TERHAD 78 3. “Skuad…..kiri” dengan pantas jatuh hujung kasut kaki kiri di hujung kasut kaki kanan dan sebut “kiri” (arah badan dan pandangan tidak berubah) 4. “Skuad…..up” dengan pantas gantung kaki kanan paha separas bumi,hujung kasut tekan ke bawah,pada masa yang sama arah badan dan pandangan berubah 60 darjah ke arah baru dan sebut “up”.(perhentian sejenak) 5. “Skuad…..kanan” dengan pantas jatuh hujung kasut kaki kanan di belakang tumit kaki kiri dan sebut “kanan”. (arah badan dan pandangan tidak berubah). 6. “Skuad…..up” dengan pantas gantung kaki kiri peha separas bumi,hujung kasut tekan ke bawah,pada masa yang sama arah badan dan pandangan berubah 60 darjah ke arah baru dan sebut “up”.(perhentian sejenak) 7. “Skuad kiri” dengan pantas hentak kaki kiri di sebelah tumit kaki kanan, jatuh tapak dan sebut “kiri”. Arah badan dan pandangan berubah 60 darjah ke arah baru. (perhentian sejenak) 8. “Skuad up” dengan pantas tendang kaki kiri ke hadapan,jarak tumit ke tumit lebih kurang 15 inci,pada masa yang sama tekan hujung kasut ke bawah tergantung lebih kurang ½ inci dari bumi dan sebut “up” Penerangan teliti 1. Semasa menyorong kaki kanan ke hadapan tekan hujung kaki kanan ke bumi dan angkat kaki kiri paha separas dengan bumi gantung sejenak, kedudukan badan masih menghala ke hadapan lagi. 2. Apabila membuat pergerakan “kiri up” turunkan kaki kiri di hujung kaki kanan pastikan mengunakan hujung kasut kedudukan kaki kiri melintang ke arah 45 darjah, badan tegak, kedua-dua tangan rapat ke rusuk dan menghala ke arah 60 darjah ke kanan. 3. Apabila membuat pergerakan “kanan up” turunkan kaki kanan di belakang tumit kaki kiri pastikan mengunakan hujung kasut juga ke arah 60 darjah ke kanan, kedudukan badan tegak, kedua-dua tangan rapat ke rusuk. 4. Semasa mengangkat kaki, lutut yang di bawah hendaklah tegang dan lurus. 5. Pembahagian pusingan badan hendaklah sama iaitu 60 darjah terbahagi kepada 3 arah. (180 darjah) Kesalahan biasa dilakukan 1. Membiarkan tangan terhayun dan siku bengkok semasa berpusing tiga arah. 2. Berpusing ke belakang mengikut sebelah kiri. 3. Mengunakan tapak kasut (tapak kaki) semasa menjatuhkan kaki pertama dan kedua. 4. Pembahagian arah tidak sama rata. 22. HENTAK KAKI, BERHENTI DAN MAJU DALAM PERLAHAN MASA. 22.1. Hentak Kaki Dari Kedudukan Statik. Kata perintah - “ Hentak kaki......perlahan ”. Perbuatan penuh - “Up…kiri…up….kanan….up….dan seterusnya” (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “ Hentak kaki perlahan dengan nombor, skuad .....up ” , “ skuad ....kiri/satu ”,“ skuad ....kanan/dua ” (ulang perbuatan yang sama mengikut kehendak jurulatih)
TERHAD 79 Pergerakan :(Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Hentak kaki perlahan dengan nombor,skuad…..up” dengan pantas gantung kaki kiri paha separas bumi dan berhenti sejenak di atas dan sebut “ up ”. 2. “Skuad….kiri/satu” dengan pantas jatuh hujung kasut dahulu diikuti tapak sepenuhnya dan sebut “kiri/satu”. 3. “Skuad…..up’ dengan pantas gantung peha kanan separas bumi,hujung kasut tekan ke bawah dan sebut “up” 4. “Skuad…..kanan/dua” dengan pantas jatuh hujung kasut dahulu diikuti tapak sepenuhnya dan sebut “kanan/dua” 5. Ulang perbuatan yang sama untuk jumlah seterusnya. Penerangan teliti : 1. Disetiap perbuatan “up” ada perhentian sejenak di atas. 2. Perbuatan dilakukan mengikut tempo perlahan masa. 3. Di setiap perbuatan hentak kaki hendaklah jatuh hujung kasut dahulu diikuti tapak kasut sepenuhnya. 4. Perbuatan kiri/satu…up adalah perbuatan bersambung dengan sebutan kiri…up. 5. Perbuatan kanan/dua…up adalah perbuatan bersambung dengan sebutan kanan/dua….up. 6. Badan tegak pandangan 200 meter ke hadapan,lutut kaki yang berada di bumi tegang dan kedua-dua tangan rapat di paha di belakang penjahit seluar. Kesalahan biasa dilakukan : 1. Tangan, badan dan bahu bergerak masa hentak kaki. 2. Tidak menghentak kaki pada satu tempat. 3. Tidak pandang terus ke hadapan. 4. Hentak kaki mengunakan tapak kasut. 5. Tiada perhentian sejenak semasa angkat kaki. 22.2. Hentak Kaki Dari Kedudukan Berjalan Perlahan Jalan Kata perintah - “Hentak… kaki” Kata perintah diberi ketika - Kaki kanan melintasi kaki kiri. Perbuatan penuh - “Kanan….up….dan seterusnya” (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Hentak kaki perlahan dengan nombor, skuad….kanan”, skuad.....up” , Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Hentak kaki perlahan dengan nombor, skuad….kanan”, dengan pantas sorong kaki kanan 15 inci ke hadapan dan sebut “kanan.” 2. “Skuad.....up” dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi dan sebut “up”. 3. Teruskan pergerakan hentak kaki dalam perlahan masa. Penerangan teliti 1. Setelah mendapat kata perintah, semua anggota membuat pergerakan hentak kaki dalam perlahan masa sehingga kata perintah seterusnya oleh jurulatih.
TERHAD 80 Kesalahan biasa dilakukan 1. Hentak kaki dengan menggunakan tapak dan bukan dengan hujung kasut. 2. Tangan tidak rapat. 3. Kepala tunduk ke bawah. 4. Angkat kaki tidak separas bumi. 22.3. Berhenti Dari Kedudukan Hentak Kaki Dalam Perlahan Masa Kata perintah - “Skuad… ti” Kata perintah diberi ketika - Hujung kasut kaki kiri cecah bumi. Perbuatan penuh - “Kanan” (kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “skuad… ti”, angkat kaki kanan paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kiri balik kedudukan sedia dan sebut “kanan”. Penerangan teliti 1. Setelah mendapat kata perintah, buat pergerakan berhenti dengan menghentak kaki kanan di sebelah kaki kiri dengan menggunakan tapak.dan tumit. 22.4. MAJU DARI KEDUDUKAN HENTAK KAKI DALAM PERLAHAN MASA. Kata perintah - “Skuad… maju” Kata perintah diberi ketika - Kaki kiri cecah bumi. Perbuatan penuh - “Kanan….up” (kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Skuad… maju”, hentak kaki kanan dan sebut “kanan” dan sorong kaki kiri dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Setelah mendapat kata perintah “Skuad…maju”, dengan pantas hentak kaki kanan dan teruskan sorong kaki kiri ke hadapan dan teruskan berjalan dalam perlahan masa.
TERHAD 81 23. BUKA BARISAN KETIKA BERJALAN PERLAHAN MASA. Kata perintah - “Buka barisan masa berjalan, buka.... barisan”. Kata perintah diberi - Ketika kaki kanan melintasi kaki kiri. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, anggota barisan hadapan berjalan terus. 2. Anggota barisan tengah hentak kaki perlahan sebanyak 2 kali dan maju. 3. Anggota barisan belakang hentak kaki perlahan sebanyak 4 kali dan maju. 4. Pergerakan hentak kaki dan maju sama seperti pelajaran hentak kaki masa berjalan. Penerangan teliti 1. Semasa barisan tengah dan barisan belakang membuat pergerakan hentak kaki hendaklah mengikut rentak berjalan barisan hadapan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Hentak kaki tidak sama dengan barisan hadapan berjalan. 2. Tidak menjaga jarak barisan dan kelurusan. 24. TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN PERLAHAN MASA. Kata perintah - “Tutup barisan masa berjalan, tutup..... barisan”. Kata perintah diberi - Ketika kaki kanan melintasi kaki kiri. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, anggota barisan hadapan hentak kaki perlahan sebanyak 4 kali dan maju. 2. Anggota barisan tengah hentak kaki perlahan sebanyak 2 kali dan maju. 3. Anggota barisan belakang berjalan terus. 4. Pergerakan hentak kaki dan maju sama seperti pelajaran hentak kaki masa berjalan. Penerangan teliti 1. Semasa barisan tengah dan barisan hadapan membuat pergerakan hentak kaki perlahan hendaklah mengikut rentak berjalan barisan belakang. Kesalahan biasa dilakukan 1. Hentak kaki tidak sama dengan barisan hadapan berjalan. 2. Tidak menjaga jarak barisan dan kelurusan.
TERHAD 82 25. TUKAR HALUAN DALAM BERHENTI DAN BERJALAN DALAM PERLAHAN MASA. Pergerakan ini hendaklah dilakukan apabila kedudukan skuad itu dalam tiga barisan melintang menghadap ke hadapan atau ke belakang. 25.1. Tukar Haluan Ke Kanan Dalam Berhenti (Statik). Kata perintah untuk melaksanakan pergerakan tukar haluan dalam berhenti mengandungi dua kata perintah ; Kata perintah pertama - “Tukar haluan ke kanan dan berhenti, Kanan..... tukar”. Kata perintah kedua - “Perlahan...... jalan”. Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Penanda (orang yang di sebelah kanan) pusing ke kanan 90 darjah. 2. Anggota yang lain dalam barisan hadapan pusing separuh kanan 45 darjah. 3. Anggota barisan tengah dan barisan belakang hendaklah diam. 4. Apabila dapat kata perintah “Perlahan..... jalan” Penanda (orang yang di sebelah kanan) berjalan ke hadapan sebanyak tiga langkah bermula kaki kiri dengan kiraan 1 hingga 4 (bilangan 4 adalah hentak kaki kanan). 5. Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke arah yang baru (kanan) serta berhenti berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah “Perlahan..... jalan” orang nombor satu barisan tengah dan belakang hendaklah berjalan mengikut belakang penanda kanan dalam langkah yang sama. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru dan berhenti di sebelah kiri penanda dengan jarak satu tangan mengikut deretan masing-masing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan.
TERHAD 83 25.2. Tukar Haluan Ke Kanan Dalam Perlahan Masa. Kata perintah bagi pergerakan tukar haluan dalam masa berjalan ada dua cara bagi melaksanakan ; Kata perintah pertama - “Tukar haluan ke kanan dan berhenti, kanan..... tukar”. Kata perintah kedua - “Tukar haluan ke kanan, kanan... tukar”. Kata perintah diberi ketika - Kaki kiri melintasi kaki kanan Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan. Pergerakan pertama (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Penanda (orang yang di sebelah kanan) belok ke kanan 90 darjah, dahului kaki kanan sorong tiga langkah dan angkat kaki kiri, hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan empat. 2. Anggota yang lain turut membelok separuh kanan 45 darjah ke haluan yang baru serta berhenti berturut-turut mengikut deretan. Pergerakan kedua (DETAIL) 1. Bagi melaksanakan kata perintah kedua iaitu “Tukar haluan ke kanan, kanan..... tukar”, Penanda (orang yang di sebelah kanan) belok ke kanan 90 darjah, di dahului kaki kanan sorong tiga langkah dan angkat kaki kiri, terus membuat perbuatan hentak kaki perlahan sehingga mendapat kata perintah berhenti atau maju. 2. Anggota yang lain turut membelok separuh kanan 45 darjah ke haluan yang baru serta hentak kaki perlahan berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah, orang nombor satu barisan tengah dan belakang hendaklah berjalan mengikut belakang penanda kanan dalam langkah yang sama. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru dan berhenti/ hentak kaki di sebelah kiri penanda kanan dengan jarak satu tangan mengikut deretan masing-masing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti atau hentak kaki supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan. 5. Penanda tidak cukup mengambil tiga langkah.
TERHAD 84 25.3. Tukar Haluan Ke Kiri Dalam Berhenti (Statik) Kata perintah untuk melaksanakan pergerakan tukar haluan dalam berhenti mengandungi dua kata perintah; Kata perintah pertama - “Tukar haluan ke kiri dan berhenti , kiri..... tukar”. Kata perintah kedua - Perlahan.... Jalan”. Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Penanda (orang yang di sebelah kiri) pusing ke kiri 90 darjah. 2. Anggota yang lain dalam barisan hadapan pusing separuh ke kiri 45 darjah. 3. Anggota barisan tengah dan barisan belakang hendaklah diam. 4. Apabila dapat kata perintah “Perlahan ....jalan”, Penanda (orang yang di sebelah kiri) berjalan ke hadapan sebanyak tiga langkah mula kaki kiri dengan kiraan 1 hingga 4 (bilangan 4 adalah hentak kaki kanan). 5. Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala yang baru (kiri) serta berhenti berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah “Perlahan...jalan”, orang nombor satu barisan tengah dan belakang hendaklah berjalan mengikut belakang penanda kiri dalam langkah yang sama. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru dan berhenti di sebelah kanan penanda kiri dengan jarak satu tangan mengikut deretan masingmasing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan. 25.4. Tukar Haluan Ke Kiri Dalam Berjalan. Kata perintah bagi pergerakan tukar haluan dalam masa berjalan ada dua cara bagi melaksanakan ; Kata perintah pertama - “Tukar haluan ke kiri dan berhenti , kiri..... tukar”. Kata perintah kedua - “Tukar haluan ke kiri, kiri..... tukar”.
TERHAD 85 Kata perintah diberi ketika - Kaki kanan melintasi kaki kiri Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan. Pergerakan pertama (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Penanda (orang yang di sebelah kiri) belok ke kiri 90 darjah didahului kaki kiri, sorong tiga langkah, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan empat. 2. Anggota yang lain turut membelok separuh kiri 45 darjah ke haluan yang baru serta berhenti berturut-turut mengikut deretan. Pergerakan kedua 1. Bagi melaksanakan kata perintah kedua iaitu “Tukar haluan ke kiri, kiri..... tukar”, Penanda (orang yang di sebelah kiri) belok ke kiri 90 darjah di dahului kaki kiri, sorong empat langkah dan angkat kaki kiri, terus membuat perbuatan hentak kaki perlahan sehingga mendapat kata perintah berhenti atau maju. 2. Anggota yang lain turut membelok separuh kiri 45 darjah ke haluan yang baru serta hentak kaki berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah, orang nombor satu barisan tengah dan belakang hendaklah berjalan mengikut belakang penanda kiri dalam langkah yang sama. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru dan berhenti atau hentak kaki di sebelah kanan penanda kiri dengan jarak satu tangan mengikut deretan masing-masing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti atau hentak kaki supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan. 5. Penanda tidak cukup mengambil tiga langkah. 26. JADIKAN SKUAD DALAM BERHENTI DAN BERJALAN DALAM PERLAHAN MASA. Pergerakan ini hendaklah dilakukan apabila kedudukan skuad itu dalam tiga barisan memanjang ke belakang. 26.1. Jadikan Skuad Ke Kanan Dalam Berhenti (Statik). Kata perintah untuk melaksanakan pergerakan jadikan skuad dalam berhenti mengandungi dua kata perintah ; Kata perintah pertama - “Di sebelah kanan dan berhenti, jadikan..... skuad”.
TERHAD 86 Kata perintah kedua - “Perlahan.... jalan”. Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Penanda (orang yang di sebelah kanan) hendaklah diam. 2. Anggota-anggota yang lain dalam barisan hadapan, tengah dan belakang hendaklah berpusing separuh ke kanan 45 darjah. 3. Apabila dapat kata perintah “Perlahan..... jalan”, Penanda (orang yang di sebelah kanan) berjalan ke hadapan dimulai dengan kaki kiri sebanyak tiga langkah dan hentak kanan di sebelah kaki kiri dengan kiraan empat. 4. Lain-lain anggota dimulai dengan kaki kiri, berjalan berturut-turut dan membelok ke hala yang baru (kanan) serta berhenti berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah “Perlahan.... jalan” orang nombor satu barisan tengah dan belakang hendaklah berjalan mengikut belakang penanda kanan dalam langkah yang sama. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru dan berhenti di sebelah kanan penanda dengan jarak 1 tangan mengikut deretan masing-masing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan. Nota : Pergerakan ini hendaklah dilakukan apabila kedudukan skuad itu dalam tiga barisan memanjang ke belakang. 26.2. Jadikan Skuad Ke Kanan Dalam Perlahan Masa. Kata perintah bagi pergerakan jadikan skuad dalam masa berjalan ada dua cara bagi melaksanakan ; Kata perintah pertama - “Di sebelah kanan dan berhenti, jadikan..... skuad”. Kata perintah kedua - “Di sebelah kanan, jadikan .... skuad”. Kata perintah diberi ketika - Kaki kanan melintasi kaki kiri Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan.
TERHAD 87 Pergerakan Pertama (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, semua anggota sorong kaki kanan sejauh lebih kurang 15 inci ke hadapan dan gantung sejenak kaki kiri dengan sebutan “kanan, up”. 2. Dengan pantas hentak kaki kiri dan tendang kaki kanan dengan sebutan “kiri, up” bagi Penanda terus ambil langkah ke hadapan sebanyak 3 langkah di dahului kaki kanan dalam bilangan empat (hentak kaki kiri). 3. Lain-lain anggota hentak kaki kiri menyerong sedikit 45 darjah di hujung kaki kanan terus menyorong kaki kanan ke arah yang baru dan berhenti berturut-turut mengikut deretan sepertimana pergerakan pelajaran dalam berhenti. Pergerakan kedua 1. Bagi melaksanakan kata perintah kedua iaitu “Di sebelah kanan, jadikan…. skuad”, semua anggota sorong kaki kanan sejauh lebih kurang 15 inci ke hadapan dan gantung sejenak kaki kiri dengan sebutan “kanan up”. 2. Dengan pantas hentak kaki kiri dan tendang kaki kanan dengan sebutan “kiri up” bagi Penanda terus ambil langkah ke hadapan sebanyak 3 langkah di dahului kaki kanan dalam bilangan tiga dan sambung pergerakan hentak kaki perlahan. 3. Lain-lain anggota hentak kaki kiri menyerong sedikit 45 darjah di hujung kaki kanan dan terus menyorong kaki kanan ke arah yang baru. 4. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah “hentak... kaki” berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah, orang nombor satu barisan tengah dan belakang setelah hentak kaki kiri akan memendekkan langkah supaya dapat mengekori belakang penanda dalam langkah yang sama serta dengan jarak 1 langkah. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru (45 darjah ke kanan) dan berhenti di sebelah kanan penanda dengan jarak satu tangan mengikut deretan masing-masing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan. 5. Penanda tidak cukup mengambil tiga langkah. 26.3. Jadikan Skuad Ke Kiri Dalam Berhenti (Statik). Kata perintah untuk melaksanakan pergerakan jadikan skuad dalam berhenti mengandungi dua kata perintah ; Kata perintah pertama - “Di sebelah kiri dan berhenti, jadikan..... skuad”. Kata perintah kedua - “Perlahan..... jalan”.
TERHAD 88 Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Penanda (orang yang disebelah kiri) hendaklah diam. 2. Anggota-anggota yang lain dalam barisan hadapan, tengah dan belakang hendaklah berpusing separuh ke kiri 45 darjah. 3. Apabila dapat kata perintah “Perlahan..... jalan”, Penanda (orang yang di sebelah kiri) berjalan ke hadapan dimulai dengan kaki kiri sebanyak tiga langkah dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri dengan kiraan empat. 4. Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala yang baru (kiri) serta berhenti berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila dapat kata perintah “Perlahan.... jalan” orang nombor satu barisan tengah dan belakang hendaklah berjalan mengikut belakang penanda kiri dalam langkah yang sama. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru dan berhenti di sebelah kiri penanda dengan jarak 1 tangan mengikut deretan masing-masing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan Nota : Pergerakan ini hendaklah dilakukan apabila kedudukan skuad itu dalam tiga barisan memanjang ke belakang. 26.4. Jadikan Skuad Ke Kiri Dalam Perlahan Masa. Kata perintah bagi pergerakan jadikan skuad dalam masa berjalan ada 2 cara bagi melaksanakan ; Kata perintah pertama - “Di sebelah kiri dan berhenti, jadikan...... skuad”. Kata perintah kedua - “Di sebelah kiri, jadikan..... skuad”. Kata perintah diberi ketika - Kaki kiri melintasi kaki kanan Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan. Pergerakan Pertama (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, semua anggota sorong kaki kiri sejauh lebih kurang 15 inci ke hadapan dan gantung sejenak kaki kanan dengan sebutan “kiri up”.
TERHAD 89 2. Dengan pantas hentak kaki kanan dan tendang kaki kiri dengan sebutan “kanan up”, bagi Penanda terus ambil langkah ke hadapan sebanyak 3 langkah di dahului kaki kiri dalam bilangan empat (hentak kaki kanan). 3. Lain-lain anggota hentak kaki kanan menyerong sedikit 45 darjah di hujung kaki kiri terus menyorong kaki kiri ke arah yang baru dan berhenti berturut-turut mengikut deretan sepertimana pergerakan pelajaran dalam berhenti. Pergerakan kedua 1. Bagi melaksanakan kata perintah kedua iaitu “Di sebelah kiri, jadikan…. skuad”, semua anggota sorong kaki kiri sejauh lebih kurang 15 inci ke hadapan dan gantung sejenak kaki kanan dengan sebutan “kiri up”. 2. Dengan pantas hentak kaki kanan dan tendang kaki kiri dengan sebutan “kanan up” bagi Penanda terus ambil langkah ke hadapan sebanyak 4 langkah di dahului kaki kiri dalam bilangan empat dan sambung pergerakan hentak kaki.perlahan. 3. Lain-lain anggota hentak kaki kiri menyerong sedikit 45 darjah di hujung kaki kiri dan terus menyorong kaki kiri ke arah yang baru. 4. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah “hentak... kaki” berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila dapat kata perintah, orang nombor satu barisan tengah dan belakang setelah hentak kaki kanan akan memendekkan langkah supaya dapat mengekori belakang penanda dalam langkah yang sama serta dengan jarak 1 langkah. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru (45 darjah ke kiri) dan berhenti di sebelah kiri penanda dengan jarak satu tangan mengikut deretan masing-masing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Nota : Pergerakan ini hendaklah dilakukan apabila kedudukan skuad itu dalam tiga barisan memanjang ke belakang. 27. DARI KANAN PANDANG KANAN DALAM PERLAHAN MASA Kata Perintah Pertama - “Da.......ri kanan, Pandang…… kanan” Kata perintah diberi ketika - Kaki kiri melintasi kaki kanan . Perbuatan penuh(kata perbuatan)- “Up” Pergerakan (Detail) 1. Apabila mendapat kata perintah, sorong kaki kiri 15 inci ke hadapan, apabila jejak tapak kaki kiri ke bumi buat pergerakan berikut :- 1.1. Palingkan kepala/ muka ke kanan dengan mengangkat dagu sedikit ke atas serentak naikan tangan kanan buat perbuatan tabik hormat dengan sebutan “Up”. 1.2. Tangan kiri tidak berubah lurus rapat di paha kiri, ibu jari tangan kiri di belakang penjahitan seluar. 2. Terus berjalan perlahan masa sehingga kata perintah “Pandang....Depan”.
TERHAD 90 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Bahu kiri dibiarkan bergerak ke hadapan. 2. Siku kanan dibiarkan ke hadapan atau pun ke belakang. 3. Tiada memandang tepat ke rusuk. 4. Pergelangan tangan bengkok. 5. Badan condong ke hadapan. Kata Perintah Kedua - “Pandang……. Depan” Kata perintah diberi ketika - Kaki kiri melintasi kaki kanan. Perbuatan penuh(kata perbuatan)- “Up” Pergerakan (Detail) 1. Sorong kaki kiri ke hadapan sejauh lebih kurang 15 inci, apabila jejak tapak kaki kiri ke bumi buat pergerakan berikut :- 1.1. Palingkan kepala/ muka ke hadapan semula serentak turunkan tangan kanan balik ke kedudukan sedia dengan sebutan “Up”. 1.2. Tangan kiri tidak berubah lurus rapat di paha kiri, ibu jari tangan kiri dan kanan di belakang penjahitan seluar. 2. Terus berjalan perlahan masa sehingga dapat kata perintah lain. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Menurunkan tangan melalui sebelah kanan bukan melalui jalan yang paling dekat di hadapan badan 2. Memalingkan muka ke hadapan sebelum jejak kaki kiri. 3. Badan condong ke hadapan Nota :-Perbuatan tabik hormat semasa dari kanan pandang kanan dalam perlahan masa hanya dilakukan oleh S.I/SM Kawalan Kehormatan, Pegawai Detachment, Penolong Pegawai Detachment, SM Panji-Panji (jika memakai tongkat) semasa lintas hormat dalam perlahan masa.
TERHAD 91 PELAJARAN DALAM BERLARI. 28. BERLARI, HENTAK KAKI, BERHENTI DALAM MASA BERLARI. 28.1. Hentak Kaki Berlari (Statik). Kata perintah - “Hentak kaki ....... berlari” Kata perintah dengan nombor - “Hentak kaki berlari dengan nombor, skuad.....up, “skuad....satu”,“skuad.......dua” dan seterusnya. Pergerakan 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan berhenti di atas dengan sebutan “up” seperti gambar 13. 2. Setelah itu dengan pantas jatuhkan hujung kaki kiri ke bumi di sebelah kaki kanan dan dengan pantas angkat kaki kanan paha separas dengan bumi dan berhenti dengan kiraan “satu. 3. Kemudian dengan pantas jatuhkan hujung kaki kanan ke bumi di sebelah kaki kiri dan dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (anklet) dan berhenti dengan kiraan “dua”. 4. Kemudian mengulang hentak kaki kanan dan kiri mengikut rentak yang serupa dengan kiraan “tiga”, “empat” dan seterusnya mengikut kehendak arahan jurulatih seperti gambar 14. Penerangan teliti 1. Semasa mengangkat kaki kiri lutut kaki kanan hendaklah lurus begitu juga sebaliknya. 2. Kedua-dua tangan bawa ke hadapan badan separas dada dan jari-jari hendaklah digenggam. 3. Tendang kaki ke hadapan, badan tegak dan kepala memandang terus ke hadapan. Gambar 13 Gambar 14 Kesalahan biasa dilakukan 1. Lipat kaki ke belakang semasa hentak kaki berlari. 2. Tangan tidak bawa ke hadapan badan.
TERHAD 92 28.2. Berlari - Dari Kedudukan Statik. Kata perintah - “Da...... ri kiri / kanan, lari”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, dengan pantas angkat kaki kiri dan sebut “up” mulakan melangkah berlari dengan langkah lebih kurang 40 inci dan kelajuannya 180 langkah dalam satu minit dengan sebutan “kiri, kanan”. 2. Jarak berlari terpulang kepada jurulatih sehingga dapat kata perintah hentak kaki. Penerangan teliti 1. Semasa berlari hendaklah jatuhkan hujung kaki dahulu dan kedua tangan bengkok di hadapan dada. 2. Kaki hendaklah diangkat pada setiap langkah, kepala tegak, badan di bawa ke hadapan sedikit dan berlari keadaan biasa sahaja. Kesalahan biasa dilakukan 1. Berlari mengunakan tumit kasut. 2. Tunduk ke bawah ketika berlari. 28.3. Hentak Kaki –Dari Kedudukan Masa Berlari. Kata perintah - “Hentak ........ kaki” Kata perintah diberi ketika - Hujung kaki kiri jejak ke bumi. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, melangkah kaki kanan ke hadapan dengan sebutan “check”. 2. Selepas itu dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dengan sebutan “up”. 3. Kemudian dengan pantas jatuhkan hujung kaki kiri ke bumi di sebelah kaki kanan dan dengan pantas angkat kaki kanan paha separas dengan bumi dan buat pergerakan hentak kaki berlari sehingga mendapat kata perintah berhenti atau maju. Penerangan teliti 1. Semasa melangkah kaki kanan ke hadapan pergerakan “check”, kedua-dua tangan kanan masih di hadapan dada. 2. Ketika hentak kaki berlari, pastikan jarak antara barisan dan deretan, setelah dapat jarak jangan beralih-alih tempat semasa hentak kaki berlari. Kesalahan biasa dilakukan 1. Semasa hentak kaki beralih-alih tempat. 2. Kaki ke belakang semasa hentak kaki berlari.
TERHAD 93 28.4. Berhenti - Ketika Hentak Kaki Berlari. Kata perintah - “Skuad ............ ti” Kata perintah diberi - ketika hujung kaki kanan jejak ke bumi . Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas hentak kaki kiri rapat ke tumit kaki kanan dengan kiraan “satu”. 2. Kemudian hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri balik kedudukan sedia dengan kiraan “dua”. Penerangan teliti 1. Semasa hentak kaki kanan pastikan kedua-dua tangan rapat ke rusuk balik ke kedudukan sedia.. Kesalahan biasa dilakukan 1. Tidak mengunci pinggang dan membongkok. 2. Kedua-dua tangan lambat rapat ke rusuk ketika bilangan ke dua. 3. Tidak mengangkat kaki tinggi semasa membuat pergerakan berhenti. 28.5. Maju Ketika Hentak Kaki Berlari. Kata perintah - “Skuad ........maju” Kata perintah diberi - Ketika hujung kaki kiri jejak ke bumi. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas turunkan kaki kanan di sebelah kaki kiri dengan sebutan “kanan”. 2. Kemudian melangkah kaki kiri ke hadapan dengan sebutan “ kiri ”. 3. Setelah itu terus berlari. Penerangan teliti 1. Semasa jatuhkan hujung kaki kanan pastikan kedua-dua tangan tidak berubah. 2. Pastikan dengan pantas keluarkan langkah kaki kiri untuk maju. Kesalahan biasa dilakukan 1. Menghentak kaki kanan sebelum maju. 2. Pandangan menghala ke bawah.
TERHAD 94 PELAJARAN TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT DAN BERLARI. 29. TUKAR LANGKAH CEPAT DARI PERLAHAN MASA. Kata perintah - “Tukar langkah cepat, cepat jalan”. Kata perintah diberi - “Cepat” ketika kaki kanan melintasi kaki kiri dan “Jalan” ketika kaki kiri melintasi kaki kanan. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah“Jalan”, sorong kaki kiri ke hadapan dahulu sejauh lebih kurang 15 inci kemudian memacak tumit kaki kiri dengan sebutan “kiri”. 2. Setelah memacak tumit terus berjalan cepat masa. Penerangan teliti 1. Semasa memacak tumit kaki kiri dengan pantas hayun tangan kanan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. 2. Kata perintah cepat dan jalan tidak boleh diberi dengan menyelang langkah. 3. Kata perintah “Cepat” boleh juga diberi awal semasa kaki kiri cecah ke bumi dan kata perintah “Jalan” semasa kaki kanan cecah ke bumi. Kesalahan biasa dilakukan 1. Terus melangkah dan pacak tumit kaki kiri tidak menyorong. 2. Skuad Leader memberi kata perintah dengan menyelang langkah antara perintah cepat dan jalan. 30. TUKAR LANGKAH BERLARI DARI CEPAT MASA. Kata perintah - “Tukar langkah berlari.....lari”. Kata perintah diberi - Ketika tumit kaki kiri pacak ke bumi. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, langkah kaki kanan ke hadapan sejauh lebih kurang 30 inci dengan sebutan “check”. 2. “Up”, angkat kaki kiri paha separas bumi dan terus berlari dimulai dengan kaki kiri. Penerangan teliti 1. Semasa melangkah kaki kanan iaitu perbuatan “check”, hayun tangan kiri ke hadapan separas bahu dan tangan kiri hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. 2. Apabila melangkah berlari dengan kaki kiri kedua-dua tangan terus dibawa ke hadapan dada (membengkok). Kesalahan biasa dilakukan 1. Terus berlari mengunakan tumit atau tapak. 2. Tidak menjaga jarak barisan dan deretan.
TERHAD 95 31. TUKAR LANGKAH CEPAT DARI BERLARI. Kata perintah - “Tukar langkah cepat , cepat jalan”. Kata perintah diberi - Ketika kaki kiri cecah ke bumi sebut perkataan “Cepat dan ketika cecah kaki kanan ke bumi sebut perkataan “Jalan”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, maju kaki kiri ke hadapan sebutan “check”. 2. Kemudian ambil tiga langkah dengan sebutan “kanan, kiri, kanan”. 3. Setelah itu memacak tumit kaki kiri sejauh lebih kurang 30 inci dan terus berjalan cepat masa. Penerangan teliti 1. Semasa pergerakan “check” dan maju sebanyak tiga langkah ke hadapan, kedua-dua tangan masih seperti berlari. 2. Apabila melangkah kaki kiri ke hadapan hayun tangan kanan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. Kesalahan biasa dilakukan 1. Tidak memacak tumit pada langkah yang pertama dan tidak hayun tangan seperti dikehendaki. 2. Hilang rentak langkah semasa berjalan cepat.
“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”
TERHAD 96 BAHAGIAN EMPAT KAWAD SENJATA PERGERAKAN KAWAD SENJATA DALAM KEDUDUKAN STATIK. 1. SEDIA (Dari kedudukan senang diri) Kata perintah - “Skuad.....Sdia” Perbuatan penuh - “ Up….satu “ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Sedia dengan nombor , Skuad ... up, skuad….satu”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Sedia dengan nombor , Skuad ... up” dengan pantas angkat kaki kiri, paha separas bumi, hujung kasut tekan ke bawah, kedudukan tangan dan senjata tidak berubah dan sebut “up”(gambar 1 & 2). 2. “Skuad….satu” dengan pantas hentak tapak kaki kiri di sebelah kaki kanan tumit bertemu tumit hujung kasut terbuka 30 darjah, pada masa yang sama bawa senjata rapat ke sisi kanan, ibu jari di belakang penjahitan seluar kembali ke kedudukan sedia dan sebut “satu”.(gambar 3) Penerangan Teliti 1. Semasa menarik senjata balik ke belakang ibu jari berada di belakang penjahitan seluar paha kanan.Kedudukan Udi (Butt) rapat di kaki kanan selari dengan penjahitan kasut. 2. Kelopak menghala ke hadapan. Gambar 1 gambar 2 gambar 3
TERHAD 97 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Udi (Butt) bergerak. 2. Menganjak atau menghentak Udi (Butt) ke bumi. 3. Pergerakan kaki dan tangan tak sama. Nota : Pegangan tangan kanan samada di atas atau di bawah pejera hadapan senjata sewaktu kedudukan sedia adalah mengikut ketinggian seseorang anggota. 2. SENANG DIRI.(Dari kedudukan sedia) Kata perintah - “Senang... dri” Perbuatan penuh - “ Up….satu “ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Senang diri dengan nombor, skuad... up” “skuad ... satu”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Senang diri dengan nombor, skuad ...up” dengan pantas angkat kaki kiri, paha separas bumi, tangan tidak berubah dan sebut “up” (gambar 4). 2. “Skuad ... satu” bawa keberatan badan ke sebelah kiri dan hentak tapak kaki kiri ke kiri jarak tumit ke tumit 12 inci, pada masa yang sama tangan kanan lurus tolak senjata ke hadapan, tangan kiri tidak berubah dan sebut “satu” (gambar 5). Penerangan Teliti 1. Semasa menghulurkan senjata ke hadapan, tangan dan siku kanan lurus tanpa menggerakkan hujung udi senjata (Butt). 2. Kedudukan jari-jari tangan kanan rapat menghala ke bumi. Keberatan badan di atas kedua-dua kaki dan bahu sama rata. 3. Tangan kiri bergenggam di belakang penjahitan seluar seperti kedudukan sedia. Gambar 4 Gambar 5
TERHAD 98 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Senjata ke kiri atau ke kanan. 2. Tangan kiri bergerak. 3. Udi (Butt) bergerak. 4. Jari-jari tangan kanan genggam senjata. 5. Pergerakan tangan kanan dan kaki kiri tak serentak. 6. Bahu kanan jatuh dan badan senget. 3. REHATKAN DIRI.(Dalam kedudukan senang diri) Kata perintah - “Rehatkan...dri” Perbuatan penuh - “ Satu… “ (Kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Rehatkan…...dri” lemahkan anggota badan dari pinggang ke atas, pegangan serta kedudukan senjata tidak berubah dan sebut “Satu”. Penerangan Teliti 1. Kedudukan dalam senang diri, badan dalam keadaan rehat.. Nota : Apabila dapat perintah “Skuad” dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedua-dua tapak kaki bergerak menyebabkan hilang lurus barisan. 2. Mengeliat dan bercakap-cakap. 4. RUSUK SENJATA. Kata perintah - “Rusuk ... ta” Perbuatan penuh - “ Satu dua “ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Rusuk Senjata... satu”,“skuad ... dua”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Latihan senjata dengan nombor, Rusuk Senjata....satu dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kanan lambung senjata melalui rusuk kanan, pada masa yang sama tangan kiri selari dengan talipinggang tangkap Pengadang Tangan, tangan kanan tangkap penggenggam tangan ibu jari di belakang penjahit seluar, kedudukan pejera hadapan di pangkal ketiak dan sebut “Satu” (gambar 6 & 7). 2. Skuad.....dua dengan pantas potong tangan kiri kembali ke kedudukan sedia dan sebut “Dua”(gambar 8).
TERHAD 99 Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kiri menangkap pengadang tangan, siku hendaklah rapat ke badan dan lengan sama rata dengan bumi. 2. Siku tangan kanan lurus, jari-jari menggenggam penggenggam tangan. 3. Kelopak menghala ke hadapan, laras senjata (Muzzle) ke atas dan menyerong ke hadapan sedikit, rapat kepada lekok bahu. Gambar 6 Gambar 7 Gambar 8 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak menangkap senjata serentak dengan kedua-dua tangan. 2. Mengangkat senjata (tidak melambung senjata) 3. Laras (muzzle) senjata terlampau tegak menuju ke atas. 4. Laras (muzzle) senjata terlampau condong ke hadapan. 5. TURUN SENJATA.(Dari kedudukan rusuk senjata) Kata perintah - “Turun.... ta” Perbuatan penuh - “ Satu dua tiga “ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, turun senjata....satu, skuad.... dua, skuad....tiga” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Latihan Senjata dengan nombor, Turun Senjata....satu” dengan pantas tangan kiri tangkap pengadang cahaya, pegangan melilit, siku rapat ke badan dan sebut “Satu” ( gambar 9). 2. “Skuad.... dua” dengan pantas tolak senjata ke bawah menggunakan kekuatan tangan kiri melalui rusuk kanan, tangan kanan tangkap pada bahagian pejera hadapan di tiga suku perjalanan, udi selari dengan penjahit kasut dan sebut “Dua” ( gambar 10). 3. “Skuad....tiga” dengan pantas potong tangan kiri kembali ke kedudukan sedia dan sebut “Tiga” ( gambar 11).
TERHAD 100 Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke bawah, dengan menggunakan kekuatan tangan kiri tolak senjata ke bawah, dalam tiga suku perjalanan dengan menggunakan tangan kanan, tepuk dan tangkap hujung Pengadang Tangan menggunakan empat jari dan ibu jari di bahagian dalam terus ke bawah ( gambar 10). 2. Semasa memotong tangan kiri hendaklah melalui jalan yang dekat balik ke kedudukan sedia 3. Kedudukan udi senjata rapat di penjahitan kasut dan kelopak menghala ke hadapan. Gambar 9 Gambar 10 Gambar 11 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Siku kiri tidak rapat ke dada. 2. Menghentak Udi (Butt) ke bumi. 3. Kelopak tidak menghala ke hadapan. 4. Udi (Butt) tidak rapat seperti kedudukan sedia dengan senjata. 5. Siku tangan kanan bengkok ke atas semasa membuat pergerakan tepuk dan tangkap hujung Pengadang Tangan. 6. HORMAT SENJATA. 6.1. HORMAT SENJATA.(Dari kedudukan rusuk senjata) Kata perintah - “Hormat ... Ta” Perbuatan penuh - “ Satu dua“ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan Nombor, hormat senjata...Satu, Skuad....dua”.
TERHAD 101 Pergerakan 1. Apabila dapat kata perintah “Latihan Senjata dengan Nombor Hormat Senjata...Satu” dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata ke hadapan badan (tengah badan) jarak satu penumbuk, pengadang cahaya selari dengan mata, pada masa yang sama tangan kiri tangkap di bahagian bawah Pengadang Tangan ibu jari tegak dan sebut “Satu” (gambar 12 & 13). 2. “Skuad....dua” dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi dan hentak di belakang kaki kiri kedudukan perut kaki kanan rapat di belakang tumit kaki kiri hujung kasut terbuka 30 darjah, pada masa yang sama tangan kanan tangkap Genting Udi, ibu jari di sebelah kiri, empat jari di sebelah kanan rapat tersusun rapi dan sebut “Dua” ( gambar 14 & 15). Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke hadapan, tangan kanan hendaklah lurus memegang penggenggam tangan. 2. Siku tangan kiri rapat ke badan, lengan lurus ke hadapan dan jari tangan kiri memegang pengadang tangan dengan ibu jari tegak ke atas. 3. Tangan kanan yang memegang genting udi hendaklah lurus dengan keempatempat jari tersusun rapat di sebelah kanan genting udi dan ibu jari kepit di sebelah kiri genting udi. Gambar 12 Gambar 13 Gambar 14 Gambar 15 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Lengan tangan kiri tidak selari dengan bumi. 2. Tidak meluruskan siku kanan. 3. Jari-jari tangan kanan dan kiri tidak rapat. 4. Senjata tidak selari dengan badan. 5. Kedudukan senjata condong. 6. Pergerakan tangan dan kaki tidak serentak.
TERHAD 102 6.2 RUSUK SENJATA.(Dari kedudukan hormat senjata) Kata perintah - “Rusuk ... ta” Perbuatan penuh - “ Satu dua“ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan senjata dengan nombor, rusuk senjata... satu, skuad... dua” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Latihan Senjata dengan nombor, Rusuk Senjata.....satu” dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kiri bawa senjata ke rusuk kanan pegangan melilit. pada masa yang sama tangan kanan lepas Genting Udi,tepuk dan tangkap Penggenggam Tangan dan sebut “Satu”. 2. Skuad... dua dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kiri pada masa yang sama turun tangan kiri melalui jalan paling dekat kembali ke kedudukan sedia dan sebut “Dua” ( gambar 16, 17& 18). Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan pertama kedudukan senjata condong sedikit ke hadapan, pejera hadapan rapat ke pangkal ketiak dan tangan kiri selari dengan tali pinggang, semasa perbuatan tepuk dan tangkap penggenggam tangan siku kanan lurus dan keluasan tidak terlalu luas. 2. Pastikan semasa mengangkat kaki kanan kepala lutut menghala ke hadapan. Gambar 16 Gambar 17 Gambar 18 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Siku kanan bengkok. 2. Siku kiri tidak rapat ke badan. 3. Kepala lutut menyerong ke kanan semasa hentak kaki .
TERHAD 103 6.3. HORMAT SENJATA.(Dari kedudukan turun senjata) Kata perintah - “Hormat ... ta” Perbuatan penuh - “ Satu dua “ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan senjata dengan nombor, hormat senjata.....satu, skuad....dua”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan Senjata dengan nombor, Hormat Senjata.....satu dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata ke hadapan badan (tengah badan), jarak satu penumbuk, pengadang cahaya selari dengan mata, pada masa yang sama tangan kiri tangkap di bahagian bawah pengadang tangan ibu jari tegak dan sebut “Satu”. 2. Skuad....dua dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi dan hentak di belakang kaki kiri kedudukan perut kaki kanan rapat di belakang tumit kaki kiri hujung kasut terbuka 30 darjah, pada masa yang sama tangan kanan tangkap Genting Udi, ibu jari di sebelah kiri, empat jari di sebelah kanan rapat tersusun rapi dan sebut “Dua”. Nota: Pegangan tangan kanan samada di atas atau di bawah Pejera Hadapan senjata sewaktu kedudukan sedia adalah mengikut ketinggian seseorang anggota. Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke hadapan, siku kanan hendaklah bengkok berpandukan lengan tangan kiri selari dengan bumi semasa menangkap Pengadang Tangan. 2. Jari-jari tangan kiri menggenggam Pengadang Tangan dengan ibu jari tegak ke atas. 3. Tangan kanan yang menangkap Genting Udi hendaklah lurus dan jari bersusun rapat. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Lengan tangan kiri tidak selari dengan bumi. 2. Jari-jari tangan kanan dan kiri tidak rapat dan bersusun lurus. 3. Tidak melurus siku kanan. 4. Senjata tidak selari dengan badan. 5. Kedudukan senjata condong. 6. Pergerakan tangan dan kaki tidak serentak.
TERHAD 104 6.4. TURUN SENJATA.(Dari kedudukan hormat senjata) Kata perintah - “Turun..... ta” Perbuatan penuh - “ Satu dua “ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan senjata dengan nombor, turun senjata.....satu, skuad.....dua” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan Senjata dengan nombor, Turun Senjata.....satu” dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kiri bawa senjata ke sebelah kanan, tangan kanan siku bengkok tangkap kepada bahagian pejera hadapan bawa senjata turun ke bawah, udi senjata selari dengan penjahit kasut,tangan kiri tangkap pengadang cahaya dan sebut “satu”.(gambar 19 & 20) 2. Skuad.....dua denagan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi dan hentak di sebelah kaki kiri pada masa yang sama turun tangan kiri melalui jalan yang dekat kembali ke kedudukan sedia dan sebut “Dua”,( gambar 21 & 22). Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke sebelah kanan, siku kanan hendaklah rapat ke rusuk kanan dan terus bawa senjata ke bawah. 2. Pastikan senjata rapat di tepi kasut setelah turun ke bawah. 3. Pergerakan kedua iaitu hentak kaki kanan dan potong tangan kiri hendaklah serentak. Gambar 19 Gambar 20 Gambar 21 Gambar 22 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Menghentak Udi (Butt) ke bumi. 2. Kelopak tidak menghala ke hadapan. 3. Potong tangan dan hentak kaki tidak serentak. 4. Udi (Butt) tidak rapat seperti kedudukan sedia.
TERHAD 105 7. HORMAT PENGADANG TANGAN. 7.1. KE HADAPAN HORMAT Kata perintah - Ke hadapan..... hormat” Perbuatan penuh - “Satu dua“ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor- “Hormat dengan nombor, ke hadapan.....satu, skuad...... dua”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Hormat dengan nombor, ke hadapan.....satu” dengan pantas tangan kiri selari dengan talipinggang, susun kelima-lima jari rapi tepuk pengadang tangan melalui jalan paling dekat dan sebut “Satu” ( gambar 23). 2. Skuad...... dua dengan pantas turun tangan kiri melalui jalan yang dekat balik ke kedudukan sedia dan sebut “Dua”. Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan hormat,lengan kiri hendaklah lurus selari dengan bumi dan jari-jari yang menepuk Pengadang Tangan tersusun rapat dan lurus. 2. Apabila menurunkan tangan kiri, hendaklah melalui jalan yang dekat dan jari hendaklah bergenggam dan kemudian ucap selamat diberi. Gambar 23 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tangan kiri tidak selari dengan bumi. 2. Jari-jari terbuka dan tidak lurus. 3. Bahu kuncup.
TERHAD 106 7.2. HORMAT KE KANAN Kata perintah - “Ke kanan...... hormat” Perbuatan penuh - “Satu dua“ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor - “Hormat dengan nombor, ke kanan.....satu, skuad..... dua” Pergerakan. (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah Hormat dengan nombor, ke kanan.....satu dengan pantas tangan kiri selari dengan talipinggang, susun kelima-lima jari rapi tepuk pengadang tangan melalui jalan paling dekat pada masa yang sama muka pandang kanan dan sebut “Satu” 2. Skuad..... dua dengan pantas turun tangan kiri melalui jalan yang dekat balik ke kedudukan sedia pada masa yang sama muka pandang ke hadapan dan sebut “Dua”. Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan hormat,lengan kiri hendaklah lurus selari dengan bumi dan jari-jari yang menepuk pengadang tangan tersusun rapat dan lurus pada masa yang sama muka paling ke kanan. 2. Apabila menurunkan tangan kiri, hendaklah melalui jalan yang dekat dan jari hendaklah bergenggam, muka pandang ke hadapan balik ke kedudukan sedia. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tangan kiri tidak selari dengan bumi. 2. Jari-jari terbuka dan tidak lurus. 3. Tidak memaling muka sepenuhnya ke kanan. 7.3. HORMAT KE KIRI Kata perintah - “Ke kiri..... hormat” Perbuatan penuh - “Satu dua“ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor- “Hormat dengan nombor, ke kiri..... satu”, “skuad..... dua” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah Hormat dengan nombor, ke kiri.....satu dengan pantas tangan kiri selari dengan talipinggang, susun kelima-lima jari rapi tepuk pengadang tangan melalui jalan paling dekat pada masa yang sama muka pandang kiri dan sebut “Satu”
TERHAD 107 2. Skuad..... dua dengan pantas turun tangan kiri melalui jalan yang dekat balik ke kedudukan sedia pada masa yang sama muka pandang ke hadapan dan sebut “Dua”. Penerangan Teliti 1. Semasa membuat pergerakan hormat, lengan kiri hendaklah lurus selari dengan bumi dan jari-jari yang menepuk pengadang tangan tersusun rapat dan lurus pada masa yang sama muka paling ke kiri. 2. Apabila menurunkan tangan kiri, hendaklah melalui jalan yang dekat dan jari hendaklah bergenggam, muka pandang ke hadapan balik ke kedudukan sedia. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tangan kiri tidak selari dengan bumi. 2. Jari-jari terbuka dan tidak lurus. 3. Tidak memaling muka sepenuhnya ke kiri. Nota: 1. Semasa membawa senjata jenis rifle bertali sling digalas di belakang, di sisi atau hadapan badan atau di sisi badan hendaklah melepaskan pegangan dan dalam kedudukan sedia serta membuat pergerakan TABIK HORMAT. 8. BARING SENJATA. Kata perintah - “Baring ... ta” Perbuatan penuh - “ satu dua” (kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Baring Senjata......satu, skuad.... dua”. Pergerakan (Detail). 1. Apabila dapat kata perintah Latihan Senjata dengan nombor, Baring Senjata .....satu dengan pantas bawa kaki kiri 30 inci ke hadapan jatuh tapak kasut, duduk berlutut pada yang sama baring senjata ke bumi, pejera hadapan selari dengan lutut kanan, kelopak menghala ke kanan dan sebut “satu”(gambar 24& 25). 2. Skuad... dua Lepas senjata dan kembali ke kedudukan sedia dan sebut “Dua” ( gambar 26). Penerangan Teliti 1. Semasa kedudukan melutut badan tegak tetapi condong ke hadapan, lutut kaki kanan selari dengan tumit kaki kiri. 2. Baringkan senjata lurus ke hadapan di atas bumi kelopak menghala ke sebelah kanan dan pejera hadapan selari dengan lutut kaki kanan. 3. Hujung kasut kaki kanan terlipat ke bumi dan tapak kasut menghala ke belakang. 4. Kedudukan tangan kiri lurus dan rapat ke badan dan paha, kepala hendaklah tegak seberapa boleh dan mata memandang ke hadapan. 5. Semasa bangun, angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia. 6. Perhentian sejenak diantara perbuatan “up” dan “satu”
TERHAD 108 Gambar 24 Gambar 25 Gambar 26 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Memandang atau tunduk ke bawah. 2. Menghentakkan senjata ke bumi. 3. Meletakkan tangan kiri di atas paha. 4. Duduk di atas betis kaki kanan 9. ANGKAT SENJATA. Kata perintah - “Angkat..... ta” Perbuatan penuh - “ satu dua” (kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Angkat Senjata..... satu, skuad.....dua”. Pergerakan (Detail). 1. Apabila dapat kata perintah Latihan Senjata dengan nombor, angkat senjata .....satu dengan pantas bawa kaki kiri 30 inci ke hadapan jatuh tapak kasut, duduk berlutut pada yang sama pegang senjata di bahagian pejera hadapan dan selari dengan lutut dan sebut “satu”.( gambar 27 & 28). 2. Skuad.....dua dengan pantas bangun pada masa yang bawa senjata balik ke kedudukan sedia dan sebut “Dua”.( gambar 29). Penerangan Teliti 1. Semasa bangun angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kanan. 2. Udi rapat di kaki kanan dimana kedudukan toe butt sama rata dengan penjahit kepala kasut. Kelopak menghala ke hadapan. 3. Perhentian sejenak diantara perbuatan “up” dan “satu”
TERHAD 109 Gambar 27 Gambar 28 Gambar 29 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Memandang atau tunduk ke bawah. 2. Menghentak senjata ke bumi. 3. Meletakkan tangan kiri di atas paha. 4. Duduk di atas betis kaki kanan Nota: 1. Jika skuad sedang berdiri sedia dengan senjata, dan dikehendaki mereka menyandarkan senjata ke dinding, ke pokok, ke tepi padang atau lainnya, iaitu tidak “Baring Senjata” maka kata perintah “Senjata ke dinding/ ke pokok/ ke tepi padang....Gerak”. Apabila dapat kata perintah, skuad hendaklah terus berlari letak senjata mengikut arahan tanpa membuat perbuatan keluar baris. Kemudian beratur semula sebagaimana mula-mula sebelum hukuman diberi. 2. Jika senjata itu dikehendaki diambil semula hukumannya “Kepada Senjata kamu... Gerak”. Skuad hendaklah berlari tanpa membuat perbuatan keluar baris, ambil senjata masing-masing dan beratur semula di tempat hukuman itu diberikan dan kembali ke kedudukan asal, (sedia atau senang diri). 3. Jika skuad telah baring senjata dalam padang kawad membuat kawad tangan jauh dari senjatanya apabila hendak mengambil senjatanya semula bolehlah diberi hukuman “Angkat... Ta”. Skuad hendaklah membuat pergerakan keluar baris dan berlari kepada senjata masing-masing berdiri dahulu di tepi senjata masingmasing dan angkat senjata bersendirian dan sedia menunggu arahan atau kata perintah seterusnya. 4. Perbuatan ini tidak boleh dilakukan semasa pergerakan berjalan, hanya dilakukan semasa kedudukan statik sahaja.
TERHAD 110 10. PERIKSA SENJATA Kata perintah - “Untuk diperiksa, periksa... ta” Perbuatan penuh - “satu..dua..tiga..empat..lima”. (kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor - “Latihan senjata dengan nombor, untuk diperiksa, periksa senjata...satu, skuad....dua, skuad...tiga, skuad...empat, skuad....lima. DARI KEDUDUKAN RUSUK SENJATA Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan Senjata dengan nombor, untuk diperiksa, Periksa Senjata...satu” dengan pantas tangan kanan lambung sedikit senjata,tangkap dan kepit di belakang genting udi, empat jari di luar, ibu jari di sebelah dalam,pada masa yang sama tangan kiri selari dengan talipinggang tangkap pengadang tangan, pegangan melilit dan sebut “Satu”( gambar 30). 2. “Skuad....dua” dengan pantas bawa kaki kiri 15 inci ke hadapan bukaan seluas bahu (seperti senang diri) kedua-dua lutut tegang pada masa yang sama tangan kiri bengkok sedikit bawa senjata 45 darjah kehadapan badan, udi di ari-ari sebelah kanan, tangan kanan tangkap pada Penggenggam Tangan, jari telunjuk lurus di luar picu dan sebut “dua”( gambar 31. 3. Skuad...tiga dengan pantas tangan kanan menggunakan jari telunjuk dan jari hantu tangkap pada Tangkai cekah,ibu jari tekan pengunci tangkai pencekah dan sebut “Tiga”. 4. Skuad...empat dengan pantas tarik tangkai pencekah dan sebut “Empat” (gambar 32). 5. Skuad....lima dengan pantas tangan kanan tangkap Penggenggam Tangan, jari telunjuk di luar picu dan sebut “Lima”( gambar 33). DARI KEDUDUKAN SEDIA ( SENJATA BERADA DI BAWAH ) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan Senjata dengan nombor, untuk diperiksa, Periksa Senjata...satu” dengan pantas tangan kanan lambung senjata melalui rusuk kanan, tangkap dan kepit di belakang genting udi, empat jari di luar, ibu jari di sebelah dalam, pada masa yang sama tangan kiri selari dengan talipinggang tangkap pengadang tangan, pegangan melilit dan sebut “Satu” ( gambar 30). 2. “Skuad....dua” dengan pantas bawa kaki kiri 15 inci ke hadapan bukaan seluas bahu (seperti senang diri) kedua-dua lutut tegang pada masa yang sama tangan kiri bengkok sedikit bawa senjata 45 darjah kehadapan badan, udi di ari-ari sebelah kanan, tangan kanan tangkap pada Penggenggam Tangan, jari telunjuk lurus di luar picu dan sebut “dua”( gambar 31). 3. “Skuad...tiga” dengan pantas tangan kanan menggunakan jari telunjuk dan jari hantu tangkap pada Tangkai pencekah,ibu jari tekan pengunci tangkai pencekah dan sebut “Tiga”.
TERHAD 111 4. “Skuad...empat” dengan pantas tarik tangkai pencekah dan sebut “Empat” (gambar 32). 5. Skuad....lima dengan pantas tangan kanan tangkap Penggenggam Tangan, jari telunjuk di luar picu dan sebut“Lima”( gambar 33). Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kanan menangkap pada Penggenggam Tangan, telunjuk kanan hendaklah lurus di luar Pengadang Picu dan siku kiri bengkok sedikit. 2. Hujung laras senjata separas dengan mata, Kelopak menghala ke bawah serta Udi senjata terletak di ari-ari kanan. 3. Semasa menarik Tangkai Pencekah gunakan jari telunjuk dan jari hantu. Gambar 30 Gambar 31 Gambar 32 Gambar 33 11. LEPASKAN SPRING, RUSUK SENJATA, TURUN SENJATA DARI KEDUDUKAN PERIKSA SENJATA. 11.1. LEPASKAN SPRING. Kata perintah - “Lepaskan.....spring” Perbuatan penuh - “satu..dua..tiga..empat..lima”. (kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Lepaskan spring.....satu,Skuad....dua, Skuad...tiga, Skuad...empat, Skuad....lima. Pergerakan(Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan senjata dengan nombor, untuk diperiksa, Periksa Senjata...satu” dengan pantas perut tapak tangan kiri tepuk pada Pin Pengunci bahagian kerja dan sebut “Satu” (gambar 34). 2. Skuad....dua dengan pantas tangan kiri tangkap Pengadang Tangan, pegangan melilit dan sebut “Dua” (gambar 35). 3. Skuad...tiga dengan pantas jari telunjuk tangan kanan ramas picu dan sebut “Tiga”.
TERHAD 112 4. Skuad...empat dengan pantas tangan kanan tepuk dan tutup Penutup Liang Buang dan sebut “Empat” ( gambar 36). 5. Skuad....lima dengan pantas tangan kanan Tangkap Penggenggam Tangan dan sebut “Lima” (gambar 37). Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kiri menepuk pada Pin Pengunci bahagian kerja, tentukan kelimalima jari tersusun rapat dan lurus mengikut senjata. Keberatan senjata di atas tangan kanan. 2. Semasa perbuatan “empat” ibu jari di sebelah kiri, empat jari tersusun rapi di sebelah kanan. 11.2. RUSUK SENJATA.(Dari kedudukan periksa senjata) Kata perintah - “Rusuk ... ta” Perbuatan penuh - “Satu..dua”. (kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Rusuk Senjata......satu, Skuad....dua. Pergerakan (DETAIL) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan Senjata dengan nombor Rusuk Senjata......satu” dengan kekuatan tangan kiri bawa senjata ke rusuk kanan, pada masa yang sama tangan kanan siku lurus terbuka sedikit tepuk dan tangkap Penggenggam Tangan dan sebut “Satu” ( gambar 38 dan 39). 3. “Skuad....dua” dengan pantas turun tangan kiri melalui jalan paling dekat kembali ke kedudukan seia dan sebut “Dua”. Penerangan Teliti 1. Pastikan semasa kedudukan senjata di rusuk, Pejera Hadapan rapat di pangkal ketiak. 2. Semasa memotong tangan kiri balik ke rusuk kiri jari-jari hendaklah genggam. Gambar 34 Gambar 35 Gambar 36 Gambar 37
TERHAD 113 Gambar 38 Gambar 39 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Senjata tidak rapat ke rusuk. 2. Siku kanan bengkok masa memegang senjata. 3. Tidak tepuk dan tangkap penggenggam tangan. 11.3. TURUN SENJATA.(Dari kedudukan periksa senjata) Kata perintah - “Turun ... ta” Perbuatan penuh - “satu dua tiga”. (kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Turun Senjata....satu, Skuad...dua, Skuad.....tiga. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor Turun Senjata ....satu dengan kekuatan tangan kiri bawa senjata 45 darjah ke sisi kanan, udi senjata rapat ke pinggang,tangan kanan tepuk dan cekak bahagian atas penggenggam tangan pada masa yang sama angkat kaki kiri paha separas bumi dan hentak rapat ke sebelah kaki kanan, hujung kasut terbuka 30 darjah dan sebut .“Satu”( gambar 40 & 41). 2. Skuad...dua dengan pantas tangan kiri tangkap pengadang cahaya dan bawa senjata turun ke bawah, udi rapat selari dengan penjahit kasut melalui rusuk kanan dengan dibantu oleh tangan kanan dan sebut “Dua”( gambar 42). 3. Skuad.....tiga dengan pantas turun tangan kiri melalui jalan yang paling dekat balik ke kedudukan sedia dan sebut“Tiga”.
TERHAD 114 Penerangan Teliti 1. Semasa turun tangan kiri balik ke kedudukan sedia pastikan jari-jari bergenggam. 2. Semasa bawa senjata ke sebelah kanan kedudukan Genting Udi berada di pinggul kanan. Gambar 40 Gambar 41 Gambar 42 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tangan kanan tidak mencapai cukup pada tempat hendak di pegang. 2. Menghentak Tapak Udi di bumi. 3. Kelopak tidak menghala ke hadapan. Nota: 1. Apabila seorang dalam satu platun telah diperiksa senjatanya, hendaklah menunggu sehingga orang yang ketiga daripadanya sedang diperiksa senjata. Kemudian barulah membuat pergerakan lepaskan spring dan turun senjata balik kedudukan sedia, manakala dua orang terakhir kata perintah lepaskan spring dan turun atau rusuk senjata ialah di beri oleh orang terakhir setelah selesai di periksa. Senang diri sekiranya diarahkan oleh pegawai yang memeriksa. 2. Sekiranya perbuatan untuk di periksa senjata dari kedudukan rusuk hendaklah rusuk senjata dahulu baru buat perbuatan turun senjata. 12. BIMBIT SENJATA 12.1. Bimbit Senjata Dari Rusuk Senjata. Kata perintah - “Bimbit ... ta” Perbuatan penuh - “satu dua tiga”, (kata perbuatan Kata perintah dengan Nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Bimbit Senjata....satu, Skuad.....dua, Skuad....tiga.
TERHAD 115 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Bimbit Senjata... satu dengan pantas tangan kiri,lengan selari dengan talipinggang tangkap pengadang tangan, pegangan melilit dan sebut “Satu” 2. Skuad... dua dengan pantas bengkok siku tangan kanan dan tangkap Tangkai Pembawa, empat jari di dalam, ibu jari di bahagian hadapan dan sebut “Dua” 3. Skuad...tiga dengan kekuatan tangan kanan bawa senjata turun selari dengan bumi lurus kehadapan di sebelah paha kanan pada masa yang sama turun tangan kiri balik ke kedudukan sedia dan sebut “Tiga” Penerangan Teliti 1. Tangan kiri tangkap pada pengadang tangan, lengan kiri lurus selari dengan talipinggang. 2. Semasa tangan kanan tangkap pada tangkai pembawa, siku kanan bengkok ke belakang ibu jari tangan kanan berada di hadapan Tangkai Pembawa. 3. Semasa membawa senjata turun ke sebelah kanan pastikan laras menghala ke hadapan, senjata sama rata dengan bumi, kelopak menghala ke bawah. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Senjata tidak selari dengan bumi. 2. Hujung senjata menghala ke kanan atau ke kiri. 12.2. Bimbit Senjata Dari Julang Senjata. Kata perintah - “Bimbit ... Ta” Perbuatan penuh - “satu dua”. (kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor - “Latihan senjata dengan nombor, Bimbit Senjata….Satu,Skuad....dua”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan senjata dengan nombor, Bimbit Senjata….Satu” dengan pantas tangan kanan siku bengkok selari dengan senjata tangkap tangkai pembawa di bahagian hadapan, ibu jari di luar empat jari di dalam dan sebut “satu” 2. Skuad....dua dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata ke sisi kanan selari dengan bumi,lurus kehadapan, pada masa yang sama turun tangan kiri kembali ke kedudukan sedia dan sebut “dua” Penerangan Teliti 1. Semasa perbuatan satu kedudukan ibu jari tangan kanan di bahagian hadapan tangkai pembawa siku selari dengan senjata, kedudukan senjata tidak berubah. 2. Semasa perbuatan dua kawal senjata dengan kemas dan bawa turun dengan pantas melalui jalan yang paling dekat.
TERHAD 116 13. RUSUK SENJATA 13.1. Rusuk Senjata Dari Bimbit Senjata. Kata perintah - “Rusuk ... ta” Perbuatan penuh - “satu dua tiga”, (kata perbuatan) Kata perintah dengan Nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Rusuk Senjata....satu,Skuad...dua, Skuad....tiga”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan senjata dengan nombor,rusuk senjata....satu” dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kanan bengkok siku tegakkan senjata di rusuk kanan, pejera hadapan di pangkal ketiak, udi rapat di pinggul pada masa yang sama tangan kiri selari dengan talipinggang tangkap Pengadang Tangan dan sebut “Satu”. 2. Skuad...dua dengan pantas Tangan kanan tepuk dan tangkap pada Penggenggam Tangan, ibu jari di penjahit seluar dan sebut “Dua” 3. Skuad....tiga dengan pantas turun tangan kiri balik ke kedudukan sedia dan sebut“Tiga”. Penerangan Teliti 1. Apabila menangkap Pengadang Tangan, lengan tangan kiri lurus selari dengan bumi. 2. Semasa tangan kanan menangkap Penggenggam Tangan pastikan tangan lurus, senjata berada di lekuk bahu. 3. Semasa turun tangan kiri pastikan melalui jalan yang dekat. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Lambat menegakkan senjata. 2. Siku kanan tidak rapat pada badan. 13.2. Rusuk Senjata Dari Julang Senjata. Kata perintah - “Rusuk ... ta” Perbuatan penuh - “satu dua”. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Rusuk Senjata...satu, Skuad dua”.
TERHAD 117 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan Senjata dengan nombor, Rusuk Senjata...satu” dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kiri bawa senjata ke rusuk kanan selari dengan talipinggang,kedudukan pejera hadapan dipangkal ketiak, udi rapat di pinggul pada masa yang sama tangan kanan siku lurus ke bawah terbuka sedikit tepuk dan tangkap Penggenggam Tangan dan sebut “Satu”. 2. Skuad dua dengan pantas turun tangan kiri melalui jalan yang paling dekat balik ke kedudukan sedia dan sebut “Dua” Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke rusuk kanan keadaan badan menghala terus ke hadapan dan ketika potong tangan kiri terus rapat ke belakang penjahitan seluar. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kedudukan senjata terlalu condong ke hadapan. 2. Potong tangan tidak rapat pada badan. 14. JULANG SENJATA. 14.1. Julang Senjata Dari Bimbit Senjata. Kata perintah - “Julang....ta” Perbuatan penuh - satu dua. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Julang Senjata….satu, Skuad....dua”, Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan Senjata dengan nombor, Julang Senjata….satu” dengan kekuatan tangan kanan melalui jalan yang paling dekat bawa senjata melintang 45 darjah ke atas dihadapan badan jarak lebih kurang satu penumbuk, siku selari dengan senjata pada masa yang sama tangan kiri tangkap pada pangkal Pengadang Tangan, siku rapat ke badan dan sebut “Satu”. 2. Skuad....dua dengan pantas tangan kanan tangkap Penggenggam Tangan, jari telunjuk di luar picu, siku rapat pada udi dan sebut “Dua”. Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke hadapan badan,ikut jalan paling dekat, siku kiri rapat ke rusuk.
TERHAD 118 14.2. Julang Senjata Dari Rusuk Senjata. Kata perintah - “Julang....ta” Perbuatan penuh - “satu”. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Julang Senjata….satu”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan Senjata dengan nombor, Julang Senjata….satu” dengan kekuatan tangan kanan melalui jalan yang paling dekat bawa senjata melintang 45 darjah ke atas di hadapan badan jarak lebih kurang satu penumbuk, siku selari dengan senjata pada masa yang sama tangan kiri tangkap pada pangkal Pengadang Tangan, siku rapat ke badan dan sebut “Satu”. Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke hadapan badan,ikut jalan paling dekat, siku kiri rapat ke rusuk. 14.3. Julang Senjata Dari Kedudukan Turun Senjata. Kata perintah - “Julang ... ta” Perbuatan penuh - satu. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Julang Senjata….satu”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Latihan Senjata dengan nombor, Julang Senjata….satu” dengan kekuatan tangan kanan melalui jalan yang paling dekat lambung senjata melintang 45 darjah ke atas dihadapan badan jarak lebih kurang satu penumbuk, pada masa yang sama tangan kiri tangkap pada pangkal Pengadang Tangan, pegangan melilit, siku rapat ke badan dan tangan kanan tangkap pada Penggenggam Tangan siku rapat di udi, jari telunjuk di luar picu dan sebut “Satu”. Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kanan tangkap pada Penggenggam Tangan, Kelopak menghala ke hadapan, siku kanan rapat pada Udi, lengan kiri tegak dan siku kiri rapat ke rusuk kiri. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak membawa senjata ke hadapan badan. 2. Kedua-dua siku tidak sama rata dengan bahu.
TERHAD 119 Nota: 1. Julang Senjata boleh dibuat dari Rusuk Senjata iaitu dalam satu pergerakan sahaja, cuma mengubahkan cara pegangan tangan kanan pada Penggenggam Tangan. 2. Rusuk Senjata dari Julang Senjata juga boleh dibuat iaitu bawa senjata ke rusuk kanan dalam dua pergerakan. Pertama - bawa senjata ke rusuk kanan, Kedua - Potong tangan kiri balik ke rusuk kiri. 3. Julang Senjata selalu digunakan apabila hendak berlari dengan membawa senjata yang terpasang dengan Benet. 15. TURUN SENJATA DARI JULANG SENJATA. Kata perintah - “Turun ... ta” Perbuatan penuh - “satu dua tiga”. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Turun Senjata.... satu, Skuad...dua, Skuad...tiga”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan Senjata dengan nombor, Turun Senjata....satu” dengan pantas tangan kanan tepuk dan cekak pada hujung bahagian atas Pengadang Tangan, kedudukan lain tidak berubah dan sebut “Satu”( gambar 43). 2. Skuad...dua dengan pantas tangan kiri tangkap pengadang cahaya dan bawa senjata turun ke bawah, udi selari dengan penjahit kasut melalui rusuk kanan dengan dibantu oleh tangan kanan dan sebut “Dua” ( gambar 44). 3. Skuad...tiga turun tangan kiri melalui jalan yang paling dekat balik ke kedudukan sedia dan sebut “Tiga”. Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata turun dipergerakan pertama kedudukan jari tangan kanan dalam pegangan melilit di Pengadang Tangan. 2. Siku kiri rapat di rusuk kiri dan lengan kanan selari dan rapat pada senjata. 3. Bawa senjata ke bawah balik pada kedudukan sedia. Gambar 43 Gambar 44
TERHAD 120 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Semasa membuat pergerakan “Satu” muka memandang hujung Pengadang Tangan. 2. Siku dan lengan tangan kanan tidak rapat pada senjata. 3. Menghentak Udi Senjata. 4. Senjata tidak rapat di kaki kanan. 16. KALIH SENJATA. 16.1. Dari Bimbit Kanan Ke Bimbit Kiri. Kata perintah - “Kalih ... ta” Perbuatan penuh - “satu dua tiga empat” (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata....satu, Skuad...dua, Skuad.....tiga, Skuad....empat”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata....satu dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata tegak di tengah badan jarak satu penumbuk dengan badan, pengadang cahaya selari dengan mata, kelopak lurus kehadapan pada masa yang sama tangan kiri siku rapat ke badan tepuk dan tangkap pada pangkal Pengadang Tangan, pegangan melilit dan sebut “Satu”. 2. Skuad...dua dengan pantas tangan kanan siku rapat ke badan tepuk dan tangkap Pengadang Tangan rapat di atas tangan kiri dan sebut “Dua”. 3. Skuad.....tiga dengan pantas tangan kiri tangkap tangkai pembawa di bahagian hadapan, ibu jari di luar empat jari di dalam dan sebut “Tiga”. 4. Skuad....empat dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kiri bawa senjata turun ke sebelah paha kiri selari dengan bumi,lurus ke hadapan, pada masa yang sama turun tangan kanan kembali ke kedudukan sedia dan sebut “Empat”. Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kanan membawa senjata ke tengah badan pastikan Kelopak menghala ke hadapan, lengan kanan sama rata dengan bumi dan siku rapat ke badan. 2. Semasa tangan kiri menangkap pada Pengadang Tangan, siku kiri rapat ke rusuk. 3. Apabila membawa senjata turun di sebelah paha kiri pastikan tangan kiri lurus, Senjata selari dengan bumi dan Kelopak menghala ke bawah. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiada membawa senjata betul-betul di hadapan badan dalam pergerakan pertama. 2. Siku tidak rapat ke badan.
TERHAD 121 16.2. Dari Bimbit Kiri Ke Bimbit Kanan. Kata perintah - “Kalih ... ta” Perbuatan penuh - satu dua tiga empat, (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata....satu, Skuad...dua, Skuad.....tiga, Skuad....empat”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata....satu dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kiri bawa senjata tegak di tengah badan jarak satu penumbuk dengan badan, pengadang cahaya selari dengan mata, kelopak lurus ke hadapan pada masa yang sama tangan kanan siku rapat ke badan tepuk dan tangkap pada pangkal Pengadang Tangan, pegangan melilit dan sebut “Satu”. 2. Skuad...dua dengan pantas tangan kiri siku rapat ke badan tepuk dan tangkap Pengadang Tangan rapat di atas tangan kanan dan sebut “Dua”. 3. Skuad.....tiga dengan pantas tangan kanan tangkap tangkai pembawa di bahagian hadapan, ibu jari di luar empat jari di dalam dan sebut “Tiga”. 4. Skuad....empat dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata turun ke sebelah paha kanan selari dengan bumi,lurus ke hadapan, pada masa yang sama turun tangan kiri kembali ke kedudukan sedia dan sebut “Empat”. Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kiri membawa senjata ke tengah badan pastikan Kelopak menghala ke hadapan, lengan kiri sama rata dengan bumi dan siku rapat ke badan. 2. Semasa tangan kanan menangkap pada Pengadang Tangan, siku kanan rapat ke rusuk. 3. Apabila membawa senjata turun di sebelah paha kanan pastikan tangan kanan lurus, Senjata selari dengan bumi dan Kelopak menghala ke bawah. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiada membawa senjata betul-betul di hadapan badan dalam pergerakan pertama. 2. Siku tidak rapat ke badan. 16.3. Dari Rusuk Kanan Ke Rusuk Kiri. Kata perintah - “Kalih ... ta” Perbuatan penuh - satu dua tiga empat, (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor,Kalih Senjata…satu, Skuad...dua, Skuad...tiga, Skuad...empat.
TERHAD 122 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan Senjata dengan nombor,Kalih Senjata…satu” dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata tegak di tengah badan jarak satu penumbuk dengan badan, pengadang cahaya selari dengan mata, kelopak lurus ke hadapan pada masa yang sama tangan kiri siku rapat ke badan tepuk dan tangkap pada pangkal Pengadang Tangan, pegangan melilit dan sebut “Satu”. 2. “Skuad...dua” dengan pantas tangan kanan siku rapat ke badan tepuk dan tangkap Pengadang Tangan rapat di atas tangan kiri dan sebut “Dua”. 3. “Skuad...tiga” dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kanan bawa senjata ke rusuk kiri, pejera hadapan di pangkal ketiak pada masa yang sama tangan kiri tepuk dan tangkap Penggenggam Tangan ibu jari di belakang penjahit seluar dan sebut “Tiga”. 4. “Skuad...empat” dengan pantas turun tangan kanan balik ke rusuk kanan balik ke kedudukan sedia dan sebut “Empat”. Penerangan Teliti 1. Semasa membawa senjata ke hadapan badan, tangan kanan hendaklah lurus dan tangan kiri yang menangkap pada Pengadang Tangan hendaklah siku rapat ke rusuk dan lengan selari dengan bumi. 2. Apabila membawa senjata ke rusuk kiri, siku tangan kanan rapat ke badan dan tangan yang menangkap pada Penggenggam Tangan hendaklah lurus serta bawa senjata ke lekuk bahu kiri. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak membawa senjata betul-betul di hadapan badan semasa pergerakan pertama. 2. Pergerakan tangan dan kaki tidak serentak. 16.4. Dari Rusuk Kiri Ke Rusuk Kanan. Kata perintah - “Kalih ... ta” Perbuatan penuh - satu dua tiga empat, (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata....satu, Skuad...dua, Skuad.....tiga, Skuad....empat”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata....satu” dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kiri bawa senjata tegak di tengah badan jarak satu penumbuk dengan badan, pengadang cahaya selari dengan mata, kelopak lurus kehadapan pada masa yang sama tangan kanan siku rapat ke badan tepuk dan tangkap pada pangkal Pengadang Tangan, pegangan melilit dan sebut “Satu”.
TERHAD 123 2. “Skuad...dua” dengan pantas tangan kiri siku rapat ke badan tepuk dan tangkap Pengadang Tangan rapat di atas tangan kanan dan sebut “dua”. 3. “Skuad.....tiga” dengan pantas menggunakan kekuatan tangan kiri bawa senjata ke rusuk kanan, pejera hadapan di pangkal ketiak pada masa yang sama tangan kanan tepuk dan tangkap Penggenggam Tangan ibu jari di belakang penjahit seluar dan sebut “tiga”. 4. “Skuad....empat” dengan pantas turun tangan kiri balik ke kedudukan sedia dan sebut “empat”. Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kiri membawa senjata ke tengah badan pastikan Kelopak menghala ke hadapan, lengan kiri sama rata dengan bumi dan siku rapat ke badan. 2. Semasa tangan kanan menangkap pada Pengadang Tangan, siku kanan rapat ke rusuk. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tiada membawa senjata betul-betul di hadapan badan dalam pergerakan pertama. 2. Siku tidak rapat ke badan. 16.5. Kalih Senjata Untuk Upacara Doa, Ikrar Dan Sorak. ( Dari pegangan laras senjata di tangan kanan ke tangan kiri ). Kata perintah - “Kalih ... ta” Perbuatan penuh - satu dua. (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata....satu, Skuad...dua”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata....satu dengan pantas tangan kanan bawa laras senjata ke tengah badan kedudukan di antara paha, pada masa yang sama tangan kiri tangkap senjata pada bahagian laras (sekiranya ada bayonet tangkap hulu bayonet ) kelopak lurus ke hadapan dan sebut “satu”. 2. Skuad...dua dengan pantas turun tangan kanan ke sisi kanan, siku lurus genggam tangan ibu jari di belakang penjahit seluar dan sebut “dua”. ( Dari pegangan laras senjata di tangan kiri ke tangan kanan ) Kata perintah - “Kalih...ta” ( untuk latihan ) “ Skuad / Baris….sdia. ( dalam majlis ). Perbuatan penuh - satu dua. (kata perbuatan)
TERHAD 124 Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata....satu, Skuad...dua”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Latihan Senjata dengan nombor, Kalih Senjata....satu dengan pantas tangan kanan tangkap senjata di bahagian pejera hadapan dan sebut “satu”. 2. Skuad...dua dengan pantas tangan kanan bawa laras senjata ke sisi kanan, pada masa yang sama turun tangan kiri ke sisi kiri balik ke kedudukan dan sebut “dua”. 17. SEDIA SENJATA. 17.1. Sedia Senjata (Dari kedudukan Turun Senjata) Kata perintah - “Sdia ... ta” Perbuatan penuh - satu. (kata perbuatan) Pergerakan 1. Apabila dapat kata perintah, dengan kekuatan tangan kanan lambung senjata ke sisi kanan paras pinggang selari dengan bumi laras lurus ke hadapan, tangan kiri siku lurus tangkap pengadang tangan, tangan kanan tangkap penggenggam tangan, udi senjata dan siku kanan rapat ke badan pada masa yang sama melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan bukaan seperti senang diri jatuh tapak, lutut bengkok ke hadapan, lutut kaki kanan lurus. (Dari kedudukan Rusuk Senjata) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, dengan kekuatan tangan kanan bawa senjata ke sisi kanan paras pinggang selari dengan bumi laras lurus ke hadapan, tangan kiri siku lurus tangkap pengadang tangan, udi senjata dan siku kanan rapat ke badan pada masa yang sama melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan bukaan seperti senang diri jatuh tapak, lutut bengkok ke hadapan, lutut kaki kanan lurus. (Dari kedudukan Julang Senjata) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas bawa senjata ke sisi kanan paras pinggang selari dengan bumi laras lurus ke hadapan, tangan kiri siku lurus udi senjata dan siku kanan rapat ke badan pada masa yang sama melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan bukaan seperti senang diri jatuh tapak, lutut bengkok ke hadapan, lutut kaki kanan lurus.
TERHAD 125 Penerangan Teliti 1. Perbuatan dengan nombor semasa melangkah kaki kiri ke hadapan dengan kiraan “Satu”. 2. Setelah melangkah kaki kiri pastikan lutut bengkok sedikit, condongkan badan ke hadapan sedikit, keberatan badan di atas kaki kiri. 3. Kaki kanan bertahan lurus di belakang dengan tapak kaki rapat ke bumi. 4. Udi rapat ke pinggang, siku kanan rapat kepada Udi Senjata dan senjata selari dengan bumi, telunjuk kanan di luar Pengadang Picu. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kaki kiri melangkah ke hadapan menggunakan tumit. 2. Tangan kiri bengkok. 3. Membengkokkan lutut kanan dan tumit terangkat dari bumi. 17.2. Turun Senjata.(Dari kedudukan Sedia Senjata) Kata perintah - “Turun ... ta” Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Turun Senjata... satu” dan seterusnya”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kanan. 2. Pada masa yang sama tangan kiri bawa senjata condong 45 darjah di rusuk kanan dan tangan kanan tangkap di atas tangan kiri dengan kiraan “Satu”. 3. Kemudian dengan tangan kanan dan dibantu tangan kiri bawa senjata turun di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”. 4. Potong tangan kiri melalui jalan yang dekat balik kepada kedudukan sedia dengan kiraan “Tiga”. Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kanan tangkap pada Pengadang Tangan, lengan hendaklah selari dengan senjata dan siku kiri rapat ke badan. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak membawa senjata rapat ke paha kanan seperti kedudukan sedia. 2. Menghentak senjata ke bumi.
TERHAD 126 17.3. Rusuk Senjata.(Dari kedudukan Sedia Senjata) Kata perintah - “Rusuk..... ta” Kata perintah dengan nombor - “Latihan Senjata dengan nombor, Rusuk Senjata..... satu” dan “skuad..... dua”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kanan. 2. Pada masa yang sama tangan kiri bawa senjata ke rusuk kanan dan tangan kanan tangkap pada Penggenggam Tangan dengan kiraan “Satu”. 3. Kemudian potong tangan kiri melalui jalan yang dekat balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua”. Penerangan Teliti 1. Semasa tangan kiri membawa senjata ke rusuk kanan pastikan siku kiri rapat ke badan dan tangan kanan hendaklah lurus. 2. Apabila memotong tangan kiri pastikan jari-jari genggam ibu jari di belakang penjahitan seluar. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Pergerakan kaki dan tangan tidak serentak dipergerakan pertama. 2. Siku kanan bengkok. 17.4. Julang Senjata.(Dari kedudukan Sedia Senjata) Kata perintah - “Julang ... Ta” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan bawa ke belakang serta hentak di sebelah kaki kanan. 2. Masa itu juga tangan kanan dan kiri membawa senjata melintang di hadapan badan 45 darjah dengan kiraan “Satu”. Penerangan Teliti 1. Setelah membawa senjata ke hadapan badan, pastikan siku tangan kanan rapat kepada Udi serta siku tangan kiri rapat ke rusuk. Kelopak menghala ke hadapan. 2. Kedudukan senjata melintang di hadapan dada 45 darjah. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Tidak membawa senjata ke hadapan badan. 2. Kedua-dua siku tidak rapat kepada Udi dan rusuk.