The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Diterbitkan oleh Cawangan Latihan Luar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norkamilaidayu7, 2023-10-07 14:06:25

Buku Panduan Kawad PDRM

Diterbitkan oleh Cawangan Latihan Luar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

Keywords: Buku Panduan Kawad PDRM

TERHAD 127 18. PASANG BAYONET DAN TANGGAL BAYONET. 18.1. Pasang Bayonet. Kata perintah pertama - “Skuad, Pasang Benet.....Pasang” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Skuad, Pasang Benet.....Pasang dengan pantas tangan kanan tolak laras senjata ke hadapan pada masa yang sama tangan kiri cabut benet dari sarung,pegang hulu banet ibu jari di sebelah perisai banet,pulas hulu banet ke kiri sambil cabut banet,mata banet tegak ke atas rapat di pinggul berdekatan sarung banet siku kiri lurus rapat ke badan.(gambar 45 & 46 ) Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kiri memegang hulu Bayonet pastikan belakang tangan rapat ke badan. 2. Lingkar ibu jari kiri dan letakkan di atas Gelang Benet, pusingkan Sarung Benet ke atas dari kiri ke kanan (Anti Clockwise) dan tarik Benet keluar daripada sarung.(pastikan klip pengikat banet di buka dan di butangkan semula tanpa mengikat hulu banet). Gambar 45 Gambar 46 Gambar 47 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Badan condong ke kanan. 2. Pergerakan tangan kanan dan kiri tidak serentak. 3. Mencabut Benet dari sarungnya dengan menyentak ke atas. Kata perintah kedua - “Skuad....Benet” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Skuad....Benet” dengan pantas tangan kiri pasang bayonet pada senjata, pada masa yang sama kepala tunduk pandang bayonet. (gambar 47).


TERHAD 128 Penerangan Teliti 1. Semasa pasang Bayonet pastikan kedua-dua lengan lurus dan jari-jari tangan kiri bersusun lurus serta rapat pada Hulu Benet. 2. Masukan gelung bayonet ke laras senjata sehingga klip bayonet terpasang sepenuhnya dan hendaklah di uji. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tangan kiri terlalu jauh dari rusuk. 2. Badan membongkok ke hadapan ketika memasang Benet. 3. Benet tidak dipasang dengan betul. Kata perintah ketiga - “Skuad.....sdia” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Skuad.....sdia dengan pantas tangan kanan tarik senjata rapat ke sisi kanan ibu jari di belakang penjahit seluar, pada masa yang sama muka pandang depan, tangan kiri balik ke kedudukan sedia. Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan sedia pastikan badan tegak dan pandang terus ke hadapan. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Pergerakan kepala dan tangan tidak serentak. 2. Menganjak kedudukan Udi. 18.2. Tanggal Bayonet. Kata perintah pertama - “Skuad, Tanggal Benet....Tanggal” Perbuatan penuh - satu dua. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan senjata dengan nombor,tanggal Benet...satu, Skuad dua”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan senjata dengan nombor,tanggal Benet...satu dengan kekuatan tangan kanan angkat dan bawa Senjata, kepit di antara kedua kaki, tapak udi di bumi pada masa yang sama tangan kiri tangkap pada klip bayonet ibu jari di sebelah kiri, jari telunjuk di sebelah kanan dan sebut “satu”. 2. Skuad dua dengan pantas ibu jari dan jari telunjuk tangan kiri tekan klip pengunci hulu benet, pada masa yang sama tangan kanan tangkap dan cabut sedikit benet dan sebut “dua”.( gambar 48). Penerangan Teliti 1. Semasa mengepit senjata pastikan kedua-dua lutut bengkok sedikit, kedua-dua tumit rapat dan badan tegak memandang terus ke hadapan.


TERHAD 129 Gambar 48 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak mengepit senjata dengan lutut. 2. Tunduk memandang pada Benet. Kata perintah kedua - “Skuad.....Benet” Perbuatan penuh - satu. (kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Skuad.....Benet dengan pantas tangan kanan cabut dan masukan benet ke dalam sarung, gegelung(ring) benet di sebelah kanan pada masa yang sama pandang sarung benet.( gambar 49). Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kiri menangkap sarung Benet siku hendaklah bengkok menghala ke belakang, siku kanan rapat ke badan. 2. Kedua-dua bahu dan badan tepat menghala ke hadapan. Gambar 49


TERHAD 130 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Bahu kiri senget ke belakang. 2. Siku kiri serong ke hadapan. 3. Siku kanan tidak rapat ke badan. Kata perintah ketiga - “Skuad....Sdia” Perbuatan penuh - satu dua. (kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Skuad....Sdia dengan pantas tangan kanan tangkap senjata pada bahagian Pejera Hadapan pada masa yang sama tangan kiri lurus rapat di sisi kiri, ibu kari di belakang penjahit seluar, muka pandang depan dan sebut “Satu” ( gambar 50). 2. Angkat dan bawa senjata ke sisi kanan balik ke kedudukan sedia dan sebut “Dua” ( gambar 51). Gambar 50 Gambar 51 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Merenggangkan tumit. 2. Pergerakan kepala, tangan dan lutut tidak serentak. 19. TAFAKUR JUNAM SENJATA ( Dari kedudukan hormat senjata) Kata perintah - “Tafakur, Junam.... ta” Perbuatan penuh - up satu…dua…tiga…empat…lima…enam….. (kata perbuatan) tujuh…lapan, sembilan, sepuluh, sebelas…. Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Tafakur junam Senjata.....satu, Skuad....dua,tiga,empat, Skuad...lima,enam,tujuh,lapan, Skuad....sembilan, Skuad..sepuluh, Skuad...sebelas.


TERHAD 131 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Tafakur Junam Senjata.....satu dengan kekuatan tangan kiri bawa senjata ke atas, tangan lurus ke hadapan separas bahu, pada masa yang sama gantung kaki kanan paha separas bumi dan sebut “up”, hentak di sebelah kaki kiri tumit rapat hujung kasut terbuka 30 darjah pada masa yang sama ubah tapak tangan kanan pada Pelapik Udi dan sebut “satu” ( gambar 52 ). 2. Skuad....dua,tiga,empat dengan perlahan-lahan tangan kanan angkat udi dan turunkan laras sehingga selari dengan tangan kiri separas bahu dan sebut “dua...tiga...empat”.( gambar 53 ). 3. Skuad...lima,enam,tujuh,lapan dengan menggunakan kedua-dua tangan pusingkan senjata ikut hadapan supaya hujung laras menuju ke bawah dan letakkan hujung laras di atas kasut belakang penjahitan kasut kiri pada masa yang sama ubah pegangan tangan kanan dengan ibu jari kepit di antara tangkai tali sling serta tapak udi,lurutkan pegangan tangan kiri sehingga ke udi dan sebut “Lima...enam...tujuh....Lapan”. 4. Skuad....sembilan dengan pantas letakkan tapak tangan kiri diatas belakang tangan kanan dan sebut “Sembilan”( gambar 54 ). 5. Skuad..sepuloh rapatkan kedua-dua siku ke badan dengan kiraan “Sepuluh”. 6. Skuad...sebelas Tunduk kepala perlahan-lahan dan sebut “Sebelas......”(gambar 55). Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke hadapan, kedua-dua tangan lurus, tangan kiri sama rata dengan bumi dan tangan kanan menyerong 45 darjah. 2. Apabila memusingkan senjata pastikan pada kiraan “Empat” senjata selari dengan bumi dan Kelopak menghala ke bawah. 3. Tangan kanan yang memegang Pelapik Udi dipusingkan. Apabila hujung laras terletak di kaki kiri dan hujung laras di belakang penjahitan kasut pastikan Kelopak menghala ke celah paha. 4. Semasa meletakkan tapak tangan kiri di atas belakang tangan kanan pastikan jari-jari kedua-dua tangan tersusun rapat. 5. Menundukkan kepala dengan perlahan dan pastikan badan tegak. Gambar 51 Gambar 53 Gambar 54 Gambar 55


TERHAD 132 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak menundukkan kepala semasa tafakur. 2. Badan bongkok. 3. Susunan jari tidak lurus dan rapat. 20. HORMAT SENJATA.(Dari kedudukan Tafakur Junam Senjata) Kata perintah - “Pengawal/ Skuad !” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, dengan pantas angkat kepala memandang terus ke hadapan serentak dengan mengangkat kedua-dua siku dari badan dan sebut “Up”. Penerangan Teliti 1. Kedua-dua siku diangkat dan kembang sedikit Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Mengangkat kepala dan siku tidak serentak. Kata perintah - “Hormat... ta” Perbuatan penuh - satu…dua…tiga. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Hormat Senjata... satu” , Skuad...dua, Skuad....tiga. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Hormat Senjata... satu dengan kekuatan tangan kanan,ibu jari kepit penyangkut tali sling, tapak tangan pegang bahagian Pelapik Udi, siku bengkok angkat senjata ke atas siku separas bahu pada masa yang sama tangan kiri tangkap pada pengadang Tangan dan sebut “Satu” ( gambar 56 ). 2. Skuad...dua dengan pantas tangan kanan ke genting udi, ibu jari berada di luar empat jari tersususun rapi berada di dalam, tapak tangan menghala ke atas dan sebut “Dua”.( gambar 57 ). 3. Skuad....tiga dengan pantas pusingkan senjata, laras arah ke hadapan menuju ke atas pada masa yang sama angkat kaki kanan paha separas dengan bumi dan hentak di belakang tumit kaki kiri kembali ke kedudukan hormat senjata dan sebut “Tiga” ( gambar 58 ). Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kiri tangkap pada Pengadang Tangan pastikan tapak tangan menghala ke hadapan dan ibu jari menghala ke bawah. 2. Semasa tangan kanan tangkap pada Genting Udi, tapak tangan juga menghala ke hadapan dan ibu jari menghala ke bawah.


TERHAD 133 Gambar 56 Gambar 57 Gambar 58 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Senjata dan kaki tidak serentak semasa membuat pergerakan hormat. 21. SONGSANG SENJATA DARI HORMAT SENJATA/ TAFAKUR JUNAM SENJATA DARI SONGSANG SENJATA. 21.1. SONGSANG SENJATA.(Dari kedudukan Hormat Senjata) Kata perintah - “Songsang ... ta” Perbuatan penuh - up satu…dua…tiga…empat…lima…enam….. (kata perbuatan) tujuh…lapan,Sembilan, Sepuluh. Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Songsang Senjata…satu” dan seterusnya. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi dan hentak rapat di sebelah kaki kiri, pada masa yang sama dengan kekuatan tangan kiri bawa senjata ke atas,tangan kiri separas bahu, pegangan tangan kanan tidak berubah, kedua tangan lurus dan sebut “Satu” (gambar 59 ). 2. Pusingkan senjata ikut hadapan supaya laras menghala ke bawah dengan kiraan “Dua” hingga “Lapan” (gambar 60 & 61 ). 3. Lepas itu tukar pegangan tangan iaitu tangan kanan pegang Pengadang Tangan dan tangan kiri pegang Genting Udi dan sebut “Sembilan” ( gambar 62 ). 4. Kemudian dengan tangan kiri bawa senjata ke bawah ketiak kiri dan kepit senjata serentak dengan tangan kanan ke belakang dan tangkap pada Pengadang Tangan dengan kiraan “Sepuluh” dan tunggu kata perintah “Da...ri kiri/ kanan perlahan..... Jalan” ( gambar 63 ). Nota: Pergerakan Songsang Senjata ini hanya dilakukan untuk berjalan dalam perlahan masa ketika mengiringi jenazah. Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke hadapan badan kedua-dua tangan lurus. 2. Apabila pusingkan Senjata pastikan pada kiraan “Empat” senjata selari dengan bumi. 3. Pada kiraan “Lapan” dan “Sembilan” pasti kedua-dua tangan lurus. 4. Apabila bawa senjata ke rusuk kiri pastikan senjata condong ke bawah sedikit.


TERHAD 134 Gambar 59 Gambar 60 Gambar 61 Gambar 62 Gambar 63 21.2. HORMAT SENJATA.(Dari kedudukan Songsang Senjata) Kata perintah - “Hormat...... ta” Perbuatan penuh - satu…dua…tiga…empat. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Hormat Senjata... satu, Skuad..dua, Skuad..tiga, Skuad...empat”.. Pergerakan. (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, dengan pantas tangan kanan lepaskan Pengadang Tangan dan tangkap pada Pelapik Udi dengan kiraan “Satu” ( gambar 64 ). 2. Kemudian tangan kiri lepaskan senjata yang di kepit dan tangkap pada Pengadang Tangan dengan kiraan “Dua” ( gambar 65 ). 3. Tangan kanan lepaskan Pelapik Udi dan tangkap pada Genting Udi dengan kiraan “Tiga”. 4. Pusingkan senjata melalui hadapan dengan kedua-dua tangan, laras menghala ke atas serentak dengan mengangkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (anklet) dan hentak di belakang tumit kaki kiri (perut kaki kanan di belakang tumit kaki kiri) dengan kiraan “Empat” ( gambar 66 ). Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kanan menangkap pada Pelapik Udi senjata masih dikepit dengan tangan kiri di bawah ketiak kiri. 2. Apabila tangan kiri tangkap pada Pengadang Tangan pastikan ibu jari menghala ke bawah. 3. Begitu juga ketika tangan kanan tangkap pada Genting Udi. 4. Setelah memusingkan senjata pastikan kedudukan kedua-dua tangan dan kaki sama seperti Hormat Senjata.


TERHAD 135 Gambar 64 Gambar 65 Gambar 66 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Pergerakan tangan dan kaki tidak serentak. 2. Tangan bengkok ketika memegang senjata di hadapan badan. 21.3. TAFAKUR JUNAM SENJATA.(Dari kedudukan Songsang Senjata) Kata perintah - “Tafakur, Junam..... ta” Perbuatan penuh - satu, dua…tiga, empat, lima,enam….. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Tafakur Junam Senjata...Satu” dan seterusnya. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas bawa tangan kanan balik ke rusuk kanan genggam tangan lurus ke bawah dan sebut “Satu”. 2. Kemudian dengan kekuatan tangan kiri bawa senjata turun dan letakkan hujung laras di belakang penjahitan kepala kasut kaki kiri dan sebut “Dua”. 3. Tangan kanan tangkap pada Pelapik Udi dan sebut “Tiga”. 4. Letakkan tapak tangan kiri di atas belakang tangan kanan dan sebut “Empat”. 5. Rapatkan kedua-dua siku ke badan dan sebut “Lima”. 6. Tundukkan kepala memandang ke bawah dan sebut “Enam”. Penerangan Teliti 1. Semasa potong tangan kanan pastikan senjata masih di kepit di ketiak kiri. 2. Menundukkan kepala perlahan-lahan, badan hendaklah tegak. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak menundukkan kepala masa tafakur.


TERHAD 136 21.4. SONGSANG SENJATA.(Dari kedudukan Tafakur Junam Senjata) Kata perintah Pertama - “Pengawal / Skuad” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, dengan pantas angkat kepala memandang terus ke hadapan serentak dengan mengangkat kedua-dua siku dari badan dengan sebutan “Up”. Penerangan Teliti 1. Kedua-dua siku diangkat dan kembang sedikit Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Mengangkat kepala dan siku tidak serentak Kata perintah Kedua - “Songsang ... ta” Perbuatan penuh - satu…dua. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Songsang Senjata... Satu, Skuad....dua”. Pergerakan (Detail) 1. Dengan kekuatan tangan kanan angkat senjata serentak dengan tangan kiri tangkap pada Genting Udi dengan kiraan “Satu”. 2. Dengan kekuatan tangan kiri bawa senjata ke bawah ketiak kiri dan kepit senjata serentak dengan tangan kanan ke belakang dan tangkap pada Pengadang Tangan dengan kiraan “Dua”. Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kiri menangkap Genting Udi hendaklah siku kiri rapat ke badan. 2. Apabila bawa senjata ke rusuk kiri, pastikan senjata condong ke bawah sedikit. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Pergerakan tangan kiri dan kanan tidak serentak pada kiraan“Dua”.


TERHAD 137 PERGERAKAN KAWAD SENJATA DALAM KEDUDUKAN BERJALAN. 22. JINJIT SENJATA. Kata perintah - “Jinjit ... Ta” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, dengan kekuatan tangan kanan angkat senjata sedikit (Udi) lebih kurang tiga inci dari bumi, senjata rapat di paha, siku kanan bengkok sedikit seperti gambar 67. Penerangan Teliti 1. Jinjit Senjata digunakan masa berjalan, berlari jarak yang dekat dan hentak kaki berlari dengan senjata dalam kedudukan turun senjata. Gambar 67 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Senjata diangkat terlampau tinggi dan tidak rapat ke paha. 2. Mengheret senjata semasa berjalan. Nota: Pergerakan Jinjit Senjata sesuai dilakukan dalam jarak yang dekat dan dalam pergerakan cepat jalan sahaja.


TERHAD 138 23. HORMAT SEMASA BERJALAN. 23.1. Hormat Ke Hadapan. Kata perintah - “Hormat ke hadapan..... hormat” Kata Perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri jejak ke bumi. Perbuatan penuh - selepas perbuatan berhenti “satu dua,tiga (Kata perbuatan) empat, lima enam,kiri” Kata perintah dengan nombor - “Hormat dengan nombor, ke hadapan.... satu, skuad..... dua” dan seterusnya. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, maju satu langkah kaki kanan ke hadapan dan membuat pergerakan berhenti. 2. Ke hadapan.....satu (gambar 68), Skuad.....dua” buat perbuatan kehadapan hormat dan sebut “satu dua” 3. Skuad....tiga,skuad...empat ulang perbuatan ke hadapan hormat dan sebut “tiga empat” 4. Skuad....lima,skuad....enam perbuatan berpusing ke belakang dalam kedudukan statik dan sebut “lima enam” 5. Skuad....kiri dengan pantas melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dengan sebut “kiri” dan terus berjalan cepat.(gambar 69). Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan hormat, lengan kiri hendaklah lurus selari dengan bumi dan jari-jari yang menepuk Pengadang Tangan tersusun rapat dan lurus. 2. Apabila menurunkan tangan kiri, hendaklah melalui jalan yang dekat dan jari hendaklah mengenggam, ibu jari di belakang penjahitan seluar. 3. Semasa berpusing ke belakang kedua-dua lutut hendaklah tegang. 4. Semasa melangkah kaki kiri ke hadapan hayun tangan kiri seberapa tinggi yang boleh ke belakang. Gambar 68 Gambar 69


TERHAD 139 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tangan kiri tidak selari dengan bumi. 2. Jari-jari terbuka. 3. Bahu kuncup. 4. Lutut kendur dan pinggang lemah. 23.2. Hormat Ke Kanan. Kata perintah - “Hormat ke kanan ... hormat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kanan pacak ke bumi. Perbuatan penuh - check satu dua tiga turun up, (kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor - “Hormat ke kanan dengan nombor, skuad....check, skuad....satu, skuad...... dua, skuad....tiga,skuad....turun, Skuad .....up” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Hormat ke kanan dengan nombor, skuad....check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan dan sebut “Check”. 2. Skuad.....satu dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama buat pergerakan hormat ke kanan dan sebut “Satu”( gambar 70 & 71). 3. Skuad...dua,skuad....tiga dengan pantas maju dua langkah ke hadapan dan sebut “dua tiga”. 4. Skuad....turun dengan pantas maju satu langkah kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama turun tangan kiri rapat ke sisi kiri, muka pandang 200 meter ke hadapan dan sebut “turun”. 5. Skuad.....up dengan pantas maju satu langkah kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun tangan kiri ke hadapan separas bahu dan sebut “up”. Penerangan Teliti 1. Semasa “Check” hayun tangan kiri ke belakang seberapa jauh yang boleh. 2. Apabila melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kiri buat pergerakan hormat, siku rapat, lengan sama paras dengan bumi, jari-jari tersusun lurus, rapat dan muka paling ke kanan dengan kiraan “Satu”. 3. Semasa maju melangkah dengan kiraan “Dua”dan “Tiga” tangan kiri kekal dalam kedudukan hormat tanpa menggerakkan bahu dan tangan kiri. 4. Maju kaki kiri dengan sebutan “Turun” tangan kiri di tarik balik ke rusuk kiri dan siku lurus.


TERHAD 140 Gambar 70 Gambar 71 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Badan condong ke hadapan. 2. Semasa perbuatan turun tangan kiri terlepas ke belakang. 3. Bahu kiri dibiarkan bergerak ke hadapan. 4. Tidak memaling muka ke kanan sepenuhnya. 5. Pergelangan tangan kiri bengkok. 6. Jari-Jari tidak tersusun rapat. 23.3. Hormat Ke Kiri. Kata perintah - “ Hormat ke kiri ... hormat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kanan pacak ke bumi. Kata perintah dengan Nombor - “Hormat ke kiri dengan nombor, skuad....check, skuad....satu, skuad......dua,skuad....tiga, skuad....turun, Skuad .....up” Pergerakan (Detail). 1. Apabila dapat kata perintah, Hormat ke kiri dengan nombor, skuad....check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan dan sebut “Check”. 2. Skuad.....satu dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama buat pergerakan hormat ke kiri dan sebut “Satu”(gambar 72 & 73). 3. Skuad...dua,skuad....tiga dengan pantas maju dua langkah ke hadapan dan sebut “dua”.tiga”. 4. Skuad....turun dengan pantas maju satu langkah kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama turun tangan kiri rapat ke sisi kiri, muka pandang 200 meter ke hadapan dan sebut “turun”. 5. Skuad.....up dengan pantas maju satu langkah kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun tangan kiri kehadapan dan sebut “up”.


TERHAD 141 Penerangan Teliti 1. Semasa “Check” hayun tangan kiri ke belakang seberapa tinggi yang boleh. 2. Apabila melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kiri buat pergerakan hormat, siku rapat, lengan sama paras dengan bumi, jari-jari tersusun lurus, rapat dan muka paling ke kiri dengan kiraan “Satu” 3. Semasa maju melangkah dengan kiraan “Dua”dan “Tiga” tangan kiri kekal dalam kedudukan hormat tanpa menggerakkan bahu dan tangan kiri. 4. Maju kaki kiri dengan sebutan “Turun” tangan kiri di tarik balik ke rusuk kiri dan siku lurus. Gambar 72 Gambar 73 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Badan condong ke hadapan. 2. Semasa perbuatan turun tangan kiri terlepas ke belakang. 3. Bahu kiri dibiarkan bergerak ke hadapan. 4. Tidak memaling muka ke kanan sepenuhnya. 5. Pergelangan tangan kiri bengkok. 6. Jari-Jari tidak tersusun rapat. 24. BIMBIT SENJATA 24.1. Bimbit Senjata Dari Rusuk Senjata. Kata perintah - “Bimbit ... Ta” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kanan pacak ke bumi. Perbuatan penuh - Check satu,Check dua, Check turun,up (kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor - “Latihan senjata dengan nombor, Bimbit Senjata ,Skuad.....check,Skuad….Satu, Skuad.....check, Skuad....dua,Skuad.....check, Skuad....turun,Skuad....up”


TERHAD 142 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan senjata dengan nombor, Bimbit Senjata, Skuad.....check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan, hayun tangan kiri ke belakang dan sebut “Check”. 2. Skuad….Satu dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kiri selari dengan talipinggang tepuk dan tangkap Pengadang Tangan, pegangan melilit dan sebut “Satu”( gambar 74). 3. Skuad.....check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan, kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 4. Skuad....dua dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama bengkok siku tangan kanan dan tangkap Tangkai Pembawa, empat jari di dalam, ibu jari di bahagian hadapan dan sebut “dua”( gambar 75). 5. Skuad.....check, dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan,kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 6. Skuad....turun dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata turun selari dengan bumi lurus ke hadapan di sebelah paha kanan pada masa yang sama turun tangan kiri lurus ke bawah di sisi kiri dan sebut “Turun” ( gambar 76). 7. Skuad....up dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun tangan kiri ke belakang dan sebut “Up”. Penerangan Teliti 1. Semasa “Check” yang pertama tangan kiri hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. 2. Apabila tangan kiri tangkap pada Pengadang Tangan, lengan kiri lurus selari dengan bumi. 3. Semasa tangan kanan tangkap pada Tangkai Pembawa, siku kanan bengkok ke belakang ibu jari tangan kanan berada di hadapan Tangkai Pembawa. 4. Semasa membawa senjata turun ke sebelah kanan pastikan laras menghala ke hadapan, senjata sama rata dengan bumi, Kelopak menuju ke bawah. Gambar 74 Gambar 75 Gambar 76


TERHAD 143 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Senjata tidak sama rata dengan bumi. 2. Hujung senjata menuju ke kanan atau ke kiri. 3. Tangan kanan menghayun senjata. 24.2. Bimbit Senjata Dari Julang Senjata. Kata perintah - “Bimbit ... Ta” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - Check satu check turun up. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Bimbit Senjata, skuad….check, Skuad...satu, Skuad....check, Skuad....turun, Skuad....up”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah Latihan Senjata dengan nombor, Bimbit Senjata, skuad….check dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan dan sebut “Check”. 2. Skuad...satu dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kanan siku bengkok selari dengan senjata tangkap tangkai pembawa di bahagian hadapan, ibu jari di luar empat jari di dalam dan sebut “Satu”. 3. Skuad....check dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan, kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 4. Skuad....turun dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama dengan kekuatan tangan kanan bawa senjata ke sisi kanan selari dengan bumi,lurus ke hadapan, turun tangan kiri rapat ke sisi kiri lurus ke bawah dan sebut “Turun”. 5. Skuad....up dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun tangan kiri ke hadapan separas bahu dan sebut “Up”. Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata turun ke sebelah kanan pastikan laras menghala ke hadapan, senjata tidak selari dengan bumi. 2. Pastikan tangan kiri rapat di sisi kiri semasa perbuatan turun. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Senjata tidak selari dengan bumi. 2. Hujung senjata menuju ke kanan dan ke kiri. 3. Tangan kanan menghayun senjata. 4. Potong tangan kiri melebihi rusuk kiri.


TERHAD 144 25. RUSUK SENJATA 25.1. Rusuk Senjata Dari Bimbit Senjata. Kata perintah - “Rusuk ... ta” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kanan pacak ke bumi. Perbuatan penuh - Check satu,check dua, check turun,up. (kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Rusuk Senjata, Skuad.....check, Skuad….satu, Skuad....check, Skuad....dua, Skuad....check, Skuad...turun, Skuad....up”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Rusuk Senjata, Skuad.....check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan, hayun tangan kiri ke belakang dan sebut “Check”. 2. Skuad….satu dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama menggunakan kekuatan tangan kanan bengkok siku tegakkan senjata di rusuk kanan, pejera hadapan di pangkal ketiak, udi rapat di pinggul pada masa yang sama tangan kiri selari dengan talipinggang tangkap Pengadang Tangan dan sebut “Satu” ( gambar 77). 3. Skuad....check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 4. Skuad....dua dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kanan tepuk dan tangkap pada Penggenggam Tangan, ibu jari di penjahit seluar dan sebut “Dua” ( gambar 78). 5. Skuad....check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 6. Skuad...turun dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama turun tangan kiri rapat ke sisi kiri lurus ke bawah dan sebut“turun”. 7. Skuad....up dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun tangan kiri ke belakang dan sebut “Up”. Penerangan Teliti 1. Semasa “Check” tangan kiri di hayun ke belakang seberapa jauh yang boleh. 2. Apabila menangkap Pengadang Tangan, lengan tangan kiri lurus selari dengan bumi. 3. Semasa tangan kanan menangkap Penggenggam Tangan pastikan tangan lurus, senjata berada di lekuk bahu. semasa turun tangan kiri pastikan melalui jalan yang dekat.


TERHAD 145 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Lambat menegakkan senjata. 2. Siku kanan tidak rapat pada badan. Nota :Perbuatan ini hanya di lakukan apabila senjata berada di sebelah kanan sahaja. 25.2. Rusuk Senjata Dari Julang Senjata. Kata perintah - “Rusuk....ta” Kata Perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - Check satu Check turun up. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Rusuk Senjata, Skuad....check, Skuad….satu, Skuad...check, Skuad....Turun, Skuad....up”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Rusuk Senjata, Skuad....check dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 2. Skuad….satu dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama menggunakan kekuatan tangan kiri bawa senjata ke rusuk kanan selari dengan talipinggang,kedudukan pejera hadapan dipangkal ketiak, udi rapat di pinggul, tangan kanan siku lurus ke bawah terbuka sedikit tepuk dan tangkap Penggenggam Tangan dan sebut “Satu” ( gambar 79). 3. Skuad...check dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 4. Skuad....Turun dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama turun tangan kiri rapat ke sisi kiri,genggam lurus ke bawah melalui jalan yang paling dekat dan sebut “Turun” ( gambar 80. Gambar 77 Gambar 78


TERHAD 146 5. Skuad....up dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun tangan kiri ke hadapan separas bahu, siku lurus dan sebut “Up” ( gambar 81 ). Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke rusuk kanan keadaan badan menghala terus ke hadapan dan ketika memotong tangan kiri terus rapat ke rusuk kiri. Gambar 79 Gambar 80 Gambar 81 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan senjata terlalu condong ke hadapan. 2. Potong tangan kiri melebihi rusuk kiri. 26. JULANG SENJATA. 26.1. Julang Senjata Dari Bimbit Senjata Kata perintah - “Julang ... ta” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kanan pacak ke bumi Perbuatan penuh - Check satu check dua. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Julang Senjata, skuad….check, Skuad….satu, Skuad....check, Skuad....dua”.


TERHAD 147 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Julang Senjata, skuad….check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan, hayun tangan kiri ke belakang dan sebut “Check”. 2. Skuad….satu dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama dengan kekuatan tangan kanan melalui jalan yang paling dekat bawa senjata melintang 45 darjah ke atas di hadapan badan jarak lebih kurang satu penumbuk, siku selari dengan senjata, tangan kiri tangkap pada pangkal Pengadang Tangan, siku rapat ke badan dan sebut “Satu”. 3. Skuad....check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan, kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 4. Skuad....dua dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kanan tangkap Penggenggam Tangan, jari telunjuk di luar picu, siku rapat pada udi dan sebut “Dua”. Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke hadapan badan kedudukan kedua-dua tangan sama seperti Julang Senjata dalam statik. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan siku kiri tidak rapat ke rusuk kiri dan siku kanan tidak rapat dengan Udi. 2. Ketika Julang Senjata, kedua-dua bahu berhayun kiri dan kanan. 26.2. Julang Senjata Dari Rusuk Senjata Kata perintah - “Julang....ta” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kanan jejak ke bumi Perbuatan penuh - Check satu. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Julang Senjata, skuad....check, Skuad….satu”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Julang Senjata, skuad….check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan, hayun tangan kiri ke belakang dan sebut “Check”. 2. Skuad….satu dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama dengan kekuatan tangan kanan melalui jalan yang paling dekat bawa senjata melintang 45 darjah ke atas di hadapan badan jarak lebih kurang satu penumbuk, siku rapat di udi, jari telunjuk di luar picu dan sebut “Satu” (gambar 82).


TERHAD 148 Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke hadapan badan kedudukan kedua-dua tangan adalah sama seperti Julang Senjata dalam kedudukan statik. Gambar 82 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan siku kiri tidak selari dengan rapat ke rusuk kiri dan siku kanan tidak rapat dengan Udi. 2. Ketika julang senjata kedua-dua bahu berhayun kiri dan kanan. 27. KALIH SENJATA. 27.1. Dari Bimbit Kanan Ke Bimbit Kiri Kata perintah - “Kalih....Ta” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kanan pacak ke bumi. Perbuatan penuh - Check satu, check dua, check tiga, (kata perbuatan) Check turun, up. Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata, skuad....check, Skuad….satu, Skuad...check, Skuad...dua, Skuad...Check, Skuad...tiga, Skuad...check, Skuad...turun, Skuad...up. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata, skuad....check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan hayun tangan kiri ke belakang dan sebut “Check”.


TERHAD 149 2. Skuad….satu dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata tegak di tengah badan jarak satu penumbuk dengan badan, pengadang cahaya selari dengan mata, kelopak lurus kehadapan, tangan kiri siku rapat ke badan tepuk dan tangkap pada pangkal Pengadang Tangan, pegangan melilit dan sebut “Satu” ( gambar 83). 3. Skuad...check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 4. Skuad...dua dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kanan siku rapat ke badan tepuk dan tangkap Pengadang Tangan, rapat di atas tangan kiri dan sebut “Dua” ( gambar 84). 5. Skuad...check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 6. Skuad...tiga dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kiri tangkap tangkai pembawa di bahagian hadapan, ibu jari di luar empat jari di dalam dan sebut “Tiga” ( gambar 85). 7. Skuad...check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 8. Skuad...turun dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama menggunakan kekuatan tangan kiri bawa senjata turun ke sebelah paha kiri selari dengan bumi,lurus ke hadapan, turun tangan kanan rapat ke sebelah kanan, genggam lurus kebawah dan sebut “Turun” ( gambar 86). 9. Skuad...up dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun tangan kanan paras bahu lurus ke hadapan dan sebut “Up”. Penerangan Teliti 1. Semasa “Check” tangan kiri masih hayun ke belakang seberapa jauh yang boleh. 2. Semasa tangan kanan membawa senjata ke tengah badan pastikan Kelopak menghala ke hadapan, lengan kanan sama rata dengan bumi dan siku rapat ke badan. 3. Semasa tangan kiri menangkap pada Pengadang Tangan, siku kiri rapat ke rusuk. 4. Apabila membawa senjata turun di sebelah paha kiri pastikan tangan kiri lurus, senjata selari dengan bumi dan Kelopak menghala ke bawah. Gambar 83 Gambar 84 Gambar 85 Gambar 86


TERHAD 150 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiada membawa senjata betul-betul di hadapan badan dalam pergerakan pertama. 2. Tidak membuat pergerakan serentak dengan kaki melangkah. 27.2. Dari Bimbit Kiri Ke Bimbit Kanan. Kata perintah - “Kalih....Ta” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - Check satu, check dua, check tiga, (kata perbuatan) Check turun, up. Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata, skuad....check, Skuad….satu, Skuad...check, Skuad...dua, Skuad...Check, Skuad...tiga, Skuad...check, Skuad...turun, Skuad...up. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata, skuad....check dengan pantas maju kanan kiri 30 inci ke hadapan hayun tangan kanan ke belakang dan sebut “Check”. 2. Skuad….satu dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama menggunakan kekuatan tangan kiri bawa senjata tegak di tengah badan jarak satu penumbuk dengan badan, pengadang cahaya selari dengan mata, kelopak lurus kehadapan, tangan kanan siku rapat ke badan tepuk dan tangkap pada pangkal Pengadang Tangan, pegangan melilit dan sebut “Satu”. 3. Skuad...check dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 4. Skuad...dua dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kiri siku rapat ke badan tepuk dan tangkap Pengadang Tangan, rapat di atas tangan kanan dan sebut “Dua”. 5. Skuad...check dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 6. Skuad...tiga dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kanan tangkap tangkai pembawa di bahagian hadapan, ibu jari di luar empat jari di dalam dan sebut “Tiga”. 7. Skuad...check dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 8. Skuad...turun dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata turun ke sebelah paha kanan selari dengan bumi,lurus ke hadapan, turun tangan kiri rapat ke sebelah kanan, genggam lurus ke bawah dan sebut “Turun”. 9. Skuad...up dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun tangan kiri paras bahu lurus ke hadapan dan sebut “Up”.


TERHAD 151 Penerangan Teliti 1. Semasa “Check” tangan kanan masih hayun ke belakang. 2. Semasa tangan kiri membawa senjata ke tengah badan pastikan Kelopak menghala ke hadapan, lengan kiri sama rata dengan bumi dan siku rapat ke badan. 3. Semasa tangan kanan tangkap pada Pengadang Tangan, siku kiri rapat ke rusuk. 4. Apabila membawa senjata turun di sebelah paha kanan pastikan tangan kanan lurus, senjata selari dengan bumi dan Kelopak menghala ke bawah. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiada membawa senjata betul-betul di hadapan badan dalam pergerakan pertama. 2. Tidak membuat pergerakan serentak dengan kaki melangkah. 27.3. Dari Rusuk Kanan Ke Rusuk Kiri Kata perintah - “Kalih ... ta” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kanan pacak ke bumi. Perbuatan penuh - Check satu, check dua, check tiga, (kata perbuatan) Check turun, up. Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata, skuad....check, Skuad….satu, Skuad...check, Skuad...dua, Skuad...Check, Skuad...tiga, Skuad...check, Skuad...turun, Skuad...up. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata, skuad....check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan hayun tangan kiri ke belakang dan sebut “Check”. 2. Skuad….satu dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata tegak di tengah badan jarak satu penumbuk dengan badan, pengadang cahaya selari dengan mata, kelopak lurus kehadapan, tangan kiri siku rapat ke badan tepuk dan tangkap pada pangkal Pengadang Tangan, pegangan melilit dan sebut “Satu”. 3. Skuad...check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 4. Skuad...dua dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kanan siku rapat ke badan tepuk dan tangkap Pengadang Tangan, rapat di atas tangan kiri dan sebut “Dua”. 5. Skuad...check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 6. Skuad...tiga dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata ke rusuk kiri, pejera hadapan di pangkal ketiak, tangan kiri tepuk dan tangkap Penggenggam Tangan, ibu jari di belakang penjahit seluar dan sebut “Tiga”. 7. Skuad...check dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”.


TERHAD 152 8. Skuad...turun dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama turun tangan kanan rapat ke sebelah kanan, genggam lurus ke bawah dan sebut “Turun” 9. Skuad...up dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun tangan kanan paras bahu lurus ke hadapan dan sebut “Up”. Penerangan Teliti 1. Semasa “Check” tangan kiri masih hayun ke belakang seberapa jauh yang boleh. 2. Semasa tangan kanan membawa senjata ke tengah badan pastikan Kelopak menghala ke hadapan, lengan kanan sama rata dengan bumi dan siku rapat ke badan. 3. Semasa tangan kiri menangkap pada Pengadang Tangan, siku kiri rapat ke rusuk. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiada membawa senjata betul-betul di hadapan badan dalam pergerakan pertama. 2. Tidak membuat pergerakan serentak dengan kaki melangkah. 27.4. Dari Rusuk Kiri Ke Rusuk Kanan Kata perintah - “Kalih....Ta” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - Check satu, check dua, check tiga, (kata perbuatan) Check turun, up. Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata, skuad....check, Skuad….satu, Skuad...check, Skuad...dua, Skuad...Check, Skuad...tiga, Skuad...check, Skuad...turun, Skuad...up. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata, skuad....check dengan pantas maju kanan kiri 30 inci ke hadapan hayun tangan kanan ke belakang dan sebut “Check”. 2. Skuad….satu dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama menggunakan kekuatan tangan kiri bawa senjata tegak di tengah badan jarak satu penumbuk dengan badan, pengadang cahaya selari dengan mata, kelopak lurus kehadapan, tangan kanan siku rapat ke badan tepuk dan tangkap pada pangkal Pengadang Tangan, pegangan melilit dan sebut “Satu”. 3. Skuad...check dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 4. Skuad...dua dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama tangan kiri siku rapat ke badan tepuk dan tangkap Pengadang Tangan, rapat di atas tangan kanan dan sebut “Dua”. 5. Skuad...check dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”.


TERHAD 153 6. Skuad...tiga dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama menggunakan kekuatan tangan kiri bawa senjata ke rusuk kanan, pejera hadapan di pangkal ketiak, tangan kanan tepuk dan tangkap Penggenggam Tangan, ibu jari di belakang penjahit seluar dan sebut “Tiga”. 7. Skuad...check dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Check”. 8. Skuad...turun dengan pantas maju kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama turun tangan kiri rapat ke sebelah kiri, genggam lurus kebawah dan sebut “Turun” 9. Skuad...up dengan pantas maju kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun tangan kiri paras bahu lurus ke hadapan dan sebut “Up”. Penerangan Teliti 1. Semasa “Check” tangan kanan masih hayun ke belakang. 2. Semasa tangan kiri membawa senjata ke tengah badan pastikan Kelopak menghala ke hadapan, lengan kiri sama rata dengan bumi dan siku rapat ke badan. 3. Semasa tangan kanan menangkap pada Pengadang Tangan, siku kanan rapat ke rusuk. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiada membawa senjata betul-betul di hadapan badan dalam pergerakan pertama. 2. Tidak membuat pergerakan serentak dengan kaki melangkah. 28. BELAKANG PUSING (Semasa kedudukan Bimbit Senjata). Kata perintah - i.“ Bergerak ke kanan/kiri, belakang.....sing ” ii.“ Menghadap ke hadapan / belakang, belakang....sing ” Perbuatan penuh - “check in…up,kiri up,kanan up,kiri…kanan (kata perbuatan) Kata perintah diberi - Ketika pacak tumit kaki kanan Kata perintah dengan nombor- “Belakang pusing dengan nombor,skuad…check, skuad….in,skuad…..up,skuad…..kiri,skuad….up, skuad….kanan,skuad...up,skuad…..kiri ….. kanan Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “belakang pusing dengan nombor, skuad…..check” dengan pantas kaki kiri melangkah 30 inci ke hadapan tangan kiri hayun ke belakang dan sebut “check”.. 2. “Skuad…..in”, dengan pantas tarik perut kasut kaki kanan rapat ke belakang tumit kaki kiri,pada masa yang sama kedua-dua tangan rapat dan sebut “in” 3. “Skuad…..up”,dengan pantas gantung kaki kiri peha separas bumi pada masa yang sama tangan kanan siku bengkok selari dengan talipinggang tegakkan senjata panduan pengadang cahaya selari dengan mata,kelopak lurus ke hadapan dan sebut “up”


TERHAD 154 4. “Skuad….kiri” dengan pantas jatuh hujung kasut,tumit jinjit,perut kasut kiri sedikit menyerong berdekatan hujung kaki kanan kedudukan lain tidak berubah dan sebut “kiri”. (arah dan badan tidak berubah). 5. “Skuad…..up” dengan pantas gantung kaki kanan peha separas bumi pada masa yang sama arah badan dan pandangan 60̊ ke arah baru dan sebut “up”.(tapak kaki kiri jatuh sepenuhnya). 6. “Skuad kanan” dengan pantas jatuh hujung kasut,tumit jinjit,perut kasut kanan menyerong berdekatan belakang tumit kiri dan sebut “kanan”.( arah dan pandangan tidak berubah). 7. “Skuad up” dengan pantas gantung kaki kiri peha separas bumi,hujung kasut tekan kebawah,tapak kaki kanan jatuh sepenuhnya,arah badan dan pandangan berubah 60̊ ke arah baru dan sebut “up” 8. “Skuad…..kiri” dengan pantas hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan,tumit bertemu tumit dan sebut “kiri”, arah badan dan pandangan berubah 60̊ke arah baru. 9. “Skuad…..kanan” dengan pantas melangkah kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun tangan kiri ke hadapan dan dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata ke sisi kanan selari dengan bumi,laras lurus ke hadapan dan sebut “kanan”. Penerangan teliti : 1. Tangan rapat pada peha di belakang penjahit seluar semasa di pergerakan kedua hingga ke lapan. 2. Perbuatan “IN” kedua-dua lutut tegang,tapak kaki kanan tergantung sedikit supaya tidak menyeret kasut. Keberatan badan di atas kaki kiri. 3. Perubahan arah sebanyak 3 arah(60 darjah pada setiap arah) 4. Semasa perbuatan bawa senjata ke bawah pastikan pantas bawa turun serentak dengan perbuatan melangkah kaki kanan ke hadapan. Kesalahan biasa dilakukan : 1. Membiarkan tangan terhayun dan siku bengkok semasa berpusing tiga arah . 2. Berpusing ke belakang mengikut sebelah kiri 3. Mengunakan tapak kasut ( tapak kaki ) semasa menjatuhkan kaki pertama dan kedua . 4. Pembahagian arah tidak sama rata. 29. KAWAD SENTRI. Kawad sentri adalah pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh anggota pengawal. Pergerakan ini adalah mengandungi beberapa pergerakan asas. Sebelum membuat pergerakan ini skuad hendaklah dalam buka barisan dan setiap pergerakan yang dilakukan hendaklah menghadap ke barisan hadapan. Semua pergerakan ini bermula dari senang diri. 29.1. Ke Kanan/Ke Kiri Jalan. Kata Perintah - “Selaku Sentri, ke kanan...... Jalan” Pergerakan (Detail) 1. Apabila mendapat kata perintah, dengan pantas buat pergerakan sedia dengan kiraan “Satu”.


TERHAD 155 2. Rusuk Senjata dengan kiraan “Dua”. Kemudian potong tangan kiri dengan kiraan “Tiga”. 3. Pusing ke kanan dengan kiraan “Empat”. Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Lima”. 4. Maju kaki kiri lebih kurang 30 inci ke hadapan dengan sebutan “Kiri” dan terus berjalan cepat. Nota: 1. Pergerakan ini boleh juga dilakukan “Selaku sentri, ke kiri ... Jalan”. Pada bilangan “Satu”, “Dua” dan “Tiga” adalah sama. 2. Pada kiraan “Empat” pusing ke kiri dan kiraan “Lima” hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri serta maju kaki kiri lebih kurang 30 inci ke hadapan pada sebutan “Kiri” dan terus berjalan cepat. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiap-tiap pergerakan dilakukan dengan tergopoh-gopoh. 2. Kedudukan berdiri tidak tetap bila masa berhenti. 3. Tidak menjaga jarak, lurus setentang dengan betul. 29.2. Belakang Pusing. Kata perintah - “Selaku Sentri, belakang ... Sing” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. (ini melibatkan pergerakan berhenti) Pergerakan (Detail) 1. Pergerakan ini dilakukan ketika skuad sedang berjalan cepat ke kanan. 2. Maju kaki kanan satu langkah buat pergerakan berhenti 3. Pusing ke kiri dengan kiraan “Satu”. Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua” 4. Pusing lagi ke kiri dengan kiraan “Tiga” dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Empat” 5. Maju kaki kiri satu langkah lebih kurang 30 inci dengan sebutan “Kiri” dan terus berjalan cepat. Nota: 1. Pergerakan ini boleh dilakukan semasa berjalan cepat ke kiri. Pada kiraan “Satu”dan “Tiga” dikehendaki pusing ke kanan. 2. Pada kiraan “Dua” dan “Empat” hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dan melangkah untuk berjalan cepat dimulakan dengan kaki kiri. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiap-tiap pergerakan dilakukan dengan tergopoh-gopoh. 2. Kedudukan berdiri tidak tetap bila masa berhenti. 3. Tidak menjaga jarak, lurus setentang dengan betul.


TERHAD 156 29.3. Hormat Ke Hadapan. Kata perintah - “Selaku Sentri, ke hadapan..... hormat” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Pergerakan (Detail) 1. Pergerakan ini dilakukan ketika skuad sedang berjalan cepat ke kanan. 2. Maju kaki kanan satu langkah lebih kurang 30 inci dan buat pergerakan berhenti tanpa kiraan. 3. Pusing ke kiri dengan kiraan “Satu”. Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”. 4. Buat pergerakan Hormat Ke Hadapan dengan kiraan “Tiga” dan tunggu arahan seterusnya. “Selaku sentri, ke kanan/ ke kiri ... Jalan”. 5. Setelah mendapat kata perintah buat pergerakan dan potong tangan dengan kiraan “Satu”. 6. Pusing kanan/kiri dengan kiraan “Dua”. Hentak kaki kanan/kiri dengan kiraan“Tiga” dan melangkah kaki kiri lebih kurang 30 inci dengan sebutan “Kiri”. Nota: 1. Pergerakan ini boleh dilakukan semasa berjalan cepat ke kiri. Pada kiraan “Satu” pusing ke kanan. 2. Pada kiraan “Dua” hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan serta Hormat ke Hadapan pada kiraan “Tiga”. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiap-tiap pergerakan dilakukan dengan tergopoh-gapah. 2. Kedudukan berdiri tidak tetap bila masa berhenti. 3. Tidak menjaga jarak, lurus dan setentang dengan betul. 29.4. Hormat Senjata. Kata perintah - “Selaku Sentri, Hormat....... ta” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Pergerakan (Detail) 1. Maju kaki kanan satu langkah lebih kurang 30 inci dan buat pergerakan berhenti tanpa kiraan. 2. Pusing ke kiri dengan kiraan “Satu”. Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”. 3. Bawa senjata ke hadapan badan serentak dengan tangan kiri tangkap pada Pengadang Tangan dengan kiraan “Tiga”. 4. Angkat kaki kanan dan hentak di belakang sedikit tumit kaki kiri serentak dengan tangan kanan tangkap pada Genting Udi dengan kiraan “Empat”. 5. Tunggu arahan seterusnya “Selaku sentri, ke kanan/ ke kiri...... Jalan”. 6. Setelah mendapat kata perintah, Rusuk Senjata dengan kiraan “Satu ”. Potong tangan kiri dengan kiraan “Dua”.


TERHAD 157 7. Pusing kanan/ kiri dengan kiraan “Tiga”. Hentak kaki kiri/ kanan dengan kiraan “Empat”. 8. Melangkah kaki kiri dengan sebutan “Kiri” dan terus berjalan cepat. Nota: 1. Pergerakan ini boleh dilakukan semasa berjalan cepat ke kiri. Pada kiraan “Satu” pusing ke kanan. 2. Pada kiraan “Dua” hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan serta Hormat Senjata dengan kiraan “Tiga” dan “Empat”. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiap-tiap pergerakan dilakukan dengan tergopoh-gapah. 2. Kedudukan berdiri tidak tetap bila masa berhenti. 3. Tidak menjaga jarak, lurus dan setentang dengan betul. 29.5. Sedia Senjata. Kata perintah - “Selaku Sentri, Sedia ... ta” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Pergerakan. (Detail) 1. Pergerakan ini dilakukan ketika skuad sedang berjalan cepat ke kanan. 2. Maju kaki kanan satu langkah lebih kurang 30 inci dan buat pergerakan berhenti tanpa kiraan. 3. Pusing ke kiri dengan kiraan “Satu”. Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”. 4. Kemudian dengan kekuatan tangan kanan bawa senjata ke sisi kanan paras pinggang selari dengan bumi laras lurus ke hadapan, tangan kiri siku lurus tangkap pengadang tangan, udi senjata dan siku kanan rapat ke badan pada masa yang sama melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan bukaan seperti senang diri jatuh tapak, lutut bengkok ke hadapan, lutut kaki kanan lurus. 5. Pada masa itu juga mencabar dengan perkataan “Berhenti, siapa itu” dan tunggu arahan seterusnya “Selaku sentri, ke kanan/ ke kiri ... jalan”. 6. Setelah mendapat kata perintah, Rusuk Senjata dengan kiraan “Satu” potong tangan kiri dengan kiraan “Dua”. 7. Pusing ke kanan/ ke kiri dengan kiraan “Tiga”. Hentak kaki kiri/ kanan dengan kiraan “Empat” dan melangkah kaki kiri lebih kurang 30 inci dengan sebutan “Kiri” dan terus berjalan cepat. Nota: 1. Pergerakan ini boleh dilakukan semasa berjalan cepat ke kiri. 2. Pada kiraan “Satu” pusing ke kanan, pada kiraan “Dua” hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan serta buat pergerakan Sedia Senjata. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiap-tiap pergerakan dilakukan dengan tergopoh-gapah. 2. Kedudukan berdiri tidak tetap bila masa berhenti. 3. Tidak menjaga jarak, lurus dan setentang dengan betul.


TERHAD 158 29.6. Senang Diri. Kata perintah - “Selaku Sentri, Senang...... Dri” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Pergerakan (Detail) 1. Pergerakan ini dilakukan ketika skuad sedang berjalan ke kanan. 2. Maju kaki kanan satu langkah lebih kurang 30 inci ke hadapan dan buat pergerakan berhenti tanpa kiraan. 3. Pusing ke kiri dengan kiraan “Satu”. Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”. 4. Tangan kiri tangkap pada laras dengan kiraan “Tiga”. Turunkan senjata serentak dengan tangan kanan tangkap pada bahagian bawah Pejera Hadapan dengan kiraan “Empat” 5. Potong tangan kiri balik ke rusuk kiri dengan kiraan “Lima”. 6. Buat pergerakan senang diri dengan kiraan “Enam” dan tunggu arahan seterusnya. Nota: 1. Pergerakan ini boleh dilakukan ketika berjalan ke kiri. 2. Pada kiraan “Satu” pusing ke kanan. Pada kiraan “Dua” hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dan seterusnya buat pergerakan turun senjata dan senang diri. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiap-tiap pergerakan dilakukan dengan tergopoh-gapah. 2. Kedudukan berdiri tidak tetap bila masa berhenti. 3. Tidak menjaga jarak, lurus dan setentang dengan betul. 30. PERGERAKAN SENJATA SUBMESINGAN(Senjata Berlaras Pendek) 30.1. Sedia - SUBMESINGAN BERTALI SLING.( CONTOH; HK MP5/ M4/ CZ SCORPION ) Pandangan 200 meter ke hadapan, tarik bahu ke belakang,buka dada, senjata bertali sling melintang 45 darjah di hadapan badan, tangan kanan pegang pistol grip jari telunjuk di luar picu, siku rapat di udi senjata, tangan kiri pegang penggenggam tangan, kelopak lurus ke hadapan, kunci pinggang,lutut tegang,tumit bertemu tumit rapat,hujung kasut terbuka 30 darjah. 30.2. Sedia (dari kedudukan senang diri) Kata perintah - Skuad.....Sdia” Perbuatan penuh - “ Up….satu “ (Kata perbuatan)


TERHAD 159 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Skuad.....Sdia dengan pantas angkat kaki kiri, paha separas bumi, hujung kasut tekan ke bawah, kedudukan tangan dan senjata tidak berubah dan sebut “up” 2. Skuad….satu dengan pantas hentak tapak kaki kiri di sebelah kaki kanan tumit bertemu tumit hujung kasut terbuka 30 darjah, pada masa yang sama bawa laras senjata 45 darjah ke atas kembali ke kedudukan sedia dan sebut “satu”. 30.3. Senang Diri Kata perintah - “Senang.....dri” Perbuatan penuh - “ Up….satu “ (Kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Senang.....dri dengan pantas angkat kaki kiri, paha separas bumi, hujung kasut tekan ke bawah, kedudukan tangan dan senjata tidak berubah dan sebut “up” 2. Skuad….satu dengan pantas hentak tapak kaki kiri ke kiri,jarak tumit ke tumit 12 inci, keberatan badan di antara kedua kaki, hujung kasut terbuka 30 darjah,pada masa yang sama bawa laras senjata 45 darjah ke bawah,kelopak menghala ke bawah dan sebut “satu”. 30.4. Kalih Senjata Untuk Upacara Doa, Ikrar Dan Sorak. Kata perintah - “Kalih....ta” Perbuatan penuh - “satu dua“ (Kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Kalih....ta bawa laras senjata 45 darjah ke bawah,kelopak menghala ke bawah dan sebut “satu”. 2. Dua dengan pantas turun kedua-dua tangan Kembali ke sisi kanan dan kiri, genggam tangan, ibu jari di belakang penjahit seluar. Nota: Untuk kembali ke kedudukan sedia,tangan kanan tangkap penggenggam tangan pada masa yang sama tangan kiri tangkap pengadang tangan di perbuatan “satu” kedudukan senjata tidak berubah, bawa senjata ke kedudukan sedia dan sebut “dua”.


TERHAD 160 31.3. Pergerakan Hormat,( Senjata Submesingan Mengikut Situasi ). 1. Tanpa menggunakan tali sling senjata jenis submesingan hendaklah dalam kedudukan rusuk senjata dan membuat pergerakan Hormat Pengadang Tangan kepada mana-mana pegawai yang berhak menerima hormat. Pergerakan hormat ini adalah sama sepertimana pergerakan hormat dengan menggunakan senjata jenis Rifle. 2. Pergerakan hormat semasa membawa senjata jenis submesingan dengan berpakaian operasi dan taktikal yang menggunakan tali sling digalas di belakang badan hendaklah membuat pergerakkan TABIK HORMAT. 3. Manakala semasa membawa senjata jenis submesingan dengan menggunakan tali sling yang disangkutkan di hadapan badan atau digalas dengan kedudukan laras menjunam ke bawah maka dikehendaki membuat pergerakan hormat seperti berikut ; Pergerakan a. Dengan kekuatan tangan kanan angkat senjata melintang 45 darjah di hadapan badan dan tangan kiri tangkap Penghadang Tangan seperti gambar 87. b. Dengan pantas tangan kiri turun lurus ke bawah,ibu jari tangan kiri di belakang penjahitan seluar,bengkok siku kiri susun kelima-lima jari lurus ke atas tepuk Pengadang Tangan seperti gambar 88 & 89. c. Turunkan tangan kiri lurus ke bawah semula, seperti gambar 90 d. Tangkap semula pengadang tangan seperti gambar 91 dan ucap selamat diberikan. Gambar 87 gambar 88 gambar 89 gambar 90 gambar 91 Nota : Sekiranya di dalam satu majlis yang membabitkan agensi lain melibatkan jenis senjata berlaras pendek, pergerakan boleh di selaraskan mengikut kesesuaian untuk tujuan keseragaman.


“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”


TERHAD 161 BAHAGIAN LIMA KAWAD TONGKAT 1. Adalah dibenarkan kepada semua Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis berpangkat Sarjan Mejor ke Sub Inspektor membawa tongkat polis berwarna hitam. Bagi jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan di Institusi Latihan, yang berpangkat Sarjan dan Koperal juga dibenarkan untuk membawa tongkat. Pergerakan membawa tongkat ini ialah mengikut peraturan-peraturan seperti yang dinyatakan di dalam bab Kawad Tongkat. 2. Arahan Pentadbiran Bil. 1/2016 KPN 22 Buku Garis Panduan Pakaian Seragam Utama PDRM Bertarikh 7 Januari 2016 berkaitan.


162 1. CARA -CARA MEMBAWA TONGKAT 1.1. Rusuk Tongkat. Kedudukan sedia, tangan kanan siku lurus pegang tongkat jari telunjuk di hujung kepala tongkat menghala kebawah,ibu jari bahagian hadapan di belakang penjahit seluar,tiga jari di bahgaian belakang, tongkat berada di atas lengan antara rusuk kanan. 1.2.Bimbit Tongkat. Kedudukan sedia,tangan kanan siku lurus pegang tongkat,satu ibu jari di sebelah dalam, empat jari di sebelah luar kepit tongkat di ruas kedua.Kepala tongkat ke belakang dan hujung tongkat menghala ke hadapan selari dengan bumi. 1.3. Kepit Tongkat. Kedudukan sedia, tongkat kepit di pangkal ketiak kiri, kepala tongkat di bahagian hadapan terkeluar satu pertiga sejengkal lebih kurang( 6 inci ) selari dengan bumi. PERGERAKAN KAWAD TONGKAT DALAM KEDUDUKAN STATIK. 2. RUSUK TONGKAT 2.1. RUSUK TONGKAT DARI KEDUDUKAN KEPIT TONGKAT. Kata perintah - “Rusuk...... tongkat” Perbuatan penuh - Satu dua. (Kata perbuatan Kata perintah dengan nombor - “Latihan tongkat dengan nombor, rusuk tongkat…..satu, Skuad… dua”. Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan tongkat dengan nombor rusuk tongkat…..satu dengan pantas tangan kanan tangkap kepada kepala tongkat, jari telunjuk kanan di kepala tongkat, siku kanan renggang sedikit, tiga jari tersusun di bawah kepala tongkat dan ibu jari berada di atas dan sebut“satu” (gambar 1 ). 2. Skuad… dua tarik tongkat menghala ke bawah dengan tangan kanan, kedudukan tongkat tegak ke atas dan sebut “dua” ( gambar 2 ). Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kanan tangkap kepada kepala tongkat, jari telunjuk kanan di kepala tongkat, siku kanan renggang sedikit, tiga jari tersusun di bawah kepala tongkat dan ibu jari berada di atas. 2. Semasa membuat pergerakan kedua, pastikan kedua-dua tangan rapat di rusuk seperti kedudukan sedia iaitu telunjuk kanan di hujung kepala tongkat dan ibu jari kanan ke hadapan menghala ke bawah, tiga-tiga jari genggam pada tongkat. 3. Kedudukan tongkat di antara lengan dengan badan.


163 Gambar 1 Gambar 2 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan tongkat di belakang lengan. 2. Pegangan tongkat tidak betul. 2.2. RUSUK TONGKAT DARI KEDUDUKAN BIMBIT TONGKAT. Kata perintah - “Rusuk ........... tongkat” Perbuatan penuh - Satu dua. (Kata perbuatan Kata perintah dengan nombor - “Latihan tongkat dengan nombor rusuk tongkat…satu, Skuad….dua”. Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah Latihan tongkat dengan nombor rusuk tongkat…satu dengan pantas tangan kanan tegakkan tongkat menghala ke atas. Tangan kiri pegang di tengah-tengah tongkat dan tangan kanan tangkap di kepala tongkat dan sebut “satu” seperti gambar 3 & 4. 2. Skuad….dua dengan pantas turun tangan kiri balik ke rusuk kiri dan sebut “dua” ( gambar 5 ). Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama dengan pantas tangan kanan lambung dan tegakkan tongkat, pada masa yang sama tangan kiri tangkap bahagian tengah tongkat, lengan separas dengan tali pinggang, tiga jari tersusun di bahagian luar, ibu jari dan kelingking berada di bahagian dalam. Serentak tangan kanan tangkap di kepala tongkat, jari telunjuk kanan di kepala tongkat dan ibu jari kanan ke hadapan menghala ke bawah, ketiga-tiga jari genggam pada tongkat. 2. Pergerakan kedua pastikan tangan kiri potong mengikut jalan yang dekat.


164 Gambar 3 Gambar 4 Gambar 5 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Ketika membuat pergerakan pertama tangan kanan tidak menangkap di kepala tongkat (masih pegang di tengah-tengah tongkat). 2. Turun tangankiri ikut jalan jauh atau dinaikkan dahulu. 3. KEPIT TONGKAT. 3.1. KEPIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN RUSUK TONGKAT Kata perintah - “Kepit…… tongkat” Perbuatan penuh - satu dua. (Kata perbuatan Kata perintah dengan nombor - “Latihan tongkat dengan nombor, kepit tongkat…...satu, Skuad…..dua”. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan tongkat dengan nombor kepit tongkat…... satu dengan pantas bawa tongkat ke bawah ketiak kiri dan kepit dan sebut“satu” ( gambar 6 & 7 ). 2. Skuad…..dua dengan pantas turun tangankanan balik ke kedudukan sedia, ibu jari di belakang penjahitan seluar dan sebut “dua”.( gambar 8 ). Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama bawa tongkat melalui di hadapan badan, kedudukan tongkat selari dengan bumi di mana kepala tongkat, jari telunjuk kanan di kepala tongkat, siku renggang sedikit, tiga jari tersusun di bawah kepala tongkat dan ibu jari berada di atas. 2. Tangan kiri hendaklah dibuka sedikit supaya memudahkan pergerakan, setelah rapat di ketiak dengan pantas rapat semula di rusuk kiri. 3. Pegangan tangan kanan masih di kepala tongkat dan siku kanan renggang sedikit.


165 Gambar 6 Gambar 7 Gambar 8 Kesalahan biasa dilakukan 1. Jarak kepala tongkat lebih satu jengkal dari ketiak. 2. Kepala tongkat junam ke bumi. 3.2. KEPIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN BIMBIT TONGKAT Kata perintah - “Kepit ….. tongkat” . Perbuatan penuh - satu dua. (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan tongkat dengan nombor, kepit tongkat…..satu, Skuad…..dua”. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah d Latihan tongkat dengan nombor kepit tongkat…..satu dengan pantas bawa tongkat ke bawah ketiak kiri dan kepit dan sebut “satu” ( gambar 9 & 10). 2. Skuad…..dua dengan pantas turun tangankanan balik ke rusuk kanan dan sebut “dua” (gambar 11). Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama bawa tongkat melalui di hadapan badan badan, kedudukan tongkat selari dengan bumi, jarak kepala tongkat satu jengkal dari ketiak kiri. 2. Tangan kiri buka sedikit supaya memudahkan pergerakan, setelah rapat di ketiak dengan pantas rapat semula ke rusuk kiri. 3. Pegangan tangan kanan tiga jari menghala keluar, ibu jari dan kelingking menghala ke dalam, pergelangan tangan bengkok sedikit menghala ke atas.


166 Gambar 9 Gambar 10 Gambar 11 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Jarak kepala tongkat kurang atau lebih satu jengkal. 2. Tongkat tidak selari dengan bumi. 4. BIMBIT TONGKAT. 4.1. BIMBIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN RUSUK TONGKAT. Kata perintah - “Bimbit…… tongkat” Perbuatan penuh - Satu dua. (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan tongkat dengan nombor, bimbit tongkat…. Satu, Skuad….dua”. Gambar 12 Gambar 13 Gambar 14


167 Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan tongkat dengan nombor bimbit tongkat…. satu dengan pantas pegang di tengah-tengah tongkat dengan keduadua tangan dan sebut “satu” seperti gambar 12 & 13. 2. Skuad….dua dengan pantas luruskan tangan kanan dan tongkat selari dengan bumi serta turunkan tangan kiri ke sebelah kiri dan sebut “dua” (gambar 14 ). Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama cara memegang tongkat kedudukan tangan kiri selaras dengan tali pinggang, tiga jari tersusun di tengah-tengah tongkat di bahagian luar, ibu jari dan jari kelingking di bahagian dalam. 2. Siku kanan hendaklah bengkok menghala ke belakang tiga jari tersusun di tengah-tengah tongkat bahagian luar, ibu jari dan jari kelingking di bahagian dalam. 3. Kedudukan pegangan bagi pergerakan pertama tangan kiri di sebelah atas dan tangan kanan di sebelah bawah. 4. Semasa tongkat keadaan bimbit, tongkat hendaklah selari dengan bumi. 5. Cara pegangan iaitu kepit menggunakan hujung jari di tempat imbangan tiga jari tersusun di bahagian luar sementara ibu jari dan kelingking di bahagian dalam. Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat condong ke hadapan semasa membuat perubahan pegangan. 2. Tangan kanan masih pegang kepala tongkat. 4.2. BIMBIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN KEPIT TONGKAT. Kata perintah - “Bimbit….. tongkat”. Perbuatan penuh - Satu dua. (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan tongkat dengan nombor, bimbit tongkat…satu”, “skuad….. dua”. Pergerakan ( DETAIL ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan rapat di hadapan ketiak serta tarik tongkat sedikit ke hadapan cari tempat seimbang melalui di atas tongkat dan sebut “satu” seperti gambar 15 & 16. 2. Kemudian dengan pantas tarik tongkat ke bawah kedudukan bimbit, tangan kanan hendaklah lurus dan sebut “dua” ( gambar 17 ). Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan rapat di hadapan ketiak tangan kanan memegang tongkat mengikut sebelah atas kedudukan tiga jari tersusun di bahagian luar dan ibu jari dan jari kelingking di bahagian dalam.


168 2. Siku kanan bengkok dan menghala ke hadapan selari dengan bumi. 3. Ketika tongkat kedudukan bimbit, tongkat hendaklah selari dengan bumi. 4. Cara pegangan iaitu kepit menggunakan hujung jari di tempat imbangan tiga jari tersusun di bahagian luar sementara ibu jari dan kelingking di bahagian dalam. Gambar 15 Gambar 16 Gambar 17 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Membuat pergerakan pertama siku kanan rapat ke dada. 2. Semasa kedudukan bimbit hujung tongkat menghala kiri atau kanan. 3. Tongkat tidak selari dengan bumi. 5. SENANG DIRI.( Dalam kedudukan kepit Tongkat ) Kata perintah - “Senang......dri” Perbuatan penuh - Up satu. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Pergerakan senang diri sebagaimana senang diri tanpa tongkat. 2. Kedua-dua tangan bawa ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di hadapan tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang. 3. Tongkat hendaklah dikepit di pangkal ketiak kiri pastikan kepala tongkat lebih kurang satu jengkal ( gambar 18, 19 & 20 ). Penerangan teliti 1. Cara mengangkat kaki dan pergerakan tangan ke belakang tidak berubah sebagaimana tanpa tongkat.


169 gambar 18 gambar19 gambar 20 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan kepala tongkat terjunam ke bawah. 2. Kedudukan tongkat terlalu ke hadapan. 6. SEDIA. 6.1.SEDIA ( Dalam kedudukan Rusuk Tongkat ) Kata perintah - “Skuad..... sdia” Perbuatan penuh - up satu. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Pergerakan sedia tidak berubah seperti mana kedudukan tanpa tongkat. 2. Pegang tongkat dengan tangan kanan di sebelah rusuk kanan dan lurus ke atas iaitu telunjuk kanan di kepala tongkat dan ibu jari kanan ke hadapan menghala ke bawah, tiga jari genggam pada tongkat seperti (gambar 21). Penerangan Teliti 1. Cara mengangkat kaki kiri dan pergerakan tangan tidak berubah sebagaimana pergerakan tanpa tongkat. 2. Kedua-dua tangan rapat di sebelah belakang penjahitan seluar. 3. Kedudukan hujung tongkat menghala ke atas di hadapan lengan kanan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat di belakang lengan kanan. 2. Pegang tongkat tidak betul.


170 Gambar 22 Gambar 22 6.2. SEDIA.(Dalam kedudukan Kepit Tongkat ) Kata perintah - “Skuad.....sdia” Pergerakan ( Detail ) 1. Pergerakan sedia tidak berubah seperti mana tanpa tongkat. 2. Kedudukan tongkat hanya kepit di pangkal ketiak kiri (tidak berubah) ( gambar 22). Penerangan teliti 1. Cara mengangkat kaki kiri dan pergerakan tangan sebagaimana sedia tanpa tongkat. 2. Kedua-dua tangan rapat di sebelah belakang penjahitan seluar. 3. Keadaan kepala tongkat jarak satu jengkal dari ketiak kiri. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan tongkat junam ke bawah atau naik ke atas. 6.3. SEDIA.( Dalam kedudukan Bimbit Tongkat) Kata perintah - “Bimbit...... tongkat” Pergerakan ( Detail ) 1. Perbuatan dalam kedudukan sedia, tongkat selari dengan bumi. 2. Pegangan tangan kanan tiga jari menghala keluar, ibu jari dan jari kelingking menghala ke dalam. Penerangan teliti 1. Bimbit tongkat hanya dilakukan dalam kedudukan sedia. Tiada perbuatan semasa senang diri, Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Memegang kepala tongkat menghala ke hadapan. 2. Tongkat tidak selari dengan bumi.


171 PERGERAKAN KAWAD TONGKAT DARI KEDUDUKAN STATIK KE BERJALAN CEPAT MASA. 7. RUSUK TONGKAT. 7.1. RUSUK TONGKAT DARI KEDUDUKAN KEPIT TONGKAT. Kata perintah - “Rusuk tongkat, da….. ri kiri / kanan, cepat jalan” Perbuatan penuh - Satu, check turun, check up. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kiri ke hadapan dan tangan kanan selari dengan dada tangkap kepala tongkat dan sebut “satu” ( gambar 23). 2. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang kepala tongkat dan sebut “check”. 3. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan, tarik tongkat ke kedudukan rusuk dan tidak melebihi penjahitan seluar dan sebut “turun” ( gambar 24). 4. Kemudian maju kaki kanan kehadapan dan kedua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 5. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua-dua tangan dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tarik tongkat ke bawah melalui hadapan badan balik ke rusuk kanan dan tidak melebihi penjahitan seluar. Gambar 23 Gambar 24 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat berada di belakang tangan. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar).


172 7.2. RUSUK TONGKAT DARI KEDUDUKAN BIMBIT TONGKAT. Kata perintah - “Rusuk tongkat, da…..ri kiri/ kanan, cepat jalan” Perbuatan penuh- satu, check turun, check up. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kiri ke hadapan dan lambung hujung tongkat dalam kedudukan tegak ke atas pada masa yang sama tangan kiri tangkap dan pegang di tengah tongkat dan sebut “satu” (gambar 25). 2. Melangkah kaki kanan ke hadapan, kedua-dua tangan masih lagi pegang tongkat iaitu tangan kanan di kepala tongkat dan tangan kiri di tengah-tengah tongkat dan sebut “check”. 3. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan, turun tangan kiri ke rusuk kiri dan dan sebut “turun”. 4. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 5. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua tangan dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama dengan pantas tangan kanan lambung dan tegakkan tongkat, pada masa yang sama tangan kiri tangkap bahagian tengah tongkat, lengan separas dengan tali pinggang, tiga jari tersusun di bahagian luar, ibu jari dan jari kelingking berada di bahagian dalam. Serentak tangan kanan tangkap di kepala tongkat, jari telunjuk kanan di kepala tongkat dan ibu jari kanan ke hadapan menghala ke bawah, tiga-tiga jari genggam pada tongkat. 2. Ketika membuat pergerakan ke dua, turun tangankiri pastikan tidak terlebih di rusuk kiri (penjahitan seluar). 3. Apabila menghayun tangan kanan ke hadapan dan ke belakang tentukan kedudukan tongkat di bahagian hadapan lengan tangan kanan. Gambar 25 Kesalahan biasa dilakukan 1. Pergerakan pertama tidak dalam satu masa. 2. Turun tangankiri melebihi rusuk kiri (penjahitan seluar). 3. Kedudukan tongkat di belakang tangan semasa menghayun.


173 8. KEPIT TONGKAT. 8.1. KEPIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN RUSUK TONGKAT. Kata perintah - “Kepit tongkat, da….. ri kiri / kanan, cepat jalan” Perbuatan penuh - satu, check turun, check up. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kiri ke hadapan dan membuat pergerakan kepit tongkat dan sebut “satu”( gambar 26 & 27). 2. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang tongkat dan sebut “check”. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan turunkan tangan kanan sehingga penjahitan seluar dan sebut “turun”. 3. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 4. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri rapat di rusuk kiri dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tongkat melalui di hadapan badan dan asakkan ke bawah ketiak kiri pastikan kepala tongkat sejengkal dari ketiak dengan siku selari dengan dada. 2. Ketika membuat pergerakan kedua, turun tangankanan pastikan tidak terlebih di rusuk kanan (penjahitan seluar). Gambar 26 Gambar 27 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat menjunam ke bawah semasa di kepit. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Kepala tongkat kurang atau lebih satu jengkal dari ketiak kiri.


174 8.2. KEPIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN BIMBIT TONGKAT. Kata perintah - “Kepit tongkat , Da….. ri kiri / kanan, cepat jalan” Perbuatan penuh- satu check, check turun, check up. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kiri ke hadapan dan membuat pergerakan kepit dan sebut “satu”(gambar 28). 2. Melangkah kaki kanan ke hadapan, tangan kanan masih lagi pegang tongkat dan sebut “check”. 3. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan turunkan tangan kanan sehingga penjahitan seluar dan sebut “turun”. 4. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan kedua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 5. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri rapat di rusuk kiri dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tongkat melalui di hadapan badan dan tongkat diasakkan ke bawah ketiak kiri pastikan kepala tongkat sejengkal dari ketiak dan siku selari dengan dada. Pastikan hujung tongkat masuk dahulu ke ketiak dan tangan kanan berada di bahagian atas. 2. Ketika membuat pergerakan kedua, turun tangankanan turun rapat ke rusuk kanan (ibu jari di belakang penjahitan seluar). Gambar 28 Kesalahan biasa dilakukan 1. Kedudukan tongkat menjunam ke bawah semasa dikepit. 2. Turun tangankanan melebihi rusuk kanan (penjahitan seluar). 3. Kepala tongkat kurang atau lebih satu jengkal dari ketiak kiri.


175 9. BIMBIT TONGKAT. 9.1. BIMBIT TONGKAT DARI KEDUDUKAN RUSUK TONGKAT. Kata perintah - “Bimbit tongkat, Da….. ri kiri/ kanan, cepat jalan” Perbuatan penuh - satu check, check turun, check up. (Kata perbuatan) Pergerakan ( Detail ) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah kaki kiri ke hadapan dan pegang di tengah-tengah tongkat dengan kedua-dua tangan, kedudukan tongkat tegak ke atas dan sebut “satu”( gambar 29 dan 30). 2. Melangkah kaki kanan ke hadapan, kedua-dua tangan masih lagi pegang di tengahtengah tongkat dan sebut “check” . 3. Setelah itu maju kaki kiri ke hadapan luruskan tangan kanan dan tongkat sama rata dengan bumi dan turun tangankiri ke sebelah rusuk kiri dan sebut “turun” (gambar 31). 4. Kemudian maju kaki kanan ke hadapan ke dua-dua tangan hendaklah rapat dan sebut “check”. 5. Maju kaki kiri ke hadapan dan hayun kedua tangan dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama dengan pantas tangan kanan lepas dan tangkap, dengan kedua-dua tangan memegang di tengah–tengah tongkat, tiga jari kiri dan kanan hendaklah tersusun kemas di bahagian luar, sementara ibu jari dan kelingking keduadua tangan berada di bahagian dalam. Tongkat tegak ke atas.Tangan kanan berada di bawah tangan kiri. 2. Ketika membuat pergerakan kedua, turun tangankiri pastikan tidak terlebih di rusuk kiri (penjahitan seluar). 3. Apabila menghayun tangan kanan ke hadapan dan ke belakang tentukan kedudukan tongkat sentiasa sama rata dengan bumi. Gambar 29 Gambar 30 Gambar 31 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan tongkat tidak selari dengan bumi semasa menghayun ke hadapan dan ke belakang.Turun tangan kiri melebihi rusuk kiri (penjahitan seluar). 2. Membengkokkan siku kanan semasa menghayun tangan menyebabkan terganggu semasa berjalan.


Click to View FlipBook Version