di bilik kesihatan Fiona duduk di atas katil. Jauh dia termenung
mengosongkan fikirannya.
Armin dan Adrian di luar manakala Trisha sedang berehat di
ruang hadapan bilik kesihatan.
"boleh saya letak ubat dengan tangan awak?" Soal wanita itu
lembut. Bibirnya tidak lekang menguntumkan senyuman.
Fiona teringat sesuatu.Bekas-bekas lukanya.Shit!
"er..takpe! Saya boleh letak sendiri" balasnya pantas. Wanita
tersebut mengangguk dan memberi minyak kepada Fiona
sebelum dia melangkah ke ruang lain.
Lengan baju sekolahnya dilipat sedikit mendedahkan bekas
lukanya. Keluhan dilepaskan sebelum perlahan-lahan dia
menyapu minyak di pergelangan tangannya.
"cut yourself?" Soal seseorang.
Fiona terkejut dengan suara yang tiba-tiba muncul
menyebabkan dia terlanggar ubat di hadapannya.
Fiona mendonggak memandang wanita tadi yang merupakan
nurse di sekolah ni. Senyuman masih terukir di bibirnya.
Perlahan-lahan dia mendekati Fiona dan melabuhkan punggung
di sisi Fiona.
"Its okay.Saya dah biasa jumpa remaja macam awak. Pernah
sekali saya jumpa luka yang masih fresh.Dalam luka tu" ujar
Wanita tersebut. Fiona hanya berdiam diri mendengar cerita
wanita tersebut.
"you know its wrong right?" Soalnya lembut.
Fiona menundukkan kepalanya sebelum perlahan-lahan dia
menganggukkan kepalanya.
Wanita tersebut masih tersenyum "remaja. Biasa lah. Banyak
benda yang kena hadap. But its not cara yang betul korang-"
"it is" Sampuk Fiona.
Wanita itu memandang Fiona "i feel relax.Itu je cara buat saya
tenang"
"depression?"
Fiona mengangguk
"oh god.." senyuman sudah lesap di wajah cantik wanita itu.
Tangan Fiona diraih.
"its not cool.Awak tahu kan depression ni bahaya? Any method
yang awak guna untuk dealing benda ni?" Soalnya lembut.
Fiona tersenyum kecil "i shut down my social media. Cara lain
tak membantu. Saya dah biasa dengan benda ni. Takde satu
cara pun berjaya buat saya rasa tenang" Balas Fiona.
"your parents? Cuba share your problem with-"
"i dont have one.Parents saya dah takde masa saya kecil
lagi.Thats why depression come to me sebab saya takde
sesiapa"
Buat beberapa saat wanita tersebut berdiam diri "im sorry"
gumamnya perlahan.
"Saya percaya awak boleh. Try lawan benda ni. Selagi boleh
clean awak clean eh.If awak ada masalah and tak tahu nak
share dengan siapa feel free to share with me.Saya boleh
dipercayai tau" Dia menyenggol Fiona perlahan.
Fiona mengangguk kepala "thank you"
Wanita tersebut kembali bangun "its not a big deal so dah
settle awak dah boleh keluar. Penat abang-abang tampan
tunggu kat luar tu" sakat wanita tersebut.
Fiona tersenyum kecil. Dia menggelengkan kepalanya. Dia juga
turut berdiri. Baju dan rambut dibetulkan. Kemudian dia
mendapatkan Trisha.
Fiona bercangkung di hadapan Trisha "kau okey?" Soal Trisha
sambil menilik tangan Fiona. Fiona mengukir senyuman "aku
okey.Im strong you know" Fiona cuba menceriakan keadaan dia
tidak suka kalau Trisha terlalu bimbang.
"aku minta maaf aku tak tolong kau.Aku tak tahu nak buat
apa.Aku takut-"
tangan Trisha diraih "takpe.Sepatutnya aku yang kena minta
maaf sebab aku dah janji nak tolong kau tapi aku tak dapat
tolong kau" ujar Fiona perlahan. Dia tersenyum namun
matanya jelas menunjukkan dia sedih dan kecewa. Sedih dan
kecewa dengan dirinya sendiri sebab tak dapat membantu
sahabatnya itu.
Bibirnya masih menguntumkan senyuman namun perlahan-
lahan air matanya mengalir di pipi.
"aww kau tak salah pun. Kau jangan lah rasa serba salah" Trisha
menyeka air mata Fiona namun matanya pula yang berkaca dan
air matanya mengalir perlahan.
Fiona menarik rakannya ke dalam pelukkan.
tanpa mereka berdua sedar. Adrian sudah lama berada di
dalam bilik kesihatan untuk bertemu mereka namun
langkahnya terhenti sebaik sahaja mendengar perbualan Fiona
dan Trisha.
Serba sedikit hatinya tersentuh dengan hubungan mereka.
Perasaannya membuak-buak mahu melindungi Fiona. Dia ingin
sekali menjadi salah seorang yang Fiona percaya. Semakin lama
niat untuk hanya mengetahui rahsia gelap Fiona semakin
terhapus namun berganti dengan perasaan baru yang Adrian
sediri tidak tahu apa. Dia tidak mengerti rasa apa yang sedang
bermain di perasaannya
•
•
•
☘︎ Only I can change my life. No one can do it for me.
class kau habis pukul berapa?" Soal Adrian
Fiona menghela nafas "pukul 3" balas Fiona ringkas. Adrian
mengangguk "okey,aku tunggu kat loker kau. Kita balik sama-
sama" ujar Adrian.
Fiona berkerut "buat apa? Aku boleh balik sendiri la" rungut
Fiona. Dia tidak suka kalau orang anggapnya lemah. Dia tak
perlukan belas kasihan orang lain.
"aku cakap kita balik sama-sama so kita balik sama-sama. Kalau
kau tak nak at least buat untuk Trisha" kata Adrian senada.
Fiona memandang Trisha.
Dia tak mahu sahabatnya disakitkan lagi. Dia sanggup lakukan
apa sahaja agar keselamatan Trisha terjamin.
Pandangan kembali dibawa kepada Adrian. Lama-kelamaan
Fiona menganggukkan kepala "okey" Tangan Trisha diraih dan
Fiona membawa Trisha pergi.
Armin memegang bahu Adrian "apa plan kau kali ni?" Soal
Armin. Adrian memandang Armin "takde plan apa-apa" ujarnya
ringkas. Dia memasukkan tangannya ke dalam kocek.
"Then asal kau tiba-tiba jadi baik pula offer diorang balik
dengan kita?" Armin mengangkat kering. Adrian sendiri keliru
dengan perasaannya.
"entahlah aku rasa kesian dengan diorang" gumam Adrian.
Armin sudah tersengeh "ke kau dah tangkap cintan?" Bisiknya.
Adrian berkerut "kau ni merepek la" Adrian membetulkan
begnya sebelum dia memulakan langkah.
Fiona duduk di atas mangkuk tandas yang tertutup. Matanya
dipejam,dia menarik dan menghela nafas.
"Relax Fi relax" ujarnya perlahan. Dada digosok perlahan. Entah
kenapa suara-suara tersebut kembali di fikirannya. Mungkinkah
dia terlalu penat? Ataupun dia terlalu sedih? Terlalu banyak
fikir?
"kau memang tak guna! Kau kata kau nak protect Trisha! Tapi
Trisha still kena buli!"
"Kau memang tak bernilai! "
"menyusahkan orang!"
Fiona menutup telinganya,mata terpejam rapat,dia
menggelengkan kepalanya berkali-kali,cuba melawan suara
yang berlegar-legar di kepalanya
"Fi..kita kan dah janji nak clean sama-sama"
"aku percaya kan kau tau Fi!"
"aku tahu kau kuat"
Fiona membuka mata, dadanya turun naik-turun naik. Peluh
menitik di dahinya. Keluhan dilepaskan.
dia membuka pintu dan segera mendekati sinki. Fiona
membasuh wajahnya. Kepalanya kian berdenyut.
Fiona menilik jam tangannya. Masa balik sudah tiba. Dia perlu
bertemu Trisha segera namun kakinya tidak mampu melangkah
dengan cepat
Perlahan-lahan Fiona melangkah keluar dari toilet. Dia menuju
ke lokernya untuk mengambil barang-barang.
Pintu loker digengam erat. Matanya dipejam rapat.
"kau ni hidup memang menyusahkan orang!"
"kau memang tak guna!"
"Fiona?"
"pergi!" Dia menepis tangan seseorang memegang bahunya.Dia
membuka mata. Nafas dihela "Trisha"
"kau okey tak ni?" Soal Trisha bimbang. Fiona mengeluh
"kepala aku sakit la" gumam Fiona perlahan.
"kau dengar suara-suara tu?" Soal Trisha. Setiap kali Fiona
mengadu sakit kepala tentu ada perkara yang dia terlalu
fikirkan dan setiap kali itulah suara tersebut kembali
menganggunya,dari situlah Fiona akan mencederakan dirinya
hanya untuk menenangkan diri.
Fiona mengangguk perlahan.
Trisha menutup kedua belah telinga Fiona "jangan dengar,kau
tahu kan tu semua tak betul? Sokay jangan dengar"
"ready?" Soal Armin yang baru tiba bersama Adrian.
Fiona dan Trisha memandang dua jejaka tersebut "jom" ujar
Trisha. Beg Fiona didukungnya.
"Fiona kau okey?" soal Armin. Fiona mengangguk perlahan
"okey okey" ujarnya perlahan.
Adrian yang berdiri di belakang Armin tidak henti memandang
Fiona,tentu ada yang tidak kena dengan wanita tersebut.
Wajahnya kian pucat. Langkahnya perlahan.
"jom pergi kereta Ad" pelawa Armin. Kedua wanita tersebut
mengangguk dan memulakan langkah.
mereka masuk ke perut kereta Audi kelabu milik Adrian. Adrian
di tempat duduk pemandu,Armin di sisinya manakala Fiona dan
Trisha di belakang.
Adrian memandang Fiona melalui cermin,Fiona merehatkan
kepalanya di tingkap,matanya dipejamkan,Tangan kanannya
memicit kepalanya perlahan manakalah tangan kirinya di dalam
gengaman Trisha.
Trisha membisikkan sesuatu pada Fiona sebelum Fiona
mengangguk sambil tersenyum. Dia tidak tahu apa yang
dibualkan oleh mereka berdua.
Fiona melontarkan pandangan ke luar tingkap.Sesuatu menarik
perhatiannya. Gunting yang terselit di kocek belakang tempat
duduk pemandu
"tak cukup kau menyusahkan Trisha kali ni kau menyusahkan
Adrian dengan Armin pula?"
"ambil gunting tu Fiona. Cederakan diri kau macam yang kau
selalu buat"
"kau memang layak dicederakan Fiona kau dah banyak
menyusahkan orang"
"dulu kau tak selamatkan mama papa kau,sekarang kau tak
selamatkan Trisha. Kau manusia jenis apa?"
"Diammmm!!!" Jerit Fiona memecah kesunyian di dalam kereta.
Seisi kereta terkejut, serta merta Trisha dan Armin memandang
Fiona. Fiona segera mengambil gunting tersebut.
"Fi jangan!" Trisha sedaya upaya merampas gunting tersebut
dari gengaman Fiona namun dia gagal.
"Ad berhenti tepi Ad!" Armin menepuk lengan Adrian berkali-
kali.
Kereta diberhentikan di bahu jalan. Pantas kedua lelaki tersebut
keluar dari kereta dan menuju ke seat belakang.
Gunting sudah diletakkan di pergelangan tangannya "Fi please
jangan buat macam ni!" Rayu Trisha. Air matanya laju mengalir.
Armin mendapatkan Trisha "tepi sikit nanti tangan kau luka"
ujar Armin lembut. Dia segera mengalihkan tangan Trisha dari
gunting.
Adrian mendapatkan Fiona "Fiona tenang Fiona!!" Tangan
kanan Fiona digengam kuat agar gunting yang dipegangnya
tidak mencederakan dirinya.
"Lepaskan aku!!!" Fiona meronta sekuat hati namun Adrian
kuat memegangnya.
Setelah beberapa minit mereka bergelut akhirnya Armin
berjaya melepaskan gunting dari gengaman Fiona. Gunting
tersebut segera dicampak ke luar.
Fiona menangis sepuas-puasnya. Selagi darah tidak mengalir
dari pergelangan tangannya selagi itu dia tidak akan tenang.
Trisha menutup mulut menahan tangisan melihat keadaan
sahabatnya.
Tanpa berfikir panjang Adrian membawa Fiona ke dakapannya.
Dagu direhatkan di kepala Fiona. Fiona sudah hanyut dengan
kesedihan,matanya masih terpejam rapat.
"tolonglah sekali je bagi tenang tolonglah" Ujar Fiona berkali-
kali. Air matanya tidak berhenti mengalir.
"Sokay kitaorang ada kat sini.Kau rehat dulu" ujar Adrian
perlahan. Suaranya lembut menyapa gegendang telinga Fiona.
Trisha masih tidak dapat menahan air matanya melihat Fiona.
Dia takut Fiona kembali mencederakan dirinya. Dia tidak mahu
kawannya kembali hanyut dalam masalah depressionnya.
"Armin kau drive" kata Adrian. Wajahnya disaluti kebimbangan.
Ini kali pertama dia melihat Fiona begini.
Armin mengangguk, dia memandang Trisha yang sedikit dalam
ketakutakan dan kebimbangan.
"Trisha kau duduk seat depan dengan aku" kata Armin. Trisha
mengangguk dan menuju ke seat hadapan dan segera
melabuhkan punggungnya.
Armin melabuhkan punggung di seat driver.Dia megerling
Trisha yang gelisah di sisinya.
"sokay sokay Fiona okay nanti" Dia menepuk peha Trisha
berkali-kali. Baru sahaja dia ingin menarik tangannya untuk
kembali diletakkan di stereng,Trisha terlebih dahulu memeluk
lengannya.
Armin terkaku seketika sebelum merelakan tangannya dipeluk
Trisha. Dia sering melihat Trisha memeluk lengan Fiona jika dia
ketakutan tapi sekarang Fiona masih belum sedar dan dia
faham Trisha dalam ketakutan dan bimbang.
wajah Trisha dikerling sekali lagi. Hatinya luruh melihat wajah
wanita tersebut.Penuh dengan kegusaran. Sungguh dia mahu
sekali melindungi wanita tersebut.
•
•
•
☘︎ Give yourself another day, another chance. You will find
your courage eventually. Don’t give up on yourself just yet
☘︎
Fiona sudah lena dibuai mimpi di dakapan Adrian.
Akhirnya mereka tiba di kediaman Fiona dan Trisha. Trisha
keluar terlebih dahulu untuk membuka kunci dan pintu.
dengan berhati-hati Adrian mendukung tubuh Fiona dengan
gaya bridal style. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah
Fiona dan Trisha.
"kau naik atas belah kanan bilik Fiona" ujar Trisha. Adrian
mengangguk faham. Tanpa membuang masa dia segera
menyambung langkahnya
"Aku beli makanan jap. Kau tunggu sini eh" ujar Armin lembut.
Trisha menganggukkan kepala.
Adrian membuka pintu Fiona kemudian dia menolak pintu
tersebut menggunakan kaki. Tubuh Fiona diletakkan di atas
katil dengan berhati-hati.
Rambut Fiona yang sedikit menutupi wajah cantiknya diseka
perlahan oleh Adrian.
Adrian kembali melangkah keluar. Dia menuruni tangga
mencari kelibat rakannya dan Trisha. Kemudian kelibat Trisha
kelihatan di dapur
"Armin mana?" Soal Adrian. Trisha memandang Adrian "Armin
keluar beli makanan" dia membasuk tangannya dan
mengeringkan tangannya menggunakan tuala.
"Kau duduk lah dulu aku naik atas tukar baju Fi jap" ujar Trisha.
Adrian menganggukkan kepala sebelum dia mendekati sofa dan
melabuhkan punggung.
Tidak lama kemudian Armin melangkah masuk ke rumah
tersebut. Pandangannya dibawa ke arah Adrian yang sedang
duduk sambil bermain telefon bimbit.
"mana Trisha?" Soal Armin
"atas tukarkan baju Fiona" balas Adrian ringkas.
Armin mengangguk faham. Dia meletakkan bungkusan
makanan di atas meja kemudian melabuhkan punggung di sisi
Adrian.
"asal eh Fiona?" soal Armin.
Adrian mengangkat bahu "aku tak tahu and aku tak rasa
diorang nak beritahy tapi aku nak tahu"
Armin berkerut seketika. Pening dengan ayat sahabatnya itu.
Nafas dihela.
"lupakan hasrat kau tu,aku tak rasa benda ni hal remeh"
Tangan diletakkan di bahu Adrian.
Adrian berkerut seketika,dia memang ingin melupakan
hasratnya. Dia memang nak rapat dengan Fiona sebab itu
keiginannya dan dia mahu lindungi wanita itu.
"entah lah aku tak decide lagi" tipu Adrian. Sejujurnya dia
memang sudah lama lupakan hasratnya itu tapi dia belum
bersedia beritahu Armin perkara sebenar.
selalunya dia tidak pernah ikhlas rapat dengan seseorang tapi
kali ini perasaannya mengatakan perkara yang berbeza. Kali ini
dia ikhlas rapat dengan Fiona,Segala perkara baik yang
dilakukan itu memang kemahuannya bukan rancangan semata-
mata.
Adrian memang tertarik dengan Fiona tetapi dia sedaya upaya
menidakkan perasaannya sendiri walaupun hakikatnya
perasaannya kian merebak.
tapi dia perlu tahu apa yang dialami Fiona. Fiona ada sakit ke?
Tapi sakit apa pula? Jika wanita tersebut betul-betul
menghidapi penyakit dia langsung tidak terfikir untuk
mempersendakan Fiona tapi hatinya kuat untuk melindungi
wanita itu dari manusia yang tidak berhati perut.
"tinggalkan mereka Fiona!"
"kau tak layak untuk diorang!"
"kau memang menyusahkan orang!"
"Trisha?!" Fiona membuka pintu bilik air. Matanya terbuntang
melihat tubuh Trisha tekujur di lantai bilik air. Tangan kirinya
dipenuhi darah.
Fiona segere mendapatkan kawannya "Trisha jangan
tinggalkan aku!" Air matanya tidak berhenti mengalir.
"TRISHAAA!!"
Trisha segera mendekati Fiona yang meronta-ronta di katilnya.
Tubuh Fiona didakap "Fi! Aku kat sini!"
"Trisha jangan tinggalkan aku!" Mata Fiona masih terpejam.
Namun air matanya perlahan-lahan mengalir. Adrian dan Armin
segera menuju ke bilik Fiona tetapi mereka berdua hanya
berdiri di muka pintu.
"Fiona okey ke?" Soal Adrian sedikit bimbang "aku tak tahu. Dia
tiba-tiba jerit" balas Trisha.
"Fi bangun Fi!" Pipi Fiona ditampar perlahan. Akhirnya Fiona
membuka mata. Matanya dipenuhi air mata. Nafasnya turun
naik.
Dia mendonggak memandang Trisha tanpa membuang masa
tubuh Trisha dipeluk erat "jangan tinggal aku Sha" ujar Fiona
sambil menangis
"aku minta maaf Sha. Aku minta maaf. Please jangan tinggalkan
aku" ujarnya berkali-kali. Trisha menggosok perlahan belakang
badan Fiona. Perlahan-lahan air matanya juga mengalir.
"Fi apa kau merepek ni? Kita kan janji nak stay untuk each
other.Kau dah lupa ke?"
"Aku kawan tak guna Sha. Aku selalu cakap aku nak tolong kau
kalau kau kena buli tapi sampai sekarang aku still tak boleh
tolong kau. Maafkan aku Sha" ujar Fiona, matanya dipejam
rapat.
Adrian tersentak seketika mendengar apa yang baru
dikeluarkan oleh Fiona.
Perlahan-lahan Trisha meleraikan pelukkan "apa kau merepek
ni Fi. Kau dah banyak tolong aku, kau tolong aku untuk handle
masalah,bkau tolong aku untuk survive dengan masalah aku,
kau tolong aku jadi kuat, kau tolong aku supaya jadi berani. Kau
banyak tolong aku. Apa yang kau dengar tu semua tak betul."
Ujar Trisha lembut..Air mata Fiona diseka menggunakan ibu
jarinya. Bibirnya membentuk senyuman kecil.
"aku tak akan tinggalkan kau. Kau tahu kan aku tak boleh hidup
kalau kau takde? ni lagi nak tinggalkan kau. Tak akan terjadi!"
Ujar Trisha sambil ketawa kecil.
Pandangan Adrian masih terpaku pada Fiona. Tiba-tiba dia
merasakan seseorang menyentuh bahunya.
Dia mendonggak memandang Armin "kita turun dulu bagi
diorang spaces" ujar Armin sambil tersenyum kecil.
kalau ikutkan hati Adrian, dia tidak mahu turun sebaliknya dia
mahu menjadi orang yang mendakap Fiona, dia mahu
menenangkan Fiona, dia mahu meneman Fiona tapi buat masa
sekarang dia tahu Fiona perlukan masa dan itu terbaik buat
wanita itu
"Okey" gumam Adrian perlahan sebelum mereka berdua
kembali ke ruang tamu.
"Kau dah okey?" Soal Trisha sambil memandang Fiona.
Fiona mengangguk perlahan "sepatutnya aku yang kena jaga
kau ni kau pula jaga aku" gumam Fiona.
Trisha tersenyum kecil "ala sokay lah. Sekali sekala kau pun nak
orang protect kau,heal kau. Tak boleh juga kalau semua benda
kau kena buat,kau kena nampak kuat. Kita mesti ada time kita
down and kita perlukan someone and kau kena ingat aku
always ada untuk kau" Fiona mengelus perlahan tangan Fiona.
Fiona mengukir senyuman kecil "thank you Sha. Kau banyak
tolong aku"
"kau lagi banyak tolong aku" balas Trisha.
Fiona berkerut "mana ada! Kau lagi banyak!"
"eee kau lah lagi banyak tolong aku!"
"Ah takde! Takde! Kau lagi banyak!"
Trisha mengeluh "yelah kau menang. Aku lagi banyak tolong
kau"
Fiona menghamburkan tawa. Dia kembali memeluk sahabatnya
itu
"Tapi kau pun banyak tolong aku" kata Trisha.
"okey lah aku pun banyak tolong kau" balas Fiona
"fair?" Soal Trisha
"fair!" Balas Fiona.
Mereka berdua menghamburkan tawa.
•
•
•
☘︎I accept you as you are, and I will always hold you close in
my heart. I will always beside you forever.
Fiona melabuhkan punggung di bangku.
Hari ini Trisha ada kelas tambahan jadi dia perlu menunggu
Trisha sebelum mereka pulang ke rumah. Jauh Fiona
termenung dengan harapan dia dapat menenangkan diri.
Kebelakangan ini lepas satu,satu masalah datang. Dia letih
perlu sentiasa lagak seperti dia kuat tapi sebenarnya sebaliknya.
"Fiona?" Seseorang menyapanya. Fiona mendonggakkan kepala.
Beg segera didukung kemudian dia memulakan langkah.
"Fiona tunggu" Adrian mengejar Fiona. Fiona menutup matanya.
Langkah dipercepatkan.
Dia tidak mahu bertemu Adrian bukan sebab dia benci tapi
sebab dia malu! Adrian lihat masa lemahnya,Adrian nampak
bertapa lemahnya dia,bertapa strungglenya dia. Sepatutnya dia
perlu lagak kuat dan berani di hadapan Adrian.
Dia tidak mahu sesiapa pun lihat masa dia down!
"Fi tunggu!" Lengan Fiona dicapai. Fiona segera menepis tangan
Adrian "apa kau nak?!" Bentak Fiona
"Kenapa kau lari dari aku ha?"
Fiona tersenyum kecil "kau sepatutnya bersyukur aku jauhkan
diri aku dari kau" ujar Fiona sebelum dia kembali melangkah
namun Adrian terlebih dahulu menghalang. Tangan Fiona
digenggam erat.
"tak aku tak faham. Apa kau cakap ni?" Adrian berkerut.
"Lepaskan aku Adrian!" Fiona berusaha membebaskan
tangannya dari gengaman Adrian namun apakan daya
kekuatannya langsung tidak setanding kekuatan Adrian.
Lama kelamaan Fiona mengalah. Air matanya laju mengalir. Dia
menundukkan kepalanya.
Bagus Fi bagus! sekali lagi kau tunjuk dekat Adrian bertapa
lemahnya kau!
Adrian memandang Fiona "Fi-"
"kau boleh sebarkan dekat satu sekolah ni Ad" gumam Fiona
perlahan. Adrian berkerut "apa kau cakap ni?"
Fiona mengangkat kepala "kau boleh beritahu kawan-kawan
kau,fans-fans kau,kau boleh tahu Dellyna,kau boleh beritahu
semua orang bertapa lemahnya aku. Kau boleh beritahu semua
orang yang aku ni memang sakit! Kau boleh beritahu semua
orang yang aku suka cederakan diri aku!!" Tangisan Fiona kian
ghairah.
Adrian tersentak seketika.Tidak pernah sekali pun dia terfikir
untuk menyebarkan perihal Fiona kepada pelajar-pelajar di
sekolah ini.
"buatlah Adrian kalau kau rasa benda tu boleh buat kau happy.
Berilah tahu semua orang yang aku ni ada depression!" Fiona
melutut ke lantai. Mujur tiada siapa di laluan tersebut hanya
mereka berdua sahaja.
kepala Fiona masih tertunduk. Sekarang Adrian tahu dia ada
depression senang lah Adrian nak ejek dia nanti.
perlahan-lahan Adrian berlutut di hadapan Fiona "aku dah biasa
Adrian. Aku dah biasa kena buli,kena kutuk,kena ejek,kena
pukul. Aku-"
Adrian tidak menunggu Fiona menghabiskan ayatnya. Dia
segera menarik Fiona ke dalam dakapannya. Fiona langsung
tidak menolak. Tiada daya lagi dia mahu menolak perkara yang
dia sangat-sangat memerlukan.
Ye pelindungan. Sejujurnya dia amat selesa bersama Adrian,dia
merasakan dirinya dilindungi.
"Aku tak akan buat macam tu" bisik Adrian perlahan.
"aku tak akan beritahu diorang,aku tak akan ejek kau,aku tak
akan main-mainkan masalah depression kau.Aku tak akan
benarkan orang buli kau,aku tak akan benarkan orang ejek
kau,kutuk kau,pukul kau. Aku tak akan benarkan" bisik Adrian
lagi.
Air mata Fiona kian deras. Sudah lama dia tidak merasakan
perasaan ini.Perasaan disayangi, dihargai, dilindungi.
"aku minta maaf kalau sebelum ni aku tak ada dengan kau tapi
mulai sekarang tolong izinkan aku. Izinkan aku protect kau from
everything" air mata Adrian perlahan-lahan mengalir di pipinya.
Apa wanita ini dah lakukan pada dirinya sehingga dia ingin
sekali bersama dengan wanita di dalam dakapannya ini.
"Kau akan menyesal Ad-"
"tak aku tak menyesal. Aku ikhlas nak tolong kau. Please bagi
aku peluang. Aku nak jadi orang yang kau boleh percaya,yang
kau boleh bergantung"
Selepas beberapa minit perlahan-lahan Adrian meleraikan
pelukkan. Wajah cantik Fiona dipandang. Matanya merah dan
berkaca,hidungnya juga merah,pipinya juga merah namun
itulah kecantikkan yang paling sempurna.
Pandangan Adrian jatuh pada tangan Fiona. Dia meraih tangan
Fiona.
"boleh aku tengok?" Soalnya perlahan. Fiona mengemam
bibirnya seketika sebelum perlahan-lahan dia menganggukkan
kepalanya.
Lengan baju sekolah Fiona dilipat sedikit seraya itu muncullah
bekas-bekas luka yang sarat di pergelangan Fiona dan sedikit di
lengannya.
Adrian terkaku seketika sebelum Fiona segera menurunkan
lengan bajunya menutup bekas-bekas luka yang mencacatkan
tangannya.
"tak payah ah tengok buruk la" ujar Fiona perlahan.
"No jangan cakap macam tu.Please?" Rayu Adrian lagi. Fiona
menghela nafas seketika sebelum dia mengangguk.
Sekali lagi lengan baju Fiona dilipat. Bekas-bekas luka tersebut
disentuh perlahan oleh Adrian. Teruk parut-parut yang ada di
tangan Fiona. Sekali pandang dia sudah tahu luka-luka tersebut
tidak pernah dirawat dengan betul.
Luluh hatinya melihat tangan cantik Fiona dipenuhi bekas-bekas
luka.
"beautiful" gumam Adrian perlahan.
Fiona memandang Adrian. Adrian mendonggak kepala
membalas pandangan Fiona.
"no matter what you still beautiful.You so pretty" ujar
Adrian.Matanya juga berkaca,sedih apabila memikirkan apa
yang dilalui Fiona.
Air mata Fiona yang tadi sudah berhenti kembali mengalir.
Sepanjang dia hidup sendiri,tiada seorang pun pujinya cantik
selain Trisha.
Dia terlalu terharu sehingga tidak dapat menahan air matanya
dari terus mengalir.
"Jangan buat benda ni lagi. Kau boleh janji dengan aku?" Soal
Adrian perlahan. Fiona tidak memberi jawapan beberapa saat
sebelum dia mengangguk kepala.
Adrian menyeka air mata Fiona "kalau kau ada problem kau
boleh share dengan aku. Aku always ada dengan kau. Boleh kau
buat semua tu? For me?" Soal Adrian lagi. Jari ibunya masih
mengelus lembut bekas-bekas luka di pergelangan tangan Fiona.
Fiona mengangguk sambil tersenyum kecil. Serba sedikit dia
merasa lega sedikit seakan beban di bahunya berkurang.
Adrian mengukir senyuman kecil.
"jom kita tunggu Trisha kat cafe.Kita boleh makan sekali" kata
Adrian sambil berdiri. Dia menarik lembut tangan Fiona untuk
membantu wanita itu berdiri.
Beg Fiona yang berada di atas lantai,diambil dan didukung.
Tangan Fiona digengam erat sebelum mereka berdua
memulakan langkah.
•
•
•
☘︎People cry, not because they’re weak. It’s because they’ve
been strong for too long
Fiona mendukung begnya "dah ready ke?" Soal Fiona.
Trisha mencebik sedikit "sekejap boleh?"
Fiona berkerut "why?"
"Armin tadi kata nak join so aku tengah tunggu dia ni" ujar
Trisha sambil matanya melilau mencari figura Armin. Fiona
mengangkat sebelah keningnya "Armin?" Bibirnya mengukir
senyuman nakal.
Pipi Trisha sudah mula merah "kau ni jangan fikir bukan-bukan!
Aku dengan dia kawan je la" gumam Trisha perlahan.
Fiona ketawa kecil "aku tak cakap apa-apa pun"
Fiona mendekati Trisha,punggung dilabuhkan "aku okey kalau
kau selesa dengan Armin. I like it. Its progress you know" Fiona
menyenggol perlahan Trisha di sisinya.
Trisha mengangkat muka memandang Fiona "betul ke? Kau
okey kalau aku kawan dengan Armin?" Soalnya,mata bulat
Trisha tidak henti memandang Fiona.
Fiona berkerut sedikit "kenapa pula aku tak okey? Itu hak
kau,kau nak kawan dengan siapa pun asalkan orang tu
baik,buat kau selamat. Aku okey. Aku cuma harap kau jaga diri
baik-baik okey. Aku percaya Armin" Fiona mengelus lembut
kepala Trisha.
Trisha melebarkan senyuman
"tapi!"
"Tapi?"
"Kau jangan lupa aku" cebik Fiona sambil memeluk tubuh.
Trisha menghamburkan tawa sebelum dia menarik Fiona ke
dalam pelukkannya.
"mana ada aku lupa kau. Tak akan punya!" Kata Trisha. Fiona
tersenyum kecil,pelukkan dibalas.
"Ehem"
seseorang berdehem membuat dua orang wanita tersebut
mendonggakkan pandangan.
"Nak join boleh?" Armin sudah tersengeh. Fiona mencebik
"sibuk je kau ni" dia meleraikan pelukkan kemudian mereka
berdua berdiri.
pandangan Fiona jatuh pada Adrian yang berada di belakang
Armin. Satu senyuman kecil terbentuk pada bibir Adrian. Fiona
membalas senyuman Adrian.
Mereka berempat melangkah menuju ke cafe. Setiap langkah
mereka mesti diserang dengan pandangan dan bisikan pelajar
lain.
Mana tidaknya Adrian dan Armin pelajar terkenal manakala
Fiona dan Trisha hanya pelajar baru yang tidak bercampur
dengan pelajar lain. Memang jadi perhatian lah mereka.
dalam perjalan ke cafe tiba-tiba Fiona dibaling sesuatu tepat
terkena lengan Fiona. Fiona memandang tangannya.
telur.
serentak mereka berempat berhenti melangkah. Sebiji lagi telur
terbang menuju ke arah Fiona tepat kena pada tubuh Fiona.
Sebiji lagi mendarat di kaki. Fiona menutup wajahnya
menggunakan tangan.
hilaian tawa kedengaran di sekeliling mereka.
Dengan segera Adrian menghalang Fiona dari dibaling
telur.nSebiji telur terkena belakang tubuh Adrian. Adrian
menarik Fiona ke dalam dakapannya. Wajah Fiona
disembunyikan di dada Adrian.
"Wtf! Woi keluar siapa yang buat benda bodoh ni!" Jerit Armin.
Serta merta hilaian tawa yang tadi memenuhi ruang itu lesap.
Masing-masing menutup mulut sambil memandang sesama
sendiri.
tidak lama kemudian,beberapa orang wanita muncul.
"Ad? you okay?" Soal Dellyna cemas.bAdrian memandang
Dellyna.
"Ad kenapa you lindung perempuan ni kan dah kena baju you!
Sally bagi i tuala!" Dellyna menepis kotoran yang terlekat di
baju Adrian. Dengan pantas Adrian menepis tangan Dellyna.
"Ad? Wtf? You kenapa!" ujar Dellyna tidak puas hati.
"you ke buat semua ni Del?" Soal Adrian senada. Tangannya
masih erat memeluk Fiona.
Dellyna kelihatan terkaku seketika.
"why Del?" Nada Adrian masih lembut menyapa gegendang
telinga.
"i yang patut tanya you.Why you dengan perempuan ni Ad?
Biasanya you always dengan i!" Balas Dellyna. Nadanya sedikit
kuat.
"kau gila ke Del?" Soal Armin sambil menggeleng kepalanya
berkali-kali. Tangannya juga erat memegang Trisha yang berada
di belakangnya.
"memang aku gila! Aku gila sebab perempuan ni!" Dellyna
segera mendekati Fiona. Tangan Fiona ditarik kasar
menyebabkan Fiona terlepas dari pelukkan Adrian.
"kau rampas Ad dari aku!"
"Dellyna lepaskan aku!" Fiona tidak berdiam diri. Dia juga
berusaha melepaskan dirinya dari gengaman Dellyna. Rambut
Fiona ditarik.
"Del apa you buat ni?!" Adrian meleraikan Dellyna daripada
terus terusan menyerang Fiona.
Keadaan di ruang tersebut kecoh.
"Ad!! You sedar tak you makin jauh dengan i sebab you sibuk
dengan perempuan tu!" jerit Dellyna tidak puas hati. Jarinya
ditunding ke arah Fiona.
"Armin bawa Trisha dengan Fiona pergi dulu" ujar Adrian.
Armin mengangguk. Tangan kanannya tidak lepas memegang
Trisha yang sudah mula cemas.
tangan Fiona diraih kemudian dia membawa dua wanita
tersebut keluar dari situasi tegang ini.
"kau nak bawa dia ke mana ha?!! Armin!! Come back!!!" Jerit
Dellyna. Kakinya baru ingin mengejar Armin namun Adrian
terlebih dahulu menghalang Dellyna.
"Del please we need to talk" ujar Adrian senada. Dia sedaya
upaya menahan amarahnya kerana wanita di hadapannya ini
sudah dianggap adiknya memandangkan mereka sudah rapat
dari kecil.
"Relax okay?" Bahu Dellyna dipegang Adrian. Dellyna menangis.
Adrian mengeluh sebelum dia menarik Dellyna ke dalam
pelukkannya.