Adrian turut memandang bintang yang cantik menghiasi langit
malam.
"aku kalau tak boleh tidur memang akan keluar tengok langit
malam-malam macam ni" gumam Adrian. Walaupun kadang-
kadang masa bosannya akan dihabiskan di kelab malam tapi
tidak dinafikan dia amat gemar duduk seorang diri pada waktu
malam ditemani cahaya bulan.
"kau tak cerita dengan aku pun pasal kau?" pandangan dialih ke
arah wajah tampan Adrian.
Adrian tergelak kecil "tak interesting pun"
"alah cerita je la. Kau dah tahu cerita aku now giliran aku pula
tahu cerita kau tapi kalau kau nak cerita lah. Kalau tak nak tak
apa aku tak paksa"
Adrian memandang Fiona. Kepala wanita itu diusap lembut "ye
aku cerita"
"Life aku macam remaja umumnya juga. Dulu aku selalu pergi
kelab untuk hilang bosan tapi walaupun kelab tu dah macam
second home kitaorang tapi kitaorang tak pernah sentuh arak
kat situ" jelas Adrian. Kalau fikirkan balik kehidupannya dulu.
Dia malu, kesal, kecewa dengan dirinya sendiri.
"Aku rimas duduk rumah mama papa aku sebab diorang selalu
bertengkar pasal business so aku decide untuk beli condo" jelas
Adrian lagi. Fiona mengangguk berkali-kali.
"Sebelum kau datang dekat sekolah tu aku tak pernah kisah
pun kalau ada orang kena buli sebab pada aku tu bukan hal aku.
Janji bukan aku yang kena buli and bukan aku yang jadi pembuli
tapi sekarang aku tahu bertapa bodohnya aku dulu" keluh
Adrian. Dia menundukkan pandangan.
Sudah beberapa kali dia ternampak Fiona yang berani
menghentikan aktiviti buli membuli di sekolah itu. Walaupun
Fiona tidak kenal dengan mangsa tersebut namun wanita
tersebut amat berani dan dia sangat-sangat kagum.
"masa aku nampak kau berani lawan orang -orang yang buli
pelajar lain ni aku jadi tercabar sebab kau dah lah perempuan,
budak baru lagi tapi dah berani yang aku ni lelaki, dah lama
sekolah sini pun still tak ada sensitiviti pasal buli"
Fiona tersenyum kecil. Tak sangka tindakannya dapat membuka
mata pelajar lain terutama sekali Adrian.
"dulu masa kat sekolah lama aku, aku dah biasa kena buli and
dari situ juga aku belajar kalau bukan kita protect diri kita siapa
lagi kan"
Buat seketika mata mereka berpaut. Adrian merenung dalam-
dalam anak mata hazel milik Fiona. Walaupun bibirnya
mengukir senyuman namun matanya jelas menunjukkan
kesedihan, kebimbangan dan penat.Penat dengan semua yang
di hadapinya.
apa yang wanita ini lakukan sehingga dia diperlakukan sebegitu
rupa.
Lama kelamaan air mata Fiona mengalir perlahan. Dia memang
penat dengan hidupnya tapi apakan daya hidup perlu
diteruskan juga.
Adrian menyeka air mata Fiona "dont cry baby" lembut suara
Adrian menyapa gegendang telinga Fiona.
Fiona melebarkan senyuman. Dia melentokkan kepalanya di
atas bahu Adrian "thank you. Aku dah lama tak rasa ada orang
support macam ni" ujar Fiona perlahan
Adrian mengusap lembut tangan Fiona "always. Aku akan
always ada dengan kau" balas Adrian perlahan.
Keadaan menjadi sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik yang
menyapa telinga mereka.Masing-masing mengukir senyuman
dan menikmati setiap saat bahagia ini
•
•
•
☘︎Being deeply loved by someone gives you strength, while
loving someone deeply gives you courage
Pintu dapur segera dibuka sejurus itu Armin menarik
nafas lega.
"la ada dekat sini rupanya" ujarnya. Ariana dan Trisha
mendekati Armin.
mereka bertiga memandang dua figura yang terbaring di atas
rumput karpet itu. Kepala Fiona elok di atas dada Adrian
manakala tangan Adrian mendakap erat tubuh Fiona.
Mereka bertiga mendekati dua pasangan yang masih enak
dibuai mimpi "Ad! Fi! Bangun!!" Armin menyepak perlahan kaki
Adrian.
Tidak makan masa yang lama untuk Adrian tersedar dari mimpi
indah mereka. Perlahan-lahan mata dibuka. Wajah tiga orang
sahabatanya muncul.
Terkejut Adrian dibuatnya. Mana tidaknya. Buka mata je terus
nampak 3 kepala memandangnya.
"Pukul berapa eh?" Suara Adrian yang serak-serak basah itu
kedengaran. Dia menggosok matanya perlahan.
"hampir pukul 8, kau kejut Fi sekali nanti kita breakfast" pesan
Armin sebelum dia kembali masuk ke dalam rumah.
Adrian menghela nafas. Dia menunduk memandang rambut
karamel milik Fiona. Tangan dibawa ke arah rambut lembut
tersebut dan diusap.
"wakey wakey slepping beauty" ujarnya lembut.
Fiona membuka mata perlahan-lahan. Dia segera duduk,mata
digosok perlahan "kita tidur kat sini ke?" Ujarnya
Adrian yang sudah bangun itu menganggukkan kepala "Jom lah
masuk dalam, mandi then breakfast" ujar
Fiona berdecit. Dia masih mengantuk dan matanya masih ingin
tertutup "if you carry me" ujarnya sambil mengangkat kedua
belah tangannya.
Adrian mengukir senyuman "ha ye jom" Dia menghalakan
belakang badannya ke arah Fiona sebelum Fiona melompat
sedikit dan merangkul leher Adrian. Adrian berdiri,kaki Fiona
dipegang erat.
Dia mambawa wanita itu masuk secara piggyback
8:30 AM
"morninggg~" Fiona melangkah ke dapur bersama senyuman.
Dia memandang 3 orang yang enak bersarapan.
"morning Fi" sapa Trisha sambil tersenyum
"abang mana?" Soal Ariana. Fiona mengangkat bahu "entah
kejap lagi muncul lah tu" ujarnya sambil menyuakan roti bakar
ke dalam mulutnya.
"morning everyone" suara yang amat dikenali mereka mula
kedengaran. Semua mengalihkan pandangan ke arah Adrian.
"sedap korang berdua tidur luar tu" ujar Armin sambil
mengacau perlahan kopi miliknya.
"hm tertidur nak buat macam mana" balas Adrian selamba tapi
betul lah apa katanya. Mereka berdua tertidur dekat situ,
langsung tak perasan yang mereka masih di luar.
"lepas ni jom pergi shopping.Ria nak beli baju sikit" ujar Ariana
sambil tersenyum lebar.
Adrian memandang wajah adik perempuannya "baju banyak je,
kau yang mengada nak beli baru" gumam Adrian sambil
mengunyah roti bakar di tangan kanannya.
Ariana menggulingkan bebola mata "eh aku pakai duit aku kan?
Bukan duit kau!" Balas Ariana.
"Hey dah lah tu tak elok gaduh depan rezeki. Ye nanti kita
pergi" sampuk Fiona menghentikan pertengkaran dua beradik
itu.
"Thanks kak Fi" Ariana tersenyum sebelum dia menjeling
abangnya.
Trisha dan Fiona berada di dalam bilik Fiona. Mereka berdua
sibuk memilih baju untuk keluar nanti. Sudah lama mereka
tidak pergi ke tempat public seperti mall tentu perasaan risau
akan menyapa kedua wanita itu.
"Kau rasa...kita okey ke kat luar sana?" Soal Trisha perlahan. Dia
memandang hujung bajunya.
Fiona memandang Trisha sebelum dia mendekati sahabatnya
itu "kita akan okey. Kau jangan risau okey? Lagipun aku kan
ada" Fiona menggosok perlahan bahu rakannya.
Dia tak pelik kalau Trisha takut untuk keluar ke tempat
tumpuan orang ramai. Sudah bertahun mereka berdua
berkurung di rumah itu, langsung tidak terniat untuk menerokai
dunia luar.
Setelah bersiap mereka berdua menilik diri di cermin buat kali
terakhir.
Mereka berdua keluar dari bilik dan bertemu Adrian dan Armin
di bawah. Masing-masing meniliti pakaian satu sama lain.
Mata Adrian mendarat pada Fiona di hadapannya. Pakaian
Fiona simple tapi perfect. Dia hanya mengenakan oversized
jumper bewarna ungu, seluar bewarna peach dan beberapa
utas rantai dipakai. Dia tergamam melihat Fiona, selalunya
wanita itu akan pakai hoodie atau baju biasa namun hari ini
wanita itu tersangat cantik
Fiona membalas pandangan Adrian.Tidak dinafikan Adrian
memang teramat handsome. Dia hanya pakai baju berlengan
panjang bewarna putih, berseluar kelabu. Beanie hitam elok di
atas kepalanya dan Adrian memakai cermin mata. Yes! Itu lah
yang buat Fiona tertarik.
Manakala Trisha memakai cropped v neck cardigan bewarna
merah jambu dan berseluar jeans. Seutas rantai ditambah
sebagai perhiasannya. Mereka faham sebab Fiona dan Trisha
yang sering memakai baju berlengan panjang apabila keluar. Ye
kerana mereka ingin menutup bekas-bekas luka milik mereka.
Namun mereka bertiga langsung tidak complain dan
menghormati keputusan Fiona dan Trisha.
"dah siap ke semua" Armin memecah kesunyian. Dia yang baru
melangkah keluar dari dapur membetulkan sedikit T-shirt
bewarna kuning cair yang dikenakan bersama seluar panjang
bercorak kotak-kotak. Tali pinggang diapakai agar seluar yang
dikenakan tidak terlalu longgar. Dia memakai seutas jam tangan
kanannya
"Ariana tak turun lagi" ujar Adrian dalam nada annoying.
Adiknya selalu menjadi orang terkahir yang bersiap. Entah apa
yang dia buat sampai lama sangat bersiap.
"ye ye dah siap lah ni. Tak reti sabar betul" suara Ariana
kedengaran di tangga. Mereka memandang Ariana.
Ariana memakai kemeja putih yang di tuck in ke dalam jeans
nya dan tali pinggang berjenama gucci kemas dililit di
pinggangnya. Seluar jeans yang dipakai dilipat sedikit dan beg
hitam yang juga berjenama Gucci dibawanya sekali
"Uish gempak ah Kak Fi dengan Kak Sha!" Ariana terkesima
seketika memandang Fiona dan Trisha.
"cantik gila korang!" Ariana mendekati Fiona dan Trisha
sebelum tangan kedua wanita itu diraih dan digengam erat.
Fiona dan Trisha mengukir senyuman "Ria pun cantik" Fiona
menyenggol perlahan Ariana di sebelahnya
Ariana tersenyum malu "eee mana ada Ria biasa-biasa je"
ujarnya
"woi woi dah lah tu. Kalau nak tunggu korang puji sesama
sendiri sampai esok tak habis. Dah jom gerak" sampuk Adrian.
Dia menyambar kunci kereta Audi miliknya.
Ariana mengulingkan bebola mata. Abang dia ni ada je benda
yang nak digaduhkan. Mereka berlima melangkah keluar dari
rumah tersebut. Fiona mengunci pintu rumah. Kunci kembali
dimasukkan ke dalam beg. Kemudian dia memasuki perut
kereta.
Laju jantungnya bekerja. Sudah bertahun-tahun dia tidak keluar
macam ni. Selalunya dia akan keluar hanya di kawasan sekitar
rumahnya tapi hari ini dia harus berdepan dengan orang ramai!
O.M.G
Kalau ingin beli pakaian pun dia hanya pergi bundle. Itupun
hanya seketika. Grab baju,bayar then jalan. Takdenya dia
berlama-lamaan di luar.
Fiona menyandarkan dirinya seketika. Pandangan dilontar ke
luar tingkap. Dia berharap sangat semuanya berjalan dengan
lancar.
•
•
•
☘︎ It’s easy to stand with the crowd it takes courage to stand
alone
5orang itu melangkah sambil mata melilau mencari
kedai yang menarik perhatian mereka.
Sesuatu menarik perhatian Fiona 'Shop of history' dia berkerut
memandang barang-barang yang berada di kedai tersebut.
Kakinya laju menuju arah premis itu.
Sampai di sana dia sedar bahawa kedai itu seperti gallery mini
dan barang-barang tersebut hanya untuk pameran dan bukan
untuk dijual.
dia melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Barang-barang
itu sudah disiapkan dengan cebisan akhbar yang menceritakan
asal usul barang yang dipamerkan.
Fiona menilik sekeliling kedai itu namun sesuatu menarik
perhatiannya, tanpa membuang masa dia segera mendekati
barang itu.
"pedang Raja Isaac"
lama Fiona merenung pedang lama itu. Pedang itu sudah sedikit
berkarat dan sedikit darah-darah yang sudah kering.
Dia membaca cebisan akhbar yang disedia di situ. Di dalam
akhbar itu tertera gambar arwah papanya yang sedang
memegang pedang berkaitan.
Tanpa Fiona sedar matanya berkaca.
"Fi?" Seseorang menyentuh bahunya namun ia sedikit tidak
menganggu Fiona yang sudah hanyut dalam kisah silam
pahitnya.
Adrian memandang kawan-kawannya yang lain "Fi??" Trisha
cuba untuk memanggil Fiona namun masih tidak berhasil. Mata
Fiona tidak lepas memandang gambar papanya di cebisan
akhbar lama itu.
Armin memandang Adrian. Riak kesedihan,kebimbangan jelas
terpancar pada wajah mereka.
Fiona menutup mata seketika. Nafas ditarik dan dihembus
perlahan. Dia melangkah lagi mencari barang lain yang
berkaitan dengan familynya.
kemudian dia terjumpa seutas rantai mutiara bewarna biru
keunguan
"rantai Puteri Leyley"
Serta merta otaknya teringat sesuatu.
"ini rantai sebagai tanda kasih sayang papa dekat Leyley. Kalau
suatu hari nanti papa takda dalam dunia ni Leyley boleh tengok
rantai ni" Raja Isaac mengelus lembut rambut panjang anaknya
itu
"tapi pa macam mana kalau Leyley hilangkan rantai ni?" Soal
kanak-kanak itu.
raja Isaac memuncungkan bibirnya "maksudnya Leyley tak
sayang papa lah"
"ee mana ada, Leyley sayang papa lah. Ok Leyley janji Leyley
akan jaga rantai ini elok-elok"
Raja Isaac mengukir senyuman sebelum dua beranak itu
berpelukkan
Fiona mengalihkan pandangannya ke arah pekerja lelaki yang
dari tadi sudah memandang ke arahnya
"rantai ni jual tak?" Soalnya.
"maaf cik kami tak jual" Ujar lelaki itu dengan sopan.
"please jual dengan saya rantai ni. Tak kisah berapa RM pun
tolonglah" rayu Fiona. Pekerja lelaki itu sudah serba salah "er
kami tak boleh buat macam tu cik"
"mana majikan awak? Boleh panggil dia?" Sampuk Adrian.
pekerja tersebut diam seketika sebelum dia menganggukkan
kepala. Dia masuk ke ruang belakang sebelum dia keluar
kembali bersama lelaki melayu yang kira-kira berusia 60an yang
berjalan dengan menggunakan tongkat.
Fiona memandang lelaki tersebut sebaik sahaja mata mereka
bersatu. Lelaki itu terkesima,begitu juga Fiona.
"Ley....ley?" Nadanya kedengaran dalam bisikan namun Fiona
masih boleh mendengar suaranya.
Adrian dan Armin segera berdiri di hadapan Fiona. Mereka
berdua tidak kenal orang tua di hadapan mereka ini. Buat-
buatnya dia orang jahat tak ke bahaya kan Fiona nanti.
"Pakcik silap orang ni" ujar Armin
"Pakcik-" belum sempat Adrian bersuara Fiona menyentuh
lembut lengan Adrian. Adrian memusing memandang Fiona.
Fiona melangkah ke hadapan
"uncle Akmal?" Bisik Fiona. Sejurus itu lelaki tersebut
menganggukkan kepala (if readers lupa author ada mention
pasal Uncle Akmal di chap 5)
Tanpa memikir panjang Fiona segera berlari melepasi semua
orang dan tubuh lelaki itu dipeluk erat. Seerat yang mungkin.
Air mata laju mengalir. Kebetulan apakah ini. Kebahagiaan
apakah ini. Fiona seakan-akan tidak percaya bahawa lelaki di
hadapannya ini ialah uncle Akhmal,salah seorang bodyguard
papanya dan juga merupakan orang kepercayaan papanya
suatu ketika dulu.
"Ya Allah,Allahuakhbar,Alhamdulillah" tak berhenti Uncle
Akhmal mengucap syukur. Dia langsung tidak tahu bahawa
anak majikannya ini masih hidup. Air matanya tidak henti
mengalir. Menikmati moment reunion tanpa sengaja ini.
selepas beberapa minit mereka berpelukkan akhirnya Fiona
meleraikan pelukkan. Lelaki itu memandang wajah Fiona
dengan kegembiraan bercampur kesedihan "Leyley hidup?"
Soalnya perlahan.
"Leyley hidup? Leyley tak tinggalkan uncle? Leyley ada?"
Bertubi-tubi soalan dilontarkan.
Fiona tak tahu macam mana mahu menggambarkan
perasaannya sekarang. Dia bahagia salah seorang orang istana
masih hidup dan mengenalinya.
"m-macam mana uncle boleh hidup?" Soalnya dalam nada
berbisik.
Lelaki itu tersenyum kecil. Dia memandang Adrian,Armin,Trisha
dan Ariana "mari pergi rumah uncle. Nanti uncle cerita" ujar
Uncle Akhmal
Fiona memusing belakang memandang Adrian. Buat seketika
mata mereka berpaut sebelum Adrian menganggukkan
kepalanya.
Pembantu rumah Uncle Akmal menghampiri mereka yang
sedang berbual di ruang tamu.
5 cawan teh dihidangkan bersama kuih muih sebelum dia
kembali melangkah pergi meninggalkan mereka.
Uncle Akmal melabuhkan punggung di atas kerusi roda. Dia
menghela nafas "panjang ceritanya Leyley. Uncle tak rasa
Leyley nak tau apa yang berlaku kepada Raja" ujarnya perlahan.
perasaan hiba kini kembali mendakapnya. Walaupun sejujurnya
dia tidak mahu tahu apa yang berlaku pada papanya tapi
otaknya memikirkan sebaliknya.
"cerita sikit pun takpe" kata Fiona.
Sekali lagi uncle Akmal menghela keluhan "selepas Leyley lari
dari istana. Keadaan masih kucar kacir.."
flashback
"PAPAAA!!!" kanak-kanak kecil itu masih melutut memandang
papanya yang dalam kesakitan
"lari Leyley lari.." bisik Raja Isaac.
lama kelamaan kanak-kanak tersebut kembali berdiri dan
berlari meninggalkan suasana kecoh tersebut dengan air mata.
Raja Isaac menghela nafas lega melihat puteri tunggalnya
sudah berlari menuju ke gate namun sesuatu menarik
perhatiannya
Seorang jejaka berbadan sasa sudah berselindung di sisi gate
untuk mengtarget Leyley yang sedang berlari tanpa
menghiraukan bahaya.
Senapang sudah di angkat olehnya. Raja Isaac membuntangkan
mata. Dia segera mengetepikan kesakitannya, dengan tenaga
yang tersisa dia segera mendekati lelaki tersebut.
sebelum tembakan dilepaskan ke arah Leyley lelaki tersebut
menukar arah dengan menembak raja Isaac sebanyak dua das
tembakan.
Raja Isaac jatuh terjelupuk. Dia sudah tiada tenaga, Air
matanya sudah kering! Memang di sini pengakhirannya. Lelaki
tersebut mendekati raja Isaac dia menundukkan badannya
sambil senyuman sinis terbentuk di bibirnya
Tanpa dia sedar raja Isaac menegeluarkan pistol di koceknya
kemudian 3 das tembakan dilepaskan tepat mengenai kepala
dan dada lelaki tersebut.
Lelaki tersebut rebah berdekatan raja Isaac "itu padahnya kalau
kau sentuh a-anak aku.." bisiknya sendiri. Setitis air matanya
jatuh menyentuh tanah sebelum dia menutup matanya. Dia
tewas dalam pertempuran di istana. Dia tewas dalam
segalanya
tapi
Raja Isaac tak tahu bahawa orang istana serta tenteranya
berjaya mempertahankan istana itu. Mereka berjaya
menghapuskan semua pihak lawan. Selepas segalanya sudah
selesai. Semua tentera dan orang istana yang masih hidup
mengelilingi tubuh Raja Isaac yang sudah tidak bernyawa.
Deras air mata mereka mengalir melihat tubuh Raja mereka
yang tergeletak di atas tanah dengan berlumuran darah.
End flashback.
Fiona tidak dapat menahan air matanya. Trisha dan Ariana
menarik Fiona ke dalam pelukkan. Akhirnya Fiona menangis
sepuas-puasnya dalam dakapan dua wanita itu.
Tiada apa lagi yang boleh diungkapkan, tiada apa yang lagi yang
boleh dikatakan. Hanya tangisan sahaja menjelaskan segala-
galanya.
Pada Fiona papanya pahlawan terhebat di dunia ini, papanya
hero paling kuat dan dia akan selalu bangga akan papanya.
Walaupun papanya sudah tiada lagi di dunia tapi dia yakin
segala penat lelah, kesakitan, pengorbanan, penderitaan
papanya akan digantikan dengan kegembiraan di sana.
•
•
•
☘︎Give yourself another day, another chance. You will find
your courage eventually. Don’t give up on yourself just yet
Sejak balik dari rumah uncle Akmal, Fiona sudah mula
termenung, berdiam diri.
Memang tipu lah kalau Adrian tak risau. Fiona menyandarkan
kepalanya di tingkap kereta. Dia menutup matanya dengan
harapan segala perkara yang berlegar-legar di otaknya segera
lesap.
dia tidak boleh menahan dirinya dari terus terusan memikirkan
keadaan istana ketika itu.
Dia dapat membayangkan tumpahan darah di setiap ruang,
tubuh-tubuh yang tidak bernyawa di sana sini.
Fiona merasakan seseorang mengenggam erat tangannya. Dia
membuka mata dan menoleh ke arah figura di sisinya.
Trisha tersenyum sedih "jangan fikir lagi" ujarnya sambil lembut
mengelus tangan Fiona. Fiona mengangguk sambil tersenyum.
"esok dah sekolah. Korang ada plan apa-apa hari ini?" Soal
Ariana.
Armin dan Adrian memandang sesama sendiri. Selalunya cuti-
cuti macam ni mereka menghabiskan masa dengan berparty.
"netflix and chill?" Ujar Armin. Mereka mengangguk setuju.
8:30 PM
Masing-masing sudah bersepah di ruang tamu. Makanan ringan
dan minuman penuh di sisi mereka. Itu belum kira selimut-
selimut dan bantal yang dibawa bersama.
Armin sudah memilih sofa dua tempat duduk untuk dirinya.
Trisha dan Ariana hanya berbaringan di atas lantai sambil
berselimut.
Adrian dan Fiona di sofa panjang.
Fiona menonton drama yang terpapar di kaca televisyen itu.
babak yang sedang ditayangkan ialah babak seorang bapa yang
memeluk erat anaknya. Senyuman bahagia terukir di bibir
mereka.
Fiona memandang babak tersebut tanpa riaksi namun
perlahan-lahan air matanya mengalir.
sejak dari kecil dia memang rapat dengan papanya. Segala
rahsianya akan dikongsi bersama papanya, cerita suka
mahupun duka turut dikongsi. Jika bahagia berita itu maka
tertawa lah mereka berdua tapi kalau masalah yang
dikongsikan maka menangislah mereka berdua.
Papanya adalah sahabat yang terbaik pernah dia ada.
Fiona merasakan seseorang mengenggam erat tangannya. Dia
menoleh ke kiri memandang Adrian.
satu riak kembimbangan terpancul pada wajah Adrian.
Fiona tersenyum kecil. Apakan daya dia bukan menolak takdir
tapi dia rindu akan papanya, rindu yang tiada penghujung.
Adrian mengangkat tangannya, dengan lembut dia menyeka air
mata Fiona menggunakan ibu jarinya.
kemudian perlahan-lahan dia menarik lembut kepala Fiona
supaya dilentokkan pada bahunya.
Fiona tersenyum kecil. Tangan Adrian masih dipeluk erat.
Matanya tetap memandang kaca televisyen namun otak kosong.
Otaknya jauh melayang memikirkan perkara yang dia tak pasti
apa.
Fiona meronta minta dilepaskan. Tangannya sudah tiada daya
untuk melindungi rambutnya dari terus terusan di tarik.
Akhirnya rambut dilepaskan. Mata Fiona bengkak,merah dan
penuh dengan air mata.
Dia mendonggak memandang beberapa orang di hadapannya
tapi salah seorang dari mereka memakai hoodie bewarna hitam.
Hoodie tersebut menutup wajahnya jadi Fiona tidak pasti siapa
gerangan orang itu.
"Kau dengar sini eh perempuan" Dellyna bercangkung di
hadapan Fiona. Dagu Fiona dicengkam kuat. Sejak Dellyna
kembali ke sekolah pasti Fiona akan menjadi mangsa bulinya.
Dia bersyukur yang teramat semasa Dellyna homeschooling,
hidupnya tenang tanpa sebarang gangguan.
"aku nak kau tinggalkan Adrian"
Fiona membalas pandangan tajam Dellyna "apa yang kau tak
puas hati lagi dengan aku?" Soalnya perlahan.
Dellyna tersenyum sinis "banyak benda aku tak puas hati. Kalau
kau masih berdegil aku tak teragak-agak untuk apa-apakan
kawan kau dan Adrian"
Fiona menggelengkan kepalanya "sampai hati kau! Kau sanggup
nak sakitkan Adrian? Kau sedar tak dia selalu dengan kau!!"
satu tampar mendarat di pipi kiri Fiona "itu dulu!! Sebelum kau
wujud dalam hidup dia!! Sekarang dia jauh dengan aku!"
"And aku akan pastikan kau sengsara. Aku akan make sure
masalah depression kau makin teruk" Ujar Dellyna.
Fiona sudah tidak bermaya. Dia terima sahaja segala yang diberi
Dellyna. Pukulan, kata-kata menyakitkan semua dia terima
"oh ya kalau kau beritahu Adrian pasal ni aku tak teragak-agak
sakitkan kawan lemah kau tu" ujar Dellyna sebelum dia
bersama kawan-kawannya melangkah pergi.
namun hanya seorang sahaja yang masih bersama Fiona iaitu
pelajar yang memakai hoodie tersebut. Sungguh misteri pelajar
tersebut. Siapakah dia sebenarnya? Kenapa dia tak cakap apa-
apa dari tadi? Kenapa dia hanya perhatikan sahaja perbuatan
Dellyna seakan-akan....
dia dalang semuanya.
"kau siapa?" Soal Fiona perlahan. Walaupun Fiona tidak
nampak wajah pelajar tersebut tetapi dia boleh dengar tawaan
sinis pelajar tersebut sebelum pelajar itu juga berlalu pergi.
Fiona melihat badannya yang lebam-lebam. Dia segera
terbaring. Ye di atas lantai simen itu juga dia merebahkan
badannya. Dia terlalu penat untuk berdiri.
Buat beberapa saat dia memandang langit yang mendung
sebelum matanya tertutup rapat.
Tit tit tit
Perlahan-lahan Fiona membuka matanya. Cahaya lampu yang
betul-betul berada di atasnya menyukarkan dia untuk
membuka mata.
akhirnya Fiona mmembuka mata sepenuhnya. Dia memandang
sekeliling. Dia sekarang sudah berada di atas katil, dia tidak lagi
terbaring di lantai? Tapi di mana dia sekarang.
"Fi?" Satu suara lembut menyapa telinganya. Perlahan-lahan
Fiona meboleh ke kanannya
"kau okey?" Soal Adrian. Nadanya kedengaran bimbang. Fiona
mengangguk perlahan. Dia tiada tenaga untuk mengeluarkan
suaranya.
"apa dah jadi?" Tangannya mengusap lembut rambut Fiona.
Tekak Fiona terlalu kering untuk bersuara. Dia hanya
menggelengkan kepala.
"aku tak paksa kau ok? Kalau kau dah ready kau boleh cerita
dekat aku" ujar Adrian lagi. Dia mengusap lembut tangan Fiona.
"Fi!!" Trisha menghampiri Fiona. Air mata deras mangalir di
pipinya. Adrian segera bangun dari kerusi dan melangkah
keluar untuk memberi ruang dua sahabat itu.
"Kau okey?" Soal Trisha dengan nada terketar-ketarnya. Dia
mengenggam erat tangan Fiona. Fiona tersenyum kecil "aku
okey" ujarnya lemah, nadanya juga perlahan.
"a-apa dah jadi. Aku risau tau" Trisha memeluk perlahan tubuh
kawannya yang masih terbaring di atas katil.
Fiona menahan perasaan sebaknya. Semuanya disebabkan dia.
Disebabkan dia Trisha akan menjadi mangsa, disebabkan dia
Adrian akan terluka. Memang Fiona tidak pernah memberi
kebahagiaan malah bagi malang pada orang lain.
Dia betul-betul rasa dirinya tidak guna, tidak bernilai dan tak
seharusnya hidup dalam dunia ni! Sepatutnya dari dulu lagi dia
patut mati supaya semua orang dapat hidup dalam keadaan
tenang.
"aku minta maaf sebab aku takde masa kau perlukan aku" kata
Trisha perlahan. Selimut hospital yang digunakan Fiona habis
basah dengan air mata Trisha.
Fiona mengelus lembut kepala sahabatnya itu "kau tak perlu
minta maaf sebab kau tak salah apa-apa"
"aku teman kau okey" ujar Trisha. Dia masih mengenggam erat
tangan Fiona. Tubuh Fiona didakap lembut.
•
•
•
☘︎ Love is a choice you make from moment to moment
Fiona menerima sahaja pukulan, tumbukan, tendangan
yang diberi.
Tenaganya sudah kosong,dia sudah tidak mampu untuk
melawan sekumpulan manusia itu
Hilaian tawa menghiasi cuping telinganya.Hidungnya sudah
mula mengalirkan cecair merah. Dia dapat merasakan tulang-
tulangnya retak!
"Stop!" Rintihnya perlahan namun sedikit pun tidak dihiraukan
oleh mereka.
"cukup!! cukup!!! Cukup!!"
Adrian terabangun dari lenanya. Dia memandang Fiona yang
meronta-ronta "Fi? Fi bangun Fi!!!" Adrian mengoncang bahu
Fiona.
Fiona membuka matanya. Peluh menitik di dahinya. Nafasnya
tercungap-cungap.
"kau okey?" Soal Adrian.Suasana di wad telah pun gelap
disebabkan hari sudah pun lewat malam.
Fiona dapat merasakan matanya berkaca "please jangan
tinggalkan aku" Fiona meraih tangan Adrian seerat yang boleh.
Adrian membalas gengaman Fiona "aku tak tinggalkan kau ok?
Aku stay dekat sini dengan kau tapi kau kena tolong aku. Kau
kene tenangkan diri kau and kau sambung tidur ok?" Lunak
suara Adrian menyapa telinga Fiona.
Fiona mengangguk laju. Adrian mengukir senyuman kecil. Dia
menyeka air mata Fiona menggunakan ibu jarinya.
Fiona membetulkan posisinya menghadap Adrian. Adrian
mengusap lembut rambut Fiona.
Tidak sampai beberapa minit,wanita itu kembali ke alam mimpi.
Adrian menilik wajah sempurna Fiona. Kulit wanita itu putih
dan bersih tanpa sebarang jerawat. Matanya yang terpejam
menonjolkan bulu matanya yang panjang dan lentik, bibirnya
original merah tanpa menggunakan sebarang lipstick,
rambutnya panjang menutup belakang tubuhnya. Macam mana
seseorang tu boleh sesempurna ini walaupun tengah tidur!
Adrian menyelit rambut Fiona ke belakang telinga. Apa yang
wanita ini lakukan sehingga dia perlu mengharungi segala ini.
Adrian merehatkan kepalanya di atas tangannya. Matanya tidak
lepas memandang wajah sempurna di hadapannya. Tangannya
tidak berhenti mengelus lembut belakang badan Fiona sehingga
lah dia turut menutup mata berlayar ke alam mimpi.
Keesokan paginya Fiona sudah boleh keluar. Adrian melangkah
masuk ke dalam ward bersama beberapa plastik makanan di
tangannya.
"Ad?" Sejurus dia masuk,suara lembut Fiona kedengaran "yes
dear i'm here" Adrian segera mendekati Fiona. Fiona sudah pun
di dalam posisi duduk. Dia meletakkan plastik tersebut di meja
kecil berhampiran katil.
"kau pergi mana?" Wajah Fiona sudah disalut dengan
kebimbangan. Tentu dia fikir Adrian pergi meninggalkannya
Adrian melabuhkan punggung di katil Fiona "aku beli makanan
jap. Kau lapar?"
Fiona mengangguk perlahan
Adrian tersenyum kecil "ok jom sarap" Adrian segera mencapai
bekas makanan yang dibelinya, dia menyedok nasi itu dengan
menggunakan sudu yang diberi sebelum sudu disuakan ke
dalam mulut Fiona.
Fiona mengunyah perlahan makanan di dalam mulutnya.
Tubuhnya lebih baik dari semalam.
tiba-tiba pintu ward dikuak terpancul lah Armin, Trisha dan
Ariana.
"Ni aku ada beli buah. Nanti kau makan la eh" dia meletakkan
buah jambu batu berdekatan dengan plastik makanan Adrian.
Fiona mengangguk "Thanks min"
Trisha segera mendekati Fiona "kau okey? Kau ada sakit mana-
mana?" Soal Trisha risau. Fiona tersenyum kecil "aku dah okey.
Kau jangan risau okey" dia mengusap lembut pipi Trisha.
"Aku risau lah Fi. Kau teruk kot semalam" Trisha mencebik
sedikit.
Fiona ketawa kecil "aku dah sihat dah. Kau jangan risau okey?"
"kak Fi dah okey ke?" Soal Ariana pula. Fiona mengangguk
sambil tersenyum "kitaorang risau tau" ujarnya Ariana sebelum
3 wanita itu berpelukkan.
Fiona mencuci tangannya di tandas perempuan. Dia menilik
wajahnya pada pantulan cermin.
kenapa makin hari dia merasakan dirinya semakin terganggu
sesuatu?
Kenapa kebelakangan ini dia selalu tak sedap hati. Tiba-tiba
pintu tandas terbuka.
Fiona tergamam sebentar. Matanya terbeliak seketika "Trisha
lari!!" Jeritnya. Dia segera mencapai tangan Trisha dan
melangkah pergi dari toilet.
"Oi tunggu!!" Dellyna dan rakan-rakannya dengan segera
mengejar Fiona dan Trisha.