The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PACK3013 PENGURUSAN ACARA, 2023-10-25 00:53:23

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

Keywords: Skrip Pengacaraan Majlis,Pengacara Majlis

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 ii ____________________________ KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK3013 PISMP AMBILAN JUN 2020 ____________________________ PENERBIT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU, SABAH 2023


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 iii KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PISMP AMBILAN JUN 2020 Diterbitkan oleh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu Sabah. Tel : 088-210646 Fax : 088-217124 Laman Sesawang : http://www.ipgkgaya.edu.my Cetakan Pertama 2023 © Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, skrip, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua cara sama ada secara elektronik, fotostat, mekanik, rakaman dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Jawatankuasa Penerbitan dan Dokumentasi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 iv Prakata Koleksi Skrip Pengacaraan Majlis ini merupakan sebuah koleksi yang diterbitkan oleh Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Buku ini mengumpulkan 47 koleksi Skrip Pengacaraan Majlis yang dihasilkan oleh pelajar Ambilan Jun 2020 yang telah mengambil kursus PACK3013 Pengurusan Acara pada semester Jun dan Julai 2023. Pengacaraan majlis merupakan suatu bidang yang penting dalam sesuatu acara atau program kerana Pengacara Majlis merupakan individu yang paling berkuasa dalam sesebuah majlis, bermula daripada majlis itu dibuka sehingga majlis tersebut ditamatkan. Oleh itu, Pengacara Majlis bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengawal serta memimpin perjalanan sesebuah majlis. Perkara ini dilihat sebagai salah satu kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh seseorang guru kerana guru sering terlibat dengan sesuatu majlis. Maka, penerbitan buku ini diharap dapat menjadi panduan kepada guru, bakal guru atau sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang pengacaraan majlis. Semoga penerbitan buku ini akan menjadi pencetus kepada individu dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dalam mengendalikan sesuatu majlis.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 v Kata Aluan Pengarah Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani, Syukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izinNya penerbitan Koleksi Teks Pengacaraan oleh pensyarah dan pelajar kursus PACK3013 Pengurusan Acara tahun 2023 telah dapat direalisasikan. Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada pensyarah kursus, pelajar dan pihak-pihak yang terlibat atas usaha mendokumentasikan dan menerbitkan buku ini. Kejayaan menghasilkannya merupakan simbolik sinergi utuh dalam kalangan pelajar dan pensyarah kursus bagi mewujudkan sebuah perkongsian kepada warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dan masyarakat awam yang lain, khususnya dalam bidang pengacaraan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi rujukan kepada semua pihak dalam meningkatkan kemahiran mengacara serta mengendalikan majlis dengan baik. Diharapkan usaha ini turut memberi manfaat kepada mana-mana individu atau pihak berkaitan dalam meningkatkan profesionalisme sebagai seorang pengacara yang berketerampilan, sekali gus memartabatkan profesion pihak penjawat awam dan warga pendidik sebagai golongan berkebolehan dalam pengacaraan suatu majlis atau acara. Akhir kata, saya mendoakan kejayaan yang terbaik kepada semua pelajar dan pensyarah kursus PACK3013 Pengurusan Acara agar terus cemerlang di masa akan datang. Saya juga berharap agar usaha sebegini diteruskan sebagai legasi dalam menyumbang semangat profesionalisme sebagai seorang guru yang lebih berkualiti kelak. “Bertekad Cemerlang Demi Ilmu dan Dharma” (DR. GERTURUDE JOCK A.D.K) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 vi Kata Aluan Timbalan Pengarah Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan kasih dan izinNya buku Koleksi Teks Pengacaraan oleh pensyarah dan pelajar kursus PACK3013 Pengurusan Acara bagi tahun 2023 telah berjaya diterbitkan. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat, khususnya para pensyarah kursus dan semua pelajar dalam menjayakan penerbitan buku ini. Sesungguhnya, usaha ini merupakan bukti kepada inisiatif murni oleh pensyarah dan pelajar untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam bidang pengacaraan, sejajar dengan matlamat IPG dalam membudayakan ilmu pengetahuan serta kerja profesionalisme sebagai warga pendidik. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh lalu dibukukan sebagai koleksi ini adalah sangat bermanfaat kepada banyak pihak sebagai panduan umum dalam menjadi seorang pengacara. Bahkan, buku ini sangat signifikan dengan profesion keguruan memandangkan majlis dan acara ialah suatu hal yang sinonim dalam mana-mana organisasi pendidikan di negara ini. Oleh yang demikian, saya berharap agar usaha ini akan terus relevan dan menjadi pencetus idea individu dan pihak yang memerlukannya. Akhir kalam, semoga penerbitan buku ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Saya mendoakan kejayaan yang berterusan kepada semua pensyarah, pelajar dan pihak-pihak yang terlibat dalam kursus PACK3013 Pengurusan Acara. (DR. NORAFIDAH BT. NORALIDIN) Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 vii Kata Aluan Ketua Jabatan Pengajian Melayu Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinnya maka terbitnya sebuah buku Koleksi Teks Pengacaraan Majlis yang dihasilkan sendiri oleh pelajar PISMP Ambilan Jun 2020 yang mengambil kursus PACK3013 Pengurusan Acara bagi tahun 2023. Saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung, khususnya pihak pensyarah kursus dan semua pelajar dalam menjayakan usaha murni ini. Penerbitan buku elektronik (e-book) Koleksi Skrip Pengacaraan Majlis ini dilihat sebagai salah satu bukti bahawa guru pelatih IPG Kampus Gaya mampu mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang mereka pelajari terutamanya dalam kursus pengurusan acara dalam bidang pengacaraan majlis yang cukup dekat dengan profesionalisme sebagai seorang guru. Harapan saya ialah semoga bakal guru yang akan ditempatkan di sekolah nanti dapat menggunakan kemahiran yang telah dipelajari di IPG Kampus Gaya ini agar dapat menganjurkan satu pengurusan acara yang gilang gemilang dengan berasaskan kepada kemahiran kawalan majlis melalui bidang pengacaraan ini. Akhir kalam, semoga penerbitan buku ini mampu menjadi panduan kepada khalayak ramai khususnya mereka yang berminat untuk mempelajari bidang pengacaraan majlis. Sekian, terima kasih (PUAN KHADIJAH BINTI ADENAN) Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 viii Kata Aluan Penyelaras Kursus Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, maka buku koleksi Skrip Pengacaraan Majlis yang dihasilkan oleh pelajar kursus PACK3013 Pengurusan Acara bagi tahun 2023 dapat diterbitkan dengan jayanya. Dirakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha dalam menjayakan penghasilan buku koleksi Skrip Pengacaraan Majlis ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berusaha dalam menghasilkan sebuah penulisan Teks Pengacaraan Majlis ini dan memberi keizinan untuk menjadikan karya mereka sebagai salah satu koleksi dalam buku ini. Saya melihat kepada kemampuan guru pelatih yang cukup kompeten dalam menjayakan sesuatu perkara dan saya yakin bahawa mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan keadaan sebenar di sekolah kelak. Maka, penulisan teks pengacaraan majlis ini merupakan salah satu pengalaman yang cukup bermakna dan berkesan kerana pengurusan acara merupakan salah satu elemen utama bagi tugas seorang guru dan bidang pengacaraan majlis ini turut memainkan peranan yang penting dalam sesebuah program. Akhir kata, semoga penerbitan buku Koleksi Skrip Pengacaraan Majlis ini dapat menjadi panduan kepada orang ramai terutamanya insan yang berminat dan berkecimpung dalam dunia pengacaraan majlis ini. Sekian, terima kasih. (DR. HAFIFI HAFIDZ HORACE) Penyelaras Kursus PACK3013, Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 ix Penyumbang Penasihat Dr. Gerturude Jock A.D.K Pengerusi 1 Dr, Norafidah binti Noralidin Penyeleras Dr. Hafifi Hafidz Horace Khadijah @ Aswati Adenan Senarai Nama Penulis Abby Nurazianieta binti Lati Abdul Rasit bin Masri Afiq Najwan bin Budin Alessandra Anak Da'os Arliana Binti A Anas Auji Nur Izzati binti Abdul Mutalib Azaz Azani bin Juakim Carol Irene Paukin Cheong Xin Mei Chew Kai Yee Chor Di Seng Cynthia Anabella Anak Kasim Dayana Jackson Denis Wong Lee Wuong Emmy Anik


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 x Fatnin Najah binti Ahmad Foad Flavia Angel Malanjun Floraccel Midin Goh Yong Siang Hawa Aqielah binti Nasir Koh Yui Xien Lam Rui Chang Li Sze Jia Lim Wei Jie Loh Woan Yie Masyitah binti Mohd Anuar Mohd Adli Haikal bin Mohd Fauzi Mohd Andy Rezmeewan Chin Mohd Annas Eizzan bin Alizan Muhammad Ameerudin bin Shamsul Bahari Muhammad Nafizuddin bin Mohd Kamal Najwa Amni binti Mohamad Nik Nur Alia Huda binti Mohd Laha Nur Hafizah binti Julaimi Nur Izzati Iwani binti Yahaya Nur Nadhirah binti Mohammad Weddan Nurul Arbiatul Syafiqa binti Edy Yusup Nurul Faizah binti Nordin Nurul Hafiqah Erry binti Basri Nurul Izzati binti Jalaludin Rezzy Elyana Robin


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 xi Sanddralysa Godon Shahiqmah binti Seli. Shekinah Leong Lee Hua Siti Nurain binti Abdul Rauf Tan Shu Man Wan Muhamad Hariz Hazwan Bin Wan Sazali Pensyarah Pembimbing Dr Rozita binti Buyoh Yahya bin Yassin Othman Abd Aziz Ag. Ahmad Ag Siring Arbiah Maddahiri Connie C. Ah Gang Nur Aqeela Alia binti Ahmad Dzulkifli bin Mohd Aspah Grafik dan Ilustrasi Muhammad Ameerudin bin Shamsul Bahari Nurul Faizah binti Nordin Mohd Andy Rezmeewan Chin Editor Pelajar Muhammad Ameerudin bin Shamsul Bahari Nurul Faizah binti Nordin Mohd Andy Rezmeewan Chin


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 xii Penerbitan Noorwainie binti Yakub


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 xiii Isi Kandungan Bil Tajuk Muka Surat 1 MAJLIS PENUTUPAN KURSUS BINA INSAN GURU FASA 3 TAHUN 2022 KELOLAAN UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS GAYA 1 2 MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PAMERAN INOVASI DAN BICARA SEJARAH 6 3 MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN IPG KAMPUS GAYA 12 4 MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TAHUN 2023 17 5 MAJLIS KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 2023 23 6 MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KITAR SEMULA TAHUN 2023 31 7 MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPG KAMPUS GAYA TAHUN 2023 37 8 MAJLIS PERSARAAN PENSYARAH 43 9 MAJLIS ULANG TAHUN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS GAYA KALI 48 10 PESTA ANGPAO 2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA 56 11 MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 61 12 MAJLIS SUKAN 1 MALAYSIA 2023 69 13 MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA 74 14 MAJLIS PERASMIAN MINGGU BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU 78 15 PROGRAM DESTINI SMJ ANAK MUDA SABAH 87 16 MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-65 94 17 MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU IPGK GAYA 102


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 xiv Bil Tajuk Muka Surat 18 MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI (OPSYEN PENGAJIAN MELAYU) PERINGKAT IPG KAMPUS GAYA 110 19 MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT IPG KAMPUS GAYA 115 20 MAJLIS PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU. 120 21 MAJLIS SAMBUTAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 127 22 MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2023 133 23 MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPG KAMPUS GAYA KALI KE-53 137 24 MAJLIS PERASMIAN MEMORANDUM KESATUAN MAHASISWA IPG ZON SABAH 2023 146 25 MAJLIS PERTANDINGAN DEBAT ANTIRASUAH PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS GAYA 152 26 MAJLIS HARI KELUARGA PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA 2023 161 27 SKRIP PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG IPG KAMPUS GAYA 2023 170 28 HARI KELUARGA IPG KAMPUS GAYA 180 29 MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TAHUN 2023 188 30 TEKS PENGERUSI MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON SABAH 194 31 MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON SABAH, TAHUN 2023 201 32 PERTANDINGAN DEBAT PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 207


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 xv Bil Tajuk Muka Surat 33 MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-52 IPG KAMPUS GAYA 213 34 SKRIP PENGACARAAN PERASMIAN PERTANDINGAN DEBAT PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 221 35 TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA 2023 226 36 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI 2023 233 37 MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON SABAH 245 38 MAJLIS KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK. BONGOL, TAMPARULI KALI KE25 TAHUN 2023 249 39 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU 258 40 MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI TAHUN 2022 265 41 MAJLIS PENUTUPAN HARI KELUARGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA 272 42 SKRIP MAKAN MALAM TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ZON SABAH TAHUN 2023 281 43 PERTANDINGAN DEBAT PIALA PERPADUAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 288 44 MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH 298 45 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPG KAMPUS GAYA 305 46 MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LUYANG TAHUN 2023 313 47 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH BUAT KALI KE-13. 323


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 1 1. MAJLIS PENUTUPAN KURSUS BINA INSAN GURU FASA 3 TAHUN 2022 KELOLAAN UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS GAYA Oleh: LAM RUI CHANG TARIKH : 4 OKTOBER 2022 TEMPAT : MINUROD CAMPSITE KIULU, TAMPARULI, SABAH. MASA : 0800-1000 Masa Tentatif Teks Emcee 0800 Pemakluman awal Mohon perhatian, Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan agar memastikan telefon bimbit berada dalam mod senyap supaya tidak memberi sebarang gangguan ketika majlis berlangsung. Kerjasama daripada para hadirin amatlah dihargai. 0805 Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan, Yang Berusaha, Tuan Raisin bin Saidin, Ketua Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Dengan diiringi oleh, Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dan barisan dif-dif kehormat masuk ke perkarangan majlis. 0810 Nyanyian Tiga Buah Lagu Mohon hadirin terus berdiri bagi menyanyikan lagu “Negaraku”, “Sabah Tanah Airku” dan lagu “Institut Pendidikan Guru”. *nyanyi* Majlis mengucapkan terima kasih. Semua hadirin dijemput duduk.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 2 0815 Kata Aluan Pengacara Mekar mewangi bunga cempaka, Sayang harumnya memukau sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia, Yang Berusaha, Tuan Raisin bin Saidin, Ketua Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Yang Berusaha, En. Julin Erus, Ketua Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Semua pensyarah dan kakitangan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Hadirin sekalian. Selamat datang ke Majlis Penutupan Kursus Bina Insan Guru Fasa 3 Tahun 2022 pada hari yang penuh berbahagia ini. 0818 Bacaan Doa Sidang hadirin yang dihormati, Bagi memberkati majlis penutupan kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Saudara Mohd Safwan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. *Bacaan Doa*


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 3 Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa 0820 Objektif Program Pada hadirin sekalian, seperti yang kita sedia maklum kursus “Bina Insan Guru” bermatlamat membentuk kepimpinan guru pelatih dan meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis masalah serta penyelesaiannya dengan sewajarnya. 0825 Ucapan Aluan Hadirin yang Budiman, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyampaikan ucapan alu- aluan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 0850 Persembahan Hadirin yang dikasihi, Majlis diteruskan dengan persembahan “Hu Else” daripada kumpulan 5. Dipersilakan. *Persembahan* Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan yang bertenaga oleh kumpulan 5 sebentar tadi.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 4 0900 Tayangan Montaj Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama menonton montaj mengenai kursus “Bina Insan Guru” selama 5 hari yang telah disediakan oleh pengurus majlis. Sama-sama kita saksikan. 0915 Ucapan Penutupan Majlis diteruskan lagi dengan ucapan penutupan daripada wakil pelajar Bina Insan Guru Fasa 3 Tahun 2022, Saudara Ziyad untuk menyampaikan ucapan bagi Majlis Penutupan Kursus Bina Insan Guru Fasa 3 Tahun 2022. Dipersilakan Saudara Ziyad. *Ucapan* Terima Kasih Saudara Ziyad atas ucapan penutupan tadi. 0930 Gimik Penutupan Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Dr. Gerturude Jock, Pengarah IPGKG dan En. Julin Erus, Ketua Unit Kokurikulum IPGKG untuk mengiringi Ketua JPN Sabah untuk menyempurnakan gimik penutupan. Dipersilakan. Berikan tepukan gemuruh kepada tetamu kehormat kita. 0935 Penyampaian Cenderahati Majlis memohon Ketua JPN Sabah, Pengarah IPGKG dan Ketua Unit Kokurikulum IPGKG terus berada di pentas bagi acara seterusnya. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya melaksanakan BIG selama 5 hari ini. Dengan itu, Majlis


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 5 menjemput Tuan Raisin bin Saidin untuk menyampaikan cenderahati. *Penyampaian Cenderahati* Majlis mengucapkan ribuan terima kepada tetamu kehormat kita. 0950 Sesi fotografi Seterusnya majlis menjemput dif-dif kehormat dan hadirin mengambil tempat bagi upacara fotografi. Majlis dipersilakan. 1000 Bersurai Dengan berakhirnya sesi fotografi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri. Saya Lam Rui Chang memohon maaf atas keterlaluan kata, terlampau cara sepanjang saya berbicara. Terima kasih kepada semua warga yang terlibat langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis pada pagi ini. Sekian Terima Kasih!


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 6 2. MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PAMERAN INOVASI DAN BICARA SEJARAH Oleh: GOH YONG SIANG Majlis : Majlis Perasmian Program Pameran Inovasi dan Bicara Sejarah Tarikh : 16 Februari 2023 (Khamis) Tempat : Dewan Auditorium Besar, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 9.00 pagi Pemakluman Awal Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, mohon para hadirin penuhkan ruang tempat duduk di hadapan dan menukarkan mod telefon dalam mod senyap supaya tidak menimbulkan gangguan kelancaran sepanjang majlis dijalankan. Para hadirin juga diharapkan untuk berdiri semasa ketibaan para tetamu VIP kita pada pagi ini. 9.15 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat Hadirin yang dihormati sekalian, Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Berusaha, Tuan Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Diiringi oleh Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu dan barisan dif-dif kehormat masuk ke dewan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 7 9.30 pagi Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia Dif-Dif Kehormat dan para hadirin sekalian dimohon terus berdiri bagi menyanyikan lagu “Negaraku”, “Sabah Tanah Airku” dan “Lagu Rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia” - Lagu Negaraku - Lagu Sabah Tanah Airku - Lagu Rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia Dif-Dif Kehormat dan hadirin sekalian dijemput duduk. 9.40 pagi Kata Alu-Aluan Pengacara Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha, Tuan Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu. Yang berusaha, Dr. Norafidah Noradilin, Timbalan pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu. Yang berusaha, Dr. Sapihi @ Shafehee Dulamit, Ketua Jabatan Sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu. Tuan-tuan dan puan-puan, Sidang hadirin yang dihomati sekalian,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 8 Selamat datang ke Majlis Perasmian Program Pameran Inovasi dan Bicara Sejarah pada hari yang penuh berbahagia ini. 9.55 pagi Bacaan Doa Bunga dahlia cantik tersemat, Dipetik gadis haruman memikat, Doa dibaca memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini, majlis mempersilakan saudara Mohd Annas Eizzan bin Alizan untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. - Bacaan doa Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Annas Eizzan bin Alizan atas pimpinan bacaan doa tadi. 10.00 pagi Objektif Program Para hadirin sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, Program Pameran Inovasi dan Bicara Sejarah ini diadakan untuk menggerakkan tenaga bakal guru-guru sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya yang cemerlang bagi menghasilkan produk inovasi Sejarah secara kreatif supaya idea-idea ini dapat dirujuk dan diaplikasi oleh semua pendidik pada masa yang akan datang. Majlis juga akan membincangkan isu dan cabaran pendidikan sejarah pada masa kini bagi mengatasinya di samping menanam nilai-nilai kepentingan sejarah dalam diri bakal guru Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 9 10.10 pagi Ucapan Alu-Aluan Hadirin sekalian, Bagi membuka tirai majlis, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan… - Selesai ucapan aluan Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu atas kesudian ucapan aluan itu tadi. 10.30 pagi Ucapan Perasmian Kini tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan, iaitu ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh tetamu kehormat majlis hari ini. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berusaha, Tuan Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Program Pameran Inovasi dan Bicara Sejarah. Dipersilakan Yang Berusaha. - Selesai ucapan perasmian Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha atas ucapan perasmian tadi dan dimohon Tuan Raisin bin Saidin untuk terus berada di pentas untuk acara seterusnya.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 10 11.00 pagi Gimik Perasmian Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Dr. Gerturude Jock, Dr. Norafidah Noradilin dan Dr. Sapihi @ Shafehee Dulamit untuk mengiringi Tuan Raisin bin Saidin bagi menyempurnakan Gimik Perasmian. Dipersilakan - Gimik Perasmian Dengan ini, majlis perasmian ini secara rasminya dilancarkan. Berikan tepukan yang paling gemuruh kepada tetamu kehormat kita. 11.20 pagi Penyampaian Cenderahati Kepada VVIP Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada tetamu kehormat kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri pada hari ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Dr. Gerturude Jock untuk menyampaikan cenderahati. Dipersilakan… - Penyampaian Cenderahati Terima kasih dan hadirin sila memberikan tepukan yang paling gemuruh kepada tetamu kehormat kita. 11.30 pagi Bersurai Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian itu tadi, maka Majlis Perasmian Program Pameran Inovasi dan Bicara Sejarah pada hari ini menutup tirainya dengan sempurna pada petang ini. Pihak majlis kami juga ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung. Sidang hadirin juga dijemput untuk menonton dan memberikan pandangan terhadap hasil-hasil pameran


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 11 inovasi Sejarah yang tersedia di belakang Dewan Auditorium Besar. Sekian Wabillahi Taufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahu Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 12 3. MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN IPG KAMPUS GAYA Oleh: CHEONG XIN MEI Majlis : Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan IPG Kampus Gaya Tarikh : 03 Ogos 2023 Tempat : Dewan Auditorium IPG Kampus Gaya Masa : 9.00 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 10.00 Pagi Pemakluman Awal Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Sebelum acara bermula, kami mengharapkan hadirin dapat meletakkan mood telefon dalam mood senyap supaya tidak memberi sebarang gangguan teknikal ketika rakaman majlis berlangsung. Ketibaan Tetamu Kehormat Para hadirin sekalian, Mengumumkan ketibaan, Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya. Diiringi dengan dif-dif kehormat. Lagu Negaraku Dif-dif kehormat dan hadirin sekalian dipersilakan untuk terus berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu Negaraku. -Lagu NegarakuDif-dif kehormat dan hadirin sekalian dipersilakan mengambil tempat. Kata Aluan Pengacara Ceria wajah terserlah manis, Hati berkobar semangat dibawa, Sambutan merdeka penyeri majlis,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 13 Sematkan gagah di dalam jiwa. Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Yang berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya. Yang berusaha, Dr Sapihi Haji Dulamit Ketua Jabatan Sejarah, IPG Kampus Gaya, Yang dihormati, Ketua-ketua jabatan, Ketua-ketua unit, Para pensyarah, Barisan kepimpinan JPP 2023/2024, Para pelajar, Serta hadirin sekalian, Selamat datang kami ucapkan ke Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan. Bacaan doa Alhamdulillah, hari yang dinanti telah pun tiba, sebelum kita meneruskan acara, doa dibaca mohon kerahmatan. Bagi memberkati majlis yang penuh berbahagia ini marilah kita sama-sama menadah tangan memanjatkan doa yang akan dipimpin oleh Encik Mohammad Ali bin Abu Bakar. -Bacaan Doa-


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 14 Terima kasih Encik Mohammad Ahli bin Abu Bakar atas pimpinan doa sebentar tadi. Objektif Program Para hadirin sekalian, seperti yang kita sedia maklum Hari Kemerdekaan semakin mendekati kita, maka majlis sambutan perasmian bulan kemerdekaan telah diadakan pada hari ini bagi tujuan menyemai nilai cinta akan negara dalam kalangan siswa-siswi IPG Kampus Gaya. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk membantu siswa-siswi menghayati kemerdekaan dan mengamalkan gaya hidup bersatu padu antara kaum serta menghayati tema sambutan kemerdekaan tahun 2023 iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuh Harapan. Ucapan Aluan Hadirin yang budiman, bagi membuka tirai majlis, dengan sukacitanya saya menjemput dan mempersilakan, Dr Sapihi Haji Dulamit, Ketua Jabatan Sejarah, IPG Kampus Gaya, untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan Dr Sapihi Haji Dulamit. -Selesai ucapan aluanTerima kasih kepada Dr Sapihi Haji Dulamit, atas ucapan aluan itu tadi. Ucapan Perasmian Baiklah, kini tiba kita ke acara yang dinanti, iaitu ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh tetamu kehormat kita hari ini. Gimik Perasmian Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Dr Sapihi Haji Dulamit untuk mengiringi Dr Gerturude Jock untuk menyempurnakan gimik perasmian iaitu menyelesaikan puzzle yang berbentuk bendera Malaysia. Dipersilakan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 15 - Gimik PerasmianDengan ini, majlis perasmian ini secara rasminya dilancarkan. Berikan tepukan gemuruh kepada tetamu kehormat kita. Penyampaian Cenderahati Kepada VVIP Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita yang sudi meluangkan masa pada hari ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Dr Sapihi Haji Dulamit untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat kita. Dipersilakan - Penyampaian Cenderahati – Terima kasih dan kita berikan sekali lagi tepukan gemuruh kepada tetamu kehormat kita. Sidang Media Hadirin sekalian dengan penyampaian sebentar tadi maka sempurnalah majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan kita pada hari ini Bagi pihak majlis kami ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan keterlanjuran di sepanjang majlis ini berlangsung Dr Gerturude Jock dijemput untuk ke sesi sidang media yang akan diadakan di bilik VIP. Bersurai Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua tetamu-tetamu, pensyarah-pensyarah dan siswa-siswi yang sudi menghadiri majlis perasmian sambutan Bulan Kemerdekaan. Tetamu khas dijemput untuk menikmati jamuan yang


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 16 telah disediakan di ruang Hospitaliti yang bertempat di tepi kafeteria. Sekian wabillahitaufiqwalhidayuh assalamualaikum warahmatullahuwabarakatuh dan salam sejahtera.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 17 4. MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TAHUN 2023 Oleh: DAYANA JACKSON TARIKH : 28 Mac 2023 TEMPAT : Dewan Auditorium IPG Kampus Gaya MASA : 7.00 pagi Masa Tentatif Teks emcee 7:45 p.m. Pemakluman awal Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Sebelum acara bermula, diminta hadirin supaya dapat meletakkan mod telefon dalam keadaan mod senyap kerana majlis kita akan bermula sebentar saja lagi. 8:00 p.m. Ketibaan tetamu kehormat Para hadirin sekalian, Mengumumkan ketibaan, Yang berusaha Dr.Gerturude Jock Pengarah institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Dan diiringi barisan tetamu kehormat. 8:05 p.m. Lagu Negaraku & Lagu Sabah Tanah Airku Hadirin diminta untuk kekal berdiri. Hadirin sekalian, Marilah kita bersama-sama menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. -nyanyian laguHadirin dijemput duduk. 8:15 p.m. Kata alu-aluan pengacara -pantunMencari timba si anak dara, di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 18 selamat datang untuk semua. Kopivosian sosodopon, selamat malam, salam kaamatan 2023 dan salam Malaysia Madani. Yang berusaha Dr. Gerturude Jock Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang berusaha Dr. Norafidah binti Noralidin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Yang berusaha Puan Sharifah Mazni binti S. Mokhtar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Gaya Yang berusaha Encik Ladius Emor, Ketua Unit Pembangunan Insaniah Pelajar Para pensyarah serta pelajar yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke majlis perasmian penutupan sambutan Pesta Kaamatan peringkat IPG Kampus Gaya tahun 2023. 8:30 p.m. Bacaan doa -pantunKalau pergi tanjung keramat, anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, moga majlis mendapat berkat. Bagi memberkati majlis ini, marilah bersama-sama menadah tangan memohon doa agar majlis pada malam ini diberkati olehnya. Dijemput saudara Mohd Azuwan bin Reji untuk memimpin


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 19 bacaan doa. Majlis mempersilakan. -bacaan doaTerima kasih kepada saudara Mohd Azuwan bin Reji atas bacaan doa sebentar tadi. 8:40 p.m. Sidang hadirin yang dikasihi sekalian, Untuk pengetahuan semua, majlis perasmian penutupan ini adalah acara kemuncak untuk perayaan Pesta Kaamatan yang julung kalinya diadakan bagi meraihkan Hari Kaamatan serta dapat menjalinkan hubungan mesra antara warga IPG Kampus Gaya. Sebagai makluman, moto Pesta Kaamatan pada tahun ini ialah "Kaamatan mongubasanan do pisompuruan" yang bermaksud "Kaamatan membudayakan perpaduan" 8:45 p.m. Ucapan aluan -PantunEmas tempawan buatmu puteri, busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, bersama madah kata aluan. Hadirin sekalian, Bagi membuka tirai majlis pada malam ini, dengan sukacitanya saya menjemput dan mempersilakan Yang berusaha Puan Sharifah Mazni binti S Mokhtar Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk menyampaikan ucapan alu- aluan. Dipersilakan…


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 20 -ucapanTerima kasih kepada puan sharifah atas ucapan alualuan sebentar tadi. 9:00 p.m. Ucapan perasmian -pantunBesar langit di tepi busut, besar tak muat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, besar niat di dalam hati. Hadirin dan hadirat sekalian, Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh tetamu kehormat kita pada malam ini. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berusaha Dr.Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyampaikan ucapan seterusnya, merasmikan majlis perasmian penutupan sambutan pesta kaamatan peringkat IPG Kampus Gaya tahun 2023. Dipersilakan… -ucapanTerima kasih kepada Yang berusaha Dr. Gerturude Jock atas ucapan perasmian itu tadi. Mohon Dr. Gerturude Jock untuk terus berada di atas pentas. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 21 berusaha Dr. Norafidah binti Noralidin, Puan Sharifah dan Encik Ladius Emor untuk mengiringi Yang berusaha Dr. Gerturude Jock untuk memukul gong sebanyak 3 kali sebagai tanda perasmian. Dipersilakan… -pukulan gongDengan pukulan gong tersebut, maka rasmilah majlis penutupan pesta kaamatan bagi tahun 2023 peringkat IPG Kampus Gaya. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock merasmikan majlis penutupan pesta kaamatan sebentar tadi. 9:30 p.m. Penyampaian cenderahati kepada VVIP Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Sharifah untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang berusaha Dr. Gerturude Jock. 9:35 p.m. Persembahan nyanyian Hadirin sekalian, Tidak meriahlah majlis kita pada hari ini sekiranya tidak diwarnai dengan persembahan yang menarik. Dijemput saudari Jessie Janius, juara Bintang Kaamatan untuk tampil di atas pentas. Berikan tepukan yang gemuruh.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 22 9:45 p.m. Persembahan tarian -pantunAwan bersua citra berkisah, ukiran sukma kilauan kelisa; Bingkisan perutusan selesai sudah, persembahan pelajar menyusul pula. Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah bersama-sama kita saksikan persembahan daripada ahli kelab kesenian dan kebudayaan yang dianggotai oleh pelajar IPG Kampus Gaya. Berikan tepukan yang gemuruh. 9:55 p.m. Bersurai Hadirin sekalian, Dengan selesainya persembahan itu tadi, maka berakhirlah Majlis Perasmian Penutupan Pesta Kaamatan peringkat IPG Kampus Gaya tahun 2023. -pantunDari kedah ke pekan sari, beli suasa di kota tinggi; Selesai sudah tugas diberi, di lain masa bersua lagi. Kami ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Yang baik datangnya daripada Tuhan, yang buruk datangnya daripada kelemahan kami sendiri. Sekian dan salam sejahtera.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 23 5. MAJLIS KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 2023 Oleh: ALESSANDRA ANAK DA’OS TARIKH : 20 JULAI 2023 TEMPAT : DEWAN UTAMA AUDITORIUM, IPG KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU, SABAH MASA : 8:00 PAGI – 1.30 PETANG Masa Tentatif Teks Emcee 8.00 PAGI Pemakluman awal Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Sebelum acara bermula, kami mengharapkan hadirin dapat meletakkan mood telefon dalam mood senyap supaya tidak memberi sebarang gangguan teknikal sepanjang majlis berlangsung. Mohon juga kepada para hadirin untuk tidak meninggalkan majlis sehingga majlis selesai kerana ini merupakan majlis rasmi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Dan mohon hadirin untuk berdiri ketika vip berjalan masuk ke dalam dewan. Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya diiringi oleh Dr Norafidah Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, serta Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Unit berarak masuk ke dalam dewan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 24 Nyanyian Lagu Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan rangkaian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Hadirin dipersilakan duduk. Salutasi Salam sejahtera, salam D Gayaku Demi Ilmu dan Dharma dan Salam Malaysia Madani. Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya Yang Dihormati, Hj Mohd Fauzi Mohd Rosli Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya, Seterusnya, Yang Dihormati Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, para pensyaraha kanan, para pensyarah, barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya sesi 23/24, para pelajar yang dirai serta tuan-tuan dan puanpuan yang dihormati sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izinnya kita dapat bersama-sama berkumpul di Auditorium IPG Kampus Gaya ini untuk meraikan MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG, PERINGKAT IPG KAMPUS GAYA. Selamat Datang diucapkan buat hadirin semua.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 25 Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kita menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah tangan dan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Saudara Mohamad Solehuddin bin Sakarang, Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mohamad Solehuddin bin Sakarang. Atas pimpinan doa sebentar tadi. Ucapan Perasmian Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang Jerami, Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi. Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, bagi menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG, PERINGKAT IPG KAMPUS GAYA. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG, PERINGKAT IPG KAMPUS GAYA


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 26 sebentar tadi. Diminta kepada Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock untuk kekal berada di atas pentas bagi menyempurnakan penyampaian anugerah. Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2023 Berkebaya batik berwarna merah, Diserikan dengan permata berlian, Tibalah masa penyampaian anugerah, Penerima teruja menunggu giliran. Hadirin sekalian, masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Dijemput, Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, Yang Dihormati, Hj Mohd Fauzi Mohd Rosli Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya, Untuk mengiringi pengarah bagi menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para pelajar. Dipersilakan. Berikut diumumkan penerima anugerah akademik bagi PISMP JUN 2019 yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.75 dan ke atas yang telah menamatkan pengajian bagi menerima anugerah.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 27 Mendahului senarai penerima dipersilakan….. Seterusnya, majlis menjemput penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.75 dan ke atas bagi PISMP JUN 2020 untuk menerima anugerah. Penerima pertama…. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Diiringi Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya dan Yang Dihormati, Hj. Mohd Fauzi Mohd Rosli Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya, Atas penyampaian anugerah sebentar tadi. Persembahan Selingan Koir Hadirin sekalian, majlis kita akan berhenti rehat untuk memberi laluan kepada persembahan selingan koir yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari kelas PISMP Muzik Ambilan Jun 2022.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 28 Majlis mempersilakan. Untuk makluman semua, persembahan selingan koir itu tadi dibawah pimpinan Puan Lucy Gawis. Majlis mengucapkan terima kasih. Sambungan Anugerah Hadirin sekalian, Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya Diiringi Yang Dihormati, Hj Mohd Fauzi Mohd Rosli Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya, Untuk menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para pelajar. Dipersilakan. Berikutnya, majlis menjemput penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.75 dan ke atas bagi PISMP JUN 2021 untuk menerima anugerah. Seterusnya, majlis menjemput penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.75 dan ke atas bagi PISMP JUN 2022 untuk menerima anugerah.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 29 Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya Diiringi, Yang Dihormati, Hj Mohd Fauzi Mohd Rosli Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya, Atas penyampaian anugerah sebentar tadi. Penyampaian Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Hadirin sekalian, Majlis kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Tahun 2023. Baiklah, sebelum kita mengumumkan penerima, majlis dengan penuh hormatnya menjemput sekali lagi. Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Diiringi Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya dan Yang Dihormati, Hj Mohd Fauzi Mohd Rosli Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya, Untuk menyempurnakan penyampaian anugerah tokoh


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 30 pelajar cemerlang tahun 2023. Dipersilakan. Pelajar ini merupakan pelajar yang cemerlang dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik-beradik. Beliau berasal daripada latar beakang keluarga yang sederhana. Namun begitu, usaha yang gigih, tekun dan tak pernah berputus asa membuatkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang. Dengan ini diumumkan tokoh Pelajar Cemerlang IPG Kampus Gaya bagi tahun 2023 dianugerahkan kepada saudari ANDOLIA JOSEPH dari PISMP SEJARAH SK1 AMBILAN JUN 2020. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. PENUTUP Dengan berakhirnya penyampaian anugerah sebentar tadi, maka sempurnalah sudah majlis kita pada pagi ini. Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan majlis pada pagi ini. Sebelum mengundur diri, teirmalah serankap gurindam dan pantun yang berbunyi, Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara Nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Tanam sirih dalam taman, Gali lubang tepi perigi, Terima kasih hadirin Budiman, Lain kali bersua lagi.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 31 Sekian, terima kasih dan salam hormat. 6. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KITAR SEMULA TAHUN 2023 Oleh: TAN SHU MAN Tarikh : 10 Julai 2023 Tempat : Dewan Auditorium Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 8.00 pagi Pemakluman Awal Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Sebelum acara bermula, kami mengharapkan hadirin dapat meletakkan mod telefon dalam mod senyap supaya tidak memberi sebarang gangguan teknikal ketika rakaman majlis berlangsung. Sambil kita menantikan ketibaan tetamu kehormat yang akan tiba nanti… Kami persembahkan, tayangan montaj mengenai Program Jom Kitar Semula Tahun 2023 yang telah dilaksanakan sepanjang bulan ini. Sama-sama kita saksikan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 32 8.30 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat Para hadirin sekalian, Mengumumkan ketibaan, Yang Berusaha Dr. Gertrude Jock, Pengarah Insititut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Diiringi barisan dif-dif kehormat. 8.40 pagi Lagu Negaraku Dif-dif kehormat dan hadirin sekalian dipersilakan untuk terus berdiri bagi sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu IPGM. - Lagu Negaraku – - Lagu Sabah Tanah Airku – - Lagu IPGM - Hadirin sekalian dipersilakan mengambil tempat. 9.00 pagi Kata Aluan Pengacara Di Dewan Auditorium kita bersua, Suburkan budaya cinta sekitar, Majlis dimula tirai dibuka, Salam dihulur berkat ikhtiar. Bismillahirrahmaanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh Salam sejahtera dan Salam satu Malaysia Yang Berusaha Dr Gertrude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Ketuaketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Para pensyarah, Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2023/2024, Serta warga Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya yang


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 33 dihormati sekalian. Selamat datang kami ucapkan ke Majlis Pelancaran Program Jom Kitar Semula Tahun 2023 Pada hari yang penuh berbahagia ini. 9.15 pagi Bacaan Doa Alhamdulillah, hari yang dinanti pun tiba, sebelum kita meneruskan acara, doa dibaca mohon kerahmatan. Bagi memberkati majlis yang penuh berbahagia ini marilah kita sama-sama menadah tangan memanjatkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohammad Isham Harith. - Bacaan Doa - Amin-amin Ya Rabbal ‘Alimin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohammad Isham Harith Atas pimpinan bacaan doa itu tadi. 9.20 pagi Objektif Program Para hadirin sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, IPG Kampus Gaya telah banyak memainkan peranan dalam penjagaan alam sekitar. Program kitar semula yang dilaksanakan sepanjang bulan ini berobjektif untuk mendedahkan semua warga IPG Kampus Gaya mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 9.30 pagi Ucapan Aluan Hadirin yang Budiman, Sebagai pembuka persada majlis, Dengan segala hormatnya saya menjemput dan mempersilakan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 34 Puan Khadijah Binti Adenan Selaku Ketua Jabatan Pengajian Melayu Untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan sukacitanya dipersilakan. - Selesai ucapan aluan - Terima kasih kepada Puan Khadijah binti Adenan Atas ucapan aluan yang penuh berisi sebentar tadi. 9.55 pagi Ucapan Perasmian Baiklah, kini tiba kita ke acara yang dinanti, iaitu ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh tetamu kehormat kita hari ini. Untuk itu, majlis dengan penuh hormatnya menjemput Yang Berusaha Dr Gertrude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Untuk menyampaikan ucapan Dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Program Jom Kitar Semula Tahun 2023 Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan. - Selesai ucapan perasmian - Terima kasih Dr Gertrude Jock Atas ucapan perasmian itu tadi dan dimohon Dr Untuk terus berada di pentas bagi acara seterusnya. 10.20 pagi Gimik Perasmian Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Khadijah binti Adenan Untuk mengiringi


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 35 Yang Berusaha Dr Gertrude Jock Untuk menerima surat khabar lama dan memasukkan surat khabar tersebut ke dalam tong kitar semula. Dipersilakan. - Gimik Perasmian: Memasukkan surat khabar ke dalam tong kitar semula kertas - Dengan pelancaran tong kitar semula, program ini secara rasminya dilancarkan. Berikan tepukan gemuruh kepada tetamu kehormat kita. 10.40 pagi Penyampain Cenderahati kepada VVIP Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita yang sudi meluangkan masa pada hari ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Khadijah binti Adenan Untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat kita Dipersilakan. - Penyampaian Cenderahati - Terima kasih dan kita berikan sekali lagi tepukan gemuruh kepada tetamu kehormat kita.


Click to View FlipBook Version