Adrian memimpin Fiona menuju ke ruang tamu "Ria kau ni
semak je kat situ" Adrian menggelengkan kepalanya.
Fiona mengosok lembut tangan Adrian "takpelah biar, janji dia
happy" kata Fiona sambil tersenyum kecil.
"Kak Fi sini duduk dengan Ariana tak payah kawan dengan
abang tu" ujar Ariana sambil menepuk tempat duduk di sisinya
berkali-kali.
"Sibuk je kau. Kak Fi ni abang punya kau tak payah nak rampas"
Adrian menjelirkan lidahnya.
"Dah bergaduh lah korang. Aku nak tengok movie ni" kata
Armin sambil melabuhkan punggung berdekatan Trisha. Fiona
melabuhkan punggung di sisi Trisha
peha Trisha ditepuk perlahan "kau okey?" Soal Fiona sambil
tersenyum. Trisha mengangguk. Kepala direhatkan pada bahu
Fiona. Dia memeluk erat tangan Fiona. Jari runcingnya
menyentuh perlahan pembalut di tangan Fiona "kau dah okey
ke?" Soalnya perlahan.
Fiona mengenggam tangan Trisha "aku okey" ujarnya sambil
tersenyum.
Adrian meraih tangan kiri Fiona "kau sakit kepala lagi?" Soalnya
lembut. Fiona mengangguk perlahan "sikit"
"Kalau kau nak tidur,tidur je eh. Kalau nak pergi bilik beritahu
aku" ujar Adrian. Fiona mengangguk perlahan.
Beberapa jam telah berlalu,mereka sudah menonton 2 movie
namun dalam pertengahan movie kedua, semua sudah lena
dibuai mimpi hanya Adrian sahaja yang masih bertahan.
Seluruh rumah telah gelap hanya lampu dapur dan cahaya
daripada televisyen sahaja yang ada untuk menerangi seisi
rumah. Adrian mencapai remote dan mematikan tv. Dia
memandang sekelilingnya. Armin sudah tertidur di atas lantai,
Ariana di atas sofa panjang. Trisha di sisi Fiona. Kepala Trisha di
bahu Fiona manakala Fiona merehatkan kepalanya di kepala
Trisha.
Perlahan-lahan Adrian mendekati Trisha. Tangan Trisha ditepuk
perlahan "Sha bangun" suaranya perlahan agar tidak
menganggu yang lain.
Trisha membuka matanya. Mata digosok berkali-kali "kau pergi
tidur bilik dulu aku nak bawa Fiona pergi bilik dia" ujar Adrian.
"Kau nak aku tolong kejut Fiona?" Soal Trisha.Adrian
menggelengkan kepalanya "sokay,kau pergilah tidur dulu"
Trisha mengangguk kepala sebelum langkah dibawa menuju ke
biliknya.
Fiona memandang sekelilingnya. Tenang. Di manakah dia
sekarang?
"Leyley?" Suara tersebut menarik perhatian Fiona "pa? Papa?"
Dia menjengah kepalanya.
"papa kat sini sayang" kepala ditoleh ke kanan "papa!!" Tanpa
membuang masa tubuh lelaki tersebut di dakap erat.
"Leyley. Papa bangga dengan Leyley. Papa bangga Leyley dapat
survive macam ni" ujar lelaki tersebut. Dia memegang lembut
kedua pipi Fiona.
Mata Fiona sudah berkaca. Sungguh dia rindu dengan papanya.
Dia rindu keluarganya. Dia rindu semuanya.
"Leyley dengar cakap papa. Orang yang Leyley percaya
sekarang ialah orang yang akan buat Leyley kecewa. Jauhkan
diri Leyley dari dia!"
Fiona berkerut. Orang yang dia paling percaya ialah orang yang
akan buat dia kecewa? Tapi siapa?
"siapa pa?" Soal Fiona namun pertanyaan Fiona hanya dibalas
dengan senyuman "Walau apapun terjadi nanti papa nak Leyley
tetap kuat. Ingatlah nak. Dalam dunia ni kita jangan terlalu
percaya orang. Tak semua orang dalam dunia ni suka kita.
Kadang-kadang orang yang kita sayang tu lah akan buat kita
sakit"
"Leyley tak faham-"
"Berhati-hatilah dalam mempercayai manusia sayang. Luaran
mereka akan mengaburi mata Leyley. Mereka hanya baik
luaran tapi bukan dalaman. Jika syaitan pun boleh berpura-
pura baik kenapa tidak manusia? Berhati-hati lah puteriku"
Tubuh papanya semakin lama semakin menghilang.
"pa? Pa? papa!"
"PAPA!!" Fiona terbangun dari lenanya. Dahinya berpeluh
walaupun biliknya sejuk. Dia menghela nafas. Wajah diraup
"astagfirullahalazim"
Fiona duduk,dan badan disandar pada papan katil.
Orang yang dia percaya? "siapa orang tu?" Bisiknya sendiri.
Adrian? Ariana? Armin? Atau tak akan...Trisha?
kenapa? Sebab apa? Apa yang dia buat sampai dirinya akan
dikhianati. Ini semua pasti permainan tidur. Disebabkan dia
terlalu rindu akan papanya jadi terbawa-bawa ke mimpi
atau...
ini adalah satu petanda?
Fiona menggelengkan kepalanya.Tak! Ini pasti mainan tidur!
Fiona membuka lokernya. Dahinya berkerut melihat terdapat
satu sampul surat bersaiz sederhana di dalam lokernya.
kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan namun tiada apa yang
mencurigakan. Sampul surat tersebut diambil.
dia mengambil isi di dalam. Matanya terbuntang,badannya
terkaku,lidahnya bagai diikat. Tangannya menggigil memegang
gambarnya sekeluarga ketika dia masih kecil.
Mama,papa dan dirinya. Namun wajah mama dan papanya
dipangkah dengan marker merah. Pandangan teralih pada
gambarnya. Di atas gambarnya mempunyai tulisan,tulisan
bewarna merah tersebut dibaca.
"you're next!!!"
seraya itu gambar tersebut dilepaskan.
"Fi!!" Trisha segera berlari mendapatkan Fiona. Gambar
tersebut dikutip,matanya terbuntang "s-siapa punya kerja ni?"
Soal Trisha perlahan.
"Fi?" Serentak Trisha dan Fiona memandang empunya suara
"kau okey?" Soal Adrian,seperti biasa,Armin di belakangnya.
"gambar apa tu?" Soal Adrian. Dia mendekati Trisha. Trisha
sudah terkaku di tempatnya.
"boleh aku tengok?" Soal Adrian senada
"er-urm-ah-"
gambar tersebut sudah bertukar tangan. Armin di sisi
Adrian,dia juga melihat gambar tersebut. Fiona sudah tidak
mampu berkata apa-apa. Dia hanya mampu berdiri dan
membiarkan rahsianya terbongkar.
terbuntang mata Armin melihat gambar tersebut. Adrian
berkerut menilik dengan lebih teliti gambar tersebut "ini
keluarga raja Isaac ke? and budak kecil ni Leyley kan?" Ujar
Armin.
mereka berdua mendonggak memandang Fiona.
Gambar Leyley dan Fiona di hadapannya dipandang silih
berganti untuk mengenal pasti persamaan mereka berdua.
"kenapa gambar ni dalam loker kau and kenapa dia tulisan ni
tunjuk Leyley and cakap 'youre next?' Leyley bukan dah mati
ke?" Ujar Armin lagi.
Fiona masih terdiam. Trisha juga terdiam. Tak tahu apa yang dia
perlu buat untuk menyangkal segala pernyataan diorang agar
Fiona kekal selamat namun apa yang dikatakan diorang adalah
benar,tiada apa lagi yang boleh dipertahankan.
Adrian masih berkerut,wajahnya serius memandang Fiona.
"kau?...."
"kau Leyley?...." bisiknya perlahan. Nadanya sedikit terkejut.
•
•
•
☘︎ Sometimes all you need is a hug from the right person and
all your stress will melt away.
Armin bersandar di dinding berdekatan bangku yang
diduduki Fiona dan Adrian.
Trisha bersama Armin. Dia tidak mahu menganggu mereka
berdua.
"aku tak faham. Betul ke kau Leyley?"
Fiona mengemam bibirnya sebelum perlahan-lahan dia
mengangguk kepala. Adrian membuntangkan mata "then
semua berita pasal Leyley dah takde tu semua palsu?" Ujarnya
sedikit terkejut.
Fiona mengeluh perlahan "aku sendiri tak tahu kenapa diorang
keluarkan berita tu. Lepas aku lari dari istana aku tak tahu apa
jadi dekat istana" ujar Fiona perlahan.
"macam mana kau boleh jumpa Trisha?" soal Adrian
"masa tu aku masih lose tak tahu pergi mana"
Flashback
Fiona memeluk tubuhnya. Baju hoodie dipakai menutup
kepalanya. Dia tak tahu mahu kemana
Orang di sekelilingnya langsung tidak perasan bahawa dia
memerlukan bantuan, minuman, makanan, pelindungan,
pakaian dan semua benda yang diperlukan!
tidakkah mereka pelik, seorang kanak-kanak perempuan
berjalan seorang diri dengan pakaian kotor dan berkaki ayam?
kenapa tubuh kecilnya dibiar begitu? Apa guna orang dewasa
yang membanjiri tempat tersebut jika tiada seorang pun yang
mempunyai perasaan prihatin.
Fiona melabuhkan punggung di kerusi selepas seharian dia
berjalan tanpa hala tuju.
"Pergi kau! dasar budak menyusahkan!" Suara tersebut
mengambil perhatian Fiona. Fiona mengangkat kepala
memandang seorang wanita yang kira-kira lewat 50an sedang
asyik memukul kanak-kanak kecil yang seperti seusianya
tanpa berfikir panjang Fiona berlari mendekati kanak-kanak itu.
Kemudian tubuh kecil itu didakapnya
"eh kau siapa?!" Suara petir makcik tersebut menyapa
gegeendang telinga Fiona "kenapa makcik pukul dia. Apa yang
dia buat" Fiona memandang wajah kanak-kanak tersebut.
kusut masai. Nampaknya kanak-kanak ini nasib sepertinya.
"Budak menyusahkan ni dah curi roti dekat kedai aku ni. Dia ni
memang menyusahkan! Patut mak bapak kau buang kau!!"
Ujar makcik tersebut lagi.
"Mencuri ada sebab lebih-lebih lagi bila budak kecil yang
mencuri"
"sebab apa? Sebab mak bapak dia tak ajar dia?!"
Fiona bangun. Matanya tajam melawan panahan mata makcik
tua dihadapannya "sebab dia lapar. Kalau dia minta elok-elok
makcik bagi ke? Saya rasa tak" sinis budak kecil berusia 10
tahun tersebut bersuara.
"bila wartawan media datang mulalah masing-masing
berlumba-lumba menunjukkan kebaikkan yang palsu tu" Fiona
memandang kanak-kanak tersebut. Bibirnya tersenyum sinis.
"makcik tahu apa? Manusia sekarang lebih pilih terkenal dari
buat kebaikan.Bagaikan..." Fiona memandang makcik tersebut
"lebih taksub meraih nama dari mendapat pahala" dia
menyambung ayatnya. Makcik tersebut tersentak sendikit.
"kalau dunia beri pilihan antara hidup sendiri atau
bermasyarakat. Saya pilih sendiri sebab belum tentu kelompok
yang ramai tu akan tolong saya masa saya susah" sekali lagi
ayat pedas tersebut dikeluarkan.
"tengok lah sekarang. Makcik mungkin dah ada anak and
mungkin dah ada cucu tapi kenapa masih ada sifat kejam
memukul kanak-kanak yang mencuri roti hanya untuk mengisi
perutnya yang sudah lama kosong. Kalau betul makcik nak dia
sedar apa yang dia buat salah. Tunjukkan sifat kemanusiaan
and bagi dia apa yang dia nak. Tak banyak tapi sikit pun dah
buat orang macam kami rasa dihargai" Fiona mendekati kanak-
kanak tersebut. Dia membantu kanak-kanak tersebut untuk
bangun.
"Buang sifat kejam. Tunjukkan rasa kemanusiaan. Hidup ni tak
lama makcik jadi penuhilah dengan kebaikan bukan keburukan"
Fiona mengakhiri kata-katanya sebelum dia membawa kanak-
kanak tersebut pergi.
mereka berdua melabuhkan punggung bersebalahan tong air
yang yang dipenuhi air. Barangkali air hujan?
Fiona membasuh perlahan luka yang terdapat pada kaki dan
tangan kanak-kanak tersebut
"t-terima kasih"
Fiona mengukir senyuman "sama-sama. Siapa nama awak?"
"T-Trisha"
Fiona mengukir senyuman "Fiona"
End flashback.
"start dari tu kita rapat. Kita decide untuk kerja. Well kalau tak
kerja macam mana perut nak penuh betul tak?" Fiona ketawa
kecil.
"Sejak dari tu aku sedar. Makin aku membesar makin ramai
manusia toxic yang aku jumpa. Dari kecil lagi kitaorang dah
dealing dengan depression. Kadang-kadang Trisha tenangkan
aku nanti esoknya aku pula tenangkan dia. Tangan kitaorang ni
dah macam kertas. Situlah kitaorang curah perasaan kitaorang"
ujar Fiona perlahan.
Adrian mengenggam erat tangan Fiona. Hatinya sebak
mendengar penjelasan Fiona. Disaat dia disogok dengan
kemewahan, Fiona di luar sana harus hidup seorang diri tanpa
kedua orang tua di sisinya. Tiada rumah, pakaian, makanan.
Kalau dia berada di tempat wanita tersebut. Dia tak rasa dia
boleh survive macam mana Fiona survive.
"Start tahun ni kitaorang janji sama-sama tak nak cut lagi. I
mean kalau boleh lah. Aku tahu ramai akan cakap kitaorang ni
attention seeker lah, mengada lah, buat benda bodoh lah but
you know what? sebab diorang tak rasa apa kitaorang rasa
sebab tu diorang cakap ikut sedap diorang" Fiona mengukir
senyuman. Senyuman yang menutup segala deritanya.
"masa aku kat istana. Parents aku always suruh aku survive
sendiri. Diorang tak pernah manja kan aku. Kau bayangkan aku
baru 7 tahun dah kena plan masa depan aku untuk 3 tahun
akan datang. Gila tak gila" Fiona dan Adrian ketawa kecil.
"tapi aku bersyukur parents aku tegas. Sometimes strict parents
ni is satu anugerah untuk kita. Aku tak dapat bayangkan kalau
dulu parents aku lambakkan aku dengan wang, lemparkan aku
dengan kemewahan, hulurkan aku dengan keinginan. Aku tak
rasa aku boleh sejauh ni. Mama aku always cakap aku untung
sebab ada ramai budak seusia aku yang tak dapat apa yang aku
dapat dan aku percaya sebab aku pernah alami" jelas Fiona lagi.
"Aku rasa kunci aku boleh survive macam ni adalah keberanian.
Kalau aku tak berani aku rasa aku dah mati dah"
Adrian mengukir senyuman "meanwhile aku? Aku terlalu asyik
dengan dunia yang melalaikan ni" Adrian melepaskan keluhan.
"Setiap orang ada bahagian masing-masing Ad. Kau ada peluang
untuk perbaiki life kau" ujar Fiona.
Adrian mengelus lembut tangan Fiona "mulai sekarang kita
hadap semua benda sama-sama. Masalah kau masalah aku juga.
Kalau dulu orang ignore kau sekarang aku tak akan biarkan kau
jadi macam dulu" ujar Adrian. Tiba-tiba seseorang merangkul
bahu Adrian dan Fiona
"kita sama-sama?" Armin memandang mereka berdua silih
berganti. Matanya berkaca. Mungkin mendengar cerita Fiona
tadi.
Seseorang menyelit diantara mereka. Dia berada di sisi Fiona
"kita sama-sama?" soalan yang sama dilontarkan Trisha. Dia
mengukir senyuman kecil.
Fiona mengukir senyuman. Sungguh dia gembira dipertemukan
dua lelaki ini dan Trisha. Mereka bertiga cukup membuat
hidupnya terasa lengkap dan sempurna. Oh ya tak tertinggal
juga Ariana!
"kita sama-sama" balas Fiona sebelum mereka berempat
berpelukkan. Ketawa dihambur melihat wajah sedih masing-
masing.
•
•
•
☘︎ It’s always better when we’re together
Fiona ditarik ke dalam stor.
Dia sedaya upaya meronta sekuat hati namun dia gagal. Dia
tidak dapat meloloskan dirinya dari gengaman dua lelaki di
sisinya
"lepaskan aku!!! Korang siapa ha?!" Fiona masih berusaha
melepaskan diri namun tindakannya terhenti apabila seseorang
muncul di hadapannya
"Apa kau nak ? Apa lagi yang kau tak puas hati?" Fiona
memandang tajam wanita di hadapannya.
Dellyna ketawa sinis "kesian sebenarnya dengan kau ni. Kalau
aku beritahu kau siapa yang suruh aku provok kau macam ni
mesti kau tak percaya" Dellyna menghamburkan tawa.
Fiona berkerut "apa kau cakap ni? Aku tak faham!"
Dellyna bercangkung di hadapan Fiona "jauhkan diri kau dari
Ad" ujarnya tegas.Fiona menggulingkan bebola mata "apa
masalah kau sebenarnya?"
"Masalah aku banyak!" Dellyna kembali berdiri.
"Semuanya disebabkan kau!!" Dia menundingkan jari ke arah
Fiona. Fiona masih berkerut "kenapa aku pula? Masalah kau!
Kau lah penyebab dia!" Balas Fiona.
"disebabkan kau Ad dah tak care pasal aku,disebabkan kau Ad
dengan Armin tak pergi club, disebabkan kau Ad jauhkan diri
dari aku, disebabkan kau group kitaorang berpecah!,
disebabkan kau Ad tak percayakan aku! semua disebabkan
kau!!"
"Aku dengan Ad takde apa-apa! Kau yang fikir bukan-bukan!"
Ujar Fiona.
"Eh Fiona kau dengar sini. Semua kisah gelap kau ada dekat
tangan aku. Sekali kau buat hal aku akan pastikan hidup kau
merana" pipi Fiona ditepuk berkali-kali
"lepaskan dia. Jom!" Dua lelaki tersebut melepaskan gengaman.
Fiona terus tersembam di tanah. Di menilik pergelangannya
yang kian memerah.
Perlahan-lahan air matanya jatuh. Apa lagi yang perlu dia hadap
kali ni? Segala deritanya tidak berhenti di sekolah lama malah
lebih teruk di sini.
Fiona memeluk lututnya. Hampir 10 minit dia masih berkurung
di stor tersebut. Tiada daya mahu berdiri,berjalan apatah lagi
jumpa Adrian. Dengan keadaannya sebegini,mata merah dan
bengkak,tangannya merah dan lebam.
Walaupun perutnya berbunyi minta diisi namun dia hanya
mengabaikan. Tiada tenaga yang tinggal. Semuanya sudah
dicurahkan untuk menangis.
Mata Fiona semakin lama semakin kuyu. Dia letih hadap
kekejaman dunia ni. Dia mahu tidur dan berehat.
Setelah beberapa minit Fiona tertidur dia merasakan seseorang
menggoncang lembut lengannya
"Fi bangun Fi!!"
perlahan-lahan Fiona membuka mata. Orang yang pertama dia
nampak adalah Adrian. Kemudian pandangannya beralih pada
Trisha di belakang Adrian. Kemudian Armin,Ariana,Darwish dan
Fadyad di muka pintu.
"kau buat apa kat sini? Kitaorang risau tahu tak?" Ujar Trisha
perlahan.
"macam mana kau boleh ada dekat sini?" Soal Adrian. Dia
memegang lembut kedua pipi Fiona.
"haah macam mana kau boleh ada dekat stor ni?" Sampuk
Armin.
Fiona menutup mata, dia belum bersedia memberitahu
semuanya. Dia memandang tangannya.
"Fi! Kenapa tangan kau macam ni?" Mata Adrian terbeliak
memandang pergelangan Fiona. Bekas-bekas luka di situ
ditambah dengan lebam dan kemerahan.
Fiona menggelengkan kepala lalu tubuh Adrian dipeluk erat. Dia
tidak mahu melepaskan pelukkan itu. Dia merasakan dirinya
akan disakiti lagi jika dia melepaskan pelukkan.
Adrian membalas pelukkan Fiona "kita bawa dia pergi bilik
kesihatan bang" ujar Ariana. Adrian mengangguk setuju. Tubuh
Fiona didukung perlahan kemudian mereka semua melangkah
ke bilik kesihatan.
di bilik kesihatan masing-masing tidak berkata apa-apa. Adrian
memandang Fiona yang sudah terlelap,matanya tertancap
pergelangan Fiona yang lebam.
serta merta dahinya berkerut "Min!" Armin mendekati Adrian
"ada apa?" Adrian menyentuh perlahan lebam tersebut. Armin
memandang tangan Fiona,dia juga berkerut.
"Siapa punya kerja ni?" Soal Armin perlahan. Adrian mengetap
giginya. Dia dapat merasakan amarah semakin menggunung.
Kenapa ada sahaja manusia yang menyakiti wanita ini
sedangkan Fiona langsung tiada buat apa-apa kesalahan.
Adrian berdiri dari kerusinya "Sha jaga Fiona aku ada hal jap"
ujarnya senada. Namun wajahnya bengis. Dia perlu cari siapa
dalang disebalik semua ni
Trisha mengangguk laju "Ria kau duduk sini teman Trisha"
pesan Adrian,wanita tersebut mengangguk kepala.
"Jom Min" Adrian dan Armin melangkah keluar.
sebuah bilik segera dituju. Pintu tersebut dibuka kasar "blah"
Dia menolak pengawas yang berada di bilik tersebut.
Suka hati dia lah nak buat apa-apa pun. Sekolah ni bapak dia
punya!
konputer tersebut segera didekati mereka. Cctv di hadapan stor
di cari. Mereka melihat segala yang terjadi pada Fiona. Nasib
baik ada cctv di hadapan stor dan di dalam stor.
Adrian dan Armin berpandangan
Banggg!!!
Habis segala peralatan di situ berselerak. Dua orang lelaki
tersebut mengaduh kesakitan.
"beritahu aku apa masalah kau dengan Fiona?" Soal Adrian.
Terkejut? Ye ini bukan kali pertama dia memukul pelajar di
sekolah itu tapi dia akan belasah jika bersebab. Kebiasaannya
untuk melindungi orang yang dia sayang. Contoh ada budak
yang kacau adiknya atau rakan wanitanya dan juga Dellyna.
Armin menyandar dirinya di dinding. Menikmati pergaduhan
bosan itu. Selalunya dia akan kasi Adrian settle dulu baru dia
finishing.
"a-aku tak tahu apa-apa Ad! Aku cuma ikut arahan!" Ujar salah
seorang dari mereka.
"Arahan siapa yang kau ikut?" Soal Adrian.
"D-Dellyna"
Armin tersenyum sinis "bodoh! Kau lelaki kot yang kau dengar
arahan perempuan dah kenapa? Abis kalau Dellyna suruh
korang terjun bangunan korang pun ikut la?"
"aku tak rasa sekolah ni perlukan orang macam kau" Adrian
bercangkung di hadapan mereka berdua "kau rasa kau masih
nak sekolah kat sini?"
mereka berdua mengangguk laju "ini last warning dari aku.
Kalau aku tahu korang sentuh Fiona aku! Aku akan cari kau
sampai lubang cacing. Faham?!"
Sekali lagi mereka mengangguk "blah" dengan sepatah
perkataan sahaja dua orang lelaki tersebut sudah lari
bertempiaran menyelamatkan diri.
" 'Fiona aku' " Armin tersengeh nakal. Adrian mengelengkan
kepalanya. Sudah lali dia dengan perangai Armin yang kuat
menyakat ni.
"cari Del"
"Del? Kau nak buat apa dengan dia? Sanggup ke kau marah dia"
bibir Armin masih menguntumkan senyuman.
"aku sanggup buat apa je untuk Fiona" ujar Adrian senada.
Armin menghamburkan tawa "whipped asf!"
"Dah jom! Kerja kita belum settle" Adrian menarik kolar baju
Armin dan dia mengheret Armin bersamanya
•
•
•
☘︎ True love is putting someone else before yourself.
Adrian you tak boleh buat i macam ni" Dellyna melutut
di hadapan Adrian.
Dia tak mahu dibuang sekolah. Dia tidak mahu berjauhan dari
Adrian. Dia tidak mahu Fiona rampas Adrian daripadanya
Adrian mengetap giginya "i dah warning you Del. Jangan kacau
Fiona!"
Basah pipi Dellyna dengan air matanya "tolonglah Ad! Jangan
buat i macam ni!" Dellyna menangis teresak-esak.
Adrian menutup matanya. Sesungguhnya dia tak sampai hati.
Dellyna antara orang yang dia sayang dalam hidupnya tapi
Dellyna sudah melampau. Apa yang Fiona buat sampai Dellyna
benci wanita itu sebegitu rupa.
Adrian menghela nafas.Dia melutut di hadapan Dellyna "you
dengar sini. You kena homeschooling for awhile" ujarnya
lembut. Dellyna mengelengkan kepalanya berkali-kali.
Adrian memegang kedua belah pipi Dellyna "no i promise you
akan better.You kena rest. You tak boleh datang sekolah
dengan keadaan macam ni nanti you sakitkan ramai orang.
Please?" dia memandang wanita di hadapannya.
Perlahan-lahan Dellyna mengangguk kepala. Adrian menarik
wanita tersebut di dalam pelukkannya. Memang dia marah dan
kecewa akan perbuatan Dellyna tapi dia tetap menyayangi
sahabatnya dari kecil ini.
Fiona tersenyum kecil
"Kalau akak Fi ada masa Ad kecil-kecil dulu dia memang
annoying. Semua benda dia nak control" omel Ariana. Fiona
ketawa kecil.
"amboi sedap kutuk aku" pandangan mereka teralih pada dua
figura di muka pintu. Adrian dan Armin
Adrian mendekati Fiona "kau dah okey sikit?" Soal Adrian. Dia
mengelus lembut kepala Fiona. Fiona mengangguk.
"Nak enjoy tak?" Soal Armin sambil tersengeh. Dia mengangkat
kening berkali-kali.
Adrian, Fiona, Trisha dan Ariana memandang satu sama lain.
"AHHHHH AKU TAKUTTTT" jerit Fiona
Dia mana tahu ice skating ni! Dah hampir 10 minit dia berdiri di
tempat sama, tak berani mahu melangkah ke hadapan
walaupun setapak.
"takpe try la aku ada!" Ujar Adrian. Fiona mengengam kuat
tangan Adrian tapi Adrian tak kisah selagi Fiona rasa selamat
selagi tu dia okey.
"cepatlah Fi!!" Trisha, Armin dan Ariana sudah bergembira
hampir setiap pelusuk ruang kawasan tersebut mereka sudah
teroka. Hanya Fiona sahaja yang masih tidak bergerak yang lain
semua laju meluncur di atas ais.
"ok sokay aku guide kau" Adrian bergerak sedikit demi sedikit.
Fiona menutup matanya dia dapat merasakan tubuhnya
semakin lama semakin ke hadapan.
"jom jom" pergerakan Adrian semakin lama semakin laju "Ad
perlahan sikitt!!" Jerit Fiona tapi belum sempat Adrian
memperlahankan langkahnya selamat dua orang tersebut
tersembam ke tanah.
Adrian dan Fiona memandang sesama sendiri sebelum mereka
berdua menghamburkan tawa "kau okey?" Soal Adrian
bersama sisa tawanya "aku okey" balas Fiona.
Armin, Trisha dan Ariana mendekati mereka berdua "korang
okey tak?" Soal Armin. Adrian dan Fiona masih bersama sisa
tawa mereka.
"Kitaorang okey. Adrian ni ha laju sangat!" Fiona memukul
lembut lengan Adrian. Armin menggelengkan kepalanya.
"dahlah jom kak Sha kita luncur sana" Ariana menarik tangan
Trisha dan mereka berdua sambung meluncur.
"dah settle kan lah hal korang ni. Tak faham aku" gumam Armin
sebelum dia juga menyambung meluncur.
Adrian kembali berdiri. Dia membantu Fiona kembali berdiri.
"jom sambung" Tangan mereka kembali bersatu kemudian
perlahan-lahan Adrian meluncur membawa Fiona bersama di
sisinya.
Riuh kawasan tersebut dengan gelak tawa mereka. Fiona sudah
boleh meluncur tanpa bantuan Adrian. Walaupun pada
mulanya agak sukar tapi lama kelamaan rasa seronok sudah
menyelubungi dirinya.
dia segera meluncur ke arah Armin dan melompat di belakang
badannya. Armin yang sedang dalam keadaan tidak bersedia
tidak sempat membuat apa-apa akhirnya selamat mereka
berdua menyembah tanah.
sekali lagi tawa dihamburkan "kau ni lembik la! Dukung aku pun
tak kuat!" Fiona memukul perlahan lengan Armin "mana aku
tahu gila! Kau tak cakap apa-apa" Armin menggosok
pinggangnya.
Adrian mendekati mereka berdua. Dia membantu Fiona untuk
berdiri
"aku?" Armin menghulur tangannya.
"bangun sendiri" ujar Adrian sepatah sebelum dia menarik
Fiona meluncur bersamanya.
Armin mencebik. Ni lah manusia! Mudah lupa kawan!
Armin kembali berdiri dan sambung meluncur.
Selepas beberapa jam mereka meluncur akhirnya mereka
menamatkan kegembiraan mereka di tempat itu.
"Ria sini!!!" Fiona menarik lengan Ariana dan Trisha kemudian
mereka bertiga berlari menuju ke kedai aiskrim yang hanya
beberapa meter dari mereka.
Adrian menoleh ke kiri dan kanan "mana diorang?" Soalnya
hairan. Armin mengangkat bahu "aik takde ke? Mana hilang?"
Ujar Armin.
tiba-tiba mereka terdengar hilaian tawa. Serentak mereka
berdua menoleh ke arah suara tersebut.
"Ni aku punya!" Fiona memuncung sedikit apabila Trisha
menyedok aiskrim kepunyaannya
"Aku nak rasa sikit je. Kedekut eh kau" balas Trisha.
Adrian dan Armin segera mendekati mereka "amboi beli aiskrim
tak ajak orang eh" Armin memeluk tubuh.
"tu kedai sana pergi lah beli" Ujar Ariana sambil enak
menikmati keenakan aiskrimnya
"aku nak ni. Terima kasih!!" Armin merampas aiskrim milik
Ariana dan segera berlari meninggalkan mereka. Ariana
tercenggang "oiii tu aku punya!" Dia mencapai aiskrim di atas
meja dan berlari mengejar Armin.
Trisha memunbuntangkan mata "Ria!!! Tu akak punyaaa!!" jerit
Trisha. Dia turut bangun dan berlari mengejar Ariana.
Sekarang hanya tinggal Adrian dan Fiona. Mereka
menggelengkan kepala sambil ketawa kecil.
sekali lagi Fiona membetulkan kedudukannya. Matanya tidak
mampu dibuka. Sudah 3 movie mereka tonton. Dia pasti
sekarang sudah pukul 2-3 pagi.
Adrian hanya memerhati Fiona yang melawan matanya.
Perlahan-lahan dia menarik lembut kepala Fiona agar
dilentokkan dibahunya.
Seraya itu Fiona terus hanyut dalam alam mimpi. Adrian
tersenyum kecil. Merehatkan kepalanya pada kepala Fiona.
Tangan Fiona digengam lembut.
dia menilik seketika bekas-bekas luka di tangan wanita itu
sebelum dia membawa tangan Fiona ke bibirnya lalu mengucup
bekas-bekas luka berkenaan.
Bekas luka yang berada di tubuh wanita ini bukannya tanda
kelemahan tapi tanda kekuatan dan keberanian. Dia bangga
Fiona boleh sampai ke tahap ini.
Dikala ramai remaja memilih untuk mengakhirkan riwayat
mereka malah Fiona memilih untuk terus berjuang melawan
masalah depressionnya. Sungguh dia kagum dengan wanita ini.
lama Adrian melayan fikirannya sebelum dia juga hanyut dibuai
mimpi
•
•
•
☘︎ You know it’s true. Everything I do, I do it for you
Kedebushhh!!
Fiona menutup mata. Dia membiarkan tubuhnya terapung di
permukaan air.
"Leyley?"
Fiona membuka mata. Dia memandang figura di hadapannya
"papa?" soalnya perlahan.
Lelaki tersebut tersenyum kecil. Dia menghulurkan tangannya.
Fiona memandang tangan tersebut buat seketika sebelum dia
mencapai tangan itu.
Tubuh sasa lelaki yang bergelar ayah itu didakap dengan erat.
Perasaan rindu, sedih, sayang segalanya dicurahkan pada
pelukkan itu.
Mereka berdua meleraikan pelukkan "take me with you" kedua
tangan papanya digengam erat.
Tenang lelaki berusia kira-kira 50an itu tersenyum. Perlahan-
lahan kepala diggelengkan "no LeyLey. Belum masanya lagi"
ujarnya lembut.
mata Fiona sudah berkaca. Tangan lelaki tua itu dilepaskan
"why pa why?!" Suaranya kedengaran tegas. Kalau ikutkan
perasaan rindu yang tiada penghujungnya ini dia langsung
tidak mahu melepaskan tangan yang sering melindunginya,
tangan yang merawatnya ketika dia sakit, tangan yang
menyeka air matanya ketika dia hanyut dalam kesedihan
namun apakah daya perasaan marah, kecewa dan sedih sudah
menyelubungi dia
Senyuman yang terukir di bibir lelaki tua itu hilang serta merta
"Ley-"
Fiona memusingkan badannya membelakangi lelaki yang paling
disayangnya "papa tinggal Fi! Papa tipu! Papa dah janji papa
tak akan tinggalkan Fi!"
"LeyLey-"
"thats not my name!!" Dia kembali memandang tubuh papanya
"im not Leyley anymore! I'm Fi! Fiona! disebabkan budak
bernama Leyley tu Fiona hidup dalam kesengsaran, kesedihan,
kemurungan!!"
"Papa tak faham bertapa susahnya Fiona nak sampai ke tahap
ni. Papa tak tahu berapa kali Fi cuba untuk bunuh diri Fi ni
tapi.." air mata yang deras menyukarkan Fiona menyambung
tutur katanya.
Dia sedih, kecewa dan benci akan masa kecilnya. Bukankah
'childhood' sering disamakan dengan kebebasan, keseronokan,
kebahagian tapi mana semua tu dalam hidupnya?!
Raja Isaac menundukkan kepalanya "masih ada perkara yang Fi
perlu settle kan untuk keluarga kita"
Fiona berkerut "Perkara? Perkara apa lagi?"
Satu keluhan dilepaskan "maafkan papa. Perjalanan Leyley
belum selesai tapi papa janji, disetiap penderitaan pasti ada
kebahagiaan"
Fiona menolak jauh perasaan marahnya. Dia segera mendekati
papanya dan tubuh sasa itu didakap erat.
Dia tidak mahu bangun dari mimpi ini. Dia mahu terus
bermimpi. Dia tidak mahu bangun dan terus menghadapi dunia
yang kejam
"Fi sayang papa" ujarnya perlahan
"papa pun sayang Leyley"
Fiona terbangun dari lenanya. Dia segera duduk sebelum wajah
diraup. Nafas dihela seketika.
Fiona berkerut apabila mendengar samar-samar bunyi
televisyen di ruang tamu bawah. Dia mengerling jam di
dindingnya
1:35 AM
Fiona segera turun dari katil. Dia menuju ke pintu, pintu bilik
tersebut dikuak dan dia melangkah keluar.
Fiona memandang ruang tamu bawah. Televisyen masih tidak
dimatikan. Dia menuju ke bilik tetamu. Pintu bilik tersebut
dikunci, maknanya Ariana sudah enak dibuai mimpi.
Fiona segera menuruni tangga, mungkin Adrian dan Armin lupa
untuk tutup tv.
Remote dicapai dan dia mematikan televisyen. Figura Armin
yang hanyut dalam alam mimpi elok berada di atas sofa.
Mana Ad?
Fiona bergerak ke pintu belakang. Betul tekaannya. Adrian di
luar. Pintu belakang tidak ditutup rapat.
Fiona melangkah keluar. Dari jauh dia sudah nampak figura
Adrian yang sedang duduk di atas rumput karpet sambil
mendonggak memandang bulan dan bintang.
dia segera mendekati Adrian dan melabuhkan punggung di
sebelah lelaki itu
Adrian terkejut seketika dengan kehadiran Fiona yang secara
tiba-tiba.
"kenapa kau tak tidur lagi?" Soal Adrian pelik.
Fiona mendonggak memandang bintang "sepatutnya aku yang
kena tanya kau. Kenapa kau tak tidur lagi hm?"
"Aku tak mengantuk. Kau pula?"
"aku tersedar lepastu terus tak boleh lelap semula" jawap Fiona.
"Aku tak pernah duduk kat luar malam-malam macam ni tengok
bulan dengan bintang. Sekarang baru aku tahu bertapa
tenangnya kalau duduk macam ni" ujar Fiona sambil tersenyum
kecil.