Pertanikn J. Soc. Sci. & Hum. 9(2): 87-93 (2001). ISSN: 0128·7702
: Universiti Putra Malaysia Press.
Rosli Hamid, Muhammad Faizal, Syed Kamaruzaan, Megat Ahmad dan Rahma Dewi
(2020). Kemurungan, Kebimbangan Dan Tekanan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan
Empat Di Daerah Kota Setar. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. E-ISSN:2289-9669.
Salye, H. (1993). History of Stress Concept. In. Goldberger & Breznitz (ed.). Handbook
of Stress: Theoretical And Clinical Aspects. New York: The Free Press, A Division of
Macmillan.
299
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
ASPEK EKSTRINSIK
DALAM NOVEL DAERAH ZENI KARYA A. SAMAD SAID
Anuar bin Mohd Len, Bong Koi Sin, Juhana binti Baba
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan novel Daerah Zeni sebagai novel yang
bermutu. Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat sejauh mana novel ini
membicarakan soal-soal yang ada hubung kait dengan aspek luaran (ekstrinsik).
Kajian terhadap aspek luaran juga akan dibincangkan kerana seseorang pembaca
atau pengkritik novel tidak seharusnya menumpukan kepada unsur dalaman novel itu
semata-mata. Dengan memberikan tumpuan yang banyak dan mungkin berlebihan
kepada unsur dalaman seperti yang diamalkan oleh golongan formalistik atau new
critic, seolah-olah kita sengaja memejamkan mata dalam melihat kebenaran
masyarakat di dalam novel itu. Novel jika dinilai bentuknya sendiri tanpa
menghubungkan dengan dunia luar seperti pengalamannya dalam masyarakat,
tingkah laku watak dengan tingkah laku manusia sebenar sebagai pengalaman
pengarangnya dan perhubungan atau pengaruh alam sekitar terhadap peribadi
pengarangnya, maka seolah-olah kita menutup sebelah mata dalam membuat
penilaian terhadap novel. Novel itu adalah bayangan daripada masyarakat sebenar
dan watak-watak yang digambarkan di dalamnya adalah cermin daripada kehidupan
manusia sebenar, maka novel itu mestilah juga dikaji daripada nilai-nilai luaran, iaitu
dilihat daripada perspektif kehidupan pengarangnya dalam sesuatu masyarakat,
melihat hubungan pengalaman dengan manusia sekitar dan mengkaji kehidupan,
motivasi dan tingkah laku watak yang mempunyai hubungan yang amat erat dengan
persekitaran masyarakat dan realiti manusia.
Kata Kunci: kehidupan manusia sebenar, manusia sekitar, tingkah laku watak, realiti
manusia
PENDAHULUAN
Kajian ini menggunakan novel Daerah Zeni (DZ) karya Sasterawan Negara A. Samad
Said yang telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984-1985. Novel ini dianggap
sebagai satu wawasan baharu dalam penghasilan novel Melayu kontemporari . Hasil
tangan A. Samad Said ini dianggap istimewa kerana teknik penceritaannya yang
berbeza dan menyimpang daripada kebiasaan. Menurut Fatimah Busu(1992:33),
novel ini mengetengahkan suatu konsep tentang penciptaan dan pembinaan novel
300
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
baru yang berbeza dengan amalan penulisan konvensional manakala Kamaruddin
Abdul Rahman (1995: 33), pula menyatakan bahawa novel ini tidak mempunyai plot
yang jelas. Penggunaan latar ruangnya juga pelbagai, mencampuradukkan pelbagai
latar masa seperti masa dahulu, kini dan masa depan. Novel ZD ini dikatakan rumit
untuk difahami oleh pembaca kerana sebahagian besar pengolahan teks kelihatan
begitu bebas. Persamaan novel DZ ini dengan karya-karya konvensional yang lain
ialah isi dan pemikirannya masih berkisar tentang hal-hal kemasyarakatan.
NOVEL DAERAH ZENI
Novel Daerah Zeni karya A.Samad Said adalah novel yang diterbitkan oleh Fajar Bakti
Sdn. Bhd., 1985. Novel ini terdiri daripada dua novel. Novel yang pertama ialah novel
yang ditulis oleh A.Samad Said sendiri. Novel yang kedua adalah novel yang ditulis
oleh watak yang bernama Lazri Meon yang merupakan salah seorang watak dalam
novel pertama. Maka, di dalam novel yang pertama terdapat novel yang kedua. Ini
boleh dikatakan cara baru dalam penulisan novel pada waktu itu. Dalam novel ini,
seorang watak bukan bercerita lisan seperti dalam ‘seribu satu malam’. Dalam novel
Daerah Zeni, seorang watak menulis sebuah novel. Jadi, ini adalah satu
pembaharuan cara bercerita. Dalam novel ini, terdapat tiga belas bab dengan
mencampuradukkan masa kini dan masa lampau. Jelas, A. Samad Said
menggunakan cara Nouveau Roman. Ada semacam rima dalam susunan bab novel
Daerah Zeni (Lufti Abas,1985), iaitu empat bab dimulakan dengan bahagian novel
Lazri Meon dan diakhiri dengan bahagian novel A.Samad Said, dua bab dimulakan
dan diakhiri bahagian novel Lazri Meon tetapi diselipi bahagian novel A.Samad Said,
satu bab dimulakan dengan bahagian novel Lazri Meon, kemudian diikuti bahagian
novel A.Samad Said, kemudian diikuti bahagian novel Lazri Meon dan diakhiri
bahagian novel A.Samad Said dan enam bab dimulakan dan diakhiri dengan
bahagian novel A.Samad Said.
SINOPSIS CERITA
Novel Daerah Zeni memaparkan kisah Zeni janda muda mempunyai seorang adik,
Zedi yang lumpuh dan seorang bapa, Lazri Meon yang menjadi pengarang penyendiri.
Zeni mempunyai kekasih, iaitu Ehran, seorang pekerja buruh binaan. Bekas
suaminya, Mohdi selalu mengganggu kehidupannya. Manusia di sekelilingnya inilah
301
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
yang menjadi sebagai daerah tempat Zeni bergerak dan hidup, tempat Zeni
berinteraksi dan berkonflik. Dia sangat mencintai adiknya, lantas dia sanggup
menjaga adiknya Zedi di rumah sakit orang cacat dan terpaksa menahan perasaan
untuk tidak segera berkahwin semula walaupun dia mencintai kekasihnya Ehran. Dia
terpaksa berani berhadapan dengan bekas suaminya Mohdi. Dalam keadaan begitu,
Zeni dapat membentuk jiwa dan peribadinya melalui pemahamannya yang mendalam
terhadap tingkah laku dan tindakan manusia di sekelilingnya.
Di samping cerita dasar ini terdapat pula sebuah kisah lain yang tersisip dalam cerita
pokoknya dalam bentuk manuskrip novel yang ditulis oleh bapa Zeni sendiri. Bab-
bab tertentu daripada manuskrip novel itu dibaca oleh watak-watak penting dalam
novel ini seperti Zeni, Zedi, Zirah (kawan Zedi) dan Ehran. Cerita dalam manuskrip
novel itu tidak lengkap, ada bab-bab yang didapati hilang dan tidak ditemui oleh Zeni.
Bab-bab yang ada adalah tentang kisah wujudnya sekumpulan orang Melayu,
daripada golongan rakyat dan bangsawan yang bangkit menentang penjajah Inggeris
dalam abad kesembilan belas iaitu selepas berlaku peristiwa pembunuhan Birch di
Pasir Salak. Dalam manuskrip inilah tergambar jelas perasaan dan perjuangan
watak-watak wira Melayu seperti Hamdar, Dol Zaleh, Raja Dabet dan Mardi. Kisah ini
mengajar Zeni dan Zedi supaya memberikan kekuatan dalam perjalanan mereka
menempuh gelombang hidup.
PENGARANG A. SAMAD SAID
Nama penuhnya Abdul Samad bin Mohammad Said yang dilahirkan pada 9 April 1935
di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Dia tidak begitu lancar
berbicara kerana gagapnya, namun terasa kemesraan dan jalan fikirannya yang jelas
dan teratur (Baharuddin Zainal, 1981). Beliau dikenali juga dengan Hilmy, Isa
Dahnuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. A. Samad Said merupakan anak
kedua Encik Mohammad Said bin Yusof dan Che Aminah binti Hj. Amin. Semasa
berusia enam bulan dia dibawa oleh ibu bapanya ke Singapura. Di situlah dia
dibesarkan. Mereka tinggal di kawasan sesak berhampiran dengan Jalan Syed Alwi
dan Lorong Lalat. Tempat tersebut agak sepadan dengan kadar pendapatan ayahnya
yang bekerja sebagai inspektor bas.
302
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Beliau mendapat pendidikan dasar dan menengah di Singapura. Tetapi beliau
terpaksa berhenti apabila Jepun mendarat dan memerintah pulau Singapura pada 15
Februari 1942 dan terpaksa bersekolah Jepun tetapi tidak lama. Setelah Jepun kalah,
A.Samad Said meneruskan pelajaran Melayunya di Sekolah Melayu Kota Raja
sehingga lulus Darjah IV, tahun 1946. Kemudian beliau memasuki Sekolah Inggeris
Monks Hill sampai lulus darjah V melalui ‘Special Malay Class’. Seterusnya beliau
melanjutkan pelajarannya ke kelas petang di Victoria Institution. Seterusnya beliau
belajar sendiri hingga memperolehi Sijil Senior Cambridge pada tahun 1956.
Berhubung dengan penulisan novel, A.Samad Said berpegang pada konsep
‘historical’. Menurutnya, kebanyakan novelnya mempersoalkan sejarah masyarakat
khususnya zaman perang, dengan itu pembaca boleh mengetahui sejarah waktu
hendak, sedang dan sesudah perang. Kejayaan A.Samad Said dalam bidang
penulisan khususnya novel turut dipengaruhi oleh ketelitiannya sewaktu membaca.
Beliau menyalin semula bahagian-bahagian yang menarik hatinya, terutama bahagian
pelukisan atau pewarnaan tempat, watak dan keadaan. Penelitian sedemikian
akhirnya menjadikan beliau seorang penulis yang terlalu detail.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ke atas novel yang dilihat daripada aspek perhubungan luaran ini disebut
sebagai pendekatan ekstrinsik atau perspektivistik (S. Othman Kelantan, 1985).
Pertimbangan luaran ini dilihat atas alasan bahawa manusia itu sebenarnya ialah
makhluk sosial, makhluk sejarah, makhluk agama dan falsafah, makhluk psikologi,
makhluk politik dan makhluk antropologi. Melihat novel daripada aspek-aspek ini lebih
memperlihatkan nilai novel sebagai karya seni yang merakamkan realiti masyarakat
dan mungkin dapat dijadikan sebagai satu bahan dokumen untuk melihat
perkembangan dan proses tamadun manusia dalam sesuatu zaman tertentu.
PERSOALAN PENYELIDIKAN
1.Apakah faktor- faktor ekstrinsik yang terlihat dalam penghasilan novel DZ ini?
2. Bagaimanakah faktor-faktor ini memberikan impak kepada penghasilan novel DZ
ini?
303
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
3. Sejauh mana aspek-aspek ekstrinsik ini dapat memperlihatkan nilai novel sebagai
karya seni yang merakamkan realiti masyarakat dan dapat dijadikan sebagai satu
bahan dokumen untuk melihat perkembangan dan proses tamadun manusia dalam
sesuatu zaman tertentu.
REKA BENTUK PENYELIDIKAN
Reka bentuk penyelidikan-kualitatif.
Strategi - kajian teks.
Teknik - analisis kandungan dokumen.
DAPATAN PENYELIDIKAN
Moral-Sikap bertanggungjawab dan hormat sesama manusia - watak Zeni sebagai
seorang janda sanggup untuk tidak berkahwin lagi semata-mata untuk menjaga
adiknya terlebih dahulu dan sering melawat adiknya di rumah orang cacat untuk
mengetahui perkembangan diri adiknya dari hari ke hari.
- Sikap ingin berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Zedi,
walaupun lumpuh kakinya, dia mahu hidupnya ditentukan oleh dia sendiri bukan oleh
simpati keluarganya.
Semangat cinta akan tanah air. Ehran, ingin membina seberapa banyak bangunan di
negara ini untuk membangunkan tanah air bagi kepentingan penduduk-penduduknya.
-Kejahatan dan keburukan manusia. Mohdi, bekas suami Zeni suka berfoya-foya dan
kaki perempuan di Hatyai, Bangkok dan Medan walaupun telah mempunyai seorang
isteri dan dua orang anak di Kangar, Perlis.
Unsur Sejarah-Terdapat peristiwa pembunuhan Birch di Pasir Salak. Peristiwa ini
diceritakan oleh Lazri Meon di dalam manuskrip beliau. Peristiwa penentangan
terhadap Malayan Union. Penentangan ini dilakukan oleh orang Melayu yang merasa
kedudukan mereka tergugat. Perlembagaan Malayan Union telah berkuatkuasa pada
1 April 1946 dan menerima bantahan.
-Selain itu, A.Samad Said juga memberi gambaran mengenai peristiwa ancaman
komunis yang menggugat kestabilan politik dan ekonomi satu waktu dulu. Beliau juga
memberi sedikit gambaran mengenai peristiwa darurat seperti yang dialami oleh
watak Lazri Meon. Unsur Agama- Pada permulaan cerita, pembaca ditemukan
dengan peristiwa Israk Mikraj serta sembahyang tahajud.
304
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
“Malam nanti dia ingin lanjut membaca kisah Israk dan Mikraj dan pada larut
malamnya pula dia ingin sembahyang tahajud, meminta perlindungan dan hidayah.”
Unsur politik- Antaranya adalah beberapa buah parti politik berkempen sewaktu
menghadapi pilihan raya. Keadaan yang digambarkan dalam novel ini adalah kisah
sebenar daripada pengalaman manusia. “Saya bukan dari parti pemerintah, saya
bukan dari parti pembangkang. Saya calon bebas – suara hati nurani tuan-tuan
semua.”
-Pendekatan politik seperti yang dikemukakan oleh A. Samad Said tidaklah
menunjukkan yang beliau terpengaruh dengan ideologi-ideologi tertentu. Sebaliknya
beliau hanya membicarakan sikap watak-watak yang berkenaan dalam mengharungi
aras kehidupan yang ada kaitannya dengan unsur politik.
KESIMPULAN
Pengkaji berpendapat mengenal pasti dan mengetahui perkara-perkara luar amat
penting untuk membantu pengkaji meneliti keadaan masyarakat dan manusia yang
dirakamkan itu. Pendedahan ekstrinsik yang bersifat luaran membuktikan novel itu
bukan dongeng seperti cerita-cerita penglipur lara. Dengan kebenaran ekstrinsik di
dalam novel, maka dapatlah dianggap bahawa novel itu sebenarnya dihasilkan untuk
manusia yang menggambarkan kesedaran manusia yang sebenarnya, bukan
dongeng atau khayalan yang tidak berasas.
RUJUKAN:
A.Samad Said. 1985. Daerah Zeni. Selangor : Fajar Bakti.
A.Samad Said. 1991. Bersama Samad ke Daerah Zeni. Selangor : Marwillis
Publisher &Distributor.
Abdullah Hussain. 1997. Sastera memperkukuh kepercayaan beragama. Dlm. Urus
Setia Panel Anugerah Sastera Negara (pngr.). Sastera dan kemanusiaan, hlm. 109-
121. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arpan Shahbudin. 1999. Sastera harus membentuk moral. Dewan Sastera April :
9.Fatimah Busu. 1992. Daerah Zeni: kolaj novel Malaysia masa depan. Dewan
Sastera Oktober :82.
Hashim Awang. 1998. Teori dan kritikan kesusasteraan Melayu. Dewan Sastera
Oktober :92-93.
305
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
PERSEPSI SISWA GURU IPG KAMPUS PULAU PINANG TERHADAP PEMBELAJARAN
DALAM TALIAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Mohd Azolman Bin Zulkufl, Ph.D
([email protected])
Mohd Zaki Bin Ismail, Ph.D
([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP)
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi para siswa
guru Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang terhadap pelaksanaan
pembelajaran secara dalam talian yang dijalankan semasa Perintah Kawalan
Pergerakan. Kajian ini melibatkan 96 orang siswa guru khususnya yang mengambil
bidang Pengajian Agama Islam. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang
menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan nilai min. Borang soal selidik
digunakan untuk mengkaji lima aspek, iaitu kandungan pembelajaran dalam talian,
interaksi atas talian, maklum balas pensyarah, strategi motivasi yang digunakan oleh
pensyarah dan kemudahan mengakses aplikasi pembelajaran dalam talian. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa kelima-lima aspek yang dikaji di dalam kajian ini, min
berada pada tahap tinggi, iaitu kandungan pembelajaran dalam talian (3.76) dan
interaksi dalam talian (3.93), maklum balas pensyarah (4.26), strategi motivasi yang
digunakan oleh pensyarah (4.31) dan kemudahan mengakses aplikasi pembelajaran
dalam talian (4.10). Justeru itu, kesediaan pengetahuan, kemahiran dan komitmen
siswa guru dan pensyarah dituntut untuk memastikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam talian mengikut norma baharu ini dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan.
Kata kunci: persepsi, siswa guru, pembelajaran dalam talian
PENDAHULUAN
Virus COVID-19 telah melanda seluruh dunia dan negara Malaysia juga tidak
terkecuali. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf penyakit ini
sebagai pandemik kerana penyakit ini merupakan penularan sesebuah wabak
penyakit yang baru di seluruh dunia (Ehwan, 2020). Kerajaan Malaysia telah
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020, sehingga
31 Mac 2020 di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan
306
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
budaya telah dilaksanakan. Institusi pendidikan daripada semua peringkat juga tidak
terkecuali diarahkan tutup sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh banyak
merubah lanskap kehidupan rakyat Malaysia dalam semua peringkat terutamanya
pendidikan. Pendidikan yang dahulunya bersemuka telah berubah ke arah dalam
talian. Hal ini menuntut para pendidik untuk menambah baik kemahiran dan
penguasaan ilmu TMK ke tahap yang lebih berkesan (Fadzliyah et.al, 2020)
penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Proses PdP menggunakan teknologi lebih menarik kerana bahan
penyampaian adalah secara interaktif, realiti, inovatif dan eksplorasi serta boleh
diakses di mana-mana sahaja (Abd Hakim et.al, 2018). Namun, perubahan
pengajaran dalam talian merupakan cabaran baharu kepada siswa guru yang
merupakan bakal pendidik akan datang. Mereka berperanan untuk meneruskan
kelangsungan pendidikan secara kreatif dan inovatif bagi mendepani cabaran abad
ke-21. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti
persepsi para siswa guru terhadap pelaksanaan pengajaran dalam talian.
PERNYATAAN MASALAH
Perubahan corak pengajaran bersemuka ke pengajaran secara dalam talian telah
mendatangkan pelbagai keluhan dalam kalangan pendidik dan pelajar. Ia telah
memberikan implikasi besar terhadap pengalaman individu yang melaluinya sama
ada mereka berada di kawasan bandar mahupun di kawasan pedalaman (Abdul Aziz
& Aida Zuraina, 2020). Antara isu yang dibangkitkan adalah isu kebolehcapaian
internet dan kestabilan platform pengajaran, pengurusan emosi dan motivasi. Isu
kebolehcapaian internet dan kestabilan platform pengajaran merupakan isu yang
sering dibincangkan tentang pengajaran secara dalam talian. Pembelajaran secara
dalam talian agak sukar dijalankan bagi mereka yang menghadapi masalah internet
khususnya di luar bandar (Fadzliyah et.al, 2020). Mereka yang tidak mempunyai
akses rangkaian internet yang baik di kediaman mereka, terutamanya di kampung dan
pedalaman (Bernama, 2020) telah menyebabkan ketinggalan dalam pembelajaran.
307
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Peningkatan penggunaan internet terutamanya pada saat wabak Covid-19 ini menular
telah mengakibatkan masalah trafik di talian dan seterusnya menjejaskan kelajuan
muat turun data (Muhammad Nazhan, 2020). Kualiti kelajuan muat turun jaringan 4G
di Malaysia yang berada pada kedudukan 20 terendah di dunia (Opensignal, 2018)
menjadikan kualiti perkhidmatan jalur lebar mudah alih akan lebih terjejas. Bagi
memastikan pembelajaran secara dalam talian dapat dikuti dengan baik, pelajar perlu
memilih jenis talian yang mempunyai capaian internet yang baik di kawasan mereka.
Bagi pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman, agak sukar bagi mereka untuk
mendapat capaian internet dengan baik dan ada juga di kawasan mereka yang tidak
ada langsung capaian internet. Hal ini merupakan cabaran yang besar kepada
pendidik untuk menjalankan sesi pengajaran di luar kelas. Selain itu, isu pengurusan
emosi dan motivasi juga dikaitkan dengan impak terhadap pengajaran dalam talian.
Hal ini kerana rata-rata dalam kalangan pelajar IPT menghadapi masalah daripada
aspek emosi yang kurang stabil apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran
sepanjang tempoh pelaksanaan pembelajaran dalam talian seperti tugasan-tugasan
yang diberikan oleh para pensyarah (Muhammad Izzat et. al, 2020). Pendedahan
yang terlalu lama kepada skrin komputer dan telefon bimbit juga menjadi punca
tekanan emosi yang negatif (Shazarina et. al, 2020).
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti persepsi siswa guru terhadap kandungan pembelajaran dalam
talian.
2. Mengenal pasti persepsi siswa guru terhadap interaksi atas talian.
3. Mengenal pasti persepsi siswa guru terhadap maklum balas pensyarah.
4. Mengenal pasti persepsi siswa guru terhadap strategi motivasi oleh pensyarah.
5. Mengenal pasti persepsi siswa guru terhadap kemudahan mengakses aplikasi
pembelajaran dalam talian.
308
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian di atas, adalah diharapkan kajian ini dapat menjawab
persoalan seperti yang berikut:
1. Apakah persepsi siswa guru terhadap kandungan pembelajaran dalam
talian?
2. Apakah persepsi siswa guru terhadap interaksi dalam talian?
3. Apakah persepsi siswa guru terhadap maklum balas pensyarah?
4. Apakah persepsi siswa guru terhadap strategi motivasi yang
digunakan oleh pensyarah?
5. Apakah persepsi siswa guru terhadap kemudahan mengakses
aplikasi pembelajaran dalam talian?
SOROTAN KAJIAN
Pembelajaran secara dalam talian atau e-pembelajaran adalah pembelajaran yang
melibatkan penggunaan internet untuk mengakses bahan pembelajaran dan
berinteraksi dengan kandungan, pendidik dan rakan pelajar. Pembelajaran ini juga
dianggap sebagai peluang pembelajaran yang fleksibel daripada akses dan pelbagai
cara pemerolehan (Kok Boong Shion, 2016). Tujuannya untuk memperoleh
pengetahuan, membina sesuatu yang bermakna dan membolehkan sokongan
semasa pembelajaran berlaku di samping mengembangkan potensi diri hasil daripada
pengalaman (Ally, 2004).
Kaedah pembelajaran juga didefinisikan sebagai satu sistem penyampaian ilmu
secara elektronik yang biasanya lebih dikenali sebagai sistem pengurusan
pembelajaran, sistem pembelajaran virtual dan sistem pengurusan kandungan yang
disokong dengan isi pembelajaran dan kemudahan infrastruktur. Malah pandemik
covid 19 menuntut pembelajaran dalam talian diaplikasikan secara berterusan bagi
kelangsungan sistem pendidikan (Zawiah Baharom, 2020). Pengaplikasian e-
pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu medium
yang berkesan bagi sesebuah institusi pengajian tinggi dalam mencapai misi dalam
309
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
menyediakan kemudahan pembelajaran yang kondusif bagi mencapai dasar
pembelajaran berkualiti (Hazwani, Noor Raudhiah & Norziah, 2017).
Pembelajaran dalam talian menggalakkan pelajar membentuk cara belajar dan
berinteraksi di dalam kelas. (Muhammad Amin, 2012). Kaedah ini berupaya untuk
menyokong, memotivasikan perbincangan secara tidak formal, berdialog,
berkolaboratif dan berkongsi ilmu secara meluas (Muhammad Amin, 2013). Malah,
pembelajaran tidak memerlukan komunikasi bersemuka dan berlaku secara elektronik
dan digital (Abd Kadir, 2016). Bahan pembelajaran mudah diakses secara maya di
mana sahaja, tanpa mengira waktu dan sempadan. Hal in mempercepatkan proses
pengajaran malah dapat menggalakkan pelajar membiasakan pembelajaran kendiri.
Pembelajaran dalam talian juga memberi peluang kepada murid belajar secara
berkesan dengan bimbingan yang minimum serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronok dan mencabar (Ahmad Zaki. et.al, 2014).
Pembelajaran dalam talian menuntut budaya pembelajaran yang efektif bagi
memotivasikan pelajar untuk belajar. Kajian Faridah dan Afham (2019) mendapati
pembelajaran secara dalam talian merupakan medium internet yang menggunakan
kaedah pengajaran secara aktif. Hal ini kerana penggunaan aplikasi teknologi yang
meluas membolehkan pelajar berinteraksi dan berkongsi maklumat secara aktif.
Menurut Ahmad Zaki. et.al, (2014) dapatan tinjauan yang dilakukan kepada kajian-
kajian tentang penggunaan aplikasi dalam talian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran menunjukkan ia dapat menarik minat pelajar di samping meningkatkan
lagi keberkesanannya.
METODOLOGI KAJIAN
Pendekatan kajian yang dipilih adalah secara kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan.
Seramai 96 orang pelajar guru dalam bidang Pengajian Agama Islam di Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah mengambil bahagian sebagai
responden kajian ini. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data secara
terus daripada responden kajian kerana data mudah diperoleh dengan cepat dan
keupayaan keputusan kajian untuk digeneralisasikan pada populasi dengan tepat dan
berkesan (Chu Yan Piaw, 2014). Soal selidik diedarkan melalui borang Google form
310
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
kepada responden kajian. Data kuantitatif dianalisis terus dengan perisian Statistical
Package for Social Science(SPSS) versi 24.0 untuk mendapatkan skor min bagi
setiap aspek yang dinilai. Borang soal selidik kajian telah diadaptasi daripada kajian
“Persepsi Pelajar Kolej Universiti Melaka Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran dalam
Talian dalam era Pandemik Covid-19” oleh Muhammad Izzat et. al, 2020 . Lima aspek
yang dikaji iaitu (i) kandungan pembelajaran, (ii) interaksi dalam talian, (iii) maklum
balas pensyarah, (iv) strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah dan (v)
kemudahan mengakses aplikasi pembelajaran dalam talian. Skala lima likert telah
digunakan sebagai panduan kepada responden kajian untuk menjawab item-item
dalam soal selidik. Jadual 1.0 berikut menunjukkan skor penilaian skala likert yang
digunakan bagi bahagian ini:
Jadual 1: Skor Skala Likert
Penyataan Skor
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Kurang Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5
Kebolehpercayaan Instrumen
Kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) telah diperolehi melalui kajian rintis dijalankan
yang melibatkan seramai 30 orang responden menjawab instrumen kajian. Menurut
Othman Talib, (2016) pemilihan saiz sampel kajian rintis seramai 30 orang sudah
memadai bagi menghasilkan taburan data yang normal seperti ciri-ciri populasi. Nilai
pekali kebolehpercayaan yang diperoleh hasil daripada kajian rintis akan
dibandingkan dengan Jadual Nilai Kebolehpercayaan (Lim, 2007) bagi mengenal pasti
item yang memerlukan penambah baikan, pengubahsuaian atau disingkirkan
daripada instrumen.
311
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Jadual 2: Panduan Tahap Nilai Pekali Kebolehpercayaan
Pekali kebolehpercayaan Tahap kebolehpercayaan
.90 dan ke atas Amat baik
.80-.89 Baik
.60-.79 Sederhana
.40-.59 Diragui
.00-.39 Ditolak
Keputusan analisis menunjukkan bahawa nilai Cronbach Alpha keseluruhan bagi
instrumen penilaian ini adalah .95. Ini menunjukkan bahawa instrumen penilaian ini
mempunyai nilai kebolehpercayaan yang amat tinggi dan mempunyai ketekalan
dalaman yang melebihi .70. Hal Ini menunjukkan bahawa instrumen penilaian ini
mempunyai nilai kebolehpercayaan yang amat tinggi.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian diperolehi melalui data persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam
talian yang merangkumi lima aspek, iaitu kandungan pembelajaran, interaksi dalam
talian, maklum balas pensyarah, strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah
dan kemudahan mengakses aplikasi pembelajaran dalam talian. Kajian ini juga
menggunakan dan merujuk kepada interpretasi skor min yang dikemukakan oleh
Pallant (2011) seperti yang berikut.
Jadual 3: Interpretasi Skor Min
Tahap Skor Min
Tinggi 3.67-5.00
Sederhana 2.34-3.66
Rendah 1.00-2.33
Kandungan Pembelajaran Dalam Talian
Dapatan kajian menunjukkan para pelajar berpendapat topik perbincangan dalam
pembelajaran dalam talian dapat mencabar minda mereka mempunyai nilai skor min
312
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
yang paling tinggi iaitu 4.13. Bahan rujukan banyak membantu mereka untuk
memahami pembelajaran pula mempunyai nilai min 4.07. Seterusnya kandungan
pembelajaran dalam talian adalah bersesuaian dengan kursus yang diambil
mempunyai nilai min yang tinggi iaitu 3.89.
Manakala perbincangan semasa pembelajaran dalam talian memudahkan pelajar
untuk bertanya kepada pensyarah secara terus mendapat nilai min yang sederhana
iaitu 3.33 dan akhir sekali persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian
membantu mereka memahami perkara yang sukar mendapat nilai min yang terendah
iaitu 3.38. Secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap kandungan
pembelajaran dalam talian adalah pada tahap tinggi pada nilai skor min 3.76. Jadual
2 menunjukkan analisis skor min persepsi pelajar terhadap kandungan pembelajaran
dalam talian.
Jadual 2: Persepsi Pelajar Terhadap Kandungan Pembelajaran Dalam Talian
No Pernyataan Nilai Tahap
Tinggi
. Min Tinggi
Sederhana
1 Kandungan pembelajaran dalam talian sesuai 3.89 Sederhana
dengan kursus yang saya ambil Tinggi
Tinggi
2 Topik perbincangan dalam pembelajaran dalam 4.13
talian mencabar minda saya
3 Perbincangan semasa pembelajaran dalam talian 3.38
membantu saya memahami perkara yang sukar
4 Perbincangan semasa pembelajaran dalam talian 3.33
memudahkan saya bertanya dengan pensyarah
secara terus
5 Bahan rujukan (cth; pautan, nota) banyak 4.07
membantu saya dalam pembelajaran dalam talian
Keseluruhan 3.76
Interaksi Dalam Talian
Analisis skor min menunjukkan nilai yang paling tinggi pada pernyataan pensyarah
menggalakkan pelajar berinteraksi antara satu sama lain semasa pembelajaran
dalam talian, iaitu dengan nilai 4.29. Perbincangan antara rakan sekursus membantu
mempertingkatkan kefahaman pelajar pula mendapat nilai min 4.12.
313
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Seterusnya interaksi pensyarah dengan pelajar membantu memahami pembelajaran
mempunyai nilai min sebanyak 4.05. Perbincangan antara pensyarah dan pelajar
berjalan secara konsisten sepanjang semester pula menunjukkan nilai min sebanyak
3.96 dan akhir sekali persepsi pelajar terhadap kemudahan untuk menyertai
perbincangan dalam talian untuk menyiapkan tugasan mempunyai nilai min yang
terendah iaitu 3.21. Secara keseluruhannya persepsi pelajar terhadap pembelajaran
dalam talian daripada sudut interaksi dalam talian adalah masih pada tahap tinggi
pada nilai min 3.93. Jadual 3 menunjukkan analisis skor min persepsi pelajar
terhadap pembelajaran dalam talian daripada sudut interaksi atas talian.
Jadual 3: Interaksi Dalam Talian
No Pernyataan Nilai Tahap
. Min
1 Perbincangan antara pensyarah dan pelajar 3.96 Tinggi
berjalan secara konsisten sepanjang semester
2 Perbincangan antara rakan sekursus banyak 4.12 Tinggi
membantu mempertingkatkan kefahaman saya
3 Saya berasa lebih mudah menyertai perbincangan 3.21 Sederhana
dalam talian dengan rakan-rakan untuk
menyiapkan tugasan
4 Pensyarah saya menggalakkan pelajar 4.29 Tinggi
berinteraksi antara satu sama lain semasa
pembelajaran dalam talian
5 Interaksi antara pensyarah dan pelajar membantu 4.05 Tinggi
saya memahami pembelajaran dalam talian
Keseluruhan 3.93 Tinggi
Maklum Balas Pensyarah
Analisis skor min yang mempunyai nilai tertinggi adalah pada pernyataan pensyarah
memberi maklumat tambahan yang diperlukan pelajar pada nilai 4.34 manakala
pernyataan pensyarah memberi maklum balas segera terhadap persoalan pelajar
mendapat nilai min sebanyak 4.26. Seterusnya persepsi pelajar terhadap kefahaman
pelajar tentang maklum balas pensyarah telah mendapat nilai min sebanyak 4.25 dan
nilai min bagi pernyataan yang menyatakan pensyarah memberi jawapan yang pelajar
kehendaki mendapat nilai yang terendah iaitu 4.19. Secara keseluruhannya, persepsi
314
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
pelajar terhadap pembelajaran dalam talian daripada sudut maklum balas pensyarah
adalah pada tahap tinggi pada nilai skor min 4.26. Jadual 4 menunjukkan analisis skor
min bagi persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian daripada sudut maklum
balas pensyarah.
Jadual 4: Persepsi Pelajar Dari Sudut Maklum Balas Pensyarah
No Pernyataan Nilai Tahap
Tinggi
. Min Tinggi
Tinggi
1 Pensyarah saya memberi maklum balas segera 4.26 Tinggi
Tinggi
terhadap persoalan saya
2 Pensyarah memberi jawapan yang saya 4.19
kehendaki
3 Pensyarah memberi maklumat tambahan yang 4.34
saya perlukan
4 Saya memahami maklum balas yang disampaikan 4.25
oleh pensyarah
Keseluruhan 4.26
Strategi Motivasi yang Digunakan oleh Pensyarah
Analisis skor min tertinggi pada pernyataan pensyarah memberi motivasi dan galakan
kepada pelajar yang hadir dalam pembelajaran dalam talian dengan nila 4.37.
Pensyarah menggalakan semua pelajar menyertai perbincangan semasa
pembelajaran dalam talian mendapat nilai min sebanyak 4.32. Persepsi pelajar
terhadap pensyarah menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pembelajaran
dalam talian mendapat nilai min 4.31 dan nilai min yang terendah pula adalah pada
pernyataan pensyarah menggunakan maklum balas pelajar bagi menggalakkan
perbincangan semasa pembelajaran dalam talian mendapat nilai 4.32. Secara
keseluruhannya persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian daripada sudut
strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah adalah pada tahap sederhana
dengan nilai min 4.31. Jadual 5 menunjukkan analisis nilai skor min bagi persepsi
pelajar terhadap pembelajaran dalam talian daripada sudut strategi motivasi yang
digunakan oleh pensyarah.
315
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Jadual 5: Persepsi Pelajar Dari Sudut Strategi Motivasi
Pernyataan Nilai Tahap
Tinggi
No Min Tinggi
Tinggi
. Tinggi
1 Pensyarah menggalakkan saya untuk mengambil 4.31 Tinggi
bahagian dalam pembelajaran dalam talian
2 Pensyarah memberi motivasi dan galakan apabila 4.37
saya hadir dalam pembelajaran dalam talian
3 Pensyarah menggunakan maklum balas saya 4.25
bagi menggalakkan perbincangan semasa
pembelajaran dalam talian
4 Pensyarah memberi motivasi untuk 4.32
menggalakan semua pelajar menyertai
perbincangan semasa pembelajaran dalam
talian
Keseluruhan 4.31
Kemudahan Mengakses Aplikasi Pembelajaran Dalam Talian
Analisis skor min tertinggi menunjukkan pelajar tahu mengakses aplikasi dalam talian
yang digunakan oleh pensyarah semasa pembelajaran dalam talian dengan nilai
4.41. Nilai min yang ditunjukkan pada pernyataan pensyarah menggunakan aplikasi
yang memudahkan pelajar untuk menghantar maklum balas atau tugasan
mempunyai nilai min iaitu 4.31. Persepsi pelajar terhadap paparan aplikasi
pembelajaran dalam talian yang digunakan oleh pensyarah mempunyai nilai min
sebanyak 4.16 dan pernyataan tentang maklum balas atau tugasan yang dihantar
tidak hilang mempunyai nilai min 4.08. Manakala yang terakhir ialah pelajar boleh
mengakses aplikasi pembelajaran dalam talian yang digunakan pensyarah dengan
mudah tanpa gangguan internet mempunyai nilai min terendah iaitu 3.55. Secara
keseluruhannya persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian daripada sudut
kemudahan mengakses aplikasi pembelajaran dalam talian adalah pada tahap
sederhana pada nilai skor min 4.10. Jadual 6 menunjukkan analisis skor min bagi
persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian daripada sudut kemudahan
mengakses aplikasi pembelajaran dalam talian yang digunakan oleh pensyarah
dalam kursus yang diambil.
316
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Jadual 6: Persepsi Pelajar Dari Sudut Kemudahan Mengakses
Aplikasi Pembelajaran Dalam Talian
No Pernyataan Nilai Tahap
. Min
1 Saya tahu mengakses aplikasi pembelajaran 4.41 Tinggi
dalam talian yang digunakan oleh pensyarah
2 Saya boleh mengakses aplikasi pembelajaran 3.55 Tinggi
dalam talian yang digunakan oleh pensyarah
dengan mudah tanpa gangguan internet
3 Pensyarah menggunakan aplikasi pembelajaran 4.31 Tinggi
dalam talian yang memudahkan saya untuk
menghantar maklum balas atau tugasan yang
diberikan
4 Maklum balas atau tugasan yang dihantar tidak 4.08 Tinggi
hilang
5 Saya suka dengan paparan aplikasi 4.16 Tinggi
Tinggi
pembelajaran dalam talian yang digunakan oleh
pensyarah
Keseluruhan 4.10
PERBINCANGAN
Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan nilai min terhadap kelima-lima
aspek yang dikaji dalam pembelajaran dalam talian berada pada tahap yang tinggi.
Nilai min daripada aspek strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah
memperoleh nilai min yang paling tinggi iaitu 4.31 dan diikuti maklum balas pensyarah
(4.26), kemudahan mengakses aplikasi pembelajaran dalam talian (4.10), interaksi
dalam talian (3.93) dan kandungan dalam talian (3.76).
Dapatan ini menjelaskan bahawa strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah
merupakan elemen penting dalam pembelajaran secara aktif dalam talian. Hal ini
kerana pembelajaran dalam talian memerlukan komitmen pelajar untuk melakukan
tugasan secara kendiri. Dapatan ini menepati kajian yang dilakukan oleh Kearsley et
al., (1995) yang mengatakan bahawa peranan pensyarah adalah faktor penting yang
mempengaruhi penyertaan pelajar dalam pembelajaran dalam talian. Dapatan ini
selari dengan kajian Siti Azura A. Hasan; Suzana Zainol Abidin dan Zulkurnain
317
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Hassan (2021) yang menunjukkan bahawa keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran berpunca daripada peranan dan strategi pensyarah yang efektif dalam
pembelajaran pelajar. Dapatan ini juga selari dengan cadangan Abdul Aziz & Aida
Zuraina (2020) agar pensyarah mempelbagaikan penggunaan platform komunikasi
dan kaedah penyampaian agar minat pelajar dalam memahami sesuatu topik dapat
ditingkatkan.
Selanjutnya, dapatan bagi aspek maklum balas pensyarah menduduki tempat yang
kedua. Dapatan ini selari dengan kajian Suprato (2018) yang menunjukkan
komunikasi aktif dan efektif mempengaruhi pembelajaran pelajar secara dalam talian.
Dapatan ini disokong oleh Aviv & Golan (1998) dan Kearsley, et al. (1995) bahawa
penglibatan pensyarah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi penyertaan
pelajar dalam talian. Persediaan dan perancangan pensyarah sebelum kelas
dijalankan adalah penting bagi memastikan sesi PdP dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan aktiviti yang dilaksanakan membantu menyelesai permasalahan yang
dihadapi oleh pelajar. Selain daripada itu, komunikasi yang efektif juga membantu
dalam memperbaiki perhubungan (Raudah, 2017) dan membantu aktiviti
penyelesaian masalah. Dengan wujudnya interaksi ini, pengalaman dan pengetahuan
mereka dapat dikongsi bersama dan seterusnya memberi manfaat kepada mereka
(Nurul Salmi & Mohd Isha, 2014). Aspek kemudahan mengakses aplikasi
pembelajaran secara dalam talian juga berada pada tahap yang tinggi. Hal ini
menunjukkan bahawa isu kebolehcapaian internet bukan masalah yang utama kerana
pelajar mempunyai kebolehcapaian internet yang baik bagi mengikuti pembelajaran
dalam talian. Dapatan in selari dengan kajian Adenan, N., & Yusof, Y. (2019) namun
sedikit berbeza dengan dapatan kajian Muhammad Izzat, Zuriani Hanim & Nur
Hafizaliyana (2020) yang berada pada tahap sederhana. Keadaan ini mungkin
disebabkan oleh pelbagai situasi yang berlaku di lapangan seperti keadaan bentuk
muka bumi yang tidak dapat dicapai melalui frekuensi. Kebolehan untuk mengakses
pembelajaran secara dalam talian dengan baik juga mungkin berpunca daripada
tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus
mempertingkat usaha menangani masalah capaian internet yang dihadapi oleh
penduduk di seluruh negara. Kesungguhan untuk mempertingkatkan usaha
318
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
menangani masalah capaian internet dapat dilihat melalui kenyataan media bertarikh
8 Februari 2021.
Aspek interaksi pembelajaran dalam talian dan kandungan pembelajaran merupakan
aspek yang memperoleh nilai min yang paling rendah berbanding lain-lain aspek
namun masih berada pada tahap yang tinggi. Hal ini membuktikan para pelajar
berjaya menguasai isi pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah melalui interaksi
dalam talian dan bahan maklumat yang diperolehi. Dapatan ini selari dengan kajian
Siti Azura A. Hasan; Suzana Zainol Abidin dan Zulkurnain Hassan (2021) bahawa
penggunaan internet yang kerap memudahkan pelajar meluaskan pengetahuan
berkaitan dengan topik yang dipelajari. Pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan internet menjadi lebih menarik kerana ia menggalakkan pelajar untuk
berfikir, membuat keputusan serta menjadi lebih kreatif dalam pencarian maklumat
(Haslinda, Rafidah & Mohd Firdaus, 2010). Hal ini demikian kerana capaian internet
melalui laman-laman web menyediakan fakta yang boleh digunakan untuk
menyiapkan projek kerja sekolah dan membina kajian (Hassan & Raja Abdul Rashid,
2012). Goyat dan Chaudhary (2013) juga berpendapat penggunaan teknologi
maklumat dapat membantu dalam peningkatan pencapaian dalam bidang pendidikan.
RUMUSAN
Penularan wabak covid 19 menuntut pembelajaran dalam talian menjadi pilihan utama
bagi mengatasi masalah penjarakan dalam aktiviti pengajaran. Hal ini merubah corak
pengajaran bersemuka ke arah pembelajaran secara maya. Pensyarah perlu
berusaha untuk menjadi kreatif bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran khususnya
dalam talian untuk merealisasikan pembelajaran yang aktif. Pembelajaran dalam
talian memerlukan komitmen dan sokongan yang berterusan daripada pelbagai pihak
seperti pelajar, pensyarah, institusi pendidikan, dan kementerian terlibat serta syarikat
telekomunikasi. Justeru, semua pihak menggembleng tenaga bagi menjayakan
pembelajaran dalam talian bagi mengekang pandemik COVID 19.
319
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
RUJUKAN:
Abdul Aziz Ishak & Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat (2020). Pembelajaran dalam
Talian: Tinjauan terhadap Kesediaan dan Motivasi dalam kalangan pelajar Diploma
Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau
Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 4, p. 68-82, dec. 2020.
Abd Hakim Abdul Majid, Mokhairi Makhtar, & Syadiah Nor Wan Shamsuddin. (2018).
Keperluan Pembelajaran Berasaskan Realiti Maya Dalam Konstruk Pemasangan
Komponen Komputer Mata Pelajaran Tmk Spm Pendidikan Di Malaysia: Satu Kajian
Rintis. Asian People Journal (APJ), 1(1), 28–44.
Abd. Kadir Arifin. (2016). Pendidikan Andragogi. Selangor: Mazan Synergy Enterprise
Adenan, N., & Yusof, Y. (2019). Penggunaan Internet Dalam Kalangan
Pelajar Kolej Vokasional Di Johor Ke Arah Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi. International Journal Of Heritage, Art And Multimedia, 2(6), 19-32.DOI:
10.35631/Ijham.26003
Ahmad Zaki Amiruddin, Ahmed Thalal bin Hassan, Ahmad Abdul Rahman & Nor
Ashila Abdul Rahman. (2014). Penggunaan Aplikasi Atas Talian Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Ketiga: Pengenalan Kepada Quizlet.Com.
Conference: International Conference On Human Sustainability (INSAN 2014) UTHM,
Batu Pahat, Johor.
Ally, M (2004). Foundations Of Educational Theory For Online Learning .In Theory
And Practice Of Online Learning , Eds. T Anderson And F. Elloumi. Athabasca,
Canada: Creative Commons, Athabasca University.
Aviv & Golan, (1998). Pedagogical Communication Patterns in Collaborative
Telelearning. Journal of Education Technology Systems.
http://www.cjlt.ca/content/vol29/cjlt29-3_art6.html.
Bernama. (2020). Cabaran Mengajar Dalam Talian. Diperolehi Semula Melalui Laman
Web:Http://Sinarharian.Com.My/Cabaran-Mengajar-Dalam-Talian Pada 3 Mac 2021
Chua, Y.P (2014). Kaedah Penyelidikan. Edisi Ketiga. McGrew-Hill
Education(Malaysia) Sdn Bhd.
Ehwan Ngadi. (2020). COVID19: Implikasi Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian.
Diperolehi Semula Melalui Laman Web :Http://Usim.Edu.My/COVID19-Implikasi-
Pengajaran-Danpembelajaran-Atas-Talian Pada 7 September 2020.
Fadzliyah Hashim, Farah Farhana Rosli, Fatahiyah Elias, Mohd Radzi Lebai Mat &
Che Nazrah Mohd Yusof. (2020). Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Dan
Impaknya Terhadap Guru Novis Pendidikan Islam. BITARA
International Journal Of Civilizational Studies And Human Sciences 3(4): 151-162.
Faridah Che In & Afham Zulhusmi Ahmad. (2019). Kajian Keberkesanan
Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap
Kursus Principles of Marketing. Online Journal For TVET Practitioners, 4(1), 1-10.
320
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Goyat, M., & Chaudhary, N. (2013). Role Of Information And Communication
Technologies To Enchance The Quality And Accessibility Of Higher Education. Global
Research Analysis Vol. 2, Issues 12.
Hassan, J. & Abdul Rashid, R.S. (2012). Ketagihan Penggunaan Internet Di Kalangan
Remaja Sekolah Tingkatan 4 Di Bandaraya Johor Bahru. Journal Of Technical,
Vocational & Engineering Education, Vol.6 June 2012, 23-43
Hassan, S. A. A. (2021). Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian
(Epembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar Di Kolej Komuniti Hulu
Langat. International Journal Of Humanities Technology And Civilization, 1-14.
Haslinda Husaini, Rafidah Abdul Aziz &, Mohd Firdaus Mohd Helmi. (2010). Integrasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Literasi Maklumat Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran: Kepentingan Pusat Sumber Sekolah. Seminar Dekan IPTA, Fakulti
Pendidikan UiTM, Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor Malaysia.
Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar & Norziah Othman. (2017). E-
Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Selangor.
Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 1, No. 1 (2017), 74-82
Kearsley Et Al. (1995). “The Effective & Impact Of Online Learning In Graduate
Education.” Education Technology, Pp. 37-42.
Kok Boong Shiong (2016). Sistem Pembelajaran Atas Talian Untuk Pelajar Dalam
Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan Kent, Bil 1/2016
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research
Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.
Lim, C.H. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantitatif dan kualitatif.
Selangor: McGrawHill
Mohamed Amin Embi. (2012). Aplikasi Rangkaian Sosial Web 2.0 Dalam Pendidikan.
Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamed Amin Embi. (2013). Web 2.0 Interactive Tools: A quick Guide. Bangi: Pusat
Pembangunan Akademik, Univeristi Kebnagsaan Malaysia.
Muhammad Nazhan Kamaruzuki. (2020). Mutu Jalur Lebar Dalam Menghadapi
Kejutan Covid-19. Khazanah Research Institute (KRI) KRI VIEWS 16 /20.
Muhamamd Izzat M., Zuriani Hanim, Z. & Nur Hafizaliyana H, (2020). Persepsi Pelajar
Kolej Universiti Islam Melaka Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas
Talian Dalam Era Pandemik Covid-19. Jurnal Kesidang, 5(1), 88-99.
Nurul Salmi Mohd Dazali & Mohd Isha Awang. (2014). Tahap Kemahiran Komunikasi
Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pendidikan IPTA di Utara Semenanjung
Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM. Vol. 4, Bil. 2 (Nov. 2014): 44-56
Opensignal. (2018). “The State of LTE (February 2018).”
https://www.opensignal.com/reports/2018/02/state-of-lte.
321
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Raudhah Ali. (2017). Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. PROSIDING SEMINAR NASIONAL HIMA DAN PRODI PGSD
2017. October 4, 2017 – October 5, 2017.
Suprapto, H. A. (2018). Pengaruh Komunikasi Efektif Untuk Meningkatkan Hasil
Belajar Mahasiswa.Khazanah Pendidikan, 11(1).
Zawiah Baharom (2020). Pedagogi Norma Baharu: Cabaran Dan Hikmah. Jurnal
Refleksi Kepemimpinan, (JILID III).
322
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
SKInterclass2021
JPPI, IPGK PM
323