BUKU PANDUAN KAWAD POLIS DIRAJA MALAYSIA “TITIK PERMULAAN KECEMERLANGAN PASUKAN POLIS”
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Terlebih dahulu saya ingin merakam ucapan tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Latihan Bukit Aman, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, Pegawai dan Anggota Cawangan Latihan Luar dalam menyiapkan dan menerbitkan Buku Panduan Kawad Polis Diraja Malaysia. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, buku ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Penerbitan buku ini adalah amat signifikan dan bertepatan pada waktunya sebagai satu wadah bagi mendokumentasikan panduan kawad yang lengkap kepada seluruh warga PDRM. Buku panduan kawad ini memberikan aspirasi dan iltizam yang baru kepada jurulatih kawad untuk diaplikasikan dalam Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) terutamanya. PDRM amat komited dan berusaha untuk memperbaiki sistem penyampaian dan memperkasakan keberkesanan arahan-arahan yang diberikan demi memenuhi kehendak dan ekspektasi stakeholders. Semua Jabatan / Kontinjen / Briged / Formasi wajib mendapatkan senaskhah Buku Panduan Kawad ini, bagi penyelarasan dan pelaksanaan kata-kata hukuman dan arahan kawad. Harapan saya kepada semua pihak yang terlibat, semoga dengan penerbitan buku ini dapat meningkatkan lagi produktiviti kerja yang diamanahkan serta mendukung nilai-nilai integriti, berkualiti, proaktif dan mendukung visi dan misi pasukan demi melahirkan insan yang kompeten serta berkebolehan untuk bersaing di era globalisasi ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa kerja, yang telah bertungkus lumus menerbitkan buku ini. Sekian, tahniah dan syabas. (TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG Ketua Polis Negara MEI 2023 Sekapur Sirih Ketua Polis Negara
Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh dan salam sejahtera Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmatNya, Buku Panduan Kawad dapat didokumentasikan. Kawad adalah nadi utama Polis Diraja Malaysia kerana ianya membentuk peribadi disiplin yang tinggi, melahirkan keyakinan diri dan dapat memupuk semangat kerjasama dalam berkumpulan. Adalah diharapkan buku ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada semua Pegawai dan Anggota PDRM. Justeru itu, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur khususnya Cawangan Latihan Luar dalam menjayakan penghasilan buku ini. Akhir sekali jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja menyiapkan buku ini. Syabas dan tahniah diatas kejayaan merealisasikan penerbitan buku ini. ‘Sekalung penghargaan terima kasih’ (DATO’ AZMI BIN ABU KASSIM) CP Pengarah Pengurusan Seulas Pinang Pengarah Pengurusan
Alhamdulillah, puji syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana atas berkat dan rahmatNya Buku Panduan Kawad ini dapat diterbitkan sebagaimana yang telah dirancangkan. Penulisan Buku Panduan Kawad ini dilakukan dalam rangka untuk menyelaraskan segala pergerakan dan kata perintah kawad. Oleh kerana itu, saya berharap melalui buku ini dapat membantu mempertingkatkan lagi proses pembelajaran dan tatacara kawad yang betul serta dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab. Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan Buku Panduan Kawad. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga penerbitan Buku Panduan Kawad ini akan dapat berjalan dengan lebih lancar dan mampu mencapai objektif dan seterusnya memacu pasukan PDRM ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian, terima kasih (DATO’ NERITA BINTI YAACOB) CP Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Kata Pengantar Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Kedatangan tahun 2021 saya terpanggil untuk membuat perancangan yang lebih teliti dalam mengembangkan lagi definisi kata-kata hukuman dan perintah kawad. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia dan izinNya, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dapat menghasilkan Buku Panduan Kawad seperti yang dirancang. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Buku Panduan Kawad atas kerjasama padu yang diberikan sehingga terhasilnya buku ini. Adalah diharapkan dengan terhasilnya Buku Panduan Kawad ini, bukan sahaja berguna kepada PDRM malahan buku ini dapat digunapakai sebagai penanda aras kepada semua Institusi Latihan khususnya serta Institusi Pengajian Tinggi amnya. Buku ini dihasilkan bukan hanya untuk memastikan semua Jurulatih Kawad dapat merancang dan melaksanakan tugasan dengan berkesan dan berimpak tinggi, malah menjadi rujukan dan panduan agar dapat melahirkan seorang pegawai polis yang mampu memberikan perkhidmatan kepolisan yang terbaik kepada masyarakat. Sebagai memenuhi hasrat dan aspirasi negara, tugas Jurulatih Kawad merupakan tonggak utama dan tulang belakang dalam melahirkan seorang Pegawai Polis kelas pertama yang bertaraf dunia. Justeru, apa jua tugas dan peranan yang diberikan harap dapat dipikul dengan penuh keikhlasan dan kejujuran sebagaimana ikrar dan janji seorang guru untuk membina bangsa yang bersahsiah, berketerampilan dan berilmu. Buku ini juga disediakan dengan mengambil kira keperluan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK). Perkara ini adalah sejajar dengan moto PULAPOL Kuala Lumpur iaitu “TITIK PERMULAAN KECEMERLANGAN PASUKAN POLIS”. Saya selaku Komandan Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur amat berharap dengan terhasilnya Buku Panduan Kawad ini, segala pergerakan, kata perintah kawad dapat diselaraskan juga digunapakai sebagai penanda aras serta tiada sebarang pertikaian ataupun permasalahan. Semoga dengan adanya Buku Panduan Kawad ini semua pergerakan dapat diseragamkan dan diperkemaskan demi memartabatkan Pasukan Polis Diraja Malaysia. Sekian, terima kasih ‘Saya yang menjalankan amanah’ (KAMAL FAIZUL BIN MOHD ZAIN) SAC Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur Kata-Kata Komandan Pusat Latihan Polis Jalan Sultan Yahya Petra 54100 Kuala Lumpur
Panel Editor Pengerusi SAC Kamal Faizul Bin Mohd Zain Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur Ketua Editor ACP Lam Chien Fei Timbalan Komandan Latihan Penyusun / Penulis ASP Samsul Bin Musa Ketua Cawangan Latihan Luar Insp Mohd Hanif Bin Shukor Ketua Guru Kawad / Jasmani Penyelidik SI 119190 Mohd Zamri Bin Hj Abdullah SM 127594 Skh Zaid Bin Mohd Said SJN 118649 Hussain Bin Mohamed Suboh SJN 124919 Jamal Ali Bin Mohd Abdul Rahim SJN 127626 Abdul Aziz Bin Saad SJN 127782 Ramli Bin Ab Aziz SJN 128703 Hasmizai Bin Omar SJN 142416 Mahrin Bin Edin Jurugambar / Bahan Gambar SJN 139202 Wan Mohd Zailani Bin Wan Ahmad KPL 184531 Mohd Syukor Bin Yakob KPL 18388 Noraffidy Bin Norhayalan L/KPL 210252 Joseph Richardo Anak Wenda Grafik / Multimedia / Percetakan SM 129657 Fauziah Binti Hassan L/KPL 191453 Muhamad Izni Bin Zulkifli Konst. 218411 Nur Shamira Binti Shamsul Alias Konst. 219976 Zamri Bin Abd Rahman Disemak semula DSP Noor Azlin Binti Hj. Yaakob Ajutan L/Kpl 187896 Fatmawati Binti Zulkarnain Unit Majlis Rasmi
i ISI KANDUNGAN BUKU PANDUAN KAWAD PDRM Bil Perkara Muka surat 1 BHG 1 TAKRIF PERKATAAN DAN PANDUAN JURULATIH I - i 2 BHG 2 KAWAD TANGAN STATIK 1 - 33 3 BHG 3 KAWAD TANGAN BERJALAN 34 - 95 4 BHG 4 KAWAD SENJATA 96 - 160 5 BHG 5 KAWAD TONGKAT 161 - 189 6 BHG 6 KAWAD PEDANG 190 - 218 7 BHG 7 KAWAD PANJI PANJI 219 - 238 8 BHG 8 KAWAD JENAZAH DAN PENGAWAL VIGIL 239 - 255 9 BHG 9 KAWAD NAIK TURUN BENDERA 256 - 264 10 BHG 10 CARA PERLAKSANAAN SWORD BEARER 265 - 271 11 BHG 11 PENGAWAL KELUAR(GTO) DAN TUKAR PENGAWAL 272 - 283 12 BHG 12 PERLAKSANAAN KWLN KEHORMATAN 284 - 306 13 BHG 13 PERLAKSANAAN PERBARISAN 307 - 352
“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”
TERHAD i BAHAGIAN SATU SEJARAH KAWAD Sejarah kawad bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di Tanah Melayu pada awal kurun ke-14. Kehadiran tentera Portugis yang berjaya mengalahkan tentera Melaka pada tahun 1511 dilihat sebagai satu pasukan tentera yang berdisiplin, patuh kepada arahan ketua, sistematik mengatur straregik dan seragam. Kehadiran tentera Inggeris di Pulau Pinang pada tahun 1700an dan di Singapura pada tahun 1800an juga dilihat sebagai satu titik tolak kepada perkembangan kawad. Walaupun tenteratentera upahan itu berasal dari India, namun corak dan disiplin yang ditunjukkan telah mempamirkan mereka adalah pasukan yang mantap dan setia kepada tuannya. Penubuhan awal pasukan-pasukan beruniform di Malaysia bermula apabila tertubuhnya pasukan-pasukan seperti Home Guard, pasukan simpanan (tritory army), Rejimen Askar Melayu, Pasukan Laut dan Udara serta pasukan beruniform bukan tentera seperti Pengakap, Pasukan Palang Merah, St. John Ambulance dan sebagainya. APA ITU KAWAD Mengikut Kamus Dewan Bahasa, maksud kawad adalah “Perbarisan oleh pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak”. Mengikut istilah Pasukan Polis Diraja Malaysia, kawad adalah “sesuatu pergerakan yang dilakukan secara individu atau berkumpulan, dengan satu pergerakan dan satu kata perintah bagi tujuan penyeragaman iaitu terdiri daripada Kawad Tangan, Kawad Senjata, Kawad Tongkat, Kawad Pedang dan Kawad Panji-Panji”. Objektif :- 1. Membentuk Disiplin. Disiplin ialah latihan mental atau moral yang membuat seseorang atau kumpulan itu bertujuan untuk diletakkan di bawah pengawasan dan peraturan untuk kebaikan keseluruhan individu dan kumpulan itu. 2. Memupuk Sikap Kerjasama (Esprit De Corps). Memupuk sikap kerjasama dalam satu kumpulan tanpa mementingkan diri sendiri.
TERHAD ii 3. Melatih Patuh Pada Arahan. Melatih menerima dan mematuhi pada arahan dengan menurut perintah melalui minda yang terbuka dalam sesuatu perkara. 4. Membentuk Personaliti. Membentuk personaliti diri individu dari segi bentuk fizikal, keterampilan yang segak, kemas dan bersih 5. Keperhatinan Terhadap Tanggungjawab. Melatih tanggungjawab kendiri dengan melakukan tugas yang diamanahkan. 6. Ketahanan Fizikal Dan Mental. Melatih ketahanan fizikal dan mental dalam menerima arahan. 7. Memupuk Keyakinan Diri. Memupuk semangat keyakinan diri sebagai seorang ketua dengan tugas yang dilaksanakan. 8. Transformasi Tingkah Laku Individu Dari Orang Awam Kepada Pegawai Polis (Badan Beruniform). Proses pertukaran budaya orang awam kepada Pegawai Polis dari segi tingkah laku dalam pasukan beruniform. I - TAKRIF-TAKRIF PERKATAAN DALAM PERGERAKAN KAWAD Pada seluruh setiap takrif perkataan dalam bahasa kawad yang terkandung di dalam Buku Panduan Kawad ini hendaklah difahami bagi tujuan kelantangan kata perintah, ketepatan perbuatan dan kepantasan pergerakan yang dilakukan. Sedia Pandangan 200 meter ke hadapan, tarik bahu ke belakang, buka dada, kedua-dua tangan rapat, siku lurus, genggam tangan ibu jari di belakang penjahit seluar, kunci pinggang, lutut tegang, tumit rapat dan hujung kasut terbuka 30 darjah. Senang Diri Jarak tumit ke tumit 12 inci, kedua-dua tangan siku lurus di belakang, belakang tapak tangan kanan rapat di tapak tangan kiri dan ibu jari tangan kanan kepit ibu jari tangan kiri.
TERHAD iii Baris Panggilan lebih daripada satu detasemen dan mempunyai bilangan anggota dalam baris membentuk sudut tepat serta kedudukan yang lurus. Barisan Lurus Satu barisan yang lurus dilihat dari pandangan sisi, hadapan dan menyerong. Buka Barisan Menambah jarak antara barisan hadapan dan barisan belakang dengan barisan tengah untuk Perbarisan Istiadat atau pemeriksaan (tambah satu langkah setengah). Platun Satu kumpulan kecil yang di anggotai seramai 40 orang ke bawah dan mempunyai seorang ketua platun yang di lantik. Detasemen Satu kumpulan besar yang di anggotai melebihi 40 orang ke atas yang diketuai oleh seorang Pegawai Kanan dan seorang penolong yang di lantik bagi menyertai perbarisan. File Anggota-anggota di dalam barisan. Blank File Tempat yang kosong di dalam barisan. Jarak Antara seorang ke seorang atau detasemen / kontinjen dalam satu barisan yang diukur sama jaraknya dari sisi ke sisi. Jarak Langkah Ukuran jarak langkah kaki misalannya 30 inci satu langkah. Termasuk kadar pergerakan. Pegawai Pemerintah Baris Pegawai yang memberi hukuman kepada semua detasemen / kontinjen di dalam satu perbarisan. Penanda Anggota yang ditugaskan dalam keadaan tertentu untuk menandai tempat garisan perbarisan bagi menentukan pergerakan atau membentuk satu formasi atau barisan lurus. Skuad Ganti nama untuk satu kumpulan. Ia juga digunakan sebagai ganti nama bagi peringkat pergerakan atau latihan dengan nombor.
TERHAD iv II - TAKRIF KATA PERINTAH YANG DIRINGKASKAN i. Pusing - “Sing” untuk melakukan perbuatan yang perlu dilakukan dengan pantas dari satu kata perintah yang diberi. ii. Berhenti - “Ti” untuk memberi perintah keatas pergerakan berjalan bertujuan untuk ketepatan kaki semasa berhenti. iii. Senjata - “Ta” pergerakan yang dilakukan dengan senjata bertujuan untuk ketangkasan dan ketepatan pergerakan. iv. Gerak - “Grak” meringkaskan sebutan dalam memberi arahan dengan kuat dan jelas bagi mempengaruhi perbuatan tersebut. v. Sedia - “Sdia” meringkaskan sebutan dalam memberi arahan dengan kuat dan jelas bagi mempengaruhi perbuatan tersebut. vi. Senang - “Snang” meringkaskan sebutan dalam memberi arahan dengan kuat dan jelas bagi mempengaruhi perbuatan tersebut. vii. Diri - “Dri” meringkaskan sebutan dalam memberi arahan dengan kuat dan jelas bagi mempengaruhi perbuatan tersebut. viii. Satu - “Tu” adalah pergerakan awal sesuatu dalam permulaan kiraan bernombor ix. Bayonet - “Benet” meringkaskan sebutan dalam memberi arahan dengan kuat dan jelas bagi mempengaruhi perbuatan tersebut. x. Check - “Check” satu perbuatan yang di lakukan sebagai bahasa amaran dalam pergerakan kawad sama ada berjalan ataupun statik. III - PANDUAN BAGI JURULATIH Tujuan kawad dan tanggungjawab bagi jurulatih yang memegang teraju dalam hal mengadakan dan mengekalkan prestasi yang tinggi seperti yang dikehendaki ada diberi dalam Buku Panduan Kawad ini. Oleh kerana perbuatan contoh (demonstrasi) dari seseorang jurulatih adalah sangat mustahak, maka pergerakan seseorang jurulatih itu dalam menunjukkan sesuatu perbuatan kawad hendaklah dibuat dengan tepat dan betul. Dalam bab-bab yang berikutnya adalah sebagai rujukan dan panduan bagi Jurulatih Kawad dalam melaksanakan pergerakan kawad sebagai seorang Jurulatih Kawad.
TERHAD v IV - PENDIRIAN JURULATIH 1. Jurulatih Sebagai Contoh Pendirian yang betul bagi seseorang jurulatih akan menjadi contoh kepada peserta atau pelatih. 2. Keterampilan Jurulatih Semasa mengajar hendaklah berdiri tetap dalam keadaan sedia, jangan terlalu banyak bergerak. Pergerakan badan, kepala, tangan yang melebihi daripada yang sepatutnya semasa memberi kata perintah adalah tidak kemas. 3. Pergerakan Jurulatih Bila hendak ke sesuatu tempat hendaklah berpusing dan berjalan seperti hendak menunjukkan perbuatan berpusing atau berjalan. Berjalan ke sana-sini semasa semasa mengajar adalah tidak baik. 4. Demonstrasi Demonstrasi iaitu pertunjukan cara membuat sesuatu pergerakan itu mestilah dilakukan dengan sehabis baik. Apabila hendak menunjukkan pergerakan-pergerakan senjata atau tongkat maka pertunjukan itu hendaklah dilakukan dengan alat-alat yang tersebut. Latihan senjata tidak boleh dilakukan dengan sebatang kayu atau tongkat. 5. Bahasa Lucah / Kesat Dan Kekerasan Jangan sesekali menggunakan kekerasan, bahasa lucah atau kesat semasa mengajar. Perkataan dan tindakan jurulatih-jurulatih mestilah sehabis-habis kemas dan baik. 6. Pemantauan Pergerakan (Checking) Pemeriksaan hendaklah dilakukan selalu oleh jurulatih supaya dapat mengekalkan pergerakan kawad yang betul supaya terbentuk satu pasukan yang cemerlang. V - BAGAIMANA HENDAK MEMPEROLEHI KEBOLEHAN YANG TINGGI DALAM LATIHAN KAWAD. Bagi seseorang jurulatih itu adalah penting untuk mengesan setiap perbuatan kawad yang betul dan bijak menyelesaikan sesuatu perkara untuk mendesak skuad itu dapat melakukan pergerakan kawad yang baik dan sempurna. Skuad itu akan melaksanakan arahan jurulatih sebaik yang mungkin untuk mencapai pergerakan kawad yang sempurna sepertimana yang dikehendaki oleh jurulatih. Jika jurulatih memberi pujian, berilah pada tempat yang patut menerima pujian. Sekiranya jurulatih hendak
TERHAD vi mendesak sesuatu pergerakan, hendaklah sekadar pada tempat yang munasabah dan sebagai seorang jurulatih seharusnya tahu bila keperluan desakan itu. Tidak boleh mendesak skuad itu lebih daripada kemampuan mereka menerima sesuatu pelajaran. Perbuatan yang demikian adalah disifatkan sebagai zalim. Tujuan jurulatih berbuat sedemikian adalah untuk skuadnya melakukan pergerakan kawad yang baik dan tinggi mutu disiplinnya seperti jurulatih itu sendiri. Jurulatih hendaklah sentiasa ingat bahawa cara mengajar yang berkesan adalah dengan mempamerkan satu pertunjukan (demonstrasi) yang berkualiti. Demonstrasi yang kemas adalah lebih memberi kesan daripada penerangan yang panjang tanpa melakukan perbuatan. Seseorang jurulatih haruslah menggunakan perkataan yang ringkas dan tepat supaya dapat menerangkan dengan jelas perbuatan yang hendak dilakukan. VI - MEMBETULKAN KESALAHAN Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang jurulatih yang sedang mengawal skuad itu hendaklah diperbetulkan dengan segera oleh pegawai atau penyelia sebelum jurulatih itu meninggalkan padang kawad. Jika seseorang jurulatih diperbetulkan kesilapan oleh seorang yang lebih kanan daripadanya, jurulatih tersebut hendaklah menerima teguran itu dengan baik dan membetulkan kesalahan tersebut dengan segera. VII - PENINGKATAN LATIHAN Dengan inisiatif jurulatih, aturkan pelatih-pelatih di hadapan jurulatih dalam kedudukan separuh bulatan dan memberitahu mereka dengan bahasa yang mudah difahami akan pelajaran yang hendak diajar dan beritahu tujuan pelajaran. Buat pergerakan (demonstrasi) yang penuh atau lengkap dengan mengikut masa (judging the time) serta melaungkan perkataan hukuman. Lebih baik pergerakan dilakukan dengan nombor, serta melaungkan perkataan hukuman itu berserta ulasan (detail) sekali. Tumpukan kepada satu-satu pergerakan sehingga mencapai tahap yang dikehendaki kemudian barulah diajar pelajaran-pelajaran yang lain. Jurulatih hendaklah menunjukkan akan kesalahan-kesalahan yang berlaku pada masa menjalankan demonstrasi itu. Aturkan semula skuad itu dan latihkan segala pergerakan dengan nombor dan juga dengan mengikut masa. Segala kesalahan hendaklah dibetulkan dalam masa pergerakan itu dijalankan. Ulang semula segala pergerakan apabila berlaku kesalahan sehingga mahir. Ini adalah perkara yang mustahak sekali di dalam mempertingkatkan latihan itu. Jangan sekali-kali diambil mudah.
TERHAD vii Rehat sementara mestilah diberi diantara satu pelajaran dengan satu pelajaran yang lain, terutama dalam peringkat awal sesuatu latihan. Jurulatih hendaklah menyoal balik apa pelajaran yang telah diajar sebelum memulakan latihan semula. Jurulatih-jurulatih itu sendiri hendaklah mempunyai ilmu yang luas dan berkemahiran untuk menerangkan sesuatu permasalahan jika menerima soalan-soalan yang di luar jangka dari pelatih-pelatih supaya tidak timbul keraguan terhadap kebolehan seseorang jurulatih. VIII - PERKATAAN-PERKATAAN HUKUMAN Perkataan hukuman yang jelas dan terang akan menghasilkan pergerakan kawad yang baik. Semua pegawai dan jurulatih mestilah diajar, dilatih dan dibiasakan dalam memberi kata hukuman yang betul. Perkataan hukuman yang demikian tidak akan datang dengan sendirinya, melainkan dilatih dan dibiasakan, barulah boleh mengajar kawad bagi sesuatu skuad dengan jayanya. Perkataan hukuman itu hendaklah terang dan difahami oleh skuad itu. Adapun perkataan hukuman itu berbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah “Cautionary” iaitu untuk amaran atau bersedia, dan hendaklah dilaungkan dengan lantang serta terang. Kedua ialah “Executive” iaitu perkataan kerja dan hendaklah dilaungkan dengan kuat dan lebih nyaring daripada perkataan “Cautionary”. Tiap-tiap perkataan hukuman hendaklah ada “pause” (henti sejenak) di antara cautionary dengan executive, pada tiap-tiap kali hukuman diberi. Maka tiadalah dapat ditetapkan sama panjang “pause” itu dalam semua perkataan-perkataan hukuman kerana setengahnya itu dalam cepat masa dan setengahnya dalam perlahan masa. Jika dikehendaki kembali semula kepada kedudukan yang akhir setelah melakukan sesuatu perbuatan, maka hukumannya ialah “Semula”. Biasakan memberi hukuman dengan suara yang kuat dan nyaring. Sebagai seorang jurulatih, maka hendaklah ia tegas khasnya kepada jurulatih yang muda lagi baharu dalam perbuatan mereka sehari-hari. Faedahnya berbuat demikian ada dua: Pertama, tiap-tiap perkataan hukuman yang diberi oleh mereka ialah sebagai latihan bagi mereka; kedua, perkataan hukuman jika dibuat sebagai perkataan berbual sahaja maka akan hilang kuasanya dan akan menyebabkan kawad itu rosak.
TERHAD viii IX - PERKATAAN PERINTAH AMARAN BAGI BERPUSING Satu Skuad Dalam Tiga Barisan Menghadap Ke Hadapan. Jika hendak berpusing ke kanan, hukumannya :- “Bergerak ke kanan, kanan….sing”. Jika hendak berpusing ke kiri, hukumannya :- “Bergerak ke kiri, kiri….sing”. Satu Skuad Dalam Tiga Barisan Menghadap Ke Belakang. Jika hendak berpusing ke kanan, hukumannya :- “Bergerak ke kanan, kanan....sing”. Jika hendak berpusing ke kiri, hukumannya :- “Bergerak ke kiri, kiri….sing”. Jika hendak berpusing ke belakang,hukumannya :-“Menghadap ke hadapan, belakang… sing”. Satu Skuad Dalam Barisan Bertiga-Tiga Bergerak Ke Kanan. Jika hendak berpusing ke kiri, hukumannya :- “Menghadap ke hadapan, kiri….sing”. Jika hendak berpusing ke kanan, hukumannya :- “Menghadap ke belakang, kanan….sing”. Jika hendak berpusing ke belakang, hukumannya :- “Bergerak ke kiri, belakang….sing”. Satu Skuad Dalam Barisan Bertiga-Tiga Bergerak Ke Kiri. Jika hendak berpusing ke kiri, hukumannya :- “Menghadap ke belakang, kiri….sing”. Jika hendak berpusing ke kanan, hukumannya :- “Menghadap ke hadapan, kanan….sing”. Jika hendak berpusing ke belakang, hukumannya :- “Bergerak ke kanan, belakang….sing” Berpusing Separuh. Masa Berhenti. - Perkataan perintah bagi berpusing serupa diberi sebagaimana skuad dalam tiga barisan mengadap ke hadapan/ke belakang, dan skuad dalam barisan bertiga-tiga bergerak ke kiri / kanan, contohnya :- Bergerak ke kanan/ke kiri, “separuh….kanan/kiri”. dan menghadap ke hadapan/ke belakang “separuh....kanan/kiri”. Masa Berjalan. - Perkataan perintah amaran :- Berjalan menyerong, separuh, kanan/ kiri. Contohnya:- (1) Jika skuad dalam barisan mengadap ke hadapan berkehendakan berpusing separuh kanan/ kiri hukumannya :- “Berjalan menyerong, separuh….kanan/kiri”
TERHAD ix (2) Jika berkehendakan Skuad itu menghadap ke hadapan semula, hukumannya: “Menghadap ke hadapan, separuh.....kanan / kiri”. itu berpusing separuh kanan/ kiri hukumannya :- Berjalan menyerong, separuh....kanan/ kiri (3) Jika berkehendakan skuad itu bergerak ke kanan/ kiri bertiga-tiga semula, hukumannya:- Bergerak ke kanan / kiri, separuh.....kanan/ kiri Bahagikan skuad kepada dua barisan dengan menjarakkan lebih kurang 30 meter dari satu barisan dengan satu barisan dan bersetentang antara satu sama lain. Jarak diantara orang di sebelah kiri dan kanan lebih kurang lima langkah. Suruh setiap orang memberi kata perintah yang telah dilatih kepada pasangannya di hadapan. Jadikan skuad kepada tiga barisan dan terangkan kata perintah “Skuad menghadap ke hadapan”, “Skuad menghadap ke belakang”, “Skuad bergerak ke kanan”, Pada setiap pergerakan dan hendaklah terangkan kedudukan penanda sebelah kanan bagi barisan hadapan. Terangkan kata perintah diberi ke atas kaki dari pergerakan cepat masa dan perlahan masa sambil jurulatih berjalan. Setiap orang peserta dalam platun dikehendaki memberi kata perintah kepada jurulatih sehingga asas-asas pergerakan itu di fahami. Jurulatih boleh keluarkan dua orang daripada platun dengan seorang memberi kata penrintah dan seorang membuat pergerakan secara bergilir-gilir. Jurulatih hendaklah membuat teguran dan membetulkan pergerakan yang dilakukan X - KAWAD BERSAHUTAN Terangkan kata perintah yang dikehendaki diberi oleh peserta dalam kedudukan statik termasuklah pelajaran-pelajaran berkenaan dengan kawad senjata. Letakkan platun kira-kira 50 meter di hadapan jurulatih. Platun dikehendaki memberi kata perintah kepada jurulatih dalam kedudukan statik dengan menegaskan bahawa kata perintah itu hendaklah terang dan dengan suara yang kuat oleh setiap orang. Jurulatih hendaklah memerhatikan supaya peserta itu memberi kata perintah dengan betul.
TERHAD x XI – SIFAT-SIFAT JURULATIH ( TONGGAK 12 ) 1. Kesabaran menghadapi sesuatu 2. Ketabahan hati dan semangat yang bersungguh-sungguh 3. Mempunyai kemahuan untuk maju 4. Bertanggungjawab 5. Berperikemanusiaan 6. Taat setia yang tidak berbelah bahagi 7. Tahu semua pergerakan dan pandai membetulkan kesalahan 8. Mempunyai suara hukuman kawad yang kuat dan jelas serta betul 9. Memuji dan menegur kesalahan 10. Bijak menyelesaikan sesuatu 11. Berpakaian kemas dan bersih yang boleh dicontohi 12. Mempunyai mutu disiplin yang tinggi XII – TEKNIK ASAS MENGAJAR 1. Mukadimah - Huraian atau penerangan berkaitan pelajaran. 2. Kata Perintah Penuh - Kata perintah penuh pelajaran yang akan dipelajari. 3. Perbuatan Penuh (Demonstrasi) - Perbuatan penuh ialah demonstrasi perbuatan penuh pelajaran yang akan di ajar oleh tenaga pengajar atau jurulatih 4. Kata Perintah Dan Perbuatan Dengan Nombor - Merangkumi pecahan perbuatan yang dilakukan secara berperingkat mengikut urutan perbuatan penuh pergerakan tersebut. - Mendetail (penerangan berkaitan pergerakan) (“Apabila dapat kata perintah…..dengan pantas….dan sebut…”)
TERHAD xi 5. Skuad Akan Buat - Jurulatih mengajar pecahan pelajaran secara berperingkat kepada pelajar. - Teknik mengajar boleh dipelbagaikan asalkan tidak menyalahi pergerakan asal atau tujuan sesuatu pelajaran. - Peringkat Teknik Pembelajaran Asas˙ • Menyebut kata perintah penuh • Membuat perbuatan secara satu persatu / langkah beragak • Menggabungkan pergerakan mengikut turutan sebenar pergerakan / langkah beragak • Mengulang atau membuat pergerakan yang memerlukan lebih penekanan untuk mempelajari pelajaran tersebut / langkah beragak. • Dengan nombor -Para peserta dikehendaki keluar suara disetiap perbuatan secara berperingkat. • Dengan mengikut -Mengeluarkan suara disetiap perbuatan dan masa dilakukan secara penuh (kata perbuatan). • Perbuatan penuh -Membuat pergerakan penuh tanpa keluar suara. XII - PANDUAN DAN TATACARA PENGENDALIAN UJIAN KAWAD 1. PENDAHULUAN Semasa mengendalikan ujian kawad, ada beberapa kriteria yang perlu dititik beratkan oleh seseorang penguji dalam menilai seseorang calon . Perkara-perkara tersebut adalah: i) Gaya Rupa - Merangkumi kekemasan, kebersihan dan mematuhi garis panduan pakaian seragam kawad. - Gaya berjalan dan perbuatan pergerakan kawad yang baik semasa melakukan pergerakan kawad secara individu. ii) Kata Perintah - Mempunyai suara yang kuat, terang dan jelas semasa memberi kata perintah. - Dapat memberi kata perintah dengan tepat dan betul mengikut spesifikasi(intonasi) yang ditetapkan.
TERHAD xii iii) Mengendalikan Skuad - Mahir mengendalikan platun mengikut keluasan tempat ujian dan memberi kata perintah kawad dengan lancar sama ada dalam cepat masa atau perlahan masa (kawad tangan/senjata). iv) Menegur Dan Mengawal Skuad - Pandai membetul kesalahan dan menegur kesilapan serta bijak mengawal setiap pergerakan anggota platun. v) Detail Pergerakan - Dapat menerangkan sesuatu pelajaran kawad dengan menunjukkan demonstrasi pelajaran itu antara satu pergerakan ke satu pergerakan (by number) dan perbuatan penuh dengan mengikut masa di hadapan platun dengan keyakinan yang tinggi. 2. PEMAKAIAN Semasa ujian kawad dijalankan, pemakaian penguji dan calon hendaklah memakai pakaian seragam kawad No.4 bagi semua anggota lelaki dan wanita. 3. KELAYAKAN Seseorang penguji yang mengambil ujian kawad hendaklah terdiri daripada pegawai / jurulatih kawad yang bertauliah dari mana-mana Pusat Latihan Polis atau Institusi Latihan Polis. 4. JANGKA MASA UJIAN Setiap calon yang diuji diperuntukkan tempoh masa (15) minit selepas lapor untuk diuji dan perlu melaksanakan ujian mengikut kategori kursus yang dijalankan. 5. PELAKSANAAN UJIAN Sebelum ujian dijalankan, penguji hendaklah terlebih dahulu menerangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh calon-calon sebelum dipanggil untuk melaksanakan ujian kawad mengikut kategori dan panduan-panduan yang perlu dilaksanakan seperti tersebut; i) Tatacara keluar daripada platun apabila nama calon dipanggil: - Jika calon berada di barisan hadapan, calon hendaklah keluar daripada platun terus menuju ke hadapan platun jarak lebih kurang enam langkah di tengahtengah platun. - Jika calon berada di barisan tengah, calon hendaklah mengambil satu langkah ke hadapan (kecuali orang nombor satu dan orang terakhir), pusing kiri atau kanan mengikut kesesuaian dan terus menuju ke hadapan platun jarak lebih kurang enam langkah di tengah-tengah platun.
TERHAD xiii - Jika calon berada di barisan belakang, calon hendaklah mengambil satu langkah ke belakang (kecuali orang nombor satu dan orang terakhir), pusing kiri atau kanan mengikut kesesuaian dan terus menuju ke hadapan platun jarak lebih kurang enam langkah di tengah-tengah platun. - Apabila keluar daripada platun, calon hendaklah memberi kata perintah “skuad sedia” dan “luruskan barisan” kepada platun supaya tempat kosong dapat dipenuhkan semula. ii) Kemudian, calon berjalan menuju ke penguji dan melapor untuk menjalani ujian mengikut tertib,“Assalamualaikum, Selamat pagi/ptg.....Tuan/En/ cik. Saya........., hadir untuk menjalani ujian kawad, siap sedia untuk di uji Tuan/En/ cik”, Setelah maklum balas dari pemeriksa “Terima kasih Tuan/En/ cik”. iii) Selesai lapor, kembali ke tengah-tengah platun dalam jarak enam langkah dan beri kata perintah “buka barisan gerak”, “ke kanan lurus”, “pandang depan” dan “senang diri” serta terus membuat ujian kawad. iv) Ujian kawad dimulakan dengan pergerakan individu dan mendetail seterusnya mengendalikan dan mengawal skuad. v) Selesai ujian beri kata perintah “tutup barisan gerak”, “ke kanan lurus”, “pandang depan” dan berjalan menuju ke penguji dan lapor selesai:“Saya ................., selesai menjalani ujian kawad, siap sedia menerima arahan daripada Tuan/En/ cik”. Setelah maklum balas dari pemeriksa “Terima kasih Tuan/En/ cik”. vi) Kemudian berjalan masuk ke dalam platun semula dengan mengisi tempat yang kosong. 6. PERMAKAHAN Gred permarkahan ujian kawad. 86-100 A (Cemerlang) 76-85 B (Sangat baik) 66-75 C (Baik) 50-65 D (Sederhana) 49 ke bawah E (Gagal) 7. PENUTUP Dengan adanya panduan ini, diharap dapat menjadi panduan kepada semua pegawai dan anggota setiap kontinjen dan formasi semasa mengendalikan ujian kawad dan dapat mencapai standard ujian yang tinggi dan berkualiti.
“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”
TERHAD 1 BAHAGIAN DUA KAWAD TANGAN (STATIK) 1. SEDIA (Dari kedudukan senang diri) Kata perintah - “Skuad….sdia” Perbuatan penuh - “ Up….satu “ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Sedia dengan nombor , Skuad ... up, skuad….satu”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, "Sedia dengan nombor , Skuad ... up” dengan pantas angkat kaki kiri, paha separas dengan bumi, hujung kasut tekan ke bawah, kedudukan tangan di belakang punggung dengan sebutan “up” (Gambar 1). 2. “Skuad….satu” dengan pantas hentak tapak kaki kiri di sebelah kaki kanan tumit bertemu tumit hujung kasut terbuka 30 darjah, pada masa yang sama bawa kedua-dua tangan rapat di sisi, ibu jari di belakang penjahitan seluar dan sebut “satu” (Gambar 2). 3. Bagi wanita sekiranya membawa beg tangan, tangan kiri dibengkokkan selari dengan tali pinggang dan jari memegang tali beg (Gambar 2). Penerangan Teliti 1. Semasa kedudukan sedia kedudukan tumit rapat dan sebaris, hujung kasut terbuka lebih kurang 30 darjah. 2. Kedudukan lutut bertahan lurus dan badan tegak. 3. Kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang. (supaya dada terbuka tanpa dikeraskan) 4. Kedua-dua siku rapat ke badan, tangan lurus, jari-jari genggam dan belakang jari rapat ke paha. 5. Ibu jari lurus menghala ke hadapan dan rapat di belakang penjahitan seluar. 6. Angkat kepala pandangan 200 meter ke hadapan. 7. Bagi anggota wanita, tangan kiri dibengkokkan selari dengan tali pinggang dan jari-jari menggenggam tali beg, ibu jari tangan kanan rapat di sisi belakang penjahitan seluar. Nota; Kata perintah “Skuad, skuad…. Sedia” apabila skuad dari kedudukan senang diri yang terlalu lama atau skuad dalam kedudukkan rehatkan diri.
TERHAD 2 Gambar 1 Gambar 2 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Semasa menjatuhkan kaki kiri mengunakan hujung kaki, tiada bunyi hentakan, lutut kaki kanan bengkok dan tumit tidak rapat. 2. Kedudukan badan senget ke kiri atau ke kanan, bahu tidak tarik ke belakang, badan melengkong, kedua-dua tangan tidak rapat ke badan dan kepala tunduk ke bawah. 2. SENANG DIRI (Dari kedudukan sedia) Kata perintah - “Senang.....dri” Perbuatan penuh - “ Up….satu” (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Senang diri dengan nombor, skuad ...up”, skuad ... satu”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Senang diri dengan nombor, skuad ...up”, dengan pantas angkat kaki kiri, paha separas bumi, tangan tidak berubah dan sebut “up” (gambar 3) 2. skuad ... satu bawa keberatan badan ke sebelah kiri dan hentak tapak kaki kiri ke kiri jarak tumit ke tumit 12 inci, pada masa yang sama bawa kedua-dua tangan ke belakang, belakang tangan kanan rapat ditapak tangan kiri dan ibu jari tangan kanan kepit ibu jari kiri dan sebut “satu” (gambar 4). Penerangan Teliti 1. Kedudukan jari tangan adalah keempat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi. Siku lurus dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. 2. Semasa angkat kaki kiri, kaki kanan mestilah tegak dan tidak bergerak. Pandangan sentiasa menghala ke hadapan. 3. Bagi wanita yang membawa beg tangan, tangan kiri bengkok selari dengan tali pinggang memegang tali beg dan tangan kanan lurus dan ibu jari di belakang penjahitan seluar.
TERHAD 3 pandangan dari belakang Gambar 3 Gambar 4 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Semasa mengangkat kaki kiri kedudukan badan membongkok, lutut bengkok dan hentak kaki, jarak tidak cukup 12 inci dari tumit ke tumit. 2. Menghentakkan kaki kiri mengunakan hujung kasut menyebabkan bunyi tidak kuat. 3. REHATKAN DIRI. Kata perintah - “Rehatkan…... dri” Perbuatan penuh - “ Satu… “ (Kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Rehatkan…...dri “,lemahkan anggota badan dari pinggang ke atas. Tangan dinaikkan ke atas punggung serentak dan sebut “satu” (Gambar 5). Penerangan Teliti 1. Kedudukan senang diri dalam keadaan rehat. Kedua-dua siku dibengkokkan sedikit dan kedudukan jari dan tapak tangan tidak berubah. 2. Bagi wanita yang membawa beg tangan, kedudukan tidak berubah hanya lemahkan bahagian pinggang ke atas. 12 inci
TERHAD 4 Gambar 5 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Bergaru-garu dan mengesat peluh tanpa meminta izin dari jurulatih. 2. Menggerakkan badan dan bercakap-cakap. Nota: Apabila dapat kata perintah “Skuad” dengan pantas siku lurus serta merta balik kekedudukan senang diri. 4. MEMBENTUK SKUAD. 1. Dalam kedudukan tiga barisan iaitu barisan depan, barisan tengah dan barisan belakang. 2. Seorang penanda iaitu orang yang paling kanan di barisan hadapan semasa di kedudukan melintang sekiranya kedudukan memanjang orang yang paling kiri di deretan pertama. 3. Jarak dalam tutup barisan diantara barisan depan dan barisan tengah ialah satu langkah, barisan tengah dan barisan belakang juga satu langkah. ( Satu langkah bersamaan dengan 30 inci). 4. Jarak antara deretan dalam kedudukan melintang adalah satu tangan. 5. Jarak antara deretan dalam kedudukan memanjang lebih kurang satu tangan satu jengkal. 4.1. JADIKAN TIGA BARISAN ( MELINTANG ). Kata perintah - “Tiga barisan di hadapan saya.......grak” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas berlari, beratur jadikan tiga barisan melintang, penanda kanan berdiri lebih kurang 6 langkah di hadapan jurulatih / Skuad Leader ( Gambar 6 ). Penerangan Teliti 1. Apabila dapat kata perintah semua anggota berlari mengambil tempat jadikan tiga barisan, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. 2. Jarak di antara satu barisan dengan lain ialah lebih kurang 30 inci (satu langkah). 3. Jarak di antara deretan dengan yang lain ialah satu tangan. 4. Kemudian senang diri masa sendiri.
TERHAD 5 5. Orang yang berada di sebelah kanan barisan hadapan platun berperanan sebagai penanda. 6. Kedudukan setiap barisan tidak akan berubah apabila skuad dibentuk, di mana wujudnya barisan hadapan, tengah dan belakang (kecuali kedudukan diubah oleh jurulatih). 7. Kedudukan arah juga tidak akan berubah sama ada sebelah hadapan, belakang, kiri dan kanan platun. Gambar 6 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Mengambil tempat tidak berlari. 2. Jarak kedudukan penanda/barisan hadapan terlalu rapat atau jauh dengan jurulatih. 3. Waktu sampai tidak membuat pergerakan dengan betul. 4. Bercakap-cakap dan bergerak. 4.2. JADIKAN TIGA BARISAN (MEMANJANG). Kata perintah - “Bertiga-tiga di hadapan saya......grak” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas berlari, beratur jadikan tiga barisan memanjang ke belakang, penanda kanan berdiri lebih kurang 6 langkah di hadapan jurulatih/ Skuad Leader. 2. Penanda barisan tengah berada di sebelah kanan penanda kanan 3. Penanda barisan belakang berada di sebelah kanan penanda tengah. Penerangan Teliti 1. Apabila dapat kata perintah semua anggota berlari mengambil tempat jadikan tiga barisan memanjang ke belakang, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. 2. Jarak di antara satu barisan dengan lain ialah lebih kurang 30 inci (satu langkah). 3. Jarak di antara deretan dengan yang lain ialah satu tangan dalam kedudukan sedia. 4. Kemudian senang diri masa sendiri.
TERHAD 6 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Mengambil tempat tidak berlari. 2. Jarak kedudukan barisan hadapan terlalu rapat atau jauh dengan jurulatih. 3. Waktu sampai tidak membuat pergerakan dengan betul. 4. Bercakap-cakap dan bergerak. 5. LANGKAH KE HADAPAN. Kata perintah - “(*) Langkah ke hadapan........ grak” (*) Bilangan langkah mengikut kehendak jurulatih. Perbuatan penuh - (satu langkah) “satu up…dua”. (Kata perbuatan) (dua langkah) “satu dua up…tiga”. (tiga langkah) “satu dua tiga up...empat”. (empat langkah) “satu dua tiga empat up...lima”. Kata perintah dengan nombor - “Satu langkah ke hadapan dengan nombor, (asas satu langkah) skuad....satu”, Skuad…up, Skuad…dua. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas langkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dan sebut “satu” (Gambar 7). 2. “Skuad…up”, angkat kaki kanan paha separas bumi dan sebut “Up” (Gambar 8). 3. “Skuad…dua” dengan pantas hentak kaki kanan rapat ke tumit kaki kiri balik ke kedudukan sedia dan sebut “dua”. (Gambar 9). Penerangan Teliti 1. Pergerakan pertama semasa melangkah kaki kiri ke hadapan, kaki hendaklah lurus dan pacak tumit, kedua-dua tangan rapat ke badan dan pandangan 200 meter ke hadapan. 2. Pergerakan kedua pastikan semasa hentak kaki kanan lutut kiri tidak berenjut atau bengkok. 3. Jika lebih dari satu langkah, melangkah kaki 30 inci ke hadapan berganti-ganti seperti berjalan biasa dan berhenti apabila cukup bilangan langkah yang diarahkan. Gambar 7 Gambar 8 Gambar 9 30 inci
TERHAD 7 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tergopoh-gapah dan langkah tidak sama panjang. 2. Lutut bengkok masa melangkah ke hadapan dan melompat dengan kedua-dua kaki. 3. Pinggang bengkok dan tangan bergerak. Nota: Bilangan langkah ke hadapan hanya boleh diberi sehingga empat langkah sahaja dengan kiraan “lima”. Selebih dari itu hendaklah cepat jalan. 6. LANGKAH KE BELAKANG. Kata perintah - “(*) Langkah ke belakang..... grak” (*) Bilangan langkah mengikut kehendak jurulatih. Perbuatan penuh - (satu langkah) “Up..satu, up..dua.” (Kata perbuatan) (dua langkah) “Up..satu,up..dua,up..tiga”. (tiga langkah) “Up..satu, up..dua,up...tiga,up..empat,up”. (empat langkah) “Up..satu, up..dua,up...tiga,up..empat,up..lima”. Kata perintah dengan nombor - “Satu langkah ke belakang dengan nombor, (asas satu langkah) skuad.....up, skuad......satu, skuad….up, skuad…dua”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Satu langkah ke belakang dengan nombor, skuad ......up”, dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi dan sebut “up” (gambar 10). 2. “Skuad…satu” tolak kaki kiri 30 inci ke belakang dan sebut “satu” (gambar 11). 3. “Skuad ......up”, angkat kaki kanan paha separas bumi dan sebut “up” 4. “Skuad…dua”, hentak kaki kanan rapat di sebelah kaki kiri.balik ke kedudukan sedia dan sebut “dua” (gambar 12). Penerangan Teliti 1. Semasa mengundurkan kaki kiri ke belakang, kaki kanan hendaklah lurus dan jatuhkan hujung kaki kiri. 2. Kedua-dua tangan lurus dan rapat ke badan dan pandangan 200 meter ke hadapan. 3. Jika lebih dari satu langkah, melangkah kaki 30 inci ke belakang berganti-ganti dan berhenti apabila cukup bilangan langkah yang diarahkan. Gambar 10 Gambar 11 Gambar 12 30 inci
TERHAD 8 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tergopoh-gapah dan langkah tidak sama panjang. Lutut bengkok masa melangkah ke belakang dan melompat dengan kedua-dua kaki. 2. Pinggang bengkok dan tangan bergerak. Nota : Bilangan langkah ke belakang hanya boleh diberi sehingga empat langkah sahaja dengan kiraan “lima”. Selebih dari itu pusing belakang dan cepat jalan. 7. LANGKAH KE KANAN. Kata perintah - “(*) Langkah ke kanan...... grak” (* Bilangan langkah mengikut kehendak Jurulatih) Perbuatan penuh - (satu langkah) “ Up..satu,up..dua.“ (Kata perbuatan) (dua langkah) “up..satu,up..dua,up..tiga,up..empat”. (tiga langkah) “up..satu,up..dua,up...tiga,up..empat,up..lima,up..enam. (empat langkah) “up..satu,up..dua,up...tiga,up..empat,up..lima, up.. enam,up..tujuh,up..lapan”. Kata perintah dengan nombor - “ Satu langkah ke kanan dengan nombor, skuad…..up” (asas satu langkah) skuad....satu ” ,“ skuad ...up, skuad…dua” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi dan sebut “up”, bawa keberatan badan ke sebelah kanan pada masa yang sama jatuh hujung kasut kaki kanan 12 inci ke kanan dan sebut “satu” (gambar 13 dan 14). 2. Angkat kaki kiri paha separas bumi dan sebut “up”, hentak kaki kiri rapat ke tumit kaki kanan balik kedudukan sedia dan sebut “dua” (gambar 15). Penerangan Teliti 1. Semasa mengangkat kaki kanan, kaki kiri mestilah lurus, kedua-dua tangan hendaklah lurus dan rapat ke badan di belakang penjahitan seluar dan pandangan 200 meter ke hadapan. 2. Begitu juga apabila mengangkat kaki kiri, kaki kanan mestilah lurus. 3. Jika lebih dari satu langkah ulang perbuatan melangkah ke kanan berganti-ganti dan berhenti apabila cukup bilangan langkah yang di kehendaki. Gambar 13 Gambar 14 Gambar 15 12 inci
TERHAD 9 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Semasa mengangkat kaki kanan lutut kaki kiri bengkok dan sebaliknya. 2. Hentak yang terakhir tumit tidak rapat balik kedudukan sedia. 3. Langkah pertama mengunakan tapak kaki. Nota : 1. Jumlah langkah ke kanan menggunakan bilangan boleh diberi hingga empat langkah sahaja. 2. Lebih dari empat langkah hingga lapan langkah beri kata perintah “Langkah ke kanan......... grak” sehingga dapat kata perintah “Skuad..... ti”. Setiap kali melangkah jatuhkan hujung kasut kanan dan kiri dan penamat menggunakan tapak kasut. 3. Cara bilangan berterusan satu hingga akhir seperti contoh empat langkah. Bilangan satu hingga lapan. Jika lebih dari empat langkah, pusing kanan dan cepat jalan. 8. LANGKAH KE KIRI. Kata perintah - “(*) Langkah ke kiri ..... grak” (*) Bilangan langkah mengikut kehendak jurulatih Perbuatan penuh - (satu langkah) “ Up..satu,up..dua.“ (Kata perbuatan) (dua langkah) “up..satu,up..dua,up..tiga,up..empat”. (tiga langkah) “up..satu,up..dua,up...tiga,up..empat,up..lima,up..enam. (empat langkah) “up..satu,up..dua,up...tiga,up..empat,up..lima, up..enam,up..tujuh,up..lapan”. Kata perintah dengan nombor - “ Satu langkah ke kanan dengan nombor, skuad…..up” (asas satu langkah) skuad....satu” ,“ skuad ...up, skuad…dua” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi dan sebut “up”, (Gambar 16) bawa keberatan badan ke sebelah kiri pada masa yang sama jatuh hujung kasut kaki kiri 12 inci ke kiri dan sebut “satu” 2. Angkat kaki kanan paha separas bumi dan sebut “up”, hentak kaki kanan rapat ke tumit kaki kiri balik kedudukan sedia dan sebut “dua” (Gambar 17) Penerangan Teliti 1. Semasa mengangkat kaki kiri, kaki kanan mestilah lurus, kedua-dua tangan hendaklah lurus dan rapat ke badan di belakang penjahitan seluar dan pandangan 200 meter ke hadapan. 2. Begitu juga apabila mengangkat kaki kanan, kaki kiri mestilah lurus. 3. Jika lebih dari satu langkah ulang perbuatan melangkah ke kiri berganti-ganti dan berhenti apabila cukup bilangan langkah yang di kehendaki.
TERHAD 10 Gambar 16 Gambar 17 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Semasa mengangkat kaki kiri, lutut kaki kanan bengkok dan sebaliknya. 2. Hentakan yang terakhir, tumit tidak rapat balik kedudukan sedia. 3. Langkah pertama menggunakan tapak kaki. Nota : 1. Jumlah langkah ke kiri menggunakan bilangan boleh diberi hingga empat langkah sahaja. 2. Lebih dari empat langkah hingga lapan langkah beri kata perintah “Langkah ke kiri......... grak” sehingga dapat kata perintah “Skuad..... ti”. Setiap kali melangkah jatuhkan hujung kasut kanan dan kiri dan penamat menggunakan tapak kasut. 3. Cara bilangan berterusan satu hingga akhir seperti contoh empat langkah. Bilangan satu hingga lapan. Jika lebih dari lapan langkah, pusing kiri dan cepat jalan. 9. MEMBETULKAN SKUAD. 9.1. LURUSKAN BARISAN MELINTANG. Kata perintah - “Luruskan......barisan” Perbuatan penuh - “Up…satu “ (Kata perbuatan) (selepas diam sejenak hentak kaki berturut-turut) Kata perintah dengan nombor - “Luruskan barisan dengan nombor, skuad.....up, Skuad......satu” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Luruskan barisan dengan nombor, skuad....up”, dengan pantas semua anggota platun angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan sebut “up” 2. “Skuad......satu “, hentak kaki kiri rapat di sebelah kaki kanan pada masa yang sama muka pandang ke kanan kecuali penanda kanan setiap barisan.
TERHAD 11 3. Penanda barisan tengah dan belakang angkat tangan ke hadapan dengan menggenggam tangan, kuku ibu jari menghala ke atas manakala anggota yang lain angkat tangan kanan ke kanan dengan menggenggam tangan, kuku ibu jari menghala ke hadapan separas bahu orang di sebelah kanan dan sebut “satu” (perbuatan angkat tangan sekiranya kedudukan rapat hendaklah diangkat lurus di belakang orang sebelah kanan) 4. Selepas perbuatan “satu”, diam sejenak, kemudian baru hentak kaki berturut-turut (bergerak dengan menggunakan tumit atau tapak) sehingga mendapat kelurusan tiap-tiap barisan dan deretan. Penerangan Teliti 1. Pergerakan penuh luruskan barisan, penanda kanan barisan hadapan diam tidak perlu membuat pergerakan (perbuatan hentak kaki berturut-turut dilakukan sekiranya untuk mengambil kedudukan yang dikehendaki). Penanda barisan tengah dan belakang pandang ke hadapan mengambil jarak manakala semua anggota yang lain pandang ke kanan dan tidak perlu mengangkat tangan kecuali anggota barisan hadapan sahaja mengangkat tangan kanan ke kanan. 2. Selepas perbuatan “satu”, diam sejenak baru hentak kaki berturut-turut (bergerak dengan menggunakan tumit atau tapak). Setelah barisan lurus, deretan hendaklah diam mengikut urutan deretan. 3. Apabila semua diam, anggota deretan dua barisan hadapan dengan pantas turun tangan kanan,pada masa yang sama pandang depan. Anggota barisan tengah dan belakang pandang depan mengikut perbuatan tiap-tiap anggota deretan barisan hadapan mengikut giliran sehingga selesai. Kesalahan yang biasa dilakukan 1. Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa. 2. Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong ke depan semasa mengambil lurus. 3. Pinggang lemah semasa kaki bergerak. 4. Jarak dan bersententangan tidak betul. 5. Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus. Nota : Sekiranya membawa senjata angkat tangan kiri semasa perbuatan angkat tangan. 9.2 LURUSKAN BARISAN MEMANJANG. Kata perintah - “Luruskan......barisan” Perbuatan penuh - “Up…satu “ (Kata perbuatan) (selepas diam sejenak hentak kaki berturut-turut) Kata perintah dengan nombor - “Luruskan barisan dengan nombor, skuad...... up” dan “skuad ...... satu” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah” Luruskan barisan dengan nombor, skuad.....up”, dengan pantas semua anggota platun angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan sebut “up”.
TERHAD 12 2. “Skuad ...... satu”, hentak kaki kiri rapat di sebelah kaki kanan pada masa yang sama setiap penanda barisan angkat tangan kanan ke kanan, genggam tangan kuku ibu jari menghala ke hadapan. Anggota lain angkat tangan kanan ke hadapan genggam tangan, kuku ibu jari menghala ke atas separas bahu orang di hadapan dan sebut “satu”(perbuatan angkat tangan sekiranya kedudukan rapat hendaklah di angkat lurus separas di luar bahu kanan orang di hadapan). 3. Selepas perbuatan “satu”, diam sejenak baru hentak kaki berturut-turut (bergerak dengan menggunakan tumit atau tapak) sehingga mendapat kelurusan tiap-tiap barisan dan deretan. Penerangan Teliti 1. Pergerakan penuh luruskan barisan, penanda kanan diam tidak perlu membuat pergerakan kecuali perbuatan hentak kaki berturut-turut sekiranya untuk mengambil kedudukan yang di kehendaki, penanda barisan hadapan dan tengah angkat tangan kanan. Manakala anggota yang lain tidak perlu angkat tangan. 2. Selepas perbuatan “satu” diam sejenak baru hentak kaki berturut-turut dan setelah lurus barisan serta deretan hendaklah diam mengikut urutan deretan (lutut tegang dengan menggunakan tumit). 3. Apabila semua diam, penanda barisan hadapan dan tengah dengan pantas turun tangan kanan dan balik kedudukan sedia. Kesalahan yang biasa dilakukan 1. Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa. 2. Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong ke depan semasa mengambil lurus. 3. Pinggang lemah semasa kaki bergerak. 4. Jarak dan bersententangan tidak betul. 5. Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus. Nota : Sekiranya membawa senjata angkat tangan kiri semasa perbuatan angkat tangan. 9.3. KE KANAN LURUS.(kedudukan platun melintang menghadap ke hadapan) Kata perintah - “Ke kanan....lurus” Perbuatan penuh - “Satu dua…tiga “ (Kata perbuatan) (selepas diam sejenak hentak kaki berturut-turut) Kata perintah dengan nombor - “Ke kanan lurus dengan nombor, skuad....satu, Skuad.....dua, Skuad…tiga” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah”Ke kanan lurus dengan nombor, skuad....satu” dengan pantas sorong kaki kiri ke hadapan jarak tumit ke tumit 15 inci, jatuh hujung kasut ke bumi dan sebut “satu”.
TERHAD 13 2. “Skuad.....dua” dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kiri pada masa yang sama angkat tangan kanan ke kanan (jika bawa senjata angkat tangan kiri ke kiri) kuku ibu jari menghala ke hadapan (perbuatan angkat tangan sekiranya kedudukan rapat hendaklah di angkat lurus di belakang orang sebelah kanan/kiri), muka pandang ke kanan dan sebut “dua”. 3. ”Skuad…tiga ”dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kanan dan sebut “tiga” 4. Selepas perbuatan “tiga”, diam sejenak baru hentak kaki berturut-turut (bergerak dengan dengan menggunakan tumit atau tapak) sehingga mendapat kelurusan tiaptiap barisan dan deretan. 5. Setelah mendapat kedudukan lurus, semua anggota diam dan tunggu kata perintah seterusnya “Pandang… Depan”. Penerangan Teliti 1. Pergerakan penuh ke kanan lurus, penanda kanan diam tidak perlu membuat pergerakan (perbuatan hentak kaki berturut-turut dilakukan sekiranya untuk mengambil kedudukan yang dikehendaki). Penanda barisan tengah dan belakang tidak perlu pandang kanan. Anggota barisan tengah dan belakang tidak perlu angkat tangan. 2. Semasa membuat pergerakan pertama sorong kaki kiri, jatuh hujung kasut, tumit jinjit, lutut kaki kiri hendaklah lurus dan keberatan badan di atas kaki kanan yang juga dalam keadaan lurus. Kedua-dua tangan rapat di badan. 3. Semasa membuat pergerakan kedua, genggam tangan kuku ibu jari menghala ke hadapan di hujung separas bahu orang di sebelah kanan (perbuatan angkat tangan sekiranya kedudukan rapat hendaklah di angkat lurus di belakang orang sebelah kanan). 4. Selepas perbuatan “tiga” diam sejenak baru hentak kaki berturut-turut (bergerak dengan menggunakan tumit atau tapak). Setelah barisan lurus, deretan hendaklah diam mengikut urutan deretan, Dalam bilangan 8 pergerakan ambil lurus hendaklah selesai Nota : Jika tangan kanan memegang senjata, orang dalam barisan hadapan mengangkat tangan kiri ke sebelah kiri dan pandang kanan. Penanda kanan setiap barisan pandang hadapan. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Sama seperti pergerakan luruskan barisan. 9.4. PANDANG DEPAN. Kata perintah - “Pandang.........depan” Perbuatan penuh - “Satu.. “ (Kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas turun tangan kanan lurus rapat ke sisi kanan,muka pandang depan kembali ke kedudukan sedia dan sebut “satu”. Penerangan Teliti 1. Semasa menurunkan tangan kanan, siku mestilah lurus.
TERHAD 14 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Lambat turun tangan dan siku bengkok. 9.5. KE KIRI LURUS. (Kedudukan platun melintang menghadap ke belakang) Kata perintah - “Ke kiri...... lurus” Perbuatan penuh - “Satu dua… tiga “ (Kata perbuatan) (selepas diam sejenak hentak kaki berturut-turut) Kata perintah dengan nombor - “Ke kiri lurus dengan nombor, skuad...... satu”, “skuad...... dua”, skuad…tiga”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah” Ke kiri lurus dengan nombor, skuad....satu” dengan pantas sorong kaki kiri 15 inci ke hadapan, jatuh hujung kasut ke bumi dan sebut “satu” 2. “Skuad.....dua” dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kiri pada masa yang sama angkat tangan kanan ke kanan (jika bawa senjata angkat tangn kiri ke kiri) kuku ibu jari menghala ke hadapan”.(perbuatan angkat tangan sekiranya kedudukan rapat hendaklah di angkat lurus di belakang orang sebelah kanan/kiri), muka pandang ke kiri dan sebut “dua”. 3. ”Skuad…tiga” dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kanan dan sebut “tiga” 4. Selepas perbuatan “tiga”, diam sejenak baru hentak kaki berturut-turut (bergerak dengan menggunakan tumit atau tapak) sehingga mendapat kelurusan tiap-tiap barisan dan deretan. 5. Setelah mendapat kedudukan lurus semua anggota diam dan tunggu kata perintah seterusnya “Pandang….Depan”. Penerangan Teliti 1. Pergerakan penuh ke kiri lurus, penanda barisan belakang yang berada di kedudukan paling kiri diam tidak perlu membuat pergerakan( perbuatan hentak kaki berturut-turut sekiranya untuk mengambil kedudukan yang di kehendaki). Penanda barisan tengah dan hadapan tidak perlu pandang kiri , barisan tengah dan hadapan tidak perlu angkat tangan. 2. Semasa membuat pergerakan pertama, sorong kaki kiri,jatuh hujung kasut,tumit jinjit, lutut kaki kiri hendaklah lurus dan keberatan badan di atas kaki kanan yang juga dalam keadaan lurus. Kedua-dua tangan rapat di badan. 3. Semasa membuat pergerakan kedua, genggam tangan kuku ibu jari menghala ke hadapan di hujung separas bahu orang di sebelah kiri.(perbuatan angkat tangan sekiranya kedudukan rapat hendaklah di angkat lurus di belakang orang sebelah kiri). 4. Selepas perbuatan “tiga” diam sejenak kemudian hentak kaki berturut-turut. Setelah barisan lurus, deretan hendaklah diam mengikut urutan deretan(bergerak dengan menggunakan tumit atau tapak).
TERHAD 15 Nota : 1. Pergerakan ke kiri lurus dilakukan apabila kedudukan platun menghadap ke belakang. 2. Jika tangan kanan memegang senjata, orang dalam barisan hadapan mengangkat tangan kiri ke sebelah kiri dan pandang kiri. Penanda kiri setiap barisan pandang hadapan. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa. 2. Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong ke depan semasa mengambil lurus. 3. Pinggang lemah semasa kaki bergerak. 4. Jarak dan bersetentangan tidak betul. 5. Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus. 6. Kepala memandang ke kanan seperti ke kanan lurus. 7. Tiada perhentian di antara pergerakan kedua dan ketiga. 10. KIRAAN BERNOMBOR. Kata perintah - “Skuad....nombor” atau “Da....ri Kanan, Nombor”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas anggota barisan hadapan sahaja menyebut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri. Penerangan Teliti 1. Anggota yang di sebelah kanan sekali menyebut nombor “satu” yang lain, mengikut dengan “dua” dan seterusnya mengikut turutan sehingga anggota terakhir bagi barisan hadapan. 2. Semasa membilang semua anggota memandang terus ke hadapan . Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak membilang nombor dengan cepat. 2. Bilang nombor dengan suara yang perlahan. 3. Anggota yang terakhir membilang nombor dan ditambah “akhir”. 11. BUKA / TUTUP BARISAN. 11.1. BUKA BARISAN. Kata perintah - “Buka barisan......grak” Perbuatan penuh - “Satu dua… tiga “ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Buka barisan dengan nombor, skuad....satu”, skuad….dua, skuad….tiga”.
TERHAD 16 Pergerakan (Detail) Bagi barisan hadapan 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas semua anggota barisan hadapan melangkah kaki kiri satu langkah 30 inci ke hadapan dan sebut “satu”. 2. “Skuad….dua” dengan pantas melangkah kaki kanan 15 inci ke hadapan dan sebut “dua”. 3. “Skuad….tiga”, dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kanan balik pada kedudukan sedia dan sebut “tiga”. Bagi Barisan Tengah 1. Anggota barisan tengah diam tiada pergerakan. Bagi Barisan Belakang 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas semua anggota barisan belakang angkat kaki kiri paha separas bumi dan tolak 30 inci ke belakang dan sebut “ satu” 2. “Skuad….dua” dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi dan tolak 15 inci ke belakang dan sebut “dua”. 3. “Skuad….tiga” dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kanan balik pada kedudukan sedia dan sebut “tiga”. Penerangan Teliti 1. Pergerakan ini dilakukan oleh anggota barisan hadapan dan belakang sahaja. Anggota di barisan tengah diam. 2. Kedudukan kedua-dua tangan semasa membuat pergerakan ini mestilah rapat ke badan dan kepala memandang ke hadapan. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan semasa membuat pergerakan. 2. Badan membongkok semasa melangkah ke hadapan dan ke belakang. 3. Anggota berkenaan tidak tahu arah masing-masing semasa mendapat arahan. Nota : 1. Biasanya selepas membuat pergerakan ini, kata perintah “Ke kanan… lurus” atau “Luruskan… barisan” diberi untuk mendapat kelurusan barisan dalam skuad. 2. Sekiranya mengajar dengan mengikut masa, jurulatih boleh mengajar dengan beberapa teknik seperti menambahkan perkataan “Selaku barisan hadapan (atau belakang), buka barisan.....grak”.. Tujuannya untuk memahirkan setiap anggota di dalam platun.
TERHAD 17 11.2. TUTUP BARISAN. Kata perintah - “Tutup barisan .......grak” Perbuatan penuh - “Satu dua… tiga “ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Tutup barisan dengan nombor, skuad....satu”, skuad….dua,skuad….tiga” Pergerakan (Detail) Bagi barisan hadapan. 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas semua anggota barisan hadapan angkat kaki kiri paha separas bumi dan tolak 30 inci ke belakang dan sebut “ satu” 2. “Skuad….dua “dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi dan tolak 15 inci ke belakang dan sebut “dua”. 3. “Skuad….tiga “dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kanan balik pada kedudukan sedia dan sebut “tiga”. Bagi Barisan Tengah. 1. Anggota barisan tengah diam tiada pergerakan.. Bagi Barisan Belakang. 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas semua anggota barisan belakang melangkah kaki kiri satu langkah 30 inci ke hadapan dan sebut “satu”. 2. “Skuad….dua” dengan pantas melangkah kaki kanan 15 inci ke hadapan dan sebut“dua”. 3. “Skuad….tiga” dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kanan balik pada kedudukan sedia dan sebut “tiga” Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan semasa membuat pergerakan. 2. Badan membongkok semasa melangkah ke hadapan dan ke belakang. 3. Anggota berkenaan tidak tahu arah masing-masing semasa mendapat arahan. Nota : 1. Biasanya selepas membuat pergerakan ini kata perintah “Ke kanan… lurus” atau “Luruskan… barisan” diberikan untuk mendapat kelurusan barisan dalam skuad. 2. Sekiranya mengajar dengan mengikut masa, jurulatih boleh mengajar dengan beberapa teknik seperti menambahkan perkatan “Selaku barisan hadapan (atau belakang), tutup barisan..... gerak”. Tujuannya untuk memahirkan kesemua anggota di dalam platun.
TERHAD 18 12. BERPUSING. 12.1. BERPUSING KE KANAN. Kata perintah - “Bergerak ke kanan, kanan......... sing” Perbuatan penuh - “satu dua“ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Berpusing dengan nombor, kanan pusing....satu”, skuad…up, skuad…dua”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Berpusing dengan nombor, kanan pusing....satu“ dengan pantas berpusing 90 darjah ke kanan menggunakan tumit kasut kaki kanan, hujung kasut kaki kiri dan sebut “satu”. 2. “Skuad..up” dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi hujung kasut tekan ke bawah dan sebut “up”. 3. “Skuad…dua”, dengan pantas hentak kiri rapat ke sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dan sebut “dua”. Penerangan Teliti 1. Setelah berpusing dan mendapat arah yang baru (kanan), berdiri di atas kaki kanan dan hujung kaki kanan menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat sedikit. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak dan kedua-dua tangan rapat di belakang penjahitan seluar. 2. Semasa membuat pergerakan kedua, mengangkat kaki kiri, lutut kaki kanan hendaklah lurus. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Badan melonjak semasa berpusing, tangan bergoyang dan pinggang lemah. 2. Badan dan bahu tidak menghala yang tepat iaitu 90 darjah. 3. Keberatan badan di atas kaki yang di belakang. 4. Membongkok badan semasa mengangkat dan menghentak kaki kiri. 12.2. BERPUSING KE KIRI. Kata perintah - “Bergerak ke kiri, kiri....... sing” Perbuatan penuh - “Satu dua“ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Berpusing dengan nombor, kiri pusing....satu”, skuad..up,skuad…dua”.
TERHAD 19 Pergerakan. (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah Berpusing dengan nombor, kiri pusing....satu dengan pantas berpusing 90 darjah ke kiri menggunakan tumit kasut kaki kiri, hujung kasut kaki kanan dan sebut “satu”. 2. “Skuad..up” dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi hujung kasut tekan ke bawah dan sebut “up”. 3. “Skuad…dua” dengan pantas hentak kanan rapat ke sebelah kaki kiri balik ke kedudukan sedia dan sebut “dua”. Penerangan Teliti 1. Setelah berpusing dan mendapat arah yang baru (kiri), berdiri di atas kaki kiri dan hujung kaki kiri menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat sedikit. Keduadua lutut lurus, badan tegak dan kedua-dua tangan rapat di belakang penjahitan seluar. 2. Semasa membuat pergerakan “up”, mengangkat kaki kanan, lutut kaki kiri hendaklah lurus. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Badan melonjak semasa berpusing, tangan bergoyang dan pinggang lemah. 2. Badan dan bahu tidak menghala yang tepat iaitu 90 darjah. 3. Keberatan badan di atas kaki yang belakang. 4. Membongkok badan semasa mengangkat dan menghentak kaki kiri. 12.3. BERPUSING SEPARUH KANAN. Kata perintah - “Bergerak ke kanan, separuh….kanan” Perbuatan penuh - “Satu dua“ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Berpusing dengan nombor, Separuh kanan....satu”, skuad..up,skuad…dua”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah ”Berpusing dengan nombor, separuh kanan....satu” dengan pantas berpusing 45 darjah ke kanan menggunakan tumit kasut kaki kanan, hujung kasut kaki kiri dan sebut “satu”. 2. “Skuad..up” dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi hujung kasut tekan ke bawah dan sebut “up”. 3. “Skuad…dua” dengan pantas hentak kiri rapat ke sebelah kaki kanan kembali ke kedudukan sedia dan sebut “dua”. Penerangan Teliti 1. Setelah berpusing dan mendapat arah yang baru (separuh kanan), berdiri di atas kaki kanan dan hujung kaki kanan menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat sedikit. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak dan kedua-dua tangan rapat di belakang penjahitan seluar.
TERHAD 20 2. Semasa membuat pergerakan kedua, mengangkat kaki kiri, lutut kaki kanan hendaklah lurus. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Badan melonjak semasa berpusing, tangan bergoyang dan pinggang lemah. 2. Badan dan bahu tidak menghala yang tepat iaitu 45 darjah. 3. Keberatan badan di atas kaki yang belakang. 4. Membongkok badan semasa mengangkat dan menghentak kaki kiri. 12.4. BERPUSING SEPARUH KIRI. Kata perintah - “Bergerak ke kiri, kiri....... sing” Perbuatan penuh - “satu dua“ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Berpusing dengan nombor, Separuh Kiri....satu”, Skuad..up, Skuad…dua”. Pergerakan. (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Berpusing dengan nombor, Separuh Kiri....satu” dengan pantas berpusing 45 darjah ke kiri menggunakan tumit kasut kaki kiri, hujung kasut kaki kanan dan sebut “satu”. 2. “Skuad..up” dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi hujung kasut tekan ke bawah dan sebut “up”. 3. “Skuad…dua” dengan pantas hentak kanan rapat ke sebelah kaki kiri balik ke kedudukan sedia dan sebut “dua”. Penerangan Teliti 1. Setelah berpusing dan mendapat arah yang baru (separuh kiri), berdiri di atas kaki kiri dan hujung kaki kiri menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat sedikit. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak dan kedua-dua tangan rapat di belakang penjahitan seluar. 2. Semasa membuat pergerakan kedua, mengangkat kaki kanan, lutut kaki kiri hendaklah lurus. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Badan melonjak semasa berpusing, tangan bergoyang dan pinggang lemah. 2. Badan dan bahu tidak menghala yang tepat iaitu 45 darjah. 3. Keberatan badan di atas kaki yang berada di belakang. 4. Membongkok badan semasa mengangkat dan menghentak kaki kiri.
TERHAD 21 12.5. BERPUSING KE BELAKANG. Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (penanda) berada di sebelah kiri. Kata perintah - “Bergerak ke kiri, belakang.......sing” Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang.Barisan hadapan (penanda) berada di sebelah kanan. Kata perintah - “Bergerak ke kanan, belakang .......sing” Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke hadapan; Kata perintah - “Menghadap ke belakang, belakang.....sing” Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke belakang; Kata perintah - “Menghadap ke hadapan, belakang.....sing” Kata perintah dengan nombor - “Berpusing dengan nombor, belakang pusing.....satu, Skuad..up, Skuad…dua” Perbuatan penuh - “satu dua” (Kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Berpusing dengan nombor,belakang pusing... satu”, dengan pantas berpusing 180 darjah ke belakang melalui rusuk kanan mengunakan tumit kasut kaki kanan dan hujung kasut kaki kiri dan sebut “satu”. 2. Skuad..up dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi hujung kasut tekan ke bawah dan sebut “up”. 3. “Skuad…dua” dengan pantas hentak kaki kiri rapat di sebelah kaki kanan kembali ke kedudukan sedia dan sebut “dua”. Penerangan Teliti 1. Setelah berpusing dan mendapat arah yang baru (belakang), berdiri di atas kaki kanan dan hujung kasut kaki kanan menyerong ke kanan dan tumit kasut kaki kiri terangkat sedikit. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak dan kedua-dua tangan rapat di belakang penjahitan seluar. 2. Semasa membuat pergerakan kedua, mengangkat kaki kiri, lutut kaki kanan hendaklah lurus. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Badan melonjak semasa berpusing, tangan bergoyang dan pinggang lemah. 2. Badan dan bahu tidak menghala 180 darjah. 3. Keberatan badan di atas kaki belakang. 4. Membongkok badan semasa mengangkat dan menghentak kaki kiri. 5. Berpusing mengikut sebelah kiri.
TERHAD 22 13. KELUAR BARIS DAN BERSURAI. 13.1. KELUAR BARIS. Kata perintah - “Keluar....baris” Perbuatan penuh - “satu dua,satu dua tiga“ (Kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas berpusing 90 darjah ke kanan dan sebut “satu dua”. 2. Kemudian dengan pantas berjalan tiga langkah dimulai dengan kaki kiri 30 inci ke hadapan dan sebut “satu dua tiga” seterusnya bersurai. Penerangan Teliti 1. Semasa berpusing ke kanan pergerakan adalah sama seperti pergerakan ke kanan pusing. Kedudukan tangan dan kaki adalah juga sama. 2. Bilangan antara berpusing dan berjalan pastikan tidak bersambung. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kesalahan berpusing sama seperti kesalahan berpusing ke kanan. 2. Melangkah dengan kaki kanan bagi langkah pertama. 3. Tidak cukup tiga langkah,semasa perbuatan “keluar baris” Nota : Tujuan “Keluar Baris” adalah untuk berehat sementara waktu sahaja, ini menandakan latihan / aktiviti belum tamat. Mereka tidak boleh beredar dari kawasan tempat latihan. 13.2. BERSURAI. Kata perintah - “Ber…….. surai” Perbuatan penuh - “satu dua, satu dua tiga“ (Kata perbuatan) Pergerakan (Detail) Apabila dapat kata perintah “Ber…..surai” dengan pantas buat pergerakan keluar baris. Nota : Tujuan Bersurai menandakan tamatnya latihan / aktiviti pada waktu tersebut.
TERHAD 23 14. PARASKAN SKUAD. 14.1. KEDUDUKAN SKUAD TINGGI DI SEBELAH KIRI DAN KANAN, RENDAH DI TENGAH-TENGAH ( Lima kata perintah ). Kata perintah pertama - “Tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.....paras”. Pergerakan. (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan......paras” dengan pantas buat pergerakan keluar baris dan beratur dalam satu barisan rapat bahu ke bahu dimulai dengan orang paling tinggi berada di kedudukan paling kanan diikuti orang yang rendah ke kiri. Penerangan Teliti 1. Setelah keluar baris, anggota yang paling tinggi ambil tempat di sebelah kanan sekali dan diikuti anggota yang paling rendah di sebelah kiri. 2. Anggota yang tinggi sekali berdiri bersetentangan dengan jurulatih dalam jarak lebih kurang enam langkah. 3. Kedudukan dalam satu barisan bahu bertemu bahu di antara anggota. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Lambat mengambil tempat untuk beratur. 2. Bercakap-cakap dan bergerak setelah mengambil tempat. 3. Anggota yang tinggi sekali berdiri tidak bersetentang dengan jurulatih. Kata perintah kedua - “Da.... ri Kanan, nombor” atau “Skuad.... nombor”. Pergerakan. (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Da....ri Kanan, nombor” atau “Skuad....nombor” dengan pantas semua anggota menyebut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri. Penerangan Teliti 1. Anggota yang sebelah kanan sekali menyebut nombor “satu” yang lain mengikut dengan “dua” dan seterusnya mengikut turutan sehingga anggota terakhir dalam barisan tersebut. 2. Cara membilang dengan suara yang kuat, kedudukan badan tegak, pandangan terus ke hadapan. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak membilang nombor dengan cepat. 2. Membilang dengan suara yang perlahan. 3. Anggota memandang ke kanan sementara menunggu untuk membilang.
TERHAD 24 Kata perintah ketiga - “Ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang.....grak”. Pergerakan. (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang.....grak” orang nombor ganjil melangkah satu langkah ke hadapan orang nombor genap melangkah satu langkah ke belakang dan sebut “satu dua” Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan satu langkah ke hadapan atau ke belakang sama seperti pelajaran awal satu langkah ke hadapan dan ke belakang. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Sama seperti pelajaran awal satu langkah ke hadapan dan ke belakang. Kata perintah keempat - “Orang di sebelah kanan diam, ganjil ke kanan, genap ke kiri, barisan!, kanan dan kiri.....sing”. Pergerakan. (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Orang di sebelah kanan diam, ganjil ke kanan, genap ke kiri, barisan!, kanan dan kiri .....sing” Orang yang berada di sebelah kanan sekali diam dan dengan pantas barisan orang yang bernombor ganjil berpusing ke kanan pada masa yang sama barisan orang yang bernombor genap berpusing ke kiri. Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan berpusing ke kanan dan ke kiri adalah sama seperti pergerakan ke kanan / ke kiri pusing. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Sama seperti pergerakan ke kanan/ ke kiri pusing. Kata perintah kelima - “Jadikan tiga barisan…., cepat jalan”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas semua anggota berjalan cepat dimulai dengan kaki kiri kecuali orang sebelah kanan sekali. 2. Orang nombor dua bagi barisan ganjil, jalan dan berhenti di belakang orang nombor satu (penanda) sebagai orang nombor satu bagi barisan tengah. 3. Orang nombor tiga bagi barisan ganjil, jalan dan berhenti di belakang orang nombor dua sebagai orang nombor satu bagi barisan belakang. 4. Orang nombor empat bagi barisan ganjil, jalan dan berhenti di sebelah kiri orang nombor satu (penanda) dan diikuti anggota yang lain mengisi tempat kosong. 5. Bagi barisan nombor genap jalan dan membelok ke kanan mengikuti barisan nombor ganjil serta berhenti di tempat kosong.
TERHAD 25 Penerangan Teliti 1. Semua anggota sebelum berhenti pastikan membelok ke kiri menghala ke hadapan. 2. Semasa berjalan hayunkan tangan separas bahu sekiranya ada senjata hayun tangan kiri sahaja. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Berjalan sambil lewa dan tidak hayun tangan serta berhenti tidak betul. 2. Berhenti tanpa membelok ke kiri dahulu. 14.2. KEDUDUKAN SKUAD TINGGI DI SEBELAH KANAN DAN RENDAH DI SEBELAH KIRI (Tiga kata perintah). Kata perintah pertama - “Tinggi ke kanan , rendah ke kiri, dalam satu barisan.....paras” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan......paras” dengan pantas buat pergerakan keluar baris dan beratur dalam satu barisan rapat bahu ke bahu dimulai dengan orang paling tinggi berada di kedudukan paling kanan diikuti orang yang rendah ke kiri. Penerangan Teliti 1. Setelah keluar baris, anggota yang paling tinggi ambil tempat di kanan sekali dan diikuti anggota yang rendah. 2. Anggota yang tinggi sekali berdiri bersetentang dengan jurulatih dalam jarak enam langkah. 3. Kedudukan dalam satu barisan bertemu bahu dengan bahu antara anggota. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Lambat mengambil tempat untuk beratur. 2. Bercakap-cakap dan bergerak setelah mengambil tempat. Kata perintah kedua - “Orang di sebelah kanan diam, yang lain kanan.....sing” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Orang di sebelah kanan diam, yang lain kanan.....sing”, orang yang di sebelah kanan sekali diam, anggota yang lain berpusing ke kanan. Penerangan Teliti 1. Setelah berpusing ke kanan kedudukan anggota akan rapat diantara satu sama lain. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Membuat pergerakan ke kanan pusing sambil lewa kerana kedudukan anggota rapat.
TERHAD 26 Kata perintah ketiga - “Jadikan tiga barisan..., cepat jalan” . Pergerakan (Detail) 1. Semua anggota berjalan cepat dimulai dengan kaki kiri kecuali orang sebelah kanan. 2. Orang nombor dua berjalan dan berhenti di belakang orang nombor satu (Penanda) sebagai orang nombor satu bagi barisan tengah. 3. Orang nombor tiga berjalan dan berhenti di belakang orang nombor dua sebagai orang nombor satu bagi barisan belakang. 4. Orang nombor empat berjalan dan berhenti di sebelah kiri orang nombor satu (Penanda) dan diikuti anggota yang lain mengisi tempat kosong. Penerangan Teliti 1. Semua anggota sebelum berhenti pastikan membelok ke kiri menghala ke hadapan. 2. Semasa berjalan pendekkan langkah dan hayunkan tangan separas bahu, sekiranya ada senjata hayunkan tangan kiri sahaja. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Berjalan sambil lewa dan tidak hayun tangan serta berhenti tidak betul. 2. Berhenti tanpa membelok ke kiri dahulu. 14.3. KEDUDUKAN SKUAD RENDAH DI SEBELAH KANAN DAN TINGGI DI SEBELAH KIRI (Tiga kata perintah) Kata perintah pertama - “Rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan.....paras”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan......paras”,dengan pantas buat pergerakan keluar baris dan beratur dalam satu barisan rapat bahu ke bahu di mulai dengan orang paling rendah berada dikedudukan paling kanan diikuti orang yang tinggi ke kiri. Penerangan Teliti 1. Setelah keluar baris, anggota yang paling rendah ambil tempat di kanan sekali dan diikuti anggota yang tinggi. 2. Anggota yang rendah sekali berdiri bersetentangan dengan jurulatih dalam jarak enam langkah. 3. Kedudukan dalam satu barisan bertemu bahu dengan bahu antara anggota. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Lambat mengambil tempat untuk beratur. 2. Bercakap-cakap dan bergerak setelah mengambil tempat.
TERHAD 27 Kata perintah kedua - “Orang di sebelah kanan diam, yang lain, kanan....sing”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Orang di sebelah kanan diam, yang lain kanan.....sing” Orang yang di sebelah kanan sekali diam, anggota yang lain berpusing ke kanan. Penerangan Teliti 1. Setelah berpusing ke kanan kedudukan anggota akan rapat di antara satu sama lain. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Membuat pergerakan berpusing ke kanan sambil lewa kerana kedudukan anggota rapat. Kata perintah ketiga - “Jadikan tiga barisan…. , cepat jalan”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas semua anggota berjalan cepat dimulai dengan kaki kiri kecuali orang sebelah kanan. 2. Orang nombor dua berjalan dan berhenti di belakang orang nombor satu (penanda) sebagai orang nombor satu bagi barisan tengah. 3. Orang nombor tiga berjalan dan berhenti di belakang orang nombor dua sebagai orang nombor satu bagi barisan belakang. 4. Orang nombor empat berjalan dan berhenti di sebelah kiri orang nombor satu (penanda) dan diikuti anggota yang lain mengisi tempat kosong. Penerangan Teliti 1. Semua anggota sebelum berhenti pastikan membelok ke kiri menghala ke hadapan. 2. Semasa berjalan pendekkan langkah dan hayunkan tangan separas bahu, sekiranya ada senjata hayunkan tangan kiri sahaja. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Berjalan sambil lewa dan tidak hayun tangan serta berhenti tidak betul. 2. Berhenti tanpa membelok ke kiri dahulu.
TERHAD 28 15. ATURAN KOTAK. 15.1 JADIKAN ATURAN KOTAK. Pergerakan ini dilakukan dalam kedudukan statik untuk tujuan melatih pergerakan kawad senjata/ pedang/ tongkat/ panji-panji kepada platun agar barisan tengah dan belakang tidak terlindung oleh barisan hadapan. Kedudukan platun dalam tiga barisan menghadap ke hadapan. Kata perintah pertama - “Aturan kotak, barisan tengah ke kanan, barisan belakang ke kiri, barisan, kanan dan kiri …. sing” Pergerakan (Detail) 1. Barisan hadapan diam dan memandang terus ke hadapan. 2. Apabila dapat kata perintah,” Aturan kotak, barisan tengah ke kanan, barisan belakang ke kiri, barisan, kanan dan kiri …. Sing”, anggota barisan tengah akan membuat pergerakan berpusing ke kanan dan barisan belakang membuat pergerakan berpusing ke kiri. Penerangan Teliti 1. Sebelum memberi kata perintah berjalan, jurulatih hendaklah memberi penerangan kepada barisan tengah dan belakang arah yang perlu membelok. 2. Aturan kotak juga boleh dilakukan oleh mana-mana barisan mengikut kehendak jurulatih. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Badan melonjak semasa berpusing, tangan bergoyang dan pinggang lemah. 2. Badan dan bahu tidak menghala yang tepat iaitu 90 darjah. 3. Keberatan badan di atas kaki yang belakang. 4. Membongkok badan semasa mengangkat dan menghentak kaki kiri. Kata perintah Kedua - “Cepat Jalan” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Cepat Jalan” dengan pantas anggota barisan tengah dengan pantas berjalan melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dan membelok ke kiri. Begitu juga barisan belakang dengan pantas berjalan melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dan membelok ke kanan. Kata perintah Ketiga - “skuad…ti / hentak….kaki”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “skuad…ti / hentak….kaki” anggota barisan yang sedang berjalan buat perbuatan berhenti atau hentak kaki mengikut kata perintah yang di berikan..