The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PACK3013 PENGURUSAN ACARA, 2023-10-25 00:53:23

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

Keywords: Skrip Pengacaraan Majlis,Pengacara Majlis

KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 36 10.50 pagi Sidang Media Hadirin sekalian dengan penyampaian itu tadi maka sempurnalah Majlis Pelancaran Program Jom Kitar Semula Tahun 2023 kita pada hari ini. Bagi pihak majlis, kami ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan keterlanjuran di sepanjang majlis ini berlangsung. Yang Berusaha Dr Gertrude Jock Dijemput untuk ke sesi sidang media yang akan diadakan di Bilik Mesyuarat Mawar Bangunan Baru IPG Kampus Gaya. 11.00 pagi Bersurai Sidang hadirin juga dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan di Cafe Bangunan Baru IPG Kampus Gaya. Sekian, wabbilahitaufiqwalhidayah assalamualaikum warahmatullahuwabarakatuh dan salam sejahtera.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 37 7. MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPG KAMPUS GAYA TAHUN 2023 Oleh: AUJI NUR IZZATI BINTI ABDUL MUTALIB Tarikh : 20 Mei 2023 Tempat : Dewan Auditorium IPG Kampus Gaya Masa : 7.00 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 7.30 pagi Pemakluman awal & ketibaan pelajar Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Sebelum acara bermula, kami mengharapkan hadirin dapat meletakkan telefon bimbit anda dalam keadaan mod senyap. Apabila diumumkan ketibaan para jemputan, hadirin dipohon untuk berdiri sehinggalah dipersilakan duduk. Inshallah majlis kita akan berlangsung sebentar sahaja lagi. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih. 8.00 pagi Ketibaan tetamu kehormat Lagu Negaraku Para hadirin sekalian, Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Diiringi oleh barisan dif-dif kehormat. Dipohon para hadirin untuk terus berdiri bagi nyanyian lagu Negaraku. - Lagu Negaraku - Hadirin dipersilakan duduk.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 38 8.30 pagi Salutasi Tikar pucuk tikar mengkuang, Dibawa pulang oleh si dara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim, Assalmualaikum dan salam Malaysia Madani. Yang Berusaha, Dr Geturude Jock, Pengaruh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya. Yang Dihormati, Puan Sharifah Mazni Syed Mokhtar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Yang Dikasihi, saudara Ahmad Azamuddin bin Amir Bakar Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya Sesi 2023/2024, Memerangkap Pengerusi Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Gaya. Seterusnya, Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, barisan para pensyarah, staf pengurusan, barisan perwakilan IPG Kampus Gaya sesi 23/24 serta warga Gaya yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke “Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Gaya Tahun 2023” dengan tema “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 39 9.00pagi Bacaan Doa Hadirin yang dihormati sekalian, Bunga ros cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi, Doa dibaca memohon Rahmat, Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi memberkati majlis yang penuh berbahagia ini, marilah kita sama-sama menadah tangan memanjatkan doa yang akan dipimpin oleh saudara Haziq Khan Hanania. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. - Bacaan doa - Amin Ya Rabbal a’lamin Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Haziq Khan Hanania atas pimpinan doa sebentar tadi. Ucapan aluan YDP JPP Buah jambu jatuh ke rumput, Diambil gadis lalu dimakan, Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan. Maka dengan itu, majlis mempersilakan saudara Ahmad Azamuddin bin Amir Bakar, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya Sesi 23/24 merangkap Pengerusi Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Gaya Tahun 2023 untuk menyampaikan ucapan aluan, dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Ahmad Azamuddin bin Amir Bakar, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya Sesi 23/24 atas ucapan aluan itu tadi.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 40 10.00 pagi Ucapan Amanat KPM sempena Hari Guru Besar langit di tepi busut, Besar tak muat di dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Dengan ini, majlis menjemput Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, bagi menyampaikan ucapan dan amanat Kementerian Pendidikan Malaysia sekaligus merasmikan “Majlis Terima kasih Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, atas ucapan dan amanat yang disampaikan sebentar tadi. Mohon kepada Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya untuk terus berada di atas pentas bagi acara seterusnya. Gimik Perasmian Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput, Yang Dihormati, Puan Sharifah Mazni Syed Mokhtar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar diiringi oleh Yang Dikasihi, saudara Ahmad Azamuddin bin Amir Bakar, Yang Dipertua JPP IPG Kampus Gaya Sesi 2023/2024 untuk mengiringi Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya untuk sama-sama menyempurnakan gimik perasmian Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2023. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. - Gimik perasmian - Majlis mengucapkan ribuan terima kasih Yang Berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 41 Gaya, Puan Sharifah Mazni Syed Mokhtar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar atas kesudian menyempurnakaan gimik perasmian Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2023. Dengan ini, majlis perasmian ini secara rasminya dilancarkan. Diharapkan agar tetamu kehormat untuk terus berada di atas pentas bagi penyampaian cenderamata. 10.30 pagi Penyampaian cenderamata kepada perasmi Hadirin sekalian, sebagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita sudi meluangkan masa pada hari ini, majlis menjemput Yang Dikasihi, saudara Ahmad Azamuddin bin Amir Bakar, Yang Dipertua JPP IPG Kampus Gaya untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi majlis kita Yang Berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya. Dipersilakan. - Penyampaian cenderamata - Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan kita berikan sekali lagi tepukan gemuruh kepada tetamu kehormat kita. Persembahan penutup Para hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama menyaksikan Persembahan Koir dari PISMP Pendidikan Muzik Ambilan Jun 2021. Dipersilakan. - Persembahan Koir - Majlis mengucapkan terima kasih kepada PISMP Pendidikan Muzik Ambilan Jun 2021 atas persembahan yang menarik itu tadi.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 42 11.00 pagi Nyayian Lagu & Sesi Bergambar Seterusnya, diminta semua hadirin untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan lagu Demi Ilmu dan Dharma. - Lagu Kami Guru Malaysia dan Lagu Demi Ilmu dan Dharma - Hadirin sekalian, diminta hadirin untuk kekal berdiri bagi sesi bergambar. 11.30 pagi Bersurai Dengan itu, maka berakhirlah Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Gaya Tahun 2023 kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa untuk menjayakan majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa barli, Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bersua kembali. Bagi pihak majlis, kami ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan keterlanjuran di sepanjang majlis ini berlangsung. Sekian sahaja daripada kami, Wabillahitaufiqwalhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 43 8. MAJLIS PERSARAAN PENSYARAH Oleh: LIM WEI JIE Tarikh : 29 Jun 2023 (Khamis) Tempat : Dewan Auditorium Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 10.00 pagi Pemakluman Awal Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Sebelum majlis hari ini dimulakan, kami mengharapkan hadirin dapat penuhkan ruang tempat duduk di hadapan serta meletakkan mood telefon dalam mood senyap supaya tidak memberi sebarang gangguan teknikal sepanjang majlis berlangsung. Seterusnya, hadirin dimaklumkan supaya berdiri semasa ketibaan para tetamu kehormat sebentar lagi. Sambil kita menantikan ketibaan tetamu kehormat yang akan tiba nanti…. Kami persembahkan, tayangan montaj mengenai kerjaya perguruan Dr. Chow Di Chang selama 20 tahun di IPG Kampus Gaya. Sama-sama kita saksikan. 10.15 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat Para hadirin sekalian, Mengumumkan ketibaan, Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Dr. Norafidah Noradilin, Timbalan Pengarah Institut


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 44 Pendidikan Guru Kampus Gaya Bersama dengan Yang Diraikan, Dr. Chow Di Chang, diiringi oleh barisan dif-dif kehormat. 10.25 pagi Lagu Negaraku Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha serta hadirin sekalian untuk menyanyikan Tiga Buah Lagu: Iaitu, lagu “Negaraku”, Lagu “Sabah Tanah Airku”, Lagu “IPGM”. -Lagu “Negaraku”- -Lagu “Sabah Tanah Airku” -Lagu “IPGM” Hadirin dijemput duduk. 10.30 pagi Kata Aluan Pengacara Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahwabarakatuh Salam Sejahtera Dan Salam di Gayaku demi ilmu dan dharma. Yang Berusaha Pengarah, Timbalan Pengarah, ketuaketua jabatan serta pensyarah-pensyarah sidang hadirin yang dihormati sekalian. Selamat datang ke Majlis Persaraan Dr. Chow Di Chang pada hari yang penuh berbahagia ini. (Berhenti seketika, kerana kebiasaanya penonton akan berikan tepukan gemuruh ketika ini) 10.35 pagi Bacaan Doa Alhamdulillah, hari yang dinanti, telah pun tiba, sebelum kita meneruskan acara, doa dibaca mohon kerahmatan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 45 Bagi memberkati majlis yang penuh berbahagia ini. Marilah kita sama-sama menadah tangan memanjatkan doa yang akan dipimpin oleh Mohammad Ali Bin Abu Bakar. -Bacaan DoaTerima kasih Mohammad Ali Bin Abu Bakar atas pimpinan bacaan doa itu tadi. 10.40 pagi Objektif Program Para hadirin sekalian, seperti yang kita sedia maklum, kita berkumpul di dewan ini untuk Majlis Semarak Kasih Sempena Meraikan Persaraan Dr. Chow Di Chang, Ketua Jabatan Bahasa Cina. Dengan majlis ini, Dr. Chow Di Chang akan menamatkan perkhidmatan beliau dalam IPG Kampus Gaya yang selama 20 Tahun ini. Jadi, samasama kita menghargai perjalanan terakhir Dr. Chow Di Chang sebagai seorang pensyarah IPG Kampus Gaya serta meraikan hari ini dengan penuh berbahagia. 10.45 pagi Ucapan Aluan Hadirin yang budiman, Bagi membuka tirai majlis, dengan sukacitanya saya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan… -Selesai ucapan aluanTerima kasih kepada Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, atas kesudian ucapan aluan itu tadi. 10.55 pagi Tayangan Slide Show Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan tayangan slide show “Perjalanan Dr. Chow Di Chang sepanjang


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 46 beliau bertugas di IPG Kampus Gaya”. Sama-sama kita saksikan… -Selesai tayangan slide showTerima kasih kepada saudara Chor Di Seng, atas persediaan tayangan slide show sebentar tadi. 11.05 pagi Ucapan Dr. Chow Di Chang Hadirin warga dewan saksikan, Seterusnya, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Diraikan, Dr. Chow Di Chang untuk memberikan ucapan sempena majlis persaraan beliau hari ini. Dengan segala hormatnya, Dipersilakan… -Selesai ucapan Dr. Chow Di ChangTerima kasih Dr. Chor Di Chang atas ucapan itu tadi dan dimohon Dr. Chow Di Chang untuk terus berada di pentas bagi acara seterusnya. 11.20 pagi Penyampaian cenderamata Sebagai tanda orang berbudi, sebagai tanda kasih diabadikan, sebagai tanda ilmu diberkati, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya untuk menyampaikan penghargaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Dr. Chow Di Chang. Seterusnya, sama-sama kita saksikan penyampaian cenderamata kepada Dr. Chow Di Chang. -Selesai penyampaian cenderamata-


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 47 Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr. Gerturude Jock kerana sudi menyampaikan cenderamata sebentar tadi dan taniah kepada Dr. Chow Di Chang. 11.25 pagi Sidang Media Hadirin sekalian dengan penyampaian itu tadi, Maka sempurnalah Majlis Persaraan Dr. Chow Di Chang kita pada hari ini. Bagi pihak majlis, kami ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan keterlanjuran di sepanjang majlis. 11.30 pagi Bersurai Sidang hadirin juga dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan di kantin IPG Kampus Gaya Sekian Wabillahitaufiqwalhidayah Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 48 9. MAJLIS ULANG TAHUN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS GAYA KALI KE61 Oleh: MOHD ANDY REZMEEWAN CHIN Tarikh : 9 JULAI 2024 Tempat : DEWAN AUDITORIUM IPG KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU Masa : 8.30 PAGI - 11.00 PAGI Masa Tentatif Teks Emcee 8.30 pagi Pemakluman Awal Mohon perhatian kepada hadirin yang dikasihi sekalian. Sebelum acara bermula, kami mengharapkan agar hadirin dapat berada di tempat duduk masing-masing dan meletakkan telefon bimbit dalam mod senyap supaya tidak memberi gangguan semasa majlis berlangsung. Diharapkan juga semua hadirin dapat sama-sama berdiri ketika tetamu kehormat masuk ke dalam dewan majlis sambil memberi tepukan yang gemuruh. Kami juga memohon kepada semua hadirin untuk mengurangkan pergerakan keluar masuk semasa ketibaan tetamu kehormat dan sesi penyampaian ucapan perasmian berlangsung. Sambil kita menunggu ketibaan tetamu kehormat, marilah kita sama-sama menghayati persembahan kugiran instrumental irama klasik daripada kumpulan Asmara Loca yang terdiri daripada para pelajar PISMP Ambilan Jun 2020. Sama-sama kita dengarkan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 49 9.00 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia Encik Raisin bin Saidin, Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, diiringi Yang Berusaha, Dr. Geterude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, serta barisan dif-dif kehormat yang lain untuk dipersilakan masuk ke dewan majlis. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Diminta semua tetamu dan hadirin untuk kekal berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia. …nyanyian selesai... Semua hadirin dipersilakan duduk. 9.10 pagi Kata aluan pengacara Pokok kelapa bongkok mematang, bongkok lagi pohon cemara, Pemula kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Yang Berbahagia, Encik Raisin bin Saidin, Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Yang Berusaha, Dr. Geterude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 50 Yang Berusaha, Dr. Norafidah Noralidin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang dihormati, barisan dif-dif kehormat, barisan ketuaketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah, barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, dan seterusnya para hadirin yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke MAJLIS ULANG TAHUN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KALI KE-61! Majlis mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan ke majlis yang diraikan pada pagi yang berbahagia ini. Bacaan Doa Main budak tiada kelahi, semua riang tanpa mengangis, Mohon kita kepada ilahi, agar berkat sepanjang majlis. Sebelum kita meneruskan majlis yang penuh berbahagia ini, marilah sama-sama kita menadah tangan memanjatkan doa kepada Maha Pencipta yang akan dipimpin oleh saudara Mohd Awal Nazzuan Chin bagi memohon keberkatan sepanjang majlis. …bacaan doa selesai… Amin-amin ya rabbal alamin. Terima kasih saudara Mohd Awal Nazzuan Chin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 51 9.15 pagi Objektif Program Para hadirin yang dikasihi sekalian, seperti yang telah kita sedia maklum, majlis yang diraikan ini merupakan sebuah keraian tahunan bagi menyambut ulang tahun penubuhan IPG Kampus Gaya yang sehingga kini masih menyumbang jasa dalam melahirkan graduan bakal pendidik dari pelbagai jenis opsyen. Sambutan pada tahun ini akan diraikan selama seminggu bermula pada hari ini dengan pelbagai jenis aktiviti dan acara yang akan dianjurkan di dalam kawasan institut. Majlis ini juga diraikan dengan megah dan penuh semangat pada setiap tahun bagi menghargai jasa semua pensyarah dan pelajar yang telah menyumbangkan jasa untuk memastikan keberjayaan kampus di peringkat kebangsaan, bahkan di persada dunia.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 52 Ucapan Aluan Para hadirin yang dikasihi sekalian, Tak molek juadah tanpa minuman, tak sempurna majlis tanpa ucapan. Bagi membuka tirai majlis, dengan penuh sukacitanya majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha, Dr Gerterude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan. …ucapan selesai… Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Dr Gerterude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, atas ucapan alu-aluan yang sungguh bermakna itu tadi. Ucapan Perasmian Kini, kita tiba ke majlis yang dinanti-nanti, iaitu ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh tetamu kehormat kita pada pagi yang berbahagia ini. Oleh itu, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia, Encik Raisin bin Saidin, Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Majlis Ulang Tahun Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kali ke- 61. Dipersilakan.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 53 …ucapan selesai… Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Encik Raisin bin Saidin, Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, atas ucapan perasmian itu tadi. 10.00 pagi Gimik Perasmian Untuk itu, dengan sukacitanya majlis menjemput Yang Berusaha, Dr Gerterude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, bersama barisan dif-dif kehormat bagi samasama menyempurnakan gimik perasmian di atas pentas. Majlis mempersilakan. …gimik perasmian selesai… Dengan paluan gong sebanyak 7 kali itu, maka rasmilah Majlis Sambutan Ulang Tahun Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kali ke-61 yang akan dijalankan bermula pada hari ini! Berikan tepukan gemuruh kepada para tetamu kehormat kita! Penyampaian Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita yang sudi meluangkan masa bersama dalam majlis hari ini, sukacitanya dijemput sekali lagi, Yang Berusaha, Dr Gerterude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, untuk menyampaikan cenderhati kepada


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 54 Cenderahati Yang Berbahagia, Encik Raisin bin Saidin, Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Dipersilakan. …selesai penyampaian cenderahati… Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia dan semua barisan dif-dif kehormat. Berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka. Majlis mempersilakan untuk semua tetamu kehormat kembali ke tempat duduk. 10.20 pagi Persembahan Nyanyian Sedang mengayam topi jerami, diayam dengan penuh teratur, selesai sudah acara merasmi, kini tiba acara berhibur. Bagi menyerikan majlis kita pada hari ini, dijemput saudari Ayu Stella Kumi dan Saudara Brendon Brish untuk mempersembahkan nyanyian lagu ‘You Raise Me Up’ bersama kumpulan orkestra yang terdiri daripada para pelajar PISMP opsyen muzik. Majlis mempersilakan. 10.35 pagi Persembahan Tarian Terima kasih diucapkan kepada saudari Ayu Stella Kumi dan Saudara Brendon Brish serta kumpulan orkestra pelajar PISMP opsyen muzik atas persembahan yang sungguh memukau itu tadi. Seterusnya, tibalah kita ke persembahan kemuncak, iaitu persembahan teater serta tarian klasik dan moden yang bakal dipersembahkan oleh kumpulan The BlackYellow yang terdiri daripada para pelajar PISMP Ambilan Jun 2021.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 55 Majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan. 11.00 pagi Bersurai Terima kasih diucapkan kepada kumpulan The BlackYellow atas persembahan yang penuh bersemangat itu tadi. Dengan berakhirnya persembahan tersebut, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya sebagai pengacara dan mewakili pihak majlis ingin memohon kemaafan dari semua tetamu yang hadir atas segala kekurangan dan keterlanjuran sepanjang majlis ini berlangsung. Dijemput tetamu kehormat dan barisan dif-dif kehormat untuk singgah di bilik makan bagi menjamu selera yang telah disediakan oleh pihak majlis. Para hadirin yang dikasihi juga dijemput untuk menjamu selera di bahagian ruang belakang dewan yang telah disediakan. Pergi kerja naik kereta, kerja bermula di awal pagi, selesai sudah majlis kita, semoga dapat berjumpa lagi. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 56 10. PESTA ANGPAO 2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Oleh: KOH YUI XIEN Tarikh : 9 FEBRUARI 2023 Tempat : DEWAN AUDITORIUM IPG KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU Masa : 7.00 MALAM - 9.00 MALAM Masa Tentatif Teks Emcee 7: 00 Malam Pemakluman Awal Para hadirin dijemput duduk. Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Sebelum acara bermula, kami mengharapkan hadirin dapat meletakkan mod telefon dalam mod senyap supaya tidak memberi sebarang gangguan. Semasa majlis sedang berlangsung, mohon para hadirin kurangkan pergerakan keluar dan masuk dalam dewan. 7: 20 Malam Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Berhormat Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah. Diiringi oleh, Puan Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah dan barisan dif-dif kehormat masuk ke dewan 7: 25 Malam Nyanyian Lagu Dif-Dif Kehormat dan para hadirin dimohon terus berdiri bagi menyanyikan 3 buah lagu “Negaraku”, “Sabah Tanah Airku” dan “Lagu Rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia” - Selasai nyanyian


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 57 Dif-Dif Kehormat dan hadirin dipersilakan duduk. 7: 40 Malam Kata Aluan Pengacara Yang Berhormat Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah, Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang Dihormati Saudari Tan Yan, Pengerusi Pesta AngPao 2023 Yang Dihormati Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, pensyarah-pensyarah kanan, para pensyarah, jemputan khas dan pelajar sekalian. Saya Koh Yui Xien merupakan pengacara anda pada malam ini. Salam sejahtera dan selamat petang. Hadirin sekalian pada waktu yang indah ini, saya ingin mengucapkan selamat datang ke Pesta Angpao 2023! 7:45 Malam Objektif Persembahan 1 Hadirin sekalian, adakah anda sudah bersiap sedia bersama kita untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina pada malam ini? Marilah kita bersama-sama untuk memeriahkan majlis kita pada malam ini sempena Pesta Ang Pao 2023 dengan persembahan pertama, “Chun Xiao’ iaitu persembahan dua belas gendang kulit tunggal yang menyerupai dua belas musim dalam setahun. - Selesai Persembahan Wahhh! Persembahan tadi merupakan satu


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 58 persembahan yang sangat menarik sehingga membuatkan jantung saya berdegup-degup sampai sekarang. 8:00 Malam Ucapan Aluan Hadirin sekalian, Majlis dengan sukacitanya menjemput saudari Tan Yan, selaku Pengerusi Pesta Angpau tahun 2023 untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan... - Selesai ucapan aluan Terima kasih atas ucapan yang penuh bermakna sebentar tadi. 8:10 Malam Ucapan Perasmian Baiklah, kini tiba kita ke acara yang dinanti, iaitu ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh tetamu kehormat kita hari Ini. Untuk itu majlis dengan penuh hormat dan takzimnya menjemput Yang Berhormat Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah, untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Pesta Ang Pao 2023. - Selesai ucapan perasmian Terima kasih Yang Berhormat Phoong Jin Zhe atas ucapan perasmian itu tadi dan dimohon Yang Berhormat Phoong Jin Zhe untuk terus berada di pentas bagi merasmikan Pesta Ang Pao 2023.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 59 8:25 Malam Gimik Perasmian Bagi merasmikan Pesta Ang Pao 2023, majlis menjemput Yang Berhormat Phoong Jin Zhe, diiringi Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dan Yang Dihormati Saudari Tan Yan, Pengerusi Pesta AngPao 2023 untuk naik ke pentas bagi melakukan perasmian Pesta Angpao kita pada malam ini. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat Phoong Jin Zhe untuk memukul 3 kali gendang sebagai tanda perasmiana Pesta Angpao pada malam ini. Majlis mempersilakan. - Selesai Gendang dipukul 3 kali Maka, bermulalah majlis Pesta Ang Pao kita pada malam ini. 8:35 Malam Penyampaian Cenderahati Kepada VVIP Majlis memohon Yang Berhormat Phoong Jin Zhe bersama- sama Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, dan Yang Dihormati Saudari Tan Yan untuk terus berada di atas pentas bagi upacara penyampaian cenderamata. Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock dan diiringi Yang Dihormati Saudari Tan Yan dijemput untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat kita, Yang Berhormat Phoong Jin Zhe. Dipersilakan. - Penyampaian Cenderahati Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 60 8:45 Malam Persembahan 2 Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian tradisional yang bertajuk《Flower》. Dipersilakan. - Selesai persembahan 2 Terima kasih atas persembahan daripada opsyen Sejarah SJKC 2. 9:00 Malam Bersurai Hadirin sekalian dengan persembahan itu tadi maka Sempurnalah Pesta AngPao 2023 kita pada hari ini. Bagi pihak majlis kami ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan keterlanjuran di sepanjang majlis ini berlangsung.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 61 11. MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR Oleh: HAWA AQIELAH BINTI NASIR TARIKH : 3 MAC 2023 TEMPAT : DEWAN AUDITORIUM IPG KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU MASA : 7.00 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 7:25 Pagi PEMAKLUMAN AWAL Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Sebelum acara bermula, diharapkan hadirin dan hadirat dapat meletakkan mood telefon dalam mood senyap supaya tidak memberi sebarang gagguan teknikal ketika rakaman majlis berlangsung. 7:30 Pagi KETIBAAN TETAMU KEHORMAT Mengumumkan ketibaan, Yang berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, dan dif-dif kerhormat. NYANYIAN LAGU NEGARAKU Hadirin Dan Hadirat Diminta Untuk Kekal Berdiri Untuk Menyanyikan Rangkaian Tiga Buah Lagu, Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku Dan Lagu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Hadirin dan Hadirat dijemput duduk. SALUTASI Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara, Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Di Gayaku Demi Ilmu dan Dharma.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 62 Yang berusaha, Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Yang berusaha, Dr Norafidah Binti Noralidin, Timbalan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Yang berusaha, Puan Sharifah Mazni, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Yang berusaha, Encik Ladius Emor Unit Pembangunan Insaniah Ketua-ketua jabatan, ketua unit barisan pensyarah penasihat JPP, para pensyarah, barisan jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2023/2024 serta seluruh warga institut pendidikan guru kampus gaya. Selamat datang ke Majlis Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Gaya sesi 2023/2024. BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Bagi memberkati lagi majlis pada pagi ini, majlis menjemput dan mempersilakan saudara Azaz Azani Bin Juakim untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan...


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 63 ********** bacaan doa********** Majis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. UCAPAN PENGARAH IPG GAYA Daun semulur dipekan sari, Batang jerami rebah kebumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Seterusnya, majlis mempersilahkan yang berusaha Dr Gerturude Jock Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi memberikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ***** ucapan Pengarah***** Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Gerturude Jock atas kesudian untuk menyampaikan ucapan sebentar tadi. UPACARA WATIKAH PERLANTIKAN Majlis mempersilahkan barisan tetamu kehormat untuk bersama-sama dengan yang berusaha Dr Gerturude di pentas bagi menyempurnakan upacara watikah perlantikan jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2023/2024, dipersilahkan... Hadirin sekalian, majlis penyampaian watikah perlantikan ini, dimulakan dengan... Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024, Ahmad Azamuddin Bin Amir Bakar Tan Tze Hong Naib Yang Dipertua I


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 64 Daisy June Romanus Naib Yang Dipertua II Aisyah Farhana Binti Sudermaje Setiausaha Agung Nurul Faizah Binti Nordin Naib Setiausaha Agung Dexter John Victor Bendahari Agong Kehormat Khairilazhar Bin Ari Pudin Naib Bendahari Agong Kehormat Khairul Daniel Bin Mohd Zainie Biro Akademik Pengerusi Mohammad Aidee Aiman Bin Nazri Naib Pengerusi Biro Akademik Dayangku Mirsha Khaleeda Binti Ag Mohd Faizal Pengerusi Biro Kediaman Pelajar Mohd Nazuan Bin Ismail Naib Pengerusi Biro Kediaman Pelajar Muhammad Aqmal Bin Mustapha Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan Nur Haziqah Nadhirah Binti Muhamad Irfan Dutchan Naib Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 65 Kennedy Japar Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial Brian Leong Wen Cong Naib Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial Muhammad Adnan Bin Mohd Nizam Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi Nur Maisarah Aqilah Binti Zeini Naib Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi Abby Norazianieta Binti Lati Pengerusi Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa. Muhammad Syazwan Bin Falawangi Naib Pengerusi Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa. Muhammad Firdaus Bin Wahyu Pengerusi Biro Keusahawanan Nurfarain Binti Jamal Naib Pengerusi Biro Keusahawanan Siti Hadjar Nasuha Binti Mohd Ridzuan Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita Eva Calista Jostin Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita Harry Amond Anak Grenson Biro Kesenian dan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 66 Kebudayaan Pengerusi, Elmalonesa Binson Naib Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan Mohammad Solehudin bin Sakarang Pengerusi Biro Kerohanian dan Disiplin Ey’Rynn Rorizan Binti Itoh Naib Pengerusi Biro Kerohanian dan Disiplin Diminta yang berusaha, Dr Gerturude Jock dan tetamutetamu kehormat untuk kekal dipentas bagi menyaksikan Gimik Perasmian GIMIK PERASMIAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2023/2024 Diminta yang berusaha Dr Gerturude Jock dan tetamutetamu kehormat untuk kekal di pentas bagi menyaksikan Gimik Perasmian. ******video perasmian***** Terima diucapkan kepada yang berusaha Dr Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya atas kesudian menyempurnakan penyampaian watikah dan perlancaran gimik perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024. VIDEO KOORPERAT Hadirin sekalian, seterusnya Marilah kita sama-sama menyaksikan tayangan video korperat jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2023/2024. ***** Video Montaj***** Demikianlah tadi bingkisan tayangan Montag yang memaparkan barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 67 Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, antara fungsi dan tugas JPP adalah untuk memudahkan para pelajar berhubung dengan pengurusan tertinggi sekira terdapat sebarang masalah, aduan, cadangan atau penambahbaikkan yang ingin diajukan. Diharapkan agar kerjasama antara pelajar dan JPP dapat terus diperkukuh demi kelestarian dan kejayaan institut ini. UCAPAN YDP Besar langsat ditepi busut, Besar tak muat dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar niat dalam hati. Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara Ahmad Azamuddin Bin Amir Bakar yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 untuk menyampaikan ucapan. **** ucapan YDP**** Terima kasih diucapkan kepada Ahmad Azamuddin Bin Amir Bakar atas ucapan itu tadi. BACAAN LAFAZ IKRAR Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan bacaan lafaz ikrar Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024. Dengan itu, majlis mempersilahkan saudara Ahmad Azamuddin Bin Amir Bakar Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024. ****Lafaz Ikrar**** Demikianlah tadi bacaan lafaz ikrar yang diketuai oleh Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar saudara Ahmad Azamuddin Bin Amir Bakar. Semoga lafaz ikrar yang dilafazkan sebentar tadi menjadi pegangan dan iltizam buat barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 68 untuk terus semangat dalam menjalankan amanah sepanjang bergelar pemimpin LAGU ILMU DAN DHARMA Sebelum mengakhiri majlis, diminta kepada semua hadirin untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Ilmu dan Dharma. ****Lagu Ilmu dan Dharma**** MAJLIS BERSURAI Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka sempurnalah sudah majlis kita pada hari ini. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berusaha Dr Gerturude Jock, tetamu-tetamu kehormat dan hadirin sekalian atas kesudian menghadiri majlis ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis watikah perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya. Saya mewakili pihak penganjur memohon ampun ke atas salah dan silap sepanjang pengendalian majlis. Melarik halus papan di jawa, Tersergam kukuh di gerbang batu, Adat berjumpa terpisah jua, Moga ketemu di lain waktu. Majlis disudahi dengan kalimat mulia, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 69 12. MAJLIS SUKAN 1 MALAYSIA 2023 Oleh: DENIS WONG LEE WUONG Tarikh : 18 Julai 2023 Tempat : Tempat parking depan dewan auditorium Masa : 8.00 pagi - 10.30 pagi Masa Tentatif Teks Emcee 8.00 pagi Pemakluman awal Selamat datang kepada semua yang hadir di Majlis Sukan 1 Malaysia! Saya, Denis Wong, akan menjadi tuan rumah untuk acara ini. Kita semua berkumpul di sini untuk menyaksikan kehebatan dan semangat atlet badminton dalam semangat persatuan dan perpaduan. Sambil kita menantikan ketibaan atlet Malaysia, kami persembahkan tayangan motej mengenai atlet tersebut! Sama-sama kita saksikan. 8.05 pagi Ketibaan tetamu terhormat (atlet olahraga) Para hadirin sekalian, mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Dato Lee Chong Wei, pemenang pingat emas Sukan Olimpik, diiringi barisan dif-dif kehormat. Nyanyian lagu negaraku Dato Lee Chong Wei serta hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku. Selepas nyanian lagu Negaraku, Doa oleh Pendeta/ Ustaz/ Pastor Terima kasih atas doa yang indah. Hadirin dijemput duduk. 8.15 pagi Kata aluan pengacara Bismillahirrahmaanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh Salam Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia Yang berhormat Dato Lee Chong Wei, Yang berusaha pengerusi majlis Dr. Hafifi Hafidz Horace,


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 70 dan hadirin-hadirin sekalian. Selamat datang ke majlis Sukan 1 Malaysia. Pada hari yang penuh berbahagia ini, kita telah menjemput Dato Lee Chong Wei bersama kita untuk melancarkan majlis ini. Objektif majlis Para hadirin sekalian, seperti yang kita sedia malkum, hari ini kita akan bersama- sama bersukan bersama Dato Lee Chong Wei. Obejktif majlis hari ini adalah untuk mengalakkan semua murid untuk melibatkan diri dalam sukan. Objektif kedua ialah kita akan memilih tiga orang murid yang berbakat dalam badminton untuk mengikuti latihan badminton dengan Dato Lee Chong Wei selama 2 minggu di Kuala Lumpur. 8.30 pagi Ucapan aluan Hadirin yang budiman, bagi membuka tirai majlis, dengan sukacitanya saya menjemput dan mempersilakan Dr. Hafifi Hafidz Horace untuk memberikan sepatah perkataan tentang kepentingan bersukan. Dipersilakan. Selesai ucapan aluan, Terima kasih kepada Dr. Hafifi Hafidz Horace atas ucapan aluan itu tadi. 8.45 pagi Ucapan perasmian Baiklah, kini tibalah masa kita mulakan acara yang dinantikan iaitu ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh tetamu kehormat kita hari ini. Untuk itu majlis dengan penuh hormat dan takzimnya menjemput Dato Lee Chong Wei pemenang pingat emas Sukan Olimpik untuk menyampaikan ucapan seterusnya, merasmikan Majlis Sukan 1 Malaysia. Dipersilakan Dato Lee Chong Wei. Selesai ucapan Dato Lee Chong Wei, Terima kasih Dato Lee Chong Wei atas ucapan


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 71 perasmian itu tadi dan mohon Dato Lee Chong Wei untuk terus berada di pentas bagi acara seterusnya. 9.00 pagi Pemanasan badan Terima kasih atas ucapan yang memberi inspirasi. Kini, saat yang kita menunggukan telah tiba! Mari kita mulakan acara utama kita iaitu sukan 1 Malaysia. Pengacara menjemput Dato Lee Chong Wei untuk memimpin murid-murid untuk memanaskan badan. Muzik dimainkan. 9.20 pagi Pengajaran badminton oleh Dato Lee Baiklah, dengan segala hormatnya kita menjemput Dato Lee Chong Wei untuk menunjukkan teknik dan kemahiran bermain badminton. Marilah kita mempersilakan Dato Lee untuk bergerak ke gelanggang badminton sementara di sebelah kanan tempat parking. Dato Lee menunjukkan pengajaran. 9.40 pagi Selesai penunjukkan Dato Lee, Terima kasih Dato Lee Chong Wei atas perkongsian itu tadi dan mohon Dato Lee terus berada di gelanggang bagi acara yang seterusnya. Sekarang, kita akan memilih tiga orang murid untuk mendapatkan pengajaran daripada Dato Lee Chong Wei. Tiga orang murid dipilih secara rawak oleh Dato Lee Chong Wei.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 72 10.10 pagi Tahniah kepada tiga murid tersebut dan terima kasih lagi atas pengajaran Dato Lee Chong Wei! Kalian telah menunjukkan kecemerlangan dan bakat yang hebat. Tetapi ingat, yang paling penting bukanlah kemenangan semata-mata, tetapi semangat kebersamaan. Pengumuman klimaks, Kini sampailah masanya kita mengumunkan pengumuman klimaks pada majlis hari ini! Dato Lee Chong Wei ingin membawa tiga orang murid yang berminat dan berbakat dalam badminton untuk menjalankan latihan selama 2 minggu di Kuala Lumpur. Pendaftaran akan dibuka kepada semua murid dalam minggu ini. 10.15 pagi Penyampaian hadiah kepada VVIP Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita yang sudi meluangkan masa pada hari ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Dr. Hafifi Hafidz Horace selaras pengerusi majlis dan pengarah Dr. Oliver a/l Murithu selaras ketua jabatan kokurikulum untuk menyampaikan cenderahati kepada Dato Lee Chong Wei. Dipersilakan. Penyampaian cenderahati selesai, Terima kasih dan kita berikan sekali lagi tepukan gemuruh kepada tetamu kehormat kita. 10.25 pagi Sidang Media Hadirin sekalian dengan penyampaian itu tadi maka sempurnalah majlis perasmian Majlis Sukan 1 Malaysia kita pada hari ini. Bagi pihak majlis kami ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan keterlanjuran di sepanjang majlis ini berlangsung. Dato Lee Chong Wei dijemput untuk ke sesi sidang media yang akan diadakan di di hadapan dewan auditorium.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 73 10.30 pagi Bersurai Sidang hadirin juga dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan di kafeteria. Sekian wabillahitaufiqwalhidayah assalamualaikum warahmatullahuwabarakatuh dan salam sejahtera.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 74 13. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Oleh: SITI NURAIN BINTI ABDUL RAUF Tarikh : 17 Julai 2023 Tempat : Dewan Auditorium IPG Kampus Gaya Masa : 7.30 Pagi – 8.30 Pagi Masa Tentatif Teks Emcee 7.30 Pagi Pemakluman Awal Mohon perhatian kepada hadiri sekalian. Sebelum majlis bermula, kami mengharapkan hadirin dapat meletakkan “Mode” telefon dalam keadaan senyap supaya tidak memberi sebarang gangguan sepanjang majlis perhimpunan sedang dijalankan. Salutasi Yang Berusaha, Dr. Gertrude Jock (Pengarah IPG Kampus Gaya) Yang Berusaha, Dr. Norafidah binti Noralidin (Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya) Yang Berusaha, Puan Sharifah binti Mazni (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar) Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah serta siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Bismillahirahmannirahimm, Assalamualaikum Salam Sejahtera dan Salam Di Gayaku demi Ilmu dan Dharma. Selamat datang ke Majlis Perhimpunan Bulanan IPG Kampus Gaya bagi tahun 2023.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 75 Bacaan Doa Lebat kemiri phon yang rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang maha Esa. Bagi memberkati perhimpunan kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput saudara Mohd. Azuwan bin Reji untuk memimpin bacaan doa. Mempersilakan. Selesai Bacaan Doa Aamin..aamin ya robbal alamin. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada saudara Mohd. Azuwan bin Reji atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah Hadirin sekalian, Majlis perhimpunan ini akan diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Diminta semua hadirin untuk berdiri tegak dan bersamasama menyanyikan tiga buah lagu tersebut dengan iringan muzik. Selesai Nyanyian Lagu Para hadirin diminta untuk terus kekal berdiri tegak bagi membaca ikrar Rukun Negara. Bacaan Ikrar Seterusnya, Majlis menjemput saudara Muhammad Najmi Bin Sukordi untuk memimpin bacaan ikrar Rukun Negara. Mempersilakan. ● Bacaan Ikar Rukun Negara


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 76 Selesai Bacaan Ikrar Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Muhammad Najmi Bin Sukordi atas pimpinan bacaan ikrar tadi. Para hadirin dipersilakan duduk. Ucapan Alu-aluan (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Gaya. Seterusnya, Majlis menjemput Puan Sharifah binti Mazni, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Gaya untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan. Selesai ucapan Ketua Jabatan HEP IPG Kampus Gaya Terima kasih diucapkan kepada Puan Sharifah binti Mazni, atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Ucapan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis ini diteruskan lagi dengan menjemput Dr Gertrude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan. Tayangan Montaj Hadirin sekalian, Kini, mari kita sama-sama saksikan sebuah tayangan montaj mengenai Program CLEO Siri Ketiga yang telah diadakan pada 22 hingga 26 Mei yang lalu di Sekolah Kebangsaan Mandalipau, Papar Sabah. Mari, saksikan. Selesai Tayangan Montaj Demikianlah tadi tayangan montaj Program CLEO Siri Ketiga bagi tahun 2023.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 77 Sebelum Menutup Tirai Majlis Hadirin yang dihormati sekalian, Sebelum majlis menutup tirai, Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu rasmi IPG Kampus Gaya iaitu Lagu Demi Ilmu dan Dharma. Para hadirin diminta untuk berdiri. Penutup Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar itu tadi, Maka, berakhirlah majlis perhimpunan bulanan rasmi IPG Kampus Gaya bagi bulan ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis perhimpunan pada hari ini. Jasa kalian amat kami hargai. Terbang selisih siburung kedidi, Terbang berduyun di waktu pagi, Terima kasih daun lagi, Di lain bulan berjumpa lagi. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh, Sekian dari kami, terima kasih.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 78 14. MAJLIS PERASMIAN MINGGU BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Oleh: CYNTHIA ANABELLA ANAK KASIM Tarikh : 20 JULAI 2023 Tempat : DEWAN AUDITORIUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Masa : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI Masa Tentatif Teks Emcee 9.00 Pagi PEMAKLUMAN AWAL Mohon perhatian kepada hadirin sekalian. Sebelum majlis bermula, diharapkan para hadirin dapat meletakkan mod telefon berada dalam keadaan mod senyap agar tidak memberi sebarang gangguan teknikal ketika majlis berlangsung. KETIBAAN TETAMU KEHORMAT Mengumumkan ketibaan, Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bersama Yang Berusaha, Dr. Norafidah binti Noralidin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Gaya serta yang berusaha Puan Khadijah Adenan, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu serta barisan tetamu yang diraikan. TARIAN SAMBUT TAMU (tarian sambut tamu) Berikan tepukan yang gemuruh kepada Kumpulan Culture Gaya Heart di bawah bimbingan Kelab Kesenian


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 79 dan Kebudayaan IPG Kampus Gaya atas tarian sambut tamu sebentar tadi. NYANYIAN LAGU NEGARAKU, SABAH TANAH AIRKU & IPGM Hadirin sekalian Sebelum memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menyanyikan rangkaian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Institut Pendidikan Guru Malaysia) Hadirin dipersilakan duduk. KATA ALUAN PENGACARA Sirih berkabur di dalam puan, Susun di puan tampak berseri, Rampai ditabur alu-aluan Menyambut tuan puan datang ke mari. Selamat datang ke Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2023. Saya Cynthia Anabella Anak Kasim, dari PISMP Bahasa Melayu Semester 8, pengacara majlis kita pada pagi ini. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam D’Gayaku Demi Ilmu dan Dharma. Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 80 Yang Berusaha Dr. Norafidah Binti Noralidin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Yang Berusaha, Puan Khadijah binti Adenan, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Seterusnya, para pensyarah, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati serta rakan siswa dan siswi, yang dikasihi sekalian. BACAAN DOA Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul meraikan majlis kita pada pagi ini iaitu Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Sebelum kita meneruskan majlis, doa dibaca mohon kerahmatan. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita menadah tangan memanjatkan doa yang akan dipimpin oleh saudara Mohd Andy Reezmewan Chin Majlis mempersilakan (bacaan doa) Terima kasih saudara Mohd Andy Reezmewan Chin atas


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 81 pimpinan bacaan doa itu sebentar tadi. TAYANGAN MONTAJ Untuk makluman hadirin, majlis yang diraikan pada pagi ini merupakan anjuran daripada Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Kelab Bahasa Melayu Sesi 2023/2024. Majlis ini bertujuan untuk melahirkan siswa dan siswi guru yang berilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada pagi ini dapat memeriahkan lagi majlis yang kita raikan. Para hadirin sekalian, seperti yang kita sedia maklum majlis yang diraikan merupakan majlis yang sangat bermakna dan bermanfaat untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan para pelajar IPG Kampus Gaya. Sebelum membuka tirai majlis, marilah kita sama-sama menyaksikan sebuah tayangan montaj mengenai pembukaan minggu Bahasa Melayu yang telah disediakan oleh pelajar Kelab Bahasa Melayu IPG Kampus Gaya Sesi 2023/2024. Sama-sama kita saksikan (tayangan montaj)


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 82 Terima kasih atas tayangan montaj yang sungguh menarik sebentar tadi. UCAPAN ALUALUAN Hadirin yang budiman, izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun. Berjalan ke kota membeli selasih, Kasih si dara buat halwa, Sampaikanlah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. Bagi membuka tirai majlis, dengan sukacitanya saya menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk memberikan ucapan alu-aluan sekaligus merasmikan Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2023 Majlis mempersilakan. (ucapan alu-aluan Dr. Pengarah) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan sekaligus perasmian daripada Dr. Pengarah sebentar tadi.


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 83 UCAPAN ALUALUAN KJ JPM Besar langit di tepi busut, Besar tak muat di dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya, menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Puan Khadijah Adenan selaku Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu untuk memberikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan. (Ucapan alu-aluan KJ JPM) Terima kasih diucapkan kepada Puan Khadijah atas ucapan itu sebentar tadi. GIMIK PERASMIAN Bagi menyempurnakan majlis perasmian, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya diiringi dengan Yang Berusaha Puan Khadijah Adenan selaku Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu untuk menyempurnakan gimik perasmian bagi Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu IPG Kampus Gaya Majlis mempersilakan. (Gimik perasmian)


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 84 Dengan ini, majlis perasmian ini secara rasminya dilancarkan. Berikan tepukan gemuruh kepada Dr. Pengarah atas perasmian dan gimik perasmian yang telah dilakukan sebentar tadi. PERSEMBAHAN PANTOMEN Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buatmu putera, Majlis bermula dengan penyeri, Tersergam indah di pentas utama. Hadirin, Marilah sama-sama kita tumpukan perhatian di atas pentas kerana sebentar lagi kita akan menyaksikan persembahan pantomen yang dihasilkan oleh pelajar Kelab Bahasa Melayu IPG Kampus Gaya Sesi 2023/2024. Tanpa membuang masa, sama-sama kita saksikan Persembahan Pantomen yang bertajuk “Impian Fakhri” (persembahan) Demikianlah sebentar tadi persembahan pantoman yang cukup memberi pengajaran kepada kita. Terima kasih diucapkan. PENYAMPAIAN CENDERAHATI Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita yang sudi meluangkan masa pada hari ini, majlis dengan sukacitanya menjemput


KOLEKSI SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PACK 3013 PISMP JUN 2020 85 Yang Berusaha, Puan Khadijah Adenan selaku Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu diiringi Yang Berusaha, Nurul Faizah binti Nordin untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha, Dr. Gerturude Jock, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya selaku perasmi bagi majlis kita pada pagi ini. Dipersilakan (penyampaian cenderahati) Terima kasih dan kita berikan sekali lagi tepukan gemuruh kepada tetamu kehormat kita. BERSURAI Hadirin sekalian, dengan penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka sempurnalah Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu 2023 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Namun sebelum menutup tirai majlis, kita akan adakan sesi bergambar terlebih dahulu. Jadi diminta semua hadirin untuk menghadap kamera di hadapan pentas. (Sesi bergambar) Sebagai pengacara majlis anda pada pagi ini, ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Pihak kami merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada


Click to View FlipBook Version