The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Misslyz, 2021-09-20 02:35:06

Delusion - misslyz

Delusion - misslyz



Fiona memejam matanya,tangannya kuat mengengam album
tersebut.

Kau memang anak tak guna!

Kau biarkan mama dengan papa kau mati

Kau langsung tak tolong mereka!

Lebih baik kau mati je la!!!

"No..diam!!!" Fiona menutup telinganya. Dia bukan seorang
puteri. Dia sekarang hanya wanita biasa. Dia bukan keturunan
raja.

Kau memang selalu nafi diri kau puteri! Sebab kau nak
selamatkan diri kau!



Kau langsung tak mengaku salah!!!! Baik kau mati!!! Tiada
siapa pedulikan kau!

Fiona menggelengkan kepala "diam!!!"

"Fiona?"

Fiona seakan-akan kembali ke dunia nyata. Matanya merah dan
berkaca. Dia mendonggak memandang figura di hadapannya.
Fiona memandang jejaka tersebut.Name tag lelaki tersebut
dikerling seketika,Armin.

"Kau okey?" Soal Armin lagi,Riak risau jelas kelihatan.
Pandangan dibawa kepada susuk tubuh di belakang Armin. Ye
orang di belakang Armin ialah Adrian. Adrian menayang wajah
bekunya namun dahinya sedikit berkerut.

"Aku okey" kata Fiona perlahan. Dia segera menutup album
lama tersebut,beg dibetulkan sebelum dia segera berlalu pergi
melintasi dua jejaka tersebut. Ekor mata Adrian tidak lepas
memandang Fiona.



"Asal tu?" Soal Adrian. Armin mengangkat bahu "dah jom lah
jumpa Del,karang membebel pula minah tu." Kata Armin
sebelum mereka berdua memulakan langkah.

Fiona segera berlari menembusi pintu toilet wanita. Sinki
segera didekati. Pili air dibuka sebelum dia mencuci wajahnya.
Fiona memejam mata seketika. Dia mengangkat muka
memandang wajahnya pada pantulan cermin,baru sahaja dia
ingin memulakan langkah,dia terpandang sesuatu.

Dia menelan air liur yang terasa pahit. Matanya tidak lepas
memandang pisau kecil yang berada di tong sampah.

Ambil pisau tu Fiona ambil!!!

Cederakan diri kau!



Nyawa dibayar nyawa!!

Perlahan-lahan langkah dibawa menuju ke tong sampah
tersebut. Jarak antara tong sampah dan dirinya kian mengecil.
Perlahan-lahan tangannya diangkat untuk mencapai pisau
tersebut.

Tiba-tiba pintu toilet dikuak dan beberapa orang pelajar
melangkah masuk. Fiona tersedar dari khyalannya. Dengan
segera dia melangkah keluar dari bilik air tersebut.

Punggung dilabuhkan di bangku. Fiona memejam mata. Dia
mengurut sedikit kepalanya yang terasa pening.

Matanya terpandangan bekas luka ditangannya. Perlahan-lahan
dia menyentuh parut tersebut.

dia tak pernah menganggap luka tersebut sebagai satu
kesilapan. Dia tenang,sangat tenang kalau darah mengalir dari
tangannya. Bagaikan suara-suara tersebut tidak menganggunya
lagi.



Fiona menundukkan kepalanya,mata dipejam serapat yang
mungkin. Tiba-tiba dia terasa bahunya disentuh,dengan segera
dia menepis tangan tersebut.

"jangan kacau aku!!"

"Fiona?" Suara tersebut berjaya membuat Fiona tersedar dari
dunia khayalannya. Mata dibuka perlahan-lahan "Trisha?"

Trisha memandang sahabatnya dengan penuh kerisauan.
Punggung dilabuh di sisi Fiona.

"kau okey tak ni?" Soal Trisha perlahan. Bahu Fiona digosok
lembut. Fiona menghela nafas.

"aku okey"

"sure?"



Fiona menganggukkan kepala "jom balik.Kepala aku pening la"
Fiona berdiri,dia membetulkan bag yang didukung sebelah.

Tangan Trisha diraih sebelum mereka berdua berjalan
beriiringan.

"Ad!" Armin menepuk peha Adrian.Serta merta lamunan Adrian
termati. Adrian mendonggak memandang Armin. Keningnya
diangkat.

"kau pahal ha asyik mengelamun je atau kau dilamun cinta?"
Kata Armin sebelum dia menghamburkan tawa. Adrian
menggelengkan kepala "otak kau!"



"entah lah aku rasa budak baru tu macam pelik lah" ujar Adrian.
Suaranya sedikit kuat untuk mengatasi bunyi lagu yang kuat di
kelab malam tersebut.

"siapa? Fiona ke Trisha?" Soal Armin sebelum air coca cola
diteguknya.

"Dua-dua maybe tapi aku lebih interesting dengan Fiona"

"means?" Kerut Armin.

"heii kau ni banyak tanya lah.Aku sendiri pun tak tahu"

"ada satu cara untuk kau tahu pasal diorang. Tu pun kalau kau
betul-betul interested la"

"macam mana?"

"rapat dengan Fiona"



Adrian berkerut. Selalunya wanita yang menghampirinya,kalini
dia pula yang perlu lontarkan dirinya pada wanita? Memang tak
akan lah!

Tapi kalau itu satu-satunya cara untuk dia tahu dengan lebih
mendalam tentang mereka berdua why not kan?

"Ad jom lepak rumah i.I dengan kawan-kawan i ada buat mini
party" kata Cheryl,salah seorang pelajar wanita yang terkenal di
sekolah itu.

Adrian tersenyum senget. Dia tahu niat sebenar wanita itu.
Pinggang wanita tersebut didakap "betul ke you ajak i?" Soal
Adrian dengan menggunakan nada romantiknya.

Cheryl mengangguk "well,itupun kalau you sudi lah" Ujar Cheryl
sambil merehatkan tangannya di bahu Adrian.



Adrian tersenyum "untuk you semua boleh.Jom" Adrian meraih
tangan Cheryl kemudian mereka berdua melangkah keluar
meninggalkan Armin seorang diri di kelab malam itu.

Armin mengangkat bahu "party konon.Bukan aku tak tahu kerja
korang tu!" Gumam Armin perlahan sebelum dia menghabiskan
air coca cola miliknya.







☘︎What people never understand is that depression isn’t
about the outside; it’s about the inside.



Beg dilepaskan dari bahu.

Dia tidak peduli di mana beg tersebut berada,dia segera
mendekati sofa sebelum menghempas tubuhnya ke atas sofa.
Tidak sampai beberapa minit Trisha pula melangkah masuk ke



dalam rumah. Beg Fiona yang berada di hadapan pintu masuk
diambil dan diletakkan di tempat asal bersama beg miliknya.

Dia memandang Fiona yang sudah merebahkan diri di
sofa,matanya terpejam rapat,tangannya pula aktif memicit
kepalanya.Trisha menuju ke dapur,dia mengambil segelas air
dan panadol kemudian dia kembali melangkah mendekati Fiona.

"Nah makan dulu pil" Fiona memaksa dirinya untuk duduk
sebelum menelan satu pil panadol dan meneguk air.

"Kau okey tak ni? Dari kat sekolah tadi aku perasan kau pucat je.
Kau demam ke?" Soal Trisha.

Fiona menghela nafas "aku okey cuma pening sikit je" kata
Fiona perlahan

"Kau tahu kan yang kau boleh share semua kat aku"



Fiona mengeluh. Dia membuka mata "berita pasal raja Isaac
ada dekat gallery sejarah sekolah tu" gumam Fiona
perlahan.Trisha berkerut "maksud kau? Diorang paparkan ke?"
Soal Trisha.

Fiona menggeleng "tak bukan,akhbar tu ada dekat album and
dalam album tu memang diorang simpan berita-berita lama
and next page tu berita pasal-"

"Leyley?"

Fiona mengangguk. Dia membetulkan posisinya memandang
Trisha "Sha aku tak tahu kenapa budak kecil selalu muncul
dalam mimpi aku,selalu dalam fikiran aku,pasal raja Isaac
semua. Aku tak tahu kenapa. Apa sebenarnya diorang nak?"
Omel Fiona tanpa henti.

Trisha meraih tangan Fiona "no Fi listen! Diorang tu keluarga
kau! Budak kecil dalam mimpi kau tu sebenarnya kau!" Fiona
terkaku. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali "kau
bergurau kan?" Bisik Fiona.



Trisha menggelengkan kepala "dah lah kau jangan fikir lagi-"

Tangan Trisha segera ditepis "kau gurau kan?! Leyley dah mati!!
Aku Fiona bukan Leyley!! Please cakap dengan aku kau
bergurau!!" Suara Fiona naik seoktaf.Air matanya laju mengalir.
Dia tahu sebenarnya kanak-kanak perempuan itu adalah dirinya
tapi dia benci akan waktu kecilnya disebabkan masa kecilnya
itulah dia terpaksa berhadapan dengan masalah depression
yang perlu dia hadapi ketika meningkat remaja.

Dia benci masa kecilnya. Dia benci sejarah hidupnya,dia benci
bahawa dirinya seorang puteri,dia benci yang masa kecilnya
tidak seindah kanak-kanak lain,dia benci segala kisah silamnya
masih berlegar-legar di ruang pemikirannya. Dia benci semua tu!

"Fiona relax.Sokay,tiada siapa tahu kau sebenarnya Leyley. Kau
tak perlu beritahu diorang. Diorang semua anggap Leyley dah
lama meninggal. Sokay kau selamat" Trisha menarik Fiona ke
dalam dakapannya.



"Aku letih Sha. Aku letih. Aku minta sekali je semua ni tak
muncul dalam otak aku tapi diorang tak bagi aku rehat Sha.
Diorang benci aku hidup" Fiona menangis sepuas-puasnya. Dia
penat dengan permainan mindanya,Dia penat mengawal
khayalannya. Dia cuma ingin hidup seperti remaja biasa. Dia
ingin sekali sahaja lari jauh dan bebas dari masalah
depressionnya.

Hampir 8 tahun dia menderita seorang diri,tiada lagi mama
yang sering berbisik di telinga bahawa dia selamat,tiada lagi
tangan papa yang sering melindunginya. Tiada! Dia harus
meneruskan kehidpunnya seorang diri.

Air mata Trisha juga mengalir deras. Sudah lama Fiona tidak
berkeadaan begini. Selalunya Fiona yang sering
menenangkannya tapi harini Fiona yang perlu ditenangkan.

Dia tahu sahabatnya itu seorang yang kuat. Dia percaya
sahabatnya itu mampu menempuh semua ini tapi serba sedikit
dia bimbang dengan keadaan Fiona. Dia tidak mahu Fiona
kembali hanyut dalam kesedihan.



buat seketika rumah tersebut dipenuhi dengan tangisan
sebelum mereka berdua tertidur dalam keadaan itu.

Fiona ingin membuka lokernya namun sesuatu
memberhentikan perbuatannya.Dia mengambil sehelai kertas
yang tertampal di pintu lokernya.

problem will make you stronger~

-Ad tampan

Fiona berkerut seketika.Dia menoleh kepalanya ke kiri dan ke
kanan.Siapa Ad? Tak akan lah Adrian? Kalau betul dia,dia nak
apa sebenarnya?



"so ready nak start study?" Soal Trisha sambil merangkul leher
Fiona.Dia memandang kertas yang dipegang Fiona.

"problem will make you stronger? Fuyoo kau ada peminat lah!"
Trisha menepuk bahu kawannya berkali-kali.

"merepek je kau ni. Entah budak nakal mana yang letak kat sini"
ujar Fiona sambil membuka pintu lokernya. Kertas tersebut
diletak di dalam loker sebelum buku yang diperlukan diambil
dan pintu loker kembali ditutup.

"Btw siapa Ad? Adrian ke?" Soal Trisha kehairanan. Dia
berkerut memandang Fiona.

"Entah ye lah kot sebab aku pernah dengar kawan dia panggil
dia Ad" balas Fiona. Trisha tersenyum sendiri "kalau betul lah
dia bagi surat tu kat kau.Fuyoo Fiona! Power ah kau!"

Fiona tersenyum kecil. Dia memusingkan badannya menghadap
Trisha. Kedua-dua pipi Trisha dicubit "jangan nak berangan eh



Sha!" Pipi pau Trisha dilepaskan. Trisha menggosok pipinya
sambil mencebik.

"alahh why not? Lagipun aku tak pernah nampak kau couple"
Trisha menyinggung perlahan rakannya.

Fiona menggelengkan kepalanya sambil tersenyum "jangan
mimpilah! Dah jom masuk class nanti lambat pula" Fiona
menarik tangan Trisha dan mereka melangkah menuju ke kelas.

"bro!" Kepala Armin ditepuk.

Adrian melabuhkan punggung di sisi rakannya "kau pahal
bodoh?" Soal Armin sambil berkerut. Suka hati dia je tepuk
kepala aku. Banyak ilmu dalam tu tahu tak! Karang ilmu tu
hilang siapa nak menggantinya?!



"aku rasa aku setuju dengan cara kau!" Ujar Adrian sambil
tersengeh.

Armin berkerut "cara apa?"

"rapat dengan Fiona! Untuk tahu pasal dia dengan lebih
mendalam!"

Armin mencebik "kau pahal ni? yang kau beria nak tahu pasal
dia tu kenapa?"

Adrian mengangkat bahu "entah sebab dia buat aku tertarik
dengan dia"

"ke kau dh terfalling in lo-"

"no!" Adrian segera memotong percakapan Armin



"no love love.Adrian Faliq tak tahu apa itu cinta" bisik
Adrian.Armin menggulingkan bebola mata.Poyo je lah
kawannya ni

"suka hati lah Ad. Kalau kau dah tercinta dengan si Fiona tu aku
tak tahu eh" Pandangan kembali ke arah telefon bimbitnya.

"relax lah kau ni. Kalau Del tu pun aku tak cinta apa lagi budak
yang entah dari mana.Aku just nak tahu 'something' yang dia
sorok tu. Lepas aku tahu aku angkat kaki lah like sebelum-
sebelum ni" jelas Adrian dengan penuh excited.Dia tak sedar
perkara tersebut salah. Dia hanya mahu rapat dengan
seseorang untuk mengetahui rahsia gelap mereka. Selepas
segalanya jatuh pada tangannya dia akan tinggalkan mereka
like nothing happened.

Kemudian senang lah dia ugut mereka guna cara tersebut
ataupun jika mereka cari masalah dengan Adrian. Cara yang
diguna ialah dia akan sebarkan rahsia gelap mereka pada
semua orang.
So disgusting






☘︎ Start where you are. Use what you have. Do what you can



Fiona dan Trisha melabuhkan punggung di cafe.
"Kau tunggu jap aku belikan makanan" ujar Fiona. Dia
berdiri dan melangkah untuk membeli makanan namun
langkahnya terhenti apabila sekumpulan wanita menghalang
laluannya.



Fiona mendonggak memandang wanita-wanita tersebut. Dia
menggulingkan bebola mata. Dia bergerak ke kiri wanita
tersebut bergerak ke kiri apabila dia bergerak ke kanan wanita
tersebut turut bergerak ke kanan.

"apa masalah kau sebenarnya?" soal Fiona senada. Dia
memeluk tubuh memandang Dellyna.

Dellyna tersenyum sinis "kau yang bermasalah sekarang ni!"

Fiona berkerut "aku?aku yang bermasalah? Kau yang halang
laluan aku lepastu kau cakap aku bermasalah? Kau gila ke?"

"Kau jangan biadap dengan aku!" Dellyna menolak tubuh Fiona
menyebabkan Fiona terdorong ke belakang sedikit.

"Jangan sentuh aku" Fiona menepis tangan Dellyna daripada
bahunya.



"Fiona? Kau okey?" Trisha segera mendapatkan Fiona. Tangan
Fiona dipeluk erat.

"dari pertama kali korang jejak kaki dekat sekolah ni! Aku dah
benci korang! Lebih-lebih lagi bila aku dapat tahu yang Ad
berbual dengan kau!" Jerit Dellyna.Seisi cafe sudah memandang
ke arah mereka.

Fiona dan Trisha berkerut "kau kenapa? Tak akan lah dia tak
boleh berbual dengan orang. Apa masalah kau?"

"Aku benci tengok Ad rapat dengan perempuan lain!!"

Dellyna melulu ke arah Fiona. Tangan Fiona dicengkam kuat.
Fiona sedaya updaya melepaskan dirinya dari cengkaman
Dellyna. Walaupun ramai pelajar di cafe tapi tiada seorang pun
bangun dan menghalang tindakan Dellyna.

"lepaskan dia" Trisha membantu Fiona namun dia ditolak oleh
rakan Dellyna. Selamat tubuh Trisha menyembah tanah.



"Trisha!" Dengan kekuatannya, Fiona melepaskan dirinya dan
segera mendekati Trisha "kau okey?" Soal Fiona. Trisha
mengangguk lemah.

Adrian,Armin dan rakan-rakannya yang lain melangkah ke cafe
"apa kecoh-kecoh tu?" Soal Armin sambil berkerut.Dia
menjengah-jengahkan kepalanya.

Adrian mengangkat bahu "entah biasalah budak mentah
bergaduh jom lah kita makan" baru sahaja Adrian ingin
memulakan langkah sekali lagi Armin bersuara.

"itu Del tu,dia gaduh dengan siapa pula?"

Adrian memandang ke arah pelajar-pelajar yang sedang
berkurumun itu. Memang benar Dellyna ada di situ tapi dia
bertengkar dengan siapa?



mata Adrian masih melilau. Kemudian matanya tertancap
sesuatu.

Fiona dan Trisha.

Tanpa berfikir panjang dia segera berlari menuju ke arah
mereka

"eh Ad kau nak pergi mana?!" Laung Armin sebelum dia juga
mengikut Adrian.

"Kau sini!!!" Dellyna menarik Fiona jauh dari Trisha.

Air yang entah dari mana Dellyna dapat segera dilempar ke
arah Fiona. Fiona terkaku. Dia memandang bajunya yang sudah
basah dengan air sirap!

Tak sampai beberapa minit tubuhnya basah,Fiona terasa
sesuatu membaluti bahunya. Dia mendonggak memandang



Adrian di hadapannya. Adrian memberi blazer miliknya pada
Fiona.

"you kenapa Del?!" Adrian memandang Dellyna yang terkaku di
hadapannya. "Ad-Ad-you buat apa d-dekat sini?" Soal Dellyna.

Adrian menggelengkan kepala "ini cafe semua orang boleh
datang, yang you buli diorang ni kenapa?" Soal Adrian pula.
Wajahnya tenang namun nadanya sedikit tegas.

Trisha segera bangun dan mendekati Fiona.Kemudian tubuh
Fiona dipeluk erat. Dia memang takut situasi begini dan hanya
Fiona dapat menenangkannya.

"Ad?! Sejak bila you kisah kalau ada orang kena buli? You bukan
ke malas nak masuk campur urusan orang?" Dellyna berkerut
memandang Adrian.

"itu dulu bukan sekarang. Sekarang you yang kena ubah diri you.
Stop lah buli orang Dellyna" ujar Adrian sebelum dia meraih
tangan Fiona dan membawanya ke bilik persalinan wanita.



Fiona memegang erat tangan Trisha,dia menarik Trisha
bersamanya. Armin mengikut mereka.

Mereka berhenti melangkah "ni bilik persalinan perempuan.
Dalam ni ada baju kau try cari saiz kau" kata Adrian.Fiona
memandang Adrian kemudian dia memandang Trisha.

Selepas beberapa saat dia mengangguk kepala dan membawa
Trisha masuk ke bilik tersebut bersamanya.

"well,well,well" Armin tersengeh memandang Adrian.

Adrian memandang Armin. Dia mengelengkan kepalanya. Ada
sahaja benda yang mahu disakat.

"Apa?" Adrian memeluk tubuh memandang Armin. Armin
masih tersengeh "first time aku nampak kau bagi orang blazer
kesayangan kau tu"



Adrian berkerut "dah dia basah en aku bagi lah" balas Adrian
senada sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Armin.

Armin menggulingkan bebola mata. Bukannya dia tak kenal
sahabatnya itu. Mana pernah dia masuk campur kalau ada
orang kena buli. Entah apa kena dengan dia harini ini tiba-tiba
selamatkan si Fiona dengan Trisha pula.

Fiona membetulkan sedikit baju barunya. Bajunya yang basah
diletakkan di dalam beg plastik."kau okey?" Soal Trisha sambil
membetulkan sedikit rambut panjang Fiona. Fiona menghela
nafas sebelum perlahan-lahan dia mengangguk.

"Tengok tangan kau dah merah dah ni" Trisha memuncung
"sokay lah sikit je ni,tak sakit mana pun" balas Fiona sambil
tersenyum kecil.



"kau okey tak tadi kau jatuh kan?"

Trisha mengangguk "aku okey"

Trisha terpandang blazer milik Adrian yang dipegang Fiona "tu
kau nak bagi dia bila?" Soal Trisha.Fiona memandang blazer
tersebut "bila kita jumpa dia nanti" balas Fiona.

Trisha meraih tangan Fiona "aku takut lah kalau perempuan tu
serang kau lagi" Fiona mengangkat kening,dia mengukir
senyuman "apa nak takut? Dia serang kita,kita kena serang dia
balik" Dia menyiku Trisha perlahan.

Fiona mahu sahabatnya berani berdiri dan mempertahankan
diri. Dia tak mahu Trisha berserah dan rela dirinya di pukul. Dia
tak mahu tubuh Trisha menjadi tempat melepaskan amarah
sebab itu dia perlu berani untuk menunjukkan pada Trisha
bahawa dia juga boleh dan perlu mempertahankan dirinya.
Bukan setiap saat Fiona bersamanya jadi Fiona bimbang akan
keselamatan rakannya itu.



"kau jangan bagi diorang sentuh kau okey? Kalau diorang apa-
apakan kau kalau boleh kau lawan kau lawan jangan tunjuk
dekat diorang yang kau lemah" Fiona mengelus lembut rambut
Trisha. Trisha menganggukkan kepala.

"dah jom keluar" Mereka berdua melangkah keluar dari bilik
persalinan. Blazer milik Adrian masih dipegang erat.Tunggu
masanya dia perlu pulangkan blazer itu kepada tuannya semula.






☘︎You will never reach higher ground if you are always
pushing others down.



Adrian mengalihkan pandangannya daripada skrin
telefon bimbit, dia mendonggakkan kepala apabila
seseorang menghalang laluannya.
Senyuman senget serta merta terbentuk di bibirnya. "Yes?"
Soalnya sambil tersenyum.



Fiona menggulingkan bebola mata. Dia menghulurkan blazer
kepunyaan Adrian "ni blazer kau" kata Fiona senada. Adrian
mengambil blazer miliknya.

"Terima kasih" gumam Fiona perlahan. Adrian mengangkat
sebelah keningnya "ha apa dia?" Padahal dia dengar je apa
yang dikatakan Fiona tapi niatnya saja mahu menyakat wanita
di hadapannya ini.

"Terima kasih!" Suara Fiona sedikit kuat dari sebelumnya.
Senyuman Adrian kian melebar "apa lagi sekali tak dengar!" Dia
merapatkan telinganya pada Fiona.

Fiona berkerut. Pipi Adrian ditampar perlahan. Adrian
menggosok pipinya.

"kau jangan buat-buat pekak karang pekak betul-betul aku tak
tahu!" jari telunjuknya di tunding ke arah Adrian. Adrian masih
mengukir senyuman nakal.



Jari Fiona telunjuk digengam "kalau aku pekak kau still nak
berkawan dengan aku tak?" Soal Adrian menggunakan suara
romantiknya. Biasanya apabila Adrian menggunakan siara
romantiknya itu pasti membuat wanita cair.

Fiona terkaku seketika.Dia memandang anak mata Adrian.
Senyuman Adrian semakin lebar.Mesti dah Fiona ca-

"tak!"

-ir.Ouch.

Fiona melepaskan jarinya dari gengaman Adrian kemudian dia
melangkah meninggalkan Adrian yang masih terkaku.

Double ouch.

jangan kata yang-



dia kene rejected?

Adrian Faliq kene rejected?

Adrian menggosok tengkuknya bagi menghilangkan suasana
kekok. Dia memandang sekeliling, ada juga beberapa pasang
mata memandangnya.

Adrian menutup wajahnya menggunakan buku yang dibawa
sebelum dia melangkah pergi.

Punggung dilabuhkan di sisi Armin. Armin memandang
rakannya sebelum pandangannya teralih pada blazer yang
berada di tangan Adrian.



"aik bila Fiona bagi blazer kau tu?" Soal Armin pelik. Adrian
menghela nafas.

"tadi"

Dia memandang wajah Adrian. Kening diangkat "yang kau muka
macam cencurut ni kenapa?"

"aku sekarangkan dalam proses nak rapat dengan Fiona"

Armin mengangguk faham, air dihadapannya disedut.

"jadi aku offer lah dia jadi kawan aku"

Armin mengangguk lagi

"tapi"



"tapi?"

"tapi dia rejected aku!"

Armin membulatkan mata sebelum dia menghamburkan
tawannya "kau kene rejected?!!!" Soalnya sebelum dia
menyambung tawaannya.

Suara Armin yang kuat itu menyebabkan mereka menjadi
perhatian di dewan itu.

Adrian menekup mulut Armin "diam bodoh semua tengah
tengok kita!" Bisik Adrian.

Armin memerlahankan suaranya tapi sisa tawanya masih ada
"aku dah agak dah dia mesti lain dari yang lain" ujar Armin
sambil menepuk bahu Adrian berkali-kali.



"susah lah aku macam ni. Selalunya orang yang offer aku ni aku
pula yang kene offer diri aku" Adrian berdecit.Dia menggaru
kepalanya yang tidak gatal.

"Kau kena lah usaha lebih sikit kalau dah tahu dia macam tu
ataupun kau lupakan lah niat kau tu!"

"No! Kau macam tak kenal aku. Adrian Faliq kalau dia nak
something dia pasti akan dapat!" ujarnya bangga.Armin
menggulingkan bebola mata.

Mula lah sesi masuk bakul angkat sendiri. Adrian memang tak
sah kalau tak memuji dirinya. Naik muak Armin dengar.

Armin tidak menghiraukan rakannya.Dia kembali menyedut
airnya sehingga habis.



Fiona memakai hoodie kuning miliknya,mask bewarna hitam di
pakai. Topi adidas kemas terletak di atas kepalanya. Tangan
dimasukkan ke dalam kocek hoodie.

Setelah beberapa minit dia melangkah akhirnya langkah
dihentikan. Fiona mendonggak memandang istana lama
dihadapannya.

Ye itulah kediamannya dahulu. Selepas sahaja kejadian
berdarah itu berlaku,istana tersebut dikosongkan dan tidak
digunakan lagi.

Dia sendiri tidak tahu di mana istana baru. Istana lama tersebut
dipandang dengan rasa sayu.

apa punca istananya diserang? Kenapa mama dan papanya
dibunuh?

Fiona tahu ramai orang berangan mahu jadi anak raja namun
hakikatnya mereka tak tahu kesulitan menjadi anak raja.



dikurung di istana,langsung tak dibenarkan keluar demi
keselamatan diri. Tatasusila juga harus dijaga,tidak dibenarkan
berjumpa orang luar,tidak boleh keluar istana sesuka hati,tak
boleh pakai pakaian yang bertentangan protokol istana,tidak
boleh hidup seperti kanak-kanak lainnya.

kehidupan begitukah yang mereka impikan? Benarlah manusia.
Mereka hanya ingin title sebagai anak raja hanya untuk
perhatian.

Tapi sedikit pun mereka tidak tahu yang bertapa susahnya
dirinya dahulu menjadi anak raja. Berbeza dengan sekarang.
Sekarang dia bebas. Bebas dari bodyguard,bebas dari undang-
undang ketat istana,bebas dari segalanya.

Duduk di istana bagaikan hidup di almari kaca. Kau boleh
nampak luar tapi kau tak boleh sentuh,tak boleh pegang,tak
boleh dekat,tak boleh itu, tak boleh ini.



Sejujurnya walaupun dia bebas namun dia rindu akan
kehidupannya di istana. Sekarang dia tidak mendapat sebarang
sokongan dari orang tersayang.

Tapi sampai bila? Sampai bila dia perlu jalani hidup seperti ini?
Dibelenggu dengan masalah depression.

Sudah lama sebenarnya Fiona tidak keluar dari rumah. Dia
keluar hanya untuk pergi kerja,sekolah dan melawat istana
lamanya. Dia mahu sekali menziarah pusara mama dan
papanya tapi di mana? dia sendiri tidak tahu di mana kedua
orang tuanya dikebumikan.

Pihak istana langsung tidak mendedahkan lokasi pusara kedua
ibu bapanya tapi dia tahu reason mereka. Itu semua untuk
keselamatan. Well,itulah yang sering dikatakan oleh mereka
sewaktu dia masih kecil. Semuanya sebab keselamatan.

Fiona menyambung langkahnya. Kepala ditundukkan. Jauh dari
sudut hatinya dia benci kehidupan manusia sekarang.



Ambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Mana pergi
perasaan kemanusian mereka? Kenapa sanggup sakitkan orang
lain demi kepuasan diri? Manusiakah tu?

dia ingat lagi ketika di sekolah lamanya,Salah seorang mangsa
buli di sekolah lamanya sanggup mengambil nyawanya sendiri
dengan menggantung dirinya. Sebab apa? Sebab tak tahan
dibuli.

Dia dibuli sebab dia bukan dari keluarga yang kaya raya.

Fiona mengangkat kepala apabila dia mendengar suara
tangisan.

Seorang budak lelaki dikerumuni oleh 3 orang budak lelaki
lainnya. Buku sudah bersepah di atas tanah.

Langkah segera dibawa mendekati 4 orang kanak-kanak lelaki
itu. Buku yang berterabur segera dikutip.



"lama dah buat kerja ni?" Soal Fiona senada. 3 orang pelajar
lelaki itu terdiam seketika. Nampak macam mereka takut.
Baguslah kalau macam tu.

"dapat apa buli orang ni? boleh share?"

"Urmm.."

"dapat duit ke? Ke kereta mewah? rumah banglo? Ke
atenttion?"

Mereka memandang sesama sendiri "akak ni siapa?" Soal salah
seorang dari mereka.

Fiona mengukir senyuman sinis "seorang manusia yang concern
pasal manusia lain" Buku yang dipegang dihulurkan pada budak
lelaki di sisinya.

"buli dia sebab dia suka baca buku ke?" Soal Fiona. Sekali lagi
mereka terdiam.



"korang budak lagi masih banyak benda yang korang akan
jumpa bila kau membesar. Jangan buat benda bodoh ni
lagi.Minta maaf dekat dia"

3 orang budak lelaki tersebut menundukkan kepalanya sebelum
mereka meminta maaf kepada mangsanya.

"Dah pergi balik rumah. Ingat jangan buat benda lagi" Mereka
mengangguk kepala dan melangkah pergi.

sekarang hanya tinggal Fiona dan mangsa buli tersebut.

"you must learn how to stand up and defend yourself boy" ujar
Fiona sambil tersenyum. Dia menyenggol perlahan pelajar lelaki
berkenaan.

Pelajar tersebut mengangguk kepala "terima kasih kak" ujarnya
sebelum dia juga melangkah pergi.



Fiona menggelengkan kepala perlahan.This world is getting
scary.




☘︎You cannot change the people around you, but you can
change the people you choose to be around





Eee lepaskan dia!" Fiona mendekati Dellyna namun dia
ditahan oleh dua orang kawan Dellyna menyebabkan
pergerakkannya terbatas.
Dellyna menghamburkan tawa "kawan kau yang kau sayang
sangat ni?" Dellyna bercangkung di hadapan Trisha yang sudah
menangis.



"lemah!" kepala Trisha ditolak menyebabkan Trisha terjatuh ke
lantai.

"kau sebenarnya yang lemah!" Ujar Fiona. Dellyna memandang
Fiona "excuse me?"

"Orang yang lemah tu kau! Orang yang suka buli orang lain
memang orang yang lemah!"

"Shut u-"

"orang yang berani tak akan ambil kesempatan ke atas orang
lain. Hanya orang lemah yang buli orang sebab apa? Sebab dia
tak nak tunjuk kelemahan dia sendiri. Dia buli orang sebab dia
nak proof kat orang yang everybody should respect dia but
no.Dia salah!"

Mereka sudah terkaku.



"kalau kau rasa dengan membuli nampak diri kau hebat kau
salah Del kau salah. Pulling someone down will never help you
reach the top! Unless everybody will hate you. Its not cool to
bully others. Orang yang suka buat orang lain rasa sakit
sebenarnya dia yang sakit.Sakit mental!"

"How dare y-"

"orang yang betul-betul hebat tak akan jatuhkan orang lain
melainkan dia bantu orang lain. Orang yang macam kau ni
bukan orang yang hebat and tak akan jadi hebat. Orang macam
kau buli orang lain sebab orang tu lagi bagus dari dia.You all are
nothing than piece of shit"

"f**k you!!" Dellyna melulu ke arah Fiona. Fiona menutup
matanya. Dia redha apa sahaja yang diberi sebab dia sudah
tidak mampu mempertahankan dirinya. Kedua tangannya
sudah dikunci oleh rakan-rakan Dellyna

"Del!!"



Suara tersebut mampu membuat Dellyna berhenti melangkah.
Fiona membuka mata,dia memandang ke arah suara tersebut.

"wtf Del?" Armin memandang Dellyna sambil berkerut.

"what are you doing Del?" Soal Adrian pula. Matanya teralih
pada Fiona "let her go" ujarnya senada dan dua wanita tersebut
dengan segera melepaskan Fiona.

Fiona segera bangun dan mendekati Trisha. Tubuh Trisha
didakapnya. Trisha membalas pelukkan Fiona,erat tubuh Fiona
dipeluknya.

"Ad i-"

"what now?" soal Adrian lagi,nadanya kedengaran cool tapi
wajahnya bengis memandang Dellyna.

"I tak faham dengan you ni Ad. Dulu you tak pernah kisah kalau
i-"



"Yes itu dulu not now.Now i kisah! Puas hati you sekarang?"
Dellyna masih terkaku.Dia menggelengkan kepalanya "what on
your freaking mind?!!" Jeritnya.Air matanya mengalir deras.

"soalan tu patut untuk you bukan i.From now on i kisah kalau
you buli orang and i dont like it.Happy?" soalnya sebelum Armin
mendekati Fiona dan Trisha. Trisha mengengam erat baju Fiona.

"kau okey?" soal Armin. Fiona memandang Trisha yang masih
menyembunyikan pandangannya daripada Armin.

Trisha memandang Fiona "tu tangan Fi" ujarnya perlahan
sambil jari telunjuknya menunding ke arah pergelangan Fiona
yang tertutup dengan baju.

"jom pergi bilik kesihatan" ujar Armin. Fiona mengangguk dan
melangkah membuntuti Armin menuju ke bilik kesihatan. Tak
lama kemudian Adrian mengikuti mereka meninggalkan Dellyna
bersama kawan-kawannya.


Click to View FlipBook Version