"Aku tak mau."
"Saya mesti balik kampung."
“Suka hati kaulah.”
“Saya boleh cucuk tanam. Tanah di kampung tu terbiar. Saya
boleh kerjakan," cabar Mak Tam.
"Suka hati kau.”
“Sawah pesaka tu pun terbiar. Saya akan kerjakan. Saya ada
tenaga," Mak Tam menggoncang-goncangkan kedua tangannya.
"Terpulang pada kau. Tapi aku takkan pulang. Aku takkan
balik kampung," Pak Baba berdegil.
"Kalau awak tak mau balik, saya akan balik seorang."
"Anak-anak?"
Terdiam dan termenung Mak Tam. Kedegilan suaminya itu
membuat dia hampir hilang pertimbangan. Hati Pak Baba hati batu.
Keras, malah keras dari batu. Kalau liat boleh juga dibentur-bentur
dan lama-kelamaan akan mengalah juga. Tapi kedegilan hati Pak Baba
yang sekeras bongkah besi waja itu sungguh-sungguh menyakitkan
hati Mak Tam sudah berkali-kali. Mak Tam tahu benar.
“Anak-anak ikut saya ke kampung."
“Suka hati kau. Aku tak mau balik. Aku tak mau balik."
“Apa yang awak nak tunggu sangat di sini hah? Sedar lah diri
tu. Awak dah bersara. Dah dua bulan duduk goyang kaki aja. Duit
100
pencen awak tu sekadar cukup untuk bayar sewa bilik saja. Anak-anak
macam mana? Kita nak makan apa?"
"Dengar sini, Tam. Sekalipun aku dah bersara, tapi aku bukan
merempat seperti mereka yang lain-lain tu. Aku ada kemahiran. Aku
boleh cari kerja di mana-mana bengkel. Kawan aku ramai di bengkel-
bengkel tu. Aku dah hampir dua puluh tahun membaiki kereta, awak
tau,” ujar Pak Baba sombong.
“Dan lagi, Tam, aku malu balik kampung."
“Malu? Awak malu balik kampung?”
“Waktu bujang dulu lagi aku tinggalkan kampung. Dah dua
puluh lima tahun aku bekerja di Kuala Lumpur ini. Dah enam anak
kita lahir di sini. Apa kau fikir aku tak malu balik kampung
menyembah tanah semula? Heh, malu . . . malu."
Dalam kebingungan, Mak Tam memandang keluar tingkap
fletnya semula. Di bawah, Kuala Lumpur nampak semakin hidup.
Pagi, manusia berpusu-pusu, berbondong-bondong, ke sana ke mari
macam semut. Menggernyut macam ulat tahi. Kereta-kereta besar
dengan gagah melunsur di antara manusia yang berjejal-jejal itu.
Terlintas di kepala Mak Tam perkataan ‘inflasi’ yang pernah di
dengarnya di radio itu seakan-akan mengolok-olokkannya saja.
Dan baru sebentar tadi pun perkataan yang mengolok-
olokkannya itu disebut pula oleh suaminya. Inflasi... inflasi....dia tidak
mengerti erti sebenarnya. Cuma fikir Mak Tam entah perkataan itulah
agaknya yang membuat dapurnya jarang berasap lagi.
"Kalau awak malu menyembah tanah, biar saya yang sembah.
Kalau awak tak mau ikut, anak-anak kita boleh disuruh menolong."
101
Pak Baba menggeleng-geleng. Mak Tam isterinya itu nampak
nekad benar hendak balik kampung. Biarkan, fikir Pak Baba. Biar
dicubanya dulu. Biar dicubanya bergelumang dengan tanah lumpur
dan tanah hitam kampung itu. Lihat nanti. Tunggu sampai ke mana
Mak Tam sanggup mengerah tulang empat keratnya itu. Tunggu dan
lihat sampai ke mana kedegilan Mak Tam mahu berbudi dengan tanah.
"Aku dah beli tanah di kampung. Cukuplah untuk tapak rumah
dan untuk bercucuk tanam," kata Dolmat sewaktu membayangkan
rancangan masa depannya kepada Pak Baba di sebuah warong teh
tarik.
Dolmat bercerita lagi tentang tanah yang baru dibelinya itu.
Pak Baba melengung saja mendengar. Dia hampir tidak percaya
Dolmat, kawan sejawatnya itu telah berhasil memiliki sebidang tanah
sendiri. Dolmat teman baiknya semasa di bengkel J.K.R. dulu. Malah
Dolmatlah tempat ia berhutang kalau memerlukan wang.
Pak Baba termenung panjang.
"Dulu aku suruh beringat-ingat Baba. Tapi kau tak pedulikan
nasihat aku. Kau lebih mementingkan nafsu. Aku dah kata,
kemewahan di sini bukan untuk orang-orang macam kita.
Kemewahannya untuk orang-orang mewah saja. Tapi kau dah silap
langkah . . . " kawannya tu berkata lagi.
Pak Baba menghirup tehnya, kemudian termenung semula.
Dia mengangguk-angguk kecil. Dia mengingati detik-detik dan
peristiwa kebuasannya di kota serba jadi itu.
"Kau juga nak balik kampung macam bini aku?"
Angguk dan tersenyum si Dolmat.
102
"Kau mau menyembah tanah balik? Tak malu dengan orang-
orang kampung kau?" tanya Pak Baba pada rakannya itu.
Geleng dan tersenyum lagi si Dolmat.
“Orang-orang kampung hendak ke kota. Tapi awak ganjil.
Macam bini aku juga. Ingin hidup macam dulu balik. Mengerah tulang
empat kerat menyembah tanah."
Geleng dan tersenyum si Dolmat lagi. Kemudian dia
menghirup tehnya pula.
Dolmat tiga bulan lagi akan bersara. Dia sudah nekad hendak
balik ke kampung bersama keluarganya setelah bersara nanti.
Rupanya selama ini dalam diam-diam dia mengumpulkan wang untuk
memiliki sebidang tanah di kampung. Dan inilah hasratnya selama ini:
hendak memiliki tanah sendiri.
"Dulu lain, Baba. Kalau dulu aku mengerjakan tanah orang
lain, tapi sekarang tidak lagi. Kalau dulu hasilnya dibahagi dua, tetapi
sekarang tidaklah begitu. Cukuplah untuk menghidupkan kami anak-
beranak."
Anak-anak dah rindukan abahnya. Pulanglah walau sekejap
pun, kata isi surat yang diterima oleh Pak Baba pagi itu.
Surat dari kampung itu menggetarkan hati Pak Baba.
Kesunyian dalam bilik fletnya yang telah dialami hampir tiga minggu
itu terasa makin mencengkam pula. Ganjil pula terasa bila keriuhan
bertahun-tahun itu tiba-tiba bertukar menjadi sunyi dan muram saja.
"Anak-anakku rindukan aku?" bisik Pak Baba sambil melipat
surat ringkas itu kembali ke dalam sampulnya.
103
Dalam kerinduan pada anak-anak itu ia ke tingkap fletnya,
memandang ke bawah. Kota serba jadi itu kelihatan berburuan ke sana
ke mari, seperti dirinya juga yang sudah dua minggu memburu kerja
di berbagai ceruk. Tapi persaingan hebat menyingkirkanya. Ke mana
juga bengkel kereta dia pergi, tak ada kerja yang terluang untuknya.
Pak Baba termenung panjang lagi.
Sebuah teksi hitam berbumbung kuning melarikan Pak Baba
balik ke kampungnya. Teksi itu deras dan Pak Baba nampak kehijauan
yang menakjubkan terbentang di sepanjang jalan. Anak-anak dan
isterinya sudah tentu menunggunya pulang.
“Abah dah pulang! Abah dah pulang!” pekik anak bongsunya
yang baru disekolahkan di kampung itu.
Beberapa orang lagi anaknya yang juga bersekolah menengah
hampir kampung itu bercegatan berdiri di halaman bila melihat teksi
hitam itu berhenti dan melepaskan penumpangnya. Badan-badan
mereka masih berpeluh berminyak-minyak.
“Dari mana engkau semua berpeluh ni?” tanya Pak Baba.
“Baru menyiapkan batas-batas keledek di belakang rumah tu,
abah,” sahut salah seorang dari mereka.
Pak Baba meninjau belakang rumah itu dari jauh,
memerhatikan keliling kawasan rumah itu. Jalur-jalur batas yang
masih segar hampir memenuhi kawasan itu. Jauh, di sudut belakang
nampak anak-anak pisang tegak berceranggahan.
“Di sana tu nak ditanam cili, terung dan tomato,” potong
seorang anaknya pula.
104
“Emak engkau mana?”
“Belum pulang dari sawah, abah. Katanya nak menabur benih
padi.”
“Dah dapat kerja?" tanya Mak Tam waktu makan malam.
"Entahlah. Dah puas memutar. Tapi tak ada yang terluang.
Budak-budak muda mentah juga yang diutamakan."
“Sudahlah. Tinggalkan saja flet tu. Marilah kita berbudi
dengan tanah pulak,” pujuk Mak Tam.
Pak Baba tak menjawab. Pura-pura tak mendengar. Dia terus
menyuap nasinya. Menambah lagi. Sungguh berselera dia makan
malam itu. Maklum saja sudah lama tak bersua dengan ikan darat dan
sayuran kampung yang masih segar.
“Abah, tinggalkanlah Kuala Lumpur tu,” lonjak salah seorang
anaknya pula.
Pak Baba menoleh si Tamin, anak sulungnya. Kemudian
tunduk semula menyuap nasinya. Hati batunya mulai bertempur
dengan fikiran.
“Bumi di kampung ini lebih berjasa dari bumi Kuala Lumpur,
abah,” sambung si Tamin.
“Jangan nak mengajar abah engkau,” celah Mak Tam. “Abah
engkau lebih mengerti dari engkau. Kan dia berasal dari kampung ini.
Dia lebih tau tentang tanah.”
105
Masih juga membisu Pak Baba. Pertempuran hati batu dengan
fikiran masih sengit. Semakin tegang. Dan nasi terus juga disuap.
Sesuap. Sesuap.
“Aku mesti ke Kuala Lumpur esok.”
“Awak nak balik juga?”
“Ya.”
“Abah nak balik ke Kuala Lumpur?”
“Ya, mesti.”
Semua keluarga itu membisu. Mereka semua memang sudah
tahu hati Pak Baba tidak dapat dilentur-lentur kerasnya.
Tapi:
“Lusa aku balik ke mari.”
Semua mata terbeliak menikam Pak Baba. Masih belum
mengerti mereka.
“Tamin, ikut abah kemaskan barang-barang. Aku nak angkut
semuanya ke mari lusa.”
“Abah nak balik kampung?”
Pak baba mengangguk. Mak Tam melepaskan nafas lega.
Tercuit hatinya. Suaminya mahu pulang ke bumi nan hijau.
106
11. TOK SIDANG BUSU
LETIH benar rasa Tok Sidang Busu petang itu. Dia baru pulang dari
Balai Penghulu Mukim menyerahkan borang-borang mengandungi
butir-butir lengkap mengenai keluarga mangsa-mangsa banjir di
kawasannya. Banjir sudah lama surut. Sudah lesap. Keadaan sudah
pulih. Anak-anak buah Tok Sidang Busu pun semuanya sudah berada
kembali di rumah masing-masing. Yang tinggal hanyalah kesan banjir
itu saja lagi - kemusnahan.
Setiap keluarga yang ditimpa banjir besar tahun 1970 mesti
mengisi borang yang disediakan oleh kerajaan. Borang-borang itu
memang disediakan dua jenis: hijau muda dan putih. Dalam borang
putih semua nama-nama anggota keluarga yang ditimpa banjir
hendaklah dituliskan dengan lengkap, meliputi umur, kad pengenalan
dan pendapatan bulanan.
Dalam borang hijau pula, selain daripada nama anggota
keluarga dan butir-butir mengenainya, dikehendaki pula kepala
keluarga itu menurunkan semua nama anak-anak yang bersekolah,
buku-buku yang hilang dan segala harta benda yang musnah ditelan
banjir besar tahun itu.
Pening kepala Tok Sidang Busu mengisi setengah borang-
borang itu. Pertamanya, kerana memikirkan bencana alam yang
menimpa kampung dan anak-anak buahnya. Keduanya,
mengenangkan ada di antara anak-anak buahnya yang berbohong bila
disuruh mengisi boring-borang itu. Ada yang mendakwa menanggung
kerugian yang tak berpadanan yang tidak menasabah benar. Butir-
butir karut ini telah ditulis dalam borang hijau muda.
"Ini semuanya karut, Itam. Takkanlah sampai begini teruk
awak menanggung kerugian. Tak menasabah. Air banjir tak sampai
pun ke kaki tangga rumah awak. Dan bendang awak yang saya tahu,
107
tak sampai pun lima belas ekar. Kenapa awak tulis luas bendang yang
dimusnahkan banjir seluas ini? kata Tok Sidang Busu bila salah
seorang anak buahnya menyerahkan borang-borangnya.
"Tok Sidang fikirlah. Dah dua musim padi yang saya tanam
musnah. Bermacam-macam penyakit menyerangnya. Beribu-ribu
gantang padi saya kerugian. Saya terpaksa
tanggung sendiri. Kerajaan tak mahu ambil tahu pun. Tak siapa yang
datang menyiasat dan sanggup memberi pertolongan. Tapi, bila tiba
musim banjir besar begini, barulah kerajaan ambil perhatian. Barulah
nak disuruh kita mengisi borang-borang. Pada hal bukan musim banjir
ini saja kita kerugian. Dah bermusim-musim lamanya. Apa salahnya
saya tulis begini? Fikirlah tu baik-baik Tok Sidang."
"Tapi, Itam, borang ini berkenaan dengan kemusnahan dek
banjir tahun ini saja. Banjir baru yang melanda bendang-bendang kita
ini. Banjir besar tahun 70 ini saja. Bukan disuruh isikan dengan segala
kemusnahan padi tahun-tahun lalu," kata Tok Sidang Busu lagi
menegaskan kebenarannya sebagai seorang ketua kampung yang jujur
dan taat kepada orang-orang atasannya.
"Tapi, Tok Sidang, ini hak kita. Gantirugi mesti diberi kepada
petani-petani yang mendapat kerugian. Bila kita berhak menuntut,
inilah masa dan ketikanya kita mengemukakan hak kita itu. Dan ini
jugalah masa yang baik kalau benar-benar kerajaan hendak memberi
gantirugi kepada petani-petani yang malang seperti kita."
"Jangan sangka kerajaan bodoh, Itam. Jangan sangka kerajaan
menerima saja segala laporan yang ditulis di dalam borang ini. Jangan
sangka orang-orang kerajaan yang di bandar dan yang di Kuala
Lumpur sana menutup mata saja. Mereka nanti akan menghantar
pegawai-pegawai menyiasat perkara ini. Mereka akan datang meredah
kampung kita ini untuk melihat sendiri dengan mata kepala mereka
sama ada laporan dalam borang ini betul atau tidak."
108
"Itu saya tak peduli, Tok Sidang. Sama ada mereka datang
menyiasat atau tidak. Saya mahu gantirugi bendang saya yang musnah
itu diberikan kepada saya. Itu saja. Saya berhak menuntut," kata lagi
Itam, anak buah Tok Sidang Busu yang pada suatu ketika dulu pernah
masuk bertanding menentangnya dalam undiraya jawatan Ketua
Kampung Pisang Sebatang. Itam memang bijak bercakap. Kalau di
kedai kopi dialah inteleknya. Dialah manusia serba tahu. Dan dia
berani pula masuk pejabat-pejabat berjumpa orang-orang besar di
dalamnya.
Tapi orang-orang kampung Pisang Sebatang memandang
tinggi kepada kejujuran dan kesetiaan Busu. Lalu Busulah diangkat
untuk mengetuai mereka.
"Bukan kampung kita ini saja yang ditimpa banjir, Itam," balas
Tok Sidang Busu yang penyabar dan tegas orangnya itu. “Kalau nak
dikira, mangsa-mangsa banjir di tempat lain lebih dahsyat. Mereka
kehilangan rumah, harta-benda dan juga nyawa. Ada di antara mereka
yang hanya dapat lari sehelai sepinggang untuk menyelamatkan
nyawa. Kampung kita mujurlah dilindungi Tuhan juga. Cuma air
Batang Padang itu saja yang menyebak naik dan melimpah masuk ke
dalam bendang kita. Cuma batang-batang padi kita tu saja yang
terendam beberapa hari. Bukannya banjir tahun ini meninggalkan
kesan buruk macam di tempat-tempat lain tu!"
"Saya tak peduli itu, Tok Sidang. Walaupun kita orang-orang
kampung ini setengahnya berundur dengan tenteram ke pusat
pemindahan, tapi dikira sebagai orang-orang mangsa banjir, bencana
negara juga. Dan borang-borang ini kenapa dikirim ke mari? Kenapa
kita disuruh mengisinya? Kenapa kerajaan hendak tahu segala butir-
butir mengenai diri kita yang terkena banjir ini? Kenapa?"
109
Muka Itam yang sedikit cengkung itu kelihatan berminyak.
Berpeluh dia. Kemerah-merahan pula terbayang. Ini kerana darah
yang merentas naik ke mukanya itu sudah berkumpul.
"Begini, Itam. Saya sebagai Ketua Kampung di sini. Awak
sendiri maklum. Dan saya mesti perhatikan segala butir-butir yang
ditulis di dalam borang ini adalah benar belaka. Saya mesti awasi
segala yang berhubung dengan perkara ini harus ditulis dengan jujur.
Saya perlukan kejujuran. Kalau tidak nanti saya kena tempelak Tok
Penghulu. Saya juga nanti dituduh tidak amanah dan tak
bertanggungjawab oleh Tuan Pegawai Daerah."
Itam tetap berdegil juga. Dia tidak mahu memadam segala
butir-butir segala kerosakan harta-benda dan bendangnya yang
sengaja ditulis tidak benar itu. Dia tak mahu melepaskan peluang ini.
Dia mahu gantirugi lima belas ekar bendangnya. Dia tidak peduli
sama ada perbuatannya itu menghitamkan nama baik Tok Sidang
Busu atau membusukkan nama penduduk-penduduk kampung
lainnya. Dia tak peduli. Itu bukan masalahnya.
Inilah salah seorang anak buah Tok Sidang Busu yang
memeningkan kepalanya. Sebenamya ada beberapa orang lain lagi
anak-anak buahnya yang bersikap begitu. Mereka selalu saja hendak
menunjukkan kepintaran masing-masing. Hendak menunjukkan
handal masing-masing. Di kedai kopilah tempat mereka meraja. Ada
kalanya sengaja mereka membangkang perkara-perkara yang patutnya
dihormati ramai. Perkara-perkara yang hakikatnya baik dan
menguntungkan.
Tok Sidang Busu memang benci dengan anak-anak buahnya
yang bersikap begini. Mereka ini sengaja hendak mengkucar-kacirkan
kampung. Suka menimbulkan suasana panas. Sengaja hendak
merosakkan imej Tok Sidang Busu. Sengaja hendak mengharu-
110
birukan ketabahan hatinya yang sentiasa mengambil berat di atas
segala sungutan dan aduan orang-orang kampung.
Betapa tidak. Kalau bendang kering tak berair, Tok Sidang
Busulah yang tampil ke pejabat berjumpa Tuan Pegawai Daerah atau
Wakil Rakyat mengadukan hal. Kalau orang-orang miskin anak
buahnya meminta bantuan Kebajikan Masyarakat, Tok Sidang
Busulah yang menghayunkan kaki ke pejabat dan meminta borang-
borang. Dialah yang mengerjakan segala. Kalau orang-orang
kampung mahukan tanaman padi dua musim, Tok Sidang Busu
jugalah yang jadi juara menyampaikan hasrat anak-anak buahnya itu.
Pendeknya Tok Sidang Busulah tempat mereka menggantungkan
harapan.
Bila di rumahnya pun Tok Sidang Busu sentiasa saja
dikehendaki orang. Dia sering saja dipanggil ke Balairaya atau ke
masjid atau ke kedai kopi tumpuan ramai di kampung kecil itu. Ada
pegawai pertanian hendak bertemunya. Bila di rumahnya pun Tok
Sidang Busu sentiasa saja dikehendaki orang. Dia sering saja
dipanggil ke Balairaya atau ke masjid atau ke kedai kopi tumpuan
ramai di kampung kecil itu. Ada pegawai pertanian hendak
bertemunya. Ada pegawai FAMA hendak bertemunya. Ada orang
polis hendak bertemunya. Ada kakitangan dari pejabat agama hendak
bertemunya. Dan berbagai-bagai lagi orang-orang dan bandar yang
hendak berurusan dengan Tok Sidang Busu.
Sekali-sekala datang juga rombongan Tuan Pegawai Daerah
meredah kampung Pisang Sebatang untuk melawat. Ketika inilah Tok
Sidang Busu kelihatan paling sibuk. Dia terpaksa pula berugi bersakit
menjamu selera pelawat-pelawat itu dengan gulai ayam dan goreng
udang galah.
Tandatangan dan cop Tok Sidang Busu juga amat bernilai.
Kalau di awal tahun. Silih bergantilah anak-anak buahnya datang ke
111
rumahnya meminta tandatangan dan copnya diturunkan ke atas
borang-borang biasiswa pelajaran anak-anak mereka.
Tok Sidang Busu yang merasa badannya kian kurus dan letih
itu, mendapati dirinya sering diperlukan orang. Sering dia diminta
menghadiri majlis-majlis tertentu anjuran anak-anak buahnya. Dia
diangkat menjadi Yang Dipertua masjid. Dia dilantik menjadi
penasihat Persatuan Belia. Dia dipilih menjadi Pengerusi Lembaga
Pengurus sekolah dan menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa
sekolah agama rakyat kampung.
Memang orang-orang kampung Pisang Sebatang
menganggapnya sebagai seorang ketua kampung yang berkebolehan
juga. Anggapan ini dimiliki juga oleh beberapa orang ‘musuhnya’
yang iri hati kepadanya. Tok Sidang Busu sentiasa saja sibuk melayan
anak-anak buahnya. Tapi kesibukannya itu bukanlah untuk ditonjol-
tonjolkan seperti yang diperbandingkan oleh ‘musuh-musuhnya’
dengan Tok Sidang-Tok Sidang lain di mukim itu. Mereka itu mahu
nama saja, hanya nama!
Kesibukan Tok Sidang Busu adalah kesibukan yang terbit dari
kejujuran dan kesetiannya ingin berjasa. Waktu banjir mula hendak
menyerang kampung itu dua minggu lalu, Tok Sidang Busu mulai
membimbangkan keselamatan kampung dan anak-anak buahnya. Dia
mulai cemas. Sedangkan anak-anak buahnya belum merasa apa-apa
pun lagi. Pukul tiga pagi itu dia tersedar dari tidurnya.
“Heh, mengapa awak ni? Mengigau? Apa," sergah isterinya
yang tidur di sisinya.
"Aku nak ke ban besar tu sekejap, Munah.”
“Apa dibuat ke sana? Ada apa di sana di tengah malam ini?"
jerkah Munah lagi…
112
"Aku nak periksa ban besar tu. Kalau ia pecah habislah
kampung ini. Matilah kita semua," Tok Sidang Busu memperlihatkan
kebimbangannya.
"Takkan tanah ban sekukuh itu mahu pecah," jawab isterinya
tawar saja.
“Apa kau kata Munah? Ban itu tak mahu pecah? Kau ingat air
sungai tu tak kuat? Jangankan ban besar tu. Gunung batu sekalipun
boleh roboh kalau air deras melandanya lama-lama," Tok Sidang Busu
mulai menyinga.
"Takkan pecah. Percayalah cakap aku."
"Jangan berkata begitu, Munah. Kuasa air tu kuasa Tuhan, kau
tahu. Kau tahu dah berapa banyak tempat di negeri kita sekarang
diserang banjir? Kau tak dengar siaran radio semalam?"
"Tempat mereka tu lainlah. Tanahnya rendah. Tempat kita ini
berbeza. Tanahnya tinggi. Lagipun selama kita diam di kampung ini,
semenjak berpuluh-puluh tahun, belum pernah pun banjir. Tengoklah
di masa-masa yang lalu. Tempat orang terendam dek air. Tapi
kampung kita ni nak bagi terjejas sedikit pun.”
“Kau, Munah bila dah ditimpa kesusahan nanti baru nak
percaya. Baru tahu." jawab Tok Sidang Busu yang terus juga
menggelunsur keluar dari dalam kelambunya, tidak memahukan kata-
kata dingin isterinya itu.
Setelah siap memakai seluar dan baju lusuhnya, Tok Sidang
Busu menerkam pula ke pintu. Sebelum turun membelah malam sunyi
yang ditaburi hujan renyai-renyai itu ia berpesan lagi kepada isterinya
menyuruhnya berjaga-jaga. Dengan bersuluhkan cahaya lampu
picitnya dia terus saja meluru ke ban besar yang panjang melengkung
113
memagari kampung Pisang Sebatang. Ban besar inilah yang
diharapkan selama ini membentengi air sungai Batang Padang dari
menyerbu masuk ke petak-petak sawah kepunyaan orang-orang
kampung.
Sampai di ban besar itu, Tok Sidang Busu mendapati air
sungai itu hampir hendak melimpah masuk ke bendang. Ban itu
hampir hendak terbungkus pula. Kalau ban besar itu ditakdirkan
terbungkas akan meletuslah malapetaka yang lebih dahsyat. Banjir
besar yang amat ditakuti itu akan meraja, menelan anak-anak buah
Tok Sidang Busu.
Sampai pagi Tok Sidang Busu tak mahu tidur lagi. Hatinya
sentiasa saja diselubungi bimbang dan cemas. Anak-anak buahnya
barangkali belum menyedari maut yang akan datang mencekek leher
mereka. Mereka barangkali masih enak bergulung digeluti mimpi di
kala hujan renyai-renyai yang semenjak pagi semalam turunnya belum
juga reda-reda.
"Tumin! Abu! Sebak! Pak Salim!” seru Tok Sidang Busu dari
pintu rumahnya, melihat beberapa orang anak buahnya sedang hendak
ke surau sembahyang subuh.
“Ada apa. Tok Sidang?"
"Air Batang Padang dah melimpah ke bendang kita. Ban besar
itu pun hampir nak pecah! Eloklah kita berjaga-jaga!"
"Benar ke?"
"Benar! Aku sendiri sudah pergi periksa!"
Anak-anak buah Tok Sidang Busu itu mendesas-desus
seketika. Lepas itu kelihatan mereka mempercepatkan langkah
114
menuju surau. Barangkali mereka sudah mengambil keputusan:
hendak berdoa panjang-panjang memohon perlindungan dari Tuhan.
Pagi itu sekelian penduduk kampung Pisang Sebatang sudah
gempar. Mereka tahu air sungai Batang Padang telah melimpah masuk
ke petak-petak sawah mereka. Beberapa jam kemudian kelihatan
bendang mereka sudah digenangi air keruh berlumpur. Pokok-pokok
padi yang baru berumur sebulan itu sudah tenggelam ditelan air
Batang Padang yang menyerbu datang. Batas-batas sawah sudah
banyak diputuskan air. Petani-petani bertambah cemas melihat
bendang mereka yang macam laut itu.
Air masih bertahan di petak-petak bendang. Belum lagi naik
ke tanah kampung yang lebih tinggi itu. Orang-orang yang tadinya
tertawa-tawa saja sekarang kelihatan sudah melatah dan berwajah
suram, cemas berjalan ke sana ke mari.
Tapi ada pula di antara mereka yang masih bercakap besar dan
berlagak berani.
“Ah, apa ditakutkan. Takkan air besar datang. Sebentar lagi
surutlah dia.”
“Kampung kita ni memang payah nak tenggelam,” tampuk
seorang lagi yang meringan-ringankan suasana kampung yang
hampir-hampir hendak dilanda ribut itu.
“Tok Sidang kita ke mana?" ada orang bertanya.
“Entah. Subuh tadi ada dia. Sekarang entahlah," Jawab yang
lain.
"Dia ke Balai penghulu," ada orang mencelah.
115
"Ke Balai Penghulu merepotkan hal ini?
"Barangkali tu . . . "
"Ah, perkara ini tak payah direpotkan. Kita bukan kena banjir.
Cuma bendang kita tu aja yang tenggelam sejekap. Apa yang boleh
penghulu buat?"
Air Batang Padang bertambah banyak datangnya. Semakin
luas taklukannya. Ada seorang anak muda menyukat paras air itu
dengan menyacakkan sepotong kayu. Kayu itu jelas kelihatan dinaiki
air inci demi inci.
Lidah air Batang Padang sudah menjilat gigi-gigi tanah
kampung dan mulai melimpah pula ke halaman beberapa buah ruma
Beberapa keluarga yang melihat air di halaman rumah ereka semakin
dirundung cemas. Pendeknya hati kebanyakan penduduk-penduduk
kampung itu sudah merusuh. Kepala air dapat didengar melesah-lesah
memutuskan batas-batas bendang.
“Itu Tok Sidang datang!”
“Ya, Tok Sidang! Tok Sidang! Apa macam kita ni?” seru anak
buah Tok Sidang Busu.
Dengan berwajah lusuh dan cemas, Tok Sidang Busu datang
hampir dengan menunggang basikalnya. Ia menghampiri anak-anak
buahnya yang berlonggok itu.
"Kita mesti pindah sekarang. Ini perintah dari Tuan D.O.
Datuk Penghulu dapat arahan dari Tuan D.O. menyuruh kita semua
pindah,” kata Tok Sidang Busu tergagap-gagap.
116
“Ke mana kita nak pindah, Tok Sidang? Apa kita nak
tinggalkan kampung laman kita ni?" mereka bertanya.
"Kita diperintahkan berpindah ke bangunan sekolah. Lekas,
bersiaplah. Kemaskan barang-barang. Selamatkan anak bini dulu,"
perintah Tok Sidang Busu.
Mereka bersurai dari situ.
"Awak, Itam, mengapa membatu saja? Tak selamatkan
nyawa?"
"Saya belum mau berpindah, Tok Sidang. Air ini takkan naik
ke tanah kampung merosakkan kita. Cuma berlegar-legar di bendang
itu saja. Sebentar lagi surutlah dia."
"Bukan begitu, Itam. Kita semua dapat perintah Tuan D.O.
supaya berpindah. Kalau tak mau berpindah dan dapat malang nanti,
Tuan D.O. tak mau bertanggungjawab lagi. Dan kalau kita berpindah
sekarang ke pusat pemindahan, barulah dapat dihantar bekalan
makanan dengan segera," ujar Tok Sidang Busu mengembang-
ngembangkan tangannya hendak memahamkan Itam yang berlagak
bijak dan degil itu.
"Saya belum mau berpindah, Tok Sidang. Orang-orang lain tu
kalau nak makan feri, dapat susu, roti dan kopi percuma, bolehlah
mereka ke pusat pemindahan tu sekarang. Tapi, diri saya ni, tidak!
Saya seumur hidup belum pernah makan nasi kawah!"
“Ini perintah dari atas, Itam. Bukan dari saya.”
Itam berdegil juga.
117
“Saya tau ini perintah. Tapi, buat saya perintah seperti ini
boleh diingkari. Kita bukan kena banjir lagi. Cuma bendang kita saja
yang karam. Kampung kita belum. Tuan D.O mana tau. Dia cuma ikut
kata Penghulu. Dan Penghulu ikut apa kata Tok Sidang saja. Tuan
D.O. dan Datuk Penghulu bukan datang menyaksikan keadaan yang
sebenar,” kata Itam dengan satu sindiran.
“Tapi, ltam, kalau ban besar tu pecah dan terbungkus, tentu
seluruh kampung kita ini karam. Kita semua pun akan karam juga.
Jadi, sebelum perkara ini berlaku, kan lebih baik kita semua berundur
dulu. Kalau di tengah malam nanti ban besar terbungkus, kan susah
nak memindahkan anak isteri?” ujar Tok Sidang Busu lagi dengan
bersungguh-sungguh.
Itam terdiam dan berfikir sebentar. Tok Sidang Busu mengira
tentu kebenaran kata-katanya itu masuk juga ke hati ltam. Dia sedap
hati. Tapi jawapan Itam lain benar bunyinya:
“Kalau ayam itik dan beras saya dicuri orang semasa tinggal
di pusat pemindahan itu, dapatkah Tok Sidang mcmberi gantiruginya.
Dan kalau Tok Sidang dapat pingat PJ.K. tahun depan, apa pula yang
saya dapat?”
Tok Sidang Busu tidak kuasa berkata-kata lagi. Dia beredar
dari situ. Hatinya terbakar betul. Dia menahan api kemarahannya yang
sedang hendak menjulang itu. Dan sampai sekarang pun kesannya
membekas di hatinya.
118
12. SATU PERPISAHAN
DALAM merah senja yang tak berawan itu Liza masih bersama
Tamrin berjuntai di atas buaian besi bermesra dengan tiupan angin.
Angin kering dari kota itu berhembus mengerbangkan rambut mereka.
Liza menyelak hujung rambutnya yang hampir melitupi muka.
"Iza takutlah, bang. Malam tadi, Iza dengar pakcik dan emak
bertengkar lagi."
"Kau dengar apa yang ditengkarkan?"
"Dengar. Tapi Iza tak faham. Emak menangis teresak-esak."
"Kau tahu mengapa abah dan makcik bertengkar?"
"Entahlah, Iza tak tahu. Iza dengar pakcik selalu marah-marah.
Lepas itu emak menangis tersedu-sedu."
"Lepas itu?"
"Lepas itu pakcik pergi. Tutup pintu kereta kuat-kuat"
"Lepas itu?"
"Lepas tu mak datang peluk Iza. Emak peluk Iza lama-lama
dan kuat. Iza rasa air mata emak banyak keluar.”
“Kau pun menangis?”
“Ya, Iza mahu menangis. Tapi tak tahu apa yang nak Iza
tangiskan, Iza pun tak tahu kenapa mak menangis."
119
Tamrin merenung muka Liza yang kesedihan. Hiba terasa
memandang adik tirinya itu. Mengapa harus Liza yang tak pernah
melihat dunia ini tersiksa? Haruskah dia mengerti tentang apakah
dunia ini terlalu penuh dengan esak tangis? Dengan mata yang tak
bercahaya itu, mestikah dia mendengar segala apa yang menghiris
hati?
Memang ia tak pernah melihat dunia semenjak dilahirkan.
Entah bagimanalah rupa ibu yang selalu memeluk dan menciumnya
itu, dia tak tahu. Entah bagaimanalah rupa abang tirinya yang bernama
Tamrin itu dia tak dapat bayangkan. Entah bagaimana paras ayah
tirinya yang dipanggil pakcik itu dia tak dapat gambarkan.
"Pakcik baik orangnya, kan, bang?”
“Baik. Tapi sekali-sekala dia perengus.”
“Emak pun begitu. Tapi emak selalu sangat menangis.”
“Aruah emak abang pun begitu juga. Tapi emak pergi cepat
sangat. Dia patutnya ada bersama kita . . . "
"Bersama kita?" '
“Oh, tidak, Iza, tidak. Kalau emak ada bersama di sini, tentu
kau juga takkan ada di sini kan? Tentu abah . . . tentu . . . eh, kau
menangis!”
Liza mengesat air matanya yang tiba-tiba saja mencucur.
Matanya terkelip-kelip dan dalam benaknya terbayang gambar yang
tidak menentu. Terhiris betul hatinya mendengar kata-kata Tamrin itu.
"Maafkan abang, Iza. Abang tak sengaja." Tamrin menepuk-
nepuk bahu Liza, mahu mententeramkannya semula.
120
Liza memang selalu mendapat teman dari abangnya itu. Bila
Tamrim pulang dari sekolah, dia akan gembira mendengar Tamrin
bercerita. Tamrin akan bercerita tentang kawan-kawan sekelasnya
yang nakal-nakal dan yang baik-baik. Dia akan menceritakan tentang
Cikgu Khalil, guru darjah 6Anya yang selalu meradang tapi jujur. Dan
Liza tidak akan berpuas hati jika Tamrin tidak menceritakan kembali
kepadanya kisah-kisah yang dibacanya dari buku.
"Bagaimana dengan mak? Tidakkah abang disiksanya?”
“Oh, tidak. Emak kau baik. Dan dia jadi makcik abang? Abang
anggap dia macam emak abang juga."
"Tapi abang selalu cerita emak tiri itu garang. Kan dalam buku
cerita abang kata gitu?"
Tamrin geli hati mendengar kepetahan Liza yang berumur
lima tahun itu bertutur. Dia bingkas tertawa.
"Abang ketawa! Tapi pernahkah abang disiksanya?"
"Tidak, Iza. Emak tiri abang tu baik hati. Dia baik hati macam
kau juga." '
"Jadi, emak Iza tak pernah siksa abang?"
"Tak pernah."
"Tapi, mengapa pakcik selalu bertengkar dengan emak? Salah
siapa? Salah emak?"
121
"Entahlah, Iza. Abang tak tahu. Abang pun jarang-jarang
tengok abah di rumah. Abah sibuk sangat dengan kerjayanya. Kadang-
kadang makcik pun tak sempat makan sama-sama abah."
"Semalam pakcik bertengkar dengan mak waktu abang di
sekolah. Iza dengar pakcik merengus. Iza dengar juga pakcik tengking
mak. Lepas tu dia berjalan hentakkan kasut dan tutup pintu kuat-kuat."
"Kau dengar apa yang abah cakap?"
"Dengar juga."
"Apa katanya?"
Liza terhenti sebentar dari meneruskan kata-katanya.
Kerongkongnya terasa macam tersumbat. Kepedihan menyenak
dalam dada. Mulutnya terjebik, tapi dia tidak menangis. Ia ingin
menangis sepuas hati tapi . . .
"Apa kata abah?"
"Dia kata mak jahat. Dia kata mak mesti keluar dari rumah.
Dan . . dan . . . "
“Dan apa lagi kata abah?"
"Katanya, mak macam semak dalam rumah." Lagi sekali air
mata Liza mencucur, bertakung dan meleleh pada pipinya.
“lza, kau percaya cakap abah tu?" Tamrin memegang kedua
bahu Liza pula.
"Entahlah. Tapi begitulah kata pakcik. Sebab itulah mak peluk
Iza kuat-kuat."
122
"Abah tak marah lagi lepas itu?"
"Entahlah. Iza tak dengar apa-apa pun lagi. Emak pun diam
juga."
"Tapi hari ini abah dan makcik dah keluar. Ke mana mereka?"
"Entahlah, Iza tak tahu," ia menggeleng.
Barulah Tamrin tersedar bahawa pertanyaan itu tidak
seharusnya ditujukan kepada Liza. Sepatutnya dia sendiri yang lebih
mengetahui akan segala perkembangan berkeluarga abah dan ibu
tirinya itu.
“Oh, ya, hari ini Sabtu. Abah bekerja sekerat hari. Tentu dia
pergi entah ke mana bersama makcik," bingkas Tamrin sambil
menghayunkan sedikit buaian yang mereka tenggek itu.
"Sepatutnya abang Tamrin tahu ke mana pakcik dan mak."
“Tidak, Iza. Abang tak tahu."
"Mengapa abang tak tahu? Tidakkah pakcik beritahu abang?"
"Abah selalu sibuk. Kau bukan tak tahu, Iza. Tapi abah tu
ganjil juga. Sekarang jarang-jarang benar dia di rumah."
"Sebab itu mak selalu merungut?"
"Barangkali . . . ya . . . barangkali."
"Tapi, takkan abang tak tahu. Iza lainlah. Iza buta."
123
Tamrin menarik nafas sepanjang mungkin. Dia
menghembuskannya keluar melalui mulut yang sedikit terbuka. Dia
memandang lagi wajah Liza yang kelihatan keruh. Kakinya menolak-
nolak tanah berumput untuk menggerak-gerakkan buaian yang
mereka naiki itu. Muka Liza agak mendongak tanpa diketahui menjadi
sasaran renungan Tamrin beberapa ketika.
“Iza. Sebenarnya perangai abah pun dah jauh berubah
sekarang. Tak macam dulu lagi."
"Abang nampak?"
“Ya, abang nampak dan tentu kau dapat rasa.”
“Tapi, abang tentu lebih merasakan kerana abang anak
kandungnya."
"Betul, Iza. Tapi makcik tentu lebih merasakan dari abang."
"Maksud abang?"
"Abah nampaknya tak memperdulikan kita lagi. Abang sendiri
pun tak dihiraukannya. Pelajaran sekolah abang pun abah tak ambil
hal lagi. Bila abang minta duit beli buku, dimarahnya pulak abang."
"Kenapa agaknya, bang?"
"Entahlah, Iza, entahlah," Tamrin menggeleng-geleng. Tapi
gelengnya itu sia-sia saja kerana Liza tak dapat melihatnya.
Liza yang lebih muda 5 tahun dari Tamrin itu datang ke rumah
besar ini ketika umurnya dua tahun. Dia kehilangan bapanya waktu
usianya baru mencapai setahun. Dia tak pernah tahu bahawa bapanya
124
telah terkorban dalam kemalangan helikopter di hutan sempadan
Malaysia-Thailand waktu bertugas.
Tamrin pula menemui Liza setelah abahnya mengahwini janda
kapten tentera udara itu. Tapi dia masih terbayang lagi peristiwa ngeri
kemalangan jalanraya yang membawa maut ibunya. Sampai sekarang
pun masih diingatnya.
"Kalaulah mak ada, tentu abang tak jadi begini."
"Kalaulah ayah Iza hidup, Iza juga tentu takkan jadi begini."
Masing-masing terdiam seketika mengingat sesuatu.
"Abang sayang pada pakcik dan mak?" tanya Liza.
"Tentulah. Kau pulak bagaimana?"
"Sayang juga. Kedua-duanya Iza sayang."
"Tapi, bang, sayangkah pakcik pada kita lagi?"
Tamrin mengetap bibir. Dalam hatinya berligar berbagai
kemungkinan yang membuatkan hatinya sendiri was-was.
“Iza, nampaknya fikiran abah rungsing sekarang. Sebab itulah
dia jarang-jarang lagi bercakap dengan makcik.”
“Tapi, bang, kenapa pakcik jadi begitu?”
“Entahlah. Agaknya abah banyak kerja di pejabat.”
“Kalau pakcik banyak kerja mengapa mak pun dimarahnya?”
125
“Orang tua-tua, Iza. Kita tak tahu apa yang
merungsingkannya.”
Pagi itu Liza duduk sendirian di dapur. Dia duduk saja
sendirian di atas kerusi rotan lama di tepi dinding. Tekaknya haus, ia
pun melangkah meraba-raba menuju ke peti air batu yang terletak
pada tepi pintu bilik dapur itu. Sebelum tangannya membuka
pintunya, tiba-tiba dia dengar suara batuk lelaki. Suara itu jelas
bunyinya dalam ruang tamu atau dalam bilik tidur berkembar di
bahagian depan.
"Pakcik dah pulang dari pejabat? Oh, tapi takkanlah. Belum
pernah pula pakcik pulang awal-awal begini," suara hati Liza berbisik.
Kemudian dia dengar suara ibunya perlahan sekali. Sungguh
perlahan bagai orang berbisik kebimbangan.
Tapi Liza terus juga membuka pintu peti air batu itu. Dia mahu
segelas air sejuk. Tangannya lalu meraba sebiji gelas yang memang
tersedia di dalam. Dia mengeluarkan gelas itu. Tapi, pranggggg . . . .
gelas itu tergelincir dari tangan dan terhempas jatuh bersepai di atas
lantai simen. la jadi gugup.
"Iza! Apa kau buat di sini, ah?" sergah ibunya yang menerpa
datang.
“Iza haus, mak."
"Kenapa tak panggil emak?"
"Emak tengah bercakap dengan . . . " cepat-cepat tangan
ibunya itu menekup mulut Liza hingga sebentar sukar ia hendak
bernafas.
126
Ibu Liza mengutip serpihan kaca yang bertaburan di atas
lantai. Dia membuangkannya ke dalam tong sampah di penjuru bilik
dapur. Liza diberi minum air limau sejuk, kemudian dipimpin menuju
kerusi rotan untuk dia kembali duduk bermenung di situ.
“Lain kali kalau Liza nak apa-apa, panggil emak, tau.”
"Baiklah, mak."
Liza ditinggalkan di situ seorang diri. Dia bermenung lagi.
Dan suara batuk kasar dalam bilik depan sebentar tadi itu sekarang
terngiang-ngiang semuanya dalam telinganya. Batuk siapakah itu?
Tak mungkinkah batuk orang lain selain dari batuk pakciknya?
Terpampang satu tanda soal besar dalam kepalanya. Siapakah dia?
Kalau Tamrin berada di rumah ketika itu, tentu dia dapat tahu.
Tak perlulah ia melayan tanda tanya besar itu. Tapi sekarang Tamrin
di sekolah. Tengahari nanti barulah dia sampai ke rumah.
“Kau dah makan, Iza?"
"Belum, bang."
"Kenapa?"
"Tadi Iza kenyang. Lagipun Iza memang tunggu abang, nak
makan bersama."
"Makcik mana?"
"Emak ke rumah Makcik Nab. Katanya nak pulangkan duit
kutu. Dia tak mahu main kutu lagi.”
Tamrin makan sehidang dengan Liza tengahari itu. Biasanya
Liza makan bersama emaknya kalau waktu hari Tamrin bersekolah.
127
Tapi hari itu seleranya tak terbuka meskipun emaknya mengajak
makan.
"Kau belum tidur, Iza?" tanya Tamrin bila dilihatnya adik
tirinya itu masih lagi gelisah di tempat tidurnya malam itu. “Kan dah
pukul sepuluh ni?”
“Mata Iza belum mengantuk. Tapi, pakcik mana, bang?
Sampai sekarang belum pulang dari pejabat."
“Ah, tentu dia pergi mesyuarat agaknya.”
“Barangkali itulah yang dimarah mak. Pakcik selalu lambat
pulang.”
“Entahlah, Iza. Itu hal orang tua.”
Liza menelentang dengan matanya masih membedik-bedik.
Fikirannya sedari tadi menjengkau-jengkau tak menentu. Di sebelah
katilnya Tamrin mengerengkan badan, juga melayan fikirannya
dengan persoalan yang belum ada jawapan.
“Iza, kau pun tak mahu lelap?”
"Memang. Iza rasa ada sesuatu yang akan berlaku. Iza takut.
bang."
"Tentang abah dan makcik?"
“Ya, tentang pakcik dan mak."
"Apa yang kau tahu, Iza?" Tamrin menongkatkan kepalanya,
memandang tepat kepada adik tirinya itu.
128
"Pagi semalam ada orang lelaki datang berjumpa mak. "
“Kan tahu siapa?”
"Entahlah. Iza dengar suaranya saja bercakap-cakap dengan
mak."
"Lepas itu?"
"Lepas itu mak berlari-lari datang menerpa Iza. Agaknya mak
dengar gelas terhempas dari tangan Iza. Mak marah Iza. Semenjak
itulah hati Iza takut. Iza sungguh takut, bang."
"Apa yang kau takutkan?"
"Kerana mak dan pakcik bertengkar petang itu. Mak dan
pakcik tengking-menengking. Mereka betul-betul berkelahi.”
“Ah, pedulikanlah. Itu bukan hal kita. Biarkanlah.”
“Tapi pakcik kata mak yang bersalah. Dan mak kata pakcik
yang tak pedulikan dia lagi. Emak pun ..... "
“Sssttt . . . diam, Iza . . . kita jangan campur. Tak baik."
Pagi itu Liza terjaga dikejutkan emaknya. Dia terperanjat. Lalu
emaknya mcmeluknya sambil menangis tersedu-sedu panjang.
“Iza, hari ini kita balik kampung, rumah nenek."
"Kenapa, mak? Pakcik dapat cuti?"
"Tidak, Iza. Kita pulang berdua saja."
129
"Kenapa pakcik dan abang Tamrin tak pulang sama?"
"Mereka tak boleh ikut kita."
"Abang Tamrin dan pakcik tak boleh ikut? Kenapa?
"Kerana kita akan pulang selama-lamanya. Mereka tak boleh
ikut bersama kita lagi. Kita dah berpisah . . . kau akan faham nanti."
Dada Liza berasa sebu. Badannya bagai akan terangkat ke
langit. Sungguh dia tak sangka perpisahan itu akan berlaku juga. Di
mana abang Tamrin sekarang? Hatinya berbisik pilu.
"Abang Tamrin!” Liza menjerit sekuat hatinya. Lalu ia pun
menyembamkan mukanya ke dada emaknya. Di situlah dia
melepaskan segala-galanya yang menyenak dada kecilnya itu.
130
13. RESAH SEORANG MURID
YANG paling dibencinya dalam dunia ini ialah Cikgu Samad. Muka
Cikgu Samad yang bengis dan tak bertimbang rasa itu bersilang-
pukang dalam kepalanya. Kedua matanya yang tajam menikam-
menikam itu menyemakkan fikirannya saja. Suaranya yang garuk
kasar itu sentiasa berbunyi aneh. Segala sesuatu dari Cikgu Samad tak
pernah menyenangkan. Memang dia manusia, orang yang sentiasa
menggalang dalam fikirannya.
Kebenciannya terhadap Cikgu Samad selama ini memang
dipendamkan dalam lubuk hati. Kadangkala meluap-meluap dan
menjulang-julang bagai api besar yang tidak terkawal. Ada kalanya
kebencian itu memanjat sampai ke kemuncak. Di kala itu hatinya akan
menjerit, mulut mencebir dan gigi menggertup geram.
Namun begitu dia cukup pandai menyimpan kebencian itu.
Dikurungnya betul-betul bersama perasaannya supaya tidak kelihatan
langsung riaknya. Kerana itulah tiada seorang pun di antara kawan-
kawannya yang dapat mencium kebenciannya terhadap Cikgu Samad.
Mengapa dia memusuhi aku? Mengapa dia begitu kasar dan tak
bertimbang rasa padaku? Mengapa aku diperbezakan dengan kawan-
kawan sedarjah?
Semakin difikir, semakin kacau dan kusut fikiran. Muka Cikgu
Samad yang dibenci itu datang juga melompat-lompat-lompat dalam
ingatan. Muka itu juga yang datang marah-marah, mengejek-ejek dan
mengejinya. Kenapa muka Cikgu Samad yang jadi tumpuan? Kenapa?
Sungguh Cikgu Samad sudah mengganggu emosinya. Tahun
lalu Cikgu Samad mengajar darjah 4B. Tahun ini dia mengajar darjah
5B pula. Tapi mengapa tahun ini pun dia masih marah-marah dan
mengejek-ejek lagi?
131
Aku tau dia menganggap aku bodoh dan tongong. Aku
mengaku otakku amat lemah dan lembab. Memang aku tau aku
seorang murid yang paling lembab dalam darjah. Otakku tidak macam
otak Ajmain, atau otak Murni atau otak Ghafar atau otak Hasnah.
Mereka cekap dalam semua matapelajaran. Mereka mempunyai otak
cerdas dan kalau disuruh menjawab soalan, lekas-lekas dapat mereka
siapkan sampai terus memuaskan hati Cikgu Samad. Sudah tentu
mereka dapat markah tinggi mengatasi murid-murid lain. Patutlah
mereka dipuji, disanjung dan disuruh jadikan contoh.
Dan aku sedar aku murid lembab. Paling lembab. Kalau
disuruh menjawab, jarang-jarang benar jawapanku itu dirait. Kalau
disuruh menjawab lisan, lambat benar jawapannya keluar dari mulut.
Kalau keluar pun, meleleh macam air. Di kala itulah kawan-kawanku
akan tertawa menggelekek melihat ketololanku. Mereka malah
sanggup beramai-ramai mentertawakan aku bila aku tergagap-gagap
memberi jawapan. Sebab itu aku sering jadi bahan ketawa kelas.
Bukan kawan-kawanku saja memandang benci padaku. Malah
Cikgu Samad pun memandang rendah terhadapku. Kebodohanku
yang menggelikan hati kawan-kawan rupanya sungguh
mendongkolkan hati Cikgu Samad. Kelembapan otakku rupanya
sungguh tidak menyenangkan hati dan perasaannya. Lantas aku pun
dikutuk dan dibenci. Aku dibiarkan dengan kebodohanku. Aku
dibiarkan cicir tatkala kawan-kawanku menerima pelajaran baru. Aku
tidak dipedulikan langsung lagi. Dibiarkan macam tunggul di tengah
padang.
Murid bertubuh kecil, kerdil itu menyandarkan badannya pada
pangkal sena yang tegap di tepi pagar sekolah. Dia mengkhayal. Dia
tau tubuhnya bangkut dan jika bermain berkejar-kejar dengan kawan-
kawan sedarjahnya sudah tentu dia akan dikalahkan dengan mudah.
Dia tak upaya berlari sepantas kawan-kawan yang jauh lebih tinggi
dan tegap darinya. Dan dia sendiri sedar dia tidak akan dikehendaki
132
kalau bermain kejar-kejar. Lalu tersisihlah dia. Bila waktu rehat,
menyendiri di pangkal sena besar itu dengan teman angan-angannya.
Dia berangan-angan dan berangan-angan.
Dia mengerti dialah murid yang paling tidak disukai ramai.
Baik dalam pelajaran atau dalam sukan. Sama ada dalam darjah
mahupun di padang. Dalam ujian-ujian selalu saja dapat nombor
pencorot. Dalam sukan pun begitu. Membuat kawan-kawan
sepasukannya marah dan menyalahkannya bila kalah. Lagi-lagi murid
cergas dan deras berlari dapat pujian. Sedangkan dia sendiri tak
pernah mendapat tempat yang baik dalam hati guru pasukannya.
Ke mana saja dia pergi, dia tidak akan mendapat tempat yang
baik. Kadang-kadang tidak diendahkan langsung oleh kawan-kawan.
Bila waktu rehat, selepas menyumbat mulutnya dengan nasi lemak
sebungkus dan segelas kecil air serbat ia akan pergi ke bawah pokok
sena besar dekat pagar sekolah itu menyisihkan diri dari kawan-
kawan. Dia tau kawan-kawannya tidak akan kehilangannya bila dia
tidak turut bermain seperti budak-budak lain.
Dia lebih merasa tenteram menyendiri begitu. Bersandar pada
pohon sena besar itu. Mengguris-guris dengan telunjuknya pada pasir
putih gembur yang melitupi akar-akar pohon. Pasir halus lembut di
depannya itu sungguh baik diguris-guris. Lalu ia pun mengguris
gambar Toyota Corolla, Cikgu Samad. Dengan mudah saja
dibentuknya. Tapi, apabila muka Cikgu Samad membentuk pula di
dalam kepalanya, lalu lukisan pasir itu dimusnahkannya. Dicakar-
cakar dan dikecai-kecaikannya. Berserakan pasir halus gembur itu.
Kini kebenciannya kepada Cikgu Samad memuncak semula.
Kebengisan Cikgu Samad menjelma semula. Pagi tadi Cikgu
Samad yang tak pernah menyelami hatinya itu menengkingnya lagi.
Mukanya mencarah merah.
133
“Heh, betullah otak kamu otak lembu. Dah berapa kali saya
cakap. Masih kamu tak tau. Bodoh. Tak guna hidup. Membeban
orang. Lebih baik gantung batu, pergi terjun sungai belakang
sekolah."
Kecutnya hati bukan kepalang. Badannya yang bangkut itu
kelihatan semakin kecil. Muka dijatuhkan dan sesekali biji matanya
diangkat menjeling Cikgu Samad. Hati Cikgu Samad betul-betul
menggerutu. Terbayang lagi pada mukanya yang merah mencarah itu.
Dia bukan orangnya yang pernah menyelami hati dan jiwa Tamrin,
budak yang senantiasa menyemakkan fikirannya itu.
"Betullah kamu menyusahkan saya. Hari-hari membeban saya.
Tolol!"
Kenapalah nasibku begini? Kenapa aku dilahirkan sebagai
berotak lembu? Kenapa aku tidak seperti Ajmain atau Murni atau
Ghafar atau Hasnah? Oh, alangkah bertuahnya mereka. Lahir dengan
kecerdikan. Senantiasa dapat pujian dan sanjungan orang.
Beruntunglah mereka menjadi orang yang disayangi.
Ketika di rumah pun Tamrin tak lepas dari kena marah.
Ayahnya marah-marah dan terus marah-marah. Ada saja perkara yang
hendak dimarahkan. Dan hati ayah mana yang tidak membara apabila
melihat kenyataan keputusan ujian anaknya bertaburan dengan
dakwat merah. Di sana sini terdapat perkataan-perkataan seperti
'lemah', 'terlalu lemah', 'tak ada harapan maju’, ‘pelajaran terlalu
mundur’ dengan ditandatangani sah besar-besar oleh guru darjahnya:
Cikgu Samad.
"Tamrin! Inikah yang kamu dapat! Tengok, semuanya merah.
Semuanya tak lulus. Tidak macam abang dan kakak kamu."
134
Dia akan tunduk saja mengunci mulut. Menunggu saja
sebarang hukuman dari ayahnya. Menunggu saja dengan patuh. Dia
tidak akan melawan walau dengan sepatah kata pun.
"Kamu tak boleh dibiarkan begini lagi. Kamu pemalas.
Barangkali di sekolah kamu banyak bermain. Tak endahkan ajaran
guru," lalu si ayah pun bangkit untuk mengambil sebilah rotan sega
seela panjang yang terselit di dinding.
"Kamu mesti dihukum. Tak boleh dibiarkan. Kamu sekarang
dah melampau sangat. Dah naik lemak."
Tamrin tercegat, kedua tangannya lurus ke bawah dan
kepalanya ditundukkan. Menunggu.
"Ayah mau kamu seperti abang dan kakak kamu. Abang dan
kakak kamu bagus dalam pelajaran. Sehak dapat nombor satu. Asmah
nombor tiga. Tapi kamu nombor tiga puluh tiga. Ayah mau kamu juga
mesti pandai macam abang dan kakak kamu itu. Jangan nanti bila dah
besar tak berguna."
Si ayah sudah sedia dengan sebilah rotan di tangannya. Tamrin
juga memang telah sedia berdiri di depan ayahnya dengan kepalanya
ditundukkan, menunggu saat dan ketika saja rotan sega sebesar
telunjuknya itu akan singgah beberapa kali pada ponggongnya.
“Ayah mau bila besar nanti kamu berjasa. Boleh bantu ayah
dan emak kamu. Ayah tak mau kamu bekerja macam ayah. Bersawah.
Bergelumang dengan lumpur seumur hidup. Ayah mau kamu
sekurang-kurangnya jadi macam Cikgu Samad tu."
Debus . . . debus . . . rotan sega itu singgah beberapa kali pada
daging ponggong Tamrin yang timpus itu. Dia memejam matanya
menahan keperitan. Kemudian ia berlalu pergi dengan teresak-esak.
135
Sehinggalah tempoh rehat habis dan semua murid beratur
untuk masuk, tapi Tamrin masih tidak dihiraukan oleh sesiapa.
Kawan-kawan yang keletihan setelah berkejaran itu pun tidak pernah
menanya ke manakah dia menghilang waktu mereka bermain tadi.
Memang dia tak pernah dikehendaki dalam sebarang permainan pun.
Sewaktu hendak meninggalkan pangkal pohon sena itu.
Tamrin sempat merenung dengan agak lama Toyota Corolla merah
Cikgu Samad yang berteduh di bawah lindungan pokok mempelam.
Sambil bercekak pinggang timbul satu niat jahat dalam hatinya. Dia
teringat hendak melepaskan geramnya. Dia bercadang hendak
mengguris kereta Cikgu Samad dengan sekeping siling satu masa
nanti. Ya, dia mesti lepaskan geramnya pada Toyota Corolla merah
itu. Mungkin dengan turisan panjang pada warna merahnya akan
memberikan kepuasan. Dia amat benci Cikgu Samad yang tak
bertimbang rasa, melukakan hatinya senantiasa.
Sampailah masa yang ditunggu-tunggu. Murid-murid
berduyun keluar hendak pulang. Satu demi satu kereta guru-guru itu
bergerak meninggalkan kawasan sekolah. Hanya kereta Toyota
Corolla Cikgu Samad saja masih berteduh di bawah pokok mempelam
itu. Tamrin lalu meraba siling 10 sen yang tersimpan dalam kocek
seluarnya. Dia memerhati saja dulu dari pangkal pohon sena itu
dengan pandangan yang tajam.
Tapi, kenapa hanya kereta Cikgu Samad yang masih tinggal?
Ke mana dia? Masih dalam bilik darjah menyiapkan kerjanya? Oh, itu
pun dia. Cikgu Samad sedang keluar dari bilik darjah 5B, mengepit
fail dan beberapa buah buku. Dan mengapa kelihatan tertunduk-
tunduk. Matanya liar mencari-cari sesuatu. Dia meraba semua
koceknya dan menyeluknya. Kemudian menjenguk pula ke dalam
longkang. Menunduk lagi sambil melangkah pelahan-lahan dan hati-
hati. Dia berjalan berkeliling di sekitar itu dan bergerak pergi balik.
136
Oh, barangkali ia kehilangan sesuatu. Tentu ia kehilangan
barang yang berguna kepadanya. Padan dia!
Cikgu Samad berdiri tegak lagi dan mengingat-ingat. Dia
menoleh. Temampak Tamrin yang berdiri lurus seorang diri di
pangkal pohon sena itu. Lalu ia pun menggamit. Tamrin dengan
pantas merapatinya. Dia berlari-lari datang.
“Ada kamu nampak kunci kereta saya, Tamrin?”
"Tidak, Cikgu.”
“Kunci kereta Cikgu hilang. Boleh kamu tolong carikan?”
"Boleh cikgu," jawabnya dengan penuh kegembiraan.
Lalu Tamrin pun menundukkan kepalanya, melangkah
perlahan-lahan memerhatikan rumput. Kakinya terus membawanya ke
pangkal pohon sena di tepi pagar sekolah. Beberapa depa lagi hendak
sampai ke pohon sena itu mata Tamrin terpaut pada sejambak anak-
anak kunci terdampar di atas rumput.
“lni dia Cikgu!” Tamrin terlompat lalu berlari menuju Cikgu
Samad dengan megahnya.
“Oh, terima kasih, Tamrin. Mujur kamu jumpa. Kalau tidak
susah saya," kata Cikgu Samad tersenyum gembira.
Alangkah bangganya.
Tamrin masih tercegat berdiri memerhati Cikgu Samad pergi
ke keretanya. Dadanya terasa lapang. Matanya tidak lepas-lepas
mengekori kereta Cikgu Samad yang membelok keluar kawasan
137
sekolah. Sekarang dia merasa satu perasaan baru pula tumbuh dalam
jiwanya. Dia merasa amat bangga kerana menjumpai kunci kereta
Cikgu Samad itu. Dia telah dapat menolong Cikgu Samad yang dalam
kesusahan sebentar tadi. Oh, alangkah besar ertinya. Dan dia tak akan
membenci Cikgu Samad lagi.
138
14. DOL SASTERA
KEDATANGANNYA ke dalam dewan besar berhawa dingin itu tidak
sedikitpun mendapat perhatian sesiapa. Dia cuba mengatur
langkahnya lebih bersopan kalau mendapat perhatian.
Dia mendongak dan menoleh ke kiri kalau-kalau ada di antara
hadirin yang menegur atau merenungnya. Dan dia terus bergerak ke
bahagian depan melalui lorong tengah dewan besar itu. Di
belakangnya dua tiga orang lagi sedang tercangak-cangak mencari
tempat.
Dia memilih barisan kedua, bangku yang paling tepi. Dia sedar
barisan pertama untuk para jemputan khas, terdiri dari sasterawan-
sasterawan besar, penulis-penulis terkenal dan pengkaji-pengkaji
sastera dari universiti-universiti dalam dan luar negeri. Dia mengerti
bukan di situ tempatnya.
Duduklah dia menyendiri. Ditoleh ke kanan. Nampak masih
banyak bangku kekosongan. Ditoleh pula ke kiri. Cuma tiga empat
kerat saja yang tampil mengisi kekosongan di barisan kedua.
Pada hal di bahagian belakang dewan sudah berasak-asak para
peserta. Sudah ramai pula yang berdiri-diri dan mengintai-intai
tempat.
Dia berfikir. Di zaman aku giat bersastera dulu, suasana tidak
seperti sekarang. Tidak ada upacara perasmian, penyampaian-
penyampaian hadiah, seminar-seminar. bengkel-bengkelan dan
sebagainya.
Tidak ada sorak-sorai. Tidak ada kunjung-kunjungan dan tidak
ada pertemuan-pertemuan penulis dan sasterawan.
139
Dia menoleh sekejap ke belakang. Para hadirin masih
mengasak-asak dewan pintu masuk. Berduyun-duyun macam sepat
masuk lukah. Wajah masing-masing nampak riang gembira. Mereka
dapat bertemu sesama mereka. Bersalam-salaman, bertegur sapa dan
tertawa.
Kenapa mereka tidak menegur sapa aku? Kenapa aku
dibiarkan begini? Kerana aku sudah tua? Kerana rambutku seluruhnya
sudah putih? Dan rupaku tidak menampakkan identiti seperti mereka?
Mungkin.
Barangkali kerana aku tidak terkenal macam mereka.
Barangkali kerana namaku tidak pernah terlintas dalam kepala mereka
seperti nama penulis-penulis dan sasterawan terkenal itu. Kerana itu
aku tidak diperlukan hadir dalam pengkajian perkembangan
sasterawan tanahair. Mungkin juga.
Aku bukan penulis agung. Bukan sasterawan veteran. Cuma
gatal-gatal menulis. Semasa aku muda dulu, aku hanya pencerita
kisah-kisah asmara dan kisah-kisah rumahtangga orang.
Karyaku termuat hanya dalam majalah-majalah ringan, itu pun
tak seberapa. 'Lembing Sakti' itulah nama penaku. Dan percayalah,
harus tiada siapa pun di antara mereka itu ingat akan nama itu.
Di bahagian depan dewan, cantik perhiasannya. Bunga-bunga
dahlia dan daun-daun hijau menjurai membumbui pasu-pasu. Kain-
kain rentang, bendera-bendera, pembesar pembesar suara adalah
persiapan yang merancakkan suasana. Dan sejuknya hawa dingin
dewan itu makin meresap ke tulang. Kekosongan di bahagian depan
sudah hampir dipenuhi sekarang. Para jemputan khas dan sasterawan
terkenal itu sudah diiringkan ke situ oleh para petugas.
140
Mereka datang lewat. Kehadiran mereka sungguhpun
kelewatannya entah disengajakan atau tidak, sudah pasti mendapat
perhatian para hadirin.
Di antara para hadirian yang baru masuk gelanggang penulisan
berbisik-bisik sama sendiri, memperkatakan sesuatu tentang setiap
peribadi di barisan depan.
Sekarang aku masih tidak dikenali juga. Tidak siapa pun di
antara yang begitu ramai menegurku. Kecuali seorang penyambut
tamu yang bertugas di luar pintu masuk tadi mengarahkan aku supaya
lantas saja masuk ke dalam.
Lepas itu aku tidak dipedulikan. Apakah aku tidak penting
dalam dunia sastera Melayu? Apakah dalam pengkajian sastera
namaku tidak pernah ditemui? Dalam perkembangan sastera Melayu
aku ini di mana diletakkan orang? Entahlah.
Kerana aku tidak tonjolkan diri dalam kegiatan dulu,
barangkali hal ini berlaku. Kerana aku tidak menulis lagi hampir tiga
puluh tahun agaknya membuat orang melupakan jasaku. Benar, aku
sudah ditinggalkan, diketepikan dari sisi mereka.
Memang selama ini aku tidak pula pernah mengenali
pengarang-pengarang dan sasterawan-sasterawan itu dari dekat.
Bagaimana harus aku mengenali mereka? Sedangkan tempat
tinggalku dengan tempat tinggal mereka menjarak beratus-ratus batu.
Hampir kesemua mereka itu tinggal di Kuala Lumpur.
Sedangkan aku hanya diam di tepi bendang, di sudut kampung yang
berpuluh-puluh batu dari bandar ini.
Dan hari ini baru dapat kukenali mereka. Wajah-wajah mereka
yang selalu tertera dalam akhbar-akhbar, baru sekarang aku melihat
141
orangnya. Ya, aku kenal mereka. Malah memang selalu juga
perkembangan kegiatan mereka itu aku ikuti. Aku masih mengikuti.
Tapi, mereka masih tidak mengenaliku. Bagaimana. Mereka
tentu tidak pernah mengikuti tulisanku yang tersiar hampir 30 tahun
yang silam. Mungkin mereka memandangnya seperti memandang
sampah yang berlonggok di tepi jalan Alor Setar ini.
Pada hal kalau hendak dibuat perbandingan, aku lebih dulu
menulis dan lebih dulu merasa garamnya dari mereka. Tapi, kini
apakah yang berlaku?
Mereka tidak tahu betapa gigihnya aku menulis waktu itu.
Mereka tidak mengerti betapa peritnya hidupku kerana minatku yang
dalam di bidang sastera. Aku bercerai dengan isteri pertamaku kerana
tumpuanku kepadanya tidak sepenuh tumpuanku kepada penulisan.
Sebahagian dari kasih sayangku terhadapnya telah dirampas. Hari-hari
kami bertengkar dan berpisahlah kami.
Isteri keduaku mula-mula tidak membantah. Dia tahu aku gila
menulis. Gila sastera. Siang menulis, malam menulis. Aku
dibiarkannya. Tapi, lama-kelamaan muka isteriku itu jadi masam.
Hatinya sudah mula berubah. Dia sudah membantah dan
memberontak. Kegilaanku telah menghiris perasaannya. Setiap
malam sudah mula kami bertengkar.
"Kerja sia-sia. Apa yang abang dapat?"
"Kau tak mengerti, Nah. Kan aku ini penulis?"
"Penulis apa? Bukan dapat duit. Bukan dapat apa. Bila malam
Nah tak dipedulikan. Abang gilakan kertas saja."
142
"Nah, cubalah mengerti. Inilah perjuanganku. Bukan aku
seorang yang begini. Kau mesti sabar."
Hasnah tidak mau melawan dengan kata-kata lagi. Lalu dia
melawan dengan air mata dan sedu-sedan saja. Aku tau hati isteriku
telah menderita parah. Lantas berhenti saja aku menulis dan penaku
mendadak tumpul dan mati tak bergerak lagi. Aku menjadi petani
yang gigih pula. Dan Hasnah tidak marah lagi.
Tapi sampai sekarang minatku di bidang ini masih juga
membara. Cuma untuk menulis aku tidak punya tenaga lagi. Bakatku
menulis sudah hampir lenyap. Aku pun hilang dari dunia penulisan.
Dan ilmu orang sekarang dalam bidang ini sudah terlalu jauh
meninggalkan aku.
Mujurlah hari ini lapangan yang masih kuminati itu tiba-tiba
mencerah datang. Kegiatannya diadakan dalam bandar hampir
kampungku pula. Syukurlah, para penulis dan sasterawan akan
berkampung di daerahku membincangkan hal masyarakat dan
kegiatan sasteranya. Perbincangan-perbincangan yang akan diadakan
nanti akan menggilap minatku semula. Aku mesti menghadirinya.
“Awak nak ke mana pagi-pagi buta ni?"
"Nak ke bandar."
"Hai, kan Lebai Mat menjemput awak ke kenduri kahwin
anaknya."
"Aku tak dapat pergi. Kau sajalah pergi, Nah.”
“Ngapa pulak? Awak tak segan dengan Lebai Mat? Masa
langsung cucu kita dulu kan dia yang bertungkus lumus."
143
"Aku pergi tak lama. Ada hal mustahak . . . Nanti petang aku
pulang," berbohong nak menyedapkan hati isteri.
Dia tinggalkan kampung laman dengan bas MARA menuju
dewan besar yang hampir 20 batu jauhnya. Dibohongi isteri untuk
menghadiri upacara perasmian hari sastera yang akan dilancarkan oleh
pak menteri dari ibukota.
Sehinggalah keluar pintu dewan besar dia masih tidak
dikenali. Sampai badannya ditolak-tolak dan dihimpit-himpit orang di
pintu besar masih juga dia tidak ditegur sapa.
Di luar dewan orang telah berkumpul-kumpul di sana sini.
Selonggok di sana selonggok di sini. Para penulis kecil dan para
sasterawan besar berkenal-kenalan, berbual-bual bertanyakan
kegiatan.
Di tepi tembok bangunan, seorang tua beruban sepertinya juga
sedang dikepung oleh beberapa orang anak muda. Ia dihujani dengan
pertanyaan-pertanyaan. Ada yang menulis sesuatu dan ada yang
memotretnya.
Tapi dia terus saja menghayunkan kaki kecilnya, membelok ke
kiri lewat orang tua beruban yang dipagari anak-anak muda itu.
Upacara perasmian sudah selesai. Menteri sudah pergi. Hanya tinggal
jeritan seren polis pengiring saja lagi kedengaran sayup-sayup ditelan
angin.
Waktu hendak meninggalkan pekarangan bangunan untuk
makan, dia tersintak bila namanya tiba-tiba diteriak orang. Fikirnya
tentu perasaanya saja yang memanggil. Tapi namanya diteriak lebih
kuat lalu dia menoleh ke belakang.
144
Orang tua yang beruban tadi bergegas menujunya. Di
belakangnya mara anak anak muda yang mengepungnya tadi dengan
tercengang cengang. Dia tercegat kehairanan.
"Hei Dol Sastera! Engkaukah ini?"
Dia tercengang dan membatu sekejap. Lepas itu mengangguk
sedikit.
"Engkau tak kenal aku lagi?"
"Siapa?"
"Wahab Kereko!"
Gambaran di kepalanya semakin jelas. Wahab Kereko rupanya
dia. Teman penulis seangkatan. Seperjuangan. Sekarang jadi
sasterawan besar. Namanya bukan Wahab Kereko lagi. Patutlah ia
dikerumuni.
Setelah berjabatan tangan begitu erat dan berpelukan begitu
kukuh, dia diperkenalkan kepada anak-anak muda yang berderet itu.
Anak muda itu begitu ghairah nampaknya hendak mengenali seorang
lagi orang tua sasterawan yang mungkin penting untuk diselidik.
"Ini lagi sasterawan tua seangkatan denganku," ia
diperkenalkan.
"Siapa? Siapa namanya?" bisik-bisik kecil terdengar di antara
anak-anak muda itu.
"Namanya Dol bin Ulung Basir. 'Lembing Sakti' nama
penanya."
145
"Lembing Sakti?"
Beberapa orang anak muda itu mengerutkan dahi. Ada di
antaranya yang menggaru-garu kepala. Dan tidak seorang pun yang
mencatit sesuatu.
"Bapak tinggal di mana?" seorang anak muda berjambang
tampil ke depan hendak mencatit.
“Di tepi bendang, di kaki gunung, dalam Kampung Akar
Terendam."
Anak muda berjambang mencatit butir-butir penting.
“Boleh kami ke rumah bapak nanti? Kami nak tulis tentang
bapak. Kami perlu jumpa bapak lagi."
Dol Sastera tidak terus mengangguk. Dia memandang teman
seangkatannya. Kemudian matanya berair dan tidak berkelip
merenung muka anak muda berjambang itu. Dia terkenangkan Hasnah
di rumah. Lepas itu barulah dia mengangguk.
146
15. RINTANGAN YANG MERINTANG
MOTOBOT nombor 29 itu meninggalkan jambat. Sudah sarat benar
muatannya. Mula-mula motobot itu menyusur dengan malasnya
mengharungi air yang berlumpur itu. Kemudian meluncur laju.
Barang-barang yang berbungkus di dalam kertas dan ikan-ikan
kering yang sudah bertapuk-tapuk itu menimbulkan semacam bau
yang mengaruk batang hidung. Bau belacan berbaur dengan bau
ketiak berpeluh. Mengembangkan tekak.
Penumpang-penumpang di dalam motobot itu ramai yang
menghalakan lubang hidung keluar. Udara di luar dapat menggantikan
bau yang tidak menyenangkan itu. Di sana sini penuh dengan
bungkusan-bungkusan ikan kering, belacan, gula, garam, tembakau
dan serba macam keperluan yang diangkut dari bandar untuk dijual di
Kampung Ulu.
Di atas bangku kayu panjang itu Yasin duduk mengipas-ngipas
tubuhnya yang kepanasan dengan kertas suratkhabar. Baju putih non-
iron sudah lembab disimbahi peluh. Mukanya berminyak-minyak.
“Jauhkah lagi, bang? Suara halus di sebelahnya menghala ke
telinganya.
"Lima tanjung lagi." Jawapan itu disambut oleh keluhan yang
berat.
"Yah peninglah, bang!" Suara itu bertukar manja.
Lalu Yasin pun mengeluarkan sebuah botol kecil dari dalam
kocek seluarnya. Dia menuang minyak di dalam botol itu ke tapak
tangannya. Kemudian disapu-sapunya dengan jarinya, lantas digosok-
gosokkannya ke kening isterinya. Isterinya membiarkan keningnya
147
dipicit-picit dan dilumuri minyak angin itu. Dilihatnya bibir isterinya
sudah pucat. Mukanya berubah tidak bermaya.
Sebaris penumpang yang duduk di hadapan semuanya
menumpukan mata ke hala mereka berdua. Yang tua-tua menjeling
sahaja. Mereka terlihat pada tepi tapak kaki isteri Yasin yang
tersarung dengan kasut tumit tinggi. Dan hati mereka segera berkata
bahawa perempuan ini baharu sahaja menjadi pengantin. Keliling
tapak kaki isteri Yasin masih merah berinai. Baharu dua minggu
mereka berkahwin.
"Bang, nak muntahlah rasanya," kata isterinya lalu
membongkok dan menekan-nekan perut.
"Muntahlah di sini," ujar Yasin menunjukkan keluar.
Rogayah menjengukkan kepalanya keluar. Muntahnya
menyunggah keluar dan jatuh bertabur ke atas air. Yasin mengurut-
urut belakang isterinya. Sejumlah besar penumpang yang duduk
sebaris di hadapan mereka segera melarikan muka ke arah lain.
Rogayah menyandarkan badannya ke tubuh Yasin. Mungkin
dia berasa enak sedikit di situ. Yasin membiarkan kepala Rogayah
terlekap di bahunya.
"Pening lagi?" tanya Yasin.
"Dah kurang sikit."
"Agaknya Yah belum pernah naik motobot."
"Inilah baru pertama kali seumur hidup Yah."
Rogayah memang berasa pening dan hendak muntah. Selama
hampir lima jam tadi dia diayun bas. Bas meluru mengikut jalan raya
148
yang berbelit-belit di tepi gunung. Sungguh tidak tahan dia dihenyak-
henyak dan diayun-ayun begitu. Memabukkan. Sekarang dia terpaksa
pula dibuai-buai, dilenggang-lenggang oleh motobot ini. Sungguh
menderakan.
Penumpang yang ramai itu semuanya menghalakan mata
sebentar ke arah pasangan pengantin baharu itu. Di antara mereka ada
pula yang berbisik-bisik sesama sendiri.
"Abang dah dua tahun naik bot ini. Mula-mula dulu pening
juga. Tapi sekarang taklah lagi," kata Yasin menceritakan tentang
dirinya.
"Kenapa tak dibuat jalan raya ke tempat abang bekerja?" tanya
Rogayah tiba-tiba menghadapkan soalan itu kepada Yasin.
"Memang ada angin-anginnya nak buat jalan raya. Tapi
sehingga ini sungai inilah yang menjadi jalan raya ke sana."
Yasin berharap jawapan itu akan memuaskan hati Rogayah,
dan berharap janganlah hendaknya dia akan menghadapi soalan yang
serupa itu lagi. Motobot tiba-tiba berhenti dengan mengejut di tengah-
tengah sungai. Ini tidak menjadi kehairanan bagi Yasin lagi. Semenjak
tadi sudah tiga kali motobot ini terkandas ke atas timbunan pasir. Air
di bahagian ini cetek dan motobot terpaksa ditolak semula.
Empat orang lelaki yang memang sedia memakai seluarjerut
segera terjun ke dalam air. Lalu mereka pun menolak motobot itu
dengan melaung-laung. Dua orang lagi menggalah dari atas bot.
Hampir setengah jam motobot tidak juga berganjak. Enjinnya terus
menggigil. Penumpang-penumpang mulai menjenguk-jenguk ke
bawah.
149