The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Semua pembentang dalam Seminar Penyelidikan SKInterclass 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sholehah091268, 2022-07-01 01:40:23

ePROSIDING SKInterclass2022 Jilid 01

Semua pembentang dalam Seminar Penyelidikan SKInterclass 2021

Keywords: Research

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

ialah pengenalan abjad, kesedaran fonologi, perbendaharaan kata dan membaca.
Kemahiran literasi merupakan aspek asas yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak pada
peringkat awal kanak-kanak.

Menurut teori pemunculan literasi, membaca adalah proses kognitif yang terhasil
disebabkan interaksi sosial kanak-kanak dengan yang lain (Teale & Sulzby, 1986).
Teori ini telah mengubah pandangan bahawa membaca hanya berlaku apabila kanak-
kanak membaca teks cetakan. Berdasarkan teori ini, kebolehan kanak-kanak untuk
membaca adalah bermula lebih awal lagi iaitu apabila kanak-kanak mula
menunjukkan perlakuan menulis dan membaca yang akhirnya muncul sebagai
menulis dan membaca yang sebenarnya. Proses perubahan ini berlaku melalui
stimulasi yang diperolehi daripada persekitaran kanak-kanak tersebut, membentuk
literasi awal mereka dan menyokong perkembangan literasi mereka seterusnya. Ia
berlaku secara tidak formal dalam aspek kehidupan harian dalam keluarga dan
komuniti (Hall, 2008).

Teori Pemunculan Literasi telah dicetuskan oleh Marie Clay (1982) melalui pelbagai
kajian beliau. Kajian Marie Clay menekankan aspek penguasaan bahasa dan tabiat
membaca pada peringkat awal kanak-kanak sehingga ke alam remaja. Menurut
Mahzan Arshad (2012), pemunculan literasi bermaksud kanak-kanak membina
kemahiran membaca dan menulis tanpa titik permulaan atau pengakhiran. Dalam
Teori Pemunculan Literasi, Marie Clay (1982) menjelaskan bahawa perkembangan
literasi kanak-kanak berkembang secara berperingkat-peringkat. Beliau telah
membahagikan pembaca kepada tiga tahap iaitu Tahap 1 (Pembaca Baru), Tahap 2
(Pembaca Awal) dan Tahap 3 (Pembaca Maju).

PERNYATAAN MASALAH
Amalan literasi amat penting untuk dilaksanakan kerana ia merupakan antara faktor
utama yang menyumbang kepada perkembangan kemahiran membaca kanak-kanak.
Kegagalan kanak-kanak dalam menguasai kemahiran ini boleh menyebabkan
pelbagai masalah akan berlaku kelak terutamanya apabila mereka memasuki sekolah
rendah. Antara masalah yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak adalah terdedah

191

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

kepada kegagalan akademik, pengasingan sosial, masalah tingkah laku, kesukaran
membaca serta tidak medapat kebaikan daripada pendedahan bahasa dan
perbendaharaan kata (Zainiah, Jupri, Fatin & Mazlina, 2017).

Masalah bacaan dalam kalangan pelajar sekolah sentiasa mendapat perhatian umum
sama ada daripada pihak ibu bapa atau guru-guru. Berdasarkan perangkaan Bank
Dunia mendapati kadar celik huruf penduduk Malaysia pada tahun 2018 melibatkan
golongan berusia 15 tahun ke atas adalah pada tahap 94.75% manakala kajian yang
dilakukan oleh Central Connecticut State University, Amerika Syarikat mengenai
negara paling celik huruf di dunia pada tahun 2019 mendapati Malaysia berada pada
kedudukan 53 berbanding negara jiran iaitu Singapura yang berada pada kedudukan
36. Melalui kajian tersebut, jelas terbukti bahawa tahap pembacaan dalam kalangan
rakyat masyarakat Malaysia masih pada tahap yang rendah (Chahaya, 2020)

Pelbagai langkah harus diambil bagi mengatasi masalah tersebut daripada
berlanjutan pada masa depan. Antaranya ialah guru yang mengajar berkaitan
perkembangan bahasa harus mempunyai pengetahuan berkaitan bidang ini.
Seterusnya, guru perlu mengenal pasti tahap literasi awal kanak-kanak terlebih dahulu
sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran pada awal tahun
persekolahan. Oleh yang demikian, guru boleh merancang aktiviti yang bersesuaian
mengikut tahap kanak-kanak. Guru juga boleh menyediakan pelbagai aktiviti
pemulihan dan pengayaan bagi membantu kanak-kanak yang dikenal pasti memiliki
kesukaran ketika sesi pengajaran dijalankan (Zainiah & Jupri, 2014).

Namun, pada hujung tahun 2019, seluruh dunia telah digemparkan dengan wabak
pandemik Covid 19. Negara Malaysia juga merupakan salah satu negara yang turut
menghadapi krisis wabak ini. Kemunculan wabak ini telah mengubah seratus peratus
norma masyarakat sedia ada, iaitu banyak perubahan telah berlaku dan mewujudkan
norma baharu dalam masyarakat. Negara juga terpaksa melakukan perintah kawalan
pergerakan bagi mengurangkan pergerakan rakyat yang bertujuan untuk
memutuskan rantaian wabak ini (Majlis Keselamatan Negara, 2020). Semua sektor
dalam negara terlibat dalam mengamalkan norma baru termasuklah sektor
pendidikan. Pelaksaanaan perintah kawalan pergerakan juga telah menyaksikan

192

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

sektor-sektor yang terdapat di Malaysia terpaksa ditutup untuk sementara
termasuklah sektor pendidikan. Penutupan institusi pendidikan telah mewujudkan
satu norma pembelajaran baru menerusi dalam talian yang dikenali sebagai
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Dalam tempoh ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan panduan
pelaksanaan PdPr bermula 1 April 2020 yang merangkumi pembelajaran secara
dalam talian. Sesi pembelajaran di rumah (PdPR) yang dilaksanakan memerlukan
guru mengajar secara dalam talian menggunakan medium-medium yang bersesuaian
seperti “google meet”, google classroom” dan pelbagai lagi. Bidang pendidikan awal
kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan pembelajaran PdPR ini
secara dalam talian. Penggunaan ICT dalam pendidikan amat digalakkan bagi
merentas kurikulum. Penggunaan ICT bertujuan untuk membantu proses PdPr
memperoleh maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama
rakan serta memperkaya pengalaman pembelajaran (Nur Hazirah & Masayu, 2020).

Namun begitu, mengajar kanak-kanak terutamanya yang berumur enam tahun ke
bawah secara pembelajaran dalam talian tidaklah semudah mengajar pelajar-pelajar
sekolah rendah atau sekolah menengah iaitu guru memerlukan kreativiti untuk
mengajar sesuatu topik. Aktiviti pengajaran menjadi terhad dan kanak-kanak
memerlukan bantuan orang sekeliling mereka iaitu ahli keluarga untuk membantu
mereka memahami isi kandungan yang disampaikan ketika sesi PdPR yang
dijalankan terutamanya sekali daripada aspek kemahiran literasi.

Laporan akhbar Berita Harian (2020) melaporkan antara cabaran yang dihadapi oleh
ibu bapa ketika berdepan dengan sesi PdPr adalah masalah peranti yang terhad serta
masalah capaian internet. Terdapat juga ibu bapa mempunyai masalah untuk
memahami berkenaan penggunaan platform dan medium dalam pelaksanaan PdPr.
Kajian oleh Rohani (2021) mendapati ibu bapa berdepan dengan masalah untuk
menyediakan kemudahan peranti yang cukup serta data internet berikutan masalah
ekonomi yang dihadapi ketika pandemik ini.

193

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Penglibatan ibu bapa dianggap faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar. Ibu bapa yang mempunyai kesedaran tinggi iaitu kesedaran
berkaitan dengan perlunya mereka turut serta dalam pendidikan anak mereka akan
memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak. Kajian mendapati ibu bapa yang
mengambil berat dan sentiasa terlibat dalam pendidikan anak-anak mampu
meningkatkan perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak (Kimberly, Ashlie &
Meredith, 2018). Mengikut kajian Kimberly, Ashlie & Meredith (2018) mendapati tahap
penglibatan ibu bapa di rumah adalah lebih tinggi berbanding penglibatan mereka di
sekolah. Namun, bagi kajian ini, pengkaji ingin mengkaji sejauh mana penglibatan
serta cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa dalam usaha untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran di rumah yang boleh menyokong perkembangan
kemahiran membaca kanak-kanak, terutamanya dalam tempoh pandemik covid-19
iaitu kanak-kanak tidak dapat ke sekolah dan ibu bapa merupakan harapan utama
guru untuk turut membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran membaca ketika
berada di rumah.

Justeru itu, kajian berkaitan peranan ibu bapa dalam menyokong perkembangan
kemahiran bacaan kanak-kanak dan penerokaan terhadap cabaran yang dihadapi
oleh ibu bapa dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah ketika
Pandemik Covid 19 perlu dijalankan bagi melihat sejauh mana pengamalan literasi
yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah untuk membantu meningkatkan kemahiran
membaca kanak-kanak serta cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam
mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah ketika Pandemik Covid 19 bagi
membantu meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak. Dengan itu, pengkaji
berharap kajian ini dapat memberi maklumat tentang cabaran dan kepentingan
penglibatan ibu bapa dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah ketika
Pandemik Covid 19 untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca kanak-kanak.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:
i. Mengenal pasti tahap perkembangan literasi kanak-kanak dalam kemahiran

membaca.
ii. Mengenal pasti sikap ibu bapa terhadap amalan literasi di rumah untuk

194

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak.
iii. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa untuk mewujudkan

persekitaran pembelajaran literasi di rumah sewaktu pandemik Covid19.

PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
i. Apakah tahap perkembangan literasi kanak-kanak dalam kemahiran

membaca?
ii. Apakah sikap ibu bapa terhadap amalan literasi di rumah bagi membantu

meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak?
iii. Apakah faktor-faktor yang menghalang ibu bapa mewujudkan persekitaran

pembelajaran literasi di rumah sewaktu pandemik Covid 19?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan merupakan kajian kualitatif berbentuk kajian lapangan. Bagi
mendapatkan maklumat, pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap kemahiran
membaca kanak-kanak berdasarkan maklumat yang diperlukan dalam borang senarai
semak yang disediakan. Berdasarkan hasil pemerhatian tersebut, pengkaji dapat
menentukan tahap kemahiran membaca responden mengikut peringkat-peringkat
yang telah ditetapkan di dalam borang soal selidik. Selain itu, pengkaji juga akan
membuat sesi temu bual bersama ibu bapa kanak-kanak yang dipilih dalam kajian ini.
Dalam kajian ini, populasi yang terlibat ialah kanak-kanak tadika yang berumur enam
tahun dari sebuah tadika swasta di daerah Setiu, Kuala Terengganu. Bagi
melaksanakan kajian ini, seramai tiga orang kanak-kanak berusia enam tahun dan
penjaga mereka digunakan sebagai sampel kajian untuk memudahkan pengkaji
mengenal pasti tahap kemahiran membaca kanak-kanak serta cabaran yang dihadapi
oleh ibu bapa untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah ketika
pandemik Covid 19. Teknik persampelan rawak mudah digunakan untuk
mendapatkan sampel daripada populasinya.

Instrumen yang diguna pakai dalam kajian ini ialah borang Senarai Semak
pemerhatian bagi mendapatkan maklumat berkenaan tahap kemahiran membaca

195

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

kanak-kanak. Borang Senarai Semak ini adalah diadaptasi daripada Early Reading
and the Early Reading Diagnostic Assessment (2005). Berdasarkan Early Reading
and the Early Reading Diagnostic Assessment (2005), kemahiran membaca kanak-
kanak dapat dinilai dalam lima aspek iaitu kesedaran fonemik, fonik, kefasihan,
perbendaharaan kata dan kefahaman. Kesedaran fonemik iaitu kebolehan mengenal
pasti dan memanipulasi bunyi-bunyi bahasa berdasarkan makna yang tertentu
(Zainiah & Jupri, 2014). Fonik pula merujuk kepada keupayaan kanak-kanak
mengenal dan membunyikan huruf manakala kefasihan bermaksud keupayaan
membaca teks dengan tepat. Seterusnya, perbendaharaan kata iaitu kosa kata yang
dapat dikuasai oleh kanak-kanak. Kefahaman pula merujuk kepada keupayaan
memahami teks yang dibaca. Borang senarai semak ini mengandungi enam item
berkaitan dengan penilaian tahap kemahiran membaca kanak-kanak yang telah dibina
dan disesuaikan mengikut keperluan kajian. Borang senarai semak yang dibina
mempunyai skala likert tiga mata dan skor bagi tahap kemahiran membaca kanak-
kanak adalah seperti jadual dibawah.

Skor Penerangan
0-6 Belum menguasai aspek
kemahiran membaca.
7-12 Sedang menguasai aspek
kemahiran membaca.
13-18 Menguasai aspek kemahiran
membaca.

Bagi instrumen temu bual terhadap ibu bapa responden pula, pengkaji menggunakan
temu bual berstruktur untuk menemubual ibu bapa responden. Temu bual bersktruktur
digunakan agar pengkaji dapat menyoal soalan yang sama kepada responden supaya
rangsangan yang sama diberikan kepada semua responden dan maklumat yang
dikumpulkan daripada mereka dapat dibezakan dengan tepat. Soalan yang dibina
akan diperiksa dan disemak terlebih dahulu oleh pihak yang berkaitan.

Kajian ini menggunakan borang senarai semak sebagai kaedah utama untuk
mendapatkan data pemerhatian tentang tahap kemahiran membaca responden dan

196

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

borang temu bual untuk mendapatkan maklumat dari ibu bapa responden berkaitan
persekitaran pembelajaran di rumah. Berdasarkan maklumat-maklumat yang
diperolehi daripada borang senarai semak yang telah lengkap diisi, semua data
tersebut dikumpulkan dan dianalisis manakala temu bual dianalisis secara transkripsi
temu bual dan deskriptif mengikut objektif kajian. Bagi meningkatkan kesahan,
pengkaji meminta bantuan guru yang mengajar kanak-kanak tersebut untuk
melakukan pemerhatian manakala bagi pembinaan soalan temu bual dan senarai
semak pula, pengkaji meminta pihak berkaitan seperi pensyarah untuk memeriksa
kesesuaian item senarai semak dan soalan yang akan digunakan untuk sesi temu
bual. Bagi kajian ini, pengkaji akan memastikan data sampel kajian dan data kajian
akan diurus sebaik mungkin dan kekal rahsia. Di samping itu, sebelum menjalankan
kajian, pengkaji juga akan memberitahu sampel kajian berkenaan tujuan kajian ini
dijalankan agar sampel kajian sedia maklum mengenai tujuan kajian dan boleh
memberi kerjasama dengan baik.

DAPATAN KAJIAN
Hasil kajian akan dibincangkan berdasarkan objektif kajian, seterusnya menjawab
persoalan kajian yang telah ditetapkan. Bagi objektif kajian pertama iaitu mengenal
pasti tahap perkembangan literasi kanak-kanak dalam kemahiran membaca. Bagi
menjawab objektif ini, tahap kemahiran membaca kanak-kanak telah dinilai oleh
seorang guru yang turut sama terlibat dalam kajian ini dan guru tersebut juga
merupakan guru yang mengajar kanak-kanak yang terpilih dalam kajian ini. Kanak-
kanak yang terlibat dalam kajian ini dilabelkan sebagai Responden 1,2 dan 3. Hasil
kajian mendapati hanya dua responden sahaja yang berada pada skor menguasai
kemahiran membaca manakala, seorang responden lagi berada pada tahap sedang
menguasai. Antara item yang tidak dapat dikuasai oleh responden adalah keupayaan
membaca ayat pendek dan keupayaan untuk menjawab soalan berdasarkan buku
cerita yang dibaca. Bagi responden yang tidak dapat menguasai kemahiran mengenal
huruf, mereka akan menghadapi kesulitan untuk membaca ayat pendek atau buku
cerita ringkas.

197

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Bagi menjawab objektif kedua iaitu mengenal pasti sikap ibu bapa terhadap amalan
literasi di rumah. Temu bual secara berstruktur telah dijalankan bersama ibu bapa
responden yang terlibat dalam pemerhatian. Ibu bapa resopnden akan dilabelkan
sebagai responden 1,2 dan 3. Hasil kajian mendapati hanya 2 responden sahaja yang
pernah mendengar istilah persekitaran pembelajaran di rumah.

“Pernah dengar isitilah persekitaran pembelajaran di rumah. Apa yang
akak faham ialah ibu bapa ni wujudkan suasana belajar di rumah untuk
galakkan anak anak minat belajar dan tidak mengharapkan guru semata-
mata untuk mengajar anaknya. Selain belajar di sekolah, kita “tindan” la
sikit kat rumah untuk bagi dia ingat balik apa yang mereka belajar kat
sekolah tadi” (R 2)

“Ya saya pernah dengar istilah persekitaran pembelajaran di rumah
maksudnya mengajar anak dekat rumah, contohnya dalam bilik ataupun
sediakan tempat khas untuk dia belajar seperti disekolah”.(R 3)

Satu lagi responden tidak pernah mendengar istilah persekitaran pembelajaran di
rumah namun memahaminya apabila diterangkan oleh pengkaji.

“erm...tidak pernah dengar tu” (R 1)

Dari segi pelaksanaan amalan literasi di rumah pula, hasil kajian mendapati kesemua
responden melaksanakan amalan literasi di rumah dan ini menunjukkan kesemua
responden telah mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah bagi membantu
meningkatkan pencapaian kemahiran membaca anak masing-masing. Antara amalan
literasi yang sering dilaksanakan adalah membaca buku bersama, belajar sambil
bermain, membeli bahan literasi, membuat kerja rumah dan menggunakan gajet
seperti komputer dan telefon pintar untuk menonton video berkaitan membaca.

“Pernah dan selalu melaksanakannya, kadang ajar membaca buku,
membuat kerja sekolah bersama”.(R1)

“Aktiviti membuat kerja sekolah, membaca bersama, akak juga cuba
membuat aktiviti belajar di mana sahaja berada, contoh jika ada barang
yang ada tulisan, akak akan minta dia sebut huruf apa, jika salah,akak

198

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

betulkan, membuat aktiviti membaca yang santai sambil bermain, tengok
video pembelajaran bersama anak di telefon”.(R2)

“Memang saya laksanakan aktiviti literasi dekat rumah contohnya aktiviti
yang pernah kami lakukan seperti main “flashcard”,” colouring book”, lukis-
lukis, ulang kaji pelajaran, baca buku bersama anak-anak guna kaedah
fonik ,ada juga beli buku ‘colour’, buku tulis untuk latihan dia dan buku
membaca, ada juga guna gajet telefon pintar atau komputer untuk mengajar
membaca dan saya pun bersoal jawab dengan anak apabila membaca
bersama”.(R3)

Pelaksanaan persekitaran pembelajaran di rumah juga turut dianggap menjadi satu
keperluan bagi responden kerana ia dilihat mampu memberi kesan yang positif
kepada kanak-kanak. Begitu juga dengan pendapat kesemua responden kajian iaitu
hasil kajian mendapati kesemua responden beranggapan perlunya ibu bapa
mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah kerana ia mampu memberi kesan
yang positif kepada pencapaian kemahiran membaca kanak-kanak.

“Perlu, supaya anak dapat kenal huruf,mudah membaca dan senang nanti
bila masuk sekolah rendah nanti ”(R1)

“Ibu bapa memainkan peranan penting di rumah, jika ibu bapa tidak
mengambil berat hal pendidikan anak-anak, anak-anak akan ketinggalan
dalam pelajaran, penglibatan ibu bapa memberi kesan yang positif. Anak
lebih bersemangat untuk belajar apabila mereka belajar sesuatu yang
mereka tidak tahu.” ”.(R2)

“Bagi saya, pembelajaran di rumah sangat penting untuk meningkatkan
kemahiran membaca kanak-kanak,salah satu sebabnya sekarangkan
sekolah tutup,jadi anak-anak tidak boleh pergi sekolah jadi pembelajaran
di rumah sangat penting kerana ia memberi kesan yang positif kepada
kemahiran membaca kanak-kanak.”.(R3)

199

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Bagi menjawab objektif kajian ketiga iaitu mengenal pasti faktor-faktor yang
menghalang ibu bapa mewujudkan persekitaran pembelajaran literasi di rumah
sewaktu pandemik Covid 19. Hasil kajian mendapati kesemua respoden mempunyai
cabaran atau halangan tersendiri dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran
pembelajaran di rumah. Cabaran utama yang dilihat sebagai halangan untuk ibu bapa
mewujudkan persekitaran membaca di rumah adalah dari segi masa dan
persekitaran.

“ Gangguan persekitaran jiran datang kerana tinggal di kawasan kejiranan,
gangguan persekitaran seperti anak kecil menangis, ahli keluarga ramai
sebab semua berkumpul jadi agak mengganggu pelaksanaan
pembelajaran di rumah,anak-anak mudah terganggu fokus mereka, masa
terhad untuk melakukan kerja rumah dan mengajar anak. (R1)

“cabaran masa kerana bekerja dan sekarang pun bekerja dari rumah, jadi
masa untuk mengajar anak dan masa bekerja seolah-olah bersaing.
Persekitaran pula, anak-anak bila berada di rumah motivasi belajar,tu
kurang sebab berada dalam persekitaran rumah, boleh tengok televisyen,
makan dan bermain tanpa mengikut masa.”.(R2)

Cabaran utama adalah masa, contoh kalau pergi sekolah masa dia
memang fix sampai tengah hari, tapi dekat rumah kalau dah sejam belajar
adalah alasan dia letih la, lapar la,nak tidur la. Kadang-kadang anak
menyalahguna kemudahan gajet dan internet yang diberikan, mereka
bermain “game” atau menonton video di ‘Youtube’ berlebihan jika tidak
dipantau (R3)

Dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah, peranan guru juga penting
dalam usaha untuk membantu para ibu bapa dari segi memberi bimbingan kepada ibu
bapa supaya mewujudkan kesinambungan antara pembelajaran di sekolah dan di
rumah. Saranan daripada guru juga dianggap membantu ibu bapa dalam mewujudkan
persekitaran pembelajaran di rumah dengan lebih berkesan.

200

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

“Pernah juga meminta saranan atau bertukar pendapat, terutamanya ketika
ada mesyuarat yang bertemu guru, akak akan tanya pasal anak akak,
apabila guru beritahu tentang pencapaian anak akak, akak akan lebih tahu
perkembangan anak akak dan akan cuba membaiki kelemahan anak bila
berada di rumah.” (R2)

“Ada dua bulan lepas, ‘hire teacher’ datang rumah untuk ajar anak
membaca dan alhamdulillah ‘progress’ dia baguslah,dia dah boleh
mengenal huruf dan mengeja”.(R3)

Walau bagaimanapun, terdapat juga responden yang tidak memerlukan saranan
daripada guru berikutan anak mereka baru sahaja memasuki tadika dan berpendapat
persekitaran pembelajaran di rumah yang dilaksanakan buat masa sekarang masih
lagi berjalan lancar.

“Buat masa sekarang ini, saya belum pernah dapatkan bantuan atau
nasihat atau bertukar pendapat dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran membaca anak saya.”(R1)

Kesimpulannya, pelaksanaan persekitaran pembelajaran di rumah dianggap salah
satu perkara yang perlu diwujudkan di setiap rumah kerana mampu memberi kesan
yang positif terhadap pencapaian kanak-kanak meskipun terdapat cabarannya yang
tersendiri yang perlu dihadapi oleh ibu bapa dalam melaksanakan terutamanya ketika
pendemik Covid 19. Berdasarkan hasil kajian mendapati cabaran utama yang
dihadapi oleh ibu bapa adalah masa dan gangguan persekitaran. Selain itu, amalan
literasi yang dilakukan oleh ibu bapa bersama anak mereka juga merupakan antara
aktiviti yang menyokong kemahiran membaca kanak-kanak.

PERBINCANGAN
Objektif satu: Tahap perkembangan literasi kanak-kanak dalam

kemahiran membaca

Tahap perkembangan literasi kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor, namun
dalam kajian ini hanya enam item sahaja yang digunakan untuk melihat tahap
perkembangan membaca kanak-kanak enam tahun. Berdasarkan hasil kajian

201

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

mendapati masih terdapat responden yang belum menguasai kemahiran membaca.
Perkara ini patut dibimbangi kerana mengikut Clay (1982) menyatakan pada peringkat
kanak-kanak berumur enam tahun, mereka seharusnya perlu berada pada peringkat
pembaca maju iaitu pembaca tahap tiga. Dengan itu, kerjasama daripada ibu bapa
adalah penting untuk membantu meningkatkan pencapaian kemahiran membaca
kanak-kanak. Hal ini selari dengan teori Eipstein (2019) yang menyatakan perlunya
kerjasama antara pihak sekolah iaitu guru dan ibu bapa dalam membantu
meningkatkan pencapaian kanak-kanak. Begitu juga dengan konsep Bronfenbrenner
(1986) yang menyatakan tentang kepentingan wujudnya persekitaran yang berada di
sekeliling kanak-kanak dalam membantu perkembangan mereka. Berdasarkan teori
ini, terdapat lima sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu
mikrosistem, mesosistem, exosistem, makrosistem dan kronosistem. Kesemua sistem
ini berkait rapat dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

Selain itu, perkara ini selari juga dengan konsep yang terdapat dalam teori Vygotsky
(1978) iaitu konsep Scaffolding dan Zon Perkembangan Proksimal iaitu kanak-kanak
akan mendapat kemahiran baru dengan bantuan orang yang lebih berpengetahuan
daripada dirinya. Selain itu, hasil kajian juga mendapati kanak-kanak memerlukan
teknik pengulangan bagi membantu meneguhkan lagi apa yang telah dipelajari oleh
kanak-kanak. Hal ini selari dengan konsep teori behaviorisme yang menyatakan
pemberian latihan dan pengulangan mampu untuk meningkatkan keberkesanan
dalam pembelajaran.

Objektif dua: Sikap ibu bapa terhadap amalan literasi di rumah bagi membantu
meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak

Persekitaran pembelajaran di rumah atau dikenali sebagai “Home Learning
Enviroment” merupakan satu program literasi di rumah iaitu ibubapa cuba
mewujudkaan persekitaran yang boleh menyokong dan meningkatkan perkembangan
literasi kanak-kanak di rumah (Julia M., Andrew J., & Alison E., 2019). Berdasarkan
hasil kajian mendapati kesemua responden memahami maksud persekitaran
pembelajaran di rumah iaitu ibu bapa cuba mewujudkan suasana pembelajaran di
rumah bagi memastikan terdapat kesinambungan di antara pendidikan yang
diperolehi di sekolah dan di rumah. Walau bagaimanapun, hanya responden 2 dan 3

202

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

sahaja yang menunjukkan pelaksaan persekitaran pembelajaran di rumah yang aktif.
Responden 1 hanya melaksanakannya ketika perlu sahaja. Pelaksanaan persekitaran
pembelajaran di rumah memberi kesan kepada kanak-kanak iaitu dapatan kajian
tentang tahap perkembangan kemahiran membaca kanak-kanak responden 2 dan 3
berada pada tahap menguasai. Hal ini kerana ibu bapa responden 2 dan 3 sering
melaksanaan aktiviti pembelajaran di rumah walaupun anak mereka tidak dapat hadir
ke sekolah kerana pandemik covid 19.

Hal ini selari dengan kenyataan Buvaneswari & Padakannaya (2017) yang
menyatakan terdapat tiga jenis pelaksanaan persekitaran pembelajaran di rumah iaitu
persekitaran pembelajaran di rumah yang terbatas iaitu ibu bapa hanya menyediakan
bahan literasi sahaja. Seterusnya persekitaran pembelajaran di rumah yang pasif iaitu
ibu bapa menyediakan bahan literasi yang bersesuaian namun tidak melibatkan diri
dalam aktiviti literasi bersama anak-anak. Yang terakhir pula ialah persekitaran
pembelajaran di rumah yang aktif iaitu ibu bapa menyediakan bahan literasi serta
melibatkan diri dalam melakukan aktiviti literasi bersama kanak-kanak.

.
Dapatan ini juga disokong oleh Sandra, Rajesh & et all (2016) yang menyatakan
terdapat hubungan positif di antara pelaksanaan persekitaran pembelajaran di rumah
terhadap kemahiran membaca kanak-kanak,iaitu kemahiran membaca kanak-kanak
dilihat meningkat dalam keluarga yang melaksanakan persekitaran pembelajaran di
rumah. Hal ini dapat dilihat melalui hasil kajian yang menunjukkan terdapat
pelaksanaan amalan literasi di rumah seperti bermain permainan yang boleh
meningkatkan kemahiran membaca seperti bermain kad huruf, membuat aktiviti
bercerita bersama, aktiviti menulis dan lain-lain lagi. Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti
membaca atau aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran membaca sebagai rutin
harian agar kosa kata kanak-kanak bertambah seterusnya meningkatkan motivasi
mereka untuk belajar membaca (Najwa, 2015). Bahan literasi yang berkualiti dan
bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak adalah penting untuk memupuk minat
membaca kanak-kanak. Bahan literasi seperti buku yang mempunyai gambar, tulisan
dan ilustrasi yang menarik adalah antara perkara yang boleh meningkatkan kemahiran
membaca kanak-kanak.

203

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Dapatan kajian ini juga selari dengan pendapat Sandra, Rajesh & et all (2016) yang
menyatakan aktiviti literasi yang diadakan di rumah bersama ibu bapa seperti
membaca secara kuat dan membaca bersama telah dikenal pasti menjadi faktor
penting dalam membina kemahiran awal bahasa dan membaca. Mengikut Niklas &
Schniede (2016) menyatakan aktiviti ibu bapa membaca buku bersama kanak-kanak
mempunyai hubungan dengan perkembangan kemahiran membaca kanak-kanak.
Berdasarkan teori sosiologi Vygotsky (1978), kekerapan ibu bapa membaca bersama
kanak-kanak sebenarnya satu teknik untuk membantu meningkatkan dan
mengukuhkan lagi kemahiran membaca kanak-kanak agar lebih cepat untuk
menguasai aspek mengenal huruf, dapat mengeja suku kata dengan betul
berdasarkan daripada sesi pengajaran ibu bapa bersama anak mereka. Berdasarkan
analisis hasil kajian, didapati ibu bapa mempunyai perspektif yang positif berkenaan
dengan pelaksanaan persekitaran pembelajaran di rumah. Hasil kajian mendapati
para ibu bapa akan cuba mewujudkan juga pelaksanaan persekitaran pembelajaran
di rumah agar pendidikan anak mereka tidak terabai mesikpun terdapat halangan
dalam melaksanakannya terutamanya ketika Pandemik Covid 19. Dapatan kajian ini
selari dengan kajian Kimberly, Ashlie & Meredith (2018) yang menyatakan penglibatan
ibu bapa dalam pendidikan anak mereka turut memberi manfaat kepada mereka iaitu
melalui penglibatan ini, ibu bapa akan lebih mengetahui perkembangan dan
keperluan anak mereka.

Walaupun tiada masa khusus dinyatakan untuk melaksanakan aktiviti yang boleh
meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak, mereka tetap melaksanakannya.
Namun, dalam kajian ini pengkaji tidak dapat memastikan sama ada aktiviti membaca
dijadikan rutin harian atau tidak. Walau bagaimanapun, ibu bapa tetap perlu
memainkan peranan mereka untuk mengajar kanak-kanak secara berterusan dan
tidak mengharapkan guru sahaja. Galakan daripada ibu bapa juga mampu
meningkatkan motivasi kanak-kanak dalam pembelajaran kanak-kanak ( Kimberly,
Ashlie & Meredith, 2018, John, Olga, John & Jenny, 2015).

204

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Objektif ketiga: Faktor-faktor yang menghalang ibu bapa mewujudkan
persekitaran pembelajaran literasi di rumah sewaktu pandemik Covid 19

Hasil kajian mendapati antara cabaran utama ibu bapa yang membantutkan
pelaksanaan persekitaran pembelajaran di rumah ketika pandemik Covid 19 adalah
cabaran dari segi faktor masa dan persekitaran. Terdapat dalam kalangan responden
merupakan respoden yang bekerja. Dengan itu, ketika pandemik Covid 19 ini, beliau
perlu bekerja dari rumah dan menghadapi masalah dari segi masa kerana perlu
bersaing dengan bebanan kerja dan masa bersama anak-anak. Ibu bapa seharusnya
menetapkan satu masa yang khusus untuk bersama kanak-kanak dan menyediakan
satu rutin khusus setiap hari bagi mengajar kanak-kanak membaca dan perlu
dilakukan secara berterusan agar menjadi kebiasaan kepada kanak-kanak. Ibu bapa
yang meluangkan masa yang berkualiti untuk membaca bersama kanak-kanak
mampu mempengaruhi tahap perkembangan kemahiran membaca kanak-kanak.
Dapatan ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh John, Olga, John & Jenny (2015)
serta Kimberly & Meredith (2018) yang menyatakan antara halangan utama yang
menghalang ibu bapa melaksanakan persekitaran pembelajaran di rumah adalah
disebabkan status sosioekonomi rendah yang membuatkan ibu bapa tidak sempat
meluangkan masa bersama kanak-kanak kerana sibuk bekerja serta kurang
kesedaran tentang manfaat penglibatan ibu bapa kepada pendidikan anak mereka.

Dalam program Just Take 20 : Family Literacy Model menyatakan ibu bapa hanya
perlu meluangkan masa paling kurang 20 minit untuk membaca bersama kanak-
kanak. Kebanyakan ibu bapa beranggapan mereka telah mengkhususkan masa
sejam untuk membuat aktiviti literasi, namun ibu bapa harus faham walaupun mereka
meluangkan masa yang lama bersama kanak-kanak, namun jika tidak diisi dengan
aktiviti berkualiti seperti membaca atau menulis, ia akan menyebabkan masa yang
diluangkan itu kurang berkualiti dan tidak memberi kesan kepada kanak-kanak. Dari
segi persekitaran pula, ibu bapa boleh meminta kerjasama ahli keluarga untuk turut
sama mewujudkan persekitaran pembelajaran bersama. Ibu bapa juga boleh
menetapkan satu waktu khusus untuk mengadakan aktiviti literasi bagi mendisplinkan
anak mereka agar persekitaran pembelajaran dapat diwujudkan juga meskipun anak-
anak mereka tidak dapat pergi ke sekolah. Motivasi daripada ibu bapa juga amat
penting bagi meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk belajar walaupun berada di

205

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

rumah (Shamsilah, 2021).

Pendedahan gajet berlebihan ketika berada di rumah juga merupakan salah satu
cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam melaksanakan persekitaran pembelajaran
di rumah. Hal ini akan membuatkan kanak-kanak hilang fokus untuk belajar kerana
ketagih untuk bermain gajet. Dengan itu, ibu bapa jupa perlu memantau dan
mengehadkan masa untuk kanak-kanak bermain gajet berlebihan. Selain itu, guru
yang berkualiti ialah guru yang memberi sokongan dan motivasi dalam bentuk kognitif,
emosi dan sosial kepada ibu bapa dan kanak-kanak. Dengan itu, bantuan atau
saranan daripada guru juga perlu dalam usaha untuk membantu ibu bapa agar dapat
mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah yang berkualiti. Komunikasi
berterusan antara guru dengan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan
pembelajaran kanak-kanak tidak terabai (Nur Hazirah & Masayu, 2020). Shamsilah
(2021) menyatakan ibu bapa juga boleh menggunakan pendekatan berbincang
dengan guru sekiranya menghadapai masalah dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran di rumah ketika tempoh peademik ini.

KESIMPULAN
Pelaksanaan persekitaran pembelajaran di rumah serta persekitaran yang kaya
dengan literasi merupakan faktor utama dalam menyokong dan membantu
meningkatkan kemahiran literasi kanak-kanak. Kajian mendapati kanak-kanak
daripada keluarga yang mewujudkan persekitaran yang kaya dengan literasi
mempunyai kecekapan yang tinggi dalam kemahiran literasi (Atik Setyowati, 2017).
Meskipun terdapat halangan dalam melaksanakan persekitaran pembelajaran di
rumah, ibu bapa seharusnya mencuba semampu mungkin agar dapat juga
mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah terutamanya ketika pandemik ini
kerana kanak-kanak banyak meluangkan masa di rumah bersama ibu bapa. Kajian
Kimberly, Ashlie & Meredith (2018) mendapati penglibatan ibu bapa bukan sekadar
mampu meningkatkan tahap kemahiran literasi kanak-kanak malah juga mampu
meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak. Di antara amalan yang boleh
dilaksanakan oleh ibu bapa bersama kanak-kanak adalah membaca buku bersama,
mewujudkan interaksi antara ibu bapa dan anak-anak dan pelbagai lagi. Dengan itu

206

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

pengkaji berharap hasil kajian ini juga boleh digunakan untuk panduan semua pihak
dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk merancang pelan pendidikan yang
bersesuaian dengan kanak-kanak. Kajian lanjutan berkenaan perkembangan
kemahiran membaca mengikut jantina boleh dilakukan untuk mengenal pasti jika
terdapat perbezaan dari segi perkembangan kemahiran membaca mengikut jantina.

207

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

RUJUKAN:
Atik Setyowati., & Wuri Wuryandari (2019). Preschool children’ Emergent Literacy Skill
and Home Literacy Program. Advances in Sosial Science, Education and Humanities
Research, 296, 205-207.

B.Buvaneswari & Prakash Padakannaya (2017). Development Of A Home Literacy
Environment Questionaire for Tamil- Speaking Kindergarten Children.

Bronfenbrenner, U. (1986). Ecology of the family as a context for human
development:Research perspectives. Developmental Psychology, 22, 723-742.

Bronfenbrenner, U. (1994). Ecological models of human development. Readings on
the Development of Children, 2, 37–43.

Chahaya Abdul Manan (2020). Ketamadunan: membaca awal usia pelapis
ketamadunan bangsa. BERNAMA. Diperolehi pada Jun 14, 2021 daripada
Bernama.com/bm/tintaminda/news.php?bl=1858122

Farrell, Holly Bond (2014). A Home Literacy Intervention To Improve Student Reading
and Parental Self-Efcacy. Teses, Dissertations and Capstones. Paper 824.

Julia M., Andrew J., & Alison E. (2019). Literacy Interest, Home Literacy Environment
And Emergent Literacy Skills In Pre-Schoolers. Jurnal of Research in Reading, UK,
42(1). 105-161. DOI:10.1111/1467-9817.12255.

Joyce Epstein and Associates (2019). School, Familu and Community Partnerships.
Your Handbook for Action 4th Edition. SAGE publication Ltd.
John Swain, Olga Cara, John Verhaus & Jenny Litster (2015). The Impact of Family
Literacy Programme on Children Literacy Skills and The Home Literacy Enviroment.
Research Report National Research & Development Centre for Adult Literacy &
Numeracy.

Kimberly Mc Dowell, Ashlie Jack & Meredith Compton (2018). Parent Involvement in
Pre Kidergarten and The Effects on Students Achievemet. The Advocate: Vol 23: No
6.

Kluczniok, K, Lehrl, S.,Kuger, S & Rossbach, Hans- Guenther(2013). Quality of Home
Learning Enviroment during Preschool age: domain and contextual conditions.
European Early Childhood Education Research Journal, 21(3), 420-438.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). https://www.moe.gov.my.
Majlis Keselamatan Negara. (2020). Kenyataan media, 18 Mac 2020. Jabatan
Perdana Menteri, Malaysia.

Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran Dan Pemudahcaraan
Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jabatan Pedidikan Awal Kanak-
kanak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

208

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Prof Dr Shamsilah Roslan. (2020, April 14). Diperolehi pada Julai 15, 2021 daripada berita

harian https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/04/676871/pkp-uji-

kerjasama-ibu-bapa-guru.

Rohani Law Abdullah. (2021). Pembelajaran Maya Cabaran Buat Ibubapa.
https://angkasfera.com/2021/03/23/pembelajaran-maya-cabaran-buat-ibu-bapa-
bahagian-1/.

Vygotsky, L. S. (1978). Mind In Society: The Development Of Higher Psychological
Processes. Cambridge: Harvard University Press
Xuejun Jie. ( 2017). Examining Th Influence Of Earlyy Home Literacy Enviroment And
Sosioemotional Competence Development On Reading Achievement.

Zainiah Mohamed Isa, Juppri Bacotang, Nur Fatin Zainuddin, Mazlina Che Mustafa
(2017). Tahap Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Kanak-Kanak berusia 2+
Tahun. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zainiah Mohamed Isa & Juppri Bacotang (2014). Kemahiran Literasi Awal Bgi Kanak-
Kanak Taska.Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

209

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

PENGGUNAAN PERISIAN CANVA SEBAGAI MEDIUM TARIKAN PdPR MATA
PELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH

Muhammad Fikri Bin Norddin

Sekolah Kebangsaan Sri Labis
Jalan Muar, Labis, 85300, Labis, Johor

ABSTRAK

Pedagogi merujuk kepada pengajaran yang lebih berbentuk kepada pendidikan
formal. Pedagogi meupakan sebuah kajian yang meluas bertumpu kepada proses
pengajaran dan pembelajaran pengurusan bilik darjah dan sebagainya. Justeru
memandang kepada situasi masa kini, pelbagai kaedah pedagogi boleh dijalankan
bagi menarik minat murid untuk terus belajar sama ada di sekolah mahupun di rumah.
Kajian ini bertujuan untuk melihat medium pengajaran berbentuk maya iaitu
menggunakan perisian Canva sebagai medium tarikan dalam menarik minat murid
terhadap mata pelajaran Bahasa arab. Kajian ini dijalankan terhadap 5 orang murid
sekolah rendah di salah sebuah daerah Labis, Johor. Dapatan kajian mendapati
penggunaan perisian Canva memberikan impak yang positif terhadap kefahaman
dan berjaya menarik minat responden kajian. Kajian ini merupakan kajian berbentuk
kualitatif yang menggunakan perisian NVivo 12 dalam menganalisis data yang
diperolehi. Diharapkan kajian ini dapat membuka minda dan memberi idea kepada
semua guru khususnya guru yang mengajar Bahasa Arab sebagai satu medium yang
bertindak sebagai alternatif untuk menarik minat dalam memahami mata pelajaran
Bahasa Arab. Selain itu, pihak Jabatan mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia
sendiri mungkin diharapkan dapat menjadikan Canva sebagai medium utama sama
ada secara PdPC mahupun PdPR serta menganjurkan kursus khas untuk
menerangkan kepada guru akan penggunaan Canva di sekolah.

Kata kunci: Canva, PdPR, Bahasa Arab, Sekolah Rendah, Tarikan

PENGENALAN

Pendidikan pada masa kini semakin hari semakin mencabar. Jika dibandingkan
dengan pendidikan pada masa lalu, pendidikan pada masa kini telah mengalami
pelbagai revolusi serta perubahan dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan
penyampaian pendidikan itu sendiri. Tugas seorang guru itu bukan sahaja melibatkan
sesebuah komuniti, tetapi juga sesebuah bangsa dan negara (National Board for
Professional Teaching Standards 2016). Jika sebelum ini pendidikan lebih
bertumpukan kepada guru dan murid hanya di dalam kelas atau lebih dikenali sebagai
chalk and talk, namun pada masa kini kaedah tersebut bukan lagi satu kaedah yang

210

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

boleh digunapakai sehingga pada masa kini. Perubahan dan penambahbaikan dalam
bidang pendidikan perlu dilakukan seiiring dengan peredaran zaman.

Zaman kini adalah Zaman Millenia yang memperlihatkan generasi yang banyak
menggunakan capaian internet dalam mencari pelbagai bahan mahupun ilmu yang
berkaitan dengan pelajaran yang difokuskan. Tambahan kepada masalah pandemik
Covid-19 ini sekaligus banyak membuka mata guru-guru akan pelbagai kaedah dan
teknik yang boleh digunakan untuk memastikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) berjalan tanpa sebarang masalah (Briliannur Dwi, 2020). Idea kreatif guru ini
amat penting bagi memastikan murid-murid terus mendapat ilmu yang bermanfaat dan
berterusan tanpa menghadapi masalah kecicirian ilmu. Sebagai seorang guru atau
pendidik langkah drastik perlu diambil selari dengan kemajuan teknologi bagi
menghasilkan sebuah pedagogi dalam pendidikan menjadi lebih cemerlang dan
sistematik serta bersifat efisien Guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik
melalui pengajaran secara langsung, tetapi juga membina semaksimum mungkin
perkembangan dan tumbesaran murid-murid (Utusan Borneo 2017). Kenyataan ini
menyokong kenyataan yang dibuat oleh DuFour et al., (2010) bahawa terdapat
hubungan antara pencapaian murid-murid dengan pengetahuan guru. Hariss dan
Sass (2011), menyatakan bahawa kualiti guru merupakan kunci bagi meningkatkan
kualiti pendidikan di sekolah sama ada peringkat sekolah menengah ataupun sekolah
rendah. Semua guru boleh mengajar. Walau bagaimanapun, masih ramai guru yang
kurang mahir dalam menyampaikan ilmu yang dapat memberi kesankepada murid-
murid.

Frehner-Quan (2013), menyatakan bahawa ramai guru yang tidak dapat membantu
murid-murid-murid mereka mencapai potensi diri yang menyeluruh kerana ramai dalam
kalangan guru yang kurang memahami kaedah pengajaran atau pedagogi yang
berkesan. Pedagogi yang berkesan adalah pedagogi yang mementingkan kualiti
dalam setiap aspek pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya semangat dan
sikap guru yang berkualiti dalam memastikan pendidikan terus diberikan penekanan
dari masa ke masa. Tambahan pula, guru merupakan aset utama dalam sesebuah
sekolah bagi menentukan keberhasilan murid-murid (KuHasnan2013).

211

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

LATAR BELAKANG PdPR

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi
yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian atau luar talian mahupun
secara offsite dengan berstruktur dan terancang. Pdpr dilaksanakan apabila murid
tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana
atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri (KPM 2020).
Canva pula ada satu perisian menarik yang disediakan secara percuma dan boleh
digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membuat pembentangan, membuat poster,
membuat templat yang menarik dan sebagainya.

PERNYATAAN MASALAH

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sememangnya
memberi banyak cabaran dan halangan kepada guru-guru untuk menjalankan sesi
PdPR mereka. Sememangnya PdP secara dari rumah jauh lebih rumit dan
memerlukan kesabaran yang tinggi. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh
kalangan guru malah turut terkesan dalam kalangan murid-murid (Wahyudin
Darmalaksana, 2020) Sebahagian besar murid yang mengikuti PdPR tidak dapat
memahami dengan jelas tugasan yang diberikan. Hal ini kerana pada kebiasaannya
mereka menerima arahan secara bersemuka di dalam kelas iaitu arahan melalui
guru. Sepanjang sesi pdpr murid ini hanya menerima arahan daripada guru secara
dalam talian mahupun penggunaan modul di rumah (Siti Balqis Mahlan, 2014). Murid
tidak dapat memahami dengan jelas bentuk tugasan serta penyampaian jawapan
yang harus dilakukan oleh murid tersebut. Hal ini menjadikan mereka hanya
menjalankan tugasan tanpa sebarang rujukan dan panduan daripada guru
(Wahyudin Darmalaksana, 2020). Masalah kedua yang dikenal pasti ialah murid
menjawab tugasan yang diberikan tetapi tidak dapat menjawab dengan betul soalan
yang diberikan. Hal ini menunjukkan bahawa murid ini hanya melakukan tugasan
sekadar melepaskan batuk di tangga dengan syarat mereka menyiapkan tugasan.
Hal ini sekaligus akan menyebabkan mereka tidak dapat menguasai markah yang
baik serta tidak dapat menunjukkan prestasi yang sebenar dalam kalangan murid-
murid tersebut. Hal ini juga bertepatan dengan (Mohd Zulhasnan Mat, 2019) yang

212

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

menyatakan bahawa murid ini hanya menjalankan tugasan supaya tidak dimarahi
oleh guru tanpa pemantauan dan pemeriksaan daripada ibu bapa kerana ibu bapa
juga turut sibuk bekerja daripada rumah. Masalah ketiga yang dihadapi adalah
sukatan pelajaran juga tidak dapat disampaikan dengan baik. Hal ini akan
menyukarkan guru untuk mengajar atau menyampaikan kepada murid bagi tajuk
yang baru.

Kajian (Muhammad Rusdi, 2017) menyatakan bahawa mata pelajaran Bahasa Arab
ini perlu diajar dengan cara yang memerlukan pengulangan dan perlu ditambah dari
masa ke masa. Guru yang tidak dapat menyampaikan sesuatu ilmu atau maklumat
yang baru berpandukan kepada sukatan pelajaraan akan menyebabkan mereka
sukar untuk menghabiskan silibus mereka. Murid yang tidak dapat mengikuti silibus
dengan baik dikhuatiri akan keciciran ilmu pengetahuan khususnya bagi mata
pelajaran matematik dan sains (Nurmelda Patric, 2020). Minat murid terhadap subjek
juga merudum akibat PdPR. Hal ini dijelaskan melalui situasi yang menyatakan
bahawa murid-murid ini akan memilih subjek mana yang lebih mudah untuk dijawab
berbanding subjek yang sukar. Bagi Bahasa Arab sendiri ada di antara mereka yang
tidak minat untuk belajar Bahasa Arab berpunca daripada tidak memahami makna
atau merasakan susah untuk memberi jawapan (Mohd Aliff, Mohd Nawi 2015).
Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh murid di sekolah, malah Mahasiswa di IPT
juga mengalami masalah yang sama apabila mempelajari mata pelajaran Bahasa
Arab (Muhammad Rusdi, 2017).

TINJAUAN LITERATUR

Antara beberapa tinjauan literatur yang mempunyai perkaitan dalam tajuk kertas kerja
yang dihasilkan adalah Kajian Norazlinda Saad (2020) dari Fakulti Pendidikan
Universiti Malaysia Perlis (UMP) bertajuk ‘Hubungan Antara Pengetahuan Dengan
Penggunaan Web 2.0 Tools Dalam Kalangan Pensyarah Universiti’. Kajian ini
memperlihat sejauh mana pengetahuan penggunaan Web 2.0 Tools dalam kalangan
pensyarah di universiti. Hasil kajian mendapati 90 % pensyarah dapat menggunakan
Web 2.0 Tools dengan baik dan 10% memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam
beberapa tempoh masa. Kajian kedua pula adalah kajian Nurul Ashikin et. al (2020)

213

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) yang bertajuk ‘Tahap Pengetahuan
Pedagogi Kandungan Guru Bahaa Melayu di Sekolah yang berfokus kepada kaedah
pedagogi yang digunakan oleh guru Bahasa melayu di sekolah’.

Kajian ketiga pula adalah kajian Abdul Said Ambotang et.al, (2018) dari Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertajuk ‘Pengetahuan Pedagogi
dan Kandungan Terhadap Efikasi Guru Dalam Pengajaran Ekonomi’. Kajian ini
membahaskan pedagogi yang digunakan oleh guru sekolah menengah terhadap
pengajaran ekonomi. Kaedah dari luar negara pula adalah kajian Rahmatullah et.al
(2019) bertajuk ‘Media Pembelajaran Audio Visual Berbasis Aplikasi Canva daripada
Universitas Negeri Makassar Indonesia’.

OBJEKTIF KAJIAN
Di dalam kertas kerja ini objektif kajian yang hendak dibincangkan adalah:

1. Mengenal pasti tahap kefahaman murid menjalankan tugasan mata pelajaran
Bahasa Arab semasa PdPR selepas penggunaan Canva.

2. Mengenal pasti minat murid menjalankan tugasan mata pelajaran Bahasa
Arab semasa PdPR selepas penggunaan Canva.

PERSOALAN KAJIAN
Di dalam kertas kerja ini persoalan kajian yang hendak dibincangkan adalah:

1. Sejauh manakah tahap kefahaman murid menjalankan tugasan mata
pelajaran Bahasa Arab semasa PdPR selepas penggunaan Canva?

2. Bagaimanakah minat murid menjalankan tugasan mata pelajaran Bahasa
Arab semasa PdPR selepas penggunaan canva?

214

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

SKOP KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini merupakan sebuah kajian berbentuk kualitatif sepenuhnya.
Melalui kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen temu bual sebagai data utama
(primer) bagi kaedah pengumpulan data di samping menjalankan pemerhatian dan
menganalisis dokumen sebagai data sokongan. Bagi mencapai sasaran terhadap
kajian yang dijalankan ini, maka kajian ini melibatkan murid beragama Islam dan
bukan beragama Islam tahun 5 yang berlainan jantina di sebuah Sekolah Rendah
yang terletak dalam daerah Labis, Johor sebagai responden utama terhadap kajian
yang akan dijalankan.

Responden ini mempunyai telefon tangan sendiri dan dan tinggal di kawasan yang
mudah untuk mendapatkan capaian internet. Keseluruhan kajian ini menjadikan
jumlah murid yang menjadi responden utama seramai lima orang dan seramai dua
orang guru Bahasa Arab yang mengajar di setiap Sekolah Rendah berkenaan sebagai
responden tambahan bagi mendapatkan data sokongan (sekunder). Pemilihan guru
dan murid yang betul dan tepat sebagai responden dalam sesebuah kajian adalah
penting bagi membolehkan temu bual dijalankan sebaiknya.

Hal ini selari dengan kenyataan Crawford & Irving (2009), yang menegaskan bahawa
responden yang ditemu bual hendaklah dapat mengaitkan pengalaman dan pelajaran
yang dimilik dengan kepakaran dan pengetahuan terkini. Hal ini menghasilkan
kefahaman yang menyeluruh berkaitan sesuatu isu.Kajian daripada kertas kerja ini
dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana kefahaman murid-murid dan minat
murid menjalankan tugasan semasa PdPR selepas penggunaan canva bagi mata
pelajaran Bahasa Arab.

215

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

ANALISIS DATA

Jadual 1: Kefahaman terhadap mata pelajaran Bahasa Arab

TEMA / ITEM TB TB TB TB TB
M1 M2 M3 M4 M5
1. Mudah untuk faham tajuk yang dipelajari S1 S1 S1 S1 S1
2. Mudah untuk mencari jawapan XXXXX
3. Mudah untuk menyalin nota
4. Memahami nota dengan mudah - XXXX
5. Memahami bentuk tugasan yang diberikan - XXXX
XXX - X
XXXX -

Di dalam kefahaman terhadap mata pelajaran Bahasa Arab ini melibatkan beberapa
aspek tahap kefahaman murid itu sendiri iaitu melibatkan lima responden
kesemuanya dengan mudah dapat memahami tajuk yang dipelajari (M1S1: TB: 2021:
159: 128; M2S1: TB: 2021: 175: 98; M3S1: TB: 2021: 158: 92; M4S1: TB: 2021: 142:
102; M5S1: TB: 2021: 140: 97; GBA1S1: TB: 2021: 96: 92). Selain itu, empat daripada
lima responden menyatakan mudah bagi mereka untuk mencari jawapan (M2S1: TB:
2021: 153: 92; M3S1: TB: 2021: 138: 102; M4S1: TB: 2021: 138: 97; M5S1: TB: 2021:
131: 93; GBA1S1: TB: 2021: 81: 150; GBA2S1: TB: 2021: 49: 90; OS1: 363: 110)
mudah untuk menyalin nota (M2S1: TB: 2021: 179: 98; M3S1: TB: 2021: 155: 92;
M4S1: TB: 2021: 143: 102; M5S1: TB: 2021: 143: 97), empat daripada responden
juga menyatakan bahawa mereka memahami nota dengan lebih mudah (M1S1: TB:
2021: 167: 128; M2S1: TB: 2021: 158: 92; M3S1: TB: 2021: 146: 97; M5S1: TB: 2021:
142: 89;OS2: 32: 87) empat daripada lima responden juga dapat memahami bentuk
tugasan yang diberikan oleh guru dan tatacara pelaksanaan tugasan berikut. (M1S1:
TB: 2021: 160: 128; M2S1: TB: 2021: 177: 98; M3S1: TB: 2021: 159: 92; M4S1: TB:
2021: 144: 102)

216

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jadual 2: Minat terhadap mata pelajaran Bahasa Arab

TEMA / ITEM TB TB TB TB TB
M1 M2 M3 M4 M5
1. Berasa seronok dan berpuas hati S1 S1 S1 S1 S1
2. Menunggu tugasan XXXXX
3. Melakukan tugasan dengan cepat
4. Menghantar tugasan paling awal - XX - X
5. Mengulangi video pembelajaran - XXXX
6. Menyimpan tugasan video pembelajaran XXX - X
X - XX -
- - XXX

Di dalam perkara mengenai minat terhadap mata pelajaran Bahasa Arab ini
melibatkan beberapa aspek tema dan item yang berfokus kepada minat itu sendiri
iaitu melibatkan lima responden kesemuanya berasa seronok dan berpuas hati
dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan (M1S1: TB: 2021: 171:
129; M2S1: TB: 2021: 184: 102; M3S1: TB: 2021: 167: 98; M4S1: TB: 2021: 150:
109; M5S1: TB: 2021: 151: 108; GBA1S1: TB: 2021: 83:160). Selain itu, empat
daripada lima responden menyatakan mereka dapat melakukan tugasan dengan
cepat (M2S1: TB: 2021: 185: 102; M3S1: TB: 2021: 171: 98; M4S1: TB: 2021: 151:
109; M5S1: TB: 2021: 152: 108; GBA1S1: TB: 2021: 84: 160; GBA2S1: TB: 2021: 55:
92; OS1: 363: 110) selain itu, empat daripada lima responden juga dapat menghantar
tugasan lebih awal dan cepat (M1S1: TB: 2021: 173: 129; M2S1: TB: 2021: 187: 102;
M3S1: TB: 2021: 174: 98; M5S1: TB: 2021: 153: 108), tiga daripada lima responden
menyatakan bahawa mereka gemar untuk mengulangi video pembelajaran (M1S1:
TB: 2021: 168: 129; M3S1: TB: 2021: 175: 98; M4S1: TB: 2021: 152: 109) menunggu
tugasan daripada guru mengikut jadual yang ditetapkan(M2S1: TB: 2021: 189: 102;
M3S1: TB: 2021: 176: 98; M5S1: TB: 2021: 154: 108) dan menyimpan tugasan video
pembelajaran yang dihantar oleh guru di dalam kumpulan kelas masing-masing
(M3S1: TB: 2021: 176: 98; M4S1: TB: 2021: 153: 109; M5S1: TB: 2021: 155: 108)

217

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

DAPATAN DATA

Hasil daripada kajian ini mendapati terdapat perubahan positif dan murid-murid
menunjukkan kesungguhan apabila menggunakan perisian Canva dalam PdPR.
Antaranya kelima-lima responden dapat memahami tajuk tugasan ataupun nota yang
disampaikan oleh guru. Hal ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman murid akan
berubah seiring dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru yang berkesan
diberikan kepada murid. Hal ini selari dengan kajian (Norazlinda Saad et.al, 2020) yang
menyatakan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran guru sememangnya
memberi kesan dan impak kepada responden dalam memahami tajuk tugasan. Selain
itu, empat responden diberikan juga menyatakan mudah bagi mereka mencari jawapan
dalam menjalankan tugasan, mudah untuk menyalin dan memahami nota serta dapat
memahami bentuk tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah. Kajian Shulman (1986),
menyatakan bahawa murid dengan adanya kemudahan teknologi dapat memberi
peningkatan dalam mendapatkan pendidikan dengan lebih mudah. Bagi aspek minat
pula seramai lima responden menyatakan bahawa mereka berasa seronok dan berpuas
hati dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan perisian Canva. Selain
itu, empat responden juga dapat melakukan tugasan dengan cepat dan dapat
melakukan tugasan lebih awal berbanding mata pelajaran yang lain. Hal ini disokong
melalui kajian Muhammad Hafizan et.al, (2017) yang menyatakan bahawa dengan
adanya bahan rangsangan kepada murid akan menambahkan lagi daya tarikan dan
minat murid untuk mempelajari sesuatu dengan lebih cepat dan mudah. Tiga orang
responden juga sentiasa menunggu tugasan yang diberikan oleh guru dari masa ke
masa serta mereka menyimpan nota tugasan yang dihantar sebagai bahan rujukan pada
masa akan datang.

KESIMPULAN

Daripada dapatan kajian yang dijalankan, menunjukkan bahawa penggunaan
perisian Canva sememangnya memberikan impak yang positif kepada murid.
Implikasi yang diperolehi hasil penggunaan Canva ini menjadikan murid lebih faham
akan mata pelajaran Bahasa Arab yang sebelum ini amat sukar untuk mereka
pelajari secara dalam talian. Kajian Abdullah (2000) menyatakan bahawa mata
pelajaran Bahasa Arab adalah mata pelajaran yang mencabar dan memerlukan

218

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

pelbagai kaedah bagi memberikan murid kefahaman. Selain itu, dengan adanya
perisian Canva khususnya dalam waktu PdPR sememangnya memberikan minat
dan daya tarikan yang mendalam kepada murid. Murid akan menjadi lebih aktif untuk
menjalankan tugasan dan sentiasa menanti nota yang akan disampaikan oleh guru.
Kajian juga menyatakan bahawa kaedah teknologi sememangnya banyak memberi
kesan yang baik untuk dijadikan salah satu pedagogi yang berkesan kepada murid
terutamanya murid sekolah rendah. Hal ini kerana murid sekolah rendah lebih mudah
terhibur dan tertarik dengan persembahan dan penyampaian sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berwarn-warni dan seronok untuk diulang selalu (Abdullah et.al
, 2006). Namun begitu terdapat juga kekangan dalam penggunaan perisian Canva.
Antaranya ialah data yang diperlukan untuk capaian internet yang perlu ditambah
bagi membuka video PdP yang disediakan oleh guru. Selain itu, kemudahan capaian
internet bagi kawasan yang mengalamai masalah untuk mendapatkan capaian
internet juga akan menyebabkan murid tersebut tidak dapat membuat tugasan yang
diberikan. Tambahan pula, alat peranti seperti telefon tangan juga menjadi masalah
kerana ada di antara murid yang tidak mempunyai kemudahan telefon tangan kerana
terpaksa berkongsi bersama ibu bapa dan adik beradik yang lain.

RAJAH DAN MODEL

Rajah 1: Model Kefahaman Murid Tugasan PdPR Bahasa Arab (MKMTPdPRBA)
219

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Model Kefahaman Murid Dalam Menjalankan Tugasan Bahasa Arab Semasa PdPR
terbentuk daripada gabungan lima tema yang telah mencapai pola terhadap kefahaman
Murid 1 hingga 8 Sekolah 1 dalam aspek kefahaman iaitu mereka dapat memahami
tajuk (MKMTPdPRBA-MT), mudah mencari jawapan (MKMTPdPRBA-MJ), dapat
menyalin nota (MKMTPdPRBA-MYN), memahami nota (MKMTPdPRBA-MN), dan
dapat memahami bentuk tugasan yang diberikan (MKMTPdPRBA-MBT). Rajah 1 di atas
menunjukkan dengan ringkas tahap kefahaman murid menjalankan tugasan mata
pelajaran Bahasa Arab semasa PdPR selepas penggunaan Canva.

Rajah 2: Model Minat Murid Tugasan PdPR Bahasa Arab (MMMTPdPRBA)

Model Minat Murid Dalam Menjalankan Tugasan Bahasa Arab Semasa PdPR
terbentuk daripada gabungan enam tema yang telah mencapai pola terhadap
kefahaman Murid 1 hingga 8 Sekolah 1 dalam aspek minat iaitu mereka seronok dan
berpuas hati (MMTPdPRBA-SDPH), menunggu tugasan (MMTPdPRBA-SDPH), dapat
melakukan tugasan dengan cepat (MMTPdPRBA-MTDC), menghantar tugasan awal
(MMTPdPRBA-MTA), mengulangi video (MMTPdPRBA-MV) dan dapat menyimpan
video tugasan yang diberikan (MKMTPdPRBA-MNYV). Rajah 2 di atas menunjukkan
dengan ringkas tahap minat murid menjalankan tugasan mata pelajaran Bahasa Arab
semasa PdPR selepas penggunaan Canva.

220

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif
sepenuhnya. Penyelidikan kualitatif adalah satu konsep untuk menaungi beberapa
jenis penyelidikan bagi memahami dan menerangkan fenomena sosial dengan cara
pemecahan kepada topik tertentu. Kajian kualitatif ini sememangnya menitikberatkan
usaha untuk mencari dan memberi keterangan serta temu bual dan pemerhatian dan
bukan secara numerikal (Conway & Powell, 2010). Kebanyakan kajian dalam bidang
ini memberi keterangan, interpretasi, atau makna dalam sesuatu proses komunikasi
bagi memahami bagaimana manusia memahami keperluan asas mereka (Crawford &
Irving: 2009). Menurut Holloway (2001), kajian kualitatif merupakan satu bentuk
penyataan sosial yang memfokuskan cara interpretasi dan logikal manusia terhadap
pengalaman mereka serta persekitaran mereka tinggal. Hakikatnya terdapat
sesetengah persoalan kajian yang tidak mudah dijawab melalui penyelidikan
kuantitatif yang memerlukan penyelidikan kualitatif dalam menginterpretasi fenomena
manusia (Babbie, 2010). Selain itu, kajian penyelidikan berbentuk kualitatif perlu
bersifat fleksibel dan boleh diubah ikut keadaan dan lebih bertumpu kepada kajian
tindakan, kajian kes dan kajian etnografi (Creswell, 1997).

Untuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah merupakan satu kajian kes yang
melibatkan 3 murid beragama Islam dan 2 orang murid bukan beragama Islam di
sebuah sekolah di Labis, Johor. Pengkaji memilih tiga kaedah dalam kajian kualitatif,
iaitu berdasarkan kepada temu bual sebagai data utama, pemerhatian serta analisis
dokumen yang bertujuan menyokong data temu bual yang dijalankan (Newman,
2010). Pengkaji juga turut menjalankan nota lapangan, diari dan analisis dokumen
sebagai bahan untuk menguatkan lagi dapatan bagi setiap maklumat yang diperolehi
daripada responden kajian. Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif dalam
kajian ini untuk meneroka kefahaman dan minat murid menjalankan tugasan mata
pelajaran Bahasa Arab semasa PdPR selepas penggunaan Canva.

221

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

RUJUKAN:

Abdullah dan Ainon. (2006). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Pahang: PTS
Publications and Distributor Sdn. Bhd.

Abdul Rahim et al., (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur Utusan
Publications and Distribution Sdn Bhd.

Babbie. (2010). The Practice of Social Research. USA: Wadsworth Cengage
Learning. Briliannur Dwi C, Aisyah Amelia, Uswatun Hasanah, Abdy Mahesha Putra
& Hidayatur

Rahman.(2020). Analisis Keefektifan Pembelajaran Online di Masa Pandemik Covid-
19. MAHAGURU: Jurnal Pendidikan Guru Sekolah Dasar, 28-37.

Creswell, J.W. (1998). Qualitative Enguiry and Research Design: Choosing among
Five Traditions. New Jersey: Pearson Education Ins.

DuFour, R., Eaker, R. & Many, T. (2010). Learning by Doing: A Handbook for
Professional Learning Communities at Work. 2nd Edition. Bloomington, IN:

Solution Tree.

Frehner-Quan, S. (2013). The relationship of educators' self-perceptions of

ProfessionalLearning Communities and their readiness to make changes

in teaching. Doctoral Dissertation. Capella University.

Harris, D.N. & Sass, T.R. (2011). Teacher training, teacher quality and
student achievement.Journal of Public Economics, 95(7-8): 798-812.

Holloway, I. . (2001). “Basic Concepts for Qualitative Research, 1st Edition.”
Blackwell Science :: Oxford.

Irving, Crawford And. (2009). Analysis Methodology In Qualitative Data. London:
Cambridge University.

Ku Halim Ku Hasnan. (2013). Bahtera marhalah bangsa: Isu-isu negara bangsa.
Batu Pahat: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn.

Mohd Aliff, Mohd Nawi (2015). Kaedah Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Di Negara Brunei Darussalam. The Online Journal of Islamic Education
January, 3(1).

Mohd Zulhasnan Mat, Fadli Bacho & Sharifuddin Rapin. (2019). Kesediaan Pelajar

dalam M- Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Kolej Komuniti

Tawau, Sabah. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning,

3(1),103-111.

Muhamad Hafizan & Anuar Ahmad. (2017).Pengaruh pengetahuan isi kandungan
terhadap aplikasi pengajaran yang berkesan dalam kalangan guru-guru

222

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

sejarah. International Conference on Global Education. Universitas Ekasakti,
Padang, 10- 11 April, 2017.

Muhammad Rusdi Abdul Majid (2017). Pengetahuan Teknologi Pedagogi
Kandungan Guru Bahasa Arab di Malaysia. Kuala Lumpur: Newman, W.L. (2010).
Social research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. Boston: Allyn &
Bacon.

Norhasliza Hassan dan Zaleha Ismail. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan

Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Kebangsaan

Pendidikan Sains dan Matematik: 11-12 Oktober 2008. Johor Bharu

Nurmelda Patric & Roslinda Rosli. (2020). Pengetahuan pedagogi dan isi

kandungan guru opsyen Matematik dalam pengajaran Topik Pecahan. Jurnal

Dunia Pendidikan, 2 (1): 92-101.

Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in
teaching. Educational Researcher, 15 (2): 4-14.

Wahyudin Darmalaksana, R. Yuli Ahmad Hambali, Ali Masrur & Muhlas. (2020).
Analisis Pembelajaran Online Masa WFH Pandemic Covid-19 sebagai
Tantangan Pemimpin Digital Abad 21. Karya Tulis Ilmiah (KTI) Masa Work From
Home (WFH) Covid-19 UIN Sunan Gunung Djati Bandung Tahun 2020, 1-12.

223

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI
SELANGOR DALAM SUB-TOPIK ‘IMMUNE RESPONSE’ MENGGUNAKAN ‘IRES CARD

GAME’

Rudziah Umar
([email protected])

Siti Nadira Nordin
([email protected])

Aniza Abu Bakar
([email protected])

Kolej Matrikulasi Selangor, Banting, Malaysia

ABSTRAK
IRes Card Game adalah satu simulasi kepada gerak balas keimunan manusia kepada
bakteria atau virus melalui permainan kad. Permainan kad ini direka sebagai aktiviti
yang menyeronokkan dalam usaha untuk membantu pelajar lebih memahami konsep
gerak balas keimunan. Tinjauan awal yang dilaksanakan mendapati pelajar tidak
mempunyai pengetahuan sedia ada yang kukuh untuk memahami sub-topik ini.
Objektif kajian ini adalah untuk memberi pengukuhan kepada pelajar dalam mengenal
pasti komponen asas sel-sel keimunan dan fungsi sel-sel tersebut melalui permainan
kad. Ia juga memberi penekanan kepada persamaan dan perbezaan gerak balas
keimunan badan manusia kepada serangan virus dan bakteria melalui Cell-mediated
Immune Response dan Humoral Immune Response. Kumpulan sasaran untuk kajian
ini terdiri daripada 40 orang pelajar Kolej Matrikulasi Selangor yang mengambil kursus
Biologi DB024. Peningkatan pemahaman pelajar dapat dilihat berdasarkan skor ujian
pra dan ujian pasca. Daripada hasil analisis ujian pasca, didapati peratus pelajar
dalam taraf cemerlang meningkat sebanyak 42.5%, peratus pelajar di dalam taraf
kepujian juga meningkat sebanyak 7.5%, peratus pelajar di dalam taraf lulus
berkurang sebanyak 30. Tiada pelajar memperolehi gred gagal dalam ujian pasca.
Kesimpulannya, terdapat peningkatan peratusan yang signifikan iaitu hampir semua
pelajar dapat menguasai subtopik Immune Response semasa IRes Card Game
dijalankan di dalam kelas.

Kata kunci: IRes Card Game, gerak balas keimunan, virus, bakteria.

PENDAHULUAN
Immune Response merupakan sub-topik yang pertama dalam topik Immunity bagi
kursus DB024. Para pelajar matrikulasi sebenarnya, telah mempelajari asas topik
Immunity semasa peringkat sekolah menengah. Namun begitu, pengetahuan sedia
ada para pelajar masih belum mencukupi untuk memudahkan mereka memahami dan
mengusai subtopik Immune Response ini. Pada peringkat matrikulasi, para pelajar

224

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

perlu mengenal pasti setiap komponen sel keimunan yang terlibat dan membuat
perbezaan antara humoral immune response dan cell-mediated immune response.
Komponen sel keimunan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Adalah sesuatu yang
sukar untuk pelajar menggambarkan sel-sel tersebut, apatah lagi untuk mengingat
dan memahami, ditambah pula dengan tiada BBM khusus yang digunakan untuk
membantu pelajar mengenal pasti dengan lebih jelas setiap komponen serta fungsi
sel keimunan yang terlibat sub-topik Immune Response ini.

Justeru, IRes Card Game dibina untuk membantu pelajar mengenal pasti komponen
sel keimunan yang terlibat untuk meningkatkan kefahaman seterusnya meningkatkan
pencapaian pelajar dalam menjawab soalan berkaitan sub-topik Immune Response.
Immune Response Card Game (IRes Card Game) yang dibangunkan oleh pengkaji
merupakan suatu permainan kad untuk mensimulasikan kepada gerak balas
keimunan manusia terhadap bakteria atau virus. Permainan kad ini secara tidak
langsung akan mengajar para pelajar tentang komponen asas sel-sel keimunan dan
fungsi sel-sel tersebut. Permainan ini juga menekankan kepada persamaan dan
perbezaan respon keimunan badan manusia kepada serangan virus dan bakteria
melalui Humoral Immune Response serta Cell Mediated Immune Response. Selain
daripada berdasarkan dapatan kajian Eng (2008), penggunaan kad permainan adalah
efektif untuk membantu pelajar dalam menguasai sesuatu kemahiran. Arnel (2014)
menjalankan kajian berkaitan kad permainan pendidikan berkaitan terminologi dalam
Biologi yang melibatkan 2 buah kelas Biologi di Bulacan State University–Sarmiento
Campus, menunjukkan pencapaian pelajar bagi ujian pasca lebih tinggi berbanding
ujian pra berbanding kaedah tradisional.

PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan perbincangan dengan rakan-rakan sejawat, sub-topik ini menjadi satu
halangan kepada pemahaman pelajar disebabkan oleh beberapa faktor yang
signifikan iaitu:

a) Sebahagian pelajar tidak dapat menyenaraikan jenis dan fungsi sel keimunan
yang terlibat seperti Helper T cell, Cytotoxic T cell, Memory T, B cell, Plasma
cell dan Memory B cell.

225

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

b) Pelajar keliru di antara Humoral Immune Response dan Cell Mediated Immune
Response.

Bukti permasalahan sentiasa berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilihat daripada Bengkel Kerja Pemantapan Penyampaian Isi Kandungan dan
Pembelajaran bagi mata pelajaran Biologi, Matematik dan Sains Komputer ms 114
iaitu “pelajar sukar menghubungkait ‘Humoral Immune Response’ dengan ‘Cell-
Mediated Immune Response’ serta peranan ‘Helper T cell’ dalam mengaktifkan
kedua-dua gerak balas tersebut”.

TINJAUAN AWAL
Tinjauan awal masalah dilaksanakan dengan memberikan ujian diagnostik kepada
pelajar untuk mengesan sejauh mana kefahaman pelajar tentang sub-topik Immune
Response berdasarkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) biasa. Selain itu, ia akan
mendorong untuk mengesan punca masalah yang dihadapi oleh pelajar dan
merangka intervensi dan strategi pengajaran yang sesuai berdasarkan tahap
pencapaian pelajar.

Soalan ujian diagnostik (Lampiran 1) ini terdiri daripada 20 soalan objektif yang
dijawab oleh pelajar menggunakan aplikasi Google Form melalui pautan
https://goo.gl/forms/edZosMiJ0f6qJ9Z93. Soalan yang diberikan ini dibina oleh
penyelidik mengikut aras taksonomi Bloom (aras pengetahuan, kefahaman dan
aplikasi) bagi menghasilkan soalan yang berkualiti dan mengikut silibus yang
disediakan oleh pihak BMKPM. Pelajar yang tidak berjaya mendapat gred A dalam
ujian diagnostik menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai sub-topik ini
sepenuhnya.

Jadual 1 menunjukkan keputusan ujian diagnostik bagi 40 orang pelajar daripada
kelas-kelas tutoran yang dikendalikan oleh penyelidik.

226

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jadual 1: Analisis Keputusan Ujian Diagnostik

Taraf Gred Bilangan Peratus (%)
Pelajar
Cemerlang A 7.5
Kepujian A- 3 -
Lulus B+ -
B 3 7.5
Gagal B- 5 12.5
Jumlah C+ -
C 1 -
D+ 2 2.5
D 3 5.0
E 8 7.5
F 8 20.0
6 20.0
40 15.0
100

Peratusan pelajar yang tidak mendapat gred A dalam ujian diagnostik ini (92.5%) jelas
menunjukkan bahawa begitu ramai pelajar masih tidak dapat menguasai sub-topik
Immune Response ini sepenuhnya dengan kaedah pengajaran biasa. Justeru,
penyelidik akan mengintegrasikan ‘Immune Response Card Game (IRES Card
Game)’ dalam pengajaran dan pembelajaran sub-topik Immune Response ini demi
membantu 92.5% pelajar ini meningkatkan kefahaman mereka dalam subtopic
Immune Response.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am
Objektif am kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar matrikulasi
kursus DB024 Kolej Matrikulasi Selangor terhadap sub-topik Immune Response
melalui penggunaan ‘Immune Response Card Game (IRes Card Game)’ seterusnya
membantu melonjakkan pencapaian pelajar.

Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah untuk:

1. Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sub-topik Immune Response
melalui permainan Ires Card Game.

227

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

2. Pelajar dapat mengenal pasti sel-sel keimunan yang terlibat dalam Immune
Response dan fungsi-fungsi setiap sel tersebut.

3. Pelajar berupaya untuk membezakan di antara dua jenis Immune Response
iaitu Cell mediated Immune Response dan Humoral Immune Response

PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian adalah seperti berikut :

1. Adakah permainan Ires Card Game boleh meningkatkan pemahaman pelajar
terhadap sub-topik Immune Response?

2. Adakah pelajar dapat menyenaraikan sel-sel keimunan yang terlibat dalam
Immune Response dan fungsi-fungsi setiap sel tersebut?

3. Adakah pelajar berupaya untuk membezakan di antara dua jenis Immune
Response iaitu Cell mediated Immune Response dan Humoral Immune
Response?

METODOLOGI
Kumpulan sasaran kajian ini adalah pelajar Program Dua Tahun (SES) KMS sesi
akademik 2020/2021 yang mengambil subjek biologi DB045. 40 orang pelajar terlibat
dalam kajian ini terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar
perempuan.

228

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

PELAKSANAAN TINDAKAN

Pembinaan Immune Response Card Game (IRes Card Game)
Immune Response Card Game (IRes Card Game) yang dibangunkan oleh pengkaji
merupakan suatu permainan kad untuk mensimulasikan kepada gerak balas
keimunan manusia terhadap bakteria atau virus. Permainan kad ini akan mengajar
para pelajar tentang komponen asas sel-sel keimunan dan fungsi sel-sel tersebut.
Permainan ini juga menekankan kepada persamaan dan perbezaan respons
keimunan badan manusia kepada serangan virus dan bakteria melalui Humoral
Immune Response serta Cell Mediated Immune Response. Oleh itu, melalui
permainan kad ini sangat membantu untuk mengoptimumkan penglibatan pelajar di
dalam perbincangan berkenaan sub-topik Immune Response di dalam kelas,
seterusnya meningkatkan kefahaman pelajar dalam sub-topik ini. Satu set IRes Card
Game terdiri daripada dua simulasi iaitu, Humoral Immune Response dan simulasi
Cell Mediated Immune Response. Kit Immune Response Card Game terdiri daripada
bahan-bahan berikut:

229

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

i. Kad-kad permainan yang terdiri daripada pathogen, macrophage, Helper T cell,
cytotoxic T cell, B cell dan antibody- mewakili immune cells dan patogen yang
menyebabkan penyakit.

ii. Body bag – mewakili badan individu
- untuk Humoral Immune Response, body bag mengandungi 3 bakteria
pathogen, 1 macrophage, 1 Helper T cell dan 1 B cell
- untuk Cell-Mediated Immune Response, body bag mengandungi 3 virus
infected cell, 1 macrophage, 1 helper T cell dan 1 cytotoxic T cell.

iii. Duit syiling
iv. Klip Kertas

Rajah 1: Set Ires Card Game
PEMBINAAN SOALAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA
Pembinaan kedua-dua ujian pra dan ujian pasca adalah dengan menggunakan set
soalan yang sama. Soalan ujian pra dan ujian pasca diambil dan distruktur semula
oleh pengkaji daripada soalan-soalan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi
(PSPM) mengikut kesesuaian dalam objektif kajian. Terdapat 2 soalan struktur
berjumlah 20 markah telah dibina untuk ujian pra dan ujian pasca, merangkumi

230

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

subtopik Immune Response untuk melihat bagaimana Ires Card game boleh
membantu pelajar ;
1. Mengenal pasti komponen-komponen yang terlibat dalam humoral immune

response dan cell mediated immune response.
2. Membezakan humoral immune response dan cell mediated immune response.

UJIAN PRA DAN KUTIPAN DATA
Semua pelajar sasaran dikehendaki menjawab ujian pra sebelum pelajar bermain
IRes Card Game. Tempoh ujian pra mengambil masa selama 30 minit. Bentuk
ujian pra adalah secara bertulis yang terdiri daripada dua soalan struktur berkenaan
subtopik Immune Response. Jawapan ujian pra disemak dan markah direkodkan.
Keputusan ujian pra dianalisis secara deskriptif iaitu frekuensi dan peratusan.
Moderasi pemeriksa turut dilaksanakan untuk memastikan pemarkahan adalah
konsisten, adil dan tiada perbezaan markah yang ketara di antara pemeriksa.

Langkah pengajaran menggunakan Immune Response Card Game
1. Ujian pra dijalankan dalam tempoh masa 30 minit
Ujian pra merupakan 2 soalan struktur berkaitan sub-topik Immune Response.
(Lampiran 2)
2. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan
3. Satu set kit Immune Response Card Game akan diberikan kepada setiap
kumpulan (Lampiran 3)
4. Pelajar dalam setiap kumpulan akan bermain set permainan kad yang
pertama (Humoral Immune Response). Para pelajar akan mengikut arahan
yang disediakan dalam kit permainan iaitu melibatkan penggunaan
komponen-komponen asas sel keimunan dan turutan peristiwa yang berlaku
dalam Humoral Immune Response
5. Selepas set permainan kad yang pertama tamat, pelajar dalam setiap
kumpulan akan bermain pula set permainan kad yang kedua (Cell Mediated
Immune Response). Para pelajar akan mengikut arahan yang disediakan
dalam kit permainan iaitu melibatkan komponen-komponen asas sel

231

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

keimunan serta turutan peristiwa yang berlaku dalam Cell Mediated Immune
Response
6. Selepas semua aktiviti stesen selesai, pembentangan pelajar dan
perbincangan kelas (class discussion) diadakan.
7. Pensyarah berperanan sebagai fasilitator dalam perbincangan pelajar.
8. Ujian pasca diadakan selepas 2 minggu aktiviti Immune Response Card
Game dijalankan untuk melihat keberkesanan intervensi yang dibina. Ujian
pos dijalankan dalam tempoh masa 30 minit.
Ujian pos merupakan 2 soalan struktur (set soalan yang sama daripada Ujian
Pra) berkaitan sub-topik Immune Response. (Lampiran 2).

UJIAN PASCA DAN KUTIPAN DATA
Semua pelajar dikehendaki menjawab ujian pasca selepas 2 minggu aktiviti IRes
Card Game dijalankan untuk mengetahui sama ada terdapat peningkatan terhadap
kefahaman pelajar tentang subtopik Immune Response. Format ujian pasca adalah
sama seperti format ujian pra iaitu terdiri daripada dua soalan struktur berkenaan
sub-topik Immune Response. Para pelajar perlu menjawab dalam masa 30 minit.
Kemudian, jawapan pelajar disemak dan markah direkodkan. Keputusan ujian
pasca dianalisis secara deskriptif iaitu frekuensi dan peratusan.
Sekali lagi moderasi pemeriksa turut dijalankan untuk memastikan pemarkahan
adalah konsisten, adil dan tiada perbezaan markah yang ketara di antara
pemeriksa.

ANALISIS DATA
Data dikumpulkan melalui 2 set soalan iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra
diberikan kepada pelajar untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar tentang
subtopik Immune Response. Ujian pasca pula dijalankan untuk melihat pencapaian
pelajar setelah pelajar menjalankan aktiviti dalam kit IRes Card Game. Data kedua-
dua ujian dianalisis untuk mengenal pasti sama ada permainan kad ini dapat
meningkatkan kefahaman pelajar di dalam sub-topik Immune Response. Selain
analisis ujian pra dan pasca, analisis bagi setiap soalan juga dilakukan untuk
melihat objektif khusus kajian ini dapat dicapai.

232

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

PERBANDINGAN PENCAPAIAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA
Jadual 2: Perbandingan peratusan di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

A 25 7 17.5 +12.5
A- 3 7.5
Cemerlang B+ 4 10 11 27.5 +20

22.5 8 20.0 +10

Jumlah Peratus 3 7.5 65.0 +42.5
4 10
Kepujian B 6 15.0 +7.5
B- 17.5
4 10.0 0
7 17.5
Jumlah Peratus 9 22.5 25.0 +7.5

Lulus C+ 40.0 3 7.5 -10
C 1 2.5 -20
3 7.5
Jumlah Peratus 25 10.0 -30
25
D+ 1 2.5 0 0 -7.5
D
Gagal E 20.0 00 -5
F
00 -5

0 0 -2.5

Jumlah Peratus 0 -20

Jadual 2 menunjukkan perbandingan markah pelajar yang dibahagikan kepada empat
taraf iaitu cemerlang, kepujian, lulus dan gagal. Peratus markah pelajar untuk taraf
cemerlang tidaklah memberangsangkan dalam Ujian Pra iaitu hanya 22.5% sahaja.
Daripada hasil analisis Ujian Pos, didapati peratus pelajar dalam taraf cemerlang
meningkat sebanyak 42.5%, peratus pelajar di dalam taraf kepujian juga meningkat
sebanyak 7.5%, peratus pelajar di dalam taraf lulus berkurang sebanyak 30%.
Daripada analisis ujian pasca, didapati peratus pelajar di dalam taraf gagal berkurang
sebanyak 20%, iaitu tiada pelajar memperolehi gred gagal dalam ujian pos.

233

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Graf 1: Peratus Keputusan Pelajar Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

% Markah Pelajar 70 65 25 40 20
60 17.5 10
50 0
40 Kepujian Lulus Gagal
30 22.5
20
10

0
Cemerlang

Taraf

Ujian Pra Peratus (%) Ujian Pos Peratus (%)

Graf 1 menunjukkan terdapat peningkatan peratus pelajar di dalam taraf cemerlang
dan kepujian, manakala terdapat pengurangan peratus pelajar di dalam taraf lulus dan
gagal di dalam ujian pos. Peratus pelajar cemerlang di dalam ujian pos meningkat
sebanyak 42.5%. Hal ini menunjukkan terdapat peningkatan yang sangat positif
terhadap kefahaman pelajar dalam subtopik Immune Response melalui aktiviti dalam
kit IRes Card Game, seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam menjawab
soalan berkaitan subtopik Immune Response.

PERBANDINGAN PENCAPAIAN PELAJAR BERDASARKAN SOALAN DALAM
UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

Jadual 3: Perbandingan peratusan pelajar yang dapat menyenaraikan sel-sel yang
terlibat dalam Immune Response dan fungsi sel-sel yang terlibat

1 (b) 33 82.5 36 90.0 +7.5
1 (d)
2 (a) 8 20.0 28 70.0 +50.0

27 67.5 33 82.5 +15

234

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jadual 3 menunjukkan perbandingan peratusan pelajar yang dapat menyenaraikan
sel-sel yang terlibat dalam Immune Response dan fungsi sel-sel yang terlibat semasa
ujian pra dan ujian pasca. Perbandingan ini dilihat daripada jawapan pelajar pada
soalan 1(b), 1 (d) dan soalan 2 (a) yang meminta pelajar untuk menyenaraikan sel-sel
yang terlibat dan fungsinya pada gambar rajah soalan. Peratus pelajar yang yang
berjaya menjawab soalan 1 (b) semasa ujian pasca adalah lebih tinggi (90.0%)
berbanding dengan ujian pra (82.5%). Begitu juga untuk soalan 1 (d), didapati
terdapat peningkatan peratus pelajar yang mendapat markah penuh semasa ujian
pasca (70.0%) berbanding dengan ujian pra (20.0%) dan untuk soalan 2 (b) pula,
didapati terdapat peningkatan peratus pelajar semasa ujian pasca (82.5%)
berbanding dengan ujian pra (67.5%)

Graf 2: Peratusan Pelajar yang Dapat Menyenaraikan Sel-Sel yang
Terlibat Dalam Immune Response dan Fungsinya

% Pelajar 100 90 70 82.5
90 82.5 20 67.5
80
70 1 (d) 2 (a) Nombor Soalan
60
50
40
30
20
10
0

1 (b)

Ujian Pra Ujian Pos

Graf 2 menunjukkan terdapat peningkatan peratus pelajar di dalam ujian pra dan ujian
pasca iaitu pelajar yang dapat menyenaraikan sel-sel yang terlibat dalam Immune
Response dan fungsi sel-sel yang terlibat. Daripada graf 2, didapati terdapat
peningkatan peratusan sebanyak 7.5% untuk soalan 1 (b), 50.0% untuk soalan 1 (d)
dan peningkatan sebanyak 15% untuk untuk soalan 2 (a). Hal ini menujukkan bahawa
sebahagian besar objektif kajian hampir tercapai kerana lebih 80% pelajar dapat
menyenaraikan sel-sel yang terlibat dalam Immune Response dan fungsi-fungsi
setiap sel tersebut.

235

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jadual 4: Perbandingan peratusan pelajar yang berupaya untuk membezakan
di antara dua jenis Immune Response

1 (a) 25 62.5 37 92.5 +30.0
2 (d)
21 52.5 34 85.0 +32.5

Jadual 4 menunjukkan perbandingan peratusan pelajar yang berupaya membezakan
di antara dua jenis Immune Response iaitu Cell Mediated Immune Response dan
Humoral Immune Response. Perbandingan ini dilihat daripada jawapan pelajar pada
soalan 1(a) dan soalan 2 (d) yang meminta pelajar untuk menyatakan jenis Immune
Response yang pada gambar rajah dalam soalan yang diberikan. Peratus pelajar
yang yang berjaya menjawab soalan 1 (a) dengan betul semasa ujian pasca adalah
lebih tinggi (92.5%) berbanding dengan ujian pra (62.5%). Begitu juga untuk 2 (d),
didapati terdapat peningkatan peratus pelajar yang memberikan jawapan yang tepat
semasa ujian pasca (85.0%) berbanding dengan ujian pra (52.5%)

Graf 3: Peratusan Pelajar Berupaya untuk Membezakan di antara

Dua Jenis Immune Response

100 92.5 85

% Pelajar 80 52.5
62.5

60

40

20

0 2 (d) Nombor Soalan
1 (a)

Ujian Pra Ujian Pos

Graf 3 menunjukkan terdapat peningkatan peratus pelajar di dalam ujian pra dan ujian
pasca iaitu pelajar yang berupaya untuk membezakan di antara dua jenis Immune
Response iaitu Cell Mediated Immune Response dan Humoral Immune Response.
Daripada graf 3, didapati terdapat peningkatan peratusan sebanyak 30.0% untuk
soalan 1(a) dan peningkatan sebanyak 32.5% untuk untuk soalan 2(d). Hal ini

236

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

menujukkan bahawa objektif kajian tercapai kerana lebih 80% pelajar berupaya untuk
membezakan di antara dua jenis Immune Response iaitu Cell Mediated Immune
Response dan Humoral Immune Response.

PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya, berdasarkan penelitian yang kami lihat terhadap jawapan
pelajar dalam ujian pra, kami dapat mengenal pasti aspek kelemahan pelajar dalam
memahami sub-topik immune response adalah disebabkan pelajar tidak dapat
mengenal pasti komponen sel-sel keimunan yang terlibat seperti macrophage, Helper
T cell, cytotoxic T cell, B cell dan antibody. Sebahagian besar pelajar hilang markah
kerana tidak memberi fungsi yang betul kepada peranan-peranan komponen sel-sel
ini di dalam Immune Response semasa ujian pra dijalankan. Selain itu, para pelajar
mengalami masalah untuk membezakan ‘Humoral Immune Response’ dengan ‘Cell-
Mediated Immune Response’. Keadaan ini juga menyebabkan pelajar telah silap
memberi jawapan dalam ujian pra dan menyumbang kepada skor markah yang
rendah.

Melalui dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti di dalam IRes Card Game telah
menunjukkan keberkesanan dalam membantu menyelesaikan masalah pelajar untuk
meningkatkan keupayaan pelajar bagi menerangkan fungsi sel-sel keimunan dalam
sub-topik Immune Response dengan menggunakan komponen-komponen sel dalam
bentuk kad seperti macrophage, Helper T cell, cytotoxic T cell dengan tepat. Selain
itu, membantu para pelajar untuk memberi perbezaan ‘Humoral Immune Response’
dengan ‘Cell-Mediated Immune Response’. Keadaan ini menunjukkan IRes Card
Game berjaya meningkatkan markah atau skor pelajar dan secara tidak langsung
kaedah ini juga banyak membantu pelajar kategori lemah dan sederhana untuk
menguasai dengan sebaiknya sub-topik Immune Response. Oleh itu, ini
membuktikan IRes Card Game amat berkesan dan perlu diteruskan untuk membantu
pelajar yang lemah bagi mengusai sub-topik Immune Response dan secara tidak
langsung membantu dalam melonjakkan pencapaian pelajar. Peratus peningkatan
taraf markah pelajar di dalam ujian pasca menunjukkan terdapat peningkatan yang
sangat positif terhadap kefahaman pelajar dalam sub-topik Immune Response melalui
IRes Card Game. Peratus pelajar di dalam taraf cemerlang meningkat sebanyak

237

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

42.5% dan peratus pelajar di dalam taraf gagal berkurang sebanyak 20%. Dalam
konteks kajian ini, penggunaan IRes Card Game mampu memberi gambaran visual
dengan lebih jelas kepada pelajar tentang turutan peristiwa yang berlaku di dalam
Immune Response seterusnya membantu kepada kefahaman konsep yang lebih
kukuh. Ini termasuklah memahami istilah-istilah penting yang digunakan untuk
menerangkan peristiwa yang berlaku di dalam Immune Response serta perbezaan di
antara kedua-dua Immune Response yang berlaku dalam badan iaitu Humoral
Immune Response dan Cell Mediated Immune Response. Selain daripada itu, pelajar
juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam memberi penerangan berkenaan
Immune Response. Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran (PdP),
pembelajaran adalah lebih interaktif kerana melalui kaedah ini, pelajar dapat
berinteraksi di dalam kumpulan untuk mensimulasikan dan menerangkan peristiwa
yang berlaku di dalam Immune Response. Selain itu, penggunaan arahan bergambar
di dalam kit IRes Card Game membantu pelajar memberi penerangan peristiwa yang
berlaku dengan lebih tersusun dan terarah. Akhir sekali penggunaan Body bag yang
mewakili badan individu di dalam kit IRes Card Game yang boleh dimanipulasikan
semasa Humoral Immune Response dan Cell Mediated Immune Response
membantu pelajar untuk membezakan kedua-dua Immune Response yang berlaku
dalam badan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Ires Card Game mampu meningkatkan pencapaian pelajar biologi
Kolej Matrikulasi Selangor dalam sub-topik Immune Response. Penggunaan kad-kad
tersebut mewakili komponen sel-sel yang terdapat dalam sistem keimunan badan
dapat memberi gambaran visual yang menyebabkan pelajar-pelajar lemah berupaya
mengingat dan memahami konsep biologi yang abstrak dan sukar difahami,
seterusnya dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka di dalam soalan-soalan
berkaitan tajuk yang dipelajari. Aktiviti PdP yang melibatkan permainan diketahui akan
memberikan keseronokan dan suasana santai untuk pelajar berbanding dengan cara
belajar tradisional. Situasi ini dapat meningkatkan kemahiran dan motivasi pelajar dan
menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Situasi tersebut jelas
diperhatikan daripada ekspresi muka dan gaya badan semasa para pelajar bermain
IRes Card Game. Cadangan untuk kajian seterusnya adalah untuk mencari korelasi

238

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

penggunaan setiap kad permainan yang pelbagai warna dan pelbagai imej tercetak
dapat membantu meningkatkan rasa seronok pelajar dalam mempelajari sub-topik ini
seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan
menyeronokkan.

RUJUKAN:
Arnel, F.G. (2014). Development and Effectiveness of an Educational Card Game as
Supplementary Material in Understanding Selected Topics in Biology. CBE Life Sci
Educ, 13(1), 76-82.
Arter, J. A. (2003). Assessment for Learning: Classroom Assessment to Improve
Student Achievement and Well-Being. ERIC: US Department of Education.
Ellington H, Addinall E, Percival F. Games and Simulations in Science Education. New
York: Nichols; 1981.
Eng, G.G. (2008). Organic Fun. Seminar Inovasi Pedagogi IPBL, 90-106
Kirsten A. WorK, MelissA A. Gibbs, erich J. Fried MA (2015)
The Immune Sytem Game https://www.researchgate.net/publication/280988630
Lakna, P. (2017). Difference Between Humoral and Cell Mediated Immunity.
https://www.researchgate.net/publication/320180727
Solomon, E.P., Berg, EL.R. & Martin, D.W. (2011). The Immune System: Internal
Defense. Biology. Ed 9: pg 964
Subramaniam R, Khang GN, Sai CL. Word Juxtapoz - An Innovative Tool for
Promoting Interest in Biological Education. J Biol Educ. 1999; 33:103–104
Su. T.F., Cheng, M.T., & Lin, S.H. (2014). Investigating the Effectiveness of an
Educational Card Game for Learning How Human Immunology Is Regulated. CBE Life
Sci Educ, 13(3), 504–515.
Yien, J.M., Hung, C.M., Hwang, G.J., & Lin, Y.C. (2011). A game-based learning
approach to improving students’ learning achievements in a nutrition course. The
Turkish Online Journal of Educational Technology,10(2),1- 8.

239

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

ISU SOSIOSAINTIFIK: KAEDAH PBL BANTU TAMBAH BAIK PDPR DALAM ERA
PANDEMIK

Rosida binti Yusoff
([email protected])

Fauziah Hj Yahya, PhD.
([email protected])

SMK Pak Badol,16400, Melor, Kota Bharu, Kelantan
IPG, Kampus Perempuan Melayu

ABSTRAK
PdPR adalah kaedah pelaksanaan PdP yang wajib dilaksanakan oleh guru pada
musim pandemik Covid-19. Kaedah yang mula dipraktikkan pada musim PKP 1.0
diteruskan ke musim PKP 3.0 bagi memastikan pelajar-pelajar tidak ketinggalan
dalam meneruskan pengajian mereka. Kajian tindakan ini bertujuan untuk menambah
baik amalan pengajaran saya dalam mengekalkan tumpuan pelajar terhadap tajuk
yang dibincangkan. Aplikasi yang biasa saya gunakan dalam PdPR ialah Google
Meet, WhatsApp dan Telegram. Selepas beberapa minggu PdPR dilaksanakan untuk
pelajar tingkatan 4 Al Khawarizmi, didapati lebih kurang 10 orang pelajar mula tidak
memberikan tumpuan dengan menunjukkan reaksi tidak hadir ke kelas dalam talian,
tidak menyiapkan tugasan yang dibekalkan, dan selalu menyatakan tidak faham
tentang tajuk yang dibincangkan. Berdasarkan situasi ini saya merumuskan bahawa
pelajar saya tidak menumpukan perhatian dalam PdPR walaupun arahan telah
diberikan. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menambah baik amalan
pengajaran dan pembelajaran dengan melaksanakan kaedah PBL iaitu Project Based
Learning bagi mengekalkan tumpuan pelajar terhadap PdPR yang dilaksanakan.
Dapatan kajian tindakan menunjukkan pelajar-pelajar mula hadir dalam kelas online,
berusaha dengan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan projek yang diberikan
dan dapat mengekalkan tumpuan terhadap topik yang sedang dipelajari.

Kata Kunci: PdPR, kekalkan tumpuan pelajar, tugasan PBL

PENDAHULUAN
Pandemik Covid 19 yang melanda dunia pada akhir tahun 2019 adalah satu fenomena
di luar jangkauan fikiran manusia. Seluruh dunia hampir lumpuh. Semua pergerakan
di luar rumah tidak dibenarkan. Masyarakat dunia dikurung di dalam rumah masing-
masing. Situasi ini menjejaskan banyak aktiviti seharian seperti ekonomi,
pengangkutan, perindustrian dan persekolahan. Fenomena yang pada peringkat
awalnya dijangka akan dapat dikawal dengan segera terus berlanjutan sehingga
beberapa bulan. Para pendidik mula bertindak selari dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran

240


Click to View FlipBook Version