The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Semua pembentang dalam Seminar Penyelidikan SKInterclass 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sholehah091268, 2022-07-01 01:40:23

ePROSIDING SKInterclass2022 Jilid 01

Semua pembentang dalam Seminar Penyelidikan SKInterclass 2021

Keywords: Research

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jadual 5: Analisis Temu bual Meneroka Kaedah Yang Boleh Pensyarah
Lakukan Untuk Meningkatkan Kualiti Pengajaran Pembelajaran Atas Talian

Pensyarah ada membantu,iaitu mereka faham kalau

kita masuk kelas lambat, jadi ada kalanya mereka akan

rekod pengajaran pada hari itu dan berikan kepada kita

sebagai rujukan kita. Pada awal semester pun pihak

TB 1 kolej ada bertanyakan tentang capaian internet, iaitu

kalau capaian internet kita sangat perlahan kita boleh

duduk di
asrama kolej agar mudah untuk menjalankan Sokongan

pembelajaran. Teknikal

TB 2 Pihak kolej memberikan kelonggaran kepada pelajar Selaraskan
TB 2 untuk tinggal di asrama jika mempunyai masalah Medium
internet
TB 2 “Terlalu banyak aplikasi yang digunakan. Pensyarah Pengajaran
TB 1 perlu menetapkan satu medium yang selaras untuk
semua subjek kerana sekarang ini terlalu banyak Persediaan
medium yang berbeza- beza digunakan seperti ada Awal
pensyarah gunakan Google Meet, ada yang gunakan
skype, Zoom dan lain-lain. Ini Pengajaran
menyebabkan pelajar perlu muat turun pelbagai Dua Hala
aplikasi untuk masuk ke kelas secara dalam talian

Pensyarah perlu menyediakan susunan pembelajaran
(guideline) awal tentang perkara yang perlu pelajar
ketahui untuk setiap subjek, Sebagai contoh, untuk
subjek ini, pelajar
akan belajar 10 topik, akan ada 3 tugasan yang
berbeza dan sebagainya.
Selain itu, pensyarah perlu membuat sesi soal jawab
sebelum
tamatkan kelas untuk recall semula apa yang dipelajari
pada hari tersebut. Boleh melihat tahap kefahaman
pelajar.

Berdasarkan Jadual 5 menunjukkan terdapat empat kaedah yang boleh pensyarah
lakukan untuk meningkatkan kualiti pengajaran pembelajaran dalam talian yang
dikemukakan oleh peserta kajian. Faktor pertama adalah sokongan teknikal iaitu pihak
kolej mengambil berat terhadap kebajikan dan kekangan pelajar semasa PdPr.
Pandangan ini diutarakan oleh peserta kajian TB 1 dan TB 2. Selain itu, TB 2 juga turut
menyarankan agar pihak pensyarah dapat menggunakan satu sahaja medium
pengajaran agar memudahkan pelajar mengaksesnnya serta pensyarah juga
disarankan agar membuat persediaan awal sebelum bermulanya semester baharu.
Akhir sekali, TB 1 memberi cadangan agar PdPr ini berlaku pembelajaran dua hala

91

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

antara pelajar dengan pensyarah seperti pensyarah perlu membuat sesi soal jawab
sebelum tamatkan kelas. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh peserta kajian,
kualiti pembelajaran secara dalam talian memerlukan usaha daripada kedua-dua pihak
iaitu pelajar dan pesyarah atau pihak kolej.

Analisis Objektif 3: Meneroka Persepsi Pelajar Terhadap Persekitaran
Pembelajaran secara Dalam Talian
Akhir sekali kajian yang dijalankan ini juga adalah untuk mengetahui tentang
persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran secara dalam talian.
Persekitaran pembelajaran adalah keadaan pelajar di rumah, kemudahan yang
pelajar miliki, komunikasi antara pelajar dengan pensyarah atau pelajar dengan
pelajar dan bahan pengajaran yang disediakan oleh pensyarah. Terdapat peserta
kajian yang tidak mempunyai masalah dengan persekitaran pembelajaran mereka,
namun ada juga yang mempunyai masalah dan kekangan persekitaran untuk
meneruskan pembelajaran secara dalam talian sehingga menyebabkan tekanan.

Jadual 6: Analisis Temu bual Meneroka Persepsi Pelajar Terhadap
Persekitaran Pembelajaran secara Dalam Talian

AD 6 “....kawasan perumahan saya sering menghadapi Kemudahan
AD 2 gangguan internet yang teruk” Internet
AD 8 “saya mengalami sedikit kesukaran kerana capaian
Keluarga
AD 5 internet
AD 7 di kediaman saya sedikit perlahan”
“Saya telah mencari jalan penyelesaian untuk meminta

kakak saya memasang wifi di rumah supaya masalah
line slow tidak menganggu saya untuk menimba ilmu”
“bunyi bising di persekitaran rumah dan mengganggu

sesi pembelajaran dan hilang fokus semasa pensyarah
memberi penerangan topik.”
“ adik yang mahu masuk sekali ke dalam kelas.”

“..setakat belajar online ni tiada gangguan dari adik
beradik atau family...”

92

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

“Sokongan keluarga pula tiada masalah, banyak Komunikasi

memberi sokongan seperti keluarga berikan

kemudahan untuk melanggan internet, tidak
TB 1 mengganggu semasa kelas dan bagi peluang untuk

belajar.”
“..... persekitaran di rumah ada gangguan daripada adik-
TB 2 adik”
“....sukar untuk saya bertanya apabila saya tidak faham

terutamanya apabila pensyarah sudah mula agihkan
AD 1 tugasan

kerja kepada pelajar.”
“.....untuk perbincangan berkumpulan agak susah

apabila tidak memberi kerjasama yang baik. Kita tidak

tahu bila mereka aktif di whatsapp untuk sama-sama

membincangkan hal tugasan. Ia juga sukar apabila

AD 3 rakan sekumpulan mempunyai masalah rangkaian
internet di kawasan
mereka.”
“..masalah yang mengganggu saya semasa

pembelajaran

AD 11 dalam talian pula kita susah untuk membincangkan
kerja dengan rakan-rakan”.

Jadual 6 menunjukkan tiga persepsi utama pelajar terhadap persekitan pembelajaran
secara dalam talian. Pertama, adalah kemudahan internet yang dua orang peserta
kajian iaitu AD 6 dan AD 2 menyatakan bahawa mengalami kesukaran dengan
kemudahan internet manakala AD 8 menyatakan beliau tidak mempunyai masalah
dengan kemudahan internet. AD 8 mempunyai jalan penyelesaian bagi isu tersebut
dengan cara meminta kakaknya memasang kemudahan wifi di rumahnya. Dari segi
komunikasi pula, AD 5 dan TB 2 menyatakan bahawa mereka mempunyai gangguan
persekitaran dengan pembelajaran secara dalam talian di rumah. Ini berbeza dengan
persepsi AD 7 dan TB 1 yang menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai
sebarang masalah atau gangguan dengan persekitaran sepanjang pembelajaran di
rumah. Akhir sekali adalah komunikasi, tiga orang peserta kajian iaitu AD 1, AD 3
dan AD 11 menyatakan bahawa komunikasi untuk pembelajaran secara dalam talian
ini adalah sukar. Sebagai contoh, sukar untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas
untuk menyiapkan tugasan dan sukar untuk bertanya kepada pensyarah jika terdapat
sesuatu yang tidak difahami.

93

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

PERBINCANGAN

Perbincangan Objektif Kajian 1: Untuk Mengenalpasti Aspek Positif Dan
Negatif Pembelajaran Secara Atas Talian Seperti Yang Dialami Oleh Pelajar
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat aspek positif dan negatif pembelajaran
secara dalam talian. Ini menunjukkan bahawa pembelajaran secara dalam talian juga
boleh diterima secara postif oleh pelajar walaupun bukan secara keseluruhannya.
Pelajar mungkin menerima pembelajaran dalam talian sekiranya mereka
menganggapnya mudah dan serasi digunakan (Leejoiwara,2015). Penerimaan
pelajar terhadap pembelajaran dalam talian dapat mengukur sejauh mana
keberkesanan kaedah pengajaran ini diaplikasikan. Menurut Adewole-odeshi (2014)
pula terdapat hubungan yang signifikan antara sikap terhadap kemudahan
penggunaan dan penerimaan dalam menggunakan sesuatu teknologi. Aspek positif
yang dilihat oleh pelajar adalah menjimatkan kos, pelajar rasa lebih selesa di rumah,
rajin untuk membuat tugasan dan dapat menjaga kesihatan, iaitu mengelakkan
daripada berlakunya penularan wabak pandemik Covid-19. Hasil kajian ini disokong
oleh kajian Surjono, Dwi, Herman (2015), yang mengatakan bahawa pembelajaran-e
dapat melahirkan sistem pembelajaran yang lebih fleksibel dan meluas. Justeru itu,
pelajar akan menjadi lebih fleksibel untuk memilih waktu dan tempat belajar kerana
mereka tidak perlu datang ke suatu tempat pada waktu tertentu.

Daripada aspek negatifnya pula ada banyak berbanding dengan aspek postif. Antara
aspek negatif yang diberikan adalah tahap kestabilan internet boleh mengganggu
fokus untuk belajar, maklum balas daripada pensyarah kurang memuaskan, terlalu
banyak tugasan yang diberikan, punca kepada tekanan dan putus asa, munculnya
perasaan malas dan budaya meniru diamalkan kerana penilaian akhir pelajar dibuat
secara dalam talian iaitu pelajar boleh mencari jawapan daripada pelbagai sumber.
Kenyataan peserta kajian berkaitan tahap kestabilan internet boleh mengganggu
fokus untuk belajar disokong oleh Profesor Madya Dr Afandi Ahmad (2020) yang
menyatakan bahawa PdP secara dalam talian semestinya bergantung kepada
capaian dan akses internet selain kesediaan perkakasan dan jika sekalipun PdP
menggunakan kaedah tidak segerak, untuk menonton atau memuat turun video
kuliah juga memerlukan kapasiti data selesa. Di sinilah cabaran besar bagi penuntut

94

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

yang lokasi rumahnya memang di luar kawasan liputan. Kenyataan ini disokong oleh
Bernama (2020) yang menyatakan bahawa pembelajaran secara dalam talian hanya
berkesan sekiranya capaian internet dapat dinikmati secara meluas di setiap
kawasan sama ada di bandar, luar bandar atau kawasan pedalaman.

Daripada sudut maklum balas pensyarah yang kurang memuaskan pula, Bibi Noraini
Mohd Yusuf dan Jihan Ahmad (2020) kaedah pengajaran secara dalam talian ini turut
mencabar keupayaan pensyarah untuk melaksanakannya. Hal ini kerana pensyarah
juga mungkin mengalami kekangan sama seperti pelajar lalui seperti capaian internet
tidak kuat, gangguan persekitaran dan sebagainya. Ciri-ciri pensyarah akan
menyumbang kepada penerimaan e-pembelajaran dan memberi kepuasan kepada
pelajar iaitu kejayaan e-pembelajaran bergantung kepada sikap dan motivasi yang
ditunjukkan oleh pensyarah terhadap e-pembelajaran (Waheed dan Hussain, 2010).

Isu tekanan dan perasaan yang muncul dalam kalangan peserta kajian adalah
berkaitan dengan tekanan akademi. Tekanan akademik didefinisikan sebagai
keadaan yang tidak menggembirakan rentetan daripada tuntutan yang perlu dipenuhi
oleh pelajar sekaligus mencetuskan kebimbangan dan mempengaruhi kesejahteraan
dalam pengajiannya (Mohd Arif & Saodah, 2019). Dalam kajian Sri Nurhayati dan
rakan (2020) terhadap tekanan akademik, daya tindak dan adaptasi sosial dalam
kalangan 424 orang responden mendapati bahawa tekanan akademik, daya tindak
dan adaptasi sosial mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kesejahteraan
psikologi pelajar. Selain itu, aspek negatif yang diperolehi daripada hasil kajian adalah
wujud perasaan malas kerana tidak memerlukan banyak komitmen untuk masuk ke
kelas, semua di hujung jari sahaja dan ditambah pula dengan pelajar telah melalui
cuti semester yang panjang menyebabkan perasaan malas tersebut muncul.
Keadaan ini disokong oleh Ramanta & Widayanti (2020) yang menyatakan bahawa
masalah pelajar semasa pembelajaran dalam talian daripada faktor dalaman
merangkumi pembelajaran dalam talian yang dilakukan secara bebas di rumah
membuat semangat belajar pelajar dikurangkan dan para pelajar sering dilanda rasa
malas dan bosan. Berdasarkan pernyataan di atas, pengkaji dapat menyimpulkan

95

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

bahawa aspek positif dan negatif ini berkaitan dengan penerimaan pelajar terhadap
perubahan kaedah pembelajaran. Sekiranya pelajar dapat menerima perubahan
tersebut dan dapat diadaptasikan dengan baik maka ia memberikan kesan yang
positif kepada pelajar tetapi jika penerimaan tersebut banyak kepada negatif maka
banyaklah aspek negatif yang kita lihat terhadap pembelajaran secara dalam talian.
Abdul Halim & Adnan (2020) menyatakan penerimaan pelajar terhadap teknologi
mampu meningkatkan produktiviti dan penglibatan pelajar dalam sesuatu
pembelajaran dan berupaya belajar secara kendiri. Walau bagaimanapun, setiap
orang mengalami keadaan dan kesukaran yang berbeza dalam masa untuk
menyesuaikan diri dengan norma baharu ini.

Perbincangan Objektif Kajian 2: Meneroka Kaedah yang boleh Pensyarah
lakukan untuk Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Dalam Talian

Jika kita lihat pada perbincangan objektif yang pertama tadi, maka banyak aspek
negatif yang disentuh. Jadi objektif yang kedua ini pula, pengkaji ingin memfokuskan
kepada kaedah atau yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran
secara dalam talian. Hasil dapatan kajian terdapat 4 kaedah yang boleh pensyarah
laksanakan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran secara atas talian. Pertama
adalah sokongan teknikal, iaitu cakna pihak Kolej terhadap masalah pelajar yang
mengalami masalah internet di rumah dan sokongan pensyarah dalam pembelajaran
seperti membuat rakaman untuk sesi pembelajaran yang dijalankan, jadi pelajar yang
ada gangguan internet boleh melihat semula kelas yang telah dijalankan dan boleh
membuat ulang kaji melalui rakaman tersebut. Sememangnya tidak dinafikan
bahawa sokongan teknikal ini sangat penting bagi pelajar untuk membantu mereka
terus bersemangat untuk belajar. Kenyataan ini disokong oleh Noorazian Mohd
Arshad, Zulkurnain Hassan & Siti Hajar Mohd Noh (2021) yang menyatakan bahawa
tanpa sokongan teknikal maka sesuatu sistem e-pembelajaran tidak dapat dijalankan
dengan baik. Menurut Pollard & Hillage (2001) dalam Hazwani, Noor Raudhiah dan
Norziah (2017), tidak semua pelajar atau organisasi dapat menikmati kelebihan
penggunaan e-pembelajaran ini. Ini kerana e-pembelajaran menuntut budaya
belajar yang lebih efektif sehingga penggunanya dapat memotivasikan pelajar untuk
belajar. Kajian Faridah et (2012) yang menyatakan galakan daripada pensyarah

96

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

meyakinkan pelajar menggunakan e-pembelajaran dan peranan pensyarah amat
penting dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan e-learning.

Seterusnya adalah membuat penyelarasan dari segi penggunaan medium
pengajaran. Menurut peserta kajian yang menyatakan bahawa terlalu banyak
medium yang digunakan sekarang ini. Sebagai contoh, segelintir pensyarah
menggunakan Google Meet, ada yang menggunakan Zoom dan ada juga yang
menggunakan Sykpe dan keadaan ini menyukarkan pelajar untuk muat naik dan turun
pelbagai aplikasi di telefon pintar dan laptop. Oleh itu, pensyarah atau pihak kolej
disarankan agar menetapkan satu sahaja platform yang boleh digunakan untuk
pembelajaran secara dalam talian. Contohnya, semua pensyarah diwajibkan untuk
menggunakan google classroom sahaja untuk proses pembelajaran dan pengajaran
secara dalam talian. Seharusnya dalam keadaan sekarang, pensyarah atau pihak
kolej perlu memikirkan kaedah terbaik untuk memudahkan pelajar untuk belajar.
Huang (2020) yang menjelaskan bahawa teknik pembelajaran dalam talian mestilah
menepati karektor pelajar, aras pemikiran pelajar serta keupayaan penyertaan
pelajar dalam PdP. Kenyataan ini disokong oleh Nor Musfirah Mohamad (2021) yang
menyatakan bahawa peralatan yang digunakan mestilah memudahkan proses
pemerolehan sumber dengan pantas, memuat naik pengumuman (notifikasi) untuk
menguruskan pelajar. Selain itu, peserta kajian juga mencadangkan supaya
pesyarah menerapkan proses pembelajaran dua hala iaitu ada sesi soal jawab
sebelum tamatkan kelas. Pembelajaran dua hala ini penting bagi membolehkan
pensyarah mengukur tahap kefahaman pelajar tentang apa yang disampaikan.
Fungsi pelajar bukan hanya sebagai pendengar setia yang duduk di hadapan laptop
dan dengar sahaja apa yang disampaikan oleh pensyarah. Fungsi pelajar adalah
berinteraksi dengan pensyarah, memberi maklum balas dan bertanya soalan supaya
proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku sama seperti kelas bersemuka.

Dapatan ini bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh Suprato (2018) yang
membuktikan bahawa komunikasi secara efektif mempunyai pengaruh yang
signifikan terhadap peningkatan pembelajaran pelajar. Oleh itu, komunikasi di antara
pensyarah dan pelajar adalah sangat penting kerana perhubungan di antara guru
dan pelajar di dalam kelas dapat membantu menyelesaikan masalah melalui

97

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

komunikasi yang efektif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi
antara pensyarah dan pelajar adalah penting. Ini kerana, setiap pelajar mempunyai
persepsi media pembelajaran yang berbeza dalam talian. Hubungan dan interaksi
sosial di dalam sesi pembelajaran dalam talian adalah penting dalam menjayakan
penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang produktif. Selain itu, ia juga
merupakan media komunikasi dan kolaborasi di antara pelajar dengan rakan-rakan
yang lain, (Munirah Salleh, Mohd Faisal Jamaludin, Noor Syaheeda Mohd Safie &
Julia Mohd Yusof, 2021).

Akhir sekali adalah persediaan awal yang perlu dilakukan sebelum memulakan
pengajaran. Peserta kajian mencadangkan supaya pensyarah menyediakan
pembelajaran kursus, nota dan garis panduan yang pelajar perlu tahu sebelum
memulakan kelas setiap kali bermulanya semester baru. Sebagai contoh, pensyarah
perlu menerangkan terlebih dahalu subjek yang diajar itu mengandungi berapa topik,
berkaitan dengan apa dan tugasan yang bakal diberikan supaya pelajar lebih
bersedia untuk belajar dan mereka boleh menyiapkan mental dan fizikal apabila
tugasan diberikan nanti. Menurut Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim Zaini & Nur
Hafizaliyana Hassan (2020) kesediaan dan komitmen para pensyarah dan para
pelajar juga amat penting demi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam norma baharu ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya untuk kebaikan
kedua-dua pihak. Kaedah PdP secara dalam talian ini menuntut komitmen dan
kerjasama daripada semua pihak terutamanya dari segi pengetahuan dan kemahiran
berkaitan teknologi. Justeru itu, semua pihak haruslah mempersiapkan diri bagi
menghadapi norma baharu, iaitu pelaksanaan PdP secara dalam talian yang
menyeluruh pada era pandemik Covid-19 ini demi kelangsungan proses
pembelajaran para pelajar (Nor Fauziana ,2020). Kenyataan ini telah disokong oleh
Nor Hidayati (2020) yang menyatakan bahawa para pelajar tidak boleh lagi
menggunakan set pemikiran terdahulu, iaitu menunggu pensyarah untuk bercakap
atau memulakan kuliah sebaliknya mereka perlu mencari bahan pembelajaran
sebagai persediaan awal sebelum kuliah bermula.

98

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Perbincangan Objektif Kajian 3: Meneroka persepsi pelajar terhadap
persekitaran pembelajaran dalam talian

Persekitaran pembelajaran adalah berkaitan suasana pembelajaran pelajar.
Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan persekitaran setiap orang pelajar
tidak sama, ada peserta kajian yang tiada masalah dengan persekitaran tersebut dan
ada juga yang mengalami pelbagai kekangan daripada persekitaran tersebut untuk
meneruskan pembelajaran secara dalam talian. Sebagai contoh, faktor kemudahan
internet, ada seorang peserta kajian menyatakan tiada masalah tentang kemudahan
internet, namun dua orang peserta kajian menyatakan bahawa mereka mempunyai
masalah internet. Dalam pengajian dalam talian, persediaan terpenting adalah
persediaan prasarana (Mohamed Amin Embi., 2010). Antara isu utama yang sering
dihadapi oleh mahasiswa adalah persediaan sumber liputan dan kemudahan internet
atau wifi (Zulkifli, Hamzah, & Razak, 2020). Sumber liputan internet menjadi
halangan utama dalam proses pembelajaran atas talian walaupun mahasiswa
memberikan komitmen dan bermotivasi untuk mengikuti pengajian dalam talian
(Zulkifli et al., 2020) (Salim, Abdullah, Ali, & Ali, 2018). Menurut Mohd Noor
Hussin,Rosni Wazir & Kamal Azmi Abd. Rahman (2021) semua persediaan pada
aspek prasarana ini perlu dipastikan oleh mahasiswa, pensyarah dan universiti bagi
kelancaran pengajian dalam talian.

Selain daripada internet, keluarga juga salah satu faktor persekitaran yang
mempengaruhi pembelajaran secara dalam talian pelajar. Terdapat peserta kajian
yang memperoleh sokongan yang baik daripada keluarga dan dapat memahami
sistem pembelajaran kini, ada juga peserta kajian yang menyatakan bahawa
terdapat gangguan daripada adik beradik semasa PdP berlangsung.

Menurut Nor Musfirah Mohamad (2021) suasana pembelajaran amatlah penting bagi
pelajar memastikan mereka dapat fokus semasa proses pembelajaran dalam talian.
Hal ini pasti menjadi antara cabaran pembelajaran dalam talian buat pelajar meliputi
suasana persekitaran yang bising, ruang belajar yang tidak selesa tiada meja dan
kerusi yang sesuai akan menyebabkan mereka sukar untuk memberi tumpuan ketika
sesi e-pembelajaran. Penyataan ini disokong hasil daripada kajian Kumi Yeboah, A.,

99

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Dogbey, J., Yuan, G., & Smith, P. (2020) yang membuktikan cabaran para pelajar
dalam mendapatkan suasana yang kondusif apabila pembelajaran dijalankan di
rumah. Keadaan ini juga perlu dititik beratkan kerana pemangkin kejayaan sesuatu
pembelajaran akan diperoleh melalui suasana pembelajaran yang kondusif (Fabito,
B. S., Trillanes, A. O., & Sarmiento, J. R., 2020). Aspek persekitaran yang dilihat juga
adalah komunikasi anda pelajar dengan pensyarah dan antara pelajar dengan
pelajar. Berdasarkan hasil dapatan kajian, 3 orang peserta kajian menyatakan
mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan pensyarah dan
rakan-rakan. Keadaan tersebut menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada waktunya. Jika para pelajar tidak
mengikuti kelas secara dalam talian ini, maka mereka akan ketinggalan dan sukar
untuk berinteraksi antara kawan-kawan yang lain. Tambahan pula, jika mereka perlu
bersama-sama menyiapkan tugasan secara berkumpulan. Perkara ini akan
mengundang konflik antara pelajar kerana terdapat pelajar yang ketinggalan dalam
pembelajaran (Mahathir Yahaya & Wardatul Hayat Adnan, 2021).

Menurut Munirah Salleh, Mohd Faisal Jamaludin, Noor Syaheeda Mohd Safie & Julia
Mohd Yusof (2021) dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara
pensyarah dan pelajar adalah penting. Interaksi sosial adalah penting dalam
membentuk satu komuniti ketika sesi perkuliahan berjalan. Apabila interaksi sosial
menjadi dinamik dalam kelas, maka kelas tersebut menjadi tempat yang aktif (Hurst,
2013). Kenyataan ini disokong oleh Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim Zaini &
Nur Hafizaliyana Hassan (2020) yang menyatakan bahawa komunikasi di antara
pensyarah dan pelajar adalah sangat penting kerana perhubungan di antara guru dan
pelajar di dalam kelas dapat membantu menyelesaikan masalah melalui komunikasi
yang efektif.

100

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

IMPLIKASI KAJIAN

Berdasarkan kajian ini, dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap
pembelajaran secara dalam talian berbeza mengikut keadaan masing-masing. Ada
yang boleh menerima secara positif dan sebaliknya. Justeru itu, semua pihak perlu
menyedari bahawa perubahan itu perlu untuk memastikan pembelajaran dan
pengajaran berjalan dengan lancar dan berterusan. Di sini didapati beberapa faktor
yang boleh mempengaruhi e-pembelajaran yang perlu diberi perhatian oleh semua
pihak, daripada pengurusan hinggalah kepada ibu bapa pelajar perlu sama-sama
berganding bahu memainkan peranan bagi memastikan pelajar dapat meneruskan
pengajian dalam apa jua situasi (Noorazian Mohd Arshad, Zulkurnain Hassan & Siti
Hajar Mohd Noh, 2021). Pendekatan pembelajaran secara dalam talian dilihat
memberikan inisiatif kepada pelajar untuk meneroka dan mencari keperluan
pembelajaran secara individu tanpa bantuan sesiapa. Selaras dengan seruan pihak
kerajaan, institusi seperti IPT haruslah memanfaatkan teknologi dalam talian bagi
memaksimumkan aktiviti pembelajaran pelajar sekaligus menghasilkan
pembelajaran yang berkualiti (Nur Amanina Ab Hamid & Mohd Jasmy Abd Rahman,
2021).

CADANGAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, beberapa cadangan berkaitan dengan
pembelajaran secara dalam talian dikemukakan. Antara beberapa cadangan yang
telah dikenalpasti ialah :

i. Pengkaji mencadangkan agar kajian yang akan datang perlu menggunakan
sampel yang lebih meluas, misalnya dengan melibatkan peserta kajian dalam
kalangan tenaga pengajar dan pihak pentadbiran IPT. Ini bertujuan untuk
memperolehi maklumat yang lebih kukuh mengenai pembelajaran secara
dalam talian.

ii. Pengkaji turut menyarankan skop kajian pada masa akan datang mungkin
lebih fokus kepada satu topik yang spesifik seperti kesan pembelajaran secara
dalam talian atau kaedah mempertingkat mutu PdP secara dalam talian.
Penggunaan dan pengetahuan fakulti juga boleh mempengaruhi persepsi

101

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

pelajar. Faktor tambahan yang tidak diteliti dalam kajian ini termasuk: (a)
kepercayaan institusi mengenai pembelajaran dalam talian, (b) tempat
pembelajaran dalam talian dalam rancangan strategik IPT, dan (c)
pelaksanaan standard pengajaran yang berkaitan dengan pengajaran dalam
talian. Oleh itu, pengkaji akan datang bolehlah melaksanakan kajian dengan
topik-topik tersebut.

KESIMPULAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar diploma Kolej FELCRA
terhadap pembelajaran secara dalam talian. Secara keseluruhannya, berdasarkan
hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa pembelajaran bersemuka lebih mudah
diterima oleh pelajar dibandingkan dengan pembelajaran dalam talian. Walaupun
persepsi pembelajaran secara dalam talian dilihat memuaskan, kebanyakan
responden memilih pembelajaran bersemuka berbanding pembelajaran dalam talian
untuk mencapai kefahaman dan dan lebih bermotivasi untuk belajar.

Namun demikian, pembelajaran dalam talian diterima dengan baik jika kemudahan
peralatan seperti komputer peribadi dan aliran internet tanpa had dan persekitaran
yang baik ada di rumah. Selain itu, proses memastikan kualiti pendidikan dalam talian,
tenaga pengajar banyak memainkan peranan. Walau bagaimanapun, ini tidak
bermaksud bahawa pentadbir harus diketepikan dalam kualiti jaminan pendidikan
dalam talian. Lebih penting lagi, pentadbir harus memberikan sokongan yang
mencukupi (latihan, pentadbiran dan kewangan) kepada tenaga pengajar bagi
membentuk PdP yang berkesan.

102

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

RUJUKAN:
Al-Adwan, A. & Smedley, J.K. 2012. Implementing e-learning in the Jordanian Higher
Education Systems: Factors affecting impact. International Journal of Education and
Development using Information and Communication Technology 8(1): 121-135.

Adewole-odeshi, E. (2014). Attitude of Students Towards E-learning in South-West
Nigerian Universities: An Application of Technology Acceptance Model, (January).

Biance M. B. and Carr-Chellman, A. A. (2002). Exploring Qualitative Methodologies
In Online Learning Envrionments. The Quarterly Review of Distance Education, 3(3),
251-260

Bibi Noraini Mohd Yusuf, and Jihan Ahmad. (2020). “Are We Prepared Enough? A
Case Study of Challenges in Online Learning in a Private Higher Learning Institution
during the Covid-19 Outbreaks.” Advances in Social Sciences Research Journal
7(5):205–12

Bernama. (2020). Cabaran Mengajar Dalam Talian. Diperolehi semula melalui laman
web http://sinarharian.com.my/cabaran-mengajar-dalam-talian pada 15 Jun 2021

Ehwan Ngadi. (2020). COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian.
Diperolehi semula melalui laman web http://usim.edu.my/COVID19-implikasi-
pengajaran- danpembelajaran-atas-talian pada 08 Mei 2020.

Deepika Nambiar (2020). The Impact Of Online Learning During COVID-19:
Students’ And Teachers’ Perspective. The International Journal of Indian Psychology
ISSN 2348-5396 (Online) | ISSN: 2349-3429 (Print) Volume 8, Issue 2.

Hurst B, Wallace R and Nixon S (2013). The impact of social interactionon student
learning Reading Horizons. 52(4) pp. 375-398

Kumi Yeboah, A., Dogbey, J., Yuan, G., & Smith, P. (2020). Cultural Diversity in
Online Education: An Exploration of Instructors’ Perceptions and Challenges.
Teachers College Record, 122(7).

Leejoeiwara, B. (2013). Modeling adoption intention of online education in Thailand
using the extended decomposed theory of planned behavior (DTPB). AU Journal of
Management, 11, pp. 13–26

Mohamed Aziz, N. F. A., Wahab, E., Shamsuddin, A., Abdullah, N. H., & Wan Ahmad,
W. N. K. (2020). Hubungan antara Sikap dan Penerimaan Pelajar terhadap Amalan
Pembelajaran atas Talian. Research in Management of Technology and
Business, 1(1), 104-113

Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim Zaini & Nur Hafizaliyana Hassan (2020).
Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran
Secara Atas Talian Dalam Era Pandemik Covid-19. Jurnal Kesidang Kesidang
Journal.Volume 5 2020: 88-99

103

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Md Daud Ismail, Nur Syuhada Md Zain & Roshayati Abdul Hamid (2016).
Pembelajaran-e, Tekanan dan Komitmen Belajar dalam Kalangan Pelajar Sains
Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar 19(1) (2016): 55-
64.

Mohd Nazul Ismail. (2020). Cabaran Kepimpinan dalam Pengurusan Pembelajaran
Digital. Jurnal Refleksi Kepimpinan, 3, 20-24.

Mohd Arif Johari & Sa’odah Ahmad. (2019). Persepsi Tekanan Akademik dan
Kesejahteraan Diri di dalam Kalangan Pelajar Universiti di Serdang, Selangor.
Journal of Social Sciences, 5(1), 24-36.

Mahathir Yahaya & Wardatul Hayat Adnan (2021). Cabaran Pelajar Melalui Kaedah
Pembelajaran Atas Talian: Kajian Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Journal
of Media and Information Warfare. Vol. 14(1), 11-20, June 2021

Mohamed Amin Embi. (2010). Amalan, keberkesanan & cabaran pelaksanaan e-
pembelajaran di IPT Malaysia.Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Montgomery Van Wart, Anna Ni, Pamela Medina, Jesus Canelon, Melika
Kordrostami, Jing Zhang dan Yu Liu (2020). Integrating students’ perspectives about
online learning: a hierarchy of factors. International Journal of Educational
Technology in Higher Education.

Nguyen Viet Anh (2017). The Impact of Online Learning Activities on Student
Learning Outcome in 0Blended Learning Course. Journal of Information &
Knowledge Management 16(1).

Nor Musfirah Mohamad (2021). Cabaran Pedagogi Norma Baharu Di Kolej Universiti
Islam Perlis (Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19. Jurnal Pengajian
Islam, 2021, Vol.14, Special Edition, Halaman 243-254

Norwahida Saamri, Safinah Nawawi & Ruzanna Ramli (2021). Tahap Penerimaan
Pelajar Terhadap Penggunaan Kemudahan Di Atas Talian Untuk Menyokong Aktiviti
Pembelajaran Fleksibel Berdasarkan Elemen Rekabentuk Pendekatan Heutagogi.
International Journal Of Modern Education (IJMOE).Volume 3 Issue 8 (March 2021)
PP. 35-48
Nur Amanina Ab Hamid & Mohd Jasmy Abd Rahman (2021). Penerimaan Pelajar
Institut Pengajian Tinggi Terhadap Pembelajaran Dalam Talian: Tinjauan Di Daerah
Muallim Perak. Jurnal Dunia Pendidikane-ISSN: 2682-826X| Vol. 3, No. 2, 164-173,
2021.

Singh, G. O’Donoghue, J. & Worton, H. 2003. A study into the effects of e-learning
on higher education. Journal of University Teaching and Learning Practice 95: 179-
187.

Suprapto, H. A. (2018). Pengaruh Komunikasi Efektif Untuk Meningkatkan Hasil
Belajar Mahasiswa. Khazanah Pendidikan, 11(1).

104

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Tam, G. & El-Azhar, D. (2020). 3 ways the coronavirus pandemic could reshape
education. The World Economic Forum COVID Action Platform. Dicapai pada 16 Mei
2021 daripada https://www.weforum.org/agenda/2020/03/3-ways-coronavirus-is-
reshaping-education- and-whatchanges-might-be-here-to-stay/
Waheed, M., & Hussain, M. F. (2010). Empirical study of e-learner contentment
towards eLearning: Influential role of key factors. The 2010 MIT LINC Conference in
Stratton Center on the MIT Campus. Boston, 23 –26 May
Zulkifli, N., Hamzah, I., & Razak, K. A. (2020). Isu dan cabaran penggunaan MOOC
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. In Journal of Research, Policy &
Practice of Teachers & Teacher Education(Vol. 10). Retrieved from
http://jpt.mohe.gov.my

105

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

TAHAP KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN GURU PENDIDIKAN KHAS DALAM
AMALAN INTERVENSI BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS

Nadia Abdul Rahim
([email protected])

Dr Kama Shaffeei
([email protected])

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Amalan intervensi bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) adalah elemen penting dalam
menyokong perkembangan mereka dan ia adalah indikator terhadap kompetensi
guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes yang berfokuskan kepada tahap
kemahiran dan pengetahuan Guru Pendidikan Khas dalam amalan intervensi dalam
proses pedagogi. Tiga orang Guru Pendidikan Khas yang berkhidmat dalam Daerah
Gombak dan berpengalaman mengajar pendidikan khas dalam tempoh lebih 10 tahun
telah dipilih menjadi sampel kajian ini. Kajian kes dilaksanakan melalui kaedah temu
bual berstruktur, analisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan
tahap kemahiran guru dalam merancang sesuatu intervensi adalah baik dan guru
menyesuaikan intervensi bersesuaian dengan tahap keupayaan MBK. Walau
bagaimanapun, dalam aspek pelaksanaan pedagogi, para guru masih belum
mencapai penyampaian pedagogi yang efektif. Implikasi kajian menunjukkan tahap
pengetahuan guru adalah baik dan ia dinilai melalui persepsi terhadap kepentingan
amalan intervensi, cabaran melaksanakan intervensi, keperluan akses latihan kepada
semua Guru Pendidikan Khas dan pemerkasaan intervensi terhadap MBK.

Kata Kunci: Amalan intervensi, Tahap kemahiran Guru Pendidikan Khas, Tahap
pengetahuan Guru Pendidikan Khas, Murid Bekeperluan Khas.

PENDAHULUAN
Ekologi dalam Pendidikan Khas telah memperlihat pelbagai transformasi dalam usaha
untuk memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati oleh semua MBK
(Norfishah Mat Rabi, 2019). MBK adalah sebahagian daripada kumpulan murid yang
disasarkan untuk terlibat dalam sistem pendidikan bermula dari awal usia
persekolahan lagi dan golongan yang ditawarkan pendidikan tanpa diskriminasi.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha memperkasakan
program pendidikan untuk MBK dan mengambil inisiatif untuk memperkukuh amalan
Zero Reject Policy (ZRP) bagi meningkatkan penglibatan lebih ramai MBK dalam
sistem pendidikan negara. Perkara ini sejajar dengan Penyataan Dasar Pendidikan

106

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Khas, iaitu ingin memastikan bahawa setiap MBK diberikan akses pendidikan yang
relevan dan bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka. Sistem pendidikan yang
ditawarkan kepada MBK, sewajarnya memberikan impak untuk mereka berdikari dan
menjalani kehidupan yang berkualiti.

Menyedari perkara ini, maka kemenjadian MBK dilihat mempunyai signifikan dengan
kemenjadian Guru Pendidikan Khas. Inisiatif untuk mendedahkan MBK kepada kualiti
pendidikan yang bersepadu dan bermakna, memerlukan kumpulan guru yang
mempunyai tahap kompetensi yang sangat baik dalam aspek kemahiran dan
pengetahuan. Berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
(SKPMG2), secara asasnya, kemahiran guru dinilai berdasarkan kemahiran
merancang, mengawal, membimbing, menilai dan bagaimana kemampuan guru
tersebut dapat menjadikan murid sebagai pembelajar yang aktif. Guru pendidikan
khas seharusnya mempunyai kemahiran dalam penguasaan kurikulum dan mahir
dalam menentukan strategi pengajaran yang sesuai bagi MBK. Kemahiran guru
menentukan kaedah dan intervensi yang spesifik dalam pengajaran mampu
memberikan rangsangan positif terhadap keupayaan bahasa, kognitif, deria, motor
dan daya ingatan MBK (Norfishah Mat Rabi, 2019). Pembelajaran yang bermakna,
adalah bergantung kepada kemahiran guru membuat pemilihan, penyediaan dan
penggunaan bahan bantu belajar yang memenuhi keperluan MBK (Nur Aishah
Abdullah, Rosadah Abdul Majid dan Safani Bari, 2019). Guru yang berkemahiran
dalam pengajaran akan mampu melahirkan modal insan seperti yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Nur Aishah Abdullah, Rosadah Abdul Majid
dan Safani Bari, 2019).

Domain pengetahuan dalam pedagogi merangkumi pengetahuan dalam aspek isi
kandungan kurikulum, prinsip pedagogi, keperluan murid, objektif pendidikan dan nilai
dalam pendidikan (Shulman,1986; Kuo-Yen Huang, Yang-Hsueh Chen & Syh-Jong
Jang , 2020) . Elemen – elemen pengetahuan ini perlu diintegrasikan oleh setiap Guru
Pendidikan Khas bagi membantu MBK menjalani proses pendidikan yang lebih efektif.

Kurikulum pendidikan khas menekankan aspek intervensi. Intervensi adalah satu
bentuk perkhidmatan sokongan dan pendidikan yang bermakna yang disalurkan

107

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

kepada kumpulan sasaran bagi mengurangkan risiko dan kemudaratan terhadap
seseorang (Kannamah Mottan,2019). Berdasarkan Kod Amalan Pendidikan Khas
(2014), perkara 5.7 menekankan bahawa amalan intervensi merentas kurikulum
dalam pendidikan khas adalah penting dan berupaya membantu perkembangan MBK.
Kajian oleh Saiful Azam Khoo Abdullah (2020) yang bertajuk ‘Keperluan Kemahiran
Intervensi Awal bagi Murid Bekeperluan Khas’, menyatakan bahawa, intervensi awal
bagi MBK seharusnya diadaptasi dalam kehidupan harian murid, bermula daripada
aktiviti di rumah dan diperkukuhkan lagi dalam kurikulum pendidikan di sekolah. Selain
daripada itu, semua elemen terapi dan intervensi perlu diintegrasikan dalam proses
pembelajaran dan rutin murid bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti kehidupan
MBK. Rumusan kajian menyatakan bahawa amalan intervensi perlu dilaksanakan
secara intensif kepada MBK seawal persekolahan pra sekolah lagi, bagi memudahkan
proses pembelajaran mereka di peringkat yang selanjutnya.

Memahami revolusi yang berlaku dalam dunia pendidikan khas, fokus pedagogi bagi
MBK seharusnya memberi kepentingan terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan
dapat mengoptimumkan potensi MBK dari masa ke masa. Perkara ini dapat dilihat
melalui pelaksanaan amalan intervensi pendidikan. Amalan intervensi dalam
pedagogi menuntut kompetensi dan profesionalisme keguruan. Ia adalah indikator
pengajaran yang efektif dan berkualiti (Hyvarinen, K. Saaranen, T&Tossavainen, K.,
2015; Siti Rubiyani Omar, Noradilah Abdul Wahab, Mohd Shahril Othman, Abdullah
Yusof & Raihan Arifin, 2019). Kemahiran dan pengetahuan guru-guru pendidikan khas
menjadi wahana yang berkesan dalam mencambahkan kefungsian MBK. Amalan
pedagogi yang mempraktikkan amalan intervensi dapat meningkatkan kemahiran
pengajaran dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Efikasi kendiri dan
intuisi yang tinggi dalam kalangan guru adalah motivasi dalam pengurusan
pengajaran dan pembinaan rangka pengajaran yang baik.

PERNYATAAN MASALAH
Amalan intervensi kurang diberi penekanan dalam proses pedagogi Pendidikan Khas,
walaupun ramai menyedari bahawa ia suatu keperluan yang sangat penting bagi MBK
mengembangkan potensi dan keupayaan mereka. Guru – guru pendidikan khas tidak

108

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

diberi akses latihan intervensi tentang teknik-teknik yang spesifik dalam proses
pengendalian MBK. Malah tiada sebarang latihan khusus disediakan sejak daripada
institusi perguruan (Saiful Azam, 2020). Guru pelatih berpendapat bahawa program
pendidikan guru masih belum mencukupi bagi memastikan tahap kesediaan mereka
untuk mengajar murid berkeperluan khas (Toran et al., 2016). Guru pendidikan khas
di sekolah kurang mahir memodifikasikan pedagogi dan mengajar berteraskan
kurikulum yang disediakan oleh KPM semata-mata dan akhirnya penyampaian yang
disampaikan tidak dapat memenuhi keperluan MBK, atas faktor kurangnya kemahiran
yang spesifik dalam intervensi untuk MBK.

Beberapa kajian berkenaan Zero Reject Policy (ZRP) menjelaskan bahawa terdapat
beberapa cabaran yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Khas (Nursohana Othman &
Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore,2020). ZRP secara tidak langsung mewujudkan
kumpulan murid yang hetrogen dalam sesebuah sekolah dan pelaksanaannya kurang
membincangkan tentang kumpulan MBK berkefungsian rendah (low function) yang
majoritinya menghadapi masalah perkembangan koordinasi. Kumpulan murid ini
lazimnya menghadapi masalah dalam kemahiran motor yang secara tidak langsung
memberi impak terhadap perkembangan sosial dan akademik (Mahfuzah, 2015;
Nursohana Othman & Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore,2020). Kumpulan MBK
yang hetrogen memberikan cabaran bagi guru untuk menentukan strategi dan
intervensi yang terbaik untuk mereka.

Selain daripada amalan intervensi, amalan pengajaran guru juga adalah sesuatu
perkara yang penting. Amalan pengajaran yang berkesan bagi seseorang guru
melibatkan 4 faktor penting, iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran,
insentif dan masa (Slavin,1994; Kama Shaffeei, Abdul Rahim Razalli, dan Shamsul
Rizal,2020). Keempat-empat faktor ini dapat dilihat dalam proses perancangan dan
catatan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru sebelum sesuatu pengajaran
dilaksanakan. Walaupun guru mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam
penyediaan RPH yang baik, namun untuk mengintegrasikan elemen intervensi yang
sesuai adalah menjadi isu kritikal untuk guru pendidikan khas. Perancangan
pengajaran bagi guru pendidikan khas amat penting, dan ia perlu disediakan secara
sistematik dan bersesuaian dengan keperluan pelajar, agar tingkah laku dan

109

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

permasalahan pembelajaran pelajar dapat diurus dengan positif (Siti Rubiyani Omar,
Noradilah Abdul Wahab, Mohd Shahril Othman, Abdullah Yusof dan Raihan Ariffin,
2020).

Sikap ibu bapa yang dingin terhadap kepentingan intervensi awal MBK, memberi
impak negatif dalam pembelajaran mereka. Ibu bapa sangat bergantung kepada guru-
guru di sekolah untuk membantu pembelajaran anak-anak mereka. Walaupun
sebahagian MBK ada yang sudah terlibat dengan perkhidmatan terapi di hospital-
hospital atau badan NGO, namun ramai yang tidak akur pada temu janji yang diberi
(Kannamah Mottan, 2019). Kekerapan ibu bapa membawa MBK ke pusat terapi akan
mempengaruhi kemahiran MBK tersebut. Namun, atas komitmen kerja, ada
sebahagian ibu bapa memandang remeh tentang perkara ini dan ada sebahagian
MBK tidak konsisten mengikuti intervensi awal sebelum masuk ke alam persekolahan
rendah. Kemudahan dan reka bentuk infrastruktur di sekolah-sekolah kerajaan yang
tidak mesra pembelajaran juga menjadi salah satu faktor dan cabaran bagi guru
pendidikan khas dalam mengendalikan MBK (Hannah Aqilah, Rosadah, dan Manisah,
2019). Kemudahan seperti Bilik Terapi Multisensori, Mini Gym, bahan-bahan bantu
belajar yang spesifik kepada perkembangan motor dan infrastruktur kelas pendidikan
khas yang kondusif tidak dapat disediakan sebaiknya. Infrastruktur yang kondusif dan
bermakna akan memberi peluang kepada MBK untuk lebih meneroka keadaan
sekeliling mereka dengan lebih bermakna. Aspek ini turut membantu guru
mempertingkat kemahiran dalam pengurusan bilik darjah kesan daripada kemudahan
yang ada. Kemudahan dalam bentuk material untuk menjalankan intervensi
pendidikan bagi MBK juga menjadi isu yang kritikal. Beberapa laporan menyatakan
bahawa Malaysia berhadapan dengan masalah kekurangan sumber dan peralatan
pengajaran untuk pendidikan khas (Elaine Tan Hui Fern dan Zhooriyati,S.M,
2019;Safani Bari,Nur Aishah Abdullah,Noraini Abdullah dan Mohd Hanafi Mohd Yasin,
2016). Material dan peralatan yang spesifik adalah salah satu elemen penting dalam
mempengaruhi hasil pembelajaran MBK. Oleh yang demikian, amat penting bagi
sesebuah program pendidikan khas memiliki kemudahan pembelajaran yang
berkualiti dan bersesuaian dengan MBK agar amalan intervensi itu dapat
dilaksanakan dengan lebih baik.

110

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan tahap kemahiran dan pengetahuan Guru
Pendidikan Khas dalam amalan intervensi bagi Murid Berkeperluan Khas.

Objektif Khusus
i. Mengenal pasti kemahiran dan pengetahuan guru dalam menentukan intervensi

yang sesuai untuk MBK.
ii. Mengenal pasti tahap pelaksanaan amalan intervensi oleh guru pendidikan khas

dalam PdPC.
iii. Meneroka persepsi guru pendidikan khas terhadap amalan intervensi dalam

PdPC Pendidikan Khas.
PERSOALAN KAJIAN
Soalan-soalan kajian secara khususnya adalah bagi menjawab persoalan berikut :-
i. Bagaimanakah Guru Pendidikan Khas menentukan intervensi yang sesuai bagi

MBK?
ii. Sejauh manakah amalan intervensi ini dilakukan dalam proses PdPC Pendidikan

Khas?
iii. Apakah persepsi Guru Pendidikan Khas tentang amalan intervensi dalam PdPC

Pendidikan Khas?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan Kajian Kes. Kajian
Kes dilihat paling sesuai bagi mencapai matlamat kajian ini kerana ia sebuah kajian
penerokaan terhadap suatu fenomena dalam pendidikan khas dan bertujuan untuk
melihat interaksi antara faktor – faktor yang signifikan terhadap amalan intervensi oleh
Guru Pendidikan Khas. Kajian Kes kualitatif memfokuskan kepada deskriptif dan ia
bersifat holistik (Othman Lebar, 2019)

Kajian ini menjadikan tiga orang Guru Pendidikan Khas dalam Daerah Gombak
sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel adalah berdasarkan persampelan
bertujuan. Pengkaji bertugas di bawah seliaan PPD Gombak, dan pemilihan sampel

111

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

dalam kalangan guru di dalam Daerah Gombak lebih memudahkan urusan
komunikasi antara pihak pengkaji dan responden.

Selain daripada itu, Guru Pendidikan Khas adalah kumpulan guru yang realitinya
berurusan dengan MBK dan kumpulan yang berhadapan dengan kepelbagaian tahap
keupayaan MBK. Oleh yang demikian, kumpulan sasaran ini dilihat amat sesuai untuk
menjawab setiap persoalan kajian ini. Persampelan bertujuan adalah teknik
persampelan yang digunakan bagi kajian ini.
Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini adalah tertumpu kepada konsep triangulasi
dalam perolehan data. Kajian ini, melibatkan 3 kaedah utama iaitu:-

i. Temu bual Berstruktur
ii. Pemerhatian
iii. Analisis Dokumen

Instrumen kajian melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan. Ketiga-tiga
instrumen kajian yang terlibat adalah seperti yang berikut:-

i. Soalan temu bual
ii. Borang senarai semak analisis data
iii. Borang pemerhatian video pengajaran

Pengkaji memahami etika penyelidikan yang perlu dipatuhi bagi menjalankan sesuatu
kajian. Memandangkan kajian ini akan dijalankan dalam Daerah Gombak, maka
berikut adalah prosedur yang perlu dipatuhi dalam proses pengumpulan data kajian:-

i. Penyelidik perlu memaklumkan dan memohon kebenaran untuk menjalankan
penyelidikan daripada pihak UPSI.

ii. Penyelidik mendapat kebenaran daripada pihak PPD Gombak untuk
menjalankan penyelidikan terhadap kumpulan Guru Pendidikan Khas.

iii. Penyelidik perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah untuk
menjalankan penyelidikan terhadap Guru Pendidikan Khas di sekolah tersebut

iv. Penyelidik mendapatkan kebenaran para guru Pendidikan Khas.

112

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Selain daripada prosedur kajian, pengkaji turut perlu mengambil kira prinsip etika
berikut semasa menjalankan kajian:-

i. Hubungan dua hala dan kesamaan status
ii. Ketelusan
iii. Kebebasan
iv. Keadilan
v. Perundingan
vi. Kerahsiaan
vii. Akauntabiliti
Semua data yang diperolehi, melalui proses transkripsi, pengekodan dan dianalisis
dengan menggunakan perisian Nvivo 10. Sebahagian data yang lain dianalisis secara
deskriptif dan analisis perbandingan dengan kajian lalu.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini dianalisis berdasarkan persoalan dan objektif kajian. Dapatan
kajian adalah berfokuskan kepada aspek bagaimana seseorang guru pendidikan khas
menentukan intervensi dalam pedagogi. Selain daripada itu , dapatan kajian turut
melihat sejauh mana pelaksanaan intervensi kepada MBK dilaksanakan serta
pengkaji meneroka persepsi responden terhadap amalan intervensi untuk MBK.
Ketiga – tiga persoalan ini secara tidak langsung dapat menjelaskan tahap kemahiran
dan pengetahuan para guru pendidikan khas terhadap amalan intervensi untuk MBK.
Setiap dapatan kajian turut dikaitkan dengan Teori Perkembangan Kognitif dan Teori
Pengurusan Blik Darjah yang Efektif, Slavin 1994 dan dapatan kajian lalu.

113

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jadual 1: Perolehan data melalui temu bual bagi menjawab objektif kajian pertama,

iaitu mengenal pasti guru pendidikan khas dalam menentukan intervensi yang
sesuai.

___________________________________________________________________

Responden / Guru Transkripsi temu bual

___________________________________________________________________

G1 “…..saya cuba kenal pasti kekuatan dan kelemahan

mereka terlebih dahulu. Kekuatan murid yang hampir

sama, saya jadikan dia pairing dan bertindak sebagai
sokongan antara satu dengan yang lain…”

G2 “…..Yang pertama sekali , kita perlu kenal pasti masalah

utama murid tersebut terlebih dahulu.Kemudian barulah

kita tentukan intervensi yang sesuai. Kalau boleh , kita

fokuskan kepada 1 masalah yang utama dahulu. Jangan
banyak – banyak , sebab murid susah nak fokus kan.Pilih
yang paling masalah yang paling kritikal…”

G3 “…RPI , profil murid dan laporan pencapaian yang dibuat
oleh guru – guru sangat penting , kerana catatan RPI
adalah hasil daripada laporan doktor dan guru – guru yang

pernah mengajar murid tersebut sebelumnya.Jadi,
berdasarkan dokumen – dokumen ini , kita akan

bahagikan murid mengikut kumpulan-kumpulan kecil
mengikut tahap pengetahuan sedia ada mereka…”

__________________________________________________________________

Berdasarkan Jadual 1, para responden mempunyai kemahiran yang baik dalam
menentukan intervensi. Penentuan intervensi adalah berdasarkan rekod profil murid
seperti catatan Rancangan Pendidikan Individu (RPI), laporan perubatan murid,
keputusan atau pencapaian pentaksiran murid, dan maklumat daripada guru – guru
lain. Responden memberi keutamaan kepada permasalahan yang paling major untuk
merangka intervensi, dan responden mengambil langkah membahagikan murid
mengikut tahap keupayaan dan kemudian menyediakan aktiviti intervensi yang sesuai
bagi setiap kumpulan murid tersebut.

Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dirangka oleh setiap guru telah
menunjukkan bahawa Responden pertama (G1) cenderung menggunakan intervensi
domain bahasa dan komunikasi dalam pengajaran Bahasa Melayu. Responden

114

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

menyatakan dengan jelas objektif pengajaran dan menjelaskannya mengenai bahan
– bahan bantu mengajar yang digunakan dalam proses pedagogi dan amalan
intervensi yang dipraktikkan. Responden juga menyatakan teknik lisan dan hasil kerja
murid sebagai kaedah penilaian yang digunakan bagi membuat penilaian ke atas
pencapaian murid.

Responden kedua pula (G2) merangka pelan pedagogi dengan memilih intervensi
domain motor kasar dan motor halus dalam pengajaran subjek Pendidikan Seni.
Walau bagaimanapun, penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak
memenuhi kriteria penulisan yang baik kerana objektif yang dicatat tidak boleh diukur.
Responden juga tidak mencatat kaedah penilaian pengajaran dan pembelajaran di
dalam RPH. Responden ketiga (G3) merangka pelan pengajaran dengan menjadikan
intervensi domain bahasa dan komunikasi sebagai elemen intervensi kepada MBK.
Responden menulis objektif PdPC dengan jelas dan boleh difahami. Responden juga
menjadikan hasil kerja murid dan catatan imlak sebagai penilaian dalam proses PdPC.

Jadual 2: Perolehan data melalui temu bual bagi menjawab objektif kajian kedua ,

iaitu mengenal pasti pelaksanaan amalan intervensi dalam PdPC Pendidikan Khas.

___________________________________________________________________

Responden / Guru Transkripsi temu bual

___________________________________________________________________
G1 “…Kalau ikutkan setiap kali kelas , kita sediakan bahan ,

dan saya ada target berapa lama mereka perlu kuasai ,

maka mereka amalkan intervensi ini mengikut target.”

G2 “…kalau boleh sekerap mungkin dan setiap kali kelas,
mengikut kesesuaian aktiviti yang diajar…”

G3 “…Sejujurnya, saya laksanakan setiap kali sesi

pengajaran kerana murid saya majoriti ada masalah
artikulasi , pengamatan yang kurang…”

___________________________________________________________________

Berdasarkan jadual 2, Responden menjelaskan bahawa amalan intervensi untuk MBK
dilaksanakan bagi setiap sesi pedagogi. Pelaksanaan intervensi ditetapkan tempoh

115

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

pelaksanaannya bagi mencapai objektif pembelajaran serta mengambil kira tahap
keupayaan MBK.

Bagi menjawab persoalan sejauh mana amalan intervensi ini dilaksanakan, pengkaji
meneroka beberapa dapatan lain melalui kaedah kajian yang lain. Dalam aspek ini,
pengkaji mendapati bahawa setiap responden mempunyai inisiatif tersendiri dalam
memastikan amalan intervensi yang berterusan. Mereka telah menghasilkan modul
khas, video tutorial dan pelbagai bahan sokongan pembelajaran di rumah.

Pembelajaran di sekolah mempunyai kesinambungan di rumah sebagai aktiviti
pengukuhan dan pengayaan kepada murid.

Jadual 3: Perolehan data melalui temu bual bagi menjawab objektif kajian ketiga,
iaitu Persepsi Guru Pendidikan Khas tentang amalan intervensi untuk MBK

(Skop: Kepentingan Amalan Intervensi Dalam Pendidikan Khas)

___________________________________________________________________

Responden / Guru Transkripsi temu bual

___________________________________________________________________
G1 “Pada pendapat saya memang penting. Walaupun mereka

nak menguasai topik yang kecil…”

G2 “Sangat penting , kerana intervensi ini dapat meningkatkan

keupayaan mereka dalam aspek pembelajaran dan

kehidupan harian. Kedua ,adalah untuk meningkatkan

kemahiran dan kemenjadian murid tersebut, serta
meningkatkan keyakinan diri mereka.”

G3 “Penting, sebab kita nak pastikan objektif PdPc itu dapat
dicapai. Sekurang – kurangnya 50%.”

___________________________________________________________________

Sesi temu bual ini adalah bertujuan melihat tahap pengetahuan dan pemahaman guru
terhadap kepentingan amalan intervensi bagi MBK. Ketiga – tiga responden
menunjukkan pendapat yang selari dan menyifatkan ia sangat penting dalam proses
pembelajaran MBK.

116

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jadual 4: Perolehan data melalui temu bual bagi menjawab objektif kajian ketiga,

iaitu Meneroka persepsi Guru Pendidikan Khas tentang amalan intervensi untuk
MBK.

(Skop: Cabaran Melaksanakan Intervensi Dalam Proses Pedagogi)

___________________________________________________________________

Responden / Guru Transkripsi temu bual

___________________________________________________________________
G1 “Cabaran utama ialah untuk memastikan setiap murid itu

mendapat intervensi yang bersesuaian…”

“….Sebenarnya memang sukar dengan tempoh 1 jam

pengajaran untuk kita sesuaikan dan penuhi keperluan
mereka…”

G2 “….secara umumnya, memang sukar kerana guru

mengalami kecelaruan untuk memilih intervensi yang

sesuai, guru kurang ilmu dan murid kurang bagi
kerjasama…”

G3 “Kalau dalam aspek dalaman , bagaimana kita nak

pastikan bahan yang disediakan itu bersesuaian dengan

murid. Kalau dalam aspek luaran pula , adalah komitmen
ibu bapa. Ibu bapa sibuk bekerja….”

“Masalah ketidakhadiran , masalah penggunaan bahasa

di rumah tidak sama seperti di sekolah.”

___________________________________________________________________

Jadual 4 adalah untuk menilai persepsi dan tahap pengetahuan serta kepekaan guru
terhadap cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan pedagogi MBK. Semua
responden berpendapat bahawa cabaran adalah sangat hebat dalam menentukan
intervensi yang sesuai untuk memenuhi keperluan MBK yang pelbagai tahap
keupayaan. Masalah juga timbul apabila usaha guru tidak dipedulikan oleh ibu bapa
dan murid, serta guru kurang pengetahuan dan kemahiran tentang penentuan
intervensi dalam kumpulan murid yang heterogenous.

117

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Jadual 5: Perolehan data melalui temu bual bagi menjawab objektif kajian ketiga,

iaitu Meneroka persepsi Guru Pendidikan Khas tentang amalan intervensi untuk
MBK

(Skop: Akses Latihan Untuk Guru)

___________________________________________________________________

Responden / Guru Transkripsi temu bual

___________________________________________________________________
G1 “Ya , memang perlu.Sebab intervensi ni ia takkan sama

bagi setiap MBK ni. Walaupun kita target yang sama , tapi
ciri – ciri yang ada bagi setiap MBK tu memerlukan
intervensi berbeza.”
G2 “…sangat perlu , selain daripada ibu bapa , jadi guru

adalah yang rapat dengan murid. Guru sangat faham akan

murid mereka sendiri, jadi cikgu perlu tahu dan mahir
berkenaan intervensi.”
G3 “…Perlu, sebab ia memudahkan. Sebab sumber sangat

kurang. Bahan interaktif juga sangat kurang. Bahan-

bahan bacaan atau latihan murid juga sangat kurang.

Maka sangat perlu guru mendapatkan akses latihan
intervensi.”

___________________________________________________________________

Berdasarkan jadual 5, semua responden berpendapat bahawa akses latihan dalam
pengetahuan intervensi adalah sangat penting dan diperlukan oleh semua guru atas
kepentingan perkhidmatan dan tugas mereka.

Jadual 6: Perolehan data melalui temu bual bagi menjawab persoalan kajian ketiga,
iaitu Meneroka persepsi Guru Pendidikan Khas tentang amalan intervensi untuk
MBK
(Skop: Memperkasakan Amalan Intervensi Untuk Kemenjadian MBK)

Responden / Guru Transkripsi temu bual

___________________________________________________________________
G1 “…saya selalu sarankan agar mereka mendapatkan

sokongan intervensi daripada luar, seperti terapis ,

mengikut kepada kelemahan anak masing – masing.

118

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Kedua , adalah sokongan ibu bapa untuk teruskan
intervensi tu di rumah. Saya akan bekalkan bahan
sokongan untuk bantu ibu bapa teruskan di rumah.”
G2 “…selain daripada di sekolah , boleh sambung di rumah.
Maka ibu bapa perlu ada usaha bantu dan ada
kesinambungan dari sekolah seterusnya di rumah.”
G3 “…Sokongan daripada pihak luar sangat penting.
Hubungan baik dengan NGO seperti NASOM , Permata
Kurnia ….”
___________________________________________________________________

Jadual 6 menjelaskan bahawa semua responden berpendapat bagi memperkasakan
amalan intervensi, perlu ada kesinambungan aktiviti di sekolah dan di rumah. Program
– program kesedaran adalah perlu agar amalan intervensi dapat dilaksanakan secara
menyeluruh.

PERBINCANGAN
Melalui dapatan kajian, secara amnya Guru Pendidikan Khas tahu bagaimana untuk
menentukan intervensi pendidikan yang sesuai untuk diaplikasikan kepada Murid
Berkeperluan Khas (MBK). Setiap responden melaksanakan intervensi berdasarkan
tahap keupayaan murid, dan perkara ini adalah selari dengan ideologi Jean Piaget
melalui Teori Perkembangan Kognitif. Walau bagaimanapun, dalam aspek
pelaksanaan PdPc masih kelihatan kaku dan tiada kepelbagaian dalam strategi yang
dilaksanakan. Guru seperti ketandusan idea dan kekal dengan strategi yang sama,
bagi setiap sesi pengajaran. Perkara ini adalah selari dengan penyataan oleh Buntat
,2010; Siti Rubiyani Omar, Noradilah Abdul Wahab, Mohd Shahril Othman, Abdullah
Yusof & Raihan Arifin, 2020 yang menyatakan bahawa kualiti penyampaian isi
pelajaran adalah sangat penting dan ia adalah signifikan dengan keupayaan guru
mempelbagaikan pendekatan dan strategi dalam pedagogi.

Menyentuh kepada aspek pelaksanaan pedagogi , adalah didapati bahawa
penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB) oleh
setiap responden terhad kepada penggunaan buku teks dan modul yang dibina .

119

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Dalam satu kajian oleh Hannah Aqilah Amran,Rosadah Abd Majid,dan Manisah Mohd.
Ali,2019 menyatakan bahawa walaupun guru tahu akan permasalahan setiap MBK,
namun Guru Pendidikan Khas kurang bersedia menyediakan keperluan fizikal, inovasi
pendidikan dan tidak mensepadukan penggunaan teknologi dalam pengajaran.

Menurut kajian ini juga mendapati bahawa penulisan refleksi guru, bersifat tidak
reflektif dan tidak selari dengan idea yang digambarkan melalui Teori Pengurusan Bilik
Darjah yang efektif oleh Slavin. Menurut Teori Slavin (1994), penilaian berkala
terhadap pembelajaran murid adalah langkah yang penting dalam amalan pedagogi
yang dapat menentukan kadar persediaan dan konsistensi guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi MBK. Isu ini juga selari dengan idea yang
dikemukakan dalam Blooms Taxanomy yang diperkenalkan oleh Benjamin Bloom
(1956). Taxanomy Blooms menjelaskan 6 aras kemahiran dan keupayaan seorang
guru perlu kuasai dan mempraktikkannya dalam proses pedagogi. Aspek penilaian
dan refleksi pengajaran melalui kerangka Taxanomy Bloom adalah 3 aras tertinggi
dan ia sangat penting dalam menentukan intervensi dalam PdPc MBK.

Kajian ini juga mendapati bahawa pelaksanaan intervensi pendidikan untuk MBK ini ,
tidak terhad dilaksanakan dalam sesi pedagogi semata–mata,tetapi ada
kesinambungan amalan ini di rumah. Sebahagian responden memberikan bahan
intervensi untuk dibawa balik bagi memastikan proses intervensi yang konsisten.
Selain daripada itu, sebahagian responden turut berperanan menginklusifkan MBK
dalam banyak program di sekolah bagi mendedahkan mereka kepada warga sekolah
dan secara tidak langsung memberi kesedaran kepada warga sekolah bahawa
intervensi bagi MBK tidak terhad di dalam bilik darjah semata – mata. Intervensi perlu
dilaksanakan secara menyeluruh dan memerlukan sokongan banyak pihak. Menurut
Sofea J Frekenberg et.al (2019), menjelaskan bahawa dalam bidang perkembangan
sains, jalinan kolaborasi dalam pendidikan adalah perlu kerana ia dapat
mengoptimumkan perkembangan pembelajaran MBK.

Empat skop persepsi guru dalam amalan intervensi yang diperolehi dalam sesi temu
bual menjelaskan bahawa tahap pengetahuan guru dalam aspek intervensi
pendidikan adalah sederhana. Guru masih berhadapan dengan cabaran untuk

120

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

menentukan intervensi yang paling sesuai untuk kumpulan murid yang berbeza
keupayaan. Malah usaha melaksanakan intervensi ini kurang mendapat sokongan
ibu bapa dan murid. Justeru itu , para guru merasakan sangat perlu kumpulan Guru
Pendidikan Khas diberikan akses latihan yang spesifik terhadap intervensi bagi MBK.
Para responden juga menyatakan bahawa cabaran besar melaksanakan amalan
intervensi memerlukan infrastruktur dan bahan – bahan yang lengkap. Mohd Hanafi
et. 2013; Nur Aisyah Abdullah, Rosadah Abdul Majid dan Safani Bari, 2019
menyatakan bahawa infrastruktur yang baik adalah elemen penting dalam
pelaksanaan intervensi kepada MBK dan material yang digunakan dalam aktiviti
intervensi sebaik-baiknya dapat memulihkan fungsi deria MBK.

Pengkaji mencadangkan agar kajian ini diteruskan bagi menyentuh aspek intervensi
dengan berfokuskan kepada domain intervensi dan subjek / mata pelajaran yang lebih
spesifik . Pengkaji juga mencadangkan agar semua Guru Pendidikan Khas diberikan
akses dalam bentuk bengkel atau kursus yang melibatkan intervensi pendidikan
secara konsisten oleh pihak KPM.

KESIMPULAN
Amalan intervensi adalah sebuah amalan yang sangat penting untuk dipraktikan
dalam proses pedagogi. Selain memberi kesan positif kepada perkembangan MBK,
ia turut menjadi indikator penting bagi menentukan tahap kompetensi seseorang Guru
Pendidikan Khas. Intervensi bagi MBK bukan isu yang remeh, tetapi ia perlu diambil
peduli oleh semua pihak. Matlamat pendidikan bagi MBK seperti yang dinyatakan di
dalam Falsafah Pendidikan Khas adalah untuk melahirkan golongan MBK yang
berkemahiran, mampu merancang dan mengurus kehidupan, seterusnya menjadi ahli
masyarakat yang produktif. Oleh itu, amalan intervensi dalam pendidikan khas harus
diperkasakan bagi mencapai matlamat pendidikan MBK yang disasarkan. Matlamat
ini hanya mampu dicapai jika wujudnya pengisian pendidikan yang bermakna buat
mereka dan dapat disampaikan melalui sistem pedagogi yang efektif dan cemerlang.

121

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

RUJUKAN:
Abdullah, N. A., Abdul Majid, R., & Bari, S. (2019). Intervensi Awal Murid Bekeperluan
Khas Teori dan Amali. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amran, H. A., Abd Majid, R., & Mohd Ali, M. (2019). Cabaran Guru Pendidikan Khas
Pada Abad Ke 21. Cabaran Guru Pendidikan Khas Pada Abad Ke 21, 4 I(26), 1–8.

Bahagian Pendidikan Khas. (2014). Kod Amalan Pendidikan Murid Bekeperluan Khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Khas. 2019. Pelaksanaan “zero reject policies”. Bahagian
Pendidikan Khas.Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bloom, B. S., Madaus, G. F., & Hastings, J. T. (1981). Evaluation to improve learning.
New York: McGraw-Hill.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (SKPMG2) (2nd ed.) [E-book]. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia
2013–2025. https://www.moe.gov.my

Kuo-Yen Huang, Yang-Hsueh Chen & Syh-Jong Jang (2020) TPACK in Special
Education Schools for SVI: A Comparative Study between Taiwanese and Chinese
In-service Teachers, International Journal of Disability, Development and Education,
DOI: 10.1080/1034912X.2020.1717450

Lebar, O. (2021). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metode (2nd
ed.). Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mat Rabi, N. (2019). Transformasi Pendidikan Murid Kurang Upaya (3rd ed.).
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mottan, K. & Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. (2019). Intervensi awal dalam
pendidikan khas. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nursohana Othman, Mohd Effendi Ewan Mohd Matore (2020) The Zero-Reject Policy
in Special Education: A Critique Review. Journal of Critical Reviews, 7 (11), 2507-
2515. doi:10.31838/jcr.07.19.371

Rubiyani, Siti & Othman, Mohd & Bin yusof, Abdullah & Arifin, Raihan & Abdul Wahab,
Noradilah. (2020). Kompetensi Guru Pendidikan Khas Terhadap Murid Bermasalah
Pembelajaran.

Shaffeei, Kama & Razalli, Abdul & Khalil, Shamsul & My, Shamsulrizal@ipda. (2020).
kk Tahap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Khas 2019.
Slavin, R.E. (1994). Educational psychology: Theory into practice (4th ed.). Boston:
Allyn & Bacon.

Sofia J Frankenberg, Hillevi Lenz Taguchi, Tove Gerholm, Linnea Bodén, Petter
Kallioinen, Susanne Kjällander, Anna Palmer & Signe

122

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Tonér (2019) Bidirectional Collaborations in an Intervention Randomized
Controlled Trial Performed in the Swedish Early Childhood Education

Context, Journal of Cognition and Development, 20:2, 182-
202, DOI: 10.1080/15248372.2018.1520712
Tan, E. H. F., & Mohamad, Z. S. (2019). Early intervention services for special needs
children: An exploration of the effectiveness of early special education in Malaysia.
Psychological Research and Intervention, 2(1), 11–20.
https://doi.org/10.21831/pri.v2i1.24526
Toran,H., Westover,J.M., Sazlina,K., Suziyani,M & Mohd Hana,M.Y.(2016) The
Preparation, Knowledge and Self-Reported Competency of Special Education
Teachers Regarding Students with Autism. Pertanika J.Soc.Sci.&Hum 24(1): 185-
196

123

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF JAWI DENGAN MENGGUNAKAN
SMART ALPHABET JAHIAR (JAHIAR)

Muhammad ‘Aizat bin Anwar Apandi

([email protected])

Nurul Hidayah binti Abd Rashid

([email protected])

SK Perempuan Durian Daun
Jalan Durian Daun 75400 Melaka

SK Batu Berendam
Batu Berendam, 75350 Melaka

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP saya dalam pengajaran Jawi
berkaitan tajuk huruf tunggal dengan menggunakan inovasi saya, iaitu Smart Alphabet
Jahiar. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang
melibatkan kumpulan sasaran seramai lapan orang murid prasekolah Asma SK
Perempuan Durian Daun Melaka pada tahun 2021. Data yang dikumpulkan dalam
kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui pemerhatian, temu bual
bersemuka dan analisis dokumen. Data yang diperolehi akan dianalisis secara
deskriptif iaitu kajian ini akan menggunakan kaedah statistik mudah untuk
menganalisis data yang diperolehi daripada responden. Data dianalisis dengan
menggunakan jadual dan peratusan. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah
dirancang dalam kajian ini telah menunjukkan kemahiran menulis murid-murid
prasekolah dalam aktiviti membentuk huruf-huruf jawi tunggal semakin baik.
Tambahan pula, dengan menggunakan Smart Alphabet Jahiar membantu murid-
murid terpilih untuk tidak lagi berasa takut untuk mula menulis dan keyakinan
bertambah dalam mempelajari jawi. Selain itu, inovasi ini telah dapat membantu
dalam aspek kemahiran menulis huruf-huruf jawi pada bentuk serta kedudukan huruf
pada garisan buku tulis dengan lebih tepat. Justeru itu, kajian ini juga diharapkan
dapat membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara
keseluruhannya terutama yang berkaitan pendidikan Islam khususnya pelajaran jawi
di peringkat prasekolah.

Kata Kunci:; Smart Alphabet Jahiar, Prasekolah, Pendidikan Islam, Huruf Jawi
Tunggal

124

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

PENDAHULUAN
Tulisan jawi merupakan satu kaedah penulisan tradisi masyarakat Melayu dan Islam
khasnya di Malaysia. Tulisan jawi ini mempunyai persamaan bentuk huruf dengan
huruf hijayyah bagi pelajaran Al-Quran dan Bahasa Arab. Namun begitu, masalah
yang timbul apabila murid menulis huruf yang tidak sama bentuk dan huruf yang tidak
berada pada garisan yang tepat. Masalah yang berlaku tidak hanya pada murid
sekolah semata-mata tetapi ia berlaku dalam masyarakat hari ini. Di peringkat sekolah
pula, murid prasekolah Asma SK Perempuan Durian Daun Melaka tidak terkecuali
dalam berhadapan masalah seperti ini. Kesukaran dalam menulis huruf jawi dan
hijaiyah serta menulis kedudukan huruf pada garisan buku tulis sering mengundang
masalah dalam pelajaran jawi. Isu ini telah menjadi suatu masalah yang sering kali
terlepas pandang oleh sebahagian guru pendidikan Islam. Bagi pengkaji, murid
prasekolah merupakan individu yang wajar diberikan perhatian dan pemulihan dalam
menambah baik amalan bilik darjah terutama melibatkan kemahiran menulis huruf
jawi supaya tidak menjadi masalah apabila melangkah ke kelas perdana kelak.

PERNYATAAN MASALAH
Permasalahan dalam kajian ini melihat masalah murid prasekolah Asma yang tidak
menulis bentuk huruf yang betul dan menulis huruf tidak pada kedudukan garisan
yang tepat. Kedua-duanya menunjukkan kematangan proses ilmu seseorang murid
dalam mempraktikkan pengetahuan sedia ada mereka. Huruf jawi yang tidak dibentuk
dengan sempurna akan menyebabkan kalimah atau perkataan tidak mampu dibaca
dengan betul. Hal ini dibuktikan dalam kajian Muhammad Amin Dan (2009)
menyatakan kelemahan murid-murid sekolah rendah terutama dalam kemahiran
menulis (huruf bersambung) menyebabkan masalah yang lain seperti membaca jawi.
Mekanisme melaui inovasi berkonsepkan intervensi penting dalam membantu
psikomotor murid prasekolah dalam menulis huruf jawi dengan baik. Tambahan pula,
isu yang sering kali berlaku di peringkat prasekolah iaitu sikap segelintir murid yang
berasa takut dan malu untuk mencuba telah menyebabkan halangan dalam pelajaran
jawi. Hal ini dibuktikan melalui perbualan bersama beberapa orang murid prasekolah
asma,

125

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

“Ustaz, saya tidak pandai menulis“.
“Tak nak tulis ustaz”.

“Ustaz, huruf tu nak tulis macam mana?”

Perasaan malu untuk mencuba dan keyakinan diri yang rendah serta ketiadaan Bahan
Bantu Belajar (BBB) yang mudah dipraktikkan oleh murid berumur lima dan enam
tahun menyebabkan suatu stigma yang tidak baik terhadap pelajaran jawi. Sedangkan
pelajaran jawi merupakan suatu pelajaran yang menyeronokkan dalam pendidikan
Islam yang berkaitan penulisan (bukan bahasa). Ini telah diterangkan oleh pengkaji
bahawa PDP jawi secara bermain melalui bahan merupakan pengalaman yang paling
penting bagi kanak-kanak untuk menggalakkan pembangunan dan pembelajaran
mereka bukan sahaja secara akademik tetapi secara holistik juga (Ellianie & Nur
Hidayu, 2015).

Sehubungan dengan itu, berdasarkan masalah yang dinyatakan ini, saya telah
menggunakan produk inovasi iaitu Smart Alphabet Jahiar yang dihasilkan bagi tujuan
meningkatkan kemahiran menulis huruf jawi dengan lebih baik dalam kalangan murid
prasekolah Asma. Ini secara tidak langsung dapat menambah baik suasana PdPc
bagi mata pelajaran pendidikan Islam khususnya pelajaran jawi supaya lebih
menyeronokkan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendekatan bersepadu
dan kolektif perlu dilakukan segera bagi menyemai rasa cinta anak-anak kepada
tulisan jawi (Adly Hafidzin & Mardzelah Makhsin, 2016) sebelum mereka melangkah
ke aliran perdana nanti.

OBJEKTIF KAJIAN
Bagi kajian ini, saya menambah baik amalan PdPc saya dalam menerangkan
kemahiran menulis huruf-huruf tunggal jawi mengikut bentuk dan kedudukan huruf
pada garisan dengan tepat dan betul. Kajian ini melibatkan murid prasekolah Asma
SK Perempuan Durian Daun Melaka dengan menggunakan inovasi Smart Alphabet
Jahiar.

126

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

OBJEKTIF kajian ini adalah;
a. Mengenal pasti minat murid terhadap penggunaan inovasi Smart
Alphabet
b. Jahiar dalam PdPc pelajaran jawi.
c. Mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada Smart Alphabet Jahiar dan
perkaitan dalam menambah baik amalan bilik darjah terutama PdPc
pelajaran jawi.
d. Menentukan sejauh mana kemahiran menulis murid-murid prasekolah
Asma ditambah baik selepas menggunakan Smart Alphabet Jahiar.
e. Mencadangkan suatu kajian yang boleh diterokai menerusi
penggunaan Smart Alphabet Jahiar selepas itu.

PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan beberapa objektif kajian yang dinyatakan, maka persoalan kajian adalah,
i. Adakah murid minat untuk belajar pelajaran jawi apabila menggunakan Smart
Alphabet Jahiar?
ii. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada Smart Alphabet Jahiar sehingga dapat
membantu dalam menambah baik amalan bilik darjah PdPc pelajaran jawi di kelas?
iii. Sejauh mana kemahiran menulis murid-murid prasekolah Asma selepas
menggunakan inovasi Smart Alphabet Jahiar?
iv. Apakah kajian seterusnya yang boleh diterokai menerusi penggunaan inovasi
Smart Alphabet Jahiar kepada murid-murid?

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran dalam kajian ini adalah seramai lapan orang murid dari prasekolah
Asma, SK Perempuan Durian Daun Melaka. Kumpulan ini terdiri daripada 3 orang
murid yang berusia lima tahun dan lima orang murid berusia enam tahun. Kesemua
murid yang dipilih ini merupakan murid-murid yang telah dikenal pasti sebagai murid
yang lemah dalam menulis atau membentuk huruf jawi dengan betul.

127

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

METODOLOGI KAJIAN
Bagi tajuk, ‘Meningkatkan Kemahiran Menulis Jawi Bagi Murid Prasekolah Asma
Dengan Menggunakan Smart Alphabet Jahiar (JaHiAr)’ menggunakan reka bentuk
kajian tindakan model Kurt Lewin (1946).

MERANCANG

MEREFLEK SATU KITARAN BERTINDAK
KAJIAN

TINDAKAN

MEMERHATI

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946)

Metodologi kajian bagi kajian ini adalah merujuk beberapa perkara iaitu, 1) Pemilihan
tempat kajian, 2) Kaedah kajian 3) Pemilihan responden, 4) Pengumpulan data, dan
yang terakhir 5) Penganalisisan data. Pemilihan tempat bagi kajian ini ialah kelas
Prasekolah Asma SK Perempuan Durian Daun Melaka. Kelas ini merupakan salah
satu kelas yang diajar oleh saya selama tiga tahun di sekolah ini. Bagi kaedah kajian
pula, ia berbentuk kualitatif, iaitu menggunakan pemerhatian, temu bual bersemuka
dan analisis dokumen. Selain itu, pengkaji turut menggunakan rakaman video serta
dapatan daripada latihan menulis jawi yang disediakan oleh pengkaji. Kepelbagaian
dalam kaedah kajian ini penting dalam memperolehi kesahan maklumat melalui kajian
tindakan yang dijalankan. Menurut Craswell dan Plano Clark (2007) menyatakan
kaedah ini menggalakkan pengkaji untuk menggunakan pelbagai cara pengumpulan
data dalam menyelesaikan sesuatu masalah kajian yang kompleks secara individu
atau berkumpulan.

Pemilihan responden adalah murid prasekolah Asma SK Perempuan Durian Daun
Melaka yang berusia lima dan enam tahun. Responden juga adalah murid yang masih
lemah Jawi. Justeru itu, pemilihan responden untuk kajian ini amatlah penting bagi

128

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

membantu meningkatkan amalan PdPc saya dalam bilik darjah. Bagi informan kajian
pula, saya akan menemu bual beberapa orang murid untuk membantu mendapatkan
refleksi daripada kajian tindakan yang dilaksanakan. Selain itu, pengumpulan data
akan dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual bersemuka, pemerhatian
dan analisis dokumen. Jenis data yang dipilih terbahagi kepada dua jenis iaitu data
primer (temu bual, pemerhatian dan rakaman video) dan data sekunder (analisis
dokumen dan hasil latihan murid).

DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan pemilihan kaedah atau metodologi kajian, maka saya telah
melaksanakan beberapa tindakan menggunakan inovasi Smart Alphabet Jahiar
(JaHiAr) dalam membantu meningkatkan kemahiran menulis jawi dalam kalangan
murid prasekolah Asma SK Perempuan Durian Daun. Saya memilih inovasi ini kerana
ia membantu murid-murid untuk mula menulis bentuk huruf yang didapati segelintir
murid prasekolah mahupun murid di aliran perdana sukar menulis dengan bentuk dan
kedudukan yang betul. Misalnya huruf Ain (‫ ) ع‬dan huruf Sof (‫) ص‬. Didapati murid
yang mengalami masalah ini akan dapat diatasi apabila belajar menulis dengan
menggunakan inovasi ini. Hal ini kerana inovasi yang dibangunkan oleh pengkaji
menitik beratkan kepada bentuk huruf sebenar dan kedudukan huruf apabila berada
di garisan buku.

Bentuk huruf sod (‫ ) ص‬yang ditulis oleh murid sebelum menggunakan inovasi Smart
Alphabet Jahiar.

129

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Penggunaan Smart Alphabet Jahiar dapat membantu murid yang mempunyai
masalah membentuk huruf jawi tunggal.

Murid seronok menggunakan Smart Alphabet Jahiar dalam menulis huruf jawi
tunggal.
130

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Gambar atas dan bawah menunjukkan murid prasekolah sedang belajar menulis
huruf jawi tunggal menggunakan bahan inovasi yang diberikan setiap seorang.

Penggunaan Smart Alphabet Jahiar dalam membantu murid-murid meningkatkan
kemahiran menulis huruf jawi tunggal

Justeru itu, saya telah melaksanakan satu aktiviti bagi membantu seramai lapan orang
murid yang dikenal pasti lemah dalam menulis jawi. Tambahan pula, murid-murid ini
dikenal pasti kurangnya didedahkan kepada pelajaran jawi sewaktu di rumah yang
menyebabkan masalah minat untuk belajar jawi di sekolah. Perkara ini merujuk
kepada sikap dan tingkah laku seseorang kanak-kanak dalam pembelajaran di

131

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

sekolah mempunyai pergantungan yang tinggi pada sokongan daripada persekitaran
keluarganya (Suresh Kumar, 2011).

Oleh itu, semasa aktiviti dijalankan, saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan
awal murid sewaktu menulis huruf jawi tunggal. Antaranya bentuk yang tidak sama
dengan huruf asal, huruf yang terlalu besar dan kedudukan huruf yang tidak berada
pada garis buku. Di sinilah tercetusnya idea saya menghasilkan inovasi Smart
Alphabet Jahiar. Di samping menjadi bahan bantu belajar kepada murid-murid yang
menghadapi masalah menulis huruf jawi mahupun huruf jahiliah, ia melatih
pergerakan psikomotor jari murid. Menurut Norhawati Salimuddin (2000) dalam kajian
Shazana Muhamed Sa’ad (2009) menyatakan menguasai kemahiran menulis
termasuk tulisan jawi bukanlah semudah seperti kemahiran bahasa yang lain. Ia
memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor, perkembangan dan kecekapan deria
motor yang sempurna untuk membentuk dan menghasilkan bentuk-bentuk huruf di
samping memerlukan koordinasi mata dan otak. Ini kerana tulisan jawi merupakan
suatu hasil kraf dan seni yang mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul sejak
awal lagi. Oleh itu, kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan
bimbingan bagi melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan
dengan bentuk yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental.

Antara salah satu bentuk aktiviti yang digunakan oleh pengkaji dalam menganalisis
pengetahuan murid prasekolah dalam kemahiran menulis huruf jawi tunggal
132

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Berdasarkan dapatan aktiviti latihan menulis huruf jawi tunggal, dapatan yang
diperoleh pengkaji menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan dapat menambah
baik amalan saya mengajar kemahiran menulis huruf jawi tunggal dengan
menggunakan inovasi Smart Alphabet Jahiar Hal ini adalah selari dengan dapatan
kajian ‘Meningkatkan Kemahiran Menulis Huruf Jawi Jawi Bagi Murid Prasekolah
Asma Dengan Menggunakan Smart Alphabet Jahiar’. Tambahan pula, pengkaji tidak
menjalankan ujian diagnostik disebabkan murid prasekolah belum lagi didedahkan
dengan format ujian atau peperiksaan.

Jadual 1: Dapatan kajian sebelum menggunakan inovasi Smart Alphabet Jahiar.

TULIS TULIS
PADA
MURID AktivitJi AMNeTnuINlisA Huruf MJaINwAi TTunggalB(PEeNrTtaUmKa) KEDDUKAN
BETUL
JAWI HURUF

SAMA

Murid 1 Perempuan X X X

Murid 2 Perempuan X X X

Murid 3 Perempuan X X X

Murid 4 Perempuan / X X

Murid 5 Perempuan / / X

Murid 6 Perempuan X X X

Murid 7 Perempuan X X X

Murid 8 Perempuan / X X

Ternyata bahan bantu belajar memainkan peranan yang penitng dalam menanam

rasa minat terhadap sesuatu pelajaran. Merujuk jadual 1, seramai lima daripada lapan

orang tidak minat belajar jawi. Kebanyakan mereka menyatakan tidak tahu dan tidak

pandai. Ini merujuk kepada temu bual bersama salah seorang murid prasekolah yang

terlibat.

“ Tidak tahu lah ustaz. Saya tidak pandai.”

Temu bual bersama murid 6 prasekolah Asma

133

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Selain itu, seorang murid lagi berpendapat sama.
“Susah lah ustaz. Dekat rumah tak belajar pun.”
Temu bual bersama murid 3 prasekolah Asma.

Memandangkan masa Pengajaran dan Pembelajaran Jawi di kelas prasekolah Asma
hanya sekitar empat masa seminggu iaitu 2 jam sahaja. Ini menyukarkan proses guru
untuk mengajar dan menerangkan langkah intervensi. Oleh itu, melalui bahan inovasi
saya ini telah berjaya meningkatkan kemahiran menulis jawi dalam prasekolah Asma.

Jadual 2: Dapatan kajian selepas menggunakan inovasi Smart Alphabet Jahiar.
Aktiviti Menulis Huruf Jawi Tunggal (Kedua)

MURID JANTINA MINAT TULIS BENTUK TULIS PADA
JAWI HURUF SAMA KEDUDUKAN

BETUL

Murid 1 Perempuan / / /

Murid 2 Perempuan / / /

Murid 3 Perempuan / / /

Murid 4 Perempuan / / /

Murid 5 Perempuan / / /

Murid 6 Perempuan / / /

Murid 7 Perempuan / / /

Murid 8 Perempuan / / /

Berdasarkan kepada dapatan selepas aktiviti menulis mengguakan inovasi Smart
Alphabet Jahiar didapati murid-murid prasekolah telah menunjukkan minat dalam
mempelajari pelajaran jawi. Buktinya semua murid yang terlibat iaitu lapan orang (100
peratus) menyatakan minat dalam mempelajari jawi terutama dalam menulis huruf
jawi tunggal. Menurut murid 4, beliau menyatakan rasa seronok apabila menggunakan

134

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

inovasi ini kerana tidak susah lagi untuk membentuk huruf jawi. Malah beliau sudah
boleh menulis sendiri tanpa menggunakan inovasi ini selepas itu. Katanya,
“Ustaz, saya nak tulis jawi lagi. Ustaz tunggu dulu. Lepas ini saya pandai dah tulis.”

Temu bual bersama murid 4 Prasekolah Asma.

Dari segi menulis huruf jawi tunggal, semua murid (100 peratus) telah berjaya menulis
huruf jawi mengikut bentuk asal. Ini kerana huruf yang tidak mengikut saiz dan bentuk
sebenar akan menyebabkan masalah dalam penulisan huruf bersambung dan
membaca perkataan jawi. Kegagalan menguasai kemahiran jawi akan menyukarkan
murid membaca bahan-bahan pembelajaran, contohnya kandungan buku teks, buku
rujukan, buku latihan dan tidak dapat menjawab soalan ujian dan peperiksaan dengan
baik (Fadhilah Jamaludin, 2014).

Akhir sekali, dapatan dari segi menulis huruf pada garisan yang betul jelas
menunjukkan inovasi saya telah berjaya mengatasi masalah murid yang menulis huruf
bukan pada kedudukan garisan buku yang betul. Ini dibuktikan dengan dapatan
menunjukkan hampir semua murid (100 peratus) telah berjaya menulis huruf pada
kedudukan garisan yang betul berbanding aktiviti latihan sebelum ini.

PERBINCANGAN
Sepanjang aktiviti yang dijalankan, saya mendapati murid-murid menunjukkan minat
yang sangat baik terhadap pelajaran jawi terutama dalam menulis huruf-huruf jawi
tunggal. Malah murid-murid prasekolah Asma tidak sabar untuk menggunakan inovasi
yang saya hasilkan iaitu Smart Alphabet Jahiar sebaik sahaja saya memaklumkan
kepada murid untuk belajar jawi. Malah tidak keterlaluan terdapat murid yang sudah
boleh menulis tanpa menggunakan inovasi ini, tetapi hanya gunakan sebagai
panduan di sebelahnya ketika aktiviti dijalankan.

135

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

Kegembiraan jelas terpancar selepas aktiviti dijalankan.
Aktiviti menulis huruf jawi tunggal merupakan salah satu silibus Pendidikan Islam
Prasekolah yang mesti dikuasai oleh murid-murid prasekolah Asma yang berusia lima
dan enam tahun. Kalau murid atau pelajar tidak menguasai kemahiran asas
membaca dan menulis Jawi ini, bukan sahaja menyebabkan mereka ini akan
tertinggal pelajaran dalam kelas tetapi juga akan ketinggalan dalam pelajaran lain
yang menggunakan Jawi (Makmur Harun, 2017).
Namun begitu, cabaran dalam melaksanakan aktiviti ini bersama murid-murid
prasekolah Asma bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana murid-murid cilik ini
sering kali memerlukan perhatian daripada guru. Malah saya sering kali ditanya
soalan yang sama bagaimana ingin menggunakan inovasi tersebut. Tetapi bak kata
pepatah Melayu, “alah biasa tegar biasa”. Penerangan secara mudah dan ringkas
kepada murid prasekolah melalui demonstrasi penggunaan Smart Alphabet Jahiar
telah membantu murid-murid prasekolah menggunakan inovasi ini dengan lebih baik.
Tambahan pula, cabaran yang turut saya hadapi ialah murid yang tidak terlibat
dengan kajian tindakan iaitu murid yang tiada masalah dalam menulis turut mahukan
perhatian dan ingin menggunakan inovasi ini.

136

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

KESIMPULAN
Berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan ini, saya mendapati bahawa
murid-murid prasekolah Asma memerlukan pendekatan yang kreatif dalam
mempelajari sesuatu kemahiran seperti menulis dan membaca supaya objektif
pembelajaran yang ditetapkan mampu dicapai. Sehubungan dengan itu, saya perlu
berfikiran lebih kreatif dan inovatif serta mempunyai kepelbagaian idea yang terkini
khususnya dalam menghubung jalinkan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dengan inovasi Smart Alphabet Jahiar sewaktu merangka dan
melaksanakan sesi PdPc agar minat murid-murid dalam mempelajari kemahiran
menulis huruf jawi dapat pupuk dengan jayanya. Kajian ini juga saya berharap boleh
ditambah baik dengan menerapkan elemen mengenal huruf yang sama bentuk dan
menyambung huruf. Kedua-duanya penting dalam memupuk minat murid-murid
terutama dalam mempelajari Pendidikan Islam. Ini merujuk kepada Makmur Harun
(2017) murid yang tidak dapat membaca dan menulis Jawi dengan baik, maka akan
menghalang murid untuk mahir dalam menguasai proses pengajaran dan
pembelajaran seterusnya.

Di samping itu, kajian ini juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru lain dalam
melaksanakan tindakan intervensi bagi kajian akan datang. Saya yakin dan percaya,
penerapan pelbagai kaedah intervensi mampu menarik minat murid terutama dalam
mempelajari jawi. Pengalaman dalam melaksanakan kajian ini juga dapat membantu
saya dalam memperbaiki amalan baik saya dalam PdPc mata pelajaran Pendidikan
Islam di sekolah rendah mahupun di peringkat prasekolah.

137

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

RUJUKAN:
Adly Hafidzin & Mardzelah Makhsin (2016). Kesan Play-Based Learning Terhadap
Afektif Murid Pemulihan Jawi J-QAF. di Sekolah Rendah Proceeding Of Icecrs, 1
(2016) 587-598. Issn. 2548-6160. International Seminar On Generating Knowledge
Through Research, Uum-Umsida, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia,
Malaysia.
Creswell Dan Plano Clark (2007) Designing And Conducting Mixed Methods
Research. Thousand Oaks, Ca: Sage. First Published August 15, 2008
Ellianie & Nur Hidayu (2015). Pembelajaran Kosa Kata Melalui Papan Permainan.
Seminar Bahasa Melayu 2015. Https://Malaylanguagecentre.Moe.Edu.Sg/.
Fadhilah Jamaludin (2014) Menyambung Huruf Jawi Dan Menulis Perkataan Dengan
Teknik “Permainan Mengopek Kerang Dan Memancing Huruf”
Http://Raudhatulsakeenah.Blogspot.Com/2014/05/Kajian-TindakanJawi.Html#.
Makmur Harun (2017) Analisis Kreativitas Pengukiran Seni Islam: Tantangan,
Peluang Dan Harapan. International Conference On Islam And Local Wisdom 1.
Muhammad Amin Dan (2009) Penggunaan Kad Warna Jawiku Dalam Meningkatkan
Kemahiran Menyambung Huruf Jawi. Conference: Intenational Conference On
Research, Language And Education 2018 (Icorale 2018)At: Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (Kuis)
Shazana Muhamed Sa’ad (2009). “Kesan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (Abm)
Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Di Kolej Komuniti. Gerik.” Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Suresh Kumar (2011) Parental Involvement In Children’s Education: Does Parents’
Education Level Really Matters. European Journal Of Social Sciences 16 (3), 439-
448. Dimuat Turun Pada 7 Jun 2016.

138

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

KESAN PERMAINAN VIDEO KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK TADIKA

Nik Nor Effa Ziana Hazli
([email protected])

Dr. Kama Shaffeei
([email protected])

Dr. Seah Siok Peh
([email protected])

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak

Permainan video dalam kalangan kanak-kanak sudah sebati dalam hidup mereka
serta menjadi teman setia mereka. Perkembangan video ini bertanggungjawab dalam
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak Justeru itu, kajian ini dijalankan
untuk mengkaji kesan permainan video terhadap perkembangan kanak-kanak.
Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah
analisis kandungan berdasarkan pemerhatian dan instrumen senarai semak.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesan negatif kepada perkembangan kanak-
kanak dari segi perkembangan fizikal, sosial dan kognitif. Akibat terpengaruh dengan
permainan video juga mendatangkan keburukan kepada penglihatan kanak-kanak
dan menjadi agresif dengan menunjukkan tingkah laku seperti marah, memberontak,
dan menjerit untuk melepaskan kemarahan apabila mereka kalah dalam bermain
permainan video. Permainan video ini adalah sesuatu yang dapat menghiburkan hati
kanak-kanak dan dalam masa yang sama ia memberi kesan negatif terhadap mereka
jika bermain dalam jangka masa yang panjang tanpa dipantau oleh ibu bapa. Oleh
itu, keluarga terutamanya ibu seharusnya memberikan perhatian dan memantau
aktiviti anak-anak mereka serta meluangkan masa bersama-sama supaya masa
lapang mereka di isi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Kata kunci: permainan video; kanak-kanak; perkembangan.

PENDAHULUAN
Kesan permainan video kepada perkembangan kanak-kanak merupakan cara gaya
hidup baru dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini juga dilakukan untuk melihat
kesan negatif permainan video dalam perkembangan kanak-kanak. Kesan ini
merupakan strategi untuk mengatasi kanak-kanak daripada berterusan bermain
permainan video yang melampau. Bagi mendapatkan data kajian, pemerhatian dan
juga senarai semak telah digunakan. Responden, iaitu kanak-kanak melalui aktiviti ini

139

SKInterclass2021: Volume 1 | IPGK PM

dapat dikenal pasti kesan yang dihadapi oleh kanak-kanak tadika jika bermain
permainan video. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak bersikap
negatif dalam perkembangan kanak-kanak.

Perkembangan video sejalan dengan kemajuan teknologi yang membawa kepada
perubahan pada paparan dan jalan cerita. Hal ini dibuktikan, dengan penciptaan
permainan yang lebih realistik dan menarik untuk dimainkan. Merujuk kepada
kegemaran game, didapati bahawa anak-anak pada semua peringkat umur menyukai
video berunsur ganas. Anak-anak perempuan lebih menyukai game yang mempunyai
fantasi atau kartun yang mempunyai unsur ganas manakala anak-anak lelaki lebih
gemar pada game yang bersifat realistik (Funk, 2018). Kanak-kanak merupakan
antara yang berisiko mengalami ketagihan bermain permainan video sehingga boleh
mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Menurut Kamus Dewan (2016)
mendefinisikan kanak-kanak sebagai budak lelaki atau perempuan yang masih kecil
yang belum berumur lebih daripada tujuh atau lapan tahun yang masih belum
mempunyai dosa (Kamus Dewan, 2019).

PERNYATAAN MASALAH
Permainan video pada awalnya berkembang dengan adanya media cetak dan media
elektronik. Namun, kini telah muncul media baharu yang semakin canggih dan aplikasi
permainan video yang amat menarik digunakan di seluruh dunia termasuklah
Malaysia. Masalah ketagihan permainan video ini berlaku apabila kurangnya
pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak. Anak-anak yang tidak diawasi akan
merasa bebas untuk melakukan perkara yang mereka suka serta mengisi masa
lapang mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Timbalan Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata situasi ini disebabkan oleh
kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kesan negatif permainan video kepada
perkembangan anak-anak. Permainan video akan menjadi pilihan mereka kerana
daya penarik yang ada dalam permainan video tersebut sangat kuat dan mudah
didapati. Menurut Prof Brandon dari Illinois (2017), berdasarkan kajiannya,
penggunaan teknologi bukan saja bersifat terus seperti kesan kanak- kanak yang

140


Click to View FlipBook Version