The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Diterbitkan oleh Cawangan Latihan Luar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norkamilaidayu7, 2023-10-07 14:06:25

Buku Panduan Kawad PDRM

Diterbitkan oleh Cawangan Latihan Luar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

Keywords: Buku Panduan Kawad PDRM

TERHAD 29 Kata perintah Keempat - “Menghadap ke dalam, kiri dan kanan….sing”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah,” Menghadap ke dalam kiri dan kanan….sing”, dengan pantas anggota barisan yang tengah membuat pergerakan kiri pusing, anggota barisan belakang membuat pergerakan kanan pusing. Kata perintah Kelima - “Luruskan…..barisan” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, luruskan…..barisan setiap barisan membuat pergerakan luruskan barisan.(panduan ambil lurus dari penanda di sebelah kanan mengikut barisan masing-masing) 2. Apabila selesai luruskan barisan,turun tangan berturut-turut mengikut deretan serentak bermula dari orang nombor dua dari penanda kanan setiap barisan masing-masing. 15.2 JADIKAN TIGA BARISAN DARI ATURAN KOTAK. Kata perintah pertama - “Barisan tengah ke kiri, barisan belakang ke kanan, barisan! kiri dan kanan…. sing” Pergerakan. (Detail) 1. Barisan hadapan diam dan pandang terus ke hadapan. 2. Apabila dapat kata perintah, anggota barisan tengah akan membuat pergerakan berpusing ke kiri dan barisan belakang membuat pergerakan berpusing ke kanan. Kata perintah kedua - “Jadikan Tiga Barisan…..Cepat Jalan” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Jadikan Tiga Barisan…..Cepat Jalan”, dengan pantas anggota barisan tengah berjalan dan membelok ke kanan, barisan belakang berjalan dan membelok ke kiri kembali ke kedudukan tiga barisan. Penerangan Teliti 1. Sebelum memberi kata perintah berjalan, jurulatih hendaklah memberi penerangan kepada barisan tengah dan belakang arah yang perlu membelok. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Badan melonjak semasa berpusing, tangan bergoyang dan pinggang lemah. 2. Badan dan bahu tidak menghala yang tepat iaitu 90 darjah. Kata perintah Ketiga - “Skuad…ti / hentak….kaki”. 1. Apabila dapat kata perintah,” Skuad…ti / hentak….kaki”, anggota barisan yang sedang berjalan buat perbuatan berhenti atau hentak kaki mengikut kata perintah yang di berikan..


TERHAD 30 Kata perintah Keempat - “Menghadap ke hadapan, Kanan dan kiri….sing”. 1. Apabila dapat kata perintah,”Menghadap ke hadapan kanan dan kiri….sing”, dengan pantas anggota barisan yang tengah membuat pergerakan kanan pusing, anggota barisan belakang membuat pergerakan kiri pusing. Kata perintah Kelima - “Luruskan…..barisan / ke kanan….lurus” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Luruskan…..barisan/ ke kanan…..lurus” dengan pantas buat pergerakan mengikut kata perintah dan tertib setiap pergerakan mengikut kata perintah yang di berikan. 16. TABIK HORMAT. 16.1 KE HADAPAN HORMAT. Kata Perintah - “Ke hadapan………. hormat” Perbuatan penuh - “satu dua“ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Hormat dengan nombor,ke hadapan….satu, skuad...dua, skuad…..tiga, skuad…empat” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Hormat dengan nombor,ke hadapan….satu” dengan pantas angkat tangan kanan melalui rusuk lurus separas bahu tapak tangan terbuka menghadap ke hadapan,lima jari lurus tersusun rapi dan sebut “satu” 2. “Skuad...dua”, dengan pantas lipat siku tangan kanan panduan jari telunjuk dan jari hantu di hujung kening kanan dan sebut “dua”. (sekiranya anggota wanita membawa beg tangan, turun tangan kiri lurus ke bawah lepaskan pegangan pada tali beg). 3. “Skuad…..tiga”, dengan pantas bawa siku ke hadapan pada masa yang sama genggam tangan ke kedudukan seperti memegang payung dan sebut “tiga”. (siku rapat ke badan,hujung ibu jari selari dengan bahu) 4. “Skuad…empat”, dengan pantas turun tangan kanan balik ke kedudukan sedia dan sebut “empat”, (sekiranya anggota wanita membawa beg tangan, tangan kiri kembali pegang tali beg). Penerangan teliti 1. Setelah mendapat kata perintah, “Ke hadapan………. hormat”, semua anggota membuat pergerakan hormat mengikut masa yang telah ditetapkan. 2. Perbuatan “satu” dan “dua” dengan nombor digabungkan menjadi satu perbuatan dan sebut “satu” 3. Perbuatan “tiga” dan “empat” dengan nombor digabungkan menjadi satu perbuatan dan sebut “dua”( Gambar 18)


TERHAD 31 Gambar 18 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Lambat mengangkat tangan kanan. 2. Jari-jari tidak disusun rapat. 3. Naik tangan kanan melalui hadapan badan 4. Pergerakan penuh terlampau laju. Nota: Semasa nyanyian lagu negaraku dengan pantas tabik hormat pada sebutan “Ne”. Semasa tabik hormat bersama hormat senjata dengan pantas tabik hormat pada perbuatan kedua hormat senjata. 16.2 KE KANAN HORMAT. Kata perintah - “Ke kanan….. hormat” Perbuatan penuh - “Satu ,dua“ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Hormat dengan nombor,ke kanan… “satu”, skuad...“dua”,skuad…..“tiga”, skuad…“empat” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, “Hormat dengan nombor,ke kanan….satu”, dengan pantas angkat tangan kanan melalui rusuk lurus separas bahu tapak tangan terbuka menghadap ke hadapan,lima jari lurus tersusun rapi dan sebut “satu” 2. “Skuad...dua”,dengan pantas lipat siku tangan kanan panduan jari telunjuk dan jari hantu di hujung kening kanan pada masa yang sama muka pandang kanan dan sebut “dua”. (sekiranya anggota wanita membawa beg tangan, turun tangan kiri lurus ke bawah lepaskan pegangan pada tali beg). 3. “Skuad…..tiga”, dengan pantas bawa siku ke hadapan pada masa yang sama genggam tangan ke kedudukan seperti memegang payung, muka pandang depan dan sebut “tiga”.(siku rapat ke badan,hujung ibu jari selari dengan bahu) 4. “Skuad…empat ”dengan pantas turun tangan kanan balik ke kedudukan sedia dan sebut “empat”, (sekiranya anggota wanita membawa beg tangan, tangan kiri kembali pegang tali beg).


TERHAD 32 Penerangan Teliti 1. Setelah mendapat kata perintah, semua anggota membuat pergerakan hormat mengikut masa yang telah ditetapkan. 2. Perbuatan “satu” dan “dua” dengan nombor digabungkan menjadi satu perbuatan dan sebut “satu”. 3. Perbuatan “tiga” dan “empat” dengan nombor digabungkan menjadi satu perbuatan dan sebut “dua”. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Lambat mengangkat tangan kanan. 2. Jari-jari tidak disusun rapat. 3. Naikkan tangan melalui hadapan badan. 4. Pergerakan penuh terlampau laju 16.3 KE KIRI HORMAT. Kata perintah - “Ke kiri….. hormat” Perbuatan penuh - “Satu ,dua“ (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Hormat dengan nombor,ke kiri… “satu”, skuad...“dua”,skuad…..“tiga”, skuad…“empat” Pergerakan (Detail) 5. Apabila dapat kata perintah, “Hormat dengan nombor,ke kiri….satu”, dengan pantas angkat tangan kanan melalui rusuk lurus separas bahu tapak tangan terbuka menghadap ke hadapan,lima jari lurus tersusun rapi dan sebut “satu” 6. “Skuad...dua”, dengan pantas lipat siku tangan kanan panduan jari telunjuk dan jari hantu di hujung kening kanan pada masa yang sama muka pandang kiri dan sebut “dua”. (sekiranya anggota wanita membawa beg tangan, turun tangan kiri lurus ke bawah lepaskan pegangan pada tali beg). 7. skuad…..tiga dengan pantas bawa siku ke hadapan pada masa yang sama genggam tangan ke kedudukan seperti memegang payung, muka pandang depan dan sebut “tiga”.(siku rapat ke badan,hujung ibu jari selari dengan bahu) 8. skuad…empat dengan pantas turun tangan kanan balik ke kedudukan sedia dan sebut “empat”, (sekiranya anggota wanita membawa beg tangan, tangan kiri kembali pegang tali beg). Penerangan Teliti 4. Setelah mendapat kata perintah, semua anggota membuat pergerakan hormat mengikut masa yang telah ditetapkan. 5. Perbuatan “satu” dan “dua” dengan nombor digabungkan menjadi satu perbuatan dan sebut “satu”. 6. Perbuatan “tiga” dan “empat” dengan nombor digabungkan menjadi satu perbuatan dan sebut “dua”.


TERHAD 33 Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Lambat mengangkat tangan kanan. 2. Jari-jari tidak disusun rapat. 3. Naikkan tangan melalui hadapan badan. 4. Pergerakan penuh terlampau laju. 5. Siku kanan terlampau tinggi. 17. PEGAWAI DI PADANG / DALAM BARIS BERSURAI. Kata perintah - “Pegawai di padang/ dalam baris, ber...... surai”. Perbuatan penuh - “Satu dua,tiga empat,satu dua tiga“ (Kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas berpusing 90 darjah ke kanan dan sebut “satu dua”. 2. selesai berpusing dengan pantas tabik hormat dan sebut “tiga empat” 3. Kemudian dengan pantas berjalan tiga langkah di mulai dengan kaki kiri 30 inci ke hadapan dan sebut “satu dua tiga” seterusnya bersurai Penerangan Teliti 1. Kata perintah”Pegawai Di Padang, Ber…surai”, diberi apabila pegawai berada di luar platun atau sekitar padang 2. Kata perintah “Pegawai Dalam Baris, Ber…surai” diberi apabila pegawai berada dalam platun tersebut. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Kesalahan berpusing sama seperti kesalahan berpusing ke kanan. 2. Melangkah dengan kaki kanan bagi langkah pertama. NOTA: 1. Jika membawa senjata hendaklah memberi hormat pengadang tangan mengikut peruntukan jenis senjata yang dibawa. 2. Jika membawa tongkat, tongkat hendaklah berada dalam kedudukan kepit sebelum memberi hormat. Bagi anggota yang tidak membawa tongkat di dalam platun tersebut kiraan mestilah mengikut pergerakan anggota yang membawa tongkat.


“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”


TERHAD 34 BAHAGIAN TIGA KAWAD TANGAN (BERJALAN) PELAJARAN DALAM BERJALAN CEPAT MASA 1. BERJALAN Kata perintah pertama - “ Da .... ri kanan / kiri , cepat jalan ” ( Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang bertiga-tiga ) Kata perintah kedua - “ Menghadap ke hadapan , da ..... ri kanan , cepat jalan ” ( Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang , menghadap ke hadapan ) Kata perintah ketiga - “ Menghadap ke belakang , da .... ri kiri , cepat jalan ” ( Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke belakang ) Perbuatan penuh - “Satu , Dua , Tiga , Empat, (Kata perbuatan) dan langkah seterusnya. Kata perintah dengan nombor - “ Berjalan dengan nombor, cepat jalan......satu” “ skuad ...... dua” dan seterusnya. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “ Berjalan dengan nombor, cepat jalan......satu ”, dengan pantas melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan , jatuh tumit , hujung kasut mendongak ke atas dan sebut “satu” . Pada masa yang sama , hayun tangan kanan lurus ke hadapan separas bahu , ibu jari tekan ke bawah , tangan kiri hayun lurus ke belakang. 2. “Skuad…..dua”, dengan pantas melangkah kaki kanan 30 inci ke hadapan , jatuh tumit , hujung kasut mendongak ke atas dan sebut “dua”. Pada masa yang sama , hayun tangan kiri lurus ke hadapan separas bahu , ibu jari tekan ke bawah , tangan kanan hayun lurus ke belakang.(Ulang perbuatan yang sama mengikut kehendak jurulatih). Penerangan teliti : 1. Semasa melangkah kaki kiri(skuad satu) ke hadapan , hayun tangan kanan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa tinggi yang boleh. Genggam tangan kanan , tekan ibu jari ke bawah , kuku ibu jari menghala ke atas manakala tangan kiri sebaliknya . kedua – dua tangan lurus. 2. Semasa melangkah kaki kanan (skuad dua) ke hadapan , hayun tangan kiri ke hadapan separas bahu dan tangan kanan ke belakang seberapa tinggi yang boleh. Genggam tangan kiri , tekan ibu jari ke bawah , kuku ibu jari menghala ke atas manakala tangan kanan sebaliknya kedua – dua tangan lurus. 3. Masa berjalan tegak, buka dada, bahu sama rata serta pandangan ke atas sedikit dengan menuju satu tanda 200 meter ke hadapan. 4. Yang dimaksudkan hayun tangan itu ialah daripada pangkal bahu hingga ke hujung tangan.Langkah itu ialah dari pangkal paha ke hujung kaki.


TERHAD 35 Kesalahan biasa dilakukan : 1. Jalan mengenjut dan lutut kendur. 2. Lenggang tangan tidak lurus dan sama tinggi ke hadapan dan ke belakang. 3. Hujung kaki menghala ke luar semasa memacak tumit. 4. Pinggang lembut, pandang ke bawah dan masa berjalan mengheret tumit. 2. BERHENTI. Kata perintah - “ Skuad .......... ti ” Kata perintah diberi - Ketika kaki kiri pacak tumit ke bumi. Perbuatan penuh - Check up..satu dua (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor “ Berhenti dengan nombor , skuad ....... check,skuad…..up, skuad…..satu , skuad…..up , skuad…..dua. Pergerakan (Detail): 1. Apabila dapat kata perintah “Berhenti dengan nombor, skuad…. check” , dengan pantas melangkah kaki kanan 30 inci ke hadapan dan hayun tangan dengan sebutan“ check ”. 2. “Skuad…..up” , dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi , hayun tangan kanan ke hadapan , tangan kiri ke belakang dan sebut “up” . 3. “Skuad…..satu” , dengan pantas hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dan sebut “satu”. 4. “Skuad…..up” , dengan pantas angkat kaki kanan paha separas bumi, kedudukan tangan tidak berubah dan sebut “up”. 5. “Skuad….dua”, dengan pantas hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri balik ke kedudukan sedia dan sebut “dua”. Penerangan teliti : 1. Semasa perbuatan “ check ” tangan kiri masih dalam keadaan hayun separas bahu ke hadapan dan tangan kanan hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. 2. Bagi perbuatan “skuad satu,” semasa mengangkat kaki kiri , tangan kanan hayun ke hadapan separas bahu dan tangan kiri hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. Apabila hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dengan pantas kedua-dua tangan kiri dan kanan rapat ke peha/belakang penjahitan seluar. 3. Bagi perbuatan “skuad dua ” dengan pantas angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri balik kedudukan sedia ( kedua-dua tangan masih rapat di sebelah kiri dan kanan rapat ke belakang penjahitan seluar ). 4. Kiraan perbuatan berhenti “satu…dua…” adalah pantas. Kesalahan biasa dilakukan : 1. Kedua-dua tangan lambat dirapatkan ke penjahitan seluar apabila membuat pergerakan “skuad “satu ”. 2. Kedua-dua lutut lembut dan berenjut semasa menghentak kaki. 3. Hayun tangan semasa pergerakan kedua.


TERHAD 36 3. PANJANGKAN LANGKAH . Kata perintah - “ Panjangkan...........langkah ” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri jejak ke bumi Perbuatan penuh - “Check….kiri” (kata perbuatan) ` Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Skuad….check” dengan pantas melangkah kaki kanan 30 inci ke hadapan dan sebut “ check ”. 2. ”Skuad…..kiri” dengan pantas melangkah kaki kiri 33 inci ke hadapan dan sebut “kiri”. Penerangan teliti : 1. Semasa mengubah langkah, lenggangan tangan kanan dan kiri seperti biasa. 2. Masa atau tempo pergerakan tidak berubah. Nota : - Pergerakan ini dilakukan adalah untuk merapatkan jarak sesuatu platun tanpa mengubah masa atau tempo berjalan. - Untuk kembali ke langkah biasa (30 inci), beri kata perintah “Cepat Jalan” - Kata perintah Cepat jatuh atas tumit kaki kiri jejak bumi, Jalan jatuh atas kaki kanan Melangkah kaki kiri seterusnya (30 inci). 4. PENDEKKAN LANGKAH. Kata perintah - “ Pendekkan.........langkah ” Kata perintah diberi - Ketika tumit kaki kiri pacak di bumi Perbuatan penuh - “Check…..kiri” (Kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Skuad…..Check”, dengan pantas melangkah kaki kanan ke hadapan dengan sebutan “ check ”. 2. “Skuad….kiri” dengan pantas melangkah kaki kiri kehadapan 21 inci tanpa menukar masa atau tempo dan sebut “kiri” . Penerangan teliti : 1. Semasa mengubahkan langkah, hayunan tangan kanan dan kiri seperti biasa. Nota : - Pergerakan ini dilakukan adalah untuk menjarakkan platun dengan platun di hadapan tanpa mengubah masa atau tempo berjalan. - Untuk kembali ke langkah biasa (30 inci) kata perintah “cepat jalan”, Kata perintah Cepat jatuh atas tumit kaki kiri jejak bumi, Jalan jatuh atas kaki kanan Melangkah kaki kiri seterusnya (30 inci).


TERHAD 37 5. BELOK. 5.1 Kanan Belok. Kata perintah - “ Kanan belok ” Pergerakan (Detail) 1. Orang nombor satu barisan di sebelah kanan pendekkan langkah (pacak tumit) dan membelok ke sebelah kanan sedikit hingga satu pusingan 90 darjah. Tempo tidak berubah. 2. Orang nombor satu barisan tengah langkah biasa membelok ke kanan seiring dengan orang sebelah kanannya. 3. Orang nombor satu barisan disebelah kiri langkah membelok ke kanan seiring orang di sebelah kanan. 4. Setelah deretan pertama selari terus maju dengan langkah biasa ( 30 inci ) dan diikuti oleh deretan yang lain. Penerangan teliti : 1. Semasa membelok orang yang sebelah kanan sekali menjeling ke kiri memastikan deretan tersebut selari barulah maju. 2. Deretan-deretan yang di belakang hendaklah berjalan terus ke hadapan mengikut laluan yang diikuti oleh deretan-deretan yang di hadapan. 3. Semasa membelok, hayun tangan tetap separas bahu. 4. Kepantasan membelok itu adalah bergantung kepada kebolehan orang yang di sebelah luar ( kiri). 5. Jika skuad ini dapat kata perintah berhenti atau hentak kaki ketika sebahagian daripada orangorang itu telah membelok ke arah yang baru, maka orang yang belum membelok hendaklah bersetentangan dengan orang yang telah membelok dengan bergerak ke tempat-tempat mereka mengikut jalan yang dekat sekali. 6. Semasa membelok pastikan setiap deretan selari mengikut deretan masing-masing dan jarak antara barisan tetap sama. Kesalahan biasa dilakukan : 1. Deretan-deretan di sebelah kiri membuai ke kiri apabila membelok. 2. Jarak tidak sama disebabkan orang-orang di sebelah luar tidak melangkah sama dengan orang di sebelah kanan. 3. Semasa di kedudukan membelok deretan yang sama tidak selari. Nota : 1. Jika dikehendaki membelok kurang daripada satu sudut tepat ( 90 darjah ), hukuman “ maju ” hendaklah diberi, maka deretan yang di hadapan hendaklah berjalan terus. 2. Jika dikehendaki membelok menerusi lebih dari satu sudut tepat, maka hukuman “ kanan belok ” hendaklah diberi sekali lagi


TERHAD 38 5.2. KIRI BELOK. Kata perintah - “ Kiri belok …. ” Pergerakan (Detail) 1. Orang nombor satu barisan di sebelah kiri pendekkan langkah ( pacak tumit ) dan membelok ke sebelah kiri sedikit hingga satu pusingan 90 darjah tanpa ubah tempo. 2. Orang nombor satu barisan tengah langkah biasa membelok ke kiri seiring dengan orang sebelah kirinya tanpa ubah tempo. 3. Orang nombor satu barisan di sebelah kanan memanjangkan langkah membelok ke kiri tanpa ubah tempo. 4. Setelah deretan pertama selari, terus maju dengan langkah biasa ( 30 inci ) dan diikuti oleh deretan yang lain. Penerangan teliti : 1. Semasa membelok orang yang sebelah kiri sekali menjeling ke kanan memastikan deretan tersebut selari barulah maju. 2. Deretan-deretan yang di belakang hendaklah berjalan terus ke hadapan mengikut laluan yang diikuti oleh deretan-deretan yang di hadapan. 3. Semasa membelok hayunan tangan tetap separas bahu. 4. Kepantasan membelok itu adalah bergantung kepada kebolehan orang yang di sebelah luar (kanan ). 5. Jika skuad ini dapat kata perintah berhenti atau hentak kaki ketika sebahagian daripada orangorang itu telah membelok ke arah yang baru, maka orang yang belum membelok hendaklah bersetentangan dengan orang yang telah membelok dengan bergerak ke tempat-tempat mereka mengikut jalan yang dekat sekali. 6. Semasa membelok, pastikan setiap deretan selari mengikut deretan masing-masing. 7. Semasa membelok jarak barisan tetap sama. Kesalahan biasa dilakukan : 1. Deretan-deretan di sebelah kanan membuai ke kanan apabila membelok. 2. Jarak tidak sama disebabkan orang-orang di sebelah luar tidak melangkah sama dengan orang di sebelah kanan. 3. Semasa dikedudukan membelok deretan yang sama tidak selari Nota : 1. Jika dikehendaki membelok kurang daripada satu sudut tepat ( 90 darjah ), hukuman “ maju ” hendaklah diberi, maka deretan yang di hadapan hendaklah berjalan terus. 2. Jika dikehendaki membelok menerusi lebih dari satu sudut tepat, maka hukuman “ kiri belok ” hendaklah diberi sekali lagi.


TERHAD 39 6. BERPUSING. 6.1. Berpusing Ke Kanan. Kata perintah - i.“ Bergerak ke kanan, kanan ....... sing ”. ii. “ Menghadap ke hadapan / belakang, kanan….sing ”. Perbuatan penuh - Kanan up…..kiri…..kanan (kata perbuatan) Kata perintah diberi - Ketika pacak tumit kaki kiri Kata perintah dengan nombor - “Kanan pusing dengan nombor, skuad….kanan, Skuad…Up, skuad…..kiri,skuad…..kanan” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Kanan pusing dengan nombor, skuad….kanan” dengan pantas melangkah kaki kanan 30 inci ke hadapan dan sebut “ kanan”. 2. “Skuad…..up” dengan pantas gantung kaki kiri peha separas bumi pada masa yang sama kedua-dua tangan rapat di sisi peha,ibu jari di belakang penjahit seluar dan sebut “up”. 3. “Skuad kiri” dengan pantas hentak kaki kiri,perut kasut 45 darjah di hujung kaki kanan dan sebut “kiri”.(arah badan dan pandangan tidak berubah.) 4. “Skuad kanan” dengan pantas melangkah 30 inci kaki kanan 90 darjah ke kanan pada masa yang sama hayun tangan.Arah badan dan pandangan berubah arah baru. Penerangan teliti : 1. Semasa melangkah kaki kanan ke hadapan, hayun tangan kiri ke hadapan separas bahu dan tangan kanan hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. 2. Ketika angkat kaki kiri kedua-dua tangan rapat ke rusuk dan keberatan badan di atas kaki kanan. Hentak kaki kiri menyerong di hadapan kaki kanan, pastikan kedudukan badan masih menghala ke hadapan. 3. Apabila memusingkan badan ke kanan dengan pantas melangkah kaki kanan ( pacak tumit ) serta hayun tangan kiri paras bahu dan tangan kanan hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. Kesalahan biasa dilakukan : 1. Semasa berpusing lutut bengkok. 2. Menghentak kaki kiri tidak menyerong sedikit,badan tidak menghala ke hadapan dan tangan masih berlenggang. 3. Kedudukan badan membongkok dan pandang ke bawah. 4. Tempo masa berjalan hilang..


TERHAD 40 6.2. Berpusing Ke Kiri. Kata perintah - i.“ Bergerak ke kiri, kiri ....... sing ”. ii. “ Menghadap ke hadapan / belakang, kiri ...... sing ”. Perbuatan penuh - Kiri up…..kanan…..kiri (kata perbuatan) Kata perintah diberi - Ketika pacak tumit kaki kanan Kata perintah dengan nombor - “Kiri pusing dengan nombor.skuad….kiri,skuad…..Up, skuad…..kanan,skuad…..kiri” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Kiri pusing dengan nombor.skuad….kiri” dengan pantas melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dan sebut “ kiri ”. 2. “Skuad…..up” dengan pantas gantung kaki kanan peha separas bumi pada masa yang sama kedua-dua tangan rapat di sisi peha,ibu jari di belakang penjahit seluar dan sebut “UP”. 3. “Skuad kanan” dengan pantas hentak kaki kanan, perut kasut 45 darjah di hujung kaki kiri dan sebut “kanan”.Arah badan dan pandangan tindak berubah. 4. “Skuad kiri” dengan pantas melangkah 30 inci kaki kiri 90 darjah ke kiri pada masa yang sama hayun tangan dan sebut “kiri”.Arah badan dan pandangan berubah arah baru. Penerangan teliti : 1. Semasa melangkah kaki kiri ke hadapan, hayun tangan kanan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. 2. Ketika angkat kaki kanan kedua-dua tangan rapat ke rusuk dan keberatan badan di atas kaki kiri. Hentak kaki kanan menyerong di hadapan kaki kiri, pastikan kedudukan badan masih menghala ke hadapan. 3. Apabila memusingkan badan ke kiri dengan pantas melangkah kaki kiri ( pacak tumit ) serta hayun tangan kanan paras bahu dan tangan kiri hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. Kesalahan biasa dilakukan : 1. Semasa berpusing lutut bengkok. 2. Menghentak kaki kanan tidak menyerong sedikit,badan tidak menghala ke hadapan dan tangan masih berlenggang. 3. Kedudukan badan membongkok dan pandang ke bawah. 4. Tempo masa berjalan hilang..


TERHAD 41 6.3. Berpusing Separuh Kanan. Kata perintah - i.“ Bergerak ke kanan, separuh…..kanan”. ii. “ Menghadap ke hadapan / belakang, separuh …..kanan”. Perbuatan penuh - Kanan up…..kiri…..kanan (kata perbuatan) Kata perintah diberi - Ketika pacak tumit kaki kiri Kata perintah dengan nombor - “Berpusing separuh kanan dengan nombor,skuad…kanan, Skuad…up, skuad….kiri, skuad….kanan”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Berpusing separuh kanan dengan nombor,skuad…kanan”,dengan pantas melangkah kaki kanan 30 inci ke hadapan dan sebut “kanan ”. 2. “Skuad…..up” dengan pantas gantung kaki kiri peha separas bumi pada masa yang sama kedua-dua tangan rapat di sisi peha,ibu jari di belakang penjahit seluar dan sebut “up”. 3. “Skuad kiri” dengan pantas hentak kaki kiri,perut kasut 45 darjah di hujung kaki kanan dan sebut “kiri”.Arah badan dan pandangan tindak berubah. 4. “Skuad kanan” dengan pantas melangkah 30 inci kaki kanan, pusing badan 45 darjah ke kanan dan sebut “kanan”, pada masa yang sama hayun tangan.Arah badan dan pandangan berubah arah baru. Penerangan teliti : 1. Semasa melangkah kaki kanan ke hadapan, hayun tangan kiri ke hadapan separas bahu dan tangan kanan hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. 2. Ketika menggantung kaki kiri kedua-dua tangan rapat ke rusuk dan keberatan badan di atas kaki kanan. Hentak kaki kiri menyerong di hadapan kaki kanan, pastikan kedudukan badan masih menghala ke hadapan. 3. Apabila memusingkan badan ke separuh kanan dengan pantas melangkah kaki kanan ( pacak tumit ) serta hayun tangan kiri paras bahu dan tangan kanan hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. Kesalahan biasa dilakukan : 1. Semasa berpusing lutut bengkok. 2. Menghentak kaki kiri tidak menyerong sedikit,badan tidak menghala ke hadapan dan tangan masih berhayun. 3. Kedudukan badan membongkok dan pandang ke bawah. 4. Tempo masa berjalan hilang.


TERHAD 42 6.4. Berpusing Separuh Kiri. Kata perintah - i.“ Bergerak ke kiri, separuh…..kiri”. ii. “ Menghadap ke hadapan / belakang, separuh …..kiri ”. Perbuatan penuh - Kiri up…..kanan…..kiri (kata perbuatan) Kata perintah diberi - Ketika pacak tumit kaki kanan Kata perintah dengan nombor - “Berpusing separuh kiri dengan nombor, Skuad…kiri,skuad….up, skuad….kanan,skuad…kiri”. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah“Berpusing separuh kiri dengan nombor,Skuad…kiri”, langkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dan sebut “ kiri ”. 2. “Skuad…..up” dengan pantas gantung kaki kanan peha separas bumi pada masa yang sama kedua-dua tangan rapat di sisi peha,ibu jari di belakang penjahit seluar dan sebut “up”. 3. “Skuad kanan” dengan pantas hentak kaki kanan,perut kasut 45 darjah di hujung kaki kiri dan sebut “kanan”.Arah badan dan pandangan tindak berubah. 4. “Skuad kiri” dengan pantas melangkah kaki kiri 30 inci, pusing arah badan 45 darjah ke kiri pada masa yang sama hayun tangan. Arah badan dan pandangan berubah arah baru. Penerangan teliti : 1. Semasa melangkah kaki kiri ke hadapan, hayun tangan kanan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. 2. Ketika menggantung kaki kanan, kedua-dua tangan rapat ke rusuk dan keberatan badan di atas kaki kiri. Hentak kaki kanan menyerong di hadapan kaki kiri, pastikan kedudukan badan masih menghala ke hadapan. 3. Apabila pusing badan ke separuh kiri dengan pantas melangkah kaki kiri (pacak tumit) serta hayun tangan kanan separas bahu dan tangan kiri hayun ke belakang. Kesalahan biasa dilakukan : 1. Semasa berpusing lutut bengkok. 2. Menghentak kaki kanan tidak menyerong sedikit,badan tidak menghala ke hadapan dan tangan masih berhayun. 3. Kedudukan badan membongkok dan pandang ke bawah. 4. Tempo masa berjalan hilang.


TERHAD 43 6.5. Berpusing Ke Belakang. Kata perintah - i.“ Bergerak ke kanan/kiri, belakang ....... sing ” ii.“ Menghadap ke hadapan / belakang, belakang ...... sing ” Perbuatan penuh - check in…up,kiri up,kanan up,kiri…kanan (kata perbuatan) Kata perintah diberi - Ketika pacak tumit kaki kanan Kata perintah dengan nombor - “Belakang pusing dengan nombor,skuad…check, skuad….in,skuad…..up,skuad…..kiri,skuad….up, skuad…..kanan,skuad...up,skuad…..kiri , skuad….kanan” Kata perintah - i.“ Bergerak ke kanan/kiri, belakang .......sing ” ii.“ Menghadap ke hadapan / ke belakang, belakang ...... sing ” Kata perintah diberi - Ketika pacak tumit kaki kanan Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Belakang pusing dengan nombor, skuad…..check” dengan pantas kaki kiri melangkah 30 inci ke hadapan dan sebut “check”. Tangan masih hayun. 2. “Skuad…..in”, dengan pantas tarik perut kasut kaki kanan rapat ke tumit kaki kiri,pada masa yang sama kedua-dua tangan rapat di kedudukan dan sebut “in” (gambar 7). 3. “Skuad…..up”,dengan pantas gantung kaki kiri paha separas bumi dan sebut “up” (gambar 8) 4. “Skuad….kiri” dengan pantas jatuh hujung kasut,tumit jinjit,perut kasut kiri sedikit menyerong berdekatan hujung kaki kanan dan sebut “kiri”. Arah badan dan pandangan tidak berubah. Gambar 7 Gambar 8 Gambar 9 Gambar 10


TERHAD 44 5. “Skuad…..up” dengan pantas gantung kaki kanan peha separas bumi pada masa yang sama arah badan dan pandangan 60 darjah ke arah baru dan sebut “up”. Tapak kaki kiri jatuh sepenuhnya.(gambar 9&10) 6. “Skuad kanan” dengan pantas jatuh hujung kasut,tumit jinjit, perut kasut kanan menyerong berdekatan belakang tumit kiri dan sebut “kanan”. Arah badan dan pandangan tidak berubah. 7. “Skuad up” dengan pantas gantung kaki kiri paha separas bumi, hujung kasut tekan ke bawah , tapak kaki kanan jatuh sepenuhnya, arah badan dan pandangan berubah 60 darjah ke arah baru dan sebut “up”. 8. “Skuad…..kiri” dengan pantas hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan,tumit bertemu tumit dan sebut “kiri”, arah badan dan pandangan berubah 60 darjah ke arah baru. 9. “Skuad…..kanan” dengan pantas melangkah kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun kedua-dua tangan dan sebut “kanan”. Penerangan teliti : 1. Tangan rapat pada peha di belakang penjahit seluar semasa di pergerakan kedua hingga ke lapan. 2. Perbuatan “in” kedua-dua lutut tegang, tapak kaki kanan tergantung sedikit supaya tidak menyeret kasut. Keberatan badan di atas kaki kiri. 3. Perubahan arah terbahagi kepada tiga bahagian (60 darjah pada setiap arah). Kesalahan biasa dilakukan : 1. Membiarkan tangan terhayun dan siku bengkok semasa berpusing tiga arah . 2. Berpusing ke belakang mengikut sebelah kiri 3. Mengunakan tapak kasut ( tapak kaki ) semasa menjatuhkan kaki pertama dan kedua . 4. Pembahagian arah tidak sama rata. 7. HENTAK KAKI, BERHENTI DAN MAJU DALAM CEPAT MASA 7.1. Hentak Kaki Cepat Dari Kedudukan Statik Kata Perintah - “Hentak kaki….. cepat”. Perbuatan penuh - “Up kiri/satu, kanan/dua” (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Hentak kaki cepat dengan nombor, skuad….. up” skuad… kiri/satu. Pergerakan. (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas angkat kaki kiri paha separas bumi, lutut kaki kanan hendaklah lurus dan sebut “up”. 2. Skuad… kiri/satu. dengan pantas jatuh hujung kasut kaki kiri dan sebut “kiri/satu” Penerangan teliti : 1. Semasa pergerakan angkat dan turun kaki hendaklah pantas. 2. Kedua-dua tangan rapat, ibu jari di belakang penjahitan seluar. 3. Badan tegak dan memandang terus ke hadapan. 4. Semasa angkat kaki hendaklah tendang ke hadapan, tekan hujung kasut ke bawah dan tumit kaki sekadar melepasi lutut.


TERHAD 45 Kesalahan biasa dilakukan 1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki. 2. Tidak menghentak kaki pada satu tempat. 3. Tidak pandang terus ke hadapan. 4. Hentak kaki menggunakan tapak kasut dan terlalu cepat. 5. Tidak mengunci pinggang dan lutut bengkok ketika melakukan hentak kaki. 6. Hujung kasut tidak tekan ke bawah dan melipat kaki di bawah punggung. 7.2. Berhenti Dari Kedudukan Hentak Kaki Cepat. Kata perintah - “Skuad… ti” Perbuatan penuh - “Satu dua” (kata perbuatan) Kata perintah diberi ketika - Hujung kaki kanan cecah bumi. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Skuad…ti”, dengan pantas hentak kaki kiri rapat ke tumit kaki kanan dengan sebut “satu”. 2. Kemudian hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri balik kedudukan sedia dan sebut “dua”. 3. Penerangan teliti 1. Setelah mendapat kata perintah, semua anggota membuat pergerakan berhenti. 2. Semasa hentak kaki kiri dan kanan pastikan kedua-dua tangan rapat, ibu jari berada di belakang penjahitan seluar dan lutut tidak berhenjut. Kesalahan biasa dilakukan 1. Hentak kaki dengan menggunakan tapak dan bukan dengan hujung kasut. 2. Tangan tidak rapat. 3. Kepala tunduk ke bawah. 4. Angkat kaki paha tidak separas bumi. 7.3. Maju Dari Kedudukan Hentak Kaki Cepat. Kata perintah - “ Skuad ............ maju ” Kata perintah diberi ketika - Hujung kaki kiri jejak ke bumi. Perbuatan penuh - “Kanan, kiri” (kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, dengan pantas hentak kaki kanan menyerong di belakang tumit kaki kiri dan sebut “ kanan ”. 2. Kemudian dengan pantas melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dan sebut “kiri”. 3. Setelah itu terus berjalan cepat masa.


TERHAD 46 Penerangan teliti : 1. Semasa hentak kaki kanan pastikan kedua-dua tangan rapat ke rusuk dan lutut tidak berhenjut serta melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan hayun kedua-dua tangan. Kesalahan biasa dilakukan : 1. Pinggang lemah dan bongkok. 2. Tangan bergoyang dan tidak pandang terus ke hadapan. 3. Melangkah kaki kiri dengan lutut bengkok. 8. TUKAR LANGKAH MASA BERJALAN Kata perintah - “ Tukar langkah masa berjalan , tukar - langkah ” Kata perintah bagi kali kedua dan - “ Tukar - langkah ”. Seterusnya sekiranya perbuatan bersambung ( Kata amaran tidak perlu diulang ) Kata perintah diberi ketika - Perkataan “ tukar ” ketika tumit kaki kiri pacak ke bumi dan “ langkah ”ketika tumit kaki kanan pacak ke bumi. Perbuatan penuh - “Kiri up..kanan…kiri” (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Tukar langkah masa berjalan dengan nombor, skuad…..kiri, skuad…..kanan, skuad…..kiri” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Tukar langkah masa berjalan dengan nombor, skuad….. kiri”, dengan pantas kaki kiri melangkah 30 inci ke hadapan,kedua-dua tangan masih hayun dan sebut “kiri”. 2. “Skuad…..kanan” dengan pantas gantung kaki kanan paha separas bumi terus hentak di belakang tumit kaki kiri (perut kaki kanan menyerong di belakang tumit kaki kiri), kedua-dua tangan rapat, dan sebut “up…. kanan ”. 3. “Skuad…..kiri” dengan pantas melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dan sebut “ kiri ” dan terus berjalan cepat masa. (pada masa yang sama hayun kedua-dua tangan) Penerangan teliti : 1. Semasa melangkah kaki kiri ke hadapan tangan kanan hayun ke hadapan separas bahu dan tangan kiri hayun ke belakang seberapa tinggi yang boleh. 2. Apabila menggantung kaki kanan dengan pantas kedua-dua tangan rapat ke rusuk, hentak kaki kanan, badan tegak dan pandangan terus ke hadapan. 3. Lutut kaki kiri tegang semasa menghentakkan kaki kanan di belakang tumit kaki kiri.


TERHAD 47 4. Kata perintah “Tukar langkah masa berjalan” tidak kisah jatuh atas mana-mana perbuatan dan tidak perlu diulang seandainya hendak melakukan perbuatan yang serupa dengan syarat tidak putus diantara perbuatan dan kata perintah sebelumnya. 5. Selesai perbuatan disambung dengan berjalan cepat masa. Kesalahan biasa dilakukan : 1. Menghentak kaki kanan di sebelah kaki kiri seperti kedudukan sedia. 2. Kedua-dua tangan lambat ke rusuk apabila gantung kaki kanan. 9. BUKA BARISAN MASA BERJALAN. Kata perintah - “Buka barisan masa berjalan, buka.... barisan” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kanan pacak ke bumi. Perbuatan penuh - (anggota yang berada barisan tengah) (kata perbuatan) check in up satu dua kiri. (anggota yang berada di barisan belakang) check in up satu dua tiga empat kiri. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, anggota barisan hadapan berjalan terus. 2. Anggota barisan tengah hentak kaki sebanyak 2 kali dan maju. 3. Anggota barisan belakang hentak kaki sebanyak 4 kali dan maju. 4. Pergerakan hentak kaki dan maju sama seperti pelajaran hentak kaki dan maju masa berjalan. Penerangan teliti 1. Semasa barisan tengah dan barisan belakang membuat pergerakan hentak kaki hendaklah mengikut rentak berjalan barisan hadapan. 2. Perbuatan ini dilakukan semasa skuad dalam kedudukan tutup barisan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Hentak kaki tidak sama dengan barisan hadapan berjalan. 2. Tidak menjaga jarak barisan dan kelurusan. 10. TUTUP BARISAN SEMASA BERJALAN CEPAT MASA Kata perintah - “Tutup barisan masa berjalan, tutup..... barisan”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kanan pacak ke bumi. Perbuatan penuh - (anggota yang berada barisan hadapan) (kata perbuatan) check in up satu dua tiga empat kiri. (anggota yang berada di barisan tengah) check in up satu dua kiri.


TERHAD 48 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, anggota barisan hadapan hentak kaki sebanyak 4 kali dan maju. 2. Anggota barisan tengah hentak kaki sebanyak 2 kali dan maju. 3. Anggota barisan belakang berjalan terus. 4. Pergerakan hentak kaki dan maju sama seperti pelajaran hentak kaki dan maju masa berjalan. Penerangan teliti 1. Semasa barisan tengah dan barisan hadapan membuat pergerakan hentak kaki hendaklah mengikut rentak berjalan barisan belakang. 2. Perbuatan ini dilakukan semasa skuad dalam buka barisan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Hentak kaki tidak sama dengan barisan belakang berjalan. 2. Tidak menjaga jarak barisan dan kelurusan. 11. TABIK HORMAT. 11.1. Hormat Ke Hadapan Ketika Berjalan. Kata perintah - “Hormat ke hadapan.....hormat”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi . Perbuatan penuh - selepas perbuatan berhenti “satu dua,tiga empat, (kata perbuatan) lima enam,kiri” Kata perintah dengan nombor - “Hormat dengan nombor, Ke hadapan..... (Latihan statik) satu”, “Skuad .... dua” skuad....tiga,skuad...empat, skuad....lima,skuad....enam,skuad....kiri. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, maju satu langkah kaki kanan ke hadapan dan membuat pergerakan berhenti. 2. Ke hadapan.....satu”, “Skuad .... dua” buat perbuatan tabik hormat ke hadapan hormat dan sebut “satu dua” 3. “Skuad....tiga,skuad...empat “, ulang perbuatan tabik hormat ke hadapan hormat dan sebut “tiga empat”. 4. “Skuad....lima,skuad....enam “, perbuatan berpusing ke belakang dalam kedudukan statik dan sebut “lima enam” 5. “Skuad....kiri “, dengan pantas melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dengan sebut “kiri” dan terus berjalan cepat. Penerangan teliti 1. Pergerakan pertama selepas dapat kata perintah ialah perbuatan berhenti dalam cepat masa.


TERHAD 49 2. Perbuatan satu dan dua ialah perbuatan tabik hormat ke hadapan hormat. 3. Perbuatan tiga dan empat ialah ulangan kali kedua perbuatan tabik hormat ke hadapan hormat. 4. Perbuatan lima dan enam ialah perbuatan berpusing ke belakang dalam statik. 5. Perbuatan kiri ialah perbuatan berjalan (permulaan langkah). Kesalahan biasa dilakukan 1. Semasa mengangkat tangan mengikut arah hadapan. 2. Tangan terlampau tinggi atau terlampau jauh ke atas di tengah dahi. 3. Menjatuh tapak tangan dahulu daripada siku. 4. Pergelangan tangan kanan bengkok dan jari terbuka. Nota : Sekiranya memakai beret atau songkok hujung jari telunjuk tangan kanan berada di hujung mata kanan. 11.2. Hormat Ke Kanan Masa Berjalan. Kata perintah - “Hormat ke kanan.....hormat”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check satu dua tiga turun up (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Hormat ke kanan dengan nombor, skuad....check, (Latihan statik) skuad....satu,skuad...dua,skuad....tiga,skuad....turun, Skuad .....up” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah” Hormat kekanan dengan nombor, skuad....check “ dengan pantas maju satu langkah kaki kanan 30 inci ke hadapan dan sebut “check”. 2. “Skuad....satu”, dengan pantas maju satu langkah kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama buat pergerakan hormat ke kanan dan sebut “satu” (gambar 5). 3. “Skuad...dua, skuad....tiga”, dengan pantas maju dua langkah ke hadapan dan sebut “dua, tiga”. 4. “Skuad....turun “, dengan pantas maju satu langkah kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama turun tangan kanan rapat ke sisi kanan, muka pandang 200 meter ke hadapan dan sebut “turun”. 5. “Skuad.....up”, dengan pantas maju satu langkah kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun kedua-dua tangan dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa pergerakan “check” hayun tangan kiri ke hadapan separas bahu dan tangan kiri seberapatinggi yang boleh ke belakang. 2. Apabila melangkah kaki kiri ke hadapan tarik ke dua-dua tangan rapat ke sisi badan dahulu dan tangan kanan terus membuat pergerakan hormat serta memalingkan muka ke kanan dengan mengangkat dagu sedikit ke atas. 3. Semasa maju langkah perbuatan “dua” dan “tiga” tangan kanan kekal dalam kedudukan tabik hormat ke kanan tanpa menggerakkan bahu dan tangan kanan.


TERHAD 50 4. Apabila maju kaki kanan dengan sebutan “turun” dengan pantas turun tangan melalui hadapan rapat ke sisi badan serentak dengan kepala memandang ke hadapan. 5. Semasa maju kaki kiri dengan sebutan “up” hayun tangan kanan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa jauh yang boleh dan terus berjalan. .......Gambar 5 Kesalahan biasa dilakukan 1. Bahu kiri dibiarkan bergerak ke hadapan. 2. Siku kanan dibiarkan ke hadapan atau pun ke belakang. 3. Tiada memandang tepat ke rusuk. 4. Pergelangan tangan bengkok. 5. Badan condong ke hadapan. 11.3 Hormat Ke Kiri Masa Berjalan. Kata perintah - “Hormat ke kiri.... hormat”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check satu dua tiga turun up, (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Hormat ke kiri dengan nombor, skuad....check, (Latihan statik) skuad....satu,skuad...dua,skuad....tiga,skuad....turun, Skuad .....up” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Hormat kekiri dengan nombor, skuad....check”, dengan pantas maju satu langkah kaki kanan 30 inci ke hadapan dan sebut “check”. 2. “Skuad....satu”, dengan pantas maju satu langkah kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama buat pergerakan hormat ke kanan hormat dan sebut “satu” (gambar 6 & 7) 3. “Skuad...dua,skuad....tiga” dengan pantas maju dua langkah ke hadapan dan sebut “dua tiga”.


TERHAD 51 4. “Skuad....turun”, dengan pantas maju satu langkah kaki kanan 30 inci ke hadapan pada masa yang sama turun tangan kanan rapat ke sisi kanan, muka pandang 200 meter ke hadapan dan sebut “turun”. 5. Skuad.....up dengan pantas maju satu langkah kaki kiri 30 inci ke hadapan pada masa yang sama hayun kedua-dua tangan dan sebut “up”. Penerangan teliti 1. Semasa pergerakan “check” hayun tangan kiri ke hadapan separas bahu dan tangan kiri seberapa tinggi yang boleh ke belakang. 2. Apabila melangkah kaki kiri ke hadapan tarik kedua-dua tangan dan tangan kanan terus membuat pergerakan hormat serta memalingkan muka ke kiri dengan mengangkat dagu sedikit ke atas. 3. Semasa maju melangkah dengan kiraan “dua” dan “tiga” tangan kanan kekal dalam kedudukan hormat tanpa menggerakan bahu dan tangan kanan. 4. Apabila maju kaki kanan dengan sebutan “turun” dengan pantas turun tangan melalui hadapan rapat ke rusuk serentak dengan kepala memandang ke hadapan. 5. Semasa maju kaki kiri dengan sebutan “up” hayun tangan kanan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa tinggi yang boleh dan terus berjalan. Gambar 6 Gambar 7 Kesalahan biasa dilakukan 1. Bahu kanan dibiarkan bergerak ke hadapan. 2. Siku kanan dibiarkan ke hadapan ataupun ke belakang. 3. Tiada memandang tepat 4. Pergelangan tangan bengkok. 5. Badan condong ke hadapan. 6. Kedudukan jari telunjuk kanan tidak di kening kanan mata kanan.


TERHAD 52 11.4. Hormat Selaku Terima Sijil. Kata perintah - “Selaku terima sijil, ke hadapan .... hormat”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - selepas perbuatan berhenti,” satu dua, tiga empat, (kata perbuatan) lima enam, tujuh, lapan sembilan, sepuluh sebelas, dua belas tiga belas, kiri, Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, maju satu langkah kaki kanan ke hadapan dan membuat pergerakan berhenti. 2. Kemudian dengan pantas angkat tangan kanan membuat pergerakan hormat dan sebut “satu”. ( gambar 8) 3. Turunkan tangan balik kedudukan sedia dan sebut “dua”. 4. Maju kaki kiri 15 inci ke hadapan dengan menjatuhkan tapak kaki dan sebut “tiga”. 5. Angkat kaki kanan paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kiri dan sebut “empat”. 6. Setelah itu hulurkan kedua-dua tangan ke hadapan, siku rapat ke badan hadapan sedikit, belakang tangan kanan di atas tapak tangan kiri dan sebut “lima”. ( gambar 9) 7. Pusingkan tangan kanan, tapak tangan kanan bertemu dengan tapak tangan kiri dan sebut “enam”. (gambar 10) 8. Tarik kedua-dua tangan balik ke kedudukan sedia dan sebut “tujuh”. 9. Melangkah kaki kiri 15 inci ke belakang dengan menjatuhkan hujung kaki dahulu dan sebut “lapan”. 10. Dengan pantas angkat kaki kanan paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kiri dan sebut “sembilan”. 11. Hormat ke hadapan dan sebut “sepuluh”. 12. Turun tangan kanan balik kedudukan sedia dan sebut “sebelas”. 13. Pusingkan badan ke belakang 180 darjah melalui sebelah kanan dan sebut “dua belas”. 14. Dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kanan dan sebut “tiga belas”. 15. Kemudian melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh lebih kurang 30 inci dan sebut “kiri” dan terus berjalan cepat. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan hormat dan turun tangan adalah sama seperti pergerakan hormat ke hadapan. 2. Sewaktu menghulurkan kedua tangan ke hadapan pastikan siku rapat ke badan dan tapak tangan separas kepala tali pinggang. 3. Semasa berpusing ke belakang kedua-dua lutut hendaklah tegang begitu juga ketika melangkah sejauh lebih kurang 15 inci ke hadapan dan ke belakang. 4. Apabila melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh lebih kurang 30 inci, hayun tangan kanan separas bahu dan tangan kiri seberapa jauh yang boleh ke belakang dan terus berjalan cepat.


TERHAD 53 Gambar 8 gambar 9 gambar 10 Kesalahan biasa dilakukan 1. Semasa melangkah ke hadapan lutut kendur. 2. Kedudukan tangan semasa ke hadapan telalu tinggi tidak separas tali pinggang. 3. Masa berpusing ke belakang lutut kendur dan pinggang lemah. 4. Maju ke hadapan melangkah dengan kaki kanan. 11.5. HORMAT TANPA TOPI, SONGKOK KETIKA BERUNIFORM DAN PAKAIAN AWAM. 11.5.1. JIKA SEDANG DUDUK Jika seseorang Pegawai Rendah Polis sedang duduk dan datang seorang Pegawai Kanan kepadanya, hendaklah ia bangun sedia dan memandang muka pegawai itu kemudian beri hormat dengan merapatkan kedua-dua tangan. Jika dua orang atau lebih sedang duduk atau berdiri, ketua yang paling kanan nampak kehadiran pegawai di situ hendaklah mengadap kepada pegawai itu kemudian beri kata perintah “Kumpulan, kumpulan..... sedia”. Ketika tidak memakai topi atau songkok dan berpakaian awam Pegawai Rendah Polis itu hendaklah ; i. Apabila melintasi seseorang Pegawai hendaklah memalingkan muka dan matanya memandang terus kepada pegawai itu. Semasa kaki kiri jatuh ke bumi dan terus berjalan enam langkah tanpa menghayun tangan (tangan rapat ke rusuk) dan lepas itu palingkan kepala dan mata ke hadapan dan hayun tangan semula. ii. Apabila seorang pegawai bercakap dengannya hendaklah berdiri dalam keadaan sedia. iii. Apabila ia dilintasi oleh seseorang pegawai hendaklah ianya sedia. 11.5.2. HORMAT KETIKA BERSONGKOK BERPAKAIAN AWAM. Jika seorang Pegawai Rendah Polis memakai pakaian awam dan bersongkok maka hendaklah ia memberi hormat dengan merapatkan kedua-dua tangan dan hendaklah sedia apabila bercakap dengan pegawai atau pegawai bercakap dengannya.


TERHAD 54 11.5.3. DUDUK SEDIA / DUDUK SENANG. i. DUDUK SEDIA Dalam keadaan duduk apabila dapat kata perintah “Kelas, duduk... sedia” tegakkan bahagian pinggang ke atas kedua tangan rapat di sisi, muka pandang ke hadapan. Pergerakan ini sesuai dilakukan ketika jurulatih mengajar di dalam kelas, contoh kelas kawad, kelas senjata dan sebagainya. ii. DUDUK SENANG Apabila dapat kata perintah “Kelas, duduk... senang”, lemahkan bahagian pinggang ke atas kembali ke kedudukan asal. 12. DARI KANAN PANDANG KANAN/ KIRI. Kata perintah - “Da…ri kanan/ kiri, pandang….kanan/ kiri” kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Perbuatan penuh - check up (kata perbuatan) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, dengan pantas maju satu langkah kaki kanan lebih kurang 30 inci ke hadapan dan sebut “check”. 2. Dengan pantas , maju satu langkah kaki kiri lebih kurang 30 inci ke hadapan pada masa yang sama muka pandang ke kanan/kiri bagi skuad leader pada masa yang sama buat pergerakan hormat tabik hormat ke kanan/ kiri dan sebut “up”. 3. Lain-lain anggota di dalam platun membuat pergerakan pandang kanan/kiri kecuali penanda kanan/kiri (berpandukan di mana pegawai berada). Penerangan teliti 1. Semasa pergerakan “check”, hayun tangan kiri ke hadapan separas bahu dan tangan kanan seberapa jauh yang boleh ke belakang. 2. Apabila melangkah kaki kiri ke hadapan, tarik ke dua-dua tangan dan tangan kanan terus membuat pergerakan tabik hormat serta memalingkan muka ke kanan dengan mengangkat dagu sedikit ke atas (pergerakan skuad leader ). 3. Lain-lain anggota di dalam platun (tanpa membuat tabik hormat) membuat pergerakan pandang kanan/ kiri kecuali penanda kanan/kiri sehingga dapat kata perintah “Pandang….depan”. Kesalahan biasa dilakukan 1. Bahu kiri dibiarkan bergerak ke hadapan (skuad leader) 2. Tiada memandang tepat ke kiri/ kanan 3. Tidak memandang serentak ke kiri/ kanan apabila kata perintah diberi. 4. Penanda kiri/ kanan turut memalingkan muka ke kiri/ kanan.


TERHAD 55 13. PANDANG DEPAN. Kata Perintah Kedua - “ Pandang…… depan” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi. Perbuatan penuh - “check up” (anggota dalam platun) (kata perbuatan) “turun up” (skuad leader) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas , maju kaki kanan selangkah ke hadapan dan sebut “ check ”. 2. Dengan pantas , maju kaki kiri selangkah ke hadapan serentak dengan kepala pandang ke hadapan dan sebut “ up ” dan terus berjalan. Penerangan teliti 1. Pada sebutan “turun” skuad leader turun tangan dari pergerakan hormat, pada sebutan “up” skuad leader hayun tangan terus berjalan seperti biasa. Kesalahan Biasa Dilakukan 1. Memandang ke hadapan pada sebutan “check”. 2. Semasa sebutan turun tangan tidak rapat / dihayunkan ke belakang. Nota : Pergerakan pandang kanan / kiri sebelum terbentuknya Skuad. 1. Dua orang - Anggota di sebelah kanan sebagai skuad leader memberi kata perintah dan membuat perbuatan tabik hormat (kedua-dua anggota palingkan muka ke kanan/ kiri) 2. Tiga orang - Anggota di sebelah kanan sebagai skuad leader memberi kata perintah dan membuat perbuatan tabik hormat (ketiga-tiga anggota palingkan muka ke kanan / kiri) 3. Empat orang hingga sembilan orang Anggota di sebelah kanan deretan terakhir sebagai skuad leader memberi kata perintah dan membuat perbuatan tabik hormat. Jika pergerakan pandang ke kanan, penanda kanan tidak perlu pandang kanan, yang lain hendaklah memandang ke kanan. Jika pergerakan pandang ke kiri, penanda kiri tidak perlu pandang kiri, yang lain hendaklah memandang ke kiri. 4. Melebihi sembilan orang - Sekiranya anggota melebihi sembilan orang, satu anggota menjadi Skuad Leader, kedudukan berada di deretan kedua terakhir di sebelah kanan (Skuad Leader di tengah-tengah Platun yang hanya tiga deretan). ]


TERHAD 56 14. JADIKAN SATU BARISAN DAN JADIKAN TIGA BARISAN. (DARI KEDUDUKAN BERTIGA-TIGA MEMANJANG). Pergerakan ini sesuai dilaksanakan semasa melalui lorong sempit atau hendak masuk ke sebuah bangunan. Sesuatu skuad yang berjalan bertiga-tiga terpaksalah dijadikan satu barisan memanjang supaya perjalanan menjadi cepat dan teratur. 14.1. Jadikan Satu Barisan Memanjang Dari Kedudukan Bertiga-Tiga Memanjang Ketika Berhenti (Statik). Kata perintah pertama - “Jadikan satu barisan, barisan hadapan, cepat jalan” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Jadikan satu barisan, barisan hadapan, cepat jalan”, dengan pantas semua anggota barisan hadapan dengan pantas melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dan terus berjalan cepat. Penerangan teliti 1. Semasa melangkah kaki kiri hayun tangan kanan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa tinggi yang boleh dan terus berjalan dalam cepat masa. Kedudukan jarak antara anggota adalah satu tangan lebihkan dan satu jengkal. Kesalahan biasa dilakukan 1. Tidak menentukan jarak antara anggota. 2. Melangkah antara anggota tidak sama. Kata perintah kedua - “Barisan tengah, cepat jalan” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Barisan tengah, cepat jalan”, dengan pantas semua anggota baris tengah melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dan terus berjalan cepat ikut belakang anggota terakhir barisan hadapan Penerangan teliti 1. Kata perintah hendaklah diberi apabila anggota terakhir barisan hadapan melalui anggota nombor satu barisan tengah. 2. Anggota barisan tengah melangkah kaki kiri hayun tangan kanan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa tinggi yang boleh dan terus berjalan dalam cepat masa. Kedudukan jarak antara anggota berukuran satu tangan dan satu jengkal. 3. Semasa memberi kata perintah yang kedua perkatan “cepat” diberi ketika tumit kaki kiri pacak ke bumi dan “jalan” ketika tumit kaki kanan pacak ke bumi (mengikut langkah kaki barisan hadapan).


TERHAD 57 Kesalahan biasa dilakukan 1. Tidak menentukan jarak antara anggota. 2. Melangkah antara anggota tidak sama. 3. Anggota yang pertama bagi barisan tengah tidak sama jarak dengan anggota yang terakhir barisan hadapan. Kata perintah ketiga - “Barisan belakang, cepat jalan” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Barisan belakang, cepat jalan”, dengan pantas semua anggota baris belakang melangkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dan terus berjalan cepat ikut belakang anggota terakhir barisan hadapan Penerangan teliti 1. Kata perintah hendaklah diberi apabila anggota terakhir barisan tengah melalui anggota nombor satu barisan belakang. 2. Anggota barisan belakang melangkah kaki kiri hayun tangan kanan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa tinggi yang boleh dan terus berjalan dalam cepat masa. Kedudukan jarak antara anggota berukuran satu tangan satu jengkal. 3. Semasa memberi kata perintah yang kedua perkatan “cepat” diberi ketika tumit kaki kiri pacak ke bumi dan “jalan” ketika tumit kaki kanan pacak ke bumi (mengikut langkah kaki barisan hadapan). Kesalahan biasa dilakukan 1. Tidak menentukan jarak antara anggota. 2. Melangkah antara anggota tidak sama. 3. Anggota yang pertama bagi barisan belakang tidak sama jarak dengan anggota yang terakhir barisan tengah. 14.2. Jadikan Bertiga-Tiga Memanjang Dari Kedudukan Satu Barisan Memanjang Ketika Berhenti (Statik). Kata perintah pertama - “Jadikan tiga barisan, barisan tengah dan belakang, cepat jalan” Kata perintah kedua - “Barisan tengah ... ti” Kata perintah ketiga - “Barisan belakang .... ti” Kata perintah kedua dan ketiga diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi


TERHAD 58 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah anggota barisan hadapan hendaklah diam. 2. Pada masa yang sama, anggota barisan tengah dengan pantas berjalan menuju ke sebelah kanan barisan hadapan dan berhenti sementara barisan belakang dengan pantas akan menuju ke sebelah kanan barisan tengah dan berhenti. Penerangan teliti 1. Barisan hadapan diam dan anggota barisan tengah akan berjalan serentak dengan barisan belakang didahului kaki kiri menuju ke sebelah kanan barisan hadapan dan dan diberi kata perintah berhenti. 2. Semasa barisan tengah berhenti, barisan belakang terus menuju ke sebelah kanan barisan tengah dan diberi kata perintah berhenti. 3. Pastikan tiap-tiap deretan mengambil lurus dari barisan hadapan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Kesilapan mengambil tempat bagi barisan tengah dan belakang. 2. Tidak mengambil lurus bagi tiap-tiap deretan dari barisan hadapan. 14.3. Jadikan Satu Barisan Memanjang Dari Kedudukan Bertiga-Tiga Memanjang Ketika Berjalan. Kata perintah pertama - “Jadikan satu barisan, barisan tengah dan belakang, hentak .... kaki”. Kata perintah pertama diberi ketika - Pacak tumit kaki kanan ke bumi Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, barisan hadapan hendaklah berjalan terus. 2. Bagi barisan tengah dan belakang buat pergerakan hentak kaki. Penerangan teliti 1. Semasa anggota barisan hadapan jalan terus, anggota barisan tengah dan belakang membuat pergerakan hentak kaki sama atau serentak dengan berjalan barisan hadapan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Langkah berjalan dan hentak kaki antara barisan tidak sama. 2. Tidak menentukan jarak antara orang terakhir dan awal tiap-tiap barisan. Kata perintah kedua - “Barisan tengah ..... maju”. Kata perintah diberi ketika - Kaki kiri mencecah (jejak) ke bumi.


TERHAD 59 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah anggota barisan tengah terus membuat pergerakan maju dari hentak kaki. Penerangan teliti 1. Semasa anggota barisan tengah maju, tentukan melangkah sama dengan barisan hadapan dalam satu barisan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Langkah berjalan dan hentak kaki antara barisan tidak sama. 2. Tidak menentukan jarak antara orang terakhir dan awal tiap-tiap barisan. Kata perintah ketiga - “Barisan belakang ...... maju” Kata perintah diberi ketika - Kaki kiri mencecah (jejak) ke bumi . Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah anggota barisan belakang terus membuat pergerakan maju dari hentak kaki. Penerangan teliti 1. Semasa anggota barisan belakang maju, tentukan melangkah sama dengan barisan tengah dalam satu barisan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Langkah berjalan antara barisan tidak sama. 2. Tidak menentukan jarak antara orang terakhir dan awal tiap-tiap barisan. 14.4. Jadikan Bertiga-Tiga Memanjang Dari Kedudukan Satu Barisan Memanjang Ketika Berjalan. Kata perintah pertama - “Jadikan tiga barisan dan berhenti, barisan hadapan.... ti”. Kata perintah kedua - “Barisan tengah.... ti” Kata perintah ketiga - “Barisan belakang.... ti” Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah anggota barisan hadapan terus membuat pergerakan berhenti.


TERHAD 60 2. Sementara barisan tengah berjalan terus menuju ke sebelah kanan barisan hadapan dan berhenti apabila dapat kata perintah kedua. 3. Bagi barisan belakang berjalan terus menuju ke sebelah kanan barisan tengah dan berhenti apabila mendapat kata perintah ketiga. Penerangan teliti 1. Semasa anggota barisan tengah dan belakang menuju ke tempat yang ditetapkan, hendaklah memastikan jarak antara barisan adalah satu tangan dengan langkah yang sama. Kesalahan biasa dilakukan 1. Kesilapan mengambil tempat bagi barisan tengah dan belakang. 2. Jarak barisan dan deretan tidak dijaga. Nota : Jika kata perintah amaran tidak mengandungi perkataan “dan berhenti” maka hukuman akhir ialah “hentak kaki” masa itu barisan hadapan hentak kaki sementara barisan tengah menuju ke tempatnya dan hentak kaki apabila mendapat kata perintah begitu juga dengan barisan belakang. Setelah menjadi tiga barisan semula kata perintah “maju” dan “berhenti” boleh diberi. 15. JADIKAN SATU BARISAN DAN JADIKAN TIGA BARISAN. (DARI KEDUDUKAN BERTIGA-TIGA MELINTANG). 15.1. Jadikan Satu Barisan Memanjang Dari Kedudukan Bertiga-Tiga Melintang Ketika Berhenti (Statik). Kata perintah pertama - “Jadikan satu barisan, deretan satu... cepat jalan”. Kata perintah kedua dan seterusnya - “Skuad.... maju” Kata perintah kedua dan seterusnya ketika - Hujung kaki kiri cecah ke bumi Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah anggota deretan pertama melangkah ke hadapan didahului dengan kaki kiri dalam cepat masa. 2. Lain-lain deretan hendaklah membuat pergerakan hentak kaki dan beransur-ansur rapat ke kanan, dan maju ke hadapan apabila mendapat kata perintah “maju” lepas satu deretan ke satu deretan apabila bersetentangan dengan deretan yang pertama. Penerangan teliti 1. Deretan yang membuat pergerakan hentak kaki, kata perintah “maju” akan diberi oleh anggota yang di belakang sekali tiap-tiap deretan apabila bersetentangan dengan deretan yang pertama dan diikuti oleh lain-lain deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Pergerakan berjalan dan hentak kaki tidak sama. 2. Jarak telalu jauh di antara deretan apabila dapat kata perintah “maju”.


TERHAD 61 15.2. Jadikan Bertiga-Tiga Melintang Dari Kedudukan Satu Barisan Memanjang Ketika Berhenti (Statik). Kata perintah pertama - “Jadikan tiga barisan, da..... ri kanan, cepat jalan”. Kata pertintah kedua dan seterusnya - “Skuad.... ti” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah anggota deretan satu hendaklah diam. 2. Lain-lain deretan akan berjalan ke tempat yang asal (sebelah kiri deretan satu) dan berhenti. Penerangan teliti 1. Anggota tiap-tiap deretan akan berjalan menuju ke sebelah kiri deretan satu dan berhenti. 2. Kata perintah berhenti akan diberi oleh anggota yang di belakang tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1 Pergerakan berjalan dan berhenti tidak sama. 2. Jarak telalu jauh di antara deretan apabila selesai perbuatan berhenti. 15.3. Jadikan Satu Barisan Memanjang Dari Kedudukan Bertiga-Tiga Melintang Ketika Berjalan. Kata perintah pertama - “Jadikan satu barisan, deretan satu .... maju, deretan lain, hentak.... kaki”. Kata perintah kedua dan seterusnya - “Skuad.... maju”. Kata perintah pertama diberi ketika - Tumit kaki kanan pacak ke bumi Kata perintah kedua diberi ketika - Hujung kaki kiri jejak ke bumi. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah anggota deretan pertama jalan terus. 2. Lain-lain deretan membuat pergerakan hentak kaki dan beransur-ansur rapat ke kanan dan maju ke hadapan lepas satu deretan ke satu deretan apabila bersetentangan dengan deretan yang pertama. Penerangan teliti 1. Deretan yang membuat pergerakan hentak kaki, kata perintah “maju” akan diberi oleh anggota yang di belakang tiap-tiap deretan apabila bersetentangan dengan deretan pertama dan diikuti lain-lain deretan.


TERHAD 62 Kesalahan biasa dilakukan 1 Pergerakan berjalan dan hentak kaki tidak sama. 2. Jarak telalu jauh di antara deretan apabila dapat kata perintah “maju”. 15.4. Jadikan Bertiga-Tiga Melintang Dari Kedudukan Satu Barisan Memanjang Ketika Berjalan. Kata perintah pertama - “Jadikan tiga barisan, deretan satu, hentak.... kaki”. Kata perintah kedua dan seterusnya - “Hentak .... kaki”. Kata perintah diberi ketika - Pacak tumit kaki kanan ke bumi. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, deretan yang pertama akan membuat pergerakan hentak kaki. 2. Lain-lain deretan akan menuju ke sebelah kiri deretan pertama dan mengambil tempat asal dan hentak kaki. Penerangan teliti 1. Anggota tiap-tiap deretan berjalan menuju ke sebelah kiri deretan pertama dan membuat pergerakan hentak kaki apabila sampai di tempat asal. 2. Kata perintah “hentak.. kaki” akan diberi oleh anggota yang di belakang tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1 Pergerakan berjalan dan hentak kaki tidak sama. 2. Jarak telalu jauh di antara deretan apabila dapat kata perintah “berhenti”. Nota : Setelah menjadi tiga barisan, kata perintah “maju” atau “berhenti” boleh diberi. 16. TUKAR HALUAN DALAM BERHENTI DAN BERJALAN DALAM CEPAT MASA. Pergerakan ini hendaklah dilakukan apabila kedudukan skuad itu dalam tiga barisan melintang menghadap ke hadapan atau ke belakang. 16.1. Tukar Haluan Ke Kanan Dalam Berhenti (Statik). Kata perintah untuk melaksanakan pergerakan tukar haluan dalam berhenti mengandungi dua kata perintah ; Kata perintah pertama - “Tukar haluan ke kanan dan berhenti, kanan...... tukar”.


TERHAD 63 Kata perintah kedua - “Cepat, jalan” Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Penanda (orang yang di sebelah kanan) pusing ke kanan 90 darjah. 2. Anggota yang lain dalam barisan hadapan pusing separuh kanan 45 darjah. 3. Anggota barisan tengah dan barisan belakang hendaklah diam. 4. Apabila dapat kata perintah “Cepat, jalan”, Penanda (orang yang di sebelah kanan) berjalan ke hadapan sebanyak tiga langkah bermula kaki kiri dengan kiraan 1 hingga 4 (bilangan 4 adalah hentak kaki kanan). 5. Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala yang baru (kanan) serta berhenti berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah “Cepat, jalan”, “orang no.1” barisan tengah dan belakang hendaklah berjalan mengikut belakang penanda kanan dalam langkah yang sama. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru dan berhenti di sebelah kiri penanda kanan dengan jarak 1 tangan mengikut deretan masing-masing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan. Nota : Sekiranya pergerakan dalam rentak perlahan jalan, Penanda Kanan dan anggota akan perlahan jalan serta mengikut garis panduan yang diberikan. 16.2. Tukar Haluan Ke Kiri Dalam Berhenti (Statik). Kata perintah untuk melaksanakan pergerakan tukar haluan dalam berhenti mengandungi dua kata perintah; Kata perintah pertama - “Tukar haluan ke kiri dan berhenti , kiri..... tukar”. Kata perintah kedua - “Cepat, jalan” Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan.


TERHAD 64 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Penanda (orang yang di sebelah kiri) pusing ke kiri 90 darjah. 2. Anggota yang lain dalam barisan hadapan pusing separuh ke kiri 45 darjah. 3. Anggota barisan tengah dan barisan belakang hendaklah diam. 4. Apabila dapat kata perintah “Cepat, jalan”, Penanda (orang yang di sebelah kiri) berjalan ke hadapan sebanyak tiga langkah bermula kaki kiri dengan kiraan 1 hingga 4 (bilangan 4 adalah hentak kaki kanan). 5. Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala yang baru (kiri) serta berhenti berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah “Cepat, jalan”, “orang no.1” barisan tengah dan belakang hendaklah berjalan mengikut belakang penanda kiri dalam langkah yang sama. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru dan berhenti di sebelah kanan penanda kiri dengan jarak satu tangan mengikut deretan masingmasing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan. Nota : Sekiranya pergerakan dalam rentak perlahan jalan, Penanda kiri dan anggota akan perlahan jalan serta mengikut garis panduan yang diberikan. 16.3. Tukar Haluan Ke Kanan Dalam Masa Berjalan. Kata perintah bagi pergerakan tukar haluan dalam masa berjalan ada 2 cara bagi melaksanakan ; Kata perintah pertama - “Tukar haluan ke kanan dan berhenti, kanan..... tukar”. Kata perintah kedua - “Tukar haluan ke kanan, kanan...... tukar”. Kata perintah diberi ketika - Pacak tumit mana-mana kaki (sebaik-baiknya kaki kanan) Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan.


TERHAD 65 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Penanda (orang yang di sebelah kanan) belok ke kanan 90 darjah, sebaik-baiknya dahului kaki kiri berjalan tiga langkah ke hadapan dengan kiraan 1 hingga 4 (bilangan 4 adalah hentak kaki kanan). 2. Anggota yang lain turut membelok separuh kanan 45 darjah ke haluan yang baru serta berhenti berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah, orang nombor satu barisan tengah dan belakang hendaklah berjalan mengikut belakang penanda kanan dalam langkah yang sama. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru dan berhenti di sebelah kiri penanda kanan dengan jarak satu tangan mengikut deretan masingmasing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan. 5. Penanda tidak cukup mengambil tiga langkah. Nota : 1. Bagi melaksanakan kata perintah kedua iaitu “Tukar haluan ke kanan, kanan..... tukar”, Penanda hendaklah membuat pergerakan berjalan tiga langkah dan hentak kaki cepat setelah mengambil hala yang baru, juga semua anggota yang lain sehingga mendapat kata perintah berhenti atau maju. 2. Begitu juga dalam pergerakan perlahan jalan. 16.4. Tukar Haluan Ke Kiri Dalam Masa Berjalan. Kata perintah bagi pergerakan tukar haluan dalam masa berjalan ada 2 cara bagi melaksanakan ; Kata perintah pertama - “Tukar haluan ke kiri dan berhenti, kiri..... tukar”. Kata perintah kedua - “Tukar haluan ke kiri, kiri..... tukar”. Kata perintah diberi ketika -Pacak tumit mana-mana kaki (sebaik - baiknya kaki kiri) Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan.


TERHAD 66 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Penanda (orang yang di sebelah kiri) belok ke kiri 90 darjah, sebaik-baiknya dahului kaki kiri berjalan tiga langkah ke hadapan dengan kiraan 1 hingga 4 (bilangan 4 adalah hentak kaki kanan). 2. Anggota yang lain turut membelok separuh kiri 45 darjah ke haluan baru serta berhenti berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah, orang nombor satu barisan tengah dan belakang hendaklah berjalan mengikut belakang penanda kiri dalam langkah yang sama. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru dan berhenti di sebelah kanan penanda kiri dengan jarak satu tangan mengikut deretan masingmasing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan. 5. Penanda tidak cukup mengambil tiga langkah. Nota : 1. Bagi melaksanakan kata perintah kedua iaitu “Tukar haluan ke kiri, kiri..... tukar”. Penanda hendaklah membuat pergerakan berjalan tiga langkah dan hentak kaki cepat setelah mengambil hala yang baru, juga semua anggota yang lain sehingga mendapat kata perintah berhenti atau maju. 2. Begitu juga dalam perlahan jalan. 17. JADIKAN SKUAD DALAM BERHENTI (STATIK) DAN DALAM BERJALAN(CEPAT MASA). 17.1.Jadikan Skuad Ke Kanan Dalam Berhenti (Statik). Kata perintah untuk melaksanakan pergerakan jadikan skuad dalam berhenti mengandungi dua kata perintah ; Kata perintah pertama - “Di sebelah kanan dan berhenti, jadikan..... skuad”. Kata perintah kedua - “Cepat jalan” Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan.


TERHAD 67 Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Penanda (orang yang di sebelah kanan barisan belakang) hendaklah diam. 2. Anggota-anggota yang lain dalam barisan hadapan, tengah dan belakang hendaklah berpusing separuh ke kanan 45 darjah. 3. Apabila dapat kata perintah “Cepat jalan” 4. Penanda (orang yang di sebelah kanan) berjalan ke hadapan sebanyak tiga langkah bermula dengan kaki kiri, kiraan 1 hingga 4 (bilangan 4 adalah hentak kaki kanan). 5. Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala yang baru (kanan) serta berhenti berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah “Cepat, jalan”,orang nombor satu barisan tengah dan belakang hendaklah berjalan mengikut belakang penanda kanan dalam langkah yang sama. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru dan berhenti di sebelah kiri penanda kanan dengan jarak satu tangan mengikut deretan masingmasing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan. Nota : Pergerakan ini hendaklah dilakukan apabila kedudukan skuad itu dalam tiga barisan memanjang ke belakang. 17.2.Jadikan Skuad Ke Kiri Dalam Berhenti (Statik). Kata perintah untuk melaksanakan pergerakan jadikan skuad dalam berhenti mengandungi dua kata perintah ; Kata perintah pertama - “Di sebelah kiri dan berhenti, jadikan..... skuad”. Kata perintah kedua - “Cepat jalan” Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, Penanda (orang yang di sebelah kiri) hendaklah diam. 2. Anggota-anggota yang lain dalam barisan hadapan, tengah dan belakang hendaklah berpusing separuh ke kiri 45 darjah.


TERHAD 68 3. Apabila dapat kata perintah “Cepat, jalan”, Penanda (orang yang di sebelah kiri) berjalan ke hadapan sebanyak tiga langkah bermula dengan kaki kiri, kiraan 1 hingga 4 (bilangan 4 adalah hentak kaki kanan). 4. Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala yang baru (kiri) serta berhenti berturut-turut mengikut deretan. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah “Cepat, jalan” atau orang nombor satu barisan tengah dan belakang hendaklah berjalan mengikut belakang penanda kiri dalam langkah yang sama. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru dan berhenti di sebelah kanan penanda kiri dengan jarak satu tangan mengikut deretan masingmasing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan Nota : Pergerakan ini hendaklah dilakukan apabila kedudukan skuad itu dalam tiga barisan memanjang ke belakang. 17.3.Jadikan Skuad Ke Kanan Dalam Berjalan Cepat Masa. Kata perintah bagi pergerakan jadikan skuad dalam masa berjalan ada 2 cara bagi melaksanakan ; Kata perintah pertama - “Di sebelah kanan dan berhenti, jadikan..... skuad”. Kata perintah kedua - “Di sebelah kanan, jadikan.... skuad”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kiri pacak ke bumi Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, semua anggota maju satu langkah kaki kanan lebih kurang 30 inci ke hadapan dengan sebutan “kanan”. 2. Dengan pantas angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kanan dengan sebutan “kiri” bagi Penanda kanan, sementara lain-lain anggota hentak kaki kiri menyerong sedikit 45 darjah di hujung kaki kanan. 3. Setelah hentak kaki kiri, bagi Penanda kanan terus ambil langkah ke hadapan sebanyak 3 langkah didahului kaki kanan dalam bilangan empat (hentak kaki kiri).


TERHAD 69 4. Anggota-anggota yang lain setelah hentak kaki kiri berpusing separuh kanan (45 darjah) terus melangkah dengan kaki kanan ke hala yang baru dengan memacak tumit dan berhenti berturut-turut mengikut deretan sepertimana pergerakan pelajaran dalam berhenti. Penerangan teliti 1. Apabila mendapat kata perintah, orang nombor satu barisan tengah dan belakang setelah hentak kaki kiri akan memendekkan langkah supaya dapat mengekori belakang penanda dalam langkah yang sama serta dengan jarak 1 langkah. 2. Dalam masa yang sama lain-lain deretan akan berjalan ke arah yang baru (45 darjah ke kanan) dan berhenti di sebelah kanan penanda kanan dengan jarak 1 tangan mengikut deretan masing-masing. 3. Anggota barisan belakang tiap-tiap deretan hendaklah memberi kata perintah berhenti supaya sama dalam tiap-tiap deretan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan. 5. Penanda tidak cukup mengambil tiga langkah. Nota : 1. Bagi melaksanakan kata perintah kedua iaitu “Di sebelah kanan, jadikan.... skuad”, Penanda kanan hendaklah membuat pergerakan hentak kaki kiri dan maju berjalan tiga langkah didahului dengan kaki kanan dan hentak kaki cepat (lebihkan satu langkah supaya dapat pergerakan “check in up”). 2. Setelah anggota yang lain mengambil arah yang baru selari dengan penanda, kata perintah berhenti atau maju boleh diberikan. 17.4. Jadikan Skuad Ke Kiri Dalam Berjalan Cepat Masa. Kata perintah bagi pergerakan jadikan skuad dalam masa berjalan ada 2 cara bagi melaksanakan Kata perintah pertama - “Di sebelah kiri dan berhenti, jadikan..... skuad”. Kata perintah kedua - “Di sebelah kiri, jadikan..... skuad”. Kata perintah diberi ketika - Tumit kaki kanan pacak ke bumi. Keadaan skuad - Pergerakan ini sesuai dilakukan dalam tutup barisan. Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah, semua anggota maju satu langkah kaki kiri lebih kurang 30 inci ke hadapan dengan sebutan “kiri ”. 2. Dengan pantas angkat kaki kanan paha separas dengan bumi dan hentak di sebelah kaki kiri dengan sebutan “kanan” bagi Penanda kiri, sementara lain-lain anggota hentak kaki kanan menyerong sedikit 45 darjah di hujung kaki kiri.


TERHAD 70 3. Setelah hentak kaki kanan,bagi Penanda kiri terus ambil langkah ke hadapan sebanyak 3 langkah didahului kaki kiri dalam bilangan empat (hentak kaki kanan). 4. Anggota-anggota yang lain setelah hentak kaki kanan, berpusing separuh kiri (45 darjah) terus melangkah dengan kaki kiri ke hala yang baru dengan memacak tumit dan berhenti berturut-turut mengikut deretan sepertimana pergerakan pelajaran dalam berhenti. Penerangan teliti 1. Apabila dapat kata perintah, orang nombor satu barisan tengah dan belakang setelah hentak kaki kanan akan memendekkan langkah supaya dapat mengekori belakang penanda dalam langkah yang sama serta dengan jarak 1 langkah. 2. Dalam masa yang sama lain- lain deretan akan berjalan ke arah yang baru (45 darjah ke kiri) dan berhenti di sebelah kiri penanda kiri dengan jarak 1 tangan mengikut deretan masing-masing. 3. Kata perintah berhenti diberi oleh anggota belakang setiap deretan . Kesalahan biasa dilakukan 1. Anggota tidak tahu di mana mereka perlu berhenti. 2. Kelurusan dan jarak tidak sama apabila berhenti. 3. Berlumba-lumba antara deretan semasa berjalan. 4. Membuka langkah sehingga hilang rentak berjalan. 5. Penanda tidak cukup mengambil tiga langkah. Nota : 1. Bagi melaksanakan kata perintah kedua iaitu “Di sebelah kiri, jadikan.....skuad”, Penanda kiri membuat pergerakan hentak kaki kanan dan berjalan tiga langkah didahului kaki kiri. Pada langkah ketiga (kaki kiri), Penanda kiri buat perbuatan hentak kaki cepat. 2. Setelah anggota yang lain mengambil arah yang baru selari dengan penanda, kata perintah berhenti atau maju boleh diberikan.


TERHAD 71 PELAJARAN DALAM PERLAHAN MASA. 18. BERJALAN PERLAHAN MASA. Kata perintah penuh pertama - “Da ...... ri kiri / kanan, perlahan ...... jalan”. (Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang bertiga-tiga) Kata perintah penuh kedua - “Menghadap ke hadapan, da ..... ri kanan, perlahan... jalan”. (Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang, menghadap ke hadapan) Kata perintah penuh ketiga - “Menghadap ke belakang , da .... ri kiri , perlahan... jalan”. (Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke belakang) Kata perintah dengan nombor - “Berjalan dengan nombor, perlahan jalan.....up”, “skuad......satu/kiri”,skuad.....up” skuad ..... dua/kanan” dan seterusnya. (Gambar 11,12,13 dan 14) Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah“Berjalan dengan nombor, perlahan jalan.....up” dengan pantas tendang kaki kiri ke hadapan , jarak tumit ke tumit lebih kurang 15 inci atau hujung tumit kaki kiri melepasi hujung kasut kaki kanan , pada masa yang sama tekan hujung kasut ke bawah tergantung dari bumi dan sebut “up” ( Gambar 11) 2. “Skuad.....satu/kiri” dengan pantas sorong kaki kiri 15inci ke hadapan, jatuh hujung dan tapak kasut , pada masa yang sama jinjit tumit kaki kanan dan sebut “satu/kiri” (Gambar 12). kne ambik gambar baru 3. “Skuad.....up” dengan pantas tendang kaki kanan ke hadapan melintasi kaki kiri, jarak tumit ke tumit lebih kurang 15 inci atau hujung tumit kaki kanan melepasi hujung kasut kaki kiri, pada masa yang sama tekan hujung kasut ke bawah tergantung dari bumi dan sebut “ up ” ( Gambar 13). 4. “Skuad ..... dua/kanan” dengan pantas sorong kaki kanan 15 inci ke hadapan, jatuh hujung dan tapak kasut , pada masa yang sama jinjit tumit kaki kiri dan sebut “dua” (Gambar 14). Kena ambil gmbar baru 5. Pergerakan ini diulang mengikut jumlah kehendak jurulatih. Penerangan teliti 1. Semasa menendang kaki kiri ke hadapan “up”, hujung kaki menjunam ke bawah. Badan tegak, jari-jari genggam dan kedua-dua tangan rapat di rusuk kiri dan kanan. Keberatan badan di atas kaki kanan. 2. Selepas itu sorong lagi 15 inci dan letak tapak kaki atau hujung kasut kiri ke bumi dengan kiraan “satu”, keberatan badan di atas kaki kanan dan tumit kaki kiri terangkat sedikit. Pandangan sentiasa menghala ke hadapan. 3. Pergerakan tendang dan sorong kaki seperti di atas dilakukan sehingga cukup jumlah yang dikehendaki oleh jurulatih.


TERHAD 72 Gambar 11 Gambar 12 Gambar 13 Gambar 14 Kesalahan yang biasa dilakukan 1. Semasa menyorong kaki kiri dan kanan, jatuh tumit dahulu. 2. Siku renggang dari rusuk, pergelangan tangan menjungkit ke atas dan pergelangan kaki semasa menendang ke hadapan bergoyang-goyang. 19. BERHENTI : PERLAHAN MASA. Kata perintah - “Skuad....... ti”. Kata perintah diberi ketika - Kaki kiri melintasi kaki kanan. Perbuatan penuh - “Up….satu….dua” (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Berhenti dengan nombor, skuad.......up, Skuad....satu, skuad....dua” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Berhenti dengan nombor, skuad.......up” dengan pantas gantung paha kiri separas bumi dan sebut “up” 2. “Skuad....satu”, dengan pantas kentak kaki kiri balik ke kedudukan sedia dan sebut “satu” 3. “Skuad....dua”, dengan pantas gantung paha kanan separas bumi dan hentak kaki kanan balik ke kedudukan sedia dan sebut “dua”. Penerangan teliti 1. Selepas mendapat kata perintah pastikan kaki kiri yang telah terlepas ke hadapan dengan pantas gantung dahulu sebut “up” dan hentak di sebelah kaki kiri kedudukan sedia dan sebut “satu” . 2. Semasa membuat pergerakan satu dan dua pastikan kedua-dua tangan ibu jari rapat di belakang penjahitan seluar. Kesalahan biasa dilakukan 1. Tidak tarik balik kaki kiri ke belakang semasa berhenti. 2. Tangan mengembang semasa hentak kaki.


TERHAD 73 20. TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN. Kata perintah - “ Tukar langkah masa berjalan, tukar….langkah ” Kata perintah bagi kali kedua dan - “ Tukar….langkah ”. Seterusnya berturut -turut ( Kata amaran tidak perlu diulang ) Kata perintah diberi - Perkataan “ tukar” ketika kaki kanan melintasi kaki kiri dan “langkah” ketika kaki kiri melintasi kaki kanan. Perbuatan penuh - “kiri…up,kanan…up (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Tukar langkah masa berjalan dengan nombor ,skuad…kiri, skuad…kanan ,skuad….up” Pergerakan (Detail): 1. Apabila dapat kata perintah “Tukar langkah masa berjalan dengan nombor, skuad…kiri, dengan pantas sorong kaki kiri 15 inci ke hadapan jarak tumit ke tumit 30 inci, jatuh hujung dan tapak kasut dan sebut “kiri”.(jinjit tumit kaki kanan) 2. “Skuad…..kanan” dengan pantas gantung kaki kanan paha separas dengan bumi terus hentak kaki kanan menyerong di belakang tumit kaki kiri dan sebut “ up…kanan ”. 3. “Skuad…..up”dengan pantas tendang kaki kiri 15 inci ke hadapan jarak tumit ke tumit 15 inci, tapak kaki tergantung dari bumi dan sebut “up” 4. Selesai perbuatan disambung dengan berjalan perlahan masa. Penerangan teliti 1. Semasa membuat pergerakan tukar langkah, kedua-dua tangan hendaklah rapat di rusuk, jarijari digenggam. badan tegak dan pandangan terus ke hadapan. 2. Lutut kaki kiri tegang semasa menghentakkan kaki kanan di belakang tumit kaki kiri dan tiada perhentian sejenak di atas. 3. Kata perintah amaran “tukar langkah masa berjalan” tidak kisah jatuh atas mana-mana perbuatan dan tidak perlu di ulang seandainya hendak melakukan perbuatan yang serupa dengan syarat tidak putus diantara perbuatan dan kata perintah sebelumnya Kesalahan biasa dilakukan 1. Menghentak kaki kanan di sebelah kaki kiri seperti kedudukan sedia. 2. Kedua-dua tangan tidak rapat semasa mengangkat kaki kanan. 21. BERPUSING DALAM PERLAHAN MASA. 21.1. Berpusing Ke Kanan. Kata perintah - “Bergerak ke kanan….kanan….sing” (Berpandukan kedudukan - “Menghadap ke hadapan.....kanan….sing” penanda platun) - “Menghadap ke belakang…..kanan….sing”


TERHAD 74 Kata perintah diberi - Ketika kaki kanan melintasi kaki kiri Perbuatan penuh - “kanan up…..kiri…..up” (kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor -“Kanan pusing dengan nombor,skuad…..kanan, skuad…..up, skuad…..kiri, skuad…..up” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Kanan pusing dengan nombor,skuad…..kanan”, dengan pantas sorong kaki kanan kehadapan 15 inci jatuh hujung dan tapak kasut, jarak tumit ke tumit 30 inci. Pada masa yang sama jinjit tumit kaki kiri dan sebut “kanan” 2. ”Skuad…..up” dengan pantas gantung paha kiri separas bumi dan sebut “up” 3. ”skuad…..kiri” dengan pantas hentak kaki kiri berdekatan di hujung kasut kaki kanan. Kedudukan 45 darjah , perut kasut kaki kiri berada di hujung kasut kaki kanan dan sebut “kiri” ( Arah badan dan pandangan tidak berubah.) (Gambar 15.) 4. ”skuad…up” dengan pantas tendang kaki kanan 90 darjah kearah baru dan sebut “up”. (Arah badan dan pandangan ke arah baru). Penerangan teliti 1. Semasa menyorong kaki kanan ke hadapan, tekan hujung kaki kanan ke bumi dan kedudukan badan masih menghala ke hadapan lagi. 2. Angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak kaki kiri di hujung kaki kanan, kedudukan kaki kiri melintang ke arah 45 darjah, badan tegak menghala ke hadapan. 3. Semasa angkat kaki kedua-dua tangan genggam rapat ke badan dan lurus ke bawah. 4. Pusingkan badan 90 darjah ke kanan, keberatan badan berada di atas kaki kiri. Gambar 15 Kesalahan biasa dilakukan 1. Membiarkan tangan terhayun dari kedudukan sedia. 2. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan, bahu dan kaki. 3. Semasa mengangkat kaki kiri badan telah berpusing ke kanan.


TERHAD 75 21.2. BERPUSING KE KIRI Kata perintah - “Bergerak ke kiri….kiri….sing” (Berpandukan kedudukan - “Menghadap ke hadapan.....kiri…. sing” penanda platun) - “Menghadap ke belakang…..kiri…..sing” Kata perintah diberi - Ketika kaki kiri melintasi kaki kanan Perbuatan penuh - “Kiri up…..kanan…..up” (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor - “Kiri pusing dengan nombor,skuad…..kiri, skuad…..up,skuad…..kanan,skuad…..up” Pergerakan (Detail): 1. Apabila dapat kata perintah “Kiri pusing dengan nombor…..skuad….kiri” dengan pantas sorongkan kaki kiri kehadapan 15 inci jatuh hujung dan tapak kasut, jarak tumit ke tumit 30 inci. pada masa yang sama jinjit tumit kaki kanan dan sebut “kiri” 2. ”Skuad…..up” dengan pantas gantung paha kanan separas bumi dan sebut “up” 3. ”Skuad…..kanan” dengan pantas hentak kaki kanan berdekatan di hujung kasut kaki kiri. kedudukan 45 darjah, perut kasut kaki kanan berada di hujung kasut kaki kiri dan sebut “kanan”, (arah badan dan pandangan tidak berubah) (Gambar 16). 4. ”Skuad…up” dengan pantas tendang kaki kiri 90 darjah kearah baru dan sebut “up”. (arah badan dan pandangan berubah ke arah baru) Penerangan teliti 1. Semasa menyorong kaki kiri ke hadapan, tekan hujung kaki kiri ke bumi dan kedudukan badan masih menghala ke hadapan lagi. 2. Angkat kaki kanan paha separas dengan bumi dan hentak kaki kanan di hujung kaki kiri, kedudukan kaki kanan melintang ke arah 45 darjah, badan tegak menghala ke hadapan. 3. Semasa angkat kaki kedua-dua tangan genggam rapat ke badan dan lurus ke bawah. 4. Pusingkan badan 90 darjah ke kiri, keberatan badan berada di atas kaki kanan. Gambar 16 Kesalahan biasa dilakukan 1. Membiarkan tangan terhayun dari kedudukan sedia. 2. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan, bahu dan kaki. 3. Semasa mengangkat kaki kanan badan telah berpusing ke kiri.


TERHAD 76 21.3. Berpusing Separuh Kanan. Kata perintah - “Bergerak kanan,separuh….kanan” (Berpandukan kedudukan - “Menghadap ke hadapan,separuh.....kanan” penanda platun) - “Menghadap ke belakang,separuh…..kanan” Kata perintah diberi - Ketika kaki kanan melintasi kaki kiri Perbuatan penuh - “Kanan up…..kiri…..up” (Kata perbuatan) Kata perintah dengan nombor -“Berpusing separuh kanan dengan nombor…,skuad…..kanan, skuad…..up, skuad…..kiri, skuad …..up” Pergerakan (Detail): 1. Apabila dapat kata perintah ”Berpusing separuh kanan dengan nombor, skuad….kanan” dengan pantas sorongkan kaki kanan kehadapan 15 inci jatuh hujung dan tapak kasut, jarak tumit ke tumit 30 inci. pada masa yang sama jinjit tumit kaki kiri dan sebut “kanan” 2. ”Skuad…..up” dengan pantas gantung paha kiri separas bumi dan sebut “up” 3. ”Skuad…..kiri” dengan pantas hentak kaki kiri 45 darjah di hujung kasut kaki kanan. dan sebut “kiri”(arah badan dan pandangan tidak berubah) 4. ”Skuad…up” dengan pantas tendang kaki kanan 45 darjah ke arah baru dan sebut “up”.(arah badan dan pandangan beruabah kea rah baru). Penerangan teliti 1. Semasa menyorong kaki kanan ke hadapan tekan hujung kaki kanan ke bumi dan kedudukan badan masih menghala ke hadapan lagi. 2. Angkat kaki kiri paha separas dengan bumi dan hentak kaki kiri di hujung kaki kanan, kedudukan kaki kiri melintang ke arah 45 darjah, badan tegak menghala ke hadapan. 3. Semasa angkat kaki kiri, kedua-dua tangan genggam rapat ke badan dan lurus ke bawah. 4. Pusingkan badan 45 darjah ke kanan, keberatan badan berada di atas kaki kiri. Kesalahan biasa dilakukan 1. Membiarkan tangan terhayun dari kedudukan sedia. 2. Tiada berpusing tepat dengan kepala, badan, bahu dan kaki. 3. Semasa mengangkat kaki kiri badan telah berpusing ke separuh kanan. 21.4. Berpusing Separuh Kiri Kata perintah - “Bergerak ke kiri, separuh…..kiri”. Berpandukan kedudukan “Menghadap ke hadapan, separuh kiri”. penanda platun - “Menghadap ke belakang,separuh…..kiri” - Kata perintah diberi - Ketika kaki kiri melintasi kaki kanan. Perbuatan penuh - “Kiri…up .,.kanan….up..”


TERHAD 77 Kata perintah dengan nombor -“Berpusing separuh kiri dengan nombor…”skuad…..kiri, skuad…..up, skuad…..kanan, skuad …..up” Pergerakan (Detail): 1. Apabila dapat kata perintah ”Berpusing separuh kiri dengan nombor, skuad….kiri” dengan pantas sorong kaki kiri ke hadapan 15 inci jatuh hujung dan tapak kasut, jarak tumit ke tumit 30 inci. pada masa yang sama jinjit tumit kaki kanan dan sebut “kiri” 2. ”Skuad…..up” dengan pantas gantung paha kanan separas bumi dan sebut “up” 3. ”Skuad…..kanan” dengan pantas hentak kaki kanan 45 darjah di hujung kasut kaki kiri. dan sebut “kanan” (arah badan dan pandangan tidak berubah) 4. ”Skuad…up” dengan pantas tendang kaki kiri 45 darjah ke arah baru dan sebut “up”.(arah badan dan pandangan berubah ke arah baru) Penerangan teliti 1. Semasa menyorong kaki kiri ke hadapan tekan hujung kaki kiri ke bumi dan kedudukan badan masih lagi menghala ke hadapan. 2. Angkat kaki kanan paha separas dengan bumi dan hentak kaki kanan di hujung kaki kiri, kedudukan kaki kanan melintang ke arah 45 darjah, badan tegak menghala ke hadapan. 3. Semasa angkat kaki kanan, kedua-dua tangan genggam rapat ke badan dan lurus ke bawah. 4. Pusingkan badan 45 darjah ke kiri, keberatan badan berada di atas kaki kanan. Kesalahan biasa dilakukan 1. Membiarkan tangan terhayun dari kedudukan sedia. 2. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan, bahu dan kaki. 3. Semasa mengangkat kaki kanan badan telah berpusing ke kiri. 21.5 Berpusing Ke Belakang. Kata perintah - “Bergerak ke kanan, belakang....sing ” Berpandukan kedudukan penanda platun. - “Bergerak ke kiri, belakang ….sing” “Menghadap ke hadapan,belakang ….sing”. - “Menghadap ke belakang,belakang …..sing”. Kata perintah diberi - Ketika kaki kanan melintasi kaki kiri. Perbuatan penuh - “Kanan up…..kiri up…..kanan up….. kiri up….” Kata perintah dengan nombor - “Belakang pusing dengan nombor…”skuad….. kanan, skuad…..up, skuad…..kiri, skuad…..up,skuad……kanan,skuad….. kiri, skuad …..up” Pergerakan (Detail) 1. Apabila dapat kata perintah “Belakang pusing dengan nombor skuad…..kanan” dengan pantas sorong kaki kanan sejauh 15 inci ke hadapan,jatuh hujung dan tapak,jarak tumit ke tumit 30 inci dan sebut “kanan”, pada masa yang sama jinjit tumit kaki kiri. 2. “Skuad…..up” dengan pantas gantung kaki kiri paha separas bumi, hujung kasut tekan ke bawah dan sebut “up” .(perhentian sejenak)


Click to View FlipBook Version