SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
menggunakan gajet tetapi juga bersifat tidak langsung iaitu kesan daripada interaksi
ibu bapa dengan anak yang terbatas (Harian Metro 2019).
Ketagihan bermain permainan video (gaming addiction) dapat dilihat tanda-tandanya
sekiranya mereka menghabiskan masa dalam waktu yang panjang iaitu melebihi 4
jam dan mereka akan merasa gelisah dan pemarah sekiranya mereka tidak dapat
bermain. Selain itu, kanak-kanak yang terjebak dalam permainan video akan menjadi
agresif dengan menunjukkan tingkah laku yang agresif seperti marah, memberontak,
dan menjerit untuk melepaskan kemarahan. Kanak-kanak ini mudah mengikuti serta
mengaplikasikan aksi-aksi yang ada dalam karakter permainan video ini dan diaplikasi
terhadap ibu bapa dan ahli keluarga mereka (Shaidah Shafie, 2019).
Oleh itu, akibat peniruan kanak-kanak dengan melihat karakter mereka beraksi ketika
melawan musuh telah menyebabkan berlakunya tragedi yang berlaku di Columbia
pada tahun 20 April 1999, iaitu ia melibatkan kes pembunuhan. Kes pembunuhan ini
melibatkan dua orang remaja yang mempunyai senjata yang lengkap telah memasuki
Columbine High School di Littleton, Colorado dan menembak mati 12 rakan kelas dan
seorang guru. Setelah disiasat oleh pihak polis, mereka mendapati remaja ini telah
bermain video “first person shooter” sehingga mencapai jumlah ribuan jam. Oleh itu,
remaja ini terlalu asyik bermain video sehingga dia beraksi ganas dalam kehidupan
realiti.
Di Malaysia, kesan kanak-kanak yang bermain permainan video adalah berlakunya
gejala melepak dan ponteng sekolah kerana mereka menghabiskan masa dengan
bermain video di pusat permainan video. Di samping itu, di Malaysia kesan kanak-
kanak yang bermain permainan video adalah berlakunya gejala melepak dan ponteng
sekolah kerana mereka menghabiskan masa dengan bermain video di pusat
permainan video. Akibat terlalu ramai kanak-kanak yang ponteng kelas, melepak, dan
menjadi seorang samseng jalanan di sekolah dan di pasar raya hasil peniruan mereka
dengan melihat karakter mereka beraksi semasa bermain permainan video telah
memaksa kerajaan pada 4 Oktober tahun 2000 membuat keputusan menghentikan
seketika pusat permainan video di seluruh negara. Hal ini kerana pihak kerajaan ingin
membendung gejala tingkah laku kanak-kanak yang terlalu agresif dengan terikut-ikut
141
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
aksi ganas dan tidak baik melalui karektor dalam video. Justeru itu, kesan bermain
permainan video pada hari ini telah menjadi isu yang sangat serius dan
membimbangkan. Ibu bapa seharusnya tidak terlalu membiarkan anak-anak leka
dengan permainan video. Hal ini kerana permainan ini mengasyikkan sehingga anak-
anak lupa akan waktu makan, minum, solat bersamanya. Oleh itu, ibu bapa haruslah
berperanan dalam mengambil peduli tentang apa yang anak-anak kita bermain serta
mengehadkan masa capaian mereka terhadap jenis permainan video. Keluarga juga
mesti menjadikan diri mereka sebagai informasi utama dan sumber rujukan kepada
anak-anak mereka.
OBJEKTIF KAJIAN
Sesuatu kajian memerlukan objektif kajian untuk menentukan hala tuju kajian tersebut.
Objektif penyelidikan kajian adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti kesan permainan video memberikan impak negatif terhadap
perkembangan fizikal kanak-kanak jika digunakan secara berpanjangan.
2. Mengenal pasti kesan permainan video memberikan impak negatif terhadap
interaksi dan perkembangan sosial kanak-kanak.
3. Mengenal pasti kesan permainan video terhadap perkembangan
kognitif kanak-kanak.
PERSOALAN KAJIAN
Dalam kajian ini, terdapat persoalan yang menjadi fokus berdasarkan perkara yang
hendak dikaji :
1. Bagaimanakah kesan permainan video memberikan impak negatif terhadap
perkembangan fizikal kanak-kanak jika digunakan secara berpanjangan?
2. Bagaimanakah kesan permainan video memberikan impak negatif terhadap
interaksi dan perkembangan sosial kanak-kanak?
3. Bagaimanakah kesan permainan video terhadap perkembangan kognitif
kanak-kanak?
142
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
TINJAUAN LITERATUR
Kajian yang dilakukan oleh Aznan Omar berkaitan permainan mudah alih dan
kanak-kanak bertujuan untuk menganalisis interaksi yang berlaku di antara manusia
dengan mesin melalui gaya hidup digital menerusi amalan dan tingkah laku manusia
terhadap teknologi mudah alih. Kajian ini melihat bahawa permainan mudah alih
(mobile games) menjadi popular dalam kalangan pengguna muda termasuk kanak-
kanak dan kajian ini adalah untuk mengembangkan idea tentang fenomena terhadap
kanak-kanak yang obses terhadap keseronokan bermain permainan mudah alih
diterjemahkan dalam konteks karya seni arca. Hasil kajian mendapati golongan
kanak-kanak sangat terdedah dengan permainan mudah alih dan gaya hidup bermain
permainan digital secara online ini membentuk satu budaya yang suka berhibur dalam
kalangan remaja. Mereka akan mencuba pelbagai cara, gaya dan aksi mengikut
aliran tertentu tanpa mementingkan keselamatan diri (Aznan Omar, 2017).
Kajian pengaruh game online terhadap remaja oleh Krista Subakti mendapati game
online merupakan sebuah permainan yang dimainkan dalam suatu jaringan (baik
LAN ataupun Internet). Game online juga mempunyai kesan positif dan negatif bagi
remaja. Bagi remaja yang menggunakan game online ini dengan bijak maka
kesan positif yang akan berlaku sebaliknya remaja yang menggunakannya dengan
negatif maka kesan negatif hasilnya. Kajian ini dilakukan menggunakan teknik
pengumpulan data iaitu dilakukan dengan secara terbuka di lokasi penelitian (Krista
Surbakti , 2017).
Kajian lepas mendapati kanak-kanak di bawah umur 2 tahun yang dibiarkan menonton
rancangan di TV akan mengalami efek negatif yang lama pada perkembangan
bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek (Putri Afzan, 2015). Al
Mazmi, Aslam dan Rajan (2019) merumuskan kesan negatif terhadap perkembangan
sosial kanak-kanak. Antaranya adalah penguasaan bahasa yang lemah dan
kekurangan kemahiran sosial termasuk ketidakmampuan memahami bahasa tubuh.
Selain itu, ia juga boleh menjejaskan perkembangan akademik kanak-kanak (Lidasy
Marzoli 2015). Menurut Downey (2016) menjelaskan dalam kajiannya bahawa
menonton televisyen boleh membantutkan perkembangan kanak-kanak di bawah
umur 3 tahun.
143
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Kajian oleh Heru Wahyu berkaitan interaksi orang tua dengan anak dalam
menghadapi teknologi komunikasi internet adalah kajian berkaitan dengan sikap
ibu bapa terhadap aktiviti remaja memberikan pengaruh terhadap terbentuknya
karektor yang dapat mengatasi kesan teknologi internet sehingga remaja tidak
mudah terjerumus ke kancah ketagihan dan membina karektor yang positif dalam
diri mereka. Keupayaan ibu bapa adalah dengan memberikan pengawasan secara
terus menerus, melakukan komunikasi secara seimbang dan terbuka serta
memberikan pendidikan agama supaya anak-anak mampu membezakan hal
yang baik mahupun buruk (Heru Wahyu Pamungkas, 2014).
Melalui kajian Dayne Trikora Wardhani dan Adi Fahrudin berkaitan pengaruh
video anak dan pekerja sosial dan peranan pekerja sosial membincangkan kesan
positif dan kesan negatif permainan video terhadap pemain. Melihat daripada sudut
kebaikan permainan ini adalah meningkat pengetahuan kemahiran berkomputer.
Namun, pengkaji mendapati bahawa permainan video yang berunsurkan
keganasan akan mempengaruhi tingkah laku anak-anak menjadi kejam dan agresif
serta melihat peranan pekerja sosial (Dayne Trikora Wardhani, Adi Fahrudin, 2019).
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan
analisis kandungan untuk perkaitan kesan permainan video dalam perkembangan
kanak-kanak. Kajian tinjauan yang dilakukan bagi melihat kesan permainan video
dalam perkembangan kanak-kanak dengan menggunakan borang pemerhatian
(senarai semak) dan temu bual. Pemerhatian digunakan saat guru dan kanak-kanak
menjalankan aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan senarai semak pula dinilai
berdasarkan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Kaedah pemerhatian
dilakukan dari semasa ke semasa manakala temu bual dijalankan bersama ibu bapa
kanak-kanak.
144
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
ANALISIS DATA
Data-data diproses dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif yang
digunakan oleh penyelidik ialah borang senarai semak berdasarkan kesan permainan
video kepada perkembangan kanak-kanak tadika. Hasil dapatan akan diterjemahkan
ke dalam bentuk jadual yang merangkumi kesan permainan video kepada
perkembangan kanak-kanak tadika yang terlibat dalam kajian ini. Pengkaji telah
melakukan proses transkripsi bagi merekodkan data yang diperoleh melalui temu
bual. Semua data akan dianalisis berdasarkan jadual di bawah:
Jadual 1: Cadangan Penganalisian Data
SOALAN KAJIAN PESERTA INSTRUMEN ANALISIS DATA
KAJIAN
1.Bagaimanakah kesan Ibu bapa Temu bual Nvivo
permainan video memberikan kanak- Transkrip temu bual
impak negatif terhadap kanak berstruktur
perkembangan fizikal kanak-
kanak jika digunakan secara Rakaman audio
berpanjangan?
2.Bagaimanakan kesan Ibu bapa temu bual Nvivo
permainan video memberikan kanak- Transkrip temu bual
impak negatif terhadap interaksi kanak berstruktur
dan perkembangan sosial
kanak-kanak? Rakaman audio
3.Bagaimanakah kesan Kanak- pemerhatian Borang senarai
permainan video terhadap kanak semak
perkembangan kognitif kanak- berumur 6
kanak? tahun
145
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
KAEDAH MENGANALISIS DATA
Dalam kajian yang dijalankan ini berbentuk naratif. Pengkaji membuat pemerhatian
berstruktur (senarai semak) dan temu bual dalam pemprosesan dan menganalisis
data yang telah dipungut dalam kajian yang sudah dijalankan. Maklumat penting akan
diberi tumpuan bagi menjawab persoalan kajian. Selepas data dikumpul bersama dan
digabungkan akan menjadi kajian yang berbentuk kualitatif.
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan permainan video kepada
perkembangan kanak-kanak tadika. Segala bentuk serta maklumat yang diperolehi
dalam kajian ini adalah berdasarkan pemerhatian ke atas 3 orang kanak-kanak yang
berumur enam tahun dan temu bual ke atas 2 orang ibu bapa.
Latar Belakang Responden
Seramai 3 orang responden kanak-kanak Tadika Genius Aulad Putrajaya dan 2 orang
responden (ibu bapa). Responden kanak-kanak ini berumur 6 tahun yang didapati
mereka ini gemar bermain permainan video.
Responden A (ibu bapa)
Responden A merupakan ibu kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Dari segi
peribadi, responden tersebut berumur 32 tahun dan bekerja sebagai seorang peniaga
yang berjaya. Responden ini merupakan ibu tunggal kepada 5 orang anak.
Responden ini sangat sibuk bekerja dan kadang-kadang tidak mempunyai masa
bersama anak, lagi-lagi perhatian kepada anak yang berumur 6 tahun sangatlah
kurang kerana masa bersama anak adalah pada waktu malam sahaja.
Responden B (ibu bapa)
Responden B merupakan bapa kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Dari segi
peribadi, responden tersebut berumur 37 tahun dan bekerja sebagai polis. Responden
ini mempunyai 3 orang anak seorang anak berumur 6 tahun dan dua orang lagi anak
berumur 12 dan 15 tahun. Isteri kepada responden ini juga bekerja sebagai polis juga
dan kedua-duanya bertugas di tempat yang berlainan. Responden kerap memberi
146
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
permainan video kepada anak berumur 6 tahun kerana jika tidak diberi permainan
video tersebut anaknya akan mengamuk dan menangis.
Responden C (kanak-kanak)
Responden C merupakan kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun iaitu Nur
Hawa Raudhah binti Basri. Dari segi peribadi, kanak-kanak tersebut merupakan
seorang yang banyak bercakap dan suka bergaul dengan rakan-rakannya. Di Tadika
Genius Aulad, Putrajaya mempunyai 4 buah kelas, iaitu sebuah kelas kanak-kanak
berumur 4 tahun, 2 buah kelas kanak-kanak 5 tahun dan 2 buah kelas kanak-kanak 6
tahun. Pengkaji mengambil kanak-kanak berumur 6 tahun sahaja iaitu seramai 3
orang kanak-kanak. Sebelum didedahkan kepada permainan video, responden ini
menunjukkan tingkah laku yang baik semasa di dalam kelas dan menumpukan
perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Responden D (kanak-kanak)
Responden D Nik Muhammad Hazwan Kamal juga sama seperti responden C iaitu
seorang yang mempunyai perwatakan yang agak aktif di dalam bilik darjah tetapi jika
mula sesi pembelajaran responden memberi tumpuan kepada guru. Walaupun
responden merupakan kanak-kanak berumur 6 tahun, namun responden memberikan
kerjasama yang baik sepanjang pengkaji menjalankan pemerhatian.
Oleh yang demikian, responden merupakan seorang murid yang sangat rajin dalam
kelas, diikuti lagi dengan keaktifan serta persediaan diri responden sendiri dari segi
fizikalnya. Sekiranya pelawat hadir mahupun orang luar yang pergi ke tadika,
responden akan kurang bercakap tetapi apabila beberapa minit di tadika tersebut,
responden akan mula menunjukkan sikap beliau yang sangat nakal dan aktif dan
dengan itu sikap dan sifat responden turut terserlah.
Responden E (Kanak-kanak)
Responden E ini adalah seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun iaitu
Izzah Insyirah binti Johari. Dari segi peribadi responden berperwatakan sangat-sangat
pendiam dan mendengar kata guru. Responden ini juga mendatangkan perspektif
147
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
yang boleh dikatakan sangat berpengetahuan orangnya, iaitu responden merupakan
anak yang bongsu daripada 5 adik-beradik.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian yang diperoleh adalah berdasarkan kepada persoalan kajian
mengenai kesan permainan video kepada perkembangan kanak-kanak. Dapatan
kajian ini dijalankan dalam pemerhatian dan temu bual. Bagi dapatan melalui temu
bual pula, penyelidik membuat temu bual ke atas ibu bapa dan melihat kesan
permainan video kepada perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak. Bagi dapatan
pemerhatian, penyelidik membuat pemerhatian ke atas kanak-kanak dan melihat
kesan permainan video kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Pemerhatian
dijalankan secara langsung sebanyak 3 kali.
Persoalan objektif 1: Kesan permainan video kepada perkembangan kanak-
kanak Tadika.
Adakah kesan permainan video memberi kesan negatif kepada kanak-kanak?
“Ya, permainan video memberi kesan negatif kepada kanak-kanak kerana kanak-
kanak akan menjadi lebih agresif dan sering memberontok jika ibu bapa tidak
membenarkan kanak-kanak bermain permainan video tersebut”. (RA)
“ Ya, Kesan permainan video mendatangkan kesan buruk kepada anak saya. Silap
saya kerana tidak mengawal penggunaan permainan video sejak berumur 3 tahun.
Tetapi sebenarnya, jika digunakan dengan baik beserta pemantauan daripada ibu
bapa, ia akan memberi kesan positif terhadap kanak-kanak dari segi perkembangan
kognitif. (RB)
Persoalan objektif dua iaitu bagaimanakah kesan permainan video memberikan
impak negatif terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak jika digunakan
secara berpanjangan?
“Permainan video memberikan impak negatif terhadap perkembangan kanak-kanak
dari segi mengakibatkan masalah penglihatan (rabun)” (RA)
148
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
“ kemahiran motor halus kanak-kanak berkurang kerana kanak-kanak
didedahkan kepada permainan video yang terlalu lama. Hal ini menyebabkan kanak-
kanak sukar menulis dengan baik”. (RB)
Persoalan Objektif kajian kedua iaitu bagaimankah kesan permainan video
memberikan impak negatif terhadap interaksi dan perkembangan sosial kanak-
kanak?
“ Kanak-kanak khusuyuk bermain permainan video sehingga kurang berinteraski
dan berkomunikasi bersama keluarga. Apabila dipanggil, kanak-kanak tersebut
buat tak tahu “ (RA)
“ Anak saya tidak pernah meluahkan serta menceritakan apa yang berlaku di
sekolah kerana balik sekolah je terus minta untuk bermain permainan video. saya
sibuk bekerja,terpaksa beri anak bermain permainan video untuk menghilangkan rasa
bosan anak”
“Kanak-kanak juga tidak suka bergaul dengan kawan-kawan lain“ (RB)
Jadual 2: Analisis Dapatan Pemerhatian bagi item kesan permainan video kepada
perkembangan kognitif kanak-kanak
RESPONDEN CATATAN
C Pada awalnya, kanak-kanak seorang yang cekap dan rajin
untuk belajar. Sejak penggunaan video yang diberi oleh ibu
bapa tanpa had, kanak-kanak leka dan menyebabkan kanak-
kanak lemah membaca dan menulis. Selain itu juga, daya
pemikiran kanak-kanak juga lemah. Apabila guru membuat
kuiz ringkas, kanak-kanak tersebut tidak boleh menjawab
dengan betul. Kanak-kanak tidak memberi tumpuan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran kerana mengantuk.
Justeru itu, minat membaca kurang dan tidak suka ke sekolah.
149
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
D Mempunyai kesan yang sama seperti responden C tetapi
beliau menunjukkan kurang memberi tumpuan semasa
belajar dan kurang minat ke sekolah. Adakala responden D
memberi tumpuan dan minat ke sekolah, adakala kurang
menunjukkan minat ke sekolah.
E Kesan permainan video kepada perkembangan kognitif
kanak-kanak sama seperti responden C. Kanak-kanak tidak
memberi tumpuan, tidak minat ke sekolah, lemah membaca
dan daya pemikiran juga lemah.
Berdasarkan jadual di atas, secara keseluruhannya kanak-kanak mendapat kesan
negatif kepada perkembangan kognitif jika digunakan tanpa had. Kanak-kanak mudah
berasa mengantuk dan penat. Justeru itu, tidak mahu ke sekolah dan ia menjejaskan
perkembangan kognitif kanak-kanak. Hal ini kerana responden C dan E menunjukkan
kesan negatif iaitu tidak mahu ke sekolah, lemah membaca, kanak-kanak lemah
menulis dan membaca, daya pemikiran yang lemah dan tidak memberi tumpuan
semasa belajar manakala responden D sama seperti responden C dan E tetapi ia
hanya menunjukkan kurang tumpuan dan minat sahaja. Adakalanya menunjukkan
minat ada kalanya kurang minat membaca dan kurang memberi tumpuan semasa di
dalam kelas. Selepas beberapa kajian ini dilakukan, ibu bapa sedar akan perkara ini
berlaku disebabkan mereka tidak mengehadkan penggunaan video kepada kanak-
kanak dan ia akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan kognitif kanak-
kanak.
PERBINCANGAN
Berdasarkan kepada pemerhatian dan temu bual yang telah dibuat dalam dapatan
kajian dan dibincangkan secara terperinci sebelum ini. Pengkaji akan menjelaskan
kesemua persoalan yang terdapat dalam bab 1 bagi membuktikan lagi bahawa kesan
permainan video memberi kesan negatif kepada kanak-kanak jika tidak mengehadkan
penggunaannya. Hasil kajian mendapati kesan permainan video memberi kesan
negatif terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi perkembangan fizikal, kognitif
dan sosial. Terdapat juga responden menyatakan bahawa kesan permainan video
150
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
mampu memberi kesan positif jika ibu bapa dapat memantau kanak-kanak.
Responden juga memahami maksud permainan video iaitu permainan video
merupakan cara hidup baru dalam kanak-kanak ataupun dewasa (Adi Farudhin, 2019)
Analisis Kesan Permainan Video Memberikan Impak Negatif Terhadap
Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak Jika Digunakan Secara Berpanjangan
Hasil kajian tentang penggunaan permainan video secara berlebihan akan
menjejaskan perkembangan fizikal kanak-kanak iaitu berlakunya tahap penglihatan
mereka terjejas. Kajian ini bertepatan dengan kajian oleh Asif Sadri (2018) di Dhaka,
menunjukkan bahawa ibu bapa berpendapat 75 peratus kanak-kanak mempunyai
masalah terhadap tahap penglihatan mereka apabila menggunakan permainan video.
Tambahan lagi, kanak-kanak akan mula merengek atau merungut apabila dilarang
menggunakan permainan video.
Gangguan penglihatan akan berlaku apabila mata seseorang kanak-kanak
menggunakan kedua-dua mata mereka dengan melihat subjek yang bersifat video 3D
pada skrin telefon bimbit dan TV iaitu mereka memerlukan proses
mengasimilasikan kesan tiga dimensi dalam keadaan yang realiti. Hal ini kerana,
kanak-kanak perlu melihat imej seolah-olah ia di dua tempat berlainan pada masa
yang sama sebelum dicantum menjadi satu imej yang disampaikan menerusi isyarat
otak (Berita Harian, 2014).
Oleh itu, penglihatan kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam mengenal
pasti sesuatu objek. Mereka perlu melihat dengan teliti dan lebih lama bagi mengenal
pasti objek tersebut. Kanak-kanak yang terdedah bermain video terutamanya yang
berbentuk 3D boleh menyebabkan penglihatan mereka kabur sehingga mereka
perlu memakai cermin mata untuk melihat sesuatu objek. Secara kesimpulannya,
bermain permainan video dapat memberi kesan negatif terhadap pembentukan
tingkah laku kanak-kanak yang menjerumus ke arah sikap yang buruk pada
pandangan masyarakat
151
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Analisis Kesan Permainan Video Memberikan Impak Negatif TerhadapInteraksi
Dan Perkembangan Sosial Kanak-Kanak
Hasil kajian ini juga menunjukkan kanak-kanak hilang kawalan penggunaan video
menyebabkan kurang perkembangan sosial adalah berpunca daripada kurang
pemantauan ibu. Dalam konteks ini kanak-kanak tidak tahu bersosial dan
berkomunikasi dengan baik merupakan akibat permainan video yang tidak terkawal.
Kanak-kanak juga tidak tahu cara bersosial atau berinteraksi dengan orang sekeliling
secara berkesan. Hal ini disokong oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad (2020) yang mengatakan
ia terjadi sedemikian kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk memulakan
perbualan berikutan begitu sibuk dengan permainan video yang sangat digila-gilakan.
Kesannya, mereka akan sering dianggap sebagai kera sumbang kerana tidak
bercampur dengan rakan-rakan mereka disebabkan terperap di dalam bilik untuk
bermain permainan video. Tambahan pula, mereka tidak dapat mengasah keyakinan
untuk bercakap di hadapan khalayak umum. Situasi yang berlaku ini menjadikan
kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran interpersonal. Tegasnya, permainan video
yang tidak terkawal menyebabkan kanak-kanak tidak tahu bersosial dan tidak yakin
terhadap diri sendiri.
Selanjutnya, antara natijah permainan video yang tidak terkawal kepada remaja
adalah hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Hal ini disebutkan demikian
kerana remaja tidak meluangkan masa mereka dengan ahli keluarga kerana terlalu
sibuk dengan permainan video dan banyak memberikan alasan apabila ditegur.
Melalui interaksi antara ahli keluarga akan dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan supaya menepati pepatah ‘bagai air dicencang tak akan putus’.
Izharnya, hubungan kekeluargaan akan renggang akibat daripada permainan video
yang tidak terkawal oleh golongan remaja yang menjadi harapan negara ini.
Analisis Kesan Permainan Video Terhadap Perkembangan Kognitif Kanak-
Kanak
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kesan negatif permainan video kepada
perkembangan kognitif kanak-kanak jika ibu bapa tidak mengawal penggunaannya
sejak awal lagi. Keadaan kanak-kanak menjadi lebih malas untuk belajar dan
menyebabkan tahan dan daya pemikiran kanak-kanak lemah. Hasil kajian ini disokong
152
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
oleh Anderson (2019), kanak-kanak akan menghabiskan masa mereka dengan
bermain permainan video berbanding mengulang kaji pelajaran, membuat tugasan
dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Perkara ini membuatkan perkembangan
kognitif mereka semakin menurun dari semasa ke semasa dan akan merisaukan
pihak guru dan ibu bapa. Salah satu akibat permainan video yang tidak terkawal
adalah kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas atas
alasan kerana mengantuk dan terlalu penat.
Pendekatan Ibu Bapa dalam Mengatasi Kesan Permainan Video
Komunikasi Yang Efektif
Komunikasi yang efektif dan baik harus digunakan sebaik mungkin oleh keluarga
untuk menghubung dan menyampaikan pesanan sehingga kedua-dua mereka
menerima mesej. Menurut teori Efendi (2017) menyatakan bahawa komunikasi
yang efektif membentuk keluarga yang harmoni dan mampu mengarahkan serta
membantu anak-anak dalam membuat keputusan. Komunikasi di antara ibu
merupakan faktor penting dalam perkembangan diri remaja (Rifaldi Zulkarnaen,
Sri Hendarsih, Eko Suryani, 2018). Sebagai ibu bapa ada kalanya harus
bersikap tegas kepada mereka dan boleh menjadi sahabat iaitu dengan menjadi
pendengar yang baik serta memahami isi hati mereka. Percakapan mereka juga
seharusnya menyenangkan dan santai untuk anak-anak lebih mudah
mengemukakan pendapat dan bertanya soalan berkaitan dengan hal yang ingin
mereka ketahui. Selain itu, mereka juga hendaklah peka terhadap isu sensitif dan
perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka (Heru Wahyu Pamungkas,
2014).
Pendidikan Agama dan Moral
Agama merupakan sumber pendidikan terpenting dalam sebuah keluarga. Agama
banyak memberikan teladan kepada manusia sekaligus membebaskan dan
memperbaiki pola pemikiran yang berbentuk penyimpangan. Seorang anak
memperoleh pelbagai pemahaman agama dan akhlak adalah melalui ibu bapanya.
Pendidikan agama dan akhlak adalah kewajipan yang paling utama buat ibu bapa(Ali
Qarni, 2002). Ibu bapa haruslah mendidik agama dan akhlak anak-anak mereka
ketika berusia dua tahun. Hal demikian kerana pemikiran mereka masih lagi jernih dan
153
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
segera ajarkan mereka dengan kalimat-kalimat tauhid dan biasakan mereka
mendengar kalimat-kalimat thayibah. Selain itu, ibu bapa juga harus mengajarkan
konsep kebaikan dan keburukan kepada anak-anak mereka. Dengan itu anak-anak
mampu menahan diri untuk tidak terjerumus ke kancah yang tidak baik sebagai contoh
mereka mengetahui bahawa kesan permainan video mampu menjejaskan pemikiran
dan kesihatan diri. Penanaman nilai-nilai agama yang kuat dan nilai-nilai moral
mampu menjadi benteng utama pertahanan anak terhadap pelbagai pengaruh buruk
dari luar, walau dimana mereka berada (Heru Wahyu Pamungkas, 2014).
Menyatakan Cinta dan Pendorong Semangat
Suasana keluarga yang dipenuhi rasa cinta akan memudahkan ibu bapa
memperbaiki keperibadian, watak, keyakinan dan keadaan rohani anak-anak. Mereka
mempercayai bahawa berkat perasaan cinta, segenap persoalan keluarga mudah
untuk diselesaikan. Seorang anak akan memilih ibunya sebagai wanita pertama yang
dicintai dan berhubungan baik dengannya. Kasih sayang, hukuman dan kemaafan
ibu bapa merupakan cara terbaik untuk membentuk anak-anak(Ali Qarni, 2002).
Oleh itu, anak-anak akan mematuhi segala perintah dan larangan ibu bapanya
kerana dengan senyuman, curahan kasih sayang, pendorong semangat
akan menjauhkan sang anak daripada godaan dari penyimpangan seperti ketagihan
permainan video dan bertindak agresif (Ali Qarni, 2002). Sekiranya mereka
mengabaikan hal tersebut, maka akan timbul kebencian dalam hati sang anak
sehingga mereka tidak akan membuka diri untuk berkomunikasi (Heru Wahyu
Pamungkas, 2014).
Meluangkan Waktu untuk Anak
Lumrah anak-anak adalah dengan permainan. Mereka mempelajari pelbagai
perkara dengan permainan video tersebut maka tidak salahnya sekiranya ibu
meluangkan masa untuk bermain dengan anak mereka. Ibu juga boleh
mendedahkan permainan yang mampu menjana minda mereka dan membuatkan
mereka lebih berminat bermain dengan permainan itu setidaknya selama 20
minit. Selain itu, ibu bapa seharusnya membawa mereka keluar untuk melakukan
aktiviti di luar rumah seperti membawa ke taman, bercuti dan sebagainya supaya
mereka boleh mengenal keadaan sekeliling (Heru Wahyu Pamungkas, 2014).
154
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Mengatur Masa untuk Bermain
Ibu bapa seharusnya tidak terlalu membiarkan anak-anak leka dengan permainan
video . Hal ini kerana permainan ini mengasyikkan sehingga anak-anak lupa akan
waktu makan, minum, solat bersamanya. Kaum ibu juga boleh mengawal jadual
bermain dengan menentukan jam dan hari bermain dan diusahakan untuk mematuhi
jadual tersebut. Pada peringkat awal ibu boleh menetapkan 3 jam sehari dan untuk
hari berikut akan dikurangkan sedikit demi sedikit (Krista Surbakti , 2017). Oleh itu,
ibu harus tegas dalam batas waktu bermain pada anak-anak untuk membangunkan
interaksi yang baik bersama dengan anak (Puji Asmaul Chusna, 2017).
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan kesan negatif permainan video
kepada perkembangan kanak-kanak. Kesan negatif permainan video terhadap
perkembangan kognitif, fizikal dan sosial kanak-kanak. Kesan permainan video
terhadap anak-anak menyebabkan kanak-kanak kini hilang interaksi bersama ibu
bapa serta mengganggu kesihatan diri mereka. Oleh itu, kebijaksanaan ibu bapa
dalam membantu anak-anak yang mengalami ketagihan permainan video
dengan berkomunikasi, memberi kasih sayang, dorongan dan memberi perhatian
terhadap anak-anak mereka supaya dapat membimbing mereka supaya pulih
daripada ketagihan dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif.
Dapatan ini secara tidak langsung akan menunjukkan kepada kita bahawa jika ibu
bapa tidak mengawal penggunaan permainan video kepada kanak-kanak akan
menyebabkan kesan negatif dan boleh menyebabkan kanak-kanak tidak minat ke
sekolah, penglihatan menjadi tidak jelas dan kurang komunikasi. Perkara ini haruslah
dijauhkan agar kanak-kanak tidak terlalu obses bermain permainan video kerana ia
akan memudaratkan kesihatan dan juga boleh membantutkan perkembangan kanak
dari segi kognitif, fizikal dan sosial.
155
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
RUJUKAN:
Antunes, M., Pacheco, M. A. R., & Giovanela, M. (2012). Design and implementation
of an educational game for teaching chemistry in higher education. Journal of
Al Mazmi, M., Aslam, H. & Rajan, A.V. (2013). The influence of technology on
children‟s health. International Conference on Technology and Business
Management, March 18-20, 1226-1235.
Anderson, C. A., & Bushman, B. J. (2001). Effects Of Violent Games On Aggressive
Behavior Aggressive Cognition, Aggressive Affect, Physiological Arousal, And
Prosocial Behavior: A Meta-Analytic Review Of The Scientific Literature.Psychological
Science, 12(5), 353–359.
Berita Harian (2019). Pengaruh Gajet Anak-Anak Membimbangkan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/632517/pengaruh-gajet-
terhadap-kanak-kanak-membimbangkan
Ballard dan Wiest. (2017). Permainan Video Terhadap Perkembangan Kanak-Kanak.
International Journal of Civilizational Studies and Human Science
Berita Harian (2019). Kepentingan Video Dalam Perkembangan Kanak-Kanak, 10.
Bakhsh. (2018). Panduan Pendidikan Prasekolah Mengenai Permainan Dalam
Pembelajaran. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
Dimyati dan Mudjiono (2012). Sikap Kanak-Kanak. Diperoleh semula daripada 15 April
2014 daripada http://journalarticle.ukm.my/6104/1/JD005862_155-172.
Dayne Trikora Wardhani, Adi Fahrudin. (2010). Pengaruh video pada anak dan
peranan pekerja sosial. Jurnal psikologi Sosial dan Pendidikan Sekolah Tinggi
Kesejahteraan Sosial Bandung (STKS) , 1-13.
Dayne Trikora Wardhani, Adi Fahrudin. (2010). Pengaruh video pada anak dan
peranan pekerja sosial. Jurnal psikologi Sosial dan Pendidikan Sekolah Tinggi
Kesejahteraan Sosial Bandung (STKS), 1-14
Downey, S., Hayes, N., & O‟Neill, B. (2016). Play and technology for children
aged 4-12. Dublin Institute of Technology. Retrieved from
http://www.dcya.gov.ie/documents/research/Play_and_Technology
Dayne Trikora Wardhani. (2019). Kajian Keburukan Permainan Video Dalam
Kalangan Kanak-Kanak. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
Kuala Lumpur.
Douglas Gentile. (2018). Learning about print in preschool: Working with letters,
words, and beginning links with phonemic awareness. Newark: Reading
Association.
156
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Funk (2015). Video games and children: Are there "high risk" players? Paper
presented at the International Conference on Violence in the Media, St. John's
University, New York.
Funk (2016). Tingkah Laku Kanak-Kanak. International Conference on Violence in the
Media, St. John's University, New York.
Harian Metro. (2019). Retrieved from Permainan Video Tidak Pada Mata
Kanak-kanak.
Herringtons. (2014). Students Cell Phone Addiction and Their Opinions. The author
conducted field observations to examine Elon Students behavior while walking
around campus, along with an online survey. 5(1), 74-80.
Jane Dammen McAuliffe. (2015). Permainan Video. Encyclopedia of The Quran.
United
Jas Laile Suzana Jaafar. (2020). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Juhairi Hassan. (2016). Perkembangan Jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial
murid (JERIS). Diperoleh Oktober 10, 2014 daripada
scribd.com/mobile/doc/47973749.
Jyoti Ranjan Muduli. (2014). Students Cell Phone Addiction and Their Opinions. The
author conducted field observations to examine Elon Students behavior while walking
around campus, along with an online survey. 5(1), 74-80.
Jensen. (2017). Peranan Penting Dalam Membangunkan Perolehan Perbendaharaan
Bahasa Inggeris. Journal of Early Childhood Education, 89(4), 517–521.
Krista Surbakti. (2017). Kesan Pengaruh Permainan Video. Prosiding Seminar
Kebangsaan Pendidikan Negarake 4 2017, 3-4 Ogos 2017. Bangi.
Khanlari, A. (2014). Effects of educational robots on learning STEM and on students’
attitude toward STEM. In 2013 IEEE 5th International Conference on
Engineering Education: Aligning Engineering Education with Industrial Needs
for Nation Development, ICEED 2013 (pp. 62–66).
Krista Surbakti . (2017). Pengaruh game online terhadap remaja. Jurnal Curere, 8-38
Muhammad Farooq Joubish & Muhammad Ashraf Khurram. (2017). Touch Gesture
Interaction Of Preschool Children Towards Games Application Using Touch Screen
Gadjet. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik, 4(1): 47-58
Muhibbin Syah (2019). Psikologi Kanak-Kanak. Jurnal Fakulti Pendidikan Sains dan
Sosial Universiti Selangor (UNISEL).
Nor Nadia. (2015). Permainan Video dan Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah.
Universiti Selangor.
157
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Nazirah Mat Sin, Othman Talib, & Tengku Putri Norishah. (2013). Merging of game
principles and learning strategy using apps for science subjects to enhance student
interest and understanding. Jurnal Teknologi (Sciences and Engineering),
63(2), 7–12.
Nam,L. & Osman. (2017). Developing 21st Century Skills through a Constructivist-
Constructionist Learning Environment. K-12 STEM Education, 3(2), 205-216.
Piaget, J. (1964). Part I: Cognitive development in children: Piaget development and
learning. Journal of Research in Science Teaching, 2(3): 176–186.
Putri Afzan. (2015). Computer game and educational system. Proceedings.
International Conference on Computers in Education, 2, 1377- 1381.
Peterson. (2018). Kesan Perbendaharaan Kata Pembelajaran. Tesis sarjana
pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Qian, M., & Clark, K. R. (2016). Game-based Learning and 21st century skills: A review
of recent research. Computers in Human Behavior, 63, 50–58.
Rifaldi Zulkarnaen, Sri Hendarsih, Eko Suryani. (2018). Gambaran pola komunikasi
orang tua dan perilaku anak pengguna video di SMP N 3 Gamping Slema. Jurnal
Caring .
Rifaldi Zulkarnaen. (2018). Penggunaan Video Terhadap Kanak-Kanak. Jurnal
Pendidikan Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan Dan Pemakanan Kuala
Terengganu. 22(6):45-52.
Shaidah Shafie. (2018). Teman Baru Kanak-kanak. Retrieved from http://www.berita
harian.com.my
Sumandi (2018). Psikologi Kanak-Kanak. Jurnal Fakulti Pendidikan Sains Dan Sosial
Universiti Selangor (UNISEL) hlm 98.
Salmah Omar dan Malisah Latip. (2016). Gajet Rosakkan Hubungan Anak, Ibu
Bapa, 28 April, Berita Harian. Diperoleh semula 28 April 2018 daripada
https://www.bharian.com.my/node/50332
Thompson, D. A., & Christakis, D. A. (2015). The association between television
viewing and irregular sleep schedules among children less than 3 years of age.
Pediatrics, Retrieved from
http://pediatrics.aappublications.org/content/116/4/851.abstract
Tessa Jones. (2014). Students Cell Phone Addiction and Their Opinions. The author
conducted field observations to examine Elon Students behavior while walking
around campus, along with an online survey. 5(1), 74-80.
158
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Vasileiadou & Makrina. (2017). Pemahaman dan persepsi guru tentang penggunaan
kurikulum berasaskan main bagi perkembangan bahasa murid prasekolah. Tesis
sarjana pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Winkel (2018). Sikap Kanak-Kanak. Jurnal Fakulti Perkembangan Kanak-Kanak
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hlm 32.
159
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
PENGLIBATAN IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK MURID INKLUSIF DI
SEBUAH SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR
Nur Dalila Khozari
([email protected])
Dr Kama Shaffeei
([email protected])
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti komponen-komponen konteks keluarga
yang terlibat dalam penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik murid
inklusif. Reka bentuk kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan
instrumen temu bual, senarai semak dan pemerhatian. Sampel kajian terdiri daripada
empat orang, iaitu seorang guru dan seorang murid inklusif bersama-sama ibu bapa
mereka. Dapatan kajian menunjukkan tiga komponen konteks keluarga dalam
penglibatan ibu bapa yang memainkan peranan penting terhadap pencapaian
akademik murid, iaitu komponen kesenggangan, amalan keibubapaan, interaksi dan
komunikasi. Selain itu, penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah juga didapati
siginifikan untuk membantu murid inklusif dalam meningkatkan pencapaian akademik.
Implikasi kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak
perlulah bermula seawal dari rumah dan berterusan hingga ke sekolah. Kerjasama
antara ibu bapa dan guru juga perlu diberi perhatian untuk membantu meningkatkan
pencapaian akademik murid inklusif di sekolah.
Kata kunci: Penglibatan ibu bapa, murid inklusif, komponen konteks keluarga,
pencapaian akademik
PENDAHULUAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2018) menyatakan program inklusif adalah
program yang dirancang khas untuk menempatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK)
agar dapat belajar bersama pelajar normal di kelas aliran perdana. Tujuan utama
program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan penyertaan dan memberi
peluang kepada Murid Berkeperluan Khas mengikuti program akademik dan bukan
akademik bersama-sama murid di arus perdana.
Program ini diimplimentasikan untuk murid pendidikan khas yang berpotensi untuk
memasuki program inklusif di sekolah rendah dan menengah. Program ini membantu
murid berinteraksi dan melibatkan diri dalam pembelajaran dan aktiviti di sekolah
160
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
dengan lebih efektif dan bermakna (Florian & Sprett, 2018). Perkembangan yang
berlaku setelah program pendidikan inklusif diperkenalkan dipengaruhi oleh faktor
seperti sokongan penjaga, pelaksanaan Akta atau undang-undang berkaitan
pendidikan khas (Lam & Muhammad, 2013).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2018) berpendapat ibu bapa boleh memainkan
peranan bersama pihak sekolah dan menyumbang mengikut bidang kepakaran
mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan murid inklusif dapat menggalakkan
perkongsian idea mengenai pembelajaran, kebolehtadbiran murid tentang diri sendiri,
perkongsian ilmu dan pengurusan tingkah laku. Sehubungan dengan itu,
kesungguhan ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di rumah dan di
sekolah adalah penting untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik murid
inklusif.
PERNYATAAN MASALAH
Semua ibu bapa mahu anak mereka berjaya dalam pendidikan termasuklah murid
berkeperluan khas. Namun begitu, pelbagai alasan diberikan oleh ibu bapa berkaitan
kurangnya penglibatan mereka dalam pendidikan anak-anak. Antara alasan yang
diberikan adalah kurikulum dan silibus yang mencabar, keadaan anak yang boleh
berdikari dan ibu bapa mahu memberi fokus yang lebih kepada anak yang lebih kecil
usianya (Davies & Beamish, 2015). Namun begitu, alasan yang diberikan oleh ibu
bapa masih dipertikaikan kerana penglibatan dalam pendidikan anak tidak semestinya
memerlukan penglibatan secara langsung. Dalam proses pendidikan murid,
penglibatan secara tidak langsung di sekolah dan di rumah juga dapat membantu
murid dalam pencapaian akademik (Siti Fatimah & Che Omar, 2018).
Pencapaian akademik murid mempunyai hubungan yang signifikan dengan
penglibatan dan sokongan awal daripada ibu bapa secara berterusan (Okado,
Bierman & Welsh, 2014). Dalam kajian yang sama, kebanyakan ibu bapa didapati
menyokong pembelajaran anak mereka tetapi mereka tidak berminat untuk menyertai
program dan aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah. Hal ini menyebabkan ibu bapa
kurang cakna terhadap keperluan akademik anak-anak di sekolah. Tambahan lagi,
dapatan daripada kajian Gonzalez & Williems (2012) melaporkan sebilangan guru
161
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
menyatakan bahawa ketidakupayaan ibu bapa untuk melibatkan diri dalam pendidikan
anak menjadi halangan untuk anak-anak lebih berjaya.
Berdasarkan penelitian pengkaji, kajian lepas lebih banyak menekankan tentang
demografi keluarga dan hubungannya dengan penglibatan ibu bapa (Deslandes et.al.,
2017). Tambahan lagi, tidak banyak kajian yang dibuat berdasarkan konteks keluarga
dalam pendidikan murid inklusif. Faktor inilah yang menjadi pencetus yang
menyumbang kepada masalah ini dikaji oleh penyelidik. Hal ini demikian kerana
aplikasi nilai dalam kekeluargaan di rumah menjadi faktor kepada penglibatan ibu
bapa dalam pendidikan murid inklusif di sekolah.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti komponen-komponen konteks keluarga yang terlibat dalam
penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik murid inklusif.
2. Mengenal pasti penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah dalam pencapaian
akademik murid inklusif.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah komponen-komponen konteks keluarga yang terlibat dalam penglibatan ibu
bapa terhadap pencapaian akademik murid inklusif?
2. Sejauh manakah penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah dalam pencapaian
akademik murid inklusif?
METODOLOGI
Reka bentuk kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan instrumen
temu bual, catatan pemerhatian dan senarai semak. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan perisian Nvivo dan pengekodan untuk mencari word frequency query
dan pengekodan dalam bentuk diagram. Sampel kajian adalah empat iaitu seorang
inklusif tahun lima, ibu bapa murid inklusif dan guru mata pelajaran yang mengajar
murid inklusif. Pengkaji menggunakan teknik persampelan bertujuan atau purposive
162
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
sampling. Menurut Wiersma (2011), teknik persampelan bertujuan adalah sesuai
dengan kajian kualitatif. Lokasi kajian adalah di sebuah sekolah rendah di Hulu
Selangor. Hasil daripada analisis data yang diperoleh dapat mengenal pasti konteks
keluarga dan aspek penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah dalam pencapaian
akademik murid inklusif. Jadual 1 menunjukkan analisis data dalam pelaksanaan
kajian.
Jadual 1: Analisis data pelaksanaan kajian
Instrumen Analisis Data Dapatan
Temu bual Temu bual berkenaan - Komponen konteks
penglibatan ibu bapa di keluarga
rumah dan di sekolah - Penglibatan ibu bapa di
rumah dan di sekolah
Catatan Pemerhatian ke atas - Kehadiran murid
Pemerhatian penglibatan ibu bapa - Hasil kerja murid
terhadap proses PdPR
anak di rumah
Senarai Semak Senarai semak hasil kerja - Hasil tugasan bertulis
murid bagi mata pelajaran dan projek
BM dan Pendidikan Seni
DAPATAN KAJIAN
Dapatan satu Komponen konteks keluarga yang terlibat dalam pencapaian akademik
murid inklusif
i) Temu bual
Rajah 1: Komponen konteks keluarga yang terlibat dalam pencapaian
akademik murid inklusif
163
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Rajah di atas menunjukkan 4 komponen konteks keluarga dalam penglibatan ibu bapa
yang terlibat dalam pencapaian murid inklusif di sebuah sekolah di daerah Hulu
Selangor. Dapatan temu bual yang diperoleh daripada M1, I1 dan B1 menunjukkan
komponen kesenggangan, amalan keibubapaan, interaksi dan komunikasi dan
keprihatinan memainkan peranan yang signifikan dalam membantu murid inklusif
dalam pencapaian akademik mereka di sekolah. Kesenggangan pula merupakan
komponen utama dalam konteks keluarga yang berperanan besar dalam peningkatan
prestasi murid dalam pembelajaran, diikuti dengan komponen keprihatinan, amalan
keibu bapaan dan interaksi dan komunikasi.
ii) Catatan pemerhatian dan senarai semak
Rajah 2: Komponen Konteks Keluarga Yang Terlibat dalam Pencapaian
Akademik Murid Inklusif
Melalui data yang diperoleh melalui catatan pemerhatian dan senarai semak daripada
G1 pula, terdapat 3 komponen konteks keluarga yang telah dikenal pasti dan
menyokong dapatan yang diperoleh melalui temu bual bersama M1, I1 dan B1. Tiga
komponen yang dimaksudkan adalah kesenggangan, amalan keibubapaan dan
interaksi dan komunikasi. Perbezaan komponen yang telah dikenal pasti dalam
dapatan kajian ini berkemungkinan dipengaruhi oleh faktor pengalaman dan
hubungan di antara sampel kajian dengan murid inklusif.
164
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Ringkasnya, komponen keprihatinan menjadi aspek tambahan di antara 4 komponen
yang telah dikenal pasti. Namun begitu, peranannya dalam pencapaian akademik
murid inklusif menunjukkan peratus yang lebih tinggi berbanding komponen interaksi
dan komunikasi dan amalan keibubapaan.
Dapatan 2: Penglibatan Ibu Bapa di Rumah dan di Sekolah dalam Pencapaian
Akademik Murid Inklusif
i) Temu bual
Rajah 3: Penglibatan Ibu Bapa di Rumah
Rajah 4 : Penglibatan Ibu Bapa di Sekolah
Berdasarkan dua rajah di atas, ibu bapa didapati melibatkan diri dalam proses
pendidikan murid inklusif bukan sahaja di rumah, malah juga di sekolah. Semasa di
165
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
rumah, ibu bapa memastikan anak dipantau sama ada secara langsung atau tidak
langsung terutamanya dalam perkara melibatkan pendidikan. Selain itu, anak juga
turut dibantu untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah. Bagi
memastikan proses pembelajaran tetap berjalan walaupun dalam tempoh PdPR,
dapatan kajian mendapati ibu bapa dapat berusaha menyediakan kemudahan
pembelajaran kepada anak.
Graf bar yang ditunjukkan dalam rajah 4 pula menunjukkan bahawa ibu bapa turut
melibatkan diri dalam proses pendidikan anak di sekolah. Penglibatan ibu bapa
semasa perjumpaan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan kesungguhan ibu
bapa meluangkan masa untuk turut serta dalam program dan aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak sekolah berjaya meningkatkan prestasi akademik murid inklusif ke tahap
yang lebih baik berbanding sebelum ini. Dapatan kajian secara keseluruhan
menunjukkan kepentingan ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di
rumah dan juga di sekolah untuk membantu murid inklusif dalam pencapaian
akademik. Prestasi akademik murid inklusif berada pada tahap sederhana, namun
pencapaiannya bertambah baik ketika berada di kelas inklusif berbanding di kelas
pendidikan khas. Tambahan lagi, penglibatan ibu bapa dalam pendidikan murid
inklusif juga menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila murid didapati
menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik berbanding kebanyakan rakan
kelasnya yang lain.
PERBINCANGAN
Objektif 1: Komponen Konteks Keluarga yang terlibat dalam Pencapaian
Akademik Murid Inklusif
Komponen konteks keluarga berperanan penting dalam sesebuah keluarga. Keluarga
merupakan persekitaran pertama anak-anak. Menurut Model Proses Penglibatan Ibu
Bapa (Hoover-Dempsey & Sandler, 1995), yang mendasari kajian ini menyatakan
dengan jelas tentang peranan keibubapaan terhadap hasil pembelajaran anak-anak.
Proses pendidikan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan serta
melibatkan ibu bapa yang berperanan sebagai mentor. Dalam kajian ini, tiga
komponen utama konteks keluarga yang dikenal pasti dalam kajian ini seperti
166
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
kesenggangan, amalan keibubapaan, dan interaksi dan komunikasi akan
dibincangkan dengan lebih mendalam.
i) Kesenggangan
Willms & Somers (2011) mendapati penggunaan masa senggang menjadikan
peranan ibu bapa lebih bermakna kepada pencapaian anak-anak walaupun ibu bapa
tidak secara langsung terlibat dengan pendidikan anak-anak mereka di rumah
mahupun di sekolah. Dapatan kajian ini selari dengan Model Proses Penglibatan Ibu
bapa (Hoover-Dempsey & Sandler, 1995) yang berpendapat masa, tenaga dan
keupayaan ibu bapa merancang dan memilih penglibatan, walaupun secara bersantai,
akan memberi impak positif kepada pencapaian anak-anak di sekolah.
ii) Amalan Keibubapaan
Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak tidak hanya berfokus kepada kekerapan
ibu bapa belajar bersama anak-anak. Sebaliknya, galakan secara berterusan juga
merupakan satu penglibatan tidak langsung oleh ibu bapa. Green et.al (2016) dan
Model Proses Penglibatan Ibu Bapa (Hoover-Dempsey & Sandler, 1995) mendapati
tahap kemahiran dan pengetahuan ibu bapa memberi kesan kepada kecemerlangan
anak-anak dalam pelajaran. Namun begitu, tahap pendidikan ibu bapa sahaja tidak
memadai sekiranya ibu bapa tidak mahir menyalurkan kemahiran dan pengetahuan
yang ada kepada anak-anak.
iii) Interaksi dan Komunikasi
Apabila anak semakin meningkat usia, perubahan interaksi dan komunikasi yang
dipraktikkan oleh ibu bapa seharusnya bersesuaian dengan perkembangan diri anak-
anak walaupun masih memerlukan perhubungan dua hala dan intim (Keith et al.,
2016). Keakraban hubungan anak dengan ibu bapa dalam keluarga mendorong ibu
bapa untuk lebih mengambil berat dalam hal berkaitan pendidikan anak mereka. Ibu
bapa yang mengamalkan interaksi dan komunikasi dengan anak di rumah mempunyai
kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan untuk mereka terlibat dalam
pendidikan anak bermula dari rumah. Keadaan ini membolehkan ibu bapa mengetahui
perkembangan semasa anak-anak dengan cara memberi ruang untuk anak-anak
167
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
menyampaikan maklumat tentang pelajaran mereka secara bebas (Ruthick et.al.,
2009).
Objektif 2: Penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah dalam pencapaian
akademik murid inklusif.
Berdasarkan dapatan kajian, ibu bapa dilihat berusaha untuk melibatkan diri dalam
hal pendidikan anak bermula dari rumah. Kesanggupan ibu bapa memantau dan
meluangkan masa membantu anak dalam tugasan pembelajaran merangsang emosi
anak untuk menyiapkan tugasan di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan
antara anak dan ibu bapa. Kesedaran ibu bapa terhadap kemahiran dan keupayaan
anak-anak bukan sahaja membantu dalam pembelajaran malahan menjadikan ibu
bapa lebih peka akan kehendak anak (Chomiak, 2006).
Selain itu, keupayaan ibu bapa untuk menyediakan kemudahan pembelajaran kepada
anak terutama di musim pandemik Covid19 dapat memastikan pencapaian hasil
pembelajaran yang positif dan berpanjangan. Mohd Nazrul (2020) berpendapat
bahawa impak pembelajaran secara atas talian boleh memberi kesan positif kepada
murid sekiranya mendapat sokongan sama ada sokongan aspek mental atau fizikal.
Dalam aspek fizikal, kemudahan seperti penyediaan alat peranti, capaian internet dan
suasana pembelajaran yang selesa dapat merangsang emosi murid untuk mengikuti
pembelajaran walaupun secara norma baharu.
Dalam aspek penglibatan ibu bapa di sekolah pula, kajian Shaverand (2015)
mendapati ibu bapa yang menunjukkan inisiatif untuk menyertai dan menghadiri
mana-mana aktiviti atau perjumpaan bersama pihak sekolah seringkali memberi
impak positif kepada anak, sama ada dalam aspek akademik, tingkah laku mahupun
perkembangan emosi. Bagi murid inklusif, penglibatan ibu bapa di sekolah sangat
boleh memberi impak besar sekiranya dimulakan sejak dari awal persekolahan.
Miedol dan Reynold (2019) dalam kajiannya menekankan kepentingan untuk ibu bapa
mengaplikasikan pemulihan dan pengayaan di rumah di samping berinteraksi dan
berbincang dengan guru yang berpengalaman di sekolah. Hal ini demikian kerana
perkembangan murid inklusif meliputi aspek emosi, kognitif dan sosial perlulah
dipantau, diberi perhatian dan dibantu dengan intervensi yang bersesuaian.
168
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
KESIMPULAN
Kajian ini memberi penekanan kepada keperluan konteks keluarga yang sihat dan
positif banyak membantu murid inklusif sama ada daripada sudut psikologi mahupun
kognitif untuk berjaya dalam pelajaran. Hal ini demikian kerana keterlibatan ibu bapa
dalam pendidikan ketika murid di rumah mendorong ibu bapa untuk turut melibatkan
diri dalam pendidikan anak di sekolah. Dalam kajian ini, ibu bapa didapati tetap
berusaha untuk melibatkan diri dalam pendidikan murid inklusif di sekolah walaupun
mempunyai tuntutan dan tanggungjawab dalam kerjaya. Justeru, kesungguhan ibu
bapa untuk meluangkan masa dan membantu anak di sekolah dan di rumah adalah
pendekatan yang diambil untuk memastikan mereka dapat mengikuti perkembangan
pendidikan anak. Tambahan lagi, pembelajaran murid inklusif di sekolah banyak
dibantu dan dibimbing oleh guru. Justeru, melalui penglibatan ibu bapa di sekolah,
pengetahuan dan maklumat tentang prestasi anak di sekolah dari semasa ke semasa
dapat diketahui dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung, pengetahuan ini
dapat dimanfaatkan untuk meneruskan kesinambungan pendidikan dan mengambil
alih peranan ibu bapa sebagai guru di rumah. Ringkasnya, konteks keluarga yang
kondusif dengan penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan anak yang bermula dari
rumah mendorong peningkatan dalam pencapaian murid inklusif di sekolah.
169
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
RUJUKAN:
Davies, D., & Beamish, W. (2015). Transitions from school for young adults with
intellectual diability: Parental perspectives on “life as and adjustment”. Journal of
Intellectual and Development disability, 34 (3), 248-257
Deslandes, R., & Bertrand, R. (2017). Motivation of parent involvement in secondary-
level schooling. The Journal of Educational Research, 98, 164 – 175.
Florian, L., and J. Spratt. (2018). “Enacting Inclusion: A Framework for Interrogating
Inclusive Practice.” European Journal of Special Needs Education 28 (2): 119– 135.
Gonzalez-DeHass, A. R., & Williems, P. P. (2012). Examining the underutilization of
parent involvement in the schools. The School Community Journal, 22(86), 85-100.
Keith, T. Z., Keith, P. B., Troutman, G. C., Bickley, P. G., Trivette, P. S., & Singh, K.
(2016). Does parental involvement affect eight-grade student achievement? Structural
analysis of national data. School Psychology Review, 22(3), 474 – 496.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul Ibu Bapa Program Pendidikan
Inklusif.Bahagian Pendidikan Khas.Putrajaya.
Lam Paw Lin & Muhammad Yusuf. 2013. Tingkah laku keibubapaan dan penghargaan
kendiri remaja. Jurnal Psikologi Malaysia, 7, 61 – 79.
Miedol, W. T., & Reynolds, A. J.(2019). Parent involvement in early intervention for
disadvantaged children: Does it matter? Journal of School Psychology, 37, 379–
402.
Mohd Nazul Ismail. (2020). Cabaran Kepimpinan dalam Pengurusan Pembelajaran
Digital. Jurnal Refleksi Kepimpinan, 3, 20-24.
Okado, Y., Bierman, K. L., & Welsh, J. A. (2014). Promoting school readiness in the
context of socio-economic adversity: Associations with parental
Rutchick, A. M., Smyth, J. M., Lopoo, L. M., Dusek, J. B. (2009). Great expectations:
the biasing effects of reported childe behaviour problems on educational expectancies
and subsequent academic achievement, Journal of Social and Clinical Psychology,
28(3), 392 – 413.
Shaverand, A. V. (2015). Effect of title 1, parental involvement on student reading and
mathematics achievement. Journal of Research and Development in Education, 31(2),
91 – 97.
Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru Dalam
Program Pendidikan Inklusif Di Sekolah. Asian People Journal (APJ), Vol.1 (2) ,
243-263. Diakses pada 13 Mei 2021 daripada www. journal.unisza.edu.my/apj/
Willms, D. J., & Somers, M. A. (2011). Family, classroom, and school effects on
children’s educational outcomes in Latin America. School Effectiveness and School
Improvement, 12(4), 409 – 445.
170
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN
GURU SEKOLAH RENDAH
Komathy a/p Selvaraj
([email protected])
Dr. Kama Shaffeei
([email protected])
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan
bekerja dalam kalangan guru di sekolah rendah SJK(T) St. Theresa’s Convent
Taiping, Perak. Reka bentuk kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan
menggunakan instrumen analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Analisis
temu bual dilakukan dengan perisian Nvivo, merupakan satu perisian untuk
menganalisis data yang berbentuk kualitatif. Sampel kajian melibatkan seramai lima
orang yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan tiga
orang Guru Akademik Biasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor gaji
merupakan faktor utama yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam kalangan
guru sekolah rendah ini berada pada tahap yang tinggi. Implikasi kajian menunjukkan
bahawa pendidik harus mempunyai komitmen secara profesional untuk meningkatkan
mutu pendidikan terhadap generasi masa depan.
Kata Kunci: Tahap Kepuasan Kerja, Guru, Sekolah Rendah
PENDAHULUAN
Guru merupakan faktor paling penting yang menjadi tulang belakang sekolah. Guru
berperanan penting dalam melahirkan anak murid yang berfikiran kreatif dan kritis
serta mempunyai nilai moral yang tinggi. Guru adalah seorang yang dapat
membentuk generasi akan datang. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
keupayaan warga guru bukan sahaja bergantung pada kemahiran dan kecekapan
yang dimiliki. Kepuasan kerja merupakan satu faktor yang penting untuk mendorong
guru-guru agar mempunyai sikap yang positif dan bertanggungjawab. Youcef, Ahmed
dan Ahmed (2016), menjalankan kajian untuk mengkaji hubungan di antara kepuasan
kerja, komitmen organisasi dan niat berhenti dalam kalangan pekerja di Saida. Sikap
positif terhadap pekerjaan menjadi tunjang utama kepada kepuasan kerja dan
prestasi kerja yang cemerlang. Setiap orang mempunyai tahap kepuasan dengan
171
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
cara yang berbeza. Kepuasan dan ketidakpuasan kerja memang timbul dalam semua
bidang kerjaya.
PERNYATAAN MASALAH
Kepuasan kerja merupakan salah satu faktor terpenting dalam memastikan
kelangsungan kegemilangan sesebuah organisasi. Hal ini kerana kakitangan yang
tidak merasakan kepuasan dalam bekerja seringkali menunjukkan prestasi kerja yang
kurang baik. Di dalam sesebuah organisasi, kepuasan kerja boleh diraih melalui
hubungan kakitangan dengan rakan sekerja, hubungan dengan majikan dan juga
hubungan dengan kakitangan yang lebih bawah. Walau bagaimanapun, jika
hubungan yang ada ini bermasalah dan kurang erat, menjadi pengaruh besar kepada
kepuasan bekerja dalam diri kakitangan. Menurut Prockl, Teller, Kotzab dan Angell
(2017) kepuasan dengan majikan adalah pengaruh penting terhadap kepuasan kerja.
Bahkan, Tella dan Ayeni menyatakan bahawa motivasi kerja yang tinggi akan
mempengaruhi kepuasan kerja seseorang individu dan motivasi tersebut boleh
dicapai dan didapati daripada rakan dan orang atasan di tempat kerja.
Menurut Rohaidah (2015) dalam kajiannya menyatakan bahawa tekanan yang dialami
akan menyebabkan mereka mula merasai bahawa tanggungjawab sebagai pendidik
merupakan satu tugas yang sangat membebankan, tidak seronok dan tidak memberi
kepuasan dalam pekerjaan mereka. Oleh hal yang demikian, perkara tersebut boleh
menyebabkan terjadinya tingkah laku yang mempunyai tanda-tanda burnout iaitu
kerap tidak hadir, persaraan awal oleh kerana mereka merasa tidak mampu
menghadapi situasi pekerjaan sebagai pendidik hari ini, mereka juga mengalami
masalah kesihatan kesan daripada emosi yang kurang stabil dan cenderung menuduh
orang lain melakukan kesalahan terhadap permasalahan yang berlaku, adanya konflik
dengan diri sendiri dan mengasingkan diri daripada orang lain.
Menurut Norainil Yusof (2017), stres terbahagi kepada dua iaitu stres yang positif dan
stres yang negatif. Stres positif disebut sebagai eustress iaitu diperlukan oleh individu
untuk menggalakkan dirinya melaksanakan sesuatu kerja sehingga berjaya dan
seterusnya dapat meningkatkan prestasi kerjanya. Seterusnya, stres negatif pula
disebut sebagai distress, ia boleh merangsang individu supaya merasa sakit dan
berputus asas semasa melaksanakan sesuatu kerja. Distress yang tidak terkawal
172
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
akan menyebabkan individu tersebut kemurungan, keinginan membunuh diri dan
putus harapan. Kenyataan ini disokong lagi dengan kajian Norashid dan Hamzah
(2014) yang mengatakan bahawa tugas guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas,
tetapi turut dibebani dengan tugas lain di tempat kerja. Bebanan tugas yang banyak
ini boleh menyebabkan guru tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik
sekaligus boleh mengundang stres ke dalam diri guru tersebut. Keadaan ini juga boleh
menyebabkan guru tersebut tidak bersemangat serta kurang bermotivasi untuk
melaksanakan tugasnya sebagai guru di tempat kerja.
Menurut Locke E. A (2015), kepuasan kerja adalah satu keadaan emosi yang positif
dan menyeronokkan hasil daripada seseorang terhadap pekerjaannya sebagai
menyenangkan dan berjaya. Kenyataan ini disokong oleh Herzberg (1964) iaitu
apabila pekerja diberikan kebebasan untuk melakukan kerja, mereka akan seronok
bekerja dan akan terus membantu organisasinya untuk berjaya. Jelas di sini
menunjukkan bahawa guru yang tidak dapat kepuasan kerja akan bertukar tempat
kerja sehingga mereka mendapat kepuasan dalam kerja yang dilakukan. Sehubungan
itu, keperluan guru haruslah dipenuhi supaya mereka mendapat kepuasan dalam
pekerjaan tersebut.
Menurut Lia Amir (2018), kepuasan kerja sebagai perasaan dan sikap yang positif
dalam diri pekerja berkaitan bidang tugas dan juga pekerjaan yang dilakukan. Apabila
seseorang mendapat kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan tersebut mereka akan
sentiasa positif dalam menjalankan tanggungjawab. Walau bagaimanapun, sekiranya
mereka tidak dapat kepuasan yang tinggi mereka akan sentiasa negatif dan tidak
melakukan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Kenyataan ini disokong
oleh Robbin (1989) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja adalah merupakan
sikap umum individu terhadap pekerjaannya. Individu yang mempunyai kepuasan
kerja yang tinggi mempunyai sikap yang positif dan jika tidak ia akan berlaku
sebaliknya.
173
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan bekerja
dalam kalangan guru di sekolah rendah di Taiping.
2. Mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi kepuasan bekerja
dalam kalangan guru di sekolah rendah di Taiping.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan bekerja
dalam kalangan guru sekolah rendah di Taiping?
2. Apakah faktor utama yang mempengaruhi kepuasan bekerja dalam
kalangan guru di sekolah rendah di Taiping?
TINJAUAN LITERATUR
Nuzsep Almigo (2019) telah menjalankan sebuah kajian terhadap Kesan Modul
Adventure Based Counseling terhadap kepuasan kerja, iltizam kerja dan
kecenderungan berhenti kerja dalam kalangan kakitangan UPSI. Tesis ini
dikemukakan bagi memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah Doktor Falsafah
(psikologi). Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan Keberkesanan Modul
Adventure Based Counseling (ABC) terhadap tiga atribut kepuasan kerja, iltizam kerja
dan kecenderungan berhenti kerja dalam kalangan kakitangan Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penggunaan modul adventure
based counseling belum mencukupi serta perlu dibantu oleh fasilitator dalam
mengekalkan kepuasan kerja dan iltizam kerja serta mengurangkan kecenderungan
berhenti kerja dalam organisasi.
Siti Nor Shahshina binti Soffi telah menjalankan suatu kajian pada tahun 2017 bagi
memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Sains. Tajuk kajian adalah
Pengaruh Kepimpinan Transformasi Pengarah Kolej Vokasional (KV) dan Efikasi
Kendiri terhadap kepuasan kerja pensyarah vokasional. Tujuan utama kajian ini
adalah untuk menentukan tahap kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional,
kepuasan kerja dan efikasi kendiri pensyarah vokasional. Kajian ini juga berhasrat
174
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
untuk melihat hubungan di antara efikasi kendiri dan kepuasan kerja pensyarah kolej
KV serta melihat pengaruh kepimpinan transformasi pengarah KV dan efikasi kendiri
pensyarah KV ke atas kepuasan kerja pensyarah KV. Sampel kajian terdiri daripada
152 pensyarah vokasional yang dipilih secara rawak dari tujuh kolej di Negeri
Sembilan dan Melaka. Sesi temu bual juga telah dijalankan yang melibatkan lima
orang pensyarah vokasional.
Zoolaiha binti Abd. Rahman telah menjalankan satu kajian pada tahun 2015 bagi
memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah Doktor Falsafah terhadap Amalan
Kepimpinan Distributif dalam kalangan pengetua dan hubungannya dengan kepuasan
kerja guru di Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan
amalan kepimpinan distributif pengetua dan hubungannya dengan tahap kepuasan
kerja guru di sekolah menengah negeri Selangor, Malaysia. Selain itu, untuk
mentriangulasi dapatan kajian tinjauan, temu bual separa berstruktur telah dijalankan
dengan enam orang pengetua. Kajian ini menunjukkan pengetua perlu melengkapkan
diri dengan kepimpinan distributif supaya dapat meningkatkan kepuasan kerja guru
secara berkesan.
Asfar Amir telah menjalankan suatu kajian pada tahun 2015 terhadap Pengaruh
Kompetensi dan Kepuasan Kerja Terhadap Prestasi Kerja Guru Sekolah Menengah
Atas Negeri di Kota Pariaman. Tesis ini dikemukakan bagi memenuhi syarat untuk
memperolehi Ijazah Doktor Falsafah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti
pengaruh kompetensi guru yang terdiri daripada pedagogi, keperibadian, kompetensi
sosial, profesional, intelektual dan spritual terhadap prestasi kerja guru, pengaruh
kompetensi guru dan pengaruh kepuasan kerja guru terhadap prestasi kerja guru.
Implikasi kajian ini adalah perlunya meningkatkan prestasi kerja guru melalui
peningkatan kepuasan kerja dan peningkatan kompetensi profesionalisme guru yang
terdiri daripada kompetensi pedagogi, kompetensi keperibadian, kompetensi sosial,
kompetensi profesional, kompetensi intelektual dan kompetensi spritual.
Pada tahun 2019, Nurul Fatihah binti Setapa telah menjalankan kajian terhadap
Burnout dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja dalam kalangan Guru Tadika.
Tesis ini dikemukakan bagi memenuhi syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana
Pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara burnout dengan
175
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
kepuasan kerja dalam kalangan guru Tadika Islam, Perak. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk melihat tiga aspek dalam burnout iaitu keletihan emosi, gangguan
keperibadian kendiri dan pencapaian peribadi. Implikasi daripada kajian ini
diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak bertanggungjawab
terutamanya kepada guru Tadika supaya dapat menjalankan tanggungjawab dengan
lebih profesional apabila menyedari dan memahami tentang burnout.
Secara kesimpulan didapati bahawa kepuasan kerja amat perlu kepada setiap
pekerja. Apabila wujudnya kepuasan kerja, ia akan mendorong pekerja untuk lebih
bermotivasi, meningkatkan prestasi dan produktiviti dan dalam masa yang sama juga
dapat mengelakkan berlakunya perkara yang negatif seperti malas bekerja, ponteng,
berhenti awal, jenayah dan sebagainya kepada pekerja. Faktor-faktor yang
mempengaruhi kepuasan kerja perlu diambil berat dan menjadi fokus kepada pihak
pengurusan atau sumber manusia sesebuah organisasi.
METODOLOGI
Reka bentuk kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan instrumen
analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Sampel kajian adalah seramai 5 orang
yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan 3 orang
Guru Akademik Biasa(AKB). Lokasi kajian ialah SJK(T) St. Theresa’s Convent
Taiping, Perak. Jadual 1 menunjukkan analisis data dalam pelaksanaan kajian.
Jadual 1: Analisis Data Pelaksanaan Kajian
ALAT KAJIAN ANALISIS DATA DAPATAN
Analisis Semakan Fail Rekod RPH
Dokumen Mengajar dan Rancangan
Pengajaran Harian
Pemerhatian Penyeliaan PDPR berdasarkan Rakaman PDPR
RPH yang disediakan
Temu bual a. Temu bual dengan Pandangan
Pentadbir Sekolah terhadap faktor
kepuasan kerja
b. Temu bual dengan Guru
Sekolah
176
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
DAPATAN KAJIAN: LATAR BELAKANG SAMPEL
Bahagian ini menghuraikan latar belakang sampel berasaskan item temu bual
bahagian 1 yang dikemukakan kepada sampel. Bahagian ini bertujuan untuk
memperoleh profil sampel dari segi jantina, umur, peringkat pendidikan, gred jawatan
pekerjaan, pengalaman mengajar dan gaji yang didapati dalam sebulan. Secara
terperinci dapat dilihat dalam berikut:
Jadual 2: Latar Belakang Sampel
No . Kelompok/Aspek Kekerapan Peratus%
1. Jantina 3 60
Lelaki 2 40
Perempuan 3 60
2 40
2. Umur
30 tahun – 40 tahun 3 60
41 tahun – 50 tahun 2 40
3. Peringkat Pendidikan 2 40
Sarjana Muda Sarjana 2 40
1 20
4. Gred Jawatan
DG 41 1 20
DG 44 2 40
DG 48 2 40
5. Pengalaman mengajar 1 20
10 tahun – 15 tahun 3 60
16 tahun – 20 tahun 1 20
Lebih dari 20 tahun
6. Gaji setiap bulan (Ringgit
Malaysia)
3000 – 4000
4001 – 5000
5001 – 6000
Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat bahawa responden adalah terdiri daripada
kalangan lelaki dan perempuan yang majoritinya berumur 30 tahun hingga 50 tahun.
Kebanyakan guru berada dalam gred jawatan DG48 serta lebih daripada setengah
responden telah memiliki pengalaman mengajar lebih dari 20 tahun. Gaji yang
177
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
diterima paling banyak adalah antara RM4001 hingga RM5000. Sebahagian besar
responden telah mempunyai Sarjana Muda dalam peringkat pendidikan.
DAPATAN KAJIAN: ANALISIS TEMU BUAL
Hasil penyelidikan kualitatif dibina untuk menjawab persoalan kajian yang telah
dicadangkan dalam Bab 1. Huraian kajian akan dijawab secara bergiliran mulai
daripada soalan kajian. Dapatan kajian kualitatif telah dikumpul daripada data temu
bual dengan 5 orang responden, terdiri daripada Resp01 (Guru Besar), Resp02
(Penolong Kanan Pentadbiran), Resp03 (Guru AKB), Resp04 (Guru AKB) dan
Resp05 (Guru AKB).
Soalan Kajian 1: Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan
bekerja dalam kalangan guru sekolah rendah di Taiping?
Menurut Resp01 (Guru Besar)
Saya sebagai Guru Besar sekolah ini dan telah berkhidmat selama 28 tahun dalam
profesional ini, antara faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam
kalangan guru adalah tidak berpuas dengan gaji yang diterima serta kemajuan dan
peluang dalam kerjaya ini. Hal ini kerana selama 28 tahun ini saya dapat mengetahui
gaji akan menjadi salah satu masalah utama dalam kalangan guru kerana semua guru
berpendapat mereka sedang bekerja lebih berbanding dengan gaji yang diterima.
Selain itu, mereka juga berkata, tidak mempunyai peluang yang banyak dalam kerjaya
ini untuk meningkatkan diri dalam bidang profesional ini. Contohnya, apabila mereka
tamat pendidikan dalam Sarjana (master), mereka masih di sekolah sebagai GAB.
Tidak mendapat apa-apa pangkat serta tidak ada pergerakan gaji mengikut
pendidikan yang ada. Oleh itu, guru-guru kini, kurang puas hati dalam profesional ini.
Secara keseluruhannya, saya berasa faktor utama yang mempengaruhi tahap
kepuasan bekerja adalah faktor gaji. Guru-guru masih tidak berpuas hati dengan gaji
yang diterima dan tidak mahu berada dalam bidang profesional ini lagi.
Menurut Resp02 (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
178
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
Saya telah berkhidmat selama 20 tahun dalam kerjaya ini. Saya masih baru sebagai
Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah ini. Walaupun saya baru pegang jawatan ini,
saya lebih berpengalaman dalam bidang profesional ini sebagai seorang guru. Antara
faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru adalah
faktor pekerjaan itu sendiri, faktor gaji serta faktor rakan sebaya. Faktor pekerjaan itu
sendiri menunjukkan ramai guru tidak memiliki bidang profesional ini dengan
kehendak diri sendiri sebaliknya mereka menjadi guru dengan paksaan ibu bapa yang
memerlukan anak-anaknya bekerja di bawah kerajaan. Dengan ini, ramai guru tidak
dapat bekerja dengan sepenuh hati dan tidak berasa gembira dalam bidang
profesional ini. Keduanya, faktor gaji menjadi salah satu faktor utama bagi
mempengaruhi tahap kepuasan kerja bagi guru-guru. Guru-guru mula bandingkan diri
dengan guru-guru dahulu seperti masa dahulu guru hanya mengajar sahaja tetapi
guru sekarang lebih berfokus dalam kerja-kerja yang lain selain daripada mengajar
seperti ICT, kerja-kerja fail, PBD dan lain-lain lagi. Oleh itu, guru-guru berfikir bahawa
gaji yang diterima adalah tidak setimpal. Akhirnya, faktor rakan sebaya memainkan
peranan yang utama dalam tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru. Pada masa
kini, guru-guru suka berada dalam kumpulan dan suka gosip tentang masalah sekolah
dalam kalangan kumpulan yang kecil. Guru mempunyai sikap cemburu antara satu
sama yang lain. Apabila mereka mempunyai sikap cemburu, mereka tidak dapat
menjalin hubungan yang baik antara mereka dalam bidang profesionalnya. Oleh itu,
ketiga-tiga faktor ini mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru.
Secara keseluruhannya, faktor utama yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja
dalam kalangan guru adalah faktor pekerjaan itu sendiri dan faktor gaji. Dalam bidang
profesional ini, jika kita tidak ada minat dalam tugas, kita tidak dapat bekerja dengan
sepenuh hati serta tidak dapat menunjukkan prestasi kerja dengan baik. Pada masa
yang sama juga, jika kita bekerja dengan sikap berkira, kita tidak dapat menunjukkan
prestasi yang baik dalam kerjaya kita.
Menurut Resp03 (Guru Akademik Biasa 1)
Saya sebagai guru akademik biasa di sekolah ini, perkhidmatan saya, baru dalam
tahun kelapan (ke-8). Walaupun sudah 8 tahun dalam perkhidmatan ini, saya masih
belajar lagi dalam kerjaya untuk mengetahui teknik-teknik untuk meningkatkan
179
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
prestasi kerja saya. Antara faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam
kalangan guru ialah faktor pekerjaan itu sendiri dan faktor gaji. Apabila faktor
pekerjaan itu sendiri mempengaruhi tahap kepuasan kerja, diri saya boleh jadi salah
satu contoh yang terbaik dalam isu ini. Hal ini kerana, diri saya sendiri yang tidak
memiliki bidang profesional yang diingini. Saya menjadi seorang guru dengan
paksaan ibu bapa saya. Bapa saya seorang guru dan beliau hendak salah seorang
anak pun menjadi seorang guru dalam keluarganya. Hal ini menunjukkan, saya tidak
masuk dalam bidang profesional ini dengan keinginan yang sendiri dan saya tidak
dapat meningkatkan prestasi yang baik. Kita akan berjaya dalam suatu kerjaya jika
kita cintai bidang profesional kita sebaliknya kita akan gagal jika tidak usaha dalam
bidang profesional yang dimiliki apabila tidak disukai. Selain itu, faktor gaji akan
menjadi masalah utama dalam tahap kepuasan kerja guru ini. Pendidik-pendidik masa
kini berfikiran bahawa gaji di sektor kerajaan bukan semacam gaji di sektor swasta
bermaksud, jika kita bekerja di Sekolah Internasional gaji kita akan lebih berbanding
bekerja di sekolah kerajaan. Guru kini hanya mengutamakan gaji berbanding bekerja
dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, guru-guru masa kini bukan pilih bidang
profesional ini dengan pilihan sendiri sebaliknya pilihan ibu bapa dan mereka berfikir
bahawa gaji yang diterima tidak setimpal.
Secara keseluruhannya, faktor utama yang mempengaruhi tahap kepuasan guru
adalah faktor gaji. Guru berfikiran bahawa pendapatan di sektor kerajaan tidak sama
dengan gaji di sektor swasta. Sebaliknya, mereka tidak berfikir yang bekerja di sektor
swasta itu tidak tetap.
Menurut Resp04 (Guru Akademik Biasa 2)
Saya sebagai guru akademik biasa yang berpengalaman selama 15 tahun dalam
bidang profesional ini, saya berpendapat bahawa faktor rakan sebaya dan faktor gaji
menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam kalangan
guru. Pada masa kini, faktor rakan sebaya bukan semacam masa dahulu. Guru-guru
baharu tidak mempunyai sikap berkongsi ilmu dengan guru-guru yang lain sebaliknya
guru-guru senior dahulu memang mempunyai sikap berkongsi. Selain itu, faktor gaji
menjadi salah satu faktor utama dalam tahap kepuasan kerja. Hal ini kerana, guru-
guru baharu tidak bekerja dengan bertungkus-lumus dan mempunyai sikap berkira
180
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
dalam kerjaya ini. Mereka akan memilih kerja-kerja yang perlu dibuat sahaja. Secara
keseluruhannya, faktor gaji adalah faktor utama yang mempengaruhi tahap kepuasan
kerja dalam kalangan guru di sekolah rendah. Hal ini menunjukkan, tepat masa tamat
sekolah mereka akan keluar daripada kawasan sekolah dan seminit pun mereka tidak
ada keinginan untuk membuat kerja lebih di sekolah. Mereka akan memberitahu, gaji
OT tidak akan dibayar jika berada lama di sekolah.
Menurut Resp05 (Guru Akademik Biasa 3)
Saya sebagai guru akademik biasa yang berada dalam tahun ke-20, saya
berpendapat bahawa faktor gaji akan menjadi faktor yang mempengaruhi tahap
kepuasan kerja dalam kalangan guru. Pada pendapat saya, kerja kita bukan berat
sebegini pada masa dahulu. Fokus kita hanya dalam PdPc sahaja tetapi sekarang
PdPc hanya dalam 35% sahaja berbanding dengan tugas-tugas khas yang perlu
lakukan. Oleh itu, guru-guru masa sekarang mempunyai sikap mengira dalam kerjaya
ini. Mereka mengatakan bahawa gaji tidak mencukupi apabila berbanding dengan
kerja yang kita buat di sekolah. Secara keseluruhannya, faktor gaji akan menjadi faktor
utama dalam tahap kepuasan kerja guru-guru. Guru-guru tidak ingin untuk bekerja
lebih masa dengan mengatakan gaji OT tidak akan dibayar.
DAPATAN KAJIAN: ANALISIS PERISIAN NVIVO
I. Faktor Gaji
Kelima-lima responden telah mengatakan faktor gaji yang
mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru
sekolah rendah.
181
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
II. Faktor Pekerjaan itu sendiri
Resp02 dan Resp03 mengatakan faktor pekerjaan itu
sendiri yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam
kalangan guru sekolah rendah.
III. Faktor Rakan Sekerja
Resp02 dan Resp04 mengatakan faktor rakan sekerja
yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam
kalangan guru sekolah rendah.
IV. Faktor Kemajuan dan Peluang
Resp01 sahaja yang mengatakan faktor kemajuan dan
peluang yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam
kalangan guru sekolah rendah.
V. Faktor Suasana Tempat Kerja
Resp05 sahaja yang mengatakan faktor suasana tempat
kerja yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam
kalangan guru sekolah rendah.
Soalan Kajian 2: Apakah faktor utama yang mempengaruhi kepuasan bekerja
dalam kalangan guru di sekolah rendah di Taiping?
182
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
I. Faktor Gaji
Faktor gaji merupakan faktor utama yang mempengaruhi
tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah
rendah ini berada pada tahap yang tinggi.
PERBINCANGAN
Objektif Satu: Faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan bekerja dalam
kalangan guru di sekolah rendah di Taiping
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap terhadap kepuasan kerja masih rendah.
Hal ini merupakan isu mengenai kesejahteraan dan status guru yang masih rendah.
Justeru, pihak guru menggesa kepada pihak kerajaan untuk membaiki sistem jaminan
kesejahteraan bagi guru. Berdasarkan hasil dapatan kajian diperoleh bahawa faktor-
faktor mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan guru. Hasil dapatan kajian ini
selari dengan hasil dapatan kajian Nuzsep Almigo (2019) yang telah menjalankan
sebuah kajian terhadap Kesan Modul Adventure Based Counseling terhadap
kepuasan kerja, iltizam kerja dan kecenderungan berhenti kerja dalam kalangan
kakitangan UPSI. Selain itu, hasil dapatan kajian Zoolaiha binti Abd. Rahman (2015)
yang berjudul Amalan Kepimpinan Distributif dalam kalangan pengetua dan
hubungannya dengan kepuasan kerja guru di Selangor dapat mengaitkan dengan
kajian ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pemerkasaan yang dilakukan oleh
guru sendiri berpengaruh secara signifikan terhadap kepuasan guru.
Berdasarkan hasil dapatan kajian diperoleh bahawa kepuasan kerja guru
berpengaruh terhadap burnout. Hasil dapatan kajian ini selari dengan hasil dapatan
kajian Nurul Fatihah binti Setapa (2019) yang berjudul Burnout dan hubungannya
dengan kepuasan kerja dalam kalangan Guru Tadika. Menurut Shahril dan
Hadzrullathfi (2016), stres guru merujuk kepada emosi yang tidak selesa yang
183
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
dihadapi oleh guru seperti rasa marah, kecewa, serabut terlalu sugul dan risau yang
terhasil daripada kerjaya sebagai guru. Ia juga merupakan tindak balas psikologi dan
emosi seseorang terhadap bahaya yang dirasakan oleh permintaan yang pelbagai
dan sukar.
Objektif Dua: Faktor utama yang mempengaruhi kepuasan bekerja dalam
kalangan guru di sekolah rendah di Taiping
Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor gaji merupakan faktor utama yang
mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah ini berada
pada tahap yang tinggi. Sejumlah lima orang guru daripada sebuah sekolah telah
dipilih untuk terlibat dalam kajian ini dan kelima-lima responden telah mengatakan
bahawa faktor gaji adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi kepuasan
bekerja dalam kalangan guru di sekolah rendah.
Tahap terhadap kepuasan atas gaji yang diterima sudah baik iaitu pada awalnya guru
cukup puas hati atas gaji yang diterimanya saat ini, namun guru tetap berharap
adanya kenaikkan gaji pada masa yang akan datang. Jika dilihat daripada aspek gaji
pula, mungkin dapatannya akan menjadi berbeza. Ada orang sentiasa tidak berpuas
hati dengan gaji yang diperolehnya. Ini kerana gaji yang diperoleh seseorang itu
seringkali dianggap tidak mencukupi kerana kos kehidupan yang semakin membelit
leher saban hari, terutamanya bagi warga kota raya.
IMPLIKASI KAJIAN
Implikasi kajian menunjukkan bahawa pendidik harus mempunyai komitmen secara
profesional untuk meningkatkan mutu pendidikan terhadap generasi masa depan.
Pelaksanaan proses pembelajaran di dalam bilik darjah tidak akan memberikan hasil
yang sesuai dengan yang diinginkan, ada sahaja kekurangan dan kelemahan yang
dijumpai pada guru semasa melaksanakan proses pembelajaran. Maka, untuk
memperbaiki keadaan demikian peranan penyelia pendidikan menjadi sangat penting
untuk dilaksanakan sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi kerja guru.
Pelaksanaan penyeliaan bukan untuk mencari kesalahan guru tetapi pelaksanaan
penyeliaan pada dasarnya adalah proses pemberian bantuan kepada guru untuk
184
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
memperbaiki proses pengajaran yang dilakukan guru dan meningkatkan mutu kualiti
pengajaran dan pembelajaran.
CADANGAN KAJIAN
Kajian ini menghuraikan tentang kepuasan kerja guru SJK(T) ST. THERESA’S
CONVENT, TAIPING. Berikut ini disampaikan beberapa cadangan dalam usaha
peningkatan kajian mengenai kepuasan kerja.
1. Sampel penyelidikan ini adalah guru SJK(T) ST. THERESA’S
CONVENT, TAIPING. Oleh itu, hasil penyelidikan ini mungkin dapat
digeneralisasikan kepada guru sekolah lain yang berhampiran dengannya.
2. Penyelidikan ini memberikan batasan penyelidikan pada kepuasan kerja
guru SJK(T) ST. THERESA’S CONVENT, TAIPING. Penyelidikan berikutnya
diharapkan meneruskan model penyelidikan ini dengan menggunakan pemboleh
ubah yang lain.
KESIMPULAN
Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran awal terhadap kepuasan guru
terhadap kerja daripada lima orang responden, iaitu Guru Besar, Penolong Kanan
Pentadbiran, Guru Akademik biasa sebanyak tiga orang. Kajian yang telah dijalankan
ini telah menjawab kesemua persoalan kajian dan objektif kajian yang telah diberi
pada bab 1. Ia juga telah memberikan gambaran yang jelas lagi tentang kepuasan
guru dalam kalangan guru sekolah rendah yang melibatkan guru SJK(T) ST.
THERESA’S CONVENT, TAIPING. Pengkaji juga mengharapkan agar kajian ini dapat
memberi sumbangan dan manfaat kepada pihak-pihak yang berminat untuk
menjadikan tesis ini sebagai rujukan ilmiah pada masa yang akan datang.
185
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
RUJUKAN:
Ahmet, Ramazan Sak, Ikbal & Necdet, (2017). Comparing the job satisfaction of hourly
paid and salaried preschool teachers in Turkey. International Journal of Primary,
Elementary and Early Years Education Volume 46.
Almigo, N, Shahadan, A, (2015). Model Adventure Based Counseling (ABC) Dalam
Kepuasan Kerja dan Iltizam Kerja Pada Kakitangan UPSI. Malaysia: RMIC UPSI.
Amri, U., Marzuki, A., & Riyanto, S. (2017). Pengaruh Kepuasan Kerja, Stres Kerja,
dan Komitmen Organisasi terhadap Turnover Intention pada Head Office PT.
Thamrin Brothers Palembang. Jurnal Kompetitif, 6(1), 109–128.
Ismail, A., & Razak, M. R. A. (2016). Effect of Job Satisfaction on Organizational
Commitment. Management & Marketing, XIV (1), 26–40.
Kim, H., Kang, D., Lee, S., & McLean, G. (2015). Career commitment as a mediator
between organization-related variables and motivation for training and turnover
intentions. Journal of Career Development, 1-15.
Memon, M. A., Salleh, R., & Baharom, M. N. R. (2015). The link between training
satisfaction, work engagement and turnover intention. European Journal of Training
and Development, 40(6), 407-429.
Putra, I. G. A. G. E. M., & Wibawa, 1 M A. (2015). Pengaruh Kepuasan Kerja Terhadap
Turnover Intention Dengan Komitmen Organisasi Sebagai Variabel Intervening
Pada Pt. Autobagus Rent Car Bali. E-Jurnal Manajemen Unud, 4(4), 1100- 1118.
Setiyanto, A. I., & Hidayati, S. N. (2017). Pengaruh Kepuasan Kerja dan Komitmen
Organisasi terhadap Turnover Intention. JURNAL AKUNTANSI, EKONOMI Dan
MANAJEMEN BISNIS, 5(1), 105–110.
Siti Nor Shahshina, (2017). Pengaruh Kepimpinan Transformasi Pengarah Kolej
Vokasional dan Efikasi Kendiri terhadap kepuasan kerja pensyarah vokasional.
186
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
CABARAN IBU BAPA DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA KANAK-
KANAK ENAM TAHUN KETIKA SITUASI PANDEMIK COVID 19
Wan Nur Diyana Fajrina bt Wan Deris
([email protected])
Dr. Kama Shaffeei
([email protected])
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam
mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah bagi membantu meningkatkan
kemahiran membaca kanak-kanak enam tahun ketika pandemik Covid 19. Reka
bentuk kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan instrumen
pemerhatian dan temu bual berstruktur. Sampel kajian terdiri daripada tiga orang
kanak-kanak berumur enam tahun bersama-sama ibu bapa mereka. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kemahiran membaca kanak-kanak masih di tahap penguasaan
sederhana. Selain itu, ibu bapa juga didapati sering melakukan aktiviti literasi bersama
kanak-kanak bagi membantu meningkatkan kemahiran membaca mereka. Cabaran
utama yang dihadapi oleh ibu bapa dalam melaksanakan persekitaran pembelajaran
di rumah ketika Pandemik Covid 19 adalah faktor masa dan persekitaran. Implikasi
kajian menunjukkan kesediaan dan komitmen ibu bapa amat diperlukan bagi
memastikan pembelajaran di rumah tetap berjalan agar kemahiran membaca dapat
ditingkatkan ketika situasi pandemik ini. Panduan yang bersesuaian juga perlu
didedahkan kepada ibu bapa agar mereka dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran
di rumah dengan berkesan serta berkualiti.
Kata kunci: Cabaran persekitaran pembelajaran di rumah, kemahiran membaca,
pandemik Covid 19
PENDAHULUAN
Pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak seharusnya perlu diberi perhatian. Ini
kerana pada peringkat ini, kanak-kanak akan mudah menyerap apa sahaja yang
didedahkan kepada mereka. Menurut Zainiah & Jupri (2014) menyatakan tempoh usia
lahir hingga lapan tahun merupakan tempoh kritikal bagi kanak-kanak kerana pada
tempoh ini mereka sedang mula mengembangkan kemahiran bahasa dan literasi awal
yang menjadi faktor utama dalam peningkatan kemahiran membaca. Dengan itu,
187
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
adalah penting untuk kanak-kanak menguasai kemahiran literasi terutamanya apabila
mereka sudah berada pada umur enam tahun. Pendidikan peringkat prasekolah
ataupun tadika merupakan peringkat pendidikan yang memberi persediaan kepada
kanak-kanak unuk memasuki pendidikan sekolah rendah. Dengan itu, pada peringkat
ini, adalah perlu kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.
Kegagalan kanak-kanak menguasai kemahiran literasi khususnya kemahiran
membaca boleh mendatangkan pelbagai masalah apabila mereka memasuki
pendidikan sekolah rendah. Antara masalah yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak
adalah terdedah kepada kegagalan akademik, pengasingan sosial, masalah tingkah
laku, kesukaran membaca serta tidak mendapat kebaikan daripada pendedahan
bahasa dan perbendaharaan kata (Zainiah, Jupri, Fatin & Mazlina, 2017).
Bagi membantu meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak, bukan guru sahaja
yang perlu memainkan peranan, namun institusi keluarga juga turut memainkan
peranan dalam membantu meningkatkan pencapaian kemahiran membaca kanak-
kanak. Keluarga digalakkan untuk mewujudkan persekitaran yang mempunyai
pengaruh literasi agar terdapat kesinambungan pembelajaran di sekolah serta di
rumah dan seterusnya membantu meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak
(Buvaneswari & Padakannaya, 2017).
Institusi keluarga memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Ini
kerana keluarga merupakan ahli yang paling terdekat dengan seseorang individu.
Mengikut akta kanak-kanak 2001 menyatakan keluarga merupakan kumpulan asas
dalam menyediakan suasana semulajadi bagi pembesaran, penyaraan dan kebajikan
semua anggotanya khususnya kanak-kanak. Di dalam institusi keluarga, ibu bapa
atau penjaga berperanan sebagai ketua atau model kepada kanak-kanak. Ibu bapa
merupakan insan yang paling banyak mempengaruhi kehidupan seseorang
terutamanya kanak-kanak (Najwa, 2015).
Kepentingan institusi kekeluargaan terhadap pencapaian pendidikan kanak-kanak
dapat dilihat di dalam teori yang dikemukakan oleh Joyce Eipstein (2019) berkaitan
model penglibatan ibu bapa. Teori ini menggambarkan kerjasama yang perlu wujud
antara sekolah, keluarga dan masyarakat dalam membantu meningkatkan
188
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
pencapaian kanak-kanak. Jenis penglibatannya bukan hieraki tetapi ia adalah satu
rangka kerja unuk menghubungkan antara keluarga, anggota masyarakat dan
profesional pendidikan awal kanak-kanak.
Eipstein menggariskan enam jenis penglibatan dan kerjasama ibu bapa, komuniti dan
pihak luar yang dapat diajurkan oleh pihak sekolah. Penglibatan yang dimaksudkan
ialah kerjasama keibubapaan (parenting) iaitu membantu keluarga menguasai
kemahiran keibubapaan dan memahami perkembangan kanak-kanak. Seterusnya,
komunikasi (communication) iaitu mengamalkan pelbagai cara komunikasi yang
berkesan di antara sekolah dan keluarga. Aspek berikutnya, kesukarelawan
(volunteering) iaitu menggalakkan keluarga berkhidmat secara sukarela dengan
pelbagai cara. Pembelajaran di rumah (home learning) iaitu melibatkan keluarga
menyokong aktiviti pembelajaran di rumah. Membuat keputusan (making decision)
iaitu melibatkan keluarga dalam pengurusan persekolahan dan organisasi berkaitan
dan akhir sekali ialah kolaborasi (collaboration) dengan masyarakat iaitu menyelaras
perkhidmatan masyarakat untuk kebaikan bersama (Joyce Epstein & Ass, 2019).
Berdasarkan teori ini, dapat dilihat antara penglibatan yang turut ditekankan oleh teori
ini ialah kerjasama daripada ibu bapa dan pembelajaran di rumah iaitu melibatkan
keluarga menyokong aktiviti pembelajaran di rumah. Sesuai dengan keadaan semasa
negara sekarang yang dilanda pandemik Covid 19, iaitu penglibatan atau bantuan ibu
bapa amat diperlukan untuk membantu kanak-kanak belajar di rumah ( Shamsilah,
2021).
Peranan ibu bapa secara umumnya dilihat sebagai guru dan pengasuh pertama
kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan meniru setiap tingkah laku dan tutur kata ibu
bapa. Kanak-kanak akan belajar berbahasa melalui percakapan seharian antara
mereka dan ibu bapa (Brooks & Kempe, 2012). Kepentingan ibu bapa sebagai agen
utama dalam perkembangan kanak-kanak telah diakui sehinggakan program
PERMATA mewajibkan penglibatan ibu bapa di peringkat awal kanak-kanak. Dengan
itu, adalah penting untuk ibu bapa memberi pendidikan dan menyediakan suasana
pembelajaran awal atau persekitaran pembelajaran di rumah kepada kanak-kanak
189
SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM
berikutan rumah merupakan tempat yang paling banyak kanak-kanak meluangkan
masa sebelum masuk ke instutusi pendidikan yang lebih tinggi.
Persekitaran pembelajaran di rumah atau dikenali sebagai “Home Learning
Enviroment” merupakan satu program literasi di rumah iaitu ibu bapa cuba
mewujudkaan persekitaran yang boleh menyokong dan meningkatkan perkembangan
literasi kanak-kanak di rumah (Julia M., Andrew J., & Alison E., 2019). Hasil kajian
Kluczniok et, al, (2013): Wessels & Trainin (2014): Senechal & Leferve, 2014)
mendapati bahawa ibu bapa yang menyediakan persekitaran pembelajaran di rumah
dapat membantu meningkatkan tahap literasi kanak-kanak dari segi kosa kata,
kemahiran bertutur dan numerasi berbanding ibu bapa yang tidak menyediakan
persekitaran pembelajaran di rumah. Persekitaran pembelajaran di rumah juga boleh
dijelaskan daripada aspek kekerapan ibu bapa meluangkan masa bersama anak
mereka dan melakukan akitviti literasi seperti membaca bersama. Aktiviti ini juga
mempengaruhi pemerolehan bahasa dan literasi kanak-kanak (Sandra, Rajesh & et
all, 2016).
Pelaksanaan persekitaran pembelajaran di rumah juga bukan sekadar memberi
kesan yang positif pada kanak-kanak, namun ia juga turut memberi kesan yang positif
kepada ibu bapa. Mengikut kajian John, Olga, John & Jenny (2015) mendapati ibu
bapa yang mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah dapat menambahkan
ilmu berkaitan kemahiran literasi yang perlu dikembangkan oleh kanak-kanak serta
dapat mengetahui cara yang betul untuk mengajar kemahiran membaca kepada
kanak-kanak.
Beberapa penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh beberapa pengkaji mengenai
kemahiran literasi kanak-kanak. Kemahiran literasi merujuk pada pengetahuan,
kemahiran, dan pelakuan kanak-kanak tentang kemahiran membaca dan menulis
sebelum mereka boleh membaca dan menulis secara standard (Zainiah & Jupri,
2018). Kemahiran literasi terdiri daripada lima kompenan utama iaitu bahasa dan
komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran, fonemin dan fonetik, bacaan
dan kefahaman naratif dan tulisan awal (Zainiah, Jupri & Mazlina, 2018). Menurut
kajian Adams (1990) dalam Zainiah, Jupri & Mazlina (2018), kemahiran asas literasi
190