The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Diterbitkan oleh Cawangan Latihan Luar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norkamilaidayu7, 2023-10-07 14:06:25

Buku Panduan Kawad PDRM

Diterbitkan oleh Cawangan Latihan Luar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

Keywords: Buku Panduan Kawad PDRM

176 9.2. BIMBIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN KEPIT TONGKAT Kata perintah - “Bimbit tongkat, Da….. ri kiri / kanan, cepat jalan” Perbuatan penuh- satu, check turun, check up. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kiri ke hadapan dan ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan rapat di hadapan ketiak tarik tongkat ke hadapan sedikit dan pegang di tengah-tengah tongkat di mana tempat imbangan dan sebut “satu” ( gambar 32). 2. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi memegang tongkat dan sebut “check”. 3. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan dan membuat pergerakan bimbit tongkat dan sebut “turun” ( gambar 33). 4. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat ke rusuk dan sebut “check”. 5. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua tangan dan sebut “up” dan seterusnya melangkah kaki kanan ( gambar 34). Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan rapat di hadapan ketiak dan tarik sedikit di tempat imbangan tongkat, kedudukan tiga jari kanan berada bahagian luar sementara ibu jari dan jari kelingking di sebelah dalam. Cara menangkap hendaklah melalui bahagian atas. 2. Ketika membuat pergerakan ke dua iaitu bimbit, pastikan tongkat selari dengan bumi di rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Apabila menghayun tangan kanan ke hadapan dan ke belakang tentukan kedudukan tongkat sentiasa selari dengan bumi. gambar 32 gambar 33 gambar 34 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat tidak selari dengan bumi semasa menghayun ke hadapan dan ke belakang. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Membengkokkan siku kanan semasa menghayun tangan menyebabkan terganggu semasa berjalan. 4. Menarik tongkat ke bimbit melalui bahagian bawah.


177 PERGERAKAN KAWAD TONGKAT SEMASA BERJALAN CEPAT MASA. 10. BERHENTI (Tongkat Dalam Kedudukan Bimbit, Rusuk Dan Kepit ). Kata perintah - “Skuad …….. ti” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - check up satu dua. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah berhenti semasa kawad tongkat, perbuatan adalah sama seperti kawad tangan dan kawad senjata. Nota: Sekiranya pergerakan berjalan dari langkah pertama atau Semasa sedang berjalan, kata perintah kepit/ rusuk/ bimbit tongkat diberi, Apabila dapat kata perintah berhenti, tongkat tidak perlu balik ke kedudukan asal, kecuali apabila berada di kedudukan bimbit, hendaklah di berikan kata perintah lain selepas perbuatan berhenti untuk rusuk atau kepit tongkat. 11. BELAKANG PUSING ( Tongkat Dalam Kedudukan Bimbit ). Kata perintah - “Bergerak ke kiri/ kanan, belakang…… sing” Kata perintah diberi ketika- Tumit kaki kanan pacak ke bumi Perbuatan penuh - check in…up,kiri up,kanan up,kiri…kanan. (kata perbuatan) Pergerakan( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah, hendaklah membuat pergerakan “Check in, Up” seperti mana pusing belakang kawad tangan / senjata ( gambar 35). 2. Ketika membuat pergerakan “up” tegakkan tongkat serentak dengan angkat kaki kiri paha separas dengan bumi (gambar 36). 3. Selesai pusing ke belakang, maju kaki kanan ke hadapan dan tongkat turun ke bawah dalam keadaan bimbit serta hayun ke belakang (gambar 37 & 39). Penerangan teliti 1. Ketika membuat pergerakan tegak tongkat (up) pastikan siku kanan rapat ke rusuk kanan, tangan kanan separas dengan tali pinggang.


178 Gambar 35 Gambar 36 Gambar 37 Gambar 38 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tongkat tidak serentak dengan kaki kiri apabila pergerakan “up”. 2. Tongkat tidak tegak ke atas. 3. Kedudukan siku tidak bengkok dan rapat pada badan. 4. Buat kedudukan bimbit apabila hentak kaki kiri. 12. RUSUK TONGKAT 12.1. RUSUK TONGKAT DARI KEDUDUKAN KEPIT TONGKAT. Kata perintah - “Rusuk…….Tongkat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check satu, check turun, check up. (kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah langkah kaki kanan dan sebut “Check”. 2. Langkah kaki kiri ke hadapan dan tangan kanan selari dengan dada tangkap kepala tongkat dan sebut “satu”.( gambar 39 ). 3. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang kepala tongkat dan sebut “check”. 4. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan, tarik tongkat ke kedudukan rusuk dan tidak melebihi penjahitan seluar dan sebut “turun”.( gambar 40). 5. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan dan kedua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 6. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua-dua tangan dan sebut “up”.


179 Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tarik tongkat ke bawah melalui hadapan badan balik ke rusuk kanan dan tidak melebihi penjahitan seluar. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan tongkat berada di belakang tangan. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). gambar 39 gambar 40 12.2. RUSUK TONGKAT DARI KEDUDUKAN BIMBIT TONGKAT. Kata perintah - “Rusuk…….Tongkat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check satu, check turun, check up. (kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah langkah kaki kanan dan sebut “Check”. 2. Langkah kaki kiri ke hadapan dan tongkat dalam kedudukan tegak ke atas iaitu rusuk dan sebut “satu” ( gambar 41). 3. Melangkah kaki kanan ke hadapan, kedua-dua tangan masih lagi pegang tongkat iaitu tangan kanan di kepala tongkat dan tangan kiri di tengah-tengah tongkat dan sebut “check”. 4. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan, turun tangankiri ke rusuk kiri dan dan sebut “turun”. 5. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 6. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua tangan dan sebut “up”.


180 Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama dengan pantas tangan kanan lambung dan tegakkan tongkat, pada masa yang sama tangan kiri tangkap bahagian tengah tongkat, lengan separas dengan tali pinggang, tiga jari tersusun di bahagian luar, ibu jari dan kelingking berada di bahagian dalam. Serentak tangan kanan tangkap di kepala tongkat, jari telunjuk kanan di kepala tongkat dan ibu jari kanan ke hadapan menghala ke bawah, tiga-tiga jari genggam pada tongkat. 2. Ketika membuat pergerakan ke dua, turun tangankiri pastikan tidak terlebih di rusuk kiri (penjahitan seluar). 3. Apabila menghayun tangan kanan ke hadapan dan ke belakang tentukan kedudukan tongkat di bahagian hadapan lengan tangan kanan. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Pergerakan pertama tidak dalam satu masa. 2. Turun tangan kiri melebihi rusuk kiri (penjahitan seluar). 3. Kedudukan tongkat di belakang tangan semasa menghayun. gambar 41 13. KEPIT TONGKAT 13.1. KEPIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN RUSUK TONGKAT. Kata perintah - “Kepit…….tongkat”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check satu, check turun, check up. (kata perbuatan) Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah langkah kaki kanan dan sebut “Check”. 2. Langkah kaki kiri dan membuat pergerakan kepit tongkat dan sebut “satu”.( gambar 42). 3. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang tongkat dan sebut “check”, Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan turunkan tangan kanan sehingga penjahitan seluar dan sebut “turun”. 4. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”.


181 5. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri rapat di rusuk kiri dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tongkat melalui di hadapan badan dan asakkan ke bawah ketiak kiri pastikan kepala tongkat sejengkal dari ketiak dengan siku selari dengan dada. 2. Ketika membuat pergerakan kedua, turun tangankanan pastikan tidak terlebih di rusuk kanan (penjahitan seluar). Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan tongkat menjunam ke bawah semasa di kepit. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Kepala tongkat kurang atau lebih satu jengkal dari ketiak kiri. gambar 42 gambar 43 13.2. KEPIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN BIMBIT TONGKAT. Kata perintah - “Kepit ……. Tongkat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check satu, check turun, check up. (kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah langkah kaki kanan dan sebut “Check”. 2. Langkah kaki kiri ke hadapan dan membuat pergerakan kepit dan sebut “satu” .( gambar 43). 3. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang tongkat dan sebut “check”. 4. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan turunkan tangan kanan sehingga penjahitan seluar dan sebut “turun”. 5. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 6. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri rapat di rusuk kiri dan sebut “up”.


182 Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tongkat melalui di hadapan badan dan tongkat diasakkan ke bawah ketiak kiri pastikan kepala tongkat sejengkal dari ketiak dan siku selari dengan dada. Pastikan hujung tongkat masuk dahulu ke ketiak dan tangan kanan berada di bahagian atas. 2. Ketika membuat pergerakan kedua, turun tangankanan turun rapat ke rusuk kanan (ibu jari di penjahitan seluar). Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat menjunam ke bawah semasa dikepit. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Kepala tongkat kurang atau lebih satu jengkal dari ketiak kiri. 14. BIMBIT TONGKAT 14.1. BIMBIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN RUSUK TONGKAT. Kata perintah - “Bimbit…….Tongkat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check satu, check turun, check up. (kata perbuatan) Pergerakan( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah langkah kaki kanan dan sebut “Check” 2. Melangkah kaki kiri ke hadapan dan pegang di tongkat dengan kedua-dua tangan, kedudukan tongkat tegak ke atas dan sebut “satu” ( gambar 44 ). 3. Melangkah kaki kanan ke hadapan, kedua-dua tangan masih lagi pegang di tengah-tengah tongkat dan sebut “check”. 4. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan luruskan, tangan kanan dan tongkat sama rata dengan bumi dan turun tangankiri ke sebelah rusuk kiri dan sebut “turun” ( gambar 45 ). 5. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 6. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua tangan dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama dengan pantas tangan kanan lepas dan tangkap, dengan kedua-dua tangan memegang di tengah–tengah tongkat, tiga jari kiri dan kanan hendaklah tersusun kemas di bahagian luar, sementara ibu jari dan jari kelingking kedua-dua tangan berada di bahagian dalam. Tongkat tegak ke atas. 2. Tangan kanan berada di bawah tangan kiri. 3. Ketika membuat pergerakan kedua, turun tangankiri pastikan tidak terlebih di rusuk kiri (penjahitan seluar). 4. Apabila menghayun tangan kanan ke hadapan dan ke belakang tentukan kedudukan tongkat sentiasa sama rata dengan bumi.


183 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat tidak selari dengan bumi semasa menghayun ke hadapan dan ke belakang. 2. Turun tangankiri melebihi rusuk kiri (penjahitan seluar). 3. Membengkokkan siku kanan semasa menghayun tangan menyebabkan terganggu semasa berjalan. gambar 44 gambar 45 14.2. BIMBIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN KEPIT TONGKAT. Kata perintah - “Bimbit ……. Tongkat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - check satu, check turun, check up. (kata perbuatan) Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah langkah kaki kanan dan sebut “Check”. 2. Langkah kaki kiri ke hadapan dan ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan rapat di hadapan ketiak tarik tongkat ke hadapan sedikit dan pegang di tengahtengah tongkat di mana tempat imbangan dan sebut “satu” (gambar 46). 3. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi memegang tongkat dan sebut “check”. 4. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan dan membuat pergerakan bimbit tongkat dan sebut “turun”.(gambar 47). 5. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat ke rusuk dan sebut “check”. 6. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua tangan dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan rapat di hadapan ketiak dan tarik sedikit di tempat imbangan tongkat, kedudukan tiga jari kanan berada bahagian luar sementara ibu jari dan jari kelingking di sebelah dalam. Cara menangkap hendaklah melalui bahagian atas. 2. Ketika membuat pergerakan ke dua iaitu bimbit, pastikan tongkat selari dengan bumi di rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Apabila menghayun tangan kanan ke hadapan dan ke belakang tentukan kedudukan tongkat sentiasa selari dengan bumi.


184 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat tidak selari dengan bumi semasa menghayun ke hadapan dan ke belakang. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Membengkokkan siku kanan semasa menghayun tangan menyebabkan terganggu semasa berjalan. 4. Menarik tongkat ke bimbit melalui bahagian bawah gambar 46 gambar 47 15. BERSURAI (SEKIRANYA ADA PEGAWAI KANAN POLIS). ( Tongkat dalam kedudukan bimbit atau rusuk ) Kata perintah - “Pegawai dalam baris / Di padang, ber…. surai”. Perbuatan penuh - satu dua, tiga empat, lima enam, satu dua tiga. (kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah, pusing ke kanan dan sebut “satu”. 2. Kemudian hentak kaki kiri dan sebut “dua”. 3. Bawa tongkat ke pergerakan kepit (sekiranya tongkat dari kedudukan bimbit atau rusuk) dan sebut “tiga”. 4. Turunkan (potong) tangan kanan ke penjahitan seluar kanan dan sebut “empat”. 5. Buat pergerakan hormat ke hadapan dan sebut “lima”. 6. Turunkan (potong) tangan kanan ke penjahitan seluar kanan dan sebut“enam”. 7. Maju tiga langkah dengan sebutan “satu dua tiga”. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak membuat pergerakan hormat. 2. Tidak membuat pergerakan pusing kanan


185 16. HORMAT KE HADAPAN KETIKA BERJALAN CEPAT MASA. (Tongkat dalam kedudukan bimbit atau rusuk ). Kata perintah - “Hormat ke hadapan ……. hormat”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - selepas perbuatan berhenti, “satu dua, (kata perbuatan) tiga empat, lima enam, tujuh lapan, Satu, Check turun, Check up”. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas membuat pergerakan berhenti. 2. Satu dua, buat pergerakan buat pergerakan kepit tongkat (sekiranya tongkat kedudukan bimbit atau rusuk) dan sebut “satu dua ”. 3. Tiga empat, lima enam Buat pergerakan hormat ke hadapan sebanyak dua kali dan sebut “tiga empat, lima enam” ( gambar 41 ). 4. Tujuh lapan buat perbuatan pusing ke belakang dan sebut “ tujuh lapan ”. 5. Satu dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kanan tangkap tongkat pada kedudukan asal, (bimbit atau rusuk tongkat) dan sebut “satu”. 6. Check Maju kaki kanan 30 inci kehadapan,kedudukan lain tidak berubah dan sebut “check”. 7. Turun maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama turun tangan kanan ke kedudukan asal (bimbit atau rusuk tongkat) dan sebut “turun”. 8. Check maju kaki kanan 30inci kehadapan, kedua-dua tangan rapat di sisi dan sebut “check”. 9. Up maju kaki kiri 30inci ke hadapan pada masa yang sama hayun kedua-dua tangan (bawa tongkat mengikut kedudukan asal, bimbit atau rusuk dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Selepas membuat pergerakan hormat ke hadapan hormat, kedudukan tongkat hendaklah balik asal sama ada bimbit atau rusuk. 2. Sekiranya semasa berjalan dalam keadaan kepit, tidak perlu membuat pergerakan tongkat hanya pergerakan hormat. Gambar 41


186 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kira dimulakan dari pergerakan berhenti. 2. Selesai hormat, maju dengan kaki kanan. 3. Setelah maju tidak membuat pergerakan asal tongkat. 17. HORMAT KE KIRI DAN KE KANAN KETIKA BERJALAN CEPAT MASA (Dalam keadaan bimbit atau rusuk tongkat). Kata perintah - “Hormat ke kiri/ kanan……. hormat”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - Check satu, Check turun, Check satu dua (kata perbuatan) tiga, Turun Satu, Check turun, Check up”. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah, langkah kaki kanan ke hadapan dan sebut “check”. 2. Kemudian maju kaki kiri ke hadapan dan membuat pergerakan kepit tongkat (sekiranya tongkat kedudukan bimbit atau rusuk) dan sebut “satu”. 3. Langkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang tongkat dan sebut “check”. 4. Maju kaki kiri ke hadapan turunkan (potong) tangan kanan ke penjahitan seluar dan sebut “turun”. 5. Langkah kaki kanan ke hadapan, kedua-dua tangan rapat di rusuk (penjahitan seluar) dan sebut “check”. 6. Maju kaki kiri ke hadapan buat pergerakan hormat ke kiri/ kanan dan sebut “satu” seperti gambar 42. 7. Maju dua langkah kaki kanan dan kiri ke hadapan tangan masih lagi membuat pergerakan hormat ke kiri/ kanan dan sebut “dua dan tiga”. 8. Melangkah kaki kanan ke hadapan dengan pantas turunkan (potong) tangan kanan rapat ke rusuk kanan dan sebut “turun”. 9. Maju kaki kiri ke hadapan dengan pantas tangan kanan pegang tongkat di ketiak kiri dan sebut “satu”. 10. Melangkah kaki kanan ke hadapan tangan kanan masih pegang tongkat di ketiak kiri dan sebut “check”. 11. Maju kaki kiri ke hadapan bawa tongkat balik kedudukan asal (bimbit atau rusuk tongkat) dan sebut “turun”. 12. Maju kaki kanan, ke dua-dua tangan rapat di rusuk dan sebut “check”. 13. Maju kaki kiri kehadapan dan hayun tangan ke hadapan dalam kedudukan tongkat bimbit atau rusuk dan sebut “up” dan terus berjalan. Nota: 1. Selepas membuat pergerakan hormat ke kiri/ kanan, kedudukan tongkat hendaklah balik asal sama ada bimbit atau rusuk. 2. Sekiranya semasa berjalan dalam keadaan kepit, tidak perlu membuat pergerakan tongkat hanya pergerakan hormat.


187 Gambar 42 Kesalahan biasa dilakukan 1. Keadaan tongkat semasa dikepit menjunam ke bumi, kepala tongkat kurang atau lebih sejengkal. 2. Selesai pergerakan hormat tidak membuat pergerakan tongkat semula seperti asal. 18. SELAKU TERIMA SIJIL. 18.1. Semasa Dalam Kedudukan Kepit Tongkat Kata perintah - “Selaku terima sijil, ke hadapan .... hormat”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - selepas perbuatan berhenti,” satu dua, (kata perbuatan) tiga empat,lima enam, tujuh, lapan Sembilan, sepuluh sebelas, dua belas tiga belas, kiri. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah, maju satu langkah kaki kanan ke hadapan dan membuat pergerakan berhenti. 2. Kemudian dengan pantas angkat tangan kanan membuat pergerakan hormat dan sebut “satu”. 3. Turunkan tangan balik kedudukan sedia dan sebut “dua”. 4. Maju kaki kiri 15 inci ke hadapan dengan menjatuhkan tapak kaki dan sebut “tiga”. 5. Angkat kaki kanan paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kiri dan sebut “empat”. 6. Setelah itu hulurkan kedua-dua tangan ke hadapan, siku rapat ke badan hadapan sedikit, belakang tangan kanan di atas tapak tangan kiri dan sebut “lima”. 7. Pusingkan tangan kanan, tapak tangan kanan bertemu dengan tapak tangan kiri dan sebut “enam”. 8. Tarik kedua-dua tangan balik ke kedudukan sedia dan sebut “tujuh”.


188 9. melangkah kaki kiri 15 inci ke belakang dengan menjatuhkan hujung kaki dahulu dan sebut “lapan”. 10. Dengan pantas angkat kaki kanan paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kiri dan sebut “sembilan”. 11. Hormat ke hadapan dan sebut “sepuluh”. 12. Turun tangan kanan balik kedudukan sedia dan sebut “sebelas”. 13. Pusingkan badan ke belakang 180 darjah melalui sebelah kanan dan sebut “dua belas”. 14. Dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kanan dan sebut “tiga belas”. 15. Kemudian melangkah kaki kiri 30 inci serta hayun tangan kanan ke hadapan dan sebut “kiri” dan terus berjalan cepat. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan hormat dan turun tangan adalah sama seperti pergerakan hormat ke hadapan. 2. Sewaktu menghulurkan kedua tangan ke hadapan pastikan siku rapat ke badan dan tapak tangan separas kepala tali pinggang. 3. Semasa berpusing ke belakang kedua-dua lutut hendaklah tegang begitu juga ketika melangkah sejauh lebih kurang 15 inci ke hadapan dan ke belakang. 4. Apabila melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh lebih kurang 30 inci, hayun tangan kanan separas bahu dan tangan kiri seberapa jauh yang boleh ke belakang dan terus berjalan cepat. Kesalahan biasa dilakukan 1. Semasa melangkah ke hadapan lutut kendur. 2. Kedudukan tangan semasa ke hadapan telalu tinggi tidak separas tali pinggang. 3. Masa berpusing ke belakang lutut kendur dan pinggang lemah. 4. Maju ke hadapan melangkah dengan kaki kanan. 18.2. Semasa Dalam Kedudukan Rusuk / Bimbit Tongkat. Kata perintah - “Selaku terima sijil, ke hadapan .... hormat”. Kata perintah diberi ketika- Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - selepas perbuatan berhenti,” satu dua, (kata perbuatan) tiga empat,lima enam, tujuh lapan, Sembilan, sepuluh sebelas, dua belas tiga belas, empat belas lima belas, Satu, Check turun, Check up. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah, buat pergerakan berhenti. 2. Dengan pantas buat pergerakan kepit tongkat dan sebut “satu. dua”. 3. Maju buat pergerakan tabik hormat dan sebut “tiga empat”.


189 4. Maju kaki kiri 15 inci ke hadapan jatuh hujung kasut serta sambung angkat kaki kanan paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kiri balik ke kedudukan sedia dan sebut “lima enam”. 5. Dengan pantas hulur kedua-dua tangan ke hadapan melalui jalan paling dekat, siku rapat ke badan, ke hadapan sedikit, belakang tangan kanan di atas tapak tangan kiri serta pusingkan tangan kanan, tapak tangan kanan bertemu dengan tapak tangan kiri dan sebut “tujuh lapan “. 6. Turun kedua-dua tangan balik ke kedudukan sedia dan sebut “sembilan”. 7. Undur kaki kiri 15 inci ke belakang, jatuh hujung kaki dahulu serta dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi hujung kasut tekan ke bawah, hentak di sebelah kaki kiri balik ke kedudukan sedia dan sebut “sepuluh sebelas”. 8. Maju buat pergerakan tabik hormat dan sebut Hormat ke hadapan dan sebut “dua belas tiga belas”. 9. Dengan pantas buat perbuatan berpusing ke belakang dalam kedudukan statik dan sebut “empat belas lima belas”. 10. Dengan pantas melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kanan tangkap pada tongkat (untuk kembali ke kedudukan rusuk atau bimbit) dan sebut “satu” 11. Melangkah kaki kanan ke hadapan tangan kanan masih pegang tongkat di ketiak kiri dan sebut “check”. 12. Maju kaki kiri ke hadapan bawa tongkat balik kedudukan asal (bimbit atau rusuk tongkat) dan sebut “turun”. 13. Maju kaki kanan, ke dua-dua tangan rapat di rusuk dan sebut “check”. 14. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun tangan kanan ke hadapan dalam kedudukan tongkat bimbit atau rusuk dan tangan kiri ke belakang dan sebut “up” dan terus berjalan cepat masa.


“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”


TERHAD 161 BAHAGIAN LIMA KAWAD TONGKAT 1. Adalah dibenarkan kepada semua Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis berpangkat Sarjan Mejor ke Sub Inspektor membawa tongkat polis berwarna hitam. Bagi jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan di Institusi Latihan, yang berpangkat Sarjan dan Koperal juga dibenarkan untuk membawa tongkat. Pergerakan membawa tongkat ini ialah mengikut peraturan-peraturan seperti yang dinyatakan di dalam bab Kawad Tongkat. 2. Arahan Pentadbiran Bil. 1/2016 KPN 22 Buku Garis Panduan Pakaian Seragam Utama PDRM Bertarikh 7 Januari 2016 berkaitan.


162 1. CARA -CARA MEMBAWA TONGKAT 1.1. Rusuk Tongkat. Kedudukan sedia, tangan kanan siku lurus pegang tongkat jari telunjuk di hujung kepala tongkat menghala kebawah,ibu jari bahagian hadapan di belakang penjahit seluar,tiga jari di bahgaian belakang, tongkat berada di atas lengan antara rusuk kanan. 1.2.Bimbit Tongkat. Kedudukan sedia,tangan kanan siku lurus pegang tongkat,satu ibu jari di sebelah dalam, empat jari di sebelah luar kepit tongkat di ruas kedua.Kepala tongkat ke belakang dan hujung tongkat menghala ke hadapan selari dengan bumi. 1.3. Kepit Tongkat. Kedudukan sedia, tongkat kepit di pangkal ketiak kiri, kepala tongkat di bahagian hadapan terkeluar satu pertiga sejengkal lebih kurang( 6 inci ) selari dengan bumi. PERGERAKAN KAWAD TONGKAT DALAM KEDUDUKAN STATIK. 2. RUSUK TONGKAT 2.1. RUSUK TONGKAT DARI KEDUDUKAN KEPIT TONGKAT. Kata perintah - “Rusuk...... tongkat” Perbuatan penuh - Satu dua. (Kata perbuatan Kata perintah dengan nombor - “Latihan tongkat dengan nombor, rusuk tongkat…..satu, Skuad… dua”. Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan tongkat dengan nombor rusuk tongkat…..satu dengan pantas tangan kanan tangkap kepada kepala tongkat, jari telunjuk kanan di kepala tongkat, siku kanan renggang sedikit, tiga jari tersusun di bawah kepala tongkat dan ibu jari berada di atas dan sebut“satu” (gambar 1 ). 2. Skuad… dua tarik tongkat menghala ke bawah dengan tangan kanan, kedudukan tongkat tegak ke atas dan sebut “dua” ( gambar 2 ). Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kanan tangkap kepada kepala tongkat, jari telunjuk kanan di kepala tongkat, siku kanan renggang sedikit, tiga jari tersusun di bawah kepala tongkat dan ibu jari berada di atas. 2. Semasa membuat pergerakan kedua, pastikan kedua-dua tangan rapat di rusuk seperti kedudukan sedia iaitu telunjuk kanan di hujung kepala tongkat dan ibu jari kanan ke hadapan menghala ke bawah, tiga-tiga jari genggam pada tongkat. 3. Kedudukan tongkat di antara lengan dengan badan.


163 Gambar 1 Gambar 2 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan tongkat di belakang lengan. 2. Pegangan tongkat tidak betul. 2.2. RUSUK TONGKAT DARI KEDUDUKAN BIMBIT TONGKAT. Kata perintah - “Rusuk ........... tongkat” Perbuatan penuh - Satu dua. (Kata perbuatan Kata perintah dengan nombor - “Latihan tongkat dengan nombor rusuk tongkat…satu, Skuad….dua”. Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah Latihan tongkat dengan nombor rusuk tongkat…satu dengan pantas tangan kanan tegakkan tongkat menghala ke atas. Tangan kiri pegang di tengah-tengah tongkat dan tangan kanan tangkap di kepala tongkat dan sebut “satu” seperti gambar 3 & 4. 2. Skuad….dua dengan pantas turun tangan kiri balik ke rusuk kiri dan sebut “dua” ( gambar 5 ). Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama dengan pantas tangan kanan lambung dan tegakkan tongkat, pada masa yang sama tangan kiri tangkap bahagian tengah tongkat, lengan separas dengan tali pinggang, tiga jari tersusun di bahagian luar, ibu jari dan kelingking berada di bahagian dalam. Serentak tangan kanan tangkap di kepala tongkat, jari telunjuk kanan di kepala tongkat dan ibu jari kanan ke hadapan menghala ke bawah, ketiga-tiga jari genggam pada tongkat. 2. Pergerakan kedua pastikan tangan kiri potong mengikut jalan yang dekat.


164 Gambar 3 Gambar 4 Gambar 5 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Ketika membuat pergerakan pertama tangan kanan tidak menangkap di kepala tongkat (masih pegang di tengah-tengah tongkat). 2. Turun tangankiri ikut jalan jauh atau dinaikkan dahulu. 3. KEPIT TONGKAT. 3.1. KEPIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN RUSUK TONGKAT Kata perintah - “Kepit…… tongkat” Perbuatan penuh - satu dua. (Kata perbuatan Kata perintah dengan nombor - “Latihan tongkat dengan nombor, kepit tongkat…...satu, Skuad…..dua”. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan tongkat dengan nombor kepit tongkat…... satu dengan pantas bawa tongkat ke bawah ketiak kiri dan kepit dan sebut“satu” ( gambar 6 & 7 ). 2. Skuad…..dua dengan pantas turun tangankanan balik ke kedudukan sedia, ibu jari di belakang penjahitan seluar dan sebut “dua”.( gambar 8 ). Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama bawa tongkat melalui di hadapan badan, kedudukan tongkat selari dengan bumi di mana kepala tongkat, jari telunjuk kanan di kepala tongkat, siku renggang sedikit, tiga jari tersusun di bawah kepala tongkat dan ibu jari berada di atas. 2. Tangan kiri hendaklah dibuka sedikit supaya memudahkan pergerakan, setelah rapat di ketiak dengan pantas rapat semula di rusuk kiri. 3. Pegangan tangan kanan masih di kepala tongkat dan siku kanan renggang sedikit.


165 Gambar 6 Gambar 7 Gambar 8 Kesalahan biasa dilakukan 1. Jarak kepala tongkat lebih satu jengkal dari ketiak. 2. Kepala tongkat junam ke bumi. 3.2. KEPIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN BIMBIT TONGKAT Kata perintah - “Kepit ….. tongkat” . Perbuatan penuh - satu dua. (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan tongkat dengan nombor, kepit tongkat…..satu, Skuad…..dua”. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah d Latihan tongkat dengan nombor kepit tongkat…..satu dengan pantas bawa tongkat ke bawah ketiak kiri dan kepit dan sebut “satu” ( gambar 9 & 10). 2. Skuad…..dua dengan pantas turun tangankanan balik ke rusuk kanan dan sebut “dua” (gambar 11). Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama bawa tongkat melalui di hadapan badan badan, kedudukan tongkat selari dengan bumi, jarak kepala tongkat satu jengkal dari ketiak kiri. 2. Tangan kiri buka sedikit supaya memudahkan pergerakan, setelah rapat di ketiak dengan pantas rapat semula ke rusuk kiri. 3. Pegangan tangan kanan tiga jari menghala keluar, ibu jari dan kelingking menghala ke dalam, pergelangan tangan bengkok sedikit menghala ke atas.


166 Gambar 9 Gambar 10 Gambar 11 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Jarak kepala tongkat kurang atau lebih satu jengkal. 2. Tongkat tidak selari dengan bumi. 4. BIMBIT TONGKAT. 4.1. BIMBIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN RUSUK TONGKAT. Kata perintah - “Bimbit…… tongkat” Perbuatan penuh - Satu dua. (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan tongkat dengan nombor, bimbit tongkat…. Satu, Skuad….dua”. Gambar 12 Gambar 13 Gambar 14


167 Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan tongkat dengan nombor bimbit tongkat…. satu dengan pantas pegang di tengah-tengah tongkat dengan keduadua tangan dan sebut “satu” seperti gambar 12 & 13. 2. Skuad….dua dengan pantas luruskan tangan kanan dan tongkat selari dengan bumi serta turunkan tangan kiri ke sebelah kiri dan sebut “dua” (gambar 14 ). Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama cara memegang tongkat kedudukan tangan kiri selaras dengan tali pinggang, tiga jari tersusun di tengah-tengah tongkat di bahagian luar, ibu jari dan jari kelingking di bahagian dalam. 2. Siku kanan hendaklah bengkok menghala ke belakang tiga jari tersusun di tengah-tengah tongkat bahagian luar, ibu jari dan jari kelingking di bahagian dalam. 3. Kedudukan pegangan bagi pergerakan pertama tangan kiri di sebelah atas dan tangan kanan di sebelah bawah. 4. Semasa tongkat keadaan bimbit, tongkat hendaklah selari dengan bumi. 5. Cara pegangan iaitu kepit menggunakan hujung jari di tempat imbangan tiga jari tersusun di bahagian luar sementara ibu jari dan kelingking di bahagian dalam. Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat condong ke hadapan semasa membuat perubahan pegangan. 2. Tangan kanan masih pegang kepala tongkat. 4.2. BIMBIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN KEPIT TONGKAT. Kata perintah - “Bimbit….. tongkat”. Perbuatan penuh - Satu dua. (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan tongkat dengan nombor, bimbit tongkat…satu”, “skuad….. dua”. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan rapat di hadapan ketiak serta tarik tongkat sedikit ke hadapan cari tempat seimbang melalui di atas tongkat dan sebut “satu” seperti gambar 15 & 16. 2. Kemudian dengan pantas tarik tongkat ke bawah kedudukan bimbit, tangan kanan hendaklah lurus dan sebut “dua” ( gambar 17 ). Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan rapat di hadapan ketiak tangan kanan memegang tongkat mengikut sebelah atas kedudukan tiga jari tersusun di bahagian luar dan ibu jari dan jari kelingking di bahagian dalam.


168 2. Siku kanan bengkok dan menghala ke hadapan selari dengan bumi. 3. Ketika tongkat kedudukan bimbit, tongkat hendaklah selari dengan bumi. 4. Cara pegangan iaitu kepit menggunakan hujung jari di tempat imbangan tiga jari tersusun di bahagian luar sementara ibu jari dan kelingking di bahagian dalam. Gambar 15 Gambar 16 Gambar 17 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Membuat pergerakan pertama siku kanan rapat ke dada. 2. Semasa kedudukan bimbit hujung tongkat menghala kiri atau kanan. 3. Tongkat tidak selari dengan bumi. 5. SENANG DIRI.( Dalam kedudukan kepit Tongkat ) Kata perintah - “Senang......dri” Perbuatan penuh - Up satu. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Pergerakan senang diri sebagaimana senang diri tanpa tongkat. 2. Kedua-dua tangan bawa ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di hadapan tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang. 3. Tongkat hendaklah dikepit di pangkal ketiak kiri pastikan kepala tongkat lebih kurang satu jengkal ( gambar 18, 19 & 20 ). Penerangan teliti 1. Cara mengangkat kaki dan pergerakan tangan ke belakang tidak berubah sebagaimana tanpa tongkat.


169 gambar 18 gambar19 gambar 20 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan kepala tongkat terjunam ke bawah. 2. Kedudukan tongkat terlalu ke hadapan. 6. SEDIA. 6.1.SEDIA ( Dalam kedudukan Rusuk Tongkat ) Kata perintah - “Skuad..... sdia” Perbuatan penuh - up satu. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Pergerakan sedia tidak berubah seperti mana kedudukan tanpa tongkat. 2. Pegang tongkat dengan tangan kanan di sebelah rusuk kanan dan lurus ke atas iaitu telunjuk kanan di kepala tongkat dan ibu jari kanan ke hadapan menghala ke bawah, tiga jari genggam pada tongkat seperti (gambar 21). Penerangan Teliti 1. Cara mengangkat kaki kiri dan pergerakan tangan tidak berubah sebagaimana pergerakan tanpa tongkat. 2. Kedua-dua tangan rapat di sebelah belakang penjahitan seluar. 3. Kedudukan hujung tongkat menghala ke atas di hadapan lengan kanan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat di belakang lengan kanan. 2. Pegang tongkat tidak betul.


170 Gambar 22 Gambar 22 6.2. SEDIA.(Dalam kedudukan Kepit Tongkat ) Kata perintah - “Skuad.....sdia” Pergerakan ( Detail ) 1. Pergerakan sedia tidak berubah seperti mana tanpa tongkat. 2. Kedudukan tongkat hanya kepit di pangkal ketiak kiri (tidak berubah) ( gambar 22). Penerangan teliti 1. Cara mengangkat kaki kiri dan pergerakan tangan sebagaimana sedia tanpa tongkat. 2. Kedua-dua tangan rapat di sebelah belakang penjahitan seluar. 3. Keadaan kepala tongkat jarak satu jengkal dari ketiak kiri. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan tongkat junam ke bawah atau naik ke atas. 6.3. SEDIA.( Dalam kedudukan Bimbit Tongkat) Kata perintah - “Bimbit...... tongkat” Pergerakan ( Detail ) 1. Perbuatan dalam kedudukan sedia, tongkat selari dengan bumi. 2. Pegangan tangan kanan tiga jari menghala keluar, ibu jari dan jari kelingking menghala ke dalam. Penerangan teliti 1. Bimbit tongkat hanya dilakukan dalam kedudukan sedia. Tiada perbuatan semasa senang diri, Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Memegang kepala tongkat menghala ke hadapan. 2. Tongkat tidak selari dengan bumi.


171 PERGERAKAN KAWAD TONGKAT DARI KEDUDUKAN STATIK KE BERJALAN CEPAT MASA. 7. RUSUK TONGKAT. 7.1. RUSUK TONGKAT DARI KEDUDUKAN KEPIT TONGKAT. Kata perintah - “Rusuk tongkat, da….. ri kiri / kanan, cepat jalan” Perbuatan penuh - Satu, check turun, check up. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kiri ke hadapan dan tangan kanan selari dengan dada tangkap kepala tongkat dan sebut “satu” ( gambar 23). 2. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang kepala tongkat dan sebut “check”. 3. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan, tarik tongkat ke kedudukan rusuk dan tidak melebihi penjahitan seluar dan sebut “turun” ( gambar 24). 4. Kemudian maju kaki kanan kehadapan dan kedua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 5. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua-dua tangan dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tarik tongkat ke bawah melalui hadapan badan balik ke rusuk kanan dan tidak melebihi penjahitan seluar. Gambar 23 Gambar 24 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat berada di belakang tangan. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar).


172 7.2. RUSUK TONGKAT DARI KEDUDUKAN BIMBIT TONGKAT. Kata perintah - “Rusuk tongkat, da…..ri kiri/ kanan, cepat jalan” Perbuatan penuh- satu, check turun, check up. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kiri ke hadapan dan lambung hujung tongkat dalam kedudukan tegak ke atas pada masa yang sama tangan kiri tangkap dan pegang di tengah tongkat dan sebut “satu” (gambar 25). 2. Melangkah kaki kanan ke hadapan, kedua-dua tangan masih lagi pegang tongkat iaitu tangan kanan di kepala tongkat dan tangan kiri di tengah-tengah tongkat dan sebut “check”. 3. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan, turun tangan kiri ke rusuk kiri dan dan sebut “turun”. 4. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 5. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua tangan dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama dengan pantas tangan kanan lambung dan tegakkan tongkat, pada masa yang sama tangan kiri tangkap bahagian tengah tongkat, lengan separas dengan tali pinggang, tiga jari tersusun di bahagian luar, ibu jari dan jari kelingking berada di bahagian dalam. Serentak tangan kanan tangkap di kepala tongkat, jari telunjuk kanan di kepala tongkat dan ibu jari kanan ke hadapan menghala ke bawah, tiga-tiga jari genggam pada tongkat. 2. Ketika membuat pergerakan ke dua, turun tangankiri pastikan tidak terlebih di rusuk kiri (penjahitan seluar). 3. Apabila menghayun tangan kanan ke hadapan dan ke belakang tentukan kedudukan tongkat di bahagian hadapan lengan tangan kanan. Gambar 25 Kesalahan biasa dilakukan 1. Pergerakan pertama tidak dalam satu masa. 2. Turun tangankiri melebihi rusuk kiri (penjahitan seluar). 3. Kedudukan tongkat di belakang tangan semasa menghayun.


173 8. KEPIT TONGKAT. 8.1. KEPIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN RUSUK TONGKAT. Kata perintah - “Kepit tongkat, da….. ri kiri / kanan, cepat jalan” Perbuatan penuh - satu, check turun, check up. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kiri ke hadapan dan membuat pergerakan kepit tongkat dan sebut “satu”( gambar 26 & 27). 2. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang tongkat dan sebut “check”. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan turunkan tangan kanan sehingga penjahitan seluar dan sebut “turun”. 3. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 4. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri rapat di rusuk kiri dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tongkat melalui di hadapan badan dan asakkan ke bawah ketiak kiri pastikan kepala tongkat sejengkal dari ketiak dengan siku selari dengan dada. 2. Ketika membuat pergerakan kedua, turun tangankanan pastikan tidak terlebih di rusuk kanan (penjahitan seluar). Gambar 26 Gambar 27 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat menjunam ke bawah semasa di kepit. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Kepala tongkat kurang atau lebih satu jengkal dari ketiak kiri.


174 8.2. KEPIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN BIMBIT TONGKAT. Kata perintah - “Kepit tongkat , Da….. ri kiri / kanan, cepat jalan” Perbuatan penuh- satu check, check turun, check up. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kiri ke hadapan dan membuat pergerakan kepit dan sebut “satu”(gambar 28). 2. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang tongkat dan sebut “check”. 3. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan turunkan tangan kanan sehingga penjahitan seluar dan sebut “turun”. 4. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan kedua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 5. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri rapat di rusuk kiri dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tongkat melalui di hadapan badan dan tongkat diasakkan ke bawah ketiak kiri pastikan kepala tongkat sejengkal dari ketiak dan siku selari dengan dada. Pastikan hujung tongkat masuk dahulu ke ketiak dan tangan kanan berada di bahagian atas. 2. Ketika membuat pergerakan kedua, turun tangankanan turun rapat ke rusuk kanan (ibu jari di belakang penjahitan seluar). Gambar 28 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat menjunam ke bawah semasa dikepit. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Kepala tongkat kurang atau lebih satu jengkal dari ketiak kiri.


175 9. BIMBIT TONGKAT. 9.1. BIMBIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN RUSUK TONGKAT. Kata perintah - “Bimbit tongkat, Da….. ri kiri/ kanan, cepat jalan” Perbuatan penuh - satu check, check turun, check up. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kiri ke hadapan dan pegang di tengah-tengah tongkat dengan kedua-dua tangan, kedudukan tongkat tegak ke atas dan sebut “satu”( gambar 29 dan 30). 2. Melangkah kaki kanan ke hadapan, kedua-dua tangan masih lagi pegang di tengahtengah tongkat dan sebut “check” . 3. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan luruskan tangan kanan dan tongkat sama rata dengan bumi dan turun tangankiri ke sebelah rusuk kiri dan sebut “turun” (gambar 31). 4. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 5. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua tangan dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama dengan pantas tangan kanan lepas dan tangkap, dengan kedua-dua tangan memegang di tengah–tengah tongkat, tiga jari kiri dan kanan hendaklah tersusun kemas di bahagian luar, sementara ibu jari dan kelingking keduadua tangan berada di bahagian dalam. Tongkat tegak ke atas.Tangan kanan berada di bawah tangan kiri. 2. Ketika membuat pergerakan kedua, turun tangankiri pastikan tidak terlebih di rusuk kiri (penjahitan seluar). 3. Apabila menghayun tangan kanan ke hadapan dan ke belakang tentukan kedudukan tongkat sentiasa sama rata dengan bumi. Gambar 29 Gambar 30 Gambar 31 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan tongkat tidak selari dengan bumi semasa menghayun ke hadapan dan ke belakang.Turun tangan kiri melebihi rusuk kiri (penjahitan seluar). 2. Membengkokkan siku kanan semasa menghayun tangan menyebabkan terganggu semasa berjalan.


176 9.2. BIMBIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN KEPIT TONGKAT Kata perintah - “Bimbit tongkat, Da….. ri kiri / kanan, cepat jalan” Perbuatan penuh- satu, check turun, check up. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kiri ke hadapan dan ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan rapat di hadapan ketiak tarik tongkat ke hadapan sedikit dan pegang di tengah-tengah tongkat di mana tempat imbangan dan sebut “satu” ( gambar 32). 2. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi memegang tongkat dan sebut “check”. 3. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan dan membuat pergerakan bimbit tongkat dan sebut “turun” ( gambar 33). 4. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat ke rusuk dan sebut “check”. 5. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua tangan dan sebut “up” dan seterusnya melangkah kaki kanan ( gambar 34). Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan rapat di hadapan ketiak dan tarik sedikit di tempat imbangan tongkat, kedudukan tiga jari kanan berada bahagian luar sementara ibu jari dan jari kelingking di sebelah dalam. Cara menangkap hendaklah melalui bahagian atas. 2. Ketika membuat pergerakan ke dua iaitu bimbit, pastikan tongkat selari dengan bumi di rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Apabila menghayun tangan kanan ke hadapan dan ke belakang tentukan kedudukan tongkat sentiasa selari dengan bumi. gambar 32 gambar 33 gambar 34 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat tidak selari dengan bumi semasa menghayun ke hadapan dan ke belakang. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Membengkokkan siku kanan semasa menghayun tangan menyebabkan terganggu semasa berjalan. 4. Menarik tongkat ke bimbit melalui bahagian bawah.


177 PERGERAKAN KAWAD TONGKAT SEMASA BERJALAN CEPAT MASA. 10. BERHENTI (Tongkat Dalam Kedudukan Bimbit, Rusuk Dan Kepit ). Kata perintah - “Skuad …….. ti” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - check up satu dua. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah berhenti semasa kawad tongkat, perbuatan adalah sama seperti kawad tangan dan kawad senjata. Nota: Sekiranya pergerakan berjalan dari langkah pertama atau Semasa sedang berjalan, kata perintah kepit/ rusuk/ bimbit tongkat diberi, Apabila dapat kata perintah berhenti, tongkat tidak perlu balik ke kedudukan asal, kecuali apabila berada di kedudukan bimbit, hendaklah di berikan kata perintah lain selepas perbuatan berhenti untuk rusuk atau kepit tongkat. 11. BELAKANG PUSING ( Tongkat Dalam Kedudukan Bimbit ). Kata perintah - “Bergerak ke kiri/ kanan, belakang…… sing” Kata perintah diberi ketika- Tumit kaki kanan pacak ke bumi Perbuatan penuh - check in…up,kiri up,kanan up,kiri…kanan. (kata perbuatan) Pergerakan( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah, hendaklah membuat pergerakan “Check in, Up” seperti mana pusing belakang kawad tangan / senjata ( gambar 35). 2. Ketika membuat pergerakan “up” tegakkan tongkat serentak dengan angkat kaki kiri paha separas dengan bumi (gambar 36). 3. Selesai pusing ke belakang, maju kaki kanan ke hadapan dan tongkat turun ke bawah dalam keadaan bimbit serta hayun ke belakang (gambar 37 & 39). Penerangan teliti 1. Ketika membuat pergerakan tegak tongkat (up) pastikan siku kanan rapat ke rusuk kanan, tangan kanan separas dengan tali pinggang.


178 Gambar 35 Gambar 36 Gambar 37 Gambar 38 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tongkat tidak serentak dengan kaki kiri apabila pergerakan “up”. 2. Tongkat tidak tegak ke atas. 3. Kedudukan siku tidak bengkok dan rapat pada badan. 4. Buat kedudukan bimbit apabila hentak kaki kiri. 12. RUSUK TONGKAT 12.1. RUSUK TONGKAT DARI KEDUDUKAN KEPIT TONGKAT. Kata perintah - “Rusuk…….Tongkat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check satu, check turun, check up. (kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah langkah kaki kanan dan sebut “Check”. 2. Langkah kaki kiri ke hadapan dan tangan kanan selari dengan dada tangkap kepala tongkat dan sebut “satu”.( gambar 39 ). 3. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang kepala tongkat dan sebut “check”. 4. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan, tarik tongkat ke kedudukan rusuk dan tidak melebihi penjahitan seluar dan sebut “turun”.( gambar 40). 5. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan dan kedua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 6. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua-dua tangan dan sebut “up”.


179 Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tarik tongkat ke bawah melalui hadapan badan balik ke rusuk kanan dan tidak melebihi penjahitan seluar. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan tongkat berada di belakang tangan. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). gambar 39 gambar 40 12.2. RUSUK TONGKAT DARI KEDUDUKAN BIMBIT TONGKAT. Kata perintah - “Rusuk…….Tongkat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check satu, check turun, check up. (kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah langkah kaki kanan dan sebut “Check”. 2. Langkah kaki kiri ke hadapan dan tongkat dalam kedudukan tegak ke atas iaitu rusuk dan sebut “satu” ( gambar 41). 3. Melangkah kaki kanan ke hadapan, kedua-dua tangan masih lagi pegang tongkat iaitu tangan kanan di kepala tongkat dan tangan kiri di tengah-tengah tongkat dan sebut “check”. 4. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan, turun tangankiri ke rusuk kiri dan dan sebut “turun”. 5. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 6. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua tangan dan sebut “up”.


180 Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama dengan pantas tangan kanan lambung dan tegakkan tongkat, pada masa yang sama tangan kiri tangkap bahagian tengah tongkat, lengan separas dengan tali pinggang, tiga jari tersusun di bahagian luar, ibu jari dan kelingking berada di bahagian dalam. Serentak tangan kanan tangkap di kepala tongkat, jari telunjuk kanan di kepala tongkat dan ibu jari kanan ke hadapan menghala ke bawah, tiga-tiga jari genggam pada tongkat. 2. Ketika membuat pergerakan ke dua, turun tangankiri pastikan tidak terlebih di rusuk kiri (penjahitan seluar). 3. Apabila menghayun tangan kanan ke hadapan dan ke belakang tentukan kedudukan tongkat di bahagian hadapan lengan tangan kanan. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Pergerakan pertama tidak dalam satu masa. 2. Turun tangan kiri melebihi rusuk kiri (penjahitan seluar). 3. Kedudukan tongkat di belakang tangan semasa menghayun. gambar 41 13. KEPIT TONGKAT 13.1. KEPIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN RUSUK TONGKAT. Kata perintah - “Kepit…….tongkat”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check satu, check turun, check up. (kata perbuatan) Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah langkah kaki kanan dan sebut “Check”. 2. Langkah kaki kiri dan membuat pergerakan kepit tongkat dan sebut “satu”.( gambar 42). 3. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang tongkat dan sebut “check”, Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan turunkan tangan kanan sehingga penjahitan seluar dan sebut “turun”. 4. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”.


181 5. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri rapat di rusuk kiri dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tongkat melalui di hadapan badan dan asakkan ke bawah ketiak kiri pastikan kepala tongkat sejengkal dari ketiak dengan siku selari dengan dada. 2. Ketika membuat pergerakan kedua, turun tangankanan pastikan tidak terlebih di rusuk kanan (penjahitan seluar). Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan tongkat menjunam ke bawah semasa di kepit. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Kepala tongkat kurang atau lebih satu jengkal dari ketiak kiri. gambar 42 gambar 43 13.2. KEPIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN BIMBIT TONGKAT. Kata perintah - “Kepit ……. Tongkat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check satu, check turun, check up. (kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah langkah kaki kanan dan sebut “Check”. 2. Langkah kaki kiri ke hadapan dan membuat pergerakan kepit dan sebut “satu” .( gambar 43). 3. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang tongkat dan sebut “check”. 4. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan turunkan tangan kanan sehingga penjahitan seluar dan sebut “turun”. 5. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 6. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri rapat di rusuk kiri dan sebut “up”.


182 Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tongkat melalui di hadapan badan dan tongkat diasakkan ke bawah ketiak kiri pastikan kepala tongkat sejengkal dari ketiak dan siku selari dengan dada. Pastikan hujung tongkat masuk dahulu ke ketiak dan tangan kanan berada di bahagian atas. 2. Ketika membuat pergerakan kedua, turun tangankanan turun rapat ke rusuk kanan (ibu jari di penjahitan seluar). Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat menjunam ke bawah semasa dikepit. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Kepala tongkat kurang atau lebih satu jengkal dari ketiak kiri. 14. BIMBIT TONGKAT 14.1. BIMBIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN RUSUK TONGKAT. Kata perintah - “Bimbit…….Tongkat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check satu, check turun, check up. (kata perbuatan) Pergerakan( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah langkah kaki kanan dan sebut “Check” 2. Melangkah kaki kiri ke hadapan dan pegang di tongkat dengan kedua-dua tangan, kedudukan tongkat tegak ke atas dan sebut “satu” ( gambar 44 ). 3. Melangkah kaki kanan ke hadapan, kedua-dua tangan masih lagi pegang di tengah-tengah tongkat dan sebut “check”. 4. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan luruskan, tangan kanan dan tongkat sama rata dengan bumi dan turun tangankiri ke sebelah rusuk kiri dan sebut “turun” ( gambar 45 ). 5. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 6. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua tangan dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama dengan pantas tangan kanan lepas dan tangkap, dengan kedua-dua tangan memegang di tengah–tengah tongkat, tiga jari kiri dan kanan hendaklah tersusun kemas di bahagian luar, sementara ibu jari dan jari kelingking kedua-dua tangan berada di bahagian dalam. Tongkat tegak ke atas. 2. Tangan kanan berada di bawah tangan kiri. 3. Ketika membuat pergerakan kedua, turun tangankiri pastikan tidak terlebih di rusuk kiri (penjahitan seluar). 4. Apabila menghayun tangan kanan ke hadapan dan ke belakang tentukan kedudukan tongkat sentiasa sama rata dengan bumi.


183 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat tidak selari dengan bumi semasa menghayun ke hadapan dan ke belakang. 2. Turun tangankiri melebihi rusuk kiri (penjahitan seluar). 3. Membengkokkan siku kanan semasa menghayun tangan menyebabkan terganggu semasa berjalan. gambar 44 gambar 45 14.2. BIMBIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN KEPIT TONGKAT. Kata perintah - “Bimbit ……. Tongkat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - check satu, check turun, check up. (kata perbuatan) Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah langkah kaki kanan dan sebut “Check”. 2. Langkah kaki kiri ke hadapan dan ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan rapat di hadapan ketiak tarik tongkat ke hadapan sedikit dan pegang di tengahtengah tongkat di mana tempat imbangan dan sebut “satu” (gambar 46). 3. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi memegang tongkat dan sebut “check”. 4. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan dan membuat pergerakan bimbit tongkat dan sebut “turun”.(gambar 47). 5. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat ke rusuk dan sebut “check”. 6. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua tangan dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan rapat di hadapan ketiak dan tarik sedikit di tempat imbangan tongkat, kedudukan tiga jari kanan berada bahagian luar sementara ibu jari dan jari kelingking di sebelah dalam. Cara menangkap hendaklah melalui bahagian atas. 2. Ketika membuat pergerakan ke dua iaitu bimbit, pastikan tongkat selari dengan bumi di rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Apabila menghayun tangan kanan ke hadapan dan ke belakang tentukan kedudukan tongkat sentiasa selari dengan bumi.


184 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat tidak selari dengan bumi semasa menghayun ke hadapan dan ke belakang. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Membengkokkan siku kanan semasa menghayun tangan menyebabkan terganggu semasa berjalan. 4. Menarik tongkat ke bimbit melalui bahagian bawah gambar 46 gambar 47 15. BERSURAI (SEKIRANYA ADA PEGAWAI KANAN POLIS). ( Tongkat dalam kedudukan bimbit atau rusuk ) Kata perintah - “Pegawai dalam baris / Di padang, ber…. surai”. Perbuatan penuh - satu dua, tiga empat, lima enam, satu dua tiga. (kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah, pusing ke kanan dan sebut “satu”. 2. Kemudian hentak kaki kiri dan sebut “dua”. 3. Bawa tongkat ke pergerakan kepit (sekiranya tongkat dari kedudukan bimbit atau rusuk) dan sebut “tiga”. 4. Turunkan (potong) tangan kanan ke penjahitan seluar kanan dan sebut “empat”. 5. Buat pergerakan hormat ke hadapan dan sebut “lima”. 6. Turunkan (potong) tangan kanan ke penjahitan seluar kanan dan sebut“enam”. 7. Maju tiga langkah dengan sebutan “satu dua tiga”. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak membuat pergerakan hormat. 2. Tidak membuat pergerakan pusing kanan


185 16. HORMAT KE HADAPAN KETIKA BERJALAN CEPAT MASA. (Tongkat dalam kedudukan bimbit atau rusuk ). Kata perintah - “Hormat ke hadapan ……. hormat”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - selepas perbuatan berhenti, “satu dua, (kata perbuatan) tiga empat, lima enam, tujuh lapan, Satu, Check turun, Check up”. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas membuat pergerakan berhenti. 2. Satu dua, buat pergerakan buat pergerakan kepit tongkat (sekiranya tongkat kedudukan bimbit atau rusuk) dan sebut “satu dua ”. 3. Tiga empat, lima enam Buat pergerakan hormat ke hadapan sebanyak dua kali dan sebut “tiga empat, lima enam” ( gambar 41 ). 4. Tujuh lapan buat perbuatan pusing ke belakang dan sebut “ tujuh lapan ”. 5. Satu dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kanan tangkap tongkat pada kedudukan asal, (bimbit atau rusuk tongkat) dan sebut “satu”. 6. Check Maju kaki kanan 30 inci kehadapan,kedudukan lain tidak berubah dan sebut “check”. 7. Turun maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama turun tangan kanan ke kedudukan asal (bimbit atau rusuk tongkat) dan sebut “turun”. 8. Check maju kaki kanan 30inci kehadapan, kedua-dua tangan rapat di sisi dan sebut “check”. 9. Up maju kaki kiri 30inci ke hadapan pada masa yang sama hayun kedua-dua tangan (bawa tongkat mengikut kedudukan asal, bimbit atau rusuk dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Selepas membuat pergerakan hormat ke hadapan hormat, kedudukan tongkat hendaklah balik asal sama ada bimbit atau rusuk. 2. Sekiranya semasa berjalan dalam keadaan kepit, tidak perlu membuat pergerakan tongkat hanya pergerakan hormat. Gambar 41


186 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kira dimulakan dari pergerakan berhenti. 2. Selesai hormat, maju dengan kaki kanan. 3. Setelah maju tidak membuat pergerakan asal tongkat. 17. HORMAT KE KIRI DAN KE KANAN KETIKA BERJALAN CEPAT MASA (Dalam keadaan bimbit atau rusuk tongkat). Kata perintah - “Hormat ke kiri/ kanan……. hormat”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - Check satu, Check turun, Check satu dua (kata perbuatan) tiga, Turun Satu, Check turun, Check up”. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah, langkah kaki kanan ke hadapan dan sebut “check”. 2. Kemudian maju kaki kiri ke hadapan dan membuat pergerakan kepit tongkat (sekiranya tongkat kedudukan bimbit atau rusuk) dan sebut “satu”. 3. Langkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang tongkat dan sebut “check”. 4. Maju kaki kiri ke hadapan turunkan (potong) tangan kanan ke penjahitan seluar dan sebut “turun”. 5. Langkah kaki kanan ke hadapan, kedua-dua tangan rapat di rusuk (penjahitan seluar) dan sebut “check”. 6. Maju kaki kiri ke hadapan buat pergerakan hormat ke kiri/ kanan dan sebut “satu” seperti gambar 42. 7. Maju dua langkah kaki kanan dan kiri ke hadapan tangan masih lagi membuat pergerakan hormat ke kiri/ kanan dan sebut “dua dan tiga”. 8. Melangkah kaki kanan ke hadapan dengan pantas turunkan (potong) tangan kanan rapat ke rusuk kanan dan sebut “turun”. 9. Maju kaki kiri ke hadapan dengan pantas tangan kanan pegang tongkat di ketiak kiri dan sebut “satu”. 10. Melangkah kaki kanan ke hadapan tangan kanan masih pegang tongkat di ketiak kiri dan sebut “check”. 11. Maju kaki kiri ke hadapan bawa tongkat balik kedudukan asal (bimbit atau rusuk tongkat) dan sebut “turun”. 12. Maju kaki kanan, ke dua-dua tangan rapat di rusuk dan sebut “check”. 13. Maju kaki kiri kehadapan dan hayun tangan ke hadapan dalam kedudukan tongkat bimbit atau rusuk dan sebut “up” dan terus berjalan. Nota: 1. Selepas membuat pergerakan hormat ke kiri/ kanan, kedudukan tongkat hendaklah balik asal sama ada bimbit atau rusuk. 2. Sekiranya semasa berjalan dalam keadaan kepit, tidak perlu membuat pergerakan tongkat hanya pergerakan hormat.


187 Gambar 42 Kesalahan biasa dilakukan 1. Keadaan tongkat semasa dikepit menjunam ke bumi, kepala tongkat kurang atau lebih sejengkal. 2. Selesai pergerakan hormat tidak membuat pergerakan tongkat semula seperti asal. 18. SELAKU TERIMA SIJIL. 18.1. Semasa Dalam Kedudukan Kepit Tongkat Kata perintah - “Selaku terima sijil, ke hadapan .... hormat”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - selepas perbuatan berhenti,” satu dua, (kata perbuatan) tiga empat,lima enam, tujuh, lapan Sembilan, sepuluh sebelas, dua belas tiga belas, kiri. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah, maju satu langkah kaki kanan ke hadapan dan membuat pergerakan berhenti. 2. Kemudian dengan pantas angkat tangan kanan membuat pergerakan hormat dan sebut “satu”. 3. Turunkan tangan balik kedudukan sedia dan sebut “dua”. 4. Maju kaki kiri 15 inci ke hadapan dengan menjatuhkan tapak kaki dan sebut “tiga”. 5. Angkat kaki kanan paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kiri dan sebut “empat”. 6. Setelah itu hulurkan kedua-dua tangan ke hadapan, siku rapat ke badan hadapan sedikit, belakang tangan kanan di atas tapak tangan kiri dan sebut “lima”. 7. Pusingkan tangan kanan, tapak tangan kanan bertemu dengan tapak tangan kiri dan sebut “enam”. 8. Tarik kedua-dua tangan balik ke kedudukan sedia dan sebut “tujuh”.


188 9. melangkah kaki kiri 15 inci ke belakang dengan menjatuhkan hujung kaki dahulu dan sebut “lapan”. 10. Dengan pantas angkat kaki kanan paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kiri dan sebut “sembilan”. 11. Hormat ke hadapan dan sebut “sepuluh”. 12. Turun tangan kanan balik kedudukan sedia dan sebut “sebelas”. 13. Pusingkan badan ke belakang 180 darjah melalui sebelah kanan dan sebut “dua belas”. 14. Dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kanan dan sebut “tiga belas”. 15. Kemudian melangkah kaki kiri 30 inci serta hayun tangan kanan ke hadapan dan sebut “kiri” dan terus berjalan cepat. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan hormat dan turun tangan adalah sama seperti pergerakan hormat ke hadapan. 2. Sewaktu menghulurkan kedua tangan ke hadapan pastikan siku rapat ke badan dan tapak tangan separas kepala tali pinggang. 3. Semasa berpusing ke belakang kedua-dua lutut hendaklah tegang begitu juga ketika melangkah sejauh lebih kurang 15 inci ke hadapan dan ke belakang. 4. Apabila melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh lebih kurang 30 inci, hayun tangan kanan separas bahu dan tangan kiri seberapa jauh yang boleh ke belakang dan terus berjalan cepat. Kesalahan biasa dilakukan 1. Semasa melangkah ke hadapan lutut kendur. 2. Kedudukan tangan semasa ke hadapan telalu tinggi tidak separas tali pinggang. 3. Masa berpusing ke belakang lutut kendur dan pinggang lemah. 4. Maju ke hadapan melangkah dengan kaki kanan. 18.2. Semasa Dalam Kedudukan Rusuk / Bimbit Tongkat. Kata perintah - “Selaku terima sijil, ke hadapan .... hormat”. Kata perintah diberi ketika- Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - selepas perbuatan berhenti,” satu dua, (kata perbuatan) tiga empat,lima enam, tujuh lapan, Sembilan, sepuluh sebelas, dua belas tiga belas, empat belas lima belas, Satu, Check turun, Check up. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah, buat pergerakan berhenti. 2. Dengan pantas buat pergerakan kepit tongkat dan sebut “satu. dua”. 3. Maju buat pergerakan tabik hormat dan sebut “tiga empat”.


189 4. Maju kaki kiri 15 inci ke hadapan jatuh hujung kasut serta sambung angkat kaki kanan paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kiri balik ke kedudukan sedia dan sebut “lima enam”. 5. Dengan pantas hulur kedua-dua tangan ke hadapan melalui jalan paling dekat, siku rapat ke badan, ke hadapan sedikit, belakang tangan kanan di atas tapak tangan kiri serta pusingkan tangan kanan, tapak tangan kanan bertemu dengan tapak tangan kiri dan sebut “tujuh lapan “. 6. Turun kedua-dua tangan balik ke kedudukan sedia dan sebut “sembilan”. 7. Undur kaki kiri 15 inci ke belakang, jatuh hujung kaki dahulu serta dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi hujung kasut tekan ke bawah, hentak di sebelah kaki kiri balik ke kedudukan sedia dan sebut “sepuluh sebelas”. 8. Maju buat pergerakan tabik hormat dan sebut Hormat ke hadapan dan sebut “dua belas tiga belas”. 9. Dengan pantas buat perbuatan berpusing ke belakang dalam kedudukan statik dan sebut “empat belas lima belas”. 10. Dengan pantas melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kanan tangkap pada tongkat (untuk kembali ke kedudukan rusuk atau bimbit) dan sebut “satu” 11. Melangkah kaki kanan ke hadapan tangan kanan masih pegang tongkat di ketiak kiri dan sebut “check”. 12. Maju kaki kiri ke hadapan bawa tongkat balik kedudukan asal (bimbit atau rusuk tongkat) dan sebut “turun”. 13. Maju kaki kanan, ke dua-dua tangan rapat di rusuk dan sebut “check”. 14. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun tangan kanan ke hadapan dalam kedudukan tongkat bimbit atau rusuk dan tangan kiri ke belakang dan sebut “up” dan terus berjalan cepat masa.


“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”


TERHAD 190 BAHAGIAN ENAM KAWAD PEDANG 1. PENGENALAN PEDANG PDRM 1.1 Nama Khas Pedang Istiadat PDRM 1.1.1 Tujuan Arahan ini dikeluarkan untuk memberi nama yang bersesuaian dengan peranan dan tanggungjawab kepada pemegang pedang istiadat PDRM sewaktu majlis-majlis rasmi. (Rujuk Arahan Pentadbiran Bil. 11/Tahun 2017 KPN 22/3/4 bertarikh 4 Mei 2017) 1.1.2 Latar Belakang Pada masa kini Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai 2 bilah pedang istiadat yang berlainan jenis yang sering digunakan oleh Pegawai Kanan Polis dalam majlis-majlis rasmi PDRM khususnya dan majlis-majlis rasmi lain amnya seperti berikut: i. Pedang Schimitar Pedang yang digunakan oleh Pegawai Kanan Polis berpangkat DCP hingga IGP. ii. Pedang Istiadat Pedang yang digunakan oleh Pegawai Kanan Polis yang berpangkat INSP hingga SAC. 1.2 Penjenamaan semula Pedang Istiadat PDRM 1.2.1 Pedang Sri Temenggung “Temenggung” dalam hieraki Kesultanan Melayu Melaka merupakan merupakan ketua keselamatan dalam negara atau Ketua Polis Negara pada masa itu. Beliau berperanan sebagai seorang Penguasa Bandar dan Kota. Tugas-tugas yang dijalankan merangkumi aspek seperti menjaga keselamatan dan keamanan dalam negeri, mengawal penjara, sukat dan timbang, dan turut menjalankan tugas sebagai hakim. Oleh yang demikian Pedang Schimitar dinamakan sebagai Pedang Sri Temenggung bertepatan dengan peranan dan tanggungjawab Pasukan Polis khususnya kepada Pucuk Pimpinan Polis Diraja Malaysia yang telah menerajui Polis Diraja Malaysia dengan penuh cemerlang. Pedang ini akan digunakan oleh pegawai kanan berpangkat DCP hingga IGP.


TERHAD 191 1.2.2 Pedang Mahkota Pahlawan “Mahkota” merujuk kepada lambang “DiRaja”. Pasukan Polis dianugerahkan dengan gelaran “DiRaja” oleh Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Yang Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 24 Julai 1958. Penganugerahan ini merupakan penghargaan dan penghormatan di atas pengorbanan dan perkhidmatan cemerlang semasa darurat oleh Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu kepada negara. Pahlawan bermaksud seseorang yang berupaya menunjukkan sifat-sifat yang berani, gagah dan perkasa. Berperanan sebagai pembela dan pejuang yang taat dan setia serta jujur demi menegakkan keadilan dan kebenaran. Sebelum ini Pegawai Kanan Polis berpangkat INSP. hingga SAC menggunakan pedang yang dinamakan “Pedang Istiadat” bagi urusan majlis-majlis rasmi. Kini, “Pedang Istiadat” ini dijenamakan semula sebagai “Pedang Mahkota Pahlawan. Pedang Mahkota Pahlawan hanya di gunakan semasa berpakaian istiadat. 1.2.3 Pedang Sarung Kulit Pemakaian pedang sarung kulit adalah semasa berpakaian seragam no 4 bersama Kawalan Kehormatan Penuh atau Separuh sebagai Pegawai Pemerintah Baris, Penolong Pegawai Pemerintah Baris dan Pegawai Pembawa Panji-Panji.


TERHAD 192 2. PEGANGAN DAN PERGERAKAN PEDANG SERI TEMENGGUNG 2.1. KEDUDUKKAN SEDIA Tangan kiri pegang hulu pedang, kedudukan silver knot dan lengkungan pedang menghala ke hadapan pada masa yang sama hujung sarung pedang rapat di sisi jari kelingking kasut kiri,siku bengkok sedikit membentuk separa ‘L’, tumit kaki kanan bertemu tumit kaki kiri dan hujung kasut terbuka 30 darjah seperti gambar 1 & 2. Gambar 1 Gambar 2 2.2. BERJALAN Tangan kiri pegang hulu pedang, kedudukan knot dan lengkungan pedang menghala ke hadapan pada masa yang sama hujung sarung pedang tergantung sedikit selari di atas kasut kiri, siku bengkok sedikt membentuk separa ‘L’, hayun tangan kanan seperti biasa mengikut rentak kaki seperti gambar 3 & 4. Gambar 3 Gambar 4


TERHAD 193 2.3 REHATKAN DIRI, MENYAMPAIKAN SIJIL/SURAT PENGHARGAAN DAN UCAPAN Kedudukan pedang disangkut pada gelang bahagian atas sarung pedang (Upper ring) pada pencangkuk (Hook) di bahagian tali pinggang pedang seperti gambar 5 & 6. Gambar 5 Gambar 6 2.4. MEMBERI/MENERIMA TABIK HORMAT SEMASA BERJALAN Cara pegangan pedang sama seperti di kedudukan berjalan serta membuat pergerakan tabik hormat mengikut tatacara pergerakan tabik hormat seperti gambar 7 & 8. Gambar 7 Gambar 8


TERHAD 194 2.5. MEMBERI/MENERIMA TABIK HORMAT SEMASA STATIK - Cara pegangan pedang sama seperti kedudukan “sedia” serta membuat pergerakkan tabik hormat mengikut tatacara pergerakan tabik hormat seperti gambar 9 & 10. Gambar 9 Gambar 10 2.6. PEGANGAN PEDANG DALAM KEADAAN DUDUK - Tangan kiri pegang di bahagian hulu pedang atau mana-mana bahagian atas pedang mengikut kesesuaian ketinggian tempat duduk dan arah lengkungan dan pedang masih sama seperti di kedudukan “sedia” seperti gambar 11 & 12. Nota: Sekiranya disediakan tapak meletak pedang, hendaklah diletakkan pada tapak tersebut dan arah lengkungan pedang sama dikedudukan “sedia” dan tangan boleh dilepaskan dari memegang hulu pedang. Gambar 11 Gambar 12


Click to View FlipBook Version