The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Semua pembentang dalam Seminar Penyelidikan SKInterclass 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sholehah091268, 2022-07-01 01:40:23

ePROSIDING SKInterclass2022 Jilid 01

Semua pembentang dalam Seminar Penyelidikan SKInterclass 2021

Keywords: Research

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

penguasaan murid bagi topik perimeter, luas dan isi padu bongkah selepas
penggunaan Dadu BiMate TJI 4.0 berbanding sebelumnya.
iii. Mengenal pasti sekiranya Dadu BiMate TJI 4.0 berupaya memupuk minat dan
motivasi murid terhadap topik perimeter, luas dan isi padu bongkah

METODOLOGI
Dalam bahagian metodologi ini, beberapa perkara akan diulas iaitu reka bentuk dan
pembangunan Dadu BiMate TJI 4.0, kumpulan sasaran dan instrumen kajian.

Reka Bentuk dan Pembangunan Dadu BiMate TJI 4.0
Standard Pembelajaran berkaitan perimeter, luas dan isi padu bongkah dalam silibus
Matematik Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 menjadi asas kepada penentuan isi
kandungan Dadu BiMate TJI 4.0. Jadual 1 menunjukkan senarai standard
pembelajaran yang berkenaan.

Jadual 1: Standard Pembelajaran Berkaitan Perimeter, Luas dan Isi Padu Bongkah

Tahun Standard Pembelajaran

Tahun 4 6.3.1 Menentukan perimeter bagi bentuk poligon sehingga lapan sisi.

6.3.2 Menentukan luas segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga

bersudut tegak, segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki

menggunakan petak segi empat sama 1 unit persegi dan rumus.

6.4.1 Menentukan isi padu kubus kubus dan kuboid menggunakan

kubus 1 unit padu dan rumus.

6.5.1 Menyelesaikan masalah melibatkan ruang.

Tahun 5 6.3.1 Menentukan perimeter gabungan dua bentuk poligon sekata

hingga lapan sisi termasuk segi tiga bersudut tegak, segi tiga sama

sisi, segi tiga sama kaki dan segi tiga bersudut tegak.

6.3.2 Menentukan luas gabungan dua bentuk melibatkan segi empat

tepat, segi empat sama, segi tiga bersudut tegak, segi tiga sama sisi,

segi tiga sama kaki dan segi tiga bersudut tegak.

41

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Tahun 6 6.4.1 Menentukan isi padu gabungan dua bentuk melibatkan kubus
dan kuboid.
8.2 (i) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan perimeter dan
luas gabungan dua dimensi.
8.3 (i) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan luas
permukaan dan isi padu gabungan bentuk tiga dimensi.

Berdasarkan Jadual 1, dapat disimpulkan bahawa perkara-perkara berikut perlu
diterapkan dalam reka bentuk Dadu BiMate TJI 4.0

i. Penggunaan petak-petak segi empat sama saiz sebagai dasar permainan dam
Dadu BiMate TJI 4.0.

ii. Soalan-soalan yang dimuatkan dalam Dadu BiMate TJI 4.0 mesti merangkumi
penentuan perimeter dan isi padu bagi bentuk tunggal sama ada segi empat
sama dan segi empat tepat.

iii. Dadu BiMate TJI 4.0 juga perlu memuatkan soalan-soalan pengiraan
perimeter, luas dan isi padu melibatkan gabungan dua bentuk melibatkan segi
empat tepat dan segi empat sama

Kajian ini telah memutuskan untuk membangunkan dua permainan dam yang dapat
memenuhi perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Dua permainan dam dalam Dadu
BiMate TJI 4.0 ialah

i. Dam Grid Dadu BiMate TJI 4.0
ii. Cantum Gambar Dadu BiMate TJI 4.0

Dam Grid Dadu BiMate TJI 4.0
Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada komponen permainan Dam Grid Dadu
BiMate TJI 4.0. Dalam permainan ini, murid perlu menghitung perimeter dan luas bagi
bentuk yang ditentukan melalui balingan dadu. Penggunaan grid memudahkan murid
menentukan perimeter dan luas bagi bentuk/rajah dengan penerapan konsep yang
tepat. Bagi isi padu bongkah pula, murid perlu membina bongkah mengikut kad soalan
yang diperoleh dengan menggunakan kiub kayu yang disediakan.

42

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Rajah 1: Komponen Dam Grid Dadu BiMate TJI 4.0
Rajah 2 berikut menunjukkan manual bagi permainan Dam Grid Dadu BiMate TJI 4.0.
Manual ini berguna kepada para pemain sebagai panduan peraturan permainan yang
perlu diikuti.

Rajah 2: Manual Permainan Dam Grid Dadu BiMate TJI 4.0
43

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Cantum Gambar Dadu BiMate TJI 4.0
Rajah 3 berikut pula memaparkan sebahagian daripada komponen Cantum Gambar
Dadu BiMate TJI 4.0. Permainan ini berlatar belakang gambar-gambar haiwan yang
telah pupus, iaitu salah satu topik dalam silibus sains Tahun 6.

Rajah 3: Komponen Cantum Gambar Dadu BiMate TJI 4.0
Seterusnya, dalam Rajah 4 berikut, dapat dilihat salah satu contoh gabungan bentuk
yang perlu dihitung perimeter dan luasnya oleh murid.

Rajah 4: Contoh cantuman bentuk-bentuk dalam Cantum Gambar
Dadu BiMate TJI 4.0
44

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Dadu BiMate TJI 4.0 yang telah disiap dinilai kesahannya oleh tiga orang pakar yang
dilantik. Pakar-pakar ini merupakan guru-guru matematik berpengalaman mengajar
melebihi 10 tahun.

Kumpulan Sasaran
Permainan Dadu BiMate TJI 4.0 sesuai digunakan oleh murid Tahap 2 sekolah rendah
iaitu melibatkan murid daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Walau
bagaimanapun, kajian kebolehgunaan Dadu BiMate TJI 4.0 ini dilaksana dengan
melibatkan 50 murid Tahun 6.

Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan bagi mengumpul data dalam kajian ini adalah ujian dan
soal selidik. Ujian pra, ujian pos dan soal selidik dijawab oleh murid secara individu.
Ujian pra dan ujian pos merupakan set soalan yang sama yang digunakan secara
berulang. Walau bagaimanapun, susunan soalan-soalan dalam ujian pos diubah
berbanding ujian pra. Soal selidik yang digunakan mengandungi 14 pernyataan. Skala
Likert 5-poin telah digunakan untuk mendapatkan tahap persetujuan murid bagi setiap
pernyataan yang dikemukakan. Murid dibimbing untuk memahami setiap pernyataan.
Namun begitu, murid bebas untuk memilih tahap persetujuan mereka sendiri dalam
menjawab soal selidik ini.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan bagi kajian kebolehgunaan dadu BiMate TJI 4.0 terdiri daripada dapatan
ujian pra dan ujian pos serta dapatan soal selidik.

Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra dan ujian pos yang dilaksanakan menguji tahap penguasaan murid bagi tiga
perkara iaitu pengiraan perimeter, luas dan isi padu bongkah. Ujian ini dijalankan
secara uji-ulang uji iaitu murid menduduki ujian pra sebelum penggunaan Dadu
BiMate TJI 4.0. Kemudian, murid menduduki ujian yang sama sekali lagi selepas
mengikuti sesi pembelajaran menggunakan Dadu BiMate TJI 4.0. Dapatan ujian pra
dan ujian pos ditunjukkan dalam Jadual 2.

45

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jadual 2: Skor Ujian Pra dan Ujian Pos

Kemahiran Ujian Pra Ujian Pos
97.6%
Mengira perimeter 74.5% 86.2%
81.3%
Mengira luas 65.4%

Mengira isi padu bongkah 57.8%

Seterusnya, data dalam Jadual 2 dipersembahkan dalam Graf 1 di bawah.

120.00%

100.00%

80.00%

60.00%

40.00%

20.00%

0.00%

Perimeter Luas Isi Padu Bongkah
Ujian Pra Ujian Pos

Graf 1. Perbandingan Skor Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan perbandingan yang dilakukan, skor ujian pos (97.6%) lebih tinggi
daripada skor ujian pra (74.5%) bagi topik perimeter. Bagi topik luas pula, skor ujian
pos (86.2%) juga lebih tinggi berbanding skor ujian pra (65.4%). Seterusnya,
peningkatan juga dicatatkan pada skor ujian pos (81.3%) melebihi skor ujian pra
(57.8%) bagi topik isi padu bongkah. Ini bermaksud, skor ujian pos adalah lebih tinggi
bagi ketiga-tiga topik selepas penggunaan Dadu BiMate TJI 4.0 oleh murid.

Selain itu, analisis ujian-t berpasangan juga telah dijalankan bagi mengenal pasti
sekiranya terdapat peningkatan yang signifikan pada dapatan ujian pos berbanding
ujian pra. Analisis ini menggunakan perisian Statistical Package for the Social

46

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Sciences (SPSS) versi 21. Dapatan analisis ujian-t berpasangan bagi ujian pra dan
ujian pos melibatkan pengiraan perimeter adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 3 berikut.

Jadual 3: Analisis Ujian-t Berpasangan bagi Ujian Melibatkan Pengiraan Perimeter

Dapatan Sebelum Dapatan Selepas

Min Sisihan Min Sisihan Beza Nilai t Nilai
N Piawai Signifikan
(M2) Piawai Min
(M1)

(SP1) (SP2)

50 74.5 8.14 97.6 2.30 -23.1 -16.2 .000

Aras signifikan p < .005

Jadual 3 menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan pada nilai min
ujian pos (M2 = 97.6; SP2 = 2.30) iaitu selepas penggunaan Dadu BiMate TJI 4.0,
berbanding skor min ujian pra (M1 = 74.5; SP1 = 8.14). Perbezaan skor min antara
kedua-dua dapatan sebelum dan selepas ialah -23.1. Keputusan kajian adalah
signifikan (t = -16.2, p < .005). Peningkatan yang tinggi dan signifikan pada skor ujian
pos berbanding skor ujian pra menunjukkan penggunaan Dadu BiMate TJI 4.0
berkesan dalam membantu murid menguasai kemahiran mengira perimeter.

Jadual 4 di bawah menunjukkan dapatan ujian-t berpasangan bagi ujian pra dan ujian
pos melibatkan pengiraan luas.

Jadual 4: Analisis Ujian-t Berpasangan bagi Ujian Melibatkan Pengiraan Luas

Dapatan Sebelum Dapatan Selepas

Min Sisihan Min Sisihan Beza Nilai t Nilai
N Piawai Signifikan
(M2) Piawai Min
(M1)

(SP1) (SP2)

50 65.4 8.38 86.2 6.70 -20.8 -9.03 .000

Aras signifikan p < .005

Merujuk pada Jadual 4, terdapat peningkatan yang signifikan pada nilai min ujian pos
(M2 = 86.2; SP2 = 6.70) iaitu selepas penggunaan Dadu BiMate TJI 4.0, berbanding

47

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

skor min ujian pra (M1 = 65.4; SP1 = 8.38). Perbezaan skor min antara kedua-dua
dapatan sebelum dan selepas ialah -20.8. Keputusan kajian adalah signifikan (t = -
9.03, p < .005). Peningkatan yang tinggi dan signifikan pada skor ujian pos berbanding
skor ujian pra menunjukkan penggunaan Dadu BiMate TJI 4.0 berkesan dalam
membantu murid menguasai kemahiran mengira luas.

Akhir sekali, analisis dapatan ujian-t berpasangan bagi ujian pra dan ujian pos
melibatkan pengiraan isi padu bongkah ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5: Analisis Ujian-t Berpasangan bagi Ujian Melibatkan Pengiraan
Isi Padu Bongkah

Dapatan Sebelum Dapatan Selepas

Min Sisihan Min Sisihan Beza Nilai t Nilai
N Piawai Min -8.88 Signifikan
(M2) Piawai
(M1) -23.5 .000

(SP1) (SP2)

50 57.8 8.55 81.3 7.70

Aras signifikan p < .005

Berdasarkan Jadual 5, terdapat peningkatan yang signifikan pada nilai min ujian pos
(M2 = 81.3; SP2 = 7.70) iaitu selepas penggunaan Dadu BiMate TJI 4.0, berbanding
skor min ujian pra (M1 = 57.8; SP1 = 8.55). Perbezaan skor min antara kedua-dua
dapatan sebelum dan selepas adalah -23.5. Keputusan kajian adalah signifikan (t = -
8.88, p < .005). Peningkatan yang tinggi dan signifikan pada skor ujian pos berbanding
skor ujian pra menunjukkan penggunaan Dadu BiMate TJI 4.0 berkesan dalam
membantu murid menguasai kemahiran mengira isi padu bongkah.

Dapatan Soal Selidik
Murid telah memberi tahap persetujuan berhubung pandangan mereka terhadap
Dadu BiMate TJI 4.0. Tahap persetujuan yang dipilih oleh murid berdasarkan skala
Likert 5-poin seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6 di bawah.

48

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

1 Jadual 6:Skala Likert 5-poin 5
Sangat tidak 2 34 Sangat setuju

setuju Tidak setuju Neutral Setuju

Jadual 7: Interpretasi Nilai Min

Nilai Min Interpretasi

1.00 – 1.49 Sangat rendah

1.50 – 2.49 Rendah

2.50 – 3.49 Memuaskan

3.50 – 4.49 Tinggi

4.50 – 5.00 Sangat tinggi

Nota: Diadaptasi daripada Torrefranca (2017)

Jadual 7 menunjukkan interpretasi nilai min yang diadaptasi daripada Torrefranca
(2017). Dapatan soal selidik bagi kajian keberkesanan Dadu BiMate TJI 4.0 adalah
seperti yang dipaparkan dalam Jadual 8.

Jadual 8: Minat dan Motivasi Murid terhadap Topik Perimeter, Luas dan Isi Padu
Bongkah daripada Penggunaan Dadu BiMate TJI 4.0

Pernyataan Min
Q1:Saya suka belajar mengira perimeter dengan menggunakan permainan 5.00
dam dadu BiMate TJI 4.0.
Q2:Saya suka belajar mengira luas dengan menggunakan permainan dam 5.00
Dadu BiMate TJI 4.0.
Q3: Saya suka belajar mengira isi padu bongkah dengan menggunakan 4.97
permainan dam Dadu BiMate TJI 4.0.
Q4:Saya suka belajar mengira perimeter bagi gabungan rajah dengan 4.98
menggunakan permainan cantum gambar Dadu BiMate TJI 4.0.

49

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Q5:Saya suka belajar mengira luas bagi gabungan rajah dengan 4.95
menggunakan permainan cantum gambar Dadu BiMate TJI 4.0. 4.98
Q6: Saya bersemangat untuk belajar topik perimeter secara lebih lanjut 4.96
selepas menggunakan Dadu BiMate TJI 4.0. 4.96
Q7: Saya bersemangat untuk belajar topik luas secara lebih lanjut selepas 4.95
menggunakan Dadu BiMate TJI 4.0. 4.93
Q8: Saya bersemangat untuk belajar topik isi padu bongkah secara lebih 4.91
lanjut selepas menggunakan Dadu BiMate TJI 4.0. 5.00
Q9: Saya yakin dapat mengaplikasikan kemahiran mengira perimeter 4.98
dengan lebih baik selepas menggunakan Dadu BiMate TJI 4.0. 4.96
Q10: Saya yakin dapat mengaplikasikan kemahiran mengira luas dengan 4.97
lebih baik selepas menggunakan Dadu BiMate TJI 4.0.
Q11: Saya yakin dapat mengaplikasikan kemahiran mengira isi padu
bongkah dengan lebih baik selepas menggunakan Dadu BiMate TJI 4.0.
Q12: Saya suka sekiranya penggunaan permainan seperti Dadu BiMate TJI
4.0 digunakan dalam pembelajaran topik-topik lain dalam matematik
Q13: Saya suka topik haiwan yang pupus dimasukkan dalam permainan
cantum gambar Dadu BiMate TJI 4.0.
Q14: Saya suka isi kandungan subjek sains dimasukkan ke dalam
pembelajaran matematik melalui aktiviti permainan.

Purata Min

Hasil analisis dalam Jadual 8 menunjukkan murid bersetuju pada tahap sangat tinggi
bahawa mereka suka belajar mengira perimeter (MQ1 = 5.00), luas (MQ2 = 5.00) dan
isi padu bongkah (MQ3 = 4.97) dengan menggunakan permainan dam Dadu BiMate
TJI 4.0. Seterusnya, murid juga mengakui bahawa mereka sangat suka belajar
mengira perimeter (MQ4 = 4.98) mahupun luas (MQ5 = 4.95) bagi gabungan rajah
dengan menggunakan permainan cantum gambar Dadu BiMate TJI 4.0. Pernyataan
Q1 hingga Q5 ini adalah berkaitan minat murid terhadap topik perimeter, luas dan isi
padu bongkah daripada penggunaan Dadu BiMate.

Seterusnya, murid sangat bersetuju bahawa mereka bersemangat untuk mempelajari
topik perimeter (MQ6 = 4.98), luas (MQ7 = 4.96) dan isi padu bongkah (MQ8 = 4.96)
dengan lebih lanjut selepas menggunakan Dadu BiMate TJI 4.0. Daripada aspek
keyakinan pula, murid memberikan persetujuan pada tahap tinggi bahawa mereka
yakin dapat mengaplikasikan kemahiran mengira perimeter (MQ9 = 4.95), luas (MQ10
= 4.93) dan isi padu bongkah (MQ11 = 4.91) dengan lebih baik selepas menggunakan

50

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Dadu BiMate TJI 4.0. Ini menandakan keberkesanan Dadu BiMate TJI 4.0 dalam
memupuk semangat terhadap pembelajaran topik perimeter, luas dan isi pada
bongkah dalam kalangan murid. Selain itu, semua murid bersetuju sekiranya
penggunaan permainan seperti Dadu BiMate TJI 4.0 diperluas dalam pembelajaran
topik-topik lain dalam matematik (MQ12 = 5.00).

Akhir sekali, daripada analisis soal selidik ini, murid suka topik haiwan yang pupus
diterapkan dalam permainan cantum gambar Dadu BiMate TJI 4.0 (MQ13 = 4.98) dan
seterusnya sangat bersetuju sekiranya isi kandungan subjek sains dimasukkan ke
dalam pembelajaran matematik melalui aktiviti permainan (MQ14 = 4.96).

PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini mendapati penggunaan Dadu BiMate TJI 4.0 telah meningkatkan
tahap penguasaan murid dalam kemahiran mengira perimeter, luas dan isi padu
bongkah. Dapatan daripada penyelidikan terdahulu menyokong pernyataan bahawa
permainan dam berupaya meningkatkan pencapaian murid dalam matematik. (Siegler
& Romani, 2008; Ramani & Siegler, 2008; Jimenez-Silva, White-Taylor & Gomez,
2010).

Selanjutnya, permainan dam yang direka bentuk dengan baik dapat meningkatkan
kemahiran matematik dalam kalangan murid. Malah, permainan dam mampu
meningkatkan ingatan, merangsang penjanaan idea teoritikal, menggalakkan
pemikiran secara logik, penaakulan dan keupayaan menyelesaikan masalah malah
meningkatkan tumpuan serta kemahiran visualisasi secara berkesan lagi bermakna
(Johnson, 1999; Norazlin, 2018). Selain daripada itu, penggunaan permainan dam di
dalam bilik darjah dapat mengukuhkan pembelajaran operasi-operasi dalam
matematik (Norazlin, 2018).

Seterusnya, permainan dam meningkatkan ketekalan pengetahuan yang diperoleh
murid (Sawtelle et al., 2012). Dengan ini, murid tidak mudah lupa apa yang telah
dipelajari. Penggunaan permainan dam dalam pengajaran dapat mengurangkan
rintangan terhadap penerimaan isi pelajaran (Lauren, Lutz, Wallon, & Hug, 2016; Law
& Chen, 2016), meningkatkan kecekapan pembelajaran melalui interaksi antara murid

51

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

yang kerap (Whitton & Langan, 2019; Dietrich, 2018; Casanoves, Salvadó, González,
Valls & Novo, 2017; Anupam, Gupta, Naeemi, JafariNaimi, 2016), mengurangkan
bebanan kognitif pada murid (Sampson, Linard & Garcia-Chance, 2018; Stokes &
Selin, 2016), memupuk kemahiran-kemahiran baru seperti pemikiran kritis,
penyelesaian masalah, kerja berpasukan, komunikasi dam kolaborasi ((Cheng, Yeh,
Tsai, Lin & Chang, 2019; Tsai, Cheng, Liu & Chang, 2019).

Penggunaan Dadu BiMate TJI 4.0 juga didapati mampu memupuk minat dan motivasi
terhadap topik perimeter, luas dan isi padu bongkah. Ini adalah sejajar dengan
pandangan Banfield dan Wikerson (2014) bahawa permainan dam memberikan impak
positif terhadap motivasi murid. Sepadan dengan dapatan kajian ini juga, Norazlin
(2018) mendapati penggunaan permainan dam telah berjaya meningkatkan minat
murid terhadap pembelajaran operasi asas matematik. Maka, kajian Dadu BiMate TJI
4.0 telah menyahut saranan oleh Manivannan (2017) dan McAndrew, Morris dan
Fennel (2017) agar strategi pengajaran tertentu yang berupaya meningkatkan minat
murid terhadap pembelajaran matematik dibangunkan.

Lebih daripada itu, permainan dam dapat menggalakkan interaksi sosial (Banfield &
Wikerson, 2014) dan menghidupkan peranan murid dalam pembelajaran (Kevin,
2018). Melalui interaksi dengan rakan pemain, permainan dam boleh dijadikan alat
pentaksiran kerana murid boleh mendapatkan maklum balas tentang kefahaman
terhadap apa yang dipelajari (Dziob, 2020). Integrasi topik haiwan yang pupus
daripada subjek sains ke dalam dadu BiMate TJI 4.0 telah mendapat sambutan yang
baik daripada para murid. Selain daripada inovasi Dadu BiMate TJI 4.0, kajian Tsai,
Liu, Chang dan Chen (2021) juga menerapkan kandungan tentang haiwan yang telah
pupus dalam permainan dam berteraskan pembangunan mampan.
Berdasarkan keberkesanan Dadu BiMate TJI 4.0 dari segi penguasaan isi kandungan
matematik, memupuk minat dan motivasi serta dimainkan menerusi interaksi dalam
kumpulan, maka inovasi ini dapat menyokong perkembangan kognitif, emosi dan
sosial yang baik. Dapatan ini bertepatan dengan pernyataan bahawa permainan boleh
menyumbang kepada perkembangan kognitif, emosi dan kemahiran sosial (Sara et
al., 2016).

52

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian ini telah menyediakan peluang kepada murid-murid untuk
mengikuti pembelajaran kemahiran mengira perimeter, luas dan isi padu bongkah
menerusi aktiviti permainan dam yang mengujakan, bermakna serta berkesan. Selain
itu, Dadu BiMate TJI 4.0 juga memberi impak positif terhadap pemupukan minat dan
motivasi dalam pembelajaran matematik. Dengan itu, penggunaan Dadu BiMate TJI
4.0 akan diperluaskan pada masa hadapan agar lebih ramai murid mendapat manfaat
daripadanya.

RUJUKAN:
AECT. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field.
Bloomington. IN: AECT.

Abdul Razak Idris & Nor Asmah Salleh. (2011). Pendekatan pengajaran yang
digunakan oleh guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Journal of Science and Mathematics Educational, 3, 134-
149

Akl, E. A., Kairouz, V. F., Sackett, K. M., Erdley, W. S., Mustafa, R. A., Fiander, M.,
Gabriel, C., & Schunemann, H. (2013). Educational games for health professionals.
Corhane Database of Systematic Reviews, 3, 1–46.
Anupam, A.; Gupta, R.; Naeemi, A.; JafariNaimi, N. (2016). Particle in a box: An
experiential environment for learning introductory quantum mechanics. IEEE Trans.
Educ. 2018, 61, 29–37.

Badham, V. (2010). Using Commercial Board Games for Practicing Basic Counting,
Addition and Subtraction. SPELDNSW.

Banfield, J., & Wilkerson, B. (2014). Increasing student intrinsic motivation and self-
efficacy through gamification pedagogy. Contemporary Issues in Education Research
CIER, 7(4), 291.

Burns, M. (1998). Math: Facing an American phobia. Sausalito, Ca: Math Solutions.

Barrett, J. E., Clements, D. H., Klanderman, D. B., Pennisi, S. J., Plaki, V. (2006).
Students’ coordination of geometric reasoning and measuring strategies on a fixed
perimeter task: developing mathematical understanding of linear measurement.
Journal of Research in Mathematics Education, 3(7), 187-221.

Casanoves, M.; Salvadó, Z.; González, Á.; Valls, C. & Novo, M.T. (2017). Learning
genetics through a scientific inquiry game. J. Biol. Educ.2017, 51, 99–106.

53

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Cheng, P. H., Yeh, T. K., Tsai, J. C., Lin, C. R., & Chang, C. Y. (2019). Development
of an issue-situation-based board game: A systemic learning environment for water
resource adaptation education. Sustainability, 11, 1341.

Daniel Dziob. Board Game in Physics Classes—a Proposal for a New Method of
Student Assessment. Res Sci Educ (2020)50, 845–862

Dietrich, N. (2018). Escape classroom: The Leblanc process—An educational “Escape
Game”. J. Chem. Educ. 2018, 95, 996–999.

Evans, T. (2005). Making Math More Fun: Math Board Games for School or Home
Education. www.makingmathmorefun.com.

Jimenez-Silva, M., White-Taylor, J. D., & Gomez, C. (2010). Opening Opportunities
through Mathematics Board Games: Collaboration between Schools and a Teacher
Education Program. IUMPST: The Journal, 2(Pedagogy), August 2010.

Johnson, T. (1999).Realizing Strategies for Winning Games. Senior Project, Math 498,
Fall 1999.

Knight, R. I. (2003). The Games Children Play. The Foundation for Mathematical
Learning. ED-2003/ws/71. UNESCO.
Lauren, H.; Lutz, C.; Wallon, R.C.; Hug, B. (2016). Integrating the dimensions of NGSS
within a collaborative board game about honey bees. Am. Biol. Teach. 2016, 78, 755–
763.

Law, V.; Chen, C.H. (2016). Promoting science learning in game-based learning with
question prompts and feedback. Comput. Educ.2016, 103, 134–143.

Machaba, F. M. (2016). The concepts of area and perimeter: Insights and
misconceptions of Grade 10 learners. Pythagoras-Journal of the Association for
Mathematics Education of South Africa, 37(1), 1-11.

Manivannan Subramaniam. (2017). Pemahaman murid Tahun Lima tentang luas segi
empat. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

McAndrew, E. M., Morris, W. L., & Fennell, F. (2017). Geometry-related children’s
literature improves the geometry achievement and attitudes of second-grade students.
School Science and Mathematics, 117, 34-51.

Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow Tze Wei. (2017). Kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran geometri tingkatan satu.
Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14(1), 211-265.

Moscovich, I. (2001). The big book of brain games. New York, NY: Workman
Publishing Company, Inc.

54

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Moursund, D. (2016). Learning Problem-Solving Strategies by Using Games: A Guide
for Educators and Parents. Eugene, OR: Information Age Education.

Norazlin Mohd Rusdin. (2018). Dadu BiMate: An innovation of board game to help
pupils master the basic concept of mathematics and increasing their fluency in basic
facts. I-PEX 2018 Proceeding, 48-51. CEE Books Series. Universiti Teknologi
Malaysia, Johor Bahru.

Prieto, N. J., Juanena, J. M. S., & Star, J. R. (2014). Designing geometry 2.0 learning
environments: a preliminary study with primary school students. International Journal
of Mathematical Education in Science and Technology, 4(5), 396-416.

SA Numeracy Chair. (2012). Numeracy Games with Dice and Cards. A South African
Numeracy Chair Inititive. National Research Foundation.

Saifulnizan Che Ismail. (2019). Meningkatkan kemahiran penguasaan konsep isipadu
kubus dan kuboid dalam kalangan murid tahun 5 melalui inovasi i2K. International
Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR. 4.0”, 1 – 2 Juli
2019 393, Padang Panjang, 393-409.
Sampson, C.; Linard, E.; Garcia-Chance, L. (2018). Life’s a beach: Using role-playing
scenarios to facilitate water quality studies. Am. Biol. Teach. 2018, 80, 353–358.

Sara, M., Nasser, K. M., & Mehdi, K. (2016). Designing playful learning by using
educational board game for children in the age range of 7-12: a case study: recycling
and waste separation education board game. International Journal of Enviromental &
Science Education, 11(12), 5453-5476.

Sawtelle, V., Brewe, E., & Kramer, L. H. (2012). Exploring the relationship between
self-efficacy and retention in introductory physics. Journal of Research in Science
Teaching, 49(9), 1096–1121.

Siegler, R. S. & Romani, G. B. (2008). Playing linear numerical board games promotes
low-income children’s numerical development. Developmental Science, 11, 655-661.

Stokes, L.C.; Selin, N.E. (2016). The mercury game: Evaluating a negotiation
simulation that teaches students about science-policy interactions. J. Environ. Stud.
Sci. 2016, 6, 597–605.

Tate, M. L. (2008). The biology of human play. Child Development, 63, 599-600.

Torrefranca, E. C. (2017). Developmental and validation of instructional modules on
rational expressions and variations. The Normal Lights, 11(1), 43-73.

Tsai, J. C., Liu, S. Y., Chang, C. Y., & Chen, S. Y. (2021). Using a Board Game to
Teach about Sustainable Development. Sustainability, 13, 4942.
https://doi.org/10.3390/su13094942

55

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

APLIKASI GENIUS HOUR DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM BUDAYA JEPUN

Ang Chooi Kean
([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

Abstrak
Usaha inovatif dalam mengaplikasikan olahan kaedah Genius hour merupakan satu
usaha inisiatif awal bagi mencetuskan perubahan dalam perancangan dan
pelaksanaan pengajaran, pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC). Perubahan
untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi kandungan serta memupuk
pemikiran secara kritis dan kreatif dalam proses pembelajaran yang sejajar dengan
keperluan pendidikan abad ke-21 bukan sahaja berfokuskan pelajar semata-mata
tetapi seharusnya perlu bermula daripada pensyarah khususnya amalan instruksional
pensyarah sendiri. Pada umumnya, usaha inovatif ini mempunyai matlamat bagi
mencetuskan perubahan dalam amalan pembelajaran bagi pelajar serta perancangan
dan pelaksanaan PdPC bagi pensyarah. Kertas ini bertujuan melaporkan apakah
kesan dan sejauh manakah keberkesanan aplikasi olahan kaedah Genius hour dapat
membawa perubahan yang berunsur pemusatan pelajar dan pemusatan
pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Keberkesanan kaedah ini
dikenal pasti melalui instrumen soal selidik terhadap persepsi dan refleksi
pembelajaran pelajar pada akhir kursus. Hasil dapatan menunjukkan empat kesan
yang sangat positif dan memberangsangkan, iaitu (1) anjakan pembelajaran
bermakna yang berpusatkan pelajar, (2) penciptaan idea-idea baharu dan
penambahbaikan daripada idea-idea sedia ada, (3) peningkatan tahap kepuasan dan
kefahaman pelajar terhadap PdPC dan (4) peningkatan kualiti hasil pembelajaran.

Kata kunci: olahan kaedah Genius hour, bahasa Jepun, budaya Jepun, pembelajaran
bermakna

PENDAHULUAN
Genius Hour adalah satu lagi kaedah pengajaran di bilik darjah abad ke-21. Kaedah
ini merujuk kepada sejumlah masa semasa kelas yang diberikan oleh guru kepada
pelajar untuk meneroka minat atau pilihan tema atau topik pembelajaran mereka.
Sebenarnya, Genius Hour berasal daripada amalan Google untuk memberikan para
jurutera 20% masa mereka untuk bekerja pada mana-mana projek yang mereka
mahu. Idea ini mudah dan memberi orang kebebasan untuk melakukan apa yang
mereka mahu dan produktiviti akan naik. Aspek penting Genius Hour menentukan
garis halus antara membantu pelajar untuk memberi tumpuan kepada masalah dan
membiarkan mereka meneroka topik sendiri secara bebas. Walau bagaimanapun,

56

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

bimbingan khususnya pada permulaannya harus diberikan. Kemudian, pada satu
ketika guru perlu membiarkan mereka bekerja pada kadar mereka sendiri dan
mengikut gaya mereka sendiri. Terdapat enam prinsip Genius Hour (Heick, n.d.).
Rajah 1 menggambarkan keenam-enam ciri-ciri kaedah ini.

Rasa Peraturan Sosialisasi
bertujuan 80/20 Mencipta

Mereka Kaedah
bentuk Genius

Hour

Inkuiri &
Navigasi

Rajah 1. Enam Prinsip Genius Hour

Menurut Heick (n.d.), walaupun tidak penting untuk mengikuti peraturan 80/20,
pastikan untuk menentukan masa tertentu apabila pelajar anda secara bebas dapat
meneroka minat atau pilihan topik mereka. Mereka akan membangunkan kemahiran
berfikir kritis sambil meneroka topik, kreativiti sambil mengekspresikan pengetahuan
baharu mereka, dan kemahiran komunikasi sambil menonjolkan kepentingan
pengetahuan yang mereka perolehi. Menurut Schneider (2018) pula, terdapat tiga
peraturan dalam Genius Hour seperti berikut:

1. Pelajar mesti memulakan dengan soalan penting (essential question) yang
tidak dapat dijawab dengan carian Google yang mudah.

2. Pelajar mesti meneliti soalan mereka menggunakan laman web, wawancara,
dan / atau sumber cetak yang terkenal.

3. Pelajar mesti mencipta sesuatu. Produk mereka mungkin berorientasikan
digital, fizikal atau perkhidmatan.

Di samping itu, Schneider (2018) menekankan kepentingan elemen lebih fleksibel
tenaga pengajar berbanding dalam amalan lampau yang biasa iaitu pelajar mestilah

57

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

diberikan kebebasan pilihan dalam menentukan kandungan, proses dan produk selagi
standard pembelajaran dapat dicapai.

PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini melibatkan satu usaha inovatif bagi tujuan penambahbaikan pengajaran,
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam pelaksanaan kurikulum. Sebelum
usaha inovatif ini, pada kebiasaannya penyampaian isi kandungan pembelajaran akan
dimulakan dengan pernyataan sesuatu fakta dan diikuti dengan penerangan dan
penjelasan terhadap fakta tersebut oleh pihak pensyarah. Bagi pihak pelajar pula,
proses pembelajaran terutamanya semasa membuat ulangkaji, mereka akan
menghafal fakta-fakta tersebut dan cuba mengingati penerangan dan penjelasan bagi
fakta-fakta tersebut.

Antara masalah yang sering dihadapi semasa kuliah bagi kaedah lama ini
adalah seperti berikut:

1. Pelajar sering mengantuk dan kurang melibatkan diri dalam pembelajaran
semasa penyampaian fakta oleh pensyarah di kelas.

2. Pelajar berkecenderungan mengingati atau menghafal isi kandungan tanpa
berfikir secara kritis atau menghayati fakta-fakta yang disampaikan.

3. Akibatnya, pelajar hanya mengalami pengalaman pembelajaran yang pasif
sahaja.

4. Sebaliknya pensyarah pula hanya sekadar menyampaikan isi kandungan dan
kurang membimbing pelajar dalam kemahiran belajar mereka di kelas.

5. Di samping itu, pensyarah berkecenderungan memberi penjelasan dan
penerangan bagi membuat atau membantu pelajar untuk memahami isi
kandungan pembelajaran mereka.

6. Akibatnya pensyarah yang berpeluang untuk berfikir secara kritis dan kreatif
dan bukannya pelajar sebab mereka hanya mendengar atau menerima
penjelasan/penerangan pensyarah.

OBJEKTIF KAJIAN
Usaha inovatif pengaplikasian Genius Hour ini bertujuan serampang dua mata iaitu
mencetuskan perubahan dalam amalan pembelajaran bagi pelajar serta perancangan

58

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

dan pelaksanaan PdPC bagi pensyarah. Objektif usaha inovatif ini secara khusus
adalah seperti berikut:

1. Menganjak pedagogi kepada pembelajaran berpusatkan pelajar
2. Meningkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap isi kandungan

pembelajaran
3. Memupuk pemikiran secara kritis dan kreatif pelajar dalam proses

pembelajaran

PERSOALAN KAJIAN
Terdapat dua persoalan kajian seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Apakah kesan aplikasi olahan kaedah Genius hour terhadap proses
pembelajaran?

2. Sejauh manakah keberkesanan aplikasi olahan kaedah Genius hour dapat
membawa perubahan yang berunsur pemusatan pelajar dan pemusatan
pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

METODOLOGI
Kajian berunsurkan usaha inovatif ini telah mengaplikasi Genius Hour dalam
pelaksanaan kursus kebudayaan Jepun di bawah Program Diploma Pascasiswazah
Pendidikan (PDPP) Bahasa Jepun. Pelaksanaan kursus telah dijalankan berdasarkan
empat frasa dalam proses pembelajaran seperti berikut:

1. Pelajar menerokai tema dan topik budaya Jepun yang menarik dan signifikan
dalam kumpulan.

2. Pelajar merancang aktiviti pengajaran, pembelajaran dan pemudahcaraan
yang berkaitan tema dan topik pilihan mereka secara kolaboratif dalam
kumpulan menggunakan Google Slides.

3. Pelajar membuat penilaian rakan sebaya melalui soalan dan komen dalam
kumpulan dan antara kumpulan.

4. Pelajar membuat pemurnian berdasarkan maklum balas pensyarah dan rakan
sebaya yang diterima.

59

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Tiga instrumen kajian digunakan dalam kajian ini iaitu instrumen penilaian
pelaksanaan kurikulum (LAM-PT-05-03a), pemerhatian dan soal selidik. Pemerhatian
dilaksanakan oleh pensyarah sepanjang kursus manakala soal selidik diberikan
kepada pelajar pada akhir kursus bagi mengumpul data tentang pengalaman
pembelajaran mereka dan keberkesanan usaha inovatif ini. Google Slides dipilih
sebagai alat digital sebagai sokongan alat TMK disebabkan kelebihan cirinya yang
boleh digunakan untuk mengatur maklumat untuk dikongsi dengan cara yang menarik
dan kreatif merangkumi integrasi grafik atau imej gambar. Pelajar boleh
melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif di satu fail yang sama dan
menggunakan tema yang berbeza tetapi berdasarkan satu templat slaid master untuk
memastikan konsistensi (Google for Education, 2021).

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Melalui dapatan kajian yang berdasarkan analisis data pemerhatian pensyarah,
penilaian pelaksanaan kurikulum dan soal selidik pelajar, empat faedah atau kesan
perubahan positif yang dapat dikenal pasti khususnya pembelajaran berpusatkan
pelajar.

1. Anjakan Pedagogi Pembelajaran Bermakna yang Berpusatkan Pelajar
Seperti yang disasarkan sebagai satu objekjtif usaha inovatif, aplikasi kaedah ini
sesungguhnya telah membawa perubahan kepada cara penyampaian isi kandungan
pensyarah daripada pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran
berpusatkan pelajar. Dalam pembelajaran tradisional, guru membuat perancangan
dan menyampaikan PdPC berdasarkan kurikulum kursus yang telah ditetapkan.
Dalam proses pembelajaran pengaplikasian Genius Hour, pelajar berada dalam
kawalan kendiri, memilih apa yang mereka belajar, bagaimana mereka mengkajinya,
dan apa yang mereka lakukan, menghasilkan, atau mencipta hasilnya berdasarkan
peruntukan masa yang diberikan. Sebagai model pembelajaran, aplikasi Genius Hour
ini menggalakkan inkuiri, penyelidikan, kreativiti, dan pembelajaran kendiri dalam
kalangan pelajar. Di samping itu, usaha inovatif ini telah membuka satu lagi cara
bagaimana pensyarah boleh memantapkan dan meningkatkan kemahiran
membimbing pelajar dalam berfikir secara kritis dan kreatif melalui komen dan maklum

60

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

balas dalam Google Slides semasa proses penciptaan hasil pembelajaran. Maklum
balas khusus yang boleh dilaksanakan sangat berkesan untuk pembelajaran. (Keeler,
2018).

Dapatan ini disokong oleh komen yang diperoleh daripada instrumen penilaian
kurikulum oleh pelajar seperti petikan-petikan komen yang berikut:
Satu perkara yang saya suka dalam kelas ini adalah kami disuruh beri komen dan
pendapat terhadap hasil kerja kumpulan sendiri dan kumpulan yang lain untuk
penambahbaikan. Ini dapat memupuk daya fikir kritis dan kreatif.
Dr Ang membenarkan kami meneroka pengetahuan sendiri dan pada masa yang
sama membimbing kami agar kami berada di landasan yang betul
Kursus ini membolehkan penyertaan 100% kami dalam kelas pembelajaran.

2. Penciptaan idea-idea baharu dan penambahbaikan
daripada idea-idea sedia ada.

Melalui aktiviti meneroka ilmu pengetahuan yang meluas melalui Google atau enjin
pencarian yang lain, pensyarah dan pelajar dapat memperoleh maklumat baharu dan
seterusnya mencipta idea baharu bagi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bersama-sama sebagai rakan pembelajaran. Dapatan ini disokong oleh Juliani (2014)
yang menekankan kepentingan semangat dan autonomi: di mana ”apabila pelajar
berasa ingin tahu, dan dapat meneroka minat dan minat mereka, hasil kerja inovatif
akan berlaku” (xvii). Tambahan pula, melalui proses penilaian dan maklum balas
rakan sebaya, penambahbaikan daripada idea-idea sedia ada juga telah berlaku.
Pada keseluruhannya, usaha inovatif ini memupuk pembelajaran aktif dan
pembelajaran secara kolaboratif secara langsung dan tidak langsung.

Dapatan ini turut disokong oleh komen yang diperoleh daripada instrumen penilaian
pelajar terhadap PdPC seperti petikan komen yang berikut:
Sangat seronok dengan kelas Budaya Jepun. Aktiviti penyediaan bahan-bahan
budaya yang kami buat dalam kumpulan dapat membantu saya lebih mengenali
secara dalam budaya Jepun yang saya tidak sedar selama ini.

61

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Kaedah PdP yang menarik, melibatkan kolaborasi ahli kumpulan dalam menyiapkan
tugasan bersama-sama pada masa yang sama.

3. Peningkatan tahap kepuasan dan kefahaman pelajar terhadap PdPC
Min kepuasan pelajar terhadap PdPC yang diperoleh berada pada tahap yang sangat
tinggi iaitu 4.93 daripada skala penuh 5. Petikan komen yang diperoleh yang
signifikan adalah seperti berikut:
Saya paling suka subjek ini pada semester ini. Kami diperkenalkan dengan begitu
banyak idea hebat dan kreatif mengenai budaya Jepun, bagaimana membawa topik-
topik tersebut di kelas-kelas Jepun di sekolah-sekolah, dan itu sangat menyedarkan
saya bahawa (pengalaman) 4 tahun saya di Jepun sangat sedikit dan ada banyak lagi
yang perlu dipelajari dan dikongsi bersama mengenai budaya Jepun. Juga,
pendekatan Dr. Ang untuk subjek ini sangat cemerlang dan benar-benar memberi
impak kepada kita semua.

Tambahan, dapatan maklum balas pelajar daripada soal selidik juga turut memberikan
gambaran yang sama. Antara komen yang signifikan adalah seperti berikut:

Menerima dan memberi maklum balas dan nasihat antara satu sama lain untuk
penambahbaikan adalah apa yang menyeronokkan saya mengenai kursus ini.

4. Peningkatan kualiti hasil pembelajaran
Dapatan kajian juga jelas menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan kualiti hasil
kerja khususnya dalam konteks pembelajaran bermakna (deep learning). Malahan,
pelaksanaan usaha inisiatif ini telah dan akan terus membawa kepada perubahan
pemikiran pelajar baikpun pensyarah.
Berikut adalah petikan komen pelajar daripada instrumen penilaian pelaksanaan
kurikulum yang berkaitan. Kaedah PdP yang menarik, melibatkan kolaborasi ahli
kumpulan dalam menyiapkan tugasan bersama-sama pada masa yang sama.
Pensyarah juga banyak menerangkan konsep budaya Jepun yang tidak terhad
kepada luaran semata-mata malah berkait rapat dengan konsep pemikiran.

62

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Di samping itu juga, maklum balas soal selidik juga memaparkan refleksi
pembelajaran pelajar secara kritis sebagai bakal pendidik sememangnya telah
berlaku. Antaranya adalah seperti berikut:

Kursus ini memberi kesedaran kepada saya bahawa betapa hasil yang menarik
dapat dicapai melalui kerjasama antara pendidik dalam membuat bahan pelajaran.

Pada hakikatnya, aplikasi kaedah Genius Hour telah memberikan pelajar kebebasan
untuk mereka bentuk pembelajaran mereka sendiri dalam tempoh masa yang
ditetapkan semasa masa PdPC. Kebebasan ini seterusnya memberikan ”ruang” dan
”luang” dan membolehkan pelajar untuk meneroka perasaan ingin tahu (curiosity)
mereka sendiri melalui tujuan dan pembelajaran yang tersendiri dan belajar dalam
konteks yang mempunyai sistem sokongan iaitu pembelajaran bersama dengan
pensyarah dan rakan sekelas lain semasa sesi PdPC. Pelajar menunjukkan
pencapaian prestasi yang lebih baik apabila mereka belajar dengan cara yang
membolehkan mereka memanfaatkan kekuatan mereka dan mengimbangi dan
memperbaiki kelemahan mereka (London, 2012). Dapatan ini menyokong ciri-ciri
Kapasiti Pedagogi Baharu Pembelajaran Bermakna yang menyarankan perubahan
corak pemikiran dalam pendidikan khususnya dalam proses pengajaran yang
berpusatkan pelajar, pembelajaran secara kolaboratif merangkumi rakan
pembelajaran melipatkan guru dan pelajar serta penilaian secara holistik
(Tchercollection, 2020).

Dalam rangka kerja Genius Hour, perbezaan utama berbanding dengan kaedah
pembelajaran tradisional adalah pembelajaran yang lebih terbuka, kendiri dan
pengalaman pembelajaran berdasarkan user-generated. Pendekatan berpusatkan
pelajar ini hanya menggunakan sebahagian dari jadual masa, memberikan pilihan
kepada pelajar tentang apa yang mereka pelajari dan bagaimana mereka belajar
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, keberkesanan kaedah
ini bergantung kepada satu persoalan utama iaitu ”Adakah pelajar (dan juga
pensyarah) bersedia untuk berubah dan belajar dengan cara baharu?”. Peluang untuk
perubahan mungkin tidak disedari kerana manusia mudah terjebak dalam rutinnya
(Hertzog et al., 2008 dipetik dari London, 2012). Golongan yang mudah menyesuaikan
diri akan membuat tindakan penyesuaian apabila adanya keperluan perubahan.

63

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Mereka yang mencari pengetahuan baharu, suka mencuba perkara baharu, dan peka
terhadap tuntutan dan cabaran di persekitaran mereka akan belajar bagaimana
menjadi generatif dan transformatif (London, 2012). Di samping itu, Cervetti et al.
(2014) menyatakan bahawa pendidik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran
inkuiri (siasatan) sering mengalami ”ketegangan” (tension) di antara membiarkan
pelajar memandu arah inkuiri melalui interaksi mereka dengan memberi sedikit
panduan untuk pelajar memperolehi pengetahuan atau kefahaman tertentu tentang
konsep utama dikaitkan dengan isu atau topik yang berkenaan. Ia memerlukan
kemahiran instruksional dalam mewujudkan keseimbangan antara memupuk interaksi
terbuka dengan pelajar dan dalam kalangan pelajar, berdasarkan pertanyaan dengan
tahap bimbingan pendidik yang berkaitan dengan memperoleh pengetahuan tertentu
yang relevan dengan inkuiri (siasatan) tersebut.

KESIMPULAN
Seperti yang dinyatakan di atas, Genius Hour adalah pendekatan pembelajaran yang
dibina berlandaskan minat pelajar, pembelajaran kendiri, dan belajar berasaskan
minat. Inisiatif usaha inovatif ini sesungguhnya boleh dijadikan prinsip baharu dalam
mereka bentuk perancangan dan pelaksanaan kurikulum yang berpusatkan pelajar
dan memupuk kemahiran dan budaya pembelajaran sepanjang hidup. Pendek kata,
seperti yang ditegaskan oleh Juliani (2014), jika kita mahu pelajar kita (lebih-lebih lagi
peranan mereka sebagai bakal guru) yang mampu mengubah dunia, kita mesti
mengubah amalan bilik darjah kita untuk memupuk inkuiri dan inovasi. Sebagai kajian
lanjutan, pengunaan kaedah ini boleh dijadikan satu cara merancang dan
melaksanakan kursus peningkatan profesionalisme guru-guru sekolah iaitu peranan
dan kemahiran mereka sebagai pereka instruksional (instructional designer) dan
rakan pembelajaran (learning partners) bersama pelajar mereka dapat dipupuk dan
dimantapkan sejajar dengan kehendak pendidikan kebangsaan semasa iaitu Kapasiti
Pedagogi Baharu Pembelajaran Bermakna.

64

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

RUJUKAN:
Cervetti, G. N., DiPardo, A. L., & Staley, S. J. (2014). Entering the conversation:
Exploratory talk in middle school science. The Elementary School Journal, 114(4),
547–572.
Google for Education. (12. Januari 2021). Fundamentals Training: Get Familiar with
Google Tools for the Digital Classroom. Diperoleh dari
https://skillshop.exceedlms.com/student/path/61209/activity/262173#/page/602d867f
eca7bb5dd89a5eaa pada 20 Mac 2021.
Heick, T. (n.d.). 6 Principles Of Genius Hour In The Classroom. Diperoleh dari
https://www.teachthought.com/learning/6-principles-of-genius-hour-in-the-
classroom/ pada 10 Oktober, 2020.
Juliani, A. J. (2014). Inquiry and Innovation in the Classroom: Using 20% Time, Genius
Hour, and PBL to Drive Student Success. New York: Routledge.
Keeler, A. (24. April 2018). Better Feedback with Google Slides Commenting.
Diperoleh dari https://alicekeeler.com/2018/04/24/better-feedback-google-slides-
commenting/ pada 10 Oktober, 2020.
London, M. (2012). Lifelong Learning: Introduction in M.London (2012). The Oxford
Handbook of Lifelong Learning. Oxford Handbooks Online: Oxford University Press.
Schneider, J. (19. September 2018). Project Based Learning: How Genius Hour Helps
Kids Connect What They’re Learning in School to Their Future Goals. EdSurge.
Diperoleh dari https://www.edsurge.com/news/2018-09-19-how-genius-hour-helps-
kids-connect-what-they-re-learning-in-school-to-their-future-goals pada 16 Mac 2021.
Tchercollection. (Disember 2020). Pedagogi dan Persekitaran Pembelajaran
Bermakna TS25. Pembelajaran Bermakna Transformasi Sekolah 2025. Diperoleh dari
https://www.tchercollection.com/pembelajaran-bermakna-ts25/ pada 16 Mac 2021.

65

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

KEBERKESANAN MODEL SELAN OSNI DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBACA SECARA BERISYARAT BAHASA MELAYU MURID KETIDAKUPAYAAN

PENDENGARAN

Nur Aiman Izahar
([email protected])

Dr Kama Shaffeei
([email protected])

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan Modul Selan Osni
dalam meningkatkan kemahiran membaca secara berisyarat murid ketidakupayaan
pendengaran dalam subjek Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian dilaksanakan secara
kualitatif dengan menggunakan instrumen analisis dokumen, pemerhatian dan ujian.
Sampel kajian melibatkan dua orang murid ketidakupayaan pendengaran tahap
sederhana di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor. Dapatan kajian menunjukkan
peningkatan dalam kemahiran membaca secara berisyarat setelah murid menjalani
sesi intervensi pembelajaran menggunakan Modul Selan Osni. Implikasi kajian
menunjukkan keperluan penggunaan bahan bantu mengajar yang menekankan
penggunaan visual dan alatan sokongan pembelajaran lain yang berfungsi dengan
baik dalam sesi pembelajaran murid ketidakupayaan pendengaran agar murid dapat
memperoleh input pembelajaran secara menyeluruh.

Kata kunci: keberkesanan, murid ketidakupayaan pendengaran, kemahiran
membaca secara berisyarat.

PENDAHULUAN
Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas pembelajaran yang perlu dikuasai
oleh semua murid tidak terkecuali murid ketidakupayaan pendengaran. Kegagalan
menguasai kemahiran membaca akan menjadikan proses pembelajaran sukar untuk
dilaksanakan dan pemerolehan ilmu tergendala. Kurangnya keupayaan untuk
berbahasa merupakan salah satu perkara yang menjadi masalah dalam diri murid
ketidakupayaan pendengaran untuk menguasai Bahasa Malaysia dengan baik (LPM
2014).

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
sejak dari awal kerana kebanyakan sumber ilmu terdapat dalam bentuk tulisan. Azizah

66

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Zain (2010) menyatakan kemahiran membaca mempunyai hubungan dengan
penguasaan bahasa dan merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh
setiap pelajar pada peringkat awal lagi. Murid masalah pendengaran perlu didedahkan
dengan pembelajaran yang berkesan bagi menarik minat mereka untuk belajar. Satiah
(2009), bersetuju bahawa bagi meningkatkan pembelajaran dan pengajaran pelajar
ketidakupayaan pendengaran, keperluan dalam menggunakan alat bantu mengajar
seperti fotografi, grafik, gambar rajah dan lain-lain amat diperlukan bagi meningkatkan
keupayaan pembelajaran dan juga untuk memotivasikan mereka ke arah
pembelajaran yang positif.

PERNYATAAN MASALAH
Murid Bekeperluan Khas (MBK) ketidakupayaan pendengaran kurang berminat dalam
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan ini menyebabkan pencapaian mereka
sangat rendah dalam Bahasa Melayu. Perkara ini disokong oleh Zamri (1999) dalam
Nor Hidayah (2016) yang mengatakan ramai murid ketidakupayaan pendengaran
tidak berminat untuk belajar sesuatu bahasa terutamanya Bahasa Melayu. Hal ini
kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi MBK ketidakupayaan
pendengaran dan sukar untuk mereka menguasai struktur dan binaan dalam Bahasa
Melayu yang berlainan dengan bahasa pertama mereka, iaitu bahasa Isyarat.
Akibatnya, mereka akan sentiasa berpandangan negatif terhadap subjek Bahasa
Melayu dan sekaligus menyebabkan mereka ketinggalan dalam proses pembelajaran
bahasa Melayu (Zuzitah, 2012).

Bagi murid bermasalah pendengaran, mereka suka belajar dengan melihat huruf atau
perkataan, benda gambar atau gambar rajah yang berkaitan dengan perkataan. Hal
ini disokong oleh Prins (2010) yang mengatakan penggunaan imej fotografi banyak
digunakan oleh penyelidik, pendidik dan profesional lain terutama mereka yang
bekerja dengan kumpulan golongan ketidakupayaan pendengaran. Visual menjadi
bahan bantu pembelajaran yang baik bahkah dapat menarik minat pelajar. Dengan
itu, pendidik perlu memilih format dan jenis visual yang bersesuaian dengan sesuatu
aktiviti pembelajaran.

67

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Pengkaji memilih Modul Selan Osni untuk melihat keberkesanaannya terhadap murid
bermasalah pendengaran kerana modul ini melibatkan penggunaan gambar dan
perkataan dalam masa yang sama. Penggunaan modul bacaan berperingkat adalah
satu kaedah membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca bagi
menyediakan mereka ke alam pendidikan formal (Zailani Zakaria dan Faridah Yunus,
2013). Modul Selan Osni ini akan digunakan sewaktu sesi intervensi bersama dengan
guru dan ibu bapa. Guru akan menjadi pembimbing dan pemudahcara dalam sesi
pembelajaran intervensi untuk menunjukkan isyarat perkataan yang terkandung
dalam modul tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti masalah kemahiran membaca yang dihadapi oleh murid
ketidakupayaan pendengaran sederhana.
2. Meningkatkan kemahiran membaca secara berisyarat murid pendidikan khas
ketidakupayaan pendengaran menggunakan Modul Selan Osni.
3. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan Modul Selan Osni dalam
pembelajaran kemahiran membaca secara berisyarat murid ketidakupayaan
pendengaran tahap sederhana.

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah masalah kemahiran membaca yang dihadapi oleh murid
ketidakupayaan pendengaran tahap sederhana?
2. Bagaimana sesi pembelajaran menggunakan Modul Selan Osni pada murid
ketidakupayaan pendengaran dapat meningkatkan kemahiran membaca murid
ketidakupayaan pendengaran.
3. Adakah Modul Selan Osni dapat meningkatkan kemahiran membaca secara
isyarat murid ketidakupayaan pendengaran.

KAJIAN LITERATUR
Berdasarkan kajian-kajian lepas berkaitan kemahiran membaca menggunakan modul
bacaan berstruktur, kajian yang dilaksanakan oleh Nasrah Mihat (2014) mendapati
penggunaan Modul Selan Osni dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca murid program LINUS sangat berkesan. Dapatan kajian menunjukkan

68

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

peningkatan dalam kemahiran membaca murid program LINUS dalam ujian akhir
yang dilaksanakan oleh pengkaji berbanding dengan ujian pra pada awal kajian.
Keputusan Ujian Akhir yang dijalankan oleh pengkaji telah membuktikan bahawa
penggunaan Modul Selan Osni yang diintegrasikan dengan bacaan berlagu sangat
berkesan dalam membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan lebih
cepat dan efisien.

Kajian yang dilaksanakan oleh Azizah Zain (2010) melihat kesan penggunaan bacaan
berulang dalam meningkatkan kelancaran dan kefahaman dalam kalangan kanak-
kanak prasekolah. Kanak-kanak prasekolah diberikan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan kawalan dan rawatan. Dapatan yang diperoleh pengkaji menunjukkan
kelancaran membaca dalam kumpulan rawatan meningkat selepas intervensi kaedah
bacaan berulang dilaksanakan. Tahap kefahaman kumpulan kawalan dan rawatan
juga menunjukkan peningkatan dalam peratus dan kumpulan kawalan mununjukkan
keputusan yang paling tinggi.

Berdasarkan kajian-kajian lepas berkaitan dengan kaedah bacaan berperingkat turut
dijalankan oleh Zailani Zakaria dan Faridah Yunus (2013). Kajian yang dijalankan
bertujuan membincangkan penggunaan modul bacaan berperingkat dalam kalangan
kanak-kanak prasekolah dan kesannya terhadap penguasaan kemahiran membaca.
Isu yang dibincangkan dalam kajian ini adalah berkenaan masalah penguasaan
kemahiran membaca dan kesannya kepada kanak-kanak prasekolah serta
penyediaan bahan bacaan yang kurang sesuai dengan tahap kebolehan dan
perkembangan kanak-kanak. Justeru itu, penggunaan modul bacaan berperingkat
adalah salah satu kaedah membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran
membaca bagi menyediakan mereka ke alam pendidikan formal.

Dapatan kajian Mazidah Ali, Rosadah Abd Majid, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd
Mokhtar Tahar (2016) berkenaan peningkatan kemahiran membaca suka kata KV
bagi murid pemulihan dengan menggunakan kaedah gabungan abjad dan bunyi
menunjukkan peningkatan kemahiran membaca suku kata KV melalui analisis
dokumen, iaitu 80%. Minat membaca murid turut meningkat selepas jalani intervensi.
Peningkatan kemahiran juga dilihat melalui ujian, iaitu sebanyak 65%.

69

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Kesimpulannya, kaedah GabBu ini boleh dijadikan alat intervensi yang dapat
membantu murid pemulihan meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV.

METODOLOGI
Reka bentuk kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan instrumen
analisis dokumen, pemerhatian dan ujian pra dan pasca. Sampel kajian melibatkan
dua orang Murid Berkeperluan Khas (MBK) ketidakupayaan pendengaran yang
mempunyai kehilangan pendengaran tahap sederhana. Dua orang sampel kajian
berbeza dari segi peringkat umur, namun mempunyai masalah yang sama iaitu tidak
menguasai kemahiran membaca secara berisyarat. Lokasi kajian adalah di daerah
Hulu Selangor di sebuah sekolah rendah yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI).

Jadual 1: Analisis Data Pelaksanaan Kajian

Alat Kajian Analisis Data Dapatan

Analisis Dokumen Semakan borang maklumat Borang Maklumat Murid.
Pemerhatian
Ujian Pra dan Pasca murid bertujuan mengetahui Skor sesi PdPR sebanyak
enam kali sesi selama dua
latar belakang, tahap minggu.

ketidakupayaan pendengaran Set Ujian berpandukan
Modul Selan Osni.
dan jenis alat bantu

pendengaran yang digunakan.

Proses intervensi

pembelajaran kemahiran

membaca secara berisyarat

berpandukan Modul Selan

Osni.

Ujian sebelum dan selepas

proses intervensi

dilaksanakan.

DAPATAN KAJIAN
Persoalan Kajian 1: Apakah masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas
ketidakupayaan pendengaran dalam menguasai kemahiran membaca?

70

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

1. Analisis Dokumen
Jadual 2 di bawah adalah hasil analisis dokumen borang maklumat murid yang
dijadikan sampel dalam kajian yang dijalankan. Analisis dokumen dilaksanakan
bagi mengetahui latar belakang sampel kajian sebelum menjalani sesi
intervensi. Analisis dokumen juga dilaksanakan untuk melihat kesesuaian
intervensi kepada murid sebelum dilaksanakan.

Jadual 2: Latar Belakang Peserta Kajian

Peserta Jantina Bangsa Umur ABD Tahap
Kajian Pendengaran
Perempuan Melayu 9 Tahun / Moderate
1 Perempuan Melayu 11 Tahun / Moderate
2

2. PEMERHATIAN
Jadual 3 di bawah menunjukkan hasil pemerhatian pengkaji terhadap masalah
bacaan yang dihadapi oleh dua orang murid ketidakupayaan pendengaran
yang dijadikan sampel kajian. Kedua-dua orang sampel kajian mempunyai
masalah yang sama dalam kemahiran membaca ditambah pula dengan
keadaan negara yang dilanda pandemik Covid 19 menyebabkan murid tidak
dibenarkan ke sekolah dan sesi pembelajaran dilakukan di rumah sahaja
secara maya.

Jadual 3: Masalah bacaan peserta kajian dalam ujian pra

Bil Masalah Bacaan Peserta Kajian

PK 1 PK 2

1 Bunyi dan isyarat huruf yang salah / /

2 Bunyi huruf yang tidak jelas / /

3 Bunyi suku kata yang salah / /

4 Tidak tahu isyarat perkataan / /

5 Tidak memahami frasa atau ayat / /

71

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Persoalan Kajian 2: Bagaimanakah sesi pembelajaran menggunakan Modul Selan
Osni pada murid ketidakupayaan pendengaran yang dipilih dilaksanakan?
Intervensi pembelajaran Modul Selan Osni dilaksanakan sebanyak enam sesi
pembelajaran selama dua minggu. Pengkaji akan memastikan alat bantu dengar
murid berfungsi terlebih dahulu dengan meminta bantuan ibu bapa dan ahli keluarga
menyelenggara alat berkenaan. Hal ini bertujuan agar sesi intervensi yang
dilaksanakan tidak terganggu akibat daripada alat bantu dengar yang tidak berfungsi
dan sebagainya. Intervensi akan dilaksanakan secara individu sewaktu sesi
pembelajaran PdPR menggunakan aplikasi Google Meet bersama dengan pengkaji
sebagai guru. Setelah itu, peserta kajian akan dinilai pada akhir intervensi dengan
latihan bacaan yang disediakan berdasarkan Modul Selan Osni.

Pada permulaan sesi intervensi menggunakan modul Selan Osni dijalankan, murid
akan diperkenalkan kepada bunyi-bunyi huruf vokal dan konsonan beserta dengan
isyarat huruf. Sesi kedua intervensi adalah memperkenalkan murid dengan bunyi suku
kata KV dan KVK. Murid akan diperkenalkan dengan gabungan bunyi huruf, iaitu suku
kata terbuka dan suku kata tertutup sebelum membentuk sesebuah perkataan yang
bermakna. Sesi ketiga dalam intervensi yang dilaksanakan adalah pengenalan
kepada perkataan bersuku kata KV+KV dan KV+KVK juga menggunakan Modul
Selan Osni. Dalam sesi intervensi ketiga, murid akan diperkenalkan dengan perkataan
bersuku kata KV+KV dan KV+KVK beserta dengan isyarat perkataan. Sesi keempat
perlaksanaan intervensi adalah membaca frasa ayat kepada peserta kajian. Dalam
sesi keempat ini, murid akan didedahkan dengan frasa ayat mudah bermakna yang
akan dibaca oleh murid. Sesi intervensi kelima adalah pengenalan kepada murid
untuk membaca ayat mudah kepada peserta kajian sebagai bahan bacaan
berdasarkan Modul Selan Osni. Dalam sesi kelima, murid akan diberikan ayat mudah
berdasarkan perkataan yang telah dipelajari dalam Modul Selan Osni untuk dijadikan
bahan bacaan. Sesi intervensi keenam yang dilaksanakan oleh pengkaji kepada
peserta kajian adalah untuk melihat kefahaman murid sewaktu membaca ayat mudah
yang diberikan kepada mereka. Peserta kajian akan diajukan soalan-soalan mudah
berkaitan dengan bahan bacaan dan ayat oleh pengkaji selaku guru untuk melihat
kefahaman mereka tentang apa yang dibaca.

72

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Sehingga selesai keenam-enam sesi intervensi yang dijalankan kepada peserta
kajian, banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh kedua-dua peserta kajian dalam
kemahiran membaca secara berisyarat dalam diri mereka. Mereka juga menunjukkan
keyakinan untuk mengeluarkan suara sewaktu mengeja beserta isyarat perkataan dan
ayat yang ditunjukkan kepada mereka dalam Modul Selan Osni yang ditunjukkan.
Walaupun kedua-dua orang peserta kajian menunjukkan pencapaian dalam
kemahiran membaca yang berbeza, namun mereka menunjukkan peningkatan
kemahiran membaca yang baik berbanding daripada sebelum perlaksanaan
intervensi diberikan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan keputusan ujian pasca yang
dilaksanakan kepada peserta kajian selepas tamat sesi intervensi dijalankan kepada
mereka.

Persoalan Kajian 3: Adakah modul Selan Osni dapat meningkatkan kemahiran
membaca secara isyarat murid ketidakupayaan pendengaran tahun tiga?

1. Pemerhatian
Jadual 4 menunjukkan analisis pemerhatian peningkatan kemahiran membaca
MBK ketidakupayaan pendengaran berpandukan Modul Selan Osni selepas
intervensi dilaksanakan. Masalah dalam kemahiran membaca yang
ditunjukkan oleh sampel kajian pada awalnya dapat ditangani dengan baik.
Sampel kajian juga menunjukkan minat yang mendalam dalam kemahiran
membaca setelah menjalani sesi intervensi.

Jadual 4: Masalah bacaan yang diatasi oleh peserta kajian dalam ujian pasca

Bil Masalah Bacaan Peserta Kajian

PK 1 PK 2

1 Bunyi dan isyarat huruf yang salah Tiada kesalahan Tiada kesalahan

2 Bunyi huruf yang tidak jelas Tiada kesalahan Ada kesalahan

3 Bunyi suku kata yang salah Tiada kesalahan Tiada kesalahan

4 Tidak tahu isyarat perkataan Tiada kesalahan Tiada kesalahan

5 Tidak memahami frasa atau ayat Tiada kesalahan Tiada kesalahan

2. Ujian Pra dan Pasca

73

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Sampel kajian juga menunjukkan peningkatan dalam ujian pra dan pasca yang
dijalankan sebelum menjalani intervensi dan selepas menjalani sesi intervensi.
Kedua-dua sampel menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan
berdasarkan peratus pencapaian ujian pasca dan hal ini menunjukkan mereka
telah menguasai kemahiran membaca lebih baik berbanding sebelum
menjalani intervensi

Peningkatan Ujian Pra dan Pasca

100 PRA PK 1
markah 50 PASCA PK 2

0 PASCA
95
PRA 70
PK 1 50
PK 2 30 Jadual Peningkatan Ujian.

Rajah 1: pencapaian dalam ujian pra dan pasca yang
dijalani oleh sampel kajian.

PERBINCANGAN
Objektif kajian satu: Mengenal pasti masalah kemahiran membaca yang dihadapi
oleh murid ketidakupayaan pendengaran sederhana.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa MBK ketidakupayaan pendengaran seringkali
dikaitkan dengan masalah pembelajaran bahasa. Permasalahan membaca yang ada
dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan kecil semasa
membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat
menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak
diketahui makna atau gagal membunyikannya sewaktu membaca (Abdul Rasid
Jamian, 2011). Pengkaji juga menyatakan masalah bacaan yang dihadapi oleh murid

74

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

akan menjadi punca kepada pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya
menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan
tersebut.

Berdasarkan kajian lepas yang telah dilaksanakan oleh beberapa pengkaji, masalah
bacaan yang dihadapi akan dapat diatasi dengan penggunaan intervensi yang
bersesuaian kepada murid ketidakupayaan pendengaran. Hal ini selari dengan Safani
Bari (2008) yang mengatakan penguasaan kemahiran berbahasa oleh murid
ketidakupayaan pendengaran amat bergantung pada sisa pendengaran yang dimiliki,
keberkesanan alat bantu dengar yang digunakan, kaedah pengajaran yang
dilaksanakan dan sokongan daripada pihak ibu bapa murid.

Objektif kajian dua: Meningkatkan kemahiran membaca secara berisyarat murid
pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran menggunakan Modul Selan Osni.
Proses membaca secara berisyarat yang agak rumit menjadikan murid seringkali tidak
berminat dengan aktiviti membaca apabila guru mengajar di dalam kelas. Perkara ini
selaras dengan Zulkiply Yaakob (2010) yang menyatakan membaca memerlukan satu
tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna serta sedutan makna.
Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Hal ini akan
menjadikan murid ketinggalan dalam pembelajaran akibat daripada tidak menguasai
kemahiran membaca lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Sehubungan itu, pengkaji akan melaksanakan satu kajian dengan menggunakan
intervensi kaedah bacaan berpandukan Modul Selan Osni untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca secara berisyarat murid ketidakupayaan
pendengaran. Perkara ini selaras dengan kenyataan Amran Abidin (2009) yang
mengatakan penggunaan modul bacaan bergred yang dibina melalui proses
peningkatan untuk membolehkan seseorang murid itu menguasai bacaan dengan
lancar dalam tempoh masa yang singkat.

Dalam modul ini, murid-murid dilatih untuk memahami konsep yang mudah dahulu
sebelum memahami makna sesuatu perkataan. Pemahaman makna dan konsep
merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid sebelum aktiviti latih tubi
bacaan suku kata dijalankan. Dalam kajian ini, pengkaji melaksanakan pengajaran

75

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

modul KVB menggunakan pendekatan belajar melalui kaedah abjad. Kaedah abjad
adalah kaedah pembelajaran kemahiran membaca yang sangat diminati oleh para
guru dalam pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana kaedah ini juga dapat
memberi asas dan binaan yang kukuh dalam kemahiran membaca murid. Dalam
masa yang sama, kaedah ini dapat memberikan kecekapan dan kemahiran membaca
serta memberi keyakinan kepada murid dalam aktiviti membaca.

Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa pendekatan teori behavioris tidak boleh
diketepikan dalam proses pengajaran kemahiran bertutur dan membaca, terutama
pada peringkat diskriminasi huruf (Naimah, 2005). Ini bermakna murid perlu
menguasai kemahiran mendiskriminasi huruf dan suku kata dengan meneroka
kemahiran itu secara berulang-ulang. Dengan ini, mereka akan berasa seronok serta
dapat mengikuti aktiviti pembelajaran secara berkesan.

Objektif kajian tiga: Mengenal pasti keberkesanan penggunaan Modul Selan Osni
dalam pembelajaran kemahiran membaca secara berisyarat murid ketidakupayaan
pendengaran tahap sederhana.
Individu yang ketidakupayaan pendengaran, sering kali dikaitkan dengan pekak dan
bisu. Ramai yang beranggapan, mereka yang mempunyai masalah pendengaran
tidak dapat bertutur dan membaca dengan baik. Namun, anggapan ini sebenarnya
tidak tepat kerana individu yang memiliki sisa pendengaran masih lagi boleh belajar
bertutur dan membaca tanpa menghadapi banyak masalah. Ini kerana mereka masih
boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan dengan menggunakan alat bantu dengar.
Oleh yang demikian, kemahiran membaca perlu diterapkan dan diajar kepada semua
murid ketidakupayaan pendengaran yang masih mempunyai sisa-sisa pendengaran
agar mereka dapat menjalani sesi pembelajaran dengan baik. Hal ini sama seperti
yang dinyatakan oleh Yahya Othman (2008) dalam Tamam Timbang et. al. (2011)
iaitu proses membaca penting dilakukan untuk membantu murid menambahkan
khazanah ilmu. Dalam sistem persekolahan kini, kita mahukan murid yang boleh
menguasai kemahiran membaca dengan baik, iaitu boleh membaca, memahami isi
bahan yang mahu disampaikan dan dapat menterjemahkan bahan yang dibaca (Husin
Fateh Din et. al., 2011).

76

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Sehubungan itu, untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid
ketidakuapayaan pendengaran, pengkaji menggunakan intervensi pembelajaran
berpandukan Modul Selan Osni. Penggunaan modul ini bukan hanya dapat
meningkatkan kemahiran membaca murid tetapi dapat menarik minat murid untuk
belajar kerana penggunaan visual yang menarik dan berkesan. Perkara ini selari
dengan pernyataan Zailani Zakaria dan Faridah Yunus (2013) iaitu penyediaan bahan
bacaan mengikut tahap bacaan kanak-kanak adalah amat penting. Modul ini bermula
dengan mendiskriminasi huruf dan bunyi daripada perkataan bermakna. Berdasarkan
dapatan kajian, pencapaian peserta kajian menunjukkan peningkatan selepas
menjalani intervensi pembelajaran berpandukan Modul Selan Osni.

Modul Selan Osni adalah modul bacaan berperingkat yang ditambah dengan daya
penarik seperti visual dan nyanyian lagu. Penggunaan modul bacaan berperingkat
dalam mengajar kemahiran membaca kepada murid adalah sangat berkesan dan
menarik. Roslan Nikmat (2001) dalam Zailani Zakaria dan Faridah Yunus (2013)
mengatakan penggunaan Modul Selan Osni dapat memperkembangkan potensi
murid dalam kemahiran membaca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid dapat
membaca secara berisyarat dengan baik selepas intervensi dijalankan. Hal ini selaras
dengan kajian yang dijalankan oleh Nasrah Mihat (2014) yang mendapati terdapat
peningkatan dalam kemahiran membaca murid program LINUS dalam ujian akhir
yang dilaksanakan oleh pengkaji dalam kemahiran membaca.

IMPLIKASI KAJIAN
Implikasi kajian menunjukkan keperluan satu kaedah pembelajaran Bahasa Melayu
untuk kemahiran membaca yang terkini yang mampu meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca MBK ketidakupayaan pendengaran. Kaedah pembelajaran
berpandukan Modul Selan Osni yang menarik dan disokong dengan penggunaan
visual dapat membantu MBK ketidakupayaan pendengaran dalam pembelajaran. Hal
ini juga akan dapat mengukuhkan kefahaman murid kerana visual merupakan aspek
utama yang perlu ditekankan dalam pembelajaran MBK ketidakupayaan
pendengaran.

77

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

CADANGAN KAJIAN
Penyelidik mencadangkan beberapa penambahbaikan bagi memantapkan
pembelajaran dan pengajaran MBK ketidakupayaan pendengaran :

1. Kajian menggunakan kosa kata yang lebih kompleks dan lebih banyak agar
murid terdedah dengan penggunaan perkataan baharu.

2. Kajian dilaksanakan dengan menambahkan penggunaan perkataan
berimbuhan.

3. Kajian dilaksanakan dengan menambahkan kemahiran membina ayat kepada
murid ketidakupayaan pendengaran.

KESIMPULAN
Kajian ini diharapkan dapat membantu sesi pembelajaran MBK ketidakupayaan
pendengaran terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu agar pencapaian murid
akan dapat ditingkatkan dan murid akan dapat mencapai kecemerlangan pada masa
akan datang.

RUJUKAN:
Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis
Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu; Bil. 1 (Mei 2011): 1-12

Azizah Zain. 2010. Penggunaan bacaan berulang dapat mempertingkatkan
kelancaran dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Proceedings of
the 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI,
Bandung, Indonesia.

Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura Mohamed Berawi & Siti Hajar Idrus. 2011.
Literasi Bahasa Melayu. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mazidah Ali, Rosadah Abd Majid, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar
(2016). Aplikasi Kaedah Gabungan Abjad dan Bunyi (GAbBu) dalam Meningkatkan
Kemahiran Membaca Suku Kata KV Murid Pemulihan. Journal of ICSAR 1(1):646-652

Naimah Yusoff, 2005. Perbandingan Dua Kaedah Menajar Bacaan Awal Bahasa
Melayu Kanak-kanak Prasekolah. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia (tidak diterbitkan).

Nasrah Mihat, 2014. Keberkesanan Modul Selan Osni Dalam Membantu Penguasaan
Kemahiran Membaca Murid-Murid Program LINUS. Tesis Ijazah Sarjana Muda,

78

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Di muat turun pada 18 Mei 2021
daripada https://www.academia.edu/10910308/Proposal_Kajian_Tindakan
Nor Hidayah Md Khanapiah, 2016. Analisis Penggunaan Imbuhan Kata Kerja Dalam
Penulisan Murid Ketidakupayaan pendengaran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Prins, E. 2010. Participatory Photography: A Tool for Empowerment or Surveillance?
Action Research 8(18).
Safani Bari, 2008. Pengajaran dan Pembelajaran Pertuturan Untuk Kanak-kanak
Masalah Pendengaran. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Satiah Binti Abdullah. (2009). Kaedah pengajaran bahasa melayu untuk murid- murid
pekak. Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden. Fakulti Bahasa Dan Linguistik:
Universiti Malaya.
Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd. Rahimi Yusoff & Jamaludin Badushah.
2010. Masalah membaca murid-murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam:
Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (2): 77- 85.
Zailani Zakaria & Faridah Yunus. (2013). Penggunaan Modul Bacaan Berperingkat
Dan Kesannya Terhadap Penguasaan Kemahiran Membaca Kanak-Kanak
Prasekolah. - International Seminar On Global Education - Education Towards High
Income.
Zu zitah Abdul Samad, 2012. Penguasaan Perkataan Berimbuhan meN- Dalam
Kalangan Pelajar Peralihan Di SMK Dato’ Ibrahim Yaakob. Tesis Sarjana. Universiti
Malaya.

79

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

PERSEPSI PELAJAR DIPLOMA KOLEJ FELCRA TERHADAP PEMBELAJARAN
SECARA DALAM TALIAN

Noraifaa Muhamad Zaki
([email protected])

Dr. Tajul Rosli Shuib
([email protected])

Dr. Kama Shaffeei
([email protected])

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Kajian ini bertujuan mengetahui persepsi pelajar diploma Kolej FELCRA terhadap
pembelajaran secara dalam talian. Reka bentuk kajian dilaksanakan secara kualitatif
dengan menggunakan instrumen analisis dokumen dan temu bual berstruktur.
Sampel kajian melibatkan 13 orang pelajar diploma kolej FELCRA dalam pelbagai
bidang. Dua orang sampel adalah untuk temu bual dan 11 orang lagi terlibat untuk
analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap kaedah
pembelajaran secara dalam talian pada tahap memuaskan. Justeru itu, usaha bagi
penambahbaikan yang lebih tinggi dan berkesan perlu dipertingkatkan dari masa ke
masa bagi memastikan pembelajaran secara dalam talian dapat dijalankan dengan
lebih baik pada masa akan datang. Implikasi kajian menunjukkan kesediaan dan
komitmen para pensyarah dan para pelajar amat penting demi memastikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam norma baharu ini dapat dilaksanakan dengan
sebaiknya untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Kata kunci: Persepsi, Pembelajaran atas talian, Pelajar Diploma Kolej FELCRA

PENDAHULUAN
Pada Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan
situasi pandemik yang sangat bahaya akibat daripada penularan sejenis wabak
baharu jenis korona, yang dikenali sebagai wabak Covid-19 (Ehwan Ngadi, 2020).
Disebabkan hal itu, sektor pendidikan juga turut menerima kesan daripada
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila segala aktiviti pengajaran
dan pembelajaran secara bersemuka terpaksa dihentikan dan dijalankan sepenuhnya
secara dalam talian dalam tempoh pelaksanaan PKP (Ehwan Ngadi, 2020).
Penerimaan pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia amatlah menarik untuk
dikaji kerana ia menggambarkan sejauh mana tahap kesediaan dan penerimaan

80

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

pelajar IPT di Malaysia terhadap pembelajaran berasaskan dalam talian yang sedang
dilaksanakan oleh semua institusi pendidikan kini (Mohd Anuar Abdul Rahman & Erda
Yumiza Ibrahim, 2010). Perubahan secara mendadak ini berlaku dalam sistem
pendidikan adalah disebabkan oleh penularan wabak pendamik Covid-19 di seluruh
dunia yang menyebabkan semua lapisan masyarakat diarahkan untuk menjaga
penjarakan sosial dan aktiviti pembelajaran secara bersemuka juga turut tidak
dibenarkan bagi mengelakkan kebolehjangkitan virus Covdi-19 ini daripada terus
menular. Bianco & Carr-Chellman (2002), teknologi baru seperti internet, streaming
video, google meet, skype dan lain-lain kini menjadikan pendidikan tinggi lebih mudah
dicapai dan berfaedah untuk kebanyakan pelajar termasuk juga bagi mereka yang
tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam suasana tradisional
dalam kelas sebelum ini.

PERNYATAAN MASALAH
Perubahan keadah pembelajaran yang berlaku secara drastik ini telah memberi impak
kepada pelajar iaitu ada sesetengah pelajar boleh menerima dan mengadaptasi
perubahan tersebut, namun ada juga sebahagian pelajar yang tidak boleh menerima
kaedah pembelajaran secara dalam talian. Menurut Al-Adwan dan Smedley (2012),
penggunaan teknologi dalam kaedah pembelajaran terutama pada peringkat
pengajian tinggi dapat memberi kelebihan dari segi proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih efektif. Hal ini kerana penggunaan teknologi menjadikan
pembelajaran lebih fleksibel dan membuka ruang untuk pelajar berjaya. Menurut
Singh, O’Donoghue & Worton (2003), penerimaan sesuatu sistem adalah berkait rapat
dengan hasil yang diberikan oleh pelajar. Apabila pelajar beranggapan bahawa
pembelajaran secara atas talian memudahkan mereka untuk memperoleh kandungan
kursus, ia akan menyebabkan mereka berasa lebih gembira dan kurang tertekan
dengan e-pembelajaran yang tidak terhad untuk diakses pada bila-bila masa.

Menurut Md Daud Ismail, Nur Syuhada Md Zain & Roshayati Abdul Hamid (2016)
daripada sudut lain pembelajaran secara dalam talian juga boleh menyebabkan
tekanan. Hal ini kerana pembelajaran secara dalam talian meningkatkan kecekapan
komunikasi iaitu maklumat seperti arahan pensyarah, peringatan dan pencapaian
dalam kursus akademik akan disebarluaskan dengan pantas tanpa ada batasan masa

81

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

dan tempat. Apabila pelajar menerima maklumat dalam bentuk arahan dan peringatan
yang berterusan, pelajar akan terdesak untuk melaksanakan arahan berkenaan.
Desakan ini akan menjadi lebih ketara apabila pelajar berada dalam keadaan
bebanan tugasan yang banyak dan persekitaran yang tidak kondusif.

Menurut Tam dan El Azhar (2020), akibat daripada pandemik Covid-19 telah
dianggarkan lebih 421 juta orang pelajar terjejas proses pembelajaran mereka bagi
sesi pengajian semasa apabila institusi pengajian terpaksa ditutup serta-merta demi
menjaga keselamatan warga kerja dan golongan pelajar yang merupakan golongan
berisiko terlibat dengan jangkitan. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh
Mohamed Nazul (2020), terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam
menjalani pembelajaran dalam talian melibatkan keupayaan untuk mengadaptasi
perubahan teknologi kerana ia melibatkan pembelajaran secara digital serta
perubahan sikap untuk menerima amalan pembelajaran dalam talian yang
dilaksanakan. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan
pengalaman sebenar pelajar semasa melalui proses pembelajaran secara dalam
talian.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk mengenal pasti aspek positif dan negatif pembelajaran secara dalam
talian seperti yang dialami oleh pelajar.
2. Meneroka kaedah yang boleh pensyarah lakukan untuk meningkatkan kualiti
pengajaran pembelajaran secara dalam talian.
3. Meneroka persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran secara dalam
talian.

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah aspek positif dan negatif pembelajaran secara dalam talian seperti
yang dialami oleh pelajar?
2. Apakah kaedah yang boleh pensyarah lakukan untuk meningkatkan kualiti
pengajaran pembelajaran secara dalam talian?

82

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

3. Bagaimanakah pelajar melihat persekitaran pembelajaran secara dalam talian
ini?

TINJAUAN LITERATUR
Dalam kajian yang dijalankan oleh Deepika Nambiar (2020) mengenai kesan
pembelajaran dalam talian semasa COVID-19: Persektif pelajar dan guru mendapati
bahawa elemen-elemen berikut penting untuk kepuasan guru dan pelajar dengan
kelas dalam talian, elemen yang dimaksudkan adalah interaksi berkualiti dan
ketepatan waktu antara pelajar dengan pensyarah, ketersediaan sokongan teknikal,
modul kelas dalam talian yang tersusun, dan pengubahsuaian untuk menampung
pelaksanaan kelas praktikal. Kajian ini melibatkan 70 orang guru dan 407 pelajar dari
kolej dan universiti di bandar Bangalore. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk
membuat tinjauan dalam talian mengenai persepsi dan pengalaman guru dan pelajar
yang berkaitan dengan kelas dalam talian. Penyampaian kelas melalui medium dalam
talian telah menjadi pengubahsuaian dalam sistem pendidikan di India berikutan
keadaan pandemik semasa. Oleh itu, tinjauan ini menjelaskan persepsi dan
kebimbangan guru dan pelajar universiti berkenaan dengan mengikuti kelas dalam
talian yang telah diwajibkan setelah COVID19.

Seterusnya kajian yang dilaksanakan oleh Nguyen Viet Anh (2017) iaitu mengenai
kesan aktiviti pembelajaran dalam talian terhadap hasil pembelajaran pelajar yang
mengikuti kursus pembelajaran campuran. Dalam kajian ini, aspek kajian merangkumi
interaksi guru - pelajar, interaksi pelajar - pelajar, interaksi pelajar - kandungan, dan
interaksi teknologi - pelajar. Pelajar sarjana mengambil bahagian dalam kursus
pembelajaran campuran yang menggunakan penilaian formatif untuk menilai hasil
pembelajaran pelajar dengan gabungan aktiviti pembelajaran yang berbeza melalui
sistem pengurusan pembelajaran. Hasil kuantitatif yang diperoleh semasa
melaksanakan data analisis pembelajaran daripada sistem dengan menggunakan
analisis regresi menunjukkan bahawa pelajar berinteraksi secara berkesan dengan
aktiviti pembelajaran dalam kursus mempunyai hasil yang lebih baik. Hasil analisis
kuantitatif menunjukkan bahawa interaksi pelajar mempunyai kesan yang lebih besar
terhadap hasil pembelajaran pelajar.

83

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Montgomery Van Wart, Anna Ni, Pamela Medina, Jesus Canelon, Melika Kordrostami,
Jing Zhang dan Yu Liu (2020) pula telah menjalankan kajian mengenai
mengintegrasikan perspektif pelajar mengenai pembelajaran dalam talian: hierarki
faktor. Kajian yang dijalankan ini adalah kajian analisis faktor penerokaan yang
menggabungkan pelbagai konsep yang dikenal pasti dalam literatur sebagai faktor
kejayaan kritikal untuk pembelajaran dalam talian daripada perspektif pelajar, dan
kemudian menentukan kepentingan hierarki mereka. Terdapat tujuh faktor yang
dikenal pasti iaitu Modaliti Asas dalam Talian, Sokongan Instruksional, Kehadiran
Pengajaran, Kehadiran Kognitif, Keselesaan Sosial dalam Talian, Modal Interaktif
dalam Talian, dan Kehadiran Sosial yang dikenal pasti sebagai signifikan dan boleh
dipercayai. Pengkaji telah menggunakan kaedah komponen prinsip dengan putaran
Quartimin (serong) digunakan untuk meneroka faktor konstruk persepsi pelajar
terhadap CSF pengajaran dalam talian. Menurut pengkaji, sekiranya fakulti dan
institusi yang menyokong pensyarah dapat meningkatkan kualiti kelas walaupun
terdapat tekanan masa, maka kebanyakan pelajar mungkin berminat dengan kelas
yang lebih hibrid dan dalam talian sepenuhnya. Sekiranya tenaga pengajar dapat
memperkenalkan pengajaran interaktif berkualiti tinggi, hampir keseluruhan populasi
pelajar akan berminat dengan lebih banyak kelas dalam talian. Ini menunjukkan
bahawa peranan institusi dan pensyarah penting dalam menarik minat pelajar untuk
menerima pembelajaran secara dalam talian.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Norwahida Saamri, Safinah Nawawi &
Ruzanna Ramli (2021) mengenai tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan
kemudahan dalam talian untuk menyokong aktiviti pembelajaran fleksibel
berdasarkan elemen reka bentuk pendekatan heutagogi mendapati bahawa pelajar
menerima baik penggunaan kemudahan dalam talian untuk menyokong aktiviti
pembelajaran mereka (skor min melebihi 3.80), namun terdapat perbezaan yang
ketara di antara pelajar junior dan pelajar senior di dalam beberapa elemen Heutagogi
iaitu elemen kolaborasi, berhubung dan refleksi. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah
politeknik iaitu Politeknik Kuching Sarawak, Politeknk Muadzam Shah dan Politeknik
Kuala Terengganu dan melibatkan seramai 102 responden melibatkan kumpulan
pelajar junior (Semester 1) dan pelajar senior (Semester 5) Program Diploma
Teknologi Maklumat yang telah memberikan maklum balas terhadap kajian yang

84

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

dijalankan melalui borang soal selidik yang merangkumi 24 item berdasarkan skala
likert 5 mata.

Seterusnya kajian yang dijalankan oleh Nur Fatin Ashikin Mohamed Aziz, Eta Wahab,
Alina Shamsuddin, Nor Hazana Abdullah & Wan Nurul Karimah Wan Ahmad (2020)
mengenai hubungan antara sikap dan penerimaan pelajar terhadap amalan
pembelajaran dalam talian. Kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji hubungan
antara sikap dan penerimaan pelajar terhadap amalan pembelajaran dalam talian.
Dimensi kajian sikap pelajar yang dikaji adalah sikap pelajar terhadap kemudahan
penggunaan, sikap terhadap kelebihan relatif dan sikap terhadap keserasian
penggunaan. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan
mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar di lapan buah fakulti di UTHM. Walau
bagaimanapun, hanya 164 pelajar yang menjawab borang soal selidik. Hasil kajian
mendapati bahawa sikap dan penerimaan pelajar terhadap pembelajaran dalam talian
pada tahap yang sederhana. Di samping itu, terdapat hubungan yang signifikan antara
sikap dan penerimaan pelajar terhadap amalan pembelajaran dalam talian.

Md Daud Ismail, Nur Syuhada Md Zain & Roshayati Abdul Hamid (2016) telah
menjalankan kajian berkaitan dengan e-pembelajaran, tekanan dan komitmen belajar
dalam kalangan pelajar sains sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini
dilaksanakan adalah untuk menyelidik peranan e-pembelajaran terhadap tekanan
belajar dan juga hubungan di antara tekanan dan komitmen belajar. Kaedah analisis
regresi pelbagai telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil analisis
menunjukkan bahawa e-pembelajaran mempengaruhi tekanan belajar dan komitmen
belajar secara positif dan signifikan. Hasil daripada tinjaun literatur tersebut, pengkaji
mendapati terdapat perbezaan pandangan dan penerimaan pelajar terhadap
pembelajaran secara dalam talian. Sejak zaman berzaman kaedah mengajar adalah
di dalam kelas, pelajar mendengar, mencatat, mengemukakan soalan, dan
mendapatkan soalan-soalan itu dijawab sebagai tulang belakang pendidikan
tradisional. Dengan kemajuan teknologi komunikasi seperti telefon, radio, televisyen
dan internet serta desakan keadaan semasa mengakibatkan kaedah pembelajaran
baru telah muncul. Pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian secara drastik

85

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

tanpa modul yang khusus dan tersusun sedikit sebanyak memberi impak kepada
pelajar tidak kira impak positif mahupun impak negatif.

METODOLOGI
Kajian yang dilaksanakan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan reka bentuk
kajian ini adalah kajian lapangan melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen
yang dijalankan terhadap sampel kajian yang telah dipilih untuk mendapatkan data
yang diperlukan. Sampel kajian melibatkan 13 orang pelajar diploma kolej FELCRA
dalam pelbagai bidang. Dua orang sampel adalah untuk temu bual dan 11 orang lagi
terlibat untuk analisis dokumen. Pengkaji menggunakan teknik snowball (bola salju)
dalam membuat pemilihan sampel. Jadual 1 menunjukkan analisis data dalam
pelaksanaan kajian.

Jadual 1: Analisis Data Pelaksanaan Kajian

Alat Kajian Analisis Data Dapatan
Temu bual
Temu bual dengan 2 orang pelajar
Analisis
Dokumen Diploma Kolej FELCRA Persepsi peserta

Perkongsian pengalaman pelajar kajian terhadap

Diploma Kolej FELCRA secara pembelajaran

bertaip dan di-e-mel kepada secara dalam talian

pengkaji

DAPATAN KAJIAN: LATAR BELAKANG SAMPEL
Bahagian ini menghuraikan latar belakang sampel berasaskan item temu bual dan
analisis dokumen. Bahagian ini bertujuan untuk memperoleh profil sampel dari segi
jantina dan peringkat pendidikan. Secara terperinci dapat dilihat dalam jadual berikut:

Jadual 2: Latar Belakang Sampel

Peserta Kaedah Kajian Taraf Jantina
Kajian Analisis dokumen Pendidikan
AD 1 Perempuan
Diploma Lelaki
AD 2
Analisis dokumen Diploma Perempuan
AD 3 Perempuan
Analisis dokumen Diploma
AD 4 86
Analisis dokumen Diploma

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

AD 5 Analisis dokumen Diploma Perempuan
AD 6 Analisis dokumen Diploma Lelaki
AD 7 Analisis dokumen Diploma
AD 8 Analisis dokumen Diploma Perempuan
AD 9 Analisis dokumen Diploma Perempuan
AD 10 Analisis dokumen Diploma
AD 11 Analisis dokumen Diploma Lelaki
Diploma Perempuan
TB 1 Temubual Diploma Perempuan
TB 2 Temubual Perempuan

Jumlah Peserta Kajian Lelaki

13

Jadual 2 di atas menunjukkan bahawa jumlah peserta kajian yang terlibat dalam kajian
ini. Terdapat dua orang pelajar yang terlibat dengan temu bual dan 11 orang pelajar
lagi terlibat dengan analisis dokumen. Terdapat tiga orang lelaki dan 10 orang pelajar
perempuan yang terlibat.

DAPATAN KAJIAN: ANALISIS TEMU BUAL
Analisis Objektif Kajian 1: Untuk Mengenal pasti aspek positif dan negatif
pembelajaran dalam talian seperti yang dialami oleh pelajar

i. Aspek Positif

Berdasarkan hasil daripada temu bual dan analisis dokumen yang diperolehi
terdapat beberapa peserta kajian menyatakan bahawa pembelajaran secara
dalam talian ini mempunyai kesan positif. Terdapat tiga aspek positif yang
dikenal pasti berkaitan dengan pembelajaran secara dalam talian, iaitu
menjimatkan kos, lebih selesa belajar di rumah, rajin menyiapkan tugasan dan
dapat menjaga kesihatan. Setiap peserta kajian mempunyai pandangan yang
berbeza. Pandangan setiap peserta boleh dilihat pada rajah 4.2.1.1 di bawah

87

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jadual 3: Analisis temu bual mengenal pasti aspek positif dan negatif pembelajaran
dalam talian seperti yang dialami oleh pelajar

AD 6 “saya dapat rehat yang mencukupi serta Menjimatkan Kos dan
AD 10 dapat meluangkan masa dengan Lebih Selesa
AD 8 keluarga. Di samping itu,
AD 9 pembelajaran secara dalam talian ini Rajin
dapat menjimatkan kos pengangkutan dan
kos sara hidup serta kos yang Dapat Menjaga
berkaitan dengan pembelajaran.” Kesihatan
“Saya lebih rasa selesa kerana belajar di
rumah. Selain itu, pemakanan saya lebih
terjaga daripada sebelum ini. Ini kerana
saya tidak perlu berjimat dalam
mengeluarkan duit untuk membeli
makanan dan saya juga
boleh makan sambil belajar.”
“Saya berasa rajin untuk melakukan
assingment semasa berada di rumah.
Saya telah berjaya menyiapkan satu
tugasan yang akan saya hantar pada
minggu ke- 4. Itulah yang saya

rasakan kebaikan apabila saya berada di
rumah.”
“pelajar dapat menjaga kesihatan diri
dengan duduk di rumah. Contohnya, tidak
keluar ke tempat yang tidak bermanfaat
seperti pusat beli-belah dan cyber cafe
dan hanya keluar bila memerlukan sahaja
untuk membeli
barang dapur.”

Berdasarkan Jadual 3 di atas, dua orang peserta kajian yang menyatakan
pembelajaran secara dalam talian menjimatkan kos dan lebih selesa, iaitu
AD 6 dan AD 10. AD 8 pula menyatakan pembelajaran di rumah
menyebabkan beliau lebih rajin manakala AD 9 berpandangan bahawa
pembelajaran di rumah dapat menjaga kesihatan dan dapat mencegah
daripada penularan wabak Covid -19.

88

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Aspek Negatif dan Faktor Penyumbang

Kebanyakan pengalaman yang dikongsikan adalah banyak tertumpu kepada
aspek negatif pembelajaran secara dalam talian. Pelbagai faktor yang
menyumbang kepada aspek negatif ini, antaranya adalah kestabilan internet
di rumah, maklum balas yang diterima daripada pensyarah kurang
memuaskan dan terlalu banyak tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan
lain-lain. Keadaan berbeza dengan kelas secara bersemuka. Jadual 4
menjelaskan pernyataan yang diberikan oleh peserta kajian

Jadual 4: Analisis Temu bual Aspek Negatif dan Faktor Penyumbang

“Bagi saya pembelajaran secara dalam

talian lebih susah kerana ia memerlukan

internet yang elok dan bagus untuk

TB 1 dapatkan kelas yang
AD 1 baik.”
AD 2
Kadang-kadang ketika kami sedang Kestabilan
AD 4 belajar online , internet akan sangkut Internet
TB 1 mengakibatkan sesetengah pelajar
TB 2 terpaksa keluar sebentar dan masuk Maklum balas
semula apabila internet sudah kurang memuaskan
kembali pulih.
“belajar secara dalam talian yang dan Banyak
Tugasan
bergantung sepenuhnya kepada capaian
internet”

“di rumah saya tidak mempunyai capaian

internet yang kurang elok, jadi saya

terpaksa keluar semata-mata untuk

mencari ‘line’ demi

menghadiri kelas secara dalam talian”.

Oleh itu, setiap kali (PdP) saya sentiasa

pergi ke rumah kawan untuk menghadiri

kelas secara dalam talian dan berkongsi

satu komputer riba

dengannya.
“Ada di antara pensyarah yang tepat pada

waktu untuk mengajar dan ada juga

pensyarah yang sambil lewa. Sebagai

contoh, pensyarah lupa tentang kelas

sepatutnya beliau mengajar, tiba-tiba
pensyarah ada hal.”

Tugasan untuk kelas dalam talian lebih

banyak berbanding kelas bersemuka.

89

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

AD 2 “...kesukaran dalam menyiapkan tugasan Tek
AD 3
AD 9 yang diberikan juga merupakan salah satu Tekanan
faktor pelajar mengalami masalah tekanan”
AD 5 “..saya hampir berputus asa kerana Wujud Perasaan Malas
TB 1
AD 9 pada masa itu mental yang tidak kuat untuk Wujud amalan meniru
hadapi perkara sebegini”
“..pelajar akan menjadi semakin malas

untuk belajar seperti tidur ketika guru
menyampaikan ilmu”

Bagi kelas online ini masalah yang saya

hadapi adalah dari segi kemalasan yang

setelah sekian beberapa bulan tidak

mempunyai kelas
“...semasa peperiksaan pelajar boleh
akses pelbagai rujukan untuk
menjawab soalan.”

pelajar akan meniru ketika sedang

melakukan test atau peperiksaan yang

telah dijalankan. Natijahnya, prestasi

pelajar akan merosot.

Jadual 4 menunjukkan empat orang peserta kajian iaitu TB 1, AD 1, AD 2 dan
AD 4 menyatakan pembelajaran secara dalam talian memerlukan kestabilan
internet. Dari segi maklum balas yang diterima daripada pensyarah pula, TB
1 menyatakan maklum balas yang diterima kurang memuaskan manakala TB
2 menyatakan tugasan yang diberikan juga lebih banyak berbanding semasa
kelas bersemuka. AD 2 dan AD 3 menjurus kepada isu tekanan. Peserta
kajian AD 9 dan AD 5 pula mengaitkan isu malas dengan pembelajaran secara
dalam talian. TB 1 dan AD 9 berpandangan pembelajaran secara dalam talian
ini membolehkan pelajar mudah untuk meniru.

Analisis Objektif Kajian 2: Meneroka Kaedah Yang Boleh Pensyarah Lakukan
Untuk Meningkatkan Kualiti Pengajaran Pembelajaran Dalam Talian

Kajian yang dijalankan ini juga adalah untuk mengetahui kaedah yang boleh pihak
kolej atau pensyarah lakukan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran scara dalam talian. Jadual 5 menunjukkan beberapa kaedah yang
dicadangkan oleh peserta kajian.

90


Click to View FlipBook Version