The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Diterbitkan oleh Cawangan Latihan Luar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norkamilaidayu7, 2023-10-07 14:06:25

Buku Panduan Kawad PDRM

Diterbitkan oleh Cawangan Latihan Luar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

Keywords: Buku Panduan Kawad PDRM

TERHAD 195 3. KEDUDUKAN DAN PERGERAKAN KAWAD PEDANG MAHKOTA PAHLAWAN. 3.1. KEDUDUKAN SEDIA 3.1.1 PEDANG SARUNG BESI - PEDANG MASIH DI DALAM SARUNG Kata perintah : - “Skuad...... sdia” Pergerakan 1. Pegang sarung pedang dengan tangan kiri, lengan kiri lurus, pegang pada pangkal gelang bahagian bawah di antara jari telunjuk dan jari hantu, lain-lain jari mencekak sarung, ibu jari menghala ke hadapan dan belakang tangan menghala ke kiri. 2. Hujung sarung pedang menyerong ke hadapan lebih kurang 12 inci dari bumi. Pangkal hulu pedang (Hilt) di belakang lengan kiri. 3. Perisainya menghala ke hadapan dan menyerong ke atas sedikit. 4. Tangan kanan di rusuk kanan seperti kedudukan sedia. 5. Kedudukan kaki rapat seperti gambar 13 & 14. Kesalahan Yang Biasa Dilakukan 1. Hujung pedang tidak sampai 12 inci dari bumi. 2. Semasa angkat kaki kiri, pedang mengikut pergerakan kaki. Gambar 13 Gambar 14


TERHAD 196 3.1.2 PEDANG SARUNG KULIT - PEDANG MASIH DI DALAM SARUNG Kata Perintah - “Skuad ..... sdia” Pergerakan 1. Pegang sarung pedang dengan tangan kiri. 2. Sarung pedang tergantung pada tali pinggang dengan mengunakan frog. Sarung lurus tergantung ke bawah pada paha kiri. 3. Lengan kiri lurus dan pegang sarung pedang, belakang tangan menghala ke kiri, ibu jari sebelah hadapan, jari telunjuk menuju ke bawah, jari-jari lain mencekak bahagian belakang sarung. (Apabila pedang di dalam sarung lengan kiri hendaklah dibengkokkan di luar pangkal hulu pedang). 4. Kedudukan tangan kanan lurus di sebelah rusuk kanan, ibu jari di belakang penjahitan seluar. 5. Kedudukan kaki rapat seperti mana sedia. 3.2 KEDUDUKAN SENANG DIRI. 3.2.1 PEDANG SARUNG BESI - PEDANG MASIH DI DALAM SARUNG. Kata perintah - “Senang ...... dri” Pergerakan 1. Dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak dengan jarak lebih kurang 12 inci dari tumit ke tumit. 2. Kedudukan tangan kiri hendaklah dikekalkan seperti mana sedia, pedang tiada terhunus dan tangan kanan lurus di belakang penjahitan seluar seperti gambar 15 & 16. Gambar 15 Gambar 16


TERHAD 197 Kesalahan Yang Biasa Dilakukan 1. Hujung pedang tidak sampai 12 inci dari bumi. 2. Semasa angkat kaki kiri, pedang mengikut pergerakan kaki. 3.2.2 PEDANG SARUNG KULIT - PEDANG MASIH DI DALAM SARUNG. Kata perintah - “Senang...... dri” Pergerakan 1. Dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak dengan jarak lebih kurang 12 inci dari tumit ke tumit. 2. Kedudukan kedua-dua tangan di bawa ke belakang, ibu jari bersilang, empat jari tersusun lurus menuju ke bumi dan siku lurus seperti gambar 17 & 18. Gambar 17 Gambar 18 4. HUNUS PEDANG 4.1 PEDANG SARUNG BESI Kata perintah - “Hunus…… pedang” Kata perintah dengan Nombor - “Latihan pedang dengan nombor, hunus pedang……satu”, “skuad…… dua”, “skuad…. tiga”. Pergerakan 1. Dengan pantas tangan kiri tolak perisai pemegang pedang ke hadapan dengan merenggangkan dan membengkokkan siku kiri bagi menyenangkan pangkal hulu pedang ditolak ke hadapan serentak dengan tangan kanan tangkap pada hulu pedang serta cabut sedikit hingga lengan kanan selari dengan bumi dengan kiraan “satu” seperti gambar 19. 2. Bawa pedang ke bahagian hadapan muka dan mata pedang menghala ke atas dengan kedudukan jajar (ibu jari kanan setentang dengan mulut) dengan kiraan “dua” seperti gambar 20.


TERHAD 198 3. Kemudian turunkan tangan kanan dan siku rapat ke rusuk kanan, lengan tangan kanan selari dengan bumi dan lurus ke hadapan serentak dengan tangan kiri menolak hujung sarung pedang menyerong ke hadapan lebih kurang 12 inci dari bumi dengan kiraan “tiga” seperti gambar 21. Penerangan Teliti 1. Setelah menolak sarung pedang ke hadapan pastikan tangan kiri lurus dan tangan kanan yang menangkap pada hulu pedang pastikan semua jari memegang hulu pedang dengan belakang tangan arah ke badan. 2. Apabila membuat pergerakan jajar pastikan perisai pedang (Shield) menghala ke kiri, bahagian atas hulu pedang sama paras dengan mulut, ibu jari menghala ke mulut dan terletak di rusuk pedang. 3. Semasa membuat tegak pedang pastikan mata pedang menghala ke atas. 4. Hulu pedang dipegang di antara jari telunjuk dan ibu jari, jari-jari lain renggang sedikit dan hujung jari bengkok sedikit menolak perisai, perisai terletak di atas tangan. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak mencabut sedikit pedang pada pegerakan pertama. 2. Ibu jari tidak besetentang dengan mulut ketika jajar. 4.2. PEDANG SARUNG KULIT Kata perintah - “Hunus…… pedang” Kata perintah dengan Nombor - “Latihan pedang dengan no, hunus pedang……satu”, “skuad…dua”, “skuad… tiga”. Gambar 19 Gambar 20 Gambar 21


TERHAD 199 Pergerakan 1. Dengan pantas tangan kiri tolak perisai pemegang pedang ke hadapan dengan merenggangkan dan membengkokkan siku kiri bagi menyenangkan pangkal hulu pedang ditolak ke hadapan serentak dengan tangan kanan tangkap pada hulu pedang serta cabut sedikit hingga lengan kanan selari dengan bumi dengan kiraan “satu”. 2. Bawa pedang ke bahagian hadapan muka dan mata pedang menghala ke atas dengan kedudukan jajar (ibu jari kanan setentang dengan mulut) dengan kiraan “dua”. 3. Kemudian turunkan tangan kanan dan siku rapat ke rusuk kanan, lengan tangan kanan selari dengan bumi dan lurus ke hadapan dan luruskan sarung pedang seperti kedudukan sedia pegangan tidak berubah dengan kiraan “tiga” seperti gambar 22 & 23. Gambar 22 Gambar 23 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak mencabut sedikit pedang pada pergerakan pertama. 2. Ibu jari tidak besetentang dengan mulut ketika jajar. 5. SENANG DIRI - PEDANG TERHUNUS Kata perintah - “Senang...... dri” Pergerakan 1. Dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan bawa ke sebelah kiri jarak lebih kurang 12 inci dari tumit ke tumit. 2. Pada masa itu jatuhkan hujung pedang ke belakang, pedang terletak pada tengah-tengah antara leher dengan hujung bahu dengan kiraan “satu” seperti gambar 24 & 25.


TERHAD 200 Penerangan teliti 1. Semasa jatuhkan pedang di atas bahu pastikan lengan kanan lurus, pergelangan tangan kanan bengkok sedikit ke atas pegangan pada hulu pedang tidak berubah kecuali jari kelingking diletak di belakang hulu pedang. 2. Mata pedang dan perisai menghala ke atas. 3. Pegangan tangan kiri pada sarung pedang tidak berubah. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Pegangan tangan kiri pada sarung pedang berubah. 2. Siku kanan tidak rapat ke rusuk. 3. Tidak mengubah jari kelingking di belakang hulu pedang. 6. SEDIA - PEDANG TERHUNUS. 6.1. PEDANG SARUNG BESI Kata perintah - “Skuad ......... Sdia” Pergerakan 1. Dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kanan. 2. Tangan kanan menegakkan pedang semasa hentak kaki kiri. Dengan kiraan “satu” seperti gambar 26. Gambar 24 Gambar 25


TERHAD 201 Penerangan teliti 1. Setelah menegakkan pedang pastikan jari kelingking memegang hulu pedang dalam perisai. 2. Hujung sarung pedang menyerong ke hadapan lebih kurang 12 inci dari bumi. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan tangan kanan tidak selari dengan bumi. 2. Mata pedang tidak tegak ke atas. 6.2. PEDANG SARUNG KULIT Kata perintah - “Skuad ......... Sdia” Pergerakan 1. Dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kanan. 2. Tegakkan pedang serta hentak kaki kiri dengan kiraan “satu” seperti gambar 27 & 28. Penerangan teliti 1. Setelah menegakkan pedang pastikan jari kelingking memegang hulu pedang dalam perisai. Gambar 26


TERHAD 202 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan tangan kanan tidak selari dengan bumi. 2. Mata pedang tidak tegak ke atas. 7. REHATKAN DIRI - PEDANG TERHUNUS Kata perintah - “Rehatkan … dri” Pergerakan 1. Dengan pantas tolak mata pedang ke hadapan badan dengan mengilas pergelangan tangan kanan, jatuhkan mata pedang arah ke kiri melalui hadapan badan sehingga hujung mata pedang menuju ke hujung kaki lima kasut dan tangan kiri letak di atas tangan kanan dengan kiraan “satu” seperti gambar 29 & 30. Penerangan Teliti 1. Kedudukan perisai menghala ke kanan. 2. Susun jari kiri dengan kemas di atas tangan kanan. Gambar 27 Gambar 28 Gambar 29 Gambar 30


TERHAD 203 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Perisai menghala ke hadapan. 2. Meletak hujung mata pedang di bumi Nota: Untuk membuat pergerakan sedia dari rehatkan diri, apabila dapat kata amaran “Baris/ Skuad” dengan pantas tangan kanan bawa pedang balik ke kedudukan senang diri dan tangan kiri menangkap sarung pedang seperti gambar 24 dan 25. 8. SARUNGKAN PEDANG. 8.1 PEDANG SARUNG BESI/SARUNG KULIT Kata perintah - “Sarungkan…….. pedang” Kata perintah dengan Nombor - “Latihan pedang dengan nombor, sarungkan pedang…. satu”, “skuad...... dua” dan “seterusnya hingga akhir”. Pergerakan 1. Dengan pantas tangan kanan bawa pedang ke bahu kiri, letak perisai di lekok bahu kiri, pedang hendaklah tegak. Serentak dengan tangan kiri tangkap pada pangkal (mulut) sarung pedang dan tolak hujung sarung pedang ke belakang sedikit dengan kiraan “satu” seperti gambar 31. 2. Jatuhkan hujung mata pedang ke sebelah bahu kiri dengan memusing pergelangan tangan kanan ke atas jari telunjuk tangan kiri dengan kiraan “dua” seperti gambar 32. 3. Tarik hulu pedang ke atas sedikit dan sarungkan pedang dengan kiraan “tiga dan empat” seperti gambar 33. 4. Tekan hulu pedang sehingga perisai cecah pada mulut sarung pedang dengan kiraan “lima” seperti gambar 34. 5. Potong tangan kanan balik ke rusuk kanan serentak dengan itu tangan kiri tangkap pada bahagian “Lower ring” dan tolak hujung sarung pedang ke hadapan lebih kurang 12 inci dari bumi dengan kiraan “enam”. Nota: PARA 5 BAGI SARUNG PEDANG KULIT Potong tangan kanan balik ke rusuk kanan serentak dengan itu tangan kiri lepaskan sarung pedang dan tangkap sebagai mana kedudukan sedia (lurus ke bawah). Penerangan Teliti 1. Semasa bawa pedang ke bahu kiri pastikan kepala memandang terus ke hadapan. 2. Perisai pedang (Shield) menghala ke kiri. 3. Lengan dan siku kanan selari dengan bumi separas bahu kanan. 4. Apabila tangan kiri tangkap pada pangkal sarung pedang pastikan jari telunjuk lurus ke hadapan sebagai pedoman. 5. Setelah menyarung pedang pada kiraan “empat” pastikan lengan kanan selari dengan bumi (baki bilah pedang lebih kurang 6 inci atau satu jengkal), tangan kiri bengkok sedikit ke belakang jari-jari tangan kanan tersusun rapat menghala ke kiri. 6. Semasa pergerakan sarungkan pedang bilangan 3 hingga 5 tidak berlaku perhentian


TERHAD 204 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Menunduk kepala semasa menyarungkan pedang. 2. Pedang tidak tegak pada pergerakan pertama. 3. Siku rapat ke dada pada pergerakan kedua. 4. Pergerakan terhenti-henti mengikut kiraan (pergerakan 3 hingga 5). 9. HORMAT PEDANG. Kata perintah - “Hormat ke hadapan…….. hormat” Kata perintah dengan Nombor - “Latihan pedang dengan nombor, hormat pedang… satu” dan “skuad…. dua”, “skuad…. tiga”, “skuad… empat”. Pergerakan 1. Dengan pantas tangan kanan bawa pedang ke hadapan muka (kedudukan jajar) serentak dengan tangan kiri tarik hujung sarung pedang rapat di sebelah paha kiri dengan kiraan “satu”, seperti gambar 35. 2. Kemudian dengan pantas turunkan pedang ke sebelah rusuk kanan, hujung mata pedang lebih kurang 12 inci dari bumi dan menghala terus ke hadapan dengan kiraan “dua”, seperti gambar 36 & 37. 3. Bawa pedang ke hadapan muka (kedudukan jajar) dengan kiraan “tiga”. 4. Turunkan pedang kedudukan tegak serentak dengan itu sarung pedang menyerong ke hadapan, hujung pedang lebih kurang 12 inci dari muka bumi dengan kiraan “empat”. Penerangan Teliti 1. Semasa membawa pedang ke hadapan muka, pastikan pedang tegak ke atas, siku rapat ke badan, perisai pedang (Shield) arah ke kiri. 2. Bahagian atas perisai sama paras dengan mulut, kuku ibu jari menghala ke mulut dan tangan kiri lurus. 3. Apabila membawa pedang turun ke paha sebelah kanan perisai pedang (Shield) arah ke kiri, ibu jari terletak di sepanjang hulu pedang, jari-jari lain lain memegang hulu pedang dan bawa perisai di belakang paha. 4. Semasa jajar semula, pergerakan adalah sama seperti di atas. Gambar 31 Gambar 32 Gambar 33 Gambar 34


TERHAD 205 5. Apabila tegak pedang, lengan tangan kanan selari dengan bumi, siku rapat ke rusuk, pedang tegak ke atas dan perisai pedang (Shield) arah ke hadapan. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Pergerakan tangan kanan dan kiri tidak serentak pada kiraan satu. 2. Hujung pedang terlampau rendah pada kiraan dua. 3. Pergerakan tangan kanan dan kiri tidak serentak pada kiraan empat. Nota: PARA 1 DAN 4 BAGI SARUNG PEDANG KULIT Sarung pedang kulit tidak perlu tolak ke hadapan atau ke belakang semasa membuat pergerakan hormat atau jajar. Sarung pedang sentiasa rapat di sebelah kaki kiri (lurus ke bawah). Nota: 1. Jika pedang di dalam sarung hendaklah memberi hormat tabik hormat. 2. Pergerakan hormat ke hadapan semasa Pegawai Perintah Baris lapor, dan apabila dibalas hormat barulah membuat pergerakan tegak pedang. 3. Di dalam perbarisan bersama-sama anggota bersenjata, pergerakan hormat pedang hendaklah mengikut kiraan senjata dengan kiraan “satu” dan “dua”. Gambar 35 Gambar 36 Gambar 37


TERHAD 206 10. SONGSANG PEDANG. 10.1. Songsang Pedang Dari Hormat Pedang. Kata perintah - “Songsang........ Pedang” Kata perintah dengan Nombor - “Latihan Pedang dengan nombor songsang pedang........satu”, “skuad......dua” dan seterusnya hingga akhir. Pergerakan 1. Dengan pantas tangan kanan bawa pedang kedudukan jajar dengan kiraan “satu”. 2. Kemudian bawa pedang kedudukan tegak dengan kiraan “dua”. 3. Dengan mengilas pergelangan tangan kanan, jatuhkan mata pedang arah ke kiri melalui hadapan badan sehingga hujung pedang menuju ke bumi dengan kiraan “tiga hingga sembilan” seperti gambar 38 & 39. 4. Pada kiraan ke sembilan tolak pedang ke hadapan tangan selari dengan bumi. 5. Bawa bilah pedang ke bawah ketiak kanan dan kepit serentak dengan tangan kiri lepaskan sarung pedang dan tangkap pada bilah pedang melalui belakang badan dengan kiraan “sepuluh” seperti gambar 40. 6. Sekiranya hendak berjalan tunggu kata perintah “Da…..ri kanan/ kiri, perlahan....... jalan”. Penerangan teliti 1. Kedudukan pegangan tangan kanan pada pedang bagi kiraan “satu” dan “dua” adalah sama seperti yang tercatit sebelum ini. 2. Semasa menjatuhkan bilah pedang ke kiri pastikan pada kiraan “enam” pedang selari dengan bumi. 3. Pada kiraan “sembilan” hujung mata pedang lurus ke bumi. 4. Pada kiraan “sepuluh” pastikan jari-jari yang menangkap bilah pedang tersusun rapat di sebelah kanan, lengan dan ibu jari tangan kiri rapat ke badan, genggam pada bilah pedang, perisai pedang (Shield) menghala ke atas, mata pedang menjunam sedikit ke bawah.(susun empat jari lurus di sebelah luar, ibu jari kepit hulu pedang). Gambar 38 Gambar 39 Gambar 40


TERHAD 207 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak mengepit pedang dengan betul di bawah ketiak. 2. Menurunkan mata pedang tidak mengikut kiraan yang ditetapkan. Nota: 1. Sebelum membuat pergerakan ini sarung pedang terlebih dahulu di sangkutkan dengan penyangkut gelang bahagian atas penyangkut. 2. Songsang pedang dilakukan semasa pegawai mengiringi jenazah ke tanah perkuburan dan berjalan perlahan masa. 10.2 Hormat Pedang Dari Songsang Pedang. Kata perintah - “Hormat .......... pedang” Kata perintah dengan Nombor - “Latihan pedang dengan nombor Hormat pedang.........satu”, “skuad…… dua” dan seterusnya hingga akhir . Pergerakan 1. Dengan pantas lepaskan pegangan tangan kiri balik ke rusuk kiri dan tangkap pada sarung pedang dengan kiraan “satu” seperti gambar 41. 2. Renggangkan sedikit siku kanan serentak dengan menjunamkan mata pedang ke bawah dengan kiraan “dua” seperti gambar 42. 3. Bawa mata pedang ke arah kiri melalui hadapan badan bawa kedudukan jajar dengan kiraan “tiga”. 4. Buat pergerakan hormat pedang dengan kiraan “empat” seperti gambar 43. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama tangan kiri tangkap sarung pedang pastikan tangan dan sarung pedang lurus ke bawah. 2. Pergerakan kedua pedang menjunam ke bumi pastikan Perisai Pedang (Shield) menghadap ke hadapan.


TERHAD 208 Kesalahan Yang Biasa Dilakukan : 1. Pergerakan pertama dan kedua serentak. 2. Semasa pergerakan kedua, Perisai Pedang (Shield) tidak menghadap ke hadapan Nota : Bagi pedang sarung kulit, sarung pedang sentiasa tersangkut lurus ke bawah. 11. TAFAKUR JUNAM PEDANG. 11.1 Tafakur Junam Pedang Dari Hormat Pedang. Kata Perintah - “Tafakur junam…… Pedang” Kata perintah dengan Nombor - “Latihan Pedang dengan nombor, tafakur junam pedang……. satu”, “skuad….dua” dan seterusnya hingga akhir. Pergerakan 1. Dengan pantas tangan kanan bawa pedang kedudukan jajar dengan kiraan “satu”. 2. Kemudian bawa pedang kedudukan tegak pedang dengan kiraan “dua”. 3. Dengan mengilas pergelangan tangan kanan, jatuhkan mata pedang arah ke kiri melalui hadapan badan sehingga hujung mata pedang menjunam ke bumi dan letakan hujung mata pedang di hujung kaki lima kasut sebelah kiri, masa itu juga ubahkan pegangan tangan kanan iaitu tapak tangan kanan di atas pangkal hulu pedang dengan kiraan “tiga hingga lapan” ( gambar 44 & 45). 4. Bawa tangan kiri dan letakan tapak tangan kiri di atas belakang tangan kanan dengan kiraan “sembilan” ( gambar 46 ). 5. Rapatkan kedua-dua siku ke badan dengan kiraan “sepuluh”. 6. Tundukkan kepala perlahan-perlahan dengan kiraan “sebelas” (gambar 47). Gambar 41 Gambar 42 Gambar 43


TERHAD 209 Penerangan teliti 1. Kedudukan pegangan tangan kanan pada pedang bagi kiraan “satu” dan “dua” adalah sama seperti yang tercatit sebelum ini. 2. Semasa menjatuhkan bilah pedang ke kiri pastikan pada kiraan “lima” pedang selari dengan bumi dan kiraan “lapan” hujung pedang telah mencecah di hujung kasut, Perisai Pedang (Shield) arah ke kanan . 3. Jari-jari tangan kanan tersusun rapat menyerong 45 darjah ke hadapan. 4. Pada kiraan “sembilan” jari-jari tangan kiri juga menyerong 45 darjah ke hadapan. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Lengan kiri tidak rapat ke badan. 2. Tidak meletakan hujung mata pedang di tempat yang betul. 3. Kedua siku tidak rapat ke badan. Nota: Sebelum membuat pergerakan ini sarung pedang terlebih dahulu disangkut dengan menyangkut bahagian atas penyangkut. Gambar 44 Gambar 45 Gambar 46 Gambar 47


TERHAD 210 11.2. Hormat Pedang Dari Tafakur Junam Pedang. Kata Perintah Pertama - “Pegawai / Skuad” Pergerakan 1. Dengan pantas angkat kepala memandang terus ke hadapan serentak dengan itu mengembangkan kedua-dua siku dari badan dengan sebutan “up” seperti gambar 48. Kata Perintah Kedua - “Hormat……… pedang” Pergerakan 1. Dengan pantas turunkan tangan kiri balik ke rusuk kiri serentak dengan itu tangan kanan mengubah pegangan pada hulu pedang dengan kiraan “satu”. 2. Kemudian bawa mata pedang arah hadapan badan terus membuat kedudukan jajar dengan kiraan “dua” seperti gambar 49. 3. Selepas itu bawa pedang ke kedudukan hormat pedang dengan kiraan “tiga” seperti gambar 50. Penerangan teliti Apabila membuat pergerakan ketiga iaitu hormat pedang, sarung pedang masih rapat di tepi kaki kiri. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Sarung pedang tidak rapat di sebelah kaki kiri. Gambar 48 Gambar 49 Gambar 50


TERHAD 211 12. KALIH PEDANG.( Pedang Dalam Keadaan Terhunus) Kata Perintah Pertama - “Kalih……. Pedang” Pergerakan 1. Dangan pantas tangan kanan bawa pedang ke bahagian hadapan badan, semasa itu juga tangan kiri lepaskan sarung pedang dan tangkap kepada hulu pedang dengan kiraan “satu” seperti gambar 51. 2. Kemudian potong tangan kanan rapat ke rusuk kanan ibu jari di belakang penjahitan seluar dan bawa pedang ke sebelah kiri dengan kiraan “dua” seperti gambar 52. Penerangan teliti 1. Semasa tangan kanan bawa pedang ke hadapan badan kedudukan pedang tegak ke atas dan tangan kiri menangkap hulu pedang. 2. Tangan kiri lepaskan sarung pedang bagi sarung besi dan bagi sarung kulit lepaskan sahaja pegangan di mana sarung kulit sentiasa tergantung dan lurus ke bawah. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Penyerahan pedang tidak berlaku di tengah-tengah badan. 2. Pedang condong ke hadapan. Kata Perintah Kedua - “Skuad/ Baris….. Sdia ” Pergerakan 1. Dengan pantas tangan kiri bawa pedang di bahagian hadapan badan, tangan kanan tangkap kepada hulu pedang dengan kiraan “satu”. 2. Kemudian tangan kanan bawa pedang ke sebelah kanan masa itu juga tangan kiri tangkap sarung pedang dengan kiraan “dua”. Penerangan teliti 1. Semasa kiraan “satu” bawa tangan kiri di tengah-tengah hadapan badan, pada masa yang sama tangan kanan tangkap hulu pedang. 2. Ketika kiraan “dua” tangan kiri tangkap sarung pedang pastikan badan tegak tidak senget ke kiri, kembali kepada kedudukan tegak pedang. Gambar 51 Gambar 52


TERHAD 212 3. Bagi sarung pedang besi menyerong ke hadapan dan bagi sarung kulit lurus tersangkut ke bawah. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedaaan pedang condong ke hadapan. 2. Badan senget ke kiri ketika tangan kiri menangkap sarung pedang. 3. Penyerahan pedang tidak berlaku di tengah-tengah badan. Nota: 1. Pergerakan Kalih Pedang kebiasaannya dilakukan di dalam perbarisan mengikut pergerakan senjata contohnya “Kalih……ta”. 2. Pergerakan Kalih Pedang juga dilakukan ketika hendak melakukan upacara doa dan ikrar. 13. KAWAD PEDANG BERJALAN DALAM CEPAT MASA. (Pedang Terhunus) Kata Perintah - “Dari kiri/ kanan…… Cepat jalan”. Pergerakan 1. Dengan pantas melangkah kaki kiri lebih kurang 30 inci ke hadapan dan terus berjalan. 2. Tangan kanan memegang pedang tegak ke atas. 3. Siku kanan rapat kepada rusuk supaya pedang tidak goyang. 4. Tangan kiri yang memegang sarung pedang kekal seperti mana dalam kedudukan sedia sama ada sarung kulit atau besi. Ingatan 1. Apabila berjalan ketika pedang di dalam sarung, semasa melangkah kaki kiri hayun tangan kanan ke hadapan seperti biasa. Pegangan tangan kiri pada sarung pedang kekal tidak berubah seperti dalam kedudukan sedia (sama ada sarung pedang kulit atau besi). 2. Pergerakan perlahan jalan dengan pedang adalah sama seperti kedudukan pedang dalam cepat jalan.


TERHAD 213 14. HORMAT PEDANG DALAM KEDUDUKAN BERJALAN. 14.1. DALAM CEPAT MASA. Kata Perintah Pertama - ‟Da….ri kanan, pandang…. Kanan” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Pergerakan 1. Maju kaki kanan selangkah ke hadapan dengan sebutan ‟check”. 2. Maju kaki kiri selangkah ke hadapan serentak dengan kepala paling ke kanan dengan sebutan “up” dan terus berjalan sehingga dapat kata perintah yang lain seperti gambar 53 & 54. Penerangan teliti 1. Pada sebutan “check” dan “up” pedang dan sarung pedang adalah kekal di kedudukan tegak pedang. 2. Hujung sarung pedang menjunam ke bawah lebih kurang 12 inci dari bumi bagi sarung besi dan sarung pedang kulit lurus ke bawah. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Memandang ke kanan pada sebutan “check”. 2. Pedang condong ke hadapan dan tidak tetap. 3. Tidak memalingkan muka sepenuhnya ke kanan. Kata Perintah Kedua - “Pandang…… depan” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Pergerakan 1. Maju kaki kanan selangkah ke hadapan dengan sebutan “check”. 2. Maju kaki kiri selangkah ke hadapan serentak dengan kepala memandang ke hadapan dengan sebutan “up” dan terus berjalan. Gambar 53 Gambar 54


TERHAD 214 Penerangan teliti 1. Pada sebutan “check” dan “up” pedang dan sarung pedang adalah kekal di kedudukan tegak pedang. 2. Hujung sarung pedang menjunam ke bawah lebih kurang 12 inci dari bumi bagi sarung besi dan sarung pedang kulit lurus ke bawah. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Memandang ke hadapan pada sebutan “check”. 2. Pedang condong ke hadapan dan tidak tetap. 14.2. DALAM PERLAHAN MASA. Kata Perintah Pertama - “Da.......ri kanan, Pandang…… kanan” Kata perintah diberi ketika - Kaki kiri melintasi kaki kanan . Pergerakan 1. Sorong kaki kiri ke hadapan, semasa jejak tapak kaki kiri ke bumi buat pergerakan berikut serentak dengan “Satu” seperti gambar 55 :- 1.1. Mendepakan tangan kanan, lengan tangan kanan selari dengan bumi. 1.2. Kepala/Muka memaling ke kanan. 1.3. Tangan Kiri menarik hujung Sarung Pedang rapat ke paha kiri bagi Sarung Besi dan bagi Sarung Kulit pegangan seperti biasa dan tergantung lurus ke bawah. 2. Tendang dan sorong kaki kanan ke hadapan serta letak tapak kaki ke bumi serentak itu membawa Pedang melalui hadapan ke lekuk bahu kiri dengan dengan kiraan “Dua” ( gambar 56). 3. Tendang dan sorong kaki kiri ke hadapan serta letak tapak kaki ke bumi serentak membawa pedang ke lekuk bahu kanan (hadapan muka semasa memandang ke kanan) siku kanan selari dengan bumi dengan kiraan “Tiga” gambar 57. 4. Tendang dan sorong kaki kanan ke hadapan serta letak tapak kaki ke bumi serentak turunkan pedang ke sebelah paha kanan hingga lurus lengan kanan, hujung pedang lebih kurang 12 inci dari bumi dengan kiraan “Empat” seperti gambar 58. 5. Terus berjalan perlahan masa sehingga kata perintah “Pandang Depan”. Penerangan Teliti 1. Semasa pergerakan pertama iaitu mendepakan tangan kanan, pedang tegak ke atas dan Perisai Pedang (Shield) menghala ke kanan. 2. Pada pergerakan kedua, lengan tangan kanan selari dengan bumi, siku selari dengan bahu kanan, pedang tegak ke atas serta Perisai Pedang (Shield) menghala ke kiri. 3. Pergerakan ketiga, siku kanan selari dengan bahu kanan dan pedang tegak ke atas. 4. Pada pergerakan keempat dengan pantas buat perubahan pegangan tangan kanan di hulu pedang. Pastikan ibu jari pada rusuk hulu pedang. Perisai Pedang (Shield) menghala ke kiri dan lengan kanan lurus seperti pergerakan hormat ke hadapan. 5. Setiap pergerakan dari pergerakan pertama hingga keempat hendaklah berlalu (berterusan) tidak mengikut jatuhan kaki.


TERHAD 215 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Pergerakan pertama hingga pergerakan keempat terhenti-henti mengikut jatuhan kaki. 2. Pergerakan tangan kanan, tangan kiri dan kepala tidak serentak pada kiraan “Satu”. 3. Pergerakan kedua dan ketiga pedang tidak tegak ke atas. 4. Hujung pedang menjunam ke bumi. Kata Perintah Kedua - “Pandang……. Depan” Kata perintah diberi ketika - Kaki kiri melintasi kaki kanan. Pergerakan 1. Apabila tapak kaki kiri cecah ke bumi, buat pergerakan jajar pedang dan kepala pandang ke hadapan dengan kiraan “satu” 2. Kemudian cecah tapak kaki kanan ke bumi buat pergerakan tegak pedang dan tolak hujung sarung pedang ke hadapan bagi sarung besi dan bagi sarung kulit pegangan seperti biasa sarung tergantung lurus ke bawah dengan kiraan “dua” seperti gambar 59. 3. Terus berjalan perlahan masa sehingga dapat kata perintah lain. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan jajar pedang pastikan pedang tegak ke atas, Perisai Pedang (Shield) arah ke kiri serta ibu jari dan bahagian atas hulu pedang sama paras dengan mulut. 2. Apabila membuat pergerakan tegak pedang, lengan tangan kanan hendaklah selari dengan bumi, siku rapat ke rusuk, pedang tegak ke atas dan Perisai Pedang (Shield) arah ke hadapan. Gambar 55 Gambar 56 Gambar 57 Gambar 58


TERHAD 216 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Pergerakan pertama tidak serentak semasa pergerakan jajar dan pandang depan. 2. Pergerakan kedua tidak serentak semasa tolak sarung pedang (besi) dan tegak pedang . 15. KE KANAN LURUS 15.1 Semasa Pedang Di Dalam Sarung. Pergerakan 1. Sama seperti pergerakan ke kanan lurus yang biasa dilakukan. Angkat tangan kanan dan memalingkan muka ke kanan pada kiraan kedua untuk ambil lurus. (kecuali penanda kanan). 15.2 Semasa Pedang Terhunus. Pergerakan 1. Sama seperti pergerakan ke kanan lurus yang biasa dilakukan. Hanya memalingkan muka ke kanan pada kiraan kedua untuk mengambil lurus (tiada pergerakan mengangkat tangan kanan dan kiri). Nota: 1. Bagi pergerakan ke kanan lurus untuk Pegawai Pemerintah Baris/ Penolong Pegawai Pemerintah Baris/Pegawai Detachment, membuat pergerakan belakang pusing semasa kiraan “satu” perbuatan ke kanan lurus, tiada pergerakan di perbuatan “dua”. 2. Pada kiraan “tiga” hentak kaki kiri dan seterusnya mengambil lurus. 16. SILANG PEDANG. 1. Pergerakan Silang Pedang selalunya dilakukan pada upacara majlis perarakan pengantin oleh Pegawai Pengiring. 2. Pegawai yang terlibat tidak kurang dari enam orang (tidak termasuk pengapit). 3. Kedudukan pegawai yang terlibat dalam dua barisan. 4. Mengiringi pengantin dilakukan dalam pergerakan perlahan masa. 5. Pasangan pengantin berada di belakang Pegawai Pengiring. Gambar 59


TERHAD 217 6. Tempat yang sesuai upacara Silang Pedang dilakukan di hadapan halaman rumah, dewan atau hadapan pelamin. 7. Sampai di tempat yang ditetapkan Ketua Pengiring akan beri hukuman berhenti dan pusing menghadap ke dalam. 8. Setelah silang pedang dilakukan pasangan pengantin akan melalui di bawah pedang seperti bumbung. Kata Perintah Pertama - “Pegawai, Silang… Pedang” Pergerakan 1. Kata perintah diberi oleh Ketua Pengiring. 2. Dengan pantas tangan kanan bawa pedang ke kedudukan jajar dan tangan kiri tarik sarong pedang rapat ke kaki kiri dengan kiraan “satu”. 3. Kemudian tolak pedang ke atas menghala 45 darjah dan bersilang dengan anggota yang di hadapan dengan kiraan “dua”. Penerangan teliti 1. Semasa Silang Pedang, Perisai Pedang (Shield) menghala ke bawah dan ibu jari kanan menghala ke kiri. 2. Semasa pengantin sampai di bawah pedang, Pegawai Pengiring hendaklah pusingkan pedang Perisai Pedang (Shield) menghala ke kiri dan balik pada kedudukan asal (silang pedang) apabila pengantin melepasi Pegawai Pengiring secara berturut-turut. 3. Kedudukan sarung pedang hendaklah rapat ke kaki kiri. Kata Perintah Kedua - “Pegawai, Tegak…… Pedang”. Pergerakan 1. Tangan kanan bawa pedang balik ke kedudukan jajar dengan kiraan “satu”. 2. Kemudian tangan kanan bawa Pedang ke kedudukan tegak pedang dan masa itu juga tangan kiri tolak sarung pedang ke hadapan 12 inci dari bumi dengan kiraan “dua”. 3. Selepas itu Ketua Pengiring memberi arahan “kiri dan kanan….sing” dan seterusnya memberi arahan berjalan dalam cepat masa untuk beredar dari majlis. Penerangan teliti 1. Pastikan pasangan pengantin telah selesai melalui kumpulan silang pedang dan menuju ke tangga rumah, pintu atau pelamin. Nota: 1. Hormat Pedang hanya diberi kepada Pegawai Kanan Polis berpangkat Senior Assistant Commisioner of Police (SAC) dan ke atas yang hadir sebagai tetamu khas untuk menerima tabik hormat.


TERHAD 218 17. PEGANGAN PEDANG MAHKOTA PAHLAWAN DALAM KEADAAN DUDUK i. Tangan kiri pegang di bahagian hulu pedang atau mana-mana bahagian atas hulu pedang mengikut kesesuaian ketinggian tempat duduk seperti gambar 60. Gambar 60 18. KEDUDUKAN KETIKA BACAAN DOA i. Terdapat dua kedudukan,ketika bacaan doa iaitu kedudukan semasa berdiri dan duduk. ii. Dengan mengangkat tangan kanan melalui hadapan badan, kelima-lima jari di susun rapat tapak tangan menghala ke atas,panduan siku tolak ke hadapan sedikit dan rapat ke badan serta hujung jari separas dengan bahu kanan.seperti gambar 61. Gambar 61 Gambar 62 19. KEDUDUKAN KETIKA LAFAZ IKRAR i. Kedudukan tangan ketika melafaz ikrar ii. Dengan mengangkat tangan kanan melalui hadapan badan, kelima-lima jari disusun rapat, tapak tangan menghala ke hadapan,panduan tangan selari dengan bahu dan hujung jari separas telinga.seperti gambar 62.


“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”


TERHAD 219 BAHAGIAN TUJUH KAWAD PANJI-PANJI 1. PENDAHULUAN 1.1. Panji-Panji adalah merupakan satu simbol kebanggaan atau kemegahan bagi satu-satu pasukan. i) Panji-Panji “Dzarurat 1948 – 1960” dianugerahkan pada 11/11/1961 oleh DYMM SPB Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail (YPDA ke-3) di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. ii) Pada 11/11/1997 upacara penukaran Panji-Panji dan penganugerahan Panji-Panji baru oleh SPB Yang DiPertuan Agong Ke 10 Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman. Gelaran “Dzarurat 1948 – 60” ditukar kepada gelaran “Sang Saka Biru”. Pertukaran nama Pasukan Polis Hutan (PPH) kepada Pasukan Gerakan Am (PGA). Juga penganugerahan Panji-Panji bagi Pasukan Gerakan Khas dan Unit Udara Polis. 1.2. Sebagai simbol kemegahan dan kebanggaan, tiap-tiap anggota PDRM diwajibkan menghormati Panji-Panji Utama dan Panji-Panji Unit apabila dikeluarkan dari sarungnya untuk satu-satu upacara rasmi. 2. KEANGGOTAN KUMPULAN PANJI-PANJI. 2.1. Pembawa Panji-Panji 1 x Pegawai Kanan Polis berpangkat Inspektor. Pengiring Panji-Panji i. 1 x Sarjan Mejar ii. 2 x Sarjan iii. 1 x Konstabel (orderli semasa buka, sarung dan periksa) 2.2. Mengarak Panji-Panji tidak perlu melibatkan orderli. 3. KEGUNAAN PANJI-PANJI Panji-Panji Pasukan hanya boleh digunakan bagi upacara-upacara berikut : 3.1 Perbarisan DiRaja - Panji-Panji Utama dan Panji-Panji Batalion / Unit yang terlibat berserta Kawalan Kehormatan Penuh. 3.2. Malam Mes Peringkat Bukit Aman, Kontinjen atau Daerah - Panji-Panji Utama jika dihadiri oleh YDPA, DYMM Sultan, TYT Yang Dipertua Negeri, Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara


TERHAD 220 3.3. Peringkat Briged PGA, PGK, Batalion-Batalion atau Unit-unit di Bawah Jabatan KDN/KA - Panji-Panji Unit dan Kawalan Kehormatan Penuh 3.4. Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri - Panji-Panji Bn / Unit yang terlibat dalam Kawalan Kehormatan Penuh 3.5. Perasmian Ibu pejabat Polis (Kontinjen / Daerah) atau bangunaan PDRM - Panji-Panji Utama (jika KPN hadir ) Atau Panji–Panji Bn / Unit yang terlibat dalam Kawalan Kehormatan Penuh 3.6 Hari-Hari Keputeraan Sultan,Yang Dipertua Negeri dan lain-lain - Panji-Panji Utama atau Unit yang terlibat dalam Kawalan Kehormatan Penuh 3.7. Hari Batalion, PGA / Unit-Unit - Panji-Panji Bn/ Unit-Unit yang berkenaan bersama Kawalan Kehormatan Penuh. 3.8. 3.9. Majlis/ Upacara yang diarahkan oleh KPN. Majlis persaraan Pengarah KDN/KA - - Panji-Panji Utama atau Panji-Panji yang berkaitan berserta Kawalan Kehormatan Penuh Semua Panji-Panji unit di bawah Jabatan KDN/KA (ptkpn A145) bersama Kawalan Kehormatan Penuh. (RUJUKAN ARAHAN KPN NO. 57 KPN (PR) 19/26 PERATURAN PANJI-PANJI BERTARIKH 25/05/1998 ) 4. TATACARA HORMAT KEPADA PANJI-PANJI. 4.1. Setiap anggota secara individu atau kumpulan apabila menyaksikan Panji-Panji Utama/ Panji-Panji Unit yang diarak dalam satu-satu upacara perbarisan, hendaklah berhenti dan memberi tabik hormat kepada Panji-Panji. 4.2. Anggota Pengawal hendaklah mengadakan “Pengawal Keluar” (Guard Turn Out) dan hormat senjata. 4.3. Pada masa Panji-Panji Utama/ Panji-panji Unit di arak masuk atau diarak keluar dari medan perbarisan, Panji-Panji Utama/ Panji-panji Unit hendaklah diberi penghormatan “Hormat Senjata” dengan banet terpasang dalam kedudukan buka barisan, dengan iringan lagu dari pancaragam. 4.4 Jika dua unit/ kumpulan kedua-duanya membawa Panji-Panji. Kedua-keduanya hendaklah memberi hormat “Pandang Kanan” apabila berselisih antara satu sama lain. 4.5. Pada masa Panji-Panji Utama/ Panji-Panji Unit diarak masuk dan keluar medan perbarisan semua hadirin / tetamu dikehendaki berdiri memberi hormat. Bagi pegawai-pegawai dan anggota yang berpakaian seragam dikehendaki memberi tabik hormat semasa Panji-Panji Utama/ Panji-Panji Unit melintasi di hadapan. 4.6. Panji-panji tidak perlu diberi hormat pada upacara/ masa berikut : i). Panji-Panji Utama/ Panji-Panji Unit diarak semasa istiadat mengiringi jenazah. ii). Apabila Panji-Panji Utama/ Panji-Panji Unit tersimpan di dalam sarung.


TERHAD 221 5. TATACARA PANJI-PANJI DIKELUARKAN DARI SARUNG UNTUK SATU-SATU UPACARA 5.1. Kedudukan a. Pegawai Pembawa Panji-Panji dan Pengiring di tempat yang ditetapkan. b. Pengiring dengan banet terpasang pada senjata (pasang banet dilakukan lebih awal sebelum ambil tempat) berdiri di kiri dan kanan Pegawai Pembawa Panji-Panji. c. Sarjan Mejar bawa Panji-Panji yang bersarung bersama orderli akan datang dari arah hadapan. d. Orderli berdiri di sebelah kanan Sarjan Mejar jarak satu langkah di belakang.( gambar 1 ) 5.2. Pergerakan a. Sarjan Mejar serah Panji-Panji kepada Pegawai Pembawa Panji-Panji dengan menolak tangan lurus ke hadapan, kedudukan tangan kiri di atas dan tangan kanan di bawah sama rata dengan bumi. Pegawai Pembawa Panji-Panji sambut Panji-Panji dengan kedudukan tangan kiri di atas dan tangan kanan di bawah seperti gambar 2. b. Kemudian Pegawai Pembawa Panji-Panji bawa Panji-Panji ke kedudukan senang diri PanjiPanji. c. Setelah Panji-Panji diserahkan, Sarjan Mejar satu langkah ke belakang. dan pergerakan tabik hormat kepada Pegawai Pembawa Panji-Panji.(turun tangan masa sendiri) d. Selesai pergerakan Sarjan Mejar, Pegawai Pembawa Panji-Panji memberi kata perintah “Pengiring, hormat…. Ta”, Sarjan Pengiring hormat senjata, Sarjan Mejar dan Orderli tabik hormat, gambar 3. (Sarjan Mejar dan orderli buat pergerakan turun tangan serentak, apabila Sarjan Mejar sebut “up”) e. Sarjan Mejar satu langkah ke kanan setentang dengan pengiring kiri, Kemudian Sarjan Mejar dan orderli pusing ke kiri serentak (Kata perintah dari Sarjan Mejar “kiri…sing” gambar 4. a. b. c. d. Gambar 1 e. gambar 2


TERHAD 222 f. Kemudian Pegawai Pembawa Panji-Panji buat kedudukan seperti sedia senjata (on guard). Pada Masa yang sama angkat dan tolak Panji-Panji dalam sarung ke hadapan di rusuk kanan, tangan kiri tangkap tiang Panji-Panji di depan tangan kanan. Tiang Panji-Panji rapat ke rusuk dibawah lengan kanan, kedudukan sama rata dengan bumi, gambar 5. g. Pada masa yang sama Sarjan Mejar membuat pergerakan satu langkah kaki kiri ke hadapan serentak dengan Panji-Panji turun dan buka ikatan sarung Panji-Panji, seterusnya menarik sarung bahagian luar sehingga tercabut keluar dan serahkan sarung Panji-Panji kepada orderli dan di letakan di lengan kiri.Buka ikatan sarung baldu dan serah kepada orderly dan di letakan di lengan kiri juga. h. Sarjan Mejar buka lilitan (Cord and Tessal) dan buka pula lipatan kain Panji-Panji sepenuhnya hingga terjuntai ke bawah tetapi tidak mencecah bumi. i. Selepas itu Sarjan Mejar pegang hujung kain Panji-Panji sebelah bawah bahagian hadapan dan dilipatkan ke atas untuk dipegang oleh pegawai Panji-Panji dengan tangan kanan Sarjan Mejar sekali lagi memegang hujung kain Panji-Panji sebelah bawah bahagian belakang dilipatkan ke atas untuk dipegang oleh pegawai Panji-Panji dengan tangan kanan juga(masa memegang hujung kain Panji-Panji, tangan kanan berubah tempat pegangannya di hadapan pegangan lengan kiri pula)gambar 6. f. g. h. i. Gambar 3 j. Gambar 4 Gambar 5


TERHAD 223 Gambar 6 j. Pegawai Pembawa Panji-Panji angkat kaki kiri kembali ke kedudukan sedia dan tegakkan tiang Panji-Panji ke kedudukan “satu” sedia Panji-Panji, Siku kanan rapat pada tiang dan pegangan tangan kanan melilit serta masih memegang hujung kain Panji-Panji sebelah bawah sehingga bersetentangan dengan mulut. k. Pada masa yang sama Sarjan Mejar juga angkat kaki kiri balik ke kedudukan sedia. l. Sarjan Mejar berjalan serta terus belok menghadap Pegawai Pembawa Panji-Panji dan berhenti satu langkah di hadapan Pegawai Pembawa Panji-Panji. Seterusnya bantu mengemaskan Pegawai Pembawa Panji-Panji dan membetulkan kedudukan Panji-Panji. m. Serentak Sarjan Mejar melangkah orderly buat perbuatan pusing kanan. n. Setelah Sarjan Mejar selesai mengemaskan Pegawai Pembawa Panji-Panji dan Panji-Panji, Sarjan Mejar melangkah satu langkah ke belakang pada masa yang sama Pegawai Panji-Panji tangan kiri tangkap pedang dan buka siku kanan pada perbuatan “dua” Sarjan Mejar. Ordeli serah tongkat kepada Sarjan Mejar, selesai serah tongkat Sarjan Mejar bersama orderli buat pergerakan tabik hormat dengan kata perintah “Up” dari Sarjan Mejar. o. Setelah semuanya buat pergerakan hormat, Pegawai Pembawa Panji-Panji beri kata perintah “Pengiring, rusuk…ta”. Sarjan Mejar dan orderli turun tangan, pada kiraan “dua” pergerakan rusuk senjata, p. Sarjan Mejar memberi kata perintah “Cepat Jalan”. Sarjan Mejar Panji-Panji berjalan melalui sebelah kiri Sarjan Pengiring kiri dan berhenti satu langkah di belakang Pegawai Pembawa Panji-Panji manakala orderli berjalan, berhenti dan keluar baris bersendirian. q. Pegawai Pembawa Panji-Panji beri kata perintah “Panji-Panji, Da..ri tengah, Cepat jalan ” untuk masuk mengambil tempat di Medan Perbarisan.


TERHAD 224 6. TATACARA PANJI-PANJI DIMASUKKAN KE DALAM SARUNG SELEPAS SATU-SATU UPACARA 6.1. Kedudukan a. Orderli akan menunggu dengan sarung Panji-Panji berhampiran tempat Panji-Panji akan berhenti. b. Kumpulan Pengiring Panji-Panji akan berhenti di satu tempat yang bersesuaian untuk sarungkan Panji-Panji. c. Orderli akan ambil tempat di sebelah kiri Sarjan Mejar Panji-Panji, satu langkah di sebelah Sarjan Mejar Panji-Panji. d. Cara lipatan Panji-Panji,lipat bahagi tiga ,gambar 7, selepas lipat bahagi tiga,lipat dua, gambar 8 ke atas tiang Panji-Panji,lilit Cord (tali) dua kali dan simpul Tessal (jumbai) ( gambar 9 ). e. Panji-Panji di sarungkan dengan sarung baldu di sebelah dalam dan sarung kulit di bahagian luar.( gambar 10 ) Gambar 7 Gambar 8 Gambar 9 Gambar 10


TERHAD 225 6.2. Pergerakan a. Apabila kumpulan Pengiring Panji-Panji berhenti Sarjan Mejar dan Orderli mara ke hadapan dan berhenti bersetentangan dengan Pengiring kiri (menghala ke arah dimana Panji-Panji akan ditolak/ rebah). b. Pegawai Pembawa Panji-Panji memberi kata perintah “Pengiring, Kepada Panji-Panji Utama, Hormat…. Ta” (Kedua-dua Sarjan Pengiring hormat senjata, Sarjan Mejar dan Orderli tabik hormat). c. Sarjan Mejar dan Orderli turun tangan (kata perintah “up” dari Sarjan Mejar) dan Sarjan Mejar terus serah tongkat kepada oderly(sambut tangan kanan dan terus kepit tongkat) d. Kemudian Pegawai Pembawa Panji-Panji buat kedudukan seperti sedia senjata (on guard). Pada Masa yang sama angkat dan tolak Panji-Panji ke hadapan di rusuk kanan, tangan kiri tangkap tiang Panji-Panji di depan tangan kanan. Tiang Panji-Panji rapat ke rusuk dibawah lengan kanan, kedudukan sama rata dengan bumi kain Panji-Panji di lepaskan terurai tanpa jejak ke bumi. e. Pada masa yang sama Sarjan Mejar membuat pergerakan satu langkah kaki kiri ke hadapan serentak dengan Panji-Panji turun. Lipat kain Panji-Panji serta lilitkan tali rambu(cord n tassel) dua kali dan simpul dibantu oleh orderli, ambil sarung Panji-Panji dan sarungkan semula PanjiPanji serta ikat sarungnya. f. Setelah Sarjan Mejar selesai ikat, Pegawai Pembawa Panji-Panji angkat kaki kiri kembali ke kedudukan sedia dan tegakkan tiang Panji-Panji ke kedudukan senang diri Panji-Panji g. Pada masa yang sama Sarjan Mejar juga angkat kaki kiri balik ke kedudukan sedia h. Sarjan Mejar dan oderly memberi tabik hormat kepada Pegawai Pembawa Panji_panji. i. Pegawai Pembawa Panji-Panji beri perintah “Pengiring, Rusuk….. ta” Sarjan pengiring rusuk senjata. j. Setelah selesai,Pegawai Pembawa Panji-Panji bagi kata perintah k. “Keluar….. baris”.semua buat perbuatan keluar baris.Sarjan Mejar hantar panji ke tempat simpanan. Nota: Periksa Panji-Panji adalah kombinasi dari perbuatan buka dan sarung panji Cuma perbuatan ini terus sarung setelah Sarjan Mejar lapor keadaan Panji-Panji.


TERHAD 226 7. PERGERAKAN PANJI-PANJI DI DALAM PERBARISAN 7.1. KEDUDUKAN SENANG DIRI 7.1.1. Pegawai Pembawa Panji-Panji ● Kedudukan kedua-dua kaki rapat seperti kedudukan sedia. 7.1.2. Panji-Panji ● Tiang Panji-Panji rapat dipenjahitan kasut kanan dan tegak ke atas tangan kanan lurus ke bawah, empat jari tersusun di bahagian luar dan ibu jari di bahagian dalam. Tiang Panji-Panji berada diantara ibu jari dan jari telunjuk seperti gambar 11. 7.1.3. Pedang ● Pedang disangkutkan terlebih dahulu di penyangkutnya. Tangan kiri pegang sarung (metal scabbard) dan tolak ke hadapan, hujung sarung pedang pada kedudukan lebih kurang 12 inci dari bumi seperti gambar 12. ● Bagi sarung kulit (leather scabbard) hendaklah rapat di sebelah kaki kiri. Gambar 11 Gambar 12 7.2. KEDUDUKAN SEDIA i. Apabila mendapat kata perintah “Sedia” dengan pantas angkat tiang Panji-Panji dengan kekuatan tangan kanan masukkan pangkal tiang Panji-Panji ke dalam lubang selempang Panji-Panji. Pada masa yang sama tangan kiri lepaskan pedang dan bantu supaya pangkal tiang masuk dengan mudah. Setelah pangkal Panji-Panji masuk lubang selempang, tangan kiri menyerong sedikit di hadapan badan, lima jari tersusun di lubang (pangkal tiang). Siku kanan rapat di tiang Panji-Panji dan genggaman berhadapan dengan mulut dengan sebutan kiraan “satu” seperti gambar 13.


TERHAD 227 ii. Kemudian dengan pantas bawa/ potong tangan kiri dan tangkap semula pedang serta tolak ke hadapan bagi sarung besi (Bagi sarung kulit rapatkan sahaja di sebelah kaki kiri) pada masa yang sama, siku kanan dinaikan separas bahu dengan sebutan kiraan “dua” seperti gambar 14. Gambar 13 Gambar 14 7.3. KEDUDUKAN SENANG DIRI DARI SEDIA i.. Apabila dapat kata perintah “Senang …… dri ” dengan pantas rapatkan siku kanan ke tiang Panji-Panji susun empat jari di sebelah hadapan dan ibu jari di sebelah belakang. Keluarkan / cabut sedikit tiang Panji-Panji. Pada masa yang sama, tangan kiri lepaskan pegangan pedang dan tangkap pangkal tiang Panji-Panji dengan kiraan “satu” seperti gambar 15. ii. Kemudian dengan kekuatan tangan kanan, bawa tiang Panji-Panji ke bawah, tangan kiri tangkap tiang Panji-Panji di atas tangan kanan di mana tangan kiri separas tali pinggang dengan empat jari tersusun di bahagian luar dan ibu jari di bahagian dalam dengan kiraan “dua” seperti gambar 16. iii. Kemudian dengan pantas potong tangan kiri dan tangkap semula pedang serta tolak ke hadapan bagi sarung besi (bagi sarung kulit rapatkan sahaja di sebelah kaki kiri) serentak dengan itu siku kanan dinaikkan separas bahu dengan kiraan “tiga” seperti gambar 17. Nota: Kedudukan Panji-Panji tegak ke atas dan pangkal tiang Panji-Panji di penjahitan kasut kanan.


TERHAD 228 7.4. HORMAT PERDANA/ TIMBALAN/ MENTERI/ PANGLIMA(STATIK) i. Pergerakan ini biasanya dilakukan berpandukan kepada pergerakan senjata. iii. Apabila mendapat kata perintah “Hormat Perdana/ Timbalan/ Menteri/ Panglima, hormat…… ta” tunggu kiraan senjata yang kedua, lepaskan genggaman ke bawah sedikit dengan tujuan kain Panji-Panji terlepas. Kemudian susun empat jari di hadapan mulut dan ibu jari di bahagian belakang tiang dengan kiraan “satu” seperti gambar 18. Nota: Kedudukan Panji-Panji tegak ke atas dan pegangan pedang tidak berubah. Siku kanan separas dengan bahu kanan. Gambar 18 Gambar 15 Gambar 16 Gambar 17


TERHAD 229 7.5. KEDUDUKAN SEDIA DARI HORMAT PERDANA / TIMBALAN / MENTERI/ PANGLIMA(STATIK) i. Pergerakan ini biasanya berpandukan kepada pergerakan senjata. ii. Apabila mendapat kata perintah “Rusuk….. ta”, dengan pantas tangan kiri lepaskan pegangan pedang dan tangkap hujung kain Panji-Panji serta bawa kepada tangan kanan (yang pegang tiang Panji-Panji). Kedua-dua genggaman bersetentangan dengan mulut dengan kiraan “satu” seperti gambar 19. iii. Kemudian dengan pantas potong tangan kiri dan pegang semula pedang serta tolak ke hadapan. Pada masa yang sama siku kanan hendaklah dinaikan separas bahu dengan sebutan kiraan “dua”. Gambar 19 7.6. LINTAS HORMAT PERDANA/MENTERI/PANGLIMA (DALAM PERLAHAN MASA). Kata Perintah Pertama - “Da.......ri kanan, Pandang…… kanan” Kata perintah diberi ketika - Kaki kiri melintasi kaki kanan . Pergerakan 1. Apabila dapat kata perintah, sorong kaki kiri ke hadapan. Cecah sahaja tapak kaki kiri ke bumi dengan pantas lepaskan genggaman ke bawah sedikit dengan tujuan kain Panji-Panji terlepas. Kemudian susun empat jari di hadapan tiang dan ibu jari di bahagian belakang tiang(selari dengan mulut) dengan kiraan “satu” 2. Kedudukan Panji-Panji tegak ke atas, pegangan pedang tidak berubah dan siku kanan separas dengan bahu kanan. 3. Pandangan Pegawai Pembawa Panji-Panji terus ke hadapan (tidak perlu pandang ke kanan). 4. Terus berjalan perlahan masa sehingga kata perintah “Pandang Depan”.


TERHAD 230 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Bahu kiri dibiarkan bergerak ke hadapan. 2. Siku kanan dibiarkan ke hadapan atau pun ke belakang. 3. Pergelangan tangan bengkok. 5. Badan condong ke hadapan. 7.7. PANDANG DEPAN (DALAM PERLAHAN MASA). Kata Perintah Kedua - “Pandang……. Depan” Kata perintah diberi ketika - Kaki kiri melintasi kaki kanan. i. Apabila mendapat kata perintah, sorong kaki kiri ke hadapan, cecah sahaja tapak kaki kiri ke bumi dengan pantas tangan kiri lepaskan pegangan pedang dan tangkap hujung kain Panji-Panji serta bawa kepada tangan kanan (yang pegang tiang Panji-Panji). Rapatkan kedua-dua siku ke tiang panji-panji, kedua-dua genggaman bersetentangan dengan mulut dengan kiraan “satu” ii. Sekiranya pergerakan tangkap kain Panji-Panji tidak dapat dilakukan pada pergerakan satu, boleh diulang perbuatan tangkap kain pada langkah kedua,hingga langkah kelima.Sekiranya kain berjaya ditangkap diantara kiraan tersebut kekalkan di kedudukan rapat siku pada tiang dan sekiranya pada kiraan lima kain masih belum berjaya ditangkap hendaklah diteruskan perbuatan langkah keenam(tangan kiri tangkap pedang,angkat siku kanan) ii. Cecah sahaja kaki kanan ke bumi (langkah keenam) dengan pantas tangan kiri tangkap semula pedang serta tolak ke hadapan. Pada masa yang sama, siku kanan dinaikkan separas bahu dengan kiraan “enam”. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Menurunkan tangan melalui sebelah kiri bukan melalui jalan yang paling dekat di hadapan badan untuk menangkap pedang. 2. Badan condong ke hadapan. Nota : Perbuatan tabik hormat semasa dari kanan/kiri pandang kanan/kiri dalam perlahan masa hanya dilakukan oleh S.I atau SM Kawalan Kehormatan, Pegawai Detachment, Penolong Pegawai Detachment, SM Panji-Panji jika memakai tongkat semasa lintas hormat dalam perlahan masa.


TERHAD 231 7.8. LINTAS HORMAT DI RAJA/ PERDANA/MENTERI/PANGLIMA (DALAM CEPAT MASA). i. Kata perintah diberi ketika tumit kaki kiri pacak ke bumi. ii. Apabila mendapat kata perintah, maju kaki kanan ke hadapan dengan sebutan perkataan “check”. iii. Maju lagi kaki kiri ke hadapan, pada masa yang sama lepaskan genggaman ke bawah sedikit dengan tujuan kain Panji-Panji terlepas. Kemudian susun empat jari di hadapan tiang dan ibu jari di bahagian belakang tiang selari dengan mulut pada kiraan “satu”. iv. Kedudukan Panji-Panji tegak ke atas, pegangan pedang tidak berubah dan siku kanan separas dengan bahu kanan. v. Pandangan Pegawai Pembawa Panji-Panji terus ke hadapan (tidak perlu pandang ke kanan). 7.9. PANDANG DEPAN ( DALAM CEPAT MASA). i. Kata perintah diberi ketika tumit kaki kiri pacak ke bumi. ii. Apabila mendapat kata perintah, maju kaki kanan ke hadapan dengan sebutan perkataan “check”. iii. Maju lagi kaki kiri ke hadapan, pada masa yang sama tangan kiri tangkap kain PanjiPanji dan bawa ke tangan kanan (siku pada tiang Panji-Panji). Kedua-dua genggaman bersetentangan dengan mulut dengan kiraan “satu”. iv. Sekiranya pergerakan tangkap kain Panji-Panji tidak dapat dilakukan pada pergerakan satu, boleh diulang perbuatan tangkap kain pada langkah kedua,hingga langkah ke lima.Sekiranya kain berjaya ditangkap diantara kiraan tersebut kekalkan di kedudukan rapat siku pada tiang dan sekiranya pada kiraan lima kain masih belum berjaya di tangkap hendaklah diteruskan perbuatan langkah ke enam(tangan kiri tangkap pedang,angkat siku kanan) v. Pacak sahaja tumit kaki kanan pada langkah ke enam, dengan pantas tangan kiri tangkap semula pedang serta tolak ke hadapan. Pada masa yang sama siku kanan dinaikkan separas bahu dengan kiraan “enam”.


TERHAD 232 7.10. HORMAT DIRAJA (DIPING STATIK). i. Pergerakan biasanya dilakukan berpandukan kepada pergerakan senjata anggota Kawalan Kehormatan. ii. Apabila mendapat kata perintah “Hormat Diraja, hormat …… ta ”, dengan pantas siku kanan dirapatkan ke tiang Panji-Panji dan cabut sedikit. Pada masa yang sama tangan kiri lepaskan pegangan pedang dan tangkap pangkal tiang Panji-Panji, susun empat jari di sebelah hadapan dan ibu jari di sebelah belakang dengan kiraan “satu” seperti gambar 20. iii. Kemudian bawa Panji-Panji ke sebelah kanan (pastikan kedudukan Panji-Panji selari dengan badan) pada masa yang sama, tangan kiri pegang pedang dan rapatkan di sebelah kaki kiri. Kedudukan tiang Panji-Panji tegak ke atas dan siku kanan rapat pada tiang Panji-Panji dengan kiraan “dua” seperti gambar 21. iv. Turunkan Panji-Panji ke arah 45 darjah ke sebelah kanan perlahan-perlahan dengan kekuatan tangan kanan mengikut rentak lagu “Negaraku”. Apabila sampai ke paras pinggang (Chorus lagu Negaraku) turunkan Panji-Panji menghala ke dalam sehingga hujung tiang Panji-Panji (kepala Panji-Panji) lebih kurang 12 inci dari bumi. Setelah selesai lagu “Negaraku” rentap sedikit ke belakang dan pusing tangan kanan supaya genggaman tangan menghala ke atas seperti gambar 22. v. Kedudukan Panji-Panji menghala terus ke hadapan dalam keadaan tunduk (Dip). Tiang Panji-Panji berada di bawah lengan kanan. Kain Panji-Panji terhampar di atas bumi seperti gambar 23. Gambar 20 Gambar 21 Gambar 22 Gambar 23


TERHAD 233 7.11. KEDUDUKAN SEDIA DARI HORMAT DIRAJA (STATIK). i. Pergerakan ini biasanya berpandukan kepada pergerakan senjata anggota Kawalan Kehormatan. ii. Apabila mendapat kata perintah “Rusuk....ta”, dengan pantas tegakkan Panji-Panji dengan kekuatan tangan kanan, masukkan pangkal tiang Panji-Panji ke dalam lubang selempang. Pada masa yang sama, tangan kiri lepaskan pegangan pedang dan bantu supaya pangkal tiang Panji-Panji masuk dengan mudah. Setelah pangkal tiang masuk ke lubang selempang, tangan kiri menyerong sedikit di hadapan badan dengan kelima jari tersusun di hadapan lubang (pangkal tiang). Siku kanan dirapatkan ke tiang panji dan genggaman bersententangan dengan mulut, dengan kiraan “satu” seperti gambar 24 iii. Kemudian tangan kiri tangkap kain Panji-Panji dan bawa ke tangan kanan (di tiang Panji-Panji). Kedua-dua genggaman bersetentangan dengan mulut dengan kiraan “dua” seperti gambar 25. iv. Dengan pantas tangan kiri tangkap pedang serta tolak ke hadapan dan pada masa yang sama, siku kanan dinaikkan separas bahu dengan kiraan “tiga” seperti gambar 26. Gambar 24 Gambar 25 Gambar 26 Nota; PANJI-PANJI TIADA PERGERAKAN HORMAT ATAU DIPPING SEMASA LAGU NEGARAKU DI NYANYIKAN SEMASA UPACARA NYANYIAN.


TERHAD 234 7.12. LINTAS HORMAT DI RAJA (DIPING DALAM PERLAHAN MASA). i. Kata perintah diberi ketika kaki kiri melintasi kaki kanan. ii. Apabila dapat kata perintah, sorong kaki kiri ke hadapan. Cecah sahaja tapak kaki kiri ke bumi dengan pantas rapatkan siku kanan ke tiang Panji-Panji dan keluarkan/ dicabutkan sedikit dari lubang selempang. Pada masa yang sama tangan kiri lepaskan pegangan pedang dan tangkap pangkal tiang Panji-Panji dan susun empat jari di sebelah hadapan dan ibu jari sebelah belakang dengan kiraan “satu” seperti gambar 27. iii. Sorong kaki kanan ke hadapan. Cecah sahaja tapak kaki kanan ke bumi dengan pantas bawa Panji-Panji ke sebelah kanan (pastikan selari dengan badan). Pada masa yang sama tangan kiri pegang pedang dan luruskan menghala ke bawah. Kedudukan Panji-Panji tegak ke atas dengan kiraan “dua” seperti gambar 28. iv. Sorong kaki kiri ke hadapan, jejak tapak kaki kiri ke bumi dengan kekuatan tangan kanan, turunkan Panji-Panji ke bawah 45 darjah ke kanan perlahan-lahan dalam kiraan “tiga” v. Sorong kaki kanan ke hadapan, turunkan Panji-Panji ke bawah 45 darjah ke kanan jejak tapak kaki kanan ke bumi Panji-Panji berada separas pinggang dalam kiraan “empat”. vi. Pada langkah kiraan “lima” hingga “tujuh” kedudukan Panji-Panji tetap separas pinggang, bawa Panji-Panji ke dalam sehingga tiang sampai selari dengan bahu kanan dan kain Panji-Panji terjuntai ke bawah. v. Jejak sahaja kaki kanan (langkah kelapan) rentap sedikit Panji-Panji ke belakang dan pusingkan tangan kanan supaya genggaman menghala ke atas dengan kiraan “lapan” seperti gambar 29. vi. Pandangan Pegawai Pembawa Panji-Panji terus ke hadapan (tidak perlu pandang kanan). Nota; Pergerakan menurunkan Panji-Panji (di pinggang) dari langkah ke tiga hingga ketujuh. Pastikan tidak terlalu laju dan juga tidak terlalu perlahan. Gambar 27 Gambar 28 Gambar 39


TERHAD 235 7.13. PANDANG DEPAN (DALAM PERLAHAN MASA). i. Kata perintah diberi ketika kaki kiri melintasi kaki kanan. ii. Apabila mendapat kata perintah, sorong kaki kiri ke hadapan. Cecah sahaja tapak kaki kiri ke bumi dengan pantas tegakkan Panji-Panji dengan kekuatan tangan kanan. Pada masa yang sama, tangan kiri lepaskan pedang dan bantu supaya pangkal tiang Panji-Panji masuk ke dalam lubang selempang. Siku kanan rapat di tiang PanjiPanji dan genggaman bersetentangan dengan mulut dengan kiraan “satu”. iii. Sorong kaki kanan ke hadapan, cecah sahaja tapak kaki kanan ke bumi dengan pantas tangan kiri tangkap kain Panji-Panji dan bawa ke tangan kanan (di tiang Panji-Panji). Kedua-dua siku kiri/ kanan rapat pada tiang Panji-Panji. Kedua- dua genggaman bersetentangan dengan mulut dengan kiraan “dua”. iv. Sekiranya pergerakan tangkap kain Panji-Panji tidak dapat dilakukan pada pergerakan “dua”, boleh di ulang perbuatan tangkap kain pada langkah ketiga,hingga langkah ke lima.Sekiranya kain berjaya di tangkap diantara kiraan tersebut kekalkan di kedudukan rapat siku pada tiang dan sekiranya pada kiraan lima kain masih belum berjaya di tangkap hendaklah di teruskan perbuatan langkah ke enam(tangan kiri tangkap pedang,angkat siku kanan) v. Cecah sahaja kaki kanan ke bumi (langkah ke enam) dengan pantas tangan kiri tangkap semula pedang serta tolak ke hadapan. Pada masa yang sama, siku kanan dinaikkan separas bahu dengan kiraan “enam”. 7.14. KE KANAN LURUS / KE TENGAH LURUS. i. Pergerakan ini berpandukan kepada masa (kiraan/ bilangan) anggota perbarisan. ii. Pada kiraan “satu” Pegawai Panji-Panji tidak perlu buat pergerakan. iii. Pada kiraan “dua” dengan pantas tangan kiri lepaskan pedang dan siku kiri dirapatkan ke tiang Panji-Panji. Pada masa yang sama siku kanan dirapatkan pada tiang Panji-Panji. Kedua-dua genggaman kiri dan kanan bersetentangan dengan mulut (kain panji dalam genggaman). iv. Pada kiraan “tiga” angkat kaki kiri paha separas bumi dan hentak di sebelah tumit kaki kanan dan ambil kedudukan (tempat yang ditanda). 7.14.1 PANDANG DEPAN. i. Apabila dapat kata perintah “Pandang.... depan” dengan pantas turunkan tangan kiri tangkap semula Pedang dan pada masa yang sama siku kanan dinaikkan separas bahu.


TERHAD 236 7.15. PERKARA-PERKARA LAIN. i. Panji-Panji Utama/ Panji-Panji Unit apabila tidak digunakan/ dikeluarkan untuk satusatu upacara akan disimpan dalam sarungnya di tempat-tempat berikut: a) Panji-Panji Utama PDRM disimpan di IbuPejabat PDRM Bukit Aman. b) Panji-Panji Unit disimpan di Pejabat Pegawai Pemerintah Markas Unit berkenaan. ii. Panji-Panji, apabila hendak digunakan bagi satu-satu upacara rasmi, Sarjan Mejar bersama 2 pengiring (Sarjan) hendaklah pergi ke Pejabat Pegawai Pemerintah dengan berpakaian seragam penuh kawad. Bagi anggota pengiring bersama senjata dengan banet terpasang. iii. Sarjan Mejar dikehendaki menentukan Panji-Panji berada dalam keadaan baik (tidak koyak dan sebagainya). Jika didapati koyak dan sebagainya, lapor dengan segera kepada pegawai atasan. iv. Panji-Panji, apabila digunakan bagi perbarisan Kawalan Kehormatan untuk jenazah. Sarung hendaklah dibuka.Kepala Panji-Panji dibalut dengan kain hitam. v. Panji-Panji Utama PDRM / Panji-Panji Unit boleh dibawa / arak dalam / semasa upacara rasmi tetapi tidak boleh ditundukkan / rebahkan (dip) tanpa kehadiran SPB Yang DiPertuan Agong, Sultan-Sultan dan Raja (Rujukan Surat KPN 17 bertarikh 11 Mei 1993) 7.16. UPACARA MENGARAK DAN MELETAK PANJI-PANJI / BENDERA DI MAJLIS “DINNING OUT/ IN”. a) KEANGGOTAAN i. Pembawa Panji-Panji - 1 x Inspektor ii. Sarjan Mejar Panji-Panji - 1 x Sarjan Mejar iii. Pengiring Panji-Panji - 2 x Sarjan. iv. Orderli Panji-Panji - 1 x Konstabel (semasa buka dan sarung) v. Kumpulan “Bag Pipe” - 5 x Anggota. b) KEDUDUKAN i. Pegawai Pembawa Panji-Panji dan Pengiring siap sedia ditempat yang ditetapkan. ii. Pengiring dengan senjata dan banet terpasang berdiri di kiri dan kanan Pegawai Pembawa Panji-Panji. iii. Sarjan Mejar di belakang Pegawai Pembawa Panji-Panji (jarak 1 langkah di belakang Pegawai Pembawa Panji-Panji). iv. Kumpulan “Bag Pipe” di belakang Sarjan Mejar Panji-Panji. v. Orderli tidak terlibat dalam kumpulan ini (penglibatan semasa tanggalkan / pasang sarung Panji-Panji)


TERHAD 237 7.16.1 PERGERAKAN MENGARAK PANJI-PANJI/ BENDERA MASUK KE DALAM DEWAN. i. Kumpulan Panji-Panji dan “Bag Pipe” siap sedia ditempat permulaan yang ditetapkan. ii. Apabila dapat arahan masuk ke dalam dewan, Pegawai Pembawa Panji-Panji beri kata perintah “Pengiring, Da….ri tengah, Perlahan ……. Jalan” Perlahan jalan dengan diringi muzik dari kumpulan “Bag Pipe” yang turut sama berjalan perlahan. iii. Apabila sampai tempat di mana tapak Panji-Panji / bendera ditempatkan. Pegawai Pembawa Panji-Panji beri kata perintah “Pengiring, Hentak….. Kaki” dan “Pengiring...Ti” dalam jarak 2 langkah dari tapak Panji-Panji / bendera. Setelah berhenti. Pegawai Pembawa Panji-Panji beri kata perintah “Pengiring, hormat..… ta” (kecuali semasa mengunakan Bendera Sang Saka Biru) seperti gambar 30. a) Pengiring Panji-Panji buat pergerakan hormat senjata. b) Sarjan Mejar buat pergerakan tabik hormat v. Pegawai Pembawa Panji-Panji ambil satu langkah ke hadapan, kemudian tolak kaki kiri ke hadapan dan buat kedudukan melutut. (semasa melutut, kawal pedang dengan tangan kiri supaya tidak masuk ke bawah kaki kiri). Kemudian dengan pantas siku kanan dirapatkan ke tiang Panji-Panji dan tangan kiri tangkap pangkal tiang Panji-Panji di selempang dengan sebutan kiraan “satu”. Cabut panji dan masukkan ke dalam lubang tapak yang telah disediakan dimana tangan kanan di atas dan tangan kiri di bawah dengan kiraan “dua” seperti gambar 31. v. Apabila Panji-Panji sudah berdiri tegak, Pegawai Panji-Panji dengan pantas tangan kiri tangkap pedang, tangan kanan lurus ke bawah di sisi kanan dan bangun semula kepada kedudukan sedia dengan kiraan “satu” dan buat pergerakan satu langkah ke belakang dengan kiraan “satu” dan “dua”.. Kemudian Pegawai Pembawa Panji-Panji buat pergerakan tabik hormat kepada Panji-Panji. Sekiranya upacara mengunakan bendera, pegawai membuat pergerakan hormat tangan kepada Yang Dipertua. Seperti gambar 32. vi. Pegawai Pembawa Panji-Panji beri kata perintah “Pengiring, rusuk …. ta” dan seterusnya beri kata perintah “Pengiring, Da...ri tengah, cepat jalan”. Gambar 30


TERHAD 238 Gambar 31 Gambar 32 7.17. PERGERAKAN MENGARAK PANJI-PANJI/ BENDERA KELUAR DEWAN. i. Kumpulan Panji-Panji / bendera (tanpa Panji-Panji dan bendera) siap sedia di tempat yang di tetapkan dalam keadaan sedia. ii. Apabila peniup “Bag Pipe” keluar dari dewan (selepas upacara bag pipe toss), Pegawai Pembawa Panji-Panji beri kata perintah “Pengiring, Da...ri tengah, Cepat jalan” diiringi kumpulan “Bag Pipe”. iii. Apabila hampir sampai di tempat di mana Panji-Panji / bendera berada, Pegawai Pembawa Panji-Panji beri kata perintah “Pengiring…......Ti” (berhenti) jarak 2 langkah dari tapak Panji-Panji / bendera. iv. Pegawai Pembawa Panji-Panji beri kata perintah “Pengiring, hormat …… ta” (Kedua-dua pengiring buat pergerakan hormat senjata, Sarjan Mejar dan Pegawai Pembawa Panji-Panji buat pergerakan tabik hormat). Pergerakan ini dikecualikan apabila mengunakan bendera hanya pegawai Pembawa Bendera membuat pergerakan tabik hormat kepada Yang Dipertua. v. Pegawai Pembawa Panji-Panji sahaja buat pergerakan sedia (turun tangan dari hormat) dan mara satu langkah ke hadapan. Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan dan buat pergerakan melutut. (semasa melutut, kawal pedang dengan tangan kiri supaya tidak masuk ke bawah kaki kiri) Seterusnya ambil Panji-Panji / bendera masuk ke dalam lubang selempang.Apabila Panji-Panji sudah berada dalam keadaan stabil kemas Pegawai Pembawa Panji-Panji tangan kiri tangkap pedang dan bangun semula kembali ke kedudukan sedia dengan kiraan “satu”(buka siku) ambil satu langkah ke belakang dengan kiraan satu” dan “dua”. vi. Pegawai Pembawa Panji-Panji beri kata perintah “Pengiring, rusuk .… ta” (Sarjan Mejar Panji-Panji turun tangan balik kedudukan sedia) dan kemudian Pegawai Pembawa Panji-Panji beri kata perintah “Pengiring, Da...ri tengah, Cepat jalan ” (berjalan keluar dewan) Nota: Pergerakan serah menyerah dan buka / pasang sarung Panji- Panji dibuat semasa di luar dewan. Pergerakan hendaklah mengikut tatacara seperti yang telah diterangkan.


“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”


TERHAD 239 BAHAGIAN KELAPAN TATACARA BERKAITAN KEMATIAN PEGAWAI POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN KEMATIAN PESARA POLIS (KAWAD JENAZAH) 1. PENDAHULUAN Sebagai sebuah organisasi yang mempunyai jumlah keanggotaan yang besar, perkara berkaitan dengan kematian kepada pegawai dan anggota semasa dan masih dalam perkhidmatan tidak dapat dielakkan. Kematian boleh berlaku atas pelbagai sebab sama ada semasa menjalankan tugas atau sebab-sebab biasa. Namun demikian atas sebab apa sekalipun, menguruskan jenazah tetap akan dijalankan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Tindakan sedemikian adalah bagi mengenang jasa dan penghormatan yang telah dicurahkan semasa berkhidmat dalam pasukan.Tindakan ini juga menunjukkan bahawa pasukan sentiasa mengenang jasa mereka hingga ke akhir hayat.Pergerakan Kawad Jenazah ini juga melibatkan pesara–pesara polis yang tertentu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan semasa berkhidmat dalam pasukan. 2. TUJUAN Pergerakan Kawad Jenazah yang ditegah di dalam Istiadat Pengebumian pegawai dan anggota PDRM. 2.1. Mengiringi jenazah dengan pancaragam atau pasukan tambor. 2.2. Tiupan “Last Post”di tempat pengebumian. 2.3. Menembak senjata selepas pengebumian. 2.4. Meletak Kalungan Bunga semasa Istiadat Pengebumian. 2.5. Penggunaan Bendera Sang Saka Biru Polis Diraja Malaysia ke atas keranda mayat bukan beragama Islam. 2.5.1. Penggunaan Bendera Sang Saka Biru Polis Diraja Malaysia ke atas keranda mayat bukan Islam (Rujukan KPN 138/67 bertarikh 23 Disember 2019). 2.5.2. Bagi menjaga sensitiviti keagamaan, penggunaan Bendera Sang Saka Biru bagi Istiadat Pengebumian mayat bukan beragama Islam tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun, Sang Saka Biru akan menjadi sebahagian daripada Istiadat Pengebumian yang dilaksanakan melalui upacara penyerahan khas kepada waris si mati sebagai tanda penghormatan terakhir. Tegahan seperti perkara di para 2.1 hingga para 2.4 adalah meliputi semua Pegawai PDRM yang beragama Islam dan bukan Islam. 3. JENIS- JENIS KEMATIAN YANG SESUAI MENGIKUT ISTIADAT PDRM 3.1. Kematian dalam menjalankan tugas perwira. Seperti terbunuh dalam peperangan yang sebenar-benarnya dalam hutan, serbuan ke atas kongsi gelap / subversif atau tugas lain yang boleh di takrifkan sebagai mempertahankan negara dan pasukan.


TERHAD 240 3.2. Kematian waktu bertugas. Seperti terbunuh disebabkan kemalangan kenderaan bermotor, kapal terbang atau sebab– sebab lain semasa menjalankan tugas, semasa dalam perjalanan untuk menjalankan tugas di dalam negara atau luar negara atau sebab penyakit yang dialami akibat daripada tugas yang dijalankan. (Perkara 3.1. dan 3.2. tertakluk kepada persetujuan pucuk pimpinan, waris / ahli keluarga si mati) 3.3. Kematian atas sebab biasa. Seperti kematian sebab yang tidak berkaitan dengan tugas (termasuk membunuh diri atau penyakit biasa) - TIDAK PERLU MENGIKUT ISTIADAT KAWAD JENAZAH 4. PENGGUNAAN BENDERA Penggunaan bendera bagi menutup keranda ditetapkan seperti berikut :- 4.1. Bendera Malaysia 4.1.1. Kematian dalam menjalankan tugas perwira seperti terbunuh dalam peperangan yang sebenar. 4.1.2 Serbuan ke atas kongsi gelap. 4.1.3. Subversif atau tugas lain yang ditakrif sebagai mempertahankankan negara. 4.1.4. Mana –mana Pesara / Pegawai Kanan Polis dan Anggota Pangkat Rendah PDRM yang menerima :- i. Pingat Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP); ii. Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) iii. Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) 4.2. Bendera Sang Saka Biru. Kematian waktu bertugas seperti terbunuh disebabkan :- 4.2.1. Kemalangan kenderaan bermotor, kapal terbang. 4.2.2. Sebab-sebab lain semasa menjalankan tugas. 4.2.3. Semasa dalam perjalanan untuk menjalankan tugas di dalam atau luar negara. 4.2.4. Sebab penyakit yang dialami akibat dari tugas yang dijalankan. 5. KEANGGOTAAN 5.1. KEMATIAN PUCUK PIMPINAN SERTA PEGAWAI KANAN POLIS. • 1 ASP (Ketua Pengusung) • Sekurang kurangnya 8 Insp (Pengusung) 5.2. KEMATIAN AHLI PANGKAT RENDAH. • 1 Sub Inspektor atau Sarjan Mejar (Ketua Pengusung) • Sekurang kurangnya 8 orang berpangkat Koperal hingga Sarjan (Pengusung)


TERHAD 241 6. PEMAKAIAN 6.1. PAKAIAN PENGUSUNG JENAZAH BAGI TARAF PENGEBUMIAN NEGARA ATAU NEGERI SEPERTI DI PARA 4.1.1 HINGGA 4.1.4. - PEGAWAI KANAN POLIS i. Pakaian Istiadat Bersongkok No.1C ( si mati beragama Islam) ii. Pakaian Istiadat Peak Cap No.1A (si mati bukan beragama Islam ) - PEGAWAI RENDAH POLIS i. Pakaian Istiadat Bersongkok No.1C ( si mati beragama Islam) ii. Pakaian Istiadat Peak Cap No.1A (si mati bukan beragama Islam) 6.2. PAKAIAN PENGUSUNG JENAZAH BAGI KEMATIAN WAKTU BERTUGAS SEPERTI DI PARA 4.2.1 HINGGA 4.2.4. - PEGAWAI KANAN POLIS i. Pakaian Seragam Kerja Bush Jacket Bersongkok Istiadat (si mati beragama Islam) ii. Pakaian Seragam Kerja Bush Jacket Peak Cap (si mati bukan beragama Islam) - PEGAWAI RENDAH POLIS i. Pakaian Seragam Kerja Tuck In Bersongkok Istiadat (si mati beragama Islam) ii. Pakaian Seragam Kerja Tuck In Peak Cap (si mati bukan beragama Islam) Nota: Pakaian istiadat bagi kematian Pegawai Rendah Polis dibolehkan seandainya kematian yang melibatkan jasa dan pengorbanan anggota tersebut kepada negara dan juga telah dikurniakan pingat teringgi Negara. Contoh - Pingat SP (Seri Pahlawan Gagah Perkasa) dan pingat PGB (Panglima Gagah Berani). 7. PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUSUNG JENAZAH 4.4.1 Bendera Malaysia atau Polis ( berukuran 4 kaki x 8 kaki) 4.4.2. Usungan jenazah / keranda 4.4.3. Van jenazah 8. ACARA PENGKEBUMIAN JENAZAH -. Semua pegawai dan anggota yang terlibat mengusung jenazah (keranda) dari lapangan terbang (mati di luar negara) atau hospital (bilik mayat) ke van jenazah untuk dibawa ke rumah. - Semua pegawai dan anggota yang terlibat mengusung jenazah dari rumah atau masjid ke tanah perkuburan. Sekiranya jarak di antara satu tempat ke satu tempat jauh, van jenazah hendaklah digunakan.


TERHAD 242 8.1. Pergerakan mengusung jenazah. 8.1.1. Cara mengangkat usungan / keranda jenazah. - Pengusung berjalan cepat menuju ke usungan / keranda dan berhenti. Pengusung membuat pergerakan hormat kepada jenazah. Selepas itu membuat pergerakan luruskan barisan yang bersesuaian untuk mengangkat usungan / keranda. (gambar 1) (gambar 1) - Pengusung pusing menghadap kepada usungan / keranda.Kedudukan pegawai atau anggota semasa mengangkat usungan / keranda jenazah 4 Pengusung di sebelah kiri dan 4 Pengusung di sebelah kanan (gambar 2) (gambar 2) - Pengusung membuat kedudukan melutut (tolak kaki kiri ke belakang) dan kedua-dua tangan pegang kepada besi usungan.(gambar 3) (gambar 3)


Click to View FlipBook Version