0
Emak dan Nyonya
Hakcipta © Othman Rasul 2020
Semua hakcipta terpelihara.
1
Bil Kandungan Halaman
1. Tohmah 3
2. Terkulai di Pangkuan 13
3. Api 20
4. Si Tangan Kecil 32
5. Tom 45
6. Tamu Dari Medan 59
7. Yang Berkaca Mata Tebal 69
8. Mencari Kerja 79
9. Riki Kucing Siam 91
10. Pulang Ke Bumi Hijau 99
11. Tok Sidang Busu 107
12. Satu Perpisahan 119
13. Resah Seorang Murid 131
14. Dol Sastera 139
15. Rintangan Yang Merintang 147
16. Tersingkir 162
17. Ketakutan 178
18. Sebuah Kuburan 193
19. Remaja 202
20. Lambaian Terakhir 212
21. Pak Usu
22. Jejak 224
23. Dalam Sangkar Emas 236
24. Cikgu Kita Sakit 248
25. Bidan Tarik 259
26. Mengantuk Dalam Darjah 268
27. Kaki 277
28. Tanah Hitam 287
29. Dia Tak Mengerti 298
30. Emak dan Nyonya 309
321
2
1. TOHMAH
PETANG yang redup itu ingin dinikmatinya di tepi bekas lombong.
Bekas lombong tersebut terletak hanya kira-kira 300 meter dari
rumahnya. Udara di sekitarnya bersih dan sesekali angin manja
menggoyang-goyangkan pokok-pokok renik yang menjulur di tepi
tebing lombong. Airnya berkocak hanya apabila ada tilapia
menyambar atau burung udang yang rakus menyambar anak-anak
ikan yang menjenguk di permukaan air.
Tuk Mus melontarkan tali pancingnya sejauh-jauh yang
terdaya. Apabila mata pancing yang berumpan anak udang tangguk
itu telah mencecah air, dia membiarkannya beberapa ketika sebelum
membetulkan regangan tali yang halus itu.
Tuk Mus menumpangkan punggungnya di atas tunggul kayu
di sebelahnya. Tunggul itulah tempatnya berehat sambil
memerhatikan tali pancing yang menjunam ke dasar bekas lombong
yang berair biru-jernih itu.
Minatnya memancing atau menjala memang tertanam sejak
dulu. Sewaktu kecil lagi Tuk Mus sudah menahan taut di tepi sawah
atau paya. Alangkah gembiranya dia apabila melihat joran tautnya
dibenam-benamkan haruan yang meronta-ronta! Paling gembira ialah
apabila dilihatnya haruan seberat 1.2 kilogram tergayut-gayut dan
melibas-libas di hujung tali unjun.
Mata Tuk Mus tidak terlepas langsung dari tali pancing. Dia
menunggu saja kalau-kalau ada tilapia, lampam, atau tongsan menarik
umpannya. Biasanya Tuk Mus tahu jenis-jenis ikan yang mencuba
umpannya. Kalau lampam atau tilapia yang mencuba, tali pancing
tidak begitu segera direnggut. Tuk Mus juga tahu bagaimana melayan
ikan-ikan itu sebelum menyentaknya keluar dari air.
3
Sebenarnya memancing bukanlah mata pencariannya. Dia ke
tepi bekas lombong itu hanya untuk berehat dan menenangkan fikiran.
Kalau benar-benar mahukan ikan, lebih baik ia menjala anak-anak
tengas daun dan selimang yang banyak berkeliaran di celah-celah batu
sungai di lereng bukit di sebelah barat rumahnya.
Sungai yang jemih airnya itu, walaupun menjadi tempat
berkelah pada waktu siangnya, ketika bulan terang menjadi lebih
indah. Anak-anak tengas daun dan selimang itu berebut-rebut keluar
dari gaung-gaung dan di bawah longgokan-longgokan batu yang
berlumut itu. Kalau ditebarkan jala ke dalam lubuk-lubuk yang agak
dalam sedikit, pastilah lima atau enam ekor akan terperangkap. Pernah
beberapa kali Tuk Mus mendapat hampir setengah kilogram untuk
sekali tebar. Rezeki sebanyak itu lebih daripada cukup untuk dijadikan
lauk selama dua hari.
Sekarang Tuk Mus memancing atau menjala ikan bukan untuk
mencari nafkah. Hartanya sudah banyak. Dia ada saham lombong,
saham balak, dan saham kelapa sawit, di samping memiliki tiga buah
rumah batu.
Tuk Mus memang berasa bertuah hidup di atas bumi merdeka
ini. Apabila dia sendirian di tepi bekas lombong itu, fikirannya selalu
melayang ke peristiwa lima belas tahun yang lampau, ketika beliau
menjadi seorang Wakil Rakyat. Sekarang segala peristiwa itu hanya
menjadi kenangan.
Akukah yang pernah bersidang di parlimen dulu? Akukah
yang berhujah di hadapan anggota-anggota parti pembangkang dulu?
Akukah yang menggegarkan Dewan Rakyat dengan isu-isu yang
hangat pada ketika itu?
4
Tuk Mus merenung tali pancingnya lagi. Air yang jemih
memaut perhatiannya seketika apabila melihat bayang-bayang dirinya
yang hampil bertinggung di atas tunggul kayu itu.
Begitu mudah mereka melupakan jasaku, dan begitu senang
mereka melemparkan sesuatu tuduhan. Apa, mereka menyangka
menjadi Wakil Rakyat itu mudah? Tidakkah mereka tahu bahawa aku
terpaksa bertungkus-lumus pagi petang, siang malam? Tidakkah
mereka sedar bahawa aku terpaksa menggadai nyawa untuk membela
nasib mereka?
Perhatian Tuk Mus bulat kepada tali pancing yang merenang
ke dasar bekas lombong yang dalam itu.
Ini bekas lombong penjajah. Penjajah sudah menghisap bijih
dari bumi kita. Kekayaan bumi kita ini sudah dikaut oleh penjajah
untuk membesarkan tembolok mereka. Hanya hampas yang
ditinggalkan oleh mereka sekarang. Apakah orang-orang kampung di
kawasan ini tidak menyedari segala itu?
Apakah mereka tidak tertikir kalau aku tidak berjuang,
sungguh-sungguh bumi ini akan terus dicengkam penjajah? Tahukah
mereka bahawa peluhku telah banyak tumpah ke bumi kerana mengisi
kemerdekaan yang dilaung-laungkan mereka itu? Tidak insafkah
mereka bahawa jika aku berpeluk tubuh saja di dalam Dewan dan di
luar Dewan, nasib mereka tetap akan seperti dulu?
Tuk Mus mengetapkan gigi. Seekor ikan pun belum mahu
mencuba umpan kailnya, seolah-olah semua ikan di situ turut mahu
menyingkirkannya.
Sepatutnya mereka mengenang aku mereka hormati dan
mereka sanjungi. Lupakah mereka bahawa tanah untuk tapak rumah
mereka itu pun adalah hasil daripada usahaku yang membawanya
5
kepada pengetahuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar? Kalau
permohonan tanah ini tidak kuusahakan, sudah tentu mereka tidak
akan berkampung halaman di sini. Sudah tentu mereka berpondok di
pinggir-pinggir pekan kecil itu atau menyewa rumah-rumah usang
yang berceranggah di tepi rel kereta api atau di kawasan-kawasan
lembah.
Bukankah aku yang mengubah nasib mereka? Bukankah aku
yang menyelamatkan mereka daripada hidup tak keruan di kawasan
sesak dan sempit itu? Ah, sepatutnya mereka sedar bahawa akulah
penyelamat mereka, penyelamat bangsaku juga!
Bukankah aku yang berusaha mendirikan masjid kampung ini?
Lihatlah masjid itu. Begitu besar dan indah. Lengkap dengan
permaidani dan pembesar suaranya sekali. Kipas anginnya berputar
ligat sentiasa. Lampu-lampunya berpuluh buah menerangi mereka
yang beribadat. Tapi, apakah mereka sudah melupai jasaku itu?
Kalau mereka mengenang jasaku tak kan mereka sanggup
melemparkan tuduhan yang dahsyat itu. Tak kan mereka
melemparkan tohmah yang menghiris jantungku. Inikah balasannya?
Mujur jugalah aku dikurniai kesabaran oleh Allah. Jika tidak,
sudah tentu perkara buruk akan berlaku. Mujur jugalah imanku masih
teguh.
Perbuatan mereka membusukkan namaku terdengar di merata
ceruk kampung di kedai kopi, di tepi jambatan, di rumah orang
kahwin, di rumah orang kematian, malah di tangga masjid.
Anak-anak muda itu apa tahunya? Adakah mereka melihat aku
berjuang dulu? Pernahkah mereka mengkaji dan meneliti detik-detik
perjuangan kami pada waktu itu? Apakah mereka dengar sorakan dan
6
pekikan “Merdeka! Merdeka!” ketika bendera Union Jack
menggelongsor turun?
Umpan anak udang tangguk masih belum disentuh, namun
Tuk Mus sedikit pun tidak khuatir. Telah terpacak dalam fikirannya
sejak tadi bahawa kedatangannya ke tepi bekas lombong tinggal itu
hanyalah untuk menenangkan fikiran. Dan anak muda yang baru
melangkahkan kakinya ke tangga universiti itulah yang sentiasa
menggalang dalam benaknya.
“Kita tak mahu pemimpin yang rasuah. Pemimpin yang rasuah
tak kan kekal. Tengok bekas MP kita tu. Dah kenyang. Dan buncit
sakunya. Sampai mati pun hartanya tak kan habis basil daripada
rasuah,” tekan anak muda itu dengan lantang di depan hadirin.
Para pendengarnya tercengang dan ternganga. Luahan anak
muda yang berambut gondrong dan berbaju batik berbunga-bunga
dengan khat nama universitinya itu tambah memikat. Semua mata
tertumpu kepadanya.
“Saudara-saudara kalau memilih ketua, janganlah gunakan
hati, tapi gunakanlah kepala. Kita hendaklah berhaIi-hati dan
berwaspada. Kita mahu seorang ketua yang bersih, cekap, dan
amanah.” Anak muda itu terus menggegarkan dewan.
“Tuan Pengerusi.” Ada seorang mencelah sambil
menjulangkan tangan.
Pengerusi majlis terdongak. Semua mata tertumpu pula kepada
seorang anak muda yang tergigil-gigil bangun.
“Jangan biarkan sesiapa pun berkempen. Kalau ada kempen
bererti cara pengundian kita tak bersih lagi.”
7
Siswa muda berpaling dan memandang jelik anak muda yang
melarangnya bercakap itu. Pengerusi majlis membiarkan anak muda
itu meneruskan ucapannya.
“Tuan Pengerusi, saya sangat tidak bersetuju dengan apa yang
disuarakan oleh saudara itu.” Semua mata lekat memandangnya pula.
“Saudara itu tadi bukan saja berkempen, tapi menyeret pula hal
peribadi orang lain. Dia tak sepatutnya menuduh bekas MP kita itu
rasuah. Dapatkah saudara itu menunjukkan bukti yang sah?”
Suasana bertambah tegang. Pengerusi nampak tangan siswa
muda menjulang.
“Saudara-saudara sekalian,” kata Pengerusi. “Nampaknya kita
dah melencong. Menurut atur cara kita di papan hitam ialah melantik
ketua pergerakan kita. Saudara-saudara boleh membuat beberapa
cadangan dan sokongan. Selepas itu kita undi beramai-ramai.”
Tuk Mus kenal benar siswa yang menuduhnya rasuah itu.
Petang itu juga tohmah itu sampai ke telinganya. Rasyid, anak
saudaranya sendiri yang mengadu.
“Orang kampung percaya kepadanya, Tuk. Dia pandai
bercakap,” kata Rasyid.
“Hah, baru sekali balik cuti dah nak tunjuk lagak!” kata Tuk
Mus.
“Kalau saya tak bantah, tentu dia meneruskan tohmahnya itu.”
Tuk Mus menggeleng.
8
“Budak-budak sekarang ni begitulah. Apabila dah diberi
peluang masuk universiti, lain pulak yang dibuatnya. Apakah
universitinya mengajar berbuat begitu?”
“Entahlah, Tuk. Saya tak faham.”
“Ada pulak yang tak sopan dan tak menghormati orang tua.
Apa mereka fikir merekakah yang paling bijak?” kata Tuk Mus
meletakkan kopiah. Dia mengelap peluh yang mulai merenik di
pelipis. Mukanya merah sedikit.
“Memang dia pandai bercakap, Tuk. Kalau jadi pemimpin,
memang terpengaruh orang dibuatnya.”
“Aku tahu, tapi mereka tak menghalusinya sebelum bercakap.
Pakai hentam saja. Tidak memikirkan akibatnya. Aku tahu benar
budak tu. Waktu nak minta bantuan buku dulu, akulah yang
menyokongnya. Sekarang dia menuduh aku yang bukan-bukan
pulak.”
Muka Tuk Mus bertambah merah. Urat-urat bercabang mula
timbul di dahinya yang agak sulah.
“Tapi pemimpin seperti dia, tak kan kekal, Tuk. Pemimpin
palsu. Cakap saja berdegar-degar.”
“Betul.” Tuk Mus cepat-cepat mengangguk. “Pemimpin
seperti itu tidak berjuang. Tidak seperti kami, pemimpin-pemimpin
lama. Kami berjuang bukan saja dengan semangat, tapi juga dengan
tenaga malah jiwa.”
Anak saudara Tuk Mus mengangguk, bersetuju. Tuk Mus
memang pemimpin lama. Dia pemah menjadi seorang Wakil Rakyat.
Dialah yang menyampaikan rintihan dan kepiluan rakyat kepada
9
kerajaan. Dialah salah seorang yang membela nasib kaum bangsanya
sehingga menjadi bangsa yang berperibadi tinggi.
Tapi, adilkah tuduhan itu?
Tiba-tiba tali pancing halus itu direnggut. Mula-mula
perlahan, kemudian agak ganas. Tali pancing yang diregangkan
bertambah regang. Joran juga mulai mengangguk-angguk. Dengan
tenang dia menyentak jorannya. Kemudian tali itu digulungnya.
Jorannya mengangguk-angguk apabila kailnya ditarik semakin
pendek.
Seekor tilapia besar, hitam berkilat, tergantung dan mengedik-
ngedik di hujung tali. Tuk Mus menariknya keluar dari air dengan hati
yang amat puas. Untuk beberapa waktu perasaan yang terganggu oleh
berita daripada Rasyid itu tenang seketika.
Kepulangan Tuk Mus disambut di depan pintu oleh isterinya
dengan agak bimbang. Tekanan darahnya menurun.
“Kenapa lewat senja baru pulang? Kalau terjadi apa-apa di tepi
lombong itu, bukankah susah?” tegur isterinya, masam.
“Aku nak tenangkan flkiran. Di situ tak ada sesiapa yang
mengutuk aku. Tak ada sesiapa yang bencikan aku.” Suara Tuk Mus
menggigil sedikit.
“Tapi, kan Abang tu sakit. Doktor suruh berehat. Tekanan
darah Abang tak banyak turun.”
“Kalau duduk di rumah, lagi flkiran aku runsing. Bukankah
doktor nasihatkan supaya jangan runsing, fikiran mesti tenang.”
10
“Kenapa fikiran Abang mesti runsing lagi? Kalau dulu, yalah.
Terpaksa memikirkan hal rakyat dan bermacam-macam hal lagi.
Sepatutnya Abang berehat dan bertenang sekarang. Biarkan politik itu
berjalan. Janganlah politik itu merunsingkan Abang lagi.”
Tuk Mus tunduk, menggeleng lemah. Dia tahu isterinya belum
memahami keadaan sebenar. Dan dia begitu kesal kerana sehingga
kini isterinya belum juga dapat memahami perasaannya sebagai
seorang ahli politik.
“Awak tak faham, Pah.”
“Apa yang saya tak faham? Saya tahu Abang ahli politik.
Pejuang politik, kata orang. Bertahun-tahun Abang bergiat dalam
politik. Banyak jasa yang telah Abang taburkan kepada rakyat. Rakyat
selalu memuji dan menyanjung jasa baik Abang itu.”
Tuk Mus menggeleng-geleng.
“Tapi awak tak tahu apa balasan yang saya dapat”
Wan Pah terpegun sebentar. Matanya tepat memandang wajah
Tuk Mus yang hambar dan kecewa itu.
“Apa maksud Abang?”
“Rasyid dah beritahu aku. Rupa-rupanya orang-orang
kampung ini berpura-pura saja. Di depan aku mereka memuji,
menghormati, dan menyanjung. Tapi di belakang aku mereka
menuduh yang bukan-bukan. Mereka sebarkan tohmah.”
“Saya tak pernah dengar pulak. Apa, Abang percaya cakap
Rasyid?”
11
“Aku percaya. Aku sendiri dah dapat merasakan. Aku sendiri
dah nampak daripada wajah-wajah mereka itu.”
“Apa kata mereka?” Wan Pah semakin ingin tahu punca yang
menyebabkan Tuk Mus selalu menyendiri semenjak akhir-akhir ini.
“Mereka tuduh aku rasuah!” kata Tok Mus, lemah.
Wan Pah terdiam sebentar. Memang tidak diduga tuduhan
sedemikian akan dilemparkan kepada suaminya. Tok Mus berpolitik
dan memimpin semenjak merdeka lagi. Diharunginya segala ranjau
dan liku politik dengan tabah dan berani.
“Abang seorang pemimpin, bukan?” Wan Pah berkata.
Tuk Mus mengangguk.
“Setiap pemimpin mesti berkorban, bukan?”
Tuk Mus mengangguk lagi.
“Kalau dulu lagi Abang dah berkorban, kenapa Abang gentar
sekarang? Tohmah terhadap Abang itu sebenarnya adalah cabaran
daripada pengorbanan Abang selama ini. Dan setiap cabaran itu
bukankah mainan pejuang seperti Abang?”
Tuk Mus tersentak. Tidak disangkanya Wan Pah mampu
menilainya begitu. Kata-kata itu sekurang-kurangnya mengembalikan
semangatnya. Dia mulai yakin tohmah itu memang cabaran daripada
rakyat yang pernah diperjuangkan nasibnya.
Dan dia terbayang air bekas lombong yang tenang, umpan
kailnya yang direnggut, dan ikan yang meloncat. Dia tersenyum.
12
2. TERKULAI DI PANGKUAN
IA menguap di depan kaca TV. Kelopak matanya terasa berat.
Rancangan-rancangan yang ditayangkan tidak menarik lagi. Ceritanya
terlalu hambar dan menjemukan. Tidak seperti rancangan-rancangan
petang tadi yang penuh dengan peristiwa-peristiwa cemas dan
genting. Cerita-cerita kartun - sang tikus mengenakan kucing, robot-
robot merobohkan bangunan-bangunan, makhluk-makhluk asing
dengan rancangan mereka, si kenit berkawan dengan monyet, dan
sebagainya. Semuanya ini sungguh menarik hati Lina. Sungguh
mempesonakannya.
Malam masih muda benar. Senja baru sahaja pupus. Tetapi
Lina merasakan malam yang gelap terlalu lambat berengsot, sama
seperti siput babi menaiki pagar. Dan betapa pendeknya siang. Cuma
beberapa waktu sahaja matahari cerah, selepas itu hilang semula
ditelan gelap malam yang panjang. Segala-galanya kaku dan beku
sekarang. Tidak seperti siang yang semuanya berjalan dengan lancar
dan riang.
Dia memujuk matanya semula ke arah kaca TV itu. Tayangan
hiburan yang tak difahaminya itu masih berlangsung dengan lancar.
Tak menarik sekali. Berkisar hanya di luar lingkungan alamnya. Tidak
menarik minatnya, sungguhpun bunyi tawa penonton undangan dalam
TV tetap bergema, menggelikan hati.
Menguap lagi dia. Ah, sungguh membosankan! Fikimya lagi
sambil menggenyeh-genyeh matanya. Hendak pergi tidur saja
sekarang? Ah, terlalu awal! Ia lalu menyandar dan melunjurkan kaki
menghadap peti TV. Hanya itulah temannya malam itu. Ia kesunyian
benar sekarang. Lalu teringat akan pesanan ibunya senja tadi.
“Lina, kalau nak tidur, tidurlah dulu. Jangan tunggu Emak dan
Abah. Emak dan Abah lambat pulang. Majlis tu lambat habis, tau.”
13
Berasa keseorangan, Lina menoleh pula ke pintu menuju ke
dapur. Kalau-kalau nampak Mak Cik Yam, orang gaji. Tetapi ia juga
tidak kelihatan. Barangkali sibuk di dapur mencuci pinggan mangkuk
atau menyapu lantai. Kepada Mak Cik Yam pun Emaknya ada
berpesan:
“Yam, kalau Lina nak tidur, suruh dia tidur dalam biliknya.
Saya barangkali lambat pulang. Majlis tu tentu memakan masa.
Maklumlah, majlis bersara. Semua orang tentu nak berucap.”
Lina tau majlis yang akan dihadiri oleh Emak dan Abahnya itu
adalah majlis orang-orang besar. Semuanya berpangkat dan
kebanyakannya bergelar. Cuma Abahnya masih dipanggil orang
“Encik”. Walaupun Abahnya belum bergelar apa-apa, tetapi dia tahu
Abahnya itu kadang kala lebih sibuk dan giat daripada orang-orang
yang bergelar itu. Abahnya lebih kerap tidak ada di rumah. Memang
Abahnya orang penting juga. Banyak kenalan pula. Tentu satu hari
nanti orang akan memanggil Abahnya itu “Datuk” atau sebagainya.
Namun begitu, hati Lina sentiasa kosong. Dia selalu berasa
keseorangan. Dia berasa ada sesuatu yang mengosongkan hatinya.
Lina sedar dia semakin tidak mendapat cukup perhatian daripada
Abahnya. Sejak kebelakangan ini ciuman Abahnya jarang-jarang
benar diterimanya. Abahnya sibuk dan sibuk. Ibunya selalu
memberitahunya bahawa Abah adalah orang penting. Sentiasa sibuk
ke sana ke mari. Pernah berhari-hari lamanya meninggalkan rumah
terbang ke luar negeri mengurus hal-hal negara dan rakyat.
Mata Lina terpaut pada sekeping gambar foto berwarna dalam
bingkai besar yang tersangkut pada dinding. Dia mendongak. Itu
gambar terbaru keluarganya. Abah kelihatan berdiri segak di samping
Emak yang duduk sopan. Dia sendiri duduk di tengahnya berjuntai
14
kaki, memandang tepat ke lensa kamera. Gambar itu sungguh besar
dan terang. Boleh nampak jelas dari ruang tamu.
Dan Lina mulai mengelamun. Oh, alangkah seronoknya kalau
benar-benar macam di gambar itu! Betapa seronoknya kalau setiap
masa berada begitu. Berdampingan dengan Abah dan Emak selalu.
Boleh bermanja-manjaan semahu-mahunya.
Lina terlena di atas kerusi empuk dengan kepalanya terlentok.
Mak Cik Yam datang dan mematikan suis TV. Badan Lina diangkat.
Dia diletakkan perlahan-lahan di atas katil. Diselimutkan. Kemudian
Lina ditinggalkan lagi seorang diri. Sebelum menutup daun pintu
bilik, Mak Cik Yam memandang Lina sebentar dengan pandangan
keibuan yang penuh hiba. Sambil menggeleng dua kali, daun itu
ditutupnya perlahan-lahan.
Mata Lina terbuka luas apabila tersentuh panahan cahaya
matahari yang menjunam menerusi tingkap. Dia melongsor dari
katilnya, terus ke bilik tidur Abah dan Emak di sebelah. Tapi hampa
juga. Tiada seorang pun di dalam bilik itu. Emak sudah lama turun ke
halaman menyiram pokok-pokok bunga. Memang telah menjadi
kegilaan bagi Wan Munira menyiram bunga-bunga itu dahulu
sebelum masuk ke bilik air. Lina memang tahu Emaknya itu gila
bunga. Dan setiap pagi begini bunga itu lebih penting daripada Lina
sendiri.
Pagi itu Wan Munira bangun lebih awal daripada biasa. Encik
Lazim hendak ke luar kota. Dia terpaksa bertolak awal menuju ke
sebuah pekan kecil yang seratus kilometer jauhnya untuk menghadiri
satu majlis dialog. Pada sebelah petangnya pula dia dijadualkan
merasmikan bangunan koperasi serbaguna pekan kecil itu. Hingga
larut malam baharulah dia akan sampai semula di rumah.
15
Tapi, bagi Wan Munira, kesibukan suaminya itu tidak menjadi
hal kepadanya. Dia sudah biasa ditinggalkan. Dia cukup memahami
akan keadaan itu. Kesibukan suaminya itu telah membawa perubahan
besar dalam hidupnya. Mereka telah dapat mengumpul harta sedikit
sebanyak hasil daripada kecekapan Encik Lazim sendiri.
Petang itu Lina dibawa Emaknya bermain buaian di
pekarangan rumah. Lina sangat gembira. Kesempatan begitu bukan
selalu didapati. Sambil tertawa sambil dia berbuai. Langit merah di
sebelah bukit sana menjadi latar belakang yang menakjubkan.
Semakin laju ayunan semakin menggerbang rambut Lina.
“Hari jadi Lina, bila Mak?” Lina teringat tiba-tiba pada hari
jadinya.
“Seminggu lagi… hari Rabu depan.”
“Tentu banyak kawan Lina datang, ya Mak?”
“Oh, dah tentu! Memang Emak panggil banyak kawan Lina.”
Wan Munira sedar bukan kali ini sahaja Lina bertanyakan hari
jadinya itu. Memang dia akan mengadakan majlis itu lebih meriah
pada tahun ini. Dia akan mengundang semua anak jirannya. Dia akan
mengundang anak-anak kenalan Encik Lazim juga. Tahun ini tahun
bertuah. Membawa rezeki besar kepada keluarga mereka. Encik
Lazim telah bertungkus-lumus sebilang waktu.
Pagi minggu Lina sungguh riang. Waktu turun tangga dia
nampak Abahnya sedang duduk bersandar di sofa di ruang tamu.
Tetapi mukanya dilindungi lembaran-lembaran akhbar. Tentu Abah
baca berita-berita penting. Tentu dia mahu baca berita dia berucap di
majlis perhimpunan dua hari lalu. Lina tahu surat khabar selalu
16
menyiarkan berita dan gambar Abahnya besar-besar. Di kaca TV juga
gambar Abahnya selalu mendapat tempat.
Dalam bulan itu Abah cukup sibuk. Tidak seperti bulan-bulan
sebelumnya. Lina tak pasti entah kenapa. Kadang-kadang ada tauke-
tauke berkereta besar datang ke rumahnya. Abah sangat gembira dan
tertawa terbahak-bahak bersama dengan tauke-tauke besar itu. Ada
kalanya Abah keluar rumah dan pulang jauh-jauh malam. Esok
paginya pun Abah tertawa terkekeh-kekeh dengan Emak. Nampaknya
Emak senang hati sekali.
Sebiji bola getah merah besar yang baru dibeli petang semalam
sungguh menyenangkan hati Lina. Dengan bola itu ia bermain.
Melambung, menyambut, melontar, dan menendang sendirian dalam
ruang tamu itu. Bola bergolek ke bawah meja. Melantun dan bergolek
pula melompat-lompat menuruni anak-anak tangga batu, terus keluar
ke bawah kereta. Lina mengejar bola itu.
Kereta Encik Lazim memang ditinggalkan di depan pintu
rumah pada hari itu. Hari minggu dia tidak mahu menyusahkan
drebarnya. Dia mahu sendirian berpeleser di pinggir kota bersama
dengan anak dan isterinya pada petang nanti.
Tiba-tiba telefon yang kaku di atas meja menjerit panjang dan
lantang. Wan Munira lantas mengangkat gagangnya. Dia bercakap
sesuatu melalui telefon itu.
“Abang, Datuk Abu nak bercakap.”
Encik Lazim yang sejak tadi tenggelam di bawah lembaran
akhbar, bangun lalu terus menjawab panggilan Datuk Abu. Kelihatan
dia menepuk-nepuk dahi, kesal. Rupa-rupanya dia telupa akan
janjinya dengan Datuk Abu. Pada pagi itu sepatutnya dia bersama
dengan Datuk Abu harus berada di rumah Tauke Leong yang
17
menjanjikan sesuatu untuk mereka berdua. Tauke itu juga berjanji
hendak menjamu mereka makan tengah hari di sebuah restoran
terkemuka di ibu kota. Ya, terlupa benar dia! Sekarang sudah
terlambat, tapi tak mengapa. Masih ada waktu. Dia tahu, Tauke Leong
tak kan lupa akan janjinya.
Okey, sekarang I datang. Sorrylah, Datuk. I terlupa.” Pantas
Encik Lazim bercakap.
Wan Munira memerhatikan saja suaminya yang tergesa-gesa
ke bilik atas hendak menukar pakaian. Gerak-geri sedemikian tidak
menghairankannya lagi. Tidak perlu tanya-tanya lagi. Sudah tentu ada
hal penting dengan Datuk Abu. Dia sendiri tidak perlu meragui
kejujuran suaminya itu.
Menuruni anak-anak tangga Encik Lazim lakukan dengan
agak pantas. Dia berasa bersalah benar kerana terlupa akan janji
dengan Datuk Abu dan Tauke Leong itu. Entah kenapa pula janji itu
berada di luar ingatannya pagi itu. Tapi tak mengapa waktu masih ada.
Encik Lazim membuka pintu dengan pantas lalu melompat
masuk ke keretanya. Dia terus menghidupkan enjin tanpa menoleh-
noleh lagi. Dia mengundurkan keretanya dengan pantas sambil
menjeling jarum jam di pergelangan tangannya
Encik Lazim terasa keretanya terhenjut, melanggar sesuatu
benda. Lalu, satu jeritan nyaring terdengar menumbuk anak telinga.
Bulu roma Encik Lazim meremang dan darah terasa melonjak. Dia
mendengar jeritan yang memilukan, lalu melompat keluar dari
keretanya. Sekujur tubuh montok terbaring di tepi longkang. Dia
berkejar lalu merangkul tubuh yang sedang mengerang kesakitan itu.
“Lina! Oh, Lina!!” jerit Encik Lazim
18
Di sisinya darah panas sudah bertakung. Di kepalanya masih
mengalir darah membasahi baju Encik Lazim. Encik Lazim terkaku.
Wajah Lina tak dapat dilihatnya lagi dengan jelas. Darah terus
mengalir hidung dan mulut Lina yang terbuka perlahan-lahan.
“Abah..., kenapa Abah langgar Lina...? Kenapa, Abah?” Suara
Lina putus-putus.
Encik Lazim mahu menjerit, tetapi lidahnya kelu. Sebentar
kemudian, Wan Munira dan Mak Cik Yam dalam raungan menerpa
datang. Tetapi tubuh Lina sudah kaku. Dan mata Encik Lazim terpaut
pada bola getah merah besar di tepi longkang yang petang semalam
baru dibelinya sebagai sebahagian daripada hadiah hari jadi Lina yang
ketiga. Dan sekarang Lina sudah terkulai di pangkuannya.
19
3. API
MELIHAT asap yang masih melingkar naik itu, Bustam bertambah
riang. Dia terlompat-lompat dan terkinja-kinja. Sambil melompat dia
bersorak dan bertepuk tangan. Badannya yang berlengeng, berpeluh
dan berkilat-kilat seperti berlumur minyak.
“Hore! Kapal! Kapal!!”
Tiada sesiapa pun menghiraukannya.
“Hore! Kapal! Kapal!!”
Tiada sesiapa pun menghiraukannya.
Bustam tetap terlompat-lompat dan terkinja-kinja. Dia
melonjak-lonjak keriangan di bawah sinar yang terik. Peluhnya
meleleh membasahi badan.
“Mana kapal?” sergah Mardinah yang sekelip mata sudah
berada tercegat di sisinya. Matanya memandang tepat Bustam.
“Itu, itu bukan kapal!” Lonjak lagi Bustam, kegirangan.
Telunjuknya lurus menuding ke arah lingkaran-lingkaran asap putih
yang menjulang ke langit.
“His, itu bukan kapal!”
“Ya, itu kapal! Kapal berlabuh.”
“Bukanlah! Itu bukan kapal. Itu rumah kita. Rumah kita dah
hangus kau bakar,” sambut Mardinah dengan suara yang agak keras.
20
Bustam berhenti melonjak. Dia menoleh dan mendongak.
Wajah Mardinah, kakaknya, ditenungnya tepat-tepat. Wajah itu tiba-
tiba saja mematikan keriangannya.
“Apa? Itu rumah kita?”
“Ya, engkaulah yang membakar rumah kita. Tengok,
semuanya dah jadi arang. Kita tak berumah lagi.” Mardinah
mendengus.
Bustam melontar pandangannya lagi ke arah Hngkaran asap
yang panjang memanjat langit itu.
Bustam biasa benar dengan asap seperti itu. Asap yang
memanjang menjalar ke langit seperti itu selalunya kelihatan di balik
bukit. Kalau asap seperti itu kelihatan, tentulah ada kapal melintas.
Apabila ada kapal yang melintas, pastilah Bustam akan melompat-
lompat kegirangan, terlonjak-lonjak dan terlompat-lompat.
Tetapi, asap yang dilihat pada kali ini rupa-rupanya bukan asap
kapal.
“Tengok, apa dah jadi?” sambung Mardinah lagi. “Sebab
engkaulah rumah kita terbakar. Kakak larang jangan main api pelita
tu, tapi engkau degil. Kau main api pelita. Sekarang apa dah jadi, hah?
Kita tak berumah lagi.”
Bustam melangut memandang kakaknya yang selalu becok-
becok. Apakah kakak benar-benar marah? Memang semenjak mula
lagi kakaknya suka marah-marah. Dia tidak mengerti kenapa tiba-tiba
api besar menyambar rumahnya. Dia masih terbayang akan emaknya
mendukungnya dan berlari-lari gila keluar. Kemudian, seluruh
penduduk kampung datang ribut-ribut berlari ke sana ke mari. Api
besar itu memarak dan berjangki-jangkit mengeluarkan bahang.
21
Selepas itu, Bustam dibawa ke bawah surau ini. Dan dari
sinilah dia nampak asap itu melingkar-lingkar, melira-lira naik ke
udara.
“Mana kita ada rumah lagi?” tegas Mardinah.
"Ini?”
“Ini bukan rumah kita. Ini surau!” Mardinah masih cuba
melayan pertanyaan adiknya yang baru berusia empat tahun itu.
“Rumah ini cantik.”
“Yalah, rumah ini memang lebih cantik daripada pondok kita,
tapi ini bukan rumah kita, tahu?” Mardinah meradang.
“Kita duduk di sini?”
“Kita tumpang di sini sekejap saja. Lepas itu tak tahu ke
mana.”
Bustam memandang bungkusan-bungkusan kain di bawah
surau. Dia nampak juga beberapa helai lagi tersidai di sana sini.
Sehelai tikar mengkuang yang cabik-cabik terhampar di atas tanah.
Ada tin-tin dan karung-karung plastik di atasnya.
Sewaktu Mardinah menarik adiknya itu berteduh ke bawah
surau, terdengar suara beberapa orang sedang menuju ke arahnya.
Orang-orang itu datang secara berkumpulan yang diketuai oleh
seorang lelaki berpakaian seragam coklat muda dan bertopi. Badannya
agak gempal, melangkah dengan penuh yakin dan dihormati oleh
orang-orang yang mengiringinya.
22
“Ini juga mangsa kebakaran itu, Tuk Penghulu?” tanya lelaki
yang berpakaian seragam coklat muda itu.
“Benar, Yang Berhormat. Kami tempatkan mereka di surau ini
buat sementara.”
“Kedua-dua orang tua budak-budak ini di mana?”
“Bapa budak-budak ini memang tak ada, Yang Berhormat.
Dah lama meninggal.”
“Emaknya?” Lelaki yang bergelar Yang Berhormat itu
menyoal lagi.
Tuk Penghulu menghampiri Mardinah pula. Mungkin
Mardinah dapat menjelaskannya.
“Emak engkau mana?”
“Dia di sana.” Mardinah menuding ke arah puntung rumahnya
yang masih berasap.
“Apa dibuatnya di situ?”
“Nak cari barang-barang, kalau-kalau ada yang tinggal lagi.”
Lelaki berpakaian seragam coklat muda dan bertopi itu
memperhatikan keadaan sekitar. Pandangannya tertebar ke arah kain-
kain yang tersidai dan bergantung di bawah surau. Tikar yang cabik-
cabik, tin-tin, dan karung-karung plastik itu juga menjadi sasaran
matanya sekali lalu. Mardinah juga tidak lepas daripada leretan
matanya sebelum memandang sekilas lalu ke arah tubuh Bustam yang
berlengeng.
23
“Punca kebakaran ini memang tidak diketahui, ya, Tuk
Penghulu?” tanya Yang Berhormat sekali lagi kepada Tuk Penghulu.
Tetapi Tuk Penghulu berasa tidak perlu menjawab lagi kerana soalan
itu hanya soalan ulangan. Lalu dia menggeleng-geleng saja.
Sebenarnya Yang Berhormat Encik Munawir, Wakil Rakyat
kawasan itu, sudah pun ditaklimatkan awal-awal lagi oleh Tuk
Penghulu. Tuk Penghulu Kassim telah pun merekodkan butir-butir
yang agak terperinci tentang jumlah rumah yang terlibat, jumlah
penduduk yang menjadi mangsa, jumlah mangsa lelaki, jumlah
mangsa perempuan, kanak-kanak, dan anggaran kasar kerugian yang
hangus disebabkan pukulan api: yang memusnahkan hampir
seperempat Kampung Pulau Bukit Kera.
Cuma punca kebakaran itu tidak dapat dijawabnya dengan
tepat kerana sehingga ini belum sesiapa pun yang tampil
memberitahunya punca yang sebenar, melainkan dia mendengar
cakap-cakap penduduk yang menghubungkannya dengan api pelita
minyak tanah.
Di dalam kepala Yang Berhormat Encik Munawir memang api
pelita minyak tanah itulah yang berkemungkinan besar menjadi punca
kebakaran, kerana nahas itu berlaku pada kira-kira pukul 9:00 malam.
Jika kebakaran itu berpunca daripada api pelita minyak tanah,
maka perkara itulah yang amat mengganggu ketenteraman
perasaannya. Dan perkara itu jugalah yang sentiasa melibas-libas
benaknya sehingga pertanyaan tentang punca kebakaran itu berulang
di bibirnya. Apakah benar punca kebakaran yang pahit itu datangnya
daripada api pelita minyak tanah?
Sambil merenung asap yang masih melingkar naik ke langit,
Yang Berhormat Encik Munawir cuba melembutkan rasa terbuku di
dalam dadanya. Dia berasa kesal kerana api pelita minyak tanah itu
24
telah mendahului pencapaian hasratnya. Hasrat yang telah lama
terpendam selama ini adalah hendak membekalkan tenaga elektrik
secukupnya ke kampung itu. Dan hasratnya itu belum pun satu peratus
terlaksana, api pelita minyak tanah itu telah meruntun jiwanya.
Kebakaran yang berpunca daripada api pelita minyak tanah itu
akan menjadi isu besar penduduk Kampung Pulau Bukit Kera.
Permohonan bekalan elektrik ke kampung itu bukan sahaja berkali-
kali telah dikemukakan kepada wakil mereka dan Tuan DO, malah
rungutan pernah disiarkan dalam akhbar juga.
Rungutan dalam akhbar itu, biarpun enam sentimeter saja
panjangnya, tetapi tersebar Iuas ke seluruh pelosok negara. Rungutan
itu bukan saja dibaca oleh para penduduk kawasan, malah dibaca oleh
rakyat banyak, termasuk Wakil-wakil Rakyat di kawasan lain dan oleh
para Menteri Kabinet juga. Yang dikhuatiri sekali adalah rungutan itu
tidak sebesar mana, tetapi ekorannya akan menjadi besar, merebak-
rebak macam api sehingga menimbulkan tohmah jahat yang bukan-
bukan pula. Inilah yang merusuhkan hati dan perasaan.
Sebenarnya, rancangan hendak membekalkan tenaga elektrik
ke Kampung Pulau Bukit Kera itu adalah sebuah janji yang pernah
diucapkan. Janji itu dipegang teguh oleh para penduduk. Semenjak
janji itu disimpul, para penduduk pun terlonjak keriangan. Dan
mereka menunggu saja cahaya elektrik itu akan menggantikan cahaya
pelita minyak tanah yang malap.
Tetapi sayangnya para penduduk Kampung Pulau Bukit Kera
tidak faham. Mereka tidak mengerti kenapa rancangan itu tidak dapat
dilaksanakan. Mereka masih tidak mahu percaya biarpun berkali-kali
dikatakan bahawa kesan inflasi dunia telah memerosotkan pendapatan
negara. Mereka masih mencebik walaupun dijelaskan bahawa negara
sedang mengalami kemelesetan ekonomi. Apakah mereka tidak
25
nampak kesan-kesan kemelesetan ekonomi dunia kepada ekonomi
negara?
“Yang Berhormat, kami tak tahan lagi menunggu. Kami mahu
api elektrik ke kampung kami disegerakan.” Pernah salah seorang
penduduk bersuara apabila Yang Berhormat Encik Munawir
mengunjungi kampung itu.
“Rancangannya memang ada, tapi projek ini terpaksa
ditangguhkan dulu. Ekonomi negara kita belum pulih.”
“Tapi Yang Berhormat, kampung seberang semuanya dah
menikmati api elektrik. Kenapa kampung ini belum? Adakah sebab
kedudukan kampung ini terpencil?”
“Tuan-tuan bersabarlah dulu. Saya sebenarnya berusaha
bersungguh-sungguh, tapi peruntukan belum ada,” balas Yang
Berhormat dengan menekankan perkataan “belum” sambil terus
memaniskan muka.
Yang Berhormat Encik Munawir memang menyedari
kegelisahan orang-orang di Kampung Pulau Bukit Kera. Dia tahu
pelita minyak tanah tidak sepatutnya ada lagi di kampung itu sedang
arus pembangunan melanda seluruh negara. Dia juga cukup faham
bahawa cerahnya Kampung Pulau Bukit Kera akan cerah bersama
dengan harapannya yang tersemat di dada.
Tetapi, para penduduk Kampung Pulau Bukit Kera masih
belum mengerti juga. Mereka mahu segera bekalan elektrik. Mereka
mahu segera menikmati seperti apa yang dinikmati oleh penduduk
kampung di seberang. Mereka mahu memiliki televisyen, kipas angin,
dapur elektrik, cerek elektrik, mesin kelapa elektrik, mesin pelumat
elektrik, dan bermacam-macam lagi.
26
Segala usaha telah dilakukan untuk memenuhi keperluan para
penduduk. Dalam mesyuarat perancangan dan pembangunan daerah,
banyak juga perkara yang dibawa untuk membangunkan Kampung
Pulau Bukit Kera. Projek-projek kecil, seperti pembinaan jalan dua
meter, surau, jambatan, dan perigi telah lama dilaksanakan. Semuanya
itu memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para penduduk.
Mereka tentu sudah bersyukur.
Tetapi, kenapa projek bekalan api elektrik menjadi isu pula?
Kalau benarlah api pelita minyak tanah yang menyebabkan kebakaran
di kampung itu, sudah pastilah perkara ini akan memberi tamparan
yang hebat. Seluruh penduduk akan menyalahkan Yang Berhormat
Encik Munawir kerana mengabaikan projek yang mereka tunggu-
tunggu. Mereka akan terasa dianaktirikan. Mereka akan melemparkan
tuduhan yang bukan-bukan. Rungutan dan kekesalan itu akan
berbunyi lagi di ruangan-ruangan akhbar.
Sebenarnya mereka tidak mengerti beban dan tanggungjawab
yang dipikul oleh seseorang Wakil Rakyat, fikir Yang Berhormat
Encik Munawir. Mereka hanya nampak masalah yang dihadapi
mereka, tetapi mereka tidak nampak masalah-masalah dan kerenah-
kerenah yang terpaksa dihadapi oleh seorang Wakil Rakyat. Terlalu
banyak masalah dan terlalu banyak rintangan yang mesti ditempuh.
Kadang-kadang masalah dan rintangan itu tidak berkaitan langsung
dengan tugas pokok yang diamanahkan. Umpamanya, Yang
Berhormat Encik Munawir sendiri pernah diminta mencarikan
pekerjaan untuk anak salah seorang penduduk.
Mereka tahu mencari kelemahan seseorang saja. Mereka fikir
Wakil Rakyat tidak kuasa bersusah payah dan ambil pusing. Padahal
projek bekalan elektrik ke Kampung Pulau Bukit Kera itu timbul
dalam setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah. Dan
Wakil Rakyatlah yang banyak menyuarakan darihal projek itu.
Sebenarnya Wakil Rakyatlah yang benar-benar ingin melihat projek-
27
projek kerajaan sampai ke pangkuan para penduduk kawasannya.
Tetapi apa daya? Mereka masih tidak mengerti juga!
Petang nanti Menteri pula akan datang melawat. Dia akan
menemui mangsa kebakaran. Dia akan melihat sendiri tunggul-
tunggul dan puntung-puntung yang masih berasap. Dia akan berbual-
bual dan bertanyakan khabar dan masalah para penduduk Kampung
Pulau Bukit Kera. Dia akan mendengar sendiri keluhan dan keresahan
mangsa kebakaran.
Isu bekalan api sudah tentu menjadi topik hangat. Mangsa
kebakaran akan mengeluarkan isi hati dan perasaan mereka. Mereka
tentu akan mengadukan hal kelambatan bekalan elektrik ke kampung
mereka. Tentu akan ada mangsa kebakaran yang memberikan sebab
kenapa rumah mereka hangus dengan tiba-tiba. Pelita minyak tanah
akan dijadikan punca nahas itu berlaku.
Pemberita akhbar akan menjadikan isu itu bahan panasnya.
Esoknya akan terpampang pada dada akhbar tajuk berita yang
berbunyi: 200 KELUARGA HILANG TEMPAT BERTEDUH. Atau
mungkin tajuk itu berbunyi: 10 BUAH RUMAH HANGUS DIJILAT
API. Atau mungkin tajuk itu berbunyi: API PELITA MUSNAHKAN
10 BUAH RUMAH.
Berita ini akan tersebar luas ke merata pelosok negara. Seluruh
negara akan tahu: Kebakaran di Kampung Pulau Bukit Kera itu
berpunca daripada api pelita minyak tanah. Dan dalam hati mereka
akan bertanya: Kenapa penduduk kampung itu masih menggunakan
pelita minyak tanah? Kenapa bekalan elektrik tidak sampai ke
kampung itu? Kenapa? Dan kenapa?
“Kakak, burung besar! Burung besar!!” Lonjak Bustam saran
menunjuk ke arah langit.
28
“Mana?”
"Tu!"
Mardinah datang mendekati adiknya. Dia mendongak
memandang arah puncak kayu di kaki bukit. Sinar matahari terik
memedihkan matanya.
“Mana ada burung besar?”
“Tu!” sambut Bustam. Matanya tegak memandang pesawat
yang sedang berlegar di udara.
"Itu bukan burung. Itu helikopter!”
“Bukan burung besar? Ohhh!” Mulut Bustam terlopong.
Matanya terbeliak besar. Helikopter itu semakin jelas menunjukkan
badan dan kipasnya. Bunyi jenteranya membingitkan. Bustam
menekup kedua-dua kuping telinganya.
“Kak! Dia terbang rendah lagi. Rendah lagi!”
Mardinah memerhatikan saja pesawat itu menjongketkan
ekornya.
“Tengok, Kak! Dia berpusing lagi!”
Mardinah memerhatikannya berlegar-legar di udara Kampung
Pulau Bukit Kera. Sebentar kemudian pesawat itu terbang semakin
rendah dan oudah jelas tulisan yang pada dinding pesawat. Dua orang
penumpangnya memandang ke bawah.
“Tengok, Kak! Dia hendak turun!”
29
Kedatangan pesawat itu seolah-olah membawa taufan. Kipas
helikopter yang berputar ligat itu menguakkan daun-daun kayu, dan
melentok-lentokkan pokok-pokok renik. Daun-daun kelapa terkipas-
kipas dan daun-daun yang luruh berterbangan semula ke udara.
Akhirnya, pesawat itu mendarat di kawasan lapang
berhampiran dengan surau. Rombongan Yang Berhormat Encik
Munawir berkejar datang.
Mereka tidak menyangka helikopter itu akan mendarat di situ.
Para penduduk juga bertumpu ke arah pesawat yang baru menjejakkan
rodanya di bumi di Kampung Pulau Bukit Kera.
“Kakak, kenapa helikopter itu turun di sini?”
“Ada orang besar datang. Menteri. Dia datang dari Kuala
Lumpur. Kuala Lumpur itu jauh.“
“Kenapa dia datang. Kak?"
“Dia datang nak tengok kitalah."
“Nak tengok kita?” Bustam agak terperanjat kepalanya
dijengukkan hendak melihat dengan lebih jelas lagi pintu pesawat
yang sedang terbuka. “Oh, orang itu datang nak tengok kita, Kak?"
Lonjak Bustam.
“Fasal engkaulah."
“Fasal Tam?”
“Ya, fasal engkaulah! Engkau puncanya,” balas Mardinah
sambil memandang pintu helikopter yang darinya keluar seorang yang
30
berpakaian serba biru gelap, berkaca mata hitam. Dia diikuti oleh dua
orang lagi yang mengepit sesuatu dengan membimbit sesuatu.
Bustam memandang kakaknya. Kata-kata kakaknya itu
membuat dia tergamam, lulu menggaru kepala. Barulah dia teringat
akan pelita minyak tanah yang tumbang di depannya ketika dia hendak
membesarkan sumbunya.
31
4. SI TANGAN KECIL
SETELAH mendaki dan menuruni bukit sekitar kawasan rumahnya
pada pagi itu, Puan Jasmah tidak terus ke bilik air untuk mandi.
Badannya tidak berpeluh, tetapi dapat dirasakannya panas wap
tubuhnya sendiri. Nafasnya agak kencang, tetapi dia tidak tercungap
seperti kalau dia melompat tali skipping.
Dia berdiri lurus-lurus menghadap rimbunan pokok orkidnya.
Dia mengembangkan dadanya, berjengket, sambil mendepangkan
kedua-dua belah tangannya. Nafasnya dihela semampunya, kemudian
dihembuskan sambil menurunkan tangan dan mengincupkan dadanya.
Tumitnya mencecah bumi. Dia melakukannya berulang-ulang.
Matanya melurut memandang dadanya yang masih
menjongket. Terasa kebanggaan menyelubungi hatinya. Sederap itu
juga ingatannya melayang kepada suaminya yang masih enak tidur di
bilik.
Pagi masih dingin, dan biarkan dia tidur sepuasnya. Jangan
ganggu dia. Tidurnya lewat malam tadi kerana menonton tayangan
larut malam di TV. Biarkan dia berehat, kerana sepanjang minggu dia
memerah otak dan tenaga. Otak dan tenaga fizikal yang terpaksa
dicurahkan kepada masyarakat dan negara itu mainan hariannya.
Bunga orkid merah ungu bercampur putih itu menyedapkan
matanya. Seketika kemudian dia sudah berada di sisi rimbunan orkid
tersebut, menjirus, merawat, dan menggemburkan tanahnya. Orkid-
orkid itu subur hidupnya. Memang sudah menjadi kegilaannya
menanam pokok-pokok bunga itu di kawasan rusuk rumahnya.
Udara pagi masih menenteramkan hatinya. Sebentar lagi panas
matahari akan melimpahi seluruh kawasan rumah dan sekitarnya. Dia
tersenyum sendiri apabila berasa hatinya secerah pagi minggu itu.
32
Berat badannya telah dapat dikurangkan sebanyak dua
kilogram dalam tempoh enam bulan. Kalau dia terus berjalan kaki
mendaki dan menuruni bukit kecil di luar pagar rumahnya itu pada
setiap pagi, dia yakin beberapa kilogram lemak lagi akan dapat
dibuang. Menyiram dan merawat orkidnya pada setiap pagi dan
petang itu pun tentunya akan dapat meringankan lagi berat badannya.
Malah dia berikhtiar juga mengurangkan makanan yang berlemak dan
bergula.
Dia tentu masih terkapuk di bilik air-cond itu. Mungkin dia
masih digeluti mimpi. Biarkan. Semenjak akhir-akhir ini suaminya
selalu merungut tentang tenaganya. Katanya, dia selalu letih dan
sendi-sendi tulangnya sengal-sengal. Maklumlah kerjanya itu nampak
saja mudah, tetapi berfikir itu pun boleh meletihkan badan.
Biarkan lagi dia tidur seenaknya. Jangan sesiapa pun
mengganggu. Cuma Mak Ton yang selalu tidak faham. Dia selalu
menggunakan vacuum cleaner berhampiran dengan bilik ketika
suaminya sedang terlena. Bunyi itu memekakkan telinga dan
dibimbangkan akan mengejutkannya.
Biarkan dia menikmati kedamaian dan ketenangan pagi itu.
Puan Jasmah memiliki Encik Latif melalui cinta yang dibina bersama.
Mereka bercinta ketika Encik Latif menjadi seorang guru sekolah
rendah di sebuah kampung terpencil. Masih diingatnya bagaimana dia
mengintai cikgu muda itu dari celah dinding pelupuh rumahnya.
“Betul-betulkah dia maukan engkau?” tanya emaknya,
waswas sekali.
“Entahlah, tapi Emak tengoklah suratnya ni.”
33
“Dia Cikgu, bergaji besar pulak. Tapi engkau tu sekolah
setakat Darjah Enam saja.”
“Tapi, kata suratnya ni dia cintakan saya.” Dia bertegas.
“Engkau, macam mana?”
Barulah dia tersipu-sipu.
“Tak kan dia hendak. Kita orang miskin. Rumah pun
tengoklah, ha!”
“Tapi, katanya nak datang meminang selepas Raya nanti.”
Nampak benar keriangan memancar di muka emaknya.
Jasmah tidak terkata-kata lagi.
Pada mulanya payah juga Jasmah hendak menyesuaikan
dirinya dengan kehendak Latif. Tetapi akhirnya segala-galanya
berlalu dengan baik. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki dan
seorang anak perempuan.
Kesedaran Latif terhadap pelajaran memang sudah lama
membiak. Dia disuruh membaca dan belajar daripada buku-buku.
Kemudian dia menduduki peperiksaan. Mula-mula dia lulus SRP,
kemudian dia lulus SPM pula. Selepas itu dia terkial-kial beberapa
kali sebelum lulus peperiksaan STP pula.
“Abang pergilah ke universiti. Kawan-kawan Abang dah
banyak yang pergi.”
“Tapi, Abang dah tua. Dan awak dan anak-anak kita siapa pula
nak beri makan?” Dia bergurau.
34
“Siapa kata dah tua?”
Kata-kata itulah yang mula memberangsangkannya.
“Tentang anak dan Mah, janganlah Abang bimbang.
Gadaikanlah semua harta Mah yang ada. Sementara itu, Mah boleh
menjual nasi lemak di kantin sekolah.”
Latif masuk ke universiti hanya dengan tekad dan perangsang
isterinya. Segala kesusahan dan kesulitan dalam hidup ditanggung
bersama. Akhirnya, berjaya juga Latif mendapat ijazahnya. Dan
sekarang dia membina hidupnya bersama-sama dengan golongan elit
yang lain di atas lereng bukit itu.
Bunyi radio dari bilik Mak Ton itu sudah memancar keluar.
Lagu-lagunya mengalun, menghanyut, dan mengapung dalam udara
pagi yang masih basah. Tetapi, mengapa Mak Ton membiarkan
radionya meraung begitu? Tidakkah nanti akan mengganggu suamiku
yang sedang nyenyak tidur? Cih, radio yang memekakkan telinga!
Apakah fungsi engkau pada pagi dingin yang memberi keenakan
kepada suamiku? Engkau benar- benar pengacau ketenteraman.
Sudah hampir dua puluh tahun dia bersuamikan Latif.
Anaknya yang sulung, Sariful, sekarang menuntut di Australia.
Fatimah dan Firdaus masih di ITM. Mengenangkan hal ini timbul rasa
senang yang tidak pemah dimimpikannya.
Telefon berdering.
Telefon sial. Siapa pula yang mengganggu pada pagi-pagi
begini? Siapa yang tak berotak itu. Celaka!
Berdering lagi telefon tersebut. Tak ada kerjalain ke?
Pengacau!
35
Puan Jasmah berkejar mendapatkan telefon yang terletak di
sudut ruang tamu. Dia mengangkat gagangnya dengan geram, marah.
“Siapa?”
Pemanggil pun bersuara.
“Ha? Ini bukan rumah Haji Amran. Bukan. Salah nombor!”
Dia meletakkan kembali gagang itu. Rasa jengkelnya masih
belum reda. Dan dia takut benar deringan itu tadi sampai ke telinga
suaminya. Janganlah engkau berdering lagi, wahai telefon!
Di bilik air, Puan Jasmah membersihkan dirinya. Dia
membiarkan air mandinya mencucurinya beberapa ketika,
menghapuskan buih sabun yang memulih di badannya. Kenangan
kepada suaminya tidak dapat dihilangkan apabila membersihkan
anggota-anggota badannya yang tertentu. Dia berasa puas - puas
kerana dapat memberikan setiap sesuatu dengan penuh khidmat
kepada suaminya.
Makan minum suaminya pun dijagai dengan sempuma. Dia
tidak mahu Mak Ton ke dapur memasak makanan suaminya. Dia
mahu biarlah apa jua yang dapat dinikmati suaminya datang dari air
tangannya sendiri. Kehadiran Mak Ton di dalam rumah itu pun bukan
kehendaknya. Encik Latif sendiri yang membawanya ke rumah.
Katanya, Mak Ton boleh bantu mengemas rumah, mencuci pinggan
mangkuk, membasuh kain, dan menggosok.
Memang dia ingin melihat suaminya senantiasa senang dan
riang. Apakah yang diperlukan lagi oleh seorang isteri? Rumah?
Kereta? Perhiasan? Kasih sayang? Suami? Ah, dia tidak peminum,
tidak penjudi, tidak kaki betina! Apa lagi? Suaminya bukan macam
36
beberapa orang jirannya yang kaki betina, kaki botol, kaki judi dan
macam-macam “kaki” lagi.
Alangkah bertuah dapat bersuamikan Encik Latif yang belum
pernah menghancurkan hatinya. Suaminya baik, tidak macam suami
Halimahton yang beristeri dua. Atau macam suami Rogayah yang
beristeri tiga! Bukan juga macam suami Ai Lian yang menyimpan
perempuan di merata-rata tempat.
Mengapa suami Halimahton, suami Rogayah, dan suami Ai
Lian menjadi liar? Ah, salah siapa? Puncanya sudah tentu daripada
isteri-isteri itu juga. Tidak mahu menyelam lubuk hati suami sendiri.
Tidak tahu berbuat apa jua yang disenangi suami. Mungkin tidak
pandai membelai hati suami. Tidak pandai membelai selera suami,
dan tidak pandai menjaga badan, mengurus diri.
Apa susahnya dengan suami? Taati perintahnya, ikut
kehendaknya. Jangan selalu membantah kalau suami mengemukakan
fikirannya. Jangan menentang kalau kadang-kadang dia menunjukkan
ego kelelakiannya. Membahagiakan suami bukannya susah sangat.
Semuanya berpunca dari pada isteri juga. Kalau isteri bijak, jamin
suami akan bahagia!
Dari bilik mandi, Puan Jasmah berjengket-jengket ke bilik
tidur. Dia berkemban. Mak Ton yang baru selesai menghapuskan
habuk-habuk di lantai memerhatikannya dengan ekor mata. Dia
melihat jejak-jejak jejari kaki Cik Puannya yang merantai di atas
lantai.
Pintu bilik itu pun dibukanya dengan perlahan dan hati-hati
sekali. Dia meluluskan dirinya. Apabila hendak mengatup daun pintu,
ada suara menegurnya: “Baru mandi?”
“Oh, Abang dah bangun!”
37
“Dah mandi pun.” Encik Latif tersenyum dan senyuman itu
seolah-olah mengejeknya.
“Bila Abang mandi?”
“Semasa awak bersenam tadi.”
Puan Jasmah mengukir senyumannya sendiri. Bagai mengejek
pula senyuman itu dirasakannya. Tetapi, dia cuba meyakini hatinya
dengan meneruskan senyuman penuh kasih sayang kepada suaminya
yang sedang menghadap cermin.
“Hari ni Abang ada apa-apa appointment ke?”
“Sampai ke pagi esok Abang tak ke mana-mana. Cuma petang
nanti kita ke Medan Selera. Okey?”
Puan Jasmah mengangguk manja. Senang betul hatinya
mendengar pengakuan suaminya itu. Dia memandang ke luar tingkap
melihat cahaya matahari yang bersinar semakin terang bersama
dengan hatinya.
Selama suaminya berada di sisinya, Puan Jasmah cukup
bahagia. Memang ada kalanya Encik Latif terpaksa meninggalkan
rumah beberapa hari lamanya. Tetapi itu sudah terpaksa kerana tugas.
Tiga bulan lalu pun dia ke luar negeri atas urusan dagang. Dan ke luar
negeri itu baginya macam berulang ke tandas saja.
Puan Jasmah membuka almari pakaian dan memilih
pakaiannya. Dia mengambil kebaya moden kain jarang berbunga
kuning bertanah perang, dan batik lepas coklat hitam yang baru dibeli
suaminya di Kuching. Dia tahu suaminya amat tertarik melihatnya
memakai pakaian fesyen itu. Menurut suaminya, kulit Puan Jasmah
kena dengan wama dan fesyen bajunya.
38
“Jadi Abang pergi minggu depan?" Puan Jasmah menghadap
suaminya.
“Belum pasti. Esok taulah jadi tidaknya.”
“Kali ini Mah nak hantar Abang ke lapangan terbang.”
“His, kenapa pulak?” Encik Latif memalingkan seluruh
badannya menghadap Puan Jasmah yang masih terkial-kial
mengenakan butangnya. Dia yang memakai baju Melayu dan
bersarung itu merapati isterinya. Dipegangnya kedua-dua belah bahu
Puan Jasmah dan memandang tepat ke muka isterinya itu.
“Mengapa pulak awak nak hantar Abang ke lapangan terbang?
Abang bukan pergi lama. Dua minggu saja.”
“Dah lama Mah tak hantar Abang.”
Encik Latif tersenyum melihat perangai isterinya yang tiba-
tiba keanak-anakan itu. Dan pada wajah itu memang terbayang
keinginan yang mendalam hendak menghantamya ke lapangan
terbang. '
“Ganjil nampaknya awak ni, Mah.”
“Tak boleh ke Mah pergi hantar Abang?”
“Abang tak melarang. Apa salahnya. Tapi, kan lebih baik
kalau awak duduk di rumah saja?”
“Itu pun kalau Abang benarkan,” kata Puan Jasmah, sayu.
Encik Latif tahu isterinya itu hendak merajuk. Dan dia tahu pula
bagaimana hendak bertindak dalam keadaan begitu.
39
“Okeylah, Mah boleh hantar. Tapi janganlah menangis pula.
Nanti tak sampai hati pulak nak tinggalkan awak.”
Sesuatu yang amat bahagia dirasakannya ialah kata-kata
bujukan suaminya itu. Alangkah nikmatnya apabila suami pandai
menyelam rasa hatinya! Kata-kata itu mengusap-usap, membelai-
belai. Dan tahu-tahu Puan Jasmah sudah pun menerkam dan memeluk
erat suaminya. Beberapa ketika, dia merehatkan kepalanya di bahu
suaminya itu. Hatinya membawanya tersenyum.
“Ingat, ya, Mah! Jangan menangis di lapangan terbang, tau?”
“Tidak, Bang.”
“Betulkah ni?”
Puan Jasmah melepaskan pelukannya. Dia merenung tajam ke
mata suaminya yang masih memancar itu.
“Eh, kenapa pulak Mah mesti menangis?”
“Ah, manalah tau, kan!”
“Tapi, kenapa Abang berkata begitu? Tak sedap pulak rasa hati
ni.”
“Satu hari nanti, sama ada awak atau Abang akan menangis
juga, kan?”
“Ah, merepeklah Abang ni! Macam tak ada perkara lain yang
nak dicakap.”
40
Encik Latif melepaskan tawanya. Bergema bunyinya dalam
bilik lapang itu. Mak Ton yang masih berada di bawah tentu hairan
mendengarkan tawa tuannya yang begitu lepas.
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada petang itu,
Puan Jasmah berdiri memandang ke bawah. Sebuah kapal terbang
MAS sedang menunggu. Kira-kira setengah jam lagi pesawat itu akan
menerbangkan suaminya.
Beberapa orang penumpang sudah pun mulai berjalan menuju
kapal terbang. Puan Jasmah tertinjau-tinjau. Mana dia? Mana
suamiku? Ah, ke mana pula dia? Tak mungkin pula dia pergi ke mana-
mana. Tetapi, antara para bakal penumpang itu belum lagi kelihatan
Encik Latif.
Ha, itu pun dia! Dia yang terkebelakang. Dia berjalan amat
tenang menjinjing sebuah beg. Alangkah tampannya dia! Usianya
yang 42 tahun itu dapat dilindungi oleh pakaiannya. Tetapi, kenapa
dia tertunduk-tunduk saja? Tidakkah dia melihatku di sini?
Rasanya mahu sahaja Puan Jasmah menjerit memberitahu
suaminya bahawa dia berada di sini. Dia mahu melambai, tetapi
apalah gunanya? Encik Latif masih melangkah menuju ke tangga
kapal terbang.
Dia sudah pun hampir dengan tangga kapal terbang, tetapi
mengapa pula dia tidak juga menoleh-noleh lagi? Bakal penumpang
yang lain sudah pun lesap masuk ke perut kapal terbang. Suaminya
juga sudah menghampiri tangga kapal terbang. Tidak tahukah dia aku
berada di sini? Lupakah dia bahawa aku, isterinya, yang
menghantarnya ke mari? Ah, tidak mungkin dia lupa! Sepanjang jalan
dalam kereta tadi kami berbual-bual. Aku banyak bercakap dan
mengenangkan peristiwa-peristiwa manis yang kami lalui. Dia
41
tersenyum dan mengangguk. Aku bercakap lagi. Dia tersenyum dan
mengangguk lagi. Dan aku terus bercakap juga.
Sudah hampir benar dia dengan tangga kapal terbang itu. Tiga
empat langkah lagi sampailah dia kepada anak tangga pertama. Tetapi,
dia masih juga menganggap sepi akan kehadiranku. Kenapa dia tidak
memandangku?
Mungkinkah dia sedih kerana meninggalkan aku? Sebab
itukah dia tunduk saja dan tidak berani memandangku?
Sudah pun diinjaknya anak tangga pertama. Anak tangga
kedua. Anak tangga ketiga. Anak tangga keempat. Anak tangga
kelima. Sampai di situ Encik Latif berhenti. Dia memalingkan
mukanya. Mendongak pula. Lalu dia pun mengangkat tangan,
melambai sambil tersenyum. Dia melambai-lambai lagi. Lambaian
tangannya begitu Iembut dan mesra.
Puan Jasmah pun tidak bertangguh-tangguh lagi. Dia
membalas lambaian suaminya itu. Hatinya sungguh lapang bercampur
hiba. Dia tersenyum, tertawa sendirian, tetapi dirasanya ada sesuatu
yang aneh.
Puah Jasmah berpaling ke kiri. Seorang ibu muda sedang
mendukung anak di sebelahnya. Ibu muda itu mengangkat dan
melambaikan tangan tinggi-tinggi. Anak itu pun melambai-lambai
juga apabila tangan kecil itu diangkatkan oleh ibunya. Tangan kecil
itu melambai-lambai lagi.
‘Tata! Tata, Papa!”
“Tata! Tata, Papa!”
42
Puan Jasmah membiarkan matanya melurut si ibu muda dan
anaknya yang terkinja-kinja nakal itu. Si ibu muda dan anak masih
memandang ke bawah, tidak menyedari mereka sedang diperhatikan.
“Maafkan saya, Cik Puan.”
Ibu muda menoleh. Anaknya masih melambai-lambai lagi.
“Tata, Papa! Tata Papa!”
“Cik Puan menghantar siapa?”
“Suami.” Ibu muda tcrsenyum bangga. “Cik Puan?”
“Saya pun hantar suami. Suami Cik Puan nak ke mana?”
“Ke Amerika. Los Angeles.”
“Oh, samalah dengan suami saya! Agaknya mereka pun dah
sama-sama kenal.”
Ibu muda itu tertawa senang. Puan Jasmah tergelak sumbing.
“Siapa nama suami Cik Puan tu?” Spontan pertanyaan keluar
dari mulut Puan Jasmah.
“Latif.”
“Latif...?”
“Ya, Latif! Katanya, dia nak pergi dua minggu. Tapi, kenapa
Cik Puan ni terperanjat?”
“Oh!”
43
Bagai luruh jantung dan segala isinya. Puan Jasmah
memandang si tangan kecil yang masih melambai pesawat yang mulai
menggegar bumi melalui matanya yang mulai kelam oleh air mata.
44
5. TOM
TELAH lama Tom menanam azam hendak melancong ke Malaysia -
dahulu dikenalinya sebagai Malaya. Sewaktu mengemukakan hajat itu
kepada isterinya, Ann mula-mula membantah. Katanya ia tidak ingin
pergi ke negara yang tidak dikenali itu.
Di dalam buku Geografi, katanya, negara Malaysia itu seperti
tidak wujud, malah tidak pernah pun guru kelasnya menyebut bahawa
sekeping tanah yang menganjur ke laut itu adalah sebahagian daripada
milik tanah jajahan British. Cuma yang dia tahu, penduduknya pernah
mengamuk. Banyak di antara mereka tinggal di dahan-dahan pokok
atau hidup di tepi-tepi pantai.
“Sangkaanmu itu salah, Sayang.” Tom meyakinkan isterinya
agar tidak lagi berfikir sepertimana setelah meninggalkan
persekolahannya.
“Habis, Malaysia itu tidak seperti dalam buku Sejarah?”
“Ha, sayang, sebab itulah aku ingin membawa kau ke sana!
Kau akan terperanjat nanti.”
Agak lama juga Ann kebingungan. Setelah berkali-kali Tom
menjelaskan bahawa negara Malaysia itu bukanlah seperti apa yang
disangkakannya, barulah ia mengangguk-angguk lemah. Tetapi,
angguknya itu tidak membayangkan kesungguhannya hendak pergi ke
negara itu. Air mukanya masih kelihatan tawar sahaja.
“Kenapa kita tak ke Filipina saja? Kan di situ pun ada pantai
yang indah, cahaya matahari panas dan suasananya damai.”
Jawapan Ann itu menyebabkan Tom menggeleng panjang.
Nampaknya Ann masih yakin bahawa Malaysia tidak akan dapat
45
menarik minatnya. Negara kecil yang jika dilihat pada peta dunia, tak
sampai sebesar kelengkengnya itu tidak akan dapat menyempurnakan
hajatnya untuk berhibur.
“Aku tetap hendak ke sana, Sayang. Dari sana nanti bolehlah
kita pergi ke mana-mana yang kita suka.”
Ann sudah termakan pujukan Tom. Ia tersenyum sambil
membulatkan matanya, tetapi masih ragu-ragu.
“Tapi, kau pernah bercerita bahawa Malaysia itu dipenuhi
hutan rimba. Apa, kau nak ajak aku masuk ke hutan?”
Tom tertawa sahaja. Geli hatinya memikirkan kecetekan
pengetahuan Ann. Ann adalah anak seorang peladang. Dan
pengetahuannya hanya berkisar di sekitar ladang ayahnya dan bandar-
bandar kecil yang berhampiran sahaja. Ia membaca buku dan majalah
yang ringan-ringan sekadar untuk memenuhi masa terluang sambil
berhibur. Ia mengenali Tom, seorang bekas tentera, dalam satu majlis
keramaian di sebuah bandar kecil. Hanya setelah berkahwin dengan
Tom, barulah ia mendengar nama Malaysia.
“Betul, Sayang. Negara itu masih mempunyai hutan tebal.
Semasa aku di sana dahulu, hutan tebal itulah tempat kami berjuang.
Kami sering bertempiaran dengan pengganas komunis.”
“Yakah?” Ann memuncungkan mulutnya, seolah-olah takjub
mendengar kata-kata Tom itu.
“Kami berjuang mati-matian. Kalau tidak kami yang
mempertahankannya, percayalah, negara itu tentu terlepas ke tangan
pengganas komunis.”
46
“Begitukah?” Ann menunjukkan kekagetannya. Dia
membayangkan Tom meredah hutan, sungai, dan mendaki gunung.
Memangku senjata dan mara ke depan. Meniarap dan menembak.
Mara lagi, meniarap dan menembak. Peluru bersemburan dari
muncung senapangnya. Mara lagi sambil mengacah senapang ke
pihak musuh. Peluru terus dimuntahkan hala ke musuh yang
kekurangan tenaga. Akhirnya, musuh-musuh itu bergelimpangan
dengan darah membuak-buak setelah seluruh badan bersarang dengan
peluru-peluru dari muncung raifal Tom.
“Kami juga pernah diserang hendap, tapi mereka belum tahu
penangan kami. Kami cukup dengan mortar, meriam, dan kapal
terbang....”
“Berapa orang dapat kaubunuh, Tom?”
“Oh, aku tak ingat! Er, sebenarnya aku tak tau dengan tepat!
Maklumlah bertempur dalam semak dan hutan tebal. Yang terdengar
hanya bunyi tembakan, kemudian suara lolongan. Aku tak pasti
berapa orang yang kubunuh.”
“Kau dapat pingat keberanian?”
“Oho...!” Tom tertawa geli. “Apa gunanya pingat? Tak perlu.
Cukup hanya jika jasaku itu dikenang. Jasa kami kepada negara lebih
daripada segala-galanya. Kami telah selamatkan negara itu daripada
kucar-kacir dan huru-hara. Jika kami tidak bertindak, sudah pasti
banyak rakyat terancam dan sentiasa dalam ketakutan.”
“Bertuahlah kau menjadi seorang penyelamat!”
Tom tertawa bangga. Ia melihat Ann betul-betul simpati
dengan perjuangannya. Ann tertarik dengan perjuangan Tom yang
terpuji itu.
47
“Aku bangga. Aku bangga betul.”
Kata-kata Tom itu masih terkenang-kenang olehnya. Dan Ann
berasa puas hati mendapat Tom yang pernah mempertahankan tanah
bekas jajahan British itu.
Mereka sekarang berada dalam perut pesawat MAS. Ann
mengancing tali keledar setelah suara arahan terdengar daripada suara
halus yang lunak dalam bahasa Malaysia.
“Apa maknanya, Tom?”
“Yang kaulakukan itulah.”
“Kau dapat memahami bahasa itu, Tom?”
“Oh, tentu! Kami yang berkhidmat di sana mesti belajar
memahaminya. Dan sekarang pun aku boleh bertutur seperti mereka.”
“Bagaimana rupa orang-orang negara itu?” tanya Ann lagi
dengan suara yang agak tinggi.
“Kau mahu mengenalinya?” Tom menentang wajah isterinya.
.
“Sudah tentu.”
Tom tertawa geli hati. Kemudian setelah memanjangkan
lehernya sebentar dan menoleh-noleh ke kiri dan ke kanan, ia pun
berkata:
“Cuba lihat penumpang yang duduk di sebelah tepi sana.” Tom
memberikan arahan sambil menudingkan telunjuknya.
48
“Ya, aku nampak!” jawah Ann, pantas.
“Ya, itulah rakyat negara itu!”
“Yang itu? Eh, bukankah itu rakyat negara China atau Jepun?”
“Tidak, itulah orang Malaysia. Aku pasti daripada roman
mukanya. Dan banyak lagi orang Malaysia dalam kapal terbang ini.
Oh, ya! Kau ingat tak lelaki yang membawa beg besar tadi dan hampir
melanggar kau? Kau menyumpah-nyumpah, bukan?”
“Oh, ya, aku ingat! Bukankah dia dari Hawaii atau India?”
“Tidak. Itulah orang Melayu, warga bumi negara itu.”
“Orang Melayu? Tapi, apa dibuatnya di sini?”
“Aku tak tau sebenarnya, tapi mungkin datang ke mari untuk
belajar. Banyak juga orang Melayu yang datang melanjutkan
pelajaran ke mari.”
Ann termenung sebentar. Pada wajahnya terbayangkan
ketakjuban yang memakunya.
“Itulah...,” kata Tom lagi, menyindir, “... kau dah lihat sendiri,
kan? Mereka tidak tinggal di dahan pokok seperti yang kausangkakan.
Mereka sudah banyak yang berpelajaran tinggi. Sudah bijak dan sudah
boleh memerintah negara sendiri. Sayang, kau akan lihat lebih
daripada itu nanti. Kau akan malu pada diri sendiri.”
Apabila pesawat MAS itu telah terbang rendah dan hampir tiba
di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Tom tidak lepas-Iepas
menebarkan pandangannya ke bawah. Ann juga tidak melepaskan
peluang pertama kali memandang bumi yang nampak hijau dan
49