“Kau jangan pergi ke kampung bawah tu,” ibunya juga pernah
berpesan.
“Kenapa, mak?”
“Di situ orang-orangnya tak baik. Suka jaga tepi kain orang
lain. Budak-budaknya tak senonoh. Hisap rokok. Lama-lama sedut
dadah. Bila dah ketagih, mencuri, merompak. Hm,” tegas Puan
Salmah mencebirkan bibir.
“Tapi, bukan semua mereka begitu, mak.”
“Yalah. Tapi macam-macam dah terjadi di situ. Lebih baik kau
jangan ke situ. Nanti terlibat pulak. Di rumah ini dah cukup semuanya:
suratkhabar, majalah, televisyen, radio, telefon dan berbagai lagi. Apa
lagi yang kau mau?”
Puan Salmah pergi meninggalkan Samad yang masih
termenung. Dia masih termenung di atas kerusi tebal dan lembut itu
Dalam kepala Samad masih bermain wajah Mail. Mail kawan
baiknya di sekolah. jarang-jarang berenggang. Mereka sama-sama
belajar dalam satu kelas pula. Dan Mail tinggal di kampung bawah
kaki bukit itu. Keluarganya sudah hampir sepuluh tahun menetap di
situ.
Bapa Mail seorang buruh. Dia menyara keluarganya itu hanya
dengan pekerjaan itu. Pagi-pagi lagi ia sudah keluar rumah. Petang
baharu dia pulang dengan urat-urat tegang dan peluh berminyak di
badan. Begitulah seperti yang diceritakan Mail kepada Samad.
“Saya kesian tengok ayah,” kata Mail “Dia berhempas pulas
setiap hari kerana kami.”
250
Samad mengangguk sahaja. Dia juga turut berasa sedih.
“Kalau ayah tak buat begitu macam mana kami nak makan.
Macam mana saya, abang dan adik nak sekolah,” sambung Mail yang
merenmg jauh ke hujung padang sekolah.
“Saya berharap peluh ayah kau takkan sesia tumpah ke bumi,”
ulas Samad. “Selalunya orang yang berakit-rakit ke hulu akan
berenang-renang pula ke tepian....”
Mail menepuk belakang Samad. Dia melompat ketawa
sebelum Samad menghabiskan kata-katanya.
“Wah, dah pandai berperibahasa pula. Calon murid terbaik.
Jadi orang besar juga kelak. Ke mana lagi tumpah kuah..”
“Kalau tak ke roti canai!" potong Samad dengan cepaL
Dan mereka serentak tertawa. Berdekah-dekah, terlonjak-
lonjak badan mereka. Beberapa orang pelajar yang berlonggok dekat
mereka, berpaling. Mereka hairan melihat kedua teman yang macam
belangkas itu tertawa lepas sebebas-bebasnya. Apakah yang
menggelikan hati mereka?
Beberapa peristiwa lucu bersama Mail bermain di kepalanya,
bersilih ganti Samad meletakkan majalahnya ke samping. Isi majalah
itu tidak berguna lagi sekarang. Semuanya sudah menghilang. Diganti
oleh gambaran-gambaran dan kenangan-kenangan sewaktu di
sekolah. Terbayang semula peristiwa-peristiwa di kantin, di
perpustakaan, di padang, di dewan dan di kebun sains.
Waktu cuti dirasakan amat panjang. Amat lama. Samad tidak
tahu apa yang hendak dibuat lagi di rumah. Sudah puas membaca.
Berbagai-bagai buku dan majalah sudah ditatap. Puas membaca dia ke
251
tepi tingkap. Menjenguk keluar memandang rumah-rumah yang
bertaburan di lereng bukit dan akhirnya di bawah bukit. Dari tingkap
itu juga dia nampak keadaan kampung haram. Rumah Mail terlindung
di balik-balik dinding dan bumbung rumah yang bersesak-sesak.
Apa yang hendak aku buat sekarang? fikir Samad. Dia pun
bergerak keluar bilik. Menuruni tangga yang berkelok-kelok. Sampai
di bawah dia tercium bau masakan Makcik Minah dari dapur.
Samad mengatur langkah ke pintu. Dia membuka pintu yang
bercermin dan berjaring.
“Nak ke mana kau, Mad?“ tiba-tiba suara Makcik Minah
menyapanya. Dia tergesa-gesa datang. Mukanya berminyak.
“Nak ambil angin, Makcik.”
“Ke mana?”
“Ke bawah sana sekejap.”
“Emak kau belum pulang. Nanti dia marah.”
“Sekejap saja, Makcik.”
“Kalau abah kau tau, Makcik pula dimarahnya nanti.”
“Saya penat memerap di rumah, Makcik. Saya nak ambil angin
di luar sana. Sekejap saja, Makcik.”
Makcik Minah menggeleng-geleng sambil memerhatikan
sahaja Samad keluar pintu.
252
“Samad!. Kalau jadi apa-apa hal...., hai alangkah susah!” bisik
Makcik Minah.
Sebagai orang gaji, Makcik Minah tidak dapat berbuat apa-gpa
lagi. Tidak sampai pula hatinya hendak berkata menahan Samad.
Samad sudah besar panjang. Kalau dahulu, lainlah. Lagipun dia berasa
bélas juga melihat Samad. Samad ibarat seekor burung yang
terpenjara dalam sangkar emas. Dia tidak bebas macam budak-budak
lain. Sepanjang waktu mesti mengikut disiplin yang dikenakan oleh
ibu bapanya.
Cuti sekolah yang panjang itu sungguh menyeksanya.
Fikirannya jadi buntu. Buku-buku, suratkhabar, majalah, radio dan
televisyen tidak dapat menghiburkannya lagi. Yang paling
menyeksanya ialah kesunyian. Malah di setiap sudut rumah itu
bertapak kesunyian yang mencengkam hatinya.
Encik Fazil tidak pernah tahu tentang hal ini. Dia asyik bekerja
sahaja. Pergi pagi, balik petang. Begitulah setiap hari. Kadang-kadang
berhari-hari lamanya dia tidak pulang. Katanya dia terpaksa
bentangkan kertas kerja di majlis-majlis seminar, forum, simposium
dan entah majlis apa lagi. Maklumlah Encik Fazil orang penting. Kata
orang dia orang sastera. Seorang pejuang sastera. Kerana itu dia
sentiasa diperlukan. Buah fikirannya dam pandangannya amat
diperlukan. Kadang-kadang dia diperlukan beberapa hari di luar
negeri pula.
“Kalau mau jadi macam abah, kau mesti banyak membaca.
Abah jadi profesor ini bukan dengan jalan senang. Bukan dengan jalan
ringkas. Abah dah lalui berbagai rintangan,” kata Encik Fazil ingin
meyakinkan Samad.
“Kalau kau tak jadi macam abah pun tak mengapa. Tapi abah
tak mau kau jadi macam orang-orang di bawah bukit itu. Abah dah
253
banyak berbelanja kerana kau. Tengok, dua almari penuh dengan buku
dalam bilik itu. Berbagai ilmu ada tersimpan di situ.”
Samad membuka kelopak matanya. Tiba-tiba uhaja dia
mendapati dirinya terbaring di atas katil. Seorang perempuan
berpakaian serba putih sedang mengelap-ngelap dahinya. Dia rasa
kepalanya sengal-sengal dan pedih. Samad meraba kepalanya. Sehelai
kain putih membungkus kepalanya itu.
“Di mana saya?” tanya Samad, matanya liar memandang
sekeliling wad.
“Adik dalam hospital,” kata jururawat yang masih mengelap-
ngelap dahinya.
“Kenapa? Kenapa saya dibawa ke mari?”
Si jururawat tidak menghiraukan pertanyaan Samad. Dia terus
juga mengelap-ngelap dahi Samad yang lembab itu. Bantal di bawah
kepala Samad dibetulkannya.
“Kenapa saya dibawa ke mari?” ulang Samad. Dia
memandang tepat muka jururawat itu.
“Adik dilanggar kereta. Kepala adik luka sedikit. Tapi
janganlah adik banyak bergerak. Nanti darah keluar lagi.”
Samad terdiam. Dia cuba mengingat-ingat peristiwa yang
menyebabkannya terlantar di rumah sakit itu. Petang itu, dia ingin
bersiar-siar ke tepi kolam, bekas lombong hampir kampung haram. Di
situ banyak orang memancing ikan bersama kawan-kawannya.
Mungkin pada petang itu pun Mail ada di situ!
254
Samad masih ingat dia menyeberangi jalan raya. Dia hendak
segera ke tepi kolam itu. Dalam kepalanya pula penuh dengan ingatan
terhadap keluarganya. Keluarganya orang ternama. Orang berada dan
lengkap pula dengan kemudahan-kemudahan hidup, tetapi hatinya
terasa terpenjara. Tidak sebebas kawan-kawannya yang sedang
memancing di tepi kolam.
Waktu melintas jalan raya itulah dia disondol oleh sebuah
kereta yang meluncur dengan derasnya dari atas bukit. Mujurlah
kereta itu dapat diperlahankan dengan mengejut apabila menghampiri
tubuh Samad. Akan tetapi kereta yang bergerak itu tidak dapat
diberhentikan serta-merta. Tubuh Samad dirempuh juga dan dia
terhumban ke tepi jalan raya.
Samad menunggu waktu melawat dengan jemu. Kata
jururawat, pada pukul lima nanti baharulah para pelawat boleh
dibenarkan masuk. Samad segera terkenangkan abahnya, emaknya
dan Makcik Minah.
“Mak!” laung Samad bila dilihatnya Encik Fazil dan Puan
Salmah muncul di pintu wad.
Encik Fazil dan Puan Salmah pun mempercepatkan langkah.
Mereka meluru ke katil Samad yang terletak di bahagian tengah wad.
Ketika itu banyak pelawat telah masuk menuju pesakit-pesakit yang
hendak dilawati.
“Samad! Ya Allah” Kenapa kau, nak!” seru Puan Salmah yang
lekas-lekas menerpa mendapatkan anaknya. Mukanya kelihatan amat
cemas.
“Saya dilanggar kereta, mak,” balas Samad sambil menahan
air jernih yang mulai menggenang di kelopak mata.
255
“Macam mana boleh jadi begini?”
“Saya keluar rumah sekejap, mak. Nak ambil angin....”
“Orang degil. Memang begitulah,” potong Encik Fazil pula.
Puan Salmah mendongak memandang suaminya. Dia
membantah kata-kata yang diucapkan oleh Encik Fazil. Memang tidak
seharusnya dia berkata begitu kepada anaknya yang cedera.
“Syukurlah, kau selamat,” ujar Puan Salmah sambil
membelai-belai rambut Samad yang kusut.
Samad membiarkah sahaja emak dan abah memeriksa luka-
luka yang terdapat di kepala dan di kakinya. Mujurlah kecederaan
Samad tidak parah. Tetapi kedua ibu bapanya itu masih belum dapat
menghapuskan rasa cemas yang bersarang di dada.
Sedang mereka berbual-bual, datang dua orang pelawat lagi.
Kedua pelawat itu terus sahaja menghampiri katil Samad. Samad
segera mengenali mereka.
“Mail!” tegur Samad sambil menghulurkan tangan. “Oh,
Pakcik pun datang juga.”
Samad dan orang yang dipanggilnya Pakcik itu pun
bersalaman.
“Abah, ini Mail, kawan saya. Dan ini, bapa Mail,” ujar Samad
memperkenalkan kedua orang pelawat yang baru tiba itu.
Mereka pun bersalaman pula “Hasan!” terlompat dari bibir
Encik Fazil bila didapatinya orang menjabat tangannya itu
dikenalinya.
256
Mereka berpandangan seketika.
“Engkau Fazil?”
“Ya. Tapi kenapa kau berada di sini?” tanya Encik Fazil yang
masih lagi kehairanan.
“Aku datang nak melawat Samad. Aku yang bawa dia ke mari
dengan teksi.”
Encik Fazil terdiam sebentar. Puan Salmah juga tercengang.
Mereka tidak menyangka bahawa Hasan inilah yang membantu
Samad ke hospital. Sejurus Iamanya Encik Fazil tidak berkata apa-
apa.
“Ya. Pakcik. Mujurlah bapak ada di situ. Dialah yang
selamatkan Samad.” Kata Mail pula. Encik Fnzil dan Puan Salmah
berpaling muka memandang Mail.
Encik Fazil menggeleng-geleng. Dalam hatinya tetap
bersyukur anaknya masih selamat.
“Samad.” kata Encik Fazil pula bila suasana agak tenang.
“Pakcik kau inilah yang selamatkan nyawa abah. Masa kecil-kecil
dulu abah jatuh ke dalam sungai. Air sungai dalam dan arusnya deras.
Kalau tak ada dia, tentulah abah hanyut."
“Abah sekampung dengan Pakcik?"
Encik Fazil mengangguk.
Encik Fazil menggeleng-geleng lagi. Hasan tersenyum sahaja.
Puan Salmah, Samad dan Mail masing-masing menelinga sahaja
257
mendengar kisah itu. Kisah pertemuan yang tidak disangka-sangka.
Dua sahabat itu menjadi perhatian pula sekarang.
“Dah lama benar kita tak berjumpa. Engkau tinggal di mana
Hasan?"
“Di kampung haram, di bawah bukit itu.”
“Di kampung bawah bukit itu?” tingkah Encik Fazil, benar-
benar ingin mengetahui.
“Ya. Kalau senang silakanlah ke rumah,” kata Hasan dengan
tersenyum-senyum.
“Baiklah, aku akan pergi. Aku akan pergi,” balas Encik Fazil.
Dia mengangguk berkali-kali.
Samad senyum dan hatinya terasa amat terharu.
258
24. CIKGU KITA SAKIT
"CIKGU kita sakit? "Gayah membisik ke telinga Ani, teman
sebangkunya.
"Ha'ah, agaknyalah."
"Sakit apa dia?"
"Entahlah."
"Selalu benar dia sakit, ya?”
“Ha’ahlah.”
“Tapi tengok badannya tu gemuk."
"Orang gemuk belum tentu sihat. Orang gemuk selalu
berpenyakit."
“Ha’ahlah.”
Perbualan lancar itu tiba-tiba terhenti bersama hiruk-pikuk
suara murid-murid lain. Kebisingan di ruang darjah muat 30 kanak-
kanak lelaki perempuan itu tiba-tiba mati bagai direntap malaikat.
Semua mata terpaku ke pintu masuk. Setiap pandangan terarah ke
sana. Suasana bertukar sunyi sesunyi-sunyinya. Tidak berdetik sedikit
pun lagi.
Cikgu Hamid, gurubesar, menerobos masuk. Badannya yang
kurus lampai melentur-lentur bergerak sambil mengepit beberapa
buah buku di ketiaknya. Lalu ia pun berhenti di hadapan darjah,
memandang, mendongak hala murid-murid.
259
"Bangun! Selamat pagi, Cikgu!"
"Selamat pagi, Cikgu!" mereka bersuara serentak.
"Selamat pagi murid-murid. Duduk."
Semua mata mengikutinya hinggalah dia sampai ke belakang
meja dan duduk. Setiap murid tcrganm melihat wajah yang lurus dan
serius itu.
Pada setiap wajah terlukis berbagai-bagai pertanyaan
Mengapa Cikgu Sanusi tidak datang mengajar hari ini? Ke manakah
dia? Sakitkah dia? Anaknya sakit? Isterinya sakit? Apa yang sudah
terjadi kepada guru darjah mereka itu?
Gurubesar bagai tak mengendahkan saja segala pertanyaan
terpendam murid-murid itu. Matanya terus menghitung-hitung. Dia
mahu pasti jumlah kehadiran dan peratus kedatangan seluruh
muridnya untuk rekod. Kepentingan tugas harian seperti itu harus
diutamakan dahulu. Nanti kalau segala tugas harian tidak diselesaikan
segera, akan menerima rungutan pula dari pejabat pelajaran daerah.
Memang pada mulanya tadi lagi Cikgu Hamid terasa berat
hendak melangkahkan kakinya ke bilik Darjah 5 itu. Tapi tugas itu
terpaksa juga dilakukannya kerana ketidakhadiran Cikgu Sanusi
bertugas. Terpaksa jugalah dia menjadi guru pengganti hari itu.
Sekurang-kurangnya mengajar matapelajaran-matapelajaran wajib
untuk peperiksaan penilaian nanti.
"Keluarkan buku hisab dan buat kira-kira pada papan hitam
ini," perintah Cikgu Hamid. Lalu dia pun member beberapa latihan.
Di atas meja, Cikgu Hamid menupangkan dagu sambi matanya
meliar mengawas. Sederap itu ingatannya melayang ke bilik
260
pejabatnya. Di atas mejanya sendiri sudah melambak tugas yang minta
di selesaikan segera.
Siaran-siaran yang minta dijawab selewat-lewatnya pada
sekian-sekian tarikh. Borang-borang yang harus dipenuhi dan harus
sampai ke meja pengarah pelajaran tidak lewat dari sekian-sekian
haribulan. Urusan-urusan gaji kakitangan sekolah, potongan-
potongan, mesyuarat PIBG, malam amal, bil-bil dan resit-resit yang
harus disegerakan. Semuanya ini datang hendak memeningkan
kepalanya.
Kalaulah Cikgu Sanusi dapat bertugas hari itu, tentulah
sebahagian dari tugas-tugasnya itu dapat dibereskan. Senanglah hati.
Lapanglah dada. Ataupun jika segala urusan itu dapat diringankan
oleh seorang kerani sekolah tentulah bersyukur benar dia. Tidaklah
seberat itu tanggungjawab lagi.
Tapi mana ada kerani sekolah? Tidak dibenarkan oleh pejabat
memohon seorang kerani. Alasannya kerana sekolah itu sekolah kecil.
Muridnya cuma 180 orang. Guru tetap, empat; guru sementara, dua
dan guru agama seorang. Sekolah demikian, kata pejabat tidak harus
memerlukan seorang kerani.
Cikgu Hamid tidak pula membantah. Dia tahu beban yang
dipikulnya itu adalah tanggungjawab sebagai seorang gurubesar yang
dilantik atas kepercayaan pejabat.
"Hari ini Cikgu Sanusi tak dapat datang. Dia sakit. Buatlah
kerja awak sampai sudah. Jangan bising," Cikgu Hamid bangun.
Niatnya hendak pergi ke bilik pejabatnya yang kira-kira tiga puluh ela
dari bilik darjah itu. Kalau mungkin hendak mencelah-celah
urusannya yang menunggu di situ.
261
Tapi niat itu dibatalkan. Dia mundar-mandir keliling ruang
darjah. Masuk lorong, keluar lorong bangku murid-murid. Matanya
mengawas, sedang fikirannya tetap melayang ke timbunan urusan
pejabatnya. Kertas-kertas siaran melambak di atau meja. Paysit gaji
belum disiapkan. Surat-surat pejabat belum berjawab. Jemputan
mesyuarat PIBG belum disiapkan. Kad jemputan malam amal belum
dirangka. Lalu dia terkenangkan Cikgu Sanusi kembali guru
penolongnya yang sudah berkhidmat agak lama di sekolahnya.
Hatinya bukan tidak terguris terhadap perbuatan Cikgu Sanusi
itu. Sekali fikir mahu saja dia mengadukan hal itu ke pejabat. Tapi
setelah beberapa kali fikir, tindakannya itu tidak ada berfaedah. Dia
guru tertua di sekolah itu. Dia tak mahu dendam-mendendam sesama
guru penolongnya. Lagipun cuma dua tahun saja lagi khidmatnya
diperlukan. Dan dia ingin waktu yang singkat itu dapat dipergunakan
buat mengekal kemesraannya dengan guru-guru penolong.
Tapi Cikgu Sanusi selalu saja uzur. Bulan lalu dua hari dia
uzur. Bulan ini sehingga hari itu, sehari lagi dia uzur. Dan bila hadir
esoknya ia akan membawa surat sakit. Cikgu Sanusi punya bukti sakit
akuan doktor!
"Cikgu sakit?" tanya doktor muda itu dengan suara lembut.
“Ya, tuan doktor . . . ya . . . saya sakit."
"Sakit apa, Cikgu?"
"Perut, tuan doktor. Sakit dalam perut dan pening pening."
Doktor muda itu memeriksanya. Cikgu Sanusi membiarkan
saja dada, perut dan belakangnya diperiksa beberapa ketika. Doktor
muda itu begitu teliti orangnya Belum pernah dia bertemu seorang
doktor yang demikian teliti menjalankan pemeriksaannya.
262
Sebenarnya baru kali itu dia berhajat dengan doktor muda ini.
Dia orang baru di bandar itu. Barangkali baru lepas universiti mana-
mana. Barangkali baru saja lulus ilmu kedoktorannya.
“Oh, inilah dia Doktor Ngah.” bisik hati kecilnya.
Dia pernah dengar nama Doktor Ngah dari bualan kawan-
kawan. Khabarnya dia datang dari satu keluarga miskin dari kampung.
Dan dia adalah satu-satunya doktor Melayu yang punya klinik
persendirian dalam bandar itu. Baru tiga bulan membuka perniagaan,
kliniknya sudah mulai dikerumuni orang.
“Betul-betul Cikgu sakit?” Doktor Ngah mengesyaki sesuatu,
lalu melemparkan senyuman. Dia mengamati lagi punca panyakit
Cikgu Sanusi. Cikgu Sanusi membiarkan dada dan belakangnya diuji.
“Selalu Cikgu sakit begini?” ulang Doktor Ngah.
“Er . . . tuan doktor,” Cikgu Sanusi mengoyak senyum.
"Kenapa Cikgu?"
"Saya mahu berterus-terang saja, tuan doktor. Saya harap tuan
doktor boleh tolong saya."
"Silakan," mata doktor muda terpancar merenung wajah Cikgu
Sanusi sambil tersenyum lagi. Senyuman itu seakan-akan mengejek
Cikgu Sanusi pula.
"Sebenarnya sakit saya ni tak seberapa. Saya cuma mau surat
cuti akuan tuan. Surat itu sangat mustahak bagi saya. Dan saya sudah
banyak simpan surat-surat seperti itu."
263
Mata Doktor Ngah terbeliak sedikit. Dia memandang tepat
membaca muka Cikgu Sanusi. Dia menafsirkan sesuatu dari air muka
Cikgu Sanusi. Lalu ia pun mengulum senyum yang mengandung erti.
Lagi Cikgu Sanusi merasa diejek. Tapi perasaan itu tak perlu
dihiraukan kerana surat akuan doktor itu lebih penting baginya.
"Jadi. Cikgu bukanlah betul betul sakit?" tanyanya.
“Ya, tuan doktor."
"Cikgu cuma mau medical leave?"
"Ya, tuan doktor."
"Berapa hari Cikgu mau?"
"Dua hari cukuplah."
"Dua hari saja?"
"Cukuplah, tuan doktor."
"Hari ini dan esok?"
"Ya, tuan doktor," senyuman Cikgu Sanusi mulai mencerah.
Dia gembira melihat Doktor Ngah mencapai pena dan buka surat-surat
cuti, lalu menulisnya.
"Cikgu mengajar di mana?"
“Di Kampung Ulu Akar Nibong.”
“Kampung Ulu Akar Nibong?” Mata Doktor Ngah makin
terbeliak. Dia agak terkejut. Tajam matanya merenung Cikgu Sanusi.
264
Cikgu Sanusi percaya doktor muda baru lulus ilmu kedoktoran itu
tentu kagum dengar nama kampung pendalaman itu. Tentu nama
Kampung Ulu. Akar Nibong itu asing pada telinganya.
"Tuan doktor tentu terperanjat dengar nama itu, kan?" Cikgu
Sanusi senyum sumbing.
"Kampung itu terletak di pinggir sungai. Terpencil sungguh.
Kalau naik bot makan masa tiga jam setengah baru sampai. Itu pun
kalau air tak timpas."
"Cikgu tinggal di kampung itu?"
"Tidak. Saya berulang. Mujur ada jalan rentas. Itu pun kalau
naik basikal makan masa satu jam baru sampai. Kalau hari hujan
basikal saya terpaksa saya pikul.”
“Sudah lama Cikgu mengajar di kampung itu?”
“Oh, hampir 12 tahun! Saya dah tak tahan berulang lagi. Sakit-
sakit badan saya. Tinggal di situ tak sesuai.
Anak-anak saya bersekolah menengah. Masalah lagi. Jadi,
kerana itulah saya minta tukar. Dah berkali-kali saya hantar
permohonan tukar. Tapi tak dilayan pejabat," Cikgu Sanusi nampak
air muka doktor muda itu membayangkan simpatinya. Bertambah
sedaplah hatinya.
"Sebab itulah saya perlukan surat-surat cuti akuan doktor.
Mungkin dengan surat-surat itu saya akan ditempatkan ke tempat yang
selesa sikit. Pejabat tentu menimbangkannya."
"Saya juga mau berterus-terang dengan Cikgu," kata Doktor
Ngah.
265
"Saya simpati dengan nasib Cikgu. Saya sanjung khidmat
Cikgu selama ini. Saya puji kesabaran Cikgu memikul beban tugas
yang berat itu."
"Terima kasih, tuan doktor."
"Tapi, saya juga simpati dengan nasib murid-murid Cikgu,"
Doktor Ngah menggeleng-geleng pula menunjukkan kekesalannya.
Cikgu Sanusi tunduk merenung lantai. Dia juga merasakan
kebenaran kata-kata doktor muda itu. Cikgu Sanusi terbayangkan
wajah-wajah ke 30 orang muridnya itu.
"Saya juga simpati dengan anak-anak kampung itu. Saya tak
mau mereka teraniya. Saya tak mau mereka tercicir. Sebahagian dari
darah saya adalah darah mereka. Cikgu tentu faham maksud saya."
Wajah Doktor Ngah terang menunjukkan keikhlasan hatinya.
Dia membayangkan simpatinya. Lalu menggeleng-geleng beberapa
kali. Kesal.
"Okey, Cikgu Sanusi. Saya beri cuti dua hari. Dua hari ni untuk
Cikgu berfikir. Berfikirlah Cikgu. Timbangkanlah di antara nasib
Cikgu dengan anak-anak Kampung Ulu Akar Nibong. Cikgu
putuskanlah sendiri.”
Cikgu Sanusi termangu. Kata-kata lunak Doktor Ngah itu
terasa bagai menampar mukanya sendiri. Tamparan itu menjunam
pula ke hati bagai akan memutuskan pula tangkai hatinya. Pedih.
"Sebenarnya saya tau di mana letaknya Kampung Ulu Akar
Nibong itu, Cikgu," Doktor Ngah tersenyum. Cikgu Sanusi terasa
bagai dipermainkan.
266
"Tuan doktor tau?”
“Ya, sebenamya saya anak Kampung Ulu Akar Nibong. Saya
murid tua sekolah kampung itu.
"Jadi, tuan doktor berasal dari sana?" Doktor Ngah tertawa
terbahak-bahak. Lagi Cikgu Sanusi terasa bagai dipermainkan.
"Memang saya berasal dari kampung itu. Saya juga pulang
sesekali melihat ibu saya yang tua. Cikgu Hamid itu ialah guru saya.
Dia baik orangnya.
“Cikgu Hamid?”
“Ya . . . nah, ini surat cuti Cikgu. Dan tolong sampaikan salam
saya kepada Cikgu Hamid, ya.”
“Baik - tuan doktor . . . terima kasih, tuan doktor." Cikgu
Sanusi merasa terperangkap. Dia merasa tersindir. Muka terasa tebal.
Darah terasa terhenti mengalir. Dia keluar dari bilik Doktor Ngah
dengan mata hampir berair . . .
267
25. BIDAN TARIK
KEPADA siapa hendak dikesal? Kepada Tuhan? Kepada ibu yang
mengandung? Kepada keturunan? Oh, Swee Kee tidak tahu hendak
menjawab persoalan-persoalan yang malang itu. Apa yang dapat
dirasakannya empat hari sudah ialah kecemasan dan satu pengalaman
hidup.
Tapi syukur jugalah, fIkirnya dalam kesedihan itu.
Pengalaman ini memberi satu pengajaran yang besar. Bahawa
manusia tidak boleh terpisah dari manusia lain. Masyarakat tidak
boleh terpisah dari masyarakat lain. Dan dia merasakan dirinya begitu
berdosa mengasingkan diri dengan orang yang difikirkannya tidak
perlu dalam hidupnya.
Tetapi, alangkah ajaibnya, fikirnya lagi, manusia yang tidak
termimpi datang dalam hidupnya atau tidak ada hubungan dengannya,
dapat berbakti kepada hidupnya dalam keadaan genting begitu.
Kegentingan yang menentukan hidup mati.
Dan saat genting itu benar-benar tidak mahu hilang dari
kepalanya. Peristiwa yang mengharukan itu akan disematkannya
ketat-ketat di dalam hati. Hingga suara Mee Lin yang kesakitan itu
pun tidak man lupa, seolaholah masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Kalau begini, matilah saya, bang,” bukan sepuluh kali ucap
isterinya begitu, sedangkan bayi yang ingin menjenguk ke dunia
meronta-ronta mau keluar dari kandungan ibunya.
Swee Kee resah gelisah ketika itu. Bangun, duduk, berdiri dan
berjalan tidak kena. Dari katil isterinya dia mundar-mandir tak tentu
arah. Sudah puas ia memujuk isterinya supaya jangan mengerang.
Sudah puas ia merenung mata isterinya yang merah layu itu. Sudah
268
puas ia mendengar rintih isterinya yang bercampur dengan esak tangis
yang menekan jantung hati.
Dan berkali-kali sudah ia mengelap dahi isterinya yang
merecik dengan peluh kesian itu. Agaknya, oleh kerana tidak tahan
menerima cabaran itu, Swee Kee tidak sedar menghambur ke pintu.
Buka daun pintu. Wah, gelapnya. Tidak berdetik. Maklumlah hampir
jam 1.00 pagi. Jiran-jiran sudah mendengkur kiri kanan.
Dengan langkah yang hilang takut, Swee Kee melangkah
keluar dalam gelap buta itu. Ia menuju ke sebuah rumah jirannya yang
tidak sampai suku rantai dari rumahnya. Ia mau kejutkan keluarga
rumah itu. Mau minta flkiran bagaimana harus dibuat kepada
isterinya.
Itulah satu-satunya jiran yang baik. Dan dengan tidak
berlengah-lengah lagi isteri jirannya itu datang ke rumah mereka
melihat keadaan Mee Lin. Nampaknya keraslah sedikit perasaan Swee
Kee.
“Panggil ambulanslah,” ujar Ah Ling, ibu yang mempunyai
empat anak itu.
“Tapi, bagaimana?” sahut Swee Kee. “Kita tak boleh hubungi
rumahsakit, telefon tak ada di daerah ini. Hendak keluar ke pekan
perintah berkurung masih kuatkuasanya.”
Mendengar itu, anjuran itu mati begitu saja. Kembali
mendengar rintih Mee Lin. Nampaknya dia sudah gelisah benar. Dan
Ah Ling percaya dalam beberapa minit lagi, mau tidak mau, ada
ambulans atau tidak, anak Mee Lin tetap mau menendang keluar. Dia
mau lihat dunia.
Perut Mee Lin yang mengelembung itu bergerak-gerak. Anak
sulung itu begitu nakal. Ah Ling memujuk juga. Apa yang dia tahu
269
tentang keperluan-keperluan untuk beranak sudah disediakannya.
Mengikut caranya sendiri. Dia sudah mengagak bahawa malam inilah
pertama kali dirinya akan dipaksa atau terpaksa menjadi bidan.
Apa boleh buat, fikirnya.
Nasib baik jugalah ada bidan seperti Ah Ling yang bertimbang
rasa. Tau tidak tau jadi bidan terpaksa buat juga. Terpaksa sambut
seorang bayi yang akan lahir ke dunia. Swee Kee pun menyangka
begitu. Keadaan cemas begini terpaksa ditempuh walaupun pahit.
Walaupun seksa.
Mee Lin mengerang juga. Budak dalam kandungannya
bergerak juga. Tinggal masanya saja belum sampai. Kemungkinan
lahirnya adalah menjadi tanda tanya benar-benar. Maklumlah orang
beranak. Kadangkadang sakit saja, tapi beranaknya tidak. Kadang-
kadang sakit sedikit, tiba-tiba keluar saja. Inilah yang mencemaskan.
“Biarlah dia beranak. Aku sanggup membidaninya,” kata Ah
Ling. “Tapi, kalau ada bidan yang sudah biasa alangkah baiknya.”
Mendengar itu Swee Kee mengerutkan kening.
“Manalah hendak dicari bidan, sedangkan kita tak boleh
keluar, perintah berkurung. Keluar di daerah ini pun main curi-curi
saja, jangan lepas hingga ke jalan besar. Dalam kampung tak
mengapa. Tapi manalah ada bidan di kampung ini.”
Mereka terdiam lagi. Tidak berkata-kata seketika. Kemudian
dalam mengerang, Mee Lin menganjurkan:
“Di belakang kedai barang-barang tu ada seorang bidan. Bidan
Melayu. Pergilah panggil dia.”
270
“Bidan Melayu?” Swee Kee tersentak dan rapat ke sisi
isterinya. Tangan kanannya menepuk-nepuk bahu isterinya. “Apa
kaumau berbidankan orang Melayu?”
Mee Lin tidak menjawab, tetapi ia mengangguk-angguk
berkali-kali.
”Apa salahnya, bang. Saya sudah lama kenalkan dia."
Swee Kee dan Ah Ling berpandangan. Dan dalam keadaan
demikian, Ah Chong tiba-tiba terjenguk di muka pintu depan.
“Sudah bersalin?” tanyanya.
Swee Kee menggelengkan kepala. Tidak menjawab.
“Kautau bidan Melayu yang tinggal di belakang kedai tu?”
tanya Swee Kee setelah Ah Chong masuk.
“Buat apa bidan Melayu?” Ah Chong pula tersentak. “Mau
berbidankan orang Melayu?”
“Panggillah, bang... aduh!” seru Mee Lin. Dia takut benar
tentang keadaan dirinya sekarang. Takut mati tidak berbidan agaknya.
Kalau nak mati pun biarlah di hadapan bid an yang berpengalaman.
Sekarang mereka bertiga pula berpandangan muka. Dalam
kepala mereka terpahat satu soalan: mau berbidankan orang Melayu?
Yakin kepada bidan Melayu dalam keadaan sekarang ini?
Sambil mundar-mandir dalam gelisah dan dalam kelam-kabut
itu, Swee Kee menepuk-nepuk bahu isterinya yang telah nampak
sedikit-sedikit air mengalir di pipinya.
“Kaumau berbidankan orang Melayu?” tanyanya lagi.
271
Mee Lin tidak menjawab tetapi mengangguk.
Pada fIkiran Swee Kee sekarang nyatalah bahawa isterinya
rela berbidankan orang Melayu. Orang Melayu yang dipanggilnya
‘Mak Itam’ itu. Tetapi bagaimana mau panggil Mak Itam sedangkan
ia sendiri tidak kenal yang mana satu Mak Itam yang dimaksudkan
oleh isterinya itu?
Sungguhpun rumah tidak berjauhan, tetapi selama ini Swee
Kee haram tidak bersapa sekali jua walaupun pernah berlanggar bahu
di kedai barang di depan rumah itu.
Malah tidak kenal siapa dia siapa kamu. Tetapi antara Mee Lin
dan Mak Itam selalu berborak-borak, dan sudah berkenal mesra.
Ini yang merungsingkan Swee Kee. Bagaimana mau pergi ke
rumah orang yang tidak dikenali dan minta pertolongan yang maha
berat dalam hidupnya. Bebannya sendiri. Timbul flkirannya masa
susahnya mau berbaik segera. Dalam senang, dalam amannya,
berlanggar bahu pun tidak mahu menyapa orang tua yang tidak perlu
baginya itu.
Sekarang orang tua itu diperlukan. Mak Itam sangat
diperlukan. Tidak boleh berlengah-Iengah lagi. Walaupun terpaksa
menebalkan muka, dengan malu yang am at berat, Swee Kee terpaksa
melangkah. Dan dia tidak banyak cakap lagi, lalu berkata kepada
jirannya yang ada di dalam rumah itu. “Tolong tunggu Mee Lin, saya
mau panggil bidan Melayu itu.”
Ah Chong suami isteri tercengang tiba-tiba.
“Mau panggil juga?” tanya Ah Ling.
272
Belum pun sempat berkata lebih panjang lagi. Swee Kee sudah
keluar pintu, dan hilang dalam gelap-gelita itu. Dia melangkah
membelah kegelapan malam pekat. Mau ke rumah bidan Mak Itam.
Sampai di depan rumah itu keadaan sunyi sepi. Swee Kee naik
ke tangga lalu mengetuk pintu berkali-kali. Ketuk lagi. Tetapi manusia
di dalamnya bagai dipicit-picit. Ketuk lagi. Kuat-kuat. Dan dalam
ketuk yang agak kuat itu, tiba-tiba terdengar sepatah suara di dalam.
“Siapa?” garuk bunyinya.
“Saya,” sahut Swee Kee, “jiran.”
Pak Salleh bangun huyung-hayang macam orang mengigau.
Mengesat-ngesat biji matanya. Dia lantas ke dapur mencari parang
panjangnya. Mana tau. Entah-entah manusia yang mengetuk pintu di
malam buta ini mau buat kacau. Mau cari fasal pula.
Pak Salleh menggenggam ulu parangnya kemas-kemas.
Fikirnya kalau silap gaya langkahnya, gaya datangnya, kepala
manusia yang di luar itu akan bercerai dari badan. Dan ditatapnya
mata parang yang tajam berkilat itu.
“Siapa?” tanyanya lagi mau kepastian. Tangan kirinya
menekan daun pintu.
“Saya... saya, jiran Pakcik,” sahut suara di luar.
Hai, bunyinya bukan macam suara orang Melayu, hati Pak
Salleh mula berdebar.
“Cakap betul-betul. Kau siapa?” tanya Pak Salleh Iagi kurang
senang.
273
“Saya... saya, Swee Kee. Suami Mee Lin,” ulang Swee Kee
lagi dan ketika itu juga Mak Itam sudah muncul dekat suaminya.
“Laki Mee Lin?” tanya Mak Itam mahu pasti sungguh-
sungguh.
“Ya!” dan daun pintu pun terkuak.
Sekarang Pak Salleh dan Mak Itam bertentang mata dengan
seorang lelaki Cina yang tak pernah ditegur sapa selama ini. Dengan
tidak bertikir panjang lagi lalu Mak Itam bersuara:
“Apa hal malam-malam ni?”
“Mee Lin, isteri saya mau beranak,” sahut Swee Kee dengan
belas. “Mee Lin suruh panggil Mak Itam. Tolonglah kami. Bidan tidak
ada. Saya punya anak mau keluar.”
Mendengar rayuan itu, Mak Itam tidak berlengah-lengah lagi.
Masuk ke biliknya mengambi perkakas-perkakas keperluan untuk
oran bersalin. Sebentar kemudian ia pun keluar.
“Mari awak hantarkan saya sama,” kata Mak Itam kepada
suaminya yang masih terpegun dengan parang panjang berkilat di
tangannya.
Melihat Mak Itam sudah turun, mau tidak mau, Pak Salleh juga
turut sama. Mau hantarkan ke rumah keluarga Cina itu. Risau juga dia
di tengah-tengah malam begitu, tambahan dalam perintah berkurung
pula.
Sampai saja di ambang pintu rumah Swee Kee kedengaran
suara bayi menangis. Ah, sudah keluar pun budaknya, fikir Mak Itam.
274
Mereka pun meluru masuk dan mendapati Mee Lin sudah selamat
melahirkan bayinya.
Mak Itam Iekas-lekas menguruskan budak itu. Mee Lin
nampak memejamkan mata, sesekali mukanya berkerut-kerut
menahan sakit yang amat sangat. Dia tidak peduli atau mungkin tidak
perasan akan kesebokan manusia-manusia lain di dalam rumahnya.
“Jangan risau apa-apa,” kata Mak Itam kepada Swee Kee yang
nampak cemas.
Sama ada rela atau tidak, mau tidak mau, keadaan sudah
memaksa aku menerima hidup begini, fikir Swee Kee. Ah Chong dan
Ah Ling pun mau tidak mau terpaksa tolong-menolong di dalam
kéadaan genting begitu. Baru malam inilah mereka berkenalan secara
dekat keluarga Melayu itu. Tapi, sayangnya Ah Chong dan Ah Ling
tidak mengerti berbahasa Melayu, membuat mereka membisu saja.
Dan alangkah hairannya Swee Kee bila selesai saja bayi itu
diuruskan dia tidak juga berhenti menangis. Suaranya melansing
hingga hampir subuh.
“Apa kenanya?” tanya ibunya setelah mencelikkan mata.
“Ada sakit agaknya. Esok bawalah ke hospital,” anjur Mak
Itam.
Tetapi hingga hari ini satu perasaan sedih timbul di dada kedua
ibu bapa itu. Bukan sedih kepada Mak Itam. Bukan sedih kepada
sesiapa juga. Malah sedih setelah mereka ketahui bahawa bayi yang
berumur empat hari itu buta sebelah matanya. Buntal semenjak dalam
kandungan ibunya lagi.
275
“Tetapi dia anak kita juga. Dia sudah sihat. Sudah selamat.
Sayangku tidak kurang seperti kekurangan sifatnya itu,” kata Mee Lin
kepada Swee Kee yang baru pulang dari pejabatnya satu petang.
“Aku juga sayang. Tidak putus seperti tidak putusnya darahku
mengalir,” Swee Kee juga turut mengusap-ngusap kepala anak
Ielakinya itu, sambil mengalihkan mata kepada isterinya yang
tersenyum.
“Sayang seperti terima kasih kita yang tidak putus-putus
kepada Mak Itam,” tambah Mee Lin. Dan ketika itu juga biji mata
anak mereka itu pun terbuka luas walaupun sebelah. Seolah-olah
merenung alam yang penuh persoalan ini.
276
26. MENGANTUK DALAM DARJAH
ZAMRI menguap lagi. Kelopak matanya terasa liat, kepala terasa
berat dan badan terasa lesu sekali. Semalam dia ditengking oleh Cikgu
Zul kerana tertidur di meja tulisnya. Pagi ini pun dia ditengking lagi:
“Zamri! Pandang depan!”
Zamri yang berambut kusut terjuntai ke dahi itu mendongak.
Dia cuba melebarkan matanya yang dirasa liat itu. Kedua biji matanya
kelihatan merah berurat-urat. Kedua mata itu terkejip-kejip.
“Dah berapa kali saya kata, jangan tidur, jangan tidur.
Semalam kamu tidur. Hari ini pun kamu tidur juga. Mengapa?”
Sergahan Cikgu Zul itu membingungkannya. Ngantuknya
serta-merta hilang ditelan tengkingan marah Cikgu Zul. Dia toleh kiri
kanan. Kawan-kawan sedarjahnya semua melambakkan mata kc
arahnya. Dia tersipu-sipu kemalu-maluan.
“Bangun!” jerkah lagi Cikgu Zul sambil menjegilkan mata.
Zamri bangkit. Kepala ditundukkan sebentar. Didongakkan
sebentar. Dia mengerti semua kawan-kawan sedarjahnya
membencinya. Dia dipulaukan. Semenjak dia bersekolah dia merasa
terasing benar dari kumpulannya itu. Belum muncul seorang kawan
pun yang mahu bergurau-gurau atau bermain-main dengannya. Dia
benci dengan sekolah.
Cikgu Zul merapati murid itu. Zamri menunggu dengan debar
dada yang menggoncang. Dia sudah pasti: kalau tidak telinganya
dipulas, sudah tentu belakangnya akan disinggahi pembaris panjang
seela di tangan Cikgu Zul itu.
277
“Malam tadi kamu ke mana? Tengok televisyen ya?”
Zamri menggeleng. Rambutnya yang terjuntai di dahinya itu
ikut bergerak dan kelihatan tambah menyelekehkannya.
“Jangan geleng-geleng saja. Saya mau dengar kamu bercakap.
Kamu bukan dalam Darjah Satu lagi. Kamu sekarang dalam Darjah
Tiga, mengerti?” Mata Cikgu Zul menelan seluruh badan Zamri. Dari
rambut hingga ke kaki. Rambut tak bersikat, baju tak berbutang, seluar
comot dan kaki bersememeh dengan lumpur tak bersepatu.
Demikianlah keadaannya bila dia ke sekolah.
"Saya tanya kamu, Zamri. Ke mana kamu malam tadi? Tengok
televisyen?” suara Cikgu Zul melembut.
“Tidak, Cikgu....”
Tunduk kembali.
“Habis apa kamu buat malam tadi? Ke mana kamu tiap-tiap
malam? Tiap-tiap hari mengantuk dalam darjah. Bulan ini sudah
sepuluh hari kamu tak datang. Mengapa?”
Zamri tunduk, tak mau mendongak. Pertanyaan Cikgu Zul itu
terasa menampar-nampar ke hatinya, menyambar-nyambar
perasaannya. Sungguh kejam dirasakannya tuduhan Cikgu Zul itu.
Sekejam malaikalmaut.
“Cakaplah! Kamu tak ada mulut? Saya tanya kamu! Ke mana
kamu malam tadi?”
Zul mendongak, memandang muka Cikgu Zul tepat-tepat.
Tujuannya berbuat begitu kerana mengharapkan simpati dari gurunya
itu. Dia berharap Cikgu Zul akan mengerti dengan perasaannya bila
278
muka kecutnya itu direnungnya. Dia mau Cikgu Zul mengerti. Dia
mau Cikgu Zul mengerti. Itu saja.
“Saya tak mau tengok kamu menangis. Zamri.”
Zamri mengesat air jemih yang bocor di matanya yang
bengkak dengan lengan bajunya. Bibimya sedikit terjebik-jebik
kehibaan. Air jemih datang lagi menggenang di bibir mata.
“Ngapa kamu tak mau bercakap? Tengok, kawan-kawan kamu
semuanya marah. Mereka marah kerana kamu mengganggu
pelajaran.”
Hati Cikgu Zul semakin panas. Dia mau menyinga. Memang
pantangnya berternu murid yang bengap seperti Zamri ini. Mulutnya
terkunci saja bila disoal.
“Baiklah, duduk. Lain kali jangan tidur lagi,” Cikgu Zul
menyabarkan hatinya. Lalu ia pun kembali ke hadapan darjah. Zamri
menungkum kepalanya pada mejanya. Bahunya kelihatan terhenjut-
henjut kecil menahan esakan.
Dia menyesali sikap Cikgu Zul di dalam hati kerana tidak
simpati dengannya. Cikgu Zul tidak bertimbang rasa. Melepaskan
marah saja tanpa siasat lagi. Berontak hatinya. Cikgu Zul tidak mau
selidik dalam lubuk hati kecilnya. Cikgu Zul tidak mengerti akan
penderitaannya selama ini. Tiada siapa mau mengerti akan tangis
hatinya. Tiada siapa. Semua orang mau memencilkannya saja.
Kawan-kawannya memencilkannya. Mereka menyingkirkannya.
Cikgu Zul pula tau marah-marah saja kepadanya.
Cikgu Zul tidak mengerti apa yang telah berlaku kepada kedua
ibu bapanya semenjak akhir-akhir ini. Cikgu Zul juga tidak mengerti
akan perang besar yang sudah meletus di rumahnya. Hampir setiap
279
hari dan setiap malam ayah dan emaknya beramuk. Pertengkaran-
pertengkaran yang berakhir dengan pinggan mangkuk dan tilam bantal
terbang di dalam rumah merupakan kejadian biasa saja bagi Zamri.
Hampir setiap malam tidur Zamri terganggu oleh
pertengkaran-pertengkaran kedua ibu bapanya itu. Dan esok ia akan
ke sekolah dengan mata bengkak merah kerana kurang tidur. Esok ia
akan menguap lagi di bilik darjah. Sungguh kacau-bilau keadaan
rumahtangganya.
Kepulangan Zamri tengah hari itu disambut oleh rumahnya
yang bersuasana sepi. Pintu-pintu dan tingkap-tingkap tertutup rapat.
Lubang tingkap kecil di dapur yang tak berdaun itu pun bertutup juga
dengan sehelai karung guni buruk. Tiada kedengaran suara ibu atau
suara ayahnya di rumah. Sunyi sepi. Hanya di bawah rumah saja ada
suara-suara ibu ayam dan beberapa ekor anaknya menciap-ciap.
Dengan hati tertanya-tanya, perut menggeladak minta diisi, dia
menuju pintu rumahnya yang berkunci dari luar. Kucing Tompoknya
sedang terlintuk di situ menunggu. Ke mana ayah? Ke mana emak?
Dia mau bertanya kepada Tompoknya itu.
Tompoknya mengiau.
Dia menyangkutkan beg bukunya pada kepala tangga.
Kemudian dia turun mengelilingi rumahnya, melangut-langut,
mencari-cari kalau-kalau ada tingkap yang terdedah. Harapannya
hampa. Dan perutnya makin juga rancak berlagu. Lapar sudah
mencengkam perutnya sekarang -malah dari sekolah lagi.
Pagi tadi dia hanya dapat secawan teh bersama biskut kering
saja. Dan sekarang dia masih tidak mengerti mengapa makan
minumnya pula dilupakan oleh ayah dan emaknya. Sungguh terseksa.
280
Zamri hendak menangis. Tapi, siapa yang akan mendengar
tangis kelaparanku? Fikimya. Jiran-jiran tidak ada. Rumahnya
terpencil di tengah sawah. Lalu ia pun melangkah longlai menuju
kerusi malas buruk yang terlunjur di bawah rumah. Ke mana emak?
Ke mana ayah? Pertanyaan-pertanyaan itu juga yang datang bertubi-
tubi ke kepalanya. Dan di situ ia pun terlelap.
Dia tersintak bila bahunya digoncang beberapa kali. Dia
membuka mata. Rupanya ayahnya sedang tercegat berdiri di
depannya, berbaju dan berseluar agak bersih. Matanya terkedip-kedip
memandang kemunculan ayahnya yang kurus tinggi itu.
“Bangun, Zamri, bangun! Ngapa kau tidur di sini?”
Dengan lemah Zamri bangkit dari kerusi malas yang berkaki
guyah dengan rotannya yang sudah terungkai itu. Dia menguap,
menggeliat.
“Mari naik. Ini roti canai untukkau.”
Zamri tidak perlu banyak soal lagi. Dia tidak usah ambil
pusing ke mana ayahnya pergi hari itu. Tak perlu. Dia periu isi
perutnya yang mengiuk-ngiuk itu lekas-lekas. Dia hapuskan dulu
lapar yang mencengkam perut.
“Makanlah. Hari ini mak kau tak bertanak,” kata ayahnya
sambil menuju tingkap kecil yang tak berdaun, lalu duduk di situ.
Tapi Zamri tidak lagi endahkan penerangan itu. Dengan lahap
roti canai itu dilapahnya seperti singa lapar mendapat anak kambing.
Lepas itu barulah dia bertanya:
“Emak mana, ayah?”
281
“Emak kau tak ada.”
Dia berpaling memandang ayahnya yang masih duduk di tepi
tingkap memerhati keluar. Jawaban ayahnya itu sungguh
membingungkannya. Ke manakah emak?
“Emak ke mana ayah?” ulangnya.
“Aku kata emak kau tak ada. Dia tak ada. Faham?”
Kebimbangan bertambah tebal dirasakannya. Dia bingung
memikirkan jawaban ayahnya itu. Emak tak ada? Ah, sungguh
mengoncangkan hati perut Zamri memikirkannya.
Dia mau bertanya lagi. Tapi jawaban ayahnya itu tadi
mengundang marah. Dia tak mau dimarah ayahnya. Siapapun tidak
mau dimarah-marah atau ditengking-tengking oleh sesiapa.
Sekarang ayahnya yang memang pemarah itu sedang marah
juga.
Selesai roti canai sekeping itu dilapahnya, barulah Zamri
merasa lega. Tapi, walaupun sekarang perut sudah berisi, namun di
kepalanya masih bertempur segala persoalan mengenai emaknya. Ke
mana emak? Ke mana emak? Dia sudah tiada? Dia sudah tiada, kata
ayah.... Di mana emak? Mungkinkah emak telah terlibat dalam
kemalangan sewaktu emak dan ayah berada di pekan tadi? Emak
masuk hospital? Atau emak sudah....?”
Zamri mengeluh.
Emakku sudah mati? Kalau sudah mati di mana mayatnya
sekarang? Oh, mungkin agaknya disimpan orang dalam bilik mati. Ya,
282
mungkin sebab itulah barangkali ayah tak mau beritau aku. Dia tak
mau aku bersedih. Zamri mengerutkan kulit dahi.
“Zamri, dengar ini” kata ayahnya dengan suara yang agak
lembut sedikit, tapi tegas. “Sekarang kau pilih. Engkau nak ikut ayah
atau nak ikut emakkau?”
Zamri terganga.
“Cakaplah. Nak ikut siapa? Emak atau ayah? Emak kau tak
tinggal di rumah ini lagi. Dia dah pergi. Dia sekarang tinggal di rumah
Tuk Anjangkau.”
Zamri terpegun.
“Engkau putuskanlah. Nak ikut ayah atau emak. Kalau ikut
ayah, kau bersekolah di sini juga. Kalau ikut emak, kamu bersekolah
di sana. Nanti ayah uruskan dengan Guru Besarkau.”
Setiap patah kata-kata ayahnya itu hanya menambah
bingungnya saja. Bukan mengubatkan hatinya yang sentiasa saja
sangsara itu. Bagi Zamri, di rumah atau di sekolah sama saja. Kedua
tempat ini tidak pemah menyenangkannya. Penuh dengan segala
penyeksaan batin. Tempat air mata selalu mengalir. Di rumah dia
menyaksikan pertengkaran ayah dan ibunya bermerah-merah muka,
bertangisan. Di sekolah dia beriemu pulu dengan seorang guru bengis,
tau marah-marah saja. Dan kawan-kawan yang menyingkirkannya.
Kasihan!
Zamri termenung.
Kenapa mesti ayah dan emak bertengkar? Kenapa mesti ayah
selalu marah-marah dan menuduh-nuduh emak? Kenapa ayah selalu
283
kelihatan rungsing? Kenapa emak selaiu termenung? Kenapa mereka
mesti berkelahi? Kenapa? Hati kecilnya terus tertanya-tanya.
“Mengapa, ayah? Mengapa emak tak tinggal di sini lagi?
Mengapa emak tinggai di rumah Tuk Anjang pulak?” tanya Zamri
melepaskan segala yang mendesak, menerajang di dadanya itu.
Untuk seketika ayahnya terdiam resah. Dia memandang keluar
tingkap tak berdaun. Kemudian kembali matanya memandang Zamri
yang masih duduk bersila dengan kertas pembungkus roti canainya
yang terkembang di depannya. Bibir ayahnya berat untuk menyatakan
sesuatu. Tapi, haruskah dia mendiamkan saja perkara itu? Mestikah
dia membiarkan saja Zamri terawang-awang dengan persoalan
mengapa emaknya pindah?
“Ayah dah ceraikan emakkau,” ujar ayahnya tenang.
“Ayah ceraikan emak?”
“Ya, kami dah bercerai. Tadi ayah dan emakkau pergi
berjumpa Tuan Kadi di bandar.
Zamri terpegun. Mulutnya ternganga beberapa lama. Ayah dan
emak sudah bercerai! Ya Allah! Hati kecilnya mengeluh.
Zamri tunduk merenung lantai yang bertikar buruk itu. Air
matanya sudah menggenang. Perasaannya pedih pilu. Perpisahan
kedua ibu bapanya itu sungguh menghancur-luluhkan harapannya.
Harapan seorang anak yang dahagakan perhatian dan kemanjaan dari
orang tuanya. Harapan seorang anak yang mimpikan keharmonian
rumahtangga.
“Zamri, cakaplah. Kau nak ikut emak atau ayah?”
284
Zamri terpesona. Sekarang dia terpaksa memilih satu di antara
dua. Emak atau ayah? Emak atau ayah? Yang mana satu hendak
dipilih? Kedua-duanya adalah harapannya. Kedua-duanya
dikasihinya.
Malam itu Zamri tak dapat tidur lelap. Fikirannya sentiasa
terganggu. Hendak ke mana dia? Hendak tinggal bersama ayah atau
hendak mengikut emak? Jika tinggal bersama ayah, dia tetap akan
bersekolah di sini juga. Kalau mengikut emak, pertukaran sekolahnya
akan diuruskan esok atau lusa.
“Nanti karang Zam nak ke rumah Tuk Anjang, ya, ayah. Zam
nak jumpa emak,” kata Zamri pagi itu.
“Tak sekolah? ”
“Hari ini kan cuti? Hari Ahad.”
“Baiklah. Ayah beri kau tambang bas.”
“Ayah tak pergi?”
“Tidak.”
Pagi itu Zamri bertolak meninggalkan rumahnya. Dia meniti
batas bendangnya dengan pantas hendak menunggu bas di jalan raya
yang lebih suku batu dari rumahnya. Dia hendak bertemu emaknya
yang sudah tiga hari terpisah dengannya. Dia rindukan emaknya. Dia
kasihkan emaknya. Dia mau bermanja dengan emaknya.
Di dalam bas, fikiran Zamri masih melayang-layang. Dia
memang kasihkan emaknya. Memang sayangkan ayahnya. Tapi,
mengapakah harus dia menerima untung seburuk itu? Mengapakah dia
pula jadi mangsa perceraian yang terkutuk itu? Dan dia merasa ke
285
mana saja dia pergi, hatinya terus diperkejam. Baik di sekolah atau di
rumah juga.
Dia menekan punat loceng dua kali.
Bas MARA biru berbelang putih itu berhenti di persimpangan
jalan masuk ke rumah Tuk Anjangnya. Dia turun bergegas-gegas dari
perut bas itu. Hati terasa lapang dan tenteram. Sebentar lagi akan
bertemu emak.
Emak tentu gembira melihat aku pulang, fikirnya. Segala
kekusutan hilang lenyap dari kepala. Lalu ia pun melintas
menyeberangi jalan raya tanpa toleh kiri kanan lagi. Dia berkejar.
Tapi, tiba-tiba sebuah teksi yang sedang meluncur dengan
derasnya telah menyambar Zamri dengan ganas. Zamri melambung
dan terhempas ke atas jalan raya. Dia tersungkur dengan darah merah
panas menyiraminya.
Dan esoknya, di bilik darjah, tiada lagi cerita Zamri yang selau
menguap-nguap itu. Tiada lagi murid yang berambut terjuntai ke dahi
itu. Namanya tidak lagi disebut-sebut. Dalam buku daftar nama itu
akan dihapuskan. Murid yang selalu ditengking dan dipencil itu sudah
tiada lagi di dalam dunia ini.
286
27. KAKI
KILAT mencalar langit, berdentam bunyi guruh - menggemas.
Sebentar lagi turun pula hujan merintik-rintik, berdetip-detip
bunyinya menimpa atap nipah yang bersisip-sisip, pecah-pecah di
sana sini.
Hujan kian melebat. Butir-butir hujan melurut turun melalul
robekan-robekan atap dan memercik jatuh menimpa lantai bertikar
mengkuang buruk pondok itu.
“Gulunglah tikar tu, Zam. Jangan didedahkan. Nanti tak
beralas kau tidur malam ini,” teriak Embun kepada anaknya Zamri
yang meniarap di sudut ruang, sedang menyingkap-nyingkapkan buku
sekolahnya di bawah kerlipan lemah sebuah pelita minyak tanah.
Segera ia bangun dan pergi menggulung tikar yang hampir
lembab-lembik dipercik tiris hujan. Tikar buruk itu digulungnya
kemas-kemas, disandarkan pada dinding. Hujan makin berkemerabai
jatuh. Titisannya bergantungan di sana sini di dalam pondok itu.
Zamri ke tingkap pula. Memandang keluar. Ke arah senja yang
kian memekat. Kernyitan kilat dan dentuman guruh masih juga
sambung bersambung. Tiupan angin dingin menampar-nampar,
melibas-libas daun tingkap yang terkulai. Api pelita meliuk-liuk,
melintuk-lintuk.
"Tutuplah tingkap tu, Zam. Angin masuk. Adik kamu tidur,"
perintah Embun.
Zamri, anak yang kurus merangka itu menutup pula tingkap
kecil itu. Dia kembali meniarap mengadap buku pelajarannya.
287
Embun membuai anaknya yang sedang membujuk-bujuk
matanya tidur. Sebentar-sebentar ibu itu memerhatikan saja mata
Hasnul yang hendak terpejam, tetapi tercelik semula dikejutkan
segugus dentuman guruh yan menakutkan.
“Hendaknya berhentilah lekas hujan ni, ya mak, ” kata Zamri.
Embun tidak berkata-kata apa-apa lagi. Tangannya terus juga
membuai Hasnul, anak bongsunya itu. Hatinya dicengkam kemas.
Kebimbangan menjalar menusuk jantung mengenangkan suaminya,
Lekan yang sekarang sedang mencari ikan di anak sungai jauh ke
dalam rimba.
Anak sungai di dalam rimba itu berbuaya. Airnya keruh, hitam
berlumpur. Lubuknya dalam-dalam. Daundaun kayu yang gugur
berkaparan, merimbun dan akar-akar yang berselirat mencengkam
tebing sungai itu merupakan tempat buaya bersarang. Dan di dalam
lubuk yang dalam-dalam inilah banyak ikan-ikan bermain, berpusu
pusu. Udang-udang galah bertimbulan dengan misai panjang, timbul
menggeronyot di muka air.
Memang ngeri Embun menggambarkannya. Di situlah selalu
Lekan memasang candik, gerogoh, taut dan menebar jala.
Tangkapannya sering menggembirakan di sini.
Sudah dua minggu Lekan tak ke sungai. Selama itu pula hati
Embun digalas resah dan cemas. Dan selama itu Lekan tidak dapat
berbuat apa-apa. Sebiji bisul timbul memerah di daging punggungnya.
Belum bermata. Sakitnya menjalar merenggut ke seluruh urat saraf.
Lekan tak dapat ke sungai lagi.
Embun juga sentiasa bimbangkan soal hidup mereka berempat
beranak itu. Hidup hanya bergantung pada tangkapan-tangkapan ikan.
288
Penghasilan ikan sungai tak seberapa benar. Kadang-kadang
membawa rezeki pulang. Kadang-kadang menghampakan.
Kilat dan guruh masih juga berlarutan. Cabar-mencabar.
Hujan bertalian juga turunnya. Titik-titik hujan masih bergantungan
di sana sini di dalam pondok buruk itu. Dan tangan Embun terus juga
membuai Hasnul yang sesekali tersintak, terperanjat di dalam buaian.
Di saat cemas begini, timbul pula sesalnya mengajar Hasnul
mengisap puting botol. Sekarang Hasnul perlukan susu tepung setin
seminggu. lni bererti menuntut darahnya dan darah Lekan juga. Bukan
tak pernah bidan kerajaan kampungnya menasihatinya begini:
“Cik Embun, jangan tetekkan budak ini lagi. Aimya dah
kering. Berilah susu tepung pula. Khasiatnya pun besar.”
Dan semenjak itulah si Hasnul jarang-jarang lagi disusui.
Semenjak itulah flkiran Lekan dan Embun berat tertumpu kepada
kesulitan mendapatkan susu tepung Hasnul setin seminggu.
Sekarang susu Hasnul terpaksa dijimatkan. Cuma tinggal
sesuku tin lagi.
“Bila ayah nak belikan buku agama Zam, mak? Ustaz di
sekolah selalu marah-marah. Kawan-kawan Zam semuanya dah beli,”
kata Zamri lagi cuba hendak berbual dengan ibunya yang sedari tadi
flkirannya bulat kepada persoalan hidup.
“Tunggulah ayahkau balik esok. Emak boleh cakapkan,”
Embun berjanji.
“Ustaz kata ayah tak ambil berat pelajaran Zam. Cikgu-cikgu
lain pun kata begitu.” “Cikgu-cikgu kamu tak tahukah kesusahan kita.
289
Tapi bagus mereka berkata begitu. Tanda ambil berat. Mereka mau
kamu pandai. Tidak semacam mak ini.”
Membelanjai Zamri ke sekolah dan mendapatkan segala
keperluan sekolahnya satu lagi persoalan yang meminta perhatian
mereka berdua. Habis tahun berganti tahun. Tapi penimbulan tahun
baru yang tak diminta-minta itu cuma membimbangkan hati Embun
dan Lekan saja. Buku-buku sekolah mahu dibeli. Pakaian, kasut. buku
dan pensil mesti diganti juga.
Semenjak ponggong Lekan ditumbuhi bisul sebesar buku lali
itu, sumber kewangan mereka terputus langsung, Setiap hari, setiap
waktu, kebimbangan suami isteri itu bulat kepada segala persoalan
hidup mereka anak-beranak saja.
Sekarang beras tinggal beberapa pot sigeret lagi. Susu tepung
Hasnul sesuku tin lagi. Manalah tak mabuk Embun memikirkannya.
Manalah tak rusuh hatinya.
Hujan masih belum reda. Butir-butir hujan masih
berkemerabai jatuh menimpa atap daun nipah yang pecah-pecah itu.
Kilat menggenyit dan guruh menggema lagi. Menggegarkan jantung
Embun dan Zamri.
“Ngapa ayah ke sungai juga petang ini, mak? Kan dari tadi lagi
langit hitam?” kata Zamri melangut memandang ibunya lagi.
Mukanya kelihatan redup ditebari cahaya suram api pelita minyak
tanah di depannya itu.
“Ayahkau terpaksa pergi. Dia nak cari belanja kita. Dah lama
dia tak ke sungai.”
Zamri, murid darjah dua itu tidak berkata apa-apa lagi.
290
Tangan Embun terhenti menghayun buaian. Lekan, suaminya
mendapat tempat semula di pentas benaknya. Dia rasa menyesal pula
menyuruh suaminya itu ke sungai petang tadi. Sungguhpun dia
menyuruh Lekan ke sungai kerana desakan hati kecilnya juga, tapi dia
merasa seolah-olah ada sesuatu yang tak kena pula. Dia menyesal
mengeluarkan kata-kata kesat kepada suaminya itu petang tadi.
Lekan tentu marah padanya. Dia dicabar demikian rupa. Itulah
sebabnya dia bertindak merengkuh dayungnya terus ke sungai.
Membata hatinya. Dia mahu mencabar
langit hitam berkarat dan kata-kata tajam isterinya. Dia mahu buktikan
kesanggupannya sebagai seorang suami yang bertanggungiawab.
Sang suami itu berazam sungguh-sungguh. Geram benar dia
mendengar kata-kata Embun yang menidak-nidakkan saja titik
peluhnya selama ini. Esok dia mahu mengandar pulang dua tiga ekor
tapah atau toman sebesar tubuh badan Zamri, anaknya. Dia mahu
tunjukkan segala kesanggupannya itu kepada Embun.
Sampai pagi Embun tidak dapat tidur dengan sempurna.
Fikirannya gelisah saja. Hasnul pula sebentar-sebentar menangis,
merengek-rengek seolah-olah tidurnya diganggu-gugat. Tidur Zamri
juga dikocah setan. Sebentar-sebentar dia mengigau-ngigau. Resah
gelisah. Seolah-olah tidur mereka bertiga beranak itu tidak diterima
malam.
Paginya - seperti pagi-pagi biasa - Zamri duduk di muka pintu
menunggu kepulangan ayahnya. Biasanya sebelum ia ke sekolah
ayahnya akan menghulurkan belanja kepadanya. Wang itu dari hasil
tangkapan malamnya yang telah ditolak kepada peraih ikan yang
menunggunya subuh-subuh buta lagi di muara kampung.
Tapi, pagi itu Lekan tak kunjung pulang.
291
“Emak, mengapa ayah belum juga pulang-pulang? Zam nak ke
sekolah,” teriak Zamri di muka pintu.
“Pergilah kau sekolah dulu. Kau dah terlambat. Batangkali
ayahkau dapat banyak ikan,” pujuk Embun.
“Duit belanja?”
“Pergilah dulu. Nanti ayahkau pergi sekolah hantarkan duit
belanja,” Embun hendak menyedapkan hatinya.
“Jangan lupa suruh ayah belikan buku agama Zam, ya mak.”
“Baiklah, Zam.”
“Jangan lupa, ya, mak. Ustaz tempoh esok saja lagi.
Kalau tak ada juga. Zam kena bangun atas bangku pegang
telinga sampai habis pelajaran Agama.”
“Baiklah.”
Sebaik Zamri menuruni tangga beranak tiga itu. Muncul pula
Pak Dolah dari balik rumpun rumbia yang memagari laman pondok
kecil itu. Pak Dolah melangkah panjang-panjang mendapatkan Embun
di pintu. Mukanya tegang, cemas.
“Embun, Embun....”
“Ngapa, Pak Dolah? Ngapa ni?”
“Pagi ini Embi, anak aku ke sungai menengok gerogohnya...”
“Apa halnya, Pak Dolah? Pak Dolah pucat!”
292
“Embi jumpa si Lekan...”
“Jumpa abang Lekan? Ah, mengapa dia?” sambil cemas-
cemas menuruni tangga.
“Er, Lekan dikokak buaya.”
“Hah? Apa Pak Dolah?”
“Si Lekan dikokak buaya. Embi bersua di tepi sungai.”
“Ayah si Zam dikokak buaya? Ya Allah!”
Badan Embun tiba-tiba jadi lemah. Segala sendi-sendinya
terasa longgar. Ia hampir roboh ke bumi. Tapi lekas-lekas diterkam
Pak Dolah. Lalu Embun pun dipapahnya naik ke dalam pondok. Tiba
di dalam, Embun terjelepok. Dia tersandar pada dinding pelupuh.
Kedua tangannya terkulai lemah. Jari-jarinya terkapar di atas tikar
buruk robek-robek itu.
Zamri melompat naik ke pondoknya. Dia merengek
kecemasan.
“Ya Allah! Ayah si Zam dikokak buaya!” keluh Embun
meluncur lemah dari bibirnya yang pucat lesi itu. “Banyak-banyakkan
sabar, Embun. Sudah takdimya begitu,” pujuk Pak Dolah dengan
suaranya rendah bergetar. Tiba-tiba Embun menjerit bagai dirasuk
hantu.
“Mana dia? Mana ayah si Zam? Mana suami aku? Mana abang
Lekan?” jeritannya itu menakutkan.
“Bersabar, Embun. Bersabar sajalah. Itulah yang sebaik-
baiknya.”
293
Embun menangis dan meratap-ratap. Air matanya terurai lagi
membasahi pipinya yang kerin gemersik itu.
Embun menghuraikan pula sanggulnya yang kecil sekecil
senduk tempurungnya di dapur. Rambutnya itu dibiarkannya
mengerbang panjang. Keadaannya makin kacau dan mengharukan.
Ratap tangisnya menjadi-jadi. Segala isi alam ini dihitungnya. Segala
kebaikan Lekan dinyanyikannya dengan ratap tangis yang
mengharukan. Kisah hidupnya bersama Lekan selama sepuluh tahun
itu pun dilagukannya juga.
“Sabarlah, Embun. Sabarlah. Dia ada harapan. Doakan sajalah
dia,” Pak Dolah mengurut-ngurut belakang Embun.
“Hah? Abang Lekan ada harapan?”
“Ya, Embun. Lekan ada harapan hidup. Itulah kata saya
bersabar. Jangan lekas nak meratap tangis saja.”
“Jadi abang Lekan tak mati?”
“Siapa kata? Dia cuma pengsan. Nafasnya masih turun naik
sewaktu Embi berjumpanya tadi. Dan Lekan berjaya pula
mengoyakkan perut buaya itu dengan belatinya.”
“Dia pengsan? Ya Allah. Di mana abang Lekan sekarang, Pak
Dolah?”
“Embi sudah membawanya ke hospital. Dia jumpa Lekan
terbaring berlumur darah di tepi tebing.”
“Pak Dolah,” rayu Embun pula. “Bawalah aku berjumpa abang
Lekan. Bawalah kami ni.”
294
“Nanti dulu. Kita tunggu Embi pulang. Kita tunggu berita
darinya.”
“Pak Dolah! Aku nak berjumpa abang Lekan. Bawa aku
sekarang juga.”
Embun meratap-ratap lagi.
Hasnul yang di dalam buaian tersentak. Barangkali terganggu
oleh keriuhan dan keributan itu. Zamri pergi membuai adiknya itu.
Embun menggila semula. Dia tak sabar menunggu Embi yang
akan membawa berita suaminya. Di muka pintu dia berdiri dengan
rambut panjangnya menghurai, melampai ke bahu, kelihatan macam
hantu kubur. Hasnul merengek di dalam buaian. Bergegas dia pergi
mendapatkannya. Diangkatnya lalu dipangkunya budak itu.
Disambarnya tangan Zamri dan dihelanya hendak turun.
“Hendak ke mana awak ni, Embun? Hendak ke mana?” tanya
Pak Dolah.
“Aku dah tak sabar, Pak Dolah. Aku hendak pergi tengok
abang Lekan. Aku hendak ke hospital.”
Sewaktu Embun dan anak-anaknya itu berseretan hendak
turun tangga, tiba-tiba Zamri berteriak:
“Emak! Itu Pakcik Embi datang!”
“Embi!”
Embun bersama Hasnul yang dipangkunya tercegat, terpegun.
Embi yang kelihatan tenang saja datangnya itu sungguh mendebarkan
jantungnya. Dia berjalan menundukkan kepala. Cemas Embun
295
bertambah-tambah. Embun mentafsirkan kedatangan Embi itu
membawa berita buruk.
Mata Pak Dolah, mata Embun dan mata Zamri menerkam
Embi. Embi membawa bersamanya satu bungkusan hampir seela
panjangnya. Bungkusan itu kemas berbalut kain buruk dan diikat pula
baik-baik dengan tali rafia biru.
“Kak Embun...” Embi mendekati Embun yang sedang cemas
itu.“Jangan Kak Embun terperanjat pulak. Saya harap Kak Embun
bertenang dan bersabar. Tuhan bersama yang penyabar.”
Embun dengan nafas tersesak-sesak menunggu.
“Abang Lekan sekarang dah sedar. Dia dalam Wad 10.”
“Abang Lekan hidup?”
“Ya, dia hidup. Dia berpesan supaya Kak Embun bersabar.”
”Syukurlah,” Embun menghembuskan sepotong nafas lega.
Barulah reda sedikit dadanya menarik nafas.
“Ini apa? Bungkusan apa yang kaubawak ni, Embi?”
Mata Pak Dolah, mata Embun dan mata Zamri menerkam pula
ke benda yang berbungkus di pangkuan Embi itu. Embi merenungnya
dengan sayu.
“Ini kaki... kaki abang Lekan. Kaki kanannya terpaksa
dipotong. Kata doktor tak ada jalan lain lagi.
“Kaki?”
296
“Ya, ini kaki abang Lekan. Saya bawa pulang.”
“Ya Allah!” Embun hampir pula tersungkur. Dia menekup
mukanya sambil meraung macam gajah jantan bertempik.
“Ayah!” pekik Zamri.
Pak Dolah melangkah tenang ke depan dan menyambut
bungkusan panjang itu dari tangan Embi.
“Mari kita kebumikan kaki ini,” katanya
297
28. TANAH HITAM
“HARAM, bang!! Haram!!!! Kerja itu memang haram!”
Pinah mengacung-acung telunjuk runcingnya kepada Kamat
yang duduk tersandar di dinding. Muka Pinah tegang, merah macam
kulit pinang masak. Dia tercegat di situ dengan tangan kirinya
bertupang di pinggang. Peluhnya merenik di kening dan di leher.
“Abang pulangkan balik senapang tu kepada tuannya.
Pulangkan balik.”
Kamat memandang Wenchister laras dua yang terbaring di
lantai dan selingkar peluru yang sedia menanti tergantung pada paku
dinding. Lalu dia menarik nafas panjang dan hembusannya dapat
didengamya sendiri.
“Apa yang hendak kita buat lagi, Pinah? Keadaan dah
mendesak. Dah tiga tahun kita bertekun di sini. Kalau disukat dah
berkolah-kolah peluh kita tercurah. Kita telah tukarkan rimba raya
kepada tanah lapang terang. Dah tiga tahun kita berbudi pada tanah
ini. Tapi, mana balasannya? Mana hasilnya? Kaunampak Pinah?”
“Pinah tau, bang,” isterinya itu menurunkan suara. “Pinah tau
abang dah bertungkus-lumus tiga tahun...." “Tau pun engkau.”
“Tapi, bang, rentikanlah perbuatan itu. Perbuatan itu memang
haram. Abang taukan? Malu kita dikata orang. Sungguhpun kita
tinggal terpencil, tapi orang tahu hal kita."
“Apa dimalukan, Pinah. Mereka tu memang suka mengata.
Tapi tak mau menolong. Bukan mereka tak nampak susah payah kita
selama ini.”
298
“Pinah tak mau subahat dengan abang. Kalau abang lakukan
juga. Berdosa. Abang bukan tak tau hukumnya. Bukan tak ada jalan
lain yang halal mencari rezeki.”
“Jalan bagaimana lagi, Pinah? Kan dah tiga tahun kita
berhempas-pulas dengan jalan halal? Apa ertinya? Tengok: Tanam
padi, padi ranap. Tanam jagung, jagung lingkup. Tanam ubi, ubi lesap.
Pisang, keladi, keledek, terung semuanya hilang dimakan binatang-
binatang haram jadah tu. Kalau tinggi beruk meraja. Kalau rendah
babi-babi sial tu pulak menghentamnya. Apa lagi yang tinggal untuk
kita? Mana padi, mana ubi, mana jagung, keladi, keledek dan mana
hasil dari bumi yang kita kerjakan selama ini?”
“Yang jelas hutang kita juga, yang menimbun pada Pak Aji
Jamlus tu. Pinah, kaukiralah belanja makan kita untuk tiga tahun.
Beratus-ratus sudah. Dengan apa nak kita bayar hutang kita tu, Pinah?
Aku sendiri dah tak bermuka nak jumpa Pak Aji Jamlus tu. Dah habis
janji-janji yang hendak kuberikan kepadanya.”
“Masakan tak terbayar hutang-hutang kita tu, bang. Lambat-
laun mesti dapat juga. Lagipun Pak Aji Jamlus tu baik orangnya.
Bertimbang rasa. Tau kesusahan kita. Belum pernah dia menagih
hutangnya. Kita sajalah yang harus bersabar.”
“Bersabar lagi katakau? Eh, Pinah. Kaupatut tau. Enam bulan
lagi kau akan bersalin. Kita sudah sepatutnya bersedia-sedia dari
sekarang. Kita perlu duit!”
Pinah menurunkan tangan dari pinggang. Mukanya Yang bak
harimau marah tadi entah bagaimana tiba-tiba menjadi muram. Dia
kelihatan bertukar lesu. Lemah anggota-anggotanya. Sifat
keperempuanannya kembali mengambil tempat. Dia mengeluh dan
memandang keluar pintu yang terdedah.
299