KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 236 doa. Dengan penuh takzimnya dipersilakan. Amin…Amin…Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Mohd Syafiq Bin Mohd Khairil atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Tuhan hendaknya. 2.20 Salutasi Salam manis kami ucapkan, Para hadirin semua jemputan, Selawat dan salam kami jujungkan, Ke hadrat Nabi Rasul idaman. Ke Kota Kuala membeli bingka, Ke sana ke sini terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan irama madah yang indah. Yang Berhormat, YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Sungai Petani, Yang Dihormati, Encik Mahari bin Saari Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, Yang Berusaha, Puan Salina Binti Ibrahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, Yang Berusaha, Puan Aminah Binti Zamri, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sungai Petani,
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 237 Yang Berusaha, Encik Wahid bin Zahid, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, Yang Berusaha, Encik Amir Bin Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, Guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ibu Bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. 2.25 pm Ucapan Alu- Aluan Pengacara Majlis Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah Rahmat serta kurnia-Nya dapat kita samasama berkumpul dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sungai Petani bagi sesi 2023. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sungai Petani ini diadakan adalah untuk menghargai pencapaian murid- murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum sepanjang tahun 2023 ini. Diharap agar dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 238 2.40 pm Ucapan Alu- Aluan Guru Besar ( Puan Salina Binti Ibrahim) Bukan rumput sebarang rumpun, Rumput penghias dalam tanaman, Bukan jemput sebarang jemput, Jemput pohon kata aluan. Hadirin sekalian, Tirai majlis kita pada hari akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha, Puan Salina Binti Ibrahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Petani untuk menyampaikan ucapan alu-aluan, dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan beliau itu tadi. 2.55 pm Ucapan Wakil Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ( Encik Mahari bin Saari) Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Dengan itu majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati, Encik Mahari bin Saari, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Petani untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Saari atas ucapan sebentar tadi. 3.10 pm Ucapan Perasmian Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami, Kepada tuan mandat diberi, Mohon disempurnakan majlis ini. Tidak lengkaplah sekiranya masjlis tiada perasmi. Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majlis dengan penuh hormat mempersilakan
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 239 Yang Berhormat, Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Sungai Petani, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2023, dipersilakan. Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan perasmian sebentar itu tadi. 3.25 pm Gimik Perasmian Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita, YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari diiringi oleh Puan Salina Binti Ibrahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Petani dan Encik Mahari bin Saari, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), untuk menyempurnakan gimik perasmian Majlis Anugerah Cemerlang 2023 dengan paluan gong sebanyak 3 kali, dipersilakan. (paluan gong) Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berhormat, YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Sungai Petani merasmikan majlis kita pada pagi ini. Tuan berbudi tidak terperi, Hulurkan madah kata perasmi, Tuan Taufiq kami segani, Kesudian Tuan Kami Hargai.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 240 Dengan itu, majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kerana sudi menyempurnakan perasmian sebentar tadi. 3.30 pm Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid Tahap 1 Berbaju batik berwarna merah, Diserikan dengan intan berlian, Tibalah masa penyampaian anugerah, Penerima teruja menanti giliran. Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar Bagi tahun 2023, Sekolah Kebangsaan Sungai Petani pada hari ini akan kita mulakan dengan Penyampaian Anugerah Akademik Terbaik Tahap 1. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat, YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Sungai Petani diiringi oleh Puan Salina Binti Ibrahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Anugerah dimulakan dengan… Anugerah Kedudukan Terbaik dalam Kelas Tahun 1 (baca senarai nama) Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 (baca senarai nama) Anugerah Kedudukan Terbaik dalam Kelas Tahun 2 (baca senarai nama) Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 2 (baca senarai nama)
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 241 Anugerah Kedudukan Terbaik dalam Kelas Tahun 3 (baca senarai nama) Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 3 (baca senarai nama) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat, YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. 3.40 pm Persembahan Tarian Tahun 3 Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Tarian Zapin yang akan dipersembahkan oleh murid Tahun 3. Persembahan Tarian Zapin ini mendapat bimbingan daripada Puan Sakinah binti Bukhari dan Puan Siti Aisyah binti Mukhtar, dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang cukup memukau sebentar tadi. 3.50 pm Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid Tahap 2 Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Pencapaian Terbaik Kurikulum bagi Tahap 2. Oleh itu, bagi menyempurnakan acara ini, dijemput Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, Puan Salina Binti Ibrahim, untuk menyampaikan Anugerah Penghargaan kepada murid yang terlah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran sepanjang tahun ini, dipersilakan. Anugerah Kedudukan Terbaik dalam Kelas Tahun 4 (baca senarai nama)
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 242 Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 4 (baca senarai nama) Anugerah Kedudukan Terbaik dalam Kelas Tahun 5 (baca senarai nama) Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 5 (baca senarai nama) Anugerah Kedudukan Terbaik dalam Kelas Tahun 6 (baca senarai nama) Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 6 (baca senarai nama) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Salina Binti Ibrahim atas penyampaian anugerah sebentar tadi. 4.30 pm Persembahan 2 Tahun 6 Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh muridmurid Tahun 6. Mereka akan mempersembahkan Dikir Barat yang bertajuk “Tuntutlah Ilmu”. Kumpulan ini mendapat bimbingan daripada Encik Kamal bin Syukur dan Puan Roslinda binti Harun, dipersilakan. Demikianlah sebentar tadi persembahan Dikir Barat daripada Tahun 6 sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Untuk makluman hadirin, kumpulan Dikir Barat ini terlah berjaya meraih Juara dalam Pertandingan Persembahan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah yang telah diadakan.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 243 4.40 pm Penyampaian Anugerah Khas Hadirin yang dikasihi sekalian, Hati ibu bapa perlu dijaga, Orang tua berasa bangga, Jika anak berbudi bahasa, Itu maksudnya membalas jasa. Untuk meneruskan majlis ini dengan penuh takzimnya, mempersilakan Puan Aminah Binti Zamri, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah bagi mengiringi Puan Salina Binti Ibrahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada penerima Anugerah Khas Pemulihan, Anugerah Khas Sekolah, tokoh ko-kurikulum dan Tokoh Akademik sekolah bagi tahun 2023. Anugerah Khas Pemulihan Anugerah Khas diberikan kepada murid-murid pemulihan yang telah melepasi ujian pemulihan dan berjaya memasuki Aliran Perdana. Untuk Tahun 3…….dipersilakan….. Untuk murid Tahun 4….dipersilakam…. Penyampaian Sijil Anugerah Pencapaian Khas Seterusnya, pemyampaian sijil penghargaan kepada murid- murid yang telah menyumbangkan tenaga dalam mengharumkan nama sekolah pada peringkat lebih tinggi. Dengan itu, pihak sekolah ingin memberi penghargaan khas kepada adik, Nur Alia Natasha binti Zainudin dari kelas 5 Bestari yang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Silat peringkat negeri Kedah. Dipersilakan adik Nur Alia Natasha naik ke pentas untuk menerima anugerah.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 244 Tahniah diucapkan. Anugerah Tokoh Nilam Bagi Tahap 1 dan 2 Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Tokoh Nilam Bagi Tahap 1 dan 2. Tokoh NILAM ini dipilih dalam kalangan murid yang membaca buku paling banyak sepanjang tahun 2023. Diumumkan Anugerah Tokoh Nilam Bagi Tahap 1 dianugerahkan kepada adik Wan Syakir bin Khusairi dari kelas 3 Amanah. Jumlah bacaan buku sepanjang tahun ini adalah sebanyak 55 buah buku. Tahniah diucapkan. Seterusnya, diumumkan Anugerah Tokoh Nilam Bagi Tahap 2 dianugerahkan kepada adik Siti Maisarah binti Nizam dari kelas 5 Tekun. Jumlah bacaan buku sepanjang tahun ini adalah sebanyak 66 buah buku. Tahiniah diucapkan. Anugerah Tokoh Ko-kurikulum Untuk makluman hadirin, Anugerah Tokoh Ko-kurikulum ialah anugerah yang diberikan kepada murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang sukan sehingga peringkat tertinggi. Di samping itu, sahsiah keaktifan serta sifat seorang pemimpin juga di ambil kira. Sudah tentu, anugerah ini diberikan kepada murid yang sentiasa mendapat pingat dalam acara yang dipertandingkan di peringkat daerah mahupun negeri.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 245 Penerima Anugerah Tokoh Ko-kurikulum bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Petani disandang oleh adik Muhammad Hazim bin Khairul dari kelas 6 Tekun. (Baca Pencapaian) Tahniah diucapkan, Anugerah Tokoh Kurikulum 2023 Anugerah Tokoh Kurikulum ialah anugerah yang diberikan kepada murid yang menunjukkan kemajuan dalam bidang akademik. Di samping itu, sahsiah keaktifan serta sifat seorang pemimpin juga di ambil kira. Sudah tentu, anugerah ini diberikan kepada murid yang sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran. Penerima Anugerah Tokoh Kurikulum bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Petani disandang oleh adik Raihana Damia binti Hassan dari kelas 6 Cekap. (jemput ibu bapanaik pentas) (baca biodata) Tahniah diucapkan. Majlis merakamkan penghargaan kepada Puan Salina Binti Ibrahim atas kesudian beliau menyempurnakan penyampaian anugerah itu tadi. 5.00 pm Penutup Dengan berakhirnya penyampaian Anugerah Khas itu tadi, maka telah sampai ke penghujung majlis. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua penerimapeneriman Anugerah Cemerlang bagi tahun 2023. Semoga dengan kejayaan ini, akan menjadi pendorong dan perangsang untuk mereka terus berjaya pada masa akan datang.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 246 Majlis juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan serta memeriahkan majlis pada hari ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Yang Berhormat, YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari, di atas kesudian beliau merasmikan majlis Anugerah Cemerlang tahun 2023. Saya selaku pengacara majlis serta wakil bagi jawatankuasa yang terlibat ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan, terlanjur bicara mahupun tersilap kata sepanjang majlis berlangsung. Dengan itu, saya akhiri dengan serangkap pantun. Kalau ada tusuk yang patah, Jangan disimpan di dalam hati, Majlis Anugerah Cemerlang selesailah sudah, Jumpa lagi di lain hari. Sekiah terima kasih, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 247 37. MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON SABAH Oleh: WAN MUHAMAD HARIZ HAZWAN BIN WAN SAZALI Tarikh : 09 November 2023 Tempat : Dewan Auditorium IPG Kampus Gaya Masa : 7.00 pm Bil Perkara Catatan 1. Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. Daripada perkarangan Dewan Auditorium Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya saya mengucapkan selamat datang kepada anda semua. 2. Sementara menunggu tetamu kehormat tiba, semua hadirin dipersilakan untuk menonton tayangan montaj yang disediakan oleh semua guru-guru sekolah rendah di Sabah. Montaj ini bertujuan untuk menzahirkan rasa cinta dan silaturahim yang erat dikalangan warga pendidik di negeri Sabah walaupun berlainan tempat bertugas. Dilakukan sekiranya tetamu kehormat agak lama sampai ke majlis. Beberapa tayangan montaj sahaja (dengan makluman AJK Siaraya) 3. Semua hadirin dipersilkan untuk berdiri bagi menyambut ketibaan tetamu kehormat kita. Dipersilakan Yang Berbahagia Puan Fadhlina binti Sidek (Menteri Pendidikan Malaysia), Yang Berusaha Tuan Raisin bin Saidin (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah) dan Yang Berusaha Dr Gertrude Jock (Pengarah IPG Kampus Gaya) 4. Semua hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan rangkaian 3 buah lagu. lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku dan lagu Demi Ilmu dan Dharma.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 248 5. Para hadirin dipersilakan untuk duduk. 6. Yang Berbahagia Puan Fadhlina binti Sidek Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha Tuan Raisin bin Saidin selaku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Yang Berusaha Dr Gertrude Jock serta semua guru besar, penolong kanan, guru-guru dan staf sekolah yang dikasihi sekalian. Sekali lagi saya mengucapkan selamat datang ke Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah-Sekolah Zon Sabah. 7. Pergi mengembara ke bumi arab, Menuntut ilmu di bumi Mekah, Majlis dimulakan dengan beradab, Membaca doa memohon berkah. Bagi memberkati majlis makan malam kita ini, saya menjemput Ustaz Azas Azani bin Juakim untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan. 8. Terima kasih kepada Ustaz Azas Azani bin Juakim atas bacaan doa tadi, semoga dengan doa tadi majlis kita diberkati Allah SWT. Semua hadirin dipersilakan duduk. 9. Untuk memulakan majlis kita pada malam ini, marilah kita bersama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Dr Gertrude Jock, Pengarah IPG Gaya. Majlis mempersilakan. 10. Terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Gertrude Jock atas ucapan alu-aluan itu tadi. Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang jerami, Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 249 Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia untuk merasmikan majlis makan malam kita pada malam ini. 11. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Fadhlina binti Sidek atas ucapan perasmian itu tadi. 12. Para hadirin yang dikasihi sekalian, untuk memeriahkan lagi majlis kita pada malam ini. Kita akan menyaksikan persembahan-persembahan daripada guru-guru yang berbakat. Mesti kamu semua rasa bosan bah kan kalau duduk-duduk seja, kasi merdu dulu telinga kamu semua (kecindan). 1. Persembahan Tarian Tradisional 2. Persembahan Nyanyian Solo 3. Persembahan Koir 4. Persembahan Drama Pendidik 5. Persembahan Puisi Tradisional Marilah kita sama-sama saksikan persembahan daripada kumpulan-kumpulan guru dari sekolah rendah zon Sabah. Stage manager AJK Persembahan 13. Tamatlah sudah persembahan daripada guru-guru sekolah rendah yang sangat berbakat. Semoga ini menjadi semangat kepada guru-guru yang lain untuk mengasah bakat mereka sebagai seorang pendidik yang serba boleh. Seterusnya, para hadirin dijemput untuk menjamu selera makanan yang telah disediakan di meja masing-masing. Majlis juga menyediakan gerai pencuci mulut seperti aiskrim dan kek di bahagian kanan dewan sekiranya ada yang berminat. 14. Majlis menjemput Puan Fadhlina binti Sidek diiringi oleh tetamu kehormat untuk naik ke atas pentas bagi menerima cenderamata daripada pihak IPG Kampus Gaya serta hadiah daripada Encik Raisin bin Saidin selaku wakil bagi sekolah rendah Zon Sabah. AJK Cenderamata 15. Berakhirnya majlis penyampaian cenderamata itu tadi telah
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 250 menandakan tamatlah majlis makan malam kita pada malam ini. Bagai burung pulang ke sarang, Sarang dibina di pokok ara, Selesai majlis tandanya pulang, Menyusun jari maaf dipinta. Saya dari pihak Ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana ingin mengucapkan terima kasih kepada hadirin semua kerana sama sama memeriahkan majlis pada malam ini. Saya turut memohon maaf atas kesilapan dan kekurangan kami sepanjang majlis berlangsung. Yang kurang daripada kami dan yang terbaik adalah dari Allah SWT. Semoga berjumpa lagi di hari yang lain, Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 251 38. MAJLIS KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK.BONGOL, TAMPARULI KALI KE-25 TAHUN 2023 Oleh: EMMY ANIK Tarikh : 22 September 2023 Tempat : Sekolah Kebangsaan Bongol Masa : 11.00 pagi Bil Que Perkara 1 Mengumumkan ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Haji Sibin Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran (PPD) diiringi oleh Yang Dipertua Encik Azmi bin Salleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bersama Yang Berusaha Encik Rozes Kisi Guru Besar Sk.Bongol,Tamparuli Sabah. Hadirin dipersilakan duduk. 2 Salutasi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Yang Berusaha, Puan Indang Kasi binti Haji Sibin Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Yang Dipertua, Encik Azmi bin Salleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Yang berusaha, Encik Rozes Kisi Guru Besar Sk.Bongol, Tamparuli Sabah. Guru-guru penolong kanan Ahli Jawatankuasa PIBG Sk.Bongol
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 252 Para guru Para kakitangan sekolah Para ibu bapa dan seterusnya Murid-murid Sk.Bongol yang dikasihi sekalian. 3 Ucapan alu-aluan Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadirat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpulpada hari ini untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Sk.Bongol, Tamparuli kali ke-25 bagi tahun 2023 ini. Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan sukan pada tahun ini mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan Sk.Bongol kali ke-25. 4 Perbarisan lintas hormat Hadirin hadirat sekalian, Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah kita sama-sama menyaksikan perbarisan lintas hormat daripada semua kontinjen yang mengambil bahagian. Dengan itu,dijemput Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Haji Sibin Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan. -MUZIK PERBARISAN5 Perbarisan bendera kejohanan Hadirin yang dihormati, perbarisan lintas hormat akan dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan kita yang diketuai oleh Elfira Anik. Pembawa bendera Malaysia diwakili oleh Christina Osong. Pembawa bendera Sabah diwakili oleh Rafael Dominic. Pembawa bendera sekolah ialah Nor Hidayah binti Ambrose.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 253 Sementara itu, pembawa bendera kejohanan bagi setiap kotinjen pula diwakili oleh Stacy Angel bagi kontinjen rumah Antanom, Mohd Faizal bin Azam bagi kontinjen Rumah Rentap, Haikal bin Sanan bagi kontinjen rumah Mat Kilau dan Jesenta Rony bagi kontinjen rumah Mat Salleh. 6 Perbarisan kontinjen rumah Antanom Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Antanom dengan motonya ‘Antanom Maju Jaya’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Randy James dan dianggotai seramai 25 orang peserta. Pembawa sepanduk ialah Alisa binti Helmi dan ketua bagi kontinjen rumah Antanom ialah Puan Esterlita Julit. 7 Perbarisan kontinjen rumah Rentap Seterusnya, ialah kontinjen rumah Rentap yang dianggotai seramai 25 orang peserta yang diketuai oleh Fendy bin Mahin. Pembawa sepanduk ialah Damian Lugi dengan motonya ‘Jangan gentar’. Ketua bagi kontinjen rumah Rentap ialah Encik Tarri. 8 Perbarisan kontinjen rumah Mat Kilau Dengan mottonya ‘Lawan tetap lawan’ kini menyusul pula kontinjen rumah Mat Kilau yang diketuai oleh Therry Sabol. Kontinjen ini dianggotai seramai 25 orang peserta. Pembawa sepanduk ialah Cherly Sabol dan ketua bagi kontinjen ini adalah Puan Florida Sangau. 9 Perbarisan kontinjen rumah Mat Salleh Kontinjen yang terakhir ialah rumah Mat Salleh dengan mottonya ‘Berjuang menjadi Pemenang’ yang diketuai oleh Alessandra Eusebius. Pembawa sepanduk bagi rumah Mat Salleh ialah KImberly Yong. Kontinjen ini dianggotai seramai 25 orang peserta dan Ketua bagi kontinjen rumah Mat Salleh ialah Encik Pius Godsung. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Haji Sibin Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran kerana sudi menerima tabik hormat sebentar tadi. 10 Nyanyian lagu Negaraku Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 254 -NYANYIAN LAGU NEGARAKUMajlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian lagu Negaraku sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. 11 Bacaan doa Hadirin sekalian, sebagai tanda kesyukuran kita kepada ilahi serta memohon berkat daripada-Nya, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh Ustaz Sabri Bin Mahmud. Dipersilakan. -DOATerima kasih diucapkan kepada Ustaz Sabri bin Mahmud atas bacaan doa itu tadi. 12 Ucapan Guru Besar Hadirin yang dihormati, Majlis ini diteruskan lagi dengan sesi ucapan daripada Yang Berusaha Encik Rozes Kisi selaku Guru Besar Sk.Bongol Tamparuli. Dipersilakan. -UCAPANTerima kasih diucapkan kepada Encik Rozes kisi atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. 13 Ucapan perasmian Para tetamu yang dihormati sekalian,kini tiba masanya kita mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh Puan Indang Kasi binti Haji Sibin Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran dan seterusnya merasmikan pembukaan Kejohanan Sukan Tahunan Sk.Bongol kali ke-25 pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya,mempersilakan. -UCAPAN-
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 255 Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Indang binti Haji Sibin Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran atas kesudian beliau untuk hadir dan merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sk.Bongol kali ke-25. Diminta kepada Puan Indang binti Haji Sibin untuk menyempurnakan gimik perasmian. -GIMIK PERASMIANMajlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Indang Binti Haji Sibin kerana sudi merasmikan gimik perasmian Kejohanan Sukan TahunanSk.Bongol Tamparuli Kali ke-25 tahun2023. 14 Bacaan Ikrar Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan pembawa bendera bagi setiap kontinjen untuk maju ke hadapan bersama-sama bagi mengiringi lafaz ikrar kejohanan. Majlis mempersilakan pembaca ikrar kejohanan untuk mengetuai bacaan ikrar. -BACAAN IKRARDemikianlah tadi bacaan ikrar kejohanan yang diketuai oleh Elfira Anik. 15 Persembahan tarian Sumazau Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini,marilah kita samasama menyaksikan persembahan tarian Sumazau daripada persatuan Tarian Tradisional Sk.Bongol. Penari daripada persatuan ini terdiri daripada adik Liticia Jane, adik Carmen Julius, adik Sally Welly, adik Robin Herman dan adik Bryan Jude. Dipersilakan. -TARIAN SUMAZAU-
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 256 Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Tarian Tradisional Sk.Bongol.Bagi makluman semua,persatuan ini dibimbing oleh Encik Rozes Kisi Guru Besar Sk.Bongol. 16 Penyampaian cenderamata Sekarang dipersilakan pula Yang Berusaha Encik Rozes Kisi untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha Puan Indang Kasi bin Haji Sibin kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sk.Bongol kali ke-25 tahun 2023. -PENYAMPAIAN CENDERAMATATerima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Rozes Kisi atas kesudian menyempurnakan penyampaian cenderamata sebentartadi. 17 Penyampaian hadiah pertama Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi acara 100 meter untuk kategori lelaki dan perempuan. Majlis mempersilakan Yang DiPertua EncikAzmi bin Salleh untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara 100 Meter lelaki dan acara 100 meter perempuan. Pingat gangsa dimenangi oleh adik Harry Asmond daripada Kontinjen rumah Antanom. Pingat Perak pula dimenangi oleh adik Jacob Desmon daripada Kontinjen Rumah Antanom. Pingat emas menjadi milik Carry Olga daripada Kontinjen rumah Mat Kilau.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 257 Bagi acara 100 meter perempuan, Pingat gangsa dimenangi oleh Alvera Dikun daripada kontinjen rumah MatSalleh. Pingat Perak dimenangi oleh Sandralysa George daripada kontinjen rumah Rentap. Pingat emas dimenangi oleh Elora Ng daripada kontinjen rumah Mat Kilau. Majlis merakam terima kasih kepada Yang Di Pertua Encik Azmi bin Salleh kerana sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. 18 Penyampaian hadiah kedua Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan olahragawati sekolah. 19 Dipersilakan Puan Indang Kasi binti Haji Sibin diiringi oleh Encik Rozes Kisi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Penerima anugerah Olahragawan Kejohanan disandang oleh adik Therry Sabol daripada kontinjen rumah Mat Kilau. Seterusnya,penerima anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh adik Elfira Anik daripada kontinjen rumah Mat Kilau. Bagi kategori perbarisan terbaik disandang oleh rumah sukan Rentap. Dan inilah masa yang ditunggu-tunggu,johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan Sk.Bongol kali ke-25 tahun 2023
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 258 jatuh kepada kontinjen rumah Mat Kilau. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih diucapkan kepada Puan Indang Kasi binti Haji Sibin kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang. 20 Penutup Demikianlah berakhirnya majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sk.Bongol Tamparuli kali ke-25 tahun 2023.Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang bertungkus lumus agar majlis ini berjalan dengan lancar. Sekarang kita tampilkan Encik Azmi bin Salleh untuk ke tengah padang bagi melaungkan ‘hip-hip hooray’ sebanyak 3 kali sebagai penutup Kejohanan Sukan Tahunan Sk.Bongol kali ke25 tahun 2023. Semua murid diminta untuk ikut bersama untuk melaungkan ‘hip-hip hooray’ selepas dilaungkan oleh Encik Azmi. Demikianlah laungan semangat yang cukup lantang daripada Encik Azmi.Semoga laungan ini memberikankita inspirasi untuk sentiasa melibatkan diri dalam sukan sebagai wadah untuk menanam jiwa semangat kesukanan. 21 Perbarisan keluar padang Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan untuk keluar dari padang bagi setiap kontinjen dan murid-murid boleh bersurai. -PERBARISAN KELUAR PADANGDengan itu,maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sk.Bongol kali ke-25 tahun 2023. Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 259 mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat. Akhir kata daripada kami, Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi, Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi. Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan sekian terima kasih.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 260 39. SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU Oleh: FLORACCEL MIDIN Tarikh : 25 Mei 2023 Tempat : Hotel Harrington, Kota Kinabalu, Sabah Masa : 9.00 pagi Bil Que Perkara Catatan 1 Ketibaan tetamu kehormat Tuan-tuan dan puan-puan, Ketibaan Yang Berusaha Raisin bin Saidin A.D.K, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Haji Sibin A.D.K, Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran 2023 Yang dihormati, tetamu jemputan, pengetua-pengetua, guru besarguru besar, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai pejabat pelajaran daerah, ahli-ahli jawatankuasa pengelola Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran 2023, rakan-rakan guru, tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin yang dikasihi sekalian. Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan persembahan tarian sambut tamu. AJK sambutan akan mengiringi tetamu kehormat ke tempat duduk yang telah ditetapkan. 2 Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku Bagi membuka tirai majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Sidang hadirin dipersilakan berdiri. *Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dimainkan.*
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 261 Hadirin dijemput duduk. 3 Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Majlis dengan hormatnya menjemput Muhammad Haziq Aiman Muhamed Jefri dari Sekolah Menengah Sains Sabah untuk membacakan doa. *Bacaan doa.* Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. 4 Ucapan alualuan Selamat pagi dan salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. Bersyukur ke hadrat yang maha esa kerana dengan izin dan kurnia-Nya, dapat kita berkumpul pada pagi yang bermakna ini untuk bersama-sama menjayakan dan memeriahkan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran 2023. “Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA” itulah tema Hari Guru pada tahun ini. 5 Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran 2023 Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih, Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan pengikat kasih. Majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Haji Sibin A.D.K, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran 2023 untuk
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 262 menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan. *Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran 2023.* Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Haji Sibin A.D.K, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran 2023 atas ucapan alu-aluan itu tadi. 6 Ucapan Perasmian Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Raisin bin Saidin A.D.K bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran 2023. Dipersilakan. *Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran 2023.* Terbang melayang si anak kedidi, terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Raisin bin Saidin A.D.K atas ucapan dan perasmian sebentar tadi. 7 Gimik Perasmian Diminta Yang Berusaha Raisin bin Saidin A.D.K untuk kekal berada di atas pentas bagi upacara gimik perasmian. Majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Haji Sibin A.D.K untuk mengiringi Yang Berusaha Raisin bin Saidin
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 263 A.D.K dalam upacara pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran 2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Sebagai makluman, arca lilin yang bercahaya tersebut melambang guru sebagai penjana modal insan gemilang manakala, obor pula melambang peranan dan semangat guru yang berkobar-kobar dalam usaha mendidik anak bangsa. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Raisin bin Saidin A.D.K atas ucapan perasmian dan pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat daerah 2023. 8 Bacaan Ikrar Hari Guru Hadirin yang dikasihi, Majlis diteruskan dengan upacara bacaan ikrar. Bacaan ikrar ini akan diketuai oleh Encik Hassan bin Ukong dari Sekolah Menengah kebangsaan Tun Fuad Stephens, Kiulu (SMATSTEP). Hadirin dijemput berdiri dan melafazkan Ikrar bersama-sama. 9 Persembahan Koir Hadirin yang dihormati, bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, kita akan menyaksikan persembahan koir daripada pelajar- pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli yang bertajuk Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA. Setelah itu, majlis akan diteruskan dengan persembahan koir daripada gabungan guru-guru di daerah Tuaran dibawah pimpinan Puan Fouzelen Dunggi. Dipersilakan.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 264 *Persembahan Koir* Begitulah tadi persembahan koir daripada pelajarpelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli dan gabungan guru-guru di daerah Tuaran. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. 10 Penyampaian Anugerah 1 Sidang hadirin sekalian, beralih ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah: 1.Anugerah 3K 2.Anugerah Asrama Gemilang 3.Anugerah Guru Inovatif (baca senarai nama penerima anugerah) Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Haji Sibin A.D.K untuk menyampaikan hadiah kepada para penerima. *Sesi penerimaan anugerah.* Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Haji Sibin A.D.K. 11 Persembahan Tarian Hadirin yang dimuliakan, Sebelum kita beralih kepada penyampaian anugerah yang seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan tarian tradisional Botumban Kiulu daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Kiulu. Untuk pengetahuan semua, murid- murid ini
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 265 pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Tarian Etnik Kreatif peringkat antarabangsa di Sepanyol pada 22 hingga 30 Jun 2018 di bawah pimpinan Puan Debbie Janes Lim. Dipersilakan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Pekan Kiulu. 12 Penyampaian Anugerah 2 Sidang hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah Tokoh Guru Lelaki, Tokoh Guru Perempuan dan Tokoh Kepimpinan Guru Daerah Tuaran 2023. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah ini, majlis sukacitanya menjemput Yang Berusaha Raisin bin Saidin A.D.K diiringi oleh Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Haji Sibin A.D.K untuk naik ke pentas. Anugerah Tokoh Guru Lelaki Peringkat Daerah Tuaran bagi tahun 2023 dinobatkan kepada Encik Kalaivanan anak lelaki Kandasamy. Anugerah Tokoh Guru Wanita Peringkat Daerah Tuaran bagi tahun 2023 dinobatkan kepada Puan Wilbinah Bahoi. Tokoh Kepimpinan Guru Daerah Tuaran 2023 dinobatkan kepada Encik Robert Salumbi. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Raisin bin Saidin A.D.K. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah menerima anugerah.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 266 13 Penyampaian Cenderahati Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Haji Sibin A.D.K untuk menyampaikan cenderamata kepada yang berbahagia YBrs. Raisin bin Saidin A.D.K. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Indang Kasi binti Haji Sibin A.D.K. 14 Penutup Hadirin yang dimuliakan, Dengan berakhirnya penyampaian anugerah dan cenderahati tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Bagi pihak majlis, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan memeriahkan majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran 2023. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Sekian. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. 40. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI TAHUN 2022 Oleh: ARLIANA BINTI A ANAS Tarikh : 3 Mac 2023 Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Kem Tentera, Sandakan, Sabah
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 267 Masa : 8.00 pagi Bil Bil./Que Perkara Catatan 1 Ketibaan Perasmi Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia, Encik Marzuki bin Hj. Awang, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kem Tentera, Sandakan diiringi oleh dif-dif jemputan. Semua diminta untuk kekal berdiri. 2 Nyanyian 3 Buah Lagu Bagi memulakan majlis, marilah kita bersamasama menyanyikan Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku diikuti lagu sekolah dengan iringan muzik. Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. 3 Bacaan Doa Hadirin sekalian, Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Yang Dihormati, Ustaz Nizam Anuar bin Zahari. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan. 4 Salutasi Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Yang Berbahagia, Encik Marzuki bin Hj Awang selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kem Tentera. Yang Berusaha, Pn. Ainie Hj. Omar, Guru Besar SK Kem Tentera,
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 268 Encik Fairuz Kamil bin Kamis, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hamidah Usog; Penolong Kanan Hal ehwal Murid, En. Sharil bin Ashaari, Penolong Kanan Kokurikulum, Seterusnya, barisan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kem Tentera Sandakan dan muridmurid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. 5 Ucapan Alualuan MC Dari Dewan SK Kem Tentera mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi Tahun 2022. Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Justeru, besar harapan kami sebagai warga pendidik agar dapat mencetuskan lagi semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada masa akan datang. 6 Ucapan AluAluan Guru Besar, Pn. Ainie binti Hj. Omar Hadirin Sekalian, Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berusaha, Pn. Ainie binti Hj. Omar, Guru Besar SK Kem Tentera untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 269 Majlis mengucapkan terima kasih. 7 Ucapan Perasmian YDP Encik Marzuki bin Hj. Awang Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi. Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majis menjemput dan mempersilakan, Yang Berbahagia, Encik Marzuki bin Hj. Awang selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kem Tentera untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2022. Dipersilakan. Hadiri yang dihormati sekalian, dengan berakhirnya ucapan tadi, maka rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Encik Marzuki bin Hj. Awang merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi Tahun 2022. 8 Cenderamata untuk Perasmi Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput Yang berusaha, Pn Ainie binti Hj. Omar untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi, Yang Berbahagia, Encik Marzuki bin Hj. Awang, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Kem Tentera. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih. 9 Persembahan Koir Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan persembahan koir oleh murid-murid Tahun 6 Elit. Mereka akan
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 270 mempersembahkan sebuah koir yang bertajuk ‘Standing in The Eyes of The World’. Kumpulan ini mendapat bimbingan daripada En.Adeeb dan Pn. Safura. Dipersilakan. Demikianlah persembahan koir daripada murid Tahun 6 Elit SK Kem Tentera. Untuk makluman hadirin, kumpulan koir tersebut telah berjaya meraih Johan dalam pertandingan ‘Got Talent’ peringkat sekolah yang telah diadakan pada Oktober 2022. 10 Penyampaian Anugerah Kedudukan Kelas Berbaju Melayu bewarna merah, Diserikan dengan permata berlian; Tibalah masa penyampaian anugerah, Penerima teruja menunggu giliran. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi Tahun 2022 SK Kem Tentera pada hari ini akan dimulakan dengan Penyampaian Anugerah Kedudukan Kelas mengikut Tahun. Majlis menjemput dan mempersilakan Penyampai: Yang Berbahagia, Encik Marzuki bin Hj. Awang, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kem Tentera. Diiringi oleh: Pn. Ainie binti Hj. Omar, Guru Besar SK Kem Tentera, Sandakan. (baca senarai nama) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Marzuki bin Hj. Awang atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Tahap 1 dan Tahap 2. 11 Anugerah Mata Pelajaran Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Mata Pelajaran Terbaik bagi Tahap 1. Mata pelajaran 1. Bahasa
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 271 Terbaik Tahap 1 Bagi menyempurnakan acara ini, dijemput Penyampai: En. Fairuz Kamil bin Kamis, Penolong Kanan Pentadbiran SK Kem Tentera. Diiringi oleh: Pn. Hamidah Usog, Penolong Kanan Hal ehwal Murid. (baca senarai nama) Terima kasih kepada En. Fairuz Kamil atas penyampaian sijil sebentar tadi. Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Dunia Sains & Teknologi 4. Matematik 5. Pendidikan Islam 6. Pendidikan Moral 7. Pendidikan Seni Visual 8. Pendidikan Kesihatan 9. Pendidikan Jasmani 10. Dunia Muzik 11. Bahasa Arab 12 Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahap 2 Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Mata Pelajaran Terbaik bagi Tahap 2. Bagi menyempurnakan acara ini, dijemput Penyampai: En. Sharil Ashaari, Penolong Kanan Kokurikulum SK Kem Tentera. Diiringi oleh: Hamidah Usog, Penolong Kanan Hal ehwal Murid SK Kem Tentera. (baca senarai nama) Terima kasih kepada En. Sharil Ashaari atas penyampaian sijil sebentar tadi. 13 Rehat Hadirin sekalian, Terbang sekawan si burung merbuk, Batang selasih di Tanjung Dara; Padamu tuan kami persembah, Santapan kasih juadah mesra. Majlis berehat sebentar untuk memberi ruang kepada tetamu jemputan, guru-guru, ibu bapa dan murid menjamu selera. Dipersilakan. 14 Persembahan Tarian Tahun 1 Hadirin yang dikasihi, Awan bersua citra berkisah, Ukiran sukma kilauan
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 272 kelisa; Bingkisan anugerah hampir sudah, Persembahan pelajar menyusul pula. Majlis diteruskan dengan mempersilakan murid Tahun 1 untuk mempersembahkan Tarian Zapin Usik Mengusik. Tarian Zapin ini mendapat bimbingan daripada Pn. Wan Norhaziani dan Pn. Kasumah. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang cukup menarik itu tadi. 15 Penyampaian Sijil Penghargaan kepada wakil Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pengawas dan Pengawas Perpustakaan Para hadirin sekalian, Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas atas kepimpinan yang telah ditunjukkan. Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Penyampai: Yang Berusaha Pn Ainie Hj. Omar Guru Besar SK Kem Tentera Diiringi oleh: En. Sharil Ashaari Penolong kanan Kokurikulum SK Kem Tentera (baca senarai nama) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Pn. Ainie Hj. Omar atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. 16 Anugerah Khas Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Khas Kategori Kehadiran Penuh Setiap Kelas, Tokoh Kokurikulum dan Sukan, Tokoh Kurikulum dan Tokoh Nilam. Penyampai: Yang Berbahagia,En. Marzuki bin Hj. Awang, Yang Dipertua PIBG SK Kem Tentera Kategori: 1. Kehadiran Penuh 2. Tokoh Kokurikulum dan sukan 3. Tokoh
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 273 Diiringi oleh: En. Fairuz Kamil, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kem Tentera (baca senarai nama) Majlis merakamkan penghargaan kepada Yang Berbahagia, En. Marzuki Hj. Awang atas kesudian beliau menyempurnakan penyampaian anugerah itu tadi. Kurikulum Tokoh Nilam 17 Penutup Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami mengundur diri. Saya Ammar Khusyairi dan Arliana Anas menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata sepanjang kami berbicara. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir sekali, terimalah serangkap pantun daripada kami, Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Assalamualaikum dan terima kasih. 41. MAJLIS PENUTUPAN HARI KELUARGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Oleh: MASYITAH BINTI MOHD ANUAR Tarikh : 25 OGOS 2023 Tempat : DEWAN BARU IPG KAMPUS GAYA
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 274 Masa : 8.00 pagi Bil Bil./Que Perkara Catatan 16. Pemakluman Awal Hadirin yang dihormati sekalian, Sebentar lagi para tetamu kehormat akan tiba dan program akan dimulakan. Sebelum itu, di sini terdapat beberapa pengumuman untuk perhatian para hadirin. 1. Hadirin diingatkan untuk meletakkan telefon bimbit di dalam mode senyap sepanjang program berlangsung. 2. Para Hadirin juga diingatkan untuk mengurangkan pergerakan bagi melancarkan lagi program. 3. Hadirin sekalian juga diminta untuk berada di dalam kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan. 17. Ketibaan Tetamu Kehormat Para Hadirin Sekalian, Mengumumkan Ketibaan, Yang amat berhormat Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan Adun Tanjung Keramat diiringi dif-dif kehormat untuk masuk ke dalam dewan. 18. Nyanyian Lagu Hadirin diminta untuk kekal berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku dan lagu IPG Malaysia.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 275 *** Nyanyian lagu Semua hadirin dipersilakan duduk. 19. Pembukaan/ Aluan BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH SALAM SEJAHTERA, SALAM MALAYSIA MADANI. Yang Amat Berhormat Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan Adun Tanjung Keramat. Yang berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang berusaha Dr. Norafidah Binti Noralidin Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Yang berusaha Pn. Sharifah Mazni Binti S. Mokhtar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Para pensyarah, para pelajar serta hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke Majlis Penutupan Hari Keluarga Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya sesi 2023. 20. Bacaan Doa Majlis mengalu-alukan dan merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Datuk kerana tidak pernah menolak undangan untuk
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 276 bersama belia. Sebelum kita melangkah ke acara yang berikutnya, doa dibaca bagi mohon keberkatan. Kalau pergi ke tanjung rambutan, Singgah sebentar rumah Cik Samat, Bersama kita menadah tangan, Moga majlis mendapat rahmat. Bagi memberkati majlis yang penuh berbahagia ini, Marilah kita bersama-sama menadah tangan bagi memgaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh, Al-fadhil Ustaz Abdullah bin Ahmad. - Bacaan Doa - Aamin, Aamin Aamin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara atas pimpinan bacaan doa sebentar itu tadi. 21. Kata Aluan Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, mempertemukan kita pada hari ini bagi menjayakan Majlis Penutupan Hari Keluarga Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi sesi 2023. Untuk makluman para hadirin sekalian, pada tahun ini, buat kali pertamanya Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya mengadakan hari keluarga yang bertemakan, “Hari Keluarga: Hari Kita Semua.” Program ini melibatkan semua warga Gaya yang terdiri dari para pensyarah, staf dan pelajar. Program ini diadakan bertujuan
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 277 menyediakan platform bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan serta mempertingkatkan kefahaman mengenai kepentingan institusi kekeluargaan dalam komuniti Gaya. 22. Persembahan Pembukaan Hadirin dan hadirat sekalian, Ke Kuala Perlis membeli manggis, Singgah sebentar di tepi jeti, Persembahan Pembukaan memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur sekali. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pembukaan dari kumpulan gaya dance. Majlis mempersilakan. - Persembahan - Jutaan terima kasih diucapkan kepada kumpulan gaya dance atas persembahan yang sangat hebat itu tadi. Buat makluman para hadirin sekalian, gaya dance merupakan kumpulan tarian rasmi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya yang dilatih khas. 23. Ucapan Alualuan Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput dan mempersilakan Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan … - Selesai Ucapan Aluan - Terima kasih kepada Dr. Gerturude Jock selaku
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 278 pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya atas ucapan alu- aluan sebentar itu tadi. 24. Ucapan Perasmian Baiklah, kini tiba kita ke acara yang dinanti iaitu ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh tetamu kehormat kita pada hari ini. Curah serbat di atas lantai, Basah tikar lupa disidai, Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Untuk itu, majlis dengan penuh hormat dan takzimnya menyemput, Yang Berusaha Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan Adun Tanjung Keramat untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan penutupan Hari Keluarga Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, - Selesai ucapan perasmian - Terima kasih Datuk atas ucapan serta kesudian merasmikan penutupan Hari Keluarga IPG Kampus Gaya. 25. Persembahan Koir Seterusnya tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh kumpulan Koir Gaya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -Persembahan Koir - Majlis mengucapkan terima kasih atas
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 279 persembahan yang memukau sebentar itu tadi. 26. Tayangan Montaj Pakaian dipakai cantik berseri, Majlis Keraian kita semua, Majlis kita, takkan berseri. Tanpa adanya persembahan multimedia. Oleh itu, marilah kita sama-sama menonton tayangan montaj yang disediakan oleh pihak media IPG Kampus Gaya. -Tayangan Montaj - Tahniah diucapkan kepada pihak media yang bertungkus lumus membuat video montaj yang amat menarik sekali. 27. Penyampaian Hadiah Pemenang Para hadirin yang dihormati sekalian, Kini tibalah acara yang dinanti-nantikan pada hari ini iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang yang mengikuti acara sepanjang program Hari Keluarga dijalankan. Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Datuk Ir. Shahelmey Bin yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan Adun Tanjung Keramat diiringi Dr. Gertrude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, -Sesi Penyampaian hadiah28. Penyampaian Adat menerima ada balasannya, Adat bergayung ada sambutnya.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 280 Hadiah Cenderamata Kalau berubat ada pengerasnya, Apalah jua kiranya Datuk sudi menerima cenderamata daripada kami. Oleh itu, pihak majlis berbesar hati untuk memberikan sedikit kenang-kenangan sebagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita yang sudi meluangkan masa pada hari, majlis dengan sukacitanya menjemput Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat kita. Seterusnya dijemput pula Yang Berusaha Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya untuk menerima sedikit cenderamata dari pihak kami. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan - Penyampaian Cenderamata - Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk atas kesudian menerima sedikit kenangkenangan dari pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. 29. Sesi Fotografi Seterusnya, majlis menjemput tetamu kehormat dan barisan pentadbiran untuk naik ke pentas bagi upacara fotografi. Dipersilakan. - Sesi Fotografi - Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu jemputan kita diatas kesudian mengikuti sesi
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 281 fotografi sebagai kenang-kenangan bersama warga Gaya. 30. Penutup Hadirin yang dihormati sekalian, Ucapan sudah, perasmian sudah, fotografi pun sudah. Dengan berakhirnya sesi fotografi, maka berakhirlah majlis penutupan Hari Keluarga Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi sesi 2023. Sebelum menoktahkan bicara, majlis sekali lagi ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya atas kesudian hadir menyerikan majlis pada hari ini. Ikan dimakan bersama sayuran, Sayang lada terlupa bagi, Terima kasih hadirin sekalian, Lain kali bersua lagi. Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang hadir serta Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini. Dengan ini selesai lah sudah majlis kita pada hari ini, sampai berjumpa di tahun hadapan. Maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak kami menyusun sepuluh jari memohon ampun jika terdapat kekhilafan sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T. dan segala kekurangan kelemahan diri kami sendiri. Sekian Wabillahitaufiq Walhidayah W.B.T
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 282 Majlis menjemput tetamu kehormat untuk menjamu selera di bilik VIP. Mengumumkan keberangkatan keluar dif-dif jemputan meninggalkan perkarangan majlis. Majlis bersurai. Sekian.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 283 42. SKRIP MAKAN MALAM TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ZON SABAH TAHUN 2023 Oleh: NUR HAFIZAH BINTI JULAIMI Tarikh : 4 Jun 2023 Tempat : Dewan Utama Hotel Red Pencil, Kota Kinabalu, Sabah Masa : 7.00 pm Bil Bil./Que Perkara Catatan 1 KETIBAAN TETAMU KEHORMAT DAN DIF-DIF KEHORMAT Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat duduk masing-masing. Para hadirin diharapkan dapat berdiri semasa ketibaan para tetamu VIP kita pada malam ini. Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Encik Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Yang Berusaha, Encik Suhaimi bin Haji Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Yang Berusaha, Puan Junaidah binti Yassin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Inanam Dua, Guru-guru Besar, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 2 TARIAN SAMBUT TAMU - Tarian Sambut Tamu - Berikan tepukan yang gemuruh kepada Kesuma Tari atas tarian sambut tamu sebentar tadi. 3 SALUTASI Sirih junjung penyeri majlis, Majlis makan malam kita raikan, Selamat datang tamu ke majlis, Majlis makan malam kita sajikan.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 284 Selamat datang ke Majlis Makan Malam Tahunan Peringkat Sekolah Rendah Zon Sabah Tahun 2023. Saya Nur Hafizah binti Julaimi, selaku pengacara majlis anda pada malam ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani. Kami bagi pihak jawatankuasa majlis, mengalualukan kedatangan, Yang Berusaha, Encik Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Yang Berusaha, Encik Suhaimi bin Haji Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Yang Berusaha, Puan Junaidah binti Yassin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Inanam Dua. Seterusnya, Guru-guru besar, tuan-tuan dan puan-puan, yang dihormati sekalian. Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat bertemu di dalam majlis yang indah ini. Untuk makluman hadiran sekalian, majlis ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara sekolah rendah zon sabah.
KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 285 4 BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami memadah, Mohon berkat Yang Maha Esa. Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Mohd Azmi bin Tajuddin. Majlis mempersilakan. Aamin, Aamin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Azmi bin Tajuddin atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. 5 UCAPAN ALUALUAN TUAN RUMAH Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan, Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. Hadirin Sekalian, Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Puan Junaidah binti Yassin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Inanam Dua untuk menyampaikan ucapan alu- aluan. Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha, Puan Junaidah binti Yassin sebentar tadi. 6 UCAPAN ALUALUAN Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha Encik Raisin bin Saidin, Pengarah