The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PACK3013 PENGURUSAN ACARA, 2023-10-25 00:53:23

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

Keywords: Skrip Pengacaraan Majlis,Pengacara Majlis

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 286 PERASMI Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Peringkat Sekolah Rendah Zon Sabah. Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik Raisin bin Saidin atas kesudian merasmikan majlis makan malam kita sebentar tadi. 7 JAMUAN MAKAN MALAM Jambangan indah berbunga seroja, Diraut dibelai hiasan taman, Hidangan menyelera penuh semeja, Jemput kalian santapan berteman. Kini, tibalah detik kemuncak kita pada malam ini. Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput saudara Mohd Azmi bin Tajuddin untuk mengetuai bacaan doa makan. Hadirin dijemput untuk menjamu hidangan. 8 PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, bagi memeriahkan majlis pada malam ini, terimalah persembahan daripada kumpulan pelajar Sk Inanam Dua dengan Tarian Kontemporari Kazandusun. 9 PERSEMBAHAN NYANYIAN SOLO Hadirin sekalian, Kita beralih pula kepada sesi persembahan nyanyian. Dipersilakan Wani Kayrie, artis jemputan kita pada malam ini dengan tajuk lagunya “Hanya Di Sabah”. Terima kasih diucapkan atas persembahan nyanyian


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 287 sebentar tadi. Seterusnya, dijemput Encik Maximus Vincent, guru SK Inanam Dua dengan tajuk lagunya “Sedetik Lebih”. Terima kasih diucapkan kepada Encik Maximus Vincent atas persembahan nyanyian sebentar tadi. Bagi hadirin yang berhasrat untuk menyampaikan lagu, anda bolehlah bergerak ke meja multimedia di hadapan dewan untuk membuat permintaan lagu. 10 PENYAMPAIAN CENDERAMATA Seterusnya, sebagai tanda ingatan dan kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Junaidah binti Yassin bagi menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha, Encik Raisin bin Saidin dan Yang Berusaha, Encik Suhaimi bin Haji Matshah atas kesudian untuk bersama-sama pada malam yang penuh bermakna ini. Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Puan Junaidah binti Yassin atas penyampaian cenderamata sebentar tadi. 11 CABUTAN BERTUAH Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada malam ini, kita akan teruskan dengan cabutan bertuah. Majlis dengan ini Mempersilakan Yang Berusaha, Encik Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi membuat 10 cabutan, seterusnya menyampaikan hadiah kepada mereka yang bertuah.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 288 Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Encik Raisin bin Saidin dan tahniah diucapkan kepada para pemenang cabutan bertuah pada malam ini. (Cabutan bertuah sesi 2) Nampaknya, hadiah cabutan bertuah masih ada. Oleh itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Encik Suhaimi bin Haji Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu untuk membuat 10 lagi cabutan dan menyampaikan hadiah kepada mereka yang bertuah. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Encik Suhaimi bin Haji Matshah atas penyampaian hadiah cabutan bertuah sebentar tadi. 12 ANUGERAH PAKAIAN TERBAIK (BEST DRESS) Setiap majlis, akan ada raja dan permaisurinya. Ramai yang menanti siapakah pemenang bagi Anugerah Pakaian Terbaik mengikut tema pada malam ini. Pemenang Anugerah Pakaian Terbaik jatuh kepada Encik Bexly Rexzan Basas dan Puan Anis Athirah binti Haron. Dijemput Yang Berusaha, Encik Raisin bin Saidin diiringi oleh Yang Berusaha, Puan Junaidah binti Yassin untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Pakaian Terbaik pada malam ini.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 289 13 PENUTUP Sidang hadirin sekalian, kita sudah tiba di penghujung majlis. Oleh itu, kami merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu kerana sudi hadir di dalam majlis makan malam tahunan peringkat sekolah rendah zon sabah pada tahun 2023. Sesungguhnya, segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan segala kekurangan datang daripada diri kami sendiri. Semoga majlis pada malam ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim kita. Insyaallah. Sekian sahaja, saya Nur Hafizah binti Julaimi mewakili pihak penganjur, menyusun sepuluh jari andai ada kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis berlangsung. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualikum w.b.t. Majlis bersurai…


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 290 43. PERTANDINGAN DEBAT PIALA PERPADUAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 Oleh: NURUL ARBIATUL SYAFIQA BINTI EDY YUSUP Tarikh : 17 Mac 2023 Tempat : PWTC Masa : 9.00 pagi Bil Bil./Que Perkara Catatan 1 KETIBAAN TETAMU KEHORMAT Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, diiringi oleh Yang Berusaha Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Yang Berusaha Encik Beh Sang How, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkap penganjur bagi Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. 2 NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN Mohon hadirin terus berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku. (Nyanyian lagu) Semua hadirin dijemput duduk. 3 SALUTASI Langit malam luas terbentang, Awan beralun menyinar kejora; Pemanis kalam selamat datang, Salam dihulur pembuka bicara.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 291 Bismillahirahhirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Yang Berusaha Encik Beh Sang How, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seterusnya, Barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, urus setia dan ahli jawatankuasa pertandingan, para guru pengiring, para peserta dan hadirin yang dikasihi sekalian. 4 RASA SYUKUR Alhamdulillah, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama memeriahkan Majlis Penutupan Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023. 5 PEMBERITAHUAN Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 292 Pertandingan ini adalah penganjuran Bahagian Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Pertandingan ini melibatkan penyertaan kumpulan peserta yang merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia yang mewakili 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan. Dengan berakhirnya pertandingan debat sebentar tadi, maka debaran kian memuncak. Wakil negeri manakah yang akan dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023? Kita nantikan keputusan juri sebentar sahaja lagi. 6 BACAAN DOA Sebelum itu, bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersamasama menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, pihak majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Haji Hamidi bin Baharom, Ketua Unit Integriti Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. (Bacaan Doa) Aamin, Aamin Ya Rabbal ‘Alamin.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 293 Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Hamidi bin Baharom atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita pada hari ini berjalan lancar dan dilimpahi berkat. 7 UCAPAN ALUALUAN PENGANJUR Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Andai hamba membuka bicara, Bulan di riba pungguk sengsara. Andai tuan menyampai pesan, Tersemat bayangan menjadi teladan. Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Encik Beh Sang How, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku penganjur bagi Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 untuk memberikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. (Ucapan alu-aluan daripada penganjur) Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Encik Beh Sang How, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku penganjur bagi Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang disampaikan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 294 sebentar tadi. 8 UCAPAN ALUALUAN TUAN RUMAH Hijau rumput tumbuhan tak reput, Berjebah pohon sepanjang jalanan; Bukan jemput sebarang jemput, Jemput bermadah ucapan aluan. Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan sepatah dua kata. (Ucapan alu-aluan daripada pihak DBP) Terima kasih diucapkan kepada Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka atas kata alu-aluan yang disampaikan. 9 UCAPAN PERASMI Tinggi membumi pisau belati, Untuk tebasan batang jerami; Ucapan perasmi kami menanti, Tampillah puan demi merasmi. Majlis diteruskan lagi dengan ucaptama daripada tetamu kehormat kita pada hari ini. Oleh itu, majlis dengan sukacita menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia untuk tampil memberikan ucapan sekali gus merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 295 Majlis dengan segala hormat dan takzimnya menjemput dan mempersilakan. (Ucapan perasmi) Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia atas kesudian merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. 10 PENYAMPAIAN CENDERAMATA Hadirin yang dikasihi sekalian, Tanpa para panel hakim yang arif lagi bijaksana, pertandingan ini tidak akan dapat diadili secara telus dan berjalan dengan lancar. Sebagai tanda penghargaan di atas kesudian mereka meluangkan masa untuk mengadili pertandingan debat ini pihak majlis dengan sukacita menjemput Yang Berusaha Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka diiringi oleh Yang Berusaha Encik Beh Sang How, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menyampaikan cenderamata kepada panel hakim. Oleh itu, dijemput Encik Afiq Najwan bin Budin untuk menerima cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Seterusnya, dijemput Puan Hafizah binti Julaimi. Dipersilakan Encik Nafizuddin bin Mohd Kamal.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 296 Seterusnya, Puan Nur Syuhada binti Amsyur. Dijemput Encik Bexly Rexzan Basas. Seterusnya, dipersilakan Cik Christabel Anabella Maxcimus. Dijemput panel hakim yang terakhir Tuan Adli Haikal bin Mohd Fauzi untuk menerima cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Hazami Jahari dan Encik Beh Sang How atas kesudian menyampaikan cenderamata kepada para hakim. 11 PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin dan hadirat sekalian, Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Tumbuh sirih si anak watan, Kerap berangan manja kedipan; Anugerah diberi tanda kejayaan, Pemangkin kecemerlangan masa hadapan. Kita bakal mengetahui keputusan Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023. Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia diiringi oleh Yang Berusaha Dr. Hazami Jahari dan Yang Berusaha Encik Beh Sang How untuk menyempurnakan sesi penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada para pemenang.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 297 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. 12 PEMENANG TEMPAT KE-4 Penerima bagi tempat keempat Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan. Dijemput peserta yang mewakili Negeri Sembilan untuk tampil menerima hadiah dan sijil penyertaan. 13 PEMENANG TEMPAT KE-3 Seterusnya, majlis diteruskan dengan pemenang tempat ketiga. Pemenang tempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Dipersilakan peserta dari negeri Selangor untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah dan sijil penyertaan. 14 PEMENANG TEMPAT PERTAMA (JOHAN) Hadirin sekalian, Mari kita tumpukan perhatian kepada Johan Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 sekali gus mengetahui Naib Johan Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 ini. Antara wakil dari negeri Sabah dan negeri Johor, siapakah yang akan menjadi juara dan membawa


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 298 pulang hadiah berupa trofi serta sejumlah wang ringgit? Johan bagi Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Dijemput peserta dari negeri Sabah tampil ke atas pentas untuk menerima hadiah dan sijil. 15 PEMENANG TEMPAT KE-2 (NAIB JOHAN) Seterusnya, dipersilakan Naib Johan Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 iaitu Sekolah Menengah Sains Muar, Johor untuk menerima hadiah dan sijil. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia dan dif-dif kehormat atas kesudian menyempurnakan sesi penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada para peserta. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada para pemenang. 16 PENUTUP Untuk makluman sidang hadirin sekalian, Kita telah pun berada di penghujung majlis Dengan berakhirnya sesi penyampaian hadiah itu tadi maka, berakhirlah sudah Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 299 Dalam kesempatan ini, saya mewakili jawatankuasa pelaksana Pertandingan Debat Piala Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 memohon maaf di atas segala kekurangan dan kesulitan sepanjang majlis ini berlangsung. Cendayam puteri manis si dara, Tenunan berbelah menjadi cerita; Menyusun jari di akhir bicara, Silap dan salah maaf dipinta. Air berjurai mengalir ke tepian, imba berjemur di tepi perigi; Selamat bersurai hadirin sekalian, Panjang umur bersua lagi. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Terima kasih. 17 MAJLIS BERSURAI


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 300 44. MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH Oleh: NURUL FAIZAH BINTI NORDIN Tarikh : 13 Julai 2023 Tempat : Sekolah Kebangsaan Sri Manis Masa : 7.30 pagi Bil Teks Catatan 1 KETIBAAN TETAMU KEHORMAT Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Muhammad Afiq bin Fiqri, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) SK Sri Manis diiringi oleh dif-dif kehormat. 2. NYANYIAN 3 BUAH LAGU Hadirin diminta untuk kekal berdiri bagi menyanyikan rangkaian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu Sekolah. (Nyanyian 3 buah lagu) Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. 3. UCAPAN ALU-ALUAN DAN SALUTASI Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Yang Berusaha, Encik Muhammad Afiq bin Fiqri, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sri Manis, Yang Berusaha, Encik Mohd Alif bin Ismail, Guru Besar SK Sri Manis,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 301 Yang Berusaha, Encik Muhammad Shafiq bin Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum SK Sri Manis. Seterusnya, Barisan ketua-ketua bidang, guru-guru, ibu-bapa, tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid SK Sri Manis yang dihormati sekalian. Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola Kejohanan Sukan Peringkat SK Sri Manis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puanpuan ke Kejohanan Sukan Olahraga SK Sri Manis kali yang Ke-30. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlet-atlet muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada para murid dan juga pihak sekolah. Semoga usaha murni ini diberkati. 4. PERBARISAN LINTAS HORMAT Hadirin sekalian, Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan sekolah ini, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat daripada semua kontinjen yang mengambil bahagian. 5. VIP MENERIMA TABIK HORMAT Hadirin, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Muhammad Afiq bin Fiqri, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sri Manis untuk


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 302 menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan. (MUZIK PERBARISAN) Majlis merakamkan terima kasih diatas kesudian menerima tabik hormat sebentar tadi. 6. BACAAN DOA Tetak buluh kajang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Bagi memberkati majlis dan memohon rahmat Ilahi, Majlis berbesar hati untuk menjemput Ustaz Ahmad Zaid bin Hassan untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. (Pembaca doa) Amiin, Amiin Ya Rabbal Alamin.. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Zaid atas pimpinan doa sebentar tadi. 7. UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR Bukan rumput sebarang rumput, Rumput penghias tepi halaman Bukan jemput Sebarang Jemput, Jemput memohon kata aluan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 303 Maka dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Encik Mohammad Shafiq bin Ahmad Sabri, Guru Besar SK Sri Manis untuk memberikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan. (Ucapan) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan daripada Encik Mohammad Shafiq sebentar tadi. 8. UCAPAN PERASMIAN PEMBUKAAN Hadirin sekalian, Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi, Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Maka dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Encik Muhammad Afiq bin bin Fiqri, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sri Manis untuk memberikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Pembukaan Hari Sukan Sekolah Peringkat SK Sri Manis bagi tahun 2023. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. (Ucapan) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan perasmian


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 304 daripada Encik Muhammad Afiq bin Fiqri sebentar tadi. 9. UPACARA PERARAKAN MASUK BENDERA KEJOHANAN Hadirin yang dihormati, Marilah kita bersama-sama menyaksikan upacara perarakan masuk bendera Kejohanan Sukan Tahunan SK Sri Manis. Untuk makluman hadirin, upacara perarakan ini diketuai oleh Saudara Mohd Helmi bin Mohd Alif. >MUZIK IRINGAN< (Perarakan masuk) 10. UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN Hadirin, Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk menyempurnakan upacara menaikkan bendera kejohanan. (Menaikkan bendera) Hadirin sekalian, Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK Sri Manis Kali yang ke-30 bagi tahun 2023. 11. LAFAZ IKRAR KEJOHANAN Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama bagi mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh saudara Jadden James Anthony.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 305 Majlis mempersilakan. (lafaz ikrar) Majlis merakamkan terima kasih atas lafaz ikrar kejohanan itu sebentar tadi. 12. MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada Perasmi kita pada hari ini. Oleh itu, dipersilakan Encik Mohd Alif bin Ismail diiringi oleh Encik Muhammad Shafiq bin Ahmad untuk menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Encik Muhammad Afiq bin Fiqri. (Majlis mempersilakan) Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian dalam menyampaikan cenderahati kepada perasmi kita pada hari ini. 13. PERSEMBAHAN PELAJAR Hadirin, Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini, marilah kita sama-sama saksikan Persembahan Silat daripada Pasukan Silat SK Sri Manis. Untuk makluman, pasukan Silat ini terdiri daripada adik Mohd Amirul Hakim bin Helmi, Adam Daniel bin Robert, Nur Atiqah binti Suhaimi dan Siti Mastura binti Alim.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 306 Dipersilakan. – (MUZIK SILAT) Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pasukan Silat SK Sri Manis. Untuk makluman semua, pasukan Silat ini dibimbing oleh Cikgu Arif bin Jefri. 14. PERARAKAN KELUAR BARISAN Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing. (PERARAKAN KELUAR - MUZIK PERBARISAN) …………. Maka dengan ini, Sempurnalah sudah majlis perasmian pembukaan Kejohanan Sukan Tahunan SK Sri Manis bagi kali ke-30. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat. 15. ACARA SUKAN BERMULA Hadirin dan hadirat sekalian, Sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan Sukan Tahunan SK Sri Manis. Oleh itu, hadirin dimohon untuk sentiasa memberikan sokongan dan semangat yang padu kepada para atlet kita pada hari ini. Majlis dengan ini mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua peserta.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 307 Sekian, terima kasih. (Acara bermula)


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 308 45. KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPG KAMPUS GAYA Oleh: AZAZ AZANI BIN JUAKIM Tarikh : 27 Februari 2023 Tempat : Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah Masa : 7.30 pagi Bil Teks Catatan 1. MAKLUMAN AWAL Diminta para siswa untuk berbaris mengikut divisi sukan masingmasing kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Diminta semua siswa untuk memberi kerjasama agar majlis dapat dijalankan dengan lancar. 2. PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan, Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Yang Dihormati Dr.Norafidah Bt Noralidin, Timbalan Pengarah Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya. Barisan Ketua Jabatan dan Ketua Unit, Para Pensyarah, Pegawai Pengurusan, Staf Sokongan Dan Para Pelajar Yang Diraikan. 3. PERARAKAN MASUK PERBARISAN RUMAH SUKAN Hadirin, Marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada perarakan lintas hormat perbarisan divisi sukan. Sebelum itu, majlis menjemput Yang Berusaha Dr Gerturude Jock,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 309 Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Yang Dihormati Dr.Norafidah Bt Noralidin, Timbalan Pengarah Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya. untuk menyempurnakan perarakan lintas hormat. Dipersilakan. Perarakan lintas hormat ini diketuai dengan pembawa bendera kejohanan yang dipimpin oleh Saudara Timothy Donis selaku kem komandan Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus. Hadirin di hormati, Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjen dari Divisi Perdana dengan keunggulan pahlawan Mat Kilau. Berlandaskan motto pasukan “ RESISTANCE IS FUTILE “ ******** Menyusul di belakang ialah kontinjen dari Divisi Exora dengan perwira sejati Tok Janggut. Dengan motto “ FEARLESS “ ******** Tampil seterusnya, adalah kontinjen dari Divisi Bezza yang setia bersama pahlawan Rentap berteraskan motto pasukan “ GO FOR GOLD “ ******** Kontinjen seterusnya yang memeriahkan acara perbarisan pada pagi ini adalah dari Divisi Alza berlaksamanakan perwira Antanom. Berpegang kepada motto pasukan “ ROCKIN AT THE TOP “


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 310 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Yang Dihormati Dr.Norafidah Bt Noralidin, Timbalan Pengarah Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya. atas kesudian menyempurnakan perarakan lintas hormat sebentar tadi. Melati tumbuh kuntum sekata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Salam sembah pembuka bicara. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali, Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu illahi. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Yang Dihormati Dr.Norafidah Bt Noralidin, Timbalan Pengarah Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya. Ketua-ketua Jabatan, Para Pensyarah, Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar seterusnya siswa siswi guru Institut Pendidikan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 311 Guru Kampus Gaya. Selamat datang ke Hari Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke-53 bagi tahun 2023. 4. NYANYIAN LAGU Hadirin yang dihormati, Seterusnya adalah nyanyian dua buah lagu “Negaraku” dan “Sabah Tanah Airku” ******** Hadirin dipersilakan duduk. 5. BACAAN DOA Hadirin yang dihormati, Pertama dan sesungguhnya, marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke haDrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan inayahnya dapat kita bersama-sama menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Masai kali ke-53 pada hari ini. Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Muhammad Faruq Bin Jamidia untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Faruq Bin Jamidia atas pimpinan bacaan doa itu tadi. 6. MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN DAN IKRAR KEJOHANAN Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 312 ( SISWA GURU AKAN MENAIKKAN BENDERA) Seterusnya, dipersilakan saudara Timothy Donis untuk memimpin bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan. Majlis merakamkan terima kasih kepada saudara Timothy Donis atas pimpinan ikrar kejohanan sebentar tadi. 7. UCAPAN PERASMIAN TETAMU KEHORMAT Hadirin yang dimuliakan, Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. Majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya mempersilakan, Yang Dihormati Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke-53. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. (GIMIK PERASMIAN) Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke-53 bagi tahun 2023. Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 313 Dihormati Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini. 8. PENYAMPAIAN CENDERAHARI KEPADA PERASMI Tuan-tuan dan puan-puan, Burung Nuri dipandang dara, Hingga di beranda di tengah laman, Cenderamata diberi seikhlas jiwa, Sebagai tanda buat kenangan. Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersilakan, Yang dihormati Dr. Joseph Nandu Pengurus Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke-53, untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya. Dipersilakan Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dihormati Dr. Joseph Nandu atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi. Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock atas penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi. 9. PERSEMBAHAN SILAT Hadirin yang dihormati, Kelihatan di atas padang pahlawan silat sekolah sedang bersiap siaga untuk membuat persembahan. Dengan itu, sama-sama kita saksikan persembahan silat dari Pahlawan Silat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih. Berikan tepukan gemuruh sekali lagi buat pasukan silat institut atas persembahan yang menarik itu


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 314 tadi. Untuk makluman hadirin, persembahan silat sebentar tadi telah dipimpin oleh saudara Muaz Bin Mat Rasit dari PISMP BM SK2 Ambilan Jun 2020. 10. PENYAMPAIAN HADIAH (OLAHRAGAWAN, OLAHRAGAWATI, PERBARISAN, KESELURUHAN) Hadirin yang dimuliakan, Kini kita telah tiba ke acara penyampaian hadiah yang semestinya dinantikan para warga stadium. Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya diiringi Yang Dihormati Dr.Norafidah Bt Noralidin, Timbalan Pengarah Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah. ******* (PENGUMUMAN PEMENANG) ******* Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha Puan Pengarah atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada para pemenang. 11. PENUTUP Hadirin sekalian, Seterusnya, adalah upacara menurunkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan semua pentadbir dan tetamu kehormat ke podium untuk acara penurunan dan penyerahan bendera kejohanan. Dipersilakan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 315 (UPACARA MENURUNKAN BENDERA KEJOHANAN) Tuan-tuan dan puan-puan, Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah. Samasama kita akhiri Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke-53 ini dengan nyanyian lagu “ Demi Ilmu Dan Dharma “ Sekian, terima kasih


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 316 46. MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LUYANG TAHUN 2023 Oleh: NIK NUR ALIA HUDA BINTI MOHD LAHA Tarikh : 3 Mac 2023 Tempat : Dewan Utama Sekolah Kebangsaan Luyang Masa : 8.30 pagi Bil Atur Cara Teks Pengacaraan 1 Ketibaan Tetamu Mengumumkan ketibaan, Yang Berhormat Tuan Haji Kamaruddin bin Asri, Yang Dipertua Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Luyang diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Haji Roslan bin Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Luyang, Encik Hamdan bin Manaf, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Masnizah binti Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Marzuki bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk masuk dewan. 2 Nyanyian Lagu Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. (Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku) Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan duduk. 3 Kata Salutasi Asal usul sungai muara, Airnya jernih bak berlian, Salam sejahtera pembuka bicara, Kepada semua hadirin sekalian.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 317 Singgah membeli di pasar payang, Daun kesum dibuat ulam, Alunan kata selamat datang, Awal Bismillah pemanis kalam. Bismillahirahmanirahim Yang Berhormat Tuan Haji Kamaruddin bin Asri, Yang Dipertua Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Luyang Yang Berusaha Tuan Haji Roslan bin Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Luyang Encik Hamdan bin Manaf, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Luyang Puan Siti Masnizah binti Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Luyang Encik Marzuki bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Luyang Guru – guru cemerlang, Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Luyang, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Luyang 2023, Para guru, ibu bapa, murid dan seterusnya hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Selamat datang ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 318 Peringkat Sekolah Kebangsaan Luyang Pada Tahun 2023. 4 Ucapan Alu – aluan dan Selamat Datang Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia- Nya, kita bersama – sama dapat berkumpul pada pagi yang mulia. Pada suasana yang penuh harmoni dari Dewan Ibnu Khaldun, majlis dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu jemputan, tuan – tuan dan puan – puan ke Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan pada hari ini. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Peringkat Sekolah Kebangsaan Luyang bagi Tahun 2023 ini diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada murid – murid yang telah memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik sama ada kurikulum dan kokurikulum. 5 Bacaan Doa Pergi ke taman berjalan – jalan, Sambil menyanyi mengasah bakat, Marilah kita menadah tangan, Semoga majlis mendapat berkat. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama – sama memanjatkan doa kepada yang Maha Esa. Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Al – Fadhil Ustaz Mohd Muhaimin bin Fauzan untuk memimpin bacaan doa untuk memohon restu majlis kita pada hari ini. Dipersilakan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 319 (Bacaan Doa) Aamin, aamin Ya Rabbal Al – amin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan doa sebentar tadi. 6 Ucapan Alu – aluan Oleh Guru Besar Hadirin yang dikasihi sekalian, Setiap kejayaan yang diperolehi oleh seseorang individu itu bukan sahaja memberikan impak kepada dirinya sendiri sahaja. Malahan, kejayaan tersebut juga turut memberikan kesan kepada orang di sekeliling. Kejayaan tersebut juga merupakan pemangkin untuk mereka terus memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. Tangan merah digigit pepijat, Bertambah bengkak disengat tebuan, Majlis bermula doa dipanjat, Kini tibanya ucapan alu – aluan. Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Roslan bin Ahmad, Guru Besar Sekolah Luyang untuk menyampaikan ucapan alu – aluan. Majlis mempersilakan. (Ucapan Guru Besar ) Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu – aluan yang sungguh bermakna sebentar tadi. 7 Ucapan Perasmian Oleh YDP Pengerusi PIBG Hadirin yang dikasihi sekalian, Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi, Madah dihulur sembah diberi,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 320 Kata perasmi hajatnya kami. Kini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Berhormat Tuan Haji Kamaruddin bin Asri, Yang Dipertua Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Luyang untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis hari Anugerah Kecemerlangan Peringkat Sekolah Kebangsaan Luyang pada Tahun 2023. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Ucapan Perasmian oleh YDP Pengerusi PIBG) Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi – tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Kamaruddin bin Asri, Yang Dipertua Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Luyang di atas ucapan perasmian sebentar tadi. 8 Gimik Perasmian Tuan berbudi tidak terperi, Hulurkan madah kata perasmi, Tuan Kamaruddin kami segani, Kesudian tuan kami hargai. Seterusnya, majlis dengan penuh takzimnya, sekali lagi mempersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Kamaruddin bin Asri, Yang Dipertua Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Luyang diiringi oleh Tuan Haji Roslan bin Ahmad, Guru Besar Sekolah Luyang untuk menyempurnakan gimik perasmian bagi Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Peringkat Sekolah Kebangsaan Luyang pada Tahun 2023 dengan menggunting ikatan reben pada banner. Dipersilakan. (Gimik Perasmian) Hadirin yang dikasihi sekalian, berakhirnya gimik perasmian itu tadi, maka rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 321 merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Tuan Haji Kamaruddin bin Asri merasmikan majlis kita pada hari ini. 9 Acara Penyampaian Anugerah Tanpa membuang masa, majlis kini diteruskan dengan acara penyampaian anugerah pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Roslan bin Ahmad, Guru Besar Sekolah Luyang diiringi oleh Encik Hamdan bin Manaf, Guru Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyampaikan anugerah kepada para penerima anugerah kecemerlangan. Dipersilakan. Majlis dimulakan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan akademik kepada murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3 : Tahun 1 : (nama penerima) Tahun 2 : (nama penerima) Tahun 3 : (nama penerima) Seterusnya, majlis akan beralih pula kepada acara penyampaian anugerah kecemerlangan akademik kepada murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 : Tahun 4 : (nama penerima) Tahun 5 : (nama penerima) Tahun 6 : (nama penerima) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Roslan bin Ahmad, Guru Besar Sekolah Luyang atas penyampaian anugerah sebentar tadi. Ucapan setinggi – tinggi tahniah diucapkan kepada para murid yang menerima anugerah kecemerlangan akademik sebentar tadi. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada semua murid


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 322 untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa akan hadapan. 10 Persembahan Hadirin yang dikasihi, Tinggi – tinggi si burung tempua, Tinggilah lagi harapan di hati, Selamat menonton buat semua, Hiburan dipersembahkan kita hayati. Majlis diteruskan lagi dengan menyaksikan persembahan bicara berirama yang akan dipersembahkan oleh murid Tahun 6 Cekal. Dipersilakan. (Persembahan Bicara Berirama) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan bicara berirama yang sungguh menghiburkan hati sebentar tadi. 11 Acara Penyampaian Anugerah Hadirin dan hadirat sekalian, Jaguh berlari pemuda kacak, Pingat emas dibawa pulang, Kini tibanya acara kemuncak, Anugerah tokoh murid cemerlang. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Kamaruddin bin Asri, Yang Dipertua Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Luyang diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Haji Roslan bin Ahmad, Guru Besar Sekolah Luyang bagi menyampaikan anugerah kepada para penerima anugerah tokoh murid cemerlang. Dipersilakan. Anugerah tokoh murid cemerlang akademik bidang kurikulum dan kokurikulum yang dipilih mengikut pencapaian cemerlang yang telah dicapai secara keseluruhan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 323 Kini, diumumkan anugerah tokoh murid cemerlang akademik bidang kurikulum dan kokurikulum kategori lelaki dianugerahkan kepada, (nama penerima) Seterusnya, anugerah tokoh murid cemerlang akademik bidang kurikulum dan kokurikulum kategori perempuan dianugerahkan kepada, (nama penerima) Majlis diteruskan lagi dengan anugerah Tokoh NILAM bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Tokoh NILAM ini dipilih dalam kalangan murid yang membaca buku paling banyak sepanjang 2023. Diumumkan Anugerah Tokoh NILAM bagi Tahap 1 dianugerahkan kepada (nama penerima). Jumlah bacaan buku yang dibaca sepanjang tahun ini adalah sebanyak 57 buah buku. Tahniah diucapkan. Seterusnya, diumumkan Anugerah Tokoh NILAM bagi Tahap 2 dianugerahkan kepada (nama penerima). Jumlah bacaan buku yang dibaca sepanjang tahun ini adalah sebanyak 85 buah buku. Tahniah diucapkan. Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah pelajar contoh iaitu anugerah yang diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik serta sahsiah yang baik. Dengan itu, diumumkan anugerah pelajar contoh dianugerahkan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 324 kepada (nama penerima). Untuk pengetahuan hadirin, (nama penerima) juga merupakan ketua pelajar bagi sesi tahun 2023. Tahniah diucapkan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Tuan Haji Kamaruddin bin Asri, Yang Dipertua Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Luyang menyampaikan anugerah sebentar tadi. 12 Cenderamata Kepada Tetamu Jemputan Hadirin dan dan hadirat sekalian, Sebagai tanda kenang – kenangan, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Roslan bin Ahmad, Guru Besar Sekolah Luyang diiringi oleh Encik Hamdan bin Manaf, Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu jemputan kita pada hari ini, Yang Berhormat Tuan Haji Kamaruddin bin Asri. Dipersilakan. (Penyampaian Cenderamata kepada Tetamu Jemputan) Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian cenderamata itu tadi. 13 Majlis bersurai Hadirin yang dimuliakan, dengan berakhirnya penyampaian anugerah kecmerlangan itu tadi, maka kita telah sampai di penghujung majlis. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua penerima Anugerah Cemerlang bagi Tahun 2023. Semoga dengan kejayaan yang diperolehi ini akan menjadi pendorong untuk mereka terus mencapai kecemerlangan dan kejayaan pada masa akan datang. Majlis ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 325 semua pihak yang telah bersama – sama menjayakan dan memeriahkan majlis pada hari ini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Dengan ini saya (sebut nama) memohon maaf atas salah silap tutur bicara sepanjang majlis ini berlangsung. Semoga kita akan bersua kembali pada masa yang akan datang. Para tetamu jemputan dan hadirin sekalian dipersilakan untuk menikmati jamuan hidangan yang telah disediakan di kantin sekolah. Saya akhiri dengan ucapan salam hormat dan Assalamualaikum. Majlis Bersurai.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 326 47. SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH BUAT KALI KE-13. Oleh: FATNIN NAJAH BINTI AHMAD FOAD Tarikh : 20 Mei 2023 Tempat : Sekolah Kebangsaan Seri Indah Masa : 8.00 pagi Bil Bil./Que Perkara Catatan 1 Peringatan Perhatian: Penggunaan telefon bimbit hendaklah menggunakan isyarat senyap sepanjang majils ini berlangsung bagi mengelakkan sebarang gangguan. Para hadirin juga diminta berdiri sebaik sahaja pengacara majlis mengumumkan ketibaan para tetamu kehormat. Kerjasama sidang hadirin amat kami hargai hargai. 2 Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Encik Rashid bin Abdul Samad Ketua Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, diiringi oleh Yang Berbahagia, Encik Mohd Fuzi Harun bin Mohd Razak Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Indah dan Puan Norlilawati binti Mat Arif Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Indah. Hadirin diminta untuk kekal berdiri bagi menyanyikan tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pulau Pinang dan Lagu Sekolah.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 327 Sidang hadirin dipersilakan duduk. 3 Salutasi Yang Berbahagia, Encik Rashid bin Abdul Samad Ketua Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat, Encik Mohd Fuzi Harun bin Mohd Razak Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Indah, Yang Berusaha Puan Norlilawati binti Mat Arif Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Indah, guru-guru Kanan Sekolah Kebangsaan Seri Indah, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. 4 Bacaan Doa Hadirin sekalian, Bagi menambahkan lagi keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Mohd Ilham bin Razali Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Seri Indah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. [Bacaan doa] Amin Amin Ya Rabbal Alamin Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan doa oleh saudara Mohd Ilham bin Razali sebentar tadi. 5 Ucapan Alualuan Mencari bunga di waktu petang, Sungguh jauh tumbuh melata; Pemanis kalam selamat datang,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 328 Awal bismillah pembuka kata. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinnya, kita dapat bersamasama berkumpul bagi menjayakan Majlis Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Indah Buat Kali Ke-13. 6 Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh Guru Besar Hadirin sekalian, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan dan menjemput Yang Berusaha, Puan Norlilawati binti Mat Arif Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Indah untuk menyampaikan ucapan dan perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. [Ucapan] Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Norlilawati binti Mat Arif atas ucapan sebentar tadi. 7 Ucapan dari YDP PIBG Para hadirin sekalian, Seterusnya, majlis diteruskan lagi mempersilakan Yang Berhormat, Encik Mohd Fuzi Harun bin Mohd Razak Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Indah bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 329 hormatnya, majlis mempersilakan. [Ucapan] Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Fuzi Harun bin Mohd Razak atas ucapan sebentar tadi. 8 Ucapan Perasmian Burung pipit singgah ke sarang, Terbang tinggi hinggap melata; Sudilah sirih sekapur seorang, Itulah asal pembuka kata. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, sambutan Hari Guru disambut di seluruh negara pada tanggal 16 Mei saban tahun bagi meraikan dan menghargai pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak bangsa di Malaysia. Dengan tema “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” , pengorbanan guru dalam melahirkan generasi yang mampu membangunkan negara Malaysia. Oleh itu, bagi menyempurnakan lagi majlis kita pada hari ini, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian bagi Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Indah buat Kali Ke-13. Oleh itu, majlis menjemput Yang Berbahagia, Encik Rashid bin Abdul Samad Ketua Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan. [Ucapan] Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 330 Encik Rashid bin Abdul Samad atas ucapan beliau. 9 Gimik Perasmian Hadirin yang dimuliakan, Majlis menjemput Yang Berbahagia, Encik Rashid bin Abdul Samad, diiringi oleh Yang Berbahagia, Encik Mohd Fuzi Harun bin Mohd Razak Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Indah dan Puan Norlilawati binti Mat Arif Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Indah bagi menyempurnakan gimik perasmian. [Gimik Perasmian] Terima kasih Yang Berhormat atas pelancaran gimik perasmian sebentar tadi. 10 Bacaan Ikrar Guru dan Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia Guru seorang pendidik, Membentuk generasi baru, Tanpa mengenal lelah dan jemu, Tetap teguh berdiri tiada jemu, Hadirnya guru sepanjang waktu, Tidak luput jasamu di ingatan kami, Hanya doa mengirimu, Kami pohon restu dan redamu, Hadirin yang dikasihi Allah sekalian, Agenda kita pada hari ini tidak lengkap tanpa bacaan Ikrar Guru dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia oleh guru-guru yang diraikan pada hari ini.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 331 Meneruskan lagi agenda kita pada hari ini, dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Diraikan guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Indah untuk naik ke pentas bagi acara bacaan Ikrar Guru yang akan dipimpin oleh Encik Roslan bin Said, diikiuti dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia. Pihak majlis turut memohon kerjasama hadirin untuk berdiri sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas usaha yang berterusan warga pendidik dalam menjayakan tugas dalam profesion perguruan ini. [Bacaan Ikrar] [Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia] Majlis mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada warga pendidik Sekolah Kebangsaan Seri Indah atas bacaan ikrar serta nyanyian lagu sebentar tadi. 11 Persembahan oleh muridmurid SK Seri Indah Hadirin yang dimuliakan, Majlis diteruskan lagi dengan persembahan teater daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Indah. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, persembahan teater ini adalah terdiri daripada murid- murid Tahap Satu dan Tahap Dua, yang dibimbing oleh Encik Badrul bin Ali dan Puan Suraya Nuri binti Daud, selaku guru Seni dan Kebudayaan SK Seri Indah


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 332 [Persembahan Teater] Terima kasih diucapkan kepada kumpulan murid yang telah mempersembahkan satu persembahan yang sangat menghiburkan sebentar tadi. 12 Persembahan oleh guruguru SK Seri Indah Hadiri yang dihormati sekalian, Kemeriahan majlis semakin berada di kemuncaknya. Majlis hari guru ini tidak lengkap tanpa adanya persembahan daripada guru-guru yang diraikan pada hari ini. Oleh itu, marilah samasama kita menyaksikan persembahan istimewa daripada wakil guru SK Seri Indah, yang dianggotai oleh Encik Farish binti Wahid, Encik Ghani bin Abd Fatah, Encik Umar Zahid bin Ahmad dan Ustaz Mohd Firdaus bin Haji Razali. [Persembahan Guru] Terima kasih diucapkan kepada guru-guru di atas persembahan khas sebentar tadi. Berikan tepukan kepada para pendidik kita. 13 Pemberian hadiah kepada guruguru SK Seri Indah Hadirin yang dikasihi sekalian, Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan sesi pemberian hadiah kepada para pendidik kita yang diraikan pada hari ini. Untuk makluman hadirin sekalian, pemberian hadiah ini adalah sebagai simbolik penghargaan dan kenang-kenangan buat guru-guru atas usaha keras mereka dalam mendidik anak-anak Sekolah Kebangsaan Seri Indah.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 333 Marilah sama-sama kita berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh buat para pendidik kita yang diraikan pada hari ini. 14 Tayangan video Hadirin sekalian, Marilah sama-sama kita menyaksikan tayangan video khas bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Indah Kali Ke13. Untuk maklumat tuan-tuan dan puan-puan sekalian, tayangan video ini dihasilkan oleh kerjasama antara guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Indah. [Tayangan Video] Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan murid- murid yang terlibat dalam penghasilan video sebentar tadi. 15 Penutup Hadirin yang dimuliakan, Setelah berakhirnya sesi tayangan video sebentar tadi maka, berakhirlah Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Indah Kali Ke13. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu jemputan kita pada hari ini kerana sudi meluangkan masa bersama-sama sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Indah. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga kerja bagi Majlis Sambutan Hari Guru ini kerana telah bertungkus lumus menjayakan majlis.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 334 Tersalah kata harap dimaafkan, Terkasar bahasa mohon diampun. Akhir kata daripada saya, Selamat Hari Guru dan Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.


335


Click to View FlipBook Version