The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Misslyz, 2021-09-20 02:35:06

Delusion - misslyz

Delusion - misslyz



Sekarang bukan masanya untuk nak berlawan lagi sekarang
masa untuk lari! Fiona terlalu letih untuk hadap geng-geng
pembuli itu. Jadi,langkah yang tepat ialah lari selamatkan diri.

tanpa memikir panjang mereka segera keluar dari sekolah. Skip
kelas pun skip lah!! Itu je jalan penyelesaian yang mereka ada!
Fiona tak akan benarkan sahabatnya dibuli buat ke sekian kali.

hampir beberapa minit juga mereka memecut sebelum
akhirnya langkah dihentikan untuk mencari nafas.

tercungap-cungap Fiona dan Trisha. Mereka terbongkok-
bongkok menghilangkan lelah.

"aku penat" ujar Trisha sambil melabuhkan punggung di bahu
jalan itu. Mereka sendiri tak tahu mereka di mana yang mereka
tahu mereka berada di belakang kedai-kedai.

Fiona turut melabuhkan punggung. Dia menyandarkan dirinya
di dinding kotor itu. Nanti-nantilah fikirkan pasal baju.
Sekarang yang penting dia harus mengilangkan lelahnya.



Trisha melentokkan kepalanya di atas bahu Fiona.

Tanpa mereka sedar hari sudah mula gelap. Hujan lebat mulai
turun membasahi bumi.

"kenapa nasib kita macam ni eh" bisik Trisha.

Fiona hanya berdiam diri, dia tak mampu menjawap apa-apa.
Tubuhnya belum sihat 100% dan dia dapat merasakan
tubuhnya kembali sakit.

Fiona mengambil telefon bimbitnya di kocek "damn it!"
Malangnya telefonnya sudah kehabisan bateri. Dia mahu
menelefon Adrian tapi keadaan telefon bimbitnya tidak
membantu.

Fiona memejamkan matanya. Tubuh mereka dua sudah basah
kuyup terkena tempiasan air hujan.



Tidak lama kemudian sebuah kereta berhenti di hadapan
mereka. Fiona mengeluh. Apa lagi kali ni.

Tiba-tiba dua orang lelaki keluar dari perut kereta berkenaan
"Fi?" Suara yang amat dikenali kedengaran. Fiona sudah tiada
tenaga lagi. Dia membuka mata perlahan-lahan.

"Ad?" Bisik Fiona. Adrian bercangkung di hadapan Fiona. Kedua
pipi Fiona dipegang "kau okey?" Soal Adrian. Nadanya jelas
bimbang

"bawa Trisha" bisiknya

"Armin bawa Trisha masuk kereta" Armin mengangguk. Trisha
dipimpin perlahan ke seat bersebelahan driver.

Adrian segera mendungkung Fiona bridal style "kau bawa
kereta" ujar Adrian. Armin mengangguk faham,dia segera
melangkah ke seat driver



Adrian membaringkan tubuh Fiona dengan berhati-hati. Kepala
Fiona direhat di atas ribanya. Dia mengusap lembut rambut
Fiona.

Wanita itu belum sihat sepenuhnya tapi sekarang dia sudah
terkena hujan dan sehari suntuk tak dapat baring merehatkan
diri.

Adrian memandang Fiona yang hanyut dibuai mimpi. Dia perlu
periksa cctv di sekolah nanti. Dia perlu cari siapa dalang
disebalik semua ni.






☘︎ You know it’s love when all you want is that person to be
happy, even if you’re not part of their happiness



☘︎TW: self-harming



Fiona menuju ke loker dengan langkah yang longlai.

Dia membuka lokernya namun sesuatu menarik perhatiannya.
Fiona menyambar beberapa helai kertas di lokernya.

"mati je lah Fiona"

"kau tak berhak hidup"

"Kau menyusahkan ramai orang!"

Fiona membaca satu per satu ayat-ayat yang menusuk segala
kalbunya. Sesuatu terlintas dalam benaknya

Dellyna



Fiona dapat merasakan kemarahannya sudah ke tahap
maksimum. Dia segera menghempas pintu lokernya. Bunyi kuat
yang dihasilkan menarik pandangan pelajar-pelajar di situ
namun Fiona langsung tidak menghiraukan.

langkah terus dibawa ke cafe. Dia tahu waktu-waktu begini
pelajar pasukan sorak dan pemain bola jaring akan lepak di cafe.

Sampai di cafe, dia menolak segala perasaan gentarnya,
perasaan malu, perasaan was-was. Dia membenarkan
kemarahan mengawal tubuhnya.

tajam dia memandang Dellyna yang rancak berbual bersama
Adrian, Armin dan rakan-rakannya yang lain.

Tanpa berfikir panjang, dia segera menghampiri Dellyna. Dia
menarik mendekatinya. Fiona langsung tidak sedar apa yang
sedang berlaku.

"Eh apa you buat ni" ronta Dellyna



pang!!!

satu tamparan mendarat di pipi kanan Dellyna "Fi!" Adrian
segera mendapatkan Fiona. Dia memegang bahu Fiona namun
Fiona menolak kasar tubuh Adrian.

"kau jangan sentuh aku!"

Adrian terkesima seketika. Kelakuan dan raut wajah Fiona
sangat-sangat berubah. Adrian hanya nampak raut wajah yang
tegang, anak mata hitamnya terselah. Dia merasakan seakan-
akan wanita di hadapannya itu bukan Fiona

"ni apa!!" Kertas-kertas tersebut dilemparkan pada wajah
Dellyna.

Dellyna memandang kertas-kertas yang sudah berada di atas
lantai.



"i-i tak tulis tu" dia segera memandang Adrian. Adrian yang
turut memandang tulisan-tulisan di kertas itu mengalihkan
pandangan ke arah Dellyna.

"Are you sure?" Soal Ariana sambil berkerut.

Dellyna menggeleng berkali-kali "Ad sumpah i tak tulis tu"

Fiona segera mendekati Dellyna. Kolar baju Dellyna digenggam
sekuat hati "apa yang kau tak puas hati dengan aku lagi? Kau
nak Adrian? Ambil lah! tolong lah jangan kacau aku lagi!!"

"Fiona lepaskan i!! Sumpah i tak tulis" Dellyna meronta-ronta.
Memang tipu lah kalau mereka tidak berada di tengah-tengah
perhatian semua pelajar di situ. Semua pelajar tidak kira di cafe
atau yang lalu lalang, semuanya sudah berkumpul di tempat
mereka.

"Fiona lepaskan Dellyna" Adrian dan Armin segera meleraikan
dua wanita itu. Adrian menarik Dellyna jauh dari Fiona
manakala Armin menarik Fiona.



"apa kau buat ni?" Soal Adrian. Dia masih terkejut dengan
perubahan drastik Fiona.

Fiona ketawa sedikit "apa aku buat? Sepatutnya kau kena tanya
perempuan simpanan kau ni apa yang dia dah buat kat aku!!!"
Jerit Fiona.

pangg!!!

Fiona memegang pipinya. Semua orang di situ menekup mulut
mereka termasuk Dellyna.

Fiona memandang Adrian. Adrian tampar dia? Adrian betul-
betul tampar dia?!

"Kau dah gila ke?"



"ye memang aku dah gila!!! semuanya sebab orang kat dalam
sekolah ni! Diorang semua nak tengok aku mati!!" Jerit Fiona.
Matanya berkaca. Bila-bila masa sahaja empangan itu akan
pecah.

"kenapa kau macam ni?! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?!
Kau sedar tak apa yang kau buat ni?!!" Adrian membalas jeritan
Fiona.

"aku sedar Ad!! Aku sedar aku boleh berfikir waras!!!
Perempuan ni penyebab aku buat semua ni!! Perempuan ni-"

"cukup Fiona cukup!! Cukup salah kan orang semata-mata kau
nak lari dari masalah depression kau tu!! Aku muak tau tak. Aku
muak dengan masalah depression kau!!!" Adrian mahu
menumbuk dirinya. Sejujurnya dia tidak bermaksud apa yang
baru terkeluar dari mulut dia.

That is it



laju air mata Fiona mengalir. Adrian muak dengan dirinya?
Adrian muak dengan masalah depressionnya? Adrian penat
dengan dirinya?

Fiona tidak mampu berkata apa-apa. Memang itu yang akan
berlaku. Sesiapa sahaja akan penat dengan masalah
depressionnya yang dikatakan bodoh ini.

laju air matanya mengalirkan perasaannya sekarang. Sedih,
kecewa, marah.

Fiona mengangguk perlahan. Dia melangkah beberapa tapak ke
belakang sebelum dia memusingkan badannya dan
meninggalkan cafe.

"fuck you" satu tumbukan dilepaskan oleh Armin tepat
mengenai wajah tampan Adrian.

"kau bodoh ke?! Apa yang kau cakap ni si*l ?!!" Armin
memandang tajam sahabatnya. Adrian diam membisu.
Memang itu yang dia layak dapat. Dia langsung tidak sedar apa



yang dia sedang buat. Dia terlalu terkejut dengan keadaan
sekarang.

Matanya sudah berkaca. Kenapa sebodoh itu dirinya? Dia sudah
berjanji dengan Fiona bahawa dia tidak akan sakitkan wanita itu
lagi.

Fiona terus meninggalkan perkarangan sekolah,dia menuju
terus ke rumahnya. Bilik segera dituju. Dia melangkah masuk ke
bilik dan pintu dikunci.

Fiona menuju ke bilik air. Dia memandang dirinya pada
pantulan cermin. Wajahnya kelihatan letih, matanya merah dan
bengkak, kulitnya juga kemerahan, rambutnya kusut masai.

Sesuatu terlintas dalam benaknya. Dia membuka laci cermin.
Pisau kecil di pegangnya.



Tangannya bergigil. Sudah beberapa bulan dia tak sentuh pisau
ni. Fiona segera merebahkan badannya di bathtub.

Dia memandang parut-parut lama yang sudah kering di
tangannya.

"toreh Fiona toreh"

"hilangkan stress kau"

"sakitkan diri kau!"

"Diammm!!!" Fiona menjerit sekuat hati sebelum pisau berada
di tangan segera dibawa ke kulitnya.

Segaris

dua garis



tiga garis

Fiona memandang darah yang mengalir di tangannya, dia
menghela nafas. Seakan-akan segala masalahnya hilang
seketika.

Fiona membasuh darah di tangannya. Dia menilik luka dalam
yang dihasilkan olehnya sebelum dia membalut luka tersebut.

dia merehatkan tubuhnya di bathtub itu. Matanya terpejam
rapat. Dia mengabaikan rasa pedih dan sakit di tangannya
sebab sekarang hatinya lagi sakit, perasaannya terluka lagi
teruk dari luka di tangannya.

Air matanya sudah kering. Dia sudah tiada tenaga untuk bangun
dan hadap dunia luar sekarang. Bilik air adalah tempat untuk
dia menghilangkan rasa sebal di dalam diri.



hampir beberapa bulan dia clean tanpa sebarang luka tapi hari
ini dia terpaksa lakukan itu.

Maafkan aku Trisha..






☘︎I cut myself because you wouldn't let me cry.
I cried because you wouldn't let me speak.
I spoke because you wouldn't let me shine.
I shone because I thought you loved me...



☘︎TW: self-harming (no details given)

Keesokkan harinya Fiona tetap memaksa dirinya untuk
ke sekolah namun itu adalah keputusan yang paling
bodoh dia pernah buat.
Sampai di loker. Lokernya diconteng dengan perkataan



"depression"

"attention"

"self harming"

"Died"

Fiona berhenti melangkah.Dia memandang sekeliling. Pelajar-
pelajar di sekelilingnya sudah mula berbisik sesama sendiri.

"eh kau budak yang konon ada depression tu kan?" Sapa
seorang pelajar sebelum tawaan disambut.

Fiona menutup telinganya. Dia segera melangkah ke cafe.
Sejurus di cafe,semua pelajar di cafe memandang ke arahnya
dan kebetulan Adrian dan rakan-rakannya sedang lepak di cafe.



mata mereka berpaut. Fiona memeluk erat begnya sebelum dia
berlari meninggalkan cafe.

"Fi! Fi!!" Adrian segera bangun dari kerusi dan mengejar Fiona.
Armin membuntuti Adrian

Fiona segera melangkah. Buat sekian kali dia ponteng sekolah.
Selepas sampai ke rumah dia segera menuju ke bilik.

dengan air mata yang deras mengalir dia kembali mengambil
pisau kecil dan sekali lagi tangannya dipenuhi luka baru.

Fiona membiarkan seketika darah tersebut mengalir sebelum
dia melakukan perkara yang biasa iaitu membasuh dan
mambalut lukanya

daripada dulu memang itu je step yang dilakukan. Memang
tiada rawatan yang terperinci diberikan. Fiona melangkah
keluar dari bilik air, dia menghempas tubuhnya ke atas katil.



Hatinya sudah tawar sehinggakan tiada lagi air mata yang
mengalir. Lama dia membiarkan perasannya mengawal
tindakannya sebelum dia tertidur.

Priang!!

bunyi barang kaca yang pecah itu menganggu lena Fiona. Fiona
bangun dari katilnya dan bergerak ke pintu.

"Trisha?" Panggilnya. Dia baru sedar, sudah dua hari dia tak
nampak Trisha. Ke mana wanita itu pergi ye? Dia terlalu
membiarkan kesedihan menguasai dirinya sehingga dia tidak
sedar sudah 2 hari dia tidak berjumpa dengan sahabatnya itu.

Fiona melangkah menuruni tangga. Dia masuk ke dapur.

"Tri-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya tiba-tiba
mulutnya ditekup. Tenaga Fiona yang hanya tinggal 30%
semakin memudahkan gerangan itu untuk membawa Fiona
bersamanya.



Fiona terperasan sesuatu sebelum dunianya menjadi gelap.

Adrian memberhentikan keretanya. Dia memandang rumah
Fiona dan Trisha "gelap je wei" ujar Armin. Tingkap semua
tertutup rapi.

Dari tadi dia cuba mendial number Fiona namun panggilan tidak
dijawap.

"kita tengok kejap" ujar Adrian. Dia dan Armin turun dari kereta
dan mendekati rumah Fiona dan Trisha.

Pintu pagar tidak berkunci jadi mereka boleh masuk dengan
mudah. Apabila sampai di pintu utama mereka berdua
memandang sesama sendiri.



"Tak kunci" ujar Armin. Perlahan-lahan pintu tersebut dibuka.
Keadaan rumah tersebut gelap dan sunyi sepi.

"Fi?!!" laung Adrian namun tiada sahutan yang diterima.

Mereka membuka lampu. Sejurus rumah tersebut terang,
mereka terpandang keadaan dapur yang agak bersepah.

Adrian dan Armin berkerut "assalamualaikum Fi! Sha!" Namun
masih tiada sahutan.

Tangga dipanjat "kau check bilik Trisha, aku check bilik Fiona"
ujar Adrian. Armin mengangguk faham. Adrian mengetuk
beberapa kali pintu bilik Fiona namun seperti biasa masih tiada
jawapan.

tombol pintu dipulas. Adrian membuka pintu bilik Fiona.
Keadaan dalam bilik Fiona terang,dan air cond terbuka.
Bermakna Fiona ada di rumah tadi.



"Fi?"

Adrian mendekati katil queen size milik Fiona. Dia mencari
telefon Fiona.

Tiada.

jadi bermakna Fiona membawa telefon bimbit bersamanya.
Namun sesuatu menarik perhatian Adrian.

ada sedikit kesan darah di alas katil Fiona. Adrian terkaku

no..no..no

dia segera membuka pintu bilik air Fiona. Dia terkaku apabila
terdapat beberapa titik darah bersebalahan bathtub, terdapat
pisau kecil yang dipenuhi darah kering berada di singki dan



pembalut yang dipenuhi darah kering berada di dalam tong
sampah.

"Trisha takde dalam bilik dia" ujar Armin. Dia memang
sahabatnya yang masih membisu.

Armin berkerut. Dia mengalihkan pandangan memandang bilik
air Fiona. Sejurus matanya mendarat pada darah di atas
lantai,matanya terbuntang.

"shit!" Armin menekup mulut. Adrian jatuh melutut. Tanpa dia
sedar pipinya sudah dibasahi dengan air mata

"aku punca Min" bisik Adrian. Dia punca Fiona kembali
melukakan dirinya, dia punca Fiona mencederakan dirinya, dia
punca Fiona berlenggu dalam kesedihan, dia punca Fiona
terpaksa menahan sakit. Dia punca segalanya

dia memang bodoh, dia memang tak berguna. Sepatutnya dia
perlu melindungi wanita itu bukan menyakitkan wanita itu.



Armin memandang Adrian. Dia mencengkam kolar baju Adrian
"kau dengar sini. Sekarang bukan masa untuk salahkan diri kau.
Sekarang kita kena cari Fiona dengan Trisha. Wake up!" Dia
menampar perlahan pipi Adrian.

Adrian menyeka air matanya dia mengangguk laju sebelum dia
dan Armin segera melangkah keluar meninggalkan rumah
wanita itu.

Mereka berdua segera masuk ke perut kereta "detected
location Fiona sekarang!" Arah Adrian.

Fiona membuka mata perlahan-lahan. Kepalanya berdenyut
kuat, badannya sakit-sakit, tangannya masih pedih. Kondisi
Fiona sekarang sangat lemah.



dia memandang figura berhoodie itu "kau siapa? Mana kawan
aku!!! Apa kau buat dengan dia!!" Jerit Fiona. Fiona
memandang sekeliling. Dia membeliakkan mata

istana lama!

ye sekarang dia berada di istana lama! Kediamannya dahulu
tapi kenapa dia berada di sini. Fiona memandang sekeliling,
gelap, berhabuk. Perasaan hiba kembali mendakapnya. Istana
yang selalu kelihatan meriah, mewah, ceria kini sudah kusam,
gelap, sunyi.

"kau siapa sebenarnya? Apa aku dah buat dengan kau!"

orang itu masih diam membisu.

"Fiona!!" Fiona memandang ke arah muka pintu. Adrian
mendekati Fiona. Tubuh Fiona didakap erat.



"fuck" mereka mendengar orang tersebut merengus
kegeraman. Adrian memandang figura itu "siapa kau?"

orang tersebut mengacukan pistol ke arah Adrian dan Fiona.
Perlahan-lahan dia membuka hoodie dari menutupi kepalanya.
Mask bewarna hitam juga diturunkan.

Fiona dan Adrian tergamam. Fiona merasakan lututnya lemah.
Dia tak percaya apa yang dipandangnya.

"Trisha?" Bisik Fiona.

Trisha tersenyum sinis. Tiada lagi wajahnya yang sopan, tiada
lagi tingkahnya yang ayu, tiada lagi Trisha yang pemalu. Apa
yang ada di depan Fiona sekarang Trisha yang bengis, penuh
dengan dengki dan pandangan matanya yang tajam.

"a-apa kau buat ni?" Soal Fiona. Suaranya antara dengar dan
tidak. Dia terlalu terkejut.



"surprise" ujar Trisha sambil tersenyum sinis.

"Aku tak sangka Fiona kau sebodoh ni. Kau tau siapa yang
serang istana ni?" Soalnya sambil tersenyum.

"Ayah aku"

sejurus itu air mata Fiona laju mengalir.

"Semua nota yang dekat loker kau tu aku yang suruh budak-
budak ni letak"

Flashback

Trisha segera menutup marker merah kepunyaannya.Dia
melihat kemas kertas tersebut. Kemudian kertas tersebut diberi
kepada budak lelaki di hadapannya

"letak kertas ni dalam loker Fiona" arah Trisha



pelajar lelaki berkenaan berkerut "kertas apa ni do kenapa kau
tak letak sendiri?" Soalnya pelik. Trisha menggulingkan bebola
mata. Duit kertas RM100 dihulur "just letak and tutup mulut
kau" ujarnya lagi.

pelajar lelaki tersebut mengambil duit berkenaan dan nota
yang dihulur Trisha sebelum dia melangkah pergi menuju ke
loker Fiona. Trisha tersenyum sinis.
End flashback
"Kau nak tau macam mana Del tau kau ada depression?"

Senyuman semakin melebar "aku yang beritahu"

Dellyna menghempas bukunya "asal nak jumpa aku" dia
memeluk tubuhnya. Trisha menggulingkan bebola mata. Tidak
dinafikan dia memang menyampah dengan Dellyna tapi dia
terpaksa bekerjasama dengan Dellyna agar rancangannya
berjalan lancar.



" aku nak beritahu kau something"

"Apa dia" ujarnya bosan.Dia mengibas rambut perangnya.

"buli Fiona"

Dellyna berkerut "kau gila ke? Dia bukanke kawan baik kau?"
Soal Dellyna. Trisha tersenyum sinis "well aku tak anggap dia
kawan baik sebenarnya"

"And one more thing. Aku nak kau provok Fiona dengan satu
benda"

"apa dia?"

"depression. Fiona ada depression and make sure kau kena
selitkan untuk buli aku sekali sebab perempuan bodoh tu akan
trigger kalau mention pasal depression anda aku" jelas Trisha.



Dellyna tersenyum sinis. Dia mengangguk perlahan kepalanya.

"sampai hati kau!! Apa yang aku dah buat dengan kau!!!" jerit
Fiona. Dia meronta dalam dakapan Adrian. Adrian terlalu
terkejut sehingga dia tak boleh berkata apa-apa.

"dari dulu lagi ayah kau memang ada masalah dengan ayah
aku!! Sepatutnya syarikat itu jadi milik keluarga aku!!" Jerit
Trisha. Fiona menggelengkan kepala.

"Btw dekat sekolah lama kita. Aku juga yang upah budak-budak
ni untuk buli kau"

"nah kau ambil duit ni.Pergi buli Fiona" Trisha menghulurkan
not RM50 kepada beberapa orang budak lelaki.

"tapi tu bukan ke kawan kau" soal salah seorang dari mereka
sambil menghidupkan api rokok

Trisha tersenyum sinis "kawan? Memang tak ah"



"kau nak kitaorang buli dia macam mana?"

"aku tak perlukan physical hurting sangat. Aku pentingkan
mental hurting" ujar Trisha sambil tersenyum.

"lepaskan aku!!" Trisha memandang Fiona yang meronta-ronta
itu. Dia tersenyum puas memandang Fiona yang dipukul, dicaci,
dijadikan bahan tawa.

"and untuk pengetahuan kau juga, Dellyna sebenarnya dah tak
nak buli kau tapi aku ugut untuk bunuh dia kalau dia tak buat
apa yang aku suruh. Jadi aku bersyukur kau lari dari dia masa
kat toilet haritu. Kau sedar tak bertapa bodohnya kau Fiona?"

"aku tak nak, kau faham tak! Cukuplah Ad dah benci dengan
aku!" Dellyna merengus geram

Trisha mengeluarkan pisau di koceknya "buat atau mati?"
Soalnya perlahan.



Dellyna terkedu. Dia mengangguk perlahan.

Dellyna keluar dari toilet pelajar perempuan dia memandang
Fiona. Namun belum sempat Dellyna berkata apa-apa Fiona
terlebih dahulu berlari keluar

"Oii tunggu!!" Langkah Dellyna terhenti apabila Trisha
memberikan pandangan tajam. Dellyna mengigit bibir
bawahnya. Dia mahu beritahu Fiona bahawa Trisha ada niat
lain tapi macam mana?!

"kenapa kau buat macam tu?" Akhirnya Adrian bersuara.

"sebab aku nak Fiona mati! Aku nak dia rasa apa yang aku
rasa!!" Sejak dari kecil Trisha datang dari broken family. Kedua
orang tuanya sering bertengkar dan kadang-kadang dia menjadi
mangsa melepaskan geram.



Itulah sebab utama dia mempunyai depression. Masalah
depression yang dihidapinya itu betul bukan direka tapi pada
masa yang sama dia cemburu akan Fiona. Fiona berani
melawan masalahnya depression manakala dia hanya
menerima sahaja apa yang dikatakan otaknya.

"kau tau kan aku sayang kau? Kau tau kan kita dah janji nak stay
untuk each other sampai bila-bila" Rasa nyeri di dalam dada
menyukarkan Fiona mengeluarkan setiap bait yang
dikatakannya.

Sahabat yang dia paling sayang, sahabat yang selalu
bersamanya ketika suka duka, sahabat yang menjadi tempat
pelindungnya, tempat mengadunya rupa-rupanya musuh dalam
selimut!

"diam Fiona!!! Aku tak nak dengar semua tu dari kau!! Aku
benci kau!!"

Bang!!



satu das tembakan dilepaskan. Fiona menutup matanya erat.
Dia tak rasa apa-apa yang sakit pada tubuhnya. Matanya dibuka
perlahan-lahan.

Apabila mata dibuka dia bertemu dada bidang Adrian. Dia
memandang lengan Adrian yang sudah dipenuhi darah

"Ad!!" Fiona menekup mulut.

"aku okey" ujar Adrian.

dia memusingkan badannya memandang Trisha.

"Fiona dah hadap macam-macam. Dia dah cukup sakit dengan
perangai orang sekeliling dia and aku tak akan benarkan kau
sakitkan dia!" Ujar Adrian bengis.

"berani kau-"



sebelum picu pistol itu ditekan, seseorang sudah menyampuk.

"letakkan senjata anda!!" Armin datang bersama pihak polis
dan para medic.

"Ad!!" Armin mendekati Adrian. Matanya terbuntang seketika
memandang Trisha "Sha?" Soalnya kehairanan.

Tangan Trisha segera digari. Bibirnya tidak lekang mengukir
senyuman sinis. Fiona hanya memandang sahabatnya atau
musuhnya dibawa pergi oleh polis.

"Nanti aku explain" ujar Adrian

Luka Adrian sudah dibalut. Nasib baik hanya luka ringan. Adrian
berehat di belakang ambulans. Seseorang mendekatinya.

"kau okey?" soal Fiona



Adrian memandang wajah Fiona, Wajahnya kelihatan sedih,
letih, kecewa. Rambutnya kusut masai, pakaiannya kotor.

Adrian mengukir senyuman "aku okey" dia berdiri. Kedua pipi
Fiona dipegang lembut

"i am sorry" bisiknya sebelum dia mengucup perlahan dahi
Fiona dan tubuh wanita itu didakap erat.






☘︎ Don’t fear the enemy that attacks you, but the fake friend
that hugs you



6 bulan kemudian.



Fiona mengemas biliknya. Segala baju di letakkan di dalam
bagasi. Dia mahu pindah rumah. Dia mahu meninggalkan
rumah yang terlalu banyak kenangan pahit manis bersama
musuh dalam selimutnya!

Fiona menutup bagasinya. Dia menarik beg tersebut keluar dari
bilik sebelum pintu bilik ditutup.

Fiona mendekati bilik Trisha. Pintu bilik tersebut dibuka. Gelap
dan sunyi. Itulah keadaan bilik Trisha.

Dia membuka lampu. Fiona memandang sekliling bilik tersebut.
Terlalu banyak memori ada dalam bilik ni.

Flashback

"Trisha!!" Fiona melompat-lompat di atas katil Trisha.

"Kenapa Fiona. Aku nak tidur la" rungut Trisha. Fiona bercekak
pinggang "kau tak ingat ke hari ini hari apa!"



"hari ini aku penat" gumam Trisha. Fiona memuncung. Dia
turun dari katil Trisha "hmm ye lah" ujarnya perlahan.

Trisha membuka mata. Dia ketawa kecil "Fi!" Fiona menoleh ke
arah sahabatnya "happy birthday!" Dia mengeluarkan beg
kertas yang disembunyikan di bawah katil.

Fiona mengukir senyuman "kau ingat?" Soalnya teruja
"mestilah aku ingat. Kau kan sahabat aku!"

"awww terima kasih" Fiona naik kembali ke atas katil sebelum
mereka berdua berpelukkan"

end flashback

Fiona menyeka air matanya. Pandangan dibawa ke arah meja
solek di sudut bilik



"ikat la rambut aku betul-betul" rungut Trisha.

Fiona menghamburkan tawa "ye aku ikat betul-betul lah ni"

Fiona menghela nafas. Lampu ditutup kembali sebelum Fiona
menutup semula pintu bilik Trisha.

Langkahnya dibawa perlahan-lahan menuruni tangga. Dia
memandang ruang tamu

"bak sini aku nak tengok cerita lain!" Fiona merampas remote
dari tangan Trisha

"eh apa pula aku nak tengok cerita ni!!" Trisha menghempap
Fiona maka bermulalah sesi wrestling antara mereka berdua.

Fiona ketawa kecil apabila teringat kembali memori mereka
bersama.



Trisha menyeka air mata Fiona "kita janji kita tak akan
tinggalkan each other?" Janji kelingking dikeluarkan.

Fiona mengangguk "janji" dia juga mengeluarkan janji
kelingking miliknya.

"kau kena ingat. Apa pun jadi, aku always ada dengan kau"
Trisha mengenggam erat tangan Fiona. Fiona tersenyum kecil
"thanks" dia menarik Trisha ke dalam pelukkan.

Fiona melangkah keluar dari rumah tersebut. Pintu segera
dikunci "dah settle?" Sapa seseorang. Fiona mendonggakkan
kepala "dah" ujarnya sambil tersenyum.

Adrian mengambil beg kepunyaan Fiona dan dibawa ke
keretanya. Fiona membuntuti Adrian. Dia mengunci pagar.

Dia mendonggak memandang rumah tersebut buat kali terakhir.
Satu senyuman kecil terukir sebelum dia masuk ke dalam perut
kereta.



Fiona dapat merasakan jantungnya laju berdegup. Adrian
memegang erat tangan Fiona "are you okay?" Soalnya lembut.

Fiona mengangguk "im okay" bibirnya mengukir senyuman "cik
Lacey Fiona?" panggil seseorang. Adrian dan Fiona serentak
berdiri.

"awak boleh ikut saya" ujar wanita itu sambil tersenyum. Fiona
memandang Adrian. Adrian menganggukkan kepala. Fiona
mengukir senyuman sebelum dia mengikut wanita itu.

Dia memandang penghuni-penghuni hospital bahagia itu. Ada
dari mereka ketawa sendiri, ada yang diam dan kelihantan pasif,
ada yang aktif dan bermain sendiri.

"ok ini biliknya. Saya tunggu di luar ye" ujar wanita itu. Fiona
mengangguk "terima kasih"



Dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Seorang wanita
sedang duduk di bucu katil sambil memandang ke luar tingkap

"Assalamualaikum"

wanita tersebut menoleh memandang Fiona "waalaikumsalam.
Fi?" Bisiknya. Fiona mengukir senyuman namun perlahan-lahan
air matanya mengalir.

wanita di hadapannya ialah Trisha. Ye sahabatnya. Selepas
kejadian di istana Trisha harus pergi ke mental hospital bukan
ke penjara kerana keadaan mentalnya tidak stabil.

"Kau sihat?" Soal Fiona. Dia melabuhkan punggung di atas katil

Trisha mengangguk kepala "aku ada belikan kau pau ni nanti
kau makan eh" Dia meletakkan plastik tersebut di atas katil
Trisha.



"sekarang kau percaya tak semua manusia tu sama je. Semua
manusia penuh dengan sifat dengki, semua manusia penuh
dengan sifat busuk hati" ujar Trisha. Dia mengambil pau yang
beri Fiona dan dimasukkan ke dalam mulut.

Fiona menggeleng perlahan "itu pemikiran aku yang dulu.
Sekarang aku tahu setiap manusia berbeza"

"entah tak faham" ujar Trisha. Dia katawa kecil.

"Manusia memang sama kalau dipandang pada luaran tapi
dalamannya berbeza, ada je manusia yang baik hati, ada
manusia yang kaki dengki, ada manusia yang lemah, ada juga
yang kuat"

Trisha menggaru kepalanya. Dia nampak keliru.

"macam pau ni lah. Kita tengok luar sama je tapi cuba kita
tengok dalam" Fiona membelah pau tersebut kepada dua
bahagian



"ada yang inti ayam, ada yang inti daging, ada yang inti kelapa,
ada yang inti kacang" Jelas Fiona.

Trisha mengangguk faham sebelum dia menghamburkan tawa.

Fiona mengambil tisu dari beg tangannya. Dia mengelap mulut
Trisha yang kotor dipenuhi inti pau. Kemudian Fiona mengelap
tangan Trisha pula.

"dalam dunia ni kita tak boleh expect bahagia je sentiasa" ujar
Fiona. Dia membuang tisu kotor itu ke dalam tong sampah

"orang yang datang dalam hidup kita ni akan tinggalkan dua
benda kat kita iaitu antara kenangan manis atau kenangan
pahit" Fiona mengukir senyuman.

Trisha menggaru tangannya "aku? Tinggalkan mana kat kau?"
Soal wanita tersebut sambil mengangkap lalat yang
berterbangan di bilik tersebut.



"Kenangan manis. Kau tinggalkan banyak kenangan manis kat
aku. Terima kasih sebab dulu always ada dengan aku" Fiona
mengukir senyuman. Dia tak dapat menahan air matanya dari
terus terusan mengalir.

"yeke? Baiknya aku" ujarnya sambik tersengeh "kau memang
baik cumanya kau tak sedar je apa yang kau buat kat aku. Kau
dihanyutkan dengan khayalan kau" kata Fiona perlahan.

Trisha mencapai tangan Fiona. Fiona memandang tangannya
sebelum dia kembali memandang wajah Trisha.

"aku minta maaf" ujar Trisha. Nadanya berbisik, Raut wajahnya
berubah sedih. Seakan-akan dia lah Trisha yang Fiona kenal
dahulu, Dia lah sahabat Fiona dahulu. Dia lah Trisha yang Fiona
percaya dahulu

Trisha menghamburkan tawa "lembutnya tangan kau. Mak aku
kata kalau tangan lembut ni orang tak buat kerja. Kau tak buat
kerja eh" kata Trisha,dia kembali dengan sifat cerianya.



Air mata Fiona laju mengalir. Dia sedih dengan keadaan
sahabatnya sekarang.

Fiona mengerling jamnya. Rasanya sudah cukuplah masa dia
bertemu sahabatnya ini. Sekarang masa untuk dia pulang.

Fiona bangun dari kerusi "Trisha aku balik dulu tau. Kau jangan
lupa makan eh pau ni" kata Fiona. Trisha mengangguk laju. Dia
bermain dengan hujung bajunya.

Fiona melangkah ke muka pintu "Fi!" Fiona menoleh
memandang Trisha "aku sayang kau" ujar Trisha. Wajahnya
kelihatan sedih. Lama mata mereka berpaut sebelum Trisha
merebahkan tubuhnya di atas katil dan sambung
menghamburkan tawa.

Fiona mengukir senyuman "aku pun sayang kau" bisiknya
sebelum dia menutup kembali pintu bilik tersebut dan
melangkah pergi meninggalkan sahabatnya.








☘︎ A moment lasts all of a second, but the memory lives on
forever



Pelajar cemerlang untuk tahun ini ialah Lacey Fiona!"
Adrian, Armin dan Ariana berdiri sambil bersorak.
Sorakkan semakin kuat apabila figura Fiona mula kelihatan.
Fiona mengambil sijilnya. Bibirnya tidak lekang dengan
senyuman.
dia menuju ke mikrofon dan berdehem.


Click to View FlipBook Version