TERHAD 243 - Pengusung bangun serentak apabila dengar isyarat dari ketua pengusung. Pastikan usungan/ keranda di paras hadapan dada.(gambar 4 & 5) - (gambar 4) (gambar 5) - Pengusung berpusing ke kanan / ke kiri pastikan bahagian kepala mayat bahagian hadapan. (gambar 6) (gambar 6) - Ketua pengusung memberi arahan perlahan jalan menuju ke masjid atau ke tanah perkuburan.(gambar 7) (gambar 7) 8.1.2. Sampai di tanah perkuburan - Usungan akan di letak di sebelah liang lahad. Pengusung membuat kedudukan melutut meletakan keranda di bawah.( gambar 8) -
TERHAD 244 (gambar 8) - Pengusung membuat lipatan bendera Malaysia menjadi bentuk tiga segi. (gambar 9, 10 & 11) (gambar 9) (gambar 10) (gambar 11) - Pengusung membuat pergerakan pusing ke kiri dan ke kanan (gambar 12) (gambar 12) - Ketua pengusung membawa bendera yang telah di lipat kepada pucuk pimpinan untuk diserahkan kepada pihak keluarga.(gambar 13 & 14)
TERHAD 245 (gambar 13 ) (gambar 14) - Ketua pungusung balik ke tempat asal. Semua Pengusung berjalan cepat dari usungan / keranda dan bersurai PENUTUP Tatacara pengebumian ini hendaklah dengan kebenaran dari Pegawai Pemerintah serta persetujuan waris/ ahli keluarga simati supaya tidak bertentangan dengan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM bagi yang beragama Islam atau oleh mana-mana adat resam yang diamalkan oleh agama lain. Semua Pegawai Pemerintah atau pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memahami tatacara menguruskan pengebumian dan mematuhi serta menguatkuasakan tatacara yang diselaraskan agar anggota yang meninggal dunia dapat disemadikan dengan sempurna dan tertib. Semoga tatacara ini memberi panduan kepada Pegawai Pemerintah dalam melaksanakan urusan pengebumian pegawai / anggota PDRM . TATACARA BERKAITAN KEMATIAN PEGAWAI / ANGGOTA DAN PESARA POLIS ADALAH RUJUKAN ARAHAN KETUA POLIS NEGARA NO 39 (PINDAAN) BIL 19/26 BERTARIKH 19 JUN 2008 .
TERHAD 246 PENGAWAL VIGIL 1. PENDAHULUAN Apabila seorang pembesar negara, mangkat/meninggal dunia, bukan sahaja ahli kerabat, kaum keluarga dan sanak saudara yang merasakan hiba, tetapi setiap warga negara dan penduduk juga turut serta merasakan dukacita yang menimpa negara itu. Oleh yang demikian, apa jua cara penghormatan yang perlu diberikan kepada jenazahnya, dan apa jua bentuk istiadat yang dapat diperuntukkan kepada urusan pemakaman dan pengebumian jenazahnya sudah semestinya menggambarkan setinggi-tinggi penghormatan dan semulia-mulia istiadat yang wajar dengan taraf dan kedudukan pembesar berkenaan. 1.2 Yang dimaksudkan dengan Pembesar-Pembesar Persekutuan di sini ialah : i. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada ketika menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong (termasuk DYMM Raja Melayu yang menjalankan tugas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menurut “Ordinan Yang di-Pertuan Agong (menjalankan tugas. ii. Perdana Menteri dan Pemangku Perdana Menteri (mungkin Timbalan Perdana Menteri atau pun salah seorang dari Ahli Jemaah Menteri yang sedang menjalankan tugas Perdana Menteri) iii. Timbalan Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri, isteri Pemangku Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, dan lain-lain pembesar seperti yang ditentukan oleh Perdana Menteri dan Kabinet. 1.3. Para pembesar di peringkat negeri yang dimaksudkan di bawah peraturanperaturan yang diperuntukkan ini ialah : i. DYMM Raja Melayu dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. ii. DYMM Raja Perempuan/Tengku Ampuan, dan isteri Yang di-Pertua Negeri. iii. Menteri Besar atau Ketua Menteri. iv. Ahli waris dan kerabat DiRaja mengikut peruntukan yang tersebut dalam peraturan-peraturan peringkat negeri. v. Lain-lain pembesar Negeri seperti yang diarahkan oleh Menteri Besar/ Ketua Menteri dan Kabinet/ Exco Negeri dan setelah diperkenankan oleh DYMM Sultan/Raja negeri berkenaan 2. TUJUAN. 2.1. Istiadat ini dilakukan apabila berlakunya kemangkatan DiRaja atau pun kematian Pembesar Negara, maka Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia dikehendaki mengadakan Pengawal Vigil yang mana anggota di tempatkan di empat penjuru Peterana iaitu tempat letaknya keranda. Pengawal-pengawal terdiri dari empat orang pegawai iaitu tiga orang pegawai dari tiga cabang ATM (Darat,Laut,Udara) dan satu orang pegawai dari PDRM. Semua pengawai berpakaian istiadat di dalam kedudukan tafakur junam pedang di setiap penjuru Peterana letaknya keranda.
TERHAD 247 3. AHLI JAWATANKUASA. 3.1. Apabila berlaku kemangkatan/kematian seorang pembesar negara, tanggungjawab untuk merancang, mengurus dan mengendalikan segala atur cara dan istiadat pemakaman/ pengebumiannya adalah tanggungjawab Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan (JKMRK) yang terdiri daripada : Pengerusi : Ketua Setiausaha Negara (KSN). Setiausaha : Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, JPM. Ahli-Ahli : - Panglima Angkatan Tentera (PAT). - Ketua Polis Negara (KPN). - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. - Datuk Bandar Kuala Lumpur. - Ketua Setiausaha Kementerian - Penerangan dan Penyiaran. - Setiausaha Dewan Rakyat/ Parlimen. - Tuan Mufti Wilayah Persekutuan. - Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya. Catitan :- Jawatankuasa ini juga akan bertindak sebagai Jawatankuasa Pusat Pemakaman/Pengebumian Negara, dengan kuasa untuk menambah keanggotaannya untuk meliputi segala aspek urusan dan keperluan bagi menjamin kesempurnaan istiadat. Jawatankuasa Pusat ini berkuasa juga untuk mengarahkan tenaga pegawai-pegawai melalui mana-mana Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan, sekiranya difikirkan perlu untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. 3.2. Pada hakikatnya Istiadat pemakaman/pengebumian di peringkat negeri adalah hak dan tanggungjawab negeri yang berkenaan. 3.3. Akhir sekali, panduan ini pada keseluruhannya berasaskan amalan- amalan yang lazim bagi orang-orang Melayu dan yang beragama Islam. Penyesuaian perlulah dibuat apabila berlaku kematian di antara para pembesar Negara yang bukan daripada keturunan Melayu dan bukan beragama Islam.
TERHAD 248 4. KEANGGOTAAN 4.1. Untuk melaksanakan Istiadat ini, kekuatan anggota adalah seperti : Jenis Istiadat SPB YDP Agong DYMM Raja-Raja Melayu TYT Tuan Yang di- Pertua Negeri Catatan Jenazah berada di Bangunan Parlimen atau Istana. Pengawal Vigil i. Ketua - 1 Kdr - MTL ii. Darat - 6 x Mejar iii. Laut - 6 xLt Kdr iv. Udara - 6 x Mejar v. PDRM – 6 x DSP Pengawal Vigil i. Ketua - 1 Kdr MTL ii. Darat - 6 x Mejar iii.Laut - 6 xLt Kdr iv. Udara - 6 x Mejar v. PDRM – 6 x DSP Pegawal Vigil i.Ketua 1 x Lt Kol MTD ii. Darat - 6 x Kpt iii.Laut - 6 x Lt iv. Udara - 6 x Kpt v. PDRM – 6 x ASP 1. Kesemua 6 kumpulan. Setiap kumpulan seramai 4 Pegawai (1 x Darat, 1 x Laut, 1 x Udara dan 1 x PDRM) diketuai oleh Pegawai ATM 2.Jangkamasa Pengawal bertugas setiap pusingan tidak ditetapkan, ia diputuskan dalam mesyuarat. 4.2. Semua Pengawal Vigil akan ditempatkan di Bilik Pengawal yang tidak jauh daripada Dewan Petarana, mereka akan digilir-gilirkan bertugas mengikut giliran pengawal yang ditetapkan. 5. KEDUDUKAN Pengawal daripada Tentera Darat akan menempatkan dirinya di penjuru kanan dan mengikut arah kepala kedudukan keranda dan diikuti ke kirinya oleh pengawal dari lain-lain pegawai.
TERHAD 249 6. GILIRAN BERTUGAS Pada permulaan bertugas keempat-empat pengawal akan masuk serentak, dibawa oleh Ketua Pengawal, mereka akan berbaris dalam satu barisan dari bilik pengawal dan berjalan masuk ke Dewan Peterana dengan langkah perlahan. 7. PERLAKSANAAN TUGAS 7.1. Pengawal Mengambil Tempat ke dewan Peterana 1. Ketua Pengawal dan pengawal berjalan masuk ke tempat permulaan yang ditetapkan dalam cepat masa dan pedang masih di dalam sarung. 2. Setelah sampai di tempat yang ditetapkan, Ketua Pengawal berada di hadapan Pengawal Vigil dan memberi kata perintah hunus pedang seperti Rajah 1. BIL KATA PERINTAH KAWAD KATA PERINTAH OLEH PERGERAKAN 1. KELUAR DARI BILIK REHAT KE SATU TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN 2. “PEGAWAI, HUNUS... PEDANG” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL HUNUS PEDANG TERMASUK KETUA PENGAWAL (DALAM SATU BARISAN).KETUA PENGAWAL BERADA DI HADAPAN. 3. “BERGERAK KE KANAN... KANAN, SING” KETUA PENGAWAL KETUA PENGAWAL BERADA DI HADAPAN PUSING KIRI, PENGAWAL PUSING KANAN SETELAH BERPUSING KE KANAN, KETUA PENGAWAL MENGAMBIL TEMPAT DI HADAPAN PENGAWAL 4. “PEGAWAI, PERLAHAN.. JALAN” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL BERJALAN DALAM PERLAHAN MASA MENUJU KE HADAPAN PETERANA 5. “PEGAWAI....TI” KETUA PENGAWAL SETELAH KUMPULAN PENGAWAL BERADA BERSETENTANGAN DENGAN PETERANA 6. “MENGADAP KE HADAPAN.. KIRI, SING” KETUA PENGAWAL SEMUA MENGHADAP KE PETERANA SEPERTI RAJAH 2 PENGAWAL VIGIL KETUA RAJAH 1
TERHAD 250 7.2. Pengawal Mengambil Tempat di Peterana BIL KATA PERINTAH KAWAD KATA PERINTAH OLEH PERGERAKAN 7. “PEGAWAI, AMBIL.... TEMPAT” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL BERPUSING SEPARUH DAN TERUS BERJALAN DALAM PERLAHAN MASA i. TENTERA DARAT DAN LAUT SEPARUH KANAN ii. PDRM DAN TENTERA UDARA PUSING SEPARUH KIRI SEPERTI RAJAH 3 RAJAH 2 RAJAH 3 PETERANA PENGAWAL PDRM PENGAWAL UDARA PENGAWAL LAUT PENGAWAL DARAT KETUA ARAH LALUAN MASUK PENGAWAL VIGIL BBARU KEPALA JENAZAH PETERANA PENGAWAL LAUT DARAT PDRM UDARA AA KEPALA JENAZAH
TERHAD 251 NOTA : PENGAWAL BERJALAN DALAM PERLAHAN MASA MENUJU KE TEMPAT YANG DITETAPKAN DI PENJURU PETERANA Gambar 1. Nota : SETELAH PENGAWAL AMBIL TEMPAT, KETUA PENGAWAL BALIK KE BILIK REHAT SEMULA. BIL KATA PERINTAH KAWAD KATA PERINTAH OLEH PERGERAKAN 8. “PEGAWAI., HORMAT DIRAJA, KE HADAPAN… HORMAT”. “ TAFAKUR JUNAM.... PEDANG” PENGAWAL DARAT SEMUA PENGAWAL MEMBUAT HORMAT DAN TAFAKUR JUNAM PEDANG SEPERTI RAJAH 4 dan gambar 1. RAJAH 4
TERHAD 252 7.3. Pertukaran Pengawal Lama Dengan Pengawal Baru BIL KATA PERINTAH KAWAD KATA PERINTAH OLEH PERGERAKAN 1. PENGAWAL BARU KELUAR DARI BILIK REHAT KE SATU TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN 2 “PEGAWAI, HUNUS... PEDANG” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL BARU HUNUS PEDANG TERMASUK KETUA PENGAWAL (DALAM SATU BARISAN).KETUA PENGAWAL BERADA DI HADAPAN. 3. “BERGERAK KE KANAN... KANAN, SING” KETUA PENGAWAL KETUA PENGAWAL BERADA DI HADAPAN PUSING KIRI, PENGAWAL BARU PUSING KANAN SETELAH BERPUSING KE KANAN, KETUA PENGAWAL MENGAMBIL TEMPAT DI HADAPAN PENGAWAL BARU 4. “PEGAWAI, PERLAHAN.. JALAN” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL BERJALAN DALAM PERLAHAN MASA MENUJU KE HADAPAN PETERANA 5. “PEGAWAI....TI” KETUA PENGAWAL SETELAH KUMPULAN PENGAWAL BARU BERADA BERSETENTANGAN DENGAN PETERANA 6. “MENGADAP KE HADAPAN.. KIRI, SING” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL BARU MENGHADAP KE PETERANA SEPERTI RAJAH 5 7. “PEGAWAI, AMBIL.... TEMPAT” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL BARU BERPUSING SEPARUH & TERUS BERJALAN DALAM PERLAHAN JALAN i. TENTERA DARAT DAN LAUT SEPARUH KANAN ii. PDRM DAN TENTERA UDARA PUSING SEPARUH KIRI SEPERTI RAJAH 6
TERHAD 253 NOTA : 1. PENGAWAL BARU BERGERAK DALAM PERLAHAN JALAN MENUJU KE SEBELAH PENGAWAL LAMA. 2. PENGAWAL BARU AMBIL TEMPAT DI SEBELAH KANAN PENGAWAL LAMA. 3. PENGAWAL LAMA BUAT PERBUATAN HORMAT PEDANG DAN TEGAK PEDANG DARI TAFAKUR JUNAM PEDANG. 4. PENGAWAL LAMA BERJALAN KELUAR DARI PENJURU PETERANA MENUJU KE KETUA PENGAWAL DALAM PERLAHAN MASA SEPERTI RAJAH 7. 5. PENGAWAL BARU AMBIL TEMPAT PENGAWAL LAMA DI PENJURU PETERANA. 6. PENGAWAL BARU BUAT PERBUATAN HORMAT PEDANG DAN TAFAKUR JUNAM PEDANG. 7. PENGAWAL LAMA MENGAMBIL TEMPAT DI SEBELAH KIRI KETUA PENGAWAL DALAM SATU BARISAN SEPERTI RAJAH 8. 8. PENGAWAL LAMA BUAT PERBUATAN HORMAT PEDANG BERSAMA KETUA PENGAWAL KEMUDIAN TEGAK PEDANG GAMBAR 2. RAJAH 5 RAJAH 6
TERHAD 254 BIL KATA PERINTAH KAWAD KATA PERINTAH OLEH PERGERAKAN 8. “PEGAWAI.... HORMAT DIRAJA, KEHADAPAN.. HORMAT” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL LAMA MEMBUAT PERBUATAN HORMAT PEDANG KEMUDIAN TEGAK PEDANG 9. “BERGERAK KE KIRI, KIRI... SING” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL LAMA BERPUSING KE KIRI 10. “PEGAWAI DALAM SATU BARISAN, PERLAHAN... JALAN” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL BERJALAN DALAM PERLAHAN MASA 11. “PEGAWAI.... Ti” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL MEMBUAT PERBUAT BERHENTI DI TEMPAT YANG DITETAPKAN. 12. “MENGADAP KE HADAPAN KANAN...SING” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL BERPUSING MENGADAP KE HADAPAN 13.. “PEGAWAI SARUNGKAN... PEDANG” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL MEMBUAT PERGERAKAN SARUNGKAN PEDANG. 14.. “PEGAWAI KELUAR.... BARIS” KETUA PENGAWAL SEMUA PENGAWAL MEMBUAT PERBUATAN KELUAR BARIS. RAJAH 8 RAJAH 7
TERHAD 255 GAMBAR 2. NOTA : 1. Pengawal VIGIL akan di laksanakan sehingga jenazah dibawa ke tanah permakaman. 2. Sebelum itu penugasan Pengawal VIGIL akan digilirkan mengikut jam yang diputuskan di dalam mesyuarat bagi satu-satu pusingan penugasan. Ianya tidaklah ditetapkan.
“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”
TERHAD 256 BAHAGIAN SEMBILAN KAWAD NAIK DAN TURUN BENDERA / TUKAR PENGAWAL 1. MENGIBARKAN BENDERA 1.1. Bendera adalah merupakan satu simbol kebanggaan atau kemegahan bagi satu-satu pasukan. Selain dari Panji-Panji Utama, PDRM turut mempunyai bendera yang juga dinamakan Sang Saka Biru. 1.2. Sebagai simbol kebanggaan dan kemegahan, setiap anggota PDRM diwajibkan menghormati bendera berkenaan. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya dan jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila sampai ke bawah. 1.3. Terdapat 2 ukuran bendera PDRM yang sering dinaik dan diturunkan iaitu bendera besar berukuran 12 kaki x 6 kaki dan bendera kecil berukuran 6 kaki x 3 kaki. Kedua-dua bendera ini akan dinaikkan dan diturunkan setiap hari di tempat-tempat seperti berikut : 1.3.1. Bendera Besar ( 12’ x 6’) - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman - Di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen - Di semua Ibu Pejabat Briged Pasukan Gerakan Am - Kediaman YDH Ketua Polis Negara - Institusi-Institusi Latihan Polis 1.3.2. Bendera Kecil (6’ x 3’) - Ibu Pejabat Polis Daerah - Di semua Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am dan Pengkalan “Jungle Forts”. - Di semua Pengkalan Unit Pasukan Simpanan Persekutuan - Di semua Pengkalan Pasukan Polis Merin - Balai-Balai Polis dan Pondok-Pondok Polis. 1.4. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya. 1.5. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut. 1.6. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam Upacara Pemakaman / Pengkebumian Negara.
TERHAD 257 1.7. Bendera Malaysia, Negeri dan Sang Saka Biru akan dinaikkan setiap hari pada jam 6.30 pagi dan diturunkan pada jam 6.00 petang. 1.8. Istiadat Upacara Naik bendera dan Turun bendera hanya melibat bendera besar,(12x 6). 2. KEANGGOTAAN KUMPULAN MENAIKKAN DAN MENURUNKAN BENDERA (BENDERA BESAR) 2.1. Bagi melaksanakan upacara menaik dan menurunkan bendera ini memerlukan dua kumpulan seperti berikut : 2.1.1. Pengawal Keluar (GTO) 1 Sjn - Ketua Pengawal 6 Kpl ke Kons. S - Pengawal 2 Kpl ke Kons. S - Peniup Tetuang 2.1.2. Kumpulan Bendera 1 Kpl - Penaik Bendera/ Penurun Bendera 1 Kpl - Pembawa Bendera 6 Kpl ke Kons. S - Pemegang / Pelipat Bendera (dalam Upacara Turun Bendera)
TERHAD 258 3. Mengikat Bendera Besar. 3.1. Upacara untuk menaikkan Bendera Malaysia akan dilaksanakan setelah Bendera Negeri dan Bendera Sang Saka Biru dinaikkan terlebih dahulu seperti berikut : 3.1.1. Seramai 4 orang anggota dari Kumpulan Bendera akan berjalan masuk melalui pintu belakang Balai Pengawal dalam 2 barisan menuju ke rak tempat simpan bendera. Apabila sampai di hadapan rak, anggota No 1 di sebelah kanan memberi Kata perintah: “Skuad…. Ti”. Seterusnya memberi Kata perintah “Menghadap ke hadapan, kiri…. Sing”. 3.1.2. Apabila telah menghadap ke hadapan Kata perintah seterusnya “Ke hadapan… hormat”. Dua orang anggota di hadapan rak tersebut membuat pergerakan hormat dan turun tangan. Setelah itu kedua-dua anggota tersebut mengambil Bendera Negeri dan Bendera Sang Saka Biru dan balik ke kedudukan sedia dengan menatang bendera. 3.1.3. Setelah itu beri Kata perintah “Bergerak ke kiri, kiri….Sing” dan “Da..ri kiri, Cepat Jalan”. Keempat-empat anggota tersebut berjalan dan belok ke kiri keluar melalui pintu hadapan Balai Pengawal menuju ke tempat tiang bendera. Apabila sampai di hadapan tiang bendera beri Kata perintah “Skuad…. Ti” dan “Menghadap ke hadapan, kiri….Sing”. Keempat-empat anggota berpusing menghadap ke tiang bendera. 3.1.4. Seterusnya anggota yang di hadapan melangkah kaki kiri ke hadapan untuk membuka ikatan tali di tiang bendera. Dalam waktu yang sama anggota yang di belakang membuka lipatan kain bendera bagi mengeluarkan bahagian atas dan bawah tempat mengikat tali bendera. 3.1.5. Anggota yang di hadapan akan mengundur satu langkah ke belakang dan menyerahkan tali bendera bahagian luar kepada anggota di belakang untuk diikat kepada bahagian atas bendera, ketika itu bendera disandang di atas bahu Pembawa Bendera dan beliau sendiri memegang tali bahagian dalam dan mengikat bahagian bawah bendera. 3.1.6. Setelah kedua-dua bendera tersebut diikat kemas, anggota yang di hadapan akan menarik tali bendera bahagian dalam perlahan-lahan sehingga sampai ke puncak tiang. Setelah sampai di puncak, tali bendera diikat kemas agar tidak terlucut dan jatuh ke tanah. Selesai mengikat tali bendera, kedua-dua anggota tersebut undur satu langkah ke belakang dan hormat kepada bendera. 3.1.7. Selesai hormat anggota yang memberi arahan seawal tadi akan memberi Kata perintah “Bergerak ke kiri, kiri…. Sing”. Setelah berpusing kata perintah seterusnya “Da..ri kiri, Cepat Jalan”. Keempat-empat anggota berkenaan akan berjalan cepat dan menuju ke bahagian belakang balai pengawal berhenti dan keluar baris mengikut arahan.
TERHAD 259 3.2. Apabila selesai keluar baris, baki 2 orang dari Kumpulan Bendera akan berjalan masuk ke Balai Pengawal melalui pintu belakang untuk mengambil Bendera Malaysia. Pada masa yang sama Kumpulan Pengawal Keluar siap sedia beratur di belakang Balai Pengawal. Apabila sampai di hadapan rak bendera, anggota di sebelah kanan memberi kata perintah “Skuad…. Ti” dan “Menghadap ke hadapan, kiri …. Sing”. Setelah berpusing anggota di hadapan membuat pergerakan hormat. Selesai hormat ambil Bendera Malaysia dan balik ke kedudukan sedia. Kata perintah seterusnya “Bergerak Ke Kiri, Kiri …. Sing” dan “Da..ri Kiri, Cepat Jalan”. 3.3. Pada waktu yang sama Ketua Pengawal Keluar memberi kata perintah “Bergerak Ke Kanan, Kanan …. Sing” dan Anggota Pengawal Keluar akan berpusing ke kanan. Seterusnya Ketua Pengawal beri Kata perintah “Dalam Satu Barisan..., Cepat Jalan” dan Anggota Pengawal Keluar akan berjalan cepat melalui hadapan Balai Pengawal untuk mengambil tempat di hadapan tiang bendera. Semasa Kumpulan Pengawal melintasi di hadapan Balai Pengawal, anggota pengawal yang bertugas di hadapan Balai Pengawal buat pergerakan sedia dan rusuk senjata. Apabila Kumpulan Pengawal Keluar melepasi Balai Pengawal anggota pengawal buat pergerakan turun senjata dan senang diri. 3.4. Dua anggota Kumpulan Bendera berhenti di hadapan tiang Bendera Malaysia. Pembawa Bendera yang menatang Bendera Malaysia, berhenti di sebelah kanan Penaik Bendera. Dalam masa yang sama Kumpulan Pengawal Keluar akan berhenti dalam jarak yang sesuai dari Kumpulan Bendera dengan kata perintah “Pengawal…. Ti” dan “Menghadap ke Hadapan, kiri…. Sing”. Setelah berpusing ke kiri menghadap kepada tiang bendera, senjata dalam kedudukan rusuk dan seterusnya “Luruskan…. Barisan”. 3.5. Pembawa Bendera membuka lipatan kain bendera bagi mengeluarkan bahagian atas dan bawah tempat mengikat tali bendera. Dalam waktu yang sama Penaik Bendera melangkah kaki kiri ke hadapan untuk membuka tali bendera yang terikat di tiang dan memberikan hujung tali bahagian luar kepada Pembawa Bendera untuk diikat di bahagian atas bendera. Hujung tali bahagian dalam dipegang oleh Penaik Bendera untuk diikat di bahagian bawah bendera. Anggota yang mengikat kedua-dua hujung tali hendaklah memastikan ikatan tali tersebut ketat dan tidak akan terlucut. Nota : Tertib mengambil tempat di hadapan tiang bendera adalah mengikut kesesuaian tempat upacara naik atau turun bendera tersebut.
TERHAD 260 4. Menaikkan Bendera Besar ( Upacara naik bendera) 4.1. Tepat 0630 hrs, Ketua Pengawal akan memberi kata perintah “Pengawal Hormat…. Ta”. Pengawal Keluar akan membuat pergerakan hormat senjata, Penaik Bendera akan menarik tali bendera bahagian dalam untuk menaikkan bendera. Peniup Tetuang akan meniupkan lagu “Reveal”. 4.2. Penaik Bendera Malaysia akan menarik tali bendera bahagian dalam perlahan-lahan sehingga bendera sampai ke puncak tiang mengikut tempo lagu “Reveal”. Semasa bendera dinaikkan Pemegang Bendera akan melepaskan bendera sedikit demi sedikit. 4.3. Setelah Bendera Malaysia sampai ke puncak, Penaik Bendera akan mengikat tali bendera tersebut dengan kemas agar tidak terlucut dan menyebabkan bendera jatuh ke tanah. Setelah mengikat tali bendera, Penaik Bendera undur satu langkah ke belakang dan membuat tabik hormat kepada Bendera Malaysia. 4.4. Seterusnya Ketua Pengawal akan memberi kata perintah “Pengawal, Rusuk…. Ta”. Anggota Pengawal Keluar akan membuat pergerakan rusuk senjata dan Peniup Tetuang akan membawa tetuang balik ke rusuk kanan. Anggota Penaik Bendera kembali ke kedudukan sedia dari tabik hormat. 4.5. Selesai upacara menaikkan Bendera Malaysia, Ketua Pengawal Keluar beri kata perintah “Pengawal, bergerak ke kiri, kiri…. sing”. Pengawal Keluar akan berpusing ke kiri bersama-sama anggota Penaik dan Pembawa Bendera. 4.6. Setelah berpusing, Ketua Pengawal akan beri Kata perintah “Pengawal, Dalam Satu Barisan.... Cepat Jalan”. Pengawal Keluar dan Kumpulan Bendera akan berjalan menuju ke belakang Balai Pengawal dan berhenti di tempat mula-mula beratur dan beri Kata perintah “Pengawal…. Ti” dan “Menghadap Ke hadapan, Kanan…. Sing”. 4.7. Seterusnya Ketua Pengawal beri Kata perintah “Keluar…. Baris”. Pengawal Keluar dan Kumpulan Bendera membuat pergerakan keluar baris. Nota: 1. Jika ada arahan mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnya kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuhnya dan kemudian baru diturunkan. 2. Dalam upacara naik bendera hanya melibatkan menaikan Bendera Malaysia, bendera negeri dan Bendera PDRM telah di naikan terlebih dahulu sebelum upacara naik Bendera Malaysia
TERHAD 261 5. Tatacara Menurunkan bendera besar.(Upacara Turun Bendera) 5.1. Dua kumpulan iaitu Kumpulan Pengawal Keluar dalam kedudukan rusuk senjata dan Kumpulan Bendera beratur di belakang Balai Pengawal untuk mengambil tempat di hadapan tiang bendera. Kata perintah yang diberikan adalah “Pengawal, Bergerak ke kanan, kanan…. Sing”. Kumpulan Pengawal dan Kumpulan Bendera berpusing ke kanan. Kata perintah seterusnya “Pengawal, Dalam satu barisan..., Cepat Jalan” dan anggota Kumpulan Pengawal Keluar dan Kumpulan Bendera berjalan cepat menuju ke tempat tiang bendera melalui hadapan Balai Pengawal. Anggota Pengawal yang berada di hadapan Balai Pengawal buat pergerakan sedia dan rusuk senjata. Setelah Kumpulan Pengawal Keluar melepasi Balai Pengawal, anggota pengawal tersebut buat pergerakan turun senjata dan senang diri. 5.2. Kumpulan Pengawal Keluar dan Kumpulan Bendera akan berhenti di hadapan tiang bendera (tiang setentang dengan penurun bendera dengan jarak satu langkah dari tiang) serentak dengan kata perintah (mengikut kesesuaian keadaan dan tempat) dari Ketua Pengawal Keluar iaitu “Pengawal, Pengawal …. Ti”. Setelah itu Ketua Pengawal Keluar beri kata perintah “Menghadap ke hadapan, kiri.... Sing”. Anggota Pengawal Keluar berpusing ke kiri menghadap kepada tiang bendera, senjata dalam kedudukan rusuk. 5.3. Kata perintah selanjutnya dari Ketua Pengawal Keluar “Luruskan…. Barisan”. Anggota Kumpulan Bendera dan Pengawal( satu tangan) membuat pergerakan luruskan barisan serta mengambil jarak yang telah ditetapkan. (jarak penurun bendera dengan tiang bendera satu langkah, jarak pemegang/ pelipat bendera dengan penurun bendera dan pembawa bendera satu langkah, jarak di antara setiap orang pelipat bendera adalah dua langkah) 5.4. Setelah itu Penurun Bendera akan beri kata perintah “Menghadap ke dalam, kiri dan kanan...Sing”. Anggota pemegang/ pelipat Bendera bahagian kiri dan kanan berpusing menghadap sesama sendiri. Kemudian anggota Penurun Bendera beri tabik hormat, mara satu langkah ke hadapan dan membuka ikatan tali pada tiang bendera serta siap sedia untuk menurunkan Bendera Malaysia. 5.5. Tepat 1800 hrs, Ketua Pengawal akan memberi kata perintah “Pengawal Hormat…. Ta”. Anggota Pengawal akan membuat pergerakan hormat senjata, Peniup Tetuang akan meniupkan lagu “Retreat”. Penurun Bendera akan melepaskan tali bendera bahagian dalam perlahan-lahan untuk menurunkan Bendera Malaysia. 5.6. Apabila kain bendera menghampiri Kumpulan Bendera, anggota No. 1 bahagian kiri penurun bendera dahulu dan kanan menangkap hujung bendera dan menghulurkannya kepada anggota No. 2 dan seterusnya anggota No. 3. Cara pegangan bendera kepit bendera di antara ibu jari dan genggaman tangan dengan kedudukan kuku ibu jari tetap menghala ke atas.(sebaiknye kedudukan bendera separas dada kumpulan bendera dan boleh di sesuaikan dengan kesesuian keadaan dengan syarat kain bendera tidak jatuh ke bumi.)
TERHAD 262 5.7. Setelah itu anggota No. 1 bahagian kiri membuka ikatan tali bahagian bawah bendera dan anggota No. 1 bahagian kanan membuka ikatan tali bahagian atas bendera dan kedua-dua anggota berkenaan memberikan hujung tali tersebut kepada Penurun Bendera untuk diikat pada tiang bendera semula. 5.8. Selesai mengikat tali, penurun bendera satu langkah ke belakang dan pusing ke belakang menghadap kumpulan bendera. 5.9. Penurun bendera memberi kata perintah, “Luruskan.... barisan”. Dengan pantas kumpulan Bendera buat pergerakan luruskan barisan sambil menegangkan bendera dengan kedududukan tengah-tengah bendera selari dengan tiang bendera tersebut. 5.10. Penurun bendera memberi kata perintah, “Up”dengan pantas anggota bahagian kiri dan kanan membuat pergerakan satu langkah ke hadapan, pada masa yang sama anggota bahagian kiri serentak memberi kain bendera yang dipegang kepada anggota bahagian kanan(terus kepit bendera) pada perbuatan hentak kaki kanan untuk melipat bendera kepada ukuran 12 kaki x 3 kaki dan kekal di kedudukan dengan bilangan “satu dua”. 5.11. Penurun bendera memberi kata perintah, “Up”dengan pantas anggota bahagian kiri tangkap bahagian hujung bawah bendera yang tergantung dan bawa keatas serah kepada anggota bahagian kanan(terus kepit bendera) untuk dilipat kepada ukuran 12 kaki x 1 ½ kaki dan kekal di kedudukan.(semasa perbuatan tangkap hujung bendera di bahagian bawah hendaklah membongkok sedikit) dengan bilangan “tiga empat” 5.12. Penurun bendera memberi kata perintah, “Up”dengan pantas anggota bahagian kiri tangkap bahagian hujung bawah bendera yang tergantung “lima” dan pada bilangan “enam” dua-dua bahagian kanan dan kiri bawa bendera ke separas pinggang, bendera dalam keadaan kemas dan tegang. Dengan bilangan “lima enam” 5.13. Seterusnya anggota No. 3 bahagian kanan akan melipat bendera dengan menghulurkan hujung bendera di tangan kirinya ke tangan kiri anggota di hadapannya sambil mengemaskan lipatan dan kembali pegang bendera rapat di sebelah tangan kanan. 5.14. Setelah itu anggota No. 3 bahagian kiri akan melipat bendera ke bentuk segitiga dengan menghulurkan hujung bendera di tangan kanannya ke tangan kanan anggota di hadapan pada masa yang sama pegangan tangan kanan anggota no 3 sebelah kanan berubah ke hujung kain bendera yang di hulur oleh anggota no 3 sebelah kiri, setelah hujung bendera tadi di pegang oleh orang no 3 bahagian kanan, tangan kanan orang no 3 sebelah kiri kembali pegang bendera rapat di sebelah tangan kirinya. 5.15. Setelah itu anggota No. 3 bahagian kanan memberi kata perintah “up” dengan pantas anggota no 3 bergerak satu langkah rapat ke orang no 2 pada masa yang sama kedudukan bendera kemas dan tegang. 5.16. Setelah itu anggota No. 3 bahagian kanan akan melipat bendera ke bentuk segitiga dengan menghulurkan hujung bendera di tangan kirinya ke tangan kiri anggota di hadapan pada masa yang sama pegangan tangan kiri anggota no 3 sebelah kiri berubah ke hujung kain bendera yang di hulur oleh anggota no 3 sebelah kanan, setelah hujung bendera tadi di pegang oleh orang no 3 bahagian kiri, tangan kiri orang no 3 sebelah kanan kembali pegang bendera rapat di sebelah tangan kanannya. Orang no 3 bahagian kiri melipat bendera ke bentuk segitiga dengan menghulur Orang no 3 bahagian kanan tangan kanan orang no 3 sebelah kiri kembali pegang bendera rapat di sebelah tangan kirinya
TERHAD 263 5.17. Setelah itu anggota No. 3 bahagian kanan memberi kata perintah “up” dengan pantas anggota no 3 bergerak satu langkah lagi, rapat ke orang no 2 pada masa yang sama kedudukan bendera kemas dan tegang. 5.18. Setelah itu anggota No. 3 bahagian kanan akan melipat bendera ke bentuk segitiga dengan menghulurkan hujung bendera di tangan kirinya ke tangan kiri anggota di hadapan pada masa yang sama pegangan tangan kiri anggota no 3 sebelah kiri berubah ke hujung kain bendera yang di hulur oleh anggota no 3 sebelah kanan, setelah hujung bendera tadi di pegang oleh orang no 3 bahagian kiri, tangan kiri orang no 3 sebelah kanan kembali pegang bendera rapat di sebelah tangan kanannya. Orang no 3 bahagian kiri melipat bendera ke bentuk segitiga dengan menghulur Orang no 3 bahagian kanan tangan kanan orang no 3 sebelah kiri kembali pegang bendera rapat di sebelah tangan kirinya, Setelah itu anggota No. 3 bahagian kanan akan melipat bendera ke bentuk segitiga dengan menghulurkan hujung bendera di tangan kirinya ke tangan kiri anggota no 2 bahagian kiri pada masa yang sama anggota no 3 dengan pantas serentak turun tangan balik ke kedudukan sedia. 5.19. Setelah itu anggota No. 2 bahagian kiri akan melipat bendera ke bentuk segitiga dengan menghulurkan hujung bendera di tangan kanannya ke tangan kanan anggota di hadapan pada masa yang sama pegangan tangan kanan anggota no 2 sebelah kanan berubah ke hujung kain bendera yang di hulur oleh anggota no 2 sebelah kiri, setelah hujung bendera tadi di pegang oleh orang no 2 bahagian kanan, tangan kanan orang no 2 sebelah kiri kembali pegang bendera rapat di sebelah tangan kirinya. 5.20. Setelah itu anggota No. 2 bahagian kanan akan melipat bendera ke bentuk segitiga dengan menghulurkan hujung bendera di tangan kirinya ke tangan kiri anggota di hadapan pada masa yang sama pegangan tangan kiri anggota no 2 sebelah kiri berubah ke hujung kain bendera yang di hulur oleh anggota no 2 sebelah kanan, setelah hujung bendera tadi di pegang oleh orang no 2 bahagian kiri, tangan kiri orang no 2 sebelah kanan kembali pegang bendera rapat di sebelah tangan kanannya. 5.21. Setelah itu anggota No. 2 bahagian kanan memberi kata perintah “up” dengan pantas anggota no 2 bergerak satu langkah lagi, rapat ke orang no 1 pada masa yang sama kedudukan bendera kemas dan tegang. 5.22. Setelah itu anggota No. 2 bahagian kiri akan melipat bendera ke bentuk segitiga dengan menghulurkan hujung bendera di tangan kanannya ke tangan kanan anggota di hadapan pada masa yang sama pegangan tangan kanan anggota no 2 sebelah kanan berubah ke hujung kain bendera yang di hulur oleh anggota no 2 sebelah kiri, setelah hujung bendera tadi di pegang oleh orang no 2 bahagian kanan, tangan kanan orang no 2 sebelah kiri kembali pegang bendera rapat di sebelah tangan kirinya. 5.23. Setelah itu anggota No. 2 bahagian kanan serah bendera kepada anggota no 1 bahagian kanan, setelah bendera di pegang oleh anggota no 1 bahagian kanan, dengan pantas anggota no 2 serentak turun tangan balik ke kedudukan sedia. 5.24. Apabila bendera di pegang oleh anggota no 1 bahagian kanan, anggota no 1 bahagian kiri mengemaskan bendera dengan lebih rapi. Apabila bendera telah di kemaskan dengan rapi dengan pantas anggota no 1 bahagian kiri turun tangan balik ke kedudukan sedia. 5.25. Setelah bendera di kemaskan anggota no 1 bahagian kanan serah bendera kepada penurun bendera.
TERHAD 264 5.26. Penurun bendera memberi kata perintah “luruskan barisan”, semua pelipat bendera buat pergerakan luruskan barisan ambil jarak yang telah di tetapkan. 5.27. Pembawa bendera maju dan berhenti satu langkah di hadapan penurun bendera, seterusnya serah bendera, pembawa bendera sambut bendera, pusing separuh kanan atau separuh kiri mana yang bersesuaian dan maju berjalan menuju ke tempat menyimpan bendera, pada masa yang sama Ketua Pengawal memberi kata perintah “Pengawal rusuk....ta”.(Kumpulan pengawal berada dalam kedudukan sedia dan rusuk senjata sehingga kumpulan bendera selesai melipat dan hantar bendera terakhir ke tempat menyimpan bendera.) 5.28. Penurun bendera memberi kata perintah “Menghadap kehadapan kiri dan kanan....sing”, kumpulan berpusing menghadap tiang bendera dan pembawa bendera buat perbuatan belakang pusing. 5.29. Penurun bendera memberi kata perintah “Dua langkah ke kiri....grak”, kumpulan bendera bergerak dua langkah ke kiri ke tiang bendera no 2. 5.30. Kumpulan bendera ulang perbuatan di para 5.7 sehingga 5.28. 5.31. Selesai melipat bendera kedua, Penurun bendera memberi kata perintah “Empat langkah ke kanan.....grak”, kumpulan bendera buat perbuatan empat langkah ke kanan menuju ke tiang bendera no 3. 5.32. Kumpulan bendera ulang perbuatan di para 5.7 sehingga 5.28. 5.33. Apabila selesai semua perbuatan Ketua Pengawal akan memberi Kata perintah “Pengawal, bergerak ke kiri/ kanan, kiri/ kanan…. Sing”. Setelah Pengawal Keluar berpusing, Ketua Pengawal akan beri Kata perintah “Pengawal, dalam satu barisan... Cepat Jalan”. Anggota Pengawal keluar dan Kumpulan Bendera akan berjalan menuju ke tempat permulaan dan berhenti di tempat yang telah ditetapkan dan menghadap ke hadapan. Semasa Kumpulan Pengawal melalui hadapan Balai Pengawal, anggota bertugas di hadapan Balai Pengawal akan membuat pergerakan sedia dan rusuk senjata. Setelah Kumpulan Pengawal Keluar melepasi Balai Pengawal, anggota pengawal bertugas di hadapan Balai Pengawai akan membuat pergerakan turun senjata dan senang diri. 5.13. Apabila sampai di tempat permulaan beratur, Ketua Pengawal beri kata perintah “Pengawal…. Ti”, “Menghadap ke hadapan, kanan…. Sing”, “Luruskan…. Barisan” dan “Keluar…. Baris”. Anggota Pengawal Keluar dan Kumpulan Bendera membuat pergerakan keluar baris dan seterusnya menjalankan tugas-tugas yang lain. 6. Melipat Bendera Besar. 6.1. Bagi perlaksanaan latihan melipat bendera ianya telah diterang di para 5.9. hingga 5.24 kerana ianya bersangkutan dengan latihan menurunkan bendera dan menyimpan bendera. Nota : 1. Upacara Naik Dan Turun Bendera dilakukan mengikut kesesuaian kedudukan tiang bendera dan susunan bendera di tiang serta kedudukan Balai Pengawal. 2. Kepala bendera hendaklah berada disebelah kanan ketika upacara turun bendera. 3. Tatacara mengibarkan bendera termaktub di dalam PTKPN A 108.
“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”
TERHAD 265 BAHAGIAN SEPULUH UPACARA ‘SWORD BEARER’ DI DALAM MAJLIS PERKAHWINAN PEGAWAI KANAN POLIS. 1. PENDAHULUAN. ‘Sword Bearer’ merupakan satu upacara yang dilaksanakan semasa Majlis Perkahwinan Pegawai Kanan Polis yang penuh dengan adat dan istiadatnya. 2. UPACARA MAJLIS PERKAHWINAN PEGAWAI KANAN POLIS Satu upacara yang dilaksanakan semasa majlis perkahwinan yang penuh dengan adat istiadatnya. Ianya merupakan hari yang indah dan bermakna bagi pasangan mempelai. Sejarah ‘Sword Bearer’ berasal dari British dan ianya dilakukan khas untuk meraikan Pegawai Kanan Polis yang melangsungkan perkahwinan. Upacara ‘Sword Bearer’ dilakukan bagi mengiringi pasangan pengantin yang terdiri dari Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia samada lelaki atau wanita berasaskan kepada tatacara bersumberkan pengalaman yang dilalui oleh pegawai-pegawai terdahulu. Untuk tujuan penyeragaman pergerakan dan keanggotaan Sword Bearer, mana-mana Pegawai Kanan Polis yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan dengan melaksanakan upacara ‘Sword Bearer’, mereka hendaklah mematuhi arahan dan peraturan pemakaian yang dinyatakan di para 5. Upacara ‘Sword Bearer’ ini tidak melibatkan perkahwinan Pegawai Rendah Polis . 3. TUJUAN. 3.1. Tujuan tatacara ini disediakan adalah 3.1.1. Mewujudkan garis panduan bagi setiap pergerakan bermula dari pasangan pengantin turun dari kereta menuju ke pelamin sehingga selesai upacara memotong kek. 3.1.2. Menentukan pemakaian seragam utama kumpulan ’Sword Bearer’ dan juga Pengantin (Pegawai Kanan PDRM) yang lengkap dan jelas kepada semua Pegawai Kanan Polis yang terlibat. 3.1.3. Membentuk budaya berketerampilan yang kemas, bersih, segak dan bergaya bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap identiti PDRM 4. KEANGGOTAAN. Bagi melaksanakan upacara ‘Sword Bearer’ ini keanggotaan hendaklah terdiri dari 6 hingga 12 orang Pegawai Kanan PDRM lelaki atau wanita mengikut kesesuaian tempat semada di halaman rumah, dewan, di dalam atau di luar bangunan. Keanggotaan ini tidak termasuk pengapit kepada pengantin.
TERHAD 266 5. PAKAIAN Bagi melaksanakan upacara ini, pegawai yang terlibat dikehendaki memakai pakaian dan membawa peralatan seperti berikut :- 5.1. Pakaian Seragam Istiadat No. 1A. 5.2. Pedang Mahkota Pahlawan. 5.3. Sarung tangan putih. Pakaian dan peralatan ini turut dipakai oleh pengantin lelaki atau wanita yang terdiri dari Pegawai Kanan PDRM. Pemakaian songkok semasa upacara ini tidak dibenarkan kerana pemakaian songkok adalah untuk upacara penerimaan pingat kebesaran diistana, mengiringi jenazah ke tanah perkuburan dan upacara yang berunsur keagamaan. 6. PERLAKSANAAN UPACARA. 6.1. Upacara ini dilakukan bermula dari pasangan pengantin turun dari kenderaan dan berjalan menuju ke pelamin. Kumpulan Bagpipe dan Kumpulan Sword Bearer siap menunggu di tempat permulaan dalam kedudukan senang diri dengan pedang terhunus. Pegawai yang paling belakang barisan sebelah kanan dilantik menjadi Ketua Pengiring seperti. (gambar 1). Gambar 1
TERHAD 267 6.2. Susun Gerak Sword Bearer. A. Menunggu ketibaan pengantin. Kumpulan pegawai pengiring dalam kedudukkan senang diri menghadap ke dalam. Skuad leader akan mula memberi kata perintah apabila pasangan tiba di tempat permulaan yang telah di tetapkan. i. Kata perintah - “Pengiring, Pengiring....sdia”. Pergerakan. Apabila dapat kata perintah dari Ketua Pengiring kumpulan Sword Bearer membuat pergerakan sedia. ii. Kata perintah - “Bergerak ke kanan dan ke kiri, kanan dan kiri.....sing”. Pergerakan. Apabila dapat kata perintah dari Ketua Pengiring kumpulan pengiring buat pergerakan pusing kanan dan kiri ke arah jalan menuju ke pelamin. Pegawai di barisan sebelah kanan berpusing ke kanan dan pegawai di barisan sebelah kiri berpusing ke kiri. B. Mengiring pasangan pengantin ke pelamin. i. Kata perintah - “Pengiring dari kanan perlahan....jalan”. Pergerakan. Apabila dapat kata perintah dari Ketua Pengiring kumpulan pengiring buat pergerakan berjalan perlahan masa mengiringi pasangan pengantin bersama kumpulan bag pipe setelah pasangan pengantin siap sedia di kedudukkan untuk berjalan ke pelamin. ( Ahli keluarga berjalan bersama di belakang pasangan pengantin ). C. Silang pedang. i. Kata perintah - “Pengiring......ti”. Pergerakan. Apabila dapat kata perintah dari Ketua pengiring kumpulan pengiring membuat pergerakan berhenti di kedudukkan yang telah di tetapkan. ii. Kata perintah - “Pengiring menghadap ke dalam, kiri dan Kanan.....sing”. Pergerakan Apabila dapat kata perintah, kumpulan pengiring buat pergerakan menghadap ke dalam, barisan yang berada di sebelah kanan pusing ke kiri, barisan yang berada di sebelah kiri pusing ke kanan
TERHAD 268 iii. Kata perintah - “Luruskan....barisan”. Pergerakan. Apabila dapat kata perintah, Kumpulan pengiring membuat pergerakan luruskan barisan, panduan ambil lurus dari skuad leader mengikut jarak yang bersesuaian, menentukan jarak di antara pegawai dan membuat laluan untuk pengantin melalui di tengah-tengah kumpulan Sword Bearer. Apabila semua diam semua pandang depan mengikut tertib. iv. Kata perintah - “Pengiring, silang....pedang”. Pergerakan. Apabila dapat kata perintah, kumpulan pengiring membuat pergerakan silang pedang. ( gambar 2 ) gambar 2. Semasa pengantin sampai melalui di bawah pedang, Pegawai Pengiring hendaklah pusingkan pedang Perisai Pedang (Shield) menghala ke kiri dan balik pada kedudukan asal (silang pedang) apabila pengantin melepasi Pegawai Pengiring secara berturutturut mengikut giliran secara berpasangan dengan orang setentang dengannya. Kumpulan Bagpipe akan bergerak ke kiri dan ke kanan laluan untuk memberi laluan kepada pasangan pengantin untuk melintasi di bawah silangan pedang. Setelah pasangan pengantin memasuki ruang silang pedang, kumpulan bagpipe akan mengambil tempat asal di atas laluan. v. Kata perintah - “Pengiring, tegak....pedang”. Pergerakan. Apabila dapat kata perintah, kumpulan pengiring membuat pergerakan tegak pedang.
TERHAD 269 vi. Kata perintah - “Bergerak ke kanan dan ke kiri, kanan dan kiri.....sing”. Pergerakan. Apabila dapat kata perintah dari Ketua Pengiring kumpulan pengiring buat pergerakan pusing kanan dan kiri ke arah jalan menuju ke pelamin. Pegawai di barisan sebelah kanan berpusing ke kanan dan pegawai di barisan sebelah kiri berpusing ke kiri. vii. Kata perintah - “Pengiring, cepat jalan”. Pergerakan. Apabila dapat kata perintah dari Ketua Pengiring, kumpulan pengiring berjalan cepat jalan menuju ke hadapan pelamin dan berpecah kepada dua bahagian kanan dan kiri (sentiasa menjaga jarak). Kumpulan bag pipe mara bersama dan ambil tempat bersesuaian di laluan di tengah antara bahagian kiri dan kanan kumpulan sword bearer. viii. Kata perintah - “Pengiring....ti”. Apabila dapat kata perintah, Pengiring....ti. dari Ketua Pengawal kumpulan sword bearer dan kumpulan berhenti di tempat yang di tetapkan. ix. Kata perintah - “Menghadap ke hadapan kiri dan kanan....sing”. Apabila dapat kata perintah, Menghadap ke hadapan kiri dan kanan....sing, bahagian kanan pusing kiri dan bahagian kiri pusing kanan menghadap pasangan pengantin. Nota : Sekiranya tiada ruang yang mencukupi di hadapan pelamin, kumpulan pengiring buat pergerakan pusing kanan dan kiri untuk memberi Tabik hormat atau pusing separuh kanan dan separuh kiri, muka menghadap pengantin untuk membuat pergerakan HORMAT PEDANG mengikut kelayakan pengantin.-ruj. PTKPN A109. D. Hormat kepada pengantin. ( pergerakan mengikut tertib perbuatan hormat ) i. Kata perintah - “Pengiring sarungkan pedang”. Apabila dapat kata perintah, Pengiring sarungkan pedang dari Ketua Pengiring semua anggota kumpulan pengiring buat perbuatan sarung pedang. ii. Kata perintah - “Pengiring kepada pengantin kehadapan Hormat”. Semua pegawai pengiring membuat pergerakan TABIK HORMAT, Sekiranya pengantin layak menerima hormat pedang( ruj. PTKPN A109 ), kumpulan pengiring TIDAK PERLU sarung pedang dan hendaklah membuat pergerakan hormat pedang.
TERHAD 270 iii. Kata perintah - “Pengiring .....sdia”. Semua kembali ke kedudukan sedia. E. Kumpulan Sword Bearer berpusing ke kiri dan kanan, terus mara ke hadapan menuju ke pelamin (mengikut tertib pergerakan mana yang bersesuaian degan keadaan tempat). Apabila sampai di hadapan pelamin kumpulan Sword Bearer akan mengiringi pasangan pengantin.di kiri dan kanan pelamin. ( gambar 3 ). gambar 3 F. Majlis potong kek. i. Kumpulan Sword Bearer akan berpusing ke arah kiri dan kanan dan berjalan dalam cepat masa ke meja kek dan membuat pergerakan silang pedang dengan kedudukan yang bersesuaian disekeliling meja.(gambar 4). gambar 4. ii. Kumpulan Sword Bearer akan membuat pergerakan silang pedang selari di atas kek dengan diiringi muzik oleh kumpulan bagpipe. iii. Semasa muzik dimainkan, pasangan pengantin potong kek dan seterusnya pecah pedang, kumpulan Sword Bearer akan membuat pergerakan jajar dan tegak pedang.
TERHAD 271 iv. Kumpulan Sword Bearer akan berpusing ke arah kiri dan kanan dan berjalan dalam cepat masa keluar dari dewan dengan diiringi kumpulan bagpipe menuju ke tempat yang ditetapkan untuk berhenti. v. Kumpulan Sword Bearer membuat pergerakan sarungkan pedang dan seterusnya membuat pergerakan keluar baris. Nota: Majlis potong kek boleh di jalan selepas upacara persandingan, mengikut tertib majlis yang sama. G. Sekiranya mana-mana pihak berhasrat untuk menganjurkan majlis bagi meraikan perkahwinan Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis di daerah masing-masing secara serentak, boleh juga melaksanakan upacara Sword Bearer. Upacara perlu dilaksanakan seperti berikut ;- i. Kumpulan Sword Bearer akan berjalan dalam perlahan masa diiringi Kumpulan Bagpipe, pasangan pengantin Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan ahli keluarga menuju ke pelamin. Kumpulan Sword Bearer berhenti, pusing ke kanan dan ke kiri mengadap ke dalam. ii. Kumpulan Sword Bearer akan membuat pergerakan silang pedang untuk pasangan pengantin Pegawai Kanan. Pasangan pengantin akan berjalan di bawah silangan pedang dan berhenti selepas silangan pedang yang terakhir, Skuad Leader akan memberi arahan tegak pedang. iii. Kumpulan Sword Bearer dalam kedudukan tegak pedang, pasangan pengantin Pegawai Rendah Polis akan berjalan mengikut laluan di hadapan Kumpulan Sword Bearer dan berhenti di sebelah pasangan pengantin Pegawai Kanan dan seterusnya berjalan beriringan menuju ke pelamin untuk upacara persandingan dan merenjis. Kelayakan untuk berjalan di bawah silangan pedang adalah untuk Pegawai Kanan sahaja. Nota;-Tiada hormat pedang di berikan kepada pasangan pengantin, Hormat pedang hanya di berikan kepada Pegawai Kanan Polis yang berpangkat SAC ke atas(selepas upacara melalui di bawah silang pedang) 7. PENUTUP. Dengan adanya tatacara ini, diharap ianya dapat menjadi panduan kepada mana-mana Pegawai Kanan yang berhasrat untuk mengadakan upacara Sword Bearer semasa majlis perkahwinan. Semua pegawai yang terlibat dikehendaki mematuhi sepenuhnya garis panduan perlaksanaan pergerakan dan pemakaian yang telah diselaras serta diseragamkan demi menaikkan imej dan nama baik PDRM di mata masyarakat.
“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”
TERHAD 272 BAHAGIAN SEBELAS GUARD TURN OUT ( PENGAWAL KELUAR ) 1. PENGENALAN. “Pengawal Keluar“(Guard Turn Out) biasanya dilakukan di mana terdapatnya Balai-balai Pengawal di formasi, Institusi Latihan serta Balai-balai Polis. Pembentukan pasukan Pengawal Keluar ini sejajar dengan peruntukan / arahan PTKPN A 109 . 2. SEJARAH PENGAWAL KELUAR(GUARD TURN OUT) 2.1. ERA PERTENGAHAN (Zaman Kesatriaan) a) Dikatakan memberi tanda hormat telah bermula di Zaman Renaissance, Rome & Greek seribu tahun dahulu. b) Semasa kedatangan Raja-raja dalam jajahan sama, mereka membuat baris panjang kiri & kanan dari pintu masuk samada berdiri tegak / menyembah / melutut sambil memegang lembing / pedang / perisai
TERHAD 273 c) Ada juga yang meniup serombong menandakan ketibaan tetamu kehormat / sekutu. Jika tiada tanda hormat mereka mengisytihar perang 2.2. SEJARAH ISLAM a) Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah b) Pada hari kedatangan Nabi Muhammad SAW & Abu Bakar, masyarakat Madinah sudah pun menunggu di jalan yang akan dilalui Baginda lengkap dengan regu gendering “Rebana” c) Setibanya Baginda genderang pun gemuruh diselangi nyanyian d) Sebagai tanda menghormati / mengalukan kedatangan Pemimpin. 2.3. SEJARAH PENGAWAL KELUAR. a) Peranan anggota pengawal yang sedang bertugas di dalam Balai Pengawal, keluar untuk mempertahankan Balai Pengawal. b) Tujuan anggota pengawal keluar menandakan wujudnya pengawal yang sedang bertugas di Balai Pengawal dalam keadaan siap siaga bagi mengawasi dari diserang oleh musuh dengan membelakangkan balai pengawal. c) Tetuang digunakan sebagai alat komunikasi dan menandakan keadaan selamat untuk meraikan tetamu yang hadir. 3. KEPADA SIAPA PENGAWAL KELUAR / MASUK (GUARD TURN OUT) DIBERIKAN. 2.1. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. 2.2 Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja . Sultan dan TYT Yang Dipertua Negeri. 2.3 YB Menteri-Menteri / Timbalan Menteri / Menteri Besar / Ketua Menteri. 2.4 YDH Ketua Polis Negara 2.5 YDH Timbalan Ketua Polis Negara 2.6 Panglima-Panglima kepada Pasukan-Pasukan Tentera. 2.7 PJP Sabah dan Sarawak / Ketua-ketua Polis Negeri / Komander Briged.
TERHAD 274 2.8 Pegawai-Pegawai polis berpangkat Senior Assistant Commissioner dan ke atas termasuk di Institusi Latihan Polis yang berpangkat Assistant Commissioner Police ke atas. 2.9 Pegawai yang selain dari Institusi Latihan Polis yang berpangkat ACP ke bawah adalah tidak layak menerima Pengawal Keluar / Masuk (GTO) Nota : Memandangkan YDH Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara mempunyai pejabat di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia, ‘Pengawal Keluar’ perlu diadakan di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia melainkan apabila diarah sebaliknya). 4. KEANGGOTAAN. Keanggotaan terdiri dari anggota yang bertugas pada masa tersebut ataupun jika ada lawatan rasmi bolehlah ditubuhkan satu pasukan lain. Keanggotaannya adalah seperti berikut : 5.1 1 Sarjan - Ketua Pengawal 5.2 6 PRP / Konstabel - Pengawal 5.3 2 PRP / Konstabel - Peniup Tetuang (bugler) - Menggunakan senjata M16 dan bayonet Jumlah Anggota : 9 orang 5. PAKAIAN Pakaian bagi anggota yang mengambil bahagian adalah seperti berikut ; 4.1. Pakaian lengkap Istiadat No. 1. 4.2. Pakaian kawad no.4 lengkap seragam.(sekiranya pemakaian menggunakan talipinggang kulit hitam semua anggota GTO hendaklah seragam, begitu juga sebaliknya ruj.kpn 22 arahan pemakaian). NO 1A KONST/ KPL N0 1A SARJAN NO 4 SARJAN NO 4 SARJAN NO 4 KONST/ KPL NO 4 KONST/ KPL
TERHAD 275 6. CARA PERLAKSANAAN Anggota Pengawal beratur di belakang Balai Pengawal dan dibawa masuk mengambil tempat oleh Ketua Pengawal. Anggota beratur dalam satu barisan, Ketua Pengawal (Sarjan) di sebelah Kanan dan peniup bugle di sebelah kanan Ketua Pengawal siap sedia menunggu ketibaan Pegawai Pemeriksa. Pergerakan ini hendaklah dilakukan sebelum melaksanakan di para 5.1 dan para 5.2. 6.1. Lawatan yang menggunakan kenderaan dan tidak membuat pemeriksaan terhadap pengawal. Kata Perintah Diberi Oleh Pergerakan 1. “Pengawal, pengawal…. Sedia” Sarjan Anggota Pengawal dan Peniup Bugler sedia 2. “Rusuk….. ta” Sarjan Anggota Pengawal dan Ketua Pengawal rusuk senjata. 3. “Hormat DiRaja/ Perdana/ Timbalan Menteri/ Panglima, hormat… ta” Sarjan Anggota Pengawal dan Ketua Pengawal hormat senjata, pandang terus ke hadapan (bugler ditiup) Apabila kenderaan melalui anggota pengawal, hendaklah memandang terus ke hadapan. Apabila kenderaan melepasi anggota pengawal (Sarjan) beri kata perintah berikut : 4. “Rusuk ….. ta” Sarjan Anggota Pengawal dan Ketua Pengawal rusuk senjata. Ketua Pengawal melangkah keluar mulai dengan kaki kiri berhenti di hadapan pengawal dan berpusing ke belakang mengadap kepada pengawal dan beri kata perintah berikut ; 5. “Bergerak ke kanan, kanan…. sing” (Perintah diberi mengikut keadaan dan kesesuaian tempat) Sarjan Anggota Pengawal dan Peniup Bugler pusing ke kanan. 6 “Pengawal …. Cepat jalan” Sarjan Anggota pengawal, peniup bugler dan Ketua Pengawal berjalan menuju ke tempat yang telah ditetapkan untuk bersurai. *Kenderaan VVIP yang menerima ‘Pengawal Keluar’ hendaklah memperlahankan kenderaan mereka sebagai tanda membalas hormat dari kumpulan Pengawal Keluar. Anggota Pengawal Keluar hendaklah dalam keadaan Hormat Senjata dan Pandang terus ke hadapan.
TERHAD 276 Contoh - kedudukan Bilik Pengawal di sebelah kiri Contoh - kedudukan Bilik Pengawal di sebelah kanan PENIUP TETUANG (bugler) SARJAN (KETUA PENGAWAL) PENGAWAL BALAI PENGAWAL LALUAN MASUK BALAI PENGAWAL LALUAN MASUK
TERHAD 277 6.2. Lawatan dan pemeriksaan terhadap anggota pengawal. Pegawai pemeriksa siap sedia di Pentas Khas. Kata Perintah Diberi Oleh Pergerakan 1. “Pengawal, pengawal…. Sedia” Sarjan Anggota Pengawal, Peniup bugler dan Ketua Pengawal sedia 2. “Rusuk….. ta” Sarjan Anggota Pengawal dan Ketua Pengawal rusuk senjata. 3. “Hormat DiRaja/ Perdana/ Timbalan/ Panglima, hormat…. Ta” Sarjan Anggota Pengawal dan Ketua Pengawal hormat senjata (bugler ditiup) 4. “Rusuk…… ta” Sarjan Anggota dan Ketua Pengawal rusuk senjata. 5. “Turun …… ta” Sarjan Anggota turun senjata. PENIUP TETUANG (bugler) SARJAN (KETUA PENGAWAL) PENGAWAL LALUAN MASUK LALUAN KELUAR LALUAN MASUK BALAI PENGAWAL Gambar rajah di atas adalah contoh susunan GTO jika kedudukan Balai Pengawal atau Pos Pengawal berada di tengah jalan keluar/ masuk.
TERHAD 278 i. Apabila selesai tiupan bugler, Ketua Pengawal (Sarjan) rusuk senjata bersama anggota pengawal dan seterusnya turun senjata kecuali Sarjan. Sarjan melangkah ke hadapan mulai dengan kaki kiri dan berhenti di tempat yang telah ditetapkan, hormat pengadang tangan dan lapor keanggotaan. “ASSALAMUALAIKUM YDH TAN SRI, PENGAWAL TERDIRI DARI SATU SARJAN, ENAM ANGGOTA DAN DUA PENIUP BUGLER, SIAP SEDIA UNTUK DIPERIKSA YDH TAN SRI” dan sebagainya. Setelah itu Ketua Pengawal pusing separuh kanan dan berjalan mengiringi Pegawai Pemeriksa untuk membuat pemeriksaan di mulai dari kanan. Anggota pengawal memandang terus ke hadapan. Apabila melintasi anggota pengawal, anggota pengawal hendaklah berdiri sedia dan menunjukkan keterampilan yang segak. Setelah itu Ketua Pengawal mengiringi Pegawai Pemeriksa kembali ke Pentas Khas, Ketua Pengawal kembali ke tempat asal dan beri kata perintah. Kata Perintah Diberi Oleh Pergerakan 1. “Rusuk….. ta” Sarjan Anggota Pengawal dan rusuk senjata. 2. “Hormat DiRaja/ Presiden/ Gabenor/ Perdana/ Timbalan/ Panglima, hormat…. Ta” Sarjan Anggota Pengawal dan Ketua Pengawal hormat senjata (bugler ditiup) 3. “ Rusuk…… ta” Sarjan Anggota dan Ketua Pengawal rusuk senjata. 4. “ Turun …… ta” Sarjan Anggota turun senjata, kecuali Sarjan. ii. Ketua Pengawal mara ke hadapan dan berhenti ditempat yang ditetapkan dan buat pergerakan hormat pengadang tangan serta lafaz “ASSALAMUALAIKUM YDH TAN SRI, ANGGOTA PENGAWAL MOHON IZIN MENJALANKAN LAIN-LAIN TUGAS, TERIMA KASIH TAN SRI” dan sebagainya. Pegawai Pemeriksa beredar dan meninggalkan pentas khas diiringi oleh Pegawai berkenaan. Setelah itu Ketua Pengawal berpusing ke belakang dan beri kata perintah seperti berikut ; Kata Perintah Diberi Oleh Pergerakan 1. “Pengawal, bergerak ke kanan, kanan…. Sing” (Perintah diberi mengikut keadaan dan kesesuaian tempat) Sarjan Anggota Pengawal dan Peniup Bugler pusing ke kanan 2. “Pengawal….. cepat jalan” Sarjan Anggota Pengawal, Peniup Bugler dan Ketua Pengawal berjalan menuju ke tempat yang telah ditetapkan untuk bersurai
TERHAD 279 Peringatan : Sebarang aturcara majlis sila rujuk HTKPN A 109 dan Bahagian Istiadat Polis Diraja Malaysia, BALAI PENGAWAL PENTAS HORMAT SARJAN PENIUP TETUANG PRP
TERHAD 280 TUKAR PENGAWAL 1. PENDAHULUAN. Tukar Pengawal adalah merupakan satu pergerakan yang selalu dilaksanakan di Pusat Latihan Polis,Batalion-Batalion,Pengkalan marin yang mana terdapat Balai Pengawal. 2. KEANGGOTAAN KUMPULAN TUKAR PENGAWAL. 2.1. Bagi melaksanakan upacara Tukar Pengawal, ia memerlukan dua kumpulan seperti berikut. 2.1.1. ANGGOTA PENGAWAL BARU. 1. SJN - Ketua Pengawal 6-8.Konst/L/Kpl - Pengawal 2 Konst/L/Kpl - Peniup Tetuang 2.1.2 ANGGOTA PENGAWAL LAMA. 1.SJN - Ketua Pengawal 6-8 Konst/l/Kpl - Pengawal 2. Konst/L/Kpl/Kpl - Peniup Tetuang. 3. PELAKSANAAN. 3.1. Bagi melaksanakan upacara Tukar Pengawal,Anggota Pengawal Lama,beratur siap-siap di hadapan Balai Pengawal dalam keadaan sedia/senang diri (cth gmbar) . 3.2. Anggota Pengawal Baru,beratur di belakang Balai Pengawal. 3.2.1. Sjn berdiri di hadapan,Pengawal dan beri kata perintah “Pengawal-Pengawal …Sedia” seterusnya bagi kata perintah “Luruskan…barisan”.
TERHAD 281 3.2.2. Setelah itu,Sjn lapor pada Ketua Kanan/Pegawai (Jika ada Pegawai)untuk pemeriksaan pakaian dan senjata Rifle M.16 Anggota Pengawal. 3.2.3. Selesai pemeriksaan, Sjn lapor pada Ketua Kanan/Pegawai untuk jalankan upacara Tukar Pengawal. 3.2.4. Sjn ambil tempat di hadapan anggota Pengawal dan bagi kata perintah “Pegawal…bergerak ke kanan , kanan……sing”.kata perintah seterusnya “ Pengawal dalam satu barisan cepat…..jalan” Sjn (Ketua Pengawal) masuk dibelakang anggota anggota Pengawal,berjalan terus ke hadapan Balai Pengawal 3.2.5 Setelah sampai di hadapan Balai Pengawal,Sjn (Ketua Pengawal)bagi kata perintah berhenti setentang dengan Pengawal lama “Pengawal baru…ti” kata perintah seterusnya “Pengawal baru,menghadap ke hadapan,kiri…sing”seterusnya kata perintah “Luruskan…barisan” 3.2.6 Seterusnya Sjn (Ketua Pengawal ambil tempat di sebelah kiri anggota bugler dan di sebelah kanan Anggota Pengawal.
TERHAD 282 4. PERBUATAN SETERUSNYA. 4.1 Sjn Pengawal lama bagi kata perintah “ Pengawal lama,hormat…ta”seterusnya tiupan bugler. 4.1.2 Sjn Pengawal baru bagi kata perintah “ Pengawal baru,hormat…ta”seterusnya tiupan bugler. 4.1.3 Sjn Pengawal lama bagi kata perintah “Pengawal lama rusuk…ta” 4.1.4 Sjn Pengawal baru bagi kata perintah “Pengawal baru rusuk…ta” 4.1.5 Sjn Pengawal lama, berjalan ambil tempat setentang dengan Sjn Pengawal baru dan lapor laporan 24 jam dan arahan terkini,dan lain-lain hal akan disampaikan di Balai Pengawal. 4.1.6 Selesai lapor,Sjn Pengawal lama bagi kata perintah “Pengawal lama,bergerak ke kanan,kanan…sing” 4.1.7 Sjn Pengawal baru bagi kata perintah “Pengawal baru,hormat…ta”
TERHAD 283 4.1.8 Sjn Pengawal lama,bagi kata perintah “Pengawal lama,dalam satu barisan,cepat…jalan”dan seterusnya “Pandang…kiri”serta Sjn Pengawal lama buat hormat penghadang tangan,semua anggota pandan kiri. Seterusnya kata perintah “Pandang…depan” diberi setelah pengawal lama melepasi pengawal baru,berjalan terus dan berhenti di belakang Balai Pengawal atau tempat yang bersesuaian. 4.1.9 Sjn Pengawal baru,bagi kata perintah “Rusuk…ta” seterusnya kata perintah “Bergerak ke kanan,kanan…sing”dan seterusnya Sjn bagi kata perintah “Pengawal baru,dalam satu barisan,cepat..jalan”berjalan dan berhenti di belakang Balai Pengawal atau tempat yang bersesuaian. (Ingatan jika ada pegawai,kata perintah “Pegawai dalam baris,Pengawal ke Balai Pengawal ber….surai”.
“TITIK PERMULAAN KECERMERLANGAN PASUKAN POLIS”
TERHAD 284 BAHAGIAN DUA BELAS KAWALAN KEHORMATAN DAN PERLAKSANAAN 1. KATEGORI KAWALAN KEHORMATAN DAN KEANGGOTAAN. 1.1. Kawalan Kehormatan Penuh Bersama Panji-Panji. 1.1.1. Keanggotaan. Pangkat Perjawatan a. 1 Pegawai Berpangkat DSP - Pegawai Pemerintah Baris. b. 1 Pegawai Berpangkat ASP - Penolong Pegawai Pemerintah Baris. c. 1 Pegawai Berpangkat INSP - Pegawai Pembawa Panji-Panji. d. 1 Sub. Insp Baris - S/I Baris. e. 1 Sjn Mejar - SM Pengiring Panji-Panji. f. 2 Sjn - Pengiring Panji-Panji. g. 2 Sjn - Penanda kiri/kanan. h. 96 Anggota berpangkat Koperal ke bawah - Anggota Kawalan Kehormatan. 1.2. Kawalan Kehormatan Penuh Bersama Bendera Sang Saka Biru. 1.2.1. Keanggotaan Pangkat Perjawatan a. 1 Pegawai Berpangkat DSP - Pegawai Pemerintah Baris. b. 1 Pegawai Berpangkat ASP - Penolong Pegawai Pemerintah Baris. c. 1 Pegawai Berpangkat INSP - Pegawai Pembawa Panji-Panji. d. 1 Sub. Insp Baris - S/I Baris. e. 1 Sjn Mejar - SM Pengiring Panji-Panji. f. 2 Sjn - Pengiring Panji-Panji. g. 2 Sjn - Penanda kiri/kanan. h. 96 Anggota berpangkat Koperal ke bawah - Anggota Kawalan Kehormatan. 1.3. Kawalan Kehormatan Separuh. 1.3.1. Keanggotaan. Pangkat Perjawatan a. 1 Pegawai Berpangkat ASP - Pegawai Pemerintah Baris. b. 1 Pegawai Berpangkat INSP. - Penolong Pegawai Pemerintah Baris. c. 1 Sub. Insp Baris @ 1 Sjn Mejar - S/I Baris @ S/M Baris. d. 2 Sjn - Penanda kiri/kanan e. 48 Anggota berpangkat Koperal ke bawah - Anggota Kawalan Kehormatan
TERHAD 285 2. PAKAIAN DAN KELENGKAPAN KAWALAN KEHORMATAN. 1. Pakaian Istiadat No 1d. 2. Pakaian Istiadat No 1a. 3. Pakaian Seragam Kawad No 4. 4. Panji-Panji. 5. Bendera Sang Saka Biru. 6. Pedang Mahkota Pahlawan Sarung Besi Chrome.(Pakaian Istiadat) 7. Pedang Mahkota Pahlawan Sarung Kulit.(Pakaian Seragam No. 4) 8. Senjata Rifle Colt M 16 Lengkap bayonet. 3. PERLAKSANAAN KAWALAN KEHORMATAN. 3.1. Kawalan Kehormatan Penuh Bersama Panji-Panji / Bendera Sang Saka Biru. 3.1.1. Kawalan Kehormatan Penuh Bersama Panji-Panji / Bendera Sang Saka Biru Masuk Secara Berasingan. Bil Perkara Kata Perintah/ oleh Tindakan/Catatan 1. Masuk baris SI Baris. “Masuk… baris” SI Baris berdiri sedia di tempat yang di tetapkan.Semua Elemen yang terlibat dalam kedudukan masing-masing siap sedia untuk memulakan majlis 2. Tanda ambil tempat SI Baris. “Tanda, tanda…sdia” “Tanda, rusuk…ta” “Tanda, cepat jalan” “Tanda, menghadap ke hadapan kanan/kiri…sing” Penanda kanan / kiri dan semua elemen yang terlibat buat pergerakan sedia.Termasuk Kawalan siap dengan bayonet siap terpasang pada senjata. Penanda kanan / kiri dan semua elemen yang terlibat buat pergerakan rusuk senjata. Penanda kanan / kiri yang jadi tanda dalam padang berjalan ambil tempat dan berhenti masa sendiri di tempat yang di tetapkan. Penanda berpusing mengikut arah menghadap pentas utama. 3. Kawalan Kehormatan masuk padang. Penanda yang Bersama Kawalan Kehormatan. “Kawalan Kehormatan, da...kiri/kanan cepat jalan” Kedudukan penanda yang membawa masuk di Tengah-tengah, satu Langkah dari barisan hadapan. Kawalan kehormatan berjalan masuk mengikut laluan menuju ke penanda yang berada di dalam padang.
TERHAD 286 “Kawalan Kehormatan, kawalan….ti” Kawalan Kehormatan berhenti di tempat yang di tetapkan Penanda yang masuk Bersama Kawalan Kehormatan. “Menghadap ke hadapan kanan/kiri…sing” Kawalan kehormatan berpusing mengikut arah menghadap pentas utama. Penanda buat perbuatan pusing belakang dan maju berjalan ke tempatnya dan berhenti di sebelah orang terakhir(jarak satu Langkah di sebelahnya) dalam keadaan menghadap ke belakang. Seterusnya buat perbuatan pusing belakang menghadap ke hadapan. SI Baris. “Kawalan Kehormatan, turun…ta” “Jadikan dua…barisan” “Buka barisan…grak” “Ke Tengah…lurus”. “Pandang….depan”. “Kawalan Kehormatan ….senang….dri” Kawalan Kehormatan buat pergerakan turun senjata. Anggota barisan tengah Kawalan Kehormatan buat pergerakan jadikan dua barisan(Perbuatan jadikan dua barisan tidak menjadi satu kemestian, berpandukan kepada cara dan situasi pemeriksaan. Sekiranya pemeriksaan barisan hadapan serta belakang hendaklah di jadikan dua barisan dan sekiranya pemeriksaan barisan hadapan sahaja Kawalan Kehormatan boleh di kekalkan dalam kedudukan tiga barisan). Sekiranya dalam kedudukan dua barisan, pergerakan di lakukan oleh barisan belakang Sahaja. Sekiranya dalam kedudukan tiga barisan, pergerakan di lakukan oleh barisan hadapan dan barisan belakang. Kawalan kehormatan buat perbuatan ke kanan lurus, arah pandangan adalah berpandukan kepada kehendak semasa. Semua yang terlibat buat pergerakan pandang depan. Penolong PP. Baris mengambil tempat di hujung kawalan sebelah kiri, berhenti dan senang diri masa sendiri(belum masuk ke dalam Kawalan Kehormatan). Semua yang terlibat buat pergerakan senang diri. SI Baris maju berjalan ke tempat yang di tetapkan di hadapan kawalan, berhenti, pusing belakang dan senang diri masa sendiri.
TERHAD 287 4. Penyerahan baris kepada Pegawai Pemerintah baris. SI Baris. “Kawalan Kehormatan, kawalan…..sdia” “Rusuk….ta” PP.Baris “Kawalan Kehormatan, turun…ta”. “Pegawai ambil…tempat” “Pegawai hunus….pedang” “Kawalan Kehormatan, ….senang….dri” PP. Baris berjalan masuk ke tempat yang di tetapkan untuk melapor, pada masa yang sama SI Baris buat perbuatan sedia. Kawalan Kehormatan buat pergerakan sedia. Kawalan Kehormatan buat pergerakan rusuk senjata. SI Baris mara dan berhenti dua langkah di hadapan PP. Baris dan lapor. Selesai lapor SI Baris pusing separuh kanan dan berjalan melalui laluan Tengah, ambil tempat tiga Langkah di belakang Kawalan Kehormatan di Tengah-tengah. Kawalan Kehormatan buat pergerakan turun senjata. Penolong PP.Baris ambil tempat tiga Langkah di hadapan orang no.3 dari kiri kawalan. Penolong PP.Baris buat pergerakan hunus pedang. Semua elemen Kawalan Kehormatan buat pergerakan senang diri. PP.Baris maju berjalan ambil tempat tiga Langkah di hadapan orang no.3 dari kanan kawalan, berhenti dan senang diri. 5. Panji-Panji/ Bendera Sang Saka Biru ambil tempat. PP.Baris “Kawalan Kehormatan, kawalan…..sdia” “Rusuk….ta” “Kepada Panji-Panji hormat…ta”. Setelah selesai pengumuman Panji-Panji/ Bendera Sang Saka Biru oleh juruacara majlis.Kumpulan Panji-Panji/ Bendera Sang Saka Biru telah siap sedia di tempat permulaan. Semua elemen Kawalan Kehormatan buat pergerakan sedia. Sekiranya Bendera Sang Saka Biru Kawalan kehormatan sedia Sahaja sehingga bendera di arak masuk mengambil tempat di dalam kawalan. Kawalan Kehormatan buat pergerakan rusuk senjata. Semua elemen Kawalan Kehormatan buat pergerakan hormat.
TERHAD 288 Pegawai Panji-Panji “Panji-Panji, da…ri Tengah cepat jalan” “Panji-Panji, hentak…kaki” “Menghadap ke hadapan….belakang…sing” “Pengiring hormat….ta” PP.Baris “Kawalan Kehormatan, rusuk…ta” “Turun…ta” “Kawalan Kehormatan, senang….dri” Kumpulan Panji-Panji di iringi Kumpulan Bag Pipe berjalan cepat masa masuk mengambil tempat di dalam kawalan. Sekiranya Panji-Panji Utama PDRM hendaklah di sebut Panji-Panji Utama. Kumpulan Panji-Panji buat pergerakan hentak kaki di Tengah-tengah kawalan di antara kawalan bahagian kanan dan bahagian kiri, Kumpulan Bag Pipe terus maju ambil tempat yang di tetapkan. Kumpulan Panji-Panji buat pergerakan belakang pusing. Pengiring Panji-Panji buat pergerakan hormat. Semua elemen Kawalan Kehormatan buat pergerakan rusuk senjata, PP.Baris dan penolong tegak pedang, SI Baris dan SM pengiring Panji-Panji turun tangan pada kiraan dua pergerakan senjata. Kawalan Kehormatan buat pergerakan turun senjata. Semua elemen Kawalan Kehormatan buat pergerakan senang diri. 6. Kawalan kehormatan siap sedia untuk majlis dan sambut ketibaan VVIP yang di raikan. PP.Baris “Kawalan Kehormatan, Kawalan… Sdia ” “Kawalan Kehormatan, rusuk…ta” Untuk VVIP Ketua Negara dan ke atas pergerakan hormat dari Kawalan Kehormatan berserta dengan pergerakan hormat dari Panji-Panji, manakala untuk Timbalan Ketua Polis negara Pergerakan Hormat dari Kawalan Kehormatan tanpa ada pergerakan hormat dari Panji-Panji. Semua elemen Kawalan Kehormatan buat pergerakan sedia Semua elemen Kawalan Kehormatan yang membawa senjata rifle M-16 buat pergerakan rusuk senjata