The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Misslyz, 2021-09-20 02:35:06

Delusion - misslyz

Delusion - misslyz



"assalamualaikum saya Lacey Fiona. Pertama sekali saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu, ibu bapa saya
dan rakan-rakan yang tak putus membantu saya" dia menghela
nafas seketika.

"sepanjang perjalanan hidup saya. Saya belajar banyak benda
antaranya orang yang kita rasa jahat tu tak semestinya jahat,
orang yang kita baik tu tak semestinya baik.

Ada je di antara kita yang suka judge orang dari segi luaran.
Tengok orang tu nampak gangster terus cop orang tu jahat
sebenarnya kita kena kenal dengan orang tu betul-betul baru
kita boleh label orang tu" Adrian mengukir senyuman. Dia
bangga melihat Fiona yang semakin yakin berhadapan dengan
orang ramai.

"And lagi satu saya nak sentuh pasal masalah depression. Kita
semua percaya depression tu wujud, depression tu real tapi
tanpa kita sedar, kita sendiri boleh menjadi sebab utama
seseorang tu ada depression.



apa yang saya nak cakap ialah bantu mereka bukan kecam,
herdik, marah mereka. Kadang-kadang dengan sedikit
keprihatinan korang tu boleh mengubah kehidupan seseorang,
jadi jangan teragak-agak untuk buat kebaikan. Saya rasa itu
sahaja dari saya. Terima kasih" Fiona mengakhirkan ucapannya.
Semua penonton di dewan tersebut berdiri dan memberi
tepukkan gemuruh.

Fiona turun dari pentas, dia mendekati Adrian. Adrian menarik
Fiona ke dalam pelukkan "im so proud of you" bisiknya.

"Thank you" balas Fiona "group huggg!!" Ariana menjerit
kegembiraan sebelum dia dan Armin menyertai group hug itu.

Fiona ketawa kecil.



Fiona menghela nafas memandang pemandangan indah di
hadapannya.

"nah ambil ni nanti cair" Adrian menghulur aiskrim coklat pada
Fiona. Fiona menerima huluran Adrian.

"cantik kan pemandangan dekat sini" kata Adrian. Fiona
mengangguk setuju.

Fiona tersenyum sendiri. Dia tak sangka yang dia boleh sampai
ke tahap ini. Fiona rasa dia sudah bebas dari masalah
depression, dia takde dengar lagi suara-suara di kepalanya.

"Nanti malam jadi ke kita nak pergi cafe Armin?" Soal Fiona.
Adrian mengangguk "jadi tapi awak okey ke?"

Fiona mengukir senyuman "okey je lagipun dah lama tak lepak
ramai-ramai"



Adrian tersenyun. Dia mengelus lembut kepala Fiona "nanti kita
pergi ok"

tepat pukul 8 malam mereka sampai di cafe Armin. Armin
sudah ada cafe sendiri, jadi hari ini dia buat party kecil untuk
menyambut kejayaannya itu.

"whats up bro!" Adrian dan Armin berpelukkan.

"Kau apa khabar?" Armin mengelus perlahan kepala Fiona.
Fiona tersenyum kecil "sihat alhamdulillah. Kau?"

Armin tersengeh "macam kau tengok ni lah. Alhamdulillah"

"hai kak Fi" Ariana melompat kegembiraan. Siapa sangka tiba-
tiba si Ariana ni boleh tersangkut dengan Armin. Dulu kemain
selalu bergaduh. Itulah kalau dah jodoh memang tak kemana.



Fiona membalas pelukkan Ariana "Ariana buat apa sekarang?"
Soal Fiona. Ariana tersengeh "Ria sambung belajar dekat UK
nanti lagipun memang family prefer kat sana"

Fiona mengukir senyuman "okey la tu"

"Fiona.." seseorang menyapa Fiona. Fiona mengangkat
wajahnya. Senyumannya termati "Del"

Dellyna perlahan-lahan mendekati Fiona "aku-aku nak minta
maaf. Aku tau aku banyak buat salah dengan kau. Aku-" kata-
kata Dellyna dipintas. Fiona mencapai tangan Dellyna "takpe.
Aku faham. Aku dah lama maafkan kau" kata Fiona. Dellyna
tersenyum namun matanya sudah berkaca "thanks Fi" Dia
menarik Fiona ke dalam dakapan.

Fiona percaya apabila kita maafkan seseorang kehidupan kita
akan lagi tenang jadi kenapa nak berdendam kalau kita boleh
maafkan?



Fiona melabuhkan punggung pada sofa yang tersedia di situ.
Adrian sedang rancak berbual dengan Armin dan rakan-
rakannya yang lain jadi Fiona tidak mahu menganggu mereka
lagipun sudah lama mereka tidak berjumpa.

Fiona menunduk memandang bekas-bekas lukanya. Bekas luka
di tangannya ini bagai memori yang indah buatnya. Fiona
bangga dengan dirinya sendiri, dia tak sangka dia boleh survive
hingga ke tahap ini.

seseorang melabuhkan punggung di sebelah Fiona. Fiona
mengangkat kepalanya. Dahinya berkerut "kenapa awak kat
sani. Pergi lah berbual dengan diorang sana kata dah lama tak
jumpa" ujar Fiona.

Adrian hanya mengukir senyuman "saya dah cakap dengan
diorang nak tengok awak kejap" Kata Adrian.

Adrian memandang bekas-bekas luka Fiona. Dia mencapai
tangan Fiona lalu mengucup parut-parut tersebut



"i love you" ujar Adrian perlahan dia mengelus lembut tangan
Fiona. Fiona mengukir senyuman. Air matanya setitis jatuh
menyentuhi pipi putihnya

Adrian segera menyeka mutiara jernih itu "don't cry love" Dia
memberi Fiona senyuman manis.

"i love you too"

balas Fiona. Dia merehatkan kepalanya di bahu Adrian. Bibirnya
tidak lekang dengan senyuman.

Fiona dapat melihat bayangan papanya yang sedang tersenyum
bahagia. Terima kasih papa. Tak putus-putus bagi semangat
dekat Fiona walaupun hanya dalam mimpi.

Sekarang Fiona mengaku segala kebahagiaan yang
diimpikannya, segala kata-kata papanya, segala kisah pahit dan
manis, segala memori yang dicipta, segala liku perjalanannya,
segala sejarah hidupnya, segala suka dukanya bukan lah hanya
DELUSION.





-THE END-


Click to View FlipBook Version