"you dah tak sayang i Ad!" Ujarnya dengan nada terketar-ketar.
Saja meraih perhatian Adrian. Adrian menghela nafas.
"Del i just making friends.I boleh berkawan dengan sesiapa je
yang i nak" ujar Adrian perlahan. Belakang tubuh Dellyna
digosok lembut.
"i need you Ad.Dulu bila i need you,you always ada dengan i but
now you dah sibuk dengan perempuan tu" kata Dellyna.
Memang Adrian tidak cintakan Dellyna tetapi dia sayang akan
wanita ini. Walaupun Dellyna sering membuat Adrian rimas tapi
sejak kecil Dellyna menjadi peneman setia Adrian. Sejak kecil
Dellyna sentiasa bersama Adrian.
Adrian merasa sedikit serba salah "Del im sorry.Okey macam
ni.You can find me if you need me okey? I promise"
Dellyna mengangguk perlahan.Lama-kelamaan bibirnya
tersenyum sinis.
Selepas salin pakaian di bilik persalinan pelajar wanita akhirnya
Fiona,Trisha dan Armin menuju ke cafe.
punggung dilabuhkan. Fiona menghela nafas,wajah
diraup,mata dipejamkan.
"Fi kau okey?" Soal Trisha bimbang. Dia mengosok perlahan
bahu Fiona. Fiona mengangkat kepala. Dia memandang wajah
gusar Trisha.
Fiona tersenyum kecil "aku okey" balas Fiona perlahan.Dia
meraih tangan Trisha "kau okey tak?" Soal Fiona. Trisha
mengangguk kepala.
"kau nak makan Fi? Aku beli kan sekali" ujar Armin. Fiona
menggelengkan kepala "no thanks just beli kan nasi goreng
untuk Trisha je boleh?"
Armin mengangguk kemudian dia melangkah pergi untuk
membeli makanan.
"kesian kau. Kau tak cari pasal pun" Trisha memuncung. Fiona
tersenyum kecil "sokay lah aku dah biasa. Dah tak payah fikir
lagi lah"
Trisha mengangguk. Bahu Fiona dipeluk erat.Fiona mengukir
senyuman. Kepala Trisha digosok perlahan.
•
•
•
☘︎Our greatest glory is not in never falling, but in rising every
time we fall.
Fiona memakai hoodie oversizenya.
Hoodie bewarna pink tersebut ditarik sedikit menutupi kepala.
Rambut panjangnya dibiar tidak diikat. Mask bewarna hitam
dipakai.
Selalunya kalau Fiona keluar untuk jalan-jalan hirup udara segar
atau pergi ke mana-mana sahaja memang dia selalu memakai
mask agar wajahnya tertutup (bukan sebab covid.Anggap je
time ni bukan zaman covid.Kene libas karang)
Fiona merasakan apabila dia memakai mask dia rasa sedikit
selamat,dia rasa insecuritynya menurun.
Dia terasa bagai dia jauh dari dunia yang dipenuhi manusia
toxic. Kalau boleh dia mahu duduk di tempat yang tiada dengan
hasad dengki manusia,perasaan manusia yang suka judge,sikap
menjengkelkan manusia.
Tiap kali dia di khalayak ramai dia rasa tidak selamat. Hari demi
hari Fiona sedar,jauhkan diri dari manusia boleh buat dirinya
tenang.
Dia ingat lagi ketika umur 13 tahun. Dia hampir-hampir bunuh
diri sebab dia sudah tidak tahan dengan masalah depressionnya.
Setiap kali dia ingin berkongsi masalah setiap kali itu dia akan di
judge.
Setiap kali Fiona memberitahu seseorang bahawa dia
mengalami depression,dia pasti akan
diperli,diketawakan,dipandang serong. Kata mereka Fiona
hanya ingin meraih perhatian,meraih simpati,kehausan kasih
sayang,mengada.
Dia tak akan jauhkan dirinya dari manusia sekiranya perhatian
yang diraih. Dia tak akan bekerja keras melawan suara-suara
yang menganggunya kalau simpati dari orang ramai yang diraih.
Dia tak akan menolak lelaki-lelaki yang mahu mendekatinya
kalau dia kehausan kasih sayang. Dia tak akan pendam segala
masalahnya kalau dia mengada seperti yang dikatakan orang
ramai.
Sebab itulah Fiona lebih suka menyendiri,untuk apa dia bergaul
dengan orang lain kalau makian dan hinaan yang diberi. Buat
apa dia berharap orang lain akan membantunya kalau mereka
makin menambah tekanan buat dirinya.
Sejak kecil dia berharap agar hati mereka yang diluar sana
terbuka untuk membantunya. Namun dia bukan dilindungi
malah disakiti.
Bayangkan gadis berumur 8 tahun terpaksa hidup sebatang
kara tanpa sesiapa membantunya. Mana pergi keprihatinan
manusia yang sering ditayang di kaca tv dan media social? Atau
itu hanyalah lakonan semata-mata hanya untuk meraih publisiti?
Fiona melangkah masuk ke salah satu kedai runcit. Sebungkus
roti dan air mineral dicapainya kemudian di menuju ke kaunter
pembayaran,duit dihulur sebelum dia melangkah keluar.
dia melangkah beberapa tapak sebelum langkahnya dihentikan
"makan dulu makcik. Jangan lupa rehat" Mask diturunkan
kemudian Fiona mengukir senyuman manis.
Makcik yang berumur kira-kira 60 an itu mengambil roti dan air
yang dihulur Fiona "terima kasih nak" dia juga mengukir
senyuman.
Fiona kembali melangkah selepas dia memandang makcik
tersebut buat kali terakhir. Dia faham perasaan makcik tersebut.
Dulu dia sering mengimpikan insan yang berhati mulia
menghulurkan makanan kepadanya tat kala perutnya meronta
minta diisi.
namun figura kecilnya langsung tidak dihiraukan. Jangan kata
kan bagi makanan. Pandang pun tidak.
tapi dia yakin masih ada manusia yang berhati mulia di luar
sana cumanya spesis mereka kian pupus. Dunia ni sekarang
sudah dibanjiri manusia yang ketagihkan perhatian. Kadang-
kadang buat baik pun nak upload social media.Motif? mestilah
nak dapat like bro!
Fiona berhenti melangkah.Dia mendonggak memandang figura
yang menghalang laluannya.
"Seorang je?" Lelaki tersebut tersengeh. Fiona mengulingkan
bebola mata "mana ada seorang.Tak nampak ni ada ramai?"
Fiona berloyar buruk.
lelaki tersebut menghamburkan tawa "amboi loyar buruk kau
eh" Adrian menghampiri Fiona.
Hoodie Fiona ditarik lembut agar wajah wanita tersebut
tertutup "kau buat apa jalan seorang-seorang,bahaya la"
ujarnya sambil memandang wajah Fiona.
"aku bosan duduk rumah. Aku rasa aku tenang sikit kalau aku
keluar" balas Fiona.
Adrian mengangguk faham "jom aku bawa kau tempat best"
Tangan Fiona diraih sebelum mereka berdua memulakan
langkah.
"Pergi mana?" Soal Fiona sambil berkerut
"ikut je lah" balas Adrian ringkas. Fiona mencebik.
"mana kereta kau?" Soal Fiona.
"aku parking jauh sikit. Apa? Kau ingat kau seorang je yang
boleh jalan kaki? aku pun boleh!" Ujar Adrian.
selepas beberapa minit mereka berdua berjalan akhirnya
mereka tiba di lokasi yang dituju.
Mulut Fiona ternganga sedikit "cantiknyaa" bisiknya.
Dia memandang taman tersebut yang penuh dihiasi
bunga,lampu yang dililit di pokok,rama-rama juga berterbangan
di sana sini. Kemudian ada beberapa bangku,sedikit ruang
untuk taman permainan.
namun apa yang paling menarik ialah lampu.Lampu warna
warni yang dipacak disana sini,di lilit di pokok dan tiang
menanpakkan taman tersebut meriah dan cantik.
Fiona segera melajukan langkah menuju pokok yang berlampu
tersebut. Dia teruja dengan kecantikkan lampu tersebut.
"cantiknya tempat ni Ad. Asal selama ni aku tak tahu tempat ni
wujud?"
Adrian ketawa kecil. Dia mendekati Fiona "mana kau nak tahu
kalau 24 jam terkurung je dekat rumah" ujar Adrian selamba.
Fiona melepaskan tamparan perlahan di bahu Adrian.
Adrian menghamburkan tawa "aku selalu pergi sini kalau aku
tengah stress,kau tau lah kita ni duduk bandar so sekali sekala
dikelilingi pokok macam ni dapat release tension tau" kata
Adrian.
Fiona mengukir senyuman kecil. Ada betulnya juga apa yang
dikatakan Adrian. Fiona juga merasa tenang di sini. Terasa
dirinya sedikit keluar dari zon depressionnya.
"aku faham kenapa kau tutup-tutup macam ni kalau kau keluar"
Fiona memandang Adrian. Adrian tersenyum kecil.
"Sebab kau insecure" ujarnya sambil membetulkan hoodie
Fiona sekali lagi agar hoodienya menutupi wajah Fiona seperti
yang dia inginkan.
"sometimes kau kena open kan diri kau kat orang lain juga. Kau
tak boleh selama-selamnya macam ni. Kalau kau selalu
menyendiri aku rasa depression kau makin bertambah. Kau
kena selalu berbual dengan orang. Majukan diri kau untuk
bergaul jadi kau takdelah selalu seorang diri je" jelas Adrian. Dia
merangkul bahu Fiona.
Dia cuba mendorong wanita tersebut keluar dari zon selesanya.
Kalau selama-lamanya kita dalam zon selesa memang diri kita
tak akan maju ke hadapan.
"aku dah biasa hidup seorang. Takde masalah pun aku. Masa
aku perlukan orang takde pula orang datang" gumam Fiona.
Serba sedikit menampar Adrian. Adrian tidak tahu apa yang
dialami wanita ini sehingga dia tidak mahu mendekatkan diri
dengan orang.
"Aku tahu Fi kau dah hadap banyak benda tapi kau kena keluar
dari zon selesa kau. Itu juga salah satu cara untuk kau lawan
depression and anxiety yang ada. Kau tak boleh lawan diorang
kalau kau tak try"
Fiona menghela nafas seketika "bagi aku masa. Aku try tapi
bukan sekarang"
Adrian tersenyum kecil "macam tu lah! Dah jom aku belanja
aiskrim" dia merangkul bahu Fiona dengan erat dan membawa
wanita itu pergi.
•
•
•
☘︎ I think that little by little I’ll be able to solve my problems
and survive
Fiona berkerut,kenapa semua mata-mata memandang ke
arahnya.
Ada segelintir daripada mereka berbisik sesama sendiri.
Langkah Fiona terhenti. Dia memandang pintu lokernya. Trisha
di belakangnya "siapa buat semua ni?" Trisha memegang bahu
Fiona.
"aku akan pasti kan hidup kau merana Fiona!"
Sehelai kertas yang bertulisan merah di atasnya tertampal elok
di pintu loker Fiona. Fiona terkaku,dia dapat merasakan saluran
pernafasannya kian sempit.
"Fi pandang aku Fi" tangan Fiona digoncang kuat namun Fiona
masih berdiri tegak memandang kertas tersebut.
Mujur sahaja tidak lama kemudian Adrian dan rakan-rakannya
muncul "Ad tolong aku Ad!" Jerit Trisha. Adrian mendonggak
memandang Trisha sebelum dia terus berlari mendekati dua
wanita tersebut diikuti rakan-rakannya.
Mereka berlima berhenti melangkah. Mata terbuntang
memandang nota tersebut. Dengan segera Adrian menarik
Fiona ke dalam dakapannya. Wajah Fiona disembam pada dada
bidang Adrian agar dia tidak terus terusan merenung nota
tersebut. Adrian bimbang nota tersebut menganggu fikiran
Fiona.
Pada masa yang sama Armin mengoyakkan kertas tersebut dari
loker Fiona. Helaian tersebut dikoyakkan dan direnyukkan
kemudian dibaling tepat memasuki tong sampah.
"Fiona okey tak tu?" Soal Darwish salah seorang sahabat Adrian.
Armin,Darwish,Ariana dan Fadyad.Adrian hanya mempercayai 4
orang itu sahaja mendekati Fiona dan Trisha.
Adrian mahu Fiona dan Trisha bergaul dengan mesra. Jadi dia
menceritakan serba sedikit tentang Fiona dan Trisha kepada
mereka.
Kawan-kawannya yang lain langsung tidak terniat untuk
mengizinkan mereka mendekati Fiona dan Trisha kerana Adrian
tahu mereka talam dua muka. Sebenarnya mereka yang lain tu
berkawan dengan Adrian hanya untuk menumpang popularity
Adrian, bukannya Adrian tidak tahu kalau dibelakang Adrian
mereka akan kutuk,mengumpat,fitnah Adrian.
Cumanya dia malas nak ambil tahu. Kalau itu bukan mereka
bahagia jadi buatlah. Adrian langsung tidak terkesan dengan
cerita murahan mereka.
"Nak bawa dia pergi bilik kesihatan ke Ad?" Soal Armin.
Fiona meleraikan pelukkan. Dia memejam matanya.Nafas cuba
dikawal "aku okey" ujar Fiona sambil memicit kepalanya.
Kepalanya masih ditundukkan.
"Nah minum air ni dulu" Adrian memberi Fiona sebotol air
minuman yang dihulur Trisha. Rambut Fiona disekanya untuk
memudahkan Fiona meneguk air tersebut.
"kita makan dulu. Isi perut kau eh?" Adrian menundukkan
sedikit memdandang wajah Fiona. Fiona mengangguk perlahan.
"kau dah makan?" Adrian memandang Trisha. Trisha
menggeleng "takpe kita pergi cafe makan dulu" ujar Adrian.
Tanpa berfikir panjang Fiona mengengam erat tangan Adrian.
Tangan kirinya pula dihulur pada Trisha.Trisha mencapai tangan
Trisha kemudian dia berjalan di sisi Fiona
"kau okey?" Bahu Fiona digosok lembut. Fiona mengangguk
sambil tersenyum.
Setelah tiba di cafe Adrian membawa Fiona dan Trisha duduk di
mejanya iaitu meja belakang
"uish Ad bawa 'chick' baru nampak" sakat Aaron sebelum
sekumpulan lelaki di meja tersebut menghamburkan tawa.
"diam lah kau. Kau jaga je Jane kau tu elok-elok. Sibuk hal orang
je" balas Adrian sebelum sekali lagi cafe tersebut gema dengan
suara tawaan mereka.
"Ni kenalkan Darwish,Fadyad dengan Ariana" Mereka bertiga
mengukir senyuman.
Fiona dan Trisha memeperkenalkan diri mereka sambil
mengukir senyuman.
"untuk pengetahuan kau perempuan sekor ni-" belum sempat
Adrian menghabiskan ayatnya, Ariana terlebih dahulu
memotong.
"Saya adik kesayangan, adik yang berguna dan adik yang baik
kepada Adrian" ujarnya sambil tersengen lebar.
Fiona ketawa kecil. Cantik wajahnya dan Fiona dapat
merasakan bahawa dia seorang yang baik dan Fiona boleh
merapatkan dirinya dengan Ariana.
Adrian menepuk perlahan kepala adiknya "orang tua-tua borak
jangan menyampuk!" Ujarnya sambil memeluk tubuh. Ariana
mencebik.
"Siapa tak kenal Ariana Julians ni. Mulut tak boleh stop
bercakap" ujar Armin yang elok tertonggok di atas meja makan
mereka.
Amboi eloknya perangai.
"Kau dah kenapa sibuk dekat sini? Selalu kau dengan geng-geng
kau tu" sampuk Fadyad pula. Dia turut mengikut Armin duduk
di atas meja.
tiada seorang pun menegur mereka untuk turun dari meja
tersebut. Memang sah segala perbuatan mereka langsung tidak
dipertikaikan.
"Eh biarlah aku nak sibuk pun. Lagipun abang aku suruh kan"
Ariana menggulingkan bebola kata. Ariana juga antara pelajar
wanita paling terkenal di sekolah itu. Popularitynya setanding
Dellyna tetapi disebabkan Ariana lebih muda jadi Dellyna sekali
gus dianggap akak idola kerana dia senior.
"Ad suruh? Why? Selalu kau tak suka kalau ada budak ni" ujar
Darwish pula. Adrian mengangkat bahu. Belum sempat dia
menjawap pertanyaan Darwish,adiknya sekali lagi
memotongnya.
"Adrian kata dia nak aku teman Fiona dengan Trisha sebab tu
lah! Tak akan nak suruh korang pula yang berborak dengan
akak berdua ni!" Ariana menggulingkan bebola mata.
Fiona tersenyum kecil "aku okey lah. Aku ada Trisha apa,jangan
lah halang adik kau nak lepak dengan kawan-kawan dia" ujar
Fiona.
Dia tak nak pula disebabkannya Ariana terpaksa mengikut
abangnya untuk menemani Fiona dan Trisha. Ariana pun mesti
ada kawan yang ingin dia bersama.
"takpe lah. Dia memang kadang-kadang lepak dengan aku tapi
selalunya aku halau dia" balas Adrian. Dia melabuhkan
punggung di sisi Fiona.
Fiona memandang wajah Adrian. Dia masih serba salah. Dia tak
nak menyusahkan sesiapa lagi. Cukuplah dia dah menyusahkan
ramai orang sepanjang dia hidup.
Adrian mengelus lembut kepala Fiona. Dia mengukir senyuman
"sokay. Jangan risau,dia okey. Kita order makan dulu eh" lama-
kelamaan Fiona menganggukkan kepala. Dia mengukir
senyuman kecil.
"ah takde-takde aku team Fiona dengan Trisha!" Ariana
merangkul tangan Fiona dan Trisha.
Kedua wanita itu hanya mempu ketawa dan tersenyum.
Adrian dan Armin mencebik "ala apa ni Ria! Kau ni sibuk la"
Adrian memeluk tubuhnya. Mereka sedang bermain
badminton. Selalunya badminton main satu team 2 orang kan?
Ha ini kita main 1 team 3 orang! (we doing in author way!)
Fiona,Trisha dan Ariana satu team manakala Adrian,Armin dan
Darwish satu team.
Fadyad jadi pengadil.
"Fine! Kalah jangan menangis eh!" Ujar Adrian
Fiona mencebik "kita tengoklah siapa yang menangis nanti"
balas Fiona "yahhhhh thats right" Ariana memeluk Fiona erat.
"amboi cofident. Takpe aku suka" ujar Armin. Dia menepuk
bahu Adrian sambil mencebik ke arah team wanita.
tanpa sedar sudah beberapa jam mereka bergelak tawa sambil
aktif bermain badminton.
"ha ambik" Adrian melibas kuat bulu tangkis yang tiba di
raketnya. Bulu tangkis tersebut laju menuju ke arah team
wanita.
Belum sempat Fiona sempat mengejar dia sudah jatuh
tersungkur akibat berdiri tidak stabil. Bulu tangkis tersebut
selamat sampai di dalam garisan. Aduh tak akan kalah pula!
"Fi!" Trisha menutup mulutnya melihat Fiona yang rebah di atas
gelanggang.
"Omg Fiona!" Adrian segera mendekati Fiona. Dia bercangkung
di hadapan Fiona. "kau okey tak ni? Sorry sorry" Wajah Adrian
sudah diselubungi kebimbangan.
"aku okey" balas Fiona. Tanpa disedari. Fiona membaling bulu
tangkis tersebut "tangkap!" Laungnya
Trisha memukul bulu tangkis tersebut. Darwish dan Armin yang
langsung tidak bersedia hanya memandang bulu tangkis
berkenaan dengan kepasrahan
"pweeeet team perempuan 22 team lelaki 20" Fadyad
meniupkan wisel. Adrian tercenggang.
"yay kita menang" Trisha dan Ariana berlari mendekati Fiona
lalu tubuh Fiona dipeluk.
"eee mana boleh macam tu! Kitaorang tak ready pun. Lagipun
Ad kat sana!" Protes Armin.
"Siapa suruh korang tak ready" ujar Trisha sambil ketawa.
"lagipun Ad kat situ. Fiona pun kat situ. So fair lah 2 lawan 2.
Jadi kitaorang menang!" Balas Ariana.
Darwish dan Armin mencebik. Malas nak gaduh dengan
perempuan memang jawapannya mereka akan menang jugak
nanti.
Adrian segera berdiri. Dia membuang kotoran di tapak tangan
dan seluarnya
"tolong lah aku" Fiona memuncung. Adrian menggulingkan
bebola mata namun tangan Fiona masih ditarik lembut
membantu wanita itu untuk bangun.
"kau luka sikit tu nanti kita letak ubat" ujar Adrian. Fiona
mengangguk. Tangan Fiona diletakkan dibahu Adrian sebelum
mereka semua melangkah ke tepi gelanggang untuk berehat.
•
•
•
☘︎ Happiness is not someting ready made. Its come from your
own action.
Adrian menolak kasar pelajar lelaki tersebut.
Pang!! Tepat belakang tubuhnya mengenai pintu loker.
"cakap dengan aku apa plan kau sebenarnya?" Wajahnya
bengis. Matanya tajam memandang pelajar lelaki berkenaan.
"Apa kau cakap ni Ad. Aku tak faham" ujarnya terketar-ketar.
Adrian ketawa sinis.
Dia melangkah kebelakang sedikit sebelum satu tumbukan
dilepaskan oleh Armin.
"kau tak payah nak pura-pura tak tahu eh. Kau yang tulis nota
tu kan? sekarang beritahu kitaorang apa kau nak dengan
Fiona!" Ujar Armin pula. Pelajar lelaki tersebut sudah terbaring
di atas lantai.
"cakap!!!" Armin sudah melayangkan penumbuknya
"T-Trisha" ujarnya perlahan kerana menahan kesakitan.
Adrian dan Armin berkerut "Trisha? kenapa dengan Trisha?"
Soal Adrian pelik.
"t-tanya Trisha. A-aku tak tahu apa-apa. Tolong percaya aku!"
Ujarnya lagi.
Adrian dan Armin bertukar pandangan "aku rasa Trisha mesti
tahu apa yang berlaku kat Fiona. Dia kan kawan baik Fiona" ujar
Fadyad pula.
Adrian diam seketika sebelum dia mengangguk faham
"settlekan dia" ujar Adrian.
Mereka mengangguk sebelum Armin,Darwish dan Fadyad
melepaskan tumbukan masing-masing pada pelajar lelaki
tersebut.
Adrian menghidupkan rokok sebelum dia melangkah pergi
meninggalkan tempat tersebut.
Fiona melangkah menuju ke lokernya namun dalam perjalannya
menuju loker dia terlanggar sesuatu dan selamat punggungnya
menyembah tanah.
"omg kau jalan tengok mana ha?" Ujar Dellyna sambil
memandang Fiona yang masih di atas lantai.
Fiona memejam mata seketika menahan amarahnya. Kemudian
dia kembali berdiri dan memulakan langkah namun tidak
sampai 3 langkah dia menapak,tangannya disambar kasar.
"Lepaskan aku la!" Tubuh Dellyna ditolak kasar menyebabkan
wanita tersebut terdorong kebelakang.
"hei perempuan berani kau tolak aku?!" Dellyna memandang
Fiona tajam.
"aku tak kacau kau so kau tak payah susah-susah kacau aku!"
Ujar Fiona lagi. Sekali lagi dia mahu memulakan langkah tetapi
dihalang.
"kau fikir aku tak tahu ke pasal kau?" Bisik Dellyna. Fiona
berkerut memandang Dellyna. Senyuman sinis terbentuk di
bibir Dellyna "aku tahu semua pasal kau. Pasal masalah
depression bodoh kau tu" ujarnya sinis.
Fiona terkesima seketika. Ya dia terkejut tapi perasaan
amarahnya lebih tinggi.
panggg!!!
wajah Dellyna ditampar kuat
Dellyna memegang pipinya. Mulutnya ternganga. Tidak pernah
sekali pun dia ditampar!
"kalau kau tak tahu apa-apa lebih baik kau diam!! Depression
bukan benda bodoh. Tunggu kau ada baru kau tahu bodoh atau
tak. Kalau kau tak pernah rasa sakitnya ada depression lebih
baik kau kunci mulut kau baik-baik" ujar Fiona. Nadanya tegas
namun suaranya cukup didengari oleh dirinya dan Dellyna.
"Fiona?!" Suara tersebut membuat dua wanita itu mendonggak
memandang empunya suara
"Ad!" Dengan pantas Dellyna mendapatkan Adrian. Tubuh
Adrian dipeluk erat "Ad Fiona tampar i Ad.I just tegur dia je"
rengek Dellyna. Air mata palsunya sudah berada di tubir agar
lakonannya nampak lebih real.
Armin di belakang Adrian hanya menggulingkan bebola mata.
"Fi? Kenapa Fi?" Soal Adrian. Nadanya sedikit kecewa tapi
kecewa lagi Fiona apabila Adrian mempercayai bulat-bulat apa
yang dikatakan Dellyna.
"kau percaya dia?" Bisik Fiona. Dia sedaya updaya menahan air
matanya.
"Ini bukan pasal percaya tak percaya. Aku just nak tahu kenapa!
Kau tampar dia kan?!" Suara Adrian sedikit kuat.
"ye memang aku tampar dia!! Tapi aku tak akan tampar orang
tanpa sebab!! Kau tanya dulu dia kenapa aku tampar dia!!"
Fiona membalas dakwaan Adrian. Dia bukan seorang yang
menerima apa sahaja fitnah yang dilontarkan. Selagi apa yang
dia buat tu betul selagi tu dia akan mempertahankannya.
"sebab dia tegur kau?! sebab tu ke?!!"
"Bang kau kenapa jerit-jerit ni" Ariana menolak sedikit tubuh
Adrian "kau diam!!" Balas Adrian.
"Aku tampar dia sebab-"
"sebab i tegur dia je Ad" sampuk Dellyna pantas. Adrian
menggelengkan kepalanya perlahan. Pandangan kotor
dilontarkan kepada Fiona.
"menipu!! kau-"
"diam Fi!!" Jerit Adrian.
Fiona memandang Adrian. Air mata yang ditahan selama ini
akhirnya mengalir juga. Sanggup Adrian mempercayai apa yang
dikatakan Dellyna? Kenapa sedikit pun dia tidak memberi
peluang untuk Fiona explain.
"aku letih! Aku penat! Aku tahu kau tak suka dengab Del tapi
tolonglah be matured Fi! Bukan kau sorang je yang ada kat
sekolah ni! Kau patut bersyukur aku dengan Armin nak
berkawan dengan kau!! Kalau kitaorang takde!! You're
useless!!!" Jerit Adrian. Dellyna yang masih dalam dakapan
Adrian sudah tersenyum.
"Ad!!!" Armin menjerit sedikit. Sedikit sebanyak menyedarkan
Adrian dari api kemarahannya "apa kau cakap ni?" Armin
memandang Adrian. Dia juga tersentak dengan apa yang baru
sahaja keluar dari mulut Adrian.
Fiona mengangguk faham "aku tak pernah harap pun Ad. Sikit
pun tak pernah harap kau dengan Armin berkawan dengan aku.
Aku tak pernah harap simpati korang. Selama ni pun aku dah
biasa hidup sendiri. Selama ni pun aku dah biasa kena caci maki.
Kalau kau rasa aku ni beban. Fine! Jangan dekat dengan aku lagi,
jangan care pasal aku lagi, jangan hiraukan langsung pasal aku.
Aku tahu aku dah banyak menyusahkan orang. Dari first time
kita berkawan aku dah cakap yang kau akan menyesal. Kau
cakap kau tak menyesal and aku percaya tapi rupanya kau
takde beza pun dengan orang lain" nadanya kedengaran
kecewa. Kata-kata Adrian betul-betul membuat hatinya
kecewa,remuk,luluh
Buku-buku miliknya berteraburan di atas lantai segera dikutip
dan dia melangkah pergi namun beberapa tapak dia melangkah
kakinya terhenti. Fiona menghela nafas.
Dia kembali memusingkan badannya memandang Adrian "and
aku bukan useless.Ingat tu sampai bila-bila" air mata diseka
sebelum dia kembali melangkah
"kak Fi!" Laung Ariana namun hampa Fiona masih teruskan
langkahnya.
"You know what big brother? Fuck you!" Ariana menolak kasar
tubuh Adrian "and for you.Kalau nak berlakon tu berlakon elok-
elok. Jangan tersengeh-sengeh" kata Ariana pada Dellyna
sebelum dia juga memulakan langkah.
"aku tak pernah rasa Fiona dengan Trisha as beban. Sikit pun
tak. Aku ikhlas kawan diorang. Aku tak sangka kau boleh cakap
macam tu kat Fiona kan? Aku kecewa dengan kau" ujar Armin.
Dia menggelengkan kepalanya sebelum dia juga melangkah
pergi.
Adrian melepaskan keluhan. Dia meleraikan pelukkan Dellyna.
Dia tak pernah maksudkan apa yang baru sahaja dari mulut dia
tu. Apa yang difikirkannya ini?
dia perlu jumpa Fiona. Dia dah janji untuk lindungi wanita
tersebut tapi kenapa dia sendiri yang sakiti wanita itu. Kalau
Fiona tidak maafkan dirinya. Dia sendiri juga tidak akan
maafkan dirinya
Adrian memulakan langkahnya. Dia berlari mencari Fiona.
"Ad you nak pergi mana?!!" namun jeritan Dellyna
diabaikan.Dellyna merengus geram.
•
•
•
☘︎ You’re always the first and the last thing on this heart of
mine. No matter where I go, or what I do, I’m thinking of you.
Fiona melangkah masuk rumahnya.
Dia melabuhkan punggung di sofa. Beg dibaling,tidak peduli di
mana begnya akan mendarat.
Air matanya laju mengalir. Dia kecewa,sedih,marah dengan apa
yang terjadi. Dia percaya yang Adrian lain dari yang lain tapi
hampa. Adrian pun sama dengan orang di luar sana.
menunding kesalahan kepadanya tanpa mendengar terlebih
dahulu penjelasan yang sebenar. Untuk apa ada perjelasan
kalau tidak mahu di dengar. Untuk apa ada perbincangan kalau
keputusan melulu dibuat.
apa salahnya dia? Kenapa kata-kata Dellyna lagi meyakinkan
Adrian. Memang tiada ruang langsungkah untuk dirinya bahagia
dalam dunia yang kejam ini?
"Kau memang beban Fiona!"
"aku dah cakap bunuh je diri kau tu! Takde orang yangpm
peduli kat kau"
"youre useless!!"
"diam!!!!" Fiona menutup telinganya. Trisha yang baru
melangkah masuk ke dalam rumah segera mendapatkan Fiona.
"Fi!! ya Allah kenapa ni!" Tubuh Fiona didakap namun Fiona
meleraikan pelukkan.
"Aku memang tak guna kan Sha? Aku memang tak guna!" Fiona
segera bangun dari sofa dan menuju ke dapur.
pisau kecil diambil di rak lalu diletakkan di pergelangan
tangannya. Trisha terkaku
"Fi istighfar Fi! Kita janji nak clean. Please jangan buat aku
macam ni" rayu Trisha. Air matanya juga mengalir deras.
"Fi please jangan buat macam ni" rayu Trisha lagi.
Fiona memejamkan matanya
"Apa yang kau tunggu lagi Fiona? Buat Fi! Itu je jalan terbaik!"
"jangan Fi! Kau dah janji kau tak nak lukakan diri kau lagi!"
"kau memang dah menyusahkan ramai orang Fiona!"
"Fiona ingat balik janji-janji kau dengan Trisha.Lawan perasaan
kau!"
Terlalu banyak suara yang bermain di otaknya. Fiona sedaya
updaya melawan suara negatif di kepalanya namun suara
tersebut tidak putus-putus memberi tekanan buat Fiona.
"Fiona!!" Fiona membuka mata. Kelibat Adrian dan Armin
kelihatan. Wajah Adrian begitu cemas namun disebalik wajah
cemas itu terdapat raut kebimbangan dan sedih.
"Fiona maafkan aku Fi. Aku tak sengaja cakap semua tu. Kau
letak pisau tu,kita bincang elok-elok" ujar Adrian. Dia
mengangkat kedua tangannya ke udara,bersedia apa sahaja
tindakan yang dibuat Fiona.
"jangan dekat dengan aku. Aku benci kau! Pergi!!!" Jerit Fiona.
Perlahan-lahan Adrian mendekati Fiona.
"aku memang tak guna! Aku memang banyak menyusahkan
orang! Lebih baik aku mati je!"
"Fiona kitaorang sayang kau.Tak pernah sikit pun kitaorang fikir
kau beban" sampuk Armin.
Fiona mengeleng berkali-kali "kau tipu!!!"
"Fiona please. Kita bincang elok-elok. Aku tahu aku bodoh
cakap macam tu. I didn't mean it honey. Please i swear.Forgive
me honey please" ujar Adrian lembut.
Tangan Fiona kian berdarah. Disebabkan tekanan mata pisau
yang tajam tersebut menyebabkan tangannya terluka. Adrian
sudah cemas dan bimbang tetapi dia tidak boleh melulu ke arah
Fiona demi keselamatan wanita itu.
"kau tipu..aku percaya kau Ad...jangan kacau aku lagi" ujarnya
perlahan.
Adrian mengeleng kepalanya "no i wont leave you"
Jarak antara Adrian dan Fiona kian hampir. Tanpa Fiona
sedar,Adrian segera mendakapanya. Armin dengan pantas
mengambil pisau tersebut dari tangan Fiona dan diletakkan
jauh dari Fiona. Trisha menghela nafas lega.
Fiona dan Adrian terduduk di lantai dapur. Erat Adrian
membawa wanita itu dalam pelukkan.
Trisha segera mendapatkan first aid kit dan membersihkan luka
Fiona. Fiona masih menangis di dakapan Adrian.
berkali-kali kepala Fiona dikucup. Kalau ikutkan hatinya. Dia
mahu ambil pisau tersebut dan lukakan dirinya sendiri kerana
disebabkan dirinya Fiona terluka.
"Im sorry.Im so sorry.Please forgive me.Please.Im sorry" berkali-
kali mentera tersebut diulang sehinggalah Fiona tewas dan
hanyut dibuai mimpi.
Adrian mendukung Fiona bridal style dan dibawa ke bilik Fiona.
Tubuh wanita tersebut diselimutnya.
Bodoh. Bodoh.vBodoh.
Itu perkataan yang tepat untuk Adrian. Sanggup dia
mengeluarkan kata-kata yang membuatkan Fiona terluka? Apa
yang difikirkannya? Kenapa? Kenapa tindakannya sebodoh itu?
Kulit putih Fiona kian kemerahan akibat terlalu lama menangis.
Wajah cantiknya nampak tenang dibuai mimpi.
"aku stay sekejap boleh?" soal Adrian. Trisha mengangguk
faham "kalau nak apa-apa aku ada kat bawah" ujar Trisha.
Adrian mengangguk "thanks" Trisha dan Armin melangkah
pergi. Pintu bilik Fiona dibiarkan terbuka.
pandangan kembali dibawa kepada tubuh di hadapannya.
Tangan Fiona yang dibalut, diraih perlahan. Dia memandang
pembalut yang membalut kemas pergelangan Fiona. Perlahan-
lahan dia membawa tangan Fiona ke bibirnya
Pergelangan Fiona dikucup lembut. Niatnya mahu
menghilangkan bekas-bekas luka yang ada tapi sekarang dia
adalah penyebab utama kepada luka yang baru.
beberapa jam kemudian Fiona tersedar dari lenanya. Kepalanya
berdenyut. Fiona memandang sisinya. Figura Adrian yang sudah
enak dibuai mimpi dipandang Fiona.
Adrian duduk di atas kerusi. Kepalanya di rehatkan di atas
tangannya dan tangannya ditumpangkan sedikit di atas katil
Fiona. Fiona menghela nafas. Aku suruh kau pergi dari hidup
aku bukannya suruh kau stay sini jaga aku.
Permainan apa yang cuba dimainkan ni? perlahan-lahan tangan
Fiona menyentuh kepala Adrian. Rambut coklat Adrian diusap
lembut.
Adrian mengangkat kepalanya. Mata digosok perlahan sebelum
pandangan dibawa ke arah Fiona.
"dah bangun? Kau nak apa-apa?" Soal Adrian lembut. Tangan
Fiona diraih dan digengam lembut.
"aku sakit kepala" adu Fiona perlahan. Adrian mengangguk
"aku ambil ubat jap" dia bangun dari kerusi dan menuju ke
dapur.
tidak sampai beberapa minit Adrian kembali bersama segelas
air mineral dan panadol. Dia membantu Fiona untuk duduk,air
dan panadol diberi. Setelah selesai memakan ubat,gelas kosong
tersebut diletakkan di atas meja kecil di sisi katil Fiona.
"Trisha mana?" soal Fiona "Trisha ada dekat bilik. Armin dekat
bawah" ujar Adrian. Tangan Fiona kembali diraih "kau dh okey
ke? Tangan kau sakit lagi?" Soal Adrian bimbang.
"Aku okey" Fiona mengangguk perlahan. Tangannya aktif
memicit kepalanya.
"Kau tidur dulu aku picitkan kepala" ujar Adrian. Fiona
merebahkan kembali tubuhnya. Dia mengiring menghadap
Adrian di kerusi.
tangan Adrian lembut memicit kepala Fiona "Fi aku nak minta
maaf. Apa yang aku cakap tu semua tak betul. Im sorry" bisik
Adrian.
Fiona masih diam membisu
Fiona memandang Adrian "jangan tinggalkan aku" ujarnya
perlahan. Air matanya sudah berkumpul di tubir mata. Adrian
mengangguk sambil tersenyum "aku janji. Kau pun kena janji
dengan aku jangan buat benda-benda ni lagi ok" ujar Adrian
lembut. Ibu jarinya menyeka air mata Fiona.
Fiona mengangguk laju. Tangan Adrian diraih dan dipeluk,mata
kembali dipejam.
Adrian mengukir senyuman kecil "i love you" bisiknya perlahan.
•
•
•
☘︎ I’ve tried so many times to think of a new way to say it, and
it’s still I love you.
Jom tengok movie!!!" Ariana menjerit kegembiraan.
Dia membawa segala makanan yang dibelinya ke atas sofa.