The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2020-12-02 18:36:06

EMAK DAN NYONYA

FIKSYEN B. MELAYU

Deraman tunduk tak bersuara. Dia memandang saja pada
bilah-bilah buluh yang sudah licin beraut tersusun rapi di sisi ribaan
abangnya itu.

“Engkau tengok bilah-bilah buluh yang kuraut ini. Sangat
cantik, licin dan lembut. Aku akan buat sebuah raga yang cantik
darinya. Raga itu akan dimiliki orang. Orang akan suka padanya.
Sukakah kau tengok kalau raga itu dipijak-pijak orang?”

Deraman tercengang. Abangnya itu sungguhpun tak pernah
sekolah, tapi kata-katanya itu seakan-akan yang pernah didengarnya
dari mulut cikgunya sendiri di sekolah. Dia mengerti kiasan abangnya
itu.

“Engkau suka harta kesayangan kau dilanyak-lanyak orang.”
Deraman menggeleng.

“Kalau engkati tak suka, serupalah macam engkau tak suka
kubur emak kita dibongkar dan dibinasakan.”

“Abang, kubur emak bukan dibinasakan. Cuma dipindahkan.
Di bawah kubur emak banyak bijih. Kita akan dapat banyak duit.”

Pada fikiran Maderus orang-orang kampung semuanya sudah
gila wang. Ayahnya juga sudah gila wang. Tok Sidang Karim juga
sudah gila wang. Sanggup mereka membiarkan hak kesayangan
sendiri dicemar dan diperkosa asalkan dapat wang. Sanggup
membiarkan kubur sanak-saudara sendiri dimakan lombong. Memang
mereka semua gila dan bodoh.

Tapi Maderus tetap mahu membantah tindakan orang-orang
kampung. Memindahkan kuburan ibunya itu bererti memutuskan
pertaliannya dengan ibu. Kalau kuburan itu ditempatkan di atas bukit,
di hujung kampung, tentu akan menyukarkannya pergi ke situ.

200

Akhirnya Maderus dapat juga membeli dua batang nisan
berukir nama ibunya. Dari kedai batu-batu nisan itu terus saja
dipikulnya menuju tanah wakaf. Batu-batu itu lantas dicacakkannya
di atas pusara ibunya. Tersenyum ia memerhatinya. Dia melihat satu-
satunya dari hasil cita-citanya sudah bangun di depannya. Titik
peluhnya sudah membuahkan kejayaan yang tak pemah diduga.

Tapi senyuman Maderus kehilangan bentuk bila didengarnya
suara-suara orang dari arah belakang. la menoleh. Itu rombongan
taukeh-taukeh lombong dan Tok Sidang Karim sudah datang. Sudah
tentu mereka datang hendak mengerjakan tanah wakaf ini, fikir
Maderus. Ya, mereka gila wang!

Maderus memeluk batu nisan ibunya kuat-kuat bila
rombongan itu hampir tiba kepadanya. Dengan muka yang bengis dan
mata merah Madems merenung orang-orang itu. Dia amat benci
memandang Tok Sidang Karim dan taukeh-taukeh lombong itu.

“Pergi! Pergi dari sini! Pergi!!!” jerit Maderus dengan kedua
belah tangannya memeluk erat batu nisan dan sebelah kaki
tumpangnya itu terangkat.

Rombongan itu terhenti. Seorang taukeh memandang muka
Tok Sidang Karim. Tok Sidang Karim memandang kembali muka
taukeh itu dengan memutar-mutar telunjuknya dekat kepalanya.
Tokeh itu tersenyum mengerti. Lalu mereka pun berlalu dari situ
melawat ke bahagian lain tanah wakaf perkuburan orang-orang dalam
itu. Tiada siapa pun di antara mereka yang mahu menoleh Maderus
yang masih terjelepuk memeluk erat nisan ibunya.

201

19. REMAJA

AKU telah remaja!

Aku berdiri lurus-lurus di depan cermin besar. Kuperhatikan
sekujur tubuhku lama-lama. Sudah agak tinggi lampai. Hampir
separas dengan batang tubuh ayah. Aku merenung wajahku. Beberapa
biji jerawat kelihatan menjenguk di pipi dan di kening. Ah, ini tanda
sudah remaja. Tanda orang akan dewasa. Sudah kutinggalkan alam
kanak-kanak yang penuh dengan kebodohan itu.

Aku sekarang sudah remaja!

Aku mengorak senyum. Daging pipi terkuak. Gigi berlapis-
lapis terserlah. Gigi taring sebelah kiri nampak agak panjang,
tersembul. Tetapi, tidak mengapa. Ini akan menjadi pemanis
senyumku.

Benarkah aku sudah remaja?

Aku mematikan senyum. Air muka kutenangkan. Wajahku
kembali seperti tadi. Aku mengangkat jari dan meraba parut kecil
yang menyerong di bawah dagu. Ah, ini kerana kenakalanku semasa
kecil-kecil dahulu. Kenapa aku teljun ke dalam sungai itu? Kalau aku
tidak terjun, tentu daguku tidak tersangkut pada ranting buluh.
Sekarang parut ini mencacatkan sedikit rupa parasku. Tetapi tidak
mengapalah. Banyak orang yang lebih cacat, lebih hodoh dalam dunia
ini.

Aku telah remaja. Jadi orang bujang. Tetapi fesyen rambutku
tidaklah semacam ini juga. Ini fesyen rambut murid darjah 2. Aku
bukan murid sekolah rendah lagi. Aku sekarang menjadi penuntut
sekolah menengah. Tidak berapa tahun lagi aku akan berhenti sekolah.
Aku akan bekerja menyara diri sendiri. Kemudian aku akan …, ah …!

202

Tetapi fesyen rambut ini sudah ketinggalan zaman. Sekarang
anak-anak muda tidak pakai fesyen rambut macam ini lagi. Lihat
penyanyi-penyanyi pop, lihat bintang-bintang filem, malah ahli-ahli
sukan pun sudah berambut gondrong. Aku mesti ikut peredaran
zaman. jika tidak nanti aku akan dikatakan kolot, tidak mengikut
perkembangan moden pula.

Tetapi bagaimana aku mahu berambut gondrong? Bagaimana
aku dapat buat fesyen rambut macam penyanyi-penyanyi pop dan
bintang-bintang filem itu? Peraturan sekolah melarang keras aku
berambut macam itu.

Sekolah itu satu hal. Ikut sangat arahan Kementerian
Pelajaran. Penuntut-penuntut yang berambut panjang menjadi sasaran
Cikgu Nathan. Cikgu Nathan merobek-robek rambut panjang mereka
sesuka hati sahaja, macam tikus merobek kain. Disiplin konon! Tetapi
yang anehnya, guru-guru di sekolah itu boleh pula memanjangkan
rambut. Mereka tidak pula menerima apa-apa teguran.

Ya, aku sudah remaja. Lihat dalam cermin ini. Dadaku sudah
bidang. Otot-otot lengan dan pahaku sudah keras dan pejal. Urat-urat
lengan dan leher juga sudah timbul. Dan pipiku tidak setembam
dahulu lagi. Kini sudah ditumbuhi jerawat remaja pula.

Keinginanku juga terasa bukan macam budak-budak hingusan
lagi. Aku telah bermimpi dengan Hamimah. Bermimpi dengan
Norsyimah. Ah, seronok dan manisnya. Barangkali tentu Hamimah
bermimpi dengan aku pula. Tentu Norsyimah juga bermimpi dengan
aku. Ah, tentulah aku sudah remaja. Sedang meningkat dewasa. Malah
aku boleh tunjukkan kemampuanku sebagai seorang anak lelaki muda
remaja.

203

Tetapi, betulkah Hamimah juga mengingati aku? Betulkah
Norsyimah juga mengenangku? Di antara kedua gadis itu sama sahaja
menariknya. Hamimah mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri.
Norsyimah juga ada kelebihannya yang tidak ada pada Hamimah.
Tetapi kedua-duanya itu mempunyai kelebihan sendiri-sendiri yang
sukar diukur.

Di sekolah, kedua-dua gadis itu menjadi tumpuan. Hamdan,
Mad Nor, Ghani dan Rais selalu mengusik-usik mereka. Mereka
nampaknya tertarik juga pada Hamimah dan Norsyimah. Malah
Hamdan pernah mengatakan dia akan pilih gadis semacam Hamimah
atau Norsyimah untuk dijadikan isteri.

Tetapi aku takut hendak mengusik Hamimah dan Norsyimah.
Aku takut akan ditempelak di depan kawan-kawan. Malu! Walau
bagaimanapun aku sangat tertarik pada mereka berdua. Sekali dua ada
juga mereka mengumumkan senyum padaku. Ah, berdebar hati.

Soalnya, adakah mereka suka padaku? Adakah mereka tertarik
pada diriku yang sedikit hitam ini? Adakah parut di dagu dan taringku
ini memburukkan? Atau adakah suaraku yang garuk ini mencacatkan?
Aku lemas juga memikirkannya.

"Dolmat!"

Aku nampak Hamimah menggamitku. Hamimah bersama
kawannya Norsyimah sedang duduk di sudut kantin sekolah. Mereka
sedang mengunyah kacang putih, berdetup-detap bunyinya.

"Apa hal?"

"Boleh tolong kami tak?"

"Tolong apa?"

204

“Ala! cakaplah. Boleh tolong tak?"

"Boleh."

"Hah, macam itulah member!" ujar Hamimah.

Mereka berdua berdekah sebentar. Kemudian Norsyimah
mengeluarkan sekeping sampul surat dari kocek bajunya. Hamimah
juga mengeluarkan sekeping sampul surat dari kocek bajunya pula.

Dengan temenyum dan terlentok-lentok kepalanya Hamimah
pun berkata, perlahan dan tenang.

"Kau baik dengan Hamdan dan Ghani, kan?"
“Ya, kenapa?"

"Kau boleh tolong kami kan?"
“Ya.”
“Tolong berikan kedua-dua surat ini, ya! Yang satu untuk
Hamdan. Dan yang satu lagi untuk Ghani."

Norsyimah mengunjukkan sampul suratnya kepada Hamimah.
Hamimah menghulurkan kedua-dua sampul surat itu kepadaku.

Tanganku lambat sahaja mengambil kedua sampul surat itu.
Hatiku separuh enggan. Nama pada sampul surat itu kubaca. Memang
betul. Satu ditujukan kepada Hamdan, yang satu lagi ditujukan kepada
Ghani.

205

"Kenapa tak berikan sendiri?" tanyaku dengan suara terangkat
sedikit.

“Ah, malulah,” Norsyimah melentokkan kepala dan dadanya.

“Apa dimalukan. Kan mereka tu sekelas dengan kita."

"Itulah yang lebih memalukan."

"Kalau Cikgu tau?”

“Ah, pandai-pandailah sikit. Cikgu pun tak mau ambil kisah.”

“Okeylah, aku boleh sampaikan. Tapi kalau kena tangkap, aku
tak mau dibabitkan."

“Eh, jangan takutlah, Dolmat. Kami percaya pada kau. Kau tak
percaya kami?"

"Baiklah, baiklah."

Aku melipat dan memasukkan kedua sampul surat itu ke
dalam kocek seluar. Aku beredar dari situ. Hatiku cukup mengkal.

Apakah yang kurang pada diriku? Bukankah aku juga seperti
mereka? Bukankah aku juga sudah remaja?

Lebih baik surat ini jangan diberikan kepada Hamdan dan
Ghani. Jangan diberi mereka berutus-utus surat. Kalau dibiarkan tentu
nanti akan melarat. Hamimah akan berutus-utus surat dengan
Hamdan. Norsyimah akan berutus-utus surat dengan Ghani. Dan aku,
bagaimana?

206

Bodohlah aku jika menjadi talibarut. Orang berutusutus surat
dan berseronok-seronok, tetapi aku jadi posmen-posmen yang
malang. Hal ini memang tidak boleh dibiarkan.

Waktu pulang dari sekolah, aku masih mengingati kedua-dua
pucuk surat yang masih tersimpan di dalam kocek seluar. Apakah isi
surat-surat itu? Ya, aku tidak akan melepaskan peluang. Aku mesti
buka surat-surat itu. Aku mesti baca isinya. Tentu surat-surat itu
mengandungi perasaan hati. Tentu Hamimah menyatakan hasratnya
melalui suratnya. Norsyimah juga tentu menyatakan hasratnya kepada
Ghani. Ah, ini tidak boleh jadi. Aku ini tunggul?

Kedua pucuk surat itu kusimpan baik-baik di dalam kocek.
jangan sampai dilihat oleh kawan-kawan yang lain. Kalau mereka
tahu, mereka akan berebut-rebut hendak membacanya.

"Dolmat!"

"Oh, kau, Hamdan,” aku berhenti setelah menoleh.

"Kenapa tergesa-gesa sangat? Hai, tak tunggu kawan

“Aku…, aku nak cepat balik."

“Eh, tak guna tergesa-gesa. Kan hari ini bas kita lambat
datang."

Aku melangkah dengan perlahan. Hamdan dan Ghani
melangkah panjang-panjang. Sebentar kemudian mereka sudah
beriringan denganku. Aku menundukkan kepala. Aku teringatkan
kedua-dua pucuk surat yang tersimpan baik di dalam kocek.

"Aku tengok kau muram saja, kenapa?" tanya Ghani. Dia
meletakkan tangan kirinya ke atas bahuku.

207

Sejurus aku membisu sahaja. Aku tidak _tahu bagaimana
hendak membalas teguran kedua kawanku itu.

"Kenapa diam saja, Dolmat?"

“Tak ada apa-apa.”

“Habis kenapa diam? Muka nampak muram. Ada
masalahkah?”

“Ah, tidaklah.”

Aku menundukkan kepala lagi. Aku bimbang kedua kawanku
ini tahu akan rahsia hatiku. Biarlah rahsia ini aku sendiri yang
menyimpannya di lubuk hati. Biarlah aku sendiri yang menelan pahit
maung dan menanggung dukalaranya.

Di dalam bas pun aku tidak bercakap. Aku malas berbual
dengan Azli yang duduk di sebelahku. Aku lebih suka berkhayal
melayan angan-angan. Khayalanku terus berlalu dari detik ke detik
seperti perjalanan bas itu. Pandangan kulontarkan keluar melalui
tingkap bas. Tetapi aku sendiri tidak sedar apakah benda-benda yang
kulihat.

Apakah aku ini tidak disukai Hamimah? Apakah Norsyimah
juga memandang jijik padaku? Aku selalu mimpikan Hamimah. Aku
juga selalu mimpikan Norsyimah. Dalam mimpi itu Hamimah cukup
mesra denganku. Demikian juga Norsyimah. Kalau boleh biarlah tiap-
tiap malam aku bermimpi dengan Hamimah atau Norsyimah.

Suatu malam aku bermimpi cukup enak dengan Hamimah. Dia
mengajakku bersiar-siar di tepi pantai. Air laut yang biru itu
memukul-mukul ke pantai, menampar-nampar hujung kaki kami.

208

Angin pula bertiup menguakkan rambut Hamimah yang berpotong
pendek.

Bola matahari yang merah kelihatan semakin tenggelam di
ufuk barat. Hari beransur-ansur gelap. Tetapi Hamimah tidak mahu
bercakap denganku lagi. Lidah ombak terus mengusap-usap hujung
kakiku. Aku terbangun. Rupanya kucingku, Tompok, sedang
menjilat-jilat dengan lahapnya ibu jari kakiku. Dan aku pun bangun
membalun bantal - kesal.

Sampai di rumah, aku buru-buru memanjat anak tangga. Aku
melintasi ibu yang sedang melipat kain.

"Hai, Dolmat, kenapa lambat hari ini?"

“Bas lambat, mak.”

"Kenapa pula?"

"Entahlah. Bila tiap-tiap hari Rabu, beginilah."

Emakku terdiam. Dia terus melipat kain yang kering dijemur
hari itu. Tetapi matanya sempat juga mengerling aku. Sebenarnya dia
agak hairan juga melihat aku tergesa-gesa. Tidak pernah pula aku
berkelakuan begitu, fikirnya.

Tiba di dalam bilik, aku terus mengunci pintu. Memang sejak
di dalam bas lagi aku berfikir bahawa itulah yang harus dilakukan
terlebih dahulu. Kalau pintu bilik ternganga, macam-macam boleh
berlaku. Mungkin emakku datang menjenguk. Mungkin adikku,
Rosnah datang bertanya sesuatu. Mungkin juga ayahku pulang dan
terus menerpa ke dalam bilik. Ah, seribu kemungkinan boleh berlaku.
Dari itu, lebih selamat jika pintu itu ditutup dan dikunci dari dalam.
Dapatlah aku ketenangan membaca kandungan surat surat itu.

209

Dengan tangan menggigil satu daripada sampul surat itu pun
diluruskan. Aku menyiatnya dengan hati-hati sekali. Kemudian
menarik keluar isinya. Lembaran biru itu pun ditatap. Debar hatiku
kian kencang.

"Saudara Hamdan yang budiman," aku mula membaca surat
pertama. "Mimah sangat terhutang budi pada saudara. Saudara
tentulah tau bahawa Mimahlah yang pecahkan cermin tingkap kelas
kita kan? Mimah bukan main takut lagi. Kalau Cikgu tau tentu Mimah
kena marah di depan ramai. Tentu nama Mimah disebut-sebut dalam
perhimpunan. Alangkah malunya.

"Sebenarnya Mimah bukan sengaja pecahkan cermin tingkap
itu. Rupanya ada orang yang kasihan pada Mimah. Saudaralah yang
melindungi Mimah dari malu. Saudara mengaku memecahkan cermin
tingkap itu. Saudara sanggup membayarnya. Nah, beserta surat ini
Mimah sampaikan wang tiga ringgit sebagai gantinya. Terimalah
wang ini. Budi baik saudara itu tak dapat Mimah lupakan sampai bila-
bila - ikhlas dari Hamimah Yusuf."

Selesai surat itu dibaca, aku termenung. Aku melipat semula
lembaran itu. Kumasukkan kembali ke dalam sampul bersama
wangnya sekali.

Bagaimana ini? Nampaknya hubungan ini tidak boleh
dibiarkan berpanjangan. Hamimah sudah me. muji Hamdan. Hamdan
sudah dipuja dan disanjungnya… Alangkah kembangnya hati
Hamdan mendapat pujian dari Hamimah. Bagaimana akhirnya nanti?
Dan aku bagaimana?

Aku mengeluarkan sampul surat yang satu lagi. Aku
menyiatnya dengan tangan yang masih menggigil. Surat itu pendek
sahaja isinya, tetapi cukup menggugupkan jantungku.

210

"Saudara Ghani," aku membacanya. "Persatuan Ilmu Alam
dan Sejarah akan mengadakan lawatan ke ibu kota minggu depan.
Saudara pergikah? Kalau saudara pergi, beritaulah segera. Syimah
ingin pergi kalau kaudara turut bersama dalam rombongan itu. Beritau
cepat, tau? Yang menunggu: Norsyimah."

Oh, alangkah menyakitkan isi kedua-dua pucuk surat ini.
Nampaknya Hamimah dan Norsyimah sudah lepas ke tangan orang!
Hamdan dari Ghani sudah dapat memenangi hati mereka. Sudah
berapa lama berlakunya perhubungan ini? Hamimah! Norsyimah!
Aku bertepuk tangan sebelah? Aku bodohkah? Betapalah tersiatnya
hatiku sekarang.

Aku mengetap bibir - geram. Mukaku merah menyala. Aku
meramas kedua keping sampul surat itu. Aku memandang cermin
besar di depanku. Sekujur tubuh yang tinggi lampai berdiri di
depanku. Aku menatap tubuh itu lama-lama. Hatiku semakin kacau.

Sudah remajakah aku? Ya, aku sudah remaja. Harus berfikir
seperti seorang remaja. Aku akan menjadi dewasa. Harus mempunyai
flkiran yang bijaksana. Ini adalah satu ujian buat seorang yang telah
remaja.

Aku melepaskan genggaman. Kedua sampul surat yang telah
terperonyok itu kuangkat dan kurenung. Sesudah itu aku mendengar
suara emakku memanggil.

211

20. LAMBAIAN TERAKHIR

KETIKA itu hari masih pagi. Aku duduk menyendiri di anjung rumah.
Terdengar enjin motosikal penjual suratkhabar berhenti di luar.
Sebentar kemudian Azman datang berlari-lari mendapatkan aku.
Nafasnya tercungap sedikit.

"Kakak! Ini gambar kakak dah masuk suratkhabar."

Azman membentangkan akhbar itu di depanku. Jari
telunjuknya yang runcing menunjuk ke arah gambar yang terpampang
di muka depan.

"Ini gambar kakak, bukan?"

“Ya!”

Kurenung gambar itu. Memang benar itu adalah gambarku.
Berbaju kurung dan rambut disisir rapi.

Aku tahu Azman sedang merenung wajahku. Tetapi aku tidak
mengendahkannya. Mataku terus meleret membaca tajuk besar yang
tertulis di atas gambar itu. Tajuk itu berbunyi: MURID JANTUNG
BERLUBANG PERLU RAWATAN SEGERA.

Tanganku menggigil memegang akhbar itu. Aku cuba hendak
membaca berita selanjutnya. Tetapi mataku berair. Pandanganku
menjadi kabur. Kemudian air mata meleleh pula di pipi. Lalu akhbar
itu kuletakkan semula di atas riba.

"Kakak janganlah nangis. Kakak janganlah nangis," suara
Azman merayu dan tambah memilukan hatiku.

212

Azmah kupeluk dengan erat. Tuhan sahajalah yang tahu
bagaimana hancurnya perasaanku. Aku tersedu beberapa kali.
Mungkinkah aku akan berpisah dengan Azman? Dengan emak?
Dengan abah?

"Kakak!"

Azman mendongak memandang mukaku. Aku menyeka air
mata dengan lengan baju. Pipi Azman juga basah. Rambutnya yang
terjuntai di dahi itu kukuakkan. Kemudian kukucup dahinya dengan
lembut.

"Baiklah, kakak tak menangis lagi. Tapi, kenapa Azman pula
yang menangis?"

Azman menghapuskan air matanya dengan belakang tangan.
Kemudian dia melekapkan kepalanya di dadaku. Dadaku yang di
dalamnya mengandungi jantung. Dan jantung itu sudah berlubang!
Ya, kata doktor yang memeriksaku, jantungku didapati berlubang.
Mesti dirawat segera. Mesti dibedah segera. Tetapi pembedahan dan
rawatan untukku tidak boleh dibuat di dalam negeri. Tidak ada
pakarnya. Kalau mahu pilih mestilah dirawat di luar negeri.

"Bila kakak nak pergi berubat?" Azman mendongakkan
mukanya lagi.

"Entahlah, kakak tak tau.”

“Bila kakak dah berubat tentu kakak baik, kan?"

"Terserahlah pada Tuhan, Man."

"Tapi bila kakak pergi, jangan lupa Azman, tau?”

213

Sembilu tajam terasa bagaikan menghiris-hiris hati. Hati terus
membawa aku hanyut lagi ke lautan dukalara. Air mata tidak mahu
keluar lagi. Aku cuba melirik sebuah senyuman untuk Azman. Biar
hati Azman menjadi tenang sedikit.

"Kakak takkan lupa pada Azman. Sampai bila pun Azman
kakak ingat. Di mana pun kakak tak lupa pada Azman," tegasku lalu
kuusap-usap rambut Azman yang lurus lembut itu.

"Kalau boleh Azman nak ikut kakak. Azman nak bersama
kakak sampai bila-bila."

"Jangan cakap begitu, Azman. Kakak… “

"Kenapa, kak?"

Lidahku cukup payah untuk bertutur. Kelu rasanya. Tetapi aku
terpaksa jelaskan kepada Azman. Aku mesti berterus terang
kepadanya.

"Kakak tunggu derma dari orang ramai. Kalau tak cukup wang
macam mana kakak nak pergi berubat. Belanjanya bukan sedikit.
Beribu ringgit."

"Abah tak ada duit?"

"Kalau abah ada duit, takkan gambar kakak masuk
suratkhabar."

“Oh!” Mulut Azman terlopong. Dia mengerutkan kening.

Baharulah jelas kepadanya akan kedudukan sebenar tentang
diriku. Selama ini dia cuma tahu jantungku berlubang. Abah akan
menghantar aku berubat. Itu sahaja.

214

Azman tidak tahu abah pergi ke pejabat suratkhabar kerana
mengadukan hal. Abah minta bantuan orang ramai. Abah memerlukan
lima belas ribu ringgit! Kalau tidak, abah tidak akan dapat menghantar
aku ke luar negeri untuk dirawat.

Sekarang berita tentang diriku sudah tersebar luas. Tersebar ke
seluruh negara. Orang ramai tentu membacanya. Kawan-kawanku di
sekolah tentu membacanya. Guru-guru tentu membacanya. Guru
Besar sekolahku juga tentu membacanya. Hampir semua orang
sekarang sudah membaca tentang nasih seorang anak yang berlubang
jantungnya. '

Perjalanan nafasku selalu terasa sesak. Dadaku selalu sakit.
Bila aku berjalan agak pantas sedikit, terasa badanku menjadi lemah.
Seluruh anggotaku terasa terapung-apung tidak bermaya. Dan
akibatnya bibir dan kuku jari-jariku bertukar biru lebam. Itulah yang
kualami. Kemudian barulah abah membawa aku berjumpa doktor.
Alangkah terperanjat dan lukanya hati abah bila mengetahui aku
mempunyai jantung yang berlubang - tidak seperti anak-anak orang
lain.

Emak menangis setiap hari. Berita tentang diriku itu tambah
meremukkan hatinya lagi. "janganlah menangis lagi, mak," aku cuba
memujuk hatinya. Emak tidak dapat hendak berkata selain dari
mencurahkan air mata. Melihat emak berendam air mata itu hatiku
pula turut tersayat.

"Janganlah menangis, mak. Bukankah Tuhan sentiasa bersama
kita? Tuhanlah yang akan menentukan scgala-galanya, mak.”

Emak menangis juga. Dia hampir melolong. Badanku
dipeluknya erat-erat seperti tidak akan dilepas… kannya.

215

"Mak tak mau berpisah dengan kau, Ani. Mak sayang kau."

Aku cuba mengeringkan air mata emak dengan sehelai sapu
tangan. Air mata emak tetap juga keluar meleleh di pipinya. Sedu-
sedan emak benar-benar telah meremukkan lagi hatiku.

"Kuatkanlah hati, mak. Ini dugaan Tuhan," aku renung wajah
emak untuk memberikannya kekuatan semangat. "Banyak juga orang
yang pulih semula sesudah dirawat," kataku untuk menenangkan
hatinya.

Hari sudah petang. Tetapi abah belum juga pulang. Semenjak
aku mengidap penyakit ini, abah memang sering pulang lewat.
Kadang-kadang dia pulang lewat senja. Lepas itu abah keluar semula.
Kata emak abah pergi kerja lagi. Aku tahu abah mesti kerja lebih.
Abah mesti berusaha untuk dapatkan belanja supaya aku dapat
dihantar berubat ke luar negeri.

Aku kasihan melihat abah kerana terpaksa bekerja lebih. Bila
abah pulang mukanya berminyak, berpeluh. Badannya letih lesu.
Abah hanya seorang buruh kasar. Kerjanya memecah batu untuk
dijadikan bahan campuran membuat simen. Waktu malam abah pergi
lagi untuk dapatkan kerja lebih masa. Dan hampir larut malam barulah
abah pulang semula.

"Kenapa kau belum tidur, Ani?" tanya abah bila dilihatnya aku
masih lagi bersandar di atas kerusi.

"Ani belum mengantuk, abah."

"Ani mesti tidur. Mesti banyak rehat. Kan begitu pesan
doktor," kata abah sambil melangkah perlahan merapati aku. Matanya
memandang beberapa buah majalah yang terletak di sisiku. Majalah-
majalah itu kubaca tadi sebagai perentang waktu.

216

"Baiklah, abah, Ani akan tidur."

Aku bangun perlahan. Abah memapahku ke bilik tidur.

Di bilik tidur aku masih tidak dapat melelapkan mata. Sesekali
dadaku terasa sesak dan sukar bernafas. Tetapi yang lebih
merunsingkan ialah memikirkan nasibku ini. Aku menjadi beban
kepada abah dan emak. Tubuhku bertambah susut dan mukaku
bertambah cengkung.

Berapa lamakah lagi aku akan hidup? Soalan itu sentiasa
menyenak ke dada. Tetapi aku mesti tabah. Dan setiap orang akan
menghadapi mati. Cuma waktunya sahaja belum dapat ditentukan.
Demikianlah aku cuba mententeramkan hati.

"Kakak, bangun!" suara Azman berteriak.

Sebenarnya aku telah lama terjaga. Tetapi sengaja aku baring
menelentang dengan mata terkatup rapat. Tadi, setelah sembahyang
Subuh dan berdoa kepada Tuhan, aku balik semula ke katil. Aku cuba
menenangkan hati dengan merenung hidupku.

"Kakak, bangun!"

Azman menggoncang-goncang bahuku pula. Mata dibuka.
Azman kulihat masih berpakaian tidurnya.

"Kenapa Azman bangun awal?"

"Nak tengok kakak. Kakak sakit lagi?"

217

Aku hanya menjawab dengan tersenyum meleret. Telatah
adikku itu serba sedikit dapat meringankan rasa berat yang
menghimpit dada.

"Bangunlah, kak. Kata mak ada orang nak datang tengok
kakak."

Aku bangun dan perlahan-lahan meninggalkan bilik tidur
untuk ke bilik air. Lepas membersihkan diri aku naik semula ke atas.
Sedang mengenakan pakaian, aku dengar suara orang dengan lunak
memberi salam di luar. Emak bergegas ke pintu dan mempelawa
tetamu naik.

"Ani, Cikgu kau datang," emak menjenguk di pintu bilik.

Bila aku keluar, kudapati Guru Besar sekolahku bersama
Cikgu Saodah sudah menunggu di anjung.

"Selamat pagi, Cikgu."

"Selamat pagi," balas Cikgu Cheah sambil tersenyum. Begitu
mesra dia memandang padaku.

Aku mengambil tempat di depan Cikgu Cheah. Cikgu Saodah
menunggu dengan wajah yang muram. Dia gum tingkatanku. Aku
tidak dapat melupakan khidmatnya padaku. Dia juga banyak
memberikan perhatian padaku. Sekarang sudah dua minggu lama'nya
aku tidak menemuinya di bilik darjah.

Cikgu Cheah menghulurkan sebuah sampul surat panjang
padaku.

“Ani, ini derma dari guru-guru sekolah. Terimalah wang ini
buat belanja berubat Ani."

218

Sampul surat panjang itu kuterima dengan tangan gementar.
Dadaku berdegup-degup.

“Terima kasih, Cikgu.”

Aku menoleh ke arah emak yang berdiri memerhati. Dia
mengesat matanya dengan lengan baju.

Cikgu Cheah dan Cikgu Saodah merenung mukaku.
Barangkali mereka nampak mukaku yang cengkung dan pucat.

Cikgu Cheah tidak banyak bercakap, kecuali menyuruh aku
bersabar. Dia cuba menenangkan hatiku. Katanya aku akan pulih
seperti orang lain setelah mendapat rawatan nanti. Dia menasihati aku
supaya bersabar dan berehat. Cikgu Saodah plila berkali-kali
mengingatkan aku supaya jangan bersedih dan segalagalanya adalah
kehendak Tuhan. Aduh, aku sungguh rasa terharu!

Kepulangan Cikgu Cheah dan Cikgu Saodah membuat hatiku
rasa sepi. Aku melangkah ke tingkap, melihat kereta Cikgu Cheah
pergi meninggalkan rumahku.

Cahaya matahari pagi cukup baik. Bersinar-sinar dengan
terangnya. Pokok-pokok kelihatan bertambah segar. Bunga ros dan
okid tanamanku di halaman rumah sedang berkembang. Warnanya
menyerlang, tambah mengindahkan lagi pandangan. Beberapa
kuntum kelihatan cukup besar seolah-olah mahu memperagakan diri.

Berapa lamakah lagi aku akan menikmati kekayaan Allah ini?
Aku menekur bunga-bunga itu dengan hati yang cuba ditenangkan.
Aku masuk bilik semula. Mengadap cermin besar. Wajahku direnung
lamak lama.

“Ani!” suara emak memanggil.

219

“Ya, mak.”

"Marilah minum. Kau belum minum lagi."

"Baiklah, mak."

Di dapur emak dan Azman sudah menunggu. Emak
menyediakan makanan kegemaranku: kuih tepung talam berkepala
santan kelapa. Tepung talam itu telah dipotong-potongnya, siap
terhidang di dalam piring. Semangkuk air susu pekat terletak di tepi
piring itu.

“Kenapa Azman belum minum?” tanyaku.

“Nak tunggu kakak.”

“Ya, Ani. Dari tadi lagi dia duduk di situ. Katanya dia tak mau
minum selagi kau tak minum," sampuk emak pula.

Kami sarapan tanpa bercakap-cakap lagi. Emak nampak
muram mengunyah kuih. Azman juga m-embisu sambil meneguk teh.
Aku tidak berselera. Tetapi kerana mengenangkan susah payah emak
memasak tepung talam itu, kukunyah dan kutelan jugalah kuih itu
dengan hati yang hancur luluh.

Waktu tetap merangkak. Detik demi detik membawa siang
kepada malam, kemudian dari malam ke siang. Hari terus berlalu.
Tamu semakin ramai datang. Abah dan emak .semakin gelisah.
Mereka semakin cemas. Derma dari orang ramai masih belum
mencukupi. Dan kurasa badanku semakin lemah. Tulang-tulangku
terasa semakin menimbul, muka semakin cengkung dan pucat.

220

Fikiranku mulai melayang-layang. Badan terasa terapung-
apung dan tidak berpijak lagi di bumi. Aku terkenang pada ayah dan
emak. Aku terkenang pada Azman - satu-satunya adikku. Aku
terkenang pada kawan-kawan sekolah: Norijah, Lina dan Uji.
Terkenang pada Cikgu Saodah dan beberapa orang guru lain.

Tengah hari itu abah pulang lagi beserta kelesuan. Dia
memandangku dengan mata berair. Emak merenungku dengan
matanya yang merah. Barangkali air mata emak sudah kering.

"Abah, bila kakak nak pergi berubat?" tanya Azman. Abah
cuma menggeleng-geleng lemah. Dia memeluk Azman. Kulihat bahu
abah bergoncang.

Petang itu datang seorang lelaki yang tidak kukenali. Menurut
katanya, dia membaca berita dalam akhbar.

"Saya cukup bersimpati dengan Ani. Dan saya datang ni untuk
membantu supaya Ani segera berubat di Manila," tegasnya.

Sejak itu, dia selalu juga datang ke rumahku. Malah, dengan
bantuannya, dua kali aku dan abah ke Kuala Lumpur menguruskan
paspot, visa dan lain-lain untuk persiapan berangkat ke Manila.

Pada suatu petang yang lain, lelaki itu datang lagi. Dia
bercakap tergesa-gesa dengan abah. Abah jadi gugup.

“Berkemaslah. Esok kita ke lapangan terbang," kata abah
mendekati emak.

Emak terpinga-pinga. Lama dia berdiri. Tidak tahu apa hendak
dibuat.

221

"Segala-galanya dah diuruskan. Pagi esok kapal terbang akan
bertolak. Saya akan pergi temankan Ani ke Filipina."

Emak masih terpempan. Mulutnya ternganga. Kata-kata abah
itu dianggap seperti dalam mimpi sahaja.

Seketika kemudian barulah emak melolong. Dia menerpa dan
memelukku.

"Sudahlah, mak. Berdoalah kepada Allah supaya Ani
selamat."

"Ani, anakku!’

Emak mengongoi. Aku dipeluknya amat erat bagai tidak mahu
dilepaskan. Datang abah menyabarkan emak. Barulah aku
dilepaskannya. Kemudian Azman pula menerkamku. Dia juga
memelukku. Kucium pipi Azman dan kuusap kepalanya.

Tiba di Lapangan Terbang Subang aku dikerumuni. Beberapa
orang pemberita akhbar menyelit-nyelitkan diri di celah-celah orang
ramai hendak bertemu abah. Mereka bertanya sesuatu kepada abah.
Abah menjawab dengan suaranya yang tersekat-sekat. Lampu flash
kamera berculang-caling mengambil gambarku. Esok tentu berita
tentang diriku akan tersiar lagi. Seluruh pembaca tanahair akan tahu
kisah diriku: Nurani - jantung berlubang - terbang ke Filipina.

Emak rebah ke bumi bila kutinggalkan dia. Mujurlah beberapa
orang saudara-mara datang membantu dan memapahnya.

"Kakak!"

222

Aku menoleh. Azman sedang melambaikan tangan. Mulutnya
tercebik-cebik. Rambutnya terjuntai ke dahi. Tiada siapa hendak
menjuakkannya ke atas.

"Kakak! jangan lupakan Man!” laung Azman lagi.
Hatiku hancur, sehancur-hancurnya. Aku terlupa mencium
Azman tadi. Aku terlupa memeluknya. Orang terlalu ramai. Aku
sudah berada di bilik menanti. Aku tidak dapat hendak keluar
menemui Azman lagi.
"Azman!”
Pesawat udara sudah mengangkat aku dari bumi. Kupandang
keluar melalui tingkap berkaca. Tangantangan kecil masih melambai.
Tentu mereka menunggu kepulanganku pula. Tetapi, mungkinkah itu
lambaian terakhir? Aku tetap berserah kepada Allah.

223

21. PAK USU

PAK Zubir mengenakan cermin mata tuanya. Dia menyiat sampul
surat itu dengan cermat. Takut benar dia kalau isinya terkoyak.
Dengan tangan yang sedikit gementar, Pak Zubir pun mengeluarkan
surat putih yang berlipat. Kemudian surat itu dikembangkannya.

“Surat dari siapa, ayah?” tanya Arif, tidak sabar lagi
menunggu.

“Nantilah dulu. Ayah belum jelas,” sahut Pak Zubir sambil
membetulkan kedudukan surat itu.

Arif menunggu lagi. Matanya melurut pada surat yang
terbentang itu.

“Ah, tak jelas. Tak terang. Ayah tak boleh baca. Surat bertaip.
Tulisannya pun halus sangat," ujar Pak Zubir kesal setelah merapatkan
surat itu ke mukanya.

Memang Pak Zubir jarang-jarang menerima surat. Kalau ada
pun, surat itu bertulis jawi dengan terang. Dan surat itu pula biasanya
datang dari Ustaz Arsyad atau dari Haji Darus. Mereka inilah yang
rajin beratus surat dengan Pak Zubir.

Akan tetapi surat yang diterimanya kali ini adalah luar biasa.
Sekeping kertas putih licin yang bertaip. Hurufnya pula halus-halus.
Pendek sahaja isinya, tetapi tersusun kemas dan rapi. Memang belum
pernah Pak Zubir menerima surat yang seperti ini. Sebab itulah dia
menjadi bingung.

"Ayah tak boleh baca. Nah, kau bacalah," katanya lalu
disogokkan kepada Arif yang cepat-cepat menariknya dari tangan Pak
Zubir.

224

Arif membaca surat yang ringkas dan padat itu. Setelah
mendengar isi surat itu, Pak Zubir pun mengerutkan dahi. Dia berfikir
dengan dalam. Setelah itu dia terlonjak dan matanya terbeliak.

“Oh, Usop! Surat ini dari Usop! Pak Usu kamu!"

"Pak Usu?" Arif pun kebingungan. Dia hairan melihat Pak
Zubir mengukir senyum. "Siapa Pak Usu tu, ayah?"

"Usop! Namanya Usop," ujar Pak Zubir dengan nafas agak
kencang. Mukanya tiba-tiba berseri.

Arif ternganga. Dia masih tidak mengerti. Siapakah Usop ini?
Surat itu ditatapnya semula. Diulangnya membaca surat itu.

“Di mana alamatnya, Arif?" tanya Pak Zubir dengan gugup.

“Di Seksyen I7, Petaling jaya."

“Oh,” sambut Pak Zubir, tersenyum sambil menggeleng-
geleng. "Aku tak sangka kau masih ingat pada aku, Usop. Aku tak
sangka," kata Pak Zubir lagi sambil mengesat air jernih yang tiba-tiba
menggenang di kelopak matanya.

Tetapi, siapakah orang yang bernama Usop ini? Pertanyaan itu
masih terpampang di dalam kepala Arif. Arif membiarkan dahulu
ayahnya mengelap air mata.

"Ayah, siapa orangnya yang bernama Usop ini?"

Pak Zubir memandang tepat kepada wajah Arif setelah
kelopak matanya dikeringkan.

225

"Dia sepupu ayah. Dah dua puluh tahun ayah tak jumpa dia.
Selama itulah dia meninggalkan kampung ini.

“Kenapa jadi begitu?”

“Dia tu dahlah cacat, anak yatim piatu pula. Dia tinggalkan
kampung ini kerana tak ada siapa yang nak membelanya," jelas Pak
Zubir lalu tunduk menekur lantai. Dia mengenang-ngenang peristiwa
lama yang telah ditempuhnya. Mungkin peristiwa itu mengusik
perasaannya.

“Setelah dia meninggalkan kampung ini, tak ada siapa pun
yang mau ambil tau tentang dirinya lagi. Entah mati entah hidup, siapa
pun tak peduli lagi," cerita Pak Zubir sambil menggeleng-geleng
kesal.

Arif semakin tertarik dengan kisah sedih itu. Hatinya Juga
turut membawanya bermuram. Berbagai pertanyaan menerpa di dalam
benaknya. Sebelum sempat dia mengemukakan pertanyaan lagi,
emaknya muncul dari dapur. Dengan penuh kehairanan Mak Gayah
datang menghampiri Pak Zubir.

“Surat dari siapa ?” tanyanya agak tergamam. Dilihatnya Pak
Zubir masih menggeleng-geleng sambal melipat semula surat itu.

“Dari Usop. Awak ingat Usop ?”

“Usop yang mana?” soal Mak Gayah lagi.

“Usop, sepupu aku. Yang dah pergi membawa diri tu.”
“Si buta tu ?”

Pak Zubir menggangguk.

226

“Dia masih hidupkah ? Bukankah dia dah mati?”

Pak Zubir menggeleng lagi. “Ini suratnya. Dia tulis surat
kepada aku. Sekarang dia tinggal di Petaling Jaya.”

“Di Petaling Jaya?” tingkah Mak Gayah dengan mulut
terlopong.

“Ya. Katanya dia nak pulang ke kampong. Nak tinggal
beberapa hari di rumah kita.”

Muka Mak Gayah jadi masam. Dia mencebirkan bibir, seolah-
olah berita itu tidak menyenanginya. Mungkin berita itu menyingkap
semula peristiwa yang dibencinya. Lalu dia pun menoleh, memandang
ke jendela yang terbuka.

“Nak tinggal di rumah kita pula? Ah, orang buta. Tentu
menyusahkan kita saja,” kata Mak Gayah sambal melemparkan
pandangan ke hala pintu yang ternganga.

“Apalah salahnya dia tinggal di rumah kita. Dia tu bukankah
darah daging aku juga?”

“Apa yang boleh dia buat pada kita, hah? Dia bukan boleh
tolong kita Sebaliknya membebankan kita pula,” balas Mak Gayah
dengan hatinya yang bertambah mengkal.

“Awak tu macam dulu juga. Masih berdendam. Bukankah dah
20 tahun dia tak pulang…”

“Ah, sudahlah. Si Usop datang nak minta bantuanlah tu. Dia
ingat kita senang. Dia ingat kita banyak duit nak beri padanya. Dia
datang nak mengutu kita,” potong Mak Gayh sambal bercekak
pinggang.

227

Mak Gayah berlalu ke dapur. Dia meninggalkan Pak Zubir
yang masih tersandar di kerusi dengan fikirannya masih mengingati
Usop.

Pertengkaran kedua ibu bapanya itu membuat Arif semakin
bingung. Apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam keluarganya
20 tahun yang lalu? Kenapa emaknya membenci dan mengeji Usop?
Apakah yang membawa Usop meninggalkan kampong halaman?
Kenapa pula emak dan ayahnya tidak pernah menceritakan kepadanya
tentang semuanya ini? Apakah ini satu rahsia dalam keluarga? Soalan-
soalan itu terbit bergilir-gilir di dalam kepala Arif.

Arif tidak mahu menanyakan segalanya itu kepada ayah dan
emaknya. Dia tidak mahu suasana dalam rumah menjadi keruh. Dia
tidak mahu ayah dan emaknya akan bertengkar pula. Biarlah perkara
itu berlaku begitu sahaj. Lebih baik tunggu sahaja kepulangan Pak
Usu. Bagaimana rupa Pak Usu? Inilah yang lebih penting sekarang.

Arif membiarkan angin petang yang berebut masuk melaui
jendela mengusik-usik rambutnya. Dia leka di anjung rumah
membaca sebuah novel yang di pinjamnya dari perpustakaan sekolah.
Novel itu sudah separuh dibacanya. Jalan ceritanya menarik, membuat
Arif tidak jemu-jemu mengikutinya. Dia bercadang hendak
menghabiskan segera bacaannya.

Bunyi enjin sebuah kereta terdengar semakin hampir.
Akhirnya enjin kereta itu dimatikan betul-betul di halaman rumah.
Arif meletakkan buku. Dia berdiri dan menjenguk di jendela.
Dilihatnya sebuah kereta besar berwarna biru tua berhenti di tengah
laman. Dia hairan. Belum pernah pula kereta besar biru tua itu singgah
di situ. Ah, mungkin dia memerlukan pertolongan.

228

Arif bergerak ke pintu. Sambil menuruni anak tangga, dia cuba
mempastikan siapakah pemandu kereta itu. Tetapi, oleh kerana cermin
kereta itu agak gelap, tidak dapatlah dia mengenalinya.

Sejurus kemudian pintu sebelah kiri kereta itu pun ditolak.
Daun pintu terkuak. Seorang leaki yang berpakaian kemas melangkah
keluar. Dia bercermin mata gelap menambahkan lagi ketampanannya.
Sebatang tongkat putih dikeluarkan. Sambil berdiri sejenak, leaki itu
pun bersuara.

“Mamat,” katanya perlahan.

Pemandu yang muncul dari sebelah kanan kereta itu lekas-
lekas menghampirinya.

“Ya, Encik.”

“Betulkah ini rumahnya?”

“Betuk, Encik. Mengikut kata orang di simpang tu tadi, inilah
rumahnya. Pokok pinang itu tandanya.”

Lelaki tampan bercermin mata gelap itu mencecahkan
tongkatnya ke atas tanah. Tanah itu berpasir. Dia dapat mengesannya.
Setelah tersenyum sedikit, dia pun melangkah penuh yakin ke
hadapan.

“Assalamualaikum!”

“Walaikumussalam!” sahut Arif. Dia bergerak ke kaki tangga,
terus mara menghampiri lelaki bertongkat putih itu.

Lelaki bertongkat putih itu tercegat dan tersenyum.

229

“Er, inikah rumah abang Zubir?” ujarnya sambal merab
dengan tongkatnya.

“Ya, dia ayah saya.”
“Oh, syukur Alhamdulillah!” ucap lelaki tampan itu.
Wajahnya membayangkan kegembiraan hatinya.
“Encik nak jumpa ayah saya?” tanya Arif dengan hormat.
“Ya, ya! Mari ke mari,” kata lealki itu sambal melambaikan
tangan agar Arif datang mendekatinya.

Arif menurut perintah. Tangannya di raih oleh lelaki itu.
Kemudian tubuh Arif dipeluknya sebentar sambal bersuara dengan
perlahn.

“Engkau anak abang Zubir?”
“Ya.”
“Nama kau?”
“Arif.”
“Ayahmu mana?”
“Dia ke kebun. Sekejap lagi pulanglah dia.”
“Emak mana?”
“Dia bersama ayah ke kebun.”

230

Lelaki itu termenung sebentar. Tetapi jelas wajahnya
membayangkan kepuasan hatinya.

Arif merenung lagi wajah lelaki itu. Sebuah wajah yang bersih,
dihiasi pula oleh cermin mata gelap. Oh, agaknya inilah orangnya
yang diceritakan ayah. Mungkin dialah Pak Usuku, flkir Arif.

Arif memerhatikan pemandu kereta itu membuka belakang
kereta. Pemandu itu mengeluarkan sebuah beg besar. Kemudian Arif
pun bersuara lagi.

“Oh, maafkan saya, Pak Usu. Sebenarnya saya tak kenal tadi.”

“Tak mengapa, Arif,” balasnya tersenyum. “Silakanlah naik,
Pak Usu.” “Terima kasih, Arif.”

Sambil mengatur langkah, Pak Usu berkata lagi: “Ada ayah
terima surat dari Pak Usu?”

“Ada. Dia tau Pak Usu nak datang.”

Arif membantu Pak Usunya menaiki tangga. Pemandu kereta
turut juga menaiki tangga sambil menjinjing beg besar.

Sekarang Pak Usu sudah pulang. Tetapi kenapa dia jadi bahan
pertengkaran emak dan bapa? Kenapa emak tidak senang dengan Pak
Usu? Kenapa emak membenci Pak Usu? Kenapa Pak Usu tinggalkan
kampung halaman? Apa kerja Pak Usu sekarang? Persoalan-persoalan
itu hidup semula bermain dalam kepala Arif.

“Pak Usu duduklah dulu di sini,” Arif membawa Usop ke
kerusi rotan yang terletak di hujung anjung.

231

Pak Usu menurut sahaja. Dia duduk dengan tenang di atas
kerusi itu. Arif nampak dia sedang mengenang sesuatu. Sesuatu yang
tidak akan dimengertinya. Apakah yang dikenangnya? Peristiwa pahit
yang pernah dlalami? Peristiwa menyayat hati yang menyebabkan dia
meninggalkan kampung halaman?

“Dah banyak perubahan di kampung ini,” cetusnya setelah
terdiam sejurus.

“Ya, Pak Usu. Di kampung ini dah ada elektrik. Dah ada air
paip. Dah ada jalan batu.”

“Bukan itu saja,” sambung Pak Usu dengan pantas. "Pak Usu
rasa rumah pun dah banyak. Penduduk kampung tentu dah mewah.”

Arif membiarkan sahaja Pak Usunya melahirkan pendapatnya.
Mungkin dia akan bercerita lebih lanjut tentang kampung ini. Dan
mungkin dia akan mengisahkan detik-detik yang dilaluinya sehingga
membawanya pulang ke kampung dengan kereta besar biru tua itu.
Keinginan Arif hendak mengetahuinya kian memuncak. Tentu
kisahnya amat menarik. Seorang buta yang hidup melarat, tiba-tiba
muncul semula dengan segala kemewahan.

“Pokok durian di belakang rumah tu ada lagikah?” tanya Pak
Usu sambil menegakkan badannya.

“Ada, Pak Usu. Banyak buahnya. Musim durian baru-baru ni
banyak ayah dapat duitnya.”

Pak Usu tersenyum. Mukanya dihalakan tepat kepada muka
Arif. Cermin mata gelap itu masih tidak ditanggalkan.

“Di bawah pokok durian itulah tempat Pak Usu bermain dulu,"
ujamya. Kemudian dia pun tertawa berdekah-dekah. Mungkin ada

232

peristiwa yang menggelikan hatinya.dan ada pula kaitan dengan
pokok durian yang lebih sepemeluk besarnya itu.

“Pernah ayah kau ceritakan tentang diri Pak Usu pada kau?”

Arif menggeleng. Kemudian baharulah dia tersedar bahawa
gelengannya itu tidak memberi erti.

“Tak pernah, Pak Usu. Cuma bila sampai surat Pak Usu
barulah ayah bercerita.”

“Dia tau tentang diri Pak Usu?”

“Entahlah. Tapi dia tak sangka Pak Usu masih mengenangnya.
Emak pula sangka Pak Usu dah tak ada lagi.”

Pak Usu terdiam. Kelihatan sedang mengenang sesuatu
peristiwa yang mungkin pernah mencacatkan hatinya. Kisah Pak Usu
yang penuh misteri itu terbayang pada wajahnya yang tiba-tiba jadi
muram.

“Orang kampung ingat Pak Usu dah mati?” “Entahlah. Arif tak
tau.”

“Abang Zubir tak tau. Emak kau tak tau. Orang kampung pun
tak tau. Mereka semua tak tau apa yang Pak Usu dah buat bila
meninggalkan kampung ini.”

Arif ternganga. Pak Usu sudah mahu menyingkap sedikit demi
sedikit tabir yang melindungi misteri hidupnya. Arif menunggu sahaja
dengan gelisah.

“Kenapa Pak Usu tinggalkan kampung?” terpancut pertanyaan
itu dari mulut Arif.

233

Pak Usu tersenyum lagi. Dia terpaku dan membisu sejenak.
“Ah, panjang kisahnya. Tak patut kau tau. Pak Usu pun nak
melupakannya. Tau mau menceritakan nya kepada sesiapa. Biarlah
abang Zubir dan emak kau saja yang tau.”

Arif berasa hampa. Pak Usu tidak mau menyingkap penuh
hidupnya yang mungkin penuh getir itu. Tetapi apakah yang
membawa Pak Usu pulang ke kampung halaman semula?

“Pak Usu pulang kerana nak jumpa ayah dan emak kau.
Mereka sangat banyak berbudi kepada Pak Usu dulu. Pak Usu
berazam nak membalas budi mereka," jelas Pak Usu apabila suasana
menjadi sepi sahaja buat beberapa ketika.

“Tapi, saya belum tahu apa pekerjaan Pak Usu.”

Pak Usu tertawa berdekah. Geli hatinya barangkali. Dia sendiri
tentu menduga bahawa pertanyaan serupa itulah yang paling utama
akan dikemukakan. Pertanyaan seperti itu jugalah yang akan terlucut
dari mulut Pak Zubir dan Mak Gayah nanti.

“Pak Usu sekarang bekerja di universiti jadi pensyarah. Pak
Usu akan keluar negeri tak lama lagi. Sebelum Pak Usu keluar negeri,
Pak Usu berhajat nak jumpa ayah dan emak kau. Sebab itulah juga
Pak Usu balik.”

Arif terpempan. Manusia bercermin mata gelap yang duduk dj
depannya itu menjadi begitu asing baginya sekarang. Apakah aku ini
bermimpi? Tanya Arif diam-diam di dalam hati.

“Panjang ceritanya, Arif” sambung Pak Usu. “Nanti malam,
bila kita semua dah berkumpul, Pak Usu akan ceritakan segala-
galanya. Sekarang, cukuplah Pak Usu katakan bahawa ilmu

234

pengetahuanlah yang menyuluh hidup Pak Usu. Kau pun boleh
menjadi lebih dari Pak Usu kalau kau berusaha.”

Arif mendengamya seperti mendengar Cikgu Arifin bercakap
dalam bilik darjah. Segala apa yang dicakapkan itu sama sahaja
dengan apa yang diucapkan oleh Cikgu Ariffin.

“Arif,” kata Pak Usu sambil mcmbongkok ke depan. Dia
meletakkan tangannya di atas paha Arif. “Pak Usu dengar bunyi air
yang mengalir di belakang rumah tu. Dulu Pak Usu mandi di situlah.
Airnya sejuk dan tenang. Boleh kau bawa Pak Usu mandi di situ
sekejap lagi nanti?”

“Boleh, Pak Usu.” Pak Usu tersenyum lebar, Arif merenung
wajahnya tanpa berkelip. Hatinya amat ingin melihat ayah dan
emaknya pulang segera.

235

22. JEJAK

MAJALAH itu akhirnya dilemparkan ke sudut ruang. Dia tidak dapat
menahan benci yang menggelora. Di sudut hati kecilnya tetap
menolak gambar-gambar foto yang menyakitkan itu. Dia
memandangnya dengan jijik seperti memandang ketul-ketul daging
haram.

Majalah itu terperonyok di tepi dinding dengan kulitnya
terselak. Kertas halamannya hampir berkecai setelah direnyuk-
renyuknya dengan jari-jarinya yang halus runcing itu. Namun dia
masih belum berpuas dengan tindakannya.

”Mas, kenapa kau lakukan?” Mak Ibah, tanpa disedari,
perlahan-lahan datang mendekatinya. Wajahnya sugul tetapi
terbayang kejernihannya.

"Mas benci, Makcik Mas meluat tengok gambar-gambar itu.
Mas jijik baca ceritanya. Semuanya menyakitkan. Memalukan‘."

“Tak baik, Mas. Kau membenci emak sendiri.”

Mak Ibah tetap merendahkan suara. Dia tidak mahu
mengeruhkan suasana. Dia tidak mahu perkara itu melarat-larat
sehingga menjejaskan pula ketenteraman dalam rumah itu. Sudah
sepuluh tahun dia bekerja menjadi pembantu rumah. Dan dia sangat
arif akan segala perkembangan diri Mastura.

“Mas tak tahan menahan malu, Makcik.”

“Tapi membenci ibu itu tetap berdosa.”

Mastura membenamkan dirinya di atas sofa. Matanya
diredupkah memandang hamparan biru tua di bawah tapak kakinya.

236

Dia cuba menenangkan gelora yang menghempas di dalam dada.
Kedua tapak tangannya dilekapkan ke muka sehingga kedua matanya
terkatup rapat.

“Mas benci wartawan hiburan itu. Mereka cari duit dengan
menjual nama emak.”

“Tapi, Mas takkan tak tau. Itu tugas mereka. Mereka cari
rezeki dengan cara begitu. Begitu jugalah emak kau."

Mastura teringat semula akan gambar foto pada kulit depan
majalah itu. Itu gambar emaknya. Seniwati terkenal. Menjadi pujaan
kepada berjuta peminat. Siapa yang tidak kenal dengan nama Pipah?
Dia menjadi buah mulut pemujanya. Sebut sahaja nama Pipah orang
akan menghubungkannya dengan beberapa adegan yang
dilakonkannya. Sebut sahaja nama filem, orang akan mengaitkannya
dengan Pipah, heroin yang membintangi filem tersebut.

Gambar Pipah sering menjadi hiasan ruang hiburan di akhbar-
akhbar. Dia sering menjadi buruan para wartawan yang ingin
melariskan majalah mereka. Dengan itu banyaklah kulit depan
majalah hiburan yang memaparkan gambar foto Pipah. Pipah dipotret
dengan berbagai gaya dan fesyen. Cerita dan aktivitinya digembar-
gemburkan.

Mak Ibah meluruskan majalah yang sudah berkeromot itu. Dia
membetulkan kertasnya yang renyuk-renyuk. Majalah itu hendak
dibawanya pergi ke bilik atas. Dia mahu menyusunnya di dalam
almari khas yang memuat berbagai majalah.

Sebelum Mak Ibah sampai ke pangkal tangga, Mastura
menjatuhkan tapak tangannya dan muka.

“Makcik, nanti dulu!”

237

Mak Ibah terhenti melangkah, lalu berpaling. Dia merasakan
ada sesuatu perkara yang harus diketahuinya dengan lebih lanjut dan
Mastura.

“Mas nak cakap dengan Makcik?”

“Ya, Makcik duduklah.”

Mak Ibah mengambil tempatnya di depan Mastura. Air
mukanya tetap jernih dan tenang. Dengan pandangan yang tajam
merenung muka Mastura, dia pun bersuara. “Nampaknya kau berubah
benar semenjak kebelakangan ini.”

“Ya,” Mastura menundukkan kepala pula. “Makcik tentu tau
setelah menyelami hati Mas.”

Mak lbah mengukir senyum.

“Ya. Makcik tau. Dan emak kau juga tau."

“Emak juga tau?"

Mak lbah meneruskan senyumnya. Dia tersenyum sebagai
seorang yang amat mengerti dengan segala keadaan yang berlaku.

“Ya. Emak kau bukan saja sebagai orang wayang. Jangan lupa.
Dia juga ibu kau. Dia juga merasakan apa yang kau takutkan."

Ketakutan itulah yang selama ini benar-benar mencengkam
hatinya. Tidak siapa yang tahu hantu apa sebenarnya yang bertapak
dalam hati Mastura. Dengan siapa lagi hendak diluahkan perasaan
yang kian memberat menghimpit dada? Hanya dengan Mak Ibahlah.

238

"Mas malu pada kawan-kawan. Mas malu pada jiran-jiran."
kata Mastura sebagai hendak memulakannya.

“Apa yang kau malukan? Menjadi orang wayang bukanlah
kerja yang memalukan. Emak kau cara rezeki dengan cara begitu.”

“Tapi, Makcik tak tau apa sebenamya yang memalukan Mas."

“Kau jangan lupa, Mas. Emak kau dah lima tahun menjanda.
Kalau tidaklah dengan hasil pekerjaannya itu, takkan dapat kau hidup
semewah ini.”

Mastura menggeleng-geleng. Matanya tetap pada hamparan
biru tua.

“Makcik masih belum mengerti.”

“Baiklah, Mas. Apa yang kau tau?”

“Emak jadi bualan kawan-kawan Mas di sekolah. Kata mereka
emak dah berlakon dalam filem lucah.”

"Astghafirullahalazim! Sampai begitu sekali mereka menuduh
emak kau!"

Mak Ibah menggeleng seperti tidak mahu percaya. Kata-kata
Mastura itu tepat terpacak menikam jantungnya. Tidak disangkanya
pula demikian jauhnya prasangka serupa itu bertapak dalam hati gadis
15 tahun itu.

"Makcik takkan percaya kerana Makcik diam di rumah saja.
Makcik tak dengar apa kata kawan-kawan Mas."

239

“Jangan percaya kepada perkara yang bukan-bukan, Mas.
Memang orang suka memburuk-burukkan nama baik emak kau.
Dalam dunia ini lebih banyak orang yang dengki dari yang jujur."

“Tapi, Makcik tengoklah majalah-majalah tu. Semuanya
siarkan gambar emak yang tak senonoh. Gambar emak tengah baring,
tengah mandi, tengah menelentang, tengah duduk dekat lelaki dan
entah apa-apa lagi. Tengok pula pakaian mak. Semuanya
mendedahkan. Makcik masih tak percaya dengan cerita kawan-kawan
Mas?"

“Tapi, kan gambar-gambar itu untuk hiasan majalah saja?
Kalau tak dibuat begitu takkan emak kau jadi seniwati terkenal.”

“Emak terkenal kerana gambar-gambar seperti itulah. Gambar
emak sengaja dipampangkan di sana sini. Cerita tentang emak sengaja
dibesarkan. Makcik bacalah majalah itu. Tentang emak bercerai
dengan abah pun dibesarkan. Ditokok tambah supaya sedap."

Mak Ibah tetap menggeleng. Dia sedar kemarahan Mastura
kian membara. Hatinya cemas mengenangkan perbuatan emaknya itu.
Barangkali sebab itulah pada kebelakangan ini tingkah laku Mastura
sudah berlainan. Dia enggan makan bersama emaknya. Enggan
bergurau dengan emaknya. Selalu menyendiri. Termenung di sana,
termenung di sini. Segala tingkah lakunya kasar, perengus dan segala
perbuatan menjadi serba tidak kena.

Mak Ibah cukup takut dengan sesuatu tindakan Mastura yang
di luar dugaan. Dia sedar gadis dalam peringkat umur serupa itu belum
dapat berflkir tentang hidup dengan sempurna. Dia boleh melakukan
apa sahaja menurut perasaan.

Terkenang Mak Ibah kepada beberapa peristiwa buruk yang
menimpa anak-anak seniman dan seniwati terkenal di Barat. Anak-

240

anak mereka merasa tersingkir lalu membunuh diri. Mereka tidak
sanggup bersama keluarga lagi. Mereka mencari jalan keluar yang
paling mudah.

Semua ini amat mencemaskan hati Mak Ibah.

“Kau selalu memikirkan yang bukan-bukan. Sebab itulah kau
merasa takut,” kata Mak Ibah ingin mententeramkan hati anak gadis
yang masih terpegun lemas di depannya.

“Makcik selalu sangat menyebelahi emak. Makcik suka
dengan perbuatan dan tingkah laku emak? Atau Makcik takut
diberhentikan kerja?”

“Ya, Allah! Mengucap, Mas,” Mak Ibah membeliakkan mata
sambil mengurut dada.

Mastura memekup mukanya semula dengan tapak tangan.
Tubuhnya bergoncang. Tidak dapat dia menahan sebak di dada, lalu
air matanya pun merembas. Sebenarnya Mastura sayang pada Mak
lbah. Mak Ibah dianggapnya macam ibunya sendiri. Dan Mak Ibahlah
yang lebih banyak menumpukan masa membesarkan Mastura.

Mak Ibah bangun dari duduknya. Dia menghampiri Mastura.
Bahu Mastura dipegangnya dengan lembut.

“Sudahlah, Mas. Tenangkan flkiran kau. Makcik ada. Makcik
tau apa yang akan Makcik buat.”

“Maafkan Mas, Makcik.”

Mastura mendongakkan muka. Merenung tepat wajah Mak
Ibah yang kelihatan masih jernih dan tenang. Lalu dipeluknya Mak
Ibah dan terus menangis di dada perempuan berusia 55 tahun itu.

241

Mak Ibah meninggalkan Mastura yang masih teresak-esak di
atas sofa. Dia mahu ke tingkat atas mengemas bilik. Pagi tadi dia
bangun awal. Memasak dan mengemaskan sarapan Pipah. Kata Pipah
dia akan meninggalkan rumah selama kira-kira seminggu. Dia akan
bersama pengarahnya ke Genting Highlands untuk satu
penggambaran. Crew yang lain semuanya sudah berada di atas bukit
dingin itu sejak tiga hari yang lalu.

Petang itu Mastura cuba menenangkan hatinya dengan
bermain piano. Piano itu ayahnya yang beli. Dan apabila dia
menyentuh mata-mata piano itu ingatannya segera melayang kepada
ayahnya. Ayahnya seorang penggubah lagu. Semenjak bercerai
dengan pipah jarang sekali dia dapat bertemu dengan ayahnya.

Dicubanya memainkan sebuah lagu gubahan ayahnya. Tetapi
banyak dia melakukan kesilapan. Nada-nadanya sumbang. Beberapa
kali diulangnya. Nada-nada sumbang itu tetap menggema juga. Dia
menggeleng-geleng kesal. Dan jarinya yang runcing-runcing itu terus
juga meniti pada mata piano. Akhirnya lagu itu menjadi hancur
berkecai bila Mastura menghempaskan jari-jarinya dengan kasar ke
atas mata-mata putih piano.

“Mas!”

Mastura berpaling. Dilihatnya Mak Ibah berdiri kaku di tepi
gerobok, sedang memerhatikannya sambil menggeleng-geleng. Mak
Ibah melemparkan pandangan ke arah Mastura dengan penuh
pengertian.

Dia ke halaman rumah dengan tujuan menghirup udara petang.
Udara petang basah dan melekit. Lepas tengah hari tadi hujan bubuk
turun melembabkan daun-daun dan rumput-rumput. Apabila matahari

242

bersinar dengan terangnya semula, bangkitlah udara hangat yang
merimaskan. Mastura mengatur langkahnya dengan perlahan.

“Mas!”

Dia berpaling dan mendongak. Di atas beranda tingkat atas dia
nampak Mak Ibah sedang tercegat memerhatikannya.

“Ya, Makcik.”

“Kau nak ke mama?”

“Tak ke mana-mana, Makcik.”

Mastura bergerak memerhatikan bunga-bunga orkid yang
mengembang subur di laman. Matanya meneliti kelopak-kelopak
ungu muda dan putih itu dengan asyiknya beberapa ketika. Orkid-
orkid itu emaknya yang menanam dan merawatnya setiap pagi bila dia
berkelapangan.

Dia teringat emaknya pernah memberikan posenya di depan
rimbunan pohon-pohon orkid itu. Seorang wartawan datang
mengambil beberapa shot di sekitarnya. Kira-kira sebulan kemudian
gambar foto Pipah pun tersiar di sebuah majalah hiburan. Majalah
hiburan serupa itulah yang dilemparkannya pagi tadi.

“Mas!”

“Ya, Makcik.”

“Kau nak mandi? Kalau nak mandi Makcik ambilkan pakaian
mandi kau.”

“Tidak, Makcik.”

243

“Habis, apa kau buat di tepi kolam tu?”

“Tak ada apa-apa, Makcik.”

Di tepi kolam itu Mastura duduk menjuntaikan kaki. Dia
menyingkatkan skirtnya dan merendamkan kakinya ke dalam air
kolam yang jernih dingin itu. Air kolam itu dikocakkannya dengan
kedua belah kakinya.

Dalam sebuah majalah, termuat gambar foto emaknya sedang
berehat di tepi kolam mandi itu. Pipah sedang basah kuyup dengan
baju mandinya memperlihatkan susuk tubuhnya.

“Mas!”

“Ya, Makcik.”

“Kau belum minum. Minuman dah Makcik siapkan.”

“Baiklah, Makcik.”

Mastura meninggalkan kolam mandi itu dengan hati yang
sedikit lapang. Dia terus ke ruang makan. Di situ sudah sedia
menunggu minuman petangnya. Mak Ibah tidak dilihatnya di mana-
mana. Barangkali dia masih sibuk di belakang rumah menjirus anak-
anak bunga gantung.

Kesepian mula menjamah hatinya pula. Dia menuangkan teh
ke dalam cawan. Airnya berdebur keluar dan menggema curahannya.
Dia mengambil sekeping rotii bakar bersapu mentega. Dikunyahnya
roti itu dengan perlahan. Pun dia dapat mendengar kunyahannya
menggema hingga sampai ke sudut jantung.

“Mas!”

244

“Ya, makcik.”

Mastura meneguk tehnya sebelum berpaling.

“Makcik nak bercakap dengan kau.”

“Oh, silakan, Makcik. Marilah kita minum sama-sama.” Mak
Ibah duduk dan Mastura menuangkan the untuknya.

“Makcik nak cakap tentang emak?”

“Ya, begitulah,” balas Mak Ibah cuba menenangkan suara
sambil memandang air teh yang mencurah ke dalam cawannya.

“Makcik dah lama tinggal bersama Mas. Tapi Mas tak tau
bagaimana perasaan Makcik.”

Mak Ibah tertawa sedikit.

“Pada Makcik, emak kau baik orangnya. Makcik pun senang
bekerja di sini. Dan Makcik anggap dia macam anak Makcik sendiri.”

“Makcik senang bekerja di rumah orang wayang macam
emak?”

Mak Ibah mengangguk. Senyumannya memperlihatkan lagi
hatinya yang tenang dan jujur.

“Malah Makcik rasa bangga pulak tinggal dengan Pipah.”

”Bangga?”

Mak Ibah angguk lagi.

245

“Malah Makcik rasa berjaya sekarang.”

“Berjaya?” tingkah Mastura. Hampir tidak percaya dia
mendengar kata-kata pengakuan Mak Ibah itu. Direnungnya muka
Mak Ibah dengan seribu tanda tanya.

“Apa maksud, Makcik?”

“Semoga cita-cita kami dimakbulkan Tuhan.”

Lagi kedua biji mata Mastura terbeliak. Apakah Makcik ini
sudah gila? Apakah yang dikatakannya ini? Dia merenung Mak Ibah
yang mulai menghirup tehnya dengan tenang.

“Makcik membingungkan saya.”

“Memang kau bingung sekarang,” kata Mak Ibah sambil
tersenyum. “Ini adalah rahsia kami berdua. Niat kami suci. Tak mau
heboh-hebohkan macam orang wayang. Kami tak mau orang
suratkhabar tau.”

“Cubalah Makcik terangkan sekarang,” desak Mastura, tidak
sabar lagi menunggu.

“Begini, Mas,” Mak Ibah menelan tehnya. “Makcik dan emak
kau akan ke Mekah menunaikan haji.”

“Makcik!” sambut Mastura mengawal tawanya yang mahu
terbungkas. Dia memekup mulutnya.

“Agaknya kau fikir Makcik dah gila. Sebenarnya tidak.
Makcik yang mengajak emak kau ke Mekah. Wang kami dah cukup
terkumpul.”

246

“Tapi, emak orang wayang.”
Mak Ibah merenung anak mata Mastura.
“Emak kau tak mau main wayang lagi. Balik nanti dia akan
beritau kau.”
Bagai mahu terlompat Mastura kerana terlalu gembira. Dia
mengurut dada dan menghembuskan nafas lega. Kemudian
dipegangnya kedua belah tangan Mak Ibah dengan kemas.
Direnungnya mata Mak Ibah dalam-dalam.
“Betulkah apa,yang Makcik cakap ni?”
“Pernah Makcik berbohong pada kau?”
Mastura mengetap bibir. Matanya terkedip. Hampir air
matanya terurai bila Mak Ibah berkata lagi.
“Mas, dia cukup takut kalau kau mengikut jejaknya.
Dan Mastura merenung legat seluruh wajah Mak Ibah dengan
mata yang basah.

247

23. DALAM SANGKAR EMAS

SAMAD sedang tekun membaca sebuah majalah di dalam biliknya.
Tiba-tiba dia dengar dengkur kereta menaiki bukit. Dia tahu itu adalah
kereta Mercedes Benz 240D ayahnya. Kereta itu mendaki bukit
dengan tenang. Kemudian berhenti perlahan di hadapan rumah banglo
itu.

Pintu dikuak. Dan Samad masih menatap majalah pengetahuan
yang baharu dibelikan ayahnya.

“Ha, begitulah. Duduk di rumah. Jangan ke mana-mana. Abah
tak suka kau ke kampung bawah tu lagi.”

Samad merenung muka ayahnya itu sebentar. Kemudian terus
menatap akhbar di tangannya.

“Kan tau, Mad, pengaruh kawan-kawan boleh mengganggu
pelajaran. Di kampung bawah tu ramai budak nakal. Perangai tak
senonoh. Tak ambil berat tentang pelajaran. Abah tak mau kau juga
terpengaruh macam mereka.”

Samad tunduk sahaja. Dia mendengar nasihat itu sambil
matanya tetap terpaku pada isi majalah.

Memang selalu ayahnya berkata begitu. Budak-budak di
kampung bawah bukit itu boleh merosakkannya. Sebab itulah
dilarangnya Samad pergi ke rumah Mail. Mail tinggal di kaki bukit itu
- sebuah kampung haram. Ibu bapanya berasal dari Kampung Ulu
Akar, sebuah kampung pedalaman yang mundur. Mereka berhijrah ke
kampung haram itu kerana kesempitan hidup. Dan di kampung sesak
itulah sekarang mereka tinggal untuk menyambung hidup.

248

“Contohilah abah,” kata Encik Fazil lagi. “Abah lebih
pentingkan pelajaran. Abah tak mau jadi rosak kerana kawan. Sebab
itulah abah jadi senang sekarang. Dapat diam di atas bukit ini macam
orang-orang mewah yang lain.”

Samad memang membenarkan kata-kata ayahnya itu. Dia tahu
pelajaranlah yang mengangkat taraf hidup ayahnya. Kalau ayahnya
melalaikan pelajaran sudah tentulah dia masih tinggal di kampung
sekarang. Dan kalau di kampung tidak ada kerja, tentulah dia berhijrah
juga ke bandar seperti penduduk kampung bawah ltu.

Memang banyak orang kampungnya berpindah ke ibu kota ini.
Kata mereka di kampung susah cari makan. Tanah tidak ada. Kalau
ada pun tanah sedikit tidak dapat menampung hidup dengan
sempurna. Harga getah sudah turun. Harga kelapa juga turun. Ambil
upah kait kelapa tidak boleh menjamin hidup lagi. Apalagi kalau
sudah beranak-pinak.

Sebab itulah mereka berpindah ke ibu kota. Di sini mereka
boleh kerja kilang. Ambil upah kerja apa pun senang dapat. Kerjanya
pula tidak berat. Lagipun di ibu kota ini banyak hiburan. Lepas teruk-
teruk bekerja boleh bersiar-siar ke taman bunga atau melihat orang
ramai membeli-belah di pasar-pasar besar. Waktu malam boleh
menghiburkan hati di panggung-panggung wayang.

Akan tetapi mereka terpaksalah tinggal di kawasan sesak.
Mereka terpaksalah menjadi setinggan. Rumah-rumah mudah
didirikan di situ. Tidak banyak kisah. Yang penting ialah sedikit wang.
Walaupun dinamakan orang kampung haram, tetapi banyak juga
kemudahan yang boleh diperolehi di situ. Pihak berkuasa tidak akan
sampai hati merobohkan rumah dan menghalau mereka balik ke
kampung asal semula.

249


Click to View FlipBook Version