The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PACK3013 PENGURUSAN ACARA, 2023-10-25 00:53:23

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

Keywords: Skrip Pengacaraan Majlis,Pengacara Majlis

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 136 8.20 MALAM PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA VVIP Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita yang sudi meluangkan masa pada hari ini, majlis dengan sukacitanya menjaempu Yang Berusaha Dr Sapihi Hj. Dulamit untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat kita. Dipersilakan. ~Penyampaian Cenderahati~ Terima kasih dan kita berikan sakali lagi tepukan gemuruh kepada tetamu kehormat kita. 8.30 MALAM SIDANG MEDIA Hadirin sekalian dengan penyampaian itu tadi maka sempurnalah majlis perasmian Majlis Jamuan Akhir Tahun 2023 kita pada hari ini. Bagi pihak majlis kami ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan keterlanjuran di sepanjang masjlis ini berlangsung. Yang Berusaha Dr Gerturude Jock dijemput untuk ke sesi siding media yang akan diadakan di Bilik Tetamu Kehormat. 8.35 MALAM BERSURAI Sidang hadirin juga dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan di bahagian belakang dewan besar dan auditorium ini. Sekian terima kasih.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 137 23. MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPG KAMPUS GAYA KALI KE-53 Oleh: MOHD ANNAS EIZZAN BIN ALIZAN Tarikh : 20 Februari 2023 Tempat : Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah Masa : 2.00 petang Masa Tentatif Teks Emcee 2.00 pm Pengumuman Awal Makluman kepada hadirin dan hadirat, Apabila pengacara majlis mengumumkan ketibaan barisan VVIP kehormat, hadirin diminta untuk berdiri bagi menyambut ketibaan masuk VVIP ke stadium. Harap maklum. 2.15 pm Ketibaan VVIP Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Dr Gerterude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya diiringi Dr Norafidah binti Noralidin, Timb. Pengarah IPG Kampus Gaya bersama dif-dif kehormat. 2.30 pm Pertandingan perbarisan Hadirin sekalian, Seperti mana perarakan lintas hormat yang berlaku di hadapan anda, sedang berlangsungnya pertandingan perbarisan antara empat divisi bagi Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-53 IPG Kampus Gaya. Ayuh sama-sama kita saksikan perarakan perbarisan yang dilaksanakan oleh kontinjen bagi keempat-empat divisi. Dimulakan dengan kontinjen pertama iaitu kontinjen dari divisi PERDANA. Kontinjen ini memaparkan maskot dan diketuai


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 138 oleh dengan kekuatan ahli seramai orang. Kontinjen kedua merupakan kontinjen dari divisi EXORA. Memaparkan maskot , kontinjen ini diketuai oleh dan mempunyai kekuatan ahli seramai ___ orang. Perarakan perbarisan disusuli dengan kontinjen ketiga dari divisi BEZZA. Menerapkan watak sebagai maskot divisi pada tahun ini, kontinjen divisi ini mempunyai kekuatan ahli seramai orang yang diketuai oleh . Kontinjen terakhir bagi perarakan perbarisan ialah kontinjen dari divisi ALZA. Memaparkan maskot , kontinjen ini diketuai oleh dengan kekuatan ahli seramai orang. 2.45 Nyanyian lagu Semua hadirin diminta berdiri untuk nyanyian lagu “Negaraku”, lagu “Sabah Tanah Airku”, dan lagu “Institut Pendidikan Guru Malaysia”. Terima kasih di atas nyanyian sebentar tadi. Hadiri diminta untuk duduk. 2.50 Salutasi Manja ditatang si puteri rupawan, Anggun orangnya menawan hati, Selamat datang kami ucapkan, Buat hadirin yang dihormati. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam D’Gayaku, Demi Ilmu dan Dharma.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 139 Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang Berusaha, Dr. Norafidah binti Noralidin, T. Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang Berusaha, En. Julin Eros, Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Gaya, Yang dihormati, Ketua-ketua jabatan, ketua unit, pensyarah kanan, para pensyarah, Yang dihormati, Saudara Ahmad Azamuddin bin Amir Bakar, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya, Jawatankuasa pengelola, serta para pelajar yang dikasihi. Alhamdulillah, sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpahan rahmat dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke-53. 3.00 pm Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Doa dipohon restu dipinta, bagi memberkati majlis perasmian pada pagi ini, dijemput saudara Muhammad Solehuddin bin Sakarang untuk memimpin bacaan doa.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 140 Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Muhammad Solehuddin bin Sakarang atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. 3.05 pm Ucapan Ketua Unit Kokurikulum Hadirin yang dimuliakan, Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha, En. Julin Eros selaku Ketua Unit Kokurikulum bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Julin atas ucapan yang diberikan sebentar tadi. 3.15 pm Ucapan Perasmian Penutupan Hadirin dan hadirat sekalian, Bagi menyempurnakan majlis perasmian penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan pada kali ini, majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya mempersilakan Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke-53. Majlis dengan ini mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha atas ucapan perasmian bagi Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke-53 sebentar tadi. 3.30 pm Penyampaian Hadiah Siswa dan siswi guru sekalian,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 141 Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah pertandingan perbarisan antara divisi. Oleh itu, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, dengan diiringi oleh Encik Julin Erus, Ketua Unit Kokurikulum untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah. Inilah pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh warga IPG Kampus Gaya, iaitu pengumuman pemenang pertandingan perarakan perbarisan bagi kategori divisi pada KOT kali ini. - Tempat keempat bagi pertandingan perbarisan antara divisi disandang oleh divisi . - Seterusnya tempat ketiga disandang oleh divisi . - Naib johan disandang oleh divisi . - Dan johan pertandingan perbarisan antara divisi IPG Kampus Gaya berjaya disandang oleh divisi . Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya kali ke-53. - Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ialah . Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara .


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 142 - Seterusnya, diumumkan pula Olahragawan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya pada tahun ini ialah _____ Beliau telah meraih pingat ____________. Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, iaitu pengumuman rasmi kedudukan keseluruhan divisi-divisi yang telah bertanding. - Tempat keempat telah berjaya disandang oleh divisi yang merangkul ________pingat emas pingat perak dan pingat gangsa. Tempat keempat disandang oleh divisi - Tempat ketiga telah disandang oleh divisi yang berjaya merangkul pingat emas, pingat perak dan pingat gangsa. Tempat ketiga disandang oleh divisi _____. Seterusnya naib johan, berjaya dirangkul oleh divisi yang memenangi pingat emas, pingat perak dan _____ pingat gangsa. Naib johan disandang oleh divisi . - Johan keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Gaya kali ke-53 dengan berjaya merangkul _____ pingat emas, ____ pingat perak dan ____ pingat gangsa, jatuh kepada divisi . Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock di atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 143 3.45 pm Upacara Penurunan dan Penyerahan Bendera Kejohanan. Hadirin sekalian, seterusnya kita akan sama-sama menyaksikan upacara menurunkan bendera kejohanan dan seterusnya, protokol penyerahan bendera kejohanan kepada Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock. Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Dr Gerturude Jock diiringi oleh Encik Julin Eros untuk menerima bendera kejohanan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Seterusnya, dipersilakan untuk menerima bendera kejohanan daripada sebagai tanda penangguhan kejohanan balapan dan padang antara divisi peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya pada tahun ini Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih atas penyempurnaan upacara penangguhan kejohanan balapan dan padang antara divisi peringkat IPG Kampus Gaya sebentar tadi. 4.00 pm Pengumuman “Acara Khas” Makluman, diminta En. Ladius Emor dan En. Othman bin Abd Aziz untuk kekal berada di kawasan padang Kejohanan Olahraga Tahunan untuk sesi “Acara Khas”. Dijemput En. Ladius Emor diiringi En. Othman bin Abd. Aziz untuk merasmikan “Acara Khas” yang bakal berlangsung. Hadirin dan hadirat, Kita akan menyaksikan “Acara Khas” yang akan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 144 dilangsungkan oleh En. Ladius Emor, Marshall bagi Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Gaya kali ke53. Untuk pengetahuan semua “Acara Khas” ini merupakan gimik pelepasan peserta balapan sebagai tanda penghargaan dan kenangan terakhir bersama En. Ladius yang telah banyak menyumbang jasa kepada IPG Kampus Gaya sepanjang pengendalian KOT sesi- sesi sebelum ini. Berikut saya bacakan biografi ringkas megenai beliau. (baca biografi ringkas En. Ladius) Beliau bakal bersara dari perkhidmatannya secara rasmi pada tahun hadapan, maka KOT kali ke-53 ini adalah yang terakhir untuk dianjurkan dengan kehadiran beliau. Oleh itu, kami AJK KOT sangat berbesar hati untuk memberikan ruang dan peluang keemasan ini kepada beliau untuk mencipta kenangan manis bersama-sama warga IPG Kampus Gaya sebagai memori terindah yang akan sentiasa diingati oleh beliau sebelum tamatnya perkhidmatan secara sah. Sama-sama kita tumpukan perhatian terhadap “Acara Khas” yang sungguh bermakna ini. 4.30 pm Majlis Bersurai Bersemi buluh bayan meredah, Di pinggir pekan bersimpuh anak dara; Divisi 2023 berlabuh sudah, Majulah sukan untuk negara. Hadirin hadirat sekalian, Upacara penurunan dan penyerahan bendera kejohanan sudah disempurnakan, maka berakhirlah majlis perasmian penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Gaya kali ke-53 bagi Tahun 2023 ini. Majlis seterusnya, mengumumkan, keberangkatan pulang Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock dan dif-dif kehormat.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 145 Seterusnya, majlis mengumumkan perbarisan keluar kontinjen-kontinjen perbarisan bagi setiap divisi. 4.45 pm Penutup Dari meja pengacaraan majlis, kami mewakili seluruh ahli jawatankuasa pelaksana ingin memohon kemaafan andai terdapat kekurangan sepanjang kejohanan balapan dan padang sukan divisi ke-53 ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Tuhan dan yang kurang baik itu datang dari diri kami sendiri. Semoga kita berjumpa lagi pada Kejohanan Olahraga Tahunan akan datang. Sekian, dan Terima kasih.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 146 24. MAJLIS PERASMIAN MEMORANDUM KESATUAN MAHASISWA IPG ZON SABAH 2023 Oleh: MUHAMMAD AMEERUDIN BIN SHAMSUL BAHARI Tarikh : 3 Januari 2023 Tempat : Dewan Auditorium IPG Kampus Gaya Masa : 7.30 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 8.30 pagi KETIBAAN TETAMU KEHORMAT AMEER Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, diiringi oleh Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang Berusaha, Dr Hamidah Binti Samsudin, Pengarah IPG Kampus Kent, Yang Berusaha, Dr Najamuddin Bin Hj. Bachora, Pengarah IPG Kampus Tawau, Yang Berusaha, En Doti Bin Asing, Pengarah IPG Kampus Keningau, dan Dr Norafidah Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya serta Ketua - Ketua Jabatan dan Ketua- Ketua Unit masuk ke dalam dewan. Hadirin dipersilakan duduk. 8.40 pagi PERSEMBAHAN TARIAN SAMBUT TAMU SITI Majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan persembahan tarian sambut tamu dari Kelab Tarian Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih di atas kesudian Kelab Tarian Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi memeriahkan majlis pada hari ini. 8.50 pagi NYANYIAN LAGU AMEER Hadirin dipersilakan untuk berdiri bagi menyanyikan 2 buah lagu iaitu Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 147 Hadirin dipersilakan duduk. 8.55 pagi SALUTASI SITI Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia. Yang Berhormat, Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang Berusaha, Dr Hamidah Binti Samsudin, Pengarah IPG Kampus Kent, Yang Berusaha, Dr Najamuddin Bin Hi. Bachora, Pengarah IPG Kampus Tawau, Yang Berusaha, En Doti Bin Asing, Pengarah IPG Kampus Keningau, Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya Seterusnya, Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, barisan para pensyarah cemerlang, pegawai-pegawai pengurusan, Wakil-wakil Yang Dipertua Pelajar IPG Zon Sabah, barisan jawatankuasa perwakilan pelajar IPG Kampus Gaya sesi 22/23 serta hadirin yang dikasihi sekalian. AMEER Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 148 dan izinnya kita dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Besar Dan Auditorium, IPG Kampus Gaya ini untuk meraikan MAJLIS PERASMIAN MEMORANDUM KESATUAN MAHASISWA IPG ZON SABAH 2023. Selamat Datang diucapkan buat hadirin semua. Untuk makluman para hadirin, Majlis kita pada hari ini berlangsung dengan gabungan beberapa buah Istitusi Pendidikan Guru Zon Sabah iaitu IPG Kampus Gaya, IPG Kampus Keningau, IPG Kampus Kent dan IPG Kampus Tawau. Sepanjang majlis ini berlangsung, Saya AMEERUDIN BIN SHAMSUL, dan Saya SITI AINUN BIN SULAIMAN akan mengacarakan. MAJLIS PERASMIAN MEMORANDUM KESATUAN MAHASISWA IPG ZON SABAH 2023. 9.00 pagi BACAAN DOA SITI Bunga mawar cantik tersemat , Dipetik gadis di tepi titi, Doa dibaca memohon Rahmat, Moga majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi berbahagia ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Yang Mulia, Ustaz Tengku Zahiri Bin Tengku Abdul Wahab. Majlis mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Yang Mulia, Ustaz Tengku Zahiri Bin Tengku Abdul


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 149 Wahab Atas pimpinan doa sebentar tadi. 9.05 pagi SESI UCAPAN ALU-ALUAN AMEER Sudilah tuan jalan berlapan, Buat santapan untuk pahlawan, Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kata. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya untuk menyampaikan perkongsian yang bertajuk “Mahasiswa Pendidik, Peneraju Transformasi”. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas perkongsian yang menarik sebentar tadi oleh Dr. Gerdturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya 9.20 pagi UCAPAN PERASMIAN SITI Emas tempawan buatmu puteri, Busana Indah buat rupawan, Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berhormat, Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, bagi menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan MAJLIS PERASMIAN MEMORANDUM KESATUAN MAHASISWA IPG ZON SABAH 2023. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat, Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan MAJLIS


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 150 PERASMIAN MEMORANDUM KESATUAN MAHASISWA IPG ZON SABAH 2023 sebentar tadi. Hadirin sekalian, marilah kita sama-sama menumpukan perhatian bagi menyaksikan gimik PERASMIAN MEMORANDUM KESATUAN MAHASISWA IPG ZON SABAH 2023 oleh Yang Berhormat, Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia dengan diiringi 1. Dr. Gertrude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya 2. Dr Hamidah Binti Samsudin, Pengarah IPG Kampus Kent 3. Dr Najamuddin Bin Hi. Bachora, Pengarah IPG Kampus Tawau 4. En Doti Bin Asing, Pengarah IPG Kampus Keningau 5. Dr Norafidah Noralidin Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya Majlis Mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat, Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia atas kesudian melancarkan perasmian MEMORANDUM KESATUAN MAHASISWA IPG ZON SABAH 2023. 9.50 pagi PERSEMBAHAN PELAJAR IPG ZON SABAH AMEER Warga hadirin sekalian, Marilah kita sama-sama menghayati persembahan Deklamasi Sajak yang akan dideklamasikan oleh pelajar IPG Kampus Gaya iaitu Deklamator Nurul Sharini Binti Samadin @ Lamdin dari Pelajar Ipg Kampus Gaya dengan tajuk PADA TANAH YANG INDAH. Majlis dengan segala hormatnya, menjemput dan mempersilakan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 151 Terima kasih diucapkan kepada Deklamator Nurul Sharini Binti Samadin@Lamdin atas persembahan deklamasi sajak yang sungguh menyentuh hati sebentar tadi. Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian koir gabungan daripada Pelajar IPG Kampus Tawau dan IPG Kampus Kent, Dengan lagu “Keluarga Malaysia”. Majlis mempersilakan. Berikan tepukan yang gemuruh atas persembahan nyanyian yang cukup bertenaga sebentar tadi. 10.00 pagi PENUTUP AMEER Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. SITI Selesai meriah acara majlis, Perkara baik baik jadi pedoman, Andai ada terlanjur bicara, Salah silap kami harap dimaafkan. Saya AMEERUDIN BIN SHAMSUL, dan Saya SITI BAINUN BINTI SULAIMAN, mengundurkan diri dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Sekian, Terima Kasih.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 152


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 153 25. MAJLIS PERTANDINGAN DEBAT ANTIRASUAH PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS GAYA Oleh: SHAHIQMAH BINTI SELI Tarikh : 25 JULAI 2023 Tempat : DEWAN LAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Masa : 8.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI Masa Tentatif Teks Emcee Pemakluman awal. Warga dewan yang dikasihi sekalian, Majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Sila bersedia dan duduk di tempat masing-masing. Ketibaan tetamu kehormat. Mengumumkan, Ketibaan Yang Berusaha Dr.Getrude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Diiringi oleh, Yang Berusaha Dr. Norafidah Noralidin, timbalan pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang Berusaha Puan Sharifah Mazni, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Puan Khadijah Adenan, Ketua Jabatan Pengajian Melayu serta Mohammad Azammudin merangkap pengerusi Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2023. Lagu ‘Negaraku’. Yang Berusaha Dr.Getrude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Serta hadirin sekalian, Diminta untuk kekal berdiri bagi menyanyikan lagu ‘Negaraku’.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 154 Kata aluan pengacara Bismillahirahmanirahim, Dari kota pergi ke pekan, Untuk membeli sebungkus bilis, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan majlis. Assalamualikum WBT, salam sejahtera dan salam Malaysia Mahdani, Yang Berusaha, Dr.Getrude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Yang Berusaha, Dr. Norafidah Noralidin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Yang Berusaha, Puan Sharifah Mazni, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Yang Berusaha, Puan Khadijah Adenan, Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Yang dihormati, Para hakim yang adil dan bijaksana, para pensyarah, ahli jawatankuasa pelaksana, para peserta serta warga dewan yang dikasihi sekalian. Bacaan doa. Sebelum majlis diteruskan, molek kiranya kita memberkati majlis pada hari yang penuh bermakna ini. Marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan yang akan dipimpin oleh saudara Malik Ahmad bin Mustafa.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 155 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. [Bacaan Doa] Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat. Objektif program. Alhamdulillah, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya, kita dapat berkumpul bagi memeriahkan majlis pada pagi yang indah ini. Untuk makluman hadirin, Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2023 ini telah dilaksanakan selama tiga hari. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai pertandingan ini dari pelbagai opsyen. Dan, pada hari ini merupakan kemuncaknya. Maka dengan itu, sebentar lagi kita akan menyaksikan satu pertandingan akhir bagi Pertandingan Debat Antirasuah di antara Pasukan Bajo menentang Pasukan Lebah Menyengat. Ucapan aluan. Para hadirin sekalian, Sebuah majlis yang berlangsung, tiadalah serinya jika tidak ada yang berbicara. Maka,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 156 Emas tempawan buat si puteri, Busana indah buat rupawan, Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. Pihak majlis menjemput Yang Berusaha, Puan Khadijah Adenan, Ketua Jabatan Pengajian Melayu merangkap Pengerusi Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2023 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. [Ucapan aluan] Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Khadijah Adenan atas ucapan aluan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, Ucapan aluan sudah kita dengari, Maka, Tanpa membuang masa, marilah kita bersama-sama menyaksikan Pertandingan Akhir Debat Antirasuah Peringkat Kebangsaan 2023 yang akan dipimpin oleh Encik Fendy Agus sebagai YB Speaker pada hari ini. Serahan kepada YB Speaker. Tanpa melengahkan masa, Untuk melanjutkan majlis dengan hormat dan sukacitanya saya menyerahkan pimpinan majlis ini kepada YB Speaker Dewan, Encik Fendy Agus. Majlis mempersilakan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 157 Menerima semula daripada YB Speaker. Alhamdulillahi rabbil alamin, Dengan ucapan terima kasih daripada YB Speaker maka berakhirlah satu perdebatan yang sungguh menarik dan hangat yang dapat kita saksikan sebentar tadi. Tahniah kepada para pendebat yang telah memberikan hujah-hujah yang amat berilmu dan padat dengan isinya. Kini, tibalah masa untuk para hakim berbincang memilih juara bagi Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2023 ini. Persembahan Selingan: Sayembara Puisi. Hadirin sekalian, Bagi meredakan ketegangan dalam kalangan peserta serta memberi ruang kepada para hakim untuk membuat keputusan muktamad. Marilah kita menyaksikan satu persembahan khas daripada pelajar-pelajar opsyen Bahasa Melayu yang dipimpin oleh Dr. Hafifi Horrace iaitu persembahan sayembara puisi yang bertajuk ‘Alpa Dunia Kerana Rasuah’ Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. [Persembahan Sayembara Puisi] Satu persembahan video yang amat menarik. Tahniah kepada Dr. Hafifi dan para pelajar yang terlibat.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 158 Ucapan perasmian. Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi, Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan rasa bangga menjemput Yang Berusaha, Dr. Getrude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan penutupan Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2023. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. [Ucapan perasmian] Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih di atas ucapan serta perasmian yang dilaksanakan oleh Dr. Getrude Jock. Gimik perasmian. Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Dr.Norafidah Noralidin, Puan Sharifah Mazni, Puan Khadijah Adenan serta Encik Mohammad Azammudin untuk mengiringi Yang Berusaha Dr.Getrude Jock bagi menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan. [Gimik perasmian] Dengan berakhirnya gimik perasmian sebentar tadi, maka Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi tahun 2023 rasmi ditutup. Berikan tepukan gemuruh kepada tetamu kehormat kita.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 159 Penyampaian hadiah. Tibalah kita di kemuncak majlis untuk mengetahui keputusan siapakah yang bakal diumumkan sebagai kumpulan pendebat yang akan memenangi Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi tahun 2023. Oleh yang demikian, pihak majlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia Dr. Getrude Jock diiringi oleh Dr. Norafidah Noaralidin, Puan Sharifah Mazni serta Puan Khadijah Adenan untuk menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada para pemenang. Penerima tempat keempat. Penerima bagi tempat keempat Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2023 disandang oleh Pasukan Bunga Emas. Dijemput wakil bagi kumpulan tampil menerima hadiah dan sijil penyertaan. [Penyerahan hadiah dan sijil penyertaan kepada peserta] Penerima tempat ketiga. Seterusnya, penerima bagi tempat ketiga Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2023 disandang oleh Pasukan Bumi Kenyalang. Dijemput wakil bagi kumpulan tampil menerima hadiah dan sijil penyertaan. [Penyerahan hadiah dan sijil penyertaan kepada peserta]


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 160 Penerima Johan dan Naib Johan. Hadirin sekalian, Kemuncak sebenar telah pun tiba, mari kita tumpukan perhatian kepada Johan sekaligus mengetahui Naib Johan Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2023. Sebelum itu, izinkan saya umumkan Pendebat Terbaik pada peringkat akhir ini diberikan kepada adik Mastura binti Halim daripada Pasukan Bajo. Dijemput adik Mastura binti Halim untuk tampil menerima hadiah dan sijil penghargaan. [Penyerahan hadiah dan sijil penyertaan kepada peserta] Kini, Tibalah masanya untuk saya umumkan Johan Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2023. Johan disandang oleh Pasukan Lebah Menyengat. Dijemput untuk semua ahli pasukan naik ke atas pentas bagi menerima hadiah dan sijil penyertaan. [Penyerahan hadiah dan sijil penyertaan kepada peserta] Seterusnya, dijemput Naib Johan Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2023 iaitu Pasukan Bajo untuk menerima hadiah dan sijil penyertaan. [Penyerahan hadiah dan sijil penyertaan kepada peserta]


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 161 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Getrude Jock, Dr. Norafidah Noaralidin, Puan Sharifah Mazni serta Puan Khadijah Adenan atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada para peserta. Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada para pemenang. Penutup. Warga dewan yang dikasihi sekalian, Alhamdulillah, selesai sudah majlis kita pada hari ini. Di kesempatan ini saya Shahiqmah binti Seli selaku wakil daripada pihak pelaksana Pertandingan Debat Antirasuah Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi tahun 2023 ingin memohon maaf seandainya terdapat sebarang kesalahan dan kesulitan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan kurang baik itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Saya akhiri majlis ini dengan serangkap pantun, Dagang singgah membeli kajang, Tempat perahu di mura deli, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita bertemu lagi. Bersurai. Seterusnya, dipersilakan tetamu-tetamu kehormat untuk berarak keluar dari majlis dan hakim serta para pensyarah untuk menjamu selera yang telah disediakan oleh jawatankuasa pelaksana program. Para hadirin boleh bersurai. Sekian terima kasih. Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 162 26. MAJLIS HARI KELUARGA PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA 2023 Oleh: REZZY ELYANA ROBIN Tarikh : 30 Julai 2023 Tempat : Kawasan padang dan Auditorium IPG Kampus Gaya Masa : 7.00 pagi - 2.00 petang Masa Tentatif Teks Emcee 7:00 pagi Pendaftaran Pensyarah dan Pelajar Selamat pagi, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani diucapkan kepada semua ketua jabatan, ketua unit, pensyarah-pensyarah dan seterusnya semua siswa guru yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke Majlis Hari Keluarga Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi tahun 2023. Syukur ke hadirat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dapat berkumpul sekali lagi pada hari ini untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Keluarga peringkat IPG Kampus Gaya ini. Saya Rezzy Elyana Robin, selaku pengacara majlis akan setia bersama anda untuk mengemudikan majlis kita pada hari ini. Hadirin sekalian, majlis kita pada hari ini akan diserikan denga acara senamrobik yang akan berlangsung sebentar sahaja lagi. Namun sebelum itu, semua pensyarah dan siswa guru diingatkan untuk membuat pendaftaran di kaunter yang terdapat di sebelah kiri astaka. Pendaftaran tersebut bertujuan untuk pembahagian kumpulan semasa sukaneka nanti.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 163 7:30 pagi Senamrobik Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, diminta semua pensyarah dan pelajar untuk berada di hadapan astaka kerana acara senamrobik akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Maka dengan itu, majlis ini saya serahkan kepada pasukan Gaya Dancers untuk mengetuai acara senamrobik pada pagi ini. Majlis mempersilakan. (Acara Senamrobik) 8:30 pagi Sukaneka Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Gaya Dancers kerana telah mengiringi kita dalam senamrobik sebentar tadi. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada semua hadirin kerana sudi menyertai senamrobik ini. Hadirin sekalian, tanpa membuang masa lagi, kita akan ke acara seterusnya iaitu acara sukaneka. Maka dengan itu, saya mempersilakan wakil daripada pelajar opsyen Pendidikan Jasmani, saudara Filex bin Berian@Florian untuk memberikan sedikit taklimat dan seterusnya mengendalikan acara sukaneka kita pada hari ini. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. (acara sukaneka)


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 164 10.30 pagi Minum pagi Cerah suria dipagi indah, Terbang belatuk ke tepi muara; Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera. Hadirin sekalian, sebelum kita memulakan majlis perasmian penutupan, semua hadirin dijemput ke kafe bangunan pentadbiran untuk menjamu minuman pagi yang telah disediakan. Sebagai makluman kepada semua hadirin, majlis perasmian penutupan kita akan berlangsung di Auditorium IPG Kampus Gaya pada jam 11:30 pagi. Selamat menjamu selera. 11.30 pagi Majlis Perasmian Penutupan Ketibaan tetamu kehormat - Pengarah IPG Kampus Gaya Mengumumkan ketibaan , Yang Berusaha Dr. Geturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, diiringi, Yang Berusaha Dr. Norafidah binti Noralidin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru IPG Kampus Gaya dan Yang Berusaha Puan Sharifah Mazni binti Syed Mokhtar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 165 11.40 pagi Nyanyian lagu -Negaraku -Sabah Tanah Airku -IPGM Tarian Sambut Tamu (Gaya Dancers) Semua hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan tiga rangkai lagu iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. (Nyanyian tiga rangkai lagu) Hadirin dipersilakan duduk. Yang Berusaha Dr. Geturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang Berusaha Dr. Norafidah binti Noralidin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru IPG Kampus Gaya dan Yang Berusaha Puan Sharifah Mazni binti Syed Mokhtar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah dan semua siswa guru yang dikasihi sekalian. Salam sejahtera dan salam Malaysia madani. Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutupan Hari Keluarga Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi tahun 2023. Syukur kita panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul sekali lagi pada hari ini untuk memeriahkan lagi Majlis Perasmian Penutupan Hari Keluarga Peringkat IPG Kampus Gaya bagi Tahun 2023.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 166 12.00 tengah hari Bacaan doa Mata mencari tangan meredah, Jaga terjerat umpan berbisa; Sepuluh jari kami menadah, Memohon berkat dari yang Esa. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Ustaz Mohd. Azuwan bin Reji untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd. Azuwan bin Reji kerana sudi memimpin bacaan doa sebentar tadi. 12:10 tengah hari Ucapan alu-aluan oleh Pn. Syarifah Mazni bt Syed Mokhtar Sudilah kawan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Hadirin hadirat sekalian, dengan ini majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha Puan Syarifah Mazni binti Syed Mokhtar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar selaku pengerusi penganjur Majlis Hari Keluarga IPG Kampus Gaya bagi tahun 2023 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Ucapan alu-aluan) Ribuan terima kasih ducapkan kepada Puan Syarifah Mazni binti Syed Mokhtar atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 167 12.30 tengah hari Ucapan perasmian oleh Dr. Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya Tidak molek jika ada alu tiada lesungnya, Tidak berguna jika ada dayung tiada sampannya, Tidak lengkaplah majlis jika dia tidak berbicara. Majlis dengan ini menjemput, Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyampaikan ucapan dan sekali gus merasmikan sambutan Majlis Hari Keluarga Peringkat IPG Kampus Gaya bagi tahun 2023. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. Demikianlah tadi ucapan perasmian dari Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, dengan ini rasmilah sudah Majlis Hari Keluarga Peringkat IPG Kampus Gaya 2023. 1.00 tengah hari Penyampaian cenderamata Hadirin yang dikasihi sekalian, dalam kesempatan ini, pihak penganjur ingin memberikan sedikit cenderamata kepada Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana sudi merasmikan majlis kita pada hari ini. Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Puan Syarifah Mazni binti Syed Mokhtar untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata ini. 1.15 tengah hari Persembahan Teater oleh Kelab Seni dan Budaya IPG Kampus Gaya Hadirin sekalian, Bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan teater ‘Bersatu Teguh, Bercerai Roboh’ yang akan dipersembahkan oleh Kelab Seni dan Budaya IPG Kampus Gaya. Majlis dengan ini mempersilakan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 168 (Persembahan teater) Demikianlah persembahan Teater yang dipersembahkan oleh ahli-ahli Kelab Seni dan Budaya IPG Kampus Gaya. Ribuan terima kasih kami ucapkan. 1.30 tengah hari Penyampaian Hadiah Sukaneka Hadirin yang dihormati sekalian, Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, dengan ini majlis diteruskan lagi dengan acara pengumuman pemenang bagi acara sukaneka dan penyampaian hadiah. Keputusan sudah berada di tangan saya, namun sebelum itu kita ingin mendengar sorakan daripada setiap kumpulan sukaneka sebentar tadi. Adakah anda sudah bersedia? Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya, diiringi oleh Yang Berusaha Dr. Norafidah binti Noralidin Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya dan Yang Berusaha Puan Syarifah Mazni binti Syed Mokhtar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis dengan ini mengumumkan tempat kelima jatuh kepada Kumpulan Hijau. Seterusnya, tempat keempat jatuh kepada Kumpulan Merah.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 169 Kita teruskan lagi dengan pengumuman pemenang tempat ketiga yang disandang oleh Kumpulan Biru. Suasana kini semakin mendebarkan, tanpa membuang masa lagi, Naib Johan jatuh kepada Kumpulan Jingga. Maka dengan itu, Johan bagi acara sukaneka Majlis Hari Keluarga Peringkat IPG Kampus Gaya bagi tahun 2023, berikan tepukan yang gemuruh kepada Kumpulan Kuning. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock kerana sudi menyempurnakan penyampaian hadiah kita pada hari ini. 1.45 tengah hari Acara bergambar Hadirin sekalian, Kita sudah tiba ke acara terakhir iaitu acara bergambar sebaqai tanda kenang-kenangan. Majlis dengan ini memohon kepada semua hadirin untuk mengambil tempat masing- masing bagi memudahkan jurugambar mengambl gambar. (Acara bergambar) 2.00 petang Makan tengah hari Majlis bersurai Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian, dengan berakhirnya acara bergambar sebentar tadi maka berakhirlah sudah Majlis Hari Keluarga Peringkat IPG Kampus Gaya kita bagi tahun 2023 ini. Sekalung permohonan maaf dari meja pengacara majlis


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 170 sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang saya mengendalikan majlis kita pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu daripada Tuhan dan kelemahan itu datang dari kelemahan saya sendiri. Bak kata pantun sejati orang Melayu, Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, Bertongkat jua saya ke mari. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock diiringi oleh Yang Berusaha Dr. Norafidah binti Noralidin, Yang Berusaha Puan Syarifah Mazni dan semua ketua jabatan untuk ke ruang makan VIP bagi menjamu makanan tengah hari yang sudah disediakan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Sebagai makluman kepada semua hadirin, makanan tengah hari untuk pensyarah dan siswa guru boleh diambil pada bahagian luar dewan. Maka dengan itu, saya Rezzy Elyana Robin, memohon izin untuk mengundurkan diri sebagai pengemudi acara pada hari ini. Sekian terima kasih, majlis bersurai.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 171 27. SKRIP PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG IPG KAMPUS GAYA 2023 Oleh: ABDUL RASIT BIN MASRI Tarikh : 03 Mac 2023 Tempat : Dewan Auditorium IPG Kampus Gaya Masa : 7.30 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 8:00 a.m Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya diiringi oleh Dr Norafidah Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, serta Ketua - Ketua Jabatan dan Ketua- Ketua Unit berarak masuk ke dalam dewan. Hadirin dipersilakan duduk. 8:02 a.m Nyanyian Lagu Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan rangkaian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Hadirin dipersilakan duduk. 8:07 a.m Salutasi Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya Yang Dihormati, Hj Mohd Fauzi Mohd Rosli Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 172 Pengerusi 2 Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya, Seterusnya, Yang Dihormati Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah kanan, para pensyarah, barisan jawatankuasa perwakilan pelajar IPG Kampus Gaya Sesi 23/24, para pelajar yang diraih serta tuan-tuan dan puanpuan yang dihormati sekalian. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya kita dapat bersama-sama berkumpul di Auditorium IPG Kampus Gaya ini untuk meraikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat Ipg Kampus Gaya. Selamat Datang diucapkan buat hadirin semua. 8:10 a.m Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi; Doa dibaca memohon rahmat, Moga majlis sentiasa diberkati. Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi yang berbahagia ini, marilah bersama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Saudara Mohamad Solehuddin bin Sakarang Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin. Majlis mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mohamad Solehuddin bin Sakarang atas


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 173 pimpinan doa sebentar tadi. 8:15 a.m Ucapan Perasmian Terbang diawan burung jentayu, Di atas papan batang jerami; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi. Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, bagi menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya sebentar tadi. Diminta kepada Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock untuk kekal berada diatas pentas bagi menyempurnakan penyampaian anugerah. 8:25 a.m Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2023 Hadirin sekalian, masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Dijemput, Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin, Timbalan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 174 Pengarah IPG Kampus Gaya, Yang Dihormati, Hj Mohd Fauzi Mohd Rosli Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap Pengerusi 2 Majlis, Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya, Untuk mengiringi Pengarah bagi menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para pelajar. Dipersilakan. Berikut diumumkan penerima anugerah akademik bagi PISMP JUN 2018 yang mendapat purata mata gred tekumpul 3.75 dan keatas yang telah menamatkan pengajian bagi menerima anugerah. Mendahului senarai penerima dipersilakan, Berikut diumumkan penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred tekumpul 3.75 hingga 3.82 bagi PISMP JUN 2019, Dipersilakan berdiri untuk menerima pengiktirafan. Seterusnya, majlis menjemput penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.83 & ke atas bagi PISMP JUN 2019 untuk menerima anugerah. Berikut diumumkan penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.75 hingga 3.82 bagi PISMP JUN 2020 Dipersilakan berdiri untuk menerima pengiktirafan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 175 Seterusnya, majlis menjemput penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.83 & ke atas bagi PISMP JUN 2020 untuk menerima anugerah. PISMP JUN 2021 Dengan ini majlis diteruskan lagi dengan menjemput penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.75 hingga 3.82 bagi pismp jun 2021. Dipersilakan berdiri untuk menerima pengiktirafan. Seterusnya, majlis menjemput penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.83 dan ke atas bagi pismp jun 2021 untuk menerima anugerah. PISMP JUN 2022 Berikut diumumkan penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred tekumpul 3.75 hingga 3.82 bagi PISMP JUN 2022, Dipersilakan berdiri untuk menerima pengiktirafan. Seterusnya, majlis menjemput penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.83 & ke atas bagi PISMP JUN 2022 untuk menerima anugerah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 176 Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Diiringi, Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, Yang Dihormati, Hj Mohd Fauzi Mohd Rosli Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap Pengerusi 2 Majlis, Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya, Atas penyampaian anugerah sebentar tadi. 9:30 a.m Persembahan Selingan Koir Hadirin sekalian, majlis kita akan berhenti rehat untuk memberi laluan kepada persembahan selingan koir yang akan dipersembahkan oleh Kelab Koir IPG Kampus Gaya dibawah pimpinan Cik Cynthia Sundukan. Majlis mempersilakan. 10:00 a.m Sambungan Penyampaian Anugerah Hadirin sekalian, majlis sekali lagi menjemput, Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin. Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya. Diiringi, Yang Dihormati, Hj Mohd Fauzi Mohd Rosli, Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap Pengerusi 2 Majlis, Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya, Untuk menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para pelajar. Dipersilakan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 177 Berikut diumumkan penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.75 hingga 3.82 bagi PPISMP JUN 2021, Dipersilakan berdiri untuk menerima pengiktirafan. Seterusnya, majlis menjemput penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.83 & ke atas bagi PPISMP JUN 2021 untuk naik ke atas pentas. PPISMP JUN 2022 Berikut diumumkan penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred tekumpul 3.75 hingga 3.82 bagi PPISMP JUN 2022, Dipersilakan berdiri untuk menerima pengiktirafan. Seterusnya, majlis menjemput penerima anugerah akademik yang mendapat purata mata gred terkumpul 3.83 & ke atas bagi PPISMP JUN 2022 untuk naik ke atas pentas. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada penerima daripada Program Diploma Pascasiswazah Sem 4 Ambilan Jun 2021. Mendahului senarai, dipersilakan, Seterusnya, berikut diumumkan penerima anugerah daripada PDP Ambilan Oktober 2021. Mendahului senarai, dipersilakan, Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Ambilan Jun 2021.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 178 Majlis mengucapkan terima kasih kepada, Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, Diiringi, Yang Dihormati, Hj Mohd Fauzi Mohd Rosli Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap Pengerusi 2 Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya, Atas penyampaian anugerah sebentar tadi. 10:30 a.m Penyampaian Penerima Anugerah Praktikum PRAKTIKUM PISMP AMBILAN JUN 2020 Hadirin sekalian, berikut diumumkan penerima anugerah praktikum PISMP AMBILAN JUN 2020. Dipersilakan berdiri untuk menerima pengiktirafan. PRAKTIKUM PDP AMBILAN JUN 2021 Hadirin sekalian, berikut diumumkan penerima anugerah anugerah praktikum bagi PDP AMBILAN JUN 2021. Dipersilakan berdiri untuk menerima pengiktirafan. 10:40 a.m Penyampaian Penerima Anugerah Inovasi dan Penyelidikan, Kokurikulum dan lain-lain ANUGERAH INOVASI TERBAIK Hadirin sekalian, berikut diumumkan penerima anugerah Inovasi Terbaik. Dipersilakan berdiri untuk menerima pengiktirafan. Majlis mengucapkan terima kasih. ANUGERAH EMAS INOVASI PERINGKAT IPGKG


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 179 Seterusnya diumumkan Anugerah Emas Peringkat IPG Kampus Gaya (Pertandingan Inovasi PdP Sempena Seminar Kreativiti dan Inovasi (SKi) 2022 dianugerahkan kepada Saudara Dexter John Joanis. ANUGERAH PENYELIDIKAN Majlis seterusnya mengumumkan anugerah penyelidikan. Para penerima dipersilakan berdiri untuk menerima pengiktirafan. ANUGERAH KOKUM DAN LAIN-LAIN Seterusnya diumumkan penerima bagi anugerah kokurikulum dan lain-lain. Dipersilakan berdiri bagi menerima pengiktirafan. Majlis mengucapkan terima kasih. 10:50 a.m Penyampaian Penerima Anugerah Khas Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita tumpukan perhatian terhadap penyampaian anugerah yang seterusnya. Untuk makluman kepada hadirin, anugerah yang seterusnya merupakan Anugerah Khas yang dinilai berdasarkan pencapaian para pelajar. Sekalung tahniah diucapkan terhadap pencapaian yang mengagumkan daripada para pelajar. Sebelum kita mengumumkan barisan penerima anugerah, majlis dengan penuh hormatnya, menjemput sekali lagi, Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Diiringi, Yang Berusaha, Dr Norafidah Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, Yang Dihormati, Hj Mohd Fauzi Mohd Rosli


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 180 Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik merangkap Pengerusi 2 Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Peringkat IPG Kampus Gaya, Untuk menyempurnakan penyampaian anugerah khas kepada para pelajar. Dipersilakan. Bagi penerima Anugerah Sukan, dipersilakan Feova Lim Yi Fei. Feova Lim Yi Fei pernah mendapat Emas dalam acara 4 x 100m. 11:00 a.m Majlis Bersurai Dengan berakhirnya penyampaian anugerah sebentar tadi, maka sempurnalah sudah majlis kita pada pagi ini. Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan majlis pada pagi ini. Sebelum mengundur diri, terimalah serangkap gurindam dan pantun yang berbunyi, Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Tanam sirih dalam taman, Gali lubang tepi perigi, Terima kasih hadirin budiman, Lain kali bersua lagi. Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum w.b.t.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 181


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 182 28. HARI KELUARGA IPG KAMPUS GAYA Oleh: MOHD ADLI HAIKAL BIN MOHD FAUZI Tarikh : 17 Mei 2023 Tempat : Dewan Auditorium IPG Kampus Gaya Masa : 7.30 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 8.15 pagi Ketibaan tetamu kehormat Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Dr Getrude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya, diiringi oleh Yang Berusaha Dr. Norafidah binti Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, Yang Dihormati, Puan Ziana binti Syed Mokhtar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Gaya, Ketua-ketua Jabatan, barisan pensyarah dan staf IPG Kampus Gaya dan Para pelajar yang dikasihi sekalian. 8.20 pagi Nyanyian Para tetamu jemputan dan para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku dan lagu Demi Ilmu dan Dharma. Para tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan duduk. 8.30 pagi Ucapan pembukaan / Salutasi Ke Pekan Medan membeli nangka. Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan bait madah yang indah. Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Di Gayaku, Demi Ilmu dan Dharma. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. Setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran dipanjatkan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 183 kepada Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama di astaka IPGKG ini bagi menjayakan Majlis Hari Keluarga IPG Kampus Gaya tahun 2023. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan- tuan dan puan-puan. 8.35 pagi Jemputan bacaan doa Mendaki Pemuda Bukit Keramat, Sampai di atas bendera diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Bagi memberkati lagi majlis Sambutan Hari Keluarga IPGKG pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Ustaz Tengku bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya, majiis mempersilakan. Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Tengku atas pimpinan doa sebentar tadi. Diharapkan agar majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna sehingga ke penghujung majlis. Objektif program Untuk makluman para hadirin sekalian, majlis sambutan Hari Keluarga Peringkat IPG Kampus Gaya julung-julung kalinya diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan ukhuwah antara warga Gaya sebagai sebuah keluarga di samping turut menggalakkan semangat perpaduan dan toleransi di kalangan warga Gaya yang berbilang agama dan bangsa sekaligus mewujudkan komuniti yang positif dan harmoni.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 184 8.45 pagi Ucapan alu-aluan Hadirin yang dikasihi sekalian. Segak pemuda berbaju Melayu, Bertahi lalat di tepi alis; Tampillah puan kami merayu, Bersama ucapan penyeri majlis. Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Dr. Norafidah binti Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, Dr. Norafidah binti Noralidin di atas ucapan alualuan yang cukup bermotivasi itu. Diharapkan agar semua warga IPG Kampus Gaya dapat mengambil input daripada ucapan beliau sebentar tadi. 8.55 pagi Ucapan Perasmian Hadirin yang dihormati sekalian. Terbang tinggi burung kenari, Hinggap bertenggek di batang jerami; Kepada puan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim menjemput Yang Berusaha, Dr. Getrude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya untuk memberikan sepatah dua kata sekaligus merasmikan Majlis Hari Keluarga IPG Kampus Gaya bagi tahun 2023. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 185 9.10 pagi Gimik Perasmian Majlis diteruskan lagi dengan upacara gimik perasmian yang akan disempurnakan oleh Yang Berusaha, Dr. Getrude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya diiringi oleh Yang Berusaha, Dr. Norafidah binti Noralidin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Dr. Getrude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya di atas kesudian beliau menyempurnakan perasmian Hari Keluarga IPG Kampus Gaya tahun 2023. 9.15 pagi Persembahan Baiknya saudagar ringan memberi, Harta tak habis membazir sakan; Majlis kita takkan berseri, Persembahan pelajar kita saksikan. Majlis diserikan lagi dengan persembahan pembukaan yang telah disediakan oleh kumpulan Gaya Dancer. Untuk pengetahuan para hadirin, Kumpulan Gaya Dancer ini terdiri daripada gabungan kumpulan Pelajar PISMP Ambilan Jun 2020 sehingga PPISMP Ambilan Januari 2022. Kumpulan ini telah dibimbing oleh Puan Regina Stephan dan pernah mewakili IPG Kampus Gaya ke beberapa kejohanan di pelbagai peringkat. Majlis dengan sukacitanya menjemput kumpulan Gaya Dancer untuk mempersembahkan tarian mereka. Demikianlah tadi persembahan tarian yang penuh bersemangat yang telah dipertontonkan oleh kumpulan Gaya Dancer. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas persembahan yang begitu memukau sebentar tadi.


Click to View FlipBook Version