The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PACK3013 PENGURUSAN ACARA, 2023-10-25 00:53:23

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

Keywords: Skrip Pengacaraan Majlis,Pengacara Majlis

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 86 semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan majlis pada hari ini. Tanam sirih dalam taman, Gali lubang tepi perigi, Terima kasih hadiran Budiman, Lain kali bersua lagi. Saya Cynthia Anabella Anak Kasim, pengacara anda sepanjang hari majlis ini mengucapkan terima kasih. Majlis bersurai.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 87 15. PROGRAM DESTINI SMJ ANAK MUDA SABAH Oleh: ABBY NURAZIANIETA BINTI LATI Tarikh : 15 Jun 2023 Tempat : Dewan Besar dan Auditorium Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Masa : 10:00 pagi - 12:00 tengah hari Masa Tentatif Teks Emcee 10.00 PAGI PEMAKLUMAN AWAL DIMINTA SEMUA HADIRIN UNTUK MENGAMBIL TEMPAT KERANA MAJLIS KITA AKAN BERMULA SEBENTAR SAHAJA LAGI. PERHATIAN KEPADA SEMUA HADIRIN, UNTUK MELANCARKAN PERJALANAN MAJLIS, KAMI MEMOHON KERJASAMA SEMUA HADIRIN UNTUK MELETAKKAN TELEFON BIMBIT DALAM MOD SENYAP. KETIBAAN TETAMU KEHORMAT MENGUMUMKAN KETIBAAN, YANG BERHORMAT DATUK FAIRUZ RENDDAN, PEMBANTU MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH YANG BERUSAHA TUAN AZRUL BIN IBRAHIM, PENGARAH IKRAR DIIRINGI BARISAN DIF-DIF KEHORMAT. LAGU NEGARAKU YANG BERHORMAT DATUK FAIRUZ RENDDAN, YANG BERUSAHA TUAN AZRUL BIN IBRAHIM, PENGARAH IKRAR SERTA HADIRIN SEKALIAN DIMINTA UNTUK KEKAL BERDIRI BAGI MENYANYIKAN RANGKAIAN DUA BUAH LAGU IAITU LAGU NEGARAKU DAN LAGU SABAH TANAH AIRKU.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 88 -Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah AirkuHADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK. KATA ALUAN PENGACARA BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH, SALAM MALAYSIA MADANI, SALAM SABAH MAJU JAYA DAN SALAM DI GAYAKU DEMI ILMU DAN DHARMA. .......RUJUK SALUTASI....... PEMIMPIN-PEMIMPIN BELIA SABAH, BARISAN PARA PENSYARAH DAN STAF PENGURUSAN, BARISAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPG KAMPUS GAYA SESI 2023/2024, PARA PELAJAR SERTA WARGA GAYA YANG DIKASIHI SEKALIAN SELAMAT DATANG KE MAJLIS PROGRAM DESTINI SMJ ANAK MUDA SABAH PADA HARI YANG PENUH BERBAHAGIA INI. (berhenti seketika, kerana kebiasaannya penonton akan berikan tepukan gemuruh ketika ini) BACAAN DOA BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT, DIPETIK GADIS DI TEPI TITI, DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT, MOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI. BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA HARI INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DIPIMPIN OLEH SAUDARA


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 89 MOHAMMAD SOLEHUDDIN BIN SAKARANG -Bacaan DoaAMIN AMIN YA RABBAL `ALAMIN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA MOHAMMAD SOLEHUDDIN BIN SAKARANG ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI. OBJEKTIF PROGRAM DESTINI SMJ ANAK MUDA SABAH UNTUK MAKLUMAN PARA HADIRIN SEKALIAN, DESTINI SMJ ANAK MUDA SABAH MERUPAKAN SEBUAH PROGRAM YANG DIILHAMKAN OLEH INSTITUT KERJASAMA KERAJAAN DAN RAKYAT (IKRAR), JABATAN KETUA MENTERI SABAH BAGI MENGUMPUL PANDANGAN, IDEA SERTA ASPIRASI RAKYAT BERKENAAN PELAKSANAAN HALA TUJU SABAH MAJU JAYA SELAIN DIJADIKAN PLATFORM UNTUK MENYAMPAIKAN DASAR DAN POLISI KERAJAAN NEGERI SABAH AGAR RAKYAT DAN KERAJAAN SEIRING DALAM MENGANGKAT NEGERI INI KE KEDUDUKAN YANG TERBAIK. SYUKUR ALHAMDULILLAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS GAYA TELAH DIPILIH SEBAGAI LOKASI PERTAMA BAGI PROGRAM INI DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) IPG KAMPUS GAYA DAN SAHABAT IKRAR.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 90 PENYERAHAN SESI BUAL BICARA JIKA KE SAWAH TIDAK BERTEMAN, PULANGNYA SENDIRI JANGAN DINANTI, JIKA HIDUP TIDAK BERIMAN, BAGAIKAN PADI TIDAK BERISI. SETERUSNYA, TANPA MELENGAHKAN MASA LAGI, SAYA MENYERAHKAN MAJLIS INI KEPADA MODERATOR UNTUK MENGENDALIKAN SESI BICARA DESTINI SMJ ANAK MUDA SABAH. DENGAN INI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA, MEMPERSILAKAN. - Sesi Bual Bicara- -Selesai Sesi Bual BicaraJUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA NURUL FAIZAH BINTI NORDIN MODERATOR DAN JUGA KEDUA-DUA PANEL YANG BERHORMAT DATUK FAIRUZ RENDDAN, PEMBANTU MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH DAN YANG BERUSAHA TUAN AZRUL BIN IBRAHIM, PENGARAH IKRAR ATAS SESI BUAL BICARA YANG AMAT INTERAKTIF SEBENTAR TADI. SEMOGA SESI BUAL BICARA TADI DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA KITA SEMUA. DIJEMPUT PARA PANEL UNTUK KEMBALI KE TEMPAT DUDUK.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 91 PENYAMPAIAN CENDERAMATA MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA. DENGAN INI, MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA TUAN AZRUL BIN IBRAHIM, PENGARAH IKRAR UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA YANG BERHORMAT DATUK FAIRUZ RENDDAN, PEMBANTU MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN -Penyampaian CenderamataDAN SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN ATAS KESUDIAN PIHAK IKRAR UNTUK BEKERJASAMA DENGAN JPP IPG KAMPUS GAYA, MAJLIS MENJEMPUT AHMAD AZAMMUDIN BIN AMIR BAKAR, YANG DIPERTUA JPP IPG KAMPUS GAYA UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA TETAMU KEHORMAT KITA. DIPERSILAKAN -Penyampaian CenderamataJUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN DAN SEKALI LAGI KITA BERIKAN TEPUKAN GEMURUH KEPADA TETAMU KEHORMAT KITA.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 92 SESI FOTOGRAFI HADIRIN SEKALIAN, DENGAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA ITU TADI MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS PROGRAM DESTINI SMJ ANAK MUDA SABAH KITA PADA HARI INI. BAGI PIHAK MAJLIS, KAMI INGIN MEMOHON KEMAAFAN SEKIRANYA TERDAPAT KEKURANGAN DAN KETERLANJURAN DI SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG YANG BERHORMAT DATUK FAIRUZ RENDDAN, PEMBANTU MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH DAN YANG BERUSAHA TUAN AZRUL BIN IBRAHIM, PENGARAH IKRAR DIJEMPUT UNTUK NAIK KE ATAS PENTAS BAGI SESI FOTOGRAFI. PARA HADIRIN JUGA DIMINTA SAMA-SAMA BERDIRI UNTUK MENGAMBIL GAMBAR BERAMAI-RAMAI YANG AKAN DIAMBIL OLEH JURUKAMERA. BERSURAI SIDANG HADIRIN JUGA DIJEMPUT UNTUK MENIKMATI JAMUAN YANG TELAH DISEDIAKAN DI KAFETERIA IPG KAMPUS GAYA. KAMI AKHIRI MAJLIS KITA PADA HARI INI DENGAN SERANGKAP PANTUN, PERGI KE DUSUN MEMETIK KELAPA, KELAPA MUDA SI KELAPA BARLI, JARI DISUSUN MAAF DIPINTA, PANJANG USIA BERSUA KEMBALI. SEKIAN


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 93 WABILLAHITAUFIQWALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHWABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 94 16. MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-65 Oleh: SHEKINAH LEONG LEE HUA Tarikh : 30 Ogos 2023 Tempat : Dewan Auditorium Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 7.45 pagi Pemakluman Awal Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, mohon para hadirin untuk penuhkan ruang tempat duduk di hadapan dan pastikan mod telefon dalam mod senyap agar tidak menimbulkan sebarang gangguan semasa majlis dijalankan. Para hadirin juga diminta untuk berdiri semasa ketibaan para tetamu kehormat sebentar lagi. 8.00 pagi Ketibaan tetamu kehormat Hadirin sekalian, Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Tuan Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Diiringi oleh Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, serta barisan dif-dif kehormat masuk ke dewan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 95 8:05 pagi Nyanyian Lagu Dif-dif Kehormat dan para hadirin dipersilakan untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Tiga Buah Lagu: Iaitu, lagu “Negaraku”, Lagu “Sabah Tanah Airku”, Lagu “IPGM”. - Lagu “Negaraku” - Lagu “Sabah Tanah Airku” - Lagu “IPGM” - selesai nyanyian - Hadirin dipersilakan duduk. 8:15 pagi Salutasi Bismillahirahmanirrahim Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa Segaya. Yang Berusaha, Tuan Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya, Yang berusaha, Dr. Norafidah Noradilin, Timbalan pengarah IPG Kampus Gaya, Yang dihormati Ketua-ketua jabatan, Ketua-ketua unit, Para pensyarah,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 96 Barisan kepimpinan JPP 2023/2024, Para pelajar, Serta hadirin sekalian. Ucapan Alu- aluan Pengacara Ceria wajah terserlah manis, Hati berkobar semangat dibawa, Sambutan merdeka penyeri majlis, Sematkan gagah di dalam jiwa. Majlis berbesar hati mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 peringkat IPG Kampus Gaya. 8:20 pagi Bacaan Doa Hadirin yang dimuliakan, Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis, marilah samasama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Mohammad Najmi Bin Shukordi siswa pendidik Semester 8 pengkhususan Pengajian Sejarah. Dipersilakan… - selesai doa - Amin ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kedapa saudara Najmi atas bacaan doa itu tadi.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 97 8:30 pagi Objektif Program Para hadirin sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua warga pendidik di IPG Kampus Gaya bersama melangkah seiring memegang iltizam menjadi warganegara yang patriotik. Dengan tema, ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan ke-65 sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni dan muhibbah. Konsep Madani menggambarkan kepercayaan yang dicerna antara kerajaan dan rakyatnya berdasarkan pada asas ketelusan dan kerjasama. Objektif melahirkan masyarakat Madani membolehkan setiap manusia mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan. Justeru, konsep Madani perlu difahami dan diamalkan bukan sahaja penting untuk setiap orang daripada pemimpin namun setiap warga perlu dijadikan amalan supaya segala nilai baik dapat dibentuk dan dipertahankan. 8:40 pagi Ucapan Perasmian Seterusnya, Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang Berusaha, Tuan Raisin bin Saidin,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 98 Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk menyampaikan ucapan. Dengan penuh tunduk kasihnya, dipersilakan… - selesai ucapan - Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan beliau tadi. 9:00 pagi Tayangan Video Hadirin sekalian, majlis pada pagi ini akan diserikan dengan tayangan video ‘Demi Kemerdekaan Kita’ yang dihasilkan oleh kumpulan PISMP Semester 8 pengkhususan Pengajian Bahasa Melayu dan Sejarah. Sama-sama kita saksikan… - selesai tayangan video - Majlis mengucapkan terima kasih atas hasil video pelajar yang amat bermakna. 9:15 pagi Persembahan Pemenang Pertandingan Deklamasi Sajak Hadirin sekalian, Majlis akan diteruskan dengan Persembahan Deklamasi Sajak oleh saudari Sanddralysa Gordon siswa pendidik PISMP Semester 8 pengkhususan Pengajian Bahasa Melayu. Untuk makluman para hadirin,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 99 sajak yang bertajuk ‘Merdeka Jiwa’ merupakan hasil nukilan Johan saudari Sanddralysa dalam Pertandingan Mencipta Sajak anjuran Biro Akademik JPP. Majlis mempersilakan... - selesai deklasmasi sajak - Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudari Sanddralysa atas deklamasi sajak tadi. 9:15 pagi Persembahan Lakonan Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan persembahan lakonan ‘Mengenangmu Pejuang’ yang disediakan oleh kumpulan PISMP Semester 8 pengkhususan Pengajian Sejarah bawah pimpinan Dr. Sapihi @ Shafehee Dulamit, Ketua Jabatan Sejarah IPG Kampus Gaya. Sama-sama kita saksikan… - selesai lakonan - Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan lakonan yang amat menyentuh hati. 9:30 pagi Penyampaian Cenderamata kepada VIP Hadirin sekalian, seterusnya adalah upacara penyampaian cenderamata. Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha, Tuan Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 100 Diiringi oleh Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, untuk naik ke pentas. Dipersilakan… - setelah mereka naik ke pentas - Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga kepada tetamu kehormat kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri dan menyempurnakan majlis pada hari ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha, Tuan Raisin bin Saidin. selesai penyampaian cenderamata - Majlis mengucapkan terima kasih. 9:45 pagi Nyanyian Lagu Hadirin sekalian, Majlis mempersilakan kumpulan Koir yang dibarisi oleh siswa pendidik PPISMP dengan lagunya, ‘Saya Anak Malaysia’ yang diiringi pasukan Orkestra Tradisional BAKAT GAYA IPG Kampus Gaya, bawah pimpinan Dr. Lucy Gawis @ Noranisa Abdullah. Dipersilakan…


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 101 - selesai nyanyian - Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Seterusnya, majlis menjemput para hadirin untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu ‘Malaysia Sehati Sejiwa’. 10.00 pagi Bersurai Hadirin yang dikasihi sekalian, Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Saya mewakili jawatankuasa program memohon ampun ke atas salah silap sepanjang pengendalian majlis. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Diiringi dif-dif kehormat Untuk meninggalkan majlis. Sekian terima kasih dan salam hormat.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 102 17. MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU IPGK GAYA Oleh: LI SZE JIA Tarikh : 26 Jun 2023 Tempat : Dewan Auditorium IPGK Gaya Masa : 8.00 Pagi Masa Tentatif Teks Emcee 8.00 PAGI PEMAKLUMAN AWAL MOHON PERHATIAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN. SEBELUM ACARA BERMULA, KAMI MENGHARAPKAN HADIRIN DAPAT MELETAKKAN MODE TELEFON DALAM MODE SENYAP SUPAYA TIDAK MEMBERI SEBARANG GANGGUAN TEKNIKAL KETIKA RAKAMAN MAJLIS BERLANGSUNG. SAMBIL KITA MENANTIKAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT YANG AKAN TIBA NANTI... KAMI PERSEMBAHKAN, TAYANGAN MONTAJ MENGENAI STRUKTUR BANGUNAN BARU SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN. KETIBAAN TETAMU KEHORMAT PARA HADIRIN SEKALIAN, MENGUMUMKAN KETIBAAN, YANG BERHORMAT, DATUK MOHAMAD BIN HAJI ALAMIN, TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II. YANG BERBAHAGIA,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 103 DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. YANG BERUSAHA, DR GERTURUDE JOCK, PENGARAH IPGK GAYA. DIIRINGI BARISAN DIF-DIF KEHORMAT. LAGU NEGARAKU HADIRIN DIMINTA BERDIRI UNTUK NYANYIAN LAGU NEGARAKU - LAGU NEGARAKU - HADIRIN DIJEMPUT DUDUK KATA ALUAN PENGACARA BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH SALAM SEJAHTERA DAN SALAM MALAYSIA MADANI YANG BERHORMAT, DATUK MOHAMAD BIN HAJI ALAMIN, TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II YANG BERBAHAGIA, DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF, KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YANG BERUSAHA, DR GERTURUDE JOCK, PENGARAH IPGK GAYA


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 104 YANG DIHORMATI, RAKAN – RAKAN MEDIA , TUAN - TUAN DAN PUAN - PUAN, SERTA HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU IPGK GAYA. PADA HARI YANG PENUH BERBAHAGIA INI. BACAAN DOA ALHAMDULILLAH, HARI YANG DINANTI TELAH PUN TIBA, SEBELUM KITA MENERUSKAN ACARA, DOA DIBACA MOHON KERAHMATAN. BAGI MEMBERKATI MAJLIS YANG PENUH BERBAHAGIA INI MARILAH KITA SAMA - SAMA MENADAH TANGAN MEMANJATKAN DOA YANG AKAN DIPIMPIN OLEH SAUDARA HASSAN BIN ABU - Bacaan Doa - TERIMA KASIH SAUDARA HASSAN BIN ABU ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI. OBJEKTIF PROGRAM PARA HADIRI SEKALIAN, SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM….. MAJLIS INI BERTUJUAN


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 105 MEMAKLUMKAN KEPADA MASYARAKAT LUAR IPGK GAYA TENTANG KEMAJUAN MENYEMPURNAKAN FASILITI UNTUK PENDIDIKAN PELAJAR IPGK GAYA SERTA MELAHIRKAN PERASAAN KESYUKURAN WARGA IPGK GAYA DENGAN KEMUDAHAN BANGUNAN BAHARU YANG TELAH DISEDIAKAN. UCAPAN ALUAN HADIRIN YANG BUDIMAN, BAGI MEMBUKA TIRAI MAJLIS, DENGAN SUKACITANYA SAYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN, YANG BERUSAHA, DR GERTURUDE JOCK, PENGARAH IPGK GAYA. UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUAN DIPERSILAKAN…… - SELESAI UCAPAN ALUAN - TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA DR GERTURUDE JOCK ATAS UCAPAN ALUAN ITU TADI UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA, DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 106 PENDIDIKAN MALAYSIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA. DENGAN PENUH TAKZIM, DIPERSILAKAN - SELESAI UCAPAN PERASMIAN - MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH YANG BERBAHAGIA, DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF ATAS UCAPAN ITU TADI UCAPAN PERASMIAN BAIKLAH, KINI TIBA KITA KE ACARA YANG DINANTI, IAITU UCAPAN PERASMIAN YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH TETAMU KEHORMAT KITA HARI INI. UNTUK ITU MAJLIS DENGAN PENUH HORMAT DAN TAKZIMNYA MENJEMPUT… YANG BERHORMAT, DATUK MOHAMAD BIN HAJI ALAMIN, TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN SETERUSNYA, MERASMIKAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU IPGK GAYA. MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 107 - SELESAI UCAPAN PERASMIAN - MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH YANG BERHORMAT DATUK MOHAMAD BIN HAJI ALAMIN ATAS UCAPAN PERASMIAN ITU TADI DAN DI MOHON DATUK MOHAMAD BIN HAJI ALAMIN UNTUK TERUS BERADA DI PENTAS BAGI ACARA SETERUSNYA. GIMIK PERASMIAN DENGAN INI, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA, DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF, YANG BERUSAHA DR GERTURUDE JOCK, DAN TETAMUTETAMU KEHORMAT UNTUK MENGIRINGI YANG BERHOMAT DATUK MOHAMAD BIN HAJI ALAMIN UNTUK MENYEMPURNAKAN GIMIK PERASMIAN DIPERSILAKAN - GIMIK PERASMIAN - DENGAN POTONGAN REBEN DAN MENANDATANGAN PLAK PERASMIAN ITU TADI MAKA RASMI SUDAH BANGUNAN BAHARU IPGK GAYA.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 108 BERIKAN TEPUKAN GEMURUH KEPADA TETAMU KEHORMAT KITA LAWATAN HADIRIN SEKALIAN, BAGI ACARA SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA DR. GERTURUDE JOCK BAGI MEMPERSILAKAN DAN MENGIRINGI YANG BERHORMAT DATUK MOHAMAD BIN HAJI ALAMIN, YANG BERBAHAGIA DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF SERTA JEMPUTAN-JEMPUTAN LAIN UNTUK MELAWAT BANGUNAN BAHARU IPGK GAYA PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA VVIP SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KEPADA TETAMU KEHORMAT KITA YANG SUDI MELUANGKAN MASA PADA HARI INI, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA DR GERTURUDE JOCK, UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU KEHORMAT KITA DIPERSILAKAN - PENYAMPAIAN CENDERAHATI -


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 109 RIBUAN TERIMA KASIH DAN KITA BERIKAN SEKALI LAGI TEPUKAN GEMURUH KEPADA TETAMU KEHORMAT KITA. HADIRIN SEKALIAN DENGAN PENYAMPAIAN ITU TADI MAKA SEMPURNALAH MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU IPGK GAYA KITA PADA HARI INI BAGI PIHAK MAJLIS KAMI INGIN MEMOHON KEMAAFAN SEKIRANYA TERDAPAT KEKURANGAN DAN KETERLANJURAN DI SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG SIDANG MEDIA YANG BERHOMAT DATUK MOHAMAD BIN HAJI ALAMIN DAN YANG BERBAHAGIA DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF DIJEMPUT UNTUK KE SESI SIDANG MEDIA YANG AKAN DIADAKAN DI BELAKANG DEWAN BERSURAI SIDANG HADIRIN JUGA DIJEMPUT UNTUK MENIKMATI JAMUAN YANG TELAH DISEDIAKAN DI CAFETERIA BILIK VIP SEKIAN WABILLAHITAUFIQ WALHIDAYAH ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHUWABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 110 18. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI (OPSYEN PENGAJIAN MELAYU) PERINGKAT IPG KAMPUS GAYA Oleh: NURUL HAFIQAH ERRY BINTI BASRI Tarikh : 11 MEI 2023 (KHAMIS) Tempat : DEWAN SERBAGUNA IPG KAMPUS GAYA Masa : 08.30 PAGI Masa Tentatif Teks Emcee MAKLUMAN AWAL (FARAH) Kami bagi pihak majlis mengalu - alukan kehadiran para hadirin ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat IPG Kampus Gaya bagi tahun 2023. Mohon perhatian hadirin sekalian. Bagi memastikan kelancaran majlis yang akan bermula sebentar lagi, para hadirin diminta duduk di tempat yang telah disediakan. Terima kasih. KETIBAAN PENGARAH IPG KAMPUS GAYA (RIZWAN) Hadirin yang dihormati sekalian.... Mengumumkan ketibaan, Yang berusaha, Dr Gertrude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dan Dif - Dif Kehormat.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 111 NYANYIAN NEGARAKU DAN BELIA MALAYSIA (FARAH) Dif-dif kehormat dan hadirin sekalian dipersilakan untuk terus berdiri bagi sama- sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku dan lagu IPGM. Dif-dif kehormat dan hadirin sekalian dipersilakan duduk. UCAPAN ALUALUAN EMCEE (RIZWAN) Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pohon cemara, Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Salam Sejahtera dan Salam Demi Ilmu dan Dharma. Yang Berusaha, Dr Gertrude Jock, Pengarah Ipg Kampus Gaya. Yang Berusaha, Dr Norafidah binti Noralidin, Timbalan Pengarah Ipg Kampus Gaya. Yang Berusaha, Puan Khadijah binti Adenan, Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Pensyarah - pensyarah Pengajian Melayu dan siswa siswi guru sekalian.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 112 (RIZWAN & FARAH) Selamat datang kami ucapkan ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi opsyen Bahasa Melayu peringkat IPG Kampus Gaya. BACAAN DOA (FARAH) Sebelum kita melangkah ke acara yang berikutnya…. Doa dibaca mohon keberkatan. Maka dengan ini saya persilakan “Mohd Azuwan bin Reji” bagi memimpin bacaan doa. Terima kasih kepada “Mohd Azuwan bin Reji” atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. UCAPAN ALU - ALUAN OLEH PENGARAH (RIZWAN) Hadirin dan hadirat, Ketupat dihidang enak rasanya, Rendang menjadi pilihan kita, Bingkisan kata bingkisan raya, Puan pengarah bermadah kata. Dengan itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Dr Gertrude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 113 Majlis merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Gertrude Jock di atas ucapan sebentar tadi. JAMUAN (FARAH) Ketupat lemang biskut kuih raya, Rendang daging jangan dilupa, Ayam merah juga sudah tersedia, Tunggu apa lagi jom kita jamu selera. Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan. PERSEMBAHAN (RIZWAN) Adat tuan adat berserah, Mari datang membawa puan, Adat bersih adat sejarah, Untuk tuan kami sembahkan. Sementara hadirin menjamu selera, marilah sama - sama menyaksikan persembahan nyanyian daripada Kugiran Asmaraloka. Majlis mempersilakan. Demikianlah persembahan daripada Kugiran Asmaraloka sebentar tadi.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 114 PENUTUP (FARAH) Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis memohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan hari raya aidilfitri ini dapat dilangsungkan dengan meriahnya. Segala silap sepanjang majlis ini harap dimaafkan. Sekian daripada kami, saya Farah dan saya Rizwan. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 115 19. MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT IPG KAMPUS GAYA Oleh: NAJWA AMNI BINTI MOHAMAD Tarikh : 6 Julai 2023 Tempat : Dewan Auditorium IPG Kampus Gaya Masa : 8.00 Pagi – 12.00 Tengahari Masa Tentatif Teks Emcee 8.00 pagi Ketibaan tetamu kehormat Para hadirin sekalian, mengumumkan ketibaan Al-Fadhil Ustaz Suhaidi bin Haji Kuanting Al- Hafiz diiringi oleh Yang Berusaha Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, Dr Norafidah binti Noralidin dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Yang Berusaha Encik Tengku Zahiribin Tengku Abdul Wahab. Kata aluan Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semuliamulia pesuruhNya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz Suhaidi bin Haji Kuanting Al-Hafiz, Imam Masjid Negeri Sabah, Yang Berusaha Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, Dr Norafidah binti Noralidin dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Yang Berusaha Encik Tengku Zahiri bin Tengku Abdul Wahab yang merangkap Pengerusi bagi Jawatankuasa Majlis Khatam al-Quran Peringkat IPG Kampus Gaya. Seterusnya yang diraikan, pelajar-pelajar opsyen Pendidikan Islam ambilan Jun 2020 serta semua pelajar yang dikasihi sekalian.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 116 Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh, alhamdulillah setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, kerana dengan izin dan limpah hidayahNya, dapat sama-sama kita berhimpun di dewan auditorium pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan Majlis Khatam al-Quran Peringkat IPG Kampus Gaya. Bacaan doa Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya dengan mempersilakan Mohd Annas Eizzan bin Alizan untuk memimpin bacaan doa. (Bacaan doa) Terima kasih diucapkan kepada Mohd Annas Eizzan bin Alizan yang telah mengetuai bacaan doa sebentar tadi. Alunan Asma’ul Husna Seterusnya, marilah kita bersama-sama mengalunkan Asma’ul Husna agar majlis ini berada di bawah rahmat Allah. (Alunan Asma’ul Husna) Objektif Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak IPG Kampus Gaya bagi meningkatkan kecemerlangan para pelajar dalam bidang Tilawah al-Quran di samping melahirkan sahsiah pelajar yang seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi. Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi membudayakan amalan membaca al-Quran dalam kehidupan. Mudah- mudahan segala yang dilaksanakan berada di bawah keredhaan Allah.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 117 Ucapan aluan Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Dr Norafidah binti Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Ucapan aluan) Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr Norafidah binti Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Ucapan perasmian Tersergam indah Istana Menanti, Kayunya dibawa dari Melaka, Inilah tika saat dinanti, Majlis dirasmi tirai dibuka. Bagi meneruskan majlis, dengan sukacitanya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Suhaidi bin Haji Kuanting Al-Hafiz, Imam Masjid Negeri Sabah bagi menyampaikan ucapan serta merasmikan Majlis Khatam al-Quran Peringkat IPG Kampus Gaya. Majlis dengan ini mempersilakan. (Ucapan perasmian) Jutaan terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Suhaidi bin Haji Kuanting Al-Hafiz, Imam Masjid Negeri Sabah di atas ucapan perasmian sebentar tadi. Maka, rasmilah sudah Majlis Khatam al-Quran Peringkat IPG Kampus Gaya. 9.00 pagi Sesi bacaan alQuran Majlis seterusnya menjemput Ustaz Suhaidi bin Haji Kuanting Al-Hafiz, Imam Masjid Negeri Sabah diiringi wakil-wakil usrah iaitu pelajar- pelajar opsyen Pendidikan Islam ambilan Jun 2020 untuk memimpin Majlis Khatam al-Quran kita pada ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Bacaan al-Quran) Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 118 limpah kurniaNya, maka selesailah sesi bacaan al-Quran pada sebentar tadi. 10.45 pagi Sesi persembahan Majlis Khatam al-Quran diserikan lagi dengan menjemput pelajar-pelajar opsyen Pendidikan Islam ambilan 2021 bagi mempersembahkan nyanyian nasyid yang bertajuk Rahmatun Lil’ Alameen. Untuk makluman sidang hadirin, kumpulan nasyid ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Zulkifli Bin Saari. Dengan sukacitanya dipersilakan. (Persembahan nyanyian nasyid) Terima kasih diucapkan atas persembahan yang penuh bertenaga sebentar tadi. 11.00 pagi Sesi penyampaian sijil Majlis seterusnya diteruskan dengan sesi penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar yang menyertai program Khatam al-Quran Peringkat IPG Kampus Gaya. Untuk makluman sidang hadirin hadirat yang dikasihi, pada tahun ini seramai 200 orang pelajar yang berjaya khatam al-Quran mengikut kriteria yang ditetapkan. Majlis dengan ini mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Suhaidi bin Haji Kuanting Al-Hafiz, Imam Masjid Negeri Sabah, diiringi oleh Yang Berusaha Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, Dr Norafidah binti Noralidin dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Yang Berusaha Encik Tengku Zahiri bin Tengku Abdul Wahab bagi sesi penyampaian sijil kepada 10 orang wakil pelajar. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Penyampaian sijil) Jutaan terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Suhaidi bin Haji Kuanting Al-Hafiz, yang diiringi oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, Dr Norafidah binti Noralidin dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Encik Tengku Zahiri bin Tengku Abdul Wahab atas sesi penyampaian sijil sebentar tadi.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 119 11.50 pagi Sesi penyampaian cenderahati Sebagai tanda ikhlas hari daripada pihak majlis, dipersilakan Yang Berusaha Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, Dr Norafidah binti Noralidin diiringi oleh Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Yang Berusaha Encik Tengku Zahiri bin Tengku Abdul Wahab bagi menyampaikan cenderahati kepada Al-Fadhil Ustaz Suhaidi bin Haji Kuanting Al-Hafiz, Imam Masjid Negeri Sabah. (Penyampaian cenderahati) Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Suhaidi bin Haji Kuanting Al- Hafiz kerana sudi menyempurnakan majlis. 12.00 tengahari Penutup Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, dengan berakhirnya sesi penyampaian cenderahati kepada perasmi maka Majlis Khatam al-Quran Peringkat IPG Kampus Gaya akan melabuhkan tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Ucapan tahniah juga kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti program Khatam al- Quran Peringkat IPG Kampus Gaya. Selesai meriah majlis acara, Perkara baik jadi pedoman, Andai ada terlanjur bicara, Salah silap harap dimaafkan. Saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 120 20. MAJLIS PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU. Oleh: SANDDRALYSA GODON Tarikh : 20 JULAI 2023 Tempat : DEWAN AUDITORIUM IPG KAMPUS GAYA Masa : 8.30 PAGI – 11.30 TENGAH HARI Masa Tentatif Teks Emcee 8.25 pagi – 8.30 pagi Makluman awal Bagi memastikan kelancaran majlis yang akan bermula sebentar lagi, perkara-perkara berikut diminta diberi perhatian. Para hadirin diminta mematikan talian telefon bimbit atau menukar bunyi telefon bimbit ke mod senyap. Para hadirin juga di minta duduk ditempat yang telah disediakan. Terima kasih. 8.30 pagi – 8.35 pagi Pengumuman Ketibaan jemputan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Yang Berusaha Dr Norafidah binti Noralidin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Yang Berusaha, Puan Khadijah binti Adenan, Ketua Jabatan Pengajian Melayu. dan para pensyarah.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 121 8.35 pagi – 8.45 pagi Nyanyian lagu Hadirin dan hadirat diminta untuk kekal berdiri bagi sama-sama menyanyikan rangkaian 3 buah lagu, iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Insitut Pendidikan Guru Malaysia. ******************** Hadirin dan hadirat dijemput untuk duduk. 8.45 pagi - 8.50 pagi Salutasi Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock (Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya) Yang Berusaha, Puan Khadijah binti Adenan (Ketua Jabatan Pengajian Melayu) Yang Berusaha, Michael Angelo Benjoron (Pengerusi Pertandingan Pengucapan Awam) Barisan Hakim Yang Adil lagi Bijaksana, barisan pensyarah, para peserta dan hadirin yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke Pertandingan Pengucapan Awam Peringkat IPG Kampus Gaya. 8.50 pagi – 8.55 pagi Bacaan Doa Kalau pergi ke Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon berkat, Moga majlis mendapat berkat.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 122 Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan penuh takzim, menjemput Mohd Amir Faisal untuk memimpin bacaan doa *********************************** Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Amir atas kesudian memimpin bacaan doa sebentar tadi. 8.55 pagi - 9.00 pagi Ucapan alualuan Pengerusi Pertandingan Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, majlis menjemput, saudara Michael Angelo Benjoron, Pengerusi Pertandingan Pengucapan Awam untuk menyampaikan kata alu-aluan. Majlis mempersilakan. ************************************** Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kata alualuan sebentar tadi. 9.00 pagi - 9.05 pagi Pengenalan Program Hadirin sekalian, Sebelum tirai pertandingan dibuka, izinkan saya memperkenalkan barisan panel hakim yang akan mengadili pertandingan pengucapan awam pada hari ini. Pertandingan ini akan diadili oleh 3 orang hakim yang adil lagi bijaksana. Hakim Encik Othman bin Abd Aziz (Ketua Hakim) Hakim Kedua Dr. Rozita binti Buyoh Hakim Ketiga


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 123 Dr. Rahmah binti Abd Ghani. Makluman kepada para peserta, keputusan daripada pihak hakim adalah muktamad. 9.05 pagi - 9.10 pagi Peraturan Pertandingan Di sini saya akan membacakan peraturan-peraturan pertandingan. 1. Peserta tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif mengenai bangsa dan agama 2. Pada pusingan pertama, setiap peserta diberikan masa selama 7 minit untuk membuat pengucapan awam mengikut teks masing-masing 3. Pada pusingan kedua, setiap peserta diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan secara spontan berdasarkan tajuk rawak yang diberikan. 4. Penjaga masa akan menekankan loceng sebanyak 2 kali menandakan masa pengucapan sudah selesai. 5. Keputusan pengadil adalah muktamad Semua peserta diharapkan untuk cakna akan semua peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. 9.10 pagi - 10.00 pagi Pusingan 1 Hadirin yang dihormati sekalian, tanpa melengahkan masa lagi. majlis mempersilakan peserta pertama, iaitu saudara Mohd Azuwan Bin Reji dengan tajuknya ‘Guru Cemerlang Negara Terbilang’ ********************************** Begitulah ucapan mantap yang disampaikan oleh peserta pertama sebentar tadi. Seterusnya, majlis menjemput peserta kedua, iaitu saudari Ira Richel Benedict dengan tajuk ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Semua’ ************************************ Selesai ucapan daripada peserta kedua.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 124 Majlis menjemput peserta terakhir, iaitu Rezzy Elyana Robin engan tajuknya ‘Berguru demi Ilmu, Bina Generasi Baru’. ************************************* Hadirin sekalian, berakhirnya ucapan daripada peserta ketiga, maka berakhirlah pusingan pertama pada pagi ini. 10.00 pagi - 10.40 pagi Pusingan 2 Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Majlis diteruskan dengan pusingan kedua, iaitu ucapan spontan berdasarkan tajuk yang diberikan secara rawak sebentar tadi. Tanpa membuang masa, majlis menjemput peserta pertama untuk menyampaikan ucapan dengan tajuk yang sudah dipilih. ************************************** Ringkas tetapi padat ucapan yang diberikan oleh peserta pertama. Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kedua untuk menyampaikan ucapan beliau dengan tajuk yang sudah dipilih. ************************************* Tidak kurang hebatnya isi ucapan peserta kedua sebentar tadi. Akhir sekali, majlis menjemput peserta terakhir untuk menyampaikan ucapan dengan tajuk yang telah dipilih. ************************************** Selesainya ucapan daripada peserta terakhir, maka selesailah Pertandingan Pengucapan Awam kita pada pagi ini.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 125 10.40 pagi - 11.00 pagi Persembahan Selingan Awan bersua citra berkisah, Ukiran sukma kilauan kelisa; Ucapan peserta selesai sudah, Persembahan pelajar menyusul pula. Bagi memberi ruang kepada panel hakim untuk memuktamadkan keputusan pertandingan, mari kita saksikan persembahan selingan daripada kugiran asmarakolo. Majlis dengan sukacitnya mempersilakan. *************************************** Demikianlah persembahan yang cukup menarik daripada kugiran asmarakolo sebentar tadi. 11.00 pagi - 11.20 pagi Penyampaian sijll dan hadiah kepada para pemenang Tuan-tuan dan puan-puan, keputusan pertandingan sudah berada di tangan saya. Oleh itu, saya menjemput Dr. Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya diringi oleh Puan Khadijah binti Adenan untuk naik ke pentas untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang. Tanpa melengahkan lagi debaran di hati, saya umumkan pemenang tempat ketiga disandang oleh saudari Ira Richel Benedict. Saudari dijemput untuk naik ke pentas untuk menerima sijil dan hadiah. Seterusnya, Naib Johan disandang oleh saudari Rezzy Elyana Robin. Dijemput saudari untuk naik ke pentas bagi penerimaan hadiah. Johan bagi Pertandingan Pengucapan Awam Peringkat IPG Kampus Gaya tahun 2023 disandang oleh saudara Mohd Azuwan bin Reji. Dijemput Johan untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah dan sijil. Majlis merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang pada hari ini.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 126 11.20 pagi - 11.25 pagi Sesi fotografi Pengarah, Ketua Jabatan dan para pemenang diminta untuk terus kekal berada di atas pentas untuk sesi fotografi. 11.25 pagi - 11.30 pagi Penutup Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Saya, mohd Najmi bin Shukordi, pengacara pada hari ini mengucapkan Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh, Sekian dari kami, terima kasih.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 127 21. MAJLIS SAMBUTAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT Oleh: CHOR DI SENG Tarikh : 31/7/2022 Tempat : Dewan Auditorium Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Masa : 7.30 PAGI- 9.15 PAGI Masa Tentatif Teks Emcee 7.30 PAGI Pemakluman Awal Mohon Perhatian kepada hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Sebelum acara bermula, kami mengharapkan hadirin sekalian diminta mengambil tempat yang telah disediakan supaya memudahkan majlis dijalankan. Sementara kita menunggu ketibaan Tetamu Kehormat, kita mengisi waktu yang terluang dengan menyaksikan Tayangan Montaj Mengenai Majlis Sambutan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit. Sama-sama kita Saksikan. 8.00 PAGI Ketibaan Tetamu Kehormat Pada Hadirin Sekalian, Mengumumkan Ketibaan, Yang Berusaha Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme Kementerian Pendidikan Malaysia. Diiringi oleh, Yang Berusaha Dr. Gertrude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Yang Berusaha Dr. Norafidah Noralidin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. & Barisan Dif-dif Kehormat.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 128 Hadirin sekalian diminta berdiri. 8.05 PAGI Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Rasmi IPGM Hadirin Sekalian, Majlis kita tidak akan sempurna, jika tidak diserikan dengan nyanyian lagu. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Rasmi IPGM. Dif-Dif Kehormat dan hadirin sekalian diminta berdiri. - Lagu Negaraku - - Lagu Sabah Tanah airku - - Lagu Rasmi IPGM - Dif-Dif Kehormat dan hadirin sekalian dipersilakan duduk. 8.15 PAGI Kata Aluan Pengacara Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & salam sejahtera, Yang Berusaha Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme, Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang Berusaha Dr. Gertrude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Yang Berusaha Dr. Norafidah Noralidin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan serta hadirin sekalian, Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 129 Selamat datang ke “Majlis Sambutan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” pada hari yang penuh berbahagia ini. 8.20 PAGI Bacaan Doa Alhamdulillah, bagi memberkati majlis pada pagi ini, menjemput saudara isma harith untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -Selepas bacaan doaAmin amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudara Isma Harith atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. 8.25 PAGI Objektif Program Para hadirin sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, Objektif Program ini adalah untuk menggalakkan pelajar IPG Gaya, untuk membaca selama 10 minit, sebagai tanda komitmen terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. 8.30 PAGI Ucapan Aluan Hadirin yang dihormati, Daun semulur di pekan sari Batang jerami rebah ke bumi Madah dihulur sembah diberi Kata perasmi hajatnya kami Sebagai pembuka tirai bicara, Majlis mempersilakan, Yang Berusaha Dr. Gertrude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 130 untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan. - Selesai ucapan aluan - Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Gertrude Jock, atas ucapan aluan itu tadi. 8.40 PAGI Ucapan Perasmian Hadirin Sekalian, Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi, Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Dengan segala hormatnya, majlis kini menjemput tetamu kehormat kita hari ini Yang Berusaha Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya, merasmikan “Majlis Sambutan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit”. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha. - Selesai Ucapan Perasmian - Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Perasmian Itu tadi. Dimohon Tuan Haji Shafruddin untuk terus berada di pentas bagi acara seterusnya.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 131 8.50 PAGI Gimik Perasmian Majlis seterusnya segala hormatnya, mempersilakan Dr. Gertrude Jock dan Dr. Norafidah Noralidin, Untuk mengiringi Tuan Haji Shafruddin Menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan - Gimik Perasmian – Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin atas kesudian, menyempurnakan gimik perasmian sebentar tadi. 8.55 PAGI Persembahan Hadirin sekalian, Maka, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara Lam Rui Chang untuk memulakan persembahan nyanyian “Semakin Hari Semakin Sayang”. Majlis merakamkan terima kasih kepada saudara Lam Rui Chang, kerana telah sudi menyeramakan suasana majlis tadi. 9.05 PAGI Penyampaian Cenderahati kepada VVIP Hadirin sekalian, Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita yang sudi meluangkan masa pada hari ini, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Haji Shafruddin diiringi oleh Dr. Gertrude Jock dan Dr. Norafidah Noralidin untuk menerima cenderahati penghargaan. Dipersilakan… - Penyampaian Cenderahati -


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 132 Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dengan tepukan gemuruh kepada Tuan Haji Shafruddin atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi. 9.15 PAGI Bersurai Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka tamatlah “Majlis Sambutan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” pada hari ini. Pihak Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menghabiskan masa untuk menjayakan majlis hari ini. Kami memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Di lain masa bersua lagi. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 133 22. MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2023 Oleh: CHEW KAI YEE Tarikh : 16 Disember 2023 (Sabtu) Tempat : Dewan Besar dan Auditorium, IPG Kampus Gaya Masa : 7.00 malam Masa Tentatif Teks Emcee 7.15 MALAM PEMAKLUMAN AWAL Sementara menanti ketibaan Yang Berusaha Dr Pengarah, marilah kita menghayati persembahan tarian tradisional, Tarian Inang dari pelajar PISMP Bahasa Melayu SJKC 2 P Ambilan Jun 2021. Sama-sama kita saksikan. 7.30 MALAM KETIBAAN TETAMU KEHORMAT Mengumumkan Ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha Dr Gerturude Jock Pengarah IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Diiringi oleh, Yang Berusaha Dr Norafidah Noradilin Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya, dan barisan dif-dif kehormat masuk ke dewan. 7.35 MALAM NYANYIAN LAGU Dif-dif kehormat dan para hadirin dipersila terus berdiri untuk menyanyikan 3 buah lagu “Negaraku”, “Sabah Tanah Airku” dan “Lagu Rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia” ~ Selesai Nyanyian ~ Dif-dif kehormat dan para hadirin dipersilakan duduk. 7.40 MALAM KATA ALUAN PENGACARA Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Yang Berusaha Dr Norafidah Noradilin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Yang Berusaha Dr Sapihi Hj. Dulamit, Pengerusi Majlis Jamuan Akhir Tahun 2023


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 134 Yang Dihormati ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah dan pelajar sekalian. Selamat petang, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Saya Chew Kai Yee, pengacara majlis malam ini, saya ingin mengucapkan selamat datang ke Majlis Jamuan Ahkir Tahun 2023! 7.45 MALAM BACAAN DOA Bagi memberkati majlis yang penuh berbahagian ini marilah kita sama-sama menadah tangan memanjatkan doa yang akan dipimpin oleh Saudara Wan Hariz, pelajar dari kelas Pendidikan Agama Islam Ambilan Jun 2020. ~Bacaan Doa~ Terima kasih diucapkan kepada Saudara Wan Hariz atas pimpinan doan sebentar tadi. 7.55 MALAM OBJEKTIF PROGRAM Para hadirin sekalian, Seperti yang kita sedia maklum majlis malam ini adalah untuk bersama-sama menikmati makan malam dan saling merapatkan hubungan antara para pensyarah dan warga IPG Kampus Gaya. Haraplah majlis jamuan malam ini akan menjadi wadah untuk berkumpul dan berjumpa semula pensyarah yang baru bersara. 8.00 MALAM UCAPAN ALUAN Hadirin yang Budiman, Bagi membuka tirai majlis, dengan sukacita saya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Dr Sapihi Hj. Dulamit, sebagai Pengerusi Majlis Jamuan Akhir Tahun 2023 untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan. ~Selesai Ucapan Aluan~ Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr Sapihi Hj. Dulamit, Pengerusi Majlis Jamuan Akhir Tahun 2023 atas ucapan sebentar tadi.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 135 8.05 MALAM UCAPAN PERASMIAN Baiklah, Kini tiba kita ke acara yang dinanti, iaitu ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh tetamu kehormat kita hari ini. Untuk itu majlis dengan penuh hormat dan takzimnya menjemput Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Jamuan Akhir Tahun 2023. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. ~Selesai Ucapan Perasmian~ Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr Pengarah atas ucapan perasmian itu tadi. 8.10 MALAM PERSEMBAHAN 1 Majlis diteruskan dengan acara yang dinanti- nantikan oleh semua hadirin iaitu acara persembahan. Persembahan akan dimulakan dengan pelajar PISMP opsyen Muzik ambilan Jun 2021 dengan tajuknya “Chun Xii”, dipersilakan. 8.15 MALAM GIMIK PERASMIAN Untuk itu majlis dengan sukacita menjemput Yang Berusaha Dr Sapihi Hj. Dulamit, dan Yang Berusaha Dr Norafidah Noradilin untuk mengiring Yang Berusaha Dr Gerturude Jock Untuk menyempurnakan gimik perasmian dipersilakan . ~Gimik perasmian~ Dengan ini, majlis perasmian ini secara rasminya dilancarkan berikan tepukan gemuruh kepada tetamu kehormat kita. Dimohon tetamu kehormat kita untuk terus berada di pentas bagi acara seterusnya.


Click to View FlipBook Version